Tuesday, September 29, 2020

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ (Bahagian 4)

Keseratus Enam Puluh : Salahkah Mengutip Kalam Al-Ḥusayn Ibn Al-Ahdal Dalam Kritikan Terhadap Ibn *Arobiyy, Tetapi Tidak Mengutip Kritikan Terhadap Al-Ġozzāliyy?



Apa masalahnya kalau al-Ḥusayn bin *Abdul Roḥmān al-Ahdal tidak mengikut jejak Abū Ḥāmid al-Ġozzāliyy sepenuhnya dalam bicara kesufian dan sesuatu permasalahan?

Apakah ini menafikan fakta bahawa Ibn *Arobiyy boleh dikritik dan mengkritiknya tidak semestinya termasuk dari kalangan memusuhi wali Allah?

Saya faham sebenarnya penulisan dari seorang pembela Ibn *Arobiyy al-Ḥātimiyy ini ingin menyindir orang yang menjadikan al-Ġozzāliyy sebagai asas dalam membina struktur manhaj akidah dan membangunkan kaedah kritikan serta manhaj kesufian yang memetik daripada al-Ahdal dalam menentang Ibn *Arobiyy yang sebenarnya menyelisihi al-Ġozzāliyy dalam beberapa perkara.

Maksud sindirannya adalah jika orang yang mengangkat al-Ġozzāliyy sebagai sumber pedoman dalam kritikan memetik daripada al-Ahdal dalam mengkritik Ibn *Arobiyy, mengapa tidak pula mengambil kritikan al-Ahdal kepada al-Ġozzāliyy?

Saya tahu kepada siapa yang sedang dia rujuk.

Akan tetapi, malang sekali penulis ini menggunakan peluru yang salah dalam menembak lawannya. Hakikatnya, lawannya itu sama sekali tidak menjadikan al-Ġozzāliyy sebagai dasar yang diterima yang tidak dipersoalkan dan tidak dipertikaikan. Bahkan, mereka akan menyalahi Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy atau sesiapa sahaja dari kalangan tokoh kebesaran yang menyalahi prinsip kebenaran dan realiti bagi sesuatu perkara.

Walaupun mereka kerap memetik kalam al-Ġozzāliyy dan menjadikan karya-karyanya sebagai sumber dalam menentang sufi yang batil dan khususnya Ibn *Arobiyy, mereka sama sekali tidak menjadikan al-Ġozzāliyy sebagai tokoh yang maksum dan tidak ada kritikan padanya.

Maksudnya, dengan mengutip kalam al-Ahdal yang benar dalam kritikannya terhadap Ibn *Arobiyy dan ia menepati neraca ilmu yang saksama, tidak bermakna kita perlu mengutip al-Ahdal untuk mengkritik al-Ġozzāliyy, lebih-lebih lagi jika ia adalah kritikan yang salah. Perkara seperti ini maklum bagi yang biasa terlibat dalam kritikan.

Perkara ini sama sahaja dengan sebahagian ašᶜarian mengutip kalam aḏ-Ḏahabiyy dalam mempertikaikan penisbahan pemilikan «Risālah ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah» kepada Aḥmad bin Ḥanbal dan mengutip kalamnya dalam usaha merendahkan reputasi nilai akidah pada Abū Sa*īd ad-Dārimiyy dan Ibn H̱uzaymah, namun mereka sendiri tidak mempedulikan kebenciannya terhadap ašᶜarian. Lantas, apa yang susah untuk memahami isu al-Ahdal, al-Ġozzāliyy dan Ibn *Arobiyy ini?

Sesiapa yang mengikuti lawannya yang penulis ini sedang sindir, pasti akan benar bagaimana pendiriannya dan manhajnya dan peluru yang dia gunakan untuk menembak lawannya adalah peluru yang salah.

Saya pernah melihat kata-kata daripada salah seorang lawannya bahawa penulis ini berhadapan dengan penyelisihnya dengan cara yang keji dan tidak diterima dalam arena perbahasan ilmiah yang positif. Kemungkinan sememangnya benar dan ini salah satu usahanya daripada usahanya yang lain yang pernah saya lihat untuk dia menggerakkannya. Akan tetapi, usaha yang ini gagal kerana menembak lawan dengan peluru yang salah.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688380399357984768/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-160-salahkah-mengutip

Keseratus Enam Puluh Satu : Orang Arab Sendiri Tidak Tahu Bahawa Aḥmad Al-Ġumāriyy Sangat Membenci Ašᶜarian?


Dalam kalangan orang Arab sendiri, ada sebahagian mereka masih ignoran bahawa Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bukan bermazhab ašᶜarian, bahkan mencela aliran tersebut dengan sehabis-habis celaan walaupun tidak ada jurang bahasa untuk kemudahan perujukan.

Kalamnya tentang celaannya terhadap aliran ašᶜarian telah dikumpulkan oleh Ṣōdiq Salīm Ṣōdiq dengan judul «Ḏamm al-Aš*ā*iroh Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifah».

Saya sebenarnya tidak hairan jika berlaku sebegini kerana sememangnya Aḥmad al-Ġumāriyy dikelilingi dengan pengikut sufi, mempertahankan tradisi kesufian dan terkenal dalam komuniti sufi sehinggakan imej kesufian itu menjadi dominan kepada dirinya.

Sufi secara dominannya adalah beraliran ašᶜarian. Sebab itu jika ada yang menjadi sufi tanpa menganut ašᶜarian, ia adalah keanehan buat mereka. Itulah yang ditonjolkan oleh Aḥmad al-Ġumāriyy. Namun, itu tidak menjadi penonjolan yang dominan sepertimana imej sufinya.

Kelainan Aḥmad al-Ġumāriyy tidak dihairankan bagi mereka yang mengenali keluarga al-Ġumāriyy. Keluarga ini sememangnya penuh dengan keunikan dan masing-masing ada pola pemikiran yang lain daripada yang lain.

Tambahan lagi, antara tokoh yang antiašᶜarian, tetapi sufi adalah Abū Ismā*īl al-Harowiyy yang mana penonjolannya melalui kitabnya «Manāzil as-Sā^irīn». Kitab ini sehingga aḏ-Ḏahabiyy dalam «Taḏkiroh al-Ḥuffāẓ» menyatakan bahawa kitab ini dianggap bersecocokan dengan pendukung fahaman ₍Waḥdah al-Wujūd₎, walhal bukan sedemikian. Malah, *Alā^uddīn al-Buẖōriyy dalam «Fāḍiḥah al-Mulḥidīn Wa Nāṣiḥah al-Muwaḥḥidīn» juga membangkitkan isu yang sama tentangnya.

Ibn Qoyyim al-Jawziyyah juga menonjol dengannya melalui syarahan kitab itu dengan judul «Madārij as-Sālikīn» yang merupakan syarah kepada kitab «Manāzil as-Sā^irīn» dan kitab-kitabnya yang lain.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688382137420873728/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-161-orang-arab-sendiri

Keseratus Enam Puluh Dua : Aswajaean Bermain Mangsa Sekalipun Mereka Sendiri Adalah Pemangsa Yang Rakus


Sekarang, aswajaean bermain mangsa pula apabila dituduh sebagai batiniah kerana mempertahankan beberapa penafsiran dan pemahaman batiniah yang sememangnya menyimpang daripada landasan ilmu yang murni.

Tidakkah mereka sedar bahawa mereka selalu sahaja menjaja ke sana ke sini dengan pelabelan wahabi, mujassimah, musyabbihah, hasywiah dan pelbagai lagi yang lain terhadap golongan salafi? Pelabelan ini boleh membawa kepada implikasi pengkafiran atau jika tidak, sekurang-kurangnya mengeluarkan seseorang daripada ahli sunnah atau ia adalah bidaah yang berat.

Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ antara tokoh besar yang berjasa kepada aswajaean dalam mengkritik al-Albāniyy, melawan wahabi dan membela sufi pun sama sekali tidak mengeluarkan salafi atau wahabi daripada ahli sunnah. [Rujuk : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=198471717233776&id=100012128473491].

Mereka ini kadangkala terlalu mudah melontar pelabelan terhadap orang lain. Misalnya tuduhan terhadap *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy. Bacalah muqaddimah kitabnya «Awliyā^ Wa Karōmāt». Dia sendiri menyatakan bahawa kebanyakan orang jika didengari kitabnya itu, pasti akan dituduh cenderung kepada wahabi!

Bayangkanlah tokoh ahli hadis sufi yang berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang diangkat oleh para sufi kerana giat aktif membela sufi, lantang membantah wahabi dan mengkritik al-Albāniyy pun tidak terlepas daripada pelabelan tersebut. Apa yang sufi benci sangat pada kitab «Awliyā^ Wa Karōmāt» sampai menuduhnya sebagai cenderung kepada wahabi?

Itu belum lagi imam ternama salaf; Abū Sa*īd ad-Dārimiyy yang dituduh sebagai mujassim. Padahal, dia tidak pernah dituduh sedemikian hatta daripada ašᶜarian setelah seribu tahun kewafatannya. Kalaulah dia masih hidup pada hari ini, pasti dia juga akan digelar sebagai penganut fahaman wahabi!

Dan jangan lupa bahawa menjadi ahli sunnah yang sejati seringkali dituduh sebagai musyabbihah. Kata Aḥmad bin Ḥanbal dalam menyifatkan Jahm bin Ṣofwān; perintis kepada fahaman jahmian :

وتأول القرآن على غير تأويله، وكذب بأحاديث رسول الله صلى الله عليه وسلم وزعم أن من وصف الله بشيء مما وصف به نفسه في كتابه أو حدث عنه رسوله كان كافراً، وكان من المشبهة

"Dia mentakwil al-Quran dengan yang bukan takwilnya, mendustakan hadis-hadis Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- serta mendakwa bahawa sesiapa yang menyifatkan Allah dengan sesuatu dari apa yang Dia menyifatkan diri-Nya dalam kitab-Nya atau rasul-Nya menceritakan tentangnya, maka dia adalah kafir dan dia adalah musyabbihah". [Ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh, m/s 97, keluaran Dār aṯ-Ṯabāt Li an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Ṣobriyy bin Salāmah Šāhīn].

Isḥāq bin Rōhūyah berkata :

عَلَامَةُ جَهْمٍ وَأَصْحَابِهِ دَعْوَاهُمْ عَلَى أَهْلِ الْجَمَاعَةِ , وَمَا أُولِعُوا بِهِ مِنَ الْكَذِبِ , إِنَّهُمْ مُشَبِّهَةٌ بَلْ هُمُ الْمُعَطِّلَةُ وَلَوْ جَازَ أَنْ يُقَالَ لَهُمْ: هُمُ الْمُشَبِّهَةُ لَاحْتُمَلَ ذَلِكَ , وَذَلِكَ أَنَّهُمْ يَقُولُونَ: إِنَّ الرَّبَّ تَبَارَكَ وَتَعَالَى فِي كُلِّ مَكَانٍ بِكَمَالِهِ فِي أَسْفَلِ الْأَرَضِينَ وَأَعْلَى السَّمَاوَاتِ عَلَى مَعْنًى وَاحِدٍ وَكَذَبُوا فِي ذَلِكَ وَلَزِمَهُمُ الْكُفْرُ

"Tanda-tanda Jahm dan pengikutnya adalah panggilan mereka terhadap ahli al-Jamā*ah dan apa yang disandarkan padanya adalah sebahagian daripada dusta. Sesungguhnya mereka adalah musyabbihah, padahal hakikat sebenarnya mereka adalah muattilah. Kalaulah boleh dipanggil kepada mereka bahawa mereka itu adalah musyabbihah, maka dibolehkan untuk itu. Itu adalah kerana mereka berkata bahawa sesungguhnya tuhan Tabāroka Wa Ta*ālā dalam setiap tempat dengan keseluruhannya di bumi paling dan langit paling atas atas makna yang sama. Mereka berdusta pada hal itu dan membiasakan kekafiran pada mereka". [Šarḥ Uṣūl as-Sunnah, karya al-Lālikā^iyy, jilid 3, m/s 588, keluaran Dār Ṭoyyibah, Saudi, tahqiq Aḥmad bin Sa*d bin Ḥamdān al-Ġōmidiyy].

Abū Ḥātim ar-Rōziyy berkata :

عَلَامَةُ الْجَهْمِيَّةِ تَسْمِيَتُهُمْ أَهْلَ السُّنَّةِ مُشَبِّهَةً

"Tanda-tanda jahmian adalah penamaan mereka terhadap ahli sunnah sebagai musyabbihah". [Šarḥ Uṣūl as-Sunnah, karya al-Lālikā^iyy, jilid 3, m/s 588, keluaran Dār Ṭoyyibah, Saudi, tahqiq Aḥmad bin Sa*d bin Ḥamdān al-Ġōmidiyy].

Ḥarb bin Ismā*īl al-Kirmāniyy berkata :

وأما الجهمية: فأنهم يسمون أهل السنة مشبهة وكذبت الجهمية أعداء الله بل هم أولى بالتشبيه والتكذيب افتروا على الله الكذب وقالوا على الله الزور والإفك وكفروا في قولهم.

"Adapun jahmian, maka mereka menamakan ahli sunnah dengan musyabbihah, sedangkan jahmian; musuh Allah telah berdusta. Bahkan, mereka lebih patut dengan tasybih dan pendustaan. Mereka mengada-adakan kedustaan terhadap Allah dan mereka berkata tentang Allah secara sia-sia dan dengkul serta mereka mengkafirkannya pada kata-kata mereka". [Masā^il Ḥarb al-Kirmāniyy, jilid 3, m/s 985, keluaran Jāmi*ah Umm al-Qurō].

Ibn *Abdul Barr berkata :

أهل السنة مجموعون عَلَى الْإِقْرَارِ بِالصِّفَاتِ الْوَارِدَةِ كُلِّهَا فِي الْقُرْآنِ وَالسُّنَّةِ وَالْإِيمَانِ بِهَا وَحَمْلِهَا عَلَى الْحَقِيقَةِ لَا عَلَى الْمَجَازِ إِلَّا أَنَّهُمْ لَا يُكَيِّفُونَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ وَلَا يَحُدُّونَ فِيهِ صِفَةً مَحْصُورَةً وَأَمَّا أَهْلُ الْبِدَعِ وَالْجَهْمِيَّةُ وَالْمُعْتَزِلَةُ كُلُّهَا وَالْخَوَارِجُ فَكُلُّهُمْ يُنْكِرُهَا وَلَا يَحْمِلُ شَيْئًا مِنْهَا عَلَى الْحَقِيقَةِ وَيَزْعُمُونَ أَنَّ مَنْ أَقَرَّ بِهَا مُشَبِّهٌ وَهُمْ عِنْدَ مَنْ أَثْبَتَهَا نَافُونَ لِلْمَعْبُودِ وَالْحَقُّ فِيمَا قَالَهُ الْقَائِلُونَ بِمَا نَطَقَ بِهِ كِتَابُ اللَّهِ وَسُنَّةُ رَسُولِهِ وَهُمْ أَئِمَّةُ الْجَمَاعَةِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ

"Ahli sunnah bersepakat dalam mengikrarkan sifat yang datang keseluruhannya dalam al-Quran dan sunnah, beriman dengannya dan membawanya atas makna hakikat, bukan atas majaz melainkan mereka tidak mentakyifkan sesuatu daripada hal itu serta tidak meletakkan had sifat yang terhad padanya. Adapun ahli bidaah, jahmian, muᶜtazilian keseluruhannya dan khawarij, maka kesemua mereka mengingkarinya dan tidak membawa sesuatu daripadanya atas makna hakikat serta mereka mendakwa bahawa sesiapa yang mengakuinya, maka dia adalah musyabbih. Mereka ini di sisi orang yang mengisbatkannya adalah penafi terhadap Yang Disembah. Yang benar adalah pada apa yang mereka yang berpendapat pada pengikraran dengan apa yang kitab Allah dan sunnah rasul-Nya berbicara terhadapnya. Mereka adalah imam-imam al-Jamā*ah. Segala puji bagi Allah". [At-Tamhīd Li Mā Fī al-Muwaṭṭo^ Min al-Ma*ānī Wa al-Asānīd, jilid 7, m/s 145, keluaran Wizāroh *Umūm al-Awqōf Wa aš-Šu^ūn al-Islāmiyyah, Morocco, tahqiq Muṣṭofā Aḥmad al-*Alawiyy dan Muḥammad *Abdul Kabīr al-Bakriyy].

Abū *Uṯmān aṣ-Ṣōbūniyy berkata :

وعلامات البدع على أهلها بادية ظاهرة، وأظهر آياتهم وعلاماتهم شدة معاداتهم لحملة أخبار النبي صلى الله عليه وسلم، واحتقارهم لهم وتسميتهم إياهم حشوية وجهلة وظاهرية ومشبهة اعتقادا منهم في أخبار رسول الله صلى الله عليه وسلم

"Tanda-tanda bidaah terhadap ahlinya adalah terang dan nyata. Sejelas-jelas petanda-petandanya adalah kerasnya permusuhan terhadap pembawa khabar Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-, meremehkan mereka, menamakan mereka dengan hasywiah, puak jahil, literalis dan musyabbihah kerana beriktikad pada khabar-khabar rasul -ṣollallahu *alayhi wasallam- dari kalangan mereka". [*Aqīdah as-Salaf Wa Aṣḥāb al-Ḥadīṯ, m/s 109, keluaran Dār al-Minhāj, tahqiq Abū al-Yamān al-Manṣūriyy].

Abū al-Qōsim Ismā*īl bin Muḥammad al-Aṣbahāniyy berkata :

وَإِذا رَأَيْت الرجل يُسَمِّي أهل الحَدِيث حشوية، أَو مشبهة، أَو ناصبة فَأعْلم أَنه مُبْتَدع

"Apabila engkau melihat seseorang menamakan ahli hadis sebagai hasywiah atau musyabihhah atau naṣbian, maka ketahuilah bahawa dia ahli bidaah". [Al-Ḥujjah Fī Bayān al-Maḥajjah, jilid 2, m/s 540, keluaran Dār ar-Rōyah, ar-Riyāḍ, tahqiq Muḥammad bin Robī* bin Hādī bin *Umayr al-Madẖoliyy].

Kebetulankah mereka dituduh sedemikian? Pernahkah jumpa ahli sunnah dituduh muattilah? Tidak ada! Kemudian, siapa yang sekarang ini suka melemparkan tuduhan mujassimah, musyabbihah, hasywiah dan pelbagai lagi yang serupa? Sekarang yakinlah di mana jalan yang ditempuh para salaf, sekaligus ahli sunnah.

Sebenarnya boleh dikatakan tuduhan wahabi ini lebih banyak sembarangan dilontarkan dari pihak mereka dan mengeluarkan mereka dari ahli sunnah.

Saya sedikit terhibur dengan kata-kata tokoh uṣūl fiqh tempatan aswajaean; Hapiz Kodiang: "Saya pun simpati pada wahhabi kerana sikit-sikit nama itu akan diwiridkan. Wahhabi asli ini tidaklah ramai, tetapi yang jadi mangsa dituduh wahhabi tu amat ramai". [Rujuk : https://www.facebook.com/hapiz.kodiang/posts/4699437886747566].

Sekarang, tidak perlulah bermain mangsa keadaan, padahal kalian jugalah paling giat menjaja label ini kepada orang ramai secara sembarangan.

Mereka selalu sahaja mengungkitkan bahawa wahabi kerap membidaahkan amalan para ulama dan tidak menghormati kewibawaan para ulama. Padahal, Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy yang terkenal dengan ketaksubannya dengan ḥanafian serta kekerasannya dalam menentang wahabi, Ibn Taymiyyah dan Ibn Qoyyim al-Jawziyyah lancang mencaci maki ulama, bahkan sehingga kepada Ibn *Abbās dan Anas bin Mālik.

Kebejatannya ini didedahkan oleh *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy dalam «Bida* at-Tafāsīr» dan abangnya; Aḥmad dalam «Bayān Talbīs al-Muftarī Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy» dan *Abdul Roḥmān al-Mu*allimiyy dalam «at-Tankīl Bi Mā Fī Ta^nīb al-Kawṯariyy Min al-Abātīl».

Malah, sesiapa yang lihat dialog Salman Ali bersama Abu Syafiq yang bertajuk 「Bahaya Ekstrimisme」 pada 22 Oktober 2016 , lihatlah bagaimana Abu Syafiq suka membangkitkan ekstrimisme wahabi, tetapi dia sendiri sangat gemar melemparkan tuduhan yang tidak berasas, menyebarkan persepsi yang buruk sembarangan, mencaci maki dan pelbagai lagi yang lain sepertimana yang didedahkan Salman Ali. [Rujuk : https://www.youtube.com/watch?v=dgDNwwMjcOA&t=9148s].

Mereka menuduh wahabi membenci para ulama dan seringkali mereka dituduh dengan bermacam-macam kenistaan, tetapi lihat sendiri yang mereka lakukan. Mereka mungkin menafikan bahawa mereka bukan sepertimana al-Kawṯariyy atau Abu Syafiq, tetapi lihat sendiri bagaimana mereka dengan tuduhan mujassimah, musyabbihah, hasywiah dan wahabi. Itu tetap di akar yang sama, tetapi berbeza dari sudut ekstrimisme.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688384129991131136/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-162-aswajaean-bermain

Keseratus Enam Puluh Tiga : Tafsir Isyari Sentiasa Berterusan?


Mereka mempertikaikan bahawa tafsiran isyari tidak hanya terhenti pada lapan ratus tahun Hijrah. Ia boleh menerima penafsiran baharu walaupun tidak ada penafsiran sebegitu pada lapan ratus tahun sebelumnya.

Kalau begitu, adakah fiqh dan mana-mana pandangan agama dalam mana-mana bidang ilmu juga tidak hanya terhenti pada zaman kestabilan empat mazhab sahaja atau kitab yang telah menulis tentang ijmak dalam hal tersebut?

Hakikatnya, kalau mereka mendengar Ibn Taymiyyah mengeluarkan pandangan baru yang menyalahi empat mazhab, mereka sendiri pun tidak akan menerima pandangan baharu sepertimana mereka ingin bertegas bahawa tafsiran isyari boleh menerima penafsiran baharu walaupun tidak ada penafsiran dari pendahulunya selama beratus-ratus tahun.

Mereka membentak Ibn Taymiyyah bukan kerana melihat dari sudut hujah, tetapi hanya kerana ia menyalahi empat mazhab atau menyalahi sekalian ulama semata-mata. Tidak lebh dari sekadar itu.

Saya ingin lihat respons mereka terhadap *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dalam kitabnya «Ḏawq al-Ḥalāwah Bi Bayān Imtinā* Nasẖ at-Tilāwah» yang terang-terangan menyatakan bahawa pandangannya menyalahi sekalian ulama uṣūl dan mereka yang berpengkhususan *ulūm al-Qur^ān tentang isu penasakhan pembacaan al-Quran.

Adakah respons mereka sama sepertimana Ibn Taymiyyah yang menyalahi empat mazhab, bahkan menyalahi sekalian umat? Adakah mereka juga akan terbuka dengan ijtihad baru sepertimana mereka boleh menerima tafsiran isyari yang baru? Adakah mereka akan menyesatkan penafsiran atau ijtihad baru hanya kerana perkara tersebut tidak disebutkan para ulama terdahulu sepertimana mereka tidak akan mempersalahkan mana-mana tafsiran isyari yang baru sekalipun tiada isyarat yang baru?

Mereka pun pada hakikatnya telah menuduh buruk terhadap Abū Sa*īd ad-Dārimiyy sebagai mujassim yang tidak pernah dituduh sedemikian oleh mana-mana ulama hatta ašᶜarian setelah seribu tahun kewafatannya.

Namun, yang hairannya adalah mereka melenting jika an-Nawawiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dikeluarkan daripada ahli sunnah. Bahkan, mereka juga berang jika *Abdul Karīm al-Jīliyy dituduh sesat dan batiniah. Apakah mereka ini hipokrit?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688393802229202944/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-163-tafsir-isyari

Keseratus Enam Puluh Empat : Merekalah Yang Sebenarnya Miskin Dalam Wacana Ilmiah


Saya secara peribadi tidak ambil peduli sama ada benar-benar berlakunya yaqazah atau tidak pada perbahasan dalil. Yang saya lebih peduli adalah apa motif, tujuan dan agenda yang terselindung di sebalik sebahagian sufi yang mempertahankan keabsahan berlakunya yaqazah ini?

Kalau pun betul berlakunya yaqazah, kenapa? Mahu membenarkan dakwaan seorang syeikh tarekat dari at-Tijāniyy bahawa dia mengalami yaqazah, iaitu melihat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- secara jaga, lalu baginda mengkhabarkan kepadanya bahawa selawat al-Fātiḥ lebih baik daripada pembacaan al-Quran yang mana dakwaan ini dibantah keras oleh Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq; tokoh sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dari keluarga al-Ġumāriyy dalam kitabnya «I*lām al-Muslimīn Bi Mā Fī Kalām at-Tijāniyy Min al-Kaḏib aẓ-Ẓōhir Wa al-Kufr al-Mubīn»?

Apakah ini yaqazah yang ingin dipertahankan sufi? Fikirkanlah sebaik-baiknya.

Bahkan, sebahagian mereka tidak faham topik perbahasan kita. Mereka berkata bahawa kita mengingkari yaqazah, padahal tempat perselisihan kita adalah dakwaan yang menyusul pada peristiwa yang didakwa yaqazah, bukan yaqazah itu sendiri.

Usah dilupakan bahawa hari ini apabila kita mengkritik Ibn *Arobiyy, seakan-akan ia adalah sama seperti memusuhi wali Allah, wahabi dan sebagainya yang berupa kutukan. Sedangkan, kritikan yang keras yang mengindikasikan kekafirannya terhadapnya adalah daripada kalangan ulama yang terbilang seperti Burhānuddīn al-Baqō*iyy, Nūruddīn al-Bakriyy aš-Šāfi*iyy, Tayiuddīn as-Subkiyy, Zaynuddīn al-*Irōqiyy, Abū Zur*ah al-*Irōqiyy, al-Mizziyy, Sirōjuddīn al-Bulqīniyy, Badruddīn Ibn Jamā*ah, Ibn H̱oldūn, Najmuddīn al-Bālisiyy, Abū Ḥayyān al-Andalusiyy dan Šamsuddīn Muḥammad bin Yūsuf al-Jazariyy aš-Šāfi*iyy.

Mereka sendiri buat yang sama terhadap apa yang mereka kutuk dalam perbincangan tentang yaqazah apabila berkaitan dengan kritikan terhadap Ibn *Arobiyy. Bicara untuk mendedahkan kebejatan Ibn *Arobiyy adalah golongan takfīrĩ, wahabi, musuh wali Allah, orang yang tidak memahami kesufian dan lain-lain.

Sebegitu juga apabila kita mewacanakan tentang bidaah. Mereka sangka hanya wahabi sahaja yang berbincang tentang bidaah. Padahal, ia juga penglibatan daripada kalangan sufi seperti as-Suyūṭiyy melalui karyanya «al-Amr Bi al-Ittibā* Wa an-Nahy *An al-Ibtidā*», *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah melalui karyanya «Bida* at-Tafāsīr» dan adiknya; Muḥammad az-Zamzamiyy melalui karyanya «az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh».

Merekalah sebenarnya yang miskin dalam wacana ilmiah. Itu belum lagi kekerapan mereka yang suka menyebutkan dan menuduh orang lain mujassimah, musyabbihah dan hasywiah dalam ceramah atau wacana mereka sama ada secara langsung atau sisipan atau selitan atau secara selindung.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688395596456951808/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-164-merekalah-yang

Keseratus Enam Puluh Lima : Mengapa Baru Hari ini Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, Aḥmad bin *Abdullah bin Ḥanbal Dan Abū Bakr al-H̱ollāl Dituduh Mujassimah Lagi Musyabbihah?


«An-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy» karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, «as-Sunnah» karya Aḥmad bin *Abdullah bin Ḥanbal dan «as-Sunnah» karya Abū Bakr al-H̱ollāl telah menjadi sumbangan besar dalam membanteras aliran sesat yang bertebaran di di zaman salaf dan mengemukakan peta perjalanan bagi iktikad dan haluan ahli sunnah yang sebenar.

Malangnya, setelah seribu tahun kitab ini bertahan di arena keilmuan tanpa ada celaan daripada mana-mana ulama hatta dari kalangan ašᶜarian, tiba-tiba ada sebahagian pihak pada hari ini cuba merobek kredibiliti kitab ini dari sumber penghujahan dan sokongan.

Entah kerana ada dendam yang mendalam terhadap kitab ini atau entah kerana kitab ini sebenarnya telah menjadi pemecah tembelang sebahagian pihak tentang sesuatu pegangan atau entah kerana pihak itu sebenarnya ada berkongsi fahaman terhadap aliran sesat yang ditentang dalam kitab itu sehingga mereka pun sama-sama berkomplot untuk menghinjak kehormatan penulis dan mencemarkan nama baiknya di mata dunia.

Cubalah fikirkan kenapa. Apa yang mereka sebenarnya begitu khuatir terhadap kitab ini sehingga kitab ini dijauhkan mereka dan menjadi mangsa hamburan celaan daripada merkea? Kalau kalian benar-benar seorang ahli sunnah, adakah kalian redha perbuatan terkutuk seperti ini?

Sangat hairan mereka ini jika mendapat tahu an-Nawawiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy disingkirkan daripada ahli sunnah, mereka ini mengamuk dengan sangat dahsyat sekali. Kalaulah bumi boleh pecah kerana menanggung kemarahan mereka, pasti berkecai hancur bumi tersebut. Akan tetapi, apakah perasaan tersebut ada ketika ketiga-tiga penulis kitab ini dan kitab ini dihinjak-hinjak seolah-olah musuh ahli sunnah?

Lekeh sangatkah sumbangan kitab ini sehingga mereka langsung tidak mahu memberikan pembelaan yang seberhaknya para penulis ini mendapat pembelaan yang saksama?

Yang menghairankannya adalah yang mengutuk kitab ini atau mereka yang meredhai kitab ini dikutuk selalu sahaja menekankan pengajian bersanad secara berguru agar mendapat pemahaman yang betul lagi lurus. Akan tetapi, dalam mengutuk atau meredhai kitab ini dikutuk, mereka ini langsung tidak ada sanad pengajian berguru pun!

Yang menghairankan lagi adalah mereka yang mengutuk kitab ini atau mereka yang meredhai kitab ini dikutuk juga selalu sahaja berkata bahawa kitab para ulama tidak boleh dibaca melainkan telah menguasai sembilan ilmu alat. Akan tetapi, adakah sembilan alat itu mengajarkan mereka untuk mengutuk kitab ini dan penulisnya atau meredhai kitab ini dan penulisnya dikutuk yang mana keilmuan penulis ini setara dengan para ulama yang hebat?

Kadangkala, mereka ini tidak mengutuk secara langsung, tetapi ambil cara jalan untuk meragui penisbahan kitab ini kepada para para penulisnya. Segala puji bagi Allah. Usaha mereka menemukan kegagalan dan kebuntuan. Semoga Allah hancurkan mereka yang cuba untuk merobek kredibiliti kitab ini sepertimana Dia menghancurkan jahmian melalui kitab ini pada zaman penulisnya.

Antara percubaan ini adalah terhadap «as-Sunnah» karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal. Mereka beri alasan bahawa kitab ini tidak sabit dinisbahkan kepadanya kerana terdapat dua perawi yang tidak dikenali yang meriwayatkan kitab ini.

Kita katakan bahawa yang mengabsahkan penisbahan kitab ini kepadanya adalah ramai daripada kalangan tokoh ulama. Al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy dalam «Tārīẖ Baġdād», Abū Naṣr as-Sijziyy dalam «ar-Risālah Ilā Ahl Zabīd Fī ar-Rodd *Alā Man Ankaro al-Ḥarf Wa aṣ-Ṣowt», Abū al-Qōsim al-Aṣbahāniyy dalam «al-Ḥujjah Fī Bayān al-Maḥajjah», Ibn al-Jawziyy dalam «al-*Ilal al-Mutanāhiyah Fī al-Aḥādīṯ al-Wāhiyah», aḏ-Ḏahabiyy dalam «al-*Uluww», Ibn Kaṯīr dalam «an-Nihāyah Fī al-Fitān» serta Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dalam «Fatḥ al-Bārī Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy» dan «Lisān al-Mīzān» menukilkan kandungan dalam kitab ini sama ada dengan nama «ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah» atau «as-Sunnah».

Kemudian, sebenarnya mereka meragukan penisbahan kitab ini sebenarnya tidak mahu menyatakan secara jelas tuduhan musayybihah terhadapnya sepertimana Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy dalam «al-Maqōlāt» dan Yāsīn bin Rōbi* dalam «Namāḏij Min at-Tajsīm Wa at-Tašbīh Wa at-Takfīr Wa at-Taḍlīl Wa at-Tazwīr *Inda al-Wahhābiyyah Wa Ad*iyā^ as-Salafiyyah».

Kemudian, bukti jelas yang mereka berusaha sedaya yang mungkin untuk meragukan penisbahan kitab ini kerana kandungan kitab ini menyalahi pegangan akidah mereka, membongkar tembelang mereka dan menyatakan realiti yang berbeza daripada apa yang mereka faham selama ini.

Mengapa mereka boleh menerima penisbahan kitab «al-Fiqh al-Akbar» sedangkan dua perawinya, iaitu Abū Muṯī* adalah seorang dhaif yang teruk dan Ḥammād bin Abū Ḥanīfah dituduh sebagai pendusta dan bersungguh-sungguh mempertahankannya? Apabila seseorang cuba meragui penisbahan kitab ini, mereka pula menuduh orang tersebut sebenarnya khuatir kandungan dalam kitab tersebut menyalahi pegangan akidahnya!

Hipokritkah mereka ini atau mereka ini sebenarnya suka mengamalkan manhaj yang bercanggahan?

Fikrikanlah mengapa ahli sunnah seringkali dituduh sebagai musyabbihah. Kata Aḥmad bin Ḥanbal dalam menyifatkan Jahm bin Ṣofwān; perintis kepada fahaman jahmian :

وتأول القرآن على غير تأويله، وكذب بأحاديث رسول الله صلى الله عليه وسلم وزعم أن من وصف الله بشيء مما وصف به نفسه في كتابه أو حدث عنه رسوله كان كافراً، وكان من المشبهة

"Dia mentakwil al-Quran dengan yang bukan takwilnya, mendustakan hadis-hadis Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- serta mendakwa bahawa sesiapa yang menyifatkan Allah dengan sesuatu dari apa yang Dia menyifatkan diri-Nya dalam kitab-Nya atau rasul-Nya menceritakan tentangnya, maka dia adalah kafir dan dia adalah musyabbihah". [Ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh, m/s 97, keluaran Dār aṯ-Ṯabāt Li an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Ṣobriyy bin Salāmah Šāhīn].

Isḥāq bin Rōhūyah berkata :

عَلَامَةُ جَهْمٍ وَأَصْحَابِهِ دَعْوَاهُمْ عَلَى أَهْلِ الْجَمَاعَةِ , وَمَا أُولِعُوا بِهِ مِنَ الْكَذِبِ , إِنَّهُمْ مُشَبِّهَةٌ بَلْ هُمُ الْمُعَطِّلَةُ وَلَوْ جَازَ أَنْ يُقَالَ لَهُمْ: هُمُ الْمُشَبِّهَةُ لَاحْتُمَلَ ذَلِكَ , وَذَلِكَ أَنَّهُمْ يَقُولُونَ: إِنَّ الرَّبَّ تَبَارَكَ وَتَعَالَى فِي كُلِّ مَكَانٍ بِكَمَالِهِ فِي أَسْفَلِ الْأَرَضِينَ وَأَعْلَى السَّمَاوَاتِ عَلَى مَعْنًى وَاحِدٍ وَكَذَبُوا فِي ذَلِكَ وَلَزِمَهُمُ الْكُفْرُ

"Tanda-tanda Jahm dan pengikutnya adalah panggilan mereka terhadap ahli al-Jamā*ah dan apa yang disandarkan padanya adalah sebahagian daripada dusta. Sesungguhnya mereka adalah musyabbihah, padahal hakikat sebenarnya mereka adalah muattilah. Kalaulah boleh dipanggil kepada mereka bahawa mereka itu adalah musyabbihah, maka dibolehkan untuk itu. Itu adalah kerana mereka berkata bahawa sesungguhnya tuhan Tabāroka Wa Ta*ālā dalam setiap tempat dengan keseluruhannya di bumi paling dan langit paling atas atas makna yang sama. Mereka berdusta pada hal itu dan membiasakan kekafiran pada mereka". [Šarḥ Uṣūl as-Sunnah, karya al-Lālikā^iyy, jilid 3, m/s 588, keluaran Dār Ṭoyyibah, Saudi, tahqiq Aḥmad bin Sa*d bin Ḥamdān al-Ġōmidiyy].

Abū Ḥātim ar-Rōziyy berkata :

عَلَامَةُ الْجَهْمِيَّةِ تَسْمِيَتُهُمْ أَهْلَ السُّنَّةِ مُشَبِّهَةً

"Tanda-tanda jahmian adalah penamaan mereka terhadap ahli sunnah sebagai musyabbihah". [Šarḥ Uṣūl as-Sunnah, karya al-Lālikā^iyy, jilid 3, m/s 588, keluaran Dār Ṭoyyibah, Saudi, tahqiq Aḥmad bin Sa*d bin Ḥamdān al-Ġōmidiyy].

Ḥarb bin Ismā*īl al-Kirmāniyy berkata :

وأما الجهمية: فأنهم يسمون أهل السنة مشبهة وكذبت الجهمية أعداء الله بل هم أولى بالتشبيه والتكذيب افتروا على الله الكذب وقالوا على الله الزور والإفك وكفروا في قولهم.

"Adapun jahmian, maka mereka menamakan ahli sunnah dengan musyabbihah, sedangkan jahmian; musuh Allah telah berdusta. Bahkan, mereka lebih patut dengan tasybih dan pendustaan. Mereka mengada-adakan kedustaan terhadap Allah dan mereka berkata tentang Allah secara sia-sia dan dengkul serta mereka mengkafirkannya pada kata-kata mereka". [Masā^il Ḥarb al-Kirmāniyy, jilid 3, m/s 985, keluaran Jāmi*ah Umm al-Qurō].

Ibn *Abdul Barr berkata :

أهل السنة مجموعون عَلَى الْإِقْرَارِ بِالصِّفَاتِ الْوَارِدَةِ كُلِّهَا فِي الْقُرْآنِ وَالسُّنَّةِ وَالْإِيمَانِ بِهَا وَحَمْلِهَا عَلَى الْحَقِيقَةِ لَا عَلَى الْمَجَازِ إِلَّا أَنَّهُمْ لَا يُكَيِّفُونَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ وَلَا يَحُدُّونَ فِيهِ صِفَةً مَحْصُورَةً وَأَمَّا أَهْلُ الْبِدَعِ وَالْجَهْمِيَّةُ وَالْمُعْتَزِلَةُ كُلُّهَا وَالْخَوَارِجُ فَكُلُّهُمْ يُنْكِرُهَا وَلَا يَحْمِلُ شَيْئًا مِنْهَا عَلَى الْحَقِيقَةِ وَيَزْعُمُونَ أَنَّ مَنْ أَقَرَّ بِهَا مُشَبِّهٌ وَهُمْ عِنْدَ مَنْ أَثْبَتَهَا نَافُونَ لِلْمَعْبُودِ وَالْحَقُّ فِيمَا قَالَهُ الْقَائِلُونَ بِمَا نَطَقَ بِهِ كِتَابُ اللَّهِ وَسُنَّةُ رَسُولِهِ وَهُمْ أَئِمَّةُ الْجَمَاعَةِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ

"Ahli sunnah bersepakat dalam mengikrarkan sifat yang datang keseluruhannya dalam al-Quran dan sunnah, beriman dengannya dan membawanya atas makna hakikat, bukan atas majaz melainkan mereka tidak mentakyifkan sesuatu daripada hal itu serta tidak meletakkan had sifat yang terhad padanya. Adapun ahli bidaah, jahmian, muᶜtazilian keseluruhannya dan khawarij, maka kesemua mereka mengingkarinya dan tidak membawa sesuatu daripadanya atas makna hakikat serta mereka mendakwa bahawa sesiapa yang mengakuinya, maka dia adalah musyabbih. Mereka ini di sisi orang yang mengisbatkannya adalah penafi terhadap Yang Disembah. Yang benar adalah pada apa yang mereka yang berpendapat pada pengikraran dengan apa yang kitab Allah dan sunnah rasul-Nya berbicara terhadapnya. Mereka adalah imam-imam al-Jamā*ah. Segala puji bagi Allah". [At-Tamhīd Li Mā Fī al-Muwaṭṭo^ Min al-Ma*ānī Wa al-Asānīd, jilid 7, m/s 145, keluaran Wizāroh *Umūm al-Awqōf Wa aš-Šu^ūn al-Islāmiyyah, Morocco, tahqiq Muṣṭofā Aḥmad al-*Alawiyy dan Muḥammad *Abdul Kabīr al-Bakriyy].

Abū *Uṯmān aṣ-Ṣōbūniyy berkata :

وعلامات البدع على أهلها بادية ظاهرة، وأظهر آياتهم وعلاماتهم شدة معاداتهم لحملة أخبار النبي صلى الله عليه وسلم، واحتقارهم لهم وتسميتهم إياهم حشوية وجهلة وظاهرية ومشبهة اعتقادا منهم في أخبار رسول الله صلى الله عليه وسلم

"Tanda-tanda bidaah terhadap ahlinya adalah terang dan nyata. Sejelas-jelas petanda-petandanya adalah kerasnya permusuhan terhadap pembawa khabar Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-, meremehkan mereka, menamakan mereka dengan hasywiah, puak jahil, literalis dan musyabbihah kerana beriktikad pada khabar-khabar rasul -ṣollallahu *alayhi wasallam- dari kalangan mereka". [*Aqīdah as-Salaf Wa Aṣḥāb al-Ḥadīṯ, m/s 109, keluaran Dār al-Minhāj, tahqiq Abū al-Yamān al-Manṣūriyy].

Abū al-Qōsim Ismā*īl bin Muḥammad al-Aṣbahāniyy berkata :

وَإِذا رَأَيْت الرجل يُسَمِّي أهل الحَدِيث حشوية، أَو مشبهة، أَو ناصبة فَأعْلم أَنه مُبْتَدع

"Apabila engkau melihat seseorang menamakan ahli hadis sebagai hasywiah atau musyabihhah atau naṣbian, maka ketahuilah bahawa dia ahli bidaah". [Al-Ḥujjah Fī Bayān al-Maḥajjah, jilid 2, m/s 540, keluaran Dār ar-Rōyah, ar-Riyāḍ, tahqiq Muḥammad bin Robī* bin Hādī bin *Umayr al-Madẖoliyy].

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688396430047608832/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-165-mengapa-baru-hari-ini

Keseratus Enam Puluh Enam : Jawapan Untuk Soalan Syubhat Dari Zaydian Terhadap Penafian Sifat ₍Al-*Uluww₎ Bagi Allah


*Abdullah bin Muḥammad bin *Awḍ; salah seorang tokoh zaydian mengutarakan persoalan yang berbentuk syubhat seumpama jahmmian dalam menafikan sifat ₍al-*Uluww₎ bagi Allah :

عند غروب الشمس في اليمن تكون الشمس وسط السماء في أمريكا فأين الله تعالى؟ في جهة علونا أو في جهة علوهم؟

"Ketika terbenamnya matahari di Yaman, terjadinya matahari di pertengahan langit di Amerika. Maka, di mana Allah? Pada arah atas kita atau pada arah atas mereka?". [Li Māḏā Wa Hal Wa Kayfa Fi Ma*rifah al-Ḥaqq Min az-Zayf, m/s 8].

Saya katakan, ke mana sahaja mereka pergi, sama ada ke kutub utara atau kutub selatan, langit tetap di atas. Selagimana dalam lingkungan langit, yang ada hanya arah atas dan bawah sahaja pada hakikatnya. Buktinya adalah firman Allah *Azza Wa Jalla :

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ

"Turunnya ‎para malaikat dan ar-Rūḥ padanya dengan izin tuhan mereka dari setiap perkara". [Surah al-Qodr ayat 4].

Jika langit di kutub utara adalah di atas dan ia menjadi arah bawah pada perspektif kutub selatan, maka malaikat yang datang pada malam Laylah al-Qodr itu adalah ₍at-Tanazzul₎, iaitu turun di kutub utara dan ia akan menjadi ₍al-Irtifā*₎, iaitu menaik pada perspektif kutub selatan.

Lantaran itu, adakah apabila kita berkata turunnya malaikat dari langit pada perspektif kutub utara adalah arah atas, lalu malaikat turun padanya menatijahkan bahawa apa yang di bawahnya yang berselarian kepada tanah kutub selatan tidak ada langit sama sekali sehinggakan hakikatnya malaikat bukan turun atau tidak layak sama sekali dipanggil turun pada hakikatnya dari langit dari arah atas pada perspektif kutub selatan, tetapi sebenarnya naik dari langit dari arah atas pada perspektif kutub utara menuju ke bawah ke tanah kutub selatan?

Dengan kata lain, apabila malaikat sudah turun ke tanah kutub utara, maka adakah tidak boleh lagi dikatakan malaikat turun ke tanah kutub selatan kerana arah atas pada dua kutub itu adalah berbeza?

Daripada sini, cukup untuk menegaskan bahawa ke mana sahaja seseorang itu pergi, langit tetap di atas sama ada seseorang itu berdiri di kutub utara atau kutub selatan dan bahawasanya malaikat tetap turun walaupun di malam itu meskipun kedua-dua perspektif arah berbeza serta sekaligus dalam masa yang sama, ia membatalkan syubhat ini.

Mereka mungkin akan menjawab: "Penyebutan turun itu kerana meraikan sudut pandang manusia tentang arah atas berasaskan tanah yang mereka pijak, tetapi itu tidak menafikan wujudnya perbezaan arah pada hakikatnya memandangkan bumi ini berbentuk sfera sehingga menatijahkan perbezaanya".

Saya katakan, jika dari sudut pandang malaikat, mereka tetap disebut turun ke kutub selatan walaupun dari perspektif arah kutub utara dari sudut padang manusia adalah mereka sedang menaik dari atas ke bawah. Mereka menjadikan perspektif manusia dalam menyatakan wujudnya perbezaan arah atas, sedangkan di sisi malaikat, ia tetap bawah sama ada di kutub utara atau di kutub selatan.

Jelaslah bahawa langit itu tetap di atas walau di mana sahaja seseorang itu pergi dan dari sudut pandang malaikat, ia adalah arah bawah dan mereka turun padanya menjelang malam itu tanpa ada perbezaan perspektif arah kutub utara atau kutub selatan. Maka, terbatallah hujah mereka.

Lagipun, tidak penting pun persoalan ini, iaitu arah langit dari tanah yang mana satu dalam mengisbatkan sifat ₍al-*Uluww₎ bagi Allah, iaitu Allah di atas langit jika kita dari awal lagi mengisbatkannya dengan tanzih, tanpa tasybih dan tanpa kayf serta menyerahkan pengetahuan sebenarnya kepada Allah.

Apabila Dia menyifatkan diri-Nya di atas, maka isbatkan sahaja tanpa mendalaminya dan mempersoalkannya serta beriman dengan sepenuh hati. Orang yang dari awal menyamakan Allah dengan makhluk-Nya ketika membicarakan sifat ₍al-*Uluww₎ akan bertanya sebegini.

Jika dari awal lagi kita mengisbatkannya bahawa Dia di atas langit sebagaimana yang selayaknya dengan kemuliaan zat-Nya tanpa tasybih, tanpa kayf dan menyerahkan pengetahuan sebenarnya kepada Allah, kita tidak akan menjadi pengingkar sebegini dan kita akan terlindung daripada waswas syaitan dari kalangan manusia dengan izin-Nya.

Dia juga mengutarakan persoalan yang berbentuk sedemikian dalam menafikan sifat turun Allah ke langit dunia pada waktu dinihari :

وقت الفجر في الصين هو في نفس الوقت سحر في الهند فإذا طلع الفجر في الهند يكون الوقت في الباكستان سحرً ا فإذا طلع الفجر في باكستان يكون الوقت نفسه في إيران فإذا طلع الفجر في إيران يكون الوقت سحر عندنا في اليمن وهكذا يدور الوقت إلى السودان إلى مصر ثم ليبيا ثم إلى الجزائر ثم إلى المغرب ثم إلى جزر المحيط الأطلسي ثم إلى شرق أمريكا ثم وسطها ثم غربها ثم جزر المحيط الهادي شيئا ً فشيئا حتى يطلع الفجر في الصين ففي أي سحر ينزل الباري تعالى؟

"Pada waktu fajar di China, ia adalah waktu pagi dinihari di India. Apabila terbitnya fajar di India, terjadinya waktu dinihari di Pakistan. Apabila terbitnya fajar di Pakistan, terjadinya waktu dinihari di Iran. Apabila terbitnya fajar di Iran, terjadinya waktu dinihari di sisi kita di Yaman. Sedemikian itulah berputarnya waktu itu pada Sudan sehingga ke Mesir, kemudian Libya, kemudian Algeria, kemudian Morocco, kemudian lautan Atlantik, kemudian barat Amerika, kemudian pertengahannya, kemudian timurnya, kemudian lautan Pasifik satu demi satu sehingga terbitnya fajar di China. Lalu, waktu dinihari yang mana turunnya Yang Maha Penyempurna Ciptaan Ta*ālā?". [Li Māḏā Wa Hal Wa Kayfa Fi Ma*rifah al-Ḥaqq Min az-Zayf, m/s 8].

Saya katakan, pada malam Laylah al-Qodr, turunya para malaikat dan ar-Rūḥ. Lantas, apabila berlalunya malam di China, adakah apabila menjelangnya malam di India, maka para malaikat akan naik semula ke langit apabila terbitnya fajar di China, kemudian turun sekali lagi di malam hari di India?

Sebab itulah jangan kita mudah terpesona dengan pertanyaan kononnya nampak tajam atau cepat gelisah dengannya. Boleh jadi sebenarnya persoalan mereka ada kecacatan tersembunyi, kelompongan yang tidak disedari, malah disaluti pengingkaran terhadap teks-teks agama yang suci dengan makna yang terang dan penentangan terhadap tokoh ulama sunnah yang berwibawa dalam pendirian sesuatu isu.

Dengan limpahan ilmu dan kefahaman daripada Allah serta bantuan suluhan cahaya daripada-Nya dalam pemerhatian dan pengamatan, kita akan mengenal kepincangan dan kerapuhan daripada syubhat tersebut.

Malangnya, pertanyaan ini tidak hanya muncul daripada golongan zaydian yang mana al-Kaẓim az-Zaydiyy dalam «Majmū*ah ar-Rosāʾil al-Muhimmah Ḥawl az-Zaydiyyah» bahawa muᶜtazilian terkesan dengan zaydian sahaja, tetapi ia juga daripada syiah dan juga ašᶜarian.

Kalaupun jahmian telah pupus, namun serpihan fahaman mereka masih hidup dan menyusup masuk dalam kalangan umat Islam. Mereka selalu sahaja menjadikan persoalan ini untuk menuduh musyabbihah terhadap orang lain, khususnya terhadap para pengikut salaf dan atsar.

Tidak dihairankan bahawa ahli sunnah seringkali dituduh musyabbihah oleh jahmian dan ahli bidaah atau selain mereka yang tidak memahami prinsip sebenar salaf dalam pengisbatan sifat Allah. Kata Aḥmad bin Ḥanbal dalam menyifatkan Jahm bin Ṣofwān; perintis kepada fahaman jahmian :

وتأول القرآن على غير تأويله، وكذب بأحاديث رسول الله صلى الله عليه وسلم وزعم أن من وصف الله بشيء مما وصف به نفسه في كتابه أو حدث عنه رسوله كان كافراً، وكان من المشبهة

"Dia mentakwil al-Quran dengan yang bukan takwilnya, mendustakan hadis-hadis Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- serta mendakwa bahawa sesiapa yang menyifatkan Allah dengan sesuatu dari apa yang Dia menyifatkan diri-Nya dalam kitab-Nya atau rasul-Nya menceritakan tentangnya, maka dia adalah kafir dan dia adalah musyabbihah". [Ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh, m/s 97, keluaran Dār aṯ-Ṯabāt Li an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Ṣobriyy bin Salāmah Šāhīn].

Isḥāq bin Rōhūyah berkata :

عَلَامَةُ جَهْمٍ وَأَصْحَابِهِ دَعْوَاهُمْ عَلَى أَهْلِ الْجَمَاعَةِ , وَمَا أُولِعُوا بِهِ مِنَ الْكَذِبِ , إِنَّهُمْ مُشَبِّهَةٌ بَلْ هُمُ الْمُعَطِّلَةُ وَلَوْ جَازَ أَنْ يُقَالَ لَهُمْ: هُمُ الْمُشَبِّهَةُ لَاحْتُمَلَ ذَلِكَ , وَذَلِكَ أَنَّهُمْ يَقُولُونَ: إِنَّ الرَّبَّ تَبَارَكَ وَتَعَالَى فِي كُلِّ مَكَانٍ بِكَمَالِهِ فِي أَسْفَلِ الْأَرَضِينَ وَأَعْلَى السَّمَاوَاتِ عَلَى مَعْنًى وَاحِدٍ وَكَذَبُوا فِي ذَلِكَ وَلَزِمَهُمُ الْكُفْرُ

"Tanda-tanda Jahm dan pengikutnya adalah panggilan mereka terhadap ahli al-Jamā*ah dan apa yang disandarkan padanya adalah sebahagian daripada dusta. Sesungguhnya mereka adalah musyabbihah, padahal hakikat sebenarnya mereka adalah muattilah. Kalaulah boleh dipanggil kepada mereka bahawa mereka itu adalah musyabbihah, maka dibolehkan untuk itu. Itu adalah kerana mereka berkata bahawa sesungguhnya tuhan Tabāroka Wa Ta*ālā dalam setiap tempat dengan keseluruhannya di bumi paling dan langit paling atas atas makna yang sama. Mereka berdusta pada hal itu dan membiasakan kekafiran pada mereka". [Šarḥ Uṣūl as-Sunnah, karya al-Lālikā^iyy, jilid 3, m/s 588, keluaran Dār Ṭoyyibah, Saudi, tahqiq Aḥmad bin Sa*d bin Ḥamdān al-Ġōmidiyy].

Abū Ḥātim ar-Rōziyy berkata :

عَلَامَةُ الْجَهْمِيَّةِ تَسْمِيَتُهُمْ أَهْلَ السُّنَّةِ مُشَبِّهَةً

"Tanda-tanda jahmian adalah penamaan mereka terhadap ahli sunnah sebagai musyabbihah". [Šarḥ Uṣūl as-Sunnah, karya al-Lālikā^iyy, jilid 3, m/s 588, keluaran Dār Ṭoyyibah, Saudi, tahqiq Aḥmad bin Sa*d bin Ḥamdān al-Ġōmidiyy].

Ḥarb bin Ismā*īl al-Kirmāniyy berkata :

وأما الجهمية: فأنهم يسمون أهل السنة مشبهة وكذبت الجهمية أعداء الله بل هم أولى بالتشبيه والتكذيب افتروا على الله الكذب وقالوا على الله الزور والإفك وكفروا في قولهم.

"Adapun jahmian, maka mereka menamakan ahli sunnah dengan musyabbihah, sedangkan jahmian; musuh Allah telah berdusta. Bahkan, mereka lebih patut dengan tasybih dan pendustaan. Mereka mengada-adakan kedustaan terhadap Allah dan mereka berkata tentang Allah secara sia-sia dan dengkul serta mereka mengkafirkannya pada kata-kata mereka". [Masā^il Ḥarb al-Kirmāniyy, jilid 3, m/s 985, keluaran Jāmi*ah Umm al-Qurō].

Ibn *Abdul Barr berkata :

أهل السنة مجموعون عَلَى الْإِقْرَارِ بِالصِّفَاتِ الْوَارِدَةِ كُلِّهَا فِي الْقُرْآنِ وَالسُّنَّةِ وَالْإِيمَانِ بِهَا وَحَمْلِهَا عَلَى الْحَقِيقَةِ لَا عَلَى الْمَجَازِ إِلَّا أَنَّهُمْ لَا يُكَيِّفُونَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ وَلَا يَحُدُّونَ فِيهِ صِفَةً مَحْصُورَةً وَأَمَّا أَهْلُ الْبِدَعِ وَالْجَهْمِيَّةُ وَالْمُعْتَزِلَةُ كُلُّهَا وَالْخَوَارِجُ فَكُلُّهُمْ يُنْكِرُهَا وَلَا يَحْمِلُ شَيْئًا مِنْهَا عَلَى الْحَقِيقَةِ وَيَزْعُمُونَ أَنَّ مَنْ أَقَرَّ بِهَا مُشَبِّهٌ وَهُمْ عِنْدَ مَنْ أَثْبَتَهَا نَافُونَ لِلْمَعْبُودِ وَالْحَقُّ فِيمَا قَالَهُ الْقَائِلُونَ بِمَا نَطَقَ بِهِ كِتَابُ اللَّهِ وَسُنَّةُ رَسُولِهِ وَهُمْ أَئِمَّةُ الْجَمَاعَةِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ

"Ahli sunnah bersepakat dalam mengikrarkan sifat yang datang keseluruhannya dalam al-Quran dan sunnah, beriman dengannya dan membawanya atas makna hakikat, bukan atas majaz melainkan mereka tidak mentakyifkan sesuatu daripada hal itu serta tidak meletakkan had sifat yang terhad padanya. Adapun ahli bidaah, jahmian, muᶜtazilian keseluruhannya dan khawarij, maka kesemua mereka mengingkarinya dan tidak membawa sesuatu daripadanya atas makna hakikat serta mereka mendakwa bahawa sesiapa yang mengakuinya, maka dia adalah musyabbih. Mereka ini di sisi orang yang mengisbatkannya adalah penafi terhadap Yang Disembah. Yang benar adalah pada apa yang mereka yang berpendapat pada pengikraran dengan apa yang kitab Allah dan sunnah rasul-Nya berbicara terhadapnya. Mereka adalah imam-imam al-Jamā*ah. Segala puji bagi Allah". [At-Tamhīd Li Mā Fī al-Muwaṭṭo^ Min al-Ma*ānī Wa al-Asānīd, jilid 7, m/s 145, keluaran Wizāroh *Umūm al-Awqōf Wa aš-Šu^ūn al-Islāmiyyah, Morocco, tahqiq Muṣṭofā Aḥmad al-*Alawiyy dan Muḥammad *Abdul Kabīr al-Bakriyy].

Abū *Uṯmān aṣ-Ṣōbūniyy berkata :

وعلامات البدع على أهلها بادية ظاهرة، وأظهر آياتهم وعلاماتهم شدة معاداتهم لحملة أخبار النبي صلى الله عليه وسلم، واحتقارهم لهم وتسميتهم إياهم حشوية وجهلة وظاهرية ومشبهة اعتقادا منهم في أخبار رسول الله صلى الله عليه وسلم

"Tanda-tanda bidaah terhadap ahlinya adalah terang dan nyata. Sejelas-jelas petanda-petandanya adalah kerasnya permusuhan terhadap pembawa khabar Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-, meremehkan mereka, menamakan mereka dengan hasywiah, puak jahil, literalis dan musyabbihah kerana beriktikad pada khabar-khabar rasul -ṣollallahu *alayhi wasallam- dari kalangan mereka". [*Aqīdah as-Salaf Wa Aṣḥāb al-Ḥadīṯ, m/s 109, keluaran Dār al-Minhāj, tahqiq Abū al-Yamān al-Manṣūriyy].

Abū al-Qōsim Ismā*īl bin Muḥammad al-Aṣbahāniyy berkata :

وَإِذا رَأَيْت الرجل يُسَمِّي أهل الحَدِيث حشوية، أَو مشبهة، أَو ناصبة فَأعْلم أَنه مُبْتَدع

"Apabila engkau melihat seseorang menamakan ahli hadis sebagai hasywiah atau musyabihhah atau naṣbian, maka ketahuilah bahawa dia ahli bidaah". [Al-Ḥujjah Fī Bayān al-Maḥajjah, jilid 2, m/s 540, keluaran Dār ar-Rōyah, ar-Riyāḍ, tahqiq Muḥammad bin Robī* bin Hādī bin *Umayr al-Madẖoliyy].

Sebab itulah pentingnya untuk membaca karya salaf seperti «ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh» karya Aḥmad bin Ḥanbal, «as-Sunnah» karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, «as-Sunnah» karya Abū Bakr al-H̱ollāl, «H̱olq Af*āl al-*Ibād» karya al-Buẖōriyy, «al-Iẖtilāf Fī al-Lafẓ» karya Ibn Qutaybah, «at-Tabṣīr Fī Ma*ālim ad-Dīn» karya Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy, «ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah» dan «an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy» yang kedua-duanya karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy atau karya yang mengumpulkan kalam salaf seperti «al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār» karya aḏ-Ḏahabiyy agar kita tidak terheret dalam penyimpangan melalui pertanyaan syubhat sebegini.

Semoga Allah merahmati para imam salaf yang telah mencurahkan pengorbanan yang besar dan menaburkan jasa yang bernilai tinggi agar umatnya terus-menerus mengenal kebenaran dan cakna dasar keberagamaan mereka.

Semoga Allah meneguhkan para pengikutnya yang menjadi sasaran dari pelbagai penjuru yang mana musuhnya berusaha habis-habisan untuk menyesatkan orang ramai. Semoga Allah menghancurkan kejahatan musuh ahli sunnah sebagaimana Dia menghancurkan jahmian.

Kemudian, untuk memahami kepentingan pengungkapan "sebagaimana yang Dia kehendaki" atau seumpamanya dalam mengisbatkan sifat Allah, saya telah menjelaskan hal ini dalam penulisan saya yang berjudul «Ilham Bersemi Yang Menepis Tuduhan Mujassim Terhadap Abū Sa*īd ad-Dārimiyy». Dengan memahaminya, kita akan tahu bagaimana ia menyelamatkan kita dari sebarang waswas dan tasybih dalam pengisbatan sifat Allah.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688397783979507712/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-166-jawapan-untuk-soalan

Keseratus Enam Puluh Tujuh : Ašᶜarian Sekarang Mula Terhegeh-Hegeh Untuk Meraikan Pandangan Ḥanbalian Bahawa Kalam Allah Itu Bersuara Dan Berhuruf


Selepas ašᶜarian gagal membuktikan keabsahan penafian huruf dan suara bagi kalam Allah dan menyedari bahawa tuduhan mujassimah, musyabbihah dan hasywiah kepada orang yang mengisbatkan huruf dan suara bagi kalam Allah adalah tuduhan lancang terhadap tokoh kebesaran ḥanbalian secara tidak langsung seperti Aḥmad bin Ḥanbal melalui nukilan anaknya; *Abdullah dalam «as-Sunnah» dan pendapat al-Buẖōriyy dalam «H̱olq Af*āl al-*Ibād», mereka sekarang tidak segan silu untuk memasukkan penolakan pengisbatan kedua-dua ini atau penerimaannya dalam isu perselisihan yang muktabar.

Hakikatnya, mereka tidak sedar apa kesan yang mendatang apabila menerima kalam Allah itu tidak berhuruf? Mereka akan mengatakan bahawa al-Quran itu pada aspek kalam lafzi itu adalah baharu dan makhluk.

Maksudnya, kalam lafzi hanya sekadar penunjukan dan penterjemahan daripada kalam nafsi, iaitu sifat kalam Allah yang sejati yang qadim lagi berdiri pada zat-Nya. Dengan kata lain, ia bukan kalam Allah, tetapi kalam yang telah diterjemahkan dan diibaratkan sama ada melalui Jibril -*alayhissalām- atau Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-.

Saya telah mengupas hal ini dalam penulisan saya yang berjudul «Teguh Menyerlah Dalam Isbat Huruf Dan Suara Bagi Kalam Allah» dan saya membuktikan bahawa pengisbatan huruf dan suara pada kalam Allah tidak hanya bergantung pada hadis tentang suara.

Sebab itulah kita menentang keras dan melawan. Sememangnya ia bukan isu perselisihan yang muktabar lagi dan ia bukan semata-mata isu pengisbatan suara dan huruf bagi kalam Allah, tetapi ia juga berkait rapat dengan status al-Quran sebagai kalam Allah itu sendiri.

Sudah tentu ašᶜarian akan menafikannya dan tetap bertegas bahawa al-Quran itu adalah kalam Allah yang qadim bersama belitan penjelasannya. Akan tetapi, sesiapa yang diberikan ketajaman pengamatan daripada Allah Tabāroka Wa Ta*ālā dan melihat terus kepada inti hakikatnya seperti yang dilakukan Ibn al-Jawziyy, nyatalah pegangan sebenar mereka.

Al-Ḥusayn bin Badruddīn; tokoh ahli bait dari zaydian dalam «Yanābī* aṣ-Ṣoyḥah Fī al-*Aqō^id aṣ-Ṣoḥīḥah» juga memaparkan pandangan sebenar ašᶜarian ketika membahaskan beberapa pandangan tentangnya.

Sudahlah mereka suka melemparkan tuduhan mujassimah, musyabbihah dan hasywiah, lebih-lebih lagi isu sifat pengisbatan huruf dan suara bagi kalam Allah. Sekarang, apabila mereka menyedari bahawa tuduhan tersebut terhunus pada tokoh yang mereka konon mengagungkannya, mereka sibuk mahu untuk duduk sepentas dalam perselisihan yang muktabar walaupun sebenarnya mereka disisihkan dan tidak diraikan bersama dalam hal ini.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688421216395067392/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-167-a%C5%A1%E1%B6%9Carian-sekarang

Keseratus Enam Puluh Lapan : Ašᶜarian Dan Kitab «H̱olq Af*āl al-*Ibād» Karya Al-Buẖōriyy


Ada satu negeri di Malaysia mengharamkan pengajaran terjemahan Melayu bagi kitab «Iṯbāt al-Yad Lillah Subḥānahu Ṣifatan Min Ṣifātih» karya aḏ-Ḏahabiyy di seluruh masjid dan surau kerana khuatir menimbulkan tasybih.

Saya katakan, bagaimana pula dengan kitab «H̱olq Af*āl al-*Ibād» karya al-Buẖōriyy. Adakah mereka ingin mengharamkannya? Adakah para pengajarnya akan ditangkap sepertimana yang terjadi pada Jamāluddīn al-Mizziyy; pengarang «Tahḏīb al-Kamāl Fī Asmā^ ar-Rijāl» yang mana dia ditangkap kerana membacakan kitab ini di suatu majlis sepertimana yang diceritakan Ibn Kaṯīr dalam «al-Bidāyah Wa an-Nihāyah»?

Saya pernah melihat ada yang cuba membentangkan sebab penangkapan al-Mizziyy. Walau apapun alasannya, saya ingin bertanya kepada golongan ašᶜarian. Adakah mereka akan mengajarkan kitab ini kepada masyarakat, mewacakannya dan menjadikannya sebagai rujukan utama untuk memahami manhaj salaf dan akidah mereka?

Tājuddīn as-Subkiyy dalam «Ṭobaqōt aš-Šāfi*iyyah al-Kubrō» menegaskan bahawa al-Mizziyy termasuk ašᶜarian. Adakah ašᶜarian pada hari ini sanggup mengajar kitab ini yang mereka juga akan berhadapan dengan risiko untuk ditangkap sepertimana al-Mizziyy?

Saya pasti mereka tidak akan berani melakukannya kerana mereka, lebih-lebih lagi yang tersisa dengan jahmian sedar kandungannya menyalahi pegangan dasarnya dan gambaran mereka tentang salaf akan terbongkar kesalahannya apabila kitab ini dibuka.

Kalau benar kenyataan ini salah, mengapa hampir-hampir sahaja tidak ada yang mengajarkan kitab ini? Mengapa masing-masing menjauhkan kitab ini dan berpura-pura tidak tahu seolah-olah ia bagai tidak wujud langsung? Mereka berkata mereka menyanjungi al-Buẖōriyy dengan setinggi-tinggi sanjungan. Namun, mengapa kitab ini seolah-olah tidak ada nilai besar untuk dirujuk, ditelaah, dihadamkan dan diwacanakan kepada masyarakat?

Jika mereka berkata bahawa pengajian kitab ini perlu sanad. Namun, di mana pengajian mereka? Jika mereka berkata bahawa mereka tidak memiliki sanad, maka ternyatalah bahawa bagiamana golongan ini mengalpakan pembelajaran kitab al-Buẖōriyy ini sehingga tidak ada sanad untuk kitab ini. Jika mereka berkata ada, tetapi tidak berkemahuan mengajarkannya, maka tampak pada mereka bahawa mereka sedang menyembunyikan sesuatu dan menganggap bahawa kitab ini tidak ada nilai pengajaran kepada orang ramai.

Hakikatnya, kalau mereka mengajarkannya pun, pasti akan jelas ketidakselarian antara manhaj mereka dengan apa yang menjadi pengamalan salaf. Itu sahaja. Di saat para salaf bertegas bahawa Allah itu di langit, mereka mempromosikan bahawa Allah itu bukan di langit dan tidak bertempat. Lalu, membawakan ayat-ayat al-Quran kononnya Allah itu di bumi, di setiap tempat dan selain daripada langit. Itulah puncak tujuan akhir mereka. Iaitu, menafikan Allah itu di langit.

Walaupun mereka berkata Allah itu di langit, tetapi sebenarnya iktikad makna mereka adalah kata-kata itu boleh ditakwil atau terdedah dengan makna lain yang sama ada mereka menentukannya atau tidak menentukannya, bukan sepertimana yang telah nyata kalam para ulama salaf tentangnya. Mereka akan berkata Allah di langit itu adalah ketinggian martabat-Nya dan ketinggian kekuasaan-Nya atau mereka tidak menentukan maknanya, tetapi ia boleh dimaknakan dengan makna sepertimana hakikatnya.

Hal ini sama sahaja sepertimana al-Qōsim bin Muḥammad al-Hādawiyy; tokoh ilmuwan ahli bait dari zaydian ketika mengisbatkan sifat mendengar dan melihat bagi Allah yang bukan makna yang difahami ahli sunnah, iaitu dia berpandangan sifat mendengar dan sifat melihat bagi-Nya adalah sifat ilmu-Nya. Dia berkata :

فصل والله سميع بصير. جمهور أئمتنا عليهم السلام والبغدادية: وهما بمعنى عالم. بعض أئمتنا عليهم السلام وبعض شيعتهم والبصرية: بل بمعنى حي لا آفة به. قلنا: السميع حقيقة لغوية مستعملة لمن يصح أن يدرك المسموع بمعنى محله الصماخ. والبصير حقيقة كذلك لمن يصح أن يدرك المبصر بمعنى محله الحدق. والله سبحانه ليس كذلك. فلم يبق بمعنى إلا أنهما بمعنى عالم. وقد قال تعالى: {أَمْ يَحْسَبُونَ أَنَّا لَا نَسْمَعُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَاهُم ۚ بَلَىٰ وَرُسُلُنَا لَدَيْهِمْ يَكْتُبُونَ} [الزخرف: ٨٠]. والسر إضمار في القلب غير الصوت. قال الله تعالى: {فَأَسَرَّهَا يُوسُفُ فِي نَفْسِهِ وَلَمْ يُبْدِهَا لَهُمْ} [يوسف: ٧٧].

"Fasal: Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Majoriti imam-imam kami -*alayhim as-Salām- dan warga Baghdad: ❝Kedua-duanya dengan makna Yang Maha Mengetahui❞. Sebahagian imam-imam kami -*alayhim as-Salām-, sebahagian espouser mereka dan warga Basrah: ❝Bahkan, dengan makna Yang Maha Hidup tanpa kecacatan padanya❞. Kami berkata bahawa ₍as-Samī*₎ adalah hakikat bahasa yang digunakan bagi yang valid dalam capaian yang didengari dengan suatu makna yang tempatnya adalah liang telinga. ₍Al-Baṣīr₎ adalah hakikat sedemikian bagi yang valid dalam capaian yang dilihat dengan suatu makna yang tempatnya adalah anak mata. Padahal, Allah Subḥānahu bukan sebegitu. Lalu, tidak tersisa dengan suatu makna melainkan bahawasanya kedua-duanya dengan makna ₍*Ālim₎ (yang mengetahui). Dia Ta*ālā berfirman: {Adakah mereka mengira bahawa kami tidak mendengar rahsia mereka dan bisikan mereka? Bahkan, utusan-utusan kami di sisi mereka sentiasa menulis} [Surah az-Zuẖruf ayat 80]. ₍As-Sirr₎ ialah penyembunyian pada jantung tanpa suara. Allah Ta*ālā berfirman: {Lalu, Yūsuf menyembunyikannya dalam dirinya dan dia tidak menampakkannya pada mereka}. [Surah Yūsuf ayat 77]". [Al-Asās Li *Aqō^id al-Akyās. m/s 42-44, keluaran Maktabah Ahl al-Bayt, Yaman].

Lantas, apa beza ašᶜarian pada ₍al-*Uluww₎ dengan zaydian pada sifat mendengar? Bezanya sekadar ašᶜarian memperkenalkan gagasan tafwid dan takwil, manakala zaydian tidak sedemikian.

Kalau benar ini adalah salah, bentangkan pemahaman mereka dan wacanakan. Usah berselindung dan berpura-pura tidak tahu. Kalau merasakan kitab ini ada nilai besar dalam sumber rujukan dan sandaran akidah ahli sunnah salaf, maka mengapa perlu khuatir untuk menyampaikannya?

Kalau ini sudah cukup ekstrim bagi mereka, maka mereka belum lagi berhadapan dengan «an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy» karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy. Pasti akan nyata hipokrit dan kepincangan mereka.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688422624296108032/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-168-a%C5%A1%E1%B6%9Carian-dan-kitab

Keseratus Enam Puluh Sembilan : Hafalan Para Imam Mujtahid : Antara Layar Realistik Dan Yang Digembar-Gemburkan


Kalaupun yang menuturkan ini adalah dari kalangan ilmuwan kenamaan yang terbilang kedudukannya, pasti dia tetap tidak terlepas daripada sangkaan buruk dan celaan terhadapnya. Namun, segala puji bagi Allah, penuturnya adalah ilmuwan dari kalangan ilmuwan yang terbilang pada masa kini, iaitu Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ.

Malah, pendahulunya; Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy juga mengupas perkara yang sama sepertimana yang dikumpulkan kalamnya oleh murid kebesarannya; *Abdullah bin *Abdul Qōdir at-Talīdiyy dalam «Darr al-Ġomām ar-Roqīq Bi Rosā^il as-Sayyid aš-Šayẖ Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīq».

Ini juga yang dibincangkan oleh adiknya; *Abdul Ḥayy al-Ġumāriyy dalam «Iqōmah al-Ḥujjah *Alā *Adam Iḥāṭotah Aḥad Min al-A^immah al-Arba*ah Bi as-Sunnah».

Ketiga-tiganya berbicara tentang pencapaian keluasan hafalan dalam hadis dan penguasaan ilmu para imam mazhab dengan kaca mata yang lebih realistik.

Adik kepada Aḥmad al-Ġumāriyy; *Abdullah juga mengupas perkara yang sama, tetapi dia memfokuskan kepada mereka yang diangkat sebagai wali Allah. Dalam kitabnya «Awliyā^ Wa Karōmāt», dia juga menafikan status kewalian beberapa tokoh yang dianggap wali oleh sebahagian sufi dengan memaparkan bukti bahawa hakikatnya tokoh itu bukan sepertimana yang diangkat.

Kadangkala, pengangkatan kedudukan seseorang tokoh juga tidak lepas dari berlebihan dari sebahagian pihak sama ada dari tokoh ilmuwan ataupun tokoh wali. Adakalanya, kredit yang diberikan tidak realistik dan memandang serong terhadap sesuatu konsep kedudukan seorang imam atau mujtahid atau wali, lalu dari salah faham itu, menuju pula kepada salah tanggap terhadap kedudukan para imam.

Misalnya adalah sebahagian orang menyebutkan bahawa syarat seseorang yang telah mencapai darjat mujtahid adalah menguasai ilmu itu dan ini yang pelbagai senarainya sehingga yang mendengarnya atau menyemak senarainya pasti merasa lemas kerananya.

Akan tetapi, Aḥmad al-Ġumāriyy membentaknya dan menyatakan bahawa cukup dengan seperempat daripadanya. Malah, dia juga menyatakan bahawa para imam juga pada realitinya tidak menguasai keseluruhan ilmu yang disebutkan oleh sebahagian golongan terkemudian yang berlebihan dalam perletakan syarat.

Sebab itulah jangan terkejut apabila melihat kata-kata aš-Šāṭibiyy dalam «al-Muwāfaqōt Fī Uṣūl al-Aḥkām» menyatakan bahawa Muḥammad bin Idrīs bertaklid dalam lapangan hadis. Bagi sesiapa yang objektif untuk meletakkan kedudukan seseorang pada realitinya, maka kata-kata ini tidak terasa bebannya untuk diungkapkan dan telinga tidak merasa pedih untuk mendengar kenyataan ini.

Aḥmad al-Ġumāriyy tidak perlu diragukan lagi kedudukannya sebagai mujtahid yang terbilang ilmunya. Sedemikian Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ yang tidak dipertikaikan keluasan pengetahuannya dan kedalaman capaian maklumatnya.

Maka, pandangan mereka ini ada pemberatnya dan sangat patut untuk diambil perhatian. Dalam kebanyakan perkara, ahli ilmu akan memberi pandangan tentang ahli ilmu dengan kadar yang sebenarnya dan realistik.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688422624296108032/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-168-a%C5%A1%E1%B6%9Carian-dan-kitab

Keseratus Tujuh Puluh : Kalam Siapa Yang Disebarkan Dalam Memburukkan Abū Sa*īd Ad-Dārimiyy?


Yang tersebar kalam cemuhan terhadap Abū Sa*īd ad-Dārimiyy dengan tuduhan mujassim dan lain-lain diambil dan diterjemah daripada kalam Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy dalam «al-Maqōlāt».

Namun, tidakkah yang menyebarkan kalamnya tahu siapakah al-Kawṯariyy ini? Dialah yang Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- menyatakan sebagai musuh sunnah, salaf yang soleh dan para imam kecuali daripada golongan ḥanafian disebabkan ketaksubannya yang telah sampai ke had meloyakan, bahkan sampai kegilaan sehingga dia mencela Mālik, aš-Šāfi*iyy, Aḥmad, *Abdul Roḥmān bin Mahdiyy, al-Buẖōriyy, bahkan sampai kepada Anas bin Mālik, Abū Huroyroh dan sebahagian Sahabat. Kenyataan ini dikutip dalam «al-Jawāb al-Mufīd Li as-Sā^il al-Mustafīd» yang dikumpulkan oleh Abū al-Faḍl Badr al-*Imrōniyy.

Bahkan, Aḥmad al-Ġumāriyy telah menghasilkan «Bayān Talbīs al-Muftarī Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy» untuk membongkar kebejatan orang ini yang melakukan percanggahan dan memaparkan cercaan terhadap tokoh ilmuwan.

Saya pasti kebanyakan mereka yang menyebarkan dan menterjemahkannya, bahkan mengutip pandangannya dalam isu-isu lain tidak tahu tentang ini. Kalaulah mereka tahu, pasti mereka tidak tergamak untuk mengutipnya dan sewenang-wenangnya membenarkan apa yang dia katakan.

Setelah mereka tahu tentang ini, patut lagikah mencela imam salaf yang agung; Abū Sa*īd ad-Dārimiyy apabila tahu cemuhan itu datang daripada sang pemaki hamun ulama? Sang pemaki telah tergugur meritnya dalam celaan terhadap tokoh ahli ilmu.

Sebagai tambahan, «an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy» karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy antara yang dicadangkan pembacaannya oleh Aḥmad al-Ġumāriyy sepertimana yang dikutip *Abdullah bin *Abdul Qōdir at-Talīdiyy dalam «Darr al-Ġomām ar-Roqīq Bi Rosā^il aš-Šayẖ as-Sayyid Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīq». Oleh itu, kitab ini bukan dicadangkan oleh mujassimah semata-mata, bahkan ad-Dārimiyy berlepas diri daripada fahaman itu.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688424582146867200/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-170-kalam-siapa-yang

Keseratus Tujuh Puluh Satu : Bagaimana Untuk Berinteraksi Penukilan Riwayat Dan Pandangan Aš-Ša*rōniyy Dalam Isu Yang Berkaitan Dengan Kesufian Dan Kewalian?


Bagaimana seseorang ingin berinteraksi dengan pendapat *Abdul Wahhāb aš-Ša*rōniyy yang kontroversi tentang isu kewalian dan kesufian atau nukilan cerita yang berkaitan dengan kisah wali Allah yang kelihatan janggal?

Lihat bagaimana *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ilmuwan sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- membentangkan kritikan dan komentar terhadapnya dalam «Awliyā^ Wa Karōmāt». Cukuplah apa yang dia bentangkan ini sebagai panduan dan peringatan untuk bersikap kritis terhadap isu kesufian dan kewalian.

Apa yang ingin ditunjukkan di sini adalah perlu tegaskan pendirian bahawa yang salah itu adalah salah tanpa perlu berdalih dan tanpa perlu tertahan-tahan. Kita tidak perlu membela semua yang pada tradisi kesufian atau apa yang ada pada mereka yang dijulang sebagai wali Allah. Kita membela dan mengkehadapan kebenaran dan manhaj yang sejahtera, bukan sesuatu tradisi atau seseorang tokoh.

Sebagai maklumat tambahan, kitab «Awliyā^ Wa Karōmāt» sepertimana yang dinyatakan dalam mukaddimahnya bahawa kebanyakan orang apabila mendengarkan kitabnya ini, pasti dia akan dituduh cenderung kepada wahabi!

Mengapa sedemikian sekali sebahagian sufi membenci kitab ini sehinggakan melemparkan tuduhan sebegitu kepada tokoh kebesaran sufi yang mereka sendiri angkat sebagai kebanggaan? Ia patut dibaca oleh setiap orang yang mendambakan jalan kesufian secara kritis dan murni.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688425422788149248/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-171-bagaimana-untuk

Keseratus Tujuh Puluh Dua : Ilmuwan Terdahulu Sebelum Musṭofā Ṣobriyy Berlaku Kekeliruan Terhadap Maksud Ibn *Arobiyy Ketika Mengkritiknya?



Ilmuwan terdahulu sebelum Musṭofā Ṣobriyy berlaku kekeliruan terhadap maksud Ibn *Arobiyy ketika mengkritiknya?

Kalau kenyataan sama ini diucapkan oleh salafi dalam membela tokoh ikutan mereka dan menuduh ilmuwan yang mengkritiknya sebagai orang yang salah faham, pasti akan dicemuh sehabis-habisnya. Dia akan dicela sebagai orang yang tidak menghormati ulama, merendahkan kemampuan mereka, mengecilkan ketajaman akal mereka dan memperlekehkannya. Bermacam-macam yang kita boleh dengar.

Sekarang, dalam membela Ibn *Arobiyy, mereka berani untuk berkata sedemikian dalam menolak kritikan para ilmuwan terhadapnya, sedangkan sebelum Musṭofā Ṣobriyy adalah tokoh ilmuwan yang jauh berkaliber seperti Burhānuddīn al-Baqō*iyy, Nūruddīn al-Bakriyy aš-Šāfi*iyy, Tayiuddīn as-Subkiyy, Zaynuddīn al-*Irōqiyy, Abū Zur*ah al-*Irōqiyy, al-Mizziyy, Sirōjuddīn al-Bulqīniyy, Badruddīn Ibn Jamā*ah, Ibn H̱oldūn, Najmuddīn al-Bālisiyy, Abū Ḥayyān al-Andalusiyy dan Šamsuddīn Muḥammad bin Yūsuf al-Jazariyy aš-Šāfi*iyy.

Maka, mereka inilah orang yang tidak faham maksud Ibn *Arobiyy menurut para pembelanya dan dia lebih faham maksud Ibn *Arobiyy daripada tokoh ilmuwan yang dinamakan tadi? Sekarang, pada mereka, halal untuk berkata sedemikian. Namun, tidak untuk selain mereka. Sungguh hipokrit.

Sebab itulah antara perbuatan bodoh dalam perbincangan ilmiah adalah membanding-bandingkan tahap keilmuan seterunya dengan para ulama semata-mata untuk menyahkreditkan penghujahan seterunya dan terus taksub kepada pendapat tokoh yang ingin diikutinya. Fokus pada hujah ilmiah, bukan berdebat dengan nama-nama tokoh.

Akhirnya, mereka sendiri akui bahawa sememangnya setinggi mana pun tahap keilmuan para ulama pun boleh terkeliru dalam ungkapan tanpa perlu menafikan kedudukan mulia mereka disebabkan hal tersebut. Mereka sendiri juga tidak suka jika orang terus taksub terhadap pendapat tokoh yang salah faham terhadap kalam Ibn *Arobiyy. Mereka sendiri juga tidak suka dibanding-bandingkan tahap keilmuan mereka apabila dalam diskusi ilmiah.

Sekarang, kita tahu yang penting adalah membawakan hujah konkrit walau diri itu kerdil jika ingin dibandingkan tokoh yang ingin diselisihi dan dikritik. Ini kerana ikutan agama kita adalah hujah, bukan siapa yang lebih berilmu.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688426663022936064/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-172-ilmuwan-terdahulu

Keseratus Tujuh Puluh Tiga : Mereka Meminta Kita Bermacam-Macam Untuk Dipenuhi, Tetapi Mereka Sendiri Tidak Memenuhi Syarat Yang Mereka Minta Pada Kita


Ini sememangnya mengingatkan saya tentang sikap sebahagian orang yang apabila kita memaparkan bukti daripada al-Quran dan hadis serta dalil akal dan hujah rasional, mereka berkata: "Kamu bukan mujtahid untuk mengeluarkan hukum dan mengambil kefahaman daripada al-Quran dan hadis secara langsung. Orang tidak meminum air dari tekonya, tetapi dari cawannya. Kami ingin mengikut ulama, bukan akal kamu".

Apabila kita membawakan kalam ulama dalam mazhab sebagai contoh, mereka berkata: "Kami tidak mahu mazhab lain. Kami mahu dari mazhab šāfiᶜian!". Apabila dibentangkan pendapat ulama dari mazhab yang mereka minta, mereka berkata: "Kami mahu pendapat muktamad mazhab! Bukan daripada ashabnya!".

Apabila kita membawa kalam pendapat muktamad, mereka berkata: "Ulama šāfiᶜian bukan seorang sahaja!". Aneh sekali mereka yang tadi menuntut pendapat muktamad dan menganggap seolah-olah selain itu tidak nilai langsung di sisi mereka. Sekarang, mereka sendiri menelan apa yang mereka sendiri menistakannya.

Bawalah mana-mana kalam ulama. Mereka akan berkata: "Apa sanad pengajian kamu? Siapa guru-guru kamu?" dan bermacam-macam tuntutan mereka untuk kita penuhi atau kita ini tidak ada kualiti pun di sisi mereka. Mereka ini kalau didatangkan malaikat dan orang mati yang bercakap pun atau diturunkan mukjizat pun, mereka tetap tidak mahu menerima. Firman Allah *Azza Wa Jalla :

وَلَوْ أَنَّنَا نَزَّلْنَا إِلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةَ وَكَلَّمَهُمُ الْمَوْتَىٰ وَحَشَرْنَا عَلَيْهِمْ كُلَّ شَيْءٍ قُبُلًا مَّا كَانُوا لِيُؤْمِنُوا إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّـهُ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ يَجْهَلُونَ

"Kalaulah Kami menurunkan malaikat kepada mereka dan orang mati bercakap dengan mereka, lalu Kami kumpulkan untuk mereka secara bersama, pasti mereka tidak mahu beriman melainkan yang Allah kehendaki. Namun, yang terbanyak di antara mereka adalah orang yang bodoh". [Surah al-An*ām ayat 111].

Firman Allah :

وَقَالُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ آيَاتٌ مِّن رَّبِّهِ ۖ قُلْ إِنَّمَا الْآيَاتُ عِندَ اللَّـهِ وَإِنَّمَا أَنَا نَذِيرٌ مُّبِينٌ ﴿٥٠﴾ أَوَلَمْ يَكْفِهِمْ أَنَّا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَرَحْمَةً وَذِكْرَىٰ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ﴿٥١

Mereka berkata: "Mengapa tidak diturunkan mukjizat daripada Tuhannya kepadanya?". Katakanlah: "Mukjizat itu urusan Allah dan aku cumalah permberi amaran yang jelas". Adakah tidak cukup bahawasanya Kami telah menurunkan al-Quran kepada engkau yang dibaca kepada mereka? Sesungguhnya pada itu benar-benar rahmat dan peringatan bagi kaum yang beirman. [Surah al-*Ankabūt ayat 50-51].

Namun, apabila tiba giliran mereka, mereka berkata: "Ini adalah dari guru saya. Ini juga daripada syeikh sekian sekian. Kamu tidak bersetuju, maka kamu adalah wahabi dan kami bersikap biadap terhadap ulama".

Amboi! Sungguh mudah cara mereka untuk menjustifikasikan sesuatu. Jika pada kita, mereka memberat-beratkan tuntutan kepada kita. Namun, apabila giliran mereka, begitu mudah mereka berlepas tangan dan buat secara sambil lewa sahaja.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688427945843425280/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-173-mereka-meminta-kita

Keseratus Tujuh Puluh Empat : Sebahagian Hipokrit Aswajaean Pada Pandangan Syaz


Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- juga antara yang berpendapat bahawa solat fardu yang sengaja ditinggalkan tidak wajib untuk digantikan, tetapi disegerakan dan diwajibkan untuknya bertaubat serta beliau juga membentangkan peruntuhan dalil-dalil yang digunakan dalam menetapkan pendapat kewajipan penggantian sepertimana yang dibentangkan dalam «Wasā^il at-Tarjīḥ al-Murtaḍō Li al-Qowl Bi Anna al-Fā^itah *Amadan Lā Tuqḍō». Bahkan, dalam karya ini juga dia menolak tanggapan sebahagian orang bahawa pendapat seperti ini menyalahi ijmak dan sangat minoriti.

Sekarang, adakah mereka ingin mengejek, mempermainkan dan mengolok-olokkan tokoh ahli bait sufi ini? Fahamlah kita mengapa khazanah keluarga al-Ġumāriyy ini seakan-akan terbenam dan tersorok sekalipun nama ini berpengaruh besar di tanah air kita.

Ini kerana keluarga ini membawa manhaj yang jauh berbeza dengan rata-rata pengagungnya di sini, melangkah di atas haluan yang berlawanan dengan rata-rata golongan al-Ḥabīb serta beberapa pandangan daripada mereka mampu mengejutkan mereka sehingga mereka sukar menghadam keunikan yang ada pada pemikiran mereka.

Apapun, pencela ini sudah lupakah bahawa mereka juga dalam masa yang mencari-cari alasan untuk mempertahankan syeikh tarekat yang bersalaman dengan wanita bukan mahram sehingga menggodek pandangan yang minoriti, terpencil, bahkan ganjil asalkan dapat menjustifikasikan bahawa syeikh itu tidak bersalah?

Kemudian, mereka menagih simpati seolah-olah mangsa keadaan kerana dipermainkan dan dicela oleh sebahagian orang kerana membenarkan keharusan yang ia tidak dibenarkan oleh majoriti, bahkan keseluruhan ulama.

Akan tetapi, apabila ada yang disebut sebagai wahabi menyatakan bahawa solat fardu yang ditinggalkan secara sengaja kerana kononnya mengambil pandangan yang syaz, mereka mengeksploitasi kesempatan untuk menghina sehabis-habisnya. Beginilah rupanya mereka menghormati perselisihan pandangan.

Dalam isu bersalaman dengan wanita bukan mahram, mereka mahu kita terima perbezaan pendapat. Namun, apabila giliran orang lain dalam memilih pandangan yang berbeza, mereka terus mengutuk habis-habisan.

Hipokrit pada mereka ini sememangnya sebati dan menjalar pada mereka. Ia sudah berlanjutan hari demi hari, tetapi mereka buta untuk melihatnya. Segala puji bagi Allah yang memelihara kita semua daripada kebobrokan seperti ini. Kita memohon kepada-Nya agar sentiasa dicurahkan kekuatan untuk istiqamah di atas jalan yang lurus dan mati di atas keberagamaan yang sejati.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688431594446422016/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-174-sebahagian-hipokrit

Keseratus Tujuh Puluh Lima : Kabur Terhadap Kebenaran Kerana Beragam Aliran?


Ramai yang tertanya-tanya bahawa dalam pelbagai aliran pemikiran yang ada dalam Islam, masing-masing mendakwa bahawa merekalah yang paling benar, paling tulen dan paling sejati dalam mewakili Islam yang sebenar dan jika begini, apakah yang seharusnya kita buat?

Saya berharap apa yang disebutkan as-Sayyid an-Naḏīr as-Sayyid Nūr mengupas sedikit sebanyak mengapa setiap aliran cuba menegaskan dan bersungguh-sungguh memperjuangkan dalam mewakili Islam yang sebenar serta apa yang patut kita buat.

Akhirnya, mahu atau tidak mahu, sememangnya ada keperluan untuk berusaha lebih dalam mencari kebenaran. Inilah lumrah kehidupan yang kita perlu akui dan lalui.

Dalam hal ini, saya juga telah menyentuh dalam penulisan saya yang berjudul «Diari Diri : Jangan Takut Menghadapi Kejahilan Dan Terjebak Dalam Kesilapan».

Usah kata dalam bahagian agama sahaja yang berhadapan dengan pertembungan kepelbagaian sebegini. Dalam sains pun tidak kurang juga adanya pergolakan yang hebat yang masing-masing mendakwa bahawa dapatan mereka benar. Cukup sahaja melihat isu vaksin dan bumi datar. Masing-masing cuba menjustifikasikan dan mewakili tentang kesihatan dan pandangan sains yang benar.

Mungkin seseorang berkata bahawa apa yang menjadi pandangan rasmi kerajaan, yang tertulis dalam buku teks dan ilmuwan yang mempunyai kelulusan universiti yang berautoriti itulah yang benar. Akan tetapi, ia mungkin tidak sama dari sudut perspektif mereka yang di posisi anti-vaksin dan bumi datar. Golongan ini juga cuba mengabsahkan ketulenan sains mereka dan menawarkan apa yang dianggap yang lebih baik daripada yang rasmi, yang tertulis dalam buku teks dan ilmuwan dari lulusan universiti.

Sebegitu juga dengan politik. Masing-masing dari kalangan parti politik mendakwa bahawa presiden mereka atau pemimpin mereka yang layak memegang tampuk pemerintahan dan yang terbaik dalam mengelola negara, manakala parti politik lawan mereka dianggap tidak kompeten atau tidak ada peluang yang cerah dalam arena pentadbiran.

Dalam menerima realiti sebegini, apakah seseorang patut buat? Menunggu tuah dari langit sambil duduk termenung atau buat aktiviti yang langsung tidak menunjukkan kepedulian? Atau usaha untuk mencarinya biarpun bersusah payah dan memakan masa yang lama dengan mendasarkan semula apa yang menjadi pertikaian banyak pihak, lalu mencari yang memenuhi kesepakatan yang mendasar bersama untuk menjadi parameter asas dalam menentukan sama ada ia adalah benar atau baik atau berkelayakan?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688432908490440704/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-175-kabur-terhadap

Keseratus Tujuh Puluh Enam : Ibn *Arobiyy Mengatakan Bahawa Arasy Adalah Tempat Tinggal Untuk Allah?


Aswajaean selalu sahaja menyindir akidah salafi seperti akidah Yahudi yang mengimani tuhan itu di atas singgahsana yang bertempat di atas langit dan memperpanjangkan ejekannya dalam usaha mencemarkan mana-mana orang yang menyifatkan sifat ₍al-*Uluww₎ bagi Allah, padahal bukan sebegitu akidah yang dianuti salafi.

Namun, lihat bagaimana Ibn *Arobiyy al-Ḥātimiyy yang merupakan tokoh pujaan mereka menyifatkan Arasy adalah ₍Maskanih₎ (مَسْكَنِهِ), iaitu tempat tinggal-Nya dan Allah di atasnya sepertimana yang dengan-Nya pada agama dan iktikad sehingga pentahqiq kitab tidak menyetujui kata-kata ini dengan mengatakan bahawa Arasy adalah tempat penzahiran kemampuan-Nya, Dia tidak menjadikannya sebagai tempat serta Dia itu nirmala daripada tempat.

Penyifatan sebagai tempat tinggal bago Allah jauh lebih teruk daripada mengatakan Allah itu bertempat yang mereka selalu cela, bahkan menganggapnya ia adalah akidah kufur.

Sekarang, apa alasan mereka? Kalam ini perlu ditakwil? Kalau begtitu, apa takwilannya? Ada sisipan palsu terhadap kitab ini? Kalau begitu, apa buktinya? Atau sememangnya Ibn *Arobiyy adalah wahabi dan beriktikad dengan akidah kufur?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688433630012456960/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-176-ibn-arobiyy

Keseratus Tujuh Puluh Tujuh : Sudah Aktif Menentang Wahabi Pun Masih Tidak Ada Merit Pandangannya Dalam Suatu Subjek Pertikaian?


Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- terkenal dengan kelantangannya dalam menentang wahabi dan membela tradisi kesufian sehingga dikenali dengan kepekatannya terhadap sufi. Akan tetapi, pernahkah mereka ingin menerima kritikan kerasnya terhadap ašᶜarian sepertimana yang dikumpulkan kalamnya oleh Ṣōdiq bin Salīm bin Ṣōdiq dalam «Ḏamm al-Ašā*iroh Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifah»? Bahkan, mereka tidak teragak-agak untuk mencampaknya ke dalam tong sampah.

Sebegitu juga an-Nasā^iyy berhadapan dengan nasib yang sama. Apabila dia menyiapkan karya «H̱oṣō^iṣ *Aliyy», dia berhadapan dengan orang yang tidak puas hati terhadapnya kerana seakan-akan menyebelahi pihak syiah melalui karya ini.

Aḏ-Ḏahabiyy dalam «Taḏkiroh al-Huffāẓ» menyatakan bahawa terdapat kaum yang mengingkari karya ini dan menuduhnya mengabaikan kelebihan Abū Bakr dan *Umar -roḍiyallahu *anhumā-. Ibn H̱ollikān dalam «Wafayāt al-A*yān Wa Anbā^ Abnā^ az-Zamān» menyatakan bahawa dia ditanya tentang kelebihan Mu*āwiyah. Namun, dia meresponsnya bahawa hanya terdapat satu hadis sahaja tentangnya. Lalu, orang ramai mengeluarkannya ke masjid dan menghinjaknya.

Sekarang ini, sebegitulah juga apabila kita menghasilkan karya kritikan terhadap sebahagian sufi yang jahil lagi menyeleweng, sebahagian pengikutnya mendesak kita untuk menulis karya untuk kritikan terhadap wahabi. Apabila kita tidak menunaikan permintaannya, karya kita tidak dihargai sepertimana karya an-Nasā^iyy yang disebutkan diingkari atau lebih teruk, kita akan dituduh sebagai pengikut wahabi atau musang berbulu wahabi kerana tidak menulis tentang penentangan terhadap wahabi sepertimana an-Nasā^iyy dituduh sebagai cenderung kepada syiah kerana tidak menulis tentang kelebihan Abū Bakr dan *Umar. Mudah-mudahan kita juga tidak dicederakan sepertimana yang dilalui an-Nasā^iyy.

Bahkan, walaupun Sa*īd Fawdah; tokoh ahli kalam masa kini yang lantang menentang wahabi pun mereka langsung tidak tertahan-tahan untuk mengetepikan kritikannya terhadap Ibn *Arobiyy dan mereka yang membawa ajaran yang bersefahaman dengannya. Kita akan bertanya semula kepada mereka. Mengapa mereka boleh terima kritikan Sa*īd Fawdah terhadap wahabi, tetapi tidak pada Ibn *Arobiyy dan pengikutnya?

Kalau mereka sendiri tidak menerima, mengapa pula mendesak orang yang lebih cilik daripadanya supaya bersikap keras terhadap wahabi semata-mata mahu pendapatnya tentang sebahagian sufi yang menyeleweng itu diterima? Bahkan, mereka dari awal lagi tidak akan menerimanya sama sekali kendatipun sudah ditaburkan segala celaan terhadap wahabi.

Kalau orang itu sudah menjadi seperti Sa*īd Fawdah dalam isu wahabi, orang itu tetap tidak diterima pandangannya dalam isu Ibn *Arobiyy sepertimana mereka sendiri tidak menerima Sa*īd Fawdah sendiri dalam perkara itu.

Mereka ini tidak habis-habis menuduh seseorang dari ašᶜarian itu berbulu wahabi hanya kerana duduk sepentas dalam memfokuskan perbincangan isu aliran yang sesat yang parah dampaknya kepada umat Islam. Kalaupun orang itu menyinggung wahabi dan mengkritik Ibn Taymiyyah sekalipun, itu pun tidak akan memuaskan mereka, apatah lagi mendorong mereka untuk menerima pendapatnya dalam isu yang dipertikaikan.

Hakikatnya, mereka ingin orang itu berdiam diri dan berhenti daripada mengkritik kefahaman, amalan dan tradisi mereka yang tidak berasaskan hujah ilmiah yang konkrit. Inilah sebenarnya dari sebab desakan mereka untuk mendesak orang itu agar lantang dan tegas dalam menentang wahabi. Mereka hanya membangkitkan isu wahabi atau menjadikan label itu semata-mata untuk menutup kepincangan diri dan bermain sentimen dengan masyarakat sekeliling.

Kita lihat sendiri contoh di tempatan kita yang berlaku pada Ahmad Faiz Hafizuddin atau dikenali dengan PU Faiz. Saya secara peribadi telah mengenalinya lebih daripada sepuluh tahun dan sememangnya dia antara orang yang paling lantang dalam menentang wahabi dan seringkali membeberkan isu wahabi di pelbagai ceramah dan wacana.

Namun, apabila Ahmad Faiz Hafizuddin menegur seorang penglipur lara yang juga giat menentang wahabi kerana penglipur lara itu menyampaikan yang tidak betul pada masyarakat, sebahagian orang beranggapan bahawa Ahmad Faiz Hafizuddin masih belum cukup lantang dan pekat dalam menentang wahabi.

Bayangkan sahaja orang seperti Sa*īd Fawdah dan Ahmad Faiz Hafizuddin masih dianggap tidak ada merit dan tidak diambil berat kritikannya terhadap sesama kelompoknya, khususnya dalam isu batiniah dan penglipur lara. Bagaimana pula dengan orang lain yang tidak segiat dan seaktif mereka? Cepat sahaja tuduhan musang berbulu wahabi akan ditaburkan dan dijaja.

Mereka mendesak kita dengan berkata: "Ulama ini bergiat aktif lagi tegas dalam menentang wahabi" atau "Alangkah eloknya jika kamu juga lantang menentang wahabi" supaya kita pun sama-sama giat melawan wahabi. Sekarang, nama yang dipetik sudah melakukannya dan tugas yang diminta sudah pun dipenuhi, mengapa mereka tidak mendengar kata-kata mereka tentang isu batiniah dan penglipur lara?

Inilah tujuan falasi ₍Whataboutism₎. Ia adalah taktik di mana apabila kita menyuarakan, membantah dan mengkritik sesuatu topik, wacana, isu atau perkara, pihak yang dikritik akan mempersoalkan: "Yang wahabi pula bagaimana? Yang rasuah pula bagaimana? Kes pembalakan baru-baru ini bagaimana?" atau seumpamanya.

Mereka membangkitkan soalan ini semata-mata untuk tidak mahu mendengar kritikan, tidak mahu mengambil kira pandangan kita, menyahnilaikan penghujahan kita dan mengalihkan perhatian agar kita yang mengkritik memberi fokus kepada apa yang menyenangkan mereka dan buat-buat lupa bahagian yang kita mengkritik yang mereka tidak suka.

Inilah matlamat sebenar apabila mereka mencadangkan pertanyaan sebegini. Kalau kita melayankannya sememangnya tidak akan habis. Banyak isu yang ditanya yang di luar topik sehingga kita menjadi tidak fokus dengan tempat pertikaian dan perselisihan atau isu utamanya menjadi tenggelam dengan lambakan soalan yang menjurus kepada isu yang lain.

Kalau pun kita memenuhi tuntutan mereka pun, belum tentu mereka akan menerima pendapat dan penghujahan kita dalam isu yang kita pertikaikan bersama mereka. Semua itu adalah alasan dan taktik untuk kita mengabaikan kritikan kita terhadap mereka.

Tidak ada guna mengajak kesepakatan dalam penentangan terhadap wahabi kalau manhaj yang ingin dibawakan gagasannya adalah yang rosak, punah dan bercelaru, bahkan lebih teruk daripada wahabi. Kita pun tidak akan meletakkan sebaris sebagai rakan seperjuangan dengan liberal walaupun mereka giat aktif melawan wahabi melainkan sekadar untuk menzahirkan sepakat dalam isu tersebut. Apatah lagi yang lain-lain yang ada persamaan dari segi kadar kebobrokannya dalam lapangan ilmiah.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688434888775483392/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-177-sudah-aktif-menentang

Keseratus Tujuh Puluh Lapan : Aswajaean Dan Autoriti Agama


Sebeginilah respons yang saya jumpa apabila saya dan orang lain menyelisihi pandangan daripada mufti atau mana-mana autoriti agama tempatan sekalipun pandangan yang kita pilih berasaskan pandangan para ulama yang jauh lebih berautoriti daripada mufti tempatan atau mana-mana autoriti agama tempatan.

Orang sebegini akan saya sampaikan dengan kata Ibn al-Jawziyy :

التَّقْلِيد للأكابر أفسد العقائد وَلَا يَنْبَغِي أَن يناظر بأسماء الرِّجَال إِنَّمَا يَنْبَغِي أَن يتبع الدَّلِيل، فَإِن أَحْمد أَخذ فِي الْجد بقول زيد وَخَالف الصّديق

"Taklid kepada tokoh besar adalah serosak-rosak kepercayaan. Tidak sepatutnya dia berdebat dengan nama-nama orang. Sepatutnya dia mengikut dalil. Sesungguhnya Aḥmad mengambil pendapat Zayd dalam isu pewarisan datuk dan menyalahi aṣ-Ṣiddīq". [At-Taḥbīr Šarḥ at-Taḥrīr Fī Uṣūl al-Fiqh, karya *Alā^uddīn Abū al-Ḥasan al-Ḥanbaliyy ad-Dimašqiyy, jilid 8, m/s 4113, keluaran Maktabah ar-Rušd, ar-Riyāḍ, tahqiq *Abdul Roḥmān al-Jibrīn, *Awḍ al-Qorniyy dan Aḥmad as-Sarrōḥ].

Namakanlah tokoh-tokoh yang mereka ingin jadikan perisai, saya akan berkata sepertimana Aḥmad bin Ḥanbal katakan melalui nukilan *Alā^uddīn Abū al-Ḥasan al-Ḥanbaliyy ad-Dimašqiyy :

وَقَالَ رجل لِأَحْمَد: إِن ابْن الْمُبَارك قَالَ كَذَا، قَالَ: " ابْن الْمُبَارك لم ينزل من السَّمَاء ". وَقَالَ أَحْمد: من ضيق علم الرجل أَن يُقَلّد.

Berkata seseorang kepada Aḥmad: "Sesungguhnya Ibn al-Mubārok berkata sedemikian". Dia berkata: "Ibn al-Mubārok tidak turun dari langit". Berkata Aḥmad: "Antara yang menyempitkan ilmu seseorang adalah bertaklid". [At-Taḥbīr Šarḥ at-Taḥrīr Fī Uṣūl al-Fiqh, jilid 8, m/s 4112, keluaran Maktabah ar-Rušd, ar-Riyāḍ, tahqiq *Abdul Roḥmān al-Jibrīn, *Awḍ al-Qorniyy dan Aḥmad as-Sarrōḥ].

Untuk pengetahuan, sebenarnya dalam isu autoriti, aswajaean juga sebenarnya menampilkan hipokrit mereka. Namun, merekalah yang paling lincah dalam menyelindungkan kebejatan mereka. Atas sebab itulah mereka boleh berperisaikan autoriti mereka untuk menjustifikasikan apa sahaja yang mereka mahu terhadap lawannya.

Sangat melucukan gelagat aswajaean mempergunakan fatwa kerajaan rasmi dari Sabah, Kedah, Johor dan Pahang dalam penentangan terhadap wahabi serta memburukkan sebilangan orang dan pihak yang dianggap sebagai wahabi.

Mereka mengungkit fatwa negeri Sabah yang menyatakan bahawa ciri wahabi adalah mempertikaikan ulama nusantara dan karya mereka. Sedangkan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia menyokong fatwa *Alawiyy bin Ṭōhir al-Ḥaddād; mufti Johor pada tahun 1934 Masihi hingga 1941 Masihi dalam pengharaman kitab karya yang berkaitan dengan fahaman ₍Waḥdah al-Wujūd₎ seperti «Kašf al-Asrōr» karya Muḥammad Ṣōliḥ bin *Abdullah al-Mīnankābāwiyy, «ad-Durr an-Nafīs» karya Muḥammad Nafīs al-Banjariyy dan «Hidāyah as-Sālikīn» karya *Abdul Ṣomad al-Falimbāniyy. Tidakkah fatwa ini mempertikaikan karya ulama nusantara yang telah lama tersebar dan diajarkan sehingga fatwa ini layak dipanggil fatwa wahabi?

Mereka juga mengungkit fatwa negeri Kedah bahawa ciri wahabi adalah menterjemahkan perkataan ₍al-Yad₎ pada sifat Allah kepada tangan. Sedangkan, Dāwud bin *Abdullah al-Faṭōniyy dalam «ad-Durr aṯ-Ṯamīn» menterjemahkan ₍al-Yad₎ kepada tangan, ₍aṣ-Ṣūroh₎ kepada rupa dan ₍al-Wajh₎ kepada muka, manakala *Abdul Qōdir al-Mandiliyy dalam «Anak Kunci Syurga» menterjemahkan ₍al-Yad₎ kepada tangan dan ₍an-Nuzūl₎ kepada turun, khususnya ketika mereka berdua membicarakan tentang mazhab salaf. Adakah mereka berdua ini juga adalah wahabi?

Tambah melucukan lagi adalah sebahagian mereka ini terdiri daripada pengikut dan penyokong tarekat naqšabandian-ᶜaliah. Mereka selalu mengungkit dan fatwa kerajaan dari beberapa negeri seperti dalam memburukkan orang yang dianggap sebagai wahabi.

Namun, sebahagian mereka langsung tidak ambil peduli tentang fatwa terhadap pengharaman tarekat di pelbagai negeri seperti fatwa kebangsaan, negeri Sarawak, Sabah, Kedah, Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang dan Melaka.

Bahkan, merekalah sebenarnya yang paling membenci fatwa rasmi tersebut secara senyap dalam berusaha untuk menggagalkannya! Sedangkan, ciri wahabi menurut fatwa negeri Sabah adalah orang yang mempertikaikan fatwa atau keputusan pihak agama. Tidakkah ini menunjukkan bahawa mereka juga adalah wahabi?

Yang menghairankan juga adalah mereka sangat berang apabila Jabatan Mufti Negeri Sembilan dikritik kerana penerbitan buku «Zikir Dengan Lafaz Hū (هُو) Dan Āh (آهْ)». Namun, mereka jauh lebih teruk sehingga melobi dan mendesak pindaan terhadap fatwa rasmi terhadap fatwa kebangsaan.

Mereka menyelar orang lain kerana kritikan terhadap buku itu di bawah jabatan mufti yang seterusnya membawa kritikan terhadap institusi mufti di Negeri Sembilan, tetapi mereka membuat jauh lebih buruk dengan mempertikaikan fatwa rasmi dan berusaha habis-habisan untuk memindanya.

Sekarang, mereka telah berjaya membuat pindaan terhadap pengharaman rasmi dari Selangor dan menjayakan keabsahan pengamalannya di Negeri Sembilan. Sekarang, apabila fatwa pengharaman terhadap tarekat ini kelihatan tidak lagi relevan, apakah fatwa pengharaman wahabi yang mereka selalu canangkan akan kekal selamanya?

Siapa tahu pada dua puluh tahun akan datang ia akan dipinda sepertimana nasib pada tarekat itu? Tidakkah selama ini meraka mempergunakan fatwa yang boleh dipertikaikan kedudukannya pada masa akan datang?

Malah, ketikamana Hapiz Kodiang; salah seorang ahli jawatankuasa fatwa negeri Kedah ketika mengumumkan pengekalan pewartaan pengharaman tarekat naqšabandian-ᶜaliah pada 29 Jun 2022, sebahagian orang melontarkan rasa tidak puas hati, malah menuduhnya ada perkaitan dengan wahabi walaupun negeri ini sudah dikenali dengan penolakannya, khususnya melalui pewartaan 「Pembid'ahan Kepada Amalan-Amalan Ahli Sunnah Di Kedah Darul Aman」 pada 10 November 2016. [Rujuk : https://www.facebook.com/hapiz.kodiang/posts/pfbid0qDqtTfhXwVayot9QT3h2PEE5yqQ628qjVzjY5By6V3KLFGvGdKw78VhYZcNYUKWxl].

Malah, jika ada pandangan dan wacana daripada panel Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) sendiri seperti Aizam Masᶜud dan Abdulfatah Haron, terus dikatakan bahawa JAKIM telah dikuasai oleh waahbi dan tidak mahu pula diambil kira pandangannya, apatah lagi memaksa orang lain untuk menerima penjelasan mereka dan mempertikaikan sesiapa sahaja yang cuba menyelisihinya. 

Akhirnya, mereka sendiri juga menghamburkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkannya apabila pihak autoriti tidak memihak kepada mereka. Hipokrit ini sememangnya dikenali pada mereka.

Menurut fatwa negeri Pahang, fahaman wahabi adalah golongan pemecah belah masyarakat. Tidakkah tarekat tersebut sebenarnya juga termasuk pemecah belah masyarakat kerana mereka telah menyebabkan masyarakat berselisih faham dan saling bertelagah tentang status tarekat ini dan sehingga fatwa pengharaman dipertikaikan sehingga dipinda?

Bahkan, mereka selalu sahaja menuduh wahabi sebagai golongan yang mengelirukan masyarakat. Padahal, merekalah yang mengelirukan masyarakat. Siapa yang keliru dalam status tarekat ini? Barisan mufti dan penyelidik terdahulu yang menyokong dan terbabit dalam pengharamannya atau golongan pelobi dan penyokong terhadap pindaan fatwa pengharaman rasmi tarekat ini?

Barisan mufti dan penyelidik lebih pandai daripada golongan pelobi dan penyokong ini atau sebaliknya? Apakah barisan mufti dan penyelidik dahulu terpengaruh dengan wahabi sehingga pengharamannya adalah berasaskan salah faham dan fitnah? Adakah fatwa rasmi negeri tentang wahabi juga adalah daripada penilaian orang yang keliru?

Betapa banyak kebejatan mereka dilondehkan dan tembelang mereka didedahkan hari demi hari. Percanggahan dan kontradiksi sikap mereka terus menerus berlonggok pada hampir setiap kali mereka menimbulkan isu. Malangnya sebahagian orang masih buta untuk melihat betapa rancu dan pincangnya pemikiran dan manhaj keberagamaan mereka.

Sudah banyak bukti yang mereka sendiri tonjolkan. Namun, Allah jualah yang memberi hidayah dan menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki. Orang yang ikhlas dalam beragama dan sentiasa beriltizam dengan manhaj yang sejati, maka mudah-mudahan Allah melimpahkan petunjuk dan kecekalan untuk jalan tersebut.

Orang yang hanya mendahulukan sentimen dan kepuakan dalam kelompok mereka serta tidak mempedulikan pertimbangan neraca yang adil, nescaya Dia akan memalingkannya daripada jalan yang murni.

Mereka boleh menggunakan autoriti untuk mendiamkan orang yang mempertikaikannya dan memaksa masyarakat untuk tunduk lagi patuh menerimanya. Akan tetapi, itu tidak akan menyembunyikan kebejatan dan kepincangan mereka.

Semoga Allah menjadikan peristiwa ini sebagai ujian untuk hamba-Nya yang tulus dengan manhaj agama yang tulen, lalu mengangkat darjat mereka serta sebab untuk pemerkasaan terhadap kebenaran dan kehancuran terhadap kebatilan kelak.

Kemudian, mereka pun akan terang-terangan mengkritik para ulama sekalipun ahli bait yang jauh lebih berautoriti lagi lebih berwibawa berbanding pihak autoriti yang mereka angkat yang menyelisihi, bahkan menentang pandangan yang dipegang oleh mereka.

Nur Hidayat Muhammad yang menjadi ustaz rujukan bagi menentang wahabi ketika mengkritik tokoh ilmuwan ahli bait; Muḥammad bin Ismā*īl aṣ-Ṣon*āniyy: "Tentu sahaja kami bukan taraf aṣ-Ṣon*āniyy dalam ilmu dan amal. Akan tetapi, dakwaan beliau yang ghuluw dan telah disebar oleh salafi wahabi perlu kami jawab melalui kalam-kalam ulama Ahl as-Sunnah Wa al-Jamā*ah agar tidak mengelirukan kaum awam dan membuka pintu takfir di kalangan masyarakat awam. Atau paling tidak, dengan munculnya jawapan buku ini, kaum awam boleh tahu bahawa bukan hanya pendapat beliau sahaja satu-satunya dalam masalah ini. Dan sekali lagi, kami hanya menukil dan menterjemah kalam ulama yang pakar untuk menjawab syubhat beliau, bukan analisis atau pemikiran kami secara peribadi". [Jawapan Balas Terhadap Buku Pemuja Kubur, m/s ix, keluaran ARG Training & Consultancy dengan sedikit penyesuaian teknikal].

Sekarang, apakah kritikan terhadap aṣ-Ṣon*āniyy ini adalah tidak menghormati ahli bait, membenci zuriat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-? Adakah aṣ-Ṣon*āniyy tidak tahu hujah yang berlainan sehingga mereka perlu dikritik sebegini? Lekehkah kedudukan aṣ-Ṣon*āniyy berbanding pihak autoriti yang mereka angkat dan memperbesar-besarkannya?

Mereka juga kerap berkata bahawa wahabi bukan ahli sunnah, sedangkan Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ sama sekali tidak mengeluarkannya dari kelompok ahli sunnah. [Rujuk : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=198471717233776&id=100012128473491https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=239093943171553&id=100012128473491 dan https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=196489574098657&id=100012128473491].

Sekarang, mereka mahu untuk mengikuti ulama yang besar atau autoriti mereka? Ataukah mereka ingin membelakangkan ulama, penilaian mereka, pandangan mereka, memperlekehkan pendirian mereka dan memandang kecil terhadapnya semata-mata untuk memenangkan autoriti mereka?

Ini mengingatkan saya tentang polemik yang terjadi pada ahli bait dari keluarga al-Ġumāriyy yang berhadapan dengan polemik dan pertikaian kerana melaksanakan solat jenazah dengan tujuh takbir sehingga Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy menghasilkan «al-Ijāzah Li at-Takbīrōt as-Sab* *Alā al-Janāzah» bagi menjawab balas bagi isu ini.

Malah, Adiknya; *Abdullah al-Ġumāriyy sepertimana yang diceritakan murid besarnya; Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ disolatkan jenazahnya dengan tujuh rakaat dan ia merupakan mazhab keluarga al-Ġumāriyy. [Rujuk : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02qPEVcAngpy6ERjUjXBu4P99BjCAFTNtD1H8GL9oxgRj6BMLfkhAmijPbNt3FpPNAl&id=100012128473491].

Bayangkan kalau keluarga ini berada di tanah air kita. Pasti keluarga ini akan dituduh wahabi kerana tidak mahu mengikuti mazhab tempatan atau pemecah belah masyarakat kerana menyeru kepada dalil yang tidak terikat dengan satu mazhab sahaja. Malah, barangkali zawiyah mereka diharamkan dan pengajaran mereka disekat kerana mengamalkan dan mengajarkan yang menyalahi penerimaan tempatan.

Tambahan lagi jika mereka mengetahui bahawa Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy sangat keras cemuhannya terhadap ašᶜarian yang mana perbuatan ini tertegah dalam kebanyakan warta negeri. Pasti dia ditegah dari berceramah dan diberi tekanan yang hebat oleh pihak berautoriti. Kalamnya tentang ini dikumpulkan oleh Ṣōdiq bin Salīm bin Ṣōdiq dalam «Ḏamm al-Ašā*iroh Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifah».

Malah, Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ menyatakan bahawa Aḥmad al-Ġumāriyy sangat dibenci oleh pentaklid, di samping wahabi. [Rujuk : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=492624834485128&id=100012128473491].

Malangnya, yang mengangkat tinggi ilmuwan ini sangat pekat dalam taklid dan membenci atas apa sahaja usaha untuk kepada ijtihad atau ikutan kepada dalil. Mereka ini hanya menentang wahabi di atas dasar kebodohan dan ikutan buta terhadap syeikh yang mengajarkan mereka dan yang mereka menjadikannya sebagai tonggak ikutan.

Begitu juga dengan adiknya; *Abdul Ḥayy al-Ġumāriyy yang sangat lantang dalam menongkah arus pengamalan mazhab setempat dengan seruan kepada ijtihad, membasmi taklid dan ketaksuban serta tidak terikat dengan mazhab tertentu sehingga mengkehadapankan banyak kritikan terhadap mazhab setempat yang padanya tidak menepati dalil. Hampir kesemua karya-karyanya memaparkan prinsip dan perjuangannya yang sukar untuk dihadam oleh pentaklid.

Akhirnya, ulama ahli bait sejati yang kritis lagi berwibawa yang mereka angkat pun diketepikan jika tidak memihak kepada kepentingan mereka. Sangat wajar kita meneladani dan mengambil inspirasi daripada keluarga ini pada jiwa besar mereka dan kecekalan mereka untuk merintangi arus setempat demi memartabatkan wacana dalil dan gerak usaha keilmuan yang cendekia.

Marilah kita bertanya. Siapa yang perlu diikuti? Para ulama yang berteraskan dalil atau sekadar mempergunakan autoriti demi mempertahankan hegemoninya di persekitaran tempatan dan menumbangkan lawan?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688443710793515008/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-178-aswajaean-dan

Keseratus Tujuh Puluh Sembilan : Usah Menyelindungkan Justifikasi Pengharaman Bagi Sesuatu Individu, Kelompok Atau Buku


Sememangnya saya secara peribadi amat menyetujui agar mana-mana justifikasi, tesis kajian dan pembentangan analisis tentang sesuatu tarekat itu adalah sesat atau buku itu adalah sesat tidak perlu dimasukkan dalam dokumen sulit.

Ini kerana pewartaan umum dan hanya menyenaraikan jenis-jenis kesesatan tanpa lampiran dan pembentangan justifikasi seperti sumber rujukan, tesis kajian dan seumpamanya membolehkan sebahagian pihak berkepentingan mengeksploitasi kesempatan supaya rakyat menerima keputusan dan pewartaan secara bulat-bulat dan buta tanpa diketahui justifikasi, kajian analisis dan lain-lain.

Kita lihat baru-baru ini yang mana tarekat naqšabandian-ᶜaliah dipinda keharamannya kepada kebenaran untuk pengamalannya selagimana tidak bercanggah dengan ahli sunnah. Sampai sekarang tiada siapa tahu mengapa fatwa ini dipinda dan justifikasi diizinkan kebenaran pengamalannya.

Malah, orang yang berpengaruh pada tarekat itu juga tidak berpuas hati terhadap justifikasi pengharamannya dahulu adalah sulit. Sekarang, bagaimana? Masih lagi sulit? Mengapa masih mengekalkan sesuatu yang dia dahulu tidak berpuas hati? Sekarang, orang ramai menyatakan rasa tidak puas hati yang sama atas sebab yang sama, tetapi dia meneruskan sesuatu yang dia sendiri benci terhadapnya.

Akhirnya, apabila seseorang mempersoalkannya bersama rasa tidak puas hati yang dia sendiri dahulu tidak berpuas hati terhadapnya, kita dianggap menentang autoriti dan tidak menghormati institusi rasmi. Padahal, kita ingin tahu alasan pihak yang melobi dan pertimbangan pihak yang terlibat dalam meminda semula keputusan yang dahulu.

Amalan apa lagi yang tidak bercanggah dengan ahli sunnah? Adakah tarekat yang diamalkan di sini jauh berbeza dengan apa yang di luar negara? Apakah garis panduan yang rasmi untuk membezakan yang diizinkan dan yang ditegah supaya orang ramai boleh memerhati, mengawasi dan menilai? Jika pengamal tarekat ini melakukan yang sama sepertimana yang ditegah dahulu, apakah tarekat ini akan diharamkan serta merta?

Selepas ini, jika ajaran sesat yang lain yang difatwakan sesat mendapat kebenaran semula atas alasan ia dibenarkan selagimana tidak bercanggah dengan ahli sunnah dan ini tidaklah mustahil sepertimana yang terjadi pada tarekat itu, apakah semua justifikasi ini perlu dirahsiakan daripada umum dan rakyat cukup sekadar taat membuta serta mempersoalkannya dianggap tidak menghormati insititusi rasmi?

Kita khuatir jika berlakunya salah guna kuasa dan korupsi yang berlaku padanya. Ini kerana ia akan menimbulkan konflik terhadap autoriti keputusan yang lama. Adakah barisan pengkaji terdahulu ini tidak mendalami dan tidak tuntas dalam memutuskan kesesatan sesuatu ajaran sehingga ada kelompongan yang mendedahkan tarekat ini? Adakah para penyelidik dahulu adalah bias dan terpengaruh dengan sesuatu kelompok atau terbabit dengan suatu kepentingan dalam membekalkan analisis sehingga pengharaman itu adalah didasari dengan keberpihakan suatu kartel yang ada dalam institusi tersebut?

Jika pembenaran semula hanya semudah dengan minit mesyuarat atau perintah daripada suatu pihak, lalu apabila diminta justifikasi dan pertimbangan terhadapnya, ia adalah sulit dan menggertak sesiapa sahaja yang mempersoalkannya, maka apa nilai penyelidikan dan kajian yang lalu? Selama ini para penyelidik turun ke lapangan demi mengusahakan sesuatu yang dipersoalkan maknanya pada masa akan datang?

Jika ini berterusan, ikutan agama dari pihak autoriti hanyalah ketaatan yang bulat-bulat tanpa kita mengetahui justifikasinya dan tidak boleh dipersoalkan atau kita akan diancam apabila kita menzahirkan kebimbangan atau penyelisihannya. Sedangkan, ini bukanlah ajaran agama.

Para ulama juga tidak boleh diikuti jika tidak bersandarkan kepada dalil meskipun kedudukannya jauh lebih berwibawa daripada autoriti tempatan. Lantas, mengapa apa sahaja daripada institusi rasmi tidak boleh kita mendapatkan justifikasi daripadanya dan justifikasi itu tersimpan rapi dalam dokumen sulit?

Saya pernah melihat pewartaan pengharaman buku atas alasan ia menyanggahi fahaman ahli sunnah. Namun, tidak dinyatakan sebabnya dan justifikasinya. Ini menyebabkan penulis buku sukar untuk mempertahankan pandangannya kerana tidak ada perbincangan spesifik tentangnya. Saya berharap penulis tidak dizalimi atas tindakan undang-undang yang dia sendiri tidak mendapat akses terhadap justifikasi tindakan itu supaya dia dapat membela dirinya.

Kenyataan umum sebegini sangat dan menyembunyikan justifikasi sememangnya mudah dan menyenangkan autoriti, tetapi bahaya kerana apabila transparensi ini diterhadkan, bahkan digertak bagi sesiapa yang menuntutnya, maka salah guna kuasa mampu menyeludup masuk tanpa kita menyedari siapa di belakangnya dan kelompok yang menguasai institusi tersebut.

Sebenarnya tidak sukar untuk menerbitkan kajian atau memaparkan analisis bagi justifikasi sesuatu pengharaman atau pewartaan sesat. Antaranya boleh dilihat pada buku «Amalan Khuarafat Di Pulau Besar, Melaka Menurut Syarak Dan Undang-Undang» yang diterbitkan Universiti Sains Islam Malaysia, Jabatan Mufti Negeri dan Majlis Agama Islam Melaka.

Dalam buku ini, ia tidak hanya memaparkan lokasi yang dijadikan tempat bermaharajalelanya kesesatan, khurafat dan bidaah, bahkan dibentangkan justifikasi sebab-sebab ia diharamkan dan tertolak sehingga pembaca boleh tahu alasan terhadap pewartaannya dan menilainya. Tidak ada yang mengaibkan apabila ia diakses orang ramai dan diketahui justifikasinya.

Cuba bayangkan jika kajian seperti ini diterbitkan dalam memfokuskan beberapa isu yang besar dan kritikal seperti suatu tarekat, individu atau buku. Masyarakat boleh belajar daripada justifikasi institusi rasmi dan penghujahannya berasaskan kes yang sebenar serta mendapat garis panduan untuk mengetahui sama ada suatu kepercayaan atau praktik itu diizinkan syarak menurut penilaian atau garis panduan yang rasmi atau tidak.

Malah, institusi tersebut boleh meyakinkan dan memaparkan kepada masyarakat kewibawaan mereka untuk mendepani isu-isu agama dalam masyarakat dan bersikap transparensi tanpa khuatir untuk dicabar dan dinilai semula atau menyelindungkan suatu kepentingan. Sewajarnya ini layak dipuji dan sekaligus mengekalkan imej mereka sebagai institusi yang terkehadapan dalam intelektualisme.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688447721543254016/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-179-usah-menyelindungkan

Keseratus Lapan Puluh : Ašᶜarian Tempatan Tanpa Sedar Mendedahkan Bahawa Ašᶜarian Menempuhi Dua Fasa Dan Sabitnya Pengamalan Isbat Sifat Allah


Apabila kita mengutip kenyataan Ḥasan Maḥmūd aš-Šāfi*iyy; salah seorang anggota bagi Majlis Ulama Senior di Universiti al-Azhar menyatakan dalam «al-Madẖol Ilā Dirosāh *Ilm al-Kalām» bahawa ašᶜarian telah menempuh dua fasa perkembangan yang mana fasa kedua adalah fasa wujudnya kelonggaran takwil dan terbina dengan manhaj muᶜtazilian yang hampir-hampir sedaging dengannya, sebahagian mereka dari ašᶜarian sukar untuk menerima dan menelannya, bahkan mengingkari sehabis-habisnya.

Namun, lihat sendiri apa yang ditonjolkan oleh penulis dari ašᶜarian tempatan sendiri. Mereka sendiri mengakui adanya perbezaan antara al-Ḥaromayn sebelum dia memilih untuk tafwid dan at-Taftāzāniyy dengan sebahagian imam yang disebutkan al-Ḥaromayn.

Walaupun penulis tidak menyebutkan secara terang-terangan bahawa ašᶜarian mengalami dua fasa, namun apa yang dipersembahkan ini sudah cukup membuktikan hakikatnya dan benarlah dapatan Ḥasan Maḥmūd aš-Šāfi*iyy dan selainnya..

Yang melucukan adalah penulis bagi buku ini memberikan gambaran buruk terhadap mazhab isbat ketika membandingkannya dengan mazhab tafwid dan takwil, tetapi dalam masa yang sama, dia mengakui bahawa adanya ayat yang menyebutkan tentang wajah dimaksudkan sebagai sifat Allah, tetapi dinamakan tafwid. Sedangkan, inilah asas yang diamalkan oleh para salaf dan mereka yang mengikuti jalannya.

Kata Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy :

فنثبت كل هذه المعاني التي ذكرنا أنها جاءت بها الأخبار والكتاب والتنزيل على ما يعقل من حقيقة الإثبات، وننفي عنه التشبيه؛ فنقول: يسمع -جل ثناؤه- الأصوات، لا بخرقٍ في أذنٍ، ولا جارحةٍ كجوارح بني آدم. وكذلك يبصر الأشخاص ببصرٍ لا يشبه أبصار بني آدم التي هي جوارحٌ لهم. وله يدان ويمينٌ وأصابع، وليست جارحةً، ولكن يدان مبسوطتان بالنعم على الخلق، لا مقبوضتان عن الخير. ووجهٌ لا كجوارح الخلق التي من لحم ودم. ونقول: يضحك إلى من شاء من خلقه. ولا نقول: إن ذلك كشر عن أسنان.

Maka, kami mengisbatkan setiap makna-makna ini yang kami sebutkan bahawa telah datang khabar-khabar tentangnya, al-Kitāb dan at-Tanzīl tentangnya atas apa yang dicerna dari hakikat pengisbatan dan kami menafikan tasybih daripada-Nya. Kami berkata bahawa Dia -agung pujian-Nya- mendengar suara, tetapi bukan melalui tembusan pada suatu telinga dan tidak juga anggota sepertimana anggota anak-anak Ādam. Sedemikian Dia melihat individu dengan suatu penglihatan yang tidak menyerupai anak-anak Ādam yang mereka memiliki anggota padanya. Dia juga memiliki dua tangan, tangan kanan dan jari-jemari. Akan tetapi, dua tangan yang terbentang dengan limpahan nikmat-nikmat ke atas ciptaan-Nya, bukan dua tangan yang digenggam dari kebaikan. Begitu juga wajah yang bukan sepertimana anggota ciptaan-Nya yang terdiri daripada daging dan darah. Kami berkata bahawa Dia ketawa kepada sesiapa yang Dia kehendaki dari kalangan ciptaan-Nya, tetapi kami tidak berkata bahawa sesungguhnya itu adalah seringai dari gigi. [At-Tabsīr Fī Ma*ālim ad-Dīn, m/s 142, keluaran Dār al-*Āṣimah, tahqiq *Aliyy bin *Abdul *Azīz bin *Aliyy aš-Šibl].

Abū Sa*īd ad-Dārimiyy berkata :

فيُقال لِهَذَا المُعَارِضِ: أَمَّا مَا ادَّعَيْتَ أَنَّ قَوْمًا يَزْعُمُونَ أَنَّ للهِ عَيْنًا فَإِنَّا نَقُولُهُ؛ لِأَنَّ اللهَ قَالَهُ وَرَسُولَهُ، وَأَمَّا جَارِحٌ كَجَارِحِ العَيْنِ مِنَ الإِنْسَانِ عَلَى التَّرْكِيبِ؛ فَهَذَا كَذِبٌ ادَّعَيْتَهُ عَلَيْنَا عَمْدًا، لِمَا أَنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ أَحَدًا لَا يَقُولُهُ، غَيْرَ أَنَّكَ لَا تَأْلُو مَا شَنَّعْتَ، لِيَكُونَ أَنْجَعَ لِضَلَالَتِكَ فِي قُلْوبِ الجُهَّالِ، وَالكَذِبُ لَا يَصْلُحُ مِنْهُ جِدٌّ وَلَا هَزْلٌ، فَمِنْ أَيِّ النَّاسِ سَمِعْتَ أَنَّهُ قَالَ: جَارِحٌ مُرَكَّبٌ؟ فأشِرْ إِلَيْهِ، فَإِنَّ قَائِلَهُ كَافِرٌ، فَكَمْ تُكَرِّرُ قَوْلَكَ: جِسْمٌ مُرَكَّبٌ، وأَعْضَاءٌ وَجَوَارِحُ، وَأَجْزَاءٌ، كَأَنَّكَ تُهَوِّلُ بِهَذَا التَّشْنِيعِ عَلَيْنَا أَنْ نَكُفَّ عَنْ وَصْفِ اللهِ بِمَا وَصَفَ نَفْسَهُ فِي كِتَابِهِ، وَمَا وَصَفَهُ الرَّسُولُ. وَنَحْنُ وَإِنْ لَمْ نَصِفِ اللهَ بِجِسْمٍ كَأَجْسَامِ المَخْلُوقِينَ، وَلَا بِعُضْوٍ وَلَا بِجَارِحَةٍ؛ لَكِنَّا نَصِفُهُ بِمَا يَغِيظُكَ مِنْ هَذِهِ الصِّفَاتِ الَّتِي أَنْتَ ودُعَاتُك لَهَا مُنْكِرُونَ، فَنَقُولُ: إِنَّهُ الوَاحِدُ الأَحَدُ الصَّمَدُ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ، ذُو الوَجْه الكَرِيم، والسَّمْعِ السَّمِيع، والبَصَرِ البَصِير، نُورُ السَّمَاواتِ وَالأَرْضِ، وَكَمَا وَصَفَهُ الرَّسُولُ صلى الله عليه وسلم فِي دُعَائِهِ حِين يَقُول: «اللهمَّ أَنْتَ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ»، وَكَمَا قَالَ أَيْضًا: «نُورٌ أَنَّى أَرَاهُ؟»، وَكَمَا قَالَ ابْنُ مَسْعُودٍ رضي الله عنه: «نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ مِنْ نُورِ وَجْهِهِ». وَالنُّورُ لَا يَخْلُو مِنْ أَنْ يَكُونَ لَهُ إِضَاءَةً واسْتِنَارَةً ومَرأَى ومَنْظَرًا، وَأَنَّهُ يُدْرَكُ يَوْمَئِذٍ بِحَاسَّةِ النَّظَرِ، إِذَا كُشِفَ عَنْهُ الحِجَابُ، كَمَا يُدْرَكُ الشَّمْسُ وَالقَمَرُ فِي الدُّنْيَا.

Dikatakan kepada penyangkal ini: Adapun dakwaan engkau bahawa suatu kaum yang mendakwa bahawasanya bagi Allah ada mata, maka sesungguhnya kami mengatakan sedemikian kerana Allah dan rasul-Nya berkata sedemikian. Adapun anggota seperti anggota mata daripada manusia atas susunan, maka ini adalah dusta yang engkau mendakwanya ke atas kami secara sengaja kerana engkau mengetahui bahawa tiada seorang pun yang mengatakannya melainkan engkau bersungguh dalam cemuhanmu supaya ia menjadi yang paling laku dalam kesesatan engkau dalam jantung orang yang jahil dan pendustaan yang tidak elok usaha dan igauan daripadanya. Orang yang mana satu engkau mendengar bahawa dia berkata anggota yang tersusun? Tunjukkan kepadanya. Jika dia mengatakannya, maka dia adalah kafir. Betapa banyak kami ulang kata-kata kamu pada jisim yang tersusun, tubuh, anggota dan bahagian. Seolah-olah engkau berlebih-lebihan dalam menegah kami daripada menyifatkan Allah dengan apa yang Dia sifatkan diri-Nya dalam kitab-Nya dan apa yang rasul sifatkan-Nya melalui cemuhan ini terhadap kami.

Kami walaupun tidak menyifatkan Allah dengan jisim seperti jisim makhluk, bukan juga dengan tubuh dan bukan juga dengan anggota, tetapi kami menyifatkannya dengan apa yang engkau berang terhadap sifat-sifat ini yang engkau dan pendakwah engkau mengingkari terhadapnya. Lalu, kami berkata sesungguhnya Dia adalah satu yang esa, tempat bergantung, tidak beranak, tidak diberanakkan, tidak ada satu pun yang setara dengannya, memiliki wajah yang mulia, pendengaran yang mendengar, penglihatan yang melihat, cahaya langit-langit dan bumi serta sepertimana rasul -ṣollallahu *alayhi wasallam- sifatkan-Nya: "Ya Allah! Engkau cahaya langit-langit dan bumi" dan sepertimana juga yang baginda berkata: "Cahaya mana aku melihatnya?". Sepertimana juga kata Ibn Mas*ūd -roḍiyallahu *anh- berkata: "Cahaya langit-langit dan bumi dari cahaya wajah-Nya". Dan cahaya tidak asing daripada terjadinya sinaran, pancaran, lihatan dan pandangan apabila tersingkap hijab daripadanya sepertimana dicapai mentari dan rembulan di hari akhirat. [Naqḍ al-Imām Abī Sa*īd *Uṯmān Ibn Sa*īd ad-Dārimiyy *Alā al-Marīsiyy al-Jahmiyy al-*Anīd Fī Mā Iftarō *Alā Allah *Azza Wa Jalla Min at-Tawḥīd, m/s 321-322, keluaran al-Maktabah al-Islāmiyyah Li an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Abū *Āṣim aš-Šawāmiyy al-Aṯariyy].

Seperti ini juga yang dilakukan al-Bayhaqiyy. Dia berkata :

بَابُ مَا جَاءَ فِي إِثْبَاتِ الْوَجْهِ صِفَةً لَا مِنْ حَيْثُ الصُّورَةِ لِوُرُودِ خَبَرِ الصَّادِقِ بِهِ

"Bab apa yang datang pada isbat wajah sebagai sifat, bukan dari sudut rupa kerana sampai khabar orang yang benar tentangnya". [Al-Asmā^ Wa aṣ-Ṣifāt, karya al-Bayhaqiyy, jilid 2, m/s 81, keluaran Maktabah as-Sawādiyy, Jeddah, tahqiq *Abdullah bin Muḥammad al-Ḥāšidiyy].

Dia berkata :

بَابُ مَا جَاءَ فِي إِثْبَاتِ الْيَدَيْنِ صِفَتَيْنِ لَا مِنْ حَيْثُ الْجَارِحَةِ لِوُرُودِ الْخَبَرِ الصَّادِقِ بِهِ

"Bab apa yang datang pada isbat dua tangan sebagai sifat, bukan dari sudut tubuh kerana sampai khabar orang yang benar tentangnya". [Al-Asmā^ Wa aṣ-Ṣifāt, karya al-Bayhaqiyy, jilid 2, m/s 118, keluaran Maktabah as-Sawādiyy, Jeddah, tahqiq *Abdullah bin Muḥammad al-Ḥāšidiyy].

Bahkan, seperti ini juga yang diterapkan Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy sepertimana yang Ibn *Asākir menukilkannya. Dia berkata :

قَالَت الحشوية المشبهة إِن اللَّه سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى يرى مكيفا محدودا كَسَائِر المرئيات وَقَالَت الْمُعْتَزلَة والجهمية والنجارية إِنَّه سُبْحَانَهُ لَا يرى بِحَال من الْأَحْوَال فسلك رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ طَريقَة بَينهمَا فَقَالَ يرى من غير حُلُول وَلَا حُدُود وَلَا تكييف كَمَا يرانَا هُوَ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى وَهُوَ غير مَحْدُود وَلَا مكيف فَكَذَلِك نرَاهُ وَهُوَ غير مَحْدُود وَلَا مكيف وَكَذَلِكَ قَالَت النجارية إِن الْبَارِي سُبْحَانَهُ بِكُل مَكَان من غير حُلُول وَلَا جِهَة وَقَالَت الحشوية والمجسمة إِنَّه سُبْحَانَهُ حَال فِي الْعَرْش وَإِن الْعَرْش مَكَان لَهُ وَهُوَ جَالس عَلَيْهِ فسلك طَريقَة بَينهمَا فَقَالَ كَانَ وَلَا مَكَان فخلق الْعَرْش والكرسي وَلم يحْتَج إِلَى مَكَان وَهُوَ بعد خلق الْمَكَان كَمَا كَانَ قبل خلقه وَقَالَت الْمُعْتَزلَة لَهُ يَد يَد قدرَة ونعمة وَوَجهه وَجه وجود وَقَالَت الحشوية يَده يَد جارحة وَوَجهه وَجه صُورَة فسلك رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ طَريقَة بَينهمَا فَقَالَ يَده يَد صفة وَوَجهه وَجه صفة كالسمع وَالْبَصَر وَكَذَلِكَ قَالَت الْمُعْتَزلَة النُّزُول نزُول بعض آيَاته وَمَلَائِكَته والاستواء بمعني الِاسْتِيلَاء وَقَالَت المشبهة والحشوية النُّزُول نزُول ذَاته بحركة وانتقال من مَكَان إِلَى مَكَان والاستواء جُلُوس على الْعَرْش وحلول فِيهِ فسلك رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ طَريقَة بَينهمَا فَقَالَ النُّزُول صفة من صِفَاته والإستواء.

Hasywiah musyabbihah berkata bahawa sesungguhnya Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā dilihat dengan rupa bentuk yang ada had sepertimana sekalian alam yang dilihat. Berkata muᶜtazilian, jahmian dan najjārian bahawa sesungguhnya Allah tidak dilihat dengan suatu keadaan dari beberapa banyak keadaan. Dia -semoga Allah meredhainya- melangkah jalannya antara kedua-duanya. Dia berkata bahawa Dia dilihat tanpa persentuhan, tanpa dilingkungi had dan tanpa bentuk. Sepertimana Dia Subḥānahu Wa Ta*ālā melihat kita, sedangkan Dia tiada had dan tiada rupa bentuk, seperti itulah kita melihat-Nya, sedangkan Dia tidak dilingkungi had dan tiada rupa bentuk. Sedemikianlah kata najjārian bahawa sesungguhnya Yang Maha Penyempurna Ciptaan Ta*ālā di setiap tempat tanpa persentuhan dan tanpa arah. Berkata hasywiah mujassimah bahawa sesungguhnya Dia bersentuhan di Arasy. Sesungguhnya Arasy adalah tempat bagi-Nya dan Dia duduk di atas-Nya. Dia -semoga Allah meredhainya- melangkah jalannya di antara kedua-duanya. Dia berkata bahawa Dia telah ada dan tanpa tempat. Lalu, Dia menciptakan Arasy dan Kursiyy, tetapi Dia tidak berhajat kepada tempat. Dia setelah penciptaan tempat adalah sama sepertimana berkeadaannya Dia sebelum ciptaan-Nya. Berkata muᶜtazilian bahawa Dia memiliki ₍Yad₎. ₍Yad₎ itu adalah kemampuan dan nikmat. Begitu juga ₍Wajh)-Nya adalah wajah wujud. Berkata hasywiah bahawa ₍Yad₎-Nya adalah tangan anggota dan ₍Wajh)-Nya adalah wajah yang berupa. Dia -semoga Allah meredhainya- melangkah jalannya di antara kedua-duanya. Dia berkata bahawa ₍Yad₎-Nya adalah tangan sifat dan ₍Wajh)-Nya adalah wajah sifat sepertimana pendengaran dan penglihatan. Sedemikian juga muᶜtazilian berkata bahawa ₍an-Nuzūl₎ itu adalah turun sebahagian tanda-tanda kebesaran-Nya dan malaikat-Nya serta ₍al-Istiwā^₎ bermakna ₍al-Istīlā^₎ (menang persaingan). Berkata musyabbihah dan hasywiah bahawa ₍an-Nuzūl₎ itu adalah turun zat-Nya dengan pergerakan dan perpindahan dari sutu tempat ke suatu tempat dan ₍al-Istiwā^₎ adalah duduk di atas Arasy dan bersentuhan padanya. Dia -semoga Allah meredhainya- melangkah jalannya di antara kedua-duanya. Dia berkata ₍an-Nuzūl₎ itu adalah salah satu sifatNya. Begitu juga ₍al-Istiwā^₎. [Tabyīn Kaḏib al-Muftarī Fī Mā Nusiba Ilā al-Imām Abī al-Ḥasan al-Aš*ariyy, m/s 149-150, keluaran Dār al-Kitāb al-*Arobiyy, Beirut].

Mereka ingin menimbulkan syubhat pada pengamalan isbat, tetapi dalam masa yang mengakui pengamalan isbat yang telah pun dilakukan oleh sebahagian imam pada kutipan al-Ḥaromayn! Mereka ingin menafikan berlakunya dua fasa bagi ašᶜarian, tetapi akhirnya mereka sendiri secara tidak langsung mendedahkan wajahnya yang sebenar.

Ambilan https://amirkazuma.tumblr.com/post/688477992403550208/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-180-a%C5%A1%E1%B6%9Carian-tempatan

Keseratus Lapan Puluh Satu : Hipokrit Aswajaean Dalam Mengikut Ulama


Aswajaean apabila seseorang yang menurutnya tidak dianggap sebagai ulama dan diangkat sebagai ulama atau ada pengaruh ulama sepertimana ulama mereka, mereka secara mentah-mentah menolaknya, tidak mempedulikannya dan sekeras-keras mengingkarinya.

Bahkan, mereka akan memperlekehkan pandangannya dengan menyebut-nyebut profesionnya seperti ahli sains, cikgu geografi, kapten kapal terbang dan sebagainya atas tujuan untuk menyahkredit pandangannya beralasankan bahawa dia bukan ulama sepenuh masa atau berpengkhususan dalam sepertimana para ulama mereka walaupun profesionnya tidak menjejaskan kualiti pandangannya atau sememangnya para profesional itu memiliki kemampuan yang sewajarnya dalam ilmu agama.

Namun, apabila ulama daripada ahli bait yang mereka sanjung dan angkat tinggi bersama penyebutan yang penuh kemuliaan seperti Muḥammad bin Ismā*īl aṣ-Ṣon*āniyy memberi pandangan dan membahaskannya yang menyelisihi pandangan, pegangan dan prinsip mereka, bahkan menentangnya, mereka tidak segan silu mengambil pandangan berbeza, membantah dalil-dalilnya dan mengenepikannya.

Padahal, itu juga yang dilakukan oleh para profesional, namun disalah erti dengan memperlekehkan pandangan ulama, tidak menghormati kewibawaan mereka dan enggan untuk mengikuti mereka. Akan tetapi, pada perbuatan mereka yang sama, itu adalah tradisi ilmu yang diraikan, penyelisihan secara beradab, kritikan secara ilmiah dan tuntutan untuk mengikuti dalil berbanding tokoh.

Bias dan layanan tidak adil seperti ini sememangnya biasa dalam sketsa aswajaean dan tidak perlu dihairankan. Sebab itu tidak perlu terkejut dengan slogan mereka: "Perselisihan ulama adalah rahmat" atau "Pandangan yang berbeza dari para ulama perlu dihormati", tetapi mereka sendiri yang paling celupar dan biadap terhadap pandangan ulama yang berbeza, bahkan menentang mereka.

Ambil contoh jika kita memilih keharusan talfiq atau pemilihan mazhab berbeza dari setempat atau menjustifikasi pandangan ulama yang berbeza dari mazhab setempat, pasti kita akan menghadapi herdikan dan tempikan dari mereka yang konon menghormati perselisihan para ulama yang rahmat. Mengambil pandangan yang bukan muktamad dalam mazhab juga tidak terlepas dari kenistaan mereka, apatah lagi jika kita merintis pandangan dari ijtihad sendiri.

Bahkan, mengambil pandangan daripada mazhab setempat sendiri pun adalah salah jika ia tidak menepati selera mereka. Contohnya adalah pembezaan hukum lihatan antara aurat yang hakiki yang pada anggota tubuh dengan aurat yang bukan hakiki yang diserupakan dengan anggota tubuh seperti bayangan air, imej cermin, lukisan gambar, ukiran patung, skrin digital dan hologram.

Apabila kita berkata bahawa tidak sama hukumnya pada kedua-duanya dan ia menatijahkan keharusan melihat aurat pada skrin digital, pandangan ini dikecam dan dicemuh dengan teruk. Padahal, inilah pandangan muktamad mazhab ḥanafian dan šāfiᶜian. Sama ada mereka tidak tahu, lalu mereka mengingkarinya atau mereka ini tahu, tetapi mereka menyahvalidkan autoriti pandangan ini disebabkan tidak memihak kepada kepentingan mereka.

Itulah teruknya sebahagian orang ini. Apabila pandangan ulama yang mereka paksa untuk kita ikut menyalahi mereka, tiba-tiba mereka ini mengajak kita untuk melihat dalil, bukan individu kebesaran atau kelompok tertentu! Sangat mengujakan dan melucukan gelagat congkah-cangkih mereka.

Antara sikap biadap mereka ini adalah mereka adalah yang paling marah apabila an-Nawawiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dikeluarkan daripada ahli sunnah, tetapi tidak teragak-agak merobek kredibiliti Abū Sa*īd ad-Dārimiyy yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana setelah seribu tahun kewafatannya. Sebegitulah kesanggupan mereka jika pandangan ulama itu menyakiti mereka dan tidak menyebelahi mereka.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688485029615140864/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-181-hipokrit-aswajaean

Keseratus Lapan Puluh Dua : Hipokrit Aswajaean Terserlah Pada Isu Ibrōhīm al-Kūrōniyy


Isu Ibrōhīm bin Ḥasan al-Kūrōniyy yang menjadi hangat baru-baru ini kerana ia ditimbulkan oleh salah seorang figura yang terkenal yang menyinggung golongan batiniah dengan menjadikan nama ini sebagai sasaran tembakan dengan mengemukakan salinan surat yang ditulis bagi menjawab pertanyaan isu tentang yang berkaitan dengan peristiwa yang ada pertalian dengan fahaman ₍Waḥdah al-Wujūd₎.

Saya tidak ingin berbicara tentang Ibrōhīm al-Kūrōniyy ini dan tidak ingin mengulas tentang suratnya yang mana ia menjadi punca kepada kehangatan isu ini. Akan tetapi, di sini, saya akan memperlihatkan empat kepincangan aswajaean dalam merespons isu ini.

Pertama, dalam melihat respons pembelanya, mereka hanya mengemukakan manaqib bersama pujian yang melambung terhadapnya serta membesar-besarkan kelebihan dan keagungan yang ada padanya. Mereka tidak memfokuskan hujah balas untuk membela kandungan surat tersebut bahawa ia adalah salah.

Kalaulah kita ingin bermain permainan sebegini, maka pengikut Ibn Taymiyyah pun boleh menggunakan cara ini untuk merespons serangan orang ramai terhadap Ibn Taymiyyah. Bahkan, Mar*iyy bin Yūsuf al-Karmiyy; tokoh ilmuwan ḥanbalian yang wafat pada 1033 Masihi telah menghasilkan kitab yang khas untuk mengumpulkan pujian para ulama terhadap Ibn Taymiyyah yang bertajuk «aš-Šahādah aḏ-Ḏakiyyah Fī Ṯanā^ al-^Immah *Alā Ibn Taymiyyah». Para pengikut Ibn Taymiyyah sudah memadai untuk mengangkat tinggi kitab ini dalam menepis tuduhan buruk terhadapnya.

Jadi, apa respons aswajaean jika orang bermain sebegini? Bahkan, mereka menolak ke tepi kesemua pujian terhadap Ibn Taymiyyah seakan-akan semua itu tidak nilai dan tetap berpendirian tegas bahawa dia adalah pendukung fahaman karrōmian sambil membawa hujah dari teks penulisanya untuk membuktikan kepincangannya. Namun, mengapa mereka tidak boleh berbuat yang sama untuk Ibrōhīm al-Kūrōniyy? Apakah hipokrit?

Sebab itulah benar kata Ibn al-Jawziyy :

التَّقْلِيد للأكابر أفسد العقائد وَلَا يَنْبَغِي أَن يناظر بأسماء الرِّجَال إِنَّمَا يَنْبَغِي أَن يتبع الدَّلِيل، فَإِن أَحْمد أَخذ فِي الْجد بقول زيد وَخَالف الصّديق

"Taklid kepada tokoh besar adalah serosak-rosak kepercayaan. Tidak sepatutnya dia berdebat dengan nama-nama orang. Sepatutnya dia mengikut dalil. Sesungguhnya Aḥmad mengambil pendapat Zayd dalam isu pewarisan datuk dan menyalahi aṣ-Ṣiddīq". [At-Taḥbīr Šarḥ at-Taḥrīr Fī Uṣūl al-Fiqh, karya *Alā^uddīn Abū al-Ḥasan al-Ḥanbaliyy ad-Dimašqiyy, jilid 8, m/s 4113, keluaran Maktabah ar-Rušd, ar-Riyāḍ, tahqiq *Abdul Roḥmān al-Jibrīn, *Awḍ al-Qorniyy dan Aḥmad as-Sarrōḥ].

Jika kita hanya ingin bermain tukar-menukar nama tokoh, maka sampai bila-bila pun kita tidak akan fokus kepada penghujahan ilmiah. Bahkan, ia hanya mencambahkan ketaksuban sahaja. Tidak ada manfaat dalam pertelingkahan jika masing-masing saling mempromosikan tokoh yang mana yang lebih banyak pujian kepadanya, lebih banyak penulisannya dan lebih berpengaruh namanya untuk diikuti.

Kedua, Ibrōhīm al-Kurōniyy menepis tuduhan terhadap Ibn Taymiyyah bahawa dia beriktikad kejisiman bagi Allah serta menafikan penyerupaan Allah dengan makhluk-Nya dan menyatakan bahawa dia berada di atas manhaj salaf dalam keimanan dengan ayat naṣ-naṣ mutasyabihat. Kenyataan ini dipetik oleh Yūsuf bin Ismā*īl an-Nabhāniyy; salah seorang tokoh sufi ternama dalam «Šawāhid al-Ḥaqq Fī al-Istiġōsah Bi Sayyid al-H̱olq» dan ini juga ada dinyatakan Nu*mān bin Maḥmūd al-Ālūsiyy; anak kepada pengarang «Rūḥ al-Ma*ānī» dalam «Jilā^ al-*Aynayn Fī Muḥākamah Aḥmadayn».

Kita telah maklum bahawa pandangan seperti ini boleh dikatakan menyalahi pandangan arus perdana dari aswajaean ini. Kita pasti bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk mennepisnya dan membantahnya dengan membuktikan iktikad kejisiman bagi-Nya daripada Ibn Taymiyyah dari karyanya sendiri. Mana-mana pengikut Ibn Taymiyyah yang mengemukakan teks al-Kūrōniyy pasti akan dicampak ke belakang. Paling sopan pun mereka akan berkata bahawa pendapat al-Kūrōniyy ini tidak betul.

Akan tetapi, apabila dibangkitkan dalam isu ₍Waḥdah al-Wujūd₎ pada al-Kūrōniyy, dia seolah-olah melangkaui dari segala kritikan dan mana-mana yang mengkritiknya pasti akan dikecam hebat dan dicerca dengan bermacam-macam panggilan seperti tidak menghormati ulama dan lain-lain serta memperkecilkan orang yang mengkritiknya dengan membanding-bandingkan kedudukan al-Kurōniyy dengan pengkritiknya.

Ketiga, Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy dan Sa*īd Fawdah adalah pembela ašᶜarian masa kini dan banyak menyuarakan tentang isu-isu wahabi secara lantang. Namun, yang paling pelik sekali adalah mereka mendesak orang lain agar berkeras terhadap wahabi, tetapi apabila sudah ada tokoh besar yang aktif bersuara tentang wahabi, tiba-tiba mereka langsung tidak mengambil peduli dan tidak mahu menerima pun kritikan mereka berdua terhadap Ibrōhīm al-Kūrōniyy!

Orang yang sudah jelas menentang wahabi pun tidak mahu dipedulikan apabila mengkritik al-Kūrōniyy, apatah lagi orang yang dituduh sebagai musang berbulu wahabi. Malah, kritikan terhadap al-Kūrōniyy juga dianggap ia muncul dari wahabi atau musang berbulu wahabi!

Banyak kali orang minta pengkritiknya bersikap tegas terhadap wahabi dan mempersoalkan mengapa dia kelihatan rapat dengan golongan wahabi serta menuduh dia ini musang berbulu wahabi. Padahal, tokoh agung mereka sendiri yang aktif menentang wahabi pun mereka menutup telinga dan mencampaknya!

Mengapa pula mahu mendesak orang lain, mempersoalkan status aliran orang lain dan menuduh orang lain pula hanya kerana sibuk mengkritik al-Kurōniyy dan tidak dilihat aktif mengkritik wahabi?

Hakikatnya, mereka ingin orang ramai supaya berdiam diri dan menahan bicara dari mengkritik al-Kūrōniyy. Itulah hakikat permintaan mereka. Isu wahabi ini sebagai cara untuk mereka menyelindungkan kepincangan mereka dan sikap kepala batu mereka dalam mendepani kritikan.

Keempat, mereka yang ingin mengotorkan nama Abū Sa*īd ad-Dārimiyy dengan menuduhnya sebagai mujassim banyak mengambil dan menyebarkan kalam Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy dalam «al-Maqōlāt» serta ia telah diterjemahkan ke bahasa Malaysia dan Indonesia sekalipun nama empunya kalam dan rujukannya tidak disebutkan dalam penulisan tersebut. Padahal, dia tidak pernah diburukkan sedemikian setelah seribu tahun setelah kewafatannya.

Akan tetapi, dalam kes Ibrōhīm al-Kūrōniyy, mereka langsung tidak mengambil peduli pun tusukan al-Kawṯariyy terhadapnya seakan-akan ia tidak wujud langsung atau tidak ada nilai langsung. Berbeza dengan kes ad-Dārimiyy yang mana mereka bersungguh-sungguh memberi merit yang tinggi terhadap kritikan al-Kawṯariyy dan mereka bersiap-siaga ingin berhujah ilmiah dalam isu ini.

Ini sama sekali tidak ada langsung dengan Ibrōhīm al-Kūrōniyy yang mana mereka hanya memainkan biografinya, penyebutan kelebihannya dan meninggi-ninggikan pengagungannya terhadapnya. Kritikan terhadap isu ₍Waḥdah al-Wujūd₎ seakan-akan tidak ada ruang perbincangan serta tidak ada sesiapa yang berhak untuk menyuarakan pandangan yang berbeza dan menyalahinya kerana kononnya para pengkritik tidak ada sebarang kedudukan jika dibandingkan dengan al-Kūrōniyy. Sedangkan, Abū Sa*īd ad-Dārimiyy jauh lebih mulia daripada para pengkritiknya, tetapi itu langsung tidak diendahkan oleh aswajaean ini.

Kepincangan aswajaean ini bukan baharu. Ia sudah lama berakar dan menjalar dalam kalangan mereka sehingga orang yang sudah lama mengikuti rentak mereka sudah tidak perlu kehairanan dengan perangai mereka. Kebodohan mereka yang tidak disedari dan ketempangan manhaj yang tidak mahu diintrospeksi hanya akan membangkitkan pendapat dan respons yang tolol lagi dungu dari semasa ke semasa.

Saya sememangnya berdoa kepada Allah agar mereka akan menyaksikan sendiri kecacatan mereka dan kebodohan sendiri serta mereka akan merasa meluat terhadap apa yang mereka tanggung selama ini dan tanggung bersama teman-teman mereka. Saya berharap pada masa itu, mereka akan membawa pembaharuan dalam diri mereka dan kepada teman sekeliling mereka.

Bagi kita yang tidak terkait dengan golongan ini, saya berharap ia menjadi pengajaran kepada kita tentang bagaimana kepincangan dalam manhaj yang bercelaru. Semoga kita semua dihindari daripada kebodohan dan kedunguan seperti ini.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688510482004557824/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-182-hipokrit-aswajaean

Keseratus Lapan Puluh Tiga : Keberagamaan Yang Seperti Rahib dan Puritan


Penjagaan maruah, reputasi dan imej diri adalah bagus bagi mereka yang menginginkannya dan mencapai tujuan tertentu jika itu pencapaian untuk kebahagiaan hidup mereka atau perkara yang berusaha untuk mencapainya. Akan tetapi, saya melahirkan rasa kedukaan terhadap penjagaan maruah yang dipupuk dan diobligasikan dalam masyarakat kita.

Keberagamaan kita lebih pekat kepada kerahiban dan puritan. Orang yang dianggap agamawan atau ahli ilmu dalam agama perlu mengikut etika yang didogmakan atau mereka akan dipandang serong oleh orang sekeliling dan menimbulkan bibit-bibit persepsi yang tidak enak sekalipun ia adalah harus, tidak ada masalah dan perkara yang biasa dilakukan oleh orang ramai atau orang awam.

Banyak perkara yang harus menjadi makruh atau haram secara ekstrinsik atas alasan ia mencetuskan tanggapan yang tidak senang hati dari warga sekeliling dan persepsi bahawa ia mencemarkan maruah sebagai agamawan atau ulama. Mereka tidak boleh menjadi kasual, menampilkan diri seperti orang biasa dan mesra orang awam. Mereka perlu menjadi eksklusif, berperagakan kod etika tertentu dan seakan-akan ada kasta pemisah antara mereka dengan orang awam.

Yang mendukacitakannya adalah sebahagian puritan dan rahib dari kalangan agamawan ini juga bertindak dalam menguatkuasakannya sama ada secara verbal atau tindak tanduk melalui apa yang mereka memperagakannya atau yang mendoktrinkan kepada orang ramai bahawa keberagamaan seperti itulah merupakan tingkatan yang baik bagi muslim yang bertakwa. Jika mereka tidak berjerih untuknya, mereka mempromosinya secara halus dan selindung.

Mana-mana yang tidak menelusuri tebing dan alur ini, dia dianggap sebagai orang yang mencemarkan maruah dirinya dan hilang rasa malunya sebagai muslim yang bertakwa, malah direndahkan dan disisihkan daripada kedudukan yang seberhaknya sama ada sebagai agamawan ataupun ulama.

Mereka mungkin akan menafikan sekeras-kerasnya bahawa apa mereka ajarkan dan tampilkan bukan daripada kerahiban dan puritan sambil membaca bahawa agama ini adalah agama rahmat, terbuka, toleransi dan menolak kerahiban. Akan tetapi, lihatlah sendiri betapa banyak yang harus menjadi tidak manis hanya semata-mata dianggap ia mencemarkan maruah diri.

Hari ini, jika ada ulama yang kelihatan berlumba unta bersama rakan-rakannya atau orang badwi, dianggap sebagai tidak sepadan dengan status agamawan dan muslim yang bertakwa. Ditambah lagi celaannya dengan alasan bahawa perbuatan itu membuang masa, membazir duit, merapati orang awam dalam aktiviti yang tidak sepatutnya dihadiri dan disertai oleh ulama serta pelbagai lagi. Mereka menyindir pula bahawa adalah lebih baik jika dia duduk beribadah, membaca buku, menyibukkan diri dengan kelas dan lain-lain.

Pada mata puritan dan rahib ini, semakin sukar keberagamaan seseorang dan semakin seseorang menyempitkan diri daripada keringinan, rukhsah dan harus, maka itulah yang terbaik.

Tidak hairan jika as-Suyūṭiyy dalam «al-Amr Bi al-Ittibā* Wa an-Nahy *An al-Ibtidā*» memasukkan peninggalan perkara harus dan penyeksaan diri dalam bidaah. Antaranya adalah menyedikitkan pemakanan sehingga menjadi kering badannya dan menegah air yang dingin, sedangkan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- memakan daging dan menyukainya, menyukai manisan dan madu serta merasa segar dengan air dan memilih air yang sejuk.

Banyak lagi perkara yang disentuh yang mengkhususkan penolakan dan celaan terhadap amalan kerahiban dan puritan yang menyusahkan diri dan meninggalkan sesuatu yang elok atas alasan zuhud. Jika menyeksa diri dengan menterhadkan pemilihan makanan adalah bidaah, bagaimana pula menyeksakan psikologi dan mental dengan menterhadkan pengamalan yang harus?

Sangat benar nasihat as-Suyūṭiyy yang berkata :

وينبغي للإنسان أن يعلم أن نفسه مطية. ولا بد من الرفق بها ليصل إلى المقصود. وقد قال النبي صلى الله عليه وسلم: "وإن لنفسك عليك حقا". وإذا كان لها حق، فليأخذ لها ما يصلحها وليترك ما يؤذيها من الشبع والإفراط في تناول الشهوة فإن ذلك يؤذي البدن والدين. وليأخذ قدر القوام من غير أن يؤذي النفس. ومن كفها عن التصرف على مقتضى ما وضع في طبعها فيما يصلحها، فقد آذاها إلا أنه إن كفها عن الشبع المفرط والشره وما يخاف عاقبته، فإن ذلك يفسدها. فأما الكف المطلق فخطأ ولا يلتفت إلى غير هذا فإن اتباع الشارع صلى الله عليه وسلم وصحابته أولى ولم يكونوا يتكلفون شيئا. إن حضر طعام شهي، أكلوا وحمدوا الله تعالى. وإن لم يحضر شيء صبروا.

"Sepatutnya bagi insan untuk mengetahui bahawa dirinya adalah tunggangan. Tidak dapat tidak perlu menyantuninya agar dia sampai kepada tujuan itu. Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: ❝Sesungguhnya pada dirimu ada hak ke atasmu❞. Apabila ia mempunyai hak, maka ambillah apa yang membaikkannya dan tinggalkanlah apa yang menyakitinya yang berupa kekenyangan dan berlebihan dalam menjamu keinginan. Ini kerana sesungguhnya itu menyakiti badan dan agama. Ambillah kadar konsistensi tanpa menyakiti diri. Sesiapa yang menahannya daripada memperlakukan sepadan apa yang diletakkan pada tabiatnya pada apa yang membaikkannya, maka ia telah menyakitinya melainkan jika dia menegahnya daripada kekenyangan yang berlebihan dan rakus, tetapi dia tidak takut hujung pangkalnya, maka sesungguhnya dia telah merosakkannya. Adapun penahanan mutlak, maka ia adalah salah dan usah mempedulikan selain ini kerana sesungguhnya mengikuti pembawa syariat -ṣollallahu *alayhi wasallam- dan sahabatnya adalah lebih utama. Mereka tidak pernah memberat-beratkan sesuatu. Jika dihidangkan makanan yang menyelerakan, mereka memakannya dan memuji Allah Ta*ālā. Jika mereka tidak dihidangkan sesuatu, mereka bersabar". [al-Amr Bi al-Ittibā* Wa an-Nahy *An al-Ibtidā*, m/s 227-228, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim Li an-Našr Wa at-Tawzī*].

Oleh itu, nikmatilah apa yang sesuai untuk diri dan jangan merasa bersalah untuk menikmatinya dan menyukainya selagimana bukan berlebihan dan membawa kepada kelalaian. Usah dipedulikan orang yang ingin memandang negatif, memberi prasangaka yang buruk dan menyimpan celaan terhadap kita. Kita hidup beragama untuk diri kita dan kepuasan adalah untuk diri kita, bukan berkhidmat untuk orang lain dan memenangi keredhaan orang lain.

Malah, *Abdul Ḥayy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli uṣūl berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- juga dalam «Ruẖoṣ aṭ-Ṭohāroh Wa aṣ-Ṣolāh Wa Tašdīdāt al-Fuqohā^» membantah, menempelak dan membatalkan dalil bagi pandangan sebahagian fuqaha dan pensyaratan mereka yang membebankan rukhsah sehingga hanya sedikit atau terhad yang boleh diamalkan.

Saya juga telah membuat inisiatif yang hampir serupa dalam penulisan saya yang berjudul «Khuatir Fitnah Yang Membawa Fitnah» bagi menempelak sikap sebahagian orang yang suka memberikan alasan seperti ia menimbulkan fitnah, mencetuskan syahwat, mencemarkan maruah dan pelbagai lagi untuk menegah sesuatu amalan itu dilakukan secara halus.

Keberagamaan kita sebenarnya mahu ke mana? Jika para ulama mengingatkan tentang suatu lagak yang dibuat-buat untuk menampakkan perbuatan zuhud, ahli ibadah dan orang khusyuk, bagaimana pula dengan pengajaran, pendogmaan, penguatkuasaan dan pendoktrinisasi, peneladanan dan penampilan sebuah keberagamaan secara kerahiban dan puritan?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688535695422308352/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-183-keberagamaan-yang

Keseratus Lapan Puluh Empat : Aḥmad bin Ḥanbal Dan Ašᶜarian Bukan Dalam Akidah Yang Satu


Miš*ān ar-Ruẖoymiyy adalah ḥanbalian yang tidak mengikut jejak Ibn Taymiyyah sehingga pengikut Ibn Taymiyyah menggelarnya dan sahabat-sahabatnya dengan al-Ḥanābilah al-Judud, iaitu neoḥanbalian.

Pun begitu, dalam masa yang sama dia menempelak dakwaan seseorang yang berkata bahawa ašᶜarian dan Aḥmad bin Ḥanbal adalah satu akidah yang sama. Antara isu yang dia membangkitkannya untuk menafikan persamaannya adalah isu sifat kalam Allah dan status al-Quran sama ada ia adalah makhluk.

Sememangnya benar bahawa ašᶜarian terang-terang menyalahi Aḥmad bin Ḥanbal dalam permasalahan ini. Dia menetapkan bahawa kalam Allah itu bersuara. Ini dinukilkan oleh anaknya; *Abdullah dalam «as-Sunnah» dan dikutip semula oleh Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dalam «Fatḥ al-Bārī Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy» yang mana sekaligus ia adalah perakuan daripada ašᶜarian tentang pandangan ini.

Ini juga adalah pendapat al-Buẖōriyy dalam «H̱olq Af*āl al-*Ibād» dan sekalian para imam ḥanbalian. Faẖruddīn ar-Rōziyy dalam «Mafātīḥ al-Ġoyb» juga tidak menafikan pandangan ini daripada ḥanbalian sekalipun dia memperlekeh pandangan ini.

Sebahagian ašᶜarian kini yang suka mempergunakan Ibn al-Jawziyy dalam mengutuk sebahagian ḥanbalian yang kononnya terjebak dalam kancah mujassimah dan musyabbihah sebenarnya tidak sedar bahawa Ibn al-Jawziyy antara yang memburukkan Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy dalam isu sifat kalam Allah ketika membiografikannya «al-Muntaẓom Fī Tārīẖ al-Umam al-Mulūk». Perkara yang sama diulang pada isu ini dalam «Ṣoyd al-H̱ōṭir».

Saya telah membahaskan permasalahan ini dalam penulisan saya yang berjudul «Teguh Menyerlah Dalam Isbat Huruf Dan Suara Bagi Kalam Allah» dalam membentangkan dalil yang membela ḥanbalian dan mematahkan penghujahan daripada ašᶜarian.

Bahkan, ar-Ruẖoymiyy menegaskan bahawa kalau Aḥmad bin Ḥanbal masih hidup, pasti dia akan mengingkari mereka yang berkata bahawa al-Quran ini adalah baharu lagi makhluk yang menunjukkan kalam nafsi yang qadim.

Antara isu yang dibangkitkan adalah pengisbatan sifat rahmat bagi Allah. Bagi ašᶜarian, ia bukanlah sifat yang berlainan dengan sifat kehendak. Menurut ašᶜarian, ia adalah pengkhususan bagi kehendak Allah atau yang berbalik kepada sifat kehendak-Nya untuk memberikan pahala kepada hamba-Nya, berbuat baik terhadapnya dan seumpamanya.

Ini tidak menghairankan kerana apabila disebutkan naṣ-naṣ yang menyebutkan tentang ketawa dankagum bagi Allah, mereka berkata takwilnya adalah redha-Nya walaupun sebahagian mereka menyatakan bahawa sifat rahmat ini bukan kelembutan jiwa dan rasa senang hati.

Sememangnya walaupun redha adalah makna yang berlingkungan dengan kedua-duanya, tetapi ia adalah berlainan. Allah dan rasul-Nya amat teliti dalam penggunaan lafaz yang berbeza. Maka, apabila ia berbeza pada perujukannya, maka sifatnya berbeza.

Walaupun kelihatan ia adalah takwil, tetapi sebenarnya ia adalah penyebutan lingkungan makna yang ada pada lafaz tersebut, bukan menyabitkan bahawa itulah maknanya. Saya telah melanjutkan bicara ini dalam penulisan saya yang berjudul «Penjelasan Interaksi Dengan Naṣ Tentang Sifat Allah».

Sebegitu juga ḥanbalian yang menafikan persamaan kepada ciri-ciri anak Ādam seperti yang disebutkan. Bahkan, jika ditanya, apakah makna kehendak? Ia pada asalnya adalah kecenderungan jiwa terhadap sesuatu. Sedangkan, Allah tersuci daripada persamaan sepertimana makhluk-Nya. Jika mereka dapat mengatakan penafian ini dalam mengisbatkan sifat kehendak-Nya, mengapa tidak pada sifat rahmat, ketawa dan kagum?

Malah, kalau sifat kehendak adalah sama dengan sifat rahmat, tetapi perbezaannya adalah pada penujuan kehendak-Nya seperti memberi pahala dan sebagainya sepertimana samanya sifat ketawa dan kagum dengan redha, maka ini sama seperti al-Qōsim bin Muḥammad al-Hādawiyy; tokoh ilmuwan ahli bait dari zaydian ketika mengisbatkan sifat mendengar dan melihat bagi Allah yang bukan makna yang difahami ahli sunnah, iaitu dia berpandangan sifat mendengar dan sifat melihat bagi-Nya adalah sifat ilmu-Nya. Dia berkata :

فصل والله سميع بصير. جمهور أئمتنا عليهم السلام والبغدادية: وهما بمعنى عالم. بعض أئمتنا عليهم السلام وبعض شيعتهم والبصرية: بل بمعنى حي لا آفة به. قلنا: السميع حقيقة لغوية مستعملة لمن يصح أن يدرك المسموع بمعنى محله الصماخ. والبصير حقيقة كذلك لمن يصح أن يدرك المبصر بمعنى محله الحدق. والله سبحانه ليس كذلك. فلم يبق بمعنى إلا أنهما بمعنى عالم. وقد قال تعالى: {أَمْ يَحْسَبُونَ أَنَّا لَا نَسْمَعُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَاهُم ۚ بَلَىٰ وَرُسُلُنَا لَدَيْهِمْ يَكْتُبُونَ} [الزخرف: ٨٠]. والسر إضمار في القلب غير الصوت. قال الله تعالى: {فَأَسَرَّهَا يُوسُفُ فِي نَفْسِهِ وَلَمْ يُبْدِهَا لَهُمْ} [يوسف: ٧٧].

"Fasal: Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Majoriti imam-imam kami -*alayhim as-Salām- dan warga Baghdad: ❝Kedua-duanya dengan makna Yang Maha Mengetahui❞. Sebahagian imam-imam kami -*alayhim as-Salām-, sebahagian espouser mereka dan warga Basrah: ❝Bahkan, dengan makna Yang Maha Hidup tanpa kecacatan padanya❞. Kami berkata bahawa ₍as-Samī*₎ adalah hakikat bahasa yang digunakan bagi yang valid dalam capaian yang didengari dengan suatu makna yang tempatnya adalah liang telinga. ₍Al-Baṣīr₎ adalah hakikat sedemikian bagi yang valid dalam capaian yang dilihat dengan suatu makna yang tempatnya adalah anak mata. Padahal, Allah Subḥānahu bukan sebegitu. Lalu, tidak tersisa dengan suatu makna melainkan bahawasanya kedua-duanya dengan makna ₍*Ālim₎ (yang mengetahui). Dia Ta*ālā berfirman: {Adakah mereka mengira bahawa kami tidak mendengar rahsia mereka dan bisikan mereka? Bahkan, utusan-utusan kami di sisi mereka sentiasa menulis} [Surah az-Zuẖruf ayat 80]. ₍As-Sirr₎ ialah penyembunyian pada jantung tanpa suara. Allah Ta*ālā berfirman: {Lalu, Yūsuf menyembunyikannya dalam dirinya dan dia tidak menampakkannya pada mereka}. [Surah Yūsuf ayat 77]". [Al-Asās Li *Aqō^id al-Akyās. m/s 42-44, keluaran Maktabah Ahl al-Bayt, Yaman].

Jelaslah bahawa sifat rahmat adalah berbeza dengan sifat kehendak walaupun ia saling berkaitan antara satu sama lain. Apa khabar menyatakan lafaz yang merujuk sifat yang berbeza, maka kita perlu menerima perbezaan maknanya sekalipun ada perkaitan antara satu sama lainnya dan tidak diketahui hakikat bagi setiap satu daripadanya.

Kemudian, antara yang dibangkitkan adalah ašᶜarian tidak menetapkan sifat perbuatan sebagai qadim, tetapi di sisi mereka adalah taalluq↼tanjīzĩ↼ḥādiṯ. Pada saya, permasalahan ini agak halus dan perlu difahami sebaiknya kerana ia adalah salah faham terhadap ašᶜarian sendiri yang menyebabkan ašᶜarian dipersalahkan. Saya telah menyatakan hal ini dalam penulisan saya yang berjudul «Penajaman Deria Dalam Mengenali Sifat Yang Maha Mulia».

Apapun, Aḥmad bin Ḥanbal dan ašᶜarian bukanlah dalam satu panji yang sama. Ia adalah dakwaan yang tidak berasas dan menyalahi realiti. Ini sememangnya lumrah bagi ašᶜarian yang suka berdelusi, tidak berpijak di bumi yang nyata dan jauh daripada karya salaf. Saya sendiri telah mendedahkan kepincangannya di pelbagai tempat.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688574243834871808/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-184-a%E1%B8%A5mad-bin-%E1%B8%A5anbal-dan

Keseratus Lapan Puluh Lima : Tidak Boleh Menghukum Seseorang Itu Salah Jika Tidak Membaca Semua Bukunya?


Apabila kita membentangkan bukti-bukti kesilapan daripada tokoh ikutan mereka atau syeikh julangan mereka, mereka akan mempersoalkan kita sama ada kita pernah membaca kesemua bukunya yang berpuluh ribu muka surat dan mengikuti semua kuliahnya. Jika kita menjawab tidak atau tidak sepenuhnya, pasti apa yang kita telah utarakan diperlekehkan, diperkecilkan, tidak ada nilai di sisi mereka dan dijerkah dengan penuh ejekan.

Namun, apabila giliran mereka untuk menyalahkan tokoh yang lain, apabila kita bertanya pula soalan yang sama yang mereka ajukan kepada kita dan syarat yang mereka tuntut kita memenuhinya, mereka sendiri tidak membaca semua bukunya, tidak mengikuti semua kuliahnya dan pelbagai lagi. Lantas, mengapa mensyaratkan sesuatu kepada kita yang mana mereka sendiri tidak memenuhinya?

Bahkan, mereka sendiri apabila mempertahankan pandangan seseorang tokoh kenamaan atau syeikh ikutan mereka, mereka sendiri pun tidak pernah membaca semua karyanya dan tidak pernah mengikuti kuliahnya. Kemudian, bercakap seolah-olah mewakilinya dan faham tentang keperibadiannya dan manhajnya yang sebenar.

Ini sama seperti sebahagian pembela Ibn *Arobiyy yang bersungguh-sungguh mempertahankannya, tetapi tidak pernah membaca karyanya yang menjadi tumpuan polemik seperti «al-Futūḥāt al-Makkiyyah» dan «Fuṣūṣ al-Ḥikam». Apa yang sebenarnya dia mempertahankannya? Tanggapan kosong yang tidak diketahui realitinya melalui bukunya?

Sememangnya benar untuk kita semua digalakkan membaca semua karyanya dan penulisannya supaya mendapat pemahaman yang menyeluruh dan lebih tuntas tentang prinsipnya, pertimbangannya, pola fikiranya, manhajnya, metodologinya dan fikrah yang dibawa.

Akan tetapi, perlu kita ingat bahawa kadangkala hanya sebahagian karya sahaja atau beberapa poin dan petikan yang ada dalam buku itu sudah sudah memadai. Ini kerana ada karya yang sememangnya mengkhususkan secara berfokus pada topik itu sehingga tidak perlu merujuk pada yang lain atau beberapa petikan itu sudah mengumpulkan konteks secara tercantum.

Sebegitulah mereka dalam menuduh Ibn Bāz dalam beberapa isu. Tidak perlu pun untuk membaca semua karyanya dan mendengar semua kuliahnya yang dimuat naik dalam internet. Cukup kita tahu rujukan pentingnya atau buku induknya atau buku yang terfokus padanya atau beberapa sumber yang lain yang lebih utama berbanding sumber yang lain, maka ia mencukupkan dalam memutuskan penilaian.

Oleh itu, perlu lagikah mendesak dan menuntut dari pihak yang lain yang mana dia sendiri tidak akan berjaya memenuhinya dan melaksanakannya? Jika mereka memperlekeh, menyahkreditkan dan mengingkari pembentangan seseorang tentang seseorang individu disebabkan tidak membaca semua bukunya dan tidak mengikuti semua kuliahnya, maka layakkah apa yang mereka pertahankan dan apa yang mereka mengingkarinya mempunyai merit kerana tidak mencapai kriteria yang mereka sendiri tidak memenuhinya?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688599200814006272/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-185-tidak-boleh-menghukum

Keseratus Lapan Puluh Enam : Aspek Dalam Mengenali Penisbahan Seseorang Kepada Suatu Aliran Atau Mazhab


Adakalanya, untuk menentukan aliran seseorang atau menyingkap hakikat dakwaan seseorang menisbahkan dirinya kepada sesuatu aliran, kita perlu lihat siapa yang dia selalu ambil pandangannya, menjadikannya sebagai paksi, merujuknya secara kerap, memberikan keutamaan yang lebih kepadanya dan merasa puas daripadanya.

Kita mungkin melihat beberapa orang yang selalu mendakwa bahawa dia bernisbahkan diri dengan sesuatu aliran. Akan tetapi, apabila dipertimbangkan siapa ulama panutannya dan sahabat yang dilazimi, ternyata kebanyakannya atau keutamaan yang diberikan banyak berpihak kepada sosok kenamaan yang mewakili aliran itu.

Ditambahkan lagi keyakinan adalah apabila kita melihat ucapannya, pembentangannya dan cara dia berinteraksi selalu sahaja bersalahan dengan prinsip mendasar bagi sesuatu aliran itu atau pandangan arus perdana.

Sebahagian orang menulis kitab yang bermazhab šāfiᶜian, tetapi apabila ditinjau, didapati ia memberikan keutamaan kepada selain rujukan induknya dan ahlinya yang berautoriti mengikut turutan serta meyalahi beberapa atau mungkin banyak prinsip yang kritikal atau pandangan yang mewakili bagi mazhab šāfiᶜian.

Ini seperti Waḥbah az-Zuḥayliyy pada «al-Mu*tamad Fī al-Fiqh aš-Šāfi*iyy». Dia menyandarkan pandangan yang rajih pada mazhab itu dan adakalanya dia mengambil pandangan yang marjuh dan dhaif di sisi mazhab itu, khususnya jika ia berselari dengan mazhab lain untuk tujuan tertentu. Sekalipun begitu, karya ini masih bermanfaat untuk mazhab šāfiᶜian, tetapi masih tidak boleh dikehadapnkan bagi mewakili mazhab ini.ٍ

Sebenarnya tidak ada masalah jika seseorang ingin menyelisihi beberapa sudut dalam aliran atau mazhab. Ini seperti zaydian yang mengatakan: "Nisbah kami kepada zaydian adalah nisbah pemuliaan, bukan taklid". Maknanya adalah mereka boleh sahaja menyalahi mana-mana imam sekalipun imam paksinya; Zayd bin *Aliyy atau kelompok yang ada dalam mazhab ini kerana pintu ijtihad bagi mereka sentiasa terbuka dan tidak ada ketaksuban terhadap mana-mana pihak.

Akan tetapi, bukan bermakna penggunaan nisbah ini boleh sembarangan, lebih-lebih lagi yang menyalahi usul yang paling mendasar. Contohnya adalah perakuan untuk melebihkan *Aliyy bin Abū Ṭōlib -roḍiyallahu *anh- berbanding para sahabat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang lain, memperakui keimamannya dan keimaman Zayd bin *Aliyy. Ciri-ciri utama ini tidak boleh disalahi kerana inilah tonggak berdirinya aliran ini walaupun aliran ini aktif dan bebas dalam ijtihad pelbagai perkara.

Kadangkala, penisbahan sesuatu aliran atau mazhab dilihat pada dominannya dan pengaruhnya yang selalu seseorang itu cenderung dan bergelumang padanya atau mendampingi dan banyak merujuk daripada ahli aliran atau mazhab itu walaupun banyak daripadanya menyalahi usul mazhab yang kritikal.

Kita menisbahkannya kepada aliran itu atas faktor-faktor ini, bukan kerana dia melangkah di atas haluan yang utama dan turutan yang digariskan. Contohnya adalah mereka yang menisbahkan diri sebagai šāfiᶜian, tetapi kerapkali mengambil pandangan yang tidak muktamad dan dhaif di sisi mazhab itu. Adakalanya, mereka memiliki ijtihad yang sendiri yang menyalahi pandangan muktamad atau usul mazhab itu.

Namun, disebabkan dia memperjuangkan mazhab ini, membelanya sekalipun tidak menyetujui beberapa daripadanya, mengutip pandangan daripadanya serta banyak pengaruh yang mewarnai pemikirannya daripada apa yang ada di mazhab ini, penerimannya sebagai warga šāfiᶜian diterima atas faktor ini, tetapi dia bukanlah orang yang boleh mewakili mazhab ini.

Inilah sepertimana yang ada pada Jamāluddīn al-Isnawiyy. Dia tidaklah terikat dengan pendapat an-Nawawiyy dan ar-Rōfi*iyy, bahkan mengkritik kedua-duanya yang mana kedua-duanya adalah menjadi pendapat yang muktamad bagi mazhab ini. Pun begitu, dia masih dikira sebagai sahabat mazhab ini.

Contoh yang lain adalah aṭ-Ṭōhir Ibn *Āšūr. Sebahagian orang berpandangan bahawa dia bukan ašᶜarian disebabkan beberapa pandangan yang menyelisihi aliran ini. Akan tetapi, apabila diteliti penulisannya, dia banyak mengutip pandangan daripada ašᶜarian dan memanggilnya sebagai sahabat-sahabatnya. Ini sudah cukup untuk membuktikan dia adalah ašᶜarian, tetapi pandangannya tidak boleh mewakili mazhab ini.

Sebahagian kes mungkin penyebutan sahabat-sahabatnya adalah kerana meraikannya sebagai mereka yang diterima dalam ahli sunnah sekalipun dia tidak semanhaj dengannya. Akan tetapi, jika dilihat kedominannya dan pandang alamnya masih dalam lingkungan ašᶜarian, maka tetap dalam aliran ašᶜarian meskipun menyalahi dalam beberapa perkara. Ini juga diakui oleh salafi dalam laman web Islamqa bagi soalan bernombor 161770.

Pun begitu, jika kita mengutip pandangan dan kalam daripadanya, ia adalah untuk memaparkan pandangan yang benar dan perbincangan objektif yang merentasi aliran kerana yang penting adalah untuk mencari kebenaran dan membezakan antara yang betul dengan salah.

Cuma, kita perlu berjaga-jaga kerana sebahagian daripadanya bukan berdiri di atas faktor ini, tetapi didasari yang negatif. Misalnya adalah berfaktorkan kebodohan pada suatu aliran atau mazhab dan ini dimaafkan, tetapi pandangannya masih tidak diterima dalam dunia ilmiah.

Misal yang lain adalah sengaja berbuat sesuka hatinya, maka ini adalah keji kerana cuba mewakili atau memaparkan orang lain tentang suatu aliran yang bukan bertunjangkan realitinya. Perbuatan ini sama ada sengaja mengelirukan orang ramai atau ingin mengaut perhatian orang dengan kelainan yang menyimpang atau tadlis.

Hakikatnya walaupun dia menjenamakannya dengan sesuatu aliran atau mazhab atau berlegar dalam memetik kalam ulamanya yang tidak muktamad, hakikatnya mazhab yang ingin dia menzahirkannya sebenarnya sama ada ia adalah untuk suatu kelompok atau dirinya sendiri, tetapi berselindung di balik mazhab itu.

Selalunya orang sebegini sememangnya ada motif yang tidak murni dalam mengelabui orang ramai atau orang yang jahat yang menyamar untuk menyebarkan syubhat dan melaga-lagakan orang di dalamnya serta mempedaya yang jahil. Dengan kata lain, mereka sebenarnya bukan tulus dalam membela mazhab ini, tetapi lebih mempergunakan mazhab ini untuk suatu kepentingan.

Saya pernah menemukan laman web yang diatasnamakan sebagai salafi dan penulisnya memakai nama pena salafi, tetapi ia adalah permusuhan terhadap manhaj ini dengan pelabelan wahabi. Cara mudah untuk mengetahuinya adalah dia banyak merujuk ulama yang menjadi lawan kepada aliran ini atau pegangannya menyelisihi dasar yang kritikal bagi aliran ini sehingga jelas mereka ini jika dibandingkan dengan aswajaean atau ašᶜarian, kedua-duanya akan tampak keseirasannya.

Walaupun dia menyebutkan tokoh salafi yang dikutip sebagai ulama mereka, tetapi apabila dilihat pada keseluruhan aspek manhajnya, ia berbeza dengan kes al-Isnawiyy atau aṭ-Ṭōhir Ibn *Āšūr.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688705675986108416/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-186-aspek-dalam-mengenali

Keseratus Lapan Puluh Tujuh : Kalam Pengkafiran Terhadap Seseorang Yang Hakikatnya Bukan Mengkafirkan Orang Itu


Selain kita juga perlu berhati-hati dalam menghukum kafir terhadap kata-kata yang zahirnya mengungkapkan kalam kufur, kita juga perlu berhati-hati dalam menyingkapi maksud kalam seseorang dalam pengkafiran terhadap seseorang supaya tidak disalah erti bahawa penuturnya sedang mengkafirkan seseorang individu atau pihak.

Contohnya adalah kata-kata: "Pendapat ini terkeluar daripada agama Islam". Walaupun berat kata-kata ini, tetapi kita tidak boleh cepat menyangka bahawa penuturnya sedang mengkafirkan pendapat itu. Berkemungkinan maksudnya adalah pendapat itu tidak mewakili Islam atau bukan sebenar-benarnya ajaran Islam. Sama seperti seseorang yang menyelar keganasan dengan berkata: "Perbuatan itu bukan dari ajaran Islam".

Sebegitu juga dengan kata-kata: "Engkau telah kufur terhadap ayat al-Quran ini". Di sini, bukan semestinya ia sedang menyatakan pengkafiran terhadap seseorang walaupun berat kenyataan ini. Berkemungkinan penuturnya memaksudkan pengingkaran yang keras terhadap orang yang menolaknya atau menegaskan penolakan itu menjurus kepada kekufuran, bukan penolakan itu adalah kufur secara langsung.

Kemudian, perkara yang penting adalah boleh jadi yang mengingkarinya bukan kerana mengingkari ayat al-Quran itu sendiri. Akan tetapi, boleh jadi dia sebenarnya sekadar tidak menerima penafsiran seseorang itu dan menolak sekeras-kerasnya, tetapi penuturnya sama ada sengaja bersikap berlebihan atau terlajak kata mengungkapkan kata-kata sebegitu.

Atas sebab itulah kita perlu berjaga-jaga supaya kita tidak menganggap bahawa pihak yang dicela itu menolak ayat al-Quran atau orang yang mencelanya dianggap sebagai orang yang benar tanpa melihat kedua-dua belah pihak.

Saya pernah melihat kalam Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- pernah mengungkapkan bahawa Aḥmad bin Ḥanbal kufur terhadap sebahagian ayat dan ašᶜarian kufur terhadap seluruh ayat sepertimana kutipan Ṣōdiq bin Salīm bin Ṣōdiq dalam «Ḏamm al-Ašā*iroh Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifah».

Sekarang, kita tahu apa yang ingin dimaksudkan dan kita sama sekali tidak menyatakan bahawa ia adalah bentuk pengkafiran terhadap orang yang disasarkan. Maka, sewajarnya kita meneliti terlebih dahulu agar kita tidak mudah menuduh orang lain mengkafirkan individu yang lain atau penuturnya sebagai takfīrĩ. Walaupun kata-kata ini agak berat, tetapi kita perlu berlaku adil dan berhati-hati.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688707372748865536/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-187-kalam-pengkafiran

Keseratus Lapan Puluh LapanOrang Yang Tidak Berkelayakan Yang Mahu Mengajar Kitab


Kitab «Kašf al-Asrōr» karya Muḥammad Ṣōliḥ bin *Abdullah al-Mīnankābāwiyy diharamkan pengajarannya di masjid dan di surau oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada tahun 2000 yang menyetujui fatwa negeri Johor oleh *Alawiyy bin Ṭōhir al-Ḥaddād. Akan tetapi, kita ketepikan dahulu isu itu.

Isunya adalah sejauh mana kemampuan diri untuk mengajar kitab ini? Tuan guru pondok atau tenaga pengajar pondok pun bukan sesuka hati mahu buka kelas dan mengajar kitab walaupun senipis kain langsir. Mereka sememangnya dikenali dengan sangat gementar untuk melaksanakannya dan fikir semasak-masaknya terlebih dahulu untuk membuat pertimbangan.

Kalau mereka ingin mengajar atau sememangnya sudah menjalankan pengajaran, pasti kita yakini bahawa kapasiti ilmunya sememangnya boleh diyakini. Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa tuan guru itu mahir dalam bahasa Arab dan pelbagai ilmu yang lain untuk memampukannya dalam mengupas secara terperinci lagi halus. Inilah keistimewaan yang perlu kita akui.

Dukacitanya adalah ada orang yang sememangnya kita tahu bahawa bahasa Arab pun tidak mahir dan terbongkar yang sememangnya tidak mahir sembarangan mahu buka kelas dan mengajar kitab tradisional jawi. Ini sememangnya penghinaan terhadap tradisi keilmuan pondok, malah tuan guru yang menjadi tunjang kepada institusi pengajian ini.

Kalau sudah tahu orang yang tidak mahir bahasa Arab, tetapi masih mahu nekad untuk mengajar kitab jawi yang tok guru pun tidak sembarangan untuk mengajar, maka lebih elok untuk meninggalkan orang itu dan tidak perlu hadiri kelasnya.

Yang peliknya adalah adakah sudah tiada akal langsung bagi sebahagian pengikut atau sebahagian orang sehingga ingin mempelajari kitab dari orang yang tidak tahu bahasa Arab seolah-olah macam menimba dari tuan guru? Tepuk dada, tanyalah iman dan renungkanlah sebaik-baiknya dengan akal yang masih boleh berfikir.

Sekurang-kurangnya kasihanilah diri sendiri dan bersikap cerewetlah dalam pemilihan guru. Ini kerana guru yang terbaik akan membimbing dalam menyampaikan ilmu dan memantapkan kefahaman, seterusnya menuntun ke jalan yang lurus dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Orang yang tidak tahu bahasa Arab itukah yang menjadi pilihan untuk pengisian minda, pembinaan intelek, pemantapan akal, pendidikan jiwa dan peneguhan rohani kita? Di mana agaknya akal pengikut dan sebahagian yang berambisi untuk mempelajari ilmu daripada orang yang ilmu alat asas pun tidak tahu?

Mereka marah wahabi kerana tidak berguru dengan guru yang betul atau belajar sendiri tanpa berguru. Sekarang, mereka sendiri pun belajar dari guru yang tidak betul atau tiada kelayakan. Kemudian, apa-apa kesalahan dan ketololan dari diri sendiri disalahkan pula kepada wahabi kerana konon wahabi jauh lebih dahsyat daripada mana-mana kelompok!

Mereka marah wahabi kerana belajar tanpa bersanad. Sekarang, apakah sanad perguruan orang itu? Dia belajar daripada siapa? Apa kelayakannya? Apakah sampai tidak boleh berfikir dan membuat pertimbangan? Bukankah soalan ini selalu ditanya kepada wahabi? Mengapa untuk guru sendiri atau kelompok sendiri tidak mahu dipertanyakan lagi?

Mereka marah wahabi kerana akal baru separuh masak mahu mengajar kitab dan berlagak seperti ulama. Sekarang, mereka pun berguru dengan orang yang bahasa Arab pun jauh lebih jahil daripada wahabi. Tidak ada guna marah orang lain kalau dia sendiri buat yang sama.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688836807504363520/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-188-orang-yang-tidak

Keseratus Lapan Puluh Sembilan : Jika Ingin Menegur, Maka Perlu Bersemuka?


Ahmad Faiz Hafizuddin atau dikenali dengan PU Faiz telah saya secara peribadi tahu namanya sejak 10 tahun yang lalu. Sememangnya boleh dikenali sebagai lidahnya yang tidak lekang dalam menyerang, menyinggung dan menyelar wahabi serta sememangnya dibenci oleh golongan wahabi. Kemudian, dia sememangnya pembawa tradisi keilmuan pondok dan mahir sepertimana yang diharapkan oleh warga pondok serta pusat pengajiannya boleh dihadiri oleh sesiapa sahaja yang berkeinginan.

Akan tetapi, apabila Ahmad Faiz Hafizuddin menegur seseorang yang dikenali dengan pengamal perubatan yang dipanggil ustaz, tetapi tidak mahir bahasa Arab dan diragui kedudukan keilmuannya yang juga dikenali kerap membantah wahabi bertekad untuk mengajar kitab yang bukan dia di lapangannya, tetap juga dia diserang oleh para pengikut orang yang dia menegurnya. Dia dikecam kerana tidak mahu bertemu secara berhadapan dan mempelajari dengannya terlebih dahulu sebelum menegur.

Kita selalu lihat komen sebegini apabila kita menyatakan kritikan secara terbuka atau teguran di wahana yang boleh dibaca umum, kita didesak untuk bertemu setentang empat mata dan berbincang dengannya secara langsung. Sedangkan kesalahan yang dilakukan bukan pada di ruangan tertutup atau yang sekadar diketahui hanya pada golongan tertentu, tetapi ia di layar publik yang boleh ditatapi dan sampai kepada khalayak ramai.

Sememangnya benar bahawa ini adalah taktik untuk menyahlegimitasikan kritikan terhadapnya. Mereka beranggapan bahawa kesalahan yang tersebar secara meluas diselesaikan secara tertutup. Sedangkan, di luar sana, telah ramai yang keliru dan tertanya sehingga memerlukan pencerahan untuk merungkaikan kemusykilan mereka dan salah tanggap mereka. Apakah patut kita membiarkan mereka terawang-awangan, sedangkan teguran kita adalah kepentingan umum dan kebaikan untuk publik?

Sesiapa sahaja yang sudah terbabit dengan ceramah pasti akan tahu bahawa apabila timbulnya kekeliruan dari isu yang tular dan tersebar, sebahagian penanya akan mengajukan persoalan kepada penceramah yang dia boleh bertemu untuk meminta ulasan dan pencerahan. Bayangkan penceramah yang tidak tahu atau tahu, tetapi tidak ingin mengambil peduli terpaksa merespons disebabkan penanya itu dijangkiti penyakit yang disebarkan oleh pihak yang tidak b ertanggungjawab.

Malah, yang lebih teruk, penceramah yang berdekatan terpaksa menghadap kekeliruan dan kebingungan orang ramai di sekelilingnya serta berdepan dengan bebanan akibat sebahagian orang yang membuat keributan kepada sekeliling dan gemar menimbulkan masalah kepada orang sekeliling disebabkan kebodohannya atau kegelincirannya atau sebagainya. Mereka yang menaburkan najis, orang lain pula yang perlu membersihkannya.

Mereka yang sebenarnya menyusahkan orang lain sehingga orang lain perlu tolong menjawab dan berhadapan dengan kemusykilan dan kekeliruan penanya yang berpusu-pusu bertanya kepadanya. Kemudian, membentak orang lain kerana tidak bertemunya dengan bersemuka dan mempelajari dengannya terlebih dahulu.

Padahal, mereka sendiri pun apabila mengkritik, menghentam dan membantah wahabi atau sesiapa sahaja, mereka sendiri pun tidak berhadapan dengan wahabi atau Ahmad Faiz Hafizuddin atau sesiapa lagi yang lain. Hakikatnya ini adalah hipokrit daripada sebahagian orang yang gemar menutup ketempangan diri dengan undangan pertemuan secara bersemuka.

Apabila ditegur dan dibentangkan hujah, mereka pun tidak layan, tidak mengendahkannya, bahkan mengingkarinya dengan cara kebudak-budakan atau orang yang bodoh. Malah, kita pula dibalas dengan ejekan, sindiran, cercaan dan celaan daripada mereka. Orang sebegini kita ingin bertemu secara bersemuka? Apa guna kalau kita memenuhi undangan untuk kita diejek, disindir dan dicela?

Sebahagian orang yang menyuruh orang lain untuk bertemu di hadapan pun juga dikenali dengan gemar memblokir orang lain dan memadam komen apabila menegurnya di laman sosial. Bagaimana mungkin mahu diharapkan teguran akan sampai dan direalisasikan ketika pertemuan jika sebegini?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/688873012460765184/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-189-jika-ingin-menegur

Keseratus Sembilan Puluh : Orang Awam Perlu Mengikut Ahli Ilmu, Bukan Sebaliknya


Kata Šihābuddīn Abū Ḥafṣ as-Suhrowardiyy :

اعْلَم أَنَّ كَثِيْرَاً من أَهْلِ العِلْمِ قَدْ تَظْهَرُ لَهُ صِحَّةُ قَوْلِ الخَصْمِ ، وَلَكِن لمَّا يَرَى أنَّ الأَتْبَاعَ من العَوَامِ مُلْتَزِمُوْنَ بعَقِيْدَتِهِ ، يَكْرَهُ أَنْ يُظْهِرَ مَا يُضْمِرُهُ ، كَيْلَا يَكْسُدَ سُوْقُهُ عِنْدَهُم ؛ فانْظُر إِلَى هَذِهِ الفِتْنَة ، إِذْ يَصِيْرُ العَالِمُ تَبَعَاً للعَامِّيِّ، وَكَانَ الأَجْدَرُ أَنْ يَكُوْنَ الأَمْرُ بِعَكْسِ ذَلِكَ والله المُسْتَعَانُ عَلَى مَا نَزَغَ بِهِ الشَّيْطَان

"Ketahuilah bahawasanya kebanyakan daripada ahli ilmu telah nyata padanya keabsahan pendapat lawannya. Akan tetapi, tatkala dia melihat para pengikutnya dari kalangan orang awam beriltizam dengan akidahnya, dia membenci untuk menzahirkan apa yang dia menyembunyikannya supaya tidak lesu pasarannya di sisi mereka. Lihatlah terhadap kemelut ini memandangkan terjadinya orang yang berilmu mengikut orang awam, sedangkan yang paling berharga adalah terjadinya perkara itu dengan sebalik itu. Allah jualah yang diharapkan bantuan atas apa yang syaitan menghasut dengannya". [A*lām al-Hudā Wa *Aqīdah Arbāb Ahl at-Tuqō, terhimpun dalam majalah al-Mašriq, m/s 276, bertarikh Jun 1964].

Adakalanya, mereka bukan kerana takut akan hilang pengikutnya. Sebahagian orang tidak mampu menyerlahkan pandangannya, pemikirannya dan kemampuannya kerana dikhuatiri ia akan membebankan hidupnya. Inilah yang berlaku pada Taqiyuddīn as-Subkiyy yang mana dia tidak dapat menyerlahkan kemampuan ijtihadnya sekalipun disepakati kedudukannya sebagai mujtahid. Al-*Irōqiyy berkata :

وقُلْتُ مَرَّةً لِشَيْخِنَا الإِمَامُ البَلْقِينِيُّ رَحِمُهُ اللَّهُ تعَالَى: مَا يَقْصُرُ بِالشَّيْخِ تَقِيِّ الدّينِ السُّبْكِيِّ عَنِ الاجْتِهَاد وَقَدْ اسْتَكْمَلَ آلاَتِهِ؟ وكَيْفَ يُقَلِّدُ؟ ولَمْ أَذْكُرَهُ هو استحيَاءً مِنْهُ لِمَا أُرِيدُ أَنْ أُرَتِّبَ علَى ذَلِكَ، فَسَكَتَ عَنْهُ. فَقُلْتُ: مَا عندي أَنَّ الامتنَاعَ مِنْ ذَلِكَ إِلاَّ لِلوظَائفِ التي قَرَّرَتْ لِلفقهَاءِ علَى المَذَاهِبِ الأَربعةِ، وأَنَّ مَنْ خَرَجَ عَنْ ذَلِكَ وَاجْتَهَدَ لَمْ يَنَلْهُ شَيْءٌ مِنْ ذَلِكَ، وحُرِمَ وِلاَيةُ القضَاءِ، وَامْتَنَعَ النَّاسُ مِنْ استفتَائِه ونُسِبَ لِلبِدْعَةِ. فَتَبَسَّمَ ووَافَقَنِي علَى ذلكَ.

Aku berkata syeikh kami; al-Imām al-Balqīniyy -semoga Allah Ta*ālā merahmatinya-: "Apa yang mencegah aš-Šayẖ Taqiyuddīn as-Subkiyy daripada ijtihad, sedangkan telah semupurna alat-alatnya? Kenapa dia bertaklid?". Aku tidak menyebutkannya bahawa dia merasa malu terhadapnya kerana apa yang aku memaksudkan untuk menyusun kedudukan pada itu. Dia pun terdiam daripadanya. Aku berkata: "Tidak ada menurutku bahawasanya tertegahnya daripada itu melainkan kerana pegawai-pegawai yang memandatorikan mazhab yang empat untuk fuqaha dan bahawasanya sesiapa keluar daripada itu dan berijtihad, pasti sesuatu daripada itu tidak menerimanya, diharamkan pengurusan kehakiman, orang ramai ditegah daripada meminta fatwa daripadanya dan dinisbahkan kepada bidaah". Dia pun senyum dan bersepakat denganku atas itu. [Al-Ġoyṯ al-Hāmi* Šarḥ Jam* al-Jawāmi*, m/s 720, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Muḥammad Tāmir Ḥijāziyy].

Lihat juga apa yang berlaku pada as-Suyūṭiyy apabila dia membawa seruan kepada ijtihad. Dia berkata :

شنع مشنع على دَعْوَى الِاجْتِهَاد بِأَنِّي أُرِيد أَن أعمل مذهبا خَامِسًا وَرُبمَا زادوا أَكثر من ذَلِك وَمثل هَذَا التشنيع إِنَّمَا يمشي على عقول الْعَوام وَمن جرى مجراهم

"Pencemuh mencemuh ke atas seruan ijtihad bahawa aku berkemahuan untuk mendirikan mazhab kelima. Kadangkala, mereka menambah cemuhan yang lebih banyak daripada itu. Cemuhan seperti ini sebenarnya berlegar pada akal orang awam dan orang yang menjejaki haluannya". [Taqrīr al-Istinād Fī Tafsīr al-Ijtihād, m/s 69, keluaran Dār ad-Da*wah, al-Iskandariyyah, tahqiq Fu^ād *Abdul Mun*im Aḥmad].

Padahal, orang pada hari ini setelah 500 tahun kewafatannya memperakui kehebatan ilmunya yang melayakkan dirinya sebagai mujtahid. Akan tetapi, orang pada zamannya langsung tidak menghargainya, malah membalas jasanya dengan cemuhan.

Bayangkan zaman as-Suyūṭiyy sudah kedengaran suara sumbang yang menanggapi bahawa seruan kepada ijtihad adalah untuk mengajak kepada mazhab yang kelima atau mazhab sendiri. Pada hari ini, ia adalah respons yang biasa dan sentiasa dijadikan bahan olok-olokan Sedangkan, mereka yang menyindir dan mengejek ini langsung tidak mengerti asas seruan kepada ini.

Saya teringat kata-kata Šihābuddīn Abū al-Qōsim *Abdul Roḥmān ad-Dimašqiyy bagaimana orang di zamannya mula memperlekeh gerak usaha untuk ijthad. Katanya :

ولم ينظروا فيما نظر فيه المتقدمون من الاستنباط من الأصلين الكتاب والسنة، بل صارت أقوال أئمتهم بمنزلة الأصلين، فأخذوها مسلمة مفروغا منها، ففرعوا عليها، واستنبطوا منها، ولم يبق لهم نظر إلا فيها، وأعرضوا عن علوم الأصلين، فعدم المجتهدون، وغلب المقلدون، حتى صاروا ممن يروم رتبة الاجتهاد يعجبون، وله يزدرون، وكثر التعصب للمذاهب، وقلت النصفة وبانت المثالب، ودبت بينهم العقارب، فجرى من بعضهم في بعض العجائب والغرائب، وآل بهم التعصب إلى أن صار أحدهم إذا أورد عليه شيء من الكتاب والسنة الثابتة على خلاف مذهبه يجتهد في دفعه بكل سبيل من التأويل البعيد نصرة لقوله، وإعراضا عما يجب عليه الأخذ به، ولو كان ذلك وصل إلى إمامه الذي يقلده هذا المتعصب لقابله ذلك الإمام بالتعظيم والتبجيل، ولصار إليه إن لم يعارضه دليل.

Mereka tidak melihat melalui apa yang para pendahulu melihatnya melalui penggalian hukum daripada dua sumber, iaitu al-Kitāb dan sunnah. Malah, pendapat para imam mereka menjadi bersekedudukan dengan dua sumber itu. Lalu, mereka mengambilnya sebagai diktum, dikelilingi padanya dan menggali hukum daripadanya. Tidaklah mereka berkekalan dengannya melainkan dengannya. Mereka berpaling daripada ilmu-ilmu dua sumber tersebut. Lantas, tiadalah para mujtahid dan para pentaklid mendominasi sehingga mereka menjadi pelik dan memperlekeh terhadap mereka yang mendambakan kedudukan ijtihad. Tersebarlah ketaksuban mazhab. Sedikitnya kesaksamaan, menyatalah kejelekan-kejelekan, menjalar sengatan sesama mereka. Menjadilah dalam kalangan sebahagian mereka dalam yang pelik dan gharib. Dengan sebab mereka, menjadilah ketaksuban itu sehingga terjadinya salah seorang daripada mereka yang apabila dibawakan sesuatu daripada al-Kitāb dan sunnah yang kukuh yang menyelisihi mazhabnya, pasti dia bersungguh dalam menolaknya dengan setiap cara berupa takwil yang jauh kerana membela pendapatnya serta berpaling daripada apa yang wajib untuk dia mengambilnya. Kalaulah itu sampai kepada imamnya yang dia bertaklidnya dengan ketaksuban ini, pasti dia menghadap imam itu dengan penuh pengagungan dan sanjungan dan pasti dia menuju kepadanya jika dalil tidak menyanggahinya. [H̱uṭbah al-Kitāb al-Mu^ammal Li ar-Rodd Ilā al-Amr al-Awwal, m/s 100, keluaran Aḍwā^ as-Salaf].

Bayangkan di zaman sebelum as-Suyūṭiyy sahaja sudah ada orang yang menganggap lekeh terhadap orang yang ingin mencapai kedudukan ijtihad. Apatah lagi di zamannya dan zaman sekarang.

Beginilah dampaknya apabila keberagamaan dan keilmuan kita ingin mengikut rentak orang awam atau dogma sekeliling, bukan atas dasar intelektulisme yang sejati dan perjuangan untuk kefahaman yang sejati dan kebenaran yang agung. Jika kita ingin melayani apa yang menjadi rasa senang untuk mereka, maka sampai bila-bila pun kita tidak dapat memperkasakan ilmu dalam masyarakat.

Sebab itulah zahirnya para penglipur lara dan orang bodoh diangkat menjadi ulama, sedangkan mereka tidak layak untuknya. Ini kerana mereka inilah yang menjadi pemuas kepada apa yang masyarakat ini cari, bukan apa yang masyarakat perlukan. Ulama sejati yang menegurnya dan menjelaskan kebenaran pula ditentang habis-habisan, lalu dituduh pemecah belah masyarakat, penentang para ulama dan tidak menghormati tradisi tempatan yang telah lama mengukuh.

Yang melucukan adalah mereka ini mengeluh mengapa semakin ramai orang yang jahil membiak dengan pantas dan tumbuh bagai cendawan selepas hujan serta mendapat kedudukan yang sukar dicabar melainkan orang yang kuat mentalnya dan tabah jiwanya. Padahal, mereka sendirilah yang selama ini membudayakan dan mempertajamkan kebodohan ini dengan menengepikan para ulama yang tulen dan manhaj keilmuan yang asli.

Mereka yang membina budaya keilmuan yang rosak dan sekarang, rasakanlah sendiri kerosakan dari tangan mereka sendiri. Mereka adalah penjenayah kerana menjadi penyebab sebahagian ulama sejati tidak mampu menyerlahkan kewibawaannya dan terhalang untuk mendapat hak yang seberhaknya untuk mereka. Sekarang, barulah mereka terhegeh-hegeh untuk menagih rawatan, sedangkan vaksin dan langkah pencegahan yang ditawarkan dari awal lagi tidak dipeduli.

Atas sebab itulah para ulama tidak sepatutnya terbawa-bawa dengan rentak masyarakat kerana mereka tidak tahu apa yang mereka perlukan. Mereka hanya tahu apa yang menyenangkan hatinya. Mereka ini mendambakan para wira untuk melindungi kepentingan umat dan memartabatkan kedudukan mereka, tetapi mereka ini seringkali menyisihkannya dan memusuhinya kerana mereka sangat jahil terhadap keperluan mereka dan kebaikan yang lebih bermakna daripada apa yang selama ini mereka tanggap.

Boleh jadi apa yang diharapkan pada seorang wira dari orang awam adalah mereka yang sentiasa mencurahkan apa yang mereka inginkan dan gemar terhadapnya, bukan apa yang mereka lebih memerlukannya. Yang malang sekali adalah pemuka yang ingin menyahut dan menuruti keinginan mereka dengan menyajikan yang bersesuaian dengan sentimen masyarakat berbanding betul-betul fokus untuk ilmu, keberagamaan yang kritis, pembinaan masyarakat yang bermutu dan peradaban yang matang, seterusnya keredhaan Allah yang satu-satunya.

Jika orang awam menginginkan ijazah amalan yang disandarkan pada wali Allah, orang soleh dan para ulama, maka pemuka ini yang menghidangkan menu-menu yang diminta. Jika orang awam menginginkan penentangan terhadap wahabi, pemuka ini alam berlayar di arus mereka untuk menjadi penyemarak obor semangat mereka, membekalkan pelbagai perangsang dan mengelilingi mereka dengan beraneka hasutan.

Para pemuka ini mendapat tempat di masyarakat kerana berjaya mempengaruhi mereka dengan melunaskan apa yang arus setempat mahu, bukan di atas pemupukan air tangan yang tulus untuk membangunkan mental, intelek dan rohani. Mereka tidak ubah seperti membina kultus yang orang sekelilingnya memujanya dan mereka terus menerus mencandukan masyarakat dengan ketaksuban, kebekuan akal dan dunia binari.

Orang awam sudah dalam rosak, tetapi pemuka inilah yang menambahkan lagi kerosakan. Mereka tidak sedar manisan yang dijamukan secara berterusan ini lambat laun akan merosakkan tubuh masyarakat. Mereka mungkin tidak nampak kerosakan ini kerana terlalu sibuk fokus dengna penyalahan terhadap wahabi dan candu yang mereka teguk. Hanya Allah sahajalah yang kita mengharapkan pertolongan dalam membetulkan penyakit yang membadai umat ini.

Keseratus Sembilan Puluh Satu : Bersetuju Dengan Beberapa Pandangan Bagi Seseorang Atau Aliran Bukan Bermakna Sefikrah Dengannya


Kitab «Dā*iyatan Wa Laysa Nabiyyan : Qirō^atun Naqdiyyah Li Maḏhab aš-Šayẖ Muḥammad Ibn *Abd al-Wahhāb» karya Ḥasan bin Farḥān al-Mālikiyy menampilkan kritikan terhadap teks-teks daripada Muḥammad bin *Abdul Wahhāb yang ekstrim lagi melampau sehingga jelas-jelas mengkafirkan ramai umat Islam sezaman dengannya atas kempen penentangan terhadap pelampauan dalam pengagungan terhadap orang soleh, penyembahan di kubur dan meminta syafaat daripada yang mati serta melebihkan golongan kafir musyrik berbanding orang muslim sezaman dengannya atau menjadikan golongan itu sebagai sasaran kepada yang sama kepada muslim sekitarnya.

Akan tetapi, sekalipun penulis seorang zaydian, dia memihak pandangan Muḥammad bin *Abdul Wahhāb dalam isu tiada keberkatan daripada orang soleh, tiada tawassul dengan orang mati dan mengharapkan pengabulan hajat melalui meminta dari orang yang wafat di kuburnya meskipun dia menghasilkan kitab yang khas untuk menyelar dan mengkritik ekstrimisme Muḥammad bin *Abdul Wahhāb.

Dalam hal ini, nyatalah bahawa menyetujui beberapa pandangan daripada seseorang atau sesuatu aliran atau mengaplikasikan beberapa metodologi daripadanya atau berkongsi perjuangan sama seperti seseorang atau suatu aliran bukan bermakna ia sefikrah dengan individu atau aliran tersebut. Perbezaannya samalah seperti sosialisme dan komunisme. Menyetujui idea-idea sosialisme bukan bermakna sefikrah dengan komunisme.

Saya pernah melihat sekelompok daripada ašᶜarian yang walaupun tidak bersetuju dengan pendekatan ekstrim daripada Muḥammad bin *Abdul Wahhāb dalam menentang amalan pemujaan di kubur, tetapi mevalidasi dorongan penentangannya disebabkan wujudnya pengaruh pelampauan sufi daripadanya. Namun, mereka ini sama-sama dikelompokkan dalam golongan wahabi walaupun mereka ini dengan jelas menampilkan perbezaan fikrahnya dan manhajnya dengan Muḥammad bin *Abdul Wahhāb dan pengikutnya.

Para pelabel ini mungkin sahaja tidak tahu kewujudan kitab ini atau penulis ini. Jika mereka sedar, sekurang-kurangnya mereka menahan diri daripada melabel orang lain hanya kerana tidak sependapat dengannya atau mengelompokkannya dalam golongan yang salah. Sesungguhnya pelabelan ini adalah cara mudah untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab ilmiah dan menyahkreditkan pandangan orang lain.

Sama juga apabila dikutip pandangan Ibn Taymiyyah dan Ibn Qoyyim al-Jawziyyah. Sebahagian orang menuduhnya sebagai pengikutnya, padahal kutipan itu hanya sekadar menyebutkan bahagian yang dipersetujui oleh penulis, tetapi tidak mahu menggunakan lafaz sendiri dan kalam mereka berdua atau salah satu daripadanya sudah cukup menjelaskan apa yang ingin disampaikan atau kalam mereka berdua sebagai penguat sahaja, bukan teras utama dalam pengukuhan pandangan.

Terlampau mudah mengelompokkan seseorang hanya kerana bersepakat dan seiringan dalam suatu padangan atau beberapa daripadanya adalah orang yang sempit dimensi pandangannya dalam melihat keunikan masing-masing dan kepelbagaian setiap orang, khususnya dari kalangan ilmuwan. Mereka hanya nampak kebenaran dan kesesatan hanya pada label dan kelompok atau individu, bukan disebabkan kebenaran itu sendiri.

Atas sebab itulah sangat penting mengenali kebenaran terlebih dahulu. Bukan menjadi individu atau kelompok tertentu sebagai parameter dan aras bagi penentu salah dan benar. Corak fikir yang sempit hanya akan melahirkan kefahaman agama yang sempit lagi tidak progresif.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/689599181421215744/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-191-bersetuju-dengan

Keseratus Sembilan Puluh Dua : ₍Sadd aḏ-Ḏarō^i*₎ Yang Sembarangan Diguna Pakai


Saya di penulisan saya yang berjudul «Khuatir Fitnah Yang Membawa Fitnah», «Tersalah Menghalalkan Sesuatu Lebih Baik Dari Tersalah Mengharamkan Sesuatu» dan di pelbagai tempat yang lain telah mengingatkan agar kaedah ₍Sadd aḏ-Ḏarō^i*₎; penghadang haluan kerosakan tidak diguna pakai sewenang-wenangnya dan sembarangan untuk apa jua alasan walaupun zahir kelihatannya seperti memiliki valid seperti menjaga agama seseornag, memelihara maruah seorang muslim, menimbulkan syahwat, mencetuskan fitnah dan pelbagai lagi yang lain.

Akan tetapi, sebilangan agamawan sememangnya suka guna cara ini apabila gagal mengemukakan bukti pengharaman dalam menyelisihi pihak lawan. Dengan alasan-alasan yang disebutkan tadi sebagai contoh, dapatlah mereka menzahirkan keabsahan pandangan mereka dan itulah cara mereka untuk meraih kemenangan walaupun ia adalah andaian yang berkemungkinan kosong, sangkaan, tekaan, lepas cakap, kesilapan atau mungkin dia sendiri telah melakukan fitnah yang tidak sepatutnya.

Paling parah adalah para rahib dan puritan suka menggunakan kaedah ini untuk menampilkan bahawa keberagamaan yang ketat dan membebankan itulah yang paling benar, paling selamat dan paling sejati. Mereka tidak mampu menunjukkan dalil pengharamannya, tetapi dengan cara menggambarkan secara buruk kepada beberapa perkara yang harus dan halal, maka orang yang cetek akalnya dan dangkal pemerhatiannya akan terpedaya bahawa itu adalah sesuatu yang seolah-olah haram dibuat kerana itu tidak baik untuk agama.

Mereka tidak berkata bahawa mereka mengguna pakai kaedah ini secara eksplisit, tetapi mereka menggunakan cara halus sama ada secara verbal, isyarat atau cara yang mereka tampilkan dalam ceramah atau fatwa atau tanggapan yang mereka berikan padanya.

Saya sememangnya pernah mencadangkan bahawa agar pengajian uṣūl fiqh mengingatkan dan membahaskan isu ini dalam topik kaedah ini supaya tidak memberikan ruang bahawa ia menjadi jenayah oleh sebahagian agamawan untuk mengeksploitasi orang sekelilingnya. Perkara ini bukan saya seorang sahaja yang menyuarakan. Malah, ia juga adalah realiti yang tidak boleh dinafikan dan memerlukan langkah pembendungan agar ini tidak terjadi.

Jika tidak, maka besarlah implikasinya. Kalau penulisan yang telah saya bentangkan dan apa yang tertera pada gambar ini tidak cukup sebagai peringatan, maka saya kira yang menjadi masalah adalah corak pemikiran dalam keberagamaan seseorang.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/691125210434453504/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-192-sadd-a%E1%B8%8F-%E1%B8%8Far%C5%8D-i

Keseratus Sembilan Puluh Tiga : Pengikut Ibn *Arobiyy Yang Menuduh Para Pengkritiknya Sebagai Taksub Terhadap Pengkritiknya


Mungkin sahaja pembela Ibn *Arobiyy tidak sedar bahawa terdapat ramai ulama yang mengindikasikan kekafirannya seperti Burhānuddīn al-Baqō*iyy, Nūruddīn al-Bakriyy aš-Šāfi*iyy, Tayiuddīn as-Subkiyy, Zaynuddīn al-*Irōqiyy, Abū Zur*ah al-*Irōqiyy, al-Mizziyy, Sirōjuddīn al-Bulqīniyy, Badruddīn Ibn Jamā*ah, Ibn H̱oldūn, Najmuddīn al-Bālisiyy, Abū Ḥayyān al-Andalusiyy dan Šamsuddīn Muḥammad bin Yūsuf al-Jazariyy aš-Šāfi*iyy.

Jika ramai nama-nama besar ini yang mengindikasikan sebegini, ini bermakna bahawa akidah yang dibawa Ibn *Arobiyy sangat serius dan orang yang berilmu tentang hal ini perlu mengingatkannya agar orang sekurang-kurangnya lebih berhati-hati. Adakah menyampaikan peringatan tentang bahaya Ibn *Arobiyy ini sepertimana yang sebahagian isunya ditimbulkan secara jelas dalam karya para ulama adalah perbuatan wahabi dan takfīrĩ?

Kalaulah *Alā^uddīn al-Buẖōriyy masih hidup pada hari ini, dia juga akan dipermainkan dengan label takfīrĩ kerana perlebih-lebihannya dalam mengutuk Ibn *Arobiyy melalui kitabnya «Fāḍiḥah al-Mulḥidīn Wa Nāṣiḥah al-Muwaḥḥidīn». Sebegitu juga dengan Burhānuddīn al-Baqō*iyy melalui kitabnya «Tanbīh al-Ġobiyy Ilā Takfīr Ibn *Arobiyy» kerana mengumpulkan kalam-kalam Ibn *Arobiyy yang mengindikasikan kekufurannya.

Agaknya mereka terlupa satu perkara. Mereka jugalah seringkali paling pantas menuduh orang lain sebagai wahabi, musyabbihah, mujassimah dan hasywiah walaupun beberapa daripadanya adalah mangsa yang tidak bersalah dan dizalimi dalam pelabelan. Tidakkah mereka beringat bahawa tuduhan seperti ini jika ia bukan bentuk pengkafiran, ia adalah bidaah yang berat yang selapis dari kekufuran.

Mereka sendiri sebenarnya berkata agar jangan taksub dengan wahabi, tetapi dalam masa yang sama, mereka adalah pentaksub yang menuduh sesat orang yang mereka label sebagai wahabi, musyabbihah, mujassimah dan hasywiah. Mereka ini seringkali menyasarkan celaan terhadap orang yang tidak seberapa dalam kritikannya walaupun kritikan orang itu berasaskan dari nama besar yang disebutkan.

Mereka pada asalnya seolah-olah cuba memfokuskan konfrotasi dengan wahabi atau yang dianggap sebulu dengannya supaya dapat menyelindungkan diri bahawa mereka sebenarnya tidak mampu menghadam kritikan ulama jaguhan terhadap Ibn *Arobiyy dan menampakkan diri kepada orang ramai bahawa orang yang kerdil sesudahnya yang sebenarnya memusuhi Ibn *Arobiyy dan orang inilah yang mereka sedang berhadapan, bukan para ulama kebesaran dahulu.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/692010686010818560/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-193-pengikut-ibn-arobiyy

Keseratus Sembilan Puluh Empat : Siapa Sebenarnya Yang Tidak Menghormati Ulama?


Saya dan beberapa insan yang lain sudah biasa dengan tohmahan dan celaan bahawa kita ini tidak mengikut ulama, bersikap biadap berhadap tokoh ilmuwan dalam mengkritik dan seringkali membenamkan kewibawaan beberapa ulama daripada aliran mereka yang seringkali mendakwa bahawa mereka ini pengikut majoriti ulama, menjunjung mahaj ulama dan pelbagai lagi yang seumpamanya ketikamana kita menyatakan ketidaksetujuan dan penyelisihan kita terhadap pandangan ulama mereka.

Namun, lihat sendiri apabila mereka mengkritik pandangan ulama atau menyelisihi ulama itu sendiri apabila tidak secocok dengan mereka. Mereka tidak segan silu menyatakan bahawa tokoh ilmuwan sebelum Musṭofā Ṣobriyy terkeliru dalam memahami maksud Ibn *Arobiyy. Siapakah yang keliru? Adakah Burhānuddīn al-Baqō*iyy, Nūruddīn al-Bakriyy aš-Šāfi*iyy, Tayiuddīn as-Subkiyy, Zaynuddīn al-*Irōqiyy, Abū Zur*ah al-*Irōqiyy, al-Mizziyy, Sirōjuddīn al-Bulqīniyy, Badruddīn Ibn Jamā*ah, Ibn H̱oldūn, Najmuddīn al-Bālisiyy, Abū Ḥayyān al-Andalusiyy dan Šamsuddīn Muḥammad bin Yūsuf al-Jazariyy aš-Šāfi*iyy yang mengindikasikan kekafiran padanya?

Bayangkan kalau kita yang bercakap bahawa beberapa daripada ulama salah faham dan keliru dalam suatu pandangan atau suatu isu. Berhari-hari mereka akan menaburkan kutukan terhadap kita sehingga penghujahan ilmiah kita terselindung dari pandangan mereka. Berpusu-pusu mereka melonggokkan manaqib tokoh tertentu yang dikritik demi memandang rendah terhadap kita dan berpaling untuk fokus kepada isu yang sebenarnya.

Kemudian, lihat pula mereka yang memburukkan Abū Bakr al-H̱ollāl. Siapa majoriti ulama yang mereka dakwa mereka mengikutinya yang menuduhnya sebagai mujassim? Mereka pasti tidak akan jumpa yang menyatakan sedemikian walaupun daripada aš*arian melainkan setelah sembilan ratus kewafatannya.

Bayangkan kalau mereka mendengar an-Nawawiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy tidak diiktiraf berakidah ahli sunnah. Hampir-hampir bumi ini berkecai dan langit ini pecah kerana menanggung berang mereka yang meluap-luap. Namun, apakah ada perasaan yang sama ketika Abū Bakr al-H̱ollāl dicemarkan namanya sebegitu? Lekeh sangatkah Abū Bakr al-H̱ollāl dalam bidang akidah jika dibandingkan kedua-duanya?

Hakikatnya, mereka sendiri sebenarnya bersikap biadap terhadap ulama, tidak hormat terhadapnya dan merendahkan kewibawaannya. Bahkan, mereka ini sebenarnya sepadan dengan pepatah yang menyebutkan: "Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih" dan "Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri".

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/692836556076171264/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-194-siapa-sebenarnya-yang

Keseratus Sembilan Puluh LimaPerajihan Dalam Perselisihan Antara Pujian Dengan Nyahkredit Pada Seseorang Ilmuwan


Ada beberapa perkara yang saya dapat saya sampaikan bagi merespons hantaran ini.

Pertama, Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy memujinya dengan memanggilnya sebagai Šayẖ al-Islām sepertimana yang dikutip Mar*iyy al-Karmiyy dalam «aš-Šahādah az-Zakiyyah Fī Ṯanā^ al-A^immah *Alā Ibn Taymiyyah». Jalāluddīn as-Suyūṭiyy dalam «Ṣown al-Manṭiq Wa al-Kalām *An Fann al-Manṭiq Wa al-Kalām» juga memanggilnya sebagai Šayẖ al-Islām.

Sebahagian orang, khususnya ašᶜarian alergik dengan panggilan Šayẖ al-Islām kepada Ibn Taymiyyah dan seolah-olah dia tidak layak untuk gelaran ini. Bahkan, ada yang sampai mengatakan bahawa hanya mujassimah sahaja yang memberikan gelaran sedemikian.

Saya menduga antara sebab Mar*iyy al-Karmiyy menulis kitab «aš-Šahādah aḏ-Ḏakiyyah Fī Ṯanā^ al-A^immah *Alā Ibn Taymiyyah» adalah kerana ingin merespons sebahagian orang yang keterlaluan terhadap Ibn Taymiyyah sehingga orang yang memberi gelaran Šayẖ al-Islām kepadanya dikafirkan! Apatah lagi sosok individu yang dimaksudkan. Sekarang, sejarah telah berulang sama melalui kewujudan kelompok itu.

Saya secara peribadi walaupun menyatakan bahawa Ibn Taymiyyah adalah mujassim sepertimana yang saya bentangkan dalam penulisan saya yang berjudul «Penajaman Deria Dalam Mengenali Sifat Yang Maha Mulia», saya tetap tidak menafikan kedudukan ilmunya yang selayaknya dipanggil Šayẖ al-Islām sepertimana yang disebutkan al-*Asqolāniyy dan as-Suyūṭiyy.

Sebenci mana pun kita terhadapnya, janganlah sampai berlebihan sehingga menafikan kedudukan yang selayaknya. Lebih-lebih ia telah diberikan pengakuan oleh lawan alirannya sendiri seperti al-*Asqolāniyy dan as-Suyūṭiyy. Saya tidak tahu pelampau lancang ini yang menyatakan bahawa hanya mujassimah sahaja yang memberikan gelaran itu kerana tidak tidak tahu pendirian al-*Asqolāniyy dan as-Suyūṭiyy dan kalaulah mereka tahu, pasti mereka tertunduk malu disebabkan kelancangan mereka atau kerana sememangnya sudah tahu, tetapi berangnya itu membawanya kepada rakus dan buas.

Kedua, saya sangat hairan apabila aswajaean melakukan perajihan terhadap perselisihan antara ulama yang memujinya dengan ulama yang menyahkreditkannya. Kalaulah salafi lakukan sedemikian seperti pada Faẖruddīn ar-Rōziyy atau Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy, pasti dikutuk habis-habisan dan dituduh sebagai orang yang tidak memperlekehkan kewibawaan ulama.

Malah, apa yang dilakukan sebahagian ašᶜarian pada Ibn *Arobiyy juga mendapat kejian daripada sebahagian pengikutnya dan pembelanya dengan tuduhan pembenci wali Allah dan seumpamanya meskipun ramai daripada para ulama yang mengindikasikan kekafirannya seperti Burhānuddīn al-Baqō*iyy, Nūruddīn al-Bakriyy aš-Šāfi*iyy, Tayiuddīn as-Subkiyy, Zaynuddīn al-*Irōqiyy, Abū Zur*ah al-*Irōqiyy, al-Mizziyy, Sirōjuddīn al-Bulqīniyy, Badruddīn Ibn Jamā*ah, Ibn H̱oldūn, Najmuddīn al-Bālisiyy, Abū Ḥayyān al-Andalusiyy dan Šamsuddīn Muḥammad bin Yūsuf al-Jazariyy aš-Šāfi*iyy.

Ini bermakna masing-masing ada hak untuk menentukan status seseorang tokoh ilmuwan itu selagimana di atas ilmu dan kajian yang sewajarnya. Jangan hanya Ibn Taymiyyah sahaja yang dijadikan subjek pertikaian dalam menentukan kedudukannya dalam bidang ilmu, tetapi pada orang lain seperti Ibn *Arobiyy dicemuh dengan begitu keji sekali, menuduhnya sebagai insan yang tidak mengenali kedudukan ulama atau tidak mempertikaikan kesarjanaannya dan sama sekali tidak diberi ruang untuk perbincangan.

Ketiga, jika berbicara tentang kaedah penetapan didahului dengan penafian, ini mengingatkan saya ketika saya menolak dakwaan Ibn Ḥajar al-Haytamiyy dalam «al-Fatāwā al-Ḥadīṯiyyah» bahawa terdapat sisipan palsu pada kitab «al-Ġunyah» karya *Abdul Qōdir al-Jaylāniyy dengan saya membawakan bukti sarjana ḥanbalian tidak menjadikannya isu dan mereka mengutip pandangannya pada kitab itu dalam kitab mereka tanpa ada apa-apa masalah seperti Ibn Mufliḥ al-Ḥanbaliyy dalam «al-Furū*», Mansūr bin Yūnus al-Bahūtiyy dalam «Kašf al-Qinā* *An Matn al-Iqnā*», *Abdullah bin *Abdul Roḥmān al-H̱olwatiyy dalam «Kašf al-Muẖoddarōt Wa ar-Riyāḍ al-Muzhirōt Li Šarḥ Aẖḍor al-Muẖtaṣorōt», as-Saffāriniyy dalam «Ġiḏā^ al-Albāb Fī Šarḥ Manẓūmah al-Ādāb», *Abdul Qōdir bin *Umar dalam «Nayl al-Ma^ārib Bi Šarḥ Dalīl aṭ-Ṭōlib, Muṣṭofā bin Sa*d ar-Ruḥaybāniyy» dalam «Maṭōlib Ūlī an-Nuhā Fī Šarḥ Ġōyah al-Muntahā» dan pelbagai lagi, mereka berkata: "Kamu siapa ingin menolak pandangan Ibn Ḥajar al-Haytamiyy yang merupakan tokoh ulama besar?".

Saya juga akan katakan, siapa pula mereka untuk menolak penerimaan Ibn Mufliḥ al-Ḥanbaliyy, Mansūr bin Yūnus al-Bahūtiyy, *Abdullah bin *Abdul Roḥmān al-H̱olwatiyy dan lain-lain yang disebutkan terhadap keaslian kitab itu dan tidak ada apa-apa masalah padanya? Patutkah mereka mendiamkannya kerana ia melibatkan sisipan yang serius terhadap karya ulama yang seringkali dirujuk? Atau sebenarnya al-Haytamiyy yang tersilap atau membuat dakwaan sembarangan tanpa bukti?

Saya selalu sahaja merasa sinis dengan kata-kata sebegini kerana kebiasaan yang saya jumpa yang berkata sebegini adalah orang bodoh yang bertaklid yang tiada semangat untuk kritis atau jika pandai pun, dia ingin kekal taksub.

Mereka sedar atau tidak kalau kita terima dakwaan ini, bermakna kitab ini yang menjadi rujukan para fuqaha ḥanbalian yang hidup setelah zaman al-Haytamiyy dalam menghasilkan kitab fiqh ini juga perlu diragukan kerana kemungkinan kutipan mereka itu adanya sisipan palsu!

Sekarang, di mana suara mereka untuk membangkitkan isu ini seperti al-Haytamiyy ? Adakah mereka ini tidak tahu kewujudannya atau tahu, tetapi sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan masyarakat?

Sebab itulah bukan semua pandangan seseorang tokoh itu diambil dan diterima, malah sememangnya tidak ada nilai pemberat pun. Sekarang dalam isu ini, di mana kedudukan dakwaan atau pandangan al-Haytamiyy? Ini kerana pendapat bukan sekadar pendapat sahaja tanpa ada apa-apa makna dan kesan.

Kalau kita terima sebagai ikhtilaf muktabar pun, ia ada kesan yang besar dan ia adalah yang telah saya sebutkan. Tentu lebih besar kesannya kalau kita terima ini sebagai yang lebih kuat berbanding sekadar ikhtilaf sahaja.

Sebab itulah sememangnya wajar ditolak pandangan ini dan tidak perlu dipedulikan lagi kerana itu penerimaannya akan menyebabkan keraguan terhadap penukilan tokoh ḥanbalian dalam kitab fiqh mereka.

Orang yang bertaklid lagi tiada daya kritis sememangnya tidak akan dapat faham hakikat ini. Sudahlah tidak tahu kedudukan ikhtilaf suatu pandangan, apatah lagi menyingkapi kebenaran di sebaliknya. Saya membentangkan hujah dan mempertahankan tokoh ḥanbalian dari terbuka pintu keraguan terhadap penukilan mereka, dia pula menjawab balas dengan ₍Argumentum Ad Verecundiam₎. Orang sebegini memang tidak patut pun menyertai diskusi ilmu kerana mereka ini tidak memberi manfaat pun untuk penyampaian hujah.

Manakala, orang taksub pula sememangnya tidak ada guna lagi mengemukakan hujah kerana mereka dari awal lagi tidak redha dan tidak mahu membuka mata dan telinga untuk mengamati apa yang ada di sisi pihak yang menongkahnya.

Ilmu dan kemampuan akalnya tidak menjadi anugerah yang bermanfaat buat dirinya sendiri. Sengaja dia menyia-nyiakannya kerana mahu berkeras mengikuti seseorang tokoh. Sememangnya ibarat mencurah air ke daun keladi.

Yang menghairankan adalah apabila berbicara tentang Ibn Taymiyyah atau sesiapa sahaja yang lain, sebahagian orang gemar mengekehadapan kaedah penetapan didahulukan berbandingkan penafian sama ada secara terang-terangan atau tersirat sambil mengingatkan orang ramai agar ikuti kebenaran dan jangan taksub apabila telah disabitkan buktinya daripada pembentangan mereka.

Apabila giliran kita untuk membuat yang sama pada tokoh mereka atau pandangan-pandangan yang spesifik daripadanya, kita tidak ada keizinan untuk itu, malah berderas-deras penolakan dan berbatu-batu pengingkaran mereka atas dasar taklid dan taksub. Orang ini sememangnya mahu kita tunduk diam, benci siapa atau apa yang mereka benci dan terima siapa atau apa yang mereka terima.

Keempat, daripada apa yang disebutkan di sini, sememangnya ada bahagian yang seseorang yang telah mencapai martabat al-Ḥāfiẓ, bahkan Amīr al-Mu^minīn dalam hadis dan keilmuan seperti Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy yang terlepas, kurang cakna terhadapnya dan sedikit capaian padanya. Inilah yang diakui oleh mereka sendiri.

Saya hairan kalau mereka lancang sebegini untuk mana-mana pujian ulama terhadap Ibn Taymiyyah, tetapi untuk kes-kes lain yang agakan kita adalah bahawa sebahagian ulama itu tidak tahu atau kurang pengetahuan atau tidak mendalam capaiannya atau tidak sampai hadis atau riwayat kepadanya dijerkah seolah-olah tiada ruang kemaafan dan kalau boleh membunuh orang lain dengan jerkahan itu, mereka sanggup melakukannya. 

Kita patut merasa bala apabila orang sebegini cuba masuk ke lapangan ilmiah yang membebaskan diri daripada belenggu taklid atau tekanan mana-mana pihak sama ada individu atau kelompok tertentu dan fokus kepada timbangan dan pengukuran. Seringkali perbincangan yang murni ini dirosakkan orang yang tidak akan puas selagimana hidangan kita tidak menyelerakannya walaupun sedahsyat mana usaha kita untuk menjamu yang terbaik.

Keseratus Sembilan Puluh EnamFenomena ₍Deformation Professionnelle₎ Dan Kecenderungan Si Penukul


Fenomena ₍Deformation Professionnelle₎ atau adakalanya dikaitan dengan kecenderungan si penukul adalah di mana seorang profesional yang diperakui profesionalitinya dalam bidangnya, tetapi memiliki kecenderungan atau melakukan salah laku yang menyalahi etika profesionalitinya yang sewajarnya sama ada kerana kegelinciran yang tidak sengaja atau motif yang ditekadkan sebegitu.

Antara isu yang disentuh dalam fenomena ini adalah adakalanya profesional memandang dunia atau sesuatu permasalahan terhad kepada kepakarannya, kemahirannya dan kemampuannya sehingga mengabaikan bidang-bidang lain yang diperlukan dalam mendapatkan gambaran yang menyeluruh, jelas dan jernih sepertimana seseorang menyelesaikan masalah pada paku adalah dengan mengetuk dengan tukul sahaja.

Contohnya adalah apabila dianalisis tentang isu kadar bunuh diri yang meningkat di sesebuah negara, ekonomiwan akan menganggap bahawa masalah ekonomi punca kepadanya, psikologiwan akan memandang bahawa masalah psikologi sebenarnya yang mendorong kepadanya, agamawan pula akan memandang bahawa ia adalah masalah keberagamaan pada individu tersebut dan begitulah seterusnya.

Antara isu lain yang ada pada fenomena ini adalah sekalipun seseorang itu profesional dan memiliki kewibawaan dalam bidangnya, adakalanya dia melampaui batas dan membuat salah laku yang menyalahi etika profesionalitinya sama ada sengaja atau tidak sengaja sepertimana paku yang ditukul dengan kuat menyebabkan paku itu menjadi bengkok atau permukaan yang ditukul itu menjadi rosak akibat kecuaian, kealpaan, ketidaksengajaan atau sikap berlebihan daripada penukul.

Contohnya adalah seseorang yang memiliki kemahiran dalam kewartawanan. Adakalanya, dia juga melakukan bias atau menggambarkan sesuatu perkara dalam penyampaian berita secara mentah sama ada kerana ada motif yang tertentu atau membela sesuatu pihak atau ingin menjatuhkan seseorang atau sesuatu pihak atau sememangnya dia kurang maklumat tentangnya sehingga dia hanya mampu melihat dari dimensi terhad itu sahaja.

Apabila kita meneliti latar belakangnya, kelulusannya dan pencapaiannya, tidak akan ada siapa yang meragui keunggulannya dalam bidang tersebut sama ada dari sudut pengetahuan, kecaknaan, kegeniusan dan pengalaman. Namun, salah laku dan pelanggaran etika yang jelas itu tidak boleh diterima dan disedari meskipun dari yang bukan bidang wartawan sehingga kita jika kita tidak menyalahkannya, kita akan mempersoalkannya.

Kerana itulah walaupun kita memperakui kepakaran seseorang dalam sesuatu bidang, bukan bermakna kita menjustifikasikan segenap apa yang dia menyimpulkannya, apa yang dia berpendirian pada dan apa yang dia lakukan atau kita menerima bulat-bulat terhadap dapatannya atau menganggap semua yang daripadanya adalah autoritatif yang infallibel yang tidak boleh dipersoal dan disemak semula.

Adakalanya, kita perlu mengambil inisiatif atau membebaskan diri daripada taklid terhadapnya dan terjun ke lapangan kajian secara spesifik dalam permasalahan, topik atau isu tersebut. Ini kerana boleh jadi dia tersilap, cuai, terlepas pandang, alpa, lalai atau mungkin sememangnya sengaja untuk melakukan sesuatu yang menyalahi etika untuk agenda tertentu.

Apa yang kita lakukan itu bukan untuk merendahkan martabatnya atau usaha untuk menjatuhkan kedudukannya atau ingin mencela peribadinya setelahmana terbukti kelayakannya sebagai orang yang profesional dalam bidang itu. Akan tetapi, kita hanya fokus pada permasalahan tertentu sambil mengiktiraf segala kebaikan, kontribusi, ketepatan dan keunggulannya yang lain sama ada yang kita tahu atau tidak tahu melainkan jika kesalahan tersebut adalah fatal bersama rekod buruk yang banyak yang menjejaskan kewibawaannya.

Samalah seperti kes Baššār *Awwād Ma*rūf yang dibentangkan dalam gambar ini. Tidak ada siapa yang meragukan kewibawaannya, kepakarannya dan ketokohannya dalam bidang tahqiq kitab. Akan tetapi, dalam kes tahqiqnya terhadap kitab «al-Muḥallā» karya Ibn Ḥazm, didapati dia mengambil mudah terhadap profesionalitinya seperti kebiasaan dan menampilkan salah laku etika yang tidak sepatutnya.

Adakah ini bermakna kita meragui hasil kerja tahqiqnya yang lain secara keseluruhan dan meruntuhkan kredibilitinya pada kepakarannya dalam bidang tersebut? Adakah kita sedang mencela sosok peribadinya? Tidak sama sekali dan ia bukan sepertimana sebahagian yang bodoh yang tidak terbiasa dalam hal ehwal kritikan.

Kita hanya fokus pada isu tertentu sahaja seperti kesnya pada kitab Ibn Ḥazm ini, bukan soal peribadinya atau profesionalitinya itu sendiri. Fahamkan sebaik-baiknya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/693546183480705024/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-196-fenomena-deformation

At-Ta*līq *Alā Al-Ārō^ 197 : Realiti Pergolakan Antara Sesama Ahli Bait


*Abdul Roḥmān bin *Abdullah as-Saqqōf berkata :

ومن النوادر عندنا أنهم وقتما كانوا يعمرون الرباط بتريم كان السيد عبد القادر بن أحمد الحداد من جملة القائمين فيه وكان السيد علي بن حسن الحداد صاحب المقام لذلك العهد من المنكرين قال لأنه ليس من فعل السلف ولأنه مما لا تخلص النية فيه لطلب العلم فورد السيد عبد الله بن محسن بن جعفر الحبشي إلى تريم وبات عند السيد عبد القادر فقال له لقد رأيت الفقيه المقدم والسقاف والمحضار والعيدروس كل واحد حامل لبنة يضعها على ركن من أركان الرباط ثم عاج إلى عند السيد علي بن حسن وقال له لقد رأيت البارحة أربعة من الشياطين كل واحد يبول إلى زاوية من زوايا الرباط

Antara yang langka di sisi kami adalah bahawasanya mereka pada waktu dahulu mereka memajukan ribat di Tarim. Dahulu as-Sayyid *Abdul Qōdir bin Aḥmad al-Ḥaddād termasuk dari sekumpulan orang yang membangunkannya. Dahulu as-Sayyid *Aliyy bin Ḥasan al-Ḥaddād; pemilik kediaman untuk waktu itu termasuk orang yang mengingkari. Dia berkata: "Ini kerana ia bukan termasuk perbuatan salaf dan kerana dia termasuk orang yang tidak ikhlas niat untuk menuntut ilmu padanya". Lalu, sampai as-Sayyid *Abdullah bin Muḥsin bin Ja*far al-Ḥabšiyy ke Tarim dan dia bermalam di tempat *Abdul Qōdir. Lalu, dia berkata kepadanya: "Aku pernah melihat al-Faqīh al-Muqoddam, as-Saqqōf, al-Miḥḍōr dan al-*Aydarūs. Setiap seorang daripada mereka memikul bongkah batu yang mereka meletakkannya atas salah satu tiang daripada tiang-tiang ribat". Kemudian, dia menghampiri ke sisi as-Sayyid *Aliyy bin Ḥasan. Dia berkata kepadanya: "Malam tadi, aku melihat empat daripada golongan syaitan. Setiap seorang kencing di penjuru dari segenap penjuru ribat". [Al-*Ūd al-Hindiyy *An Amāliyy Fī Dīwān al-Kindiyy : Majālis Adabiyyah Fī Dīwān al-Mutanabbiyy, m/s 682, keluaran Dār al-Minhāj].

Daripada sini, kita dapat memperoleh beberapa perkara.

Pertama, ini menunjukkan bahawa semua dari keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- adalah maksum sehingga semua kata-katanya dan perbuatannya adalah sakral yang dikuduskan dan dikultuskan yang sama sekali tidak boleh dipersoalkan, apatah lagi dikritik. Bahkan, jika benar dakwaan ini, maka sememangnya ada di antara mereka yang jahat dan tidak ada kemuliaan di sisi mereka melainkan sekadar penanggung darah baginda.

Kedua, mencela sebahagian ahli bait yang sememangnya bersalah tidaklah semestinya dikira sebagai pembenci ahli bait atau musuh kepada zuriat baginda. Kalaulah sebegitu, maka *Abdul Roḥmān bin *Abdullah as-Saqqōf juga patut mendapat kutukan sebegini kerana memburukkan *Aliyy bin Ḥasan al-Ḥaddād.

Orang yang bermudah-mudahan mengutuk orang yang mengkritik sebahagian ahli bait sebagai pembenci ahli bait adalah mereka yang tidak kenal hakikat sebenar dunia kritikan, bahkan pergolakan dan celaan terhadap sesama ahli bait.

Mereka tidak sedar pergolakan antara Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq dengan adik-beradiknya yang lain dari keluarga al-Ġumāriyy. Antara karyanya yang menonjol dalam hal ini adalah «az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh».

Ḥasan bin *Aliyy as-Saqqōf dalam «al-Jawāb ad-Daqīq *Alā Mā Waqo*a Fī Kitāb Darr al-Ġomām ar-Roqīq» mendustakan keabsahan surat menyurat antara Muḥammad Būẖubzah bin al-Amīn al-Ḥasaniyy. Malah, sebegitu juga kritikan Muḥammad Būẖubzah bin al-Amīn terhadap beberapa daripada ahli keluarga al-Ġumāriyy dan Ḥasan as-Saqqōf serta mencela *Abdullah bin *Abdul Qōdir at-Talīdiyy kerana menerbitkan beberapa suratnya daripada Aḥmad al-Ġumāriyy tanpa keizinannya dalam muqaddimah kitab «Ḏamm al-Ašā*iroh Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifah» karya Ṣōdiq bin Salīm bin Ṣōdiq.

Aḥmad al-Ġumāriyy sepertimana yang disebutkan Muḥammad Būẖubzah dalam «al-Jawāb al-Mufīd Li as-Sā^il al-Mustafīd» bahawa adiknya; *Abdul *Azīz al-Ġumāriyy pernah mencuri penulisannya dengan menerbitkan «at-Taḥḏīr Min Aẖṭō^ an-Nābulsiyy Fī Ta*bīr Ru^yā Fāṭimah Wa al-Ḥasan Wa al-Ḥusayn *Alayhimā as-Salām». Bahkan, dia menegaskan bahawa itu adalah kebiasaannya terhadap karyanya.

Al-Ḥusayn aš-Šubūkiyy dalam «*Abdullah at-Talīdiyy : Al-*Allāmah al-Murobbiyy Wa al-Muḥaddiṯ al-Aṯariyy *Abdullah bin *Abdul Qōdir at-Talīdiyy» pernah mengkritik gurunya; Muḥammad az-Zamzamiyy yang bermudah-mudahan mengatakan bahawa majoriti umat Islam masih tidak memahami tauhid melalui kitabnya «aṣ-Ṣōrim al-Mubīd Limā Za*amahu al-Mubtadi* al-*Anīd Min aḍ-Ḍolālāt Fī Šarḥ Kalimah at-Tawḥīd». Malah, kritikan Ḥamzah al-Kattāniyy dan saudaranya; al-Ḥasan terhada keluarga al-Ġumāriyy adalah sesuatu yang dikenali.

Tidak ada sesiapa pun yang mengatakan para pengkritik, bahkan pencela daripada ahli bait sendiri terhadap ahli bait yang lain ini sebagai musuh ahli bait dan pemecah belah zuriat baginda. Hanya orang bodoh sahaja akan lancang sebegini.

Ketiga, kalaulah bicara tentang sama ada sesuatu amalan itu didasari daripada amalan salaf atau tidak adalah daripada wahabi, maka *Aliyy bin Ḥasan al-Ḥaddād tidaklah berseorangan.

Antara ahli bait yang dilabel wahabi adalah Muḥammad Būẖubzah bin al-Amīn. Tuduhan ini adalah daripada Ḥasan as-Saqqōf dan Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ. [Rujuk : https://www.facebook.com/hassan.saqqaf/posts/pfbid0ThVghAoBkvy9HzoTq7TaMNKjJj1AQcCEAf3sbX58CaRa16RqmxGwMfsB8j488BQNl dan https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02SpiCnUJinum5QqtcKLHUEBcZxzo7Gqu1qpx7Kf6Q5NUfWi3fxQNcDs9EVtr2HNkml&id=100012128473491].

Antara ahli bait yang dilabel wahabi adalah Ḥamzah al-Kattāniyy dan saudaranya; Ḥasan oleh Ṣuhayb al-Idrīsiyy. [Rujuk : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02sZBjvWkSvfkUR4i3NsBc9fphUXFCKFwLj99gt92qb1itkAP1C2569PnhR8iQXD5xl&id=100011710382387].

Kalaulah sesiapa yang membaca kitab «az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh» tanpa mengenali penulisnya, pasti seseorang akan mudah mengatakan bahawa penulisnya adalah jurucakap kepada wahabi. Akan tetapi, penulisnya adalah tokoh ahli bait dari keluarga al-Ġumāriyy; Muḥammad az-Zamzamiyy.

Yang melucukan adalah *Abdullah al-Ġumāriyy yang terkenal dengan kesufiannya juga dituduh sebagai orang yang cenderung kepada wahabi sepertimana yang dia menyebutkannya dalam muqaddimah «Awliyā^ Wa Karōmāt» kerana dia banyak menolak cerita karamah yang tidak sabit yang dibawa oleh pelampau sufi.

Bahkan, abangnya; Aḥmad al-Ġumāriyy juga dituduh berakidah wahabi kerana mengutuk ašᶜarian sekeras-kerasnya di pelbagai tempat. [Rujuk : https://www.facebook.com/groups/202140309853552/posts/927861550614754/].

Sememangnya sebegitu perangai sebahagian orang yang tidak dapat menerima keunikan yang ada pada para ulama dan kepelbagai aliran pemikiran. Permusuhannya yang keras dan kejumudannya yang menyempit mendorongnya mudah melabel seseorang lain sebagai wahabi dan bermusuhan dengannya walaupun orang itu berlepas diri daripadanya dan tidak ada kena mengena dengannya.

Orang ini hanya berfikiran binari dan tidak mampu meneliti penghujahan ilmiah. Hanya dapat berfikir sama ada seseorang itu wahabi atau tidak. Adakah mereka semua ini, termasuk Aḥmad al-Ġumāriyy dan adiknya; *Abdullah al-Ġumāriyy secara khusus akan sama-sama dikutuk sepertimana *Aliyy bin Ḥasan al-Ḥaddād kerana memiliki pandangan yang serupa dengan wahabi?

Kita perlu ingat bahawa ahli bait tidak hanya pada satu aliran sahaja. Mereka boleh ada dari pelbagai aliran. Banyak daripadanya adalah beraliran zaydian. Sebagai permulaan boleh mencari beberapa nama di «A*lām al-Mu^allifīn az-Zaydiyyah» karya *Abdul Salām bin *Abbās al-Wajīh. Bahkan, *Abdullah al-Ġumāriyy dalam «an-Nafḥah aḏ-Ḏakiyyah Fī Anna al-Hajr Bid*ah Širkiyyah» menyatakan bahawa Zayd bin *Aliyy adalah muᶜtazilian.

Bahkan, Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ mengakui bahawa ahli bait juga terdiri daripada ašᶜarian, muᶜtazilian, zaydian, ismāᶜilian, imāmian, kisāean dan rofḍian. [Rujuk : https://al-majalis.org/forums/viewtopic.php?t=12858].

Adakah mereka semua ini akan dicela sepertimana *Aliyy bin Ḥasan al-Ḥaddād kerana meniti di atas aliran yang berbeza dengan ahli sunnah?

Sebagai poin yang keempat juga, ini membantah sebahagian orang yang jahil bahawa ahli bait hanya satu aliran dari kelompok yang mereka terhadkan sehingga mereka berkata pada kata-kata Zayd bin Arqom meriwayatkan bahawa Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda :

أَمَّا بَعْدُ ، أَلَا أَيُّهَا النَّاسُ فَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ يُوشِكُ أَنْ يَأْتِيَ رَسُولُ رَبِّي فَأُجِيبَ ، وَأَنَا تَارِكٌ فِيكُمْ ثَقَلَيْنِ : أَوَّلُهُمَا كِتَابُ اللَّهِ فِيهِ الْهُدَى وَالنُّورُ فَخُذُوا بِكِتَابِ اللَّهِ ، وَاسْتَمْسِكُوا بِهِ فَحَثَّ عَلَى كِتَابِ اللَّهِ وَرَغَّبَ فِيهِ ، ثُمَّ قَالَ : وَأَهْلُ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمُ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي ، أُذَكِّرُكُمُ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي ، أُذَكِّرُكُمُ اللَّهَ فِي أَهْلِ بَيْتِي

"Adapun sesudah itu. Wahai manusia! Sebenarnya aku adalah manusia biasa yang hampir-hampir utusan tuhanku datang, lalu aku menyahutnya. Aku meninggalkan dua bebanan pada kalian. Yang awalnya adalah kitab Allah yang padanya adalah hidayah dan cahaya. Maka, cengkamlah kitab Allah dan berpegang teguhlah dengannya" Lantas, baginda mendorong kepada kitab Allah dan menggalakkannya. Kemudian, baginda berkata: "Ahli baitku. Aku mengingatkan kalian kepada Allah pada ahli baitku. Aku mengingatkan kalian kepada Allah pada ahli baitku. Aku mengingatkan kalian kepada Allah pada ahli baitku". [Ṣoḥīḥ Muslim, no. 4552].

Bahawa ini adalah merujuk kepada golongan al-Ḥabīb. Sungguh orang sebegini sememangnya kurang pengetahuan tentang manhaj ahli bait. Kalaulah orang yang berkata ini melihat senarai banyak daripada kalangan zaydian, pasti mereka akan menahan lidah daripada berkata sebegini.

Kalaulah orang sebegini membaca karya Muḥammad az-Zamzamiyy dan adiknya; *Abdul Ḥayy al-Ġumāriyy, itu sudah memadai untuk menampakkan perbezaan kedua-duanya dengan ahli bait yang dinaratifkan dengan golongan al-Ḥabīb sahaja.

Bahkan, Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ sendiri mengakui bahawa sememangnya sebahagian ahli bait tidak lagi menyibukkan ilmu-ilmu ahli bait, tidak mengenali sesuatu pun serta jahil terhadap sejarah-sejarah mereka, karya-karya mereka dan mazhab-mazhab mereka. Bahkan, sebahagian mereka sehingga berkata bahawa mazhab-mazhab ahli bait adalah mazhab bidaah dan termasuk salah satu tujuh puluh tiga pecahan yang memasuki neraka! Malah, mereka menyokong, meredhai dan mendoakan rahmat kepada musuh-musuh leluhur ini dan mempelajari sejarah mereka. [Rujuk : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02Qx3iL3z4uWjxwJnLHwXtrBzQJgVKm8LRT3w7gqnXhCSqBMTokzYJaiQUrTi4Tzv9l&id=100012128473491].

Semua penyebutan di sini bukanlah untuk melaga-lagakan ahli bait dan menjatuhkan peribadi mana-mana daripada kalangan zuriat ini atau mengaibkan mereka. Akan tetapi, ia bertujuan untuk sedar supaya meletakkan seseorang daripada leluhur ini dengan seberhaknya dan menanggapi kritikan yang datang untuknya dengan seadilnya.

Ini supaya kita sedar bahawa dengan kepelbagai aliran yang ada pada ahli bait, kita perlu berjaga-jaga dan memilih siapa yang ingin kita ikuti dan bela. Bukan semua daripadanya adalah ahli sunnah atau yang sepertimana yang ditanggapi dengan satu naratif buat satu kelompok sahaja.

Bahkan, sebahagiannya melakukan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan dan wajib ditegur seperti mencuri karya orang lain dan sebagainya. Jika ia melibatkan orang ramai, wajib diperingatkan kepada orang ramai dan tidak boleh sama sekali dibela, apatah lagi dikultuskan dan dikuduskan.

Ini juga supaya kita menyedari bahawa kritikan terhadap ahli bait bukanlah semestinya pembenci terhadapnya. Boleh jadi ia adalah dari kalangan sesama ahli bait sendiri dari pelbagai aliran sepertimana yang telah diperlihatkan. Kalaulah kita faham tentang perkara ini, kita akan melayani dengan penyelisih, bahkan musuh dengan lebih saksama tanpa sentimen binari sama ada seseorang itu pencinta ahli bait atau musuhnya.

Semoga Allah mengangkat kejahilan kita tentang ahli bait, meletakkan hak mereka sepertimana yang sepatutnya dan memberikan kita kecintaan yang tulen kepada ahli bait yang sebenar-benarnya mengikuti jalan datuknya yang mulia; Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, teguh padanya, beriltizam dengan dalil, membebaskan diri daripada bidaah dan khurafat serta berpaling daripada kesalahan meskipun menyelisihi ahli bait kebesaran sendiri.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/693776853285109760/at-tal%C4%ABq-al%C4%81-al-%C4%81r%C5%8D-197-realiti-pergolakan

No comments:

Post a Comment