Tuesday, July 7, 2020

Diari Diri : Jangan Takut Menghadapi Kejahilan Dan Terjebak Dalam Kesilapan

Saya juga pernah menempuh zaman saya kebingungan dalam bahasa Arab dan kejahilan yang amat dalam ilmu hadis. Pada masa itu saya merasakan agak mustahil untuk saya menguasainya dan untuk mencapai tahap pemahaman yang asas pun ia bagaikan langit dan bumi. Saya lebih menumpukan kepada kemahiran uṣūl fiqh dan kaedah fiqh yang saya kira dapat menyerlahkan kemampuan saya.

Sudah tentu saya sangat bergantung kepada karya yang diterjemahkan. Dalam hadis saya bertaklid kepada penilaian al-Albāniyy untuk kebanyakannya dan jika tidakޱ saya akan memilih Šuayb al-Arnā^ūṭ atau Amad Muammad Šākir. Saya memang tidak boleh independen dalam bahagian ini. Saya juga pernah keliru bagaimana perawi yang ada dalam «Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy» dan «Ṣoḥīḥ Muslim» boleh ditolak beberapa hadisnya kerana ada masalah kejituan dan menyalahi perawi yang lebih mapan daripadanya.

Entah suatu hari kemudian dengan izin dan hidayah-Nya saya mula memberanikan diri untuk membuat penilaian sendiri terhadap status hadis. Terima kasih kepada laman Islamweb dahulu yang pernah menyediakan semakan untuk biografi perawi yang mana apabila kita klik pada nama perawi pada sanad tersebutޱ kita boleh lihat tajrih dan taᶜdil ahli hadis terhadapnya dari dahulu sehinggalah yang terkemudian. Saya perlahan-lahan mula melepaskan diri daripada pandangan al-Albāniyy. Masa inilah saya mula dapat mendalami ilmu hadis sepertimana yang saya mahu.

Saya mula-mula pun bergerak atas haluan sendiri dan bekalan yang saya peroleh melalui pembelajaran kendiri dan pemerhatian. Boleh dikatakan pada masa itu saya tiada guru yang boleh mengajarkan saya tentang ilmu hadis. Malahߨ pada masa itu tokoh-tokoh hadis tempatan kita bukan begitu menonjol seperti sekarang. Nama-nama mereka tidak gah sepertimana asatizah fiqh atau ahli nasihat. Sukar untuk bertemu mereka yang benar-benar berkeahlian yang boleh saya tadah ilmu daripadanya.

Sehinggalah kemunculan Rozaimi Ramle dan Kamilin Jamilin. Saya mula mempelajari hadis sebelum nama ini meraih populariti yang berpengaruh pada hari ini. Namunߨ setelah saya mengikuti kuliah dan cara mereka dalam penilaian hadisܦ saya bersyukur kepada Allah bahawa apa yang saya lakukan sebelum ini menepati dengan cara merekaߨ terutamanya cara mentaᶜlilkan hadis.

Setelah saya dapat menguasai bahasa Arabܦ saya mula mengikuti forum dan karya berbahasa Arab sama ada artikel, jurnal, tesis atau buku. Sekali lagi saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada-Nya dengan sebanyak-banyak kesyukuran bahawa saya bukan sahaja boleh menelusuri dengan lancar perbahasan merekaߨ malah apa yang saya lakukan ini sama sepertimana mereka paparkan.

Selama iniܦ saya memang mempelajari hadis tanpa guru dan saya memang khuatir kalau saya tersilap. Hari ini saya dapat mempraktikkan ilmuilal al-adīṯ dalam penulisan saya dan saya berjaya menghasilkan penulisan yang khas tentangnya sebagai membuktikan kemampuan saya dalam ilmu tersebut. Judul tersebut saya menamakannya sebagai «Intisari Penting Dalam Ilmu Takhrij Hadis Dan Ilal al-adīṯ».

Saya tahu ada orang meragui kebolehan saya dalam ilmu hadis apabila saya menyatakan bahawa saya tidak belajar berguru secara khusus untuk ilmu hadis. Namunߨ saya mempersilakan dan mengalu-alukan untuk semua orang menguji dan analisis penulisan saya tersebut.

Buktikan bahawa saya terbabas dalam hal itu. Saya tidak mahu menyembunyikan apa-apa untuk bahagian ilmu. Saya mahu bersikap telus atau transparensi. Jika ada kelomponganޱ maka ia juga bermanfaat untuk saya yang saya boleh pelajari daripada kesilapan yang dinyatakan.

Malah,ߨ untuk pengetahuan Amad bin Muamamd bin a-iddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam dalam «al-Bar al-Amīq Fī Marwiyyāt Ibn a-iddīq» menyebutkan bahawa dia menguasai ilmu hadis sehingga ke tahap huffaz kebesaran tanpa bertalaqqi dengan sesiapa pun. Namunߨ tidak ada sesiapa pun yang menafikan kehebatannya dan keunggulannya dalam ilmu hadis. Ini boleh dilihat dalam pembentangan Alyā^ Muammad Zal dalam «al-Ḥāfi Amad Ibn a-iddīq Wa Juhūduh Fī H̱idmaẗ al-Ḥadīṯ Min H̱ilāl Ajzā^ih al-Ḥadīṯiyyaẗ».

Saya tidaklah berkata bahawa saya telah mencapai apa yang Aḥmad al-Ġumāriyy berada padanya. Bahkanߨ masih jauh perjalanan saya untuk sampai ke tahap itu. Namunߨ saya ingin menegaskan bahawa pembelajaran tanpa berguru dan menekuni pembacaan mampu memberikan impak yang positif lagi hebat bagi setiap individu dengan izin Allah. Usahlah meremehkannya.

Malahߨ seteru kepadanya; Muḥammad al-Albāniyy kalau pun tidak ada guruޱ maka ini bukan aib kerana Aḥmad al-Ġumāriyy menyatakan tentangnya :

وناصر الدين الألباني قدم إلى دمشق وهو لا يعرف العربية ، فتعلمها وأقبل على علم الحديث فأتقنه جداً جداً ، وأعانه مكتبة الظاهرة المشتملة على نفائس المخطوطات في الحديث ، وهو ممن رتبها بيده ، حتى أني لما زرتها في العام الماضي ، كان هو الذي يأتيني بما أطلبه ويعرفني بما فيها. ولولا مذهبه وعناده ، لكان من أفراد الزمان في معرفة الحديث ، مع أنه لا يزال فاتحاً دكان الساعات.

"Nāṣiruddīn al-Albāniyy sampai ke Damsyikߨ tetapi dia tidak mengetahui bahasa Arab. Laluߨ dia mempelajarinya serta menghadap ke arah ilmu hadisߨ lalu dia bersangatan lagi bersangatan menekuninya. Perpustakaan aẓ-Ẓōhiroẗ yang merangkumi karangan-karangan yang berharga dalam ilmu hadis telah membantunya dan dia yang menyusunnya dengan tangannya sehinggakan tatkala aku menziarahinya pada tahun lepasޱ dialah yang memberikan aku apa yang aku memintanya dan memperkenalkan apa yang ada di dalamnya. Kalaulah bukan kerana mazhabnya dan perseteruannyaޱ pasti dia termasuk sang tunggal bagi zaman ini dalam penguasaan ilmu hadis meskipun dia selalu sahaja membuka kedai jam". [Darr al-Ġommām ar-Roqīq Bi Rosā^il aš-Šayẖ as-Sayyid Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīqkarya Abdullah bin Abdul Qōdir at-Talīdiyym/s 191].

Di tempat lain, dia berkata :

أما الألباني فمن الأفراد في معرفة الفن على عاميتة تقريبا إلا أنه في العناد والعياذ بالله فاق الزمزمي وكل عنيد على وجه الأرض

"Adapun al-Albāniyyޱ maka dia salah seorang individu istimewa dalam penguasaan seninya melainkan dia dalam perseteruan dan kita berlindung kepada Allah yang melangkaui az-Zamzamiyy dan setiap seteru atas permukaan bumi". [Al-Jawāb al-Mufīd Li as-Sā^il al-Mustafīddikumpulkan oleh Abū al-Fal Badr al-Imrōniyym/s 60 keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyya].

Dari sini Amad al-Ġumāriyy memuji kemampuan ilmu hadis yang ada pada al-Albāniyy. Hanya sahaja dia tidak mengiktiraf mazhabnya dan permusuhannya bersamanya. Dari sini mana-mana aliran pun seseorang itu beradaޱ penekunan dalam pembacaan dan tanpa bertalaqqi pun mampu menyampaikan seseorang ke tahap yang terbaik sehingga setara dengan penguasaan para ulama. Usahlah meremehkannya dan memandang hina terhadapnya.

Berkenaan dengan bahasa Arab pulaܦ saya memang pernah dalam kebingungan. Saya tidak tahu bila masanya perlu diletakkan tanwin, bagaimana pembentukan ₍al-Iḍōfah₎, ₍an-Naat dan al-Manūt, al-Ḥāl, bentuk-bentuk al-Manṣūb, al-Marfū, al-Majrūr dan al-Majzūm serta perubahan bentuk perkataan dalam ilmu sorof.

Saya benar-benar terpinga-pinga bagaimana untuk mengaplikasikan ilmu nahu dan sorof dalam hal ini. Pun begituߨ saya bukannya sampai apabila membaca penulisan tersebutޱ saya langsung tidak boleh faham. Saya boleh faham dan menterjemahkannya. Cumaߨ jika diminta saya untuk membariskan kalimah yang ada dalam kitab tersebutޱ saya tidak berani untuk melakukannya.

Setelah Allah mempertemukan saya dengan Rusdi Alias saya mulai celik dalam bahasa Arab dalam masa 10 hari sahaja! Saya memang begitu kagum dengan pengajarannya. Kebingungan yang merantai saya bertahun-tahun akhirnya dirungkaikan dalam masa yang singkat sahaja. Sememangnya dia adalah guru yang hebat.

Saya benar-benar mendapat manfaat yang banyak daripadanya. Berkat daripada pengajarannyaܦ saya dapat menelaah dan membariskan penulisan Arab dengan bekalan pengetahuan yang secukupnya. Terima kasih banyak-banyak wahai guru yang saya benar-benar meletakkan penghormatan yang tinggi. Semoga Allah merahmatinya dan memberi keberkatan dalam ilmunya.

Jika ada orang mengeluh terhadap lemahnya penguassaan bahasa Arabnyaޱ saya sememangnya akan mencadangkan nama ini kepada mereka. Dialah pemegang kunci yang meleraikan kekusutan mereka yang dalam kebingungan dan kekeliruan.

Cumaߨ sepanjang saya belajar dengannyaܦ dia bukanlah dapat dikatakan ilmuwan ulung dalam bahasa Arab sepertimana yang lain. Dia lebih kepada merungkaikan dan membimbing untuk yang di tahap asasߨ bukan untuk yang lebih kompleks dan lebih mendalam terhadapnya. Jika untuk mendalamޱ saya tidak rasa dia selayaknya untuk ditanyai atau diminta bincang. Akan tetapiߨ manfaat padanya lebih bertunas pada tahap asas dan peringkat permulaan.

Ilmu bahasa Arab saya bertambah luas dengan pembelajaran daripada Zaharudin Nawi Qasimi. Dia seorang tenaga pengajar yang sangat rajin, gigih, dedikasi, meluas ilmunya dan mahir dalam lima bahasa؛ iaitu bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Urdu dan Parsi. Jika belajar daripadanyaޱ dia bukan sahaja membawa rujukan daripada bahasa Arabߨ tetapi daripada rujukan Urdu dan Parsi. Malahߨ jika ingin menyemak kamus untuk melihat terjemahanޱ dia lebih banyak menggunakan kamus bahasa Inggeris berbanding yang Melayu.

Seorang lagi guru hebat yang saya panjatkan kesyukuran kepada Allah untuk dipertemukan dengannya. Saya mengikuti kelasnya «Muġnī al-Labīb» karya Ibn Hišām. Sesiapa yang masuk dalam lapangan bahasa Arabߨ tentu akan mengetahui bahawa ini adalah kitab tahap tertinggi.

YaDialah satu-satunya insan di Malaysia yang mengajar karya ini setakat ini. Kelas-kelasnya juga pun banyak. Sememangnya dia memang sibuk untuk bergiat dalam pengajaran. Sebab itulah layak dia dipuji sebagai rajin, gigih dan dedikasi. Semoga Allah memayunginya dengan rahmat dan sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan pengajarannya.

Pencapaian saya sekarang yang saya telah sebutkan ini bukan bermakna saya telah mencapai tahap sebagai ilmuwan ulung yang selalu dipuja dan diperbesarkan oleh orang. Saya akui saya masih banyak perlu pelajari dan dibaiki kelompongannya. Selaras perkembangan pengetahuanܦ kadangkala ada penulisan yang saya tarik balik dan pendapat saya perlu diubah serta perlu pembaharuan dalam penghujahan kerana saya sedar bahawa saya telah tersilap tentangnya kerana kejahilan saya sendiri. Saya bukanlah seorang yang sempurna.

Yang saya ingin sampaikan di sini adalah jangan takut untuk hadapi kejahilan dan jangan takut jika tersalah. Bukanlah maksud saya boleh seseorang sengaja untuk bertindak bodoh dan sengaja salahߨ tetapi mesti dari dasar usaha sedaya upaya untuk mencari kebenaran.

Kemudianߨ jika tersilapޱ maka itu adalah salah satu proses pembelajaran. Kita bukan belajar dari apa yang kita tidak tahu kepada tahuߨ tetapi dari kesilapan kepada yang betul. Ibn Ao^illah as-Sakandariyy berkata :

ربما فتح لك باب الطاعة وما فتح لك باب القبول وربما قضى عليك بالذنب فكان سبباً في الوصول

"Boleh jadi dibukakan pintu ketaatan untuk engkauߨ tetapi tidak dibukakan pintu penerimaan. Boleh jadi Dia timpakan dosa terhadapmuߨ lalu ia adalah sebab kepada sampainya kamu kepada-Nya". [Iḥkām al-Ḥikam Fī Šarḥ al-Hikamkarya Abū a-oyyib Burhānuddīn Ibrōhīm bin Mamūd aš-Šāḏuliyym/s 77keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyya].

Jika dosa menjadi sebab seseorang itu kembali kepada Allah setelah menemukan akibat yang buruk daripadanya yang membawa kepada keinsafan dan penyesalan serta taubat yang bersungguh-sungguhޱ maka begitu juga dengan kejahilan.

Kita menjadi baik bukan kerana kita dari dahulu lagi adalah baik. Kadangkalaܦ masa lampau kita penuh dengan kejahatanߨ namun dengan hidayah dan petunjuk-Nya kita menjadi seorang hamba yang sedar tentang tanggungjawabnya di atas muka bumi. Kejahilan juga sebegitu.

Kita menjadi pandai bukan kerana kita memang sudah dikurniakan kepandaian secara automatikߨ namun ia setelah kita menyedari kelompongan dalam kejahilan kita yang kita begitu membutuhkan untuk mendalaminya sehingga tahqiq pengetahuan kita. Juga setelah kita dibukakan kebenaran terhadap kesilapan kita akibat kejahilan kita.

Ibn Ao^illah as-Sakandariyy berkata :

إذا وقع منك ذنب، فلا يكن سببا ليأسك من حصول الاستقامة مع ربك ؛ فقد يكون ذلك آخر ذنب قُدر عليك

"Apabila dosa menimpa engkauޱ maka janganlah ia menjadi sebab untuk engkau berputus asa untuk menggapai istiqamah kepada tuhanmu. Boleh jadi itu menjadi dosa terakhir yang ditakdirkan kepadamu". [Iḥkām al-Ḥikam Fī Šarḥ al-Ḥikamkarya Abū a-oyyib Burhānuddīn Ibrōhīm bin Maḥmūd aš-Šāḏuliyym/s 102keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyya].

Jika ada satu dosa boleh menjadi seuatu yang terakhir yang pernah kita lakukan dalam hidup kitaޱ begitu juga kejahilan. Tidak selamanya manusia akan terus dalam kejahilan kecuali jika ia berazam untuk memilih haluan tersebut. Boleh jadi kejahilan yang kita lalui ini adalah yang terakhir untuk kita.

Dengan syarat kita perlu terus meneroka, cekal dan tekun untuk belajar. Dosa tidak akan menyampaikan kepada amalan kebaikan jika kita tidak ada kesedaran tentang hidup beragama dan keinsafan. Demikian juga kejahilan tidak akan terpadam hanya dengan bersikap lengah dan lalai.

Ibn Ao^illah as-Sakandariyy berkata :

لَا يُخَافُ عَلَيْكَ أَنْ تَلْتَبِسَ الطُّرُقُ عَلَيْكَ. إِنَّمَا يُخَافُ عَلَيْكَ مِنْ غَلَبَةِ الْهَوَى عَلَيْكَ

"Tidaklah dikhuatiri ke atas engkau bahawa engkau terkabur pelbagai jalan kepada engkauߨ tetapi yang dikhuatiri adalah penaklukan gandung terhadapmu". [Iḥkām al-Ḥikam Fī Šarḥ al-Ḥikamkarya Abū a-oyyib Burhānuddīn Ibrōhīm bin Maḥmūd aš-Šāḏuliyym/s 83keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyya].

Dalam menuntut ilmu kadangkala kita berdepan dengan pelbagai pendapat dan pandangan serta aliran yang masing-masing merebut dominasinya dalam menjustifikaskan bahawa ia adalah betul. Oleh sebab bermacam-macam yang telah bertelagah antara satu sama lainߨ kita begitu khuatir untuk membuat pilihan kerana kita sangat tidak mahu terjatuh dalam kesalahan. Ketahuilah bahawa manusia tidak sempurna kecuali para rasul. Kita semua akan terheret dalam kesilapan meskipun kita telah yakin atas apa yang kita persepsikan terhadapnya.

Yang penting adalah janganlah sebab adanya beragam aliran yang muncul kita tidak mahu membuat keputusanߨ lebih-lebih lagi mereka ada cita-cita untuk mencapai ke darjat yang tinggi. Kita tidak perlu takut dengan kesemua itu. Jika kita yakin Allah akan menunjukkan jalan kepada hamba-Nya yang bersungguh-sungguh untuk kebenaranޱ maka jangalah berputus asa dengan rahmat-Nya.

Tempuhilah jalan yang kita telah sabitkan keyakinan terhadap kebenarannya. Semua itu atas dasar ilmu dan kefahaman yang jituߨ bukan sekadar membabi buta. Teruskanlah percaya dan jangan terbolak-balik. Suatu hari Allah akan membukakan kefahaman kepada kita.

Yang perlu ditakui adalah gandrung kerana inilah yang menghalang seseorang untuk mencapai kebenaran. Ketaksuban akan menutup jantung untuk mendengarkan pendapat orang lain atau memerhati hujah pihak lawan. Tidak mahu menjaga adab-adab ilmu dan muzakarah juga akan menjadi sebab penghalang untuk seseorang peroleh kefahaman dalam sesuatu isu.

Kesombongan juga akan menjadi sebab seseornag dijauhkan daripada rahmat-Nya yang berupa petunjuk kebenaran. Sebab itulah semua ini perlu dijaga dan diwaspadai. Tidak kiralah apa pun aliran yang kita ikutiܦ jika kita memalitkan diri dengan perangai sebeginiޱ kita akan terhijab daripada apa yang kita mahu.

Dalam isu penarikan balik dan penyesalan terhadap penulisan yang lama ini mengingatkan saya beberapa tokoh besar yang juga pernah melalui fasa yang sama.

Ḥamzaẗ Abdullah al-Malībāriyy sepertimana yang diceritakan dalam «al-Mujam al-Jāmi Fī Tarōjim al-Ulamā^ Wa olaba al-Ilm al-Muāṣirīn» karya anggota Multaqō^ Ahl al-adīṯ bahawa dia merasa malu untuk membaca tesis masternya di Universiti Al-Azhar yang mengandungi takhrij 300 hadis Abdullah bin Umar dalam «Musnad Amad» kerana perlaksanannya adalah bercorakkan tesis yang telah lengkap pendahuluannya dalam bahagian hadis dari pengkaji dahulu dan kebanyakannya adalah penilaian yang dia bertaklid dengan Amad Muammad Šākir disebabkan kurang penguasaan dalam ilmu hadis pada masa itu.

Hari ini nama amzah Abdullah al-Malībāriyy menyerlah dalam arena ilmu hadis sebagai orang yang memperkenalkan perbezaan manhaj mutaqaddimin dan mutaakhirin yang memberi impak yang berpengaruh dalam penilaian status hadis dan analisisnyaߨ khususnya dalam pengecaman illah bagi sesuatu hadis. Metodologinya dan manhajnya disambut baik oleh ramai ahli hadis semasa dan wacana dalam ilmu hadis seakan-akan hidup dari yang mati, segar sesudah layu, rancak setelah lama melesu dan semakin banyak kajian baru dalam bidang hadis diperhebatkan.

Apa yang berlaku pada al-Malībāriyy juga adalah pada Abdullah bin Muammad bin a-iddīq al-Ġumāriyy; tokoh ilmuwan yang berketurunan ֊ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam֊. Dia dalam «Sabīl at-Tawfīq Fī Tarjama Abdillah Ibn a-iddīq» menyatakan bahawa dia tidak redha terhadap kitabnya sendiri «al-Kanz a-amīn Fī Aḥādīṯ an-Nabiyy al-Amīn» kerana kitab ini ditulis dalam penjara dan terhad rujukannya untuk penyemakan sehingga terkandungnya hadis-hadis dhaif di dalamnya.

Bagi seorang tokoh ilmuwan yang besar dari ahli bait tidak meredhai penulisannya sendiri kerana terkandung hadis dhaif di dalamnya bagaimana mungkin kalangan al-abīb yang jauh lebih kerdil daripadanya tidak menarik balik hadis palsu yang pernah dia menyampaikannya ke pentas umum, tidak merasakan penyesalannya dan kepedulian terhadap memerhati status bagi sesuatu hadis? Tidakkah sekurang-kurangnya kita mengambil masa untuk menjengah kembali apa yang telah kita sendiri tinggalkan dan membuat penilaian diri sama ada ia benar atau ada kekurangan atau ia tersilap?

Adiknya; Muḥammad az-Zamzamiyy dalam «az-Zāwiyaẗ Wa Mā Fīhā Min al-Bida Wa al-Amāl al-Munkaroẗ» juga menyatakan bahawa dia menarik balik dari beberapa permasalahan dalam «al-Intiṣōr Li Ṭorīq aṣ-Ṣūfiyyaẗ al-Aẖyār» kerana didapati ia menyalahi sunnah dan dalil. Bahkanߨ kitab yang terbaru ini juga menentang beberapa amalan yang terdapat dalam kitab lama yang diamalkan oleh sebahagian sufi yang jahil.

Jika tokoh ahli bait ini dari tarekat yang berpengaruh di Morocco؛ iaitu darqōwian akhirnya meninggalkannya dan menarik balik beberapa pandangan lamanyaޱ bagaimana mungkin pengikut tarekat sanggup menganggap seolah-olah syeikhnya dipandu oleh wahyu Allah, di atas pengurusan-Nya dan seakan-akan tidak akan pernah melakukan kesilapan?

Tidak perlu tipu daya dan kata-kata manis untuk menyatakan bahawa mereka tidak mempercayai sedemikian. Namun, cukuplah melihat pada praktik mereka ketika membawa kalam dan apa yang ada pada syeikhnya serta bagaimana mereka berinteraksi dengan kritikan terhadap mereka.

Sebegitu juga dengan Abdullah bin Abdul Qōdir at-Talīdiyy; tokoh ilmuwan ahli bait yang dia menyatakan bahawa dia tidak redha dengan beberapa penulisan lamanya sepertimana yang dia menyebutkannya dalam «Ḏikriyāt Min Ḥayātī» kerana perubahan pandangannya.

Makaߨ tidak perlu malu untuk mengakui bahawa kita menarik balik pandangan kita yang lama, kita telah berubah pandangan tentangnya dan tidak redha dengan penulisan lama kita. Jika ini adalah daripada ahli bait yang kita merasa kerdil terhadap ketokohannyaޱ maka mana-mana ahli bait dan selainnya pun perlu mencontohinya apabila berhadapan dengan situasi ini.

Mereka yang hebat ini bukan kerana mereka dari lahir mereka adalah hebat dan tidak pernah kecundang dalam hidupnyaߨ tetapi mereka adalah orang yang belajar daripada kelemahan, ketempangan, kekurangan dan kesilapan dahulu. Makaߨ kita jangan ego untuk mengakui bahawa kita malu dengan apa yang menjadi personaliti dan wajah lama kita serta sedia untuk mendekasikan diri dengan arus perubahan yang bermula dengan mengakui kesilapan, kekurangan dan ketempangan diri.

Yang lama ini adalah tanda bagi perjalanan kematangan kita dan bukti bahawa kita masih belajar sekalipun pada kesilapan diri. Jika semuanya adalah sama sepanjang hayat, dikhuatiri kita sebenarnya tiada perkembangan apapun kecuali yang dipelihara oleh Allah Azza Wa Jalla.

Jika berkekalan di atas fasa yang samaޱ maka mudah-mudahan ia adalah rahmat daripada-Nya. Jika berlakunya perubahan fasa dari yang teruk kepada yang baik, maka mudah-mudahan itu adalah bimbingan yang Dia akan terus mencurahkan kepada kita sehingga akhir hayat kita.

No comments:

Post a Comment