Monday, May 10, 2021

Diari Diri : Persahabatan Yang Erat Bersama Musuh Aliran

Apabila saya mengikuti mereka yang mendalami tentang mazhab ahli bait alayhim as-Salām dan menjadi espouser baginyaޱ saya melihat mereka memandang ašᶜarian dan zaydian sebagai serumpun yang hanya ada perbezaan kecil sahaja atau seakan-akan semirip yang masing-masing cerminan yang sama antara satu sama lain. Padahalߨ zaydian memiliki jurang perbezaan yang sangat besar dengan ašᶜarian dalam isu akidah.

Sesiapa yang ingin melihat perbezaan besarnya boleh memulakan pembacaan «Ṣoḥīḥ Šarḥ al-Aqīda a-oḥāwiyyaẗ» karya Ḥasan bin Aliyy as-Saqqōf. Walaupun kitab «al-Aqīda a-oḥāwiyyaẗ» ini adalah kitab induk bagi māturīdian dalam akidahޱ tetapi syarahan Ḥasan as-Saqqōf berorientasikan zaydian sehingga benar-benar memperlihatkan perbezaan yang ketara. Bahkanߨ kita boleh menelaah kritikan Ḥasan as-Saqqōf terhadap pegangan yang ada dalam kitab itu.

Secara ringkasܦ zaydian ini sememangnya menganut akidah persis muᶜtazilian dalam isu sifat Allah, qodariah dalam perbahasan takdir dan khawarij dalam isu keabadian seseorang dalam neraka bagi pelaku dosa besar. Ia sememangnya mengingatkan kepada peristiwa pengujian kemakhlukan Quran kepada semua ulama pada zaman salaf dan beberapa siri pergulatan bersama fahaman sesat yang lain pada zaman itu.

Perbezaan besar ini tidaklah selebar antara ašᶜarian dan salafi secara umum kerana ia hanya berkisarkan isu sifat Allah. Akan tetapiߨ bagaimana dalam para espouser mazhab ahli bait ini berinteraksi zaydian dan ašᶜarian seperti satu kembar seiras?

Mungkin sukar untuk membayangkan bagaimana rapatnya antara para espouser mazhab ahli bait dari kalangan ašᶜarian dan zaydian. Jika diumpamakan dengan perhubungan yang erat antara seorang salafi dan seorang yang lain dari ašᶜarianޱ gambaran itu sukar untuk menampilkan realitinya kerana ia seakan-akan biasa sahaja atau suam-suam kuku sahaja.

Pada saya yang lebih dekat adalah seakan-akan Amad bin Muammad bin a-iddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam yang sangat membenci ašᶜarian yang kalamnya terhadapnya sangat teruk sepertimana yang boleh dikumpulkan Ṣōdiq bin Salīm bin Ṣōdiq dalam «Ḏamm al-Ašāiro Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifaẗ» dengan adiknya; Abdullah yang sangat pekat dengan pegangan ašᶜarian.

Sekalipun begituޱ mereka berdua masih tetap dalam hubungan yang erat dan Abdullah berutus surat dengan abangnya dengan penuh penghormatan untuknya sepertimana yang boleh dilihat dalam ensiklopdia karyanya.

Ia juga seumpama Abdullah al-Ġumāriyy dengan Muammad Zāhid al-Kawariyy yang dikenali sebagai ketaksubannya yang tebal terhadap ḥanafian dan memaki hamun pelbagai ulama. Sebahagian kebejatan ini didedahkan oleh Abdullah al-Ġumāriyy sendiri dalam «Bida at-Tafāsīr». Perhubungan rapat antara Abdullah al-Ġumāriyy ini sememangnya menimbulkan kemusykilan dan pertikaian yang patut diperjelaskan.

Abdullah al-Ġumāriyy berkata :

العالمان المختلفان في الرأي لا تنفصم صداقته كالمحاميين يختلفان في ساحة المحكمة ويجتمعان خارجها صديقين. لكن بعض الجهلة مثل ذلك الحافد -أسخن الله عينه - اتخذوا هذا الخلاف العلمي سببا لإشغال نار العداوة فخيب الله وردهم خاسئين. رحم الله شقيقنا والكوثري. عالمي عصرهما بدون مزاحم. وجمعنا وإياهما في دار رحمته

"Dua orang ilmuwan yang saling berselisih dalam pandangan itu tidak terurai persahabatannya seperti dua peguam yang berselisih dalam medan majisteret dan berkumpul kedua-duanya di luarnya sebagai sahabat. Akan tetapiߨ sebahagian orang jahil seperti pelayan itu semoga Allah menurunkan kepadanya sesuatu yang menyebabkan dia menangis menjadikan perselisihan ilmu ini sebagai sebab untuk menyalakan api permusuhan di antara kami semoga Allah mematahkan usaha mereka dan membalas mereka sebagai orang yang lesu. Semoga Allah merahmati abang kami dan al-Kawariyy; dua orang ilmuwan yang tiada saingan. Semoga Dia mengumpulkan kita dan kedua-dua mereka dalam negeri rahmat-Nya". [Bida at-Tafāsīrm/s 180keluaran Dār ar-Rošād al-adīṯa].

Konteks ucapan Abdullah al-Ġumāriyy pada ini adalah ketika dia mendapat tahu bahawa abangnya; Amad al-Ġumāriyy menghasilkan suatu kitab yang mendedahkan kebejatan Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy dan memaparkan percanggahan pada karyanya «Ta^nīb al-H̱oṭīb» yang tercetus daripada ketaksubannya yang yang gusar.

Sebelum itu jugaܦ dia juga mendedahkan kebobrokan al-Kawṯariyy yang bersikap sangat taksub terhadap ḥanafian yang bersangatan yang melangkaui ketaksuban az-Zamaẖšariyy terhadap muᶜtazilian sehingga merendahkan kemampuan hafalan Ibn Ḥajar al-Asqolāniyyߨ bahkan memfitnahnya dengan cerita yang buruk, menistakan nasab Muḥammad bin Idrīs aš-Šāfiiyy, mencela Anas bin Mālik sebagai tua renta kerana meriwayatkan hadis yang menyalahi mazhab Abū anīfa dan berusaha mensahihkan hadis palsu tentang berita gembira tentang kemunculan Abū anīfa.

Timbul satu persoalanߨ khususnya mereka yang mempersoalkan usaha kerjasama dan perdamaian antara salafi dengan ašᶜarian untuk suatu objektif yang besar. Mengapa Abdullah al-Ġumāriyy terus ingin bersahabat dan menjalinkan perhubungan dengannyaߨ manakala abangnya pula mengambil langkah berseteru dengannya sehingga abangnya menyifatkan al-Kawṯariyy sebagai musuh sunnah, salaf yang soleh dan para imam kecuali golongan ḥanafian kerana ketaksubannya padanya sepertimana yang terdapat dalam «al-Jawāb al-Mufīd Li as-Sā^il al-Mustafīd»?

Apakah kerana sama-sama berkongsi sentimen dan objektif dalam penentangannya terhadap wahabi? Adakah dia tidak menyedari sebab abangnya menulis karya bantahannya adalah kerana dia telah mencela Mālik, aš-Šāfiiyy, Amad bin anbal, Abdul Romān bin Mahdiyy, al-Buẖōriyy dan sebahagian sahabat Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam seperti Anas dan Abū Huroyrohߨ bahkan banyak lagi kepincangan yang didedahkan? Atau dia mengetahui tentangnyaߨ tetapi masih menganggapnya ia masih isu kecil untuk menjadi pemutus kepentingan bersama dalam persahabatan untuk satu objektif?

Adakah abangnya menghasilkan «Bayān Talbīs al-Muftarī Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy» sekadar untuk perbincangan ilmiah dan menzahirkan perbezaan pendapat dalam ruang lingkup perselisihan yang muktabar serta perseteruannya dengannya adalah kerana dihasut oleh pengikut bawahannya?

Mungkin sahaja Abdullah al-Ġumāriyy tidak tahu bahawa Abdul Romān bin Yayā al-Muallimiyy juga melakukan perkara yang sama seperti abangnya melalui karyanya «at-Tankīl Bi Mā Fī Ta^nīb al-Kawṯariyy Min al-Abāṭīl». Dengan itu jika dikumpulkan kedua-dua karya ini bersamaޱ maka betapa banyaknya kebejatan yang ada sosok seorang yang diangkat tinggi sebagai ilmuwan jika disenaraikan satu persatu!

Atau sebenarnya dia menyedarinya dan telah membacanyaߨ tetapi masih menganggap itu dalam kesalahan ringan dan demi menjaga air mukanya bersama al-Kawṯariyy agar terus bersahabat dalam suatu kepentingan? Patutkah seseorang terus berdampingan dengan orang yang terlalu taksub terhadap mazhabnya sehingga mencela tokoh kenamaan dengan tidak sepatutnya? Perangai ini mungkin sahaja sama teruk atau lebih dahsyat lagi daripada wahabi yang selalu dimomokkan dan ditentang habis-habisan.

Kita tidak tahu mengapa Abdullah al-Ġumāriyy masih bertoleransi dan memberikan ruang untuk terus setia bersamanya sekalipun keterukan al-Kawṯariyy ini di luar kemaafan dan tidak patut didiamkan daripada umum. Tidakkah dia tahu kenyataan al-Kawṯariyy ini juga melukakan pengikut mālikian, šāfiᶜian dan ḥanbalianߨ bahkan seluruh umat dari kalangan ahli sunnah sama ada ilmuwan atau para pelajar yang celik tentang ulama disebabkan ketaksubannya yang telah melampaui batas?

Bagi yang mengenali aliran pemikiran mereka kedua-duanya sememangnya lantang menentang wahabi dan sememangnya tegar dengan ašᶜarian. Boleh jadi dia masih menjalinkan perhubungan rapat bersama al-Kawṯariyy untuk kepentingan ini atau mungkin sahaja ia lebih daripada itu.

Sebegitu juga kita tertanya-tanya mengapa ada sebahagian ašᶜarian atau sufi atau kedua-duanya saling bergandingan dengan golongan wahabi sekalipun adanya perbezaan yang paling mendasar dan ia mampu membawa kepada persengketaan yang hangat antara kedua-duanya. Bahkanߨ sehingga golongan ašᶜarian atau sufi atau kedua-duanya dituduh sebagai musang berbulu wahabi kerana kerapatannya bersama wahabi dalam menentang sebahagian sufi atau ašᶜarian yang dianggap menyimpang atau mereka ini seakan-akan menjadi jurucakap bagi pihak wahabi dalam menentang sesama kelompoknya.

Akan tetapiߨ bagaimana pihak ašᶜarian atau sufi atau kedua-duanya itu berkata sepertimana Abdullah al-Ġumāriyy ketika menjustifikasikan persahabatan, kerapatan dan hubungan mesra bersama golongan yang seringkali dituduh wahabi? Apakah mereka ini tidak tahu tentang bahaya wahabi sepertimana yang selalu diperingatkan dan ditekan-tekan dari semasa ke semasa? Atau mereka ada objektif yang lebih besar untuk mengetepikan dan bertoleransi keparahan itu sebentar?

Kemudianߨ kita ingin bertanya kepada mereka yang menentang kerjasama antara pihak ašᶜarian atau sufi atau kedua-duanya dengan golongan yang dilabel sebagai wahabi. Kalaulah Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy masih hidup pada hari iniޱ apakah mereka akan bekerjasama dengannya dalam misi bersama untuk membanteras wahabi sepertimana yang dilakukan Abdullah al-Ġumāriyy sekalipun sudah pun didedahkan kebejatannya yang cukup banyak sekali?

Kemudianߨ mengapa mereka ini sibuk mempertikaikan pihak ašᶜarian atau sufi atau kedua-duanya bergabung dengan pihak yang dikatakan wahabi untuk satu misi yang samaߨ sedangkan mereka langsung tidak mempertikaikan kerjasama Abdullah al-Ġumāriyy dengan penghina para Sahabat semoga Allah meredhai mereka dan para ulama untuk suatu matlamat bersama?

Kemusykilan ini jika terjawab dengan tuntas dan matangޱ maka kita juga boleh memahami mengapa kalangan espouser dari zaydian dan ašᶜarian saling beramah mesra dan kekal di atas momentum yang sama atas dasar kecintaan kepada ahli bait dan menikmati warisan peninggalannya yang berharga. Bahkanߨ jalinan kerjasama antara sebahagian salafi dengan sebahagian ašᶜarian.

Zaydian dan ašᶜarian juga ada siri kritikannya sesama mereka sepertimana berlalunya aliran ašᶜarian dalam siri kritikan terhadap muᶜtazilian. Ḥasan as-Saqqōf menyuarakan kritikannya terhadap ašᶜarian. Gurunya; Abdullah al-Ġumāriyy juga banyak mengkritik muᶜtazilian dalam «Bida at-Tafāsīr»ߨ khususnya bahagian tafsir muᶜtazilian yang mana zaydian boleh berpihak padanya.

Malahߨ jika dilihat pada luar skop espouser mazhab ahli bait dari kalangan ašᶜarianޱ ada siri kritikannya terhadap zaydian secara tidak langsung atas tema kritikan terhadap muᶜtazilian atau qodariah atau khawarij. Kalau terzahirnya zaydian di tanah air kita di pentas umumߨmaka ia sama sahaja konfrontasi dengan ketiga-tiga aliran ini berbanding kita berkonfrontasi atas tema zaydian.

Kita boleh mengambil pelajaran daripada mereka bagaimana mereka mengekalkan toleransi yang mendalam dan persahabatan yang utuh biarpun kedua-dua di antara mereka memiliki jurang perbezaan dalam akidah yang sememangnya termasuk dalam lapangan bidaah yang berat dan jika timbulnya wacana mengenainyaޱ ia boleh berbahang dan berbisa.

Sebab utama yang boleh diambil kira adalah kedua-dua golongan ini kekal teguh atas dasar sentimen untuk memelihara pertalian bersama tokoh ahli bait yang wujud dalam komuniti zaydian dan ašᶜarian. Walaupun hakikat perbezaannya adalah antara muᶜtazilian dengan ašᶜarianޱ tetapi tema perbezaan itu diketepikan atas nama perbezaan antara zaydian dengan ašᶜarian dan dieratkan atas dasar pengaguman ahli bait, menggali warisan ilmunya, mencedok pemikirannya, memanfaatkan khazanah peninggalannya dan memelihara hak mereka dari disisihkan, dizalimi dan dimusuhi.

Pada kelompok ini sama ada pada zaydian atau ašᶜarianܦ kedua-duanya adalah gudang yang menyimpan rizab yang bernilai yang mana tidak patut seseorang daripadanya berebut antara satu sama lain dan berpuak-puak atas eksploitasi nama ulama yang berzuriat Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam.

Sepatutnya mereka adalah kerabat yang berkongsi darah dari datuk yang sama, adik-beradik yang bagai air yang dicincang tidak putus dan sepupu yang bagai kuku dengan isiߨ bukan saling eksploitasi, saling mempergunakan dan saling dipergunakan untuk kepentingan tertentu.

Atas sebab itulah mereka tidak ingin mendalamkan seteru sesama mereka. Masing-masing mungkin bergeseran secara kasar dan wujud persaingan yang sengit yang mana masing-masing ingin mengekalkan hegemoni mereka dan melebarkan pengaruh mereka. Namunߨ kecintaan terhadap ahli bait dan pengagungan terhadap karya peninggalannya adalah lebih utama dan mengatasi perbezaan aliran.

Perhubungan seperti ini sangat sukar untuk direalisasikan jika dibandingkan dengan keeratan antara muslim dengan nonmuslim apabila tiada sentimen yang padu untuknya kerana ada masanya ia akan teruji. Ini kerana jika ingin dibandingkan dengan nonmuslimޱ zaydian dan ašᶜarian masing-masing mendakwa mereka mewakili Islam yang sebenar dan bergerak atas nama Islam pada manusia secara umum berbanding jenama aliran mereka.

Nonmuslim yang jahilߨ tentu lagi muslim yang tidak mengerti akan keliru akan golongan yang benar. Makaߨ atas sebab itulah kadangkala berlakunya pergulatan yang berangasan supaya masing-masing dapat menawarkan Islam yang sejati kepada orang ramai. Adakalanyaܦ atas dasar kecintaan ahli bait semata-mata akan dipudarkan sebentar apabila melibatkan isu ini memandangkan jurang perbezaan antara kedua-duanya jauh lebih besar.

Apapunߨ dalam kehidupan realiti pun yang di luar skop agama pun sememangnya masing-masing cuba menampilkan kebenaran sejati dan yang paling terbaik untuk manusia serta kita semua sememangnya berkewajipan untuk melaburkan usaha dalam mencari yang validitas apa yang didakwa. Ia seperti soal pemilihan kepimpinan yang tertinggi; siapakah yang layak menjadi presiden, persoalan sama ada bumi itu rata atau bumi itu sfera, persoalan tentang apakah vaksin itu selamat atau tidak dan pelbagai lagi.

Cumaߨ yang menariknya adalah bagaimana mereka kekal persahabatan ini walaupun kontroversinya pandangan tersebut atau aliran yang dibawa. Selalu sahaja kita dicela kerana kekal berdampingnya, memberi penghormatan yang baik untuknya dan bergerak di atas suatu kepentingan bersama seolah-olah isu kontroversi pada sosok seseorang itu tidak memberi apa-apa bekas sepertimana celaan yang akan ditimbulkan pada Abdullah al-Ġumāriyy kerana kekal bersahabat dengan al-Kawṯariyy yang terkenal dengan sikap biadapnya terhadap ulama agung.

Ini kerana bersahabat dengan nonmuslim meskipun dari kalangan evangelisޱ mungkin boleh diberikan toleransi sekalipun terasa beban untuk menerimanya kerana kita tahu pegangan sebenarnya. Akan tetapiߨ ini melibatkan golongan bidaahߨ lebih-lebih lagi yang berat lagi parah yang menampilkan imej muslim dan bendera Islam. Pendirian yang tidak jelas inilah yang dikhuatiri.

Pada mereka jika golongan yang terang-terangan memusuhi Islam punޱ kita tidak boleh merapatinya dan merapatinya seakan-akan termasuk memberikan sokongan moral terhadapnyaߨ apatah lagi jika ingin kekal bersahabat dengan golongan yang kerap menyergah aliran kebenaran. Persepsi seperti ini sememangnya valid dan kebimbangan mereka adalah tulen lagi berasas.

Hakikatnya adalah tanpa merapati dengan golongan bidaah pun sebahagian orang juga terbelenggu dengan syubhat dari yang bukan muslim dan terpengaruh dengan ideanya dengan pelbagai medium meskipun tanpa melalui tangan evangelis. Makaߨ isu kesesatan dan penyesatan ini merentasi aliran dan agama.

Cumaߨ saya katakan bahawa masing-masing dalam dunia ini akan bergolak untuk mengkehadapankan kebenaran di sisinya tanpa mengira aliran atau agamaߨ bahkan di luar isu agama pun adanya sebegini. Kebebasan ini diperakui dalam undang-undang ataupun isu kemanusiaan itu sendiri.

Tanpa meraikan kebebasan iniܦ agama Islam pun tidak dapat menyebar dan kita sendiri dianggap bersikap totalitarian dan bersikap sepihak kerana seakan-akan hanya kita sahaja boleh bersuara dan berjuangߨ tetapi orang lain dikensor apabila menyatakan pendirian mereka.

Kalau ini berlaku pada agama lainޱ kita sendiri pun tidak redha dan kita juga akan kekal memberontak dengan radikal untuk mengunggulkan hak kita. Atas sebab itulah masing-masing meraikan kebebasannya atau jika tidakޱ yang ada hanyalah pergolakan yang hilang toleransinya.

Cumaߨ masing-masing perlu akui dan sedar sempadan antara satu sama lainߨ di samping menjaga hak sebagai warganegara dan hidup dalam komuniti sesama manusia. Kita dapat melangsungkan keharmonian dan menikmati kestabilan kerana kita saling memahami tentang ini dan bekerjasama atas matlamat yang besar؛ iaitu hidup damai tanpa pergolakan. Seterusnya kepada isu-isu yang lain yang menyusul.

Perbezaan, persaingan dan perebutan adalah perkara biasa memandangkan itulah lumrah kehidupan manusia dan ia bukan semata-mata berkaitan dengan agama. Namunߨ kita perlu bersikap matang dalam mendepani perbezaan dan beradaptasi dengan orde setempat supaya tidak mencetuskan ketegangan yang di luar daripada garisan merah.

Kita mungkin boleh bersosial bersama, berkawan atau bergerak dalam satu komuniti untuk satu matlamat yang sama seperti isu keadilan, tadbir urus, ketelusan, alam sekitar dan lain-lain. Pun begituߨ ada masanya kita perlu bertegas pada bahagian yang tidak kita kompromi dan batasan yang kita boleh bertoleransi pada aspek tertentu. Apabila ia melibatkan isu perayaan yang berkait dengan suatu agama sebagai contohޱ umat Islam bertegas untuk tidak terlibat dan tidak terbabit dengannya.

Sedemikianlah antara zaydian dengan ašᶜarianߨ bahkan dengan salafi sekalipun. Kita semua ada pengiktirafan yang besar untuk ahli bait dan penghargaan yang mendalam untuk peninggalan mereka. Kita akui bahawa tokoh ahli bait ini terdiri dari pelbagai aliranߨ bukan hanya terhad pada satu sahaja. Masing-masing ada sumbangan dan jasanya.

Masing-masing boleh berwacana dan berdiskusi bersama tentang bahagian yang memberi faedah kepada umat meskipun berbeza aliran. Bahkanߨ memberikan kerjasama yang baik dalam usaha membina intelektualisme dan pembinaan sahsiah kepada generasi muslim secara umumnya tanpa ekstrim dengan golongan tertentu. Bahkanߨ menyantuninya dengan sebaik-baiknya atas dasar berbuat baik kepada ahli bait dan atas dasar kecintaan kepada khazanah mereka sekalipun pelbagai alirna.

Walaupun az-Zamaẖšariyy adalah muᶜtazilian tegarߨ tetapi tafsirnya dimanfaatkan dan diperakui keagungannya. Sebegitu juga dengan warisan, idea dan penulisan ahli bait. Cumaߨ masing-masing akan bertegas tentang bahagian yang mereka tidak kompromi dan mereka akan menampilkan perbezaan yang jelas di antara mereka serta memandang besar terhadap isu kontroversi dari pihak yang lain.

Masing-masing akan berkata bahawa tidak boleh menghadiri kuliah akidah daripada aliran salafi atau ašᶜarian atau zaydian yang menyeleweng menurut masing-masing atau membenarkan pengajarannya disebar secara umumߨ di samping menyeretkan kritikan yang agresif antara satu sama lain sepertimana salafi dan ašᶜarian akan berkata sedemikian untuk kuliah akidah dan penyebaran pemikiran az-Zamaẖšariyy sekalipun mereka mungkin bertoleransi untuk medan bahasa.

Ia mungkin berhadapan dengan pelbagai cabaran kerana adanya pasang surut dan hari tidak selalunya cerah. Ada masanya kita bekerjasama dan saling berdamai serta mampu beramah mesra antara satu sama lain. Ada masanya kita akan saling berasak yang sememangnya tidak ada kemaafan langsung akibat parahnya perbezaan antara masing-masing.

Kitaran ini tidak akan berhenti sehinggalah hari kiamat. Namunߨ sentiasalah beringat dengan firman Allah Subḥānahu Wa Taālā :

وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۚ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ ﴿٣٤﴾‏ وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ ﴿٣٥

"Tidaklah sama kebaikan dengan keburukan. Tolaklah dengan yang paling terbaik. Laluߨ tiba-tiba yang ada permusuhan antara engkau dengan dia seakan-akan ia adalah teman rapat yang mesra. Tidaklah mencapainya melainkan orang yang bersabar dan tidaklah mencapainya melainkan orang yang bernasib untung yang hebat". [Surah Fuṣṣilat ayat 3435].

Oleh ituߨ jangan terikut dengan kesimpulan simplistik bagi sebahagian orang bahawa isu kontroversi yang ada pada seseorang itu adalah sebab untuk kita menjauhinya dan tidak perlu ada perkaitan antara dia dengannya sama ada dalam bentuk persahabatan atau apa jua bentuk! Jika adaޱ maka ia seolah-olah menggambarkan wujudnya sokongan moral atau advokasi yang tersirat terhadapnya atau pendapatnya atau fahamannya sebelum meneliti terlebih dahulu dengan lebih saksama.

Netizen dan persepsi orang sememangnya ada seribu reaksi yang berbeza. Mengapa kita perlu melayaninya dan terlalu terikut dengan rentak dan keinginan seribu respons ini? Kita akhirnya tidak akan dapat memuaskan hati semua orang. Lebih baik kita bergerak atas dasar apa yang kita merasakan ia adalah haluan yang tepat dan pilihan yang betul meskipun tidak disukai oleh orang sekeliling.

Jika kita tidak diuji dengan terpalit kepada apa-apa isu kontroversi sama ada kerana kita ini bukan orang popular atau banyak berpihak pada permainan selamat atau bukan para pejuang yang tegas untuk suatu prinsipޱ sememangnya sedap lidah untuk beri kesimpulan simplistik sebegitu dan pendirian yang sembarangan seperti itu. Namunߨ jika suatu hari kita sendiri diujiޱ pada masa itu saksikanlah sendiri sama ada kesimpulan sebegitu adalah cara yang tidak matang atau keputusan yang bijak. Fikirkanlah.

Boleh dikatakan rata-rata mereka yang popular ini ada isu kontroversi yang terpalit bersama mereka walaupun satu. Adakah kita ingin mengatakan bahawa setiap yang kontroversi adalah salah? Jika ia adalah kesalahanޱ apakah tahapnya dan apakah statusnya?

Saya secara peribadiܦ walaupun sangat keras permusuhan dengan ašᶜarianޱ saya masih mencadangkan untuk menghadiri kuliah mereka dari kalangan yang berkualiti untuk dimanfaatkan sama ada dalam aspek akidah, fiqh, hadis dan lain-lain biarpun sebahagian kuliahnya mencela golongan yang dilabel sebagai wahabi.

Bahkanߨ saya menyambut baik usaha untuk perdamaian antara salafi dengan ašᶜarian dalam fokus yang besar dalam membanteras batiniah yang berbulu sufi atau menghadapi liberal atau seumpamanya. Saya sama sekali tidak ada masalah jika dua aliran yang berbeza duduk sepentas untuk berwacana dan berbahas tentangnya walaupun wujudnya perbalahan dalaman di belakang tabir kerana ada isu perbezaan aliran.

Ia sama seperti meraikan perhubungan antara Aḥmad al-Ġumāriyy dengan adiknya; Abdullah biarpun berbeza dari segi aliran akidah. Ia sama seperti perhubungan Abdullah al-Ġumāriyy dengan Zāhid al-Kawariyy biarpun al-Kawṯariyy terkenal dengan sikapnya. Atau sekurang-kurangnya seperti Ibn al-Arobiyy al-Mālikiyy dengan ayahnya yang mana ayahnya adalah ẓōhirian yang selalu dicela oleh Ibn al-Arobiyyߨ tetapi masih dapat merantau bersama sepertimana yang disebutkan aḏ-Ḏahabiyy dalam «Siyar Alām an-Nubalā^».

Bagi pihak salafi jangan lupa bahawa tokoh ulama yang besar dalam sejarah adalah dari kalangan ašᶜarian dan mereka bukan calang-calang orang untuk dijatuhkan kredibilitinya hanya kerana isu perbezaan aliran. Bahkanߨ salafi hari ini memandang besar peninggalan mereka, menjadikan idea mereka untuk menguatkan pandangan salafi dalam beberapa aspek serta dimanfaatkan untuk kajian penerimaan atau penolakan.

Sebutlah beberapa nama daripadanya seperti al-Bayhaqiyy, an-Nawawiyy, Ibn Ḥajar al-Asqolāniyy dan lain-lain. Salafi sendiri akan memberi penghormatan yang besar untuk nama ini dan tidak akan sama sekali mengurangi kemuliaannya atas dasar perbezaan aliran semata-mata kecuali yang melampau.

Usah kata dalam bidang hadis, fiqh dan bahasa sahaja yang imam ašᶜarian ini menyerlah dan cekap. Bahkanߨ ramai juga dari kalangan ašᶜarian yang menentang keras Ibn Arobiyy yang merupakan pemuka sufi batiniah yang menjadi subjek pertikaian.

Mereka tidak berkompromi sepertimana yang dikongsi bersama oleh salafi. Malahߨ penghujahan mereka untuk bertarung dengan aliran mungkin sahaja lebih baik kerana penguasaannya dalam ilmu kalam dan kehalusannya sehingga mereka dapat menggali dan menyelami apa yang tidak mampu dicapai oleh rata-rata salafiߨ lalu ašᶜarian dapat meruntuhkan batiniah ini dengan jurus ampuh lagi maut yang menumbangkan istana sufi yang bejat ini.

Mereka ini kalau masih hidup pada hari iniߨ pasti mereka lebih layak untuk ditimba ilmu daripadanya, didampingi untuk mengambil keberkatan ilmunya, kesolehannya dan diundang untuk memberikan pengajaran, perkongsian dan wacana kerana mereka jauh lebih berautoriti, berkaliber dan berkompeten untuk bidang mereka.

Mereka ini walaupun bukan darah daging untuk salafiߨ tetapi mereka adalah pakaian dan perhiasan yang mewarnai sejarah keilmuan muslin dengan kemegahan. Mereka ini mungkin seperti adik angkat dan dibesarkan dalam suasana ilmiah yang positif meskipun berbeza natijah pemikiran dan aliran yang dibawa.

Jika kita mampu menghargai tokoh ulama yang lalu dengan ketinggian yang selayaknyaޱ mengapa pula kita tidak boleh berbuat yang sama untuk mereka pada hari ini? Apa yang menghalang kita daripada menjayakan ini? Adakah sentimen kepuakan?

Kadangkalaܦ sebahagian salafi celup ini gemar mentahzir sebahagian ilmuwan salafi yang lain hanya kerana ada beberapa perbezaan pendapat atau interaksinya yang lunak terhadap golongan yang mereka mengkategorikannya dalam aliran bidaah. Yang tinggal hanya beberapa orang yang boleh dibilang dengan jari sahaja atau mungkin hanya seorang sahaja!

Tidakkah kita mengambil pelajaran daripada pelampauan Robī bin Hādī al-Madoliyy dalam pentahziran? Lihatlah beberapa nama tokoh besar salafi yang dalam senarai tahzirnya dan berapa ramai yang menjadi sasarannya. Jangan terkejut jika tokoh itu dijulang tinggi sebagai pemegang manhaj yang sejati ini menjadi mangsa pentahzirannya.

Kalau tokoh salafi pun tidak terlepas dari kejahatan pelampauannyaߨ bagaimana pula dengan ašᶜarian? Bayangkan jika imam agung dari kalangan ašᶜarian yang lalu masih hidup pada hari ini. Boleh diagak bagaimana kedudukan mereka ini di mata yang sefikrah dengan al-Madẖoliyy.

Kalau pun ašᶜarian adalah golongan bidaahޱ janganlah diborongkan sekali dalam satu kelompok yang sama-sama berat. Setiap bidaah tidak sama beratnya antara satu sama lain.

Qotādah bin Diāmah adalah qodariah dan Ikrimah; maula Ibn Abbās adalah ibāḍian. Namun, mereka ini diambil tafsirnya, tidak dipersoalkan kedudukannya dalam bidang tersebut, diriwayatkan hadis mereka serta diperakui keilmuannya dan kesolehannya. Mereka juga didampingi dan ditimba inspirasi yang positif daripada mereka. Bahkanߨ Muḥammad bin Idrīs aš-Šāfiiyy menimba ilmu daripada Muammad bin al-H̱asan aš-Šaybāniyy yang merupakan penganut jahmian. 

Tidak kedengaran pula mereka bertiga ini ditahzir. Bahkanߨ kita mendoakan kemaafan atau sekadar meluahkan rasa kecewa atas anutannya. Kita sama sekali tidak mencelanyaߨ apatah lagi mentahzirnya dan merendahkan kedudukan yang mereka layak berada padanya.

Yang kita tahu adalah salaf hanya memboikot golongan bidaah yang serius parahnya seperti jahmian, muᶜtazilian dan rofḍian. Mereka ini sememangnya bukan sahaja ditegah untuk melazimi bersama mereka. Mereka ini juga tidak diambil hadis daripada mereka dan dijauhkan dengan sejauh-jauhnya, di samping ditentang habis-habisan.

Janganlah kita mengelompokkan setiap pelaku bidaah adalah sama. Boleh jadi orang tersebut hanya ada cebisan yang sedikit daripadanya atau orang itu dituduh sedemikianߨ padahal tidak sedemikian sehingga dia dizalimi yang mana dia tidak patut dilayani sedemikian. Atas sebab itulah berhati-hati dalam mengelompokkan seseorang dalam penganut bidaah dan mentahzir kerana kita mungkin akan bertindak keterlaluan terhadap orang yang tidak sepatutnya.

Sejujurnyaܦ kalau saya ingin memperpanjangkan dan memperbesarkan pergaduhanޱ saya tidak hanya menterhadkan diri pada ašᶜarian semata-mata walaupun telah banyak penulisan yang saya hasilkan untuk menyinggung, menyelar, mengkritik dan meruntuhkan fahaman mereka.

Bahkanߨ saya juga akan menyeretkan pertelingkahan ini kepada ḥanafian dan mālikian kerana kedua-dua ini juga mempunyai masalah pada usul yang serius. Sebagai permulaanܦ silalah baca «Naqd Maqōl Fī Masā^il Min Ilm al-adīṯs Wa al-Fiqh Wa Uṣūlih Wa Tafḍīl Ba al-Maḏāhib» karya Abdul ayy bin Muammad bin a-iddīq al-Ġhumāriyy; tokoh ahli uṣūl berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam.

Namunߨ apa guna? Kenapa kita boleh menerima kedua-dua mazhab ini sebagai mazhab yang muktabar dalam ahli sunnah meskipun mereka ada prinsip pada bahagian usul yang sama sekali tidak layak dijadikan penerimaannya dalam manhaj ahli sunnah?

Ini kerana perbezaannya masih dalam ruang lingkup yang kecil sehingga tidak padan untuk diperbesar-besarkan dan diperpanjangkan. Kalaupun usul mereka adalah parahޱ tidak bermakna itu adalah sama sepertimana kelompok yang di luar ahli sunnah dan kalaupun mereka adalah golongan bidaah, ia bukanlah berat.

Jika sedemikianޱ apa yang menghalang kita untuk mewujudkan perhubungan yang mesra, damai dan setiakawan untuk suatu perjuangan yang lebih utama bersama ašᶜarian? Jika kita tidak memperpanjangkan konflik bersama ḥanafian dan mālikian atau memperbesarkannyaޱ mengapa tidak boleh pula untuk ašᶜarian?

Boleh dikatakan bahawa usaha ini membawa suatu dilemma. Ini kerana apabila suatu pihak memberi ruang untuk mereka yang lain dalam kelompoknyaޱ identiti mereka akan bercampur dan seakan-akan keparahan dari kelompok tersebut diambil ringan dan ditanggapi sebagai perbezaan pandangan yang muktabar. Jika terlalu menyempitkan diri dalam satu bahagianޱ terlalu ramai orang yang akan dijadikan musuh, diboikot, ditanamkan sangka buruk terhadapnya, dicurigakan kewibawaannya dan dilayani secara keras yang tidak sepatutnya mereka itu dilayan sedemikian.

Kita sememangnya akan berhadapan dengan orang kerap mempersoalkan mengapa perlu sepentas dan bergerak seiring bersama orang yang terpalit dengan kontroversi yang tercela dan memiliki pegangan yang berbeza pada perkara yang mendasar. Kadangkalaߨ fokus kepada tujuan yang murni dan sememangnya perjuangan yang telah dibuktikan untuknya pun dipertikaikan dan dipersoalkan.

Ini mengingatkan kita tentang apa yang diriwayatkan Maḥmūd bin ar-Robī yang berkata :

أَنَّ عِتْبَانَ بْنَ مَالِكٍ وَهُوَ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِمَّنْ شَهِدَ بَدْرًا مِنَ الأَنْصَارِ أَنَّهُ أَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ أَنْكَرْتُ بَصَرِي ، وَأَنَا أُصَلِّي لِقَوْمِي فَإِذَا كَانَتِ الأَمْطَارُ سَالَ الوَادِي الَّذِي بَيْنِي وَبَيْنَهُمْ ، لَمْ أَسْتَطِعْ أَنْ آتِيَ مَسْجِدَهُمْ فَأُصَلِّيَ بِهِمْ ، وَوَدِدْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَنَّكَ تَأْتِينِي فَتُصَلِّيَ فِي بَيْتِي ، فَأَتَّخِذَهُ مُصَلًّى ، قَالَ : فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : سَأَفْعَلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ قَالَ عِتْبَانُ : فَغَدَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو بَكْرٍ حِينَ ارْتَفَعَ النَّهَارُ ، فَاسْتَأْذَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَذِنْتُ لَهُ ، فَلَمْ يَجْلِسْ حَتَّى دَخَلَ البَيْتَ ، ثُمَّ قَالَ : أَيْنَ تُحِبُّ أَنْ أُصَلِّيَ مِنْ بَيْتِكَ قَالَ : فَأَشَرْتُ لَهُ إِلَى نَاحِيَةٍ مِنَ البَيْتِ ، فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَبَّرَ ، فَقُمْنَا فَصَفَّنَا فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ سَلَّمَ ، قَالَ وَحَبَسْنَاهُ عَلَى خَزِيرَةٍ صَنَعْنَاهَا لَهُ ، قَالَ : فَآبَ فِي البَيْتِ ، رِجَالٌ مِنْ أَهْلِ الدَّارِ ذَوُو عَدَدٍ ، فَاجْتَمَعُوا ، فَقَالَ قَائِلٌ مِنْهُمْ : أَيْنَ مَالِكُ بْنُ الدُّخَيْشِنِ أَوِ ابْنُ الدُّخْشُنِ ؟ فَقَالَ بَعْضُهُمْ : ذَلِكَ مُنَافِقٌ لاَ يُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لاَ تَقُلْ ذَلِكَ ، أَلاَ تَرَاهُ قَدْ قَالَ : لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، يُرِيدُ بِذَلِكَ وَجْهَ اللَّهِ قَالَ : اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ ، قَالَ : فَإِنَّا نَرَى وَجْهَهُ وَنَصِيحَتَهُ إِلَى المُنَافِقِينَ ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ حَرَّمَ عَلَى النَّارِ مَنْ قَالَ : لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، يَبْتَغِي بِذَلِكَ وَجْهَ اللَّهِ

"Itbān bin Mālik dia ialah salah seorang daripada sahabat-sahabat Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam yang terlibat dengan perang Badar dari kalangan Anṣōr datang kepada Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam, lalu berkata: Wahai Rasulullahaku tidak mempercayai pandangankuߨ sedangkan aku bersolat untuk kaumku. Apabila tertimpanya hujanޱ lembah menjadi yang berada di antaraku dengan mereka. Aku tidak mampu untuk datang ke masjid mereka dan bersolat untuk mereka. Aku sangat berharap wahai Rasulullahbahawasanya engkau datang kepadakuߨ lalu engkau bersolat di rumahnya. Aku akan jadikannya sebagai tempat solat". Dia berkata: Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam berkata: Aku akan lakukannya jika Allah mengekehendaki". Itbān berkata: Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam dan Abū Bakr keluar ketika matahari telah siang. Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam meminta izinߨ lalu aku mengizinkannya. Baginda tidak duduk sehingga memasuki rumah. Kemudianߨ baginda berkata: Di mana yang engkau sukai untuk aku bersolat di rumah kamu?. Aku pun menunjukkan ke sisi rumah. Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam pun berdiriߨ lalu bertakbir. Kami pun bangun dan membuat safߨ lalu baginda bersolat dua rakaatߨ kemudian salam". Dia berkata: Kami pun menghidangkan lauk daging untuknya yang kami buat untuknya. Dia berkata: Kemudianߨ datang lelaki dari sekitar ke rumah dan berkumpulߨ lalu berkata salah seorang daripada mereka: Di mana Mālik bin ad-Duoyšin atau bin ad-Duẖšin?. Berkata sebahagian mereka: Dia itu munafik yang tidak mencintai Allah dan rasul-Nya. Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam berkata: Jangan engkau katakan sebegitu. Tidakkah kalian melihat dia telah berkata: ˁTiada tuhan selain Allahˀ dalam keadaan mengharapkan keredhaan Allah dengan itu?. Dia berkata: Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Dia berkata: Sesungguhnya kami melihat kecenderungannya dan nasihatnya untuk munafik. Baginda berkata: Makaߨ sesungguhnya Allah mengharamkan neraka bagi mereka yang berkata: ˁTiada tuhan selain Allahˀ dalam keadaan berharap keredhaan Allah dengan itu". [oḥīḥ al-BuẖōriyyKitāb a-olāhno. 417].

Interaksi dengan munafik dan memberi nasihat untuk mereka pun menjadi pertikaian dan sememangnya pertikaian ini adalah valid memandangkan kita semua maklum tentang orang munafik ini. Sememangnya sesiapa pun akan mempersoalkan apabila kita kelihatan bermesraan dengan golongan yang memusuhi Islam atau ahli bidaah yang banyak menyinggung ahli sunnah atau pelaku maksiat yang mencemarkan nama baik bagi sesiapa yang merapatinya.

Apapunߨ baginda menyatakan bahawa itu masih tidak mengapa atau sekurang-kurangnya baginda memberikan persangkaan yang baik untuknya atas dasar dia masih beriman dengan ketiadaan tuhan yang disembah melainkan Allah.

Kemungkinan Mālik bin ad-Duẖšum dan ini adalah nama yang tepat sepertimana yang disebutkan Ibn ajar al-Asqolāniyy dalam «Fat al-Bārī Šar oḥīḥ al-Buẖōriyy» ada pertimbangannya untuk berinteraksi dan memberi nasihat untuk mereka. Atau mungkin sahaja ia sememangnya dibenarkan berdasarkan firman Allah Taālā :

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ ۚ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ

"Sesungguhnya Dia telah menurunkan dalam al-Kitāb bahawa apabila kalian mendengar ayat-ayat Allah dipostasi dan diperolok-olokkanޱ maka janganlah kalian duduk bersama mereka sehingga mereka beralih ke bicara yang selainnya. Sesungguhnya kalian tentu akan semisalnya mereka. Sesungguhnya Allah jualah pengumpul orang munafik dan kafir dalam Jahannam". [Surah an-Nisā^ ayat 140].

Firman Allah Taālā :

وَإِذَا رَأَيْتَ الَّذِينَ يَخُوضُونَ فِي آيَاتِنَا فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ ۚ وَإِمَّا يُنسِيَنَّكَ الشَّيْطَانُ فَلَا تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَىٰ مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

"Apabila engkau melihat orang yang mempermainkan ayat-ayat kamiޱ maka berpalinglah daripada mereka sehingga mereka memasuki perbicaraan selainnya. Jika syaitan menjadikan engkau lupaޱ maka janganlah engkau duduk bersama orang yang zalim sesudah peringatan itu". [Surah al-Anām ayat 68].

Abdullah bin Muammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy berkata :

أفادت الآيتان النهي عن مجالسة الكفار وقت استهزائهم بآيات الله وكفرهم بها حتى إذا خاضوا في حديث غير ذلك. جازت مجالستهم ولم يأمر بهجرهم على الدوام. فكيف يزعم زاعم أن هجر العاصي أو المبتدع مشروع؟ تالله أن هذا لكذب على الله تعالى وتحريف لأحكام شريعته.

"Dua ayat ini memberi faedah larangan untuk duduk bersama orang kafir ketikamana mereka memperolok-olokkan ayat Allah dan apostasi mereka sehinggalah mereka masuk ke perbicaraan selain itu. Harus duduk bersama mereka dan Dia tidak memerintahkan pengucilan mereka secara tetap. Bagaimana mungkin orang yang mendakwa bahawa pengucilan pelaku maksiat dan bidaah adalah disyariatkan? Demi Allah! Sesungguhnya ini benar-benar pendustaan terhadap Allah Taālā dan pengubahan terhadap hukum syariat-Nya". [An-Nafẖaẗ aḏ-Ḏakiyyaẗ Fī Anna al-Hajr Bida aš-Širkiyyam/s 36keluaran Maktaba al-Qōhiro].

Selebihnya boleh dibaca dalam karya tersebutߨ khususnya bagi yang ingin memahami mengapa kita tidak boleh sesuka hati mengucilkan orang lain atas alasan ia adalah pelaku maksiat atau ahli bidaah.

Namunߨ adakalanya netizen atau kebanyakan orangߨ bahkan mungkin sebahagian ahli ilmu juga tidak dapat memahami pertimbangan Abdullah al-Ġumāriyy untuk kekal bersahabat dengan al-Kawariyy, sebahagian espouser ahli bait ašᶜarian dengan zaydian dan beberapa orang yang terpalit dengan kontroversi. Sekalipun hujah ini dibentangkankan dan alasan kita ditegakkanޱ bukan semua akan berpuas hati.

Sebab itulah kita perlu bergerak atas dasar pertimbangan yang kita yakini tepat serta tidak perlu mengendahkan kerenah netizen dan orang ramai. Mereka yang bising dan melalak ini adakalanya bukan seorang pejuangߨ apatah lagi benar-benar memiliki ilmu yang secukupnya.

Adakalanyaܦ mereka ini pun tidak tahu bahasߨ tetapi mahu bersuara seakan-akan wira untuk masyarakat dalam isu agama. Ditambah lagi pula dengan sikap mereka terhadap kita ada pelbagai lagi. Makaߨ mencari kepuasan semua orang adalah kerja yang sia-sia.