Monday, May 16, 2022

Diari Diri : Ulasan Saya Pada Kontroversi Skandal Afifi Al-Akiti Di Kelab Malam

Saya sebenarnya jarang mengulas isu semasa dengan pena saya sendiri melainkan jika tidak ada ulasan yang selari dengan idea dan pandangan saya. Kalau ada pun yang berkaitan dengan yang sedang merancak pada tempoh tersebutޱ saya selalunya akan menampakkan ia adalah isu umum yang tidak ada kaitan dengan yang sedang terjadi pada waktu itu. Kalau perlu saya menyebutkannyaޱ saya cuba meminimumkannya dan tidak perlu merelet panjang seakan-akan saya memfokuskan isu semasa yang sedang sensasi.

Akan tetapiߨ untuk kali ini saya perlu menyentuh secara terus terang tentang isu sensasi yang berlaku sekarang؛ iaitu isu pembabitan Afifi Al-Aktifi di kelab malam bersama perempuan yang seksi. Apa yang saya ingin nyatakan di sini adalah lebih kepada celoteh peribadi saya berbanding untuk membahaskannya secara ilmiah dan akademik. Masing-masing dari kalangan pembaca bebas untuk memilih sama ada menolak atau mengambil kira pandangan saya.

Saya secara peribadi tidak mengenali peribadi Afifi Al-Akiti melainkan sekadar nama yang disebut di media sosial. Saya tidak pernah mendengar kuliahnyaߨ apatah lagi menjadi pengikut setianya untuk membaca penulisannya atau menyebarkan ideanya. Apa yang saya mencoretkan di sini adalah sekadar untuk menjelaskan beberapa sudut pandang saya dan pendirian saya berkenaan dengan apa yang menjadi tular baru-baru iniߨ bukan peribadinya secara keseluruhan.

Saya merasakan seeloknya saya mengambil kesempatan ini untuk menulis apa yang selama ini terbuku dalam jiwa dengan menjadikan isu ini sebagai subjek memandangkan ia adalah isu sensasi yang besar dan seakan-akan hampir semua liputan sama ada dari komuniti agamawan atau selainnya melaporkan dan cakna tentang ini.

Jika ada apa-apa isu yang hampir serupa dengan apa yang berselarian dengan apa yang terkandung dalam penulisan iniޱ rasanya cukup untuk menempelkan sahaja penulisan ini tanpa perlu mengulang lagi penjelasan atau menjadikan isu yang kurang popular sebagai subjek dalam menjelaskan pendirian saya.

Untuk isu iniߨ ada beberapa sudut yang saya ingin sentuh. Pertamaߨ isu Afifi Al-Akiti ini menjadi hangat dan memuncak kehangatannya kerana ada perkaitan dengan dendam yang telah lamaߨ khususnya di pihak mereka yang dilabel wahabi. Pihak ini sudah lama menantikan peluang dan eksploitasi ini demi menyembelih habis-habisan pihak yang kerapkali memburukannya dengan pelabelan yang jahat dan hentaman yang zalim di luar batasan ilmiah dengan menjadikan isu ini sebagai modal yang besar.

Sememangnya pelabelan wahabi dan tanggapan rata-rata masyarakat setempat tentang istilah wahabi ini sememangnya cukup negatif. Namunߨ yang menjadi malang adalah apabila pihak yang tidak bersalah atau tidak terbabit dengan mana-mana fikrah Muḥammad bin Abdul Wahhāb atau langsung tidak mengenali nama figura besar ini dikelompokkan dalam satu label yang dibenci habis-habisan oleh masyarakat.

Bahkanߨ yang selama ini menentang habis-habisan wahabi pun tidak terlepas dilabel wahabi hanya kerana berpandangan yang tidak berpihak pada rata-rata masyarakat dan menyuarakan isu yang tidak digemari mereka. Inilah yang berlaku pada Abdullah bin Muammad bin a-iddīq al-Ġumāriyy; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam. Dia menyebutkan dalam muqaddimah «Awliyā^ Wa Karōmāt» bahawa apabila kitabnya ini didengari oleh kebanyakan orang, pasti dia dituduh cenderung kepada wahabi.

Bayangkan tokoh sufi yang diangkat tinggi oleh golongan sufi sendiri tidak terlepas daripada label ini hanya kerana tidak sependapatߨ bahkan menolak beberapa penceritaan karamah yang palsu yang diada-adakan oleh pelampau sufi. Kalau itu yang terjadi ilmuwan ternama dari golongan sufi sendiriޱ bagaimana lagi yang lebih kerdil dan lebih kecil daripadanya?

Yang tidak bersalah kerana tidak bersependapat dan berpihak dengan pegangan umumߨ tetapi dilabel sebegini dan dia disisihkan kerana tuduhan yang salah ini apakah nasibnya? Semoga Allah membalas dengan setimpal terhadap orang yang berlaku zalim dan mendedahkan kebobrokan di sisi mereka agar mereka merasai sendiri kezaliman yang mereka lakukan!

Dampak besar pelabelan wahabi ini sangat parah dan yang mendapat label ini sangat faham apakah kesannya pada dirinyaߨ lebih-lebih lagi yang tidak kenal langsung Muḥammad bin Abdul Wahhābߨ bahkan lantang menentangnyaߨ tetapi dilonggokkan secara zalim dalam label negatif ini disebabkan tidak sependapat dengan sebahagian orang dalam suatu permasalahan.

Mangsa-mangsa ini sememangnya menjadikan dan mengganas dalam isu ini kerana mereka sudah lama diaibkan dan dicela melalui label ini. Inilah modal yang mereka boleh jaja untuk melondehkan pihak yang menganiaya mereka dan menimbal semula dendam yang terbuku lama dalam jiwa. Dengan mengutuk Afifi al-Akiti dalam isu ini ia tidak terhenti pada sosok ini sahaja. Ia akan menjadi sasaran untuk pembelanya dan yang sefikrah dengannya dalam masa yang sama.

Keduaߨ telah dimaklumi bahawa Afifi Al-Akiti antara pemain yang berpengaruh dalam usaha merombak semula dan menyahrelevankan fatwa pengharaman tarekat naqšabandian֊aliah di bawah pimpinan Nāẓim al-aqqōniyy. Dari tangannya pengamal tarekat ini kini bersorak riang sambil mempergunakan nama pihak yang berkuasa untuk menjustifikasikan pengamalan mereka dan mengutuk wahabi.

Mungkin rata-rata orang memandangnya sebagai bala kerana tarekat yang disadur dengan pelbagai kontroversi yang serius. Akan tetapiߨ saya dalam masa yang sama melihat ini sebagai rahmat dari sudut yang lain.

Saya lihat sebahagian orang suka melonggokkan fatwa beberapa negeri yang tidak menerima wahabi, menolaknya dan memburukkannya kepada beberapa orang yang dianggap sebagai wahabi walaupun orang itu tidak terbabit dengannya. Selama iniܦ dilihat orang yang dikelompokkan sebegini agar sukar untuk memberikan jawab balas terhadapnya memandangkan ia membabitkan pihak yang berautoriti walaupun mereka ada jawapan mereka sendiri.

Selepas iniܦ apabila orang berbuat yang samaޱ katakanlah kepadanya bahawa fatwa itu mungkin tidak relevan pada dua puluh tahun akan datang. Kalau itu yang terjadi pada tarekat itu dan selama ini tidak pernah disangka bahawa fatwa tersebut mampu diubahޱ mengapa pula ia mustahil untuk fatwa tentang wahabi? Mereka boleh jaja fatwa tentang wahabi dan menjadikannya sebagai modalߨ namun siapa yang tahu untuk dua puluh tahun akan datang?

Apa yang dilakukan oleh golongan yang alergik dengan wahabi iniߨ khususnya pengikut tarekat itu dalam merombak fatwa rasmi itu sebenarnya dalam masa yang sama memakan diri mereka sendiri dan membuka pekung mereka sendiri untuk diconteng dan dicalar. Segala puji bagi Allah atas nikmat di dalam ujian yang menimpa umat ini di Malaysia.

Walau apapunߨ apa yang Afifi Al-Akiti lakukan dalam mencampuri isu fatwa yang rasmi sebenarnya memiliki dampak yang besar sama ada secara positif atau negatif. Cumaߨ yang menjadi tertanya-tanya adalah apakah justifikasinya dan alasannya untuk merombak semula kerelevanan fatwa rasmi ini?

Masyarakatߨ khususnya mereka yang menjadi seterunya, opposisinya dan lawannya sangat kurios dalam hal ini. Adakah sememangnya ada pembentangan ilmiah yang meyakinkan atau sekadar mempergunakan autoriti semata-mata untuk menarik balik fatwa itu? Inilah perkara yang ingin diketahui oleh setiap orang yang mengikuti isu ini.

Ini kerana mengapa fatwa rasmi yang bertahan dua puluh tahun lamanya, difatwakan yang sama oleh beberapa negeri yang lain, dikuatkuasakan pengharamannya dan mungkin sahaja beberapa orang ditangkap dan didenda dengan sejumlah wang, terbuang masanya kerana menghadapi biokrasi pihak jabatan atau mungkin sahaja dizalimi atau seumpamanya kerana didapati mengamalkan tarekat ini tiba-tiba sahaja merentas arus yang berbeza? Apa justifikasi untuk ini?

Lantaran itulah Afifi Al-Akiti dan pihak yang berkaitan tidak boleh berlepas tangan, berdiam diri dan buat-buat tidak tahu kerana ia membabitkan integriti dan keluhuran fatwa. Kalau ini yang berlaku pada fatwa pada wahabiޱ apakah Afifi Al-Akiti dan sekepala dengannya akan berdiam diri atau bersorak gembira atau mereka juga akan sama-sama mendesak sepertimana desakan yang ada pada fatwa pada tarekat itu?

Ketigaߨ sebahagian orang melihat ini sebagai isu peribadi yang tidak boleh didedahkan dan disebarkan secara umumߨ lebih-lebih yang bertujuan untuk mengaibkannya. Akan tetapiߨ ada sebahagian pihak mengatakan ia adalah isu kepentingan awam dan integriti kerana ia melibatkan orang kenamaan yang berpengaruh dalam autoriti.

Pihak ini beralasan dengan jika dia memang melakukannyaޱ adakah itu kerana wujud masalah pada keilmuannya? Jika masalah ini berpunca dari kekeliruan ilmunyaޱ maka ia amat bahaya kerana nasihat agama dan urusan fatwa yang pernah diberikannya sebelum ini perlu disemak semula. Ini dibimbangi wujud kesalahan dan kesilapan atas dasar manhaj ilmunya dan corak pemikirannya yang menyimpang.

Tambahnya lagiߨ jika dia sememang melakukannyaߨ tetapi bukan kerana ilmunya atau cubaan menghalalkan perbuatan tersebutߨ sebaliknya memang kerana dia seorang yang menyukai maksiat atau gagal mengawal diri dan mengawal nafsuޱ maka dia juga perlu diambil tindakan kerana mendedahkan diri kepada fitnah. Selain ituߨ fatwa serta nasihat agamanya tidak lagi boleh diterima dan perlu disekat.

Pada saya ia sememangnya isu peribadi kerana pembabitannya dalam kelab malam ini adalah sesuatu yang tidak diketahui ramai melainkan setelah dibongkarkan oleh sebahagian orang politik yang boleh dipersoalkan motifnya. Cumaߨ saya tidak dapat menentukan atau menafikan pembabitannya dalam kelab malam itu sebenarnya ada fahaman atau pandangan yang berteraskan dalam landasan yang sama untuk tarekat tersebut.

Dikatakan bahawa dia membawa fahaman pluralisme yang sememangnya ada isu keilmuan dan jika ini adalah validޱ maka ini sememangnya isu besar dan bukan isu peribadi. Pun begituߨ perkara ini tidak dapat disahkan dan sepanjang pengetahuan sayaܦ itu tidak ada yang menyokong dakwaan ini.

Cumaߨ saya tidak merasakan bahawa rombakan fatwa ini ada kena mengena dengan pluralisme kalau ia sabit. Walau apapunߨ dia atau pihak yang terlibat perlu menjelaskan sebab fatwa pengharaman tarekat itu dipinda dan dinyahrelevankan atas sebab yang telah saya jelaskan.

Keempatߨ jika sesiapa yang mengikuti saya dalam isu iniޱ saya tidak pernah mengulas apa-apa pun tentang Afifi Al-Akitiߨ khususnya untuk memburukkannya atau mencelanya atau menjadikannya modal untuk menjatuhkan pihak di sebelah sana.

Kalau saya perlu membangkitkan isu ini punޱ saya sekadar untuk menyinggung hipokrit pihak yang suka menjaja label wahabi. Cuba bayangkan kalau yang terbabit dengan kelab malam itu adalah pihak yang dilabel wahabi? Apa agaknya pencaturan dan bagaimana keagresifan mereka untuk mengasak pihak yang mereka cukup benci sehabis-habisnya? Namunߨ apabila ia melibatkan mereka yang sama-sama kelompokޱ mengapa sikap yang dipamerkan sangat berbeza? Tiba-tiba isu peribadi dan alasan fitnah dibangkitkan. Mengapa dengan wahabi boleh dihamburkan sebegitu sahaja?

Sekadar itu sahajalah yang saya akan merencakannya dalam membangkitkan isu ini. Namunߨ saya sama sekali tidak menyinggung pada duduknya Afifi Al-Akiti bersama perempuan yang sememangnya bukan mahramnya di kelab malam. Bagi yang telah mengenali saya mungkin boleh mengagak kenapa.

Pada saya sememangnya apa yang Afifi Al-Akiti buat itu tidak ada masalah apa pun jika ditimbang dengan pendirian saya yang berkaitan dengan ini. Malahߨ kalau pun dia mengundang saya untuk menyertai ke kelab malam sambil dikelilingi perempuan yang seksi pun sama ada untuk berbincang dalam isu agama atau berhiburޱ saya akan memenuhinya selagimana tidak ada hidangan arak bersama di meja atau dadah atau kalau bolehޱ tidak mahu ada rokok bersama. Sekalipun berbeza aliranޱ bukan bermakna semua aktiviti dan kehidupan harian kita perlu berheret dengan isu aliran sehingga kita tidak boleh kasual dan toleransi dalam yang lain.

Malahߨ dalam beberapa perkara yang dibangkitkan tentang tarekat itu saya sama sekali tidak mengulas atau menjadikan zikir tarian itu sebagai modal atau alasan untuk mempersoalkan kelurusan tarekat ini sepertimana yang dilakukan oleh sebahagian pihak yang menubruknya.

Ini kerana saya sememangnya antara yang mengharuskan zikir sambil menari. Sudah tentu saya tidak akan menyinggung apa yang saya berpendapat keharusannya. Malahߨ kalau pengamal tarekat ini menjemput saya saya untuk menghadiri majlis zikir yang ada tarian padanyaޱ maka saya tidak ada masalah untuknya selagimana tidak membabitkan praktik yang saya tentang.

Cumaߨ adakalanya kita semua membenci hipokrit oleh sebahagian kelompok agamawan yang bercakap di pentas umum berlainan dengan apa yang terbongkar tentang dirinya. Misalnya adalah sebahagian agamawan berbicara tentang menundukkan pandangan, mengawal nafsu, jaga batasan agar tidak ikhtilat, menegur keras pakaian yang mendedahkan aurat dan seumpamanya. Namun, terbongkar mereka ini menyukai ciapan pornografi twink gay di Twitter, ada skandal sembang lucah dengan yang bukan mahram dan terbabit dalam salah laku seksual.

Orang sebegini sememangnya kita sangat benci. Mereka mengutuk kita kerana kita ini erotikawan dan suka melayani bahan lucahߨ tetapi dalam masa yang sama mereka juga tidak ubah sepertimana orang yang kita kutuk. Malahߨ ada di antara mereka secara terang-terangan mengakui yang mereka ini menonton rancangan di Netflix atau animeߨ sedangkan orang yang sudah biasa dengan kedua-dua ini tahu apa inti kandungannya dan agamawan sendiriߨ khususnya dari kalangan konservatif, ortodoks dan fundamentalis pun ada persepsi negatif terhadapnya.

Mereka mencela kita kerana kita ini kononnya mengambil pandangan syaz dan mencampur aduk mazhab. Namunߨ apabila syeikh tarekat mereka sendiri mengambil pandangan keharusan bersalaman dengan wanita yang bukan mahram yang mana ia adalah pandangan yang dianggap syaz dan campur mazhab yang bukan mazhab setempatnya atau yang dia membesar dan hidup dengannyaޱ terus dipertahankan dan dijustifikasikan.

Kami dengan segala puji bagi Allah konsisten dengan apa yang menjadi pegangan dan pendirian kami. Kami mengakui bahawa kami melayani bahan pornografiߨ tetapi kami tidak bercakap di pentas atau kepada orang ramai dengan berlainan apa yang kami buat di sebalik pandangan orang ramai.

Kami mengakui bahawa kami mengambil pandangan yang terpencil atau dianggap syaz oleh sebahagian orang atau kami mencampuradukkan mazhabߨ tetapi kami sudah jelas pada prinsip kami bahawa kami akan mengikuti mana-mana pandangan yang benar tanpa terikat dengan satu mazhab atau berpegang dengan pandangan yang terpencil atau dianggap syaz jika ia didasari hujah ilmiah dan kebenaran.

Terpulanglah mereka ini menaburkan celaan pada kita kerana berpendirian yang tidak menyenangkan merekaߨ tetapi hipokrit adalah sikap yang jauh lebih tercela dan buruk tidak kiralah di pihak yang selalu dilabel wahabi atau selainnya.

Kelimaߨ jika ia membabitkan soal maruahޱ mungkin ada bahagian yang betul dan yang boleh ditinjau semula. Kadangkalaܦ ahli politik tidak boleh menayangkan diri bermandian tanpa berbaju walaupun dalam sukan tinju sememangnya biasa dan diterima untuk tidak berbaju. Mandi tanpa berbaju sememangnya tidak salah. Namunߨ apabila ia melibatkan ahli politikޱ ia ada persepsi yang berbeza.

Pada saya apa yang berkenaan dengan Afifi Al-Akitiޱ ia bukannya salah pada asalnya dan tidak ada kaitan dengan pencemaran maruahnya. Lebih-lebih lagi jika dia sememangnya mengehadkannya dari orang ramai. Pada saya kalau diketahui punޱ ia tidak menjejaskan profesionnya dan pandangannya yang bernas dalam agama.

Cumaߨ yang menjadi masalah apabila bersama dengan kelompok agamawan adalah kita akan dikelilingi golongan rahib, puritan dan mullah yang beranggapan bahawa kehidupan seperti rahib ini adalah kehidupan yang terbaik untuk semua muslim. Akhirnyaߨ banyak perkara yang harus sama ada dianggap tercemar maruahnya jika seseorang itu melakukannya atau diharamkan atas dasar mencegah fitnah atau disinggung atas sebab ia tidak berfaedah dan membuang masa.

Saya merasakan kalau Afifi Al-Akiti menyukai muzik metal sepertimana saya dan orang lain punޱ itu pun dianggap mencemarkan maruahnya sehingga dipersoalkan integritinya. Sememangnya hidup dalam kalangan rahib ini sangat membebankan dan penuh dengan tekanan. Orang seperti rahib ini kalau tidak memakai serban dan jubah untuk berkuliah agama pun dijadikan isu besar seakan-akan ia suatu kod pemakaian yang membezakan maruah seorang ilmuwan atau tidak.

Dari apa yang dijelaskan di sini saya lebih tidak menyetujuinya dari sudut fikrahnya, manhajnya dan alirannya serta rencananya dalam merubah ketetapan fatwa rasmi tentang tarekat itu. Akan tetapiߨ saya sama sekali tidak memburukkannya dalam hal pembabitannya di kelab malam sehingga ia dianggap menjejaskan maruahnya atau menggangu profesionnya selagimana bukan membawa idea pluralisme.

Dalam isu agama ini kita perlu akui realiti tentang seorang manusia. Kadangkalaܦ ada sebahagian orang sudah ada tanggapan tersendiri tentang seseorang insan yang dipanggil sebagai ulama. Akan tetapiߨ tanggapan itu adakalanya tidak realistik, mungkin sahaja fiksyen atau berlebih-lebihan. Adakalanyaܦ mereka merasa kecewa apabila melihat orang yang ada persepsi yang baik tentangnya ada beberapa isu yang tidak dia senangi.

Kadangkalaܦ kita benci untuk melihat atau menghadapi sesuatu yang tidak ingin kita lihat atau hadapi. Namunߨ manusia ini beragama tidak kiralah orang awam atau ulama. Malahߨ seorang ulama pun masih tidak terlepas dari sifat manusiawinya. Raikanlah dan bijaklah dalam berinteraksi. Janganlah sampai isu aliran, fikrah atau kekelompokan menjadikan kita membabi buta untuk menerjah dan menerkam sesuka hati.