Monday, February 17, 2020

Larangan Mengkhususkan Sesuatu Hukum Hanya Kepada Rasulullah Tanpa Petunjuk Yang Jelas

Apabila kita ingin meletakkan sesuatu hukum, tidak boleh seseorang menyandarkan sesuatu hukum tersebut adalah khusus kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- atau terhadap sesiapa pun jua tanpa didasari dengan petunjuk yang jelas. Dalilnya adalah seperti berikut :

حَدَّثَنِي هَارُونُ بْنُ سَعِيدٍ الْأَيْلِيُّ ، حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ ، أَخْبَرَنِي عَمْرٌو وَهُوَ ابْنُ الْحَارِثِ ، عَنْ عَبْدِ رَبِّهِ بْنِ سَعِيدٍ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ كَعْبٍ الْحِمْيَرِيِّ ، عَنْ عُمَرَ بْنِ أَبِي سَلَمَةَ ، أَنَّهُ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَيُقَبِّلُ الصَّائِمُ ؟ ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " سَلْ هَذِهِ لِأُمِّ سَلَمَةَ " ، فَأَخْبَرَتْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ ذَلِكَ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَتْقَاكُمْ لِلَّهِ ، وَأَخْشَاكُمْ لَهُ " .

Hārūn bin Sa*īd al-Ayliyy telah merawi hadis kepada kami; Ibn Wahb telah merawi hadis kepada kami; Telah mengkhabarkan kepada kami *Amr, dia adalah Ibn al-Ḥāriṯ telah merawi khabar kepada kami, daripada *Abdu Rabbih bin Sa*īd, daripada *Abdullah bin Ka*b al-Ḥimyariyy, daripada *Umar bin Abū Salamah, bahawsanya dia bertanya kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- sama ada dia mencium isterinya ketika berpuasa. Rasulullah SAW berkata: "Tanyalah ini kepada Ummu Salamah". Lalu Ummu Salamah mengkhabarkan bahawa Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- melakukannya. Berkata *Abdullah bin Ka*b: "Wahai Rasulullah. Sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosamu yang lalu dan juga yang akan datang". Berkata Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- kepadanya: "Demi Allah! Sesungguhnya aku benar-benar paling bertakwa kepada Allah dan paling takut kepadanya di antara kamu". [Ṣoḥīḥ Muslim, kitāb aṣ-Ṣiyām, no. 1870].

Sisi pendalilan adalah Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- memberi respons yang agak tegas tatkala *Umar bin Abū Salamah berdalih dalam beralasan untuk tidak mencium isterinya saat berpuasa kerana menganggap seolah-olah dia tidak layak melakukannya dan beranggapan bahawa perbuatan itu adalah keharusan hanya untuk Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- sahaja, bukan kepada yang lainnya. Sudah tentu meletakkan hukum yang khusus hanya kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- semata-mata tanpa alasan yang jelas adalah bercanggah dengan dalil-dalil berikut. Firman Allah *Azza Wajalla :

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّـهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّـهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّـهَ كَثِيرًا ﴿٢١

"Benar-benar sesungguhnya pada Rasulullah SAW terdapat teladan yang baik bagi kamu semua bagi mereka yang berharap kepada Allah dan hari akhirat serta mereka yang mengingati Allah sebanyak-banyaknya". [Surah al-Aḥzāb ayat 21].

Jika seluruh hukum hanya kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, maka Allah tidak akan sesekali menyatakan bahawa baginda adalah teladan yang baik yang mana ia diikuti sama ada dari sudut kefahamannya, praktik hidupnya, pengalaman fiqhnya dan seluruh berkenaan dengan banginda. Firman Allah Yang Maha Agung :

قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّـهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ ۖ فَآمِنُوا بِاللَّـهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّـهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ ﴿١٥٨

Katakanlah, "Wahai manusia! Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semua secara kesuluruhan yang kekuasaan di langit dan bumi bagi-Nya. Tidak ada tuhan selain daripada Dia yang menghidupkan dan mematikan". Maka mereka pun beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, iaitu Nabi yang ummiy yang mana dia beriman kepada Allah dan kalimah-Nya. Hendaklah engkau semua mengikutinya, mudah-mudahan kalian mendapat petunjuk". [Surah al-A*rōf ayat 158].

Firman Allah Yang Maha Mulia :

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ ﴿٢٨

"Dan tidaklah Kami mengutuskan kamu melainkan keseluruhan kepada manusia yang mengkhabarkan berita gembira dan peringatan azab. Tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". [Surah Saba^ ayat 28].

حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ ، أَخْبَرَنَا سَيَّارٌ ، عَنْ يَزِيدَ الْفَقِيرِ ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " أُعْطِيتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ قَبْلِي بُعِثْتُ إِلَى الْأَحْمَرِ وَالْأَسْوَدِ ، وَكَانَ النَّبِيُّ إِنَّمَا يُبْعَثُ إِلَى قَوْمِهِ خَاصَّةً ، وَبُعِثْتُ إِلَى النَّاسِ عَامَّةً ، وَأُحِلَّتْ لِي الْغَنَائِمُ ، وَلَمْ تُحَلَّ لِأَحَدٍ قَبْلِي ، وَنُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مِنْ مَسِيرَةِ ، شَهْرٍ وَجُعِلَتْ لِي الْأَرْضُ طَهُورًا وَمَسْجِدًا ، فَأَيُّمَا رَجُلٍ أَدْرَكَتْهُ الصَّلَاةُ ، فَلْيُصَلِّ حَيْثُ أَدْرَكَتْهُ " .

Hušaym telah merawi hadis kepada kami; Sayyār telah merawi khabar kepada kami, daripada Yazīd al-Faqīr, daripada Jābir bin *Abdullah, dia berkata; Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Aku diutuskan dengan lima perkara yang tidak diberikan kepada seorang pun sebelum aku. (Pertama,) aku diutuskan kepada yang merah dan hitam. (Kedua,) dahulu nabi diutuskan kepada kaumnya secara khusus, tetapi aku diutuskan kepada manusia keseluruhannya. (Ketiga,) dihalalkan ghanimah untukku yang tidak dihalalkan kepada seorang pun sebelum aku. (Keempat), aku ditolong dengan rasa gerun sebulan perjalanan. (Kelima,) dijadikan bumi sesuatu yang suci dan tempat sujud untukku. Mana-mana orang yang telah sampai waktu solatnya, hendaklah dia bersolat di tempat yang dia berada". [Musnad Aḥmad, no. 13976].

Di sini jelas Allah mengisyaratkan bahawa Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- diutuskan untuk seluruh manusia dan diperintahkan untuk mengikutinya. Jika kebanyakan hukum hanya kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- sahaja, sudah tentu ini menilaikan nilai sebagai utusan kepada seluruh umat dan umat tidak dapat mencontohi baginda dalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment