Thursday, July 23, 2020

Diari Diri : Dunia Islam Bukan Hanya Berputar Pada Dua Tiga Nama Sahaja

Sejauh mana pengenalan dan pemahaman anda tentang dunia Islam? Dunia yang bagaimana anda lihat dan fikirkan tentangnya?


Saya menemukan cerita Samir Husain yang menceritakan bagaimana dia menemukan keluasan dunia Islam berbanding sebelumnya. Dia berkata:
Sebelum saya ke luar negara untuk belajarܦ saya telah menghadiri pelbagai kelas dan pembelajaran tempatan semampu yang boleh dan saya juga mencuba membaca apa sahaja buku yang buku yang saya peroleh pada tangan saya. Oleh kerana saya mempelajari yang paling utamanya adalah bulatan salafiߨ saya selalu sahaja terdedah dengan tokoh seperti al-Imām Ibn Taymiyyaẗ, al-Imām Ibn al-Qoyyim, al-Imām Aḥmad dan Muḥammad bin Abdul Wahhāb. Ia seperti semua ini adalah cendekiawan yang paling penting untuk diikuti dan difahami. Ingat bahawa ini bukan hanya terjadi pada salafi sahajaߨ tetapi apa sahaja antara aliran ahli sunnah.

Apabila saya ke luar negara untuk belajarޱ saya pada mulanya mempelajari mazhab ḥanbalian. Saya pada awalnya berhenti kerana saya menyedari betapa sukarnya untuk mencari pengajar ḥanbalian di Riyad yang akan mengajarkan mazhab kepada kamuߨ bukan tafsiran peribadi mereka. Pun begituߨ tersimpan hasrat dalam diri saya yang saya mahu mendengar tentang ahli ilmu yang lain. Saya mendapati ia sukar dipercayai bahawa agama saya seharusnya terpusat pada tiga atau empat nama. Di sana pasti ada cendekiawan Islam yang lain daripada yang ini. Itu di fikiran saya.

Dan apabila beberapa pelajar senior membantu saya untuk menemukan pengajar untuk mazhab šāfiᶜianޱ saya sangat berkeinginan untuk merebut buku tentang sejarahnya dan para ilmuwannya. Semenjak ituܦ saya telah merentasi beribu-ribu ahli ilmu yang berbeza dari setiap generasi dan di bidang yang lain yang mereka telah diperakui kerana pengetahuan dan kepekaran mereka. Seseorang hanya perlu membaca hasil kerja tabaqah, kamus perawi atau babad seperti «Siyar Alām an-Nubalā^» untuk mengambil sepintas nama-nama yang tidak terkira jumlahnya yang pernah menyumbangkan penghasilan dan penyebaran pengetahuan Islam. Ia masih lagi saat yang wah ketika saya menelusuri personaliti yang diperakui dan berpengaruh yang saya tidak pernah dengar sebelum ini.

Apa yang pengalaman ini menunjukkan adalah betapa mudahnya kita terpedaya dengan diri kita sendiri dengan mempercayai beberapa kelompok ilmuan dan idea akan menjadi sesuatu yang normal dalam Islam dan betapa realiti itu lebih beragam daripada zon selesa kita. Ia menjadi masalah yang besar apabila kita salah tafsir bahawa normal ini adalah ortodoks. Ini bukanlah mahu mengatakan bahawa di sana tiada sempadan yang sesetengah tokoh tersalah arah (dan masih melakukan sedemikian)ߨ malah tradisi arus perdana itu sendiri mampu definisi normal secara signifikan.

Contohnyaܦ betapa banyak ilmuwan ḥanafian di sana (boleh dikatakan mazhab yang terbesar melalui bilangan ahli ilmu sepanjang sejarah)ߨ namun sebagai seseorang yang cenderung kepada perspektif ahli hadis saya tidak akan setuju dengan mereka dalam hal ehwal hadis dan cara menggunakannya. Baru-baru iniܦ saya menemukan besarnya wadah teks kalam māturīdian. Kebanyakannya dalam bahasa Turki dan saya terpegun dengan betapa banyak senarainya.

Justeruߨ jangan terlalu pasti terhadap apa yang kalian anggap ia adalah normal kecuali hala tuju isu yang diketahui sebagai kesepakatan atau diketahui sebagai agama secara dharuri. Kebanyakan kitaܦ konsepsi kita terhadap normal (bukan sahaja pada Islam) adalah terbimbing dengan pendedahan peribadi dan pengalaman kita. Tidak semestinya mencerminkan realiti. [Terjemahan dan penyesuaian teknikal daripada https://www.facebook.com/theusuli/posts/1424165174457229].

Izinkan saya berkongsi pengalaman dan perspektif daripada saya yang tidak seberapa. Orang lain mungkin lebih banyak atau lebih hebat pengalamannya dan menghadapi pelbagai drama. Namunߨ oleh kerana ia berkaitanߨ saya kira wajar untuk dikongsikan bersama.

Saya kadangkala pesan kepada mereka yang mahu belajar agama lebih dalam supaya jangan terjebak dengan pergaduhan dan perebutan dominasi aliranߨ khususnya salafi versus ašᶜarian. Cukup belajar bahasa Arab kerana dengan penguasaan bahasa Arab boleh akses pelbagai pembacaan, belajar asas ilmu hadis supaya dapat kesedaran tentang kepentingan menjaga dan berhati-hati mempercayai serta meriwayatkan hadis, belajar fiqh mazhab šāfiᶜian atau mazhab yang engkau rasa sesuai untuk pengamalan engkau dan sibukkan dengan ilmu penyucian jiwa. Ini adalah bahagian supaya boleh beramal dengan aman atau menelaah ilmu tanpa runsing.

Selepas ituܦ kalau mahu lebih banyak lagiޱ saya beri amaran yang dunia luar sana yang saya sebutkan ini akan ada medan peperangan yang masing-masing mahu dengan aliran pemikirannya. Lebih baik engkau berjaga-jaga. Sebabnya adalah yang saling bertekak itu adalah sesama ustaz dan ahli ilmu yang engkau engkau percaya dan tadah ilmu daripada mereka.

Dalam masa yang sama saya beri tips. Selalunya ahli ilmu yang berkualiti adalah dia tidak sibuk untuk bersaing dominiasi untuk aliran dia. Dalam kelas pengajian dia akan fokus betul-betul pengajaran kepada kitab, membina kualiti ilmu dan pemikiran dan mendidik sahsiah yang mulia.

Dia tidak sibuk kutuk aliran lain atau mengata orang lain dalam kelas. Kalau di luar kelas seperti sembang kedai kopiޱ biarkan ilmuwan itu mahu tunjukkan taring aliran yang dia totok dengannya. Kalau dalam kelas mahu seperti itu jugaޱ lebih elok jaga-jaga dengan ilmuwan itu.

Saya mengkhabarkan yang ini pun sekadar dari pengalaman saya yang tidak seberapa. Orang lain mungkin menempuh lebih banyak cerita dan drama. Apapunߨ izinkan saya kongsi serba sedikit dari apa yang saya telah lalui dan dapatan cerapan saya selama ini.

Sekarang ini perebutan aliran semakin jelas dan nyata. Aliran ašᶜarian mahu mengukuhkan hegemoninya dan salafi mahu rebut dominasi pengaruh. Aliran salafi itu sendiri pun sudah pecah bermacam-macam kelompok.

Perebutan ini sangat sentiasa meletus kuat tanpa henti seolah-olah pusat dunia Islam dan bahagian yang tertinggi dalam ilmu Islam hanya berkisarkan tarik-menarik tali antara aliran-aliran ini. Nama ilmuwan hanya berputar kepada beberapa nama. Itu pun sebahagiannya sedang mereka rebut sama ada ilmuwan itu adalah termasuk golongannya ataupun tidak.

Apabila masuk bulan Muharramޱ isu doa sempena tahun baru dibangkitkan. Apabila masuk Rabiul Awwalޱ isu maulid diperdebatkan. Apabila masuk bulan Syaabanޱ isu kelebihan hadis-hadis bulan itu yang diperbalahkan. Apabila masuk bulan Ramadhanޱ isu solat tarawih sama ada lapan rakaat atau lebih serta selawat antara solat tarawih yang menjadi topik hangat. Apabila masuk bulan Syawalޱ ziarah kubur pada hari raya pertama menjadi subjek yang saling dipertikaikan. Setiap bulan mesti ada musim yang akan ada topik tertentu untuk dibawa gaduh.

Bertahun-tahun bahas bidaahܦ soalan yang masih ditanya adalah "adakah naik kereta itu bidaah?". Bertahun-tahun mempertahankan Muḥammad bin Abdul Wahhābܦ soalan yang masih ditanya adalah "apa itu wahabi?". 

Orang awam sudah lama beramal dengan aman dan tidak tahu atau mungkin tidak peduli pun tikam lidah ahli ilmuߨ namun mereka semua sedang dibicarakan dalam mahkamah media sosial sama ada mereka ini bersalah atau tidak kerana bertaklid kepada satu mazhab sahaja. Dan macam-macam pertikaian lagi yang tidak berpenghujung.

Saya dahulu memang giat aktif dengan menyertai beberapa siri kombat aliran. Pada masa itu ketika darah muda yang menggelegak semangatnyaܦ saya menuju kepada keekstriman untuk mencari kepuasan dan keseronokan hidup dan meluangkan masa untuk yang menggembirakan jiwa. Skrip-skrip untuk sailang dan lawan memang sudah dihafal mengikut musim. Kawan dan lawan sudah dikenal pasti siapa dia supaya senang untuk dibawa gaduh atau dikepit bersama.

Cumaߨ pada suatu hari mungkin kira-kira tiga tahun kemudian setelah saya berkecimpung dalam soldadu perang aliranܦ saya dipertemukan dengan seorang hamba Allah yang dia memang telah mengubah hidup dan corak pemikiran saya. Saya yang hari ini adalah hasil pengaruh daripadanya.

Apabila bergaul dengan diaޱ saya selalu didedahkan dunia yang di luar medan tempur ašᶜarian dan salafi. Wacana, kupasan, perbincangan idea dan debat selalu berkaitan di luar apa yang bergelumang dalam dunia dua aliran itu. YaMemang dia akan ada sentuh cerita dua aliran iniߨ tetapi bukan sepertimana dunia sempit mereka ini.

Perlahan-lahanܦ saya mula nampak betapa bosannya hanya duduk bertakuk untuk terus bergaduh seperti itu. Seolah-olah kemuncak ilmu Islam cuma mahu mencari pilihan sama ada ašᶜarian atau salafi. Adakah dunia seperti itu kita ingin hidup beberapa tahun akan datang atau sehingga kita mati? Setiap tahun hanya ulang benda yang sama mengikut musim dan hal-hal lapuk lagi tidak signifikanߨ tetapi diperhebohkan bahawa itulah yang ada dalam wacana Islam.

Kemudianߨ dapatan saya setelah keluar daripada kepompong kemelut yang tidak berkesudahan ini segala puji bagi Allah adalah saya dapat kuasai bahasa Arab yang sudah lama saya idamkan dan juga beberapa ilmu yang lain. Berkat dengan didikan asatizah yang berkualitiܦ saya dapat capai ke tahap ini.

Semoga Allah melimpahkan kebaikan kepada mereka atas usaha keras mereka. Minda saya agak tenteram berbanding dulu yang tidak henti runsing tentang apa yang patut saya bentang supaya pihak seteru tidak lagi melalak.

Saya bukanlah ingin berbangga sangat. Akan tetapiߨ saya ingin beritahu bahawa kita akan menuju ke peringkat yang lebih jauh apabila kita tinggalkan perbalahan yang tidak membawa manfaat lagi tidak berkesudahan.

Malahߨ bukan saya seorang sahaja yang mengalami perubahan ini. Ramai sahaja sahabat saya yang lain menggapainya setelahmana mereka tidak perlu lagi membabitkan diri dalam pusingan roda yang tidak tahu ke mana destinasinya.

Jika kita ingin majuޱ selain kita perlu bebaskan diri daripada ketaksuban atau dunia sempit sesebuah aliranߨ kita juga perlu menuju kepada tempat yang aman yang tidak diganggu oleh rebutan aliran. Misalnyaߨ kita baca atau telaah atau mempelajari atau fokus kepada kitab-kitab yang bukan bertujuan untuk bersaing aliran seperti asas ilmu hadis dan peringkat seterusnya seperti «Nuẖbaẗ al-Fikar» karya Ibn Ḥajar al-Asqolāniyy atau asas bahasa Arab dan peringkat seterusnya seperti matan «al-Ājurūmiyyaẗ», matan «Alifiyya Ibn Mālik», «Muġnī al-Labīb» karya Ibn Hišām dan sebagainya. Begitu juga kitab atau penulisan dalam bidang ilmu yang lain.

Apabila kita fokus di daerah yang iniޱ kita akan semakin belajar dan berkembang dalam pembinaan dan pemantapan ilmu. Kita belajar kerana kita ingin memajukan diri sendiri pada asalnyaߨ bukan untuk berdebat atau berkejar-kejaran untuk menjadi wira yang dicari-cari.

Telusurilah penulisan-penulisan klasik atau karya kontemporari yang fokus dengan pembinaan ilmu tanpa mempedulikan bingit-bingit pergaduhan aliran. Dengan izin Allah ilmu akan memberi limpahan.

Malulah jika bertahun-tahun dengan manhaj serta memperjuangkan manhaj yang dibawaߨ namun masih tidak tahu lagi cara iᶜrab al-Ism al-Majrūr. Malulah setelah lama bermanhajߨ tetapi masih tidak mampu memanfaatkan kitab al-Jarḥ Wa at-Tadīl. Tidak ada guna bermanhaj jika diri sendiri tidak pernah meningkat dalam pengetahuan. 

Tinggalkanlah konflik yang sia-sia dan fokus kepada pemantapan diri. Biarkan yang ahlinya mendepani lawan kamu. Biarkan yang si luncai yang terjun dengan labu-labunya ke lembah kejahilan kekal bermain-main. Tidak mengikut rentak mereka. Tumpukan perhatian kepada pembelajaran bersistematik dan teratur.

Kemudianߨ membebaskan diri daripada belenggu ketaksuban juga amat penting. Sentiasalah sedar bahawa masing-masing akan menulis mengikut corak pemikiran yang unik yang tersendiri atau mengikut aliran yang dia pegang. Salafi akan menulis cara salafi. Ašᶜarian akan berkarya cara ašᶜarian.

Sayap kanan akan mewacana dari kaca mata mereka mereka. Sayap kiri pun sebegitu. Konservatif akan pertahankan idea mereka. Liberal juga akan berjuang dengan gagasan mereka. Masing-masing mempersembahkan keilmuan mereka dan membentangkan kekaguman kepada para pembaca sama ada untuk kawannya atau lawannya supaya menarik kepada mereka.

Justeruߨ apa yang patut kita buat? Adakah kita yang mendakwa luas pemikiranߨ tetapi alergik untuk menelaah dan bersikap terbuka dengan kitab aliran yang lain? Adakah kerana kita merasakan ada kekurangan atau kelompongan pada mereka atau mereka bukan sesuatu yang memuaskan kita atau yang tidak berpihak pada kita menyebabkan kita menuju ke arah dunia sempit yang lain yang merupakan versi kita sendiri?

Kita mengata pihak lain sempit pemikirannyaߨ tetapi kita sendiri menterhadkan diri kita dalam dunia kita. Kita mengutuk pihak lain taksubߨ namun kita sendiri tidak ada beza dengan mereka. Kita miliki ketaksuban jenama kita sendiri.

Ini samalah seperti saya melihat apabila sesama salafi saling mentahzir antara satu sama lain dalam isu rapat dengan golongan yang dianggap sebagai ahli bidaahߨ khususnya mereka yang ašᶜarian atau yang terkait dengan kuburian atau lunak dengan beberapa pandangan daripada mereka. Mereka selalu mengecam tentang ketaksuban orang lainߨ tetapi mereka sendiri pun jauh lebih teruk sehingga yang tinggal adalah mereka seorang atau beberapa yang boleh dibilang dengan jari.

Sebab itulah minda kita perlu sentiasa lapang dan dada kita sentiasa terbuka. Masing-masing ada manfaat yang boleh kita terima dan menawan hati para pembaca. Begitu juga masing-masing ada kekurangan yang kita perlu tolak dan menjijikkan perasaan pembaca.

Aḥmad bin Muḥamamd bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam walaupun menyebut Ibn Taymiyya sebagai syeikh para kriminal, kepala para munafik dan imam orang yang sesat dalam «al-Burhān al-Jaliyy Fī Taḥqīq Intisāb aṣ-Ṣūfiyyaẗ Ilā Aliyy»ߨ tetapi dalam «Darr al-Ġomām ar-Roqīq Bi Rosā^il aš-Šayẖ as-Sayyid Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīq» karya Abdullah bin Abdul Qōdir at-Talīdiyy dia menyetujui pandangan Ibn Taymiyyaẗ dalam tiga perkara؛ iaitu isu ketiadaan majaz dalam Quran, lafaz talak tiga tetap dikira satu dan ketidakabadian neraka. Malahߨ dalam isu ketidakabadian neraka dia memuji Ibn Taymiyya memiliki peringkat keilmuan yang lebih tinggi daripada Taqiyyuddīn as-Subkiyy!

Sekalipun dia memusuhi wahabiܦ tetapi dia juga mencadangkan pembacaan karya Ibn Qoyyim al-Jawziyyaẗ untuk memahami akidah salaf seperti «Ijtimā al-Juyūš al-Islāmiyya Alā Ġozw al-Muaṭṭila Wa al-Jahmiyyaẗ» dan «Itiṣōr a-owāiq al-Mursalaẗ Alā al-Jahmiyya Wa al-Muaṭṭilaẗ».

Jalāluddīn as-Suyūṭiyy juga terkesan dengan karya Ibn Taymiyyaẗ yang berjudul «Naṣīḥaẗ Ahl al-Imān Fī Rodd Alā Maniq al-Yunān» dan memuji karya iniߨ lalu dia meringkaskannya dengan judul «Jahd al-Qorīḥaẗ Fī Tajrīd an-Naṣīḥaẗ». Penyebutan ini boleh dilihat dalam muqaddimah «Ṣown al-Manṭiq Wa al-Kalām An Fann al-Maniq Wa al-Kalām».

Banyak lagi manfaat yang diambil sesama interaliran. Dunia kefahaman tidak sesempit sepertimana sebahagian kelompok tanggapi. Bahkanߨ salafi hari ini berebut-rebut mensyarahkan dan mengajarkan kitab «al-Aqīda a-oawiyyaẗ» sekalipun ia adalah kitab penting bagi akidah māturīdian. 

Malahߨ salafi sendiri tidak akan mampu menafikan bahawa banyak kitab daripada ašᶜarian yang sampai kepada mereka dan mengambil manfaat daripada mereka sama ada memetik pandangannya dalam bidang selain ilmu akidah atau mensyarahkan kitabnya. Kalaulah dunia ini sempit hanya untuk komuniti dan kelompok tertentuޱ kita sebenarnya telah mengharamkan diri dari mencedok manfaat yang besar.

Begitu juga seluruh kelompok dari ahli sunnah merujuk karya yang ditulis oleh tokoh tafsir muᶜtazilian; az-Zamaẖšariyy yang berjudul «al-Kaššāf An aqō^iq Ġowāmi at-Tanzīl».

Apapunߨ dunia Islam bukan sepertimana yang hanya berputar dua tiga nama atau empat lima tema perbahasan. Jika kita ingin luas pengetahuan dan sudut pemerhatian kitaޱ maka jangan mengongkongkan diri. Kita kembara ke dunia yang lebih lebih besar dan mendalam. Pahit dan manis akan ada sepanjang penjelajahan kita.

Namunߨ semua itu akan mengajarkan kita tentang ilmu dan kefahaman. Allah jualah pemilik hidayah dan kepada-Nya kita memohon petunjuk dan bimbingan supaya tidak terjebak dalam kesesatan dan istiqamah dengan kebenaran.