Wednesday, September 30, 2020

Koleksi Hantaran Amir Kazuma Di Media Sosial Yang Terpilih (Video)

Ini adalah koleksi hantaran di media sosial yang dikepilkan sekali dengan video. Sila klik pada setiap gambar untuk menonton video tersebut.

Judul penulisan ini boleh dibaca secara rawak tanpa mengikut susunan. Nombor hanya sebagai pemudah rujukan sahaja. Kemudian, sebahagiannya tidak ada tajuk khusus memandangkan ia adalah berbentuk hantaran dan boleh jadi saya akan mengulangi tema yang sama. Kemudian, penulisan ini akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut perkembangan.

Hantaran 1


Tidak kira apa pun aliran seseorang itu menuju padanya masing-masing boleh belajar pengalaman dakwah daripada mana-mana mereka yang berlainan aliran.

Dalam dakwah ini kita tidak hanya menyampaikan sahaja, tetapi kita berjuang dan menghadapi keperitan dalam hidup. Kita yang mungkin junior yang baru masuk ke medan dakwah atau mungkin sudah lamaߨ tetapi sempit perspektif dalam kegiatan dakwah seeloknya mempelajari juga kisah-kisah atau curahan hati dari mereka yang aktif dalam lapangan ini supaya menyegarkan sudut pandangan kita, memantapkan keteguhan jiwa dan mengambil perhatian bahagian yang kita kurang padanya.

Lihat bagaimana respons dan tanggapan mereka dalam menelan kepahitan dan mendepani badai yang menghentam mereka. Selain kita menambahkan pengetahuan kita dalam sesuatu bahagianߨ seeloknya juga kita menambahkan sudut pandang dalam arus kehidupan agar kita dapat perbaiki yang kita lompong dan ketika menceburkan diri dalam gerak kerja dakwah. Ini kerana dalam menyampaikan dakwah kita juga perlu ada keteguhan dan pendirian dalam perlaksanaan dakwah.

Dengarkan. Ketepikan soal aliran kerana soal pengalaman dan cara untuk kita menghadapinya adalah sama-sama yang boleh kita pelajari. Haluan dalam pemikiran dan matlamat dalam pembinaan komuniti muslim setempat mungkin berbezaߨ tetapi cara kita berhadapan dengan kemelut, cara kita bangkit dari kejatuhan dan cara kita membina kecekalan dalam jiwa tidak mementingkan aliran seseorang.

Hantaran 2


Dendangan dari saudara Noor Deros ini bersempena tribut kepada Muṣṭofā Ṣobriyy yang diambil daripada sini : https://www.youtube.com/watch?v=WCqhiWA15OI&t=263s

Pun begituߨ dendangan ini juga boleh dijadikan tribut untuk seluruh para ulama muslim yang berjasa kepada dunia, khususnya agama Islam.

Sejujurnya dendangan ini bersama liriknya agak melenturkan jiwa saya kerana saya terkenang beberapa ilmuwan muslim kita yang di masa hidupnya berhadapan dengan pancaroba, sengsara, bala, ujian dan penentangan demi memperkasakan kebenaran di bumi khalifah ini. Kalau semua itu ditimpa pada kita, barangkali kita mungkin akan longlai untuk menanggungnya.

Sebab itulah kedudukan mereka semua menjadi terbilang lagi dijulang bukan kerana keluasan ilmu dan ketajaman kefahaman semata-mataߨ tetapi kerana cekal menghadapi perjuangan hidup mereka. Mereka ini bukan jaguh dalam bidang ilmiah sahajaߨ tetapi wira dalam pembela agama.

Mereka mungkin tidak dapat menghirup wangian sanjungan orang ramai dalam hidup mereka sepertimana kita yang berpijak di zaman ini pada hari iniߨ tetapi Allah membalas nikmat atas pengorbanan mereka dengan menyemikan benih kemuliaan mereka di buah mulut generasi sesudahnya.

Semoga Allah merahmati kesungguhan, kecekalan dan ketulusan mereka serta menjadikan peninggalan mereka sebagai pusaka yang berharga untuk umat Islam memanfaatkannya.

Marilah hayati liriknya dan nikmati dendangannya sambil mengenang para ulama yang telah mencurahkan khidmat yang besar kepada agama :

Engkau bukan seorang
Sesak dalam kedukaan
Meratapi umat yang kecundang
Berjuang membuta tuli
Hikmah ulama dibenci
Cinta dunia takut mati

Walau sehina manapun
Umat ini tersungkur
Kan pasti, bangkitlah ia
Engkau umat termulia
Diutus untuk manusia
Jangan hanya mendabik dada

Semangat perjuangan
Sepanas bara digenggam
Usahlah diragukan
Akan janjinya Tuhan

Semangat yang membara
Dipandu ilmu dan hikmah
Di sisi taubat bermula
Semangat kita bina
Semangat yang hilang
Kita cari pulang

Semangat perjuangan
Sepanas bara digenggam
Usahlah diragukan
Akan janjinya Tuhan

Semangat yang membara
Dipandu ilmu dan hikmah
Di sisi taubat bermula
Semangat kita bina

Jahil bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Dengarkan fitrahmu berpesan
Di lubuk hati terpendam

Jahil belajar kawan
Sesat cari jalan pulang
Dengarkan fitrahmu berpesan
Di lubuk hati terpendam

Semangat yang membara
Dipandu ilmu dan hikmah
Di sini taubat bermula
Semangat kita bina

Kredit kepada penulis lirik, penggubah muzik dan penyanyi lagu Semangat Yang Hilang yang asal.

Hantaran 3

Bagi komuniti peminat muzik seperti ini apa yang dilakukan oleh pakcik ini adalah menghiburkan dan mempamerkan semangat kemudaan meski sudah di usia malam. Sebahagian orang yang bukan dalam komuniti muzik ini yang masih bertoleransi pun masih memberikan komentar yang menceriakan pembaca.

Saya secara peribadi pun tidak ada masalah pun dengan gelagat pakcik iniߨ malah ia menghiburkan dan menyeronokkan melihat pakcik menzahirkan rasa cerianya dan semangatnya.

Pun begituߨ tetap juga ada yang berkata buruk tentang kelakuan pakcik yang dianggap tidak senonoh ini. Ada yang menyindir bahawa kubur sudah kata: "Ke mari" dan kalau sudah pakai baju melayu pergilah ke masjid atau surau. Respons sebegini memang biasa akan ada dan boleh ditemui.

Atas dasar itulah adakalanya kita tidak perlu sibuk untuk melayani respons dan suara sebegini. Komuniti ini seumpama kelab. Kalau mahu sertaiޱ dipersilakan dan kami tidak memaksa sesiapa. Kalau mahu lihat persembahan kelabޱ dipersilakan menontonnya. Kalau tidak mahuޱ dipersilakan keluar. Tidak perlu buat kacau di sini.

Kita memang tidak akan dapat memuaskan hati setiap orang walau bagaimana rasionalnya pun penjelasan kita. Malahߨ aktiviti seperti ini yang melibatkan hobi dan citarasa adakalanya sememangnya tidak lepas dari bias, sentimen dan alasan peribadi.

Kalau ditanya pakcik ini atau sesiapa sahaja yang di dalam komuniti muzik ini untuk menjelaskan secara rasional tentang perbuatan mengangguk-angguk kepala, mengayun-ayunkan rambut dan menyanyi dengan suara garauޱ apakah akan ada penjelasan rasional untuk mengapa nyanyian seperti ini menyeronokkan untuknya dan menghiburkan? Hampir-hampir tidak ada untuk itu.

Lagipunߨ kalau dijelaskan secara rasional punޱ orang yang meminta itu pun bukan akan terima atau sekurang-kurangnya bertoleransi dengan apa yang ada pakcik ini atau yang di komuniti muzik ini. Apatah lagi untuk mengharapkan mereka akan minat dengan muzik seperti ini suatu hari nanti. Oleh ituߨ buang masa sahaja untuk menjelaskannya.

Sebab itulah kalau tidak minat dan tidak suka, dipersilakan ke tempat lain. Mereka pun tidak akan ambil berat dengan penjelasan kita. Lantasߨ buat apa kita sibuk habiskan masa untuk cuba memuaskan hati orang sebegini? Jawapannya, adalah tidak perlu dilayan orang yang tidak menyukainya. Mereka pun tidak mahu mempedulikan penjelasan kita. Lantasߨ mengapa pula kita perlu mempedulikan orang sebegini?

Untuk hal ini saya sudah menghasilkan penulisan bagi isu seperti ini :

(a) https://www.wattpad.com/1085539199-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-110-persepsi

(b) https://www.wattpad.com/1181790210-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-131-antara

Hantaran 4

Walaupun saya menisbahkan diri saya sebagai salafiޱ tetapi saya tidak ada masalah dalam menerima dendangan zikir bersama tarian. Saya sebenarnya tidak ada masalah untuk sertai majlis sufi sama ada maulid atau haul atau apa sahaja majlis hiburan selagimana tiada elemen bidaah di dalamnya.

Malah
ߨ saya akan menari sambil berzikir bersama mereka. Saya boleh ketepikan sebentar perseteruan saya dengan mereka jika ada untuk fokus kepada majlis.

Saya tidak peduli pun kalau ada orang kata menari seperti dalam video ini atau tarian yang lain seumpama orang bodoh dan terencat akal. Saya katakan
֊ persembahan sebegini bukan untuk meraikan rasional semata-mata, tetapi lebih merit kepada perasaan.

Sama sahaja seseorang yang berkata bahawa berlumba lari antara suami dan isteri adalah perbuatan bodoh. Perlukah kita peduli lagi respons sebegini? Cumaߨ saya tetap tidak menafikan agar jangan sampai keterlaluan dalam berhibur.

Dukacitanya adalah halangan saya untuk bergaul dan rapat bersama mereka adalah masalah manhaj keilmuan mereka
ߨ khususnya yang aswajaean sehingga mereka ini menjadi musuh ketat pada saya. Boleh dikatakan kebanyakan penulisan yang berkaitan dengan pemikiran, manhaj, mazhab atau seumpamanya sebenarnya respons daripada kerancuan dan silap kaprah mereka.

Itu belum lagi beberapa isu yang kontroversi dari diri saya yang mungkin akan menambahkan lagi semarak perbalahan yang tidak hanya terhad pada aswajaean semata-mata
ߨ tetapi kepada selainnya seperti salafi. Barangkali sangat sukar untuk mendapat rasa persahabatan bersama dalam majlis seperti ini.

Apapun
ߨ untuk golongan aswajaean saya mungkin boleh berikan pengecualian kepada mereka yang mempraktikkan manhaj keluarga al-Ġumāriyy kerana mereka ini di paksi yang berbeza dari aswajaean walaupun mereka ini diangkat sebagai tokoh aswajaean. Sekalipun ada perbezaan manhaj dengan salafiޱ tetapi dasar perjuangan dalam penentangan terhadap taklid tercela dan ketaksuban adalah yang kita boleh berjabat tangan bersama.

Saya sendiri pun tertanya-tanya bagaimana Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy boleh mendapat pergaulan rapat dari kelompok sufi dan menari sambil berzikir bersama mereka walaupun dia sangat keras permusuhannya terhadap ašᶜarian. Adiknya; Muḥammad az-Zamzamiyy dalam«az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh» menceritakan bahawa abangnya menari sampai tercabut serbannya.

Mungkin ada sesuatu yang boleh saya pelajari dari pendekatannya untuk merapatkan hubungan dengan para sufi meskipun berbeza dari segi aliran akidah dan manhaj secara keseluruhan.

Nota Majlis zikir di zawiyah a-iddīqiyyah yang diasaskan oleh Muammad bin a-iddīq al-Ġumāriyy yang melahirkan kesemua anaknya sebagai tokoh ulama ternama dan mereka adalah Amad, *Abdullah, Muammad az-Zamzamiyy, *Abdul ayy, *Abdul *Azīz, Ibrōhīm dan al-Ḥasan. Semoga Allah merahmati roh mereka serta memuliakan nama mereka di dunia dan di akhirat.

Majlis zikir ini dihadiri bersama oleh *Abdul *Azīz al-Ġumāriyy. Saya melihat seperti adiknya; al-Ḥasan juga menghadiri bersama.

Hantaran 5

Majlis zikir yang saya ingin diadakan atau yang saya ingin hadiri. Meskipun saya mungkin ada pertelagahan dengan sebahagian sufiߨ khususnya yang terjebak dengan fahaman batiniah atau aswajaaean secara umumޱ saya boleh mengetepikan sebentar hal itu dan fokus kepada majlis serta menghayati dendangannya.

Benar yang saya sememangnya ada isu kontroversi yang berkaitan dengan seksual dan bersikap terbuka padanya. Akan tetapiߨ bagi saya perkumpulan seperti ini sambil melantunkan alunan zikir, selawat, puji-pujian kepada sebaik-baik manusia dan dendangan yang mengenangkan tokoh kenamaan dalam agama adalah jauh lebih berharga dan lebih bermakna. Inilah yang lebih saya teruja untuk merealisasikannya berbanding perkumpulan untuk aktiviti erotisisme.

Nota Ini adalah perkumpulan di zawiyah aṣ-Ṣiddīqiyyah yang diasaskan oleh Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy yang melahirkan kesemua anaknya sebagai tokoh ulama ternama dan mereka adalah Aḥmad, *Abdullah, Muḥammad az-Zamzamiyy, *Abdul Ḥayy, *Abdul *Azīz, al-Ḥasan dan Ibrōhīm. Semoga Allah merahmati keluarga ini serta memuliakan nama mereka di dunia dan di akhirat.

Bait dendangan :

إليْكَ إشاراتي، وأنتَ الذي أهْوَى # وأنتَ حَدِيثي بين أهل الهوَى يُرْوَى

وأنتَ مرادُ العاشقين بأسْرهِمْ # فطُوبَى لقَلْبٍ ذابَ فيكَ من البَلْوَى

مُحِبُّوك تاهُوا في الهوى وتوَلَّهوا # وكلُّ امرئٍ يصبو لنحو الذي يهَوَى

ولَـمَّا وردنا ماءَ مَدْيَنَ نستقي # على ظمَإٍ مِنَّا إلى منهل النجوَى

نَـزَلْنا على حَيٍّ كِرَامٍ، بيوتُهمْ # مقدَّسةٌ لا هندُ فيها ولا عُلوَى

ولاحَتْ لنا نارٌ على البعد أُضْرِمَتْ # وجدنا عليها من نحب ومن نهوى

سقانا وحَيَّانا فأحيا نفوسَنا # وأسْكرَنا من خير إجلاله عَفْوَا

مُدَامًا عليها العهدُ ألا يُسَقَّها # سوى مخلصٍ في الحبِّ خالٍ من الدَّعوى

Hantaran 6

Daripada video ini sangatlah jelas tentang gelojak syahwat lelaki tetap akan ada dan ia bukan sengaja diminta, lebih-lebih lagi jika pencetusnya berhampiran.

Feminis ekshibisionis mahu memakai pakaian yang seksi yang menampakkan kulit tubuh badan yang mulus, buah dada yang montok dan punggung yang empuk di kawasan umumߨ tetapi dalam masa yang sama memahukan lelaki untuk tidak menjengahnya, apatah lagi terzahir rasa keterujaan pada tatapannya.

Padahalߨ kalau sesiapa yang memarkir kereta mewah di tempat lalu lalang orang ramai atau memakai perhiasan emas yang berkilau-kilau di khayalakޱ pasti orang sekeliling ada rasa ingin untuk melihatnya dan menzahirkan rasa keterujaan melihat sesuatu yang unik. Tentu lagi badan pada seorang wanita yang menggiurkan akan lebih membangkitkan perasaan keterujaan.

Ekshibisionis feminis ini sama sahaja seperti orang yang membiarkan pintu yang terbuka, kemudian berang jika ada orang mencerobohnya atau bermundar-mandir padanya. YaSememangnya perbuatan menceroboh atau menimbulkan kegusaran pada orang lain adalah salahߨ tetapi siapa yang mencetuskanޱ maka siap sedialah dengan apa yang dia lakukan.

Mereka ini hanya mahu berbicara tentang hak dalam berpakaianߨ tetapi tidak mahu menanggung tanggungjawab dan menerima realiti kesan yang boleh dijangka. Mereka ini mahu hak untuk membiarkan pintu kereta terbuka tanpa ditutupߨ tetapi dalam masa yang sama melalak agar tiada siapa yang sesuka hati mencerobohnya.

Sangatlah bodoh mereka ini. Menceroboh adalah satu perkara yang salah. Namunߨ tidak menerima realiti bahawa membiarkan pintu kereta terbuka adalah pendedahan kepada jenayah dan dalam masa yang sama melalak kepada orang ramai adalah isu yang lain dan ia adalah kebodohan.

Jika tidak mahu terasa diganggu oleh lelaki di sekelilingޱ janganlah memakai pakaian yang kalian sendiri pun tahu kesan cetusannya pada orang lain. Sangatlah mudah untuk dihadam.

Hantaran 8

Jika ditanya apa hukum menonton pornografiޱ maka jawapan saya adalah hukumnya adalah sama seperti melihat aksi patung ini. Penonton itu bukan melihat aurat yang hakiki kerana ia adalah patungߨ bukan tubuh manusia dan sama sekali tidak ada kaitan dengan meredhai maksiat kerana ia adalah aktiviti patung terhadap dildoߨ bukan anggota dengan anggota.

Saya telah mengupasnya dalam penulisan saya yang berjudul «Perincian Kaedah Redha Terhadap Maksiat Adalah Maksiat Pada Tontonan Pornografi».

Saya sama sekali tidak menjustifikasikan keharusan menontonnya dengan hawa nafsu semata-mata. Sesiapa yang membaca penulisan saya pasti akan mendapati saya menyentuh banyak aspek sebelum saya berpendapat keharusannya. Dengan kata lain saya berpegang dengan pendapat ini kerana ia berdasarkan hujah yang kuat dan yang saya yakini kebenarannya setelah saya mengusahakan penelitiannya.

Saya analisis terlebih dahulu hukum melihat aurat yang bukan hakiki, membahaskan sama ada syahwat itu sendiri adalah dosa atau tidak, menpamerkan persamaan aspek penceraian sesuatu anggota dengan tontonan pornografi dan lain-lain. Kemudianߨ barulah saya menyatakan pandangan saya. Ia adalah proses yang panjang dan jerih.

Bahkanߨ walaupun saya tidak menafikan kemaksiatan pada pornografiޱ saya analisis terlebih dahulu kandungannya dan mengambil kira beberapa perkara lain sebelum menghukumnya. Ini kerana menuduh sesuatu itu dosa sembarangan juga termasuk perbuatan dosa.

Yang menuduh saya mengikuti hawa nafsu kerana menjustifikasikan keharusan ini kebanyakannya adalah yang mengikuti hawa nafsu. Mereka bukan sahaja enggan meneliti hujah sayaߨ apatah lagi untuk membentangkan jawab balas. Malahߨ mereka juga paling pantas dalam menghukum apa yang terkandung di dalamnya adalah maksiat hanya kerana mereka rasa benci terhadapnya, bukannya mempertimbangkan terlebih dahulu supaya tidak menuduh melulu.

Bahkanߨ yang biasa akan ditemui adalah hamburan cercaan dan kutukan. Siapa yang sebenarnya mengikuti hawa nafsu sekarang ini? Allah jua adalah saksi kepada hakikatnya.

Saya telah menjalankan tanggungjawab ilmiah saya dengan membentangkan penghujahan serta saya menyerahkan urusan pengadilan kepada-Nya. Jika mereka rasa cercaan itu boleh dibawa ke pengadilan di hari akhirat kelakޱ maka teruskanlah.

Hantaran 8


استمع هذا الفيديو فتعلم ما أخالف بعض الإخوة السلفية في مسألة نفي التشبه على صفات الله للخلق. لعلهم لا يعرفون حقيقة الجسم الذي نفاه عن البارئ تبارك وتعالى المتكلمون من الأشاعرة وأعلام الحنابلة. وهو الذي يكون أصلا وأساسا لخلق الموجودات المتحيزات في العالمين فيكون ماهية لكل ما يتحيز فيها. وهذا موضع نفي المشترك الكلي بين صفات الله وبين صفات غيره. وإن المشترك بينهما مشترك لفظي فقط، لا المشترك المعنوي. هذا ما يفرق بين السلف المحض والسلفيين الغالطين المعاصرين.

وإن سألوا كيف يكون ذلك وأنت تقول يد الله ليس كأيدينا؟ هل هذا إلا المشترك بالقدر القليل بينها حتى خرج عنهما نفي الكلي الذي تدعى؟ أقول المشترك اللفظي لا يلزم منه المشترك المعنوي. وإن كان في ذلك مشترك معنوي فهو مشترك معنوي في اللوازم فقط. وإن المشترك في اللوازم لا يلزم منه المشترك في الماهية والحقيقة. فأضرب مثلا، ما التشابه بين صفة السمع والبصر لله؟ كونه في تعلق بالانكشاف فيهما. وتشابه التعلق هذا معنى المشترك المعنوي في اللازم، لا الماهية والحقيقة لأجل أن ثبت أن نقول السمع ليس البصر لا في المعنى ولا في الماهية والحقيقة. فتبين أن بينهما فرقا في المعنى وهو أن السمع ليس البصر عينه أبدا وإن كان فيهما مشترك في التعلق. هل أنتم على الوضوح في هذه القضية؟ فكذلك نفي المشترك الكلي صفات الله وصفات غيره. فتنبه!

Hantaran 9

Mungkin ada yang tertanya mengapa saya menjadikan isu perbezaan antara aurat yang hakiki؛ iaitu aurat yang ada pada anggota tubuh dengan aurat yang bukan hakiki؛ iaitu sesuatu yang diserupakan dengan aurat seperti pada patung, gambar, imej cermin, bayangan air, paparan skrin digital dan hologram sebagai isu mendasar dan peringkat pertama untuk mencapai kesefahaman dengan saya?

Jawapannya adalah untuk menguji bagaimana pola fikiran keagamaan seseorang. Kalaulah seseorang menolak perbezaan dan mempertikaikan pandangan ini
ߨ lebih-lebih lagi atas dasar sentimen kebencian terhadap saya kerana saya menzahirkan erotisisme di laman mayaޱ maka jelas keberagamaan mereka ini berasaskan sentimen, bukan berdasarkan hujah dan kepedulian terhadap kebenaran.

Kalau ini menjadi pertikaian yang besar
ޱ maka jurang antara saya dengan mereka untuk mencapai kesefahaman sangat lebar. Kalau ini tidak dapat mencapai kata sepakat dan penyelesaian bersamaޱ maka apatah lagi isu-isu seterusnya yang mendatang sama ada yang lebih kompleks atau lebih kontroversi.

Semua yang mengenali saya sudah sedia maklum bahawa saya berpegang dengan pandangan yang kontroversi dalam isu seksual secara khusus. Maka
ߨ kalau seseorang menolak saya hanya kerana ia adalah isu yang kontroversiޱ maka tidak ada guna seruan untuk mengikuti dalil dan mengamati penghujahan.

Malah
ߨ sebahagian pandangan saya tidak mudah dijelaskan dengan konvensional memandangkan ada pandangan saya yang menyalahi sekalian ulama. Ia bukanlah kompleks untuk difahamiߨ tetapi sebenarnya para audien merasa terbeban dengan pendapat saya yang sebegini kerana ia belum pernah ada atau belum sedia untuk diwacanakan. Kalau ia kompleks sekalipunޱ barangkali ia disebabkan terdapat jurang tahap kecelikan ilmu agama antara saya dengan sebahagian audien.

Kalau betul mereka ingin beragama dengan mengikut dalil dan di atas prinsip kehujahan ilmiah
ޱ maka sewajarnya mereka melihat apa yang telah saya bentangkanߨ bukan hanya bertakuk pada status kontroversi isu itu semata-mata atau hanya menilai berdasarkan keperibadian saya yang tidak menyenangkan sebahagian mereka.

Kebanyakan mereka yang mencemuh saya hanya kerana saya bersikap erotisisme di laman maya
ߨ bukan kerana melihat sudut penghujahan saya dan bukan dari dakwaan mereka bahawa agama mereka berasaskan ilmu. Mereka ini entah hipokrit atau sedang melakukan percanggahan prinsip tanpa mereka menyedarinya.

Padahal
ߨ dalam isu perbezaan ini ia adalah perkara yang dibincangkan oleh fuqaha šāfiian dan anafian. Apa yang saya lakukan adalah hanya mengukuhkan pandangan mereka dan membela mereka daripada dipersalahkan oleh sebahagian orang.

Bahkanߨ saya orang yang pertama di dunia yang menghasilkan perbahasan tuntas untuk mengukuhkan pandangan ini. Segala puji bagi Allah atas nikmat ini dan bantuan-Nya dalam mempersiapkan penghujahan ilmiah saya.

Kalau ini menjadi kemelut yang tidak menemukan kesefahaman bersama
ޱ apatah lagi untuk menerima penghujahan saya dalam menyabitkan kebenaran pendapat al-Qolyūbiyy dan al-Bujayrimiyy yang menyatakan bahawa tidak haram melihat anggota badan yang bukan hakiki sekalipun dengan syahwat.

Ini jauh lebih kontroversi dan lebih menjangkaui zon konversional kerana ia belum pernah ada dari mana-mana perbahasan sebelum ini. Begitu juga isu yang mendatang, isu yang lain dan isu yang lebih kompleks.

Kalau benar mereka peduli dengan penghujahan
ޱ maka telitilah. Kalau sekadar melihat kepada isu peribadi atau bahang kontroversi ituޱ maka apa sebenarnya dasar keberagamaan mereka? Sentimen? Atau apa yang sekadar memihak pada mereka sahaja?

Inilah sebabnya saya menjadikan isu ini sebagai penilaian aras penting bagi seseorang yang ingin mencapai kesefahaman dengan saya dan membezakan pola berfikir keberagamaan seseorang. Ramai sahaja kecundang sekalipun orang yang sudah dikenali kedudukan ilmunya dalam masyarakat.

Saya hairan bagaimana isu perbezaan aurat yang mudah difahami ini yang dijelaskan secara singkat oleh para fuqaha ini pun menjadi sukar dihadam oleh sebahagian orang yang ada kecelikan tinggi dalam ilmu agama. Yang saya dapat kenal pasti punca mereka tidak dapat menerima pandangan fuqaha ini adalah disebabkan sentimen yang menjadi tunjang pancaran indera mereka.

Saya tidak bermain-main dan saya mengambil serius dalam isu ini. Saya telah membentangkan penghujahan saya dalam menjusitikasikan pandangan saya. Saya menjadi erotikawan bukan sepertimana sang fasik yang bertakalluf dalam mengabsahkan amalan mereka
ߨ tetapi saya berdiri di atas hujah ilmiah dan saya mengatakan ia bukan termasuk kesalahan dalam agama.

Mereka yang mencela saya pula itu bukan termasuk orang yang beragama secara berhibur atau orang yang didasari sentimental sekalipun mendakwa mereka bergerak seiring dengan keilmuan? Jika mereka merasakan kutukan mereka itu untuk berbaloi di hari keadilan kelak
ޱ maka dipersilakan untuk meneruskannya.

Oleh itu
ߨ sesiapa yang mahu mencapai kesefahaman dengan saya, maka selesaikan hal ini terlebih dahulu. Selebihnya akan dimudahkan dengan izin Allah Ta*ālā.

Saya tidak akan kata kita akan bersepakat dalam segenap isu atau banyak perkara atau sedikit perkara. Saya cuma menjadikan topik ini sebagai asas yang saya mengkehadapankannya untuk memahami ikutan saya dalam beragama dan bebenang yang mencorakkan pemikiran saya.

Hantaran 10

Sememangnya penjelasan Muḥammad Tawfīq Romaḍōn al-Būṭiyy; anak kepada Muḥammad Sa*īd Romaḍōn al-Būṭiyy tentang penceritaan karamah ini patut ditonton dan diambil iktibar oleh para sufi secara umum dan mereka yang melazimi tarekat tertentu.

Sekalipun karamah adalah sabit dan diselitkan dalam kitab biografi yang muktabarߨ tetapi ia tidak patut diperbesarkan dan dicanang seolah-olah ia adalah sesuatu yang signifikan untuk dijulang dan petunjuk untuk seseorang itu wajar diikuti.

Peringatan untuk tidak menyebarkan cerita seperti ini juga adalah dilakukan oleh Muḥammad Sa*īd Romaḍōn al-Būṭiyy. Malah
ߨ komuniti peminat tokoh ilmuwan ahli bait dari keluarga al-Ġumāriyy tidak pernah menjadikan cerita sebegini sebagai sesuatu yang dibangga-banggakan.

Selanjutnya boleh dibaca di sini :

(a) https://www.wattpad.com/1212885534-celoteh-peribadi-amir-kazuma-celoteh-151

(b) https://www.wattpad.com/1219173384-al-h%CC%B1i%E1%B9%AD%C5%8Db-al-waj%C4%ABz-wacana-ringkas-181

Hantaran 11


Musibah bagi sebahagian aswajaean adalah mereka selalu mengutuk golongan yang dinamakan wahabi kerana mengambil ilmu daripada Google, Maktabah Syamilah dan mempelajari hanya melalui pembacaan atau kuliah di Youtubeߨ tetapi mereka boleh pula ambil pengetahuan tentang Sahabat -semoga Allah meredhai mereka- daripada PDF tanpa berguruߨ kemudian mendakwa ia telah hilang!

Mereka juga mengutuk wahabi kerana ingin terus ambil ilmu daripada Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wa ālihi wasallam- dan tidak melalui sanad
ߨ tetapi mereka sendirilah yang selalu dakwa bertemu dengan baginda sama ada melalui mimpi atau secara jaga serta mengambil ilmu secara langsung tanpa ada sanad!

Hakikatnya mereka ini jauh lebih teruk daripada wahabi yang digembar-gemburkan dan dimomokkan!

Hantaran 12

Dapatan kita yang berkebetulan dengan pandangan ulama sememangnya menggirangkan jiwa. Saya juga berkongsi perasaan yang sama sepertimana Rozaimi Ramle dalam penemuannya tentang kitab «Zād al-Ma*ād Fī Hady H̱oyr al-*Ibād» karya Ibn Qoyyim al-Jawziyyah bahawa tidak ada metod penulisan sirah sepertimana yang dilakukan olehnya sebelumnya.

Antaranya adalah dapatan saya bahawa hadis-hadis tentang ancaman dan hukuman bagi lancap semuanya adalah dhaif. Saya tidak menyangka bahawa pandangan saya ini menepati apa yang disebutkan Muḥammad Ibrōhīm al-*Ašmāwiyy; profesor dalam fakulti hadis di universiti al-Azhar. Begitu juga saya berpandangan bahawa rambut wanita bukan aurat dan tidak wajib ditutup. Dapatan saya ini berbetulan sepertimana yang dipertahankan Sa*d al-Hilāliyy; profesor dalam fiqh perbandingan di universiti al-Azhar. Begitu juga beberapa yang lain.

Yang penting adalah jangan khuatir dan gelisah ketika membuat keputusan dan berijtihad setelah diusahakan dalam membuat kajian, penyemakan, analisis dan pencarian secara objektif dan bermatlamatkan ketepatan dan penghujahan. Boleh jadi dapatan kita ini sebenarnya telah ada pandangannya daripada ulama yang kita belum tahu sebelum ini atau boleh jadi akan datang tanpa disangka -dengan izin Allah- akan ada ahli ilmu yang diperakui kedudukannya berpandangan sebegitu.

Hantaran 14

Jawapan yang bernas dari Muhammad Asri Zainul Abidin (MAZA) tentang mengapa berlaku perbezaan pandangan dalam kalangan ahli ilmu agama.

Jawapan MAZA mungkin sesuai untuk didengari dari orang awam yang baru ingin melangkah dalam mendalami ilmu agama. Bahkanߨ ia juga untuk nonmuslim yang memiliki kemusykilan sebegini. Saya akan mencadangkan untuk sesiapa sahaja yang menyimpan soalan begini untuk mendengar jawapan ini.

Pertanyaan yang biasa dalam agama adalah sebab terjadinya perselisihan pandangan dalam kalangan ahli ilmu. Sebahagian orang menganggap bahawa ia adalah sesuatu yang negatif kerana dilihat seperti tidak ada keseragaman, penafsiran agama terdedah kepada sesiapa sahaja dan pemahaman agama menjadi kabur. Perselisihan ini seolah-olah adalah azab dan kecelaruan pada umat.

Hakikatnyaߨ ia adalah rahmat dan kelegaan kepada umat. MAZA memfokuskan sisi baik yang ada dalam perselisihan dan impak buruk jika tiada perselisihan. Yang paling dikhuatiri jika tiada perselisihan adalah agama akan menjadi totalitarian kerana penafsiran hanya terhad pemilikan kepadanya.

Akibatnya semua orang yang berbeza pandangan ini akan dipersalahkan sembarangan walaupun dia sendiri mungkin yang sebenarnya salah. Jika orang ini memiliki kekuasaanޱ tidak perlu ragu lagi bagaimana dampaknya.

Tentu lagi yang membimbangkan adalah jika sebahagian orang yang tidak bertanggungjawab yang mempergunakan agama untuk eksploitasi kepentingannya daripada penganutnya dan pengikutnya. Perbezaan pandanganߨ bahkan perbalahan ini sebenarnya adalah rahmat kerana sekurang-kurangnya ia dapat menampilkan sisi yang mungkin sebahagian orang dan pengikutnya tidak tahu, tidak sedar dan tidak nampak.

Kalaulah penafsiran dan pandangan tidak diberikan ruang secara luasߨ apatah lagi seadilnyaޱ orang jahat di balik topeng agama ini mampu terlepas daripada penilaian dan memperdaya sekeliling untuk agendanya. Cubalah bayangkan kalau orang ini ada kuasa dan dibiarkan sebebasnya.

Sangat menarik poin yang dibentangkan MAZA dan bagi saya jawapan yang cukup memuaskan untuk faham betapa bernilainya perselisihan pandangan, bahkan perbalahan itu sendiri.

Cumaߨ sememangnya perlu sedar tentang adab dan etika yang perlu ditampilkan ketika perbezaan pandangan. Perselisihan tidak menjustifikasikan sikap-sikap yang keterlaluan dan membenarkan tindakan yang tidak sewajarnya.

Hantaran 14

Kurangnya kefaqihan dan tumpulnya hikmah menyebabkan persoalan yang diutarakan tidak mampu dijawab dengan baik dan diberikan interaksi dengan sewajarnya. Inilah kadangkala yang berlaku apabila sebahagian agamawan masih di kekal takuk yang lama, selesa dengan zon sendiri dan tidak mahu mengemas kini pengetahuan semasa.

Selalunya apabila persoalan sebegini diutarakanޱ ia bukan semudah jawapan halal dan haram atau dibentangkan bersama dalil-dalil bagi menyokong pandangan tersebut.

Atas sebab itulah apabila Allah menyatakan bahawa jika utusan-Nya; Muḥammad -ṣollallāhu *alayhi wa ālihi wasallam- berhadapan dengan syakޱ maka Dia memerintahkannya untuk bertanya kepada ahli kitab bagi tujuan pengukuhan. Firman Allah *Azza Wa Jalla :

فَإِن كُنتَ فِي شَكٍّ مِّمَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ فَاسْأَلِ الَّذِينَ يَقْرَءُونَ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكَ ۚ لَقَدْ جَاءَكَ الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

"Jika engkau dalam syak terhadap apa yang Kami turunkan kepadamuޱ maka bertanyalah kepada orang yang membaca kitab itu sebelummu. Benar-benar sesungguhnya telah datang kebenaran daripada tuhanmu. Makaߨ janganlah engkau termasuk orang yang sangsi". [Surah Yūnus ayat 94].

Allah tidak berkata sepertimana sebilangan agamawan selalu cadangkan jawapan dengan berkata: "Percayalah sahaja kerana ia sudah disebut dalam al-Quran" atau seumpamanya. Akan tetapiߨ Allah menyuruh untuk mencari bukti sokongan lain untuk meneguhkan lagi keyakinannya.

Namunߨ Dia tetap mengingatkan bahawa jangan dilupakan bahawa yang datang daripada-Nya adalah kebenaran dan dari kata-kata yang tidak dusta terhadapnya. Oleh ituߨ jangan termasuk orang yang sangsi dan berbelah bahagi.

Malahߨ yang menyedihkan lagi adalah agamawan ini mengubati kemusykilan dan keraguan ini dengan cara memperbanyakkan ibadah seperti solat, zikir dan pembacaan al-Quran. Mereka beranggapan bahawa pertanyaan yang muncul ini adalah disebabkan lemahnya iman seseorang dan banyak didorong oleh syaitan.

Akhirnyaߨ persoalan yang murni dan tulus dicemari dengan persepsi dan paradigma yang negatif oleh sebahagian yang tidak faqih dan kurang mengaplikasikan kebijaksanaan. Ia bukan sahaja akan menerima jawapan yang tidak produktif atau tidak memperoleh apa-apa jawapan. Malahߨ ia menambahkan lagi persoalan yang disaluti dengan kesangsian yang berlapis-lapis sehingga membawa kepada tanggapan bahawa agama tidak dapat mendepani persoalan secara matang.

Apapunߨ saya menyukai pendekatan Yūsuf al-Qoroḍōwiyy dalam «al-Fatāwā al-Mu*aṣṣiroh» dan pelbagai lagi karya yang lain berkaitan dengan politik, sosial dan lain-lain. Ia tidak hanya terhad kepada jawapan tentang hukum halal dan haram beserta dalil. Dia juga menerangkan falsafah di balik pensyariatan itu, hikmah daripadanya, latar belakang, sejarah dan lain-lain.

Sebegitulah sepatutnya dan inilah sebenarnya yang diperlukan oleh orang yang bertanya. Jika ditanya tentang pembahagian pusaka yang kelihatan lebih kepada lelakiߨmaka jawapan yang ingin didengar adalah falsafah di sebaliknya kerana inilah lubuk masalah atau punca kemusykilan seseorang. Mereka bukan mahu mendengar jawapan bahawa ia ada dalam al-Quran dan kita wajib berimanߨ kemudian noktah.

Sebab itulah pentingnya untuk memiliki kefaqihan, bijaksana, kritis dan tajam kerana yang datang kepada kita mungkin orang yang sakit dan kita perlu memberi ubat yang betul untuknya. Anggaplah pertanyaan itu adalah penyakit dan kita perlu diagnosis permasalahannyaߨ lalu kita memberikan rawatan yang sesuai dengan pesakit itu.

Pembentang Hasrizal Abdul Jamil

Pembentangan Jangan Bunuh Pertanyaan Itu | Buku Erti Beragama Yang Hilang

Hantaran 15

Aswajaean selalu sahaja mendakwa bahawa merekalah yang paling faham tentang pengungkapan dalam kitab, pembelajaran mereka secara berguru membantu mereka untuk memahami dengan lurus dan tersusun dalam pengambilan rujukan.

Manakalaߨ wahabi di sisi mereka adalah orang yang tidak pernah berguru dan hanya belajar dengan pembacaan sahajaߨ tetapi terhad dengan beberapa sahaja, kerap sahaja salah faham maksud pengarang, kefahaman yang berterabur, simplistik dan memandai-mandai.

Namunߨ rupanya mereka juga tidak ubah seperti golongan yang mereka kutuk dan cerca habis-habisan. Kali ini kesan kesilapannya adalah serius kerana ia bukan sahaja tidak membandingkan dengan pelbagai kitab rujukanߨ tetapi ia mendorong mereka untuk mengkafirkan orang yang kononnya dianggap mujassimah dan dipergunakan atas nama Muḥammad bin Idrīs aš-Šāfi*iyy.

Betapa ramai yang menjadi mangsa tuduhan ini dan mangsanya sukar sekali untuk dibuktikan. Namunߨ merekalah paling lancang dan paling pantas mengkafirkan orang lain atas sebab seseorang itu berfahaman mujassimah. Walaupun mereka tidak mengkafirkan secara terangޱ tetapi pelabelan mujassimah itu sudah cukup untuk kita tahu ke mana hala tuju yang ingin dia pandang.

Rasanya kalau ditanya mereka ini sama ada mereka pernah mengkhatamkan pembelajarannya dengan berguru secara bersanadޱ pasti mereka tidak mampu menjawabnya kecuali yang paling terpencil daripada mereka. Bahkanߨ mereka sebenarnya membaca sendiri dengan kefahaman sendiri.

Bahkanߨ yang memerli golongan wahabi kononnya belajar daripada Google atau perisian komputer atau seumpamanya sebenarnya mengutip dan menyebarkan daripada Google atau yang mereka jumpa di hantaran Facebook. Inilah hakikatnya dan inilah hipokrit mereka yang mereka berselindung.

Jika golongan wahabiޱ berhabis-habisan tanya sama ada pembelajaran terhadap kitab ini secara berguru yang bersanad atau tidak. Jika tidakߨ tidak ada valid pun penghujahan yang diambil secara langsung dari ktiab di sisi mereka. Namunߨ mereka juga sebenarnya adalah golongan yang mereka sendiri kutuk!

Pembentang Sidang Kalam

Hantaran 16

Warga Malaysia lebih mengenali sosok yang bernama Abdul Qadir al-Mandili. Namunߨ tidak ramai yang mengenali anaknya; Mohammad.

Sesiapa yang mendengar kuliah pendek iniߨ khususnya aswajaean cukup untuk menyatakan bahawa Mohammad al-Mandili ini adalah wahabi.

Saya faham mengapa aswajaean tempatan kita tidak begitu memperkenalkannya di masyarakat umum. Ini kerana jika kita mendengar kuliah iniޱ sudah cukup tahu pendiriannya.

Dia menyatakan bahawa sifat khabariah yang dia bawakan contoh sebagai al-Istiwā^, an-Nuzūl, al-Yad, al-*Ayn dan al-Qodam difahami makna zahir sepertimana yang difahami dari penuturan orang Arab dan boleh diterjemahkan kepada bahasa Melayu dengan makna semayam, turun, tangan, mata dan dua kaki. Cukuplah ini melaggar tradisi pondoknya.

Kerapkali mengunjing tentang orang yang terikut dengan falsafah dan mantiq serta takwilan terhadap sifat-sifat tersebut. Ini sebenarnya adalah mengunjing ašᶜarian secara tidak langsung.

  Menyatakan secara jelas bahawa akidah di kebanyakan dunia umat Islam ini sama ada di Malaysia, Pattani, Indonesia atau selainnya terjebak dengan akidah mutazilian.

Ini adalah satu kenyataan yang begitu nekat sekali memandangkan kitab ayahnya juga diangkat tinggi oleh institusi pondok, menjadi warisan yang berharga untuk pendidikan pondok dan dijadikan bahan pengajaran kepada masyarakat.

Saya merasakan kenyataannya ini bukan sahaja ingin menyinggung ašᶜarian secara global, tetapi ingin menyinggung fahaman yang di bawa oleh para pondok tempatan.

Terang-terangan menepis tuduhan buruk terhadap Muammad bin *Abdul Wahhāb.

Dari keempat-empat poin yang penting ini dari kuliah yang ringkas ini memadai untuk menyatakan bahawa sudah cukup sifat bagi aswajaean untuk menuduhnya sebagai wahabi.

Mungkin timbul pertanyaan. Kefahaman wahabi dia ini diwarisi dari ayahnya atau dia sendiri yang berpaling daripada haluan ayahnya? Saya cenderung kepada yang pertama.

Saya pernah melihat sebahagian orang mengemukakan alasan mengapa Abdul Qadir al-Mandili menulis tentang pembahagian tauhid kepada tiga.

Mereka berkata bahawa Abdul Qadir al-Mandili melakukan sedemikian sebagai cara berselindung daripada wahabi yang menguasai tanah haram agar tidak ditangkap dan dia dapat meneruskan pengajaran di sana.

Namunߨ ini adalah andaian yang tersebar tanpa ada bukti daripada sumber yang primer. Tidak ada kenyataan daripada ayahnya atau setakat ini tidak ada anak-anak muridnya yang berkata sedemikian.

Yang lebih menghairankan adalah anaknya; Mohammad sejelas-jelasnya menzahirkan fahaman wahabi menurut aswajaean. Bagaimana? Apakah ia bukan warisan daripada ayahnya?

Hantaran 17

Adakalanyaߨ orang yang kita lihat hebat pada hari ini sebenarnya bermula daripada bawah. Bahkanߨ sebagai orang yang terkebelakang dan dungu. Kadangkalaߨ kita tidak sedar tentang perkara ini. Seolah-olah orang hebat yang kita perhati telah lahir dengan kepandaian dan belajar tanpa berhadapan sebarang masalah.

Apabila melihat kisah Salman Aliޱ sekurang-kurangnya ia mencetuskan para pendengar agar tidak merasa hampa melihat prestasi pembelajaran bahasa Arab begitu corot dan tidak progresif. Seakan-akan mereka untuk mencapai kemahiran tersebut seperti angan-angan yang jauh dan berjurang jauh antara mereka.

Pun begituߨ jangan kekal sedemikian. Kekal berusaha yang semampunya dan tekuni yang sedalam mana yang boleh. Kalau merasa penatޱ maka berehatlah. Kalau merasa hampaޱ jangan kecundang.

Saya dahulu pun tidak kurang teruk juga pada masa awal-awal pembelajaran bahasa Arab dahulu. Cumaߨ di sini saya tidak mahu bercerita panjang. Saya sudah pun bercerita sekilas tentangnya di penulisan saya yang berjudul «Diari Diri : Jangan Takut Menghadapi Kejahilan Dan Terjebak Dalam Kesilapan», «Diari Diri : Nasihat, Tips Dan Panduan Untuk Belajar Bahasa Arab Bagi Pemula» dan «Bahasa Arab Itu Sukar?» dalam kolum Celoteh Peribadi Amir Kazuma».

Di sini cukuplah kita mendengar kisah daripada seseorang yang jauh lebih fasih dan lebih berkaliber dalam bahasa Arab berbanding saya. Apapunߨ kesudahannya adalah kita wajib bersyukur kepada Allah atas limpahan yang Dia berikan ke atas penguasaan kita dalam bahasa Arab.

Untuk penulisan «Diari Diri : Nasihat, Tips Dan Panduan Untuk Belajar Bahasa Arab Bagi Pemula» saya sudah membentangkan langkah dan hala tuju untuk seseorang sampai kepada penguasaannya. Mudah-mudahan ia membantu dan bermanfaat.

Hantaran 18

Kupasan yang bagus dari saudara Noor Deros tentang orang yang suka menjadikan ₍az-Zawq₎ sebagai dasar penentu kebenaran. Cukup untuk meruntuhkan asas pemikiran batiniah.

Hantaran 19

Saya bersimpati dengan *Abdullah al-Haroriyy yang diburukkan dan dicela habis-habisan atas isu ketidakharaman melihat filem lucah ini. Padahalߨ penghujahan yang diutarakan tentang lihatan pada wanita yang bukan hakiki bukanlah dia berseorangan dan bukanlah dia yang memulakannya.

Ia adalah penghujahan daripada pendapat muktamad dalam mazhab ḥanafian dan šāfiᶜian. Perbezaan lihatan yang hakiki dan yang bukan hakiki bukan hanya terhad pada perbahasan hukum lihatan tubuh sahaja ia merangakumi sumpah dan talak taliq. Saya telah membahaskannya secara lanjut di penulisan saya yang berjudul «Hukum Melihat Aurat Yang Bukan Hakiki».

Saya faham mengapa para fuqaha kontemporari dan ulama masa kini sangat mengecam pandangan seperti ini biarpun ia adalah pendapat muktamad dua mazhab tadi. Ini kerana apabila mereka berfatwa dengannya, ia akan berselarian dengan apa yang disebutkan al-Haroriyy. Ini bermakna mereka juga menanggung maruah yang tercalar dan kata-kata buruk daripada masyarakat disebabkan membenarkan lihatan filem atau gambar lucah.

Oleh sebab ia tidak memihak kepada kepentingan mereka kerana ingin terus diterima masyarakat dan tidak mahu diperkatakan secara buruk disebabkan isu yang dianggap lucahߨ maka pendapat muktamad ini sama ada terbenam dalam kitab yang tidak diterokai melainkan sedikit orang daripadanya atau disampaikan dengan berselirat supaya ia tidak tampak berselarian dengan al-Haroriyy. Paling kurang pun mereka berkata bahawa ia adalah dibenarkan dalam dua mazhab tadiߨ tetapi ia menjadi haram disebabkan ia menimbulkan syahwat dan sememangnya tujuan lihatan adalah untuk syahwat.

Yang melucukan lagi adalah mereka yang selalu mencemuh orang lain berpindah-pindah mazhab, mencampuradukkannya dan keluar daripadanya. Akan tetapiߨ dalam kes ini mereka paling cepat menjauhinya disebabkan ia tidak menyenangkan merekaߨ bahkan mereka sanggup menganggap pandangan ini syaz. Malahߨ mencela pula orang yang berfatwa dengan pandangan muktamad mazhab yang mereka sendiri mempertahankannya secara habis-habisan.

Kebenaran tetap kebenaran. Ia perlu disampaikan sepertimana yang sepatutnya biarpun orang berkata yang buruk tentangnya dan dibenci sekeliling. Saya sendiri pernah menerima nasib yang sama sepertimana al-Haroriyy kerana mempertahankan pandangan muktamad dua mazhab ini.

Kita serahkan pada pembaca dan penyelidik untuk menilai secara saksama. Lihat siapa yang berdiri di atas kebenaran dan hujah. Lihat juga siapa yang sebenarnya mengikuti ulama dan berpedomankan manhaj ilmu yang lurus.

Hantaran 20

Kalau sesiapa yang membaca «az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh» tanpa mengenali penulisnyaޱ pasti orang akan mudah mengatakan bahawa penulis buku itu adalah wahabi. Akan tetapiߨ ia ditulis oleh tokoh sufi ahli bait dari keluarga al-Ġumāriyy; Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq.

Meskipun dia meninggalkan beberapa perkara yang berkaitan dengan sufi yang lama melalui kitabnya «al-Intiṣōr Li Ṭorīq aṣ-Ṣūfiyyah al-Aẖyār» dan meninggalkan tarekat lamanya; darqōwianޱ dia tidaklah meninggalkan kesufian sepenuhnya dengan mengiktiraf bahawa tasawwuf termasuk salah satu cabang ilmu sepertimana ilmu fiqh. Apa yang dia lakukan hanyalah menentang sufi yang jahil yang bertebaran di zamannya.

Antara yang dalam praktik kesufian yang masih dia amalkannya adalah majlis maulid sepertimana yang dipaparkan dalam video ini. Malahߨ Ḥamzah al-Kattāniyy sepertimana yang direkodkan dalam arkib bagi forum Multaqō Ahl al-Ḥadīṯ pernah membangkitkan isu sambutan maulid meskipun sudah berlepas diri daripada persekitaran lamanya ketika membicarakan tentang Muḥammad az-Zamzamiyyߨ khususnya pergolakan bersama adik-beradiknya yang lain.

Ini bermakna kesufian yang dibawa olehnya adalah yang khusus menurutnya sepertimana pandangan fiqh, hadis dan lain-lain dalam bidang agama daripada keluarga al-Ġumāriyy juga adalah yang khusus menurut masing-masing. Oleh ituߨ sesiapa yang mengenal keluarga al-Ġumāriyy, dia tidak akan tersepit dengan binari wahabi atau nonwahabi. Dia akan melihat keunikan dan keragaman yang ada pada masing-masing tanpa terikat dengan ikatan tersebut.

Menurut sumber Jāmi* Hady ar-Rosūl; insitusi yang dia membangunkannya majlis ini mendendangkan qasidah Burdah dan al-Hamziyyah dan dihadiri oleh anak-anaknya; Ṣuhayb, *Abdul Bārī dan Ubayy. [Rujuk : https://www.facebook.com/ZemZmi.MH/videos/626397195065890].

Malahߨ, anaknya; Ubayy pernah menghasilkan buku «Dalīl as-Sunniyy al-Muḥibb Li an-Nabiyy *Alā al-Iḥtifāl Bi Mawlid an-Nabiyy» dalam usaha membela keharusan dalam menyambut maulid. [Rujuk : https://www.facebook.com/photo/?fbid=331744495414944&set=a.120359433220119].

Apapunߨ saya juga walaupun agak tegang dengan beberapa kelompok sufiޱ saya juga tidak ada masalah untuk sambutan maulid seperti iniߨ malah menghadiri kelompok sufi yang saya bertelagah dengannya jika dijemput dan melupakan sebentar konflik yang berlaku antara saya dengan mereka serta saya juga menerima beberapa praktik daripada sufi yang lain.

Ia mungkin seolah-olah sekapal dengan Muḥammad az-Zamzamiyy. Jika sedemikianޱ mudah-mudahan Allah memasukkan saya dan kita semua bersama orang yang soleh, berilmu dan berada di atas manhaj yang lurus.

Hantaran 21

Antara bacaan al-Quran daripada Muḥammad al-Luḥaydān yang saya menggemarinya dan saya meniru alunan bacaannya sehingga saya boleh membaca al-Quran dengan alunan seumpamanya. 

Malahߨ saya menghafal Surah Hūd ayat 1-5 kerana bacaannya. Inilah sebabnya pemilihan qari yang kita suka untuk mendengarnya boleh mendorong seseorang untuk menghafal ayat al-Quran dan membantu untuk mencapainya kerana alunannya yang sepadan dengan citarasa dapat melekat dalam minda lebih cepat dan teguh.

Akan tetapiߨ kesannya adalah jika saya membaca Surah Hūd ayat 1-5 dengan alunan yang berbeza sepertimana yang saya biasa mendengar alunan Muḥammad al-Luḥaydān dan menghafal dengan alunan tersebutޱ adakalanya hafalan saya terganggu dan seolah-olah saya tidak dapat mengingatnya dengan baik. Walhalߨ kalau dibaca dengan alunan Muḥammad al-Luḥaydānޱ saya dapat membacanya secara hafalan dengan baik tanpa tersangkut-sangkut. Adakalanyaߨ saya tertanya-tanya juga mengapa ia terjadi.

Apapunߨ segala puji bagi Allah. Semoga Allah memberkatinya dan menjadikan kita termasuk orang yang mencintai al-Quran serta mati di atas bimbingannya.

Hantaran 22

Hamza Yusuf; tokoh sufi antarabangsa juga mengingatkan sebahagian sufi yang tidak menerima kritikan terhadap mereka dan melabel sesiapa yang melakukannya sebagai wahabi atau menganggap kritikan terhadap sufi itu adalah dari golongan wahabi. Tidak lebih daripada itu.

Hakikatnyaߨ apa yang disuarakan Hamza Yusuf ini bukanlah perkara baru. *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wa ālihi wasallam- dalam muqaddimah «Awliyā^ Wa Karōmāt» menyebutkan bahawa apabila kitabnya ini didengari oleh kebanyakan orangޱ pasti dia dituduh sebagai cenderung kepada wahabi. Ini kerana kandungan kitab ini membentangkan penolakan beberapa kisah karamah dusta para pelampau sufi yang disandarkan kepada wali Allah.

Bahkanߨ jika sesiapa yang membaca «az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh» tanpa mengenali penulisnyaߨ pasti pembaca berotak binari ini akan berkata bahawa penulis kitab ini adalah jurucakap untuk wahabi. Padahalߨ ia adalah karangan adik *Abdullah al-Ġumāriyy; Muḥammad az-Zamzamiyy yang juga merupakan tokoh sufi.

Malahߨ sebelum kedua-duanya Jalāluddīn as-Suyūṭiyy telah menghasilkan kitab «al-Amr Bi al-Ittibā* Wa an-Nahy *An al-Ibtidā*» yang merupakan karya khas untuk menentang bidaah yang telah wujud dengan memaparkan beberapa contoh daripadanya.

Tidak cukup dengan itu. Ibn *Arobiyy yang diangkat oleh rata-rata sufi ini sebagai syeikh yang teragung dalam kesufian juga dikritik secara pedasߨ bahkan sebahagian ulama mengindikasikan kekafirannya seperti Burhānuddīn al-Baqō*iyy, Nūruddīn al-Bakriyy aš-Šāfi*iyy, Tayiuddīn as-Subkiyy, Zaynuddīn al-*Irōqiyy, Abū Zur*ah al-*Irōqiyy, al-Mizziyy, Sirōjuddīn al-Bulqīniyy, Badruddīn Ibn Jamā*ah, Ibn H̱oldūn, Najmuddīn al-Bālisiyy, Abū Ḥayyān al-Andalusiyy dan Šamsuddīn Muḥammad bin Yūsuf al-Jazariyy aš-Šāfi*iyy.

Yang mendukacitakan adalah sebahagian orang menganggap bahawa kritikan terhadap Ibn *Arobiyy adalah golongan wahabi. Padahalߨ nama-nama ulama yang disebutkan ini adalah dari kalangan jaguhan gemilang dan lahir sebelum Muḥammad bin *Abdul Wahhāb lagi. Sebahagian sufi ini bukan sahaja jahil dalam hakikat perbahasan iniߨ malah terjebak pula dengan kancah bidaah disebabkan kejahilannya.

Ini bermakna sufi juga adalah orang yang aktif dalam menentang bidaah dan khurafat. Ia bukan hanya kerja dari pihak wahabi semata-mata yang sekadar mahu bertelagah dengan sufi. Kalaulah seorang sufi sangat lengah dalam kepentingan membasmi bidaahޱ maka sangatlah jauh beza antara imam dan makmum.

Hantaran 23

Penyifatan Allah dengan tubuh dan fizikal adalah akidah kufur yang disepakati oleh para ulama. Abū Sa*īd ad-Dārimiyy yang karyanya sangat direkomendasi pembacaannya oleh Ibn Taymiyyah dan dituduh secara keji oleh sebahagian ašᶜarian sebagai mujassim menyatakan kufur bagi sesiapa yang mengatakan adanya anggota daripada sifat-Nya :

فيُقال لِهَذَا المُعَارِضِ: أَمَّا مَا ادَّعَيْتَ أَنَّ قَوْمًا يَزْعُمُونَ أَنَّ للهِ عَيْنًا فَإِنَّا نَقُولُهُ؛ لِأَنَّ اللهَ قَالَهُ وَرَسُولَهُ، وَأَمَّا جَارِحٌ كَجَارِحِ العَيْنِ مِنَ الإِنْسَانِ عَلَى التَّرْكِيبِ؛ فَهَذَا كَذِبٌ ادَّعَيْتَهُ عَلَيْنَا عَمْدًا، لِمَا أَنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ أَحَدًا لَا يَقُولُهُ، غَيْرَ أَنَّكَ لَا تَأْلُو مَا شَنَّعْتَ، لِيَكُونَ أَنْجَعَ لِضَلَالَتِكَ فِي قُلْوبِ الجُهَّالِ، وَالكَذِبُ لَا يَصْلُحُ مِنْهُ جِدٌّ وَلَا هَزْلٌ، فَمِنْ أَيِّ النَّاسِ سَمِعْتَ أَنَّهُ قَالَ: جَارِحٌ مُرَكَّبٌ؟ فأشِرْ إِلَيْهِ، فَإِنَّ قَائِلَهُ كَافِرٌ، فَكَمْ تُكَرِّرُ قَوْلَكَ: جِسْمٌ مُرَكَّبٌ، وأَعْضَاءٌ وَجَوَارِحُ، وَأَجْزَاءٌ، كَأَنَّكَ تُهَوِّلُ بِهَذَا التَّشْنِيعِ عَلَيْنَا أَنْ نَكُفَّ عَنْ وَصْفِ اللهِ بِمَا وَصَفَ نَفْسَهُ فِي كِتَابِهِ، وَمَا وَصَفَهُ الرَّسُولُ. وَنَحْنُ وَإِنْ لَمْ نَصِفِ اللهَ بِجِسْمٍ كَأَجْسَامِ المَخْلُوقِينَ، وَلَا بِعُضْوٍ وَلَا بِجَارِحَةٍ؛ لَكِنَّا نَصِفُهُ بِمَا يَغِيظُكَ مِنْ هَذِهِ الصِّفَاتِ الَّتِي أَنْتَ ودُعَاتُك لَهَا مُنْكِرُونَ، فَنَقُولُ: إِنَّهُ الوَاحِدُ الأَحَدُ الصَّمَدُ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ، ذُو الوَجْه الكَرِيم، والسَّمْعِ السَّمِيع، والبَصَرِ البَصِير، نُورُ السَّمَاواتِ وَالأَرْضِ، وَكَمَا وَصَفَهُ الرَّسُولُ صلى الله عليه وسلم فِي دُعَائِهِ حِين يَقُول: «اللهمَّ أَنْتَ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ»، وَكَمَا قَالَ أَيْضًا: «نُورٌ أَنَّى أَرَاهُ؟»، وَكَمَا قَالَ ابْنُ مَسْعُودٍ رضي الله عنه: «نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ مِنْ نُورِ وَجْهِهِ». وَالنُّورُ لَا يَخْلُو مِنْ أَنْ يَكُونَ لَهُ إِضَاءَةً واسْتِنَارَةً ومَرأَى ومَنْظَرًا، وَأَنَّهُ يُدْرَكُ يَوْمَئِذٍ بِحَاسَّةِ النَّظَرِ، إِذَا كُشِفَ عَنْهُ الحِجَابُ، كَمَا يُدْرَكُ الشَّمْسُ وَالقَمَرُ فِي الدُّنْيَا.

Dikatakan kepada penyangkal ini
֊ adapun dakwaan engkau bahawa suatu kaum yang mendakwa bahawasanya bagi Allah ada mataޱ maka sesungguhnya kami mengatakan sedemikian kerana Allah dan rasul-Nya berkata sedemikian. Adapun anggota seperti anggota mata daripada manusia atas susunanޱ maka ini adalah dusta yang engkau dakwakannya ke atas kami secara sengaja kerana engkau mengetahui bahawa tiada seorang pun yang mengatakannya melainkan engkau bersungguh dalam cemuhanmu supaya ia menjadi yang paling laku dalam kesesatan engkau dalam jantung orang yang jahil dan pendustaan yang tidak elok usaha dan igauan daripadanya. Orang yang mana satu engkau mendengar bahawa dia berkata anggota yang tersusun? Tunjukkan kepadanya. Jika dia mengatakannyaޱ maka dia adalah kafir. Betapa banyak kami ulang kata-kata kamu pada jisim yang tersusun, tubuh, anggota dan bahagian. Seolah-olah engkau berlebih-lebihan dalam menegah kami daripada menyifatkan Allah dengan apa yang Dia sifatkan diri-Nya dalam kitab-Nya dan apa yang rasul sifatkan-Nya melalui cemuhan ini terhadap kami.

Kami walaupun tidak menyifatkan Allah dengan jisim seperti jisim makhluk, bukan juga dengan tubuh dan bukan juga dengan anggota
ޱ tetapi kami menyifatkannya dengan apa yang engkau berang terhadap sifat-sifat ini yang engkau dan pendakwah engkau mengingkari terhadapnya. Laluߨ kami berkata sesungguhnya Dia adalah satu yang esa, tempat bergantung, tidak beranak, tidak diberanakkan, tidak ada satu pun yang setara dengannya, memiliki wajah yang mulia, pendengaran yang mendengar, penglihatan yang melihat, cahaya langit-langit dan bumi serta sepertimana rasul-ṣollallāhu *alayhi wasallam- sifatkan-Nya: "Ya Allah! Engkau cahaya langit-langit dan bumi" dan sepertimana juga yang baginda berkata: "Cahaya mana aku melihatnya?". Sepertimana juga kata Ibn Mas*ūd -semoga Allah meredhainya- berkata: "Cahaya langit-langit dan bumi dari cahaya wajah-Nya". Dan cahaya tidak asing daripada terjadinya sinaran, pancaran, lihatan dan pandangan apabila tersingkap hijab daripadanya sepertimana dicapai mentari dan rembulan di hari akhirat. [Naqḍ al-Imām Abī Sa*īd *Uṯmān Ibn Sa*īd ad-Dārimiyy *Alā al-Marīsiyy al-Jahmiyy al-*Anīd Fī Mā Iftarō *Alā Allah *Azza Wa Jalla Min at-Tawḥīdm/s 321-322keluaran al-Maktabah al-Islāmiyyah Li an-Našr Wa at-Tawzī*tahqiq Abū *Āṣim aš-Šawāmiyy al-Aṯariyy].

Bahkanߨ Ibn Taymiyyah yang merupakan imam kepada kebanyakan salafi pada hari ini juga menghukum bidaah terhadap sesiapa yang berkata Allah mempunyai ciri anggota dan fizikal :

وَلَا رَيْبَ أَنَّ مَنْ جَعَلَ الرَّبَّ جِسْمًا مِنْ جِنْسِ الْمَخْلُوقَاتِ فَهُوَ مِنْ أَعْظَمِ الْمُبْتَدَعَةِ ضَلَالًا دَعْ مَنْ يَقُولُ مِنْهُمْ أَنَّهُ لَحْمٌ وَدَمٌ وَنَحْوُ ذَلِكَ مِنْ الضَّلَالَاتِ الْمَنْقُولَةِ عَنْهُمْ

"Tidak ada keraguan bahawa sesiapa yang menjadikan tuhan itu sebagai jisim daripada jenis makhluk, maka ia adalah sebesar-besar kesesatan pelaku bidaah. Tinggalkanlah orang daripada mereka yang berkata bahawa ia adalah darah, darah dan seumpama dengan itu yang berupa kesesatan-kesesatan yang dinukilkan daripada mereka". [Al-Fatāwā al-Kubrōjilid 6m/s 547keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah].

Akan tetapiߨ kita sama sekali tidak menghukum sosok yang mengatakan sedemikian sebagai kafir atau bidaah. Ini kerana barangkali dia tidak tahu tentang permasalahan ini atau tersalah. Kita cuma mengatakan bahawa kata-kata tersebut adalah mengandungi kekufuran atau bidaah yang paling beratߨ bukan menghukum penuturnya.

Hakikatnya, pengamalan salaf yang sebenar adalah menyifatkan semua sifat khabariah seperti sifat wajah, tangan, bersemayam dan lain-lain sebagai sifat Allah sahaja dan tidak lebih daripada itu. Mereka tidak mengkategorikannya sebagai sifat fizikal atau sifat tubuh atau sifat konkrit sepertimana tidak ada sesiapa pun dari kalangan imam yang memasukkan sifat redha, murka dan lain-lain dalam kategori sifat emosi bagi-Nya. Maha suci Allah daripada kategori sedemikian.

Hantaran 24

Daripada pembentangan ini kita mendapat beberapa perkara.

Pertamaߨ orang yang berkata bahawa dia pernah belajar kitab itu secara berguru yang bersanad dan khatam dari kulit ke kulit tidak bermakna kefahaman pada sebahagian kandungan itu adalah berautoriti dan betul. Walaupun mereka ada kelebihan dari segi pencerahanޱ tetapi bukan bermakna ia betul dalam segenap perkara.

Lihat sahaja bagaimana PU Faiz mempertahankannya sudah cukup mendedahkan bahawa betapa jauhnya andaian yang cuba diketengahkan melalui perbandingan perujukan dari teks asal dari kenyataan berbahasa Arab.

Bahkanߨ kalau difahami dengan sebetulnya, sememangnya penyebutan "₍al-Iqtisṣōr₎" di situ bukan bermakna seseorang tidak memadkan penyebutan lafaz Allah ketika berzikir. Akan tetapiߨ seseorang itu berpada dengan penyebutan nama Allah berulang kali tanpa ada sandangan sama ada dalam berbentuk kata majmuk seperti ₍Subḥānallah₎ (سُبْحَانَ اللهِ) atau berbentuk ayat lengkap seperti ₍Alḥamdulillah₎ (الْحَمْدُ لِلَّهِ).

Ini kerana konteks daripada keseluruhan tema yang dibincangkan adalah untuk menegah dan memandang buruk terhadap zikir nama Allah semata-mata. Dengan melihat konteks sebelumnya dan selepasnya fahamlah kita makna yang ditujukan oleh penulis. Bukan untuk menempelak beberapa kesalahan tatacara dalam penyebutan zikir sambil membenarkan zikir seperti itu.

Jelaslah bahawa perguruan tidak semestinya menatijahkan kefahaman yang betul terhadap kandungan kitab. Boleh jadi kesalahan itu diwarisi dari gurunya atau dia sendiri yang menyalahinya.

Kita perlu berjaga-jaga dengan kecenderungansi penukul dalam fenomena Deformation Professionnelle. Adakalanyaߨ sang penukul cenderung melampaui batas dalam ketika menukul paku sehingga menyebabkan paku itu bengkok. Ia adalah seorang profesion atau pakar yang cenderug kepada melampaui batas atau menyalahi beberapa etika yang sepatutnya sama ada kerana kegelinciran yang tidak sengaja atau sememangnya ia adalah motif yang sebenarnya.

Misalnya adalah seseorang yang mahir dalam kewartawanan adakalanya bersikap bias dalam penyampaian berita, penyebaran maklumat dan penggambaran terhadap sesuatu isu. Apabila kita melihat profil dan rekodnyaޱ sememangnya tidak akan dinafikan kewibawaannya dalam bidang tersebut dan kemahirannya. Namunߨ jangan lupa bahawa kemahiran yang tinggi tidak menjamin kesakralan dan autoritatif mutlak.

Samalah seperti seseorang yang mendakwa bahawa mereka telah menguasai kitab tersebut dengan mempelajarinya dari kulit ke kulit secara berguru yang bersanad. Boleh jadi mereka melampaui batas atau melanggar etika dalam kemahiran mereka. Contoh yang ditampilkan ini adalah jelas.

Keduaߨ boleh jadi yang tidak pernah belajar secara berguru sebenarnya memiliki kefahaman yang jernih berbanding sebahagian orang yang belajar secara berguru. Kita lihat Abdul Hadi tepat dalam kefahamannya dan didukung pula pencerahan daripada Sidang Kalam yang membantu untuk meneguhkan apa yang difahami Abdul Hadi. Walaupun mereka tidak mempelajari kitab ini seperti PU Faizޱ tetapi mereka mampu menampilkan kefahaman yang betul serta terbebas daripada falasi dan bias.

Usah sesuka hati meremehkan orang lain. Boleh jadi kita hanya berpada dengan satu kitab yang dipelajari dan persekitaran pembelajaran kita sahajaޱ tetapi orang lain jauh lebih luas pengamatannya dan capaiannya yang mungkin kita tidak terfikir pun untuk mencapainya.

Ketigaޱ saya seringkali melihat sebahagian aswajaean apabila mengutuk wahabi dan menisbahkan ciri-ciri buruk terhadapnyaޱ adakalanya mereka terjerat sama dan melakukan yang serupa dalam mengutuk wahabi.

Contohnya adalah seperti perlakuan sembarangan petik terhadap kalam ulama tanpa difahami dengan sebenarnya. Sekarang mereka sendiri melakukan yang sama ketika memetik dua kalam *Izuddīn Ibn *Abdul Salām yang dilihat saling bercanggahanߨ lalu membuat kesimpulan yang jauh andaiannya seperti fatwa pengharaman itu adalah kerana belum merapati kaum sufi atau seperti pengharaman zikir lafaz al-Jalālah adalah untuk mereka yang tidak ada bimbingan dengan guru mursyid.

Lihat bagaimana kerancuannya. Punca utama saya lihat PU Faiz berusaha dalam mengetengahkan pengandaian terhadap kalam *Izuddīn Ibn *Abdul Salām disebabkan tanggapan kitab-kitab silibus jawi tempatan seperti syarah «Jawharoh at-Tawḥīd» tidak mungkin sama sekali menyelisihi amalan sufi tempatan dan tidak mungkin seorang sufi dijadikan modal oleh orang dari kalangan wahabi dalam mengharamkan zikir yang diterima pengamalannya.

Saya pernah melihat seseorang meragukan petikan Ibn Qoyyim al-Jawziyyah dalam «Badā^i* al-Fawā^id» pada syair ad-Dāroquṭniyy yang berseloka :

حديث الشفاعة عن أحمد # إلى أحمد المصطفى مسنده

وجاء حديث بإقعاده # على العرش أيضا فلا نجحده

أمروا الحديث على وجهه ... ولا تدخلوا فيه ما يفسده

ولا تنكروا أنه قاعده ... ولا تنكروا أنه يقعده

Hadis syafaat daripada Amad # kepada yang terpuji yang terpilih disandarkannya

Adapun hadis mendudukkannya # atas Arasy jugaޱ maka kami tidak menentangnya.

Lalukan hadis itu atas bentuknya # Janganlah kalian masuk yang di dalamnya apa yang membinasakannya.

Jangan kalian mengingkari bahawa Dia duduk # Dan jangan kalian menentang bahawa Dia mendudukkannya.

Bahkanߨ sehingga sanggup berkata bahawa Ibn al-Qoyyim melakukan pendustaan terhadap ad-Dāroquṭniyy. Padahalߨ syair ini ada dalam petikan Abū Ya*lā al-Ḥanbaliyy dalam «Ibṭōl at-Ta^wīlāt Li Aẖbār aṣ-Ṣifāt». Inilah bahana pelampauan dalam perseteruan.

Sekarangߨ mereka juga melakukan yang sama dalam penafian ini sehingga sanggup meragukan nukilan al-Ḥaṭṭōb ar-Ru*ayniyy tentang fatwa *Izuddīn Ibn *Abdul Salām terhadap fatwa yang memandang buruk terhadapnya disebabkan fatwa tersebut tidak menyebelahi mereka. Mereka tidak sedar bahawa nukilan aš-Ša*rōniyy juga boleh dipertikaikan keabsahannya jika mengikut cara mereka. Inilah jelas betapa parahnya ketaksuban sehingga mendorongnya kepada sikap penafian.

Akuilah bahawa terdapat perbezaan pandangan dan sikap keras ulama terhadapnya semisal *Izuddīn Ibn *Abdul Salām. Kalau pun ia dinukilkan daripada ulama yang diangkat oleh institusi pondok tempatan dan karya yang agung dalam lapangan pengajiannyaޱ akuilah keunikan yang ada pada para ulama.

Jangan merosakkan keaslian kefahaman yang terkandung dalam kitab itu semata-mata untuk menyelarikan pandangan kita dan seolah-olah sebenarnya ulama itu sedang berpihak pada kita, padahal dia berlepas diri daripada pengandaian yang kita lakukan.

Keempatߨ aswajaean seringkali mendakwa bahawa merekalah yang paling betul dalam kefahaman pembacaan kitab. Tidak seperti wahabi yang selalu mereka sindir dan kutuk. Akhirnyaߨ mereka yang berkata bahawa mereka sudah belajar secara berguru yang bersanad pun membawa andaian dan pemahaman yang tidak benar pada kitab yang mereka sendiri bertalaqqi dengannya.

Mereka selalu memomokkan wahabi merubah teks asli kitab dan menyelewengkan kefahaman para ulama. Namunߨ dalam kes ini mereka juga melakukan yang sama terhadap penyelewengan kefahaman. Orang yang saksama akan jelas terhadap pengandaian yang jauh semacam ini.

Hantaran 25

Abū al-*Abbās Šihābuddīn Aḥmad bin Salamah al-Qolyūbiyy berkata :

وَخَرَجَ بِهِ رُؤْيَةُ الصُّورَةِ فِي الْمَاءِ أَوْ فِي الْمِرْآةِ فَلَا يَحْرُمُ وَلَوْ مَعَ شَهْوَةٍ

"Terkecuali daripadanya (pengharaman lihatan badan) ialah lihatan bayangan pada air atau pada cermin. Tidaklah ia haram walaupun bersyahwat". [Ḥāšiyatā Qolyūbiy wa *Umayrah *Alā Šarḥ al-Muḥallā *Alā Minḥāj at-Ṭōlibīnjilid 3m/s 209keluaran Dār al-Fikr].

Sulaymān bin Muḥammad bin *Umar al-Bujayrimiyy :

وَخَرَجَ بِهِ رُؤْيَةُ الصُّورَةِ فِي نَحْوِ الْمِرْآةِ وَمِنْهُ الْمَاءُ فَلَا يَحْرُمُ وَلَوْ مَعَ شَهْوَةٍ

"Terkecuali daripadanya (pengharaman lihatan badan) ialah lihatan pada bayangan di cermin dan air termasuk daripadanya (pengecualian). Tidaklah ia haram walaupun bersyahwat". [Tuḥfah al-Ḥabīb *Alā Šarḥ al-H̱otībjilid 4m/s 372keluaran Dār al-Fikr].

Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy dalam «Iẖtilāf al-Fuqohā^» menyebutkan bahawa aḍ-Ḍoḥḥāk bin Muzāḥim beserta sekumpulan yang bersama dengannya mengharuskan lancap.

Kalau menyebutkan pandangan iniޱ apa yang dibuat oleh umat Islam yang menonton pornografi sambil melancapޱ ia masih tidak dianggap dosa dari sudut pandangan ulama ini. Mereka boleh meneruskan aktiviti mereka tanpa perlu kelesah dan kekal menikmati kelazatannya.

Cumaߨ apabila disebutkan pandangan iniޱ kita akan melihat orang yang konon berslogan tentang perselisihan pandangan adalah rahmat, mencanang-canang tentang penghormatan terhadap ulama, perakuan bahawa mereka adalah mujtahid yang berusaha sehabis mungkin untuk iltizam dengan dalil, membesar-besarkan kedudukan mereka jauh lebih mengungguli daripada kita yang penuh jauh sehingga sukar untuk kita yang serba kekurangan untuk mempersoalkannya serta golongan yang asal ada dalam kitab maka semua yang betul dan boleh dipercayai akan menemplak, menjerkah dan mengutuk kita yang mengambil pandangan ini.

Tiba-tiba pandangan ini menjadi azab buat umat ertas seolah-olah ulama itu mengeluarkan pandangan yang bukan dari kewibawaan mereka dan pandangan ini telah membawa musibah kepada umat.

Semua slogan dan apa yang mereka perjuangkan dikhianati dan dibuang ke belakang kerana ia tidak memihak mereka atau menyenangkan mereka. Malahߨ kita pula dikeji dengan bahawa kita ini mengikut hawa nafsu yang mengambil pandangan pelik dalam agama atau penunggang agama demi kepuasan syahwat sendiri.

Adakah para ulama ini berfatwa dengan hawa nafsunya sehingga orang yang mengambil pandangan ini adalah pengikut hawa nafsu? Mereka ini siapa jika ingin dibandingkan al-Qolyūbiyy, al-Bujayrimiyy dan aḍ-Ḍoḥḥāk bin Muzāḥim sehingga berani mempersoalkannyaߨ bahkan tidak teragak-agak menyelisihinya?

Di mana salah kami mengikuti pandangan ulama yang selama ini mereka selalu tekan orang sekeliling? Adakah kerana ia adalah isu seks maka mereka pula ingin menjadi hakim ke atas setiap orang?

Ada yang sampai berkata bahawa pandangan ini adalah syaz. Bagi al-Qolyūbiyy dan al-Bujayrimiyy mereka berdua ini menyalahi ashab šāfiian yang jauh lebih majoritiߨ bahkan kesepakatan mereka. Sebegitu juga pandangan aḍ-Ḍoḥḥāk bin Muzāḥim dan sekelompok dengannya adalah tidak diwarisi oleh mana-mana mazhab sesudahnya melainkan ẓōhirian.

Mungkin mereka tidak sedar bahawa al-Qolyūbiyy dan al-Bujayrimiyy bukan calang-calang ulama. Sebegitu juga aḍ-Ḍoḥḥāk bin Muzāḥim. Adakah mereka berdua walaupun minoriti atau terpencilߨ maka ia adalah salah serta pandangan mereka ini jauh daripada dalil dan hanya berfatwa dengan sembarangan sahaja?

Sejak bila majoriti menjadi penentu untuk menyatakan bahawa pandangan minoriti dari kalangan ulama terbilang seperti ketiga-tiga ini menjadi tidak ada nilaiߨ bahkan boleh dibakulsampahkan kerana isu seks ini tidak memihak kepada sesuatu pihak atau majoriti itu sendiri?

Dari masa ke masa mereka yang rancu ini berusaha sehabis-habisnya untuk menampakkan bahawa pandangan ini tidak valid dan tidak berhak untuk diikuti meskipun daripada pandangan ulama yang besar yang jauh mengatasi mereka. Bahkanߨ kalau bolehޱ mereka ingin cari celahan untuk membolehkan mereka mencela pandangan ini dan pengambilnya secara halus dan mereka seakan-akan bukan pelemparnya atau mereka tidak bersalah untuknya.

Kalaulah kita buat yang sama pada mereka dan ulama yang menjadi panutan merekaޱ pasti kita akan dipertikaikanߨ bahkan disergah dengan cukup nista sekali. Sekarang mereka cuba buat yang sama pada perkara yang mereka sendiri kecam apabila kita melakukannya. Semoga Allah membinaskan hipokrit ini, menggagalkan muslihat mereka dan memaparkan kebejatan mereka agar orang yang berakal meluat terhadapnya.

Yang lebih menghairankan adalah tiba-tiba mereka berkata bahawa bukan semua pandangan ulama boleh diamalkan bulat-bulat dan apa yang terkandung dalam kitab bukan semuanya boleh dijadikan hujah. Mereka juga menyeru agar kita kembali kepada al-Quran dan sunnah beserta ikutan di atas ilmu yang teguh, bukan hawa nafsu yang memandu.

Padahalߨ sudah lama kami perjuangkan dan bawakan ini kepada masyarakat dan dalam perbincangan ilmiah. Namunߨ kerapkali mereka berkata bahawa kami ingin memandai-mandai untuk melagak ulama, merasa diri pandai kerana ingin berbincang dalil dan tidak mahu terikat dengan mana-mana ulama. Bahkanߨ kami dituduh dengan wahabi dan pelbagai lagi nistaan apabila kami menyerukan yang sama sepertimana mereka serukan sekarang apabila masuk isu seksual.

Selama ini apabila kita mengutarakan dalilޱ mereka hanya berdebat dengan nama-nama tokoh sambil membubuh manaqib untuk merendahkan kita dan mengabaikan semua penghujahan kita. Sekarangߨ mereka ingin buat apa yang selama ini mereka rintangi dan kecam?

Segala puji bagi Allah. Saya sendiri tidak mengikuti pandangan itu bulat-bulat tanpa meneliti kebenarannya terlebih dahulu. Saya telah membentangkannya dalam penulisan saya yang berjudul «Hukum Melihat Aurat Yang Bukan Hakiki» dan «Hukum Melancap».

Di samping saya membela pandangan ilmuwan ini daripada dicela kerana berpandangan sebegini dan orang yang mengikutinya juga termasuk sama-sama dicelaߨ saya juga membentangkan dalil bahawa pandangan ini yang saya pilih bukan atas dasar taklid dan taksubߨ apatah lagi untuk menjustifikasikan kepentingan hawa nafsu dan syahwat. Akan tetapiߨ saya berpegang dengan kebenaran yang meyakinkan.

Oleh ituߨ yakinlah bahawa pandangan ini adalah benar dan tidak perlu ragu lagi untuk meneruskan aktiviti itu. Abaikan mereka yang hipokrit seperti yang telah dideskripsikan.

Sejujurnyaߨ saya dengan salafi jauh lebih baik untuk berinteraksi meskipun kami berselisih pandangan dalam iniߨ bahkan mungkin sehingga mengheret kepada ketegangan antara satu sama lain kerana pihak salafi berkeras untuk menegaskan pengharamannya dan enggan untuk mengalah. Akan tetapiߨ sekurang-kurangnya mereka ini konsisten jika dibandingkan hipokrit yang berslogan hormat ulama, tetapi sebenarnya mengikut telunjuk mereka.

Hantaran 26

Jika pentaklid menonton video iniޱ pasti dia faham mengapa golongan ini tidak seyogianya masuk ke perbahasan yang bukan medannya dan bukan kemahirannyaߨ khususnya yang tidak berkemahiran dalam bahasa Arab. Ini kerana dia sendiri tidak tahu apa yang salah dari penyampaian iniߨ apatah lagi untuk menyemaknya. Bagaimana mungkin keadaan dia sebegini ingin meyakinkan orang lain bahawa dia dan orang yang dia ikuti adalah betul?

Adakalanya perbalahan bertambah liar dan keributan kerana pentaklid ini seringkali menjadi tukang sorak atau penyambung lidah kepada insan tertentu. Mereka cuba melagak wira untuk orang sekeliling bahawa merekalah yang paling benar, paling faham tentang yang betul dan paling berwibawa dalam isu tersebut. Hakikatnya mereka sendiri jauh lebih jahil dan tidak ada kelayakan apa-apa pun untuk duduk semeja dalam perbincangan.

Mereka hanya tahu membela secara buta serta tidak tahu tentang apa yang salah dan apa yang betul. Yang mampu dia memperkukuhkan pertahanannya adalah kerana individu atau pihak yang diikuti itu adalah aktif menentang wahabi atau berjasa kepada orang ramai atau dapat menyampaikan syarahan dengan panjang atau pelbagai lagi yang lain yang bukan isu spesifik atau pusat tumpuan perbincangan. Sejak bila semua ini menjadi syarat membenarkan kemampuan ilmiahnya atau sekurang-kurangnya penyampaian ini adalah benar?

Kalau sebegini alasannyaޱ sampai bila- bila dia akan terus menempel dengan orang yang dia tidak tahu benar atau salah. Apabila kita menerangkan kesalahannyaޱ mereka hanya bertindak balas dengan menempelak, menjerkah dan mengecop label. Kita dianggap sebagai pemecah belah umat, penyelongkar aib orang lain, pembenci orang agama, suka mencari permusuhan, ingin mencari populariti diri dalam khalayak dan pelbagai lagi tuduhan yang menyimpang.

Apabila kita bertanya semula tentang di mana yang betulnya penyampaian iniޱ mereka tidak mampu menjawabnyaߨ apatah lagi untuk membenarkannya dan tidak perlulah berharap lagi bahawa mereka ini akan berusaha untuk menyemaknya semula. Lantasߨ patutkah orang ini menjadi pembela dan menceroboh ke gelanggang yang dia bukan berkompeten padanya?

Akhirnyaߨ selagimana tidak memihak padanyaޱ kita akan dikutuk dan dikecam tanpa mereka sedar apa sebenarnya yang terjadi pada individu yang dia mempertahakannya habis-habisan. Bagaimana sang jahil yang tidak tahu ke mana sebenarnya dia sedang dituntun dapat menunjukkan jalan yang benar kepada orang lain?

Untuk hal ini ia mengingatkan saya tentang ramai dari kalangan yang jahil dalam bahasa Arab mengejek-ngejek seseorang yang menyatakan bahawa perkataan at-Tadabbur (التَّدَبُّر) berasal daripada perkataan ₍ad-Dubur₎ (الدُّبُر). Mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sedang mengejek Ibn *Āšūr yang berkata :

وَالتَّدَبُّرُ مُشْتَقٌّ مِنَ الدُّبُرِ، أَيِ الظَّهْرِ، اشْتَقُّوا مِنَ الدُّبُرِ فِعْلًا، فَقَالُوا: تَدَبَّرَ إِذَا نَظَرَ فِي دُبُرِ الْأَمْرِ، أَيْ فِي غَائِبِهِ أَوْ فِي عَاقِبَتِهِ، فَهُوَ مِنَ الْأَفْعَالِ الَّتِي اشْتُقَّتْ مِنَ الْأَسْمَاءِ الْجَامِدَةِ.

"Tadabbur diderivasikan daripada ₍ad-Dubur₎؛ iaitu belakang. Mereka menderivasikan kata kerja daripada ad-Dubur₎. Mereka berkata: "₍Tadabbaro₎" apabila memerhati pada belakang perkara؛ iaitu pada yang sebaliknya atau kesudahannya. Ia adalah daripada kata kerja yang diderivasikan daripada kata nama tunaderivasi". [At-Taḥrīr Wa at-Tanwīrjilid 5m/s 137keluaran ad-Dār at-Tūnisiyyah Li an-Našr].

Demikianlah wajarnya sang jahil dan sang pentaklid untuk awasi kedudukan diri dan di mana dia perlu menahan diri daripada memasuki kawasan yang dia tidak layak untuknya.

Hantaran 27


Nasihat yang tegasߨ tetap mesra daripada Buya Yahya untuk tidak meremehkan ustaz kampung atau kiyai yang tidak terkenal kerana mereka juga mempunyai sumbangan yang tersendiri yang mungkin kurang diberi perhatian atau diperkecilkan oleh orang yang sombong.

Saya juga ingin menyoroti apa yang telah saya perhatikan sebahagian sikap penuntut ilmu yang menzahirkan sikap sombong mereka walaupun mereka tidak menyedarinya sepertimana yang Buya Yahya menyoroti sebahagiannyaߨ sekaligus peringatan bagi diri saya agar tidak terjebak dengan perangai ini.

Kadangkalaߨ kita melihat sebahagian penuntut ilmu ini terzahir kesombongannya untuk mengambil ilmu dan belajar daripada orang yang bagi mereka tidak dikenali di masyarkat kerana nama ustaz atau kiyai ini tidak ada nilai untuk disebutkan guru dalam biografi mereka atau penceritaan mereka atau penukilan mereka dengan berkata: "Guru saya berkata".

Bagi mereka kalau disenaraikan namanya dalam senarai guru atau disebutkan: "Guru saya berkata"ߨ tidak ada nilai besar untuk memberikan keterujaan kepada pembaca atau pendengar atau tidak ada merit yang agung untuk disebutkan namanya.

Bagi mereka yang selayaknya untuk disenarai dalam guru pada biografinya atau ketika disebutkan: "Guru saya berkata" perlulah dari orang yang terkenal dan masyarakat menyanjungnya setinggi-tingginya di mana sahaja kehadiran mereka atau ketikamana namanya disebut.

Malahߨ sebahagian penuntut ilmu langsung tidak mahu mendekati pembelajaran dari seseorang yang tidak pernah belajar dari institusi terkenal sama ada pesantren, pondok atau universiti. Begitu juga mereka menganggap selekeh terhadap institusi yang tiada nama di sekeliling negaranya atau yang tidak ada guru yang masyhur supaya apabila habis pengajian nantiޱ mereka boleh mencanangkan dengan penuh kemegahan bahawa mereka belajar dari institusi yang mempesonakan orang ramai.

Mereka juga tidak mahu mengambil faedah daripada isi kandungan kitabnya kalau akhirnya mereka tidak berjaya mendapatkan sanad pembelajaran kitab supaya apabila habis pengajian merekaޱ mereka boleh ke sana ke sini dengan berbangga bahawa mereka mengumpulkan pelbagai sanad kitab.

Tambah lagi kesombongan adalah mereka yang tidak akan mahu mendekati beberapa ustaz yang tidak bersuara atau lantang atau tegas atau sentiasa menyelitkan untuk menghentam, mengkritik dan menusuk beberapa aliran lawannya.

Sebagai contoh adalah sebahagian mereka tidak akan mahu menghargai atau sedikit penghargaan mereka terhadap ustaz yang tidak menyuarakan tentang wahabi dan menunjukkan kebenciannya terhadapnya. Apatah lagi kalau mereka ini bersikap lunak, toleransi atau memberikan ruang yang besar untuk wahabi.

Saya bukanlah ingin mengajak orang ramai supaya tidak perlu memilih guru yang berkualiti dan bukanlah sebegitu juga maksud Buya Yahya ketika menggesa orang ramai agar memuliakan ustaz di kampungnya. Ini kerana guru yang berkualiti akan mendidik kita dengan ilmu yang betul dengan manhaj yang terpelihara. Mereka juga boleh menjadi sebab untuk kita ke syurga atau ke neraka.

Cumaߨ jangan sebab tidak ada kriteria tertentu seperti tiada perolehan sanad pengajian atau kitab menyebabkan kita memperkecilkan pengajaran ustaz kampung pada ilmu tauhid, fiqh dan tajwid. Jangan sebab mereka ini tidak ada nama yang gah di sisi masyarakat untuk disenaraikan sebagai gurunya atau disebutkan: "Guru saya berkata" terus kita memandang selekeh terhadap kedudukan mereka.

Boleh jadi mereka adalah permata dari kalangan faqih dan wali Allah yang dianugerahkan Allah tutupannya sebegitu demi kebaikan dalam hidup mereka.

Seseorang yang bertawaduk pula tidak akan bersikap sebegini dengan memandang remeh terhadap ustaz seperti ini meskipun mereka hanya mengajarkan tajwid untuk kanak-kanak pada waktu malam atau mengajar di sekolah rendah atau menjadi profesor di universitiߨ tetapi tidak dikenali.

Tidakkah kita sedar bahawa atas sebab curahan usaha mereka kanak-kanak menjadi celik akan fardu ain atau pelajar sekolah rendah mendapat pembesaran di pengajian agama atau pelajar universiti dapat pelajaran yang berguna?

Sudah tentu tidak sama kedudukan para ulama dengan beberapa ustaz yang ada di kampung. Akan tetapiߨ itu bukan alasan untuk memperkecilkan mereka dan menyombongkan diri ketika menyebut nama ulamaߨ lalu ustaz tersebut dikurangi penghargaannya sebagaimana yang seberhaknya.

No comments:

Post a Comment