Tuesday, September 29, 2020

Santai Perkongsian Agama Melalui Meme (Bahagian 2)

 Meme 101



Kadangkala, karya tersebut bukanlah tebal seperti yang disangka. Sebenarnya, ia hanya beberapa lembar pucuk surat sahaja pada ketebalannya. Jika dicetak dengan judul aslinya, pasti ia bersaiz poket yang lebih kecil daripada buku nota. Namun, disebabkan pentahqiq ingin menambahkan pelbagai maklumat di dalamnya seperti muqaddimah, manhaj penulisan, biografi, catatan nota kaki, takhrij hadis dan lain-lain, ia menjadi setebal seperti buku.

Selalunya, penambahan pentahqiq ini bermanfaat. Namun, kadangkala penambahannya tidak dihajatkan kepadanya sehingga tidak begitu bermanfaat. Misalnya, kitab-kitab aliran al-Aš*ariyy yang ditahqiq oleh salafi. Pasti akan menjadi tebal kerana ingin memasukkan bantahan terhadap apa yang terkandung yang menyalahi pegangannya. Sehinggakan ulasan pentahqiq adakalanya lebih panjang daripada kupasan pengarang asal. Kitab asal milik al-Aš*ariyy menjadi karya milik salafi yang membentangkan bantahan terhadapnya. Menjadi kurang nilai karya asalnya kerana dibolot oleh pentahqiq yang tamak untuk memadatkan segala di kepala dalam kitab yang ditahqiq.

Saya katakan, jika ingin membuat bantahan, maka hasilkan karya yang lain. Jangan cemarkan karya asal dengan kerja tangan yang cuba mencengkam kefahaman kepada para pembaca agar mengikuti pandangannya. Kitab yang anda tahqiq cukuplah dengan muqaddimah, biografi dan takhrij atau membariskan kalimah atau menernagkan kalimah yang dirasakan sukar bagi orang Arab biasa untuk memahaminya. Tidak perlu memperpanjangkan yang tidak penting dan rakus untuk menumpang populariti nama pengarang kitab yang ditahqiq dengan pelbagai tahqiq yang tidak diperlukan.

Bayangkan kalau al-Aš*ariyy tahqiq kitab Ibn Taymiyyah, lalu diisi kitabnya dengan nota kaki yang penuh dengan ulasan pentahqiq yang membencinya yang mengambil kesempatan untuk menaburkan pelbagai sanggahan dan bantahan dalam kitab tersebut. Apa rasanya? Sebegitulah apa yang salafi lakukan pada kitab mereka beraliran al-Aš*ariyy.

Lebih baik berikan al-Aš*ariyy membuat kerja tahqiq ini. Ramai sahaja di luar sana yang berkompeten untuk menabur bakti untuk lapangan kerja ini. Itu lebih baik daripada anda merasa disakiti setiap kali mentahqiq kitab dan menghasilkan karya yang menyakiti para pembaca.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643646626752348160/kadangkala-karya-tersebut-bukanlah-tebal-seperti

Meme 102


Ḥāšiyah ini salah satu cara menyumbangkan lagi faedah-faedah yang ada pada kitab. Kita boleh kata fungsinya sama seperti nota kaki. Memilih dan menerangkan kalimah atau ungkapan yang mungkin sukar difahami, kurang jelas atau berhajat untuk penambahan kupasan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643648027651948544/%E1%B8%A5%C4%81%C5%A1iyah-ini-salah-satu-cara-menyumbangkan-lagi

Meme 103


Antara sumbangan tamadun Muslim dalam bidang penulisan yang hebat, tetapi tidak diberikan penghargaan secukupnya adalah karya-karya yang berkaitan dengan matan. Untuk menghasilkan karya matan ini bukannya. Seseorang perlu teliti lafaz yang digunakan untuk mengungkapkan sesuatu perkara secara tepat dan menyusun ayat yang ringkas dan dipadatkan maknanya.

Oleh sebab ketelitian lafaz yang digunakan, kadangkala mereka yang mensyarahkannya akan membahaskan "mengapa menggunakan kalimah tersebut dan mengapa tidak menggunakan kalimah lain?" atau seumpamanya untuk menampakkan kebijaksanaan pengarang matan tersebut dalam memilih lafaz tersebut sehingga terbebas dari pertikaian. Malah, dengna lafaz yang digunakan itu dibahaskan pula pelbagai definisi untuk menjelaskan lagi maksud yang sememangnya menepati realiti yang ingin ditunjukkan pengarang matan. Kemudian, apabila disyarahkan sesuatu ungkapan yang pendek, kita boleh melihat panjangnya dapatan isi yang boleh dicoretkan. Kehebatan pengarang matan dalam memadatkan ayat serta menggunakan ayat yang betul sememangnya dapat digapai para pensyarahnya dan para pembacanya.

Malah, matan yang ada ini merangkumi pelbagai ilmu seperti ilmu bahasa, ilmu fiqh dan ilmu hadis. Malah, setiap mazhab fiqh ada matan mereka masing-masing. Walaupun kebanyakan matan ini adalah untuk yang asas, tetapi kandungan ilmunya begitu padat yang kadangkala hanya yang mapan dalam ilmu tersebut mampu mengekstrak kefahaman daripadanya.

Penulisan berbentuk matan ini sukar untuk ditiru di mana-mana tamadun lain. Saya sedang menantikan jika adanya matan dalam ilmu-ilmu lain seperti fizik, biologi dan lain-lain, malah ilmu agama atau falsafah yang lain yang boleh disyarahkan seperti karya-karya syarah matan. Kita lihat sama ada ia boleh menyaingi apa yang dilakukan oleh tamadun Muslim ataupun tidak.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643649026767667200/antara-sumbangan-tamadun-muslim-dalam-bidang

Meme 104


Tentang orang munafik, firman Allah Ta*ālā:

الَّذِينَ يَتَرَبَّصُونَ بِكُمْ فَإِنْ كَانَ لَكُمْ فَتْحٌ مِنَ اللَّهِ قَالُوا أَلَمْ نَكُنْ مَعَكُمْ وَإِنْ كَانَ لِلْكَافِرِينَ نَصِيبٌ قَالُوا أَلَمْ نَسْتَحْوِذْ عَلَيْكُمْ وَنَمْنَعْكُمْ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ فَاللَّهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا

Iaitu, orang yang menanti (situasi) kalian. Jika ada kemenangan daripada Allah untuk kalian, mereka berkata: "Bukankah dahulu kami bersama kalian?". Jika nasib tuah menyebelahi orang kafir, mereka berkata (kepada kafir): "Bukankah kami juga menumpaskan mereka dan menghalang kalian daripada orang beriman?". Maka, Allah akan menghukum di antara kalian pada hari kiamat dan Allah tidak akan menjadikan jalan kejayaan kepada orang kafir ke atas orang beriman". [Surah An-Nisāʾ ayat 141].

Al-Qurṭūbiy berkata :

(الَّذِينَ يَتَرَبَّصُونَ بِكُمْ) يَعْنِي الْمُنَافِقِينَ، أَيْ ينتظرون بكم الدوائر. (فَإِنْ كانَ لَكُمْ فَتْحٌ مِنَ اللَّهِ) أَيْ غَلَبَةٌ عَلَى الْيَهُودِ وَغَنِيمَةٌ. (قالُوا أَلَمْ نَكُنْ مَعَكُمْ) أَيْ أَعْطُونَا مِنَ الْغَنِيمَةِ. (وَإِنْ كانَ لِلْكافِرِينَ نَصِيبٌ) أَيْ ظَفَرٌ. (قالُوا أَلَمْ نَسْتَحْوِذْ عَلَيْكُمْ) أَيْ أَلَمْ نَغْلِبْ عَلَيْكُمْ حَتَّى هَابَكُمُ الْمُسْلِمُونَ وَخَذَلْنَاهُمْ عَنْكُمْ.

<Orang yang menantikan kalian>, yakni orang munafik, iaitu menunggu situasi kalian. <Jika ada kemenangan daripada Allah untuk kalian>, iaitu penawanan terhadap yahudi dan ghanimah. <Mereka berkata: "Bukankah dahulu kami bersama kalian?">, iaitu berikanlah kami sebahagian ghanimah. <Jika nasib tuah menyebelahi orang kafir>, iaitu kejayaan. <Mereka berkata (kepada kafir): "Bukankah kami menumpaskan mereka untuk kalian?">, iaitu, bukankah kami mengalahkan untuk kalian sehingga kaum Muslim gerun kepada kalian dan kami mentelantarkan mereka daripada kalian? [Al-Jāmi* Li Aḥkām al-Qur^ān, jilid 5, m/s 418-419, keluaran Dār al-Kutub al-Miṣriyyah, Beirut, tahqiq Aḥmad al-Bardūniyy dan Ibrōhīm Aṭṭofayyiš].

Berkenaan dengan golongan al-A*rōb al-Muẖollafūn, firman Allah Taʿālā :

سَيَقُولُ الْمُخَلَّفُونَ إِذَا انْطَلَقْتُمْ إِلَى مَغَانِمَ لِتَأْخُذُوهَا ذَرُونَا نَتَّبِعْكُمْ يُرِيدُونَ أَنْ يُبَدِّلُوا كَلامَ اللَّهِ قُلْ لَنْ تَتَّبِعُونَا كَذَلِكُمْ قَالَ اللَّهُ مِنْ قَبْلُ فَسَيَقُولُونَ بَلْ تَحْسُدُونَنَا بَلْ كَانُوا لَا يَفْقَهُونَ إِلا قَلِيلا

Orang yang ditinggalkan apabila kalian menuju ke harta rampasan perang akan berkata : "Biarkan kami mengikuti kalian" dalam keadaan mereka hendak mengubah ketetapan Allah. Katakankah: "Kalian tidak akan mengikuti kami". Demikianlah apa yang Allah tetapkan sebelum ini. Mereka akan berkata: "Sebenarnya kalian hasad terhadap kami". Hakikatnya, mereka tidak mengerti kecuali sedikit. [Surah al-Fatḥ ayat 11].

Kata Ibn Kaṯīr :

يَقُولُ تَعَالَى مُخْبِرًا عَنِ الْأَعْرَابِ الَّذِينَ تَخَلَّفُوا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي غَزْوَةِ الْحُدَيْبِيَةِ، إِذْ ذَهَبَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَصْحَابُهُ إِلَى خَيْبَرَ يَفْتَتِحُونَهَا: أَنَّهُمْ يَسْأَلُونَ أَنْ يَخْرُجُوا مَعَهُمْ إِلَى الْمَغْنَمِ، وَقَدْ تَخَلَّفُوا عَنْ وَقْتِ مُحَارَبَةِ الْأَعْدَاءِ وَمُجَالَدَتِهِمْ وَمُصَابَرَتِهِمْ، فَأَمَرَ اللَّهُ رَسُولَهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَّا يَأْذَنَ لَهُمْ فِي ذَلِكَ، مُعَاقَبَةً لَهُمْ مِنْ جِنْسِ ذَنْبِهِمْ. فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى قَدْ وَعَدَ أَهْلَ الْحُدَيْبِيَةِ بِمَغَانِمِ خَيْبَرَ وَحْدَهُمْ لَا يُشْرِكُهُمْ فِيهَا غَيْرُهُمْ مِنَ الْأَعْرَابِ الْمُتَخَلِّفِينَ، فَلَا يَقَعُ غَيْرُ ذَلِكَ شَرْعًا وَقَدَرًا؛ وَلِهَذَا قَالَ: {يُرِيدُونَ أَنْ يُبَدِّلُوا كَلامَ اللَّهِ}

"Dia Ta*ālā mengkhabarkan golongan al-A*rōb yang tertinggalkan daripada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- dalam perang Ḥudaybiyyah, ketikamana Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- dan sahabatnya ke Khaibar, lalu mereka berjaya dalam perang itu, bahawa mereka meminta untuk keluar bersama mereka untuk harta rampasan perang, sedangkan mereka mundur pada waktu penentangan musuh, pendebatan mereka dan siap siaga mereka. Lantas, Allah menyuruh Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- supaya tidak mengizinkan mereka pada permintaan itu sebagai hukuman terhadap mereka untuk jenis dosa mereka. Sesungguhnya Allah Ta*ālā telah menjanjikan ahli Ḥudaibiyyah harta rampasan Khaibar untuk mereka sahaja yang orang lain dari golongan al-A*rōb yang ditinggalkan tidak berkongsi dengan mereka. Tidak akan terjadi selain itu secara šarʿiyy atau kemampuan. Kerana itu, Dia berfirman: {Mereka berkehendak untuk mengubah ketetapan Allah}". [Tafsīr al-Qu^ān al-*Aẓīm, jilid 7, m/s 313, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Muḥammad Ḥusayn Šamsuddīn].

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643710961387274240/tentang-orang-munafik-firman-allah-ta%C4%81l%C4%81

Meme 105


Ini berdasarkan sebab penururan firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā yang ini :

الَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِلَّـهِ وَالرَّسُولِ مِن بَعْدِ مَا أَصَابَهُمُ الْقَرْحُ ۚ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا مِنْهُمْ وَاتَّقَوْا أَجْرٌ عَظِيمٌ ﴿١٧٢﴾ الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّـهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ ﴿١٧٣﴾ فَانقَلَبُوا بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللَّـهِ وَفَضْلٍ لَّمْ يَمْسَسْهُمْ سُوءٌ وَاتَّبَعُوا رِضْوَانَ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ ذُو فَضْلٍ عَظِيمٍ ﴿١٧٤

"Orang yang menyahut seruan Allah dan rasul setelah mereka terkena luka. Untuk orang yang melakukan kebaikan dan bertakwa dari kalangan mereka ada pahala yang besar, iaitu orang yang berkata: #Sesungguhnya para tentera telah berkumpul untuk menyerang kalian, maka takutlah kepada mereka!#, lalu, itu menambahkan iman mereka dan mereka berkata: #Cukuplah Allah untuk kami dan Dia sebaik-baik wakil#. Mereka kembali dengan nikmat dan kelebihan daripada Allah serta tidak disentuh sebarang keburukan dan mereka mengikut keredhaan Allah. Dan Allah itu pemilik kelebihan yang besar". [Surah Āli *Imrōn ayat 172-174].

Apa yang saya ceritakan di sini adalah penceritaan semula berdasarkan beberapa bentuk cerita yang disampaikan oleh al-Baġowiyy dalam Ma*ālim at-Tanzīl Fī Tafsīr al-Qur^ān, al-Qurṭubiyy dalam al-Jāmi* Li Aḥkām al-Qur^ān, Ibn Kaṯīr dalam Tafsīr al-Qur^ān al-*Aẓīm dan Ibn Jarīr aṭ-Ṭobariyy dalam Jāmi* al-Bayān Fī Ta^wīl al-Qur^ān. 

Ketika Abū Sufyān ingin pulang daripada perang Uhud, dia berkata: "Wahai Muḥammad! Hari yang dijanjikan antara kami dengan engkau adalah musim Badr aṣ-Ṣuġrō pada akan datang jika engkau mahu". Baginda berkata: "Itu adalah hari antara kami dengan engkau dengan kehendak Allah". 

Musim Badr aṣ-Ṣuġrō adalah perayaan yang diadakan setiap tahun selama lapan hari kepada seluruh peniaga dan pedagang di seluruh tempat yang berkumpul di Badr aṣ-Ṣuġrō untuk menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan secara besar-besaran.

Apabila tiba tahunnya, Abū Sufyān dan penduduk Makkah keluar untuk terlibat dalam musim tersebut sehingga sampai di Majannah di tepi Marr aẓ-Ẓohrōn. Namun, Allah mencampakkan rasa kegerunan kepadanya. Lalu, mereka bertembung dengan Nu*aym bin Mas*ūd al-Ašja*iyy dan dia datang keadaan menunaikan umrah, lalu dia berkata: "Wahai Nu*aym, aku berjanji dengan Muḥammad dan sahabatnya untuk bertemu pada musim Badr aṣ-Ṣuġrō. Sesungguhnya tahun ini adalah tahun tandus. Kami tidak boleh menghadapinya melainkan tahun yang kami boleh mengamati pohon dan meminum susu. Aku merasakan aku tidak patut keluar menujunya. Aku membenci kalau Muḥammad dan aku pun keluar, lalu itu menambahkan keberanian untuk mereka. Berlakunya perselisihan dari sisi mereka lebih aku sukai berbanding berlakunya perselisihan dari sisiku. Pergilah ke Madinah dan gagalkan mereka. Beritahu mereka sesungguhnya aku bersama bala tentera yang ramai yang mereka tidak mampu menghadapinya". Nu*aym pun berangkat menuju ke Madinah. 

Sementara di Madinah apabila tiba hari dijanjikan, orang beriman masih lagi menanggung cedera. Mereka mengadukannya kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- disebabkan rasa beban apa yang menimpa mereka. Namun, baginda tetap bersiap sedia dan menggalakkan orang ramai untuk berangkat bersamanya. Nu*aym yang telah sampai pun berkata: "Sesungguhnya mereka merantau sekarang ini, lalu melaksanakan haji dan mereka semua tidak mampu untuk melakukan semisal ini sehingga tahun hadapan. Wahai Muḥammad! Kami mengkhabarkan kepada engkau bahawa Abū Sufyān sedang mengumpulkan bala tentera yang ramai untuk menyerangmu dan mereka meghampiri ke Madinah. Jika engkau berkehendak untuk pulang, maka lakukanlah!". Orang ramai mula gelisah untuk mengikuti baginda.

Baginda berkata: "Demi jiwaku di tangan-Nya! Sesungguhnya aku akan pergi walaupun tiada seorang pun yang mengikutiku agar aku merangsang orang ramai". Lantas, Abū Bakr aṣ-Ṣiddīq, *Uṯmān, *Aliyy, az-Zubayr, Ṭolḥah, *Abdul Roḥmān bin *Awf, *Abdullah bin Mas*ūd, Ḥuḏayfah bin al-Yamān, Abū *Ubaydah bin al-Jarrōḥ sehingga tujuh puluh orang menyahut bersamanya.

Baginda pun keluar sehingga sampai ke Ḥamrō al-Asad dan ia dari Madinah kira-kira 80 batu. Lantas, bertemu dengan Musyrikin dan bertanya tentang tentera Qurayš, lalu berkata: "Mereka semua mengumpulkan bala tentera untuk menyerang kalian". Lalu, mereka semua berkata: "Cukuplah Allah bagi kami. Dialah sebaik-baik wakil". 

Baginda pun sampai ke Badr aṣ-Ṣuġrō dan menunggu Abū Sufyān. Sedangkan, Abū Sufyān dan rakan-rakannya telah pun pulang dari Majannah ke Makkah. Baginda dan para sahabatnya tidak bertemu pun seseorang daripada kaum Musyrik. Mereka pun sampai ke pasar. Bersama mereka ada stok jualan dan wang perniagaan. Lalu, mereka pun menjual dan mendapat keuntungan. Mereka pun pulang ke Madinah dalam keadaan selamat lagi dan mengaut keuntungan. 

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643719656071380992/ini-berdasarkan-sebab-penururan-firman-allah

Meme 106


Walaupun tidak wajib terikat dengan satu mazhab sahaja, tetapi kita perlu memahami bagaimana sistem yang ada dalam mazhab. Janganlah hanya kerana mahu mengikut dalil, lalu itu menyebabkan seseorang semberono untuk mengambil mana-mana pandangan daripada imam mazhab tersebut atau ulama yang mengikut mazhab tersebut, lalu dijadikan sandaran bahawa itulah pandangan rasmi, terpilih dan yang diwakilkan sebagai pandangan mazhab. Benar, usul dan pandangan mazhab tersebut kebanyakannya mengikuti apa yang digariskan dan dikeluarkan daripada imamnya, tetapi bukan bermakna kesemua daripadanya diikuti secara bulat-bulat.

Ada beberapa sebab yang ulama dari mazhab aš-Šāfi*iyy tidak mengambil sepenuhnya pandangan daripada imam mereka. Antara sebabnya adalah kadangkala pendapat yang lama ditarjihkan berbanding pendapat yang barunya di Mesir berdasarkan kekuatan dalilnya. Antara sebabnya adalah kerana mengikut prinsip aš-Šāfi*iyy seperti berikut :

إذَا وَجَدْتُمْ فِي كِتَابِي خِلَافَ سُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُولُوا بِسُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَدَعُوا قَوْلِي

"Apabila kalian dapati dalam kitabku terdapat penyelisihan sunnah Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, maka berkatalah dengan sunnah Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dan tinggalkan pendapatku". [Al-Majmū* Šarḥ al-Muhaḏḏab, karya an-Nawawiyy, jilid 1, m/s 63, keluaran Dār al-Fikr].

Jika kita lihat perbahasan an-Nawawiyy dalam mengemukakan pendapat untuk mazhab tersebut, kadangkala dia menyalahi apa yang disebutkan oleh aš-Šāfi*iyy dan memberi alasan dengan mengemukakan kata-kata tersebut. Jadi, mazhab aš-Šāfi*iyy diikuti dengan kekuatan dalil, bukan taklid secara buta terhadap imamnya.

Antara yang lain, terdapat percanggahan antara sesama murid aš-Šāfi*iyy di Mesir dalam suatu pandangan. Salah satu contoh adalah yang aš-Šāfi*iyy sebutkan :

من تمضمض واستنشق في غرفة واحدة أجزأه ذلك، وتفريقهما أحب إلي

"Sesiapa yang berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dengan satu cedokan maka sah hukumnya, namun mengasingkan kedua-duanya lebih aku sukai". [Muẖtaṣor al-Buwayṭiyy, m/s 61, keluaran Wizāroh at-Ta*līm al-*Ālī].

Manakala di dalam kitab al-Umm mempamerkan fakta yang berlainan, yang mana aš-Šāfi*iyy berkata:

وأحب إلي أن یبدأ المتوضئ بعد غسل یدیيه أن یتمضمض ویستنشق ثلاثا یأخذ بكفه غرفة لفيه وأنفه

"Aku lebih suka seseorang yang berwuduk memulakan wuduk selepas membasuh kedua-dua tangannya dengan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung sebanyak tiga kali kali iaitu mengambil air dengan satu tapak tangannya untuk mulutnya dan hidungnya" [Al-Umm, jilid 2, m/s 54, keluaran Dār al-Wafā^, tahqiq Rof*at Fawziyy *Abdul Muṭollib].

Fakta yang sama seperti di dalam al-Umm juga diriwayatkan oleh al-Muzani daripada gurunya di dalam Muẖtaṣor al-Muzaniyy, m/s 8, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Muḥammad *Abdul Qōdir Šāhīn. Jelas di sini wujud pertentangan riwayat antara kitab al-Umm dan Muẖtaṣor al-Muzaniyy yang mana para pentahqiq mazhab memainkan peranan dalam mentarjihkan antara kedua-dua riwayat.

Hasilnya, qaul yang disebut di dalam Muẖtaṣor al-Buwayṭiyy ditarjihkan oleh ar-Rōfi*iyy dalam Fatḥ al-*Azīz Bi Šarḥ al-Wajīz, jilid 1, m/s 396, keluaran Dār al-Fikr. Manakala, qaul yang disebut di dalam kitab al-Umm dan Muẖtaṣor al-Muzaniyy ditarjihkan oleh an-Nawawiyy dalam Al-Majmū* Šarḥ al-Muhaḏḏab, karya an-Nawawiyy, jilid 1, m/s 351, keluaran Dār al-Fikr. Justeru, yang muktamad di sisi fuqaha aš-Šāfi*iyy terkemudian ialah pentarjihan an-Nawawiyy kerana kekuatan dalilnya berdasarkan hadis sahih.

Saya mencadangkan untuk membaca Pembentukan Pendapat Muktamad Dalam Mazhab Shafi'i karya Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil untuk mendapatkan kupasan yang lanjut.

Oleh itu, janganlah kerana ingin mengajak orang kepada dalil, kita mengabaikan untuk memerhatikan bagaimana sistem dan manhaj yang dididirkan pada mazhab tersebut. Inilah kadangkala yang diambil sambil lewa oleh sebilangan golongan yang kononnya tidak mahu taksub kepada mana-mana mazhab. Namun, membelakangkan manhaj dalam mazhab dan seterusnya menjadi bahan ketawa kepada para pengikutnya kerana menyampaikan yang salah tentang sesuatu mazhab.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643722922683416576/walaupun-wajib-terikat-dengan-satu-mazhab-sahaja

Meme 107


Hidup ini terlalu singkat untuk layan si bodoh yang hanya tahu mengejek, menyindir, memperlekeh, mencerca dan menghamburkan keburukan pada kita. Firman Allah *Azza Wa Jalla :

وَعِبَادُ الرَّحْمَـٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا

"Hamba-hamba yang Maha Pengasih adalah mereka yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah diri dan apabila orang bodoh berbicara dengan mereka, mereka berkata: Selamat tinggal". [Surah al-Furqōn ayat 63].

Kita tidak perlu berbalas dialog dengan mereka. Jika kedua-dua pihak saling mencela, masing-masing sama jelek lidahnya dan sama-sama hodoh perilaku. Dari sini, siapa yang benar dan siapa yang salah? Yang menang hanyalah yang berpihak kepada orang yang mahir mencarut, menggunakan kata-kata kesat yang mampu membuatkan rakan-rakannya ketawa berdekah-dekah dan menyinggung perasaan lawan yang kalaulah kata-kata itu boleh membunuhnya, pasti ia akan membunuhnya. 

Justeru, emosional dibalas dengan kedewasaan dan kebodohan dibalas dengan kecendekiaan. Tidak perlu berperang mulut dengan mereka yang hanya menyeru orang ramai mengikut kepala tololnya yang hanya tahu mencemuh orang lain.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643728525759758336/hidup-ini-terlalu-singkat-untuk-layan-si-bodoh

Meme 108


Banyak perkara ingin kita kongsikan kepada orang ramai betapa teruknya dunia yang kita berada sekarang dan betapa bobroknya manusia yang kita interaksi sekarang. Terlalu banyak ingin kita luahkan kritikan dan menghamburkan kemarahan di penulisan yang umum. Namun, jiwa yang kuat adalah mengadukan kesemuanya pada Yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat kepada hamba-Nya. Tidak perlu biarkan ia terpendam. Luahkan sahaja kepada sebaik-baik teman yang tidak akan pernah mengecewakan kita.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643766995999916032/banyak-perkara-ingin-kita-kongsikan-kepada-orang

Meme 109


Abū Ḥamīd al-Ġozāliyy menghasilkan karya yang berjudul Tahāfut al-Falāsifah. Karya ini memfokuskan kepincangan falsafah yang gagal membuktikan keabsahan sesuatu dalam lapangan metafizik. Lalu, Ibn Rušd menghasilkan Tahāfut at-Tahāfut untuk membantah karya tersebut untuk membentangkan keharmonian antara falsafah dan agama.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643768141576552449/ab%C5%AB-%E1%B8%A5am%C4%ABd-al-%C4%A1oz%C4%81liyy-menghasilkan-karya-yang

Meme 110


Al-Buẖōriyy mengutip pandangan daripada Mujāhid secara ta*līq dalam Ṣoḥīḥ miliknya bahawa katanya Istawā (اسْتَوَى) adalah *Alā (عَلَا) dan ini adalah makna zahir daripada lafaz tersebut. 

Datang zaman terkemudian, tiba-tiba ada yang berkata bahawa makna Istawā ada pelbagai makna. Tujuan kata-kata sebegini untuk menunjukkan bahawa lafaz tersebut tidak boleh difahami dengan makna zahir kerana makna zahir menunjukkan tasybih bagi Allah. Lalu, mereka yang mentafsirkan dengan makna zahir, maka dia dianggap menganut fahaman Ḥašwiyyah

Kemudian, mereka mengada-adakan pendapat bahawa salaf tidak memakai makna zahir dan mereka menyerahkan makna sebenarnya kepada Allah dan tidak menetapkan mana-mana makna. Mereka mengatakan bahawa salaf mengamalkan tafwid makna.

Maha Suci Allah! Dan salaf berlepas diri daripada apa yang didakwa oleh kesemua mereka ini. Dan para salaf sama sekali tidak menetapkan makna zahir bersama iktikad tasybih kepada-Nya sepertimana yang dituduh oleh golongan berdelusi yang tidak berpijak kepada realiti.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643768765518102528/al-bu%E1%BA%96%C5%8Driyy-mengutip-pandangan-daripada-muj%C4%81hid

Meme 111


*Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy antara yang terang-terang menyatakan bahawa dia mengeluarkan pandangan yang tidak pernah didahului oleh sesiapa pun :

فهذا بحث لم أسبق –والحمد لله- إليه، ولا غُلبت –والمنة لله- عليه، وهو يتعلق بنسخ تلاوة آية من القرآن، أي: نسخ لفظها بعد أن كانت من القرآن، فلا تبقى قرآنا. وهذا هو ما خالفت فيه علماء الأصول قاطبة، ومعهم المتخصصون في علوم القرآن الكريم، وكتبت هذا الجزء لبيان ما ذهبت إليه، والاحتجاج له بدلائل قطعية لا تبقي شكا في صحة قولي، ولو تفطن لها المتقدمون ما عدلوا عنها

"Adapun setelah itu. Kajian ini belum pernah didahuluiku -segala puji bagi Allah- padanya dan tidak pernah aku dikalahi -dan segala kurnia adalah milik Allah- padanya. Ia adalah yang berkaitan dengan penasakhan pembacaan salah satu ayat daripada ayat al-Qur^ān, iaitu penasakhan lafaznya selepas ia berada dalam al-Qur^ān, lalu tidak dikekalkan pembacaannya. Ini adalah apa yang aku menyalahi ulama uṣūl secara keseluruhannya dan mereka yang berpengkhususan dalam ilmu *Ulūm al-Qur^ān yang mulia bersamanya. Aku menulis juzuk ini untuk menerangkan apa yang aku berpandangan padanya dan berhujah dengan dalil-dalil putus padanya yang tidak akan tersisa keluhan terhadap kejituan pendapatku. Kalaulah para pendahulu menyedari ini, pasti mereka tidak akan menyimpang daripadanya". [Ḏawq al-Ḥalāwah Bi Bayān Imtinā* Nasẖ at-Tilāwah, m/s 3, keluaran Maktabah al-Qōhiroh].

Saya pernah menghasilkan penulisan khas untuk menjelas cara kita untuk beriteraksi dengan pendapat yang baru dalam agama. Secara mudahnya, kita tidak perlu menolak mentah-mentah, tetapi perlu didasari hujah untuk menerima dan menolaknya. Renungi nukilan as-Suyūṭiyy seperti berikut :

قال ابن برهان: لا ينعقد الإجماع مع مخالفة مجتهد واحد خلافا لطائفة وعمدة الخصم أن عدد التواتر من المجتهدين إذا أجمعوا على مسئلة كان انفراد الواحد عنهم يقتضي ضعفا في رأيه. قلنا: ليس بصحيح إذ من الممكن أن يكون ما ذهب إلى الجميع رأيا ظاهرا يبتدر إليه الأفهام وما ذهب إليه الواحد أدق وأعوص وقد ينفرد الواحد عن الجميع بزيادة قوة في النظر ومزية في الفكر ولهذا مدح الله الأولين فقال تعالى: "وقليل ما هم" وقال تعالى: ثلة من الأولين وقليل من الآخرين". انتهى.

Berkata Ibn Burhān: "Tidak tersimpul ijmak bersama penyelisihian seorang mujtahid yang bersalahan dengan sesuatu golongan. Tonggak perselisihan adalah bahawasanya sejumlah ramai yang tidak terkira bilangannya dari kalangan mujtahid apabila bersepakat dalam suatu isu, yang terjadi pada ketersendirian seseorang daripadanya menunjukkan lemahnya dalam pandangannya. Kami katakan ini tidaklah betul memandangkan termasuk yang dimungkinkan adalah apa yang para sekalian mengambil suatu pandangan yang zahir yang automatik kefahamannya padanya, sedangkan yang seorang daripadanya lebih teliti dan lebih peka. Boleh jadi yang bersendiri daripada para sekalian mempunyai kekuatan tambahan dalam pemerhatian dan keistimewaan dalam fikiran. Kerana inilah Allah memuji para golongan yang awal. Dia Ta*ālā berfirman: {Sedangkan sedikitnya mereka}. Dia Ta*ālā berfirman: {Segolongan besar dari orang terdahulu dan sedikitnya dari orang terkemudian}". [Ar-Rodd *Alā Man Aẖlada Fī al-Arḍ Wa Jahila Anna al-Ijtihād Fī Kulli *Aṣr Wa Farḍ, m/s 82, keluaran Maktabah aṯ-Ṯaqōfah ad-Dīniyyah].

Boleh jadi Allah melahirkan seseorang yang lebih pintar dan cerdas daripada selebihnya yang lain di suatu zaman atau di suatu tempat yang tidak kita sangka. Oleh itu, janganlah kita meremehkannya semberono. Kita tidak tahu hakikat sebenarnya melainkan setelah diteliti dengan hujah.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643769412086857728/abdullah-bin-mu%E1%B8%A5ammad-bin-a%E1%B9%A3-%E1%B9%A3idd%C4%ABq-al-%C4%A1um%C4%81riyy

Meme 112


Liberal yang menggunakan nama Islam ini sama ada mereka memang jelas kufur atau mendekati kekufuran atau paling ringan adalah sesat lagi menyesatkan yang lebih teruk daripada Murjiah dan Muktazilah. Adakalanya, cara mereka untuk justifikasikan sesuatu itu diterima atau tidak dalam Islam sememangnya jauh menyimpang daripada jalan uṣūl fiqh dan kita pun tidak mengerti asas ambilan mereka yang penuh dengan lencongan. Malah, sebahagiannya jelas penerimaannya adalah kerana sentimen dan rasa suka terhadapnya tanpa memerhatikan sudut metodologi ilmiah menurut kaca mata agama.

Mereka kadang tidak peduli pun impak ilmiah apabila menerima elemen asing ynag sesat itu dimasukkan dalam ajaran agama. Malah, persoalan kufur atau tidak sesuatu itu tidak menjadi persoalan penting dalam pewacanaan dan penerimaan mereka. Seolah-olah persoalan yang berkait dengan akidah ini boleh dipandang ringan menurut mereka. Yang penting, mereka dapat justifikasikan apa yang mereka suka sebagai sebahagian daripada agama.

Kalaulah semua yang disukai ingin dimasukkan dalam agama, apa guna agama itu sendiri? Menjadi transit kepada hawa nafsu dan sekadar pakaian yang tanpa apa-apa makna? Rosaklah keluhuran agama yang didasari ilmu dan hujah yang dirobekkan nilainya dengan sentimen dan hawa nafsu.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643771933736960000/liberal-yang-menggunakan-nama-islam-ini-sama-ada

Meme 113


Ramai sahaja anak murid Ibn Taymiyyah yang lain seperti aḏ-Ḏahabiyy, Ibn Kaṯīr dan al-Mizziyy. Akan tetapi, yang paling menyerlah adalah Ibn Qoyyim al-Jawziyyah. Cuma, pendekatan Ibn Qoyyim dalam penulisannya agak berbeza dengan gurunya. Ibn Qoyyim nampak lebih kepada ekspresif, manakala gurunya lebih kepada informatif.

Kadangkala sememangnya bukan semua orang dapat menjadi seiras atau cerminan kepada bayangan gurunya. Hanya beberapa sahaja orang yang berjaya menjadi salinan kepada gurunya. Adakalanya seorang sahaja. Adakalanya dua orang sahaja. Dan seterusnya dengan jumlah yang sedikit.

Ada banyak faktornya. Antaranya adalah tidak semua murid memiliki dan melazimi hanya satu guru sahaja. Kadangkala, mereka lebih menyerupai guru yang lain berbanding dirinya. Antara yang lain adalah faktor manhaj. Kadangkala, murid berbeza manhaj daripada gurunya sepertimana Tājuddīn as-Subkiyy yang beraliran al-Aš*ariyy dengan gurunya, aḏ-Ḏahabiyy yang menentang al-Aš*ariyy.

Apapun, kalaupun kita ingin meneladani guru kita, jangan sampai kita taksub secara keseluruhan sehingga membenarkan apa yang jelas salah. Dan kalaupun kita ingin berbeza manhaj dengan guru kita, janganlah sampai itu menghilangkan rasa hormat terhadap mereka dan merobek kredibilitinya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643776138139893761/ramai-sahaja-anak-murid-ibn-taymiyyah-yang-lain

Meme 114


Walaupun salafi dan al-Aš*ariyy bertikam lidah tentang isu keberadaan Allah, namun kedua-duanya sepakat untuk menolak akidah yang dianuti Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy yang berpendapat Allah di setiap tempat sepertimana dalam al-Jawāb al-Mufīd Li as-Sā^il al-Mustafīd. Mungkin sekali al-Aš*ariyy lebih kuat rasa kebencian terhadapnya berbanding salafi kerana Aḥmad al-Ġumāriyy ini agak lantang menentang aliran al-Aš*ariyy.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643778845512744960/walaupun-salafi-dan-al-a%C5%A1ariyy-bertikam-lidah

Meme 115


Al-Aš*ariyy berpendapat bahawa kalam Allah itu tidak berhuruf dan tidak bersuara, manakala Ḥanābilah berpendapat bahawa kalam Allah itu berhuruf dan bersuara. Sekalipun mereka bertelagah dalam hal ini, mereka tetap sepakat bahawa kalimah yang ditulis di mushaf dan suara pembaca atau perbuatan makhluk bukanlah kalam Allah yang qadim.

Penjelasan yang panjang ini dibentangkan oleh Abū Isḥāq aš-Širōziyy dalam al-Išāroh Ilā Maḏhab Ahl al-Ḥaqq dalam perbahasan sifat kalam. Meskipun daripada al-Aš*ariyy, penjelasan daripadanya cukup mengenyangkan. Mereka yang beraliran Ḥanābilah juga digalakkan untuk membaca kupasannya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643779401804365824/al-a%C5%A1ariyy-berpendapat-bahawa-kalam-allah-itu

Meme 116


Jika ditanya mana-mana salafi secara umum, mereka tidak pernah pun mengisbatkan jisim, anggota, aradh, bertempat, perpindahan dan lain-lain penyerupaan Allah kepada makhluk kepada zat-Nya dan sifat-Nya.

Ya. Mereka memang mengisbatkan dengan makna zahir, tetapi itu semua tidak menatijahkan mereka mengisbatkan makna-makna seperti tadi. Mereka mengisbatkan sifat tangan bagi Allah, bukan anggota tangan. Ini yang perlu dibezakan.

Aliran salafi dan al-Aš*ariyy sepatutnya boleh toleransi atau bersangka baik jika kita mengamalkan prinsip salaf dalam naṣ sifat Allah, iaitu lalukan sahaja tanpa kayf. Tidak perlu bahas dan tidak perlu dalami. Malah, al-Aš*ariyy perlu tahan lidah daripada menuduh salafi sembarangan yang apabila mereka mengisbatkan sifat Allah dengan makna zahir, dianggap sebagai menetapkan makna-makna anggota dan lain-lain. Lihat kata Abū Sa*īd ad-Dārimiyy ketika membantah Bišr al-Marīsiyy :

وَأَمَّا تَشْنِيعُكَ عَلَى هَؤُلَاءِ الْمُقِرِّينَ بِصِفَاتِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا قَالَ اللَّهُ: أَنَّهُمْ يَتَوَهَّمُونَ فِيهَا جَوَارِحَ وَأَعْضَاءً، فَقَدِ ادَّعَيْتَ عَلَيْهِمْ فِي ذَلِكَ زُورًا، بَاطِلًا، وَأَنت من أعلم النَّاس بِمَ يُرِيدُونَ بِهَا، إِنَّمَا يُثْبِتُونَ مِنْهَا مَا أَنْتَ لَهُ مُعَطِّلٌ وَبِهِ مُكَذِّبٌ، وَلَا يَتَوَهَّمُونَ فِيهَا إِلَّا مَا عَنَى اللَّهُ تَعَالَى وَرَسُولُهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَلَا يدعونَ جوارح، وَلَا أعطاء كَمَا تَقَوَّلْتَ عَلَيْهِمْ، غَيْرَ أَنَّكَ لَا تَأْلُو فِي التَّشْنِيعِ عَلَيْهِمْ بِالْكَذِبِ، لَيَكُونن أَرْوَجَ لِضَلَالَتِكَ عِنْدَ الْجُهَّالِ.

"Adapun cemuhan engkau terhadap mereka yang memperakui sifat Allah *Azza Wajalla lagi yang beriman dengan apa yang Allah firmankan bahawasanya mereka menggambarkankan padanya ada anggota dan tubuh. Engkau benar-benar mendakwa kedustaan dan kebatilan pada hal itu, sedangkan engkau antara orang yang paling mengetahui tentang apa yang mereka maksudkannya. Sebenarnya mereka mengisbatkan apa yang engkau membatalkannya dan mendustainya dan mereka tidak membayangkan di dalamnya melainkan apa yang Allah Ta*ālā dan rasul-Nya maksudkan. Tidak mereka menyeru pada anggota atau tubuh sepertimana yang engkau reka terhadap mereka, tetapi engkau bersungguh dalam mencemuh mereka dengan dusta supaya menjadi yang paling laku dalam penyeseatan engkau di sisi orang yang jahil". [Naqḍ al-Imām Abī Sa*īd *Uṯmān Ibn Sa*īd ad-Dārimiyy *Alā al-Marīsiyy al-Jahmiyy al-*Anīd Fī Mā Iftarō *Alā Allah *Azza Wa Jalla Min at-Tawḥīd, m/s 135, keluaran al-Maktabah al-Islāmiyyah Li an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Abū *Āṣim aš-Šawāmiyy al-Aṯariyy].

Abū Sa*īd ad-Dārimiyy juga berkata :

فيُقال لِهَذَا المُعَارِضِ: أَمَّا مَا ادَّعَيْتَ أَنَّ قَوْمًا يَزْعُمُونَ أَنَّ للهِ عَيْنًا فَإِنَّا نَقُولُهُ؛ لِأَنَّ اللهَ قَالَهُ وَرَسُولَهُ، وَأَمَّا جَارِحٌ كَجَارِحِ العَيْنِ مِنَ الإِنْسَانِ عَلَى التَّرْكِيبِ؛ فَهَذَا كَذِبٌ ادَّعَيْتَهُ عَلَيْنَا عَمْدًا، لِمَا أَنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ أَحَدًا لَا يَقُولُهُ، غَيْرَ أَنَّكَ لَا تَأْلُو مَا شَنَّعْتَ، لِيَكُونَ أَنْجَعَ لِضَلَالَتِكَ فِي قُلْوبِ الجُهَّالِ، وَالكَذِبُ لَا يَصْلُحُ مِنْهُ جِدٌّ وَلَا هَزْلٌ، فَمِنْ أَيِّ النَّاسِ سَمِعْتَ أَنَّهُ قَالَ: جَارِحٌ مُرَكَّبٌ؟ فأشِرْ إِلَيْهِ، فَإِنَّ قَائِلَهُ كَافِرٌ، فَكَمْ تُكَرِّرُ قَوْلَكَ: جِسْمٌ مُرَكَّبٌ، وأَعْضَاءٌ وَجَوَارِحُ، وَأَجْزَاءٌ، كَأَنَّكَ تُهَوِّلُ بِهَذَا التَّشْنِيعِ عَلَيْنَا أَنْ نَكُفَّ عَنْ وَصْفِ اللهِ بِمَا وَصَفَ نَفْسَهُ فِي كِتَابِهِ، وَمَا وَصَفَهُ الرَّسُولُ. وَنَحْنُ وَإِنْ لَمْ نَصِفِ اللهَ بِجِسْمٍ كَأَجْسَامِ المَخْلُوقِينَ، وَلَا بِعُضْوٍ وَلَا بِجَارِحَةٍ؛ لَكِنَّا نَصِفُهُ بِمَا يَغِيظُكَ مِنْ هَذِهِ الصِّفَاتِ الَّتِي أَنْتَ ودُعَاتُك لَهَا مُنْكِرُونَ، فَنَقُولُ: إِنَّهُ الوَاحِدُ الأَحَدُ الصَّمَدُ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ، ذُو الوَجْه الكَرِيم، والسَّمْعِ السَّمِيع، والبَصَرِ البَصِير، نُورُ السَّمَاواتِ وَالأَرْضِ، وَكَمَا وَصَفَهُ الرَّسُولُ صلى الله عليه وسلم فِي دُعَائِهِ حِين يَقُول: «اللهمَّ أَنْتَ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ»، وَكَمَا قَالَ أَيْضًا: «نُورٌ أَنَّى أَرَاهُ؟»، وَكَمَا قَالَ ابْنُ مَسْعُودٍ رضي الله عنه: «نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ مِنْ نُورِ وَجْهِهِ». وَالنُّورُ لَا يَخْلُو مِنْ أَنْ يَكُونَ لَهُ إِضَاءَةً واسْتِنَارَةً ومَرأَى ومَنْظَرًا، وَأَنَّهُ يُدْرَكُ يَوْمَئِذٍ بِحَاسَّةِ النَّظَرِ، إِذَا كُشِفَ عَنْهُ الحِجَابُ، كَمَا يُدْرَكُ الشَّمْسُ وَالقَمَرُ فِي الدُّنْيَا.

Dikatakan kepada penyangkal ini: Adapun dakwaan engkau bahawa suatu kaum yang mendakwa bahawasanya bagi Allah ada mata, maka sesungguhnya kami mengatakan sedemikian kerana Allah dan rasul-Nya berkata sedemikian. Adapun anggota seperti anggota mata daripada manusia atas susunan, maka ini adalah dusta yang engkau dakwakannya ke atas kami secara sengaja kerana engkau mengetahui bahawa tiada seorang pun yang mengatakannya melainkan engkau bersungguh dalam cemuhanmu supaya ia menjadi yang paling laku dalam kesesatan engkau dalam jantung orang yang jahil dan pendustaan yang tidak elok usaha dan igauan daripadanya. Orang yang mana satu engkau mendengar bahawa dia berkata anggota yang tersusun? Tunjukkan kepadanya. Jika dia mengatakannya, maka dia adalah kafir. Betapa banyak kami ulang kata-kata kamu pada jisim yang tersusun, tubuh, anggota dan bahagian. Seolah-olah engkau berlebih-lebihan dalam menegah kami daripada menyifatkan Allah dengan apa yang Dia sifatkan diri-Nya dalam kitab-Nya dan apa yang rasul sifatkan-Nya melalui cemuhan ini terhadap kami.

Kami walaupun tidak menyifatkan Allah dengan jisim seperti jisim makhluk, bukan juga dengan tubuh dan bukan juga dengan anggota, tetapi kami menyifatkannya dengan apa yang engkau berang terhadap sifat-sifat ini yang engkau dan pendakwah engkau mengingkari terhadapnya. Lalu, kami berkata sesungguhnya Dia adalah satu yang esa, tempat bergantung, tidak beranak, tidak diberanakkan, tidak ada satu pun yang setara dengannya, memiliki wajah yang mulia, pendengaran yang mendengar, penglihatan yang melihat, cahaya langit-langit dan bumi serta sepertimana rasul -ṣollallahu *alayhi wasallam- sifatkan-Nya: "Ya Allah! Engkau cahaya langit-langit dan bumi" dan sepertimana juga yang baginda berkata: "Cahaya mana aku melihatnya?". Sepertimana juga kata Ibn Mas*ūd -roḍiyallahu *anh- berkata: "Cahaya langit-langit dan bumi dari cahaya wajah-Nya". Dan cahaya tidak asing daripada terjadinya sinaran, pancaran, lihatan dan pandangan apabila tersingkap hijab daripadanya sepertimana dicapai mentari dan rembulan di hari akhirat. [Naqḍ al-Imām Abī Sa*īd *Uṯmān Ibn Sa*īd ad-Dārimiyy *Alā al-Marīsiyy al-Jahmiyy al-*Anīd Fī Mā Iftarō *Alā Allah *Azza Wa Jalla Min at-Tawḥīd, m/s 321-322, keluaran al-Maktabah al-Islāmiyyah Li an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Abū *Āṣim aš-Šawāmiyy al-Aṯariyy].

Jika kerapkali menyangka buruk dan selalu sahaja melemparkan tuduhan, apa beza anda dengan Jahmiyyah?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643785008494100480/jika-ditanya-mana-mana-salafi-secara-umum-mereka

Meme 117


Sememangnya terdapat perbezaan antara *ālim dan faqīh. Ini kerana faqih adalah orang yang memiliki kemahiran dan deria dalam membezakan antara benar dan salah. Namun, hal itu tidak semestinya bagi seorang alim. Ini berdasarkan sabda Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- :

نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا حَدِيثًا فَحَفِظَهُ حَتَّى يُبَلِّغَهُ ، فَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلَى مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ ، وَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ لَيْسَ بِفَقِيهٍ

"Semoga Allah memperindahkan seseorang yang mendengar hadis daripada kami, lalu dia menghafalnya, kemudian ia menyampaikannya. Kadangkala seseorang menyampaikan fiqh kepada orang yang lebih faqih daripadanya dan kadangkala orang yang menyampaikan fiqh tidaklah faqih". [Sunan Abū Dāwud, kitāb al-*Ilm, no. 3177].

Daripada sini, boleh jadi orang yang menghafal banyak hadis, tetapi tidak ada kemahiran fiqh padanya. Namun, apabila seseorang itu menyampaikan hadis kepada orang yang tidak tahu tentang hadis tersebut, boleh jadi dia memiliki kefahaman yang lebih daripadanya. Kadangkala, ada orang menghafal banyak hadis, tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyaring kesahihan hadis tersebut dan tidak mampu mengambil fiqh yang ada dalam hadis tersebut.

Apapun, ini tidaklah bererti memisahkan peranan kedua-duanya bagi seseorang yang ingin menjadi sarjana dalam ilmu agama. Perlu seseorang meluaskan pembacaan dan memperbanyakkan guru untuk dipelajari agar memperoleh capaian yang luas dalam sesuatu isu. Lebih-lebih seseorang yang menjadi ahli hadis. Semestinya dia perlu menghafal dan meneroka sebanyak hadis yang boleh untuk melakukan takhrij, analisis sanad dan kajian hadis.

Sebenarnya memang perlu diperingatkan bahawa untuk menjadi faqih bukanlah semestinya perlu memenuhi syarat-syarat yang kadangkala nampak mustahil dicapai melainkan hanya dewa yang sakral. Benar bahawa untuk mencapai darjat faqih memerlukan usaha keras dan menghadapi pelbagai kepayahan untuk mengerahkan tenaga dan akal. Akan tetapi, bukan bermakna kesukaran itu adalah di tahap yang tidak berpijak pada realiti dan tidak memiliki dasar.

Sebagai contohnya dalam menjadi mujtahid. Sebahagian ulama tidak mensyaratkan seseorang itu menghafal seluruh ayat al-Qur^ān, malah hafalan itu tidak begitu ditekankan. Cukup bagi seseorang itu tahu ayat-ayat al-Qur^ān dan hadis yang berkaitan dengan hukum-hakam sahaja. Malah, penguasaan bahasa pun tidak disyaratkan sampai ke tahap mahaguru yang terbilang dalam bidang tersebut seperti Sibawayh, al-Aẖfaš, al-Fārisiyy dan lain-lain meskipun itu digalakkan. Cukup seseorang itu mencapai tahap yang sederhana. Syarat-syarat ini ada dalam pembentangan as-Suyūṭiyy dalam Taqrīr al-Istinād Fī Tafsīr al-Ijtihād.

Malah, untuk menjadi faqih pun tidak semestinya perlu khatam kitab dengan sejumlah yang tidak mampu ditanggung oleh unta meskipun itu digalakkan. Lihat kata aḏ-Ḏahabiyy seperti berikut :

قال الشيخ عز الدين عبد السلام وكان أحد المجتهدين: ما رأيت في كتب الإسلام في العلم مثل المحلى لابن حزم وكتاب المغني للشيخ موفق الدين. قلت: لقد صدق الشيخ عز الدين. وثالثهما: السنن الكبير للبيهقي ورابعها: التمهيد لابن عبد البر. فمن حصل هذه الدواوين وكان من أذكياء المفتين وأدمن المطالعة فيها فهو العالم حقا.

Berkata Syeikh *Izuddīn bin *Abdul Salām dan dia salah seorang mujtahid: "Aku tidak pernah melihat dalam kitab-kitab Islam yang memiliki ilmu seperti al-Muḥallā karya Ibn Ḥazm dan al-Muġnī karya Muwaffaqudīn". Aku katakan: "Benarlah kata Syeikh *Izuddīn. Yang ketiga ialah as-Sunan al-Kabīr karya al-Bayhaqiyy. Yang keempat ialah at-Tamhīd karya Ibn *Abdul Barr. Sesiapa yang menghimpun karya-karya ini. Maka, dia termasuk salah seorang mufti yang cerdik. Yang membiasakan diri untuk menelaahnya, maka dia seorang yang benar-benar terpelajar". [Siyar A*lām an-Nubalā^, jilid 13, m/s 378, keluaran Dār al-Ḥadīṯ, Kaherah].

Cukup dengan empat kitab ini. Pun begitu, setiap kitab yang dicadangkan ini pun begitu tebal. Mahu atau tidak mahu, jalan menjadi faqih sememangnya perlu merentasi kesulitan dan kepenatan. Namun, ia tidaklah sampai keterlaluan sepertimana yang dimomokkan.

Lihat juga kata Tājuddīn as-Subkiyy :

من لم يجمع حَدِيث شُعْبَة وسُفْيَان وَمَالك وَحَمَّاد بن زيد وَابْن عُيَيْنَة فَهُوَ مُفلس فى الحَدِيث يَعْنِي أَنه مَا بلغ رُتْبَة الْحفاظ فى الْعلم

Daripada *Uṯmān ad-Dārimiyy: "Sesiapa yang tidak pernah mengumpulkan hadis Šu*bah, Sufyān, Mālik, Ḥammād bin Zayd dan Ibn *Uyaynah, maka dia adalah orang yang muflis dalam hadis", iaitu dia tidak akan menggapai kedudukan hafiz dalam ilmu. [Ṭobaqōt aš-Šāfi*iyyah al-Kubrō, jilid 2, m/s 303, keluaran Dār Hajr Li aṭ-Ṭobā*ah Wa an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Maḥmūd Muḥammad aṭ-Ṭonāḥiyy dan *Abdul Fattāḥ Muḥammad al-Ḥalw].

Nama-nama ini adalah tokoh hadis yang memiliki banyak hadis dalam pelbagai perkara. Berpada dengan mereka ini sudah cukup untuk membawa kita kepada darjat ilmuan kerana mereka ini telah mencukupkan hadis-hadis yang diperlukan dalam perbahasan agama. Pun begitu, hadis-hadis daripada mereka ini sangat banyak untuk dikumpulkan. Sebab itulah walaupun syarat minimum ini nampak mudah, tetapi hakikatnya memerlukan kesungguhan yang tinggi. 

Malah, *Abdullah bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy berkata dalam mendefinisikan makna al-Muḥaddiṯ :

والمحدِّث من سمع الكتب الستة والموطأ وسنن الدارمي والدارقطني والبيهقي ومستدرك الحاكم ومسند أحمد، وسمع إلى جانب هذه الكتب ألف جزء حديثي، وحفظ جملة مستكثرة من المتون. ويكفي عن الحفظ في هذا الوقت أن يراجع الجامع الصغير مرات، حتى تعلق أحاديثه بذهنه، بحيث يستحضر حديثاً منها إذا احتاج إليه، ويشتمل الجامع الصغير على نحو عشرة آلاف حديث، فيها الصحيح والحسن والضعيف والموضوع. 

"Al-Muḥaddiṯ adalah orang yang mendengar kitab-kitab sittah, Muwaṭṭo^, Sunan ad-Dārimiyy, ad-Dāroquṭniyy, al-Bayhaqiyy, Mustadrok al-Ḥākim, Musnad Aḥmad dan mendengar seribu juzuk hadis pada sisi kitab-kitab ini serta menghafal sejumlah yang banyak yang berupa matan-matan. Cukup hafalan pada waktu ini untuk merujuk al-Jāmi* aṣ-Ṣoġīr beberapa kali sehingga melekat hadis-hadisnya di mindanya ketikamana diminta untuk menghadirkan beberapa hadis daripada apabila seseorang memerlukannya. Al-Jāmi* aṣ-Ṣoġīr merangkumi sekitar sepuluh ribu hadis yang padanya ada yang sahih, hasan, dhaif dan palsu". [Rutab al-Ḥifẓ *Inda al-Muḥaddiṯīn, m/s 4].

Daripada penjelasan ini, apabila sudah ada kitab yang khas mengumpulkan kesemua yang diperlukan, ia sudah memadai walaupun lebih digalakkan untuk meluaskan lagi daripada apa yang ada. Apapun, sepuluh ribu hadis pun sudah cukup banyak untuk dikaji dan dikuasai.

Ibn Wahb berkata :

لو لا مالك بن أنس والليث بن سعد هلكت، كنت أظن أن كل ما جاء عن النبي صلى الله عليه وسلم يفعل به

"Kalau bukan kerana Mālik bin Anas dan Layṯ bin Sa*d, nescaya aku binasa. Dahulu aku menyangka bahawa semua yang datang daripada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- perlu beramal dengannya". [Tārīẖ Baġdād, karya al-H̱oṭīb al-Baghdādiyy, jilid 14, m/s 524, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf].

Daripada sini, cukup kita melazimi beberapa guru yang membawa kita kepada manhaj ilmu yang lurus dan selamat daripada kekeliruan. Jika kita hidup di zaman tersebut, maka dua ahli ilmu ini sudah memadai untuk kita mengambil kefahaman daripadanya.

Kesimpulannya, menjadi faqih bukanlah mesti disyaratkan menguasai sebanyak yang mustahil dicapai walaupun digalakkan untuk pelajari sebanyak yang mampu. Pun begitu, ia tetap memerlukan seseorang berdedikasi dan menumpukan sepenuh tenaga untuk mencapainya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/643792937717776384/sememangnya-terdapat-perbezaan-antara-%C4%81lim-dan

Meme 118


Saya melihat seolah-olah ahli ilmu dari keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- atau mungkin didakwa bernasabkan sedemikian bagai tidak boleh dikritik apa-apa. Meskipun kita mengutarakan hujah secara paling lunak sekalipun, ia tetap tidak dihargai. Malah, dianggap pembenci keturunan baginda dan tidak menghormati kemuliaan mereka.

Namun, mereka tidak tahukah bagaimana Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy al-Ḥasaniyy yang merupakan keturunan daripada baginda tanggapi terhadap aliran al-Aš*ariyy? Kitab al-Jawāb al-Mufīd Li as-Sā^il al-Mustafīd yang mengumpulkan kalamnya sudah cukup memberi gambaran jelas pendiriannya terhadap aliran ini. Dia menuduh al-Aš*ariyy sebagai golongan mu*aṭṭilah, kelompok bidaah, lebih teruk daripada Muktazilah, penipu yang mendakwa ahli sunnah, menyalahi tauhid Allah dan sifat-Nya, termasuk golongan tujuh puluh dua golongan yang sesat serta mazhab yang lebih rosak, lebih zalim dan lebih jahil. 

Saya ingin tanya. Inikah sepatutnya akhlak dari keturunan baginda yang mereka selalu canangkan tentang akhlak dan adab?

Malah, Ḏamm al-Ašā*iroh Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifah adalah karya yang khas yang mengumpulkan kalamnya yang menentang al-Aš*ariyy. Malah, penentangannya terhadap al-Aš*ariyy sudah pun dikenali oleh mereka yang mengenali keluarga al-Ġumāriyy ini.

Sekarang, masih lagi mahu perguna nama keturunan baginda demi mendiamkan segala kritikan terhadapnya? Atau bangkit dan menyatakan ketidaksetujuan serta menepis kata-kata buruk terhadap kesalahan tersebut? Kalau mereka yang berakronim ASWAJA mengambil pendirian yang kedua, mereka sebenarnya memakan diri mereka sendiri kerana mereka ini tidak hormat terhadap keturunan Rasulullah sepertimana yang mereka selalu lemparkan terhadap pengkritiknya. Yang anehnya, mereka berbangga bahawa apa yang mereka lakukan adalah prinsip yang benar. Walhal jika prinsip sebegini dilaungkan oleh salafi, sudah pasti dicela seteruk-teruknya!

Sekarang, fahamkah keturunan seseorang tidak menjanjikan kelurusan kefahaman? Benarlah bahawa iman tidak dapat diwarisi. Sudah tentu lagi kefahaman juga tidak akan diwarisi. Yang dijadikan pedoman adalah ilmunya yang sahih, bukan dari siapa keturunannya. Ini bukan pendirian hanya kepada salafi sahaja, tetapi untuk seluruh orang yang beragama Islam. 

Mereka pun tidak mampu berdiam diri terhadap kesalahan ini walaupun ia dari keturunan baginda. Akhirnya, mereka sedar bahawa betapa pentingnya hujah ilmiah berbanding keturunan. Mengapa apabila salafi menegakkan hujah untuk menyatakan ketidaksetujuan terus dicemuh sembarangan?

Janganlah pergunakan keturunan baginda untuk menyahkreditkan hujah orang lain, apatah lagi menjatuhkan kredibiliti orang lain. Mari kita lihat beberapa contoh kritikan ahli hadis terhadap mereka yang berketurunan baginda apabila zahirnya kesilapan yang wajib diperingatkan :

Yang pertama adalah al-Ḥasan bin Muḥammad bin Yaḥyā bin al-Ḥasan bin Ja*far bin *Ubaydullah bin al-Ḥusayn bin *Aliyy bin al-Ḥusayn bin *Aliyy bin Abū Ṭōlib. Al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy berkata :

أخبرنا الحسن بن أبي طالب، قال: حدثنا محمد بن إسحاق بن محمد القطيعي، قال: حدثني أبو محمد العلوي الحسن بن محمد بن يحيى صاحب كتاب النسب، حدثنا إسحاق بن إبراهيم الصنعاني، قال: حدثنا عبد الرزاق بن همام، قال: أخبرنا سفيان الثوري، عن محمد بن المنكدر، عن جابر، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "علي خير البشر، فمن أبى فقد كفر". هذا حديث منكر لا أعلم رواه سوى العلوي بهذا الإسناد وليس بثابت.

Al-Ḥasan bin Abū Ṭōlib telah merawi khabar kepada kami dia berkata; Muḥammad bin Isḥāq bin Muḥammad al-Qoṭi*iyy tekah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Abū Muḥammad al-*Alawiyy al-Ḥasan bin Muḥammad bin Yaḥyā, penulis kitab nasab telah merawi hadis kepadaku; Isḥāq bin Ibrōhīm aṣ-Ṣon*āniyy telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; *Abdul Rozzāq bin Hammām telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Sufyān aṯ-Ṯawriyy telah merawi khabar kepad kami, daripada Muḥammad bin al-Munkadir, daripada Jābir, dia berkata; Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "'Ali sebaik-baik manusia. Barangsiapa yang membencinya, maka dia tela kafir". Ini hadis munkar. Aku tidak mengetahui sesiapa yang meriwayatkannya melainkan al-*Alawiyy dengan sanad ini dan ia tidaklah kukuh. [Tārīẖ Baġdād, jilid 8, m/s 445, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf].

Aḏ-Ḏahabiyy berkata :

الحسن بن محمد بن يحيى بن الحسن بن جففر بن عبيد الله بن الحسين بن زين العابدين علي بن الحسين، أبو محمد ابن أخي أبي طاهر العلوي. سمع: إسحاق الدبري وغيره من أهل اليمن. وعنه: أبو الفتح بن أبي الفوارس، وابن رزقويه، وابن شاذان، وقال: إنه ولد سنة ستين ومائتين. روى حديثا موضوعا عن إسحاق، عن عبد الرزاق، عن سفيان عن ابن المنكدر، عن جابر رفعه، قال: "علي خير البشر فمن أبى فقد كفر". وهذا مما اتهم بوضعه أبو محمد هذا. وكان نسابة شيعيا.

Al-Ḥasan bin Muḥammad bin Yaḥyā bin al-Ḥasan bin Ja*far bin *Ubaydullah bin al-Ḥusayn bin Zayn al-*Ābidīn *Aliyy bin al-Ḥusayn, iaitu Abū Muḥammad, anak saudara Abū Ṭōhir al-*Alawiyy. Dia mendengar daripada Isḥāq ad-Dabariyy dan selainnya daripada penduduk Yaman. Dia diriwayatkan oleh Abū al-Fatḥ bin Abū al-Fawāris, Ibn Rizquyah dan Ibn Šāḏān. Dia berkata: "Dia lahir pada tahun dua ratus enam puluh". Dia meriwayatkan sebuah hadis palsu daripada Isḥāq, daripada *Abdul Rozzāq, daripada Sufyān, daripada Ibn al-Munkadir, daripada Jābir yang dia memarfū*kannya, baginda bersabda: "*Aliyy sebaik-baik manusia. Sesiapa yang membencinya, maka dia telah kafir". Dan ini sebahagian yang dituduh pemalusan Abū Muḥammad. Dia seorang ahli silsilah yang syiah. [Tārīẖ al-Islām Wa Wafayā al-Mašāhīr Wa al-A*lām , jilid 8, m/s 125, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf].

Yang kedua adalah Ja*far bin Muḥammad bin *Aliyy bin al-Ḥusain bin *Aliyy bin Abū Ṭōlib. Ibn Ḥibbān menyatakan :

يحتج بروايته ما كان من غير رواية أولاده عنه ، لأن في حديث ولده عنه مناكير كثيرة ، وإنما مرض القول فيه من مرض من أئمتنا لما رأوا في حديثه من رواية أولاده ، وقد اعتبرت حديثه من الثقات عنه ، مثل ابن جريج ، والثوري ، ومالك ، وشعبة ، وابن عيينة ، ووهب بن خالد ، ودونهم ، فرأيت أحاديث مستقيمة ليس فيها شيء يخالف حديث الأثبات ، ورأيت في رواية ولده عنه أشياء ليس من حديثه ولا من حديث أبيه ، ولا من حديث جده ، ومن المحال أن يلزق به ما جنت يدا غيره ، وأم جعفر بن محمد ، أم فروة بنت القاسم بن محمد بن أبي بكر الصديق رضي الله تعالى عنه .

"Dihujahkan riwayatnya selagimana dari selain anak-anaknya kerana pada hadis anaknya terdapat munkar yang banyak. Keraguan qowlnya padanya daripada keraguan daripada imam-imam kami ketikamana mereka melihat pada hadisnya daripada riwayat anak-anaknya. Dii*itibārkan hadisnya melalui para tsiqah yang meriwayatkannya seperti Ibn Juroyj, aṯ-Ṯawriyy, Mālik, Syu*bah, Ibn *Uyaynah, Wuhayb dan selain mereka. Aku melihat hadis-hadis yang lurus yang tidak ada padanya sesuatu yang menyalahi hadis-hadis para kukuh. Aku melihat pada riwayat anak-anaknya daripadanya sesuatu yang bukan daripada hadisnya, hadis ayahnya dan hadis datuknya". [Aṯ-Ṯiqōt, jilid 6, m/s 131-132, Dā^iroh al-Ma*ārif an-Niẓōmiyyah, al-Hind].

Yang ketiga adalah Al-Ḥusayn bin Zayd bin *Aliyy bin al-Ḥusayn in *Aliyy bin Abū Ṭōlib. Ibn *Adiyy berkata :

وأرجو أنه لا بأس به إلا أني وجدت في بعض حديثه النكرة.

"Aku berharap bahawasanya dia tidak ada masalah baginya kecuali sesungguhnya aku mendapati sebahagian hadisnya munkar". [Al-Kāmil Fī Ḍu*afā^ ar-Rijāl, jilid 3, m/s 218, al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut].

Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy berkata :

قلت لأبي: ما تقول فيه؟ فحرك يده وقلبها، يعني تعرف تنكر

Aku bertanya kepada ayahku: "Apa pendapat engkau mengenainya?". Dia menggerakkan tangannya dan membalik-balikkannya. Dia bermaksud: "Kadangkala makruf dan kadangkala munkar". [Al-Jarḥ wa at-Ta*dīl, jilid 3, m/s 53, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut].

Yang keempat adalah Zayd bin al-Ḥusayn bin *Aliyy bin al-Ḥusayn bin *Aliyy bin al-Ḥusayn bin Ḥasan bin al-Qōsim bin Muḥammad bin al-Qōsim bin al-Ḥasan bin Zayd bin al-Ḥusayn bin *Aliyy bin Abū Ṭōlib. Aḏ-Ḏahabiyy berkata :

كان هيوبا مطاعا سائسا جمع الأموال وظلم وعسف

"Dia seorang yang digeruni, ditaati, ahli politik pengumpul harta, zalim dan penindas". [Tārīẖ al-Islām Wa Wafayā al-Mašāhīr Wa al-A*lām , jilid 11, m/s 33, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf].

Yang kelima adalah Al-Ḥasan bin *Aliyy bin Muḥammad bin *Aliyy bin Mūsā bin Ja*far bin Muḥammad bin *Aliyy bin al-Ḥusayn bin *Aliyy bin Abū Ṭōlib, iaitu Abū Muḥammad al-*Askariyy. Al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy berkata :

وهو أحد من يعتقد فيه الشيعة الإمامة

"Dia adalah salah seorang syiah yang mempercayai al-Imāmah". [Tārīẖ Baġdād, jilid 8, m/s 445, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf].

Daripada beberapa contoh ini, jelas bahawa ahli hadis tidak bersikap bias dalam penilaian mereka. Tidak pernah mereka menjadikan keturunan baginda sebagai orang yang dibebaskan daripada segala kesilapan dan tuduhan. Apabila ia adalah salah, maka tetaplah salah tanpa peduli dari keturunan mana orang tersebut. Lantas, mengapa kita tidak boleh mencontohi ahli hadis dalam sikap kritis ini?

Usah salah faham bahawa saya membenci keturunan baginda. Saya sama sekali tidak menafikan perlunya memuliakan keturunan baginda. Malah, saya ambil manfaat ilmu daripada penulisan mereka, khususnya dari keluarga al-Ġumāriyy. Namun, janganlah sampai memuliakan itu menjadi berlebihan sehingga ke tahap taksub sehingga yang jelas salah pun masih tetap berdegil dan menjatuhkan lawan dengan mempergunakan keturunan mereka.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/644111014939541504/saya-melihat-seolah-olah-ahli-ilmu-dari-keturunan

Meme 119


Sudah banyak kali saya pesan dalam penulisan saya bahawa jika kita ingin memahami bagaimana manhaj salaf dalam berinteraksi dengan nas-nas sifat Allah, kita perlu rujujuk karya-karya mereka seperti Ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh karya Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya Abū Bakr al-H̱ollāl, H̱olq Af*āl al-*Ibād karya al-Buẖōriyy, al-Iẖtilāf Fī al-Lafẓ karya Ibn Qutaybah, at-Tabṣīr Fī Ma*ālim ad-Dīn karya Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy, ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah dan an-Naqḍ Alā al-Marīsiyy yang kedua-duanya karya Abū Saīd ad-Dārimiyy dan lain-lain atau karya yang mengumpulkan kata-kata salaf tentangnya seperti al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār karya aḏ-Ḏahabiyy.

Malah, saya sama sekali tidak akan terbabit dalam mana-mana perseteruan atau perbincangan tentang hal ini selagimana seseorang itu tidak pernah meneliti dan menghadam karya-karya tersebut.

Namun, kebanyakan mereka enggan dan tidak mahu. Tetap juga berkeras untuk merasa cukup dengan karya-karya yang terkemudian. Setiap kali saya mengungkap perbezaan antara apa yang ditempuhi salaf dan apa yang digambarkan oleh sebahagian yang terkemudian serta menentang salah faham dari mereka yang terkebelakangan tentang manhaj salaf, mereka bermain falasi Argumentum Ad Verecundiam. Alasan mereka: "Apakah ulama ini terlalu dangkal dan bodoh dalam memahami manhaj salaf?" atau seumpamanya sering menjadi ratib yang dimainkan.

Wahai si bodoh! Bukankah seseorang yang ingin memahami mazhab aš-Šāfiiyy, perlunya dia merujuk karya-karyanya yang muktamad? Lantas, mengapa dalam isu ini, kalian tidak mahu pula merujuk kepada karya salaf ketika membicarakan tentang manhaj salaf?

Kalian sendiri tidak akan menerima pandangan tentang mazhab aš-Šāfi*iyy dari kaca mata pengikut mazhab Ḥanafiyy. Lantas, mengapa pula dalam isu salaf, kalian tidak mahu meneliti daripada salaf sendiri?

Saya sampai terpaksa berkata bahawa mereka adalah bodoh sebab mereka sendiri tidak mahu menggunakan akal untuk mengambil neraca yang betul dalam menghakimi salah dan benar. Jika mereka mendakwa mereka memahami salaf, maka neracanya adalah karya salaf. Ini pun tidak boleh fikir? Ketaksuban telah sampai membutakan mata untuk melihat?

Kecuali mereka boleh buktikan kepada saya bagaimana harmoni dan seragamnya gambaran yang dicitrakan oleh golongan yang terkemudian tentang salaf dengan karya-karya salaf.

Apa lagi? Bukalah karya salaf, telaah, hadam dan buat kajian perbandingan. Persembahkan kepada saya dan dunia tentang keharmonian dan keselarian gambaran dari terkemudian dengan yang tertulis dalam karya mereka.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/646770080844267521/sudah-banyak-kali-saya-pesan-dalam-penulisan-saya

Meme 120


Orang yang tidak mempercayai bahawa ada suatu masa yang tiada seorang pun mujtahid, lebih-lebih lagi di zaman orang yang berpandangan seperti ini bukanlah sesuatu yang baharu pada era kontemporari ini. Ia adalah kepercayaan yang dianuti pada zaman Jalāluddīn as-Suyūṭiyy. Disebabkan dia ingin menempelak orang seperti ini, dia menghasilkan dua karya untuk menepis dakwaan ini, iaitu ar-Rodd *Alā Man Aẖlada Fī al-Arḍ Wa Jahila Anna al-Ijtihād Fī Kull *Aṣr Wa Farḍ dan Taqrīr al-Istinād Fī Tafsīr al-Ijtihād.

Ada beberapa punca mengapa ada orang berpendapat sebegini. Pertama, mereka selalu sahaja mengherdik, mengejek, mempersenda dan memandang sinis terhadap orang yang ingin mujtahid. Seolah-olah ia adalah cita-cita untuk orang yang ingin berlagak. Untuk hal ini, ia mengingatkan saya kepada kata-kata Šihābuddīn Abū al-Qōsim *Abdul Roḥmān ad-Dimašqiyy tentang realiti masyarakat pada zamannya pada 600 Hijrah yang salah satunya adalah mempersenda orang yang ingin menduduki kedudukan ijtihad. Katanya :

قد نهى إمامنا الشافعي رحمه الله عن تقليده وتقليد غيره على ما سنذكره في فصل بعد هذا. وكانت تلك الأزمنة مملوءة بالمجتهدين، وكل صنف على ما رأى، وتعقب بعضهم بعضا مستمدين من الأصلين الكتاب والسنة، وترجيح الراجح من أقوال السلف المختلفة. ولم يزل الأمر على ما وصفت إلى أن استقرت المذاهب المدونة، ثم اشتهرت المذاهب الأربعة وهجر غيرها، فقصرت همم أتباعهم إلا قليلا منهم، فقلدوا ولم ينظروا فيما نظر فيه المتقدمون من الاستنباط من الأصلين الكتاب والسنة، بل صارت أقوال أئمتهم بمنزلة الأصلين، فأخذوها مسلمة مفروغا منها، ففرعوا عليها، واستنبطوا منها، ولم يبق لهم نظر إلا فيها، وأعرضوا عن علوم الأصلين، فعدم المجتهدون، وغلب المقلدون، حتى صاروا ممن يروم رتبة الاجتهاد يعجبون، وله يزدرون، وكثر التعصب للمذاهب، وقلت النصفة وبانت المثالب، ودبت بينهم العقارب، فجرى من بعضهم في بعض العجائب والغرائب، وآل بهم التعصب إلى أن صار أحدهم إذا أورد عليه شيء من الكتاب والسنة الثابتة على خلاف مذهبه يجتهد في دفعه بكل سبيل من التأويل البعيد نصرة لقوله، وإعراضا عما يجب عليه الأخذ به، ولو كان ذلك وصل إلى إمامه الذي يقلده هذا المتعصب لقابله ذلك الإمام بالتعظيم والتبجيل، ولصار إليه إن لم يعارضه دليل. ثم تفاقم الأمر حتى صار كثير منهم لا يرون الاشتغال بعلوم القرآن والحديث، ويعيبون من يعتني بهما، ويرون أن ما هم عليه هو الذي ينبغي المواظبة عليه، وتقدمته بين يديه، من الاحتجاج للمذاهب بالآراء، وكثرة الجدال والمراء، فينقضي منهم المجلس بعد المجلس لا يسمع فيه آية تتلى، ولا حديث يروى، وإن اتفق ذكر شيء من ذلك لم يكن في المجلس من يعرف صحيحه من سقيمه، ولا إيراده على وجهه ولا فهم معناه. وغرض كل منهم قمع خصمهم وإبطال حكمه، وعدم منهم الإنصاف في مسائل الخلاف، ولا سيما لما وقفت عليهم الأوقاف.

Sesungguhnya imam kami aš-Šāfi*iyy -semoga Allah merahmatinya- menegah kami bertaklid kepadanya dan bertaklid kepada selainnya pada apa yang kami akan sebutkannya pada fasal selepas ini. Dahulu, zaman itu dipenuhi dengan para mujtahid, setiap daripada mereka menulis sesuai dengan pandangannya. Sesama mereka saling menyemak antara satu sama lain bersumberkan dua sumber, iaitu al-Kitāb dan as-Sunnah. Mereka mengunggulkan pendapat yang kuat pada pendapat-pendapat salaf yang beragam. Sentiasalah keadaan ini berada dalam apa yang aku sifatkan sehinggalah stabil kodifikasi mazhab. Kemudian, menjadi menyerlah empat mazhab dan menjadi pupus selainnya. Minat-minat mereka untuk mengikut jejaknya telah pudar kecuali daripada sedikit daripada mereka. Mereka tidak melihat melalui apa yang para pendahulu melihatnya melalui penggalian hukum daripada dua sumber, iaitu al-Kitāb dan as-Sunnah. Malah, pendapat para imam mereka menjadi bersekedudukan dengan dua sumber itu. Lalu, mereka mengambilnya sebagai diktum, dikelilingi padanya dan menggali hukum daripadanya. Tidaklah mereka berkekalan dengannya melainkan dengannya.

Mereka berpaling daripada ilmu-ilmu dua sumber tersebut. Lantas, tiadalah para mujtahid dan para pentaklid mendominasi sehingga mereka menjadi pelik dan memperlekeh terhadap mereka yang mendambakan kedudukan ijtihad. Tersebarlah ketaksuban mazhab. Sedikitnya kesaksamaan, menyatalah kejelekan-kejelekan, menjalar sengatan sesama mereka. Menjadilah dalam kalangan sebahagian mereka dalam yang pelik dan gharib. Dengan sebab mereka, menjadilah ketaksuban itu sehingga terjadinya salah seorang daripada mereka yang apabila dibawakan sesuatu daripada al-Kitāb dan as-Sunnah yang kukuh yang menyelisihi mazhabnya, pasti dia bersungguh dalam menolaknya dengan setiap cara berupa takwil yang jauh kerana membela pendapatnya serta berpaling daripada apa yang wajib untuk dia mengambilnya. Kalaulah itu sampai kepada imamnya yang dia bertaklidnya dengan ketaksuban ini, pasti dia menghadap imam itu dengan penuh pengagungan dan sanjungan dan pasti dia menuju kepadanya jika dalil tidak menyanggahinya. Kemudian, merebaklah situasi ini sehingga menjadi kebanyakan daripada mereka tidak mengendahkan kesibukan dengan ilmu al-Qur^ān dan hadis dan mereka mencela sesiapa yang memerhatikan kedua-duanya. Mereka melihat bahawa apa yang mereka berada padanya adalah yang sepatutnya dicurahkan kesetiaan padanya dan pembentangannya di hadapannya adalah yang berupa kehujahan dengan pandangan-pandangan mazhab. Banyaknya debat dan polemik, lalu habislah majlis itu selepas majlis lain daripada mereka yang tidak diperdengarkan ayat-ayat yang dibaca dan juga periwayatan hadis. Jika berlakunya penyebutan sesuatu daripada itu, tidak ada kalangan mereka yang mengenal sahihnya dari longgokan penyakitnya dalam majlis itu dan tidak ada pembentangannya tentang bentuknya dan kefahaman maknanya. Setiap daripada mereka memenuhi corong pertelingkahan dan membatalkan hukumnya. Hilang deria keadilan dari kalangan mereka dalam masalah perselisihan, terutamanya kerana didana biaya kepada mereka. [H̱uṭbah al-Kitāb al-Mu^ammal Li ar-Rodd Ilā al-Amr al-Awwal, m/s 99-101, keluaran Aḍwā^ as-Salaf].

Berleluasanya taklid sehingga menganggap itulah pakaian kemuliaan untuk Muslim pada hari ini. Mujtahid seolah-olah relik lepas yang dihinakan untuk orang yang terkemudian yang ingin sampai kepadanya. Seolah-olah menjadi mujtahid tidak ada apa-apa harga di sisi mereka melainkan ia tempat untuk orang yang ingin berbangga-bangga dan berlagak. Mereka tidak melihat bagaimana nilai mujtahid dari segi ilmu dan kefahaman yang membolehkan dia mengikut dan memperjuangkan kebenaran berdasarkan bekalan yang kukuh di dadanya.

Yang kedua adalah mereka meletakkan syarat-syarat yang tidak realistik bagi seseorang itu dikira mujtahid sehinggakan seakan-akan hanya dewa sahaja yang mampu mencapai martabat sedemikian. Ada orang yang jahil ini meletakkan syarat bahawa menjadi mujtahid semestinya menghafal al-Qur^ān dan beribu-ribu hadis. Sedangkan, para ulama uṣūl fiqh tidak mensyaratkan menghafal keseluruhan ayat al-Qur^ān dan hadis sebanyak yang mereka tentukan. Cukup hanya mengetahui ayat-ayat al-Qur^ān dan hadis yang berkaitan dengan hukum walaupun tidak menghafalnya.

Bacalah Taqrīr al-Istinād Fī Tafsīr al-Ijtihād karya as-Suyūṭiyy. Di situ, dia mengumpulkan pelbagai pandangan ulama yang menggariskan syarat-syarat seseorang itu menjadi mujtahid. Ia tidaklah merepek sepertimana sang jahil ini gembar-gemburkan secara melampau. Apabila keterlaluan dalam meletakkan syarat ini, lalu menganggap bahawa tiada lagi mujtahid pada zaman ini. Walhal, mereka itu ada dengan mencukupi syarat-syarat yang digariskan ahli uṣūl fiqh, tetapi khayalan mereka yang bodoh ini yang tidak berpijak pada realitinya.

Yang ketiga, tidak mengetahui atau jika mengetahuinya, mereka tidak mengiktiraf ijtihad secara berjuzuk. Bagi mereka, tiada semi-mujtahid. Hanya mujtahid sepenuhnya atau taklid secara keseluruhan. Ataupun mujtahid itu berdasarkan tingkatan-tingkatannya seperti mujtahid mutlaq, mujtahid mustaqill, mujtahid mazhab dan mujtahid fatwa. Sedangkan majoriti ulama uṣūl fiqh membenarkan ijtihad secara berjuzuk.

Malah, aš-Šāṭibiyy pernah menyatakan bahawa Muḥammad bin Idrīs aš-Šāfi*iyy bertaklid dalam bahagian hadis! Katanya :

أَمَّا الْأَوَّلُ: وَهُوَ أَنَّهُ لَا يَلْزَمُ أَنْ يَكُونَ مُجْتَهِدًا فِي كُلِّ عِلْمٍ يَتَعَلَّقُ بِهِ الِاجْتِهَادُ عَلَى الْجُمْلَةِ؛ فَالدَّلِيلُ عَلَيْهِ أُمُورٌ: أَحَدُهَا: أَنَّهُ لَوْ كَانَ كَذَلِكَ؛ لَمْ يُوجَدْ مُجْتَهِدٌ إِلَّا فِي النُّدْرَةِ مِمَّنْ سِوَى الصَّحَابَةِ، وَنَحْنُ نُمَثِّلُ بِالْأَئِمَّةِ الْأَرْبَعَةِ؛ فَالشَّافِعِيُّ عِنْدَهُمْ مقلِّد فِي الْحَدِيثِ لَمْ يَبْلُغْ دَرَجَةَ الِاجْتِهَادِ فِي انْتِقَادِهِ وَمَعْرِفَتِهِ، وَأَبُو حَنِيفَةَ كَذَلِكَ، وَإِنَّمَا عَدُّوا مِنْ أَهْلِهِ مَالِكًا وَحْدَهُ، وَتَرَاهُ فِي الْأَحْكَامِ يُحِيلُ عَلَى غَيْرِهِ كَأَهْلِ التَّجَارِبِ وَالطِّبِّ وَالْحَيْضِ وَغَيْرِ ذَلِكَ وَيَبْنِي الْحُكْمَ عَلَى ذَلِكَ وَالْحُكْمُ لا يستقل دون ذلك الِاجْتِهَادِ. وَلَوْ كَانَ مُشْتَرَطًا فِي الْمُجْتَهِدِ الِاجْتِهَادُ فِي كُلِّ مَا يَفْتَقِرُ إِلَيْهِ الْحُكْمُ؛ لَمْ يَصِحَّ لِحَاكِمٍ أَنْ يَنْتَصِبَ لِلْفَصْلِ بَيْنَ الْخُصُومِ حَتَّى يَكُونَ مُجْتَهِدًا فِي كُلِّ مَا يَفْتَقِرُ إِلَيْهِ الْحُكْمُ الَّذِي يُوَجِّهُهُ عَلَى الْمَطْلُوبِ لِلطَّالِبِ، وَلَيْسَ الْأَمْرُ كَذَلِكَ بِالْإِجْمَاعِ.

"Adapun yang pertama, tidak semestinya seseorang itu menjadi mujtahid dalam setiap ilmu yang ijtihad berkaitan dengannya secara keseluruhan. Dalilnya adalah beberapa perkara. Pertama, kalaulah perlu sedemikian, tidak wujud mujtahid kecuali sebilangan yang selain para Sahabat. Kita memberi misal seperti imam yang empat. Aš-Šāfi*iyy di sisi mereka adalah pentaklid dalam hadis yang tidak mencapai darjat ijtihad dalam kritikannya dan penguasaannya. Abū Ḥanīfah juga sedemikian. Mereka cuma menganggap hanya Mālik sahaja yang ahli terhadapnya. Engkau melihat bahawa hal ijtihad dalam hukum terkumpul pada selainnya seperti ahli eksperimen, tukang perubatan, wanita yang haid serta yang selain itu, lalu dibangunkan hukum melalui itu. Hukum pada itu tidaklah bersendirian daripada ijtihad itu. Kalaulah disyaratkan pada mujtahid itu berijtihad pada setiap apa yang hukum itu memerlukan ijtihadnya, maka tidak sah untuk pemerintah untuk menghakimi setiap pertikaian sehingga menjadi mujtahid pada setiap apa yang hukuman yang dia jatuhkannya ke atas yang dituntut untuk penuntut memerlukan ijtihadnya. Perkara seperti ini bukanlah ijmak". [Al-Muwāfaqōt Fī Uṣūl al-Aḥkām, jilid 5, m/s 46-47, keluaran Dār Ibn *Affān].

Kalau benar dakwaan ini, itu tetap tidak menafikan kedudukan aš-Šāfi*iyy di tempat mujtahid yang selayaknya. Aš-Šāṭibiyy tetap mengiktirafnya sebagai mujtahid kendatipun kurang dari sudut bahagian hadis. Tidak sepertimana sang jahil yang berpandangan sebaliknya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/647600804042293248/orang-yang-tidak-mempercayai-bahawa-ada-suatu-masa

Meme 121

 


Firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخاسِرِينَ

"Telah pun diwahyukan kepadamu dan kepada mereka yang sebelummu bahawa jika engkau berlaku syirik, nescaya gugur amalanmu dan benar-benar engkau termasuk orang yang rugi". [Surah az-Zumar ayat 65].

Menurut mazhab aš-Šāfi*iyy, ayat ini diikat dengan firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā seperti berikut :

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

"Sesiapa yang keluar daripada agama-Nya dari kalangan kalian, lalu dia mati dalam keadaan kafir, maka mereka itulah yang telah gugur amalan mereka di dunia dan di akhirat. Itulah penghuni neraka yang mereka berada di dalamnya selama-lamanya". [Surah al-Baqoroh ayat 217]

Maksudnya, amalan seseorang itu dikira gugur apabila seseorang itu mati dalam keadaan kafir. Jika tidak, ia tergantung. Atas sebab itulah bahawa sesiapa yang sudah melaksanakan haji, kemudian dia murtad, lalu kembali kepada Islam, maka tidak wajib mengulangi hajinya semula kerana amalan yang gugur hanya dikira apabila setelah mati. Inilah yang dikupas oleh al-Qurṭubiyy dalam al-Jāmi* Li Aḥkām al-Qur^ān, jilid 3, m/s 48 dan jilid 15, m/s 277, keluaran Dār al-Kutub al-Miṣriyyah, tahqiq Aḥmad al-Barodūniyy dan Ibrōhīm Aṭṭofayyiš.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/648556446710185984/firman-allah-sub%E1%B8%A5%C4%81nahu-wa-ta%C4%81l%C4%81-%D9%88-%D9%84-%D9%82-%D8%AF

Meme 122

 

 

Kadangkala sangat menghairankan sebahagian orang yang bersungguh mempertahankan dan menegaskan pendirian bahawa rujukan mazhab perlu melihat sumber muktamadnya dan sumber aslinya. Adakalanya, keteguhan untuk bertegas dengan rujukan muktamad sehingga mengenepikan apa-apa sahaja pandangan yang bukan daripada rujukan tersebut dan tidak merasa apa-apa masalah untuk menyalahinya.

Tidak ada celaan pada ini jika itu penetapan undang-undang bagi sesebuah institusi dan kita perlu hormat autoriti, hierarki dan sistem yang diguna pakai dalam institusi tersebut. Kita sememangnya perlu merujuk kepada sumber yang berautoriti dan menjadi sandaran muktamad yang menjadi pegangan dan keseragaman baginya.

Namun, adakah itu mereka lakukan apabila berbicara tentang manhaj salaf? Kadangkala, kita melihat mereka mengupas dan mewacanakan tentang manhaj salaf, tetapi jarang untuk menemukan nukilan daripada karya salaf seperti ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh karya Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya Abū Bakr al-H̱ollāl, H̱olq Af*āl al-*Ibād karya al-Buẖōriyy, al-Iẖtilāf Fī al-Lafẓ karya Ibn Qutaybah, at-Tabṣīr Fī Ma*ālim ad-Dīn karya Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy, ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah dan an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy yang kedua-duanya karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy atau karya-karya yang mengumpulkan nukilan daripada salaf seperti al-*Uluww Li *Aliyy al-Ġoffār karya aḏ-Ḏahabiyy.

Rujukan dan sandaran mereka adalah golongan yang terkebelakangan. Apabila kita mengajak mereka untuk merujuk karya-karya salaf, kita melihat keengganan yang nyata untuk mereka melakukan berbuat sedemikian. Jauh berbeza sikap mereka ketika berbicara tentang manhaj bagi sesuatu mazhab atau fiqh bagi mazhab tersebut. Kalau mereka berang apabila kita mengambil pandangan bagi sesuatu mazhab berdasarkan kitab yang bukan muktamad, mengapa mereka tidak melakukan yang sama ketika berbicara tentang manhaj salaf dengan merujuk karya-karya asal mereka yang menjadi neraca muktamad dalam mendeskripsikan dan mencitrakan manhaj tersebut?

Apabila jelas kenyataan dari rujukan salaf yang menyalahi pandangan mereka yang terkemudian, lihatlah bagaimana mereka bermain falasi Argumentum Ad Verecundiam semata-mata untuk berkeras kepala untuk mengakui kesilapan tersebut. Kata mereka: "Apakah para ulama ini jahil dan tidak pernah menekuni karya-karya salaf sehingga kamu berkata ia salah?" atau seumpamanya menjadi ratib di bibir mereka demi menegakkan benang yang basah. Kalaulah kita katakan yang sama ketika mengambil pandangan sesuatu mazhab dari sumber yang bukan muktamad, pasti mereka tidak mempedulikannya langsung, bahkan menolaknya tanpa ragu dan menganggap cara kita tidak menepati kriteria ilmiah!

Itulah ketaksuban yang mendungukan akal dan membutakan mata sehingga tidak mampu membezakan sumber muktamad lagi asli dengan sumber yang sekunder.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/648557859894886400/kadangkala-sangat-menghairankan-sebahagian-orang 

Meme 123
 

Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq merupakan salah seorang keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dari jalur al-Ġumāriyy yang sufi. Pada awalnya, dia melazimi zawiyah di bawah kelolaan abangnya. Disebabkan pengaruh sufinya begitu kuat dalam dirinya, dia menghasilkan karya al-Intiṣōr Li Ṭorīq aṣ-Ṣūfiyyah al-Aẖyār. Boleh dikatakan ini antara karya yang boleh dibanggakan para sufi kerana karya ini mengumpulkan dalil-dalil yang membela amalan kaum sufi.

Namun, setelah beberapa lama itu, kira-kira usianya empat puluh tahun, dia mula berubah pandangan dan dia mengisytiharkan yang dia menarik balik karya tersebut serta dia berlepas diri daripada tarekat ad-Darqōwiyyah, malah dia juga menyatakan bahawa dia tidak terikat dengan mazhab aš-Šāfi*iyy dan Mālikiyy. Pada fasa ini, dia mula menzahirkan konflik terhadap abangnya, Aẖmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, zawiyah kelolaannya dan para sufi yang batil secara umum.

Karyanya yang paling menonjol adalah az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh dan karya ini adalah sempena perubahan pandangannya dan penarikan balik karya al-Intiṣōr tadi.

Dalam karya ini, dia menegur abangnya, menyinggung ayahnya dan mendedahkan pengamalan sufi sezaman dan setempat dengannya yang menyalahi sunnah dan mengkritik sikap mereka. Dia masih mengakui bahawa tasawwuf itu adalah sama seperti ilmu fiqh dalam karya ini, hanya sahaja dia memfokuskan singgungan terhadap sufi yang jahil. Disebabkan kelantangannya dan giat aktifnya dalam membasmi sufi yang batil, dia dicemuh dan diboikot oleh para sufi sekelilingnya sepertimana yang dia ceritakan sendiri dalam kitab ini.

Sebenarnya, keluarga al-Ġumāriyy ini tidak begitu apologetik dalam praktis kesufian meskipun mereka adalah sufi. Mereka juga menyeru kepada ijtihad, membebaskan diri daripada taklid yang tercela, menentang ketaksuban mazhab dan bersikap kritis dalam kefahaman dan pengamalan kesufian dengan menghidupkan tradisi ilmu hadis dan ilmu-ilmu yang lain. Saya telah menjelaskan manhaj mereka dalam penulisan saya yang lain.

Cuma, malang sekali para sufi dan mereka yang berakronim ASWAJA ini hanya meraikan mereka kerana mereka ini adalah keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, ahli hadis dan sufi serta menentang al-Albāniyy, tetapi manhaj perjuangan mereka langsung tidak diambil berat. Sebab itulah tidak menghairankan bahawa mereka mungkin akan menjadi orang pertama yang melarikan diri apabila karya Muḥammad az-Zamzamiyy yang mengkritik mereka ini dibentangkan sekalipun mereka mendakwa bahawa mereka pengagum keluarga ini.

Dalam karya ini, antara tema kritikan yang besar adalah sikap ketaksuban terhadap syeikh mereka. Meskipun amalan syeikh mereka menyalahi sunnah, mereka tetap tidak mempedulikannya. Seakan-akan apabila seseorang yang ingin menyertai zawiyah, maka dia perlu menjadi pekak, buta dan bisu. Seolah-olah jika melihat syeikh melakukan kemungkaran, sang murid perlu intropeksi diri kerana situasi zawiyah perlu melihat kepada hakikat, bukan syariat. Jika menentang syeikh tersebut atau bertanya: "Mengapa?", kononnya sang murid itu akan berdepan dengan kegagalan. Penentangan keras terhadap sikap taksub terhadap syeikh ini sememangnya menjadi wacana yang penting dalam karya ini.

Antara kritikan yang lain adalah kebergantungan kepada mimpi sebagai sandaran untuk menetapkan hukum melebihi al-Qur^ān dan hadis. Menurut pemerhatian az-Zamzamiyy ada yang menetapkan ia adalah syariat meskipun menyalahi al-Qur^ān dan as-Sunnah. Dia menceritakan bahawa sebahagian mereka pernah bermimpi berjumpa Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dalam mimpinya, lalu bertanya tentang hukum mencukur janggut. Lalu, sosok yang didakwa Rasulullah itu mengatakan ia tidak ada masalah. Lalu, dia pun memberitahu kepada orang ramai bahawa mencukur janggut itu adalah harus!

Menurut az-Zamzamiyy, yang diiktiraf oleh ulama adalah sesiapa sahaja yang melihat sosok didakwa Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dalam mimpi, lalu menyuruhnya kepada yang menyalahi syariat, maka perintah tersebut adalah batil.

Antara kritikannya adalah cara sufi yang begitu keterlaluan dalam memandang kedudukan wirid yang mereka peroleh dari tarekat mereka. Pada pemerhatiannya, ada sufi yang jahil ini mengistimewakan wirid tarekat mereka dalam tanggapan dan pengamalan mereka sehingga ia sampai kepada bidaah.

Az-Zamzamiyy mengkritik tarekat at-Tijāniyyah yang mendakwa bahawa selawat al-Fātiḥ lebih afdal daripada bacaan al-Qur^ān. Malah, dia juga mengkritik tarekat ini yang mendakwa bahawa nabi menghadiri majlis zikir mereka dan berzikir bersama mereka apabila mereka berzikir dengan wirid mereka. Panjang kritikannya terhadap tarekat ini dalam karya ini. Malah, dia sendiri menghasilkan karya khas untuk membongkar kesesatan tarekat ini yang berjudul I*lām al-Muslimīn Bimā Fī Kalām at-Tijāniyy Min al-Kaḏib aẓ-Ẓōhir Wa al-Kufr al-Mubīn.

Malah, kadangkala pengamalan wirid begitu melampau sehingga menetapkan bahawa sesiapa yang mengambil wirid daripada tok syeikhnya, maka dia perlu melakukan haji atau sampai menetapkan kewajipan membotakkan rambutnya untuk menyerupakan orang yang baru masuk Islam.

Begitu juga sampai meremehkan orang yang tidak mengambil wirid daripada mana-mana tarekat. Seolah-olah tanpa wirid, zikirnya seumpama pohon yang terpuruk di padang pasir yang tidak berbuah dan tidak memberi manfaat kepada manusia. Bahkan, menganggap seseorang itu tidak layak dipuji meskipun dari tokoh besar jika tiada wirid dari tarekat tertentu.

Dia sampai menyimpulkan bahawa wirid sufi ini semuanya bidaah yang tiada dalil. Sebesar-besar bidaah adalah wirid dari tarekat at-Tijāniyyah menurutnya. Ini tidak perlu dihairankan lagi jika seseorang itu melihat berleluasanya dan bertebarannya bidaah dalam pengamalan dan tanggapan terhadap wirid.

Banyak lagi yang dia menzahirkan keras penyanggahannya seperti pembahagiaan wali kepada al-Qutub, al-Awtād dan seumpamanya, isu wahdatul wujud, istighasah selain daripada Allah, tanggapan bahawa ilmu batin yang dinamakan ilmu hakikat lebih mulia daripada ilmu zahir, tafsir išāriyy, zikir dengan lenggok suara tertentu, tarian zikir, binaan di kuburan, perayaan kubur dan pelbagai lagi yang lain.

Saya menegaskan karya ini patut dibaca oleh para sufi kerana tiga sebab. Pertama, jika sufi merasa keberatan untuk mendengar kritikan daripada salafi, apa salahnya jika mereka melihat sendiri kritikan daripada sufi yang berketurunan Rasululah -ṣollallahu *alayhi wasallam-? Dengan dunia kesufian pada zaman kontemporari ini yang mana golongan al-Ḥabīb memiliki pengaruh yang besar dan dalam masa yang sama, timbul isu-isu kontroversi yang berkaitan dengan golongan al-Ḥabīb ini, bagi mendapatkan pendirian yang jelas untuk berinteraksi dengan hal ini, mengapa tidak kita meneliti dan melihat sudut pandang dari keturunan baginda yang sufi dari keluarga al-Ġumāriyy?

Lihat bagaimana Muḥammad az-Zamzamiyy menyinggung abangnya, malah ayahnya juga sebelum fasa peralihannya kepada sufi yang lurus menurutnya. Padahal, kesemua mereka adalah zuriat yang mengalirnya darah baginda. Itu tidak menghalang lontaran kritikan terhadap sesama keluarga. Masing-masing tidak bermain falasi Argumentum Ad Verecundiam dengan berkata: "Aku atau dia atau kami berketurunan Rasulullah" semata-mata untuk mengelak daripada dikritik dan keras kepala dengan ego.

Jadi, janganlah semudah mengangap kritikan terhadap al-Ḥabīb secara khususnya dianggap membenci ahli bait. Apakah perjuangan Muḥammad az-Zamzamiyy bukan ahli bait yang tidak boleh diteladani dan diambil inspirasi daripadanya? Dari sisinya, ahli bait pun perlu ditegur dan dikritik jika benar-benar salah. Tidak ada sesiapa pun yang maksum melainkan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Mereka yang menanggung darah baginda pun wajib mengikuti hak-hak ilmu.

Kedua, supaya para sufi celik, menilai semula dan menginsafi diri untuk memerhati praktis sepanjang pengamalan dalam kesufian. Telusuri kembali sama ada praktis kesufian itu adalah benar-benar di atas sunnah dan hujah ilmiah atau memiliki pengaruh bidaah dan perkara-perkara yang mungkar. Saya tidaklah kata yang seharusnya kita menyetujui semua yang terkandung dalam karya ini. Namun, membaca kritikan terhadap sufi dari kaca mata ahli hadis yang sufi sekurang-kurangnya diharapkan mampu memberi input yang positif untuk menimbang semula kelurusan kita dalam manhaj kesufian atau membangkitkan dorongan untuk mula memerhatikan hujah berbanding ketaksuban terhadap tarekat, syeikh dan aliran tertentu.

Janganlah anggap penentangan bidaah dalam praktis kesufian ini hanya didominasi oleh wahabi. Sufi pun boleh mengambil peranan dalam menghidupkan pengamalan sunnah, berhujah dengan argumentasi ilmiah dan tegas dalam melawan bidaah yang sesat. Muḥammad az-Zamzamiyy yang sufi pun menggalas peranan dalam menentang bidaah. Tentu lagi sufi lain yang memiliki kemantapan dalam ilmu hadis dan kelurusan manhaj ilmu agama boleh memainkan peranan mengikut bidang keahliannya dalam mengembangkan kemurniaan pemahaman agama dan memartabatkan kesucian pengamalannya.

Ketiga, janganlah kita melihat hanya salafi sahaja yang mengkritik sufi. Keluarga al-Ġumāriyy adalah sufi yang berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, tetapi mereka tetap membawa pembaharuan kepada dunia kesufian dengan menepis riwayat-riwayat yang batil, membidas penafsiran teks-teks agama yang menyeleweng dan menentang praktik yang menyalahi sunnah serta menyeru kepada menjauhi ketaksuban mazhab dan taklid yang tercela.

Kadangkala hairan mengapa mesti menegur kepalsuan sesuatu hadis adalah daripada wahabi. Malah, seruan kepada pengamalan sunnah yang sahih dan meninggalkan taklid yang tercela juga dipandang sinis sebagai wahabi. Malah, menentang bidaah pun dianggap kerja-kerja wahabi yang memusuhi Aswaja. Kalau ia dilakukan oleh golongan berakronim ASWAJA, ia mesti digelar sufi berbulu wahabi atau Aswaja berbaju wahabi

Sedangkan manhaj keluarga al-Ġumāriyy merejam hadis-hadis palsu dan menentang ketaksuban serta ikutan yang menyalahi sunnah. Mereka tiada kaitan dengan wahabi pun. Mengapa mesti cari apa label yang boleh dicop kepada seseorang kerana berselisih pandangan, tetapi tidak mahu menggunakan akal dan bekalan ilmu yang ada di dada untuk menilai hujah?

Kita begitu muak sekali melihat sebahagian yang bodoh ini bermain falasi Argumentum Ad Verecundiam dengan berkata: "Fulan berketurunan Rasulullah" semata-mata untuk tidak mahu mendengar hujah lawan, membenamkan nilai argumentasinya, menebalkan lagi keegoan, kesombongan, keingkaran dan kedegilan serta mengkultuskan segala-galanya yang ada pada mereka yang mengalirnya darah baginda.

Apakah itu yang mereka akan lakukan di hadapan Muḥammad az-Zamzamiyy jika beliau masih hidup? Muḥammad az-Zamzamiyy ini keturunan apa pula? Firaun? Abū Lahab? Atau penipu yang mendakwa mereka dari zuriat baginda?

Berhentilah daripada taksub dan sikap bodoh yang membekukan akal. Menujulah kepada hujah dan kecelikan akal. Saya harap dengan pembacaan karya ini, para sufi mula mendorongkan diri untuk mencelikkan akal dalam menimbang dan muhasabah. Usah hanya melihat perspektif sufi sanggah wahabi dan wahabi lawan sufi. Tinggalkan ketaksuban dan cuba menilai semula sama ada praktis tersebut dengan dasar-dasar hujah yang kukuh atau tidak.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/648560720135569408/mu%E1%B8%A5ammad-az-zamzamiyy-bin-mu%E1%B8%A5ammad-bin-a%E1%B9%A3-%E1%B9%A3idd%C4%ABq
 
Meme 124
 
 
Selalunya apabila sufi itu dikritik, para pengkritik itu adalah daripada salafi. Walhal, tidak kurang juga jumlah sufi yang mengkritik sesama mereka sendiri. Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq, salah seorang keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dari jalur keluarga al-Ġumāriyy juga mengambil peranan dalam mengkritik sufi. Karyanya yang berjudul az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh antara yang paling menonjol sekali.

Saya sememangnya menyarankan agar para sufi membaca karya ini. Antara sebabnya adalah supaya tidak hanya melihat kritikan terhadap sufi itu adalah daripada salafi semata-mata. Ia juga daripada tokoh-tokoh yang mengamalkan praktis sufi itu sendiri. Jika sukar untuk menelan kritikan daripada salafi, apa masalahnya jika mereka membaca kritikan daripada kelompok yang sama dengan mereka?

Antaranya adalah supaya seseorang tidak bermain lagi falasi Argumentum Ad Verecundiam dengan menjaja nama fulan berketurunan Rasulullah semata-mata untuk mengelakkan diri daripada dikritik, menyahkreditkan hujah orang lain, menebalkan lagi kepala batu serta mengkultuskan dan mengkuduskan apa sahaja yang datang daripada zuriat baginda.

Sebegitukah mereka akan bermain jikalau Muḥammad az-Zamzamiyy masih hidup? Dia bukan sahaja mengkritik sufi di sekelilingnya, malah dia juga menyinggung abangnya. Justeru, tidak ada masalah pun jika zuriat baginda dikritik. Zuriat baginda juga wajib memenuhi hak-hak ilmu dan kebenaran sepertimana Muslim yang lain tanpa berkecuali. Mereka tidak mewarisi kemaksuman. Sebegitulah yang ditonjolkan az-Zamzamiyy.

Saya tidak berkata bahawa kita perlu menerima sepenuhnya apa yang ada dalam karya tersebut. Saya hanya ingin menegaskan bahawa betapa tololnya orang yang bermain falasi sedemikian jika cakna dengan kandungan karya tersebut. Diharapkan agar para pembaca daripada kalangan sufi menjadi celik untuk melihat dan menelaah hujah, bukan hanya ketaksuban.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/649372753684725760/selalunya-apabila-sufi-itu-dikritik-para 

Meme 125

 


Al-Qurṭubiyy berkata :

فصل: قوله في الحديث: فيناديهم بصوت استدل به من قال بالحرف والصوت. وأن الله يتكلم بذلك. تعالى الله عما يقوله المجسمون والجاحدون علوا كبيراً

"Fasal: Sabdanya pada hadis: #Dia menyeru mereka dengan suara# menjadi dalil bagi orang yang berkata bahawa kalam Allah dengan huruf dan suara dan bahawasanya Allah berbicara dengan sedemikian. Maha Tinggi Allah daripada apa yang dikatakan para mujassim dan para penentang dengan setingggi-tinggi ketinggian lagi kebesaran". [At-Taḏkiroh Bi Aḥwāl al-Mawtā Wa Umūr al-Āẖiroh, m/s 648, keluaran Maktabah Dār al-Minhāj Li an-Našr Wa at-Tawzī*, ar-Riyāḍ, tahqiq aṣ-Ṣōdiq bin Muḥamamd bin Ibrōhīm].

Faẖruddīn ar-Rōziyy berkata :

وَزَعَمَتِ الْحَنَابِلَةُ وَالْحَشْوِيَّةُ أَنَّ الْكَلَامَ الْمُرَكَّبَ مِنَ الْحُرُوفِ وَالْأَصْوَاتِ قَدِيمٌ وَهَذَا الْقَوْلُ أَخَسُّ مِنْ أَنْ يَلْتَفِتَ الْعَاقِلُ إِلَيْهِ

"Ḥanābilah dan al-Ḥašwiyyah mendakwa bahawa kalam-Nya yang tersusun yang berupa huruf dan suara adalah qadim. Ini adalah pendapat yang lebih menyeleneh daripada pemalingan orang yang berakal kepadanya". [Mafātiḥ al-Ġoyb, jilid 14, m/s 353, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut].

Al-Mullā al-Qōriyy berkata :

ومبتدعة الحنابلة قالوا: كلامه حروف وأصوات تقوم بذاته وهو قديم، وبالغ بعضهم جهلا حتى قال: الجلد والقرطاس قديمان فضلا عن الصحف، وهذا قول باطل بالضرورة ومكابرة للحس للإحساس لتقدم الباء على السين في بسم الله ونحوه.

"Ahli bidaah Ḥanābilah berkata bahawa kalam-Nya adalah huruf dan suara yang berdiri bersama zat-Nya dan ia adalah qadim. Sebahagian mereka berlebihan kerana kejahilan sehingga berkata bahawa kulit dan kertas adalah qadim, lebih-lebih suhuf. Ini adalah pendapat yang batil secara pasti dan penentangan terhadap capaian pada cerapan terhadap permulaan huruf al-Bā^ sebelum huruf as-Sīn pada perkataan Bismillah dan seumpamanya". [Manḥ ar-Rowḍ al-Azhar Fī Šarḥ al-Fiqh al-Akbar,m/s 75-76, keluaran Dār al-Bašā^ir al-Islāmiyy].

Daripada sini, kaum al-Aš*ariyy tidak teragak-agak menyatakan bahawa orang yang mengisbatkan suara bagi kalam Allah adalah salah, mujassim dan ahli bidaah yang ditujukan kepada Ḥanābilah. Sedangkan, isbat suara ini adalah pandangan Aḥmad bin Ḥanbal. Anaknya, *Abdullah berkata :

سَأَلْتُ أَبِي رَحِمَهُ اللَّهُ عَنْ قَوْمٍ، يَقُولُونَ: لَمَّا كَلَّمَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مُوسَى لَمْ يَتَكَلَّمْ بِصَوْتٍ فَقَالَ أَبِي: «بَلَى إِنَّ رَبَّكَ عَزَّ وَجَلَّ تَكَلَّمَ بِصَوْتٍ هَذِهِ الْأَحَادِيثُ نَرْوِيهَا كَمَا جَاءَتْ». وَقَالَ أَبِي رَحِمَهُ اللَّهُ: «حَدِيثُ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ» إِذَا تَكَلَّمَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ سُمِعَ لَهُ صَوْتٌ كَجَرِّ السِّلْسِلَةِ عَلَى الصَّفْوَانِ " قَالَ أَبِي: وَهَذَا الْجَهْمِيَّةُ تُنْكِرُهُ وَقَالَ أَبِي: هَؤُلَاءِ كُفَّارٌ يُرِيدُونَ أَنْ يُمَوِّهُوا عَلَى النَّاسِ، مَنْ زَعَمَ أَنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَمْ يَتَكَلَّمْ فَهُوَ كَافِرٌ، أَلَا إِنَّا نَرْوِي هَذِهِ الْأَحَادِيثَ كَمَا جَاءَتْ.

Aku bertanya kepada ayahku -roḥimahullah- tentang suatu kaum yang berkata: "Ketikamana Allah *Azza Wa Jalla berbicara dengan Mūsā, Dia tidak berbicara dengan suara". Ayahku berkata: "Bahkan sesungguhnya tuhanmu *Azza Wa Jala berbicara dengan suara. Hadis-hadis ini kami riwayatkannya sepertimana ia datang". Ayahku -roḥimahullah- berkata: "Hadis Ibn Mas*ūd -roḍiyallahu *anh-: Apabila Allah *Azza Wa Jalla berbicara, didengar suara-Nya seperti tarikan rantaian atas batu besar yang halus". Ayahku berkata: "Ini adalah Jahmiyyah yang mengingkarinya". Ayahku berkata: "Mereka semua ini kafir yang berkehendak memperdayakan orang ramai. Sesiapa yang mendakwa Allah *Azza Wa Jalla tidak berbicara, maka dia kafir. Ingatlah! Sesungguhnya kami meriwayatkan hadis-hadis ini sepertimana ia datang". [As-Sunnah, karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 1, m/s 280-281, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

Ini juga pandangan al-Buẖōriyy. Katanya :

وَفِي هَذَا دَلِيلٌ أَنَّ صَوْتَ اللَّهِ لَا يُشْبِهُ أَصْوَاتَ الْخَلْقِ، لِأَنَّ صَوْتَ اللَّهِ جَلَّ ذِكْرُهُ يُسْمَعُ مِنْ بُعْدٍ كَمَا يُسْمَعُ مِنْ قُرْبِ، وَأَنَّ الْمَلَائِكَةَ يُصْعَقُونَ مِنْ صَوْتِهِ، فَإِذَا تَنَادَى الْمَلَائِكَةُ لَمْ يُصْعَقُوا، وَقَالَ عَزَّ وَجَلَّ: {فَلَا تَجْعَلُوا لِلِّهِ أَنْدَادًا} [البقرة: 22] فَلَيْسَ لِصِفَةِ اللَّهِ نِدٌّ، وَلَا مِثْلٌ، وَلَا يوجدُ شَيْءٌ مِنْ صِفَاتِهِ فِي الْمَخْلُوقِينَ "

"Pada ini adalah dalil bahawasanya suara Allah tidak menyerupai suara-suara makhluk kerana suara Allah -Maha Agung penyebutan-Nya- didengari dari jauh sepertimana didengari dari dekat. Sesungguhnya para malaikat dipengsankan kerana suara-Nya. Apabila para malaikat saling menyeru, tidak memengsankan. Dia *Azza Wa Jalla berfirman: {Janganlah kalian menjadikan persamaan kepada Allah} [Surah al-Baqoroh ayat 22]. Tidak ada persamaan dan penyerupaan serta tidak didapati sesuatu dari sifat-Nya pada para makhluk". [H̱olq Af*āl al-*Ibād, m/s 98, keluaran Dār al-Ma*āif as-Su*ūdiyyah, ar-Riyāḍ, tahqiq *Abdul Roḥmān *Umayroh].

Bayangkan kalau kita menyebutkan bahawa adanya ahli bidaah lagi Jahmiyyah daripada kalangan al-Aš*ariyy yang menyalahi kedua-dua sarjana ini dalam hal ini, itu sudah cukup membuatkan mereka mengamuk. Walhal, mereka sama sekali tidak teragak-agak bersikap lancang ketika menuduh.

Inilah salah satu sebab saya agak lantang mengkritik aliran ini adalah kerana delusi mereka yang seringkali sahaja tidak berpijak pada realiti ketika mendeskripsikan manhaj salaf. Selalu sahaja gambaran yang mereka coretkan tentang salaf tidak menepati apa yang sebenarnya menjadi pembawaan manhaj salaf. Contoh dalam hal ini adalah sesuatu yang jelas sekali.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/649373573899747328/al-qur%E1%B9%ADubiyy-berkata-%D9%81%D8%B5%D9%84-%D9%82%D9%88%D9%84%D9%87-%D9%81%D9%8A-%D8%A7%D9%84%D8%AD%D8%AF%D9%8A%D8%AB

Meme 126

Saya hairan sebahagian orang menjadikan kitab rujukan mazhab aš-Šāfi*iyy sebagai pengajaran kepada empat mazhab. Malah, yang lebih teruk lagi, dijadikan pembelajaran kitab ini untuk mentarjih pandangan antara keempat-empat mazhab tersebut.

Ia seolah-olah seseorang menjadikan matan al-Ājurrūmiyyah untuk dibahaskan mazhab-mazhab dalam bahasa, kemudian mentarjihkan pandangan daripada kesemua itu ketika mengajarkan kitab ini.

Hendaklah para pengajar meletakkan kitab di tempat yang sesuainya. Karya tersebut ditulis untuk seseorang fokus mempelajari mazhab aš-Šāfi*iyy, bukan untuk mempelajari pelbagai pandangan ulama. Melainkan jika mahu untuk melakukan kajian analisis dan kritikan terhadap karya tersebut. Akan tetapi, kalian sedang melakukan pengajaran yang formal, bukan pembentangan tesis atau seumpamanya.

Jika ingin mengajarkan kepelbagaian pandangan ulama, gunakanlah kitab yang lain yang bersesuaian seperti kitab-kitab hadis yang mengumpulkan hadis hukum seumpama *Umdah al-Aḥkām karya al-Maqdisiyy dan Bulūġ al-Marōm karya Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy. Yang ini sangatlah sesuai untuk diajarkan kepada masyarakat kepelbagaian pandangan ulama.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/649374275496755200/saya-hairan-sebahagian-orang-menjadikan-kitab

Meme 127

 
Firman Allah *Azza Wa Jalla :
 
فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ ‎﴿١٠
 
"Pada jantung mereka terdapat penyakit, lalu Allah menambahkan penyakit pada mereka. Untuk mereka ada azab yang pedih disebabkan dahulu mereka selalu berdusta". [Surah al-Baqoroh ayat 10].

Semoga kita dihindarkan daripada golongan sebegini.

 
Meme 128
 

Antara tempat mustajabnya doa adalah di Arafah pada hari wuquf, dalam Kaabah, di Sofa dan Marwah untuk penunai haji dan umrah, ketika melontar di al-Jamrah aṣ-Ṣuġrō dan al-Jamrah al-Wuṣṭō ketika hari tasyrik, al-Ma*šar al-Ḥarōm dan di di majlis zikir.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/650466149500354560/antara-tempat-mustajabnya-doa-adalah-di-arafah

Meme 129

Nama asal bagi Ṣoḥīḥ Ibn Ḥibbān adalah al-Musnad aṣ-Ṣoḥīḥ *Alā at-Taqōsīm Wa al-Anwā* Min Ġoyr Wujūd Qoṭ* Fī Sanadihā Wa Lā Ṯubūt Jarḥ Fī Nāqilihā. Akan tetapi, kitab ini tidak memiliki bab yang tersusun dan sistematik sehingga menyukarkan pembaca. Maka, salah seorang ahli ilmu yang terkemudian yang menyumbang bakti untuk memudahkan susunannya adalah *Alā^uddīn *Aliyy bin *Abdullah bin Balbān al-Fārisiyy dengan judulnya al-Iḥsān Fī Taqrīb Ṣoḥīḥ Ibn Ḥibbān. Yang diguna pakai dan dijadikan rujukan sekarang adalah penyusunan ini.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/650466827942641664/nama-asal-bagi-%E1%B9%A3o%E1%B8%A5%C4%AB%E1%B8%A5-ibn-%E1%B8%A5ibb%C4%81n-adalah-al-musnad

Meme 130

Muḥammad bin Idrīs aš-Šāfi*iyy adalah ilmuwan Muslim yang pertama yang menghasilkan teori dalam ilmu uṣūl fiqh dan hadis melalui karyanya yang berjudul ar-Risālah. Pun begitu, bukan bermakna para ulama terdahulu sama sekali tidak mengamalkan kedua-dua ilmu ini secara sistematik. Ia semua telah menjadi praktikal, hanya sahaja yang berbentuk penulisan yang tersusun untuk membentuk teori belum ada lagi. Kemudian, setelah itu, barulah ada giat aktif penulisan untuk merancakkan lagi pembinaan teori. Atas sebab itulah, kitab ini merupakan kitab ikonik dan bersejarah yang bernilai tinggi, sekaligus menobatkan aš-Šāfi*iyy sebagai mujaddid pada kurunnya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/650467199135449088/mu%E1%B8%A5ammad-bin-idr%C4%ABs-a%C5%A1-%C5%A1%C4%81fiiyy-adalah-ilmuwan

Meme 131

Šamsuddīn Muḥammad bin Abū al-*Abbās Aḥmad bin Ḥamzah Šihābuddīn ar-Romliyy berkata :

خَرَجَ مِثَالُهَا فَلَا يَحْرُمُ نَظَرُهُ فِي نَحْوِ مِرْآةٍ كَمَا أَفْتَى بِهِ جَمْعٌ لِأَنَّهُ لَمْ يَرَهَا

Terkecuali pada yang diserupakannya (aurat), maka tidaklah haram lihatannya pada bahagian cermin sepertimana yang para jemaah memfatwakannya kerana dia tidaklah melihatnya (secara hakiki)". [Nihāyah al-Muḥtaj Ilā Šarḥ al-Muḥtāj, jilid 6, m/s 187, keluaran Dār al-Fikr, Beirut].

Muḥammad bin Farōmarzi bin *Aliyy berkata :

(مِنْ مِرْآةٍ أَوْ مَاءٍ بِالِانْعِكَاسِ) يَعْنِي إذَا نَظَرَ إلَى فَرْجِهَا الدَّاخِلِ مِنْ زُجَاجٍ أَوْ مَاءٍ هِيَ فِيهِ تَحْرُمُ هِيَ لَهُ، وَأَمَّا إذَا نَظَرَ إلَى مِرْآةٍ أَوْ مَاءٍ فَرَأَى فَرْجَهَا الدَّاخِلَ بِالِانْعِكَاسِ لَا تَحْرُمُ لَهُ، كَذَا فِي فَتَاوَى قَاضِي خَانْ وَالْخُلَاصَةِ

"<Daripada cermin atau air secara pantulan>, iaitu, jika seseorang melihat farajnya yang berada dalam kaca atau air, maka padanya keharaman terhadapnya. Adapun jika dia melihat pada bayangan cermin atau air, lalu dia melihat farajnya yang berada di dalam secara pantulan, maka tidak haram padanya. Demikian pendapat dalam Fatāwā Qōḍī H̱ōn dan al-H̱ulāsoh". [Duror al-Ḥukkām Šarḥ Ġoror al-Aḥkām, jilid 1, m/s 33-34, keluaran Dār Ihyā^ al-Kutub al-*Arobiyyah].

Kamāluddin Ibn al-Hammām berkata :

النَّظَرُ مِنْ وَرَاءِ الزُّجَاجِ إلَى الْفَرْجِ مُحَرِّمٌ، بِخِلَافِ النَّظَرِ فِي الْمِرْآةِ. وَلَوْ كَانَتْ فِي الْمَاءِ فَنَظَرَ فِيهِ فَرَأَى فَرْجَهَا فِيهِ ثَبَتَتْ الْحُرْمَةُ، وَلَوْ كَانَتْ عَلَى الشَّطِّ فَنَظَّرَ فِي الْمَاءِ فَرَأَى فَرْجَهَا لَا يُحَرِّمُ، كَأَنَّ الْعِلَّةَ وَاَللَّهُ أَعْلَمُ أَنَّ الْمَرْئِيَّ فِي الْمِرْآةِ مِثَالُهُ لَا هُوَ، وَبِهَذَا عَلَّلُوا الْحِنْثَ فِيمَا إذَا حَلَفَ لَا يَنْظُرُ إلَى وَجْهِ فُلَانٍ فَنَظَرَهُ فِي الْمِرْآةِ أَوْ الْمَاءِ، وَعَلَى هَذَا فَالتَّحْرِيمُ بِهِ مِنْ وَرَاءِ الزُّجَاجِ بِنَاءً عَلَى نُفُوذِ الْبَصَرِ مِنْهُ فَيَرَى نَفْسَ الْمَرْئِيِّ، بِخِلَافِ الْمِرْآةِ وَالْمَاءِ، وَهَذَا يَنْفِي كَوْنَ الْإِبْصَارِ مِنْ الْمِرْآةِ وَمِنْ الْمَاءِ بِوَاسِطَةِ انْعِكَاسِ الْأَشِعَّةِ وَإِلَّا لَرَآهُ بِعَيْنِهِ بَلْ بِانْطِبَاعٍ مِثْلُ الصُّورَةِ فِيهِمَا، بِخِلَافِ الْمَرْئِيِّ فِي الْمَاءِ لِأَنَّ الْبَصَرَ يَنْفُذُ فِيهِ إذَا كَانَ صَافِيًا فَيَرَى نَفْسَ مَا فِيهِ. وَإِنْ كَانَ لَا يَرَاهُ عَلَى الْوَجْهِ الَّذِي هُوَ عَلَيْهِ

Lihatan terhadap faraj daripada balik kaca ialah haram. Berbeza lihatan pada cermin. Jika wanita itu di dalam air, lalu seseorang melihat padanya, lantas dia menatap farajnya di dalamnya maka, telah sabit keharamannya. Jika yang dilihat itu pada tepiannya, lalu seseorang melihat pada arah air, lantas dia menatap farajnya, maka tidaklah haram. Seolah-olah sebabnya -Allah lebih mengetahui- ialah benda yang dilihat pada cermin ialah yang diserupakannya, bukan yang sebenarnya. Dengan ini, mereka menafikan perlanggaran sumpah apabila seseorang bersumpah untuk tidak melihat wajah fulan, lalu dia melihatnya pada cermin atau air. Berdasarkan ini, maka keharaman baginya adalah pada sebalik kaca kerana berlakunya lihatan langsung padanya. Oleh itu, dia telah pun melihat benda yang dilihat (secara hakiki). Berbeza dengan cermin dan bayangan air. Ini menafikan terjadinya lihatan langsung pada cermin dan air dengan cara pemantulan cahaya. Jika tidak, maka dia benar-benar melihat benda itu secara hakiki. Bahkan, yang tercetak seperti gambar juga sama hukumnya dengan kedua-duanya. Berbeza dengan benda yang dilihat dalam air kerana berlakunya lihatan langsung padanya. Jika ia jernih, maka dia melihat benda itu yang sebenar. Jika tidak, maka dia sebenarnya masih melihat benda itu". [Fatḥ al-Qodīr, jilid 3, m/s 224, keluaran Dār al-Fikr].

Ibn *Ābdīn berkata :

وَقَدْ يُجَابُ بِأَنَّهُ لَيْسَ مُرَادَ الْمُصَنِّفِ بِالِانْعِكَاسِ الْبِنَاءَ عَلَى الْقَوْلِ بِأَنَّ الشُّعَاعَ الْخَارِجَ مِنْ الْحَدَقَةِ الْوَاقِعَ عَلَى سَطْحِ الصَّقِيلِ كَالْمِرْآةِ وَالْمَاءِ يَنْعَكِسُ مِنْ سَطْحِ الصَّقِيلِ إلَى الْمَرْئِيِّ، حَتَّى يَلْزَمَ أَنَّهُ يَكُونُ الْمَرْئِيُّ حِينَئِذٍ حَقِيقَتَهُ لَا مِثَالَهُ، وَإِنَّمَا أَرَادَ بِهِ انْعِكَاسَ نَفْسِ الْمَرْئِيِّ، وَهُوَ الْمُرَادُ بِالْمِثَالِ فَيَكُونُ مَبْنِيًّا عَلَى الْقَوْلِ الْآخَرِ وَيُعَبِّرُونَ عَنْهُ بِالِانْطِبَاعِ، وَهُوَ أَنَّ الْمُقَابِلَ لِلصَّقِيلِ تَنْطَبِعُ صُورَتُهُ، وَمِثَالُهُ فِيهِ لَا عَيْنُهُ، وَيَدُلُّ عَلَيْهِ تَعْبِيرُ قَاضِي خَانْ بِقَوْلِهِ؛ لِأَنَّهُ لَمْ يَرَ فَرْجَهَا، وَإِنَّمَا رَأَى عَكْسَ فَرْجِهَا فَافْهَمْ.

"Telah dijawab bahawasanya bukanlah maksud penulis pada penyebutan pantulan berdasarkan pendapat ini ialah bahawasanya cahaya yang di luar dari biji mata terbit pada hamparan yang digilap seperti cermin atau air memantul daripada hamparan yang digilap kepada benda yang dilihat sehingga menatijahkan benda yang dilihat itu suatu eksistensi yang hakiki pada ketika itu, bukan yang diserupakannya. Namun, maksudnya ialah pantulan daripada benda yang dilihat dan dia memaksudkan dengan benda yang diserupakannya. Disebabkan itu, adanya penjelasan menerusi keterangan yang lain dan mereka memberikan contoh yang berkaitan dengannya seperti cetakan. Ia sama dengan benda yang digilap yang terpaparnya gambarannya dan penyerupaannya padanya, bukan eksistensi yang hakikinya. Contoh ini ditunjukkan oleh Qōḍī H̱ōn pada keterangannya. Ini kerana dia tidak melihat farajnya, tetapi dia melihat pantulan farajnya. Maka, fahamkanlah". [Rodd al-Muḥtar *Alā ad-Durr al-Muẖtār, jilid 3, m/s 34, keluaran Dār al-Fikr, Beirut].

Hairan sekali apabila kita membawa pandangan ini, ada yang menyindir kita bahawa kita sedang menjustifikasikan untuk menonton pornografi dan bahan erotik semata-mata. Padahal, dengan pandangan ini, banyak keringanan yang umat Islam boleh peroleh dengan berpegang dengan pandangan ini.

Para pelajar perubatan dan biologi boleh membaca melihat gambar kemaluan yang ditunjukkan bahagian anatominya tanpa menanggung apa-apa dosa. Para penuntut ilmu boleh menonton rancangan ilmiah seperti dokumentari, wawancara dan berita yang tidak menutup aurat secara sempura. Kemudian, dengan kemudahan perhubungan pada masa kini, seseorang boleh menatap paparan wajah seseorang pada panggilan video sama ada untuk komunikasi biasa atau pengajaran atau lain-lain.

Betapa banyaknya keringanan yang umat Islam nikmati dengan pandangan ini. Semua ini jika ingin ditonton atau ditelaah, maka ia bukan termasuk hal terdesak sahaja. Dalam keadaan situasi yang biasa pun para pelajar perubatan boleh mengulangkaji bahagian anatomi genital memandangkan pandangan ini memudahkan mereka. Namun, yang sang tolol ini memikirkan hanya untuk tonton pornografi dan bahan erotik sahaja.

Yang bertambah hairannya adalah mereka berkata pandangan fuqaha ini syaz, walhal para fuqaha ini bersandarkan dalil yang kukuh. Jika ditanya mereka sama ada batal wuduk atau tidak seseorang yang menyentuh dildo, pasti mereka berkata tidak. Alasan mereka adalah kerana dildo bukan zakar dan bukan bahagian anggota tubuh. Lantas, mengapa kalian cela kami yang memberi alasan sama dalam membezakan aurat yang bukan hakiki dan yang hakiki?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/651080652407652352/%C5%A1amsudd%C4%ABn-mu%E1%B8%A5ammad-bin-ab%C5%AB-al-abb%C4%81s-a%E1%B8%A5mad-bin

Meme 132

 

Segala puji bagi Allah dengan sebanyak-banyak pujian dan tahniah kepada mereka yang menguasai bahasa Arab. Sekarang, mereka berada di tingkat pemula untuk mencapai ke arah kedudukan ahli ilmu.

Tidak ada yang membezakan seseorang itu akan dinobatkan sebagai ulama melainkan kriteria pertamanya adalah bahasa Arab. Sebab itulah sangat penting bagi seseorang untuk fokus terlebih dahulu dan berikan dedikasi kepada bahasa Arab sebagai keutamaan yang tertinggi sebelum ilmu lain kerana ia akan menjadi kemudahan untuk peroleh ilmu di kemudian hari.

Saya melihat sebahagian orang yang ada entusias untuk menjadi sang faqih dalam agama, tetapi hanya berpusu-pusu kepada ilmu uṣūl fiqh dan ilmu hadis. Bahasa Arab terasa berat baginya untuk dia mempelajarinya dan pelbagai dalih dia kemukakan untuk tidak mempelajarinya.

Saya jamin bahawa orang sebegini akan berhadapan dengan pelbagai kesempitan pada hari kemudian apabila enggan mempelajari bahasa Arab. Semakin mendalam dia belajar dan mengkaji, semakin terhimpit untuk dia mengorak langkah lebih lanjut kerana kekurangan bekalan ilmu yang asas untuk merungkai kerumitan dan halangan di hadapannya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/651101938537185280/segala-puji-bagi-allah-dengan-sebanyak-banyak

Meme 133


Ibn *Āšūr berkata :

وَالتَّدَبُّرُ مُشْتَقٌّ مِنَ الدُّبُرِ، أَيِ الظَّهْرِ، اشْتَقُّوا مِنَ الدُّبُرِ فِعْلًا، فَقَالُوا: تَدَبَّرَ إِذَا نَظَرَ فِي دُبُرِ الْأَمْرِ، أَيْ فِي غَائِبِهِ أَوْ فِي عَاقِبَتِهِ، فَهُوَ مِنَ الْأَفْعَالِ الَّتِي اشْتُقَّتْ مِنَ الْأَسْمَاءِ الْجَامِدَةِ.

"Tadabbur diderivasikan daripada ₍ad-Dubur₎, iaitu belakang. Mereka menderivasikan kata kerja daripada ₍ad-Dubur₎. Mereka berkata: "₍Tadabbaro₎" apabila memerhati pada belakang perkara, iaitu pada yang sebaliknya atau kesudahannya. Ia adalah daripada kata kerja yang diderivasikan daripada kata nama tunaderivasi". [At-Taḥrīr Wa at-Tanwīr, jilid 5, m/s 137, keluaran ad-Dār at-Tūnisiyyah Li an-Našr].

Meme 134


Benarkah?

Yang menuduh Abū Sa*īd ad-Dārimiyy sebagai mujassim adalah daripada aliran al-Aš*ariyy yang kontemporari yang tidak pernah dituduh sedemikian oleh mana-mana ulama pun setelah 1000 tahun kewafatannya.

Abū Bakr al-H̱ollāl juga dituduh sedemikian, padahal tiada yang menuduh demikian setelah 900 tahun kewafatannya.

Al-Lālikā^iyy juga dituduh mujassim oleh alliran al-Aš*ariyy.

Yang menuduh Ibn *Abdul Barr bercelaru dalam akidahnya adalah daripada aliran al-Aš*ariyy.

Ibn Qudāmah juga dituduh mendekati mujassim oleh al-Aš*ariyy.

Yang menuduh mujassim terhadap orang yang mengisbatkan suara bagi kalam Allah adalah al-Aš*ariyy, padahal Aḥmad bin Ḥanbal dan al-Buẖōriyy yang mengisbatkannya.

Yang menuduh mujassim terhadap penafsiran "Allah mendudukkan Muḥammad bersama-Nya di Arasy" adalah daripada al-Aš*ariyy meskipun para ulama keras mempertahankannya sepertimana yang dibawa oleh Abū Bakr al-H̱ollāl dalam as-Sunnah.Yang berkata memahami makna zahir dianggap mujassim oleh aliran al-Aš*ariyy padahal penafsiran Istawā kepada kepada *Alā, Irtafa*a dan Istaqorro yang merupakan makna zahir adalah daripada salaf.

Bagaimana mereka boleh kata mereka ini dekat dengan manhaj salaf dengan menuduh tokoh-tokohnya sebagai mujassim atau mencurigai mereka bahawa mereka ada bau-bau musyabbihah serta menuduh mujassim terhadap mereka mengambil pendirian salaf?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/652087471093530624/benarkah-yang-menuduh-ab%C5%AB-sa%C4%ABd-ad-d%C4%81rimiyy

Meme 135


*Alā^uddīn Abū al-Ḥasan al-Ḥanbaliyy ad-Dimašqiyy berkata :

وَنقل الْأَثْرَم عَنهُ: " قوم يفتون هَكَذَا يتقلدون قَول الرجل وَلَا يبالون بِالْحَدِيثِ ". وَنقل أَبُو طَالب: عجبا لقوم عرفُوا الْإِسْنَاد وَصِحَّته يَدعُونَهُ ويذهبون إِلَى رَأْي سُفْيَان وَغَيره، قَالَ الله تَعَالَى: {فليحذر الذين يخالفون عَن أمره} الْآيَة [النُّور: 63] الْفِتْنَة: الْكفْر. وَقَالَ أَحْمد بن الْحسن: أَلا يعجب يُقَال للرجل: قَالَ رَسُول الله فَلَا يقنع، وَقَالَ عَن فلَان فيقنع. قَالَ ابْن الْجَوْزِيّ عَن أصُول ظَاهِرَة الْبُرْهَان: لَا يهولنك مخالفتها لقَوْل مُعظم فِي النَّفس ولطغام. قَالَ رجل لعَلي: أتظن أَنا نظن أَن طَلْحَة وَالزُّبَيْر على الْخَطَأ، وَأَنت على الصَّوَاب؟ فَقَالَ: إِنَّه ملبوس عَلَيْك، اعرف الْحق تعرف أَهله. وَقَالَ رجل لِأَحْمَد: إِن ابْن الْمُبَارك قَالَ كَذَا، قَالَ: " ابْن الْمُبَارك لم ينزل من السَّمَاء ". وَقَالَ أَحْمد: من ضيق علم الرجل أَن يُقَلّد. وَذكر لِأَحْمَد كَلِمَات عَن إِبْرَاهِيم بن أدهم، فَقَالَ: وقعنا فِي بنيات الطَّرِيق، عَلَيْك بِمَا كَانَ عَلَيْهِ النَّبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم وَأَصْحَابه. وَقَالَ ابْن الْجَوْزِيّ: التَّقْلِيد للأكابر أفسد العقائد وَلَا يَنْبَغِي أَن يناظر بأسماء الرِّجَال إِنَّمَا يَنْبَغِي أَن يتبع الدَّلِيل، فَإِن أَحْمد أَخذ فِي الْجد بقول زيد وَخَالف الصّديق. وَفِي " وَاضح ابْن عقيل ": من أكبر الْآفَات الإلف لمقالة من سلف، أَو السّكُون إِلَى قَول مُعظم فِي النَّفس لَا بِدَلِيل، فَهُوَ أعظم حَائِل عَن الْحق وبلوى يجب معالجتها. وَقَالَ فِي " الْفُنُون ": من قَالَ فِي مُفْرَدَات أَحْمد الِانْفِرَاد لَيْسَ بمحمود، وَقَالَ: الرجل مِمَّن يُؤثر الْوحدَة، ثمَّ ذكر قَول عَليّ السَّابِق، وانفراد الشَّافِعِي، وصواب عمر فِي أُسَارَى بدر، فَمن يعير بعد هَذَا بالوحدة. انْتهى.

Al-Aṯrom menukilkan daripadanya: "Suatu kaum memfatwakan sedemikian dalam keadaan bertaklid dengan pendapat seseorang dan tidak peduli dengan hadis". Abū Ṭōlib menukilkan: "Hairan sungguh suatu kaum yang mengenal sanad dan kesahihannya, menyeru kepadanya, tetapi menuju kepada pendapat Sufyān dan selainnya. Berkata Allah Ta*ālā: {Maka, hendaklah mereka yang menyalahi perintahnya berjaga-jaga} [Surah an-Nūr ayat 63]. Al-Fitnah adalah kekufuran". Berkata Aḥmad bin al-Ḥasan: "Tidakkah dia hairan terhadap seseorang yang berkata bahawa Rasulullah bersabda, tetapi dia tidak puas, namun seseorang berkata bahawa ia dari fulan, lalu dia puas?". Berkata Ibn al-Jawziyy tentang usul nyatanya bukti: "Janganlah penyelisihannya terhadap pendapat kebanyakan pada individu dan sang bodoh rendahan menggetarkanmu". Berkata seseorang kepada *Aliyy: "Adakah engkau menyangka bahawa kami menyangka Ṭolḥāh dan az-Zubayr itu salah dan engkau pula adalah betul?". Dia berkata: "Sesungguhnya engkau yang terkeliru. Kenalilah kebenaran, pasti engkau kenal ahlinya". Berkata seseorang kepada Aḥmad: "Sesungguhnya Ibn al-Mubārok berkata sedemikian". Dia berkata: "Ibn al-Mubārok tidak turun dari langit". Berkata Aḥmad: "Antara yang menyempitkan ilmu seseorang adalah bertaklid".

Disebutkan kepada Aḥmad tentang beberapa kalimah Ibrōhīm bin Adham, dia berkata: "Kita berpijak di atas jalan yang terbukti. Hendaklah engkau berada pada apa yang Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-dan sahabatnya berada". Berkata Ibn al-Jawziyy: "Taklid kepada tokoh besar adalah serosak-rosak kepercayaan. Tidak sepatutnya dia berdebat dengan nama-nama orang. Sepatutnya dia mengikut dalil. Sesungguhnya Aḥmad mengambil pendapat Zayd dalam isu pewarisan datuk dan menyalahi aṣ-Ṣiddīq". Dalam Wāḍiḥ Ibn *Aqīl: "Antara sebesar-besar penyakit adalah merasa selesa dengan kata-kata pendahulu dan menetap pada individu pemuka besar, bukannya dalil. Ia adalah sebesar-besar penghalang daripada kebenaran dan musibah yang wajib penyembuhannya". Dia berkata dalam al-Funūn: "Seseorang yang berkata tentang kesendirian Aḥmad bahawa kebersendirian adalah tidak terpuji" dan dia berkata: "Orang itu termasuk orang yang mengutamakan keseorangan". Kemudian, dia menyebutkan kata-kata *Aliyy sebelum ini, bersendiriannya aš-Šāfi*iyy dan benarnya *Umar pada isu tawanan perang Badar. Siapa lagi yang akan mengaibkan selepas ini dengan sebab keseorangan? [At-Taḥbīr Šarḥ at-Taḥrīr Fī Uṣūl al-Fiqh, jilid 8, m/s 4111-4114, keluaran Maktabah ar-Rušd, ar-Riyāḍ, tahqiq *Abdul Roḥmān al-Jibrīn, *Awḍ al-Qorniyy dan Aḥmad as-Sarrōḥ].

Sudah tentu kalau penulisan ini dibentangkan kepada para salafi, mereka tidak ada masalah untuk menerimanya dengan rasa hati yang lapang. Berbanding dengan mereka yang berakronim ASWAJA secara umum. Apabila kita paparkan nukilan ini kepada mereka, pasti ada perasaan tidak sedap hati dan memandang sinis terhadap orang yang menukilkan kalam ini. Mujur ini adalah kalam daripada para ulama terdahulu. Jika yang kontemporari, sekali dengan pengarang kitab ini mereka sindir dan berprasangka buruk.

Entah apa masalah mereka untuk menerima hakikat bahawa para ulama sangat mencela perbuatan taklid. As-Suyūṭiyy yang merupakan tokoh sufi pun menghasilkan karya ar-Rodd *Alā Man Aẖlada Fī al-Arḍ Wa Jahila Anna al-Ijtihād Fī Kull *Aṣr Wa Farḍ dan meletakkan suatu bab khas tentang gesaan kepada ijtihad dan celaan kepada taklid. Di dalamnya mengumpulkan pelbagai pandangan ulama yang berkaitan dengannya. Maksudnya, celaan terhadap taklid ini sememangnya antara yang ditekankan oleh para ulama sepanjang zaman.

Hakikatnya, apa yang mereka jaja untuk menghormati ulama dan mengikuti ulama itu sebenarnya retorik di permukaan sahaja. Mereka sebenarnya ingin mempertahankan kefahaman dan pengamalan yang tidak berasas, rapuh serta sememangnya terbukti bidaah. Adakalanya penghormatan kepada ulama itu sebenarnya merujuk kepada syeikh mereka semata-mata yang terbukti seorang penglipur lara dan orang yang merepek dalam pengamalan agama. Disebabkan mereka tidak mahu tembelang dan candu praktis mereka pecah dan hancur, mereka menjaja dengan bermain falasi Argumentum Ad Verecundiam, kesan Kontras dan pelbagai lagi yang lain yang berupa falasi dan kognitif bias. Hujah ilmiah diketepikan dengan menjual nama ulama.

Mujur keluarga al-Ġumāriyy dari kalangan mereka yang berakronim ASWAJA serta mereka yang beriltizam dengan manhaj mereka ini selamat daripada kebodohan dan ketololan mereka ini. Meskipun mereka ini sufi, tetapi mereka bukanlah apologetik dengan kesemua kefahaman dan praktis kesufian. Mereka juga melakukan saringan dengan menghidupkan tradisi ilmu hadis serta ilmu-ilmu yang menggerakkan minda kritis. Mereka juga menentang ketaksuban terhadap mazhab dan taklid yang tercela sepertimana yang diangkat oleh para sarjana terdahulu.

Sudah tentu ini bukan manhaj yang disukai sebahagian sufi. Mereka hanya menjunjung keluarga al-Ġumāriyy kerana mereka adalah keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, sufi, menentang wahabi dan menyanggah al-Albāniyy. Namun, manhaj yang menjadi dasar kepada praktis pemikiran mereka tidak diambil kerana itu akan menggugat amalan kesufian yang meletakkan sepenuh kepercayaan pada syeikh mereka seakan-akan mereka benar-benar wali Allah yang diwakilkan untuk mereka. Malah, manhaj ini tidak sebati dalam diri mereka kerana mereka tidak mahu menerima kritikan yang mampu meruntuhkan kepercayaan pengamalan mereka disebabkan kekosongan dalil, penyalahan terhadap metodologi ilmu dan kerapuhan penghujahan.

Sebab itulah jika al-Murtaḍō az-Zabīdiyy dalam Itḥāf as-Sādah al-Muttaqīn mengitlakkan ahli sunnah adalah al-Aš*ariyy dan al-Māturīdiyy, maka saya mengitlakkan manhaj keilmuan dalam agama ini hanya kepada salafi dan al-Ġumāriyy. Meskipun kedua-dua aliran ini memiliki jurang antara kedua-duanya, malah bertelagah antara satu sama lain, tetapi kedua-dua ini sepakat dalam prinsip yang penting dalam agama. Iaitu, meninggalkan ketaksuban terhadap tokoh meskipun bersendirian, menentang taklid yang jelek dan menyuburkan ijtihad sekalipun tidak dinamakan ijtihad seperti wacana kritis atau seumpamanya.

Sesiapa yang menyelisihi kedua-dua ini, pasti kita akan menemukan mereka yang menebal taklidnya lagi keras ketaksubannya dan mereka yang menyimpang jauh menuju kepada aliran yang sesat.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/654093741147275264/al%C4%81-udd%C4%ABn-ab%C5%AB-al-%E1%B8%A5asan-al-%E1%B8%A5anbaliyy-ad-dima%C5%A1qiyy

Meme 136


Hakikatnya, sememangnya ada Jahmiyyah yang berselindung dengan bulu al-Aš*ariyy.

Para ulama salaf yang menentang Jahmiyyah pun dituduh musyabbihah oleh mereka ini. *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal melalui karyanya yang berjudul as-Sunnah, Abū Bakr al-H̱ollāl juga melalui karyanya as-Sunnah dan Abū Sa*īd ad-Dārimiyy melalui karyanya an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy telah mendedikasikan dirinya untuk menyumbang bakti kepada kelestarian ahli sunnah. Namun, beberapa ratus tahun kemudian, tuduhan ini secara eksplisit tiba-tiba ada yang tidak didahului oleh mana-mana tokoh al-Aš*ariyy pun. Siapa lagi yang membenci mereka dengan tuduhan sedemikian kalau bukan Jahmiyyah?

Malah, Ibn *Abdul Barr juga dituduh sebagai orang yang bercelaru dalam bahagian akidah hanya kerana tidak sependapat dengan al-Aš*ariyy dalam isu pemahaman makna zahir naṣ-naṣ mutasyabihat secara khusus. Al-Lālikā^iyy dan Ibn Qudāmah juga dituduh mujassim yang tidak pernah dituduh pun sedemikian.

Aḥmad bin Ḥanbal melalui nukilan anaknya, *Abdullah dalam as-Sunnah dan al-Buẖōriyy dalam H̱olq Af*āl al-*Ibād yang menegaskan isbat suara bagi kalam Allah dalam menempelak Jahmiyyah pun dituduh menganut fahaman mujassim dan musyabbihah. Siapa lagi yang lancang terhadap ini kalau bukan Jahmiyyah?

Begitu yang memahami makna zahir seperti lafaz al-Isttiwā^ pun dituduh musyabbihah, sedangkan yang menetapkan makna zahir bagi perkatan tersebut, al-*Uluww adalah dari Mujāhid yang diriwayatkan oleh al-Buẖōriyy dalam Ṣoḥīḥ miliknya secara ta*līq. Demikian juga yang lain.

Saya tidak ada masalah lagi jikalau mereka ini terang-terangan mengaku bahawa mereka ini bersepakat dengan Jahmiyyah dalam isu tersebut. Namun, yang ditempelak sekarang ini adalah mereka yang kononnya berlepas diri daripada kesesatan Jahmiyyah, tetapi mengulang, bahkan meniru perangai Jahmiyyah.

Usah menafikan fakta ini bahawa sememangnya adanya serpihan Jahmiyyah yang melekat dalam kalangan al-Aš*ariyy. Kalau benar mereka berlepas diri, buktikan bahawa mereka tidak ada masalah untuk menerima isbat suara bagi kalam Allah dan menepis bagi mereka yang lancang menuduhnya. Buktikan bahawa ikutan dan kefahaman mereka harmoni dengan apa yang dibawa oleh *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, Abū Bakr al-H̱ollāl dan Abū Sa*īd ad-Dārimiyy yang merupakan panji utama dalam mempertahankan ahli sunnah dan salaf secara keseluruhan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/654296872704409600/hakikatnya-sememangnya-ada-jahmiyyah-yang

Meme 137


Hipokrit sebahagian penganut aliran al-Aš*ariyy adalah mereka akan menguak-nguak kekecohan apabila dapat tahu yang Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dan an-Nawawiyy dituduh pembawa akidah yang menyeleweng dan dikeluarkan daripada ahli sunnah. Kalau langit boleh pecah kerana menanggung sentakan mereka, pasti berderai merata serpihannya.

Namun, mereka inilah sama-sama menyebarkan, menyokong dan menuduh Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, Aḥmad bin *Abdullah bin Ḥanbal, Abū Bakr al-H̱ollāl dan al-Lālikā^iyy sebagai musyabbihah dan dikeluarkan daripada ahli sunnah tanpa rasa bersalah pun. Tokoh-tokoh semua ini tidak pernah pun dituduh oleh sesiapa pun meskipun daripada sarjana al-Aš*ariyy selama beratus-ratus tahun setelah kewafatan mereka.

Jika mereka tidak menuduh pun, mereka redha dengan menganggap bahawa itu adalah pandangan yang muktabar atau buat-buat tidak tahu dan tidak mahu melakukan kecoh sepertimana yang terjadi an-Nawawiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy.

Hina sangatkah mereka ini di mata mereka berbanding an-Nawawiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy? Mengapa? Sebab pemuka-pemuka salaf ini tidak berselari dengan pegangan akidah mereka, lalu mereka merasa tidak ada masalah kalau kesemua ini dicela dan diburukkan?

Kami tidak ada masalah kalau mereka akui yang mereka bersepakat dengan Jahmiyyah dalam isu sifat Allah. Namun, kami menempelak hipokrit mereka ini yang kononnya terbebas daripada ajaran sesat, tetapi dalam masa yang sama menyelisihi, bahkan menentang dan mengotorkan kredibiliti para jaguhan salaf dalam isu akidah atau menjadi orang yang redha kepada orang yang melakukan sedemikian.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/654374625756741632/hipokrit-sebahagian-penganut-aliran-al-a%C5%A1ariyy

Meme 138


Hairan sekali yang Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, Aḥmad bin *Abdullah bin Ḥanbal dan Abū Bakr al-H̱ollāl ini hidup sebelum zaman kemunculan mazhab Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy. Mengapa aliran al-Aš*ariyy pada hari ini sangat pedih dengan tokoh-tokoh ini sampai menuduh mereka ini musyabbihah? Tokoh-tokoh ini membidas aliran Jahmiyyah. Yang pengikut al-Aš*ariyy ini terasa pedas ini apa terjadi?

Mereka selalu sahaja mewar-warkan bahawa mereka bukan Jahmiyyah. Hakikatnya, sebahagian mereka ini sememangnya wujud pembawa serpihan-serpihannya. Kalau mereka bukan Jahmiyyah, mengapa terasa pedih dengan karya yang menyinggung bukan mereka? Apa lagi kalau bukan kerana tersisanya bekas-bekas Jahmiyyah yang masih bersadur dalam pegangan?

Mereka begitu berang jika dituduh Jahmiyyah pondan atau Muktazilah pondan, tetapi tidak ada rasa segan pun menuduh para imam salaf yang lantang mencantas Jahmiyyah sebagai musyabbihah. Tindakan mereka ini sebenarnya membuktikan bahawa mereka benar-benar Jahmiyyah pondan. Tokoh salaf yang diangkat dan dijulang oleh para ulama beratus-ratus tahun tanpa tuduhan yang buruk menjadi realiti yang melukakan buat mereka. Sangat ironi.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/654375348325302272/hairan-sekali-yang-ab%C5%AB-sa%C4%ABd-ad-d%C4%81rimiyy-a%E1%B8%A5mad

Meme 139


Para salaf sangat mengangkat tinggi ahli hadis yang kalau agama ini menghalalkan umatnya untuk mewujudkan kultus, pasti para mereka akan menjadikan ahli hadis sebagai berhala yang dipuja kerana keistimewaan mereka pada agama.

Mereka inilah yang paling mahir dalam lapangan hadis dalam mengenal sahih dan selainnya yang permatanya tidak mudah diperoleh dalam satu peringkat zaman. Mereka aktif mengembara dan mengumpulkan hadis di saat orang begitu suka berdalih untuk tidak mahu merantau dan bersusah payah.

Mereka tidak hanya sibuk dengan bahagian hadis semata-mata, tetapi mereka juga pembawa manhaj agama yang tulen berasaskan sunnah. Mereka ini juga para pakar akidah, fuqaha dan ilmu yang lain. Mereka inilah pembela umat Islam daripada fahaman yang sesat yang menyebar dan meracuni orang ramai. Sehinggakan paksi kebenaran agama ini adalah terletak pada ahli hadis. Hārūn ar-Rošīd pernah berkata :

وَطَلَبْتُ الْحَقَّ فَوَجَدْتُهُ مَعَ أَصْحَابِ الْحَدِيثِ

"Aku ingin mencari kebenaran, lalu aku dapatinya ia bersama ahli hadis". [Šarof Asḥāb al-Ḥadīṯ, karya al-H̱oṭīb al-Baġhdādiyy, m/s 55, keluaran Dār Iḥyā^ as-Sunnah an-Nabawiyyah].

Sufyān aṯs-Ṯsawriyy pernah berkata :

الْمَلَائِكَةُ حُرَّاسُ السَّمَاءِ وَأَصْحَابُ الْحَدِيثِ حُرَّاسُ الْأَرْضِ

"Malaikat adalah pengawas di langit, manakala tokoh hadis adalah pengawas di bumi". [Šarof Asḥāb al-Ḥadīṯ, karya al-H̱oṭīb al-Baġhdādiyy, m/s 44, keluaran Dār Iḥyā^ as-Sunnah an-Nabawiyyah].

Merekalah khazanah agama yang tiada tandingan. Sesiapa yang mencari keistimewaan yang selain daripada ini, pasti dia akan menemukan kesesatan, kecelaruan dan kehancuran.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/654376559867772928/para-salaf-sangat-mengangkat-tinggi-ahli-hadis

Meme 140


Muqaddimah pentahqiq ini semuanya baik. Mereka memperkenalkan biografi penulis, latar belakang penulis dari sudut sejarah politik atau semasa, sebab pengkaryaan, manhaj penulisan, membicarakan dapatan manuskrip, mengesahkan keaslian manuskrip, keabsahan penisbahan kitab tersebut kepada penulis dan sedikit paparan manuskrip.

Namun, kadangkala ia menjadi tempat pentahqiq untuk ambil kesempatan atas nama tahqiq untuk memperlakukan kitabnya sepertimana karyanya. Kadangkala muqaddimah sahaja terlalu panjang yang seakan-akan membentangkan kertas kajian terhadap kitab tersebut sehingga hampir sama ketebalannya dengan kitab asal tersebut atau sama, bahkan ada yang lebih.

Semua itu bermanfaat. Namun, janganlah melambakkan lagi apa yang tidak penting atau seolah-olah tampak pengusahaan keras untuk memonopoli kefahaman mengikut acuannya tanpa ada keperluan. Itu semua boleh diterbitkan dengan judul penulisan yang berasingan.

Saya pernah menemukan kitab al-Asmā^ Wa aṣ-Ṣifāt karya al-Bayhaqiyy yang muqaddimah pentahqiqnya memuatkan celaan terhadap aliran al-Aš*ariyy. Ini adalah tidak patut sama sekali. Ini salah satu bentuk cara untuk merebut monopoli aliran dan perkara yang tidak patut ada dalam pentahqiq. Jangan memperlakukan sembarangan kitab yang bukan miliknya atas nama tahqiq.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/654388111949840384/muqaddimah-pentahqiq-ini-semuanya-baik-mereka

Meme 141


Terdapat ungkapan Arab menyebutkan :

الْوَِقْتُ كَالسَيْفِ إِنْ لَمْ تَقَطَعْهُ قَطَعََكَ

"ًWaktu itu laksana pedang. Jika engkau tidak memotongnya, maka dia memotongmu".

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/654388746947526656/terdapat-ungkapan-arab-menyebutkan-%D8%A7%D9%84-%D9%88-%D9%82-%D8%AA

Meme 142


Sangat berguna nasihat ini. Rasa tersesat bukan alasan untuk merosakkan kehidupan yang kita tanggung ini. Kalau kita terperangkap di tengah-tengah lautan, patutkah kita menenggelamkan bot kita kerana kita tidak pasti ke mana destinasi kita?

Usah berputus asa dengan rahmat Allah. Kalau sang musyrik pun tetap berdoa kepada-Nya dengan penuh ketulusan ketika dibadai ombak lautan yang mengepung mereka, itu pun Dia tetap memperkenankan hajat kita. Bagaimana pula seorang yang beriman kepada-Nya dan hari akhirat? Apakah tuhan akan menyia-nyiakan keteguhan jiwa kita dalam memilih iman sebagai dakapan hidup?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/654389022613979136/sangat-berguna-nasihat-ini-rasa-tersesat-bukan

Meme 143


Saya selalu sahaja lihat mereka yang beraliran al-Aš*ariyy ini selalu melemparkan pelabelan jahat terhadap orang yang tidak sealirannya. Yang kontemporari ini seringkali memasyhurkan pelabelan wahabi. Dalam masa yang sama, terkandungnya tuduhan musyabbihah padanya.

Contohnya, mereka tidak segan silu melemparkan tuduhan musyabbihah terhadap Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, Abū Bakr al-H̱ollāl dan al-Lālikā^iyy yang tidak pernah dituduh oleh mana-mana ulama pun setelah beratus tahun kewafatan mereka.

Contoh lain adalah mereka lancang menuduh mereka yang mengisbatkan suara bagi kalam Allah sebagai mujassim dan musyabbihah, padahal itu adalah pendapat Aḥmad bin Ḥanbal melalui nukilan anaknya, *Abdullah dalam as-Sunnah dan pendapat al-Buẖōriyy dalam H̱olq Af*āl al-*Ibād. Bahkan, menggelarkannya sebagai pelaku bidaah dan pelampau dari kalangan Ḥanābilah bagi mereka yang mengikuti pandangan ini.

Namun, cuba lihat kalau mereka dituduh sebagai Jahmiyyah pondan. Lihat bagaimana gegak-gempitanya dunia merespons untuk membelasah orang yang memberi gelaran seperti itu. Walhal itulah hakikatnya. Sampai mencela orang yang meriwayatkan, apatah lagi memperkenankan penerimaan hadis al-Aṭīṭ, al-Kursiyy adalah tempat letak dua kaki dan lain-lain dengan celaan yang tidak sepatutnya. Bahkan, sampai mendhaifkan hadis Jāriyah yang ada dalam Ṣoḥīḥ Muslim kerana tidak mahu hadis itu dijadikan kesabitan dalam mengisbatkan sifat al-*Uluww. Begitu juga dengan menghamburkan celaan kepada para sarjana salaf yang lantang menentang Jahmiyyah seperti Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal dan Abū Bakr al-H̱ollāl. Apa lagi kalau ini bukan petanda adanya serpihan Jahmiyyah dalam anutannya?

Mereka juga akan bangkit dalam keadaan penuh berang apabila an-Nawawiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy disingkirkan daripada ahli sunnah. Namun, mereka tidak segan silu, bahkan menyebarluaskan calitan kotor terhadap tokoh kebesaran ahli sunnah seperti Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal dan Abū Bakr al-H̱ollāl. Kalau mereka tidak tuduh pun, mereka redha, malah menganggap itu perselisihan yang boleh diraikan! Langsung tidak sama sentimennya sepertimana yang terjadi pada an-Nawawiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy.

Renungkanlah. Fikirkanlah mengapa jalan yang ditempuhi ahli sunnah selalu sahaja dikelilingi dengan tuduhan musyabbihah. Kata Aḥmad bin Ḥanbal dalam menyifatkan Jahm bin Ṣofwān, perintis kepada fahaman Jahmiyyah :

وتأول القرآن على غير تأويله، وكذب بأحاديث رسول الله صلى الله عليه وسلم وزعم أن من وصف الله بشيء مما وصف به نفسه في كتابه أو حدث عنه رسوله كان كافراً، وكان من المشبهة

"Dia mentakwil al-Qur^ān dengan yang bukan takwilnya, mendustakan hadis-hadis Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- serta mendakwa bahawa sesiapa yang menyifatkan Allah dengan sesuatu dari apa yang Dia menyifatkan diri-Nya dalam kitab-Nya atau rasul-Nya menceritakan tentangnya, maka dia adalah kafir dan dia adalah musyabbihah". [Ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh, m/s 97, keluaran Dār aṯ-Ṯabāt Li an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Ṣobriyy bin Salāmah Šāhīn].

Isḥāq bin Rōhūyah berkata :

عَلَامَةُ جَهْمٍ وَأَصْحَابِهِ دَعْوَاهُمْ عَلَى أَهْلِ الْجَمَاعَةِ , وَمَا أُولِعُوا بِهِ مِنَ الْكَذِبِ , إِنَّهُمْ مُشَبِّهَةٌ بَلْ هُمُ الْمُعَطِّلَةُ وَلَوْ جَازَ أَنْ يُقَالَ لَهُمْ: هُمُ الْمُشَبِّهَةُ لَاحْتُمَلَ ذَلِكَ , وَذَلِكَ أَنَّهُمْ يَقُولُونَ: إِنَّ الرَّبَّ تَبَارَكَ وَتَعَالَى فِي كُلِّ مَكَانٍ بِكَمَالِهِ فِي أَسْفَلِ الْأَرَضِينَ وَأَعْلَى السَّمَاوَاتِ عَلَى مَعْنًى وَاحِدٍ وَكَذَبُوا فِي ذَلِكَ وَلَزِمَهُمُ الْكُفْرُ

"Tanda-tanda Jahm dan pengikutnya adalah panggilan mereka terhadap ahli al-Jamā*ah dan apa yang disandarkan padanya adalah sebahagian daripada dusta. Sesungguhnya mereka adalah musyabbihah, padahal hakikat sebenarnya mereka adalah mu*aṭṭilah. Kalaulah boleh dipanggil kepada mereka bahawa mereka itu adalah musyabbihah, maka dibolehkan untuk itu. Itu adalah kerana mereka berkata bahawa sesungguhnya tuhan Tabāroka Wa Ta*ālā dalam setiap tempat dengan keseluruhannya di bumi paling dan langit paling atas atas makna yang sama. Mereka berdusta pada hal itu dan membiasakan kekafiran pada mereka". [Šarḥ Uṣūl as-Sunnah, karya al-Lālikā^iyy, jilid 3, m/s 588, keluaran Dār Ṭoyyibah, Saudi, tahqiq Aḥmad bin Sa*d bin Ḥamdān al-Ġōmidiyy].

Abū Ḥātim ar-Rōziyy berkata :

عَلَامَةُ الْجَهْمِيَّةِ تَسْمِيَتُهُمْ أَهْلَ السُّنَّةِ مُشَبِّهَةً

"Tanda-tanda Jahmiyyah adalah penamaan mereka terhadap ahli sunnah sebagai musyabbihah". [Šarḥ Uṣūl as-Sunnah, karya al-Lālikā^iyy, jilid 3, m/s 588, keluaran Dār Ṭoyyibah, Saudi, tahqiq Aḥmad bin Sa*d bin Ḥamdān al-Ġōmidiyy].

Ḥarb bin Ismā*īl al-Kirmāniyy berkata :

وأما الجهمية: فأنهم يسمون أهل السنة مشبهة وكذبت الجهمية أعداء الله بل هم أولى بالتشبيه والتكذيب افتروا على الله الكذب وقالوا على الله الزور والإفك وكفروا في قولهم.

"Adapun Jahmiyyah, maka mereka menamakan ahli sunnah dengan musyabbihah, sedangkan Jahmiyyah, musuh Allah telah berdusta. Bahkan, mereka lebih patut dengan tasybih dan pendustaan. Mereka mengada-adakan kedustaan terhadap Allah dan mereka berkata tentang Allah secara sia-sia dan dengkul serta mereka mengkafirkannya pada kata-kata mereka". [Masā^il Ḥarb al-Kirmāniyy, jilid 3, m/s 985, keluaran Jāmi*ah Umm al-Qurō].

Ibn *Abdul Barr berkata :

أهل السنة مجموعون عَلَى الْإِقْرَارِ بِالصِّفَاتِ الْوَارِدَةِ كُلِّهَا فِي الْقُرْآنِ وَالسُّنَّةِ وَالْإِيمَانِ بِهَا وَحَمْلِهَا عَلَى الْحَقِيقَةِ لَا عَلَى الْمَجَازِ إِلَّا أَنَّهُمْ لَا يُكَيِّفُونَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ وَلَا يَحُدُّونَ فِيهِ صِفَةً مَحْصُورَةً وَأَمَّا أَهْلُ الْبِدَعِ وَالْجَهْمِيَّةُ وَالْمُعْتَزِلَةُ كُلُّهَا وَالْخَوَارِجُ فَكُلُّهُمْ يُنْكِرُهَا وَلَا يَحْمِلُ شَيْئًا مِنْهَا عَلَى الْحَقِيقَةِ وَيَزْعُمُونَ أَنَّ مَنْ أَقَرَّ بِهَا مُشَبِّهٌ وَهُمْ عِنْدَ مَنْ أَثْبَتَهَا نَافُونَ لِلْمَعْبُودِ وَالْحَقُّ فِيمَا قَالَهُ الْقَائِلُونَ بِمَا نَطَقَ بِهِ كِتَابُ اللَّهِ وَسُنَّةُ رَسُولِهِ وَهُمْ أَئِمَّةُ الْجَمَاعَةِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ

"Ahli sunnah bersepakat dalam mengikrarkan sifat yang datang keseluruhannya dalam al-Qur^ān dan as-Sunnah, beriman dengannya dan membawanya atas makna hakikat, bukan atas majaz melainkan mereka tidak mentakyifkan sesuatu daripada hal itu serta tidak meletakkan had sifat yang terhad padanya. Adapun ahli bidaah, Jahmiyyah, Muktazilah keseluruhannya dan khawarij, maka kesemua mereka mengingkarinya dan tidak membawa sesuatu daripadanya atas makna hakikat serta mereka mendakwa bahawa sesiapa yang mengakuinya, maka dia adalah musyabbih. Mereka ini di sisi orang yang mengisbatkannya adalah penafi terhadap Yang Disembah. Yang benar adalah pada apa yang mereka yang berpendapat pada pengikraran dengan apa yang kitab Allah dan sunnah rasul-Nya berbicara terhadapnya. Mereka adalah imam-imam al-Jamā*ah. Segala puji bagi Allah". [At-Tamhīd Li Mā Fī al-Muwaṭṭo^ Min al-Ma*ānī Wa al-Asānīd, jilid 7, m/s 145, keluaran Wizāroh *Umūm al-Awqōf Wa aš-Šu^ūn al-Islāmiyyah, Morocco, tahqiq Muṣṭofā Aḥmad al-*Alawiyy dan Muḥammad *Abdul Kabīr al-Bakriyy].

Abū *Uṯmān aṣ-Ṣōbūniyy berkata :

وعلامات البدع على أهلها بادية ظاهرة، وأظهر آياتهم وعلاماتهم شدة معاداتهم لحملة أخبار النبي صلى الله عليه وسلم، واحتقارهم لهم وتسميتهم إياهم حشوية وجهلة وظاهرية ومشبهة اعتقادا منهم في أخبار رسول الله صلى الله عليه وسلم

"Tanda-tanda bidaah terhadap ahlinya adalah terang dan nyata. Sejelas-jelas petanda-petandanya adalah kerasnya permusuhan terhadap pembawa khabar Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-, meremehkan mereka, menamakan mereka dengan Ḥašwiyyah, puak jahil, literalis dan musyabbihah kerana beriktikad pada khabar-khabar rasul -ṣollallahu *alayhi wasallam- dari kalangan mereka". [*Aqīdah as-Salaf Wa Aṣḥāb al-Ḥadīṯ, m/s 109, keluaran Dār al-Minhāj, tahqiq Abū al-Yamān al-Manṣūriyy].

Abū al-Qōsim Ismā*īl bin Muḥammad al-Aṣbahāniyy berkata :

وَإِذا رَأَيْت الرجل يُسَمِّي أهل الحَدِيث حشوية، أَو مشبهة، أَو ناصبة فَأعْلم أَنه مُبْتَدع

"Apabila engkau melihat seseorang menamakan ahli hadis sebagai Ḥašwiyyah atau musyabihhah atau Nāṣibah, maka ketahuilah bahawa dia ahli bidaah". [Al-Ḥujjah Fī Bayān al-Maḥajjah, jilid 2, m/s 540, keluaran Dār ar-Rōyah, ar-Riyāḍ, tahqiq Muḥammad bin Robī* bin Hādī bin *Umayr al-Madẖoliyy].

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/655537747542556672/saya-selalu-sahaja-lihat-mereka-yang-beraliran

Meme 144


Abū Bakr al-Bayhaqiyy berkata :

ثُمَّ تَكَلَّمَ مُحَمَّدُ بْنُ أَسْلَمَ الطُّوسِيُّ فِي ذَلِكَ بِعِبَارَةٍ رَدِيئَةٍ، فَقَالَ فِيمَا بَلَغَنِي عَنْهُ: الصَّوْتُ مِنَ الْمُصَوِّتِ كَلَامُ اللَّهِ. وَأَخَذَهُ عَنْهُ فِيمَا بَلَغَنِي مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ بْنِ خُزَيْمَةَ رَحِمَهُ اللَّهُ، وَعِنْدِي أَنَّ مَقْصُودَ مَنْ قَالَ ذَلِكَ مِنْهُمْ نَفْيُ الْخَلْقِ عَنِ الْمَتْلُوِّ مِنَ الْقُرْآنِ، إِلَّا أَنَّهُ لَمْ يُحْسِنِ الْعِبَارَةَ عَمَّا كَانَ فِي ضَمِيرِهِ مِنْ ذَلِكَ، فَتَكَلَّمَ بِمَا هُوَ خَطَأٌ فِي الْعِبَارَةِ وَاللَّهُ أَعْلَمُ

Kemudian, Muḥammad bin Aslam aṭ-Ṭūsiyy berbicara pada hal itu dengan ungkapan yang jelek. Dia berkata melalui apa yang sampai kepadaku tentang: "Suara dari yang bersuara adalah kalam Allah". Muḥammad bin Isḥāq bin H̱uzaymah -roḥimahullah- mengambilnya menurut apa yang sampai kepadaku. Menurutku, maksud mereka yang berkata sedemikian adalah menafikan kemakhlukan pada yang dibaca pada al-Qur^ān melainkan dia tidak memperbagus ungkapannya daripada apa yang terselindung daripada itu. Lalu, dia berbicara dengan apa yang dia tersilap pada ungkapannya. Allah lebih mengetahui". [Al-Asmā^ Wa aṣ-Ṣifāt, jilid 2, m/s 21, keluaran Maktabah as-Sawwādiyy, Jeddah, tahqiq *Abdullah bin Muḥammad al-Ḥāšidiyy].

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/656968871107051520/ab%C5%AB-bakr-al-bayhaqiyy-berkata-%D8%AB-%D9%85-%D8%AA-%D9%83-%D9%84-%D9%85

Meme 145


Walaupun keluarga al-Ġumāriyy selalu sahaja diangkat oleh golongan berakronim ASWAJA, selalunya kerana mereka ini adalah ahli bait yang sufi lagi melawan wahabi, tetapi sebenarnya mereka tidak sepertimana arus perdana golongan ASWAJA ini. Malah, mereka ini juga sama sekali tidak sama dengan kebanyakan golongan al-Ḥabīb pada hari ini.

Cukuplah dalam prinsip penentangan terhadap ketaksuban mazhab dan melawan taklid yang tercela serta penekanan terhadap ikutan kepada sunnah membezakan antara mereka dengan golongan ini. Jarang untuk kita mendengar perjuangan seperti ini pada golongan ASWAJA. Namun, sesiapa sahaja yang menelaah karya-karya mereka atau kajian tentang manhaj mereka, pasti akan menemukannya.

*Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy pernah berkata dalam muqaddimah kitabnya Awliyā^ Wa Karomāt bahawa dia dituduh cenderung kepada wahabi apabila kebanyakan orang mendengar tentang kitabnya kerana kandungan dalam buku menapis secara kritis cerita karamah wali dari para pelampau sufi.

Abangnya, Aḥmad sangat keras penentangannya terhadap al-Aš*ariyy yang kalamnya tentangnya telah dikumpulkan oleh Ṣōdiq bin Sālim bin Ṣōdiq dalam Ḏamm al-Ašā*iroh Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifah. Siapa sangka tokoh sufi yang disanjung ini dan dijadikan figura penting dalam ahli bait ini melawan pegangan arus golongan sufi ASWAJA ini?

Adiknya, Muḥammad az-Zamzamiyy menghasilkan kitab az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh dalam mengkritik keras sufi yang jahil yang wujud di zamannya. Saya tidak rasa para al-Ḥabīb akan menjengah karya ini walaupun sama-sama zuriat kerana ia sememangnya akan melanggar tradisi kesufian yang mereka bawa kepada masyarakat. Bahkan, sesiapa sahaja yang membaca karya ini tanpa mengenal penulisnya, pasti penulis akan dilabel wahabi.

Mengapa mereka menuju kepada yang berlainan daripada arus perdana? Ini kerana mereka berpegang pada prinsip yang telah disebutkan tadi. Namun, golongan ASWAJA selalu sahaja tidak tahu atau jika tahu pun, mereka mengabaikannya dan tidak mengendahkannya. Ia tidak menjadi sebati dalam praktik mereka meskipun mereka menyatakan bahawa mereka mencintai dan menyanjung keluarga ini. Apa yang mereka buat adalah sekadar mencedok daripada karya-karya keluarga ini yang dapat menyanggah wahabi!

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/660888898713616384/walaupun-keluarga-al-%C4%A1um%C4%81riyy-selalu-sahaja

Meme 146


Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq, salah seorang ahli sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- menghasilkan kitab az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh dalam mengkritik keras sufi yang jahil yang wujud di zamannya. Sesiapa sahaja yang membaca karya ini tanpa mengenal penulisnya, pasti penulis akan dituduh sebagai wahabi.

Bahkan, karya ini juga menyinggung abangnya, Aḥmad. Oleh itu, tidak ada isu pun kritikan terhadap zuriat baginda bermaksud ia sama sahaja seperti memusui ahli bait dan membenci orang yang berketerunan baginda.

Saya tidak rasa rata-rata para al-Ḥabīb pada hari ini akan berani membaca karya ini, apatah lagi mewacanakan apa yang terkandung pada karya ini. Apatah lagi para sufi yang lain. Sememangnya karya ini mengajak kepada tradisi kritis dalam praktik kesufian, mereformasikan manhaj kesufian dan menentang kebodohan, kekarutan dan penyimpangan yang ada dalam sufi yang kebanyakannya adalah tersebati dalam adat mereka.

Karya ini sememangnya akan dibenci para sufi, khusus daripada ASWAJA walaupun mereka mengatakan bahawa mereka menjunjung ahli bait dan memandang tinggi perjuangan mereka dalam agama. Itu sekadar kata-kata kosong sahaja. Jika mereka benar-benar ingin sufi ynag terpandu dalam lingkungan al-Qur^ān dan as-Sunnah, cubalah baca karya ini terlebih dahulu. Selagimana mereka gentar untuk menelaah karya ini, sampai bila-bila pun mereka akan di takuk kesempitan dan delusi.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/660889496253022208/mu%E1%B8%A5ammad-az-zamzamiyy-bin-mu%E1%B8%A5ammad-bin-a%E1%B9%A3-%E1%B9%A3idd%C4%ABq

Meme 147


Kritikan Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy, salah seorang tokoh hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- terhadap al-Aš*ariyy telah dikumpulkan oleh Ṣōdiq bin Sālim bin Ṣōdiq dalam Ḏamm al-Ašā*iroh Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifah. Kritikannya amat keras yang saya tidak rasa salafi pun tidak akan sama sekali berkata sedemikian. Ini sememangnya agak melawan arus perdana tradisi kesufian.

Cuma, tokoh sufi yang bukan dari kalangan al-Aš*ariyy bukanlah sesuatu yang baharu. Abū Ismā*īl al-Anṣōriyy al-Harowiyy juga sangat keras kritikannya terhadap mereka melalui karyanya Ḏamm al-Kalām Wa Ahlih. Akan tetapi, kesufiannya terserlah melalui karyanya Manāzil as-Sālikin sehingga dia diperkatakan mengenainya.

Kemudian, Ibn Qoyyim al-Jawziyyah yang juga sudah dikenali penentangannya terhadap al-Aš*ariyy mensyarahkan kitab tersebut dengan berjudul Madārij as-Sālikīn dan juga terserlah beberapa aspek kesufian melalui pelbagai karyanya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/660902134201581569/kritikan-a%E1%B8%A5mad-bin-mu%E1%B8%A5ammad-bin-a%E1%B9%A3-%E1%B9%A3idd%C4%ABq

Meme 148


Sekalipun Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġhumāriyy, salah seorang tokoh hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- amat keras penentangannya terhadap terhadap al-Aš*ariyy telah dikumpulkan oleh Ṣōdiq bin Sālim bin Ṣōdiq dalam Ḏamm al-Ašā*iroh Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifah, mengalakkan pembacaan karya Ibn Qoyyim al-Jawziyyah dan membela salaf, tetapi dia juga menyalahi sekalian salaf dan khalaf dalam isu kebersamaan Allah melalui firman-Nya *Azza Wa Jalla :

وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ

"Dia bersama kalian di mana sahaja kalian berada". [Surah al-Ḥadīd ayat 4].

Dia beriktikad bahawa kebersamaan di sini bukanlah kebersamaan ilmu atau pengawasan, tetapi kehadiran dengan zat-Nya sepertimana Allah itu istawā di atas Arasy dengan zat-Nya. Akan tetapi, pandangan ini juga dikritik oleh Ṣōdiq bin Sālim bin Ṣōdiq setelah membawa beberapa kalamnya yang mengutuk al-Aš*ariyy.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/660903466866278400/sekalipun-a%E1%B8%A5mad-bin-mu%E1%B8%A5ammad-bin-a%E1%B9%A3-%E1%B9%A3idd%C4%AB

Meme 149


Mereka yang menisbahkan pengamalan tafwid ini kepada salaf entah pernah baca karya-karya salaf tentangnya seperti ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh karya Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, as-Sunnah karya Abū Bakr al-H̱ollāl, H̱olq Af*āl al-*Ibād karya al-Buẖōriyy, al-Iẖtilāf Fī al-Lafẓ karya Ibn Qutaybah, at-Tabṣīr Fī Ma*ālim ad-Dīn karya Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy, ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah dan an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy yang kedua-duanya karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy atau karya yang mengumpulkan kalam salaf seperti al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār karya aḏ-Ḏahabiyy.

Untuk sebahagian al-Aš*ariyy kontemporari hari ini yang ada serpihan Jahmiyyah pada mereka, sebahagian kitab yang saya nyatakan ini telah dihamburkan celaannya yang tidak pernah dicela oleh mana-mana ulama pun sebelum mereka apabila mereka membacanya kerana sememangnya menyalahi realiti yang mereka sangka. Sangat aneh orang yang mendakwa memahami manhaj salaf, tetapi berusaha untuk merobekkan kredibiliti kitab para salaf ini sebagai pembuktian! Siapa sebenarnya yang berdelusi dan salah faham?

Mari kita lihat beberapa contoh pengamalan salaf dalam berinteraksi dengan naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah. At-Tirmiḏiyy berkata :

حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ مُحَمَّدُ بْنُ العَلاَءِ، قَالَ: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبَّادُ بْنُ مَنْصُورٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا القَاسِمُ بْنُ مُحَمَّدٍ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ، وَتَصْدِيقُ ذَلِكَ فِي كِتَابِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ: {هُوَ يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَأْخُذُ الصَّدَقَاتِ}، وَ {يَمْحَقُ اللَّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ}. هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ. وَقَدْ رُوِيَ عَنْ عَائِشَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَ هَذَا.

وَقَدْ قَالَ غَيْرُ وَاحِدٍ مِنْ أَهْلِ العِلْمِ فِي هَذَا الحَدِيثِ وَمَا يُشْبِهُ هَذَا مِنَ الرِّوَايَاتِ مِنَ الصِّفَاتِ: وَنُزُولِ الرَّبِّ تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا، قَالُوا: قَدْ تَثْبُتُ الرِّوَايَاتُ فِي هَذَا وَيُؤْمَنُ بِهَا وَلاَ يُتَوَهَّمُ وَلاَ يُقَالُ: كَيْفَ؟ هَكَذَا رُوِيَ عَنْ مَالِكٍ، وَسُفْيَانَ بْنِ عُيَيْنَةَ، وَعَبْدِ اللهِ بْنِ الْمُبَارَكِ أَنَّهُمْ قَالُوا فِي هَذِهِ الأَحَادِيثِ: أَمِرُّوهَا بِلاَ كَيْفٍ، وَهَكَذَا قَوْلُ أَهْلِ العِلْمِ مِنْ أَهْلِ السُّنَّةِ وَالجَمَاعَةِ، وَأَمَّا الجَهْمِيَّةُ فَأَنْكَرَتْ هَذِهِ الرِّوَايَاتِ وَقَالُوا: هَذَا تَشْبِيهٌ.

وَقَدْ ذَكَرَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فِي غَيْرِ مَوْضِعٍ مِنْ كِتَابهِ اليَدَ وَالسَّمْعَ وَالبَصَرَ، فَتَأَوَّلَتِ الجَهْمِيَّةُ هَذِهِ الآيَاتِ فَفَسَّرُوهَا عَلَى غَيْرِ مَا فَسَّرَ أَهْلُ العِلْمِ، وَقَالُوا: إِنَّ اللَّهَ لَمْ يَخْلُقْ آدَمَ بِيَدِهِ، وَقَالُوا: إِنَّ مَعْنَى اليَدِ هَاهُنَا القُوَّةُ. وقَالَ إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ: إِنَّمَا يَكُونُ التَّشْبِيهُ إِذَا قَالَ: يَدٌ كَيَدٍ، أَوْ مِثْلُ يَدٍ، أَوْ سَمْعٌ كَسَمْعٍ، أَوْ مِثْلُ سَمْعٍ، فَإِذَا قَالَ: سَمْعٌ كَسَمْعٍ، أَوْ مِثْلُ سَمْعٍ، فَهَذَا التَّشْبِيهُ. وَأَمَّا إِذَا قَالَ كَمَا قَالَ اللَّهُ تَعَالَى يَدٌ، وَسَمْعٌ، وَبَصَرٌ، وَلاَ يَقُولُ كَيْفَ، وَلاَ يَقُولُ مِثْلُ سَمْعٍ، وَلاَ كَسَمْعٍ، فَهَذَا لاَ يَكُونُ تَشْبِيهًا، وَهُوَ كَمَا قَالَ اللَّهُ تَعَالَى فِي كِتَابهِ: {لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ}.

Abū Kuroyb Muḥammad bin al-*Alā^ telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Wakī* telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; *Abbād bin Manṣūr telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Al-Qōsim bin Muḥammad telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Aku mendengar Abū berkata; Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Sesungguhnya Allah menerima zakat dan Dia mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu, dia membentangkannya untuk kalian sebagaimana salah seorang kalian membesarkan anak kuda kalian sampai-sampai sesuap makanan akan menjadi semisal gunung Uhud. Hal itu pembenaran dalam kitab Allah *Azza Wajalla: {Dialah yang menerima taubat daripada hamba-Nya dan mengambil zakat} dan {Allah menghancurkan riba dan menyuburkan sedekah}". Ini adalah hadis ḥasan sahih. Diriwayatkan daripada *Ā^išah, daripada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- seumapam ini.

Lebih daripada seorang dariapda kalangan ahli ilmu telah berkata tentang hadis ini dan yang seumpamanya yang berupa riwayat-riwayat sifat: "Turunnya tuhan Tabāroka Wa Ta*ālā setiap malam ke langit dunia". Mereka berkata: "Telah sabit riwayat pada hal ini. Kita mengimaninya, kita tidak membayangkannya dan kita tidak ditanya bagaimana". Inilah yang diriwayatkan daripada Mālik, Sufyān bin *Uyaynah dan *Abdullah bin al-Mubārok bahawa mereka berkata pada hadis ini: "Lalukannya tanpa kayf". Inilah kata-kata ahli ilmu dari kalangan ahli sunnah dan al-Jamā*ah. Adapun Jahmiyyah, mereka mengingkari riwayat ini dan mereka berkata: "Ini tasybih".

Allah *Azza Wa Jalla telah pun menyebutkannya dalam lebih satu tempat dalam kitab-Nya: "Al-Yad, as-Sam* dan al-Baṣor". Lantas, Jahmiyyah mentakwilkan ayat ini, lalu mentafsirkannya dengan cara yang bukan ditafsirkan ahli sunnah. Mereka berkata: "Allah tidak menciptakan Adam dengan tangan-Nya". Mereka berkata: "Sesungguhnya makna al-Yad adalah kekuatan". Berkata Isḥāq bin Ibrōhīm: "Sebenarnya yang menjadi tasybih apabila dikatakan Yad adalah anggota tangan atau semakna dengan anggota tangan, as-Sam* adalah suatu pendengaran yang lain atau semakna dengan pendengaran yang lain. Apabila seseorang berkata sam* semisal pendengaran yang lain, maka ini adalah tasybih. Adapun apabila seseorang berkata sepertimana Allah Ta*ālā berfirman Yad, Sam* dan Baṣor dan kita tidak bertanya bagaimana serta tidak berkata semisal suatu pendengaran yang lain, maka ini bukan tasybih. Ia adalah sama seperti Allah Ta*ālā berfirman dalam kitab-Nya: {Tidak ada sesuatu pun seakan-akan serupa dengan-Nya. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat}". [Al-Jāmi* al-Kabīr, jilid 2, m/s 44, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Baššār *Awwād Ma*rūf].

Yang disebutkan tasybih adalah apabila dikatakan al-Yad adalah anggota tangan atau semakna dengan anggota tangan, bukan faham makna zahir!

Abū Sulaymān al-H̱oṭṭōbiyy berkata :

فَأَمَّا مَا سَأَلْت عَنْهُ مِنْ الصِّفَاتِ وَمَا جَاءَ مِنْهَا فِي الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ فَإِنَّ مَذْهَبَ السَّلَفِ إثْبَاتُهَا وَإِجْرَاؤُهَا عَلَى ظَوَاهِرِهَا وَنَفْيُ الْكَيْفِيَّةِ وَالتَّشْبِيهِ عَنْهَا وَقَدْ نَفَاهَا قَوْمٌ فَأَبْطَلُوا مَا أَثْبَتَهُ اللَّهُ وَحَقَّقَهَا قَوْمٌ مِنْ الْمُثْبِتِينَ فَخَرَجُوا فِي ذَلِكَ إلَى ضَرْبٍ مِنْ التَّشْبِيهِ وَالتَّكْيِيفِ وَإِنَّمَا الْقَصْدُ فِي سُلُوكِ الطَّرِيقَةِ الْمُسْتَقِيمَةِ بَيْنَ الْأَمْرَيْنِ وَدِينُ اللَّهِ تَعَالَى بَيْنَ الْغَالِي فِيهِ وَالْجَافِي وَالْمُقَصِّرِ عَنْهُ. وَالْأَصْلُ فِي هَذَا: أَنَّ الْكَلَامَ فِي الصِّفَاتِ فَرْعٌ عَلَى الْكَلَامِ فِي الذَّاتِ وَيُحْتَذَى فِي ذَلِكَ حَذْوُهُ وَمِثَالُهُ. فَإِذَا كَانَ مَعْلُومًا أَنَّ إثْبَاتَ الْبَارِي سُبْحَانَهُ إنَّمَا هُوَ إثْبَاتُ وُجُودٍ لَا إثْبَاتَ كَيْفِيَّةٍ فَكَذَلِكَ إثْبَاتُ صِفَاتِهِ إنَّمَا هُوَ إثْبَاتُ وُجُودٍ لَا إثْبَاتَ تَحْدِيدٍ وَتَكْيِيفٍ. فَإِذَا قُلْنَا يَدٌ وَسَمْعٌ وَبَصَرٌ وَمَا أَشْبَهَهَا فَإِنَّمَا هِيَ صِفَاتٌ أَثْبَتَهَا اللَّهُ لِنَفْسِهِ؛ وَلَسْنَا نَقُولُ: إنَّ مَعْنَى الْيَدِ الْقُوَّةُ أَوْ النِّعْمَةُ وَلَا مَعْنَى السَّمْعِ وَالْبَصَرِ الْعِلْمُ؛ وَلَا نَقُولُ إنَّهَا جَوَارِحُ وَلَا نُشَبِّهُهَا بِالْأَيْدِي وَالْأَسْمَاعِ وَالْأَبْصَارِ الَّتِي هِيَ جَوَارِحُ وَأَدَوَاتٌ لِلْفِعْلِ وَنَقُولُ: إنَّ الْقَوْلَ إنَّمَا وَجَبَ بِإِثْبَاتِ الصِّفَاتِ؛ لِأَنَّ التَّوْقِيفَ وَرَدَ بِهَا؛ وَوَجَبَ نَفْيُ التَّشْبِيهِ عَنْهَا لِأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ؛ وَعَلَى هَذَا جَرَى قَوْلُ السَّلَفِ فِي أَحَادِيثِ الصِّفَاتِ.

Adapun apa yang aku bertanya tentangnya tentang sifat dan apa yang datang daripadanya dalam al-Kitāb dan as-Sunnah, maka sesungguhnya mazhab salaf adalah mengisbatkannya dan melalukannya atas zahirnya dan menafikan kaifiyyat dan tasybih daripadanya. Ada suatu kaum menafikannya, lalu membatalkan apa yang Allah isbatkannya dan ada suatu kaum yang mengisbatkannya menetapkannya, lalu keluar pada hal itu ke jenis yang berupa tasybih dan takyif. Sebenarnya, arahnya adalah pada laluan-lauan jalan yang lurus antara dua perkara. Agama Allah Ta*ālā antara yang pelampau padanya serta yang berpaling dan gedoboh terhadapnya. Asal pada hal ini adalah bahawa kalam pada sifat adalah cabang pada kalam pada zat serta diambil teladannya dan contohnya. Apabila kita berkata Yad, Sam*, Baṣor dan yang serupa dengannya, maka sebenarnya ia adalah sifat yang Allah isbatkannya kepada diri-Nya. Tidaklah kita mengatakan bahawa makna al-Yad adalah kekuatan atau nikmat, tidak juga as-Sam* dan al-Baṣor adalah ilmu. Tidak juga kita katakan ia adalah anggota dan tidak kita menyerupakannya dengan tangan-tangan atau pendengaran atau penglihatan yang beranggota atau saluran perbuatan. Sesungguhnya yang dipilih adalah wajib untuk mengisbatkan sifat-Nya kerana yang tawqīf telah sampai dengannya dan wajib menafikan tasybih daripada kerana sesungguhnya Allah tidak ada sesuatu pun yang seakan-akan serupa dengan-Nya. Dengan ini, berdirinya pendapat salaf dalam hadis-hadis sifat". [Majmū* al-Fatāwā, karya Ibn Taymiyyah, jilid 5, m/s 58-59, keluaran Majma* al-Malik Fahd Li Ṭobā*ah al-Muṣḥaf aš-Šarīf, al-Madīnah al-Muwwaroh, tahqiq *Abdul Roḥmān bin Muḥammad bin Qōsim].

Al-Ḥotīb al-Baġdādiyy juga menyebutkan yang sama :

أما الكلام في الصفات فإن ما روِي منها في السنن الصحاح مذهب السلف رضوان عليهم إثباتها وإجراؤها على ظواهرها ونفي الكيفية والتشبيه عنها. وقد نفاها قوم فأبطلوا ما أثبته الله سبحانه وحققها من المثبتين قوم فخرجوا في ذلك إلى ضرب من التشبيه والتكييف. والقصد إنما هو سلوك الطريقة المتوسطة بين الأمرين ودين الله بين الغالي فيه والمقصر عنه.

والأصل في هذا أن الكلام في الصفات فرع على الكلام في الذات ويحتذي في ذلك حذوه ومثاله. فإذا كان معلوما أن إثبات رب العالمين عز وجل إنما هو إثبات وجود، لا إثبات كيفية، فكذلك إثبات صفاته. إنما هو إثبات وجود، لا إثبات تحديد وتكييف.

فإذا قلنا : لله تعالى يد، وسمع ، وبصر ، فإنما هي صفات أثبتها الله تعالى لنفسه، ولا نقول : إن معنى اليد القدرة، ولا إن معنى السمع والبصر العلم ولا نقول : إنها جوارح وأدوات الفعل ولا نشبهها بالأيدي والأسماع،والأبصار التي هي جوارح وأدوات للفعل. ونقول : إنما وجب إثباتها لأن التوقيف ورد بها ووجب نفي التشبيه عنها لقوله تبارك وتعالى:{ليس كمثله شيء وهو السميع البصير} (الشورى:١١). وقوله عز وجل: {ولم يكن له كفوا أحد} (الإخلاص:٤).

Adapun kalam dalam sifat, maka sesungguhnya apa yang diriwayatkan daripadanya dalam as-Sunan yang sahih, mazhab salaf -semoga Allah meredhai mereka- adalah mengisbatkannya dan melalukannya atas zahirnya serta menafikan kaifiyyat dan tasybih daripadanya. Suatu kaum menafikannya, lalu mereka membatalkan apa yang Allah Subḥānahu isbatkannya dan suatu kaum yang mengisbatkannya menetapkannya, lalu mereka keluar dalam hal itu sehingga ke jenis yang berupa tasybih dan takyif. Yang sebenarnya adalah ia adalah laluan-laluan jalan pertengahan antara dua perkara. Agama Allah di antara pelampau terhadapnya dan yang gedoboh.

Asalnya pada hal ini adalah bicara pada sifat adalah cabang pada bicara pada zat serta diambil teladan dan contoh pada hal itu. Apabila seseorang telah maklum, maka pengisbatan tuhan sekalian alam *Azza Wajalla adalah pengisbatan kewujudannya, bukan isbat kaifiyyatnya. Demikian juga pengisbatan sifatnya. Sebenarnya, ia pengisbatan kewujudnanya, bukan pengisbatan had dan takyif.

Apabila kita berkata: "Untuk Allah ada yad, sama* dan baṣor", sebenarnya ia adalah sifat yang Allah Ta*ālā mengisbatkannya untuk diri-Nya. Tidak kita katakan: "Sesungguhnya makna al-Yad adalah kemampuan". Tidak juga: "Sesungguhnya sama* dan baṣor adalah ilmu". Tidak juga kita katakan: "Ia adalah anggota atau saluran perbuatan". Tidak juga kita menyamakan dengan tangan, pendengaran dan penglihatan yang beranggota dan saluran perbuatan. Kita berkata: "Sebenarnya wajib mengisbatkannya kerana yang tawqīf telah sampai dengan sifat tersebut dan wajib menafikan tasybih terhadapnya kerana firman-Nya Tabāroka Wa Ta*ālā: {Tidak ada sesuatu pun yang seakan-akan serupa dengan-Nya} [Surah aš-Šurō ayat 11] dan firman-Nya *Azza Wajalla: {Tidak ada setara yang sama untuk-Nya} [Surah al-Iẖlāṣ ayat 4]". [Mas^alah Fī aṣ-Ṣifāt, m/s 7-8, tahqiq *Abdullah bin Yūsuf al-Juday*].

Tidak pernah pun mereka menjadikan pemahaman makna zahir sebagai isu yang membawa kepada tasybih! Malah, Abū Ya*lā menyatakan bahawa prinsip sebegini adalah kesepakatan seluruh umat. Katanya :

وقد أجمع أهل القبلة: أن إثبات الباري سبحانه: إنما هُوَ إثبات وجود لا إثبات تحديد وكيفية هكذا اعتقد الوالد السعيد ومن قبله ممن سلفه من الأئمة: أن إثبات الصفات للباري سبحانه إنما هُوَ إثبات وجود لا إثبات تحديد وكيفية وأنها صفات لا تشبه صفات البرية ولا تدرك حقيقة علمها بالفكر والروية.

"Ahli kibat telah pun bersepakat bahawa isbat Pemberi Kehidupan Subḥānahu cumalah isbat kewujudan, bukan isbat meletakkan had dan kaifiyyat. Inilah iktikad al-Wālid as-Sayyid as-Sa*īd dan orang yang sebelumnya dari golongan pendahulunya yang terdiri daripada para imam bahawa isbat sifat-sifat Pemberi Kehidupan Subḥānahu cumalah isbat kewujudannya, bukan isbat meletakkan had dan kaifiyyat serta sifat-Nya tidaklah menyerupai sifat makhluk dan tidak tercapai hakikat pengetahuannya melalui fikiran dan renungan". [Ṭobaqōt al-Ḥanābilah, karya Ibn Abū Ya*lā, jilid 2, m/s 207, keluaran Maṭba*ah as-Sunnah al-Muḥammadiyyah, Kaherah].

Sekarang, dari mana dakwaan mereka bahawa salaf memahami makna zahir tersebut semestinya tasybih dan melakukan pengamalan tafwid. Atas sebab itulah Ibn *Abdul Barr menyatakan bahawa pemahaman makna hakikat adalah yang disepakati ahli sunnah :

أهل السنة مجموعون عَلَى الْإِقْرَارِ بِالصِّفَاتِ الْوَارِدَةِ كُلِّهَا فِي الْقُرْآنِ وَالسُّنَّةِ وَالْإِيمَانِ بِهَا وَحَمْلِهَا عَلَى الْحَقِيقَةِ لَا عَلَى الْمَجَازِ إِلَّا أَنَّهُمْ لَا يُكَيِّفُونَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ وَلَا يَحُدُّونَ فِيهِ صِفَةً مَحْصُورَةً وَأَمَّا أَهْلُ الْبِدَعِ وَالْجَهْمِيَّةُ وَالْمُعْتَزِلَةُ كُلُّهَا وَالْخَوَارِجُ فَكُلُّهُمْ يُنْكِرُهَا وَلَا يَحْمِلُ شَيْئًا مِنْهَا عَلَى الْحَقِيقَةِ وَيَزْعُمُونَ أَنَّ مَنْ أَقَرَّ بِهَا مُشَبِّهٌ وَهُمْ عِنْدَ مَنْ أَثْبَتَهَا نَافُونَ لِلْمَعْبُودِ وَالْحَقُّ فِيمَا قَالَهُ الْقَائِلُونَ بِمَا نَطَقَ بِهِ كِتَابُ اللَّهِ وَسُنَّةُ رَسُولِهِ وَهُمْ أَئِمَّةُ الْجَمَاعَةِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ

"Ahli sunnah bersepakat dalam mengikrarkan sifat yang datang keseluruhannya dalam al-Qur^ān dan as-Sunnah, beriman dengannya dan membawanya atas makna hakikat, bukan atas majaz melainkan mereka tidak mentakyifkan sesuatu daripada hal itu serta tidak meletakkan had sifat yang terhad padanya. Adapun ahli bidaah, Jahmiyyah, Muktazilah keseluruhannya dan khawarij, maka kesemua mereka mengingkarinya dan tidak membawa sesuatu daripadanya atas makna hakikat serta mereka mendakwa bahawa sesiapa yang mengakuinya, maka dia adalah musyabbih. Mereka ini di sisi orang yang mengisbatkannya adalah penafi terhadap Yang Disembah. Yang benar adalah pada apa yang mereka yang berpendapat pada pengikraran dengan apa yang kitab Allah dan sunnah rasul-Nya berbicara terhadapnya. Mereka adalah imam-imam al-Jamā*ah. Segala puji bagi Allah". [At-Tamhīd Li Mā Fī al-Muwaṭṭo^ Min al-Ma*ānī Wa al-Asānīd, jilid 7, m/s 145, keluaran Wizāroh *Umūm al-Awqōf Wa aš-Šu^ūn al-Islāmiyyah, Morocco, tahqiq Muṣṭofā Aḥmad al-*Alawiyy dan Muḥammad *Abdul Kabīr al-Bakriyy].

Malah, Ibn Rojab al-Ḥanbaliyy juga menyatakan yang sama. Katanya tentang manhaj salaf :

وقد دل القرآن على ما دل عليه هذا الحديث في مواضع، كقوله: {هَلْ يَنظُرُونَ إِلَاّ أَن يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِّنَ الغَمَامِ وَالْمَلائِكَةُ؟} [البقرة:210] . وقال: {هَلْ يَنظُرُونَ إِلَاّ أَن تَأْتِيَهُمُ المَلائِكَةُ أَوْ يَأْتِيَ رَبُّكَ أَوْ يَأْتِيَ بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ} [الأنعام: 158] ، وقال: {وَجَاءَ رَبُّكَ وَالْمَلَكُ صَفاًّ صَفاًّ} [الفجر:22] .ولم يتأول الصحابة ولا التابعون شيئاً من ذلك، ولا أخرجوه عن مدلوله، بل روي عنهم؛ يدل على تقريره والإيمان به وامراره كما جاء وقد روي عن الإمام أحمد، أنه قال في مجيئه: هو مجيء أمره. وهذا مما تفرد به حنبل عنه. فمن أصحابنا من قال: وهم حنبل فيما روى، وهو خلاف مذهبه المعروف المتواتر عنه. وكان أبو بكر الخلال وصاحبه لا يثبتان بما تفرد به حنبل، عن أحمد رواية. ومن متأخريهم من قال: هو رواية عنه، بتأويل كل ما كان من جنس المجيء والإتيان ونحوهما. ومنهم من قال: إنما قال ذلك إلزاماً لمن ناظره في القرآن، فأنهم استدلوا على خلقه بمجيء القرآن، فقال: إنما يجيء ثوابه، كقوله: {وجاء ربك} ، أي: كما تقولون أنتم في مجيء الله، أنه مجيء أمره. وهذا أصح المسالك في هذا المروي. وأصحابنا في هذا على ثلاث فرق: فمنهم من يثبت المجيء والإتيان، ويصرح بلوازم ذلك في المخلوقات، وربما ذكروه عن أحمد من وجوه لا تصح أسانيدها عنه. ومنهم من يتأول ذلك على مجيء أمره. ومنهم من يقر ذلك، ويمره كما جاء، ولا يفسره، ويقول: هو مجيء وإتيان يليق بجلال الله وعظمته سبحانه. وهذا هو الصحيح عن أحمد، ومن قبله من السلف، وهو قول إسحاق وغيره من الأئمة.

وكان السلف ينسبون تأويل هذه الآيات والأحاديث الصحيحة إلى الجهمية؛ لأن جهماً وأصحابه أول من أشتهر عنهم أن الله تعالى منزه عما دلت عليه هذه النصوص بأدلة العقول التي سموها أدلة قطعية هي المحكمات، وجعلوا ألفاظ الكتاب والسنة هي المتشابهات فعرضوا ما فيها على تلك الخيالات، فقبلوا ما دلت على ثبوته بزعمهم، وردوا مادلت على نفيه بزعمهم، ووافقهم على ذلك سائر طوائف أهل الكلام من المعتزلة وغيرهم. وزعموا أن ظاهر ما يدل عليه الكتاب والسنة تشبيه وتجسيم وضلال، واشتقوا من ذلك لمن آمن بما أنزل الله على رسوله اسماء ما أنزل الله بها من سلطان، بل هي افتراء على الله، ينفرون بها عن الإيمان بالله ورسوله. وزعموا أن ما ورد في الكتاب والسنة من ذلك – مع كثرته وأنتشاره – من باب التوسع والتجوز، وأنه يحمل على مجازات اللغة المستبعدة، وهذا من أعظم أبواب القدح في الشريعة المحكمة المطهرة، وهو من جنس حمل الباطنية نصوص الإخبار عن الغيوب كالمعاد والجنة والنار على التوسع والمجاز دون الحقيقة، وحملهم نصوص الامر والنهي على مثل ذلك، ولم ينه علماء السلف الصالح وأئمة الإسلام كالشافعي وأحمد وغيرهما عن الكلام وحذروا عنه، إلا خوفاً من الوقوع في مثل ذلك، ولو علم هؤلاء الأئمة أن حمل النصوص على ظاهرها كفر لوجب عليهم تبيين ذلك وتحذير الأمة منه؛ فإن ذلك من تمام نصيحة المسلمين، فكيف كان ينصحون الأمة فيما يتعلق بالاحكام العملية ويدعون نصيحتمهم فيما يتعلق بأصول الاعتقادات، هذا من أبطل الباطل.

Telah pun al-Qur^ān tunjukkan atas apa yang hadis ini tunjukkan padanya dalam beberapa tempat seperti firman-Nya: {Tidaklah mereka melihat melainkan Allah dan para malaikat datang kepada mereka pada naungan yang berupa awan} [Surah al-Baqoroh ayat 210], Dia berfirman: {Tidaklah mereka melihat melainkan datang para malikat kepada mereka atau datangnya tuhan mereka atau datangnya sebahagian tanda-tanda kebesaran tuhamu} [Surah al-An*ām ayat 158] dan Dia berfirman: {Datangnya tuhanmu dan malaikat bersaf-saf} [Surah al-Fajr ayat 22]. Para Sahabat dan juga tabiin tidak mentakwilkan sesuatu pun daripada itu, tidak mereka mengeluarkannya daripada apa yang ditunjukkannya. Bahkan, diriwayatkan daripada mereka. Ini menunjukkan pengiyaannya, iman kepadanya dan melalukannya sepertimana ia datang. Telah diriwayatkan daripada al-Imām Aḥmad bahawasanya dia bekata tentang kedatangan-Nya: "Ia adalah kedatangan urusan-Nya". Ini adalah apa yang bersendirian Ḥanbal daripadanya dengannya. Sebahagian sahabat-sahabat kami berkata: "Waham Ḥanbal pada apa yang dia riwayatkan. Ia menyalahi mazhabnya yang dikenali yang mutawatir padanya". Abū Bakr al-H̱ollāl dan sahabatnya tidak sabit pada apa yang Ḥanbal bersendiri secara riwayat daripada Aḥmad padanya. Sebahagian mereka yang terkebelakangan berkata: "Ia adalah riwayat daripadanya dengan takwil apa yang semakna dengan kedatangan, kehadiran dan seumpamanya". Sebahagian mereka berkata: "Sebenarnya dia berkata sedemikian kerana mengalahkan hujah orang yang mendebatinya tentang al-Qur^ān. Ini kerana mereka beristidlal kedatangan al-Qur^ān atas bentuk makhluknya, lalu dia berkata: #Sebenaarnya kedatangan pahalanya seperti firman-Nya: {Datang tuhanmu}#, iaitu sepertimana engkau mengatakan tentang kedatangan Allah bahawasanya ia adalah kedatangan urusan-Nya". Ini adalah pendekatan yang paling sahih dalam periwayatan ini.

Sahabat kami dalam hal ini berada dalam tiga pecahan. Sebahagian mereka yang mengisbatkan kedatangan-Nya dan kehadiran-Nya dalam keadaan menyatakan secara terang tentang kebiasaan itu pada makhluk. Kadangkala mereka menyebutnya dariapda Aḥmad melalui bentuk yang tidak sahih sanad daripadanya. Sebahagian mereka mentakwilkan hal itu kepada kedatangan urusan-Nya. Sebahagian mereka mengakui itu dan melalukannya sepertimana ia datang tanpa mentafsirkannya. Mereka berkata: "Ia adalah kedatangan dan kehadiran yang layak dengan kebesaran Allah dan keagungan-Nya Subḥānahu". Ini adalah yang sahih daripada Aḥmad dan mereka yang sebelumnya dari kalangan salaf. Ia adalah pendapat Isḥāq dan selainnya dari kalangan imam.

Dahulu salaf menisbahkan takwil ayat-ayat dan hadis-hadis yang sahih ini kepada Jahmiyyah kerana Jahm dan sahabatnya antara yang terawal yang mengisytiharkan tentang diri mereka bahawa Allah Ta*ālā tersuci daripada apa yang teks-teks ini menunjukkannya dengan dalil-dalil akal yang mereka menamakannya sebagai dalil putus, iaitu muhkamat. Mereka menjadikan lafaz-lafaz al-Kitāb dan as-Sunnah sebagai mutasyabihat, lalu mereka memperlihatkan apa yang ada di dalamnya pada khayalan-khayalan itu, lalu mereka menerima apa yang menunjukkan kesabitannya melalui dakwaan mereka. Mereka menolak apa yang menunjukkan penafiannya melalui dakwaan mereka. Sekalian kelompok ahli kalam seperti Muktazilah dan selain mereka menyetujui mereka pada hal itu. Mereka mendakwa bahawa zahir yang al-Kitāb dan as-Sunnah adalah tasybih dan penjisim serta kesesatan. Mereka menderivasikan nama-nama yang tidak Allah turunkan bukti kuat terhadapnya melalui apa yang Allah turunkan kepada rasul-Nya. Bahkan, ia adalah pengada-adaan terhadap Allah dalam keadaan mereka berlari daripada iman kepada Allah dan rasul-Nya dengan sebabnya.

Mereka mendakwa apa yang sampai pada al-Kitāb dan as-Sunnah daripada itu -meski banyaknya dan tersebar luasnya- adalah salah satu daripada bab keluasan dan pelangkauan. Bahawasanya ia ditanggung atas majaz-majaz bahasa yang teranggap jauh dan ini adalah sebahagian daripada sebesar-besar bab kecelaan terhadap syariat yang tersusun rapi lagi yang dibersihkan. Ia adalah jenis tanggungan Bāṭiniyyah terhadap teks-teks perkhabaran tentang hal ghaib seperti hari kemudian, syurga dan neraka atas dasar keluasan dan majaz yang bukan hakikat. Tanggungan mereka terhadap teks-teks perintah dan larangan juga atas dasar sedemikian. Para ulama salaf yang soleh dan imam-imam Islam seperti aš-Šāfi*iyy dan Aḥmad tidaklah menegah ilmu kalam dan memperingatkannya daripadanya melainkan kerana takut terjatuhnya dalam semisal itu. Kalau diketahui imam-imam ini menanggung naṣ-naṣ atas dasar zahirnya adalah kafir, nescaya wajib bagi mereka menerangkan hal itu dan mengingatkan umat terhadapnya jika itu daripada kesempurnaan nasihat kepada para Muslim. Kenapa tidak? Ia menjadi nasihat kepada umat pada apa yang berkaitan dengan hukum-hakam ilmu dan mereka serukan nasihat mereka pada apa yang berkaitan dengan asas-asas kepercayaan. Tanggapan ini adalah sebatil-batil kebatilan! [Fatḥ al-Bārī Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, jilid 7, m/s 227-231, keluaran Maktabah al-Ġurobā^ al-Aṯariyyah, al-Madīnah al-Munawwaroh].

Lihat katanya: "Kalau diketahui imam-imam ini menanggung naṣ-naṣ atas dasar zahirnya adalah kafir, nescaya wajib bagi mereka menerangkan hal itu dan mengingatkan umat terhadapnya jika itu daripada kesempurnaan nasihat kepada para Muslim". Sangat jelas bahawa tafwid ini bukan sama sekali pengamalan salaf.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/660910007243735040/mereka-yang-menisbahkan-pengamalan-tafwid-ini

Meme 150


Ada sebahagian al-Aš*ariyy berkata bahawa mereka beriman dengan sifat-sifat khabar yang telah sampai kepada mereka seperti al-Yad, al-Wajh, al-Istiwā^, an-Nuzūl dan lain-lain. Malah, mereka apabila ditanya di mana Allah, mereka berkata di langit sepertimana yang telah sabit dalam hadis.

Akan tetapi, kadangkala mereka tidak mengisbatkannya kepada Allah melainkan sekadar lafaz atau memahami makna lain dari yang ditempuhi salaf. Kadangkala mereka berkata bahawa al-Istiwā^ itu merujuk kepada suatu perbuatan yang Allah lakukan di atas Arasy dan ia dinamakan sebagai al-Istiwā^. Akan tetapi, Allah sendiri tidak di situ. Sebahagian mereka berkata bahawa ia adalah sifat yang kembali kepada sifat al-Ma*ānī yang tujuh atau lapan.

Cukuplah firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā ini sebagai pembongkar tembelang mereka :

أَأَمِنتُم مَّن فِي السَّمَاءِ أَن يَخْسِفَ بِكُمُ الْأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ ‎﴿١٦﴾‏ أَمْ أَمِنتُم مَّن فِي السَّمَاءِ أَن يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِبًا ۖ فَسَتَعْلَمُونَ كَيْفَ نَذِيرِ ‎﴿١٧

"Apakah kalian aman dengan yang di langit, iaitu yang menjungkirbalikkan bumi, lalu ia bergegar? Apakah kalian aman dengan yang di langit, iaitu yang menimpakan hujan batu, lalu kalian tahu bagaimana peringatan-Ku?". [Surah al-Mulk ayat 17-18].

Sesiapa yang membaca tafsir al-Qurṭubiyy, lihatlah sendiri bagaimana gentarnya dia untuk mengitlakkan "Man" (مَّن) kepada Allah. Begitu juga kebanyakan golongan al-Aš*ariyy yang lain. Faẖruddīn ar-Rōziyy dalam tafsirnya terang-terangan berkata musyabbihah menggunakan ayat ini untuk mengisbatkan Allah di langit.

Berbeza dengan aṭ-Ṭobariyy dalam tafsirnya dan para salaf yang lain sepertimana yang dikumpulkan oleh aḏ-Ḏahabiyy dalam al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār bahawa ia sememangnya merujuk kepada Allah tanpa dalih dan tanpa ragu.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/660916137438167040/ada-sebahagian-al-a%C5%A1ariyy-berkata-bahawa-mereka

Meme 151


Sangat menghairankan sebahagian sufi, khususnya yang sudah terserap dengan Bāṭiniyyah selalu sahaja memperlekehkan para ilmuwan Muslim yang terbilang dalam pelbagai bidang seperti bahasa, tafsir, teologi dan lain-lain walaupun di lidah mereka kadangkala menyebut bahawa mereka menghormati para sarjana dan tidak menafikan sumbangannya.

Mereka menganggap bahawa mereka ini sekadar mengajarkan masyarakat kepada ilmu permukaan atau ilmu zahir atau selapis kulit sahaja walau telah menyiapkan kupasan yang terperinci dan mendalam yang tidak akan mampu ditandingi sesiapa pun.

Namun, apabila kita membentangkan kritikan terhadap mereka, khususnya kepada tokoh-tokoh sufi pujaan mereka, terus dianggap sebagai memusuhi wali Allah. Selama ini mereka tidak khuatir jika mereka memperlekeh para wali Allah yang ada dari kalangan fuqaha, pakar tafsir, sarjana kalam dan pelbagai lagi yang lain?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/660917254754533376/sangat-menghairankan-sebahagian-sufi-khususnya

Meme 152


Semoga Allah merahmati para salaf yang berusaha habis-habisan dalam mencari, mengumpul dan memelihara hadis dengan merantau pelbagai wilayah yang beribu batu jauhnya dari kediaman mereka kerana kecintaan yang mendalam terhadap hadis. Begitu juga mereka yang terlibat dalam usaha murni dalam merancakkan kegiatan tradisi ilmu hadis dan memperkasakan penjagaan mutu hadis dari dicemari di pelbagai tempat. Sumbangan mereka kepada umat Islam sangat besar serta tidak akan sama sekali dilupakan dan diabaikan.

Sememangnya elok dicadangkan pembacaan ar-Riḥlah Fī Ṭolab al-Ḥadīṯ karya al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy supaya kita mengenal kesungguhan mereka dalam mempelajari, mendalami dan meneliti hadis dengan kesanggupan mereka yang tinggi dalam perantauan yang jauh demi usaha yang dipuji. Mereka adalah wira yang patut kita sanjung dan tokoh yang kita patut dikehadapankan dalam memperkenalkan tamadun Muslim kepada dunia.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/660918340479483904/semoga-allah-merahmati-para-salaf-yang-berusaha

Meme 153


Kadangkala amat hairan sebahagian orang ingin mempelajari kitab yang jika kita dengar tajuk kitabnya sahaja sudah cukup membuatkan seluruh kulit kita menggeletar, tetapi masih tidak menguasai bahasa Arab.

Mereka selalu sahaja memberi dalih untuk tidak mempelajari bahasa Arab kerana kononnya sistem nahu dan praktik dalam sorof begitu kompleks untuk mereka hadam. Mereka tidak suka untuk mengi*rob dan menghafal pelbagai bentuk perkataan. Bagi mereka itu memeningkan kepala mereka.

Padahal, tanpa bahasa Arab, pembelajaran ke peringkat lebih tinggi akan berhadapan lebih banyak kesukaran tanpa bahasa Arab berbanding mempelajari bahasa Arab sendiri. Ini kerana mereka kekurangan ilmu alat yang penting dalam merantau ke dunia yang lebih jauh. Saya yakin mereka pasti akan lebih mudah tersekat, teraba-raba dan kebingungan untuk memahami sesuatu kupasan jika tiada bahasa Arab dalam dada.

Saya menasihatkan bahawa pelajari bahasa Arab terlebih dahulu walau dirasakan sukar sekalipun. Jangan sama sekali diabaikan. Berikan prioriti yang utama berbanding yang lain jika benar-benar ingin menjadi faqih. Lebih baik pecah kepala ketika mempelajari bahasa Arab berbanding pecah kepala ketika cuba menyelam ke dalam, tetapi tiada sut kelengkapan yang secukupnya untuk menghadapi tekanan air yang tinggi.

Penguasaan bahasa Arab akan membentuk minda seumpama magenet. Mudah sahaja ia akan menarik ilmu-ilmu agama yang lain. Walaupun setiap orang berbeza-beza tahap kekuatan tarikannya, tetapi mereka yang menguasai bahasa Arab jauh lebih kuat berbanding mereka yang tidak menguasainya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/660942437772132352/kadangkala-amat-hairan-sebahagian-orang-ingin

Meme 154


Saya suka dengan pesanan yang saya terima bahawa apabila kita ditimpa musibah, maka anggaplah ia sebagai penghukuman untuk kita untuk menyucikan dosa kita dan menjadikan kita muhasabah diri kita dalam menginsafi kesalahan yang kita perbuat. Ini kerana supaya kita melihat diri kita ini sebagai pendosa dan tidak terlalu bermegah-megahan bahawa kita ini adalah makhluk yang terpilih untuk diangkat darjat ketika diuji.

Namun, jika kita melihat orang lain ditimpa musibah, maka anggaplah bahawa Allah sedang menguji mereka untuk mereka diangkat kepada kedudukan yang lebih tinggi berkat dari kesabaran mereka. Ini kerana supaya kita sentiasa bersangka baik terhadap orang lain, memuliakan manusia yang lain dan tidak sesekali merendahkan orang lain, lalu kta pun memandang tinggi terhadap diri kita sendiri.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/660942996248920064/saya-suka-dengan-pesanan-yang-saya-terima-bahawa

Meme 155


Apabila kita telah melihat beberapa perkhabaran Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- tentang tanda-tanda kiamat, maka nyatalah kebenaran risalah baginda dan wajiblah kita bersegera untuk beringat, bermuhasabah diri kita dan bergegas untuk melakukan perubahan atau peningkatan dalam membentuk diri sebagai Muslim yang sejati dalam menghadapi saat-saat yang telah dijanjikan keberlakuannya ia.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/660943294090674176/apabila-kita-telah-melihat-beberapa-perkhabaran

Meme 156


Kita sebenarnya berhak mempersoalkan beberapa perkara daripada orang yang keterlaluan berseteru dengan Abū Sa*īd ad-Dārimiyy sehingga sanggup mengotorkan namanya yang tidak pernah dilakukan sedemikian oleh mana-mana ulama hatta dari al-Aš*ariyy pun setelah seribu tahun kewafatannya dan sehingga sanggup menuduhnya melakukan penisbahan kufur kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dan mengada-adakan riwayat, padahal dia disepakati kredibilitinya oleh seluruh umat.

Yang pertama adalah pembelajaran berguru secara bersanad yang membenarkan tuduhan jijik sebegini? Mereka selalu sahaja mencanangkan bahawa pembelajaran secara berguru dengan bersanad menjamin kelurusan kefahaman seseorang dalam kehendak penulis secara khusus dan kefahaman tentang agama Islam secara amnya. Namun, inikah hasil yang mereka dapat dengan pembelajaran sedemikian?

Yang kedua adalah adakah ini hasil penguasaan sembilan ilmu alat yang penting bagi seseorang ingin membaca karya ulama? Adakalanya saya hairan mereka yang apabila dilontarkan kritikan terhadap tokoh mereka, mereka selalu menuduh pengkritiknya tidak faham ilmu alat sepertimana tokoh mereka dan pelbagai lagi yang lain yang berupa tanggapan lekeh terhadap kemampuan ilmu seseorang. Namun, inikah dapatan mereka apabila adanya penguasaan ilmu alat?

Yang ketiga adalah inikah cara mereka menghormati para ulama sepertimana yang mereka selalu gembar-gemburkan ketika berhadapan dengan kritikan. Mengapa kritikan terhadap Abū Sa*īd ad-Dārimiyy sampai mencabul kehormatannya sebagai tokoh sarjana yang berautoriti dalam akidah, bahkan sampai hadis sekali? Atau sebenarnya topeng hipokrit mereka ini tercabut ketika mendepani nama orang yang tidak sealiran dengannya?

Yang keempat adalah mereka benar-benar al-Aš*ariyy atau sebenarnya Jahmiyyah yang berbaju al-Aš*ariyy? Penulisan Abū Sa*īd ad-Dārimiyy yang berjudul an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy terfokus kepada pemuka besar Jahmiyyah. Mengapa kalian yang al-Aš*ariyy pula merasa tertikam dengan lontaran lembing daripadanya? Lebih baik mengaku kalian bersama dengan Jahmiyyah dalam pemahaman isu sifat Allah. Itu jauh lebih bermaruah berbanding mengaku ahli sunnah lagi beraliran al-Aš*ariyy, tetapi menyimpan dendam yang mendalam terhadap tokoh besar salaf ahli sunnah.

Yang kelima adalah bagaimana pemahaman mereka tentang salaf? Menepati realiti atau berdelusi? Kalau benar-benar berpaksi kepada realiti, mengapa tendang keluar sarjana agung dari salaf dari rujukan yang bernilai dalam memahami manhaj salaf? Tidak boleh menerima hakikat bahawa sebenarnya pemahaman tentang manhaj salaf mereka adalah menyimpang sehingga sanggup meruntuhkan kedudukan ad-Dārimiyy demi menutup kelompongan yang ada pada diri?

Yang keenam adalah siapa Abū Sa*īd ad-Dārimiyy di mata mereka? Terlalu lekeh pada pandangan mereka sampai sanggup menghinjak-hinjaknya tanpa belas kasihan? Jika tidak terbabit pun, mereka termasuk orang yang redha terhadap orang yang memperlakukannya dan menganggap perbuatan itu adalah termasuk sudut pandang yang benar! Mereka tidak ada masalah pun kalau celaan-celaan yang buruk terhadapnya disebarkan oleh rakan-rakannya.

Mereka mengamuk apabila mendapat tahu yang an-Nawawiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy disingkirkan daripada ahli sunnah. Kalau langit boleh pecah kerana menahan radang di jantung mereka, pasti hancur berkecai sehingga menjadi serpihan-serpihan kaca yang kecil. Namun, sebegitukah perasaan mereka apabila ad-Dārimiyy dicelupkan namanya dengan pelbagai kenistaan sehingga namanya yang terpapar di catatan sejarah yang ditulis dengan tinta emas menjadi palitan najis yang mengejikan? Adakah ad-Dārimiyy jauh lebih hina berbanding an-Nawawiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniy di mata mereka?

Semoga Allah hancur leburkan kebatilan mereka dan membalas mereka dengan setimpal serta memperlihatkan kecelaruan dan hipokrit mereka dalam manhaj agama mereka.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/660949546051993600/kita-sebenarnya-berhak-mempersoalkan-beberapa

Meme 157


Hanya kerana Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- mengkritik keras aliran al-Aš*ariyy yang kalamnya dikumpulkan oleh Ṣōdiq Sālim Ṣōdiq dalam Ḏamm al-Aša*iroh Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifah, mereka yang berakronim ASWAJA ini tidak teragak-agak untuk menyifatkannya sebagai orang yang jahil tentang aliran al-Aš*ariyy dan ilmu kalam.

Cuba bayangkan kalau salafi berkata yang sama terhadap pemuka atau tokoh besar dari aliran al-Aš*ariyy bahawa mereka adalah jahil tentang atsar sepertimana komentar Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy terhadap Faẖruddīn ar-Rōziyy :

رأس في الذكاء والعقليات لكنه عري من الآثار وله تشكيكات على مسائل من دعائم الدين تورث حيرة , نسأل الله أن يثبت الإيمان في قلوبنا.

"Pemuka bagi sang cerdas dan cendekiawan, tetapi terkosong dari atsar. Dia mempunyai syak wasangka terhadap permasalahan-permasalahan dari tonggak-tonggak agama yang menimbulkan kehairanan. Semoga Allah meneguhkan iman dalam jantung kita". [Lisān al-Mīzān, jilid 6, m/s 318, keluaran Dār al-Bašā^ir al-Islāmiyyah, Beirut, tahqiq *Abdul Fattāḥ Abū Ġuddah].

Rasanya apa agaknya respons mereka?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/661023962032177152/hanya-kerana-a%E1%B8%A5mad-bin-mu%E1%B8%A5ammad-bin-a%E1%B9%A3-%E1%B9%A3idd%C4%ABq

Meme 158


Saya katakan, ramai sahaja boleh mendakwa mereka ini mencintai keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, menjunjung tinggi ahli bait dan menghormati mereka yang lahir dari zuriat baginda. Namun, apabila diperkenalkan kepada mereka tentang keluarga al-Ġumāriyy, dari situ sudah cukup membuatkan kecintaan mereka dan perspektif mereka tentang ahli bait teruji.

Dalam kalangan adik-beradik keluarga ini, sudah cukup untuk memperkenalkan Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy dan adiknya, Muḥammad az-Zamzamiyy. Kesufian daripada keluarga ini tidak dinafikan lagi, apatah lagi pertalian dengan ahli bait. Nama besar keluarga ini sudah cukup masyhur, menempa dunia keilmuan Islam dengan penuh megah sekali. Pun begitu, kedua-dua ini berkongsi persamaan yang sama. Mereka diangkat oleh para sufi arus perdana dan terkenal dengan penentangnnya terhadap wahabi, tetapi dalam masa yang sama mereka ini dibenci dan sampai mereka berdua ini digelar wahabi.

Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ, anak murid yang mengambil ilmu daripada keluarga ini daripada *Abdullah dan adiknya *Abdul *Azīz dan Ibrōhīm ketika menceritakan tentang Aḥmad al-Ġumāriyy, dia menyebutkan bahawa dia dibenci oleh ramai pihak daripada golongan pentaklid dan [Rujuk : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=492624834485128&id=100012128473491].

Kita perlu tahu bahawa Aḥmad al-Ġumāriyy sangat keras mencemuh aliran al-Aš*ariyy dan kalamnya mengenainya telah dikumpulkan oleh Ṣōdiq bin Salīm bin Ṣōdiq dalam Ḏamm al-Ašā*iroh Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifah. Ini sudah cukup untuk membangkitkan kebencian para sufi terhadapnya kerana dia telah menyinggung ikutan arus perdana dalam lapangan akidah jika mereka mengetahuinya. Tidak hairan jika sebahagian orang menyatakan bahawa dia menganut akidah wahabi walaupun dia dikenali sebagai ahli hadis yang sufi yang pekat.

Malah, dia juga sangat membenci pentaklid sehingga dari kalangan ulama yang sezaman dengannya yang membenci berfatwa dengan hadis. Hal ini boleh dilihat kalamnya yang dikumpulkan oleh anak murid kebesarannya, *Abdullah bin *Abdul Qōdir at-Talīdiyy dalam Darr al-Ġomām ar-Roqīq Bi Rosā^il aš-Šayẖ as-Sayyid Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīq.

Adiknya, Muḥammad az-Zamzamiyy juga menghasilkan buku yang khas untuk mengkritik sebahagian amalan bidaah dan mungkar yang tersebar dalam zawiyah kesufian pada zamannya yang bertajuk az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh. Sesiapa yang membaca buku ini tanpa mengenali nama penulisnya, pasti akan mudah untuk menuduh wahabi terhadap penulisnya.

Saya secara peribadi mengatakan bahawa kalau seseorang dari kalangan sufi sudah cukup benci dengan Aḥmad al-Ġumāriyy, maka itu belum lagi jika dipertemukan dengan Muḥammad az-Zamzamiyy kerana dia secara terbuka dan terang-terangan banyak menyelisihi dan mengkritik pengamalan sufi arus perdana.

Jika mereka seorang sufi yang tidak ada set minda objektif dengan tradisi ilmiah yang kritis serta kepedulian terhadap dalil, hujah yang kuat dan sunnah yang sejati, jika mereka tidak mampu menzahirkan rasa kebencian terhadap keluarga ini, mereka akan menyimpan rasa tidak puas hati dan dalaman mereka meluap-luap dengan pemberontakan.

Saya faham kenapa perasaan ini terjadi. Ini disebabkan naratif ahli bait pada masa kini tersepit dari kalangan al-Ḥabīb. Bahkan, dari sudut manhaj dan sejarah tentang ahli pun akan dijadikan al-Ḥabīb sebagai kiblat dalam perincian dan kupasan.

Akan tetapi, Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ yang dikenali dengan kepakarannya tentang manhaj ahli bait hampir-hampir tidak ada penceritaan tentang al-Ḥabīb ketika bercerita tentang ahli bait. Yang begitu gemar disentuh adalah mereka dari aliran az-Zaydiyyah, keluarga al-Ġumāriyy dan keluarga al-Kittāniyy. Yang akan disebut dengan rasa julang yang tinggi adalah az-Zaydiyyah dan keluarga al-Ġumāriyy. Mengapa?

Ini kerana perkongsian yang sama antara kedua-duanya adalah mereka ini menjunjung tinggi tradisi keilmuan yang bebas daripada taklid dan ketaksuban serta berusaha keras untuk bersikap indepeden dan mencari dalil yang utuh untuk diikuti. Inilah yang selalu diulang ketika menceritakan manhaj ahli bait dan menjadikan mereka ini sebagai contoh yang mengamalkan manhaj ini.

Semoga Allah merahmati keluarga al-Ġumāriyy. Bagi sesiapa yang mudah melabel orang lain wahabi, saya katakan bahawa sesiapa yang tidak mengenali keluarga ini, pasti tidak akan mampu mengiktiraf keunikan yang ada pada tokoh ilmuwan kita. Mereka yang serampangan menuduh orang lain wahabi adalah kerana mereka ini hanya ada pemikiran binari dan tersepit dengan apa yang dia anggap sebagai manhaj ahli sunnah, lalu dia memusuhi apa yang bukan dalam kepompongan mereka.

Kalau bukan kerana keluarga ini, pasti umat ini tidak akan dapat menikmati keluasan dan kepelbagai manhaj dalam tradisi ilmu serta umat ini hanya tersepit pada aliran dan tradisi masing-masing.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/672756780903858176/saya-katakan-ramai-sahaja-boleh-mendakwa-mereka

Meme 159


Allah Subḥānahu Wa Taʿālā melebihkan suatu keistimewaan kerana Dia melebihkan tanggungjawab dan beban padanya.

Ini perkara kritikal yang sebahagian pejuang hak kesamarataan tidak menggarapnya dengan hemat. Bagi mereka, apa sahaja yang tidak kelihatan sama rata, mereka anggap itu bukan keadilan dan sehingga sanggup menolaknya sebahagian yang telah disyariatkan.

Para rasul dan para nabi mendapat kedudukan yang khas serta kewajipan untuk umat manusia beriman dan mentaati mereka berbanding manusia yang lain kerana mereka ada tanggungjawab yang besar dan beban yang dipikul yang wajib mereka melaksanakannya serta cabaran mereka dalam berdakwah sangat besar berbanding manusia yang lain.

Para pemimpin mendapat hak untuk ketaatan di bawah rakyatnya adalah kerana tanggungjawab yang dilebihkan kepadanya dan amanah yang besar yang wajib dilaksanakan.

Imam mendapat kelebihan yang besar berbanding makmum kerana tanggungjawabnya memimpin solat adalah besar yang memerlukan kemahiran pembacaan al-Qur^ān yang mantap.

Para lelaki mendapat kelebihan hak pengagihan harta warisan yang lebih banyak daripada perempuan kerana di sana ada tanggungjawab yang lain yang sepatutnya seorang lelaki wajib laksanakan yang mana perempuan tidak terobligasi dengannya.

Talak, poligami dan ketaatan kepada suami diberikan secara khas kerana suami dibebankan tanggungjawab yang lebih banyak berbanding wanita.

Semuanya ini mengindikasikan bahawa Allah tidak menawarkan kelebihan pada suatu perkara melainkan ada tanggungjawab dan beban yang perlu diambil dan ditunaikan.

Dan jika seseorang ingin memperoleh kelebihan itu, contohnya seperti suami yang menuntut hak ketaatan daripada isteri ke katil, maka dia perlu laksanakan tanggungjawab nafkah dengan seadilnya. Keistimewaan akan dihargai dan dirasai keadilannya apabila tanggungjawabnya dipenuhi dan dilaksanakan dengan sebaiknya.

Golongan pejuang hak sama rata ini hanya mahu membolot kelebihan dan keistimewaan, tetapi tidak mahu memerhatikan tanggungjawab dan beban di sebalik kelebihan itu.

Kemudian, mereka menyalahkan sistem yang dibina dan ditetapkan hanya kerana sebahagian orang tidak melaksanakan tanggungjawabnya dan amanahnya sepertimana yang digariskan. Misalnya seperti beberapa suami yang culas menunaikan nafkah. Hanya kerana ada beberapa daripada mereka ini, terus dipersalahkan hak talak dan ketaatan serta pengagihan harta pusaka yang lebih yang diberikan kepada suami.

Sememangnya suami yang culas akan ditarik dan dibenamkan kelebihannya kerana dia tidak layak untuk mendapatkannya.

Namun, bukan bermakna hanya kerana ada beberapa daripada mereka, terus dipersalahkan pembahagian yang kononnya tidak adil pada pengagihan harta pusaka, ketaatan dan lain-lain. Yang sepatutnya adalah menghukumnya di mahkamah keadilan, ambil tindakan terhadap suami itu serta lucutkan mereka daripada kelebihan itu, bukan menafikan keistimewaan itu sendiri yang dikhaskan untuk suami atau lelaki. Bezakan baik-baik.

Kalau peguam yang melakukan perbuatan yang menyalahi lunas undang-undang negara, bukan bermakna kita perlu merobohkan undang-undang itu sendiri. Cukuplah kita menghukum peguam yang terlibat dengan salah laku. Sedemikian juga dengan kes ini.

Dalam agama Islam, jika seseorang ingin keistimewaan dan kelebihan itu, maka tunaikan tanggungjawabnya dan pikul bebanannya. Ambil atau tinggalkan. Dunia adalah tempat ujian, bukan untuk bersenang-lenang.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/673767241707388928/allah-sub%E1%B8%A5%C4%81nahu-wa-ta%CA%BF%C4%81l%C4%81-melebihkan-suatu

Meme 160


Kita sebagai orang yang jahil dalam sesuatu lapangan atau isu yang sedang bergelojak yang terjadi sesama ilmuwan adalah lebih baik berdiam diri dan mengambil manfaat daripada kupasan, huraian, analisis dan penghujahan mereka.

Tidak perlu kita menjadi minyak untuk api yang membara atau menjadi tukang sorak jika ilmuwan itu adalah orang yang sepemikiran dengan kita. Ambil langkah neutral dan tidak perlu berpihak pada mana-mana orang.

Kemudian, tinggalkan perangai dan perilaku yang tidak baik sama ada daripada ilmuwan atau orang yang terbabit dalam isu tersebut seperti penghujahan secara falasi, membangkitkan isu yang tidak berkaitan, mengorek air peribadi orang lain dan memaki hamun.

Yang lebih penting lagi adalah sebaiknya kita memfokuskan pembelajaran untuk peningkatan kualiti keilmuan dan kefahaman kita, bukan menyibukkan diri dengan isu sensasi yang tidak berkesudahan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/676894309741641728/kita-sebagai-orang-yang-jahil-dalam-sesuatu

Meme 161


Keharusan persetubuhan pada dubur isteri ini dipegang oleh sekumpulan besar dari kalangan ahli ilmu seperti Ibn *Umar, Nāfi*, Sa*īd bin al-Musayyib, Muḥammad bin al-Munkadir, Ibn Abū Mulaykah, Muḥammad bin Ka*b al-Quroẓiyy, *Abdul Mālik bin Mājišūn, Zayd bin Aslam, Mālik bin Anas.

Saya telah menyatakan rujukan bagi pendapat ahli ilmu dan membentangkan dalil-dalilnya secara lanjut dalam penulisan saya yang berjudul «Analisis Pendalilan Hadis Dalam Pengharaman Menyetubuhi Wanita Pada Duburnya».

Namun, untuk menikmatinya, perlu perbincangan bersama pasangan masing-masing untuk mendapatkan persetujuan bersama, memperoleh keyakinan terhadap hujah keharusannya, menilai langkah keselamatan bersama dan lain-lain.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/692828334366834688/keharusan-persetubuhan-pada-dubur-isteri-ini

Meme 162


Saya melihat rata-rata agamawan yang berkata bahawa filem yang menyalahi syariat mesti tertuju kepada filem yang wataknya tidak menutup aurat, berpakaian seksi, ada paparan erotik, babak lucah, perlakuan sumbang mahram, aktiviti tidak senonoh dan pornografi ringan.

Yang menghairankan adalah tidak pernah pula agamawan ini merujuk kepada babak pembunuhan, belasah, peras ugut, pergaduhan, penipuan, penderaan, maki, ejek, cela, pencederaan, perompakan, pengeboman, dengki, ujub dan penjampian sihir dan lain-lain. Adakah semua ini menepati syariat dan bukan maksiat sehingga ia tidak ada masalah ditonton jika dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat dan babak lucah atau yang berkaitan dengan seksual?

Sesungguhnya inilah kecelaruan dan kerancuan yang nyata, tetapi kebanyakan orang tidak sedar. Mereka akan marah kalau seseorang menonton filem yang ada babak lucah atau erotik atau watak yang tidak cukup kain. Kononnya ia adalah filem maksiat dan menyalahi syariat. Akan tetapi, mereka merasakan bahawa filem yang merosakkan harta benda awam, membunuh orang lain, belasah, memaki, menipu dan lain-lain ini adalah bukan maksiat, bahkan tidak berasa bersalah pun menontonnya dan menikmatinya!

Saya bersyukur kepada Allah kerana terhindar daripada kerancuan ini. Saya telah menjustifikasikan keharusan ini dengan lebih konsisten dalam penulisan saya yang berjudul «Adakah Syahwat Itu Sendiri Berdosa?».

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/692828976463396865/saya-melihat-rata-rata-agamawan-yang-berkata

Meme 163


Daging babi sintetik atau daging tiruan jika tidak ada bahan yang berasal daripada babi dan hanya sekadar meniru rasa babi sahaja, maka ia tidak haram dimakan. Ini kerana ia pada hakikatnya adalah bukan daging babi yang nyata walaupun dinamakan sebagai daging babi, tetapi bahan yang diadun, dimasak dan diproses, lalu ditiru dengan penyerupaan rasa seperti daging babi sepertimana dagaing sintetik yang lain.

Wan Ji Wan Hussin menyebutkan :

الْحُكْمُ يَدُورُ عَلَى الْمُسَمَّى لَا عَلَى الْإِسْمِ

"Hukum berputar pada yang dinamakan, bukan pada namanya". [Rujuk : http://g-82.blogspot.com/2012/02/wang-taruhan-adalah-deposit-hangus.html].

Aš-Šawkāniyy menyebutkan :

لِأَنَّ الْأَحْكَامَ الشَّرْعِيَّةِ لَا تَتَعَلَّقُ بِمُجَرَّدِ الْاسْمِ بَلْ بِمَا هُوَ الْحَقِيقَةُ لِذَلِكَ الشَّيْءِ كَمَا أَنَّ مَثَلًا: الْخَمْرُ لَوْ سُمِّيَتْ اصْطِلَاحًا بِاسْمْ الْمَاءِ أَوْ نَحْوِ ذَلِكَ مِنَ الْأَسْمَاءِ لَمْ يَخْرُجْ بِهِ عَنْ كَوْنِهَا خَمْرًا مُحَرَّمَةً إِذَا وُجِدَتْ فِيهِ الْعِلَّةُ الْمُقْتَضِيَّةُ لِلتَّحْرِيمِ، وَهِيَ الْإِسْكَارُ.

"Kerana hukum-hukam syariat tidak berkait dengan nama semata-mata, tetapi pada apa yang menjadi hakikat untuk sesuatu itu. Sama misalnya arak yang kalau dinamakan secara istilah dengan nama air atau nama-nama seumpama itu, tidaklah terkecuali daripada arak yang diharamkan dengan sebab penamaan apabila didapati illah yang menyebabkan kepada keharaman, iaitu kemabukan". [Al-Fatḥ ar-Robbāniyy, jilid 9, m/s 4357, keluaran Maktabah al-Jīl al-Jadīd, tahqiq Abū Muṣ*am Ṣubḥiyy bin Ḥasan Ḥallāq].

Muḥammad Ṣidqiyy bin Aḥmad bin Muḥammad berkata :

الْقَاعِدَةُ: الثَّالِثَةُ وَالْعِشْرُونَ بَعْدَ السِّتَّمِئَةِ وَالرَّابِعَةِ وَالْعِشْرُونَ بَعْدَ السِّتَّمِئَةِ [انْقِلَابُ الْأَعْيَانِ]. أَوَّلًا: أَلْفَاظُ وُرُودِ الْقَاعِدَةِ: " انْقِلَابُ الْأَعْيَانِ هَلْ لَهُ تَأْثِيرٌ فِي الْأَحْكَامِ أَمْ لَا؟ ". وَفِي لَفْظٍ: "اسْتِحَالَةُ الْفَاسِدِ إِلَى فَسَادٍ لَا تَنْقُلُ حُكْمُهُ، وَإِلَى صَلَاحٍ تَنْقُلُُ، بِخِلَافِ يُقَوَّى وَيُضَعَّفُ بِحَسْبِ كَثْرَةِ الْاسْتِحَالَةِ وَقِلَّتِهَا ". ثَانِيًا: مَعْنَى هَاتَيْنِ الْقَاعِدَتَيْنِ ومَدْلُولِهِمَا: هَاتَانِ الْقَاعِدَتَانِ تُشِيرَانِ إِلَى مَسْأَلَةٍ بَحَثَهَا الْفُقَهَاءِ تَتَعَلَّقُ بِتَحَوُّلِ الشَّيْءِ عَنْ حَقِيقَتِهِ إِلَى حَقِيقَةٍ أُخْرَى، وَهُوَ مَا يُطْلِقُونَ عَلَيْهِ انْقِلَابِ الْأَعْيَانِ فَالْمُرَادُ بِاْنِقَلَابِ الْأَعْيَانِ تَغَيَّرُ حَقِيقَةِ الْأَشْيَاءِ. فَإِذَا تَغَيَّرَتْ حَقِيقَةُ شَيْءٍ إِلَى شَيْءٍ آخَرَ فَهَلْ يُؤْثِرُ هَذَا التَّغَيُّرُ فِي الْحُكْمُ فَيَتَغَيَّرَ تَبْعًا لِتَغَيُّرِ الْحَقَائِقِ أَو لَا يَتَغَيَّرُ؟. فَالْقَاعِدَةُ الثَّانِيَةُ تُفِيدُ أَنَّ الْفَاسِدَ إِذَا اسْتِحَالَ إِلَى فَسَادٍ لَا يَنْقُلُ حُكْمَهُ وَلَا يَتَغَيَّرُ وَهَذَا عِنْدَ الْجَمِيعِ، وَلَكِنْ إَذا تَغَيَّرَ الْفَاسِدُ إِلَى صَلَاحٍ، وَالنَّجَسُ تَغَيَّرَتْ حَقِيقَتُهُ فَهَلْ يَطْهُرُ؟ خِلَافٌ فِي هَذِهِ الْمَسَائِلِ فِي الْمَذَاهِبِ. ثَالِثًا: مِنْ أَمْثِلَةِ هَاتَيْنِ الْقَاعِدَتَيْنِ وَمَسَائِلِهِمَا: إِذَا تُخَلَّلُ الْخَمْرُ أَوْ تُحَجَّرُ فَهُوَ طَاهِرّ عِنْدَ الْجَمِيعِ، وَالْخِلَافُ فِيمَا عَدَاهُ. وَمِنْهَا: إِذَا أُحْرِقَتْ الْمَيْتَةُ فَهَلْ رَمَادُهَا طَاهِرٌ؟ خِلَافٌ عِنْدَ الْمَالِكِيَّةِ وَالْمَشّهُورُ أَنَّهُ نَجَسٌ. وَالْحَنَفِيَّةُ يَعْتَبِرُونَ انْقِلَابَ الْأَعْيَانِ مِنْ أَسْبَابِ الطَّهَارَةْ وَإِزَالَةِ النَّجَاسَةِ.

Kaedah kedua puluh tiga setelah entam ratus dua puluh empat: |Jungkiran entiti|. Yang pertama, lafaz yang sampai tentang kaedah ini adalah: "Jungkiran entiti; adakah padanya pengaruh terhadap hukum-hakam ataupun tidak?". Pada lafaz: "Pertukaran yang rosak kepada suatu kerosakan tidak berpindah hukumnya. Namun, kepada kebaikan, maka ia berpindah". Berbeza dengan yang dikuatkan dan dilemahkan dengan kadar banyaknya pertukaran dan sedikitnya. Yang kedua, makna dua kaedah ini dan ini yang ditunjukkannya: Dua kaedah ini memaparkan masalah yang para fuqaha membahaskannya yang berkaitan dengan peralihan sesuatu pada hakikatnya kepada suatu hakikat yang lain. Dan mereka menetapkannya sebagai jungkiran entiti. Maksud jungkiran entiti adalah perubahan hakikat sesuatu. Apabila berubah hakikat sesuatu kepada sesuatu yang lain, adakah perubahan ini mempengaruhi pada hukum, lalu dengan sebab itu berubahlah hukum itu berdasarkan kepada perubahan hakikat-hakikat atau tidak berubah? Maka, kaedah kedua memaksudkan kerosakan apabila berubah kepada suatu kerosakan, maka tidak berpindah hukumnya dan tidak berubah. Ini ketika berlaku secara keseluruhan. Namun, apabila berubahnya kerosakan kepada suatu kebaikan dan najis berubah hakikatnya, adakah ia suci? Ini adalah perselisihan dalam masalah-masalah yang terdapat dalam beberapa mazhab. Yang ketiga, salah satu contoh dua kaedah ini dan permasalahannya adalah apabila arak itu ditukarkan kepada cuka atau ditukarkan kepada batu, lalu ia suci secara keseluruhan, maka ia adalah suci. Perselisihan ini ada pada selainnya. Sebahagiannya adalah apabila dibakar bangkai, adakah abunya suci? Ini khilaf di sisi mazhab mālikian. Yang masyhur adalah najis. Mazhab ḥanafian mengambil kira penjungkiran entiti meruapakan salah satu sebab kesucian dan hilangnya kenajisan". [Mawsū*ah al-Qowā*id al-Fiqhiyyah, jilid 2, m/s 301-301, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut].

Oleh itu, kita tidak mengambil kira pada nama, tetapi kita melihat pada hakikat dan zat bagi sesuatu perkara itu. Kendatipun dinamakan sebagai makanan yang haram, jika hakikatnya dan zatnya adalah daripada yang harus, maka tidak ada masalah memakannya.

Cuma, di sini hanya sekadar bincang tentang hukum sahaja. Kita tidak berbahas tentang isu moral yang lain kerana terdapat polemik yang lain yang mendatang yang merisaukan. Antara yang dibanagkitkan adalah kebimbangan yang selepas ini sebahagian syarikat pemakanan akan menjual daging babi sintetik kepada komuniti muslim dan menjaja alasan bahawa ia adalah harus.

Dikhuatiri selepas ini, penjualan daging babi sintetik akan bercampur baur dengan daging babi yang sebenar tanpa disedari, lebih-lebih lagi jika seseorang tinggal di kawasan saringan yang lemah atau restoran yang menjamunya dikenali dengan sikap longgar. Bahkan, selepas ini juga, produk makanan boleh diadun bersama daging babi sintetik tanpa dihebahkan secara jelas dalam paket makanan itu seperti memasukkan bahan ini di deskripsi bahan dengan tulisan yang lebih kecil dari logo halal.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/692830244307091456/daging-babi-sintetik-atau-daging-tiruan-jika-tidak

No comments:

Post a Comment