Monday, July 5, 2021

Risalah Kesedaran Bahaya Taklid

Segala puji bagi Allah; tumpuan segenap makhluk yang mengharapkan kebahagiaan yang sejati setelah menyedari bahawa ketundukan yang sepenuhnya hanyalah kepada-Nya dan memperakui bahawa Dialah satu-satunya Yang Maha Benar. Selawat dan salam ke atas junjungan kita yang mulia; Rasulullah ṣollallāhu alayhi wa ālihi wasallam yang memimpin manusia kepada sebaik-baik jalan untuk menggapai kebenaran yang tulen dan cara hidup yang terbaik dalam mencapai kebaikan yang tiada tandingan harganya. Sebegitu juga kepada keluarganya, sahabatnya dan mereka yang mengikuti baginda dengan sebaik-baiknya. Mudah-mudahan mencurah pahala bakti mereka sehingga ke hari kiamat.

Alā^uddīn Abū al-asan al-anbaliyy ad-Dimašqiyy berkata :

وَنقل الْأَثْرَم عَنهُ: " قوم يفتون هَكَذَا يتقلدون قَول الرجل وَلَا يبالون بِالْحَدِيثِ ". وَنقل أَبُو طَالب: عجبا لقوم عرفُوا الْإِسْنَاد وَصِحَّته يَدعُونَهُ ويذهبون إِلَى رَأْي سُفْيَان وَغَيره، قَالَ الله تَعَالَى: {فليحذر الذين يخالفون عَن أمره} الْآيَة [النُّور: 63] الْفِتْنَة: الْكفْر. وَقَالَ أَحْمد بن الْحسن: أَلا يعجب يُقَال للرجل: قَالَ رَسُول الله فَلَا يقنع، وَقَالَ عَن فلَان فيقنع. قَالَ ابْن الْجَوْزِيّ عَن أصُول ظَاهِرَة الْبُرْهَان: لَا يهولنك مخالفتها لقَوْل مُعظم فِي النَّفس ولطغام. قَالَ رجل لعَلي: أتظن أَنا نظن أَن طَلْحَة وَالزُّبَيْر على الْخَطَأ، وَأَنت على الصَّوَاب؟ فَقَالَ: إِنَّه ملبوس عَلَيْك، اعرف الْحق تعرف أَهله. وَقَالَ رجل لِأَحْمَد: إِن ابْن الْمُبَارك قَالَ كَذَا، قَالَ: " ابْن الْمُبَارك لم ينزل من السَّمَاء ". وَقَالَ أَحْمد: من ضيق علم الرجل أَن يُقَلّد. وَذكر لِأَحْمَد كَلِمَات عَن إِبْرَاهِيم بن أدهم، فَقَالَ: وقعنا فِي بنيات الطَّرِيق، عَلَيْك بِمَا كَانَ عَلَيْهِ النَّبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم وَأَصْحَابه. وَقَالَ ابْن الْجَوْزِيّ: التَّقْلِيد للأكابر أفسد العقائد وَلَا يَنْبَغِي أَن يناظر بأسماء الرِّجَال إِنَّمَا يَنْبَغِي أَن يتبع الدَّلِيل، فَإِن أَحْمد أَخذ فِي الْجد بقول زيد وَخَالف الصّديق. وَفِي " وَاضح ابْن عقيل ": من أكبر الْآفَات الإلف لمقالة من سلف، أَو السّكُون إِلَى قَول مُعظم فِي النَّفس لَا بِدَلِيل، فَهُوَ أعظم حَائِل عَن الْحق وبلوى يجب معالجتها. وَقَالَ فِي " الْفُنُون ": من قَالَ فِي مُفْرَدَات أَحْمد الِانْفِرَاد لَيْسَ بمحمود، وَقَالَ: الرجل مِمَّن يُؤثر الْوحدَة، ثمَّ ذكر قَول عَليّ السَّابِق، وانفراد الشَّافِعِي، وصواب عمر فِي أُسَارَى بدر، فَمن يعير بعد هَذَا بالوحدة. انْتهى.

Al-Aṯrom menukilkan daripadanya: "Suatu kaum memfatwakan sedemikian dalam keadaan bertaklid dengan pendapat seseorang dan tidak peduli dengan hadis". Abū Ṭōlib menukilkan: "Hairan sungguh suatu kaum yang mengenal sanad dan kesahihannya lagi menyeru kepadanyaޱ tetapi menuju kepada pendapat Sufyān dan selainnya. Berkata Allah Taālā: {Maka, hendaklah mereka yang menyalahi perintahnya berjaga-jaga} [Surah an-Nūr ayat 63]. ₍Al-Fitnah₎ adalah kekufuran". Berkata Amad bin al-asan: "Tidakkah dia hairan terhadap seseorang yang berkata bahawa Rasulullah bersabdaߨ tetapi dia tidak puasߨ namun seseorang berkata bahawa ia dari fulanߨ lalu dia puas?". Berkata Ibn al-Jawziyy tentang usul nyatanya bukti: "Janganlah penyelisihannya terhadap pendapat kebanyakan pada individu dan sang bodoh rendahan menggetarkanmu". Berkata seseorang kepada Aliyy: "Adakah engkau menyangka bahawa kami menyangka Ṭolḥāh dan az-Zubayr itu salah dan engkau pula adalah betul?". Dia berkata: "Sesungguhnya engkau yang terkeliru. Kenalilah kebenaranޱ pasti engkau kenal ahlinya". Berkata seseorang kepada Aḥmad: "Sesungguhnya Ibn al-Mubārok berkata sedemikian". Dia berkata: "Ibn al-Mubārok tidak turun dari langit". Berkata Aḥmad: "Antara yang menyempitkan ilmu seseorang adalah bertaklid".

Disebutkan kepada Aḥmad tentang beberapa kalimah Ibrōhīm bin Adham dia berkata: "Kita berpijak di atas jalan yang terbukti. Hendaklah engkau berada pada apa yang Nabi ollallāhu alayhi wasallam dan sahabatnya berada". Berkata Ibn al-Jawziyy: "Taklid kepada senior adalah serosak-rosak kepercayaan. Tidak sepatutnya dia berdebat dengan nama-nama orang. Sepatutnya dia mengikut dalil. Sesungguhnya Aḥmad mengambil pendapat Zayd dalam isu pewarisan datuk dan menyalahi aṣ-Ṣiddīq". Dalam «Wāḍiḥ Ibn Aqīl»: "Antara sebesar-besar penyakit adalah merasa selesa dengan kata-kata pendahulu dan menetap pada individu pemuka besarߨ bukannya dalil. Ia adalah sebesar-besar penghalang daripada kebenaran dan musibah yang wajib penyembuhannya". Dia berkata dalam «al-Funūn»: "Seseorang yang berkata tentang kesendirian Aḥmad bahawa kebersendirian adalah tidak terpuji" dan dia berkata: "Orang itu termasuk orang yang mengutamakan keseorangan". Kemudianߨ dia menyebutkan kata-kata Aliyy sebelum ini, bersendiriannya aš-Šāfiiyy dan benarnya Umar pada isu tawanan perang Badar. Siapa lagi yang akan mengaibkan selepas ini dengan sebab keseorangan? [At-Taḥbīr Šarḥ at-Taḥrīr Fī Uṣūl al-Fiqhjilid 8m/s 41114114keluaran Maktabaẗ ar-Rušdtahqiq Abdul Romān al-Jibrīn, Awḍ al-Qorniyy dan Amad as-Sarrōḥ].

Apa yang dibentangkan Alā^uddīn ad-Dimašqiyy sudah cukup menyeluruh yang menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan taklid. Sudah memadai nukilan ini diketengahkan kepada seluruh umat Islam menjadi peringatan kepada kita semua untuk menjauhi taklidߨ lebih-lebih lagi atas dasar ketaksuban dan ikutan gereget.

Kalau ini tidak cukup mengenyangkan jiwa atau menambahkan berang dalam jantungnya kerana tidak boleh menerima teguran para ulama dan realiti kenyataan iniޱ maka tanyalah iman masing-masing. Adakah ikutannya pada dalil atau selainnya? Tidak ada segankah apabila seseorang membawakan dalil daripada Quran dan hadisߨ lalu penghujahan tersebut telah tertegak kebenarannya ke atasnyaߨ lalu berpaling kerana segan untuk menyelisihi seseorang imam?

Di mana kedudukan Allah dan rasul-Nya serta kemuliaan hak ilmu ketika merasa keberatan untuk meninggalkan pendapat imam untuk berganjak kepada kebenaran?

Mereka yang menyindir nukilan ini, ketahuilah bahawa mereka sedang menyindir para ulama sepanjang zaman yang mencela taklid. Jalāluddīn as-Suyūṭiyy dalam «ar-Rodd Alā Man Alada Fī al-Ar Wa Jahila Anna al-Ijtihād Fī Kull Ar Wa Farḍ» dalam bab yang ketiga telah membawakan pelbagai nukilan lebih banyak daripada Alā^uddīn ad-Dimašqiyy dari pelbagai ulama yang terdahulu sehingga sezaman dengannya dalam menegaskan bahawa taklid bukan tradisi keilmuan, pengamalan ahli ilmu yang sejati dan tidak diterima dalam agama. Bacalah karya ini jika nukilan Alā^uddīn ad-Dimašqiyy ini tidak dianggap memiliki apa-apa nilai atau kurang kepentingannya.

Interaksi Kita Dengan Para Ulama

Sememangnya patut untuk kita menzahirkan kecintaan dan melestarikan rasa penghormatan kepada para ulama dalam jiwa kita sepanjang hayat kerana mereka adalah tokoh-tokoh yang menyerikan dunia Islam dengan bintang-bintang ilmu yang tidak terkira jumlahnya dan tidak terbanding cerahnya. Saya sendiri di banyak tempat menzahirkan rasa kekaguman dan menjunjung mulia para golongan hadis sehingga saya mengatakan bahawa mereka adalah paksi kebenaran bagi umat Islam.

Kita semua sememangnya wajib menyayangi dan menyantuni mereka kerana berkat ilmu daripada kurniaan Allah dan warisan yang mereka lestarikan kepada kita yang tidak ternilai harganya. Melalui tangan merekaܦ kita lahir menjadi orang yang terbekal kefahaman di dadaߨ seterusnya mendapat bimbingan ke jalan yang sejahtera. Kita semua wajib mensyukuri kepada Allah atas limpahan kelahiran dan keunggulan tokoh-tokoh ini di persada di dunia yang berjasa kepada umat.

Apabila mereka diserang atau dituduhߨ lebih-lebih lagi tiada buktiޱ maka sewajarnya bagi mereka yang memiliki kemahiran ilmu untuk menepis dan menyanggah serangan terhadapnya. Kita pun akan berkata-kata sepertimana seseorang yang berkata kepada Aliyy bin Abū Ṭōlib alayh as-Salām: "Adakah engkau menyangka bahawa kami menyangka Ṭolḥāh dan az-Zubayr itu salah dan engkau pula adalah betul?" kerana tidak sepatutnya para ulama dipersalahkan secara sembarangan tanpa bukti yang kukuh dan hujah yang mapan. Mereka yang mengenal kebenaran dan memiliki upaya dari bantuan Yang Maha Perkasa patut bangkit dan mengangkat lontaran-lontaran terhadapnya.

Para ulama ada kedudukannya yang istimewa dan sama sekali tidak boleh dirobek mahkotanya daripadanya tanpa hak. Tidak boleh sesiapa pun menzalimi orang lain dan tidak boleh sesiapa pun melontarkan kenistaan secara serampangan. Kasih kita kepada sesama saudara adalah kasih yang berdiri di atas ikatan agama yang direstui Allah.

Apatah lagi para ulama yang memiliki kemuliaan yang khusus buat mereka. Sudah tentu wajar untuk membelanya dari pertikaian dengan menjelaskan hujah dan secara objektifߨ bukan dengan sentimen dan juga kata-kata kosong yang tidak berfaedah apa-apa.

Cumaߨ janganlah sampai itu mencambahkan rasa ketaksuban yang menebal dalam jiwa sehinggakan pendapat yang telah jelas salahnya setelah dibentangkan dan ditegakkan dengan penghujahan yang kuat, komprehensif lagi mapan sehingga tertutup segala ruang untuk menjatuhkan kredibiliti hujahnya pun masih ingin berpaling atas nama kecintaan kepada mereka.

Kita cinta kepada mereka dan hormat kita kepada mereka adalah setinggi-tinggi hormatߨ tetapi ingatlah bahawa kebenaran lebih patut kita cintai dan memberikan hak kepadanya. Tiada seorang manusia pun yang terlepas daripada penghakiman neraca ilmu dan tertanggal bebanan ke atasnya untuk melangkah ke manhaj ilmu yang tulen lagi sejati.

Sesiapa yang terbukti kesalahannyaޱ maka para ulama mendapat pahala yang selayaknya untuknya atas dedikasi, kesungguhan dan ketekunan mereka untuk kebenaran. Semoga Allah memaafkan mereka atas kesilapan mereka.

Namunߨ yang salah tetap salah. Ia tidak diambil dan diikutiߨ apatah lagi dipertahankannyaߨ malah mengkultuskan segalanyaߨ lalu dibawa sebagai perjuangan. Jangan sama sekali sedemikian. Muliakan para ulamaߨ tetapi jangan sampai mengabaikan kemuliaan metodologi ilmu dan kebenaran. Apatah lagi kemuliaan Allah dan rasul-Nya yang tidak ada bandingan kemuliaannya.

Ikutilah kebenaran dan beriltizam dengannya. Para ulama adalah kecintaanߨ tetapi Allah dan rasul-Nya serta kebenaran dan manhaj ilmu yang sejati adalah prioriti yang tertinggi dalam ikutan agama kita.

Lihatlah ungkapan Tājuddīn as-Subkiyy selepas mengkritik gurunya; Šamsuddīn aḏ-Ḏahabiyy :

هُوَ شَيخنَا ومعلمنا غير أَن الْحق أَحَق أَن يتبع

"Dia adalah syeikh kita dan guru kitaߨ tetapi kebenaran lebih berhak untuk diikuti". [Ṭobaqōt aš-Šāfiiyyah al-Kubrōjilid 2m/s 13keluaran Dār Hajr Li a-obāa Wa an-Našr Wa at-Tawzītahqiq Mamūd Muammad a-onāḥiyy dan Abdul Fattāḥ Muammad al-alw].

Ia mengandungi faedah yang besar untuk memahamkan kita hakikat pengambilan ilmu agama. Para ulama telah berjasa kepada dunia dan membekaskan pengaruh dalam jiwa kita untuk menjadi seorang muslim yang berkualitiߨ tetapi jangan sampai melupakan hak-hak kebenaran dan usulnya untuk dijadikan sandaran dan pegangan.

Betapa Tercelanya ₍Argumentum Ad Verecundiam₎

Benar kata Aḥmad bahawa antara yang menyempitkan ilmu seseorang adalah bertaklid. Ingatlah peringatan penting ini kerana betapa ramai orang terbelenggu dalam taklid ini sama sekali tidak memandang berat terhadap kandungan peringatan ini!

Kadangkalaܦ apabila dibawakan kalam iniޱ ada sahaja orang yang merasa sempit dada sepertimana sempitnya ilmu seseorang itu kerana memendam perasaan yang membahang akibat tidak cakna bahaya taklid. Malahߨ mereka berimpikan kalau kalam ini tidak pernah wujud sama sekali kerana tidak dapat menerima hakikat tradisi para ilmuwan dalam mencantas taklid!

Al-Ġozzāliyy berkata :

فَالتَّقْلِيدُ لَا يُفِيدُ الْعِلْمَ، فَإِنَّ الْخَطَأَ جَائِزٌ عَلَى الْمُقَلِّدِ، وَالْمُقَلِّدُ مُعْتَرِفٌ بِعَمَى نَفْسِهِ، وَإِنَّمَا يَدَّعِي الْبَصِيرَةَ لِغَيْرِهِ

"Taklid tidak menatijahkan ilmu. Sesungguhnya kesalahan itu harus ke atas pentaklid. Pentaklid adalah orang memperakui dengan kebutaan dirinya dan dia cuma meyeru kepada kecelikan selainnya". [Al-Mustaṣfā Min Ilm al-Uṣūlm/s 162keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyyatahqiq Muammad Abdul Salām Abdul Šāfī].

Ḥasan al-Aṭṭōr berkata dalam mendefinisikan taklid :

هُوَ الْأَخْذُ بِقَوْلِ الْغَيْرِ كَأَنَّهُ أَخَذَهُ قِلَادَةً فِي عُنُقِهِ فَهُوَ تَابِعٌ لَهُ تَبَعَ الدَّابَّةِ لِقَائِدِهَا، وَلِذَلِكَ قِيلَ لَا فَرْقَ بَيْنَ مُقَلِّدٍ يَنْقَادُ وَبَهِيمَةٍ تُقَادُ

"Ia adalah pengambilan pendapat selainnya seolah-olah dia dia kalung yang mengambilnya pada tengkuknyaߨ lalu dia mengikuti kepadanya sepertimana ikutan haiwan tunggangan pada pengemudinya. Kerana itu dikatakan tidak ada beza antara pentaklid yang dikemudi dengan haiwan yang dikenderai". [Al-Ḥāšiyaẗ Alā Šar al-Jalāl Alā Jam al-Jawāmijilid 2m/s 442-443keluaran Dār al-Kutub al-lmiyya]

Taklid tidak akan terjadi apabila adanya pengagungan terhadap seseorang tokoh atau beberapa daripadanyaߨ di samping tidak meletakkan Allah dan rasul-Nya sebagai hakim yang tertinggi. Usah menafikan fakta ini dan janganlah para pentaklid membohongi diri mereka sendiri dan juga orang ramai dengan berselindung di poster cinta, hormat dan sanjung para ulama.

Inilah hakikat yang didedahkan oleh Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam yang mana kalamnya dikumpulkan oleh Abdullah bin Abdul Qōdir at-Talīdiyy dalam «Darr al-Ġomām ar-Roqīq Bi Rosā^il aš-Šay as-Sayyid Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīq».

Taklid adalah anti kepada ilmuߨ malah penutup diri daripada menjengah kebenaran. Orang yang memilih taklid sangat benci mana-mana penegakan hujah dan orang yang tidak mahu berhadapan dengan hujah, apatah lagi mengikuti kebenarannya. Mata mereka terkunci, telinga mereka disumbat dan jantung mereka dihijab daripada apa-apa yang menjadi ancaman kepada ikutan mereka.

Lihat sendiri kehairanan Aḥmad bin Ḥanbal dari nukilan Abū Ṭōlib yang dia berkata: "Hairan sungguh suatu kaum yang mengenal sanad dan kesahihannya, menyeru kepadanyaߨ tetapi menuju kepada pendapat Sufyān dan selainnya".

Saya pernah sahaja melihat orang yang celik dalam syarat kesahihan suatu hadis dan beberapa lain yang berkaitan dengan ilmu hadisߨ namun dia percaya sahaja bulat-bulat penyampaian hadis dari seseorang tokoh penglipur lara yang dianggap sebagai ulama!

Seakan-akan ilmu hadis dan bicaranya tentangnya langsung tidak memberi manfaat pada akalnya untuk menjadi neraca penilai dalam meneliti penyebutan hadis daripada tokoh tersebut sama ada benar atau tidak dan seakan-akan ilmu hadis boleh dikhianati bila-bila masa sahaja dia mahu serta lekeh di matanya dibandingkan tokoh di hadapannya!

Kesemua syarat kesahihan hadis itu diabaikan tanpa rasa bersalah hanya kerana tokoh tersebut mengatakan sedemikian. Sanad dan ketetapatan rujukan sudah tidak laku hanya dengan aura yang terpancar daripada diri tokoh tersebut.

Kalau kita mengkritiknyaޱ kita pula digertak sebagai tidak hormat kepada ulama! Justeruߨ siapa pula yang menyusun ilmu hadis ini kalau bukan ulama? Atau para ulama hadis ini adalah inferior jika dibandingkan dengan tokoh sanjungan mereka itu?

Benar bahawa kita tidak meragui kesolehannya dan keperibadiannya yang muliaߨ tetapi itu bukan satu-satunya syarat untuk diterima hadis tersebut. Di mana ketepatan rujukan? Daripada mana diambil?

Janganlah kerana ingin merasa segan terhadap kemuliaan ilmu sehingga merasa tidak merasa pedih jika manhaj ilmu dicabul. Apa nilainya lagi ilmu hadis di dada kalau ia hanya tinggal sekadar hafalan dan tidak berguna dalam pengamalan?

Begitu juga apabila kita menyeru kepada kritis dan menghidupkan budaya intelektualismeޱ merekalah orang yang pertama bergegas menjauhinya. Seolah-olah merancakkan tradisi budaya ilmu ini seperti singa yang ingin menerkamnya atau api yang membakar mahligainya.

Kalau pun mereka menyerukannyaޱ ia lebih berteraskan kepentingan merekaߨ bukan ingin melaksanakan hak ilmu. Kalau pun mereka merancakkan tradisi intelektulismeޱ ia hanyalah sekadar penyebarluasan hegemoni merekaߨ bukan kepada objektif yang murni.

Maḥmūd Saīd Mamdūḥ berkata tentang Muammad Zāhid al-Kawariyy :

كان في نفس الوقت يدعو للاجتهاد تعصبا للمذهب ولكن لتقوية مذهبه الحنفي فكان يؤيد توجه علماء ديوبند في البحث والانتصار للمذهب الحنفي في الأصول والفروع لا سيما على المذهب الشافعي.

"Dahulu dalam waktu yang sama dia menyeru kepada ijtihad dalam keadaan taksub terhadap mazhab. Akan tetapiߨ ia untuk menguatkan mazhab ḥanafian daripadanyaߨ lalu dia menyokong kuat hala tuju ulama Deoband dalam perbahasan dan pembelaan untuk mazhab ḥanafian dalam usul dan furukߨ lebih-lebih lagi ke atas mazhab šāfiᶜian". [Rujuk https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=415019532245659&id=100012128473491].

Penyebutan ketaksuban Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy kepada ḥanafian bukanlah perkara yang baharu. Ia telah disebutkan oleh Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam dalam «Bayān Talbīs al-Muftarī Muammad Zāhid al-Kawariyy» dan adiknya; Abdullah dalam «Bida at-Tafāsīr».

Ibn Ḥajar al-Asqolāniyy berkata :

وَالْعَجَبُ أَنَّ مَنِ اشْتَرَطَ ذَلِكَ مِنْ أَهْلِ الْكَلَامِ يُنْكِرُونَ التَّقْلِيدَ وَهُمْ أَوَّلُ دَاعٍ إِلَيْهِ حَتَّى اسْتَقَرَّ فِي الْأَذْهَانِ أَنَّ مَنْ أَنْكَرَ قَاعِدَةً مِنَ الْقَوَاعِدِ الَّتِي أَصَّلُوهَا فَهُوَ مُبْتَدِعٌ وَلَوْ لَمْ يَفْهَمْهَا وَلَمْ يَعْرِفْ مَأْخَذَهَا وَهَذَا هُوَ مَحْضُ التَّقْلِيدِ فَآلَ أَمْرُهُمْ إِلَى تَكْفِيرِ مَنْ قَلَّدَ الرَّسُولَ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ فِي مَعْرِفَةِ اللَّهِ تَعَالَى وَالْقَوْلِ بِإِيمَانِ مَنْ قَلَّدَهُمْ وَكَفَى بِهَذَا ضَلَالًا

"Pelik bahawa orang yang mensyaratkan itu dari kalangan ahli kalam yang mengingkari taklidߨ sedangkan mereka adalah yang paling awal menyeru kepadanya sehingga menetap di minda mereka bahawasanya sesiapa yang mengingkari salah satu kaedah daripada kaedah-kaedah yang mereka mendasarkannyaޱ maka dia adalah pelaku bidaah walaupun dia tidak memahaminya dan walaupun dia tidak mengenali tempat ambilannya. Ini adalah murni taqlidߨ lalu kembali keadaan mereka terhadap pengkafiran terhadap orang yang bertaklid kepada rasul alayh a-olāẗ Wa as-Salām dalam mengenali Allah Taālā dan berpendapat dengan keimanan untuk orang yang bertaklid kepada mereka. Cukup ini sebagai suatu kesesatan". [Fat al-Bārī Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyyjilid 13m/s 354keluaran Dār al-Marifa].

Oleh ituߨ apabila golongan yang dikenali ketaksubannya menyeru kepada ijtihad dan pewacanaan ilmiahޱ maka itu sebenarnya adalah seruan kosong serta slogan yang memperdaya pengikut dan orang sekeliling.

Dengarkan sahaja perbicaraan fiqh atau penilaian bukti ilmiah bagaikan mencucuk telinga sehingga berdarah. Semakin ditajamkan kritisnyaޱ semakin mereka cuba merangkak menggeletar untuk menyelamatkan diri.

Tampak di raut wajahnya terdesak untuk berbuat apa sahaja agar ilusinya tidak terpadam dan hancur luluh kerana panahan kebenaran. Demi menang dan mempertahankan legitimasinya mereka menggunakan taktik kotor dan cara yang keji untuk menyelamatkan kelangsungannya.

Jangan terpedaya dengan jenama dan butir kata yang membuatkan para pendengar terpesona. Walhalߨ sebenarnya ia terkandung kedegilan yang berkepala batu, pengingkaran yang keras, keengganan untuk tunduk kepada kebenaran serta kebencian terhadap perbahasan ilmiah.

Banyak cara untuk mereka lakukan yang penuh dengan kelicikan dan muslihat bagi memastikan lawannya jatuh dan seterusnya dirobekkan kredibiliti agar dia kekal bertahan. Salah satunya adalah menggunakan kad falasi ₍Argumentum Ad Verecundiam₎ atau penyandaran kepada pihak berpengaruh supaya mereka tidak dipersalahkan. Mereka menjaja-jaja nama para imam yang menyebelahi mereka sambil mengisi aura sakral dan membesar-besarkannya melalui manaqib agar tertepis segala kritikan terhadapnya.

Tidak kira apa pun cara mereka lakukan dalam menjadikan imam-imam tersebut sebagai perisai dengan melebih-lebihkan pemberian gelaran, memperbanyakkan pujian serta menjulang mereka dengan nada dan kalimah yang menciptakan aura kedewaan terhadap merekaܦ ingatlah bahawa seseorang pernah berkata kepada Aḥmad: "Sesungguhnya Ibn al-Mubārok berkata sedemikian". Laluߨ dia berkata: "Ibn al-Mubārok tidak turun dari langit!".

Cukuplah respons Aḥmad bin Ḥanbal ini memangkas mereka yang mengagung-agungkannya ke tahap yang seakan-akan tidak boleh dan tidak dapat dicabar seakan-akan dewa yang turun dari langit hanya kerana tidak mahu meneliti hujah serta ingin kekal berdegil dengan kerapuhan. Kita tidak mahu mendengar kesemua itu yang sama sekali tidak menjadi pemberat atau nilai kepada hujah itu sendiri. Hujah adalah hujah.

Muḥammad bin Ismāīl a-onāniyy; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam berkata :

وأما قوله: "إنَّه أفتى بجواز ذلك الرملي". فمجرد فتواه لا يحق باطلاً ولا يحلل محرماً ولا يحرم حلالاً حتى يأتي بالدليل

"Adapun kata-katanya: Sesungguhnya ar-Romliyy telah memfatwakan keharusan ituޱ maka semata-mata fatwanya tidak membenarkan yang batil, tidak menghalalkan yang haram dan tidak mengharamkan yang halal sehingga dia mendatangkan dalil ". [Al-Inṣōf Fī Ḥaqīqoẗ al-Awliyā^ Wa Mā Lahum Min al-Karōmāt Wa al-Alṭōfm/s 131keluaran Dār Ibn Affān Li an-Našr Wa at-Tawzītahqiq Abdul Rozzāq bin Abdul Musin al-Badr].

Ibn Burhān al-Baġdādiyy berkata :

خبر الواحد لا يفيد العلم. خلافا لبعض أصحاب الحديث فإنهم زعموا أن ما رواه مسلم والبخاري مقطوع بصحته. وعمدتنا إن العلم لو حصل بذلك لحصل لكافة الناس كالعلم بالأخبار المتواترة. ولأن البخاري ليس معصوما. فلا نقطع بقوله لأن أهل الحديث وأهل العلم غلّطوا مسلما والبخاري وثبتوا أوهامها. ولو كان قولهما مقطوعا به لاستحال عليهما ذلك.

"Khabar yang tunggal tidak memberi faedah ilmu. Ini bersalahan dengan sebahagian ahli hadis kerana mereka mendakwa bahawa apa yang Muslim dan al-Buẖōriyy meriwayatkannya adalah yang definit kesahihannya. Tonggak kami adalah ilmu itu kalau tercapai dengan ituޱ pasti tercapai untuk sekalian orang ramai seperti pengetahuan khabar mutawatir. Oleh kerana al-Buẖōriyy tidak maksumߨ maka kami tidak mendefinitkan pandangannya kerana ahli hadis dan ahli ilmu menjelaskan keralatan Muslim dan al-Buẖōriyy dan menyabitkan waham mereka berdua. Kalaulah pendapat mereka berdua adalah definit padanyaޱ pasti itu mustahil ke atas mereka berdua". [Al-Wuṣūl Ilā al-Uṣūljilid 2m/s 172-174keluaran Maktaba al-Maāriftahqiq Abdul amīd Aliyy Abū Zunayd].

Inilah perkara yang patut diberikan peringatan. Semata-mata pendapat ilmuwan tidak menjustifikasikan apa-apa kerana kata-kata mereka bukanlah hujah dalam syariat. Mereka boleh dijadikan penguat dan pelengkapߨ tetapi bukan sebagai dasar untuk menyatakan bahawa ia adalah halal dan haram atau yang benar dan yang batil.

Benar sekali bahawa ahli ilmu ada kepakaran dan kemahiran mereka dalam bidang tersebut. Kalam mereka dalam sesuatu isu yang di lapangan itu ada nilai pemberatߨ lebih-lebih lagi yang memiliki hujah. Akan tetapiߨ hendaklah bersikap objektif dan tumpukan pada pemerhatian dalil.

Janganlah hanya setiap kali dibangkitkan suatu isuܦ dijawab dengan hanya membubuh nama gelaran ketinggian, melonggokkan nama-nama tersebut serta melambakkan manaqib mereka dalam neraca untuk dijadikan pemberat yang sememangnya bertujuan ingin tutup segala perbincangan, pemerhatian kritis dan memandang lekeh penghujahan orang lain.

Entah mengapa setiap kali diutarakan hujah dan dalilܦ yang dijawab balas adalah menggunakan nama-nama imam sambil dibubuh wangian pelbagai gelaran dan penyebutan yang membesar-besarkannya seolah-olah seperti ingin menyatakan bahawa mereka ini turun daripada langit untuk membatalkan semua perselisihan.

Ibn al-Jawziyy telah berkata: "Taklid kepada senior adalah serosak-rosak kepercayaan. Tidak sepatutnya dia berdebat dengan nama-nama orang. Sepatutnya dia mengikut dalil".

Apa lagi yang tidak benar daripada kenyataan taklid kepada senior adalah serosak-rosak kepercayaan? Setiap kali kita mengingatkan tentang iniܦ ada sahaja yang membutakan matanya untuk menerima hakikat. "Ini kalam fulan; tokoh kebesaran dalam bidang ilmu dengan pelbagai gelaran ketinggian. Kamu pula siapa?" atau seumpamanya itu sahajalah modal yang dia jadikan pelaburan untuk membina asas keyakinan dan kepercayaan. Orang berhujah dengan dalil dan pembentangan ilmiah, dia berhujah dengan nama-nama tokoh!

Sebegini yang ditempelak oleh Muḥammad bin Ismāīl a-onāniyy yang berkata :

وكم وكم ولا إله إلا الله ما أشدَّ ضرر العالم المعروف بين الأنام إذا روج لهم الأباطيل وزخرف لهم باطل الأقاويل ويحاول إجراءها على سنن السنة وتنزيلها التنزيل فيصدق الكذب المحال عقلاً وشرعاً ويؤلف في صحتها ليكون لمن يأتي بعده أصلاً متبعاً، فإذا أراد العالم بالكتاب والسنة أن يبين بطلان تلك الأساطير صدمه الجاهل ورد عليه بقوله: قد قال بصحة هذا السيوطي وابن حجر الهيتمي وفلان الرملي4 وفلان وفلان. فأين يقع من هؤلاء الأعيان وقد سخر به العوام يقولون أنكر كرامات الصالحين الأعلام ولله الكلمةُ العَلَوِيَّة "اعرف الحق تعرف أهله" لكن أين مَنْ يتأهل للخطاب ويسمع ويعقل6، إن هم إلا كالدواب.

"Betapa banyak dan betapa banyak dan tiada tuhan selain Allah! apa yang lebih dahsyat kemudaratan ilmuwan yang dikenali dalam kalangan penghuni bumi apabila dia menyebarkan kebatilan kepada mereka, mendekorasi kata-kata yang batil untuk mereka serta mencuba untuk melalukannya atas perjalanan-perjalanan sunnah dan mengaturnya pada wahyu yang turunޱ pasti dibenarkan pendustaan yang mustahil secara akal dan syarak dan dijinakkan pada keabsahannya agar ia menjadi akar yang diikuti bagi orang yang datang sesudahnya. Apabila ilmuwan berkehendak untuk menjelaskan pembatalan dongeng-dongeng itu dengan al-Kitāb dan sunnahޱ pasti orang jahil merempuhnya dan menolaknya dengan katanya: As-Suyūṭiyy, Ibn ajar, fulan ar-Romliyy, fulan dan fulan telah berkata keabsahan ini. Di mana letaknya dari kesemua pemuka ini? Orang awam melecehkan dengan sebabnya dengan berkata: Dia telah mengingkari karamah orang yang soleh lagi ilmuwan. Demi Allah! Kalimah yang tinggi adalah: "Kenalilah kebenaranޱ pasti engkau mengenali ahlinya". Akan tetapiߨ di mana orang yang berkeahlian dalam perbicaraan, mendengar lagi berakal? Tidaklah mereka itu melainkan seperti binatang melata". [Al-Inṣōf Fī Ḥaqīqoẗ al-Awliyā^ Wa Mā Lahum Min al-Karōmāt Wa al-Alṭōfm/s 70keluaran Dār Ibn Affān Li an-Našr Wa at-Tawzītahqiq Abdul Rozzāq bin Abdul Musin al-Badr].

Tidak cukup lagikah ini sebagai bukti bahawa taklid kepada senior adalah serosak-rosak kepercayaan? Tidak cukup lagikah bahawa ini petunjuk jelas bahawa taklid adalah antara yang menyempitkan ilmu seseorang?

Mereka yang suka mempersoalkan siapa kita dan membanding-bandingkan diri kita dengan tokoh yang dikritik tanpa melihat pengisian hujah sewajarnya memerhati kata Ibn al-Jawziyy ini :

وإذ قد ثبت هَذَا من أقوال شيوخهم وقعت من بعض أشياخهم غلطات لبعدهم عَنْ العلم فان كان ذلك صحيحا عنهم توجه الرد عليهم إذ لا محاباة فِي الحق وإن لم يصح عنهم حذرنا من مثل هَذَا القول وذلك المذهب من أي شخص صدر فأما المشبهون بالقوم وليسوا منهم فأغلاطهم كثيرة ونحن نذكر بعض مَا بلغنا من أغلاط القوم وَاللَّه يعلم أننا لم نقصد ببيان غلط الغالط إلا تنزيه الشريعة والغيرة عليها من الدخل وما علينا من القائل والفاعل وإنما نؤدي بذلك أمانة العلم وما زال العلماء يبين كل واحد منهم غلط صاحبه قصدا لبيان الحق لا لإظهار عيب الغالط ولا اعتبار بقول جاهل يَقُول كيف يرد عَلَى فلان الزاهد المتبرك به لأن الانقياد إنما يكون إِلَى مَا جاءت به الشريعة لا إِلَى الأشخاص وَقَدْ يكون الرَّجُل من الأولياء وأهل الْجَنَّة وله غلطات فلا تمنع منزلته بيان زلله.

"Memandangkan telah sabit ini daripada kata-kata syeikh mereka yang terjadinya keralatan dari sebahagian syeikh-syeikh mereka kerana kejauhan mereka daripada ilmu. Jika itu adalah yang sahih daripada merekaޱ maka dihadapkan sanggahan terhadap mereka memandangkan tidak komporomi pada kebenaran. Jika tidak sahih daripada merekaޱ kami mengingatkan orang yang semisal kata-kata ini dan mazhab itu dari sosok mana-mana pun yang terbit. Adapun orang yang menyerupai dengan kaum ituߨ sedangkan mereka bukan dari kalangan merekaޱ maka keralatannya adalah banyak. Kami mengingatkan sebahagian apa yang sampai kepada kami yang berupa keralatan kaum itu. Allah sentiasa mengetahui bahawa kami tidak memaksudkan pada menerangkan keralatan orang yang ralat melainkan pemurniaan syariat dan eksuberan terhadapnya yang berupa maladi dan apa yang menimpa kita daripada orang yang berkata itu dan pelaku itu. Kami cuma menyampaikan amanah ilmu dengan itu dan para ulama sentiasa menjelaskan keralatan orangnya kepada setiap satu daripada mereka dengan tujuan menjelaskan kebenaranߨ bukan untuk menampakkan aib orang yang ralat dan tidak ada pengambil kiraan terhadap kata-kata orang jahil yang berkata: Bagaimana sanggup dia menyanggah fulan yang zuhud lagi diambil berkat dengannya? kerana ketundukan itu sebenarnya terjadi pada yang syariat datang dengannyaߨ bukan kepada sosok individu. Kadangkalaܦ seseorang itu adalah daripada para wali dan penghuni syurgaߨ tetapi dia memiliki keralatan. Laluߨ tidak dihalang kedudukannya dengan penjelasan kegelincirannya". [Talbīs Iblīsm/s 151152keluaran Dār al-Fikr Li a-obāa Wa an-Našr].

Inilah yang sang jahil ini tidak mengerti. Mereka hanya memfokuskan gelaran mulia dan manaqibߨ tetapi tidak fokus pada kes yang dibincangkan secara spesifik yang sama sekali tidak menjejaskan kedudukannyaߨ bahkan tidak ada kena mengena pun dengan martabatnya. Lihat bagaimana sikap Sayf Aliyy al-Ariyy ketikamana membantah Ibn Taymiyyah. Dia berkata :

ولعل الإمام ابن تيمية قد حط رحاله في الحنة. والذي يعنينا هو مناقشة القول وبيان الحق الذي لا يجامل فيه صغير ولا كبير إذ الحق أحق أن يتبع. وابن تيمية وإن كنا نحبه ولله فإن الحق أحب إلينا

"Mungkin sahaja al-Imām Ibn Taymiyyah telah mendarat kembaranya di syurga. Yang kami sedang tumpukan adalah perbincangan pendapat dan penjelasan kebenaran yang tidak boleh diberi budi pada kecilnya atau besarnya memandangkan kebenaran lebih berhak untuk diikuti. Ibn Taymiyyah pula walaupun kami mencintainya demi Allah!ޱ maka sesungguhnya kebenaran lebih kami kami cintai". [Al-Qowl at-Tamām Bi Iṯsbāt at-Tafwīd Maḏhaban Li as-Salaf al-Kirōmm/s 67keluaran Dār al-Fat Li ad-Dirōsāt Wa an-Našr].

Kalaulah mereka boleh buat yang sama terhadap seteru mereka dengan seumpama iniޱ mengapa apabila kritikan terhadap imam atau ulama mereka disangka buruk sebagai usaha memperlecehkan nama baik sang ilmuwan yang ulung dan tidak menghormati kewibawaannya sebagai ahli ilmu yang terbilang?

Sangatlah benar kata Leonardo Da Vinci tentang falasi ₍Argumentum Ad Verecundiam₎: "Sesiapa yang menjalankan argumentasi dengan menyandarkan kepada pihak berpengaruhޱ dia tidak menggunakan kecerdasannyaߨ tetapi dia sekadar menggunakan memorinya".

Lihatlah apabila kita membentangkan penghujahanޱ dia langsung tidak menggunakan kemahiran berfikir dan daya analisa untuk memerhati sudut-sudut penghujahan. Yang dia buat adalah membalas dengan melonggokkan nama-nama ulama yang dia ingat memihak kepadanya bersama gelaran yang diperbesar-besarkan penyebutannya.

Adakalanyaܦ kita merasa letih dan jemu untuk berulang kali mengingatkannya secara tegasߨ malah menggertaknya supaya rasa tersentap di jiwanya. Namunߨ kedegilan masih kekal membatu. Bawa kalam sendiri sudah tentu tidak mahu dengar. Sudah dibawakan kalam daripada ulama yang mereka kononnya junjung pun masih dianggap tidak memiliki apa-apa nilai yang menginsafkan mereka.

Tentu lagi dalil daripada Quran dan hadis tidak akan membuahkan apa-apa kepedulian daripada mereka. Kalau sudah memilih untuk sengaja membutakan diriޱ semua ini langsung tidak bermanfaat buat mereka.

Saya sudah mendedahkan betapa teruknya kalau seseorang itu bermain falasi ₍Argumentum Ad Verecundiam₎ di beberapa tempat. Di sini biarlah saya menyebutkannya semula dari penulisan saya yang lain supaya kita sentiasa beringat betapa buruk ketaksuban dan bagaimana ia melahirkan kejahatan yang lain.

Selalunya apabila kita bawakan hujah daripada Quran dan sunnah yang menyalahi pendapat sesuatu pihak atau seseorang individuޱ dia membawakan kalam fulan dan fulan; selalunya kalam ahli ilmu meskipun ia telah ditunjukkan dalilnya bahawa pendapat mereka adalah salah. Apa yang mereka lakukan adalah menggunakan nama mereka sebagai perisai untuk mempertahankan kesilapan yang telah nyata terbukti.

Mereka berkata: "Adakah engkau lebih faham daripada mereka?". Soalan ini bukan untuk bertanya tentang faktaߨ tetapi mahu mempersenda. Sama ada jawapan ya atau tidakܦ kedua-duanya tetap akan masuk ke papan potong mereka. Jika menjawab tidakޱ tentu sahaja kita dikutuk habis-habisan. Jika menjawab yaޱ kita akan diejek dan dipermalukan sampai kalau kita boleh mati dengan sebab rasa malu ituޱ mereka tidak segan silu untuk membunuh kita dengan cara sedemikian.

Namunߨ realitinya adalah kita tidak mungkin dapat membantah seseorang jika kita tidak memahami penghujahan seseorang. Mampukah orang yang buta menilai kadar keterangan cahaya? Kemudianߨ dengan mata yang buta itu dia mengajak pula kepada pelitanya yang kononnya lebih terang? Pasti tidak mungkin.

Untuk menjawab sama ada kita lebih faham atau tidak itu di luar jangkauan kita dan hanya Allah sahaja yang mengetahui tentangnya. Namunߨ jika ditanya sama ada kita kita berada di paras mata yang sama untuk meneliti dan membandingkan hujahޱ maka ia sememangnya sedemikian. Jika tidakޱ pasti yang benar-benar mahukan kebenaran tidak akan tergamak melangkau dari apa yang dia tidak tahu tentangnya.

Bagi yang suka mempersoalkan: "Adakah engkau lebih faham daripada mereka?" maka lihat apa yang disebutkan Faẖruddīn ar-Rōziyy :

الثالث وهو أنه اشتهر فيما بين الأمة أن جماعة من الملاحدة وضعوا أخبارا منكرة واحتالوا في ترويجها على المحدثين والمحدثون لسلامة قلوبهم ما عرفوها بل قبلوها. وأي منكر فوق وصف الله تعالى بما يقدح في الإلهية ويبطل الربوبية فوجب القطع في أمثال هذه الأخبار بأنها موضوعة. أما البخاري والقشيري فهما ما كانا عالمين بالغيوب بل اجتهدا واحتاطا بمقدار طاقتهما فأما اعتقاد أنهما علما جميع الأحوال الواقعة في زمان الرسول صلى الله عليه وسلم إلى زماننا فذلك لا يقوله عاقل غاية ما في الباب أنا نحسن الظن بهما وبالذين رويا عنهم إلا أنا إذا شاهدنا خبرا مشتملا على منكر لا يمكن إسناده إلى الرسول صلى الله عليه وسلم قطعنا بأنه من أوضاع الملاحدة ومن ترويجاتهم على أولئك المحدثين.

"Yang ketiga dan ia adalah bahawa telah masyhur pada apa yang di antara umat ini bahawa sekelompok daripada apostasi memalsukan khabar-khabar yang diingkari dan mereka berhelah dalam penyerakan kepada muhadditsin. Muhadditsin kerana keselesaan jantung mereka tidak mengenalinyaߨ bahkan menerimanya. Mana-mana kemungkaran di atas penyifatan Allah Taālā dengan apa yang dicela pada kedivinitian dan membatalkan ketuhananޱ maka wajib pemutusan pada semisal khabar-khabar ini disebabkan ia adalah palsu. Adapun al-Buẖōriyy dan al-Qušayriyyޱ maka kedua-duanya bukanlah orang yang mengetahui pada yang ghaib. Bahkanߨ mereka berdua berijtihad dan meliputi dengan kadar kemampuannya. Adapun kepercayaan bahawa kedua-duanya mengetahui segenap hal yang terjadi pada zaman Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam sehingga zaman kitaޱ maka itu tidaklah seseorang yang berakal mengatakannya. Penghujung apa yang pada bab ini adalah sesungguhnya kita menyangka baik terhadap kedua-duanya dan terhadap mereka yang mereka berdua meriwayatkan daripadanya melainkan sesungguhnya apabila kita menyaksikan khabar yang merangkumi perkara yang dingkari yang tidak dimungkinkan penyandarannya kepada Rasulullah ollallāhu alayhi wasallamޱ maka kami memutuskannya bahawa ia termasuk daripada pemalsuan apostasi dan daripada penyerakan mereka terhadap muhaddits itu". [Asās at-Taqdīs Fī Ilm al-Kalāmm/s 128129keluaran Mu^assasa al-Kutub a-aqōfiyya].

Daripada sini kita lihat bagaimana bentuk kritikan ar-Rōziyy terhadap al-Buẖōriyy, al-Qušayriyy dan muhadditsin yang lain dengan mengenepikan sebentar salah atau benar kritikannya. Kritikannya adalah boleh jadi penyerakan hadis-hadis yang diingkari dan batil ini tersebar disebabkan tangan jahat para apostasi dan muhadditsin pula selesa untuk menerimanya dan menyebarkannya tanpa mengetahui kebenarannya.

Jika ia adalah daripada al-Buẖōriyy atau al-Qušayriyyޱ maka mereka dimaafkan kerana mereka berijtihad semampunya untuk meneliti benar atau salah serta penilaian mereka berdasarkan apa yang mereka mampu capai. Inilah sangka baik kita kepada mereka dan kita sama sekali tidak mengherdik mereka berdua. Namunߨ dalam masa yang sama kita perlu menyedari bahawa mereka berdua bukanlah orang yang mengetahui perkara ghaib dan tidak juga mengetahui segenap perkara.

Oleh ituߨ tanggungjawab kita adalah memeriksa periwayatan mereka dan penilaian mereka. Jika didapati ia adalah perkara yang diingkari seperti membatalkan ketuhananޱ maka ia adalah angkara apostasi dan penyerakan muhaddits yang tidak mengerti. Sebeginilah bentuk kritikannya.

Namunߨ orang yang bodoh akan mempersoalkan siapakah ar-Rōziyy jika ingin dibandingkan dengan al-Buẖōriyy sehingga sanggup menuduh sebegini berat terhadapnya؛ iaitu tuduhan penyebaran hadis yang diingkari dan terlepas pandang dalam penilaian terhadap perkara ini? Adakah kepakaran ar-Rōziyy dalam ilmu hadis setara dengan al-Buẖōriyy?

Malahߨ sudah ada pun usaha untuk melakukan takhrij terhadap hadis-hadis yang ada dalam tafsir Quran miliknya dari Surah al-Fātiah hingga Surah al-Baqoroh yang berjudul «al-Aḥādīṯ Wa al-Āṯār al-Wārida Fī Tafsīr al-Far ar-Rōziyy al-Muštahar Bi Tafsīr al-Kabīr Wa Mafātīḥ al-Ġoyb» yang menunjukkan bahawa sememangnya ada beberapa hadis yang tidak ditemukan asalnya.

Persoalan yang lebih penting adalah mengapa ar-Rōziyy berani untuk mengemukakan kritikan sebegini? Tidakkah ia daripada semangat dan dasar bahawa dia di posisi yang dalam cerapan sama dengan al-Buẖōriyy dan selainnya sehingga dia mampu memberikan komentar yang baginya selayaknya untuk diutarakan? Kalau bukan seperti iniޱ dorongan untuk kritikan tidak akan tercetusߨ apatah lagi menjadikan kritikan itu memiliki merit untuk diperhatikan.

Kalau kita ingin berterusan bermain sentimen dengan kata-kata: "Adakah kamu lebih faham daripada ahli ilmu ini?"ޱ maka tiadalah kritikan ar-Rōziyy dan selainnya serta selama-lamanya kita hanya terbantut dalam pembodohan dan terbelenggu dalam taklid bersama ketaksuban disebabkan kita sentiasa direndah-rendahkan bahawa ar-Rōziyy dan selainnya tidak akan mencapai paras posisi yang sama dengan insan yang dikritik untuk berlaga argumentasi dan penaakulan.

Tidaklah bolehkah kita sekurang-kurangnya mencontohi ar-Rōziyy dalam meniti di atas manhaj yang kritis dan berakal tajam? Mengapa seringkali menekan orang lain untuk kekal bodoh dan memakan apa sahaja yang disuap? Jika sedemikian sepatutnya seseorang itu beragamaޱ maka tidak ada manfaat bagi ar-Rōziyy memaparkan kritikan ini dan mengingatkan kita tentang perkara ini.

Ar-Rōziyy tidak bersendirian dalam hal ini. Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy yang sememangnya dikenali kepakarannya dalam bidang hadis menyebutkan yang seumpama dengannya. Dia berkata :

فكم حديث صححه الحفاظ وهو باطل بالنظر إلى معناه ومعارضته للقرأن أو السنة الصحيحة أو مخالفة الواقع والتاريخ وذلك لدخولالوهم والغلط فيه على المعروف بالعدالة، بل قد يتعمد الكذب. فإن الشهرة بالعدالة لا تفيد القطع في الواقع. ومنها أحاديث الصحيحين. فإن فيها ما هو مقطوع ببطلانه. فلا تغتر بذلك ولا تتهيب الحكم عليه بالوضع لما يذكرونه من الإجماع على صحة ما فيهما فإنها دعوى فارغة لا تثبت عند البحث والتمحيص. فإن الإجماع على صحة جميع أحاديث الصحيحين غير معقول ولا واقع. ولتقرير ذلك موضع آخر. وليس معنى هذا أن أحاديثهما ضعيفة أو باطلة أو يوجد فيها ذلك بكثرة كغيرهما من المصنفات في الحديث. بل المراد أنه يوجد فيهما أحاديث غير صحيحة لمخالفتها للواقع وإن كان سندها صحيحًا على شرطهما. وقد يوجد من بينها ما هو على خلاف شرطهما أيضًا كما هو مبسوط في محله. والمقصود التنبيه على هذا المعنى الذي لم يأخذ منه المؤلف رحمه الله بأدنى نصيب لأنه مع وجود الكذابين في السند يورد أحاديثهم الركيكة اللفظ الفاسدة المعنى والمخالفة للواقع. فكيف لو كان سندها سالمًا منهم بحسب الظاهر كبعض أحاديث الصحيحين علي أنه لا يكاد يوجد من هذا النوع حديث ليس في سنده من هو سالم من الطعن. وإن كان أكثر الأقوال فيه التعديل فلا تستغرب إيرادنا لهذه الأحاديث الكثيرة مع قوله رحمه الله إنه لا يورد حديثا انفرد به كذاب فإنه كما رأيت لم يوف بذلك‏ واعتبر الدليل. وانظر إلى المقال ولا تنظر إلى من قال. والسلام.

Betapa banyak hadis yang huffaz mensahihkannyaߨ sedangkan ia adalah batil dengan pemerhatian pada maknanya dan pertentangannya terhadap Quran atau sunnah yang sahih atau menyalahi realiti dan sejarah. Itu adalah kerana kemasukan waham dan keralatan padanya atas sebab yang dikenali pada mereka yang berintegriti. Bahkanߨ kadangkalaܦ ia bersandar pada pendustaan. Ini kerana kemasyhuran dengan integriti tidak memberikan definit secara realiti. Sebahagiannya adalah hadis-hadis dua «Ṣoḥīḥ». Sesungguhnya padanya terdapat apa yang diputuskan kebatilannya. Makaߨ, janganlah engkau tertipu dengan itu dan jangan engkau gentar menghukum palsu terhadapnya dengan apa yang mereka menyebutkannya daripada konsensus atas kesahihan apa yang ada padanya. Sesungguhnya ia adalah dakwaan yang kosong yang tidak sabit di sisi kajian dan penyaringan. Sesungguhnya konsensus terhadap kesahihan sekalian hadis-hadis dua «Ṣoḥīḥ» adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan tidak realistik. Perakuan pada itu adalah tempat yang lain. Bukan makna ini adalah bahawasanya hadis-hadisnya adalah dhaif atau batil atau wujudnya itu di dalamnya dengan banyak seperti selain kedua-duanya daripada karya-karya dalam hadis. Bahkanߨ sebenarnya yang dimaksudkan adalah bahawa wujud di dalamnya hadis-hadis yang tidak sahih kerana penyalahan terhadap realiti walaupun sanadnya sahih atas syarat kedua-duanya.

Kadangkalaܦ didapati di antaranya adalah apa yang ia dalam penyalahan kedua-duanya juga sepertimana ia dibentangkan pada tempatnya. Maksudnya adalah peringatan terhadap makna ini yang tidak penulis semoga Allah merahmatinya mengambil daripadanya dengan sedekat-dekat bahagian kerana meskipun wujudnya para pendusta dalam sanad membawakan hadis-hadis mereka yang tidak keruan lafaznya lagi rosak maknanya dan menyalahi realitiޱ bagaimana mungkin kalau sanadnya bersih daripada mereka dengan berdasarkan zahir sepertimana hadis-hadis dua «Ṣoḥīḥ» atas sebab ia hampir-hampir tidak didapati suatu hadis yang tidak ada pada sanadnya orang yang selamat dari celaan dari jenis ini? Sekalipun yang paling banyak qaul taᶜdil padanyaܦ maka janganlah engkau merasa aneh pembawaan kami untuk hadis-hadis yang banyak ini meskipun pendapatnya semoga Allah merahmatinya bahawa sesungguhnya dia tidak membawakan hadis yang seorang pendusta bersendirian padanya. Sesungguhnya ia sepertimana yang engkau lihat. Tidak cukup dengan itu dan diambil kira dalil itu. Lihatlah pada yang disebutkan. Jangan melihat siapa yang berkata. Salam sejahtera. [Al-Muġīr Alā al-Aḥādiṯ al-Mawḍūa Fī al-Jāmi a-oġhīrm/s 300301keluaran Šarika Dār al-Mašārī].

Kalaulah ini apa yang menjadi manhaj Aḥmad al-Ġumāriyyޱ perlu lagikah persoalan yang berselitkan ejekan: "Adakah kamu lagi faham daripada imam atau ulama ini?". Orang sebegini tidak layak masuk dalam medan perbahasan kerana mereka hanya ingin kekal selesa bersandar dengan apa yang disebutkan atau dilakukan oleh imamnya atau ulama ikutannya tanpa peduli dengan dalil atau pengamatan kritis.

Sememangnya benar bahawa kritikan perlulah didasari kajian yang utuh dan hasil usaha yang sewajarnya serta tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil mudah dalam melemparkan kritikan. Akan tetapiߨ memperlekehkan kemampuan orang lain sesuka hati dan memandulkan semangat intelektualisme adalah perbuatan yang keji lagi celaka.

Mereka menyangka kritis adalah langkah untuk menyalahkan orang lain dan ilmuwannya. Padahalߨ kritis adalah supaya mengikuti atau menolak di atas pemahaman yang jitu didasari dengan pembinaan minda yang kaliberߨ bukan untuk mengikuti secara buta atau menolak secara menyondol seperti babi.

Kita berkata ia adalah kebenaran kerana kita tahu dalilnya, mengerti selok-belok haluannya dan mampu mempertahankannya daripada syubhat dan bidasan lawanߨ bukan kerana semata-mata orang lain yang memberitahu kita sedemikian. Kita berkata ia adalah salah kerana kita cakna pada sandarannya yang rapuh dan tidak ada ruang untuk diselamatkan lagiߨ bukan semata-mata orang lain mengangguk apa sahaja yang disebutkan orang lain. Inilah kritis.

Apabila kita menginginkan kebenaran dan keyakinan yang setara sepertimana para imam kita dan para ulama kita dalam suatu pandangan atau isuߨ maka kita perlulah mendaki di jajaran yang sama dan meneropong di sudut sepertimana yang mereka halakan atau lebih lagi bagi menambahkan keyakinan.

Jika pentaklid adalah orang yang memperakui kebutaan dirinya dan sama seperti binatang yang dikenderaiޱ maka tidak patut seorang pengkaji bersifat sama atau hanya setingkat daripadanya. Sepatutnya mereka juga perlu berusaha untuk berada di posisi capaian yang sama dan cerapan yang setara dalam permasalahan yang berfokus dan tertentu.

Sebegitu jugalah apabila kita ingin menyelisihinya. Kita perlu tahu di mana posisinya, sudut yang mana dia lihat dan bagaimana dia memahaminya. Sekurang-kurangnya kita mengusahakan diri untuk merangkul apa yang dicapai oleh para imam kita sebelum kita mengemukakan dapatan yang berbeza sepertimana ar-Rōziyy dan Aḥmad al-Ġumāriyy lakukan sebelum mengkritik al-Buẖōriyy dan muhadditsin yang lain.

Jika tidakޱ maka ia adalah dapatan sepihak, tidak objektif dan hanya penilaian sebelah mata sahaja. Apabila kita mencapai yang sama sepertimana yang dirangkulkan oleh opposisi kitaޱ maka barulah penilaian kita adil dan menonjolkan kekukuhan kita dalam penghujahan. Sebeginilah kritis yang diidamkan dan dijadikan matlamat yang tertinggi.

Apabila kita berselisih dalam satu hadis yang diperselisihkan sebagai contohޱ maka sewajarnya kita mengumpulkan data dari pihak lawan, memahami analisisnya serta membina sistem saringan daripada kita pada apa yang seharusnya yang dimasukkan, apa yang seharusnya diketepikan, apa yang menjadi valid dalam penghujahan dan seumpamanya.

Seperti inilah yang dilakukan oleh Maḥmūd Saīd Mamdūḥ dalam «Bišāroh al-Mu^min Bi Taṣḥīḥ adīṯ Ittaqū Firōsa al-Mu^min» dalam menyelesaikan pertikaian tentang kesahihan sabda Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam :

اتَّقُوا فِرَاسَةَ المُؤْمِنِ فَإِنَّهُ يَنْظُرُ بِنُورِ اللَّهِ

"Takutlah kalian kepada firasat orang yang beriman. Ini kerana memandang dengan nur Allah". [Sunan at-Tirmiḏiyyno. 3199].

Dia mengumpulkan seluruh jalur sanad bagi hadis ini dari pelbagai kitab, menganalisis perawi setiap satu, menelaah penilaian daripada opposisinya dan membentangkan jawapan balas yang rasional lagi bermanhaj untuk mengukuhkan pandangannya.

Akan tetapiߨ apabila sang bodoh cuba menyampaikan bagaimana sepatutnya seseorang itu menjadi pandai umpama sang ketam ingin mengajarnya anak berjalan lurusޱ kita berhadapan dengan musibah yang mengecewakan seumpama ini. Mereka hanya mampu berhujah bahawa imamnya berkata sedemikian dan panjang perbahasan yang dileretkan akan berbalik kepada kesimpulan untuk melekat pada pandangan imamnyaߨ bukan atas pautan terhadap dalil dan ilmu.

Mereka berkata bahawa kita tidak boleh masuk dalam perbahasan hadis ini melainkan kita perlu menghafal seratus ribu hadis! Padahalߨ yang penting adalah mengumpulkan sanad yang berkaitan dengan hadis itu, mencapai sebanyak yang boleh maklumat tentang perawi dalam sanad tersebut dan mengaplikasikan analisis yang berorientasikan manhaj ahli hadis.

Mereka yang kritis akan tahu mana yang patut dimasukkan dan mana yang patut diketepikan. Hadis-hadis yang berkaitan dengan pemakanan tidak dimasukkan kerana ia tidak ada perkaitan dalam pertikaian itu dan perawi-perawi yang tidak berkenaan tidak perlu dibahaskanߨ malah tidak diambil tahu pun sama sekali tidak menjejaskan perbahasan, apatah lagi penilaian.

Akan tetapiߨ mereka yang seumpama ketam yang ingin mengajarkan anak berjalan lurus tidak mengerti hakikat ini. Saksikanlah kelucuan sang bodoh yang cuba mengajarkan orang lain tentang kepandaian.

Sebegitu juga bagi situasi ar-Rōziyy. Dia mungkin sama sekali tidak menguasai hadis sepertimana al-Buẖōriyy. Namunߨ dalam kes-kes yang spesifik dan isu-isu tertentu dia ada ketajaman dalam pemerhatiannya dan kepakaran dalam pewacanaannya yang mana barangkali kemahiran dalam kes yang speisifk itu setara dengan ahli ilmu yang lain. Sebegitulah Allah membahagikan kelebihan kepada hamba-Nya.

Dalam sebahagian perkara dia boleh mengenal pasti hadis daripada pemalsuan apostasi dan yang diingkari yang tidak disedari oleh mana-mana muhadditsin sehingga dia mampu menyebutkan pendiriannya dalam hal tersebut sekalipun dia lemah dalam penapisan hadis secara umum.

Akan tetapiߨ sang nista yang bodoh yang melagak sebagai pendidik kepada kepandaian ini tidak mengerti perkara ini. Sudahlah mereka hanya mampu berkata dengan apa yang disebutkan imamnya tanpa memahami bagaimana sudut istidlalnya dan sumber sandarannya. Kemudianߨ mereka ingin menjadi jaguh terhadap seterunyaߨ padahal mereka sendiri akui bahawa mereka tidak ada kepakaran dan setara di posisi imamnya dalam permasalahan yang dipertikaikan.

Mereka sendiri mengakui bahawa mereka tidak setara dengan imam yang mereka ikuti. Bahkanߨ mereka memperakui taklid sebagai kebutaan dirinya dan sama seperti haiwan yang dikenderai. Namunߨ mereka mempertahankannya seolah-olah mereka setara dengan kedudukan para imam itu serta yakin menggunung bahawa itulah kebenaran dan mana-mana yang menyelishinya pastinya salah atau mereka itu dari kalangan orang yang suka mencari kemasyhuran murahan.

Mereka kerapkali menuduh orang lain melagak mujtahid atau memandai-mandai. Sekarang mereka yang selalu akui bahawa mereka ini adalah rendahan yang tidak nilai di sisi imam mereka tiba-tiba menjadi layak untuk berbicara seolah-olah menjadi jurubicara dan wakil kepada imam mereka atau seolah-olah berbicara seumpama imam mereka?

Mereka seringkali mempersoalkan orang lain dengan berkata: "Adakah kamu lebih faham daripada imam kami?"ߨ lantas apabila mereka bermati-matian mempertahankanޱ mereka seakan-akan berdiri di tempat kefahaman yang sama sepertimana imam mereka yang mereka selalu sahaja canang dengan nada yang rendah hati bahawa kefahaman mereka tidak akan kesampaian sepertimana mereka.

Bagaimana mungkin mereka tergamak untuk melangkaui apa yang tidak berhak untuk berpijak di atasnya dan yang mereka sendiri akui yang mereka tidak sepatutnya mencampuri urusan itu? Adakah disebabkan permusuhan yang membarah dan kebencian yang menyengat mendorongnya untuk melanggar prinsip yang selalu dicanangkan demi meraih kemenangan pengaruh dan sentimental warga sekeliling secara terdesak serta memperdaya lawannya dengan gagah perkasa yang rapuh?

Sekarang ini mereka tidak mampu mempertahankan imam ikutan yang dia sanjung. Hanya kerana berbeza pendapat terus ditolak. Bukannya membentangkan penghujahan. Malahߨ ada yang pengikut taksub itu sendiri tidak mampu menelaah penghujahan imamnya disebabkan mereka kekurangan alat yang diperlukan.

Itu pun masih menganggap orang lain bodoh dan mencela habis-habisan kerana tidak selari dengan seleranya? Itu pun masih terus mahu menganggap pendapat orang lain tidak valid sedangkan dia sendiri pun tidak mampu untuk menelusuri simpang siur hujah imam ikutannya?

Sebab itu betapa benar kata-kata Leonardo Da Vinci ini. Dia langsung tidak menggunakan kecerdasannya dalam mempertahankan pendapat imam ikutannyaߨ tetapi hanya menggunakan ingatannya. Jika benar dia menggunakan kecerdasanߨ maka bawakan hujah balas ilmiah untuk menegakkan kebenaran tokoh ikutannya. Jika tidakޱ maka itu hanya mempergunakan namanya.

Namunߨ dalam masa yang sama dia menggunakan teknik kesan Kontras supaya membenamkan argumen pihak lawan. Disebabkan imamnya lebih berpengaruh dan banyak cerita-cerita kebaikannya yang berupa kezuduhan, amalan soleh dan lain-lain serta lebih banyak sijil dan sanad pembelajaranߨ maka orang lain yang lebih sedikit perolehan daripadanya tidak akan dilayan pendapatnya. Beginilah cara dia memperkukuhkan ketaksuban dan menebalkan sikap ₍Argumentum Ad Verecundiam₎ atau penyandaran kepada pihak berpengaruh.

Dengan kesan Kontras ini juga dia juga bermain Ad Hominem atau serangan peribadiߨ bukan serangan kepada hujah. Disebabkan seseorang itu mempunyai latar belakang, penampilan atau apa sahaja isu peribadi yang tidak menarik perhatiannya maka terus dibuang argumennya sebelum diteliti.

Dalam menguatkan ₍Argumentum Ad Verecundiam₎ pada dirinya dia berkata: "Imam kami akan menjawab hujah kamu di akhirat nanti". YaKita menyahut cabaran itu kerana kami sedar itu yang kita tanggung apabila menyelisihi seseorang dan menisbahkan kesilapan kepadanya melalui hujah. Namunߨ mereka yang hanya mampu menyerahkan kepada imam dan tidak mampu membina kekuatan sendiri untuk mempertahankan pendapat imamnya melalui hujah teruskan hamburan dan celaan.

Patutkah ḥanafian berkata: "Imam kami akan menjawab hujah kamu di akhirat" apabila dikritik oleh šāfiᶜian dan dalam masa yang sama terus-menerus memanjangkan celaan? Mereka menjadikan alasan itu untuk menghalalkan tindakan jelek mereka.

Mereka sendiri menyerahkan tugas ilmiah dan pertahanan hujah kepada orang disebabkan ketidakmampuan mereka. Mengapa pula mahu menjadi soldadu yang buas untuk menyerang pihak yang dia sendiri tidak dapat membuat perbandingan hujah antara dua yang bertelagah?

Mereka tidak ada keupayaan memahami dalil imam mereka dan mereka juga jahil untuk membuat analisis hujah pihak lawan mereka. Sepatutnya mereka tidak melampaui batas apa yang mereka tidak tahu. Adakah sebab ketaksuban telah melarat sehingga sanggup menjejakkan kaki ke lubang kebinasaan?

Antara cara lain ketika untuk terus bertahan dengan pendapat imamnya adalah bahawa menggunakan hadis tentang ijtihad yang betul mendapat dua pahala dan ijtihad yang salah mendapat satu pahala. Ini kerana dia mendapat pahala atas usaha dan kesungguhannya untuk mencari kebenaranߨ tetapi tidak mendapat bahagian pahala untuk kebenaran dan ketepatan kerana beberapa faktor keralatan. Mereka sedar pendapat tokoh itu salah, lalu mengapa masih berkeras untuk mendakapnya?

Dia telah pun mendapat pahala atas hasil usahanya atas belas kasihan Allahߨ tetapi tidak pada kebenaran. Makaߨ mengapa tidak kasihani diri sendiri untuk mengikut kebenaran? Mereka lebih takut bahawa pendapat tokoh mereka itu dipinggikan dan tidak diikutiߨ tetapi tidak merasa apa-apa dalam membuang kebenaran dan mengecilkannya. Inilah dampak bobrok apabila tokoh lebih didahulukan berbanding kebenaran.

Sebagai tambahanܦ kita renungi riwayat Ibn Šihāb ini :

حَدَّثَنَا عَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ أَخْبَرَنِي يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ سَعْدٍ حَدَّثَنَا أَبِي عَنْ صَالِحِ بْنِ كَيْسَانَ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَنَّ سَالِمَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَهُ أَنَّهُ سَمِعَ رَجُلًا مِنْ أَهْلِ الشَّامِ وَهُوَ يَسْأَلُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ عَنْ التَّمَتُّعِ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ هِيَ حَلَالٌ فَقَالَ الشَّامِيُّ إِنَّ أَبَاكَ قَدْ نَهَى عَنْهَا فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ أَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ أَبِي نَهَى عَنْهَا وَصَنَعَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَأَمْرَ أَبِي نَتَّبِعُ أَمْ أَمْرَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ الرَّجُلُ بَلْ أَمْرَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَقَدْ صَنَعَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

"Bahawasanya Sālim bin Abdullah menceritakan kepadanya bahawasanya dia mendengar seorang lelaki daripada penduduk Syam bertanya kepada Abdullah bin Umar tentang at-Tamatttu yang memulakan umrahߨ kemudian haji. Abdullah bin Umar berkata: Ia adalah halal. Orang Syam itu berkata: Sesungguhnya ayahmu pernah melarang daripadanya. Berkata Abdullah bin Umar: Apa pendapat engkau jika ayahku melarang daripadanyaߨ sedangkan Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam melakukannya? Adakah pendapat ayahku yang kita ikuti atau perbuatan Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam?. Makaߨ lelaki itu berkata: Bahkan perbuatan Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam. Dia berkata: Benar-benar Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam telah melaksanakannya". [Sunan at-TirmiiyyKitāb al-ajj An Rosūlillahno. 823].

Daripada sini kita perlu contohi Ibn Umar yang tidak gentar menyelisihi ayahnya meskipun ayahnya seorang tokoh sahabat kebesaran Rasulullah semoga Allah meredhainya dalam ikutan kepada sunnah. Makaߨ sewajibnya kita perlu bertegas dengan mengikut penghujahan yang kuat setelah melalui pelbagai proses meskipun kesannya adalah menyalahi tokoh-tokoh kebesaran.

Malah apa yang dilakukan oleh Ibn Umar ini adalah seumpama dengan ustaz aswajaean nusantara yang lantang mengkritik wahabi; Nur Hidayat Muhammad ketika mengkritik tokoh ilmuwan ahli bait; Muḥammad bin Ismāīl a-onāniyy: "Tentu sahaja kami bukan taraf a-onāniyy dalam ilmu dan amal. Akan tetapiߨ dakwaan beliau yang ghuluw dan telah disebar oleh salafi wahabi perlu kami jawab melalui kalam-kalam ulama Ahl as-Sunnaẗ Wa al-Jamāaẗ agar tidak mengelirukan kaum awam dan membuka pintu takfir di kalangan masyarakat awam. Atau paling tidakߨ dengan munculnya jawapan buku ini kaum awam boleh tahu bahawa bukan hanya pendapat beliau sahaja satu-satunya dalam masalah ini. Dan sekali lagiܦ kami hanya menukil dan menterjemah kalam ulama yang pakar untuk menjawab syubhat beliauߨ bukan analisis atau pemikiran kami secara peribadi". [Jawapan Balas Terhadap Buku Pemuja Kuburm/s ixkeluaran ARG Training & Consultancy dengan sedikit penyesuaian teknikal].

Sebeginilah prinsip kita dalam mengemukakan kritikan terhadap ulama dan memilih pandangan yang menyelisihinya. Akan tetapiߨ memandangkan kita adalah orang yang berbeza aliran dengannyaܦ maka apa yang kita buat adalah hostiliti terhadap para ulama, bersikap biadap terhadap mereka, mencari kemahsyuran dengan menyanggah mereka secara terang-terangan, berlagak pandai dan pelbagai lagi kata-kata nista.

Padahalߨ prinsip kita adalah adalah sama sepertimana prinsip Nur Hidayat Muhammad yang telah disebutkan prinsip Ibn Ḥajar al-Haytamiyy yang berkata :

اعْلَمْ أَنَّ الِاعْتِرَاضَ عَلَى كَامِلٍ بِرَدِّ شَاذَّةٍ وَقَعَتْ لَهُ لَا يَقْدَحُ فِي كَمَالِهِ وَلَا يُؤْذِنُ بِالِاسْتِهْتَارِ بِوَاجِبِ رِعَايَةِ حَقِّهِ وَأَفْضَالِهِ إذْ السَّعِيدُ مَنْ عُدَّتْ غَلَطَاتُهُ وَلَمْ تَكْثُرْ فَرَطَاتُهُ وَزَلَّاتُهُ وَكُلُّنَا مَأْخُوذٌ مِنْ قَوْلِهِ وَمَرْدُودٌ عَلَيْهِ إلَّا الْمَعْصُومِينَ وَلَيْسَ الِاخْتِلَافُ بَيْنَ الْعُلَمَاءِ الْعَامِلِينَ مُؤَدِّيًا لِحِقْدٍ بَلْ لَمْ يَزَالُوا مِنْ ذَلِكَ مُبَرَّئِينَ

"Ketahuilah bahawa pertentangan terhadap orang yang sempurna dengan sanggahan yang ganjil yang terjadi padanya tidaklah dicela pada kesempurnaannya dan tidak diizinkan untuk sewenang-wenangnya dengan sebab kewajipan pengawasan haknya dan kelebihan-kelebihannya memandangkan yang bahagia adalah orang yang berbilang keralatannyaߨ tetapi tidak menjadi banyak gampangnya dan kegelincirannya. Setiap daripada kita diambil daripada kata-katanya dan ditolak ke atasnya melainkan para maksum. Tidak ada perselisihan di antara ulama yang beramal dalam keadaan menyampaikan kepada hostiliti, bahkan mereka terbebas daripada itu". [Al-Fatāwā al-Fiqhiyyaẗ al-Kubrōjilid 3m/s 3keluaran al-Maktabah al-Islāmiyyah].

Semoga Allah memburukkan lisan dan tangan keparat mereka dalam membuat tuduhan yang keterlaluan sebegini.

Ingatlah bahawa Ibn al-Jawziyy telah berkata: "Taklid kepada senior adalah serosak-rosak kepercayaan. Tidak sepatutnya dia berdebat dengan nama-nama orang. Sepatutnya dia mengikut dalil". Dalil lebih utama diikuti berbanding tokoh kendatipun besarnya kedudukannya di mata dunia dan orang ramai.

Kita sedang membina amalan yang terbaik untuk diri kita bersandarkan bukti ilmiah yang terbaik melalui capaian kita yang semampunya untuk diberatkan sebagai kebenaran. Kita sedang mencari keredhaan Allah dan rasul-Nya, bukan tokoh-tokoh kebesaran selainnya.

Pilihan tokoh dan mereka yang ingin mengikutinya sama ada bertaklid atau berasaskan hujah yang menyokongnya adalah haluan mereka. Kita pula dengan haluan kita jika kita benar-benar faham ikutan dengan dalil keyakinan.

Binasalah orang yang telah tertegaknya keampuhan dalilߨ tetapi berpaling kerana segan untuk menyelisihi tokoh tersebut. Benarlah kata Ibn al-Jawziyy tersebut bahawa taklid kepada senior adalah serosak-rosak kepercayaan. Ini kerana dia tidak merasa segan pun ketika terbentangnya bukti yang jelas daripada Allah dan rasul-Nya.

Dampak Parah Kepada Taklid Yang Melampau Dan Taksub Yang Menebal

Sebahagian orang menganggap bahawa perselisihan pandangan ulamaߨ khususnya mazhab fiqh berlalu sejarahnya dengan penuh harmoni, saling bertoleransi dan diraikan dengan lapang dada.

Dengan kata lain mereka berkata bahawa taklid buta atau taksub ini seolah-olah perkara asing dalam sejarah umat Islam dan ia seperti tidak pernah berlaku. Seolah-olah perjuangan untuk membentak taklid ini adalah usaha pembasmian terhadap sesuatu yang tidak wujud atau hanya sekadar terpencil sahaja. Hakikatnya adalah apa yang mereka tanggap tentangnya tidak mencerminkan realiti sejarah yang pernah berlaku dalam tamadun muslim dan tradisi keilmuan kita.

Muḥammad bin Idrīs aš-Šāfiiyy juga telah menyaksikan ketaksuban yang ada pada zamannya. Ar-Rōbi bin Sulaymān berkata :

رأيت أشهب بن عبد العزيز ساجداً وهو يقول في سجوده: للهم أمت الشافعي وإلا ذهب علم مالك بن أنس فبلغ الشافعي ذلك فتبسم وأنشأ يقول. فذكر البيتين وزاد بيتا ثالثاً:

وقد علموا لو ينفع العلمُ عندهم ... لئن مِتُّ ما الداعي عليَّ بمُخْلَد

Aku melihat Ašhab bin Abdul Azīz bersujud dan dia berkata dalam sujdunya: "Ya Allah! Engkau matikanlah aš-Šāfiiyy. Jika tidakޱ sirnalah ilmu Mālik bin Anas". Laluߨ hal itu sampai kepada aš-Šāfiiyy. Dia pun tersenyum dan dia mula berkata sesuatu. Laluߨ dia menyebut dua bait dan menambah bait ketiga :

"Mereka mengetahui kalau ilmu itu bermanfaat di sisi mereka # Jika aku benar-benar matiޱ tidaklah yang berdoa ke atasku itu kekal abadi". [Manāqib aš-Šāfiiyykarya al-Bayhaqiyyjilid 2m/s 74keluaran Maktaba Dār at-Turōṯtahqiq as-Sayyid Amad oqr].

Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy bercerita tentang ayahnya :

ووقعت له مناظرة بالمدينة المنورة مع حمدان الونيسي الجزائري في محفل عظيم من العلماء. فيهم شيخنا الإمام سيدي محمد ابن جعفر الكتاني والشيخ توفيق الأيوبي الشامي والشيخ أمين سويد الدمشقي أيضا والسيخ عمر حمدان المحرمي والسيد أبو القاسم الدباغ وما يقرب من عشرين عالما كانوا مجتمعين بضريح سيدنا حمزة رضي الله عنه. وبعضهم يسرد تفسير ابن عجيبة، فمرت مسألة البحر البحث فيها بينهم إلى مخالفة المذهب. فتكلم الونيسي بكلام أراد به التنكيت على سيدي أبي القاسم الدباغ لأنه كان من المعلنين بنبذ التقليد والعمل بالسنة وظن الونيسي أنه منفرد بذلك من بين الحاضرين. فانبرى له الشيخ رضي الله عنه وناظر مناظرة بهرت عقول الحاضرين ومكثوا يتحدثون بها طول عمرهم. كلما جرى ذكر الشيخ رضي الله عنه حتى ذكر كل من السيد أبي القاسم الدباغ والشيخ عمر حمدان على الانفراد في أوقات مختلفة قالوا: "ما كنا بمثل الونيسي أمام الشيح إلا كهر صغير بين يدي أسد عظيم". فلما ألزمه الحجة، ولم يجد من يد الشيخ مفرا قال في حمية وغضب للتقليد والشيطان: "ما قاله الله ورسوله أضعه تحت قدمي. وما قاله خليل أجعله فوق رأسي". فقال له الشيخ: "الآن سقط الكلام معك ولو أخبرتنا بهذا من أول وهلة، ما ناظرناك لأننا كنا نظن أنك تناظر عن جهل بالمسألة وخطأ في النظر والاعتقاد وحيث وصلت إلى حد الكفر والردة والعناد، فلا كلام لنا مع من هذا حاله".

Terjadi kepadanya suatu perdebatan di Madinah Munawwaroh bersama Ḥamdān al-Wunīsiyy al-Jazā^iriyy pada majlis pertemuan yang besar dari kalangan ulama. Dalam kalangan mereka ada syeikh kami; al-Imām penghulu kita; Muammad Ibn Jafar al-Kattāniyy, aš-Šay Tawfīq al-Ayyūbiyy aš-Šāmiyy, aš-Šay Amīn Suwayd ad-Dimašqiyy juga, aš-Šayẖ Umar amdan al-Muarromiyy, as-Sayyid Abū al-Qōsim ad-Dabbāġ dan jumlah yang mendekati dengan dua puluh ulama. Mereka berkumpul di birai pusara penghulu kita; amza semoga Allah meredhainya. Sebahagian mereka menyebutkan tafsir Ibn Ajībah. Lantasߨ permasalahan ₍al-Baḥr₎ memenuhi perbahasan sesama mereka padanya sehingga ke penyelisihan mazhab itu. Al-Wunīsiyy berbicara dengan bicara yang bermaksudkan penistaan terhadap Sayyidī Abū al-Qōsim ad-Dabbāġ kerana dia termasuk golongan yang menyatakan diri terhadap penyisihan terhadap taklid dan pengamalan dengan sunnah. Al-Wunīsiyy menyangka bahawa dia bersendirian dengan hal itu dari kalangan mereka yang hadir.

Aš-Šayẖ semoga Allah meredhainya membingkas kepadanya dan berdebat dengan pendebatan yang mengujakan akal mereka yang hadir serta mereka kekal berbicara tentangnya sepanjang umur mereka. Setiap kali berlalunya penyebutannya aš-Šayẖ semoga Allah meredhainya sehingga penyebutan semua daripada as-Sayyid Abū al-Qōsim ad-Dabbāġ dan aš-Šay Umar amdān atas kesendirian pada beberapa waktu yang beragamޱ mereka berkata: "Tidaklah kami semisal al-Wunīsiyy melainkan permainan sang kecil di hadapan singa yang besar". Ketikamana hujah itu menundukkannya dan tidaklah dia mendapati jalan lari dari tangan aš-Šayẖޱ dia berkata dalam keadaan kebongkakan dan marah kerana taklid dan syaitan: "Apa yang Allah dan rasul-Nya katakan telah aku letakkannya di bawah kakiku. Apa yang H̱olīl katakan telah aku jadikannya di atas kepalaku!". Aš-Šayẖ berkata: "Sekarang terputus bicara ini bersamamu. Kalaulah engkau mengkhabarkan kepada kami dengan ini dari awal-awal lagiޱ kami tidak akan berdebat denganmu kerana kami pada asalnya menyangka engkau berdebat tentang kejahilan dalam permasalahan ini serta tersalah dalam pemerhatian dan iktikad. Ketikamana engkau sampai ke had kekufuran, kemurtadan dan perseteruanߨ maka tidak ada bicara pada kami bersama orang yang ini adalah keadaannya". [At-Taṣowwur Wa at-Taṣdīq Bi Aẖbār aš-Šayẖ Sayyidī Muḥammad Ibn aṣ-Ṣiddīqm/s 60-61keluaran Maktaba al-H̱ōnjiyy Wa Mabaāẗuhā].

Aḥmad al-Ġumāriyy juga berkata :

وقد أفتينا مرة في مسألة واستدللنا لها بالحديث. فأخذ السائل تلك الفتوى إلى الفرطاخ، وكان من علماء تطوان. فلما قرأها غضب واحتد وقطعها. ثم رمى بها وقال للرجل: "إذا جئتني مرة أخرى بفتوى فيها حديث، بعثتك إلى السجن". وناظرت مرة رجلا من تطوان، فصار يصيح ويقول: "يا عباد الله! أيأمرنا هذا الرجل بالكفر؟ أيأمرنا أن نترك خليلا ونعمل بالحديث؟".

"Aku pernah memberi fatwa sekali pada suatu permasalahan dan kami beristidlal dengan hadis untuknya. Laluߨ penanya fatwa itu membawa kepada al-Farṭōẖ. Dia salah seorang daripada ulama Tetouan. Tatkala orang itu membacanyaޱ dia marah, berang dan mengoyakkannya. Kemudianߨ dia mencampaknya dan berkata kepada orang itu: Apabila engkau bawa fatwa yang ada hadis di dalamnya kepadakuޱ nescaya aku menghantarmu ke penjara. Aku pernah berdebat sekali dengan seseorang dari Tetouan. Laluߨ dia mula berkata: Wahai hamba-hamba Allah! Adakah lelaki ini menyuruh kita untuk kufur? Adakah dia menyuruh kita untuk meninggalkan H̱olīl dan beramal dengan hadis?". [Darr al-Ġomām ar-Roqīq Bi Rosā^il aš-Šayẖ as-Sayyid Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīqkarya Abdullah bin Abdul Qōdir at-Talīdiyym/s 40-41].

Aḥmad al-Ġumāriyy juga berkata :

وكتاب التونسي الذي تسأل عنه طبع منذ ثلاثين سنة تقريبا. ومؤلفه هو المجرم الأحمق عدو الله روسوله صلى الله عليه وسلم حقا؛ يوسف الكافي الذي يعتقد يقينا لا شك فيه عنده كفر من يعمل بالسنة واستحلال دمه وريرى وجوب عبادة مالك وعدم الخروج. فهو من المغاربة الحمقى الخبثاء جدا جدا جدا.

"Kitab at-Tūnisiyy yang engkau bertanya tentangnya telah pun dicetak semenjak kira-kira tiga puluh tahun lalu. Penulisnya adalah penjenayah bebal lagi musuh Allah dan rasul-Nya ollallāhu alayhi wasallam yang sebenar-benarnya؛ iaitu Yūsuf al-Kāfiyy yang beriktikad dengan yakin tanpa syak padanya di sisinya mengkafirkan orang yang beramal dengan sunnah, menghalalkan darahnya serta berpandangan wajib pengibadatan kepada Mālik dan tidak boleh keluar daripadanya. Dia termasuk warga Morocco yang bebal lagi jijik bersangatan lagi bersangatan lagi bersangatan". [Darr al-Ġomām ar-Roqīq Bi Rosā^il aš-Šayẖ as-Sayyid Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīqkarya Abdullah bin Abdul Qōdir at-Talīdiyym/s 186].

Maḥmūd Saīd Mamdūḥ mengutip kalam daripada Amad al-Ġumāriyy yang menyebutkan :

والقسم الثالث من المقلدة وهم -في نظر المرتجم له- العلماء الجامدون على المذاهب تقليدا لا تنقيدا واتباعا ويزيدون على ذلك عداوتهم لمن يعلن طلب الدليل والبحث عنه والدعوة لاتباعه كما جاء عن يوسف النبهاني أنه يتقذر من رؤية الداعين إلى العمل بالدليل كما يقذر من رؤية النجاسة! وكما قال جعفر الكتاني في الرد على عبد الله السنوسي: "وبعد، فقد نبغت نابغة من المجوس رأسهم ابن حزم يقولون: "لا يجوز العمل إلا بكتاب الله وحديث رسوله صلى الله عليه وسلم وآله وسلم"! فسماهم مجوسا وجعل علة تمجسهم قولهم: "لا يجوز العمل إلا بكتاب الله والحديث"! ثم قال في آخر كتابه الخرافي: "الفصل العاشر في تحريم العمل بكتاب الله وحديث رسوله صلى الله تعالى عليه وآله وسلم... إلى آخر"! هكذا يصرح بتحريم بكل جرأة ووقاحة! وسمى الخضر الشنقيطي كتابه في نصرة التقليد: "قمع أهل الزيغ والإلحاد عن الطعن في أئمة الاجتهاد". فسماهم ملاحدة وجعل قولهم: "لا يجوز تقليد الأئمة" طعنا فيهم! وقال القادري في رسالته في العمل بالضعيف من أقوال المذهب: "فإن قلت هل يجوز العمل بالحديث؟ فالجواب: لا"!. ولو أملينا عليك ما سمعناه منهم ووقع لنا معهم، لسمعت العجب العجاب.

"Jenis ketiga dari kalangan pentaklid adalah mereka menurut pemerhatian pembiografi untuknya adalah ulama yang jumud dengan sekalian mazhab secara taklidߨ bukan kerana kritis dan bukan kerana adheren. Mereka menambahkan permusuhan mereka pada itu terhadap orang yang menyatakan diri mencari dalil, berbahas tentangnya dan menyeru kepada ikutan kepadanya sepertimana datang khabar daripada Yūsuf an-Nabhāniyy bahawa dia merasa jijik melihat penyeru kepada beramal dengan dalil sepertimana dia merasa jijik melihat najis! Dan sepertimana kata Jafar al-Kattāniyy dalam bantahan terhadap Abdullah as-Sanūsiyy: Setelah itu, telah muncul orang ternama dari kalangan Majusi yang pemukanya adalah Ibn Ḥazm berkata bahawa tidak harus beramal melainkan dengan kitab Allah dan hadis rasul-Nya ollāllah taālā alayhi wa ālihi wa sallam! Dia menamakan mereka dengan Majusi dan mejadikan sebab kemajusiannya adalah kata-kata mereka: Tidak harus beramal melainkan dengan kitab Allah dan hadis! Kemudianߨ dia berkata pada akhir kitabnya yang mengarut: Fasal kesepuluh pada pengharaman beramal dengan kitab Allah dan hadis rasul-Nya ollāllahu taālā alayhi wa ālihi wa sallam ∫∫∫∫sehingga akhir∫∫∫∫! Sedemikian ini dia menyatakan jelas dengan pengharaman itu dengan setiap nekat dan lancang! Kemudianߨ al-Ḥoḍir aš-Šinqīṭiyy menamakan kitabnya dalam membela taklid dengan «Menjauhkan Ahli Penyeleweng Dan Apostasi Dari Celaan Terhadap Para Imam Ijtihad ». Laluߨ dia menamakan mereka sebagai apostasi dan menjadikan kata-kata mereka: Tidak harus taklid kepada para imam sebagai celaan terhadap mereka! Berkata al-Qōdiriyy dalam risalahnya tentang pengamalan dengan yang dhaif dari pendapat-pendapat mazhab: "Jika engkau berkata adakah harus beramal dengan hadisޱ maka jawapannya adalah tidak! Kalau kami mendiktekan untukmu apa yang kami telah mendengarnya daripada mereka dan terjadi hal itu kepada kita bersama merekaޱ pasti engkau mendengar keajaiban yang terlampau ajaib". [Musāmaroẗ aṣ-Ṣiddīq Bi Ba Awāl Amad Ibn a-iddīqm/s 103].

Aḥmad al-Ġumāriyy juga berkata :

أما مسألة الباجي والريفي وأمرهما بقتل من خالف المذهب في الطلاق الثلاث، فلا غرابة في ذلك لمن عرف شر البدعة وتغلغلها في النفوس. فإن المبتدع يعتقد بدعته دينا وينافخ عنها منافخة المؤمن عن الحق وشر البدع وأخبثها بدعة التقليد. فإن كثيرا من البدع لا يبلغ درجة الشرك وعبادة المخلوق مع الله تعالى ولو وحدوه لكان في الأمر خفة. ولكنهم يرون أن كلام أربابهم ورأيهم مقدم على كلام الله ورسوله وأفضل منه وأولى الحق، بل أوجب بالقبول والامتثال. قبحهم الله. وقد سعى الباجي وأصحابه في قتل ابن حزم وهلاكه. ولما لم تصل يدهم إلى ذلك، حرقوا كتبه ونفوه وطردوه. وقد تحاربوا وتقاتلوا ومات منهم المائات أو العشرات في حرب أبي نصر ابن القشيري مع الحنابلة لأجل تقليد الأشعري. وفقهائكم أهل تطوان برئاسة الزواق أردوا الفتك بنا امتثالا لقول ابن عاصم أو غيره: "ومن جفا القاضي فالتأديب" حيث كتبنا لابن عبدون إلى الشاون وقلنا في حق العلمي: "إنه أجهل من حمار وأضل من بعير". ولولا أن الله دافع عنا وحمانا بالأعداء حيث حاز الحكم الجنرال وركاص وقال لهم: "اذهبوا فسأنظر"، لكان ما كان مما لست أذكره فظن شرا ولا تسأل عن الكدر. وكنت كتبت لهم على يد قاضي طنجة رسالة مطولة في تجهيلهم وتجهيل من قال: "ومن جفا القاضي فالتأديب". وذكرت لهم أنه وجد من جفا سيد الخلق صلى الله عليه وسلم، ثم أبا بكر، ثم عمر، ثم عثمان، ثم علي في خلافتهم، فا أدب واحد منهم الجافي.

Adapun permasalahan al-Bājiyy dan ar-Rīfiyy serta perintah mereka berdua untuk membunuh sesiapa yang menyalahi mazhab dalam talak tigaޱ maka tidak ada kepelikan pada itu bagi sesiapa yang mengenali keburukan bidaah dan susupan rebaknya pada jiwa. Sesungguhnya pelaku bidaah beriktikad bidaahnya termasuk dalam agama dan mempertahankannya dengan pertahanan orang beriman terhadap kebenaranߨ sedangkan seburuk-buruk bidaah dan yang sekeji-kejinya adalah bidaah taklid. Ini kerana kebanyakan daripada bidaah tidak sampai kepada darjat syirik dan pengabdian makhluk bersama Allah Taālā. Kalaulah mereka mempersatukannyaޱ pasti ia adalah isu yang ringan bebannya. Akan tetapiߨ mereka berpandangan bahawa kalam-kalam tuan mereka dan pandangan mereka didahulukan berbanding kalam Allah dan sunah rasul-Nya serta lebih mulia daripadanya dan lebih utama kebenarannya. Bahkanߨ dia mewajibkan penerimaan dan menurutinya. Al-Bājiyy dan sahabat-sahabatnya berusaha untuk membunuh Ibn Ḥazm dan penghancurannya. Tatkala tidak sampai tangan mereka pada ituޱ mereka membakar kitabnya, meminggirkannya dan memboikotnya. Adakalanyaܦ mereka saling berperang dan bersabung. Beratusan atau beratus dozen yang mati pada peperangan Abū Naṣr Ibn al-Qušayriyy bersama ḥanbalian kerana taklid terhadap al-Ašariyy.

Fuqaha kalian؛ iaitu warga Tetouan dengan kepimpinan az-Zawwāq berkemahuan untuk menjagal kami kerana menuruti kata-kata Ibn Āṣim atau selainnya: "Sesiapa yang mengecam hakimޱ maka didenda" memandangkan kami menulis untuk Ibn Abdūn kepada warga Chefchaouen dan kami berkata dengan hak ilmu: "Sesungguhnya dia lebih jahil daripada keldai dan lebih sesat daripada unta". Kalaulah bukan kerana Allah membela kami dan melindungi kami dengan para musuh ketikamana hukuman itu sampai kepada jeneral Wirkas dan dia berkata kepada mereka: "Pergilah! Nanti aku lihat"ޱ pasti ia bukan sememangnya daripada apa yang aku sebutkanߨ lalu jangkakan keburukan dan usah bertanya tentang keributannya. Aku telah menulis untuk mereka melalui tangan hakim Tangier risalah yang panjang dalam menghukum jahil terhadap mereka dan menghukum jahil terhadap orang yang berkata: "Sesiapa yang mengecam hakimޱ maka didenda". Aku menyebut kepada mereka bahawa dia mendapati sesiapa yang mengecam penghulu makhluk ollāllahu alayhi wasallamߨ kemudian Abū Bakrߨ kemudian Umarߨ kemudian Umānߨ kemudian Aliyy pada kekhilafahan merekaޱ mereka tidak mendenda seorang pun daripada mereka؛ iaitu pengecam". [Al-Jawāb al-Mufīd Li as-Sā^il al-Mustafīddikumpulkan Abū al-Fal Badr al-Imrōniyym/s 9899keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyya].

Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq; tokoh sufi berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam berkata :

حكى بعض الإخوان أنه أنكر على أحد المتصوفة الجاهلين مخالفة السنة في عمل عمله. فقال له: "شيخي كان يعمل هذا العمل. ولو دخل شيخي النار لدخلتها معه!".

"Sebahagian saudara menceritakan bahawa dia mengingkari salah seorang pengamal tasawwuf yang jahil kerana menyalahi sunnah pada amalannya. Laluߨ dia berkata kepadanya: Syeikhku dahulu selalu beramal dengan amal ini. Kalau syeikh aku masuk nerakaޱ pasti aku akan masuk ke sana bersamanya!". [Az-Zāwiya Wa Mā Fīhā Min al-Bida Wa al-Amāl al-Munkarom/s 43].

Abdul ayy bin Muammad bin a-iddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli uṣūl berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam berkata :

وأما قول المهدي الوزاني في رسالة "النصر لكراهة القبض": "لا يجوز لأحد أن يفتي بغير المشهور في المذهب لأن المغرب لا يوجد فيه من يعرف المذاهب الأخرى في وقته"، فإنه قول باطل وعن الدليل عاطل. ولا غرابة في صدور هذا الهراء من مثله ممن لم يعرق من العلم إلا نقل كلام من سبقه والجمود على قول فلان ونص علان وتسليم الحارث بن همام. فالكلام مع مثله لا فائدة فيه ولا ثمرة تجنى من ورائه لأنه التقليد أعمى أبصارهم وبصائرهم وأفقدهم عقولهك التي ميز الله سبحانه بها الإنسان على سائر الحيوان لتكون أداة للبحث والنظر للتمييز بين الحق والباطل والصواب والخطأ. فقد ضيعوا هذه المحنة العظيمة وصاروا كآلة التسجيل التي تحكي ما يقال أمامها بدون نظر ولا بحث ولا تمحيص له. فالعقول لهم والتفكير لغيرهم! وكفى بهذا حمقا وجهلا! وإذا كان المهدي الوزاني يقول هذا، فإن أبا بكر الطرطوشي قال ما هو أعظم من هذا دلالة على الجمود الفكري والتعصب المذهبي. قال -وبئس ما قال-: "إن مصحف المقلد هو مذهب إمامه" كما أن التسولي قال في أول "شرح التحفة": "لا يجوز للمقلد أن يعدل عن مشهور مذهبه ويعمل بالحديث وإن قال إمامه بصحته". وأين هؤلاء من وصية إماههم بترك قوله المخالف للحديث؟ ولكن الكلام معهم لا فائدة فيه أصلا لأن التعصب للمذهب جعل على أبصارهم وبصائرهم غشاوة فهم لا يبصرون.

"Adapun kata-kata a-Mahdiyy al-Wazzāniyy dalam risalah «an-Naṣr Li Karōhaẗ al-Qobḍ»: Tidak harus untuk seseorang berfatwa selain yang masyhur dari mazhab kerana Morocco tidak pernah didapati padanya orang yang mengenali mazhab lain pada waktunyaޱ maka sesungguhnya ia adalah kata-kata yang batil dan destitut dari dalil. Tidak ada kepelikan di dada kemeracauan ini dari semisalnya dari kalangan orang yang tidak mengenali dari ilmu melainkan penukilan kalam orang yang mendahuluinya, jumud terhadap pendapat fulan dan teks begitu-begitu serta kepasrahan al-Ḥāriṯ bin Hammām. Bicara bersama semisalnya tidak ada faedah padanya dan tidak ada buah yang dipetik dari sebaliknya kerana taklid itu adalah membutakan penglihatan mereka dan kecelikan mereka serta memudarkan akal-akal mereka yang Allah Subḥānahu membezakan manusia ke atas sekalian haiwan dengannya agar ia menjadi instrumen untuk pengkajian dan pemerhatian untuk membezakan kebenaran dan kebatilan serta yang betul dan yang salah. Mereka telah menyia-nyiakan anugerah yang agung ini dan menjadi seperti alat-alat catatan yang memetik apa yang dikatakan di hadapannya tanpa memerhati, tidak mengkajinya dan tidak menyemaknya. Akal-akal itu adalah milik mereka dan fikiran itu adalah untuk selain mereka. Cukuplah ini sebagai kedunguan dan kebodohan!

Apabila al-Madhiyy al-Wazzāniyy berkata iniޱ maka Abū Bakr aṭ-Ṭurṭūšiyy berkata apa yang lebih dahsyat daripada ini sebagai petunjuk terhadap kejumudan fikiran dan taksub mazhab. Dia berkata betapa buruknya apa yang dia katakan: Sesungguhnya mushaf pentaklid adalah mazhab imamnya sepertimana at-Tusūliyy berkata pada awal «Šar at-ufah»: Tidak harus untuk pentaklid menyimpang dari yang masyhur mazhabnya dan beramal dengan hadis walaupun imamnya berpendapat kesahihannya. Di mana mereka ini pada wasiat imam mereka untuk meninggalkan pendapatnya yang menyalahi hadis? Akan tetapiߨ bicara bersama mereka tidak ada faedah padanya sama sekali kerana ketaksuban terhadap mazhab menjadikan terselindung pada penglihatan mereka, lalu mereka tidak melihatnya!". [Baḏl al-Māūn Fī Mas^alah Amāwūnterhimpun dalam judul «al-Ajwiba al-Fiqhiyya Li al-Uṣūliyy Li Abd al-ayy Ibn a-iddīq al-Ġumāriyy» yang dihimpunkan oleh Muammad Ilyās al-Marrōkišiyym/s 310311keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyya].

Ẓōfir Jamāluddīn al-Qōsimiyy menceritakan tentang ayahnya yang didakwa di mahkamah kerana membentuk kumpulan untuk perbahasan secara bebas tanpa terikat dengan mazhab tertentu :

وأما المحاكمة الجديدة، فقد بدأت باستجواب القاسمي وسؤاله عن التهمة الموجهة إليه. وهي: "إنكم تجتمعون على تفسير القرآن الكريم والحديث برأيكم وتردون الأئمة المجتهدين؟ هل قلتم بطهارة الخمر؟ هل وضعت الحاشية على كتاب الشعراني كشف الغمة؟ هل قلت لرجل استفتاك: خذها على مذهبي، الجمالي؟". وبعد أن أجاب على النحو الذي ستراه فيما دونه القاسمي نفسه، قال له المفتي: "ما لكم ولقراءة الحديث؟ يلزم قراءة الكتب الفقهية والحجر على قراءة الكتب الحديثية والتفسيرية!".

"Adapun perbicaraan baharuޱ ia memulakan dengan meminta jawapan al-Qōsimiyy dan soalan kepadanya tentang tohmahan yang dikemukakan kepadanya. Ia adalah: Sesungguhnya kalian berkumpul untuk tafsir Quran yang mulia dan hadis dengan pandangan peribadi kalian dan kalian menolak para imam mujtahid? Adakah kalian berpendapat kesucian arak? Adakah kalian meletakkan hasyiah ke atas kitab aš-Šarōniyy؛ iaitu «Kašf al-Ġummah»? Adakah engkau berkata kepada seseorang yang bertanya kepadamu: Ambillah ia atas mazhabku؛ iaitu jamālian?". Selepas al-Qōsimiyy sendiri menjawabnya melalui sisi yang engkau akan melihatnya pada apa yang selainnyaܦ mufti itu berkata kepadanya: Mengapa dengan kalian dan pembacaan hadis? Dikompalserikan pembacaan kitab fiqh dan diforbidkan pembacaan kitab-kitab hadis dan tafsir!". [Jamāluddīn al-Qōsimiyy Wa Aruhm/s 45keluaran al-Mabaa al-Hāšimiyya].

Bahkanߨ sejarah muslim telah menyaksikan berlakunya perpecahan, pergeseran dan saling mencela antara satu sama lain kerana masing-masing berebut untuk meluaskan pengaruh mazhab ke serata tempat. Ini boleh dilihat dalam kitab «at-Taߨaṣṣub al-Maḏhabiyy Fī at-Tārīẖ al-Islāmiyy» karya H̱ōlid Kabīr Allāl.

Sekarangߨ jelaslah pada kita betapa parahnya ketaksuban dan taklid yang menebal sehingga akhirnya menjadi orang yang memusuhi kitab Allah Tabāroka Wa Taālā dan sunnah rasul-Nya ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam sama ada dia sedar ataupun tidak.

Mungkin sahaja pentaklid tidak suka fakta ini atau berpura-pura menganggap ia tidak begitu penting demi menyelindungkan sikap denaialnya. Namunߨ bagi orang yang telah berhadapan dengan keparahan penyakit ini fahamlah dia mengapa dia begitu tegas dan lantang dalam hal ini.

Apa yang terjadi pada catatan sejarah ini membenarkan kata-kata Aḥmad bin Ḥanbal: "Antara yang menyempitkan ilmu seseorang adalah bertaklid". Begitu juga dengan kata-kata Ibn al-Jawziyy: "Taklid kepada senior adalah serosak-rosak kepercayaan". Perhatikanlah dan renungkanlah.

Jangan Gentar Bersendirian

Ada masanyaܦ dalam mengikut kebenaran kita perlu bertegas terhadap diri kita untuk berteguh dengannya meskipun menyelisihi seluruh sekalian para ulama sepanjang zaman. Lihat pendirian Abdullah bin Muammad bin a-iddīq al-Ġumāriyy; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam yang menyatakan pilihan pandangannya yang bersendirian :

فهذا بحث لم أسبق –والحمد لله- إليه، ولا غُلبت –والمنة لله- عليه، وهو يتعلق بنسخ تلاوة آية من القرآن، أي: نسخ لفظها بعد أن كانت من القرآن، فلا تبقى قرآنا. وهذا هو ما خالفت فيه علماء الأصول قاطبة، ومعهم المتخصصون في علوم القرآن الكريم، وكتبت هذا الجزء لبيان ما ذهبت إليه، والاحتجاج له بدلائل قطعية لا تبقي شكا في صحة قولي، ولو تفطن لها المتقدمون ما عدلوا عنها

"Ini adalah yang belum pernah didahuluiku segala puji bagi Allah padanya dan tidak pernah aku dikalahi dan segala kurnia adalah milik Allah padanya. Ia adalah yang berkaitan dengan penasakhan pembacaan salah satu ayat daripada ayat Quran؛ iaitu penasakhan lafaznya selepas ia berada dalam Quranߨ lalu tidak dikekalkan pembacaannya. Ini adalah apa yang aku menyalahi ulama uṣūl secara keseluruhannya dan mereka yang berpengkhususan dalam ulūm al-Qur^ān yang mulia bersamanya. Aku menulis juzuk ini untuk menerangkan apa yang aku berpandangan padanya dan berhujah dengan dalil-dalil putus padanya yang tidak akan tersisa keluhan terhadap kejituan pendapatku. Kalaulah para pendahulu menyedari iniޱ pasti mereka tidak akan menyimpang daripadanya". [Ḏawq al-Ḥalāwaẗ Bi Bayān Imtinā Nas at-Tilāwam/s 3keluaran Maktabaẗ al-Qōhiroẗ].

Sama ada benar atau tidak pandangannyaܦ itu terserah kepada pembaca. Yang penting adalah mengamati bagaimana ketegasannya untuk berteguh dengan pendapatnya meskipun ia menyalahi keseluruhan pandangan ulama yang berkemahiran dalam bidang dan lapangan tersebut.

Jika yang tinggal di suatu zaman hanya empat mazhab sahajaޱ lihat sikap adiknya; Abdul ayy al-Ġumāriyy. Dia berkata :

هذا الشرط باطل لا مرية في بطلانه وإن اتفق عليه أصحاب المذاهب

"Syarat ini adalah batil tanpa sangsi pada kebatilannya walaupun sahabat-sahabat mazhab bersependapat padanya". [Ruẖos aṭ-Ṭohāroẗ Wa aṣ-Ṣolāẗ Wa Tašdīdāt al-Fuqohā^terhimpun dalam judul «al-Ajwiba al-Fiqhiyya Li al-Uṣūliyy Li Abd al-ayy Ibn a-iddīq al-Ġumāriyy» yang dihimpunkan oleh Muammad Ilyās al-Marrōkišiyym/s 388keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyya].

Apa yang menjadi haluan Abdullah al-Ġumāriyy dan adiknya ini bukanlah yang baharu. Malahߨ ini jugalah yang ditempuhi Aḥmad bin Ḥanbal dalam kebersendiriannya dalam beberapa pandangannya. Inilah yang ditegaskan Ibn Masūd yang berkata :

الجماعة ما وافق الحق وإن كنت وحدك

"Sodaliti adalah apa yang menepati kebenaran walaupun engkau bersendirian". [Tahḏīb al-Kamāl Fī Asmā^ ar-Rijālkarya al-Mizziyyjilid 22m/s 264keluaran Mu^assasa ar-Risālaẗtahqiq Baššār Awwād Marūf].

Kata Nuaym bin ammād :

إذَا فَسَدَتْ الْجَمَاعَةُ فَعَلَيْك بِمَا كَانَتْ عَلَيْهِ الْجَمَاعَةُ قَبْلَ أَنْ تَفْسُدَ، وَإِنْ كُنْت وَحْدَك، فَإِنَّك أَنْتَ الْجَمَاعَةُ حِينَئِذٍ

"Apabila rosaknya sodalitiޱ maka hendaklah engkau apa yang sodaliti berada di sana sebelum ia merosak. Jika engkau bersendirianޱ maka sesungguhnya engkau adalah sodaliti ketika itu". [Ilām al-Muwaqqiīn An Robb al-Alāmīnkarya Ibn Qoyyim al-Jawziyyajilid 5m/s 389keluaran Dār Ibn al-Jawziyy Li an-Našr wa at-Tawzī].

Ibn al-Qoyyim al-Jawziyyah berkata :

وَلَا يُعْرَفُ إمَامٌ مِنْ أَئِمَّةِ الْإِسْلَامِ أَلْبَتَّةَ قَالَ: لَا نَعْمَلُ بِحَدِيثِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى نَعْرِفَ مَنْ عَمِلَ بِهِ

"Tidak diketahui sama sekali imam daripada para imam Islam berkata: Kami tidak akan beramal dengan hadis Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam sehingga kami tahu siapa yang beramal dengannya". [Ilām al-Muwaqqiīn An Robb al-Alāmīnjilidm/s 69keluaran Dār Ibn al-Jawziyy Li an-Našr wa at-Tawzī].

Katanya lagi :

فَدُفِعْنَا إلَى زَمَانٍ إذَا قِيلَ لِأَحَدِهِمْ " ثَبَتَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ كَذَا وَكَذَا " يَقُولُ: مَنْ قَالَ بِهَذَا؟ وَيَجْعَلُ هَذَا دَفْعًا فِي صَدْرِ الْحَدِيثِ، أَوْ يَجْعَلُ جَهْلَهُ بِالْقَائِلِ بِهِ حُجَّةً لَهُ فِي مُخَالَفَتِهِ وَتَرْكِ الْعَمَلِ بِهِ، وَلَوْ نَصَحَ نَفْسَهُ لَعَلِمَ أَنَّ هَذَا الْكَلَامَ مِنْ أَعْظَمِ الْبَاطِلِ، وَأَنَّهُ لَا يَحِلُّ لَهُ دَفْعُ سُنَنِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِثْلِ هَذَا الْجَهْلِ

"Kita terhenti pada zaman apabila dikatakan kepada seseorang: Telah sabit daripada Nabi ollallāhu alayhi wasallam baginda bersabda demikian dan demikianޱ mereka berkata: Siapa pula yang berpendapat sedemikian?. Mereka menjadikan ini sebagai penolakan kepada isi hadis atau menjadikan ketidaktahuannya tentang orang yang berpendapat dengannya sebagai hujah untuk menyalahinya dan meninggalkan pengamalannya. Kalaulah dia membersihkan dirinyaޱ pasti dia mengetahui bahawa perkataan ini adalah sebesar-besar kebatilan dan sesungguhnya tidak halal menolak sunnah Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam dengan ketidaktahuan seperti ini". [Ilām al-Muwaqqiīn An Robb al-Alāmīnjilid 4m/s 188keluaran Dār Ibn al-Jawziyy Li an-Našr wa at-Tawzī].

Katanya lagi :

إذا كان عند الرجل الصَّحيحان أو أحدهما أو كتاب من سنن رسول اللَّه ءصلى اللَّه عليه وسلم موثوق بما فيه، فهل له أن يفتي بما يجده فيه؟ فقالت طائفة من المتأخرين: ليس له ذلك؛ لأنه قد يكون منسوخًا أو له مُعارِض أو يفهم من دلالته خلاف ما يدل عليه أو يكون أمر ندب فيفهم منه الإيجاب أو يكون عامًا له مخصِّص أو مطلقًا له مقيِّد، فلا يجوز له العمل، ولا الفتيا به حتى يسأل أهل الفقه والفتيا. وقالت طائفة: بل له أن يعمل به ويفتي به، بل يتعيَّن عليه، كما كان الصحابة يفعلون إذا بلغهم الحديث عن رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وسلم، وحدَّث به بعضهم بعضًا بادروا إلى العمل به من غير توقّف، ولا بحث عن معارض، ولا يقول أحد منهم قط: هل عمل بهذا فلان وفلان؟! ولو رأوا من يقول ذلك لأنكروا عليه أشد الإنكار، وكذلك التابعون، وهذا معلوم بالضرورة لمن له أدنى خبرة بحال القوم وسيرتهم وطول العهد بالسنة وبُعد الزمان وعتقها لا يسوغ ترك الأخذ بها والعمل بغيرها ولو كانت سنن رسول اللَّه ءصلى اللَّه عليه وسلم لا يسوغ العمل بها بعد صحتها حتى يعمل بها فلان أو فلان لكان قول فلان أو فلان عيارًا على السنن ومزكيًا لها وشرطًا في العمل بها، وهذا من أبطل الباطل، وقد أقام اللَّه الحجة برسوله دون آحاد الأمة، وقد أمر النبي صلى اللَّه عليه وسلم بتبليغ سنته، ودعا لمن بلغها. فلو كان من بلغته لا يعمل بها حتى يعمل بها الإمام فلان، والإمام فلان، لم يكن في تبليغها فائدة وحصل الاكتفاء بقول فلان وفلان.

Apabila seseorang memiliki dua «Ṣoḥīḥ» atau salah satu daripadanya atau kitab tentang sunnah Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam yang dipercayai padanyaޱ apakah boleh untuk seseorang berfatwa dengan apa yang dia dapati daripadanya? Segolongan daripada orang terkemudian berpendapat dia tidak ada hak itu itu kerana sesungguhnya kadangkala ia telah mansukh atau memiliki pertentangan atau dia memahami dengan pendalilan yang bersalahan dengan apa yang ia tunjukkan atau terjadinya perkara itu adalah sunatߨ tetapi dia memahami sebagai wajib atau terjadinya ia adalah ayat am yang telah dikhususkan untuknya atau mutlak yang telah diikat padanya. Makaߨ tidak boleh dia beramal dan tidak boleh berfatwa sehingga dia bertanya ahli fiqh dan ahli fatwa. Segolongan lain berpendapat bahawa boleh baginya untuk beramal dan berfatwa dengannya. Malahߨ kekal dengannya sepertimana para Sahabat lakukannya apabila hadis daripada Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam sampai kepada merekaߨ lalu sebahagian mereka menyampaikan kepada yang sebahagian yang lainߨ lalu mereka bergegas untuk beramal dengannya tanpa bertangguh, tidak mencari penentang dan setiap seorang daripada mereka tidak berkata: "Adakah fulan itu dan fulan ini pernah mengamalkan ini?".

Kalau mereka melihat orang yang melakukan sedemikianޱ nescaya mereka akan mengingkarinya dengan sekeras-keras keingkaran. Demikian juga para tabiin. Ini telah maklum secara nyata bagi mereka yang memiliki sedikit pengalaman tentang hal ehwal orang, sejarah mereka dan lama kecimpung mereka dengan sunnah. Kejauhan zaman dan tempoh lama tidak menjustifikasikan peninggalan pengambilannya dan pengamalan selainnya. Kalaulah sunnah Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam itu tidak boleh diamalkan setelah dipastikan kesahihannya sehingga fulan itu atau fulan ini mengamalkannyaޱ nescaya pendapat fulan itu atau fulan ini sebagai ukuran ke atas sunnah, penimbang untuknya dan syarat untuk beramal dengannya. Ini adalah sebatil-batil kebatilan. Padahalߨ Allah telah tegakkan hujah melalui rasul-Nya tanpa melalui seorang pun daripada umat. Nabi ollallāhu alayhi wasallam telah pun diperintah untuk menyampaikan sunnahnya dan menyeru orang yang baginda sampaikan. Kalaulah orang yang engkau serukannya tidak beramal dengannya sehingga imam fulan itu dan imam fulan ini beramal dengannyaޱ maka tiada faedah pada penyampaian itu dan terjadilah ketegapannya dengan pendapat fulan itu dan fulan ini". [Ilām al-Muwaqqiīn An Robb al-Alāmīnjilid 6m/s 162-163keluaran Dār Ibn al-Jawziyy Li an-Našr wa at-Tawzī].

Kadangkalaܦ mereka yang enggan menerima kebenaran ini menggunakan kad falasi ₍Argumentum Ad Verecundiam₎؛ iaitu bersandar kepada pihak berpengaruh dan ditambah pula dengan ₍Argumentum Ad Populum₎؛ iaitu bersandar kepada yang popular jika ada pada praktikalnya sebagai cara untuk mempertahankan diri dari dikritik atau menyalahkan pendapat orang lainߨ malah alasan untuk membenamkan hujah orang lain dan menyahkreditkan nilai pendapat orang lain.

Mereka selalu mengungkitkan bahawa kalaulah pendapat ini benarޱ mengapa majoriti memilih sebaliknya? Mengapa tidak ada ulama sebelumnya yang menyokong pendapat kamu? Kalau cara kamu ini benarޱ mengapa para ulama yang luas ilmunya dan tajam kefaqihannya tidak nampak seperti kamu nampak?

Lihat apa yang Taqiyyuddīn as-Subkiyy berkata :

فَإِنْ قُلْت: هَذَا طَرِيقٌ لَمْ يَذْكُرْهُ أَحَدٌ مِنْ الْمُتَكَلِّمِينَ وَلَا مِنْ الْفُقَهَاءِ. قُلْت: الشَّرِيعَةُ ‌كَالْبَحْرِ ‌كُلُّ ‌وَقْتٍ يُعْطِي جَوَاهِرَ، وَإِذَا صَحَّ دَلِيلٌ لَمْ يَضُرَّهُ خَفَاؤُهُ عَلَى كَثِيرٍ مِنْ النَّاسِ مُدَّةً طَوِيلَةً.

"Jika engkau berkata: Ini adalah cara yang belum pernah seseorang daripada mutakallimin mahupun fuqaha yang menyebutkannyaߨ aku katakansyariat seperti lautan. Setiap waktu memberikan permata-permata. Apabila betulnya dalilߨ tidaklah ketersembunyiannya terhadap kebanyakan daripada orang dalam tempoh yang panjang memudaratkannya". [Al-Fatāwājilid 2m/s 586keluaran Dār al-Maārif].

Mungkin kita perlu renungi semula petikan yang as-Suyūṭiyy nukilkan ini :

قال ابن برهان: لا ينعقد الإجماع مع مخالفة مجتهد واحد خلافا لطائفة وعمدة الخصم أن عدد التواتر من المجتهدين إذا أجمعوا على مسئلة كان انفراد الواحد عنهم يقتضي ضعفا في رأيه. قلنا: ليس بصحيح إذ من الممكن أن يكون ما ذهب إلى الجميع رأيا ظاهرا يبتدر إليه الأفهام وما ذهب إليه الواحد أدق وأعوص وقد ينفرد الواحد عن الجميع بزيادة قوة في النظر ومزية في الفكر ولهذا مدح الله الأولين فقال تعالى: "وقليل ما هم" وقال تعالى: ثلة من الأولين وقليل من الآخرين". انتهى.

Berkata Ibn Burhān: "Tidak tersimpul ijmak bersama penyelisihian seorang mujtahid yang bersalahan dengan sesuatu golongan. Tonggak perselisihan adalah bahawasanya sejumlah ramai yang tidak terkira bilangannya dari kalangan mujtahid apabila bersepakat dalam suatu isuޱ yang terjadi pada ketersendirian seseorang daripadanya menunjukkan lemahnya dalam pandangannya. Kami katakan ini tidaklah betul memandangkan termasuk yang dimungkinkan adalah apa yang para sekalian mengambil suatu pandangan yang zahir yang automatik kefahamannya padanyaߨ sedangkan yang seorang daripadanya lebih teliti dan lebih peka. Boleh jadi yang bersendiri daripada para sekalian mempunyai kekuatan tambahan dalam pemerhatian dan keistimewaan dalam fikiran. Kerana inilah Allah memuji para golongan yang awal. Dia Taālā berfirman: {Sedangkanߨ sedikitnya mereka}. Dia Taālā berfirman: {Segolongan besar dari orang terdahulu dan sedikitnya dari orang terkemudian}". [Ar-Rodd Alā Man Alada Fī al-Ar Wa Jahila Anna al-Ijtihād Fī Kulli Ar Wa Farm/s 82keluaran Maktaba a-aqōfa ad-Dīniyya].

Begitu juga dengan kata Ibn Mālik :

وإذا كانت العلوم منحًا إلهية، ومواهب اختصاصية، فغير مستبعدٍ أن يدخر لبعض المتأخرين ما عسر على كثير من المتقدمين. أعاذنا الله من حسدٍ يسد باب الإنصاف، ويصد عن جميل الأوصاف،

"Apabila ilmu-ilmu itu adalah anugerah tuhan dan bakat pengkhususanޱ maka tidak dianggap jauh bahawa kerdilnya apa yang sukar di sisi kebanyakan pendahulu di sebahagian yang terkemudian. Kami berlindung kepada Allah daripada hasad yang menutup pintu kesaksamaan dan menghalang dari keindahan ciri-cirinya". [Al-Musāid Alā Tashīl al-Fawā^idkarya Bahā^uddīn Ibn Aqīljilid 1m/s 3keluaran Jāmia Umm al-Qurōtahqiq Muammad Kāmil Barokāt].

Hal ini berasaskan sabda Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam :

نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا حَدِيثًا فَحَفِظَهُ حَتَّى يُبَلِّغَهُ ، فَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلَى مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ ، وَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ لَيْسَ بِفَقِيهٍ

"Semoga Allah memperindahkan seseorang yang mendengar hadis daripada kamiߨlalu dia menghafalnyaߨ kemudian dia menyampaikannya. Kadangkalaܦ seseorang menyampaikan fiqh kepada orang yang lebih faqih daripadanya dan kadangkalaܦ orang yang menyampaikan fiqh tidaklah faqih". [Sunan Abū DāwudKitāb al-Ilmno. 3177].

Ibn Ḥajar al-Asqolāniyy berkata :

وَالْمُبَلَّغُ بِفَتْحِ اللَّامِ أَيْ رُبَّ شَخْصٍ بَلَغَهُ كَلَامِي فَكَانَ أَحْفَظَ لَهُ وَأَفْهَمَ لِمَعْنَاهُ مِنَ الَّذِي نَقَلَهُ لَهُ قَالَ الْمُهَلَّبُ فِيهِ أَنَّهُ يَأْتِي فِي آخِرِ الزَّمَانِ مَنْ يَكُونُ لَهُ مِنَ الْفَهْمِ فِي الْعِلْمِ مَا لَيْسَ لِمَنْ تَقَدَّمَهُ إِلَّا أَنَّ ذَلِكَ يَكُونُ فِي الْأَقَلِّ لِأَنَّ رُبَّ مَوْضُوعَةٌ لِلتَّقْلِيلِ قُلْتُ هِيَ فِي الْأَصْلِ كَذَلِكَ إِلَّا أَنَّهَا اسْتُعْمِلَتْ فِي التَّكْثِيرِ بِحَيْثُ غَلَبَتْ عَلَى الِاسْتِعْمَالِ الْأَوَّلِ لَكِنْ يُؤَيِّدُ أَنَّ التَّقْلِيلَ هُنَا مُرَادٌ أَنَّهُ وَقَعَ فِي رِوَايَةٍ أُخْرَى تَقَدَّمَتْ فِي الْعِلْمِ بِلَفْظِ عَسَى أَنْ يَبْلُغَ مَنْ هُوَ أوعى لَهُ مِنْهُ وَفِي الْحَدِيثِ دِلَالَةٌ عَلَى جَوَازِ تَحَمُّلِ الْحَدِيثِ لِمَنْ لَمْ يَفْهَمْ مَعْنَاهُ وَلَا فِقْهَهُ إِذَا ضَبَطَ مَا يُحَدِّثُ بِهِ وَيَجُوزُ وَصْفُهُ بِكَوْنِهِ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ بِذَلِكَ وَفِي الْحَدِيثِ مِنَ الْفَوَائِدِ أَيْضًا وُجُوبُ تَبْلِيغِ الْعِلْمِ عَلَى الْكِفَايَةِ وَقَدْ يَتَعَيَّنُ فِي حَقِّ بَعْضِ النَّاسِ

"₍Al-Muballaġ₎ dengan memfathahkan huruf al-Lām؛ iaitu boleh jadi seseorang menyampaikan kalamku kepadanya, dia lebih menghafalnya dan lebih faham maknanya berbanding yang membawanya kepadanya. Berkata al-Muhallab tentangnya bahawanya suatu hari di akhir zaman akan datang seseorang yang memiliki sebahagian kefahaman dalam bidang ilmu yang tidak orang yang terdahulunya menggapainya melainkan yang paling sedikit pada hal itu kerana perkataan ₍Rubba₎ adalah ditempatkan untuk penunjukan kesedikitan. Saya katakan bahawa ia pada asalnya adalah seperti itu melainkan ia digunakan untuk penunjukan banyak dengan sebab terdominannya pada penggunaan yang awalߨ tetapi ia menguatkan bahawa penunjukan sedikit di sini adalah yang dimaksudkan bahawa terjadi penunjukan sedikit itu pada riwayat yang lain yang mendahului dalam bidang ilmu dengan lafaz: Mungkin sekali seseorang menyampaikan kepada orang yang lebih mapan ingatan tentangnya daripadanya. Pada hadis ini ia adalah petunjuk terhadap keharusan membawakan hadis itu kepada orang yang belum faham maknanya dan tidak mendalam pengertiannya apabila tepat apa yang dia sampaikan dengannya dan harus penyifatannya sebagai salah seorang daripada ahli ilmu dengan itu. Pada hadis itu terdapat beberapa faedah juga؛ iaitu kewajipan menyampaikan ilmu secara habis dan kadangkala ia tertentu pada hak sebahagian orang". [Fatḥ al-Bārī Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyyjilid 3m/s 576keluaran Dār al-Marifah].

Muḥammad bin Ismāīl a-onāniyy berkata :

فَحَدِيثُ «فَرُبَّ مُبَلَّغٍ أَوْعَى مِنْ سَامِعٍ» وَفِي لَفْظٍ: أَفْقَهُ، يَدُلُّ عَلَى أَنَّهُ يَأْتِي بَعْدَ السَّلَفِ مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُمْ

"Hadis Boleh jadi yang disampaikan itu lebih mapan ingatan daripada yang mendengar. Dalam lafaz lain: Lebih faqih. Ia menunjukkan bahawa akan datang orang yang selepas zaman salaf lebih faqih daripadanya". [Subul as-Salām al-Mūṣilaẗ Ilā Bulūġ al-Marōmjilid 1m/s 166keluaran Dār al-adīṯ].

Zaynuddīn al-Munāwiyy berkata :

(رحم الله امرءا سمع منا حديثا فوعاه ثم بلغه) أي أداه من غير زيادة ولا نقص فمن زاد أو نقص فهو مغير لا مبدل (من هو أوعى منه) أي أعظم تذكرا يقال وعى يعي عيا إذا حفظ كلاما بقلبه ودام على حفظه ولم ينسه زاد في رواية فرب مبلغ أوعى من سامع أي لما رزق من جودة الفهم وكمال العلم والمعرفة وخص مبلغ السنة بالدعاء بالرحمة لكونه سعى في إحياء السنة ونشر العلم وفيه وجوب تبليغ العلم وهو الميثاق المأخوذ على العلماء {لتبيننه للناس ولا تكتمونه} قال البعض: فيه أنه يجيء آخر الزمان من يفوق من قبله في الفهم ونازعه ابن جماعة

"<Semoga Allah merahmati seseorang yang mendengarkan hadis daripada kamiߨ lalu dia menyematkannyaߨ kemudian dia menyampaikannya>؛ iaitu memenuhinya dengan tanpa pertambahan dan pengurangan. Sesiapa yang menambah atau mengurangiޱ maka dia adalah penukarߨ bukan pengubah. <Orang yang lebih mapan ingatan daripadanya>؛ iaitu lebih kuat ingatannya. Dikatakan ₍Waā₎—₍Yaī₎—₍Ayyan؛ iaitu apabila dia menghafal suatu kalam di jantungnya dan kekal dalam hafalannya serta tidak melupainya. Ditambah dalam riwayat lain: Boleh jadi yang disampaikan lebih mapan ingatan daripada yang mendengar؛ iaitu tatkala direzekikan kemapanan fahaman dan kesempurnaan ilmu dan pengertian, dikhususkan penyampai sunnah dengan doa kepada rahmat kerana usaha dalam menghidupkan sunnah dan menyebarkan ilmu. Padanya terdapat kewajipan menyampaikan ilmu dan ia adalah perjanjian yang diambil terhadap ulama. <Supaya dia mengingatkannya kepada orang ramai dan kalian tidak menyembunyikannya>. Berkata sebahagian orang bahawa padanya muncul pada akhir zaman orang yang mengungguli orang yang sebelumnya pada kefahaman. Akan tetapiߨ Ibn Jamāa membantahnya". [Fay al-Qodīr Šar al-Jāmi a-oġīrjilid 4m/s 29keluaran al-Maktaba at-Tijāriyya al-Kubrō].

Daripada sini jelas bahawa mungkin sesiapa sahaja yang terkemudian; saya, kamu, mereka dan kita dilebihkan dengan suatu kelebihan yang tidak diberikan oleh orang lain. Semua ini dengan izin-Nya yang pemberian-Nya tidak akan terhalang oleh mana-mana tangan yang menghalang pun.

Apabila kita memperoleh ketajaman akal, keluasan pandangan dan kedalaman pengamatanޱ maka bersyukurlah atas limpah kurnia-Nya. Tidak ada pemberiaan dari Maha Pemberi Rezeki melainkan adanya kebaikan.

Kemudianߨ salah satu cara mensyukuri adalah menggunakan nikmat-Nya dengan sebaik-baiknya. Apabila kita dibukakan hijab kefahaman yang tidak terbuka untuk orang lain dan jalan kebenaran yang tidak dapat disangkal lagi walau dibuat apa jua cara untuk menggagalkan dan meragukannyaޱ maka turutilah ia dan berpegang dengannya seerat-eratnya. Jangan mendustakan nikmat itu dengan berpaling daripadanya setelah ditunjukkan jalannya.

Jangan kerana ketaksuban atau gentar untuk menyalahi setelah terkukuhnya keraguan haluan yang wajib dituju, kita mengabaikannya dan menjauh daripadanya. Nikmat ilmu juga adalah pemberian-Nyaߨ tetapi ia juga ujian kepada hamba-Nya sama ada benar-benar bersyukur dengan mengamalkannya ataupun tidak.

Allah telah membuka minda untuk melihat secara nyata kebenarannya dan di situ seharusnya dia perlu memilih untuk mengetepikan selain daripadanya. Jika dia engganޱ maka sesungguhnya dia telah mendustakan nikmat ilmu dan kefahaman yang dilimpahi kepadanya.

Apabila baginda berkata bahawa yang disampaikan itu lebih faham daripada penyampai dan kita diberikan anugerah kefahaman itu dengan izin-Nyaޱ mengapa perlu mengingkari nikmat tersebut? Telah terbuka di mata kita tentang hakikatnya. Lantasߨ mengapa masih lagi mahu setia memandang pada yang menyimpang?

Tidak perlu lagi alasan tawaduk terhadap kemampuan diri dan merasa rendah jika dibandingkan dengan ahli ilmu yang lainߨ lebih-lebih lagi setelah kita menyungguhkan usaha untuk menilainyaߨ lalu didapati ia benar semata-mata untuk berpaling daripada apa yang Yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia persembahkan pada kita.

Itu bukan lagi tawadukߨ tetapi kecelakaan yang mematuk. Redha Allah tidak terbanding daripada apa yang kita merasakan tentang diri kita dan apa yang orang fikirkan tentang diri kita.

Oleh ituߨ bersendirian bukanlah keganjilanߨ tetapi keganjilan adalah yang menyalahi kebenaran meskipun ramai yang mengikutinya. Ibn Ḥazm berkata :

إن حد الشذوذ هو مخالفة الحق فكل من خالف الصواب في مسألة ما فهو فيها شاذ وسواء كانوا أهل الأرض كلهم بأسرهم أو بعضهم والجماعة والجملة هم أهل الحق ولو لم يكن في الأرض منهم إلا واحد فهو الجماعة وهو الجملة

"Sesungguhnya had keganjilan adalah penyalahan terhadap kebenaran. Makaߨ setiap orang yang menyalahi kebenaran dalam mana-mana permasalahanޱ maka dialah yang ganjil pada hal tersebut. Sama sahaja sama ada mereka itu adalah keseluruhan penduduk bumi atau sebahagiannya. Sodaliti dan kolektif mereka adalah ahli kebenaran. Kendatipun tiada siapa pun daripadanya di bumi ini melainkan seorangޱ maka dialah sodaliti dan dialah kolektif". [Al-Iḥkām Fi Uṣūl al-Aḥkāmjilid 5m/s 87keluaran Dār al-Āfāq al-Jadīdatahqiq Aḥmad Muḥammad Šākir].

Sejauh Mana Had Seseorang Perlu Melepaskan Diri Daripada Taklid?

Abdullah bin Abdul Qōdir at-Talīdiyy; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam berkata tentang prinsipnya dalam isu taklid :

نعم لا يمنع العوام والقاصرين من أهل العلم من تقليد مذهب من المذاهب المشهورة ما لم يتبين لهم مخالفته لصريح السنة ويرى مع ذلك تقليد الأئمة الأربعة وغيرهم في الأمور الاجتهادية التي لا نص فيها نفيا ولا إثباتا. ثم إنه يدين الله تعالى بأن كل الأئمة والمجتهدين رحمهم الله تعالى على هدى من الله تعالى في الجملة، أصابوا أم أخطأوا في اجتهادهم فأن أخطأهم مغفور لهم كما معروف لأهل العلم ولا يضللهم ولا يطعن في أحد منهم

"Ya. Orang awam dan golongan yang terhad dari kalangan ahli ilmu tidak ditegah dari bertaklid dengan mazhab dari mana-mana mazhab yang masyhur selagi mana tidak jelas bagi mereka kesalahannya terhadap kejelasan sunnah dan dia berpandangan. Meskipun demikianޱ bertaklid kepada imam yang empat dan selain mereka dalam perkara ijtihad yang tidak ada skriptur padanya sama ada penafian atau penetapan. Kemudianߨ sesungguhnya dia membenarkan ِAllah Taālā bahawa setiap imam dan mujtahid semoga Allah Taālā merahmati mereka di atas petunjuk daripada Allah Taālā pada keseluruhan. Sama ada mereka betul atau salah dalam ijtihad merekaܦ sesungguhnya kesalahan mereka diampunkan untuk mereka sepertimana yang dikenali kepada ahli ilmu dan dia tidak menyesatkannya serta dia tidak mencela seseorang daripadanya". [Ḏikriyāt Min Ḥayātīm/s 97keluaran Dār al-Qolam].

Abdul ayy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy berkata :

ولسنا نقصد بهذه الدعوة إلى هدم المذاهب الفقهية وترك عمل بأقوال الأئمة بالكلية، فإن هذا أمر لا نريده ولا يخطر ببالنا لأننا أول من يعمل يها ويتبعها. وإنما نقصد ترك العمل بالقول الذي ظهر خطأه وكان النص يخالفه. فهذا هو الذي نريده ونقصده إذ لا معنى لاتباع قول تبين بالدليل أنه خطأ والجمود عليها والدفاع عنه بارتكاب التأويلات الباردة والتحملات الفارغة فإن الإمام ليس معصوما من الخطأ، بل هو عرضة كما هو شأن بني آدم كلهم وقد اعترف الأئمة كلهم بهذا وبينوا البيان الشافي أنهم يخطئون كما يصيبون وإن الواجب اتباع الحق عند خطأهم

"Kami bukan memaksudkan dengan seruan ini kepada perobohan mazhab-mazhab fiqh dan meninggalkan pengamalan pendapat-pendapat para imam dengan keseluruhan. Sesungguhnya ini adalah perkara yang kami tidak memaksudkannya dan yang tidak terlintas di fikiran kami kerana kamilah orang yang awal yang beramal dengannya dan mengikutinya. Sebenarnyaܦ kami memaksudkan peninggalkan pendapat yang jelas kesalahannya dan skriptur yang menyelisihinya. Inilah yang kami mengkehendakinya dan memaksudkannya memandangkan tidak ada makna pengikutan pendapat yang telah nyata dengan dalil bahawa ia adalah salah, bersikap jumud terhadapnya serta mempertahankannya dengan menunggang pentakwilan yang rapuh dan spekulasi yang kosong. Sesungguhnya imam itu bukanlah terbebas dari kesilapanߨ bahkan dia bersebati sepertimana keadaan anak-anak Ādam keseluruhannya. Para imam keseluruhannya telah pun mengiktiraf ini dan menghuraikan penjelasan yang menyembuhkan bahawa mereka selalu tersilap sepertimana mereka selalu betul. Sesungguhnnya yang wajib adalah mengikuti kebenaran ketikamana terjadi kesalahan mereka". [Iqōmaẗ al-Ḥujjaẗ Alā Adam Iḥāṭo Aad Min al-A^imma al-Arbaa Bi as-Sunnahm/s 2324].

Dia juga berkata :

ولسنا نقصد بهذه الدعوة إلى نبذ مذهب مالك وترك العمل به. كلا! ثم كلا! لا نريد هذا ولا يخطر ببالنا فإننا أول من يعمل به ويفتي الناس بأقوال الإمام مالك وأقوال أتباعه من أئمة مذهبه. ولكنا إذا صح الحديث وكان دالا على الحكم نصا لا ظاهرا ولم نجد له معارضا صحيحا مقبولا من جهة القواعد الحديثية والأصولية، تركنا حينئذ منصوص المذهب وعلمنا بالحديث ونكون حينئذ نحن المقلدين لمالك حقا وصدقا لعلمنا بوصيته بترك قوله إذا كان مخالفا للحديث التي تعتبر من أعظم الأصول التي بنى عليها مذهبه. وعلمنا أيضا بقاعدة مراعة خلاف العلماء التي هي أصل من أصول مذهبه. وعلمنا أيضا بقاعدة لا اجتهاد مع النص. وقد بينا هذا مفصلا فيما تقدم. وإنما أعدناه هنا لننبه على أن اتهامنا بالدعوة إلى نبذ العمل بمذهب مالك ناشئ عن خفاء هذه القواعد الثلاث عليهم لعدم قراءتهم أصول الفقه وعلوم الحديث قراءة مفيدة وعدم اطلاع على فقه المذهب.

"Kami bukan memaksudkan dengan seruan ini kepada penyisihan mazhab Mālik dan meninggalkan pengamalan dengannya. Sama sekali tidak! Kemudianߨ sama sekali tidak! Kami tidak mengkehendaki ini dan tidaklah ia terlintas di fikiran kami kerana sesungguhnya kamilah orang yang awal yang mengamalkan dengannya dan memberi fatwa kepada orang ramai dengan pendapat-pendapat al-Imām Mālik dan pendapat para pengikutinya dari kalangan imam-imam mazhabnya. Akan tetapiߨ apabila sahih hadis itu dan ia menunjukkan ke atas hukum itu secara naṣ yang tidak jelas dan kami tidak menemukan pertentangan yang sahih lagi diterima terhadapnya dari arah kaedah-kaedah hadis dan uṣūlޱ maka kami meninggalkan yang telah dinyatakan inskripsi mazhab itu pada ketika itu. Kami mengetahui mengetahui tentang hadis itu dan kami pada ketika itu menjadi orang yang bertaklid kepada Mālik secara benar dan sertitud kerana kami mengetahui tentang wasiatnya tentang meninggalkan pendapatnya apabila ia menyalahi hadis yang mana diambil kira sebahagian daripada yang paling gadang pada dasar-dasar yang dia membina mazhabnya ke atasnya. Kami juga mengetahui tentang kaedah pemerhatian perselisihan ulama yang ia adalah salah satu dasar dariapda dasar-dasar mazhabnya. Kami mengetahui tentang kaedah yang tidak ada ijtihad bersama skriptur. Kami telah menjelaskan ini secara terperinci pada apa yang telah lalu. Sebenarnyaܦ kami menyediakannya di sini untuk kami mengingatkannya tentang bahawa seruan kami kepada penyisihan mazhab Mālik adalah berpunca daripada ketersembunyian kaedah yang tiga ini ke atas mereka kerana ketiadaan pembacaan mereka dalam uṣūl fiqh dan ilmu-ilmu hadis dengan pembacaan yang memberi faedah dan ketiadaan penelaahan ke atas fiqh mazhab itu". [Naqd Maqōl Fī Masā^il Min Ilm al-adīṯ Wa al-Fiqh Wa Uṣūlih Wa Tafḍīl Ba al-Maḏāhibm/s 81].

Sebahagian orang sengaja buat-buat tidak faham apabila kita ingin mengajak untuk pembebasan daripada taklidޱ mereka beranggapan bahawa kita sedang menyeru untuk meninggalkan ikutan kepada mazhabߨ apatah lagi mengambil faedah-faedah yang ada dari khazanah para imam yang telah berkhidmat yang terbaik untuk agama ini. Sesungguhnya ini adalah fitnah lagi dusta terhadap perjuangan ini. Semoga Allah menjungkirbalikkan lisan pembohongan yang mereka mengada-adakannya.

Apa yang sebenarnya seruan ini adalah sepertimana yang disebutkan Ḥasan bin Aliyy as-Saqqōf; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam :

يجب تعديل المنهج التفكري عندنا حيث يجب النظر أولاً في الكتاب ثم في السنة ، و بعض الناس يقولون هذا القول ولكنهم لا يطبقونه ؛ حيث نراهم يأخذون بحديث شاذ مردود أو منكر و يتركون نص آية صريحة ! وعلى هذا فلا ينبغي أن يقال : أنت الآن تقول برأي المعتزلة أو الخوارج أو نحو هذا الكلام ؛ لأن العبرة بالدليل و بالحجة الشرعية لا بقول فلان و فلان ، فالذين يريدون الوصول للحق من أهل العلم ينظرون في أي مسألة من جهة أدلتها لا من جهة من يقول بها تحقيقا ً لقول القاعدة المشهورة ( اعرف الحق تعرف أهله ) و ( الحق لا يعرف بالرجال ) . فالحق لا يعرف بأن الطائفة الفلانية أو الفلانية تقول به ، و إنما يعرف بصحة الدليل ، فلن يمنعنا إذن أن نقول بأي قول رأينا صحة دليله بأن الإباضية يقولون به أو الزيدية أو الإمامية أو الجهمية أو الظاهرية أو غير ذلك ! لأن الآبائية مرفوضة شرعا ، وهي مذكورة بالذم في كتاب الله تعالى ، قال الله تعالى { بَلْ قَالُوا إِنَّا وَجَدْنَا آبَاءَنَا عَلَىٰ أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَىٰ آثَارِهِمْ مُهْتَدُونَ }

"Wajib untuk meluruskan manhaj pemikiran di sisi kita ketikamana wajib pemerhatian pada awal dalam al-Kitābߨ kemudian dalam sunnah. Sebahagian orang berkata dengan kata-kata iniߨ tetapi mereka tidak menerapkannya ketikmana kita melihat mereka mengambil hadis yang syaz lagi tertolak atau munkar atau meninggalkan teks ayat yang jelas! Atas sebab inilah tidak sepatutnya untuk dikatakan: Engkau sekarang berpendapat dengan pendapat mutazilian atau khawarij atau seumpama kalam ini kerana ibrah adalah dengan dalil dan dengan hujah syariatߨ bukan dengan pendapat fulan dan fulan. Orang yang berkemahuan untuk sampai kepada kebenaran dari kalangan ahli ilmu adalah orang yang melihat pada setiap permasalahan dari sudut dalil-dalilnyaߨ bukan dari arah siapa yang berpendapat dengannya kerana perealisasian untuk kaedah yang masyhur: "Kenalilah kebenaranޱ pasti engkau mengenali ahlinya" dan "Kebenaran tidak dikenali melalui seseorang". Kebenaran tidak dikenali bahawa sekelompok fulan atau fulan lain yang berkata dengannya. Sebenarnyaܦ ia dikenali dengan validitas dalil. Laluߨ kita berpendapat dengan mana-mana pendapat yang kita melihat sebagai sahih dalilnya tidak menghalang kita meskipun ibāḍian atau zaydian atau imāmian atau jahmian atau ẓōhirian atau selain itu! Ini kerana sentimen kenenek-moyangan tertolak secara syarak dan ia disebutkan dengan celaan dalam kitab Allah Taālā: {Bahkanߨ mereka berkata: "Sesungguhnya kami mendapati nenek-moyang kami atas suatu agama dan sesungguhnya kami orang yang mendapat petunjuk di atas peninggalan mereka}". [Rujuk https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=393424060694970&id=352929991411044].

Maknanya adalah kita mengikuti para ulama yang berasaskan dalil dan membenarkan seseorang itu bertaklid bagi yang tidak berkemampuan selagimana ia bukan pendapat yang diasaskan daripada takwilan yang rapuh, spekulasi yang kosong dan kaedah yang bercelaru lagi salah atau pendapat tersebut sememangnya salah secara nyata mengikut kemampuan tahap pendidikan seseorang yang ditegakkan hujah ke atasnya. Untuk hal ehwal ini perkara inilah yang kita menyerukan untuk pembebasan daripada taklidߨ apatah lagi bersikap taksub terhadapnya.

Kalaupun ingin bertaklid kepada ulama punޱ janganlah sampai kering atau mati sikap kritis kita dalam menerima dan menyaring. Pendapat yang syaz juga ada dari kalangan ulama juga.

Sebab itulah kita perlu tetap berwaspada dan bukalah kecelikan walaupun sedikit untuk menjengah kebenaran supaya kita tidak mudah termakan apa sahaja pandangan yang sama ada sememangnya benar daripada para ulama atau orang yang didakwa sebagai ulama.

Kita beri contoh yang mudah. Apabila adanya ulama berkata seperti sebahagian fuqaha ḥanafian yang berkata bahawa hadis daripada Abū Huroyroẗ semoga Allah meredhainya dan Anas bin Mālik semoga Allah meredhainya boleh ditolak jika menyalahi qiyasޱ adakah terlalu dangkal capaian akal kita atau terlalu jahilkah kita terhadap asas yang mendasar dalam pegangan Islam untuk sekurang-kurangnya menahan daripada penerimaannya jika tidak mahu menolaknya?

Muḥamamd bin Aḥmad as-Saroẖsiyy berkata :

فَأَما الْمَعْرُوف بِالْعَدَالَةِ والضبط وَالْحِفْظ كَأبي هُرَيْرَة وَأنس بن مَالك رَضِي الله عَنْهُمَا وَغَيرهمَا مِمَّن اشْتهر بالصحبة مَعَ رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم وَالسَّمَاع مِنْهُ مُدَّة طَوِيلَة فِي الْحَضَر وَالسّفر فَإِن أَبَا هُرَيْرَة مِمَّن لَا يشك أحد فِي عَدَالَته وَطول صحبته مَعَ رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم

"Adapun yang dikenali dengan integritinya, kejituannya dan hafalannya seperti Abū Huroyroẗ dan Anas bin Mālik semoga Allah merahmati mereka berdua serta selain mereka adalah termasuk dari kalangan orang yang terkenal dengan pendampingan bersama Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam dan mendengar daripadanya dalam beberapa tempoh yang panjang ketika menetap dan merantauޱ sesungguhnya Abū Huroyroẗ termasuk orang yang seseorang tidak syak terhadap integritinya dan lama pendampingannya bersama Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam". [Uṣūl as-Sarosiyyjilid 1m/s 339-340keluaran Dār al-Marifa].

Dia juga berkata :

فلمكان مَا اشْتهر من السّلف فِي هَذَا الْبَاب قُلْنَا مَا وَافق الْقيَاس من رِوَايَته فَهُوَ مَعْمُول بِهِ وَمَا خَالف الْقيَاس فَإِن تَلَقَّتْهُ الْأمة بِالْقبُولِ فَهُوَ مَعْمُول بِهِ وَإِلَّا فَالْقِيَاس الصَّحِيح شرعا مقدم على رِوَايَته فِيمَا ينسد بَاب الرَّأْي فِيهِ

"Makaߨ kerana kedudukan apa yang dia terkenal dari kalangan salaf pada bab iniޱ kami katakanapa yang berselarian dengan qiyas dari riwayatnyaޱ maka ia diamalkan. Apa yang menyalahinyaޱ jika ia adalah yang umat ini memperkenankan penerimaannyaޱ maka ia diamalkan dengannya. Jika tidakޱ maka qiyas yang sahih secara syarak didahulukan berbanding riwayatnya pada apa yang tersekat bab presumsi padanya". [Uṣūl as-Saroẖsiyyjilid 1m/s 341keluaran Dār al-Marifa].

Dia juga berkata :

قُلْنَا إِذا انسد بَاب الرَّأْي فِيمَا رُوِيَ وتحققت الضَّرُورَة بِكَوْنِهِ مُخَالفا للْقِيَاس الصَّحِيح فَلَا بُد من تَركه لِأَن كَون الْقيَاس الصَّحِيح حجَّة ثَابت بِالْكتاب وَالسّنة وَالْإِجْمَاع فَمَا خَالف الْقيَاس الصَّحِيح من كل وَجه فَهُوَ فِي الْمَعْنى مُخَالف للْكتاب وَالسّنة الْمَشْهُورَة وَالْإِجْمَاع

"Kami katakan apabila tersekat bab presumsi pada apa yang diriwayatkanߨ sedangkan teraktualisasi kepellusidan terhadap terjadinya ia menyelisihi qiyas yang sahih. Makaߨ tidak dapat tidakܦ perlu meninggalkannya kerana menjadinya qiyas yang sahih itu sebagai hujah yang sabit dengan al-Kitāb, sunnah dan ijmak. Apa yang menyelisihi qiyas yang sahih dari setiap bentukޱ maka ia pada makna yang menyelishi al-Kitāb, sunnah yang dikenali dan ijmak". [Uṣūl as-Saroẖsiyyjilid 1m/s 341keluaran Dār al-Marifa].

Niẓōmuddīn Abū Aliyy Amad bin Muammad bin Isḥāq aš-Šāšiyy berkata :

وَالْقسم الثَّانِي من الروَاة هم المعروفون بِالْحِفْظِ وَالْعَدَالَة دون الِاجْتِهَاد وَالْفَتْوَى كَأبي هُرَيْرَة وَأنس بن مَالك فَإِذا صحت رِوَايَة مثلهمَا عنْدك فَإِن وَافق الْخَبَر الْقيَاس فَلَا خَفَاء فِي لُزُوم الْعَمَل بِهِ وَإِن خَالفه كَانَ الْعَمَل بِالْقِيَاسِ أولى

"Jenis yang ketiga dari perawi adalah mereka yang dikenali dengan hafalan dan integriti tanpa ijtihad dan fatwa seperti Abū Huroyroẗ dan Anas bin Mālik. Apabila sahihnya riwayat semisal mereka berdua di sisimuޱ jika khabar itu berselarian dengan qiyasޱ maka tidak ada kesembunyian pada kewajipan pengamalan dengannya. Jika ia menyelisihinyaޱ maka beramal dengan qiyas adalah lebih utama". [Uṣūl aš-Šāšiyym/s 275keluaran Dār al-Kitāb al-Arobiyy].

Abū Šāmah al-Maqdisiyy menukilkan kalam daripada Abū Ḥanīfaẗ yang berkata :

أقلد جَمِيع الصَّحَابَة وَلَا أستجيز خلافهم بِرَأْي إِلَّا ثَلَاثَة نفر أنس بن مَالك وَأَبُو هُرَيْرَة وَسمرَة بن جُنْدُب فَقيل لَهُ فِي ذَلِك فَقَالَ أما أنس فاختلط فِي آخر عمره وَكَانَ يُفْتِي من عقله وَأَنا لَا أقلد عقله وَأما أَبُو هُرَيْرَة فَكَانَ يروي كل مَا سمع من غير أَن يتَأَمَّل فِي الْمَعْنى وَمن غير أَن يعرف النَّاسِخ والمنسوخ

"Aku bertaklid dengan setiap Sahabat dan aku tidak menganggap keharusan penyelisihan mereka dengan suatu pandangan melainkan tiga kelompok؛ iaitu Anas bin Mālik, Abū Huroyroh dan Samuroh bin Jundab". Dikatakan kepadanya pada itu. Dia berkata: "Adapun Anasޱ maka dia bercampur baur pada akhir umurnya dan dia berfatwa daripada akalnya serta aku tidak bertaklid pada akalnya. Adapun Abū Huroyrohޱ maka dia meriwayatkan setiap apa yang dia dengar tanpa dia meneliti pada makna dan tanpa mengenali nasikh dan mansukh". [Muẖtaṣor al-Mu^ammal Fī ar-Rodd Ilā al-Amr al-Awwalm/s 63keluaran Maktaba a-owa al-Islāmiyyahtahqiq olāḥuddīn Maqbūl Amad].

Ṣolāḥuddīn Abū Saīd al-Alā^iyy ad-Dimašqiyy berkata :

والذي نختتم به الكتاب في هذا المعنى أمر مهم أولع فيه الحنفية في كتبهم ومناظراتهم يفضي إلى خلل عظيم في الإسلام، وذلك يتعلق بأمرين: أحدهما: في حق أبي هريرة رضي الله عنه على الخصوص، وأن التهمة تطرقت إلى رواياته لكثرة ما روى، ولأنه أنكر عليه جماعة من الصحابة. والثاني: فيما يتعلق بأخبار من ليس من فقهاء الصحابة، وإنما يقدم عليها القياس عند المعارضة، ويكون التأويل متطرقاً إليها بخلاف أخبار الفقهاء منهم، وجعلوا هذين الأمرين عمدة لهم في رد كثير من الأحاديث التي صحت على خلاف مذهبهم. والله الموعد.

"Yang kami tutup kitab ini dengannya pada makna ini adalah perkara yang penting yang ḥanafian yang terpikat padanya dalam kitab-kitab mereka dan pendebatan mereka yang sampai kepada celahan yang besar dalam Islam dan itu berkaitan dengan dua perkara. Yang pertama adalah pada hak Abū Huroyroẗ semoga Allah meredhainya secara khususnya dan tohmahan yang menjurus kepada riwayat-riwayatnya kerana banyak apa yang dia riwayatkan serta yang sekelompok dari kalangan Sahabat mengingkarinya. Yang kedua adalah yang berkaitan dengan khabar-khabar yang bukan dari kalangan fuqaha Sahabat. Sebenarnyaܦ didahulukan qiyas berbandingnya ketika pertentangan dan terjadinya takwil itu yang menjurus kepadanya disebabkan penyelisihan khabar-khabar fuqaha mereka. Mereka menjadikan dua perkara ini sebagai tiang paksi bagi mereka dalam menolak kebanyakan daripada hadis-hadis yang telah sahih atas sebab penyelisihan mazhab mereka. Allah jualah tempat kepercayaan". [Taḥqīq Munīf ar-Rutbaẗ Li Man Ṯabata Lah Šarīf aṣ-Ṣuḥbaẗm/s 93keluaran Dār al-Āṣimatahqiq Abdul Roḥīm Muammad Amad al-Qošqoriyy].

Ini juga adalah perkara yang sama juga dibangkitkan dan dibincangkan oleh Abdul ayy bin Muammad bin a-iddīq al-Ġumāriyy dalam «Naqd Maqōl Fī Masā^il al-Ḥadīṯ Wa al-Fiqh Wa Uṣūlih Wa Tafḍīl Ba al-Maḏāhib».

Kita faham bahawa mungkin ada orang perlukan semakan terlebih dahulu dan tawaqquf sebentar sebelum membuat keputusan kerana mungkin orang masih ada sangkaan bahawa ia mempunyai konteks yang perlu ditinjau lebih luas. Namunߨ janganlah pendapat secara zahir ini seperti ini ditelan bulat-bulat dan lebih parah lagi adalah dipertahankan pula pandangan iniߨ lebih-lebih lagi atas dasar taklid dan tidak berdiri dengan kajian. Cetuskanlah kritis pada diri walau sekelumit bijirin dan jangan mudah ditundukkan hanya kerana ia dari seseorang yang diangkat sebagai ulama.

Apabila kita tahu prinsip asas yang disepakati umat Islam؛ iaitu hadis daripada para Sahabat semoga Allah meredhai mereka diterima sebagai hujah jika sahih sanadnya tanpa berbelah bahagiޱ maka yakinlah untuk tidak menerima selain ini meskipun daripada tokoh kebesaran.

Janganlah sampai kebesaran darjat seseorang ilmuwan itu menyebabkan kita tidak mahu mengambil langkah yang kritis, menyuarakan kebenarannya, memperakui kesilapannya, berlepas diri daripada kegelincirannya dan menyelishinya pada yang terkeluar daripada penilaian kebenaran.

Kita perakui kedudukannya dan keseluruhan kebaikan dari segi kesolehan, ketokohan dan keiwabawaannya. Akan tetapiߨ dalam isu yang spesifik adakalanyaܦ sama sekali tidak mencacatkan sama sekali timbangan baiknya yang berat. Kita perlu mengambil pendirian yang jelas, teguh di atas kebenaran yang diyakini dan sama sekali tidak memberikan kompromi.

Lihat prinsip yang Muḥammad bin Ismāīl a-onāniyy menyebutkannya :

ولقد راجت هذه الدعاوى الفارغة على جماعة من علماء الإسلام صاروا كالعامة في قبول المحالات، فلقد ألف الحافظ السيوطي رسالة نقلها المنجلي في تطورات الولي"، وأتى فيها بحكايات باطلة، وأقوال عن الأدلة عاطلة، حتى كأنَّه ما عرف السنة والكتاب، ولا ملأ الدنيا بمؤلفاته التي أتى فيها بكلِّ عجاب، فلا يغتر الناظر بنقل ما يخالف السنة والكتاب، وإن حكاه من العلماء بحرُ علمٍ عبابٍ، وما أحسن ما قاله ابنُ الجوزي في كتابه صيد الخاطر قال: "واعلم أنَّ المحقق لا يهوله اسمٌ معظمٌ، كما قال رجل لعلي رضي الله عنه: أتظن أنَّا نظن أنَّ طلحة والزبير كانا على باطل؟ فقال له عليٌّ عليه السلام: "إن الحق لا يعرف بالرجال، اعرف الحق تعرف أهله" ولعمري إنَّه قد وقر في النفوس تعظيم أقوام، فإذا نقل عنهم شيءٌ فسمعه الجاهلُ بالشرع قبله لتعظيمهم في نفسه.

"Telah terserak dakwa-dakwa yang kosong terhadap sekelompok daripada ulama Islam. Mereka menjadi seperti orang awam dalam penerimaan yang mustahil. Al-Ḥāfiẓ as-Suyūṭiyy telah mengarang «al-Munjalī Fī Taṭowwurōt al-Waliyy». Dia membawakan hikayat-hikayat batil padanya dan kata-kata yang kontang daripada dalil sehingga seolah-olah dia tidak mengenali sunnah dan al-Kitāb. Tidaklah dia memenuhi dunia dengan karangan-karangannya yang dia membawakan setiap keanehan padanya. Janganlah peneliti terpedaya dengan nukilan apa yang menyalahi sunnah dan al-Kitāb kendatipun ulama yang selautan ilmu yang melimpah yang menghikayatkannya. Betapa bagusnya apa yang Ibn al-Jawziyy berkata tentangnnya dalam kitabnya «Ṣoyd al-H̱ōṭir». Dia berkata: Ketahuilah bahawa orang yang tahqiq tidak dimomokkan dengan nama yang diagungkan sepertimana kata seseorang berkata kepada Aliyy semoga Allah meredhainya: "Adakah engkau menyangka bahawa kami menyangka bahawa olah dan az-Zubayr berada di atas kebatilan?". Aliyy alayh as-Salām: "Sesungguhnya kebenaran tidak dikenali dengan orangnya. Kenalilah kebenaranޱ pasti engkau mengenali ahlinya". Demi umurku! Sesungguhnya telah membekas pengagungan beberapa kaum pada jiwa. Apabila dinukilkan sesuatu daripada merekaߨ lalu orang jahil pada syarak mendengarnyaޱ dia menerimanya dengan pengagungan terhadap mereka pada jiwanya". [Al-Inṣōf Fī Ḥaqīqoẗ al-Awliyā^ Wa Mā Lahum Min al-Karōmāt Wa al-Alṭōfm/s 76keluaran Dār Ibn Affān Li an-Našr Wa at-Tawzītahqiq Abdul Rozzāq bin Abdul Musin al-Badr].

Kemudianߨ janganlah sampai semua perkara diserahkan kepada mufti atau para ulama sehingga perkara asas yang paling mendasar atau isu yang remeh atau yang mudah untuk dicerna seakan-akan kita ini sentiasa bodoh sehingga ke liang lahad dan tidak ada kemampuan independen sama sekali. Jika ini berlakuޱ sama ada ia adalah kepincangan yang parah pada diri kita sendiri atau sistem pendidikan kita dalam masalah yang serius.

Kadangkalaܦ kita melihat seseorang suka menekan kita untuk menerima sesuatu pandangan atau meraikan perselisihan yang kononnya dianggap muktabar kerana ada ulama yang berpandangan sedemikian. Yang lebih parah lagi adalah mereka ini adalah pentaklid yang tidak mahu pegangannya disanggah atau mencela mana-mana orang yang menyalahinya.

Mereka tidak ada hujah untuk mempertahankannya dan selalunya kerana kejahilan mereka terhadap analisis dalil. Mereka hanya mampu berkata fulan berkata atau seumpamanya untuk mempertahankan pegangan mereka. Bahkanߨ mereka ini juga boleh jadi sebenarnya tidak tahu membezakan pandangan syaz atau seumpamanya. Sememangnya benar bahawa pentaklid adalah perakuan terhadap kebutaan dirinya dan seumpama binatang yang dikenderai.

Contoh yang saya bawa pada isu hadis Abū Huroyroẗ dan Anas bin Mālik ini mungkin contoh yang ekstrimߨ tetapi mudah untuk dihadam oleh segenap lapisan masyarakat meskipun orang awam sekalipun. Orang awam yang pada kedudukan rendah pun akan sekurang-kurangnya ada rasa yang serba tidak kena apabila mengatakan bahawa hadis Abū Huroyroẗ semoga Allah meredhainya dan Anas bin Mālik semoga Allah meredhainya boleh ditolak jika menyalahi qiyas.

Saya tahu walaupun mereka ada rasa yang tidak sedap dalam jiwa mereka terhadap kaedah seperti iniޱ mereka mungkin tidak mahu berlebihan sehingga mencela ḥanafianߨ lebih-lebih lagi jika itu didasari taklid. Dengan kata lain mereka ingin kekal bersangka baik terhadap mazhab ini walaupun masih menanggung sedikit pedih dalam jantung kerana mengetahui tentang fakta ini.

Namunߨ apabila ada wacana ilmiah seperti yang dikupas oleh Maḥmūd Saīd Mamdūḥ dalam isu iniޱ maka ia bukan liga untuk orang awam dalam berpartisipasi dalam mengutarakan pandangan dan duduk di meja perbincangan kerana mereka bukan berkelayakan untuknya. [Rujuk https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=559077051173239&id=100012128473491 https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=557702011310743&id=100012128473491].

Selalunya yang menjadi keributan adalah apabila orang ini jahilޱ tetapi ingin berlaga dengan orang yang ada penguasaan dalam lapangan tersebut. Akhirnyaߨ jadi perbalahan emosi dan sentimen serta tikam lidah taklid dan persaingan ketaksuban.

Apa yang patut mereka lakukan adalah diam dan hormati perbincangan ilmu meskipun wacana itu pada awalnya sedang menyinggung suatu pendapat dari seseorang tokoh atau kaedah daripada sesuatu mazhab atau seumpamanya. Jika mereka tidak mampu menahannyaޱ seeloknya tinggalkan sahaja dan serahkan kepada para ilmuwan untuk mendepani perselisihan ini.

Kemudianߨ yang lebih teruk lagi adalah persepsi orang awam yang kurang kecelikan dalam ilmu agama ini menganggap bahawa wacana dan perbincangan para ulama iniߨ lebih-lebih lagi yang memancarkan suasana hangat dan tegang kelihatan tidak produktif dan membuang masa serta tidak memberikan apa-apa impak signifikan sama ada kepada pembangunan masyarakat, ekonomi dan kestabilan politik. Mereka beranggapan bahawa usaha keilmuan yang dilakukan ulama ini tidak berharga dan sia-sia.

Sebegitulah orang yang jahil. Mereka tidak tahu kepentingannya dan besar isunya sepertimana yang dilihat para ilmuwan yang tajam kecelikannya dan meluas pengetahuannya dalam permasalahan itu.

Ini mengingatkan kita bahawa kita melihat pasukan agensi angkasa lepas selalu sahaja melaburkan banyak wang dan menyibukkan diri dalam penyelidikan ke angkasa seakan-akan mereka tidak mempedulikan bahawa manusia di bumi ini sedang menghadapi ancaman kebuluran, kemiskinan tegar dan ketidakadilan sosial. Disebabkan mereka ignoran terhadap kepentingan penyelidikan angkasa lepasܦmereka menganggap bahawa para saintis yang terlibat dengan ini sedang melakukan kesia-siaan.

Sedemikianlah juga dalam isu-isu agama. Mereka menganggap bahawa agamawan ini saling bertelagah walaupun hakikatnya sekadar pertukaran pendapat dan perbincangan dengan suasana bahang untuk perkara sia-sia.

Sang jahil lagi pentaklid tidak perlu disibukkan opininya dan tidak ada harga langsung pandangannya kerana mereka itu sendirilah yang sedang melakukan kesia-siaan dan merasa tidak bersalah untuk terus bergelumang dalam kejahilan secara berterusanߨ bahkan sepanjang hayatnyaߨ tetapi mahu berbicara seolah-olah orang yang paling faham situasi. Bagaimana orang yang memperakui kebutaan diri boleh menjawab tentang pencerahan dan orang yang seperti binatang dikenderai menunjukkan arah jalan yang sebetulnya?

Kemudianߨ di sini bukanlah ingin mengajak untuk skeptikal terhadap semua perkara daripada para ulamaߨ lebih-lebih lagi yang telah dikenali kewibawaannya dan kepakarannya. Akan tetapiߨ ia mengajak untuk menghormati akal pada diri masing-masing dan jangan membiarkan diri kita sentiasa sahaja dibelenggu rasa lemah dalam membuat pertimbangan untuk keselamatan agama masing-masing.

Allah telah menganugerahkan sebaik-baik nikmat kepada manusia untuk digunakannya dengan cara yang sepatutnya sebagai menzahirkan kesyukuran kepada-Nya. Jangan dipersia-siakan dengan tidak menggunakannyaߨ apatah lagi dengan rasa kelemahan kemampuan untuk membuat kajian independen ia membawa kepada sikap semberono sehingga sanggup bermati-matian mempertahankan apa yang di luar capaiannya kerana ada rasa tidak puas hati dengan lawannya atau ia membenarkan apa yang dia inginkan.

Walaupun kita perlu akui kelemahan diriޱ tetapi jangan menjadikan ia sebagai justifikasi sama ada untuk bermain falasi ₍Argumentum Ad Verecundiam₎ atau menelan apa sahaja yang diterima.

Kita lihat contoh yang lain pula. Abū Aḥmad bin Adiyy al-Jurjāniyy dalam «al-Kāmil Fī uafā^ ar-Rijāl» menyatakan bahawa Mālik bin Anas mengingkari kewujudan Uways al-Qoroniyy. Sedangkanߨ kita telah maklum bahawa kewujudannya dan kelebihan kedudukannya sebagai semulia-mulia tabiin adalah masyhur yang tidak dipertikaikan lagi.

Daripada sini sudah cukup untuk kita tidak perlu teragak-agak untuk menyatakan bahawa ia adalah salah dan tidak boleh diikuti. Janganlah sampai akal kita terlalu lemah sehingga ini pun diragui kesalahannyaߨ apatah lagi jika seseorang ingin mempertahankannya secara taklid dan menjual-jual nama kedudukan ulama tersebut demi untuk tidak mahu dikritik dan dipersalahkan.

Di sini juga bukanlah mengajak untuk kita tidak menghormati ulama dan kedudukan mereka dalam capaian, penguasaan dan kemantapan ilmu mereka. Akan tetapiߨ di sini ingin mengajak untuk meninjau semula sikap manusiawi mereka yang adakalanya mereka pun tidak terlepas dari salah dan silap serta terlepas pandang dalam sesuatu perkara meskipun ia terkenal.

Akui perkara ini dan jangan lupa kemampuan diri yang telah Allah kurniakan kepada kita. Sememangnya kemampuan para ulama jauh mengungguli kita dalam banyak aspekߨ tetapi bahagian kita pula jangan lupa sebagai mengenang dan mensyukuri nikmat-Nya yang berharga.

Janganlah mengangkat tinggi berlebihan sehingga seakan-akan meletakkannya di kedudukan dan penyifatan yang tidak realistik. Itu bukan pemuliaan terhadap mereka walaupun itu tujuan asalnya, tetapi sebenarnya telah berlaku zalim ke atasnya dan diri sendiri.

Selalu sahaja sebahagian orang sukar untuk mengakui kesilapan sebahagian tokoh ilmuwan yang terbilang seolah-olah dapatan mereka dalam segenap perkara tidak boleh diselidik semula. Laluߨ itu dijadikan alasan untuk memperkecilkan kemampuan kita sehingga seakan-akan kita ini tidak ada serpihan langsung walaupun sebesar zarah.

Sememangnya benar ada sebahagian isu dan permasalahan memerlukan penelitian yang tuntas dan penerokaan yang luas. Namunߨ janganlah sampai semua perkara dalam urusan agama adalah sedemikian.

Apabila nikmat akal diperkecilkanޱ lihatlah bagaimana Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy dalam «Ilām al-Muslimīn Bimā Fī Kalām at-Tijāniyy Min al-Kaib a-Ẓōhir Wa al-Kufr al-Mubīn» merakamkan bagaimana pengikut tarekat tijānian bermati-matian mempertahankan selawat al-Fātiḥ itu lebih baik daripada pembacaan Quran.

Ketaksuban sudah cukup menjijikkan. Inikan lagi apabila akal yang waras didustakan nikmatnya semata-mata untuk tunduk kepada insan atau kelompok tertentuߨ lalu mengikutinya secara buta tanpa tahu ke mana arah tuju. Benarlah firman Allah Azza Jalla :

وَيَجْعَلُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ

"Kami menjadikan kejijikan ke atas mereka yang tidak sentiasa berakal". [Surah al-Arōf ayat 100].

Lihat bagaimana kesan yang cukup menjijikkan apabila taklid ini dibelenggu dalam diri dan redha dengannya. Dia mendustakan anugerah akal yang Allah kurniakan kepadanyaߨ lalu Dia sanggup menjadi keldai tunggangan untuknya serta membelakangkan kebenaran dan penghujahan kerana mahu terus selesa dalam ruangan itu. Tidak hairan bagaimana Allah membalas dengan setimpal terhadap orang yang mendustakan nikmat-Nya.

Apabila kita dapat menolak kebatilan tarekat itu atas penaakulan tahapan orang awam sekalipunޱ maka apabila kisah Uways al-Qoroniyy ini diingkariޱ maka tidak ada sesiapa pun meskipun orang awam sekalipun merasa syak lagi untuk menolak pengingkaran itu. Lantasߨ apakah apabila datangnya seseorang yang bernama Mālik bin Anasޱ terus berubah goyah pendirian dan berpaling daripada prinsip yang mendasar yang diyakini semata-mata kerana ingin menghormati kedudukannya sebagai imam yang teristimewa menurutnya?

Usahlah sedemikian. Kita mendoakan agar Allah memaafkan Mālik bin Anasߨ tetapi apabila kita terus ingin taksub dan mempertahankannya secara taklidޱ ia sebenarnya telah melanggar hak-hak ilmu yang sepatutnya ditunaikan oleh setiap muslim dan mencabul rezeki ilmu yang Allah berikan kepadanya. Jika sedemikianޱ itu bukanlah ilmu yang memberi manfaat kepada kita. Itu adalah agama dan prinsip yang diikuti atas dasar hawa nafsu dan ketaksuban.

Abdul ayy bin Muammad bin a-iddīq al-Ġumāriyy berkata setelah membahaskan dalil untuk membantah dan membatalkan pandangan pensyaratan bahawa tempoh yang dikira musafir adalah tiga hari sahaja :

وإذا كان الأئمة معذورون في قولهم بهذا الشرط لاجتهادهم، فأي عذر لأتباعهم الذين علموا واطلعوا على ما يدل على بطلان هذا الشرط من الأدلة المسطورة في كتب السنة، ثم ملأوا كتبهم الفقهية بالتمويه الفارغ لنصر قول أئمتهم كأنهو معصومون من الخطأ؟!

"Apabila para imam diuzurkan pada pendapat mereka dengan syarat ini kerana ijtihad merekaޱ maka apakah keuzuran bagi pengikut mereka yang mengetahui dan mengerti atas apa yang ia menunjukkan pembatalan syarat ini daripada dalil yang tercoret dalam kitab-kitab sunnahߨ kemudian mereka memenuhkan kitab-kitab fiqh dengan distorsi yang kosong untuk menolong pendapat imam mereka seolah-olah mereka terbebas daripada kesilapan". [Ruẖoṣ aṭ-Ṭohāroẗ Wa aṣ-Ṣolāẗ Wa Tašdīdāt al-Fuqohā^terhimpun dalam judul «al-Ajwiba al-Fiqhiyya Li al-Uṣūliyy Li Abd al-ayy Ibn a-iddīq al-Ġumāriyy» yang dihimpunkan oleh Muammad Ilyās al-Marrōkišiyym/s 463keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyya].

Abdul Ḥayy al-Ġumāriyy berkata :

وإذا كان مالك قد خصص الجمع بالمغرب والعشاء دون الظهر والعصر مخطئا مأجورا لاجتهاده، فما عذر المقلدين له الذين جاؤوا بعده واطلعوا على ما لم يطلع عليه إمامهم من الأحاديث وأقوال الصحابة والتابعين فمن بعدهم لاطلاعهم على ما لم يكن موجودا في عصر مالك من كتب الستة والكتب الفقه التي لا تعد ولا تحصى؟

"Apabila Mālik telah mengkhususkan jamak dengan maghrib dan isyak tanpa zohor dan asar dalam keadaan tersilap yang diberi ganjaran kerana ijtihadnyaޱ maka apa pula keuzuran pentaklid baginya yang datang sesudahnya dan cakna terhadap apa yang imam mereka tidak cakna padanya yang terdiri daripada hadis-hadis serta kata-kata Sahabat dan tabiinߨ lalu orang yang sesudahnya kerana cakna mereka atas apa yang tidak ada di masa Mālik dari kitab-kitab sunnah dan kitab-kitab fiqh yang tidak terbilang dan tidak terkira?". [Ruẖoṣ aṭ-Ṭohāroẗ Wa aṣ-Ṣolāẗ Wa Tašdīdāt al-Fuqohā^terhimpun dalam judul «al-Ajwiba al-Fiqhiyya Li al-Uṣūliyy Li Abd al-ayy Ibn a-iddīq al-Ġumāriyy» yang dihimpunkan oleh Muammad Ilyās al-Marrōkišiyym/s 492keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyya].

Ini perkara yang seringkali diabaikan oleh sebahagian orang yang ingin mengikut ulama atau mazhab. Bagi mereka setiap ijtihad itu mendapat pahala dan mengikutinya termasuk dalam petunjuk Allah tanpa mengambil kira salah atau benarnya. Sememangnya benar bahawa ijtihad yang salah itu masih diberikan pahalaߨ tetapi bukan bermakna ia berhak untuk diikuti.

Mereka yang berijtihad pula mendapat keuzuran atau kemaafan pelepasan dan mendapat pahala atas kesungguhan mereka untuk mencapai kebenaranߨ tetapi orang yang ingin mengikutinya langsung tidak ada keuzuran untuknya dalam pandangan tersebutߨ lebih-lebih lagi tertegak hujah ke atasnya bahawa ia adalah salah!

Perolehan pahala mujtahid atas kesungguhannya untuk ijtihad yang salah bukan bermakna itu adalah justifikasi untuk berhujah dan beramal dengan pandangannya! Perhatikan dengan baik wahai orang yang memiliki akal!

Orang yang telah lalu tidak perlu disibukkan lagi kerana mereka sudah mendapat pahala merekaatas kesungguhan ijtihad mereka melainkan jika kita dapat menghidupkannya semula atau bertemu semula dengannya untuk berbincang dengannya. Yang patut disibukkan adalah diri kita sendiri yang sedang membina amalan untuk hari akhirat kelak.

Mereka yang lalu sudah mendapat pahala atas kesungguhan mereka. Makaߨ jika kita ingin mendapat pahalaޱ ikutilah kebenaran yang telah nyata lagi tertegakߨ bukan taklidߨ apatah lagi taksub dengan seseorang atau suatu kelompok. Tidak ada pahala bagi orang yang sengaja berpaling kepada kebenaran dan celakalah orang yang memilih haluan selainnyaߨ bukannya orang yang diikuti pandangannya yang berupa ijtihad yang salah dari kalangan mujtahid yang telah dijanjikan pahala untuknya atas kesungguhannya. Bezakan sebaik-baiknya!

Dalam isu Uways al-Qoroniyy sebagai contoh. Apa hak kita lagi untuk mengikuti Mālik bin Anas dalam pandangan itu? Pandangan itu ditolak dan tidak boleh diikutiߨ apatah lagi dipertahankan. Sememangnya dia mendapat keuzuran dan mendapat pahala atas ijtihadnyaߨ tetapi bukan bermakna pendapat ini berhak diikuti dan bukan juga orang yang mengambil pandangan ini pula termasuk dalam petunjuk Allah.

Tidak ada orang yang tidak dapat membezakan ini melainkan sang taksub atau sang benak yang terhijab. Semoga Allah melindungi kita daripada kecelakaan ini.

Menghidupkan Ijtihad

Kerapkali apabila diserukan kepada tradisi ijtihadޱ mesti ada respons sumbang lagi tidak enak yang sememangnya terang-terangan menzahirkan rasa sinis dan ingin memerli, menyindir dan mengejek. Saya teringat kata-kata Šihābuddīn Abū al-Qōsim Abdul Romān ad-Dimašqiyy bagaimana orang di zamannya mula memperlekeh gerak usaha untuk ijthad. Katanya :

ولم ينظروا فيما نظر فيه المتقدمون من الاستنباط من الأصلين الكتاب والسنة، بل صارت أقوال أئمتهم بمنزلة الأصلين، فأخذوها مسلمة مفروغا منها، ففرعوا عليها، واستنبطوا منها، ولم يبق لهم نظر إلا فيها، وأعرضوا عن علوم الأصلين، فعدم المجتهدون، وغلب المقلدون، حتى صاروا ممن يروم رتبة الاجتهاد يعجبون، وله يزدرون، وكثر التعصب للمذاهب، وقلت النصفة وبانت المثالب، ودبت بينهم العقارب، فجرى من بعضهم في بعض العجائب والغرائب، وآل بهم التعصب إلى أن صار أحدهم إذا أورد عليه شيء من الكتاب والسنة الثابتة على خلاف مذهبه يجتهد في دفعه بكل سبيل من التأويل البعيد نصرة لقوله، وإعراضا عما يجب عليه الأخذ به، ولو كان ذلك وصل إلى إمامه الذي يقلده هذا المتعصب لقابله ذلك الإمام بالتعظيم والتبجيل، ولصار إليه إن لم يعارضه دليل.

"Mereka tidak melihat melalui apa yang para pendahulu melihatnya melalui penggalian hukum daripada dua sumber؛ iaitu al-Kitāb dan sunnah. Malah, pendapat para imam mereka menjadi bersekedudukan dengan dua sumber itu. Laluߨ mereka mengambilnya sebagai diktum, dikelilingi padanya dan menggali hukum daripadanya. Tidaklah mereka berkekalan dengannya melainkan dengannya. Mereka berpaling daripada ilmu-ilmu dua sumber tersebut. Lantasߨ tiadalah para mujtahid dan para pentaklid mendominasi sehingga mereka menjadi pelik dan memperlekeh terhadap mereka yang mendambakan kedudukan ijtihad. Tersebarlah ketaksuban mazhab. Sedikitnya kesaksamaan, menyatalah kejelekan-kejelekan dan menjalar sengatan sesama mereka. Menjadilah dalam kalangan sebahagian mereka dalam yang sebahagian kepelikan dan keanehan. Dengan sebab mereka menjadilah ketaksuban itu sehingga terjadinya salah seorang daripada mereka yang apabila dibawakan sesuatu daripada al-Kitāb dan sunnah yang kukuh yang menyelisihi mazhabnyaޱ pasti dia bersungguh dalam menolaknya dengan setiap cara berupa takwil yang jauh kerana membela pendapatnya serta berpaling daripada apa yang wajib untuk dia mengambilnya. Kalaulah itu sampai kepada imamnya yang dia bertaklidnya dengan ketaksuban iniޱ pasti dia menghadap imam itu dengan penuh pengagungan dan sanjungan dan pasti dia menuju kepadanya jika dalil tidak menyanggahinya". [H̱uṭbaẗ al-Kitāb al-Mu^ammal Li ar-Rodd Ilā al-Amr al-Awwalm/s 100keluaran Awā^ as-Salaf].

Bayangkan di zaman itu sahaja sudah ada orang yang menganggap lekeh terhadap orang yang ingin mencapai kedudukan ijtihad. Ini juga yang terjadi pada zaman as-Suyūṭiyy. Katanya :

شنع مشنع على دَعْوَى الِاجْتِهَاد بِأَنِّي أُرِيد أَن أعمل مذهبا خَامِسًا وَرُبمَا زادوا أَكثر من ذَلِك وَمثل هَذَا التشنيع إِنَّمَا يمشي على عقول الْعَوام وَمن جرى مجراهم

"Pencemuh mencemuh ke atas seruan ijtihad bahawa aku berkemahuan untuk mendirikan mazhab kelima. Kadangkalaߨ mereka menambah cemuhan yang lebih banyak daripada itu. Cemuhan seperti ini sebenarnya berlegar pada akal orang awam dan orang yang menjejaki haluannya". [Taqrīr al-Istinād Fī Tafsīr al-Ijtihādm/s 69keluaran Dār ad-Dawatahqiq Fu^ād Abdul Munim Amad].

Siapakah as-Suyūṭiyy? Dialah orang yang berani mengaku dirinya secara terang-terangan bahawa dia adalah mujtahid. Dia berkata :

وقد كملت عندي الآن آلات الاجتهاد بحمد الله تعالى؛ أقول ذلك تحدثًا بنعمة الله تعالى لا فخرًا؛ وأي شيء في الدنيا حتى يطلب تحصيلها بالفخر، وقد أزف الرحيل، وبدا الشيب، وذهب أطيب العمر! ولو شئت أن أكتب في كل مسألة مصنفًا بأقوالها وأدلتها النقلية والقياسية، ومداركها ونقوضها وأجوبتها، والموازنة بين اختلاف المذاهب فيها لقدرت على ذلك من فضل الله، لا بحولي ولا بقوتي، فلا حول ولا قوة إلا بالله، ما شاء الله، لا قوة إلا بالله.

"Telah sempurna pada sisiku sekarang alat-alat ijtihad dengan segala pujian kepada Allah Taālā. Aku berkata sedemikian kerana menceritakan nikmat Allahߨ bukan membongkak. Sesuatu yang manakah di dunia ini sehingga boleh dituntut perolehannya dengan bongkak? Namunߨ semakin cepat waktu keberangkatan, telah tumbuh uban dan telah berlalu sesedap-sedap umur. Kalau aku mahu untuk menuliskan karya pada setiap permasalahan dengan pendapat-pendapatnya, dalil-dalilnya yang naqli dan qiyasi, cerapan-cerapannya, pertentangannya dan jawapan-jawapannya, pertimbangan antara perselisihan mazhabޱ pasti aku mampu terhadap itu dengan kelebihan Allah. Bukan dengan upayaku dan bukan dengan kekuatanku. Tiada upaya dan kekuatan melainkan beserta Allah dalam keaadaan apa yang Allah kehendaki. Tiada kekuatan melainkan beserta Allah". [Ḥusn al-Muḥāḍoroẗ Fī Tārīẖ Miṣr Wa al-Qōhiroẗjilid 1m/s 339keluaran Dār Iyā^ al-Kutub al-Arobiyyatahqiq Muammad Abū al-Fal Ibrōhīm].

Setinggi-tinggi kedudukan ilmu Jalāluddīn as-Suyūṭiyy yang tidak diragui lagi pun disindir dan dicemuh apabila diseru kepada ijtihad.

Lihatlah sendiri betapa jeleknya pentaklid. As-Suyūṭiyy yang telah cukup syarat ijtihad pada dirinya sepertimana pengakuannya pun tidak diambil berat pendapatnyaߨ apatah lagi diterima. Mujtahid di depan mata pun tidak lagi dihormatiߨ tentu lagi yang selainnya yang mungkin sekali tidak setara dengannya.

As-Suyūṭiyy tidak berkeseorangan. Muḥammad bin Idrīs aš-Šāfiiyy sebelumnya pun pernah diragui kemampuan ilmunya. Al-Muzaniyy menceritakan :

حضرت الشافعي وقيل له: إن فلاناً يقول: الشافعي ليس بفقيه. فضحك وأنشأ يقول:

إنِّي نشأتُ وحسّادي ذَوُو عددٍ # ربَّ المَعَارِج لا تُفْنِي لهم عدداً

Aku menghadiri majlis aš-Šāfiiyy. Dikatakan kepadanya: "Fulan berkata bahawa aš-Šāfiiyy bukan seorang faqih". Dia pun ketawa dan mula berkata :

"Sesungguhnya aku telah munculߨ sedangkan golongan hasad terhadapku adalah orang yang mempunyai bilangan # Boleh jadi tuhan tempat naik itu tidak mengistimewakan bilangan pada mereka". [Manāqib aš-Šāfiiyykarya al-Bayhaqiyyjilid 2m/s 74keluaran Maktabah Dār at-Turōṯtahqiq as-Sayyid Amad oqr].

Inilah dia realiti dogma taklid. Sebab ituܦ benar kata Aḥmad bin Ḥanbal bahawa antara yang menyempitkan ilmu seseorang adalah bertaklid. Sebab itu benar kata Ibn al-Jawziyy bahawa taklid kepada senior adalah serosak-rosak kepercayaan. Sebab itu benar kata Ibn Aqīl bahawa antara sebesar-besar penyakit adalah merasa selesa dengan kata-kata pendahulu dan menetap pada individu pemuka besarߨ bukannya dalil serta ia adalah sebesar-besar penghalang daripada kebenaran dan musibah yang wajib penyembuhannya.

Lihat sendiri bagaimana sikap mereka terhadap gerak usaha ilmuߨ bahkan mujtahid. Ia langsung tidak memberi apa-apa nilai yang bermakna buat mereka. Pelestarian tradisi ilmiah mereka pun hanya untuk mengukuhkan hegemoni mereka, pengaruh mereka dan dogma mereka. Mana-mana yang telah sampai ke darjat mujtahid pun tetap perlu ikut rentak dan arus para pentaklid ini atau mereka akan dicemuh dan disisihkan, bahkan tidak akan diiktiraf sebagai ahli ilmu pun!

Menjadi mujtahid adalah relik kuno yang dibanggakan pada catatan generasi terkemudianߨ tetapi dihina bagi sesiapa sahaja pada hari ini yang mengerahkan dedikasi untuk mencapainya. Alangkah menyedihkan melihat realiti masyarakat yang sudah buta melihat kepentingan ijtihad.

Sebab itulah tidak hairan jika Jamāluddīn al-Qōsimiyy pernah diheret ke mahkamah kerana tidak mengajarkan sepertimana yang termaktub dalam kitab fiqh mazhabߨ tetapi mengajarkan tafsir dan hadis. Ẓōfir Jamāluddīn al-Qōsimiyy menceritakan tentang ayahnya yang didakwa di mahkamah kerana membentuk kumpulan untuk perbahasan secara bebas tanpa terikat dengan mazhab tertentu :

وأما المحاكمة الجديدة، فقد بدأت باستجواب القاسمي وسؤاله عن التهمة الموجهة إليه. وهي: "إنكم تجتمعون على تفسير القرآن الكريم والحديث برأيكم وتردون الأئمة المجتهدين؟ هل قلتم بطهارة الخمر؟ هل وضعت الحاشية على كتاب الشعراني كشف الغمة؟ هل قلت لرجل استفتاك: خذها على مذهبي، الجمالي؟". وبعد أن أجاب على النحو الذي ستراه فيما دونه القاسمي نفسه، قال له المفتي: "ما لكم ولقراءة الحديث؟ يلزم قراءة الكتب الفقهية والحجر على قراءة الكتب الحديثية والتفسيرية!".

"Adapun perbicaraan baharuޱ ia memulakan dengan meminta jawapan al-Qōsimiyy dan soalan kepadanya tentang tohmahan yang dikemukakan kepadanya. Ia adalah: Sesungguhnya kalian berkumpul untuk tafsir Quran yang mulia dan hadis dengan pandangan peribadi kalian dan kalian menolak para imam mujtahid? Adakah kalian berpendapat kesucian arak? Adakah kalian meletakkan hasyiah ke atas kitab aš-Šarōniyy؛ iaitu «Kašf al-Ġummah»? Adakah engkau berkata kepada seseorang yang bertanya kepadamu: Ambillah ia atas mazhabku؛ iaitu jamālian?". Selepas al-Qōsimiyy sendiri menjawabnya melalui sisi yang engkau akan melihatnya pada apa yang selainnyaܦ mufti itu berkata kepadanya: Mengapa dengan kalian dan pembacaan hadis? Dikompalserikan pembacaan kitab fiqh dan diforbidkan pembacaan kitab-kitab hadis dan tafsir!". [Jamāluddīn al-Qōsimiyy Wa Aruhm/s 45keluaran al-Mabaa al-Hāšimiyya].

Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy juga berkata :

وقد أفتينا مرة في مسألة واستدللنا لها بالحديث. فأخذ السائل تلك الفتوى إلى الفرطاخ، وكان من علماء تطوان. فلما قرأها غضب واحتد وقطعها. ثم رمى بها وقال للرجل: "إذا جئتني مرة أخرى بفتوى فيها حديث، بعثتك إلى السجن". وناظرت مرة رجلا من تطوان، فصار يصيح ويقول: "يا عباد الله! أيأمرنا هذا الرجل بالكفر؟ أيأمرنا أن نترك خليلا ونعمل بالحديث؟".

"Aku pernah memberi fatwa sekali pada suatu permasalahan dan kami beristidlal dengan hadis untuknya. Laluߨ penanya fatwa itu membawa kepada al-Farṭōẖ. Dia salah seorang daripada ulama Tetouan. Tatkala orang itu membacanyaޱ dia marah, berang dan mengoyakkannya. Kemudianߨ dia mencampaknya dan berkata kepada orang itu: Apabila engkau bawa fatwa yang ada hadis di dalamnya kepadakuޱ nescaya aku menghantarmu ke penjara. Aku pernah berdebat sekali dengan seseorang dari Tetouan. Laluߨ dia mula berkata: Wahai hamba-hamba Allah! Adakah lelaki ini menyuruh kita untuk kufur? Adakah dia menyuruh kita untuk meninggalkan H̱olīl dan beramal dengan hadis?". [Darr al-Ġomām ar-Roqīq Bi Rosā^il aš-Šay as-Sayyid Amad Ibn a-iddīqkarya Abdullah bin Abdul Qōdir at-Talīdiyym/s 40-41].

Aḥmad al-Ġumāriyy berkata :

وقد سئل الحافظ ولي الدين أبو زرعة العراقي فقيل له: "لم بقي التقى السبكي شافعيًا مع أنه حاز من علوم الاجتهاد ما لم يحزه إمامه الشافعي؟". فقال: "كان التقي قاضي القضاة وابنه تاج الدين قاضيًا بالشام وبيده مع ذلك وظائف جلها موقوف على الشافعية. فلو ادعى الاجتهاد لسلب منه جميع ذلك". فهذا هو السبب في عدم إعلانهم باجتهادهم المطلق ونبذهم للمذاهب. وانظر الحافظ السيوطى لما ادعى الاجتهاد. كيف نبذه أهل عصره وحاربوه وبقي منعزلا في بيته. وهكذا شأن كل من ادعى الاجتهاد.

"Al-Ḥāfiẓ Waliyuddīn Abū Zurah al-Irōqiyy ditanya: Mengapa at-Taqiyy as-Subkiyy kekal bermazhab šāfiᶜian meskipun dia meraih sebahagian ilmu-ilmu ijtihad yang belum pernah imamnya; šāfiᶜian meraihnya. Dia berkata: Dahulu at-Taqiyy adalah ketua hakim dan anaknya; Tājuddīn adalah hakim di Syam. Meskipun begituޱ di tangannya ada pegawai-pegawai yang kebanyakannya bergantung kepada šāfiᶜian. Kalau dia menyeru kepada ijtihadޱ pasti semua itu dilucutkan daripadanya. Inilah dia sebabnya pada ketiadaan penyataan diri mereka dengan ijtihad mereka yang mutlak dan penyisihan terhadap mazhab-mazhab itu. Lihat kepada al-Ḥāfiẓ as-Suyūṭiyy tatkala dia menyeru kepada ijtihad. Bagaimana orang sezamannya menyisihnya, memeranginya dan dia kekal mengasingkan diri di rumahnya. Sedemikian keadaan setiap orang yang menyeru kepada ijtihad". [Darr al-Ġomām Bi Rosā^il aš-Šayẖ as-Sayyid Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīqkarya Abdullah bin Abdul Qōdir at-Talīdiyym/s 40].

Aḥmad al-Ġumāriyy tersalah dalam memetik kalam al-Irōqiyy. Al-Irōqiyy tidak ditanya seperti itu. Yang sebetulnya adalah sepertimana yang al-Irōqiyy sebutkan seperti ini :

وقُلْتُ مَرَّةً لِشَيْخِنَا الإِمَامُ البَلْقِينِيُّ رَحِمُهُ اللَّهُ تعَالَى: مَا يَقْصُرُ بِالشَّيْخِ تَقِيِّ الدّينِ السُّبْكِيِّ عَنِ الاجْتِهَاد وَقَدْ اسْتَكْمَلَ آلاَتِهِ؟ وكَيْفَ يُقَلِّدُ؟ ولَمْ أَذْكُرَهُ هو استحيَاءً مِنْهُ لِمَا أُرِيدُ أَنْ أُرَتِّبَ علَى ذَلِكَ، فَسَكَتَ عَنْهُ. فَقُلْتُ: مَا عندي أَنَّ الامتنَاعَ مِنْ ذَلِكَ إِلاَّ لِلوظَائفِ التي قَرَّرَتْ لِلفقهَاءِ علَى المَذَاهِبِ الأَربعةِ، وأَنَّ مَنْ خَرَجَ عَنْ ذَلِكَ وَاجْتَهَدَ لَمْ يَنَلْهُ شَيْءٌ مِنْ ذَلِكَ، وحُرِمَ وِلاَيةُ القضَاءِ، وَامْتَنَعَ النَّاسُ مِنْ استفتَائِه ونُسِبَ لِلبِدْعَةِ. فَتَبَسَّمَ ووَافَقَنِي علَى ذلكَ.

"Aku berkata syeikh kami; al-Imām al-Balqīniyy semoga Allah Taālā merahmatinya: Apa yang mencegah aš-Šay Taqiyyuddīn as-Subkiyy daripada ijtihadߨ sedangkan telah sempurna alat-alatnya? Kenapa dia bertaklid?. Aku tidak menyebutkannya bahawa dia merasa malu terhadapnya kerana apa yang aku memaksudkan untuk menyusun kedudukan pada itu. Dia pun terdiam daripadanya. Aku berkata: Tidak ada menurutku bahawasanya tertegahnya daripada itu melainkan kerana pegawai-pegawai yang memandatorikan mazhab yang empat untuk fuqaha dan bahawasanya sesiapa keluar daripada itu dan berijtihadޱ pasti sesuatu daripada itu tidak menerimanya, diharamkan pengurusan kehakiman, orang ramai ditegah daripada meminta fatwa daripadanya dan dinisbahkan kepada bidaah. Dia pun senyum dan bersepakat denganku atas itu". [Al-Ġoy al-Hāmi Šar Jam al-Jawāmim/s 720keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyyaẗtahqiq Muammad Tāmir ijāziyy].

Lihatlah bagaimana buruknya masyarakat yang bertaklid dan mendogmakan tradisi ini. Mujtahid yang dianggap sebagai kedudukan yang terhormat lagi istimewa tetap tidak ada nilai di mata mereka yang tidak menghargai ilmu yang sebenar dan hanya kenyang dengan mengikut pendapat dan pengamalan tokohnya secara buta.

Ilmuwan yang telah menghabiskan sisa umurnya untuk memperkasa kemahirannya, menyampaikan kebenaran dan menegakkan manhaj ilmu yang mapan pun tetap tidak mendapat hak yang selayaknya jika mereka membawa berbeza dengan apa yang menjadi tradisi taklid mereka. Seseorang itu hanya akan dianggap ilmuwan ataupun tidak atau berkedudukan dalam bidang keilmuan ataupun tidak bergantung sejauhmana orang itu berselari dengan tradisi taklid setempat.

Maḥmūd Saīd Mamdūḥ memiliki kalam yang menyerikan bagi menjelaskan fenomena ini :

هناك نوع فريد من العلماء لاينبغي أن تخلو الأمة من أمثاله. هم المجتهدون أو قل المتبعون الذين يدورون مع الدليل وهم من استكملوا الآلات المؤهلة للفهم الصحيح للنصوص ومشوا مع النص وداروا معه. هذا الصنف من العلماء حاله صعب جدا مع المقلد فإنه لا يثبت على حالة فمرة تراه موافقا لمذهب من مذاهب العترة وأخرى يوافق الشافعي ويخالف الجمهور ومرة يمشي مع المالكية والشافعية ومرة يخالف الأربعة ويرجح رأي ابن حزم ومرة يخالف الجمهور ويمشي مع العترة المطهرة. كل هذا بحسب نظره واجتهاده وقوة بحثه وهو مأجور أصاب أم أخطأ. وغالبا ما يتهمه المقلدة بالشذوذ الذين غايتهم قال فلان وقال فلان والمشهور كذا والمتن كذا فهذا ليس بعلم.

وهذا الصنف من العلماء لا يحبه المقلدة ويشنعون عليه. لماذا؟ لأنه معهم مرة ورد عليهم مرات وترقى لمخالفة أصل من أصول مذهب معين كعمل أهل المدينة أو شنع على مذهب لأنهم لا يخصصون عام القرآن بالسنة الصحيحة أو كتب في معارضة من يقدمون القياس على السنة أو اختار حجية اجماع العترة أو رد حديث الناصبي وهكذا. فلما كان هذا العالم يكاد ألا يوافق أحدا وغالبا ترى المقلدة يعارضونه لأنه تناول مذهبهم أو إمامهم بالمخالفة وربما ناقشه وخالفه لأن المقلد غالبا ما يعتبر كلام إمامه كالحجة الشرعية. ولهذا كثر تشنيع العلماء المقلدة على ابن حزم وردوا عليه ولما تعرض الامام النووي لاختيارات فقهية له رجحها ونص عليها في المنهاج ، لم يعتبرها فقهاء الشافعية المتأخرين من المذهب.

Di sana ada jenis tersendiri daripada ulama yang tidak patut ia sepi daripada umat dari golongan terhormat. Mereka adalah mujtahid atau katakanlah bahawa mereka adalah pengikut orang yang mengelilingi bersama dalil. Mereka adalah orang yang telah sempurna ilmu alat yang membawa kepakaran untuk kefahaman yang tepat pada skriptur, berjalan di atas skriptur dan mengelilingi bersamanya.

Keadaan ulama jenis ini sangat membebankan bersama pentaklid kerana mereka tidak tetap pada satu keadaan. Dalam satu keadaan engkau melihatnya menyepakati dengan suatu mazhab dari mazhab-mazhab leluhur. Dalam satu keadaan lain dia menyepakati mazhab šāfiian dan menyalahi majoriti. Dalam keadaan lain dia berjalan di atas mazhab mālikian dan šāfiᶜian. Dalam keadaan lain dia menyalahi keempat-empat mazhab dan merajihkan pandangan Ibn azm. Dalam keadaan lain dia menyalahi majoriti dan berjalan bersama leluhur. Setiap daripada ini dengan perkiraan pemerhatiannya, ijtihadnya serta kekuatan pengamatannya. Dia diberi pahala pada benarnya dan salahnya.

Secara dominanܦ apa yang para pentaklid menuduhnya sebagai pendapat yang ganjil adalah orang yang penghujungnya fulan berkata, fulan berkata, pendapat yang masyhur adalah sebegini dan matannya adalah sebegini. Ini bukanlah ilmu.

Ulama jenis ini tidak disukai para pentaklid dan mereka mencelanya. Mengapa? Ini kerana mereka bersama mereka dalam suatu keadaan dan membantah mereka dalam beberapa keadaan. Mereka menjulang dengan penyelisihan salah satu dasar daripada mazhab yang tertentu seperti amalan penduduk Madinah atau mencela suatu mazhab kerana mereka tidak mengkhususkan Quran dengan sunnah yang sahih atau dia menulis dalam penentangan mereka yang mendahulukan qiyas berbanding sunnah atau memilih penghujahan ijmak leluhur atau menolak hadis naṣbian Sedemikian inilah.

Tatkala ini adalah ulamaޱ hampir-hampir tidak menyepakati seseorang. Secara dominanܦ engkau melihat para pentaklid menentangnya kerana dia mengambil mazhab mereka atau imam mereka demi penyelisihan dan kadangkala dia membincangkannya dan menyelisihinya kerana pentaklid secara dominannya adalah orang yang menganggap kalam imamnya sebagai hujah syariat. Kerana inilah banyak celaan terhadap ulama pentaklid ke atas Ibn Ḥazm dan membantahnya. Tatkala al-Imām an-Nawawiyy membantangkan beberapa ikhtiyarat fiqh baginya yang dia merajihkannya dan menyebutkannya dalam teks dalam «al-Minhāj»ޱ para fuqaha šāfiᶜian terkebelakangan tidak menganggapnya sebagai sebahagian daripada mazhab itu. [Rujuk https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=242554779492136&id=100012128473491].

Sekarang jelas bahawa bagaimana para ulama sejati yang berdiri di atas independen ini dikeji dan disisihkan oleh golongan taklid yang tidak ada perhatian untuk kebenaran dan hujah yang kuat.

Antara salah faham mereka bahawa menjadi mujtahid adalah hampir mustahil untuk zaman ini dan tidak layak bagi sesiapa sahaja pada hari ini mencuba untuk menggapai kedudukan ijtihad adalah kerana menganggap menjadi mujtahid bukanlah mudah.

Padahalߨ ini menyalahi ketetapan para ulama bahawa ijtihad adalah sesuatu yang mudah dicapai hari ini kerana telah banyak karya ilmiah yang dikodifikasi. Alā^uddīn Abū al-asan Aliyy bin Sulaymān al-Māwardiyy berkata :

فِي آدَابِ الْمُفْتِي وَالْمُسْتَفْتِي: وَمِنْ زَمَنٍ طَوِيلٍ عُدِمَ الْمُجْتَهِدُ الْمُطْلَقُ مَعَ أَنَّهُ الْآنَ أَيْسَرُ مِنْهُ فِي الزَّمَنِ الْأَوَّلِ، لِأَنَّ الْحَدِيثَ وَالْفِقْهَ قَدْ دُوِّنَا، وَكَذَا مَا يَتَعَلَّقُ بِالِاجْتِهَادِ مِنْ الْآيَاتِ، وَالْآثَارِ، وَأُصُولِ الْفِقْهِ، وَالْعَرَبِيَّةِ، وَغَيْرِ ذَلِكَ، لَكِنْ الْهِمَمُ قَاصِرَةٌ، وَالرَّغَبَاتُ فَاتِرَةٌ، وَهُوَ فَرْضُ كِفَايَةٍ، قَدْ أَهْمَلُوهُ وَمَلُّوهُ، وَلَمْ يَعْقِلُوهُ لِيَفْعَلُوهُ.

Dalam «Ādāb al-Muftī Wa al-Mustaftī»: "Daripada zaman yang panjang telah hilang mujtahid mutlak meskipun sekarang lebih mudah pada zaman yang awal kerana hadis dan fiqh telah pun dikodifikasi. Demikian juga apa yang berkaitan dengan ijtihad pada ayat, atsar, uṣūl fiqh, ilmu bahasa dan selain daripada ituߨ tetapi semangat-semangatnya berkurangan dan kecintaan-kecintaannya melemahߨ sedangkan ia adalah fardu kifayah yang mereka mengalpakannya dan jemu terhadapnya. Mereka tidak memikirknya supaya mereka melaksanakannya". [Al-Inṣōf Fī Marifa ar-Rōjiḥ Min al-H̱ilāfjilid 12m/s 259-260keluaran Dār Iyā^ at-Turōṯ al-Arobiyy].

Šamsuddīn al-H̱oṭīb aš-Šarbīnīyy berkata :

تَنْبِيه: هَذَا مَعَ الَّذِي قبله من جملَة طرق الِاجْتِهَاد وَلَا يشْتَرط أَن يكون متبحرا فِي كل نوع من هَذِه الْعُلُوم حَتَّى يكون فِي النَّحْو كسيبويه وَفِي اللُّغَة كالخليل بل يَكْفِي معرفَة جمل مِنْهَا. قَالَ ابْن الصّباغ إِن هَذَا سهل فِي هَذَا الزَّمَان فَإِن الْعُلُوم قد دونت وجمعت. انْتهى. وَيشْتَرط أَن يكون لَهُ من كتب الحَدِيث أصل كصحيح البُخَارِيّ وَسنَن أبي دَاوُد وَلَا يشْتَرط حفظ جَمِيع الْقُرْآن وَلَا بعضه عَن ظهر قلب بل يَكْفِي أَن يعرف مظان أَحْكَامه فِي أَبْوَابهَا فيراجعها وَقت الْحَاجة. وَلَا بُد أَن يعرف الْأَدِلَّة الْمُخْتَلف فِيهَا كالأخذ بِأَقَلّ مَا قيل وكالاستصحاب وَمَعْرِفَة أصُول الِاعْتِقَاد. كَمَا حُكيَ فِي الرَّوْضَة كَأَصْلِهَا عَن الْأَصْحَاب اشْتِرَاطه ثمَّ اجْتِمَاع هَذِه الْعُلُوم إِنَّمَا يشْتَرط فِي الْمُجْتَهد الْمُطلق وَهُوَ الَّذِي يُفْتِي فِي جَمِيع أَبْوَاب الشَّرْع.

"Peringatan Ini bersama yang sebelunya daripada keseluruhan jalan-jalan ijtihad. Tidak disyaratkan untuk seseorang itu meluas pengetahuan dalam setiap topik setiap ilmu ini sehingga ilmu nahu itu seperti Sibawayh dan dalam ilmu bahasa seperti al-H̱olīl. Akan tetapiߨ cukup mengetahui yang umum daripadanya. Berkata Ibn aṣ-Ṣobbāġ: Sesungguhnnya ini adalah mudah pada zaman ini kerana ilmu-ilmu ini telah pun dikodifikasi dan dikumpulkan". Tamat Disyaratkan untuk seseorang memiliki kitab hadis yang asal seperti «Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy» dan «Sunan Abū Dāwud ». Tidak disyaratkan untuk menghafal keseluruhan Quran dan tidak juga sebahagiannya dalam jantung. Akan tetapiߨ cukup untuk mengetahui tempat adanya hukum-hukumnya dalam bab-babnyaߨ lalu dia merujuknya pada waktu yang diperlukan. Tidak dapat tidak dia mesti mengenali dalil-dalil yang berbagai-bagai padanya seperti pengambilan ₍Aqoll Mā Qīla₎ dan seperti ₍al-Istiṣḥāb₎ dan mengenali usul iktikad. Sepertimana yang dipetik dalam «ar-Rowḍoh» pensyaratannya adalah sama asalnya untuk para ashab. Kemudianߨ terkumpulnya ilmu-ilmu ini sebenarnya adalah syarat untuk mujtahid mutlak dan ia adalah yang berfatwa pada keseluruhan bab syarak. [Al-Iqnā Fi all Alfāẓ Abī Šujājilid 2m/s 641keluaran Dār al-Fikr al-Islāmiyy].

As-Suyūṭiyy berkata :

وَقَالَ الشَّيْخ محب الدّين وَالِد الشَّيْخ تَقِيّ الدّين دَقِيق الْعِيد فِي كِتَابه تلقيح الإفهام عز الْمُجْتَهد فِي هَذِه الإعصار ولَيْسَ ذَلِك لتعذر حُصُول آلَة الِاجْتِهَاد بل لإعراض النَّاس فِي اشتغالهم عَن الطَّرِيق المفضية إِلَى ذَلِك وَقَالَ بَعضهم الِاجْتِهَاد فِي هَذَا الزَّمَان أسهل مِنْهُ فِي الزَّمن الأول لِأَن الْآلَات من الْأَحَادِيث وَغَيرهَا قد دونت وَسَهل مراجعتها بِخِلَاف الزَّمن الأول فَلم يكن فِيهِ شَيْء من آلَات الِاجْتِهَاد مدون

Berkata aš-Šayẖ Muḥibuddīn; ayah kepada aš-Šayẖ Taqiyyuddīn Daqīq al-Īd dalam kitabnya «Talqīḥ al-Ifhām»: "Sedikitnya mujtahid pada masa-masa ini dan bukanlah itu kerana kesukaran untuk menggapai alat-alat ijtihadߨ tetapi zahirnya orang ramai yang berpaling daripada jalan yang menyampaikan kepada itu. Berkata sebahagian mereka bahawa ijtihad pada zaman ini lebih mudah daripada zaman yang awal kerana alat-alat yang terdiri daripada hadis-hadis dan selainnya telah dikodifikasi dan menjadi mudah untuk merujuknya. Berbeza dengan zaman yang awal. Belum ada pada waktu itu sesuatu yang berupa alat-alat ijtihad yang dikodifikasikan". [Taqrīr al-Istinād Fī Tafsīr al-Ijtihādm/s 36keluaran Dār ad-Dawatahqiq Fu^ād Abdul Munim Amad].

Kemudianߨ antara salah faham mereka adalah bahawa mujtahid perlu menguasai segenap aspek dalam bidang ilmu dan berijtihad dalam setiap perkara. Adakalanyaܦ gambaran mereka tentang mujtahid tidak realistikߨ bahkan menganggap ia adalah kedudukan dewa yang mustahil dicapai. Tidak ubah seperti kelompok manusia utopia.

Sedangkanߨ ini bukan ketetapan dari imam uṣūl fiqh؛ iaitu tidak semestinya perlu menguasai keseluruhan bahagian dan berijtihad dalam segenap permasalahan. Cukup dia menguasai bahagian yang seseorang ingin berijtihad padanya.

Aš-Šāṭibiyy berkata tentang kadar ilmu yang perlu dicapai oleh mujtahid :

أَمَّا الْأَوَّلُ: وَهُوَ أَنَّهُ لَا يَلْزَمُ أَنْ يَكُونَ مُجْتَهِدًا فِي كُلِّ عِلْمٍ يَتَعَلَّقُ بِهِ الِاجْتِهَادُ عَلَى الْجُمْلَةِ؛ فَالدَّلِيلُ عَلَيْهِ أُمُورٌ: أَحَدُهَا: أَنَّهُ لَوْ كَانَ كَذَلِكَ؛ لَمْ يُوجَدْ مُجْتَهِدٌ إِلَّا فِي النُّدْرَةِ مِمَّنْ سِوَى الصَّحَابَةِ، وَنَحْنُ نُمَثِّلُ بِالْأَئِمَّةِ الْأَرْبَعَةِ؛ فَالشَّافِعِيُّ عِنْدَهُمْ مقلِّد فِي الْحَدِيثِ لَمْ يَبْلُغْ دَرَجَةَ الِاجْتِهَادِ فِي انْتِقَادِهِ وَمَعْرِفَتِهِ، وَأَبُو حَنِيفَةَ كَذَلِكَ، وَإِنَّمَا عَدُّوا مِنْ أَهْلِهِ مَالِكًا وَحْدَهُ، وَتَرَاهُ فِي الْأَحْكَامِ يُحِيلُ عَلَى غَيْرِهِ كَأَهْلِ التَّجَارِبِ وَالطِّبِّ وَالْحَيْضِ وَغَيْرِ ذَلِكَ وَيَبْنِي الْحُكْمَ عَلَى ذَلِكَ وَالْحُكْمُ لا يستقل دون ذلك الِاجْتِهَادِ. وَلَوْ كَانَ مُشْتَرَطًا فِي الْمُجْتَهِدِ الِاجْتِهَادُ فِي كُلِّ مَا يَفْتَقِرُ إِلَيْهِ الْحُكْمُ؛ لَمْ يَصِحَّ لِحَاكِمٍ أَنْ يَنْتَصِبَ لِلْفَصْلِ بَيْنَ الْخُصُومِ حَتَّى يَكُونَ مُجْتَهِدًا فِي كُلِّ مَا يَفْتَقِرُ إِلَيْهِ الْحُكْمُ الَّذِي يُوَجِّهُهُ عَلَى الْمَطْلُوبِ لِلطَّالِبِ، وَلَيْسَ الْأَمْرُ كَذَلِكَ بِالْإِجْمَاعِ.

"Adapun yang pertamaޱ tidak semestinya seseorang itu menjadi mujtahid dalam setiap ilmu yang ijtihad berkaitan dengannya secara keseluruhan. Dalilnya adalah beberapa perkara. Pertamaߨ kalaulah perlu sedemikianޱ tidak wujud mujtahid kecuali sebilangan yang selain para Sahabat. Kita memberi misal seperti imam yang empat. Aš-Šāfiiyy di sisi mereka adalah pentaklid dalam hadis yang tidak mencapai darjat ijtihad dalam kritikannya dan penguasaannya. Abū anīfa juga sedemikian. Mereka cuma menganggap hanya Mālik sahaja yang ahli terhadapnya. Engkau melihat bahawa hal ijtihad dalam hukum terkumpul pada selainnya seperti ahli eksperimen, tukang perubatan, wanita yang haid serta yang selain ituߨ lalu dibangunkan hukum melalui itu. Hukum pada itu tidaklah bersendirian daripada ijtihad itu. Kalaulah disyaratkan pada mujtahid itu berijtihad pada setiap apa yang hukum itu memerlukan ijtihadnyaޱ maka tidak sah untuk pemerintah untuk menghakimi setiap pertikaian sehingga menjadi mujtahid pada setiap apa yang hukuman yang dia jatuhkannya ke atas yang dituntut untuk penuntut memerlukan ijtihadnya. Perkara seperti ini bukanlah ijmak". [Al-Muwāfaqōt Fī Uṣūl al-Aḥkāmjilid 5m/s 46-47keluaran Dār Ibn Affān].

Kenyataan al-Ġozzāliyy ini menguatkan apa yang telah disebutkan :

إنَّمَا يُشْتَرَطُ فِي حَقِّ الْمُجْتَهِدِ الْمُطْلَقِ الَّذِي يُفْتِي فِي جَمِيعِ الشَّرْعِ، وَلَيْسَ الِاجْتِهَادُ عِنْدِي مَنْصِبًا لَا يَتَجَزَّأُ، بَلْ يَجُوزُ أَنْ يُقَالَ لِلْعَالِمِ بِمَنْصِبِ الِاجْتِهَادِ فِي بَعْضِ الْأَحْكَامِ دُونَ بَعْضٍ، فَمَنْ عَرَفَ طَرِيقَ النَّظَرِ الْقِيَاسِيِّ فَلَهُ أَنْ يُفْتِيَ فِي مَسْأَلَةٍ قِيَاسِيَّةٍ، وَإِنْ لَمْ يَكُنْ مَاهِرًا فِي عِلْمِ الْحَدِيثِ، فَمَنْ يَنْظُرْ فِي الْمَسْأَلَةِ الْمُشْتَرَكَةِ يَكْفِيهِ أَنْ يَكُونَ فَقِيهَ النَّفْسِ عَارِفًا بِأُصُولِ الْفَرَائِضِ وَمَعَانِيهَا، وَإِنْ لَمْ يَكُنْ قَدْ حَصَّلَ الْأَخْبَارَ الَّتِي وَرَدَتْ فِي مَسْأَلَةِ تَحْرِيمِ الْمُسْكِرَاتِ أَوْ فِي مَسْأَلَةِ النِّكَاحِ بِلَا وَلِيٍّ، فَلَا اسْتِمْدَادَ لِنَظَرِ هَذِهِ الْمَسْأَلَةِ مِنْهَا وَلَا تَعَلُّقَ لِتِلْكَ الْأَحَادِيثِ بِهَا، فَمِنْ أَيْنَ تَصِيرُ الْغَفْلَةُ عَنْهَا أَوْ الْقُصُورُ عَنْ مَعْرِفَتِهَا نَقْصًا؟ وَمَنْ عَرَفَ أَحَادِيثَ قَتْلِ الْمُسْلِمِ بِالذِّمِّيِّ وَطَرِيقَ التَّصَرُّفِ فِيهِ فَمَا يَضُرُّهُ قُصُورُهُ عَنْ عِلْمِ النَّحْوِ الَّذِي يُعَرِّفُ قَوْله تَعَالَى: {وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إلَى الْكَعْبَيْنِ} [المائدة: 6] وَقِسْ عَلَيْهِ مَا فِي مَعْنَاهُ. وَلَيْسَ مِنْ شَرْطِ الْمُفْتِي أَنْ يُجِيبَ عَنْ كُلِّ مَسْأَلَةٍ فَقَدْ سُئِلَ مَالِكٌ -رَحِمَهُ اللَّهُ- عَنْ أَرْبَعِينَ مَسْأَلَةً فَقَالَ فِي سِتَّةٍ وَثَلَاثِينَ مِنْهَا: لَا أَدْرِي. وَكَمْ تَوَقَّفَ الشَّافِعِيُّ -رَحِمَهُ اللَّهُ- ، بَلْ الصَّحَابَةُ فِي الْمَسَائِلِ فَإِذًا لَا يُشْتَرَطُ إلَّا أَنْ يَكُونَ عَلَى بَصِيرَةٍ فِيمَا يُفْتِي فَيُفْتِي فِيمَا يَدْرِي أَنَّهُ يَدْرِي، وَيُمَيِّزُ بَيْنَ مَا لَا يَدْرِي وَبَيْنَ مَا يَدْرِي فَيَتَوَقَّفُ فِيمَا لَا يَدْرِي وَيُفْتِي فِيمَا يَدْرِي.

"Sebenarnyaܦ disyaratkan pada hak mujtahid mutlak adalah berfatwa pada segenap urusan syarak. Bukanlah ijtihad di sisiku adalah pangkal yang tidak berjuzuk-juzukߨ bahkan harus untuk seseorang dipanggil ahli ilmu melalui sumber ijtihad pada sebahagian hukum-hakam tanpa sebahagian yang lain. Sesiapa yang mengerti jalan pemerhatian qiyasޱ maka dia boleh berfatwa pada permasalahan qiyas walaupun dia bukan orang yang mahir dalam ilmu hadis. Sesiapa yang meneliti pada masalah perkongsianޱ cukup untuknya dia menjadi faqih yang utuh lagi arif dalam usul faraid dan makna-maknanya walaupun dia tidak menguasai perkhabaran yang datang dalam isu pengharaman minuman yang memabukkan atau masalah nikah tanpa wali. Tidak perlu memanjangkan pemerhatian isu ini dan hadis yang tidak berkaitan dengannya. Daripada mana terjadinya kealpaan padanya atau kelompongan dalam penguasaannya? Sesiapa yang menguasai hadis-hadis pembunuh muslim terhadap dzimmi dan jalan-jalan perlaksanaan terhadapnyaޱ maka tidak memudaratkan kekurangannya terhadap ilmu nahu yang memperkenalkan firman-Nya Taālā: {Usaplah sebahagian kepala kalian dan kaki kalian sehingga ke buku lali} [Surah al-Mā^idah ayat 6] dan tentukanlah apa yang terkandung dalam maknanya terhadapnya. Tidaklah termasuk dalam syarat yang mufti perlu berfatwa untuk setiap isu. Mālik semoga Allah merahmatinya ditanya empat puluh isuߨ lalu dia berkata tidak tahu pada tiga puluh enam daripadanya. Betapa banyak aš-Šāfiiyy semoga Allah merahmatinya berdiam diri. Bahkanߨ para Sahabat juga dalam pelbagai isu. Jika demikianޱ tidak disyaratkan apa-apa melainkan menjadi celik pada apa yang dia fatwakan dan berfatwa apa yang dia tahu dalam keadaan dia mengetahui apa yang dia ketahui dan membezakan apa yang dia tidak ketahui dan apa yang dia ketahuiߨ lalu dia berdiam diri pada apa yang dia tidak tahu dan berfatwa apa yang dia tahu". [Al-Mustaṣfā Min Ilm Uṣūl al-Fiqhm/s 531keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyya].

Kalaulah betul aš-Šāfiiyy dan Abū anīfa adalah pentaklid dalam ilmu hadis dan tidak mencapai darjat ijtihadޱ maka tidak ada kecatatan pun ketokohannya sebagai mujtahid dan rendah merit pandangannya. Pada saya cukuplah dia sekadar menguasai bahagian yang tidak perlu dia bertaklid secara buta ketika membentangkan penghujahan dan mempertahankan pandangnanya. Maksudnya adalah apabila berlakunya pertentangan dalam pandanganޱ dia mampu mengutarakan bukti ilmiah dan memberikan penjelasan yang objektif dengan hujah tanpa perlu menggunakan kad falasi sepertimana yang suka dilakukan oleh para pentaklid.

Untuk isu ijtihad ini saya telah mengupas lebih lanjut dalam penulisan saya yang berjudul «Tafsir Surah Az-Zumar Ayat 1718 Dan Perkara Yang Berkaitan Dengan Ijtihad» dalam menjelaskan hakikat ijtihad dan meluruskan salah faham mengenainya. Malahߨ di banyak tempat telah saya mengupas isu-isu yang berkaitan dengan ini.

Cumaߨ yang ingin ditekankan adalah menghidupkan ijtihad tidak semestinya perlu sampai kepada taraf para imam yang terbilang atau seumpama dewa-dewa yang sakral dari kayangan yang tidak realistik untuk dicapai. Cukuplah ia kepada pembebasan kepada taklid yang tercela dan ketaksuban kepada tokoh. Sekalipun tidak mahu dinamakan ijtihadܦ asalkan tujuan yang difokuskan dapat dicapai.

Janganlah sampai membenci usaha dan seruan kepada ijtihadߨ lebih-lebih lagi jika ia dari berlainan aliran. Teras perjuangan ini diteruskan oleh para ulama kita sepanjang zaman. Itulah yang telah dibangkitkan oleh as-Suyūṭiyy «ar-Rodd Alā Man Alada Fī al-Ar Wa Jahila Anna al-Ijtihād Fī Kull Ar Wa Farḍ» dalam bab yang ketiga.

Penutup

Taklid adalah sesuatu yang tercela meskipun ia adalah kepada tokoh kebesaran. Para ulama sepanjang zaman menentangnya kerana mereka menyedari dan memahami racun, bahaya dan penyakit yang ada pada taklid. Apa yang saya telah kupas tadi mungkin sahaja sedikit daripada apa yang hakikatnya sebenarnya. Namunߨ saya berharap ia cukup membenihkan kesedaran kepada para pembaca.

Mereka menentang taklid bukan kerana ingin melunturkan rasa kasih sayang kita dan penghormatan kepada ulamaߨ tetapi mereka mencantasnya kerana melihat sikap melampau dan pemahaman serta pengamalan kepada ikutan yang menyalahi prinsip ilmu. Mereka juga menentang taklid bukan sampai ingin menjauhi apa yang telah disumbangkan oleh para ulama dalam lapangan keilmuan dan penegakan kebenaranߨ tetapi mereka menentang pada tahap orang yang membutakan matanya untuk mencerap hakikat tradisi ilmiah itu sendiri.

Oleh ituߨ cara untuk keluar dari kepompong taklid yang tercela ini adalah dengan menghidupkan suasana keilmuan bersama ijtihad. Ijtihad bukanlah sesuatu yang tercela jika kita memahami hakikatnya. Ia adalah cita-cita yang mulia bagi setiap muslim dan kedudukan yang istimewa bagi mereka yang mencapainyaߨ bukannya cita-cita seorang yang ingin membongkakkan diri atau kedudukan yang terkeji.

Seruan kepada ijtihad adalah seruan yang terus-menerus diwarisi oleh para ulama yang menyedari kepentingan untuk menghidupkannya dan menjadi perkara yang penting untuk direalisasikan dalam masyarakat. Tidak ada orang yang menyangka buruk terhadap seruan kepada ijtihad melainkan pentaklid tegar yang jahil tentang realiti ijtihad.