Saturday, February 6, 2021

Tokoh Yang Didakwa Beraliran Tafwid, Tetapi Hakikatnya Bukan

Segala puji bagi Allah yang melahirkan jaguhan-jaguhan dari kalangan ahli ilmu, cendekiawan, pemikir dan tokoh intelektual yang mewarisi apa yang diperjuangkan oleh rasul-Nya yang terakhir, Muḥammad -ṣollallahu *alayhi wasallam-, memelihara agama daripada sergapan syubhat di segenap arah dan menegakkan kebenaran Islam agar terunggul di mata dunia. Selawat dan salam ke atas junjungan kita yang mulia yang dilimpahi pelbagai nikmat yang tidak diberikan selainnya, Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, teladan yang terbaik bagi mereka yang mengharapkan petunjuk kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat. Begitu juga kepada keluarganya, sahabatnya dan mereka yang mengikuti baginda dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan berkekalan rahmat yang tercucur kepada mereka sehinggalah hari kiamat.

Aliran tafwid adalah mereka yang tidak menetapkan makna zahir bagi lafaz-lafaz yang ada pada naṣ-naṣ yang berkaitan dengan Allah yang menunjukkan tasybih dan penyerupaan kepada makhluk seperti jisim, aradh, anggota, bertempat, bergerak dan lain-lain, lalu menyerahkan makna sebenar yang selain daripada makna zahir bagi lafaz tersebut kepada Allah tanpa melakukan takwil yang memalingkan makna yang zahir kepada makna yang lain atau tanpa meletakkan makna tertentu bagi lafaz tersebut.

Seterusnya, mereka memiliki kepercayaan naṣ-naṣ tersebut terdedah dengan takwilan atau dimaknakan dengan makna majaz atau makna-makna yang lain walaupun mereka tidak menentukan makna secara spesifik sepanjang pengamalan tafwid itu. Malah, mereka mempercayai boleh ditakwilkan jika ada keperluan yang mendesak seperti membantah syubhat tasybih. Dengan bahasa yang mudah, tafwid adalah sikap seseorang tidak mahu melakukan takwil.

Dalam aplikasi tafwid ini, ada dua elemen penting. Pertama, takwil secara ringkas dan penyerahan makna. Takwil secara ringkas adalah menjelaskan bahawa makna zahir yang ada naṣ-naṣ tersebut menunjukkan sifat-sifat makhluk yang contohnya telah dibentangkan tadi dan ia ternafi daripada Allah. Kemudian, penyerahan makna sebenar yang selain daripada makna zahir tersebut kepada Allah tanpa meletakkan apa-apa makna yang selain daripada makna zahir. 

Kemudian, mereka ada iktikad bahawa makna-makna ini terdedah dengan makna-makna lain sama ada majaz atau selainnya sama ada melalui takwil walaupun mereka tidak menentukannya sepanjang pengamalan tafwid disebabkan mereka tidak tahu apa sebenarnya dan ini menyebabkan keterbukaan kepada penerimaan dengan pelbagai bentuk makna. Bahkan, mereka beranggapan bahawa naṣ-naṣ tersebut boleh ditakwilkan jika ada keperluan pada zaman atau situasi tertentu seperti membantah bidaah syubhat tasybih atau seumpamanya.

Dari sini, prinsip yang sentiasa diperjuangkan oleh mereka adalah makna zahir daripada lafaz tersebut bukan yang dimaksudkan atau seiras dengannya dan menyerahkan makna atau tidak mengetahui makna atau tidak mendalami makna atau serupa dengannya dan ada masanya, ia boleh ditakwilkan jika ada keperluan. Inilah slogan-slogan yang sentiasa mereka canang, jaja dan promosi ke seluruh sudut negeri. Selalunya fahaman ini dipopularkan dan disebarluaskan oleh aliran al-Aš*ariyy.

Aliran ini kononnya disandarkan kepada salaf, tetapi hakikatnya ia bukan. Fahaman ini telah pun dibantah oleh Ayman bin Su*ūd al-*Anqoriyy dalam karyanya yang berjudul Aqwāl A^immah as-Sunnah Fī Naqḍ Bid*ah at-Tafwīḍ Fī aṣ-Ṣifāt ; Dirōsah Taḥlīliyyah. Bagi saya, ini karya yang baik untuk menjelaskan salah faham aliran tafwid dalam meneropong sendiri realiti pengamalan salaf. Saya pun telah menegakkan hujah saya dalam membantah aliran ini yang dinisbahkan kepada salaf dalam penulisan saya yang berjudul "Penjelasan Interaksi Dengan Naṣ Tentang Sifat Allah".

Secara kesimpulan, cara salaf dalam berdepan lafaz pada naṣ-naṣ tersebut adalah meletakkan makna zahir baginya sepertimana yang difahami dalam pertuturan Arab, tetapi tidak menetapkan makna-makna makhluk yang terkandung dalam lafaz tersebut seperti jisim, anggota, bertempat, bergerak, perpindahan dan lain-lain. Mereka juga tidak menakwilkannya atau beriktikad adanya takwilan atau makna-makna lain walaupun tidak ditentukan serta sama sekali tidak beriktikad bahawa ia boleh ditakwilkan jika ada keperluan seperti membantah syubhat tasybih dan lain-lain melainkan ada petunjuk-petunjuk yang jelas padanya untuk ditakwilkan. Mereka semua jelas menyatakan bahawa semua yang dikhabarkan itu adalah sifat Allah yang selayaknya bagi-Nya tanpa tasybih.

Dalam membahaskan aliran tafwid, kadangkala ada orang mengutip beberapa tokoh ilmuwan yang kononnya bermanhaj aliran tersebut, namun setelah diteliti lebih mendalam, didapati mereka bukan termasuk dalam senarai aliran tersebut, malah berlepas diri daripada apa yang mereka dakwakan. Di sini, saya akan mengumpulkan beberapa tokoh yang terkenal yang sering sahaja dipetik.

Perlu diingatkan bahawa hakikatnya untuk mengetahui bagaimana manhaj salaf berinteraksi dengan naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah, sepatutnya kita menjadikan karya-karya salaf sebagai hakim dan rujukan utama. Adapun mereka yang sesudahnya, perlu dinilai semula sama ada benar-benar mewarisi apa yang salaf fahami ataupun tidak. Jika menepatinya, maka ia dapat dijadikan sokongan. Jika tidak, maka tidak perlu peduli walau sesiapa pun yang menyalahinya. Tidak kira Ibn Taymiyyah, Ibn Qoyyim al-Jawziyyah, an-Nawawiyy, Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy, Ibn al-Jawizyy dan lain-lain, pemahaman mereka ditolak dan diterima berdasarkan ketetapatan mereka membentangkan gambaran manhaj salaf.

Kadangkala, ada orang mengutarakan pertikaian di hadapan saya dengan menyebutkan nama-nama tokoh yang sudah jauh berlalunya zaman dari salaf yang kononnya mendukung alirannya. Walhal, saya tidak peduli pun siapa pun menyelisihinya daripada apa yang salaf perjuangkan. Saya sama sekali tidak menjadikan mereka yang sesudahnya sebagai neraca dalam menimbang salah dan benar. Cukuplah apa yang telah ditonjolkan dalam karya-karya salaf sebagai pedoman dan pegangan.

Pun begitu, saya menghasilkan penulisan ini sebenarnya ingin membela mereka daripada penisbahan yang salah. Sejujurnya, saya pada awalnya sememangnya tidak mempedulikan apa yang mereka ingin bicarakan tentang manhaj salaf kerana apa yang telah dibentangkan dalam karya-karya salaf sudah memadai dan cukup memuaskan. Yang lain, cumalah bonus tambahan dan penguat sahaja atau penjelasan tambahan, bukannya menu utama. Namun, setelah pengamatan yang mendalam ketika saya ingin menambahkan lagi maklumat-maklumat ilmu yang berkaitan, saya meneliti pelbagai pandangan tentang mereka ini dan seterusnya menggerakkan minda saya untuk membuat pertimbangan antara yang benar dan salah. Maka, penulisan ini adalah persembahan dapatan saya terhadap apa yang menjadi perbincangan pada topik itu yang asalnya daripada sekadar mengambil tahu kepada cubaan untuk memahami hakikat sebenar.

Dalam kesempatan ini juga, saya juga ingin memohon maaf jika saya pernah menyatakan pendirian yang berbeza secara tegas apabila membaca kenyataan daripada ilmuwan yang kononnya beraliran tafwid, tetapi hakikatnya, mereka bukan sepertimana yang didakwa setelah dikaji lebih mendalam. Hanya sahaja mereka salah faham konteks dan manhajnya ketika memetiknya atau sengaja bersikap falasi cherry-picking sehingga menyebabkan saya dan orang lain dibekalkan maklumat yang salah tentang tokoh tersebut.

Saya sememangnya berkeras apabila bertentangan dengan mereka yang menyalahi salaf, lebih-lebih lagi isu interaksi dengan naṣ-naṣ sifat Allah. Apabila seseorang mengutip seseorang tokoh yang kononnya beraliran tafwid, saya sebenarnya bukanlah ingin menyalahkan atau memfokuskan tokoh yang dipetik pandangannya, tetapi mereka yang mengutip pandangan tersebut yang menjadikan orang yang tidak sepatutnya dijadikan timbangan. Bukankah jika kita ingin membuktikan hujah dari mazhab aš-Šāfi*iyy, semestinya kita perlu merujuk karya muktamad mereka dan tokoh-tokoh mereka, bukan daripada yang lain? Jika ada orang mengutip pandangan tokoh dari mazhab lain, tetapi menegaskan bahawa itulah pandangan daripada mazhab aš-Šāfi*iyy, kita tidaklah bergeseran dengan tokoh tersebut, tetapi orang yang membawa pandangan daripada tokoh tersebut.

Kemudian, sememangnya wajar kita membela saudara seagama kita daripada dinisbahkan kepada yang tidak benar, lebih-lebih lagi telah jelas kebenarannya. Walaupun nama mereka tidak tercalar, tetapi meletakkan mereka di tempat yang salah adalah ketidakadilan yang nyata. Kalau pun salah menyebut nama negeri yang mereka merantau, fakta tetap diperbetulkan walaupun itu tidak menatijahkan apa-apa sifat peribadi. Jika kita mampu mencegah keralatan dengan tangan atau lisan, maka manfaatkanlah ia. Mudah-mudahan ia termasuk amal yang menjadi bukti gerak kerja kita kepada agama dan kepedulian terhadap persaudaraan sesama Muslim.

Semoga saya juga termasuk dalam kalangan orang tersebut dan semoga ini menjadi bukti khidmat saya untuk ilmu dan penyemaian rasa cinta terhadap ilmuan Muslim dan persaudaraan sesama saudara seagama.

Aḥmad Bin Ḥanbal

Tidak perlu lagi diperkenalkan tokoh sanjungan ahli sunnah yang telah pun mekar mengharum namanya di seluruh pelusuk dunia. Namun, dia dinisbahkan sebagai tokoh yang beraliran tafwid berdasarkan kata Ḥanbal bin Isḥāq :

سَأَلت أَبَا عبد الله عَن الْأَحَادِيث الَّتِي تروى إِن الله تبَارك وَتَعَالَى ينزل كل لَيْلَة إِلَى السمآء الدُّنْيَا وَأَن الله يرى وَإِن الله يضع قدمه وَمَا أشبهه فَقَالَ أَبُو عبد الله نؤمن بهَا ونصدق بهَا وَلَا كَيفَ وَلَا معنى وَلَا نرد مِنْهَا شَيْئا ونعلم أَن مَا جَاءَ بِهِ الرَّسُول حق إِذا كَانَت بأسانيد صِحَاح وَلَا نرد على رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم قَوْله وَلَا يُوصف الله تَعَالَى بِأَكْثَرَ مِمَّا وصف بِهِ نَفسه أَو وَصفه بِهِ رَسُوله بِلَا حد وَلَا غَايَة {لَيْسَ كمثله شَيْء وَهُوَ السَّمِيع الْبَصِير} [الشورى 11] وَلَا يبلغ الواصفون صفته وَصِفَاته مِنْهُ وَلَا نتعدى الْقُرْآن والْحَدِيث فَنَقُول كَمَا قَالَ وَنصفه كَمَا وصف نَفسه وَلَا نتعدى ذَلِك نؤمن بِالْقُرْآنِ كُله محكمه ومتشابهه وَلَا نزيل عَنهُ صفة من صِفَاته لشناعة شنعث

Aku bertanya kepada Abū *Abdullah tentang hadis-hadis yang diriwayatkan bahawa Allah Tabāroka Wa Ta*ālā turun pada setiao malam ke langit dunia, sesungguhnya Allah itu dilihat, sesungguhnya Allah itu meletakkan bawah kaki-Nya dan apa yang serupa dengannya. Berkata Abū *Abdullah: "Kita beriman dengannya, membenarkannya, tidak bertanya bagaimana, tidak meletakkan makna dan tidak menolak sesuatu daripadanya. Kita mengetahui bahawa apa yang Rasulullah membawakannya adalah benar apabila ia dengan sanad sahih. Tidak tidak menolak sabda Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dan Allah Ta*ālā tidak disifatkan dengan lebih banyak daripada apa yang Dia menyifatkan diri-Nya dengannya dan apa yang rasul-Nya menyifatkan-Nya dengannya tanpa had dan tanpa berpenghabisan. {Tidak ada sesuatu yang seakan-akan menyerupai-Nya. Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat} [Surah aš-Šūrō ayat 11]. Tidaklah para penyifat sifat-Nya dan sifat-sifatNya daripada-Nya. Kita tidak melampaui batas terhadap al-Qur^ān dan hadis. Kita berkata sepertimana yang Dia berfirman dan kita menyifatkan-Nya sepertimana yang Dia sifatkan diri-Nya. Kita tidak melampaui batas terhadapnya. Kita beriman dengan al-Qur^ān kesemuanya sama ada muhkamatnya dan mutasyabihatnya. Kita tidak menghilangkan sifat daripada-Nya dari sifat-Nya dengan kejelekan yang dianggap jelek". [Ḏamm at-Ta^wīl, karya Ibn Qudāmah, m/s 22, keluaran ad-Dār as-Salafiyyah, Kuwait, tahqiq Badr bin *Abdullah al-Badr].

Penyebutannya: "tidak bertanya bagaimana dan tidak meletakkan makna" dijadikan pegangan mereka yang membawa gagasan aliran tafwid bahawa aliran inilah yang ditempuhi oleh Aḥmad bin Ḥanbal. Walhal apa yang dilakukannya berbeza dengan apa yang realitinya.

Lihat perbahasan Aḥmad bin Ḥanbal dalam melawan Jahmiyyah :

فقلنا: لِمَ أنكرتم أن يكون الله على العرش، وقد قال تعالى: {الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى} [طه: 5] وقال: {خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ} [الحديد: 4] . فقالوا: هو تحت الأرض السابعة. كما هو على العرش، فهو على العرش وفي السموات وفي الأرض وفي كل مكان، ولا يخلو منه مكان، ولا يكون في مكان دون مكان. وتلو آية من القرآن: {وَهُوَ اللَّهُ فِي السَّمَوَاتِ وَفِي الأَرْضِ} [الأنعام: 3]. فقلنا: قد عرف المسلمون أماكن كثيرة ليس فيها من عظمة الرب شيء. فقالوا: أي مكان؟ فقلنا: أجسامكم وأجوافكم وأجواف الخنازير والحشوش، والأماكن القذرة ليس فيها من عظمة الرب شيء. وقد أخبرنا أنه في السماء، فقال: {أَأَمِنتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمْ الأَرْضَ} [الملك: 16]. {أَمْ أَمِنتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِبًا} [الملك: 17]. وقال: {إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ} [فاطر: 10]. وقال: {إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ} [آل عمران: 55]. {بَلْ رَفَعَهُ اللَّهُ إِلَيْهِ} [النساء: 158]. وقال: {وَلَهُ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ عِنْدَهُ} [الأنبياء: 19]. وقال: {يَخَافُونَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ} 1 [النحل: 50]. وقال: {ذِي الْمَعَارِجِ} [المعارج: 3]. وقال: {وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ} [الأنعام: 18]. وقال: {وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ} [البقرة: 255]. فهذا خبر الله، أخبرنا أنه في السماء.

Kami berkata: "Mengapa kalian mengingkari bahawa Allah berada di atas Arasy? Sedangkan Dia Ta*ālā berfirman: {Yang Maha Pemurah bersemayam di atas Arasy} [Surah Ṭoha ayat 5]. Dia berfirman: {Dia menciptakan langit-langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy}. [Surah al-Ḥadīd ayat 4]". Mereka berkata: "Dia di bawah bumi yang tujuh sepertimana Dia di atas Arasy. Dia di atas Arasy, di langit-langit di bumi dan setiap tempat. Tidak sepi tempat daripada-Nya. Tidak dia berada dalam suatu tempat yang bukan di tempat lain". Mereka membaca sepotong ayat daripada al-Qur^ān: {Dialah Allah di langit dan di bumi} [Surah al-An*ām ayat 3]. Kami berkata: "Para Muslimin telah mengetahui tempat yang banyak yang yang tidak ada sesuatu daripada keagungan tuhan di dalamnya". Mereka berkata: "Mana tempatnya?". Kami berkata: "Di jasmani kalian, di rongga kalian, di rongga khinzir, di kotoran dan tempat-tempat yang kotor tidak ada sesuatu daripada keagungan tuhan di dalamnya. Telah Dia mengkhabarkan kami bahawasanya Dia di langit. Dia berfirman: {Adakah kalian beriman terhadap yang di langit yang menenggelamkan bumi bersama kalian?} [Surah al-Mulk ayat 16]. {Adakah kalian beriman yang di langit yang menurunkan angin kerikil kepada kalian?} [Surah al-Mulk ayat 17}. Dia berfirman: {Kepada-Nya naik kalimah yang baik} [Surah Fāṭir ayat 10]. Dia berfirman: {Sesungguhnya Aku yang mematikanmu dan mengangkatmu kepada-Ku} [Surah Āli *Imrōn ayat 55]. {Bahkan Dia mengangkatnya kepada-Nya} [Surah an-Nisā^ ayat 158]. Dia berfirman: {Miliknya mereka yang beradi di langit-langit, di bumi dan di sisi-Nya} [Surah al-Anbiyā^ ayat 19[. Dia berfirman: {Mereka takut dengan tuhan mereka dari atas mereka} [Surah an-Naḥl ayat 50]. Dia berkata: {Yang menguasai tempat turun naik} [Surah al-Ma*ārij ayat 3]. Dia berfirman: {Dialah Yang Maha Keras di atas hamba-Nya}[Surah al-An*ām ayat 18]. Dia berfirman: {Dialah Maha Tinggi lagi Maha Agung} [Surah al-Baqoroh ayat 255]. Ini adalah khabar Allah. Dia mengkhabarkan kita bahawsanya Dia di langit". [Ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh, m/s 142-147, Dār aṯ-Ṯabāt Li an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Ṣobriyy bin Salāmah Šāhīn].

Adakah Aḥmad bin Ḥanbal mengatakan sebegini untuk menyelar Jahmiyyah yang berpendapat Allah di bumi dalam keadaan mengosongkan makna dalam perkataan "Allah di langit" ketika mengisbatkannya dan apa yang terkandung dalam Surah Ṭoha ayat 5 atau memakai makna yang lain daripada yang zahir atau tidak tahu apa yang dimaksudkan dalam naṣ? Sangat tidak masuk akal! Jelaslah bahawa dia sememangnya menanggung makna yang zahir, namun tanpa kayf dan tasybih sama ada dalam menegaskan pendirian atau membantah Jahmiyyah.

Malah, Abū al-Faḍl at-Tamīmiyy berkata :

ومذهب أبي عبد الله أحمد بن حنبل رضي الله عنه أن لله عز وجل وجها لا كالصور المصورة والأعيان المخططة بل وجهة وصفه بقوله {كل شيء هالك إلا وجهه} ومن غير معناه فقد ألحد عنه وذلك عنده وجه في الحقيقة دون المجاز ووجه الله باق لا يبلى وصفة له لا تفنى ومن ادعى أن وجهه نفسه فقد ألحد ومن غير معناه فقد كفر وليس معنى وجه معنى جسد عنده ولا صورة ولا تخطيط ومن قال ذلك فقد ابتدع.

Mazhab Abū *Abdullah Aḥmad bin Ḥanbal -roḍiyallahu *anh- adalah bahawasanya Allah *Azza Wa Jalla memiliki wajah yang tidak seperti rupa yang dirupakan dan jenis-jenis yang boleh dilakarkan. Sudut penyifatan-Nya adalah melalui firman-Nya: {Setiap sesuatu adalah binasa kecuali wajah-Nya}. Sesiapa yang menukar maknanya, maka dia berpaling daripada kebenaran. Itu kerana wajah menurutnya adalah hakikat, bukan majaz. Wajah Allah kekal yang tidak ranap dan sifat milik-Nya tidak akan fana. Sesiapa yang mendakwa wajah-Nya adalah diri-Nya, maka dia berpaling dari kebenaran. Sesiapa yang menukarkan maknanya, maka dia kafir. Bukanlah makna wajah itu adalah makna jasad menurutnya, bukan juga rupa dan bukan juga lakaran. Sesiapa yang berkata seperti itu, maka dia melakukan bidaah". [I*tiqōd al-Imām al-Munabbal Abī *Abdillah Aḥmad Ibn Ḥanbal, m/s 17, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Abū al-Munḏir an-Naqqōš Ašrof Ṣolāḥ *Aliyy. Rujuk juga al-*Aqīdah Li al-Imām Aḥmad bin Ḥanbal, m/s 9].

Daripada sini jelas bahawa wajah pada lafaz ini adalah difahami dengan makna hakikat menurut mazhab Aḥmad bin Ḥanbal. Ini membatalkan pendapat orang yang menganggap bahawa zahir maknanya bukan yang dimaksudkan.

Jadi, apa yang dimaksudkan tanpa meletakkan makna? Ia adalah makna-makna yang selain daripada makna zahirnya yang dibangkitkan Jahmiyyah untuk mengisbatkan makna yang tidak selayaknya dengannya. Ini kerana Jahmiyyah sentiasa sahaja mempersoalkan makna zahir dan membincangkan makna-makna yang terkandung dalam lafaz tersebut yang bertujuan untuk melakukan penyelewengan terhadap makna. Inilah yang ditegah oleh Aḥmad bin Ḥanbal.

Abū Ya*lā al-Ḥanbaliyy

Namanya adalah Muḥammad bin al-Ḥusayn bin Muḥammad bin H̱olf bin Aḥmad bin al-Farrō^ atau dikenali sebagai Ibn al-Farrō^. Seorang hakim bermazhab Ḥanbaliyy dalam aliran akidah dan fiqh. Antara karyanya adalah Ṭobaqōt al-Ḥanābilah, Ibṭōl at-Ta^wīlāt, al-Kalām Fī al-Istiwā^, *Uyūn al-Masā^il dan lain-lain.

Ini mungkin sesuatu yang menghairankan jika dia ini dinisbahkan kepada aliran tafwid kerana dia ini dituduh sebagai musyabbihah meskipun tuduhan ini perlu semakan semula. Ibn al-Jawziyy berkata :

ورأيت من أصحابنا من تكلم في الأصول بما لا يصلح وانتدب للتصنيف ثلاثة أبو عبد الله بن حامد وصاحبه لقاضي وابن الزاغوني فصنفوا كتبا شانوا بها المذهب ورأيتهم قد نزلوا إلى مرتبة العوام فحملوا الصفات على مقتضى الحس فسمعوا أن الله تعالى خلق آدم على صورته فأثبتوا له صورة ووجها زائدا على الذات وعينين وفما ولهوات وأضراسا وأضواء لوجهه هي السبحات ويدين وأصابع وكفا وخنصرا وإبهاما وصدرا وفخذا وساقين ورجلين وقالوا ما سمعنا بذكر الرأس وقالوا يجوز أن يمس ويمس ويدني العبد من ذاته وقال بعضهم ويتنفس ثم يرضون العوام بقولهم لا كما يعقل وقد أخذوا بالظاهر في الأسماء والصفات فسموها بالصفات تسمية مبتدعة لا دليل لهم في ذلك من النقل ولا من العقل ولم يلتفتوا إلى النصوص الصارفة عن الظواهر إلى المعاني الواجبة لله تعالى ولا إلى إلغاء ما يوجبه الظاهر من سمات الحدوث ولم يقنعوا بأن يقولوا صفة فعل حتى قالوا صفة ذات ثم لما أثبتوا أنها صفات ذات قالوا لا نحملها على توجيه اللغة مثل يد على نعمة وقدرة ومجيء وإتيان على معنى بر ولطف وساق على شدة بل قالوا نحملها على ظواهرها المتعارفة والظاهر هو المعهود من نعوت الآدميين والشيء إنما يحمل على حقيقته إذا أمكن ثم يتحرجون من التشبيه ويأنفون من إضافته إليهم ويقولون نحن أهل السنة وكلامهم صريح في التشبيه وقد تبعهم خلق من العوام فقد نصحت التابع والمتبوع فقلت لهم يا أصحابنا أنتم أصحاب نقل وإمامكم الأكبر أحمد بن حنبل يقول وهو تحت السياط كيف أقول ما لم يقل فإياكم أن تبتدعوا في مذهبه ما ليس منه ثم قلتم في الأحاديث تحمل على ظاهرها

Aku melihat sebahagian sahabat-sahabat kami yang berbicara tentang usul akidah dengan apa yang tidak patut dan mengajak kepada karangan tiga orang ini; Abū *Abdullah bin Ḥāmid dan sahabatnya al-Qōḍī dan az-Zāġūniyy, lalu mereka menulis beberapa kita yang mencela mazhab ini dengannya. Aku melihat mereka turun ke martabat orang awam, lalu mereka sifat-sifat Allah itu melalui yang dicapai pancaindera, lalu mereka mendengar bahawa Allah Ta*ālā menciptakan Adam dengan rupa-Nya, lalu mereka mengisbatkan rupa dan wajah kepada-Nya sebagai tambahan kepada zat. Begitu juga mata, mulut, pangkal-pangkal lidah, gigi, sinaran-sinaran kepada wajah-Nya yang ia adalah cahaya. Begitu juga dengan dua tangan, jari-jemari, pergelangan tangan, jari kelingking, ibu jari, dada, dua peha, dua betis, dua kaki. Mereka berkata: "Kami tidak pernah tentang penyebutan kepala". Mereka berkata: "Harus untuk menyentuh dan disentuh serta mendekati hamba-Nya dengan zat-Nya". Sebahagian mereka berkata: "Juga bernafas". Kemudian orang ramai redha dengan kata-kata mereka yang bukan sepertimana mereka fikirkan. Mereka mengambil makna zahir pada nama-nama dan sifat, lalu mereka menamakannya dengan penamaan yang bidaah yang tidak ada dalil untuk mereka terhadap itu yang berupa dalil naqli dan dalil aqli.

Mereka tidak mempedulikan teks-teks yang memalingkan daripada zahir-zahir makna kepada makna-makna yang wajib kepada Allah Ta*ālā dan tidak menghapuskan apa yang menyebabkan makna zahir yang berupa kebaharuan itu kepada-Nya. Mereka tidak puas dengan mengatakan ia adalah sifat perbuatan sehingga mereka berkata ia adalah sifat zat. Kemudian, tatkala mereka mengisbatkan bahawa ia adalah sifat zat, mereka berkata: "Kami tidak menanggungnya atas pengemukaan bahasa seperti tangan kepada nikmat dan kekuatan, kehadiran dan kedatangan kepada makna bakti dan kelembutan serta betis kepada kesukaran". Bahkan, mereka berkata: "Kami menanggungnya dengan zahir makna yang dikenali". Padahal, zahir ia adalah yang berlaku pada sifat-sifat bangsa Adam dan sesuatu itu sebenarnya ditanggung dengan makna hakikat apabila mungkin. Kemudian, mereka menjauh bersama daripada tasybih. Mereka bersikap sombong terhadap penyandarannya kepada mereka dan mereka berkata: "Kamilah ahli sunnah". Padahal, kalam mereka jelas pada tasybih. Benar-benar segolongan daripada orang awam mengikuti mereka. Aku telah pun menasihati pengikut dan orang yang diikuti. Aku berkata kepada mereka: "Wahai sahabat-sahabat kami! Kalian adalah sahabat dalil naqli dan imam kalian yang terbesar, Aḥmad bin Ḥanbal berkata sedangkan dia dicambuk cemeti: "Bagaimana mungkin aku berkata yang Dia tidak katakan?". Maka, berjaga-jagalah kalian daripada membuat bidaah terhadap mazhabnya dengan apa yang bukan daripadanya. Kemudian, kalian berkata pada hadis-hadis tersebut: "Ditanggung pada makna zahirnya". [Daf*u Šubah at-Tašbih Bi Akaff at-Tanzīh, m/s 97-101, keluaran Dār al-Imām an-Nawawiyy, tahqiq Ḥasan as-Saqqōf].

Ibn al-Aṯīr berkata :

وَفِيهَا أَنْكَرَ الْعُلَمَاءُ عَلَى أَبِي يَعْلَى بْنِ الْفَرَّاءِ الْحَنْبَلِيِّ مَا ضَمَّنَهُ كِتَابَهُ مِنْ صِفَاتِ اللَّهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى، الْمُشْعِرَةِ بِأَنَّهُ يَعْتَقِدُ التَّجَسُّمَ، وَحَضَرَ أَبُو الْحَسَنِ الْقَزْوِينِيُّ الزَّاهِدُ بِجَامِعِ الْمَنْصُورِ، وَتَكَلَّمَ فِي ذَلِكَ، تَعَالَى اللَّهُ عَمَّا يَقُولُ الظَّالِمُونَ عُلُوًّا كَبِيرًا.

"Padanya terdapat keingkaran ulama terhadap Abū Ya*lā bin al-Farrō^ al-Ḥanbaliyy kerana apa yang dia meninggalkannya dalam kitabnya yang terdiri daripada sifat Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā yang memberitahu bahawa dia beriktikad fahaman tajsim. Dan Abū al-Ḥasan al-Qozwayniyy az-Zāhid hadir di masjid besar al-Manṣūr dan berbicara tentang hal itu. Maha Tinggi Allah dengan setinggi-tinggi ketinggian dan kebesaran daripada apa yang orang zalim katakan". [Al-Kāmil Fī at-Tārīẖ, jilid 7, m/s 786, keluaran Dār al-Kitāb al-*Arobiyy, Beirut, tahqiq *Umar *Abdul Salām Tadmuriyy].

Kemungkinan penisbahannya kepada aliran tafwid adalah kerana tidak tahu biografinya. Kalau mereka tahu, sudah tentu mereka tidak mengambil apa-apa kalam daripadanya. Atau sememangnya bersikap falasi cherry-picking jika benar dan mudah-mudahan tidak sebegitu.

Mereka beranggapan Abū Ya*lā al-Ḥanbaliyy adalah beraliran tafwid dengan membawa kalam bahawa ayat-ayat mutasybihat tidak diketahui maknanya sehingga kita tidak boleh sesuka hati menetapkan makna zahirnya :

أَنَّ آيَ الْكِتَابِ قِسْمَانِ: أَحَدُهُمَا مُحْكَمٌ تَأْوِيلُهُ تَنْزِيلُهُ يُفْهَمُ الْمُرَادُ مِنْهُ بِظَاهِرِهِ وَقِسْمٌ هُوَ مُتَشَابِهٌ لا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلا اللَّهُ وَلا يُوقَفُ عَلَى مَعْنَاهُ بِلُغَةِ الْعَرَبِ بِدَلِيلِ قَوْلِهِ تَعَالَى: {وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلا اللَّهُ} وَقَوْلِهِ: {وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ} فَالْوَاوُ هَهُنَا لِلاسْتِئْنَافِ وَلَيْسَتْ عَاطِفَةً كَذَلِكَ أَخْبَارُ الرَّسُولِ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، جَارِيَةٌ هَذَا الْمَجْرَى وَمُنَزَّلَةٌ عَلَى هَذَا التَّنْزِيلِ مِنْهَا الْبَيِّنُ الْمُسْتَقِلُّ فِي بَيَانِهِ بِنَفْسِهِ، وَمِنْهَا مَا لا يُوقَفُ عَلَى مَعْنَاهُ بِلُغَةِ الْعَرَبِ

"Bahawasanya ayat-ayat dalam kitab ada dua jenis. Pertama, ia adalah muhkam. Takwilnya dan penunrunannya difahami makna yang dikehendaki daripadanya melalui zahirnya. Jenis yang kedua adalah mutasyabih. Tidak mengetahui takwilnya melainkan Allah dan tidak diketahui maknanya dengan bahasa Arab berdalilkan firman-Nya: {Tidak ada sesiapa mengetahui takwilnya melainkan Allah} dan firman-Nya: {Orang yang maapan dalam ilmu berkata: "Kami beriman dengannya}. Al-Wāw di sini adalah al-Isti^nāf, bukannya kata hubung. Sedemikian itulah khabar-khabar Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang berlaku dalam kebiasaan ini. Kedudukannya adalah pada penurunan ini. Sebahagiannya adalah yang tersendiri pada makna itu sendiri dalam penjelasannya dan sebahagiannya apa yang tidak diketahui maknanya dalam bahasa Arab". [Ibṭōl at-Ta^wīlāt, m/s 59, keluaran Dār Īlāf ad-Dawliyyah, Kuwait, tahqiq Muḥammad bin Ḥamd Ḥamūd an-Najdiyy].

Saya katakan orang yang membawa kalam ini jelas sama ada mengeksploitasi kalamnya demi kepentingan pendiriannya atau langsung tidak membaca kitab yang dia nukil. Kalau tidak berlebihan, saya katakan ia adalah dusta disandarkan kefahaman ini kepada dia. Sesiapa yang membaca karya ini, pasti dia akan menemukan di banyak tempat bahawa apabila dia berbicara tentang naṣ yang berkaitan dengan sifat, pendiriannya adalah membawa makna yang zahir di samping membersihkan dari makna yang tidak selayaknya seperti sifat makhluk yang terdiri daripada jisim, anggota, tempat dan seumpamanya. Malah, jelas nukilan tadi bahawa tidak boleh menyandangkan sifat-Nya dengan majaz.

Saya paparkan nukilan bahawa penyebutannya "Ḥamalahu *Alā Ẓohirih" (حَمَلَهُ عَلَى ظَاهِرِهِ) atau seumpamanya bermaksud adalah menetapkan makna zahir baginya, bukan sekadar menanggugnya atas lafaz zahir yang tidak ada apa-apa makna. Katanya :

هَذَا من كلام أَحْمَد أن فسر قوله: {وَهُوَ اللَّهُ فِي السَّمَوَاتِ وَفِي الأَرْضِ} قَالَ معناه: هو إله من فِي السموات وإله من فِي الأرض، وهو عَلَى العرش، فلم يحمل قوله: " وفي الأرض " عَلَى ظاهره بل تأوله وبين أنه عَلَى العرش، فوجب أيضا أن يمتنع من إطلاق صفة ذات فِي الأرض تلمس فِي جهة من الجهات

Ini adalah daripada kalam Aḥmad yang mentafsirkan firman-Nya: {Dialah Allah di langit-langit dan di bumi}. Dia berkata: "Maknanya adalah Dia adalah tuhan bagi mereka di langit-langit dan tuhan bagi mereka di bumi,. Dia di atas Arasy". Tidaklah dia menanggung firman-Nya: {Di bumi} atas makna zahirnya. Bahkan mentakwilkannya dan menjelaskan bahawasanya Dia di atas Arasy. Semestinya juga tertegak dalam menetapkan sifat zat di bumi yang bersentuhan dalam suatu arah dari beberapa arah. [Ibṭōl at-Ta^wīlāt, m/s 184, keluaran Dār Īlāf ad-Dawliyyah, Kuwait, tahqiq Muḥammad bin Ḥamd Ḥamūd an-Najdiyy].

Katanya lagi :

فإن قيل: لا يجوز حمل هَذَا الخبر عَلَى ظاهره بل يحمل قوله: " لما فرغ من خلقه استلقى " بمعنى ترك أن يخلق مثله ويديم ذَلِكَ كما يقال: فلان بنى داره وعمرها فاستلقى عَلَى ظهره بمعنى أنه ترك البناء، ولا يراد أنه اضطجع قيل: قولكم أنه لا يجوز حمله عَلَى ذَلِكَ غلط، لأنا قد بينا أنا لا نحمله عَلَى صفة تستحيل فِي صفاته، بل يجري فِي ذَلِكَ مجرى غيره من الصفات.

Jika dikatakan: "Tidak harus menanggung khabar ini atas makna zahirnya. Bahkan menanggung sabdanya: #Tatkala selesai penciptaan-Nya, Dia bersandar# dengan makna membiarkan ciptaan semisalnya dan mengekalkan hal itu sepertimana dikatakan #Fulan membangunkan negerinya dan memakmurkannya, lalu dia menyandarkan belakangnya# dengan makna membiarkan pembangunannya dan tidak dimaksudkan bahawasanya dia berbaring". Dikatakan: "Kata-katamu bahawasanya tidak harus menanggungnya atas hal itu adalah celaru kerana telah pun kami jelaskan bahawasanya kami tidak menanggungnya atas sifat yang mustahil pada sifat-Nya. Bahkan, ia berjalan kebiasaan selainnya pada hal itu dalam hal ehwal sifat". [Ibṭōl at-Ta^wīlāt, m/s 190, keluaran Dār Īlāf ad-Dawliyyah, Kuwait, tahqiq Muḥammad bin Ḥamd Ḥamūd an-Najdiyy].

Katanya lagi :

وفي حديث آخر رواه أَبُو سعيد الخدري: " فيضع الله قدمه عليها فتزوي وتقول: قدني قدني " وقد ذكر أَبُو الحسن الدارقطني هَذَا الحديث من طرق وألفاظ مختلفة نحو ما ذكرنا وقد ذكر البخاري ومسلم القدم فِي الصحيحين جميعا أعلم أنه غير ممتنع حمل هَذَا الخبر عَلَى ظاهره، وأن المراد به قدم هو صفة لله تَعَالَى وكذلك الرجل.

Pada hadis yang lain yang Abū Sa*īd al-H̱udriyy meriwayatkannya: "Lalu Allah meletakkan bawah kaki-Nya padanya, lalu terselit. Lantas, neraka berkata: "Cukup! Cukup!". Abū al-Ḥasan ad-Dāroquṭniyy menyebutkan hadis ini dengan jalan dan lafaz yang pelbagai sepertimana apa yang kami telah sebutkan. Telah pun al-Buẖōriyy dan Muslim menyebutkan hadis bawah kaki ini dalam kitab sahih mereka berdua. Aku mengetahui bahawasanya tidak tertegah menanggung khabar ini atas zahirnya kerana yang dimaksudkan "bawah kaki" padanya adalah sifat Allah Ta*ālā. Sedemikian juga seseorang. [Ibṭōl at-Ta^wīlāt, m/s 194-195, keluaran Dār Īlāf ad-Dawliyyah, Kuwait, tahqiq Muḥammad bin Ḥamd Ḥamūd an-Najdiyy].

Katanya lagi :

فوجب حمل الخبر عَلَى ظاهره، وما قاله الشاعر فهو عَلَى طريق المجاز، لأَنَّ الحقيقة فِي هَذِهِ التسمية خلاف ذلك، وَلا يجوز إضافة المجاز إِلَى صفات اللَّه، لأَنَّ المجاز لا حقيقة لَهُ فإن قِيلَ: كيف يصح حمله عَلَى ظاهره، والصدقة من جملة المحدثات، والمحدثات لا تلاقي القديم قيل: كَمَا صح حمل قوله: {خَلَقْتُ بِيَدَيَّ} عَلَى ظاهره وإن كان آدم من جملة المحدثات، كذلك ها هنا لا يمتنع حمل ذلك عَلَى ظاهره عَلَى وجه لا يقتضي الملاقاة كَمَا قلنا فِي خلق آدم

Wajib menanggung khabar itu atas makna zahirnya. Apa yang penyair katakannya, maka ia adalah bentuk majaz kerana hakikat pada penamaan ini adalah menyalahi itu. Tidak boleh menyandarkan majaz kepada sifat Allah kerana majaz bukan hakikat bagi-Nya. Jika dikatakan: "Bagaimana mungkin sahnya menanggung atas makna zahirnya sedangkan sedekah itu adalah bentuk yang baharu dan yang baharu tidak bertemu dengan yang qodīm?". Dikatakan: "Sepertimana sahnya menanggung firman-Nya: {Aku menciptakan dengan kedua-dua tangan-Ku} atas makna zahirnya walaupun Adam adalah bentuk yang baharu. Seperti itulah yang di sini. Tidak tertegah menanggung hal itu atas zahirnya melalui bentuk yang tidak menunjukkan pertemuannya sepertimana kami katakan pada penciptaan Adam". [Ibṭōl at-Ta^wīlāt, m/s 309, keluaran Dār Īlāf ad-Dawliyyah, Kuwait, tahqiq Muḥammad bin Ḥamd Ḥamūd an-Najdiyy].

Semua ini jelas bahawa ungkapan ini membawa makna bahawa dia menanggung lafaz tersebut dengan makna zahirnya. Secara tidak langsung, ia menafikan bahawa dia berprinsip berpura-pura tidak tahu atau mengosongkan makna dalam naṣ-naṣ mutasyabihat yang berkaitan dengan sifat Allah. Jelaslah bahawa apa yang dia fahami bukan seperti orang yang cuba mempergunakan kalamnya demi berpendapat sebaliknya.

Kemudian, maksud dia pada hal ini adalah perkataan tersebut sukar difahami maknanya dalam bahasa Arab yang tidak semestinya adalah yang berkaitan dengan sifat Allah. Contoh yang dia bawakan adalah firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā seperti berikut :

وَفَاكِهَةً وَأَبًّا

"Buah-buahan dan Abba" [Surah *Abasa ayat 31].

Daripada ayat ini, para Sahabat -roḍiyallahu *anhum- tidak mengetahui atau samar-samar makna "Abba" di sini. Ini adalah salah satu contoh ayat yang dikira mutasyabihat yang dia bawakan. Tidak benar ayat mutasyabihat yang dia maksudkan hanya merujuk kepada yang berkaitan dengan sifat.

Ibn Qudāmah

Namanya Muwaffaquddīn Abū Muḥammad *Abdullah bin Aḥmad bin Qudāmah bin Miqdam al-Maqdisiyy ad-Dimašqiyy. Salah seorang tokoh ternama mazhab Ḥanbaliyy pada aliran akidah dan fiqhnya. Antara karyanya adalah al-Muġnī, Lum*ah al-I*tiqōd al-Hādī Ilā Sabīl ar-Rošād, Ḏamm at-Ta^wīl, Taḥrīm an-Naẓor Fī Kutub al-Kalām dan Iṯbāt Ṣifah al-*Uluww.

Antara nukilan mereka adalah katanya :

وَكم قد شرح هُوَ مقَالَة أهل السّنة فِي هَذِه الْمَسْأَلَة وَبَين الْحق فِيهَا بعد تَوْبَته من هَذِه الْمقَالة وَبَين أَنه إِذا سَأَلنَا سَائل عَن معنى هَذِه الْأَلْفَاظ قُلْنَا لَا نزيدك على ألفاظها زِيَادَة تفِيد معنى بل قرَاءَتهَا تَفْسِيرهَا من غير معنى بِعَيْنِه وَلَا تَفْسِير بِنَفسِهِ وَلَكِن قد علمنَا أَن لَهَا معنى فِي الْجُمْلَة يُعلمهُ الْمُتَكَلّم بهَا فَنحْن نؤمن بهَا بذلك الْمَعْنى وَمن كَانَ كَذَلِك كَيفَ يسْأَل عَن معنى وَهُوَ يَقُول لَا أعلمهُ وَكَيف يسْأَل عَن كَيْفيَّة مَا يرى أَن السُّؤَال عَنهُ بِدعَة وَالْكَلَام فِي تَفْسِيره خطأ والبحث عَنهُ تكلّف وتعمق أَو مَا سمع حِكَايَة مَالك بن أنس رَحمَه الله تَعَالَى وَرَضي الله عَنهُ حِين سُئِلَ عَن قَوْله تَعَالَى {الرَّحْمَن على الْعَرْش اسْتَوَى} كَيفَ اسْتَوَى فاطرق حَتَّى علاهُ الرحضاء ثمَّ رفع رَأسه فَقَالَ الاسْتوَاء غير مَجْهُول والكيف غير مَعْقُول وَالْإِيمَان بِهِ وَاجِب وَالسُّؤَال عَنهُ بِدعَة ثمَّ أَمر الرجل فَأخْرج.

Betapa banyak telah ia disyarahkan dalam rencana ahli sunnah pada isu ini dan dijelaskan kebenaran padanya selepas taubatnya kerana artikel ini serta dia mejelaskan apabila seseorang bertanya tentang makna lafaz ini, kita katakan bahawa kita tidak menambahkan lafaz-lafaznaya suatu pertambahan yang memberi suatu makna. Bahkan, pembacaannya adalah tafsirnya tanpa makna yang tertentu dan tanpa tafsir pada ayat itu sendiri. Akan tetapi, kita mengetahui bahawa ia mempunyai makna dalam ayat Yang Berfirman mengetahuinya. Maka, kita beriman dengannya dengan makna itu. Sesiapa yang berada seperti itu, bagaimana mungkin ditanya tentang makna, sedangkan dia berkata: "Aku tidak mengetahuinya". Bagaimana mungkin ditanya tentang kaifiyyat yang dia melihat bahawa soalan tentangnya adalah bidaah, bicara tentang tafsir adalah kesalahan, membahaskan dan mendalaminya tentangnya adalah takalluf atau apa yang dia mendengar petikan Mālik bin Anas -roḥimahullah Ta*ālā wa roḍiyallahu *anh- ketika ditanya tentang firman-Nya Ta*ālā: {Yang Maha Pengasih bersemayam di atas Arasy}. "Bagaimana istiwā^?". Dia terkelu gerun sehingga dia dibasahi peluh. Kemudian, dia mengangkat kepalanya, lalu berkata: "Istiwā^ itu dikenali, tetapi kaifiyyat tidak dimengerti. Iman kepadanya adalah wajib dan bertanya tentangnya adalah bidaah". Kemudian dia menyuruh seseorang untuk mengusirnya. [Taḥrīm an-Naẓor Fī Kutub al-Kalām, m/s 59, keluaran *Ālim al-Kutub, Riyāḍ].

Penyebutannya bahawa bagaimana mungkin seseorang ditanya tentang makna, sedangkan dia berkata dia tidak mengetahuinya ini menunjukkan bahawa dia menyokong bahawa kita sememangnya tidak ada pengetahuan terhadap makna pada naṣ sifat Allah tersebut. Ini sememangnya yang ditelusuri oleh aliran tafwid menurut mereka.

Malah, menurut mereka yang mendukung pemahaman "zahir makannya bukan yang dimaksudkan", kenyataan Ibn Qudāmah disokong dengan katanya yang lain bahawa dia sekadar mengisbatkan lafaz sahaja dan tidak mendalami makna serta menyerahkan maknanya kepada empunya kalam. Katanya :

وكل ما جاء في القرآن أو صح عن المصطفى عليه السلام من صفات الرحمن وجب الإيمان به، وتلقيه بالتسليم والقبول، وترك التعرض له بالرد والتأويل والتشبيه والتمثيل. وما أشكل من ذلك وجب إثباته لفظا، وترك التعرض لمعناه ونرد علمه إلى قائله، ونجعل عهدته على ناقله اتباعا لطريق الراسخين في العلم الذين أثنى الله عليهم في كتابه المبين بقوله سبحانه وتعالى: {وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا} [آل عمران: 7]

"Setiap apa yang datang dalam al-Qur^ān atau sahihnya daripada insan yang terpilih -*alayhissalām- tentang sifat Yang Maha Pengasih, maka wajib iman kepadanya, menyambutnya dengan penuh penyerahan, menerima dan menjauhi mendalaminya dengan penolakan, takwil, tasybih dan permisalan. Apa yang samar daripada hal itu, maka wajib mengisbatkannya secara lafaz dan meninggalkan mendalami maknanya, menyerahkan pengetahuannya kepada Yang Berfirman akannya dan kita menjadikan jaminan-Nya kepada para penukilnya sebagai ikutan kepada jalan orang yang mapan dalam ilmu yang Allah memuji mereka dalam kitabnya yang menyata Subḥānahu Wa Ta*ālā: {Orang yang mapan dalam ilmu berkata: "Kami beriman dengannya. Setiap daripadanya adalah dari sisi tuhan kami} [Surah Āli *Imrōn ayat 7]. [Lum*ah al-I*tiqōd al-Hādī Ilā Sabīl ar-Rošād, m/s 5-6, keluaran Wizāroh aš-Šu^ūn al-Islāmiyyah Wa al-Awqōf Wa ad-Da*wah Wa al-Iršād, Saudi].

Penyebutannya: " Apa yang samar daripada hal itu, maka wajib mengisbatkannya secara lafaz dan meninggalkan mendalami maknanya, menyerahkan pengetahuannya kepada Yang Berfirman akannya" sememangnya menunjukkan prinsip yang dipegang oleh aliran tafwid.

Ibn Qudāmah berkata :

وَأَيْضًا فَإِن عائب هَذِه الْمقَالة عائب على رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم فَإِنَّهُ كَانَ يُؤمن بِاللَّه وكلماته وَلم يُفَسر شَيْئا من ذَلِك وَلَا بَين مَعْنَاهُ

"Begitu juga sesungguhnya orang yang mengaibkan kenyataan ini, maka dia mengaibkan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Ini kerana dia beriman dengan Allah dan kalimahnya tanpa mentafsirkan sesuatu daripada itu dan tidak menjelaskan maknanya". [Lum*ah al-I*tiqōd al-Hādī Ilā Sabīl ar-Rošād, m/s 55, keluaran Wizāroh aš-Šu^ūn al-Islāmiyyah Wa al-Awqōf Wa ad-Da*wah Wa al-Iršād, Saudi].

Tidak menjelaskan maknanya di sini sememangnya apa yang ditekankan dalam aliran tafwid yang tidak meletakkan apa-apa makna yang tertentu pada lafaz tersebut.

Ibn Qudāmah berkata :

وَأما إيمَاننَا بِالْآيَاتِ وأخبار الصِّفَات فَإِنَّمَا هُوَ إِيمَان بِمُجَرَّد الْأَلْفَاظ الَّتِي لَا شكّ فِي صِحَّتهَا وَلَا ريب فِي صدقهَا وقائلها أعلم بمعناها فَآمَنا بهَا على الْمَعْنى الَّذِي أَرَادَ رَبنَا تبَارك وَتَعَالَى فجمعنا بَين الْإِيمَان الْوَاجِب وَنفي التَّشْبِيه الْمحرم. وَهَذَا أَسد وَأحسن من قَول من جعل الْآيَات وَالْأَخْبَار تجسيما وتشبيها وتحيل على إِبْطَالهَا وردهَا فحملها على معنى صِفَات المخلوقين بِسوء رَأْيه وقبح عقيدته ونعوذ بِاللَّه من الضلال الْبعيد.

"Adapun iman kita dengan ayat-ayat dan khabar-khabar sifat, sebenarnya iman dengan sekadar lafaznya ayang tidak syak sahihnya, tidak ada keraguan dalam kebenarannya dan Yang Berfirman akannya lebih mengetahui maknanya, maka kita beriman dengannya melalui makna yang tuhan kita Tabāroka Wa Ta*ālā memaksudkan, lalu kita mengumpulkan antara iman yang wajib dan menafikan tasybih yang diharamkan. Ini adalah yang paling tepat dan paling baik dariapda pendapat orang yang menjadikan ayat-ayat dan khabar-khabar itu sebagai penjisiman, pentasybihan, menukarkannya melalui pembatannya dan menolaknya, lalu dia menanggungnya atas makna sifat makhluk dengan buruk pandangannya dan jelek akidahnya. Kami berlindung kepada Allah daripada kesesatan yang jauh". [Lum*ah al-I*tiqōd al-Hādī Ilā Sabīl ar-Rošād, m/s 69, keluaran Wizāroh aš-Šu^ūn al-Islāmiyyah Wa al-Awqōf Wa ad-Da*wah Wa al-Iršād, Saudi].

Penyebutannya: "Sebenarnya iman dengan sekadar lafaznya ayang tidak syak sahihnya, tidak ada keraguan dalam kebenarannya dan Yang Berfirman akannya lebih mengetahui maknanya" sekaligus membenarkan prinsip aliran tafwid dan penyebutannnya: "Maka kita beriman dengannya melalui makna yang tuhan kita Tabāroka Wa Ta*ālā memaksudkan" menunjukkan bahawa kita perlu beriman dengan makna yang dikehendaki oleh Allah Tabāroka Wa Ta*ālā dalam keadaan kita serahkan maknanya yang sebenar kepada-Nya. Ini ditegaskan lagi dengan katanya seperti berikut :

وَعَلمُوا أَن الْمُتَكَلّم بهَا صَادِق لَا شكّ فِي صدقه فصدقوه وَلم يعلمُوا حَقِيقَة مَعْنَاهَا فَسَكَتُوا عَمَّا لم يعلموه

"Mereka mengetahui bahawa Yang Berfirman akannya adalah benar tanpa syak dalam sifat-Nya, lalu mereka membenarkannya dan mereka tidak mengetahui hakikat maknanya, lalu mereka diam daripada apa yang mereka tidak mengetahuinya". [Ḏamm at-Ta^wīl, m/s 11, keluaran ad-Dār as-Salafiyyah].

Sedemikianlah nukilan-nukilan yang diambil daripada kalamnya dalam membenarkan bahawa dia beraliran tafwid.

Hakikatnya, orang yang mengutip pandangan ini sebenarnya tidak memahami manhajnya secara keseluruhan. Ini boleh dijawab dengan beberapa poin untuk meranapkan dakwaan mereka.

Pertama, dia pernah menulis Iṯbāt Ṣifah al-*Uluww yang mana dia mengumpulkan ayat al-Qur^ān, hadis serta kalam-kalam salaf dan imam dalam menetapkan Allah itu di langit di atas Arasy-Nya. Jelas, ini menunjukkan ke mana pegangannya dan menafikan pegangannya hanya isbat lafaz sahaja tanpa menetapkan makna dan sekaligus membatalkan dakwaan aliran tafwid ini.

Bukti yang jelas adalah dia menyalahi tanggapan orang yang menisbahkan dirinya sebagai pengamal tafwid adalah dia mengutip kalam Ibn *Abdul Barr yang berkata :

ومن الحجة عليهم أيضا في أنه على العرش فوق سبع السموات السبع أن الموحدين أجمعين من العرب والعجم إذا كربهم أمر أو نزلت بهم شدة، رفعوا أيديهم ووجوههم إلى السماء رافعين لها مشرين بها إلى السماء يستغيثون الله ربهم تبارك وتعالى. وهذا أشهر وأعرف عند الخاصة والعامة من أن يحتاج فيه إلى أكثر من حكايته لأنه اضطرار لم يوفقهم عليه أحد ولا أنكره عليهم مسلم.

"Juga antara hujah ke atas mereka pada bahawa Dia di atas Arasy di atas langit-langit yang tujuh adalah bahawa orang yang bertauhid secara keseluruhannya dari kalangan orang Arab dan ajam apabila sesuatu perkara menyulitkannya atau kesukaran menimpa mereka, mereka mengangkat tangan mereka dan wajah mereka ke langit dalam keadaan mendongak kepadanya dan mengisyaratkan dengannya ke langit sambil meminta pertolongan daripada Allah, tuhan mereka Tabāroka Wa Ta*ālā. Ini adalah yang paling popular dan yang paling dikenali di sisi orang yang khusus dan awam daripada bergantungnya ia padanya kepada lebih banyak daripada penceritaannya kerana ia adalah keterdesakan yang belum pernah seseorang menuntun mereka kepadanya dan tidaklah seseorang Muslim mengingkarinya pada mereka". [Iṯbāt Ṣifah al-*Uluww, m/s 178-179, keluaran Mu^assasah al-Qur^ān, Beirut, tahqiq Aḥmad bin *Aṭiyyah bin *Aliyy al-Ġōmidiyy].

Inikah kutipan yang akan dibenarkan oleh orang yang tidak mengetahui maknanya sama sekali dan orang yang mengamalkan tafwid apabila berinteraksi dengan naṣ-naṣ yang menunjukkan bahawa Allah itu di atas? Ini sudah cukup menolak tanggapan mereka.


Kedua, dia ada menukilkan kalam Abū Bakr *Abdullah bin az-Zubayr al-Ḥumaydiyy yang berkata :

أصُول السّنة فَذكر أَشْيَاء ثمَّ قَالَ وَمَا نطق بِهِ الْقُرْآن والْحَدِيث مثل {وَقَالَت الْيَهُود يَد الله مغلولة غلت أَيْديهم} [الْمَائِدَة 64] وَمثل {وَالسَّمَاوَات مَطْوِيَّات بِيَمِينِهِ} [الزمر 67] وَمَا أشبه هَذَا من الْقُرْآن والْحَدِيث لَا نزيد فِيهِ وَلَا نفسره ونقف على مَا وقف عَلَيْهِ الْقُرْآن وَالسّنة ونقول {الرَّحْمَن على الْعَرْش اسْتَوَى} وَمن زعم غير هَذَا فَهُوَ معطل جهمي

"Dasar-dasar sunnah adalah" -lalu dia menyebutkan sesuatu-. Kemudian, dia berkata: "Apa yang al-Qur^ān dan hadis berbicara tentangnya seperti: {Berkata Yahudi: "Tangan Allah terbelenggu", padahal tangan mereka terbelenggu} [Surah al-Mā^idah ayat 64], seperti: {Langit-langit digulung dengan tangan kanan-Nya} [Surah az-Zumar ayat 67] serta apa yang serupa dengannya daripada al-Qur^ān dan hadis, maka kami tidak menambah padanya, tidak mentafsirkannya dan berhenti apa yang al-Qur^ān dan as-Sunnah berhenti padanya. Kami berkata: {Yang Maha Pengasih bersemayam di atas Arasy}. Sesiapa yang mendakwa selain ini, maka dia adalah Mu*aṭṭil lagi Jahmiyy". [Ḏamm at-Ta^wīl, karya Ibn Qudāmah, m/s 24, keluaran ad-Dār as-Salafiyyah, Kuwait, tahqiq Badr bin *Abdullah al-Badr].

Lihat katanya: "Sesiapa yang mendakwa selain ini, maka dia adalah Mu*aṭṭil lagi Jahmiyy". Ibn Qudāmah sama sekali tidak membantah kenyataan ini yang jelas menunjukkan celaan mereka yang memahami makna selain daripada makna zahir daripada lafaz tersebut. Sekali lagi, ini menunjukkan pembatalan kepada aliran tafwid.

Ketiga, Ibn Qudāmah berkata :

فمما جاء من آيات الصفات قول الله عز وجل: {وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ} [الرحمن: 27] وقوله سبحانه وتعالى: {بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ} [المائدة: 64] وقوله تعالى إخبارا عن عيسى عليه السلام أنه قال: {تَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِي وَلَا أَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِكَ} [المائدة: 116] وقوله سبحانه: {وَجَاءَ رَبُّكَ} [الفجر: 22] وقوله تعالى: {هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ} [البقرة: 210] وقوله تعالى: {رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ} [المائدة: 119] وقوله تعالى: {يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ} [المائدة: 54] وقوله تعالى في الكفار: {وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ} [الفتح: 6] وقوله تعالى: {اتَّبَعُوا مَا أَسْخَطَ اللَّهَ} [محمد: 28] وقوله تعالى: {كَرِهَ اللَّهُ انْبِعَاثَهُمْ} [التوبة: 46] ومن السنة، قول النبي صلى الله عليه وسلم: «ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى سماء الدنيا» وقوله: «يعجب ربك من الشاب ليست له صبوة» وقوله: «يضحك الله إلى رجلين قتل أحدهما الآخر ثم يدخلان الجنة» فهذا وما أشبهه مما صح سنده وعدلت رواته، نؤمن به، ولا نرده ولا نجحده ولا نتأوله بتأويل يخالف ظاهره، ولا نشبهه بصفات المخلوقين، ولا بسمات المحدثين، ونعلم أن الله سبحانه وتعالى لا شبيه له ولا نظير {لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ} [الشورى: 11] وكل ما تخيل في الذهن أو خطر بالبال فإن الله تعالى بخلافه.

"Apa yang datang tentang ayat-ayat sifat. Firman Allah *Azza Wa Jalla: "{Dan kekallah wajah tuhanmu} [Surah ar-Roḥmān ayat 27]. Firman-Nya Subḥānahu Wa Ta*ālā: {Bahkan kedua-dua tangan-Nya terbentang} [Surah al-Mā^idah ayat 64]. Firman-Nya Ta*ālā yang mengkhabarkan tentang *Īsā -*alayhissalām- bahawasanya baginda bersabda: {Engkau mengetahui apa yang di dalam diriku, tetapi aku tidak mengetahui apa yang di dalam diri-Mu} [Surah al-Mā^idah ayat 116]. Firman-Nya Subḥānahu: {Datanglah tuhanmu} [Surah al-Fajr ayat 22]. Firman-Nya Ta*ālā: {Tidaklah mereka melihat melainkan datangnya Allah kepada mereka} [Surah al-Baqoroh ayat 210]. Firman-Nya Ta*ālā: {Allah meredhai mereka dan mereka pun meredhai-Nya} [Surah al-Mā^idah ayat 119]. Firman-Nya Ta*ālā: {Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya] [Surah al-Mā^idah ayat 54]. Firman-Nya Ta*ālā terhadap kaum kafir: {Allah marah terhadap mereka} [Surah al-Fatḥ ayat 6]. Firman-Nya Ta*ālā: {Mereka mengikuti apa yang membuatkan Allah murka} [Surah Muḥammad ayat 28]. Firman-Nya Ta*ālā: [Allah membenci keberangkatan mereka} [Surah at-Tawbah ayat 46]. Daripada sunnah pula, sabda Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-: {Tuhan kita Tabāroka Wa Ta*ālā turun pada setiap malam ke langit dunia}. Sabdanya: {Tuhanmu kagum dengan pemuda yang tidak memiliki ciri kebuda-budakan}. Sabdanya: {Allah ketawa terhadap dua orang yang membunuh salah seorang daripadanya yang lain, kemudian kedua-duanya masuk syurga}. Dan apa yang serupa dengan apa yang sahih sanadnya dan berkredibiliti perawinya, kita beriman kepadanya, kita tidak menolaknya, kita tidak menentangnya, kita tidak mentakwilnya dengan takwil yang menyalahi zahirnya, kita tidak menyerupakan-Nya dengan sifat makhluk dan tidak juga karaterisitik yang baharu serta kita mengetahui bahawasanya Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā tidak ada yang serupa dan tidak ada persamaan: {Tidak ada sesuatu pun yang seakan-akan serupa dengan-Nya. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat} [Surah aš-Šurō ayat 11]. Setiap apa yang terkhayal dalam minda atau detikan di benak fikiran, maka sesungguhnya Allah Ta*ālā menyalahinya". [Lum*ah al-I*tiqōd al-Hādī Ilā Sabīl ar-Rošād, m/s 10-12, keluaran Wizāroh aš-Šu^ūn al-Islāmiyyah Wa al-Awqōf Wa ad-Da*wah Wa al-Iršād, Saudi].

Katanya: "Kita tidak mentakwilnya dengan takwil yang menyalahi zahirnya" jelas menunjukkan pembatalan aliran tafwid kerana aliran tafwid sebenarnya melakukan takwil secara ringkas, iaitu memalingkan makna yang zahir ada pada lafaz. Hanyasanya, mereka tidak menetapkan makna tertentu dan menyerahkan makna sebenar yang selain daripada zahir itu kepada Allah. Penafian ini menunjukkan bahawa isbat lafaz menurutnya adalah bersamaan sekali dengan makna zahirnya dan sama sekali tidak boleh dipalingkannya. Jelas bahawa dia sebenarnya menyalahi apa yang menjadi pegangan aliran tafwid.

Keempat, setelah kita tahu bahawa sebenarnya penyebutan isbat pada lafaz menurutnya adalah sama seperti isbat pada makna zahir pada lafaznya. Kita lihat pula penjelasan Ibn Qudāmah tentang hakikat takwil, isu-isu bahasa dan petunjuk untuk mengubah makna asalnya :

إِن قيل فقد تأولتم آيَات وأخبارا فقلتم فِي قَوْله تَعَالَى {وَهُوَ مَعكُمْ أَيْن مَا كُنْتُم} [الْحَدِيد 4] أَي بِالْعلمِ وَنَحْو هَذَا من الْآيَات وَالْأَخْبَار فيلزمكم مَا لزمنا. قُلْنَا نَحن لم نتأول شَيْئا وَحمل هَذِه اللفظات على هَذِه الْمعَانِي لَيْسَ بِتَأْوِيل لِأَن التَّأْوِيل صرف اللَّفْظ عَن ظَاهره وَهَذِه الْمعَانِي هِيَ الظَّاهِر من هَذِه الْأَلْفَاظ بِدَلِيل أَنه الْمُتَبَادر إِلَى الأفهام مِنْهَا. وَظَاهر اللَّفْظ هُوَ مَا يسْبق إِلَى الْفَهم مِنْهُ حَقِيقَة كَانَ أَو مجَازًا وَلذَلِك كَانَ ظَاهر الْأَسْمَاء الْعُرْفِيَّة الْمجَاز دون الْحَقِيقَة كاسم الراوية والظعينة وَغَيرهمَا من الْأَسْمَاء الْعُرْفِيَّة فَإِن ظَاهر هَذَا الْمجَاز دون الْحَقِيقَة وصرفها إِلَى الْحَقِيقَة يكون تَأْوِيلا يحْتَاج إِلَى دَلِيل وَكَذَلِكَ الْأَلْفَاظ الَّتِي لَهَا عرف شَرْعِي وَحَقِيقَة لغوية كَالْوضُوءِ وَالطَّهَارَة وَالصَّلَاة وَالصَّوْم وَالزَّكَاة وَالْحج إِنَّمَا ظَاهرهَا الْعرف الشَّرْعِيّ دون الْحَقِيقَة اللُّغَوِيَّة. وَإِذا تقرر هَذَا فالمتبادر إِلَى الْفَهم من قَوْلهم الله مَعَك أَي بِالْحِفْظِ والكلاءة وَلذَلِك قَالَ الله تَعَالَى فِيمَا أخبر عَن نبيه {إِذْ يَقُول لصَاحبه لَا تحزن إِن الله مَعنا} [التَّوْبَة 40] وَقَالَ لمُوسَى {إِنَّنِي مَعَكُمَا أسمع وَأرى} [طه 46] وَلَو أَرَادَ أَنه بِذَاتِهِ مَعَ كل أحد لم يكن لَهُم بذلك اخْتِصَاص لوُجُوده فِي حق غَيرهم كوجوده فيهم وَلم يكن ذَلِك مُوجبا لنفي الْحزن عَن أبي بكر وَلَا عِلّة لَهُ فَعلم أَن ظَاهر هَذِه الْأَلْفَاظ هُوَ مَا حملت عَلَيْهِ فَلم يكن تَأْوِيلا ثمَّ لَو كَانَ تَأْوِيلا فَمَا نَحن تأولنا وَإِنَّمَا السّلف رَحْمَة الله عَلَيْهِم الَّذِي ثَبت صوابهم وَوَجَب اتباعهم هم الَّذين تأولوه فَإِن ابْن عَبَّاس وَالضَّحَّاك ومالكا وسُفْيَان وَكَثِيرًا من الْعلمَاء قَالُوا فِي قَوْله {وَهُوَ مَعكُمْ} أَي علمه ثمَّ قد ثَبت بِكِتَاب الله والمتواتر عَن رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم وَإِجْمَاع السّلف أَن الله تَعَالَى فِي السَّمَاء على عَرْشه وَجَاءَت هَذِه اللَّفْظَة مَعَ قَرَائِن محفوفة بهَا دَالَّة على إِرَادَة الْعلم مِنْهَا وَهُوَ قَوْله {ألم تَرَ أَن الله يعلم مَا فِي السَّمَاوَات وَمَا فِي الأَرْض} [المجادلة 7] ثمَّ قَالَ فِي آخرهَا {أَن الله بِكُل شَيْء عليم} فبدأها بِالْعلمِ وختمها بِهِ ثمَّ سياقها لتخويفهم بِعلم الله تَعَالَى بحالهم وَأَنه ينبئهم بِمَا عمِلُوا يَوْم الْقِيَامَة ويجازيهم عَلَيْهِ وَهَذِه قَرَائِن كلهَا دَالَّة على إِرَادَة الْعلم فقد اتّفق فِيهَا هَذِه الْقَرَائِن وَدلَالَة الْأَخْبَار على مَعْنَاهَا ومقالة السّلف وتأويلهم فَكيف يلْحق بهَا مَا يُخَالف الْكتاب وَالْأَخْبَار ومقالات السّلف.

Jika dikatakan: "Kalian telah pun mentakwilkan ayat-ayat dan khabar-khabar itu". Lalu, kalian berkata pada firman-Nya Ta*ālā: "{Dia bersama kalian di mana sahaja kalian berada} [Surah al-Ḥadīd ayat 4], iaitu dengan ilmu-Nya dan seumpama dengan ini yang terdiri daripada ayat-ayat dan khabar-khabar itu, lalu apa yang menjadi kelaziman kami menjadi kelaziman buat kalian". Kami berkata bahawa kami tidak mentakwilkan sesuatu dan menanggung lafaz-lafaz ini atas makna-makna ini. Bukanlah itu takwil kerana takwil adalah mengubah lafaz daripada zahir maknanya dan makna-makna ini adalah zahir daripada lafaz-lafaz ini dengan dalil bahawasanya ia terautoamtik pada kefahaman daripadanya. Zahir lafaz makna pada lafaz ia adalah apa yang dominan pada kefahaman daripadanya sama ada hakikat atau majaz. Kerana itu zahir makna nama-nama yang kebiasaan adalah majaz yang bukan hakikat seperti nama perawi, perantau dan selainnya yang terdiri daripada nama-nama yang kebiasaan. Ini kerana zahir makna majaz ini bukanlah hakikat, lalu penukarannya kepada hakikat akan menjadi takwil yang membutuhkan dalil. Sedemikian lafaz-lafaz yang dikenali secara syarak dan hakikat bahasa padanya seperti al-Wuḍū^, aṭ-Ṭohāroh, aṣ-Ṣolāh, aṣ-Ṣowm, az-Zakāh dan al-Ḥajj. Sebenarnya zahir maknanya adalah kebiasaan syariat yang bukan hakikat bahasa.

Apabila telah disepakati hal ini, maka automatik kepada kefahaman daripada kata mereka: "Allah bersamamu", iaitu dalam lindungan dan pengawasan. Kerana itu, Allah Ta*ālā berfirman tentang apa yang Dia khabarkan tentang Nabi-Nya: {Ketikamana dia berkata kepada sahabatnya: "Sesungguhnya Allah bersama kita"} [Surah at-Tawbah ayat 40] dan Dia berfrman kepada Mūsā: [Sesungguhnya aku mendengar dan melihat bersama kamu berdua} [Surah Ṭoha ayat 46]. Kalaulah Dia maksudkan bahawasanya Dia dengan zat-Nya bersama setiap seorang, tidak akan terjadi pengkhususan untuk wujud-Nya pada hak selain mereka seperti kewujudan-Nya bersama mereka melalui hal itu pada mereka dan tidaklah itu menyebabkan ternafinya kesedihan daripada Abū Bakr serta tidak ada kesakitan padanya. Maka, diketahui bahawa zahir makna lafaz-lafaz ini adalah apa yang ia tanggung padanya, lalu tidak ada takwil. Kemudian kalaulah adanya takwil, maka kami tidak mentakwilkannya. Sebenarnya para pendahulu -semoga Allah merahmati mereka- yang sabit ketepatannya dan wajib mengikuti mereka yang mentakwilkannya. Sesungguhnya Ibn *Abbās, aḍ-Ḍoḥḥāk, Mālik, Sufyān dan ramai dari kalangan ulama berkata pada firman-Nya: {Dia bersama kalian}, iaitu ilmu-Nya. Kemudian sabit di kitab Allah dan mutawatir daripada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- serta kesepakatan para pendahulu bahawasanya Allah Ta*ālā di langit atas Arasy-Nya. Datangnya lafaz-lafaz ini bersama petunjuk-petunjuk yang meliputi padanya menunjukkan bahawa maksud ilmu daripadanya. Ia adalah firman-Nya: {Adakah engkau melihat bahawasanya Allah mengetahui apa yang ada di langit-langit dan apa yang ada di bumi?} [Surah al-Mujādilah ayat 7]. Kemudian Dia berfirman pada akhirnya: {Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu}. Dia memulakannya dengan ilmu dan menutupnya dengannya. Kemudian, konteksnya adalah untuk mengkhuatirkan mereka tentang ilmu Allah Ta*ālā pada keadaan mereka. Bahawasanya Dia akan memberi tahu tentang apa yang mereka lakukan pada hari kiamat dan balasan kepada mereka. Ini adalah petunjuk-petunjuk yang keseluruhannya menunjukkan maksud ilmu. Maka, telah sepakat petunjuk-petunjuk khabar ini padanya atas maknanya dan kata-kata salaf serta takwil mereka. Bagaimana mungkin seseorang menyusuli apa yang menyalahi al-Kitāb, khabar dan kata-kata salaf padanya? [Ḏamm at-Ta^wīl, m/s 45-46, keluaran ad-Dār as-Salafiyyah].

Mengapa Ibn Qudāmah menegaskan bahawa ayat-ayat al-Qur^ān yang menunjukkan kebersamaan Allah itu bukanlah dimaknai bahawa zat Allah itu berada di mana sahaja, tetapi dimaknai dengan lindungan-Nya dan pengawasan-Nya? Ini kerana makna kedua tersebut adalah makna zahir bagi lafaz tersebut kerana ia telah terautomatik kefahamannya pada minda sepertimana kita berkata nama-nama orang yang menunjukkan sifat yang mana makna merujuk kepada susuk badan individu, bukan karakteristik seseorang itu. Jika seseorang ingin berkata bahawa makna tersebut merujuk kepada zat Allah itu berada di mana sahaja, maka ini sebenarnya adalah takwil.

Sekarang, apa kaitan penjelasan ini dalam karyanya yang berjudul Ḏamm at-Ta^wīl, iaitu celaan terhadap takwil? Dia ingin menjawab syubhat yang ditimbulkan para pentakwil bahawa dia enggan untuk melakukan takwil terhadap naṣ sifat Allah, malah menentangnya, tetapi dalam masa yang sama, kononnya dia melakukan takwil terhadap ayat al-Qur^ān yang berkaitan dengan kebersamaan Allah. Dari sini, dia menjelaskan kenapa pemahaman zahir naṣ sifat-Nya yang lain seperrti al-Yad, an-Nuzūl, al-Istiwā^ dan lain-lain adalah tidak sama dengan pemahaman zahir ayat tersebut.

Sekaligus menunjukkan bahawa pemahaman makna zahir adalah sah di sisinya dan ini menyalahi apa yang dianuti oleh aliran tafwid.

Cuma, apa yang dimaksudkannya apabila dia berkata bahawa makna-makna bagi naṣ tersebut tidak diketahui, tidak dijelaskan dan tidak ditak didalami maknanya? Dia memaksudkan adalah mengetahui hakikat makna tersebut. Apabila disebutkan bahawa an-Nuzūl bagi Allah itu tidak sama seperti makhluk sepertimana yang digambarkan dalam minda atau terdetik dalam kefahaman kita, iaitu perpindahan dari atas ke bawah atau dari tempat tinggi ke tempat rendah, maka seseorang akan bertanya: "Kalau begitu, bagaimana maknanya yang sebenar bagi an-Nuzūl itu?". Ketika inilah dikatakan bahawa kita tidak mengetahui makna tersebut, iaitu hakikat sebenar baginya. Kata Ibn Qudāmah :

وَمن الْمَعْنى أَن صِفَات الله تَعَالَى وأسماءه لَا تدْرك بِالْعقلِ لِأَن الْعقل إِنَّمَا يعلم صفة مَا رَآهُ أَو رأى نَظِيره وَالله تَعَالَى لَا تُدْرِكهُ الْأَبْصَار وَلَا نَظِير لَهُ وَلَا شَبيه فَلَا تعلم صِفَاته وأسماؤه إِلَّا بالتوقيف والتوقيف إِنَّمَا ورد بأسماء الصِّفَات دون كيفيتها وتفسيرها فَيجب الإقتصار على مَا ورد بِهِ السّمع لعدم الْعلم بِمَا سواهُ وَتَحْرِيم القَوْل على الله تَعَالَى بِغَيْر علم بِدَلِيل قَول الله تَعَالَى {قل إِنَّمَا حرم رَبِّي الْفَوَاحِش مَا ظهر مِنْهَا وَمَا بطن وَالْإِثْم وَالْبَغي بِغَيْر الْحق وَأَن تُشْرِكُوا بِاللَّه مَا لم ينزل بِهِ سُلْطَانا وَأَن تَقولُوا على الله مَا لَا تعلمُونَ} [الْأَعْرَاف 33]

"Melalui makna pula adalah sifat Allah Ta*ālā dan nama-namaNya tidak dicapai dengan akal kerana akal cumalah mengetahui sifat yang dia melihatnya atau dia melihat yang setara dengannya. Padahal, Allah Ta*ālā tidak dicapai dengan deria pandangan, tidak ada setara padanya dan tidak ada keserupaan. Maka, tidak diketahui sifat-Nya dan namaNya melainkan dengan dalil tawqīf. Dalil tawqīf sebenarnya telah sampai dengan nama-nama sifat tanpa kaifiyyatnya dan tafsirnya. Maka, wajib berpada dengan apa yang dalil sam*iyy sampai tentangnya kerana ketiadaan pengetahuan tentang apa selainnya dan dilarang mengatakan tentang Allah Ta*ālā tanpa ilmu dengan dalil firman Allah Ta*ālā: {Katakanlah: Sebenarnya tuhanku mengharamkan kekejian yang zahir daripadanya dan yang batin, dosa, berlebih-lebihan tanpa hak, mensyirikkan Allah dengan apa yang tidak diturunkan bukti yang kuat tentangnya dan mengatakan tentang Allah apa yang kalian tidak mengetahuinya} [Surah al-A*rōf ayat 33]. [Ḏamm at-Ta^wīl, m/s 41-42, keluaran ad-Dār as-Salafiyyah].

Kenyataan ini di bawah tajuk :

الْبَاب الثَّالِث فِي بَيَان أَن الصَّوَاب مَا ذهب إِلَيْهِ السّلف رَحْمَة الله عَلَيْهِم بالأدلة الجلية والحجج المرضية وَبَيَان ذَلِك من الْكتاب وَالسّنة وَالْإِجْمَاع وَالْمعْنَى

"Bab Ketiga Pada Penjelasan Bahawa Yang Tepat Adalah Apa Yang Para Salaf Menuju Kepadanya -Semoga Allah Merahmati Mereka- Dengan Dalil-Dalil Yang Terang Dan Hujah-Hujah Yang Diredhai Serta Penjelasan Hal Itu Melalui Al-Kitāb, As-Sunnah Dan Makna". [Ḏamm at-Ta^wīl, m/s 37, keluaran ad-Dār as-Salafiyyah].

Tajuk ini mengumpulkan perbahasan bahawa sebab-sebab penakwilan terhadap naṣ-naṣ sifat Allah ditolak dengan berpandukan al-Qur^ān, sunnah Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, ijmak dan sudut makna.

Daripada sini jelas bahawa yang dimaksudkan hakikat makna yang tidak diketahui oleh Ibn Qudāmah adalah perincian tentang kaifiyyat daripada sifat-sifat tersebut menurutnya, bukannya makna yang zahir yang terautomatik kefahamannya pada lafaz tersebut. Secara tidak langsung ia membatalkan dakwaan aliran tafwid.

Yang meghairankan adalah Ibn Qudāmah dituduh sebagai mujassim oleh sebahagian kecil mereka yang beraliran al-Aš*ariyy yang kontemporari seperti Ḥasan as-Saqqōf dan Sa*īd Fawdah. Namun, tuduhan ini tidak didahului oleh mana-mana ahli ilmu pun sebelum mereka. Apapun, kebetulankah Ibn Qudāmah ini dituduh mujassim oleh mereka?

Aḏ-Ḏahabiyy

Namanya adalah Šamsuddīn Muḥammad bin Aḥmad bin *Uṯmān. Seorang tokoh ahli hadis yang dirujuk nukilan-nukilannya, dimanfaatkan karyanya dan dipertimbangkan pandangannya. Antara karyanya adalah Siyar A*lām an-Nubalā^, Mīzān al-I*tidāl Fī Naqd ar-Rijāl, al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār, Tārīẖ al-Islām Wa Wafayāt al-A*lām Wa al-Mašāhīr dan lain-lain.

Berikut kalam aḏ-Ḏahabiyy yang dipetik tentang tafwid makna :

، فَقَولُنَا فِي ذَلِكَ وَبَابِهِ: الإِقرَارُ، وَالإِمْرَارُ، وَتَفْويضُ مَعْنَاهُ إِلَى قَائِلِه الصَّادِقِ المَعْصُومِ

"Pendapat kami pada itu dan babnya adalah pengakuan, melakukan dan menyerahkan makna-Nya kepada empunya kata yang benar lagi maksum". [Siyar A*lām an-Nubalā^, jilid 7, m/s 183, cetakan Dār al-Ḥadīṯ, Kaherah].

Hakikatnya apa yang difahaminya pada tafwid makna tidak sama sepertimana kanun khas menurut pendukung aliran tafwid. Kita lihat ketikamana dia membawa kisah daripada Abū aṭ-Ṭoyyib berkata :

حضرت عِنْد أبي جَعْفَر التِّرْمِذِيّ فَسَأَلَهُ سَائل عَن حَدِيث نزُول الرب فالنزول كَيفَ هُوَ يبْقى فَوْقه علو فَقَالَ النُّزُول مَعْقُول والكيف مَجْهُول وَالْإِيمَان بِهِ وَاجِب وَالسُّؤَال عَنهُ بِدعَة

Aku hadir di sisi Abū Ja*far at-Tirmiḏiyy, lalu seseorang bertanya tentang hadis turunnya tuhan: "Untuk turun, bagaimana Dia kekal meninggi di atasnya?". Dia berkata: "An-Nuzūl dapat dimengerti, tetapi kaifiyyatnya tidak diketahui. Iman kepadanya adalah wajib dan bertanya tentang adalah bidaah". [Al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār, m/s 213-214, keluaran Maktabah Aḍwā^ as-Salaf, tahqiq Abū Muḥammad Ašrof bin *Abdul Maqṣūd].

Aḏ-Ḏahabiyy berkata tentang kisah ini :

قلت صدق فَقِيه بَغْدَاد وعالمها فِي زَمَانه إِذا السُّؤَال عَن النُّزُول مَا هُوَ عي لِأَنَّهُ إِنَّمَا يكون السُّؤَال عَن كلمة غَرِيبَة فِي اللُّغَة وَإِلَّا فالنزول وَالْكَلَام والسمع وَالْبَصَر وَالْعلم والاستواء عِبَارَات جلية وَاضِحَة للسامع فَإِذا اتّصف بهَا من لَيْسَ كمثله شَيْء فالصفة تَابِعَة للموصوف وَكَيْفِيَّة ذَلِك مَجْهُولَة عِنْد الْبشر

Aku katakan: "Benarlah sang faqih Baghdad dan cendekiawan padanya. Jika demikian, soalan tentang an-Nuzūl, bukanlah ia sesuatu yang samar kerana sebenarnya soalan itu tentang kalimah Arab yang ada dalam bahasa. Jika tidak, maka an-Nuzūl, kalam, pendengaran, penglihatan, ilmu dan semayam adalah ibarat yang nyata lagi jelas untuk pendengar. Apabila yang tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan-Nya disifatkan dengannya, maka sifat itu beriringan dengan yang disifatkan dan kaifiyyat untuk itu tidak diketahui di sisi manusia biasa". [Al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār, m/s 214, keluaran Maktabah Aḍwā^ as-Salaf, tahqiq Abū Muḥammad Ašrof bin *Abdul Maqṣūd].

Daripada sini, jelas bahawa dia berpendapat bahawa makna-makna bagi setiap sifat yang diisbatkan kepada Allah itu diketahui maknanya secara zahir. Hanya kaifiyyatnya sahaja tidak diketahui. Ini membuktikan bahawa dia terbebas daripada penisbahan kepada aliran ini.

Malah, untuk lebih meyakinkan lagi kenyataan ini, lihat juga kata aḏ-Ḏahabiyy yang ini :

قلت الْمُتَأَخّرُونَ من أهل النّظر قَالُوا مقَالَة مولدة مَا علمت أحدا سبقهمْ بهَا .قَالُوا هَذِه الصِّفَات تمر كَمَا جَاءَت وَلَا تَأَول مَعَ اعْتِقَاد أَن ظَاهرهَا غير مُرَاد فتفرع من هَذَا أَن الظَّاهِر يَعْنِي بِهِ أَمْرَانِ أَحدهمَا أَنه لَا تَأْوِيل لَهَا غير دلَالَة الْخطاب كَمَا قَالَ السّلف الاسْتوَاء مَعْلُوم وكما قَالَ سُفْيَان وَغَيره قرَاءَتهَا تَفْسِيرهَا يَعْنِي أَنَّهَا بَيِّنَة وَاضِحَة فِي اللُّغَة لَا يبتغى بهَا مضائق التَّأْوِيل والتحريف. وَهَذَا هُوَ مَذْهَب السّلف مَعَ اتِّفَاقهم أَيْضا أَنَّهَا لَا تشبه صِفَات الْبشر بِوَجْه إِذْ الْبَارِي لَا مثل لَهُ لَا فِي ذَاته وَلَا فِي صِفَاته. الثَّانِي أَن ظَاهرهَا هُوَ الَّذِي يتشكل فِي الخيال من الصّفة كَمَا يتشكل فِي الذِّهْن من وصف الْبشر فَهَذَا غير مُرَاد. فَإِن الله تَعَالَى فَرد صَمد لَيْسَ لَهُ نَظِير وَإِن تعدّدت صِفَاته فَإِنَّهَا حق وَلَكِن مَا لَهَا مثل وَلَا نَظِير

Aku katakan golongan terkebelakangan daripada mereka berkata dengan kata-kata yang lahir yang aku tidak ketahui seorang pun sebelum mereka padanya. Mereka berkata sifat-sifat ini adalah dilalukan sepertimana ia datang dan tanpa takwil bersama iktikad zahir maknanya bukan dimaksudkan. Terpecah melalui hal ini adalah zahir makna yang dimaksudkan ada dua perkara. Salah satunya adalah tidak ada takwil baginya melainkan petunjuk bicara sepertimana kata para salaf: "Istawā adalah maklum". Berkata Sufyān dan selainnya: "Bacaannya adalah tafsirnya", iaitu bahawasanya ia bukti jelas dalam bahasa yang sewajarnya memberat-beratkan takwil dan tahrif padanya. Inilah mazhab salaf bersama kesepakatan mereka bahawa tidak ada keserupaan sifat manusia biasa dengannya walau satu bentuk pun memandangkan Yang Pemberi Kehidupan tidak ada bandingan bagi-Nya yang tidak pada zat-Nya dan tidak pada sifat-Nya. Yang kedua adalah zahir maksudnya ia adalah yang memberi bentuk dalam khayalan yang berupa sifat sepertimana yang tergambar dalam minda yang berupa penyifatan manusia, maka ini yang bukan dimaksudkan. Sesungguhnya Allah Ta*ālā satu-satunya tempat bergantung yang tiada setara bagi-Nya meski berbilang-bilang sifat-Nya. Sesungguhnya ia adalah kebenaran, tetapi tidak ada bandingan dan kesetaraan. [Al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār, m/s 251, keluaran Maktabah Aḍwā^ as-Salaf, tahqiq Abū Muḥammad Ašrof bin *Abdul Maqṣūd].

Penyebutannya: "Aku katakan golongan terkebelakangan daripada mereka berkata dengan kata-kata yang lahir yang aku tidak ketahui seorang pun sebelum mereka padanya. Mereka berkata sifat-sifat ini adalah dilalukan sepertimana ia datang dan tanpa takwil bersama iktikad zahir maknanya bukan dimaksudkan" sememangnya terang lagi bersuluh bahawa tafwid makna yang dipegang olehnya bukan sepertimana yang difahami oleh mereka yang beraliran tafwid.

Paling jelas adalah katanya :

وَهَذَا الَّذِي علمت من مَذْهَب السّلف وَالْمرَاد بظاهرها أَي لَا بَاطِن لألفاظ الْكتاب وَالسّنة غير مَا وضعت لَهُ كَمَا قَالَ مَالك وَغَيره الاسْتوَاء مَعْلُوم وَكَذَلِكَ القَوْل فِي السّمع وَالْبَصَر وَالْعلم وَالْكَلَام والإرادة وَالْوَجْه وَنَحْو ذَلِك هَذِه الْأَشْيَاء مَعْلُومَة فَلَا نحتاج إِلَى بَيَان وَتَفْسِير لَكِن الكيف فِي جَمِيعهَا مَجْهُول عندنَا وَالله أعلم

"Inilah yang aku telah ketahui dari mazhab salaf dan yang dimaksudkannya adalah dengan zahir maknanya, iaitu bukan batin lafaz al-Kitāb dan as-Sunnah yang bukan apa yang telah diletakkan maknanya untuknya sepertimana kata Mālik dan selainnya: "Al-Istiwā^ adalah maklum". Sedemikian itu pendapat pada sifat mendengar, melihat, ilmu, kalam, kehendak, al-Wajh dan seumpama itu. Kesemua ini diketahui. Maka, kita tidak berhajat kepada penjelasan dan tafsir. Akan tetapi, kaifiyyatnya pada keseluruhannya adalah tidak diketahui. Allah lebih mengetahui". [Al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār, m/s 254, keluaran Maktabah Aḍwā^ as-Salaf, tahqiq Abū Muḥammad Ašrof bin *Abdul Maqṣūd].

Inikah kata-kata seseorang yang mengamalkan tafwid?

Kemudian, dia juga mengarang al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār yang khas mengumpulkan dalil-dalil al-Qur^ān, hadis dan kalam para ulama yang mengisbatkan sifat al-*Uluww bagi Allah dan juga karya Iṯbāt al-Yad I Lillah Subḥānahu Ṣifatan Min Ṣifātih yang menyifatkan sifat tangan bagi Allah. Ini semua meruntuhkan tanggapan bahawa dia beraliran tafwid.

Menariknya, sebilangan tokoh yang memperjuang aliran tafwid ini dari kalangan kontemporari begitu khuatir terhadap karya al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār sehingga menyarankan untuk dijauhi dari pembacaannya kerana kononnya ia membawa fahaman musyabbihah. Sekarang, bagaimana untuk mendepani dua pendirian yang berbeza dalam status penerimaannya sebagai ahli tafwid?

Tambah menarik lagi, Tājuddīn as-Subkiyy, tokoh aliran al-Aš*ariyy yang mahsyur sangat keras terhadap gurunya, aḏ-Ḏahabiyy yang bersikap keras terhadap aliran al-Aš*ariyy, malah menuduh sebagai pembawa fahaman tajsim dan mengagungkan tokoh mujassim. Katanya tentang biografi Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy :

إِذا نظرت تَرْجَمَة هَذَا الشَّيْخ الذى هُوَ شيخ السّنة وَإِمَام الطَّائِفَة فى تَارِيخ شَيخنَا الذهبى وَرَأَيْت كَيفَ مزقها وحار كَيفَ يصنع فى قدره وَلم يُمكنهُ البوح بالغض مِنْهُ خوفًا من سيف أهل الْحق وَلَا الصَّبْر عَن السُّكُوت لما جبلت عَلَيْهِ طويته من بغضه بِحَيْثُ اختصر مَا شَاءَ الله أَن يختصر فى مدحه ثمَّ قَالَ فى آخر التَّرْجَمَة من أَرَادَ أَن يتبحر فى معرفَة الأشعرى فَعَلَيهِ بِكِتَاب تَبْيِين كذب المفترى لأبى الْقَاسِم ابْن عَسَاكِر اللَّهُمَّ توفنا على السّنة وأدخلنا الْجنَّة وَاجعَل أَنْفُسنَا مطمئنة نحب فِيك أولياءك ونبغض فِيك أعدائك ونستغفر للعصاة من عِبَادك ونعمل بمحكم كتابك ونؤمن بمتشابهه ونصفك بِمَا وصفت بِهِ نَفسك انْتهى.

فَعِنْدَ ذَلِك تقتضى الْعجب من هَذَا الذهبى وَتعلم إِلَى مَاذَا يُشِير الْمِسْكِين فويحه ثمَّ ويحه وَأَنا قد قلت غير مرّة إِن الذهبى أستاذى وَبِه تخرجت فى علم الحَدِيث إِلَّا أَن الْحق أَحَق أَن يتبع وَيجب على تَبْيِين الْحق فَأَقُول أما حوالتك على تَبْيِين كذب المفترى وتقصيرك فى مدح الشَّيْخ فَكيف يسعك ذَلِك مَعَ كونك لم تترجم مجسما يشبه الله بخلقه إِلَّا واستوفيت تَرْجَمته حَتَّى إِن كتابك مُشْتَمل على ذكر جمَاعَة من أصاغر الْمُتَأَخِّرين من الْحَنَابِلَة الَّذين لَا يؤبه إِلَيْهِم قد ترجمت كل وَاحِد مِنْهُم بأوراق عديدة فَهَل عجزت أَن تُعْطى تَرْجَمَة هَذَا الشَّيْخ حَقّهَا وتترجمه كَمَا ترجمت من هُوَ دونه بِأَلف ألف طبقَة فأى غَرَض وَهوى نفس أبلغ من هَذَا وَأقسم بِاللَّه يَمِينا برة مَا بك إِلَّا أَنَّك لَا تحب شياع اسْمه بِالْخَيرِ وَلَا تقدر فى بِلَاد الْمُسلمين على أَن تفصح فِيهِ بِمَا عنْدك من أمره وَمَا تضمره من الغض مِنْهُ فَإنَّك لَو أظهرت ذَلِك لتناولتك سيوف الله

وَأما دعاؤك بِمَا دَعَوْت بِهِ فَهَل هَذَا مَكَانَهُ يا مسكين وَأما إشارتك بِقَوْلِك ونبغض أعداءك إِلَى أَن الشَّيْخ من أَعدَاء الله وَأَنَّك تبْغضهُ فَسَوف تقف مَعَه بَين يدى الله تَعَالَى يَوْم يأتى وَبَين يَدَيْهِ طوائف الْعلمَاء من الْمذَاهب الْأَرْبَعَة وَالصَّالِحِينَ من الصُّوفِيَّة والجهابذة الْحفاظ من الْمُحدثين وتأتى أَنْت تتكسع فى ظلم التجسيم الذى تدعى أَنَّك برِئ مِنْهُ وَأَنت من أعظم الدعاة إِلَيْهِ وتزعم أَنَّك تعرف هَذَا الْفَنّ وَأَنت لَا تفهم فِيهِ نقيرا وَلَا قطميرا وليت شعرى من الذى يصف الله بِمَا وصف بِهِ نَفسه من شبهه بخلقه أم من قَالَ {لَيْسَ كمثله شَيْء وَهُوَ السَّمِيع الْبَصِير} وَالْأولَى بى على الْخُصُوص إمْسَاك عنان الْكَلَام فى هَذَا الْمقَام فقد أبلغت ثمَّ أحفظ لشَيْخِنَا حَقه وَأمْسك وَقد عرفناك أَن الأوراق لَا تنهض بترجمة الشَّيْخ وأحلناك على كتاب التَّبْيِين لَا كإحالة الذهبى إِذْ نَحن نحيل إِحَالَة طَالب محرض على الازدياد من عَظمته وَذَاكَ يحِيل إِحَالَة مجهل قد سئم وتبرم بِذكر محامد من لَا يُحِبهُ

Apabila aku meneliti biografi syeikh ini yang dia merupakan syeikh sunnah dan imam golongan ini dalam kitab at-Tārīẖ karya syeikh kami, aḏ-Ḏahabiyy, aku melihat bagaimana dia mencercanya dan kehairanannya bagaimana dia perbuat dengan kemampuannya dan tidak mungkin dia menampakkan peremehannya kerana takut terhadap pedang ahli kebenaran dan tidak juga bersabar dalam berdiam terhadap apa yang niatnya yang berupa permusuhannya dijadikan sifatnya yang mana dia sekadar meringkaskan -Mā Šhā Allah ringkasnya- dalam pujiannya. Kemudian, dia berkata dalam akhir biografinya: "Siapa yang mahu membanyakkan lagi mengenali al-Aš*ariyy, maka bacalah kitab Tabyīn Kaḏib al-Muftarī karya Abū al-Qōsim Ibn *Asākir. Ya Allah matikanlah kami di atas sunnah. Masukkanlah kami ke dalam syurga. Jadikanlah diri-diri kami tenang yang mencintai para wali-Mu kerana-Mu dan membenci musuh-Mu kerana-Mu. Kami memohon keampunan terhadap pelaku maksiat dari kalangan hamba-Mu. Kami mengamalkan yang muhkam dari kitab-Mu dan kami beriman dengan yang mutasyabihatnya serta kami menyifati-Mu sebagaimana Engkau menyifatkan diri-Mu dengannya".

Melalui hal itu, menunjukkan keanehan pada aḏ-Ḏahabiyy ini dan engkau mengetahui apa yang sang mengecewakan ini sedang mengisyaratkan. Alangkah malangnya dia, kemudian alangkah malangnya dia. Aku telah pun berkata lebih sekali sesungguhnya aḏ-Ḏahabiyy ini guru kami dan kerananya aku menjadi lulusan dalam ilmu hadis melainkan kebenaran lebih berhak untuk diikuti dan wajib untuk menerangkan kebenaran. Aku katakan: Adapun Tabyīn Kaḏib al-Muftarī dan penyedikitanmu dalam pujian kepada syeikh ini, bagaimana mungkin itu membuatmu senang memandangkan engkau tidak membiografikan para mujassim yang mentasybihkan Allah dengan ciptaan-Nya melainkan engkau memadatkan biografinya sampaikan kitabmu itu merangkumi luas dalam penyebutan segolongan daripada sang mentah mutaakhirin dari golongan Ḥanābilah yang tidak perlu diingatkan mereka? Engkau membiografikan setiap satu daripadanya dengan beberapa lembar. Lantas adakah engkau lesu untuk memberikan biografi syeikh ini dengan haknya dan engkau membiografikannya sebagaimana engkau membiografikan orang yang melangkauinya dengan beribu-ribu tingkat? Kemahuan dan hawa nafsu yang mana satu yang mencapai kemuncaknya daripada hal ini? Aku bersumpah dengan nama Allah dengan sumpah yang baik! Tidak ada padamu melainkan sesungguhnya engkau tidak suka memanggil namanya dengan kebaikan dan engkau tidak mampu untuk menjadi jelas padanya di negeri-negeri Muslim dengan sebab apa yang di sisimu dan apa yang engkau sembunyikannya peremehan terhadapnya. Ini kerana kalau engkau menzahirkan hal itu, pasti terhunus pedang-pedang Allah kepadamu.

Adapun doamu dengan apa yang engkau doakan dengannya, adakah ini tempatnya wahai sang mengecewakan? Adapun isyaratmu melalui kata-katamu: "Kami membenci para musuh-Mu" adalah syeikh ini termasuk daripada musuh-musuh Allah dan engkau benar-benar memusuhinya. Kelak engkau berdiri bersamanya di hadapan Allah Ta*ālā pada hari yang akan mendatang dan di hadapan sekalian golongan para ulama mazhab empat, orang soleh dari kalangan sufi dan para sarjana yang hafiz dari kalangan ahli hadis, lalu engkau datang dalam keadaan engkau bergelumang dalam kegelapan tajsim yang engkau dakwa bahawa engkau berlepas diri daripadanya, padahal engkau antara pendakwah yang paling terkemuka terhadapnya dan engkau mendakwa bahawa engkau mengenali bidang ini, sedangkan engkau tidak memahami selekuk padanya mahupun sekelumitnya. Alangkah bagusnya kalau aku tahu siapakah yang menyifatkan Allah dengan apa yang Dia sifatkan diri-Nya dengannya yang berupa penyerupaan-Nya terhadap ciptaan-Nya atau orang yang berkata: {Tidak ada sesuatu pun yang seakan-akan menyerupai-Nya. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat?}.

Adalah lebih utama bagi aku secara khusus untuk menahan dari meleretkan kalam di tempat ini. Aku telah pun menyampaikan. Kemudian, aku memelihara haknya untuk syeikh kami, sedangkan dia menahannya. Kami telah pun tahu bahawa beberapa lembaran sahaja tidak termuat dengan biografi syeikh ini dan kami mencadangkan kepadamu untuk membaca kitab at-Tabyīn yang bukan sepertimana cadangan aḏ-Ḏahabiyy kerana kami mencadangkan dengan cadangan yang menuntut gesaan untuk bertambahnya pengagungannya, sedangkan orang itu mencadangkan dengan cadangan yang menambahkan ignoran yang membosankan dan menjemukan terhadap menyebutkan pujian-pujian yang tidak dia menyukainya. [Ṭobaqōt aš-Šāfi*iyyah al-Kubrō, jilid 3, m/s 352-353, keluaran Dār Hajr Li aṭ-Ṭobā*ah Wa an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Maḥmūd Muḥammad aṭ-Ṭonāḥiyy dan *Abdul Fattāḥ Muḥammad al-Ḥalw].

Dia berkata :

وَأما تَارِيخ شَيخنَا الذَّهَبِيّ غفر اللَّه لَهُ فَإِنَّهُ عَلَى حسنه وَجمعه مشحون بالتعصب المفرط لَا واخذه اللَّه فَلَقَد أَكثر الوقيعة فِي أهل الدّين أَعنِي الْفُقَرَاء الَّذين هم صفوة الْخلق واستطال بِلِسَانِهِ عَلَى كثير من أَئِمَّة الشافعيين والحنفيين وَمَال فأفرط عَلَى الأشاعرة ومدح فَزَاد فِي المجسمة هَذَا وَهُوَ الْحَافِظ المدره وَالْإِمَام المبجل فَمَا ظَنك بعوام المؤرخين فَالرَّأْي عندنَا أَلا يقبل مدح وَلَا ذمّ من المؤرخين إِلَّا بِمَا اشْتَرَطَهُ إِمَام الْأَئِمَّة وَحبر الْأمة وَهُوَ الشَّيْخ الإِمَام الْوَالِد

Adapun kitab at-Tārīẖ karya syeikh kami, aḏ-Ḏahabiyy -semoga Allah mengampunkannya- sesungguhnya meski ia adalah karya yang baik dan menyeluruh, ia dipenuhi dengan ketaksuban yang melampau. Semoga Allah memaafkannya. Benar-benar dia memperbanyakkan celaan terhadap ahli agama, yakni para faqir yang merupakan ciptaan yang terpilih (sufi) dan memanjangkan ungkapannya terhadap kebanyakan para imam aliran aš-Šāfi*iyy dan Ḥanafiyy. Dia cenderung dan melampaui batas terhadap aliran al-Aš*ariyy, namun memuji dan menambah pujian ini pada golongan mujassimah. Dia seorang hafiz yang terulung dan imam yang terhormat. Lalu, apa yang engkau ingin duga terhadap ahli sejarawan yang awam? Pendapat menurut kami adalah tidak menerima pujian dan celaan daripada sejarawan kecuali melalui apa yang imam para imam dan pemuka umat, iaitu ašh-Šayẖ al-Imām, ayahku mensyaratkannya. [Ṭobaqōt aš-Šāfi*iyyah al-Kubrō, jilid 2, m/s 22, keluaran Dār Hajr Li aṭ-Ṭobā*ah Wa an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Maḥmūd Muḥammad aṭ-Ṭonāḥiyy dan *Abdul Fattāḥ Muḥammad al-Ḥalw].

Dia menukilkan daripada Ṣolāḥuddīn H̱olīl al-*Alā^iyy yang berkata :

الشَّيْخ الْحَافِظ شمس الدّين الذَّهَبِيّ لَا أَشك فِي دينه وورعه وتحريه فِيمَا يَقُوله النَّاس وَلكنه غلب عَلَيْهِ مَذْهَب الْإِثْبَات ومنافرة التَّأْوِيل والغفلة عَن التَّنْزِيه حَتَّى أثر ذَلِك فِي طبعه انحرافا شَدِيدا عَن أهل التَّنْزِيه وميلا قَوِيا إِلَى أهل الْإِثْبَات فَإِذا ترْجم وَاحِدًا مِنْهُم يطنب فِي وَصفه بِجَمِيعِ مَا قِيلَ فِيهِ من المحاسن ويبالغ فِي وَصفه ويتغافل عَن غلطاته ويتأول لَهُ مَا أمكن وَإِذا ذكر أحدا من الطّرف الآخر كإمام الْحَرَمَيْنِ وَالْغَزالِيّ وَنَحْوهمَا لَا يُبَالغ فِي وَصفه وَيكثر من قَول من طعن فِيهِ وَيُعِيد ذَلِك ويبديه ويعتقده دينا وَهُوَ لَا يشْعر ويعرض عَن محاسنهم الطافحة فَلَا يستوعبها وَإِذا ظفر لأحد مِنْهُم بغلطة ذكرهَا وَكَذَلِكَ فعله فِي أهل عصرنا إِذا لم يقدر عَلَى أحد مِنْهُم بتصريح يَقُول فِي تَرْجَمته وَالله يصلحه وَنَحْو ذَلِك وَسَببه الْمُخَالفَة فِي العقائد

Aš-Šayẖ al-Ḥāfiẓ Šamsuddīn aḏ-Ḏahabiyy tidak aku syak lagi pada agamanya, kewarakannya dan ketelitiannya pada apa yang orang berkata tentangnya, tetapi dia terdominan dengan mazhab isbat dan menentang takwil bersama kelalaian terhadap akidah tanzih sehingga terkesan pada tabitatnya pemalingan yang ketara terhadap ahli tanzih dan kecenderungan kuat terhadap ahli isbat. Apabila dia membiografikan seseorang daripadanya, dia melebih-lebihkan dalam penyifatannya dengan setiap apa yang dikatakan tentangnya yang berupa kebaikan dan berlebih-lebihan dalam penyifatannya serta bersikap lengah terhadap kerancuannya dan mentakwilkannya apa yang mungkin untuknya. Apabila dia menyebutkan seseorang dari aliran lain seperti Imām al-Ḥaromayn, al-Ġozāliyy dan seumpamanya, tidaklah dia melebih-lebihkan penyifatannya, tetapi memperbanyakkan pendapat yang mencelanya dan mengulangi hal itu, lalu dia menampakkannya dan dia menjadikannya sebagai bahagian agama. Dia tidak mempeduli dan berpaling daripada kebaikan-kebaikan mereka yang melimpah. Tidaklah dia mengumpulkannya. Apabila dia memperoleh kerancuan pada salah seorang daripada mereka, dia menyebutkannya. Demikian perbuatannya terhadap penduduk masa kami. Apabila dia tidak berkenan terhadap seseorang dengan jelas, dia berkata dalam biografinya: "Semoga Allah mengelokkannya" dan seumpama itu. Sebabnya adalah penyalahan terhadap pegangan akidahnya. [Ṭobaqōt aš-Šāfi*iyyah al-Kubrō, jilid 2, m/s 13, keluaran Dār Hajr Li aṭ-Ṭobā*ah Wa an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Maḥmūd Muḥammad aṭ-Ṭonāḥiyy dan *Abdul Fattāḥ Muḥammad al-Ḥalw].

Setelah itu, dia berkata :

وَالْحَال فِي حق شَيخنَا الذَّهَبِيّ أَزِيد مِمَّا وصف وَهُوَ شَيخنَا ومعلمنا غير أَن الْحق أَحَق أَن يتبع وَقد وصل من التعصب المفرط إِلَى حد يسخر مِنْهُ وَأَنا أخْشَى عَلَيْهِ يَوْم الْقِيَامَة من غَالب عُلَمَاء الْمُسلمين وأئمتهم الَّذين حملُوا لنا الشَّرِيعَة النَّبَوِيَّة فَإِن غالبهم أشاعرة وَهُوَ إِذا وَقع بأشعري لَا يبقي وَلَا يذر وَالَّذِي أعتقده أَنهم خصماؤه يَوْم الْقِيَامَة عِنْد من لَعَلَّ أَدْنَاهُم عِنْده أوجه مِنْهُ فَالله الْمَسْئُول أَن يُخَفف عَنهُ وَأَن يلهمهم الْعَفو عَنهُ وَأَن يشفعهم فِيهِ

"Keadaan sebenar syeikh kita aḏ-Ḏahabiyy akan aku tambah daripada yang dia sifatkan. Dia adalah syeikh kita dan guru kita, tetapi kebenaran lebih berhak untuk diikuti. Telah sampai ketaksuban yang melampau sehingga had yang dicela daripadanya. Aku khuatir terhadapnya pada hari kiamat bahawa dia akan berseteru dengan ulama Muslim dan imam-imam mereka yang membawakan syariat kenabian kepada kita. Sesungguhnya yang dominan di antara mereka adalah golongan al-Aš*ariyy. Apabila dia menemukan orang al-Aš*ariyy, tidak membiarkannya dan tidak mengabaikannya. Orang yang dia mempercayainya bahawa mereka adalah seteru-seterunya, pada hari kiamat, di sisi orang yang mungkin paling rendah kedudukan di antara mereka di sisinya adalah lebih unggul daripadanya. Allah sahaja yang dipinta untuk meringankan beban mereka dan memberikan kemaafan terhadapnya serta memberi syafaat kepada mereka". [Ṭobaqōt aš-Šāfi*iyyah al-Kubrō, jilid 2, m/s 13-14, keluaran Dār Hajr Li aṭ-Ṭobā*ah Wa an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Maḥmūd Muḥammad aṭ-Ṭonāḥiyy dan *Abdul Fattāḥ Muḥammad al-Ḥalw].

Melalui ini, sangat tidak mungkin bahawa aḏ-Ḏahabiyy termasuk golongan yang mentafwidkan makna. Jika mereka tahu tentang hal ini, sudah tentu mereka sama sekali tidak akan mengutip pandangannya dalam isu yang berkaitan dengan sifat Allah. Namun, sebahagian mereka mungkin memberikan ruang kepadanya kerana melihat keagungan karya-karyanya dalam bidang hadis.

Ibn Rojab al-Ḥanbaliyy

Zaynuddīn *Abdul Roḥmān bin Aḥmad bin *Abdul Roḥmān bin al-Ḥasan bin Muḥammad bin Abū al-Barakāt Mas*ūd as-Sulamiyy. Tokoh kebesaran dari mazhab Ḥanbaliyy. Antara karyanya adalah Šarḥ *Ilal at-Tirmiḏiyy, Fatḥ al-Bārī Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, Faḍl *Ilm as-Salaf *Alā al-H̱olaf, Jāmi* al-*Ulum Wa al-Ḥikam, Ḏayl Ṭobaqōt al-Ḥanābilah dan lain-lain.

Mereka mengutip kata Ibn Rojab al-Ḥanbaliyy seperti berikut :

والصواب ما عليه السلف الصالح من إمرار آيات الصفات وأحاديثها كما جاءت من غير تفسير لها ولا تكييف ولا تمثيل: ولا يصح من أحد منهم خلاف ذلك البتة خصوصاً الإمام أحمد ولا خوض في معانيها ولا ضرب مثل من الأمثال لها: وإن كان بعض من كان قريباً من زمن الإمام أحمد فيهم من فعل شيئاً من ذلك اتباعاً لطريقة فلا يقتدى به في ذلك إنما الإقتداء بأئمة الإسلام كابن المبارك. ومالك. والثوري والأوزاعي. والشافعي. وأحمد. واسحق. وأبي عبيد. ونحوهم.

"Yang tepat adalah apa yang para pendahulu yang soleh berada di atasnya yang berupa melalukan ayat-ayat sifat dan hadisnya sepertimana ia datang tanpa tafsir padanya dan tanpa takyif serta tanpa membuat permisalan. Tidak benar penyelisihan itu selama-lamanya daripada seseorang daripadanya, khususnya al-Imām Aḥmad. Serta tidak mendalami pada makna-maknanya dan tidak membuat suatu permisalan daripada banyak permisalan yang lain. Jika sebahagian daripada mereka yang dekat daripada zaman al-Imām Aḥmad padanya, maka dia melakukan sesuatu daripada itu kerana mengikut jalan Muqōtil, maka tidak diteladani padanya. Sebenarnya meneladani imam-imam Islam adalah seperti Ibn al-Mubārok, Mālik, aṯ-Ṯawriyy, al-Awzā*iyy, aš-Šāfi*iyy, Aḥmad, Isḥāq, Abū *Ubayd dan seumapama mereka". [Faḍl *Ilm as-Salaf *Alā al-H̱olaf].

Mereka berkata bahawa "tidak mendalami pada makna-maknanya" inilah petunjuk bahawa Ibn Rojab menyetujui apa yang dirincikan oleh amalan tafwid makna.

Saya katakan bahawa ini sama sekali tidak benar. Lihat katanya :

وأما طريقة أئمة أهل الحديث وسلف الامة: فهي الكف عن الكلام في ذلك من الطرفين، وإقرار النصوص وإمرارها كما جاءت، ونفي الكيفية عنها والتمثيل. وقد قال الخطابي في الأعلام : مذهب السلف في أحاديث الصفات: الإيمان، وإجراؤها على ظاهرها، ونفي الكيفية عنها. ومن قال: الظاهر منها غير مراد، قيل له: الظاهر ظاهران: ظاهر يليق ببالمخلوقين ويختص بهم، فهو غير مراد، وظاهر يليق بذي الجلال والإكرام، فهو مراد، ونفيه تعطيل.

Adapun, jalan imam ahli hadis dan pendahulu umat, maka ia adalah menahan daripada bicara tentang itu dari dua sudut, mengakui teks tersebut, melalukan sepertimana ia datang dan menafikan kaifiyyat daripadanya dan permisalan. Berkata al-H̱oṭṭōbiyy dalam al-A*lām: "Mazhab salaf dalam hadis-hadis sifat adalah iman, melalukannya atas zahirnya dan menafikan kaifiyyat daripadanya". Sesiapa yang berkata: "Zahir daripadanya bukan yang dimaksudkan". Dikatakan kepadanya: "Zahir itu ada dua. Zahir yang layak dengan makhluk dan yang terkhusus untuknya. Maka ini bukan yang dimaksudkan. Dan zahir yang layak dengan sifat kebesaran dan kemuliaan. Maka ini yang dimaksudkan dan menafikannya adalah pembatalan". [Fatḥ al-Bārī Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, jilid 7, m/s 223, keluaran Maktabah al-Ġurobā^ al-Aṯariyyah, al-Madīnah al-Munawwaroh].

Di sini dia menjelaskan sangkalan pada mereka yang menyatakan zahir daripada naṣ sifat Allah bukan yang dimaksudkan. Dia mejelaskan dalam memakai makna yang zahir, kita perlu bezakan antara yang selayaknya dengan Allah dan makna yang tidak layak bagi-Nya. Dalam mengisbatkannya kepada Allah, cukup sekadar kita mengambil makna yang selayak dengan-Nya dan membuang makna yang membawa elemen kepada ciri khas makhluk. Bukannya tidak memakai makna zahir secara mutlak. Sekaligus secara tidak langsung menafikan pendapat yang menganggap zahir daripada itu bukan yang yang dimaksudkan secara mutlak. Kalaulah dia mengiyakan prinsip "makna zahir bukan yang dimaksudkan", sudah tentu dia menyatakan sahaja tanpa dalih sebegini. Inilah pendirian yang telah saya tegaskan dan bahas di sini.

Untuk lebih jelas kita lihat bagaimana dia berinteraksi dengan naṣ tersebut :

ومن جملة صفات الله التي نؤمن بها، وتمر كما جاءت عندهم: قوله تعالى: {وَجَاءَ رَبُّكَ والْمَلَكُ صَفاًّ صَفاًّ} [الفجر:22] ونحو ذلك مما دل على إتيانه ومجيئه يوم القيامة.

"Sebahagian daripada keseluruhan sifat Allah yang kita beriman dengannya dan dijalankan sepertimana ia datang di sisi mereka adalah firman-Nya: {Datang tuhanmu dan malaikat bersaf-saf} [Surah al-Fajr ayat 22] dan seumpama itu termasuk yang menunjukkan kedatangan-Nya dan kehadiran-Nya pada hari kiamat". [Fatḥ al-Bārī Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, jilid 7, m/s 226, keluaran Maktabah al-Ġurobā^ al-Aṯariyyah, al-Madīnah al-Munawwaroh].

Tidak syak lagi bahawa cara ini berlawanan dengan orang yang menganggap zahir pada naṣ sifat Allah bukanlah yang dimaksudkan. Kalaulah itu manhaj Ibn Rojab, sudah tentu dia akan menyatakannya, bukan menyebutkan perkataan Ityān (إِتْيَان). Penyebutan ini berlawanan dengan pendukung "zahirnya bukan yang dimaksudkan".

Kemudian, kita lihat pula kefahamannya dalam manhaj salaf. Katanya :

وقد دل القرآن على ما دل عليه هذا الحديث في مواضع، كقوله: {هَلْ يَنظُرُونَ إِلَاّ أَن يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِّنَ الغَمَامِ وَالْمَلائِكَةُ؟} [البقرة:210] . وقال: {هَلْ يَنظُرُونَ إِلَاّ أَن تَأْتِيَهُمُ المَلائِكَةُ أَوْ يَأْتِيَ رَبُّكَ أَوْ يَأْتِيَ بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ} [الأنعام: 158] ، وقال: {وَجَاءَ رَبُّكَ وَالْمَلَكُ صَفاًّ صَفاًّ} [الفجر:22] .ولم يتأول الصحابة ولا التابعون شيئاً من ذلك، ولا أخرجوه عن مدلوله، بل روي عنهم؛ يدل على تقريره والإيمان به وامراره كما جاء وقد روي عن الإمام أحمد، أنه قال في مجيئه: هو مجيء أمره. وهذا مما تفرد به حنبل عنه. فمن أصحابنا من قال: وهم حنبل فيما روى، وهو خلاف مذهبه المعروف المتواتر عنه. وكان أبو بكر الخلال وصاحبه لا يثبتان بما تفرد به حنبل، عن أحمد رواية. ومن متأخريهم من قال: هو رواية عنه، بتأويل كل ما كان من جنس المجيء والإتيان ونحوهما. ومنهم من قال: إنما قال ذلك إلزاماً لمن ناظره في القرآن، فأنهم استدلوا على خلقه بمجيء القرآن، فقال: إنما يجيء ثوابه، كقوله: {وجاء ربك} ، أي: كما تقولون أنتم في مجيء الله، أنه مجيء أمره. وهذا أصح المسالك في هذا المروي. وأصحابنا في هذا على ثلاث فرق: فمنهم من يثبت المجيء والإتيان، ويصرح بلوازم ذلك في المخلوقات، وربما ذكروه عن أحمد من وجوه لا تصح أسانيدها عنه. ومنهم من يتأول ذلك على مجيء أمره. ومنهم من يقر ذلك، ويمره كما جاء، ولا يفسره، ويقول: هو مجيء وإتيان يليق بجلال الله وعظمته سبحانه. وهذا هو الصحيح عن أحمد، ومن قبله من السلف، وهو قول إسحاق وغيره من الأئمة.

وكان السلف ينسبون تأويل هذه الآيات والأحاديث الصحيحة إلى الجهمية؛ لأن جهماً وأصحابه أول من أشتهر عنهم أن الله تعالى منزه عما دلت عليه هذه النصوص بأدلة العقول التي سموها أدلة قطعية هي المحكمات، وجعلوا ألفاظ الكتاب والسنة هي المتشابهات فعرضوا ما فيها على تلك الخيالات، فقبلوا ما دلت على ثبوته بزعمهم، وردوا مادلت على نفيه بزعمهم، ووافقهم على ذلك سائر طوائف أهل الكلام من المعتزلة وغيرهم. وزعموا أن ظاهر ما يدل عليه الكتاب والسنة تشبيه وتجسيم وضلال، واشتقوا من ذلك لمن آمن بما أنزل الله على رسوله اسماء ما أنزل الله بها من سلطان، بل هي افتراء على الله، ينفرون بها عن الإيمان بالله ورسوله. وزعموا أن ما ورد في الكتاب والسنة من ذلك – مع كثرته وأنتشاره – من باب التوسع والتجوز، وأنه يحمل على مجازات اللغة المستبعدة، وهذا من أعظم أبواب القدح في الشريعة المحكمة المطهرة، وهو من جنس حمل الباطنية نصوص الإخبار عن الغيوب كالمعاد والجنة والنار على التوسع والمجاز دون الحقيقة، وحملهم نصوص الامر والنهي على مثل ذلك، ولم ينه علماء السلف الصالح وأئمة الإسلام كالشافعي وأحمد وغيرهما عن الكلام وحذروا عنه، إلا خوفاً من الوقوع في مثل ذلك، ولو علم هؤلاء الأئمة أن حمل النصوص على ظاهرها كفر لوجب عليهم تبيين ذلك وتحذير الأمة منه؛ فإن ذلك من تمام نصيحة المسلمين، فكيف كان ينصحون الأمة فيما يتعلق بالاحكام العملية ويدعون نصيحتمهم فيما يتعلق بأصول الاعتقادات، هذا من أبطل الباطل.

Telah pun al-Qur^ān tunjukkan atas apa yang hadis ini tunjukkan padanya dalam beberapa tempat seperti firman-Nya: {Tidaklah mereka melihat melainkan Allah dan para malaikat datang kepada mereka pada naungan yang berupa awan} [Surah al-Baqoroh ayat 210], Dia berfirman: {Tidaklah mereka melihat melainkan datang para malikat kepada mereka atau datangnya tuhan mereka atau datangnya sebahagian tanda-tanda kebesaran tuhamu} [Surah al-An*ām ayat 158] dan Dia berfirman: {Datangnya tuhanmu dan malaikat bersaf-saf} [Surah al-Fajr ayat 22]. Para Sahabat dan juga tabiin tidak mentakwilkan sesuatu pun daripada itu, tidak mereka mengeluarkannya daripada apa yang ditunjukkannya. Bahkan, diriwayatkan daripada mereka. Ini menunjukkan pengiyaannya, iman kepadanya dan melalukannya sepertimana ia datang. Telah diriwayatkan daripada al-Imām Aḥmad bahawasanya dia bekata tentang kedatangan-Nya: "Ia adalah kedatangan urusan-Nya". Ini adalah apa yang bersendirian Ḥanbal daripadanya dengannya. Sebahagian sahabat-sahabat kami berkata: "Waham Ḥanbal pada apa yang dia riwayatkan. Ia menyalahi mazhabnya yang dikenali yang mutawatir padanya". Abū Bakr al-H̱ollāl dan sahabatnya tidak sabit pada apa yang Ḥanbal bersendiri secara riwayat daripada Aḥmad padanya. Sebahagian mereka yang terkebelakangan berkata: "Ia adalah riwayat daripadanya dengan takwil apa yang semakna dengan kedatangan, kehadiran dan seumpamanya". Sebahagian mereka berkata: "Sebenarnya dia berkata sedemikian kerana mengalahkan hujah orang yang mendebatinya tentang al-Qur^ān. Ini kerana mereka beristidlal kedatangan al-Qur^ān atas bentuk makhluknya, lalu dia berkata: #Sebenaarnya kedatangan pahalanya seperti firman-Nya: {Datang tuhanmu}#, iaitu sepertimana engkau mengatakan tentang kedatangan Allah bahawasanya ia adalah kedatangan urusan-Nya". Ini adalah pendekatan yang paling sahih dalam periwayatan ini.

Sahabat kami dalam hal ini berada dalam tiga pecahan. Sebahagian mereka yang mengisbatkan kedatangan-Nya dan kehadiran-Nya dalam keadaan menyatakan secara terang tentang kebiasaan itu pada makhluk. Kadangkala mereka menyebutnya dariapda Aḥmad melalui bentuk yang tidak sahih sanad daripadanya. Sebahagian mereka mentakwilkan hal itu kepada kedatangan urusan-Nya. Sebahagian mereka mengakui itu dan melalukannya sepertimana ia datang tanpa mentafsirkannya. Mereka berkata: "Ia adalah kedatangan dan kehadiran yang layak dengan kebesaran Allah dan keagungan-Nya Subḥānahu". Ini adalah yang sahih daripada Aḥmad dan mereka yang sebelumnya dari kalangan salaf. Ia adalah pendapat Isḥāq dan selainnya dari kalangan imam.

Dahulu salaf menisbahkan takwil ayat-ayat dan hadis-hadis yang sahih ini kepada Jahmiyyah kerana Jahm dan sahabatnya antara yang terawal yang mengisytiharkan tentang diri mereka bahawa Allah Ta*ālā tersuci daripada apa yang teks-teks ini menunjukkannya dengan dalil-dalil akal yang mereka menamakannya sebagai dalil putus, iaitu muhkamat. Mereka menjadikan lafaz-lafaz al-Kitāb dan as-Sunnah sebagai mutasyabihat, lalu mereka memperlihatkan apa yang ada di dalamnya pada khayalan-khayalan itu, lalu mereka menerima apa yang menunjukkan kesabitannya melalui dakwaan mereka. Mereka menolak apa yang menunjukkan penafiannya melalui dakwaan mereka. Sekalian kelompok ahli kalam seperti Muktazilah dan selain mereka menyetujui mereka pada hal itu. Mereka mendakwa bahawa zahir yang al-Kitāb dan as-Sunnah adalah tasybih dan penjisim serta kesesatan. Mereka menderivasikan nama-nama yang tidak Allah turunkan bukti kuat terhadapnya melalui apa yang Allah turunkan kepada rasul-Nya. Bahkan, ia adalah pengada-adaan terhadap Allah dalam keadaan mereka berlari daripada iman kepada Allah dan rasul-Nya dengan sebabnya.

Mereka mendakwa apa yang sampai pada al-Kitāb dan as-Sunnah daripada itu -meski banyaknya dan tersebar luasnya- adalah salah satu daripada bab keluasan dan pelangkauan. Bahawasanya ia ditanggung atas majaz-majaz bahasa yang teranggap jauh dan ini adalah sebahagian daripada sebesar-besar bab kecelaan terhadap syariat yang tersusun rapi lagi yang dibersihkan. Ia adalah jenis tanggungan Bāṭiniyyah terhadap teks-teks perkhabaran tentang hal ghaib seperti hari kemudian, syurga dan neraka atas dasar keluasan dan majaz yang bukan hakikat. Tanggungan mereka terhadap teks-teks perintah dan larangan juga atas dasar sedemikian. Para ulama salaf yang soleh dan imam-imam Islam seperti aš-Šāfi*iyy dan Aḥmad tidaklah menegah ilmu kalam dan memperingatkannya daripadanya melainkan kerana takut terjatuhnya dalam semisal itu. Kalau diketahui imam-imam ini menanggung naṣ-naṣ atas dasar zahirnya adalah kafir, nescaya wajib bagi mereka menerangkan hal itu dan mengingatkan umat terhadapnya jika itu daripada kesempurnaan nasihat kepada para Muslim. Kenapa tidak? Ia menjadi nasihat kepada umat pada apa yang berkaitan dengan hukum-hakam ilmu dan mereka serukan nasihat mereka pada apa yang berkaitan dengan asas-asas kepercayaan. Tanggapan ini adalah sebatil-batil kebatilan! [Fatḥ al-Bārī Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, jilid 7, m/s 227-231, keluaran Maktabah al-Ġurobā^ al-Aṯariyyah, al-Madīnah al-Munawwaroh].

Lihat katanya: "Kalau diketahui imam-imam ini menanggung naṣ-naṣ atas dasar zahirnya adalah kafir, nescaya wajib bagi mereka menerangkan hal itu dan mengingatkan umat terhadapnya jika itu daripada kesempurnaan nasihat kepada para Muslim". Sangat jelas bagaimana cara penerangan ini berbeza dengan aliran tafwid.

Lihat juga katanya seperti berikut :

وهكذا القول في أحاديث النزول إلى سماء الدنيا فإنه من نوع قرب الرب من داعيه وسائليه ومستغفريه. وقد سئل عنه حماد بن زيد فقال: هو في مكانه يقرب من خلقه كما يشاء. ومراده أن نزوله ليس هو انتقال من مكان إلى مكان كنزول المخلوقين. وقال حنبل: سألت أبا عبد الله: ينزل الله إلى سماء الدنيا؟ قالَ: نعم. قلت: نزوله بعلمه أو بماذا؟ قال: اسكت عن هذا، مالك ولهذا؟ أمض الحديث على ما روي بلا كيف ولا حد، إلا بما جاءت به الآثار، وجاء به الكتاب، قال الله: {فَلا تَضْرِبُوا لِلَّهِ الأَمْثَالَ} [النحل:74] ينزل كيف يشاء، بعلمه وقدرته وعظمته، أحاط بكل شيء علما، لا يبلغ قدره واصف، ولا ينأى عنه هرب هارب، عز وجل. ومراده: أن نزوله تعالى ليس كنزول المخلوقين، بل هو نزول يليق بقدرته وعظمته وعلمه المحيط بكل شيء، والمخلوقون لا يحيطون به علما، وإنما ينتهون إلى ما أخبرهم به عن نفسه، أو أخبر به عنه رسوله. فلهذا اتفق السلف الصالح على إمرار هذه النصوص كما جاءت من غير زيادة ولا نقص، وما أشكل فهمه منها، وقصر العقل عن إدراكه وكل إلى عالمه.

Seperti inilah pendapat pada hadis penurunan ke langit dunia. Ini kerana ia termasuk jenis kedekatan tuhan terhadap yang berdoa kepada-Nya, yang meminta kepada-Nya dan yang memohon ampun kepadan-Nya. Ḥammād bin Zayd telah ditanya tentangnya, lalu dia berkata: "Dia di tempatnya yang mendekati ciptaan-Nya sebagaimana Dia kehendaki". Maksudnya adalah penurunan-Nya bukanlah perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain seperti perpindahan makhluk. Berkata Ḥanbal; Aku bertanya kepada Abū *Abdullah: "Turunnya Allah ke langit dunia?". Dia berkata: "Ya". Dia berkata: "Turun-Nya melalui ilmu-Nya atau melalui apa?". Dia berkata: "Diamlah engkau daripada ini. Apa hal kamu ini dan kenapa dengan ini? Terima hadis itu atas apa yang diriwayatkan tanpa kayf dan tanpa meletakkan had kecuali melalui apa yang aṯār membawakannya dan apa yang al-Kitāb membawakannya. Allah berfirman: {Janganlah engkau membuat permisalan terhadap Allah} [Surah an-Naḥl ayat 74]. Dia turun sebagaimana Dia kehendaki dengan ilmu-Nya, kemampuan-Nya dan keagungan-Nya dalam keadaan meliputi ilmu-Nya pada setiap sesuatu. Tidak tercapai orang yang menyifatkan akan kemampuan-Nya dan tidaklah orang yang meloloskan diri jauh daripada-Nya". Maksudnya bahawasanya turun-Nya Ta*ālā bukan seperti turunnya makhluk. Bahkan ia adalah turun yang layak dengan kemampuan-Nya dan keagungan-Nya serta ilmu ilmu-Nya meliputi setiap sesuatu. Para makhluk tidak meliputi ilmu padanya. Sebenarnya mereka berhenti pada apa yang Dia khabarkan kepada merkea tentang diri-Nya melaluinya dan rasul-Nya mengkhabarkan tentangnya padanya. Kerana ini para salaf yang soleh sepakat dalam melalui teks-teks ini sepertimana ia datang tanpa penambahan atau pengurangan. Tidak kabur fahamannya dan sedikit akal dalam menggapainya dan setiap sesuatu kepada ilmu-Nya. [Fatḥ al-Bārī Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, jilid 3, m/s 117-118, keluaran Maktabah al-Ġurobā^ al-Aṯariyyah, al-Madīnah al-Munawwaroh].

Penjelasannya: "Maksudnya bahawasanya turun-Nya Ta*ālā bukan seperti turunnya makhluk. Bahkan ia adalah turun yang layak dengan kemampuan-Nya dan keagungan-Nya serta ilmu ilmu-Nya meliputi setiap sesuatu" sememangnya menyalahi cara penjelasan kebiasaan oleh aliran tafwid. Aliran tafwid sama sekali tidak akan berkata sebegini, tetapi dia akan berkata bahawa makna an-Nuzūl ini tidak boleh difahami dengan makna zahirnya kerana ia menunjukkan ciri-ciri makhluk, iaitu perpindahan dan kita menyerahkan maknanya kepada-Nya.

Penutup

Mahu atau tidak mahu, sememangnya kita perlu meneliti secara tuntas dengan meneliti seluruh isi karyanya atau membandingkan pelbagai karya rujukan bagi menggarap manhaj yang ditempuhi oleh seseorang itu.

Kesalahan seperti ini boleh jadi kerana berpandukan kuantiti yang terhad disebabkan terhimpitnya dalam situasi tersebut. Ini dimaafkan kerana setiap manusia sememangnya terhad dan terbatas serta memiliki kekurangan. Namun, jika ia dari falasi cherry-picking semata-mata untuk memuatkan sesuatu yang boleh menyebelahinya semampu yang boleh, maka ini adalah perbuatan yang tercela lagi terkutuk.

Kemudian, kesalahan yang timbul berpunca daripada penyebutan mereka tentang tidak mendalami makna, tidak mengetahui makna atau menyerahkan makna. Definisi makna yang difahami bagi mereka sangat penting diketahui kerana itulah yang akan membezakan antara aliran tafwid dan aliran isbat. Makna di sisi aliran tafwid bukan semestinya sama dengan aliran isbat.

Untuk memahami apa yang sebenarnya mereka fahami ketika mereka berkata tidak mendalami makna, tidak mengetahui makna, menyerahkan makna atau tanpa makna, maka perlu dilihat secara keseluruhan manhajnya dan kandungannya.

No comments:

Post a Comment