Wednesday, September 30, 2020

Koleksi Hantaran Amir Kazuma Di Media Sosial Yang Terpilih

Segala puji bagi Allah yang menciptakan manusia dari pelbagai bangsa dan suku agar manusia saling mengenali antara satu sama lain. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia insan yang diciptakan Yang Maha Agung, Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, sebaik-baik teladan bagi yang mengharapkan kebaikan di dunia dan di akhirat. Begitu juga kepada keluarganya, sahabatnya dan mereka yang mengikutinya dengan sebiak-baiknya. Semoga sentiasa dilimpahi rahmat yang tidak akan terputus sehingga hari kiamat.

Ini adalah kumpulan hantaran saya di media sosial yang terpilih yang saya rasa yang paling bermakna untuk dikongsikan bersama. Hantaran saya tidak hanya bersangkut paut dengan penulisan ilmiah sahaja, khususnya dalam merespons isu semasa atau beberapa isu, tetapi ia juga berkaitan dengan diri saya sendiri.

Selalunya jika ada penulisan yang formal, saya akan memasukkannya dalam penulisan saya yang rasmi di Wattpad sama ada pada kolum yang khusus atau dalam kolum «al-H̱iṭōb al-Wajīz» atau «at-Ta*līq *Alā al-Arō^» atau «Celoteh Peribadi» atau «Lajur Pena». Cuma, pada kolum ini, ia mungkin yang tidak formal atau apa yang saya rasakan saya tidak mahu memasukkannya dalam penulisan saya yang rasmi walaupun saya sendiri tidak tahu sebabnya.

Apapun, apa yang saya sampaikan ini tetap tidak terpisah daripada penulisan saya yang rasmi. Hanya sahaja saya pilih yang bagi saya agak bermakna buat saya untuk dijadikan tatapan buat pembaca. Saya harap ia memberikan manfaat.

Beberapa perkara yang perlu saya beritahu dalam menghasilkan kolum penulisan ini adalah ia boleh dibaca secara rawak tanpa mengikut susunan. Nombor hanya sebagai pemudah rujukan sahaja. Kemudian, sebahagiannya tidak ada tajuk khusus memandangkan ia adalah berbentuk hantaran dan boleh jadi saya akan mengulangi tema yang sama. Kemudian, penulisan ini akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut perkembangan.

Saya juga telah menghasilkan subjudul bagi judul ini khas untuk hantaran yang dikepilkan bersama dengan video. Saya mempelawa untuk para pembaca untuk menelaah subjudul tersebut di sini.

Hantaran 1 : Respons Saya Terhadap Penulisan Yang Berjudul «Kitab Yang Tidak Kuat Dijadikan Rujukan»


Laman Web : https://jomfaham.blogspot.com/2019/02/kitab-yang-tidak-kuat-untuk-dijadikan.html

Saya menemukan penulisan yang bertajuk «Kitab Yang Tidak Kuat Dijadikan Rujukan» yang menyeneraikan beberapa kitab akidah yang dianggap tidak boleh dipertautkan sebagai sandaran.

Saya merasakan saya perlu respons kerana motif utama penulisan ini adalah untuk menjatuhkan nilai autoritinya terhadap penghujahan akidah.

Saya secara peribadi boleh bersetuju dengan bahagian «al-Ibānah» karya Ibn Baṭṭoh, iaitu kritik kejituan pada penulis. Cuma, saya tidak mengambil riwayat yang ada di dalamnya. Saya hanya mengambil pandangan dari lidahnya sendiri yang tiada kaitan dengan nukilan dari pihak lain kecuali jika ada keselarian dengan jalur riwayat yang lain. Begitu juga dengan «ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah» dan «at-Tawḥīd» karya Ibn Mandah.

Saya juga menerima keputusan bahawa «al-Ibānah *An Uṣūl ad-Diyānah» karya Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy ini tidak dijadikan rujukan bukan kerana memperakui berlakunya distorsi pada kitab tersebut sepertimana yang didakwa oleh sebahagian orang. Akan tetapi, disebabkan rata-rata ašᶜarian hari ini tidak mahu menjadikan kitab ini sebagai rujukan. Oleh itu, tidak berbaloi berhujah dengan kitab ini apabila pihak opposisi tidak mahu memperakui validitasnya. Sebegitu juga dengan «Ḏamm al-Kalām» karya Abū Ismā*īl al-Harowiyy dan «Šarḥ al-*Aqīdah aṭ-Ṭoḥāwiyyah» karya Ibn Abū al-*Izz al-Ḥanafiyy.

Adapun bahagian «Šarḥ Risālah Ibn Abī Zayd al-Qoyrowāniyy» dan «al-Īḍoh Fī Uṣūliddīn» karya Ibn az-Zāġūniyy, saya masih berpandangan ia masih dalam ruang perbincangan dan kritik terhadapnya cuma pandangan peribadinya. Dan saya tidak masuk campur terhadapnya.

Manakala yang lain, saya perlu menjawab dengan penulisan yang khusus kerana sebahagiannya memerlukan kajian semula secara kritis dan saya ingin mempertahankan kredibilitinya dalam penghujahan akidah.

Sebahagiannya pula adalah kerana wujudnya kesalahan fakta yang kaprah yang entah puncanya dari sikap culas dari penulis atau sengaja melakukan jenayah ilmiah demi memperdaya orang ramai. Walau apapun, ia tetap natijah daripada sikap yang tidak bertanggungjawab terhadap kajian ilmiah. Sesiapa yang melihat kesilapan yang dilakukan penulis ini akan nyata padanya bahawa ia adalah kesilapan yang terlalu serius yang kajian secara sepintas pun tidak akan sedemikian.

1. «Šarḥ as-Sunnah» karya al-Barbahāriyy

Jenis Respons : Pembetulan fakta

Baca hantaran dari Muhamad Haris Ismail : https://www.facebook.com/harislamic/posts/10213363820561414

2. «Risālah ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh»

Jenis Respons : Kajian semula

Baca : https://www.wattpad.com/1101204404-al-ẖiṭōb-al-wajīz-wacana-ringkas-116

3. «Ar-Rodd *Alā al-Marīsiyy» karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy

Jenis Respons : Pembelaan

Baca : https://www.wattpad.com/1033272626-akidah-dan-manhaj-ilham-bersemi-yang-menepis

4. «At-Tawḥīd» karya Ibn H̱uzaymah

Jenis Respons : Kajian semula

Baca : https://www.wattpad.com/1100938181-at-ta-līq-alā-al-ārō^-89

8. «Al-I*tiqodāt Wa Ibṭōl at-Ta^wīlat» karya al-Qōḍī Abū Ya*lā al-Farrō^

Jenis Respons : Pembelaan

Baca : https://www.wattpad.com/1099669412-at-ta-līq-alā-al-ārō^-88

9. «Al-Ġunyah» karya *Abdul Qōdir al-Jaylāniyy

Jenis Respons : Kajian semula

Baca : https://www.wattpad.com/1101493115-al-ẖiṭōb-al-wajīz-ًwacana-ringkas-117

10. «As-Sunnah» karya Abū Bakr al-H̱ollāl

Jenis Respons : Pembetulan fakta dan menjawab kemusykilan

Baca : https://www.wattpad.com/1099500370-at-ta-līq-alā-al-ārō^-86

11. «I*tiqōd as-Sunnah» karya Abū Bakr al-Ismā*īliyy

Saya katakan : Aḏ-Ḏahabiyy tidak pernah berkata sebegini dalam «al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār», bahkan dia menjadikan kitab ini sebagai sokongan dalam penghasilan kitab ini, sekaligus menunjukkan kesahihan penisbahan kitab ini kepadanya.

Ini juga bukan kalam al-Albāniyy dalam ringkasan bagi kitab tersebut, iaitu «Muẖtaṣor al-*Uluww» melainkan dia hanya menyatakan perawi tersebut tidak dikenali.

Ini entah adalah sisipan dari penulis yang culas dalam kajian atau sememangnya sengaja melakukan jenayah ilmiah demi memperdaya orang ramai. Apapun, ini menunjukkan penulis tidak memberi tanggungjawab ilmiah walau secara minimum untuk membuat semakan.

12. «Aṣ-Ṣifāt» karya ad-Dāroquṭniyy

Jenis Respons : Pembetulan fakta

Baca : https://www.wattpad.com/1099620815-at-ta-līq-alā-al-ārō^-87

Hantaran 2 : Reaksi Saya Terhadap Penulisan «Kitab-Kitab Yang Tidak Kuat Dijadikan Sebagai Hujah»



Laman Web : https://jomfaham.blogspot.com/2019/02/kitab-yang-tidak-kuat-untuk-dijadikan.html

1. Saya sebenarnya hampir sahaja mahu menghamburkan segala kata-kata kesat dari jiwa terpendam membara apabila melihat ada penulisan sebegini.

2. Kesilapan ini entah sememangnya culas dalam kajian atau sengaja melakukan jenayah ilmiah demi memperdaya orang ramai. Apapun, ia adalah hasil tangan daripada sikap yang tidak bertanggungjawab dalam kajian ilmiah. Kesilapan ini sangat fatal yang mana serendah-rendah kudrat kajian pun tidak akan berbuat sebegini.

3. Lihat bagaimana pendedahan saya yang ini. Kalau seseorang menganggap ini adalah kesilapan yang ringan, saya tidak tahu lagi bagaimana dangkalnya minda seorang pengkaji dalam diri seseorang. Kalau ia ringan, saya tidak akan meletuskannya sebegini.

4. Yang bukan kata-kata para ulama dimasukkan sebagai kata-kata mereka. Apakah mereka ini terlalu dungu sampai tidak boleh beza penamaan rujukan atau penukilan penuh atau sememangnya ada motif yang jahat yang jelas?

5. Saya kalau boleh tidak mahu menuduh buruk bahawa mereka ini sengaja melakukan kebohongan, tetapi orang yang berperasaan lebih geram daripada saya mungkin tidak akan teragak-agak untuk mengatakan bahawa ia adalah pendustaan terhadap aḏ-Ḏahabiyy, Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dan Ibn al-*Imād.

6. Saya tahu nama penulis ini. Mereka berdua merupakan anggota penyelidik dan juga wakil penghujah bagi organisasi kajian terkenal. Sebeginikah dapatan penyelidikan mereka dalam menghasilkan judul penulisan sebegini? Mungkin orang akan berkata ia mengecewakan, tetapi saya harap ada perkataan yang lebih teruk daripada itu dan saya dapat mengungkapkannya tanpa berlapik!

7. Saya kadangkala hairan yang mereka suka menjaja bahawa wahabi melakukan pemalsuan terhadap kitab ulama, tetapi mereka sendiri membuat penyerupaan kepada pemalsuan tersebut! Saya tidak tahu lagi entah bagaimana karyanya yang lain yang ada penukilan dari ulama yang dinamai sebagai kajian.

8. Itu belum lagi analisis bagi kitab lain yang terlalu mengkal dan tidak kritis yang tidak menggambarkan nama organisasi sebagai badan penyelidikan! Saya lihat mereka ini hanya lebih pandai memetik berbanding mengkaji.

9. Buktinya adalah pemasukan «Muṣonnaf Ibn Abī Šaybah» dalam senarai tersebut. Saya bersyukur yang mereka menarik balik karya «Muṣonnaf Ibn Abī Šaybah» dari senarai rujukan yang tidak kuat. Akan tetapi, ini menunjukkan bagaimana seriusnya kepincangan kajian kritis mereka.

10. Autoriti kitab ini tidak ada keraguan lagi padanya dan diterima sekalian ahli hadis dan serendah-rendah tahap penuntut ilmu pun akan sedar penerimaan sepakat ini. Akan tetapi, kejahilan parah mereka dan pengamatan kritis yang terbantut menyebabkan mereka terlanjur sedemikian rupa.

11. Usahlah mengharapkan yang lain pun sebenarnya dikaji secara kritis. Hakikatnya, ia sekadar memetik dan memuatkan apa yang sesuai dengan selera mereka. Saya pun sudah menghasilkan penulisan untuk merespons judul penulisan ini dengan membentangkan kajian yang lebih dalam, malah meluruskan penyimpangan fakta yang parah.

Hantaran 3


Aḏ-Ḏahabiyy tidak pernah berkata sebegini dalam «al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār», bahkan dia menjadikan kitab ini sebagai sokongan dalam penghasilan kitab ini, sekaligus menunjukkan kesahihan penisbahan kitab ini kepadanya.

Ini juga bukan kalam al-Albāniyy dalam ringkasan bagi kitab tersebut, iaitu «Muẖtaṣor al-*Uluww» melainkan dia hanya menyatakan perawi tersebut tidak dikenali.

Ini entah adalah sisipan dari penulis yang culas dalam kajian atau sememangnya sengaja melakukan jenayah ilmiah demi memperdaya orang ramai. Apapun, ini menunjukkan penulis tidak memberi tanggungjawab ilmiah walau secara minimum untuk membuat semakan.

Hantaran 4



1. Sejujurnya, saya awal-awal juga hampir terpedaya dengan nukilan kononnya Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy yang mengatakan sedemikian kalau Allah tidak menggerakkan jiwa saya untuk menyemak karyanya yang asli. Di sini antaranya yang saya perolehi kalam ini : https://jomfaham.blogspot.com/2019/02/kitab-yang-tidak-kuat-untuk-dijadikan.html

2. Segala puji bagi Allah kerana menyelamatkan saya daripada dibohongi oleh kalam yang didakwa daripada Ibn Ḥajar, padahal ia tidak ada sama sekali. Kalau orang yang berperasaan lebih geram daripada saya, pasti mereka tidak mampu menahan lidah untuk mengatakan bahawa ia adalah pendustaan terhadap tokoh ini.

3. Setelah membuat semakan silang, saya dapati ia adalah kutipan dari salah laman web Arab di sini : https://syrian2015.yoo7.com/t29-topic

Kemudian, entah penulis yang bersikap culas untuk menyemak ini terkeliru antara penyebutan rujukan atau nukilan keseluruhan kalamnya atau entah sememangnya sengaja melakukan jenayah ilmiah demi memperdaya orang ramai.

4. Yang menambahkan berang saya adalah penulis ini adalah anggota penyelidikan bagi sesuatu organisasi kajian dan penghujah untuk organisasi tersebut. Sebegini dapatan kajian mereka bagi mewakili sesuatu organisasi kajian? Ia adalah kesilapan yang parah yang kajian secara singkat pun tidak akan melakukan kesilapan sebegini!

5. Tidak cukup dengan itu. Penulisan Arab ini juga melakukan tadlis yang nyata dan sama sekali bukan berasaskan kajian yang tuntas, tetapi lebih kepada bias.

6. Kalau kita semak penilaian terhadap Aḥmad bin *Ubaydullah Abū al-*Izz bin Kādiš, sememangnya benar ada penuduhan dusta terhadapnya. Namun, Ibn *Asākir menyebutkan bahawa samaᶜ riwayatnya adalah sahih. 

Tidakkah ini boleh menjadi pemberat agar kita membuat penelitian lebih mendalam tentang status sebenar perawi ini? Dan mengapa mereka menyembunyikan kata-kata Ibn *Asākir ini yang boleh ditemui sendiri dalam karya yang mereka rujuk, iaitu «Lisān al-Mīzān»?

7. Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy sebenarnya menerima penisbahan kitab ini kepadanya dalam «al-Mu*jam al-Mufahros» dengan sanad selain Ibn Kādiš ini, iaitu al-Qoḍī Muḥammad bin *Abdul Bāqī al-Anṣōroyy yang disepakati kredibilitinya. Sekaligus membatalkan dakwaan bahawa Ibn Ḥajar menolak kesahihan penisbahan kitab ini.

8. Penilaian terhadap Abū Ṭōlib Muḥammad bin *Aliyy bin al-Fatḥ al-*Išāriyy pun dikutip secara tadlis. Mengapa mereka menyembunyikan penilaian al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy sebagai berkredibiliti terhadapnya?

9. Sesiapa yang mengamati perbincangan tentang perawi ini, sebenarnya berlakunya sisipan terhadap periwayatannya dari orang terkemudian. Perbahasan ini jelas ada dalam karya yang mereka ambil sebagai rujukan! Oleh itu, Abū Ṭōlib sendiri tidak bersalah dalam hal ini.

10. Sekalipun mereka memetik kata-kata aḏ-Ḏahabiyy bahawa dia bukan hujah, perlu kita ingat bahawa dia sendiri mengatakan bahawa dia adalah syeikh yang dikenali lagi jujur dan dia juga menjadikan kitab «aṣ-Ṣifāt» ini sebagai sokongan dalam penghasilan kitabnya «al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār»! Penilaian bahawa dia bukan hujah itu adalah faktor apa? Kajilah wahai penulis! Bukan hanya memetik sembarangan demi memenuhi pendirian kamu.

11. Lebih teruk lagi adalah kata-kata Ibn *Asākir bahawa dia tidak berkredibiliti dan ketidakredhaan Abū Bakr Ibn al-H̱oḍōbah sebenarnya merujuk kepada *Aliyy bin Aḥmad bin Yūsuf bin Ja*far bin *Arofah bin al-Ma^mūn al-Hakkāriyy, bukan Abū Ṭōlib al-*Išāriyy.

12. Sekali lagi saya katakan, entah ini culas dalam kajian atau sengaja melakukan jenayah ilmiah demi memperdaya orang ramai. Yang pasti ia adalah sikap tidak berganggungjawab terhadap kajian ilmiah.

13. Yang anehnya golongan seperti ini mereka selalu sahaja memomokkan bahawa wahabi melakukan pemalsuan terhadap kitab, padahal mereka juga melakukan yang serupa dengan pemalsuan!

14. Bayangkan yang saya pun hampir tergelincir ke dalam gaung mereka. Bagaimana pula dengan orang lain yang tidak tahu bahasa Arab, tidak ada kemampuan dalam kajian atau kurang semangat terhadapnya. Pasti sudah pun tersembam ke dalamnya.

15. Dipersilakan mereka yang ingin jawpaan saya lebih lanjut terhadap penyelewengan fakta ini di sini : https://www.wattpad.com/1099620815-at-ta-līq-alā-al-ārō^-87

16. Saya harap Allah menyelamatkan kita daripada sikap culas dalam kajian ilmiah dan melindungi kita dari tipu daya penulisan dari tangan yang tidak bertanggungjawab serta membebaskan diri dari sikap culas dalam kajian ilmiah.

Hantaran 5



1. Orang yang mendakwa kononnya Ibn H̱uzaymah telah bertaubat dan menarik balik kitabnya «at-Tawḥīd» sebenarnya telah melakukan kepincangan yang nyata.

2. Kalau kita telaah sebab penghasilan kitab tersebut adalah kerana ingin merespons kekhuatiran terhadap orang yang menghadiri majlis golongan sesat seperti qodariah yang muᶜtazilian.

3. Al-Bayhaqiyy pula merekodkan bahawa sebelum taubatnya dia, qodariah yang mutakallimin pernah menemuinya dan berlakunya penerimaan terhadap kalamnya. Tidak mungkin berlaku penerimaan kalau tidak sefahaman.

4. Masuk akalkah kitab yang dihasilkan atas pendirian yang membenci qodariah sebelum dia bertaubat, tetapi dalam masa yang berlaku penerimaan antara sesama mereka ketika duduk semajlis?

5. Bukti ini cukup untuk meruntuhkan dakwaan ini. Malah, tidak ada rekod sejarah pun yang jelas menyatakan ini. Yang jelas bahawa kitab «at-Tawḥīd» ini ditulis selepas taubatnya dia. 

6. Saya telah menjelaskan lebih lanjut hal itu di sini : https://www.wattpad.com/1100938181-at-ta-līq-alā-al-ārō^-89

Hantaran 6


Dakwaan Ibn Ḥajar al-Haytamiyy bahawa berlakunya penyisipan palsu terhadap kitab «al-Ġunyah» karya *Abdul Qōdir al-Jaylāniyy adalah tertolak sama sekali.

Ini kerana ramai fuqaha ḥanbalian yang hidup selepas Ibn Ḥajar al-Haytamiyy menulis kitab fiqh yang banyak merujuk kitab ini.

Antaranya adalah Mansūr bin Yūnus al-Bahūtiyy dalam «Kašf al-Qinā* *An Matn al-Iqnā*», *Abdullah bin *Abdul Roḥmān al-H̱olwatiyy dalam «Kašf al-Muẖoddarōt Wa ar-Riyāḍ al-Muzhirōt Li Šarḥ Aẖḍor al-Muẖtaṣorōt», as-Saffāriniyy dalam «Ġiḏā^ al-Albāb Fī Šarḥ Manẓūmah al-Ādāb», *Abdul Qōdir bin *Umar dalam «Nayl al-Ma^ārib Bi Šarḥ Dalīl aṭ-Ṭōlib», Muṣṭofā bin Sa*d ar-Ruḥaybāniyy dalam «Maṭōlib Ūlī an-Nuhā Fī Šarḥ Ġōyah al-Muntahā» dan pelbagai fuqaha ḥanbalian banyak menukilkan dari kitab ini.

Mereka tidak pernah membangkitkan hal ini sepertimana yang dilakukan oleh al-Haytamiyy. Oleh itu, tidak diterima dakwaan ini dan kekallah kitab ini sebagai kitab yang ada kredibiliti dalam rujukan.

Saya telah melanjutkan perbahasannya di sini : 
https://www.wattpad.com/1101493115-al-ẖiṭōb-al-wajīz-ًwacana-ringkas-117

Hantaran 7



Sebahagian ašᶜarian ini sangat bersungguh mempertahankan kesahihan penisbahan kitab «al-Fiqh al-Akbar» kepada Abū Ḥanīfah walaupun perawi yang meriwayatkan kitab itu ada masalah yang mana salah satunya adalah Abū Muṭī* yang dituduh berdusta dan itu langsung tidak memberi apa-apa nilai pada mereka. Malah, mereka menyindir bahawa usaha keraguan ini adalah kerana ia menyalahi pegangan wahabi.

Namun, dalam menafikan penisbahan kitab «aṣ-Ṣifāt» kepada ad-Dāroquṭniyy, mereka menggunakan cara yang sama dengan wahabi yang mereka benci dengan menyerang perawi pada kitab itu meskipun ia diterima penisbahannya oleh aḏ-Ḏahabiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy. Mereka ini menafikan ini atas faktor apa pula? Apakah kerana kandungan dalam kitab itu menyalahi pegangan mereka?

Bias atau hipokrit mereka ini?

Hantaran 8

Sangat mengecewakan sekali apabila ahli sunnah itu hanya diterhadkan kepada ašᶜarian dan māturīdian sahaja serta diabaikan pula ḥanbalian termasuk dalam salah satunya kerana tanggapan bahawa ḥanbalian itu termasuk ašᶜarian, tetapi mengambil pendekatan tafwid di sisi mereka atau seolah-olah aliran akidah yang bernisbahkan ḥanbalian tidak wujud atau ia hanya sekadar merujuk pada fuqaha mazhab itu sahaja tanpa ada kaitan aliran akidah yang khusus.

Bahkan, sebahagian orang beranggapan bahawa sesiapa yang tidak beraliran ašᶜarian atau māturīdian, maka dia terkeluar dari ahli sunnah dan sesiapa yang mengkritik aliran ini atau berseteru dengannya, maka dia termasuk golongan bidaah. Malah, seringkali sahaja dilabel sebagai mujassimah, musyabbihah dan hasywiah kerana bagi mereka, lawan ašᶜarian atau māturīdian adalah golongan yang disebutkan tadi, khususnya dalam isu isbat sifat Allah.

Sesungguhnya ini adalah kejahilan dalam sejarah, khususnya tentang pergolakan antara ḥanbalian dengan ašᶜarian yang jelas memaparkan perbezaan akidah antara kedua-duanya serta jauh dari pembacaan karya-karya imam ḥanbalian tentangnya yang sememangnya memaparkan kelainan hala tuju pegangan masing-masing. 

Sebagai permulaan, boleh dibaca di sini : https://www.wattpad.com/1242034907-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-184

Bahkan, sememangnya dalam kitab ḥanbalian memuatkan celaan dan sanggahan terhadap ašᶜarian. Kalau ḥanbalian itu sama dengan ašᶜarian, mengapa berlakunya perseteruan antara kedua-duanya? Jelaslah bahawa orang yang menterhadkan ahli sunnah kepada ašᶜarian dan māturīdian sahaja sama ada tidak mengiktiraf ḥanbalian sebagai ahli sunnah atau jahil terhadap karya-karya ḥanbalian, lalu menganggap aliran ini sama sahaja ašᶜarian atau menganggap seolah-olah tidak wujud sahaja.

Untuk Ibn al-Jawziyy dan ašᶜarian, saya telah menyebutkan beberapa perkara mengenainya di sini : https://www.wattpad.com/1142966995-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-150-ibn-al

Malah, pelampau ašᶜarian seringkali menamakan ḥanbalian dengan musyabbihah, mujassimah dan hasywiah sepertimana yang dilakukan oleh Ibn al-Qušayriyy dalam suratnya kepada Niẓōm al-Mulk sepertimana yang dikutip Ibn *Asākir dalam «Tabyīn Kaḏib al-Muftarī Fīmā Nusiba Ilā al-Aš*ariyy». Ini seringkali menjadi lontaran kepada sesiapa yang mengkritik ašᶜarian atau tidak menganut aliran ašᶜarian.

Saya tidak hairan bahawa selagimana kita tidak mengamalkan tafwid sepertimana yang difahami mereka atau tidak memahaminya sedemikian, selagi itulah mereka tidak mengiktiraf seseorang itu ḥanbalian. 

Hantaran 9

Sebahagian orang membenarkan justifikasi untuk pengamalan takwil terhadap naṣ-naṣ mutasybihat yang berkaitan dengan sifat Allah seluas-luasnya atas alasan bahawa salaf juga melakukan takwil, kemudian dibentangkan beberapa pentakwilan yang ada daripada salaf. Kemudian, mereka tidak malu untuk mendakwa bahawa salaf lebih selamat dan khalaf lebih mengetahui dan bijaksana.

Mereka ini hanya melihat aspek salaf dari sudut pentakwilan sahaja dan tanpa mereka sedar, mereka mungkin sahaja terjerumus dengan jenis penegasian yang baru. 

Mereka tidak lihat bagaimana keseluruhan manhaj salaf tentang apa kesepakatan mereka dalam berinteraksi dengan naṣ-naṣ tersebut, mengapa mereka menentang keras golongan jahmian dan muᶜtazilian serta jika mereka takwil, apakah ada had merah yang mereka tidak boleh dilanggar.

Saya telah mendedahkan kepincangan mereka dalam penulisan yang berjudul «Penjelasan Interaksi Dengan Naṣ Tentang Sifat Allah».

Saya juga telah menyusulinya dengan beberapa artikel di sini :

(a) https://www.wattpad.com/1144621120-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-110

(b) https://www.wattpad.com/1145072612-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-112-hakikat-perselisihan

(c) https://www.wattpad.com/1149078511-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-115-al-a%C5%A1-ariyy-dan-makna

(d) https://www.wattpad.com/1152240126-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-117-hakikat-tafwid-di-sisi

Kesimpulannya adalah kita tidak menentang takwil dan memperakui bahawa salaf sememangnya melakukan takwil, tetapi takwil yang bagaimana kita menentangnya? Inilah bahagian pertikaian antara kita dengan mereka.

Hantaran 10

Untuk acara Perkampungan Sunnah kali ketujuh pada tahun 2022, kali ini saya mendengar beberapa luahan hati dari rasa kecewa dari sebilangan salafi kerana pihak salafi dari Perlis mengundang ašᶜarian untuk duduk sepentas di majlis besar untuk salafi dan mereka ini menurut orang yang meluahkan, mendapat peluang yang besar untuk menyuntik beberapa fahaman ašᶜarian kepada hadirin yang datang secara halus. Ini secara tidak langsung fahaman salafi dan ašᶜarian telah bercampur aduk.

Untuk isu ini, saya terkenang dengan penulisan saya yang berjudul «Diari Diri : Persahabatan Yang Erat Bersama Musuh Aliran». Penulisan ini pada asalnya adalah untuk merespons suara-suara yang tidak puas dari kalangan aswajaean terhadap segolongan ašᶜarian yang duduk sepentas umum bersama-sama salafi untuk sama-sama membantai mereka yang dikategorikan dalam sufi batiniah.

Nampaknya judul penulisan saya ini juga relevan untuk merespons luahan salafi terhadap kerjasama sebahagian pemuka salafi tempatan bersama ašᶜarian. Penulisan saya ini sebenarnya untuk kita semua mengambil iktibar bahawa para espouser dari kalangan ašᶜarian dan zaydian boleh bersatu hati, beramah mesra, bersahabat dan bekerjasama untuk satu asas yang sama, iaitu memuliakan ahli bait, menghargai khazanah peninggalan mereka dan berjuang untuk memartabatkan kedudukan mereka.

Bagi yang sudah cakna, perbezaan antara zaydian dengan ašᶜarian sangat besar jika ingin dibandingkan dengan salafi, khususnya dalam aspek akidah. Zaydian secara ringkasnya adalah muᶜtazilian dalam isu ketuhanan, qodariah dalam isu perbuatan hamba dan takdir serta khawarij dalam isu keabadian pelaku dosa besar dalam neraka. Padahal, salafi dan ašᶜarian teguh bersama dalam menyelisihi iktikad seperti ini.

Lantas, jika zaydian boleh meraikan ašᶜarian dan ašᶜarian boleh berlapang dada untuk zaydian demi kecintaan terhadap ahli bait, mengapa dengan salafi tidak boleh dijayakan pula? Sangatlah memalukan jika jurang perbezaan antara salafi dengan ašᶜarian adalah sedikit, tetapi ingin diperbesar-besarkan permusuhannya, tetapi bersama zaydian dan ašᶜarian mampu mengekalkan momentum keeratan perhubungan.

Kita tidaklah mengatakan bahawa kerjasama atau persahabatan ini adalah pengiktirafan bahawa salafi dan ašᶜarian adalah sama sepertimana zaydian adalah sama dengan ašᶜarian, apatah lagi melupakan atau mengabaikan perbezaan yang besar antara kedua-duanya.

Kita masih boleh meneruskan kritik mengkritik antara satu sama lain sepertimana yang saya telah lakukan di pelbagai tempat penulisan. Namun, jangan lupa bahawa sangat tidak berbaloi untuk berkelahi dengan golongan yang hanya sedikit pesuk perbezaan.

Antara pelampau dari sebilangan salafi celup adalah mereka selalu mentahzir beberapa tokoh ilmuwan salafi yang lain hanya kerana ada beberapa perbezaan pandangannya atau memiliki interaksi yang lunak bersama golongan yang dianggap sebagai aliran bidaah. Saya sudah menyuarakan perkara ini di sini : https://www.wattpad.com/1195658815-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-167-larangan

Sejujurnya, kalau saya benar-benar ingin meneruskan pergaduhan seperti ini, saya tidak akan hanya menterhadkan pada ašᶜarian sahaja. Saya juga akan melanjutkannya ke atas ḥanafian dan mālikian kerana kedua-dua mazhab ini memiliki usul yang menyanggahi prinsip ilmiah yang tidak boleh ditolak. Sebagai permulaan, dipersilakan untuk membaca «Naqd Maqōl Fī Masā^il Min *Ilm al-Ḥadīṯ Wa al-Fiqh Wa Uṣūlih Wa Tafḍīl Ba*ḍ Maḏāhib» karya *Abdul Ḥayy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli uṣūl berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-.

Namun, apa guna? Mengapa kita masih boleh menerimanya sebagai salah satu mazhab fiqh yang muktabar sekalipun mereka memiliki usul yang tidak sepatutnya dijadikan penerimaan dalam neraca ahli sunnah? Jawapannya mudah. Ini kerana sekalipun ada perbezaan usul yang serius, bukan bermakna kita memusuhinya seolah-olah ia setara dengan mana-mana ahli bidaah yang lain.

Sebegitu juga dengan situasi ini. Perbezaan salafi dengan ašᶜarian tidaklah selebar zaydian. Lantas, mengapa tidak kita dapat mengusahakan kerjasama untuk isu yang lebih besar untuk difokuskan dan permasalahan yang lebih patut diberikan keutamaan untuk penyelesaiannya? Apakah penghalangnya? Adakah sentimen kepuakan?

Jangan dilupakan bahawa tokoh besar ulama dalam sejarah kita adalah banyak dari barisan ašᶜarian. Sebenci mana pun kita dengannya, kita tidak akan dapat menafikan sumbangannya, besar pengaruhnya, agung peninggalannya dan hebat idea yang mereka curahkan dalam karya mereka.

Sebutlah namanya seperti al-Bayhaqiyy, an-Nawawiyy, Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dan lain-lain. Impak mereka sangat besar untuk salafi sendiri pada hari ini sekalipun mereka adalah musuh aliran. Bahkan, ramai juga dari kalangan ašᶜarian juga yang menabur bakti yang tinggi nilainya dalam penentangannya terhadap Ibn *Arobiyy yang merupakan tokoh besar batiniah.

Jika mereka ini masih hidup, adakah kita ingin memboikot mereka dari mengikuti pengajian hadis mereka kerana mereka ini berbeza aliran? Tidakkah patut kita menjemput mereka untuk berceramah kerana mereka lebih ahli dan berkaliber untuk bidang masing-masing yang layak untuk dikehadapankan.

Teruskanlah mengkritik aliran itu sama ada di pentas umum atau selainnya. Namun, kita tidak perlu membesar-besarkannya dan memperpanjangkannya sehingga timbunan masalah yang lebih parah diketepikan dan diabaikan kerana bergaduh dengan isu yang tidak sepatutnya diperbesarkan dan diperpanjangkan. 

Hantaran 11



Tidak ada masalah untuk meletakkan piawaian yang tinggi untuk panggilan ustaz. Saya sangat bersetuju keperluan seseorang yang memangku gelaran ini, khususnya yang aktif berdakwah di pelbagai tempat atau figura yang berpengaruh dalam masyarakat untuk menguasai bahasa Arab.

Saya sudah membahaskan kepentingan untuk menguasai bahasa Arab di sini : https://www.wattpad.com/1005083962-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-62-di-mana

Akan tetapi, untuk menjadikan piawaian kemahiran bertutur atau berkomunikasi bahasa Arab adalah sesuatu yang tidak patut. Lihat sendiri perakuan daripada mereka yang berkemahiran dalam bahasa Arab serta mampu mengajar dengan merujuk kitab bahasa Arab.

Yang saya paparkan salah satunya di sini adalah Zaharuddin Nawi Qasimi. Dia bukan sahaja mahir dalam bahasa Arab, malah mampu merujuk kitab bahasa Urdu dan Parsi! Malah, dia juga mengajarkan kitab «Muġnī al-Labīb *An Kutub al-A*ārīb» karya Ibn Hišām al-Anṣōriyy yang merupakan kitab bahasa Arab aras tinggi di laman web Youtube melalui saluran Basooir.

Yang satu lagi adalah Wan Ji Wan Hussin. Dia juga ada kemahiran dalam berbahasa Urdu. Tidak perlu diperkenalkan lagi figura yang terkenal ini dalam tanah air kita.

Apabila kita membaca kenyataan ini, patut lagikah kita ingin merendahkan lagi kemampuan seseorang dalam bahasa Arab hanya kerana tidak mampu bertutur. Seakan-akan apabila tidak mampu bertutur, maka ia seperti tidak belajar bahasa Arab langsung.

Jika Zaharuddin Nawi Qasimi menceritakan kemahiran bahasa Arab pada para ilmuwan di Dār al-*Ulūm, maka di tanah air kita ada beberapa ilmuwan daripada pengajian pondok, tetapi mereka juga tidak ada kemahiran dalam bertutur. Apakah kita akan memperlekehkan mereka semua ini hanya kerana tidak mampu bertutur?

Hantaran 12


Kehairanan sebab ia tidak akan difahami. Seakan-akan seseorang yang sudah lama bergelumang dalam alam atomik ingin meneropong ke alam kuantum. Dia akan mendapati kehairanan kenapa alam kuantum ini begitu berbeza sekali resamnya berbanding alam atomik, tetapi masih harmoni hukum adat kita sama ada pada prinsip, undang-undang dan penemuan yang ada pada sains. Kalau pun ada penjelasan tentangnya, ia masih sedikit berbanding realiti yang sebenarnya.

Begitulah juga kita akan kehairanan mengapa mata kita sebenarnya melihat sesuatu yang telah berlalu lima belas saat yang lepas, tetapi kita masih merasa bahawa apa yang kita lihat itu adalah yang sekarang ia terjadi. Itulah ilusi kestabilan yang kita hidup sekarang.

Atas sebab itulah dalam perbahasan akidah, persoalan tentang perkaitan takdir Allah yang telah ditentukan dengan kebebasan pilihan dan perbuatan manusia akan berakhir dengan misteri kerana kita sedang mencerap suatu dimensi yang berlainan atau bahkan, kita mungkin sahaja tercampur aduk dengannya sehingga kita terkeliru tempat yang sepatutnya kita berpijak dan tempat yang kita perlu sekadar akui ia sememangnya wujud.

Saya telah membahaskan isu ini dalam penulisan yang berjudul «Merungkai Paradoks Antara Ketetapan Takdir Dengan Kebebasan Ikhtiar Manusia».

Adapun untuk kesufian, kemungkinan sahaja jika dibaca ia seumpama membawa fahaman ₍Waḥdah al-Wujūd₎, iaitu kesatuan wujud. Penemuan yang mudah adalah pada syarah al-Ḥikam milik Ibn *Aṭō^illah as-Sakandariyy.

Akan tetapi, selalunya -dengan kehendak Allah- ia tidak yang menjurus kepada kesesatan dan penyimpangan yang dibawa oleh golongan batiniah walaupun pembawanya dan pensyarahnya ada kencederungan seperti itu.

Apabila ia dibahaskan dalam bentuk seperti itu, kita juga akan menemukan kehairanan, tetapi ia menyampaikan kita kepada keharmonian dalam perhubungan bersama Yang Maha Pengasih dan fokus dalam ingatan terhadap-Nya setiap nafas kita. Jika dalam perbahasan aspek akidah, ia membawa kepada kita kepada ketundukan dan pengakuan kelemahan kita untuk mencapainya, tetapi jika dalam aspek kesufian, ia membawa kita kepada apa yang telah disebutkan tadi.

Hantaran 13




Bagi yang meneliti dengan cermat, sememangnya tidak ada sesiapa yang akan meragui bahawa Umar Muhammad Noor adalah ašᶜarian. Bahkan, saya sudah melihat beberapa bantahan salafi terhadap pembentangannya untuk slot bicara buku ini kerana dia menampilkan naratif wacana hadis sifat berkacamatakan ašᶜarian.

Namun, sebahagian orang yang entah apa masalah pada otaknya kerapkali melabel orang lain ke label yang jahat di sisinya semata-mata hanya kerana adanya penglibatan bersama musuh aliran atau berkongsi pandangan dengan pihak-pihak yang dianggap sebagai musuh.

Hanya kerana Umar Muhammad Noor meraikan undangan wahana Sidang Kalam yang banyak menghentam teruk beberapa sufi palsu lagi tolol yang suka berselindung di balik aswajaean dan sentimen antiwahabi, terus sahaja mereka yang terlibat digolongkan bersama.

Cubalah renungi. Adakah wahabi yang sebenarnya adalah punca krisis sekarang ini atau mereka dari kalangan aswajaean yang dangkal ini yang bermasalah? 

Hantaran 14


Yang mana satu betul?

Tafsir al-Baġowiyy menyatakan bahawa penjagaan kemaluan dari Surah al-Mu^minūn ayat 5 dan Surah an-Nūr ayat 30 adalah penjagaan daripa yang diharamkan, manakala tafsir al-Bayḍōwiyy menyatakan bahawa ia adalah penjagaan daripada segenap keadaan.

Yang mana satu yang terpilih?

Maka, kita perlu lihat bagaimana hadis yang menyebutkan tentang hal ini :

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، وَأَبُو كُرَيْبٍ ، قَالَا : حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ ، عَنِ الْأَعْمَشِ ، عَنْعُمَارَةَ بْنِ عُمَيْرٍ ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ يَزِيدَ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ ، قَالَ : قَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ ، مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ ، فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

Abū Bakr bin Abū Šaybah dan Abū Kuroyb telah merawi hadis kepada kami, mereka berdua berkata
Abū Muāwiyah telah merawi hadis kepada kami Daripada al-Amaš Daripada *Umāroh bin *Umayr Daripada *Abdul Roḥmān bin Yazīd Daripada *Abdullah, dia berkata Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda kepada kami: "Wahai sekalian pemuda! Barangsiapa yang berkemampuan pada pembekalannya, maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana sesungguhnya ia adalah perisai". [Ṣoḥīḥ Muslim, kitāb an-Nikāḥ, no. 2577].

Daripada sini, memelihara kemaluan dalam konteks ini merujuk kepada yang haram secara khusus, bukan segenap perkara. Inilah petunjuk yang kuat kerana baginda sedang menyatakan objektif perkahwinan adalah pemeliharaan pandangan dan kemaluan. Sudah tentulah ia adalah pencegahan kepada yang haram.

Maka, tafsir al-Baġowiyy benar dalam hal ini.

Hantaran 15

Kerancuan bentuk istidlal mereka yang mengharamkan lancap berdasarkan Surah al-Mu^minūn ayat 5-7.

Pada awalnya, berkata ia adalah penegahan yang merujuk kepada seluruh keadaan sama ada syahwat ataupun tidak. Namun, di tempat lain, ia mengkhususkan pada syahwat pula!

Saya lihat inilah bentuk istidlal yang berlangsung pada orang yang ingin mengharamkan hukum lancap. Mereka tidak menyedari pertentangan yang mereka sedang lakukan.

Nampaklah jelas bagaimana kebijaksanaan Ibn Ḥazm dalam menepis orang yang membawa pertentangan seperti ini. Dipersilakan untuk baca lanjut dalam penulisan saya yang berjudul «Hukum Melancap».

Jika diungkapkan: "₍Jamī* al-Aḥwāl Min aš-Šahwah₎" (جَمِيعِ الْأَحْوَالِ مِنَ الشَّهْوَةِ), iaitu segenap keadaan yang berupa syahwat, sekurang-kurangnya tidaklah tampak pertentangan. Pun begitu, pengkhususan sebegitu pun dibantah.

Hantaran 16

Antara pendapat bodoh yang pernah saya lihat adalah wanita diharamkan memakai seluar kerana ia menampakkan bentuk kaki. Justeru, lelaki pun diharamkan memakai seluar kerana itu menampakkan peha yang merupakan salah satu bahagian auratnya? Janganlah berfikiran singkat sangat.

Inilah agamawan yang saya selalu temukan yang mereka ini sangat mahukan pengamalan agama secara ekstrim dan ortodoks, tetapi selalu sahaja mengeluarkan hukum yang menyalahi kaedah fiqh dan kaedah-kaedah ilmu yang lurus. 

Kadangkala sampai tidak boleh beza antara bimbingan dan penghukuman, memaksakan pengamalan yang hanya sesuai untuk individu atau kelompok tertentu terhadap orang awam secara umum. Jenis ini, iaitu ekstrim juga sama-sama perosak agama sepertimana sang jahil dalam memberi pendapat.

Ini mengingatkan saya tentang sebab *Abdul *Azīz bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- menghasilkan kitab «Ifādah Ḏawī al-Afhām Bi Anna Ḥalq al-Liḥyah Makrūh Wa Laysa Bi Ḥarōm». Ia adalah kerana bagi merespons pendapat sebahagian orang yang berkata bahawa seseorang yang mencukur janggutnya termasuk dosa besar besar dan dilaknat orangnya. Bahkan, seingga mengatakan bahawa batal solat orang yang mencukurnya atas alasan ia menyerupai golongan kafir dan berperhiasan seperti golongan nasrani dan Yahudi.

Seruan kepada agama dan usaha untuk memartabatkannya dalam masyarakat dengan cara ekstrim hanyalah menatijahkan yang sama seperti orang bodoh yang cuba terjun dalam dakwah. Kesannya cukup parah, tetapi inilah yang selalu diabaikan oleh sebahagian orang yang keterlaluan sentimennya dan semangatnya.

Hantaran 17


Sebahagian orang memperlekeh, menyindir dan memandang hina, buruk, nista dan keji terhadap orang yang membaca atau menelaah melalui kemudahan perisian digital atau laman sesawang. Mereka berkeras bahawa pembacaan yang selayaknya dan yang paling murni adalah melalui penelaahan yang bercetak atau melalui kertas. Walau apapun alasan mereka, semuanya menatijahkan bahawa pembacaan atau penelaahan ilmu melalui kemudahan digital atau laman sesawang adalah inferior dan boleh diperlekehkan.

Di sini, saya tunjukkan bagaimana perisian digital atau laman sesawang ada juga manfaatnya yang besar. Di gambar ini, saya pamerkan perbandingan teks dalam kitab «al-Muwāfaqōt» karya aš-Šāṭibiyy yang menunjukkan perbezaan lafaz perkataan ₍aṭ-Ṭōlib₎ (
الطالب) dalam pelbagai sumber.

Pada bahagian pertama, ini adalah apa yang ada di tangan saya yang berupa cetakan dari Dār al-Fikr Li aṭ-Ṭibā*ah Wa an-Našr Wa at-Tawzī* yang mana ia menggunakan lafaz ₍aṭ-Ṭōlib₎ semata-mata. Berikut adalah teks penuhnya untuk bahagian tersebut:

وَلَوْ كَانَ مُشْتَرَطًا فِي الْمُجْتَهِدِ الِاجْتِهَادُ فِي كُلِّ مَا يَفْتَقِرُ إِلَيْهِ الْحُكْمُ؛ لَمْ يَصِحَّ لِحَاكِمٍ أَنْ يَنْتَصِبَ لِلْفَصْلِ بَيْنَ الْخُصُومِ حَتَّى يَكُونَ مُجْتَهِدًا فِي كُلِّ مَا يَفْتَقِرُ إِلَيْهِ الْحُكْمُ الَّذِي يُوَجِّهُهُ عَلَى الْمَطْلُوبِ الطالب، وَلَيْسَ الْأَمْرُ كَذَلِكَ بِالْإِجْمَاعِ.

Bahagian kedua adalah yang saya temukannya di Maktabah Syamilah yang ada penambahan ḥarf Jarr padanya yang menyebutkan ₍Liṭṭōlib₎ (
للطالب).

وَلَوْ كَانَ مُشْتَرَطًا فِي الْمُجْتَهِدِ الِاجْتِهَادُ فِي كُلِّ مَا يَفْتَقِرُ إِلَيْهِ الْحُكْمُ؛ لَمْ يَصِحَّ لِحَاكِمٍ أَنْ يَنْتَصِبَ لِلْفَصْلِ بَيْنَ الْخُصُومِ حَتَّى يَكُونَ مُجْتَهِدًا فِي كُلِّ مَا يَفْتَقِرُ إِلَيْهِ الْحُكْمُ الَّذِي يُوَجِّهُهُ عَلَى الْمَطْلُوبِ لِلطَّالِبِ، وَلَيْسَ الْأَمْرُ كَذَلِكَ بِالْإِجْمَاعِ.

Kitab dalam perisian Maktabah Syamilah ini diambil daripada Dār Ibn *Affān. Apabila saya menelitinya di bahagian buku Google, sedemikian juga yang dipamerkan. Rujuk : menelitinya di bahagian buku Google, sedemikian juga yang dipamerkan. Rujuk : 
https://books.google.com.my/books?id=t75ICwAAQBAJ&pg=PT46&dq=%D8%AD%D9%8E%D8%AA%D9%91%D9%8E%D9%89+%D9%8A%D9%8E%D9%83%D9%8F%D9%88%D9%86%D9%8E+%D9%85%D9%8F%D8%AC%D9%92%D8%AA%D9%8E%D9%87%D9%90%D8%AF%D9%8B%D8%A7+%D9%81%D9%90%D9%8A+%D9%83%D9%8F%D9%84%D9%91%D9%90+%D9%85%D9%8E%D8%A7+%D9%8A%D9%8E%D9%81%D9%92%D8%AA%D9%8E%D9%82%D9%90%D8%B1%D9%8F+%D8%A5%D9%90%D9%84%D9%8E%D9%8A%D9%92%D9%87%D9%90+%D8%A7%D9%84%D9%92%D8%AD%D9%8F%D9%83%D9%92%D9%85%D9%8F+%D8%A7%D9%84%D9%91%D9%8E%D8%B0%D9%90%D9%8A+%D9%8A%D9%8F%D9%88%D9%8E%D8%AC%D9%91%D9%90%D9%87%D9%8F%D9%87%D9%8F+%D8%B9%D9%8E%D9%84%D9%8E%D9%89+%D8%A7%D9%84%D9%92%D9%85%D9%8E%D8%B7%D9%92%D9%84%D9%8F%D9%88%D8%A8%D9%90&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwisp--Ax8rrAhWWuJ4KHXEPD6QQ6AEwAHoECAIQAg#v=onepage&q=%D8%AD%D9%8E%D8%AA%D9%91%D9%8E%D9%89%20%D9%8A%D9%8E%D9%83%D9%8F%D9%88%D9%86%D9%8E%20%D9%85%D9%8F%D8%AC%D9%92%D8%AA%D9%8E%D9%87%D9%90%D8%AF%D9%8B%D8%A7%20%D9%81%D9%90%D9%8A%20%D9%83%D9%8F%D9%84%D9%91%D9%90%20%D9%85%D9%8E%D8%A7%20%D9%8A%D9%8E%D9%81%D9%92%D8%AA%D9%8E%D9%82%D9%90%D8%B1%D9%8F%20%D8%A5%D9%90%D9%84%D9%8E%D9%8A%D9%92%D9%87%D9%90%20%D8%A7%D9%84%D9%92%D8%AD%D9%8F%D9%83%D9%92%D9%85%D9%8F%20%D8%A7%D9%84%D9%91%D9%8E%D8%B0%D9%90%D9%8A%20%D9%8A%D9%8F%D9%88%D9%8E%D8%AC%D9%91%D9%90%D9%87%D9%8F%D9%87%D9%8F%20%D8%B9%D9%8E%D9%84%D9%8E%D9%89%20%D8%A7%D9%84%D9%92%D9%85%D9%8E%D8%B7%D9%92%D9%84%D9%8F%D9%88%D8%A8%D9%90&f=false

Bahagian ketiga pula adalah cetakan daripada Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah yang juga menyebutkan lafaz yang sama. Rujuk : 
https://books.google.com.my/books?id=Qi5uDwAAQBAJ&pg=PT785&dq=%D8%AD%D9%8E%D8%AA%D9%91%D9%8E%D9%89+%D9%8A%D9%8E%D9%83%D9%8F%D9%88%D9%86%D9%8E+%D9%85%D9%8F%D8%AC%D9%92%D8%AA%D9%8E%D9%87%D9%90%D8%AF%D9%8B%D8%A7+%D9%81%D9%90%D9%8A+%D9%83%D9%8F%D9%84%D9%91%D9%90+%D9%85%D9%8E%D8%A7+%D9%8A%D9%8E%D9%81%D9%92%D8%AA%D9%8E%D9%82%D9%90%D8%B1%D9%8F+%D8%A5%D9%90%D9%84%D9%8E%D9%8A%D9%92%D9%87%D9%90+%D8%A7%D9%84%D9%92%D8%AD%D9%8F%D9%83%D9%92%D9%85%D9%8F+%D8%A7%D9%84%D9%91%D9%8E%D8%B0%D9%90%D9%8A+%D9%8A%D9%8F%D9%88%D9%8E%D8%AC%D9%91%D9%90%D9%87%D9%8F%D9%87%D9%8F+%D8%B9%D9%8E%D9%84%D9%8E%D9%89+%D8%A7%D9%84%D9%92%D9%85%D9%8E%D8%B7%D9%92%D9%84%D9%8F%D9%88%D8%A8%D9%90&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwiE2c60x8rrAhXOqp4KHVeZC6IQ6AEwAXoECAEQAg#v=onepage&q=%D8%AD%D9%8E%D8%AA%D9%91%D9%8E%D9%89%20%D9%8A%D9%8E%D9%83%D9%8F%D9%88%D9%86%D9%8E%20%D9%85%D9%8F%D8%AC%D9%92%D8%AA%D9%8E%D9%87%D9%90%D8%AF%D9%8B%D8%A7%20%D9%81%D9%90%D9%8A%20%D9%83%D9%8F%D9%84%D9%91%D9%90%20%D9%85%D9%8E%D8%A7%20%D9%8A%D9%8E%D9%81%D9%92%D8%AA%D9%8E%D9%82%D9%90%D8%B1%D9%8F%20%D8%A5%D9%90%D9%84%D9%8E%D9%8A%D9%92%D9%87%D9%90%20%D8%A7%D9%84%D9%92%D8%AD%D9%8F%D9%83%D9%92%D9%85%D9%8F%20%D8%A7%D9%84%D9%91%D9%8E%D8%B0%D9%90%D9%8A%20%D9%8A%D9%8F%D9%88%D9%8E%D8%AC%D9%91%D9%90%D9%87%D9%8F%D9%87%D9%8F%20%D8%B9%D9%8E%D9%84%D9%8E%D9%89%20%D8%A7%D9%84%D9%92%D9%85%D9%8E%D8%B7%D9%92%D9%84%D9%8F%D9%88%D8%A8%D9%90&f=false

Bahagian yang keempat pula adalah yang saya petik daripada laman Islamport yang juga menyebutkan lafaz yang sama. Rujuk : 
http://islamport.com/d/2/usl/1/66/606.html

Bahagian yang kelima adalah yang saya petik daripada laman Islamweb yang juga menyebutkan lafaz yang sama. Rujuk : 
https://islamweb.net/ar/library/index.php?page=bookcontents&idfrom=375&idto=375&bk_no=99&ID=493

Malah, jika kita melihat beberapa laman web yang menukilkan kenyataan aš-Šāṭibiyy ini, semuanya menyebutkan dengan ₍Ḥarf Jarr₎. Tidak ada yang menyebutkan sepertimana cetakan yang ada di tangan saya. Jelaslah bahawa bagaimana kemudahan digital ini mampu membantu.

Maknanya orang yang menyindir atau memperlekeh kemudahan digital adalah orang yang tidak nampak atau lebih buruk lagi, sengaja buat-buat tidak nampak adanya kegunaan atau orang yang sengaja mengharamkan diri untuk kebaikan. Ramai ahli ilmu yang sealiran dengannya mengembangkan dakwah dan pengajarannya melalui penulisan dan video atau gambar. Apakah gerak usaha mereka ini sesuatu yang tidak diredhai Allah atau kebaikan yang boleh diremehkan?

Apa sahaja alasan untuk menampakkan adanya kelompongan, kekurangan atau inferioriti terhadapnya, semua itu tidak mampu menutup realiti manfaat dan kebaikannya. Alasan yang dikemukakan itu sekadar untuk ego dan berkeras kepala.

Malah, sesiapa yang sentiasa memerhatikan komentar pentahqiq kitab, kadangkala mereka memberi komentar terhadap sesuatu perkataan yang asalnya salah ejaan sama ada tertukar huruf, tergugur hurufnya atau terunggang terbalik hurufnya atau selainnya pada manuskrip atau cetakan lama. Jelaslah bahawa pembacaan melalui kitab yang bercetak pun perlu berjaga-jaga.

Saya tidaklah kata bahawa apa yang terkandung dalam kemudahan digital ini semuanya bermanfaat atau betul. Terutamanya perisian Maktabah Syamilah, ada beberapa yang saya temui sememangnya mempunyai kesalahan sama ada salah ejaan atau gugur perkataan.

Cuma, yang penting tidak perlu kita meremehkan mana-mana cara pembacaan, penelaahan dan kajian ilmu kita. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Tinggal lagi kita menggunakan kebijaksanaan kita dalam meniti jalan tersebut.

Hantaran 18


Saya setuju dalam isu ketidakmakhlukan pada mushaf al-Quran dalam artikel ini. Cuma, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

Pertama, yang mengisbatkan huruf dan suara bagi kalam Allah adalah Aḥmad bin Ḥanbal melalui nukilan anaknya; *Abdullah dalam «as-Sunnah». Ini juga pendapat al-Buẖōriyy dalam «H̱olq Afāl al-Ibād». Ini juga daripada tokoh ḥanbalian seperti Ibn Rojab al-Ḥanbaliyy, Abū Naṣr as-Sijziyy, Ibn Qudāmah dan lain-lain lagi. Ini juga diakui oleh Ibn Ḥajar al-Asqolāniyy dalam «Fatḥ al-Bārī Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy».

Rujuk penulisan saya yang berjudul «Teguh Menyerlah Dalam Isbat Huruf Dan Suara Bagi Kalam Allah». Ini sudah cukup meruntuhkan pembahagian kalam. Yang sebetulnya adalah cukup dengan taalluq↼ṣulūḥĩ↼qodīm dan taalluq↼tanjīzĩ↼ḥādiṯ.

Kedua, begitu melucukan mereka suka menggelar orang lain sebagai pelampau ḥanbalian, wahabi dan mujassimah dengan tanpa mereka sedar yang mereka sedang menggelar buruk terhadap para imam ahli sunnah.

Cuba kalau mereka ini digelar sebagai jahmian pondan kerana sebahagian serpihan daripadanya menyusup dalam ašᶜarian. Boleh bergegar bumi kerana menanggung gegak gempita tempelak mereka!

Hantaran 19


Sejujurnya. Kalau saya di tempat saudara Noor Deros, pasti berbuih mulut saya untuk menerangkan berulangkali poin yang sampai sekarang tidak dijadikan fokus perbincangan dan tidak dibantah secara tuntas sehingga ke hari ini.

Saya mungkin juga akan hamburkan sahaja caci maki, kata-kata kesat dan pengungkapan yang tidak bertapis lagi kerana jemu untuk bersabar menghadap para pengingkar atau yang ignoran yang masih berdegil dan malas untuk mengamati penghujahan yang telah dibentangkan di pelbagai tempat dan berulang kali.

Saya kagum dengan kesabarannya dalam menahan marah yang kalau saya di posisinya dan di situasi yang dia berada sekarang, pasti saya pun sudah meletus. Moga Allah terus melimpahkan kesabaran yang berpanjangan kepadanya dan meneguhkan kekuatan jiwanya menghadapi lawannya.

Penyokong Ibn *Arobiyy ini sememangnya tidak habis-habis dengan dalih, menoleh fokus yang bukan subjek perbincangannya, bermain falasi dan pelbagai lagi. Semuanya mempamerkan sikap penafian atau tidak mencerap pada teras permasalahannya.

Mereka mungkin boleh perdaya akal orang awam atau agamawan dengan menyuntik-nyuntik sentimen, tetapi bagaimana mereka ingin meyakinkan kepada para peguam, detektif dan mereka yang sudah berpengalaman dalam penganalisisan masalah bahawa Ibn *Arobiyy terbebas daripada tuduhan ini setelah melihat pembentangan Noor Deros ini? Adakah dengan cara yang sama mereka terapkan dalam merangkul pengaruh di pihak mereka?

Sampai bila-bila pun sufi tidak akan menjadi progresif, terpuruk dalam kesempitan akal dan tidak akan tercambah kritis dalam pembudayaan ilmu mereka kalau masih berterusan sikap sebegini.

Hakikatnya, sebahagian apa yang ditimbulkan Noor Deros tentang Ibn *Arobiyy bukanlah yang baru. Ada yang telah dibangkitkan oleh para ulama terdahulu yang mengkritiknya seperti as-Saẖōwiyy dalam «al-Qowl al-Munbi ī *An Tarjamah Ibn *Arobiyy», *Alā^uddīn al-Buẖōriyy dalam «Fāḍiḥah al-Mulḥidīn Wa Nāṣiḥah al-Muwaḥḥidīn», al-Ḥusayn bin *Abdul Roḥmān al-Ahdal dalam «Kašf al-Ġiṭō^ *An Ḥaqō^iq at-Tawḥīd Wa *Aqō^id al-Muwaḥḥidīn» dan Burhānuddīn al-Buqō*iyy dalam «Tanbīh al-Ġobiyy Ilā Takfīr Ibn *Arobiyy».

Sesiapa yang melihat kalam para ulama tentangnya, maka tidak ada apa yang dihairankan pada apa yang dibangkitkan Noor Deros. Hanya orang tidak cakna sahaja memogok secara membabi buta.

Tonton di sini : https://www.youtube.com/playlist?list=PLry93SYZ6XUbvt7BoCfcf85ItXTznDtjU

Bacaan Tambahan : https://www.wattpad.com/1097918167-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-82-pendirian

Hantaran 20

Walaupun saya tidak mengkaji Ibn *Arobiyy secara tahqiq seperti Noor Deros, tetapi saya tahu apa isu utama yang dibincangkan oleh saudara Noor Deros tentang Ibn *Arobiyy dan al-Jīliyy. Segala puji bagi Allah.

Sesiapa yang mengikuti pembentangannya, khususnya yang telah dimuat naik di saluran Youtube, ia sudah cukup jelas tentang tempat pertikaian fahaman ₍Waḥdah al-Wujūd₎ yang sedang berkecamuk sekarang ini.

Saya mengikuti pembentangannya pun kerana saya lebih tertarik untuk melihat cara penghujahan akidah itu dalam mendepani permasalahan sufi, bukan kedua-dua insan itu sendiri. Segala puji bagi Allah. Saya mendapat manfaat yang besar daripadanya. Semoga Allah terus mencurahkan rahmat kepadanya dan mengilhamkan lebih banyak kepaduan ilmu agar terus terbangkitnya budaya kritis.

Saya lihat ramai yang menghentam Noor Deros kerana tidak mengerti atau tidak fokus dengan isu yang bukan dia maksudkan. Kalau orang itu tahu pun, sama ada dia sengaja ingin bersikap penafian terhadap realiti bahawa wujudnya kalam-kalam yang zahir kekufurannya pada kedua-dua insan ini atau sememangnya taksub bersama memaksumkan orang yang tidak sepatutnya tanpa dia sedar.

Inilah masalah sebahagian sufi yang culas dari kalangan pembela Ibn *Arobiyy dan al-Jīliyy. Kalau berterusan sebegini keadaannya, sampai bila-bila masalah pun tidak akan selesai atau tidak dapat diurusi dengan lebih tepat dan terfokus.

Padahal, sebahagian apa yang ditimbulkan Noor Deros tentang Ibn *Arobiyy bukanlah yang baru. Ada yang telah dibangkitkan oleh para ulama terdahulu yang mengkritiknya seperti as-Saẖōwiyy dalam «al-Qowl al-Munbi ī *An Tarjamah Ibn *Arobiyy», *Alā^uddīn al-Buẖōriyy dalam «Fāḍiḥah al-Mulḥidīn Wa Nāṣiḥah al-Muwaḥḥidīn», al-Ḥusayn bin *Abdul Roḥmān al-Ahdal dalam «Kašf al-Ġiṭō^ *An Ḥaqō^iq at-Tawḥīd Wa *Aqō^id al-Muwaḥḥidīn» dan Burhānuddīn al-Buqō*iyy dalam «Tanbīh al-Ġobiyy Ilā Takfīr Ibn *Arobiyy».

Kalaulah mereka ini hidup pada zaman para ulama ini, adakah mereka ingin bercakap sepertimana mereka hamburkan terhadap Noor Deros?

Hantaran 21


Sebahagian orang menganggap bahawa ḥanbalian ini adalah golongan yang terbebas dari golongan mutakallimin dan kekal setia dalam pengisbatan sifat-sifat Allah Ta*ālā tanpa terikat dengan istilah dan pengamalan ahli kalam.

Akan tetapi, hakikatnya bukanlah sedemikian dan ini sepertimana yang diakui oleh salafi tempatan kita tentang al-Qōḍī Abū Ya*lā al-Ḥanbaliyy apabila dibawakan teks dari «Ibṭōl at-Ta^wīlāt Li Aẖbār aṣ-Ṣifāt» yang merupakan karya miliknya tentang penafian kelaziman jisim seperti penafian tempat dan perpindahan bahawa Abū Ya*lā telah menggunakan istilah mutakallimin dan kelaziman kosep dalam mengungkap akidahnya. Padahal, di sisi kita dan ašᶜarian sudah pun memperakui bahawa dia termasuk dalam golongan itu.

Saya membuka namanya sepertimana yang saya telah jelaskan sebabnya dan ia adalah untuk membuktikan bahawa penutur itu termasuk dalam kelompok tersebut.

Malah, para pengagum Ibn Taymiyyah yang mereka tanggap bahawa dia adalah tokoh kebesaran ḥanbalian dan pembela kepada aliran ini serta pendukung mazhab ini juga adalah orang yang mengaplikasikan ilmu kalam sekalipun ia adalah versinya tersendiri. Ini boleh dilihat di sini : https://www.wattpad.com/1195660313-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-168-pengagum-ibn

Kadangkala, apabila kita menyebutkan tentang penafian jisim dan kelazimannya daripada Allah *Azza Wa Jalla ketika mengisbatkan sifat-sifatNya sepertimana yang disebutkan dalam al-Quran dan hadis, sebahagian orang dari kalangan salafi meresponsnya dengan sumbang dan merasa janggal terhadapnya.

Padahal, al-Qōḍī Abū Ya*lā al-Ḥanbaliyy sendiri tidak berseorangan dalam penafian seperti ini. Ia juga adalah daripada pembesar dari aliran ini sepertimana yang telah saya sebutkan di sini : https://www.wattpad.com/1196134797-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-136-akidah-ibn-taymiyyah

Contoh yang jelas dari apa yang saya lampirkan di sini adalah penafian jisim dan anggota dari tokoh kebanggaan salafi yang dijulang tinggi sebagai pembela agresif bagi akidah ahli sunnah; Abū Sa*īd ad-Dārimiyy dalam «an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy». Malah, penafian anggota daripada-Nya juga yang disebutkan Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy dalam «at-Tabṣīr Fī Ma*ālim ad-Dīn». Kedua-dua ini adalah tokoh agung dari salaf yang dipandang hebat oleh salafi pada hari ini.

Akan tetapi, malangnya adalah Ibn Bāz berkata dalam komentarnya terhadap «at-Tabṣīr Fī Ma*ālim ad-Dīn» karya aṭ-Ṭobariyy ketika mengomentari penafian anggota daripada-Nya ketika mengisbatkan sifat dua tangan kepada-Nya menyatakan bahawa penafian ini tidak diperlukan atas alasan tidak ada naṣ tentangnya. Bahkan, ia adalah perkara yang perlu didiamkan, iaitu tidak menafikannya dan tidak mengisbatkannya.

Oleh itu, kita ingin bertanya kepada salafi yang berpendirian sebegini. Adakah penafian anggota daripada-Nya adalah istilah ahli kalam yang mana tokoh ahli sunnah terpengaruh daripada penggunaan asing ini ketika mengisbatkan sifat-Nya dan menafikan persamaan dari makhluk-Nya dalam keadaan mereka tidak sedar terhadap bahaya dalam penggunaan ini? Ataukah salafi yang berpendirian sebegini terkeliru terhadap apa yang dipraktikkan oleh pembesar ahli sunnah dari kalangan salaf sendiri? Fikirkanlah.

Hantaran 22


Menepati apa yang menjadi ketetapan para ulama.

Aḥmad bin Ḥanbal berkata :

من ضيق علم الرجل أَن يُقَلّد

"Antara yang menyempitkan ilmu seseorang adalah bertaklid". [At-Taḥbīr Šarḥ at-Taḥrīr Fī Uṣūl al-Fiqh, karya *Alā^uddīn Abū al-Ḥasan al-Ḥanbaliyy ad-Dimašqiyy, jilid 8, m/s 4112, keluaran Maktabah ar-Rušd, ar-Riyāḍ, tahqiq *Abdul Roḥmān al-Jibrīn, *Awḍ al-Qorniyy dan Aḥmad as-Sarrōḥ].

Ibn al-Jawziyy berkata :

التَّقْلِيد للأكابر أفسد العقائد وَلَا يَنْبَغِي أَن يناظر بأسماء الرِّجَال إِنَّمَا يَنْبَغِي أَن يتبع الدَّلِيل، فَإِن أَحْمد أَخذ فِي الْجد بقول زيد وَخَالف الصّديق

"Taklid kepada tokoh besar adalah serosak-rosak kepercayaan. Tidak sepatutnya dia berdebat dengan nama-nama orang. Sepatutnya dia mengikut dalil. Sesungguhnya Aḥmad mengambil pendapat Zayd dalam isu pewarisan datuk dan menyalahi aṣ-Ṣiddīq". [At-Taḥbīr Šarḥ at-Taḥrīr Fī Uṣūl al-Fiqh, karya *Alā^uddīn Abū al-Ḥasan al-Ḥanbaliyy ad-Dimašqiyy, jilid 8, m/s 4113, keluaran Maktabah ar-Rušd, ar-Riyāḍ, tahqiq *Abdul Roḥmān al-Jibrīn, *Awḍ al-Qorniyy dan Aḥmad as-Sarrōḥ].

Hantaran 23


Nasihat yang baik.

Masing-masing pada setiap tahap ada peranan dan sumbangan tersendiri dalam mengajak kepada pemahaman dan pengamalan kepada agama.

Kalau yang ingin sekadar melepaskan tanggungjawab wajib dalam ilmu bagi seorang muslim, maka cukuplah dengan pendakwah yang di lapisan pertama.

Kalau yang ingin serius menjadi ahli ilmu dan faqih, maka perlulah dia menuntut dari ahlinya.

Setiap lapisan ada wilayahnya dan fokusnya. Inilah yang perlu disedari bagi setiap penuntut ilmu dan mereka yang melangkah dalam dakwah.

Hantaran 24


Mungkin pada awalnya sukar untuk mewartakan sebegini dan menghadapi tentangan yang hebat dari pendukung yang telah lama bersedap-sedapan dengan kitab ini, tetapi kita mampu untuk membendungnya.

Sememangnya permulaan perjuangan kita tidak mudah ditelan atau dihadam. Namun, proses berpanjangan lagi berterusan dengan kecekalan akan membuahkan hasilnya dengan izin Allah. Kalau tidak berjaya membasminya sehingga ke akarnya, sekurang-kurangnya kita dapat memberikan tekanan yang kuat terhadap pembawanya.

Sekarang ini, mereka yang suka mencanangkan kepada rakyat Malaysia agar akur akan apa yang telah diputuskan dari jabatan agama rasmi negara kita dan para mufti kita yang telah dilantik, tetapi dalam masa yang sama membawa fahaman ₍Waḥdah al-Wujūd₎ dan menyokongnya, malah bertoleransi dengan elemen yang ada padanya dan mempertahankan seolah-olah pengharaman kitab secara rasmi ini tidak berasas. 

Apa agaknya masalah mereka ini? Hipokrit ketika menyinggung lawan?

Bahkan, mereka cuba mengemukakan penafsiran untuk fatwa ini yang pada hakikatnya menzahirkan rasa keberatan yang tersembunyi dalam menerima fatwa ini atau ingin berdalih secara halus dalam menerima secara penuh patuh terhadap fatwa ini.

Ada yang berkata bahawa ₍Waḥdah al-Wujūd₎ versi mereka bukanlah seiras dengan apa yang difatwakan pengharamannya. Ada yang berkata bahawa kitab tersebut sebenarnya bukanlah untuk orang awam, tetapi untuk orang yang khas sahaja. Pelbagai lagi pengemukaan alasan mereka yang sebenarnya ada tujuan lain dari menjunjung penuh terhadap fatwa ini.

Bagi mereka yang merasakan pengharaman pengajaran kitab ini adalah tidak wajar kerana telah lama tersebar dalam masyarakat dan diterima oleh para ulama setempat, khususnya di pondok, maka kemukakan hujah bahawa ia mengandungi kelurusan. Namun, tidakkah ini membelakangkan apa yang mereka selama ini memberi tekanan kepada orang ramai untuk tunduk sepenuhnya dengan fatwa rasmi?

Bagi mereka yang ingin mengkhususkan pengkajian, tidakkah ini peluang untuk membuat kajian secara tuntas tentang apa kandungan dalam kitab ini sehingga ia diharamkan dan apakah ada kitab-kitab lain yang serupa kandungannya dengannya sehingga kita boleh menyimpulkan ia juga membawa sama-sama fahaman yang menyesatkan serta adakah kita dapat menemukan asal usul yang terawal bagi pencetus pemahaman ini sama ada dari tamadun lampau atau tamadun selain dari tamadun Muslim?

Kemudian, sesiapa sahaja yang berjaya memperoleh kesimpulan daripada dapatan kajian secara tuntas, bentangkanlah kepada masyarakat dengan menjadikan kitab ini secara pusat tumpuan.

Hantaran 25


Apabila kita ingin membahas pendapat muktamad mazhab ḥanafian dan šāfiᶜian, mesti ada orang sengaja menarik kepada isu lain yang mendatang, bukan inti perbahasannya. 

Ini kerana semata-mata mahu mencari helah untuk mengatakan hal itu haram setelah tertegaknya hujah kebenaran fuqaha kedua-dua mazhab ini yang menyatakan sebaliknya. Ini cara mereka untuk berusaha kuat untuk menyatakan bahawa pendapatnya dalam hal tersebut tidak salah.

Ketepikan dahulu isu industri pornografi. Kita bahas dahulu dari sudut hukum sama ada lihatan gambar aurat itu sama ataupun tidak dengan lihatan aurat pada anggota badan. Setelah kita dapat konklusi daripadanya, barulah masuk kepada isu yang lain.

Hantaran 26


Untuk isu syahwat, saya tidak setuju dan saya telah mengupasnya dalam penulisan saya yang berjudul «Adakah Syahwat Itu Sendiri Adalah Dosa?». 

Apapun, penegasan bahawa aurat yang bukan hakiki yang diserupakan seperti anggota tubuh seperti bayangan air, imej cermin, gambar lukisan, ukiran patung, fotografi, skrin digital dan pancaran hologram bukanlah aurat sebenar seperti yang ada pada tubuh badan, saya menyetujuinya. Saya telah melanjutkannya dalam penulisan saya yang berjudul «Hukum Melihat Aurat Yang Bukan Hakiki».

Entah mengapa sebahagian orang walaupun dari kalangan yang memiliki kecelikan yang tinggi dalam agama dan memiliki reputasi tahap ustaz yang berkompeten tidak dapat menerima hakikat bahawa foto telanjang hanyalah kertas dan layar telefon, bukan anggota tubuh badan.

Untuk mudah faham perbezaan, saya pernah menguji salah seorang daripada rakan saya yang kurang literasi dalam ilmu agama dengan bertanya: "Mengapa tidak batal wuduk jika memegang gambar kemaluan?". Dia berkata: "Kerana ia adalah gambar". Sebegini mudah jawapannya sepertimana justifikasi yang ada pada gambar ini.

Bahkan, jawapan inilah yang sama dikemukakan sepertimana *Abdullah bin Muḥammad al-Haroriyy yang berkata :

هنا سؤال أن من ينظر، يتفرج على الأفلام الخلاعية. ما حكمه؟ الذي يتفرج عليها ونفسه تنجر، تنجر الى المعصية التي يشاهد هيئتها في الفيلم حرام عليه أن يتفرج عليها. أما الإنسان الذي لا تؤثر عليه، إنسان متزوج وهو مقتنع بزوجته نفسه لا تحدثه مهما رأى في الأفلام الخلاعية لا تحدثه نفسه أن يفعل هذا يطبق هذا الفعل الحرام، هذا ليس حراما عليه إن تفرج. ليس حرامًا. هذا يرى المرأة حقيقتها، يرى شخصها الحقيقي؟ لا. إنما هذا خيال. ليس حراماً على الذي لا يتأثر.

"Di sana ada soalan tentang seseorang yang melihat, menenung filem-filem lucah. Apa hukumnya? Orang yang menenung kepadanya dan dirinya terheret, iaitu terheret ke maksiat yang dia menyaksikan bentuknya adalah haram ke atasnya. Adapun seseorang yang tidak terkesan kepadanya, iaitu orang yang berkahwin dan dia merasa puas dengan isterinya, tetapi dirinya tidak menceritakannya kendatipun dia melihat filem-filem lucah, iaitu dirinya tidak menceritakannya untuk melakukan perbuatan yang ini, iaitu mempraktikkan perbuatan haram ini, maka tidaklah haram ke atasnya jika dia menenung. Ia tidak haram. Ini yang dia lihat adalah wanita yang hakikatnya, iaitu sosoknya yang hakiki? Tidak. Ini cumalah bayangan. Tidaklah haram ke atas orang yang tidak terkesan". [Rujuk : https://www.youtube.com/watch?v=NT3oL1WXFsU].

Saya juga pernah memberikan permisalan "bayang-bayang bukanlah tuan bayang" kepada pengamal sufi yang batiniah. Lantas, cepat sahaja dia menangkap maksud saya dan memahami justifikasi ini. Tidak perlu memperpanjangkan perbahasan. 

Bahkan, dalam kitab fiqh muktamad mazhab šāfiᶜian dan ḥanafian pun tidak menyeretkan penjelasan panjang untuk pendapat ini. Ia terlalu mudah difahami meskipun orang awam yang biasa.

Kadangkala Allah melimpahkan kefahaman yang jitu kepada orang yang sedikit kadar literasi ilmu agama berbanding orang yang sudah bermacam-macam buku yang telah ditelaah. Antara sebab terhijabnya orang yang kedua ini adalah kerana jika mengakui kebenaran mereka, maka ini sudah merobek dogma mereka. Atas sebab itulah sama ada mereka buat-buat tidak faham atau faham, tetapi tetap berdegil juga dalam mengingkarinya semata-mata untuk tidak mahu menggugat keberpihakan di sisi mereka.

Kedegilan orang yang berilmu ini kadangkala jauh lebih parah berbanding sang jahil. Semoga Allah menghindarkan kita daripada kebejatan ini.

Hantaran 27

Kebiasaannya apabila saya menangkap layar bagi komen atau hantaran, saya akan tutup namanya. Penulisan saya di kolum «at-Ta*līq *Alā al-Ārō^» adalah saksi bagi apa yang saya lakukan.

Cuma, kali ini saya perlu dedahkan nama untuk meyakinkan kepada saudara di luar sana bahawa yang berkata-kata ini adalah mereka bukan daripada kalangan salafi, bahkan mereka ini adalah ašᶜarian dan sufi. Jika saya menutupnya, saya sukar untuk meyakinkan. Sekarang, saksikanlah sendiri pandangan mereka tentang graduan daripada Universiti Islam Madinah.

Apapun, meskipun saya sendiri tidak sama manhaj dengan mereka dan sebahagian orang daripada bulatan kelompok mereka pernah menghina saya, tetapi saya tetap untuk menyarankan kepada para salafi dan selainnya untuk mengambil ilmu daripada mereka. 

Sesungguhnya mereka ini jauh lebih terselamat daripada sufi yang lain yang tidak begitu sensitif, malah membawa bidaah dan mempertahankan bidaah dalam agama. Mereka adalah aliran ašᶜarian dan sufi yang berkualiti. Hanya sahaja sebahagian orang daripada bulatan mereka ini diuji dengan saya.

Saya cuba meneladani apa yang dilakukan Aḥmad bin Ḥanbal. *Abdullah bin al-Warrōq berkata :

كُنْتُ فِي مَجْلِسِ أَحْمَدَ بنِ حَنْبَلٍ، فَقَالَ: مِنْ أَيْنَ أَقبَلتُم؟ قُلْنَا: مِنْ مَجْلِسِ أَبِي كُرَيْبٍ. فَقَالَ: اكتُبُوا عَنْهُ، فَإِنَّه شَيْخٌ صَالِحٌ. فَقُلْنَا: إِنَّه يَطْعُنُ عَلَيْكَ. فَقَالَ: فَأَيُّ شَيْءٍ حِيلَتِي، شَيْخٌ صَالِحٌ قَدْ بُلِيَ بِي.

Aku di majlis Aḥmad bin Ḥanbal. Dia berkata: "Daripada mana kalian menghadap?". Kami berkata: "Dari majlis Abū Kuroyb". Lalu, dia berkata: "Tulislah daripadanya. Sesungguhnya dia syeikh yang baik". Kami berkata: "Sesungguhnya dia selalu mencelamu". Dia pun berkata: "Apa lagi alasanku? Dia syeikh yang baik yang diuji dengan aku". [Siyar A*lām an-Nubalā^, jilid 11, m/s 317, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut].

Meskipun ada orang menghina dan mengaibkan saya, jika seseorang itu diperakui kewibawaan ilmunya dan kualiti manhajnya, maka saya tetap menyarankan orang mempelajari daripada mereka. Saya sama sekali tidak menjadikan masalah peribadi sebagai dendam dengan mengenpikan hak dan keistimewaan yang ada pada orang tersebut.

Hantaran 28

Perkara yang sama telah saya bahaskan di sini : https://www.wattpad.com/1195658815-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-167-larangan

Isu ₍al-Walā^₎, iaitu kesetiaan dan ₍al-Barrō^₎, iaitu pelepasan diri dalam wacana dan pendirian kalangan sebahagian salafi sememangnya ekstrim, bahkan ia sememangnya tidak mencerminkan manhaj salaf itu sendiri.

Pendirian sebegini adakalanya membakulsampahkan setiap golongan yang dianggap bidaah atau sememangnya ahli bidaah itu sendiri dalam satu tong. Malah, beberapa orang yang memiliki pandangan yang sama dengan ahli bidaah juga terus dikelompokkan bersama.

Padahal, tahap bidaah setiap individu atau kelompok adalah berbeza. Kita tidak boleh berinteraksi dengan cara yang sama. Apatah lagi dengan orang yang memilih beberapa pandangan dari ahli bidaah, sedangkan dia masih berpegang teguh, setia dan memperjuangkan ahli sunnah serta merintangi dan melawan golongan bidaah yang dikritik. Apatah lagi orang yang dituduh secara zalim dan semberono tanpa mengadilinya terlebih dahulu.

Hantaran 29

Kalau admin halaman Facebook itu tidak mengaibkan saya secara terbuka, sekarang ini juga saya aktif ke halaman mereka untuk bela mereka semampu yang boleh meskipun berbeza aliran.

Inilah akibat suka tajassus dan tiada keteguhan dalam objektif dalam perbincangan. Telahan saya tepat apabila ada salah seorang pengomen yang admin tersebut menyinggungnya mengungkapkan yang sama.

Demi Allah saya bersumpah! Sepanjang saya berbincang dengan admin, saya tidak pernah selit kepada singgungan isu peribadi atau isu lain. Saya terus fokus dengan isi perbincangan dengan mengemukakan soalan untuk meminta sudut pandang dan penjelasan dari pihak halaman tersebut. Tiba-tiba admin itu yang menguak isu peribadi saya dan sememangnya bermotif jelas untuk memalukan saya di khayalak ramai.

Dari sini, saya sudah hilang minat untuk ke berkomentar di sana sama ada untuk menyatakan persetujuan atau membangkang. Rupanya bukan saya seorang sahaja seperti itu. Layanan dia kepada orang lain yang tidak sealiran sedemikian pun sama.

Tidak mengapalah. Saya tetap akan bela mereka, tetapi di tempat yang lain. Saya tidak simpan dendam peribadi. Saya akan bekerjasama dengan sesiapa pun yang memperjuangkan kebenaran, menentang kebatilan dan menegakkan keadilan kepada umat.

Saya tetap akan menyarankan orang ramai untuk mengambil manfaat daripada pembentangannya walaupun mereka mencela saya, apatah lagi ingin menghargai saya. Saya buat kerana untuk kebenaran dan agama, bukan redha mereka atau sesiapa.

Saya juga mendoakan agar musibah yang menimpa mereka dapat terangkat dan dilalui dengan kejayaan. Hilangnya mereka jauh lebih buruk dari munculnya seorang espouser bidaah.

Cuma, saya tidak akan terlibat lagi untuk berkomen di sana untuk bantu mereka sampaikan penjelasan dan membela mereka. Malah, saya tidak ingin berdialog dengan mana-mana admin yang saya kenal yang suka menggunakan kad ₍Ad Hominem₎. Hanya yang boleh dibilang dengan jari sahaja yang saya percaya dia matang dan boleh kekal berobjektif.

Saya mencoretkan ini kerana ingin mengingatkan perangai adminnya di sana. Walaupun mereka ini mahir dan berkeahlian serta di manhaj yang boleh dipegang, tetapi sikap jelek mereka ini akan menyakitkan.

Waspadalah. Mereka ini tidak gemar menghadapi ketidaksetujuan dalam perbincangan bersama mereka di sana. Jangan begitu optimis sangat untuk menemukan titik pertemuan apabila berinteraksi dengan sikap mereka.

Kalau sudah sampai 10 dialog perbualan yang seputar ketidaksetujuan kamu terhadap mereka, nantikan sahaja dia akan melakukan tajassus dan menjadikan isu peribadi yang ada pada anda untuk dijadikan modal sindiran, ejekan dan persendaan.

Saya berharap dia sendiri akan merasai sendiri apa yang dia perbuat pada orang lain. Masa itu, saya harap dia belajar bahawa sikap tersebut sangat keji dan rasailah bagaimana pendapatnya dinyahkredit hanya kerana orang lain suka mengaibkannya dan fokus kepada bermain bahan yang dianggap aib untuk mereka.

Bacaan Tambahan : https://www.wattpad.com/1097602029-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-81-mengapa

Hantaran 30

Saya sudah jawab skeptik terhadap para imam hadis kita mampu menghafal ribuan hadis di sini : https://www.wattpad.com/1080537173-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-isu-hadis-dialog-ringkas-28

Hanya orang yang berkecimpung dalam praktikal takhrij dan mendedikasikan diri dalam kajian *ilal al-Ḥadīṯ sahaja yang dapat melihat sendiri bahawa sememangnya para imam hadis kita mampu menghafal ribuan hadis.

Mereka yang tidak pernah terlibat dengan kerja ahli hadis, bagaimana patut seseorang mempertikaikan apa yang di luar lapangannya? Apatah lagi yang tidak tahu apa itu takhrij dan *ilal al-Ḥadīṯ .

Firman Allah *Azza Wa Jalla :

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Katakanlah: "Adakah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui?". [Surah az-Zumar ayat 9].

Firman Allah *Azza Wa Jalla :

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ أَمْ هَلْ تَسْتَوِي الظُّلُمَاتُ وَالنُّورُ

Katakanlah: "Adakah sama orang buta dan orang celik? Adakah sama kegelapan-kegelapan dan cahaya?". [Surah ar-Ro*d ayat 16].

Hantaran 31

Kasihannya orang yang tulis panjang ini kerana ingin membantah Ibn Taymiyyah bahawa kalam Allah itu berhuruf dan bersuara : http://www.sunna.info/Lessons/islam_650.html

Tidakkah dia tahu Aḥmad bin Ḥanbal, al-Buẖōriyy dan ad-Dārimiyy yang mengisbatkan suara bagi kalam Allah? Yang mengisbatkan huruf dan suara bagi Allah adalah Abū Naṣr as-Sijziyy, Abū al-Qōsim al-Aṣbahāniyy, *Abdul Ġoniyy al-Maqdisiyy, Ibn Qudāmah, Ibn Rojab al-Ḥanbaliyy dan sekalian imam ḥanbalian?

Tahu tentang ini, sudah cukup merobohkan segala penghujahan yang ada dalam penulisan ini. Tidak perlu jawab satu persatu.

Saya sudah menulisnya tentang hal tersebut di penulisan saya yang berjudul «Teguh Menyerlah Dalam Isbat Huruf Dan Suara Bagi Kalam Allah».

Hantaran 32


Ini yang disebut oleh Haji Abdul Karim Haji Amrullah (HAMKA) dalam «Tafsir al-Azhar » dalam pentafsiran Surah al-Baqoroh ayat 176.

Kalau ini dianggap sebagai kata-kata yang keras terhadap taklid, itu belum lagi apa yang ditanggapi oleh A
mad bin Muammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- tentang isu taklid. Sebagai permulaan, bacalah dalam «Darr al-Ġomām ar-Roqīq Bi Rosā^il aš-Šayẖ as-Sayyid Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīq».

Orang yang buta atau tidak mengerti sahaja yang menganggap isu taklid ini adalah isu yang ringan dan menganggap kata-kata ini adalah keterlaluan. Orang itu tidak sedar di mana bahayanya taklid yang ditentang habis-habisan secara keras.

Selanjutnya boleh dibaca dalam penulisan saya yang berjudul «Risalah Ringkas Kesedaran Bahaya Taklid».

Hantaran 33


Tiga kitab ini yang saya cadangkan pembacaan bagi mereka yang sudah memahami teori ilmu *ilal al-Ḥadīṯ supaya dapat memahami bagaimana praktik analisis ilmu ini dengan memerhati seberapa banyak yang boleh hadis-hadis yang telah dikumpulkan dalam kitab ini yang menjadi kajian kes. Ia adalah :

a) «Ta^ṯīr al-*Illah Fi Taṣḥīḥ al-Ḥadīṯ Bayna al-Mutaqoddimīn Wa al-Muta^aẖẖirīn» karya Abū *Abdul Roḥmān *Imād Bin Ḥasan al-Miṣriyy aẓ-Ẓōhiriyy 

b) «Ma*rifah Aṣhāb ar-Ruwāh Wa Aṯaruhā Fī at-Ta*līl» karya *Abdul Salām Abū Samḥah 

c) «Aḥādīṯ al-Mu*allah Ẓohiruhā aṣ-Ṣiḥah» karya Muqbil bin Hādī al-Wādi*iyy

Hantaran 34

Sesiapa yang ingin mengenali haluan yang dipilih oleh ahli hadis, sekaligus sekalian para salaf yang soleh ketika bertebarannya pelbagai aliran yang menyimpang, maka bacalah dua kitab ini :

a) «As-Sunnah» karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal

b) «As-Sunnah» karya Abū Bakr al-H̱ollāl

Kenalilah dan berpegang teguh dengan apa yang mereka pilih. Asas keselamatan akidah kita pada hari ini adalah dengan memahami terlebih dahulu haluan yang pendahulu kita telah tempuhi.

Ada jahmian moden yang berbaju ašᶜarian cuba merobekkan kredibiliti kitab ini sebagai rujukan yang muktabar dan kebenaran. Semoga Allah hancurkan usaha mereka ini dan pejuang gagasan tersebut.

Tidak pernah ada mana-mana ulama pendahulu hatta ašᶜarian yang menuduh buruk terhadap kitab ini secara khusus, apatah lagi menyinggung keperibadian kedua-dua tokoh ini setelah kewafatan mereka selama 900 tahun lebih.

Jangan hiraukan momokan mereka, lebih-lebih lagi setelah nyata mereka ini memusuhi atau meredhai permusuhan terhadap kedua-dua karya ini. Nyatalah siapa yang sebenarnya berpaling daripada manhaj salaf dan mendakwa kosong tentang jalan yang dilalui salaf.

Hantaran 35

Sekalipun sejarah mencatatkan bahawa terdapat pelampau dari kalangan ḥanbalian yang mungkin sahaja lebih dahsyat pelampauannya di Arab Saudi, namun mereka semua sangat mengimpikan untuk dikuburkan di mana imam mereka; Aḥmad bin Ḥanbal ditanamkan. Bukan berdekatan dengannya, tetapi di tempat yang Aḥmad bin Ḥanbal disemadikan itu sendiri! Ini kerana mereka mempercayai keberkatan yang ada di sana. Menurut pengetahuan penulis, ini tidak pernah terjadi pada bagi šāfiᶜian dan ḥanafian. 

Malangnya, sejak kemunculan Ibn Taymiyyah dan mereka yang membawa gagasan Muḥammad bin *Abdul Wahhāb serta sebahagian salafi ini sangat gampang menuduh orang lain sebagai kuburian, musyrik dan pelaku bidaah.

Siapakah yang mengikut sunnah dan siapakah pelampau? Ḥanbalian yang terdahulu atau mereka yang pada hari ini dari kalangan salafi yang mendakwa membawa mazhab ini?

Untuk perbahasan yang lanjut, boleh membaca buku «Penziarah Kubur Bukan Penyembah Kubur» karya Maᶜruf Khozin. Saya telah memberi rekomendasi untuk pembacaan buku itu di sini : https://www.wattpad.com/1216928043-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-152-apakah

Hantaran 36


Jalāluddīn as-Suyūṭiyy dalam «al-Amr Bi al-Ittibā* Wa an-Nahy al-Ibtidā*» memasukkan penyekesaan diri dan peninggalan perkara yang harus termasuk dalam bidaah yang dicela.

Bidaah ini bukan sahaja dilakukan oleh sebahagian sufi yang mendampingi suatu tarekat, bahkan ia terjadi pada kebanyakan agamawan yang mahu hidup seumpama rahib dan mendogmakan masyarakat untuk hidup cara kerahiban. Akibatnya, banyak perkara yang harus yang dilakukan oleh kebanyakan orang awam, bahkan dari kalangan ulama pun diharamkan dan dicela oleh golongan agamawan yang tidak bertanggungjawab.

Alasan mereka adalah kata-kata mereka seperti: "Mengelakkan fitnah", "Menyebabkan seseorang itu lalai", "Menimbulkan syahwat", Tidak ada manfaat" dan "Menghadiri kuliah agama lebih baik daripada melakukan ini" atas tujuan untuk memelihara agama seseorang dari terjebak kepada maksiat dan membina peribadi muslim yang terpuji.

Mereka tidak berkata bahawa mereka mengharamkannya atau mengharamkannya secara berterus-terang, tetapi mereka menegahnya, memandang buruk terhadap keharusan itu dan berselindung dalam keharamannya dengan alasan ini. Namun, walhasilnya adalah tidak ada keharusan yang tinggal melainkan sedikit atau hampir-hampir sukar untuk melaksanakannya atau yang tinggal hanya tinggal amalan wajib dan sunat disebabkan terlalu banyak keharusan yang mereka cela yang tidak sepatutnya dicela sedemikian rupa dan yang mereka larang yang mereka tiada hak pun untuknya.

Padahal, mereka ini sebenarnya telah melakukan jenayah ilmiah dan telah melakukan kemaksiatan yang lain demi mencegah apa yang dianggap sebagai jalan kepada maksiat. Bahkan, mereka juga telah melakukan bidaah dalam agama kerana membawa kerahiban secara halus atau yang mereka tidak mengetahuinya. Alasan ini walaupun berniat baik, tetapi sebenarnya ia adalah keburukan dan kejelekan yang ramai daripada mereka tidak menyedarinya.

Saya telah mendedahkan korupsi dan kebejatan alaasan seperti ini dalam penulisan saya yang berjudul «Khuatir Fitnah Yang Membawa Fitnah» dan «Tersalah Menghalalkan Sesuatu Lebih Baik Dari Tersalah Mengharamkan Sesuatu». Penulisan saya ini sememangnya khas untuk menentang tipu daya orang yang acah-acah suci mahu menjadi rahib di sebalik alasan ini dan bagaimana mereka ini sebenarnya penjenayah umat terhadap penjarahan hak pengamalan sesuatu yang harus dalam agama.

Semoga Allah membenamkan mereka ini dalam kalangan umat Islam dan menzahirkan sunnah yang sejati. Hakikatnya kerahiban seperti ini bukan sahaja menyeksa diri dari segi fizikal, mental dan spiritual, tetapi ia juga merosakkan kefahaman dalam beragama, khususnya dalam pandangan alam tentang sesuatu yang harus dan langkah pencegahan. Atas sebab itulah saya serius dalam menentang ini sehingga saya menghasilkan judul penulisan itu.

Hantaran 37

Sejujurnya, saya sampai sekarang hairan mengapa berlakunya penerimaan hadis dhaif boleh diangkat menjadi hasan atau sahih hanya kerana matan pada suatu hadis melalui jalur yang berbeza yang dhaif atau sahih atau hasan adalah sama atau sehampir makna dengannya.

Anehnya sebahagian orang boleh menolak pandangan bahawa hadis dhaif boleh dikuatkan jika matannya bertepatan dengan ayat al-Quran atau peristiwa yang benar-benar terjadi dengan salah satu alasan: "Kalau begitu, sanad tidak ada nilai lagi". 

Lantas, mereka juga membelakangkan alasan tersebut pada penguatan hadis dhaif dengan gabungan hadis dhaif atau hasan atau sahih hanya kerana matannya sama tanpa melihat lagi sanadnya! Seolah-olah perawi dhaif hanya memiliki masalah kejituan pada matan hadis sahaja, bukan sanadnya!

Sebab itulah saya mengambil prinsip yang mungkin menyalahi keseluruhan ulama hadis dalam hal ini, khususnya setelah zaman Ibn aṣ-Ṣolāḥ, iaitu saya tidak menguatkan hadis-hadis dhaif menjadi hasan atau sahih hanya kerana persamaan matan sahaja.

Saya mengambil penghujahan ₍Iḥtimālāt *Aqliyyah₎, iaitu pendugaan rasional yang lebih munasabah dalam hal ini. Kalau mereka beri alasan tersebut dalam menolak penguatan hadis dhaif dengan ketepatan ayat Quran atau peristiwa yang benar-benar berlaku dan ini adalah justifikasi secara ₍Iḥtimālāt *Aqliyyah₎, mengapa tidak pula saya tidak boleh menggunakan hal ini dalam menolak pandangan tersebut.

Untuk melihat asas justifikasi saya dalam hal ini boleh dilihat dalam penulisan ini :

(a) https://www.wattpad.com/1072678929-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-isu-hadis-dialog-ringkas-26

(b) https://www.wattpad.com/1129148923-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-isu-hadis-dialog-ringkas-36

(c) https://www.wattpad.com/1129160128-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-isu-hadis-dialog-ringkas-37

Gambar yang saya lampirkan di sini adalah daripada «al-Ḥasan Bi Majmū* aṭ-Ṭuruq Fī Mīzān al-Iḥtijāj Bayna al-Mutaqoddimīn Wa al-Muta^akẖkẖirīn» karya *Amr *Abdul Mun*im Salīm.

Penulis melampirkan contoh pengamalan ahli hadis terdahulu bahawa mereka cakna tentang sanad yang pelbagai yang dhaif untuk hadis dalam sesuatu bab, tetapi tidak menguatkan hadis dhaif ke darjat hasan atau sahih hanya dengan menggabungkan hadis dhaif dengan jalur yang berbeza.

Walau bagaimanapunn, sekalipun dibangunkan kaedah penguatan hadis sebegini, adakalanya ia tidak diaplikasikan langsung, lebih-lebih lagi jika penguatan hadis itu tidak memihak kepada pendapatnya atau alirannya walaupun sudah nyata sememangnya hadis tersebut mempunyai pelbagai jalur yang dhaif yang berbeza-beza yang mampu menguatkan antara satu sama lain.

Saya berikan contoh yang ekstrim daripada *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ilmuwan sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dalam «al-Fawā^id al-Maqṣūdah Fī Bayān al-Aḥādīṯ aš-Šāḏah» yang mana sebahagian hadis yang sudah terang-terangan memiliki pelbagai jalur sahih yang menguatkannya pun masih tidak dianggap sahih menurutnya hanya kerana ia dianggap syaz.

Contohnya adalah hadis keempat tentang ujian perintah terhadap beberapa orang di hari akhirat untuk menuju ke neraka. Dia mengakui bahawa hadis yang diriwayatkan al-Bayhaqiyy dalam «al-I*tiqōd» ada beberapa jalur. Pun begitu, dia tetap menganggap hadis itu syaz yang dicela pada kesahihannya.

Contohnya adalah hadis kedua belas tentang laknat Allah ke atas Yahudi yang menjadikan kubur para nabi sebagai masjid. Walaupun hadis ini mempunyai pelbagai jalur yang sahih, dia tetap menolaknya, bahkan menyatakan bahawa para ulama terdahulu dan terkemudian tidak menyedari kecacatan tersembunyi yang membawa kepada peninggalan pengamalan dengannya!

Contoh yang lain komentar al-Ḥasan bin *Aliyy as-Saqqōf; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- pada hadis kelima belas dalam karya tersebut tentang neraka bertanya kepada Allah jika ada penghuni yang ingin ditambahkan. Walaupun ada dalam «Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy» dengan dua jalur yang berbeza, dia tetap menyatakan bahawa ia tidak sahih dan termasuk dalam riwayat israiliat!

Ini bermakna kaedah penguatan hadis dhaif dengan gabungan jalur dhaif yang lain tidak terpakai secara mutlak, bahkan ia tidak diamalkan oleh ahli hadis mutaqaddimin kecuali sekadar penghujahan untuk beramal, bukan menyabitkan kesahihannya. Bahkan, kalaupun ada gabungan yang sahih pun, ia tetap tidak diterima oleh *Abdullah al-Ġumāriyy dan al-Ḥasan as-Saqqōf jika menurut mereka ada illah padanya!

Kalaulah ada orang seperti mereka berdua yang tidak mengamalkan secara mutlak penguatan hadis dengan pelbagai jalur, apatah lagi orang lain. Kita boleh melihat dalam beberapa isu yang mana jika penguatan hadis yang memiliki beberapa jalur yang dhaif itu tidak berpihak pada pandangannya, ia tidak akan dikuatkan walaupun orang itu berkata bahawa sabitnya kaedah penguatan sebegitu.

Hantaran 38

Terpulang pada salafi yang ingin mencela, mempersenda dan menyingkirkan saya. Itu sama sekali tidak ada masalah bagi saya.

Namun, saya ingin beritahu kepada mereka bahawa dua kitab ini saya telah pertahankannya daripada respons yang sumbang daripada aliran ašᶜarian, malah daripada tokoh salafi seperti al-Albāniyy.

Khususnya «an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy» karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, saya telah menghasilkan judul khas yang mempertahankannya daripada tuduhan mujassim. Penulisan saya yang berjudul «Ilham Bersemi Yang Menepis Tuduhan Mujassim Terhadap Abū Sa*īd ad-Dārimiyy» mungkin sahaja yang pertama di dunia yang menghasilkan pembelaan khas yang komprehensif. Saya cabar mana-mana salafi dan selain mereka untuk buktikan bahawa sebelum 2021, telah ada penulisan sedemikian rupa.

Manakala untuk «Iṯbāt Al-Ḥadd Lillah Wa Bi Annahu Qō*īd Wa Jālis *Alā Al-*Arš» karya Abū Muḥammad Maḥmūd ad-Daštiyy, saya telah mempertahankan karyanya di sini : https://www.wattpad.com/1014508626-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-64

Saya tidak fikir yang salafi mampu mempertahankannya meskipun mereka tidak memandang jelek terhadap karya ini sepertimana ašᶜarian. Segala puji bagi Allah, Dia telah mengurniakan saya kekuatan untuk saya membela kedua-dua ini daripada dicemarkan namanya.

Segala puji bagi Allah. Saya hanya mempertahankan apa yang benar dan mengikut apa yang benar berdasarkan pengamatan saya pada dalil dan kemampuan yang saya mampu kerahkan untuk menilainya. Sememangnya kewajipan bagi setiap muslim untuk mengikut dalil.

Saya tidak memilih mempertahankan karya ini hanya kerana saya ingin mencari kelainan daripada yang lain. Saya dahulu memiliki prasangka buruk terhadap kitab ini, khususnya ketika saya adalah ašᶜarian. Setelah saya menelaahnya dan menghadamnya, saya bersyukur kepada Allah yang memperlihatkan saya kebenarannya.

Hantaran 39

Aliran ḥanbalian dan ašᶜarian sememangnya pernah mengalami krisis, konlfik dan sejarah hitam, malah kritik mengkritik sesama sendiri juga adalah perkara yang biasa dan berterusan. Akan tetapi, kedua-duanya masih dalam aliran ahli sunnah yang saling berjabat tangan dan bersepakat untuk berganding bahu dalam menentang aliran sesat dan bidaah yang merosakkan.

Antara kesepakatan yang dirasai bersama pada hari ini adalah kesepakatan dalam menentang salafi dari pengikut Ibn Taymiyyah, khususnya dalam isu ketuhanan. Sekalipun ada perbalahan antara ḥanbalian dengaan ašᶜarian, masing-masing sepakat dalam isu yang besar seperti penafian jisim terhadap Allah, penafian kebaharuan yang berdiri dengan zat-Nya dan perkongsian antara pengitlakan sifat Allah dengan sifat manusia hanyalah sekadar perkongsian lafaz sahaja.

Akan tetapi, fahaman Ibn Taymiyyah sangat jauh daripada asas yang kedua-dua aliran ini berdiri di atasnya. Lebih teruk lagi adalah mereka ini berselindung dalam golongan ḥanbalian dan mendakwa bahawa pandangan Ibn Taymiyyah seakan-akan mewakili aliran ini dan menjadi pendapat yang muktamad untuk aliran ini. 

Hakikatnya, para pendakwa ini sangat jauh dari realiti dan mereka ini boleh dikatakan sememangnya jauh daripada kitab ḥanbalian untuk memahami prinsip ini. Kalau pun mereka membacanya, mereka akan menolak sepertimana sebahagian pentahqiq lakukan terhadap kitab aliran ini.

Boleh lihat di sini :

(a) https://www.wattpad.com/1196134797-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-136-akidah-ibn-taymiyyah

(b) https://www.wattpad.com/1195468973-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-135

Yang lebih menghairankan adalah mereka yang mengkehadapankan fahaman ḥanbalian tanpa Ibn Taymiyyah atau menyalahinya seperti Miš*ān ar-Ruẖoymiyy, Muḥammad al-Muṭoyriyy dan Muḥammad al-Azhariyy al-Ḥanbaliyy dilabel sebagai al-Ḥanābilah al-Judud, iaitu neoḥanbalian. Padahal, merekalah yang mengada-adakan pembaharuan atas nama aliran ini, bahkan merekalah sebenarnya menyimpang daripadanya atas aliran ini.

Saya sepertimana yang disebutkan ar-Ruẖoymiyy ini bahawa saya tidak akan keluar daripada salafi dari kalangan ahli sunnah yang tidak beriltizam dengan kelaziman yang batil dan mereka adalah yang golongan paling dominan yang saya wacanakannya. Saya bersama mereka dari kalangan mereka dituduh membawa gagasan baharu untuk aliran ḥanbalian.

Semoga Allah merahmati para pejuang yang menggembleng usaha dalam membasmi kemungkaran, bidaah dan kesesatan yang ada sedang menyusup dalam agama ini.

Hantaran 40 : Karya Saya Yang Magnum Opus Bagi Saya

Kalau dikatakan ada magnum opus bagi karya saya yang pernah saya hasilkan, maka peringkat pertama baginya adalah :

a) Intisari Penting Dalam Ilmu Takhrij Hadis Dan *Ilal al-Ḥadīṯ

b) Ilham Bersemi Yang Menepis Tuduhan Mujassim Terhadap Abū Sa*īd ad-Dārimiyy

c) Penajaman Deria Dalam Mengenali Sifat Yang Maha Mulia

d) Penjelasan Interaksi Dengan Naṣ Tentang Sifat Allah

e) Merungkai Paradoks Antara Ketetapan Takdir Dengan Kebebasan Ikhtiar Manusia

f) Teguh Menyerlah Dalam Isbat Huruf Dan Suara Bagi Kalam Allah

Kemudian, yang kedua baginya yang terbaik bagi saya adalah :

a) Kaifiat Bagi Allah : Antara Isbat Dan Nafi

b) Perhubungan Antara Akal Dan Wahyu

c) Sikap Orang Berakal Dalam Pemeliharaan Ketulenan Hadis

d) Antara Sumber Rujukan Taᶜdil Dan Tajrih Perawi

e) Risalah Ringkas Kesedaran Bahaya Taklid

f) Bentuk Penentangan Terhadap Penyampai Kebenaran Pada Masa Dahulu Dan Kini

g) Syarah Hadis Tentang Tanda Kelazatan Iman

h) Seloka Yang Mampu Merombak Kefahaman Syukur, Tawaduk, Ujub, Riyak dan Takabbur

i) Khuatir Fitnah Yang Membawa Fitnah

Hantaran 41


Kisah ini tercatat dalam «Ṭobaqōt aš-Šāfi*iyyah al-Kubrō» karya Tājuddīn as-Subkiyy. Cuma as-Subkiyy berkata: "Jika sahih kisah ini" yang mengisyaratkan ketidakpastian kesabitan kisah ini. Berikut adalah teksnya :

مر ابن عساكر على الموفق ابن قدامه فسلم ، فلم يرد ابن قدامه ، فقيل لابن قدامه في ذلك فقال : "إنه يقول بالكلام النفسي ، وانا ارد في نفسي ".

Ibn *Asākir melewati al-Muwaffaq Ibn Qudāmah , lalu dia berkata dia memberi salam. Namun, Ibn Qudāmah tidak membalasnya. Dikatakan kepada Ibn Qudāmah tentang hal itu, dia berkata: "Sesungguhnya dia berpendapat dengan kalam nafsi dan aku menjawabnya dalam hatiku". [Ṭobaqōt aš-Šāfi*iyyah al-Kubrō, jilid 8, m/s 184, keluaran Dār Hajr Li aṭ-Ṭobā*ah Wa an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Maḥmūd Muḥammad aṭ-Ṭonāḥiyy dan *Abdul Fattāḥ Muḥammad al-Ḥalw].

Apapun, dalam isu isbat suara bagi kalam Allah sememangnya saya sudah pertahankannya dan menegakkan hujahnya dalam «Teguh Menyerlah Dalam Isbat Huruf Dan Suara Bgi Allah». Di situ, saya mempamerkan kepincangan ašᶜarian dalam permasalahan ini.

Hantaran 42




Kepentingan belajar bahasa Arab ini penting bagi penguasaan ilmu uṣūl fiqh yang mana salah satu tema besarnya adalah perbahasan mengenai lafaz am, khas, perintah dan larangan yang ada dalam al-Quran dan hadis.

Sekalipun sudah ada terjemahan untuk kitab ilmu ini, bahagian ini tidak boleh digarap dengan baik jika seseorang tidak menguasai bahasa Arab. Itu belum lagi jika kita melihat tesis, jurnal atau karya yang membahaskan tenatng ilmu ini. Pasti kita akan nampak yang ia tidak terlepas daripada perbahasan aspek bahasa itu sendiri.

Saya pasti orang yang komen sebegini sebenarnya amat jahil dalam ilmu uṣūl fiqh. Kalau dia tahu tema perbahasan yang disebutkan tadi, pasti dia akan sedar kepentingannya. Saya telah menyentuh hal tersebut di sini : https://www.wattpad.com/1005083962-al-ẖiṭōb-al-wajīz-wacana-ringkas-62-di-mana

Yang melucukan adalah mengapa kita perlu ambil peduli dengan orang yang tidak pandai bahasa Arab, kemudian cuba berbicara seolah-olah bahasa Arab bukan prioriti untuk seseorang yang mahu menjadi faqih atau mencapai piawaian sandangan ustaz kepada diri seseorang? Samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?

Firman Allah *Azza Wa Jalla :

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Katakanlah: "Adakah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui?". [Surah az-Zumar ayat 9].

Firman Allah *Azza Wa Jalla :

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ أَمْ هَلْ تَسْتَوِي الظُّلُمَاتُ وَالنُّورُ

Katakanlah: "Adakah sama orang buta dan orang celik? Adakah sama kegelapan-kegelapan dan cahaya?". [Surah ar-Ro*d ayat 16].

Hantaran 43


Saya selalu kedengaran yang Ibn *Arobiyy termasuk dari ašᶜarian. Namun, Ḥasan bin *Aliyy as-Saqqōf; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- menyatakan sebaliknya, bahkan dia berkata bahawa apa yang disebutkan Ibn *Arobiyy adalah menguatkan kritikannya terhadap aliran itu!

Apakah kata-kata ini ditulis ketika dalam keadaan mabuk atau wujudnya sisipan palsu atau zahirnya bukan yang dimaksudkan sehingga ia perlu ditakwil atau ini sememangnya maksudnya?

Hantaran 44


Bidaah adalah apabila seseorang berkata sesuatu amalan itu adalah dari Allah dan rasul-Nya sama ada secara eksplisit atau secara tersirat, sedangkan hal itu tidak terbukti. Mudah sahaja untuk memahami hakikatnya. Itu pun ada yang memandang kecil dengan dosa bidaah seolah-olah ia isu piscisan dalam agama.

Apabila dibangkitkan isu-isu bidaah, ada pula yang selalu menyindir dengan berkata: "Apakah menaiki kereta itu bidaah?" atau seumpamanya. Orang ini bukan sahaja tidak faham hakikat bidaah, malah tidak ada kesedaran tentang bahaya bidaah dalam agama.

Sedangkan tokoh sufi sendiri juga lantang menyuarakan isu-isu bidaah seperti Contohnya adalah as-Suyūṭiyy melalui karyanya «al-Amr Bi al-Ittibā* Wa an-Nahy An al-Itbtidā*», Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ilmuwan sufi keturunan Rasulullah -ṣollallahu alayhi wasallam- melalui karyanya «Bida at-Tafāsir» dan adiknya; Muḥammad az-Zamzamiyy melalui karyanya «az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida Wa al-A*māl al-Munkaroh».

Saya telah memperkenalkan karya ini di sini untuk mengetahui tema besar pada karya tersebut : https://www.wattpad.com/1068369862-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-75-karya-karya

Ia bukan perjuangan yang dimonopoli kalangan salafi sahaja. Sesiapa sahaja yang memiliki manhaj ilmu yang murni dan ada kepedulian untuk memartabatkannya dalam kalangan masyarakat juga boleh melibatkan diri dalam usaha membanteras kemungkaran ini.

Saya mencadangkan agar seseorang membaca «as-Sunnah Wa al-Bid*ah» karya Yūsuf al-Qoroḍōwiyy. Ia adalah risalah yang memfokuskan untuk kita menjengah kembali mengapa umat Islam memandang serius terhadap bidaah. Karya ini mesra untuk semua umat Islam tanpa mengira aliran yang ada kepekaan terhadap pemurniaan agamanya.

Hantaran 45


Kelihatan Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) dalam bukunya Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor begitu lancang dalam menyatakan bahawa ulama al-Azhar dipenuhi dengan kebekuan fikirannya. 

Akan tetapi, perkara yang hampir serupa dinyatakan sama oleh *Abdul Ḥayy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, tokoh ahli uṣūl yang berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dalam «Naqd Maqōl Fī Masā^il Min *Ilm al-Ḥadīṯ Wa al-Fiqh Wa Uṣūlih Wa Tafḍīl Ba*ḍ al-Maḏāhib».

Bacaan lain : https://www.wattpad.com/1068571239-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-69-seruan-untuk-reformasi

Hantaran 46


Saya tidak akan terkejut jika ilmuwan nusantara, khususnya yang melalui pengajian pondok dan graduan daripadanya, bahkan rata-rata mereka yang terpengaruh atau memberikan perhatian yang besar kepada institusi pondok akan mempersoalkan sepertimana Karīm apabila seseorang itu berpendapat bahawa kalam Allah itu berhuruf dan bersuara atau sememangnya lancang dalam membuat pertuduhan ke atas pandangan itu. 

Ini kerana tokoh besar ašᶜarian yang jauh lebih jaguhan daripada mereka telah pun menuduh buruk terhadap pandangan ini, bahkan sehingga menuduh ia adalah pendapat mujassimah.

Padahal, ini adalah pendapat Aḥmad bin Ḥanbal melalui nukilan anaknya; *Abdullah melalui «as-Sunnah» dan pendapat al-Buẖōriyy dalam «H̱olq Af*āl al-*Ibād». Bahkan, ia juga adalah pendapat ashab ḥanbalian yang berwibawa. 

Kalaulah mereka tahu para imam yang berpandangan sebegini, pasti sekurang-kurangnya mereka akan tahan lidah mereka untuk bertanya soalan sebegini yang berbentuk pertikaian atau sindiran, apatah lagi melemparkan tuduhan jelek seperti itu.

Namun, malangnya kalau sebahagian tokoh kebesaran ašᶜarian pun boleh lancang dalam permasalahan ini dalam keadaan mereka tahu, apatah lagi jika tokoh ilmuwan nusantara yang mungkin sahaja tidak tahu langsung bahawa ini juga adalah pandangan tokoh ilmuwan yang bukan calang-calang orangnya kerana sama ada hanya terikat dengan tradisi yang mengelilinginya sehingga karya luar tidak dianggap penting atau sememangnya jauh daripada karya-karya yang penting.

Saya telah membahaskannya secara tuntas dan mempertahankan pandangan bahawa kalam Allah itu berhuruf dan bersuara serta membatalkan pandangan selain ini dalam penulisan saya yang berjudul «Teguh Menyerlah Dalam Isbat Huruf Dan Suara Bagi Kalam Allah». Segala puji bagi Allah kerana ia adalah penulisan pertama yang membahaskan secara komprehensif di nusantara.

Ia sememangnya mencabar arus perdana institusi pondok atau pendapat yang menjadi ketetapan di nusantara. Akan tetapi, saya berharap ia dan penulisan yang sebegini menghidupkan, merancakkan dan menyebarkan arus pembaharuan dan wacana yang lebih luas didasari dengan intelektualisme.

Saya sebenarnya sudah pun menyuarakan agar institusi pondok ini perlu melaksanakan perubahan dan tidak hanya sempit dalam tradisi yang lama. Mereka perlu meneroka lebih luas dan lebih terbuka untuk menerima arus baru, bahkan yang mereka sendiri sudah ketinggalan lama. Boleh baca di sini :

(a) https://www.wattpad.com/1035229205-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-58

(b) https://www.wattpad.com/1068571239-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-69-seruan-untuk-reformasi

Namun, kebiasaannya ajakan dan gesaan ini selalu sahaja tidak dihiraukan, bahkan disahut dengan respons yang negatif dan suara sumbang yang ingin kekal dengan tradisi lamanya. Tidak hairanlah kalau mereka masih mahu berkeras untuk menuduh mujassim terhadap sesiapa sahaja yang berkata kalam Allah itu berhuruf dan bersuara.

Itu baru sahaja satu isu. Belum lagi yang lain yang berlonggok-longgok dek kejumudan mereka. Jika *Abdul Ḥayy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy menyatakan rasa ketidakpuasan hati kerana sikap universiti al-Azhar kerana menjadi pengingkar kepada pengamalan dengan dalil, apakah itu langsung tidak ada pada insitusi pondok?

Al-Azhar hari ini berwajah berbeza dengan dahulu kerana adanya usaha pembaharuan walaupun saya tidaklah berkata ia telah berbeza sepenuhnya daripada dahulu. Jika institusi pondok ingin kekal relevan, bahkan perkasa di mata dunia, maka laksanakanlah usaha ini. Bukan hanya terperap dalam tradisi yang lama.

Hantaran 47


Undang-undang walaupun tidaklah sempurna dan ada kelompongan kerana ia digubal dan dikuatkuasakan oleh manusia yang tidak sempurna, bukan bermakna kita tidak memerlukannya kerana itulah usaha mereka untuk mencapai keadilan sekalipun tidak sempurna.

Jika sedemikian, saya pun akan mengatakan yang sama untuk ilmu hadis. Sejujurnya saya katakan bahawa ilmu hadis ini sebenarnya tidak sempurna. Saya mengakui adanya kelompongan dan bahagian yang membuka kepada keraguan keabsahan dan validitas. Bahkan, saya boleh membawakan syubhat yang tidak pernah difikirkan oleh mana-mana orientalis dan para kritikus untuk meruntuhkan nilai ilmu hadis.

Akan tetapi, apabila tidak sempurna, apakah kita tidak memerlukannya dan apakah ia bukan yang terbaik untuk diaplikasikan sebagai manifestasi usaha untuk menyaring kesahihan sesuatu perkhabaran? Sekurang-kurangnya, kalau ada kelompongan yang ada pada ilmu hadis, ia telah memberikan sumbangan yang tidak ada pada mana-mana tamadun lain, bahkan yang tidak dapat ditiru pun oleh mana-mana tamadun pada hari ini dalam usaha menyemak dan menyaring perkhabaran yang tersebar.

Inilah antara perkara yang selalu sahaja orientalis dan para kritikus hadis mengabaikannya. Mereka tidak mengamati realitinya, apatah lagi menghargainya. Bahkan, mereka sangat hipokrit untuk tidak mengaplikasikan metodologi yang sama ketika membuat penyemakan terhadap perkhabaran yang tersebar di tamadun mereka sepertimana mereka menaburkan kritikannya terhadap ilmu hadis. 

Saya pasti jika mereka melakukannya, pasti runtuh segala serangan mereka terhadap ilmu ini dan menampakkan lagi kelompongan di sisi mereka. Saya tidak melihat kritikan yang hipokrit sebegini melainkan sebenarnya ada motif yang jahat dan sentimen yang jelek terhadap Islam.

Mereka tidak ada apa-apa yang dibanggakan dalam aplikasi dan sistem yang kukuh sepertimana tamadun muslim dalam melestarikan dan merancakkan sistem saringan khabar ini. Mereka pasti tertunduk malu ketika melihat bagaimana ahli hadis silam mengenalpasti tadlis, illah dan waham perawi dalam proses penyaringan khabar, sedangkan di sisi mereka tidak dapat membangunkan ilmu muṣṭolaḥ al-Ḥadīṯ yang persis sepertimana yang ada pada agama Islam.

Baca selanjutnya kritikan saya terhadap mereka ini di sini : https://www.wattpad.com/1134658683-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-isu-hadis-dialog-ringkas-39

Hantaran 48

Ya, kita perlu hormat ulama. Namun, pernah dengar hormat dengan manhaj ilmu dan kebenaran?

Amatilah kata Tājuddīn as-Subkiyy selepas mengkritik gurunya; aḏ-Ḏahabiyy :

هُوَ شَيخنَا ومعلمنا غير أَن الْحق أَحَق أَن يتبع

"Dia adalah syeikh kita dan guru kita, tetapi kebenaran lebih berhak untuk diikuti". [Ṭobaqōt aš-Šāfi*iyyah al-Kubrō, jilid 2, m/s 13, keluaran Dār Hajr Li aṭ-Ṭobā*ah Wa an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Maḥmūd Muḥammad aṭ-Ṭonāḥiyy dan *Abdul Fattāḥ Muḥammad al-Ḥalw].

Kalau ini masih sukar untuk dihadam, bacalah penulisan saya yang berjudul «Risalah Ringkas Kesedaran Bahaya Taklid» supaya faham inti yang besar pada kata-kata ini.

Hantaran 49

Sudah belajar syarat kesahihan hadis dan sedar syeikhnya bawa riwayat tidak berasas, tetapi dia membelakangkan ilmu yang dipelajari dan percaya apa yang syeikhnya cakap atas dasar sangka baik atas kesolehannya atau ilmunya.

Orang ini mahu hormat ulama dengan biadap terhadap ilmu yang dipelajari! Selama ini ilmu dipelajari untuk apa? Sekadar menghafal sahaja?

Inilah orang yang tidak bersyukur kepada Allah atas nikmat ilmunya dengan menyia-nyiakan ilmu yang dipelajari. Sudah dikurniakan akal, tetapi dikufuri nikmat tersebut untuk menuruti kesilapan yang nyata di matanya.

Sudah ada ilmu, tetapi tidak beramal dengan mengabaikan apa yang telah tersimpan di dadanya dan mengenpikan bekalan yang membawa manfaat kepada diri demi ketaksuban terhadap syeikhnya.

Hantaran 50

Pemilihan guru memang menentukan siapa diri seseorang. Ini sepertimana yang disebutkan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- :

الْمَرْءُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ، فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِط

"Seseorang itu di atas agama teman sejiwanya. Maka, hendaklah salah seorang daripada kalian perhatikan siapa yang dia bercampur". [Musnad Aḥmad].

Oleh itu, orang yang dia bergaul akan menentukan tahap dan perspektif ilmunya.

Saya melihat kebanyakan orang yang rendah akal ini suka mengambil pelawak selebriti dan penglipur lara sebagai kegemaran mereka.

Jika mahu beragama secara santai pun, ambillah dari mereka yang berkualiti. Jauhilah penceramah yang telah disebutkan tadi. Bahkan, sewajarnya juga jauhi dari mereka yang tidak mahir bahasa Arab.

Namun, jika mahu menjadi seorang yang faqih, carilah mereka yang betul-betul mampu membimbing ke situ. Mulakan belajar bahasa Arab. Kemudian, carilah mereka yang mengajar kitab Arab.

Hantaran 51

Apabila Faẖruddīn ar-Rōziyy dikritik hebat dalam isu zikir dengan lafaz kata ganti nama diri ₍Huwa₎ (هُوَ) dan dia menyatakan bahawa ini termasuk nama Allah yang agung yang menjadi polemik baru-baru ini, berbondong-bondong pembelanya dan pendukungnya dalam menyebut-nyebut kebesarannya di sisi sejarah keilmuan dan mencanang ketinggian kedudukannya pada para ulama demi merendahkan pengkritiknya dan tidak mahu mengendahkan kritikan yang dilontarkan kepadanya.

Mereka mengulang permainan ini setiap kali kritikan diutarakan demi mencetuskan pentaksubnya agar tidak mengambil berat terhadap kritkannya dan terus mengutuk seterunya berasaskan sentimen, bukan berasaskan ilmu. Mereka sangat sedar bahawa pengikutnya dan masyarakat sekelilingnya sangat mudah dimainkan sebegini dan mereka juga tahu pengaruh kuat mereka di sisi orang ramai. Dengan itu, mereka mengeksploitasi pemikiran mereka dan latah mereka agar dapat memburukkan dan mencemuh sesiapa sahaja yang menyelisihinya.

Namun, lihat bagaimana sikap mereka terhadap Sa*duddīn at-Taftāzāniyy apabila dia mengkritik Ibn *Arobiyy. Tidak ada seorang daripada mereka pun merasakan apa-apa masalah apabila at-Taftāzāniyy yang juga merupakan tokoh ahli kalam yang bersaing kecekapannya dan keunggulannya dengan ar-Rōziyy diselisihi, bahkan dikritik. 

Jangan terpedaya dengan lunak bicaranya. Ini kerana sekalipun kita mengkritik ar-Rōziyy lebih lunak daripadanya, itu sudah cukup mengisytiharkan perseteruan antara kita dengan mereka, bahkan cukup untuk menggambarkan kita sebagai seorang yang tidak menghormati ulama, melagak lebih pandai daripadanya dalam permasalahan tersebut. Paling kurang pun, kritikan kita sama sekali tidak dipedulikan seakan-akan ia tidak wujud. Paling dikhuatiri adalah mereka ini sebenarnya menyimpan kebencian yang mendalam yang berselindung di sebalik kelunakan.

Usah juga terpedaya dengan permainan mereka yang seakan-akan at-Taftāzāniyy mempunyai persamaan kefahaman yang rapat dengan Ibn *Arobiyy dalam permasalahan itu seolah-olah ia sekadar perbezaan dari sudut lafaz dan ungkapan sahaja atau at-Taftāzāniyy salah faham terhadap kalam Ibn *Arobiyy. Sesiapa yang membaca karya yang disebutkan tadi, at-Taftāzāniyy sangat teliti dalam menghuraikan secara tajam dan menganalisis perbezaan secara halus antara yang menjadi anutan sebenar kepada Ibn *Arobiyy dan yang didakwa sebaliknya.

Siapa penulis hantaran ini jika ingin dibandingkan at-Taftāzāniyy? Apakah at-Taftāzāniyy tidak tahu hakikat pegangan sebenar Ibn *Arobiyy? Apakah penulis hantaran ini lebih pandai daripada at-Taftāzāniyy dalam meneliti pegangan sebenar Ibn *Arobiyy? Apa sanad pengajian penulis hantaran ini untuk menyanggahi apa yang dijelaskan at-Taftāzāniyy? Berani sungguh dia bersikap biadap terhadap ulama besar dalam ilmu kalam di sebalik kelunakan bicara dan penyelisihan secara sopan!

Bayangkan kalau kita juga ingin bermain taktik sepertimana mereka lakukan terhadap ar-Rōziyy dengan menyebut-nyebut kebesarannya pada peninggalan keilmuan dan mencanang ketinggian kedudukannya pada para ulama supaya kita dapat merendahkan mereka dan menyahkreditkan pandangan mereka atau sepertimana yang telah saya nyatakan tadi dalam menyindir penulis hantaran ini. 

Sebesar mana pengaruh dalam peninggalan keilmuan dan ketinggian kedudukannya pada para ulama yang telah kita bentangkan kepada mereka, itu tetap tidak menghentikan mereka untuk menyalahi, bahkan mengkritiknya sama ada secara langsung atau tidak langsung dan sama ada secara lunak atau secara keras. Malah, kita pula akan dituduh taksub dan tidak mahu menerima kritikan!

Bahkan, sebahagian mereka juga tidak ingin ambil peduli pun terhadap kritikan ar-Rōziyy terhadap orang yang mengagungkan kuburan para individu kebesaran, apatah lagi untuk mengingatkannya kepada orang ramai seakan-akan apa yang disebutkannya tidak relevan dan berbeza dengan zamannya dan sekelilingnya. Dia berkata :

وَرَابِعُهَا: أَنَّهُمْ وَضَعُوا هَذِهِ الْأَصْنَامَ وَالْأَوْثَانَ عَلَى صُوَرِ أَنْبِيَائِهِمْ وَأَكَابِرِهِمْ، وَزَعَمُوا أَنَّهُمْ مَتَى اشْتَغَلُوا بِعِبَادَةِ هَذِهِ التَّمَاثِيلِ، فَإِنَّ أُولَئِكَ الْأَكَابِرَ تَكُونُ شُفَعَاءَ لَهُمْ عِنْدَ اللَّه تَعَالَى، وَنَظِيرُهُ فِي هَذَا الزَّمَانِ اشْتِغَالُ كَثِيرٍ مِنَ الْخَلْقِ بِتَعْظِيمِ قُبُورِ الْأَكَابِرِ، عَلَى اعْتِقَادِ أَنَّهُمْ إِذَا عَظَّمُوا قُبُورَهُمْ فَإِنَّهُمْ يَكُونُونَ شُفَعَاءَ لَهُمْ عِنْدَ اللَّه.

"Yang keempat daripadanya adalah bahawasanya mereka meletakkan tugu berhala dan patung berhala atas bentuk para nabi-nabi mereka dan individu kebesaran mereka. Mereka mendakwa bahawa sepanjang mereka beribadah dengan patung-patung ini, maka sesungguhnya individu kebesaran ini menjadi pemberi syafaat kepada mereka di sisi Allah Ta*ālā. Yang serupa dengannya pada zaman ini adalah kesibukan kebanyakan daripada kelompok orang dalam mengagungkan kuburan tokoh kebesaran atas kepercayaan bahawa mereka apabila mereka mengagungkan keburuan mereka, maka sesungguhnya mereka menjadi pemberi syafaat untuk mereka di sisi Allah". [Mafātīḥ al-Ġoyb, jilid 17, m/s 227, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut].

Bagaimana cara pengagungan kubur? Antaranya adalah boleh dibaca dalam «al-Amr Bi al-Ittibā* Wa an-Nahy *An al-Ibtidā*» karya Jalāluddīn as-Suyūṭiyy.

Begitulah rentetan orang yang suka bermain falasi ₍Argumentum Ad Verecundiam₎ demi mempertahankan ketaksuban. Falasi tidak mencambahkan apa-apa melainkan kecelaruan dan kontradiksi, bahkan hipokrit. Ini antara salah satu contoh yang sedikit daripada apa yang ditonjolkan oleh mereka ini.

Segala puji bagi Allah yang memuliakan hamba-Nya yang beriltizam dengan kitab-Nya dan sunnah rasul-Nya serta mendengarkan hujah antara dua pihak atau lebih yang berselisih, lalu memilih yang terbaik daripadanya dengan melindungi mereka daripada kerosakan seperti ini dan meneguhkan mereka dalam istiqamah tanpa berbolak-balik dalam mengambil pendirian dan berjalan di atas suatu manhaj yang sejati.

Hantaran 52



Muḥammad bin *Umar Bāzmūl berkata :

یا مسلم، لا تشغل نفسك بالرد على كل من يخالفك.

كثيرا ما تأتيني أسئلة: "كيف نرد على من قال كذا؟ كيف نرد على من كذا؟".

يا أخي، لماذا تهتم بهذا؟! أوصل الأمر إلى أهل العلم، أنه حصل كذا وصار كذا، وأهل العلم إلا يقررون الرد، ويقومون به بما يفتح الله عليهم.

اقبل على شأنك وتعلم العلم الواجب عليك تعلمه لتقيم أمر دينك في عبادته الربك، يومك وليلتك. وتوكل على الله وإياك وبنيات الطريق.

لماذا تريد أن لا يوجد أحد يخالفك؟ الأنبياء كان لهم من يخالفهم. بل بعضهم يأتي يوم القيامة وليس معه إلا الرجل وبعضهم يأتي وليس معه أحد.

یا مسلم، أما سمعت قول الله عن إبراهيم عليه وعلى نبينا الصلاة والسلام: {إن إبراهيم كان أُمة قانتا لله حنيفا ولم يكُ من المُشركين}. کن کإبراهيم عليه الصلاة والسلام أمة قانتا.

والله يرعاك ومن سوء وقاك.

Wahai muslim! Janganlah menyibukkan dirimu untuk menyanggah setiap orang yang menyelisihmu!

Ramai yang mengajukan persoalan kepadaku: "Bagaimana kita ingin menyanggah orang yang berkata sedemikian? Bagaimana kita ingin menyanggah orang yang sedemikian?".

Wahai saudaraku! Mengapa engkau mengambil peduli tentang ini? Sampaikan perkara itu kepada ahli ilmu bahawa ia terjadi sebegini dan menjadi sebegini. Ahli ilmu itu hanyalah mereka menetapkan keputusan sanggahan dan mendirikannya dengan apa yang Allah buka ke atas mereka.

Menghadaplah ke keadaanmu dan pelajarilah ilmu yang wajib kepadamu agar engkau mendirikan urusan agamamu dalam pengabdiannya kepadamu pada hari siangmu dan pada malammu. Bertawakkallah kepada Allah dan hendaklah engkau berjaga-jaga terhadap jalan bercabang-cabang.

Mengapa engkau menginginkan agar tidak didapati seorang pun yang menyelisihmu? Para nabi dahulu ada orang yang menyelisihi mereka. Bahkan, sebahagian mereka datang pada mereka, tetapi hanya seorang sahaja. Sebahagian mereka datang tanpa seorang pun bersama mereka.

Wahai muslim! Apakah engkau tidak pernah mendengar firman Allah tentang Ibrōhīm -semoga Allah menyampaikan selawat dan salam ke atasnya dan ke atas nabi kita-: {Sesungguhnya Ibrōhīm dahulu adalah umat yang patuh kepada Allah lagi tulus dan dia bukan termasuk orang yang musyrik}. Jadilah seperti Ibrōhīm -*alayhissalām-.

Semoga Allah menjaga kamu dan melindungimu dari suatu kejahatan.

Sumber Ambilan : 
https://www.facebook.com/mohammadbazmool/posts/3408769019241560

Hantaran 53

Saya sebenarnya tidak suka atau sememangnya tidak mahu mengecewakan kenalan saya, khususnya agamawan yang selama ini mengetahui saya berbahas topik agama, berbicara tentang sunnah dan menzahirkan diri sebagai agamawan yang biasa, kemudian hampa perasaan mereka apabila dapat tahu di belakang daripadanya adalah seorang erotikawan yang menggemari erotisisme. 

Sebab itulah dari awal lagi saya memaparkan erotisisme, bukan hanya untuk merapati mereka yang sama-sama minat dengan saya dalam hal erotisisme, tetapi saya juga tidak mahu meluluhkan jiwa seseorang apabila mendapat tahu yang saya ini tidak sepertimana imej luaran, iaitu agamawan pada jubah, tetapi erotiskawan di sebalik serban.

Biarlah saya memperkenalkan diri saya awal-awal supaya tidak terjadi sedemikian. Pun begitu, saya sudah menjustifikasikan di banyak tempat mengapa saya menzahirkan erotisisme di ruangan maya. Antaranya adalah boleh dibaca di penulisan saya yang berjudul «Mengapa Saya Menzahirkan Erotisisme Di Ruangan Maya?» dan beberapa penulisan saya yang berkaitan di sini :

(a) https://www.wattpad.com/918504348-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-21-mengapa

(b) https://www.wattpad.com/921261747-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-29-saya-tidak

(c) https://www.wattpad.com/1035556794-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-49-antara

(d) https://www.wattpad.com/1060495283-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-60-saya-dan

(e) https://www.wattpad.com/1073556305-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-66-tanggapan

(f) https://www.wattpad.com/1106777222-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-89-interaksi

(g) https://www.wattpad.com/1122591346-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-102-salafi

(h) https://www.wattpad.com/1126201557-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-105

(i) https://www.wattpad.com/1151177185-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-120

(j) https://www.wattpad.com/1164729845-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-125-saya-dan

(k) https://www.wattpad.com/1181790210-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-131-antara

(l) https://www.wattpad.com/1263047171-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-171-perlunya

(n) https://www.wattpad.com/1266300532-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-isu-seksual-bicara-ringkas-56

(o) https://www.wattpad.com/1176048199-koleksi-hantaran-amir-kazuma-di-media-sosial-yang

Apapun, saya tetap konsisten untuk berkhidmat untuk agama dengan beribadah kepada Allah semata-mata redha-Nya, menabur bakti kepada bidang ilmiah, menyampaikan kebenaran dan sunnah kepada masyarakat serta berjuang untuk menegakkan keadilan bersama-sama semampu yang saya boleh.

Saya berharap walaupun sedikit, tetapi ia bermakna sekurang-kurangnya buat diri saya untuk kehidupan di dunia dan di akhirat.

Hantaran 54


Wahabi itu apa?

*Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ilmuwan yang berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dalam muqaddimah kitabnya «al-Awliyā^ Wa Karōmāt» menyatakan bahawa apabila kebanyakan orang mendengar kitab ini, pasti dia akan dituduh sebagai cenderung kepada wahabi.

Bayangkanlah tokoh yang aktif menentang wahabi dan al-Albāniyy serta diangkat oleh aswajaean ini pun dituduh cenderung kepada wahabi hanya kerana bersikap kritis dalam menapis cerita karamah yang palsu yang diada-adakan oleh pelampau sufi.

Saya tidak mahu berbincang panjang tentang ini. Saya ingin mengajak mereka yang khususnya aswajaean untuk berfikir dan menjengah lebih teliti dalam pendefinisian wahabi.

Hantaran 55



Inilah sebabnya kita wajib menentang batiniah. Saya telah pun menulis di banyak tempat untuk mendedahkan kebobrokan mereka serta menyerang pembawaan mereka dalam beragama. Saya telah mengumpulkannya di sini : https://www.wattpad.com/1194045279-pembuka-kepada-interaksi-amir-kazuma-senarai

Mereka ini peroasak agama yang jauh lebih teruk daripada liberal dan muᶜtazilian. Sekurang-kurangnya muᶜtazilian pun menghormati metodologi tafsir dan uṣūl fiqh serta beberapa ilmu yang lain sehingga menghasilkan karya yang boleh dirujuk oleh ahli sunnah kecuali dalam beberapa perkara. Sekurang-kurangnya liberal tidaklah mengamalkan kasta dalam pemahaman ilmu kendatipun mereka ini kerap melakukan penyelewengan tafsir yang menyimpang dan tidak menghormati autoriti ahli ilmu.

Batiniah pula melanggar kesemuanya dan berlagak bahawa merekalah yang paling ulung dengan kasta yang jauh lebih tinggi dari kebanyakan ilmuwan, hakikatnya merekalah yang paling binasa. Tambah parah lagi pula adalah mereka ini sama seperti jahmian moden yang menyusup dalam aliran ašᶜarian demi menyembunyikan kebejatan mereka dan mempromosikan pemikiran durjana mereka secara muslihat.

Inikah hasil pembelajaran tasawwuf mereka tentang adab dan tawaduk? Hakikatnya mereka sebenarnya ingin mencari kepuasan hawa nafsu sendiri, bukan betul-betul ingin menjadi sufi yang sejati.

Hantaran 56


Melihat perbincangan sebegini, ia mengingatkan saya tentang pendapat sebahagian kelompok bahawa keimanan orang awam tidak sah kerana hanya para ulama sahaja yang mengenal Allah.

Yang menjadi persoalan adalah apa had yang memisahkan antara orang awam dan ulama? Adakah mahir kitab tertentu atau mencapai sedarjat dengan seseorang individu yang dianggap tokoh ilmuwan yang agung itu akan menjadi ukuran dalam pencapaian tersebut?

Adakalanya, sehebat-hebat capaian orang itu pun masih mengakui bahawa dirinya jahil dan terlalu banyak yang belum dia terokai, bahkan masih banyak persoalan yang bermain di fikirannya yang belum terjawab dan masih berlambak kebingungan yang belum dia merungkaikannya. Sekarang, bagaimana?

Akhirnya, mahu atau tidak mahu, kita akan mengakui keterbatasan kita dan kelemahan kemampuan kita sekalipun kita telah berdiri di puncak gunung yang dianggap yang paling tinggi oleh semua orang di dunia. 

Hakikatnya, kita mungkin sahaja belum mencapai di tahap ulama sekalipun semua orang menjunjung tinggi sebagai ulama. Kita hanya dilebihkan bahagian ilmu berbanding orang lain sahaja, bukan dikhaskan perbezaan darjat kerana boleh sahaja lebihan ilmu kita itu masih belum mengeluarkan diri dari orang awam.

Oleh itu, saya suka kesimpulan sepertimana yang disebutkan Ibn az-Zāġūniyy dalam «al-Īḍōḥ Fī Uṣūl ad-Dīn» bahawa sudah memadai bagi orang awam untuk memahami dan mengenali Allah atas bentuk yang menghilangkan syak daripadanya, menjauhkan diri dari kesangsian, memperbetulkan akalnya dan jiwanya mempercayainya sekalipun dia kekurangan dalam kedalam penelitian dan terhad penjelasannya. Orang sebegini sudah cukup sah imannya kepada Allah selagimana ia bukan kepercayaan buta dan ikutan secara rambang serta berusaha sedaya yang mampu untuk mengikutinya atas dalil yang diyakini.

Apabila kita tidak tahu had yang jelas dalam memisahkan para ulama dengan orang awam, maka ia hakikatnya bergantung kepada penilaian setempat mengikuti perbandingan antara tahap yang dicapai oleh setiap individu di dalamnya, bukan hakikat sebenar yang nyata seperti perbezaan lelaki dan perempuan.

Pun begitu, ia tetap tidak menafikan bahawa kita semua memiliki kekurangan, kelemahan dan kelompongan. Atas sebab itulah, kita dimaafkan untuk bertaklid dalam sesuatu isu, khususnya yang bukan termasuk dalam perkara mendasar dan perkara yang kompleks untuk dicerna oleh rata-rata orang.

Saya sudah menjelaskan selebihnya di sini : https://www.wattpad.com/1162431296-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-160-had

Yang saya dapat menyimpulkan adalah cukuplah untuk seseorang itu dikira keluar daripada taklid jika ia mampu mengalahkan hujah lawan sekadar dengan kesesuaian tahapnya. Orang awam ada tahapnya dan ahli ilmu ada tahapnya. Masing-masing tidak sama keperluan dan hadnya dalam membebaskan diri daripada taklid.

Akan tetapi, orang awam jika tidak mampu mengalahkan lawan dari kalangan ahli ilmu, maka tidak bermakna dia masih bertaklid dan tidak sah imannya kerana dia di gelanggang yang tidak sama taraf dan sukar untuk mendapatkan kemenangan daripadanya kecuali keajaiban. Cukup dia dianggap terbebas dari taklid dalam kalangan orang awam jika lawannya adalah setara dengan kedudukannya. Begitulah seterusnya.

Kemudian, orang yang ingin bersikap skeptikal terhadap sesuatu sehinggalah kepada keabsahan istilah yang digunakan oleh para saintis, maka akhirnya dia akan skeptikal terhadap segala sesuatu sehinggalah penaakulan akalnya dan capaian pancainderanya. Perkara yang aksiom menjadi keraguan keabsahannya dan apa yang telah dicapai oleh pancaindera didustakan dapatannya. Tidak ada yang benar atau realiti menurutnya. Semua yang mendatang skeptik demi skeptik yang tiada hujung pangkal.

Akhirnya, orang ini tidak dapat menerima realiti segenap sesuatu kerana semuanya telah disangsikan kepercayaan terhadap dapatannya. Tidak ada lagi yang tinggal dalam dirinya melainkan skeptikal yang berterusan.

Apa lagi yang diharapkan orang sebegini? Dia perlu diubati dan diperkenalkan kepentingan aksiom dan keabsahan capaian pancainderanya supaya dia berpijak di bumi yang nyata dan menerima realiti sekelilignnya. Saya telah membentangkan jawapan untuk mereka yang skeptikal seperti ini di sini : https://www.wattpad.com/1207046260-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-174-jawapan-bagi

Setelah itu, barulah seseorang itu menerima realiti dan memperakui bahawa skeptikal yang parah sebegitu tidak ada nilai dalam kehidupan, bahkan dalam perbahasan ilmiah pun. Tidak ada pencarian dalam kebenaran dan usaha untuk meneroka ilmu melainkan setelah dia mempercayai penaakulan akalnya dan capaian pancainderanya, bukan terus-menerus dalam skeptik kerana skeptik sama sekali tidak akan menghasilkan ilmu dan kefahaman.

Apabila kita menerima realiti, dapatlah kita memahami ada bahagian yang kita boleh capai dengan mudah seperti aksiom dan prinsip awal dalam logik atau capaian pancaindera yang dekat dan jelas serta ada bahagian yang memerlukan usaha yang lebih untuk mencernanya dan menggapai hakikatnya. Bahagian yang kedua inilah yang adakalanya di luar kemampuan kita dan hanya mampu dicapai oleh orang yang berpengkhususan dan berkemahiran dalamnya.

Maka, tidak ada salah bertaklid dengan istilah mereka dan dapatan mereka selagimana bukan menyanggahi aksiom, prinsip awal dalam logik dan capaian pancaindera yang sihat lagi seragam bagi setiap orang.

Lagipun, sangat benar bagi sebahagian komen yang saya temukan yang mana bagi saya, ia cukup bernas bahawa adakalanya kita tidak perlu label melabel seseorang itu pseudo dalam sesuatu penisbahan bagi sebuah kelompok kerana bertaklid atau telan bulat dapatan kajian atau meniru-niru penggunaan istilah dalam suatu bidang ilmu tanpa membuat kajian dan penyelidikan independen.

Sememangnya benar bahawa orang sebegini boleh jadi sebenarnya ingin melagak dirinya adalah lebih pandai, lebih kritis dan lebih celik berbanding orang lain dan suka menganggap bodoh orang lain. Tugas yang sepatutnya bagi orang yang berilmu adalah mengajarkan masyarakat tentang kebenaran, memupuk budaya ilmu, memperkasa daya kritis, merancakkan tradisi kajian dan pembelajaran secara teratur lagi sistematik, membimbing orang ramai kepada kecekapan ilmu serta menjadi berguna kepada masyarakat. Bukan berlumba-lumba siapa yang lebih cerdik dan siapa yang patut dihinakan sebagai orang bodoh.

Tidak ada guna ilmu di dada jika ia hanya merosakkan diri sepertimana para skeptik dan membebannkan masyarakat atau tidak memberikan manfaat yang berguna kepada sekeliling. Kita perlu akui orang ramai tidak peduli pun apa yang skeptik ini fikirkan dan mereka ini dituduh pseudo sama ada pseudomuslim atau apa sahaja. Yang penting adalah mereka ingin hidup bahagia, tidak mahu merumitkan diri dan berharap mereka di atas kebenaran.

Kita perlu meraikan sikap mereka ini tanpa mengenepikan usaha untuk membina generasi yang hebat. Jika kita terlalu melayani perasaan mereka, maka umat tidak akan progresif. Jika kita terlalu rancak, mereka tidak akan dapat ikuti dan akhirnya, ia adalah usaha yang hanya membuatkan orang lelah untuk mengejarnya.

Peranan kita adalah bagaimana untuk kita menjadi berguna dan bermanfaat kepada masyarakat mengikuti keperluan semasa mereka dan cabaran mereka serta memenuhi wawasan masa hadapan yang berharga untuk menjadi peninggalan bagi pelapis dan generasi seterusnya.

Orang yang hanya menimbulkan skeptik sebegini tidak akan menyumbangkan apa-apa, apatah lagi memajukan umat kerana mereka sendiri tidak percaya apa sahaja di sekelilingnya, bahkan pancaindera dan penaakulan akal mereka. Bagaimana mungkin orang ini yang hanya menanamkan keraguan ini dan meruntuhkan kepercayaan pancaindera dan akal ini ingin menghasilkan ilmu, apatah lagi pemikiran yang kritis?

Hantaran 57



Antara pembela Ibn *Arobiyy yang berilmu yang mengakui kritikan pedas daripada al-Mullā al-Qōrī terhadap Ibn *Arobiyy seperti kalam kufur dan bidaah.

Berbeza dengan orang lain yang menanggap kritikan seperti ini adalah usaha penentangan terhadap wali Allah! Adakah al-Mullā al-Qōrī ini bukan wali Allah di sisi mereka? Sangat menghairankan yang al-Mullā al-Qōrī ini menjadi rujukan para sufi dalam mempertahankan tradisi kesufiannya pun akhirnya dilayan seumpama sampah oleh mereka ini tatkala Ibn *Arobiyy disinggung.

Apa yang al-Mullā al-Qōrī bukanlah baharu. Ia telah didahului oleh mereka yang sebelumnya yang berwibawa dalam keilmuannya dan terbilang dalam kemahirannya serta unggul kedudukannya. Janganlah sama sekali menganggap bahawa kritikan ini datang dari orang yang menyimpan dendam terhadap para sufi atau jahil atau hanya memiliki sekelumit sahaja dari hakikat pengetahuan kesufian.

Apapun, saya lebih menghormati orang ini berbanding kebanyakan para pembela Ibn *Arobiyy yang lain kerana orang ini merespons dengan hujah ilmiah dan lebih cendekia. Kebanyakan yang lain lebih suka bermain falasi, berkata-kata kosong dan hanya tahu melemparkan nista pada orang lain.

Hantaran 58

Mungkin ini boleh boleh memahamkan masalah secara keseluruhan yang ada pada institusi pengajian pondok masa kini dan yang perlu diselesaikan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Saya juga dahulu pernah menyuarakan yang sama di sini :

(a) 
https://www.wattpad.com/1035229205-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-58

(b) 
https://www.wattpad.com/1068571239-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-69-seruan-untuk-reformasi

Hantaran 59


Hakikatnya tidak sukar untuk memahami pendirian salaf dalam hal ini, sekaligus pendirian salafi dalam isu. Sesiapa sahaja yang membaca «at-Tabṣīr Fī Ma*ālim ad-Dīn» karya Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy sudah cukup memberikan jawapan jelas untuk ini dan seterusnya mewakili salaf dalam hal ini.

Saya sudah pun menulisnya di sini : 

(a) https://www.wattpad.com/1119368639-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-131-isbat-sifat

(b) https://www.wattpad.com/1122160965-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-97-dilemma-dalam-isbat-sifat

Kesimpulan mudahya adalah kita mengisbatkan makna zahir dan maknanya adalah sifat yang ada pada zat-Nya. Cuma, kita tidak mengisbatkan sifat yang tidak layak kepada-Nya seperti anggota atau kelaziman jisim. Sesiapa yang mengisbatkan makna jisim dan anggota, maka itu adalah pelaku tasybih.

Inilah apa yang ditempuhi salaf. Saya sudah berbicara secara ringkas di sini : https://www.wattpad.com/1120963140-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-133

Kemudian, saya merasa lucu dengan sindiran pada ruangan komen yang kononnya salafi dalam keadaan dilemma sama ada mengisbatkan lafaz sahaja atau maknanya.

Antara sebab pengandaian adanya dilema seperti ini adalah kefahaman bahawa jika sekadar isbat lafaz sahaja, maka itu tidak ada manfaat dalam isbat kerana hanya menyifatkan Allah pada sekadar nama sahaja, tetapi tiada makna. 

Jika isbat pada makna pula, tetapi tidak tahu hakikat, maka ia juga dianggap tidak ada manfaat kerana menyifatkan Allah sesuatu yang dia tidak tahu.

Padahal, Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy sudah pun menjelaskan tentang pendirian kita dalam hakikat sifat yang kita isbatkan kepada Allah. Katanya setelah menyebutkan beberapa sifat Allah seperti dua tangan, wajah, jari-jemari dan ketawa :

فإن هذه المعاني التي وصفت، ونظائرها، مما وصف الله عز وجل بها نفسه، أو وصفه بها رسوله صلى الله عليه وسلم مما لا تدرك حقيقة علمه بالفكر والروية. ولا نكفر بالجهل بها أحداً إلا بعد انتهائها إليه. فإن كان الخبر الوارد بذلك خبراً تقوم به الحجة مقام المشاهدة والسماع، وجبت الدينونة على سامعه بحقيقته في الشهادة عليه بأن ذلك جاء به الخبر، نحو شهادته على حقيقة ما عاين وسمع. وإن كان الخبر الوارد خبراً لا يقطع مجيئه العذر، ولا يزيل الشك غير أن ناقله من أهل الصدق والعدالة، وجب على سامعه تصديقه في خبره في الشهادة عليه بأن ما أخبره به كما أخبره كقولنا في أخبار الآحاد العدول.

"Sesungguhnya makna-makna ini yang disifatkan dan yang serupa dengannya dari apa yang Allah *Azza Wa Jalla menyifatkan diri-Nya dengannya atau yang rasul-Nya -ṣollallahu *alayhi wasallam- adalah yang tidak dicapai hakikat ilmunya dengan fikiran dan renungan. Kita tidak mengkafirkan seseorang dengan sebab kejahilan terhadapnya setelah sampainya kepadanya. Jika khabar yang warid tentang itu adalah khabar yang berdiri hujah terhadapnya dalam kedudukan penyaksian dan pendengaran, maka wajib keberagamaan ke atas orang yang mendengarnya dengan hakikatnya pada penyaksian terhadapnya bahawa sesungguhnya telah datang khabar tentangnya sepertimana penyaksiannya terhadap hakikat apa yang dia tampak dan mendengar. Jika khabar yang warid itu adalah khabar yang tidak ada penjelasan putus terhadap kesampaiannya dan tidak menghilangkan syak, tetapi pembawanya adalah dari kalangan orang yang jujur dan berkredibiliti, wajib ke atas pendengarnya untuk membenarkannya pada perkhabarannya dalam penyaksian terhadapnya bahawa apa yang dia mengkhabarkannya tentangnya adalah sepertimana yang dia mengkhabarkannya sepertimana kata-kata kita pada khabar-khabar individu yang berkredibiliti". [At-Tabsīr Fī Ma*ālim ad-Dīn, m/s 139-140, keluaran Dār al-*Āṣimah, tahqiq *Aliyy bin *Abdul *Azīz bin *Aliyy aš-Šibl].

Kesimpulannya adalah sememangnya hakikat itu tidak akan diketahui. Dengan kata lain, kita tidak mengetahui bagaimana hakikatnya dikatakan sifat tangan yang bukan anggota. Kita dimaafkan kerana kejahilan tersebut. 

Tidak tahu tentang hakikat, bukan bermakna kita tidak mengisbatkannya. Walau bagaimanapun, kita mengisbatkan sifat tangan kepada Allah, bukan anggota kepada-Nya.

Inilah sebabnya saya selalu sahaja menekankan untuk menelaah karya salaf kerana mereka sebenarnya telah menghadapi persoalan ini pada zaman mereka beratus tahun sebelum kita lahir dan berpolemik tentangnya.

Hantaran 60


Saya ingin melontarkan pertanyaan. Mengapa «al-Fiqh al-Akbar» dinisbahkan pemilikan secara sahih kepada Abū Ḥanīfah meskipun dia perawi kitab tersebut adalah dhaif yang teruk, iaitu Abū Muṭī* al-Balẖiyy dan Ḥammād bin Abū Ḥanīfah?

Tentang Abū Muṭī* al-Balẖiyy, iaitu al-Ḥakam bin *Abdullah bin Muslim, Aḥmad bin Ḥanbal berkata bahawa tidak patut meriwayatkan daripadanya. Yaḥyā bin Ma*īn berkata bahawa dia tidak ada nilai sesuatu pun. Abū Ḥātim ar-Rōziyy berkata bahawa dia lemah hadisnya dan dia berkata bahawa dia tidak meriwayatkan hadis daripadanya. Ini dinukil oleh Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy dalam «al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl». Al-Buẖōriyy dan an-Nasā^iyy berkata bahawa dia adalah dhaif. Ini dinukil oleh Ibn *Adiyy dalam «al-Kāmil Fī Ḍu*afā^ ar-Rijāl» dan dia menyimpulkan bahawa hadisnya secara umum tidak ditunjangi terhadapnya. Abū Ḥafṣ *Amr bin *Aliyy al-Fallās menyatakan bahawa dia dhaif hadisnya. Abū Dāwud as-Sijistāniyy menyatakan bahawa mereka meninggalkan hadisnya kerana dia adalah jahmian. Ini dinukilkan oleh al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy dalam «Tārīẖ Baġdād».

Manakala, tentang Ḥammād bin Abū Ḥanīfah, iaitu Ibn Nu*mān bin Ṭābit pula, Ibn *Adiyy dalam «al-Kāmil Fī Ḍu*afā^ ar-Rijāl» menyatakan bahawa riwayat daripadanya tidak ada nilai sesuatu pun dan dia termasuk orang yang dhaif. Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy dalam «al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl» menyatakan bahawa ayahnya menyebutkan bahawa dia seorang pendusta.

Antara ulama yang menisbahkan pemilikan kitab ini kepadanya adalah Abū al-Muẓoffar Ṭōhir bin Muḥammad al-Isfirōyīniyy dalam «at-Tabṣīr Fī ad-Dīn», Ibn an-Nadīm dalam «al-Fihrist», *Abdul Qōhir bin Ṭōhir al-Baġdādiyy dalam «Usūl ad-Dīn» dan aḏ-Ḏahabiyy dalam «al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār». Kemudian, kitab ini disyarahkan oleh al-Mullā al-Qōrī.

Persoalan saya adalah mengapa para ulama tidak ada masalah menisbahkan pemilikan kitab ini kepadanya meskipun perawi padanya adalah dhaif yang sangat teruk?

Mungkin ada yang akan bertanya tentang apa perkaitan saya persoalan ini dengan penulisan tersebut. Saya katakan, ia ada kaitan tentang isu-isu penisbahan pemilikan kitab yang dipertikaikan terhadapnya. Ini kerana ada beberapa kitab yang dipertikaikan kesahihan penisbahannya kepada seseorang tokoh atas alasan ada masalah perawi di dalamnya. 

Dari pihak salafi, al-Albāniyy menolak kesahihan kitab ini. [Rujuk : https://www.alathar.net/home/esound/index.php?op=codevi&coid=256329].

Ḥasan as-Saqqōf meskipun zaydian, tetapi ia menjadi rujukan bagi pihak ašᶜarian juga menolak kesahihan kitab ini. [Rujuk : https://www.facebook.com/hassan.saqqaf/posts/pfbid0gPnULQgkYnenyGY3gheJ8w3M2JGPBs6wzUqcvbtLMw7mRWkVGUkT41TZqAudLLAxl].

Ini bermakna kedua-dua belah pihak yang saling berlawanan mempertikaikan kesahihan penisbahan pemilikan kitab ini kepadanya meskipun adanya para ulama menetapkan penisbahan itu. Apabila kita menyelesaikan persoalan ini, isu penisbahan pemilikan kitab «Risālah ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah» kepada Aḥmad bin Ḥanbal akan dapat dirungkai dengan lebih efisyen.

Sebagai tambahan, saya sudah pun memberikan kupasan tentang kesahihan penisbahan «Risālah ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah» kepada Aḥmad bin Ḥanbal di sini : https://www.wattpad.com/1101204404-al-ẖiṭōb-al-wajīz-wacana-ringkas-116

Manakala, untuk isu al-Ḥakkāriyy, saya telah membentangkan jawapan Kamilin Jamilin : https://www.wattpad.com/1029106485-santai-perkongsian-agama-melalui-meme-meme-96

Hantaran 61

Dalam aliran akidah, mereka yang menisbahkan dengan ḥanbalian terpecah kepada enam kelompok. Yang pertama adalah mereka yang sebati dengan Ibn Taymiyyah. Yang kedua adalah mereka yang terkesan dengan pendekatan aḏ-Ḏahabiyy.

Seringkali yang pertama dan yang kedua ini bercampur aduk. Boleh dikatakan bahawa kelompok yang kedua adalah adalah mereka yang berkapalkan aḏ-Ḏahabiyy, tetapi berkaptenkan Ibn Taymiyyah.

Perbezaan antara yang pertama dengan yang kedua adalah mereka mendukung penuh gagasan yang dibawa Ibn Taymiyyah dan mengikut manhajnya dalam perbahasan akidah dengan menggunakan pendekatan ilmu kalam dan falsafah sekalipun mereka tidak menamakannya sedemikian dan mencela ilmu kalam. Selalunya, tanda-tanda yang menonjol untuk mengenali mereka ini adalah kupasan yang panjang pada isu kadar perkongsian makna sifat antara Allah dengan makhluk dan isu kebaharuan yang tiada permulaan.

Manakala yang kedua pula, mereka seringkali menekankan untuk menjauhi perbahasan yang mendalam, halus, rumit dan kompleks dalam bicara akidah sama ada melalui wacana atau perdebatan. Bagi mereka, cukup beriman sepertimana yang telah dikhabarkan dan menahan diri daripada perbicaraan selanjutnya serta penambahan yang tidak dinyatakan syarak seperti mengisbatkan sifat turun dengan tambahan ungkapan: "Dengan zat-Nya".

Mereka ini mencela ilmu kalam serta konsisten dengan apa yang mereka benci dan tegah. Namun, kerapkali mereka ini menjulang tinggi Ibn Taymiyyah meskipun dia mengamalkan apa yang menyalahi praktik dan tradisi keilmuan mereka.

Bacaan Tambahan : https://www.wattpad.com/1131587041-koleksi-hantaran-amir-kazuma-di-media-sosial-yang

Yang ketiga adalah sebahagian golongan yang terkebelakangan, khususnya setelah zaman Ibn Taymiyyah dan mereka yang cuba berintegrasi dengan ašᶜarian. Antara ciri yang jelas mereka ini adalah prinsip dan pengamalan tafwid mereka yang selari dengan konsep yang diperkenalkan ašᶜarian. Boleh dikatakan mereka ini sebenarnya ašᶜarian, tetapi pada sudut pengamalan tafwid.

Yang keempat adalah sebahagian golongan yang hampir terjebak atau sememangnya sudah terjerumus dengan tasybih dan tajsim atau yang berkelaziman dengannya yang mana ia selalunya berlaku secara tidak langsung. Mereka ini wujud sebelum kemunculan Ibn Taymiyyah.

Sebahagian orang yang menisbahkan diri kepada aliran ini pada era ini ada yang melangkah dengan ini sama ada secara sedikit atau banyak dan sama ada secara eksplisit atau secara tidak langsung. Akan tetapi, kebiasaannya anutan Ibn Taymiyyah lebih mendominasi atau ia bercampur aduk dengan fahaman Ibn Taymiyyah atau bercampur aduk dengan manhaj aḏ-Ḏahabiyy sepertimana campur aduk antara kelompok yang pertama dan yang kedua.

Yang kelima adalah golongan ḥanbalian yang sejati, khususnya dari kalangan mutakallimin seperti Abū Faḍl at-Tamīmiyy, Ibn Ḥamdān, Ibn az-Zāġūniyy, Abū al-Faroj aš-Širōziyy, Abū Ya*lā al-Ḥanbaliyy *Imāduddīn al-Wāsiṭiyy dan selain mutakallimin yang berlepas diri daripada fahaman tajsim seperti Ibn Rojab al-Ḥanbaliyy.

Saya berada di atas manhaj ini dan sebahagian mereka yang digelar sebagai neoḥanbalian oleh sebahagian pencela dari kalangan pengikut Ibn Taymiyyah kerana sama ada tidak dapat menerima hakikat terdapat perbezaan antara aliran ḥanbalian yang murni dengan Ibn Taymiyyah atau ignoran terhadap karya-karya golongan ḥanbalian terdahulu.

Bacaan Tambahan : https://www.wattpad.com/1196134797-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-136-akidah-ibn-taymiyyah

Yang keenam adalah mereka ini semirim dengan ḥanbalian yang sejati, tetapi perbezaannya adalah mereka berprinsip bahawa boleh menakwilkan beberapa naṣ-naṣ sifat apabila salaf dan para imamnya melakukannya. Akan tetapi, prinsip ini tidak benar dan zahirnya yang kelihatan takwil bukan semestinya takwil yang hakiki serta tidak semua takwil adalah betul. Saya telah mengupas perkara ini dalam penulisan saya yang berjudul «Penjelasan Interaksi Dengan Naṣ Tentang Sifat Allah».

Manakala dari kalangan ašᶜarian, mereka terpecah kepada tiga kelompok. Yang pertama adalah kalangan pendahulu dan mereka yang mengikuti jejaknya. Mereka ini lebih dekat dengan golongan ḥanbalian yang sejati sekalipun ada beberapa isu yang berbeza.

Yang kedua adalah mereka yang terkemudian. Mereka ini sangat dekat dengan golongan muᶜtazilian dalam beberapa sudut.

Bacaan Tambahan : https://www.wattpad.com/1241699574-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-180

Perbezaan dan kesepakatan antara kedua-duanya boleh dibaca dalam senarai koleksi penulisan saya dalam merespons isu aliran ini di sini : https://www.wattpad.com/1194045000-pembuka-kepada-interaksi-amir-kazuma-senarai

Yang ketiga adalah mereka yang terpengaruh dengan penganut ₍Waḥdah al-Wujūd₎ dan sufi falsafah.

Adakalanya kelompok yang pertama saling bergandingan dengan kelompok yang kedua. Adakalanya yang kedua dan yang ketiga ini saling berintegrasi antara satu sama lain. Adakalanya ketiga-tiga kelompok ini di dalam satu saf yang sama dan bercampur aduk.

Namun, ketiga-tiga ini bersatu bersama dalam menyelisihi ḥanbalian yang sejati, khususnya dalam menentang konsep isbat dan penafian pengamalan tafwid daripada salaf.

Ini adalah apa yang saya perhatikan dan dapat saya mengenal pasti perbezaannya. Pada saya, amat penting untuk mengenali perbezaan ini supaya kita dapat berinteraksi dengan setiap orang atau kelompok sesuai dengan apa yang dia menuju kepadanya dan supaya kita mengenali tempat yang kita berpijak agar kita tidak membela kelompok yang salah jika seseorang itu mendakwa atau didakwa bahawa dia adalah dari kalangan kelompok mereka atau memasukkan orang yang salah dalam kelompok kita.

Mungkin pembahagian ini agak baru -walaupun sebahagiannya adalah pengembangan daripada dapatan mereka yang lebih dahulu daripada saya- dan sukar diterima untuk sebahagian orang buat masa ini.

Akan tetapi, saya sedaya upaya membentangkan pembahagian ini berdasarkan realiti yang telah wujud sama ada melalui pembacaan atau kupasan tokohnya atau sanggahan mereka terhadap sesama kelompok mereka dan apa yang telah saya mendepaninya dan saksikan sendiri, bukan sekadar meneka atau berandaian sahaja.

Hantaran 62

Saya telah bentangkan jawapan untuk merespons kalam aḏ-Ḏahabiyy dalam penafiannya terhadap penisbahan pemilikan «Risālah ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah» kepada Aḥmad bin Ḥanbal di sini : https://www.wattpad.com/1101204404-al-ẖiṭōb-al-wajīz-wacana-ringkas-116

Cuma, yang menghairankan adalah aswajaean suka sahaja membesar-besarkan kalam aḏ-Ḏahabiyy ini dalam meragukan kesahihan penisbahan pemilikan kitab ini kepada Aḥmad bin Ḥanbal.

Namun, apabila kita mengutarakan jawab balas daripada Ibn Qoyyim al-Jawziyyah tentang hal ini, mereka bermain falasi ₍Ad Hominem₎ bahawa dia adalah murid Ibn Taymiyyah yang dia dan gurunya sama-sama ada iktiktad tajsim dan tasybih.

Tidakkah mereka tahu bahawa aḏ-Ḏahabiyy sebenarnya juga adalah murid Ibn Taymiyyah? Malah, tidakkah mereka tahu bahawa dia dituduh mujassim dan sangat kuat memusuhi ašᶜarian sepertimana yang dinyatakan oleh muridnya sendiri; Tājuddīn as-Subkiyy dalam «Ṭobaqōt aš-Šāfi*iyyah al-Kubrō»?

Kalam as-Subkiyy tentangnya boleh baca di penulisan saya yang berjudul «Tokoh Yang Didakwa Beraliran Tafwid, Tetapi Hakikatnya Bukan».

Mengapa tidak menolak pendapat aḏ-Ḏahabiyy ini dengan alasan yang sama mereka lakukan terhadap Ibn al-Qoyyim? Mengapa sengaja melakukan kontradik? Atau sememangnya hipokrit?

Mereka berkata bahawa mereka memerhatikan hujah aḏ-Ḏahabiyy, bukan peribadi aḏ-Ḏahabiyy itu sendiri. Lantas, mengapa tidak boleh melakukan yang sama terhadap penghujahan Ibn al-Qoyyim?

Hantaran 63 : Hujah Rasional Dalam Membatalkan Aliran Tafwid

Saya : Apa pandangan kamu tentang perkhabaran Allah dan rasul-Nya tentang ₍al-Yad₎, ₍al-Wajh₎, ₍al-Istiwā^₎, ₍an-Nuzūl₎ dan seumpama dengannya yang disandarkan kepada Allah sebagai sifat?

Mereka : Kami tidak mengetahui maknanya.

Saya : Setujukah kamu yang kesemua itu tidak merujuk kepada jisim atau yang berkelaziman dengannya?

Jika mereka tidak setuju, maka mereka adalah mujassim.

Jika mereka bersetuju, saya berkata : Bukankah itu menunjukkan kamu mengetahui maknanya yang mana kesemua itu tidak menanggung makna jisim padanya? Terbatallah dakwaan aliran tafwid kamu.

Jika mereka tidak menyatakan setuju atau tidak setuju, saya berkata : Akan tetapi, kamu pasti bahawa ia adalah tidak sama sepertimana makhluk?

Jika mereka berkata tidak, maka mereka adalah musyabbih.

Jika mereka berkata ya, maka saya berkata : Maka ini jelas bahawa kamu mengetahui maknanya bahawa kesemua itu tidak menanggung makna yang menyerupai makhluk. Terbatallah dakwaan aliran tafwid kamu.

Jika mereka berkata bahawa mereka tidak menyetujuinya atau menyetujuinya, saya berkata : Kalau begitu, kamu ada keraguan terhadap akidah kamu terhadap Allah kerana kamu tidak tahu sama ada kesemua yang disandarkan kepada-Nya ini sama ada menyerupai makhluk atau tidak.

Saya : Saya bersetuju bahawa kesemua itu tidak merujuk kepada jisim dan kelazimannya. Namun, adakah kesemuanya merujuk kepada makna yang berbeza?

Jika mereka berkata tidak, maka saya berkata : Allah dan rasul-Nya menggunakan lafaz berbeza ketika berbicara tentangnya. Adakah tidak ada faedah makna yang berbeza bersama perbezaan lafaz yang digunakan?

Itu juga saya akan katakan apabila mereka berkata bahawa mereka tidak berkata ya atau tidak.

Jika mereka berkata ya, maka saya berkata : Kalau begitu, kamu sudah mengetahui maknanya bahawa ₍al-Yad₎ bukan ₍al-Wajh₎, ₍al-Istiwā^₎ bukan ₍an-Nuzūl₎. Begitulah seterusnya. Yang pasti beza pada kesemua itu bukan jenis huruf atau susunan huruf pada perkataan tersebut, tetapi terdapat hakikat perbezaan padanya. Dengan ini, terbatallah dakwaan tafwid kamu.

Jika mereka berkata : Yang kami maksudkan dengan tafwid adalah kami tidak tahu sama ada ia dimaknakan dengan makna zahir atau selainnya.

Saya : Jika kamu berkata ₍an-Nuzūl₎ yang dimaksudkan adalah sesuatu yang tidak berkait dengan keserupaan dengan makhluk seperti jisim dan kelaziman baginya, maka seperti inilah yang dilakukan oleh isbat, iaitu menyebutkan bahawa ₍an-Nuzūl₎ adalah yang sama sekali tidak serupa dengan makhluk dan inilah yang pengamal isbat dari kalangan salaf menyatakan bahawa ₍an-Nuzūl₎ adalah sifat bagi Allah.

Ini juga yang diakui oleh Ibn al-*Arobiyy al-Mālikiyy bahawa apabila perkhabaran daripada al-Quran dan hadis disebutkan sebagai sifat, maka ia adalah sesuatu yang diketahui dan tidak dikatakan: "Ia dilalukan sepertimana ia datang" atas maksud ia adalah sesuatu yang tidak dikethaui. Dia berkata :

وقد بينا بأن كل صفة حدوث تقضي التغير وذلك مما لا يوصف الله به كالمرض والمشي والضحك والفرح والنزول ونحو ذلك فإذا وصف نفسه بشيء من ذلك لا يقال فيه نمره كما جاء بإجماع من الأمة ولكنه يحمل على التأويل ويعلم أنه مجاز عبر به عن السبب المتقدم للشيء أو عن الفائدة الحاصلة عنه

"Kami telah menjelaskan bahawa setiap sifat baharu menjuruskan perubahan. Itu adalah daripada apa yang Allah disifatkan dengannya seperti sakit, berjalan, ketawa, gembira, turun dan seumpama itu. Apabila Dia menyifatkan diri-Nya dengan sesuatu, tidak dikatakan padanya: Kami melalukannya sepertimana ia datang dengan ijmak daripada umat ini. Akan tetapi, ia menanggung atas takwil dan diketahui bahawa ia adalah majaz yang diungkapkan dari sebab yang terdahulu kepada sesuatu atau dari faedah yang berhasil padanya". [*Āriḍoh al-Aḥwaḏiyy Bi Šarḥ Ṣoḥīḥ at-Tirmiḏiyy, jilid 9, m/s 307, keluaran Dār al-Kutub al-*Arobiyyah, Beirut].

Oleh itu, apabila seseorang menyebutkan ₍an-Nuzūl₎ adalah sifat bagi-Nya, maka ia adalah sesuatu yang diketahui dan tidak disebutkan sebagai tafwid. Maka, terbatallah aliran ini.

Jika kamu berkata bahawa ia mungkin sahaja dimaknakan dengan makna zahir, maka kamu telah beriktikad adanya takwil. Cuma, kamu tidak mengetahui atau tidak menentukan makna baginya. Kamu sama sekali tidak akan mengatakan ia adalah sifat atau bukan sifat. Maka, hakikatnya adalah sama sekali tidak ada tafwid. Kamu telah memalingkan apa yang ditunjukkan pada naṣ, lalu kamu berkata kamu tidak tahu makna sebenarnya dan inilah takwil, tetapi sekadar tidak menentukan makna.

Jika kamu berkata bahawa ia bukan isbat dan bukan iktikadnya ada takwil, tetapi sebenarnya adalah kamu tidak tahu makna yang mana satu untuk ditentukan, maka atas dasar dari kata kamu bahawa kamu tidak tahu?

Ini kerana kamu beriktikad bahawa ia bukan sesuatu yang layak disebut sebagai sifat Allah kerana zahirnya menunjukkan keserupaan kepada makhluk. Oleh itu, kamu memalingkan maknanya, lalu kamu beriktikad bahawa ia ada makna lain yang sama sekali tidak berasosiasi dengan sifat Allah, tetapi kamu tidak tahu apakah makna tersebut.

Justeru, ini juga adalah iktikad adanya takwil. Maka, sememangnya tidak ada tafwid pada pengamalan kamu. Jika disebutkan tafwid pun pada hal ini, ia sekadar ungkapan sahaja, bukan hakikatnya atau melainkan kamu mendefinisikan tafwid itu adalah takwil ijmali. Dengan kata lain, kamu telah mentakwilkannya dan ia bukan adalah sifat Allah, tetapi maknanya secara spesifik tidak ditentukan atau tidak diketahui.

Mereka : Kalau yang tinggal hanya isbat sahaja, iaitu menyifatkan Allah sepertimana yang disebutkan lafaz, maka apa hakikat makna tersebut bagi setiap satu daripadanya menurut kamu kerana lafaz tidak bererti tanpa makna?

Saya : Hakikatnya kita tidak mengetahuinya. Samalah seperti roh. Kita tahu ia wujud ketika kita melihat manusia atau haiwan bergerak, tetapi kita tidak tahu apa itu roh. Pengetahuan hakikat tentang roh di luar capaian kita, tetapi kita tidak menafikan kewujudannya kerana ia ada pada kelazimannya.

Saya : Untuk pengetahuan kalian, para ašᶜarian menyatakan bahawa Abū al-Ḥasan al-*Aš*ariyy menyatakan bahawa sifat-sifat tersebut adalah sifat maani yang berdiri pada zat atau sifat tambahan bagi zat. Ini bermakna dia memahami makna dalam pengisbatan sifat-sifat tersebut sekalipun tidak diketahui hakikatnya.

Sila baca penulisan saya yang berjudul «Penjelasan Interaksi Dengan Naṣ Tentang Sifat Allah» dan yang di pautan berikut ini untuk faham manhaj isbat di sisi salaf :

(a) https://www.wattpad.com/1119368639-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-131-isbat-sifat

(b) https://www.wattpad.com/1120963140-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-133

(c) https://www.wattpad.com/1121843177-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-96

(d) https://www.wattpad.com/1122160965-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-97-dilemma-dalam-isbat-sifat

Pembatalan terhadap aliran tafwid juga dijelaskan oleh Aymān bin Su*ūd al-*Anqoriyy dalam «Aqwāl A^immah as-Sunnah Fī Naqḍ Bid*ah at-Tafwīḍ Fī aṣ-Ṣifāt» dan Ḥasan bin *Aliyy as-Saqqōf; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dalam «at-Tafnīd Li Maḏzhab at-Tafwīḍ Fī Asmāʾ Wa Ṣifāt al-Ġhoniyy al-Majīd».

Hantaran 64


Berkata Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ :

فأحب أن أذكر أن كل ما أكتبه في كتبي ، أو مقالاتي ، وما ألقيه شفاهة وأتبنى فيه بعض الآراء هو من ناتج تحصيلي ونظري، ولا أقلد فيه هذا أوذاك ، فرأيي الذي أصرح به، وصلت إليه بفضل الله تعالى بالبحث والنظر.

وعليه فمن أراد أن يناقشني فليكن واسع الأفق، من أهل الشريعة وفهمها الصحيح فلا يلصق آرائي بأحد المذاهب أو المدارس أو الأشخاص، ولا سيما إذا بدر خطأ مني فهو مني ولا يحسب على مذهب أو مدرسة أو أحد من شيوخي أو شيوخهم . وقد قال الله تعالى : "ألا تزر وازرة وزر أخرى ، وأن ليس للإنسان إلا ما سعى " .

فمن يتعقب علي بموقف أو رأي أحد شيوخي يكون قد أخطأ وابتعد عن التحرير، وأبان عن قصوره، بل لعله خرج من دائرة البحث والنظر إلى دوائر المناكدة والمناكفة.

نعم قد استشهد بكلام بعض أهل العلم رحمهم الله تعالى، ولكن بحسب نظري، وكلامهم أسوقه استئناسا ، فليس من الأدلة الشرعية رأي أو تقييد العلماء.

هذا ما أحببت بيانه، ليس علوا ، أو ادعاء مراتب لا أستحقها فالكاتب عبد ضعيف ، خادم للعلماء ، ولكن حفظا لمقامات مذاهب واتجاهات وعلماء اقترت منهم دراسة واستفادة وميلا ، فلا ينبغي أن تكون كتاباتي طريقا للقدح فيهم .

وقد تحدث محاورات ، واختلافات فمن يسعى للآخرة فليكن ناصحا متبعا للأخلاق النبوية الشريفة في محاورة المخالف داعيا له ، بأدب ، وحسن مقال ، وليحرر أولا محل النزاع ء فقد بكون الخلاف لفظيا ء حتى لايطول الكلام ، ويخرج عن المراد.وليتجنب الناظر المستفيد أخطاء من تقدمه أو عاصره فلا يقلده في ألفاظه وإطلاقاته وهجائه .

Sukacita ingin aku sebutkan bahawa setiap apa yang saya tulis dalam kitabku atau karangan-karanganku atau aku sampaikannya secara ucapan atau, maka ia adalah natijah capaianku dan pengamatanku. Aku tidak bertaklid pada ini atau itu padanya. Pandanganku yang aku nyatakan padanya dan aku sampai kepadanya adalah dengan kelebihan Allah Ta*ālā dengan pencarian dan pengamatan.

Begitu juga sesiapa yang berkehendak untuk berbincang dengan saya, maka hendaklah menjadi orang yang luas cerapannya yang terdiri daripada ahli syariat dan kefahamannya yang sahih. Janganlah dia menempelkan pandangan-pandanganku dengan salah satu mazhab atau madrasah atau individu, lebih-lebih lagi apabila ternyatanya kesalahan daripadaku. Maka, ia adalah daripadaku. Janganlah dia menyangka ia daripada mazhab atau madrasah atau seseorang daripada guru-guruku atau guru-guru mereka. Allah Ta*ālā berfirman: {Bahawa tidaklah orang yang berdosa menanggung beban dosa orang lain dan tidaklah seseorang insan memiliki sesuatu melainkan apa yang dia usahakan}.

Sesiapa yang menyusuli saya pada sesuatu pendirian atau pandangan salah seorang daripada guru saya, dia telah pun tersilap dan menjauh daripada independen dan menyata kekurangannya. Bahkan, kemungkinan dia keluar daripada daerah perbahasan dan pengamatan kepada daerah-daerah penyempitan dan pembebanan.

Benar, saya mengambil sokongan kalam sebahagian ahli ilmu -semoga Allah Ta*ālā merahmati mereka-, tetapi dengan berdasarkan pengamatan saya. Kalam mereka yang aku sebutkannya adalah untuk sokongan penarik sahaja. Pandangan atau taklid ulama bukanlah daripada dalil-dalil syariat. Ini adalah apa yang sukacita untuk menjelaskannya. Bukanlah kerana meninggi diri atau mendakwa kepada martabat-martabat yang saya tidak layak untuknya. Penulis adalah hamba yang lemah lagi berkhidmat untuk ulama. Akan tetapi, aku memelihara kedudukan-kedudukan mazhab, orientasi-orientasi dan ulama yang saya melazimkan pembelajaran, pengambilan manfaat dan kecenderungan. Maka tidak sepatutnya kitab-kitabku menjadi jalan untuk mencela mereka.

Telah terjadi pelbagai wacana dan perselisihan. Sesiapa yang mengejar akhirat, hendaklah menjadi orang yang lurus lagi mengikuti akhlak nabi yang mulia dalam wacana bersama orang yang menyelisihi yang menyeru kepadanya dengan adab dan budi bicara. Hendaklah menyemak punca perbalahan untuk permulaan kerana barangkali boleh jadi perbezaan pada lafaz sahaja sehingga tidak perlu memperpanjangkan kalam dan terkeluar dari maksudnya.

Hendaklah para pemerhati yang ingin mengambil manfaat dari kesilapan-kesilapan mereka yang terdahulu atau yang semasa dengannya. Janganlah dia bertaklid pada lafaznya atau generalisasinya atau sindirannya.

Sebahagian terjemahan teks daripada : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1151271165287155&id=100012128473491

Hantaran 65


Berkata Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ :

نصائح للباحثين المتمكنين في سعيهم للوصول إلى الصواب

تعود بعض أهل العلم معرفة الحق بالرجال وهذا سبيل غير محمود. فيقول: قال الإمام فلان أو صرح به فلان أو هو إحدى الروايتين ورجح الأصحاب الثانية وعليها الفتوى أو على طريقة فقهاء السادة الشافعية من أتقن مقدمة المنهاج فإنه سيعرف المعتمد في المذهب ومرتبة الاختلاف في المسألة (قوة المدرك) وهل الاختلاف هو اقوال أو وجوه وكيفية حكاية المذهب والاختلاف بين الخرسانيين والبغداديين في ذلك....الخ . وأظن أن هذه الطريقة ينبغي أن يمر عليها طالب العلم في مسيرته العلمية.

وهذا إن كان سائغا في الفقه لكنه في العقائد لا يسوغ لأهل العلم وطلبته، ولابد لهم من مجانبة التقليد والبحث الصحيح، والتمييز بين مسائل الأصول والفروع ودرجات الاختلاف. وأهل العلم منعوا التقليد في العقائد. ومن مشهور أبيات "جوهرة التوحيد" :

إذ كل من قلد في التوحيد # إيمانه لم يخل من ترديد

وهذا كلام نظري فكتب التوحيد مذهبية، تكرر ماسبق، وتشنع على المخالف وتعتبر المرجعية للمتن نظما أو نثرا ولا تعطي مجالا للمخالف، وإلا تغيرت المواقف منه. مع أن هذه المذاهب، تدور بين الخطأ والصواب.

وأقرب طريق يوصلك للصواب هو ملاحظة النصوص والقواعد الشرعية واستصحاب آلات البحث فتصل للمطلوب من أقرب طريق وتعرف مراتب الاختلاف مع الابتعاد عن الهوى والعصبية وهنا تصل إلى القول الذي ينبغي أن يعد صوابا في نظر الباحث على الأقل.

وهذه مسالك المجتهدين والعلماء اتباع الدليل وهو منهج أئمة أهل البيت عليهم السلام . وقد استطاع ابن حزم في كتابه "المحلى" مناقشة كبار الفقهاء المشهورين من اصحاب المذاهب السنة وتفوق وخالف وظهر عليهم وجانب الصواب في البعض لكنه سلك طريق الجادة . وقريب منه كتابات ابن دقيق العيد في شرح عمدة الأحكام وما سطره العراقي في طرح التثريب والأمير الصنعاني والحسن الجلال والشوكاني وغيرهم. وهي طريقة السادة آل الصديق الغماري .

وإياك ثم إياك أن تدور مع الأقوال وقائليها وتظن أن الصواب هو في معتمد المذهب أو في قول فلان . ولا تتهيب مخالفة أو موافقة الآخرين فالحق لا يعرف بالرجال، ولكن اعرف الحق تعرف أهله.

⋌Nasihat Untuk Pengkaji Yang Berkedudukan Dalam Usaha Mereka Untuk Sampai Kepada Kebenaran⋌

Telah terbiasa ahli ilmu dalam mengenali kebenaran melalui seseorang, sedangkan ini adalah cara yang tidak terpuji. Dia berkata: "Berkata fulan" atau "Fulan menyatakan sedemikian" atau "Dia adalah salah seorang daripada dua riwayat" atau "Ashab peringkat yang kedua telah merajihkannya dan dipegang fatwanya" atau "Atas jalan fuqaha šāfiᶜian yang ternama yang merupakan antara yang paling teliti dalam muqaddimah «al-Minhāj», lalu kerana itu akan dikenali yang dipegang dalam mazhab serta martabat ikhtilaf dalam permasalahan, iaitu kekuatan capaiannya; sama ada ikhtilaf itu adalah ₍Aqwāl₎ atau ₍Wujūh₎, tatacara penyebutan petikan mazhab, ikhtilaf antara penduduk Khurasan dan Baghdad pada hal itu....sehingga akhir". Aku mernyatakan bahawanya cara ini yang sepatutnya direntasi oleh penuntut ilmu dalam runtunan ilmiahnya.

Walaupun ini elok dalam fiqh, tetapi ia tidak elok dalam akidah untuk ahli ilmu dan penuntut ilmu. Tidak dapat tidak, mereka perlu menjauhi taklid, mengkaji yang benar, membezakan antara masalah pokok dan ranting serta darjat ikhtilaf. Ahli ilmu melarang taklid dalam akidah. Antara yang masyhur adalah bait «Jawharoh at-Tawḥīd» :

إذ كل من قلد في التوحيد # إيمانه لم يخل من ترديد

Ketikamana setiap orang yang bertaklid dalam tauhid # Maka, imannya belum sunyi dari bolak-balik

Ini adalah kalam teoritikal. Lantas, kitab tauhid mewajibkan mazhabnya, mengulangi apa yang terdahulu, mencela penyelisihan, diambil kira perujukannya pada matan dalam bentuk nazam atau prosa dan tidak diberikan lapangan untuk penyelisihan yang jika tidak sedemikian, berubahlah pendirian padanya meskipun mazhab ini berpusar antara benar dan salah.

Jalan yang lebih dekat yang menyampaikan kepada kebenaran adalah memerhatikan teks, kaedah-kaedah syarak dan bahan-bahan pengkajian. Pasti kamu akan sampai apa yang dituntut melalui jalan yang lebih dekat dan mengenali kedudukan ikhtilaf. Dalam masa yang sama, hendaklah menjauhi hawa nafsu dan asabiah. Ini sekurang-kurangnya yang akan menyampaikan engkau kepada pendapat yang sepatutnya dianggap benar dalam pemerhatian pengkaji.

Ini adalah penelusuran para mujtahid, ahli ilmu yang mengikut dalil dan manhaj ahli bait -*alayhim as-Salām-. Ibn Ḥazm dalam kitabnya «al-Muḥallā» mampu untuk berbincang dengan fuqaha kebesaran yang masyhur dari kalangan sahabat-sahabat mazhab sunnah. Dia mengungguli, menyelisihi dan melangkaui mereka. Walaupun menjauhi kebenaran untuk sebahagian, tetapi dia melangkah di jalan ini dengan kesungguhan. Yang terdekat dalam hal ini juga adalah penulisan Ibn Daqīq al-*Īd dalam 
«Šarḥ *Umdah al-Aḥkām». Begitu juga apa yang ditulis oleh al-*Irōqiyy dalam «Ṭorḥ at-Taṯrīb». Demikian juga al-Amīr aṣ-Ṣon*āniyy, al-Ḥasan al-Jalāl, aš-Šawkāniyy dan lain-lain. Ini juga jalan keluarga aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy.

Waspadalah, kemudian waspadalah diri engkau daripada berpusar pada pendapat dan orang yang memberi pendapat. Engkau menyangka bahawa ia adalah benar dalam pendapat muktamad mazhab atau pendapat fulan. Usahlah engkau gentar untuk menyelisihi atau menyetujui orang yang lain. Kebenaran tidak mengenal seseorang. Namun, kenallah kebenaran, nescaya engkau kenal ahlinya.

Terjemahan daripada : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=680942115653398&id=100012128473491

Hantaran 66


Saya pernah melihat seseorang berkongsi perjalanannya dalam mencari hidayah kepada aliran Islam yang sebenar. Kemudian, ada orang yang berbeza aliran atau fahaman memberi respons: "Siapa tanya?" dengan nada yang sinis.

Rasanya kalau orang ini kalau membaca puji-pujian Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ terhadap dirinya dalam mengekspresikan kesyukuran kepada Allah sepertimana yang saya telah melampirkannya dalam penulisan saya yang berjudul «Seloka Yang Mampu Merombak Kefahaman Syukur, Tawaduk, Ujub, Riyak dan Takabbur».

Apa agaknya respons mereka? Mahu berkata yang sama sepertimana orang lain yang dia ingin memandang sinis apabila dia menceritakan tentang kebaikan dan kurniaan pada dirinya?

Mereka belum lihat lagi bagaimana guru Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ dari tokoh ilmuwan ahli bait seperti *Abdul *Azīz bin Muẖammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy menyebutkan kelebihan dirinya yang agak melambung-lambung dalam bukunya «Ta*rīf al-Mu^tasī Bi Aḥwāl Nafsī». 

Kalaulah *Abdul *Azīz tidak dikenali mereka, pasti lebih dahsyat sindiran mereka terhadapnya. Begitu juga yang dilakukan oleh abangnya; Aḥmad al-Ġumāriyy dalam «al-Baḥr al-*Amīq Fī Marwiyyāt Ibn aṣ-Ṣddīq» dan abangnya juga; *Abdullah al-Ġumāriyy dalam «Sabīl at-Tawfīq Fī Tarjamah *Abdullah bin aṣ-Ṣiddīq».

Sebab itulah penting untuk memahami perbezaan antara syukur, tawaduk, ujub, riyak dan sombong. Ini supaya seseorang tidak semberono menyindir seseorang sesuka hati apabila dia mengungkapkan kurniaan yang ada pada dirinya. Saya telah menjelaskan perkara tersebut dalam penulisan saya yang telah disebutkan tadi.

Hantaran 67


Orang yang berkata seperti ini kalau mereka membantah gagasan Ibn Taymiyyah pada ₍Qodīm an-Naw* Ḥādiṯ al-Aḥād₎ (قَدِيم النَّوْعِ حَادِث الْآحَادِ), pastilah mereka akan berkata: "₍Ġoyr Manṭiqiyy₎" (غَيْر مَنْطِقِيٍّ), iaitu tidak munasabah, "₍*Ajīb₎" (عَجِيب), iaitu menghairankan dan gharib. 

Segala hujah dan dalil sanggahan akan ditaburkan, dilonggokkkan, dipadatkan dan dihempas habis-habisan terhadapnya seakan-akan tiada ruang taubat untuknya dan kalau boleh, mereka mahu menghukum mati ke atasnya jika dia masih hidup pada hari ini.

Akan tetapi, apabila kekeliruan yang berlaku pada Faẖruddīn ar-Rōziyy, seakan-akan ada pengecualian terhadapnya atas alasan dia adalah sufi dan gergasi ahli kalam. Sangat mengecewakan adalah yang melakukan sebegini adalah orang yang sangat kritis dan tajam akalnya ketika membantah Ibn Taymiyyah. Seakan-akan gudang logik dan dalil rasional terkumpul di otaknya dalam mencantasnya. Namun, mereka menjadi tumpul dan debil ketika berhadapan dengan ar-Rōziyy pada jenis kesalahan yang sama.

Suatu hari, kalau gagasan ini menjadi wacana hangat di tanah air kita, maka kita akan saksikan sendiri betapa hipokritnya mereka ini dari kalangan aswajaean ketika membantai Ibn Taymiyyah. Dalam masa yang sama, bersikap bacul, bahkan memaafkan atau seakan-akan tidak pernah mendengar kalam ar-Rōziyy.

Bagi mereka yang sudah mengenali orang yang sentiasa menentang wahabi dan Ibn Taymiyyah, masa inilah mereka akan melihat sama ada dia konsisten dengan manhajnya dalam menilai semua orang atau bersikap bias, iaitu berkeras terhadap musuh alirannya dan membiarkan apa yang ada pada kelompoknya biarpun jenis kesalahannya adalah sama.

Kalam "₍Ġoyr Manṭiqiyy₎", "₍*Ajīb₎" dan seterusnya semuanya akan dilemparkan ke atas Ibn Taymiyyah. Akan tetapi, itu langsung tidak ada pada ar-Rōziyy walaupun telah ditegakkan bukti kerancuannya ke atasnya. Saksikanlah hipokrit mereka.

Saksikanlah. Semoga Allah mendedahkan sendiri kedunguan dan hipokrit mereka, lalu mereka dihancurkan dengan sebab itu dan semoga Allah menzahirkan kebenaran kepada mata yang celik agar dia tidak terjerumus dalam kelompok tersebut.

Hantaran 68


Semakin hari, semakin terserlah hipokrit daripada kelompok aswajaean. Lihat bagaimana cara mereka berinteraksi dengan ahli ilmu yang mereka suka dan ahli ilmu yang mereka sangat benci.

Apabila mereka tidak dapat menerima ketegasan Abū Bakr al-H̱ollāl -dan dia tidak bersendirian dalam hal ini- dalam kitabnya «as-Sunnah» pada isu riwayat Mujāhid yang berkata bahawa Allah mendudukan Muḥammad -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersama-Nya di atas Arasy sebagai paksi dalam membezakan antara ahli dengan Jahmiyyah, mereka mengutuknya dengan tuduhan mujassim yang tidak pernah dituduh sedemikian oleh mana-mana ulama pun setelah sembilan ratus kewafatannya.

Adapun, kata-kata Ibn al-*Imād yang kononnya menuduhnya sedemikian, ia adalah fitnah dan dikutip daripada penulisan daripada orang yang culas untuk menyemak sumber asalnya. Saya telah mengupas isu ini di sini : https://www.wattpad.com/1099500370-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-86

Bagi mereka, ini bukan perlakuan biadap terhadap tokoh gergasi ahli sunnah. Walaupun mereka tidak terbabit sama dalam mengkritiknya, tetapi mereka termasuk orang yang redha terhadap kutukannya! Tidak pernah rasa bersalah pun dan merasakan bahawa ia seolah-olah termasuk pandangan yang muktabar!

Perkara yang sama juga dibuat terhadap Abū Sa*īd ad-Dārimiyy dengan tuduhan sedemikian yang tidak pernah dituduh oleh mana-mana ulama secara sedemikian setelah seribu tahun kewafatannya. Saya telah mengupas hal itu di sini :

(a) https://www.wattpad.com/1118269615-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-93

(b) https://www.wattpad.com/1123084879-santai-perkongsian-agama-melalui-meme-meme-156

Namun, lihat apabila Faẖruddīn ar-Rōziyy dikritik. Terus dikatakan bahawa seakan-akan pengkritiknya tidak faham sentuhan sufi dan mengapa sufi lain lebih daripada itu. Sangat hipokrit! Pernakah mereka terfikir untuk berbuat yang sama terhadap Abū Bakr al-H̱ollāl dan Abū Sa*īd ad-Dārimiyy? Siapa sekarang yang biadap terhadap ulama ahli sunnah?

Padahal, Faẖruddīn ar-Rōziyy termasuk orang yang sembarangan menuduh ahli sunnah yang menggunakan ayat al-Quran sebagai dalil dalam mengisbatkan sifat ₍al-*Uluww₎ bagi Allah, iaitu Allah itu di langit sebagai golongan musyabbihah. Sila baca penulisan ini untuk melihat bagaimana kebiadapan ar-Rōziyy terhadap tokoh ahli sunnah ketikaman tidak bersetuju dengan penafsian tersebut :

(a) https://www.wattpad.com/1114913348-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-125-kritis-dalam

(b) https://www.wattpad.com/1142695422-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-106-firaun-dan-sifat-al

(c) https://www.wattpad.com/1148984061-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-114-mengapa-aliran-al-a%C5%A1

Bahkan, tidak dilupakan juga bahawa Faẖruddīn ar-Rōziyy dalam «Mafātīḥ al-Ġoyb» yang menuduh kitab «at-Tawḥīd» karya Ibn H̱uzaymah adalah kitab syirik! Inikah cara mereka menghormati ulama ahli sunnah?

Tājuddīn as-Subkiyy telah pun menafikan bahawa H̱uzaymah termasuk dalam kalangan musyabbihah, bahkan dia menyifatkan orang yang menuduhnya sebagai orang yang berpijak dalam keadaan rabun dan berdebat secara debil! Dia berkata :

قَالَ أَبُو عَاصِم قَالَ ابْن خُزَيْمَة فى معنى قَوْله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم (إِن الله خلق آدم على صورته) فِيهِ سَبَب وَهُوَ أَن النبى صلى الله عَلَيْهِ وَسلم رأى رجلا يضْرب وَجه رجل فَقَالَ (لَا تضرب على وَجهه فَإِن الله تَعَالَى خلق آدم على صورته) قلت دَعْوَى أَن الضَّمِير فى صورته عَائِد على رجل مَضْرُوب قَالَه غير ابْن خُزَيْمَة أَيْضا وَلكنه من ابْن خُزَيْمَة شَاهد صَحِيح لما لَا يرتاب فِيهِ من أَن الرجلبرىء عَمَّا ينْسبهُ إِلَيْهِ المشبهة وتفتريه عَلَيْهِ الملحدة وَبَرَاءَة الرجل مِنْهُم ظَاهِرَة فى كتبه وَكَلَامه وَلَكِن الْقَوْم يخبطون عشواء ويمارون سفها

Abū *Āṣim berkata: "Ibn H̱uzaymah pada makna sabdanya -ṣollallahu *alayhi wasallam-: 
Sesungguhnya Allah menciptakan Ādam dengan rupanya ada sebab padanya. Ia adalah bahawa Nabi -ollallahu *alayhi wasallam- melihat seseorang memukul wajah orang lain, lalu baginda berkata: Jangan engkau memukul pada wajahnya. Sesungguhnya Allah Ta*ālā menciptakan Ādam dengan rupanya. Aku berkata, dakwaan bahawa kata ganti nama diri pada rupanya kembali kepada orang yang dipukul. Selain Ibn Ibn H̱uzaymah juga mengatakannya". Akan tetapi, ia dari Ibn H̱uzaymah ada bukti sokongan yang sahih dengan apa yang tidak diragukan padanya kerana sesungguhnya orang itu berlepas diri daripada apa yang musyabbihah kepadanya dan para pengapostasi mengada-adakannya. Pembebasan diri orang itu daripadanya adalah nyata pada kitab-kitabnya dan kalamnya. Akan tetapi, kaum itu berpijak dalam keadaan rabun dan berdebat secara debil. [Ṭobaqōt aš-Šāfi*iyyah al-Kubrō, jilid 3, m/s 119, keluaran Dār Hajr Li aṭ-Ṭobā*ah Wa an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Maḥmūd Muḥammad aṭ-Ṭonāḥiyy dan *Abdul Fattāḥ Muḥammad al-Ḥalw].

Saksikanlah hipokrit mereka. Semoga Allah melondehkan kebejatan mereka, lalu mereka itu dihancurkan akibat kedunguan mereka sendiri dan semoga Dia menampakkan kepincangan mereka di mata orang ramai yang celik berfikir agar mereka tahu kejijikan bagi orang yang setia dengan kerancuan seperti ini.

Hantaran 69


Selalu sahaja kalau kita mengkritik mufti atau mana-mana ulama, pasti akan ada yang sindir sebegini bahawa kita ini seakan-akan jauh lebih pandai daripada ulama atau mufti.

Jujurlah, kalau saya atau para pengkritik itu benar-benar jadi mufti atau jadi ulama, kamu sememangnya mahu ikut pandangan kami atau tidak?

Kalau dari awal tidak mahu, lebih baik tidak perlu cadangkan jawatan mufti kepada kami!

Hantaran 70

Berkata Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ :

كيفية التعامل مع آراء العلماء المخالفة للمشهور

 إذا أطلق لفظ العالم في شريعتنا الغراء وفي اصطلاح علمائها فهو ينصرف إلى المجتهد ، والمجتهدون على درجات ولكن بحسب العرف الآن نتساهل ونقول العالم هو المشارك أو العالم بالمذهب أو العارف بالمظان بحيث يعرف مكان المسألة ونقل معتمد المذهب أو الذي يستطيع تحصيل بعض علوم السابقين  وتصدر لتدريسها كحاملي الماجستير أو الدكتوراه الذين غالبا ما تكون غايتهم دارسة تاريخ الفقه أو الأصول أو الحديث من خلال رصد شخصيات أو عمل مقارنات وهم ليسوا علماء ولكن ضعفنا جعلهم في مصاف العلماء.

 والمقلد يحاسب من خلال مذهبه الذي يعرفه وينافح عنه ، فالأشعري مثلا الذي يلف ويدور حول هذا المذهب ويدافع عنه وعن رجاله يستغرب منه مخالفته. فإن خالفه نسأله عن سبب المخالفة. وفي الفروع من خالف المعتمد في المذهب يراجع. فباعتباري شافعي الفروع  ألتزم الراجح في المنهاج بحسب اصطلاحات المذهب وما تعلمته من مشايخي في الدرس. فإذا لم أجهر بالبسملة  مثلا فأصحابي سيستغربون صلاتي ويسألونني لماذا لم تجهر بالبسملة؟ 

هناك نوع فريد من العلماء لاينبغي أن تخلو الأمة من أمثاله. هم المجتهدون أو قل المتبعون الذين يدورون مع الدليل وهم من استكملوا الآلات المؤهلة للفهم الصحيح للنصوص ومشوا مع النص وداروا معه. هذا الصنف من العلماء حاله صعب جدا مع المقلد فإنه لا يثبت على حالة فمرة تراه موافقا لمذهب من مذاهب العترة وأخرى يوافق الشافعي ويخالف الجمهور ومرة يمشي مع المالكية والشافعية ومرة يخالف الأربعة ويرجح رأي ابن حزم ومرة يخالف الجمهور ويمشي مع العترة المطهرة. كل هذا بحسب نظره واجتهاده وقوة بحثه وهو مأجور أصاب أم أخطأ. وغالبا ما يتهمه المقلدة بالشذوذ الذين غايتهم قال فلان وقال فلان والمشهور كذا والمتن كذا فهذا ليس بعلم.

وهذا الصنف من العلماء لا يحبه المقلدة ويشنعون عليه. لماذا؟ لأنه معهم مرة ورد عليهم مرات وترقى لمخالفة أصل من أصول مذهب معين كعمل أهل المدينة أو شنع على مذهب لأنهم لا يخصصون عام القرآن بالسنة الصحيحة أو كتب في معارضة من يقدمون القياس على السنة أو اختار حجية اجماع العترة أو رد حديث الناصبي وهكذا. فلما كان هذا العالم يكاد ألا يوافق أحدا وغالبا ترى المقلدة يعارضونه لأنه تناول مذهبهم أو إمامهم بالمخالفة وربما ناقشه وخالفه لأن المقلد غالبا ما يعتبر كلام إمامه كالحجة الشرعية. ولهذا كثر تشنيع العلماء المقلدة على ابن حزم وردوا عليه ولما تعرض الامام النووي لاختيارات فقهية له رجحها ونص عليها في المنهاج ، لم يعتبرها فقهاء الشافعية المتأخرين من المذهب.

وهذا الشأن مع الحافظ المجتهد السيد أحمد بن الصديق فإنه لم يكن يقلد أحدا وينفر من التقليد. فكانت له آراء واخنيارات حصلت له بسبب اجتهاده وعمله بالدليل. فكانت له مواقف مع آراء ومذاهب وأشخاص وكان له قلم سيال يكتب وينافح مع ميل للحديث الشريف فلا تسارع بالتشنيع عليه لأنه خالف مذهبك فهذه ليست طريقة علمية ولكن ابحث وراء قوله واسأل ما هو دليله وما هو سبب اختياره مثلا في فلان ولماذا قال كذا. هذه طريقة أهل العلم.

أقول هذا بمناسبة أن أحد أحبابي وخلاني أرسل لي على الخاص بعض آراء للسيد أحمد بن الصديق الغماري رضي الله عنه يطلب رأيي وأقول له: طريقة السؤال ليست صحيحة ولكن قل ما هو دليله على كذا وكذا. وللأسف هذا السائل يطلب مني الاجابة عن رأي تبناه السيد أحمد وذكر دليله في نفس الصفحة المرسلة. فإذا عرفت دليل المجتهد فناقشه فيه ولا تشنع عليه، بل اشكر له جهاده في العلم. فالرجل كان قوي الحجة ولا يعدم دليلا وناظر وكتب ورد ووافق وخالف فانظر إلى دليله ولا تنظر لرأيه طالما أنه لم ينفرد.

⋌Bagaimana Cara Kita Berinteraksi Pandangan Para Ulama Yang Berbeza Dengan Yang Masyhur?⋌

Apabila diitlakkan lafaz ulama dalam syariat kita yang anggun dan dalam istilah ulama mereka, maka ia terjuntai pada mujtahid. Mujtahid ada beberapa darjat. Akan tetapi, dengan perkiraan uruf sekarang, kita bermudah-mudahan. Kita berkata bahawa ulama itu adalah Professor Madya atau ulama mazhab atau seorang yang arif di tempat kebiasaannya dalam kaitan dengan kearifan tempat permasalahan atau penukilan pendapat muktamad mazhab atau yang mampu beroleh sebahagian ilmu para pendahulu atau mengelola pengajaran seperti pembawa sijil sarjana dan kedoktoran yang secara dominannya adalah kemuncak mereka adalah kajian kronologi fiqh atau uṣūl atau hadis yang seputar pemerhatian keperibadian seseorang atau kajian perbandingan, sedangkan mereka bukan ulama. Akan tetapi, kelemahan kita yang menjadikan mereka dalam barisan ulama.

Orang yang bertaklid dikira dari sekitar mazhabnya yang dia mengenalinya dan mempertahankannya. Ašᶜarian sebagai contoh berlegar dan berputar sekitar mazhab ini dan membelanya dan orangnya dalam keadaan merasa pelik terhadap penyelisihan daripadanya. Jika dia menyelisihinya, kita bertanya tentang sebab penyelisihan. Dalam furuk, sesiapa yang menyelisihi pendapat muktamad dalam mazhab akan ditinjau kembali. Dengan perkiraanku pada furuk mazhab šāfiᶜian, aku beriltizam pada yang rajih dalam «al-Minhāj» dengan perkiraan istilah mazhab dan apa yang aku belajar daripada para syeikhku dalam pembelajaran. Apabila aku tidak menguatkan pembacaan basmalah dalam solat sebagai contoh, sahabat-sahabatku akan memandang pelik terhadap solatku dan bertanya: "Mengapa kamu tidak menguatkan pembacaan basmalah?".

Di sana, ada jenis tersendiri daripada ulama yang tidak patut ia sepi daripada umat dari golongan terhormat. Mereka adalah mujtahid atau katakanlah bahawa mereka adalah pengikut orang yang mengelilingi bersama dalil. Mereka adalah orang yang telah sempurna ilmu alat yang membawa kepakaran untuk kefahaman yang tepat pada naṣ-naṣ, berjalan di atas naṣ dan mengelilingi bersamanya. 

Keadaan ulama jenis ini sangat membebankan bersama pentaklid kerana mereka tidak tetap pada satu keadaan. Dalam satu keadaan, engkau melihatnya menyepakati dengan suatu mazhab dari mazhab-mazhab leluhur ahli bait. Dalam satu keadaan lain, dia menyepakati mazhab šāfiᶜian dan menyalahi majoriti. Dalam keadaan lain, dia berjalan di atas mazhab mālikian dan šāfiᶜian. Dalam keadaan lain, dia menyalahi keempat-empat mazhab dan merajihkan pandangan Ibn Ḥazm. Dalam keadaan lain, dia menyalahi majoriti dan berjalan bersama leluhur ahli bait. Setiap daripada ini dengan perkiraan pemerhatiannya, ijtihadnya serta kekuatan pengamatannya. Dia diberi pahala pada benarnya dan salahnya.

Secara dominan, apa yang para pentaklid menuduhnya sebagai pendapat yang ganjil adalah orang yang penghujungnya fulan berkata, fulan berkata, pendapat yang masyhur adalah sebegini dan matannya adalah sebegini. Ini bukanlah ilmu.

Ulama jenis ini tidak disukai para pentaklid dan mereka mencelanya. Mengapa? Ini kerana mereka bersama mereka dalam suatu keadaan dan membantah mereka dalam beberapa keadaan. Mereka menjulang dengan penyelisihan salah satu dasar daripada mazhab yang tertentu seperti amalan penduduk Madinah atau mencela suatu mazhab kerana mereka tidak mengkhususkan al-Quran dengan sunnah yang sahih atau dia menulis dalam penentangan mereka yang mendahulukan qiyas berbanding sunnah atau memilih penghujahan ijmak leluhur ahli bait atau menolak hadis naṣbian Sedemikian inilah. 

Tatkala ini adalah ulama, hampir-hampir tidak menyepakati seseorang. Secara dominan, engkau melihat para pentaklid menentangnya kerana dia mengambil mazhab mereka atau imam mereka demi penyelisihan dan kadangkala dia membincangkannya dan menyelisihinya kerana pentaklid secara dominannya adalah orang yang menganggap kalam imamnya sebagai hujah syariat. Kerana inilah banyak celaan terhadap ulama pentaklid ke atas Ibn Ḥazm dan membantahnya. Tatkala al-Imām an-Nawawiyy membantangkan beberapa pendapat pilihan fiqh baginya yang dia merajihkannya dan menyebutkannya dalam teks dalam «al-Minhāj», para fuqaha šāfiᶜian terkebelakangan tidak menganggapnya sebagai sebahagian daripada mazhab itu.

Keadaan ini bersama dengan al-Ḥāfiẓ al-Mujtahid as-Sayyid Aḥmad bin aṣ-Ṣiddīq. Ini kerana dia tidak bertaklid dengan seseorang dan melarikan diri daripada taklid. Dia mempunyai beberapa pandangan dan pendapat pilihan yang dia peroleh dengan sebab ijtihadnya dan pengamalannya dengan dalil. Dia mempunyai beberapa pendirian bersama beberapa pandangan, beberapa mazhab atau beberapa tokoh. Dia juga mempunyai pena yang deras dalam menulis dan mempertahankan sesuatu bersama kecenderungan kepada hadis yang mulia. 

Janganlah kalian gopoh dalam mencelanya kerana dia menyelisihi mazhab kalian. Ini bukanlah jalan ilmiah. Akan tetapi, carilah yang disebalik pendapatnya, tanyalah apa dalilnya, apa sebab pilihannya sebagai contoh terhadap seseorang fulan serta mengapa dia berpendapat sedemiklian. Ini adalah jalan ahli ilmu.

Aku berkata ini atas faktor salah seorang para pecintaku dan teman rapatku yang menghantar mesej kepadaku secara peribadi sebahagian pandangan-pandangan as-Sayyid Aḥmad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy -semoga Allah meredhainya- sambil meminta pandanganku. Aku berkata kepadanya: "Cara pertanyaan ini tidaklah betul. Akan tetapi, katakalah apa dalilnya untuk itu ini". Begitu mendukacitakan penanya ini meminta respons daripadaku tentang pandangan yang as-Sayyid Aḥmad membinanya dan menyebutkan dalilnya dalam halaman mesej yang sama yang dihantar. Apabila engkau mengetahui dalil mujtahid, maka berbincanglah. Jangan mencelanya. Malah, berterimakasihlah kepadanya atas kesungguhannya dalam ilmu. Orang itu mempunyai kekuatan hujah dan tidak menghilangkan dalil, berdebat, menulis, membantah, menyepakati dan menyelisih. Lihatlah kepada dalilnya dan jangan melihat pada pandangannya selama mana dia tidak bersendirian.

Terjemahan daripada : 
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=242554779492136&id=100012128473491

Hantaran 71

Berkata Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ :

اللامذهبية قنظرة اللادينية للشيخ محمد زاهد الكوثري بين الاجتهاد والتقليد والتناقض والتعصب

يذكر لنا تاريخ السادة العلماء أن القرون الأربعة الأولى كان فيها كم كبير من العلماء المجتهدين أصحاب المذاهب أو المجتهدين المنتسبين للمذاهب. ولأسباب سياسية واجتماعية واقتصادية اقتصر الاجتهاد فيما على كونه مقيدا بالمذاهب الأربعة. فظهر أصحاب الوجوه والتخريج والترجيح في المذاهب. وبقي الاجتهاد المطلق والمقيد في مذاهب آل البيت عليهم السلام لا نشعر بهم في ظل حالات القطيعة والاستبعاد.

ويغلب على ظني أنه كان في المجتهدين في المذاهب من هم أعلم أو أوسع علما من صاحب المذهب نفسه كعيسى بن أبان واضع أصول الحنفية، لا سيما في أبواب الأخبار وابن عبد البر المجتهد المنتسب للمذهب المالكي صاحب التمهيد والاستذكار. وكان الطحاوي الذي دخل مبكرا جدا في دائرة التقليد أعلم بالآثار من إمام مذهبه وأصحابه الثلاثة.

وبعد قيام الدولة الأيوبية وسقوط بغداد وتحول الخلافة الصورية للقاهرة ازداد التأكيد على اتباع المذاهب الأربعة وتحريم الخروج عليهم ودار الفقهاء والقضاة في فلكهم واستقر المذهب الواحد في بعض البلاد كالحنفي في محيط دار الخلافة الإسلامية العثمانية والمالكي في المغرب وإفريقيا. وعلى هذا أسست المدارس وأوقفت الأوقاف.

في نهاية القرن الثالث عشر وبداية القرن الرابع عشر وحيث كان العالم الإسلامي يموج بتيارات فكرية متعددة ومع انتشار الطباعة وازدياد النشاط العلمي في الهند ظهرت للناس كتابات العلامة الأمير الصنعاني وأهمها "سبل السلام" والعلامة محمد بن علي الشوكاني وأهمها "نيل الأوطار". وهذه كتابات خرجت من المدرسة الزيدية التي تدعو للاجتهاد وتقدم النص على الراي وتعمل القواعد وتعنى بالتطبيقات التخريجية الحديثية وتعارض وتوافق في نمط جديد لم يكن معروفا في كتب الدرس في المذاهب الأربعة في هذه الأوقات التي تدور حول تعيين معتمد الفتوى. وأصبح سبل السلام و نيل الأوطار كتابين معتمدين في كلية الشريعة بالأزهر الشريف ودار الدرس عليهما في كثير من معاهد السلفية بالهند الكبير.

وكان أول وأهم ضحايا الكتابين المذهب الحنفي لابتعاده عن الآثار المرفوعة وتقديم الرأي عليها في مواطن كثيرة.

وأسس الحنفية معهدين كبيرين بالهند للمحافظة على المذهب الحنفي وتقديمه والانتصار له على المذاهب الأخرى. هما مدرسة مظاهر العلوم بسهارنفور والآخر دار العلوم بديوبند. وكان الشيخ زاهد الكوثري من الداعمين جدا للمدرستين وبالتالي معاديا للأمير الصنعاني والشوكاني وكتابتيهما. وكان من مشاركات الكوثري في هذا الوقت مقالة طبعت في رسالة فيما بعد باسم: "اللامذهبية قنطرة اللادينية" واسمها غريب جدا يدعو للحيرة فضلا عن الجمود الذي ينطلي على صغار المقلدة. والكلام هنا مع العلماء والباحثين.

فمن يتبع الدليل فهو مستمسك بالشريعة والنور المبين فهو في محل حسن. وفي المذاهب الأربعة مسائل المخالفة للدليل فيها معروفة مشهورة. ومن تدرج في طلب العلوم الشرعية وانتقل من مذهبه إلى الأخذ بالدليل والاختيار فيكون قد سلك الجادة. وهو مهيع السلف في العلم. وإلا فما فائدة دراسة علوم الاجتهاد كالأصول والحديث. ولا يوجد ما يمنع العالم من العمل بما صح عنده من الدليل ولا يوجد دليل يلزم العالم باتباع أحد المذاهب الأربعة.

الشيخ الكوثري رحمه الله تعالى تناقض عمليا فهو الذي كان يعارض المناهج الاجتهادية للأمير الصنعاني والشوكاني ويضم إليهما ابن الوزير ويشنع عليهم ويرميهم بما هم براء منه. كان في نفس الوقت يدعو للاجتهاد تعصبا للمذهب ولكن لتقوية مذهبه الحنفي فكان يؤيد توجه علماء ديوبند في البحث والانتصار للمذهب الحنفي في الأصول والفروع لا سيما على المذهب الشافعي. وعلى هذا كتبت عشرات الكتب. والله أعلم.

⋌«Gerakan Tidak Bermazhab Adalah Jambatan Kepada Gerakan Tidak Beragama» Karya Aš-Šayẖ Muḥammad Zāhid Al-Kawṯariyy : Antara Ijtihad, Taklid, Percanggahan Dan Taksub⋌

Sejarah para pemuka ulama menyebutkan kepada kita bahawa kurun keempat yang awal menyaksikan padanya betapa besarnya jumlah ulama mujtahid yang menjadi sahabat kepada mazhab atau mujtahid yang menisbahkan diri kepada mazhab. Memandangkan sebab-sebab politik, kemasyarakatan atau ekonomi, ijtihad terhad pada apa yang keadaannya terikat dengan mazhab yang empat. Muncullah ashab ₍al-Wujūh₎, ₍at-Taẖrīj₎ dan ₍at-Tarjīḥ₎. Kekallah ijtihad mutlak dan terikat pada mazhab-mazhab ahli bait -*alayhim as-Salām-. Kita tidak mengetahui mereka dalam naungan keadaan-keadaan setara atau rasa keberjauhan.

Yang dominan pada persangkaanku adalah bahawa pada kalangan mujtahid, wujud mereka yang lebih mengetahui atau lebih luas ilmunya daripada pengasas mazhab itu sendiri seperti *Īsā bin Abān; peletak usul ḥanafian, lebih-lebih lagi tentang bab-bab akhbar serta Ibn *Abdul Barr yang menisbahkan dirinya dengan mazhab mālikian; penulis «at-Tamhīd dan al-Istiḏkār». Aṭ-Ṭoḥāwiyy yang masuk ke peringkat sangat mentah dalam daerah taklid pula lebih mengetahui tentang atsar daripada imam mazhabnya dan sahabatnya yang tiga.

Selepas tertegaknya daulah Ayyubiah dan jatuhnya Baghdad serta berpindahnya khilafah Suriah di Kaherah, bertambahnya penguatan terhadap pengikutan mazhab yang empat, pengharaman keluar terhadapnya, berlegarnya para fuqaha dan hakim pada peredaran mereka, mengukuh mazhab yang satu pada sebahagian negeri seperti ḥanafian di keseluruhan negara khilafah Islam Utsmaniah dan mālikian di Morocco dan Afrika. Disebabkan ini, dibangunkan madsarahnya dan dibiaya dananya.

Pada penghujung kurun ketiga belas dan permulaan kurun keempat belas dan ketikamana para ulama Islam beralun di ombak pemikiran yang pelbagai dan bersama penyebaran pencetakan dan bertambahnya aktiviti keilmuan di India, munculnya penulisan-penulisan al-*Allāmah aṣ-Ṣon*āniyy pada orang ramai dan yang paling utamanya adalah «Subūl as-Salām» dan al-*Allāmah Muḥammad bin *Aliyy aš-Šawkāniyy dan yang paling utamanya adalah «Nayl al-Awṭōr». Penulisan-penulisan ini keluar dari madrasah zaydian yang menyeru kepada ijtihad, mendahulukan naṣ berbanding induktif, beramal dengan kaedah-kaedahnya, memerhatikan praktik pentakhrijan hadis, saling berbantah dan saling bersepakat dalam model yang baharu yang belum pernah dikenali dalam kitab-kitab pembelajaran dalam mazhab-mazhab yang empat pada waktu ini yang berlegar sekitar penentuan fatwa muktamad. Menjadilah «Subūl as-Salām» dan «Nayl al-Awṭōr» kitab yang muktamad dalam fakulti syariah di al-Azhar aš-Šarīf dan berlegarnya pengajaran pada kedua-duanya dalam kebanyakan maahad besar salafi di India.

Mangsa kitab mereka berdua yang paling awal dan yang paling penting adalah mazhab ḥanafian kerana kejauhannya daripada atsar yang marfuᶜ dan mendahulukan induktif terhadapnya dalam beberapa tempat yang banyak.

Ḥanafian membangunkan dua maahad yang besar di India untuk menjaga mazhab ḥanafian dan mengkehedapankannya serta membelanya berbanding mazhab yang lain. Ia adalah madrasah Maẓōhir al-*Ulūm di Saharanpur dan yang lain adalah Dār *Ulūm di Deoband. Aš-Šayẖ Zāhid al-Kawṯariyy antara orang yang sangat mendalami pada kedua-dua madrasah itu, seterusnya memusuhi al-Amīr aṣ-Ṣon*āniyy dan aš-Šawkāniyy serta kedua-dua kitab mereka berdua. Antara perkongsian al-Kawṯariyy pada waktu ini adalah artikel yang dicetak dalam suatu risalah pada selepas itu dengan nama «Gerakan Tidak Bermazhab Adalah Jambatan Kepada Gerakan Tidak Beragama». Namanya sangat pelik yang menyeru kepada kehairanan, lebih-lebih lagi kejumudan yang memperdayanya ke pentaklid yang cilik. Konteks kalam di sini bersama para ulama dan para pengkaji.

Sesiapa yang mengikut dalil, maka dia berpegang teguh kepada syariat dan cahaya yang menyata, lalu dia berada di kedudukan yang baik. Dalam mazhab yang empat, ada isu-isu yang menyalahi dalil yang dikenali dan masyhur padanya. Sesiapa yang menaik berperingkat dalam menuntut ilmu syariat dan berpindah daripada mazhabnya ke pengambilan dalil dan pendapat pilihan, maka dia telah pun melangkah ke jalan yang utama. Ia adalah yang terang pada salaf dalam ilmu. Jika tidak, apa faedah pembelajaran ilmu-ilmu ijtihad seperti uṣūl dan hadis? Tidak didapati apa yang menegah ulama daripada beramal apa yang sahih di sisinya yang berupa dalil dan tidak didapati dalil yang menetapkan ulama dalam mengikut salah satu mazhab yang empat.

Aš-Šayẖ al-Kawṯariyy -semoga Allah merahmatinya- saling bercanggah dalam aspek pengamalan. Dialah yang dahulunya menentang manhaj-manhaj ijtihad al-Amīr aṣ-Ṣon*āniyy dan aš-Šawkāniyy. Dia mencantumkan Ibn al-Wazīr kepada kedua-duanya dan mencela mereka serta menuduh mereka dengan apa yang mereka terbebas daripadanya. Dahulu dalam waktu yang sama, dia menyeru kepada ijtihad dalam keadaan taksub terhadap mazhab. Akan tetapi, ia untuk menguatkan mazhab ḥanafian daripadanya, lalu dia menyokong kuat hala tuju ulama Deoband dalam perbahasan dan pembelaan untuk mazhab ḥanafian dalam usul dan furuk, lebih-lebih lagi ke atas mazhab šāfiᶜian. Atas sebab ini, aku menulis sedozen kitab. Allah lebih mengetahui.

Terjemahan daripada : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=415019532245659&id=100012128473491

Hantaran 72

Berkata Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ :

اسلام لا كهنوتية. من فكر آل البيت عليهم السلام

من خصائص مذهب آل البيت عليهم السلام الدعوة إلى الاجتهاد وعدم تقديس الأقوال والمناقشة والمخالفة وترك الاصرار على تقليد الميت. نعم، الأقوال لاتموت بموت أصحابها، لكن الأكثرين لا يرون جواز تقليد الميت. وهنا تفصيلات تطلب من كتب الأصول.

ولهذا قرأنا في كتب آل البيت الزيدية أنهم يقولون: "نسبتنا لزيد بن علي عليهما السلام نسبة تشريف لا تقليد". وهذا قول عميق جدا يدل على استنارة فكر آل البيت عليهم السلام. فنسبتهم لزيد ليست كنسبتنا للشافعي. فنسبتنا للشافعي هي نسبة تقليد والعمل بأقواله ولو بدون حجة والتخريج على قوله وترجيح أحد قوليه على الآخر. وهذا في كل مذاهبنا السنية. وإذا كانت اجتهادات الشافعي نقلت لنا موثقة مدللة. فالمذاهب الثلاثة الأخرى ليست كذلك غالبا. ومع ذلك يقلد الامام في قوله العاري عن الدليل. وأصحابه المتأخرون يبحثون له عن أدلة. وهذا معروف لا سيما في المذاهب السنية الثلاثة الأخرى.

وأئمة آل البيت عليهم غايتهم من التعليم هو الاجتهاد والتجديد. فلهم مذاهب فمن أئمتهم المنستبين للسادة الزيدية القاسم بن اسماعيل الرسي وعبد الله الكامل ومحمد النفس الزكية وأحمد بن عيسى بن زيد والحسين الفخي ويحيى بن عبد الله الكامل والناصر الأطروش ومحمد بن الصادق ويحيى بن الحسين الهادي وغيرهم. ففي كل طبقة مجتهدون وكل مجتهد له مذهب. ومن المجتهدين المعاصرين الإمام يحيى بن حميد الدين والسيد مجد الدين المؤيدي والسيد بدر الدين الحوثي والسيد الخوئي والسيد باقر الصدر والسيد أحمد بن الصديق وشقيقه السيد عبد الله بن الصديق. وكل مجتهد يوافق من تقدمه ويخالفه. وليست هناك أقوال مقدسة.

ولذلك لا ترى في كتب آل البيت المذهب المعتمد ومعتمد الفتوى ونص الإمام والصحيح والأصح والمشهور والأشهر والأصح من الروايتين وعبارة الامام في المدونة مقدمة على عبارته في الموطأ وإذا اتفق الشيباني وأبو يوسف القاضي فهل يقدم قولهما على قول الإمام. فكان الفقه حيا متداولا  وأخرجت مدارس آل البيت المدارس العلمية المجتهدين. وعارضوا فكرة المتون الملزمة التي تحكي معتمد المذهب وما عليه الفتوى.

وفي ظل هذه الحرية الفكرية ترى مخالفات ومناقشات واختيارات وحياة علمية قويمة جدا وقد طبع منذ ثلاث سنوات كتاب ضوء النهار على متن الأزهار للحسن الجلال ومعه حاشية محمد بن اسماعيل الأمير الصنعاني. فما شككت في أن هؤلاء فعلا من المجتهدين رغم تأخرهم. وقلت في نفسي سبحان الله هؤلاء عاصروا عددا من المصنفين المشهورين عندنا كالعلامة سيدي أحمد الدردير صاحب الشرح الصغير المجرد من الدليل، والعلامة ابن عابدين صاحب الحاشية، وبعض حنفية الهند الذين ضربوا أمثلة مشهورة في تقليد مذهبهم الحنفي، بل عاصرهم السفاح القرني الذي حضر بنفسه الحروب وسبي النساء كما هو مدون في تاريخهم ولقب من عصابته بشيخ الإسلام وصنف بعضهم وجب نصرة التقليد حتى من العلماء ونصرته ومعارضة تتبع الدليل وانظر إذا شئت كتاب الفجر الصادق المشرق لجعفربن إدريس الكتاني، وقد رأيت نقدا قويا له لبلديه  الدكتورعبد الله التوراتي

فمن منهج أهل البيت عدم تقديس الأقوال أو إنزال الناس في غير منازلهم. نعم، الأقوال لا تموت بموت أصحابها وهذا المنهج يحتاج الى مدارس وحوزات علمية قوية جدا تعرف الى أين هي ذاهبة ،نعم سترى من يتفق معك من مذاهب أخرى. لكنني أقول له العمل خير شاهد.

وبعض الناس ممن عاشوا على التقليد ومارسوا الإرهاب الفكري في الأمة ممن أخذ منهم الجهل والسطحية حياتهم واستحوذ الكبر عليهم يرون أن مناقشة أو مخالفة المذهب أو الشيخ الفلاني  الذي ليس في العير ولا النفير وليست له اختيارات أو وقف على سلم أهل الاجتهاد وفيه تنقيص له. وهذا جهل مبين. ودعوى للقول بعصمة أشخاص معينين ومنهم من ينزل الألقاب على الأشخاص التي تجعل لأقواله مكانة عالية وتكسبها منعة كشيخ الإسلام والإمام ومجدد القرن. فالألقاب العلمية مسؤلية والتساهل فيها بين جدا واشتهر بعض الناس بهذا التساهل.

ويعجبني منهج الحافظ السخاوي في كتابه الجليل الضوء اللامع لأهل القرن التاسع. فإنه حافظ ناقد عارف باألقاب ومتحفز للتحليات يحب أن ينزل الناس منازلهم. وإذا وجد غلوا فينبه عليه وإذا رأى تقصيرا فلا يسكت ويناقش مناقشات جيدة جدا. وقرأت جل الكتاب وأعجبت به. نعم حصل له بعض الشطط من غلبة البشرية عليه، لكن الكلام حول منهجه النقدي القويم. ولم يعجبني نقد العلامة الشوكاني المطلق له في كتابه القيم البدر الطالع. ولو توسط لكان أحسن. وقد نبهت على هذا المعنى في مقدمة الطبعة الثانية من كتابي تشنيف الأسماع بشيوخ الإجازة والسماع في الطبعة الثانية. ولا عزاء للمتعصبة والعنصريين.

⋌Islam Tanpa Kepaderian : Dari Fikrah Ahli Bait *Alayhim As-Salām⋌

Antara keistimewaan mazhab ahli bait -*alayhim as-Salām- adalah seruan kepada ijtihad, tidak mengkuduskan pendapat-pendapat, berbincang, berselisih dan meninggalkan kedegilan untuk taklid kepada sang mati. Benar. Pendapat-pendapat tidak mati dengan mati orangnya, tetapi yang paling ramai adalah mereka tidak berpandangan keharusan taklid kepada sang mati. Di sini ada beberapa perincian yang dituntut daripada kitab-kitab uṣūl.

Kerana ini, kita membaca dalam kitab-kitab ahli bait zaydian, mereka berkata: "Nisbah diri kami kepada Zayd bin *Aliyy -*alayhissalām- adalah nisbah kemuliaan, bukan taklid". Ini adalah kata-kata yang sangat mendalam yang menunjukkan serlahan fikrah ahli bait -*alayhim as-Salām-. Nisbah diri mereka kepada Zayd bukan seperti nisbah kita kepada šāfiᶜian. Nisbah kita kepada šāfiᶜian adalah nisbah taklid dan pengamalan kepada pendapat-pendapatnya walaupun tanpa hujah, takhrij pada pendapatnya dan tarjih terhadap salah satu pandangannya berbanding yang lain. Ini pada setiap mazhab-mazhab kita yang sunni. Apabila adanya ijtihad-ijtihad šāfiᶜian, dinukilkan kepada kita yang dipercayai lagi yang dibawakan dalil. Mazhab tiga yang lain bukan seperti itu secara dominan. Walaupun demikian, ditaklid kepada imam pada pendapatnya yang terkosong daripada dalil. Sahabat-sahabatnya yang terkebelakangan mencari dalil-dalil untuknya. Ini yang dikenali, lebih-lebih lagi mazhab sunni tiga yang lain.

Para imam ahli bait -*alayhim as-Salām- dalam pengajaran mereka adalah ijtihad dan pembaharuan. Mereka memiliki beberapa mazhab. Antara imam-imam mereka yang dinisbahkan kepada pemuka zaydian adalah al-Qōsim bin Ismā*īl ar-Rossiyy, *Abdullah al-Kāmil, Muḥammad an-Nafs az-Zakiyyah, Aḥmad bin *Īsā bin Zayd, al-Ḥusayn al-Faẖiyy, Yaḥyā bin *Abdullah al-Kāmil, an-Nāṣir al-Uṭrūš, Muḥammad bin aṣ-Ṣōdiq, Yaḥyā bin al-Ḥusayn al-Hādiyy dan selain mereka. Setiap peringkat generasi ada mujtahid dan setiap mujtahid ada mazhab untuk mereka. Antara mujtahid semasa adalah al-Imām Yaḥyā bin Ḥamīd ad-Dīn, as-Sayyd Majduddīn al-Mu^ayyidiyy, as-Sayyid Badruddīn al-Ḥawṯiyy, as-Sayyid al-H̱o^iyy, as-Sayyid Bāqir aṣ-Ṣodr, as-Sayyid Aḥmad bin aṣ-Ṣiddīq dan adiknya; as-Sayyid *Abdullah bin aṣ-Ṣiddīq. Setiap mujtahid bersepakat dengan orang yang mendahuluinya dan menyelisihinya. Tidak ada di sana pendapat yang dikuduskan.

Kerana itu, engkau tidak melihat mazhab muktamad, fatwa muktamad, sebutan teks al-Imām, sahih, yang paling sahih, masyhur, yang paling masyhur, yang paling sahih antara dua riwayat, ibarat al-Imām dalam «al-Mudawwanah» adalah muqaddimah kepada ibaratnya dalam al-Muwaṭṭo^ dan apabila bersepakat aš-Šaybāniyy dan Abū Yūsuf al-Qōḍī, adakah didahulukan pendapat mereka berdua berbanding pendapat imamnya dalam kitab-kitab ahli bait. Fiqh itu hidup dan berlanjutan. Madrasah-madrasah ahli bait mengluarkan madrasah-madrasah ilmiah untuk mujtahid. Mereka menentang fikrah matan yang diobligasikan yang memetik pendapat muktamad mazhab dan apa yang fatwa itu berada padanya.

Dalam naungan kebebasan berfikir, engkau melihat penyelisihan, perbincangan, pendapat pilihan dan penghidupan ilmiah yang sangat bernilai. Telah pun dicetak semenjak tiga tahun kitab «Ḍow^ an-Nahār *Alā Matn al-Azhār» karya al-Ḥasan al-Jalāl dan bersamanya hasyiah Muḥammad bin Ismā*īl al-Amīr aṣ-Ṣon*āniyy. Aku tidak syak bahawa mereka ini benar-benar dalam kalangan mujtahid walaupun keterlewatan mereka. Aku berkata pada diriku: "'Maha Suci Allah! Mereka semua ini hidup sezaman dengan beberapa orang daripada para pengarang yang masyhur di sisi kita seperti al-*Allāmah as-Sayyid ad-Dardīr; pengarang «aš-Šarḥ aṣ-Ṣoġīr» yang terkosong daripada dalil, al-*Allāmah Ibn *Ābidīn, pengarang «al-Ḥāšiyah» dan sebahagian ḥanafian di India yang mereka membuat permisalan yang masyhur dalam taklid mazhab ḥanafian mereka. Bahkan, as-Saffāḥ al-Qorniyy yang melibatkan diri dalam peperangan dan penawanan wanita sepertimana yang dikodifikasi dalam sejarah mereka sezaman dengan mereka". Mereka menggelarkan kelompoknya dengan Šayẖ al-Islām dan sebahagian mereka mengarang, mewajibkan pembelaan taklid sehingga dari kalangan ulama dan membantunya dan menentang pengikutan kepada dalil. Lihatlah -apabila engkau mahu- kitab «al-Fajr aṣ-Ṣōdiq al-Mašriq» karya Ja*far bin Idrīs al-Kattāniyy. Aku telah pun melihat suatu kritikan yang kuat baginya untuk warga negaranya, iaitu Dr. *Abdullah at-Tawrōtiyy.

Antara manhaj ahli bait adalah ketiadaan pengkudusan pendapat atau meletakkan manusia di bukan tempat-tempat mereka. Benar bahawa pendapat-pendapat tidak mati dengan mati orangnya. Manhaj ini memerlukan madrasah dan institusi keilmuan dalam keeadaan yang sangat kuat yang memperkenalkan ke mana ia menghilang. Benar bahawa engkau akan melihat orang yang pupus bersamamu dari beberapa mazhab yang lain. Akan tetapi, aku katakan baginya, amalan itu adalah testimoni yang jelas.

Sebahagian orang tergolong dari kalangan orang yang hidup dalam taklid dan mempraktikkan peperangan fikiran dalam umat yang tergolong daripada orang yang mengambil kejahilan dan pemikiran selapis dalam hidup mereka. Kesombongan telah menakluk mereka dalam keadaan mereka melihat bahawa perbincangan atau penyelisihan mazhab atau syeikh fulan adalah yang bukan dalam kelompoknya dan gerombolannya serta tidak ada pendapat pilihan baginya atau menghalang tangga ahli ijtihad, sedangkan padanya ada pengurangan hak untuknya dan ini adalah kejahilan yang menyata. Begitu juga seruan kepada pendapat dalam kemaksuman beberapa tokoh tertentu dan sebahagian mereka disandangkan gelaran terhadap tokoh-tokoh tersebut yang dijadikan pendapat-pendapatnya tempat mulia yang tinggi seperti Šayẖ al-Islām, al-Imām dan mujaddid kurun. Gelaran-gelaran ilmiah ini dipertanggungjawabkan dan sikap bermudah-mudahan padanya adalah sangat nyata. Telah melata sebahagian orang dengan sikap bermudah-mudahan ini.

Manhaj al-Ḥāfiẓ as-Saẖōwiyy mengagumkan aku melalui kitabnya yang hebat; «aḍ-Ḍow^ al-Lāmi*» bagi ahli kurun kesembilan. Ini kerana dia adalah hafiz, pengkritik, arif dalam gelaran dan membuat persiapan untuk analisis yang dia suka untuk meletakkan orang ramai ke kedudukan mereka. Apabila didapati berlebihan, dia menjelaskannya. Apabila dia melihat pengurangan, dia tidak diam dan dia berbincang dengan perbincangan yang sangat baik. Aku telah membaca sebahagian besar kitab itu dan aku kagum padanya. Benar, terdapat beberapa ketersasarannya kerana dominannya kemanusiaan padanya. Akan tetapi, kalamnya seputar manhaj kritikannya adalah bernilai. Aku tidak merasa kagum dengan kritikan al-*Allāmah aš-Šawkāniyy diitlakkan kepadanya dalam kitabnya yang bernilai «al-Badr aṭ-Ṭōli*». Kalaulah dia bersederhana, pasti ia lebih baik. Aku telah mengingatkan makna ini di muqaddimah cetakan kedua dari kitabku «Tašnīf al-Asmā* Bi Šuyūẖ al-Ijāzah Wa as-Samā*» dalam cetakan kedua. Tidak ada pautan terhadap ketaksuban dan unsur itu jelas.

Terjemahan daripada : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=252015461879401&id=100012128473491

Hantaran 73

Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy tidak ada sanad pengajian untuk kitab Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, tetapi tidak segan silu menuduhnya sebagai mujassim yang tidak pernah dituduh sedemikian oleh mana-mana ulama sebelumnya setelah seribu tahun kewafatannya.

Sebagai tambahan, al-Albāniyy yang dikatakan tidak berguru dalam ilmu hadis pun dipuji kemampuannya oleh Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- sekalipun ada permusuhannya yang tegang antara mereka berdua.

Bahkan, adiknya; *Abdullah mengaku bahawa tidak mempelajari ilmu balaghah secara bertalaqqi daripada sesiapa pun!

Selebihnya boleh dibaca di sini : https://www.wattpad.com/1187680335-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-164-penguasaan

Sebelum bertanya siapa guru orang lain semata-mata untuk mencari ruang dalam menyahkreditkan pendapat orang itu, maka selesaikan isu ini dahulu. Tanya dahulu macam mana mereka ini yang tidak berguru, tetapi ada kemahiran yang mendalam tentang bahagian apa yang mereka wacanakan, diperakui kemampuannya dan tidak diterima pendapatnya atau pertikaikan kemampuan ilmu mereka semua ini terlebih dahulu. Kemudian, barulah kita menuju kepada soalannya.

Hantaran 74

Kesimpulan ringkas tentang hipokrit sebahagian pengikut Ibn Taymiyyah. Ini sememangnya benar apabila seseorang membaca kitab-kitab yang ditahqiq oleh evangelis bagi fahaman Ibn Taymiyyah. Mana-mana yang tidak sefahaman dengan pendiriannya dan pegangannya akan dikritik di nota kaki dan dihamburkan komentar di bawahnya yang merosakkan nilai kitab.

Bacalah tahqiq risalah Abū Naṣr as-Sijziyy, «at-Tabṣiroh Fī Uṣūl ad-Dīn» karya Abū Isḥāq aš-Šīrōziyy dan «Nihāyah al-Mubtadi^īn Fī Uṣūl ad-Dīn» karya Ibn Ḥamdān. Pegangan yang dikongsi bersama oleh ḥanbalian dalam isu akidah tidak segan silu dikritik kerana tidak sejalan dengan Ibn Taymiyyah walaupun mereka semuai ni lahir lebih awal daripadanya.

Saya sudah membentangkan tentang anutan Ibn Taymiyyah yang sama sekali bukan di atas jalan ḥanbalian di sini : https://www.wattpad.com/1196134797-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-136-akidah-ibn-taymiyyah

Mereka ini menjadikan Ibn Taymiyyah sebagai satu-satunya paksi, hakim dan polis bagi setiap permasalahan. Seakan-akan sekalian para ulama wajib tunduk kepada fahamannya dan seakan-akan Islam itu hanya mengenal Ibn Taymiyyah atau golongan bidaah bagi yang menyelisihinya. Mereka mungkin menafikannya, tetapi lihat sendiri apa yang mereka perbuat pada kerja pentahqiqan kitab. Ia sudah maklum dan tidak boleh disembunyikan lagi.

Antara yang hipokrit daripada mereka adalah mereka selalu sahaja menggembar-gemburkan bahawa salaf sangat membenci ilmu kalam. Padahal, Ibn Taymiyyah sendiri menggunakan ilmu kalam dalam wacananya dan perdebatannya dalam banyak kitabnya. 

Malah, al-Albāniyy sendiri mengakui bahawa wacana isu kebaharuan yang tidak berpermulaan padanya yang dipertahankan Ibn Taymiyyah adalah persis dengan ilmu kalam dan falsafah. Saya telah membentangkannya di sini : https://www.wattpad.com/1195660313-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-168-pengagum-ibn

Jika menurut kami, itu sudah cukup jelas bahawa itulah seni yang dipraktikkan dalam ilmu kalam. Namakanlah apapun kerana nama tidak begitu penting, tetapi fokus pada inti dan kandungannya. Apapun nama yang mereka bubuh, apa yang dilakukan oleh Ibn Taymiyyah sebenarnya yang dipraktikkan oleh ašᶜarian dan ḥanbalian meskipun dia ada versinya tersendiri.

Antara yang hipokrit daripada mereka adalah mereka selalu sahaja mencanangkan bahawa salaf sangat membenci debat. Padahal, sejarah telah mencatatkan perdebatan Ibn Taymiyyah dengan pelbagai orang serta sudah sememangnya dikenali sebagai pendebat. 

Yang paling melucukan adalah sebahagian mereka mengangkat tinggi akannya sebagai pendebat yang terulung dan sanggup membuat pembentangan lebih dari sejam untuk memaparkan keagungannya dalam seni perdebatan. Tidak malukah mereka?

Kami dari awal lagi sudah menyatakan dengan jelas bahawa debat itu ada yang memberi manfaat dan ada orang mendapat manfaat daripada perdebatan di sini : https://www.wattpad.com/1191991635-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-165-ada-yang

Pengikut Ibn Taymiyyah ke sana ke sini mencela orang yang berdebat dan menekan-nekan orang lain untuk menjauhi debat, malah mereka mengambil kalam-kalam sebahagian ulama yang menjauhi dan membenci debat sebagai lapikan untuk mereka lari dari bertanggungjawab terhadap apa yang mereka dakwa dan apa yang mereka sampaikan, lebih-lebih lagi yang telah dibuktikan kesilapannya. Kemudian, dalam masa yang menyanjung Ibn Taymiyyah sebagai pendebat yang berkaliber di zamannya? Tidak malukah mereka?

Hakikatnya, salafi pada hari ini lebih berorientasikan manhaj aḏ-Ḏahabiyy berbanding Ibn Taymiyyah. Ini boleh dilihat perbezaannya melalui kitabnya «al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār» dan komentarnya pada «Siyar A*lām an-Nubalā^». 

Ia manhaj yang selari dengan apa yang menjadi praktik pada hari ini. Akan tetapi, kebanyakan mereka bercampur baur dan tidak teliti perbezaannya. Mereka sebenarnya berkapalkan aḏ-Ḏahabiyy, tetapi berkaptenkan Ibn Tamiyyah.

Mereka sama sekali tidak boleh mengangkat tinggi Ibn Taymiyyah jika mereka sendiri membenci ilmu kalam dan perdebatan serta memanggil golongan ḥanbalian dengan panggilan neoḥanbalian kerana membawa prinsip yang membezakan antara ḥanbalian dengan Ibn Taymiyyah kerana inilah yang nyata Ibn Taymiyyah. Mereka ini sama ada pengagum buta atau bersikap hipokrit yang membawa gagasan eksepsionalisme Ibn Taymiyyah.

Hantaran 75


Malang sekali bagi pihak salafi yang mengatakan sebegini. Tidakkah mereka tahu bahawa Taqiyuddīn as-Subkiyy adalah ilmuwan agung yang sezaman dengannya dan dia menyatakan bahawa Ibn Taymiyyah berpendapat dengan apa yang menjuruskan kepada kejisiman kepada Allah dalam «ad-Durroh al-Muḍiyyah Fī Rodd *Alā Ibn Taymiyyah». Adakah para pengikut Ibn Taymiyyah sekalian tidak ingin lagi menghormati imam jaguhan ini?

Padahal, telah ada bukti yang kukuh bahawa dia sememangnya menyerupai karrōmian yang merupakan aliran berpengaruh dalam gagasan tasybih dan tajsim.

Sebagai permulaan, bacalah dahulu «al-Farq Bayna al-Firoq» karya Abū Manṣūr *Abdul Qōdir bin Ṭōhir al-Baġdadiyy dan «al-Milal Wa an-Niḥal» karya Abū al-Fatḥ aš-Šahrostāniyy tentang aliran karrōmian dalam bab kejisiman dan keberdirian baharu pada zat Allah. Lalu, bandingkanlah dengan apa yang menjadi pegangan Ibn Taymiyyah. Pasti akan menemukan persamaannya.

Saya telah mendedahkannya dan membantahnya di penulisan saya yang berjudul «Penajaman Deria Dalam Mengenali Sifat Yang Maha Mulia» atau boleh membaca penulisan saya di sini : https://www.wattpad.com/1188327673-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-131-ibn-taymiyyah-dan

Atau boleh juga membaca pendedahannya di sini : http://www.aslein.net/showthread.php?t=16941

Apapun, lihat pula apa yang pengkagum dan pengikut Ibn Taymiyyah lakukan terhadap Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy. Mereka menerbitkan pembongkaran kononnya terdapat akidah yang bermasalah dalam karya agungnya; «Fatḥ al-Bārī Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy» melalui judul «at-Tanbīh *Alā Muẖōlafāt al-*Aqdiyyah Fī Fatḥ al-Bārī».

Lantas, ini adalah perbuatan yang terhormat terhadap imam hadis yang mereka junjung tinggi dan orang yang melakukan ini mendapat kehormatan padannya? Mereka sudah buat yang buruk terhadap tokoh besar dalam hadis dari kalangan ašᶜarian, kemudian menagih penghormatan kepada Ibn Taymiyyah daripada golongan ašᶜarian?

Jangan lupa bahawa isu kebaharuan yang tidak permulaan baginya adalah isu yang serius sehingga al-Albāniyy berharap agar Ibn Taymiyyah tidak menyibukkan diri dalam perbahasan ini. Dia berkata :

ولقد أطال ابن تيمية رحمه الله الكلام في رده على الفلاسفة محاولا إثبات حوادث لا أول لها، وجاء في أثناء ذلك بما تحار فيه العقول، ولا تقبله أكثر القلوب، حتى اتهمه خصومه بأنه يقول بأن المخلوقات قديمة لا أول لها، مع أنه يقول ويصرح بأن ما من مخلوق إلا وهو مسبوق بالعدم، ولكنه مع ذلك يقول بتسلسل الحوادث إلى ما لا بداية له. كما يقول هو وغيره بتسلسل الحوادث إلى ما لا نهاية، فذلك القول منه غير مقبول، بل هو مرفوض بهذا الحديث وكم كنا نود أن لا يلج ابن تيمية رحمه الله هذا المولج، لأن الكلام فيه شبيه بالفلسفة وعلم الكلام الذي تعلمنا منه التحذير والتنفير منه، ولكن صدق الإمام مالك رحمه الله حين قال: “ ما منا من أحد إلا رد ورد عليه إلا صاحب هذا القبر صلى الله عليه وسلم ”.

Ibn Taymiyyah -semoga Allah merahmatinya- telah memanjangkan pada bicara ini dalam bantahannya terhadap falsafah demi usaha mengisbatkan kebaharuan yang tiada awal baginya. Dia membawa sesuatu yang menghairankan akal padanya ketika itu dan yang terbanyak jantung hati tidak menerimanya sehingga seterunya menuduhnya bahawa makhluk itu adalah qadim tanpa awal baginya meskipun dia berkata dan menyatakan secara jelas bahawa tidak ada dari suatu makhluk pun melainkan ia didahului dengan ketiadaan. Akan tetapi, kendatipun begitu, dia berpendapat dengan rantaian baharu sehingga tidak ada permulaan padanya sepertimana dia dan selainnya berkata rantaian baharu yang sehingga tanpa penghujungnya.

Maka, pendapat itu tidak diterima, bahkan ditolak dengan hadis ini. Betapa banyak dahulu kami mengimpikan agar Ibn Taymiyyah -semoga Allah merahmatinya- tidak masuk ke dalam pintu masuk ini kerana bicara ini padanya mirip dengan falsafah dan ilmu kalam yang telah kita mempelajari daripadanya untuk mentahzir dan berpaling jauh daripadanya. Akan tetapi, benar kata al-Imām Mālik -semoga Allah merahmatinya- ketika beliau berkata: "Tidak ada seseorang daripada kita melainkan menolak dan ditolak ke atasnya kecuali penghuni kubur ini -ṣollallahu *alayhi wasallam-". [Silsilah al-Aḥādīṯ aṣ-Ṣoḥīḥah Wa Šay^ Min Fiqhihā Wa Fawā^idihā, jilid 1, m/s 258, keluaran Maktabah al-Ma*ārif Li an-Našr Wa at-Tawzī*, ar-Riyāḍ].

Impak bagi anutan akidah ini adalah ia melanggar ijmak sepertimana yang disebutkan Ibn Ḥazm :

اتَّفقُوا ان الله عز وَجل وَحده لَا شريك لَهُ خَالق كل شَيْء غَيره وَأَنه تَعَالَى لم يزل وَحده وَلَا شَيْء غَيره مَعَه ثمَّ خلق الاشياء كلهَا كَمَا شَاءَ وَأَن النَّفس مخلوقة وَالْعرش مَخْلُوق والعالم كُله مَخْلُوق

"Mereka bersepakat bahawa Allah *Azza Wa Jalla adalah tunggal yang tiada perkongsian bagi-Nya, Maha Pencipta segala sesuatu selain-Nya dan Dia sentiasa tunggal yang tiada sesuatu pun selain-Nya bersama-Nya. Kemudian Dia menciptakan sesuatu keseluruhannya sebagaimana yang Dia kehendaki. Dan bahawasanya diri ini adalah makhluk, singgahsana adalah makhluk dan alam keseluruhannya adalah makhluk". [Marōtib al-Ijmā* Fī al-*Ibādāt Wa al-Mu*āmalāt Wa al-I*tiqōdāt, m/s 167, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut].

Ibn Taymiyyah berkata :

وأعجب من ذلك حكايته الإجماع على كفر من نازع أنه سبحانه " لم يزل وحده، ولا شيء غيره معه، ثم خلق الأشياء كما شاء ". ومعلوم أن هذه العبارة ليست في كتاب الله، ولا تنسب إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم

"Yang sangat pelik daripada itu adalah petikannya tentang ijmak terhadap kekufuran orang yang mempertikaikan bahawa Dia Subḥānahu kekal tunggal dan tidak ada sesuatu selain-Nya bersamanya, kemudian Dia menciptakan sesuatu sepertimana Dia kehendaki. Yang maklum bahawa ibarat ini bukan dalam kitab Allah dan tidak dinisbahkan kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-". [Naqd Marōtib al-Ijmā*, m/s 303, keluaran Dār Ibn Ḥazm, Beirut].

Apa konsekuensi melanggar ijmak ini, iaitu Dia Tabāroka Wa Ta*ālā adalah tunggal dan tidak ada sesuatu selain-Nya? Tidakkah ini menyatakan bahawa adanya qadim selain Allah? Apa hukum seseorang berkata bahawa ada qadim selain Allah? Yang pasti ia adalah sesuatu yang serius dan kritikal.

Sebab itu apabila kami mengkritik kerasnya dan menentang habis-habisan terhadap akidahnya bukan kerana ada kebencian peribadi terhadapnya, bukan juga kerana taksub pada mana-mana pihak yang memusuhinya dan bukan juga atas sebab lain yang tidak bermanfaat. Semoga Allah menjauhkan kita daripada semua itu. 

Kami mengkritiknya kerana pegangan akidahnya sangat jelas rancu dan tidak boleh ditoleransi lagi disebabkan keparahannya. Malah, pengaruhnya besar sehingga kami perlu memperhebatkan kritikan terhadapnya dan tidak boleh membiarkan ia berleluasan serta kami tidak boleh berdiam diri lagi atau mengambil langkah yang perlahan untuk merintangi arusnya.

Bahkan, Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dalam «Fatḥ al-Bārī» menolak gagasan kebaharuan yang tidak ada awal baginya. Akan tetapi, mereka memasukkan ini termasuk dalam kesalahan akidah dalam judul kitab yang disebutkan tadi. Lantas, mereka ingin menuntut penghormatan kepada Ibn Taymiyyah yang menjadi pujaan mereka dari orang yang mereka menyinggung tokoh kebanggaan orang tersebut?

Mereka tidak ada masalah melondehkan pegangan orang lain, tetapi mereka akan menggugurkan penghormatan mereka terhadap yang mengkritik keras Ibn Taymiyyah. Apa masalah mereka ini?

Sebelum Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy, Taqiyuddīn as-Subkiyy telah menyuarakan keburukan gagasan ini dalam «ad-Durroh al-Muḍiyah Fī Rodd *Alā Ibn Taymiyyah». Sebab itulah bukan sesuka hati kami ingin menentang Ibn Taymiyyah dalam permasalahan akidah dan ini antara sebabnya kami serius dalam membantahnya.

Kami mengkritiknya dalam permasalahan akidah bukan sehingga menafikan sumbangannya dalam bidang yang lain dan mengurangi hak yang seberhaknya kepadanya. Akan tetapi, kebenaran lebih patut diutamakan dan keselamatan akidah adalah isu yang serius. Ia lebih patut didahulukan berbanding mana-mana tokoh. 

Malah, dapatan kami adalah menguatkan apa yang disebutkan Taqiyuddīn as-Subkiyy yang bukan calang-calang ilmuwan dan membenarkan dakwaannya. Bukan kerana kami sememangnya telah lama menyimpan dendam terhadapnya.

Hantaran 76

Ini beberapa sebab mengapa ada hadis dhaif di dalam kitab muktamad fiqh mazhab.

Akan tetapi, sebahagian orang salah anggap bahawa hadis yang dimasukkan dalam kitab fiqh adalah sahih di mazhab mereka dan ia adalah hasil penilaian fuqaha berdasarkan neraca ilmu hadis.

Hakikatnya, sesiapa yang mendalami manhaj penilaian hadis, sememangnya ada penyebutan tentang manhaj ahli uṣūl dan fuqaha dalam penilaian hadis. Manhaj mereka ini cenderung bermudah-mudahan dalam penggredan sahih kepada sesuatu hadis. Ini sesuatu yang tidak akan dinafikan dalam sejarah perkembangan ilmu hadis melainkan orang yang ignoran tentangnya.

Perbahasan ini boleh dilihat dalam kitab «Qobūl al-Ḥadīṯ : Dirōsah Fī Manāhij al-Muḥaddiṯīn Wa al-Uṣūliyyīn» karya Mu*taz al-Ḥoṭīb. Ini juga disentuh oleh tokoh hadis tempatan kita; Umar Muhammad Noor dalam bukunya «Aliran Kritik Hadis Semasa».

Bahkan, dalam sejarah sememangnya ada ahli hadis memberi khidmat pentakhrijan hadis yang ada dalam kitab muktamad fiqh. Mereka ini melakukan analisis sama ada hadis itu sahih atau tidak, memiliki sanad atau tidak dan pelbagai lagi.

Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy melakukan takhrij hadis bagi kitab «aš- Šarḥ al-Kabīr» karya ar-Rōfi*iyy yang merupakan salah satu kitab muktamad šāfiᶜian melalui kitabnya «at-Talẖīṣ al-Ḥabīr». Jamāluddīn az-Zayla*iyy pula melakukan takhrij hadis bagi kitab «al-Hidāyah» karya Burhānuddīn al-Marġīnāniyy yang merupakan salah satu kitab muktamad ḥanafian melalui kitabnya «Naṣb ar-Rōyah».

Usaha seperti ini dihargai dan diabadikan sebagai karya yang hebat lagi menjadi tatapan dan rujukan bagi mereka yang menginginkan ketelitian dalam periwayatan hadis.

Jauh berbeza dengan apa yang terjadi apabila kita menyerukan usaha takhrij hadis pada kitab ulama nusantara. Seolah-olah ia adalah perbuatan yang tabu dan bertujuan ingin merosakkan keunggulan karya mereka. 

Padahal, apa yang dilakukan oleh Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dan Burhānuddīn al-Marġīnāniyy sama sekali tidak mendapat respons sedemikian oleh fuqaha mazhab. Mengapa tiba-tiba ia menjadi respons berbeza di nusantara? Adakah telah berlakunya kejumudan dan kemunduran tradisi ilmu yang kritis di nusantara ini?

Hantaran 77

Untuk pengetahuan, bumi hakikat yang dipercayai oleh Ibn *Arobiyy ini juga dibantah oleh *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dalam «Rof* al-Iškāl *An Mas^alah al-Muḥāl». Malah, lebih teruk, Ibn *Arobiyy membina pandangan ini dengan hadis yang munkar yang tertolak sehingga ini pun menjadi subjek kritikan *Abdullah al-Ġumāriyy.

Saya telah membawakan kupasannya di sini : https://www.wattpad.com/1138777109-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-103-setiap-kalam-wali-allah

Sebahagian orang merasa kaget untuk menerima kenyataan ini kerana ia sememangnya menyalahi akal secara apodiktik. Lalu, mereka memberikan kemungkinan sama ada teks ini telah disisipkan kepalsuan atau ia ada makna lain yang perlu ditakwilkan dan makna zahirnya tidak boleh diiktikadkan sama sekali.

Ini taktik kebiasaan sebahagian sufi dan pengagung Ibn *Arobiyy untuk mengakui kesalahannya. Lantas, secara tidak sedar, mereka telah memaksumkannya seolah-olah tidak ada kemungkinan salah padanya dan secara tidak langsung menjustifikasikan ketaksubannya terhadapnya.

Namun, hal itu tidak pada *Abdullah al-Ġumāriyy. Meskipun dia menyebutkan bahawa Ibn *Arobiyy adalah wali Allah yang besar kedudukannya, tetapi itu tidak menghalang untuk menyatakan bahawa kalam yang dimaksudkan itu adalah jelas yang sama sekali tidak boleh dipalingkan maknanya serta alasan bahawa Ibn *Arobiyy mungkin memaksudkan yang hanya dia sahaja mengetahuinya.

Isu yang menyalahi akal ini juga antara tema perbincangannya dan kritikannya terhadap sebahagian kisah karamah sebahagian wali Allah yang sememangnya melanggar akal, tidak boleh diterima perkhabarannya dan penceritaanya adalah berlebihan serta kritikannya lagi terhadap Ibn *Arobiyy terkandung dalam «Awliyā^ Wa Karōmāt». 

*Abdullah al-Ġumāriyy berpesan pada awal kitab ini bahawa sesiapa yang tidak mahir ilmu kalam dan uṣūl, maka dia tidak layak berbicara tentang topik karamah kerana jika dia berbicara, pasti nyata kejahilannya dan terzahir kebobrokannya.

Ini antara kitab yang bagus dibaca untuk pedoman dan bimbingan kita semua dalam menanggapi isu-isu kesufian dengan penilaian akal yang sihat lagi matang.

Malah, saya juga telah mengkritik konsep martabat ₍al-Waḥdah₎ yang diperkenalkan oleh sebahagian sufi ini kerana ia jelas menyalahi akal yang jelas di judul «Penajaman Deria Dalam Mengenali Sifat Yang Maha Mulia».

Sememangnya menyedihkan bahawa sebahagian sufi mengabaikan nikmat keagungan akal yang dikurniakan Allah kepada manusia kerana semata-mata ingin terus tunduk secara hina di hadapan tokoh-tokoh mereka seolah-olah mereka ini adalah dewa-dewi yang tidak boleh dipersoalkan dan disangsikan, apatah lagi dikritik. 

Akal dicampak ke tong sampah semata-mata untuk menjustifikasikan semua yang dimakan dalam minda dan rohani adalah tahap tasawwuf tahap tinggi. Bagi mereka, ia adalah lapangan kasyaf atau ilham atau pembukaan langsung daripada-Nya yang mana akal tidak akan mampu mencapainya dan itu bukan kawasannya.

Nampaklah jelas betapa hinanya akal seakan-akan akal bukan pembukaan daripada-Nya yang istimewa di sisi mereka walaupun mereka menyebut di bibir bahawa akal adalah peranan penting dalam pemahaman beragama. 

Hakikatnya, mereka tidak menghinanya dengan lisan, tetapi mereka menghinanya dengan pengamalan dan pengambilan tanpa tapisan dan menelan secara rakus terhadap apa yang dirasakan sedap. Sama ada akal menerimanya atau tidak secara apodiktik sudah menjadi tulisan atas kertas sahaja. Yang penting adalah keunggulan kasyaf atau seumpamanya melangkaui akal dan ilmu yang zahir.

Tidak cukup sekadar itu, adakalanya mereka ini juga sampai membenarkan apa yang jelas menyalahi syariat sehingga mereka membenarkan dakwaan seorang syeikh tarekat bahawa dia melihat Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- dalam keadaan jaga, lalu baginda mengkhabarkan bahawa selawat al-Fātiḥ adalah lebih baik daripada pembacaan al-Quran. Bahkan, pengikutnya juga mempertahankan dakwaan ini!

Ini dibantah keras oleh adik *Abdullah al-Ġumāriyy; Muḥammad az-Zamzamiyy dalam «I*lām al-Muslimīn Bi Mā Fī Kalām at-Tijāniyy Min al-Kaḏib aẓ-Ẓōhir Wa al-Kufr al-Mubīn». Saya telah mengupasnya hal itu di sini : https://www.wattpad.com/1135691507-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-142

Inilah akibat membelakangkan ilmu yang zahir yang mereka selalu memperlekehkannya dan memandang rendah terhadapnya serta mengabaikan manhaj yang berkualiti dalam kefahaman beragama. 

Kalau pendedahan ini tidak cukup untuk membuatkan seseorang sedar betapa buruknya apa yang terjadi dari sebahagian tradisi sufi, maka mereka sebenarnya telah di dalam belenggu yang menghijab mereka. Apabila mereka menghinakan sesuatu yang mulia, maka Allah akan menghalang mereka daripada kebaikan daripadanya.

Sufi yang sejati akan menghargai segenap ilmu yang zahir yang memberikan manfaat kepada mereka dan mengangkat tinggi anugerah akal yang dijadikan sumber kebaikan dalam memahami agama. Mereka sama sekali tidak akan membelakangkan kitab Allah, sunnah rasul-Nya dan menjunjung tinggi penghujahan ilmiah yang konkrit.

Sufi yang palsu pula adalah seorang yang tidak kewarakan dalam beragama sehingga mengambil apa sahaja santapan untuk dijadikan iktikad dan pengamalan meskipun dia terkenal dengan kezuhudannya dan kehati-hatiannya yang super dalam soal rezeki. Orang ini warak pada zahir sahaja, tetapi telanjang pada jiwanya dan kesedarannya dari menjunjung kemuliaan rasionaliti yang bernas, ketelitian kajian dan ketegasan penerimaan dalam pegangan agama.

Hantaran 78

Akan tetapi, menurut ašᶜarian, walaupun mereka menyifatkan tuhan dengan ₍al-Istiwā^₎ (الْاسْتِوَاء), tetapi mereka berkata bahawa makna tersebut boleh terdedah dengan makna lain seperti makna atau selainnya melalui takwil atau seumpamanya. Bahkan, mereka berkata bahawa ayat tentang ₍al-Istiwā^₎ boleh ditakwilkan jika ada keperluan yang mendesak seperti membanteras syubhat tasybih dan lain-lain.

Dengan kata lain, penyataan bahawa mereka menyifatkan tuhan dengan sifat itu dan pengisbatan mereka hanya sekadar lafaz sahaja, tetapi makna yang mereka fahami adalah boleh terdedah dengan pelbagai makna, bahkan boleh ditakwil dengan melihat keperluan zaman.

Sedangkan ahli sunnah sejati adalah berpegang bahawa makna ₍al-Istiwā^₎ adalah ₍*Alā
 ₎ (عَلَا), iaitu berada di atas sepertimana yang al-Buẖōriyy meriwayatkan daripada Mujāhid secara taᶜliq dalam «Ṣoḥīḥ» miliknya. Makna ini dipegang sampai hari kiamat. Syubhat tasybih boleh dibantah dengan cara lain, bukan dengan cara takwil seperti takwil dengan ₍al-Istīlā^₎ (الْاسْتَيلَاء), iaitu memenangi persaingan.

Maka, hakikat ašᶜarian adalah mereka beriman dengan makna ₍al-Istīlā^₎ dengan lafaz ₍al-Istiwā^₎ atau mereka tidak menentukan maknanya kepada yang tertentu, tetapi menyimpan iktikad bahawa ia terdedah dengan makna lain sama ada majaz atau selainnya bukan sepertimana salaf yang beriman dengan ₍al-Istiwā^₎ dengan makna hakikatnya, iaitu ₍al-*Uluww₎ (العُلُوّ) dan ahli sunnah sama sekali tidak mentakwilkan maknanya walaupun bertebarannya golongan musyabbihah.

Inilah perbezaan yang halus yang kadangkala tidak disedari oleh sebahagian orang sehingga tidak faham mengapa saya mengkritik dan menentang ašᶜarian.

Saya telah mengupas hal ini dalam penulisan saya yang berjudul «Penjelasan Interaksi Dengan Naṣ Tentang Sifat Allah». Begitu juga boleh dibaca di sini :

(a) https://www.wattpad.com/1144621120-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-110

(b) https://www.wattpad.com/1145072612-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-112-hakikat-perselisihan

(c) https://www.wattpad.com/1149078511-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-115-al-a%C5%A1-ariyy-dan-makna

(d) https://www.wattpad.com/1152240126-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-117-hakikat-tafwid-di-sisi

(e) https://www.wattpad.com/1257214310-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-192

(f) https://www.wattpad.com/1259894556-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-193

Hantaran 79


Yang menghukum hadis riwayat Jābir bahawa awal penciptaan Allah adalah Nūr Muḥammad sebagai palsu adalah daripada tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, iaitu Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy dalam «al-Muġīr *Alā al-Aḥādiṯ al-Mawḍū*ah Fī al-Jāmi* aṣ-Ṣoġīr» dan adiknya; *Abdullah dalam «Iršād aṭ-Ṭolīb an-Najīb Ilā Mā Fī al-Mawlid an-Nabawiyy Min al-Akāḏīb».

Hal ini diperakui salah seorang murid besar bagi kedua-dua tokoh ini; Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ pada hujung kitabnya «al-Ittijāhāt al-Ḥadīṯiyyah Fī al-Qorn ar-Rōbi*» bahawa ini adalah yang dinyatakan jelas oleh keluarga al-Ġumāriyy dan dia juga bersama-sama sepakat dalam kepalsuannya.

Bagi aswajaean, sepatutnya penilaian ini diberi merit yang besar dan perlu diberi ambil perhatian yang berat kerana :

1. Aḥmad al-Ġumāriyy dan adiknya; *Abdullah adalah tokoh ahli hadis yang bukan calang-calang ulama dan dikenali kewibawaan ilmunya. Mereka ini diberi gelaran al-Ḥāfiẓ oleh aswajaean.

2. Kedua-dua mereka ini adalah mujtahid dan tidak terikat dengan mana-mana mazhab atau pendapat dalam mengemukakan dan mempertahankan pandangan mereka. Maka, penilaian mereka ini ada nilai pendasaran objektif dan terbebas dari bias.

3. Mereka berdua adalah ahli bait yang menanggung pengaruh besar dalam penerimaan sesuatu pendapat bagi aswajaean secara umum. Ahli bait menurut mereka sudah tentu akan membawa sunnah sebagaimana junjungan datuknya -ṣollallahu *alayhi wasallam- untuk diikuti.

4. Mereka berdua dan Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ adalah tokoh rujukan dalam melawan wahabi dan mengkritik al-Albāniyy, di samping mereka bertiga ini adalah ilmuwan yang disegani. Sesiapa yang tidak mengenali mereka ini, maka dia seolah-olah menjadi salafi tidak mengenali al-Albāniyy, Salīm bin *Īd al-Hilāliyy dan Abū Isḥāq al-Ḥuwayniyy.

Hantaran 80

Tokoh uṣūl fiqh di tanah air bagi aswajaean; Hapiz Kodiang menyuarakan isu pelabelan wahabi secara sembarangan.

Hakikatnya, apa yang Hapiz Kodiang suarakan ini bukanlah perkara yang baharu. Hamza Yusuf; tokoh sufi antarabangsa pun menegur sebahagian sufi yang menjadikan pelabelan wahabi kepada sesiapa yang berbeza pandangan dengan sufi. Tonton di sini : https://www.youtube.com/watch?v=wxdaM4OpgDo&t=14s

Malah, *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ilmuwan sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dalam muqaddimah kitabnya «Awliyā^ Wa Karōmāt» menyatakan bahawa kebanyakan orang apabila mendengar kitabnya itu, pasti dia akan dituduh sebagai wahabi!

Ini kerana kitab tersebut memuatkan saringan terhadap sebahagian kisah karamah yang dusta dari sufi pelampau.

Bayangkan tokoh ahli bait yang diangkat dan disanjung oleh golongan sufi kerana mempertahankan praktik kesufian mereka, bergiat aktif menentang wahabi dan mengkritik al-Albāniyy pun dituduh cenderung kepada wahabi. Apatah lagi, kita yang kerdil ini.

Inilah sebabnya para sufi sememangnya perlu belajar menerima keterbukaan dan membebaskan diri dari kepompong tradisi yang didogmakan. Pertembungan ilmiah tidak hanya melibatkan sufi lawan wahabi semata-mata. Ia lebih luas daripada itu.

Saya pernah menyenaraikan beberapa kitab dari tokoh besar sufi yang mampu membawa kepada minda reformasi kepada manhaj kesufian di sini : https://www.wattpad.com/1068369862-al-ẖiṭōb-al-wajīz-wacana-ringkas-75-karya-karya

Bagi para sufi yang ingin merasakan kelainan yang tidak ada pada arus perdana dalam wacana kesufian, bacalah kitab-kitab yang telah saya sebutkan. Belajarlah untuk melihat keunikan yang ada pada medan ilmiah kesufian.

Tokoh ahli bait daripada keluarga al-Ġumāriyy sudah pun memadai untuk kita menjengah keunikannya.

Hantaran 81

Bacalah karyaku ini : https://www.wattpad.com/966344440-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-51-pangkasan 

Pasti kalian akan mencicipi kemanisan penjelasanku dalam membela kenyataan ini dengan tuntas, tetapi ringkas dengan izin Allah.

Saya bersyukur kepada Allah kerana mengilhamkan saya dan menyalurkan kekuatan-Nya kepada saya untuk menghasilkan judul yang menjadi dasar utama dalam menguak kebejatan manhaj batiniah dan meruntuhkan kredibilitinya. Saya berharap ia adalah bermanfaat kerana saya telah menyentuh dan menyinggung keseluruhan yang menjadi prinsip dalam pegangan mereka.

Sejujurnya yang sememangnya saya menghasilkan penulisan ini dengan luapan marah yang membara kepada mereka kerana mereka ini sememangnya perosak agama yang tidak ubah seperti liberal. Kedua-duanya dalam satu matlamat perjuangan yang sama, iaitu memenuhi apa yang sesuai dengan hawa nafsunya.

Bezanya adalah penganut batiniah ini tertumpu pada aspek kerohanian dan mistik, manakala liberal pula adalah aspek-aspek kehidupan harian mereka dari peribadi sehinggalah kepada pemerintah.

Lihat bagaimana batiniah ini mentakwilkan ayat-ayat al-Quran dan teks hadis yang sememangnya menyeleweng dari kaedah bahasa demi menjustifikasikan tidak perlunya solat berbentuk gerakan badan yang telah diamalkan umat Islam, ketauhidan iblis dan pelbagai lagi yang lain. 

Lihat pula bagaimana liberal mentakwilkan teks-teks agama demi menghalalkan pertukaran jantina, pengimaman solat oleh wanita untuk para lelaki dan pelbagai lagi yang lain. Kedua-duanya berdiri di atas manhaj yang sama, tetapi hala tuju mereka yang berbeza.

Cuma, dampak parah ajaran liberal dilihat lebih mudah dihidu oleh ramai berbanding batiniah. Sebab itulah saya memadukan pangkasan terhadap golongan ini.

Hantaran 82

Perbezaannya adalah aliran batiniah ada sistem pengkastaan antara sesama muslim, iaitu autoriti ilmu dan pensyariatan pada wali dan muridnya atau pengikutnya.

Saya telah menyentuh persamaan antara liberal dengan batiniah di sini : https://www.wattpad.com/1105154226-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-119-persamaan

Hantaran 83

Antara penulisan yang saya kira penting untuk saya perkenalkan kepada semua orang. Ini adalah rentetan penulisan saya yang sebelumnya dalam mengkritik ketaksuban sufi dalam membela tokonya. Namun, penulisan ini saya merangkumkan kepada aspek tokoh aliran akidah dan fuqaha.

Mengapa penting untuk mengetahui tanda-tanda ketaksuban seseorang? Ini kerana supaya kita tidak terpedaya dengan kritik ilmiah yang hakikatnya tersembunyi celaan untuk merobek kredibiliti seseorang tokoh yang menyalahi pegangannya dan takwil atau alasan yang mengelabui orang ramai agar mereka ini tampak di pihak yang tidak bersalah.

Taksub ini tersembunyi halus yang adakalanya tidak disedari orang lain. Ini tidak hanya berlaku pada orang awam sahaja, bahkan ia boleh terjadi pada sarjana ilmuan sendiri. Saya telah membawakan contoh untuk hal ini. Sebab itu mengenali tanda-tanda ketaksuban adalah salah satu aspek mengenali kebenaran dan kebatilan.

Hantaran 84

Muḥammad Muṣṭofā al-Marōġiyy berkata setelah membawakan syarat-syarat mujtahid :

ومعظم هذه الشروط يشتمل عليه ثلاثة فنون: الحديث ، واللغة ، وأصول الفقه. وولقد جمع العلماء آيات الأحكام في غير ما كتاب ،

"Bahagian gadang pada syarat-syarat ini merangkumi tiga kemahiran; hadis, bahasa dan uṣūl fiqh". [Al-Ijtihād Fī al-Islām, m/s 17, keluaran al-Maktab al-Faniyy Li an-Našr].

Bagi yang ingin menguasai bahasa Arab, bolehlah ke kolum «Diari Diri» dan cari penulisan yang berjudul «Nasihat, Tips Dan Panduan Untuk Pelajar Bahasa Arab Bagi Pemula».

Bagi yang ingin menguasai ilmu hadis, boleh baca di sini : https://www.wattpad.com/1228943220-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-isu-hadis-dialog-ringkas-47

Bagi yang ingin menguasai uṣūl fiqh, bolehlah ke judul penulisan di sini : https://www.wattpad.com/980265113-al-ẖiṭōb-al-wajīz-isu-fiqh-dan-uṣūl-fiqh-tuturan

Saya berharap perkongsian sedikit sebanyak ini dapat membantu mereka yang ingin mencapai kemahiran ilmu alat. Saya doakan agar mereka ini dipercepatkan untuk mencapai hajat, lalu menjadi orang yang diberikan kefaqihan dalam agama.

Apapun, saya perlu nyatakan bahawa saya bukanlah layak untuk mengangkat diri setara dengan tokoh kenamaan lagi kebesaran. Saya mungkin tidak ada apa-apa nilai berbanding dengan habuk di mata mereka. Malah, saya juga masih belajar dan menadah ilmu daripada tokoh yang jauh lebih berkompeten dan berwibawa daripada saya. Saya masih ada lompong dan kekurangan yang perlu saya baiki.

Oleh itu, tidak usah mengharap terlalu tinggi daripada saya. Belajarlah demi kebaikan diri agar menjadi hamba Allah yang terbaik dari segi kefahaman dan khidmat bakti kepada agama-Nya. Bukan mengharapkan imbalan dunia dan rebutan pengaruh daripada orang ramai.

Hantaran 85 : Tokoh Ilmuwan Yang Berketurunan Rasulullah -Sollallahu *Alayhi Wasallam- Yang Dituduh Wahabi

1. Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy

Sekalipun terkenal dengan ketokohan ahli hadis sufi, tetapi adakalanya dia disebut menganut akidah wahabi oleh sebahagian orang. Saya tidak mahu menceritakan lanjut tentang akidahnya. Yang penting yang saya boleh berikan pengenalan sepintas lalu adalah dia sangat anti kepada ašᶜarian.

Sebagai permulaan, rujuk forum Aslein atau grup forum tersebut di Facebook yang merupakan tempat berkumpulnya ašᶜarian dan māturīdian untuk mengetahui pandangan ašᶜarian dan māturīdian tentangnya.

2. Adiknya; *Abdullah al-Ġumāriyy

Dalam muqaddimah kitabnya «Awliyā^ Wa Karōmāt», dia menyatakan bahawa kebanyakan orang jika mendengar kitabnya ini, pasti akan dituduh sebagai cenderung kepada wahabi.

Kitabnya ini khas dalam membentangkan saringan secara kritis terhadap sebahagian kisah karamah wali yang dusta dari para pelampau sufi.

Apa yang para sufi benci sangat pada kitab itu sampai menuduh tokoh mereka sendiri sebagai wahabi? Sememangnya elok kitab itu ditelaah.

Saya telah memberikan pendedahan tentang kitab ini di sini : https://www.wattpad.com/1067997458-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-74

3, Adiknya; Muḥammad az-Zamzamiyy

Sesiapa sahaja yang membaca kitab «az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh» tanpa mengenal terlebih dahulu penulisnya, pasti penulisnya akan dilabel sebagai wahabi. Namun begitu, tidak mudah sedemikian. Karya ini ditulis oleh tokoh sufi ahli bait.

Persangkaan yang menjurus kepada pelabelan wahabi telah dinyatakan oleh salah seorang saudara yang mengenali mendalam tentang keluarga al-Ġumāriyy di sini : https://www.facebook.com/photo/?fbid=1796414887211393&set=a.165836783602553

Malah, saya juga mengikuti beberapa cerita tentangnya di forum berbahasa Arab. Sememangnya ada pelabelan wahabi daripada adik-beradiknya ketikamna berlaku konflik antara sesama mereka.

4. Ḥamzah al-Kattāniyy

Dalam polemik bersama keluarga al-Ġumāriyy, sekadar yang saya tahu bahawa pengguna Facebook yang bernama Ṣuhayb al-Idrīsiyy yang merupakan pembela kepada madrasah keluarga al-Ġumāriyy ini kerapkali melemparkan label wahabi kepada Ḥamzah yang kerap mengkritik madrasah keluarga ini.

5. Ḥasan al-Kattāniyy

Dia juga dilemparkan label wahabi oleh Ṣuhayb al-Idrīsiyy. Namun, dalam biografi yang saya baca di Wikipedia berbahasa Arab, saya mendapati bahawa dia salah seorang salafi.

6. Muḥammad bin al-Amīn Būẖubzah al-Ḥasaniyy

Mula-mula yang saya tahu dia dituduh wahabi oleh Ḥasan as-Saqqōf dan Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ. Kemudian, saya melihat Salafcenter.org memasukkan nama ini dalam tokoh ilmuwan salafi.

Antara aspek dia yang menonjol adalah karyanya «al-Jawāb al-Mufīd Li as-Sā^il al-Mustafīd» yang mengumpulkan surat-menyurat bersama Aḥmad al-Ġumāriyy dan muqaddimah daripadanya untuk kitab «Ḏamm al-Ašā*iroh Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifah» yang memfokuskan kalam Aḥmad al-Ġumāriyy dalam menyinggung aliran ašᶜarian yang dikumpulkan oleh Ṣōdiq bin Salīm bin Ṣōdiq. 

Cuma, persoalan yang saya ingin tinggalkan adakah keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- boleh menjadi wahabi? Saya secara peribadi tidak merasa hairan kerana apabila saya telah mengenali sedikit keunikan keluarga al-Ġumāriyy, maka apa sahaja yang terjadi dari ahli bait tidak dihairankan.

*Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy dalam «an-Nafẖah aḏ-Ḏakiyyah Fī Bayān Anna al-Hajr Bid*ah aš-Širkiyyah» menyatakan bahawa Zayd bin *Aliyy adalah muᶜtazilian. Kalaulah tuduhan ini benar, maka kalau seseorang dari keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- boleh menjadi muᶜtazilian, maka mereka pun boleh jadi yang berbeza daripada ahli sunnah sekalipun.

Bahkan, sememangnya Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ mengakui bahawa ahli bait juga terdiri daripada ašᶜarian, muᶜtazilian, zaydian, ismāᶜilian, imāmian, kisāean dan rofḍian. [Rujuk : https://al-majalis.org/forums/viewtopic.php?t=12858].

Mereka sememangnya mewarisi darah daripada baginda -ṣollallahu *alayhi wasallam-, tetapi tidak mewarisi kemaksuman. Mereka juga adalah manusia yang terdedah kepada kesalahan, kerancuan dan kekurangan. 

Tidak hairan mereka akan menuju kepada pelbagai aliran. Sebab itu kita jangan terlalu mengkultuskan dan mengkuduskan segala apa yang daripada berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-.

Kemudian, saya ingin memperkenalkan bahawa ahli bait tidak hanya terhad pada golongan al-Ḥabīb sahaja atau beberapa yang lain yang menjadi naratif dominan pada hari ini. Ahli bait lebih ramai daripada sekadar itu dan lebih unik pola pemikiran daripada sekadar yang berlegar pada al-Ḥabīb.

Hantaran 86

Saya tidak ingin menjawab satu persatu atau secara tuntas terhadap penulisan ini. Akan tetapi, cukup saya ingin menjelaskan tiga kesilapan manhaj dalam penulisan ini dan meninggalkan persoalan untuk mencetuskan renungan semula dalam manhaj ilmiah.

Pertama, adakah kerana seseorang itu berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, maka seseorang itu terbebas daripada salah, tidak boleh dipersoal, tidak boleh dikritik, malah boleh sahaja dikuduskan dan dikultuskan?

Jawapannya sudah tentu tidak. Saya boleh berikan banyak contoh untuk membuktikan bahawa tidak semua pendapat dari mereka yang berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- diterima tanpa dipersoal dan tidak pernah dikritik.

Antaranya adalah Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy merupakan seorang yang sangat anti dengan ašᶜarian. Kalamnya terhadap singgungan keras terhadap aliran ini telah dikumpulkan oleh Ṣōdiq bin Salīm bin Ṣōdiq yang berjudul «Ḏamm al-Ašā*iroh Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifah». Adakah ašᶜarian akan terima sahaja pendapatnya dalam menentang aliran tersebut sebegitu sahaja?

Antaranya adalah adiknya; *Abdullah al-Ġumāriyy. Dia dalam kitabnya «Ḏawq Ḥalāwah Bi Bayān Imtinā* Nasẖ at-Tilāwah» menyatakan secara terang bahawa dia menyalahi sekalian ulama uṣūl dan mereka yang berpengkhususan dalam ilmu *ulūm al-Qur^ān dalam isu penasakhan pembacaan al-Quran. Adakah kita semua patut sahaja merelakan sahaja dalam menerima pendapat yang menyalahi sekalian ulama ini hanya kerana dia berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-?

Malah, dia dalam kitabnya «an-Nafẖah aḏ-Ḏakiyyah Fī Anna al-Hajr Bid*ah Širkiyyah» menyatakan bahawa Zayd bin *Aliyy adalah muᶜtazilian.

Antanya adalah adiknya; Muḥammad az-Zamzamiyy. Dia dalam kitabnya «az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh» mengkritik abang sulungnya; Aḥmad dalam beberapa perkara, padahal mereka adalah adik beradik yang berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Jelaslah bahawa tidak ada masalah pun jika mereka yang berdarah baginda -ṣollallahu *alayhi wasallam- dikritik.

Tentang keluarga ini, saya sudah menjelaskan beberapa perkara di sini : https://www.wattpad.com/1089663769-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-80-para-al-%E1%B8%A5ab%C4%ABb

Antaranya adalah Muḥammad bin al-Amīn al-Ḥasaniyy. Dia dilabel wahabi oleh Ḥasan as-Saqqōf yang juga merupakan tokoh berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dan Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ; salah seorang murid besar *Abdullah al-Ġumāriyy. [Rujuk : https://www.facebook.com/hassan.saqqaf/posts/2661677440536276 dan https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1151271165287155&id=100012128473491].

Jelaslah bahawa kritik mengkritik sehingga pelabelan yang ada makna yang mengeluarkan seseorang daripada ahli sunnah ada dalam tradisi ahli bait. Janganlah hanya terhadkan ahli bait hanya pada naratif golongan al-Ḥabīb atau yang tertentu semata-mata. Ia lebih luas dan lebih unik daripada sekadar itu sahaja.

Bagi mereka yang boleh membaca teks bahasa Arab, saya mencadangkan untuk membaca perkongsian Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ tentang manhaj ahli bait di sini :

(a) https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=252015461879401&id=100012128473491

(b) https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=331390723941874&id=100012128473491

(c) https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=574482599632684&id=100012128473491

(d) https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=245204509227163&id=100012128473491

Kedua, kitab tersebut telah diterima dan ditahqiq ramai ulama serta ia telah bertahan selama enam ratus tahun tanpa ada kritikan atau penghasilan karya khas untuk membantahnya. Adakah ini bermakna bahawa kritikan terhadap kandungan kitab itu tidak bermakna?

Padahal, merekalah orang yang menuduh mujassim terhadap Abū Sa*īd ad-Dārimiyy yang tidak pernah dituduh sedemikian walaupun daripada ašᶜarian setelah seribu tahun kewafatannya! Jika mereka tidak menuduhnya, mereka menjadi orang yang redha terhadap orang yang menghinjak kehormatan tokoh salaf yang agung dan merobek kredibilitinya dalam penghujahan akidah. Mereka senyap membisu!

Kalau an-Nawawiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dikeluarkan daripada ahli sunnah oleh salafi, mereka mengamuk sehabis-habis mengamuk terhadap perlakuan ini. Apabila *Abdul Karīm al-Jīliyy dituduh sesat dan pembawa fahaman batiniah, mereka mempertahankannya habis-habisan. Perasaan yang sama langsung tidak ada pada ad-Dārimiyy.

Lekeh sangatkah ad-Dārimiyy di sisi mereka? Apakah sumbangannya terlalu kecil dalam dunia Islam sehingga dia langsung tidak diberikan hak pembelaan yang seadilnya? Atau sememangnya mereka ini masih ada sisa jahmian yang menyelubungi dengan selimut ašᶜarian yang masih menyimpan dendam yang dalam terhadapnya?

Mereka ingin menganggap penerimaan para ulama terhadap kitab «al-Insān al-Kāmil» karya *Abdul Karīm al-Jīliyy sebagai ijmak tanpa bicara. Mengapa ini tidak boleh pula pada Abū Sa*īd ad-Dārimiyy yang telah lama diterima ulama setelah seribu tahun kewafatannya? Adakah sudah menjadi hipokrit kerana akidah ad-Dārimiyy tidak berpihak pada mereka?

Kemudian, kita perlu tahu bahawa «Mafātīḥ al-Ġoyb» karya Faẖruddīn ar-Rōziyy telah pun diterima dan dimanfaatkan oleh ramai ulama. Akan tetapi, hadis-hadis di dalamnya sebahagiannya bermasalah, khususnya tidak ada asal yang sahih. Sesiapa yang membeleknya, pasti akan menemukannya.

Malah, sudah ada pun usaha untuk melakukan takhrij terhadap hadis-hadis yang ada dalam tafsir tersebut dari surah al-Fātiḥah hingga surah al-Baqoroh yang berjudul «al-Aḥādīṯ Wa al-Āṯār al-Wāridah Fī Tafsīr al-Faẖr ar-Rōziyy al-Muštahar Bi Tafsīr al-Kabīr Wa Mafātīḥ al-Ġoyb». Sememangnya ada beberapa hadis yang tidak ditemukan asalnya.

Kalau begini, adakah ini menunjukkan bahawa hadis-hadis di dalamnya adalah sahih hanya kerana tiada ulama yang menzahirkan kritikan terhadapnya atau tiada siapa yang melakukan karya khas untuk menyanggahnya atau tidak ada karya yang berbentuk takhrij sepertimana yang dilakukan oleh Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy terhadap «Šarḥ al-Kabīr» karya ar-Rōfi*iyy melalui karyanya «at-Talẖīṣ al-Ḥabīr» atau oleh al-*Irōqiyy terhadap «Iḥyā^ *Ulūmiddīn» karya Abū Ḥāmid al-Ġozzāliyy?

Ketiga, kalaulah tafsiran kata ganti nama diri ₍Huwa₎ (هُوَ) adalah merujuk kepada junjungan kita dan penghulu sekalian alam; Muḥammad -ṣollallahu *alayhi wasallam- tidak boleh dipersoalkan atau tidak boleh dikritik hanya kerana ia adalah tafsir isyari, maka mari kita lihat kenyataan salah seorang tokoh ilmuwan yang berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dari jalur al-Ahdal; al-Ḥusayn bin *Abdul Roḥmān yang berikut sebagai renungan. Dia berkata :

حكى لي بعض فقهاء زبيد المفتين بها يومئذ: أنه سمع من بعضهم وسماه لي أنه فسر آية الكرسي بالشيخ إسماعيل الجبرتي، فقال: {اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ}، قال: هو الشيخ إسماعيل الجبرتي. {لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ}، قال: هو الشيخ إسماعيل. إلى قوله: {وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ}، قال هو الشيخ إسماعيل، هكذا شهد لي. وقال: اشهد عن شهادتي على ذلك. نسأل الله العصمة. ومن أصحابه الشيخ محمود بن العجم كان يقول بالجهر للشيخ إسماعيل هو الله. والشيخ أحمد الرداد هو الله. ولا ينكرون عليه ذلك. وإذا سئل نفسه: اسم الصفات محمود واسم الذات الله. وحاصل القصة أن جماعة منهم كانوا قد أشربوا اعتقاد هذا المذهب واعتقدوا بلوغ العبد حالة الاتصاف بصفات ذات الحق سبحانه. ولم يقنعوا بجواز التخلق بأخلاق الله تعالى التي هي صفات فعله حتى ادعوا الاتصاف بصفات ذاته سبحانه وتعالى عن قولهم علوا كبيرا.

Sebahagian fuqaha Zabid yang memberi fatwa di sana pada hari itu menyebutkan kepadaku bahawasanya dia mendengar dari sebahagian mereka dan dia menamakannya kepadaku bahawa dia mentafsirkan ayat al-Kursiyy dengan Syeikh Ismā*īl al-Jabartiyy. Dia berfirman: {Tidak ada tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri}, dia berkata: "Dia adalah Syeikh Ismā*īl al-Jabartiyy. {Tidak tertimpa mengantuk dan tidak juga tidur}, dia berkata: "Dia adalah Syeikh Ismā*īl". Sehinggalah firman-Nya: {Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung}, dia berkata: "Dia adalah Syeikh Ismā*īl". Sedemikianlah dia bersaksi untukku. Dia berkata: "Bersaksilah persaksianku atas hal itu". Kami memohon pemeliharaan daripada Allah. Antara sahabatnya adalah Syeikh Maḥmūd bin al-*Ajam. Dahulu dia berkata dengan jelas bahawa Syeikh Ismā*īl adalah Allah dan mereka tidak mengingkarinya pada hal itu. Apabila ditanya tentang dirinya: "Nama sifat adalah Maḥmūd dan nama zat adalah Allah".

Walhasil kisah ini adalah sekelompok daripada mereka telah pun diteguk dengan iktikad mazhab ini dan mereka beriktikad capaian hamba itu dalam keadaan hal penyifatan dengan sifat zat Yang Maha Benar -Subḥānahu-. Mereka tidak puas dengan keharusan meniru perilaku dengan perilaku Allah Ta*ālā yang ia adalah sifat perbuatan-Nya sehingga mereka mendakwa penyifatan dengan sifat zat-Nya -Maha Suci-Nya lagi Maha Tinggi Dia dari kata-kata mereka dengan setinggi-tinggi kebesaran-". [Kašf al-Ġiṭō^ *An Ḥaqō^iq at-Tawḥīd Wa *Aqō^id al-Muwaḥḥidīn Wa Ḏikr A^immah al-Aš*ariyyīn Wa Man H̱ōlafahum Min al-Mubtadi*īn Wa Bayān H̱āl Ibn *Arobiyy Wa Atbā*ih al-Māriqīn, m/s 214].

Bagaimana pendirian mereka dalam penafsiran sebegini? Adakah ini layak dipanggil isyari di peringkat yang tinggi yang mana tidak ada mana-mana ilmu yang selain tasawwuf boleh masuk campur?

Jika mereka membenarkan tafsiran sebegini, maka mereka murtad kerana membolehkan Allah itu ditujukan kepada makhluk-Nya.

Jika kalian tidak menerima, adakah kalian akan membawakan hujah? Bagaimana pendirian mereka pula jika dikatakan kepada mereka bahawa kritikan mereka ini adalah orang yang bukan ahlinya, belum faham dan tidak ada sanad tarekat sepertimana mereka suka melemparkan dalih ini kepada pengkritik yang tidak membenarkan penafsiran ₍Huwa₎ kepada Muḥammad -ṣollallahu *alayhi wasallam-?

Sekarang, tidakkah mereka nampak betapa bodohnya dalih seperti itu yang selalu sahaja mereka buat? Kalaulah mereka ingin mengkritik penafsiran sebegitu dengan membentangkan hujah mereka dan meyakini bahawa ia adalah salah walau apa pun sudut, lantas mengapa kritikan terhadap penafsiran kata ganti nama diri ₍Huwa₎ mereka itu dibakulsampahkan seolah-olah tiada nilai ilmiah?

Mereka ini sememangnya suka untuk percanggahan dalam bermanhaj atau sememangnya hipokrit?

Hantaran 87


Seringkali penghujahan sebegini tidak dilayan dengan baik, bahkan direspons dengan penuh kenistaan oleh ašᶜarian atau jika lebih teruk, jahmian yang berbulu ašᶜarian.

Apa yang saya cadangkan kepada para salafi adalah sentiasa membawakan nukilan dan berpegang teguh dengan karya-karya salaf, khususnya yang ada tema dalam penentangan terhadap Jahmiyyah seperti «ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh» karya Aḥmad bin Ḥanbal, «as-Sunnah» karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, «as-Sunnah» karya Abū Bakr al-H̱ollāl, «H̱olq Af*āl al-*Ibād» karya al-Buẖōriyy, «al-Iẖtilāf Fī al-Lafẓ» karya Ibn Qutaybah, «ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah» dan «an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy» yang kedua-duanya karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy serta «at-Tabṣīr Fī Ma*ālim ad-Dīn» karya Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy atau karya yang mengumpulkan kalam salaf seperti «al-*Uluww Li *Aliyy al-Ġoffār» karya aḏ-Ḏahabiyy.

Inilah yang akan menguatkan hujah kepada salafi dan akan membantu mereka dalam pemahaman manhaj salaf tanpa perlu bantuan daripada mana-mana penjelasan mereka yang terkebelakangan atau kontemporari.

Kitab ini juga wajar dibaca oleh ašᶜarian kerana itulah karya yang mendasar dalam memahami manhaj salaf. Jika tidak, mereka hanya berdelusi sahaja.

Hantaran 88

Penulisan ini saya memberi garis panduan untuk menentukan pengharaman pemakaian yang berlainan jantina. Jika tidak, seseorang akan semberono melonggokkan seseorang yang berpakaian yang berlainan jantina adalah termasuk dosa, walhal mereka bukan tergolong dalam kalangan tersebut.

Kita lihat baju kemeja dahulu dipakai khas untuk lelaki. Lama kelamaan, ia sudah dipakai wanita dan itu tidak dilihat ada masalah lagi. Malah, baju melayu yang dipakai lelaki ini pun sudah ada wanita yang cuba memakainya. Hanya sahaja kita sedang menanti zaman yang berubah persepsi tentang pemakaian baju melayu.

Kalau begini, bagaimana? Orang yang memulakan pemakaian yang berlainan jantina di zaman orang menganggap itu adalah pakaian untuk satu jantina sahaja dikira berdosa, tetapi orang yang terkemudian tidak berdosa apabila di zaman yang telah mengubah persepsi orang ramai pada pemakaian tersebut? Sebegitukah kita ingin menghukum?

Persoalan inilah yang saya jawab di penulisan ini.

Hantaran 89

Saya sudah pun banyak menghasilkan penulisan yang membongkar, mendedah, menganalisis dan mengkritik pemikiran, manhaj dan metodologi aswajaean. Saya sehingga ingin menyimpulkan bahawa tiada golongan yang paling toksik dalam agama ini melainkan mereka yang membawa gagasan seperti mereka ini.

Cuma, yang mungkin menjadi soal utamanya adalah apa yang menjadi akar kepada kerosakan sehingga menyebabkan batangnya, rantingnya dan buahnya juga menjadi beracun? Saya dapat menyimpulkan bahawa akarnya adalah ketaksuban terhadap seseorang atau beberapa tokoh, aliran dan tradisi.

Lihatlah sendiri apabila kita menyuarakan kritikan terhadap mereka, pasti mereka akan menggunakan falasi ₍Argumentum Ad Verecundiam₎, ₍Argumentum Ad Traditionem₎ dan ₍Argumentum Ad Populum₎ sama ada secara langsung atau tidak langsung dan sama ada mereka sedar atau tidak.

Daripada punca ketaksuban inilah lahir manhaj yang tempang, metodologi yang pincang dan pemikiran yang caca merba. Bermacam-macam korupsi pemikiran dan manhaj yang lahir kerana ketaksuban mereka.

Mungkin sahaja mereka tidak nampak buat masa sekarang, tetapi sesiapa sahaja yang sudah membaca penulisan saya yang berkaitan dengan mereka, pasti akan nampak tentang apa yang telah saya bentangkan tentang mereka atau tinggal tunggu masa yang Allah kehendaki untuk mereka melihatnya.

Saya telah mempermudahkan para pembaca untuk membaca judul penulisan saya yang berkaitan dengan mereka ini yang telah saya mengumpulkan kesemuanya dalam judul berikut :

(a) https://www.wattpad.com/1194044436-pembuka-kepada-interaksi-amir-kazuma-senarai

(b) https://www.wattpad.com/1194045000-pembuka-kepada-interaksi-amir-kazuma-senarai

(c) https://www.wattpad.com/1194045279-pembuka-kepada-interaksi-amir-kazuma-senarai

Saya akan terus-menerus mengemas kini jika ada sebarang penambahan penulisan.

Jika sebanyak judul penulisan ini pun masih belum cukup membuat mereka celik, saya akan terus bersuara dalam mendedah dan mengkritik. Atau barangkali sememangnya Allah telah memilih untuk membutakan mata jantung mereka.

Saya berdoa kepada Allah agar mereka nampak kepincangan mereka sendiri pada suatu hari nanti dan diperlihatkan kebenaran yang nyata kepada kita semua tentang jalan yang lurus.

Saya berdoa kepada Allah agar saya terus diberikan kecekalan, keteguhan dan istiqamah untuk menyuarakan kebenaran, setia kepadanya sehingga akhir nafas saya dan memberkati usaha saya yang sedikit untuk menjelaskan tentang kebenaran dan menolak kebatilan.

Hantaran 91

Al-Qorōfiyy mengkritik ar-Rōziyy dan Ibn aṭ-Ṭoyyib al-Fāsiyy mengkritik Ibn an-Naḥḥās. Ini adalah sekelumit kecil dari keseluruhan budaya kritik mengkritik sesama tokoh ilmuwan Muslim yang meriah sepanjang zaman. 

Apa yang mereka lakukan bukanlah untuk mencari pengaruh dan merebut nama di persada dunia, tetapi sebagai teladan kepada umat, lebih-lebih lagi bagi yang Allah telah mengurniakan kapasiti ilmu yang mencukupi untuk menghalakan haluan yang telah dijejaki oleh mereka dari kalangan cendekiawan sejati.

Orang yang selalu beralasan bahawa ia sudah tertulis dalam kitab atau ada ulama berpandangan sedemikian apabila dibentangkan hujah kritikan terhadapnya, tetapi tidak mahu menjawab balas secara setara dan menekan orang sekeliling untuk menerimanya tanpa dipersoalkan, tanpa diragukan dan tanpa dibantah adalah sama ada orang itu adalah taksub atau culas dalam melaksanakan hak ilmu yang dipertanggungjawabkan ke atasnya atau kekontangan bekalan hujah pada sisinya.

Orang sebegini jauh daripada tradisi ilmu yang sebenarnya dan mereka menjauhi manhaj jalan ulama dan ilmu yang sejati. Saya telah mengupasnya hal ini di sini : https://www.wattpad.com/1193570226-at-ta-līq-alā-al-ārō^-133-apa-sahaja-dalam-kitab

Hantaran 92

Ada orang mempersoalkan atau mempertikaikan keabsahan penisbahan ₍as-Salafiyy₎ kerana kononnya ia adalah penisbahan tidak jelas. Ada yang mempertikaikannya kerana para salaf juga berbeza pandangan dalam perkara hatta dalam isu akidah sehingga sukar untuk seseorang menjadi salafi. 

Ada yang mempertikaikannya kerana ia mungkin sahaja merujuk kepada individu atau kelompok tertentu. Dan pelbagai lagi pertikaian untuk membatalkan keabsahan penisbahan ₍as-Salafiyy₎.

Saya berikan jawapan mudah. Jika disebutkan dengan para imam salaf, kepada siapa yang dirujuk? Tidak lain tidak bukan ia merujuk kepada tokoh-tokoh ilmuwan ahli sunnah lagi soleh. Ia sama sekali tidak akan merujuk kepada mereka yang lain. 

Walaupun mereka ada perbezaan pandangan dalam banyak perkara, tetapi tidak ada sesiapa pun akan menafikan kegemilangan mereka, keagungan mereka dan kehebatan mereka dalam praktik manhaj dan hidup beragama serta kesepakatan mereka dalam perkara yang paling mendasar.

Penisbahan ₍as-Salafiyy₎ adalah kerana kita ingin meneladani, mencontohi dan mengambil intipati daripada manhaj beragama, pengamalan, teras pegangan, prinsip yang mendasar dan haluan para imam salaf dalam segenap aspek yang mampu membina kegemilangan peribadi, seterusnya kepada umat.

Jika tidak penting untuk kita mengimbau, mengenang dan mengambil pelajaran daripada para tokoh salaf serta berpegang teguh dengan manhaj mereka, untuk apa lagi Ibn Rojab al-Ḥanbaliyy menghasilkan karya «Bayān Faḍl *Ilm as-Salaf *Alā al-H̱olaf»? Fikirkanlah.

Untuk pembacaan tambahan, dipersilakan juga baca «Fahm as-Salaf aṣ-Ṣōliḥ Li an-Nuṣūs aš-Šar*iyyah Wa ar-Rodd *Alā aš-Šubuhāt Ḥawlah» karya *Abdullah bin *Umar ad-Dumayjiyy.

Saya telah memperkenalkan kandungan kitab ad-Dumayjiyy ini di sini : https://www.wattpad.com/1138114527-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-144

Hantaran 93

Sebahagian orang mempersoalkan perbuatan saya tentang mengapa saya tidak melazimi penyebutan gelaran keilmuan seseorang tokoh dalam penulisan saya. Saya katakan, secara umumnya saya memperakui setiap kedudukan mereka yang telah dikenali dan disahkan kehebatannya, kewibawaannya dan keunggulannya.

Cuma, apabila pelbagai tempat penulisan dari pelbagai penulis tidak membiasakan penyebutan sandangan gelaran setiap kali nama disebut, maka saya tidak menyebutkannya. Bukan bermakna apabila menyebutkan gelaran keilmuan, saya tidak memberikan penghormatan besar kepada mereka ketika menamakan mereka. Para ilmuwan yang menyebut nama-nama tokoh jaguhan tanpa menyandangkan penyebutan gelaran keilmuan pun sama sekali tidak sedemikian.

Para pembaca boleh lihat pendirian saya di penulisan saya yang berjudul «Mengapa Saya Tidak Melazimi Menyandangkan Nama-Nama Tokoh Dengan Gelaran?» dan di sini : https://www.wattpad.com/1085704483-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-76

Hantaran 94

Saya sebenarnya sudah pun menyuarakan isu interaksi dengan Ibn Taymiyyah dan Ibn Qoyyim al-Jawziyyah di sini : https://www.wattpad.com/1115036523-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-95-coretan

Sebab utama saya menghasilkan penulisan ini adalah kerana saya pernah melihat ada orang menuduh Ibn Qoyyim al-Jawziyyah melakukan pendustaan terhadap nukilan seorang ulama. Apabila saya menyemaknya, saya mendapati bahawa nukilan Ibn al-Qoyyim ada dasarnya dari sumber yang sahih.

Saya tidak tahu sama ada penuduh ini tidak tidak berusaha membuat semakan secara silang walaupun sedikit ataupun sememangnya ada kebencian yang mendalam terhadapnya sehingga menuduh sedemikian. Yang kedua adalah faktor yang tidak dapat dinafikan lagi.

Bahkan, saya pernah melihat beberapa orang tidak mahu menerima nukilan daripada Ibn Taymiyyah seolah-olah status kredibilitinya dipersoalkan.

Walaupun ada sebahagian ulama menentang keras terhadap mereka, namun tidak ada sesiapa pun yang merobek status kredibilitinya. Ini bermaksud nukilan daripada mereka berdua boleh dipercayai dan sabit. Dalam masa yang sama, para ulama juga masih memberikan pujian atas keilmuannya.

Sememangnya benar bahawa tidak patut kita berlebihan membenci terhadap orang yang kita berselisih pandangan sehingga melampaui batas dalam membuat pertuduhan yang tidak selayaknya bagi dirinya.

Lihatlah bagaimana komentar dari sebahagian mereka dari kalangan ašᶜarian di tanah air kita ini. Sememangnya ini wajar dipuji dan diberi perhatian. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada kita semua yang masing-masing tulus dalam mencari kebenaran.

Kebiasaannya, saya menutup nama orang apabila saya melampirkan tangkap layar tentang sesuatu komen atau hantaran atau penulisan. Cuma, kali ini saya perlu paparkan nama mereka supaya orang berkeyakinan bahawa sememangnya orang itulah yang saya maksudkan.

Hantaran 95

Untuk syubhat ini, saya sudah bentangkan jawapan di sini : https://www.wattpad.com/964123853-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-47

Hakikatnya, jika mereka membaca «H̱olq Af*āl al-*Ibād» karya al-Buẖōriyy dan «al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār» karya aḏ-Ḏahabiyy, kedua-duanya sudah menjawab pertikaian sebegini yang cuba untuk menafikan pengisbatan sifat ₍al-*Uluww₎ bagi Allah, iaitu Dia di atas Arasy di atas langit.

Jangan sangka para imam salaf ahli sunnah tidak tahu penghujahan syubhat ini, terutamanya ketika Jahmiyyah ingin menolak pengisbatan sifat ₍al-*Uluww₎ bagi -Nya. Mereka cakna dan mereka telah pun membentangkan jawapannya. Tinggal pada kita untuk membacanya atau sememangnya seseorang itu ingin berlaga dengan para imam salaf dalam isu ini.

Hairannya yang mereka ini seringkali sahaja berang jika disamakan seperti jahmian. Hakikatnya, cara mereka mempertikaikan sekarang ini pun tidak ubah sepertimana perangai jahmian.

Kalau mereka benar-benar cakna bagaimana manhaj salaf dengan membaca karya mereka yang bertemakan penentangan terhadap jahmian, pasti tidak akan mengutarakan penghujahan sebegini demi menentang fahaman tajsim dan tasybih dalam pengisbatan sifat ₍al-*Uluww₎.

Inilah akibat orang yang menjauhi pembacaan dan perujukan karya salaf.

Malah, sebenarnya mereka ini sebenarnya ingin berkata sepertimana jahmian bahawa Allah itu bukan di langit atau sama sekali tidak tuhan di langit. Ḥammād bin Zayd berkata tentang jahmian :

إِنَّمَا يُحَاوِلُونَ أَنْ يَقُولُوا لَيْسَ فِي السَّمَاءِ شَيْءٌ

"Mereka mencuba untuk berkata tidak ada sesuatu di langit". [As-Sunnah, karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 1, m/s 117, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

*Abbād bin al-*Awwām berkata :

كَلَّمْتُ بِشْرَ الْمَرِيسِيَّ وَأَصْحَابَ بِشْرٍ فَرَأَيْتُ آخِرَ كَلَامِهِمْ يَنْتَهِي أَنْ يَقُولُوا لَيْسَ فِي السَّمَاءِ شَيْءٌ

"Aku berbicara dengan Bišr al-Marīsiyy dan sahabat Bišr. Aku melihat akhir kalam mereka mengakhiri katanya tidak ada sesuatu di langit". [As-Sunnah, karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 1, m/s 162, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

Muḥammad bin *Uṯmān berkata :

سَمِعْتُ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ مَهْدِيٍّ: وَسَأَلَهُ، سَهْلُ بْنُ أَبِي خَدَّوَيْهِ عَنِ الْقُرْآنِ، فَقَالَ: «يَا أَبَا يَحْيَى مَا لَكَ وَلِهَذِهِ الْمَسَائِلِ هَذِهِ مَسَائِلُ أَصْحَابِ جَهْمٍ، إِنَّهُ لَيْسَ فِي أَصْحَابِ الْأَهْوَاءِ شَرٌّ مِنْ أَصْحَابِ جَهْمٍ يَدُورُونَ عَلَى أَنْ يَقُولُوا لَيْسَ فِي السَّمَاءِ شَيْءٌ، أَرَى وَاللَّهِ أَلَّا يُنَاكَحُوا وَلَا يُوَارَثُوا»

Aku mendengar *Abdul Roḥmān bin Mahdiyy ketika Sahl bin H̱oddawayh tentang al-Quran, lalu dia berkata: "Wahai Abū Yaḥyā! Kenapa dengan kamu? Kerana isu ini adalah isu pengikut Jahm. Sesungguhnya tidak ada dalam pengikut hawa nafsu yang lebih teruk berbanding pengikut Jahm yang berlegar dalam mengatakan tidak ada sesuatu di langit. Aku berpandangan -demi Allah!- mereka tidak boleh dinikahi dan tidak boleh diwarisi hartanya". [As-Sunnah, karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 1, m/s 157, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

Walaupun sebahagian mereka berkata bahawa mereka mengisbatkan sifat ₍al-*Uluww₎ bagi Allah, sebenarnya itu sama ada sekadar dalih, topengan atau kepura-puraan sahaja. Mereka berkata sedemikian, tetapi tidak beriktikad sepertimana ahli sunnah meneguhkan kefahaman pengisbatan sifat itu.

Hal ini sama sahaja sepertimana al-Qōsim bin Muḥammad al-Hādawiyy; tokoh ilmuwan ahli bait dari zaydian ketika mengisbatkan sifat mendengar dan melihat bagi Allah yang bukan makna yang difahami ahli sunnah, iaitu dia berpandangan sifat mendengar dan sifat melihat bagi-Nya adalah sifat ilmu-Nya. Dia berkata :

فصل والله سميع بصير. جمهور أئمتنا عليهم السلام والبغدادية: وهما بمعنى عالم. بعض أئمتنا عليهم السلام وبعض شيعتهم والبصرية: بل بمعنى حي لا آفة به. قلنا: السميع حقيقة لغوية مستعملة لمن يصح أن يدرك المسموع بمعنى محله الصماخ. والبصير حقيقة كذلك لمن يصح أن يدرك المبصر بمعنى محله الحدق. والله سبحانه ليس كذلك. فلم يبق بمعنى إلا أنهما بمعنى عالم. وقد قال تعالى: {أَمْ يَحْسَبُونَ أَنَّا لَا نَسْمَعُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَاهُم ۚ بَلَىٰ وَرُسُلُنَا لَدَيْهِمْ يَكْتُبُونَ} [الزخرف: ٨٠]. والسر إضمار في القلب غير الصوت. قال الله تعالى: {فَأَسَرَّهَا يُوسُفُ فِي نَفْسِهِ وَلَمْ يُبْدِهَا لَهُمْ} [يوسف: ٧٧].

"Fasal: Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Majoriti imam-imam kami -*alayhim as-Salām- dan warga Baghdad: Kedua-duanya dengan makna Yang Maha Mengetahui. Sebahagian imam-imam kami -*alayhim as-Salām-, sebahagian espouser mereka dan warga Basrah: Bahkan, dengan makna Yang Maha Hidup tanpa kecacatan padanya. Kami berkata bahawa as-Samī* adalah hakikat bahasa yang digunakan bagi yang valid dalam capaian yang didengari dengan suatu makna yang tempatnya adalah liang telinga. ₍Al-Baṣīr₎ adalah hakikat sedemikian bagi yang valid dalam capaian yang dilihat dengan suatu makna yang tempatnya adalah anak mata. Padahal, Allah Subḥānahu bukan sebegitu. Lalu, tidak tersisa dengan suatu makna melainkan bahawasanya kedua-duanya dengan makna ₍*Ālim₎ (yang mengetahui). Dia Ta*ālā berfirman: {Adakah mereka mengira bahawa kami tidak mendengar rahsia mereka dan bisikan mereka? Bahkan, utusan-utusan kami di sisi mereka sentiasa menulis} [Surah az-Zuẖruf ayat 80]. ₍As-Sirr₎ ialah penyembunyian pada jantung tanpa suara. Allah Ta*ālā berfirman: {Lalu, Yūsuf menyembunyikannya dalam dirinya dan dia tidak menampakkannya pada mereka}. [Surah Yūsuf ayat 77]". [Al-Asās Li *Aqō^id al-Akyās. m/s 42-44, keluaran Maktabah Ahl al-Bayt, Yaman].

Seperti ini juga yang disebutkan Ibn Qudāmah :

الْوَجْه التَّاسِع أَن المتأول يجمع بَين وصف الله تَعَالَى بِصفة مَا وصف بهَا نَفسه وَلَا أضافها إِلَيْهَا وَبَين نفي صفة أضافها الله تَعَالَى إِلَيْهِ. فَإِذا قَالَ معنى اسْتَوَى استولى فقد وصف الله تَعَالَى ‌بالإستيلاء وَالله تَعَالَى لم يصف بذلك نَفسه وَنفى صفة الاسْتوَاء مَعَ ذكر الله تبَارك وَتَعَالَى لَهَا فِي الْقُرْآن فِي سَبْعَة مَوَاضِع. أفما كَانَ الله سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى قَادِرًا على أَن يَقُول استولى حَتَّى جَاءَ الْمُتَكَلف المتأول فتطرف وتحكم على الله سُبْحَانَهُ وعَلى رَسُوله تَعَالَى الله عَمَّا يَقُول الظَّالِمُونَ علوا كَبِيرا

"Bentuk kesembilan adalah bahawa pentakwil mengumpulkan penyifatan Allah Ta*ālā dengan suatu sifat yang Dia tidak menyifatkan diri-Nya dengannya dan tidak Dia menyandarkan kepadanya dengan penafian sifat yang Allah Ta*ālā menyandarkan kepada-Nya. Apabila dia berkata makna ₍Istawā₎ adalah ₍Istawlā₎ (memenangi persaingan), maka dia telah menyifatkan Allah Ta*ālā dengan ₍al-Istīlā^₎, sedangkan Allah Ta*ālā tidak menyifatkan diri-Nya dengan itu dan dia menafikan sifat ₍al-Istiwā^₎ meskipun penyebutan Allah Tabāroka Wa Ta*ālā untuknya dalam al-Quran pada tujuh tempat. Lalu, apakah Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā tidak berkemampuan untuk mengatakan ₍Istawlā₎ sehingga datang orang yang membeban-bebankan diri lagi pentakwil, lalu dia keterlaluan dan memandai-mandai terhadap Allah Subḥānahu dan rasul-Nya? Maha Tinggi Allah daripada apa yang orang zalim mengatakan dengan setinggi-tinggi kebesaran!". [Taḥrīm an-Naẓor Fī Kutub al-Kalām, m/s 53, keluaran *Ālim al-Kutub, Riyadh, tahqiq *Abdul Raḥman bin Muḥammad Sa*īd Dimašqiyyah].

Ibn Qudāmah juga berkata tentang ašᶜarian :

وهذا حال هؤلاء القوم لا محالة، فهم زنادقة بغير شك فإنّه لا شك في أنّهم يُظهرون تعظيمَ المصاحف إيهاماً أَنَّ فيها القرآن ويعتقدون في الباطن أنه ليس فيها إلا الورق والمداد ويُظهرون تعظيمٌ القرآن. ويجتمعون لقراءته في المحافل والأغرية ويعتقدون أنه من تأليف جبريل وعبارته. ويُظهرون أنَّ موسى سمع كلام الله من الله ثم يقولون ليس بصوت. ويقولون في أذانهم وصلواتهم أشهد أن محمّداً رسول الله ويعتقدون أنه انقطعت رسالتُه ونبوته بموت وأنّهِ لم يق رسول الله وإنّما كانَ رسول الله في حياته. وحقيقة مذهبهم أنه لِيسَ في السماء إله ولا في الأرض قرآن ولا أن محمداً رسول.

"Ini adalah hal kaum ini secara pasti. Mereka adalah golongan zindik tanpa syak. Ini kerana tidak ada syak bahawa mereka menzahirkan pengagungan mushaf dengan mengaburi bahawa padanya al-Quran, sedangkan mereka beriktikad pada batin bahawa tidak ada padanya melainkan kertas dan dakwat. Mereka juga menzahirkan pengagungan al-Quran serta berkumpul untuk pembacaannya pada tempat berkumpul dan tempat sunyi, sedangkan mereka beriktikad bahawa ia adalah penulisan Jibrīl dan ibaratnya. Mereka juga menzahirkan bahawa Mūsā mendengar kalam Allah daripada Allah, sedangkan mereka beriktikad bahawa ia tidak bersuara. Mereka berkata pada azan mereka dan selawat mereka: Aku bersaksi bahawa Muammad itu utusan Allah, sedangkan mereka beriktikad bahawa ia telah terputus risalahnya dan kenabiannya dengan kematiannya serta bahawasanya utusan Allah tidak kekal serta sebenarnya baginda adalah utusan Allah pada hayatnya. Hakikat mazhab mereka adalah bahawa tidak ada tuhan di langit, tidak ada al-Quran di bumi dan Muḥammad bukan utusan Allah". [Ḥikāyah al-Munāẓoroh Fī al-Qur^ān, m/s 50-51, Maktabah ar-Rušd, Riyadh, tahqiq *Abdullah bin Yūsuf al-Juday*].

Kalau benar mereka faham tentang pendirian salaf dalam sifat ₍al-*Uluww₎ dan benar-benar beriman bahawa Allah di langit, mereka sama sekali tidak akan membawakan hujah jelek seperti ini yang mana ia sama perangainya dengan jahmian yang berusaha untuk menafikan sifat ₍al-*Uluww₎ ini.

Hantaran 96

Saya terjumpa penulisan yang berkaitan dengan isu ₍al-Qodr al-Muštarok₎, iaitu isu perkongsian makna dalam penyifatan suatu sifat kepada Allah dengan makhluk-Nya yang telah ditulis dalam bahasa Indonesia di sini :

a) https://as-suhaime.blogspot.com/2014/07/pengertian-tasybih-dan-tajsim-menurut.html

b) https://as-suhaime.blogspot.com/2014/07/pengertian-tasybih-dan-tajsim-menurut_5.html

Sebahagian besarnya adalah terjemahan daripada pendahuluan penulisan asal bahasa Arab di sini : http://www.aslein.net/showthread.php?t=16941

Sangat bagus untuk dibaca dan dihadam kerana inilah antara isu utama yang membezakan antara aliran ahli sunnah dengan fahaman tajsim dari Ibn Taymiyyah dan para pengikutnya.

Semoga Allah merahmati usaha penterjemahan ini. Pada saya, ini mungkin kupasan terperinci yang bertulis yang pertama di nusantara untuk isu ini.

Kita perlu faham terlebih dahulu mengapa Ibn Taymiyyah mengisbatkan jisim bagi Allah. Isu penjisiman bagi-Nya ini adalah isu pohon, tetapi apakah akarnya? Ia adalah isu  ₍al-Qodr al-Muštarok₎ ini. Inilah akar bagi pengisbatan kejisiman bagi-Nya oleh Ibn Taymiyyah.

Sesiapa yang faham isu ini, maka fahamlah inilah yang menyampaikan maksud kepada pengisbatan jisim bagi-Nya. Wajar bagi setiap ahli sunnah menghadam penulisan ini agar ditepis syubhat daripadanya.

Sebenarnya, telah ada seseorang dari kalangan salafi telah membangkitkan isu ini secara singkat di sini : https://gerakanpenamalaysia.blogspot.com/2020/02/qadr-al-musytarak-wasilah-mengagungkan.html

Akan tetapi, ini adalah serpihan kecil daripada apa yang dijelaskan dan dipertahankan Ibn Taymiyyah dalam isu ini. Kita tidak tahu bagaimana akan datang. Apakah dia akan benar-benar mengetengahkan pendapat ini kepada umum atau ia hanya sekadar berlegar di kalangan orang tertentu sahaja di kawasan nusantara.

Walaupun singkat, kita sebagai ahli sunnah yang ada kepekaan untuk membentengi diri daripada serangan dan virus yang bakal mendatang perlu bersiap siaga dan mengambil vaksin yang awal dengan menghadamkan penulisan yang telah dibentangkan itu.

Apapun, saya sudah pun menghasilkan penulisan untuk membantah apa yang menjadi pegangan Ibn Taymiyyah di sini : https://www.wattpad.com/1188327673-at-ta-līq-alā-al-ārō^-131-ibn-taymiyyah-dan

Bahkan, saya juga sudah membentangkan beberapa kritikan saya dalam isu akidah dalam penulisan saya yang berjudul «Penajaman Deria Dalam Mengenali Sifat Yang Maha Mulia».

Hantaran 97

Ḥasan Maḥmūd aš-Šāfi*iyy; salah seorang anggota bagi Majlis Ulama Senior di Universiti al-Azhar menyatakan dalam «al-Madẖol Ilā Dirosāh *Ilm al-Kalām» menyatakan bahawa ašᶜarian telah menempuh dua fasa perkembangan.

Yang pertama adalah fasa di zaman pengasasnya dan berakhir pada zaman al-Bāqilāniyy; pengarang «at-Tamhīd» yang mengambil mazhabnya yang mendekati salaf serta bermusuhan dengan falsafah dan fahaman muᶜtazilian. 

Dia menegaskan pada masa ini adalah jalan terang yang saksama untuk aliran ašᶜarian yang berupa apa yang dia memberikannya penerimaan dalam setiap pusat pertengahan yang pelbagai antara mutakallimin, sufi dan ahli hadis.

Yang kedua adalah fasa yang berkemungkinan bermula dengan Ibn Fūrok al-Aṣfahāniyy dan diakhiri dengan aš-Šahrostāniyy, seterusnya al-Juwayniyy dan muridnya; Abū Ḥāmid al-Ġozzāliyy yang mana padanya terdapat pengheretan mazhab ini kepada kelonggaran luas kepada takwil, terbina dengan manhaj-manhaj muᶜtazilian dan menerima sebahagian pemikiran falsafah, khususnya yang bertemakan mantiq yang berupa apa yang ia menjadi pembukaan kepada perkembangan peringkat yang menyusul dengan mazhab itu setelah itu sehingga hampir-hampir ia sedaging dengan muᶜtazilian.

Sebahagian ašᶜarian berang apabila disindir kerana ada persamaan dengan muᶜtazilian dan jahmian, khususnya yang berkaitan dengan sifat Allah ketikamana dalam pertelingkahan dan perbalahan bersama ḥanbalian dan salafi.

Hakikatnya, itulah realitinya dan tidak perlu terkejut pun jika tokoh berkepakaran akidah dari ulama senior al-Azhar berkata sebegitu kerana sebahagian sikap dan prinsip muᶜtazilian itu sememangnya ada pada ašᶜarian. Akan tetapi, mereka menafikan persamaannya sama ada kerana mereka ini jahil yang tidak pernah membaca karya salaf dalam penentangan terhadap jahmian atau tahu, tetapi berpura-pura tidak tahu, berselindung dengan beberapa belitan penjelasan.

Saya telah mengumpulkan penulisan saya yang berkaitan dengan wacana dalam merespons polemik bersama ašᶜarian di sini : https://www.wattpad.com/1194045000-pembuka-kepada-interaksi-amir-kazuma-senarai

Kemudian, bandingkanlah dengan apa yang menjadi anutan jahmian dan muᶜtazilian, khususnya cara mereka berseteru dengan ahli sunnah, cara mereka menuduh musyabbihah dan mujassimah terhadap orang lain serta cara mempertikaikan isu isbat sifat Allah. Pasti akan nyata bagaimana persamaan sikap dan prinsip mereka.

Hantaran 98

Mereka : Adakah Arasy itu menanggung Allah sepertimana yang disebutkan Abū Sa*īd ad-Dārimiyy dalam «an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy»?

Saya : Benar kerana Allah di atas-Nya. Namun, Dia tidak berjisim, tidak mengambil tempat dan tidak mengambil ruang. Dia di atasnya dalam keadaan terpisah daripada ciptaan-Nya dan tidak bersentuhan dengannya. Dia atasnya sebagaimana yang selayaknya tanpa tasybih dan tanpa kayf.

Mereka : Bagaimana kamu boleh berkata bahawa Arasy menanggung-Nya, tetapi dalam masa yang sama kamu menetapkan Allah tidak bersentuhan dengannya? Tidakkah ini merupakan percanggahan?

Saya : Adakah kamu menerima kalam salaf bahawa Allah di atas Arasy terpisah dari makhluk-Nya? Kata Abū Sa*īd ad-Dārimiyy :

حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ الصَّبَّاحِ الْبَزَّارُ، ثنا عَلِيُّ بْنُ الْحَسَنِ بْنِ شَقِيقٍ، عَنِ ابْنِ الْمُبَارَكِ، قَالَ: قِيلَ لَهُ: كَيْفَ نَعْرِفُ رَبَّنَا؟ قَالَ: «بِأَنَّهُ فَوْقَ السَّمَاءِ السَّابِعَةِ عَلَى الْعَرْشِ، بَائِنٌ مِنْ خَلْقِهِ»

Al-Ḥasan bin aṣ-Ṣobbāḥ al-Bazzār telah merawi hadis kepada kami
*Aliyy bin al-asan telah merawi hadis kepada kami Daripada Ibn al-Mubārok, dia berkata; Dikatakan kepadanya: "Bagaimana kita mengenal tuhan kita?". Dia berkata: "Bahawasanya Dia di atas langit yang tujuh atas Arasy lagi terpisah daripada ciptaan-Nya". [Ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah, m/s 47, keluaran Dār Ibn al-Aṯīr, Kuwait, tahqiq Badr bin *Abdullah al-Badr].

Jika mereka berkata tidak, maka tamat bicara kerana berkemungkinan terjebak dengan pandangan Jahmiyyah atau sememangnya ingin bermusuhan dengan imam ahli sunnah.

Jika mereka menjawab ya, saya katakan, kalaulah Allah itu terpisah daripada makhluk, sepatutnya pengucapan Allah di atas Arasy itu adalah kesilapan kerana tidak mungkin dikatakan terpisah daripada makhluk secara total, namun dalam masa yang sama boleh disebutkan Allah di atas setinggi-tinggi makhluk. 

Sepatutnya hanya ada salah satu sahaja; Allah terpisah secara keseluruhan tanpa penyandaran mana-mana arah bagi-Nya atau Dia berada di atas Arasy. Tidakkah begitu? Maka, sedemikian juga jawapan saya dalam hal penanggungan Arasy terhadap Allah dan ketidaksentuhan-Nya padanya.

Sebab itulah penting untuk memahami pengungkapan: "Sebagaimana yang Dia kehendaki" ketika mengisbatkan sifat Allah, khususnya yang berbentuk perbuatan. Ini kerana apa yang berkaitan dengan zat-Nya dan sifat-Nya di luar jangkauan kita dan sama sekali tidak menyamai makhluk serta kita tidak tahu hakikatnya.

Pengungkapan ini adalah untuk meredakan gelojak jiwa kita semua dalam mendalami hakikat bagi sesuatu sifat-Nya dan menahan diri dari terus berpanjangan memikirkannya.

Hantaran 99

Saya terpaku terpesona tentang hantaran dan komentar ini. Ia menyimpulkan hampir keseluruhan dalam isu isbat sifat Allah yang menjadi polemik antara ašᶜarian dengan ḥanbalian atau sebahagian salafi pada hari ini.

Komentar daripada hantaran ini memperlihatkan bahawa sememangnya salah faham sebahagian daripada kalangan ašᶜarian seolah-olah pengamalan isbat adalah bukan daripada manhaj aliran ini.

Kemudian, kesepakatan bersama dalam pengamalan isbat antara ašᶜarian dengan ḥanbalian. Kedua-duanya mengisbatkan tangan kepada Allah sebagai sifat, bukan anggota dan mengisbatkan turunnya Allah ke langit dunia sebagai sifat, bukan perpindahan.

Saya merasakan kesemua ini mungkin dapat mendamaikan atau sekurang-kurangnya menemukan titik kesepakatan yang asas untuk polemik dalam isu isbat antara ašᶜarian dengan salafi pada hari ini.

Hantaran 100

Hakikatnya sememangnya ašᶜarian berpendapat bahawa al-Quran itu makhluk. Inilah yang diakui oleh Šihābuddīn ar-Romliyy, al-Bayjūriyy dan lain-lain dari kalangan tokoh ašᶜarian secara tidak langsung.

Perkara ini juga dibongkarkan sendiri oleh Ibn al-Jawziyy ketika mengkritik ašᶜarian dalam isu kalam. Malah, jika kita melakukan penelitian yang tajam, sememangnya itulah yang sebenarnya.

Perkara ini juga dibongkarkan sendiri oleh Ibn al-Jawziyy ketika mengkritik ašᶜarian dalam isu kalam. Malah, jika kita melakukan penelitian yang tajam, sememangnya itulah yang sebenarnya. Sebegitu juga Ibn Qudāmah dalam «Ḥikāyah al-Munāẓoroh Fī al-Qur^ān».

Sememangnya pengikut ašᶜarian akan menafikannya. Akan tetapi, jangan terpedaya dengan belitan penjelasan mereka, pengaburan mereka dan pengucapan mereka semata-mata.

Perhatikan apa inti yang terselindung di sebalik litupan mereka dengan pelbagai lapisan.

Hantaran 101

Kenyataan bahawa Ibn H̱uzaymah terpengaruh dengan akidah karrōmian yang mana kononnya ia adalah menurut Tājuddīn as-Subkiyy adalah dusta. Yang disebutkan as-Subkiyy adalah dia memujinya dan berkumpul dengannya lebih sekali.

Tājuddīn as-Subkiyy menukilkan kata-kata al-Ḥākim :

وَقد أثنى عَلَيْهِ فِيمَا بلغنى ابْن خُزَيْمَة وَاجْتمعَ بِهِ غير مرّة وَكَذَلِكَ أَبُو سعيد عبد الرَّحْمَن بن الْحُسَيْن الْحَاكِم وهما إِمَامًا الْفَرِيقَيْنِ

Melalui apa yang sampai kepadaku, Ibn H̱uzaymah memujinya dan berkumpul bersamanya lebih daripada sekali. Demikian juga Abū Sa*īd *Abdul Roḥmān bin al-Ḥasan al-Ḥākim. Kedua-duanya adalah imam dua kelompok. [Ṭobaqōt aš-Šāfi*iyyah al-Kubrō, jilid 3, m/s 352-353, keluaran Dār Hajr Li aṭ-Ṭobā*ah Wa an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Maḥmūd Muḥammad aṭ-Ṭonāḥiyy dan *Abdul Fattāḥ Muḥammad al-Ḥalw].

Kemudian, isu perdampingan tidak semestinya menyebabkan apa-apa masalah pengaruh akidah seseorang kerana Qotādah bin Di*āmah adalah seorang penganut fahaman qodariah kendatipun diakui kewibawaannya dalam tafsir dan hadis. Para muridnya pun ramai dan begitu juga sahabat yang mendampinginya, namun masih lagi tetap dengan akidah ahli sunnah. Perdampingan sama sekali tidak menjadi apa-apa masalah dalam pengaruh akidah,

Adapun kekurangan kemahiran dalam ilmu kalam, hakikatnya Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy tidak mengkritiknya. Ini salah faham daripada penukilnya. Sebenarnya, apa yang disebutkan Ibn Abū Ḥātim adalah dia tidak mahu mengulas tentang Ibn H̱uzaymah kerana dia dan Ibn H̱uzaymah sama-sama tidak mempelajari ilmu kalam. 

Penyebutannya: "Yang lebih baik bagi kita dan dia" adalah jelas sekali maksudnya. Apakah penulis juga ingin menghamburkan perlecehan terhadap Ibn Abū Ḥātim bersamaan dengan Ibn H̱uzaymah?

Kemudian, apa motif orang yang menyebutkan nukilan ini? Sebenarnya, dia ingin mencari ruang untuk menyalahkan Ibn H̱uzaymah dalam medan akidah kerana kononnya dia tidak menguasai ilmu kalam sehingga terjebak dengan fahaman tasybih dan seumpamanya.

Dengan bermodalkan nukilan ini dan tanggapannya terhadap kedangkalan penguasaan ilmu kalam pada Ibn H̱uzaymah, maka mereka tidak segan silu untuk meneruskan penghamburan celaan terhadapnya dan merobekkan kredibilitinya dalam bidang akidah. 

Semoga Allah menghancurkan mereka yang melakukan seperti ini terhadap Ibn H̱uzaymah sepertimana Dia menghancurkan jahmian pada zamannya.

Apapun, cukup saya menukilkan kalam Tājuddīn as-Subkiyy yang membersihkan tuduhan buruk terhadap akidahnya :

قَالَ أَبُو عَاصِم قَالَ ابْن خُزَيْمَة فى معنى قَوْله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم (إِن الله خلق آدم على صورته) فِيهِ سَبَب وَهُوَ أَن النبى صلى الله عَلَيْهِ وَسلم رأى رجلا يضْرب وَجه رجل فَقَالَ (لَا تضرب على وَجهه فَإِن الله تَعَالَى خلق آدم على صورته) قلت دَعْوَى أَن الضَّمِير فى صورته عَائِد على رجل مَضْرُوب قَالَه غير ابْن خُزَيْمَة أَيْضا وَلكنه من ابْن خُزَيْمَة شَاهد صَحِيح لما لَا يرتاب فِيهِ من أَن الرجلبرىء عَمَّا ينْسبهُ إِلَيْهِ المشبهة وتفتريه عَلَيْهِ الملحدة وَبَرَاءَة الرجل مِنْهُم ظَاهِرَة فى كتبه وَكَلَامه وَلَكِن الْقَوْم يخبطون عشواء ويمارون سفها

Abū *Āṣim berkata: "Ibn H̱uzaymah pada makna sabdanya -ṣollallahu *alayhi wasallam-:
Sesungguhnya Allah menciptakan Ādam dengan rupanya ada sebab padanya. Ia adalah bahawa Nabi -ollallahu *alayhi wasallam- melihat seseorang memukul wajah orang lain, lalu baginda berkata: Jangan engkau memukul pada wajahnya. Sesungguhnya Allah Ta*ālā menciptakan Ādam dengan rupanya. Aku berkata, dakwaan bahawa kata ganti nama diri pada rupanya kembali kepada orang yang dipukul. Selain Ibn Ibn H̱uzaymah juga mengatakannya". Akan tetapi, ia dari Ibn H̱uzaymah ada bukti sokongan yang sahih dengan apa yang tidak diragukan padanya kerana sesungguhnya orang itu berlepas diri daripada apa yang musyabbihah kepadanya dan para pengapostasi mengada-adakannya. Pembebasan diri orang itu daripadanya adalah nyata pada kitab-kitabnya dan kalamnya. Akan tetapi, kaum itu berpijak dalam keadaan rabun dan berdebat secara debil. [Ṭobaqōt aš-Šāfi*iyyah al-Kubrō, jilid 3, m/s 119, keluaran Dār Hajr Li aṭ-Ṭobā*ah Wa an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Maḥmūd Muḥammad aṭ-Ṭonāḥiyy dan *Abdul Fattāḥ Muḥammad al-Ḥalw].

Daripada sini, sangat jelas bahawa tokoh besar dari ašᶜarian menepis tuduhan musyabbih terhadapnya dan para seteru. Bahkan, dia juga menyifatkan orang yang yang menistakannya adalah orang yang berpijak dalam keadaan rabun dan berdebat secara debil. 

Malah, dia juga sama sekali tidak menyatakan bahawa dia pernah menarik balik kitabnya dan bertaubat dari akidah yang dianggap penganut mujassim. Jelaslah pembeza antara bukti yang jelas dengan andaian yang berasaskan omongan kosong sahaja.

Berkenaan dengan Ibn H̱uzaymah, saya pernah menulis artikel yang berkaitan dengan kitabnya «at-Tawḥīd» di sini : https://www.wattpad.com/1100938181-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-89

Hantaran 102

Saya antara mereka yang menyokong keharusan sambutan hari kelahiran Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- atau kebiasaannya dipanggil maulid. Pandangan saya adalah sepertimana yang dinyatakan pada buku ini.

Pada saya, buku ini walaupun nipis, tetapi penulis mengemukakan penghujahan yang tuntas dalam menegakkan pendapat keharusan sambutan ini.

Malah, saya secara peribadi tidak menjangkakan bahawa penulis membawakan hujah jauh lebih banyak daripada apa yang saya dapat. Sememangnya buku ini benar-benar mempesonakan saya dan menjadi pegangan saya dalam penghujahan. Semoga Allah mencucuri rahmat pada penulis buku ini atas hasil usahanya yang cukup bermakna lagi besar untuk umat Islam.

Akan tetapi, yang perlu diingatkan adalah para pembaca perlu berhati-hati apabila membaca di bahagian pengenalan ketikamana penulis membawakan beberapa riwayat tentang peristiwa kelahiran baginda. Sebahagiannya tidak sabit.

Antaranya adalah riwayat tentang ibu baginda, Amīnah ditemani Āsiah; ibu -*alayhissalām-Mūsā dan ibu *Īsā -*alayhissalām- ketika dia melahirkan baginda. Riwayat ini dihukum palsu oleh *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dalam «Iršād aṭ-Ṭōlib an-Najīb Ilā Mā Fī al-Mawlid an-Nabawiyy Min al-Akāḏīb».

Hantaran 103

Saya tidak mahu memperpanjangkan jawab balas pada syubhat daripada ašᶜarian dalam menolak pengamalan isbat pada sifat-sifat Allah, khususnya ketika berinteraksi dengan naṣ-naṣ mutasyabihat yang berkaitan dengannya.

Saya pernah melanjutkan poin saya dalam permasalahan isbat makna zahir dalam beberapa judul penulisan yang lain sehingga saya tidak berhajat untuk mengulanginya lagi.

Pendirian saya dalam isu interaksi dengan naṣ-naṣ mutasyabihat yang berkaitan dengan sifat Allah, sila rujuk penulisan saya yang berjudul «Penjelasan Interaksi Dengan Naṣ Tentang Sifat Allah».

Dalam pengamalan isbat makna zahir di sisi salaf, saya telah membahaskannya di sini : https://www.wattpad.com/1119368639-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-131-isbat-sifat

Dalam meneguhkan keyakinan bahawa pemahaman makna zahir dalam pengamalan isbat adalah kesepakatan bagi salaf, saya telah membahaskannya di sini : https://www.wattpad.com/1120963140-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-133

Dalam memahami tatacara isbat dengan melihat cara kita menetapkan kewujudan roh kita telah saya membahaskannya di sini : https://www.wattpad.com/1121843177-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-96

Dalam meninjau semula realiti pengamalan tafwid sama ada wujud atau tidak, saya telah membahaskannya di sini : https://www.wattpad.com/1122871101-santai-perkongsian-agama-melalui-meme-meme-149

Dalam menafikan pemahaman makna hakikat yang semestinya membawa kepada tasybih, saya telah membahaskannya di sini : https://www.wattpad.com/1142749412-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-107

Dalam melihat bagaimana kecelaruan ašᶜarian dalam isu isbat, boleh rujuk pada dua penulisan ini :

a) https://www.wattpad.com/1144621120-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-110

b) https://www.wattpad.com/1144864995-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-111

Apapun, sebenarnya cara untuk menjawab balas pada penulisan yang dilampirkan adalah dengan menukarkan ₍al-*Ayn₎, ₍al-Yad₎ dan ₍al-Uḏun₎ yang ditimbulkan oleh ašᶜarian dengan sifat kalam bagi Allah memandangkan mereka mengisbatkan sifat kalam Allah yang tidak berhuruf. Kemudian, terbalikkan semula penghujahan ini kepada mereka.

Mereka berkata bahawa pengamalan isbat ini sebenarnya sedang melakukan percanggahan kerana ₍al-Yad₎ sebagai contoh pada makna hakikatnya atau pada perletakan makna bahasa Arab atau makna dari segi bahasa adalah yang merujuk kepada anggota, tetapi apabila diisbatkan  ₍al-Yad₎ kepada Allah, ia tidak dimaknakan dengan anggota.

Padahal, perkataan ₍al-Kalām₎ dari sudut makna hakikatnya atau sudut perletakan makna bahasa Arab atau makna dari segi bahasa adalah susunan perkataan yang memberi faedah makna. Bukalah mana-mana kitab yang mensyarahkan «Matn al-Ājurrūmiyyah» dan «Alfiyyah Ibn Mālik» tentang definisi kalam. Pasti akan jelas menyatakan bahawa ia tidak terpisah daripada huruf atau seumpama dengannya.

Sekarang ini, mereka menyinggung pengamalan isbat kerana melakukan percanggahan dalam menyifatkan sifat-sifat Allah bukan dengan makna yang terkhusus kepada sifat makhluk-Nya dan dalam masa yang sama beranggapan bahawa makna tersebut adalah makna hakikat. Mengapa pula dengan sifat kalam Allah pula mereka juga melakukannya yang sama?

Hakikatnya, mereka sebenarnya menyanggah diri mereka sendiri dan menampakkan percanggahan mereka sendiri tanpa mereka sendiri.

Penulis itu juga berkata bahawa ungkapan Allah memiliki ₍al-Yad₎ ini memang tidak bererti pasti tasybih. Padahal, mereka sendiri yang menuduh tasybih terhadap orang yang mengisbatkan sifat-sifat ini walaupun dinafikan kejisiman dan kelaziman baginya. Kata Abū Sa*īd ad-Dārimiyy :

فيُقال لِهَذَا المُعَارِضِ: أَمَّا مَا ادَّعَيْتَ أَنَّ قَوْمًا يَزْعُمُونَ أَنَّ للهِ عَيْنًا فَإِنَّا نَقُولُهُ؛ لِأَنَّ اللهَ قَالَهُ وَرَسُولَهُ، وَأَمَّا جَارِحٌ كَجَارِحِ العَيْنِ مِنَ الإِنْسَانِ عَلَى التَّرْكِيبِ؛ فَهَذَا كَذِبٌ ادَّعَيْتَهُ عَلَيْنَا عَمْدًا، لِمَا أَنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ أَحَدًا لَا يَقُولُهُ، غَيْرَ أَنَّكَ لَا تَأْلُو مَا شَنَّعْتَ، لِيَكُونَ أَنْجَعَ لِضَلَالَتِكَ فِي قُلْوبِ الجُهَّالِ، وَالكَذِبُ لَا يَصْلُحُ مِنْهُ جِدٌّ وَلَا هَزْلٌ، فَمِنْ أَيِّ النَّاسِ سَمِعْتَ أَنَّهُ قَالَ: جَارِحٌ مُرَكَّبٌ؟ فأشِرْ إِلَيْهِ، فَإِنَّ قَائِلَهُ كَافِرٌ، فَكَمْ تُكَرِّرُ قَوْلَكَ: جِسْمٌ مُرَكَّبٌ، وأَعْضَاءٌ وَجَوَارِحُ، وَأَجْزَاءٌ، كَأَنَّكَ تُهَوِّلُ بِهَذَا التَّشْنِيعِ عَلَيْنَا أَنْ نَكُفَّ عَنْ وَصْفِ اللهِ بِمَا وَصَفَ نَفْسَهُ فِي كِتَابِهِ، وَمَا وَصَفَهُ الرَّسُولُ. وَنَحْنُ وَإِنْ لَمْ نَصِفِ اللهَ بِجِسْمٍ كَأَجْسَامِ المَخْلُوقِينَ، وَلَا بِعُضْوٍ وَلَا بِجَارِحَةٍ؛ لَكِنَّا نَصِفُهُ بِمَا يَغِيظُكَ مِنْ هَذِهِ الصِّفَاتِ الَّتِي أَنْتَ ودُعَاتُك لَهَا مُنْكِرُونَ، فَنَقُولُ: إِنَّهُ الوَاحِدُ الأَحَدُ الصَّمَدُ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ، ذُو الوَجْه الكَرِيم، والسَّمْعِ السَّمِيع، والبَصَرِ البَصِير، نُورُ السَّمَاواتِ وَالأَرْضِ، وَكَمَا وَصَفَهُ الرَّسُولُ صلى الله عليه وسلم فِي دُعَائِهِ حِين يَقُول: «اللهمَّ أَنْتَ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ»، وَكَمَا قَالَ أَيْضًا: «نُورٌ أَنَّى أَرَاهُ؟»، وَكَمَا قَالَ ابْنُ مَسْعُودٍ رضي الله عنه: «نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ مِنْ نُورِ وَجْهِهِ». وَالنُّورُ لَا يَخْلُو مِنْ أَنْ يَكُونَ لَهُ إِضَاءَةً واسْتِنَارَةً ومَرأَى ومَنْظَرًا، وَأَنَّهُ يُدْرَكُ يَوْمَئِذٍ بِحَاسَّةِ النَّظَرِ، إِذَا كُشِفَ عَنْهُ الحِجَابُ، كَمَا يُدْرَكُ الشَّمْسُ وَالقَمَرُ فِي الدُّنْيَا.

Dikatakan kepada penyangkal ini: Adapun dakwaan engkau bahawa suatu kaum yang mendakwa bahawasanya bagi Allah ada mata, maka sesungguhnya kami mengatakan sedemikian kerana Allah dan rasul-Nya berkata sedemikian. Adapun anggota seperti anggota mata daripada manusia atas susunan, maka ini adalah dusta yang engkau dakwakannya ke atas kami secara sengaja kerana engkau mengetahui bahawa tiada seorang pun yang mengatakannya melainkan engkau bersungguh dalam cemuhanmu supaya ia menjadi yang paling laku dalam kesesatan engkau dalam jantung orang yang jahil dan pendustaan yang tidak elok usaha dan igauan daripadanya. Orang yang mana satu engkau mendengar bahawa dia berkata anggota yang tersusun? Tunjukkan kepadanya. Jika dia mengatakannya, maka dia adalah kafir. Betapa banyak kami ulang kata-kata kamu pada jisim yang tersusun, tubuh, anggota dan bahagian. Seolah-olah engkau berlebih-lebihan dalam menegah kami daripada menyifatkan Allah dengan apa yang Dia sifatkan diri-Nya dalam kitab-Nya dan apa yang rasul sifatkan-Nya melalui cemuhan ini terhadap kami.

Kami walaupun tidak menyifatkan Allah dengan jisim seperti jisim makhluk, bukan juga dengan tubuh dan bukan juga dengan anggota, tetapi kami menyifatkannya dengan apa yang engkau berang terhadap sifat-sifat ini yang engkau dan pendakwah engkau mengingkari terhadapnya. Lalu, kami berkata sesungguhnya Dia adalah satu yang esa, tempat bergantung, tidak beranak, tidak diberanakkan, tidak ada satu pun yang setara dengannya, memiliki wajah yang mulia, pendengaran yang mendengar, penglihatan yang melihat, cahaya langit-langit dan bumi serta sepertimana rasul -ṣollallahu *alayhi wasallam- sifatkan-Nya: "Ya Allah! Engkau cahaya langit-langit dan bumi" dan sepertimana juga yang baginda berkata: "Cahaya mana aku melihatnya?". Sepertimana juga kata Ibn Mas*ūd -roḍiyallahu *anh- berkata: "Cahaya langit-langit dan bumi dari cahaya wajah-Nya". Dan cahaya tidak asing daripada terjadinya sinaran, pancaran, lihatan dan pandangan apabila tersingkap hijab daripadanya sepertimana dicapai mentari dan rembulan di hari akhirat. [Naqḍ al-Imām Abī Sa*īd *Uṯmān Ibn Sa*īd ad-Dārimiyy *Alā al-Marīsiyy al-Jahmiyy al-*Anīd Fī Mā Iftarō *Alā Allah *Azza Wa Jalla Min at-Tawḥīd, m/s 321-322, keluaran al-Maktabah al-Islāmiyyah Li an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Abū *Āṣim aš-Šawāmiyy al-Aṯariyy].

Kata-kata ini ditujukan kepada jahmian yang menuduh tasybih terhadap orang yang mengisbatkan sifat-sifat Allah sepertimana yang dikhabarkan walaupun orang itu telah menafikannya secara keras. Sekarang, siapa yang gemar mengikut perangai jahmian dalam melakukan penuduhan dan memaksa bermain falasi Strawman dalam menggambarkan pendirian pihak lain?

Hantaran 104

Sesiapa sahaja yang sudah membaca «H̱olq Af*āl al-*Ibād» karya al-Buẖōriyy dan «al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār» karya aḏ-Ḏahabiyy, sudah memadai untuk dia tahu bahawa inilah bicara jahmian pada zaman ini dalam menyinggung golongan yang dinamakan wahabi dan para salaf telah pun jawab persoalan ini.

Ahli sunnah yang seringkali mendapat pelabelan wahabi pada hari ini sama sekali tidak mengabaikan keseluruhan naṣ yang telah sampai kepada mereka dan sama sekali tidak hanya mengambil sekerat sahaja.

Yang sebetulnya adalah pelabel wahabi ini tidak pernah membaca dua kitab itu sehingga dia tidak tahu mengapa kita membawa naṣ tersebut dalam mengisbatkan sifat ₍al-*Uluww₎ bagi Allah. Hakikatnya, mereka sedang mengaibkan para salaf tanpa mereka sedar.

Semoga Allah menghancurkan para jahmian pada masa kini melalui tangan ahli sunnah yang Dia kasihi sepertimana Dia menghancurkan jahmian pada era salaf melalui tangan wali-Nya yang Dia pilih.

Saya tutup dengan kalam daripada para salaf yang tegas terhadap jahmian dalam menafikan Allah itu di langit. Ḥammād bin Zayd berkata tentang jahmian :

إِنَّمَا يُحَاوِلُونَ أَنْ يَقُولُوا لَيْسَ فِي السَّمَاءِ شَيْءٌ

"Mereka mencuba untuk berkata tidak ada sesuatu di langit". [As-Sunnah, karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 1, m/s 117, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

*Abbād bin al-*Awwām berkata :

كَلَّمْتُ بِشْرَ الْمَرِيسِيَّ وَأَصْحَابَ بِشْرٍ فَرَأَيْتُ آخِرَ كَلَامِهِمْ يَنْتَهِي أَنْ يَقُولُوا لَيْسَ فِي السَّمَاءِ شَيْءٌ

"Aku berbicara dengan Bišr al-Marīsiyy dan sahabat Bišr. Aku melihat akhir kalam mereka mengakhiri katanya tidak ada sesuatu di langit". [As-Sunnah, karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 1, m/s 162, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

Muḥammad bin *Uṯmān berkata :

سَمِعْتُ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ مَهْدِيٍّ: وَسَأَلَهُ، سَهْلُ بْنُ أَبِي خَدَّوَيْهِ عَنِ الْقُرْآنِ، فَقَالَ: «يَا أَبَا يَحْيَى مَا لَكَ وَلِهَذِهِ الْمَسَائِلِ هَذِهِ مَسَائِلُ أَصْحَابِ جَهْمٍ، إِنَّهُ لَيْسَ فِي أَصْحَابِ الْأَهْوَاءِ شَرٌّ مِنْ أَصْحَابِ جَهْمٍ يَدُورُونَ عَلَى أَنْ يَقُولُوا لَيْسَ فِي السَّمَاءِ شَيْءٌ، أَرَى وَاللَّهِ أَلَّا يُنَاكَحُوا وَلَا يُوَارَثُوا»

Aku mendengar *Abdul Roḥmān bin Mahdiyy ketika Sahl bin H̱oddawayh tentang al-Quran, lalu dia berkata: "Wahai Abū Yaḥyā! Kenapa dengan kamu? Kerana isu ini adalah isu pengikut Jahm. Sesungguhnya tidak ada dalam pengikut hawa nafsu yang lebih teruk berbanding pengikut Jahm yang berlegar dalam mengatakan tidak ada sesuatu di langit. Aku berpandangan -demi Allah!- mereka tidak boleh dinikahi dan tidak boleh diwarisi hartanya". [As-Sunnah, karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 1, m/s 157, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

Ibn Qudāmah juga berkata tentang ašᶜarian :

وهذا حال هؤلاء القوم لا محالة، فهم زنادقة بغير شك فإنّه لا شك في أنّهم يُظهرون تعظيمَ المصاحف إيهاماً أَنَّ فيها القرآن ويعتقدون في الباطن أنه ليس فيها إلا الورق والمداد ويُظهرون تعظيمٌ القرآن. ويجتمعون لقراءته في المحافل والأغرية ويعتقدون أنه من تأليف جبريل وعبارته. ويُظهرون أنَّ موسى سمع كلام الله من الله ثم يقولون ليس بصوت. ويقولون في أذانهم وصلواتهم أشهد أن محمّداً رسول الله ويعتقدون أنه انقطعت رسالتُه ونبوته بموت وأنّهِ لم يق رسول الله وإنّما كانَ رسول الله في حياته. وحقيقة مذهبهم أنه لِيسَ في السماء إله ولا في الأرض قرآن ولا أن محمداً رسول.

"Ini adalah hal kaum ini secara pasti. Mereka adalah golongan zindik tanpa syak. Ini kerana tidak ada syak bahawa mereka menzahirkan pengagungan mushaf dengan mengaburi bahawa padanya al-Quran, sedangkan mereka beriktikad pada batin bahawa tidak ada padanya melainkan kertas dan dakwat. Mereka juga menzahirkan pengagungan al-Quran serta berkumpul untuk pembacaannya pada tempat berkumpul dan tempat sunyi, sedangkan mereka beriktikad bahawa ia adalah penulisan Jibrīl dan ibaratnya. Mereka juga menzahirkan bahawa Mūsā mendengar kalam Allah daripada Allah, sedangkan mereka beriktikad bahawa ia tidak bersuara. Mereka berkata pada azan mereka dan selawat mereka: Aku bersaksi bahawa Muammad itu utusan Allah, sedangkan mereka beriktikad bahawa ia telah terputus risalahnya dan kenabiannya dengan kematiannya serta bahawasanya utusan Allah tidak kekal serta sebenarnya baginda adalah utusan Allah pada hayatnya. Hakikat mazhab mereka adalah bahawa tidak ada tuhan di langit, tidak ada al-Quran di bumi dan Muḥammad bukan utusan Allah". [Ḥikāyah al-Munāẓoroh Fī al-Qur^ān, m/s 50-51, Maktabah ar-Rušd, Riyadh, tahqiq *Abdullah bin Yūsuf al-Juday*].

Ašᶜarian seringkali menafikan bahawa mereka bukan jahmian dalam isu pengisbatan sifat ₍al-*Uluww₎, tetapi kenapa mereka berhujah sepertimana jahmian dalam penafiannya sama ada secara terang-terangan atau tersirat?

Hantaran 105

Untuk respons terhadap syubhat ini, saya sudah nyatakan beberapa poin untuk menolaknya dan membantahnya dalam beberapa penulisan saya sehingga saya tidak berhajat untuk mengulanginya lagi. Yang pertama, boleh rujuk penulisan utama saya yang berjudul «Penjelasan Interaksi Dengan Naṣ Tentang Sifat Allah».

Yang kedua, boleh membaca beberapa subjudul yang diambil beberapa perkara daripada penulisan utama :

a) Dalam pengamalan isbat makna zahir di sisi salaf, saya telah membahaskannya di sini : https://www.wattpad.com/1119368639-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-131-isbat-sifat

b) Dalam meneguhkan keyakinan bahawa pemahaman makna zahir dalam pengamalan isbat adalah kesepakatan bagi salaf, saya telah membahaskannya di sini : https://www.wattpad.com/1120963140-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-133

c) Dalam memahami tatacara isbat dengan melihat cara kita menetapkan kewujudan roh kita telah saya membahaskannya di sini : https://www.wattpad.com/1121843177-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-96

d) Dalam meninjau semula realiti pengamalan tafwid sama ada wujud atau tidak, saya telah membahaskannya di sini : https://www.wattpad.com/1122871101-santai-perkongsian-agama-melalui-meme-meme-149

e) Dalam menafikan pemahaman makna hakikat yang semestinya membawa kepada tasybih, saya telah membahaskannya di sini : https://www.wattpad.com/1142749412-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-107

f) Dalam melihat bagaimana kecelaruan ašᶜarian dalam isu isbat, boleh rujuk pada dua penulisan ini :

I) https://www.wattpad.com/1144621120-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-110

II) https://www.wattpad.com/1144864995-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-111

Hantaran 106

Ada seorang penulis dari ašᶜarian melakukan percanggahan yang tidak dia sedari. ketika menyinggung salafi dan menjelaskan pendiriannya.

Ketika salafi mengisbatkan sifat ₍al-Yad₎ yang bukan anggota dan bukan jisim bagi Allah, mereka berkata salafi melakukan percanggahan kerana tidak dikenali perkataan ₍al-Yad₎ dari sudut bahasa yang menunjukkan bukan anggota. Dengan kata lain, mereka beranggapan bahawa salafi menyifatkan Allah dengan sesuatu yang tidak diketahui langsung.

Untuk memahami hakikat pengamalan isbat yang sebenar dan menepis salah faham daripada kalangan ašᶜarian telah pun saya bahas di sini :

a) https://www.wattpad.com/1119368639-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-131-isbat-sifat

b) https://www.wattpad.com/1121843177-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-96

c) https://www.wattpad.com/1144621120-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-110

d) https://www.wattpad.com/1144864995-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-111

Namun, mereka boleh pula menyifatkan sifat ₍al-Yad₎ kepada Allah dengan makna sifat, bukan makna anggota dan bukan makna jisim. Sekarang, mereka menetapkan makna ₍al-Yad₎ sebagai sifat yang bukan anggota yang tidak dikenali dalam bahasa Arab.

Sekarang, mereka sama ada melakukan percanggahan atau menyanggah mereka sendiri. Kenyataan kedua dan ketiga yang mereka menjadikan singgungan untuk salafi boleh diterbalikkan semua untuk menyangkal kenyataan pertama yang menjadi pendirian mereka.

Mereka tidak tahukah yang al-Āmidiyy; tokoh ilmuwan dari kalangan ašᶜarian menolak pengisbatan sebegini yang dilakukan oleh Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy sendiri, bahkan salaf? Ini kerana menurutnya pemaknaan ₍al-Yad₎ kepada sifat, bukan kepada anggota bukan makna hakikat atau bukan majaz. Katanya :

ذهب الشيخ أبو الحسن الأشعرى في أحد قوليه، والأستاذ أبو إسحاق الأسفرايينى، والسلف إلى أن الرب تعالى متصف بالوجه، وأن الوجه صفة ثبوتية زائدة على ما له من الصفات متمسكين في ذلك بقوله تعالى: {ويَبْقى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ والْإِكْرامِ} لا أنه بمعنى الجارحة. ومذهب القاضى والأشعرى فى قول آخر وباقى الأئمة أن وجه الله تعالى وجوده. والحق في ذلك أن يقال: لا سبيل إلى إثبات الوجه بمعنى الجارحة لما سنبينه في إبطال التشبيه وما لا يجوز على الله تعالى، وكونه زائدا على ذاته وما له من الصفات لا بمعنى الجارحة وأنه وجه لا كوجوهنا كما أن ذاته لا كذواتنا كما هو مذهب الشيخ في أحد قوليه. ومذهب السلف وإن كان ممكنا إلا أن الجزم بذلك يستدعى دليلا قاطعا ضرورة كونه صفة للرب تعالى ولا وجود للقاطع هاهنا. وإن جاز أن يكون الدليل ظاهرا فلفظ الوجه في الآية لا دلالة له على الوجه بهذا المعنى لغة لا حقيقة ولا مجازا فإنه لم يكن مفهوما لأهل اللغة حتى يقال: إنهم وضعوا لفظ الوجه بإزائه وما لا يكون مفهوما لهم لا يكون موضوعا لألفاظهم. فلم يبق إلا أن يكون محمولا على مقتضاه لغة. وقد تعذر حمله على الحقيقة على ما تقدم وهو الوجه بمعنى الجارحة، إذ هو المتبادر من لفظ الوجه عند إطلاقه إلى الفهم. والأصل في ذلك إنما هو الحقيقة. فلم يبق إلا جهة التجوز. وهو التعبرة بالوجه عن الذات، ومجموع الصفات. ثم وإن صح التجوز به عن صفة أخرى على ما قيل. غير أن التجوز به عن الذات ومجموع الصفات أولى وذلك من جهة أنه خصصه بالبقاء. والبقاء لا يتخصص بصفة دون صفة؛ بل البارى تعالى باق بذاته ومجموع صفاته.

Aš-Šayẖ Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy dalam salah satu pendapatnya, al-Ustāḏ Abū Isḥāq al-Asfarōyīniyy dan salaf berpendapat bahawa tuhan Ta*ālā ini tersifatkan dengan wajah dan bahawasanya wajah adalah sifat yang sabit lagi tambahan kepada apa yang Dia memiliki sifat-sifat tersebut kerana berpegang dengan firman-Nya: {Kekallah wajah tuhanmu Yang Memiliki Kebesaran lagi Kemuliaan} bukan dengan makna anggota. Mazhab al-Qōḍī dan al-Aš*ariyy serta yang berbaki daripada para imam ini adalah bahawasanya wajah Allah Ta*ālā adalah wujudnya.

Yang benar pada hal itu adalah dikatakan bahawa tidak ada jalan kepada isbat wajah dengan makna anggota kerana apa yang kami akan menerangkannya dalam membatalkan tasybih dan apa yang tidak harus bagi Allah Ta*ālā. Keadaannya ia sebagai tambahan bagi zat-Nya dan apa yang terdiri daripada sifat-sifatNya bukan bermakna anggota dan bahawasanya ia adalah wajah yang bukan sepertimana wajah-wajah kita sepertimana zat-Nya bukanlah sepertimana zat-zat kita sepertimana ia adalah mazhab aš-Šayẖ pada salah satu pendapatnya. Walaupun mazhab salaf adalah dimungkinkan, tetapi penjazaman hal itu memerlukan dalil yang putus kerana keperluan mendesak bagi keadaannya ia adalah sifat kepada tuhan Ta*ālā ini. Namun, tidak wujud dalil putus di sini. Jika harus dalil itu menjadi zahir, maka lafaz wajah pada ayat itu bukan petunjuk kepada wajah dengan makna ini secara bahasa, bukan secara hakikat dan bukan secara majaz. Ini kerana ia tidak difahami menurut ahli bahasa sehingga dikatakan bahawa mereka meletakkan lafaz wajah dengan berselarian dengannya, padahal apa yang tidak difahami, tidak terjadi itu diletakkan pada lafaz-lafaz mereka.

Tidak ada yang tertinggal melainkan ia ditanggung atas kesesuaiannya dari segi bahasa. Telah pun tertegah menanggungnya atas hakikat apa yang telah disebut terdahulu dan ia adalah wajah dengan makna anggota memandangkan ia adalah yang terautomatik dari lafaz wajah ketika pengitlakannya kepada kefahaman itu. Asal pada itu sebenarnya ia adalah hakikat. Tidak ada yang tertinggal melainkan dengan cara pemajazan dan ia adalah pengungkapan wajah dengan zat itu dan keseluruhan sifat. Kemudian, walaupun benar pemajazannya dengan sifat yang lain atas apa yang disebut, tetapi pemajazannya dengan zat dan keseluruhan sifat adalah lebih utama. Itu kerana dari sisi bahawasanya Dia mengkhususkannya dengan kekal abadi. Sifat kekal abadi tidak terkhusus dengan suatu sifat tanpa sifat lain. Bahkan, Yang Maha Penyempurna Ciptaan Ta*ālā adalah kekal dengan zat-Nya dan keseluruhan sifat-Nya. [Abkār al-Afkār Fī Uṣūl ad-Dīn, jilid 1, m/s 451, keluaran Dār al-Kutub Wa al-Waṯō^iq al-Qowmiyyah, Kaherah, tahqiq Aḥmad Muḥammad al-Mahdiyy].

Al-Āmidiyy membawakan dua pandangan dalam berinteraksi dengan firman Allah :

ويَبْقى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ والْإِكْرامِ

"Kekallah wajah tuhanmu Yang Memiliki Kebesaran lagi Kemuliaan". [Surah ar-Roḥmān ayat 27].

Pandangan pertama adalah menganggap wajah itu adalah sifat tambahan bagi zat, tanpa mengisbatkan anggota. Pendapat yang kedua adalah mentakwilkan bahawa wajah itu adalah kewujudan-Nya.

Kemudian, dia membawakan kritikan kepada pandangan pertama bahawa walaupun pendapat ini dimungkinkan, tetapi menjazamkan bahawa ia adalah sifat tambahan bagi zat memerlukan dalil kerana ini adalah topik yang berkaitan dengan ketuhanan dan dia berpandangan bahawa tiada dalil untuk perkara ini.

Dia menambahkan lagi kritikan bahawa jika kita berpegang pada pendapat pertama, maka ayat tersebut sama sekali tidak menunjukkan makna zahirnya, tidak juga pada hakikatnya dan tidak juga majaznya yang mana ia tidak difahami ahli bahasa terhadap itu. Ini kerana tidak ada lafaz wajah dari sudut hakikat yang tidak menunjukkan anggota dan tidak ada lafaz wajah dari sudut majaz yang menunjukkan ia adalah sifat tambahan bagi zat yang bukan anggota.

Lalu, mereka yang berpandangan pertama ini sebenarnya mengisbatkan sifat yang tidak difahami. Mereka yang berpandangan pertama ini seolah-olah menganggap bahawa ahli bahasa telah meletakkan makna sifat tambahan bagi zat yang bukan anggota. Padahal, jika makna tersebut adalah sesuatu yang tidak difahami, maka tidak boleh diletakkan pada lafaz-lafaz tersebut sehingga kita boleh mengisbatkannya sebagai sifat Allah yang difahami.

Lalu, kita kembali kepada pengisbatannya sama ada dalam bentuk hakikat atau majaz. Dalam mengisbatkan dengan makna hakikat, iaitu dengan makna anggota dan ia adalah yang terautomatik kefahamannya, ia adalah tertegah. 

Kemudian, yang tinggal adalah majaz. Inilah pendapat yang dipilih olehnya dan dia merajihkan pandangan yang kedua kerana bersesuaian dengan sifat kekal abadi-Nya yang tidak hanya terhad pada satu sifat tanpa sifat yang lain dalam konteks ayat tersebut. Maka, perujukan kepada keseluruhan sifat adalah lebih utama.

Lantas, penulis yang menulis sepertimana dalam lampiran gambar ini sebenarnya telah berkata sepertimana al-Āmidiyy dan menolak cara pengisbatan salaf, bahkan pengisbatan Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy kerana mengisbatkan sesuatu kepada Allah yang tidak dikenal dalam bahasa!

Sekarang, mereka ada tiga pilihan. Sama ada mereka memilih prinsip al-Āmidiyy ini atau bersepakat dengan salafi dalam isu pengisbatan ₍al-Yad₎ ini atau mengatakan bahawa kita menyifatkan sifat ₍al-Yad₎, tetapi bukan makna zahir atau makna hakikat atau makna majaz dan kita menyerahkan pengetahuan makna sebenarnya kepada Allah.

Kita mengatakan bahawa kenapa masih berdegil untuk mengatakan ia adalah sifat sedangkan ia tidak dikenal pada sudut bahasa? Meskipun kalian mengatakan bahawa kalian menyerahkan pengetahuan makna sebenarnya kepada Allah, mengapa perlu menamakannya sifat dan mengatakan bahawa ₍al-Yad₎ itu sifat bagi Allah yang tidak dikenal dalam bahasa? Makna ₍al-Yad₎ yang kalian kata ini sebagai sifat, bukan anggota ini adalah makna bahasa atau hakikat atau majaz?

Kalau betul kalian melakukan tafwid, kalian sepatutnya tidak akan berkata ia adalah sifat sama sekali dan kalian serahkan makna sebenarnya kepada-Nya. Namun, kalian sekarang ini melakukan isbat sepertimana salafi yang kalian sendiri singgung!

Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan para pengikut manhaj salaf yang sejati daripada kepincangan, kerancuan dan percanggahan seperti ini.

Hantaran 107

Saya sudah jelaskan justifikasi keharusan penterjemahan ini di sini : https://www.wattpad.com/1142749412-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-107

Hantaran 108

Respons Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ yang ringkas dalam menolak pandangan *Abdul *Azīz ad-Dabbāġ tentang persidangan para wali secara lunak dan menjelaskan kebenarannya tanpa perlu mencucuk tajam terhadap para penyelisihnya. Jawapannya sungguh santun, tetapi terisi dengan manhaj yang sangat penting untuk dipraktikkan.

Inilah yang saya kagumi pada golongan yang mendapat didikan langsung daripada tokoh ilmuwan ahli bait daripada keluarga al-Ġumāriyy atau mereka yang mengikuti manhaj keluarga ini. Mereka ini tidak akan teragak-agak untuk menyatakan suatu pandangan itu salah secara terus terang jika sememangnya sebegitu di sisi mereka tanpa perlu berdalih atau bermain-main perkataan seolah-olah sedang membela pandangan yang dilihat salah dan dalam masa yang sama ingin berlepas daripada terheret dalam kontroversi tersebut.

Saya sebelum ini pernah berkongsi bagaimana respons Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ dalam isu pembacaan Surah al-Iẖlāṣ pada hari Asyura yang mana ia memperlihatkan perbezaan manhaj antara dia dengan madrasah lain, khususnya yang mendapat pendidikan daripada al-Ḥabīb di sini : 
https://www.wattpad.com/1117980079-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-99

*Abdul *Azīz ad-Dabbāġ sememangnya memiliki nama yang besar dalam kalangan sufi dan pandangannya tentang isu yang berkaitan dengan sufi seperti isu kewalian sememangnya dipandang tinggi dan mereka tidak sesuka hati menyalahinya. Akan tetapi, tidak sebegitu di sisi *Abdul *Azīz bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy dan anak muridnya, Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ. Yang salah tetap salah dan ia perlu diungkapkan.

Sangatlah berbeza jika ia daripada golongan al-Ḥabīb atau para sufi arus perdana. Selalunya sama ada mereka akan mendiamkannya atau teragak-agak atau tertahan-tahan atau bermadah kata untuk berselindung. Ia bukan kerana mereka tidak tahu, tetapi mereka sebenarnya tidak mahu menyatakan pendirian yang sebaliknya, lebih-lebih lagi yang tidak sedap hati bagi mereka disebabkan mereka tidak mahu dipandang sebagai orang yang menyalahi dapatan daripada para wali Allah dan seumpamanya.

Semoga Allah merahmati keluarga al-Ġumāriyy dan memperkasakan manhaj mereka dalam tradisi ilmiah sepanjang masa. Kalaulah bukan kerana mereka, pasti para sufi akan dibelenggu dengan taklid yang buta, tidak ingin bersikap kritis, hanya ingin tunduk sambil menghinakan diri mereka pada yang tidak sepatutnya dan membenamkan wacana intelektual dengan manhaj yang lurus. Kelahiran keluarga ini sememangnya akan mengubah landskap tentang pemahaman dunia hari ini tentang ahli bait dan para sufi.

Hantaran 109

Benarkah tidak ada dalil dalam al-Quran dan hadis yang sahih yang menunjukkan bahawa penisbahan sifat duduk kepada Allah Ta*ālā? Jawapannya ada dalam al-Quran. Firman Allah *Azza Wa Jalla :

الرَّحْمَٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىٰ

"Yang Maha Pemurah bersemayam di atas takhta-Nya". [Surah Ṭoha ayat 5].

₍Istawā₎ yang digandingkan dengan ₍Ḥarf Jarr₎ ₍*Alā₎ (
عَلَى) dari segi bahasa membawa makna ₍*Alā₎ (عَلَا), iaitu berada di atas sepertimana penafsiran Mujāhid dalam «Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy» secara taᶜliq atau Istaqorro (اسْتَقَرَّ), iaitu menetap sepertimana penafsiran Sirōjuddīn Ibn al-Mulaqqin dalam «at-Tawḍiḥ Li Šarḥ al-Jāmi* aṣ-Ṣoḥīḥ» atau ₍Jalasa₎ (جَلَسَ) atau ₍Qo*ada₎ (قَعَدَ), iaitu duduk sepertimana yang ditafsirkan oleh Ibn *Abbās melalui perakuan Abū al-Qōsim al-Aṣbahāniyy yang dinukilkan aḏ-Ḏahabiyy dalam «Siyar A*lām an-Nubalā^» dan H̱ōrijah yang diriwayatkan *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal dalam «as-Sunnah» dan Abū Bakr al-H̱ollāl dalam «as-Sunnah».

Saya sudah melanjutkan perbahasan yang berkaitan di sini : https://www.wattpad.com/1144864995-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-111

Yang mendukacitakan kita semua adalah pengaruh ašᶜarian sudah mendominasi kebanyakan umat Islam sehingga mereka berjaya menancapkan kepada minda penganut agama ini zaman berzaman bahawa penafsiran duduk pada ayat tersebut adalah membawa kepada makna tasybih sehingga mereka ini terabai bahawa penafsiran ini adalah daripada tafsiran salaf yang agung. 

Akibatnya, mereka mengutuk sesiapa sahaja yang mentafsirkannya sebagai duduk tanpa mereka sedar yang mereka sedang mengutuk para salaf.

Ini antara bukti betapa jauhnya rata-rata ašᶜarian daripada realiti pengamalan salaf dan berdelusi tentang manhaj salaf. Mereka selalu sahaja menzahirkan rasa berang yang meletus apabila saya mengungkapkannya sebegini. Akan tetapi, lihatlah keadaan mereka sekarang dalam isu ini. Itu pun masih lagi bersikap penafian.

Kalaulah *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal masih hidup pada pada hari ini membawakan penafsiran ini, pasti dia akan didustakan. Kalaulah Abū Bakr al-H̱ollāl masih hidup pada hari ini, pasti dia akan dituduh wahabi mujassim! Kalaulah jahmian tulen masih wujud pada hari ini, pasti mereka akan menuduh kedua-dua mereka ini adalah musyabbihah!

Sekarang, fahamlah kita mengapa menjadi ahli sunnah seringkali dituduh sebagai pelaku tasybih. Kata Aḥmad bin Ḥanbal dalam menyifatkan Jahm bin Ṣofwān; perintis kepada fahaman jahmian :

وتأول القرآن على غير تأويله، وكذب بأحاديث رسول الله صلى الله عليه وسلم وزعم أن من وصف الله بشيء مما وصف به نفسه في كتابه أو حدث عنه رسوله كان كافراً، وكان من المشبهة

"Dia mentakwil al-Quran dengan yang bukan takwilnya, mendustakan hadis-hadis Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- serta mendakwa bahawa sesiapa yang menyifatkan Allah dengan sesuatu dari apa yang Dia menyifatkan diri-Nya dalam kitab-Nya atau rasul-Nya menceritakan tentangnya, maka dia adalah kafir dan dia adalah musyabbihah". [Ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh, m/s 97, keluaran Dār aṯ-Ṯabāt Li an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Ṣobriyy bin Salāmah Šāhīn].

Isḥāq bin Rōhūyah berkata :

عَلَامَةُ جَهْمٍ وَأَصْحَابِهِ دَعْوَاهُمْ عَلَى أَهْلِ الْجَمَاعَةِ , وَمَا أُولِعُوا بِهِ مِنَ الْكَذِبِ , إِنَّهُمْ مُشَبِّهَةٌ بَلْ هُمُ الْمُعَطِّلَةُ وَلَوْ جَازَ أَنْ يُقَالَ لَهُمْ: هُمُ الْمُشَبِّهَةُ لَاحْتُمَلَ ذَلِكَ , وَذَلِكَ أَنَّهُمْ يَقُولُونَ: إِنَّ الرَّبَّ تَبَارَكَ وَتَعَالَى فِي كُلِّ مَكَانٍ بِكَمَالِهِ فِي أَسْفَلِ الْأَرَضِينَ وَأَعْلَى السَّمَاوَاتِ عَلَى مَعْنًى وَاحِدٍ وَكَذَبُوا فِي ذَلِكَ وَلَزِمَهُمُ الْكُفْرُ

"Tanda-tanda Jahm dan pengikutnya adalah panggilan mereka terhadap ahli al-Jamā*ah dan apa yang disandarkan padanya adalah sebahagian daripada dusta. Sesungguhnya mereka adalah musyabbihah, padahal hakikat sebenarnya mereka adalah muattilah. Kalaulah boleh dipanggil kepada mereka bahawa mereka itu adalah musyabbihah, maka dibolehkan untuk itu. Itu adalah kerana mereka berkata bahawa sesungguhnya tuhan Tabāroka Wa Ta*ālā dalam setiap tempat dengan keseluruhannya di bumi paling dan langit paling atas atas makna yang sama. Mereka berdusta pada hal itu dan membiasakan kekafiran pada mereka". [Šarḥ Uṣūl as-Sunnah, karya al-Lālikā^iyy, jilid 3, m/s 588, keluaran Dār Ṭoyyibah, Saudi, tahqiq Aḥmad bin Sa*d bin Ḥamdān al-Ġōmidiyy].

Abū Ḥātim ar-Rōziyy berkata :

عَلَامَةُ الْجَهْمِيَّةِ تَسْمِيَتُهُمْ أَهْلَ السُّنَّةِ مُشَبِّهَةً

"Tanda-tanda jahmian adalah penamaan mereka terhadap ahli sunnah sebagai musyabbihah". [Šarḥ Uṣūl as-Sunnah, karya al-Lālikā^iyy, jilid 3, m/s 588, keluaran Dār Ṭoyyibah, Saudi, tahqiq Aḥmad bin Sa*d bin Ḥamdān al-Ġōmidiyy].

Ḥarb bin Ismā*īl al-Kirmāniyy berkata :

وأما الجهمية: فأنهم يسمون أهل السنة مشبهة وكذبت الجهمية أعداء الله بل هم أولى بالتشبيه والتكذيب افتروا على الله الكذب وقالوا على الله الزور والإفك وكفروا في قولهم.

"Adapun jahmian, maka mereka menamakan ahli sunnah dengan musyabbihah, sedangkan jahmian; musuh Allah telah berdusta. Bahkan, mereka lebih patut dengan tasybih dan pendustaan. Mereka mengada-adakan kedustaan terhadap Allah dan mereka berkata tentang Allah secara sia-sia dan dengkul serta mereka mengkafirkannya pada kata-kata mereka". [Masā^il Ḥarb al-Kirmāniyy, jilid 3, m/s 985, keluaran Jāmi*ah Umm al-Qurō].

Ibn *Abdul Barr berkata :

أهل السنة مجموعون عَلَى الْإِقْرَارِ بِالصِّفَاتِ الْوَارِدَةِ كُلِّهَا فِي الْقُرْآنِ وَالسُّنَّةِ وَالْإِيمَانِ بِهَا وَحَمْلِهَا عَلَى الْحَقِيقَةِ لَا عَلَى الْمَجَازِ إِلَّا أَنَّهُمْ لَا يُكَيِّفُونَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ وَلَا يَحُدُّونَ فِيهِ صِفَةً مَحْصُورَةً وَأَمَّا أَهْلُ الْبِدَعِ وَالْجَهْمِيَّةُ وَالْمُعْتَزِلَةُ كُلُّهَا وَالْخَوَارِجُ فَكُلُّهُمْ يُنْكِرُهَا وَلَا يَحْمِلُ شَيْئًا مِنْهَا عَلَى الْحَقِيقَةِ وَيَزْعُمُونَ أَنَّ مَنْ أَقَرَّ بِهَا مُشَبِّهٌ وَهُمْ عِنْدَ مَنْ أَثْبَتَهَا نَافُونَ لِلْمَعْبُودِ وَالْحَقُّ فِيمَا قَالَهُ الْقَائِلُونَ بِمَا نَطَقَ بِهِ كِتَابُ اللَّهِ وَسُنَّةُ رَسُولِهِ وَهُمْ أَئِمَّةُ الْجَمَاعَةِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ

"Ahli sunnah bersepakat dalam mengikrarkan sifat yang datang keseluruhannya dalam al-Quran dan sunnah, beriman dengannya dan membawanya atas makna hakikat, bukan atas majaz melainkan mereka tidak mentakyifkan sesuatu daripada hal itu serta tidak meletakkan had sifat yang terhad padanya. Adapun ahli bidaah, jahmian, muᶜtazilian keseluruhannya dan khawarij, maka kesemua mereka mengingkarinya dan tidak membawa sesuatu daripadanya atas makna hakikat serta mereka mendakwa bahawa sesiapa yang mengakuinya, maka dia adalah musyabbih. Mereka ini di sisi orang yang mengisbatkannya adalah penafi terhadap Yang Disembah. Yang benar adalah pada apa yang mereka yang berpendapat pada pengikraran dengan apa yang kitab Allah dan sunnah rasul-Nya berbicara terhadapnya. Mereka adalah imam-imam al-Jamā*ah. Segala puji bagi Allah". [At-Tamhīd Li Mā Fī al-Muwaṭṭo^ Min al-Ma*ānī Wa al-Asānīd, jilid 7, m/s 145, keluaran Wizāroh *Umūm al-Awqōf Wa aš-Šu^ūn al-Islāmiyyah, Morocco, tahqiq Muṣṭofā Aḥmad al-*Alawiyy dan Muḥammad *Abdul Kabīr al-Bakriyy].

Abū *Uṯmān aṣ-Ṣōbūniyy berkata :

وعلامات البدع على أهلها بادية ظاهرة، وأظهر آياتهم وعلاماتهم شدة معاداتهم لحملة أخبار النبي صلى الله عليه وسلم، واحتقارهم لهم وتسميتهم إياهم حشوية وجهلة وظاهرية ومشبهة اعتقادا منهم في أخبار رسول الله صلى الله عليه وسلم

"Tanda-tanda bidaah terhadap ahlinya adalah terang dan nyata. Sejelas-jelas petanda-petandanya adalah kerasnya permusuhan terhadap pembawa khabar Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-, meremehkan mereka, menamakan mereka dengan hasywiah, puak jahil, literalis dan musyabbihah kerana beriktikad pada khabar-khabar rasul -ṣollallahu *alayhi wasallam- dari kalangan mereka". [*Aqīdah as-Salaf Wa Aṣḥāb al-Ḥadīṯ, m/s 109, keluaran Dār al-Minhāj, tahqiq Abū al-Yamān al-Manṣūriyy].

Abū al-Qōsim Ismā*īl bin Muḥammad al-Aṣbahāniyy berkata :

وَإِذا رَأَيْت الرجل يُسَمِّي أهل الحَدِيث حشوية، أَو مشبهة، أَو ناصبة فَأعْلم أَنه مُبْتَدع

"Apabila engkau melihat seseorang menamakan ahli hadis sebagai hasywiah atau musyabihhah atau naṣbian, maka ketahuilah bahawa dia ahli bidaah". [Al-Ḥujjah Fī Bayān al-Maḥajjah, jilid 2, m/s 540, keluaran Dār ar-Rōyah, ar-Riyāḍ, tahqiq Muḥammad bin Robī* bin Hādī bin *Umayr al-Madẖoliyy].

Hantaran 110

Sebahagian golongan ašᶜarian selalu sahaja menukilkan kalam Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy untuk membenarkan pentakwilan mereka bahawa sifat ₍al-*Uluww₎ di situ bukanlah mengisbatkan Allah di langit, tetapi ia adalah ia adalah kenaikan dan ketinggian kekuasaan.

Jangan mereka sangka kutipan mereka ini benar-benar mencerminkan kefahaman aṭ-Ṭobariyy itu sama sepertimana mereka. Bahkan, kalamnya itu sebenarnya memaparkan kebobrokan yang ada pada manhaj mereka.

Saya sudah memberikan jawapan balas untuk konteks kalamnya di sini : https://www.wattpad.com/1119676731-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-132-sifat-al

Saya juga sudah memaparkan bagaimana kalamnya ini mendedahkan hakikat bobrok manhaj mereka di sini : https://www.wattpad.com/1144864995-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-111

Hantaran 111 Untuk Mereka Yang Berpendapat Bahawa Kalam Wali Allah Wajib Ditakwil


Mereka yang berpendapat bahawa kalam wali Allah seperti Ibn *Arobiyy dan *Abdul Karīm al-Jīliyy perlu ditakwil atau bersangka baik tanpa berkata-kata yang buruk jika adanya kalam mereka yang berbau menyalahi syariat secara zahir, tetapi terus menuduh Abū Sa*īd ad-Dārimiyy sebagai mujassim secara jazam yang mana tuduhan ini tidak pernah ada semenjak seribu tahun selepas kewafatannya, saya harap dia menjawab di hadapan Allah dan di hadapan Abū Sa*īd ad-Dārimiyy di hari akhirat bahawa dia menuduhnya sebagai mujassim kerana dia tidak merasakan ad-Dārimiyy adalah wali Allah dan ahli sufi sehingga saya tidak merasakan adanya keperluan untuk takwil kalamnya atau disangka baik kalamnya yang saya merasakan tidak enak di jiwa saya dengan melihat zahir maknanya.

Katakan pada Abū Sa*īd ad-Dārimiyy di akhirat nanti: "Wahai ad-Dārimiyy! Kami tidak merasakan kamu adalah wali Allah atau ada perkaitan dengan mana-mana kesufian. Sebab itulah kami tidak mentakwilkan kalam kamu atau bersangka baik. Dengan itu, kami yakin bahawa kamu adalah mujassim berdasarkan zahir kalam kamu dalam kitab kamu!".

Ini tidak hanya dipakai kepada Abū Sa*īd ad-Dārimiyy sahaja. Ia juga untuk mana-mana tokoh yang dia menyalahinya, bahkan melemparkan tuduhan keras terhadapnya, tetapi tidak mahu mentakwil kalamnya atau tidak mahu bersangka baik kerana menurutnya dia bukanlah wali Allah dan tidak ada kaitan dengan kesufian sehingga adanya keperluan untuk mereka lakukan takwil dan sangka baik terhadap kalamnya sepertimana yang mereka lakukan terhadap mana-mana mereka yang dianggap sebagai wali Allah.

Semoga Allah mengoyak-ngoyakkan mereka yang memilih-milih tokoh untuk mereka bersangka baik dan melakukan takwil seperti ini.

Saya sudah membentangkan perbahasan isu pentakwilan kalam wali Allah di sini : 
https://www.wattpad.com/1138777109-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-103-setiap-kalam-wali-allah

Hantaran 112 

Inilah hakikat tafwid di sisi ašᶜarian. Ia adalah mengisbatkan sifat Allah tanpa atau belum ditakwil maknanya kerana belum ada keperluan, seperti merebaknya pelaku bidaah dan menghapuskan syubhat tasybih atau ia terdedah dengan beberapa makna sama ada majaz atau selainnya.

Mereka berkata mereka beriman dengan sifat Allah sepertimana yang telah sampai khabarnya melalui al-Quran dan hadis yang sahih serta mereka mendakwa bahawa mereka menyifatkan Allah sepertimana yang Dia dan rasul-Nya. 

Akan tetapi, itu sekadar lafaz sahaja. Makna bagi sifat yang diisbatkan itu? Ia terdedah dengan takwil atau pemaknanaan dengan apa-apa makna yang dirasakan sesuai.

Saya sudah pun mendedahkan kerancuan mereka ini dan membantah pengamalan tafwid mereka dalam pelbagai penulisan.

Hantaran 113


Kadangkala lucu sebahagian orang suka mengetengahkan dan membesar-besarkan fatwa rasmi negerti tempatan dalam penegahan penyebaran dan pengamalan ajaran wahabi, khususnya ketika berbalah dengan orang yang dianggap wahabi.

Hakikatnya, mereka tidak sedar bahawa adakalanya pelabelan wahabi ini dilemparkan sembarangan untuk mana-mana orang yang mengkritiknya dan menyalahinya sekalipun hakikatnya bukan sedemikian.

Kita ambil contoh apa yang berlaku pada *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Dia menyatakan dalam muqaddimah kitabnya «al-Awliyā^ Wa Karōmāt» bahawa apabila kebanyakan orang mendengar kitab ini, pasti dia akan dituduh cenderung kepada wahabi!

Bayangkanlah seorang figura yang menjadi rujukan dalam membela praktik kesufian, dijulang oleh para sufi arus perdana serta tokoh yang lantang menentang wahabi dan mengkritik al-Albāniyy tidak selamat dituduh sebagai wahabi hanya kerana dia menapis beberapa cerita karamah para wali yang dusta dari pelampau sufi.

Bahkan, abangnya, Aḥmad pernah dituduh menganut akidah wahabi kerana sangat keras kutukannya terhadap ašᶜarian. Kalamnya tentang ini telah dikumpulkan Ṣōdiq bin Salīm bin Ṣōdiq dalam «Ḏamm al-Ašā*īroh Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifah». Tokoh ahli hadis ahli bait yang menjadi rujukan sufi pun dilabel seperti ini.

Malah, kalaulah mereka ini membaca «az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh» tanpa mengenal penulisnya, pasti mereka tidak akan tertahan dan tidak akan lambat untuk melemparkan label wahabi kepada penulisnya. Akan tetapi, penulisnya adalah Muḥammad az-Zamzamiyy; adik kepada *Abdullah al-Ġumāriyy. Dia juga adalah tokoh sufi ahli bait yang disegani dan dihormati.

Inilah akibat apabila selalu menjadikan assasinasi karakter sebagai peluru untuk menyerang lawannya dan kritiknya serta tidak mampu melihat kepelbagaian manhaj dan keterbukaan kepada beraneka pandangan yang unik. Apabila tersepit dalam sesuatu tradisi atau dogma, mereka ini hanya menjadikan label wahabi sebagai alasan meloloskan diri daripada tanggungjawab ilmiah dan berinteraksi dengan kematangan ilmiah dalam mendepani pertembungan keragaman pandangan.

Kemudian, kita pasti bahawa mereka ini tidak akan berani mengatakan bahawa para mufti tempatan kita ini lebih berilmu dan lebih faqih berbanding Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ. Siapakah ilmuwan ini? Dialah menghasilkan kitab khas dalam mengkritik al-Albāniyy dan aktif mengkritik wahabi. Dia merupakan murid besar bagi *Abdullah al-Ġumāriyy dan abangnya, Aḥmad.

Mereka yang tidak mengenal Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ, mereka sebenarnya tidak mengenal tokoh berpengaruh dalam penentangan terhadap wahabi dan sumbangan ilmiah besarnya kepada aswajaean yang tidak akan dapat dinafikan oleh sesiapa pun dari kalangan mereka. Pengaruhnya dalam pergolakan dengan wahabi di mata dunia sepertimana pengaruh Taqiyuddīn as-Subkiyy dalam pergolakan dengan Ibn Taymiyyah.

Sekalipun begitu, dia mengiktiraf bahawa wahabi ini termasuk dari kalangan ahli sunnah! [Rujuk : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=198471717233776&id=100012128473491].

Malah, dia juga memasukkan Ibn H̱uzaymah, Ibn az-Zāġūniyy, Ibn Baṭṭoh, Ibn Abū Ya*lā, Ibn Taymiyyah dan Ibn Qoyyim al-Jawziyyah sebagai golongan ahli sunnah. [Rujuk : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=617928215288122&id=100012128473491].

Malah, dia juga menyarankan untuk membaca kitab «an-Nūniyyah» karya Ibn Qoyyim al-Jawziyyah dalam melihat kalam ahli sunnah tentang isbat arah ketika mengisbatkan sifat al-*Uluww bagi Allah serta mengakui bahawa pengisbatan arah bagi Allah adalah mereka yang dari kelompok ahli sunnah. [Rujuk : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=198471717233776&id=100012128473491].

Bagaimana respons mereka? Adakah mereka ingin mendahulukan pandangan tokoh yang jauh lebih berwibawa daripada mufti tempatan atau mereka sebenarnya menganggap bahawa para mufti ini jauh lebih terkehedapan berbanding Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ sehingga pandangannya boleh ditepis tanpa rasa keberatan dan bersalah?

Kemudian, yang lebih melucukan lagi adalah sebahagian mereka cuba mempamerkan bahawa mereka menjunjung tinggi fatwa rasmi ini dalam penentangannya terhadap wahabi. Akan tetapi, apabila masuk isu ₍Waḥdah al-Wujūd₎, zahir ketidaksenangan pada mereka. Malah, yang menambahkan gelisah pada mereka adalah pengharaman kitab yang telah menjadi perakuan dalam tradisi keilmuan nusantara secara bergenerasi, iaitu «Kašf al-Asrōr», «Hidayāh as-Sālikīn» dan «ad-Durr an-Nafīs».

Daripada fatwa rasmi seperti ini, mereka cuba membuka perbincangan sama ada untuk mentakwilkannya atau mencari ruang yang halus untuk menolaknya atau menampakkan ia tidak ada nilai untuk dijunjung sepertimana junjungan mereka pada fatwa rasmi terhadap wahabi.

Ada yang berkata bahawa ₍Waḥdah al-Wujūd₎ yang dinyatakan pada fatwa itu adalah makna yang lain yang kufur, tetapi di sisi mereka ada makna lain yang jernih dari sebarang kenistaan. Ada yang berkata pengharaman kitab tersebut adalah untuk orang awam, bukan untuk orang yang khas yang faham hakikat ₍Waḥdah al-Wujūd₎ yang sebenar. Pelbagai lagi kenyataan mereka untuk merespons fatwa ini.

Lihatlah bagaimana adanya perbezaan sikap apabila ada fatwa rasmi yang menyalahi pegangan dan anutan mereka. Kita boleh melihat tarik-menarik mereka dalam menerima fatwa ini seolah-olah ada kekaburan dan ketidakjelasan.

Hantaran 114

Sa*īd Fawdah ditanya: "Apakah makna kata-kata kita fulan adalah ašᶜarian? Adakah maknanya adalah dia hampir-hampir sahaja tidak keluar daripada apa yang ašᶜarian bawa?". Dia menjawab: "Tidak. Bahkan ini batil secara pasti. Sebenarnya penisbahan terjadi pada keseluruhan apa yang dia katakannya. Apabila harus pengitlakan penisbahan kepada ašᶜarian ke atas orang yang menyepakatinya pada keseluruhan itu, harus nisbah orang yang sebelumnya kepadanya".

Sedemikian juga mana-mana penisbahan seperti salafi dan lain-lain. Aliran seseorang itu dikira apabila dia bersepakat dan berselarian dengan keseluruhan yang menjadi prinsip mendasar bagi sesuatu aliran, mazhab atau ideologi.

Tidak semua orang yang dinisbahkan kepada aliran tertentu akan sama kesemuanya. Setiap satu antara mereka pasti akan ada keunikan atau beberapa perbezaan sama ada secara ketara atau kecil sahaja. Sebab itulah dalam kalangan ašᶜarian pun ada perbezaan pandangan. Begitu juga para fuqaha dalam mazhab masing-masing.

Akan tetapi, itu tetap tidak mengeluarkan mana-mana di antara mereka daripada sesuatu penisbahan setelahmana ia bersepakat pada prinsip mendasar atau secara rangkuman keseluruhannya.

Untuk selanjutnya, saya telah menyebutkannya di sini : 

(a) https://www.wattpad.com/1115104838-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-126-keabsahan

(b) https://www.wattpad.com/1242474002-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-186

Hantaran 115

Ada orang berkongsi kalam Dāwud bin *Abdullah al-Faṭōniyy; tokoh ilmuwan kenamaan di tanah air kita dalam kitabnya «ad-Durr aṯ-Ṯamīn», m/s 45 bahawa dia menterjemahkan beberapa perkataan bahasa Arab yang berkaitan dengan sifat Allah kepada bahasa Melayu seperti ₍al-Yad₎ kepada tangan, ₍aṣ-Ṣūroh₎ kepada rupa dan ₍al-Wajh₎ kepada muka.

Malah, ada juga yang berkongsi kalam *Abdul Qōdir al-Mandiliyy yang juga merupakan tokoh ilmuwan kenamaan di tanah air kita dalam kitabnya «Anak Kunci Syurga», m/s 9 bahawa dia menterjemahkan ₍al-Wajh₎ kepada muka, ₍al-Yad₎ kepada tangan dan ₍an-Nuzūl₎ kepada turun.

Kadangkala, kita melihat sikap melampau sebahagian orang yang gampang menuduh orang lain sebagai mujassim hanya kerana menterjemahkan perkataan tersebut kepada bahasa lain meskipun tidak diiktikad makna jisim, kelazimannya dan keserupaannya dengan makhluk. Padahal, kita sekadar menterjemahkannya dan menyatakan bahawa tidak ada masalah pada kesamaan pada nama sahaja.

Lantas, adakah mereka ingin menuduh tokoh kebesaran mereka sendiri sebagai mujassim kerana menterjemahkan perkataan tersebut sehingga orang yang mengambil pendekatan sama juga dituduh sama?

Saya telah menjustifikasikan keharusan penterjemahan di sini : https://www.wattpad.com/1142749412-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-107

Hantaran 116

Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq; tokoh sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dari jalur keluarga al-Ġumāriyy dalam «az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh» menentang kepercayaan wali Allah yang berpangkat al-Quṭb, al-Ġowṯ, al-Awtād dan martabat-marbatnya serta kepercayaan yang menyusulinya seperti keistimewaan yang ada pada pangkat tersebut dan persidangan para wali. Dia memasukkannya dalam amalan bidaah yang ada dalam zawiyah.

Muḥammad az-Zamzamiyy tidak berseorangan dalam penentangan ini. Pendahulunya juga dari yang berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-; Muḥammad bin Ismā*īl aṣ-Ṣon*āniyy dalam «al-Inṣōf Fī Ḥaqīqoh al-Awliyā^ Wa Mā Lahum Min al-Karōmāt Wa al-Alṭōf» juga membentangkan kritikan terhadap kandungan daripada gelaran ini.

Sebahagian orang tidak faham mengapa adanya penentangan ini sehingga menuduh penentangnya sembarangan bahawa dia menentang wali Allah dan mencela sufi secara keseluruhannya! Beginikah mereka yang kononnya menjunjung ilmuwan ahli bait ingin katakan kepada tokoh sufi ahli bait yang tegas dalam penentangannya terhadap bidaah?

Yang mempertahankannya hanya bersikap taklid dan taksub dengan berkata bahawa ini ada dalam kitab dan ini disebutkan ulama! Itu sahaja yang mampu mereka membentangkan. Lalu, sesiapa yang tidak menerima pembentangan mereka, dia dianggap menentang para ulama dan membencinya!

Sangatlah cantik seloka Muḥammad az-Zamzamiyy ketika menempelak kepercayaan ini :

وَالدَّعَاوَى مَا لَمْ تُقِيمُوا عَلَيْهَا # بَيِّنَاتٍ أَبْنَاؤُهَا أَدْعِيَاءُ

"Dakwaan-dakwaan yang selagimana engkau belum dapat menegakkan padanya # bukti, anak-anaknya adalah disangsikan nasabnya". [Az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh, m/s 62].

Renungkanlah seloka ini wahai mereka yang mempertahankannya istilah-istilah kewalian ini! Apakah tokoh ahli bait sufi ini menentang secara buta sahaja? Atau bawakan dalil untuk menyanggahinya jika mereka benar!

Sesiapa yang ingin melanjutkan kajian dan menambahkan pengetahuan yang berkaitan dengan ini, saya mencadangkan pembacaan «al-Quṭb Wa al-Ġhowṯs Wa al-Abdāl Wa al-Awtād Bayna aṣ-Ṣūfiyyah Wa Dalālāt an-Nuṣūṣ aš-Šar*iyyah» karya *Alā^ Ibrōhīm *Abdul Roḥīm.

Hantaran 117

Jika dilihat secara sekilas kelihatan aḏ-Ḏahabiyy mengamalkan sama sepertimana konsep yang dibawa oleh aliran ašᶜarian. Akan tetapi, sebenarnya prinsip sebenarnya adalah berbeza secara total. Lihat pembentangan saya di sini : https://www.wattpad.com/1143191905-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-109-a%E1%B8%8F-%E1%B8%8Fahabiyy-dan-al-a%C5%A1

Sebab itulah adakalanya penting untuk kita melihat keseluruhan manhajnya supaya kita tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan bagi setiap kata-katanya.

Yang dimaksudkan aḏ-Ḏahabiyy dalam pengamalan tafwid adalah sememangnya kita tidak tahu hakikat sifat yang sama sekali tidak menyerupai makhluk apabila kita menafikan keserupaan daripada makna yang difahami. Ilmu sebenar pada itu terserah kepada Allah *Azza Wa Jalla. Bukan urusan kita untuk mengetahuinya.

Manakala, konsep tafwid di sisi aliran ašᶜarian adalah menyerahkan pengetahuan maknanya kepada Allah tanpa menetapkan apa-apa makna zahir atau selainnya, tetapi dalam masa yang sama, ada iktikad bahawa ia terdedah dengan makna majaz sama ada melalui takwil atau seumpamanya atau ia boleh ditakwilkan jika terdapat keperluan. Bezakan sebaik-baiknya!

Hantaran 118

Sangatlah mendukacitakan orang yang berkata sebegini. Begitu jijiknya orang yang ingin menyeru kepada ketaksuban tanpa sedar dan menghadang orang lain daripada memanfaatkan kitab yang berbeza aliran yang dianutinya kerana tidak mahu unsur asing menyerap masuk ke dalam alirannya. Seakan-akan Islam itu terhad pada alirannya, kotak pemikirannya, peraturan yang ia gubal dan kaedah-kaedah yang didogmakan.

Orang yang taksub dengan ašᶜarian menuduh orang yang mengisbatkan suara bagi kalam Allah sebagai mujassimah. Padahal, itu adalah pendapat Aḥmad bin Ḥanbal melalui nukilan anaknya; *Abdullah dalam «as-Sunnah» dan pendapat al-Buẖōriyy dalam «H̱olq Af*āl al-*Ibād» serta imam ḥanbalian.

Para pentaksub ini juga menyatakan bahawa kitab «at-Tawḥīd» karya Ibn H̱uzaymah sebagai kitab syirik. Bermacam-macam lagi isu daripada pentaksub ini yang telah saya dedahkan di pelbagai tempat. Lihat yang saya kumpulkannya di sini : https://www.wattpad.com/1148984061-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-114-mengapa-aliran-al-a%C5%A1

Akibatnya, ia akan membawa persengketaan dan permusuhan yang keterlaluan hanya kerana berbeza aliran. Sedangkan, aliran yang berbeza juga ada manfaat yang besar dalam gudang keilmuan Islam. Lihat penjelasan saya di sini : https://www.wattpad.com/1150493351-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-116

Golongan pentaksub dan pentaklid ini adalah antara golongan yang ditentang keras oleh tokoh ahli hadis sufi yang berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-; Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy. Dia berkata :

فالله تعالى يقول: {وَمَنْ أَضَلُّ مِمَّنِ اتَّبَعَ هَوَاهُ بِغَيْرِ هُدًى مِّنَ اللَّهِ} [القصص : ٥٠]. والمقلدة متبعون أهواءهم في التقليد من غير هدى من الله ولا دليل من كتابه ولا من سنة رسوله صلى الله عليه وسلم. فهم ضلال، بل ولا أضل منهم بنص القرآن. والله تعالى جعل اتباع الهوى ضلالا وكفرا أيضا. فقال: {وَلَا تَتَّبِعِ ٱلْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَضِلُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌۢ بِمَا نَسُواْ يَوْمَ ٱلْحِسَابِ} [ص : ٢٦] ونسيان يوم الحساب كفر. والله تعالى يقول: {إِنَّ ٱلَّذِينَ فَرَّقُواْ دِينَهُمْ وَكَانُواْ شِيَعًا لَّسْتَ مِنْهُمْ فِى شَىْءٍ} [الأنعام : ١٥٩]. والمقلدة فرقوا دينهم وجعلوه مالكيا وشافعيا وحنفيا وحنبليا وزيديا وإماميا وأشعريا وماتريديا وغير ذلك من المذاهب. فإما أن يكونوا على الحق وكلام الله تعالى باطلا. وإما أن يكون العكس وهو أن كلام الله حق والمقلدة ليسوا على شيء. وهو الواقع قطعا.

Allah Ta*ālā berfirman: {Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti kemahuannya dengan selain petunjuk daripada Allah?} [Surah al-Qoṣoṣ ayat 50]. Para pentaklid mengikut kemahuan-kemahuan mereka dalam taklid dari selain petunjuk daripada Allah serta yang tidak ada dalil dari kitab-Nya dan tidak juga dari sunnah rasul-Nya. Mereka adalah golongan sesat. Bahkan, tidak ada lebih sesat daripada mereka melalui penyebutan teks al-Quran. Allah Ta*ālā berfirman: {Janganlah engkau mengikut hawa nafsu, lalu ia menyesatkan engkau daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang yang sesat daripada jalan Allah ada azab yang keras untuk mereka dengan sebab apa yang mereka telah melupakan hari perhitungan} [Surah Ṣōd ayat 26]. Kelupaan terhadap hari perhitungan adalah kufur. Allah Ta*ālā berfirman: {Sesungguhnya orang yang memecahbelahkan agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan, maka engkau bukan pada sesuatu daripada mereka} [Surah al-An*ām ayat 159]. Para pentaklid memecahbelahkan agama mereka dan mereka menjadikannya sebagai mālikian, šāfiᶜian, al-ḥanafian, ḥanbalian, zaydian, imāmian, ašᶜarian, māturīdian dan selain itu daripada sekalian mazhab. Sama ada keadaan mereka itu di atas kebenaran dan kalam Allah Ta*ālā adalah batil atau terjadinya pembalikan dan ia adalah kalam Allah itulah yang benar dan para pentaklid bukan di atas sesuatu pun. Ia adalah realitinya secara putus. [Darr al-Ġomām ar-Roqīq Bi Rosā^il aš-Šayẖ as-Sayyid Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīq, karya *Abdullah bin *Abdul Qōdir at-Talīdiyy, m/s 31].

Bahkan, sangat tidak menghairankan jika berlakunya pada ašᶜarian sepertimana yang Aḥmad al-Ġumāriyy sebutkan :

والقسم الثالث من المقلدة وهم -في نظر المرتجم له- العلماء الجامدون على المذاهب تقليدا لا تنقيدا واتباعا ويزيدون على ذلك عداوتهم لمن يعلن طلب الدليل والبحث عنه والدعوة لاتباعه كما جاء عن يوسف النبهاني أنه يتقذر من رؤية الداعين إلى العمل بالدليل كما يقذر من رؤية النجاسة! وكما قال جعفر الكتاني في الرد على عبد الله السنوسي: "وبعد، فقد نبغت نابغة من المجوس رأسهم ابن حزم يقولون: "لا يجوز العمل إلا بكتاب الله وحديث رسوله صلى الله عليه وسلم وآله وسلم"! فسماهم مجوسا وجعل علة تمجسهم قولهم: "لا يجوز العمل إلا بكتاب الله والحديث"! ثم قال في آخر كتابه الخرافي: "الفصل العاشر في تحريم العمل بكتاب الله وحديث رسوله صلى الله تعالى عليه وآله وسلم... إلى آخر"! هكذا يصرح بتحريم بكل جرأة ووقاحة! وسمى الخضر الشنقيطي كتابه في نصرة التقليد: "قمع أهل الزيغ والإلحاد عن الطعن في أئمة الاجتهاد". فسماهم ملاحدة وجعل قولهم: "لا يجوز تقليد الأئمة" طعنا فيهم! وقال القادري في رسالته في العمل بالضعيف من أقوال المذهب: "فإن قلت هل يجوز العمل بالحديث؟ فالجواب: لا"!. ولو أملينا عليك ما سمعناه منهم ووقع لنا معهم، لسمعت العجب العجاب.

Jenis ketiga dari kalangan pentaklid adalah mereka -menurut pemerhatian pembiografi untuknya- adalah ulama yang jumud dengan sekalian mazhab secara taklid, bukan kerana kritis dan bukan kerana ikutan dalil. Mereka menambahkan permusuhan mereka pada itu terhadap orang yang menyatakan diri mencari dalil, berbahas tentangnya dan menyeru kepada ikutan kepadanya sepertimana datang khabar daripada Yūsuf an-Nabhāniyy bahawa dia merasa jijik melihat penyeru kepada beramal dengan dalil sepertimana dia merasa jijik melihat najis! Dan sepertimana kata Ja*far al-Kittāniyy dalam bantahan terhadap *Abdullah as-Sanūsiyy: "Setelah itu, telah muncul orang ternama dari kalangan Majusi yang pemukanya adalah Ibn Ḥazm berkata bahawa tidak harus beramal melainkan dengan kitab Allah dan hadis rasul-Nya -ṣollā Allah Ta*ālā *Alayhi Wa Ālihi Wa Sallam-"! Dia menamakan mereka dengan Majusi dan mejadikan sebab kemajusiannya adalah kata-kata mereka: "Tidak harus beramal melainkan dengan kitab Allah dan hadis"! Kemudian, dia berkata pada akhir kitabnya yang mengarut: "Fasal kesepuluh pada pengharaman beramal dengan kitab Allah dan hadis rasul-Nya -Ṣollā Allah Ta*ālā *Alayhi Wa Ālihi Wa Sallam-...sehingga akhir"! Sedemikian ini dia menyatakan jelas dengan pengharaman itu dengan setiap nekat dan lancang! Kemudian, al-Ḥoḍir aš-Šinqīṭiyy menamakan kitabnya dalam membela taklid dengan «Menjauhkan Ahli Penyeleweng Dan Apostasi Dari Celaan Terhadap Para Imam Ijtihad ». Lalu, dia menamakan mereka sebagai pembalela dan menjadikan kata-kata mereka: "Tidak harus taklid kepada para imam" sebagai celaan terhadap mereka! Berkata al-Qōdiriyy dalam risalahnya tentang pengamalan dengan yang dhaif dari pendapat-pendapat mazhab: "Jika engkau berkata adakah harus beramal dengan hadis, maka jawapannya adalah tidak"! Kalau kami mendiktekan untukmu apa yang kami telah mendengarnya daripada mereka danterjadi hal itu kepada kita bersama mereka, pasti engkau mendengar keajaiban yang terlampau ajaib". [Musāmaroh aṣ-Ṣiddīq Bi Ba*ḍ Aḥwāl Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīq, m/s 103].

Ini kerana mereka ini bermula dengan enggan menelaah, mengamati dan mempertimbangan pembentangan, karya dan penghujahan dari pihak aliran lain. Mereka kononnya ingin memelihara aliran tersebut daripada unsur asing. Perlahan-lahan, mereka ia akan menjadi dogma yang dipaksakan kepada masyarakat walaupun pada mulanya sekadar galakan sahaja. 

Lantas, mereka tidak mahu menelaahnya dan tersepit dengan dunia dan rentak aliran mereka sahaja sehingga tidak mampu menerima kepelbagaian pendapat dan menghadapi pandangan yang beragam yang berbeza. Oleh kerana tidak mahu institusi mereka roboh, mereka akan memusuhinya tanpa mereka mengambil kira dan menyedari nilai hujah padanya.

Beringatlah dengan firman Allah *Azza Wa Jalla ini :

فَبَشِّرْ عِبَادِ﴿١٧﴾ الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّـهُ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴿١٧

"Maka sampaikanlah khabar gemibra kepada hamba-Ku. Iaitu, orang yang mendengarkan hujah, lalu mereka mengikuti yang paling terbaik. Mereka itulah orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan mereka itulah ahli perseptif". [Surah az-Zumar ayat 17-18].

Sesiapa yang berpaling daripada ini dan ingin kekal dalam ketaksuban dan kepompong serta kedegilan, maka dia akan menjadi orang yang menyimpang dan hancur.

Sebagai bacaan tambahan yang berkaitan dengan ini, boleh baca di sini :

(a) https://www.wattpad.com/1160722220-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-122-ambil-yang-benar-dan

(b) https://www.wattpad.com/1156446784-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-156

Hantaran 119

Sangat menarik untuk direnungkan.

Hantaran 120

Sememangnya saya di banyak tempat mengherdik, menyinggung dan pelabelan wahabi yang terlalu gampang, gopoh dan sembarangan.

Akan tetapi, saya dalam masa yang sama, tidak menafikan sememangnya ada wahabi yang tulen dan sememangnya boleh dinisbahkan kepada ₍al-Wahhābiyy₎. Saya tidaklah mengatakan wahabi ini adalah suatu mitos yang semata-mata diwujudkan labelnya untuk dicopkan kepada sesiapa yang menyelisihinya walaupun kebanyakan kes adalah sedemikian dan saya menyergah sikap gampang sedemikian. Saya memperakui kewujudannya.

Antara yang boleh dinisbahkan kepada ₍al-Wahhābiyy₎ adalah mereka yang benar-benar membawa gagasan, mendukung pemikiran, giat mempromosikan fahamannya, mencurahkan perhatian besar dalam membelanya dan mempertahankannya serta tidak bersalahan dalam kebanyakan aspek yang mendasar dalam pemikirannya. Ini sama sekali tidak boleh dinafikan penisbahan ₍al-Wahhābiyy₎ kepadanya.

Antara yang lain adalah yang telah saya gariskan ciri-ciri mereka di sini : https://www.wattpad.com/1115104838-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-126-keabsahan

Kemudian, saya bersetuju dengan Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ tentang sikap wahabi yang bersikap ekstrim sama ada dalam pengkafiran atau penuduhan bidaah dan suka menjadi polis akidah yang suka mengukur sejauh mana penyelisihan tokoh ilmuwan dalam akidah mereka, khususnya yang menepati piawaian Ibn Taymiyyah ketika membicarakan tentang tokoh ilmiah. Boleh lihat di sini : https://www.wattpad.com/1131262381-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-102-ma%E1%B8%A5m%C5%ABd-sa-%C4%ABd-mamd%C5%AB%E1%B8%A5-dan

Malah, kebiasaan yang saya temukan mereka yang benar-benar wahabi, mereka ini sememangnya simplistik kerana mereka ini adalah ultrafundamentalis. Mereka ini tidak hanya literalis serta kurang melihat kepada pengambilkiraan realiti dan illah serta terlalu tamak dalam mengasingkan diri antara mereka yang di atas jalan yang tulen lagi asli dengan yang menyimpang, menyeleweng dan bercampur baur.

Mereka ini berfikiran singkat, tidak kritis dalam penilaian, tidak begitu mendalam pemerhatian dalam analisis teks-teks agama suci meskipun panjang penulisan mereka dan berjela-jela nukilan daripada para ulama, tidak peka dengan kaedah ilmu yang diterima pakai dan mengabaikan. Tidak hairan mereka ini sangat mudah dan gopoh menuduh orang lain sebagai ahli bidaah, fasik, sesat dan lain-lain yang ada unsur kepada kekufuran.

Antara karya yang saya cadangkan untuk mengenali kelompok seperti ini adalah «Dā*iyatan Wa Laysa Nabiyyan ; Qirō^ah Naqdiyyah Li Maḏhab aš-Šayẖ Muḥammad Ibn *Abd al-Wahhāb Fī Takfīr» karya Ḥasan bin Farḥān al-Mālikiyy dan «ar-Ru^yah al-Wahhābiyyah Li at-Tawḥīd Wa Aqsāmih : *Arḍ Wa Naqd» karya *Uṯmān Muṣṭofā an-Nābulsiyy.

Malah, salah seorang penghulu ahli hadis dari kalangan salafi seperti al-Albāniyy juga mengakui keekstriman pada Muḥammad bin *Abdul Wahhāb dan pengikutnya. Dia berkata :

الحقيقة محمد بن عبد الوهاب رحمه الله فضله كبير على الأمة الإسلامية لكن فيه شيء من الغلو والشدة

"Hakikatnya Muḥammad bin *Abdul Wahhāb -semoga Allah merahmatinya- memiliki kelebihan yang besar pada umat Islam, tetapi padanya terdapat pelampauan dan kekerasan". [Rujuk : https://www.al-albany.com/audios/content/1252/%D8%A7%D9%84%D9%83%D9%84%D8%A7%D9%85-%D8%B9%D9%84%D9%89-%D8%AF%D8%B9%D9%88%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D8%B4%D9%8A%D8%AE-%D9%85%D8%AD%D9%85%D8%AF-%D8%A8%D9%86-%D8%B9%D8%A8%D8%AF%D8%A7%D9%84%D9%88%D9%87%D8%A7%D8%A8-%D9%88-%D8%A7%D8%B3%D8%AA%D8%B7%D8%B1%D8%A7%D8%AF-%D9%81%D9%8A-%D9%85%D8%B3%D8%A3%D9%84%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D8%AA%D9%88%D8%B3%D9%84-%D8%A8%D8%A7%D9%84%D9%86%D8%A8%D9%8A-%D8%B5%D9%84%D9%89-%D8%A7%D9%84%D9%84%D9%87-%D8%B9%D9%84%D9%8A%D9%87-%D9%88%D8%B3%D9%84%D9%85-%D9%88%D8%A8%D8%AC%D8%A7%D9%87-%D8%A7%D9%84%D9%86%D8%A8%D9%8A-%D8%B5%D9%84%D9%89-%D8%A7%D9%84%D9%84%D9%87-%D8%B9%D9%84%D9%8A%D9%87-%D9%88%D8%B3%D9%84%D9%85].

Dia berkata :

كان في عندهم شدة ويظهر أن هذه سنة الله في خلقه إلآ من عصم الله وقلبك ماهم كما قال عليه السلام : (إن لكل عمل شرّة ولكل شرّة فترة فمن كانت فترته إلى سنتي فقد اهتدى ومن كانت فترته إلى بدعة فقد ضل) ، فالجماعة كان عندهم شيء من الشدة أخذوها طبعا من بعض نصوص محمد بن عبد الوهاب رحمه الله واستمر الأتباع إلى هذا العهد موصولون بهذه الشدة ، وكنا نسمع نحن قديما أن هؤلاء النجديون يكفرون عامة المسلمين .

"Dahulu di sisi mereka terdapat kekerasan dan sesungguhnya zahir ini adalah sunnatullah pada ciptaan-Nya kecuali orang yang Allah melindunginya dan jantungmu adalah apa yang mereka sepertimana baginda -*alayhissalām- bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu ada entusias. Setiap entusias ada kelesuan. Sesiapa yang kelesuannya adalah pada sunnahku, maka dia mendapat petunjuk. Sesiapa yang kelesuannya adalah pada bidaah, maka dia telah sesat. Kelompok itu dahulu di sisi mereka terdapat sesuatu yang keras yang mereka mengambilnya sebagai karakter daripada sebahagian teks-teks Muḥammad bin *Abdul Wahhāb -semoga Allah merahmatinya- dan berterusan pengikut itu kepada masa ini yang mereka disambung dengan kekerasan ini. Dahulu kami mendengar bahawa najdian ini mengkafirkan muslimin secara amnya". [Rujuk : https://www.al-albany.com/audios/content/1252/%D8%A7%D9%84%D9%83%D9%84%D8%A7%D9%85-%D8%B9%D9%84%D9%89-%D8%AF%D8%B9%D9%88%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D8%B4%D9%8A%D8%AE-%D9%85%D8%AD%D9%85%D8%AF-%D8%A8%D9%86-%D8%B9%D8%A8%D8%AF%D8%A7%D9%84%D9%88%D9%87%D8%A7%D8%A8-%D9%88-%D8%A7%D8%B3%D8%AA%D8%B7%D8%B1%D8%A7%D8%AF-%D9%81%D9%8A-%D9%85%D8%B3%D8%A3%D9%84%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D8%AA%D9%88%D8%B3%D9%84-%D8%A8%D8%A7%D9%84%D9%86%D8%A8%D9%8A-%D8%B5%D9%84%D9%89-%D8%A7%D9%84%D9%84%D9%87-%D8%B9%D9%84%D9%8A%D9%87-%D9%88%D8%B3%D9%84%D9%85-%D9%88%D8%A8%D8%AC%D8%A7%D9%87-%D8%A7%D9%84%D9%86%D8%A8%D9%8A-%D8%B5%D9%84%D9%89-%D8%A7%D9%84%D9%84%D9%87-%D8%B9%D9%84%D9%8A%D9%87-%D9%88%D8%B3%D9%84%D9%85].

Apabila seseorang merespons dengan berkata: "Khawarij", dia berkata :

أو يقولون عنهم خوارج إلى آخره ، أنا لما بدأت أسافر لتلك البلاد تجلى لي في أتباعهم شيء من هذه الشدة ، يكفي في ذلك أن مجرد ما واحد يتوسل بالتوسل المبتدع عندنا جميعا أن هذا كفر و أشرك ، ما ينبغي أن نقول رأسا كفر أو شرك ، يجب أن نستفصل القول أن هذا الذي يتوسل ماذا يعني ، ماذا يريد ؟ وإلا كفرنا وشركنا إمام من أئمة المسلمين

"Atau mereka mengatakan tentang mereka sebagai khawarij sehingga akhirnya. Aku tatkala memulakan perantauan ke negeri itu, ternyata padaku sesuatu pada pengikut mereka dari kekerasan ini. Cukup pada itu adalah seseorang semata-mata yang bertawassul dengan tawassul yang bidaah di sisi kita secara keseluruhan untuk dikatakan bahawa ini adalah kufur dan syirik. Tidak sepatutnya kita mengatakan pada setiap kepala sebagai kafir atau syirik. Wajib bagi kita meminta perincian pendapat bahawa tawassul yang ini adalah apa yang dikehendaki, iaitu apa yang diinginkan. Jika tidak, kita telah mengkafirkan dan menuduh syirik terhadap salah seorang daripada imam-imam muslimin". [Rujuk : https://www.al-albany.com/audios/content/1252/%D8%A7%D9%84%D9%83%D9%84%D8%A7%D9%85-%D8%B9%D9%84%D9%89-%D8%AF%D8%B9%D9%88%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D8%B4%D9%8A%D8%AE-%D9%85%D8%AD%D9%85%D8%AF-%D8%A8%D9%86-%D8%B9%D8%A8%D8%AF%D8%A7%D9%84%D9%88%D9%87%D8%A7%D8%A8-%D9%88-%D8%A7%D8%B3%D8%AA%D8%B7%D8%B1%D8%A7%D8%AF-%D9%81%D9%8A-%D9%85%D8%B3%D8%A3%D9%84%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D8%AA%D9%88%D8%B3%D9%84-%D8%A8%D8%A7%D9%84%D9%86%D8%A8%D9%8A-%D8%B5%D9%84%D9%89-%D8%A7%D9%84%D9%84%D9%87-%D8%B9%D9%84%D9%8A%D9%87-%D9%88%D8%B3%D9%84%D9%85-%D9%88%D8%A8%D8%AC%D8%A7%D9%87-%D8%A7%D9%84%D9%86%D8%A8%D9%8A-%D8%B5%D9%84%D9%89-%D8%A7%D9%84%D9%84%D9%87-%D8%B9%D9%84%D9%8A%D9%87-%D9%88%D8%B3%D9%84%D9%85].

Apa yang dilakukan oleh sebahagian pengkaji yang objektif dan saksama dalam menyingkap apa yang ada Muḥammad bin *Abdul Wahhāb dan pengikutnya adalah menguatkan lagi pengamatan al-Albāniyy, bahkan mungkin sahaja jauh lebih mendahuluinya dari segi pengenalannya.

Bahkan, mereka ini sangat dekat fahaman tajsim dan tasybih atau memiliki bau-baunya atau dalam kekeliruan untuk mengenalpasti terhadapnya, bahkan sememangnya terjebak dengannya. Saya melihat kebanyakan mereka ini bukan di atas jejak ḥanbalian secara tulen yang jelas dalam menafikan jisim dan kelazimannya seperti Abū Faḍl at-Tamīmiyy, Abū Naṣr as-Sijziyy, Ibn Rojab al-Ḥanbaliyy dan lain-lain.

Mereka sebenarnya lebih banyak terkesan, terpengaruh dan banyak bersandar kepada Ibn Taymiyyah dan yang bersamanya dalam gagasan tersebut. Saya telah mengingatkan tentang akidah yang menyeleweng pada Ibn Taymiyyah yang saya berlepas diri daripadanya di sini :

(a) https://www.wattpad.com/1133572115-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-140-hakikat

(c) https://www.wattpad.com/1188327673-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-131-ibn-taymiyyah-dan

(d) https://www.wattpad.com/1196134797-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-136-akidah-ibn-taymiyyah

(e) https://www.wattpad.com/1133933801-koleksi-hantaran-amir-kazuma-di-media-sosial-yang

Saya juga ada menyinggung akidah Ibn Taymiyyah di penulisan saya yang berjudul «Penjelasan Interaksi Dengan Naṣ Tentang Sifat Allah» dan «Penajaman Deria Dalam Mengenali Sifat Yang Maha Mulia».

Saya juga pernah menyelar sebahagian pengikut Ibn Taymiyyah di sini :

(a) https://www.wattpad.com/1195468973-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-135

(b) https://www.wattpad.com/1195660313-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-168-pengagum-ibn

(c) https://www.wattpad.com/1131587041-koleksi-hantaran-amir-kazuma-di-media-sosial-yang

Penulisan yang saya kongsikan ini sudah menjadi bukti bahawa saya juga peka dengan kewujudan wahabi yang tulen yang menyusup dalam kalangan label salafi. Saya sama sekali tidak menafikan sememangnya wujud wahabi yang tulen.

Sebab itulah kadangkala saya berkongsi penulisan dari orang lain yang ada menyindir dan mengkritik wahabi sama ada penyebutan label itu secara jelas atau halus kerana saya bersetuju dalam hal itu dan saya merujuk kepada wahabi yang saya sedang membicarakannya sekarang.

Kalau pun ada yang sebenarnya tidak menggambarkan realiti yang saya maksudkan, saya hanya berkongsi kerana intipati dasarnya dan keseluruhan tema dan arah tuju perbahasan, di samping menghormati nukilan asal daripada penulis asal.

Sememangnya adakalanya penulis asal yang saya kongsi itu adalah orang yang aktif menentang wahabi dan gemar melabel orang lain sebagai wahabi. Namun, saya mengetepikannya dan saya hanya mengambil bahagian yang saya setuju dan memfokuskan poin utama dalam perbicaraan tersebut. Saya memaafkan, bertoleransi dan mengabaikan pelabelan secara gampang.

Adapun, selain itu, selalunya ia adalah tuduhan yang rambang dan gopoh yang mana ia bukanlah hakikat wahabi yang sebenar, tetapi ia adalah sekadar label untuk dicopkan kepada sesiapa yang tidak setuju dengan pandangannya. Inilah yang saya tentang di banyak tempat kerana inilah yang selalu terjadi. Sebab itulah saya memberi respons yang banyak terhadap ini kerana inilah yang selalu terjadi.

Hantaran 121

Saya menemukan kata-kata bahawa sesiapa yang memandang buruk terhadap apa yang Allah mengelokkkannya, maka dia adalah kafir walaupun dia mendakwa bahawa dia berkata tiada tuhan melainkan Allah dan Muḥammad adalah utusan Allah.

Tidak ramai yang sedar dan cakna bahawa bermudah-mudahan dalam penggunaan kaedah ₍Sadd aḏ-Ḏarō^i*₎ sebenarnya mendedahkan seseorang dalam bahaya ini. Saya telah mendedahkannya dalam penulisan saya yang berjudul «Khuatir Fitnah Yang Membawa Fitnah» dan «Tersalah Menghalalkan Sesuatu Lebih Baik Dari Tersalah Mengharamkan Sesuatu».

Baca dan perhatikan. Pasti akan menemukan sikap tersebut pada orang yang mudah menggunakan kaedah tersebut.

Hantaran 122

Saya cuba bantu kemusykilan saudara yang bertanya. Saya berharap jawapan yang saya kemukakan adalah jelas. Semoga Allah melimpahkan kefahaman kepada kita semua dan meneguhkan apa yang benar dalam dada kita.

Makna ₍al-Yad₎ jika dialih bahasa adalah tangan. Akan tetapi, kita tidak mengisbatkan anggota tangan bagi Allah. Kita mengisbatkan sifat tangan bagi-Nya, iaitu sifat yang sabit pada zat-Nya yang dinamakan sebagai ₍al-Yad₎ atau terjemahannya adalah tangan.

Kalau begitu, apakah yang dimaksudkan sifat tangan bagi-Nya di sini? Ini adalah kemusykilan yang paling mendasar sekali memandangkan salafi sentiasa mengatakan bahawa kita tahu maknanya secara hakikat dan menyerahkan pengetahuan sebenarnya kepada Yang Maha Mengetahui. Kalau ia bukan anggota, maka apa makna hakikat bagi sifat ini? Inilah yang menjadi persoalan besar dan berulangkali ditanya.

Saya katakan, kita lebih mengemukakan makna secara negatif, iaitu makna yang menafikan dan yang menolak berbanding positif, iaitu makna yang menetapkan. Makna hakikat bagi sifat ini adalah yang tidak menyerupai makhluk, ia bukan jisim dan kelaziman baginya ia bukan semakna dengan ₍al-Wajh₎, ₍an-Nuzūl₎, ₍al-Istiwā^₎ dan beberapa lagi sifat di bawah kategori khabariah yang lain. 

Ia bukan makna yang terdedah kepada makna lain sama ada melalui takwil atau majaz atau selainnya seperti ₍al-Qudroh₎, iaitu kemampuan dan ₍al-Quwwah₎, iaitu kekuatan atau apa jua jenis iktikad makna yang lain meskipun tidak ditentukan maknanya secara jelas.

Inilah makna hakikat yang difahami salafi. Kita mungkin tidak mengetahui secara sebenar tentang sifat ini, tetapi kita mengisbatkan kewujudannya dan pemahamannya dengan makna ini. 

Sama seperti roh. Kita tahu kewujudannya dan menetapkan keabsahan kewujudannya melalui pemahaman kita bahawa manusia yang bergerak dan beraktiviti semestinya ada roh padanya. Manakala, yang mati tidak ada roh padanya. Akan tetapi, kita tidak tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan roh. Kita hanya tahu setakat pada kelazimannya, bukan sebenarnya.

Untuk memahami perkaitan pengisbatan sifat Allah dengan roh, boleh baca di sini : https://www.wattpad.com/1121843177-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-96

Untuk permulaan bagi kefahaman makna hakikat, boleh baca di sini :

(a) https://www.wattpad.com/1122160965-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-97-dilemma-dalam-isbat-sifat/

(b) https://www.wattpad.com/1144621120-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-110

(c) https://www.wattpad.com/1149078511-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-115-al-a%C5%A1-ariyy-dan-makna/

Selebihnya, boleh baca beberapa koleksi penulisan saya yang telah saya kumpulkan berkaitan dengan isu ini di sini : https://www.wattpad.com/1194045000-pembuka-kepada-interaksi-amir-kazuma-senarai

Hantaran 123

Sebahagian orang ini mudah untuk mengatakan hadis dhaif itu boleh diamalkan, khususnya dalam bab ₍Faḍō^il al-A*māl₎; bab kelebihan-kelebihan amalan.

Kita lihat kupasan Aḥmad *Umar Hāšim; pensyarah Universiti al-Azhar dan anggota Majma* al-Buḥūṯ al-Islāmiyyah dalam kitabnya «Qowā*id Uṣūl al-Ḥadīṯ» dalam menunjukkan ia tidak begitu simplistik sepertimana yang selalu dicanangkan orang tersebut.

Dalam pengambilan hadis dhaif, terdapat dua pandangan dalam hal ini. Pertama, ia tidak boleh diamalkan secara mutlak sama ada dalam hukum-hakam fiqh dan bukan juga untuk perkara yang berkaitan dengan nasihat. 

Ia adalah pendapat tokoh kebesaran ahli hadis seperti al-Buẖōriyy dan Muslim. Ini juga adalah pendapat al-Qōḍī Abū Bakr Ibn al-*Arobiyy dan Yaḥyā bin Ma*īn sepertimana yang dipetik oleh Ibn Sayyid an-Nās.

Alasannya adalah hadis dhaif ini sama sekali tidak memberi faedah ilmu kerana Allah Ta*ālā melarang mengambil mengikuti sesuatu yang tidak ada ilmu padanya. Perkara agama perlu diambil daripada kitab Allah dan sunnah rasul-Nya -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang sahih. Hadis dhaif sekadar penambah bagi syarak sahaja. Oleh itu, tidak diambil hadis dhaif melainkan dengan bentuk yang berbilang-bilang yang menaikkannya ke darjat hasan ligharih.

Kedua, diamalkan secara mutlak. As-Suyūṭiyy mempertautkan pandangan ini kepada Abū Dāwud dan Aḥmad kerana mereka berdua berpandangan bahawa ia lebih kuat daripada pandangan peribadi seseorang. Menurut mereka, boleh diambil mengambil hadis dhaif jika tidak ada hadis sahih atau hasan atau fatwa Sahabat -roḍiyallahu *anhum- padanya.

Ketiga, diamalkan pada bab ₍Faḍō^il al-A*māl₎. Alasannya adalah *Abdul Roḥmān bin Mahdiyy bersikap ketat dalam hadis hukum-hakam serta halal dan haram, tetapi bersikap longgar pada hadis yang selainnya. Ini juga yang diriwayatkan Aḥmad bin Ḥanbal dan Ibn al-Mubārok.

Kemudian, Aḥmad *Umar Hāšim merajihkan bahawa pandangan ketiga-tiga tokoh ini dalam pengambilan hadis dhaif sebenarnya adalah hadis dhaif yang dikuatkan sehingga mencapai darjat hasan lighairih. 

Inilah jenis hadis dhaif pada penggunaan zaman mereka. Mereka tidak membahagikan hadis sahih dan hadis hasan. Namun, yang terbanyak dari kalangan mutaqaddimin adalah menyifatkan hadis sama ada sahih atau dhaif.

Maknanya, maksud mereka bersikap longgar pada hadis selain hadis halal dan haram, ia adalah pengambil hadis hasan.

Kemudian, dia membawakan kalam Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy tentang syarat beramal dengan hadis dhaif. Pertama, ia bukan dhaif yang berat dan bersangatan. Ini adalah syarat yang disepakati. Kedua, ia di bawah asal yang diamalkan dengannya sehingga ia bukan sesuatu yang pelik dalam kaedah-kaedah Islam. 

Ketiga, tidak beriktikad dengan kesabitannya. Bahkan, berjaga-jaga terhadap hadis itu kerana adanya kemungkinan bahawa ia sahih penisbahan kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Keempat, ia pada perkara ₍Faḍō^il al-A*māl₎, nasihat, penggalakan dan penggerunan. Bukan bab hukum-hakam dan akidah.

Daripada sini, nampaklah jelas bahawa betapa alpanya sebahagian orang yang berkata hadis dhaif boleh diamalkan tanpa mengamati terlebih dahulu dalam hal ini. Begitu simplistik orang ini sehingga apa sahaja hadis dhaif yang dia berkenan dengannya, terus dikatakan ia boleh beramal secara sembarangan.

Sebenarnya, bukan saya atau dari pihak salafi yang menyuarakan sikap bermudah-mudahan sebahagian orang dalam pengamalan hadis dhaif. Ini juga diperingatkan Ṣolāḥuddīn bin Aḥmad al-Idlibiyy; tokoh hadis ašᶜarian. Dia berkata :

بعض الناس يعمل بالأحاديث الضعيفة الاسانيد وان لم تكن مندرجة تحت اصل معمول به، وهذا شرط ذكره المجيزون للعمل بالضعيف. توسع كثير من الناس في مسألة العمل بالضعيف. العلماء اشترطوا كذلك أن لا يكون في الإسناد راو شديد الضعف، وتساهل كثيرون عند الأخذ بالروايات الضعيفة في هذا. ليتنا نلتزم بتطبيق القواعد

"Sebahagian orang mengamalkan hadis-hadis dhaif sanadnya walaupun ia tidak tercakup di bawah asal yang diamalkan dengannya, sedangkan ini adalah syarat yang mereka yang mengharuskan pengamalan dengan hadis dhaif. Kebanyakan orang berluas-luasan dalam permasalahan pengamalan hadis dhaif. Para ulama mensyaratkan agar tidak ada pada sanad itu perawi yang berat kedhaifannya seperti itu, tetapi kebanyakan orang bermudah-mudahan pengambilan riwayat yang dhaif pada ini. Alangkah bagusnya kita beriltizam dengan pengamalan kaedah-kaedahnya". [Rujuk : https://www.facebook.com/salahaldin7/posts/pfbid02XBQsH1Gq1Vd9wLMVyWC3fKyDE9F5eJdgWkxmfGs3mYDAfAYk95Gg4mGj3vVZS9GXl].

Hantaran 124

Saya akan katakan bahawa semua aswajaean mengaku mencintai ahli bait, menjunjung mereka dan pelbagai lagi sehinggalah apabila mereka benar-benar mengenali keluarga al-Ġumāriyy. Pada masa itu, akan teruji sejauhmana kebenaran manifestasi dakwaan mereka.

Hakikatnya, aswajaean hanya mengenal ahli bait dari naratif golongan al-Ḥabīb sahaja. Mereka tidak tahu bahawa ada golongan ahli bait yang zaydian.

Bahkan, Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ juga menyatakan bahawa secara jelas bahawa dalam kalangan ahli bait ada yang ašᶜarian, muᶜtazilian, rofḍian dan kisāean. Dia juga secara nyata menyebutkan bahawa sebahagian ahli bait berpaling daripada ilmu dan manhaj ahli bait yang sebenar. Rujuk : https://www.wattpad.com/1160773227-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-123-kepelbagaian-aliran-ahli

Malah, sepanjang saya ikuti penulisan Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ, saya hampir-hampir tidak menemukan dia membicarakan tentang golongan al-Ḥabīb apabila bercerita tentang ahli bait. Dia lebih suka menceritakan tentang keluarga al-Ġumāriyy dan zaydian.

Adakah golongan al-Ḥabīb bukan figura signifikan dalam dunia Islam pada hari ini sehingga dia tidak menyentuh tentang mereka? Sesiapa yang mengikuti penulisannya tentang ahli bait, tahulah apa yang dia selalu sahaja junjung dan memberikan penekanan ketika berbicara tentang mereka. Sebagai permulaan, boleh baca penulisan saya yang berjudul «Pendirian Yang Saya Berkongsi Bersama Dengan Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ».

Saya katakan secara mudah bahawa golongan al-Ḥabīb tidak sepertimana yang diharapkan dan diimpikan Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ. Tidak perlu menuju jauh. Cukuplah membandingkan madrasah keluarga al-Ġumāriyy dengan apa yang dibawa dann dididik golongan al-Ḥabīb. Sememangnya ada perbezaan jauh bagai langit dan bumi walaupun dari sama-sama darah zuriat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-.

Saya sudah menyebutkan di banyak tempat tentang keistimewaan dan keunikan yang pada keluarga al-Ġumāriyy. Sudah di banyak tempat penulisan saya sebut tentang mereka dan menukilkan pandangan mereka dalam isu-isu agama untuk menunjukkan keunggulan kedudukan mereka dalam bidang keilmuan. Saya tidak mahu ulang di sini.

Untuk permulaan, boleh baca di sini :

(a) https://www.wattpad.com/1045212021-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-70

(b) https://www.wattpad.com/1047552651-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-57

(c) https://www.wattpad.com/1107091088-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-90-tanggapan

(d) https://www.wattpad.com/1131300396-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-111-keluarga

(e) https://www.wattpad.com/1133524174-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-115-saya

(f) https://www.wattpad.com/1089663769-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-80-para-al-%E1%B8%A5ab%C4%ABb

(g) https://www.wattpad.com/1067997458-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-74

(h) https://www.wattpad.com/1056106265-santai-perkongsian-agama-melalui-meme-meme-123

(i) https://www.wattpad.com/1117980079-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-99

(j) https://www.wattpad.com/1148828272-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-154-a%E1%B8%A5mad-al

(k) https://www.wattpad.com/1140019203-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-148-dampak-parah

Saya kadangkala menemukan sebahagian aswajaean menghasilkan poster atau memaparkan poster yang mengumpulkan gambar ulama yang menjadi ikutan dan teladan mereka. Adakalanya, saya melihat beberapa daripada keluarga al-Ġumāriyy, terutamanya Aḥmad bin aṣ-Ṣiddīq dan adiknya; *Abdullah diletakkan bersama sama ada sekelompok dengan golongan al-Ḥabīb dan selainnya.

Padahal, boleh sahaja sebenarnya kedua-dua tokoh ilmuwan ini atau keluarga ini secara umum tidak sama dengan ilmuwan yang lain yang mereka letakkan bersama. Kalaulah mereka tahu bagaimana sikap keras Aḥmad bin aṣ-Ṣiddīq terhadap pentaklid dan ašᶜarian atau bagaimana sikap adiknya; *Abdullah terhadap hadis atau hakikat sebenar tradisi madrasah keluarga ini, pasti sama ada mereka akan membuangnya daripada poster tersebut atau mereka akan teragak-agak untuk mengelompokkan bersama atau menyimpan rasa ketidakpuasan hati terhadap mereka.

Namun, malangnya adalah aswajaean selalunya ignoran tentang hakikat keluarga al-Ġumāriyy. Mereka seringkali mengelompokkan bersama seolah-olah keluarga ini dan mereka yang lain berada pada sama manhaj dan pemikiran. 

Mereka hanya angkat keluarga ini kerana mereka ini semata-mata ahli bait yang sufi lagi giat melawan wahabi. Padahal, mereka ini berhaluan yang sangat berbeza dengan arus perdana pada manhaj yang mendasar sekali.

Demi purnama yang menyala di malam hari! Keluarga al-Ġumāriyy jauh lebih mulia daripada golongan al-Ḥabīb dan yang membawa sama-sama pemikiran al-Ḥabīb. Kalau ada dari golongan tokoh tersebut yang hakikatnya adalah penglipur lara, tidak teliti dalam hadis, manhaj keilmuan yang rancu dan membawa kesufian yang rosak, maka sesungguhnya keluarga ini berlepas diri daripada mereka.

Hantaran 125

Hadis-hadis tentang Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- mencium titit al-Ḥasan atau al-Ḥusayn -roḍiyallahu *anhumā- tidak sahih menurut kesepakatan penilaian hadis pada masa kini berdasarkan apa yang saya tahu. Padahal, jika diikutkan kaedah penguatan hadis dhaif yang digariskan Ibn aṣ-Ṣolāḥ, hadis dhaif sebegini boleh dikuatkan statusnya sehingga menjadi hasan liġoyrih dengan memajmukkannya.

Saya adakalanya dicela dan sebegitu juga nasib pendahulu saya; *Amr *Abdul Mun*im Salīm melalui kitabnya «al-Ḥasan Bi Majmū* aṭ-Ṭuruq Fī Mīzān al-Iḥtijāj Bayna al-Mutaqoddimīn Wa al-Muta^akẖkẖirīn» dan mereka yang mengikuti pandangannya bahawa hadis dhaif tidak boleh dikuatkan dengan hadis dhaif melalui sanad yang lain. Bahkan, ada yang sampai mengatakan pandangan *Amr *Abdul Mun*im Salīm adalah syaz.

Sekarang, mengapa mereka tidak menguatkan hadis ini walaupun ia telah menepati syarat yang mereka tetapkan? Mengapa mencela kami yang tidak menerima kaedah ini, tetapi mereka sendiri tidak mengamalkan apa yang mereka cela kami kerana tidak melakukannya?

Dari sini, jelas apa yang saya sentiasa tegaskan bahawa kaedah penguatan seperti ini adakalanya tidak dipakai langsung kerana ia tidak menyebelahi pihak mereka. Ini baru salah satu contoh dan contoh yang saya bawa ini adalah contoh yang ekstrim.

*Amr *Abdul Mun*im Salīm, saya dan mereka yang mengikuti pandangannya dalam permasalahan ini konsisten dengan pendapat kami dan kami dari awal tidak menerima kesahihannya serta kami tidak melakukan kontradiksi dalam pengamalan kami berasaskan apa yang kami telah gariskan metodologi padanya.

Hantaran 126

Akibat melampau dalam penggunaan kaedah ₍Sadd aḏ-Ḏarō^i*₎, alasan untuk menutup fitnah dan menganggap dosa rasa syahwat itu sendiri, akhirnya wanita tidak dibenarkan hadir ke masjid jika dia adalah seorang yang membangkitkan syahwat.

Malah, yang lebih jahat lagi adalah ia adalah diskriminasi untuk wanita. Bagaimana pula jika lelaki menghadapi isu yang sama? Adakah kita mengaplikasikan yang sama kerana punca hukumnya adalah sama? Sudahlah manhaj aplikasi bercanggah. Kemudian, berlebihan pula dalam menekan wanita.

Sebab itu saya tidak hairan jika akan ada fatwa bahawa sesiapa sahaja dari kalangan lelaki dan wanita tidak boleh berurusan jual beli atas alasan ia menimbulkan syahwat dan demi mengelakkan fitnah. Saya juga tidak hairan jika akan ada fatwa bahawa mereka tidak boleh bekerja sebagai pelayan restoran atas alasan ia menimbulkan syahwat dan menimbulkan fitnah. Cuba lihat apa asas daripada fatwa ini dan apa yang menggerakkannya?

Saya mendedahkan dan menjelaskan secara tegas dalam isu ini kerana ia boleh menjadi jenayah ilmiah yang besar yang tidak disedari oleh sebahagian orang, bahkan ilmuwan sekalipun.

Jika saya ingin berkata sepertimana *Abdullah al-Ġumāriyy berkata selepas membawakan beberapa penafsiran yang berbentuk majaz yang mana dia anggap ia adalah salah :

ولهذه المناسبة، ننبه إلى قاعدة هامة غفل عنها المفسرون قاطبة فيما أعلم إذ لم أجد منهم من فطن لها أو نبه إليها وبسبب غفلتهم عنها وقع كثير منهم في تفسيرات مخطئة مثل التفسيرين المذكورين.

"Kesempatan ini, kami mengingatkan tentang kaedah yang penting yang para pentafsir secara keseluruhan mengalpakannya melalui apa yang aku tahu memandangkan aku belum menemukan mereka yang cakna padanya atau memperingatkan tentangnya. Dengan sebab kealpaan mereka, kebanyakan mereka terjebak dengan tafsiran-tafsiran yang salah seperti tafsir-tafsir yang telah disebutkan". [Bida* at-Tafāsīr, m/s 66-67, keluaran Dār ar-Rōšād al-Ḥadīṯah].

Maka, saya akan katakan bahawa saya perlu mengingatkan perkara ini yang mungkin hampir keseluruhan ilmuwan alpa dengannya.

Yang salah tetap salah. Kita akan jelaskan apa yang mereka alpa dan terlalai padanya serta membentangkan apa yang mereka silap, mengkritiknya dengan hujah ilmiah dan menawarkan metodologi yang tulen bagi isu ini.

Untuk pembentangan lanjut, boleh rujuk penulisan saya yang berjudul «Adakah Syahwat Itu Sendiri Berdosa?», «Khuatir Fitnah Yang Membawa Fitnah» dan «Tersalah Menghalalkan Sesuatu Lebih Baik Dari Tersalah Mengharamkan Sesuatu».

Hantaran 127

Saya menyatakan larangan berkhalwat dengan sesama mahram bukan bersifat taabudi, tetapi dilihat dari pertimbangan maqasid, iaitu jaminan keselamatan daripada berlakunya zina dan pencabulan. Namun, tetap juga ada yang mencela kerana saya mengkehadapankan illah yang tidak ada naṣ yang jelas untuk menyatakan sedemikian dan saya menyalahi kesepakatan para ulama dalam penegahannya secara mutlak.

Namun, lihat kupasan ilmuwan ini apabila menyatakan bahawa larangan wanita bermusafir tanpa ditemani mahram adalah bukan taabbudi, tetapi untuk mencapai suatu aspek maqasid, iaitu jaminan keselamatan sepanjang perjalanan. 

Tidak ada naṣ yang jelas pun untuk menyatakan sedemikian, tetapi ijtihad untuk mengkehadapankan illah hukumnya diwacanakan dan dipertimbangkan. Kupasan illah ini tidak ada pada mana-mana terdahulu dan menyalahi kesemua mereka. Kupasan seperti ini hanya ada pada perbincangan di zaman ini sahaja.

Mengapa dalam isu khalwat terus dipertahankan habis-habisan bahawa ia adalah larangan taabbudi, tetapi dalam isu larangan permusafiran wanita tanpa ditemani mahram dikupas dari sudut aspek maqasid? Padahal, apa yang saya kupas adalah berasaskan sepertimana yang mereka bentangkan. Mengapa tidak konsisten? Apakah kerana isu khalwat tidak memenangkan kepentingannya, lalu itu menyebabkan dia sanggup percanggahan atau menjustifikasikan sikap hipokritnya?

Dari sini kita nampak dua perkara. Yang pertama adalah bagaimana sebahagian agamawan menjadi kontradik, rancu atau mungkin sahaja hipokrit apabila mengupas dalam isu yang berkait rapat dengan seksual. Yang kedua adalah bahawa illah bagi hukum boleh didapati secara ijtihad dan berdasarkan kaedah yang diterima. Tidak perlu naṣ yang menyatakan secara eksplisit agar absah kehujahannya dan pengamalannya.

Hantaran 128

Saya menyimpulkan pertembungan antara salafi dan saya secara peribadi dengan aliran ašᶜarian dengan sebab berikut yang terjadi pada aliran tersebut :

(a) Menjauhi kitab-kitab para tokoh salaf yang menjadi rujukan yang paling mendasar dalam memahami manhaj salaf seperti «H̱olq Af*āl al-*Ibād» karya al-Buẖōriyy, «as-Sunnah» karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal dan «as-Sunnah» karya Abū Bakr al-H̱ollāl atau kitab yang mengumpulkan kalam salaf seperti «al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār» karya aḏ-Ḏahabiyy dan «Ijtimā* al-Juyūš al-Islāmiyyah Fī Ḥarb al-Mu*aṭṭilah Wa al-Jahmiyyah» karya Ibn Qoyyim al-Jawziyyah.

(b) Akibat menjauhi kitab mereka, maka mereka ignoran terhadap pendirian salaf sebenar dalam isu pengisbatan sifat Allah dan interaksi dengan naṣ mutasyabihat sehingga mudah menuduh orang lain sebagai mujassimah, musyabbihah, hasywiah dan karrōmian. Bahkan, tuduhan ini sampai menghunus ke arah para imam salaf kebesaran seperti Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal dan Abū Bakr al-H̱ollāl serta beberapa tokoh ilmuwan sesudahnya.

(c) Meniru perangai jahmian dalam mempertikaikan pengisbatan sifat Allah serta tuduhan mujassimah dan musyabbihah terhadap ahli sunnah.

(d) Memperkenalkan konsep tafwid.

(e) Membahagikan sifat kalam Allah kepada nafsi dan lafzi.

Seluruh tema yang saya sebutkan ini sudah saya sentuh di dalam penulisan yang saya kumpul di sini : https://www.wattpad.com/1194045000-pembuka-kepada-interaksi-amir-kazuma-senarai

Selebihnya secara umum adalah saya bersepakat dengan pendapat dan manhaj mereka.

Hantaran 129



Pada saya, Sidang Kalam dan Noor Deros secara khusus tidak ubah seperti Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ḥasaniyy. Jika kita membaca kitabnya yang berjudul «az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-*Amāl al-Munkaroh» dan «I*lām al-Muslimīn Bīmā Fī Kalām at-Tijāniyy Min al-Kaḏib aẓ-Ẓōhir Wa al-Kufr al-Mubīn», maka kita tidak tersentak dan kehairanan apa yang dibawa dan diperjuangkan Noor Deros dan Sidang Kalam.

Bagi yang telah mengenali Muḥammad az-Zamzamiyy dan keluarga al-Ġumāriyy secara khusus, tidak ada yang dihairankan dengan kelainan yang dibawa mereka meskipun sama-sama dalam bendera sufi, bahkan sama-sama adik-beradik dalam satu keluarga ahli bait. Jika keluarga al-Ġumāriyy ada keunikan tersendiri, maka apa lagi ingin dihairankan pada kelainan yang ada sama-sama keluarga dan sama-sama sufi?

Rakyat Malaysia yang hanya menggelar mereka sebagai wahabi secara sembarangan sebenarnya tidak kenal Muḥammad az-Zamzamiyy, keluarga al-Ġumāriyy dan kepelbagaian pemikiran dan fokus perjuangan walaupun dalam satu kelompok yang sama. Mereka ini hanya berfikiran binari dan hanya mengenali kebenaran melalui ahlinya, bukan mendasarkan kebenaran untuk mengenali ahlinya.

Sekadar pengamatan saya, sememangnya Noor Deros dan Sidang Kalam memang beraliran ašᶜarian. Pembentangan mereka adalah jelas dan pendirian mereka dalam beberapa isu pun boleh dikenali perspektif kaca mata aliran mereka dalam isu-isu naṣ mutasyabihat yang berkaitan dengan sifat Allah, sifat kalam Allah dan pandangannya tentang Ibn Taymiyyah.

Cuma, Noor Deros dan Sidang Kalam mungkin ada tambahan pendekatan dalam penyampaian dengan menyelitkan unsur sakarstik dan jenaka atau mengintegrasikan pelbagai cabang ilmu yang lebih banyak untuk satu topik. Itu sahaja. Yang penting adalah fokus kepada pengisian hujah, bukan hanya melabel penyelisih dan bersabung secara sentimen sahaja.

Hantaran 130

Antara yang saya hairan dengan Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy adalah dia seorang sufi yang pekat, tetapi sangat rampang terhadap ašᶜarian yang mana ia menjadi manhaj ikutan dalam akidah bagi sufi secara arus perdana. Namun, dalam masa yang sama, dia boleh berhibur bersama dengan para sufi yang lain dengan zikir sambil menari bersama.

Adiknya; Muḥammad az-Zamzamiyy dalam «az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh» menceritakan bahawa abangnya ini menari sehingga tercabut serbannya. Entah apa yang terjadi pada kepalanya ketika menari sehingga terjadi sebegitu.

Ini menunjukkan bahawa meskipun masing-masing ada pergeseran yang besar dalam isu perbezaan aliran, namun itu tidak bermakna masing-masing tidak boleh berkumpul bersama untuk berhibur dalam perkara yang sama minat.

Saya sendiri pun berharap sebegini. Saya juga sepertimana Aḥmad al-Ġumāriyy yang memiliki perseteruan sengit bersama aliran ašᶜarian sepertimana yang telah saya kemukakan di banyak penulisan saya. Cuma, saya antara orang yang bersama dalam berpendapat keharusan berzikir sambil menari.

Saya tidak ada masalah untuk menghadiri majlis kesufian yang ada zikir sambil menari, Saya boleh lupakan sebentar polemik yang terjadi bersama mereka. Yang penting adalah kita fokus kepada majlis dan memeriahkan majliz zikir tanpa perlu memanjangkan dan membawa sengketa di tempat yang tidak sepatutnya.

Mungkin agak sukar untuk menerima bahawa salafi seperti saya menerima pandangan berzikir sambil menari, apatah lagi zikir sambil menari bersama para sufi. Namun, jika itu tidak mustahil pada Aḥmad al-Ġumāriyy yang berbeza aliran akidah dengan sufi arus perdana, ia tidak mustahil pada yang lain.

Hantaran 131

Yang menuduh kita ini tidak menghormati para ulama, lihat sendiri apa yang mereka lakukan pada Abū Sa*īd ad-Dārimiyy dan Abū Bakr al-H̱ollāl. Kedua-duanya yang tidak dirobekkan kredibilitinya setelah 900 tahun kewafatannya walaupun daripada ašᶜarian sendiri telah menjadi mangsa yang dizalimi sehabis-habisnya oleh tangan orang yang menuduh kita ini yang tidak menghormati ulama!

Yang menuduh kita ini tidak menyantuni ahli bait, lihat sendiri apa yang mereka lakukan Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy dan adiknya; Muḥammad az-Zamzamiyy. Kalau mereka tidak ingin mengkritik pandangan kedua-duanya, mereka akan buat-buat tidak tahu pandangan mereka berdua dalam isu yang mereka dalam pertikaian bersama kita.

Percayalah. Pasti akan terserlah hipokrit mereka yang zahirnya selalu berslogan menghormati ulama dan mencintai ahli bait. 

Kita bukanlah membenci perintah untuk menghormati ulama dan mencintai ahli bait. Kita cuma membenci sebahagian mereka yang suka berslogan seperti ini hanya untuk kepentingan kepuakan mereka.

Hantaran 132

Jika ditanya tentang bagaimana yang difahami dengan pengisbatan sifat Allah dengan makna zahir pada naṣ-naṣ mutasyabihat, maka jawapannya adalah menurut menurut Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ, ia mengisbatkan sifat tangan, tetapi bukan anggota. Lalu, disebutkan bab sifat tangan. Mereka tidak mengisbatkan anggota kerana mereka tidak tahu hakikat tangan itu.

Menurutnya lagi, ia adalah jalan yang ditempuh oleh salaf dan khalaf. Antara ungkapan mereka adalah: "Zahir maknanya bukan yang dimaksudkan". Ia bermaksud anggota bukanlah yang dimaksudkan. Inilah makna isbat sifat pada zahir maknanya di sisi ahli ilmu, lalu mereka berkata: "Tanpa tasybih, penyerupaan dan penjisiman". Rujuk komentarnya di sini : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1399466960467573&id=100012128473491

Sememangnya benar. Mereka yang dari kalangan salaf yang melakukan isbat sebegini adalah Abū Sa*īd ad-Dārimiyy dalam «an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy» dan Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy dalam «at-Tabṣīr Fī Ma*ālim ad-Dīn». Manakala, dari kalangan yang terkemudian adalah seperti golongan ḥanbalian dan Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy dalam «Maqōlāt al-Islāmiyyīn Wa Iẖtilāf al-Muṣollīn» dan dinyatakan semula oleh Ibn *Asākir dalam «Tabyīn Kaḏib al-Muftarī Fīmā Nusiba Ilā al-Imām Abī al-Ḥasan al-Aš*ariyy» serta Abū Bakr al-Bayhaqiyy dalam «al-Asmā^ Wa aṣ-Ṣifāt».

Semoga dapat difahami bagaimana yang dimaksudkan dengan manhaj isbat.

Hantaran 133


Kata Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ: "Aku tidak bertaklid kepada madrasah al-Ġumāriyy. Akan tetapi, aku menyukai manhaj ilmu yang kukuh secara kritikal, bukan taklid. Mereka sendiri pun tidak menyukai taklid". [Rujuk : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1399466960467573&id=100012128473491].

Kata-kata yang hebat dari seorang murid besar dari keluarga al-Ġumāriyy, iaitu *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq, adiknya; *Abdul *Azīz dan Ibrōhīm. Banyak wacananya ketika berbicara tentang keluarga ini, pasti akan disisipkan sekali haruman pujiannya yang menjulang tinggi terhadap keluarga ini. Kita boleh lihat betapa besarnya pengagungannya terhadap keluarga ini. Beberapa karya peninggalannya juga mengabadikan pujiannya untuk keluarga ini.

Akan tetapi, dia tetap bertegas untuk menyatakan bahawa dia tidak bertaklid kepada mereka dalam beberapa permasalahan walaupun besarnya penghormatan kepadanya. Inilah cara seorang murid menjunjung besar amanah, wasiat dan pendirian gurunya yang benar-benar di atas manhaj yang teguh.

Seperti itulah yang selalu sahaja diungkapkan oleh golongan zaydian dengan bangga bahawa nisbah mereka kepada Zayd bin *Aliyy adalah nisbah kemuliaan, bukan kerana taklid. [Rujuk : Az-Zaydiyyah : Naẓoriyyah Wa Taṭbīqiyyah karya*Aliyy bin *Abdul Karīm al-Faḍīl, https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=252015461879401&id=100012128473491https://www.facebook.com/think1tanks/photos/a.498816806844208/543183342407554/ dan https://alzzaidi.wordpress.com/2017/05/08/%d8%ad%d9%82%d9%8a%d9%82%d9%8e%d8%a9-%d8%a7%d9%86%d8%aa%d8%b3%d8%a7%d8%a8-%d8%a7%d9%84%d8%b2%d9%91%d9%8a%d8%af%d9%8a%d8%a9-%d8%a5%d9%84%d9%89-%d8%a7%d9%84%d8%a5%d9%85%d8%a7%d9%85-%d8%b2%d9%8a%d8%af/].

Ini sememangnya kata-kata yang auranya sukar ditiru sama oleh mana-mana penisbahan pada tokoh atau kelompok atau institusi yang lain.

Bayangkan kalau ada seseorang berkata dengan bangga bahawa nisbahnya kepada azharian atau šāfiᶜian atau ašᶜarian adalah nisbah kemuliaan sahaja, bukan kerana taklid. Pasti kita akan melihat ada reaksi yang tidak manis pada sebahagian orang mendengarnya.

Namun, ia tidak akan terjadi pada mereka yang mengikuti madrasah keluarga al-Ġumāriyy dan mereka yang menisbahkan diri kepada zaydian. Bahkan, mereka memandang tinggi kata-kata tersebut, lebih-lebih jika orang itu adalah yang benar-benar menjunjung manhajnya.

Apa sebenarnya yang terjadi? Mengapa ada perbezaan respons dalam penisbahan ini? Ini sewajarnya patut kita renungkan bersama.

Hantaran 134


Perkongsian sifat Allah dengan sifat manusia adalah sekadar lafaz sahaja, bukan maknanya. Jika ada pun, ia dari segi natijah dan kesan daripadanya.

Contohnya adalah sifat ilmu pada Allah dengan makhluk. Sudah tentu kedua-duanya tidak sama. Yang kita dapat tahu adalah ia adalah capaian bagi sesuatu. Ini adalah paling hujung yang kita mampu dalam mengenali nisbah bagi sifat Allah. Kita mengetahuinya hanya dengan kesannya, bukan pada hakikatnya.

Contoh yang lain adalah sifat penghasil. Kita menghasilkan kerusi, lalu adakah ini menunjukkan makna dan hakikat sifat Allah adalah menyerupai manusia? Pasti sama sekali tidak. Ini kerana Allah menghasilkan sesuatu daripada yang tiada, manakala kita memanfaatkan cebisan yang wujud pada alam ini pada asalnya. 

Sememangnya benar tatacara penghasilan adalah pelbagai dan ini adalah jelas. Akan tetapi, hakikat sifat yang merangkumi sifat ciptaan adalah berbeza. Perkongsian makna adalah sekadar daripada natijah dan kesan, bukan hakikat sifat itu sendiri.

Kita sama sekali tidak dapat mencerna hakikat sifat Allah sepertimana kita tidak mampu menggapai hakikat zat-Nya. Tidak ada penyerupaan pada hakikat sifat Allah dengan makhluk-Nya secara mutlak.

Ini adalah wacana yang secara dasarnya boleh disepakati oleh golongan ašᶜarian dan ḥanbalian. Sekalipun ḥanbalian tidak menyatakan secara jelas sepertimana ini, tetapi dalam isu penafian kelaziman jisim dan yang berlaziman dengannya sekaligus menunjukkan bahawa asas penafian penyerupaan antara sifat Allah dengan makhluk adalah sama. Cuma, berbeza pada sudut cara penyampaian.

Sememangnya akan ada perbezaan halus antara ašᶜarian dengan ḥanbalian. Namun, jika ingin dicari titik persamaan antara kedua-duanya adalah bermula dengan ini.

Namun, wacana Ibn Taymiyyah tentang kadar persamaan bagi makna ketika pengisbatan sifat Allah serta isu kejisiman bagi-Nya dan kelazimannya mengubah lanskap perbincangan sehingga ia melebarkan lagi jurang antara salafi pada hari yang menjadi Ibn Taymiyyah sebagai kiblat panutan dengan ašᶜarian pada hari ini. Malah, yang menjadi pegangan penganut ḥanbalian pada hari ini boleh dikatakan sedikit jika dibandingkan dengan para pengikut Ibn Taymiyyah dalam isu ini.

Kita boleh lihat perbezaan wacana antara kedua-duanya di sini :

(a) Wacana Ibn Taymiyyah : https://www.alukah.net/sharia/0/124444/#ixzz7GCtoODWS

(b) Wacana dari perspektif ašᶜarian : https://muzakkiroh.blogspot.com/2021/12/blog-post_31.html

(c) Kupasan daripada saya : https://www.wattpad.com/1188327673-at-ta-l%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D%5E-131-ibn-taymiyyah-dan

Hantaran 135

Sebahagian orang menyangka bahawa saya menghabiskan banyak masa untuk pornografi atau melayani hiburan erotika kerana melihat banyak yang saya kongsi pada gambar atau videonya.

Sebenarnya, erotisisme itu sekadar pakaian atau metod pendekatan saya dalam berdakwah atau sekadar penghubung minat dengan beberapa orang dalam komuniti erotikawan. Saya lebih banyak menghabiskan masa untuk membaca, mendengar kuliah dan menonton dokumentari.

Jika ada masa yang lebih, saya akan menulis pada perkara yang saya merasakan elok untuk dkongsikan kepada pembaca atau berbincang bersama dengan teman atau orang yang tidak kenali yang saya bertemu di media sosial yang bagi saya layak untuk berbincang.

Adakalanya, saya tidak melayan apa-apa filem sama ada anime atau dari Hollywood atau dari mana-mana selain itu selama seminggu. Saya lebih banyak menghabiskan masa untuk mengkaji, menelaah dan menulis. Malah, setiap kali ada masa yang lapang, prioriti utama yang lebih saya fikirkan adalah membaca dan belajar sesuatu.

Bahkan, kalau saya membaca doujin pun, saya belajar perkataan Inggeris yang baharu. Jika menonton anime pun, saya akan cuba sedaya upaya mencari yang ada kualiti dari segi penyampaian falsafah, sejarah, ideologi dan lain-lain yang mana saya boleh mengaitkannya jika ada keperluan ketika berwacana. Jika tidak, saya mengambil pelajaran dari perkataan bahasa Inggeris melalui sari katanya.

Saya telah menghasilkan banyak penulisan yang kebanyakannya telah diterbitkan di Wattpad. Ini bukti yang cukup bahawa saya telah memperuntukkan banyak masa untuk mengkaji, mengulangkaji dan membaca sebelum menulis.

Di Instagram, saya telah mengumpulkan penulisan ilmiah yang saya baca di Facebook dengan tanda pagar ‛#
من_الفوائد_الإسلامية’ yang mengumpulkan penulisan agama dalam bahasa Arab. Boleh rujuk di sini : https://www.instagram.com/explore/tags/%D9%85%D9%86_%D8%A7%D9%84%D9%81%D9%88%D8%A7%D8%A6%D8%AF_%D8%A7%D9%84%D8%A5%D8%B3%D9%84%D8%A7%D9%85%D9%8A%D8%A9/

Di situ juga saya juga telah mengumpulkan penulisan ilmiah yang saya baca di Facebook dengan tanda pagar ‛#perkongsian_ilmu_agama’ yang mengumpulkan penulisan agama dalam bahasa Melayu dan. Boleh rujuk di sini : https://www.instagram.com/explore/tags/perkongsian_ilmu_agama/

Di situ juga saya juga telah mengumpulkan penulisan ilmiah yang saya baca di Facebook dengan tanda pagar ‛#islamic_knowledge_sharing’ yang mengumpulkan penulisan agama dalam bahasa Inggeris. Boleh rujuk di sini : https://www.instagram.com/explore/tags/islamic_knowledge_sharing/

Silalah cari dan ambillah manfaat daripadanya kerana itu semua bukan penulisan saya sendiri, tetapi daripada penulisan orang lain yang kongsikan. Semua yang saya kongsikan di situ adalah yang telah saya baca dan segala puji bagi Allah, ia telah beratus-ratus jumlahnya.

Saya juga telah membina halaman di Facebook untuk berkongsi pengisian ilmiah sama ada berbentuk penulisan, perkongsian pautan untuk penulisan ilmiah yang tidak terhad pada agama, tetapi merangkumi ilmu sains, sosiologi, psikologi, falsafah, idea, teknologi, sejarah, perkembangan terkini dan lain-lain serta saya juga berkongsi kata-kata ilmiah yang ringkas yang mana saya selalunya tidak berkongsi ke Instragram.

Di Discord dan Twitter, walaupun saya berkongsi media erotik, saya tetap berkongsi penulisan ilmiah yang tidak terhad pada agama, tetapi merangkumi ilmu sains, sosiologi, psikologi, falsafah, idea, teknologi, sejarah, perkembangan terkini dan lain-lain serta saya juga berkongsi kata-kata ilmiah yang berbentuk ringkasan.

Itu belum lagi pembacaan yang ketika saya belum menghasilkan akaun tersebut. Saya telah bergelumang dengan pembacaan dan penelaahan serta pembelajaran ilmiah sebelum saya melibatkan diri dalam penulisan dan menghasilkan akaun media sosial tersebut. Bahkan, bukan semua apa yang saya baca di dalam talian ini saya mengongsikannya di mana-mana laman sosial.

Apapun, saya ingin membuktikan bahawa pornografi atau erotisisme bukanlah sesuatu yang saya menghabiskan banyak masa untuknya. Saya kalau ingin melayaninya, itu pun apabila saya ingin melancap atau selainnya. Itu sahaja.

Bahkan, saya juga pernah menegaskan kepada rakan-rakan saya untuk terlalu membazirkan banyak masa untuknya. Saya selalu sahaja menyarankan untuk mereka berkongsi hal-hal ilmiah walaupun ia perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian seperti perpaipan, pengurusan kenderaan dan lain-lain.

Mungkin ada yang tertanya-tanya jika tontonan pornografi ini memberi kesan kepada ingatan saya. Saya katakan, tidak. Saya telah menghafal beberapa ayat-ayat al-Quran yang selain daripada surah-surah lazim dan saya juga telah menghafal beberapa matan hadis, khususnya yang berkaitan dengan doa dan zikir bagi amalan seharian. Malah, saya juga dapat ingat dengan jelas di mana rujukan bagi sesuatu kenyataan seseorang tokoh ilmuwan, bahkan babak di episod atau siri bagi sesuatu anime.

Segala puji bagi Allah, kemudian segala puji bagi Allah. Semoga kita semua dikurniakan gudang hafalan yang besar, keteguhannya dan kualitinya sepanjang hayat kita.

Cuma, saya akan terlupa jika saya tidak mengulangkaji atau melazimkan pembacaannya atau saya akan mudah terlupa jika ia adalah bahagian yang saya tidak minat atau tidak penting bagi saya untuk menancapkannya dalam ingatan saya. Itu sahaja.

Bagi saya, ini tidak hanya berlaku pada saya, tetapi sebahagian ustaz yang telah berkecimpung lama dalam pengajaran. Kadangkala, mereka juga berterus-terang bahawa mereka sudah terlupa kerana sudah lama mengulangkajinya. Bahkan, ada yang sampai tidak ingat sama ada kitab «Safīnah an-Najāh» karya Sālim bin Sumayr al-Ḥaḍromiyy sama ada merujuk kepada kitab akidah ataupun tidak walaupun dia berkata dia pernah mempelajarinya dahulu.

Oleh itu, pornografi tidak ada kaitan sama sekali dengan penyusutan kekuatan hafalan seseorang. Ia disebabkan perkara itu sudah lama tidak diulang kaji. Itu sahaja.

Cuma, mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa saya banyak berkongsi video atau gambar erotik di laman sosial. Saya katakan, saya ada tabiat untuk berkongsi apa sahaja yang saya nampak menarik. Ia tidak terhad pada erotika sahaja, tetapi ia juga pada ciapan ringkas di Twitter atau penulisan pendek di laman sosial yang lain atau penulisan panjang atau laman web bagi sesuatu penulisan. Itu sahaja.

Akan tetapi, saya tidaklah berkongsi secara sembarangan. Jika halaman di Facebook, saya fokus pada pengisian ilmiah. Jika di Instagram, saya telah tandakan penulisan ilmiah dengan tanda pagarnya. Jika di tempat lain, saya akan bercampur baur, tetapi saya sedaya upaya tidak sampai hiburan erotika terlalu mendominasi sehingga pengisian yang bermanfaat terlepas dari perkongsian.

Hantaran 136

Sudah beberapa kali saya didesak dengan nada kemarahan agar saya tidak memaparkan erotisisme di media sosial, mengubah penampilan saya serta berhenti dari melayan dan berkongsi bahan erotik di media sosial. Malah, sebahagian itu juga sehingga menekan saya agar menerima teguran dan nasihat mereka.

Saya faham yang mereka ini mungkin mengenali saya di media sosial dan merapati saya dalam perbahasan agama, tetapi tersentak apabila mengetahui hakikat diri saya yang berlainan dari apa yang dipersepsikan atau sememangnya tidak pernah mengenali saya, tetapi tidak boleh menerima hakikat bahawa seseorang yang berbahas tentang agama secara kritis terbabit dengan erotisisme.

Mereka mungkin belum baca atau belum tahu beberapa penulisan saya dalam menyatakan dan menjelaskan pendirian saya untuk menampilkan erotisisme di laman maya. Mereka boleh baca penulisan saya yang berjudul «Mengapa Saya Menzahirkan Erotisisme Di Ruangan Maya?» dan beberapa penulisan saya yang berkaitan di sini :

(a) https://www.wattpad.com/918504348-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-21-mengapa

(b) https://www.wattpad.com/921261747-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-29-saya-tidak

(c) https://www.wattpad.com/1035556794-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-49-antara

(d) https://www.wattpad.com/1060495283-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-60-saya-dan

(e) https://www.wattpad.com/1073556305-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-66-tanggapan

(f) https://www.wattpad.com/1106777222-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-89-interaksi

(g) https://www.wattpad.com/1122591346-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-102-salafi

(h) https://www.wattpad.com/1126201557-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-105

(i) https://www.wattpad.com/1151177185-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-120

(j) https://www.wattpad.com/1164729845-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-125-saya-dan

(k) https://www.wattpad.com/1181790210-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-131-antara

(l) https://www.wattpad.com/1263047171-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-171-perlunya

(m) https://www.wattpad.com/1181423416-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-isu-seksual-bicara-ringkas-49

(n) https://www.wattpad.com/1266300532-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-isu-seksual-bicara-ringkas-56

(o) https://www.wattpad.com/1111309507-koleksi-hantaran-amir-kazuma-di-media-sosial-yang

(p) https://www.wattpad.com/1176048199-koleksi-hantaran-amir-kazuma-di-media-sosial-yang

Sesudah baca apa yang ada di sini, saya berharap agar difahami mengapa saya tetap dengan pilihan saya meskipun ramai yang membencinya dan saya tidak mempedulikan suara-suara desakan yang membenci. Inilah haluan yang saya pilih berasaskan prinsip yang bukan hanya sekadar bicara kosong.

Saya tidak mengharapkan sesiapa untuk menerimanya atau bertoleransi dengan apa yang saya pilih ini. Walau apapun, saya tetap dengan keputusan dan pilihan ini biarpun orang membencinya.

Hantaran 137

Saya tahu ada pihak yang tersinggung walaupun mereka juga dari kalangan yang gemar menonton video atau gambar lucah dan erotik dan tentu lagi para agamawan kerana saya bukan sahaja kerana membawa pandangan yang kontroversi lagi pelik daripada yang lain, khususnya dalam isu seksual, bahkan kerana saya memaparkan diri sebagai erotikawan, tetapi berbicara seakan-akan orang ortodoks, konservatif, fundalimentalis dan tradisionalis seolah-olah tanpa malu dengan penampilan yang dianggap tidak senonoh.

Pun begitu, apa yang saya tampilkan ini adalah melalui pendirian yang memiliki dasar dan justifikasi, bukan cakap yang kosong atau sekadar ikut rasa sedap hati. Saya berharap kita perlu mengekalkan momentum dan semangat ilmiah serta usaha terbawa-bawa dengan gesaan sentimental serta terbawa dengan perasaan emosi yang membuak-buak, khususnya rasa kegusaran jika betul-betul mahu jawapan dengan serius dan objektif. 

Jika ia sukar dihadam, lebih elok tinggalkan sahaja dan tidak perlu mempedulikan saya kerana saya sendiri tidak mengharap sesiapa pun untuk bertandang dan menyapa atau diambil berat, apatah lagi diberi perhatian.

Untuk mengelakkan salah faham, saya mencadangkan pembaca penulisan saya yang berikut yang menjadi punca ketegangan antara saya. Penulisan ini adalah justifikasi tindakan saya dan menjadi sebab bagi cara saya berinteraksi dengan manusia serta penafsiran terhadap dunia sekeliling, sama ada nyata ataupun abstrak.

Jika berkaitan dengan penampilan erotisisme, saya telah justifikasikannya di sini dalam penulisan saya yang berjudul «Diari Diri : Mengapa Saya Menampilkan Erotisisme Di Ruangan Maya?» dan yang berkaitan boleh baca di sini : https://www.wattpad.com/1179510234-koleksi-hantaran-amir-kazuma-di-media-sosial-yang

Jika berkaitan dengan sebab saya menyatakan bahawa tidak ada masalah untuk menampilkan erotisisme, khususnya bagi tujuan yang tertentu, maka dipersilakan untuk baca «Hukum Melihat Aurat Yang Bukan Hakiki», «Adakah Syahwat Itu Sendiri Berdosa?» dan «Perincian Kaedah Redha Terhadap Maksiat Adalah Maksiat Pada Tontonan Pornografi» di kolum «Fiqh Seksual».

Untuk mengenali lebih dalam tentang isu ini bagi yang berkesempatan, bacalah penulisan di kolum «Fiqh Seksual», Wacana Isu Seksual dan «al-H̱iṭōb al-Wajīz : Isu Seksual».

Jika untuk mengenali diri saya secara mendasar, boleh membaca di «Pengenalan Ringkas Diri Saya» dan «Jika Ada Ideologi Yang Boleh Saya Nisbahkan Kepada Diri Saya». Untuk tambahan perkenalan lagi, boleh baca di penulisan di kolum «Diari Diri Amir Kazuma» dan «Celoteh Peribadi Amir Kazuma».

Dengan pembacaan ini, saya berharap boleh meleraikan sengketa atau sekurang-kurangnya merapatkan jurang antara kita bersama dengan izin Allah. Saya harap penulisan yang lain juga dibaca supaya lebih luas lagi tentang dimensi pemikiran saya sehingga ia boleh membawa kepada justifikasi pada subjek yang dipertikaikan.

Jika ia bermanfaat, semoga Allah merahmati dan memberkati penimbaan pembaca dari curahan yang melimpah dari penulisan saya. Jika saya salah, maka itu adalah kekurangan daripada saya dan saya memohon keampuann daripada Allah atas kesilapan, ketempangan dan kekurangan dari sisi saya. 

Jika sesiapa yang ingin kekal bermusuhan dan hanya mahu bertelagah sahaja, maka saya tidak ada masa untuk melayaninya. Jika sesiapa tidak dapat menerima apa yang saya telah bentangkan, maka saya tidak memaksa serta saya tidak ada masalah jika seseorang mahu berpaling dan tidak mengambil peduli lagi.

Hantaran 138


Inilah kebenaran, namun ia pahit ditelan bagi sesetengah orang yang bermindakan falasi ₍Argumentum Ad Verecundiam₎!

Hantaran 139


Benar. Antara salah satu tanda taksub adalah suka mencemuh orang lain yang berbeza pandangan dengannya bersama sikap penafian terhadap bukti, penghujahan atau fakta yang menyanggahi pendapatnya.

Saya telah menyentuh hal tersebut di sini : https://www.wattpad.com/1078094246-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-80-tanda-besar 

Untuk teguran terhadap orang seperti ini, saya telah menulis dalam judul «Diari Diri : Saya Tidak Layan Pencela» dan «Diari Diri : Sang Jadong Dalam Kalangan Agamawan».

Atau boleh baca penulisan saya yang ini :

(a) https://www.wattpad.com/914389229-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-4

(b) https://www.wattpad.com/977214598-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-37-sikap

(c) https://www.wattpad.com/1224264069-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-154-ragam

(d) https://www.wattpad.com/1230647785-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-159

Hantaran 140

Saya melihat sebahagian orang tidak memahami kehendak pada artikel dari Pertubuhan IKRAM Malaysia ini. Artikel ini sebenarnya ingin mengingatkan sebahagian orang tidak kira sama ada pengikut terhadap penceramah pelawak dan penglipur lara atau pihak penguat kuasa supaya konsisten dalam berurusan kes ini dan menimbang sesuatu isu dengan lebih saksama.

Mengapa penceramah yang melawak sehingga menyebarkan hadis palsu yang mana ini adalah perbuatan terang-terangan menghina Islam masih giat berceramah dan mendapat jemputan untuk bersiaran di televisyen, sedangkan penceramah ini tidak ubah seperti wanita yang mereka kutuk dan ditekan habis-habisan dalam penghinaan terhadap agama ini, tetapi berbeza dari segi cara?

Sepatutnya penceramah ini juga patut diberikan respons yang sama dan fokus pembasmian yang setara, bukannya berpiawaian cabang kerana perbezaan dari segi pengaruh dalam masyarakat, penampilan seperti jubah, serban dan rida, cara pertuturan yang lunak, bicara yang manis dan kelantangan dalam menentang wahabi.

Selanjutnya boleh dibaca di sini : https://www.wattpad.com/1246302431-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-167

Hantaran 141

Sebahagian pembela Ibn Taymiyyah apabila kita menyatakan bahawa anutan akidah Ibn Taymiyyah adalah mujassim, mereka hanya mengutarakan jawapan balas bahawa makna jisim yang diisbatkan kepada Allah adalah bukan sepertimana yang difahami oleh mutakallimin dari kalangan ašᶜarian dan ḥanbalian, bahkan jahmian dan muᶜtazilian. Sememangnya inilah yang mereka mampu fokus dan telusuri dalam polemik isu ini.

Padahal, isu penjisiman bagi Allah menurutnya adalah isu pokok yang memiliki akar yang menunjanginya dan ranting yang mengesahkan jenis pokok itu. Dengan erti kata yang lain, permasalahan kita pada Ibn Taymiyyah bukan definisi jisim semata-mata, tetapi apakah sebab dia mempertahankan Allah itu berjisim dan mengapa kita yakin dari akar itu, nyatalah bahawa jisim yang dimaksudkan sebenarnya sememangnya yang dinafikan mutakallimin ahli sunnah kepada-Nya.

Daripada akar, kita tahu mengapa pohonnya sebegitu dan dari ranting, kita tahu bahawa ia adalah terlahir daripada pohon tersebut. Bacalah pembentangan pada penulisan yang dilampirkan dalam gambar ini untuk mendapatkan pencerahan.

Saya juga telah mengupasnya dengan lanjut dalam penulisan saya yang berjudul «Penajaman Deria Dalam Mengenali Sifat Yang Maha Mulia».

Hantaran 142

Segala puji bagi Allah. Kemudian, segala puji bagi Allah. Saya pernah menulis redaksi bantahan kepada orientalis dan kritikus hadis yang senada dengan penulisan ini. Boleh baca di sini : https://www.wattpad.com/1134658683-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-isu-hadis-dialog-ringkas-39

Antara kritikus yang hipokrit adalah golongan kritikus hadis dan orientalis yang cuba menjatuhkan institusi hadis, seninya dan keabsahan keilmuan itu sendiri. Tanpa mereka sedar, semakin mereka cuba mengotorkan jubah mulia ilmu hadis, semakin mereka membuka pekung aurat mereka satu persatu dan semakin membesar tompok aib mereka.

Hakikatnya, kritik terhadap ilmu hadis adalah kritik terhadap pensejarahan mereka sendiri jika mereka buat perbandingan dan analisis yang sama. Tidak akan ada siapa yang mampu menafikan dan meruntuhkan keunggulan ilmu hadis dan ahli ilmunya. Segala puji bagi Allah yang memulikan ulamanya dan memelihara ilmunya.

Tidak perlu layan syubhat yang cuba menggugat keutuhan seni hadis. Usaha mereka akan mencerminkan wajah hipokrit mereka atau kegagalan yang menghampakan jika kita guna cara yang sama untuk kritik pensejarahan mereka.

Hantaran 143

Saya sebenarnya sudah memperjuangkan penggantian perkataan yang lebih sesuai untuk pelaku liwat dan yang berkaitan dengannya dalam bahasa Arab.

Saya mencadangkan perkataan ₍al-Liwāṭiyy₎ (اللِّوَاطْيّ) adalah lebih sesuai berbanding ₍al-Lūṭiyy₎ (اللَُوطِيّ) kerana saya juga ada alasan yang sama yang dikemukakan aš-Ša*rōwiyy. Selanjutnya boleh dibaca di sini : https://www.wattpad.com/1070019441-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-isu-seksual-bicara-ringkas-42

Sebenarnya, usaha untuk mencadangkan penggantian alternatif bagi sesuatu penggunaan kalimah yang telah biasa digunakan adalah usaha yang telah dilakukan oleh Muḥammad al-Ġozzāliyy dalam «Turōṯunā al-Fikriyy Bayna al-*Aql Wa aš-Šar*».

Dia mencadangkan beberapa perkataan asing yang disebut dengan bentuk pinjaman yang tidak mengikut kaedah bahasa Arab ditukar kepada yang sesuai dengan perkataan bahasa Arab. Boleh baca nukilan saya tentang ini secara sepintas di sini : https://www.wattpad.com/906000221-wacana-isu-seksual-cadangan-perkataan-bahasa-arab

Saya sangat berharap agar ahli bahasa ambil berat untuk usaha pengubahan penggunaan kalimah ini dan mengambil kira perhatian aš-Ša*rōwiyy dalam hal ini.

Saya sebenarnya tertanya-tanya. Perkataan ₍al-Lūṭiyy₎ telah pun digunakan oleh para ulama hatta dalam kitab fiqh sepanjang zaman berzaman. Apakah tidak ada orang sebelum aš-Ša*rōwiyy menyuarakan perkara ini?

Hantaran 144

Jika ada orang memuji saya sebagai rajin, saya berkata kepadanya: "Kalaulah saya rajin, sudah tentu sekarang ini saya sudah mencapai tahap al-Ḥāfiẓ seperti Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy!".

Apapun, pena dari Wan Ji Wan Hussin berbaloi untuk diambil cetusan.

Hantaran 144

Netizen yang sepatutnya disekolahkan. Kalaulah mereka tahu tentang pendapat aurat yang hanya pada qubul dan dubur sahaja, pasti mereka tidak gopoh, lancang dan mencemuh sebegini.

Ibn Rojab al-Ḥanbaliyy dalam «Fatḥ al-Bārī» menyatakan bahawa pendapat bahawa peha bukan aurat adalah seperti Ibn Abū Ḏi^b, Dāwud, Abu Sa*īd al-Iṣṭiẖoriyy, Mālik bin Anas menurut salah satu pandangan dan Aḥmad bin Ḥanbal sepertimana yang dirajihkan oleh ashabnya yang mutaakhir. Badruddīn al-Ḥanafiyy dalam «*Umdah al-Qōrī Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy» menambahkan bahawa ia juga adalah pendapat Ismā*īl bin *Ulayyah.

Ia juga adalah pendapat al-Buẖōriyy sepertimana yang diakui Ibn Rojab al-Ḥanbaliyy dalam «Fatḥ al-Bārī» dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dalam «Fatḥ al-Bārī Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy».

Kalau kes ini membuatkan netizen berperangai sebegini, bayangkan kalau mereka mendengar pandangan tentang keharusan lancap menurut pandangan aḍ-Ḍoḥḥāk bin Muzāḥim dan sekelompok dengannya sepertimana yang dinukilkan Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy dalam «Iẖtilāf al-Fuqohā^», melihat aurat pada imej cermin dan bayangan air sekalipun bersyahwat sepertimana pandangan al-Qolyūbiyy dan al-Bujayrimiyy serta pelbagai pandangan lagi yang lain dilihat lain lagi pelik daripada mereka.

Bayangkan pula kalau mereka dapat tahu bahawa Sa*d al-Hilāliyy; profesor fiqh perbandingan di universiti al-Azhar menyatakan bahawa kepala wanita bukan aurat. Bayangkan pula kalau mereka tahu pandangan saya yang kontroversi dalam fiqh yang berkaitan dengan seksual.

Atas sebab itulah tidak ada manfaat melayani netizen. Rata-rata mereka ini hanya gemar memogok, gopoh membantah dalam keadaan jahil, lekas menghukum, tidak tulus untuk belajar, malas untuk menyelidik, tidak mahu mengkaji kebenaran, memandai-mandai, melagak tahu demi menampakkan diri bahawa merekalah satria pembela agama, membenci seseorang tanpa kesaksamaan, berkebuda-budakan yang tidak matang, tidak mampu berbincang ilmiah secara berhemah dan pelbagai lagi masalah.

No comments:

Post a Comment