Sunday, February 9, 2020

Diari Diri : Sebagai Apakah Saya Akan Dikenangi Agaknya?

Sebenarnya saya masih tertanya-tanya tentang apakah orang akan kenang terhadap saya? Walaupun saya berbangga dan berharap bahawa sayalah mujaddid untuk abad ini sepertimana Jalāluddīn as-Suyūṭiyy dalam «Tuḥfaẗ al-Muhtadīn Bi Aẖbār al-Mujaddidīn» berharap bahawa dia adalah mujaddid pada abadnyaޱ namun saya tetap ingin tahu apa yang orang akan kenang kepada saya apabila mereka mengenal saya nanti?

Kalaulah saya ingin dikenali sebagai mujaddidޱ sejarah tidak pernah melahirkan mujaddid yang selamat daripada cabara perlawanan dan kontroversi. Ini kerana membawa pembaharuan adalah menongkah arus semasa yang menjadi tradisi sekeliling atau penerimaan secara meluas demi menyuluh sinar kesegaran dalam sebuah perspektif dan orientasi wacana serta mencantas apa yang menjadi penghalang kepada pembelengguan minda. 

Bukan semua orang akan menyukai dan tidak hairan akan ada opposisi dan lawan di sekeliling. Semakin rancak kegiatan tajdidޱ semakin dahsyat tekanan sekeliling.

Saya sedar bahawa saya mempunyai pandangan kontroversi yang melangkaui perkara yang dianggap kesepakatan fuqaha sepanjang zaman dan saya juga mempunyai beberapa perspektif berkenaan dengan seks yang sangat kontroversi yang sukar untuk dihadam dengan mudah oleh sebahagian orang.

Saya mengerti bahawa dengan menegaskan pendirian dalam keharusan homoseksual atau agalmatofilia sahaja sudah cukup membahang habanya. Sebegitu juga pandangan lain yang cukup kontroversi. Namunߨ saya tetap cuba berdiri di atas pegangan dengan teguh dan tabah di atas argumentasi yang kukuh dan penghujahan yang kritis.

Kadangkalaܦ saya juga khuatir terhadap marabahaya yang muncul sepanjang di atas landasan ini bukan kerana ia akan menggoyahkan pendirianߨ tetapi ia akan menyeksa fizikal dan psikologi sehingga sukar untuk mengecapi waktu yang tenteram dan damai. Kepada Allah jualah saya memohon pertolongan dan perlindungan.

Saya tahu bahawa perjuangan ini memerlukan kecekalan, dedikasi dan kesabaran yang tinggi bagi memperoleh kejayaan yang hakiki bagi mujahadah yang diceburi, dilaburkan dan dikhidmat padanya. Kita sama sekali tidak mengharapkan musibah akan menimpa dan bersikap entusiastik terhadap kemunculannya.

Namunߨ malapetaka yang kita bakal hadapi kita sendiri tidak tahu bagaimana kadar tekanannya. Kita diuji dengan apa-apa yang sesuai dengan tahap yang kita menanggungnyaߨ namun adakah ini akan menjadi ingatan dan kesedaran kita tatkala hal itu menimpa? Semoga Allah melimpahkan kesabaran dan meneguhkan kecekalan sepanjang menghadapi pancaroba.

Saya cakna sememangnya wujud kontroversi yang maha dahsyat pada beberapa pandangan sayaߨ namun sekurang-kurangnya saya berpuas hati bahawa idea saya tidak sekadar bergenang dalam fikiran sahaja. Saya mengekspresikannya dengan berharap agar ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan sehingga ia dikaji, diteliti, disemak, dianalisis dan diselia oleh para pencinta ilmu yang bersemangat untuk mempelajari dan meneroka sesuatu.

Semangat yang membara untuk bergerak di atas kecendekiaan yang radikal dan keteguhan untuk tidak gentar walau sesiapa pun telah saya ambil banyak inspirasi, cetusan dan teladan daripada tokoh ilmuwan ahli bait dari keluarga al-Ġumāriyy. Mereka ini tidak gentar untuk menongkah arus masyarakat, berdepan dengan banyak musuh dan terus cekal di atas pembaharuan semata-mata untuk menyampaikan kebenaran di sisi mereka atas dasar penghujahan yang mapan.

Sekalipun dibenci oleh orang ramai pada hidupnyaܦ namun pusaka mereka meninggalkan gudang yang berharga untuk dimanfaatkan, dikaji dan dijadikan pedoman bagi mereka yang sesudahnya. Saya kadangkala secara peribadi bersyukur kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya atas sebab dipertemukan saya dengan khazanah keluarga ini untuk mengukuhkan jati diri saya dan mencicip sekelumit legasi daripada mereka.

Selalu sahaja orang mengambil inspirasi ini daripada Jamāluddin al-Afgōniyy, Muḥammad Abduh dan Rošīd Riḍō kerana sememangnya pengaruh mereka ini cukup besar di serata dunia. Akan tetapiߨ mereka lebih dikenali dengan gerakan modenisme berbanding di haluan ahli sunnah walaupun impak mereka juga memberi kesan kepada sebahagian salafi.

Namunߨ keluarga al-Ġumāriyy juga menampilkan yang sama. Mereka ini kelihatan tidak dipengaruhi oleh sesiapa pun yang sezaman dengannya untuk menyerlahkan perjuangan sebegini. Malahߨ mereka terus kekal di atas ahli sunnah bersama keunikan yang ada pada setiap satu daripada ahli keluarga ini.

Dahulu pernah Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy berhadapan dengan polemik masyarakat kerana melakukan solat jenazah sebanyak tujuh rakaat sehingga ada orang mempersoalkan: "Apakah ini solat jenazah atau solat hari raya?" sepertimana yang dia sendiri menceritakannya dalam «al-Baḥr al-Amīr Fī Marwiyyāt Ibn a-iddīq». Lantasߨ itu mendorongnya untuk menulis «al-Ijāzaẗ Li at-Takbīrōt as-Sab Alā al-Janāzaẗ» dalam menyanggah pertikaian orang ramai terhadapnya.

Begitu juga dia pernah menghadapi kekecohan orang ramai ketika dia mengajar ketika dia menyebutkan pandangan orang yang meninggalkan solat secara sengaja tidak wajib qadha. Orang ramai mempertikaikannya kerana ia menyanggahi ijmak. Dia kemudian menghasilkan «Wasā^il at-Tarjīḥ al-Murtaḍō Li al-Qowl Bi Anna al-Fā^ita Amadan Lā Tuqḍō» untuk membuktikan sebaliknya.

Maḥmūd Saīd Mamdūḥ menyatakan bahawa Amad bin Muammad bin a-iddīq al-Ġumāriyy sangat dibenci oleh golongan pentaklid. [Rujuk https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=492624834485128&id=100012128473491].

Ini adalah benar kerana sesiapa sahaja yang membaca kalamnya tentang taklid sepertimana yang dikumpulkan oleh Abdullah bin Abdul Qōdir at-Talīdiyy dalam «Darr al-Ġomām ar-Roqīq Bi Rosā^il aš-Šayẖ as-Sayyid Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīq»ޱ pasti akan mendapati bahawa ia sangat berbisa dan aswajaean tidak sanggup menelannyaߨ apatah lagi mengungkapkannya sedemikian.

Adiknya; Abdullah al-Ġumāriyy menyatakan bahawa dalam muqaddimah «Awliyā^ Wa Karōmāt» bahawa apabila orang ramai mendengar kitabnya iniޱ pasti dia akan dituduh sebagai cenderung kepada wahabi! Ini kerana kandungan kitab ini menolak beberapa kisah karamah yang diada-adakan dari pelampau sufi dan melucutkan beberapa tokoh dari darjat kewalian yang diangkat sufi sebagai tokoh wali Allah dengan membentangkan hujahnya.

Bahkanߨ penolakan kewalian seseorang ini juga membawa perbalahan bersama beberapa orang sepertimana yang dia sendiri menceritakannya di dalamnya. Kita kadangkala tertanya-tanya mengapa perlu menyibukkan diri untuk menolak status kewalian seseorangߨ sedangkan cukup untuk kita menolak apa sahaja cerita karamah yang tidak sabit daripadanya. Namunߨ barangkali dia memiliki sebab yang besar sehingga dia berani untuk membentangkan ini kepada orang ramai.

Adiknya; Muḥammad az-Zamzamiyy juga mengambil peranan yang radikal untuk mengkritik sebahagian sufi yang jahil yang berleluasa di zamannya. Bagi sesiapa yang membaca «az-Zāwiyaẗ Wa Mā Fīhā Min al-Bida Wa al-Amāl al-Munkaroẗ» tanpa mengenali penulisnya pasti akan cepat berkata bahawa penulis ini adalah wahabi.

Keberaniannya dalam memberi pandangan sehingga mengkritik secara keras dengan banyak terhadap abang sulungnya; Aḥmad al-Ġumāriyy dan pengamalan yang biasa dalam kesufian dalam karya tersebutߨ bahkan sehingga dia juga ada pandangan yang kontroversi sehingga banyak dikritik oleh pelbagai orang yang rapat dengannyaߨ termasuk adik-beradiknya.

Contohnya adalah Abdullah al-Ġumāriyy menghasilkan «Juz^ Ismā aṣ-Ṣomm Li Iṯsbāt Taḥrīm al-Ibn Li al-Umm» untuk menyanggahnya yang menyuruh anak lelakinya memandikan jenazah ibunya. [Rujuk https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=229565224110489&id=100011710382387].

Sebegitu juga penghasilan Abdullah al-Ġumāriyy pada karya yang berjudul «Ilām an-Nabīh Bi Sabab Barō^a Ibrōhīm Min Abīh» setelah mendapat tahu bahawa az-Zamzamiyy menuduh ayahnya sebagai sesatߨ lalu dia berlepas diri daripada ayahnya dan alasannya adalah Ibrōhīm alayh as-Salām juga melakukan yang sama setelah nyata kesesatannya. Karya ini dihasilkan bagi menepis alasan ini. [Rujuk https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid0giVGx9TikVLcABvBJzF4Dc8NxY8beJzw7ndZznifKsU1LS3ZHNE9f4oTyPdd2C9Pl&id=100011710382387].

Muḥammad Ilyās al-Marrōkišiyy dalam «Abd al-ayy Ibn a-iddīq al-Ġumāriyy ߸ Al-Uṣūliyy an-Nāqid Wa al-Mujtahid al-Mujaddid» menyatakan bahawa Abdul ayy al-Ġumāriyy menghasilkan karya «ad-Dalā^il al-Qoiyya Alā al-Aẖṭō^ aš-Šanīa al-Wāqia Fī al-Qunbula a-arriya» atau «al-Fāḍiḥaẗ al-Maẖziyaẗ Li Ṣōḥib al-Qunbulaẗ aḏ-Ḏarriyyaẗ» untuk membantah karyanya yang berjudul «al-Qunbulaẗ aḏ-Ḏarriyyaẗ Alā al-H̱oṭīb Allaḏī Ya^muru an-Nās Bi alq al-Liyaẗ».

Al-Ḥusayn aš-Šubūkiyy dalam «Abdullah at-Talīdiyy ߸ Al-Allāma al-Murobbī Wa al-Muḥaddiṯ al-Aṯariyy» menyebutkan bahawa Abdullah bin Abdul Qōdir at-Talīdiyy yang pernah menjadi muridnya pernah menghasilkan «a-Ṣōrim al-Mubīd Li Mā Zaamahu al-Mubtadi al-Anīd Min a-olālāt Fī Šar Kalima at-Tawḥīd» untuk menyanggahnya yang telah menuduh kebanyakan muslim mensyirikkan Allah.

Abdul ayy al-Ġumāriyy juga antara yang lantang dalam menentang taklid. Boleh dikatakan seluruh kitabnya menyelitkan hentaman keras terhadap golongan ini walaupun tema asalnya adalah yang berkaitan dengan fiqh dan uṣūl fiqh.

Jika sesiapa yang menyangka pandangan saya kontroversi kerana menyanggahi pandangan yang terbanyak dari kalangan ulama serta bagi yang mengkagumi kerana saya dilihat hebat dalam membentangkan hujah yang mapan sedangkanߨ saya cumalah hamba yang hina dan bukan yang terbaik dan bersikap radikal dalam menegakkan penghujahanޱ bacalah kitab-kitab Abdul ayy al-Ġumāriyy. Pasti para pembaca akan mendapati bahawa dia jauh lebih gemilang dari sudut keilmuan serta jauh lebih radikal dalam mengkritik dan mempertahankan pandangannya.

Saya dengan keluarga ini tidaklah sebanding dan jauh ketinggalan ke belakang sama dari sudut ilmu dan amal. Akan tetapiߨ saya banyak ambil inspirasi dan menimba cetusan daripada mereka. Mereka ini tidak terlepas daripada kontroversi dan pergulatan di sekeliling merekaߨ tetapi mereka cekal untuk menzahirkan prinsip mereka dan tidak gelisah untuk menyelisihi sesiapa pun meskipun adik-beradiknya sendiri.

Mana-mana tokoh pejuangߨ khususnya yang membawa kepada reformasi dan menyelisihi penerimaan umum masyarakat setempat atau dunia demi menyuarakan kebenaran sememangnya terpalit dengan kontroversi kerana kenyataannya dan pandangan yang dipegang serta hala tuju manhajnya menjadi perdebatan orang ramai.

Bukan semua tokoh ilmuwan yang agung ini diiktiraf kedudukannya secara sepakat dan diterima tanpa perbalahan. Ada sebahagian mereka dipertikaikan kemampuan merekaߨ khususnya disebabkan mereka meniti langkah yang berbeza dari tokoh ikutan seseorang atau orang ramai.

Al-Muzaniyy menceritakan :

حضرت الشافعي وقيل له: إن فلاناً يقول: الشافعي ليس بفقيه. فضحك وأنشأ يقول:

إنِّي نشأتُ وحسّادي ذَوُو عددٍ # ربَّ المَعَارِج لا تُفْنِي لهم عدداً

Aku menghadiri majlis aš-Šāfiiyy. Dikatakan kepadanya: "Fulan berkata bahawa aš-Šāfiiyy bukan seorang faqih". Dia pun ketawa dan mula berkata :

"Sesungguhnya aku telah munculߨ sedangkan golongan hasad terhadapku adalah orang yang mempunyai bilangan # Boleh jadi tuhan tempat naik itu tidak mengistimewakan bilangan pada mereka". [Manāqib aš-Šāfiiyykarya al-Bayhaqiyyjilid 2m/s 74keluaran Maktabaẗ Dār at-Turōṯtahqiq as-Sayyid Amad oqr].

As-Suyūṭiyy juga dahulu pernah mengangkat dirinya sebagai mujtahid. Katanya :

وقد كملت عندي الآن آلات الاجتهاد بحمد الله تعالى؛ أقول ذلك تحدثًا بنعمة الله تعالى لا فخرًا؛ وأي شيء في الدنيا حتى يطلب تحصيلها بالفخر، وقد أزف الرحيل، وبدا الشيب، وذهب أطيب العمر! ولو شئت أن أكتب في كل مسألة مصنفًا بأقوالها وأدلتها النقلية والقياسية، ومداركها ونقوضها وأجوبتها، والموازنة بين اختلاف المذاهب فيها لقدرت على ذلك من فضل الله، لا بحولي ولا بقوتي، فلا حول ولا قوة إلا بالله، ما شاء الله، لا قوة إلا بالله.

"Telah sempurna pada sisiku sekarang alat-alat ijtihad dengan segala pujian kepada Allah Taālā. Aku berkata sedemikian kerana menceritakan nikmat Allahߨ bukan membongkak. Sesuatu yang manakah di dunia ini sehingga boleh dituntut perolehannya dengan bongkak? Namunߨ semakin cepat waktu keberangkatan, telah tumbuh uban dan telah berlalu sesedap-sedap umur. Kalau aku mahu untuk menuliskan karya pada setiap permasalahan dengan pendapat-pendapatnya, dalil-dalilnya yang naqli dan qiyasi, cerapan-cerapannya, pertentangannya dan jawapan-jawapannya, pertimbangan antara perselisihan mazhabޱ pasti aku mampu terhadap itu dengan kelebihan Allah. Bukan dengan upayaku dan bukan dengan kekuatanku. Tiada upaya dan kekuatan melainkan beserta Allah dalam keaadaan apa yang Allah kehendaki. Tiada kekuatan melainkan beserta Allah". [Ḥusn al-Muḥāḍoroẗ Fī Tārīẖ Miṣr Wa al-Qōhiroẗjilid 1m/s 339keluaran Dār Iyā^ al-Kutub al-Arobiyyatahqiq Muammad Abū al-Fal Ibrōhīm].

Adakah pengakuan as-Suyūṭiyy ini mendapat perhatian yang penuh sambutan atau sekurang-kurangnya diposisikan kepada selayaknya semasa hidupnya? Tidak sama sekali. Bahkanߨ ada yang mengingkarinya. Katanya :

شنع مشنع على دَعْوَى الِاجْتِهَاد بِأَنِّي أُرِيد أَن أعمل مذهبا خَامِسًا وَرُبمَا زادوا أَكثر من ذَلِك وَمثل هَذَا التشنيع إِنَّمَا يمشي على عقول الْعَوام وَمن جرى مجراهم

"Pencemuh mencemuh ke atas seruan ijtihad bahawa aku berkemahuan untuk mendirikan mazhab kelima. Kadangkalaܦ mereka menambah cemuhan yang lebih banyak daripada itu. Cemuhan seperti ini sebenarnya berlegar pada akal orang awam dan orang yang menjejaki haluannya". [Taqrīr al-Istinād Fī Tafsīr al-Ijtihādm/s 69keluaran Dār ad-Dawatahqiq Fu^ād Abdul Munim Amad].

Malahߨ dalam muqaddimah karya «Ṣown al-Manṭiq Wa al-Kalaṃ An Fann al-Maniq Wa al-Kalām» dia menyatakan bahawa dia sendiri dicurigai martabat mujtahidnya hanya kerana disangka tidak menguasai ilmu mantiqߨ padahal dia dalam bidang tersebut telah mencapai kedudukan yang setara dengan tokoh-tokohnya kecuali gurunya; Muḥyiddīn al-Kāfījiyy.

Sekarang ini sememangnya terbukti bahawa as-Suyūṭiyy sememangnya layak merangkul kedudukan mujtahid melalui pengamatan karya peninggalannya yang mencecah lebih empat ratus judul yang pelbagai. Kalaulah para pencemuh itu masih hidupޱ pasti mereka juga akan menyesali apa yang telah lemparkan terhadapnya.

Walaupun kesemua mereka tidak dihargai pada masa hidupnya dan mereka menjadi seakan-akan buangan sepanjang hayatnyaޱ adakalanya Allah menzahirkan kemuliaan mereka setelah kewafatan mereka melalui khazanah peninggalannya.

Akhir hayat Muḥammad bin Ismāīl al-Buẖōriyy menjadi orang buangan kerana difitnah dalam isu kemakhlukan Quran. Waktu ituܦ dia mungkin tidak merasa dihormati dan menjadi orang yang disisih kecuali sedikit dari kalangan yang setia kepadanya. Namunߨ setelah pemergiannyaܦ mahakaryanya; «al-Jāmi a-oḥīḥ al-Musnad al-Mutaor Min Umūr Rosūlillah ollallāhu Alayhi Wasallam Wa Sunanih Wa Ayyāmih» diangkat menjadi yang paling sahih setelah Quran. Karyanya yang lain juga menjadi rujukan terpenting dalam bidang keilmuan Islam.

Saya juga berharap bahawa sekalipun saya tidak dihargai pada masa kehidupan saya dan dirintangi dengan pelbagai pancaroba kerana tekanan sekelilingޱ saya berharap apa yang telah saya berikan khidmat untuk agama ini adalah termasuk yang dirahmati Allah serta dilindungi dari sebarang yang merosakkan ketulusan saya, kejahatan diri saya dan amalan yang membatalkan pahalanya.

Apa-apa sahaja yang saya lakukan semuanya untuk diri saya sendiri dan penzahiran untuk Allah bahawa saya mengusahakan sesuatu yang murni walaupun kecil. Sekalipun orang lain enggan, tidak berpuas hati dan menentangޱ saya telah menjalankan khidmat saya. Selebihnya ialah apa-apa yang dipikul dan dipegang tanggungjawab itu oleh orang lain.

Jika dia menolaknya atas dasar pengingkaran secara kebodohanޱ maka celakalah untuk dia dan semoga Allah membenamkannya ke dalam kesulitan yang keras sepertimana keras kepalanya. Jika dia menolaknya atas dasar pandangan tersebut memiliki ijtihad yang berbezaߨ lalu terbukti ia juga adalah muktabar serta memiliki merit yang mapanޱ maka semoga Allah memberikannya dua pahala.

Jika dia menolaknya atas dasar pandangan saya adalah salah dan dia adalah benarߨ maka semoga Allah melimpahkan kebaikan untuknya, semoga Allah mengampunkan saya atas kekurangan dan ketempangan saya dan semoga Allah menghindarkan orang ramai agar tidak terikut kesalahan saya.

Dalam apa-apa perkara pun saya cuba mengelakkan dari perkara yang tidak ada hujah terhadapnya. Saya sekali-kali tidak akan membiarkan keputusan saya disebabkan sesuatu yang saya tidak suka menjadikan saya menolaknya dan sesuatu yang saya suka menjadikan saya menerimanya dengan semudah itu.

Tidaklah saya akan tinggalkan penulisan-penulisan ilmiah melainkan di situ tertegaknya argumentasi yang kritis. Jika ada yang berhubungan dengan borak dan komunikasi santaiޱ saya cuba untuk elakkan terlalu kosong dalam pengisiannya. Saya tidak mahu dihampakan oleh kontribusi-kontribusi yang tidak mempunyai daya saing ilmu dan entusiastik terhadap pengetahuan. Biarlah apa-apa yang disisakan itu merupakan sesuatu yang berguna untuk kajian ilmiah.

Sememangnya personaliti INTP adalah bentuk diri saya. Entah mengapa saya tidak begitu lemah untuk berborak kosong dan kaku untuk meneruskannya dengan panjangߨ tetapi minat kepada yang menimbulkan kecendekiaan adalah sangat membara. Allah sahaja yang lebih tahu dan saya bersyukur untuk ini.

Sesunguhnya saya sangat berharap walaupun ada perkara yang mungkin kita bersengketa dalam beberapa perkaraߨ namun saya harap kita ada sepakat untuk sesuatu yang mustahak dan lebih prioriti. Saya telah membentangkan penulisan tentang «Kebenaran Kerasulan Muḥammad Bin Abdullah Dan Keagungan Mukjizatnya» sebagai hadiah kepada seluruh muslim tentang kebenaran yang sejati pada perutusan Allah dan kemukjizatan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam.

Saya pasti kita semua saling menguatkan antara satu sama lain kerana ini tonggak utama dalam pegangan kita sebagai umat Islam. Penulisan ini boleh menjadikan sebab kenapa seseorang itu perlu yakin sebab agama Islam adalah agama yang benar.

Saya juga telah menulis «Antara Sumber Rujukan Taᶜdil Dan Tajrih Perawi» yang mengumpulkan koleksi-koleksi rujukan qaul nuqqad pada seseorang perawi. Ini merupakan hadiah ulung saya kepada sahabat-sahabatߨ khususnya penuntut ilmu hadis kerana ini merupakan penyenaraian yang terlengkap yang julung kalinya bagi mengenal pasti sumber yang menjadi rujukan yang lazim. Walaupun mungkin ada beberapa perkara yang kita berselisih dalam urusan komentar terhadap rujukan ituޱ namun penyenaraian itu membantu para penuntut ilmu hadis dalam melangkah ke bidang tersebut.

Begitu juga penulisan «Penjelasan Tuntas Dalam Menyelesaikan Masalah Kebebasan Ikhtiar Manusia Dan Skop Liputan Perbuatan Allah» yang merupakan penulisan terbaik dalam menjelaskan masalah kekeliruan di antara kebebasan kehendak manusia dan kekuasaan mutlak Allah. Penulisan ini juga pernah dipuji oleh rakan ilmuwan yang lain sebagai suatu penjelasan yang mantap dan terbaik. Saya bersyukur dapat mempersembahkan suatu hadiah yang bermakna untuk umat.

Demikian juga penulisan yang berjudul «Intisari Penting Dalam Ilmu Takhrij Hadis Dan Ilal al-adīṯ» yang merupakan penulisan tentang pendedahan dan gambaran asas untuk memahami takhrij hadis dan ilmu ilal al-adīṯ dengan penjelasan yang harap mudah untuk difahami dan seterusnya mudah untuk melangkah jauh.

Ini merupakan penulisan yang saya kira julung kalinya dan asas yang komprehensif dalam berbahasa Melayu yang bertulis dalam konteks Malaysia. Saya berharap semua usaha ini memperoleh manfaat untuk setiap umat dan seterusnya mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah Azza Wajalla.

Demikian juga penulisan yang berjudul «Penajaman Deria Dalam Mengenali Sifat Yang Maha Mulia» yang merupakan penjelasan komprehensif dan sarat dengan penghujahan dengan metod ahli kalam. Walaupun saya berteraskan ḥanbalianޱ namun penulisan ini juga adalah terima kasih kepada ašᶜarian kerana warisannya telah melonggokkan kebaikan yang besar sehingga saya mampu mencurahkan idea yang banyak dalam judul ini.

Penulisan ini tidak terhad dalam mendepani sesama aliran dalam penghujahan secara aqliߨ bahkan dalam menggagalkan syubhat yang asing yang cuba membawa penyakit kepada fikiran umat Islam. Saya berharap ini adalah penulisan dengan pendekatan yang segar untuk menghadapi cabaran pada era kini.

Begitu juga penulisan yang lain sama ada sebahagiannya boleh dimanfaatkan untuk setiap umat seperti beberapa penulisan saya dalam menyanggah orientalis, antisunnah, liberal, batiniah dan musuh Islam. Saya berharap semua ini dapat merapatkan jurang kita agar kita dapat menumpukan rintangan yang kita hadapi bersama dan mengurangkan sedikit pergeseran setelah cakna dengan penulisan yang tidaklah seberapa dalam memberi khidmat untuk pemahaman masyarakat.

Begitu juga sebahagian penulisan yang terpulang pada sudut pandang masing-masing untuk dimanfaatkan. Jika salafiޱ maka penulisan saya yang menyebelahi mereka mungkin dimanfaatkan. Jika ašᶜarianޱ maka penulisan saya yang memihak mereka mungkin . Begitulah seterusnya.

Kalau hanya seorang sahaja yang datang kepada saya untuk mendapatkan khidmat ilmu daripada sayaޱ saya tetap akan membantu dan cuba menyampaikan yang terbaik untuknya sekalipun penulisan saya tidak begitu dipedulikan olehnya. Kalau dalam hidup ini hanya seorang yang datang sekadar untuk tanya satu soalanޱ saya berharap jawapan saya bermanfaat untuknya walaupun itu yang pertama dan terakhir. Itu sudah memadai untuk saya.

Jika tiada siapa pun yang ingin mengambil manfaat daripada saya dan peninggalan saya tidak sampai kepada sesiapa pun sekalipun setelah berlalu ratusan tahunޱ maka apa yang saya lakukan adalah untuk kepuasan diri saya, khidmat saya kepada ilmu walaupun diri sendiri dan seterusnya untuk Allah semata-mata yang menjadi puncak pencarian dan hujung segala perjalanan.

Kita boleh bersepakat dalam perkara ini dan hal ini kita perlu canangkan, kembangkan dan kukuhkan. Tidaklah saya menghasilkan penulisan yang sebahagiannya diterima umum sebagai helah agar ada alasan seseorang boleh mendekati saya dan menganggap perbezaan saya ini mungkin sekadar kecil dan tidak signifikan. Jikalau perlu sebegituޱ sudah lama saya tidak mengutarakan opini yang kontroversi demi menjaga keselesaan orang lain.

Akan tetapiߨ tidak! Saya hanya berbuat apa-apa yang benar lagi sejahtera tanpa bergantung dan berteras kepada sesiapa dalam membina kehujahan dan berpendapat. Jika ia adalah benar dengan berpihak pada majoritiޱ maka itulah yang perlu diutarakan dan dipertahankan. Jika ia adalah minoriti yang mana kalau keluarga al-Ġumāriyy tidak sepatutnya diam untuk suatu pandangan yang dia menjangkakan akan mencetuskan bahang kontroversiޱ maka saya juga berpijak di atas jalan yang sama.

Takdir telah menghubungkan kita semua dengan kebenaran yang kita sepakat bersama dan hal itu merupakan sesuatu yang sangat penting untuk diperbesarkan berbanding kontroversi yang mendatang. Sekurang-kurangnya ini diharapkan agar mampu melonggarkan sesuatu yang kita sengketa terhadapnya. Dengan kata lain semoga kesepakatan ini menampung kekurangan pada perbuatan kita dalam perbalahan terhadapnya.

Adapun perkara-perkara kontroversi ituޱ kita boleh berbincang secara ilmiah, berdialog secara harmoni dan sentiasa di atas landasan kematangan intelektual dan budi pekerti. Kita semua sentiasa mengharapkan budaya ilmu yang sihat sentiasa makmur dan imarah di setiap arena, gelanggang dan medan.

Kita tidak mahu menggagalkan matlamat ini dengan saling mencerca, saling mengejek, saling menghina, saling mencela, saling memaki dan saling menyakiti. Semua ini tidak mampu direalisasikan melainkan kita benar-benar sejahtera jiwa dan minda kita untuk berinteraksi perbezaan perspektif. Firman Allah Taālā :

وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۚ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ ﴿٣٤﴾ وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ ﴿٣٥

"Tolaklah dengan cara yang terbaik. Laluߨ tiba-tiba permusuhan yang ada di antara kamu dengannya seolah-olah dia ialah teman yang rapat. Tidaklah ia dicapai kecuali yang sabar dan tidaklah juga ia dicapai melainkan yang mempunyai nasib baik yang besar". [Surah Fuṣṣilat ayat 3536].

Jika menolak keburukan pun kita disarankan untuk melakukan cara yang terbaik sehingga permusuhan kita seolah-olah menjadi penolakan antara sesama sahabat yang rapatޱ bagaimana mungkin sesuatu yang mungkin kita samar atau yang boleh ditoleransi pula kita melakukan semakin jauh untuk tampak wujudnya unsur keharmonian? 

Untuk mengetahui wacana dalam interaksi bersama lawan aliran, fikrah atau ideologi secara lanjut dipersilakan untuk membaca penulisan saya yang berjudul «Diari Diri ߸ Persahabatan Yang Erat Bersama Musuh Aliran».

Apapunߨ jika perjuangan kita sebagai mujaddidޱ kita berharap agar kita dikenang sebagai orang yang baik kerana kita mahu apa-apa yang ditinggalkan merupakan sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain. Antara doa Ibrōhīm alayh as-Salām ialah :

رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ ﴿٨٣﴾ وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ ﴿٨٤﴾ وَاجْعَلْنِي مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ ﴿٨٥

"Wahai Tuhanku! Limpahkanlah hikmah kepadaku dan hubungkanlah aku dengan orang yang soleh. Jadikanlah aku suatu sebutan yang baik pada yang terkemudian. Jadikan aku dari termasuk dari mempusakai syurga penuh kenikmatan". [Surah aš-Šuarō^ayat 8385].

Sebutan yang baik adalah kerana kita tinggalkan sesuatu yang bermanfaatߨ lalu orang pun menyebut-nyebut nama kita sebagai ucapan terima kasih dan kesyukuran dalam menyumbangkan kebajikan kepada ilmu.

Jika ada sesuatu yang kontroversiޱ itu mungkin suatu reaksi terkejut kerana melangkaui persepsi dan perspektif kitaߨ namun itu bukanlah bermakna hal tersebut sesuatu yang salah. Kalau kita sememangnya berada di situasi yang sama mengharapkan agar orang lain berinteraksi dengan harmoniޱ bagaimana pula kita yang mendakwa mengasihi sesama saudara tidak mengharapkan apa-apa yang kita harapkan terhadap diri sendiri?

Jikalau hal itu sememangnya benar-benar salahޱ semoga Allah memaafkan kita semua dan semoga ada pahala atas usaha demi kebaikan. Jika kita sendiri mahukan keampunan daripada Allah atas kesilapan kitaޱ kemudian bagaimana mungkin kita yang mendakwa mengasihi sesama saudara tidak memahukan sepertimana yang kita mahukan atas diri kita sendiri?

Kita sendiri pun tidak tahu bagaimana nasib kita di akhirat. Makaߨ sama-samalah kita menjaga sentiasa persepsi dan perbuatan kita dalam berinteraksi dengan perbezaan pendapat agar kita tidak tergelincir ke lembah dosa.

Jika tiada orang mengenang punޱ sekurang-kurangnya kita berharap agar kita mati dalam keadaan iman dan redha Allah itu sebagai tuhannya, Islam itu sebagai agamanya dan Muḥammad ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam itu sebagai rasul-Nya. Inilah yang paling penting dalam perjuangan kehidupan dan puncak pencapaian kita di hujung hayat.

Kalaulah saya ada terlajak dalam perbuatan saya sepanjang berinteraksi perbezaan pendapatޱ saya memohon maaf atas segala-galanya. Saya harap itu bukan menjadi sebab untuk seseorang pun terlajak dalam interaksinya.

Jika akhlak saya burukޱ maka janganlah akhlak kalian buruk. Biarlah saya seorang sahaja yang buruk. Semoga keburukan saya bukan penyebab seseorang menjadi buruk. Semoga juga Allah perbaiki kita semua dan melindungi dari segala perbuatan jahat yang menderitakan kita.

Dalam masa yang sama juga saya juga mungkin akan dikenang sebagai erotikawan. Untuk ini dipersilakan untuk membaca penulisan saya yang berjudul «Diari Diri ߸ Jika Ada Ideologi Yang Boleh Saya Nisbahkan Kepada Diri Saya» dan «Diari Diri ߸ Mengapa Saya Menampilkan Erotisisme Di Ruangan Maya?». Kedua-duanya menampilkan justifikasi saya mengapa saya menjadi sang erotikawan dan membawa erotisisme.

Apabila sudah jelas tentang bagaimana erotisisme yang saya bawa dan justifikasi saya untuk membawa erotisisme dalam dakwaޱ mungkin ada yang tertanya tentang jika diketepikan dari sudut ideologi dan pendekatanޱ dari sudut peribadi pula mengapa saya memilih sebagai erotikawan.

Jawapan mudahnya adalah itulah yang berpadanan dengan peribadi saya dan saya lebih suka untuk kasual. Saya sebenarnya tidak menggemari gaya hidup kerahiban dan puritan sama ada secara peribadi ataupun dalam kempen yang saya bawa kepada masyarakat sepertimana para pembaca boleh lihat dalam pelbagai penulisan saya atau sepertimana yang telah maklum bagi mereka yang mengenali saya.

Saya lebih suka hidup secara kasual tanpa perlu mewujudkan kasta antara orang agama dengan selainnya dan dalam masa yang sama matang untuk bersikap serius pada tempatnya. Maksudnya adalah ada masaܦ seseorang itu boleh bersantai tanpa perlu merasa ketat terhadap orang lain atau situasi dan ada masaܦ seseorang perlu mengambil serius tentangnya.

Dalam perbincangan agama para pembaca boleh lihat bagaimana seriusnya saya membahaskan, mewacanakan dan membincangkannya secara objektif, berasaskan dalil dan analisa secara ilmiah. Saya akan cuba sedaya upaya berhadapan, bernada dan berinteraksi sepertimana seorang ahli ilmu meskipun saya adalah orang yang hina dalam kalangan mereka.

Akan tetapiߨ dalam urusan sosial, pergaulan atau hobi saya sepertimana orang biasa untuk berkongsi hiburan, jenaka, minat dan celoteh tanpa perlu mewujudkan jurang kepaderian antara saya dengan orang lain. 

Tidak ada masalah jika sudut seksualiti ada dan dikenali pada peribadi seseorang memandangkan Yaḥyā bin Akṯam, Aliyy bin amza al-Kisā^iyy dan Ibn al-Anmāṭiyy yang diperakui kesarjanaannya dan diagunkan kedudukannya juga dikenali dengan homoseksual.

Saya telah membela mereka daripada dipersalahkan sama ada ketika bercerita tentang sejarah ataupun perbahasan fiqh dalam penulisan saya yang berjudul «Analisis Pendalilan Dalam Pengharaman Liwat»ߨ terutamanya apabila mereka disebutkan bahawa mereka terjebak ke kancah skandal yang haram. Setelah saya membuktikan sebaliknyaܦ tidak ada salah pun walaupun dari kalangan ulama yang menyukai homoseksual.

Mungkin ada yang kehairanan tentang kasualiti sebegini atau sikap frivoliti dari seorang ulama yang diperakui kedudukannya. Kita boleh lihat bagaimana Wakī bin al-Jarrōḥ yang merupakan seorang yang warak dan kuat ibadahnya menyukai peminuman nabiz; minuman yang kontroversi yang seolah-olah membenarkannya sama seperti membenarkan konsumsi pornografi. Yaḥyā bin Akṯam berkata dalam menyifatkan Wakī bin al-Jarrōḥ :

صَحِبْتُ وَكِيْعاً فِي الحَضَرِ وَالسَّفَرِ، وَكَانَ يَصُوْمُ الدَّهْرَ، وَيَخْتِمُ القُرْآنَ كُلَّ لَيْلَةٍ.

"Aku mendampingi Wakī pada pemenetapan dan perantauan. Dahulu dia selalu berpuasa setahun dan mengkhatamkan al-Quran setiap malam". [Siyar Alām an-Nubalā^karya a-ahabiyyjilid 9m/s 142keluaran Mu^assasah ar-Risāla].

Aḏ-Ḏahabiyy mengulas dengan berkata : 

هَذِهِ عِبَادَةٌ يُخضَعُ لَهَا، وَلَكِنَّهَا مِنْ مِثْلِ إِمَامٍ مِنَ الأَئِمَّةِ الأَثَرِيَّةِ مَفضُولَةٌ، فَقَدْ صَحَّ نَهْيُه - عَلَيْهِ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ - عَنْ صَومِ الدَّهْرِ، وَصَحَّ أَنَّهُ نَهَى أَنْ يُقْرَأَ القُرْآنُ فِي أَقَلَّ مِنْ ثَلاَثٍ، وَالدِّيْنُ يُسْرٌ، وَمُتَابَعَةُ السُّنَّةِ أَوْلَى، فَرَضِيَ اللهُ عَنْ وَكِيْعٍ، وَأَيْنَ مِثْلُ وَكِيْعٍ؟! وَمَعَ هَذَا فَكَانَ مُلاَزِماً لِشُرْبِ نَبِيذِ الكُوْفَةِ الَّذِي يُسكِرُ الإِكثَارُ مِنْهُ، فَكَانَ مُتَأَوِّلاً فِي شُرْبِهِ، وَلَوْ تَرَكَهُ تَوَرُّعاً، لَكَانَ أَوْلَى بِهِ، فَإِنَّ مَنْ تَوَقَّى الشُّبَهَاتِ، فَقَدِ اسْتَبرَأَ لِدِيْنِه وَعِرْضِهِ

"Ini adalah ibadah yang ditundukkan untuknya. Akan tetapiߨ ia dari semisal imam daripada para imam-imam yang atsarian yang dihormati. Telah sahih penegahannya alayh a-olāh as-Salām daripada berpuasa setahun. Telah juga sahih penegahannya daripada membaca Quran pada kurang daripada tiga hari. Agama itu mudah. Mengikuti sunnah adalah lebih utama. Semoga Allah meredhai Wakī. Di mana lagi semisal Wakī? Meskipun iniޱ dia selalu meminum nabiz Kufah yang banyaknya akan memabukkan kerananya. Dia diberikan takwil pada peminumannya. Kalaulah dia meninggalkannya kerana bersikap warakޱ pasti itu lebih utama dengannya. Sesungguhnya orang yang berjaga-jaga dengan syubhatޱ maka dia telah mengeksonerat agamanya dan psikinya". [Siyar Alām an-Nubalā^jilid 9m/s 143keluaran Mu^assasah ar-Risālah].

Mengapa seorang yang hebat seperti Wakī menyukai peminuman nabiz? Jawapan mudahnya adalah itulah sisi kasualiti bagi seorang manusia serta aspek voluptuari yang diperakui dan diraikan. Tidak semua orang akan serius sepanjang masa. Adakalanya sememangnya kesenangan dan kesedapan adalah sesuatu yang dicari dan dinikmati.

Kalau Wakī mencicipi kenikmatan daripada nabiz serta Yayā bin Akam dan selainnya mendapatkan hiburan dengan aktiviti homoseksualޱ saya pula pada erotisisme. Saya tidak ada masalah untuk dikenali sebegini dan saya tidak merasakan ia adalah salah sepertimana Wakī tidak merasa salah untuk mengambil nabiz dan Yayā bin Akam tidak berpandangan homoseksual adalah kesalahan meskipun saya adalah hina jika ingin dibandingkan mereka. Yang lebih penting adalah ia dapat memberikan kesecocokan pada keperibadian saya sepertimana Wakī pada nabiz dan Yayā bin Akam pada homoseksual kendatipun saya adalah debu kosong apabila disebutkan nama saya bersama mereka.

Saya teringat ada seseorang menghadapi tekanan apabila ceramahnya tidak dibenarkan untuk berjenaka dan perlu serius sepanjang masa yang mana ia sama sekali tidak merefleksi pada personaliti dirinya. Jika dia melakukan sedemikianޱ pasti gurunya atau rakan sekelilingnya mengecamnya atau tidak memberikan hak yang sewajarnya pada penghormatan.

Pada saya mengapa perlu menghalang orang untuk mempraktikkan apa yang menjadi sebati dalam peribadinya? Kalau baginya berjenaka adalah penyampaian yang sesuai untuk audiennya dan pengajarannyaޱ apa salahnya jika dia menyerlahkan bakatnya dan mengekalkan gayanya?

Perkara yang mendukacitakan dalam hidup ini adalah seseorang tidak boleh menjadi diri sendiri yang autentik, sejati dan transparen disebabkan bimbang tindak balas orang lain. Adakalanya banyak perkara yang harus untuk dilakukan dikecam daripada pengamalannya atas alasan ia merobek maruah seseorang, tidak disukai tradisi tertentu, para syeikh sekeliling tidak memandangnya baik dan itu sesuatu yang sia-sia dilakukanߨ lebih-lebih lagi seseorang yang berpengkhususan dalam bidang agama.

Adakah Wakī tidak tahu meminum nabiz yang walaupun ia tidak haram di sisinya adalah lebih baik ditinggalkanߨ lebih-lebih lagi dia dikenali dengan sikap waraknya? Mengapa dia tetap mengkonsumsinya meskipun orang lain akan mengecamnya dan menzahirkan rasa kecewa terhadapnya?

Orang yang hidup untuk kepuasan orang lain sememangnya tidak akan mengerti. Orang yang bermindakan kerahiban dan kepaderian sememangnya tiada garapan tentang realiti ini. Atas sebab itulah lebih baik kita menjadi apa yang sesuai untuk diri kita selagimana ia bukan yang haram. Abaikanlah lidah-lidah pencela dan jadilah yang autentik bagi diri kita.

Kalau merasakan berjenaka adalah yang paling sesuai dalam kaedah pengajarannya tanpa perlu membeban-bebankan diri dan itulah yang autentik dalam personaliti dirinyaޱ maka teruskanlah selagimana ia adalah penyampaian yang berfaedah. Kalaulah meminum nabiz bagi mereka yang tidak memandangnya ia adalah haram merupakan suatu yang memberikan kesentosaan pada keperibadian diriޱ maka sebulah nama Allah dan minumlah.

Oleh ituߨ saya tidak ada masalah jika saya dikenangi sebagai mujaddid mudah-mudahan Allah memperkenankan impian saya yang erotisisme. Sepertimana yang telah saya sebutkan bahawa apa yang saya lakukan adalah untuk kepuasan diri sayaߨ seterusnya untuk keredhaan-Nya semata-mata. 

Saya tidak peduli jika sejarah ingin mencalitkan penyebutan saya dengan kenistaan sepertimana yang dibuat pada Wakī, Yayā bin Akam dan lain-lain meskipun saya tidaklah sebanding dengan mereka semua dan jauh lebih rendah daripada mereka. Yang penting adalah saya menyampaikan yang mudah-mudahan sepertimana yang sepatutnya dan saya beramal dengan apa yang menjadi personaliti diri saya yang memberikan kedamaian dalam hidup saya. Hidup saya adalah untuk Allah dan kepuasan diri sayaߨ bukan untuk dogma sekeliling.

No comments:

Post a Comment