Thursday, October 8, 2020

Diari Diri : Dapatan Pengalaman Saya Sepanjang Bergelumang Dengan Ilmu ᓫIlal al-Ḥadīṯ

Ilmu ilal al-Ḥadīṯ adalah ilmu yang paling didambakan untuk seluruh penuntut ilmu hadis untuk menguasainya. Ia adalah kemuncak kepada ilmu hadis dan penguasaannya membolehkan seseorang masuk ke lapangan praktikal kajian hadis dengan persiapan yang serba guna. Malahߨ yang akan membezakan secara jelas antara jaguhan ahli hadis dan mereka yang biasa adalah kemahiran ilmu ini.

Saya mendoakan para pembaca yang belum menguasainya agar dapat sampai ke hajat kalian dengan rahmat-Nya dan kasih sayang-Nya. Bagi yang telah menggapainya semoga Allah tetapkan istiqamah kalian terhadap jalan yang berdasar dengan hujah yang kukuh dan pemahaman yang mapan.

Di sini
saya ingin mengongsikan beberapa pengalaman saya sepanjang bergelumang dengan ilmu ini. Apa yang saya kongsikan di sini bukanlah tentang ilmu apa yang saya perolehߨ tetapi lebih kepada pengalaman diri ketika berinteraksi dengan orang dan refleksi diri.

Saya tidaklah kata pengalaman saya adalah hebat. Ramai lagi di luar sana yang telah menempuh pelbagai keajaiban dan pahit manis perjalanan dalam berkhidmat dengan ilmu ini. Namun
ߨ saya merasakan sebagai panduan atau mengetahui sudut dimensi pandangan yang ada pada saya yang mungkin tidak seberapaܦ saya harap ia boleh memberikan gambaran umum tentang ilmu ini. Di sini saya menjelaskan apa yang saya peroleh.

🄰 Ilmu Yang Membuatkan Seseorang Menjadi Sepi

Apabila saya mendalami ilmu ini
ޱ saya rasa semakin merasa sepi dan bersendiri. Ilmu ini sepertimana yang dikhabarkan bahawa tidak ramai seorang menguasainya atau berkehendak untuk menguasainya. Saya tidak ramai kenalan yang benar-benar menceburkan diri dalam bidang ini secara mendalam atau mempunyai kemampuan ilmu ini.

Kadangkala
ܦ apabila berdiskusiޱ saya nampak jurang capaian ilmu yang lebar dan adakalanya saya seolah-olah berbicara seorang diri atau berseronok sendiri. Saya kadangkala risau dengan hal ini kerana saya mungkin memerlukan teman yang setara atau lebih untuk membincangkan aspek illah dalam hadis. Jika tidak adaޱ saya mungkin akan mengalami keterhadan maklumat atau memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan apa yang saya hajati.

Manakan tidak? Dalam sejarah awal pun
tidak ramai ahli hadis yang menonjol dalam ilmu ini. Mana-mana penilaian perawi atau pun perbahasan ilmu hadis pasti akan berputar pada nama yang sama. Seolah-olah seperti terhad yang dimonopoli oleh mereka.

Mālik bin Anas, Yaḥyā bin Sa
īd al-Qoṭṭōn, Aliyy bin al-Madiniyy, al-Jūzajāniyy, Abdullah bin Ṣōli al-Ijliyy, Muammad bin Sad, Amad bin Ḥanbal, Yaḥyā bin Maīn, al-Buẖōriyy, at-Tirmiiyy, Abū Saīd bin Yūnus, Abū Dāwud as-Sijistāniyy, Abū Ḥātim ar-Rōziyy, Abū Zura ar-Rōziyy, an-Nasā^iyy, Zakariyyā as-Sājiyy, al-Uqoyliyy, Ibn H̱uzayma, Ibn Adiyy, ad-Dāroquniyy, Abū Nuaym al-Aṣbahāniyy, al-Atīqiyy, al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy, al-Bayhaqiyy, Ibn Asākir dan lain-lain yang barangkali tidak terlintas namanya ketika menulis ini. Akan tetapiߨ ia tetap berulang pada nama-nama ini.

Dalam konteks negara Arab sekarang
mungkin kita mengenali banyak nama yang mahir dalam bidang ini walaupun tidak sebanyak mereka yang mahir dalam fiqh dan akidahߨ tetapi bagaimana dalam konteks negara kita؛ iaitu Malaysia? Tidak ramai yang menonjol sepertimana dalam fiqh, uṣūl fiqh, tafsir, motivasi jiwa atau akidah.

Salah satu sebabnya mengingat sanad dan maklumat perawi di dalamnya adalah agak membosankan dan tidak begitu menarik perhatian. Masyarakat lebih ingin tahu sama ada sah atau tidak untuk dijadikan hujah atau tidak. Kupasan dan perbahasan tentang sanad terlalu kompleks buat mereka.

Sebab itulah walaupun penduduk Malaysia sangat biasa dengan nama Muḥammad al-Albāniyy
ޱ kadangkala mereka langsung tidak mengenali siapakah Māhir Yāsīn al-Faḥl. Mereka tidak tahu dunia manhaj mutaqaddimin dan mutaakhirin dalam penilaian status hadis meskipun daripada salafi sendiri. Ilmu ini masih belum mendapat liputan yang besar dan kedudukan yang diberi perhatian yang berat walaupun ia sangat penting dalam usaha pemurniaan hadis dan ketepatan dalam riwayat.

🄱 Ilmu Yang Membuatkan Seseorang Itu Menjadi Sibuk

Setelah belajar intipati dalam ilmu
ilal al-adīṯܦ walaupun teori nampaknya mudah kerana ia adalah pengulangan yang banyak dalam tatacara penilaian sesuatu hadis itu sama ada ia memiliki illah atau pun tidakߨ tetapi praktikalnya sangat membebankan.

Ini kerana menjadi ahli hadis yang terbekal dengan ilmu ini adalah dia akan cakna bahawa tidak cukup hanya berpada dengan kitab hadis semata-mata dan itu pun sudah cukup banyak buatnya. Malah
ߨ kita juga perlu melihat kitab-kitab lain yang memungkinkan adanya perbahasan al-Ilal padanya.

Dalam meneliti illah bagi hadis
sanad sahaja sudah terkandung bermacam-macam perawi yang perlu disemak. Kadangkalaܦ satu perawi sahaja punyai banyak maklumat tentangnya yang perlu disemak dan disaring.

Kemudian
ߨ untuk menemukan illah bagi hadis perlu membandingkan pelbagai sanad dan kenalpasti puncanya. Banyak rujukan hadis perlu dilihat untuk mengumpulkan sebanyak yang boleh dalam membezakan pusat sanad. Itu baru satu hadis. Bayangkan pula jika ada beberapa hadis yang sama yang mempunyai pelbagai sanad.

Saya ada melihat karya kajian al-
Ilal yang komprehensif untuk hadis riwayat al-Amaš dari sudut kesan kekuatan kejituan antara muridnya dalam kesahihan hadis؛ iaitu «Marifa Aṣḥāb ar-Ruwāẗ Wa Aṯaruhā Fī at-Talīl Dirōsa Naoriyya Tabīqiyya Fī Ilal Aṣḥāb al-Amaš» karya Abdul Salām Abū Samah. Semoga Allah menganugerahkan rahmat yang tidak terhitung agungnya kepadanya. Ini sesuatu yang di luar jangkaan dan sememangnya mengujakan.

Kesemua hadis al-A
maš dikumpulkan di situ disusun mengikut cara al-Musnad dan setiap satu daripadanya diterangkan perselisihan sanad dan matan padanyaߨ lalu dirajihkan mengikut tahap kekuatan kejituan perawinya. Sememangnya ini khidmat yang besar dalam ilmu hadis.

Untuk hadis al-A
maš pun sudah ada beberapa ratus. Bayangkan pula mereka yang meriwayatkan banyak hadis seperti az-Zuhriyy, Šubah, Baqiyyah dan lain-lain. Malahߨ hadis juga semestinya ada bab yang pelbagai. Tidak hanya hal ehwal penyucian, solat, haji dan zakat sahaja. Sudah tentu ia merangkumi banyak aspek yang tidak terhad hanya bahagian hukum-hakam fiqh sahaja. Semestinya ia memenatkan dan meletihkan.

Disebabkan ini
ܦ saya faham mengapa orang ramai enggan untuk terjun ke praktik ilmu al-Ilal. Ia memakan masa yang banyak dan memerlukan kesungguhan yang keras serta kecekalan yang padu dalam jiwa untuk memperoleh penilaian status hadis yang tepat. Tidak ramai yang mahu mengabadikan dan menghabiskan sisa hidupnya untuk kepayahan ini.

Menghafal sanad yang banyak berjela-jela dan mengingat maklumat-maklumat perawi yang terbentang panjang serta sentiasa tersedia dengan pelbagai lapisan rujukan di sisiniya. Semua ini bukan kerja yang mudah. Hanya mereka yang dikurniakan taufik daripada Allah sahaja yang mampu menongkah arus kepahitan ini.

🄲 Ilmu Ini Hanya Boleh Dikuasai Dengan Penguasaan Bahasa Arab

Kalau saya mengenali mereka yang menguasai ilmu ini
ޱ semestinya dia mempunyai penguasaan bahasa Arab yang baik dan memuaskan. Belum saya pernah menemukan orang yang ada kecelikan dalam ilmu iniߨ tetapi tidak tahu bahasa Arab.

Fenomena ini tidak menghairankan kerana banyak penulisan yang membincangkan ilmu ini dan rujukan yang digunakan untuk ke lapangan praktikal kebanyakannya tidak diterjemahkan. Kalau ada yang terjemahan atau tulisan bahasa asing sepertimana saya lakukan dalam penulisan yang berjudul «Intisari Penting Dalam Ilmu Takhrij Dan
Ilal al-adīṯ»ޱ kebanyakannya ia sekadar konsep dan teori sahaja. Untuk benar-benar kepada kemahiran praktikal penguasaan bahasa Arab sangat penting supaya dapat mengakses rujukan yang vital untuk penilaian hadis.

Atas sebab ini
tidak menghairankan juga bahawa mereka yang mahir dalam ilmu al-Ilal ini tidak ramai dalam konteks tanah air kita. Ini kerana tidak ramai yang menguasai bahasa Arab. Kalau yang belajar punߨ kebanyakan mereka tidak mahu terus mendedikasikan diri untuk mempelajari dan mendalami ilmu al-Ilal secara halus. Hanya untuk pelajar agama yang mahu memperuntukkan hayatnya untuk khidmat ilmu agama secara khusus yang akan berusaha kuat untuk meraih kemahirannya.

🄳 Sebab Sebahagian Orang Fanatik Dengan Yang Dinamakan Manhaj Mutaqaddimin

Semasa mula-mula saya mendalami ilmu
ilal al-adīṯܦ saya mula menyelisihi tokoh yang menjadi ikon kepada mereka yang berada di atas manhaj yang dinamakan mutaakhirin seperti al-Albāniyy dan Šuayb al-Arna^ūṭ. Pada masa itu saya belum mengenal lagi manhaj yang dinamakan dan dikategorikan dengan mutaqaddimin dan mutaakhirin. 

Saya sangka yang membezakan kedua-duanya adalah sikap bermudah-mudahan atau sikap bersikeras atau sederhana. Lama kelamaanܦ saya menemukan istilah yang menghasilkan antara metodologi dalam penilaian hadis؛ iaitu yang telah saya sebutkan tadi.

Sudah tentu saya memilih kepada yang dinamakan manhaj mutaqaddimin setelah saya lihat prinsip yang dipegang. Lebih-lebih lagi apabila saya membaca buku «Ta^ṯīr al-
Illa Fī Taṣḥīḥ al-adīṯ Bayna al-Mutaqoddimīn Wa al-Muta^ahirīn» karya Abū Abdul Romān Imād bin usayn al-Miriyy.

Contoh-contoh banyak yang dia kemukakan memaparkan wujudnya perbezaan jelas antara dua manhaj ini dalam penilaian hadis. Pada masa itu
ܦ saya memang mahu menisbahkan diri saya kepada manhaj mutaqaddimin walaupun saya ada menyimpan rasa sedikit tidak puas hati terhadap pengistilahan ini. Sebentar lagi akan diberitahu sebabnya.

Apapun
ߨ sekarang kita faham mengapa kedalaman seseorang mempelajari ilmu ilal al-adīṯ akan menatijahkan seseorang ingin memilih kepada manhaj mutaqaddimin. Ini kerana ia mementingkan ketapatan penilaian menurut penilaian hadis daripada pendahulu yang hidup di zaman tokoh-tokoh ᶜilal dan pengamalan yang berbentuk kritis berbanding cara mutaakhirin yang hanya bersikap santai dan tidak memandang serius dalam isu yang berkaitan dengan hadis munkar, bersendirian, penambahan yang syaz, pertentangan yang tidak terpelihara serta kegoncangan hadis.

Ini adalah jelas bagi sesiapa yang meneliti karya yang mempersembahkan manhaj mutaqaddimin dan membandingkan bagaimana sikap senang-lenang mutaakhirin yang menatijahkan kegelinciran kepada kesalahan penilaian.

Kemudian
ߨ saya mula menelaah «Muṣṭolaḥ Manhaj al-Mutaqoddimīn Wa al-Muta^aẖẖirīn ߸ Munāqošāt Wa Rudūd» karya Muammad bin Umar bin Sālim Bāzimūl. Buku ini cuba mengembalikan kucar-kacir dalam pertelagahan kedua-dua aliran ini meskipun ia lebih banyak bernuansakan pertahanan terhadap manhaj mutaakhirin.

Yang menariknya adalah buku ini memberikan sanggahan tentang cara mereka yang berada di manhaj mutaqaddimin memandang mereka yang bermanhaj mutaakhirin. Tuduhan yang kononnya pihak yang bermanhaj mutaakhirin mengada-adakan tatacara dan kaedah tersendiri dalam pengistilahan hadis dan penilaian hadis yang menyalahi para pendahulu
ߨ sedangkan bukan sebegitu.

Cara yang diamalkan mutaakhirin juga ada dasar daripada para pendahulu. Pembentangan yang ada dalam buku ini sangat menarik dalam membawakan bagaimana cara mutaakhirin disokong oleh cara pendahulu. Saya dapat mengatakan buku ini bercorak semak dan imbang.

Yang menghairankan saya adalah ketika saya melihat pengamalan Ibn Jarīr aṭ-Ṭobariyy dalam «Tahḏīb al-Āṯār». Pengamalan dalam penilaian hadis begitu berbeza dengan ahli hadis nuqqad yang sezaman dengannya dan metodologinya boleh dikatakan sebagai batu asas kepada manhaj fuqaha dan ahli uṣūl dalam penilaian hadis
ߨ walhal dia hidup kurun yang disebutkan sebagai zaman golongan mutaqaddimin. Beberapa hadis yang memiliki illah menurut nuqqad boleh disahihkan dan diangkat sebagai penguat menurutnya.

Kemudian
ߨ saya menelaah karya «Qobūl al-Ḥadīṯ ߸ Dirōsah Fī Manāhij al-Muaddiṯīn Wa al-Uṣūliyyīn» karya Mutazz al-H̱oṭīb yang menyingkapi perbezaan cara penerimaan hadis antara ahli hadis dan para fuqaha. Apabila saya melakukan refleksi realiti yang menjadi polemik antara mutaqaddimin dan mutaakhirinޱ hakikatnya ia adalah apa yang menjadi polemik antara ahli hadis dan fuqaha sepertimana yang dibangkitkan oleh pengkaji terdahulu.

Setelah beberapa lama kemudian selepas mengamati pelbagai karya
ܦ saya mula mempersoalkan semula manhaj yang saya pilih. Terutamanya daripada pengistilahan itu sendiri. Daripada mana? Pembezaan zaman?

Karya Abū
Abdul Romān tadi yang mempertahankan manhaj mutaqaddimin itu sendiri langsung tidak menjadikan zaman asas pengistilahan. Maksudnya adalah sesiapa sahaja boleh dinisbahkan kepada mutaakhirin walaupun orang itu berada pada kurun yang awal.

Akhirnya
ߨ dia menjadikan tatacara dan kaedah penilaian sebagai asas untuk istilah. Begitu juga Muḥammad bin Umar yang berjaya membentangkan keraguan yang munasabah bahawa pemisah bukan daripada intipati zaman atau tatacara pendahuluߨ tetapi pada tatacara yang diamalkan masing-masing tanpa terikat dengan zaman. Walaupun dia tidak menyetujui pembezaan istilah iniޱ dia tidak menafikan bahawa tatacara pengamalan yang berbeza adalah wujud.

Nampaknya pada istilah kedua-dua ini
ߨ lebih-lebih mutaqaddimin nampaknya lebih banyak disalah guna dan dieksploitasi daripada istilah as-Salaf itu sendiri. Sekurang-kurangnyaܦ apabila menyebutkan tentang manhaj salafiߨ ada dasar-dasarnya dan batu perletakannya dalam pembinaan istilah seperti pengamalan salaf pada pembebasan daripada taklid yang keras sebagai penentangan kepada pengamalan khalaf dan usaha mengembalikan interaksi salaf dalam isu-isu akidah.

Namun
ߨ nama mutaqaddimin? Saya kira ia dieksploitasi. Saya cuma melihat ia sebagai manhaj alternatif yang menentang sikap bermudah-mudahan beberapa orang terkemudian dalam mensahihkan hadis.

Mereka yang bersikap bermudah-mudahan ini tampak menyeleweng daripada penilaian pendahulu
ߨ lalu dengan itu mereka mendakwa apa yang mereka lakukan adalah sesuai dengan pengamalan pendahulu. Akhirnyaߨ mereka merebut dominasi dan pengaruh melalui istilah ini. Walhalߨ sebenarnya ia cuma perbezaan pengamalan, bukan perbezaan pendekatan mengikut zaman.

Saya sebenarnya berharap kalau kita dapat memberikan nama lain yang lebih sesuai untuk kedua-dua ini. Akan tetapi
ߨ saya merasakan ia sudah terlambat dan pembaharuan istilah memerlukan usaha yang keras dan perlu meraih lebih banyak penembusan benua supaya sampai cita-cita tersebut.

Cuma
ߨ saya mencadangkan untuk menggantikannya dengan menisbahkan kepada tokoh yang mempopularkan istilah tersebut ataupun tokoh yang berpengaruh dalam bidang tersebut yang ramai berkongsi pandangan dengannya.

Kalau begitu
ޱ Ḥamzah al-Malībāriyy adalah tokoh yang kalau bukan pengasasnyaޱ dia adalah tokoh yang berpengaruh dalam memperkenalkan perbezaan antara mutaqaddimin dan mutaakhirin serta menyeru kepada penghidupan semula manhaj mutaqaddimin.

Oleh itu
ߨ ia lebih sesuai dengan piawaian atau aliran malībārian berbanding dengan menggunakan nama mutaqaddimin dan mutaakhirin. Penamaan ini juga saya melihat digerakkan oleh beberapa ilmuwan hadis yang sezaman dengannya.

Secara peribadi
ܦ saya banyak ambil inspirasi daripada piawaian malibārian dalam penilaian hadis. Makaߨ saya sama sekali tidak menamakan metod penilaian hadis sebagai mutaqaddimin. Pun begituߨ untuk beberapa bahagian asas metodologi saya memilih untuk menyelisihinya. Kalau saya dapat namakan apa yang menjadi metodologi saya dalam penilaian hadisޱ maka akan menamakannya sebagai pascamalibārian.

Apapun
ߨ sememangnya masing-masing ada cara penilaian tersendiri dalam menganalisis hadis. Boleh dikatakan tiada metodologi yang seragam jika diperhatikan setiap individu. Ini kerana penilaian hadis terdedah dengan ijtihad. Semestinya masing-masing akan mengemukakan alasan tersendiri dalam membentuk metod dalam penilaian hadis.

Walaupun ada usaha untuk mengelompokkan seseorang dalam sesuatu aliran atau manhaj yang diletakkan namanya
ޱ kadangkala kita boleh melihat perbezaan yang ketara ataupun sedikit daripada prinsip yang cuba digambarkan dalam sesuatu aliran atau manhaj.

Setiap daripada individu ada keunikannya sendiri. Maka
ߨ terpulang bagi mereka bagaimana mereka ingin membentangkan penilaian selagimana di atas dasar-dasar yang diterima dalam ilmu hadis.

🄴 Boleh Dikuasai Sekalipun Tanpa Berguru

Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah
ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam dalam «al-Bar al-Amīq Fī Marwiyyāt Amad Ibn aṣ-Ṣiddīq» menceritakan bahawa dia menguasai ilmu hadis sehingga ke tahap huffaz kebesaran tanpa bertalaqqi dengan sesiapa pun. Dia menekuni pelbagai kitab yang dia menamakannya sehingga menyampaikannya ke kedudukan yang terpuji dalam bidang ini.

Bahkan
ߨ kalau benar al-Albāniyy tidak ada guru dalam ilmu hadisޱ maka itu bukanlah aib kerana seterunya seperti Aḥmad al-Ġumāriyy memperakui penguasaannya dalam ilmu hadis. Hanya sahaja dia tidak mengiktiraf mazhab yang dia pilih dan kebencian terhadap perseteruannya. Dia berkata :

وناصر الدين الألباني قدم إلى دمشق وهو لا يعرف العربية ، فتعلمها وأقبل على علم الحديث فأتقنه جداً جداً ، وأعانه مكتبة الظاهرة المشتملة على نفائس المخطوطات في الحديث ، وهو ممن رتبها بيده ، حتى أني لما زرتها في العام الماضي ، كان هو الذي يأتيني بما أطلبه ويعرفني بما فيها. ولولا مذهبه وعناده ، لكان من أفراد الزمان في معرفة الحديث ، مع أنه لا يزال فاتحاً دكان الساعات.

"Nāṣiruddīn al-Albāniyy sampai ke Damsyik
ߨ tetapi dia tidak mengetahui bahasa Arab. Laluߨ dia mempelajarinya serta menghadap ke arah ilmu hadisߨ lalu dia bersangatan lagi bersangatan menekuninya. Perpustakaan aẓ-Ẓōhiroẗ yang merangkumi karangan-karangan yang berharga dalam ilmu hadis telah membantunya dan dia yang menyusunnya dengan tangannya sehinggakan tatkala aku menziarahinya pada tahun lepasޱ dialah yang memberikan aku apa yang aku memintanya dan memperkenalkan apa yang ada di dalamnya. Kalaulah bukan kerana mazhabnya dan perseteruannyaޱ pasti dia termasuk sang tunggal bagi zaman ini dalam penguasaan ilmu hadis meskipun dia selalu sahaja membuka kedai jam". [Darr al-Ġommām ar-Roqīq Bi Rosā^il aš-Šayẖ as-Sayyid Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīqkarya Abdullah bin Abdul Qōdir at-Talīdiyym/s 191].

Di tempat lain
dia berkata :

أما الألباني فمن الأفراد في معرفة الفن على عاميتة تقريبا إلا أنه في العناد والعياذ بالله فاق الزمزمي وكل عنيد على وجه الأرض

"Adapun al-Albāniyy
ޱ maka dia salah seorang individu istimewa dalam penguasaan seninya melainkan dia dalam perseteruan dan kita berlindung kepada Allah yang melangkaui az-Zamzamiyy dan setiap seteru atas permukaan bumi". [Al-Jawāb al-Mufīd Li as-Sā^il al-Mustafīddikumpulkan oleh Abū al-Fal Badr al-Imrōniyym/s 60 keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyya].

Daripada sini
mana-mana aliran pun boleh menguasai ilmu hadis sehingga ke tahap yang tertinggi dan menjadi tokoh penting dalam ilmu ini dengan pembelajaran kendiri yang bersungguh-sungguh meskipun tanpa berguru.

Saya sendiri pun tidak memiliki guru dalam pembelajaran ilmu hadis. Sebelum ini
ܦ saya banyak bertaklid kepada penilaian al-Albāniyy, Aḥmad Muḥammad Šākir dan Šuayb al-Arnā^u. Namunߨ setelah berusaha menekuninya semampu yang saya bolehܦ saya juga dapat mengenal pasti illah yang ada pada hadis, cara menganalisisnya dan penilaiannya sebelum saya membaca buku yang khas yang berkaitan dengan teori ilmu ilal al-adīṯ. Bahkanߨ saya dapat menguasainya sebelum saya berkemahiran dalam bahasa Arab secara tersusun sebelum saya dipertemukan dengan Rusdi Alias dalam memperbaiki penguasaan bahasa Arab.

Kemudianߨ dengan segala puji bagi Allah perolehan kefahaman saya sepanjang pembelajaran kendiri menepati sepertimana yang diamalkan dalam lapangan ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada Rozaimi Ramle dan Kamilin Jamilin yang membentangkan cara penilaian ilal al-adīṯ walaupun secara singkat. 

Bahkanߨ ketikamana saya diperkenalkan dengan apa yang dinamakan sebagai manhaj mutaqaddimin dan mutaakhirinܦ saya mendapati pemahaman saya tentang kajian ilal al-adīṯ semakin berselari dengan apa yang saya peroleh dahulu.

Segala puji bagi Allah atas pencapaian yang saya gapai. Saya bukanlah setara dengan al-Albāniyy atau Aḥmad al-Ġumāriyy. Terlalu jauh antara saya dengannya bagai bumi dan langit dan bagai satu habuk dengan satu gunung. Malah
ߨ mungkin para pengkaji hadis yang lepasan universiti. 

Saya akui bahawa pembelajaran saya bukanlah setekun mereka ini. Jika benar-benar tekunޱ barangkali saya juga layak merangkul gelaran al-Ḥāfiẓ sepertimana Aḥmad al-Ġumāriyy pada waktu sekarang ini!

Namun
ߨsaya membuktikan bahawa cara pembelajaran ini boleh mencapai apa yang diimpikan dan pencapaian yang saya sekarang ini sekurang-kurangnya dapat saya memahami perbahasan illah yang dipersembahkan oleh ahlinya dan beberapa isu yang kompleks dalam ilmu hadis yang dibincangkan oleh tokohnya. Segala puji bagi Allah. Kemudianߨ segala puji bagi Allah.

Pun begitu
ߨ bukan untuk menafikan keletihan dan kepayahan dalam pengkajian hadis. Melakukan takhrij sahaja memerlukan pencarian yang teliti dan bersungguh-sungguh agar tidak terlepas sanad yang ingin dianalisis supaya kita tidak tersalah menghukum hanya melihat dengan satu aspek sanad dan terlepas pandang daripada satu sanad yang lain yang memberi impak kepada penilaian status hadis.

Bahkan
ߨ mencari maklumat perawi pun perlu juga ketekunan yang sangat mendalam. Dalam ilmu hadis terlepas satu maklumat memberi impak yang sangat signifikan dalam status hadis. Atas sebab itulah orang yang ingin berkemahiran dalam ilmu hadisߨ khususnya di peringkat yang tertinggi perlu memiliki gudang hafalan yang besar, pembacaan yang luas dan pengetahuan yang bersaujana.

Tidak hairan mengapa sedikitnya orang ingin menceburi bidang ini. Bahkan
ߨ orang seperti saya pun walaupun tahu selok-belok perbahasan illah segala puji bagi Allah atas nikmat ini pun tidak mahu menjadi sepenuh masa sebagai pengkaji hadis kerana ia memenatkan, menyibukkan dan sangat sukar.

Oleh itu
ߨ pembelajaran secara pembacaan mungkin mampu membawa apa yang dihajatiߨ tetapi menjadi sebenar-benar ahlinya dan pengkajinya bukan untuk semua orang kerana kepayahannya melainkan yang diistimewakan oleh Allah Subḥānahu Wa Taālā. Semoga kita suatu hari nanti termasuk dalam golongan itu!