Monday, September 6, 2021

Kebenaran Kerasulan Muḥammad bin *Abdullah Dan Keagungan Mukjizatnya

Segala puji bagi Allah yang menzahirkan kebenaran sehingga lenyap segala kebatilan dan kegelapan. Selawat dan salam ke atas Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, teladan mulia bagi manusia dalam menggapai kebenaran hakiki dan abadi. Begitu juga kepada keluarganya, sahabatnya dan mereka yang mengikuti baginda dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan Allah memberikan mereka pahala dan rahmat-Nya.

Sesungguhnya pencapaian yang besar dalam kehidupan ini adalah mencapai kebenaran yang merupakan kesejahteraan dan sumber kebahagiaan bagi manusia pada mindanya, intelektualnya, rohaninya, jasmaninya, fizikalnya dan keseluruhan secara sejagat. Hidup di dalam kebatilan adalah kedustaan dan pemusnah bagi segala-galanya daripada yang dekat sehinggalah ke penghujungnya. Oleh hal yang demikian, kebenaran adalah perkara yang patut diutamakan sama ada ketika membuat keputusan, penilaian, pertimbangan, penerokaan, pembelajaran, penghayatan, tindakan, reaksi dan segala-galanya kerana ia adalah sesuatu yang bernilai pada diri manusia.

Adakalanya kebenaran itu datang dari arah yang tidak kita sangkakan, fikirkan dan jangkakan. Ia boleh menjelma dalam banyak bentuk dan wajah sehingga mereka yang terkeliru pasti akan buntu dan terseleweng dalam pengindentifikasi hal tersebut. Sama ada dia suka ataupun tidak, kebenaran yang datang bukan semestinya dengan mengikut piawaian dan kehendak kita. Apabila ia menjelma, maka terpadamlah segala kepalsuan sepertimana cahaya lampu memadamkan kebatilan. Maka dengan itu, hendaklah ia sentiasa melapangkan jiwa untuk menerima kebenaran sama ada dalam kesenangan ataupun kepahitan agar kebatilan itu dapat dihapuskan.

Kebenaran yang ingin dipaparkan di sini adalah kebenaran yang telah dipersembahkan oleh Allah melalui utusan-Nya, Muḥammad bin *Abdullah-ṣollallahu *alayhi wasallam-, iaitulah mukjizat yang agung yang mempamerkan kebenaran sejati. Mukjizat yang ditunjukkan adalah anugerah yang terhebat untuk manusia kerana ia sesuatu yang begitu mempesonakan sehingga orang yang jahil menjadi bijak, orang yang bijak bertambah hikmahnya dan orang yang telah tertutup jantungnya menjadi terlapang luas. Kebenaran inilah yang membuktikan bahawa ia bukanlah semata-mata untuk diperlihatkan semata-mata yang seumpama persembahan silap mata yang menakjubkan, tetapi untuk diakui, diterima dan diikuti.

Dengan izin Allah Tabāroka Wa Ta*ālā, manusia diperlihatkan banyak mukjizat daripada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- sehingga tiada lagi unsur keraguan atau syak wasangka yang dikatakan itu hanyalah kebetulan. Dengan itu, tidak ada lagi alasan untuk manusia was-was, bahkan mendustakannya jika telah jelas nyata ia dipancarkan. Jika kita dapat mengatakan bahawa seseorang yang mampu menjawab pelbagai soalan fizik dan membentangkan pelbagai bukti pada teorinya, maka dia seorang yang mahir fizik, bagaimana kita boleh sukar untuk akui pada banyak bukti yang ditunjukkan lalu kita menggantikannya dengan keraguan yang bertambah-tambah bahawa itu semata-mata kebetulan?

Demikianlah yang berlaku jika jantung itu sentiasa menganggap apa yang tidak disukai baginya terus menerus dianggap ia sesuatu yang tidak benar dan mengunci jantung untuk menerima cahaya yang memberikan kesejahteraan baginya. Bahkan, mereka kadangkala tidak mengambil peduli seolah-olah ia tidak pernah mendengarnya dan terus mendustakan dirinya dengan beranggapan bahawa ia tidak begitu penting. 

Sedangkan kesejahteraan akal, minda, kepercayaan, intelektual dan kerohanian adalah perkara yang mustahak. Walaupun seseorang berpegang dengan pengetahuan yang salah tidak menjejaskan fizikal dan jasmaninya, belum tentu akal, minda, kepercayaan, intelektual dan kerohanian dianggap bersih daripada noda-noda. Sekalipun mereka tidak nampak kesannya pada zahirnya, jasmaninya dan fizikalnya, tetapi tipu daya sangatlah halus sehingga ia menerkam kita tanpa kita sedari, bahkan ia telah sebati di dalam perutnya. Dengan itu, sentiasalah berwaspada dengan kesihatan dan kesejahteraan pada perkara ini.

Apa yang ingin dipaparkan pada penulisan ini adalah pengumpulan perkhabaran, riwayat dan kenyataan yang terbukti benar terjadi dan selari dengan fakta. Pembentangan ini cuba membuktikan bahawa apa yang dibawa oleh Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bukanlah daripada akal yang berkhayal, penelitian yang berdasarkan tilikan dan bicara yang hanya berdasarkan opini personal. Tetapi ia datang daripada wahyu Allah yang menzahirkan kebenaran kepada semesta alam. Sehingga menambahkan lagi keimanan dan menghapuskan syak wasangka yang terus mendesak di dalam jiwa. Dengan penulisan ini, semoga ia membuka pencerahan agar mendapat manfaat serta kebaikan untuk sejagat dan keseluruhan.

Mukjizat Pertama : Langit Sebagai Atap Pelindung

Firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

وَجَعَلْنَا السَّمَاءَ سَقْفًا مَّحْفُوظًا ۖ وَهُمْ عَنْ آيَاتِهَا مُعْرِضُونَ ﴿٣٢

Dam Kami menjadikan langit sebagai atap yang terpelihara, namun mereka berpaling daripada tanda-tandanya". [Surah al-Anbiyā^ ayat 32].

Di sini Allah menerangkan bahawa langit mempunyai fungsi sebagai atap yang memelihara dan melindungi. Hal ini dapat dilihat daripada kefungsian atmosfera di atas permukaan bumi. Atmosfera di bumi terdapat pelbagai lapisan. Sebelum kita membincangkan lapisan-lapisan tersebut, kita perlu tahu terlebih dahulu sempadan yang dikira sebagai langit. Salah satu sempadan langit terletak di atas awan sepertimana yang dinyatakan dalam al-Qur^ān :

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنزَلَ اللَّـهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ ﴿١٦٤

Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi serta pergantian malam dan siang, kapal yang berlayar di lautan dengan apa-apa yang bermanfaat bagi manusia serta apa yang Allah telah turun air daripada langit, lalu Dia menghidupkan bumi dengannya sesudah ia mati. Dia menyebarkan dari segala jenis binatang di dalamnya. Dan pergerakan awan yang ditundukkan antara langit dan bumi benar-benar tanda-tanda bagi kaum yang berakal". [Surah al-Baqaroh ayat 164].

Awan yang paling tinggi yang diketahui adalah awan jenis Noktiluken yang setinggi 82 kilometer daripada permukaan bumi dan ia terletak di lapisan atmosfera yang bernama Mesofera. [Rujuk : http://global.britannica.com/science/noctilucent-cloud dan http://earthsky.org/earth/night-shining-clouds-noctilucent-clouds-how-they-form-how-to-see-them].

Dengan itu, bahagian atmosfera yang kita dapat fokuskan adalah lapisan jenis Termosfera. Ini kerana Termosfera terletak dalam 90 kilometer daripada permukaan bumi. [Rujuk : http://www.encyclopedia.com/topic/Thermosphere.aspx dan http://www.futurity.org/is-sun-causing-thermosphere-to-shrink/].

Adapun, lapisan Ekzosfera yang terletak di atas Termosfera tidak mendapat kesepakatan saintis sama ada ia termasuk bahagian atmosfera bumi ataupun tidak. [Rujuk : http://scied.ucar.edu/shortcontent/exosphere-overview].

Dengan itu, saya merasakan ia tidak termasuk bahagian untuk difokuskan dalam perbincangan ini.

Temosfera lapisan atmosfera yang terpenting kerana ia adalah bahagian pertama matahari berinteraksi dengan lapisan atmosfera. [Rujuk : http://www.space.com/7685-earth-upper-atmosphere-cooling-dramatically.html dan http://www.futurity.org/is-sun-causing-thermosphere-to-shrink/].

Ia berfungsi sebagai pemintas dan penyerap foton Ultraviolet (EUV) dan X-Ray yang ekstrim daripada matahari sebelum sampai ke permukaan bumi. Apabila aktiviti solar meningkat dan mengeluarkan lebih banyak tenaga radiasi, Temosfera akan semakin panas, lalu ia menjadi kembang dan melontar radiasi itu. Hal ini kerana ia mengandungi molekul oksigen yang menyerap tenaga daripada sinaran matahari yang mana ia menyebabkan suhu di sana begitu panas sehingga mencapai 1000 darjah selsius dan ia melontar radiasi itu dalam bentuk tenaga infrared. [Rujuk : http://www.astrobio.net/topic/solar-system/earth/spaceship-earth/the-collapse-of-the-thermosphere/http://www.space.com/7685-earth-upper-atmosphere-cooling-dramatically.html dan http://www.encyclopedia.com/topic/Thermosphere.aspx].

Tanpa lapisan ini, sudah tentu hidupan di bumi akan binasa. Khususnya bagi manusia akan mendapat katarak dan kanser kulit. [Rujuk : http://earthobservatory.nasa.gov/Features/UVB/].

Kesan-kesan yang lain adalah ia merosakkan proses fotosintesis bagi tumbuh-tumbuhan dan menyebabkan terbantutnya saiz, produktiviti dan kualiti pada tumbuhan. Pada bahagian ekosistem akuatik pula, apabila ia menerima lebihan Ultraviolet, ia akan merosakkan produktiviti Phytoplankton. Dan banyak lagi kesan-kesan buruk tanpa adanya lapisan ini. [Rujuk : http://earthobservatory.nasa.gov/Features/UVB/uvb_radiation2.php].

Dengan itu, ini membuktikan mukjizat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang benar-benar datang daripada Allah dalam mempamerkan kebenaran dan kekuasaan-Nya. Jikalau ianya suatu rekaan daripada khayalan atau pendapat peribadi semata-mata, boleh jadi bumi itu sama sekali tidak mempunyai atmosfera atau tanpa atap sepertimana lubang botol yang tidak mempunyai penutup. Namun, Allah tidak berkehendak untuk berlakunya hal tersebut bagi membuktikan kekuasaan dan kebenaran-Nya.

Hakikat pengetahuan atmosfera ini tidak digapai pada zaman dahulu kala seperti Aristotle dan Plato. [Rujuk : http://aerosols.ucsd.edu/classes/sio217a/ROASTpapersFa06.pdf dan http://education.seattlepi.com/discovered-earths-atmosphere-5984.html].

Sehinggalah pada waktu kini dan apa yang dikhabarkan pada 1400 tahun dahulu terbukti benar pada hari ini yang mana pada waktu itu belum ada kemampuan teknologi untuk mencapai kefahaman sebenar tentang hal ini.

Mukjizat Kedua : Turunnya Besi

لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ ۖ وَأَنزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّـهُ مَن يَنصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ﴿٢٥

"Kami telah mengutuskan rasul-rasul Kami dengan bukti yang nyata dan Kami turunkan kitab dan neraca bersama mereka agar manusia berdiri dengan adil. Dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekerasan yang kuat dan beberapa manfaat kepada manusia dan agar Allah mengetahui siapa yang menolong-Nya dan Rasul-Nya dalam keadaan tidak terlihat. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa". [Surah al-Ḥadīd ayat 25].

Sebelum itu, perlulah kita tahu apabila merujuk kepada besi, maka di sini ada tiga perkataan yang perlu diperhatikan, iaitu logam (metal), besi (iron) dan keluli (steel).

Logam adalah elemen kimia yang asli yang mempunyai kondukter elektrik dan haba disebabkan cara atom berhubung (ikatan logam - metal bond). Kebanyakan logam boleh ditemui dalam bentuk pepejal pada semulajadi kecuali merkuri yang mana ia adalah cecair. Dalam jadual elemen periodik, logam merangkumi dua per tiga elemen kimia yang diketahui. Manakala, besi adalah elemen semulajadi yang mana mempunyai kilauan perak ketika keadaan yang asli dan ianya lembut secara relatif serta mempunyai simbol Fe (Ferum). Disebabkan adanya tindak balas semula kimia, pada semulajadinya ia boleh ditemui terutamanya pada mineral bercampur dengan elemen lain. Ianya tergolong dalam kumpulan asas logam. Memandangkan besi adalah logam, maka ia agak sukar untuk membezakan antara besi dan logam. Kesimpulan yang dapat dilakukan adalah besi termasuk daripada logam, manakala logam tidak semestinya hanya pada besi. [Rujuk : http://e-metallicus.com/en/metal/steel/metal-steel-and-iron-is-there-a-difference.html].

Manakala keluli adalah gabungan daripada dua atau lebih elemen yang berlainan. [Rujuk : http://pediaa.com/difference-between-iron-and-steel/].

Di sini, tidak ada perbezaan mahupun persamaan yang sangat ketara antara logam, besi dan keluli kerana masing-masing mempunyai perkaitan antara satu sama lain dan masing-masing juga mempunyai pecahan antara satu sama lain. Perbezaan logam dan besi dengan keluli adalah logam dan besi adalah elemen kimia yang asli, sedangkan keluli bukanlah elemen kimia yang asli. Sebahagian mereka cuba membuang sepenuhnya bahawa keluli bukanlah kategori logam, namun bagi saya ia tidaklah dibuang sepenuhnya memandangkan keluli terdiri daripada elemen-elemen kimia yang asli, cuma ianya adalah gabungan daripada elemen yang berbeza, bukanlah keluli itu elemen asli yang tersendiri.

Apapun, tidak kira apa pun yang ingin dimaksudkan kepada al-Ḥadīd sama ada logam, besi atau keluli, maka ini tetap menunjukkan mukjizat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Kita dapati bahawa turunnya besi dengan makna Metal ataupun Iron itu adalah melalui meteorit. Meteorit menurut Oxford Advanced Learner's Centre Dictionary, edisi Kelapan, 2010 adalah serpihan batu daripada angkasa jatuh ke permukaan bumi. Ini membezakan antara meteor yang mana ia didefinisikan sebagai serpihan batu daripada angkasa yang menghasilkan garis bercahaya melewati pada waktu malam yang terbakar ketika jatuh ke atmosfera bumi. Namun, ia tidak menghempas ke permukaan bumi.

Komponen pada meteorit jenis meteorit besi adalah terdiri daripada nikkel yang asli dan juga besi dengan beberapa yang lain seperti grafit dan mineral trollite, yang mana ia berasal daripada di dalam inti metal asteoroid. [Rujuk : http://fireballsinthesky.com.au/fact-sheets/types-of-meteorite/].

Jika, kita ingin memakai makna keluli, ini juga membuktikan kebenaran mukjizat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- sekalipun, keluli bukanlah elemen yang pernah direkodkan dalam karakteristik pada meteorit. Keluli yang bersifat keras sehingga boleh membina bangunan, kapal dan sebagainya adalah terdiri daripada besi.

Penurunan besi yang bersifat lembut adalah majaz mursal bersifat sababiyyah kerana ia boleh menjadi sesuatu yang keras. Dan ini terbukti kerana Allah tidak menyebut al-Ḥadīd Šadīd al-Ba^s (الحديد شديد البأس), iaitu dengan menyifatkannya dengan ism al-Ma*rifah yang mana besi itu sememangnya bersifat kuat dan keras secara sendirinya. Tetapi Allah menyebutkan al-Ḥadīd Fīhi Ba^s Šadīd (الحديد فيه بأس شديد), iaitu dengan menyifatkannya dengan al-Jumlah al-Ismiyyah. Ia bermakna padanya ada sesuatu yang mendorong kepada terjadinya kekuatan dan kekerasan. Ini boleh difahami melalui ayat ini :

وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ آيَةَ مُلْكِهِ أَن يَأْتِيَكُمُ التَّابُوتُ فِيهِ سَكِينَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَبَقِيَّةٌ مِّمَّا تَرَكَ آلُ مُوسَىٰ وَآلُ هَارُونَ تَحْمِلُهُ الْمَلَائِكَةُ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لَّكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿٢٤٨

Para nabi mereka berkata kepada mereka: "Sesungguhnya tanda-tanda kepimpinannya adalah akan datang sebuah kotak kepada kamu semua yang di dalamnya terdapat ketenangan daripada Tuhan kalian dan sisa peninggalan daripada apa-apa yang ditinggalkan keluarga Musā dan keluarga Hārūn dibawa oleh malaikat". Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kamu semua jika kalian orang-orang yang beriman. [Surah al-Baqaroh ayat 248].

Pada ayat ini menyatakan bahawa di dalam kotak tersebut bukanlah secara literalnya bermaksud terdapat ketenangan, tetapi ia bermaksud di dalam kotak itu ada sesuatu yang memberikan ketenangan kepada seseorang. Demikian juga untuk hal ini. Apabila ia digunakan dan dimanfaatkan dengan cara yang betul, ia boleh memperoleh ciri kerasnya.

Jikalau ingin memakai bahawa besi itu benar-benar bersifat berat dan keras, ini tidak bertentangan apabila kerana meteorit besi tidaklah dihantar dengan jumlah yang sedikit. Apabila ia jatuh ke bumi, ia datang dengan kuantiti yang banyak sehingga menjadi berat. Sekaligus ia mempunyai kekerasan dan kekuatan. [Rujuk : http://geology.com/meteorites/meteorite-types-and-classification.shtml].

Bahkan saintis berpendapat bahawa kebanyakan unsur logam yang kita lihat hari ini adalah disebabkan impak asteroid pada bumi. Para saintis mengkaji batu kuno daripada Isua, Greenland untuk melihat bagaimana planet berubah sepanjang masa dan semenjak bila logam berharga ini masuk ke dalam bumi. Analisis mereka mendedahkan bahawa komposisi bumi telah berubah secara dramatik dalam 3.9 billion tahun yang lalu. Era yang penuh dengan violen ini dikenali sebagai "Bedilan Bertubi-tubi Kuno" (Late Heavy Bombardment) ketika segerombolan asteroid menghentam bumi dan beberapa bahagian dalaman planet. Kesemua segerombolan asteroid ini membawa sejumlah logam yang berharga. Matthias Willbord, seorang ahli geologi di Universiti Bristol di England berkata, "Ini adalah proses yang mana kita mempunyai kebanyakan elemen yang berharga yang boleh diakses di bumi pada hari ini". [Rujuk : http://www.livescience.com/15938-earth-precious-metals-space-origin.html].

Demikianlah petunjuk kebenaran Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Jikalau ianya kedustaaan, boleh jadi turunnya meteorit hanya terdiri daripada batu sahaja tanpa adanya elemen yang lain yang mana ia menafikan kemukjizatan tersebut. Namun, Allah tidak mengkehendaki akan hal itu kerana Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Mukjizat Ketiga : Merasa Sesak Di Tempat Yang Tinggi

Firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

فَمَن يُرِدِ اللَّـهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ ۖ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ ۚ كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّـهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ ﴿١٢٥

"Barangsiapa yang Allah mengkehendaki untuk memberi petunjuk padanya, dilapangkan dadanya untuk Islam. Barangsiapa yang dikehendaki untuk disesatkannya, dijadikan dadanya sesak lagi sempit seolah-olah seperti ia mendaki ke langit. Demikian Allah menimpakan seksa ke atas orang-orang yang tidak beriman". [Surah al-An*ām ayat 125].

Ini adalah mukjizat yang sangat agung dan hal ini benar-benar kebenaran yang agung. Sesungguhnya, ini bukanlah pendapat peribadi semata-mata, tetapi wahyu yang benar. Kefahaman sebenar tentang sesaknya dada tatkala mendaki tempat yang tinggi belum dibuktikan secara saintifik melainkan pada zaman kini. Jikalau wujud sekalipun, kemungkinan sekali ia masih dalam andaian yang belum terbukti tepat, pengalaman peribadi dan juga pendapat peribadi semata-mata. Namun, Allah memperlihatkan bahawa Rasul-Nya berdiri di atas kebenaran.

Peratus oksigen di udara pada dua batu (3.2 kilometer) adalah sama dengan dengan paras laut, iaitu 21%.  Walaubagaimanapun, tekanan udara menjadi lemah sebanyak 30% di tempat yang tinggi kerana atmosfera sangat kurang ketumpatannya, iaitu molekul udara semakin saling berjauhan. Apabila kita bernafas di paras laut, tekanan atmosfera adalah sekitar 14.7 paun per segi (1.04 per cm^2) membolehkan oksigen sangat mudah untuk melepasi melalui pori yang bersifat selektif pada membran paru-paru ke dalam darah. Di tempat yang tinggi, tekanan udara yang rendah menyebabkan kesukaran bagi oksigen untuk memasuki ke dalam sistem vaskular. Ini menyebabkan Hypoksia atau kemelesetan oksigen. Ketika kita mendaki kawasan gunung yang tinggi, badan kita pada mulanya akan membentuk respons psikologi. Di situ berlakunya pertambahan dalam pernafasan dan degupan jantung sebanyak dua kali ganda, walaupun ketika berehat. Denyutan nadi dan tekanan darah semakin kuat ketikamana jantung berdegup dengan pantas untuk mendapatkan oksigen. [Rujuk : http://anthro.palomar.edu/adapt/adapt_3.htm].

Oleh kerana disebabkkan kurangnya oksigen, badan kita perlu bernafas lebih banyak untuk mendapatkan amaun yang sama dengan molekul yang diperlukan. Ini menyebabkan pengurangan dalam pernafasan, kesakitan dan kepenatan sebagai penunjuk kesakitan ketinggian. Di tempat yang tinggi, tekanan udara di luar adalah rendah berbanding dengan di dalam paru-paru yang membuatkan lebih sukar untuk menarik udara yang nipis dan juga untuk jantung mengepam oksigen ke dalam badan. [Rujuk : http://scienceline.org/2015/02/why-do-you-feel-so-awful-at-high-altitudes/].

Inilah yang menyebabkan dada menjadi sesak dan sempit. Maka, apa yang telah dikhabarkan semenjak 1400 tahun yang lalu menjadi nyata dan selari dengan perolehan terkini. Benarlah apa yang disampaikan oleh Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-.

Mukjizat Keempat : Gunung Tidak Statik

Firman Allah Ta*ālā :

وَتَرَى الْجِبَالَ تَحْسَبُهَا جَامِدَةً وَهِيَ تَمُرُّ مَرَّ السَّحَابِ ۚ صُنْعَ اللَّـهِ الَّذِي أَتْقَنَ كُلَّ شَيْءٍ ۚ إِنَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَفْعَلُونَ ﴿٨٨

"Dan kamu melihat gunung, lalu kamu mengira ianya statik, walhal ia bergerak seperti bergeraknya awan. Allah memperbuat semua itu yang Dia sempurnakan segala sesuatu. Sesungguhnya Dia Maha Teliti terhadap apa yang kalian kerjakan". [Surah an-Naml ayat 88].

Ini adalah mukjizat yang agung dipersembahkan oleh Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Sesungguhnya ini bukanlah lagi kata-kata dongengan, bahkan ia wahyu yang agung daripada Allah Tabāroka Wa Ta*ālā. Pada zaman baginda, belum terbukti secara saintifik bahawa ia selari dengan hakikatnya serta belum ada kemampuan yang secukupnya untuk membuktikan hal ini secara fakta. Namun, pada hari ini, apa yang telah dikhabarkan selari dengan penemuan hari ini. Jikalau ianya batil, boleh jadi apa yang diutarakan Geosentrik itu lebih benar daripada apa yang dinyatakan oleh Heliosentrik. Namun, Allah tidak mengkehendaki akan hal itu kerana Dia berkehendak untuk mempamerkan kebenaran-Nya kepada hamba-Nya. 

Sebahagian orang cuba menyanggah bahawa yang dimaksudkan adalah gunung itu sendiri, bukan pada bumi keseluruhannya. Maka, di sini ada dua jawapan terhadapnya.

Pertama, bersandarkan teori relatif khas yang dikemukakan oleh Albert Einstein, kita boleh menganalogikan dengan seorang penumpang di sebuah kereta api. Walaupun kereta api tersebut bergerak, penumpang masih berada di dalam kedudukan kordinat di dalam kereta api tersebut. Tetapi, penumpang itu hanya akan sedar kereta api tersebut sedang bergerak sekiranya melihat kepada titik rujukan di luar kereta pi itu sendiri. Oleh itu, dengan mengambil bumi sebagai titik rujukan, kita dan gunung-ganang berada dalam titik rujukan yang sama. Disebabkan itu, kita tidak dapat merasai sebarang perubahan dan mengandaikan pergerakan tidak berlaku. Sekiranya kita berada di luar daripada titik rujukan ini, iaitu di angkasa, kita dapat melihat gunung-ganang itu bergerak disebabkan bumi berputar dan beredar di atas paksinya. [Majalah Infiniti, edisi ke-31, Disember 2011, m/s 81, terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd].

Kedua, dengan penjelasan tadi, maka fahamlah kita bahawa ia sebenarnya adalah majaz disebabkan titik rujukan. Umpama kita berada di atas kapal terbang, lalu seseorang berkata bahawa hakikatnya kerusi itu sedang bergerak, sedangkan audien yang melihat pada zahirnya melihat bahawa kerusi itu tidak bergerak. Demikianlah persamaan pada sudut maksud yang ingin disampaikan. Bahkan, sebenarnya tidak berhak seseorang mengatakan bahawa matahari itu terbenam, padahal pada hakikatnya bukan matahari itu terbenam, tetapi ia adalah disebabkan fenomena perubahan pusingan bumi sehingga sebahagian daripada area bumi tidak memperoleh cahaya matahari. Begitulah majaz yang diterima dan digunapakai seharian.

Atau kita boleh melihat dengan perspektif yang lain. Alfred Wegener, seorang ahli geofizik dan meteorologi memperkenalkan pergerakan benua kepada bidang geo-sains di samping memperkenalkan hanyutan benua (continental drift). Beberapa dekat kemudian, saintis mengesahkan beberapa idea Wegner, seperti kewujudan benua super yang mencantumi seluruh tanah menjadi satu. Pangea dahulunya benua super yang terbentuk lebih kurang 300 juta tahun dahulu. Antara benua super yang lain adalah yang dipanggil Rodinia yang terbentuk lebih kurang 1 bilion tahun yang lalu. Kemudian, ia terpisah disebabkan pengglasieran (glaciation) yang dipanggil Bumi Berbola Salji [Rujuk : http://www.livescience.com/37529-continental-drift.html dan http://www.livescience.com/37706-what-is-plate-tectonics.html].

Hanyutan benua boleh terjadi disebabkan letusan gunung berapi, gempa bumi dan tsunami. Hari ini tektonik plat dan juga hanyutan benua membentuk rangka pembelajaran dalam gelogi dan bumi. Ia adalah haba yang dihasilkan oleh pereputan radioaktif di dalam bumi yang menjadi penyebab proses ini. Di pusat bumi terdapat uranium dan atom berat yang mereput dan melepaskan tenaga. Inilah sebab teras bumi begitu panas. Batuan panas di teras berubah menjadi cecair likat, iaitu magma yang boleh terangkut ke atas melalui batu yang lebih sejuk di atas magma. Magma terangkut ke atas melalui mantel dan menyebar ke permukaan untuk membentuk lantai laut. Ketika lantai laut bergerak, ia menolak benua bersama. [Rujuk : http://www.historyoftheuniverse.com/?p=condrift.htm].

Maka, dengan itu, ia semakin mengukuhkan kebenaran bahawa benar-benar ia berlaku sepertimana firman Allah Ta*ālā ini. Jika hal ini tidak benar, boleh jadi bumi ini kekal statik sepertimana pegangan geosentrik. Namun, Allah tidak melakukan sedemikian agar manusia mengerti bahawa Allah itu benar-benar Maha Teliti terhadap apa-apa yang Dia lakukan.

Mukjizat Kelima : Tidak Ada Dua Jantung Dalam Anggota Badan

Firman Allah Ta*ālā :

مَّا جَعَلَ اللَّـهُ لِرَجُلٍ مِّن قَلْبَيْنِ فِي جَوْفِهِ

"Allah tidak menjadikan seseorang dua jantung dalam rongganya". [Surah al-Aḥzāb ayat 3].

Telah terbukti kajian moden bahawa sememangnya manusia tidak mempunyai dua jantung. Hakikat kefahaman yang hakiki tentang jantung tidaklah difahami melainkan beberapa masa yang mendatang. Jikalau hal ini bukan dusta, boleh jadi ada anggota lain yang menyerupai kefungsian seperti jantung yang bukan difahami oleh orang-orang pada zaman itu, bahkan mungkin berbentuk lain daripada jantung, tetapi mempunyai kefungsian yang sama tanpa disedari, kemudian ia ditemui oleh kajian moden. Namun, Allah ingin membuktikan bahawa Rasul-Nya adalah pembawa kebenaran kepada sekalian alam, maka yang demikian tidak berlaku.

Mukjizat Keenam : Matahari Di Paksinya.

Firman Allah Ta*ālā :

وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ ﴿٣٨

"Dan matahari bergerak di tempat baginya. Demikian itu ketetapan yang Maha Luhur lagi Maha Agung". [Surah Yāsīn ayat 38].

Ini telah pun jelas dalam penemuan hari ini yang membuktikan matahari bukanlah objek yang kaku di angkasa sekalipun bumi ini beredar di paksinya. Para astronomi menyatakan bahawa matahari mengambil 226 juta tahun bagi melengkapkan edaran orbitnya di galaksi Milky Way. [Rujuk : http://www.universetoday.com/18028/sun-orbit/].

Jikalau ianya suatu kedustaan, boleh jadi bumi itu sahaja bergerak, namun matahari kekal kaku di angkasa. Namun, Allah tidak berkehendak sedemikian kerana Dia berkehendak untuk menyatakan bahawa Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- itu benar-benar utusan Allah.

Mukjizat Ketujuh : Bulan Di Paksinya

Firman Allah Ta*ālā :

وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۖ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُّسَمًّى ۚ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُم بِلِقَاءِ رَبِّكُمْ تُوقِنُونَ ﴿٢

"Dan Dia menundukkan matahari dan bulan. Semuanya bergerak pada waktu yang ditentukan. Dia mentadbir urusan itu, lalu menjelaskan petunjuk itu mudah-mudahan kalian yakin dengan pertemuan Tuhanmu". [Surah ar-Ro*d ayat 12].

Ini terbukti bahawa sememangnya bulan sememangnya beredar mengeliling bumi sekali dalam kira-kira 27 hari. [Rujuk : https://www.space.com/24871-does-the-moon-rotate.html].

Jikalau ianya suatu kedustaan, nescaya bumi yang mengelilingi bulan pada hakikatnya. Namun, Allah tidak mengkehendaki sedemikian kerana Allah ingin meyakinkan pada kita bahawa adanya pertemuan kita dengan-Nya pada hari akhirat nanti.

Mukjizat Kelapan : Cahaya Bintang Dan Sinaran Bulan

Firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

تَبَارَكَ الَّذِي جَعَلَ فِي السَّمَاءِ بُرُوجًا وَجَعَلَ فِيهَا سِرَاجًا وَقَمَرًا مُّنِيرًا ﴿٦١

"Maha Berkat yang menjadi bintang-bintang di langit dan Dia menjadikan penyala padanya serta bulan sebagai pencerah". [Surah al-Furqōn ayat 61].

Firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

جَعَلَ الْقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًا وَجَعَلَ الشَّمْسَ سِرَاجًا ﴿١٦

"Dia jadikan bulan yang bersinaran padanya dan Dia menjadikan matahari sebagai penyala". [Surah Nūḥ ayat 16].

Firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ مَا خَلَقَ اللَّهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

"Dialah yang menjadikan matahari sebagai sinaran dan bulan sebagai cahaya. Dialah yang menentukan beberapa tempat perederan agar kalian mengetahui bilangan tahun dan perhitungan hari. Tidaklah Allah menciptakan itu melainkan dengan hak. Dia memperincikan petanda-petanda itu kepada kaum yang mengetahui". [Surah Yūnus ayat 5].

Melalui kedua-dua ayat tersebut, Allah membezakan antara "Sirōj" (سِرَاج) dan "Ḍiyā^" (ضِيَاء) pada matahari dengan "Munīr" (مُنٍير) pada bulan walaupun kedua-duanya mempunyai makna persamaan cahaya dari segi bahasa. Pembezaan ini pasti ada mesej dan mesej itu ialah masing-masing berbeza sumber cahayanya. 

Terdapat pelbagai penafisran tentang hal ini. Abū al-Hilāl al-Ḥasan al-*Askariyy berkata dalam menjelaskan perbezaan "Ḍiyā^" dan "an-Nūr" :

الفرق بين الضياء والنور أن الضياء ما يتخلل الهواء من أجزاء النور فيبيض بذلك، والشاهد أنهم يقولون ضياء النهار ولا يقولون نور النهار إلا أن يعنوا الشمس فالنور الجملة التي يتشعب منها، والضوء مصدر ضاء يضوء ضوء يقال ضاء وأضاء أي ضاء هو واضاء غيره. الفرق بين الضياء والنور هما مترادفان لغة. وقد يفرق بينهما بأن الضوء: ما كان من ذات الشئ المضئ، والنور: ما كان مستفادا من غيره. وعليه جرى قوله تعالى: " هو الذي جعل الشمس ضياء والقمر نورا ". وقال الراغب: النور الضوء المنتشر الذي يعين على الابصار. وهو ضربان: دنيوي وأخروي. والدنيوي ضربان: معقول بعين البصيرة، وهو ما انتشر من الانوار الآلهية كنور العقل ونور القرآن. ومنه: " قد جاءكم من الله نور "  ومحسوس بعين التبصر وهو ما انتشر من الاجسام النيرة، كالقمرين والنجوم النيرات، ومنه: " هو الذي جعل الشمس ضياء والقمر نورا ". ومن النور الاخروي قوله تعالى: " يسعى نورهم بين أيديهم ".

Perbezaan di antara aḍ-Ḍiyā^ dan an-Nūr adalah aḍ-Ḍiyā^ adalah apa yang bergerak di serata udara dari juzuk-juzuk an-Nūr, lalu ia menjadi cerah dengan sebab itu. Buktinya bahawa mereka berkata: "Ḍiyā^ siang". Mereka tidak berkata: "Nūr siang" kecuali jika mereka memaksudkan matahari. An-Nūr adalah keseluruhan yang tercabang daripadanya. Aḍ-Ḍow^ adalah maṣdar Ḍō^a Yaḍū^ Ḍow^an. Disebutkan Ḍō^a dan Aḍō^a, bersinarnya ia dan menyinarkan selainnya. Perbezaan antara aḍ-Ḍiyā^ dan an-Nūr adalah ia sinonim dari segi bahasa. Kadangkala terbeza di antara mereka dengan sebab aḍ-Ḍow^ adalah apa yang dari zat sesuatu yang menyinari. An-Nūr adalah apa yang diambil faedah daripada selainnya. Dengan sebab itu firman-Nya: {Dialah yang menjadikan matahari sebagai sinaran dan bulan sebagai cahaya}. Berkata ar-Rōġib bahawa an-Nūr adalah sinaran yang tersebar yang nyata pada penglihatan. Ia ada dua jenis; duniawi dan ukhrawi. Duniawi ada dua jenis. Salah satunya adalah yang dicerna dengan mata kecelikan. Ia adalah yang tersebar daripada cahaya-cahaya ketuhanan seperti cahaya akal dan cahaya al-Qur^ān. Antaranya adalah: {Telah datang cahaya daripada Allah}. Ia juga dicapai dengan mata penglihatan dari jisim yang bercahaya seperti bulan dan bintang yang bercahaya. Antaranya adalah: {Dialah yang menjadikan matahari sebagai sinaran dan bulan sebagai cahaya}. Antara cahaya ukhrawi adalah firman-Nya Ta*ālā: {Dalam keadaan berjalan cahaya mereka di hadapan mereka}. [Mu*jam al-Furūq al-Luġowiyyah, m/s 322, keluaran Mu^assasah an-Našr al-Islāmiyy].

Al-Qurṭubiyy berkata :

فَالضِّيَاءُ ما يضئ الْأَشْيَاءَ، وَالنُّورُ مَا يَبِينُ فَيَخْفَى لِأَنَّهُ مِنَ النَّارِ مِنْ أَصْلٍ وَاحِدٍ

"Aḍ-Ḍiyā^ adalah apa yang menerangi sesuatu dan an-Nūr adalah apa yang nyata, lalu ia tersembunyi kerana ia daripada an-Nār (api) dari asal perkataan yang sama". [Al-Jāmi* Li Aḥkām al-Qur^ān, jilid 8, m/s 309, keluaran Dār al-Kutub al-Miṣriyyah, Kaherah, tahqiq Aḥmad al-Bardūniyy dan Ibrōhīm Aṭṭofayyiš].

Al-Bayḍōwiyy berkata :

وَالْقَمَرَ نُوراً أي ذا نور أو سمي نوراً للمبالغة وهو أعم من الضوء كما عرفت، وقيل ما بالذات ضوء وما بالعرض نور، وقد نبه سبحانه وتعالى بذلك على أنه خلق الشمس نيرة في ذاتها والقمر نيراً بعرض مقابلة الشمس والاكتساب منها

"Bulan adalah cahaya, iaitu memiliki cahaya. Dinamakan sebagai cahaya untuk hiperbola dan ia lebih umum daripada aḍ-Ḍow^ sepertimana yang kamu kenal. Dikatakan bahawa apa yang dengan zat, ia adalah Ḍow^ dan apa yang dengan sampingan, maka ia adalah an-Nūr. Dia Subḥānahu Wa Ta*ālā mengingatkan bahawa Dia menciptakan matahari dengan cahaya pada zatnya dan bulan dengan cahaya  dari sampingan pertemuan matahari dan dapatan daripadanya". [Anwār at-Tanzīl Wa Asrōr at-Ta^wīl, jilid 3, m/s 105, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōt al-*Arobiyy, Beirut, tahqiq Muḥammad *Abdul Roḥmān al-Marš*aliyy].

Abū as-Su*ūd al-*Imādiyy berkata :

والضياءُ أقوى من النور وقيل ما بالذات ضوءٌ وما بالعرَض نور ففيه إشعارٌ بأن نورَه مستفادٌ من الشمس

"Aḍ-Ḍiyā^ lebih kuat daripada an-Nūr. Dikatakan bahawa apa yang dengan zat, ia adalah Ḍow^ dan apa yang dengan sampingan, maka ia adalah an-Nūr. Padanya terdapat pengetahuan bahawa cahayanya diambil faedah daripada matahari" .[Iršād al-*Aql as-Salīm Ilā Mazāyā al-Kitāb al-Karīm, jilid 4, m/s 120, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut].

Secara kesimpulannya adalah aḍ-Ḍiyā^ disifatkan kepada matahari kerana cahayanya lebih kuat atau ia berdiri dengan sesuatu zat atau menjadi sumber kepada cahaya, manakala an-Nūr pula disifatkan kepada bulan kerana cahanya lebih lemah atau berdiri secara sampingan yang boleh dicapai dengan penglihatan atau ia tercabang daripada sumber cahaya atau lebih umum maknanya daripada perkataan aḍ-Ḍiyā^.

Dapatan saya dalam al-Qur^ān adalah perbezaan aḍ-Ḍiyā^ dengan an-Nūr adalah seumpama penekanan makna fā*il, iaitu pelaku yang merujuk kepada aḍ-Ḍiyā^ dengan maf*ūl, iaitu objek atau nā^ib fā*il, iaitu pengganti pelaku yang merujuk kepada an-Nūr. 

Apabila disebutkan aḍ-Ḍiyā^, ia mengandungi penekanan bahawa ia adalah pelaku yang menjadi sumber cahaya. Manakala an-Nūr pula merujuk kepada penekanan bahagian yang mendapat sentuhan sinaran daripada sesuatu sumber yang menyuluhinya. Ia seumpama penekanan kepada objek yang dipancarkan atau pengganti pelaku yang difokuskan seakan-akan ia fokus kepada cahaya pagi tanpa menekankan makna matahari yang menjadi sumber cahaya padanya. Beberapa sebab daripada makna ini adalah kerana cahaya itu diwakilkan atau disimbolikkan bagi sesuatu atau ia sekadar kecerahan yang tampak pada mata yang mana yang ditampak pada mata itu bukanlah sumber cahaya itu sendiri atau pelbagai lagi.

Contohnya firman Allah *Azza Wa Jalla : 

قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِن جَعَلَ اللَّهُ عَلَيْكُمُ اللَّيْلَ سَرْمَدًا إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ مَنْ إِلَٰهٌ غَيْرُ اللَّهِ يَأْتِيكُم بِضِيَاءٍ ۖ أَفَلَا تَسْمَعُونَ ‎﴿٧١

Katakanlah: "Apa pandangan kalian jika Allah menjadikan malam secara kekal abadi ke pada kalian sehingga hari kiamat? Siapakah tuhan selain Allah yang akan mendatangkan sumber sinaran? Apakah kalian tidak mendengar?". [Surah al-Qoṣoṣ ayat 71].

Pada ayat ini, Allah sedang menyatakan bahawa tiada siapa lagi yang akan menjadi sumber cahaya kepada bumi ini melainkan Allah Ta*ālā jualah yang menciptakan cahaya dan menerangi bumi ini. Manakala, Alalh menyandarkan diri-Nya sebagai an-Nūr melalui firman-Nya :

اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ ۖ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ ۖ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ ۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ ۗ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ ۗ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ‎﴿٣٥

"Allah itu adalah cahaya langit-langit dan bumi. Permisalahan cahaya-Nya seumpama lubang yang tidak tembus yang di dalamnya terdapat pelita. Pelita itu dalam bekas kaca. Bekas kaca itu seumpama bintang yang bergemeralapan yang dinyalakan dari pohon yang diberkati, iaitu zaitun yang tidak didapati dari barat dan timur. Hampir sahaja minyaknya mencerahkannya walaupun belum disentuh api. Cahaya di atas cahaya. Allah memberi hidayah dengan cahaya-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Allah membuat permisalan kepada manusia. Allah itu Maha Mengetahui bagi segala sesuatu". [Surah an-Nūr ayat 35]. 

Daripada sini, an-Nūr bukanlah Allah itu sendiri dan bukan untuk menegaskan bahawa Allah itu adalah sumber cahaya walaupun sememangnya sedemikian, tetapi ia adalah suatu diwakilkan daripada Allah dengan menyandarkan lafaznya kepadanya sebagai suatu simbolik bahawa petanda-petanda Allah itu dapat dilihat dengan jelas di segenap langit-langit dan bumi. Maknanya, apa yang dapat dilihat pada alam ini bukanlah cahaya Allah atau Allah itu sendiri yang menjelma dengan bentuk cahaya, tetapi pancaran tanda-tanda yang menyampaikan kepada-Nya.

Untuk lebih jelas, kita lihat pula firman Allah ini :

يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَىٰ نُورُهُم بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِم بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ ‎﴿١٢

"Pada hari yang engkau melihat lelaki beriman dan wanita beriman dalam keadaan berjalan cahaya mereka di hadapan mereka dan di kanan mereka. Khabar gembira kalian pada hari ini adalah syurga yang mengalirnya sungai dari bawahnya dalam keadaan kalian kekal selamanya di dalamnya. Itulah kejayaan yang agung". [Surah al-Ḥadīd ayat 12].

Al-Qurṭubiyy berkata :

يَوْمَ تَرَى فيه (الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِناتِ يَسْعى نُورُهُمْ) أَيْ يَمْضِي عَلَى الصِّرَاطِ فِي قَوْلِ الْحَسَنِ، وَهُوَ الضِّيَاءُ الَّذِي يَمُرُّونَ فِيهِ

{Pada hari engkau melihat} padanya {lelaki beriman dan lelaki beriman dalam keadaan berjalan cahaya mereka}, iaitu merentasi titian aṣ-Ṣirōṭ menurut pendapat al-Ḥasan. Ia adalah sinaran yang mereka berjalan padanya. [Al-Jāmi* Li Aḥkām al-Qur^ān, jilid 17, m/s 243, keluaran Dār al-Kutub al-Miṣriyyah, Kaherah, tahqiq Aḥmad al-Bardūniyy dan Ibrōhīm Aṭṭofayyiš].

Jika ini adalah salah satu bentuk penafsirannya, maka titian aṣ-Ṣirōṭ bukanlah sumber cahaya, tetapi yang menerima pancaran daripada Allah sehingga tampak titian itu di mata orang beriman pada hari akhirat.

Abū Ḥayyān al-Andalusiyy berkata dalam membezakan Sirōj dan Munīr :

وَقَالَ مُنِيراً أَيْ مُضِيئًا وَلَمْ يَجْعَلْهُ سِراجاً كَالشَّمْسِ لِأَنَّهُ لَا تَوَقُّدَ لَهُ.

Firman-Nya: "Munīr", iaitu menerangi, tetapi Dia menjadikannya pelita seperti matahari kerana ia tidak ada baraan padanya. [Al-Baḥr al-Muḥīṭ Fī at-Tafsīr, jilid 8, m/s 124, keluaran Dār al-Fikr, tahqiq Ṣidqiyy Muḥammad Jamīl].

Dengan ini, jelaslah bahawa penyandaran aḍ-Ḍiyā^ kepada matahari kerana ia menjadi sumber cahaya dan penyandaran an-Nūr kepada bulan adalah kerana ia menerima pancaran daripada matahari dan memantulkannya ke bumi menjelang malam.

Sebelum melanjutkan keterangan, Allah Tabāroka Wa Ta*ālā menyifatkan bintang sebagai lampu :

وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِّلشَّيَاطِينِ ۖوَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ ﴿٥

"Benar-benar sesungguhnya Kami perhiaskan langit dunia dengan lampu-lampu dan kami menjadikannya sebagai perejam untuk syaitan. Kami sediakan azab yang membara bagi mereka". [Surah al-Mulk ayat 5].

Bahkan, kamus Arab juga menyamakan antara "Miṣbāḥ" (مصباح) dan "Sirōj" (سراج), yakni kedua-duanya bermaksud lampu sepertimana dalam Kitāb al-*Ayn, karya al-H̱olīl bin Aḥmad al-Baṣriyy, jilid 3, m/s 126, keluaran Dār Wa Maktabah Hilāl, tahqiq Mahdiyy al-Maẖzūmiyy dan Ibrōhīm as-Sāmarō^iyy // Al-Munjid al-Luġoh, karya *Aliyy bin al-Ḥasan al-Hunā^iyy, m/s 331, keluaran *Ālim al-Kutub, Kaherah, tahqiq Aḥmad Muẖtār *Umar dan Ḍōḥī *Abdul Bāqī // Mu*jam Dīwān al-Adab, karya Isḥāq bin Ibrōhīm al-Fārōbiyy, jilid 1, m/s 304, keluaran Mu^assasah aš-Ša*b Li aṣ-Ṣoḥāfah Wa aṭ-Ṭobā*ah Wa an-Našr, Kaherah // Taẖdīb al-Luġoh, karya Abū Manṣūr al-Azhariyy, jilid 4, m/s 156, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut, tahqiq Muḥammad *Awḍ Mur*ib // aṣ-Ṣiḥāḥ Tāj al-Luġoh Wa Ṣiḥāḥ al-*Arobiyyah, karya Abū Naṣr Ismā*īl bin Ḥammād al-Fārōbiyy, jilid 1, m/s 380, keluaran Dār al-*Ilmi Li al-Malāyīn, Beirut, tahqiq Aḥmad *Abdul Ġofūr *Aṭṭōr dan al-Muḥkam Wa al-Muḥīṭ al-A*ẓom, karya Abū al-Ḥasan *Aliyy bin Ismā*īll, jilid 3, m/s 169, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq *Abdul Ḥamid Handāwiyy serta banyak lagi.

Yang ingin dinyatakan bahawa sumber cahaya pada bintang adalah dirinya sendiri kerana ia diumpamakan seperti lampu dan pelita, manakala sumber cahaya bulan bukan dari dirinya sendiri. Ini terbukti bahawa cahaya bulan bukan berasal dari dirinya, tetapi ia pantulan dari matahari. [Rujuk : http://www.livescience.com/45979-why-does-the-moon-shine.html].

Manakala bintang, termasuk matahari terdiri daripada plasma yang panas kebanyakannya terdiri daripada hidrogen dan helium bersama beberapa jumlah elemen yang dikesan. Graviti yang kuat menahan bintang dan memadatkannya ke dalam. Tenaga graviti yang kuat menyebabkan keraknya menjadi hangat sehingga mencecah 15 juta kelvin dan pelakuran hidrogen mulai terjadi. Pada proses pelakuran ini, atom hidrogen saling melanggar melalui proses multiperingkat untuk membentuk helium. Tindak balas ini menghasilkan jumlah tenaga yang banyak berbentuk sinar gamma. Sinar gamma ini terperangkap di dalam bintang dan mereka menolak ke luar melawan kontraksi daya graviti. Sinar gamma melompat keluar di sekeliling bintang mencuba untuk keluar. Mereka diserap oleh satu atom dan memancarkan lagi. Ini boleh terjadi banyak kali dalam sesaat dan satu foton kadangkala mengambil masa 100,000 tahun untuk keluar dari kerak menuju ke permukaan. Apabila foton keluar dari keraknya, ia kehilangan sebahagian tenaga menjadi foton ringan yang terlihat jarak gelombangnya dan tidak menjadi sinar gamma sepertimana permulaannya. Foton ini melompat keluar dari permukaan bintang dan menuju terus ke angkasa. Mereka mampu bergerak selamanya selagimana tidak terhadang oleh apapun. Inilah asal usul cahaya. [Rujuk : http://www.universetoday.com/25179/what-is-the-light-from-stars/ dan http://www.universetoday.com/25334/why-do-stars-shine/].

Maka, melalui ayat ini, Allah Ta*ālā pamerkan dua mukjizat. Pertama, cahaya bintang berasal dari dirinya sendiri. Yang kedua, cahaya bulan bukan berasal darinya, tetapi pantulan dari matahari. Jikalau hal ini kedustaan, boleh jadi cahaya bintang itu adalah pantulan dari sumber cahaya yang lain dan cahaya bulan pula berasal dari sumbernya sendiri. Namun, hal tersebut tidak berlaku kerana Allah berkehendak untuk mempamerkan kebenaran-Nya dan kekuasaan-Nya.

Mukjizat Kesembilan : Kemabukan Di Angkasa

Firman Allah Ta*ālāa :

وَلَوْ فَتَحْنَا عَلَيْهِم بَابًا مِّنَ السَّمَاءِ فَظَلُّوا فِيهِ يَعْرُجُونَ ﴿١٤﴾ لَقَالُوا إِنَّمَا سُكِّرَتْ أَبْصَارُنَا بَلْ نَحْنُ قَوْمٌ مَّسْحُورُونَ ﴿١٥

Dan kalau Kami bukakan kepada mereka salah satu pintu langit, lalu mereka terus naik ke atasnnya, pasti mereka berkata: "Bahawasanya pandangan kami dimabukkan, bahkan kami adalah orang yang terkena sihir". [Surah al-Ḥijr ayat 14-15].

Merasa kemabukan atau pening ini fenomena yang biasa berlaku bagi para astronaut ketikamana mereka berada di ruang angkasa pada tempoh permulaan. Hal ini kerana cecair di telinga mereka terapung di graviti kosong berbanding hanya kekal ketikaman di bumi. [Rujuk : http://www.popularmechanics.com/space/news/a21345/why-astronauts-cant-get-dizzy-in-space/].

Benarlah penyifatan Allah dalam kemabukan yang berlaku di langit. Jikalau hal tersebut suatu kedustaan, boleh jadi keadaannya sama di bumi. Namun, Allah tidak menzahirkan sedemikian kerana Dia ingin membuktikan kebenaran Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-.

Mukjizat Kesepuluh : Pengembangan Alam Semesta

Firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا ۖوَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ ۖ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ ﴿٣٠

"Apakah orang yang kafir tidak melihat bahawasanya langit dan bumi adalah satu, kemudian Kami pisahkan kedua-duanya. Dan kami jadikan setiap sesuatu yang hidup daripada air. Apakah mereka tidak beriman?". [Surah al-Anbiyā^ ayat 30].

Ini menepati teori Big Bang yang menjelaskan permulaan alam semesta. Pada permulaan alam semesta, setiap benda di alam terbentang luas ini termasuklah radiasi dan jirimnya dimampatkan sehingga menjadi panas dan kepadatan yang sesak menjadi beberapa milimeter sahaja. Pada saat itu, ia memiliki jirim yang secukupnya untuk mengembangkan alam semesta, iaitu ketika berada dalam keadaan ketunggalan. Kecukupan ini berdasarkan spektrum radiasi latar belakang gelombang mikro. Ini merupakan ciri-ciri radiasi yang telah pun keseimbangan termal dengan jirim yang berada di suhu yang sama. Untuk mencapai keseimbangan itu, penting untuk radiasi untuk ditempiaran banyak kali oleh jirim. Contohnya, cahaya yang kita terima daripada matahari mempunyai ciri-ciri spektrum termal. Ini bukan kerana tindak balas nuklar yang berlaku di teras matahari yang menghasilkan radiasi bersama spekterum termal, tetapi ia kerana radiasi telah ditempiarkan oleh jirim pada matahari banyak kali yang berpunca daripada terasnya.

Dalam perkara alam semesta, yang sebenarnya ialah latar belakang gelombang mikro telah menggapai spektrum termal yang tepat dan ini menunjukkan ia mesti ditempiarkan banyak kali. Maka, alam semesta itu mempunyai jirim yang secukupnya untuk menjadi legap pada setiap arah yang kita lihat kerana latar belakang gelombang mikro adalah sama di setiap arah yang kita lihat. Tambahan pula, legapan ini mesti terjadi dalam masa yang lama dan tempat yang jauh daripada kita kerana kita boleh melihat galaksi dan kuasar pada jarak yang begitu jauh. Oleh itu, di sana mesti ada banyak jirim pada jarak yang begitu jauh daripada kita. Legapan yang pekat melangkaui lebar gelombang disebabkan jumlah ketumpatannya yang tertentu berasal daripada hidrogen yang diionkan. Kemudian, dalam masa yang sama jika di sana terdapat jirim yang cukup untuk menjadikan alam semesta jadi legap, di sana juga terdapat jirim yang secukupnya.

Usul Tiada Batasan yang merupakan kenyataan bahawa hukum fizik berlaku di setiap tempat, menjangkakan bahawa alam semesta bermula dengan titik tunggal seperti kutub utara bagi bumi. Menurut usul ini, alam semesta berkembang dengan lancar bermula dari titik tunggal. Ketikamana ia mengembang, ia meminjam tenaga daripada medan graviti untuk mencipta jirim. Sepertimana mana-mana eknomiwan jangkakan bahawa kesan peminjaman adalah inflasi. Alam semesta berkembang dan meminjam dengan kadar yang begitu tinggi. Alangkah beruntungnya hutang tenaga graviti tidak perlu dilunaskan sehingga berkahirnya alam semesta. Akhirnya, jangka inflasi menemukan titik akhir dan alam semesta mengalami fasa perkembangan dan pengembangan yang moderat. [Rujuk : https://www.space.com/25126-big-bang-theory.htmlhttps://www.nationalgeographic.com/science/space/universe/origins-of-the-universe/https://science.howstuffworks.com/dictionary/astronomy-terms/before-big-bang.htm dan http://www.hawking.org.uk/the-beginning-of-time.html].

Saya tahu ada teori lain yang mengusulkan penjelasan tentang asal usul alam semesta, tetapi ia tetap tidak mampu menandingi teori Big Bang yang disokong oleh beratus-ratus data yang dikumpulkan daripada pelbagai rujukan yang konsisten dengan teori ini sepertimana yang dinyatakan oleh Michio Kaku dalam Parallel Worlds, m/s 46, terbitan Anchor Books. Oleh itu, teori ini bukan berdasarkan spekulasi semata-mata.

Mukjizat Kesebelas : Kegelapan Laut Dan Ombak Internal

Firman Allah *Azza Wa Jalla :

وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَعْمَالُهُمْ كَسَرَابٍ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ الظَّمْآنُ مَاءً حَتَّىٰ إِذَا جَاءَهُ لَمْ يَجِدْهُ شَيْئًا وَوَجَدَ اللَّـهَ عِندَهُ فَوَفَّاهُ حِسَابَهُ ۗ وَاللَّـهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ ﴿٣٩﴾ أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُّجِّيٍّ يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِّن فَوْقِهِ مَوْجٌ مِّن فَوْقِهِ سَحَابٌ ۚ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ يَكَدْ يَرَاهَا ۗ وَمَن لَّمْ يَجْعَلِ اللَّـهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِن نُّورٍ ﴿٤٠

"Orang-orang yang kafir, pada amalan-amalan mereka seperti fatamorgana di tanah datang yang orang haus menyangka ia adalah air sehingga apabila ia datang kepadanya, tidaklah ia memperoleh sesuatu dan dia mendapati Allah di sisinya, lalu Allah menyempurnakan hitungannya. Allah Maha Pantas perhitungan-Nya. Atau seperti kegelapan di lautan yang dalam yang ombak menutupinya yang ombak lain menutupinya yang awan gelap di atasnya. Sebahagiannya adalah kegelapan di atas sebahagian yang lain. Jika dia mengeluarkan tangannya, maka hampir-hampir dia tidak melihatnya. Barangsiapa yang Allah tidak memberikan cahaya kepadanya, maka dia tidak mendapat cahaya baginya". [Surah an-Nūr ayat 40].

Di sini Allah menggambarkan dua keadaan yang realitinya sememangnya wujud. Pertama, lautan dalam mempunyai bahagian kegelapan. Cahaya matahari mampu menembusi kedalaman lautan sejauh satu kilometer di bawah kondisi yang sesuai, tetapi sedikit sahaja cahaya yang menembusi pada kedalaman 200 meter. [Rujuk : http://oceanservice.noaa.gov/facts/light_travel.html].

Pembuktian ini sangat sukar untuk dilakukan memandangkan rekod penyelaman yang paling dalam oleh seseorang tanpa peralatan bantuan renang cumalah 100 meter. [Rujuk : http://www.livescience.com/29898-freediving-world-record-broken-101214.html]. 

Ini bermaksud, sangat sukar sekali kajian ini boleh dibuktikan secara tahqiq. Maka, jelas membuktikan bahawa pernyataan al-Quran selari dengan sains moden.

Manakala, lapisan ombak yang kedua atau ombak internal juga telah dibuktikan. Ombak itu boleh terjadi di bahagian mana-mana kedalaman dan mana-mana bahagian laut yang bergerak sepantas orang yang berjoging dan ketinggian itu boleh mencapai 305 meter serta mampu bergerak sejauh 2414 kilometer. Ia terjadi kerana ombak di permukaan yang membadai kembali ke laut dan ke bahagian dalam melewati pergunungan lautan dalam. [Rujuk : http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-2929852/Mystery-underwater-waves-tall-SKYSCRAPERS-Scientists-unravel-happens-internal-waves-hit-land.html dan http://www.livescience.com/42459-huge-ocean-internal-waves-explained.html].

Maka, benarlah permisalan Allah yang diberikan selari dengan realiti semasa. Jika hal itu adalah kedustaan, boleh jadi lautan itu sama sekali tidak gelap dan ombak internal langsung tidak wujud. Akan tetapi, Allah tidak menzahirkan sedemikian kerana Dia ingin menzahirkan bahawa Dia Maha Benar.

Mukjizat Kedua Belas : Penembusan Ke Langit Daripada Bumi

Firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ فَانفُذُوا ۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ ﴿٣٣

"Wahai sekalian jin dan manusia! Jika kalian mampu untuk menembusi sempadan langit dan bumi, maka tembusilah ia. Tidaklah kalian menembusinya melainkan dengan kekuatan". [Surah ar-Roḥmān ayat 33].

Melalui ayat ini, ada dua isi yang boleh diperoleh. Pertama, seseorang boleh menembusi ke langit. Sememangnya telah terbukti benar bahawa langit berjaya ditembusi dengan pencapaian Neil Armstrong ke bulan. Kedua, penembusan tidak akan berlaku melainkan dengan adanya daya kekuatan. Langit tidak sesekali mampu ditembusi melainkan dengan daya kekuatan. Perkataan "Sulṭōn" (سُلْطَان) juga boleh merujuk kepada kemampuan dari segi bahasa sepertimana yang dinyatakan al-H̱olīl bin Aḥmad al-Farōhīdiyy dalam Kitāb al-*Ayn, jilid 7, m/s 213, keluaran Dār Wa Maktabah Hilāl, tahqiq Mahdiyy al-Maẖzūmiyy dan Ibrōhīm as-Sāmarō^iyy. Misalnya, seperti firman Allah Ta*ālā seperti berikut :

وَاسْتَفْزِزْ مَنِ اسْتَطَعْتَ مِنْهُم بِصَوْتِكَ وَأَجْلِبْ عَلَيْهِم بِخَيْلِكَ وَرَجِلِكَ وَشَارِكْهُمْ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ وَعِدْهُمْ ۚ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلَّا غُرُورًا ﴿٦٤﴾ إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ ۚ وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ وَكِيلًا ﴿٦٥

"Tipu dayakanlah sesiapa yang engkau sanggup dengan suaramu, kerahkanlah pasukan berkuda dan berjalan kaki terhadap mereka serta bersekutulah dengan mereka dalam harta dan anak-anak mereka, lalu berjanjilah terhadap mereka. Tidaklah syaitan berjanji terhadap mereka kecuali kepalsuan. Sesungguhnya hamba-Ku sama sekali kamu tidak ada kekuasaan terhadap mereka. Cukuplah Tuhanmu sebagai wakil". [Surah al-Isrō^ ayat 64].

Perkataan "Sulṭōn" di sini merujuk kepada at-Tasalluṭ (التَّسَلُّط), iaitu keupayaan kuat dan al-Qudroh (الْقُدْرَة), iaitu kemampuan sepertimana penafsiran Abū as-Su*ūd al-*Imādiyy dalam Iršād al-*Aql as-Salīm Ilā Mazāyā al-Kitāb al-Karīm, jilid 5, m/s 184, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut. Manakala, Abū Manṣūr al-Māturīdiyy dalam Ta^wīlāt Ahl as-Sunnah, jilid 7, m/s 81, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Majdiyy Bāslūm membawakan salah satu penafsirannya adalah al-Qudroh, iaitu kekuatan dan al-Qohr (الْقَهْر) iaitu kekerasan.

Roket perlu memecut sekurang-kurangnya 40, 320 kilometer per sejam untuk keluar sepenuhnya daripada graviti bumi dan berlepas ke angkasa. Halaju keluar bumi memerlukan lebih banyak berbanding yang diperlukan untuk memempatkan satelit bumi di orbit. Dengan satelit, objek tidak mampu keluar daripada graviti bumi, tetapi sekadar menyeimbangkannya. Halaju orbit ialah halaju yang diperlukan untuk mencapai keseimbangan antara tarikan graviti pada satelit dan pergerakan inersia satelit, iaitu hala tuju satelit untuk terus bergerak. Ini memerlukan kira-kira 27,359 kilometer per sejam pada ketinggi 242 kilometer. Tanpa graviti, inersia satelit akan terheret ke angkasa. Walaupun dengan graviti, jika satelit sengaja dibiarkan terlalu laju, ia akan terbang pergi. Atau dengan kata lain, jika satelit bergerak terlalu perlahan, graviti akan tarik ke bumi. Pada halaju orbit yang betul, graviti sememangnya menyeimbangkan inersia satelit, menurunkan ke pusat bumi yang memadai untuk menjaga laluan satelit yang lengkung sama seperti lengkungan permukaan bumi, berbanding untuk terbang seperti garisan lurus. [Rujuk : https://science.howstuffworks.com/satellite6.htm].

Maka, benarlah firman Yang Maha Agung. Jika hal ini merupakan suatu kedustaan, nescaya bumi sama sekali tidak dapat ditembusi, tetapi ia seumpama sempadan yang buminya dikurung dengan kaca lutsinar. Malah, jika hal ini merupakan suatu kedustaan, nescaya membina tangga yang tinggi sudah cukup seseorang untuk melepas ke langit tanpa perlu suatu kekuatan yang tinggi untuk keluar daripada bumi.

Mukjizat Ketiga Belas : Antara Lebah Dan Madu.

Firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

وَأَوْحَىٰ رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ ﴿٦٨﴾ ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚيَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِّلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ ﴿٦٩

Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Hendaklah kalian menjadikan bukit atau pohon atau tempat kediaman manusia sebagai sarang. Kemudian, makanlah daripada setiap buah, kemudian turutilah jalan-jalan yang Tuhanmu mudahkan. Minuman itu keluar dari perutnya dengan pelbagai warnanya yang padanya terdapat penyembuh bagi manusia. Sesungguhnya pada itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkannya". [Surah an-Naḥl ayat 67-68].

Di sini ada beberapa isi yang boleh diambil daripada ayat ini. Pertama, kata perintah yang Allah gunakan ditujukan kepada wanita. Maka, benarlah hal itu kerana lebah pekerja didominasi oleh lebah betina. [Rujuk : http://www.dummies.com/home-garden/hobby-farming/beekeeping/understanding-the-role-of-the-worker-bee-in-a-hive/].

Yang kedua adalah lafaz "Min Kull aṯ-Ṯamarōt" (مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ). Ḥarf Jarr "Min" di sini (مِنْ) adalah menunjukkan sebahagian. Ini bermaksud bukan semua buah-buahan yang dimakan oleh lebah. Apapun, konteks lafaz ayat ini adalah suruhan untuk memakan sebahagian buah yang boleh didapati di kawasan tersebut. 

Kemudian, lafaz "Kull" (كُلّ) apabila dimajmukkan kepada kata nama yang digandingkan dengan Alif-Lām, maka menurut dapatan saya dalam penggunaan al-Qur^ān, ia merujuk kepada pendefnisian yang lebih umum yang lebih luas dari yang difahami atau apa yang telah digapai pada pemikiran sama ada yang dapat difikirkan dan apa yang belum dapat difikirkan seseorang.

Kita lihat firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

كُلُّ الطَّعَامِ كَانَ حِلًّا لِبَنِي إِسْرَائِيلَ إِلَّا مَا حَرَّمَ إِسْرَائِيلُ عَلَى نَفْسِهِ مِنْ قَبْلِ أَنْ تُنَزَّلَ التَّوْرَاةُ

"Setiap makanan adalah halal untuk bani Isrō^īl kecuali apa yang Isrō^īl mengharamkan ke atas dirinya sebelum turunnya Taurat". [Surah Āli *Imrōn ayat 93].

"Aṭ-Ṭo*ām" di sini merujuk kepada segala jenis sesuatu yang boleh dimakan sama ada yang dapat dicapai oleh persekitaran mereka atau yang dapat difikirkan oleh mereka. Ia tidak terhad. Ia merujuk kepada yang lebih luas. Faẖruddīn ar-Rōziyy berkata :

قال القفال لم يبلغنا أنه كانت الميتة مباحة لهم مع أنها طعام. وكذا القول في الخنزير

Al-Qoffāl berkata: "Belum sampai kepada kami bahawa bangkai itu harus untuk mereka walaupun itu adalah makanan". Sebegitu juga pendapatnya pada khinzir. [Mafātīḥ al-Ġoyb, jilid 8, m/s 290, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut].

Pendapat ini boleh dijadikan sokongan bahawa pemajmukan lafaz "Kull" dan kata nama yang digandingkan dengan Alif-Lām adalah sebagai penegasan untuk meluaskan makna dari yang sedia ada dengan pelbagai aspek yang berkaitan. Oleh itu, pengamalan makna bagi konteks ayat ini juga boleh diaplikasikan pada ayat yang lain. Contohnya adalah firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

وَلَن تَسْتَطِيعُوا أَن تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ ۖ فَلَا تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ ۚ وَإِن تُصْلِحُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا ‎﴿١٢٩

"Kalian tidak akan mampu untuk berlaku adil antara sesama isteri walaupun kalian bersungguh-sungguh. Maka, janganlah kalian cenderung dengan kecenderungan yang amat pada yang lain, lalu kalian membiarkan yang lain seperti terkantung-kantung. Jika kalian berdamai dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih". [Surah an-Nisā^ ayat 129].

Al-Mayl (الْمَيْلِ) ini, iaitu kecenderungan merujuk kepada bukan sahaja kecenderungan yang boleh difikirkan atau diketahui atau jelas, bahkan kadangkala sesuatu yang tidak disedari atau muslihat yang memperdaya diri. Kadangkala, kecenderungan pada sesuatu itu tampak seperti berlaku adil, tetapi hakikatnya ia adalah ketidakadilan yang tidak disedari atau muslihat untuk memperdaya diri bahawa itu adalah adil. Malah, ia juga merujuk lebih banyak daripada itu seperti melebihkan walau sebesar zarah pada yang lain, lalu mengurangi yang lain. Penggunaan Alif-Lām di sini sebagai peringatan tegas agar tidak bersikap sepihak sama ada sedikit atau yang wujudnya muslihat sama ada yang tidak terfikir atau tidak disedari oleh sesiapa.

Sebegitu juga firman Allah :

وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا ‎﴿٢٩

"Janganlah engkau menjadikan tangan engkau terbelenggu ke tengkukmu dan janganlah engkau membentangkannya dengan pembentangan yang amat, lalu dengan itu kamu duduk dalam keadaan dicela lagi disesali". [Surah al-Isrō^ ayat 29].

Al-Basṭ (الْبَسْطِ) ini, iaitu pembentangan adalah sifat kepemurahan yang terlalu berlebihan yang kadangkala dia tidak sedar yang itu mampu menjerumuskannya ke dalam kenistaan dan penyesalan. Penggunaan Alif-Lām di sini sebagai peringatan tegas agar tidak bersikap terlalu pemurah sehingga memberi terlalu banyak atau menyalurkan pada penerima yang salah, khususnya yang tidak sepatutnya agar itu tidak mengheretnya ke dalam kerugian dan penyesalan. 

Antara sebab Allah menyebutkan lafaz "Kull" dan "al-Basṭ" sebagai keadaan adalah kerana sikap pemurah adalah digalakkan dalam agama dan ia adalah sikap yang dipuji oleh manusia menyebabkan ramai orang berpusu-pusu untuk menjadi yang paling pemurah. Akan tetapi, sikap pemurah ini kadangkala keterlaluan dan ia tidak disedari dalam beberapa segi sehingga ia perlu diperingatkan secara tegas bahawa janganlah terlalu bersikap pemurah dalam segenap aspek yang sebahagiannya mampu membawa kepada kerugian dan penyesalan di kemudian hari.

Oleh itu, pemajmukan "Kull" dan kata nama yang digandingkan dengan Alif-Lām seperti al-Mayl dan al-Basṭ adalah merujuk kepada segenap aspek yang berkait dengan kecenderungan atau kepemurahan.

Sebab itu jika kita membandingkan kepada lafaz "Kull" (كُلّ) dengan kata nama yang nakirah, lafaz tersebut menunjukkan aspek tertentu walaupun lafaz ini termasuk daripada lafaz umum. Contohnya firman Allah *Azza Wa Jalla :

فَانفَجَرَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْنًا ۖ قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَّشْرَبَهُمْ

"Maka, terpancarlah daripadanya dua belas mata air. Setiap kelompok manusia mengetahui tempat minum mereka". [Surah al-Baqoroh ayat 60].

"Unās" (أُنَاسٍ), kelompok manusia pada ayat ini merujuk kepada kelompok bani Isrō^īl, bukan lebih luas maknanya daripada itu. Sedemikian firman Allah *Azza Wa Jalla :

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِي الْمَوْتَىٰ ۖ قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِن ۖ قَالَ بَلَىٰ وَلَٰكِن لِّيَطْمَئِنَّ قَلْبِي ۖ قَالَ فَخُذْ أَرْبَعَةً مِّنَ الطَّيْرِ فَصُرْهُنَّ إِلَيْكَ ثُمَّ اجْعَلْ عَلَىٰ كُلِّ جَبَلٍ مِّنْهُنَّ جُزْءًا ثُمَّ ادْعُهُنَّ يَأْتِينَكَ سَعْيًا ۚ وَاعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ ‎﴿٢٦٠

Ingatlah ketika Ibrōhīm berkata: "Perlihatkanlah aku bagaimana Engkau menghidupkan yang mati?". Dia berfirman: "Apakah engkau belum beriman?". Baginda berkata: "Sudah. Akan tetapi, ia untuk menenangkan jantungku". Dia berfirman: "Maka, ambillah empat ekor burung, lalu sembelihlah mereka. Kemudian, letakkan ia pada seekor daripadanya pada setiap gunung daripadanya. Kemudian, panggillah ia. Pasti ia datang kepadamu dengan segera". Ketahuilah bahawa Allah itu Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [Surah al-Baqoroh ayat 260].

"Jabal" (جَبَلٍ), iaitu gunung di sini adalah gunung yang telah dikenali, bukan lebih daripada itu. Sedemikian juga firman Allah *Azza Wa Jalla :

وَاتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ ۖ ثُمَّ تُوَفَّىٰ كُلُّ نَفْسٍ مَّا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

"Takutlah kalian pada hari yang kalian dikembalikan kepada Allah. Kemudian, setiap orang mendapat bahagian sempurna apa yang mereka usahakan dan mereka tidak akan dizalimi". [Surah al-Baqoroh ayat 281].

"Nafs" (نَفْسٍ) di sini merujuk kepada hamba yang ada taklif padanya, bukan yang lebih luas maknanya daripada itu. Sedemikian juga firman Allah :

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ ‎﴿٣١

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah perhiasan kalian di setiap masjid. Makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang berlebihan". [Surah al-A*rōf ayat 31].

"Masjid" (مَسْجِدٍ) di sini merujuk kepada tempat yang dilaksanakan solat secara khusus, bukan merujuk setiap tempat yang suci yang diharuskan bersujud dan beribadah padanya atau lebih daripada itu. 

سَأَصْرِفُ عَنْ آيَاتِيَ الَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَإِن يَرَوْا كُلَّ آيَةٍ لَّا يُؤْمِنُوا بِهَا وَإِن يَرَوْا سَبِيلَ الرُّشْدِ لَا يَتَّخِذُوهُ سَبِيلًا وَإِن يَرَوْا سَبِيلَ الْغَيِّ يَتَّخِذُوهُ سَبِيلًا ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَكَانُوا عَنْهَا غَافِلِينَ

"Aku akan memalingkan orang yang menyombongkan diri di bumi tanpa hak dari petanda-petandaKu. Jika mereka melihat setiap petanda itu, pasti mereka tidak beriman dengannya. Jika mereka melihat jalan petunjuk, mereka tidak menjadikannya sebagai jalan. Jika mereka melihat jalan sesat, pasti mereka mengambilnya sebagai jalan. Itu disebabkan mereka mendustakan petanda-petanda Kami dan mereka termasuk orang yang lalai terhadapnya". [Surah al-A*rōf ayat 31].

Ayah (آيَةٍ), iaitu petanda di sini merujuk kepada petanda-petanda yang menyampaikan kebenaran daripada Allah, peringatan untuk kembali kepada-Nya dan apa jua bentuk yang memperlihatkan keagungan daripada-Nya atau yang semakna dengannya, bukan yang lebih luas daripada itu. Maka, sedemikianlah juga ayat-ayat yang lain yang berkaitan.

Oleh itu, penggunaan Alif-Lām bersama pemajmukan dengan lafaz "Kull" merujuk kepada perluasan aspek makna yang mungkin sebahagiannya di luar capaian persekitaran atau yang belum dapat difikirkan oleh manusia atau yang lebih luas daripada makna asal yang telah difahami. Sebegitu juga penggunaan "aṯ-Ṯamarōt" ini. Ia merujuk kepada segenap aspek yang berkaitan dengan buah. Ia tidak hanya buah yang merujuk kepada yang keluar dari pohon atau tumbuhan, tetapi lebih luas daripada itu. 

Buktinya adalah ketika Allah berfirman tentang penciptaan bumi :

خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ۖ وَأَلْقَىٰ فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَن تَمِيدَ بِكُمْ وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَابَّةٍ ۚ وَأَنزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَنبَتْنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوْجٍ كَرِيمٍ ‎﴿١٠

"Dia menciptakan langit-langit tanpa tiang yang kalian sedang melihatnya. Dia memasangkan pasak-pasak pada bumi agar kalian tidak bergegar bersama kalian. Dia mencambahbiakkan setiap jenis binatang merangkak. Kami menurunkan air daripada langit, lalu Dia menumbuhkan sebahagian setiap pasangan yang sepadan di dalamnya". [Surah Luqmān ayat 10].

Firman-Nya Subḥānahu Wa Ta*ālā :

وَهُوَ الَّذِي مَدَّ الْأَرْضَ وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ وَأَنْهَارًا ۖ وَمِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ جَعَلَ فِيهَا زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ ۖ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ ‎﴿٣

"Dialah yang memanjangkan bumi serta menjadikan pasak-pasak dan sungai. Sebahagian setiap buah-buahan, Dia jadikan padanya dua pasangan. Dia menututpi malam dan siang. Sesungguhnya pada itu benar-benar ada petanda-petanda kebesaran bagi kaum yang sentiasa berfikir". [Surah ar-Ro*d ayat 3].

Perhatikan perbezaan penggunaan bagi Dābbah (دَابَّةٍ) dan aṯ-Ṯamarōt (الثَّمَرَاتِ). Penggunaan Dābbah di sini merujuk kepada haiwan yang telah pun diketahui maknanya dan perujukannya. Akan tetapi, pada penggunaan aṯ-Ṯamarōt, Allah ingin menunjukkan bahawa lafaz buah-buahan ini lebih luas maknanya daripada apa yang telah dicapai atau difahami atau difikirkan yang merangkumi segenap aspek yang berkaitan dengan buah. Oleh itu, buah di sini tidak hanya pada hasil akhir yang dijadikan makanan, tetapi lebih luas daripada itu.

Oleh itu, kembali pada topik perbahasan tadi, kita dapati bahawa yang dimakan lebah di sini bukan buah-buahan yang dipetik atau dituai atau yang menjadi hidangan di meja, tetapi lebih luas daripadanya. Saya berpendapat bahawa yang disebutkan sebagai jus buah, bunga yang bakal menjadi buah dan pelbagai lagi aspek yang berkaitan boleh dimasukkan dalam makna ini bagi lafaz tersebut.

Madu terhasil daripada nektar, iaitu cecair gula yang dikeluarkan daripada bunga pokok buah dengan tiub panjang yang berbentuk pada lidah lebah dan disimpan pada perut tambahannya atau dipanggil perut madu. Sepanjang randukannya di dalam perut madu, nektar bercampur dengan enzim yang mengubah kandungan kimianya dan pH bagi membolehkan ia lebih sesuai untuk penyimpanan jangka masa panjang. Apabila lebah kembali ke sarang lebahnya, ia menghantar nektar ke lebah lain dengan memuntahkan cecair itu ke mulut lebah lain. Proses muntahan ini berulang kali sehingga sebahagian nektar yang dihadam disimpan ke indung madu. Apabila ia sudah berada di indung, nektar masih berkeadaan cecair kental. Untuk mengeluarkan air tambahan dari madu, lebah akan mengipas ke indung madu dengna kepaknya untuk mempercepatkan proses penyejatan. Apabila kebanyakan air telah pun menyejat daripada indung madu, lebah akan mengedap indung dengan rembesan cecair daripada abdomennya yang akhirnya akan melikat sehingga menjadi lilin lebah. Dengan terlindungnya daripada udara dan air, madu boleh disimpan bila-bila masa yang membekalkan bekalakan makanan yang terbaik untuk bulan musim sejuk. [Rujuk : https://www.theguardian.com/lifeandstyle/2013/aug/10/how-bees-make-honey-ask-a-grown-up dan https://www.livescience.com/37611-what-is-honey-honeybees.html].

Dalam masa yang sama, itu tetap tidak menafikan bahawa sememangnya ada lebah mencari buah-buahan. Saya mengutip daripada jurnal yang berjudul "Quality Versus Quantity: Foraging Decisions In The Honeybee (Apis mellifera scutellata) Feeding On Wildflower Nectar And Fruit Juice" oleh Kyle Shackleton, Nicholas J. Balfour, Hasan Al Toufailia, Roberto Gaioski Jr, Marcela de Matos Barbosa, Carina A. de S. Silva, José M. S. Bento, Denise A. Alves dan Francis L. W. Ratnieks pada 2016.

Katanya, buah adalah makanan penting untuk banyak burung dan mamalia yang mana ia bertindak sebagai penyerak benih. Benar, buah selalunya menyajikan fungsi yang serupa dengan nektar yang menyajikan ganjaran kepada perhubungan silang binatang dalam reproduksi tumbuhan. Banyak spesies serangga termasuklah serangga sosial mencari makanan di buah. Di negeri Sao Paulo, Brazil, kita telah memerhatikan madu lebah mencari makanan di jus buah Mangifera spp. (mangga) dan Psidium guajava (guava) yang gugur dalaam lingkungan beberapa meter dari pencari makanan itu untuk nektar di bunga. Walau bagaimanapun, dalam perbandingan dengan nektar, kepekatan gula dalam jus buah nampaknya lebih rendah. White dan Stiles menganalisis bahawa kandungan gula pada 37 spesies buah dan 27 daripadan yang gugur dalam lingkungan 10% kepada 25% jauh lebih rendah berbanding kebanyakan nektar.

Lebah madu mampu terbang ke jarak yang jauh ke arah sumber makanan dan koloni tersebut menunjukkan kemampuan yang hebat untuk mengemudi tenaga pekerja pencari makanan mereka ke arah sumber yang paling memberi ganjaran. Dengan itu, kenapa mereka mengumpulkan larutan jus buah walaupun nektar masih ada? Salah satu kemungkinan adalah buah lebih dekat kepada poin hujung kualiti berbanding kontinum kuantiti. Sebatang bunga mengandungi sedikit isi padu nektar. Maksudnya, seekor lebah mungkin perlu melawat beratus bunga untuk memenuhi hasil. Sebaliknya, satu buah mampu mengandungi just yang cukup untuk memenuhi hasil banyak kali berulang, tetapi pada kepekatan gula yang rendah. Ini membawa kepada ramalan bahawa jus buah boleh dikumpulkan lebih efisyen berbanding nektar. Dengan itu, ia menambahkan ganjaran yang memberangsangkan. Tambahan lagi, kandungan air pada jus buah mungkin mempunyai nilai jika permintaan air adalah tinggi ketikamana ia digunakan untuk pentermokawalaturan dan larutan madu sebelum memberi makan.

Katanya lagi, lebah madu mengumpulkan jus buah lebih banyak cepat kadarnya berbanding nektar. Akan tetapi, seperti yang dijangka, jus buah sememangnya kurang kepekatan gula berbanding nektar. Ini menyokong ramalan kami pada jus buah dan nektar yang terjadi pada hujung pertentangan kualiti-kuantiti kontinum.

Katanya lagi, perolehan berat bagi lebah madu pencari makanan secara umumnya dapat dibandingkan dengan dapatan yang Dukas dan Visscher yang telah nengira dengan purata kira-kira 0.7 mg/min. Ini lebih rendah daripada pencari makanan buah, tetapi lebih pantas daripada pencari makanan nektar. Kepantasan perolehan lebah pada buah-buahan berkemungkinan kerana isi padu yang besar pada buah yang ada pada setiap buah berbanding dengan jumlah kecil pada nektar di sebatang bunga. Memandangkan jus buah mempunyai kepekatan gula yang rendah daripada nektar, ia berkemungkinan kurang likat. Likat yang kurang secara umumnya yang membawa kepada kadar pengambilan yang tinggi pada serangga dan lebah madu yang mungkin diutamakan pencarian makanan pada kurang larutan likat apabila kepekatan gula adalah tekal. Pencari makanan buah bergerak sedikit antara buah masing-masing dan mampu meluangkan lebih banyak masa kendalian yang bersesuaian. Memandangkan kendalian memerlukan kurang tenaga berbanding terbang, ini mencadangkan yang pencarian makanan pada jus buah menanggung kos tenaga yang rendah berbanding nektar.

Katanya lagi, buah mungkin terbabit dalam kelebihan dan kekurangan secara spesifik. Debunga, sumber protein utama untuk lebah selalunya dikumpulkan bersama nektar pada bunga. Akan tetapi, buah tidak menyajikan peluang untuk ini. Sama juga nektar dan buah mungkin berbeza kandungan amino asid mereka dan sebatian sekunder yang lain dan menjadikan salah satunya lebih memberi ganjaran berbanding yang lain. Penapaian dan komuniti mikrob memaparkan bahawa di buah mampu menanggung kos metabolik dan kelakuan yang melemahkan. Buah yang gugur yang segar yang mungkin belum habis penapaiannya nampaknya lebih menarik perhatian kepada lebah. Larutan jus buah yang cair walau bagaimanapun mampu memberikan manfaat pada iklim hangat memandangkan ia mampu mengurangkan keperluan untuk pencarian pengumpulan air. [Rujuk : https://onlinelibrary.wiley.com/doi/full/10.1002/ece3.2478].

Berkenaan dengan lebah dengan buah, saya juga ingin memetik daripada jurnal yang berjudul "Natural Fruits, Flowers, Honey, and Honeybees Harbor Helicobacter" oleh Farideh Siavoshi, Marzieh Sahraee, Hoda Ebrahimi Abdolfatah Sarrafnejad dan Parastoo Saniee pada April 2018, Judul 23, Isu 2 yang juga ada menyatakan yang sama. 

Katanya, yis adalah kulat unisel yang memilih persekitaran kaya nutrien, memperlihatkan pertumbuhan yang pantas dan penggandaan dalam gula ringkas berkepekatan tinggi dan memperlihatkan kepelbagaian metabolik yang luar biasa. Yis telah pun dieksploitasi oleh manusia sejak zaman kuno apabila penapaian adalah metod utama dalam menyediakan dan menyimpan makanan. Asal usul peragian yis tidaklah diketahui. Menurut laporan, perkembangan gaya hidup peragian pada yis mengiringi bersama evolusi dan melimpah ruah kepelbagaian dalam tanaman bunga yang memiliki gula yang tinggi. Memandangkan peragian yis telah pun mula diasingkan daripada serangga, dipercayai bahawa yis simbiotik telah pun dipindahkan ke bunga dan buah melalui serangga. Assosiasi yis dengan serangga mampu menunjukkan perhubungan evolusi yang mana yis memberikan khidmat kepada seranga dan seumpamanya. Serangga melindungi yis simbiotiknya, menyebarkan sporanya dan memudahkan pengembangbiakannya. Tambahan pula, serangga mengekalkan simbion kulatnya melalui pengingesan dan pegingesan semula melalui najis, pengingesan makanan yang tercemar dan menginokulasi telurnya. Yis, sebagai gantinya, mampu menawarkan serangga sebagai nutrien, penyahtoksikan campuran toksik, melindungi mereka daripada stres dan memudahkan komunikasi kimia mereka dengan menghasilkan campuran mudah meruap. Yis juga mampu digunakan oleh serangga sebagai sumber sel pelopor perantara untuk biosintesis ergosterol. Dalam kumpulan serangga, lebah madu sebagai pendebunga utama bagi pelbagai spesis tumbuhan yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan biodiversiti bagi eksosistem yang pelbagai menginges yis, di samping mencari makanan untuk bunga. Lebah pekerja dan permaisuri mengekalkan pengingesan yis ketikamana musim sejuk dengan terbang ke kawasan yang hangat dan menginokulasi mereka ke bunga baru ketika pendebungaan di permulaan musim luruh.

Madu adalah produk semulajadi lebah, yang secara ekslusifnya dihasilkan untuk memberi makan kepada larva mereka untuk menyokong pertumbuhan, perkembangan dan kesihatan mereka. Oleh yang sedemikian, madu sepatutnya memiliki nutrisi dan khasiat antimikrobial yang luar biasa. Sememangnya bahawa madu telah pun dihargai oleh manusia sepanjang seribu tahun sebagai pemanis dan bahan perisa makanan yang membantu pertumbuhan dan perkembangan manusia, memperteguh kesihatan mereka dan berkhidmat sebagai pemulihan tradisional untuk rawatan dalam beraneka penyakit. Kebaikan-kebaikan madu ini adalah kerana khasiat seperti antioksidan, antikeradangan, membaiki tisu dan pembekalan tenaga. Komponen utama madu adalah gula (75%) dan air (18%-21%). Komponen lain seperti protein (enzim), asid organik, vitamin (vitamin V6, tiamin, niasin, riboflavin dan asik pantotenik), mineral (kalsium, kurprum, ferum, magnesium, mangan, fosforus, potassium, sodium dan zink), pigment, campuran fenolik dan campuran mudah meruap. Tampaknya 200 komponen bertindak dalam singergi untuk menganugerahkan khasiat keunikan dan kecanggihan pada madu. Sebab penting yang utama pada keberkesanan madu dalam rawatan tradisional pada beberapa penyakit yang berkait dengan aktiviti antimikrobial yang melawan pelbagai jenis mikroorganisma adalah bakteria, kulat, madu dan parsait. Dilaporkan bahawa peroksida hidrogen, kelembapan yang rendah dan kepekatan gula yang tinggi dan pH berasid (3.2-4.5) kesemuanya menyumbang kepada khasiat antimikrobial pada madu. Walau bagaimanapun, beberapa jumlah munasabah laporan menunjukkan bahawa madu mempunyai komuniti mikrobial tersendiri, yang utamanya adalah terdiri daripada yis dan bakteria. Nektar, buah dan madu serangga (yang kaya gula dan rembesan tumbuhan pemberi makanan serangga berlendir atau rembesan daripada bahagian tumbuhan yang hidup) yang mana lebah pencari makanan adalah sumber utama kepada mikrobiome madu. Substrat ini dengan kandungan gula dan nutrien yang tinggi memuatkan pelbagai jenis mikroorganisme, yang utamanya adalah yis (>106/mL) dan bakteria (>107/mL). Bukti mampu mencadangkan yang bakteria dan yis dalam nektar mewujudkan interaksi nutrisi yang membantu mereka untuk menahan kepekatan gula yang tinggi.

Katanya lagi, yis yang berkembang maju pada persekitaran yang kaya gula telah pun dieksploitasi oleh manusia untuk penghasilkan makanan yang ditapaikan. Laporan menunjukkan yis masuk ke kehidupan manusia ketika assosiasi dengan tumbuhan. Serangga yang tertarik dengan nektar bunga yang manis dan buah-buahan telah menunjukkan pembawaan yis dari tanah ke tumbuhan. Melalui ini, serangga yang berasosiasi dengan yis mempunyai akses mudah untuk gula dan nektar yang kaya nutrien. Sekaligus mewujudkan dominasi mikroflora bunga dan buah-buahan. Banyak kumpulan bukti menerangkan interaksi bersama antara serangga dan yis dengan impak yang mendalam pada evolusi kedua-dua belah pihak. Yis adalah kewujudan kekal dan mikroogranisma yang hidup bebas yang terjadi di tanah, air dan makanan, termasuk juga permukaan badan manusia. Spektrum habitat yang luas ini menunjukkan yis telah pun berevolusi untuk membiasakan diri untuk pelbagai jenis keadaan persekitaran, termasuklah aktiviti air yang rendah dan kepekatan gula yang tinggi. Nektar dan madu dengan air yang rendah dan kandungan gula yang tinggi, di samping membantutkan perkembangan dan penggandaan mikrobial, ia mengandungi perbezaan mikroorganisme yang mampu menahan tekanan osmosis yang tinggi. Yis yang memaparkan pertumbuhan dan penggandaan yang pantas dalam nektar yang kaya gula menyajikan sumber yang kaya protein dan vitamin untuk nektar yang memberi makan kepada serangga, terutamanya lebah madu. Kajian mampu mencadangkan yang lebah madu yang berperanan sebagai pendebunga yang utama memindahkan yis dari badan mereka ke pelbagai bunga semasa mencari makanan pada debunga dan nektar. Ketikamana pencarian makanan pada musim panas, yis dipindahkan dalam sistem pencernaan lebah dan kemudian ke sarangan lebah yang mereka dilindungi ketika musim sejuk dan memindahkannya ke larva baharu ketika musim luruh. Oleh itu, lebah madu diiktiraf sebagai sumber yis semulajadi yang memainkan peranan penting dalam pengagihan mereka pada persekitaran dan kembang biak.

Katanya lagi, kajian kami yang sebelum ini, ia mengusulkan bahawa yis gastrik, yis oral, yis vagina dan yis bawaan makanan mampu menyediakan takungan H. pylori. Hasil dari kajian ini mengusulkan bahawa yis yang memiliki H. plylori yang positif berasal dari tanah yang mana mereka dikutip oleh lebah dan dipindahkan ke nektar bunga, buah-buahan dan madu serangga, sarang lebah dan madu. Lebah madu nampaknya memainkan peranan penting dalam melindungi, penyebaran dan pengembangbiakan yis ini. Yis mampu mendegradasikan selulosa, yang paling banyak kandungan sumber karbon di bumi dan pelbagai polisakarida yang kompleks kepada glukos yang mudah dikonsumsi yang menyajikan sebagai karbon dan sumber tenaga untuk mikroorganisma di tanah. Yis juga menyediakan hos untuk serangga dengan beberapa nutrien; B, vintamin, protein, nitrogin, asid amino dan logam surih. Tambahan lagi, ia digunakan serangan sebagai sumber esterol yang penting yang diperlukan untuk sel membran mereka. Melalui tanggapan ini, satu sebab yang penting untuk terjadinya H. pylori di dalam lompang yis yang mengandungi jumlah ergosterol yang tinggi yang mampu membenarkan bakteria mudah akses ke nutrien, lebih khusus esterol yang menjadi pelopr kepada kolestrol yang mana ia mampu digunakan untuk membina membran sel. Dengan kata lain, bekalan keperluan kolestrol sebagai pelopor ergosterol mampu menjadi manfaat bersama H.pylori kepada yis. Tamat.

Ketiga, Allah Ta*ālā menyatakan bahawa madu mempunyai pelbagai jenis warna. Sememangnya realitinya madu mempunyai kepelbagaian warna yang bergantung kepada sumber nektar yang diambil oleh lebah. Sebahagiannya ada yang berwarna gelap, sebahagiannya ada yang berwarna cerah, sebahagiannya berwarna coklat hitam dan sebahagiannya hampir tidak berwarna. Madu ada pelbagai warna, perisa dan tahap antioksida bergantung kepada di mana yang dihasilkan kerana ia boleh dihasilkan dari pelbagai pokok dan bunga. [Rujuk : https://www.honey.com/newsroom/presskit/honey-color-and-flavor dan https://www.thoughtco.com/how-do-bees-make-honey-1968084].

Keempat, Allah Ta*ālā menyebutkan bahawa madu mempunyai nilai kesihatan untuk manusia. Portal Medical Daily menyebutkan beberapa manfaat yang dapat diperoleh dengan madu, iaitu melegakan allergik, minuman tenaga semulajadi secara keseluruhan, merangsang memori, penekan batuk, membantu tidur, merawat kelemumur, serta merawat luka dan kecederaan. [Rujuk : http://www.medicaldaily.com/liquid-gold-7-health-benefits-honey-could-heal-your-whole-body-325932].

Mukjizat Kempat Belas : Tempat Berkembangnya Janin

Firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّنَ الْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِن مُّضْغَةٍ مُّخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِّنُبَيِّنَ لَكُمْ ۚ وَنُقِرُّ فِي الْأَرْحَامِ مَا نَشَاءُ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى

"Wahai manusia! Jika kalian dalam keraguan tentang hari kebangkitan, maka sesungguhnya Kami menjadikan kalian daripada tanah, kemudian daripada titisan mani, kemudian daripada segumpal darah, kemudian daripada secebis daging yang sempurna dan yang tidak sempurna agar Kami menjelaskan kepada kalian. Dan Kami menetapkan apa-apa yang Kami kehendaki di rahim-rahim sehingga waktu yang ditentukan". [Surah al-Ḥajj ayat 5].

Arḥām (أَرْحاَم) merupakan jamak kepada roḥim (رَحِم). Rahim terletak berdekatan dengan faraj sepertimana yang dinyatakan oleh Abū al-Ḥasan *Aliyy bin Ismā*īl al-Mursiyy dalam al-Muẖaṣṣoṣ, karya , jilid 1, m/s 165, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut, tahqiq H̱olīl bin Ibrōhīm Jaffāl.

Sememangnya janin berkembang pada bahagian rahim, iaitu uterus setelah berlakunya persenyawaan telur di tiub fallopian yang kemudian bergerak kepada bahagian itu. [Rujuk : http://www.webmd.com/baby/understanding-conception#1].

Maka, benarlah firman Allah Ta*ālā. Jika hal itu suatu kedustaan, boleh jadi ia berlaku di tempat lain selain rahim. Namun, Allah tidak mengkehendaki hal itu kerana Dia ingin mempamerkan kebeneran-Nya dan kekuasaan-Nya.

Mukjizat Kelima Belas : Proses Perkembangan Janin

Firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّنَ الْبَعْثِ فَإِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ ثُمَّ مِن مُّضْغَةٍ مُّخَلَّقَةٍ وَغَيْرِ مُخَلَّقَةٍ لِّنُبَيِّنَ لَكُمْ ۚ وَنُقِرُّ فِي الْأَرْحَامِ مَا نَشَاءُ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى

"Wahai manusia! Jika kalian dalam keraguan tentang hari kebangkitan, maka sesungguhnya Kami menjadikan kalian daripada tanah, kemudian daripada titisan mani, kemudian daripada segumpal darah, kemudian daripada secebis daging yang sempurna dan yang tidak sempurna agar Kami menjelaskan kepada kalian. Dan Kami menetapkan apa-apa yang Kami kehendaki di rahim-rahim sehingga waktu yang ditentukan". [Surah al-Ḥajj ayat 5].

Firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ ۚ فَتَبَارَكَ اللَّـهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ ﴿١٤

"Kemudian, Kami jadikan darah selepas titisan mani. Kemudian, Kami jadikan secebis daging daging selepas segumpal darah. Kemudian, Kami jadikan tulang-belulang selepas secebis daging. Kemudian, Kami meliputkan tulang belulang itu dengan daging. Kemudian, Kami jadikan penciptaan yang selanjutnya. Maka, Maha Berkat Allah yang sebaik-baik penciptaan". [Surah al-Mu^minūn ayat 14].

Pada minggu pertama hingga kedua, cakera embrio (embryonic disc) adalah permulaan peringkat perkembangan embrio yang awal. Pada waktu ini model baharu saluran darah mula disediakan ketika penempelan (implantation). Kemudian pada hujung minggu kedua dalam lingkungan hari ke-13 hingga ke-14 , vilus korioni (chorionic villi) trofoblas menawan desidua ibu menghasilkan tasik berdarah ibu. Waktu ini juga terdapat indikasi pembentukan pembuluh darah di vilus dan juga berlakunya pulau darah di vesikal umbilikus. Kemudian, pada minggu ketiga dalam lingkungan hari ke-19 hingga ke-21, somit yang menjadi pelopor kepada pembentukan struktur yang penting yang berkaitan dengan perancangan tubuh bertulang belakang dan akan membezakan dermis, otot rangka, rawan, tendon dan tulang belakang mulai terbentuk. Pada waktu ini juga, terdapat tiga sel berbeza dapat dibahagikan. [Rujuk : https://embryology.med.unsw.edu.au/embryology/index.php/Carnegie_stage_5https://embryology.med.unsw.edu.au/embryology/index.php/Carnegie_stage_6https://embryo.asu.edu/pages/somites-formation-and-role-developing-body-plan dan http://www.scienceclarified.com/El-Ex/Embryo-and-Embryonic-Development.html].

Pertama, ektoderma yang menghasilkan sistem saraf, lapisan kulit, sel berpigmen, kawasan kepala yang menjadikan sistem deria dan endokrin pada waktu ini mula terzahirnya plat saraf kawasan otak yang mula mengembang serta melipat notokord. Kedua, mesoderma yang menghasilkan tulang, otot rangka, pembuluh darah, rawan, kelenjar endokrin, otot jantung, korteks ginjal, sendi, organ urogenital, testikal, tiub Fallopio dan lain-lain pada waktu ini dapat dilihat akan meoderma splanknik prakord mula membentuk kawasan kardiogenik yang merupakan jantung julung (primordial heart) yang akan membangun. Ketiga, endoderma yang menghasilkan epitilia dan kelenjar bagi saluran gastrousus, saluran pernafasan dan pundi renal pada waktu ini masih membuka luas kantung yolka dan sel germa membentuk bahagian lapisan ini. Lebihan mesoderma embrio pada permukaan kantung yolka mula menghasilkan pulau darah. [Rujuk : https://embryology.med.unsw.edu.au/embryology/index.php/Ectodermhttp://www.sciencedirect.com/topics/page/Mesodermhttps://embryology.med.unsw.edu.au/embryology/index.php/Endoderm dan https://embryology.med.unsw.edu.au/embryology/index.php/Carnegie_stage_9].

Pada minggu keempat dalam lingkungan hari ke-22 dan ke-23, bahagian saraf pada endoderma mula melipat lebih dalam hampir mendekati garis tengah, saraf lipatan melakur, plat saraf melipat secara ventral pada kawasan otak. Manakala, pada bahagian mesoderma pula, simitogenesis meneruskan pensegmenan mesoderma parapaksi. Waktu ini juga korda spinal terhasil. Pada hari lingkungan ke-23 hingga ke-26, tiub saraf mula menutup pada bahagian esdoderma dan mula mengembangkan korda spinal serta mengembangkan tulang belakang. Pada hari lingkungan hari ke-26 hingga ke-30, jantung, hati, umbilikal dan anggota atas yang awal mula tampak. Pada minggu ke-5 dalam lingkungan hari ke-31 hingga ke-35, jantung, hati, tali pusat dan mesonfrik mula menebal. Begitu juga bahagian anggota atas dan bawah mula bertunas. Pada hari ke-35 hingga ke-38, bahagian anggota atas dan bawah mula menyadur. Pada minggu kelima juga, janin telah memperoleh kesemua bahagian organ internal. Mulut, perut dan pundi kencing mulai terbentuk. Batang hidung dan lensa mata mulai mewujud. Bahagian otak dan kepala berkembang pada waktu ini. [Rujuk : https://embryology.med.unsw.edu.au/embryology/index.php/Carnegie_stage_10https://embryology.med.unsw.edu.au/embryology/index.php/Carnegie_stage_11https://embryology.med.unsw.edu.au/embryology/index.php/Carnegie_stage_12#Eventshttps://embryology.med.unsw.edu.au/embryology/index.php/Carnegie_stage_15 dan http://www.scienceclarified.com/El-Ex/Embryo-and-Embryonic-Development.html].

Kesimpulan yang dapat dilakukan ialah proses perkembangan janin secara realitinya bersesuaian dengan apa-apa yang dikhabarkan oleh al-Quran pada 1400 tahun yang lalu. Benar-benar darah dijadikan selepas nutfah. Kemudian, penciptaan daging khususnya bahagian otak dan jantung mula membangun.

Kemudian, tulang, iaitu tulang belakang pula yang berkembang. Allah menggunakan *Iẓōm (عِظَام) yang merupakan jamak kepada *Aẓm (عَظْم) yang merujuk kepada banyak tulang. Sememangnya tulang belakang mempunyai 33 batang tulang. [Rujuk : https://www.mayfieldclinic.com/PE-AnatSpine.htm].

Kemudian, tulang itu dilitupi pula oleh daging yang lain.

Maka, benarlah firman Allah Ta*ālā. Jika hal itu suatu kedustaan, nescaya proses sebenar tidak sepertimana yang digambarkan. Akan tetapi, Allah menzahirkan kebenaran-Nya dan kekuasaan-Nya kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang merupakan utusan untuk seluruh umat.

Mukjizat Keenam Belas : Proses Perkembangan Janin Dalam Tempoh Empat Puluh Hari

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ ، وَوَكِيعٌ ، ح وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُمَيْرٍ الْهَمْدَانِيُّ - وَاللَّفْظُ لَهُ - حَدَّثَنَا أَبِي ، وَأَبُو مُعَاوِيَةَ ، وَوَكِيعٌ ، قَالُوا : حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ ، عَنْ زَيْدِ بْنِ وَهْبٍ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ ، قَالَ : حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوقُ إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ، ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ ، ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ ، ثُمَّ يُرْسَلُ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيهِ الرُّوحَ ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ : بِكَتْبِ رِزْقِهِ ، وَأَجَلِهِ ، وَعَمَلِهِ ، وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ ، فَوَالَّذِي لَا إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ ، فَيَدْخُلُهَا ، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ ، حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، فَيَدْخُلُهَا

Abū Bakr bin Abū Šaybah telah merawi hadis kepada kami; Abū Mu*āwiyah dan Wakī* telah merawi hadis kepada kami -riwayat lain- Muḥammad bin *Abdullah bin Numayr al-Hamḏāniyy telah merawi hadis kepada kami -lafaz ini miliknya- Ayahku, Abū Mu*āwiyah dan Wakī* telah merawi hadis kepada kami, mereka berkata; Al-A*maš telah merawi hadis kepada kami, daripada Zayd bin Wahb, daripada *Abdullah, dia berkata; Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- telah menceritakan kepada kami dan baginda ialah orang yang benar lagi dibenarkan: "Sesungguhnya setiap daripada kalian dijadikan penciptaannya di perut ibu selama empat puluh hari. Kemudian terjadinya segumpal darah dalamnya tempoh itu juga. Kemudian, terjadinya secebis daging di dalamnya tempoh itu juga. Kemudian, diutuskan malaikat, lalu ditiupkan ruh kepadanya. Kemudian dia ditetapkan empat perkara, iaitu ditulis rezekinya, mautnya, amalannya, sengsara atau bahagia. Demi yang tiada tuhan melainkan-Nya! Sesungguhnya salah seorang daripada kamu beramal dengan amalan ahli syurga serta tidak terjarak antara dia dengan syurga melainkan sejengkal, lalu ditetapkan takdir ke atasnya, kemudian dia beramal dengan ahli neraka, lalu dia masuk ke dalamnya. Sesungguhnya salah seorang daripada kalian beramal dengan amal ahli neraka sehingga tidak terjarak antara dia dengan neraka melainkan sejengkal, lalu ditetapkan takdir ke atasnya, lalu dia beramal dengan amalan ahli syurga dan dia masuk ke dalamnya". [Ṣoḥīḥ Muslim, kitāb al-Qodr, no. 4910].

حَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ أَحْمَدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ سَرْحٍ ، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ ، أَخْبَرَنِي عَمْرُو بْنُ الْحَارِثِ ، عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ الْمَكِّيِّ ، أَنَّ عَامِرَ بْنَ وَاثِلَةَ ، حَدَّثَهُ أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ ، يَقُولُ : الشَّقِيُّ مَنْ شَقِيَ فِي بَطْنِ أُمِّهِ وَالسَّعِيدُ مَنْ وُعِظَ بِغَيْرِهِ ، فَأَتَى رَجُلًا مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَالُ لَهُ : حُذَيْفَةُ بْنُ أَسِيدٍ الْغِفَارِيُّ ، فَحَدَّثَهُ بِذَلِكَ مِنْ قَوْلِ ابْنِ مَسْعُودٍ فَقَالَ : وَكَيْفَ يَشْقَى رَجُلٌ بِغَيْرِ عَمَلٍ ؟ فَقَالَ لَهُ الرَّجُلُ : أَتَعْجَبُ مِنْ ذَلِكَ ؟ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : إِذَا مَرَّ بِالنُّطْفَةِ ثِنْتَانِ وَأَرْبَعُونَ لَيْلَةً ، بَعَثَ اللَّهُ إِلَيْهَا مَلَكًا ، فَصَوَّرَهَا وَخَلَقَ سَمْعَهَا وَبَصَرَهَا وَجِلْدَهَا وَلَحْمَهَا وَعِظَامَهَا ، ثُمَّ قَالَ : يَا رَبِّ أَذَكَرٌ أَمْ أُنْثَى ؟ فَيَقْضِي رَبُّكَ مَا شَاءَ ، وَيَكْتُبُ الْمَلَكُ ، ثُمَّ يَقُولُ : يَا رَبِّ أَجَلُهُ ، فَيَقُولُ رَبُّكَ مَا شَاءَ ، وَيَكْتُبُ الْمَلَكُ ، ثُمَّ يَقُولُ : يَا رَبِّ رِزْقُهُ ، فَيَقْضِي رَبُّكَ مَا شَاءَ ، وَيَكْتُبُ الْمَلَكُ ، ثُمَّ يَخْرُجُ الْمَلَكُ بِالصَّحِيفَةِ فِي يَدِهِ ، فَلَا يَزِيدُ عَلَى مَا أُمِرَ وَلَا يَنْقُصُ

Abū aṭ-Ṭōhir Aḥmad bin *Amr Sarḥ telah merawi hadis kepadaku; Ibn Wahb telah mengkhabarkan kepada kami; *Amr bin al-Ḥāriṯ telah merawi khabar kepadaku, daripada Abū az-Zubayr al-Makkiyy, bahawasanya *Āmir bin Wāṯilah menceritakan kepadanya bahawasanya dia mendengar *Abdullah bin Mas*ūd berkata: "Sesungguhnya kesengsaraan itu ialah sesiapa yang sengsara di perut ibunya dan kebahagian itu ialah sesiapa yang diselamatkan dari selain itu". Lalu dia datang kepada seorang lelaki daripada sahabat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang dipanggil Ḥuḏayfah bin Usayd al-Ġifāriyy, lalu dia menceritakan kepadanya tentang itu daripada perkataan Ibn Mas*ūd. Lantas, dia berkata: "Bagaimana seseorang sengsara dengan selain beramal?". Orang itu berkata kepada dia; Engkau hairan dengan itu? Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda; Apabila berlalunya titisan mani selama empat puluh dua malam, Allah mengutuskan malaikat, lantas dia membentuknya serta menciptakan pendengarannya, penglihatannya, kulitnya, dagingnya dan tulangnya. Kemudian, dia berkata, "Wahai tuhanku, apakah dia ini lelaki atau wanita?". Lantas, tuhanmu menetapkan apa-apa yang Dia kehendaki dan malaikat pun mencatatnya. Kemudian, dia berkata: "Wahai tuhanku, ajalnya?". Lantas, tuhanmu menetapkan apa-apa yang dia kehendaki dan malaikat mencatatnya. Kemudian, dia berkata: "Wahai tuhanku, rezekinya?". Lantas, tuhanmu menetapkan apa-apa yang dia kehendaki dan malaikat mencatatnya. Kemudian, malaikat membentangkan catatannya pada tangannya. Tidaklah dia menambah atas apa yang diperintah mahupun mengurangkannya. [Ṣoḥīḥ Muslim, kitāb al-Qodr, no. 4912].

Setelah diterangkan proses perkembangan janin tadi. Maka, telah jelaslah bahawa kejadian darah dan daging itu dalam lingkungan tempoh 40 hari. Benarlah sabda Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Jika hal itu suatu kepalsuan, boleh jadi hal tersebut tidak berlaku dalam lingkungan 40 hari. Namun, Allah tidak berkehendak akan hal itu kerana Dia ingin menzahirkan kebenaran Islam padanya.

Mukjizat Ketujuh Belas : Pembentukan Jantina Selepas 40 Hari

حَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ أَحْمَدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ سَرْحٍ ، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ ، أَخْبَرَنِي عَمْرُو بْنُ الْحَارِثِ ، عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ الْمَكِّيِّ ، أَنَّ عَامِرَ بْنَ وَاثِلَةَ ، حَدَّثَهُ أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ ، يَقُولُ : الشَّقِيُّ مَنْ شَقِيَ فِي بَطْنِ أُمِّهِ وَالسَّعِيدُ مَنْ وُعِظَ بِغَيْرِهِ ، فَأَتَى رَجُلًا مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَالُ لَهُ : حُذَيْفَةُ بْنُ أَسِيدٍ الْغِفَارِيُّ ، فَحَدَّثَهُ بِذَلِكَ مِنْ قَوْلِ ابْنِ مَسْعُودٍ فَقَالَ : وَكَيْفَ يَشْقَى رَجُلٌ بِغَيْرِ عَمَلٍ ؟ فَقَالَ لَهُ الرَّجُلُ : أَتَعْجَبُ مِنْ ذَلِكَ ؟ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : إِذَا مَرَّ بِالنُّطْفَةِ ثِنْتَانِ وَأَرْبَعُونَ لَيْلَةً ، بَعَثَ اللَّهُ إِلَيْهَا مَلَكًا ، فَصَوَّرَهَا وَخَلَقَ سَمْعَهَا وَبَصَرَهَا وَجِلْدَهَا وَلَحْمَهَا وَعِظَامَهَا ، ثُمَّ قَالَ : يَا رَبِّ أَذَكَرٌ أَمْ أُنْثَى ؟ فَيَقْضِي رَبُّكَ مَا شَاءَ ، وَيَكْتُبُ الْمَلَكُ ، ثُمَّ يَقُولُ : يَا رَبِّ أَجَلُهُ ، فَيَقُولُ رَبُّكَ مَا شَاءَ ، وَيَكْتُبُ الْمَلَكُ ، ثُمَّ يَقُولُ : يَا رَبِّ رِزْقُهُ ، فَيَقْضِي رَبُّكَ مَا شَاءَ ، وَيَكْتُبُ الْمَلَكُ ، ثُمَّ يَخْرُجُ الْمَلَكُ بِالصَّحِيفَةِ فِي يَدِهِ ، فَلَا يَزِيدُ عَلَى مَا أُمِرَ وَلَا يَنْقُصُ

Abū aṭ-Ṭōhir Aḥmad bin *Amr Sarḥ telah merawi hadis kepadaku; Ibn Wahb telah mengkhabarkan kepada kami; *Amr bin al-Ḥāriṯ telah merawi khabar kepadaku, daripada Abū az-Zubayr al-Makkiyy, bahawasanya *Āmir bin Wāṯilah menceritakan kepadanya bahawasanya dia mendengar *Abdullah bin Mas*ūd berkata: "Sesungguhnya kesengsaraan itu ialah sesiapa yang sengsara di perut ibunya dan kebahagian itu ialah sesiapa yang diselamatkan dari selain itu". Lalu dia datang kepada seorang lelaki daripada sahabat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang dipanggil Ḥuḏayfah bin Usayd al-Ġifāriyy, lalu dia menceritakan kepadanya tentang itu daripada perkataan Ibn Mas*ūd. Lantas, dia berkata: "Bagaimana seseorang sengsara dengan selain beramal?". Orang itu berkata kepada dia; Engkau hairan dengan itu? Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda; Apabila berlalunya titisan mani selama empat puluh dua malam, Allah mengutuskan malaikat, lantas dia membentuknya serta menciptakan pendengarannya, penglihatannya, kulitnya, dagingnya dan tulangnya. Kemudian, dia berkata, "Wahai tuhanku, apakah dia ini lelaki atau wanita?". Lantas, tuhanmu menetapkan apa-apa yang Dia kehendaki dan malaikat pun mencatatnya. Kemudian, dia berkata: "Wahai tuhanku, ajalnya?". Lantas, tuhanmu menetapkan apa-apa yang dia kehendaki dan malaikat mencatatnya. Kemudian, dia berkata: "Wahai tuhanku, rezekinya?". Lantas, tuhanmu menetapkan apa-apa yang dia kehendaki dan malaikat mencatatnya. Kemudian, malaikat membentangkan catatannya pada tangannya. Tidaklah dia menambah atas apa yang diperintah mahupun mengurangkannya. [Ṣoḥīḥ Muslim, kitāb al-Qodr, no. 4912].

Sekitar minggu keenam, janin mulai mengembangkan tunas kecil yang dipanggil tuber genital pada bahagian genital. Ini akan kelihatan sama pada lelaki dan wanita sehingga minggu ke-6 hingga ke-9, organ jantina mula membentuk. [Rujuk : http://www.livestrong.com/article/231357-when-does-a-baby-develop-gender/https://embryology.med.unsw.edu.au/embryology/index.php/Carnegie_stage_19 dan http://www.scienceclarified.com/El-Ex/Embryo-and-Embryonic-Development.html].

Hal tersebut berlaku selepas hari ke-40. Sebahagian meragukan kenyataan ini bahawa jantina telah ditentukan pada bahagian sperma yang bergabung dengan ovum. Jika sperima membawa kromosom X, maka apabila bergabung dengan ovum yang hanya berkromosom X, maka akan jadi perempuan, manakala jika sperima membawa kromosom Y, maka akan menjadi lelaki apabila bergabungnya kedua-dua unsur itu. Saya katakan, ini tidak cukup lagi bagi meragukannya kerana takdir bagi manusia pada rezekinya, ajalnya dan sehingga jantinanya telah ditentukan oleh Allah sejak azali. Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- mengkhabarkan tentang malaikat adalah untuk mempamerkan ketelitiannya dan perhatiannya dalam menulis apa yang Allah sampaikan kepadanya, bukan maksudnya baru untuk menentukan jantinanya.

Maka, sabda Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- ini tetaplah benar. Jika hal tersebut suatu kedustaan, boleh jadi pembentukan jantina tidak berlaku selepas hari ke-40. Namun, Allah tidak berkehendak akan hal itu kerana Dia ingin menzahirkan kebenaran-Nya kepada manusia.

Mukjizat Kelapan Belas : Gunung Terjadi Daripada Gegaran

Firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

وَأَلْقَىٰ فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَن تَمِيدَ بِكُمْ وَأَنْهَارًا وَسُبُلًا لَّعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ ﴿١٥

"Kami tegakkan gunung-gunung pada bumi dalam agar ia tidak bergoncang bersama kamu. Juga sungai-sungai dan jalan-jalan agar kalian mendapat petunjuk". [Surah an-Naḥl ayat 15].

Sememangnya gunung terhasil daripada gegaran dan goncangan akibat pertembungan plat tektonik yang melanggar antara satu sama lain. Kerak bumi dan bahagian atas mantel bumi terpecah kepada beberapa ketul yang dipanggil plat tektonik. Ia sering bergerak pada beberapa sentimeter setiap tahun. Plat ini bergerak kerana arus perolakan di mantel bumi. Ini disebabkan haba yang dihasilkan oleh pereputan elemen radiokatif dan haba yang tersisa daripada pembentukan bumi. Pembentukan gunung terjadi disebabkan plat tektonik yang berlakunya tenaga pemampatan apabila kerak bumi tidak stabil dan pertembungan plat tektonik yang melanggar antara satu sama lain, lalu ia mendampar ke atas dan menjadilah bentuk tanah yang lebih tinggi daripada sekeliling. [Rujuk : https://www.bbc.co.uk/bitesize/topics/z849q6f/articles/z4g3qp3https://www.bbc.co.uk/bitesize/guides/zyhv4wx/revision/1https://www.nationalgeographic.com/science/article/plate-tectonics dan https://www.universetoday.com/29833/how-mountains-are-formed/].

Tanpa pertembungan plat tektonik yang menjadi sebab terjadinya gunung, nescaya kita akan terus bergegar bersama bumi kerana tiada pertembungan yang menahan pergerakan plat, lalu menyebabkan ia terus-menerus bergerak. Demikian Allah menzahirkan kebenaran-Nya agar manusia mengerti bahawa Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- adalah utusan Allah yang membawa kebaikan untuk seluruh alam.

Mukjizat Kesembilan Belas : 360 Sendi

حَدَّثَنَا حَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الْحُلْوَانِيُّ ، حَدَّثَنَا أَبُو تَوْبَةَ الرَّبِيعُ بْنُ نَافِعٍ ، حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ يَعْنِي ابْنَ سَلَّامٍ ، عَنْ زَيْدٍ ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا سَلَّامٍ ، يَقُولُ : حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ فَرُّوخَ ، أَنَّهُ سَمِعَ عَائِشَةَ ، تَقُولُ : إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِنَّهُ خُلِقَ كُلُّ إِنْسَانٍ مِنْ بَنِي آدَمَ  عَلَى سِتِّينَ وَثَلَاثِمِائَةِ مَفْصِلٍ ، فَمَنْ كَبَّرَ اللَّهَ ، وَحَمِدَ اللَّهَ ، وَهَلَّلَ اللَّهَ ، وَسَبَّحَ اللَّهَ ، وَاسْتَغْفَرَ اللَّهَ ، وَعَزَلَ حَجَرًا عَنْ طَرِيقِ النَّاسِ ، أَوْ شَوْكَةً أَوْ عَظْمًا عَنْ طَرِيقِ النَّاسِ ، وَأَمَرَ بِمَعْرُوفٍ أَوْ نَهَى عَنْ مُنْكَرٍ ، عَدَدَ تِلْكَ السِّتِّينَ وَالثَّلَاثِمِائَةِ السُّلَامَى ، فَإِنَّهُ يَمْشِي يَوْمَئِذٍ وَقَدْ زَحْزَحَ نَفْسَهُ عَنِ النَّارِ

Ḥasan bin *Aliyy al-H̱ulwāniyy telah merawi hadis kepada kami; Abū Tawbah ar-Robī* bin Nāfi* telah merawi hadis kepada kami; Mu*āwiyah, yakni Ibn Sallām telah merawi hadis kepada kami, daripada Zayd, bahawasanya dia mendengar Abu Salām berkata; Telah menceritakan kepadaku *Abdullah bin Farrūẖ, bahawasanya dia mendengar *Ā^išah berkata; Sesungguhnya Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Sesungguhnya pada penciptaan setiap insan pada setiap anak-anak Adam mempunyai tiga ratus enam puluh sendi. Sesiapa yang mengagungkan Allah, memuji Allah, menafikan ketuhanan selain Allah, bertasbih kepada Allah, memohon ampun kepada Allah, mengasingkan batu daripada jalanan manusia atau duri atau tulang daripada jalanan manusia, menyuruh kepada kebaikan atau melarang daripada kemungkaran, maka dihitung tiga ratus enam puluh bersamaan kerana dia berjalan pada hari itu dalam keadaan dirinya terselamat daripada neraka". [Ṣoḥīḥ Muslim, kitab az-Zakāh, no. 1749].

Jurnal yang berjudul "Speed-Dependent And Mode-Dependent Modulations Of Spatiotem-Poral Modules In Human Locomotion Extracted Via Tensor Decom-Position" oleh Ken Takiyama, Hikaru Yokoyama, Naotsugu Kaneko and Kimitaka Nakazawa pada Januari 2020 menyatakan bahawa jumlah  sendi pada manusia mempunyai 360. [Rujuk : https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6971295/].

Laman Institut Minneapolis Orthopaedics juga menyatakan sama. [Rujuk : http://www.mplsortho.com/faq/#how-many-joints].


Laman web Study.com juga menyatakan yang sama. [Rujuk : https://study.com/academy/answer/how-many-joints-are-there-in-the-human-body.html].

Laman web The Medical Healthcare Centre juga menyatakan yang sama. [Rujuk : https://www.themedical.co.uk/conditions/joint-problems].

Mukjizat Kedua Puluh : Agama Islam Terus Berkekalan

Firman Allah *Azza Wa Jalla :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّـهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّـهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٥٤

"Wahai orang-orang yang beriman! Barangsiapa yang murtad daripada agamanya di antara kamu, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia mencintai mereka dan mereka mencintai-Nya, mereka berkasih sayang ke atas Mukmin dan sangat keras terhadap kafir, mereka berjihad di jalan Allah dan mereka tidak takut dengan celaan orang-orang yang mencela. Demikian itulah kurniaan Allah yang diberikan oleh-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah meluas ilmu-Nya". [Surah al-Mā^idah ayat 54].

Firman Allah *Azza Wa Jalla :

وَإِن تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُم ﴿٣٨

"Dan jika kamu semua berpaling, maka Dia akan menggantikan dengan suatu kaum selain kamu semua kemudian mereka tidak menjadi seperti kamu semua". [Surah Muḥammad ayat 38].

Ini adalah bukti yang agung bahawa agama Islam ini akan terus kekal sehinggalah hari kiamat. Jika ada orang ingin berpaling daripada agama ini, Allah berjanji akan mengutuskan hamba-Nya sebagai pengganti dan mewarisi ketulenan agama ini. Jikalau ianya suatu kepalsuan, boleh jadi tiada seorang pun akan mewarisi agama ini sebagaimana agama-agama lain yang telah luput ditelan zaman seperti agama pagan. Namun, Allah membuktikan kekuasaan-Nya dan kebenaran-Nya dengan mukjizat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Bukti yang terdekat adalah seperti berikut :

حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ ، حَدَّثَنَا أَبُو بِشْرٍ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ شَقِيقٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " خَيْرُ أُمَّتِي الْقَرْنُ الَّذِي بُعِثْتُ فِيهِمْ ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ، وَاللَّهُ أَعْلَمُ أَقَالَ الثَّالِثَةَ أَمْ لَا ، ثُمَّ يَجِيءُ قَوْمٌ يُحِبُّونَ السَّمَانَةَ ، يَشْهَدُونَ قَبْلَ أَنْ يُسْتَشْهَدُوا " .

Hušaym telah merawi hadis kepada kami; Abū Bišr telah merawi hadis kepada kami, daripada *Abdullah bin Šaqīq, daripada Abū Huroyroh, dia berkata; Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Sebaik-baik umatku adalah kurun yang mana aku diutuskan pada mereka, kemudian yang selepas mereka, kemudian yang selepas mereka -Allah lebih mengetahui adakah baginda berkata tiga kali atau tidak-, kemudian datang kaum yang menyukai kegemukan memberikan kesaksian sebelum diminta kesaksian". [Musnad Aḥmad, no. 6947].

Sekarang tiga abad telah lama berlalu dan umat Islam masih kekal sehingga hari ini, maka benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-.

Mukjizat Kedua Puluh Satu : Ramainya Umat Islam

حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ سَلَّامِ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ الْجُمَحِيُّ ، حَدَّثَنَا الرَّبِيعُ يَعْنِي ابْنَ مُسْلِمٍ ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ زِيَادٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " يَدْخُلُ مِنْ أُمَّتِي الْجَنَّةَ سَبْعُونَ أَلْفًا بِغَيْرِ حِسَابٍ ، فَقَالَ رَجُلٌ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، ادْعُ اللَّهَ أَنْ يَجْعَلَنِي مِنْهُمْ ، قَالَ : اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ مِنْهُمْ ، ثُمَّ قَامَ آخَرُ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، ادْعُ اللَّهَ أَنْ يَجْعَلَنِي مِنْهُمْ ، قَالَ : سَبَقَكَ بِهَا عُكَّاشَةُ

*Abdul Roḥmān bin Sallām bin *Ubaydullah al-Jumaḥiyy telah merawi hadis kepada kami; Ar-Robī*, yakni Ibn Muslim telah merawi hadis kepada kami, daripada Muḥammad bin Ziyad, daripada Abū Huroyroh, bahawasanya Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Seramai tujuh puluh ribu orang daripada umatku masuk syurga tanpa hisab". Berkata seorang lelaki: "Wahai Rasulullah, doakanlah aku agar Dia menjadikan aku daripada kalangan mereka". Baginda berdoa: "Ya Allah! Jadilahkan dia daripada kalangan mereka". Kemudian bangun yang lain, lalu berkata: "Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah agar Dia menjadikan aku daripada kalangan mereka". Baginda berkata: "'*Ukkāšah telah mendahuluinya". Dan Muḥammad bin Baššār telah merawi hadis kepada kami; Muḥammad bin Ja*far telah merawi hadis kepada kami; Šu*bah telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Aku mendengar Muḥammad bin Ziyād berkata; Aku mendengar Abū Huroyroh berkata; aku mendengar Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda sepertimana hadis ar-Robī*. [Ṣoḥīḥ Muslim, kitāb al-Imān, no. 322].

حَدَّثَنَا أَبُو النَّضْرِ ، حَدَّثَنَا الْمُبَارَكُ بْنُ فَضَالَةَ ، حَدَّثَنَا مَرْزُوقٌ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ الْحِمْصِيُّ ، حَدَّثَنَا أَبُو أَسْمَاءَ الرَّحَبِيُّ ، عَنْ ثَوْبَانَ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " يُوشِكُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ الْأُمَمُ مِنْ كُلِّ أُفُقٍ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ عَلَى قَصْعَتِهَا " , قَالَ : قُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَمِنْ قِلَّةٍ بِنَا يَوْمَئِذٍ ؟ قَالَ : " أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ ، وَلَكِنْ تَكُونُونَ غُثَاءً كَغُثَاءِ السَّيْلِ يَنْتَزِعُ الْمَهَابَةَ مِنْ قُلُوبِ عَدُوِّكُمْ ، وَيَجْعَلُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ " , قَالَ : قُلْنَا : وَمَا الْوَهْنُ ؟ قَالَ : " حُبُّ الْحَيَاةِ ، وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ " .

Abū an-Naḍr telah merawi hadis kepada kami; Al-Mubārok bin Fuḍōlah telah merawi hadis kepada kami; Marzūq bin *Abdullah al-Ḥimṣiyy telah merawi hadis kepada kami; Abū Asmā^ ar-Roḥabiyy telah merawi hadis kepada kami, daripada Ṯawbān, maula Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, dia berkata; Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Hampir-hampir sahaja umat-umat mengerumuni kalian dari segenap penjuru sepertimana mereka mengerumuni makanan dalam piring". Ṯawbān berkata; Kami berkata: "Wahai Rasulullah, adakah pada hari itu kita semua berjumlah sedikit?". Baginda berkata: "Kamu pada hari itu ramai. Tetapi kalian menjadi buih sepertimana buih-buih sungai. Allah mencabut ketakutan daripada jantung musuh-musuh kamu dan Dia jadikan al-Wahn dalam jantung kamu. Ṯawbān berkata: "Kami berkata: "Apa itu al-Wahn?". Baginda berkata: "Cintakan kehidupan dan takut kematian". [Musnad Aḥmad, no. 21809].

Demikianlah mukjizat yang Allah persembahkan kepada kita semua dan nyatalah kebenaran-Nya bahawa umat ini sememangnya akan menjadi ramai. Kalaulah ianya suatu kepalsuan, boleh jadi umat ini hanya sebilangan orang sahaja sehingga bila-bila masa sahaja serta tidak menjadi dominan dan yang berpengaruh di dunia. Tetapi Allah tidak berkehendak sedemikian kerana Dia ingin mempamerkan kebenaran-Nya.

Mukjizat Kedua Puluh Dua : Keterlibatan Ummu Ḥarōm Dalam Perang

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ ، عَنْ مَالِكٍ ، عَنْ إِسْحَاقَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّهُ سَمِعَهُ يَقُولُ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " يَدْخُلُ عَلَى أُمِّ حَرَامٍ بِنْتِ مِلْحَانَ فَتُطْعِمُهُ ، وَكَانَتْ أُمُّ حَرَامٍ تَحْتَ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ ، فَدَخَلَ عَلَيْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَطْعَمَتْهُ ، وَجَعَلَتْ تَفْلِي رَأْسَهُ فَنَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ثُمَّ اسْتَيْقَظَ ، وَهُوَ يَضْحَكُ ، قَالَتْ : فَقُلْتُ وَمَا يُضْحِكُكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ، قَالَ : نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي عُرِضُوا عَلَيَّ غُزَاةً فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَرْكَبُونَ ثَبَجَ هَذَا الْبَحْرِ مُلُوكًا عَلَى الْأَسِرَّةِ ، أَوْ مِثْلَ الْمُلُوكِ عَلَى الْأَسِرَّةِ شَكَّ إِسْحَاقُ ، قَالَتْ : فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ ادْعُ اللَّهَ ، أَنْ يَجْعَلَنِي مِنْهمْ فَدَعَا لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ثُمَّ وَضَعَ رَأْسَهُ ، ثُمَّ اسْتَيْقَظَ ، وَهُوَ يَضْحَكُ ، فَقُلْتُ : وَمَا يُضْحِكُكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ، قَالَ : نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي عُرِضُوا عَلَيَّ غُزَاةً فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَا ، قَالَ : فِي الْأَوَّلِ قَالَتْ : فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ادْعُ اللَّهَ أَنْ يَجْعَلَنِي مِنْهُمْ ، قَالَ : أَنْتِ مِنَ الْأَوَّلِينَ فَرَكِبَتِ الْبَحْرَ فِي زَمَانِ مُعَاوِيَةَ بْنِ أَبِي سُفْيَانَ ، فَصُرِعَتْ عَنْ دَابَّتِهَا حِينَ خَرَجَتْ مِنَ الْبَحْرِ فَهَلَكَتْ " .

*Abdullah bin Yūsuf telah merawi hadis kepada kami, daripada Mālik, daripada Isḥāq bin *Abdullah bin Abu Ṭolḥah, daripada Anas bin Mālik -roḍiyallahu *anh-, bahawasanya dia (Isḥāq) mendengar Anas berkata; Dahulu Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- masuk ke rumah Umm Ḥarōm binti Milḥān, lalu dia (Ummu Ḥarōm) memberi makan kepadanya. Pada masa itu Umm Ḥarōm di bawah penjagaan *Ubādah bin aṣ-Ṣōmit. Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- datang kepadanya, lalu Umm Ḥarōm memberi makan kepadanya, kemudian dia menyisir kepalanya dan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- pun tidur. Kemudian terjaga dalam keadaan baginda ketawa. Berkata Umm Ḥarōm: "Mengapa engkau wahai Rasulullah?". Baginda menjawab: "Manusia daripada umatku yang diperlihatkan kepadaku sebuah peperangan di jalan Allah yang mana mereka mengharungi lautan seperti raja di atas singgahsana atau semisal penguasa di atas singgahsana -syak Ishak-". Umm Ḥarōm berkata: "Wahai Rasulullah. Berdoalah kepada Allah agar dia menjadikan aku bersama mereka". Lalu Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- mendoaakan untuknya". Kemudian baginda meletakkan kepalanya (untuk tidur), kemudian baginda bangun dalam keadaan ketawa. Umm Haram berkata: "Mengapa engkau ketawa wahai Rasulullah?". Baginda berkata: "Manusia daripada umatku diperlihatkan kepadaku sebuah peperangan di jalan Allah". Sepertimana yang baginda perkatakan tadi pada awal. Lalu Umm Ḥarōm berkata: "Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar aku bersama mereka". Baginda berkata: "Engkau akan menjadi orang yang pertama". Lalu dia pun berlayar di lautan pada zaman Mu*āwiyah bin Abū Sufyān. Lalu dia dilempar daripada haiwan tunggangan ketika ia keluar dari lautan hingga ia pun meninggal". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, kitāb al-Jihād Wa as-Siyar, no. 2593].

Ini membuktikan mukjizat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- Jikalau ianya suatu kepalsuan, boleh jadi apa yang dikhabarkan daripada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- tidak benar yang mana Umm Ḥarōm meninggal dunia sebelum sempat terlaksana akan hal tersebut. Akan tetapi, ianya tidak berlaku kerana Allah mengkehendaki untuk mempamerkan kekuasaan-Nya dan kebenaran-Nya.

Mukjizat Kedua Puluh Tiga : Kehamilan Seorang Jariyah

حدثنا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ يُونُسَ ، حدثنا زُهَيْرٌ ، أَخْبَرَنا أَبُو الزُّبَيْرِ ، عَنْ جَابِرٍ ، أَنَّ رَجُلًا أَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فقَالَ : إِنَّ لِي جَارِيَةً هِيَ خَادِمُنَا وَسَانِيَتُنَا ، وَأَنَا أَطُوفُ عَلَيْهَا ، وَأَنَا أَكْرَهُ أَنْ تَحْمِلَ ، فقَالَ : " اعْزِلْ عَنْهَا إِنْ شِئْتَ ، فَإِنَّهُ سَيَأْتِيهَا مَا قُدِّرَ لَهَا " ، فَلَبِثَ الرَّجُلُ ثُمَّ أَتَاهُ ، فقَالَ : إِنَّ الْجَارِيَةَ قَدْ حَبِلَتْ ، فقَالَ : " قَدْ أَخْبَرْتُكَ أَنَّهُ سَيَأْتِيهَا مَا قُدِّرَ لَهَا " .

Aḥmad bin *Abdullah bin Yūnus telah merawi hadis kepada kami; Zuhayr telah merawi hadis kepada kami; Abū az-Zubayr telah merawi khabar kepada kami, daripada Jābir, bahawasanya seorang lelaki datang kepada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-, lalu berkata: "Sesungguhnya aku memiliki Jariyah. Dia berkhidmat denganku dan yang menyiram pokok kurma kami. Dan aku selalu menggaulinya dan aku tidak suka jika dia hamil". Lalu, Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Ber*azallah kamu jika kamu suka. Sesungguhnya akan datang apa yang telah ditentukan baginya". Lalu dia pun melakukannya. Kemudian dia datang kepada baginda, lantas berkata: "Sesungguhnya jariahku telah hamil!". Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Bukankah aku telah khabarkan kepadamu bahawasanya akan datang apa yang telah ditentukan baginya?". [Ṣoḥīḥ Muslim, kitāb an-Nikāḥ, no. 2614].

Ini membuktikan mukjizat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Jikalau ianya suatu kepalsuan, boleh jadi jariahnya tidak hamil langsung atau sekalipun lelaki itu tidak melakukan *azal, maka boleh sahaja tidak akan berlaku kehamilan. Dengan itu, ia bukan lagi suatu kebetulan semata-mata.

Mukjizat Kedua Puluh Empat : Pencuri Akan Datang Lagi

أَخْبَرَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ يَعْقُوبَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ الْهَيْثَمِ ، قَالَ : حَدَّثَنَا عَوْفٌ ، عَنْ مُحَمَّدٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : وَكَّلَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحِفْظِ زَكَاةِ رَمَضَانَ ، فَأَتَانِي آتٍ يَحْثُو مِنَ الطَّعَامِ ، فَأَخَذْتُهُ فَقُلْتُ : لأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : إِنِّي مُحْتَاجٌ وَعَلَيَّ عِيَالٌ وَبِي حَاجَةٌ شَدِيدَةٌ ، فَخَلَّيْتُ عَنْهُ ، فَلَمَّا أَصْبَحْتُ ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " يَا أَبَا هُرَيْرَةَ ، مَا فَعَلَ أَسِيرُكَ الْبَارِحَةَ ؟ " قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، شَكَى حَاجَةً شَدِيدَةً وَعِيَالا ، فَرَحِمْتُهُ فَخَلَّيْتُ سَبِيلَهُ ، فَقَالَ : " أَمَا إِنَّهُ قَدْ كَذَبَكَ ، وَسَيَعُودُ " فَعَرَفْتُ أَنَّهُ سَيَعُودُ لِقَوْلِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّهُ سَيَعُودُ ، فَرَصَدْتُهُ فَجَاءَ يَحْثُو مِنَ الطَّعَامِ ، فَقُلْتُ : لأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : دَعْنِي فَإِنِّي مُحْتَاجٌ وَعَلَيَّ عِيَالٌ وَلا أَعُودُ ، فَرَحِمْتُهُ فَخَلَّيْتُ سَبِيلَهُ ، فَأَصْبَحَتْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " يَا أَبَا هُرَيْرَةَ ، مَا فَعَلَ أَسِيرُكَ الْبَارِحَةَ ؟ " قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، شَكَا حَاجَةً وَعِيَالا ، فَرَحِمْتُهُ فَخَلَّيْتُ سَبِيلَهُ ، فَقَالَ : " أَمَا إِنَّهُ كَذَبَكَ ، وَسَيَعُودُ " فَرَصَدْتُهُ الثَّالِثَةَ فَجَاءَ يَحْثُو مِنَ الطَّعَامِ فَأَخَذْتُهُ ، فَقُلْتُ : لأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَذَا آخِرُ ثَلاثِ مَرَّاتٍ تَزْعُمُ أَنَّكَ لا تَعُودُ ثُمَّ تَعُودُ ، قَالَ : قَالَ : دَعْنِي أُعَلِّمْكَ كَلِمَاتٍ يَنْفَعُكَ اللَّهُ بِهَا ، قُلْتُ : مَا هِيَ ؟ قَالَ : إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الْكُرْسِيِّ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ سورة البقرة آية 255 حَتَّى تَخْتِمَ الآيَةَ ، فَإِنَّهُ لَنْ يَزَالَ عَلَيْكَ مِنَ اللَّهِ حَافِظٌ ، وَلا يَقْرَبُكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ ، فَأَصْبَحْتُ ، فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ : " مَا فَعَلَ أَسِيرُكَ الْبَارِحَةَ ؟ " قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، زَعَمَ أَنَّهُ يُعَلِّمُنِي كَلِمَاتٍ يَنْفَعُنِي اللَّهُ بِهَا فَخَلَّيْتُ سَبِيلَهُ ، قَالَ : " مَا هِيَ ؟ " قَالَ لِي : إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الْكُرْسِيِّ مِنْ أَوَّلِهَا حَتَّى تَخْتِمَهَا اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ سورة البقرة آية 255 ، وَقَالَ : لَنْ يَزَالَ عَلَيْكَ مِنَ اللَّهِ حَافِظٌ وَلا يَقْرَبُكَ الشَّيْطَانُ حَتَّى تُصْبِحَ ، وَكَانُوا أَحْرَصَ شَيْءٍ عَلَى الْخَيْرِ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " أَمَا إِنَّهُ كَذُوبٌ وَقَدْ صَدَقَكَ ، تَعْلَمُ مَنْ تُخَاطِبُ مُنْذُ ثَلاثٍ ، يَا أَبَا هُرَيْرَةَ ؟ " فَقُلْتُ : لا ، قَالَ : " ذَلِكَ الشَّيْطَانُ " .

Ibrōhīm bin Ya*qūb telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; *Uṯmān bin al-Hayṯam telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Telah menceritakan kepada kami *Awf, daripada Muhammad, daripada Abū Huroyroh, dia berkata; Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- mewakilkan aku untuk menjaga zakat Ramadhan. Lalu datanglah pencuri menggenggam makanan. Lantas, aku menangkapnya. Dan aku mengatakan: "Aku pasti akan membawa engkau kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-". Dia berkata: "Sesungguhnya aku berhajat ke atas keluargaku. Aku begitu sangat berhajat". Aku pun melepaskannya. Ketika menjelangnya pagi, Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- berkata: "Wahai Abū Huroyroh, apa yang engkau buat terhadap orang yang engkau tangkap malam tadi?". Aku berkata: "Wahai Rasulullah, dia mengadu bahawa dia sangat berhajat terhadap keluarganya. Aku merasa kasihan terhadapnya, lalu aku melepaskan dia pergi". Baginda pun berkata: "Ketahuilah bahawanya dia berdusta terhadapmu dan dia akan kembali". Setelah aku tahu bahawasanya dia kembali dengan perkataan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-: "Dia akan kembali", maka aku pun berjaga-jaga. Lantas, dia pun datang menggenggam makanan. Dan aku pun berkata: "Aku pasti akan membawa engkau kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-". Dia berkata: "Lepaskan aku. Kerana aku orang yang berhajat terhadap keluarga aku dan aku tidak akan kembali". Aku merasa kasihan terhadapnya, lalu aku melepaskan dia pergi. Ketika menjelangnya pagi, Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- berkata: "Wahai Abu Hurairah, apa yang engkau buat terhadap orang yang engkau tangkap malam tadi?". Aku berkata: "Wahai Rasulullah, dia mengadu bahawa dia berhajat terhadap keluarganya. Aku merasa kasihan terhadapnya dan aku pun melepaskannya pergi". Baginda berkata: "Ketahuilah bahawasanya dia berdusta terhadap engkau dan dia akan kembali".

Maka, aku pun berjaga-jaga pada hari ketiga. Lalu, datanglah dia menggenggam makanan, lantas aku menangkapnya. Dan aku berkata: "Aku pasti membawa engkau kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Dan ini tiga kali engkau berkata bahawasanya engkau tidak akan kembali, tetapi engkau kembali". Dia berkata: "Lepaskan aku! Aku akan mengajar engkau sebuah kalimat yang Allah memberi manfaat kepada engkau melaluinya". Aku berkata: "Apakah ia?". Dia berkata: "Jika engkau menuju ke tempat pembaringanmu, maka bacalah ayat al-Kursiy: {Allah, tiada Tuhan selain Dia yang hidup lagi berdiri sendiri} [Surah al-Baqoroh ayat 225] sehingga penghujung ayat. Maka, Allah akan memelihara engkau dan syaitan tidak akan mendekati engkau sehingga pagi". Ketika menjelangnya pagi, Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- berkata kepadaku: "Apa yang engkau lakukan terhadap orang yang engkau tangkap malam tadi?". Aku berkata: "Wahai Rasulullah, dia berkata bahawasanya dia mengajarkan aku sebuah kalimat yang Allah memberikan manfaat kepadaku melaluinya, lalu aku melepaskannya". Baginda berkata: "Apakah ia?". Aku berkata: "Jika engkau menuju ke tempat pembaringan kamu, maka bacalah ayat al-Kursiy daripada awalnya sehingga akhirnya: {Allah, tiada Tuhan selain Dia yang hidup lagi berdiri sendiri} [Surah al-Baqoroh ayat 225]. Dan dia pun berkata bahawa Allah akan sentiasa memelihara kamu dan syaitan tidak akan mendekati kamu sehingga pagi. Dan aku sangat menginginkan sesuatu yang baik". Berkata Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-: "Ketahilah bahawasanya ia selalu berdusta, tetapi dia benar pada kamu. Engkau tahu siapa yang berbicara semenjak tiga malam wahai Abū Huroyroh?". Aku berkata: "Tidak". Baginda berkata: "Itulah syaitan". [An-Nasā^iyy dalam as-Sunan al-Kubrō, no. 10303].

Daripada hadis ini, apa yang dikatakan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- itu adalah benar. Boleh jadi pencuri itu tidak akan datang lagi sekaligus membuktikan ramalan baginda tidak benar. Namun, hal tersebut tidak terjadi kerana Allah berkehendak untuk menghapuskan segala syubhat yang menganggap bahawa itu hanyalah kebetulan.

Mukjizat Kedua Puluh Lima : Kemenangan Dalam Perang Badar

حَدَّثَنَا هَنَّادُ بْنُ السَّرِيِّ حَدَّثَنَا ابْنُ الْمُبَارَكِ عَنْ عِكْرِمَةَ بْنِ عَمَّارٍ حَدَّثَنِي سِمَاكٌ الْحَنَفِيُّ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ يَقُولُ حَدَّثَنِي عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ قَالَ لَمَّا كَانَ يَوْمُ بَدْرٍ ح وَحَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَاللَّفْظُ لَهُ حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ يُونُسَ الْحَنَفِيُّ حَدَّثَنَا عِكْرِمَةُ بْنُ عَمَّارٍ حَدَّثَنِي أَبُو زُمَيْلٍ هُوَ سِمَاكٌ الْحَنَفِيُّ حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبَّاسٍ قَالَ حَدَّثَنِي عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ قَالَ لَمَّا كَانَ يَوْمُ بَدْرٍ نَظَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى الْمُشْرِكِينَ وَهُمْ أَلْفٌ وَأَصْحَابُهُ ثَلَاثُ مِائَةٍ وَتِسْعَةَ عَشَرَ رَجُلًا فَاسْتَقْبَلَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقِبْلَةَ ثُمَّ مَدَّ يَدَيْهِ فَجَعَلَ يَهْتِفُ بِرَبِّهِ اللَّهُمَّ أَنْجِزْ لِي مَا وَعَدْتَنِي اللَّهُمَّ آتِ مَا وَعَدْتَنِي اللَّهُمَّ إِنْ تُهْلِكْ هَذِهِ الْعِصَابَةَ مِنْ أَهْلِ الْإِسْلَامِ لَا تُعْبَدْ فِي الْأَرْضِ فَمَا زَالَ يَهْتِفُ بِرَبِّهِ مَادًّا يَدَيْهِ مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ حَتَّى سَقَطَ رِدَاؤُهُ عَنْ مَنْكِبَيْهِ فَأَتَاهُ أَبُو بَكْرٍ فَأَخَذَ رِدَاءَهُ فَأَلْقَاهُ عَلَى مَنْكِبَيْهِ ثُمَّ الْتَزَمَهُ مِنْ وَرَائِهِ وَقَالَ يَا نَبِيَّ اللَّهِ كَفَاكَ مُنَاشَدَتُكَ رَبَّكَ فَإِنَّهُ سَيُنْجِزُ لَكَ مَا وَعَدَكَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّي مُمِدُّكُمْ بِأَلْفٍ مِنْ الْمَلَائِكَةِ مُرْدِفِينَ فَأَمَدَّهُ اللَّهُ بِالْمَلَائِكَةِ قَالَ أَبُو زُمَيْلٍ فَحَدَّثَنِي ابْنُ عَبَّاسٍ قَالَ بَيْنَمَا رَجُلٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ يَوْمَئِذٍ يَشْتَدُّ فِي أَثَرِ رَجُلٍ مِنْ الْمُشْرِكِينَ أَمَامَهُ إِذْ سَمِعَ ضَرْبَةً بِالسَّوْطِ فَوْقَهُ وَصَوْتَ الْفَارِسِ يَقُولُ أَقْدِمْ حَيْزُومُ فَنَظَرَ إِلَى الْمُشْرِكِ أَمَامَهُ فَخَرَّ مُسْتَلْقِيًا فَنَظَرَ إِلَيْهِ فَإِذَا هُوَ قَدْ خُطِمَ أَنْفُهُ وَشُقَّ وَجْهُهُ كَضَرْبَةِ السَّوْطِ فَاخْضَرَّ ذَلِكَ أَجْمَعُ فَجَاءَ الْأَنْصَارِيُّ فَحَدَّثَ بِذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ صَدَقْتَ ذَلِكَ مِنْ مَدَدِ السَّمَاءِ الثَّالِثَةِ فَقَتَلُوا يَوْمَئِذٍ سَبْعِينَ وَأَسَرُوا سَبْعِينَ قَالَ أَبُو زُمَيْلٍ قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ فَلَمَّا أَسَرُوا الْأُسَارَى قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ مَا تَرَوْنَ فِي هَؤُلَاءِ الْأُسَارَى فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ يَا نَبِيَّ اللَّهِ هُمْ بَنُو الْعَمِّ وَالْعَشِيرَةِ أَرَى أَنْ تَأْخُذَ مِنْهُمْ فِدْيَةً فَتَكُونُ لَنَا قُوَّةً عَلَى الْكُفَّارِ فَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَهْدِيَهُمْ لِلْإِسْلَامِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا تَرَى يَا ابْنَ الْخَطَّابِ قُلْتُ لَا وَاللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَرَى الَّذِي رَأَى أَبُو بَكْرٍ وَلَكِنِّي أَرَى أَنْ تُمَكِّنَّا فَنَضْرِبَ أَعْنَاقَهُمْ فَتُمَكِّنَعَلِيًّا مِنْ عَقِيلٍ فَيَضْرِبَ عُنُقَهُ وَتُمَكِّنِّي مِنْ فُلَانٍ نَسِيبًا لِعُمَرَ فَأَضْرِبَ عُنُقَهُ فَإِنَّ هَؤُلَاءِ أَئِمَّةُ الْكُفْرِ وَصَنَادِيدُهَا فَهَوِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا قَالَأَبُو بَكْرٍ وَلَمْ يَهْوَ مَا قُلْتُ فَلَمَّا كَانَ مِنْ الْغَدِ جِئْتُ فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو بَكْرٍ قَاعِدَيْنِ يَبْكِيَانِ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنِي مِنْ أَيِّ شَيْءٍ تَبْكِي أَنْتَ وَصَاحِبُكَ فَإِنْ وَجَدْتُ بُكَاءً بَكَيْتُ وَإِنْ لَمْ أَجِدْ بُكَاءً تَبَاكَيْتُ لِبُكَائِكُمَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْكِي لِلَّذِي عَرَضَ عَلَيَّ أَصْحَابُكَ مِنْ أَخْذِهِمْ الْفِدَاءَ لَقَدْ عُرِضَ عَلَيَّ عَذَابُهُمْ أَدْنَى مِنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ شَجَرَةٍ قَرِيبَةٍ مِنْ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مَا كَانَ لِنَبِيٍّ أَنْ يَكُونَ لَهُ أَسْرَى حَتَّى يُثْخِنَ فِي الْأَرْضِ إِلَى قَوْلِهِ فَكُلُوا مِمَّا غَنِمْتُمْ حَلَالًا طَيِّبًا فَأَحَلَّ اللَّهُ الْغَنِيمَةَ لَهُمْ

Hannād bin as-Sirriyy telah merawi hadis kepada kami;  Ibn al-Mubārok telah merawi hadis kepada kami, daripada *Ikrimah bin *Ammār; Simāk al-Ḥanafiyy telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; aku mendengar Ibn *Abbās berkata; *Umar bin al-H̱oṭṭōb telah menceritakan kepadaku, dia berkata; Ketika perang Badar =riwayat lain= Dan Zuhayr bin Ḥarb telah merawi hadis kepada kami dan lafaz ini miliknya; *Umar bin Yūnus al-Ḥanafiyy telah merawi hadis kepadaku; *Ikrimah bin *Ammār telah merawi hadis kepad kami; Abū Zumayl telah merawi hadis kepada kami, dia adalah Simāk al-Ḥanafiyy; *Abdullah bin *Abbas telah menceritakan kepadaku, dia berkata; *Umar bin al-H̱oṭṭōb telah menceritakan kepadaku, dia berkata; Ketika perang Badar, Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- melihat pada kaum Musyrikin sebanyak seribu dan sahabat-sahabatnya berjumlah tiga ratus sembilan belas orang. Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- menghadap ke arah kiblat, kemudian baginda menadahkan kedua-dua tangannya, lalu baginda berdoa kepada Tuhannya: "Ya Allah!  Penuhilah janji-Mu pada apa-apa yang Engkau janjikan padaku! Ya Allah! Berilah apa-apa yang Engkau janjikan kepadaku! Ya Allah! Jika Engkau binasakan kumpulan ini daripada kalangan umat Islam, maka tidak akan ada lagi yang menyembah-Mu di bumi ini". Dan baginda sentiasa menadah kedua-dua tangannya dengan menghadap kiblat sehingga jatuh ridanya dari bahunya. Abū Bakr datang kepadanya, lantas mengambil ridanya, lalu dia meletakkannya ke bahunya dan ia memujuk dari belakangnya dan berkata: "Wahai Nabi Allah! Cukuplah untuk engkau bermunajat kepada Tuhan kamu. Dia pasti menyempurnakan apa-apa yang dijanjikan untuk kamu". Lantas Allah turunkan ayat: {(Ingatlah!) Tatkala kamu semua memohon pertolongan kepada tuhan kalian, maka Dia mengabulkan untuk kalian. Sesungguhnya Aku akan menolong kalian dengan seribu malaikat yang berbondong-bondong} [Surah al-Anfāl ayat 9]. Maka, Allah membantunya melalui malaikat.

Berkata Abū Zumayl; Ibn *Abbās menceritakan kepadaku, dia berkata; Pada hari itu, ketika seorang lelaki daripada Muslim mengejar seorang lelaki daripada Musyrik, dia mendengar sebuah pukulan cemeti di atasnya dan suara penunggang kuda: "Maralah wahai Ḥayzūm". Maka, dia melihat pada Musyrik di hadapannya terbaring mati dan dia melihat padanya dalam keadaan berparut hidungnya serta meretak wajahnya bagaikan dipukul dengan cemeti dan tubuhnya menjadi hijau. Kemudian, seorang Anṣōr datang, lalu dia menceritakan tentang itu kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, maka baginda berkata: "Kamu benar, itu adalah pertolongan daripada langit ketiga". Pada hari itu, kaum Muslimin berhasil membunuh tujuh puluh orang. Berkata Abū Zumayl; Ibn *Abbās menceritakan; Tatkala mereka menawan tawanan, Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- berkata: "Apa pendapat kalian tentang tawanan ini?". Abū Bakr berkata: "Wahai Nabi Allah! Mereka adalah anak-anak, pakcik-pakcik dan kaum kita. Aku berpendapat untuk menagmbil mereka sebagai tebusan, maka mereka akan menjadi kekuatan atas kaum kafir. Semoga Allah memberi hidayah Islam kepada mereka". Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- berkata: "Apa pandangan kamu wahai Ibn al-H̱oṭṭōb?". Aku (*Umar) berkata: "Wahai Rasulullah, aku tidak berpandangan sepertimana pandangan Abū Bakr. Tetapi aku berpendapat diserahkan kepada kami, lalu kita penggal lehernya. Serahkan *Aqīl kepada *Aliyy untuk dipenggal lehernya dan serahkan si fulan -yang bernasab sama kepada *Umar- kepadaku untuk aku penggal lehernya kerana mereka adalah umat yang kafir dan bencana kepadanya". Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- menyukai pandangan Abū Bakr dan baginda tidak menyukai pandangan aku. Ketika pada esok hari datang, Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dan Abū Bakr sedang duduk dan menangis. Aku berkata: "Wahai Rasulullah, beritahu kepadaku kerana apa engkau dan sahabat kamu menangis? Jika aku mendapati sesuatu yang membuat tangisan, aku akan menangis dan jika aku tidak mendapati sesuatu yang membuat tangisan, maka aku akan tangisi untuk tangisan kalian". Berkata Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-: "Aku menangis kerana aku dan sahabatku berpandangan untuk mengambil mereka sebagai tebusan. Aku benar-benar diperlihatkan azab kepadaku yang lebih dekat daripada pohon ini", iaitu pohon yang berdekatan dengan Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Dan Allah *Azza Wa Jalla menurunkan ayat: {Tidak patut bagi Nabi untuk memperoleh tebusan sebelum ia melumpuhkan (musuhnya) di bumi -sehingga ayat- maka makanlah daripada apa-apa rampasan yang halal dan baik"} [Surah al-Anfāl ayat 67-69]. Kemudian Allah menghalalkan ghanimah untuk mereka. [Ṣoḥīḥ Muslim, kitab al-Jihād Wa as-Siyar, no. 1763].

Mukjizat Kedua Puluh Enam : Kematian *Ammār

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ ، قَالَ : حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُخْتَارٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا خَالِدٌ الْحَذَّاءُ ، عَنْ عِكْرِمَةَ ، قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ وَلِابْنِهِ عَلِيٍّ : انْطَلِقَا إِلَى أَبِي سَعِيدٍ فَاسْمَعَا مِنْ حَدِيثِهِ ، فَانْطَلَقْنَا فَإِذَا هُوَ فِي حَائِطٍ يُصْلِحُهُ فَأَخَذَ رِدَاءَهُ فَاحْتَبَى ، ثُمَّ أَنْشَأَ يُحَدِّثُنَا حَتَّى أَتَى ذِكْرُ بِنَاءِ الْمَسْجِدِ ، فَقَالَ : كُنَّا نَحْمِلُ لَبِنَةً لَبِنَةً ، وَعَمَّارٌ لَبِنَتَيْنِ لَبِنَتَيْنِ فرآه النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَنْفُضُ التُّرَابَ عَنْهُ ، وَيَقُولُ : " وَيْحَ عَمَّارٍ تَقْتُلُهُ الْفِئَةُ الْبَاغِيَةُ ، يَدْعُوهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ وَيَدْعُونَهُ إِلَى النَّارِ " ، قَالَ : يَقُولُ عَمَّارٌ : أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الْفِتَنِ .

Musaddad telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; *Abdul 'Azīz bin Muẖtār telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Telah menceritakan kepada kami H̱ōlid al-Ḥaḏḏā^, daripada *Ikrimah; Ibn *Abbās berkata kepada aku dan anaknya *Aliyy: "Pergilah kamu berdua kepada Abū Sa*īd, kemudian dengarlah hadis daripadanya". Maka, kami berdua pergi. Lalu, kami mendapati dia sedang membetulkan dinding miliknya. Dia mengambil kain selendang dan duduk secara ihtaba. Kemudian, dia memulakan perbicaraan kepada kami sehingga tentang pembinaan masjid". Dia berkata; Kami membawa batu satu persatu dan *Ammār membawa dua batu per dua batu. Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- pun melihatnya, lantas baginda meniup debu padanya dan berkata: "Kasihan *Ammār. Dia dibunuh oleh golongan pelampau. Dia menyeru mereka kepada syurga dan dia menyerunya kepada neraka". Abū Sa*īd berkata; *Ammār berkata: "Aku berlindung kepada Allah daripada fitnah". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, kitāb aṣ-Ṣolah, no. 431].

Ternyata hal ini benar sepertimana yang dinyatatakan sendiri oleh Abū al-Ġōdiyah :

قال عَبْد اللَّهِ بن أحمد : حَدَّثَنِي أَبُو مُوسَى الْعَنَزِيُّ مُحَمَّدُ ابْنُ الْمُثَنَّى ، قَالَ : حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي عَدِيٍّ ، عَنِ ابْنِ عَوْنٍ ، عَنْ كُلْثُومِ بْنِ جَبْرٍ ، قَالَ : كُنَّا بِوَاسِطِ الْقَصَبِ عِنْدَ عَبْدِ الْأَعْلَى بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَامِرٍ قَالَ : فَإِذَا عِنْدَهُ رَجُلٌ ، يُقَالُ لَهُ أَبُو الْغَادِيَةِ اسْتَسْقَى مَاءً ، فَأُتِيَ بِإِنَاءٍ مُفَضَّضٍ ، فَأَبَى أَنْ يَشْرَبَ ، وَذَكَرَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ هَذَا الْحَدِيثَ : " لَا تَرْجِعُوا بَعْدِي كُفَّارًا أَوْ ضُلَّالًا " شَكَّ ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ " يَضْرِبُ بَعْضُكُمْ رِقَابَ بَعْضٍ " فَإِذَا رَجُلٌ يَسُبُّ فُلَانًا ، فَقُلْتُ : وَاللَّهِ لَئِنْ أَمْكَنَنِي اللَّهُ مِنْكَ فِي كَتِيبَةٍ ، فَلَمَّا كَانَ يَوْمُ صِفِّينَ إِذَا أَنَا بِهِ وَعَلَيْهِ دِرْعٌ ، قَالَ : فَفَطِنْتُ إِلَى الْفُرْجَةِ فِي جُرُبَّانِ الدِّرْعِ فَطَعَنْتُهُ ، فَقَتَلْتُهُ ، فَإِذَا هُوَ عَمَّارُ بْنُ يَاسِرٍ ، قَالَ : قُلْتُ : وَأَيُّ يَدٍ كَفَتَاهُ يَكْرَهُ أَنْ يَشْرَبَ فِي إِنَاءٍ مُفَضَّضٍ وَقَدْ قَتَلَ عَمَّارَ بْنَ يَاسِرٍ .

Berkata *Abdullah bin Aḥmad; Abū Mūsā al-*Anaziyy Muḥammad Ibn al-Muṯannā telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Muḥammad bin Abū *Adiyy telah merawi hadis kepada kami, daripada Ibn *Awn , daripada Kulṯum bin Jabr, dia berkata; Kami berada di tengah-tengah pohon bambu bersama *Abdul A*lā bin *Abdullah bin *Āmir. Berkata Kulṯum, tiba-tiba di sisinya seorang lelaki yang dipanggil Abū al-Ġōdiyah meminta air, lalu dia diberi sebuah bekas yang disepuh perak. Dia pun enggan untuk meminum. Dan dia menyebutkan hadis ini: "Janganlah engkau kembali kepada kekufuran selepas aku -atau- kesesatan". Ibn Abū *Adiyy syak. "Sebahagian kamu semua akan memukul leher sebahagian yang lain". Jika ada seorang lelaki yang mencela si fulan, maka aku berkata: "Demi Allah! Jika Allah memampukan aku untuk engkau di dalam suatu batalion. Ketikamana berlakunya hari Siffin, aku bersamanya dan dia membawa baju perisai". Dia berkata: "Aku menyedari celahan pada baju perisai itu, lantas aku menikamnya, lalu aku membunuhnya. Tiba-tiba didapati ia adalah *Ammār bin Yāsir". Dia berkata; Aku berkata: "Tangan yang manakah dapat menjungkir-balik dalam keadaan membenci untuk meminum pada bekas yang disepuh perak, padahal dia membunuh *Ammār bin Yāsir?". [Musnad Aḥmad, no. 16350].

Jika ianya sebuah kebatilan, boleh jadi *Ammār bin Yāsir mati dengan cara yang lain seperti kematian semula jadi, kemalangan dan yang lain-lain. Namun, Allah tidak mengkehendakinya kerana Allah ingin mempamerkan kebenaran rasul-Nya.

Mukjizat Kedua Puluh Tujuh : Banyaknya Khalifah

حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ ، عَنْ فُرَاتٍ الْقَزَّازِ ، قَالَ : سَمِعْتُ أَبَا حَازِمٍ ، قَالَ : قَاعَدْتُ أَبَا هُرَيْرَةَخَمْسَ سِنِينَ فَسَمِعْتُهُ يُحَدِّثُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُمُ الْأَنْبِيَاءُ كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ ، وَإِنَّهُ لَا نَبِيَّ بَعْدِي وَسَيَكُونُ خُلَفَاءُ فَيَكْثُرُونَ ، قَالُوا : فَمَا تَأْمُرُنَا ، قَالَ : فُوا بِبَيْعَةِ الْأَوَّلِ فَالْأَوَّلِ أَعْطُوهُمْ حَقَّهُمْ فَإِنَّ اللَّهَ سَائِلُهُمْ عَمَّا اسْتَرْعَاهُمْ " .

Muḥammad bin Baššār telah merawi hadis kepadaku; Muḥammad bin Ja*far telah merawi hadis kepada kami; Šu*bah telah merawi hadis kepada kami, daripada Furōt al-Qorrōz, dia berkata; Aku mendengar Abū Ḥāzim berkata; Aku bersama dengan Abū Huroyroh selama lima tahun dan aku mendengar dia menceritakan daripada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang bersabda: "Dahulu Bani Isrō^īl dipimpin oleh para nabi. Ketika binasanya seorang nabi, maka nabi lain menggantikannya. Akan tetapi, tidak ada nabi selepas aku dan diganti para khalifah yang mereka pun banyak". Mereka berkata: "Apa yang engkau perintahkan?". Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- berkata: "Berilah baiat satu per satu dan berikanlah hak mereka. Sesungguhnya Allah akan menanyakan tentang kepimpinan mereka". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, kitāb Aḥādīṯ al-Anbiyā^, no. 3220].

Sekali lagi ini membuktikan kebenaran mukjizat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Jikalau ia berdiri di atas kebatilan, boleh jadi tamadun umat Islam lenyap sebegitu sahaja sepertimana tamadun selainnya. Namun, terbukti dalam sejarah betapa banyaknya para khalifah yang menjadi pemimpin bagi tamadun umat Islam. Dan hal ini sekali gus menzahirkan kebenaran Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-.

Mukjizat Kedua Puluh Lapan : Orang Itu Masuk Ke Neraka

حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ ، أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ ، عَنْ الزُّهْرِيِّ ح ، وحَدَّثَنِي مَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ ، أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ ، عَنْ الزُّهْرِيِّ ، عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : شَهِدْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : لِرَجُلٍ مِمَّنْ يَدَّعِي الْإِسْلَامَ هَذَا مِنْ أَهْلِ النَّارِ ، فَلَمَّا حَضَرَ الْقِتَالُ قَاتَلَ الرَّجُلُ قِتَالًا شَدِيدًا فَأَصَابَتْهُ جِرَاحَةٌ ، فَقِيلَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، الَّذِي قُلْتَ لَهُ : إِنَّهُ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَإِنَّهُ قَدْ قَاتَلَ الْيَوْمَ قِتَالًا شَدِيدًا وَقَدْ مَاتَ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى النَّارِ ، قَالَ : " فَكَادَ بَعْضُ النَّاسِ أَنْ يَرْتَابَ فَبَيْنَمَا هُمْ عَلَى ذَلِكَ إِذْ قِيلَ إِنَّهُ لَمْ يَمُتْ وَلَكِنَّ بِهِ جِرَاحًا شَدِيدًا ، فَلَمَّا كَانَ مِنَ اللَّيْلِ لَمْ يَصْبِرْ عَلَى الْجِرَاحِ فَقَتَلَ نَفْسَهُ ، فَأُخْبِرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِذَلِكَ ، فَقَالَ : " اللَّهُ أَكْبَرُ أَشْهَدُ أَنِّي عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ ، ثُمَّ أَمَرَ بِلَالًا فَنَادَى بِالنَّاسِ إِنَّهُ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ إِلَّا نَفْسٌ مُسْلِمَةٌ ، وَإِنَّ اللَّهَ لَيُؤَيِّدُ هَذَا الدِّينَ بِالرَّجُلِ الْفَاجِرِ " .

Abū al-Yamān telah merawi hadis kepada kami; Šu*ayb telah merawi khabar kepadaa kami, daripada az-Zuhriyy =riwayat lain= Maḥmūd bin Ġoylān telah merawi hadis kepadaku; *Abdul Rozzāq telah merawi hadis kepada kami; Ma*mar telah merawi khabar kepada kami, daripada az-Zuhriyy, daripada Ibn al-Musayyib, daripada Abū Huroyroh -roḍiyallahu *anh-, dia berkata; Kami berperang bersama Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, kemudian baginda berkata kepada seorang lelaki yang mendakwa Islam: "Ini salah seorang daripada ahli neraka". Ketika berlakunya peperangan, lelaki itu berperang dengan sangat keras dan dia tertimpa kelukaan. Kemudian dikatakan: "Wahai Rasulullah! Orang yang engkau sebutkan padanya bahawasanya dia salah seorang ahli neraka adalah orang yang berperang pada hari ini dengan bersungguh-sungguh dan ia hampir-hampir mati". Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- berkata: "Ke neraka". Berkata Abū Huroyroh, hampir-hampir sebahagian manusia merasa ragu-ragu. Dan ketika mereka dalam keadaan sedemikian, dikatakan: "Bahawasanya dia tidak akan mati, tetapi dia terluka parah". Ketika mana tibanya waktu malam, dia tidak mampu bersabar atas kelukaannya, lantas dia membunuh dirinya. Maka dikhabarkan kepada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- tentang itu. Baginda pun berkata: "Allahu Akbar! Aku bersaksi bahawasanya aku adalah hamba Allah dan Rasul-Nya". Kemudian baginda menyuruh Bilal untuk menyerukan kepada manusia: "Tidaklah seseorang itu masuk ke dalam syurga melainkan jiwa yang berserah. Sesungguhnya Allah menguatkan agama ini dengan lelaki yang fajir". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, kitāb al-Jihād Wa as-Siyar, no. 2850].

Sekali lagi ini membuktikan kebenaran Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Jikalau ini cuma berdasarkan persangkaan semata-mata, boleh jadi orang tersebut boleh bersabar sehingga kematiannya atau terus hidup dan mati dalam keadaan yang baik yang mana sekaligus memberikan keraguan kepada ucapan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Namun, Allah tidak berkehendak untuk hal itu terjadi kerana Allah ingin mempamerkan kebenaran kepada hamba-Nya.

Mukjizat Kedua Puluh Sembilan : Penaklukan Parsi

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ وَأَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ قَالَا حَدَّثَنَا حَاتِمٌ وَهُوَ ابْنُ إِسْمَعِيلَ عَنْ الْمُهَاجِرِ بْنِ مِسْمَارٍ عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ كَتَبْتُ إِلَى جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ مَعَ غُلَامِي نَافِعٍ أَنْ أَخْبِرْنِي بِشَيْءٍ سَمِعْتَهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَكَتَبَ إِلَيَّ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ جُمُعَةٍ عَشِيَّةَ رُجِمَ الْأَسْلَمِيُّ يَقُولُ لَا يَزَالُ الدِّينُ قَائِمًا حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ أَوْ يَكُونَ عَلَيْكُمْ اثْنَا عَشَرَ خَلِيفَةً كُلُّهُمْ مِنْ قُرَيْشٍ وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ عُصَيْبَةٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ يَفْتَتِحُونَ الْبَيْتَ الْأَبْيَضَ بَيْتَ كِسْرَى أَوْ آلِ كِسْرَى وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ إِنَّ بَيْنَ يَدَيْ السَّاعَةِ كَذَّابِينَ فَاحْذَرُوهُمْ وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ إِذَا أَعْطَى اللَّهُ أَحَدَكُمْ خَيْرًا فَلْيَبْدَأْ بِنَفْسِهِ وَأَهْلِ بَيْتِهِ وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ أَنَا الْفَرَطُ عَلَى الْحَوْضِ

Qutaybah bin Sa*īd dan Abū Bakr bin Abū Šaybah telah merawi hadis kepada kami, mereka berdua berkata; Ḥātim dan dia adalah Ibn Ismā*īl telah merawi hadis kepada kami, daripada al-Muhājir bin Mismār, daripada *Āmir bin Sa*d bin Abū Waqqōṣ  dia berkata; Aku menulis surat kepada Jābir bin Samurah melalui pelayanku, Nāfi*, untuk dia mengkhabarkan kepadaku tentang sesuatu yang telah ia dengar daripada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. *Āmir berkata; Lalu dia menulis surat kepadaku; Bahawasanya dia mendengar Rasulullah ṣollallahu *alayhi wasallam- ketika hari jumaat petang, iaitu ketika seorang bani Aslam, baginda berkata,:"Sentiasa sahaja agama ini berdiri sehingga hari kiamat atau berlalunya dua belas orang khalifah kesemuanya daripada Quroyš". Dan aku mendengar baginda berkata: "Sekelompok kecil dari Muslimin akan menakluk al-Bayt al-Abyaḍ, istana Kisra atau keluarga Kisra". Dan aku mendengar baginda berkata: "Sesungguhnya di hadapan hari kiamat terdapat para pendusta, maka berjaga-jagalah terhadap mereka". Dan aku mendengar baginda berkata: "Jika Allah memberikan kebaikan kepada salah seorang daripada kalian, hendaklah dia mendahulukan pada dirinya sendiri dan keluarganya". Dan aku juga mendengar baginda bersabda: "Aku lebih dahulu menanti di telaga Ḥawḍ". [Ṣoḥīḥ Muslim, kitāb al-Imārah, no. 3404].

Kebenaran Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dalam perkhabarannya telah terbukti dengan kejayaan umat Islam dalam menjatuhkan empayar Parsi sepertimana yang telah maklum dalam catatan sejarah. Kejatuhan Parsi ke tangan umat Islam adalah pada tahun 651 Masihi. [Rujuk : https://www.pgurus.com/sattology-understanding-islamic-conquest-of-persia/].

Mukjizat Ketiga Puluh : Terbunuhnya al-Ḥusayn

حَدَّثَنَا عَبْدُ الصَّمَدِ بْنُ حَسَّانَ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا عُمَارَةُ يَعْنِي ابْنَ زَاذَانَ ، عَنْ ثَابِتٍ ، عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : " اسْتَأْذَنَ مَلَكُ الْمَطَرِ أَنْ يَأْتِيَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَأُذِنَ لَهُ ، فَقَالَ لِأُمِّ سَلَمَةَ : احْفَظِي عَلَيْنَا الْبَابَ لَا يَدْخُلْ أَحَدٌ ، فَجَاءَ الْحُسَيْنُ بْنُ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، فَوَثَبَ حَتَّى دَخَلَ ، فَجَعَلَ يَصْعَدُ عَلَى مَنْكِبِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ لَهُ الْمَلَكُ : أَتُحِبُّهُ ؟ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : نَعَمْ ، قَالَ : فَإِنَّ أُمَّتَكَ تَقْتُلُهُ ، وَإِنْ شِئْتَ أَرَيْتُكَ الْمَكَانَ الَّذِي يُقْتَلُ فِيهِ ، قَالَ : فَضَرَبَ بِيَدِهِ ، فَأَرَاهُ تُرَابًا أَحْمَرَ ، فَأَخَذَتْ أُمُّ سَلَمَةَ ذَلِكَ التُّرَابَ ، فَصَرَّتْهُ فِي طَرَفِ ثَوْبِهَا ، قَالَ : فَكُنَّا نَسْمَعُ يُقْتَلُ بِكَرْبَلَاءَ " .

*Abdul Ṣomad bin Ḥassān telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; *Umāroh, yakni Ibn Zaḏān telah merawi khabar kepada kami, daripada Ṯābit, daripada Anas, dia berkata; Malaikat yang menurunkan hujan meminta izin untuk datang kepada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Baginda pun mengizinkannya. Baginda berkata kepada Umm Salamah: "Tutuplah pintu ini untuk kami. Jangan biarkan seseorang pun masuk". Tiba-tiba al-Ḥusayn bin *Aliyy -roḍiyallahu *anh- datang, dia pun memanjat sehingga masuk. Lantas, dia pun memanjat ke bahu Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Malaikat berkata kepada baginda: "Adakah engkau mencintainya?". Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- berkata: "Benar". Malaikat berkata: "Tetapi, umat kamu membunuhnya. Dan jika engkau berkehendak, aku perlihatkan tempat yang mana dia dibunuh". Anas berkata: "Lalu malaikat memberi isyarat dengannya, kemudian ia memperlihatkan tanah yang merah". Umm Salamah mengambil tanah itu, lalu dia menyimpannya di dalam hujung bajunya". Berkata Ṯābit: "Kemudian, kami mendengar dia dibunuh di Karbala". [Musnad Aḥmad, no. 13523].

Mukjizat Ketiga Puluh Satu : Kemenangan Rom Setelah Kekalahan Daripada Parsi

حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ حُرَيْثٍ ، حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ عَمْرٍو ، عَنْ أَبِي إِسْحَاق الْفَزَارِيِّ ، عَنْ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ ، عَنْ حَبِيبِ بْنِ أَبِي عَمْرَةَ ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ ، عَنِ ابْن عَبَّاسٍ ، فِي قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى : الم { 1 } غُلِبَتِ الرُّومُ { 2 } فِي أَدْنَى الأَرْضِ سورة الروم آية 1-2 ، قَالَ : غُلِبَتْ وَغَلَبَتْ كَانَ الْمُشْرِكُونَ يُحِبُّونَ أَنْ يَظْهَرَ أَهْلُ فَارِسَ عَلَى الروم لِأَنَّهُمْ وَإِيَّاهُمْ أَهْلُ أَوْثَانِ ، وَكَانَ الْمُسْلِمُونَ يُحِبُّونَ أَنْ يَظْهَرَ الروم عَلَى فَارِسَ لِأَنَّهُمْ أَهْلُ كِتَابِ ، فَذَكَرُوهُ لِأَبِي بَكْرٍ ، فَذَكَرَهُ أَبُو بَكْرٍ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " أَمَا إِنَّهُمْ سَيَغْلِبُونَ " ، فَذَكَرَهُ أَبُو بَكْرٍ لَهُمْ ، فَقَالُوا : اجْعَلْ بَيْنَنَا وَبَيْنَكَ أَجَلًا فَإِنْ ظَهَرْنَا كَانَ لَنَا كَذَا وَكَذَا ، وَإِنْ ظَهَرْتُمْ كَانَ لَكُمْ كَذَا وَكَذَا ، فَجَعَلَ أَجَلًا خَمْسَ سِنِينَ فَلَمْ يَظْهَرُوا ، فَذَكَرُوا ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : " أَلَا جَعَلْتَهُ إِلَى دُونَ " ، قَالَ : أُرَاهُ الْعَشْرِ ، قَالَ أَبُو سَعِيدٍ : وَالْبِضْعُ مَا دُونَ الْعَشْرِ ، قَالَ : ثُمَّ ظَهَرَتْ الروم بَعْدُ ، قَالَ : فَذَلِكَ قَوْلُهُ تَعَالَى : الم غُلِبَتِ الرُّومُ إِلَى قَوْلِهِ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ بِنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ سورة الروم آية 1 ـ 5

Al-Ḥusayn bin Ḥuroyṯ telah merawi hadis kepada kami; Mu*āwiyyah bin *Amr telah merawi hadis kepada kami, daripada Abū Isḥāq al-Fazāriyy, daripada Sufyān aṯ-Ṯawriyy, daripada Ḥabīb bin Abū *Amroh, daripada Sa*īd bin Jubayr, daripada Ibn *Abbās tentang firman Allah Ta*ālā : {Alif Lam Mim. Rom dikalahkan di tanah yang rendah} [Surah ar-Rūm ayat 1]. Dia berkata: "Ġulibat dan Ġolabat". Dahulu kaum Musyirikin menyukai kemenangan orang Parsi ke atas Rom kerana mereka adalah penyembah berhala, manakala kaum Muslimin menyukai kemenangan orang Rom ke atas Parsi kerana mereka adalah ahli kitab. Mereka sampaikan hal ini kepada Abū Bakr, kemudian Abū Bakr menyebutkannya kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Baginda berkata: "Ketahuilah sesungguhnya mereka (Rom) akan mengalahkannya". Lantas, Abū Bakr menyebutkannya kepada mereka. Mereka berkata: "Tentukan waktu antara kami dengan kamu. Jika kemenangan di sisi kamu, maka kamu mendapat itu ini". Abū Bakr menentukan dalam masa lima tahun. Tetapi tidaklah berlaku kemenangan. Mereka menyebutkan hal itu kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, baginda pun berkata, "Adakah engkau tidak menjadikannya ke angka lebih tinggi?". Berkata Abu Bakar: "Aku berpandangan ianya sepuluh tahun". Abū Sa*īd berkata: "Al-Biḍ* adalah di bawah sepuluh tahun". Kemudian, Rom menemui kemenangan selepas itu. Berkata Ibn *Abbās: "Demikianlah firman Allah Ta*ālā: {Alif Lam Mim. Rom dikalahkan -sehingga firman-Nya- pada hari itu orang beriman bergembira. Dengan pertolongan Allah yang menolong pada siapa yang Dia kehendaki} [Surah ar-Rūm ayat 1-5]". [Sunan at-Tirmiḏiyy, kitāb Tafsīr al-Qur^ān *An Rasūl Allah, no. 3136].

Menurut catatan sejarah, Parsi telah menawan Edesa, Dara dan utara Mesopotamia pada tahun 605 Masihi. Kemudian, ia menakluk Mesopotamia dan Kaukasus pada 610 Masihi. Dan pada tahun 611 Masihi, Parsi menembusi Syria dan memasuki Anatolia. Lalu Parsi menawan Damaskus pada 613 Masihi serta berjaya menawan Jerusalem dengan bantuan Yahudi pada 614 Masihi. Kemudian, ia mara ke Mesir pada tahun 615 Masihi. Dalam masa yang sama, Parsi telah menawan Asia Kecil, Armenia dan Chalcedon. Pada pertengahan 621 Masihi, keseluruhan wilayah Palestin dan Mesir telah ditawan sepenuhnya oleh mereka. Sekalipun empayar Rom menerima kekalahan yang besar, Heraklius yang menjadi maharaja Rom ketika itu tetap untuk bangkit semula pada tahun 622 Masihi. Dia berjaya menyingkirkan Parsi daripada Anatolia, yang mengakibatkan kekalahan Parsi di bawah pimpinan Shahrbaraz yang bersekutu dengan pemuka Arab, kemudian Rom mara ke Armenia pada tahun 624 Masihi.

Pada tahun 626, Parsi di bawah pimpinan Shahrbaraz dengan bantuan Avars dan Salvs cuba menyerang Konstantinopel, tetapi usaha ini gagal. Parsi yang cuba untuk melintasi Bosporus dengan bantuan Avars telah berjaya ditumpaskan oleh armada laut Rom. Pada tahun 627 Masihi, Heraklius melancarkan serangan pada musim salji ke Mesopotamia. Sekali pun berlakunya pembelotan oleh sekutunya, Turki, dia berjaya mengalahkan Parsi yang di bawah pimpinan Rhahzadh dalam peperangan Nineveh. Oleh kerana, Chosroes masih enggan untuk berdamai, Heraklius meneruskan kemaraannya ke selatan melalui Tigris, lantas berjaya menakluk istana Khosrau di Dastagird. Parsi hanya berjaya mempertahankan Ctesiphon dengan memusnahkan jambatan terusan Nahrawan. Disebabkan kegawatan suasana ini, Khosrau dirampas kuasa dan dibunuh oleh pimpinan anaknya, Kavadh II yang mana ia meminta untuk perdamaian serta bersetuju untuk mengundurkan tenteranya dari wilayah yang ditakluk. [Rujuk : https://attwiw.com/2015/10/05/today-in-roman-history-heraclius-is-crowned-emperor-610/http://cs.mcgill.ca/~rwest/wikispeedia/wpcd/wp/h/Heraclius.htmhttp://www.gutenberg.us/articles/byzantine-sassanid_wars#cite_note-70 dan http://www.academia.edu/4992658/Heraclius_and_the_Evolution_of_Byzantine_Strategy].

Maka, benarlah apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Jikalau ianya sekadar ramalan semata-mata, boleh jadi Parsi menghancurkan empayar Rom sekali gus serta menamatkan warisan dinasti Rom. Akan tetapi, Allah berkehendak untuk menunjukkan kekuasaan kebenaran pada rasul-Nya melalui mukjizat yang Dia limpahkan pada baginda.

Mukjizat Ketiga Puluh Dua : Banyak Negeri Dibuka

حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ مَعْرُوفٍ ، وسُرَيجٌ ، قَالَا : حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ ، أَخْبَرَنِي عَمْرُو بْنُ الْحَارِثِ ، عَنْ أَبِي عَلِيٍّ ، عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ ، أَنَّهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " سَتُفْتَحُ عَلَيْكُمْ أَرَضُونَ وَيَكْفِيكُمُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ ، فَلَا يُعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَلْهُوَ بِأَسْهُمِهِ "

Ḥārūn bin Ma*rūf dan Suroyj telah merawi hadis kepada kami, mereka berdua berkata; Ibn Wahb telah merawi hadis kepada kami; *Amr bin al-Ḥāriṯ, daripada Abū *Aliyy, daripada *Uqbah bin *Āmir, bahawasanya dia mendengar Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Akan dibuka negeri-negeri untuk kalian semua dan Allah *Azza Wa Jalla akan mencukupkan kalian, maka janganlah salah seorang daripada kalian jemu untuk bermain panah-panahnya". [Musnad Aḥmad, no. 17103].

Benarlah sabda Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- ini bahawa betapa banyaknya negara-negara yang ditawan dan dibuka oleh orang-orang Islam. Jikalau hal ini adalah kepalsuan, boleh jadi umat Islam kekal di tanah hijaz semata-mata atau terhapus oleh mana-mana empayar yang lain. Namun, Allah ingin membuktikan kebenaran-Nya dan kekuasaan-Nya bahawa Rasullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- adalah utusan rahmat sekalian alam.

Mukjizat Ketiga Puluh Tiga : Kekufuran Abū Lahab Dan Isterinya Yang Berkekalan

Firman Allah *Azza Wa Jalla :

تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ ﴿١﴾ مَا أَغْنَىٰ عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ ﴿٢﴾ سَيَصْلَىٰ نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ ﴿٣﴾ وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ ﴿٤﴾‏ فِي جِيدِهَا حَبْلٌ مِّن مَّسَدٍ ﴿٥

"Celakalah tangan Abū Lahab! Celakalah! Tidaklah hartanya mahupun usahanya akan mencukupkannya. Nanti dia masuk ke neraka yang mempunyai gelojak dan juga isterinya, iaitu sang pembawa kayu bakar yang kerap. Di tengkuknya terdapat tali dari sabut". [Surah al-Masad ayat 5].

Riwayat tentang sebab penurunan ayat ini adalah seperti berikut :

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ خَازِمٍ ، حَدَّثَنَا الأَعْمَشُ ، عَنْ عَمْرِو بْنِ مُرَّةَ ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، قَالَ : صَعِدَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّفَا ذَاتَ يَوْمٍ ، فَقَالَ : " يَا صَبَاحَاهْ " ، فَاجْتَمَعَتْ إِلَيْهِ قُرَيْشٌ ، قَالُوا : مَا لَكَ ؟ قَالَ : " أَرَأَيْتُمْ لَوْ أَخْبَرْتُكُمْ أَنَّ العَدُوَّ يُصَبِّحُكُمْ أَوْ يُمَسِّيكُمْ ، أَمَا كُنْتُمْ تُصَدِّقُونِي ؟ " قَالُوا : بَلَى ، قَالَ : " فَإِنِّي نَذِيرٌ لَكُمْ بَيْنَ يَدَيْ عَذَابٍ شَدِيدٍ " فَقَالَ أَبُو لَهَبٍ : تَبًّا لَكَ ، أَلِهَذَا جَمَعْتَنَا ؟ فَأَنْزَلَ اللَّهُ : { تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ

*Aliyy bin *Abdullah telah merawi hadis kepada kami; Muḥammad bin H̱āzim telah merawi hadis kepada kami; Al-A*maš telah merawi hadis kepada kami, daripada *Amr bin Murrah, daripada Sa*īd bin Jubayr, daripada Ibn *Abbās -roḍiyallahu *anhumā-, dia berkata; Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- mendaki ke bukti Sofa pada suatu hari, lalu dia berkata: "Bergegas ke sini semua!". Lalu, orang Quroyš berkumpul, lalu berkata: "Ada apa dengan kamu?". Baginda berkata: "Apa pandangan kalian kalau aku mengkhabarkan kalian bahawa ada musuh, adakah kalian membenarkan aku?". Mereka berkata: "Benar". Baginda berkata: "Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan kepada kalian bahawa di hadapan azab yang pedih". Berkata Abū Lahab: "Celaka engkau! Adakah kerana ini engkau mengumpulkan kami?". Lalu, Allah menurunkan: {Celakalah tangan Abū Lahab!}". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, no. 4541]. 

Ibn Kaṯīr berkata :

قَالَ الْعُلَمَاءُ: وَفِي هَذِهِ السُّورَةِ مُعْجِزَةٌ ظَاهِرَةٌ وَدَلِيلٌ وَاضِحٌ عَلَى النُّبُوَّةِ، فَإِنَّهُ مُنْذُ نَزَلَ قَوْلُهُ تَعَالَى: سَيَصْلى نَارًا ذاتَ لَهَبٍ وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ فِي جِيدِها حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ فَأَخْبَرَ عَنْهُمَا بِالشَّقَاءِ وَعَدَمِ الْإِيمَانِ لَمْ يُقَيِّضْ لَهُمَا أَنْ يُؤْمِنَا وَلَا وَاحِدَ مِنْهُمَا لا باطنا ولا ظاهرا، لَا مُسِرًّا وَلَا مُعْلِنًا، فَكَانَ هَذَا مِنْ أقوى الأدلة الباهرة الباطنة على النبوة الظاهر.

Berkata para ulama: "Surah ini adalah mukjizat yang nyata dan dalil yang jelas terhadap kenabiannya. Ini kerana semenjak turun firman-Nya Ta*ālā: {Nanti dia masuk ke neraka yang mempunyai gelojak dan juga isterinya, iaitu sang pembawa kayu bakar yang kerap. Di tengkuknya terdapat tali dari sabut}, Dia mengkhabarkan tentang mereka berdua tentang kesengsaraan mereka dan ketiadaan keimanan mereka. Dia tidak mentakdirkan mereka berdua beriman dan tidak juga salah seorang daripada mereka. Tidak pada batin mereka atau zahir mereka. Tidak mereka bersembunyi dan tidak pada mereka mempamerkan. Ini adalah sekuat-kuat petunjuk yang menyinari dalaman terhadap kenabian yang zahir. [Tafsīr al-Qur^ān al-*Aẓīm, jilid 8, m/s 488, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Muḥammad Ḥusayn Šamsuddīn].