Sunday, February 9, 2020

Diari Diri : Antara Kelunakan Dan Kebengisan Saya

Ada masaܦ saya perlu memberikan ruangan yang luas, selesa dan ditoleransi. Ada masaܦ saya akan bersikap tegas dan kadangkala mungkin tampak bengis dan kejam. Mengapa perlu saya nyatakan ini walaupun ini maklum untuk semua orang akan ada dua perkara yang kontra dalam isu yang berbeza-beza? Ia ada kaitan dengan penulisan ilmiah saya yang lain. Ia adalah keperluan untuk saya untuk tegaskan pendirian saya yang sebenar-benarnya kepada setiap pembaca di sini.

Sebelum saya tegaskan isunyaܦ mari kita lihat terlebih dahulu cita-cita, impian dan hasrat saya apabila saya memegang tampuk pemerintahan dan itu pun jika saya mampu atau ada orang lain akan membantu dalam merealisasikan apa yang saya dambakan supaya para pembaca tahu di mana landasan perjuangan saya, apa visi saya dalam membentuk sebuah masyarakat, negara dan orde serta di mana bahagian saya agak berlembut dan di mana bahagian saya sangat keras.

Cadangan tentang visi dan pembangunan masa hadapan ini adalah refleksi pemikiran seseorang dalam membentuk sebuah masyarakat dan negara, tanggapan alamnya tentang kedua-duanya serta sejauh mana kecelikan dalam isu yang berkaitan dengan kedua-duanya. Adakalanyaܦ seseorang mampu berhujah secara bernas dan menyerlah dalam perdebatanߨ tetapi dengan menjengah bagaimana impian pada masa hadapan ia memperlihatkan peribadi tulennya, orientasi perjuangan dalam hidupnya dan gerak kerjanya dalam memandu masyarakat.

Sebahagian orang berceramah sana siniߨ tetapi impian sebenarnya hanyalah sekadar untuk memenuhi poketnya, menstabilkan pendapatannya dan kekal dalam pengaruh masyarakat. Apa yang ingin dibawa kepada masyarakat adalah soal yang kedua atau seakan-akan boleh tidak dipedulikan jika perlu.

Mereka mungkin ada keinginan untuk menyedarkan masyarakat untuk kembali beragama dan sentiasa hidup dalam keberagamaanߨ namun keberagamaan yang sepertimana yang mereka inginkan? Inilah yang menjadi titik persoalan bagi setiap pewacanaan. Kita tidak akan berjuang tanpa berlanskapkan realiti di sekeliling kita dan membawa masyarakat tanpa hala tuju yang sekadar utopia sahaja.

Sebahagian orang mungkin sudah membaca beberapa idea dan penghujahan sayaߨ namun mereka mungkin tertanya-tanya apa yang saya impikan dalam masyarakat untuk direalisasikan. Sekalipun kita bukanlah bakal pemegang tampuk kepimpinan pada masa hadapanޱ kita sekurang-kurangnya bukan hanya bersembang atau berbahas semata-mata tanpa meninjau realiti, keadaan semasa dan arus perjalanan masyarakatߨ tetapi kita juga ada sesuatu yang ingin diharapkan terjadi dan terlaksana.

Apa yang saya cadangkan ini mungkin tidak seberapa dan sebahagiannya mungkin agak remeh. Namun
ߨ walau bagaimanapunߨ saya bukan membentangkan kesemua ini atas dasar pemikiran kosongߨ tetapi ia dari pemerhatian dan analisis saya untuk pelbagai isu, pembacaan dari pelbagai sumber dan pelbagai asas yang lain. Apa yang saya nyatakan di sini mungkin akan bertambah atau saya tarik balik mengikut perkembangan ilmu yang saya perolehi. Kemungkinan penulisan ini akan berlakunya editan dari semasa ke semasa.

Inilah yang saya akan merealisasikannya

Menjayakan cita-cita buku «Panas, Rata Dan Sesak» karya Thomas L Friedman bagi mewujudkan dunia yang beriklim stabil, penggunaan tenaga bersih secara global, pemuliharaan biodiversiti, pengurangan pencemaran serta memberikan hak kependudukan dan penempatan untuk memperoleh akses tenaga bersih, maklumat bersih dan lain-lain.

Ini perkara yang paling penting dalam jaminan kebahagiaan dan keselamatan manusia sejagat supaya kehidupan mereka tidak digugat oleh kesan buruk yang ganas akibat penyelewengan dan kerosakan yang berlaku pada alam.

Memotong jumlah pendapatan secara drastik bagi mereka yang terlibat dengan dunia hiburan seperti penyanyi, pemain muzik, pelakon, atlet dan lain-lain. Hasil pemotongan akan diagihkan kepada ahli akademik dan kajian santifik serta kepada pendidikan.

Hal ini saya tidak melihat mereka ini melainkan sekadar objek sorakan, tepuk tangan dan hiburan. Mereka tidak ada apa-apa fungsi melainkan sekadar perehat dan relaksasi. Tidak lebh daripada itu. Memberikan suntikan yang lebih terhadap mereka menjadikan hiburan itu sebagai suatu kelalaian dan kehanyutan. Kecuali jika hiburan itu menerapkan unsur ilmiah dan falsafah atau sejarahޱ ia akan diberikan dana jika benar-benar diperlukannya.

Mengurangkan rancangan berbentuk hiburan yang tidak membawa apa-apa makna serta mempergiatkan wacana ilmu sama ada filem dokumentari, cerita sains fiksyen, cerita yang penuh falsafah lagi sejarah dan lain-lain bagi merealisasikan rakyat yang celik kepada pengetahuan dan sentiasa tercetus dengan kecendekiaan.

Kita mahu masyarakat sentiasa menjadi pemberi manfaat kepada manusia secara global yang mampu berdiri sendiri dan berdikari dari segenap aspek bagi memastikan dunia ini sentiasa padat dan meriah dengan kecintaan terhadap ilmu. Bukan menjadi mundur dan pandir yang tidak mempunyai apa-apa fungsi dan penggerak.

Liputan artis dalam akhbar dan berita yang tidak mempunyai apa-apa makna dikurangkan. Kemudian, digantikan dengan liputan para ahli akademik dan tokoh ilmuwan. Ini kerana mereka mempunyai jasa yang besar bagi dunia dalam eksplorasi ilmu dan pendiskoveran kefahaman yang memberi manfaat kepada perkembangan, pembangungan dan kemajuan kemanusiaan.

Mereka ini lebih patut dijadikan selebriti dan artis berbanding yang sekadar berlakon, influenser di dalam sosial, terlibat dalam nyanyian dan industri hiburan. Mereka lebih berhak untuk disanjung, dipuji dan dikenang sebagai wira yang berkhidmat untuk masyarakat dan dunia.

Jikalau para artis mahu mendapat liputanޱ saya akan menyuruh mereka untuk membuat amal kebajikan dan sumbanganޱ kemudian mereka boleh bolot populariti semahunya.

Mengenakan cukai terhadap influenser media sosial seperti Youtube, Instagram, TikTok, OnlyFans dan lain-lain melainkan mereka dari kalangan profesional atau saluran dari organisasi tertentu yang memfokuskan erudisi seperti dokumentari ilmiah, wacana dan lain-lain. Kita memfokuskan pemandaian umat dan mencelikkan masyarakat dengan ilmu dan pemikiran. Manakalaߨ yang bermisikan konten hiburan akan dihadkan dengan cukai.

Menetapkan hukuman potong tangan bagi pencuri yang dengan kadar yang adil kepada semua orang sama ada yang Islam dan bukan Islam jika berjaya dibuktikan kesalahan. Inilah satu-satunya hukuman yang paling adil dalam menghukum pencuri dan perompak. Lebih-lebih lagi ia melibatkan harta yang banyak dan melibatkan perkongsian bersamaߨ sudah tentu ini sangat melukakan kehilangan melainkan pengubatnya adalah menjadikan pelaku derita atas perbuatannya.

Gaji peguam bela dibayar kerajaan sepenuhnya. Namunߨ mana-mana peguam yang menang dalam kes mahkamahޱ maka dia akan dinaikkan gajinya yang lumayan dan mana-mana peguam yang kalah pada kes mahkamahޱ maka gajinya akan dipotong. Ini semata-mata mengelakkan peguam mengambil kesempatan untuk membela pihak yang salah demi mengaut keuntungan yang berlebihan. Bahkanߨ boleh dihukum penjara atau mati jikalau disabitkan kesalahan itu mengikut budi bicara hakim.

Mengharamkan rokok dan arak yang berbahaya. Namunߨ penyelidikan untuk menggantikan yang lebih baik atau program pemulihan akan dilakukan secara giat. Saya cuba tidak mengharamkan sesuatu melainkan saya memberikan alternatif untuk seseorang melepaskan desakannya agar mereka boleh salurkannya dengan cara yang lebih sihat, selamat dan menyeronokkan.

Kemudianߨ para perokok dan peminum arak akan disekat dalam pelbagai bentuk bantuan seperti zakat, insentif, elaun, kos perubatan dan lain-lain. Ini kerana mereka melakukan sesuatu yang membahayakan diri dengan sengaja.

Mengurangkan hukuman penjaraߨ tetapi akan digantikan dengan hukuman yang berbentuk seksaan yang tidak berlebihan supaya pesalah dididik agar tidak melakukannya lagi. Ia mungkin sangat sadisߨ tetapi lebih daripada menanggung kos pemenjaraan sangat tinggi dan pengurusannya rumit.

Makaߨ saya akan perluaskan hukuman yang mampu memberikan impak kesengsaraan bagi pesalah agar mereka merasa derita atas perlakuannya sesuai dengan kadar kesalahannya seperti tembak beberapa kali di bahagian kaki, belasah bertubi-tubi, pencacatan anggota dan lain-lain.

Tidak melarang mana-mana lelaki untuk berambut panjang dalam sektor pekerjaan selagimana kemas. Mana-mana majikan yang mengecam tanpa alasan munasabah boleh didakwa.

Saya sangat hairan ketidakadilan yang berlaku disebabkan perkara ini. Mengapa wanita boleh berambut panjang atau pendekߨ tetapi lelaki yang berambut panjang dianggap salah? Selagimana kedua-dua pihak kemas pada penampilannya, maka sepatutnya tidak ada masalah.

Memberikan subsidi kepada lampin wanita bagi yang kurang berkemampuan kerana ini merupakan keperluan asas bagi wanita. Bahkanߨ saya akan mewujudkan tabung dana untuk lampin perempuan supaya mereka yang memerlukan mendapat keperluan asas mereka.

Menghapuskan uniform pakaian sekolah. Sebenarnya, ini merupakan kos tanggungan yang membebankan rakyat. Dengan itu peraturan ini perlu dimansuhkan dan tidak patut dipakai. Saya juga cuba menggantikan buku teks yang nyata digantikan dengan sesuatu yang boleh dicetak secara fotokopi melalui fail PDF dan ia boleh diakses oleh semua lapisan.

Pelajar tahfiz diwajibkan untuk mempelajari bidang akademik, saintifik, profesional dan vokasional supaya mereka bukan sahaja menjadi agamawan yang sekadar berceramah di masjid dan fakulti agama sahajaߨ tetapi mereka mampu menjadi pengembang, penggerak, pemangkin dan penyumbang kepada masyarakat dalam kemahiran tambahan.

Tidak membenarkan para penglipur lara yang selalu menukilkan riwayat yang tidak sahih berceramah di masjid dan memberikan hukuman yang berat terhadap mereka. Agama ini diajar untuk bersikap transparensi, reliabiliti dan kredibiliti. Mereka yang selalu menukilkan suatu kenyataan tanpa bersandarkan sesuatu menyebabkan dia menghilangkan ketiga-tiga elemen yang penting agar riwayat itu disampaikan dengan cara yang benar.

Saya akan mewartakan dalam laman web rasmi kerajaan hadis-hadis yang terbukti palsu dan tidak ada sandaran yang mana pihak yang menyebarkan tanpa memberitahu kepalsuannya akan dikenakan hukuman serta memaparkan rekod mana-mana penceramah yang menyebarkan hadis palsu.

Melarang pembedahan plastik, pembesaran penis dan buah dada serta pembedahan selaput dara. Mana-mana yang didapati membuat pembedahan tersebut sekalipun di luar negara selagimana berwarganegara negara yang ditadbir akan disita hartanya dan diserahkan kepada pesakit kronik yang memerlukan bantuan pembedahan.

Memperhebatkan lagi waqaf bahan pendidikan. Saya kira kita perlu mengehadkan wakaf Quran kerana ini sudah banyak dan berlebih-lebihan hanya. Yang lebih manfaat adalah mewujudkan perpustakaan digital yang mempunyai akses yang percuma untuk setiap orang sepertimana Maktabah Syamilahߨ tetapi fokus untuk karya tempatan seperti buku, jurnal, artikel, keratan akhbar dan lain-lain.

Kebebasan agama diberikan dengan syarat bahawa mereka perlu hantar wakil untuk menjadi pendebat dalam debat kebangsaan atau ujian secara bersepadu yang melibatkan soal jawab secara kritis. Walaupun kita berikan kebebasan untuk bersuaraߨ namun kita mahu masyarakat mengikut atas dasar kebenaran dan hujahߨ bukan atas dasar sentimen, fanatik dan pengkultusan. Jika mana-mana aliran atau agama enggan hadiri debatߨ mereka berpotensi untuk diharamkan.

Memberikan kebebasan untuk membuat pilihan sama ada untuk mengambil subjek tersebut ataupun tidak dan menekankan subjek yang lebih praktikal. Misalnya adalah subjek Kemahiran Hidup. Saya akan menjadikannya ia mempunyai nilai praktikal seperti pengetahuan tentang komputer, komponen motor dan kereta, perpaipan, asas elektrik dan peralatan elektronik dan lain-lain. Jika ada bahagian lain seperti jahitan, pertukangan, pertanian, masakan dan lain-lainޱ maka ini adalah bahagian pilihan sahaja.

Mensekularkan secara separa sekolah kebangsaan. Maksud saya adalah sekolah kebangsaan yang mesra untuk semua kaum dan agama perlu ada satu nilai yang dikongsi bersama. Dalam melaksanakan hal ini saya hanya menjadikan mata pelajaran agama Islam sebagai subjek pilihan sahajaߨ bukan kewajipan.

Namunߨ para pelajar wajib untuk belajar subjek yang membentuk pemikiran yang kritis dan peribadi yang murni serta mesra setiap agama dan kaum. Misalnyaߨ pelajar akan diajarkan ilmu tentang falasi yang menyebabkan kesalahan pemikiran, ilmu penghujahan, metodologi kajian, isu-isu masyarakat yang berkenaan dengan budaya dan sikap, hubungan etnik, ilmu yang berkaitan dengan komunikasi dan lain-lain yang mana semua ini adalah subjek yang mesra kepada semua kaum dan agama.

Kemudian
ߨ praktik agama tidak dipaksakan untuk setiap orang di sekolah. Pihak sekolah perlu mendapat kebenaran daripada ibu bapa pelajar jika mahu menghadiri program keagamaan. Misalnyaߨ majlis bacaan Yasin atau majlis tahlil atau doa selamat. Bukan semua aliran dalam agama Islam menyertai program seperti ini seperti golongan salafi. Memaksa orang lain untuk beramal sepertimana yang seseorang memahukannya adalah kesalahan.

Melarang mendendangkan Quran dan zikir di pembesar suara masjid. Hanya azan sahaja dibenarkan. Dalam masa yang sama saya akan buat had kawalan untuk kadar kuat bunyi yang dibenarkan. Malahߨ pembacaan Quran dalam solat atau ceramah juga tidak boleh dikuatkan di pembesar suara di luar tanpa sebab munasabah.

Merobohkan binaan di kuburan di tanah waqaf atau yang dikongsikan bersama dengan orang ramai. Jika milik persendirian punޱ saya akan melakukan yang sama jika benar-benar tiada tanah yang cukup untuk pengebumian.

Mana-mana orang yang konsisten memperbaharui cukai jalan, lesen dan tiada kesalahan trafik secara tahunan atau tanpa ada apa-apa masalah boleh mendapat rebat atau hadiah bertuah seperti baucar buku, diskaun bil elektrik dan air atau lain-lain.

Itu adalah aspek yang umum. Untuk yang khusus dalam hal yang ehwal berkaitan dengan seks
ini apa yang saya ingin realisasikan

Memperluaskan waqaf patung seks kepada mereka yang tidak mampu berkahwin. Keperluan kemaluan ialah sama dengan keperluan mulut. Jika seseorang tidak mampu melunaskan keperluan kemaluanޱ ia seumpama orang yang tidak mampu melunaskan keperluan perut. Dengan itu sesiapa yang menwaqafkannyaޱ maka itu dikira jihad dan sesiapa yang memberi kontribusi dalam rekaan patung itu juga dianggap jihad.

Selain waqafߨ saya akan menetapkan kawalan harga bagi patung seks. Saya tidak akan membiarkan mana-mana pengeluar mengambil keuntungan berlebihan. Sebahagian cukai dan pendapatan negara akan diagihkan untuk keperluan pengurusan yang berkaitan dengan hal ehwal seksual seperti rawatan, psikologi dan lain-lain.

Mendirikan pondok seks atau pondok melancap sepertimana pondok telefon dan pondok gambar. Kadangkala syahwat tidak muncul hanya duduk di hadapan skrin digital dan dalam bilikߨ tetapi di luar pun berpotensi untuk berlakunya desakan seksual. Jika seseorang memerlukan tandas untuk berkumuhޱ maka seseorang pun memerlukan tempat untuk melempiaskan nafsunya. Makaߨ pondok ini sekaligus membantu tekanan seksual ketika berada di tempat keramaian. Malahߨ ini juga boleh menjadi ruang privasi untuk ibu yang ingin menyusukan anak secara tertutup.

Menghukum keras mana-mana orang yang mendiskriminasikan terhadap seks seseorang. Maksudnya adalah seseorang boleh dikenakan tindakan undang-undang jika seseorang mencemuh seseorang dalam hal berkenaan dengan seks. Misalnya adalah seseorang mengejek orang lain kerana dia seorang yang gay. Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada para pencemuh.

Ini juga terpakai untuk mereka yang mengejek perkahwinan poligami atau seseorang yang mengahwini dengan pasangan yang mempunyai jurang umur yang lebar.

Hukuman keras bagi pesalah laku seksual. Saya akan menjadikan hukuman yang sadis supaya seseorang tidak mengambil kesempatan untuk eksploitasi dan melampaui batas dalam urusan seksual setelah adanya keterbukaan dan keluasan dalam hal ini. Hukumannya adalah seperti gantung sampai mati di hadapan orang ramai, tembak sampai mati, pancung dan lain-lain.

Jika pesalah itu tidak melakukan hukuman yang menyebabkan dia matiޱ sekurang-kurangnya dia akan merasa kesakitan seperti kakinya ditembak beberapa das, disebat, dibelasah, tangan dipotong dan lain-lain. Yang penting pesalah itu merasa hukuman fizikal yang keras.

Mana-mana majlis perkahwinan yang diadakan secara mewah dan mahar yang mahal akan disita hartanya kemudian disumbangkan kepada mereka yang tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk melangsungkan perkahwinan. Saya tidak akan sesekali membiarkan seseorang merasai majlis perkahwinan yang gah yang berlebihan.

Bahkanߨ saya tidak akan membiarkan mana-mana gedung sewaan untuk pelamin yang menawarkan harga yang terlalu mahal. Mana-mana orang yang mengata buruk tentang perkahwinan yang jimat dan serba ringkas boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Bagi memastikan aktiviti seks yang sihat saya akan memandatorikan bagi golongan homoseksual untuk melakukan seks memakai kondom bagi mengelakkan jangkitan HIV dan penyakit lain. Bagi mereka yang didapati melanggar peraturan ini maka rawatan caj hospital akan dikenakan berlipat kali ganda sebagai hukuman. Keuntungan itu akan diagihkan kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk berkahwin dan lain-lain yang memerlukan.

Saya juga akan menyediakan pusat pelacuran yang sihat dan selamat di sisi Islam. Seseorang boleh melaksanakan seks mengikut keperluan yang dimahukan. Misalnyaߨ seseorang boleh memilih pakej untuk melakukan nyepong, paizuri dan seks secara anal. Jika mereka ingin melakukan penetrasiޱ para lelaki wajib memakai kondom atau ia akan dikira sebagai zina yang dikenakan hukuman had apabila disabitkan. 

Jika pelanggan menyalahi pakej yang dipilihޱ maka tindakan undang-undang yang berat akan dikenakan kerana dikira sebagai salah laku seks dan penzaliman terhadap perjanjian. Bahkanߨ para pelacur itu disemak kesihatannya dan dipantau gerak geri aktivitinya dari segi psikologinya dan kesihatannya supaya mereka bekerja dengan damai tanpa kemudaratan.

Ahli seksologi diberikan hak sepertimana doktor dan ahli psikologi. Mereka berhak mendapat dana untuk kajian mereka dan mereka tidak didiskriminasi. Mereka yang terlibat dalam kajian itu juga tidak dizalimi. Saya akan memastikan mereka memberi kontribusi yang besar untuk masyarakat terutamanya berkenaan dengan seks yang sihat, selamat dan seronok.

Seks dan berbogel secara terbuka hanya dibolehkan di tempat yang tertentu. Sebenarnyaܦ ini mengelakkan penyakitan pandangan kerana seks dan bogel secara terbuka dibiarkan sebegitu sahaja. Melainkan jika uruf di sesuatu masyarakat menganggap hal itu tidak ada masalahޱ maka ia tidak mengapa dan pertimbangan untuk mengubah peraturan akan dilakukan.

Malahߨ sebenarnya ini juga mengelakkan isu kebersihan dan kesihatan kerana peluh atau selepas perkumuhan. Untuk memastikan tidak merebaknya penyakit maka dikhususkan untuk tempat tertentu sahaja.

Penyusuan anak kecil secara penetekan boleh dilakukan di tempat umum dan mereka tidak dizalimi. Saya hairan wanita dizalimi kerana memberi nafkah kepada anak dan mereka bukan berperilaku sumbang mahram. Oleh itu, saya memberikan kebebasan yang luas untuk mereka.

Kemudian
ߨ saya melihat isu masalah populasi di Jepun yang semakin membimbangkan. Kadar kelahiran tahunan saban tahun semakin menurun dan ia di tahap krisis. Ini apa yang saya akan buat jika berlaku masalah yang sama di negara yang saya diami

Mengurangkan sebarang bentuk pornografi yang selain daripada versi heteroseksual. Sebaliknyaߨ menggalakkan pornografi heteroseksual bagi memperkukuhkan dan menguatkan syahwat dalam persetubuhan. Bahkanߨ setiap babak persetubuhan mestilah ejakulasinya ke dalam faraj sekurang-kurangnya sekali.

Memperbanyakkan filem romantik dan percintaan serta kekeluargaan untuk semua genre supaya memberi dorongan rakyat untuk berkahwin. Kita memprovokasi mereka dengan cara yang lebih lunak supaya mendesak mereka merasai nikmat percintaan dan romantik dalam perhubungan sesama pasangan heteroseksual.

Menetapkan undang-undang pada mana-mana pekerja yang enggan untuk berkahwin dan tidak mendapatkan anak tanpa alasan yang kukuhޱ maka dia dihukum seperti pemotongan gaji, penurunan jawatan, pemecatan dan lain-lain. Juga menetapkan had maksimum umur untuk diwajibkan perkahwinan ke atas mereka. Maknanyaܦ seks wajib untuk setiap orang tanpa berkecuali.

Mengurangkan masa kerja supaya mereka mempunyai masa untuk keluarga dan mengurangkan kadar stres akibat pertembungan hal pekerjaan dan keluarga. Jika ada majikan yang menekan lebihan masa kerja tanpa alasan munasabahޱ maka mereka boleh diambil tindakan undang-undang yang tegas.

Membuat peruntukan kewangan bagi mereka yang melangsungkan perkahwinan dan memiliki anak. Jika mereka mempunyai masalah kewanganޱ peruntukan wang akan disediakan untuk mereka. Antara yang boleh diberikan adalah kos perubatan kelahiran anak secara percuma.

Keperluan ini menyamai keperluan zakat. Keperluan berkahwin memenuhi keperluan kemaluan. Jika seseorang tidak dapat memenuhi keperluan kemaluanޱ maka dia sepertimana tidak dapat memenuhi keperluan mulut. Keperluan memiliki anak pula adalah kerana ia kebaikan yang ingin dihasilkan dalam mengatasi masalah yang dihadapi negara.

. Mana-mana bantuan selain perkahwinan akan dikurangkan atau disekat bagi mereka yang tidak berkahwin pada tempoh tertentu atau enggan untuk berkahwin. Aliran kewangan mereka akan diperhatikan. Jika mereka menipu dalam permohonanޱ maka mereka akan dikenakan tindakan undang-undang yang tegas.

Bagi wanita yang enggan untuk berkahwinޱ maka kerajaan boleh menggunakan kaedah inseminasi secara paksa supaya mereka mendapatkan anak serta kurung mereka agar tidak mengambil pil yang boleh menggugurkan kandungan jika kerajaan merasa perlu.

Mungkin ada yang cadang untuk merogol bagi yang enggan. Saya tidak setuju dengan pendekatan sebegini memandangkan kita ada kaedah yang lebih ringan kadar kekerasan. Melaksanakan sesuatu kemudaratan bagi mencapai maslahat yang besar hendaklah diukur kadarnya.

Perlu diingatkan bahawa undang-undang tegas yang saya maksudkan ialah undang-undang yang tidak begitu melibatkan pemenjaraan, tetapi penghukuman yang kelihatan sadis agar memprovokasi orang supaya tidak melakukan kesalahan tersebut sesuai dengan kadarnya seperti tembak beberapa kali di kaki, belasah bertubi-tubi dan lain-lain.


Cukup setakat ini. Saya pasti ada sebahagiannya sememangnya sukar atau mustahil untuk dilaksanakan dan direalisasikan. Sekalipun saya ada kuasa veto yang penuh dan secukupnya
ޱ tetapi untuk membawa perubahan kepada budaya dan orde sememangnya cabaran yang besar. Ia akan berhadapan dengan banyak penentanganߨ malah darah akan ditumpahkan semata-mata untuk menjayakan impian.

Apapun
ߨ bukan impian yang saya ingin realisasikan yang saya mahu bicara. Yang saya mahu fokus adalah supaya para pembaca kenal di mana dan apa bahagian yang saya tegas dan bahagian saya berikan ruangan serta bahagian yang saya kawal kadarnya. 

Saya memang ada berpendirian pada kelonggaran dan keselesaan yang luas dalam beberapa aspekߨ tetapi dalam masa yang sama ada bahagian saya tidak akan bertolak ansur dan akan menzahirkan kuku besi saya serta peka terhadap sempadan yang perlu diwaspadai. Di samping ituߨ para pembaca tahu apa yang menjadi orientasi dan nadi perjuangan saya dalam mengemudi masyarakat sekeliling.

Mereka yang ikuti penulisan saya tentu sudah maklum bagaimana pandangan saya tentang golongan homoseksual dan agalmatofilia. Sememangnya saya membela mereka dari diskriminasi dan diberi layanan buruk secara prejudis. Akan tetapiߨ bukan bermakna itu lesen untuk saya berikan kebebasan tanpa batasan.

Saya sama sekali tidak akan berpihak kepada kezaliman dan ketidakadilan meskipun golongan tersebut saya berikan naungan. Misalnya adalahjika ada pasangan gay yang tidak memakai kondom apabila melakukan hubungan seksޱ saya sama sekali tidak akan membela mereka jika ditimpa penyakit. Bahkanߨ menegaskan bahawa mereka tidak layak mendapat bantuan.

Inilah pendirian yang saya ingin nyatakan. Saya harap ia jelas dengan harapan selepas ini tidak ada lagi kekeliruan dan salah faham serta kekaburan untuk memahami sudut pandang saya yang sebenar dalam sesuatu isu yang berkaitan dengan penulisan ini.

No comments:

Post a Comment