Tuesday, September 29, 2020

Santai Perkongsian Agama Melalui Meme (Bahagian 1)

Segala puji bagi Allah yang menciptakan kegembiraan dan ketenangan kepada hamba-Nya agar sent. Selawat dan salam ke atas junjungan kita, Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- sebaik-baik insan yang menjadi teladan bagi yang mengharap rahmat sekalian alam daripadanya. Begitu juga kepada keluarganya, sahabatnya dan mereka yang mengikuti baginda dengan sebaik-baiknya. Semoga sentiasa sahaja dalam limpahan berkat daripada Allah yang berkekalan hingga ke syurga.

Ini adalah koleksi meme yang saya sendiri hasilkan berkisarkan isu-isu dalam Islam yang merangkumi pelbagai perkara. Saya menghasilkan meme kerana menyedari bahawa tidak semua keadaan memerlukan pembelajaran serius di samping tidak menafikan kepentingannya. Saya ingin memberikan penjelasan dan memberikan gambaran kefahaman dalam bentuk santai dan menghiburkan yang mesra untuk semua orang. 

Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sepanjang menelusuri kolum ini. Pertama, meme saya disusun secara rawak. Bermaksud, ia tidak tersusun dalam bab tertentu dan mengikut rentetan yang terkait dengan sebelumnya. Kadangkala, tema yang sama berulangkali boleh berada di beberapa tempat yang berbeza. Malah, sebahagian meme mungkin tidak diletakkan tajuknya kecuali jika diinginkan. Nombor yang saya letakkan hanyalah sekadar memudahkan rujukan. Kedua, setiap meme yang dihasilkan akan ditempelkan bersama penjelasan sama ada ringkas atau sebaliknya supaya dapat memudahkan kefahaman yang disampaikan atau memberi penguatan kepada kenyataan kecuali jika semua perkara tersebut telah tersedia dalam meme tersebut sehingga tidak membutuhkan lagi kapsyen atau penjelasan. 

Ketiga, setelah cakna bahawa tema yang sama boleh berulangkali, maka akan didapati bahawa tema atau topik yang disentuh tidak berbeza dengan yang sebelumnya, cuma berbeza templat sahaja. Barangkali penjelasan juga akan sama. Keempat, oleh sebab penjelasan pada meme terkait dengan penulisan saya yang utama, maka apabila didapati percanggahan antara kenyataan saya dengan penjelasan pada meme, maka saya sarankan untuk mendahulukan penulisan utama saya. Ini kerana sebarang pembetulan akan didahulukan di penulisan utama saya sebelum di tempat lain.

Kelima, meme di sini mungkin sensitif sama ada cara persembahan meme itu atau templat meme itu sendiri. Saya harap pembaca cakna tujuan asal penghasilan meme ini adalah sekadar untuk santai, bukan ke atmosfera yang serius. Namun, saya akan pastikan sedaya upaya bahawa saya tidak keterlaluan dalam penghasilan meme. Keenam, sebahagian meme kadangkala mungkin refleksi kepada peribadi saya sendiri. Apapun, saya tetap cuba untuk mengaitkannya dengan isu-isu yang berkaitan dengan Islam tanpa terlalu menampakkan ia bersifat peribadi.Ketujuh, kolum ini akan ditambah memenya dari semasa ke semasa selaras perkembangan isu semasa atau pertambahan idea. 

Apapun, saya berharap apa yang saya lakukan bukan hanya semata-mata untuk santai dengan pengisian yang kosong. Saya berharap ini juga menyampaikan hajat kepada keredhaan Allah dan sentiasa dalam limpahan kebaikan di dunia dan di akhirat.

Penulisan di sini juga diambil daripada laman Tumblr di : https://amirkazuma.tumblr.com/tagged/memesantaiperkongsianagamaamirkazuma

Meme 1

Kadangkala letih untuk menjelaskan berulang kali tentang perbezaan hukum aurat yang bukan hakiki, iaitu yang diserupakan seperti anggota pada jasad seperti patung, bayangan air, imej cermin, gambar lukisan, fotografi, paparan skrin digital dan hologram serta aurat yang hakiki. Yang membezakan ini bukan adalah fuqaha mazhab, malah ia adalah pendapat muktamad mazhab. Šamsuddīn Muḥammad bin Abū al-*Abbās Aḥmad bin Ḥamzah Šihābuddīn ar-Romliyy berkata :

خَرَجَ مِثَالُهَا فَلَا يَحْرُمُ نَظَرُهُ فِي نَحْوِ مِرْآةٍ كَمَا أَفْتَى بِهِ جَمْعٌ لِأَنَّهُ لَمْ يَرَهَا

Terkecuali pada yang diserupakannya (aurat), maka tidaklah haram lihatannya pada bahagian cermin sepertimana yang para jemaah memfatwakannya kerana dia tidaklah melihatnya (secara hakiki)". [Nihāyah al-Muḥtaj Ilā Šarḥ al-Muḥtāj, jilid 6, m/s 187, keluaran Dār al-Fikr, Beirut]. 

Abū al-*Abbās Šihābuddīn Aḥmad bin Salamah al-Qolyūbiyy berkata :

وَخَرَجَ بِهِ رُؤْيَةُ الصُّورَةِ فِي الْمَاءِ أَوْ فِي الْمِرْآةِ فَلَا يَحْرُمُ وَلَوْ مَعَ شَهْوَةٍ

"Terkecuali daripadanya (pengharaman lihatan badan) ialah lihatan bayangan pada air atau pada cermin. Tidaklah ia haram walaupun bersyahwat". [Ḥāšiyatā Qolyūbiy wa *Umayrah *Alā Šarḥ al-Muḥallā *Alā Minḥāj at-Ṭōlibīn, jilid 3, m/s 209, keluaran Dār al-Fikr].

Sulaymān bin Muḥammad bin *Umar al-Bujayrimiyy berkata :

وَخَرَجَ بِهِ رُؤْيَةُ الصُّورَةِ فِي نَحْوِ الْمِرْآةِ وَمِنْهُ الْمَاءُ فَلَا يَحْرُمُ وَلَوْ مَعَ شَهْوَةٍ

"Terkecuali daripadanya (pengharaman lihatan badan) ialah lihatan pada bayangan di cermin dan air termasuk daripadanya (pengecualian). Tidaklah ia haram walaupun bersyahwat". [Tuḥfah al-Ḥabīb *Alā Šarḥ al-H̱otīb, jilid 4, m/s 372, keluaran Dār al-Fikr].

Muḥammad bin Farōmarzi bin *Aliyy berkata :

(مِنْ مِرْآةٍ أَوْ مَاءٍ بِالِانْعِكَاسِ) يَعْنِي إذَا نَظَرَ إلَى فَرْجِهَا الدَّاخِلِ مِنْ زُجَاجٍ أَوْ مَاءٍ هِيَ فِيهِ تَحْرُمُ هِيَ لَهُ، وَأَمَّا إذَا نَظَرَ إلَى مِرْآةٍ أَوْ مَاءٍ فَرَأَى فَرْجَهَا الدَّاخِلَ بِالِانْعِكَاسِ لَا تَحْرُمُ لَهُ، كَذَا فِي فَتَاوَى قَاضِي خَانْ وَالْخُلَاصَةِ

"<Daripada cermin atau air secara pantulan>, iaitu, jika seseorang melihat farajnya yang berada dalam kaca atau air, maka padanya keharaman terhadapnya. Adapun jika dia melihat pada bayangan cermin atau air, lalu dia melihat farajnya yang berada di dalam secara pantulan, maka tidak haram padanya. Demikian pendapat dalam Fatāwā Qōḍī H̱ōn dan al-H̱ulāsoh". [Duror al-Ḥukkām Šarḥ Ġoror al-Aḥkām, jilid 1, m/s 33-34, keluaran Dār Ihyā^ al-Kutub al-*Arobiyyah].

Kamāluddin Ibn al-Hammām berkata :

النَّظَرُ مِنْ وَرَاءِ الزُّجَاجِ إلَى الْفَرْجِ مُحَرِّمٌ، بِخِلَافِ النَّظَرِ فِي الْمِرْآةِ. وَلَوْ كَانَتْ فِي الْمَاءِ فَنَظَرَ فِيهِ فَرَأَى فَرْجَهَا فِيهِ ثَبَتَتْ الْحُرْمَةُ، وَلَوْ كَانَتْ عَلَى الشَّطِّ فَنَظَّرَ فِي الْمَاءِ فَرَأَى فَرْجَهَا لَا يُحَرِّمُ، كَأَنَّ الْعِلَّةَ وَاَللَّهُ أَعْلَمُ أَنَّ الْمَرْئِيَّ فِي الْمِرْآةِ مِثَالُهُ لَا هُوَ، وَبِهَذَا عَلَّلُوا الْحِنْثَ فِيمَا إذَا حَلَفَ لَا يَنْظُرُ إلَى وَجْهِ فُلَانٍ فَنَظَرَهُ فِي الْمِرْآةِ أَوْ الْمَاءِ، وَعَلَى هَذَا فَالتَّحْرِيمُ بِهِ مِنْ وَرَاءِ الزُّجَاجِ بِنَاءً عَلَى نُفُوذِ الْبَصَرِ مِنْهُ فَيَرَى نَفْسَ الْمَرْئِيِّ، بِخِلَافِ الْمِرْآةِ وَالْمَاءِ، وَهَذَا يَنْفِي كَوْنَ الْإِبْصَارِ مِنْ الْمِرْآةِ وَمِنْ الْمَاءِ بِوَاسِطَةِ انْعِكَاسِ الْأَشِعَّةِ وَإِلَّا لَرَآهُ بِعَيْنِهِ بَلْ بِانْطِبَاعٍ مِثْلُ الصُّورَةِ فِيهِمَا، بِخِلَافِ الْمَرْئِيِّ فِي الْمَاءِ لِأَنَّ الْبَصَرَ يَنْفُذُ فِيهِ إذَا كَانَ صَافِيًا فَيَرَى نَفْسَ مَا فِيهِ. وَإِنْ كَانَ لَا يَرَاهُ عَلَى الْوَجْهِ الَّذِي هُوَ عَلَيْهِ

Lihatan terhadap faraj daripada balik kaca ialah haram. Berbeza lihatan pada cermin. Jika wanita itu di dalam air, lalu seseorang melihat padanya, lantas dia menatap farajnya di dalamnya maka, telah sabit keharamannya. Jika yang dilihat itu pada tepiannya, lalu seseorang melihat pada arah air, lantas dia menatap farajnya, maka tidaklah haram. Seolah-olah sebabnya -Allah lebih mengetahui- ialah benda yang dilihat pada cermin ialah yang diserupakannya, bukan yang sebenarnya. Dengan ini, mereka menafikan perlanggaran sumpah apabila seseorang bersumpah untuk tidak melihat wajah fulan, lalu dia melihatnya pada cermin atau air. Berdasarkan ini, maka keharaman baginya adalah pada sebalik kaca kerana berlakunya lihatan langsung padanya. Oleh itu, dia telah pun melihat benda yang dilihat (secara hakiki). Berbeza dengan cermin dan bayangan air. Ini menafikan terjadinya lihatan langsung pada cermin dan air dengan cara pemantulan cahaya. Jika tidak, maka dia benar-benar melihat benda itu secara hakiki. Bahkan, yang tercetak seperti gambar juga sama hukumnya dengan kedua-duanya. Berbeza dengan benda yang dilihat dalam air kerana berlakunya lihatan langsung padanya. Jika ia jernih, maka dia melihat benda itu yang sebenar. Jika tidak, maka dia sebenarnya masih melihat benda itu". [Fatḥ al-Qodīr, jilid 3, m/s 224, keluaran Dār al-Fikr].

Ibn *Ābdīn berkata :

وَقَدْ يُجَابُ بِأَنَّهُ لَيْسَ مُرَادَ الْمُصَنِّفِ بِالِانْعِكَاسِ الْبِنَاءَ عَلَى الْقَوْلِ بِأَنَّ الشُّعَاعَ الْخَارِجَ مِنْ الْحَدَقَةِ الْوَاقِعَ عَلَى سَطْحِ الصَّقِيلِ كَالْمِرْآةِ وَالْمَاءِ يَنْعَكِسُ مِنْ سَطْحِ الصَّقِيلِ إلَى الْمَرْئِيِّ، حَتَّى يَلْزَمَ أَنَّهُ يَكُونُ الْمَرْئِيُّ حِينَئِذٍ حَقِيقَتَهُ لَا مِثَالَهُ، وَإِنَّمَا أَرَادَ بِهِ انْعِكَاسَ نَفْسِ الْمَرْئِيِّ، وَهُوَ الْمُرَادُ بِالْمِثَالِ فَيَكُونُ مَبْنِيًّا عَلَى الْقَوْلِ الْآخَرِ وَيُعَبِّرُونَ عَنْهُ بِالِانْطِبَاعِ، وَهُوَ أَنَّ الْمُقَابِلَ لِلصَّقِيلِ تَنْطَبِعُ صُورَتُهُ، وَمِثَالُهُ فِيهِ لَا عَيْنُهُ، وَيَدُلُّ عَلَيْهِ تَعْبِيرُ قَاضِي خَانْ بِقَوْلِهِ؛ لِأَنَّهُ لَمْ يَرَ فَرْجَهَا، وَإِنَّمَا رَأَى عَكْسَ فَرْجِهَا فَافْهَمْ.

"Telah dijawab bahawasanya bukanlah maksud penulis pada penyebutan pantulan berdasarkan pendapat ini ialah bahawasanya cahaya yang di luar dari biji mata terbit pada hamparan yang digilap seperti cermin atau air memantul daripada hamparan yang digilap kepada benda yang dilihat sehingga menatijahkan benda yang dilihat itu suatu eksistensi yang hakiki pada ketika itu, bukan yang diserupakannya. Namun, maksudnya ialah pantulan daripada benda yang dilihat dan dia memaksudkan dengan benda yang diserupakannya. Disebabkan itu, adanya penjelasan menerusi keterangan yang lain dan mereka memberikan contoh yang berkaitan dengannya seperti cetakan. Ia sama dengan benda yang digilap yang terpaparnya gambarannya dan penyerupaannya padanya, bukan eksistensi yang hakikinya. Contoh ini ditunjukkan oleh Qōḍī H̱ōn pada keterangannya. Ini kerana dia tidak melihat farajnya, tetapi dia melihat pantulan farajnya. Maka, fahamkanlah". [Rodd al-Muḥtar *Alā ad-Durr al-Muẖtār, jilid 3, m/s 34, keluaran Dār al-Fikr, Beirut].

Saya tidak tahu mengapa perbezaan ini sukar untuk dihadam. Sesiapa sahaja yang celik dengan kaedah fiqh bahawa perubahan hakikat zat merubahkan hukum fiqh, maka tidak ada masalah untuk mencernanya. Hanya sahaja seseorang itu diperlukan untuk membuang sentimen yang menjurus kepada pengingkaran di atas kebodohan.

Kalaulah apa yang terpapar pada skrin atau patung itu adalah aurat yang sama hukumnya dengan anggota badan, maka menyentuh gambar kemaluan atau kemaluan patung tersebut boleh membatalkan wuduk! Sekarang jelas bagaimana aplikasi kaedah fiqh tersebut. Bukanlah fuqoha membezakan kedua-dua itu dalam keadaan omong kosong sahaja. Mereka berpendapat sedemikian atas paksi ilmu.

Sebab itu dalam mazhab Šāfi*iyy, pendapat dalam membezakan ini dikuatkan dengan tidak jatuh talak isteri apabila suaminya menta*līqkan talak kepadanya dengan berkata jika isterinya melihat fulan, maka jatuh talaknya, lalu isterinya melihat fulan pada imej cermin dan pantulan air . Dalam mazhab Ḥanafiyy, pendapat dalam membezakan ini dikaitkan dengan kes bahawa tidak dikira seseorang itu melanggar sumpah apabila melihat wajah fulan pada bayangan air setelah dia bersumpah bahawa dia tidak akan melihat wajah fulan. Jelas bahawa kedua-dua mazhab ini tidak hanya melihat satu isu sahaja dalam pembezaan anggota dan yang diserupakan, mereka juga mengaitkannya dengan kes yang lain.

Ia adalah kesan Domino yang tidak boleh dielakkan. Sesiapa yang tidak berpegang pada kaedah fiqh tersebut, maka pasti akan menemukan kegoncangan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632871898275102720/kadangkala-letih-untuk-menjelaskan-berulang-kali

Meme 2


Kadangkala letih untuk menerangkan banyak kali mengapa adanya perbezaan hukum antara aurat yang hakiki dan yang bukan hakiki, lebih-lebih lagi kepada para pengingkar. Jika memahami kaedah fiqh perubahan hakikat zat membawa perubahan hukum, maka ini tidak menjadi masalah untuk difahami. Wan Ji Wan Hussin menyebutkan :


الْحُكْمُ يَدُورُ عَلَى الْمُسَمَّى لَا عَلَى الْإِسْمِ

"Hukum berputar pada yang dinamakan, bukan pada namanya". [Rujuk : http://g-82.blogspot.com/2012/02/wang-taruhan-adalah-deposit-hangus.html].

Aš-Šawkāniyy menyebutkan

لِأَنَّ الْأَحْكَامَ الشَّرْعِيَّةِ لَا تَتَعَلَّقُ بِمُجَرَّدِ الْاسْمِ بَلْ بِمَا هُوَ الْحَقِيقَةُ لِذَلِكَ الشَّيْءِ كَمَا أَنَّ مَثَلًا: الْخَمْرُ لَوْ سُمِّيَتْ اصْطِلَاحًا بِاسْمْ الْمَاءِ أَوْ نَحْوِ ذَلِكَ مِنَ الْأَسْمَاءِ لَمْ يَخْرُجْ بِهِ عَنْ كَوْنِهَا خَمْرًا مُحَرَّمَةً إِذَا وُجِدَتْ فِيهِ الْعِلَّةُ الْمُقْتَضِيَّةُ لِلتَّحْرِيمِ، وَهِيَ الْإِسْكَارُ.

"Kerana hukum-hukam syariat tidak berkait dengan nama semata-mata, tetapi pada apa yang menjadi hakikat untuk sesuatu itu. Sama misalnya arak yang kalau dinamakan secara istilah dengan nama air atau nama-nama seumpama itu, tidaklah terkecuali daripada arak yang diharamkan dengan sebab penamaan apabila didapati illah yang menyebabkan kepada keharaman, iaitu kemabukan". [Al-Fatḥ ar-Robbāniyy, jilid 9, m/s 4357, keluaran Maktabah al-Jīl al-Jadīd, tahqiq Abū Muṣ*am Ṣubḥiyy bin Ḥasan Ḥallāq].

Muḥammad Ṣidqiyy bin Aḥmad bin Muḥammad berkata :

الْقَاعِدَةُ: الثَّالِثَةُ وَالْعِشْرُونَ بَعْدَ السِّتَّمِئَةِ وَالرَّابِعَةِ وَالْعِشْرُونَ بَعْدَ السِّتَّمِئَةِ [انْقِلَابُ الْأَعْيَانِ]. أَوَّلًا: أَلْفَاظُ وُرُودِ الْقَاعِدَةِ: " انْقِلَابُ الْأَعْيَانِ هَلْ لَهُ تَأْثِيرٌ فِي الْأَحْكَامِ أَمْ لَا؟ ". وَفِي لَفْظٍ: "اسْتِحَالَةُ الْفَاسِدِ إِلَى فَسَادٍ لَا تَنْقُلُ حُكْمُهُ، وَإِلَى صَلَاحٍ تَنْقُلُُ، بِخِلَافِ يُقَوَّى وَيُضَعَّفُ بِحَسْبِ كَثْرَةِ الْاسْتِحَالَةِ وَقِلَّتِهَا ". ثَانِيًا: مَعْنَى هَاتَيْنِ الْقَاعِدَتَيْنِ ومَدْلُولِهِمَا: هَاتَانِ الْقَاعِدَتَانِ تُشِيرَانِ إِلَى مَسْأَلَةٍ بَحَثَهَا الْفُقَهَاءِ تَتَعَلَّقُ بِتَحَوُّلِ الشَّيْءِ عَنْ حَقِيقَتِهِ إِلَى حَقِيقَةٍ أُخْرَى، وَهُوَ مَا يُطْلِقُونَ عَلَيْهِ انْقِلَابِ الْأَعْيَانِ فَالْمُرَادُ بِاْنِقَلَابِ الْأَعْيَانِ تَغَيَّرُ حَقِيقَةِ الْأَشْيَاءِ. فَإِذَا تَغَيَّرَتْ حَقِيقَةُ شَيْءٍ إِلَى شَيْءٍ آخَرَ فَهَلْ يُؤْثِرُ هَذَا التَّغَيُّرُ فِي الْحُكْمُ فَيَتَغَيَّرَ تَبْعًا لِتَغَيُّرِ الْحَقَائِقِ أَو لَا يَتَغَيَّرُ؟. فَالْقَاعِدَةُ الثَّانِيَةُ تُفِيدُ أَنَّ الْفَاسِدَ إِذَا اسْتِحَالَ إِلَى فَسَادٍ لَا يَنْقُلُ حُكْمَهُ وَلَا يَتَغَيَّرُ وَهَذَا عِنْدَ الْجَمِيعِ، وَلَكِنْ إَذا تَغَيَّرَ الْفَاسِدُ إِلَى صَلَاحٍ، وَالنَّجَسُ تَغَيَّرَتْ حَقِيقَتُهُ فَهَلْ يَطْهُرُ؟ خِلَافٌ فِي هَذِهِ الْمَسَائِلِ فِي الْمَذَاهِبِ. ثَالِثًا: مِنْ أَمْثِلَةِ هَاتَيْنِ الْقَاعِدَتَيْنِ وَمَسَائِلِهِمَا: إِذَا تُخَلَّلُ الْخَمْرُ أَوْ تُحَجَّرُ فَهُوَ طَاهِرّ عِنْدَ الْجَمِيعِ، وَالْخِلَافُ فِيمَا عَدَاهُ. وَمِنْهَا: إِذَا أُحْرِقَتْ الْمَيْتَةُ فَهَلْ رَمَادُهَا طَاهِرٌ؟ خِلَافٌ عِنْدَ الْمَالِكِيَّةِ وَالْمَشّهُورُ أَنَّهُ نَجَسٌ. وَالْحَنَفِيَّةُ يَعْتَبِرُونَ انْقِلَابَ الْأَعْيَانِ مِنْ أَسْبَابِ الطَّهَارَةْ وَإِزَالَةِ النَّجَاسَةِ.

Kaedah kedua puluh tiga setelah entam ratus dua puluh empat: |Jungkiran entiti|. Yang pertama, lafaz yang sampai tentang kaedah ini adalah: "Jungkiran entiti; adakah padanya pengaruh terhadap hukum-hakam ataupun tidak?". Pada lafaz: "Pertukaran yang rosak kepada suatu kerosakan tidak berpindah hukumnya. Namun, kepada kebaikan, maka ia berpindah". Berbeza dengan yang dikuatkan dan dilemahkan dengan kadar banyaknya pertukaran dan sedikitnya. Yang kedua, makna dua kaedah ini dan ini yang ditunjukkannya: Dua kaedah ini memaparkan masalah yang para fuqaha membahaskannya yang berkaitan dengan peralihan sesuatu pada hakikatnya kepada suatu hakikat yang lain. Dan mereka menetapkannya sebagai jungkiran entiti. Maksud jungkiran entiti adalah perubahan hakikat sesuatu. Apabila berubah hakikat sesuatu kepada sesuatu yang lain, adakah perubahan ini mempengaruhi pada hukum, lalu dengan sebab itu berubahlah hukum itu berdasarkan kepada perubahan hakikat-hakikat atau tidak berubah? Maka, kaedah kedua memaksudkan kerosakan apabila berubah kepada suatu kerosakan, maka tidak berpindah hukumnya dan tidak berubah. Ini ketika berlaku secara keseluruhan. Namun, apabila berubahnya kerosakan kepada suatu kebaikan dan najis berubah hakikatnya, adakah ia suci? Ini adalah perselisihan dalam masalah-masalah yang terdapat dalam beberapa mazhab. Yang ketiga, salah satu contoh dua kaedah ini dan permasalahannya adalah apabila arak itu ditukarkan kepada cuka atau ditukarkan kepada batu, lalu ia suci secara keseluruhan, maka ia adalah suci. Perselisihan ini ada pada selainnya. Sebahagiannya adalah apabila dibakar bangkai, adakah abunya suci? Ini khilaf di sisi mazhab Mālikiyy. Yang masyhur adalah najis. Mazhab Ḥanafiyy mengambil kira penjungkiran entiti meruapakan salah satu sebab kesucian dan hilangnya kenajisan". [Mawsū*ah al-Qowā*id al-Fiqhiyyah, jilid 2, m/s 301-301, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut].

Sebab itulah para fuqaha mazhab membezakan antara aurat yang hakiki dan yang bukan hakiki. Kepekaan kaedah fiqh inilah yang mendirikan pendapat ini. Tidak ada sebab untuk keingkaran terhadap pendapat ini melainkan orang yang sengaja mencacatkan akalnya sendiri. Kaedah ini mudah difahami walau tanpa mahir bahasa Arab ataupun memiliki keluasan dalam ilmu uṣūl fiqh. Hanya cukup memerlukan minda yang waras dan sejahtera.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632872328840216576/kadangkala-letih-untuk-menerangkan-banyak-kali

Meme 3


Entah apa yang menyukarkan kefahaman untuk membezakan aurat yang hakiki dan yang bukan hakiki. Berpegang pada kaedah fiqh perubahan hakikat zat membawa perubahan hukum tidak akan merunsingkan sesiapa pun dalam isu ini.

Dalam mazhab aš-Šāfi*iyy, pendapat yang membezakan antara yang hakiki dan yang hakiki adalah dikuatkan dengan tidak jatuhnya talak isteri yang dita*līqkan suaminya yang apabila isteri itu melihat fulan, maka jatuh talaknya, lantas isteri itu melihat fulan pada pantulan air dan imej cermin. Dalam mazhab Ḥanafiyy pula, pendapat yang membezakan ini dikaitkan dengan isu seseorang tidak dikira melanggar sumpahnya apabila dia bersumpah untuk tidak melihat wajah fulan, lantas dia melihat wajah fulan pada pantulan air.

Dalam karya fiqh klasik mencangkupi air dan cermin kerana itu adalah kemampuan yang ada pada zaman tersebut. Adapun zaman ini, hukumnya sama terpakai pada patung, gambar bercetak, fotografi, paparan skrin digital dan hologram.

Untuk pengaitan kes yang berkaitan dalam menatijahkan keselarian penghukuman fiqh, saya membawa contoh terhadap wuduk. Semua ini jelas bahawa fuqaha mazhab dan saya tidak hanya terbatas melihat pembezaan yang hakiki dan yang diserupakan seperti hakiki atau bukan hakiki ini hanya pada isu lihatan aurat sahaja. Ia mempunyai kesan domino yang lain.

Malangnya, inilah para pengingkar tidak mahu melihatnya. Apa yang dia sibuk untuk menyamakan hukum melihat aurat di kaca televisyen dengan melihat aurat yang sebenar, tetapi tidak mahu memerhati kesan hukum yang lain apabila dia menetapkan hukum sebegitu. Inilah dampak buruk yang mendahulukan sentimen berbanding ilmu.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632872637634396160/entah-apa-yang-menyukarkan-kefahaman-untuk

Meme 4


Setakat ini saya belum menemui mana-mana ahli fiqh kontemporari yang menetapkan bahawa menyetubuhi patung seks dan robot seks termasuk dalam zina dan dikenakan hukuman had. Jika ada, pastinya salah tanpa syak lagi. Alasannya jelas bahawa yang disetubuhi itu bukan manusia, tetapi sesuatu yang diserupakan seperti manusia. Ia dihukumi sama seperti hukum melancap dengan alat.

Sekarang, menyetubuhi objek yang diserupakan seperti faraj tidak menatijahkan seseorang itu berzina apabila menyetubuhinya, lantas mengapa apabila saya membawakan kalam fuqaha mazhab, khusunya mazhab Ḥanafiyy yang menetapkan bahawa tidak haram melihat faraj yang terpantul di air terus saya dicela dan pendapat fuqaha tersebut dianggap syaz? Padahal alasan yang digunakan untuk tidak menetapkan seseorang itu berzina apabila menyetubuhi patung seks adalah sama dengan hukum lihatan. Saya hairan bagaimana mereka tidak mampu melihat kerancuan penghukuman fiqh mereka.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632872899569696768/setakat-ini-saya-belum-menemui-mana-mana-ahli-fiqh

Meme 5 


Saya pernah cuba memahamkan seorang sufi yang dia bukanlah orang yang mahir dalam fiqh dan ilmu uṣūl fiqh tentang perbezaan aurat yang hakiki dan yang bukan hakiki. Saya katakan konsepnya sama seperti "bayang-bayang tidak sama dengan tuan bayang-bayang". Terus dia faham akan hal itu dengan izin Allah. Kemudian, barulah saya bawakan kalam fuqaha mazhab yang menyatakan hal itu.

Saya juga pernah cuba memahamkan seseorang yang tidak memiliki kemahiran dalam fiqh dan dan ilmu uṣūl fiqh, namun dia mengikuti mazhab aš-Šāfi*iyy. Saya katakan kepadanya bahawa menyentuh kulit wanita yang bukan mahram membatalkan wuduk seseorang, bagaimana pula jika seseorang menyentuh gambar wanita yang bukan mahram? Dia katakan tidak. Lalu, saya bertanya mengapa. Dia menjawab: "Kerana ia adalah gambar?". Saya katakan sebegitulah kefahaman fuqaha mazhab dalam memahami isu ini. Lalu, saya pun bawakan kalam fuqaha mazhab yang menyatakan hal itu.

Daripada sini, saya melihat bahawa untuk memahami perbezaan hukum ini, tidaklah ia memerlukan keluasan ilmu dalam uṣūl fiqh atau kemahiran bahasa Arab. Cukup memiliki akal yang waras dan dengan izin Allah, akan terbuka kefahaman.

Yang menghairankan adalah orang yang mempunyai kedalaman dalam ilmu agama, tetapi sukar untuk menghadam hal ini. Malah, menuduh fuqaha mazhab mengeluarkan pendapat syaz. Saya yang hanya menyimpulkan kalam fuqaha tersebut dicerca dan diserang habis-habisan.

Apa sudah jadi dengan akal mereka? Adakah kerana sentimen yang kuat telah mendominasi minda sehingga sukar untuk memahami kaedah ilmu yang sebenar?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632873222098059264/saya-pernah-cuba-memahamkan-seorang-sufi-yang-dia

Meme 6 


Jawapan sebegini, bagi saya, satu-satunya yang boleh merobohkan segala kefahaman para pengingkar. Bawa kaedah fiqh pun dan kalam fuqaha mazhab tentang terdapat perbezaan antara aurat yang hakiki dan yang bukan hakiki pun sukar untuk ditelan. 

Kalau mereka rela untuk berpegang batalnya wuduk kerana menyentuh gambar kemaluan atau faraj patung, maka dipersilakan bagi yang sudi menjadi gila. Jika mereka berpendapat tidak batal, mengapa pula pendapat fuqaha mazhab dan simpulan saya daripada kehujahan mereka ditempelak sedangkan alasannya adalah sama? Mereka ini sama ada reda untuk menjadi orang yang bercelaru akalnya atau redha menjadi pengingkar terhadap kebenaran.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632873524468531200/jawapan-sebegini-bagi-saya-satu-satunya-yang

Meme 7



Kalaulah saya tidak berlebihan, saya akan katakan bahawa telah sepakat ahli fiqh dalam membezakan hukum aurat yang hakiki dan yang bukan hakiki. Maksudnya, hukum lihatan pada gambar tidak sama hukumnya dengan lihatan pada anggota jasad. Setakat ini, saya belum menemukan mana-mana ahli fiqh walau seorang pun yang menyelisihi pandangan ini.

Hanya mereka yang terkebelakangan dan kontemporari sahaja yang tidak membezakannya. Kekeliruan mereka ini berpunca sama ada mereka jahil dengan pandangan ahli fiqh atau tidak cakna dengan penerapan kaedah fiqh atau sememangnya keras kepala untuk mengingkari. Saya tidak hairan pendapat fuqaha terdahulu ini tertutup dari pengetahuan orang ramai kerana mereka yang terkemudian ini sengaja menyembunyikan kebenaran atau sememangnya termasuk para pengingkar.

Mereka yang sengaja menyembunyikan kebenaran kerana takut ia menjadi fitnah kepada orang awam, akhirnya menyebabkan orang awam terperuk dalam kancah fitnah dalam salah faham terhadap kebenaran. Mereka sangka aurat tetap aurat meskipun ia adalah objek yang disamakan dan dibentukkan sepertinya adalah kebenaran. Ahli ilmu yang tahu tentang ini, tetapi berfatwa yang sebaliknya perlu bertanggungjawab di hadapan Allah kelak atas apa yang mereka kerjakan!

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632873775968419840/kalaulah-saya-tidak-berlebihan-saya-akan-katakan

Meme 8 


Apa yang susah untuk membezakan hukum melihat faraj yang sebenar dengan melihat faraj yang bukan hakiki yang diserupakan atau dibentuk sepertinya seperti patung, gambar, paparan skrin digtal dan hologram? Jawapannya mudah. Sentimen didahulukan berbanding ilmu dan kebenaran.

Tidak hairan mereka yang mengaku mengikut mazhab aš-Šāfi*iyy dan mazhab Ḥanafiyy, tetapi berfatwa dengan pendapat yang menyalahi muktamad mazhab sungguhpun itu yang mereka dakwa bahawa mereka menjunjungnya. Kerana kononnya khuatir orang awam terjebak dari fitnah, mereka tidak segan silu mengajarkan yang menyalahi kebenaran. Akhirnya pandangan fuqaha mazhab tersebut tertutup dari pandangan awam.

Sebab itu, tidak menghairankan kalau seseorang merasa terkejut meskipun dari orang yang mendalam pengetahuan agama apabila mendengarkan pendapat ini. Sehinggakan mereka juga sangup membuat penentangan keras meskipun ia adalah fatwa dari fuqaha berwibawa. Malah, mereka yang kerap melihat gambar aurat juga tetap mahu menyatakan bahawa apa yang mereka buat itu adalah berdosa meskipun pendapat yang benar menunjukkan sebaliknya. Sebabnya adalah sang mufti yang sengaja menyembunyikan kebenaran. Mereka kelak akan dipertanggungjawabkan apa yang telah mereka lakukan!

Ambilan
: https://amirkazuma.tumblr.com/post/632874131842613248/apa-yang-susah-untuk-membezakan-hukum-melihat

Meme 9 


Saya melihat penggunaan Sadd aḏ-Ḏarō^i* selalu sahaja dieksploitasi dan dimanipulasi serta dimudah-mudahkan penggunaannya. Kadangkala, ia tidaklah menetapkan hukum haram atau makruh secara langsung, tetapi ia berjaya mencipta persepsi bahawa perbuatan tersebut tidak biak atau dilihat negatif dan dipandang jelek akibat implementasi yang keterlaluan.

Ini adalah jenayah ilmu yang tidak disedari oleh ramai orang. Saya telah menjelaskan dampak parahnya apabila dibiarkan Sadd aḏ-Ḏarō^i* diterapkan secara berleluasa dan tidak terkawal dalam penulisan saya yang berjudul "Khuatir Fitnah Yang Membawa Fitnah". Demi bintang yang menyinari malam! Saya tidak menulis ini atas dasar bermain-main. Namun, saya menulisnya dengan penuh serius dan atas dasar muak terhadap penyalahgunaan yang sembarangan, tetapi orang ramai dari kalangan ahli ilmu tidak merasa apa-apa terhadapnya.

Kalaulah saya ada kemampuan untuk menghasilkan karya uṣūl fiqh secara khusus dengan izin Allah, saya akan masukkan judul penulisan ini dalam karya tersebut. Saya ingin mengingatkan bahawa ia telah digunakan secara bermudah-mudahan dan semberono semata-mata untuk menegaskan penegahan terhadap sesuatu dengan cara yang halus. Kesannya sangat buruk dan ia boleh membawa kepada penentangan kepada Allah dan rasul-Nya jika tidak berwaspada.

Setiap kali ada hukum keharusan terhadap sesuatu, tetapi mereka tidak menyukai hal itu, terus diambil Sadd aḏ-Ḏarō^i* sebagai cemeti untuk menyebat mereka yang mengambil keharusan itu. Mereka tidak takutkah kepada Allah apabila mereka membuat beban atau sengaja menyempitkan ruang yang halal pada apa yang Allah luaskannya tanpa hujah yang kukuh?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632874397124952064/saya-melihat-penggunaan-sadd-a%E1%B8%8F-%E1%B8%8Far%C5%8D-i-selalu

Meme 10


Saya kenal hipokrit mereka yang kononnya berkata perselisihan ahli ilmu adalah rahmat dan kita dipersilakan untuk mengambil mana-mana mereka yang muktabar. Namun, apabila kita mengambil pendapat yang menyalahi citarasa mereka, terus dicari alasan supaya menampakkan apa yang kita ikuti itu adalah tercela. Seolah-olah seperti fuqaha mengeluarkan pendapat dengan hawa nafsu sehingga mengambil pendapat mereka adalah pengikut hawa nafsu. Salah atau benar, bukan berdasarkan penilaian ilmu, tetapi apa yang menurut citarasa mereka.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632888345772621824/saya-kenal-hipokrit-mereka-yang-kononnya-berkata

Meme 11


Saya lihat betapa semberononya penghukuman fiqh dalam mengharamkan atau menegah atau membatalkan sesuatu hanya kerana ia menimbulkan syahwat dan menyebabkan orang lain merasa syahwat. Ia berleluasa dan tidak terkawal seolah-olah semudah itu untuk menetapkan batal dan sah atau haram dan halal bagi sesuatu.

Saya akui sebenarnya untuk menerangkan bahawa syahwat itu tidaklah berdosa secara mutlak tidaklah mudah. Saya perlu membentangkan separuh daripada penulisan saya yang berjudul "Adakah Syahwat Itu Sendiri Adalah Berdosa?" untuk memberikan gambaran jelas tentang bagaimana kategori syahwat yang dikira berdosa. Tidak seperti pembezaan aurat yang hakiki dan yang bukan hakiki. Itu sekadar satu ayat sudah cukup merobohkan keseluruhan salah faham.

Namun, patutkah kita bercakap bahawa haram untuk berjual beli dengan wanita jika ia menimbulkan syahwat dan menimbulkan syahwat kepada lelaki, haram keluar dari rumah jika dalam keadaan bersyahwat dan menimbulkan syahwat kepada lelaki dan tidak digalakkan membaca buku penulisan wanita jika ia menimbulkan syahwat dan lain-lain. Semua perkara perlu diharamkan dan ditegah hanya kerana rasa bersyahwat.

Sebab itulah saya menulis bukan kerana saya bukan ingin memenangkan keinginan syahwat saya, tetapi menerangkan kebenaran dan membentangkan bagaimana buruknya kesan apabila sewenang-wenangnya mengharamkan sesuatu hanya kerana rasa bersyahwat atau menimbulkan syahwat kepada orang lain.


Meme 12


Sememangnya benar terdapat kelainan dalam capaian ilmu agama apabila seseorang menguasai bahasa Arab. Saya sendiri pun merasai betapa hebatnya anugerah ini dengan segala puji bagi Allah. Dengan limpah kurnia-Nya, saya menyedari betapa pentingnya penguasaan bahasa Arab bagi sesiapa yang ingin menjadi faqih dan mapan dalam ilmu agama.

Benarlah kata-kata ahli ilmu bahawa sesiapa yang menguasai ilmu nahu dan sorof, ia melahirkan satu ilmu yang baru. Gapaian saya sekarang yang dalam perolehan ilmu lebih meluas dan pantas berbanding ketikamana saya tidak menguasai bahasa Arab. Segala puji bagi Allah untuk nikmat ini.

Malah, Nassaie Hanaffie pernah menyebutkan bahawa selagimana seseorang itu tidak menguasai bahasa Arab, maka dia akan kekal sebagai orang awam. Benar, saya juga kadangkala melihat bahawa mana-mana mereka yang menguasai bahasa Arab, saya melihat kemapanannya dalam ilmu agama. Meskipun berbeza aliran dan fahaman, tetapi kita akan melihat suatu suasana yang berbeza berbanding mereka yang tidak menguasai bahasa Arab.

Saya tidaklah ada apa-apa yang istimewa walaupun nikmat yang Allah kurniakan ini tidak terhitung besarnya untuk saya. Orang lain mungkin lebih dramatik pengalamannya dan lebih hebat perjalanan yang dia lalui sehingga dia lebih nampak apa yang saya tidak nampak. Cukuplah saya ingin beritahu bahawa sesiapa yang ingin menguasai ilmu agama, maka kuasai bahasa Arab terlebih dahulu. Jurang antara ahli ilmu dan orang awam berada di ilmu ini.

Semoga mereka yang mempunyai hajat untuk ini akan dipercepatkan penyampaian hajatnya untuk mencari keredhaan Allah dan berbakti kepada ilmu.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632889027316547584/sememangnya-benar-terdapat-kelainan-dalam-capaian

Meme 13


Saya hairan mereka yang sanggup berceramah sana ini dan berkuliah dalam mengupas, membahas dan mengajar fiqh, hadis dan perbahasan yang berat, tetapi dalam masa yang sama tidak menguasai bahasa Arab. Jika bab tasawwuf atau penyucian jiwa atau ceramah motiviasi, mungkin syarat ini tidak perlu diletakkan sangat. Mereka sedar bahawa mereka menjadi rujukan kepada masyarakat untuk isu fiqh dan lain-lain. Mengapa tidak mereka membekalkan diri dengan persiapan yang ilmu yang secukupnya? 

Mereka memerlukan rujukan yang lebih banyak dan cangkupan penelitian yang lebih luas. Terjemahan tidaklah sebanding apa yang terbentang pada karya berbahasa Arab. Lebih banyak penulisan sama ada berbentuk kitab, tesis, jurnal atau artikel yang tuntas, padu dan kritis dalam membahaskan isu-isu yang berat dan kompleks. Jika yang tempat dirujuk hanya terhad, maka sepatutnya dia mengehadkan dirinya untuk bergiat dalam berceramah. Apa guna menggalakkan orang lain kepada kefaqihan, tetapi diri sendiri lesu untuk mendalami ilmu alat yang paling vital dalam ilmu agama?

Bahasa Arab tidaklah sukar. Pada hemat saya, jika bersungguh, cekal dan dedikasi, sebulan barangkali sudah cukup untuk seseorang mula bertatih membaca kitab Arab tanpa baris. Hanya memerlukan sistem pengajaran yang betul yang mampu menyampaikan ini. Namun, kesukaran pasti akan membuka ruang kemudahan. Berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Usah menganggap pembelajaran bahasa Arab adalah beban. Tetapi, ia adalah rahmat yang tidak akan ada sesiapa pun yang mengungkapkan kesyukuran yang penuh terhadap anugerah itu.

Apapun, janganlah malu untuk akui kejahilan. Lebih-lebih di hadapan Allah. Mengadulah pada-Nya betapa lemahnya dirimu dan pintalah kepada Dia agar memberikan limpahan yang memenuhi keperluan ilmu diri dan masyarakat. Semoga Dia memimpin kamu untuk sampai ke jalan hidayah-Nya, seterusnya menuju ke syurga.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632889315499917312/saya-hairan-mereka-yang-sanggup-berceramah-sana

Meme 14


Saya cakna apabila seseorang tahu pendapat ini, pasti ada yang bersegera untuk melancap dengan penuh serakah. Ini kerana gesekan yang melazatkan ini tidak terhalang untuk dilakukan serta tidak perlu rasa berdosa lagi kerana ia adalah dari pendapat ahli ilmu yang berwibawa.

Namun, saya perlu sampaikan fakta. Dan mengapa takut untuk menelan hakikat kebenaran ini walaupun ia daripada ahli ilmu? Adakah kerana ia tidak menepati citarasa arus perdana terus dianggap ia memiliki kejelekan dan cendala? Adakah mereka yang mengeluarkan pendapat ini dengan hawa nafsu mereka sehingga orang yang mengambil pendapat ini dikira pengikut hawa nafsu? Malah, apabila saya cuba mencari dasar dan asas kepada pendapat tersebut untuk membuktikan bahawa pendapat ini tidak berdiri di atas kekosongan, saya pula diejek sebagai orang yang cuba memenangkan keinginan berahi yang bergelora. Salahkah saya dalam membela mereka daripada dianggap mengeluarkan pendapat yang tidak berasas?

Ini juga menimbulkan kehairanan mengapa pendapat ini tidak banyak dinukilkan dalam perbahasan tentang hukum melancap. Selalunya spektrum nukilan hanya pada mazhab yang empat dan mazhab aẓ-Ẓōhiriyy sahaja. Jika ada dinukilkan daripada pendapat yang mengharuskan pun, cepat-cepat ia dinampakkan bahawa pendapat itu sebenarnya mahu juga menjurus kepada penegahan atau haram. Ini fenomena yang biasa dilihat dalam kebanyakan penulisan yang membahaskan tentangnya.

Mungkin antara satu sebab mereka tidak menukilkannya kerana mereka dari awal tahu bahawa jika mereka menukilkan pendapat ini, sudah tentu orang tidak mahu mengikut pendapat arus perdana mereka. Mereka beranggapan bahawa ia termasuk hal yang diperselisihkan dan ia adalah muktabar, maka mengikutinya mana-mana pun dibolehkan. Akhirnya, setuntas mana pun kupasan dan pembentangan dalil untuk menjustifikasikan pengharaman, ia tidak diambil kira dan dipandang. Sebab itulah ia tidak dinukilkan atau jika dinukilkan pun, ia dibenamkan ke tempat yang menampakkan ia juga ditegah dan haram.

Cuma, yang berbeza dengan saya adalah saya mengikutinya atas dasar hujah. Bukan sekadar mengikut apa yang sedap bagi saya. Saya mengambil pendapat aḍ-Ḍoḥḥāk, namun dalam masa yang sama, saya membentangkan penghujahan mengapa pendapat ini ada asasnya. Saya juga membawa jawapan kepada dalil-dalil yang menunjukkan pengharamannya. Ini telah saya leretkan dalam penulisan saya yang berjudul "Hukum Melancap".

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632889599800311808/saya-cakna-apabila-seseorang-tahu-pendapat-ini

Meme 15


Antara sindirian tolol yang dilemparkan kepada kepada penyeru kepada al-Qur^ān dan as-Sunnah atau mereka yang menyeru kepada mazhab firman Allah dan sabda rasul, maka dia tidak boleh sama sekali menyentuh kitab para ulama untuk menelaah ilmu daripadanya. Apa-apa perkara pun perlu dirujuk terus daripada al-Qur^ān dan hadis. Tidak boleh memerhati perbahasan dan kupasan ahli ilmu untuk mendapatkan gambaran atau pun memperteguh kefahaman.

Sesungguhnya ini adalah sindiran yang sebenarnya adalah saranan yang mengajak daripada pedoman al-Qur^ān itu sendiri. Firman Allah *Azza Wa Jalla :

فَإِن كُنتَ فِي شَكٍّ مِّمَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ فَاسْأَلِ الَّذِينَ يَقْرَءُونَ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكَ ۚلَقَدْ جَاءَكَ الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ ﴿٩٤﴾ وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّـهِ فَتَكُونَ مِنَ الْخَاسِرِينَ﴿٩٥

"Maka, jika engkau berada dalam keraguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang yang membaca kitab sebelummu. Sungguh, telah datang kebenaran dari Tuhanmu kepadamu, maka janganlah sekali-sekali engkau termasuk orang yang ragu. Dan janganlah sekali-sekali engkau termasuk orang yang mendustakan ayat-ayat Allah, nanti engkau termasuk orang yang rugi". [Surah Yūnus ayat 94-95].

Kalau Allah menyuruh untuk bertanya ahli kitab untuk menguatkan keimanan terhadap al-Qur^ān, apatah lagi kepentingan kita untuk membaca karya ilmuwan Muslim supaya kita semakin mantap dan kukuh pegangan kita terhadap al-Qur^ān dan as-Sunnah di atas argumentasi yang terbaik. Sekalipun al-Qur^ān sememangnya sumber yang terbaik dan tiada keraguan terhadapnya, tetapi Allah tetap menyuruh untuk bertanya, melihat, memerhati, menelaah dan kaji karya orang lain supaya kita memperoleh kekuatan iman terhadap al-Qur^ān serta mengukuhkan argumentasi terhadap penghujahan kita terhadap sesuatu.

Nah. Sekarang di mana pula ajaran mazhab firman Allah dan rasul adalah orang yang membelakangkan dan membakulsampahkan karya ulama? Jelaslah bahawa yang menyindir ini langsung tidak berpedomankan al-Qur^ān. Menuduh sembarangan kerana taksub atau keras permusuhannya sehingga tidak mahu membuka mata untuk menatap kebenaran.

Apabila kita menyeru kepada al-Qur^ān dan as-Sunnah, bukanlah kita ingin menzalimi ulama dan karya mereka, namun kita menjadikannya sebagai hakim yang adil yang rahmat buat semua umat Islam. Ia sama sekali tidak akan menzalimi mana-mana pihak kecuali pihak yang berpaling dan taksub. Lantas, apa yang perlu ditakuti dan mengapa perlu disindir dengan seruan ini?

Malah, realitinya adalah menjadi mujtahid mutlak sekalipun bukan bermakna mereka meninggalkan pendapat mereka yang terdahulu. Para imam mujtahid dahulu berfatwa dengan para pendahulunya, menukil daripada mereka dan menguatkan pandangan mereka melalui analisis dalil. Karya-karya mereka dan rekod mereka adalah bukti yang nyata tentang hal ini. Maka, tidak pernah sama sekali seruan kepada al-Qur^ān dan as-Sunnah adalah tidak mengambil berat pada tinta penulisan ahli ilmu yang berwibawa.


Meme 16


Perakuan bahawa ruang ijtihad semakin mudah adalah daripada ahli ilmu terdahulu. Alā^uddīn Abū al-Ḥasan *Aliyy bin Sulaymān al-Māwardiyy berkata :

فِي آدَابِ الْمُفْتِي وَالْمُسْتَفْتِي: وَمِنْ زَمَنٍ طَوِيلٍ عُدِمَ الْمُجْتَهِدُ الْمُطْلَقُ مَعَ أَنَّهُ الْآنَ أَيْسَرُ مِنْهُ فِي الزَّمَنِ الْأَوَّلِ، لِأَنَّ الْحَدِيثَ وَالْفِقْهَ قَدْ دُوِّنَا، وَكَذَا مَا يَتَعَلَّقُ بِالِاجْتِهَادِ مِنْ الْآيَاتِ، وَالْآثَارِ، وَأُصُولِ الْفِقْهِ، وَالْعَرَبِيَّةِ، وَغَيْرِ ذَلِكَ، لَكِنْ الْهِمَمُ قَاصِرَةٌ، وَالرَّغَبَاتُ فَاتِرَةٌ، وَهُوَ فَرْضُ كِفَايَةٍ، قَدْ أَهْمَلُوهُ وَمَلُّوهُ، وَلَمْ يَعْقِلُوهُ لِيَفْعَلُوهُ.

Dalam Ādāb al-Muftī Wa al-Mustaftī: "Daripada zaman yang panjang, telah hilang mujtahid mutlak meskipun sekarang lebih mudah pada zaman yang awal kerana hadis dan fiqh telah pun dikodifikasi. Demikian juga apa yang berkaitan dengan ijtihad pada ayat, atsar, uṣūl al-Fiqh, ilmu bahasa dan selain daripada itu, tetapi semangat-semangatnya berkurangan dan kecintaan-kecintaannya melemah sedangkan ia adalah fardu kifayah yang mereka mengalpakannya dan jemu terhadapnya. Mereka tidak memikirknya supaya mereka melaksanakannya". [Al-Inṣōf Fī Ma*rifah ar-Rōjiḥ Min al-H̱ilāf, jilid 12, m/s 259-260, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut].

Šamsuddīn al-H̱oṭīb aš-Šarbīnīyy berkata :

تَنْبِيه: هَذَا مَعَ الَّذِي قبله من جملَة طرق الِاجْتِهَاد وَلَا يشْتَرط أَن يكون متبحرا فِي كل نوع من هَذِه الْعُلُوم حَتَّى يكون فِي النَّحْو كسيبويه وَفِي اللُّغَة كالخليل بل يَكْفِي معرفَة جمل مِنْهَا. قَالَ ابْن الصّباغ إِن هَذَا سهل فِي هَذَا الزَّمَان فَإِن الْعُلُوم قد دونت وجمعت. انْتهى. وَيشْتَرط أَن يكون لَهُ من كتب الحَدِيث أصل كصحيح البُخَارِيّ وَسنَن أبي دَاوُد وَلَا يشْتَرط حفظ جَمِيع الْقُرْآن وَلَا بعضه عَن ظهر قلب بل يَكْفِي أَن يعرف مظان أَحْكَامه فِي أَبْوَابهَا فيراجعها وَقت الْحَاجة. وَلَا بُد أَن يعرف الْأَدِلَّة الْمُخْتَلف فِيهَا كالأخذ بِأَقَلّ مَا قيل وكالاستصحاب وَمَعْرِفَة أصُول الِاعْتِقَاد. كَمَا حُكيَ فِي الرَّوْضَة كَأَصْلِهَا عَن الْأَصْحَاب اشْتِرَاطه ثمَّ اجْتِمَاع هَذِه الْعُلُوم إِنَّمَا يشْتَرط فِي الْمُجْتَهد الْمُطلق وَهُوَ الَّذِي يُفْتِي فِي جَمِيع أَبْوَاب الشَّرْع.

Peringatan: Ini bersama yang sebelunya daripada keseluruhan jalan-jalan ijtihad. Tidak disyaratkan untuk seseorang itu meluas pengetahuan dalam setiap topik setiap ilmu ini sehingga ilmu nahu itu seperti Sibawayh dan dalam ilmu bahasa seperti al-H̱olīl, tetapi cukup mengetahui yang umum daripadanya. Berkata Ibn aṣ-Ṣobbāġ: "Sesungguhnnya ini adalah mudah pada zaman ini kerana ilmu-ilmu ini telah pun dikodifikasi dan dikumpulkan". Tamat. Disyaratkan untuk seseorang memiliki kitab hadis yang asal seperti Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy dan Sunan Abū Dāwud. Tidak disyaratkan untuk menghafal keseluruhan al-Qur^ān dan tidak juga sebahagiannya dalam jantung, tetapi cukup untuk mengetahui tempat adanya hukum-hukumnya dalam bab-babnya, lalu dia merujuknya pada waktu yang diperlukan. Tidak dapat tidak dia mesti mengenali petunjuk-petunjuk yang berbagai-bagai padanya seperti pengambilan Aqoll Mā Qīla dan seperti al-Istiṣḥāb dan mengenali usul iktikad. Sepertimana yang dipetik dalam ar-Rowḍoh, pensyaratannya adalah sama asalnya untuk al-Aṣḥāb. Kemudian terkumpulnya ilmu-ilmu ini sebenarnya adalah syarat untuk mujtahid mutlak dan ia adalah yang berfatwa pada keseluruhan bab syarak". [Al-Iqnā* Fi Ḥall Alfāẓ Abī Šujā*, jilid 2, m/s 641, keluaran Dār al-Fikr al-Islāmiyy, Beirut].

As-Suyūṭiyy berkata :

وَقَالَ الشَّيْخ محب الدّين وَالِد الشَّيْخ تَقِيّ الدّين دَقِيق الْعِيد فِي كِتَابه تلقيح الإفهام عز الْمُجْتَهد فِي هَذِه الإعصار ولَيْسَ ذَلِك لتعذر حُصُول آلَة الِاجْتِهَاد بل لإعراض النَّاس فِي اشتغالهم عَن الطَّرِيق المفضية إِلَى ذَلِك وَقَالَ بَعضهم الِاجْتِهَاد فِي هَذَا الزَّمَان أسهل مِنْهُ فِي الزَّمن الأول لِأَن الْآلَات من الْأَحَادِيث وَغَيرهَا قد دونت وَسَهل مراجعتها بِخِلَاف الزَّمن الأول فَلم يكن فِيهِ شَيْء من آلَات الِاجْتِهَاد مدون

Berkata aš-Šayẖ Muḥibuddīn, ayah kepada aš-Šayẖ Taqiyuddīn Daqīq al-*Īd dalam kitabnya Talqīḥ al-Ifhām: "Sedikitnya mujtahid pada masa-masa ini dan bukanlah itu kerana kesukaran untuk menggapai alat-alat ijtihad, tetapi zahirnya orang ramai yang berpaling daripada jalan yang menyampaikan kepada itu. Berkata sebahagian mereka bahawa ijtihad pada zaman inilebih mudah daripada zaman yang awal kerana alat-alat yang terdiri daripada hadis-hadis dan selainnya telah dikodifikasi dan menjadi mudah untuk merujuknya. Berbeza dengan zaman yang awal, belum ada pada waktu itu sesuatu yang berupa alat-alat ijtihad yang dikodifikasikan". [Taqrīr al-Istinād Fī Tafsīr al-Ijtihād, m/s 36, keluaran Dār ad-Da*wah, al-Iskandariyyah, tahqiq Fu^ād *Abdul Mun*im Aḥmad].

Ini adalah yang telah berlalunya 500 tahun. Adapun untuk zaman ini, tidak perlu lagi untuk menukilkan pandangan ahli ilmu semasa dan realitinya telah terbentang di hadapan mata yang tidak akan diingkari oleh sesiapa pun. Kemudahan yang terlalu pantas berkembang sehingga cepat sahaja meninggalkan ramai ke belakang.

Namun, malang sekali, seruan kepada ijtihad selalu sahaja diperlekehkan dan dicela. Seolah-olah ia adalah relik yang lepas yang gemilang dan ia adalah kehinaan untuk zaman sekarang bagi orang yang mendambakannya. Seruan kepada ijtihad adalah seruan kepada pengukuhan kepada ilmu, menghidupkan suasana ilmiah, membina keyakinan diri di atas petunjuk, berjuang untuk hujah kebenaran dan sentiasa bersungguh dalam menempuh jalannya. Yang si menyedihkan ini pandang adalah seruan untuk menjadi sang belagak dan membongkakkan diri.

Dukanya jiwa melihat ahli ilmu sekarang perlu mengikut dogma orang bodoh, dungu dan tolol mindanya. Balik dari negara jauh seberang untuk mendalami ilmu, akhirnya perlu mengikut rentak dan keinginan umum masyarakat setempat Jika tidak, mereka akan disingkirkan dari mahkota ahli ilmu sekalipun kewibawaannya telah terbukti. Lantas, si pandir ini juga mengeluh mengapa masyarakat sekarang terlalu jahil dan diangkat pula orang yang jahil sebagai mufti dan tokoh ilmu. Sedangkan itulah hasil tuaian yang mereka semaikan dalam tanaman mereka! Sekarang, rasakanlah!

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632890108532670464/perakuan-bahawa-ruang-ijtihad-semakin-mudah-adalah

Meme 17


Saya dahulu bermanhaj al-Aš*ariyy dalam interaksi naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah. Namun, setelah saya membaca karya-karya salaf seperti ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh karya Aḥmad bin Ḥanbal, H̱olq Af*āl al-*Ibād karya al-Buẖōriyy, as-Sunnah karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya Abū Bakr al-H̱ollāl, al-Iẖtilāf Fī al-Lafẓ karya Ibn Qutaybah, at-Tabṣīr Fī Ma*ālim ad-Dīn karya Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy dan ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah dan an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy yang kedua-duanya adalah karya ad-Dārimiy, saya meninggalkan al-Aš*ariyy dalam isu ini.

Ini sememangnya kebenaran yang pahit untuk ditelan, tetapi saya sendiri perlu akui fakta ini dan mereka yang telah menelaahnya pun perlu akui bahawa sememangnya manhaj al-Aš*ariyy tidak menepati manhaj salaf dalam isu ini. Malah, saya tidak hairan pun jika ada tuduhan bahawa al-Aš*ariyy ini adalah serpihan daripada Jahmiyyah atau adanya Jahmiyyah yang bertopeng al-Aš*ariyy. Jika sesiapa yang membaca karya salaf sepertimana yang dibentangkan tadi, lalu meneliti perbahasan tentang penentangan terhadap Jahmiyyah, maka lihatlah beberapa persamaan daripadanya.

Kalam Ibn al-Mubārok ini sudah cukup meruntuhkan pemahaman al-Aš*ariyy terhadap manhaj salaf dalam isu interaksi sifat Allah. Iaitu mengosongkan makna atau menjahilkan makna, kemudian diserahkan makna sebenar itu kepada Allah. Sekarang, bagaimana pemahaman sebegini mampu diaplikasikan metodologi ini kepada kalam Ibn al-Mubārok?

Malah, jika mereka terasa pedih terhadap kalam Ibn al-Mubārok, mereka belum lagi melihat bagaimana pembentangan ad-Dārimiy dalam an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy. Disebabkan pedihnya mereka sepanjang menelaah karya tersebut, pelampau al-Aš*ariyy yang terkebelakangan dan disambung oleh kontemporari terus menuduhnya sebagai mujassim yang tidak pernah dituduh sedemikian sepanjang 1000 tahun setelah kewafatannya.

Kasihan mereka ini. Apabila disuruh merujuk dan menelaah karya salaf, lalu dijadikannya sebagai pedoman, panduan dan hakim dalam memahami manhaj salaf pada berinteraksi dengan naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah, bermacam-macam dalih dibuat. Selalunya mereka buat-buat tidak tahu dan buat-buat tidak cakna terhadap kewujudannya. Mereka ingin berpada dengan karya mutaakhirin dan selesa dengannya. Patut kita bertanya kepada si bodoh ini: Pendapat salaf perlu mengikut mutaakhirin atau sebaliknya?

Orang berakal akan yakin siapa sebenarnya di manhaj yang keliru dan menjauh dari realitinya. Tidak perlu membazir masa untuk mereka yang enggan menelaah karya salaf. Ia ibarat yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. Mereka sendiri merugikan diri mereka apabila kita tawarkan yang terbaik untuk mereka. Kita ingin dengar dan lihat bagaimana mereka berinteraksi dengan kalam salaf seperti ini dan pamerkan keseragaman kefahaman manhaj mereka dengan kalam ini. Mereka tetap tidak mahu. Biarkan si luncai terjun bersama labu-labunya dan menyalak bahawa manhaj mereka adalah universal dan bersepadu.


Meme 18


Apakah karya salaf dalam menghakimi isu interaksi naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah? Ia adalah seperti ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh karya Aḥmad bin Ḥanbal, H̱olq Af*āl al-*Ibād karya al-Buẖōriyy, as-Sunnah karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya Abū Bakr al-H̱ollāl, al-Iẖtilāf Fī al-Lafẓ karya Ibn Qutaybah, at-Tabṣīr Fī Ma*ālim ad-Dīn karya Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy dan ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah dan an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy yang kedua-duanya adalah karya ad-Dārimiy.

Namun, golongan al-Aš*ariyy hanya tahu pada nama sahaja kitab ini. Selalunya mereka buat-buat tidak tahu kewujudan kitab ini. Malah, berharap agar kitab seperti ini langsung tidak ada. Sebab utama mereka takut untuk menelaah dan menghadam karya tersebut kerana ia akan membeberkan tembelang pemahaman mereka kononnya harmoni dan seragam dengan manhaj salaf. Ia sememangnya akan meruntuhkan pemahaman mereka dalam berinteraksi naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah bahawa kononnya salaf tidak memakai makna zahir, tetapi mereka mengosongkan makna atau menjahilkan makna, lalu menyerahkan makna tersebut kepada Allah.

Jika kenyataan ini salah, dipersilakan baca, hadam, analisis dan bentang bagaimana pemahaman mereka seragam dan selari dengan kalam para salaf. Kita semua sedang memberikan tawaran yang terbaik untuk mereka agar mereka dapat mengukuhkan manhaj mereka serta memberi pencerahan bahawa mereka bertunjangkan asas yang sejati. Namun, selalunya tawaran ini selalunya ditolak secara kasar dan diperlekehkan. Jelaslah bahawa mereka sebenarnya merugikan diri mereka sendiri.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632890672182149120/apakah-karya-salaf-dalam-menghakimi-isu-interaksi

Meme 19


Al-Aš*ariyy mahu membaca dan menghadam karya salaf yang berkenaan dengan sifat Allah seperti ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh karya Aḥmad bin Ḥanbal, H̱olq Af*āl al-*Ibād karya al-Buẖōriyy, as-Sunnah karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya Abū Bakr al-H̱ollāl, al-Iẖtilāf Fī al-Lafẓ Wa karya Ibn Qutaybah, at-Tabṣīr Fī Ma*ālim ad-Dīn karya Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy dan ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah dan an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy yang kedua-duanya adalah karya ad-Dārimiy?

Saya tidak rasa mereka berani buat sedemikian. Sebabnya ia akan membeberkan tembelang mereka dan setiap kali mereka menelaahnya, pasti mereka merasa pedih. Puncak kepedihan mereka adalah dengan menuduh ad-Dārimiyy dan Abū Bakr al-H̱ollāl sebagai mujassim yang tidak pernah dituduh sepanjang 900 tahun setelah pemergian mereka disebabkan sukarnya untuk menelan kepahitan kebenaran padanya.

Adakah tuduhan seperti ini berlaku secara kebetulan? Pastinya tidak. Ia adalah kerana pekatnya kefahaman yang salah dalam interaksi salaf terhadap naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah. Bahkan, sebahagian daripada mereka sebenarnya adalah Jahmiyyah yang berbaju al-Aš*ariyy. Disebabkan kalam salaf ini bercanggah dengan kefahaman mereka dan mereka tidak dapat menerima realitinya serta tidak mampu meninggalkan pegangannya, maka apa yang mereka dapat lakukan adalah menuduh mujassim terhadap sarjana salaf. Mereka sangka itu adalah menjelaskan kebenaran, walhal hakikatnya mengungkapkan kebatilan dan jauh daripada petunjuk.

Silalah nafi apa yang saya nyatakan ini dengan membawa membahas dan menganalisis bagaimana seragamnya dan harmoninya pemahaman kalian sepertimana salaf. Jika tidak, jelaslah bahawa siapa sebenarnya yang tidak berpijak di atas bumi yang nyata, tetapi terus menyalak ke sana ke sini bahawa manhaj mereka adalah universal dan bersepadu. Orang yang berakal telah cakna siapakah sebenarnya yang bermain-main dalam kesesatan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632890953516122112/al-a%C5%A1ariyy-mahu-membaca-dan-menghadam-karya-salaf

Meme 20


Al-Aš*ariyy mahu membaca dan menghadam karya salaf yang berkenaan dengan sifat Allah seperti ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh karya Aḥmad bin Ḥanbal, H̱olq Af*āl al-*Ibād karya al-Buẖōriyy, as-Sunnah karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya Abū Bakr al-H̱ollāl, al-Iẖtilāf Fī al-Lafẓ karya Ibn Qutaybah, at-Tabṣīr Fī Ma*ālim ad-Dīn karya Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy dan ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah dan an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy yang kedua-duanya adalah karya ad-Dārimiy?

Saya tidak rasa mereka mampu berbuat sedemikian. Jika mereka lakukan, sama ada mereka akan berubah pandangannya atau menyembunyikan kepedihan dalam jiwa mereka bahawa ia membeberkan tembelang mereka, lalu mereka buat-buat tidak tahu terhadap karya ini seolah-olah belum pernah membacanya atau menuduh karya tersebut membawa fahaman mujassim sepertimana yang mereka lakukan terhadap ad-Dārimiyy dan Abū Bakr al-H̱ollāl yang tidak pernah terdahulu sepanjang 900 tahun setelah kewafatan mereka.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632892637557506048/al-a%C5%A1ariyy-mahu-membaca-dan-menghadam-karya-salaf

Meme 21

Setiap kali kita ingin diskusi dengan kelompok al-Aš*ariyy dalam isu sifat Allah, untuk menentukan sama ada pemahaman seseorang itu sesuai dengan manhaj salaf atau tidak, maka sewajarnya merujuk karya salaf seperti ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh karya Aḥmad bin Ḥanbal, H̱olq Af*āl al-*Ibād karya al-Buẖōriyy, as-Sunnah karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya Abū Bakr al-H̱ollāl, al-Iẖtilāf Fī al-Lafẓ karya Ibn Qutaybah, at-Tabṣīr Fī Ma*ālim ad-Dīn karya Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy dan ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah dan an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy yang kedua-duanya adalah karya ad-Dārimiy.

Namun, apa yang terjadi adalah kelompok al-Aš*ariyy selalu sahaja membawa karya mutaakhirin dan memperbanyak nukilan daripadanya. Sukar untuk ditemui mereka yang mengambil nukilan daripada karya salaf. Saya sampai terpaksa berkata kepada mereka: "Wahai sang tolol! Kalam salaf perlu mengikut kefahaman mutaakhirin atau sebaliknya?".

Saya sangat berang terhadap mereka yang kononnya seragam dengan manhaj salaf, tetapi berjauhan dan enggan untuk merujuk karya salaf, apatah lagi menjadikan karya semua itu sebagai hakim. Malah, apabila kita membawa karya ad-Dārimiyy dan Abū Bakr al-H̱ollāl, mereka secara pantasnya menuduhnya dua insan yang jauh lebih mulia daripada mereka ini adalah mujassim yang tidak pernah dilakukan sedemikian setelah 900 tahun kewafatannya. Lalu, mereka tolak mentah-mentah karya itu. Malah, apabila saya bawakan kalam dari Ibn *Abdul Barr, dituduh pula tokoh ini bercelaru dan mendekati mujassim. Walhal, jika kita saling membuat rujukan bersilang sesama karya mereka, kita tidak akan menemui perbezaan ketara pun. Masing-masing saling meneguhkan antara satu sama lain.

Sekarang mereka memarahi saya dan yang lain apabila enggan mengendahkan nukilan karya mutaakhirin mereka, walhal mereka sendiri buat yang sama terhadap ad-Dārimiyy, al-H̱ollāl dan Ibn *Abdul Barr. Mereka jugalah yang membuang karya ini sejauh-jauhnya. Lalu mendakwa apa yang tercitra pada pemahaman mutaakhirin adalah sekata dengan pemahaman salaf. Kata-kata ini cumalah kekosongan selagimana enggan untuk menjadikan karya salaf sebagai hakim.

Tanyalah diri sendiri. Dengan membakulsampahkan karya salaf seperti ad-Dārimiyy dan al-H̱ollāl, adakah ini menunjukkan kefahaman kita selari dengan kefahaman salaf? Mereka yang mujassim atau yang menuduh ini menyeleweng?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632892939635425280/setiap-kali-kita-ingin-diskusi-dengan-kelompok

Meme 22


Al-Aš*ariyy kini adalah serpihan daripada Jahmiyyah? Sukar untuk dinafikan. Sesiapa yang membaca karya salaf yang menentang Jahmiyyah pasti jelas akan hal ini betapa wujudnya persamaan pada al-Aš*ariyy dengan apa yang diwacanakan salaf terhadap Jahmiyyah.

Saya sangat berharap ia adalah salah dan saya berharap hanya segelintir sahaja yang Jahmiyyah, tetapi berbaju al-Aš*ariyy dan mereka ini menonjol di tengah-tengah masyarakat, namun yang lain adalah al-Aš*ariyy yang murni dari fahaman Jahmiyyah.

Mahu tahu sama ada Jahmiyyah itu berselindung di balik al-Aš*ariyy atau tidak? Cubalah uji mereka dengan kalam ahli seperti Ḥammād bin Zayd yang berkata tentang Jahmiyyah :

إِنَّمَا يُحَاوِلُونَ أَنْ يَقُولُوا لَيْسَ فِي السَّمَاءِ شَيْءٌ

"Mereka mencuba untuk berkata tidak ada sesuatu di langit". [As-Sunnah, karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 1, m/s 117, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

Dan juga *Abbād bin al-*Awwām yang berkata :

كَلَّمْتُ بِشْرَ الْمَرِيسِيَّ وَأَصْحَابَ بِشْرٍ فَرَأَيْتُ آخِرَ كَلَامِهِمْ يَنْتَهِي أَنْ يَقُولُوا لَيْسَ فِي السَّمَاءِ شَيْءٌ

"Aku berbicara dengan Bišr al-Marīisiyy dan sahabat Bišr. Aku melihat akhir kalam mereka mengakhiri katanya tidak ada sesuatu di langit". [As-Sunnah, karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 1, m/s 162, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

Dan juga Muḥammad bin *Uṯmān yang berkata :

سَمِعْتُ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ مَهْدِيٍّ: وَسَأَلَهُ، سَهْلُ بْنُ أَبِي خَدَّوَيْهِ عَنِ الْقُرْآنِ، فَقَالَ: «يَا أَبَا يَحْيَى مَا لَكَ وَلِهَذِهِ الْمَسَائِلِ هَذِهِ مَسَائِلُ أَصْحَابِ جَهْمٍ، إِنَّهُ لَيْسَ فِي أَصْحَابِ الْأَهْوَاءِ شَرٌّ مِنْ أَصْحَابِ جَهْمٍ يَدُورُونَ عَلَى أَنْ يَقُولُوا لَيْسَ فِي السَّمَاءِ شَيْءٌ، أَرَى وَاللَّهِ أَلَّا يُنَاكَحُوا وَلَا يُوَارَثُوا»

Aku mendengar *Abdul Roḥmān bin Mahdiyy ketika Sahl bin H̱oddawayh tentang al-Qur^ān, lalu dia berkata: "Wahai Abū Yaḥyā! Kenapa dengan kamu? Kerana isu ini adalah isu pengikut Jahm. Sesungguhnya tidak ada dalam pengikut hawa nafsu yang lebih teruk berbanding pengikut Jahm yang berlegar dalam mengatakan tidak ada sesuatu di langit. Aku berpandangan -demi Allah!- mereka tidak boleh dinikahi dan tidak boleh diwarisi hartanya". [As-Sunnah, karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 1, m/s 157, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

Jika mereka tidak mampu membenarkan kalam sarjana agung salaf ini, maka jelaslah apa yang terbuku dalam jiwa mereka sebenarnya. Dan jelaslah ke mana jalan yang ditempuhi salaf.

Ambilan
: https://amirkazuma.tumblr.com/post/632893213711187971/al-a%C5%A1ariyy-kini-adalah-serpihan-daripada

Meme 23


Yang melucukan adalah saya tidak ada hak untuk mengkritik orang yang menuduh Abū Sa*īd ad-Dārimiyy sebagai mujassim kerana kesarjanannya, padahal tuduhan tersebut tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun setelah 1000 tahun kewafatannya. Mereka mempertikaikan apa kelayakan saya dalam mengkritiknya, sedangkan apa pula kelayakan penuduh itu melemparkan tuduhan jelek terhadapnya?

Juga yang melucukan adalah apabila adanya kritik dan pengkafiran terhadap karya Ibn *Arobiyy dan al-Jīliyy, ia tidak perlu diperhatikan kerana mereka berdua ini dibela oleh tokoh-tokoh ternama kendatipun telah wujud tokoh-tokoh yang agung yang mengkritik dan mengkafirkannya, namun mereka juga tidak segan silu menuduh ad-Dārimiyy sebagai mujassim yang dibela kesarjanaannya, kewibawaannya dan keagungannya secara sepakat selama 1000 tahun dan tidak ada seorang pun yang menyinggungnya.

Apabila dibawakan kalam Ibn *Arobiyy dan al-Jīliyy sebagai hujah pengkafiran, mereka berkata adanya takwil dan perlu difaham mengikut konteks kehalusan sufi. Namun, mereka juga tidak segan silu menyelongkar kalamad-Dārimiyy demi menyatakan bahawa dia adalah mujassim tanpa mahu terlebih dahulu membuat penelitian sepertimana yang mereka selalu usulkan ketika Ibn *Arobiyy dan al-Jīliyy dikritik.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632893497041649664/yang-melucukan-adalah-saya-tidak-ada-hak-untuk

Meme 24


Hormat ulama kononnya. Namun, merekalah tidak segan silu menjaja sana sini bahawa Abū Sa*īd ad-Dārimiyy adalah mujassim. Seolah-olah seperti tidak membaca biografi mereka ketika melakukan tuduhan tersebut. Terpulanglah jika ingin mengkritik. Namun, mestilah ada neraca ilmu. Bukan sekadar hanya bermain kad Argumentum Ad Verecundiam, Argumentum Ad Misericordiam, Argumentum Ad Ignorantiam, kesan Kontras, bandwagon, red-herring, Ad-Hominem dan lain-lain falasi.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632893774291468288/hormat-ulama-kononnya-namun-merekalah-tidak

Meme 25


Saya amat berkeras dengan al-Aš*ariyy bukan kerana ketaksuban atau memiliki dendam peribadi. Saya berkeras kerana saya melihat sebahagiannya menjadi pelampau sehingga menuduh Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, Abū Bakr al-H̱ollāl, al-Lālikā^iyy dan Ibn Qudāmah sebagai mujassim yang tidak pernah dituduh sedemikian oleh mana-mana ilmuwan pun melainkan yang terkebelakangan. Mereka memperhebat-hebatkan tuduhan ini, menjaja ke sana ke mari sehingga mempengaruhi ramai orang. Akhirnya, mereka yang sefahaman atau berkata sama dengan ad-Dārimiyy, maka terus dianggap mujassim.

Saya tidak boleh menafikan atau bersikap pesimistik lagi bahawa adanya Jahmiyyah yang berbulu al-Aš*ariyy. Jika tidak pekat pun, masih ada saki baki yang tidak mudah disental dengan lembut. Walaupun sedikit, tetapi pengaruh di mindanya sangat kuat sehingga ia membawa kepada corak pemikiran Jahmiyyah secara signifikan. Sebab itulah saya berkeras dan sebab itulah saya sentiasa menekankan untuk menelaah dan menghadam karya salaf. Mereka semua tegas menentang Jahmiyyah dan hari ini ada yang menyelinap masuk dalam kelompok al-Aš*ariyy. Sebab itu mereka perlu dibersihkan dan dicantas dari akar umbinya.

Walaupun saya agak keras terhadap al-Ašhʿariyy, bukan bermakna saya mengeluarkannya daripada ahli sunnah dan tidak menjamah keenakan hidangannya. Saya juga mengambil banyak manfaat al-Ašhʿariyy dalam perbahasan sifat Allah dalam sifat nafsiyyah, salbiyyah dan maani kecuali dalam beberapa hal. Saya tidak menafikan sumbangan mereka dalam pelbagai bidang dan melalui karya mereka juga, saya peroleh kefahaman dengan izin Allah. Guru saya juga al-Aš*ariyy, malah saya juga berdamping dan mengikuti kelas mereka. Jika mereka menjadi imam untuk solat, maka saya solat di belakangnya. Namun, bukan bermakna saya perlu bersetuju dengan salah kefahaman mereka terhadap manhaj salaf dalam berinteraksi dengan naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632893930158030848/saya-amat-berkeras-dengan-al-a%C5%A1ariyy-bukan-kerana

Meme 26


Saya menegaskan kepada al-Aš*ariyy untuk membaca dan menghadam karya-karya salaf yang menentang Jahmiyyah bukan kerana ketaksuban atau sekadar suka-suka sahaja. Sebenarnya apa yang diwacanakan tentang Jahmiyyah tampak refleksinya pada al-Aš*ariyy. Malah, barangkali al-Aš*ariyy tidak menyedari bahawa sebahagian mereka adanya pembawa serpihan fahaman Jahmiyyah yang pekat dan tegar. 

Apabila membaca karya tersebut, ia bukan sahaja memberikan gambaran sebenar tentang manhaj salaf dalam berinteraksi dengan naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah, tetapi sebagai pengukuhan kesedaran bahawa betapa bahayanya Jahmiyyah yang telah merasap masuk dan bergabung dalam panji al-Aš*ariyy. Kitab-kitab salaf yang soleh ini akan menjadi hakim dan menjadi pasukan pecantas jika kita benar-benar ingin memperoleh kelurusan dalam manhaj.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632894131612565504/saya-menegaskan-kepada-al-a%C5%A1ariyy-untuk-membaca

Meme 27


Ibn Baṭṭoh berkata :

فَإِذَا قَامَتِ الْحُجَّةُ عَلَى الْجَهْمِيِّ وَعَلِمَ صِحَّةَ هَذِهَ الْأَحَادِيثِ وَلَمْ يَقْدِرْ عَلَى جَحْدِهَا، قَالَ: الْحَدِيثُ صَحِيحٌ، وَإِنَّمَا مَعْنَى قَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يَنْزِلُ رَبُّنَا فِي كُلِّ لَيْلَةٍ» يَنْزِلُ أَمْرُهُ، قُلْنَا: إِنَّمَا قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يَنْزِلُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ»، «وَيَنْزِلُ رَبُّنَا» وَلَوْ أَرَادَ أَمْرَهُ لَقَالَ: يَنْزِلُ أَمْرُ رَبِّنَا. فَيَقُولُ: إِنْ قُلْنَا: يَنْزِلُ، فَقَدْ قُلْنَا: إِنَّهُ يَزُولُ وَاللَّهُ لَا يَزُولُ وَلَوْ كَانَ يَنْزِلُ لَزَالَ؛ لَأَنَّ كُلَّ نَازِلٍ زَائِلٌ، فَقُلْنَا: أَوَلَسْتُمْ تَزْعُمُونَ أَنَّكُمْ تَنْفُونَ التَّشْبِيهَ عَنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ؟ فَقَدْ صِرْتُمْ بِهَذِهِ الْمَقَالَةِ إِلَى أَقْبَحِ التَّشْبِيهِ، وَأَشَدِّ الْخِلَافِ؛ لِأَنَّكُمْ إِنْ جَحَدْتُمُ الْآثَارَ، وَكَذَبْتُمْ بِالْحَدِيثِ، رَدَدْتُمْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَوْلَهُ، وَكَذَّبْتُمْ خَبَرَهُ، وَإِنْ قُلْتُمْ: لَا يَنْزِلُ إِلَّا بِزَوَالٍ، فَقَدْ شَبَّهْتُمُوهُ بِخَلْقِهِ، وَزَعَمْتُمْ أَنَّهُ لَا يَقْدِرُ أَنْ يَنْزِلَ إِلَّا بِزَوَالِهِ عَلَى وَصْفِ الْمَخْلُوقِ الَّذِي إِذَا كَانَ بِمَكَانٍ خَلَا مِنْهُ مَكَانٌ لَكِنَّا نُصَدِّقُ نَبِيَّنَا صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَقْبَلُ مَا جَاءَ بِهِ فَإِنَّا بِذَلِكَ أُمِرْنَا وَإِلَيْهِ نُدِبْنَا، فَنَقُولُ كَمَا قَالَ: «يَنْزِلُ رَبُّنَا عَزَّ وَجَلَّ» وَلَا نَقُولُ: إِنَّهُ يَزُولُ بَلْ يَنْزِلُ كَيْفَ شَاءَ، لَا نَصِفُ نُزُولَهُ، وَلَا نُحِدُّهُ وَلَا نَقُولُ: إِنَّ نُزُولَهُ زَوَالُهُ،

Apabila tertegaknya hujah ke atas Jahmiyy dan dia mengetahui kesahihan hadis ini serta tidak mampu dalam menentangnya, dia berkata: "Hadis ini adalah sahih, tetapi sebenarnya makna sabda Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-: #Turunnya tuhan kita pada setiap malam# adalah turun urusan-Nya". Kami berkata: "Sebenarnya sabda Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- #Turunnya Allah *Azza Wa Jalla# dan #Turunnya tuhan kita#, kalau dia maksudkan urusannya, pasti baginda bersabda turunya perintah tuhan kita". Lalu dia berkata: "Jika kita katakan Dia turun, maka kita telah berkata sesungguhnya Dia beranjak, padahal Allah tidak beranjak. Kalaulah Dia turun, pasti dia beranjak kerana setiap yang turun beranjak". Kami berkata: "Bukankah kalian mendakwa kalian menafikan tasybih daripada tuhan sekalian alam? Benar-benar kalian menukar daripada bicara ini kepada sejelek-jelek tasybih dan sedahsyat-dahsyat penyelisihan. Ini kerana kalian menentang atsar dan kalian mendustakan. Kalian menyanggah sabdanya kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dan kalian mendustakan khabarnya. Apabila kalian berkata tidaklah Dia turun melainkan Dia beranjak, maka kalian telah menyerupakannya dengan ciptaan-Nya dan kalian mendakwa bahawa Dia tidak mampu turun melainkan dengan anjakannya atas sifat makhluk yang apabila Dia berada di suatu tempat, maka kosong tempat itu daripada-Nya. Akan tetapi, kami membenarkan Nabi kita -ṣollallahu *alayhi wasallam- dan kami menerima apa yang datang tentangnya. Sesungguhnya kami diperintahkan untuk itu dan dituntut kepadanya. Kami mengatakan sepertimana yang baginda bersabda bahawa turunnya tuhan kita *Azza Wa Jalla dalam keadaan kami tidak berkata sesungguhnya Dia beranjak. Bahkan, kami mengatakan Dia turun sepertimana yang Dia kehendaki. Kami tidak menyifatkan penurunan-Nya, kami tidak meletakkan had-Nya dan kami tidak berkata bahawasanya turunnya adalah anjakannya". [Al-Ibānah al-Kubrō, jilid7, m/s 237, keluaran Dār ar-Royah Li an-Našr Wa at-Tawzī*].

Bagi yang tidak jelas bagaimana Jahmiyyah pada asalnya ingin mentanzihkan Allah boleh terjebak kepada fahaman tasybih sehingga menjadi mu*aṭṭilah, saya akan menerangkan secara ringkas. Apabila dibawakan ayat al-Qur^ān dan hadis yang berkaitan dengan "al-Yad" bagi Allah kepada Jahmiyyah, mereka berkata bahawa ini adalah naṣ-naṣ tersebut membawa makna kepada tasybih. Ini kerana "al-Yad" di sini adalah makna yang menunjukkan anggota yang berjisim lagi mempunyai daging, urat, darah dan lain-lain. Makna ini tidak sesuai dengan Allah menurut mereka.

Di sinilah mereka jatuh ke lembah tasybih dan di sinilah yang membezakan ahli sunnah dan Jahmiyyah. Ahli sunnah apabila dibawakan naṣ-naṣ yang berkaitan dengan "al-Yad", sama sekali tidak terbayang atau memahami makna tersebut. Ahli sunnah dari awal lagi tidak beranggapan apabila disebutkan "al-Yad" pada Allah, maka ia menunjukkan makna jisim dan anggota. Namun, Jahmiyyah memahami sedemikian.

Kemudian, setelah mempunyai pembayangan sedemikian, Jahmiyyah mula jatuh ke lembah ta*ṭīl pula. Setelah mereka menyebutkan makna "al-Yad" adalah sedemikian dan ia tidak layak dinisbahkan kepada Allah, maka mereka mencari pula makna yang lain atau melakukan proses takwil atas alasan meletakkan makna yang selayaknya dengan Allah dan menyucikan Allah dari makna-makna zahir yang menunjukkan keserupaan dengan makhluk.

Sedangkan ahli sunnah apabila sudah faham bahawa "al-Yad" di sini bukan yang dimaknakan dengan jisim dan anggota, mereka tidak berhajat lagi untuk mencari takwil. Sebabnya mereka sudah pun menyucikan Allah ketika mengisbatkan sifat-Nya. Sebab itulah takwil bukan sesuatu yang diperlukan buat mereka.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632894317530431488/ibn-ba%E1%B9%AD%E1%B9%ADoh-berkata-%D9%81-%D8%A5-%D8%B0-%D8%A7-%D9%82-%D8%A7%D9%85-%D8%AA-%D8%A7%D9%84-%D8%AD-%D8%AC-%D8%A9

Meme 28


Banyak kali kita mengingatkan kepada al-Aš*ariyy mengapa perlunya mereka menghadam karya para salaf yang menentang Jahmiyyah. Mereka sendiri menjadi ignoran bagaimana corak pemikiran Jahmiyyah, tetapi dalam masa yang sama terjebak sama dengan serpihan daripadanya, tetapi mendakwa itu adalah ahli sunnah. Kemudian, kehairanan mengapa dituduh Jahmiyyah atau membawa fahaman Jahmiyya. Itu pun masih tidak tergerak untuk mengenali Jahmiyyah dengan lebih mendalam.

Tidak pernah dalam sejarah Islam ahli sunnah dituduh Jahmiyyah atau mu*aṭṭilah, tetapi mereka dituduh sebagai musyabbihah. Kata Aḥmad bin Ḥanbal dalam menyifatkan Jahm bin Ṣofwān, perintis kepada fahaman Jahmiyyah :

وتأول القرآن على غير تأويله، وكذب بأحاديث رسول الله صلى الله عليه وسلم وزعم أن من وصف الله بشيء مما وصف به نفسه في كتابه أو حدث عنه رسوله كان كافراً، وكان من المشبهة

"Dia mentakwil al-Qur^ān dengan yang bukan takwilnya, mendustakan hadis-hadis Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- serta mendakwa bahawa sesiapa yang menyifatkan Allah dengan sesuatu dari apa yang Dia menyifatkan diri-Nya dalam kitab-Nya atau rasul-Nya menceritakan tentangnya, maka dia adalah kafir dan dia adalah musyabbihah". [Ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh, m/s 97, keluaran Dār aṯ-Ṯabāt Li an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Ṣobriyy bin Salāmah Šāhīn].

Isḥāq bin Rōhūyah berkata :

عَلَامَةُ جَهْمٍ وَأَصْحَابِهِ دَعْوَاهُمْ عَلَى أَهْلِ الْجَمَاعَةِ , وَمَا أُولِعُوا بِهِ مِنَ الْكَذِبِ , إِنَّهُمْ مُشَبِّهَةٌ بَلْ هُمُ الْمُعَطِّلَةُ وَلَوْ جَازَ أَنْ يُقَالَ لَهُمْ: هُمُ الْمُشَبِّهَةُ لَاحْتُمَلَ ذَلِكَ , وَذَلِكَ أَنَّهُمْ يَقُولُونَ: إِنَّ الرَّبَّ تَبَارَكَ وَتَعَالَى فِي كُلِّ مَكَانٍ بِكَمَالِهِ فِي أَسْفَلِ الْأَرَضِينَ وَأَعْلَى السَّمَاوَاتِ عَلَى مَعْنًى وَاحِدٍ وَكَذَبُوا فِي ذَلِكَ وَلَزِمَهُمُ الْكُفْرُ

"Tanda-tanda Jahm dan pengikutnya adalah panggilan mereka terhadap ahli al-Jamā*ah dan apa yang disandarkan padanya adalah sebahagian daripada dusta. Sesungguhnya mereka adalah musyabbihah, padahal hakikat sebenarnya mereka adalah mu*aṭṭilah. Kalaulah boleh dipanggil kepada mereka bahawa mereka itu adalah musyabbihah, maka dibolehkan untuk itu. Itu adalah kerana mereka berkata bahawa sesungguhnya tuhan Tabāroka Wa Ta*ālā dalam setiap tempat dengan keseluruhannya di bumi paling dan langit paling atas atas makna yang sama. Mereka berdusta pada hal itu dan membiasakan kekafiran pada mereka". [Šarḥ Uṣūl as-Sunnah, karya al-Lālikā^iyy, jilid 3, m/s 588, keluaran Dār Ṭoyyibah, Saudi, tahqiq Aḥmad bin Sa*d bin Ḥamdān al-Ġōmidiyy].

Abū Ḥātim ar-Rōziyy berkata :

عَلَامَةُ الْجَهْمِيَّةِ تَسْمِيَتُهُمْ أَهْلَ السُّنَّةِ مُشَبِّهَةً

"Tanda-tanda Jahmiyyah adalah penamaan mereka terhadap ahli sunnah sebagai musyabbihah". [Šarḥ Uṣūl as-Sunnah, karya al-Lālikā^iyy, jilid 3, m/s 588, keluaran Dār Ṭoyyibah, Saudi, tahqiq Aḥmad bin Sa*d bin Ḥamdān al-Ġōmidiyy].

Ḥarb bin Ismā*īl al-Kirmāniyy berkata :

وأما الجهمية: فأنهم يسمون أهل السنة مشبهة وكذبت الجهمية أعداء الله بل هم أولى بالتشبيه والتكذيب افتروا على الله الكذب وقالوا على الله الزور والإفك وكفروا في قولهم.

"Adapun Jahmiyyah, maka mereka menamakan ahli sunnah dengan musyabbihah, sedangkan Jahmiyyah, musuh Allah telah berdusta. Bahkan, mereka lebih patut dengan tasybih dan pendustaan. Mereka mengada-adakan kedustaan terhadap Allah dan mereka berkata tentang Allah secara sia-sia dan dengkul serta mereka mengkafirkannya pada kata-kata mereka". [Masā^il Ḥarb al-Kirmāniyy, jilid 3, m/s 985, keluaran Jāmi*ah Umm al-Qurō].

Ibn *Abdul Barr berkata :

أهل السنة مجموعون عَلَى الْإِقْرَارِ بِالصِّفَاتِ الْوَارِدَةِ كُلِّهَا فِي الْقُرْآنِ وَالسُّنَّةِ وَالْإِيمَانِ بِهَا وَحَمْلِهَا عَلَى الْحَقِيقَةِ لَا عَلَى الْمَجَازِ إِلَّا أَنَّهُمْ لَا يُكَيِّفُونَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ وَلَا يَحُدُّونَ فِيهِ صِفَةً مَحْصُورَةً وَأَمَّا أَهْلُ الْبِدَعِ وَالْجَهْمِيَّةُ وَالْمُعْتَزِلَةُ كُلُّهَا وَالْخَوَارِجُ فَكُلُّهُمْ يُنْكِرُهَا وَلَا يَحْمِلُ شَيْئًا مِنْهَا عَلَى الْحَقِيقَةِ وَيَزْعُمُونَ أَنَّ مَنْ أَقَرَّ بِهَا مُشَبِّهٌ وَهُمْ عِنْدَ مَنْ أَثْبَتَهَا نَافُونَ لِلْمَعْبُودِ وَالْحَقُّ فِيمَا قَالَهُ الْقَائِلُونَ بِمَا نَطَقَ بِهِ كِتَابُ اللَّهِ وَسُنَّةُ رَسُولِهِ وَهُمْ أَئِمَّةُ الْجَمَاعَةِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ

"Ahli sunnah bersepakat dalam mengikrarkan sifat yang datang keseluruhannya dalam al-Qur^ān dan as-Sunnah, beriman dengannya dan membawanya atas makna hakikat, bukan atas majaz melainkan mereka tidak mentakyifkan sesuatu daripada hal itu serta tidak meletakkan had sifat yang terhad padanya. Adapun ahli bidaah, Jahmiyyah, Muktazilah keseluruhannya dan khawarij, maka kesemua mereka mengingkarinya dan tidak membawa sesuatu daripadanya atas makna hakikat serta mereka mendakwa bahawa sesiapa yang mengakuinya, maka dia adalah musyabbih. Mereka ini di sisi orang yang mengisbatkannya adalah penafi terhadap Yang Disembah. Yang benar adalah pada apa yang mereka yang berpendapat pada pengikraran dengan apa yang kitab Allah dan sunnah rasul-Nya berbicara terhadapnya. Mereka adalah imam-imam al-Jamā*ah. Segala puji bagi Allah". [At-Tamhīd Li Mā Fī al-Muwaṭṭo^ Min al-Ma*ānī Wa al-Asānīd, jilid 7, m/s 145, keluaran Wizāroh *Umūm al-Awqōf Wa aš-Šu^ūn al-Islāmiyyah, Morocco, tahqiq Muṣṭofā Aḥmad al-*Alawiyy dan Muḥammad *Abdul Kabīr al-Bakriyy].

Abū *Uṯmān aṣ-Ṣōbūniyy berkata :

وعلامات البدع على أهلها بادية ظاهرة، وأظهر آياتهم وعلاماتهم شدة معاداتهم لحملة أخبار النبي صلى الله عليه وسلم، واحتقارهم لهم وتسميتهم إياهم حشوية وجهلة وظاهرية ومشبهة اعتقادا منهم في أخبار رسول الله صلى الله عليه وسلم

"Tanda-tanda bidaah terhadap ahlinya adalah terang dan nyata. Sejelas-jelas petanda-petandanya adalah kerasnya permusuhan terhadap pembawa khabar Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-, meremehkan mereka, menamakan mereka dengan Ḥašwiyyah, puak jahil, literalis dan musyabbihah kerana beriktikad pada khabar-khabar rasul -ṣollallahu *alayhi wasallam- dari kalangan mereka". [*Aqīdah as-Salaf Wa Aṣḥāb al-Ḥadīṯ, m/s 109, keluaran Dār al-Minhāj, tahqiq Abū al-Yamān al-Manṣūriyy].

Abū al-Qōsim Ismā*īl bin Muḥammad al-Aṣbahāniyy berkata :

وَإِذا رَأَيْت الرجل يُسَمِّي أهل الحَدِيث حشوية، أَو مشبهة، أَو ناصبة فَأعْلم أَنه مُبْتَدع

"Apabila engkau melihat seseorang menamakan ahli hadis sebagai Ḥašwiyyah atau musyabihhah atau Nāṣibah, maka ketahuilah bahawa dia ahli bidaah". [Al-Ḥujjah Fī Bayān al-Maḥajjah, jilid 2, m/s 540, keluaran Dār ar-Rōyah, ar-Riyāḍ, tahqiq Muḥammad bin Robī* bin Hādī bin *Umayr al-Madẖoliyy].

Tidakkah mereka rasa pelik mengapa mereka dituduh berlainan daripada apa yang terjadi sepanjang sejarah? Bukanlah saya ingin mengatakan bahawa kita sengaja menagih gelaran tersebut atau sengaja membuatkan orang kabur agar orang salah faham sehingga memberikan gelaran yang salah. Saya katakan bahawa kami memahami mengapa kami dituduh sedemikian kerana kami telah menelaah karya para salaf. Dan dari situ kami tahu di mana tempat melangkahnya para salaf. Namun, jika al-Aš*ariyy selalu sahaja dijuluki dengan nama ejekan yang lain, sama ada mereka benar-benar seperti diejek atau mereka menempuh haluan yang salah.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632894490532806656/banyak-kali-kita-mengingatkan-kepada-al-a%C5%A1ariyy

Meme 29


Manhaj yang ditempuh salaf dalam berinteraksi dengan naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah adalah mudah. Riwayatkan sahaja sepertimana ia datang dan tanpa melakukan tasybih. Isbatkan sahaja makna zahir, tetapi sama sekali tidak beriktikad bahawa adanya penyerupaan kepada makhluk. Mereka tidak berbahas dan memberi tafsir terhadapnya.

Yang menjadi pertikaian al-Aš*ariyy adalah pengisbatan makna zahir. Apabila kita mengisbatkan makna zahir, mereka berkata: "Bukankah makna zahir membawa makna jisim, anggota dan tempat?". Saya katakan ketikamana engkau membuka mulutmu untuk menyebut kalimah "Bukankah", ini adalah had yang ditegah oleh para salaf, iaitu mendalaminya dan memberi tafsir terhadapnya! Apabila engkau berkata "bukankah" bermakna engkau membuka jalan untuk mendalami makna dan menjadi pencetus kepada tafsir walaupun ringkas! Inilah akibatnya enggan untuk memahami manhaj salaf, tetapi masih juga mendakwa bahawa bahawa mereka seragam dengan salaf.

Kata Ibn al-Mubārok pada apa yang diriwayatkan al-Buẖōriyy seperti berikut :

وَقَالَ ابْنُ الْمُبَارَكِ: «لَا نَقُولُ كَمَا قَالَتِ الْجَهْمِيَّةُ إِنَّهُ فِي الْأَرْضِ هَهُنَا، بَلْ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى» ، وَقِيلَ لَهُ: كَيْفَ تَعْرِفُ رَبَّنَا؟ قَالَ: «فَوْقَ سَمَاوَاتِهِ عَلَى عَرْشِهِ»

Berkata Ibn al-Mubārok: "Kami tidak mengatakan sepertimana Jahmiyyah katakan bahawasanya Dia di bumi di sini, bahkan Dia bersemayam di atas Arasy". Dikatakan kepadanya: "Bagaimana engkau mengenali tuhan kita?". Dia berkata: "Di atas langit-langitNya atas Arasy-Nya". [H̱olq Af*āl al-*Ibād Wa ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah, m/s 30, keluaran Dār al-Ma*ārif as-Su*ūdiyyah, ar-Riyāḍ, tahqiq *Abdul Roḥmān *Umayroh].

Adakah di sini Ibn al-Mubārok tidak memahaminya dengan makna zahir? Adakah dia sedang maksudkan Allah di langit sekadar lafaz sahaja? Adakah engkau ingin berkata "bukankah" kepadanya ketikamana dia menyebutkan "di atas langit dan di atas Arasy-Nya"? Adakah engkau ingin berkata bahawa dia sedang menyebutkan kalam yang menunjukkan tasybih kepada Allah?

Tahanlah lidah daripada berkata "bukankah" atau seumpama dengannya yang menunjukkan adanya usaha untuk mendalami makna atau membuka ruang tafsir. Sekarang anda berdegil ingin bertanya "bukankah itu" dan "bukankah ini" kerana gelisah terhadap sang empunya kalam yang menunjukkan tasybih. Sedangkan sang empunya kalam langsung tidak memahami sepertimana apa yang ditanyakan "bukankah itu" dan "bukankah ini"! Dengan pertanyaan ini, sama ada engkau ingin mahu menuduh seseorang itu musyabbihah atau engkau ingin menuju ke haluan yang berbeza dengan salaf yang soleh. Padahal, pertanyaan ini dari awal lagi ditegah para salaf.

Sebab itulah tidak menghairankan al-Aš*ariyy ini dituduh memiliki serpihan daripada Jahmiyyah. Sebab itulah saya berkali-kali mengingatkan untuk menghadam karya salaf yang membantah Jahmiyyah. Sekarang, apabila mereka degil, lihatlah apa yang terjadi sekarang.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632894684385230849/manhaj-yang-ditempuh-salaf-dalam-berinteraksi

Meme 30


Apa yang telah disebutkan an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy karya ad-Dārimiyy, I*tiqōd A^immah al-Ḥadīṯ karya Abū Bakr al-Ismā*īliyy, Risālah as-Sijziyy Ilā Ahl Zabīd Fī ar-Rodd Man Ankaro al-Ḥarf Wa aṣ-Ṣowt dan Ibṭōl at-Ta^wīlāt karya Abū Ya*lā al-Ḥanbaliyy telah menjelaskan bagaimana pegangan salaf. Saya telah perincikan hal ini dalam penulisan saya yang berjudul "Penjelasan Interaksi Dengan Naṣ Tentang Sifat Allah".

Kesimpulannya adalah apabila kami mengisbatkan tangan bagi Allah, bukan bermakna kami mengatakan ia adalah jisim dan anggota. Apabila kami mengatakan Allah di langit, bukan bermakna Dia bertempat atau dilingkungi makhluk dan arah atau ia seperti jisim di atas jisim dalam jisim.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632894829522812928/apa-yang-telah-disebutkan-an-naq%E1%B8%8D-al%C4%81-al-mar%C4%ABsiyy

Meme 31


Saya akui ada beberapa kalam ahli ilmu yang menyatakan bahawa para salaf dalam berinteraksi dengan naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah, ia tidak difahami makna secara zahirnya. Namun, yang dimaksudkan mereka adalah makna zahir yang menunjukkan keserupaan dengan Allah. Maka, inilah yang tidak difahami oleh para salaf. Aḏ-Ḏahabiyy berkata :

قلت الْمُتَأَخّرُونَ من أهل النّظر قَالُوا مقَالَة مولدة مَا علمت أحدا سبقهمْ بهَا .قَالُوا هَذِه الصِّفَات تمر كَمَا جَاءَت وَلَا تَأَول مَعَ اعْتِقَاد أَن ظَاهرهَا غير مُرَاد فتفرع من هَذَا أَن الظَّاهِر يَعْنِي بِهِ أَمْرَانِ أَحدهمَا أَنه لَا تَأْوِيل لَهَا غير دلَالَة الْخطاب كَمَا قَالَ السّلف الاسْتوَاء مَعْلُوم وكما قَالَ سُفْيَان وَغَيره قرَاءَتهَا تَفْسِيرهَا يَعْنِي أَنَّهَا بَيِّنَة وَاضِحَة فِي اللُّغَة لَا يبتغى بهَا مضائق التَّأْوِيل والتحريف. وَهَذَا هُوَ مَذْهَب السّلف مَعَ اتِّفَاقهم أَيْضا أَنَّهَا لَا تشبه صِفَات الْبشر بِوَجْه إِذْ الْبَارِي لَا مثل لَهُ لَا فِي ذَاته وَلَا فِي صِفَاته. الثَّانِي أَن ظَاهرهَا هُوَ الَّذِي يتشكل فِي الخيال من الصّفة كَمَا يتشكل فِي الذِّهْن من وصف الْبشر فَهَذَا غير مُرَاد. فَإِن الله تَعَالَى فَرد صَمد لَيْسَ لَهُ نَظِير وَإِن تعدّدت صِفَاته فَإِنَّهَا حق وَلَكِن مَا لَهَا مثل وَلَا نَظِير

Aku katakan golongan terkebelakangan daripada mereka berkata dengan kata-kata yang lahir yang aku tidak ketahui seorang pun sebelum mereka padanya. Mereka berkata sifat-sifat ini adalah dilalukan sepertimana ia datang dan tanpa takwil bersama iktikad zahir maknanya bukan dimaksudkan. Terpecah melalui hal ini adalah zahir makna yang dimaksudkan ada dua perkara. Salah satunya adalah tidak ada takwil baginya melainkan petunjuk bicara sepertimana kata para salaf: "Istawā adalah maklum". Berkata Sufyān dan selainnya: "Bacaannya adalah tafsirnya", iaitu bahawasanya ia bukti jelas dalam bahasa yang sewajarnya memberat-beratkan takwil dan tahrif padanya. Inilah mazhab salaf bersama kesepakatan mereka bahawa tidak ada keserupaan sifat manusia biasa dengannya walau satu bentuk pun memandangkan Yang Pemberi Kehidupan tidak ada bandingan bagi-Nya yang tidak pada zat-Nya dan tidak pada sifat-Nya. Yang kedua adalah zahir maksudnya ia adalah yang memberi bentuk dalam khayalan yang berupa sifat sepertimana yang tergambar dalam minda yang berupa penyifatan manusia, maka ini yang bukan dimaksudkan. Sesungguhnya Allah Ta*ālā satu-satunya tempat bergantung yang tiada setara bagi-Nya meski berbilang-bilang sifat-Nya. Sesungguhnya ia adalah kebenaran, tetapi tidak ada bandingan dan kesetaraan. [Al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār, m/s 251, keluaran Maktabah Aḍwā^ as-Salaf, tahqiq Abū Muḥammad Ašrof bin *Abdul Maqṣūd].

Ibn Rojab al-Ḥanbaliyy berkata :

وأما طريقة أئمة أهل الحديث وسلف الامة: فهي الكف عن الكلام في ذلك من الطرفين، وإقرار النصوص وإمرارها كما جاءت، ونفي الكيفية عنها والتمثيل. وقد قال الخطابي في الأعلام : مذهب السلف في أحاديث الصفات: الإيمان، وإجراؤها على ظاهرها، ونفي الكيفية عنها. ومن قال: الظاهر منها غير مراد، قيل له: الظاهر ظاهران: ظاهر يليق ببالمخلوقين ويختص بهم، فهو غير مراد، وظاهر يليق بذي الجلال والإكرام، فهو مراد، ونفيه تعطيل.

Adapun, jalan imam ahli hadis dan pendahulu umat, maka ia adalah menahan daripada bicara tentang itu dari dua sudut, mengakui teks tersebut, melalukan sepertimana ia datang dan menafikan kaifiyyat daripadanya dan permisalan. Berkata al-H̱oṭṭōbiyy dalam al-A*lām: "Mazhab salaf dalam hadis-hadis sifat adalah iman, melalukannya atas zahirnya dan menafikan kaifiyyat daripadanya". Sesiapa yang berkata: "Zahir daripadanya bukan yang dimaksudkan". Dikatakan kepadanya: "Zahir itu ada dua. Zahir yang layak dengan makhluk dan yang terkhusus untuknya. Maka ini bukan yang dimaksudkan. Dan zahir yang layak dengan sifat kebesaran dan kemuliaan. Maka ini yang dimaksudkan dan menafikannya adalah pembatalan". [Fatḥ al-Bārī Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, jilid 7, m/s 223, keluaran Maktabah al-Ġurobā^ al-Aṯariyyah, al-Madīnah al-Munawwaroh].

Manhaj salaf adalah apabila mengisbatkan makna zahir dengan membuang elemen-elemen yang menunjukkan makhluk seperti jisim, anggota dan tempat. Yang berbakinya yang mana ia layak dengan ketuhanan Allah diisbatkan dengannya. Al-Buẖōriyy menukilkan :

وَقَالَ ابْنُ الْمُبَارَكِ: «لَا نَقُولُ كَمَا قَالَتِ الْجَهْمِيَّةُ إِنَّهُ فِي الْأَرْضِ هَهُنَا، بَلْ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى» ، وَقِيلَ لَهُ: كَيْفَ تَعْرِفُ رَبَّنَا؟ قَالَ: «فَوْقَ سَمَاوَاتِهِ عَلَى عَرْشِهِ»

Berkata Ibn al-Mubārok: "Kami tidak mengatakan sepertimana Jahmiyyah katakan bahawasanya Dia di bumi di sini, bahkan Dia bersemayam di atas Arasy". Dikatakan kepadanya: "Bagaimana engkau mengenali tuhan kita?". Dia berkata: "Di atas langit-langitNya atas Arasy-Nya". [H̱olq Af*āl al-*Ibād Wa ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah, m/s 30, keluaran Dār al-Ma*ārif as-Su*ūdiyyah, ar-Riyāḍ, tahqiq *Abdul Roḥmān *Umayroh].

Di sini jelas bahawa ini adalah pengisbatan makna zahir apabila disebutkan Allah di langit dan Allah bersemayam di atas Arasy. Namun, ia tidaklah difahami bahawa Allah dilingkungi tempat atau seumpama jisim di atas jisim dalam jisim. Seperti inilah yang ditegaskan oleh salaf seperti ad-Dārimiyy dalam an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy karya ad-Dārimiyy, Abū Bakr al-Ismā*īliyy dalam I*tiqōd A^immah al-Ḥadīṯ, as-Sijziyy dalam Risālah as-Sijziyy Ilā Ahl Zabīd Fī ar-Rodd Man Ankaro al-Ḥarf Wa aṣ-Ṣowt dan Abū Ya*lā al-Ḥanbaliyy dalam Ibṭōl at-Ta^wīlāt. Saya telah perincikan hal ini dalam penulisan saya yang berjudul "Penjelasan Interaksi Dengan Naṣ Tentang Sifat Allah".

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632895024609345536/saya-akui-ada-beberapa-kalam-ahli-ilmu-yang

Meme 32


Kalau mereka mengatakan bahawa para salaf tafwid makna, dipersilakan untuk membaca an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy karya ad-Dārimiyy, H̱olq Af*āl al-*Ibād karya al-Buẖōriyy, as-Sunnah karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal dan as-Sunnah karya Abū Bakr al-H̱ollāl. Lihatlah sama ada mereka boleh hadam kalam para salaf dengan pemahaman sebegitu atau tidak.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632895189149696000/kalau-mereka-mengatakan-bahawa-para-salaf-tafwid

Meme 33


Kalaulah benar al-Aš*ariyy benar-benar memahami manhaj salaf, mengapa ada dari kalangan mereka yang menuduh Abū Sa*īd ad-Dārimiyy dan Abū Bakr al-H̱ollāl sebagai mujassim yang tidak pernah dituduh sedemikian sepanjang 900 tahun setelah kewafatannya. Aneh, bukan? Adakah ini berlaku secara kebetulan? Atau dengan kata lain adakah mereka sesuka hati menuduh dua tokoh gemilang ini sebagai mujassim?

Pastinya mereka ada sebab. Ini kerana mereka tidak dapat menerima apa yang terkandung dalam karya mereka kerana bersalahan dengan apa yang mereka citrakan tentang manhaj salaf. Namun, kerana ketaksuban dan enggan untuk berganjak ke fahaman yang benar, maka sebab itulah mereka membuat tuduhan sedemikian supaya mereka ingin kekal mempamerkan bahawa mereka adalah benar.

Hakikatnya, mendakwa memahami bagaimana manhaj salaf berinteraksi dengan naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah dengan menyingkirkan tokoh agung salaf dari ahli sunnah, adakah ini benar-benar berada di atas kefahaman yang sebenar?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632895418414628864/kalaulah-benar-al-a%C5%A1ariyy-benar-benar-memahami

Meme 34


Sangat aneh apabila ada seseorang berkata :

طريقة السلف أسلم وطريقة الخلف أحكم

"Jalan salaf lebih selamat dan jalan khalaf lebih bijaksana".

Hakikatnya, para salaf sebenarnya lebih selamat dan lebih bijaksana. Orang yang menyebutkan ini seolah-olah tidak membaca karya para salaf bagaimana mereka mendepani Jahmiyyah secara khusus.

Kata-kata ini berlegar dari kalangan al-Aš*ariyy. Mereka berpendapat bahawa para salaf tidak menjauhi takwil dan menyerahkan makna kepada Allah bersama iktikad tidak ada keserupaan terhadap makhluk. Jalan ini yang mereka anggap ia adalah lebih selamat kerana ia bebas daripada memahami makna zahir yang tasybih dan takwil yang menyeleweng serta lebih selamat kerana khuatir meletakkan makna yang salah ketika mentakwilkannya.

Manakala, para khalaf mampu membawakan takwil yang dapat memberikan jawapan tuntas dalam membersihkan syubhat tasybih. Jalan ini yang mereka anggap ia adalah lebih bijaksana kerana mampu memadamkan kegelisahan lafaz naṣ yang asalnya menunjukkan tasybih dengan membawa makna yang sama sekali tidak memberikan tanggapan sedemikian.

Padahal, para salaf sebenarnya melakukan takwil. Bacalah karya Ibn Qutaybah. Buktinya ada di situ. Malah, beberapa beberapa ayat al-Qur^ān pun juga dikemukakan takwilnya oleh para salaf. Malah, Abū Sa*īd ad-Dārimiyy dalam an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy yang keras terhadap takwil pun melakukan takwil juga dalam beberapa tempat. Namun, takwil yang bagaimana? Yang pastinya mereka tidak meluas-luaskannya sepertimana yang al-Aš*ariyy lakukan.

Mengapa mereka tidak melakukan takwil? Adakah kerana mereka tidak lebih bijaksana daripada para khalaf yang mampu memberikan takwilan untuk membersihkan syubhat tasybih? Sebab mereka sangat bijaksana itulah yang menegah mereka daripada melakukan takwil seluas-luasnya. Mereka sangat menitikberatkan pertimbangan ilmu sebelum takwil. Malah, mereka tidak takwil dan membiarkan sahaja kepada makna yang zahir kerana mereka bijaksana dan sangat mengerti bahawa naṣ tersebut tidak boleh sesuka hati ditakwil. Dalam masa yang sama pada keengganan untuk takwil, mereka juga berupaya membersihkan syubhat tasybih dan ta*ṭīl.

Ada yang membentangkan bahawa yang dimaksudkan daripada ungkapan itu adalah khalaf lebih bijaksana kerana kemampuan mereka dalam merincikan dan menjelaskan dengan lebih mendalam dan tuntas untuk menjawab syubhat-syubhat aliran sesat.

Duhai! Tidakkah mereka menelaah karya yang berjudul ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah atau seumpamanya yang ditulis oleh figura kebesaran salaf seperti Aḥmad bin Ḥanbal, al-Buẖōriyy dan Ibn Qutaybah? Tidakkah mereka meneliti bagaimana keunggulan Abū Sa*īd ad-Dārimiyy yang mengasak kebatilan Jahmiyyah sehabis-habisnya dalam karyanya yang berjudul an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy? Bagaimana mungkin para salaf dianggap kurang bijaksana dan kurang daya yang ampuh dan bakat yang tajam dalam mendepani syubhat aliran yang sesat serta membersihkan diri daripada tasybih?

Para salaf sebenarnya sangat pandai dan lebih bijaksana. Tidak perlu pun ungkapan sebegitu dalam membanding-bandingkan salaf dan khalaf sedangkan salaf sudah merangkul pingat yang paling selamat dan yang paling bijaksana. Salaf sudah pun membersihkan diri daripada tasybih dan ta*ṭīl bersama hujah ampuh dalam melawan arus kebatilan fahaman sesat. Terserlah keselamatan dan kebijaksanaan pada manhaj mereka.

Generasi seterusnya hanya meneruskan legasi mereka, cuma berbezanya mereka mencambahkan lagi perincian, kepadatan dan ketuntasan dalam penjelasan dan kupasan. Akan tetapi, itu bukan bermakna untuk menampakkan bahawa salaf kurang mampu dalam mendepani fahaman ahli bidaah yang batil dan menolak daripada fahaman tasybih yang menyusup.

Terdapat beberapa usaha untuk memberikan penjelasan maksud atau pentakwilan bagi kalam tersebut. Antaranya adalah Jalāluddīn al-Maḥalliyy. Katanya :

وَالتَّفْوِيضُ مَذْهَبُ السَّلَفِ وَهُوَ أَسْلَمُ، وَالتَّأْوِيلُ مَذْهَبُ الْخَلَفِ وَهُوَ أَعْلَمُ أَيْ أَحْوَجُ إلَى مَزِيدِ عِلْمٍ

"Tafwid adalah mazhab salaf dan ia lebih selamat. Takwil adalah mazhab khalaf dan ia lebih mengetahui, iaitu sangat berhajat kepada pertambahan ilmu". [Al-Badr al-Lāmi* Fī Ḥall Jam* al-Jawāmi*, jilid 2, m/s 419, keluaran Mu^assasah ar-Risālah Nāširūn].

Begitu juga Ibn Abū Šarīf. Dia berkata :

ومذهب السلف أسلم فهو أولى بالاتباع كما قال بعض المحققين، ويكفيك على أنه أولى بالاتباع ذهاب الأئمة الأربعة إليه، وأما طريقة الخلف فهي أحكم بمعنى أكثر إحكاما أي إتقانا لما فيها من إزالة الشبه عن الأفهام. وبعضٌ عبَّر بأعلم بدل أحكم بمعنى أن معها زيادة علم لبيان المعنى التفصيلي

"Mazhab salaf adalah lebih selamat. Maka, ia lebih utama untuk diikuti sepertimana kata sebahagian ahli tahqiq dan cukuplah untuk engkau bahawa ia lebih baik untuk diikuti imam yang empat kepadanya. Adapun cara khalaf, maka ia lebih bijaksana. Ia adalah bijaksana dengan makna lebih banyak ketelitian, iaitu ketekunan terhadap apa yang di dalamnya dari penghapusan syubhat-syubhat pada kefahaman. Sebahagian lain diungkapkan dengan lebih mengetahui sebagai ganti lebih bijaksana dengan makna bahawa bersamanya terdapat pertambahan ilmu untuk penernagan makna yang terperinci". [Ḥāšiyah al-*Adawiyy *Alā Kifāyah aṭ-Ṭōlib ar-Robbāniyy *Alā Risālah Ibn Abī Zayd al-Qoyrowāniyy, jilid 1, m/s 113, keluaran Maṭba*ah al-Madaniyy]

Bawalah apa sahaja pembentangan untuk menerangkan ungkapan tersebut dalam pembelaannya. Ia sebenarnya menggambarkan realiti yang salah terhadap para salaf. Seolah-olah salaf tidak tahu atau kurang bijaksana terhadap keperluan umat dalam menghadapi isu syubhat dan tidak tahu atau kurang bijaksana dalam memaparkan jalan yang selamat yang diperlukan umat sepanjang zaman. Seolah-olah takwil adalah cara lebih bijaksana dalam menyelesaikan keperluan dan pengganti terhadap apa yang menjadi perjuangan salaf dalam melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memenuhi hajat umat Islam agar sentiasa terjaga agamanya daripada fahaman sesat.

Begitu juga dengan ketelitian. Apakah salaf tidak teliti dan ketekunan dalam membatalkan syubhat yang dibawa oleh golongan beraliran sesat, lalu golongan terkemudian ingin mendabik dada sebegitu? Sememangnya benar bahawa khalaf menambahkan lagi keterperincian dalam penjelasan dalam mengunggulkan pandangan salaf di persada kebenaran. Akan tetapi, mengapa pula dibanding-bandingkan dari sudut ketelitian? Seolah-olah salaf tidak tahu atau kurang bijaksana dalam memahami keperluan takwil sehingga khalaf ingin menempa nama bahawa mereka lebih tahu keperluan takwil dan kebijaksanaan penggunaannya berbanding salaf.

Ungkapan ini dari awal lagi salah. Apatah lagi jika diusahakan untuk membawakan makna-makna yang menampakkan lagi bahawa adanya kelemahan pada salaf berbanding khalaf dalam berinteraksi dengan isu-isu naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah. Selagi ia ada membanding-bandingkan salaf dan khalaf dalam isu tersebut, selagi itulah ia salah.

Perbuatan membenbankan pentakwilan terhadap kata-kata yang jelas salah sebenarnya adalah salah satu tanda ketaksuban. Kata *Izuddīn *Abdul *Azīz bin *Abdul Salām :

وَمِنْ الْعَجَبِ الْعَجِيبِ أَنَّ الْفُقَهَاءَ الْمُقَلِّدِينَ يَقِفُ أَحَدُهُمْ عَلَى ضَعْفِ مَأْخَذِ إمَامِهِ بِحَيْثُ لَا يَجِدُ لِضَعْفِهِ مَدْفَعًا وَمَعَ هَذَا يُقَلِّدُهُ فِيهِ، وَيَتْرُكُ مِنْ الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ وَالْأَقْيِسَةِ الصَّحِيحَةِ لِمَذْهَبِهِ جُمُودًا عَلَى تَقْلِيدِ إمَامِهِ، بَلْ يَتَحَلَّلُ لِدَفْعِ ظَوَاهِرِ الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَيَتَأَوَّلُهُمَا بِالتَّأْوِيلَاتِ الْبَعِيدَةِ الْبَاطِلَةِ نِضَالًا عَنْ مُقَلِّدِهِ.

"Antara keanehan yang amat adalah para fuqaha yang bertaklid, salah seorang daripada mereka mengetahui kelemahan tempat ambilan imamnya yang mana dia tidak menemukan tempat penolakan terhadap kelemahannya. Sungguhpun demikian, mereka bertaklid dengannya dan meninggalkan sebahagian al-Kitāb, as-Sunnah dan qiyas yang sahih kerana tempat ikutannya dalam keadaan kaku pada taklid kepada imamnya. Bahkan, berlepas diri ekoran penolakan terhadap nyatanya al-Kitāb dan menakwil kedua-duanya dengan takwilan yang jauh lagi batil dalam keadaan demi mempertahankan taklidnya". [Qowā*id al-Aḥkām Fī Maṣōliḥ al-Anām, jilid 2, m/s 159-160, keluaran Maktabah al-Kuliyyāt al-Azhariyyah].

Šihābuddīn Abū al-Qōsim *Abdul Roḥmān ad-Dimašqiyy pula berkata :

ولم ينظروا فيما نظر فيه المتقدمون من الاستنباط من الأصلين الكتاب والسنة، بل صارت أقوال أئمتهم بمنزلة الأصلين، فأخذوها مسلمة مفروغا منها، ففرعوا عليها، واستنبطوا منها، ولم يبق لهم نظر إلا فيها، وأعرضوا عن علوم الأصلين، فعدم المجتهدون، وغلب المقلدون، حتى صاروا ممن يروم رتبة الاجتهاد يعجبون، وله يزدرون، وكثر التعصب للمذاهب، وقلت النصفة وبانت المثالب، ودبت بينهم العقارب، فجرى من بعضهم في بعض العجائب والغرائب، وآل بهم التعصب إلى أن صار أحدهم إذا أورد عليه شيء من الكتاب والسنة الثابتة على خلاف مذهبه يجتهد في دفعه بكل سبيل من التأويل البعيد نصرة لقوله، وإعراضا عما يجب عليه الأخذ به، ولو كان ذلك وصل إلى إمامه الذي يقلده هذا المتعصب لقابله ذلك الإمام بالتعظيم والتبجيل، ولصار إليه إن لم يعارضه دليل.

Mereka tidak melihat melalui apa yang para pendahulu melihatnya melalui penggalian hukum daripada dua sumber, iaitu al-Kitāb dan as-Sunnah. Malah, pendapat para imam mereka menjadi bersekedudukan dengan dua sumber itu. Lalu, mereka mengambilnya sebagai diktum, dikelilingi padanya dan menggali hukum daripadanya. Tidaklah mereka berkekalan dengannya melainkan dengannya. Mereka berpaling daripada ilmu-ilmu dua sumber tersebut. Lantas, tiadalah para mujtahid dan para pentaklid mendominasi sehingga mereka menjadi pelik dan memperlekeh terhadap mereka yang mendambakan kedudukan ijtihad. Tersebarlah ketaksuban mazhab. Sedikitnya kesaksamaan, menyatalah kejelekan-kejelekan, menjalar sengatan sesama mereka. Menjadilah dalam kalangan sebahagian mereka dalam yang pelik dan gharib. Dengan sebab mereka, menjadilah ketaksuban itu sehingga terjadinya salah seorang daripada mereka yang apabila dibawakan sesuatu daripada al-Kitāb dan as-Sunnah yang kukuh yang menyelisihi mazhabnya, pasti dia bersungguh dalam menolaknya dengan setiap cara berupa takwil yang jauh kerana membela pendapatnya serta berpaling daripada apa yang wajib untuk dia mengambilnya. Kalaulah itu sampai kepada imamnya yang dia bertaklidnya dengan ketaksuban ini, pasti dia menghadap imam itu dengan penuh pengagungan dan sanjungan dan pasti dia menuju kepadanya jika dalil tidak menyanggahinya. [H̱uṭbah al-Kitāb al-Mu^ammal Li ar-Rodd Ilā al-Amr al-Awwal, m/s 100, keluaran Aḍwā^ as-Salaf].

Untuk pengetahuan tambahan, tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy membantah keras pengungkapan sebegitu. Katanya :

أما عقيدة الاشعرية، ولا سيما المتأخرين منهم، فخلاف مجرد لما جاء عن الله ورسوله، بل وسائر رسله في توحيد الله تعالى وصفاته، وهم من الفرق الاثنين وسبعين بلا شك وإن سموا أنفسهم أهل السنة والجماعة ظلما وزورا وبهتانا وادعوا أن مذهب السلف اسلم ومذهب الخلف أعلم ، وفي الحقيقة هو أفسد وأظلم واجهل. ومن العجب أنهم لما رأوا مذهبهم مخالفا لما ورد عن الصحابة رضي الله عنهم الذين شهد لهم في كتابه أنهم خير الأمة وأنهم الصادقون وأنهم وأنهم، ادعوا أن مذهبهم هو ما كانت عليه بواطن الصحابة كما يقول مجنون الأشاعرة التاج السبكي، صاحب " جمع الجوامع ". فيالله من أخبره عن بواطن الصحابة؟ ومن أمره باتباع بواطنهم دون ظواهرهم؟ ومن جوز له أن يتهم الصحابة بالنفاق والكتمان وخلاف بواطنهم لظواهرهم، حاشاهم من ذلك فإنهم ما قاتلوا الناس ولا فارقوا رسول الله صلى الله عليه وسلم إلا على ما كانوا يدعون إليه بظواهرهم دون ما يفتريه المجرمون على بواطنهم. ومعاذ الله أن تكون بواطن الصحابة منطوية على فلسفة العجم ومنطق اليونان الذيين اتفق السلف الصالح وانعقد اجماعهم على تحريم الاشتغال بهما. وضلال معتقد ما جاء فيهما. ومعاذ الله أن يكون الصحابة يعبدون ربا لا وجود له في الخارج. وانما وجوده في الذهن واللسان كإله الأشعرية الذي ليس هو داخل العالم ولا خارج العالم. والعقول مجمعة على استحالة وجود موجود بهذه الصفة الى غير ذلك من طاماتهم التي لو ظهرت في زمان الصخابة لحاربوهم وقاتلوهم عليها كما قاتلوا من هم دونهم بمراحل كالخوارج وأشباههم. فكيف تكون بواطنهم منطوية على مثل هذا الضلال؟

Adapun akidah al-Aš*ariyy, terutamanya yang terkebelakangan daripada mereka, maka ia sememangnya berbeza terhadap apa yang datang daripada Allah dan rasul-Nya. Bahkan, sekalian rasul-rasulNya pada tauhid Allah Ta*ālā dan sifat-sifatNya. Mereka termasuk daripada kelompok tujuh puluh dua tanpa syak meskipun mereka menamakan sebagai Ahli Sunnah Wal Jamā*ah dalam keadaan kegelapan, kepalsuan dan fitnah. Mereka mendakwa mazhab salaf lebih selamat dan mazhab khalaf lebih mengetahui. Pada hakikatnya ia adalah paling rosak, paling gelap dan paling jahil. Yang menghairankan adalah tatkala mereka melihat mazhab mereka menyalahi apa yang sampai daripada para Sahabat -roḍiyallahu *anhum- yang mereka disaksikan dalam kitab-Nya bahawa mereka sebaik-baik umat, mereka adalah orang yang benar, adalah mereka itu dan adalah mereka itu, mereka mendakwa bahawa mazhab mereka adalah apa yang berada dalam batin para Sahabat sepertimana kata penggila al-Aš*ariyy, at-Tāj as-Subkiyy, pengarang Jam* al-Jawāmi*. Ya Allah! Siapa yang mengkhabarkannya daripda batin para Sahabat? Siapa yang menyuruhnya untuk mengikut batin-batin mereka tanpa zahir mereka? Sesiapa yang mengharuskan untuknya tuduhan terhadap para Sahabat sebagai munafik, berselindung dan batin-batin mereka menyalahi zahir-zahir mereka, maka mereka berlepas diri daripada itu. Sesungguhnya mereka tidak memerangi orang ramai dan tidak berpisah daripada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- kecuali atas apa yang mereka dahulu menyerukan kepadanya dengan zahir-zahir mereka tanpa apa yang para penjenayah ini mengada-adakannya terhadap batin-batin mereka. [Al-Jawāb al-Mufīd Lī as-Sā^il al-Mustafīd, m/s 11-13, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut].

Jelaslah bahawa kalam ini adalah batil pada asasnya dan perlu ditolak. Kita tidak berhajatkan takwil atau apa jua usaha untuk menampakkan kemurniaan bagi kalam ini.

Ambilanhttps://amirkazuma.tumblr.com/post/632895647106891777/sangat-aneh-apabila-ada-seseorang-berkata-%D8%B7%D8%B1%D9%8A%D9%82%D8%A9

Meme 35


Apabila Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, Abū Bakr al-H̱ollāl, al-Lālikā^iyy dan Ibn Qudāmah dituduh sebagai mujassim yang tidak pernah dituduh sedemikian melainkan dari mereka yang terkebelakangan serta apabila Ibn *Abdul Barr dituduh tidak mendalami akidah, celaru dan mendekati mujassim, fahamlah mengapa menjadi ahli sunnah dituduh musyabbihah, bukan mu*aṭṭilah? Isḥāq bin Rōhūyah berkata :

عَلَامَةُ جَهْمٍ وَأَصْحَابِهِ دَعْوَاهُمْ عَلَى أَهْلِ الْجَمَاعَةِ , وَمَا أُولِعُوا بِهِ مِنَ الْكَذِبِ , إِنَّهُمْ مُشَبِّهَةٌ بَلْ هُمُ الْمُعَطِّلَةُ وَلَوْ جَازَ أَنْ يُقَالَ لَهُمْ: هُمُ الْمُشَبِّهَةُ لَاحْتُمَلَ ذَلِكَ , وَذَلِكَ أَنَّهُمْ يَقُولُونَ: إِنَّ الرَّبَّ تَبَارَكَ وَتَعَالَى فِي كُلِّ مَكَانٍ بِكَمَالِهِ فِي أَسْفَلِ الْأَرَضِينَ وَأَعْلَى السَّمَاوَاتِ عَلَى مَعْنًى وَاحِدٍ وَكَذَبُوا فِي ذَلِكَ وَلَزِمَهُمُ الْكُفْرُ

"Tanda-tanda Jahm dan pengikutnya adalah panggilan mereka terhadap ahli al-Jamā*ah dan apa yang disandarkan padanya adalah sebahagian daripada dusta. Sesungguhnya mereka adalah musyabbihah, padahal hakikat sebenarnya mereka adalah mu*aṭṭilah. Kalaulah boleh dipanggil kepada mereka bahawa mereka itu adalah musyabbihah, maka dibolehkan untuk itu. Itu adalah kerana mereka berkata bahawa sesungguhnya tuhan Tabāroka Wa Ta*ālā dalam setiap tempat dengan keseluruhannya di bumi paling dan langit paling atas atas makna yang sama. Mereka berdusta pada hal itu dan membiasakan kekafiran pada mereka". [Šarḥ Uṣūl as-Sunnah, karya al-Lālikā^iyy, jilid 3, m/s 588, keluaran Dār Ṭoyyibah, Saudi, tahqiq Aḥmad bin Sa*d bin Ḥamdān al-Ġōmidiyy].

Abū Ḥātim ar-Rōziyy berkata :

عَلَامَةُ الْجَهْمِيَّةِ تَسْمِيَتُهُمْ أَهْلَ السُّنَّةِ مُشَبِّهَةً

"Tanda-tanda Jahmiyyah adalah penamaan mereka terhadap ahli sunnah sebagai musyabbihah". [Šarḥ Uṣūl as-Sunnah, karya al-Lālikā^iyy, jilid 3, m/s 588, keluaran Dār Ṭoyyibah, Saudi, tahqiq Aḥmad bin Sa*d bin Ḥamdān al-Ġōmidiyy].

Ḥarb bin Ismā*īl al-Kirmāniyy berkata :

وأما الجهمية: فأنهم يسمون أهل السنة مشبهة وكذبت الجهمية أعداء الله بل هم أولى بالتشبيه والتكذيب افتروا على الله الكذب وقالوا على الله الزور والإفك وكفروا في قولهم.

"Adapun Jahmiyyah, maka mereka menamakan ahli sunnah dengan musyabbihah, sedangkan Jahmiyyah, musuh Allah telah berdusta. Bahkan, mereka lebih patut dengan tasybih dan pendustaan. Mereka mengada-adakan kedustaan terhadap Allah dan mereka berkata tentang Allah secara sia-sia dan dengkul serta mereka mengkafirkannya pada kata-kata mereka". [Masā^il Ḥarb al-Kirmāniyy, jilid 3, m/s 985, keluaran Jāmi*ah Umm al-Qurō].

Ibn *Abdul Barr berkata :

أهل السنة مجموعون عَلَى الْإِقْرَارِ بِالصِّفَاتِ الْوَارِدَةِ كُلِّهَا فِي الْقُرْآنِ وَالسُّنَّةِ وَالْإِيمَانِ بِهَا وَحَمْلِهَا عَلَى الْحَقِيقَةِ لَا عَلَى الْمَجَازِ إِلَّا أَنَّهُمْ لَا يُكَيِّفُونَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ وَلَا يَحُدُّونَ فِيهِ صِفَةً مَحْصُورَةً وَأَمَّا أَهْلُ الْبِدَعِ وَالْجَهْمِيَّةُ وَالْمُعْتَزِلَةُ كُلُّهَا وَالْخَوَارِجُ فَكُلُّهُمْ يُنْكِرُهَا وَلَا يَحْمِلُ شَيْئًا مِنْهَا عَلَى الْحَقِيقَةِ وَيَزْعُمُونَ أَنَّ مَنْ أَقَرَّ بِهَا مُشَبِّهٌ وَهُمْ عِنْدَ مَنْ أَثْبَتَهَا نَافُونَ لِلْمَعْبُودِ وَالْحَقُّ فِيمَا قَالَهُ الْقَائِلُونَ بِمَا نَطَقَ بِهِ كِتَابُ اللَّهِ وَسُنَّةُ رَسُولِهِ وَهُمْ أَئِمَّةُ الْجَمَاعَةِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ

"Ahli sunnah bersepakat dalam mengikrarkan sifat yang datang keseluruhannya dalam al-Qur^ān dan as-Sunnah, beriman dengannya dan membawanya atas makna hakikat, bukan atas majaz melainkan mereka tidak mentakyifkan sesuatu daripada hal itu serta tidak meletakkan had sifat yang terhad padanya. Adapun ahli bidaah, Jahmiyyah, Muktazilah keseluruhannya dan khawarij, maka kesemua mereka mengingkarinya dan tidak membawa sesuatu daripadanya atas makna hakikat serta mereka mendakwa bahawa sesiapa yang mengakuinya, maka dia adalah musyabbih. Mereka ini di sisi orang yang mengisbatkannya adalah penafi terhadap Yang Disembah. Yang benar adalah pada apa yang mereka yang berpendapat pada pengikraran dengan apa yang kitab Allah dan sunnah rasul-Nya berbicara terhadapnya. Mereka adalah imam-imam al-Jamā*ah. Segala puji bagi Allah". [At-Tamhīd Li Mā Fī al-Muwaṭṭo^ Min al-Ma*ānī Wa al-Asānīd, jilid 7, m/s 145, keluaran Wizāroh *Umūm al-Awqōf Wa aš-Šu^ūn al-Islāmiyyah, Morocco, tahqiq Muṣṭofā Aḥmad al-*Alawiyy dan Muḥammad *Abdul Kabīr al-Bakriyy].

Abū *Uṯmān aṣ-Ṣōbūniyy berkata :

وعلامات البدع على أهلها بادية ظاهرة، وأظهر آياتهم وعلاماتهم شدة معاداتهم لحملة أخبار النبي صلى الله عليه وسلم، واحتقارهم لهم وتسميتهم إياهم حشوية وجهلة وظاهرية ومشبهة اعتقادا منهم في أخبار رسول الله صلى الله عليه وسلم

"Tanda-tanda bidaah terhadap ahlinya adalah terang dan nyata. Sejelas-jelas petanda-petandanya adalah kerasnya permusuhan terhadap pembawa khabar Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-, meremehkan mereka, menamakan mereka dengan Ḥašwiyyah, puak jahil, literalis dan musyabbihah kerana beriktikad pada khabar-khabar rasul -ṣollallahu *alayhi wasallam- dari kalangan mereka". [*Aqīdah as-Salaf Wa Aṣḥāb al-Ḥadīṯ, m/s 109, keluaran Dār al-Minhāj, tahqiq Abū al-Yamān al-Manṣūriyy].

Abū al-Qōsim Ismā*īl bin Muḥammad al-Aṣbahāniyy berkata :

وَإِذا رَأَيْت الرجل يُسَمِّي أهل الحَدِيث حشوية، أَو مشبهة، أَو ناصبة فَأعْلم أَنه مُبْتَدع

"Apabila engkau melihat seseorang menamakan ahli hadis sebagai Ḥašwiyyah atau musyabihhah atau Nāṣibah, maka ketahuilah bahawa dia ahli bidaah". [Al-Ḥujjah Fī Bayān al-Maḥajjah, jilid 2, m/s 540, keluaran Dār ar-Rōyah, ar-Riyāḍ, tahqiq Muḥammad bin Robī* bin Hādī bin *Umayr al-Madẖoliyy].

Kebetulankah mereka semua ini dituduh sedemikian? Kalau tidak percaya, cubalah suruh al-Aš*ariyy membaca atau berbahas karya salaf seperti ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh karya Aḥmad bin Ḥanbal, H̱olq Af*āl al-*Ibād karya al-Buẖōriyy, as-Sunnah karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya Abū Bakr al-H̱ollāl, ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah dan an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy. Lihatlah apa respons mereka.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632895759017197568/apabila-ab%C5%AB-sa%C4%ABd-ad-d%C4%81rimiyy-ab%C5%AB-bakr

Meme 36


Dalam menyelesaikan polemik al-Aš*ariyy dan salafi, saya akan menjadikan karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy yang berjudul an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy sebagai hakim. Ada tiga sebab saya menjulang karya ini.

Pertama, dia hidup di zaman yang tidak berebutnya al-Aš*ariyy dan salafi sama ada seseorang itu al-Aš*ariyy atau bukan. Dia melangkaui daripada perebutan itu. Dia hidup di zaman salaf. Keilmuannya, keagungannya dan kesarjanaannya tidak diragui dan dipertikaikan. Bukankah lebih elok jika kita menjadikan tokoh salaf yang tidak diheret oleh mana-mana pihak sebagai hakim terhadap perselisihan pemahaman salaf dalam interaksi dengan naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah? Bayangkan kalau kita ambil tokoh kontemporari sebagai hakim. Sudah tentu cepat sahaja dia dinyahkreditkan kerana beraliran tertentu atau mempunyai bau-bau dari aliran tertentu.

Kedua, apa yang terkandung an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy telah merangkum apa yang menjadi perbalahan al-Aš*ariyy dan salafi secara signifikan. Seolah-olah seperti dia menjangkakan hal ini berlaku -dan ini adalah tidak mungkin- atau berlakunya pengulangan peristiwa yang sama sepertimana dia hadapi. Jurang antara al-Aš*ariyy dan salafi disentuh dan kemusykilannya telah dirungkaikan dalam karya ini. Mengapa kita tidak menjadikan karya salaf ini sebagai neraca?

Ketiga, karya ini membentangkan lebih terperinci bagaimana pemahaman salaf dalam isu ini. Jika dibandingkan dengan lain, ia tidaklah sekomprehensif dengan apa yang dilakukannya walaupun masing-masing saling menguatkan antara satu sama lain. Saya boleh sahaja untuk menjadikan karya yang lain sebagai hakim, namun setelah diteliti, ia boleh dijadikan penguat dan sokongan kepada karya ini. Dengan kata lain, karya yang lain boleh menjadi pembela hakim atau karya ad-Dārimiyy ini boleh menjadi ketua hakim.

Sejujurnya, saya tidak akan layan mana-mana diskusi yang melibatkan isu ini selagimana seseorang itu tidak menelaah karya tersebut. Malah, saya tidak akan percaya sama ada salafi atau al-Aš*ariyy memahami manhaj salaf yang sebenar dalam hal ini jika tidak mampu menghadam apa yang terkandung dalam karya ini. Bagaimana mungkin seseorang berkata bahawa dia memahami manhaj salaf, tetapi tidak menelaah karya salaf, malah membakulsampahkannya?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632895988991918080/dalam-menyelesaikan-polemik-al-a%C5%A1ariyy-dan

Meme 37


Sememangnya al-Aš*ariyy akan merasa pedih apabila membaca karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy yang berjudul an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy sampaikan ada pelampau menuduhnya sebagai mujassim yang tidak pernah dituduh sedemikian sepanjang 1000 tahun setelah kewaatannya. Dia yang mujassim atau mereka yang bercelaru? Sanggupkah mereka berkata bahawa mereka memahami manhaj salaf dalam berinteraksi dengan naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah, tetapi membakulsampahkan karya salaf?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632896121740673024/sememangnya-al-a%C5%A1ariyy-akan-merasa-pedih-apabila

Meme 38


Kata Abū Sa*īd ad-Dārimiyy :

ثُمَّ أَكَّدَ الْمُعَارِضُ دَعْوَاهُ فِي أَنَّ اللَّهَ فِي كُلِّ مَكَانٍ بِقِيَاسٍ ضَلَّ بِهِ عَنْ سَوَاءِ السَّبِيل. فَقَالَ: أَلا ترى أَن مَنْ صَعَدَ الْجَبَلَ لَا يُقَالُ لَهُ: إِنَّهُ أَقْرَبُ إِلَى اللَّهِ؟ فَيُقَالُ لِهَذَا الْمُعَارِضِ الْمُدَّعِي مَا لَا عِلْمَ لَهُ: مَنْ أَنْبَأَكَ أَنَّ رَأْسَ الْجَبَلِ لَيْسَ بِأَقْرَبَ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى مِنْ أَسْفَلِهِ؟؛ لِأَنَّهُ مَنْ آمَنَ بِأَنَّ اللَّهَ فَوْقَ عَرْشِهِ فَوْقَ سَمَوَاتِهِ عَلِمَ يَقِينًا أَنَّ رَأْسَ الْجَبَلِ أَقْرَبُ إِلَى اللَّهِ مِنْ أَسْفَلِهِ، وَأَنَّ السَّمَاءَ السَّابِعَةَ أَقْرَبُ إِلَى عَرْشِ اللَّهِ تَعَالَى مِنَ السَّادِسَةِ، وَالسَّادِسَةَ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنَ الْخَامِسَةِ، ثُمَّ كَذَلِكَ إِلَى الْأَرْضِ. كَذَلِكَ رَوَى إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْحَنْظَلِيُّ، عَنِ ابْنِ الْمُبَارَكِ أَنَّهُ قَالَ: "رَأْسُ الْمَنَارَةِ أَقْرَبُ إِلَى اللَّهِ مِنْ أَسْفَلِهِ وَصَدَقَ ابْنُ الْمُبَارَكِ؛ لِأَنَّ كُلَّ مَا كَانَ إِلَى السَّمَاءِ أَقْرَبُ كَانَ إِلَى اللَّهِ أَقْرَبَ. وَقُرْبُ اللَّهِ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ أَقْصَاهُم وأدناهم وَاحِد لَا يَبْعُدُ عَنْهُ شَيْءٌ مِنْ خَلْقِهِ. وَبَعْضُ الْخَلْقِ أَقْرَبُ مِنْ بَعْضٍ عَلَى نَحْوِ مَا فَسَّرْنَا مِنْ أَمْرِ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ، وَكَذَلِكَ قُرْبُ الْمَلَائِكَةِ مِنَ اللَّهِ، فَحَمَلَةُ الْعَرْشِ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ جَمِيعِ الْمَلَائِكَةِ الَّذِينَ فِي السَّمَوَاتِ، وَالْعَرْشُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنَ السَّمَاءِ السَّابِعَةِ، وَقُرْبُ اللَّهِ إِلَى جَمِيعِ ذَلِكَ وَاحِدٌ هَذَا مَعْقُولٌ مَفْهُومٌ إِلَّا عِنْدَ مَنْ لَا يُؤْمِنُ أَنَّ فَوْقَ الْعَرْشِ إِلَهًا وَلِذَلِكَ سَمَّى الْمَلَائِكَةَ الْمُقَرَّبِينَ وَقَالَ: {إِنَّ الَّذِينَ عِنْدَ رَبِّكَ لَا يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِهِ وَيُسَبِّحُونَهُ وَلَهُ يَسْجُدُونَ}، فَلَوْ كَانَ اللَّهُ فِي الْأَرْضِ كَمَا ادعيت الْجَهْمِيَّةُ مَا كَانَ لِقَوْلِهِ: {الَّذِينَ عِنْدَ رَبِّكَ} مَعْنًى، إِذْ كُلُّ الْخَلْقِ عِنْدَهُ وَمَعَهُ فِي الْأَرْضِ بِمَنْزِلَةٍ وَاحِدَةٍ، مُؤْمِنُهُمْ وَكَافِرُهُمْ، وَمُطِيعُهُمْ وَعَاصِيهِمْ وَأَكْثَرُ أَهْلِ الْأَرْضِ مَنْ لَا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَا يَسْجُدُ لَهُ. وَلَوْ كَانَ فِي كُلِّ مَكَانٍ وَمَعَ كل أحد لَمْ يَكُنْ لِهَذِهِ الْآيَةِ مَعْنًى؛ لِأَنَّ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ لَا يُؤْمِنُ بِهِ وَلَا يَسْجُدُ لَهُ وَيَسْتَكْبِرُ عَنْ عِبَادَتِهِ فَأَيُّ منقبة إِذا فِيهِ لِلْمَلَائِكَةِ إِذْ كُلُّ الْخَلْقِ عِنْدَ الْجَهْمِيَّةِ فِي مَعْنَاهُمْ فِي تَفْسِيرِ هَذِهِ الْآيَةِ.

Kemudian, si penyangkal ini menegaskan dakwaannya pada Allah di setiap tempat dengan qiyas yang terpesong dari jalan yang lurus disebabkannya. Lalu, dia berkata: "Adakah engkau engkau melihat orang yang mendaki bukit tidak dikatakan kepadanya bahawa dia lebih dekat kepada Allah?". Dikatakan kepada penyangkal ini yang mendakwa sesuatu yang tidak ada ilmu terhadapnya: Siapakah yang mengkhabarkan puncak bukit tidak lebih dekat kepada Allah Ta*ālā berbanding di bawahnya? Ini kerana dia beriman dengan Allah di atas Arasy-Nya di atas langit-langitNya. Dia mengetahui dengan yakin bahawa puncak bukit lebih dekat kepada Allah berbanding di bawahnya dan bahawasanya langit lapisan ketujuh lebih dekat kepada Arasy Allah Ta*ālā berbanding lapisan keenam. Lapisan keenam lebih dekat kepada-Nya berbanding lapisan kelima. Kemudian, seperti itu ke bumi. Sedemikian Isḥāq bin Ibrōhīm al-Ḥanẓōliyy meriwayatkan daripada Ibn al-Mubārok, bahawasanya dia berkata: "Puncak menara lebih dekat kepada-Nya daripada di bawahnya". Benarlah Ibn al-Mubārok. Ini kerana setiap apa yang ke langit lebih dekat yang keberadaannya kepada Allah adalah paling dekat. Kedekatan Allah kepada segenap ciptaan-Nya; yang paling penjuru dan yang yang paling dekat dari kalangan mereka adalah sama yang tidak ada sesuatu yang jauh daripada-Nya. Sebahagian makhluk-Nya lebih dekat daripada sebahagian yang lain melalui sudut yang kami tafsirkan tentang keadaan langit-langit dan bumi. Sedemikian kedekatan para malaikat kepada Allah. Maka, yang menanggung Arasy lebih dekat kepada-Nya berbanding keseluruhan para malaikat di segenap langit. Arasy lebih dekat kepada-Nya berbanding langit lapisan ketujuh. Kedekatan Allah pada setiap itu adalah sama.

Ini boleh dimengerti lagi difahami melainkan menurut orang yang tidak beriman bahawasanya di atas Arasy ada tuhan. Kerana itu dinamakan malaikat al-Muqrrobūn (yang didekatkan). Dia berfirman: {Sesungguhnya yang di sisi tuhanmu tidak menyombongkan diri dari beribadah kepada-Nya, sentiasa bertasbih kepada-Nya dan sentiasa bersujud} [Surah al-A*rōf ayat 206]. Kalaulah Allah itu di bumi sepertimana Jahmiyyah dakwa, tidak ada makna pada firman-Nya Ta*ālā: {Sesungguhnya yang di sisi tuhanmu} ketikamana yang di sisi-Nya dan yang bersama-Nya di bumi di tempat yang sama; orang yang beriman, orang yang kafir, orang yang taat dan orang yang derhaka. Yang terbanyak dari penduduk bumi adalah orang yang tidak bertasih dengna memuji-Nya dan tidak bersujud. Kalaulah Dia di setiap tempat, tidak ada makna untuk ayat ini kerana yang terbanyak penduduk di bumi adalah orang yang tidak beriman, tidak bersujud kepada-Nya dan sombong untuk beribadah kepada-Nya. Keluhuran yang manakah pada malaikat memandangkan setiap makhluk di sisi Jahmiyyah pada makna mereka dalam tafsir ayat ini? [Naqḍ al-Imām Abī Sa*īd *Uṯmān Ibn Sa*īd ad-Dārimiyy *Alā al-Marīsiyy al-Jahmiyy al-*Anīd Fī Mā Iftarō *Alā Allah *Azza Wa Jalla Min at-Tawḥīd, m/s 193-194, keluaran al-Maktabah al-Islāmiyyah Li an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Abū *Āṣim aš-Šawāmiyy al-Aṯariyy].

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632896308353646592/kata-ab%C5%AB-sa%C4%ABd-ad-d%C4%81rimiyy-%D8%AB-%D9%85-%D8%A3-%D9%83-%D8%AF

Meme 39


Sejujurnya, selama saya mengenal nama aḏ-Ḏahabiyy, saya tidak pernah tahu kewujudan karyanya yang berjudul Iṯbāt al-Yad Lillah Subḥānhu Ṣifatan Min Ṣifātih. Sehinggalah penerbit Pustaka Ilmu Salaf menerbitkan buku terjemahannya yang berjudul "Mengimani Tangan Allah". Agak hampir kecoh juga suasananya apabila melihat buku seperti ini diterbitkan. Sudah tentu mereka yang beraliran al-Aš*ariyy akan merasa gelisah melihat judul seperti ini yang tampak mencabar arus perdana.

Saya ingin mengulas sedikit karya ini berdasarkan penulisan Arab yang asli. Adapun terjemahan, saya tidak memilikinya. Barangkali ia akan berlainan daripada yang asalnya seperti nota editor, catatan penterjemah dan lain-lain. Jadi, mungkin apa yang saya ulas terhadap kitab Arabnya tidak sama dengan buku yang diterjemahkan.

Saya melihat karya ini adalah sama seperti karya pendahulunya, ad-Dāroquṭniyy yang berjudul aṣ-Ṣifāt. Persamaannya adalah kedua-duanya mengumpulkan naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah. Cuma yang berbeza adalah aḏ-Ḏahabiyy mengumpulkan ayat al-Qur^ān dan hadis yang memfokuskan sifat tangan bagi Allah, manakala ad-Dāroquṭniyy mengumpulkan hadis sahaja yang merangkumi sifat-sifat Allah secara umum. Antara persamaan lagi adalah tidak ada pendapat peribadi yang dititip dalam karya mereka. Apa yang mereka lakukan hanyalah membawakan naṣ yang sesuai dengan temanya, kemudian diakhiri dengan cara berinteraksi dengan naṣ-naṣ sebegini.

Bagi saya, jika mereka gelisah untuk membaca karya ini, seeloknya mereka membaca terlebih dahulu karya aṣ-Ṣifāt memandangkan apa yang dibuat oleh aḏ-Ḏahabiyy tidak jauh berbeza denganya. Setelah merasa aman apabila menelaah kitab tersebut, maka dengan izin Allah, dia pun akan merasa aman apabila membaca karya aḏ-Ḏahabiyy tersebut. Malah, seeloknya hendaklah memahami bagaimana manhaj salaf berinteraksi dengan naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah. Jika tidak, kitab ini tidak akan memberikan rasa tenteram.

Sememangnya tidak ada apa-apa masalah pada kitab tersebut. Hanya sahaja barangkali tajuk kitab yang terjemahan sahaja yang agak unik daripada yang lain sehingga tidak mudah untuk dihadam.

Saya berharap penerbit juga akan mengambil peluang untuk menterjemahkan judul aṣ-Ṣifāt karya ad-Dāroquṭniyy kerana manhaj penulisannya saling berkaitan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632896470927998976/sejujurnya-selama-saya-mengenal-nama-a%E1%B8%8F-%E1%B8%8Fahabiyy

Meme 40


Sejujurnya, saya hanya kenal Muḥammad bin *Abdul Wahhāb pada nama dan beberapa cerita sahaja. Tidak lebih dari itu. Namun, saya tetap menjadi salafi meskipun saya tidak mengenal peribadi ini secaram endalam, apatah lagi membela dan memperjuangan gagasannya. Setakat ini saya belum ada minat untuk mendalaminya dan saya tidak campur apa-apa polemik mengenainya. Dengan kata lain, saya tidak peduli pun. Mengapa saya perlu sibuk dengannya? Macamlah seseorang tidak boleh menjadi salafi hanya kerana tidak mengenali tokoh tertentu. Ia seolah-olah untuk menjadi sosialisme, perlu seseorang itu mengenal komunisme atau menjadi komunis. Sangat mengarut!

Yang menghairankan, saya dituduh sebagai wahhābiyy hanya kerana sependapat dengan pandangan salafi atau menukilkan pendapat daripada kalangan salafi. Malah, mereka memetik kalam-kalam kontroversi dari salafi seperti Ibn *Utaymīn, Ibn Bāz, al-Albāniyy dan lain-lain yang tidak saya menyatakan pendapat berkenaan itu, kemudian menganggap bahawa saya menyokong fahaman tersebut. Kebebalan apakah ini? Saya tidak kenal mereka pun dan saya tidak rapat dengan mereka pun. Mengapa tiba-tiba mengaitkan saya dengan mereka? Dan mengapa perlu mencemarkan nama saya dengan mengaitkan mereka atau mencemarkan nama mereka untuk dilemparkan kepada saya? Maaflah. Tembakan anda tersasar untuk memalitkan nama saya dengan kotoran anda.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632896650303684608/sejujurnya-saya-hanya-kenal-mu%E1%B8%A5ammad-bin-abdul

Meme 41


Saya agak faham mengapa salafi sangat suka mengutip pandangan Ibn Taymiyyah, khususnya yang berkaitan dengan pergulatan antara aliran al-Aš*ariyy. Ini kerana banyak perkara telah dikupas dan disentuh serta dibahaskan secara tuntas sehingga putaran-putaran tentang hal yang berkaitan dengannya telah dia rangkumkan.

Namun, malangnya al-Aš*ariyy kerapkali tidak mahu mengendahkannya, malah tidak mempedulikannya. Salah satu faktornya adalah kerana tidak mendalami karya-karya salaf, khususnya yang berorientasikan penentangan terhadap Jahmiyyah. Mereka fikir apa yang dibawa oleh Ibn Taymiyyah ini adalah pandangannya sendiri. Mereka tidak mengamati dasar pengambilannya.

Malah, mereka mengabaikannya kerana tidak mengetahui bahawa beberapa ulama yang terbilang memuji kesarjanannya dan mengangkat tinggi kedudukannya. Sedangkan, mereka memberikan pujian bukan atas dasar ketaksuban. Maka, ada nilai-nilai ilmiah yang boleh kita teliti dan ambil daripadanya.

Sama seperti sebahagian mereka yang mengangkat Ibn *Arobiyy dalam keadaan meminggirkan celaan ulama yang terbilang terhadapnya. Mereka menganggap bahawa orang yang mengkritiknya sebagai orang yang tidak memahami jalan sufi dan tidak mengerti hakikat sebenar lapangan wali-wali Allah. Semua kritikannya tidak diendahkan, malah dipandang kecil. Sebegitulah mereka lakukan terhadap Ibn Taymiyyah yang tidak mengendahkan manfaat daripada apa yang diwacanakannya.

Adapun saya secara peribadi, untuk isu pergulatan al-Aš*ariyy ini secara khusus tidak perlu sibuk dengan kupasan Ibn Taymiyyah. Cukuplah dengan apa yang dibentangkan salaf dalam hal ini.


Meme 42


Kata aḏ-Ḏahabiyy :

قلت الْمُتَأَخّرُونَ من أهل النّظر قَالُوا مقَالَة مولدة مَا علمت أحدا سبقهمْ بهَا .قَالُوا هَذِه الصِّفَات تمر كَمَا جَاءَت وَلَا تَأَول مَعَ اعْتِقَاد أَن ظَاهرهَا غير مُرَاد فتفرع من هَذَا أَن الظَّاهِر يَعْنِي بِهِ أَمْرَانِ أَحدهمَا أَنه لَا تَأْوِيل لَهَا غير دلَالَة الْخطاب كَمَا قَالَ السّلف الاسْتوَاء مَعْلُوم وكما قَالَ سُفْيَان وَغَيره قرَاءَتهَا تَفْسِيرهَا يَعْنِي أَنَّهَا بَيِّنَة وَاضِحَة فِي اللُّغَة لَا يبتغى بهَا مضائق التَّأْوِيل والتحريف. وَهَذَا هُوَ مَذْهَب السّلف مَعَ اتِّفَاقهم أَيْضا أَنَّهَا لَا تشبه صِفَات الْبشر بِوَجْه إِذْ الْبَارِي لَا مثل لَهُ لَا فِي ذَاته وَلَا فِي صِفَاته. الثَّانِي أَن ظَاهرهَا هُوَ الَّذِي يتشكل فِي الخيال من الصّفة كَمَا يتشكل فِي الذِّهْن من وصف الْبشر فَهَذَا غير مُرَاد. فَإِن الله تَعَالَى فَرد صَمد لَيْسَ لَهُ نَظِير وَإِن تعدّدت صِفَاته فَإِنَّهَا حق وَلَكِن مَا لَهَا مثل وَلَا نَظِير

Aku katakan golongan terkebelakangan daripada mereka berkata dengan kata-kata yang lahir yang aku tidak ketahui seorang pun sebelum mereka padanya. Mereka berkata sifat-sifat ini adalah dilalukan sepertimana ia datang dan tanpa takwil bersama iktikad zahir maknanya bukan dimaksudkan. Terpecah melalui hal ini adalah zahir makna yang dimaksudkan ada dua perkara. Salah satunya adalah tidak ada takwil baginya melainkan petunjuk bicara sepertimana kata para salaf: "Istawā adalah maklum". Berkata Sufyān dan selainnya: "Bacaannya adalah tafsirnya", iaitu bahawasanya ia bukti jelas dalam bahasa yang sewajarnya memberat-beratkan takwil dan tahrif padanya. Inilah mazhab salaf bersama kesepakatan mereka bahawa tidak ada keserupaan sifat manusia biasa dengannya walau satu bentuk pun memandangkan Yang Pemberi Kehidupan tidak ada bandingan bagi-Nya yang tidak pada zat-Nya dan tidak pada sifat-Nya. Yang kedua adalah zahir maksudnya ia adalah yang memberi bentuk dalam khayalan yang berupa sifat seperitmana yang tergambar dalam minda yang berupa penyifatan manusia, maka ini yang bukan dimaksudkan. Sesungguhnya Allah Ta*ālā satu-satunya tempat bergantung yang tiada setara bagi-Nya meski berbilang-bilang sifat-Nya. Sesungguhnya ia adalah kebenaran, tetapi tidak ada bandingan dan kesetaraan. [Al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār, m/s 251, keluaran Maktabah Aḍwā^ as-Salaf, tahqiq Abū Muḥammad Ašrof bin *Abdul Maqṣūd].

Ambilanhttps://amirkazuma.tumblr.com/post/632897135702114304/kata-a%E1%B8%8F-%E1%B8%8Fahabiyy-%D9%82%D9%84%D8%AA-%D8%A7%D9%84-%D9%85-%D8%AA-%D8%A3-%D8%AE-%D8%B1-%D9%88%D9%86-%D9%85%D9%86-%D8%A3%D9%87%D9%84

Meme 43


Anehnya. Mereka menuduh ad-Dārimiyy sebagai mujassim yang tidak pernah dituduh sedemikian sepanjang 1000 tahun setelah kewafatannya. Apabila kita kritik mereka, mereka bertanya kepada kita pula apa kelayakan kita untuk mengkritik? Sedangkan apa kelayakan mereka untuk melakukan tuduhan sedemikian atau menjadi pendukung tuduhan tersebut? Lucunya melihat gelagat tolol si pandir ini.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632897187793207297/anehnya-mereka-menuduh-ad-d%C4%81rimiyy-sebagai

Meme 44


Ketika saya membentangkan keharusan melancap dengan membawakan dalil sokongan untuk pendapat mereka yang mengharuskannya seperti aḍ-Ḍoḥḥāk bin Muzāḥim dan sekumpulan dengannya sepertimana yang dinukilkan oleh Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy, mereka berkata bahawa hukum melancap ini ditegah kerana ia mendekati zina.

Saya hairan orang yang berkata sebegini. Dalam kitab fiqh mazhab telah pun masyhur bahawa sekalipun mereka mengharamkan lancap, tetapi mereka mengharuskannya apabila tidak dapat menahannya dan apabila ia mencegahnya daripada zina. Jadi, yang mana satu? Semuanya bergantung kepada tujuan akhir masing-masing, bukan?

Atas sebab itulah saya juga sangat tegas memperingatkan mereka yang sewenang-wenangnya mengeksploitasi dan mengaplikasikan Sadd aḏ-Ḏarō^i* secara bermudah-mudahan dalam penulisan saya yang berjudul "Khuatir Fitnah Yang Membawa Fitnah". Banyak dampak yang parah apabila kaedah ini diambil ringan dalam penerapannya. Sama ada ia akan menjadi sebab mengharamkan apa yang Allah dan rasul-Nya tidak mengharamkan secara tidak langsung atau alat memanipulasi persepsi aṭ-Ṭoyyibāt kepada manusia.

Contoh ini jelas. Apabila tidak dapat menafikan pendapat ahli ilmu yang muktabar lagi berwibawa yang mengharuskan melancap, mereka menggunakan kaedah ini untuk menegah perbuatan tersebut dengan alasan khuatir terjebak kepada maksiat yang lebih besar. Inilah dia taktik pengharaman secara tidak langsung.

Kemudian, memandang buruk terhadap mereka yang mengambil pendapat ini kerana kononnya mengikut hawa nafsu. Jadi, adakah mereka yang berkaliber ini mengeluarkan pendapat ini dengan hawa nafsu mereka sehingga orang yang mengambil fatwa ini sama-sama menunggang hawa nafsu? Inilah dia memanipulasi persepsi aṭ-Ṭoyyibāt, iaitu sesuatu yang lazat. Mereka cuba memberi gambaran bahawa perbuatan tersebut adalah akhlak yang buruk setelah mereka tidak mampu menafikan pendapat tersebut adalah pendapat muktabar. Padahal, baik atau buruk boleh jadi ia relatif bagi individu dan budaya setempat, bukan universal.

Beberapa sikap orang Arab badwi mungkin akhlak yang buruk di mata orang Arab yang hadhari, namun tidak sedemikian bagi sudut orang Arab badwi itu sendiri. Malah, sebahagian orang memakruhkan seks oral kerana dianggap perilaku yang tidak elok, walhal itu pandangan peribadi orang itu sahaja. Boleh jadi memakan sesuatu yang halal yang bukan dari adat setempat seseorang itu memberikan persepsi buruk terhadap orang, tetapi tidak pada orang yang telah biasa memakannya. Misalnya belalang. Ia mungkin menggelikan kita yang tidak biasa, tetapi tidak pada orang yang telah sebati dengan budaya di sana.

Sekarang jelas bagaimana jahatnya orang yang cuba manipulasi dan mengukuhkan persepsi aṭ-Ṭoyyibāt kepada orang ramai. Sebab itulah saya sangat berkeras kebejatan orang yang menggunakan kaedah Sadd aḏ-Ḏarō^i* secara sembarangan. Mereka ini memperdaya orang ramai dengan hukum fiqh dan pandangan agama, walhal hakikatnya mereka telah mengotorkannya dengan kotoran yang halus.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632900949252489216/ketika-saya-membentangkan-keharusan-melancap

Meme 45


Masuk bab lancap sahaja, tiba-tiba perselisihan yang rahmat bertukar jadi azab dan tiba-tiba juga pendapat yang muktabar menjadi pendapat hawa nafsu. Mudah sahaja untuk kenal mereka yang bercakap atas dasar ilmu atau sekadar sentimen sahaja.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632902568651161600/masuk-bab-lancap-sahaja-tiba-tiba-perselisihan

Meme 46


Saya tidak ada apa-apa masalah apabila orang menolak pendapat ini kerana mendahulukan dalil berbanding tokoh. Maksudnya, ukuran salah dan benar berpaksikan pada al-Qur^ān dan as-Sunnah menurut, bukan daripada pendapat manusia sekalipun daripada tokoh besar. Walaupun saya tidak sependapat dengan penolakan mereka ini dan saya juga mempunyai hujah pembelaan untuk pendapat ini, saya hormati orang ini kerana berdiri di atas prinsip.

Yang menjadi masalah adalah mereka yang tidak ada kemampuan untuk menjadikan prinsip itu sebagai praktik penilaian salah dan benar, kemudian mereka ini juga berkata bahawa kita dipersilakan untuk mengikut mana-mana pendapat ulama yang muktabar kerana mereka berfatwa atas iltizam terhadap kebenaran dan kesungguhan serta ketekunan. Namun, orang yang sama inilah mencela orang yang mengambil pandangan ini kerana kononnya mengikut hawa nafsu. Adakah dua ahli fiqh ini mengeluarkan pandangan atas dasar hawa nafsu sehingga orang yang mengambilnya adalah pengikut hawa nafsu juga?

Saya hairan orang sebegini mengutuk pandangan ini atau membuat gambaran buruk sampai tidak sedar tinta siapa yang mencoretkan pandangan ini. Seolah-olah lupa prinsip yang mereka pegang. Inilah orang yang saya cela sekarang ini dan orang seperti inilah yang menjadi subjek penyebutan saya, bukan mereka yang awal tadi. Orang seperti ini sememangnya layak dipanggil hipokrit, manakala mereka yang awal tadi layak dikatakan di atas prinsip yang lurus.

Mereka mungkin sukar untuk menghadam atau menerima pandangan ini, tetapi ingatlah bahawa yang menyatakan pandangan ini adalah orang yang luas ilmunya dan mendalam kefahamannya. Mungkin masuk akal pendapat ini salah jika al-Qolyūbiyy seorang sahaja yang menyebutkan pandangan ini. Setiap ahli ilmu kadangkala tidak terlepas dari alpa juga. Namun, yang ajaib adalah pandangan ini juga bersamaan dengan al-Bujayrimiyy yang setelahnya. Ini sukar untuk menafikan berlakunya kecelaruan terhadap mereka berdua ketika mencoretkan pandangan ini. Al-Bujayrimiyy juga seorang ahli fiqh kebesaran. Tidak mungkin al-Bujayrimiyy bertemu dengan al-Qolyūbiyy untuk berkomplot dalam mengeluarkan pandangan seperti ini. Sukar untuk diyakinkan bahawa mereka berdua mengeluarkan pendapat ini mempunyai niat yang jahat atau tidak teliti apa yang diucapkan.

Kalaulah kita mengiktiraf kewibawaan ilmu mereka dan bahawasanya mereka berdiri di atas kesungguhan dan ketekunan untuk kebenaran, sukar untuk menyatakan bahawa mereka sengaja melakukan kesilapan sebegini. Saya hormati mereka yang ingin menolak pandangan ini atas dasar dalil. Namun, mereka yang selalu sahaja berslogan sana sini bahawa perselisihan ahli ilmu adalah rahmat ini tiba-tiba mahu mencabul prinsip mereka ini hanya kerana ia adalah isu yang tidak kena dengan citarasa mereka, bukan kerana cerapan dalil. Perselisihan adalah rahmat tiba-tiba menjadi azab dan perselisihan yang muktabar terus menjadi

Sekarang mudah sahaja untuk kenal siapa yang berkata atas dasar prinsip dan siapa yang berkata atas dasar sentimen.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632939922865750016/saya-tidak-ada-apa-apa-masalah-apabila-orang

Meme 47


Sebab utama saya menulis "Khuatir Fitnah Yang Membawa Fitnah" adalah kerana saya melihat kaedah Sadd aḏ-Ḏarō^i* seringkali digunakan sewenang-wenangnya tanpa terkawal dan berleluasa. Sesuatu yang asalnya halal, baik dan selamat terus diharamkan dan ditegah hanya dengan menyandangkan "menimbulkan fitnah", "merangsang syahwat", "perlakuan yang buruk" atau seumpamanya. Itulah taktik apabila seseorang tidak menemukan dalil larangan yang jelas atau tidak mampu menafikan perselisihan pandangan yang muktabar yang berlainan dengan keharamannya, maka tempekan ini sudah cukup memenuhi hajatnya. Semudah itu untuk menutup ruang keharusan.

Saya tidak boleh berdiam diri lagi untuk mendiamkan jenayah ilmu yang tidak disedari oleh ramai orang. Kalaulah saya ada kemampuan untuk menghasilkan karya uṣūl fiqh yang khusus, sudah tentu saya akan masukkan penulisan ini dalam perbahasan Sadd aḏ-Ḏarō^i*. Ia telah menjadi dari sikap yang tidak cermat untuk menegah atau mengharamkan sesuatu sehinggalah jenayah ilmu. Padahal, beberapa pertimbangan yang diperlukan untuk mempraktikkan kaedah ini. Ia tidak boleh sekadar lepas cakap, berdasarkan pandangan peribadi, sesuatu yang relatif atau kemungkinan yang kecil. Namun, semua ini dibelakangkan sebegitu sahaja kerana kononnya mahu menjaga agama. Sedangkan ini telah menusuk agama dengan duri-duri yang melukakannya.

Antara jenayahnya adalah mengharamkan apa yang Allah dan rasul-Nya tidak mengharamkannya atau menganggap buruk terhadap apa yang Allah dan rasul-Nya tidak menanggapi sepertinya atau menyempitkan ruang keharusan terhadap apa yang Allah dan rasul-Nya tidak menyempitkannya. Kaedah fiqh yang masyhur adalah yakin tidak dihapuskan dengan syak. Hukum asal bagi tiap-tiap sesuatu adalah harus. Bagaimana kita boleh menegahnya atau mengharamkannya atau menyempitkannya hanya berdasarkan pandangan peribadi, sesuatu yang relatif dan kemungkinan yang kecil? Ini telah membuat fitnah terhadap Allah dan rasul-Nya!

Apabila sedar akan hal ini, sekurang-kurangnya ia menimbulkan rasa takut untuk menunggang kaedah tersebut bagi orang yang berakal cerdas. Bacalah penulisan saya tersebut. Saya telah dedahkan bagaimana taktik-taktik penjenayah ilmu ini dalam mengeksploitasi kaedah ini supaya sesuai dengan cita-citanya.

Selepas ini apa pula jika dibiarkan? Haram berjual beli dengan wanita jika ia menimbulkan syahwat? Haram bagi wanita menulis buku jika itu mampu menimbulkan syahwat untuk lelaki? Bermacam-macam yang boleh terjadi hanya dengan sandangan "khuatir fitnah" dan lain-lain.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632979675228061696/sebab-utama-saya-menulis-khuatir-fitnah-yang

Meme 48


Salah satu sebab saya menulis "Adakah Syahwat Itu Sendiri Berdosa?" adalah kerana saya melihat betapa mudahnya untuk menegah atau mengharamkan sesuatu hanya dengan alasan "menimbulkan syahwat", "mengundang syahwat", "dalam keadaan bersyahwat" atau seumpamanya. 

Selepas ini apa? Haram berjual beli dengan wanita jika mengundang syahwat? Haram bagi wanita menulis buku jika ia menimbulkan syahwat? Apa lagi yang mahu diharamkan hanya dengan alasan mengundang syahwat, bersyahwat dan seumpamanya? Perbuatan ini juga telah saya tegur secara tuntas dalam penulisan saya yang berjudul "Adakah Syahwat Itu Sendiri Berdosa?". Jika dibiarkan berleluasa, apa sahaja boleh menjadi haram kerana ada kaitan dengan syahwat.

Antara sebab lain adalah saya melihat betapa mudah mengitlakkan syahwat itu kepada dosa. Seolah-olah adanya syahwat kecuali selain isteri dan hamba sahaya, terus dianggap dosa. Saya menulis judul ini membanteras keserampangan pendapat sebegini. Ia berdiri di atas pendapat yang tidak berasas. Pada penulisan ini, saya membentangkan apa itu syahwat, bagaimana bentuk syahwat dan syahwat yang bagaimana dikira berdosa. Bukan semberono menganggap apa sahaja yang dikaitkan dengan syahwat, terus dianggap berdosa.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/632981286688030720/salah-satu-sebab-saya-menulis-adakah-syahwat-itu

Meme 49


Renungkan kata-kata Šihābuddīn Abū al-Qōsim *Abdul Roḥmān ad-Dimašqiyy tentang realiti masyarakat pada zamannya pada 600 Hijrah. Katanya :

قد نهى إمامنا الشافعي رحمه الله عن تقليده وتقليد غيره على ما سنذكره في فصل بعد هذا. وكانت تلك الأزمنة مملوءة بالمجتهدين، وكل صنف على ما رأى، وتعقب بعضهم بعضا مستمدين من الأصلين الكتاب والسنة، وترجيح الراجح من أقوال السلف المختلفة. ولم يزل الأمر على ما وصفت إلى أن استقرت المذاهب المدونة، ثم اشتهرت المذاهب الأربعة وهجر غيرها، فقصرت همم أتباعهم إلا قليلا منهم، فقلدوا ولم ينظروا فيما نظر فيه المتقدمون من الاستنباط من الأصلين الكتاب والسنة، بل صارت أقوال أئمتهم بمنزلة الأصلين، فأخذوها مسلمة مفروغا منها، ففرعوا عليها، واستنبطوا منها، ولم يبق لهم نظر إلا فيها، وأعرضوا عن علوم الأصلين، فعدم المجتهدون، وغلب المقلدون، حتى صاروا ممن يروم رتبة الاجتهاد يعجبون، وله يزدرون، وكثر التعصب للمذاهب، وقلت النصفة وبانت المثالب، ودبت بينهم العقارب، فجرى من بعضهم في بعض العجائب والغرائب، وآل بهم التعصب إلى أن صار أحدهم إذا أورد عليه شيء من الكتاب والسنة الثابتة على خلاف مذهبه يجتهد في دفعه بكل سبيل من التأويل البعيد نصرة لقوله، وإعراضا عما يجب عليه الأخذ به، ولو كان ذلك وصل إلى إمامه الذي يقلده هذا المتعصب لقابله ذلك الإمام بالتعظيم والتبجيل، ولصار إليه إن لم يعارضه دليل. ثم تفاقم الأمر حتى صار كثير منهم لا يرون الاشتغال بعلوم القرآن والحديث، ويعيبون من يعتني بهما، ويرون أن ما هم عليه هو الذي ينبغي المواظبة عليه، وتقدمته بين يديه، من الاحتجاج للمذاهب بالآراء، وكثرة الجدال والمراء، فينقضي منهم المجلس بعد المجلس لا يسمع فيه آية تتلى، ولا حديث يروى، وإن اتفق ذكر شيء من ذلك لم يكن في المجلس من يعرف صحيحه من سقيمه، ولا إيراده على وجهه ولا فهم معناه. وغرض كل منهم قمع خصمهم وإبطال حكمه، وعدم منهم الإنصاف في مسائل الخلاف، ولا سيما لما وقفت عليهم الأوقاف.

Sesungguhnya imam kami aš-Šāfi*iyy -semoga Allah merahmatinya- menegah kami bertaklid kepadanya dan bertaklid kepada selainnya pada apa yang kami akan sebutkannya pada fasal selepas ini. Dahulu, zaman itu dipenuhi dengan para mujtahid, setiap daripada mereka menulis sesuai dengan pandangannya. Sesama mereka saling menyemak antara satu sama lain bersumberkan dua sumber, iaitu al-Kitāb dan as-Sunnah. Mereka mengunggulkan pendapat yang kuat pada pendapat-pendapat salaf yang beragam. Sentiasalah keadaan ini berada dalam apa yang aku sifatkan sehinggalah stabil kodifikasi mazhab. Kemudian, menjadi menyerlah empat mazhab dan menjadi pupus selainnya. Minat-minat mereka untuk mengikut jejaknya telah pudar kecuali daripada sedikit daripada mereka. Mereka tidak melihat melalui apa yang para pendahulu melihatnya melalui penggalian hukum daripada dua sumber, iaitu al-Kitāb dan as-Sunnah. Malah, pendapat para imam mereka menjadi bersekedudukan dengan dua sumber itu. Lalu, mereka mengambilnya sebagai diktum, dikelilingi padanya dan menggali hukum daripadanya. Tidaklah mereka berkekalan dengannya melainkan dengannya.

Mereka berpaling daripada ilmu-ilmu dua sumber tersebut. Lantas, tiadalah para mujtahid dan para pentaklid mendominasi sehingga mereka menjadi pelik dan memperlekeh terhadap mereka yang mendambakan kedudukan ijtihad. Tersebarlah ketaksuban mazhab. Sedikitnya kesaksamaan, menyatalah kejelekan-kejelekan, menjalar sengatan sesama mereka. Menjadilah dalam kalangan sebahagian mereka dalam yang pelik dan gharib. Dengan sebab mereka, menjadilah ketaksuban itu sehingga terjadinya salah seorang daripada mereka yang apabila dibawakan sesuatu daripada al-Kitāb dan as-Sunnah yang kukuh yang menyelisihi mazhabnya, pasti dia bersungguh dalam menolaknya dengan setiap cara berupa takwil yang jauh kerana membela pendapatnya serta berpaling daripada apa yang wajib untuk dia mengambilnya. Kalaulah itu sampai kepada imamnya yang dia bertaklidnya dengan ketaksuban ini, pasti dia menghadap imam itu dengan penuh pengagungan dan sanjungan dan pasti dia menuju kepadanya jika dalil tidak menyanggahinya. Kemudian, merebaklah situasi ini sehingga menjadi kebanyakan daripada mereka tidak mengendahkan kesibukan dengan ilmu al-Qur^ān dan hadis dan mereka mencela sesiapa yang memerhatikan kedua-duanya. Mereka melihat bahawa apa yang mereka berada padanya adalah yang sepatutnya dicurahkan kesetiaan padanya dan pembentangannya di hadapannya adalah yang berupa kehujahan dengan pandangan-pandangan mazhab. Banyaknya debat dan polemik, lalu habislah majlis itu selepas majlis lain daripada mereka yang tidak diperdengarkan ayat-ayat yang dibaca dan juga periwayatan hadis. Jika berlakunya penyebutan sesuatu daripada itu, tidak ada kalangan mereka yang mengenal sahihnya dari longgokan penyakitnya dalam majlis itu dan tidak ada pembentangannya tentang bentuknya dan kefahaman maknanya. Setiap daripada mereka memenuhi corong pertelingkahan dan membatalkan hukumnya. Hilang deria keadilan dari kalangan mereka dalam masalah perselisihan, terutamanya kerana didana biaya kepada mereka. [H̱uṭbah al-Kitāb al-Mu^ammal Li ar-Rodd Ilā al-Amr al-Awwal, m/s 99-101, keluaran Aḍwā^ as-Salaf].

Bayangkan, zaman 600 Hijrah telah menampakkan peristiwa yang mana cita-cita untuk menjadi mujtahid adalah cita-cita yang dipandang buruk. Membawa kembali kepada penghidupan al-Qur^ān dan as-Sunnah juga adalah seruan yang tidak mahu disambut. Sang pandai perlu memenuhi dogma masyarakatnya yang sarat dengan ketaksuban mazhab demi selamat daripada penentangan yang menjengkelkan. Masyarakat enggan untuk sejahtera dengan pemurniaan ilmu dan usaha merevolusikan kualiti intelektual.

Itulah yang menyedihkan. Disebabkan kebodohan yang telah berleluasa dan didogmakan, akhirnya si tolol celaka ini mengisytiharkan kepada dunia bahawa dunia ijtihad telah tertutup. Mujtahid sudah pupus. Ia adalah artifak yang tidak ubah seperti tunggul berhala. Orang sekarang tidak boleh lagi menjadi mujtahid walau setangkas mana kemampuan ilmu dan pemikirannya. Ilmu dan pemikiran yang berkualiti adalah yang menepati dogma mereka. Orang yang ingin menyelisihi dogma ini atau membawa revolusi adalah orang yang membuka kepada fitnah yang meracaukan pemikiran menurut mereka. Malah, orang ini tidak akan ditempatkan dalam kalangan ahli ilmu meski telah terbukti kemampuannya.

Lama-kelamaan mereka kehairanan mengapa akhir zaman ini dilantik orang yang bodoh menjadi mufti atau pemimpin ilmu kepada masyarakat. Sebab mereka sendirilah yang menutup pintu kepada ilmu yang sejati! Mereka jugalah yang menghalang gerak usaha untuk pemikiran progresif. Mereka sendiri yang mendogmakan dengan tradisi ilmu yang mati dan manhaj pemikiran yang rapuh. Mereka selesa menjadi katak di bawah tempurung. Realiti ilmu mereka hanya berlegar dalam dogma mereka. Sekarang, rasalah tuaian yang mereka sendiri benihkan dalam tanaman mereka!

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/633072471398072320/renungkan-kata-kata-%C5%A1ih%C4%81budd%C4%ABn-ab%C5%AB-al-q%C5%8Dsim-abdul

Meme 50


Apabila saya membawakan kalam ahli fiqh yang membezakan hukum lihatan aurat yang sebenar dengan aurat yang diserupakan dengan jasad seperti ar-Romliyy yang berkata :

خَرَجَ مِثَالُهَا فَلَا يَحْرُمُ نَظَرُهُ فِي نَحْوِ مِرْآةٍ كَمَا أَفْتَى بِهِ جَمْعٌ لِأَنَّهُ لَمْ يَرَهَا

Terkecuali pada yang diserupakannya (aurat), maka tidaklah haram lihatannya pada bahagian cermin sepertimana yang para jemaah memfatwakannya kerana dia tidaklah melihatnya (secara hakiki)". [Nihāyah al-Muḥtaj Ilā Šarḥ al-Muḥtāj, jilid 6, m/s 187, keluaran Dār al-Fikr, Beirut].

Ataupun Muḥammad bin Farōmarzi bin *Aliyy yang berkata :

(مِنْ مِرْآةٍ أَوْ مَاءٍ بِالِانْعِكَاسِ) يَعْنِي إذَا نَظَرَ إلَى فَرْجِهَا الدَّاخِلِ مِنْ زُجَاجٍ أَوْ مَاءٍ هِيَ فِيهِ تَحْرُمُ هِيَ لَهُ، وَأَمَّا إذَا نَظَرَ إلَى مِرْآةٍ أَوْ مَاءٍ فَرَأَى فَرْجَهَا الدَّاخِلَ بِالِانْعِكَاسِ لَا تَحْرُمُ لَهُ، كَذَا فِي فَتَاوَى قَاضِي خَانْ وَالْخُلَاصَةِ

"<Daripada cermin atau air secara pantulan>, iaitu, jika seseorang melihat farajnya yang berada dalam kaca atau air, maka padanya keharaman terhadapnya. Adapun jika dia melihat pada bayangan cermin atau air, lalu dia melihat farajnya yang berada di dalam secara pantulan, maka tidak haram padanya. Demikian pendapat dalam Fatāwā Qōḍī H̱ōn dan al-H̱ulāsoh". [Duror al-Ḥukkām Šarḥ Ġoror al-Aḥkām, jilid 1, m/s 33-34, keluaran Dār Ihyā^ al-Kutub al-*Arobiyyah].

Saya dikutuk habis-habisan, dituduh menunggang agama, mengikut hawa nafsu, mengambil pendapat yang pelik dalam Islam dan lain-lain yang berbentuk cemuhan. Itulah penentangan orang yang tidak cakna kaedah fiqh terhadap perubahan hakikat zat menatijahkan perubahan hukum. Hendak menuduh orang mengikut hawa nafsu, tetapi dia sendiri mengikut kebodohannya. Malah, yang mengutuk ini tidak sedar bahawa dia sebenarnya yang pelik kerana ahli fiqh mazhab terdahulu, terutamanya Ḥanafiyy dan aš-Šāfi*iyy tidak pernah berselisih pandangan dalam hal ini dan ia adalah pendapat muktamad dalam mazhab. Mereka sebenarnya menunggang agama dengan sentimen kononnya mahu memelihara agama daripada pendapat yang aneh.

Saya beri penjelasan mudah mengapa pendapat ahli fiqh ini adalah benar dan bagaimana mereka mengaplikasikan kaedah fiqh. Mengapa tidak batal wuduk menyentuh gambar kemaluan? Mereka pasti akan menjawab sebab yang disentuh itu adalah gambar, bukan jasad. Nah! Mereka mengasingkan kedua-duanya dalam isu wuduk, lalu mengapa tiba-tiba mengutuk orang yang berpegang dengan pendapat bezanya hukum lihatan aurat yang sebenar dan yang bukan? Orang sebegini berada di manhaj bercelaru.

Natijah hukumnya banyak. Bukan pada wuduk sahaja. Mazhab Ḥanafiyy mengaitkannya dengan jika seseorang berusmpah untuk tidak melihat wajah sang fulan, kemudian dia melihat wajah sang fulan pada paparan bayangan air atau imej cermin, maka tidak dikira melanggar sumpahnya. Mazhab aš-Šāfi*iyy menguatkan pandangan ini dengan mengaitkan permasalahan jika seseorang menta*līqkan talaknya bahawa jika isterinya melihat seseorang individu, maka isterinya tertalak. Kemudian, isteri itu melihat individu tersebut pada bayangan air dan imej cermin, maka tidak jatuh talak. Apa alasan kedua-dua mazhab ini? Jawapannya, kedua-dua mereka tidak melihatnya secara hakiki, tetapi hanya suatu bayangan yang dirupakan seperti seseorang. Mudah sahaja untuk memahami praktik kaedah fiqh ini.

Dengan pendapat ini, pelajar perubatan boleh melihat lukisan gambar kemaluan untuk mempelajari anatominya dan ia tidak termasuk keperluan darurat. Untuk pembacaan bersahaja pun boleh. Para penonton boleh menonton berita atau dokumentari atau rancangan ilmu yang mana pihak yang terlibat dalm filem itu tidak menutup aurat dengan sempurna tanpa ada apa-apa masalah. Banyak lagi yang lain yang memberikan kemudahan dan keamanan kepada umat Islam dengan pendapat seperti ini.

Namun, mereka tetap juga berdegil hanya kerana rasa jijik untuk menyetujui pandangan bahawa adanya perbezaan hukum lihatan pada faraj antara di skrin digital dan yang sebenar. Mereka tetap bertegas untuk menyatakan bahawa melihat aurat di skrin digital atau yang bercetak adalah sama dengan yang sebenar. Sekarang, mereka rasai sendiri natijah penentangan dan kedegilan mereka. Rasakan ketidakamanan yang mereka hadapi akibat kebodohan. Setiap masa dan setiap tempat dirasakan tidak aman. Setiap kali mereka lihat gambar atau patung, kutiplah dosa yang mereka bertegas sangat. Malah, tambah lagi dosa jika mereka mengutuk, mencela, menyindir, mempersenda, mengejek dan mencemuh hujah yang telah dibentangkan dan mereka tidak mampu menafikannya dengan jawapan ilmiah.

Itu baru di dunia. Bagaimana kalau di akhirat kelak? Iaitu, balasan sikap mereka sengaja menentang kebenaran setelah tertegaknya hujah ke atas mereka? Apabila diberi penjelasan tentang kaedah fiqh dan dalilnya, mereka sengaja tidak menggunakan akalnya dan kuat penentangannya. Nantikanlah. Sesungguhnya kita semua termasuk orang yang menunggu.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/633138883564109824/apabila-saya-membawakan-kalam-ahli-fiqh-yang

Meme 51


Sangat aneh apabila kita menyatakan kritikan terhadap beberapa pandangan ahli ilmu walaupun dengan bermacam-macam pembentangan hujah, tetap juga mereka tidak mahu menerimanya. Apa yang mereka mahu buat untuk kekal bermain kad Argumentum Ad Verecundiam dan kesan Kontras serta Ad-Hominem, bukan mahu memberi jawab balas terhadap hujah tersebut.

Namun, kalau kita mengambil pandangan ahli ilmu yang dikira pelik atau tidak menepati citarasa mereka, tiba-tiba merekalah yang paling mementingkan dalil dan hujah antara salah dan benar. Kalau kita kritik, bukan main mereka mempertikaikan kemampuan kita dan tidak habis-habis bermain kesan Kontras dengan membanding-bandingkan kita dengan ulama yang dikritik. Dalam kes ini, mereka lupa di mana mereka letak cermin mereka. Tidak segan silu mengkritik dan mencemuh orang yang mengambil pandangan ini seolah-olah mengeluarkan pendapat ini dengan hawa nafsunya sehingga orang yang mengambil pendapat ini dikira pengikut hawa nafsu.

Di mana adilnya jika kita kritik pandangan ulama mereka, mereka hanya bermain Argumentum Ad Verecundiam, tetapi dalam kes ini pula, mereka tiba-tiba ingin menjadi penegak hujah dan dalil sama ada ikutan tersebut adalah benar atau salah?

Saya tidak ada masalah sama sekali jika seseorang mempunyai keupayaan ilmu dalam bahagian tertentu untuk menganalisis dalil yang mana mereka ini adalah pentaklid untuk sebahagian perkara dan independen untuk sebahagian mereka. Namun, orang sebegini seharusnya menjadi orang yang hormat dan memberikan ruang kritikan terhadap pandangan yang dia ingin bertaklid kerana dia tidak memiliki penguasaan meluas terhadapnya, bukannya memilih-milih, iaitu sebahagian pandangan tidak ada ruang untuk dikritik dan sebahagian lain boleh dikritik sehabis-habisnya, lebih-lebih lagi jika ia adalah pandangan yang memahitkan lidah mereka.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/633303733177106432/sangat-aneh-apabila-kita-menyatakan-kritikan

Meme 52


Mungkin ini kelihatan aneh, tetapi sedemikianlah manhaj salaf. Saya telah jelaskan hal ini dalam penulisan saya yang berjudul "Penjelasan Interaksi Dengan Naṣ Tentang Sifat Allah".

Sebahagian mereka akan berkata: "Bukankah maksud tangan merujuk kepada anggota?". Saya katakan, apabila kamu bertanya "bukankah", inilah yang dilarang dalam salaf! Ketikamana kamu membuka mulut untuk berkata: "bukankah", kamu telah masuk ke dalam zon tegahan salaf! Salaf sudah berpesan untuk mendalami makna, menjauhi tafsir sehinggalah mencari takwilnya. Mengapa berdegil lagi? Sekarang ini, kamu ingin mencetuskan atau membuka jalan atau meletakkan tapak pertama kepada tafsir dan takwil melalui pertanyaan "bukankah"! Lalu, dengan pertanyaan "bukankah" inilah yang akan memesongkan kamu daripada manhaj salaf atau membuat tuduhan yang tidak dimaksudkan, iaitu melakukan falasi strawman terhadap individu yang mengungkapkan sebegini. Masih lagi mahu menimbulkan persoalan-persoalan yang membuka ruang fitnah? Hakikatnya salaf dan ahli sunnah tidak sebodoh kamu dalam hal ini.

Di sinilah bermulanya pertempuran antara ahli sunnah dan Jahmiyyah sesat lagi menyesatkan yang celaka. Ahli sunnah sama sekali tidak mengisbatkan Allah dilingkungi makhluk atau jisim dalam jisim apabila mengatakan Allah di langit di atas Arasy-Nya. Namun, sebab Jahmiyyah yang keliru terhadap kenyataan dampak daripada kecetekan akal, terus menganggap bahawa itu dimaknai sebagai Allah menempati sesuatu lapangan. Ahli sunnah tidak sebodoh ini. Merekalah sebenarnya yang melakukan tasybih dalam hal ini melalui detikan ini pada jiwa mereka. Lalu, kerana ingin keluar daripada tasybih yang terbenak di jiwanya yang salah faham, mereka terus mencari takwil, lalu menjadilah golongan yang membatalkan sifat-sifat Allah pada makna!

Malah, Abū Sa*īd ad-Dārimiyy yang disebut sebagai ultra-isbat oleh aḏ-Ḏahabiyy sama sekali tidak menyifatkan Allah dengan anggota meskipun dia mengisbatkan sifat tangan bagi Allah. Malah, secara jelas dia mengatakan bahawa orang yang mengatakan Allah itu beranggota adalah kafir. Ini pun dikeluarkan apabila al-Marīsiyy dan antek-antek Jahmiyyah mengasak ahli sunnah dengan tuduhan bahawa apabila mereka memahami zahir, bermakna mereka mengisbatkan jisim dan anggota serta memfitnah ahli sunnah dengan kedustaan yang sememangnya berniat untuk mencemarkan nama tokoh ahli sunnah.

Hakikatnya, jelas bahawa sebenarnya tuduhan mujassim terhadap mereka yang menelusuri jalan salaf ini adalah kebanyakannya tuduhan yang tidak berasas dan tidak memahami bagaimana salaf berinteraksi dalam hal ini. Ia sebenarnya adalah fitnah yang disebarkan berdasarkan kebodohan yang ingin melihat realitinya.

Sebab itulah apabila kita menegaskan untuk menghadam karya salaf seperti ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah karya Aḥmad bin Ḥanbal, H̱olq Af*āl al-*Ibād karya al-Buẖōriyy, as-Sunnah karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya Abū Bakr al-H̱ollāl, al-Iẖtilāf Fī al-Lafẓ Wa ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa al-Mušabbihah karya Ibn Qutaybah, at-Tabṣīr Fī Ma*ālim ad-Dīn karya Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy, ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah dan an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy yang kedua-duanya karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, kita menegaskan tanpa memberi muka kerana kesemua inilah yang akan menjadi hakim sama ada kefahaman terhadap salaf itu benar atau tidak.

Jika tidak membacanya, lihatlah bagaimana orang yang merasa pedih dengan karya ad-Dārimiyy yang berjudul an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy sehingga menuduhnya sebagai mujassim yang tidak pernah dituduh sedemikian sepanjang 1000 tahun setelah pemergiannya.


Meme 53


Mampukah karya mutaakhirin dan kontemporari harmoni dengan apa yang terkandung dalam karya salaf seperti ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah karya Aḥmad bin Ḥanbal, H̱olq Af*āl al-*Ibād karya al-Buẖōriyy, as-Sunnah karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya Abū Bakr al-H̱ollāl, al-Iẖtilāf Fī al-Lafẓ karya Ibn Qutaybah, at-Tabṣīr Fī Ma*ālim ad-Dīn karya Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy, ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah dan an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy yang kedua-duanya karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy? Sila bentangkan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/633803281792172032/mampukah-arya-muta-a%E1%BA%96%E1%BA%96ir%C4%ABn-dan-kontemporari

Meme 54


Sangat ironi pembela dan pengikut Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy selalu mengungkapkan slogan as-Sawād al-A*ẓom. Kemudian, mereka mengungkapkan celaan yang begitu nista sekali terhadap salafi kononnya menyalahi golongan majoriti. Namun, lihat pula bagaimana sikap mereka apabila Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy menuduh Abū Sa*īd ad-Dārimiyy sebagai mujassim yang tidak pernah dituduh sedemikian setelah 1000 tahun setelah kewafatannya. Yang ini apa pula? Jilat ludah sendiri?

Kemudian, sebahagian mereka berkata: "Mari kita nilai dengan neraca ilmu". Eh? Jika salafi yang berkata sedemikian, mereka bersungguh-sungguh hamburkan kutukan. Sekarang, mereka meneguk semula muntah yang mereka taburkan ke wajah orang lain? Menuju kepada penilaian dengan neraca ilmu inilah yang dijunjung dan dipegang semat oleh salafi. Sekarang, mereka baru sedar nilainya yang tinggi setelah sudah tidak ada lagi alat untuk bermain kad Argumentum Ad Verecundiam?

Tiba-tiba mereka pula ini merasa diri mereka ini sebagai ahli ilmu untuk terus melihat neraca ilmu dalam penentu salah dan benar. Kalau salafi mengajak kepada dalil al-Qur^ān dan as-Sunnah, anda lihatlah dengan mata kepala bagaimana mereka buat untuk mempersenda dan mempertikaikan kemampuan ilmu seseorang lain. Kononnya salafi berlagak pandai dan mahu tunjuk jaguh. Dituduh pula salafi sebagai tidak beradab terhadap ulama apabila membawakan dalil al-Qur^ān dan as-Sunnah untuk menyelisihi ahli ilmu. Lalu, adakah Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy ini menghormati ulama, khusus ad-Dārimiyy apabila menuduh sedemikian? Sekarang, mereka kononnya bertawaduk dan bersandar kepada penilaian ulama kini ingin berdiri menjadi pembela jaguhan yang persis ahli ilmu apabila tembelang terpecah setelah dapat tahu Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy menyalahi as-Sawād al-A*ẓom yang mereka canang-canangkan?

Paling melucukan, mereka ini jugalah melontarkan persoalan sanad pengajian dan perguruan kita demi menyerang peribadi individu lain dan berdalih untuk menutup kekeringan hujah. Namun, apa pula sanad pengajian Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy sehingga tergamak menuduh sebegitu? Siapa gurunya? Apa sanadnya? Pengajian bersanadnya menatijahkan kefahaman sebegitu? Pernah pembela-pembela al-Kawṯariyy tanya persoalan ini? Bahkan, mereka sendiri yang tidak segan silu menjadi pembela terhadap tuduhan jahat ini kepada tokoh sarjana salaf. Soalan itu dilemparkan kepada seteru mereka sahaja. Tidak menjadi cerminan dan dasar kepada manhaj sendiri.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/635577393518641152/sangat-ironi-pembela-dan-pengikut-z%C4%81hid

Meme 55


Sudah biasa sangat mendengar sindiran sebegini bagi orang yang tidak mampu membentangkan atau membalas hujah ilmiah.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/636280872246624256/sudah-biasa-sangat-mendengar-sindiran-sebegini

Meme 56


Dalam isu keharusan lancap, bermacam-macam alasan yang dilontarkan demi menutup sebanyak yang boleh ruang untuk pengamalan. Mereka tidak berani mencela orang yang mengambil pandangan ini kerana ia adalah pandangan dari ahli ilmu terkemuka. Jadi, mereka guna cara lain untuk mengeksploitasi kemampuan mereka sedaya yang habis untuk mencipta persepsi dan bermain kata-kata yang memukau ingin mencela dan menegahnya, tetapi tidak pada kulitnya supaya tampak bahawa perbuatan itu terkutuk secara halus. 

Kononnya tatabbu* ar-Ruẖoṣ, perlakuan yang tidak senonoh dan disuruh untuk sibukkan diri dengan amalan yang berfaedah seperti amalan sunat dan bermacam-macam lagi.

Cuba tengok giliran kita pula apabila jangan tatabbu* ar-Ruẖoṣ dalam isu hadis, terutamanya pengamalan hadis dhaif untuk Faḍō^il al-A*māl. Bercakap tentang warak dan hati-hati serta berpada dengan yang sahih sepertimana yang mereka lemparkan kepada kita yang berpegang pada keharusan melancap seolah-olah tidak masuk ke telinga mereka. Malah, dituduh pula kita menyanggahi keharusan yang diberikan ulama.

Eh? Mereka tidak fikir pula hal itu apabila menyerang orang yang mengambil pendapat ulama dalam keharusan melancap? Mereka suruh kita berpada dengan amalan sunat dan yang berfaedah walaupun pendapat ulama yang mengharuskan ini bukanlah pendapat untuk amalan kesia-siaan, tetapi apabila kita suruh mereka berpada dengan yang sahih yang lebih bermanfaat daripada yang dhaif, kita diherdik pula.

Adakah sebab benci keharusan melancap terus ingin bersikap hipokrit?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/636406278882803712/dalam-isu-keharusan-lancap-bermacam-macam-alasan

Meme 57


Slogan "hadis dhaif boleh diamalkan untuk Faḍō^il al-A*māl" kadangkala diambil ringan, malah disalah guna.

Salah satu syarat yang saya kira disepakati oleh ulama yang membenarkan pengamalan hadis dhaif untuk Faḍō^il al-A*māl adalah tidak menganggap hal itu sabit daripada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Namun, biasa sahaja mereka menyampaikan hadis-hadis dhaif yang kononnya boleh beramal untuk Faḍō^il al-A*māl seolah-olah ia sabit daripada baginda. Malah, tidak pernah menyebutkan pun tentang kedhaifannya ketika menyebarkannya.

Boleh jadi mereka sendiri sebenarnya tidak tahu status sebenar hadis tersebut. Kadangkala, hadis yang jelas ada perawi yang ditinggalkan dan dhaif yang bersangatan juga masih lagi ingin dipukal bersama dalam pengamalan. Itu pun masih lagi mahu terus bersolgan "hadis dhaif boleh diamalkan untuk Faḍō^il al-A*māl".

Adakalanya mereka berkata bahawa ahli ilmu berselisih tentang darjat sesuatu hadis. Walhal yang ahli ilmu berbeza pandangan adalah sama ada dhaif ringan, dhaif berat atau palsu pada hadis tersebut, bukan berselisih antara sahih dan dhaif.

Malah, mereka juga kadangkala menjadikannya sebagai hujah pensyariatan untuk membenarkan amalan yang tiada sandaran daripada asalnya. Akhirnya, mereka yang konon ingin mengikuti ulama menyimpang dari jalannya.

Yang lebih teruk lagi, mereka yang mengambil pandangan ini atas alasan kononnya mengikut ulama, tetapi golongan inilah yang selalu sahaja nama mereka terpalit dengan riwayat yang tidak berasas dan batil, malah palsu. Berbeza sungguh mereka dengan ulama yang mereka ambil yang langsung tidak terpalit dengan kekotoran ini.

Yang paling dibenci adalah sikap hipokrit mereka. Mereka menentang tatabbu* ar-Ruẖoṣ dalam fiqh, tetapi mereka melakukan tatabbu* ar-Ruẖoṣ dalam hadis. Dalam isu penilaian darjat hadis, mereka ingin memihak yang mensahihkannya dan bersungguh dalam menggenggamnya, lebih-lebih lagi jika ketika mereka dalam kritikan yang mereka meriwayatkan riwayat yang kontroversi. Dalam pendapat keharusan pengamalan hadis dhoif untuk Faḍō^il al-A*māl inilah yang mereka bermati-matian mempertahankannya. Namun, apa nilai slogan mereka dalam menentang tatabbu* ar-Ruẖoṣ yang mereka sendiri membelakangkannya dalam hal ini?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/636408227464183808/slogan-hadis-dhaif-boleh-diamalkan-untuk-fa%E1%B8%8D%C5%8D-il

Meme 58


Aneh. Apabila ada orang mengamuk apabila seseorang mengambil pandangan ulama dalam keharusan melancap atas alasan ia adalah bersalahan dengan pandangan majoriti atau empat mazhab secara khusus, namun dalam masa yang sama mereka mengambil keharusan mengucapkan selamat sempena perayaan agama lain yang mana hal ini menyalahi majoriti atau empat mazhab secara khusus.

Padahal, jika ditimbang dosa antara dua ini jika ia adalah sabit, sekurang-kurangnya dosa melancap adalah lebih ringan berbanding mengucapkan selamat sempena perayaan agama lain. Ini kerana mengucapkan selamat sempena perayaan agama lain sangat dekat dengan syirik, manakala melancap hanyalah dosa kecil sahaja.

Lihatlah akibat sikap hipokrit mereka yang akhirnya merancukan minda mereka. Mereka merasa keji terhadap lancap, tetapi redha terhadap ungkapan yang mengandungi syubhat yang tercampurnya unsur syirik. Inilah dampak apabila sentimen lebih didahulukan berbanding pertimbangan ilmu.

Ambilan
: https://amirkazuma.tumblr.com/post/639147036254601216/aneh-apabila-ada-orang-mengamuk-apabila-seseorang

Meme 59


Kalam Kata Abū Sa*īd ad-Dārimiyy yang dimaksudkan adalah seperti berikut :

ثُمَّ أَكَّدَ الْمُعَارِضُ دَعْوَاهُ فِي أَنَّ اللَّهَ فِي كُلِّ مَكَانٍ بِقِيَاسٍ ضَلَّ بِهِ عَنْ سَوَاءِ السَّبِيل. فَقَالَ: أَلا ترى أَن مَنْ صَعَدَ الْجَبَلَ لَا يُقَالُ لَهُ: إِنَّهُ أَقْرَبُ إِلَى اللَّهِ؟ فَيُقَالُ لِهَذَا الْمُعَارِضِ الْمُدَّعِي مَا لَا عِلْمَ لَهُ: مَنْ أَنْبَأَكَ أَنَّ رَأْسَ الْجَبَلِ لَيْسَ بِأَقْرَبَ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى مِنْ أَسْفَلِهِ؟؛ لِأَنَّهُ مَنْ آمَنَ بِأَنَّ اللَّهَ فَوْقَ عَرْشِهِ فَوْقَ سَمَوَاتِهِ عَلِمَ يَقِينًا أَنَّ رَأْسَ الْجَبَلِ أَقْرَبُ إِلَى اللَّهِ مِنْ أَسْفَلِهِ، وَأَنَّ السَّمَاءَ السَّابِعَةَ أَقْرَبُ إِلَى عَرْشِ اللَّهِ تَعَالَى مِنَ السَّادِسَةِ، وَالسَّادِسَةَ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنَ الْخَامِسَةِ، ثُمَّ كَذَلِكَ إِلَى الْأَرْضِ. كَذَلِكَ رَوَى إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْحَنْظَلِيُّ، عَنِ ابْنِ الْمُبَارَكِ أَنَّهُ قَالَ: "رَأْسُ الْمَنَارَةِ أَقْرَبُ إِلَى اللَّهِ مِنْ أَسْفَلِهِ وَصَدَقَ ابْنُ الْمُبَارَكِ؛ لِأَنَّ كُلَّ مَا كَانَ إِلَى السَّمَاءِ أَقْرَبُ كَانَ إِلَى اللَّهِ أَقْرَبَ. وَقُرْبُ اللَّهِ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ أَقْصَاهُم وأدناهم وَاحِد لَا يَبْعُدُ عَنْهُ شَيْءٌ مِنْ خَلْقِهِ. وَبَعْضُ الْخَلْقِ أَقْرَبُ مِنْ بَعْضٍ عَلَى نَحْوِ مَا فَسَّرْنَا مِنْ أَمْرِ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ، وَكَذَلِكَ قُرْبُ الْمَلَائِكَةِ مِنَ اللَّهِ، فَحَمَلَةُ الْعَرْشِ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ جَمِيعِ الْمَلَائِكَةِ الَّذِينَ فِي السَّمَوَاتِ، وَالْعَرْشُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنَ السَّمَاءِ السَّابِعَةِ، وَقُرْبُ اللَّهِ إِلَى جَمِيعِ ذَلِكَ وَاحِدٌ هَذَا مَعْقُولٌ مَفْهُومٌ إِلَّا عِنْدَ مَنْ لَا يُؤْمِنُ أَنَّ فَوْقَ الْعَرْشِ إِلَهًا وَلِذَلِكَ سَمَّى الْمَلَائِكَةَ الْمُقَرَّبِينَ وَقَالَ: {إِنَّ الَّذِينَ عِنْدَ رَبِّكَ لَا يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِهِ وَيُسَبِّحُونَهُ وَلَهُ يَسْجُدُونَ}، فَلَوْ كَانَ اللَّهُ فِي الْأَرْضِ كَمَا ادعيت الْجَهْمِيَّةُ مَا كَانَ لِقَوْلِهِ: {الَّذِينَ عِنْدَ رَبِّكَ} مَعْنًى، إِذْ كُلُّ الْخَلْقِ عِنْدَهُ وَمَعَهُ فِي الْأَرْضِ بِمَنْزِلَةٍ وَاحِدَةٍ، مُؤْمِنُهُمْ وَكَافِرُهُمْ، وَمُطِيعُهُمْ وَعَاصِيهِمْ وَأَكْثَرُ أَهْلِ الْأَرْضِ مَنْ لَا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَا يَسْجُدُ لَهُ. وَلَوْ كَانَ فِي كُلِّ مَكَانٍ وَمَعَ كل أحد لَمْ يَكُنْ لِهَذِهِ الْآيَةِ مَعْنًى؛ لِأَنَّ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ لَا يُؤْمِنُ بِهِ وَلَا يَسْجُدُ لَهُ وَيَسْتَكْبِرُ عَنْ عِبَادَتِهِ فَأَيُّ منقبة إِذا فِيهِ لِلْمَلَائِكَةِ إِذْ كُلُّ الْخَلْقِ عِنْدَ الْجَهْمِيَّةِ فِي مَعْنَاهُمْ فِي تَفْسِيرِ هَذِهِ الْآيَةِ.

Kemudian, si penyangkal ini menegaskan dakwaannya pada Allah di setiap tempat dengan qiyas yang terpesong dari jalan yang lurus disebabkannya. Lalu, dia berkata: "Adakah engkau engkau melihat orang yang mendaki bukit tidak dikatakan kepadanya bahawa dia lebih dekat kepada Allah?". Dikatakan kepada penyangkal ini yang mendakwa sesuatu yang tidak ada ilmu terhadapnya: Siapakah yang mengkhabarkan puncak bukit tidak lebih dekat kepada Allah Ta*ālā berbanding di bawahnya? Ini kerana dia beriman dengan Allah di atas Arasy-Nya di atas langit-langitNya. Dia mengetahui dengan yakin bahawa puncak bukit lebih dekat kepada Allah berbanding di bawahnya dan bahawasanya langit lapisan ketujuh lebih dekat kepada Arasy Allah Ta*ālā berbanding lapisan keenam. Lapisan keenam lebih dekat kepada-Nya berbanding lapisan kelima. Kemudian, seperti itu ke bumi. Sedemikian Isḥāq bin Ibrōhīm al-Ḥanẓōliyy meriwayatkan daripada Ibn al-Mubārok, bahawasanya dia berkata: "Puncak menara lebih dekat kepada-Nya daripada di bawahnya". Benarlah Ibn al-Mubārok. Ini kerana setiap apa yang ke langit lebih dekat yang keberadaannya kepada Allah adalah paling dekat. Kedekatan Allah kepada segenap ciptaan-Nya; yang paling penjuru dan yang yang paling dekat dari kalangan mereka adalah sama yang tidak ada sesuatu yang jauh daripada-Nya. Sebahagian makhluk-Nya lebih dekat daripada sebahagian yang lain melalui sudut yang kami tafsirkan tentang keadaan langit-langit dan bumi. Sedemikian kedekatan para malaikat kepada Allah. Maka, yang menanggung Arasy lebih dekat kepada-Nya berbanding keseluruhan para malaikat di segenap langit. Arasy lebih dekat kepada-Nya berbanding langit lapisan ketujuh. Kedekatan Allah pada setiap itu adalah sama.

Ini boleh dimengerti lagi difahami melainkan menurut orang yang tidak beriman bahawasanya di atas Arasy ada tuhan. Kerana itu dinamakan malaikat al-Muqrrobūn (yang didekatkan). Dia berfirman: {Sesungguhnya yang di sisi tuhanmu tidak menyombongkan diri dari beribadah kepada-Nya, sentiasa bertasbih kepada-Nya dan sentiasa bersujud} [Surah al-A*rōf ayat 206]. Kalaulah Allah itu di bumi sepertimana Jahmiyyah dakwa, tidak ada makna pada firman-Nya Ta*ālā: {Sesungguhnya yang di sisi tuhanmu} ketikamana yang di sisi-Nya dan yang bersama-Nya di bumi di tempat yang sama; orang yang beriman, orang yang kafir, orang yang taat dan orang yang derhaka. Yang terbanyak dari penduduk bumi adalah orang yang tidak bertasih dengna memuji-Nya dan tidak bersujud. Kalaulah Dia di setiap tempat, tidak ada makna untuk ayat ini kerana yang terbanyak penduduk di bumi adalah orang yang tidak beriman, tidak bersujud kepada-Nya dan sombong untuk beribadah kepada-Nya. Keluhuran yang manakah pada malaikat memandangkan setiap makhluk di sisi Jahmiyyah pada makna mereka dalam tafsir ayat ini? [Naqḍ al-Imām Abī Sa*īd *Uṯmān Ibn Sa*īd ad-Dārimiyy *Alā al-Marīsiyy al-Jahmiyy al-*Anīd Fī Mā Iftarō *Alā Allah *Azza Wa Jalla Min at-Tawḥīd, m/s 193-194, keluaran al-Maktabah al-Islāmiyyah Li an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Abū *Āṣim aš-Šawāmiyy al-Aṯariyy].

Akibat orang yang tidak faham penjelasannya, ada yang menjadikan kalam ini sebagai bukti bahawa dia adalah mujassim. Sedangkan, sepanjang 1000 tahun setelah kewafatannya, tidak pernah ada ahli ilmu yang menuduh sedemikian melainkan mereka yang terkebelakangan dan kontemporari. Akibat tidak faham jalan yang ditempuhi salaf, maka orang yang mengaku bahawa dialah memahami manhaj salaf membuang tokoh besar salaf dari tempat sepatutnya dan mencemarkan namanya dengan tuduhan jijik.

Namun, ada juga orang yang menuduh sebegini menerima pandangan keharusan mengucapkan selamat sempena perayaan agama lain, sedangkan kalam ini jelas bercampurnya syubhat yang adanya elemen syirik. Cuma, ia dihalalkan hanya kerana adanya ikhtilaf padanya dan itu bergantung pada niat masing-masing.

Kasihannya. Kerana ingin menyenangkan hati orang bukan Muslim, sanggup menerima ungkapan kalam yang syubhat adalah sebahagian daripada keselamatan dari iman, tetapi kalam dari saudara Muslimnya sanggup dijadikan bahan hinaan yang menzahirkan kekotoran kefahamannya.

Kemudian, orang ini jugalah mengaku bahawa mereka mengikut ulama. Padahal, dalam kes ini, mereka sebenarnya mengikut ulama yang semata-mata memenuhi rasa senang orang bukan Muslim. Mereka ingin memenangkan hati orang bukan Muslim, tetapi meruntuhkan kedudukan ad-Dārimiyy dari kewibawaannya.

Kononnya mengikut ulama, tetapi dialah antara orang yang berpaling dari jalan ulama dengan menuduhnya dengan tuduhan nista terhadapnya yang tidak pernah pun didahului oleh sesiapa pun sebelumnya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/639148090882981888/kalam-kata-ab%C5%AB-sa%C4%ABd-ad-d%C4%81rimiyy-yang-dimaksudkan

Meme 60


Biarpun bukan dari orang yang terkenal, tetaplah sebarkan ilmu. Jika tidak ada orang membaca perkongsian kita, sekurang-kurangnya ia menjadi bukti khidmat ilmu bagi diri kita sama ada pada pembelajaran kendiri atau usaha penyebaran ilmu berskala kecil dan pengisian masa kita dengan sesuatu yang bermanfaat buat akal. Mudah-mudahan menjadi pahala buat diri kita.

Jika ia sememangnya minat kita, ia tidak akan menjemukan kita. Ini kerana kita lebih memfokuskan kepuasan diri, bukan mencari populariti. Malah, jika ada orang membencinya pun, ia tidak membantutkan semangat kita untuk menyebarkan kebaikan dan memberi sumbangan kepada pengetahuan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/639148480019005441/biarpun-bukan-dari-orang-yang-terkenal-tetaplah

Meme 61


Cara yang terbaik dan dalam masa yang sama paling mudah, tetapi menepati ketelitian dalam memastikan sumber hadis adalah mengetahui lafaz teks Arab bagi hadis tersebut. Selagimana tidak pasti, selagi itulah lebih selamat untuk tidak menyebarkan.

Mengapa teks Arab? Ia sudah memadai untuk memudahkan carian sumber. Nombor hadis tidak penting kerana penomboran hadis boleh berbeza mengikut pentahqiq. Apabila ada teks Arab, dengan kemudahan yang ada -segala puji bagi Allah atas nikmat ini-, pencarian berdasarkan lafaz hadis dapat diketahui rujukannya secara pantas.

Bagaimana dengan bab dan tajuk? Saya katakan bukan semua kitab hadis memiliki bab seperti kutb sittah. Ada juga kitab hadis yang tidak memiliki bab seperti karya Musnad. Maka, jika ia dari kitab susunan al-Jāmi* seperti kutub sittah, maka tidak ada masalah untuk meletakkan bab dan tajuk. Akan tetapi, teks Arab lebih utama.

Saya faham bahawa adanya teks Arab bukan semestinya menunjukkan hadis itu sahih. Namun, untuk memastikan adanya rujukan yang berasas, maka teks Arab adalah kunci kemudahan bagi pencariannya. Untuk hal ini, sesuai untuk mereka yang belum kemampuan dalam penilaian hadis atau belum ada kemampuan bahasa Arab.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/639149575231488000/cara-yang-terbaik-dan-dalam-masa-yang-sama-paling

Meme 62


Sejujurnya, ilmu *ilal al-Ḥadīṯ membuatkan seseorang itu merasa sepi dan sunyi. Kenalan saya yang menguasai ilmu ini hanya boleh dibilang dengan jari. Ini adalah refelksi dengan realiti negara kita yang masih sedikit jumlahnya mereka yang berdiri bersama kepakaran ilmu ini.

Ada dua sebab utama mengapa kurangnya orang yang menguasai ilmu ini. Pertama, dalam sejarah Muslim pun kita menyaksikan bahawa tidak ramai antara mereka yang jaguh dalam ilmu ini. Dalam lipatan sejarah selama 500 tahun, hanya beberapa sahaja tokoh yang lahir yang berwibawa dalam ilmu ini. Sebab itulah sesiapa yang biasa dengan penilaian al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl terhadap perawi, nama-nama nāqid yang sama berulang kali. Seolah-olah ilmu ini hanya dimonopoli oleh mereka atau terhad untuk mereka sahaja.

Malah, karya-karya yang berkaitan dengan ilmu *ilal al-Ḥadīṯ ini pun tidak banyak. Hanya beberapa buah sahaja sepanjang 500 tahun. Jadi, tidak menghairankan bahawa mereka yang berkompeten yang berkhidmat sepenuh masa untuk ilmu ini hanya beberapa orang sahaja. Sekarang ini, mungkin beberapa nama yang ramai telah lahir, khususnya di negera Arab. Namun, bagaimana di Malaysia? Masih lagi di jumlah yang terpencil.

Sebab itulah tidak dihairankan yang ramai mengenali susuk tubuh yang bernama Muḥammad al-Albāniyy, tetapi tidak mengenali Ḥamzah al-Mālībāriyy dan Māhir Yāsīn al-Faḥl. Apatah lagi jika disebutkan manhaj mutaqaddimin dan mutaakhirin ia masih lagi sebuah kotak permata yang belum disentuh oleh ramai orang, meskipun daripada salafi yang begitu giat menjulang nama ahli hadis.

Kedua, penguasaan ilmu ini memerlukan kemahiran bahasa Arab. Ini kerana masih banyak karya yang belum diterjemahkan atau sememangnya tidak diterjemahkan demi menjaga kualiti asli kitab tersebut. Penguasaan bahasa Arab di negara kita pun masih rendah. Jika mereka mempelajari bahasa Arab pun, belum tentu mereka akan menceburkan diri untuk mendalami ilmu ini. Sebab itulah tidak dihairankan jika hanya sejumlah yang sedikit mereka yang memiliki kemahiran ilmu ini.

Mereka yang ada kecelikan dalam ilmu ini akan merasa terpencilnya diri dari kebanyakan orang meskipun dari kenalan yang sama-sama memperjuangan manhaj yang sama. Seolah-olah menampakkan pemisah yang jelas antara dua orang yang berbeza ini.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/639154075930411008/sejujurnya-ilmu-ilal-al-%E1%B8%A5ad%C4%AB%E1%B9%AF-membuatkan

Meme 63


Saya nampak betapa pentingnya megenali falasi sehingga saya fikir bahawa menjadi suatu kewajipan buat para mujtahid untuk menguasai semua ini. Sebab ia akan menentukan hala tuju fikir kita dan cara penghakiman kita dalam menghadapi masalah yang diperselisihkan ahli ilmu. 

Dalam dunia ilmiah ini, kita tidak akan terlepas berdepan dengan pelbagai pandangan dan perdebatan dalam menentukan kebenaran dalam sesuatu isu. Kita perlukan corak pemikiran yang tulen, konsisten dan jitu supaya kita boleh menganalisis masalah secara adil dan memberikan jawapan yang tepat berdasarkan fakta, bukan kepentingan yang lain seperti kepentingan mazhab, ketaksuban terhadap seseorang, kebencian terhadap pihak seteru dan lain-lain.

Malah, falasi ini juga akan menatijahkan kita membawa premis hujah yang salah, lalu membawa kepada konklusi yang salah. Ia berlaku kadangkala di luar kesedaran kita. Jika kita sentiasa mengamati jenis-jenis falasi, mudah-mudahan jika kita tidak berjaya mengelakkannya dari segenap perkara, ia mengurangkan kita dari ditempias kerosakan sedemikian.

Apa yang tertera pada meme ini cumalah sebahagian kecil daripada banyak jenis falasi. Cuma, apa yang saya dedahkan adalah apa yang saya telah temukan yang selalu menjadi penyakit kepada minda seseorang.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/639154980534861824/saya-nampak-betapa-pentingnya-megenali-falasi

Meme 64


*Ā^iḍ *Abdullah al-Qorniyy pernah mendedahkan sikap ini. Ketika dia mengupas ciri-ciri orang munafik, dia menjelaskan :

تجدهم إذا استدبروا الصالحين سلقوهم وحنطوهم وسحقوهم وقصفوهم وأخذوا أعراضهم، غيبة في المجالس، فالصالح فلان هدانا الله وإياه، حتى يذكر ابن تيمية أن من الدعاء ما يكون غيبة في صاحبه، يدعون في الظاهر، تقول: ما رأيك في فلان؟ قال: غفر الله لنا وله، وهو لا يريد غفر الله لنا وله، لكن هناك شيء مبطن الله أعلم به، ويقول: عافانا الله مما ابتلاه به، ويقول: هداه الله، حتى يقول ابن المبارك: من التسبيح ريبة، حتى ذكر عند السلاطين رجل، فقال: سيسأل أحد وزرائي عنه، فيقول: سبحان الله! أي: انتبه له، وفي الظاهر أنه سبح الله، وفي الباطن أنه لمزه وغمز.

Engkau akan dapati pada mereka apabila mereka di belakang orang soleh, pasti mereka akan menikam belakang mereka, melumat-lumatkan mereka, mengepik-ngepik mereka dan melecehkan kehormatan mereka dengan mengumpat dalam pertemuan mereka. "Orang soleh adalah si fulan itu. Semoga Allah memberikan kami petunjuk kepada kami dan kepadanya". Sehinggakan Ibn Taymiyyah menyebutkan bahawa dari doa itu terdapat umpatan terhadap seseorang. Mereka berdoa pada zahirnya. Engkau berkata: "Apa pandangan engkau terhadap si fulan itu?". Dia berkata: "Semoga Allah mengampuni kami dan mengampuninya". Padahal, dia tidak mengkehendaki agar Allah mengampuni dosa kita dan dosanya, tetapi di sana ada sesuatu yang disembunyikan. Allah lebih mengetahui tentangnya. Dia berkata: "Semoga Allah memberikan kesejahteraan kepada kami dari apa yang menimpanya". Dan dia berkata: "Semoga Allah memberi hidayah kepadanya".

Sehinggakan Ibn al-Mubārok berkata: "Tasbih juga adalah umpatan". Sehingga seseorang menyebutkan sesuatu di samping penguasa, lalu dia berkata: "Nanti seseorang dari menteriku akan bertanya tentangnya". Lalu, dia berkata: "Subḥānallah!", iaitu jaga-jagalah terhadapnya. Pada zahirnya dia bertasbih kepada Allah, tetapi di batinnya, dia mencemuhnya dan mencelanya. [Rujuk : https://audio.islamweb.net/audio/index.php?page=FullContent&full=1&audioid=19391].

Maksudnya, ungkapan tasbih atau kalimah zikir dan doa yang dilafazkan semuanya boleh bermotifkan ejekan, sindiran, sangka buruk dan lain-lain. Begitulah sikap apabila ingin menjadi orang yang keras kepala, tetapi tidak ada hujah, namun mahu mengejek secara sopan agar mereka dapat menonjolkan kepada orang lain bahawa mereka adalah orang beradab.

Saya sendiri pernah menyaksikan perkara ini. Sememangnya apabila diungkapkan doa seperti "Semoga Allah memberi hidayah kepadamu", ia sememangnya kalimah untuk menebalkan lagi kepala batunya dan pengingkarannya terhadap kebenaran setelah ditegakkan hujah ke atasnya.

Mereka fikir mereka boleh menipu Allah dengan cara sedemikian. Kalimah Allah digunakan untuk mengherdik, mempersenda dan memandang buruk terhadap seseorang lain, maka jangan ingat mereka dilepaskan dari dipertanggungjawabkan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/639155618037497856/%C4%81%CA%BEi%E1%B8%8D-abdullah-al-qorniyy-pernah-mendedahkan

Meme 65


Saya pernah melihat kenyataan bahawa ada yang mengatakan bahawa "Abābīl" adalah sejenis spesies burung, lalu dikepilkan gambar yang kononnya itu adalah burungnya. Jelas sekali bahawa orang yang membuat kenyataan ini adalah orang yang tidak pernah membelek tafsir al-Qur^ān yang dijelaskan oleh ahli bahasa dan ahli tafsir. Saya tidak perlu menyenaraikan makna-makna yang dikemukakan oleh ahli ilmu kerana ia adalah fakta yang jelas yang boleh dirujuk oleh setiap lapisan masyarakat.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/639155940446355456/saya-pernah-melihat-kenyataan-bahawa-ada-yang

Meme 66


Hairan apabila kita menegur seseorang yang membuat kesalahan secara terbuka sama ada di pentas ceramah atau penulisan khayalak yang sama ada berupa kenyataan yang bodoh atau tuduhan dan penyifatan yang buruk terhadap orang, lalu kita disuruh oleh pengikutnya atau pembelanya untuk menyampaikan teguran itu melalui mesej peribadi atau bersemuka.

Walhal, kita telah diblokir sebelum lagi mereka membising sedemikian.

Apa guna saranan sedemikian jika orang tersebut hanya kaki blokir orang sahaja? Bersemuka? Itu pasti tidak mungkin. Jika di ruang mesej peribadi pun tidak boleh diselesaikan secara baik, apatah lagi jika bersemuka.

Benarlah bahawa suruhan untuk mesej peribadi atau bersua muka berdepan adalah demi menutup kritikan terhadap kesalahan yang dilakukan secara terbuka.

Hairan, orang tersebut membuat kenyataan yang salah secara umum, namun mengharapkan orang menegurnya secara tertutup? Apabila orang ramai menghujani kritikannya, barulah terkial-kial untuk mengulangkaji dan menyemak. Misalnya, seseorang itu terbongkar dalam meriwayatkan hadis palsu. Apabila ditegur oleh ramai pihak, barulah dia mahu mencari siapa yang boleh membelanya atau kepada siapa yang boleh dijadikan sandaran yang sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kerosakan yang dilakukannya.

Begitu juga orang yang memburukkan dan menuduh orang lain di medium yang terbuka. Walhal, dia sendiri yang tidak pernah bersemuka sebelum dia membuka mulutnya di pentas ceramah. Apabila dikecam hebat, itu pun masih ego untuk tidak mahu bersemuka dengan orang yang dia serang kerana terlalu ego. Sudahlah tiada minta maaf, jumpa secara peribadi pun tidak. Inikah yang para pembelanya mahu suruh orang lain membawakan suara tersebut ke ruangan peribadi?

Begitulah sebahagian orang yang entah di mana kehati-hatiannya dan hematnya ketika penulisan umum atau di pentas ceramah. Apabila bertimbun-timbun respons balas yang buruk, barulah tengadah.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/639157340631973889/hairan-apabila-kita-menegur-seseorang-yang-membuat

Meme 67


Apabila kita menjengah perdebatan sesama salafi dalam isu yang dibahaskan dalam manhaj mutaqaddimin dan mutaakhirin, tampak seperti ada perang yang besar antara kedua-duanya. Terlalu jelas bahawa adanya jurang yang besar antara kedua-dua manhaj dalam penilaian hadis.

Namun, jika berhadapan dengan ahli bidaah, sudah tidak syak lagi bahawa mereka dengan pantasnya seolah-olah perseteruan itu dilupakan. Inilah keunikan yang sememangnya mengagumkan para pemerhati.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/639157813981134848/apabila-kita-menjengah-perdebatan-sesama-salafi

Meme 68


Kadangkala hairan apabila kita mengatakan bahawa al-Yadd, an-Nuzūl dan al-Istiwāʾ adalah termasuk sifat-sifat Allah, kita diperlekehkan dan diejek habis-habisan. Jelaslah bahawa sama ada orang ini adalah Jahmiyyah atau memang jahil yang amat dalam penelitian karya salaf terhadap ini. Yang mengatakan bahawa al-Yadd dan an-Nuzūl adalah termasuk sifat Allah adalah dari at-Tirmiḏiyy sendiri dalam Sunan miliknya. Ini juga yang terus-menerus disifati oleh generasi yang berpijak dan memahami manhaj salaf.

Kasihan orang yang mengejek ini. Kalaulah mereka menelaah kitab aṣ-Ṣifāt karya ad-Dāroquṭniyy, pasti sudah cukup menghancurkan sehancur-hancurnya ketawa mereka yang berdekah-dekah dan pandangan mata yang mempersenda. Kitab ini sudah cukup mengheret mereka untuk mendakwa mereka ke dalam mahkamah Allah.

Cuma, dalam kitab ini tidak memuatkan kesemua hadis-hadis sifat Allah yang dibahaskan sebagai naṣ mutasyabihat. Yang dimuatkan dalam kitab ini adalah sifat al-Qodamayn, al-Yadayn, al-Aṣōbiġ dan aṣ-Ṣūroh. Lalu, diakhiri dengan bagaimana cara berinteraksi dengan hadis-hadis tersebut.

Apapun, ia cukup membantu mendedahkan bahawa pengisbatan kesemua ini sebagai sifat adalah maklum dari salaf. Begitu juga supaya tidak lagi merasa janggal apabila mendengarkan sifat-sifat ini diisbatkan kepada Allah dengan selayaknya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/639170248643395584/kadangkala-hairan-apabila-kita-mengatakan-bahawa

Meme 69


Sejujurnya. Saya sendiri pun tidak mahu bergeseran dengan al-Aš*ariyy. Guru-guru saya pun kebanyakannya beraliran al-Aš*ariyy. Saya banyak mengambil ilmu dan manfaat daripada mereka. Perbahasan sifat 20 yang dijadikan silibus aliran al-Aš*ariyy di nusantara ini sedikit sebanyak meneguhkan kekuatan penghujahan dalam masalah ketuhanan. Malah, kebanyakan al-Aš*ariyy yang lain pun menyumbang dalam pelbagai bidang ilmu.

Namun, dalam beberapa isu sifat Allah seperti pemahaman makna zahir dan isbat sifat huruf dan suara bagi Allah, saya terpaksa menyelisihi mereka. Saya sendiri pun sedaya upaya untuk tidak mahu mencetuskan perbalahan antara mereka.

Namun, apakan daya, tuduhan musyabbihah kerana memahami makna zahir pada naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah dan mengisbatkan huruf dan suara bagi Allah tanpa tasybih dan takyif dipalitkan pada saya. Meskipun saya mengambil daripada tokoh salaf yang berwibawa pun, seolah-olah itu tidak dipedulikan dan seakan-akan saya yang berkata sedemikian.

Sememangnya menyedihkan. Dan tambah lagi kekecewaan adalah celaan mereka ini menunjukkan betapa jauhnya aliran al-Aš*ariyy dari karya-karya salaf yang menentang Jahmiyyah. Kebetulankah ada orang menuduh Abū Sa*īd ad-Dārimiyy dan Abū Bakr al-H̱ollāl sebagai mujassim sedangkan hal tersebut tidak pernah dituduh sedemikian beratus-ratus tahun setelah kewafatan mereka?

Sebenarnya, itulah bukti yang cukup ampuh bahawa al-Aš*ariyy yang menjauhi diri mereka dari karya-karya salaf yang menentang Jahmiyyah akhirnya tergelincir dalam lopak-lopak Jahmiyyah yang mencemarkan cara interaksi mereka dengan naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah. Sebab itulah, setiap kali mereka membaca karya ad-Dārimiyy, tidaklah terisi di jiwa mereka melainkan pedih. Setiap helaian muka surat mencantas apa yang mereka delusikan selama ini.

Mereka secara semberono berkata bahawa kalam Allah itu bersuara adalah fahaman mujassim, padahal itu adalah pendapat Aḥmad bin Ḥanbal dan al-Buẖōriyy. Tergamakkah semudah itu menuduh sedemikian? Tidak cukup lagi bukti bahawa ini sebenarnya mereka telah jauh dari karya salaf yang melawan Jahmiyyah?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/641220150836772864/sejujurnya-saya-sendiri-pun-tidak-mahu-bergeseran

Meme70


Iṯbāt al-Ḥadd Lillah Wa Bi Annahu Qō*id Wa Jālis *Alā al-*Arš karya Abū Muḥammad Maḥmūd ad-Daštiyy sememangnya menempa nama yang menggerunkan sama ada al-Aš*ariyy atau salafi, namun kegerunan al-Aš*ariyy lebih kuat dirasai. Ini kerana ia sememangnya pendapat yang sangat sensitif untuk diketengahkan kepada kedua-dua aliran ini, iaitu menetapkan had bagi Allah dan mengisbatkan sifat duduk Allah di atas Arasy.

Namun, di sebalik nama yang cukup membahangkan suasana, sebelum saya masuk kepada keunikan karya ini, saya perlu maklumkan bahawa kitab ini dipecah mengikut tiga bahagian. Dua bahagian adalah dari pentahqiq dan satu lagi adalah karya aslinya yang dikarang oleh ad-Daštiyy sendiri.

Pembentangan ad-Daštiyy lebih memfokuskan pengumpulan nukilan yang disusun seperti pengumpulan hadis. Ibn al-Mubārok, Aḥmad bin Ḥanbal, Isḥāq bin Rōhūyah dan ad-Dārimiyy serta mereka yang setelahnya adalah pegangan utama dalam mengisbatkan had bagi Allah. Tidak begitu signifikan karya ini mengandungi pendapat peribadi penulis. Apa yang dibentangkan ini cukup memberikan keyakinan bahawa ad-Daštiyy tidak bercakap kosong atau sengaja ingin timbulkan perbalahan dalam hal ini, tetapi ia dari nukilan ahli ilmu yang ulung yang sebelumnya dan mengenangkan semula apa yang diperjuangkan oleh tokoh terbilang dahulu.

Kemudian, karya pentahqiq yang dicantumkan sekali bersama karya asal juga menyentuh hal yang sama, tetapi berupa penjelasan dan karangan bagi membela apa yang terkandung dalam karya ini. Cuma, pentahqiq mengumpulkan lebih banyak nukilan, meluaskan lagi skop perbahasan dan menambahkan topik yang berkaitan agar memadamkan segala kesangsian, menepis penentangan dan merungkaikan kekeliruan terhadap kitab ini. Sememangnya pentahqiq tidak mengecewakan dalam memberikan penjelasan yang cukup untuk dijadikan rujukan dan sandaran.

Antara keunikannya adalah bagaimana kesungguhan pentahqiq mentakhrij hadis al-Aṭīṭ dan duduknya tuhan atas al-Kursiyy, memaparkan pelbagai pusat sanad untuk dianalisis dan mempamerkan ahli ilmu yang terdahulu yang berhujah dengan hadis tersebut. Begitu juga dengan analisis-analisis yang lain yang dicari dan digali untuk ditambahkan lagi isinya. Semua ini begitu bermakna sekali. Semoga Allah merahmati pentahqiq atas kesungguhan mereka dalam memberikan pembentangan yang cukup terbaik untuk para pembaca.

Sebab itulah sangat menghairankan terhadap mereka yang menyangka buruk dan mengeji kitab ini hanya melihat pada tajuk sahaja, tetapi tidak membacanya. Malah, kalau membaca pun, seolah-olah buat-buat tidak nampak nukilan yang terkandung di dalamnya dan seakan-akan ia adalah pendapat peribadi penulis atau nukilan tersebut dieksploitasi dan dimanipulasi demi kepentingan fahamannya.

Saya faham perasaan gelisah apabila mendengarkan karya tersebut memandangkan saya dahulu adalah al-Aš*ariyy dan ketika itu saya tahu kewujudan kitab tersebut. Malah, pembacaan saya pada kali pertama pun masih tersisa rasa tidak puas hati dan kepedihan. Namun, setelah mengamati dan merenung banyak kali nukilan ahli ilmu yang ada di dalamnya, kitab ini telah menghilangkan rasa yang tidak enak pada diri saya. Ia merubah saya dari orang yang meluat terhadapnya kepada orang yang menjulang tinggi nilai terhadap kitab ini. Ia tidak sepertimana yang digembar-gemburkan sepertimana orang yang fobia untuk menyelak karya-karya salaf yang menentang Jahmiyyah.

Sampai bila al-Aš*ariyy ingin terus berdelusi dan enggan mencerap kepada realiti? Apa yang terpapar daripada karya ini adalah dari para tokoh kebesaran salaf dahulu. Mereka sepatutnya bentangkan bagaimana kefahaman mereka dalam citra manhaj salaf selari dengan teks-teks karya salaf; bagaimana mereka berinteraksi dengan kalam Ibn al-Mubārok dan jika mereka tidak setuju, bagaimana mereka menegakkan hujah mereka. Inilah yang dinantikan oleh umat Islam seluruh dunia. Bukan hanya retorik dan terus menyebarkan propaganda buruk yang bertujuan mencengkam pengikut. Bentangkan penghujahan ilmu jika termasuk orang yang memiliki kapasiti ilmu dalam mendepani kritikan dan cabaran ilmiah yang merintangi mereka. Cukuplah bermain kata-kata yang seolah-olah tidak pernah membaca atau mengabaikan nukilan yang terkandung dalam karya tersebut.

Saya juga faham yang sikap pentahqiq agak agresif terhadap orang yang tidak sependapat dalam menetapkan had bagi Allah. Saya sendiri pun tidak setuju sikap ini kerana ia sekadar perbezaan istilah sahaja. Yang penting, masing-masing mengisbatkan sifat al-*Uluww bagi Allah tanpa tasybih adalah sudah memadai. Kemudian, toleransikan sahaja istilah-istilah yang tidak memberi kesan terhadap ini. Cuma, jika ini dijadikan alasan untuk menjatuhkan mutu kitab, lalu mengabaikan nukilan ahli ilmu di dalamnya, maka mereka sebenarnya memakan diri mereka sendiri.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/641256725478064128/i%E1%B9%AFb%C4%81t-al-%E1%B8%A5add-lillah-wa-bi-annahu-q%C5%8Did-wa-j%C4%81lis

Meme 71


Abū Sa*īd ad-Dārimiyy mengarang kitab khas yang menentang tokoh besar Jahmiyyah, Bišr al-Marīsiyy, tetapi yang dirasai pedihnya adalah al-Aš*ariyy. Kemudian, yang menuduh ad-Dārimiyy sebagai mujassim yang tidak pernah dituduh sedemikian sepanjang 1000 tahun kewafatannya dan yang menyebarkan tuduhan tersebut adalah golongan al-Aš*ariyy. Kebetulankah?

Sebab itu, memang tidak dihairankan sememangnya wujud Jahmiyyah yang berbulu al-Aš*ariyy. Namun, selalunya mereka tidak sedar bahawa mereka adalah Jahmiyyah. Kalau tidak berlebihan, boleh dikatakan kebanyakan al-Aš*ariyy ini sama ada memiliki bau-bau Jahmiyyah atau sememangnya pejuang Jahmiyyah dengan mengibarkan benda al-Aš*ariyy.

Saya kalau ingin tahu sama ada seseorang itu Jahmiyyah atau tidak mudah sahaja. Bentangkan kitab Abū Sa*īd ad-Dārimiyy pada mereka dan lihat bagaimana mereka menghadamnya. Jika semakin mereka membaca semakin terasa pedih di jiwa, jelaslah bahawa sisa kotoran Jahmiyyah ada dalam pegangan mereka.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/641258810042974208/ab%C5%AB-sa%C4%ABd-ad-d%C4%81rimiyy-mengarang-kitab-khas-yang

Meme 72


Sepanjang 900 tahun sejarah Muslim, Jalāluddīn as-Suyūṭiyy satu-satunya orang yang mengangkat dirinya sebagai mujtahid. Kebiasaannya, gelaran mujtahid ini adalah sandaran daripada orang yang terkemudian atau daripada orang lain. Namun, dia membuat kelainan yang tidak pernah dibuat oleh sesiapa pun sebelumnya. Kata as-Suyūṭiyy :

وقد كملت عندي الآن آلات الاجتهاد بحمد الله تعالى؛ أقول ذلك تحدثًا بنعمة الله تعالى لا فخرًا؛ وأي شيء في الدنيا حتى يطلب تحصيلها بالفخر، وقد أزف الرحيل، وبدا الشيب، وذهب أطيب العمر! ولو شئت أن أكتب في كل مسألة مصنفًا بأقوالها وأدلتها النقلية والقياسية، ومداركها ونقوضها وأجوبتها، والموازنة بين اختلاف المذاهب فيها لقدرت على ذلك من فضل الله، لا بحولي ولا بقوتي، فلا حول ولا قوة إلا بالله، ما شاء الله، لا قوة إلا بالله.

"Telah sempurna pada sisiku sekarang alat-alat ijtihad dengan segala pujian kepada Allah Ta*ālā. Aku berkata sedemikian kerana menceritakan nikmat Allah, bukan membongkak. Sesuatu yang manakah di dunia ini sehingga boleh dituntut perolehannya dengan bongkak? Namun, semakin cepat waktu keberangkatan, telah tumbuh uban dan telah berlalu sesedap-sedap umur. Kalau aku mahu untuk menuliskan karya pada setiap permasalahan dengan pendapat-pendapatnya, dalil-dalilnya yang naqliyy dan qiyāsiyy, cerapan-cerapannya, pertentangannya dan jawapan-jawapannya, pertimbangan antara perselisihan mazhab, pasti aku mampu terhadap itu dengan kelebihan Allah. Bukan dengan upayaku dan bukan dengan kekuatanku. Tiada upaya dan kekuatan melainkan beserta Allah dalam keaadaan apa yang Allah kehendaki. Tiada kekuatan melainkan beserta Allah". [Ḥusn al-Muḥāḍoroh Fī Tāriẖ Miṣr Wa al-Qōhiroh, jilid 1, m/s 339, keluaran Dār Iḥyā^ al-Kutub al-*Arobiyyah, Mesir, tahqiq Muḥammad Abū al-Faḍl Ibrōhīm].

Namun, bukan semua orang yang berpuas hati dan menerima pengakuannya dengan jiwa yang lapang. Ada juga mereka yang di zamannya mencela, mencemuh dan mempersendakannya, lebih-lebih lagi di zamannya yang ketaksuban dan pendapat bahawa mujtahid tidak wujud lagi adalah pendapat yang arus perdana. Sememangnya ini yang akan dihadapi apabila menggalas diri menjadi mujtahid. Kata as-Suyūṭiyy :

شنع مشنع على دَعْوَى الِاجْتِهَاد بِأَنِّي أُرِيد أَن أعمل مذهبا خَامِسًا وَرُبمَا زادوا أَكثر من ذَلِك وَمثل هَذَا التشنيع إِنَّمَا يمشي على عقول الْعَوام وَمن جرى مجراهم

"Pencemuh mencemuh ke atas seruan ijtihad bahawa aku berkemahuan untuk mendirikan mazhab kelima. Kadangkala, mereka menambah cemuhan yang lebih banyak daripada itu. Cemuhan seperti ini sebenarnya berlegar pada akal orang awam dan orang yang menjejaki haluannya". [Taqrīr al-Istinād Fī Tafsīr al-Ijtihād, m/s 69, keluaran Dār ad-Da*wah, al-Iskandariyyah, tahqiq Fu^ād *Abdul Mun*im Aḥmad].

Saya tidaklah termasuk orang yang memandang sinis terhadapnya, apatah lagi menjadi penentang terhadapnya. Saya sekadar kagum dengan kelainan yang tidak pernah didahului oleh mana-mana tokoh pun sebelumnya.

Sekarang, setelah 500 tahun berlalu setelah kewafatannya, karya-karya peninggalannya menjadi bukti dan saksi bagi pengakuannya terhadap dirinya. Bahawa ia bukanlah pengakuan atas dasar bermain-main atau sekadar indah khabar daripada rupa. Namun, ia adalah didasari kemapanan ilmunya, kewibawaannya dan keluasan pengetahuannya dalam pelbagai ilmu. Mereka yang hidup pada zaman ini dan menelaah karyanya sama sekali tidak akan mendustakan pengakuannya, apatah lagi ingin merendahkannya kerana pengakuannya.

Dari peristiwa ini, kita pelajari bahawa kadangkala nilai diri seseorang itu akan diperlihatkan setelah pemergian kita. Pada hayat orang itu, barangkali dia dicemuh dan diserang habis-habisan oleh pelbagai seteru yang berusaha keras untuk merobek kredibilitinya dan memulaukannya daripada kalangan orang yang mulia. Namun, setelah perginya dia daripada dunia, Allah menzahirkan betapa tingginya kedudukannya dan manusia saling merebut untuk menelaah dan mengambil manfaat dari karyanya.

Maka, kalaulah kita tidak merasai kemanisan sanjungan orang ramai kerana kemampuan kita atau sekurang-kurangnya karya penulisan kita dihargai dalam kehidupan kita, kemungkinan sekali kita akan diberikan penghargaan yang selayaknya setelah kita ditamatkan nafas. Maka, teruskan berkarya, hidupkan ilmu dan perjuangkan kebenaran. Semoga ia bermanfaat kepada semua orang dan menjadi peninggalan yang berharga buat generasi yang sesudah kita.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/641260139902582784/sepanjang-900-tahun-sejarah-muslim-jal%C4%81ludd%C4%ABn

Meme 73


Untuk membongkar Jahmiyyah yang berbaju al-Aš*ariyy, caranya adalah dengan memaparkan kitab para salaf yang menentang Jahmiyyah seperti ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh karya Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya Abū Bakr al-H̱ollāl, H̱olq Af*āl al-*Ibād karya al-Buẖōriyy, al-Iẖtilāf Fī al-Lafẓ karya Ibn Qutaybah, at-Tabṣīr Fī Ma*ālim ad-Dīn karya Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy, ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah dan an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy yang kedua-duanya adalah karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy.

Dari sini kita akan lihat wajah sebenar mereka. Tidak ada guna nafi dan terus menafikan. Kita buat saringan secara terus dan lihat bagaimana kesudahannya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/641261294263173121/untuk-membongkar-jahmiyyah-yang-berbaju

Meme 74


Walaupun saya suka membaca karya Ibn Taymiyyah, tetapi untuk sampai ke tahap peminat yang besar, itu tidak pada saya. Namun, saya lihat Ibn Taymiyyah seringkali dijadikan subjek yang dizalimi untuk dilunaskan semua rasa geram dan berang yang terbuku di jiwa. Apa sahaja yang dirasakan tidak puas hati, Ibn Taymiyyah akan dikambinghitamkan sama ada untuk menyerang aliran salafi atau untuk menyelamatkan diri dari mengkritik tokoh kebesaran yang dibela Ibn Taymiyyah. Dengan kata lain, oleh sebab tidak mahu dilihat mengkritik Aḥmad bin Ḥanbal dan al-Buẖōriy, dia mengkritik Ibn Taymiyyah.

Saya hairan ada orang sanggup menulis panjang yang membantah Ibn Taymiyyah yang mengisbatkan suara bagi Allah, tetapi mereka ini entah lupa atau tidak tahu atau berpura-pura tidak tahu bahawa itulah apa yang Aḥmad bin Ḥanbal dan al-Buẖōriyy menuju padanya. Mereka langsung tidak menyebutkan hal itu dalam penulisan tersebut. Entah sengaja melakukan tadlis atau sememangnya mahu ambil kesempatan terhadap Ibn Taymiyyah atau sebab yang lain. Mereka juga membantai Ibn Taymiyyah yang mengisbatkan had bagi Allah, walhal Ibn al-Mubārok dan Isḥāq bin Rōhūyah lebih dahulu mengatakan sedemikian.

Malah, saya pernah menemukan komentar untuk memburukkan peribadinya dengan mengatakan bahawa Ibn Taymiyyah berpendapat Allah mendudukkan Rasulullah bersama-Nya di Arasy. Padahal, pendapat ulama yang mengangkat riwayat ini, terutamanya dalam menentang Jahmiyyah telah tercatat dalam as-Sunnah karya Abū Bakr al-H̱ollāl. Mereka ini entah bodoh atau sengaja membuat tadlis agar berjaya memburukkannya atau hanya pembawa nukilan yang ditadliskan tanpa menyemak terlebih dahulu.

Sejujurnya, dalam isu interaksi dengan naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah serta isbat huruf dan suara bagi kalam Allah, saya langsung tidak peduli apa pun pendapat Ibn Taymiyyah dalam isu tersebut. Sama ada dia menyalahinya atau menyetujuinya, saya tidak peduli. Saya berpada dengan tokoh yang sebelumnya. Kalaupun saya mengutip kalamnya, itu sekadar menambahkan penjelasan atau penguatan sahaja, bukan sebagai dasar utama dalam kehujahan.

Cuma, saya kadangkala tidak mampu berdiam diri apabila seseorang difitnah dan diperlakukan secara zalim sedemkian. Pedih mata saya apabila melihat orang memburukkan penafsiran Allah mendudukkan Muḥammad -ṣollallahu *alayhi wasallam bersama-Nya di Arasy, lalu menyandarkan itu kepada Ibn Taymiyyah semata-mata. Palitan nista yang celaka ini akan kembali kepada mereka apabila mereka melihat kalam ahli ilmu tentangnya yang dinukilkan dalam as-Sunnah Abū Bakr al-H̱ollāl. Semoga Allah merobek nilai harga diri orang yang berlaku zalim sebegini.

Kalaupun ingin mengkritik Ibn Taymiyyah, kritiklah dengan cara yang adil. Kalau dirasakan apa yang diutarakan Ibn al-Mubārok, Isḥāq bin Rōhūyah, Aḥmad bin Ḥanbal dan al-Buẖōriyy adalah salah, pastikan konsisten. Bukan menjadikan Ibn Taymiyyah sebagai sasaran untuk dibuli dan dilunaskan segala ketidaksetujuan, tetapi berpura-pura tidak nampak apa yang disebutkan tokoh-tokoh sebelumnya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/641265158075875328/walaupun-saya-suka-membaca-karya-ibn-taymiyyah

Meme 75


Semua ahli sunnah sepakat pada ketokohan, kewibawaan, keagungan, keluhuran, keterunggulan, keilmuan dan kehebatan Abū Sa*īd ad-Dārimiyy. Kecuali para ekstrim yang hidup setelah 1000 tahun pemergiannya dan yang hidup di zaman kontemporari ini.

Karyanya an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy yang membantah para Jahmiyyah bukan hanya sekadar menggunakan atsar semata-mata, tetapi penganalisisan bahasa juga diaplikasikan. Dengan kata lain, karya ini bukan sahaja memaparkan ad-Dārimiyy sebagai ahli hadis, tetapi juga sebagai ahli bahasa memandangkan gurunya dalam bahasa adalah Ibn al-A*rōbiyy yang diperakui sebagai tokoh besar dalam ilmu bahasa.

Yang menghairankan adalah mereka yang mendakwa bahawa mereka faham bagaimana manhaj salaf dalam berinteraksi dengan naṣ sifat Allah sukar untuk menghadam karya ini. Seolah-olah karya ini menjadi hirisan pedang dan hujan batu terhadap mereka.

Kejutan ini sentiasa sahaja dilihat responsnya daripada kalangan al-Aš*ariyy. Kadangkala, kerana tidak mampu menahan kepedihan yang ditanggung sepanjang pembacaan, mereka menuduh dengan tuduhan yang buruk terhadapnya. Sebab mereka tidak mampu menerima realiti bahawa citra mereka tentang manhaj adalah tidak berpaksi pada realiti dan selama ini mereka sekadar berdelusi.

Aneh, bukan? Mereka yang mendakwa bahawa mereka faham dalam manhaj salaf, tetapi merekalah orang yang menyingkirkan Abū Sa*īd ad-Dārimiyy dari tokoh salaf yang berkredibiliti daripada ahli sunnah. Sekarang, ad-Dārimiyy yang lebih faham bagaimana pegangan ahli sunnah yang semasa dengannya atau yang ekstrimis benak ini?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/641266274468511744/semua-ahli-sunnah-sepakat-pada-ketokohan

Meme 76


Isu isbat kalam Allah berhuruf dan bersuara sememangnya menjadi pergeseran antara al-Aš*ariyy yang menafikan suara dan huruf bagi kalam Allah dengan Ḥanbaliyy mengisbatkan kedua-duanya pada kalam Allah. Ada di antara mereka yang memilih bahawa ia adalah perselisihan yang muktabar. Ada yang memilih antara salah satunya dan menentang salah satu yang lain.

Adapun saya, saya memilih pendapat Ḥanbaliyy dalam isu ini kerana ia memiliki kekuatan hujah. Saya telah membahaskannya dalam penulisan saya yang berjudul "Teguh Menyerlah Dalam Isbat Huruf Dan Suara Bagi Kalam Allah".

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/641444985314672640/isu-isbat-kalam-allah-berhuruf-dan-bersuara

Meme 77


Kadangkala kita hairan dengan sikap al-Aš*ariyy yang mempersenda salafi yang kononnya menggunakan hadis dhaif dalam kehujahan akidah dan mengutip pandangan daripada tokoh yang dituduh mujassim seperti Abū Ya*lā al-Ḥanbaliyy walaupun ini perlu semakan semula, tetapi dalam masa yang sama mereka mengambil pendapat Abū Ḥanīfah yang murjiah lagi dipertikaikan kedudukannya dalam kredibiliti periwayatan hadis.

Sesiapa yang meraguinya, dipersilakan rujuk Našr aṣ-Ṣoḥīfah Fī Ḏikr aṣ-Ṣoḥīḥ Min Aqwāl A^immah al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl Fī Abī Ḥanīfah karya Muqbil bin Hādī al-Wādi*iyy. Di sini, mengumpulkan pelbagai pandangan ahli hadis salaf tentangnya. Status murjiahnya tidak ada syak lagi dan pandangannya dalam agama, bahkan hadisnya dan pandangannya dalam agama juga kebanyakannya dipertikaikan dan ditolak oleh ahli hadis terdahulu. Tidak perlu dipedulikan pujian-pujian dan pembelaan yang menyalahi penilaian salaf, lebih-lebih lagi atas dasar ketaksuban.

Malah, sumber ambilan pendapat Abū Ḥanīfah itu adalah daripada al-Fiqh al-Akbar yang dipertikaikan kesahihan penisbahannya kerana ia diriwayatkan daripada dua orang muridnya yang ditinggalkan hadisnya, iaitu Nu*aym bin Abū Ḥanīfah dan Abū Muṭī* al-Balẖiyy. Malah, keraguan penisbahan ini juga ada asasnya. Ini kerana Abū Ḥanīfah memiliki ramai muridnya yang lain yang hebat seperti Abū Yūsuf dan Muḥammad bin al-Ḥasan aš-Šaybāniyy. Di mana mereka ini? Mengapa tidak ada yang lebih berkredibiliti membenarkan dan menyampaikan hal yang sama? Mengapa hanya dari perawi yang ditinggalkan hadisnya?

Sangat ajaib yang mereka ini juga mengejek salafi yang menukilkan riwayat dan mengambil pandangan daripada Ibn Baṭṭoh yang dinilai dhaif oleh ahli hadis!

Apabila dipertikaikan kesahihan penisbahannya, mereka berkata apa yang terkandung dalam karya tersebut menyalahi akidah yang dianuti oleh salafi terhadapnya sehingga kita mencari-cari alasan. Padahal akidah Abū Ḥanīfah sendiri menyalahi ahli sunnah secara sekalian!

Hakikatnya, kalau boleh, kita ingin ringankan beban yang telah ditanggungnya jika benar kitab itu dinisbahkan kepadanya. Sekurang-kurangnya jika ada kesalahan yang terkandung dalam kitab itu, dia terlepas daripada tuduhan tersebut. Meskipun kita menyalahinya, kalau boleh, kita ingin bersikap ihsan meskipun terhadap seteru kita dengan memberikan ruang seluas yang boleh.

Benar. Saya pun ada mengutip pandangan Abū Ya*lā dan Ibn Baṭṭoh dalam penulisan saya. Namun, ia sekadar penjelasan tambahan dan sokongan yang berfungsi sebagai penguat sahaja. Hakikatnya, kita tidak begitu berhajat pun dengan kedua-dua ini kerana para salaf yang lain yang jauh lebih ulung daripada mereka berdua ini sudah memadai. Sama ada mereka menyalahinya atau menyetujuinya, ia sama sekali tidak akan memberi kesan apa-apa dalam pendirian kita.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/642067152728457216/kadangkala-kita-hairan-dengan-sikap-al-a%C5%A1ariyy

Meme 78


Muqbil bin Hādī al-Wādi*iyy telah membuat karya khas yang mengumpulkan pandangan ahli hadis yang mencela Abū Ḥanīfah yang berjudul Našr aṣ-Ṣoḥīfah Fī Ḏikr aṣ-Ṣoḥīḥ Min Aqwāl A^immah al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl Fī Abī Ḥanīfah.

Saya tahu karya sebegini agak kontroversi, malah menerima kecaman. Namun, tidak ada apa yang menghairankan apa pun bagi mereka yang telah lama berada dalam lapangan al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl. Malah, saya sudah pun cakna dengan pandangan-pandangan ahli hadis tentangnya sebelum saya mengetahui adanya judul karya tersebut. Tidak perlu karya tersebut pun sudah sememangnya terbuku pandangan-pandangan ahli hadis yang mencelanya dalam karya yang berkaitan al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl. Apa yang Muqbil bin Hādī lakukan hanya memberi kemudahan untuk tatapan dan pencarian rujukan pembaca sahaja. Bukannya membawa pandangan baharu terhadapnya.

Apapun, bukan itu yang ingin dibahaskan. Yang saya ingin nyatakan adalah tidak perlulah mendakwa aliran tertentu adalah as-Sawad al-A*ẓom. Kalaulah kebenaran hanya diukur pada aliran tertentu, anda lihat bagaimana pengikut Abū Ḥanīfah dan penyanjungnya yang dahulu hanya di kawasan Basrah dan Kufah, sekarang telah meluas ke seluruh dunia dan menjadi majoriti.

Walhal as-Sawād al-A*ẓom dahulu adalah pada ahli hadis yang menentangnya seperti Sufyān aṯ-Ṯawriyy, al-Awzā*iyy, Šu*bah bin al-Ḥajjāj, *Abdullah bin al-Mubārok, Aḥmad bin Ḥanbal dan ramai lagi. Sekarang, apa sudah jadi? Apakah pendapat ahli hadis yang berwibawa ini sudah tidak relevan? Barangkali mazhab dan imam mazhab adalah lain sehingga beberapa ajaran pun mungkin berbeza. Namun, ia sama sekali tidak memadamkan kesaksian ahli hadis yang terbilang terhadap status Abū Ḥanīfah.

Saya tidaklah berkata al-Aš*ariyy ini adalah golongan yang sesat kecuali yang terang-terangan menzahirkan fahaman Jahmiyyah walaupun mereka tidak menyedarinya. Saya cuma katakan bahawa tidak perlulah mendakwa aliran mereka itulah as-Sawad al-A*ẓom yang kononnya dijanjikan kebenaran dan kesejahteraan dalam agama.

Jika mereka mendakwa mereka benar, maka kita ingin mereka persembahkan mereka kalian terhadap Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, khususnya karyanya yang berjudul an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy. Kita ingin lihat bahawa sama ada mereka benar-benar memahami bagaimana manhaj salaf dalam isu sifat Allah ataupun tidak.

Mengapa Abū Sa*īd ad-Dārimiyy? Saya bukan suka-suka mengetengahkan kitab ini kepada mereka, tetapi kerana kandungan yang ada di dalamnya. Ini kerana isu-isu yang mereka bangkitkan dalam isu sifat Allah telah pun diperincikan olehnya dalam karya tersebut. Jika pembacaan mereka terhadap karya tersebut hanya menatijahkan kepedihan setiap kali helaian muka surat dibaca, selagi itulah mereka tidak layak sama sekali mendakwa bahawa merekalah as-Sawād al-A*ẓom.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/642087880159789056/muqbil-bin-h%C4%81d%C4%AB-al-w%C4%81di%CA%BFiyy-telah-membuat-karya

Meme 79


Apabila kita mempersoalkan sama ada al-Aš*ariyy benar-benar memahami manhaj salaf atau tidak, bukan kerana kita sengaja untuk menyalakan permusuhan atau menyimpan dendam terhadap mereka, tetapi ia sememangnya pertanyaan serius memandangkan setelah jelasnya percanggahan antara realiti yang salaf laluinya dan apa yang mereka gambarkan.

Salaf berkata Istawā (اسْتَوَى) bermaksud ʿAlā (عَلَا), Irtafaʿa (ارْتَفَعَ) dan Istaqorro (اسْتَقَرَّ), tetapi mereka mendakwa bahawa salaf tidak memakai makna zahir, tidak menentukan makna tertentu, tidak tahu makna yang dikehendaki pada lafaz tersebut dan menyerahkan maknanya yang selayaknya kepada Allah.

Salaf menentang penafsiran Istawā kepada Istawlā (اسْتَوْلَى), tetapi mereka mentafsirkannya sebegitu.

Ibn Qutaybah dan sebahagian ahli tafsir salaf menyatakan bahawa Istawā adalah Istaqorro, tetapi mereka mencelanya.

Aḥmad bin Ḥanbal dan al-Buẖōriyy mengisbatkan suara bagi kalam Allah, tetapi mereka berkata itu adalah pendapat mujassim.

Apabila kita berkata sama seperti salaf, kita ditentang dengan keras. Kalau tidak percaya, cubalah cakap di hadapan mereka bahawa makna Istawā adalah Istaqorro dan kalam Allah bersuara. Nantikan sahaja tuduhan mujassim dan musyabbihah akan dilemparkan pada kita. Dan cubalah cakap bahawa Istawā dengan makna Istawlā adalah salah. Pasti kita akan dituduh tidak menghormati ulama, memperlekeh kemampuan mereka dalam ilmu bahasa dan melagak pandai di hadapan mereka!

Sebenarnya al-Aš*ariyy benar-benar memahami salaf atau hanya berdelusi dan berkata sedemikian hanya untuk menjaga reputasi sahaja dari dilondehkan tembelang mereka?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/642234548049100800/apabila-kita-mempersoalkan-sama-ada-al-a%C5%A1ariyy

Meme 80


Kadangkala hairan apabila kita menemukan kata-kata sebahagian orang yang menyebutkan bahawa sesiapa yang menafsirkan makna Istawā (اسْتَوَى) kepada Istaqorro (اسْتَقَرَّ), maka orang tersebut termasuk musyabbihah, malah dikafirkan. Mereka beranggapan bahawa apabila seseorang menetapkan makna tersebut, maka dia menganggap bahawa Allah menetap di suatu tempat dan bersentuhan di situ.

Padahal, yang mentafsirkan sebegitu adalah Ibn Qutayabah dalam Iẖtilāf Fī al-Lafẓ Wa ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa al-Mušabbihah dan Ibn *Abul Barr dalam At-Tamhīd Li Mā Fī al-Muwaṭṭo^ Min al-Ma*ānī Wa al-Asānīd. Namun, bukan bermakna mereka mengisbatkan adanya jisim, tempat, pengambilan ruang dan persentuhan bagi sifat Allah tersebut. Inilah yang difahami salaf.

Malang sekali, ada juga tetap berkeras terhadap pembuangan makna menetap dan bersentuhan bagi mengisbatkan yang layak bagi zat Yang Maha Suci tidak diambil kira kerana ia menyalahi pemahaman sudut bahasa.

Namun, mereka dalam masa yang sama berani pula mentafsirkan atau sekurang-kurangnya meredhai penafsiran Istawā kepada Istawlā (اسْتَوْلَى) yang ditentang oleh para salaf! Manhaj salaf yang mana mereka ambil? Kemudian, dalam masa yang sama mereka juga mengisbatkan kalam Allah itu tidak berhuruf, padahal ini juga menyalahi pemahaman dari sudut bahasa itu sendiri bahawa kalam itu semestinya susunan ayat yang memberi faedah makna.

Mereka boleh pula buat sebegitu, tetapi jika salafi buat yang sama dalam isu Istawā, mereka diherdik pula?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/642987039446417408/kadangkala-hairan-apabila-kita-menemukan-kata-kata

Meme 81


Aliran tafwid adalah mereka yang tidak menetapkan makna zahir bagi lafaz-lafaz yang ada pada naṣ-naṣ yang berkaitan dengan Allah yang menunjukkan tasybih dan penyerupaan kepada makhluk seperti jisim, aradh, anggota, bertempat, bergerak dan lain-lain, lalu menyerahkan makna sebenar yang selain daripada makna zahir bagi lafaz tersebut kepada Allah tanpa melakukan takwil yang memalingkan makna yang zahir kepada makna yang lain atau tanpa meletakkan makna tertentu bagi lafaz tersebut.

Dalam aplikasi tafwid ini, ada dua elemen penting. Pertama, takwil secara ringkas dan penyerahan makna. Takwil secara ringkas adalah menjelaskan bahawa makna zahir yang ada naṣ-naṣ tersebut menunjukkan sifat-sifat makhluk yang contohnya telah dibentangkan tadi dan ia ternafi daripada Allah. Kemudian, penyerahan makna sebenar yang selain daripada makna zahir tersebut kepada Allah tanpa meletakkan apa-apa makna yang selain daripada makna zahir. 

Kemudian, mereka ada iktikad bahawa makna-makna ini terdedah dengan makna-makna lain sama ada majaz atau selainnya sama ada melalui takwil walaupun mereka tidak menentukannya sepanjang pengamalan tafwid disebabkan mereka tidak tahu apa sebenarnya dan ini menyebabkan keterbukaan kepada penerimaan dengan pelbagai bentuk makna. Bahkan, mereka beranggapan bahawa naṣ-naṣ tersebut boleh ditakwilkan jika ada keperluan pada zaman atau situasi tertentu seperti membantah bidaah syubhat tasybih atau seumpamanya.

Dari sini, prinsip yang sentiasa diperjuangkan oleh mereka adalah makna zahir daripada lafaz tersebut bukan yang dimaksudkan atau seiras dengannya dan menyerahkan makna atau tidak mengetahui makna atau tidak mendalami makna atau serupa dengannya dan ada masanya, ia boleh ditakwilkan jika ada keperluan. Inilah slogan-slogan yang sentiasa mereka canang, jaja dan promosi ke seluruh sudut negeri. Selalunya fahaman ini dipopularkan dan disebarluaskan oleh aliran al-Aš*ariyy.

Aliran ini kononnya disandarkan kepada salaf, tetapi hakikatnya ia bukan. Fahaman ini telah pun dibantah oleh Ayman bin Su*ūd al-*Anqoriyy dalam karyanya yang berjudul Aqwāl A^immah as-Sunnah Fī Naqḍ Bid*ah at-Tafwīḍ Fī aṣ-Ṣifāt ; Dirōsah Taḥlīliyyah. Bagi saya, ini karya yang baik untuk menjelaskan salah faham aliran tafwid dalam meneropong sendiri realiti pengamalan salaf. Saya pun telah menegakkan hujah saya dalam membantah aliran ini yang dinisbahkan kepada salaf dalam penulisan saya yang berjudul "Penjelasan Interaksi Dengan Naṣ Tentang Sifat Allah".

Secara kesimpulan, cara salaf dalam berdepan lafaz pada naṣ-naṣ tersebut adalah meletakkan makna zahir baginya sepertimana yang difahami dalam pertuturan Arab, tetapi tidak menetapkan makna-makna makhluk yang terkandung dalam lafaz tersebut seperti jisim, anggota, bertempat, bergerak, perpindahan dan lain-lain. Mereka juga tidak menakwilkannya atau beriktikad adanya takwilan atau makna-makna lain walaupun tidak ditentukan serta sama sekali tidak beriktikad bahawa ia boleh ditakwilkan jika ada keperluan seperti membantah syubhat tasybih dan lain-lain melainkan ada petunjuk-petunjuk yang jelas padanya untuk ditakwilkan. Mereka semua jelas menyatakan bahawa semua yang dikhabarkan itu adalah sifat Allah yang selayaknya bagi-Nya tanpa tasybih.

Daripada penjelasan ini, maka fahamlah kita bagaimana mazhab Aḥmad bin Ḥanbal yang mengisbatkan makna wajah ini dengan makna hakikat sebagai sifat-Nya, bukan mengisbatkan anggota.

Dengan ini juga membatalkan takwil yang dilakukan oleh mereka yang beraliran tafwid bahawa mereka tidak mengubah makna, tetapi sekadar tidak menetapkan makna tertentu dan tidak memakai makna zahir. Padahal, memalingkan dari makna yang zahir itu sendiri adalah takwil secara ringkas menurut mereka dan sekaligus sebenarnya sudah mengubah makna daripada asalnya! Takwil mereka untuk kalam Abū Faḍl at-Tamīmiyy ini adalah takwil yang batil!

Padahal Abū Faḍl at-Tamīmiyy bukan menempelak orang yang menetapkan makna zahirnya, tetapi menempelak orang yang mengubah maknanya! Kalaulah menetapkan makna zahir adalah kesalahan yang serius, pasti dia akan mengingatkannya sepertimana yang mereka lakukan. Sekarang, dari sumber mana pemahaman manhaj salaf yang mereka canangkan?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/642987310324088832/aliran-tafwid-adalah-mereka-yang-tidak-menetapkan

Meme 82


Al-Ājurriyy berkata :

سألتُ أَبا داود، عن سويد؟ فقال: سمعت يحيى بن معين يقول: سويد مات مُنذ حين. وسمعت يحيى قال: هو حلال الدم. وسمعت أحمد ذكره فقال: أرجو أن يكون صدوقًا. أو قال: لا بأس به.

Aku bertanya kepada Abū Dāwud tentang Suwayd. Dia berkata; Aku mendengar Yaḥyā bin Ma*īn berkata: "Suwayd meninggal dunia semenjak suatu masa". Aku mendengar Yaḥyā berkata: "Dia dihalalkan darahnya". Aku mendengar Aḥmad menyebutkannya. Dia berkata: "Aku berharap bahawa dia seorang yang jujur" atau dia berkata: "Tidak ada masalah padanya". [Su^ālāt Abī *Ubayd al-Ājurriyy Li Abī Dāwud, m/s 289, keluaran al-Farūq al-Ḥadīṯah Li aṭ-Ṭibā*ah Wa an-Našr, tahqiq Abū *Umar Muḥammad bin *Aliyy al-Azhariyy].

Faktor penyebutan Yaḥyā bin Ma*īn sebegitu adalah kerana hadis palsu yang Suwayd riwayatkan bahawa kononnya Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda :

مَنْ عَشِقَ فَعَفَّ وَكَتَمَ فَمَاتَ مَاتَ شَهِيدًا

"Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia menjaga kehormatannya dan menyembunyikan cintanya, lalu dia mati, maka dia mati dalam keadaan syahid".

Aḏ-Ḏahabiyy berkata :

وقال الحاكم: أنكر على سُوَيْد حديثه في الْعِشْق. قال: وقيل إنّ يَحْيَى بْن مَعِينٍ لَمّا ذُكِرَ له هذا الحديث قال: لو كان لي فَرَس ورُمْح غَزَوْتُ سُوَيْدًا.

Berkata al-Ḥākim: "Diingkari hadis Suwayd tentang keasyikan cinta". Dia berkata: Dikatakan bahawa Yaḥyā bin Ma*īn tatkala disebutkan hadis ini kepadanya, dia berkata: "Kalaulah aku ada kuda dan panah, pasti aku berperang dengan Suwayd". [Tārīẖ al-Islām wa Wafayāt al-Mašāhir wa al-A*lām, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 5, m/s 836, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwaḍ Ma*rūf].

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/642987589781143552/al-%C4%81jurriyy-berkata-%D8%B3%D8%A3%D9%84%D8%AA-%D8%A3-%D8%A8%D8%A7-%D8%AF%D8%A7%D9%88%D8%AF-%D8%B9%D9%86-%D8%B3%D9%88%D9%8A%D8%AF

Meme 83


Dalam banyak falasi yang boleh disenaraikan, bagi saya Ad-Hominem adalah yang paling berbahaya dan yang paling meluas penggunaannya. Ia bertujuan sama ada membunuh karakter seseorang atau membenamkan hujah daripada pihak lawan seolah-olah tiada nilai atau belum cukup jelas bagi mereka kerana wujud isu peribadi daripadanya atau penggunaan falasi ini adalah alasan yang paling kukuh untuk mereka kekal dengan pengingkaran mereka atau mahu memperlekehkan dan mengaibkan orang lain.

Apapun tujuannya, ia adalah cara yang paling kotor, paling jijik, paling hina dan paling keji dalam merebut kemenangan sama ada dalam diskusi atau debat. Lebih-lebih lagi sememangnya kebenaran ilmiah itu ada di sisi pihak pesaing atau seteru kita, tetapi kita sengaja menolaknya dengan menutup cahaya tersebut melalui penyebutan isu-isu peribadi.

Tidakkah sekurang-kurangnya kita takut dengan apa yang Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- sabdakan? :

وَلَكِنَّ الْكِبْرَ : مَنْ بَطِرَ الْحَقَّ وَغَمَطَ النَّاسَ " .

"Tetapi kesombongan adalah mereka yang menolak kebenaran dan meremehkan manusia". [Sunan Abū Dāwud, kitāb al-Libas, no. 3571].

Bayangkanlah kebenaran itu sememangnya jelas di pihak yang lain, tetapi kerana enggan mengakui atau mengalah, kita menggeledah isu-isu peribadi agar dapat dibentangkan sebanyak-banyaknya di hadapannya agar kita dapat mengaibkannya dan menjatuhkannya agar penghujahan orang lain itu dianggap tidak ada harga yang bermutu. Tidak cukupkah ini untuk mengheret seseorang ke neraka apabila cukup memenuhi definisi sombong?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/642987812327653376/dalam-banyak-falasi-yang-boleh-disenaraikan-bagi

Meme 84


Mentang-mentang nama kita tidak ada dalam biografi, tidak dijulang sepertimana tokoh-tokoh yang lain dan tidak terkenal, terus segala hujah kita dinyahkreditkan dan tidak diendahkan, malah diperlekeh walau bagaimana ilmiah pun kita bentangkan.

Saya tidak tahu apa lagi kata-kata yang paling lunak untuk menjelaskan kesilapan dan membentangkan hujah pendirian kita tanpa menyingungg mana-mana pihak, lebih-lebih lagi tokoh yang berpengaruh. Setiap kali kita menjelaskan, setiap kali itu kita akan dituduh tidak menghormati ulama, mencela mereka, memperlekeh mereka, merendahkan mereka dan biadap terhadap mereka. Nama para ulama dan gelaran mereka diungkit dan dijadikan perisai. Hanya berbeza pandangan, terus dicerca dan disergah tanpa belas kasihan. Malah, walau kita membawa kita menukilkan dan membela pandangan ulama yang menyelisihinya pun, tetap dianggap tiada harga di sisi mereka.

Saya berharap suatu hari nanti, mereka akan membaca karya Jalāluddīn as-Suyūṭiyy yang berjudul "Ar-Rodd *Alā Man Aẖlada Fī al-Arḍ Wa Jahila Anna al-Ijtihād Fī Kull *Aṣr Wa Farḍ".

Karya ini terbahagi kepada empat bab. Pertama, menegaskan bahawa ijtihad adalah fardu kifayah bagi setiap masa dan zaman. Kedua, menyatakan bahawa tidak mungkin di suatu zaman yang mana tiadanya mujtahid. Ketiga, menyeru kepada galakan kepada ijtihad dan mencela sikap taklid. Keempat, perkara-perkara yang berkaitan dengan ijtihad seperti syarat bagi seorang mujtahid, sejak bilakah seseorang itu boleh memulakan ijtihad, adakah seorang budak yang mencapai martabat ijtihad diterima ijtihadnya, adakah mujthaid perlu seorang yang terkenal, panduan berijtihad, mengapa para mujtahid menisbahkan dirinya kepada sesuatu mazhab, adakah diterima penyelisihan pendapat terhadap sekalian mujtahid dari seorang mujtahid sahaja dan lain-lain.

Kesemua bab ini tidak berdiri di atas pendapat peribadi as-Suyūṭiyy semata-mata, tetapi berdasarkan nukilan yang mungkin mencecah berpuluh-puluh rujukan. Ini sememangnya menunjukkan keluasan pembacaan dan hafalannya. Kesemua bab ini memfokuskan pada satu perkara, iaitu menyeru kepada ijtihad dan membebaskan diri dari taklid.

Karya ini sememangnya lebih wajar diperkenalkan dan diketengahkan bagi mereka yang memperjuangkan pembaharuan, menghidupkan ijtihad dan membasmi sikap taklid buta. Ini kerana nukilan yang diperlukan dari para ahli ilmu terdahulu untuk menyokong dan meneguhkan pendirian mereka telah banyak dikumpulkan di sini.

Saya sudah membuat ulasan karya ini dalam penulisan saya yang khusus. Dipersilakan rujuk mengapa kitab ini bagi saya amat baik dalam menentang Argumentum Ad Verecundiam.

Ambilanhttps://amirkazuma.tumblr.com/post/642988094321311744/mentang-mentang-nama-kita-tidak-ada-dalam

Meme 85


Firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنزَلَ اللَّـهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا أَلْفَيْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا ۗ أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ ﴿١٧٠

Apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah Allah turunkan", mereka berkata: "Bahkan, kami mengikut apa yang kami temukan nenek moyang kami padanya". Adakah meskipun nenek moyang mereka tidak mengetahui sesuatu dan tidak mendapat petunjuk? [Surah al-Baqoroh ayat 170].

Firman Allah :

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنزَلَ اللَّـهُ وَإِلَى الرَّسُولِ قَالُوا حَسْبُنَا مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا ۚ أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ شَيْئًا وَلَا يَهْتَدُونَ﴿١٠٤

Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kepada apa yang Allah turunkan dan kepada rasul", mereka berkata: "Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati nenek moyang kami padanya". Adakah meskipun nenek moyang mereka tidak mengetahui sesuatu dan tidak mendapat petunjuk?". [Surah al-Mā^idah ayat 104].

Firman Allah :

قَالَ مُوسَىٰ أَتَقُولُونَ لِلْحَقِّ لَمَّا جَاءَكُمْ ۖ أَسِحْرٌ هَـٰذَا وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُونَ ﴿٧٧﴾قَالُوا أَجِئْتَنَا لِتَلْفِتَنَا عَمَّا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا وَتَكُونَ لَكُمَا الْكِبْرِيَاءُ فِي الْأَرْضِ وَمَا نَحْنُ لَكُمَا بِمُؤْمِنِينَ ﴿٧٨

Berkata Mūsā: "Adakah engkau mengatakan dengan kebenaran tatkala datangnya kepada kalian atau adakah dengan sihir yang ini? Sedangkan ahli sihir tidak berjaya". Mereka berkata: "Adakah engkau datang demi memalingkan kami dari apa yang telah kami dapati nenek moyang kami padanya, lalu kalian berdua menjadi kekuasaan besar di bumi sedangkan kami bukanlah orang yang percaya dengan kalian?". [Surah Yūnus ayat 77-78].

Firman Allah :

وَإِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً قَالُوا وَجَدْنَا عَلَيْهَا آبَاءَنَا وَاللَّـهُ أَمَرَنَا بِهَا ۗ قُلْ إِنَّ اللَّـهَ لَا يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ ۖ أَتَقُولُونَ عَلَى اللَّـهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ ﴿٢٨

Apabila mereka melakukan kekejian, mereka berkata: "Kami telah dapati nenek moyang kami padanya dan Allah memerintahkan kami terhadapnya". Kakatakanlah: "Sesungguhnya Allah tidak menyuruh kalian kepada kekejian. Adakah kalian berkata terhadap Allah tentang apa yang kalian tidak mengetahui?". [Surah al-A*rōf ayat 28].

Firman Allah :

قَالُوا نَعْبُدُ أَصْنَامًا فَنَظَلُّ لَهَا عَاكِفِينَ ﴿٧١﴾ قَالَ هَلْ يَسْمَعُونَكُمْ إِذْ تَدْعُونَ ﴿٧٢﴾ أَوْ يَنفَعُونَكُمْ أَوْ يَضُرُّونَ ﴿٧٣﴾ قَالُوا بَلْ وَجَدْنَا آبَاءَنَا كَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ ﴿٧٤

Mereka berkata: "Kami menyembah berhala", lalu mereka kekal dengannya. Baginda berkata: "Adakah mereka mendengar kalian ketikamana kalian berdoa? Merekakah memberi manfaat kepada kalian atau memudaratkan kalian?". Mereka berkata: "Bahkan kami dapati nenek moyang kami melakukan sedemikian". [Surah aš-Šu*arō^ ayat 71-74].

Firman Allah :

قَالَتْ رُسُلُهُمْ أَفِي اللَّـهِ شَكٌّ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖيَدْعُوكُمْ لِيَغْفِرَ لَكُم مِّن ذُنُوبِكُمْ وَيُؤَخِّرَكُمْ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ۚقَالُوا إِنْ أَنتُمْ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُنَا تُرِيدُونَ أَن تَصُدُّونَا عَمَّا كَانَ يَعْبُدُ آبَاؤُنَا فَأْتُونَا بِسُلْطَانٍ مُّبِينٍ ﴿١٠

Berkata rasul-rasul mereka: "Adakah ada syak pada Allah, iaitu perintis langit-langit dan bumi? Dia menyeru kalian agar Dia mengampuni kalian daripada dosa-dosa kalian dan melambatkan seksaan kalian sehingga ke suatu masa yang tertentu". Mereka berkata: "Kalian ini sekadar manusia biasa semisal kami yang berkehendak untuk menghalangi kami daripada apa yang nenek moyang kami menyembahnya. Maka, datangkanlah bukti kuat yang menerangkan". [Surah Ibrōhīm ayat 14].

Firman Allah :

قَالُوا يَا شُعَيْبُ أَصَلَاتُكَ تَأْمُرُكَ أَن نَّتْرُكَ مَا يَعْبُدُ آبَاؤُنَا أَوْ أَن نَّفْعَلَ فِي أَمْوَالِنَا مَا نَشَاءُ ۖ إِنَّكَ لَأَنتَ الْحَلِيمُ الرَّشِيدُ ﴿٨٧

Mereka berkata: "Wahai Šu*ayb! Adakah agama kamu yang menyuruh untuk kami meninggalkan apa-apa yang nenek moyang kami sembahnya atau meninggalkan apa-apa yang kami lakukan terhadap harta-harta kami dengan cara yang kami mahu? Sesungguhnya engkau benar-benar seorang yang penyantun lagi pembimbing". [Surah Hūd ayat 87].

Firman Allah :

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ قَالُوا مَا هَـٰذَا إِلَّا رَجُلٌ يُرِيدُ أَن يَصُدَّكُمْ عَمَّا كَانَ يَعْبُدُ آبَاؤُكُمْ وَقَالُوا مَا هَـٰذَا إِلَّا إِفْكٌ مُّفْتَرًى ۚ وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِلْحَقِّ لَمَّا جَاءَهُمْ إِنْ هَـٰذَا إِلَّا سِحْرٌ مُّبِينٌ ﴿٤٣

Ketika dibacakan ayat-ayat Kami yang jelas kepada mereka, mereka berkata" "Ini semua hanyalah daripada seorang yang berkeinginan untuk menghalang kamu semua daripada apa-apa yang menjadi sembahan nenek moyang kamu semua". Mereka juga berkata: "Ini semua hanyalah dusta yang diada-adakan". Berkata orang-orang kafir terhadap kebenaran yang datang kepada mereka: "Tidaklah ini melainkan sihir yang nyata". [Surah Saba^ ayat 43].

Hakikatnya, zaman sekarang ini tidak ada beza pun orang yang bermain Argumentum Ad Verecundiam. Yang berbeza cumalah cara dia mempertahankan itu adalah dengan mengungkit-ungkit nama bersama gelaran yang menunjukkan kewibawaannya. Setiap kali dikritik, setiap kali itulah mereka menyebutkan: "Ini adalah pendapat al-*Allāmah al-Faqīh al-Muḥaddiṯ al-Uṣūliyy fulan". Kemudian, persalahkan sesiapa sahaja yang cuba berselisih.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/642988562150801408/firman-allah-tab%C4%81roka-wa-ta%C4%81l%C4%81-%D9%88-%D8%A5-%D8%B0-%D8%A7-%D9%82-%D9%8A%D9%84

Meme 86


Bagi yang tidak tahu, lelaki di sebelah kiri adalah Jared El-Nino, salah seorang bintang pornografi.

Apapun, kesan Halo ini adalah salah satu bias kognitif yang kadangkala tidak disedari telah menjadi dasar pemikiran dalam membuat pertimbangan. Kesan Halo adalah di mana kita menghakimi suatu aspek pada diri seseorang dengan aspek yang tidak ada kena mengena dengan bahagian yang dia membuat penghakiman.

Kita lihat kehidupan seharian kita. Jika ada orang berjubah, berkopiah dan berserban dengan orang yang berbaju kemeja dalam surau di suatu perhentian, agaknya siapa yang akan ditolak dan didesak untuk menjadi imam? Anda sudah tahu siapa yang akan dipandang dan dijeling. Kerana apa? Kerana kita ada tanggapan bahawa yang memakai pakaian sebegitu adalah orang yang pandai dalam ilmu agama dan kuat beragama. Penampilan luaran ini menjadikan kita membuat pertimbangan untuk aspek yang lain. Padahal, pakaian semata-mata tidak menunjukkan realiti sebenar tahap penguasaan ilmu agama dan pengamalan agamanya.

Tidak cukup sekadar itu, kadangkala apabila dua di antara mereka memberi pendapat dalam agama, agaknya mana pula yang akan dipilih? Kebiasaannya orang akan cenderung kepada yang berjubah, berkopiah dan berserban itu kerana dia dianggap memiliki ciri-ciri orang yang berilmu dan faqih. Yang berbaju kemeja, kadangkala sukar untuk dipercayai bahawa itulah ahli ilmu yang berwibawa.

Ini adalah yang berlaku dalam hal ehwal agama. Sebenarnya banyak lagi pengaruh kesan Kontras ini yang menakluk minda kita tanpa kita sedar. Contohnya, apabila kita melihat seseorang itu rupawan, kita akan membuat penghakiman bahawa orang ini boleh dipercayai, baik, peramah dan ciri-ciri positif yang lain. Manakala, yang hodoh pula akan dinilai ciri yang sebaliknya. Padahal, semua karakteristik yang disangka itu adalah berdasarkan rupa sahaja.

Penilaian kita pada produk pun sebegitu juga. Buku yang kita lihat tebal seakan-akan itulah karya yang bermutu, komprehensif dan kritis. Harga yang tinggi seakan-akan itulah produk yang berkualiti dan tahan lama. Artis yang jelita yang mempromosikan produk tersebut seakan-akan itulah produk yang terbaik untuk digunakan. Dan banyak lagi yang lain.

Masalahnya adalah kesan Halo ini membawa kepada bahaya yang lebih parah. Ia membawa pula kepada kesan Kontras, iaitu penilaian melalui perbandingan seseorang dengan menjadikan orang lain sebagai aras. Setelah seseorang itu meletakkan beberapa nilai pada diri seseorang berdasarkan aspek-aspek yang lain pada dirinya, maka orang itu akan dinilai dengan melihat nilai-nilai yang ada pada orang lain bagi membandingkan kualiti antara dua orang itu.

Kita lihat bahawa ada seseorang itu mempunyai latar belakang pengajian dari pelbagai tempat dan bidang, ditambah pula dengan popularitinya yang begitu berpengaruh yang mustahil orang tidak menyebut namanya tanpa ada rasa aura kehebatannya, diabadikan biografi tentang dirinya yang mencatatkan pujian yang berlimpah-limpah dan memiliki petah bicara yang sakti. Kebiasaannya akan mengangkat bahawa orang inilah ahli ilmu yang dipegang pendapatnya. Ciri-ciri sebegini tidaklah salah, malah latar belakang pengajian yang pelbagai adalah kelebihan diri seseorang bagi membuktikan kesungguhannya dalam menuntut ilmu. Kepetahan bicara adalah bonus yang besar agar orang merasa enak untuk mendengarkan ilmu.

Akan tetapi, yang menjadi masalah adalah apabila datangnya seseorang yang kita pun tidak mengenali siapa dia dan bicaranya tidaklah begitu fasih yang jika didudukkan di atas pentas debat, pasti dia akan disingkirkan pada pusingan awal kerana gugup gagapnya, kemudian dia membawakan hujah ilmiah bagi menyelisihi orang tersebut. Apa akan jadi? Semestinya orang tidak mahu mengendahkan, tidak mengambil berat, malah diperlekehkan dan ditentang. Walaupun ia benar, itu dianggap tidak bernilai apa-apa dan memiliki kualiti jika tidak ada kebesaran-kebesaran yang menjadi selendang bagi dirinya sepertimana tokoh tersebut.

Kenapa ini terjadi? Orang beranggapan bahawa seseorang yang tidak pernah dicatat namanya dalam biografi bersama sanjungan yang menjulang-julang, maka dianggap orang yang diragui penguasaan ilmunya. Orang beranggapan bahawa ahli ilmu mestilah orang yang terkenal dan mempunyai pelbagai kelebihan yang menjadi kebanggaan seseorang. Padahal, itu bukanlah penentu dasar dan ukuran bagi seseorang itu berilmu ataupun tidak.

Ramai sahaja selebriti di luar sana yang dipuja sebagai ikon ulama, tetapi hakikatnya mereka ini tidak ubah . Kenapa kita tidak boleh berbuat yang sama pada setiap orang? Kenapa hanya memilih-milih ini bukan ulama dan ini adalah ulama? Apa beza antara mereka dalam pertimbangan si dungu tersebut?

Sebab itulah penilaian ulama atau tidak bukan pada pengaruh dan bukan pada pelbagai sanjungan serta beratus-ratus kelebihan yang ada, tetapi dari bagaimana kejituannya dalam manhaj ilmu mereka, kemapanan kefahaman mereka dan kritis minda mereka. Karya-karya mereka dinilai dan diuji. Dari situlah akan nyata sama ada mereka ini layak merangkul kedudukan ahli ilmu atau tidak. Bukan aspek luaran atau superfisial sahaja.

Wali Allah pun bukan semestinya dari orang yang ternama dan dicari-cari orang. Mereka juga ada yang disembunyikan identitinya dengan kehendak Allah. Mereka ada di mana sahaja dan berpenampilan pelbagai rupa tanpa kita menyedari hakikat dirinya. Jika begitu, apakah tidak mungkin ahli ilmu itu berada di mana sahaja dan dengan pelbagai rupa yang kita tidak cakna terhadapnya? Mereka juga ada di sekeliling kita yang kita sendiri tidak menyangka hakikat dirinya yang sebenar.

Kesan Halo yang jika tidak disedari rasukannya pada minda, ia menumbuhkan sikap memandang lekeh terhadap orang secara semberono, malah hilang rasa rendah diri dan hormat terhadap sesama Muslim. Cuba lihat apabila orang yang tidak fasih dalam bicara menyampaikan hujah ilmiahnya. Kita merasakan bahawa orang tersebut tidak kompeten kerana tidak mampu menyampaikan mesej dengan lancar dan berseni sepertimana figura ternama yang lain. Inilah rendah diri yang telah pudar dan penghormatan yang terhakis kerana kesan Halo yang berjaya mengemudinya.

Sebab itulah saya kadangkala mengingatkan bahawa antara bias kognitif yang boleh disenaraikan, yang paling berbahaya adalah kesan Halo, seterusnya kesan Kontras. Ia adlaah penyakit yang membawa kerancuan kepada minda seseorang dalam membuat pertimbangan ilmu seseorang.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/642993203145048065/bagi-yang-tidak-tahu-lelaki-di-sebelah-kiri

Meme 87


Saya selalu sahaja mengingatkan tentang antara bias kognitif yang paling bahaya, iaitu kesan Kontras, iaitu penilaian seseorang berdasarkan seseorang yang lain. Kita akan meletakkan nilai pada seseorang itu dengan membandingkan nilai yang ada pada seseorang itu. Tinggi atau rendah nilainya adalah dengan melihat apa yang ada pada orang lain.

Jika kita ingin membandingkan cerah rembulan dan bintang, sudah tentu bulan akan merangkul kejuaraannya, namun adakah bintang sama sekali tidak berguna dan selayaknya disisihkan? Sudah tentu tidak. Bintang ada peranannya di waktu malam. Malah, jika ingin melihat realitinya untuk memburukkan bulan, maka hakikatnya bulan tidak memiliki cahaya sendiri. Ia adalah pantulan daripada cahaya matahari. Bintang yang hanya menjadi cahaya yang cilik di malam hari sebenarnya adalah cahaya yang terang yang berdiri sendiri. Hanya sahaja ia berjauhan sehingga sukar mencapai ke tanah bumi.

Tidak ada salah jika seseorang memiliki latar belakang pengajian yang pelbagai. Malah, ia adalah suatu kelebihan kerana ia adalah bukti bagi diri kita yang tekun dalam menuntut ilmu. Petah bicara juga adalah bonus yang dikurniakan Allah agar orang ramai merasa enak untuk mendengarkan pengajaran agama. Namun, jika itu dijadikan penentu sama ada seseorang itu faqih atau tidak, ini sama sekali tidak betul.

Kemudian, kebenaran itu dinilai pada hujahnya. Bukan bagaimana petahnya bicara seseorang dan bukan juga apa latar belakang pengajiannya. Menjadikan kekurangan pada aspek superfisial sebagai cara untuk nyahkredit pendapat orang lain, maka ini adalah falasi Ad-Hominem. Hanya kerana tidak ada bahagian superfisial yang diperlukan, terus dianggap bahawa penghujahan orang tersebut tidak ada apa-apa makna. Sekarang, jelas bagaimana parahnya kesan Kontras jika seseorang terperangkap dalam pengaruhnya.

Cukuplah apa yang Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- sabdakan ini sebagai peringatan :

وَلَكِنَّ الْكِبْرَ : مَنْ بَطِرَ الْحَقَّ وَغَمَطَ النَّاسَ " .

"Tetapi kesombongan adalah mereka yang menolak kebenaran dan meremehkan manusia". [Sunan Abū Dāwud, kiāb al-Libas, no. 3571].

Firman Allah *Azza Wa Jalla :

عَبَسَ وَتَوَلَّىٰ ﴿١﴾ أَن جَاءَهُ الْأَعْمَىٰ ﴿٢﴾ وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ يَزَّكَّىٰ﴿٣﴾ أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ الذِّكْرَىٰ ﴿٤﴾ أَمَّا مَنِ اسْتَغْنَىٰ ﴿٥﴾ فَأَنتَ لَهُ تَصَدَّىٰ ﴿٦﴾ وَمَا عَلَيْكَ أَلَّا يَزَّكَّىٰ ﴿٧﴾ وَأَمَّا مَن جَاءَكَ يَسْعَىٰ﴿٨﴾ وَهُوَ يَخْشَىٰ ﴿٩﴾ فَأَنتَ عَنْهُ تَلَهَّىٰ ﴿١٠﴾ كَلَّا إِنَّهَا تَذْكِرَةٌ﴿١١

"Dia bermasam muka dan berpaling ketika datangnya sang buta. Apakah kamu tahu bahawa barangkali ia ingin membersihkan diri atau mendapatkan peingatan, lalu peringatan memberi manfaat kepadanya. Adapun, orang yang merasa cukup, maka engkau melayaninya, sedangkan tidak ada apa-apa kehinaan kalau dia tidak mengambil peringatan. Adapun yang datang kepadamu dalam keadaan bersungguh, sedangkan dia dalam keadaan gerun, maka engkau mengabaikannya. Sudah! Sesungguhnya ia adalah peringatan". [Surah *Abasa ayat 1-11].

Daripada sini, baginda ditegur kerana menyibukkan dakwah kepada para pembesar dan mengharapkan perhatian daripada mereka agar beriman dengan penuh kesungguhan, tetapi mengabaikan orang buta yang baginya tidak memiliki apa-apa nilai jika dibandingkan pembesar yang mempunyai harta, kedudukan dan pengaruh, sedangkan sang buta itu lebih ikhlas mengharapkan pelajaran daripada baginda dan sepatutnya baginda fokus dan mengutamakan orang yang lebih mengambil berat dalam pelajaran agama kerana mereka inilah yang membawa manfaat dalam dakwah.

Bayangkan jika seseorang bermasam muka dan berpaling apabila datangnya orang yang dia anggap lekeh menegakkan hujah kebenaran kepadanya, lalu merasa megah dengan apa yang ada dirinya dan dia hanya melayani mereka yang mempunyai kriteria-kriteria yang dia mahu yang kadangkala tidak masuk akal, tidak praktikal serta penuh dengan bias dan falasi agar penghujahan orang dianggap memiliki nilai. Mana-mana yang tidak menepatinya dianggap lekeh baginya. Inilah yang dicela.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/642995375164325888/saya-selalu-sahaja-mengingatkan-tentang-antara

Meme 88


Ad-Hominem sememangnya menjanjikan kemenangan yang paling mudah, tetapi dengan cara yang paling jijik, paling kotor, paling hina dan paling keji. Sama ada ingin membunuh karakter seseorang atau alasan yang selamat untuk menjustifikasikan kedegilannya dalam mendengarkan hujah pihak lawan dan menyahkreditkan pendapatnya.

Bangkitkanlah sebanyak mana isu peribadi yang mampu. Semakin banyak modalnya, semakin itu dia ada peluang untuk menang. Ad-Hominem menjadikan seseorang itu lebih banyak mengumpul aib dan kekurangan orang lain berbanding bekalan ilmu yang diperlukan untuk dia mahir dalam sesuatu perkara. Ad-Hominem menjadikan seseorang itu sibuk dengan isu peribadi orang lain dan melupakan isu peribadi diri sendiri.

Sampai bila hanya mahu menang dengan cara sebegini? Adakah kita ingin dikenali kerana kita mampu mendepani dan mematahkan hujah lawan atau kita hanya mampu menggagalkan hujah lawan dengan membangkitkan isu-isu peribadi orang lain? Banggakah kita mampu menggeledah lebih banyak kekurangan dan aib orang lain, tetapi kurang bersungguh untuk mengerahkan tenaga dalam mengkaji, mengamati dan memerhati hujah-hujah ilmiah?

Ingatlah bahawa hadis palsu yang jika ia terbit dari lidah kita tidak akan menjadi sahih apabila orang lain yang menegurnya mempunyai isu peribadi yang kita inign jadikan sasaran untuk menyembelihnya. Kita boleh melekehkan orang lain, malah menjatuhkan kredibilitinya dengan bermain isu peribadi. Namun, ingat, ia tetap tidak mengeluarkan diri kita daripada dosa yang telah kita lakukan.

Jangan sangka Allah tidak akan membalas dengan setimpal orang yang menyibukkan diri menyelongkar kekurangan dan aib orang lain serta kekal berdegil dalam kebatilan setelah diberi peringatan? Ya, orang lain ada isu peribadi. Kita pula bagaimana? Isu peribadi yang berpegang dengan pendapat yang salah? Ini tidak mahu diambil muhasabah? Hanya sibuk mencari apa yang menjadi masalah pada orang lain sehingga lupa diri sendiri?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643021310541365248/ad-hominem-sememangnya-menjanjikan-kemenangan-yang

Meme 89


Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy berkata :

وَاخْتَلَفَ أَهْلُ الْكَلَامِ فِي أَنَّ كَلَامَ اللَّهِ هَلْ هُوَ بِحَرْفٍ وَصَوْتٍ أَوْ لَا فَقَالَتِ الْمُعْتَزِلَةُ لَا يَكُونُ الْكَلَامُ إِلَّا بِحَرْفٍ وَصَوْتٍ وَالْكَلَامُ الْمَنْسُوبُ إِلَى اللَّهِ قَائِمٌ بِالشَّجَرَةِ وَقَالَتِ الْأَشَاعِرَةُ كَلَامُ اللَّهِ لَيْسَ بِحَرْفٍ وَلَا صَوْتٍ وَأَثْبَتَتِ الْكَلَامَ النَّفْسِيَّ وَحَقِيقَتُهُ مَعْنًى قَائِمٌ بِالنَّفْسِ وَإِنِ اخْتَلَفَتْ عَنْهُ الْعِبَارَةُ كَالْعَرَبِيَّةِ وَالْعَجَمِيَّةِ وَاخْتِلَافُهَا لَا يَدُلُّ عَلَى اخْتِلَافِ الْمُعَبَّرِ عَنْهُ وَالْكَلَامُ النَّفْسِيُّ هُوَ ذَلِكَ الْمُعَبَّرُ عَنْهُ وَأَثْبَتَتِ الْحَنَابِلَةُ أَنَّ اللَّهَ مُتَكَلِّمٌ بِحَرْفٍ وَصَوْتٍ أَمَّا الْحُرُوفُ فَلِلتَّصْرِيحِ بِهَا فِي ظَاهِرِ الْقُرْآنِ وَأَمَّا الصَّوْتُ فَمَنْ مَنَعَ قَالَ إِنَّ الصَّوْتَ هُوَ الْهَوَاءُ الْمُنْقَطِعُ الْمَسْمُوعُ مِنَ الْحَنْجَرَةِ وَأَجَابَ مَنْ أَثْبَتَهُ بِأَنَّ الصَّوْتَ الْمَوْصُوفَ بِذَلِكَ هُوَ الْمَعْهُودُ مِنَ الْآدَمِيِّينَ كَالسَّمْعِ وَالْبَصَرِ وَصِفَاتُ الرَّبِّ بِخِلَافِ ذَلِكَ فَلَا يَلْزَمُ الْمَحْذُورُ الْمَذْكُورُ مَعَ اعْتِقَادِ التَّنْزِيهِ وَعَدَمِ التَّشْبِيهِ وَأَنَّهُ يَجُوزُ أَنْ يَكُونَ مِنْ غَيْرِ الْحَنْجَرَةِ فَلَا يَلْزَمُ التَّشْبِيهَ وَقَدْ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَحْمَدَ بْنِ حَنْبَلٍ فِي كِتَابِ السُّنَّةِ سَأَلْتُ أَبِي عَنْ قَوْمٍ يَقُولُونَ لَمَّا كَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى لَمْ يَتَكَلَّمْ بِصَوْتٍ فَقَالَ لِي أَبِي بَلْ تَكَلَّمَ بِصَوْتٍ هَذِهِ الْأَحَادِيثُ تُرْوَى كَمَا جَاءَتْ

"Ahli kalam berselisih sama ada kalam Allah itu adalah huruf dan suara ataupun tidak. Muktazilah berkata bahawa tidak terjadi kalam melainkan huruf dan suara. Kalam yang dinisbahkan kepada Allah adalah berdiri pada pohon. Berkata golongan al-Aš*ariyy bahawa kalam Allah bukanlah huruf dan suara. Mereka mengisbatkan kalam nafsi dan hakikatnya adalah makna yang berdiri pada diri-Nya sekalipun terdapat kepelbagaian ibarat daripadanya seperti bahasa Arab dan bahasa asing. Kepebagaiannya tidak menunjukkan kepelbagaian yang diibaratkan daripadanya. Kalam nafsi itulah yang diibaratkan daripadanya. Golongan Ḥanābilah mengisbatkan bahawa Allah berbicara dengan huruf dan suara. Adapun huruf, maka untuk penjelasan tentangnya pada zahir ayat al-Qur^ān. Adapun suara, mereka yang menegahnya berkata bahawa sesungguhnya suara adalah udara yang terputus yang didengari dari pangkal kerongkong. Mereka yang mengisbatkannya menjawab bahawa suara yang disifatkan dengan seperti itu adalah yang diketahui pada kaum Adam seperti pendengaran dan penglihatan. Sedangkan sifat tuhan menyelisihi sedemikian. Tidak perlu lagi yang dikhuatiri yang disebutkan itu, namun bersama iktikad tanzih dan tanpa tasybih serta boleh untuk berlaku tanpa pangkal kerongkong. Ekoran itu, memestikannya tasybih. *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal berkata dalam kitab as-Sunnah: Aku bertanya kepada ayahku tentang suatu kaum yang berkata tatkala Allah berbicara dengan Mūsā, Dia tidak berbicara dengan suara. Berkata ayahku kepadaku: "Bahkan sebenarnya Dia berbicara dengan suara. Hadis-hadis ini kami riwayatkan sepertimana ia datang". [Fatḥ al-Bārī Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, jilid 13, m/s 460, keluaran Dār al-Ma*rifah, Beirut].

Timbul persoalan, mengapa Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy merincikan mazhab Ḥanābilah dengan membawa riwayat *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal? Saya merasakan bahawa dia ingin memadamkan keraguan daripada orang ramai bahawa pendapat kalam Allah itu bersuara adalan benar-benar daripada Aḥmad bin Ḥanbal itu sendiri. Ia bukan pendapat dari orang yang datang terkemudian yang mendakwa dia bermazhab Aḥmad bin Ḥanbal. Ibn Ḥajar ingin menegaskan bahawa pengisbatan kalam Allah yang berhuruf dan bersuara bukan dari golongan al-Ḥašwiyyah, tetapi daripada tokoh yang terkemuka.

Saya melihat al-Aš*ariyy yang kononnya faham manhaj salaf tidak segan silu mengatakan orang yang berpendapat kalam Allah itu bersuara adalah musyabbihah dan mujassim. Malah, ketika membandingkan beberapa aliran, mereka akan masukkan golongan al-Ḥašwiyyah yang dikeji adalah mereka yang berpandangan kalam Allah itu bersuara dan gaya bahasanya seolah-olah mengabaikan pandangan Aḥmad bin Ḥanbal tentang perkara ini.

Hairan apabila kita kritik pandangan ini, kita dituduh sebagai tidak menghormati ulama! Sedangkan mereka sangat lancang terhadap tokoh salaf yang terbilang tanpa mereka sedari! Bukan kali pertama mereka bermain kad Argumentum Ad Verecundiam untuk berlepas diri daripada kesalahan yang mereka sedang lakukan.

Paling menghairankan adalah ada orang sanggup menjadikan Ibn Taymiyyah sebagai kambing hitam untuk sasaran penyembelihan dengan nama membantah al-Ḥašwiyyah yang mengisbatkan suara dan huruf bagi kalam Allah, namun cara kritikan mereka seolah-olah tidak nampak ada imam yang ternama yang sebelumnya yang berpendapat sedemikian. Ibn Taymiyyah pula dijadikan subjek untuk melepaskan segala geram yang terbuku dalam jantungnya. Oleh sebab mereka tidak mahu nampak yang mereka ini sedang menyerang imam salaf yang terbilang, mereka alihkan sasaran pada Ibn Taymiyyah.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643022389636169728/ibn-%E1%B8%A5ajar-al-asqol%C4%81niyy-berkata-%D9%88-%D8%A7%D8%AE-%D8%AA-%D9%84-%D9%81

Meme 90


Dalam ilmu hadis, khususnya rujukan al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, kalau tajuk kitab namanya ada tulisan "Tārīẖ" (تاريخ), bukan semestinya kitab catatan sejarah, tetapi ia kitab hal ehwal atau biografi perawi hadis.

Saya beri beberapa contoh kitab al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl yang menjadi rujukan penting yang bertajuk "Tārīẖ" :

a) Tārīẖ aṯ-Ṯiqōt karya *Abdullah bin Ṣōliḥ al-*Ijliyy.

b) Tārīk Ibn Ma*īn riwayat anak muridnya seperti ad-Dārimiyy, ad-Dūriyy, Ibn Ṭohmān, Ibn al-Junayd dan Ibn Muḥriz.

c) Al-Buẖōriyy ada mengarang at-Tārīkẖ al-Kabīr dan at-Tārīkẖ al-Awṣot.

d) Al-Ma*rifah Wa at-Tārīẖ karya Ya*qūb bin Sufyān al-Fārisiyy.

e) Tārīẖ karya Abū Zur*ah *Abdul Roḥmān bin *Amr bin *Abdullah bin Ṣofwān ad-Dimašqiyy.

f) Tārīẖ karya Abū Saʿīd ʿAbdul Roḥmān bin Aḥmad bin Yūnus.

g) Ibn Šyāhīn ada mengarang Tārīẖ Asmā^ aṯ-Ṯiqōt dan Tārīẖ Asmā^ aḍ-Ḍu*afā^ Wa al-Kaḏḏābīn.

h) Tārīẖ *Ulamāʾ al-Andalus karya Abū al-Walīd bin al-Faroḍiyy.

i) Tārīẖ Jurjān karya Abū al-Qōsim Ḥamzah bin Yūsuf.

j) Tārīẖ Aṣbahān atau dikenali sebagai Aẖbār Aṣbahān karya Abū Nu*aym al-Aṣbahāniyy.

k) Tārīẖ Naysābūr karya al-Ḥākim an-Naysābūriyy.

l) Tārīẖ Baġhdād karya al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy.

m) Tārīẖ Dimašq karya Ibn *Asākir.

n) Tārīẖ al-Islām Wa Wafayāt al-Mašyāhīr al-A*lām karya aḏ-Ḏahabiyy.

Dan banyak lagi. Apa pun, yang disenaraikan ini yang pastinya bukan kitab catatan sejarah. Kalau ada lagi yang lain, disarankan semak jenis buku terlebih dahulu sebelum membelinya.

Cuma, kalaulah ada orang yang tersalah beli kitab yang berjudul Tārīẖ ini kerana menyangka ia adalah buku sejarah, saya berdoa dia akan menjadi ahli hadis.

Bukannya tidak bermanfaat kitab tersebut. Sebagai contohnya Tārīẖ Baġhdād karya al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy. Sesiapa yang biasa dengan kajian hadis akan lihat betapa besarnya manfaat dalam kitab tersebut.

Kitab tersebut telah pun mengumpulkan perawi-perawi yang pernah sampai atau mendiami di Baghdad dan pengarang kitab tersebut mengumpulkan qaul ahli hadis terhadap perawi tersebut dalam pelbagai rujukan yang penting sama ada secara bersanad atau secara ta*līq seperti al-Jarḥ Wa at-Taʿdīl karya Ibn Abī Ḥātim ar-Rōziyy, al-Kāmil Fī Ḍuʿafāʾ ar-Rijāl karya Ibn ʿAdiyy, Tārīẖ Ibn Maʿīn, Tārīẖ al-Kabīr dan Tārīẖ al-Awṣoṭ karya al-Bukẖōriyy, aṭ-Ṭobaqōt al-Kubrō karya Ibn Sa*d serta pelbagai yang lain.

Maksudnya, memang puas juga kalau ada kitab ini. Pendapat-pendapat ahli hadis yang diperlukan sudah dimuatkan dalam kitab tersebut. Saya sendiri jika ada terjumpa perawi yang nisbahnya al-Baġdādiyy atau saya tahu yang pernah sampai ke Baghdad, saya terus rujuk kitab ini dan saya seperti merasakan tidak perlu pun untuk rujuk yang lain sebab banyak termuat di sini.

Jika Tārīẖ al-Islām karya aḏ-Ḏahabiyy, lagi banyak pula rujukan dan sumber pengambilannya yang dikumpulkan dalam kitab tersebut.

Jangan dirasakan tidak bermanfaat atau rugi apabila membelinya. Ia bermanfaat dalam bidang yang diperlukan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643023280912121856/dalam-ilmu-hadis-khususnya-rujukan-al-jar%E1%B8%A5-wa

Meme 91


Walaupun saya agak kuat penentangan terhadap al-Aš*ariyy, terutamanya dalam isu tafwid naṣ-naṣ mustasybihat sifat Allah dan isu isbat huruf dan suara bagi kalam Allah, tetapi saya menghargai jasa mereka dalam menentang falsafah yang sesat dan merosakkan minda dengan pelbagai pemikiran yang mengujakan dan memperdaya umat Islam.

Saya secara peribadi tidaklah mendalami pemikiran dan falsafah secara tuntas sepertimana yang diceburi mereka, namun saya seringkali melihat bagaimana giat aktif mereka dalam membahaskan isu-isu pemikiran klasik dan semasa serta membentangkan hujah dalam mendepani aliran-aliran pemikiran tersebut. Cakupan mereka dari golongan Bāṭiniyyah yang menyeleweng sehinggalah kepada pemikiran yang asing yang cuba bertapak dalam pemikiran umat Islam.

Orientasi pemikiran yang menjurus kepada deduktif atau dikenali sebagai madrasah ar-Ro^y telah menghasilkan pelbagai teori dan pengembangan dalam pelbagai bidang ilmu. Ia tidak terhad dalam bidang akidah dan fiqh sahaja, tetapi ia menuju kepada yang lebih jauh sehingga kepada kajian saintifik, isu moral dan lain-lain. Umat Islam yang menikmati perluasan ilmu ini berkemungkinan besar sekali akan berterima kasih kepada kontribusi aliran al-Aš*ariyy.

Manakala, Ḥanābilah yang berorientasikan kepada pemikiran induktif akan menjadi penyelia, penyeimbang dan penyaring kepada apa yang dibentangkan al-Aš*ariyy. Mereka akan memastikan teori dan kupasan mereka itu menepati usul-usul agama dan membuang segala elemen yang menyalahi teras syariat agama ini. Sebab itulah mereka mengambil pendirian yang berbeza dalam dua isu yang telah disebutkan tadi. Bukan kerana perseteruan mereka terhadap aliran ar-Ro^y, tetapi kerana itulah hasil yang disaring melalui pengamatan teks-teks agama.

Masing-masing membawa peranan yang bermanfaat dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643029731657269248/walaupun-saya-agak-kuat-penentangan-terhadap

Meme 92


Apa sebenarnya motif puak Bāṭiniyyah membangkitkan isu sama ada Khidir -*alayhissalām- masih hidup atau tidak serta bersungguh untuk mempromosikan pendapat ulama yang berpendapat Khidir masih hidup?

Hakikatnya mereka ingin membenarkan dakwaan syeikh mereka bahawa dia pernah bermimpi bertemu dengan Khidir atau berjumpa secara langsung dengannya. Kemudian, syeikh itu mendakwa dia mendapat suatu ajaran daripadanya, padahal merapu dan mengarut. Bukan Khidir itu yang membawa ajaran mengarut, tetapi yang didakwa Khidir itulah yang menyampaikan kekarutan. Lalu, syeikh itu menyampaikan apa yang dia dapat. Apabila orang menentang kerana adanya kemerepekan dalam ajaran tersebut, maka mereka tunggang isu tersebut atau seumpamanya.

Itulah sebenarnya helah para Bāṭiniyyah. Jangan sama sekali terpedaya dengan muslihat mereka di sebalik tunggangan isu-isu yang sebenarnya ingin membenarkan dakwaan kosong, bahkan mengarut daripada mereka.

Antara yang lain adalah apa motif mereka membangkitkan perbahasan sama Khidir ini adalah nabi atau wali? Untuk apa mereka berkeras bahawa Khidir ini bukanlah nabi, tetapi wali? Ini kerana mereka ingin mendakwa bahawa syeikh mereka itu sama kedudukannya dengan Khidir yang mendapat ilmu yang langsung daripada Yang Maha Pengasih yang sama sekali tidak boleh dipersoalkan ajaran yang dibawanya meskipun mengarut. Kita tidak ubah seperti Musā -*alayhissalām- atau seumpama jenazah yang diserahkan seluruh jiwa dan raga untuk guru memandikannya dan mengurusinya.

Antara yang lain adalah apa motif mereka membawakan hadis-hadis tentang kebenaran mimpi orang yang soleh? Sekali lagi, mereka ingin mendakwa bahawa syeikh mereka yang didakwa soleh itu mendapat mimpi daripada Allah dan kita tidak ada hak untuk mempersoalkan keabsahan dan kejituannya. Jika kita melakukan sebegitu, kita akan dituduh sebagai orang yang mendustakan hadis-hadis Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dan memusuhi orang soleh!

Padahal, kita sama sekali tidak menolak hadis-hadis tersebut dan tidak juga kita memusuhi orang yang soleh setelah terbuktinya keperibadian itu pada dirinya. Namun, untuk mendakwa bahawa dialah orang yang dipilih dari Allah Tabāroka Wa Ta*ālā untuk menjadi hamba yang terpilih sepertimana Khidir atau orang yang mendapat ilham, mimpi dan pembukaan yang langsung daripada-Nya, maka ini adalah perkhabaran ghaib yang sukar diketahui secara hakiki.

Tidak mempercayainya bukanlah termasuk rukun iman. Malah, jika ia adalah dapatan yang membawa kepada bidaah dalam agama dan merosakkan metodologi ilmu yang empirikal, maka ini adalah tertolak dan tidak diakui. Jika ia berlawanan dengan kedua-dua ini, maka tidak ada masalah selagimana ia adalah panduan untuk diri atau orang yang ingin mengikutinya. Apapun, tidak boleh sama sekali mendakwa bahawa itulah yang sebenar-benar daripada-Nya kerana ia adalah urusan ghaib yang terhijab pengetahuannya dan capaiannya daripada kita.

Penutupnya, berhati-hati dengan isu yang dimainkan dan ditunggang oleh para Bāṭiniyyah sesat ini. Lihat apa objektif di sebalik mereka dan perhatikan jalan yang mereka tuju di balik perbahasan dan kupasan yang mereka bentangkan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643165686624124928/apa-sebenarnya-motif-puak-b%C4%81%E1%B9%ADiniyyah-membangkitkan

Meme 93

Menghairankan apabila ada kalangan mereka dari yang berakronim ASWAJA memandang sinis terhadap pernyataan ketidaksetujuan terhadap ulama. Kadangkala, pelbagai hamburan yang terbit daripada lidahnya kerana ingin menempelak perbuatan tersebut meskipun ketidaksetujuan itu dibentangkan bersama dengan hujah. Kendatipun, itu disampaikan secara yang paling lunak dan sopan pun, itu tetap diangggap sebagai memperlekeh para ilmuan, tidak menghormati ulama dan melagak pandai.

Cuba, kita lihat pula bagaimana sikap mereka apabila mereka dapat tahu yang Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriy, tokoh ahli hadis sufi yang berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang menjadi rujukan mereka yang khususnya dalam hadis dalam membantah al-Albāniyy secara khusus dan wahabi secara umum yang dia seorang yang menentang aliran al-Aš*ariyy, malah menuduhnya sebagai aliran bidaah, sesat dan mu*aṭṭilah. Mereka tidak teragak-agak untuk menyatakan pendirian yang berbeza dan menolak pandangannya seolah-olah ia menjadi respons automatik.

Kalaulah itu yang dibuat para salafi, mereka menghentamnya dengan cukup-cukup! Namun, bagi mereka itu tidak ada masalah? Sekarang, baru mereka tahu bagaimana bukan semua pandangan ulama diikuti, lebih-lebih lagi setelah mereka yakin bahawa pandangan itu adalah salah dan berbeza pandangan bukan bermakna membuang penghormatan terhadap tokoh yang terbilang serta merobohkan kredibilitinya!

Bacalah kalamnya dan nilailah sendiri :

وما أشار عليكم به الأستاذ الهلالي من قراءة " اجتماع الجيوش الإسلامية " لابن القيم فقد أسدى به إليكم معروفا، وقدم إليكم نصحا خالصا، فإن ما هو في الكتاب المذكور هو الحق الذي يجب اعتقاده في الله تعالى وأسمائه وصفاته. وأوسع منه كتابه " الصواعق المرسلة على الجهمية والمعطلة " والمطبوع منه بمكة اختصاره في مجلدين متوسطين . وكتب ابن القيم كلها نافعة مباركة عليها نور وفيها إفادة وهداية، بخلاف كتب شيخه ابن تيمية، فإنها مظلمة بخبث طوية صاحبها وكبريائه وأنانيته ، بل ما ضل من ضل عن الصراط المستقيم إلا بكتبه ، ويكفيك أن قرن الشيطان نجدي ، واتباعه، ومذهبه الفاسد وليد أفكار ابن تيمية وأقواله. أما ابن القيم فهو وإن كان على مذهب شيخه إلا أنه كان معتدلا من جهة، وطيب القلب منوره من جهة، فلذلك يحصل الانتفاع بكتبه دون كتب شيخه. والمقصود أن العقيدة الحقة في الله تعالى واسمائه وصفاته هي ما في مثل كتب ابن القيم.

أما عقيدة الاشعرية، ولا سيما المتأخرين منهم، فخلاف مجرد لما جاء عن الله ورسوله، بل وسائر رسله في توحيد الله تعالى وصفاته، وهم من الفرق الاثنين وسبعين بلا شك وإن سموا أنفسهم أهل السنة والجماعة ظلما وزورا وبهتانا وادعوا أن مذهب السلف اسلم ومذهب الخلف أعلم ، وفي الحقيقة هو أفسد وأظلم واجهل. ومن العجب أنهم لما رأوا مذهبهم مخالفا لما ورد عن الصحابة رضي الله عنهم الذين شهد لهم في كتابه أنهم خير الأمة وأنهم الصادقون وأنهم وأنهم، ادعوا أن مذهبهم هو ما كانت عليه بواطن الصحابة كما يقول مجنون الأشاعرة التاج السبكي، صاحب " جمع الجوامع ". فيالله من أخبره عن بواطن الصحابة؟ ومن أمره باتباع بواطنهم دون ظواهرهم؟ ومن جوز له أن يتهم الصحابة بالنفاق والكتمان وخلاف بواطنهم لظواهرهم، حاشاهم من ذلك فإنهم ما قاتلوا الناس ولا فارقوا رسول الله صلى الله عليه وسلم إلا على ما كانوا يدعون إليه بظواهرهم دون ما يفتريه المجرمون على بواطنهم. ومعاذ الله أن تكون بواطن الصحابة منطوية على فلسفة العجم ومنطق اليونان الذيين اتفق السلف الصالح وانعقد اجماعهم على تحريم الاشتغال بهما. وضلال معتقد ما جاء فيهما. ومعاذ الله أن يكون الصحابة يعبدون ربا لا وجود له في الخارج. وانما وجوده في الذهن واللسان كإله الأشعرية الذي ليس هو داخل العالم ولا خارج العالم. والعقول مجمعة على استحالة وجود موجود بهذه الصفة الى غير ذلك من طاماتهم التي لو ظهرت في زمان الصخابة لحاربوهم وقاتلوهم عليها كما قاتلوا من هم دونهم بمراحل كالخوارج وأشباههم. فكيف تكون بواطنهم منطوية على مثل هذا الضلال؟

وبعد فلسنا نقول إن كل ما يذهب إليه ابن القيم في كتبه وما يقرره من آرائه إن كان مؤيدا بدليله في نظره هو الحق. بل نوجب على مبتغي الحق. وطالب السلامة أن لا يقلد مخلوقا كائنا من كان وأن يتبع الدليل بحسب نظره. ونظر أهل الحق إن عجز هو عن الاستقلال بإدراكه. إن لابن القيم والحنابلة هنات وأوهاما وطامات إلا أنها بالنسبة لطمات الأشعرية كخردلة بالنسبة لجبل وقطرة بالنسبة لبحر. والشرح يطول والكلام في الموضوع متسع، وكيفما الحال فخطأ في فهم أفضل عند الله وأقرب إلى الحق وإلى مرضاته من خطأ بلا دليل أو بدليل عقلي فاسد مركب على مقدمات فلسفية وآراء يوناينة منتنة. فعليكم بعقيدة السلف الصالح وكتبها ك" شرح عقيدة السفاريني " و " شرح عقيدة الطحاوي " ونحوهما. وما عدا ذلك فوسوس وخبال وبدعة وضلال.

وأذكر لكم مناظرتين بسيطتين: إحداهما وقعت من بعض مجيزينا مع علماء الأزهر، والثانية وقعت لنا بمكة مع جماعة العلماء النجدين القرنيين الحنابلة. فالأولى قال لهم ذلك الأستاذ: هل الله تعالى خارج العلم؟ قالوا: لا. قال: فهل هو داخل العلم؟ قالوا: لا. قال: إذا هو العالم كله وإلا فهو غير موجود. فوقفوا. وأما الذي وقع لنا مع الحنابلة السلفيين بزعمهم فإنهم صاروا يقررون أن الله تعالى فوق عرشه بذاته، وهو معنا بعلمه، متمسكين بقوله تعالى: {الرحمن على العرش استوي} ونحوها من الآيات. فقلت لهم: هذا قرآن. قالوا: نعم. قلت: وقول الله تعالى: {وهو معكم أين ما كنتم}. قالوا: نعم. قلت: وقوله تعالى: {ما يكون من نجوى ثلاثة إلا هو رابعهم} الآية قرآن. قالوا: نعم، ولكنهما معية بالعلم. قلت: وما الذي جعلكم تتحكمون في القرآن بهواكم؟ والكل كلام الله، فتجعلون آيات العلو على حقيقتها وآيات المعية مؤولة؟ هل معكم دليل أو هو مجرد قول بالتشهي وترجيح بدون مرجح؟ قالوا: أحمد قال ذلك. قلت: ومن هو الإمام أحمد بالنسبة لكلام الله تعالى حتى يتحكم برأيه؟ أرسول هو؟ قالوا: لا. قلت: وما لكم ورأي أحمد وأنتم تدعون العمل بالدليل ونبذ آراء الناس؟ فسكتوا. ولم يجيبوا بحرف واحد. وكانوا ثلاثة رابعهم صاحب المنزل. وهو وهم من الموظفين عند ابن السعود في الدعوى والإرشاد. لهذا قلنا يجب عدم اتباع أمثال ابن القيم في كل ما يراه، والبحث طويل الذيل جدا. وإنما ذكرنا لكم المنظارتين لئلا يخلو من فائدة.

ما المقصود بالمبتدعة والمعطلة في كتب عقائد السلف؟ مرادهم بالمتدعة والمعطلة هم الأشعرية وأنهم شر ابتداعا من المعتزلة وأنهم كاذبون في دعواهم أنهم أهل السنة والجماعة أو على الأقل غالطون في ذلك ولا بد.

Apa yang al-Ustāḏ al-Hilāliyy kepada kalian tentang pembacaan Ijtimā* al-Juyūš al-Islāmiyyah karya Ibn al-Qoyyim, maka benar-benar dia menunjukkan yang makruf kepada kalian dengannya dan mengemukakan nasihat yang ikhlas kepada kalian. Sesungguhnya apa yang terkandung dalam kitab yang disebutkan itu adalah kebenaran yang wajib iktikadnya pada Allah Ta*ālā, nama-namaNya dan sifat-sifatNya. Dan seluas-luas daripadanya adalah kitabnya Aṣ-Ṣowā*iq al-Mursalah *Alā al-Jahmiyyah Wa al-Mu*aṭṭilah dan ia dicetak di Makkah yang diringkaskannya menjadi dua jilid yang sederhana. Kitab-kitab Ibn al-Qoyyim kesemuanya bermanfaat lagi diberikati yang padanya terdapat cahahya dan padanya terdapat faedah-faedah serta hidayah. Berbeza dengan karya syeikhnya, Ibn Taymiyyah. Sesungguhnya ia adalah kegelapan dengan sebab kejijikan pemikiran dalam pengarangnya, kebongkakannya dan keakuannya. Bahkan, tidaklah sesat mereka yang sesat daripada jalan yang lurus melainkan melalui kitabnya. Cukuplah engkau kurun syaitan Najdiyy, pengikut-pengikutnya, mazhabnya yang rosak dan anak-anak fikiran Ibn Taymiyyah serta kata-katanya. Adapun, Ibn al-Qoyyim, walaupun dia berada di mazhab syeikhnya, dia bersikap adil dari suatu sudut dan baik jantungnya meneranginya dari suatu sudut. Sebab itulah, boleh memperoleh manfaat melalui kitabnya tanpa kitab syeikhnya. Yang dimaksudkan adalah akidah yang benar pada Allah Ta*ālā, nama-namaNya dan sifat-sifatNya ada pada semisal kitab Ibn al-Qoyyim.

Adapun akidah al-Aš*ariyy, terutamanya yang terkebelakangan daripada mereka, maka ia sememangnya berbeza terhadap apa yang datang daripada Allah dan rasul-Nya. Bahkan, sekalian rasul-rasulNya pada tauhid Allah Ta*ālā dan sifat-sifatNya. Mereka termasuk daripada kelompok tujuh puluh dua tanpa syak meskipun mereka menamakan sebagai Ahli Sunnah Wal Jamā*ah dalam keadaan kegelapan, kepalsuan dan fitnah. Mereka mendakwa mazhab salaf lebih selamat dan mazhab khalaf lebih mengetahui. Pada hakikatnya ia adalah paling rosak, paling gelap dan paling jahil. Yang menghairankan adalah tatkala mereka melihat mazhab mereka menyalahi apa yang sampai daripada para Sahabat -roḍiyallahu *anhum- yang mereka disaksikan dalam kitab-Nya bahawa mereka sebaik-baik umat, mereka adalah orang yang benar, adalah mereka itu dan adalah mereka itu, mereka mendakwa bahawa mazhab mereka adalah apa yang berada dalam batin para Sahabat sepertimana kata penggila al-Aš*ariyy, at-Tāj as-Subkiyy, pengarang Jam* al-Jawāmi*. Ya Allah! Siapa yang mengkhabarkannya daripda batin para Sahabat? Siapa yang menyuruhnya untuk mengikut batin-batin mereka tanpa zahir mereka? Sesiapa yang mengharuskan untuknya tuduhan terhadap para Sahabat sebagai munafik, berselindung dan batin-batin mereka menyalahi zahir-zahir mereka, maka mereka berlepas diri daripada itu. Sesungguhnya mereka tidak memerangi orang ramai dan tidak berpisah daripada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- kecuali atas apa yang mereka dahulu menyerukan kepadanya dengan zahir-zahir mereka tanpa apa yang para penjenayah ini mengada-adakannya terhadap batin-batin mereka.

Kita berlindung kepada Allah bahawa batin para Sahabat mencakupi falsafah orang asing dan logika Yunani yang para salaf bersepakat dan telah terjalin ijmak mereka terhadap pengharaman menyibukkan diri pada kedua-duanya. Kesesatan bab iktikad adalah apa yang datang pada kedua-duanya. Kita berlindung kepada Allah bahawa para Sahabat menyembah tuhan yang tidak ada wujud padanya secara luaran dan sebenarnya wujud pada minda serta lisan seperti tuhan al-Aš*ariyy yang Dia bukan dalam alam dan bukan luar alam. Logik akal seperti itu rumit atas kemustahilan wujud yang ada dengan sifat ini kepada selain itu yang berupa bencana mereka yang kalaulah ia zahir pada zaman para Sahabat, pasti mereka bertempur dengan mereka dan memerangi mereka sepertimana mereka memerangi orang yang selain mereka pada beberapa peringkat masa seperti khawarij dan yang serupa dengan mereka. Bagaimana mungkin batin-batin mereka mencakupi semisal kesesatan ini?

Seterusnya, kami tidaklah mengatakan sesungguhnya apa yang Ibn al-Qoyyim menuju kepadanya dalam kitabnya dan apa yang dia mengakuinya yang berupa pandangan-pandangannya jika ia sebagai penguat dengan dalilnya menurut pemerhatiannya adalah benar. Bahkan, kita diwajibkan untuk menjadi orang yang mendambakan kebenaran. Tuntutan yang selamat adalah tidak bertaklid kepada mana-mana makhluk di mana mereka berada dan mengikuti dalil dengan perkiraan pemerhatiannya. Pemerhatian terhadap ahli kebenaran adalah jika tidak berdaya untuk independen dalam mengamatinya. Sesungguhnya Ibn al-Qoyyim dan para Ḥanābilah terdapat keranapan, waham dan bencana melainkan ia pada nisbah bencana adalah seperti biji sawi dengan nisbah kepada gunung dan setitis air dengan nisbah kepada lautan. Syarahnya panjang dan kalam pada topik meluas. Walaubagaimana pun keadaan itu, salah dalam kefahaman lebih mulia di sisi Allah dan lebih dekat kepada kebenaran dan keredhaan-Nya berbanding kesalahan tanpa dalil atau dalil akal yang rosak yang tersusun atas premis-premis falsafah dan pandangan-pandangan Yunani yang busuk. Hendaklah kalian berada di akidah salaf yang soleh dan kitab-kitab mereka seperti Šarḥ *Aqīdah as-Saffārīniyy, Šarḥ *Aqīdah aṭ-Ṭoḥāwiyy dan seumpamanya. Yang selain itu adalah waswas, kegilaan, bidaah dan sesat.

Aku menyebutkan untuk kalian dua perdebatan yang sederhana. Salah satunya adalah terjadi dari sebahagian orang yang menerima kami daripada ulama al-Azhar. Yang kedua berlaku kepada kami di Makkah bersama sekelompok ulama warga Najd dua tanduk yang Ḥanābilah. Yang pertama adalah ustaz itu berkata kepada mereka: "Adakah Allah Ta*ālā di luar alam?". Mereka berkata: "Tidak". Dia berkata: "Adakah dia di luar alam?". Mereka berkata: "Tidak". Dia berkata: "Kalau begitu di adalah alam secara keseluruhannya! Jika tidak, maka dia tidak wujud". Mereka pun terdiam.

Adapun yang terjadi kepada kami bersama golongan Ḥanābilah yang salafiyy menurut mereka. Mereka menjadi orang yang mengakui bahawa Allah Ta*ālā di atas Arasy-Nya dengan zat-Nya dan Dia bersama kita dengan ilmunya kerana berpegang dengan firman-Nya Ta*ālā: {Yang Maha Pengasih bersemayam di atas Arasy} dan seumpamanya yang berupa ayat al-Qur^ān. Aku berkata kepada mereka: "Ini adalah al-Qur^ān". Mereka berkata: "Ya". Aku berkata: "Firman Allah Ta*ālaā: {Dia bersama kalian di mana sahaja kalian berada}". Mereka berkata: "Ya". Aku berkata: "Firman-Nya Ta*ālā: {Tidak terjadi bisikan orang ketiga melainkan Dia yang keempatnya}. Ayat ini adalah al-Qur^ān". Mereka berkata: "Ya. Akan tetapi, kedua-duanya adalah kebersamaan dengan ilmu". Aku berkata: "Apa yang menyebabkan kalian bertindak sewenang-wenangnya terhadap al-Qur^ān dengan sesuka hatimu? Semua itu adalah kalam Allah. Lalu, kalian menjadikan ayat-ayat sifat al-*Uluww atas hakikatnya dan ayat-ayat kebersamaan itu ditakwil? Adakah kalian bersama dengan dalil atau ia semata-mata dengan keinginan atau tarjih tanpa yang mentarjihkannya?". Mereka berkata: "Aḥmad berkata sedemikian". Aku berkata: "Siapakah al-Imām Aḥmad dengan nisbah kalam Allah Ta*ālā sehingga dia sewenang-wenangnya dengan pandangannya? Adakah dia seorang rasul?". Mereka berkata: "Tidak". Aku berkata: "Apa hal kalian? Pandangan Aḥmad diambil sedangkan kalian menyeru pengamalan dengan dalil dan mengucilkan pandangan-pandangan manusia?". Lalu, mereka pun diam dan mereka tidak meresponsnya walau sepatah perkataan.

Mereka adalah tiga orang yang dan yang keempat daripada mereka adalah orang yang diberikan wahyu. Ia adalah waham daripada para pegawai di bawah Ibn as-Su*ūd dalam dakwah dan bimbingan. Kerana itulah kami katakan wajib tidak mengikut semisal-semisal Ibn al-Qoyyim dalam semua apa yang dia berpandangan padanya. Perbahasan tersebut adalah sangat panjang keterangannya. Cuma, apa yang kami sebutkan kepada kalian tentang dua perdebatan ini agar tidak sepi daripada faedah.

Apakah yang dimaksudkan dengan golongan bidaah dan mu*aṭṭilah dalam kitab-kitab akidah salaf? Maksud mereka dengan golongan bidaah dan mu*aṭṭilah adalah al-Aš*ariyy dan mereka lebih buruk daripada Muktazilah dari segi bidaah serta mereka berdusta dalam dakwaan mereka bahawa mereka adalah Ahl as-Sunnah Wa al-Jamā*ah atau paling sedikit adalah orang yang keliru pada hal itu secara pasti. [Al-Jawāb al-Mufīd Lī as-Sā^il al-Mustafīd, m/s 11-13, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut].

Sekarang, anda wahai ASWAJA sama ada mengikuti jalan yang dianggap tidak menghormati ulama menurut anda atau kekal dengan pegangan yang memandai-mandai sendiri mengikut kepala anda? Anda mahu menghormati ulama dengan mengikutinya atau menjunjung kebenaran dengan berpaling daripadanya?

Apakah susah untuk mengungkapkan sepertimana Tājuddīn as-Subkiyy mengungkapkannya? :

هُوَ شَيخنَا ومعلمنا غير أَن الْحق أَحَق أَن يتبع

"Dia adalah syeikh kita dan guru kita, tetapi kebenaran lebih berhak untuk diikuti". [Ṭobaqōt aš-Šāfi*iyyah al-Kubrō, jilid 2, m/s 13, keluaran Dār Hajr Li aṭ-Ṭobā*ah Wa an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Maḥmūd Muḥammad aṭ-Ṭonāḥiyy dan *Abdul Fattāḥ Muḥammad al-Ḥalw].

Jika kita faham prinsip ini, maka kita ada adab dengan ulama dan adab terhadap kebenaran. Janganlah kerana beralasan ingin beradab dengan ulama, kita mengenepikan adab kita terhadap kebenaran dengan berpaling daripadanya setelah terkukuh hujah yang tertegak pada kita dan taksub terhadapnya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643589972177371137/menghairankan-apabila-ada-kalangan-mereka-dari

Meme 94


Sanad perguruan konon. Semasa mereka redha Abū Sa*īd ad-Dārimiyy yang dituduh sebagai mujassim yang tidak pernah dituduh sedemikian sepanjang 1000 tahun setelah kewafatannya, sanad perguruan mana mereka ambil? Inikah hasil yang mereka belajar dengan berguru secara bersanad yang dicanang-canangkan?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643626478874066945/sanad-perguruan-konon-semasa-mereka-redha-ab%C5%AB

Meme 95


Aneh apabila seseorang sibuk bertanya siapa guru, apa sanad dan siapa yang mengiktiraf keilmuan orang lain kepada orang yang membantah pandangannya, tetapi mereka langsung tidak bertanya kesemua itu kepada orang yang membela pandangannya, malah terus diambil dan disebarkan tanpa ambil tahu pun apa statusnya! Mereka ini benar-benar hipokrit!

Saya pernah nyatakan bahawa pertanyaan ini bermotifkan untuk menjatuhkan kredibiliti orang lain dengan cara yang tidak selayaknya, menutup kekontangan idea untuk memberikan hujah balas ilmiah, menutup kedegilan mereka yang mengingkari pendapat dari pihak lain dan cara yang terbaik untuk selamatkan diri daripada dikritik.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643626980653350912/aneh-apabila-seseorang-sibuk-bertanya-siapa-guru

Meme 96


Saya ingin memetik kenyataan Kamilin Jamilin tentang dakwaan keraguan penisbahan kitab Šarḥ as-Sunnah kepada al-Muzaniyy :

Ada pihak tertentu mendakwa bahawa perawi kitab Šarḥ as-Sunnah karya al-Imām al-Muzaniyy (264 H), iaitu al-Hakkāriy dinilai Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy sebagai pendusta dan terdapat begitu ramai perawi yang majhul dalam sanadnya demi menolak penisbahan kitab tersebut kepada beliau. Benarkah sedemikian?

Jawapan : Dakwaan tersebut mengelirukan kerana al-Hakkāriy perawi kitab al-Muzaniy tersebut dan al-Hakkariy yang dituduh sebagai pendusta hadis tersebut merupakan dua individu yang berbeza. Justeru dalam ilmu hadis penting mengenali cabang ilmu yang dikenali sebagai al-Muttafiq Wa al-Muftariq iaitu wujud persamaan pada nama atau nisbah namun berbeza individunya.

Perawi yang disebutkan olehIbn Ḥajar dalam karyanya Lisān al-Mīzān ialah Abū al-Ḥasan *Aliyy bin Aḥmad al-Hakkāriyy (486 H) yang pernah dituduh berdusta dalam hadis serta meriwayatkan banyak hadis-hadis yang janggal lagi munkar oleh sesetengah ilmuwan hadis seperti Ibn al-Najjār. Ibn *Asākir mengatakan dia bukan seorang yang boleh dipercayai. Tuduhan tersebut hanya dinukilkan oleh Ibn Ḥajar dari tokoh-tokoh tersebut.

Manakala perawi kitab al-Muzaniy pula berdasarkan naskah manuskrip di perpustakaan Šāhid *Aliyy Bāšā di Turki ialah Yūsuf bin *Umar al-Hakkāriy yang hidup sekitar kurun ke-6-7. Rujuk lebih lanjut di muqaddimah tahqiq. Saya tidak menjumpai biografi beliau, apatah lagi kerana beliau bukan seorang perawi hadis menurut sepengetahuan cetek saya.

Mengenai dakwaan terdapat begitu ramai perawi yang majhūl (tidak dikenali) juga ada unsur-unsur mubalāġoh (berlebih-lebihan) kerana menurut sanad riwayat Yūsuf bin *Umar al-Hakkāriy tersebut yang lebih kurang dua belas perawi hanya sekitar dua perawi sahaja yang tidak dijumpai biografinya iaitu Hakkāriy Yūsuf bin *Umar tersebut serta al-Ḥasan bin *Aliy al-Yāzūriyy, namun kedua-dua mereka disifatkan sebagaial-Faqīh, iaitu sejenis lafaz pujian. Dan selain mereka berdua kesemuanya cukup dikenali dan sebahagian besar mereka dinilai ṯiqoh, iaitu dipercayai dan mutqin, iaitu jitu.

Penisbahan kitab ini kepada al-Muzaniy juga ada disokong oleh sebahagian nukilan aḏ-Ḏahabiyy dalam kitab al-*Uluw dan Ibn al-Qoyyim dalam Ijtimā* al-Juyūš al-Islāmiyy yang menukil keseluruhan teks dari kitab al-Muzaniyy tersebut menyokong pensabitan kitab ini kepada al-Muzaniyy.

Selain itu sanad-sanad lain dari naskah manuskrip lain bagi kitab al-Muzaniyy kepada pengarangnya ini setidak-tidaknya menguatkan lagi sanad pada naskah Turki tersebut.

Himpunan maklumat tentang biografi seseorang tokoh kebiasaannya tertumpu pada para perawi hadis atau tokoh-tokoh cendekiawan yang ulung. Manakala selainnya tidak begitu dititikberatkan. Barangkali disebabkan itu maklumat mengenai al-Hakkariy dan al-Hakkāriyy dan al-Yāzūriyy tersebut tidak meluas, apatah lagi para ulama lebih tegas pada hal-hal yang berkaitan sanad hadis, tidak seperti periwayatan kitab yang kadangkala diambil secara al-Wijādah atau penyalinan naskah dari generasi ke generasi. [Diambil dan diselaraskan dari sini : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1804000689828162&id=1743258955902336]

Saya katakan, ada segelintir orang cuba meragukan penisbahan Šarḥ as-Sunnah karya al-Muzaniyy, tetapi mereka sendiri mempercayai penisbahan al-Fiqh al-Akbar kepada Abū Ḥanīfah meskipun ia diriwayatkan perawi yang teruk kedhaifannya!

Sangat melucukan mereka berkata terhadap orang yang meragukan penisbahan al-Fiqh al-Akbar kepada Abū Ḥanīfah dengan menyindir bahawa apa yang terkandung di dalamnya menyalahi akidah orang tersebut sehingga mendorong keraguan tersebut, namun mereka sendiri lakukan yang sama terhadap kitab Šarḥ as-Sunnah ini atas motif yang sama. Hakikatnya, bukan isu sanad pun yang mereka pertikaikan, namun kerana apa yang terkandung Šarḥ as-Sunnah itu menyalahi mereka sehingga mendorong mereka untuk meragukannya!

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643628764735143936/saya-ingin-memetik-kenyataan-kamilin-jamilin

Meme 97


Saya hairan mereka yang memetik kata-kata al-Buẖōriyy dalam karyanya H̱olq Af*āl al-*Ibād untuk membantah pendapat mujassim yang mengisbatkan suara dan huruf bagi kalam Allah atau bertujuan untuk membantah wahabi. Mereka tidak sedarkah dalam kitab tersebut jelas l-Buẖōriyy menyatakan bahawa dia mengisbatkan suara bagi kalam Allah!

Malah, kitab ini juga sebenarnya menikam mereka dengan perbahasan ringkas sifat al-*Uluww bagi Allah yang menjadi kegerunan buat mereka. Jika ingin menyatakan betapa kitab ini sememangnya menimbulkan kegerunan kepada sebahagian pihak, al-Mizziyy pernah dipenjara kerana membacakan kitab ini sepertimana yang diceritakan Ibn Kaṯīr dalam al-Bidāyah Wa an-Nihāyah.

Entah mereka ini sengaja bermain falasi Cherry-Picking demi memperdaya orang ramai seolah-olah al-Buẖōriyy berpihak pada mereka atau mereka tidak tahu hakikat sebenar yang terkandung dalam karya tersebut.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643629376541458432/saya-hairan-mereka-yang-memetik-kata-kata

Meme 98


Syarat-syarat yang dikemukakan ini adalah yang saya ambil daripada al-Wajīz Fī Uṣūl al-Fiqh karya *Abdul Karīm Zaydān, m/s 402-406, keluaran Mu^assasah Qurṭubah. Cuma, satu lagi adalah persediaan diri untuk memulakan ijtihad. Meskipun motivasi dan dorongan mental diperlukan untuk melangkah ke dunia ijtihad, tetapi ini bukan syarat dari segi penguasaan ilmu.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643631288604098560/syarat-syarat-yang-dikemukakan-ini-adalah-yang

Meme 99


Firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

وَهُوَ الَّذِي سَخَّرَ الْبَحْرَ لِتَأْكُلُوا مِنْهُ لَحْمًا طَرِيًّا وَتَسْتَخْرِجُوا مِنْهُ حِلْيَةً تَلْبَسُونَهَا وَتَرَى الْفُلْكَ مَوَاخِرَ فِيهِ وَلِتَبْتَغُوا مِن فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

"Dialah yang mendukkan lautan agar kalian memakan daging yang segar daripadanya, supaya kalian mengeluarkan perhiasan yang kalian memakainya daripadanya, supaya kalian melihat kapal berlayar padanya, supaya kalian mencari sebahagian kurniaan-Nya dan supaya kalian bersyukur". [Surah an-Naḥl ayat 14].

Firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّـهُ حَلَالًا طَيِّبًا ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي أَنتُم بِهِ مُؤْمِنُونَ

"Makanlah yang halal lagi baik dari sebahagian apa yang Allah rezekikan kepada kalian. Bertakwalah kepada Allah yang kalian menjadi beriman dengannya". [Surah al-Mā^idah ayat 88].

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643632226622406656/firman-allah-tab%C4%81roka-wa-ta%C4%81l%C4%81-%D9%88-%D9%87-%D9%88-%D8%A7%D9%84-%D8%B0-%D9%8A

Meme 100


Bayangkan 10 orang di kelas duduk yang masing-masing memiliki kecelikan yang mendalam pada ilmu uṣūl fiqh dan hadis, lalu ada seorang daripadanya mahir bahasa Arab. Siapakah yang akan diberi perhatian?

Bahasa Arab adalah lapisan awal utama bagi membezakan diri dan ahli ilmu serta langkah permulaan yang asas untuk menuju kepada kefaqihan yang diimpikan.

Untuk menjadi faqih, tidak dapat tidak mesti mahir ilmu uṣūl fiqh dan ilmu ini sangat berhajat kepada bahasa Arab. Taqiyuddīn as-Subkiyy berkata :

فإن الإصوليين دققوا في فهم أشياء من كلام العرب لم يصل إليها النحاة ولا اللغويون

"Sesungguhnya ahli uṣūl meneliti pada kefahaman sesuatu yang terdiri daripada kalam Arab yang tidak para ahli nahu dan bahasa sampai kepadanya". [Al-Ibhāj Fī Šarḥ al-Minhāj, jilid 1, m/s 7, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut].

Apatah lagi ilmu hadis yang sumber rujukan utamanya banyak yang tertulis dalam bahasa Arab sehingga memerlukan penguasaan bahasa Arab walaupun minima. Dua ilmu ini penting untuk menjadi mujtahid atau paling kurang untuk menjadi orang yang mampu menekuni perbahasan dalil. Pusat ilmu adalah pada kedua-dua ini dan ia memerlukan bahasa Arab untuk seseorang mencerap intipatinya.

Sebab itulah benar orang yang berkata bahawa sesiapa yang belajar bahasa Arab, maka lahirlah ilmu yang baru untuknya kerana dia memiliki kanta yang jelas untuk mencerap alam semesta yang lebih terperinci dan tuntas.

Saya hairan melihat ada orang yang sampai ke peringkat ijazah dalam bidang agama, tetapi tidak ada kemahiran bahasa Arab. Ini merupakan capaian peringkat tinggi bagi seorang pelajar agama. Jika mereka ingin menjadi orang yang dijadikan rujukan dan membimbing orang ramai dalam ilmu agama, maka sewajarnya mereka mendalami bahasa Arab yang akan membantu mereka dalam meneroka kefahaman dan menajamkan kecelikan dalam ilmu agama.

Saya teringat Zaharuddin Nawi Qasimi pernah bercerita pengalamannya ketika zaman Master di Universiti Islam Antarabangsa dalam kelas Hadith Qiraah Nassiyah. Pelajar disuruh baca teks syarah hadis seorang demi seorang, tetapi 99 peratus baca teks lintang pukang baris walaupun sudah tahap Master! [Rujuk : https://www.facebook.com/zaharudinnawi.qasimi.1/posts/921626241338315].

Benar. Ini memang mengaibkan, lagi-lagi orang yang ingin belajar ke peringkat tinggi tetapi mengabaikan keperluan bahasa Arab. Ini tidak sepatutnya berlaku bagi orang yang ada kemahuan untuk mendalami ilmu agama jika dia tahu peranan penting bahasa Arab.

Malah, menghairankan juga seseorang yang berpusu-pusu ingin mempelajari kitab yang jika kita mendengar tajuknya, sudah cukup menggeletarkan kulit kita kerana keagungan nilai ilmu padanya. Namun, apabila ditanya tentang pembelajaran bahasa Arab, wajah mencuka itu zahir dilihat padanya. Pelbagai dalih diberikan untuk tidak mempelajarinya dengan alasan bahawa ia kompleks dan perlu hafal itu ini.

Duhai! Kalaulah dia tahu bahawa betapa sempitnya situasi seseorang ketika masuk ke perbahasan minda faqih tanpa bekalan bahasa Arab, pasti dia lebih sanggup bersusah payah menekuni bahasa Arab daripada terjun membabi buta.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643645660211658752/bayangkan-10-orang-di-kelas-duduk-yang

No comments:

Post a Comment