Tuesday, September 29, 2020

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu Hadis

Segala puji bagi Alllah yang menerangi kegelapan bumi dengan sinaran mentari sehingga nyata mata manusia melihat alam sekelilingnya. Selawat dan salam ke atas Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, insan yang sebaik-baik contoh dan rahmat sekalian alam. Begitu juga kepada keluarganya, sahabatnya dan mereka yang mengikutinya dengan sebaik-baiknya, semoga mereka semua sentiasa dalam litupan rahmat Allah.

Ini adalah pecahan khas daripada penulisan yang berjudul "al-H̱iṭōb al-Wajīz" yang dikhususkan untuk menyentuh aspek ilmu hadis dan isu-isunya dari pelbagai sisi; Muṣṭolaḥ al-Ḥadīṯ, al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, *Ilal al-Ḥadīṯ, manhaj dalam hadis, membincangkan status hadis, syarah hadis dan sebagainya. Sebahagiannya adalah intipati atau ringkasan yang diambil daripada penulisan di bawah slot "Hadis Dan Ilmu Tentangnya". Boleh dikatakan bahawa ini juga pembacaan alternatif untuk ringkasan atau pembuka kefahaman kepada penulisan yang ada di slot tersebut.

Penulisan di sini adalah rawak dan tidak tersusun. Nombor sekadar memudahkan rujukan. Tidak ada tajuk tertentu kecuali jika ada kesesuaiannya. Tema perbahasannya mungkin berulangkali. Judul di sini boleh sahaja dikemaskini dari semasa ke masa. Oleh itu, pembaca perlu setia untuk berulangkali membacanya.

Penulisan di sini juga diambil daripada laman Tumblr saya di : https://amirkazuma.tumblr.com/tagged/wacanaringkasamirkazuma

Dialog Ringkas 1Perbezaan Jelas Antara Hadis Dan Sunnah

Hadis adalah perkhabaran tentang sesuatu. Firman Allah *Azza Wajalla :

هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ مُوسَىٰ ﴿٩

"Sudah sampaikah perkhabaran tentang Musa kepadamu?". [Surah Toha ayat 9].

Selalunya hadis akan merujuk kepada perkhabaran tentang Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- dan para Sahabatnya. Manakala sunnah adalah perkhabaran yang sahih yang dijadikan hujah dalam agama dalam akidah dan fiqh. Jadi, sunnah mestilah perkhabaran yang sahih, mawṣūl dan marfū*. Sunnah adalah khusus kepada hadis. Bukan semua hadis yang akan menjadi sunnah, manakala semua sunnah pasti didasari dengan hadis. Misal yang boleh diberikan adalah hadis berkenaan dengan kisah peperangan Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Tidak semua kisah-kisah di dalamnya boleh menjadi sunnah, tetapi tidak dinafikan bahawa sebahagiannya mempunyai unsur sunnah di dalamnya sama ada yang jelas ataupun yang perlu diteliti secara mendalam.

Adapun, penyamaan sunnah dengan hadis adalah dari segi sebutan sahaja, tetapi dari segi istilah pada perbahasan secara ilmiah, ia adalah dua maksud yang berbeza. Menolak sunnah adalah kekafiran, manakala menolak hadis tidaklah semestinya kafir, tetapi tanda kebodohan terhadap sesuatu kerana menolak sesuatu yang jelas, iaitu periwayatan khabar yang telah terbukti benar. Oleh sebab sunnah menjadi sandaran dan hujah kepada penegakan terhadap elemen agama, maka menafikannya adalah menafikan sebahagian daripada agama yang mana membawa kepada kekufuran. Adapun berkenaan hadis yang tidak mengandungi unsur sunnah di dalamnya, mengingkarinya, yakni mengingkari kewujudan sesuatu perkhabaran itu tidaklah membawa kepada kekafiran, tetapi ia suatu kebodohan kerana menafikan sesuatu yang jelas tanpa bukti.

Namun, mencela tindakan-tindakan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang tidak mempunyai unsur sunnah boleh membawa kepada kekafiran walaupun dia mengakui kewujudan perkhabaran secara sahih tentangnya seperti cara baginda duduk ketika makan. Mencela di sini termasuklah membuat pertikaian, mengeji dan lain-lain yang membawa unsur kepada kerendahan martabatnya kerana baginda tidak bertindak melainkan dengan hikmah.

Berkaitan dengan perkhabaran baginda tentang ijtihad baginda seperti keengganan membina semula Ka*bah setelah pembukaan Makkah, urusan-urusan duniawi, pengurusan politik dan ekonomi serta lain-lain menyalahinya adalah tidak ada masalah memandangkan baginda mengajarkan usul, bukannya tatacara. Menyalahi di sini adalah tidak berbuat seperti yang dicontohkan oleh baginda sama ada keseluruhan atau sebahagian. Ini tidak ada masalah apa-apa asalkan tidak menyalahi usul yang diterapkan oleh baginda. Tidak boleh menghina, mengeji, mempertikai dan lain-lain kerana baginda bertindak sesuai dengan uruf zaman, tempat dan situasinya. Wajib bagi kita memuliakannya atas kebijaksanaan dan melaksanakan baginda. Kata baginda ketika ada orang mempertikaikan keadilannya :

وَيْلَكَ وَمَنْ يَعْدِلُ إِذَا لَمْ أَعْدِلْ

"Celaka kamu! Siapakah yang akan berlaku adil jika aku tidak berlaku adil?". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, no. 6421].

Oleh itu, hendaklah seseorang memerhatikannya dengan baik-baik.

Ambilanhttps://amirkazuma.tumblr.com/post/622329622034530304/dialog-hadis-1-perbezaan-jelas-antara-hadis-dan

Dialog Ringkas 2 : Kesabitan Kehujahan Hadis Āḥād

Hadis Āḥād adalah hujah di dalam syariat agama ini. Mereka yang menolak kehujahan hadis adalah golongan yang celaka. Tidak ada dalil yang jelas dan spesifik menetapkan bilangan orang tertentu yang dibolehkan untuk menerima sesuatu periwayatan. Lagipun, patutkah mereka mendustakan periwayatan orang-orang kepercayaan lagi berkejituan hanya kerana dia bersendirian atau hanya beberapa kelompok?

Jelas sekali bahawa orang-orang seperti ini adalah pendusta lagi pengingkar. Kalaulah kehujahan hadis itu terpakai dengan memerlukan jumlah yang ramai, tentu sahaja Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- adalah manusia yang paling mengerti keperluan ini. Baginda tidak akan mengutuskan hanya seorang atau jumlah yang kecil untuk melakukan ekspedisi dakwah dan penyebaran agama. Namun, baginda tetap melakukan sebegitu kerana seorang yang sedikit yang kepercayaan dan berkejituan mampu menjadi yang berkualiti dan memadai untuk meneguhkan pegangan agama manusia. Alangkah malang sekali mereka yang menolak kehujahan hadis Āḥād tidak mampu mengerti tentang ini. Tidaklah argumentasi ini mampu dibantah selama-lamanya kecuali mereka yang menempah diri dalam kehancuran akal.

Ambilanhttps://amirkazuma.tumblr.com/post/622330081580318720/dialog-hadis-2-kesabitan-kehujahan-hadis-%C4%81%E1%B8%A5%C4%81d

Dialog Ringkas 3Bolehkah As-Sunnah Memansukhkan Hukum Dalam Al-Qur^ān?

Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- penjelas kepada al-Qur^an. Tidaklah kita akan memahami syariat agama ini melainkan melihat dan mengambil apa-apa yang dibawakan oleh baginda. Mereka yang menolak as-Sunnah tidak memansukhkan hukum al-Qur^ān adalah sama mereka yang menolak as-Sunnah sebagai sumber syariat. Begitu aneh mereka berpendapat sedemikian, tetapi menerima hukum al-Qur^ān yang telah dilimitasikan hadnya atau diluaskan hadnya atau dijelaskan hadnya melalui hadis. Begitu aneh mereka berpendapat sedemikian, tetapi sentiasa melaungkan agar tafsir al-Qur^ān hendaklah sentiasa bersandarkan tafsiran as-Sunnah. Lihatlah akal mereka yang telah berterabur bercampuran. Argumentasi ini sangat pasti tidak akan dapat dibantah selama-lamanya kecuali sang gila yang ingin merosakkan akalnya.

Ambilanhttps://amirkazuma.tumblr.com/post/622330699278647296/dialog-hadis-3-bolehkah-as-sunnah-memansukhkan

Dialog Ringkas 4 : Dua Jenis Pentakhrijan Yang Perlu Dijauhi Bagi Para Pentahqiq

Dua jenis pentakhrijan yang perlu dijauhi bagi para pentahqiq. Pertama, usah meleretkan sumber takhrij berlebihan tanpa keperluan terhadapnya. Sebahagian orang menganggap bahawa semakin banyak takhrij, semakin tinggi nilai ilmiah dan semakin hebat kualiti ilmu. Walhal, itu semua adalah memperbanyak perbicaraan yang tidak penting dan tidak bermanfaat terhadapnya. Pentahqiq perlu mengetahui rujukan yang cukup untuk penyemakan semula yang dengan menyatakan rujukan itu sudah memadai untuk pengkaji semula fokus terhadapnya. Jika sudah menemukan sumber primer atau asli, maka tida perlu lagi sibukkan pentakhrijan dengan sumber sekunder dan lain-lain. Malah, apabila dalam memilih sanad untuk dimuatkan, maka pentahqiq perlu mengerti sanad yang kuat baginya supaya memadai untuk ia dinyatakan yang tidak perlu diragui lagi dan supaya para pengkaji lain tidak disibukkan untuk menelaah sesuatu yang tidak ada manfaat baginya.

Antara kitab yang boleh dijadikan pelajaran bagi hal ini ialah Muẖtaṣor Šu*ab al-Imān karya Abū al-Ma*ālī *Umar bin *Abdul Roḥmān al-Qozwayniyy yang ditahqiq oleh *Abdul Qodīr al-Arna^ūṭ, terbitan Dār Ibn Kaṯīr. Sangatlah aneh pentahqiq membawa kalam tentang celaan banyak kalam yang melebihi daripada secukupnya dan menekankan cukup hanya sebahagian atau penyebutan sekali tanpa perlu berulang-ulang sepertimana dalam halaman 68, tetapi dalam masa yang sama meleretkan sumber takhrij yang banyak yang tidak penting. Malah, dia menyatakan dalam halaman 70 bahawa: "hadis ini bukan sahaja diriwayatkan oleh Muslim sepertimana yang disebut penulis, tetapi diriwayatkan al-Buẖōriyy dan Muslim". Lantas, dia pun meleretkan takhrij yang berjela. Sedangkan ini ungkapan yang tidak penting kerana penulis nyatakan rujukan Ṣoḥīḥ Muslim untuk pelbagai sebab. Salah satunya mungkin kerana cukup dengan rujukan itu tanpa perlu mencari-cari sumber yang lain. Maka, tidak patut bagi pentahqiq memenuhkan sesuatu yang tidak penting dan memperbanyak sesuatu hanya satu atau beberapa sahaja yang memadai. Bahkan, cukup baginya mentakhrij rujukan Sahih Muslim sahaja. Jika sanad di Sahih Muslim dirasakan tidak begitu kuat, maka cukup nyatakan sanad yang kuat dalam rujukan lain, kemudian menghentikan tangan daripada memanjangkan sesuatu yang tidak penting.

Kedua, dalam membuat tahqiq terhadap kitab yang bersumber primer, usah ditakhrijkan dengan sumber sekunder atau tertier. Malah, sumber itulah yang perlu ditakhrijkan dengan sumber primer. Misalnya, apabila kitab itu membawakan sanad yang penulisnya merupakan mendapat sanad secara langsung, maka hendaklah dianalisis berdasarkan sumber itu, bukan meletakkan nama rujukan yang diringkaskan sanad atau dipotong sanadnya, tetapi tidak ada komentar terhadapnya, bahkan tidak ada apa-apa nilai sokongan terhadapnya. Antara kitab yang boleh dijadikan pelajaran bagi hal ini ialah Tārīẖ Dimašq karya Ibn *Asākir yang ditahqiq oleh *Amr bin Ġozāmah al-*Amriyy, keluaran Dār al-Fikr Li aṭ-Ṭibā*ah Wa an-Našr Wa at-Tawzī*. Saya sangat murka terhadap pentahqiq berlepas tangan untuk menyemak status sanad di dalam kitab itu dengan menyuruh untuk merujuk kitab Tahḏīb at-Tahḏīb karya Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy. Sedangkan kitab Tahḏīb at-Tahḏīb itulah yang wajar dirujuk ke Tārīẖ Dimašq! Ini kerana sumber primernya adalah Tārīẖ Dimašq. Jika sanad pada sumber primer tidak sahih, maka sumber sekunder tidak bermakna apa-apa. Bahkan, bukan semua yang ada dalam Tahḏīb at-Tahḏīb itu sahih. Jika tidak mampu untuk menyemak sanad, maka hendaklah dia berdiam tanpa perlu menambah sesuatu yang tidak berguna terhadapnya. Sukakah Sunan at-Tirmiḏiyy ditakhrij hanya dengan disuruh merujuk Tuḥfah al-Aḥwāḏiyy karya al-Mubārokfūriyy? Sebab itulah ini merupakan tahqiq yang wajar dijauhi kerana ini tahqiq yang paling bodoh. Yang wajar disemak pada karya asli atau primer itu sendiri, bukan hanya meleretkan setiap kesimpulan sanad dengan menamakan sumber itu, tetapi sumber itu tidak memberi apa-apa sokongan positif terhadapnya.

Dengan itu, inilah tahqiq yang wajar dijauhi kerana semua ini tidak mendatangkan faedah kepada diri sendiri, bahkan kepada para pembaca. Ia juga akan menyebabkan kesan kos cetakan yang banyak disebabkan ketidakmanfaatan yang dimuatkan secara berlebihan di dalamnya. Atas dasar itulah pentahqiq perlu berwaspada dengan perbuatannya supaya dia tidak memaparkan kesan yang menjejaskan teladan yang baik untuk masyarakat.

Ambilanhttps://amirkazuma.tumblr.com/post/622363463769030656/dialog-hadis-4-dua-jenis-pentakhrijan-yang-perlu

Dialog Ringkas 5 : Hadis Tentang Satu Pahala Untuk Mereka Yang Berijtihad Namun Tidak Tepat Bukan Bermakna Boleh Kita Mengikut Ijtihadnya

حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ مَهْدِيٍّ البَصْريَّ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ ، أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ ، عَنْ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ ، عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ ، عَنْ أَبِي بَكْر بن مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرِو بْنِ حَزْمٍ ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِذَا حَكَمَ الْحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ فَأَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ ، وَإِذَا حَكَمَ فَأَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ وَاحِدٌ " 

Al-Ḥusayn bin Mahdiyy al-Baṣriyy telah merawi hadis kepada kami; *Abdul Rozzāq telah merawi hadis kepada kami; Ma*mar telah merawi khabar kepada kami, daripada Sufyān aṯ-Ṯawriyy, daripada Yaḥyā bin Sa*īd, daripada Abū Bakr bin Muḥammad bin *Amr bin Ḥazm, daripada Abū Salamah, daripada Abū Huroyroh, dia berkata; Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Jika seseorang hakim ingin berhukum dan dia berijtihad, kemudian dia benar, maka dia mendapat dua pahala. Jika dia berhukum, kemudian tersilap, maka dia mendapat satu pahala". [Sunan at-Tirmiḏiyy, kitāb al-Aḥkām, no. 1244].

Sebahagian orang menggunakan hadis ini untuk terus tegar berpaut dengan pendapat tokoh ikutannya kerana dia juga mendapat pahala atas dasar ijtihadnya, terutamanya apabila ditegakkan kebenarannya bahawa pendapat tersebut adalah salah. Inilah pengaruh bejat ketaksuban yang telah merasuk mindanya. Tokoh lebih diikuti daripada kebenaran. Sememangnya dia mendapat pahala atas usahanya, tetapi bukan bermakna pendapat itu boleh diikuti disebabkan pendapat tersebut salah dan tidak benar. Tidak ada pahala untuk kesalahan, bagaimana mungkin boleh ada pahala apabila untuk mengikutinya?

Allah telah memberi belas kasihan kerana kesungguhan dan ketulusannya untuk kebenaran dan ketepatan meskipun dia tidak berhasil akannya. Lalu, mengapa tidak mengasihani diri sendiri untuk mengikut kebenaran? Adakah kerana takut pendapat tokoh tersebut dipinggirkan dan dipandang sunyi menjadi asalan untuk mengabaikan dan membelakangkan kebenaran? Adakah kita tidak yakin dengan rahmat yang akan Allah limpahkan apabila seseorang mengikut kebenaran yang kita rasakan pasti terhadapnya?

Aneh, apabila mereka boleh menjustifikasikan itu untuk mengikut pendapat tokoh. Namun, tengok kalau seseorang mengambil pendapat aḍ-Ḍoḥḥāk bin Muzāhim dan sekelompoknya yang mengharuskan lancap sepertimana yang dinukilkan oleh Abū Ja*far a-Ṭobariyy dalam Iẖtilāf al-Fuqohā^. Tengok juga jika seseorang mengambil pendapat al-Qolyūbiyy dalam Ḥāšiyatā Qolyūbiyy Wa *Umayroh dan al-Bujayrimiyy dalam Tuḥfah al-Ḥabīb yang menyatakan boleh melihat aurat pada banyang imej air dan pantulan cermin dalam keadaan bersyahwat yang menatijahkan sama hukumnya dengan melihat pornografi pada skrin digital. Tengok juga apabila seseorang mengambil pendapat yang  pilihan al-Ḥannāṭiyy yang disahihkan ar-Ruyāniyy dalam Baḥr al-Maḏhab dan pendapat yang sahih mazhab Ḥanabliyy sepertimana yang termaktub dalam Al-Inṣōf Fī Ma*rifah ar-Rōjiḫ Min al-H̱ilāf yang menyatakan bahawa tidak berjunub seseorang yang menyetubuhi isteri dalam keadaan zakarnya dibalut dengan percikan kain yang mana ia juga menatijahkan yang sama untuk kondom, kemudian dengan pendapat ini, ia juga menatijahkan tidak dikira berzina apabila seseorang melakukan sedemikian.

Tengoklah bagaimana reaksi mereka yang berang. Mereka boleh berdegil untuk berkeras dengan pendapat tokoh kerana dia seorang ilmuwan yang ternama dan jika salah pun, tetap mendapat pahala atas ijtihadnya. Namun, mengapa apabila orang lain yang memberi alasan sama untuk mengambil pendapat tersebut dimarah seteruk-teruknya pula? Adakah mereka semua bukan ilmuwan? Adakah mereka mengeluarkan fatwa dengan hawa nafsu mereka sehingga yang mengikut pendapat mereka adalah pengikut hawa nafsu? Mengapa tidak boleh pula orang lain menggunakan alasan sama sepertimana mereka gunakan? Adakah pada bab ini, tiada rahmat dalam perselisihan?

Mereka mahu pula memilih yang mana satu rahmat dan yang mana satu azab. Sedangkan, apabila mereka diminta untuk mengikut kebenaran berbanding tokoh, mereka beralasan bahawa mengikut pendapat tokoh mereka adalah termasuk daripada rahmat. Namun, tidak merasa apa-apa azab apabila berpaling daripada kebenaran? Masuk bab seksual, terus mahu menjadi hakim pemutus yang mana rahmat dan yang mana azab. Orang lain tidak boleh menggunakan alasan yang selalu mereka berikan ketika berkeras untuk pendapat tokohnya. Itulah kejijikan ketaksuban. Mereka tidak sedar mereka sedang menjamah kotorannya dengan rakus.

Ambilanhttps://amirkazuma.tumblr.com/post/622557041429544960/dialog-hadis-5-hadis-tentang-satu-pahala-untuk

Dialog Ringkas 6 : Perselisihan Samā* Al-Ḥasan Daripada *Aliyy Bin Abū Ṭōlib?

Saya hairan mereka yang menyebutkan bahawa berlakunya perselisihan samā* al-Ḥasan daripada *Aliyy Bin Abū Ṭōlib, namun tidak meneliti realitinya. Ahli hadis terdahulu sama sekali tidak pernah berselisih pandangan bahawa tiadanya samā* al-Ḥasan daripada *Aliyy. Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy berkata :

سُئِلَ أَبُو زُرْعَةَ لَقِيَ الْحَسَنُ أَحَدًا مِنَ الْبَدْرِيِّينَ قَالَ رَآهُمْ رُؤْيَةً رَأَى عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ وَعَلِيًّا قْلُت سَمِعَ مَنْهُمْا حَدِيثًا قَالَ لَا وَكَانَ الْحَسَنُ الْبَصْرِيّ يَوْم بُويِعَ لعَلي رَضِي الله عَنهُ ابْن أَربع عشرَة وَرَأى عليا بِالْمَدِينَةِ ثمَّ خرج عَليّ إِلَى الْكُوفَة وَالْبَصْرَة وَلم يلقه الْحسن بعد ذَلِك

Abū Zur*ah ditanya: "Al-Ḥasan pernah bertemu dengan seseorang daripada wira Badar?". Dia berkata: "Dia benar-benar melihatnya. Dia melihat *Uṯmān bin *Affān dan *Aliyy". Aku berkata: "Dia mendengar hadis daripada mereka berdua?". Dia berkata: "Tidak. Al-Ḥasan seorang penduduk Basrah pada hari diberi baiah kepada *Aliyy -roḍiyallahu *anh-. Dia ketika itu empat belas tahun. Dia melihat *Aliyy di Madinah. Kemudian, *Aliyy keluar ke Kufah dan Basrah. Tidaklah al-Ḥasan bertemunya setelah itu". [Al-Marōsīl, m/s 31, Mu^assasah ar-Risālah, Beirut].

Yaḥyā bin Ma*īn berkata :

لم يسمع الْحسن من عَليّ بن أبي طَالب شَيْئا

"Al-Ḥasan tidak mendengar sesuatu pun daripada *Aliyy bin Abū Ṭōlib". [Tārīẖ Ibn Ma*īn riwayat ad-Dūriyy, jilid 4, m/s 260, Markaz al-Baḥṯ al-*Ilmiyy Wa at-Turōṯ al-*Arobiyy, Makkah al-Mukarromah, tahqiq Aḥmmad Muḥamad Nūr Sayf].

Al-Bayhaqiyy menukilkan :

قَالَ أَحْمَدُ: «رِوَايَةُ الْحَسَنِ، عَنْ عَلِيٍّ، لَمْ تَثْبُتْ، وَأَهْلُ الْعِلْمِ بِالْحَدِيثِ يَرَوْنَهَا مُرْسَلَةً

Aḥmad berkata: "Riwayat al-Ḥasan, daripada *Aliyy tidak sabit. Ahli ilmu meriwayatkannya secara mursal pada hadis itu". [Ma*rifah as-Sunan al-Āṯār, jilid 5, m/s 151, keluaran Dār Qutaybah, tahqiq *Abdul Mu*ṭī Amīn Qol*ājiyy].

At-Tirmiḏiyy berkata :

وَلاَ نَعْرِفُ لِلْحَسَنِ سَمَاعًا مِنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ

"Kami tidak mengetahui samā* al-Ḥasan daripada *Aliyy bin Abū Ṭōlib". [Al-Jāmi* al-Kabīr, jilid 3, m/s 84, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Baššār *Awwād Ma*rūf].

Al-Bayhaqiyy berkata :

لَيْسَ فِيمَا أُورِدُهُ سَمَاعُ الْحَسَنِ مِنْ عَلِيٍّ

"Tidak ada samā* al-Ḥasan daripada *Aliyy yang dibawakan". [As-Sunan al-Kubrō, jilid 5, m/s 341, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Muḥammad *Abdul Qōdir *Aṭō].

Yang mula-mula mempertahankan bahawa adanya samā* al-Ḥasan daripada *Aliyy adalah as-Suyūṭiyy dalam al-Ḥāwī Li al-Fatāwā setelah lebih 600 tahun berlalu. Bagaimana orang yang terkebelakang boleh menetapkan kesabitannya? Jelas sekali bahawa ini bukanlah perselisihan yang muktabar. Pendapat as-Suyūṭiyy tertolak dengan pasti. Tidak kiralah apa pun hujah yang dibawa olehnya dalam rujukan tersebut, adakah para pendahulu tidak tahu menahu atau terlepas pandang tentangnya sehingga mereka semua berpandangan sebaliknya? Kalaulah kesemua itu adalah justifikasi yang kuat untuk diterima, maka lebih berhak para pendahulu berpegang teguh dengan pendapat tersebut. Namun, realitinya mereka semua tidak menuju ke jalan tersebut.

Walaupun ada riwayat al-Ḥasan menegaskan bahawa dia mendengarnya, tetap juga itu bukan alasan untuk mensabitkan hadisnya.

سَمِعْتُ أَبِي رَحِمَهُ اللَّهُ يَقُولُ الْحَسَنُ لَمْ يَسْمَعْ مِنَ ابْنِ عَبَّاسٍ وَقَولُهُ خَطَبَنَا ابْنُ عَبَّاسٍ يَعْنِي خَطَبَ أَهْلَ الْبَصْرَةِ

Aku mendengar ayahku -semoga Allah merahmatinya- berkata: "Al-Ḥasan tidak pernah mendengar daripada Ibn *Abbās. Katanya: #Ibn *Abbās memberi khutbah kepada kami#, maksudnya dia berkhutbah kepada penduduk Basrah". [Al-Marōsīl, m/s 34, Mu^assasah ar-Risālah, Beirut].

سَمِعْتُ أَبَا زُرْعَةَ يَقُولُ لَمْ يَسْمَعِ الْحَسَنُ مِنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَلَمْ يَرَهُ فَقِيلَ لَهُ فَمَنْ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ قَالَ يخطىء

Aku mendengar Abū Zur*ah berkata: "Al-Ḥasan tidak pernah mendengar daripada Abū Huroyroh dan tidak pernah melihatnya". Lalu dikatakan kepadanya: "Dia berkata: Abū Huroyroh telah merawi hadis kepada kami#". Dia berkata: "Ia salah". [Al-Marōsīl, m/s 36, Mu^assasah ar-Risālah, Beirut].

سَأَلْتُ أَبِي رَحِمَهُ اللَّهُ سَمِعَ الْحَسَنُ مِنْ جَابِرٍ قَال مَا أَرَى وَلَكِنَّ هِشَامَ بْنَ حَسَّانَ يَقُولُ عَنِ الْحَسَنِ حَدَّثَنَا جَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ وَأَنَا أْنِكُر هَذَا إِنَّمَا الْحَسَنُ عَنْ جَابِرٍ كَتَّابٌ مَعَ أَنَّهُ أَدْرَكَ جَابِرًا 

Aku bertanya kepada ayahku -semoga Allah merahmatinya- "Al-Ḥasan mendengar daripada Jābir?". Dia berkata: "Dia tidak pernah lihat. Namun, Hišām bin Ḥassān berkata: #Daripada al-Ḥasan: Jābir bin *Abdullah telah merawi hadis kepada kami#. Aku mengingkari yang ini. Sebenarnya al-Ḥasan mengambil daripada para penulis Jābir meskipun dia pernah melihat Jābir". [Al-Marōsīl, m/s 37, Mu^assasah ar-Risālah, Beirut].

 حَدَّثَنَا صَالِحُ بْنُ أَحْمَدَ بْنِ حَنْبَلٍ قَالَ قَالَ أَبِي الْحَسَنُ قَالَ بَعْضُهُمْ حَدَّثَنِي عِمْرَانُ بْنُ حُصَينٍ يَعْنِي إِنْكَارًا عَلَيْهِ أَنَّهُ لَمْ يَسْمَعْ مِنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ

Ṣōliḥ bin Aḥmad bin Ḥanbal telah merwi hadis kepada kami, dia berkata: Ayahku berkata: "Al-Ḥasan, sebahagian mereka berkata: #*Imrōn bin Ḥuṣoyn telah merawi hadis kepada kami" dalam keadaan ingkar terhadapnya. Sesungguhnya dia tidak pernah mendengar daripada *Imrōn bin Ḥuṣoyn". [Al-Marōsīl, m/s 39, Mu^assasah ar-Risālah, Beirut].

Jelaslah bahawa tidak ada dasar sokongan pun mereka yang cuba mempertahankan pendapat adanya samā* al-Ḥasan daripada *Aliyy. Sekaligus, hadis-hadis daripadanya tidak sahih.

Ambilanhttps://amirkazuma.tumblr.com/post/622928733441015808/dialog-hadis-6-perselisihan-sam%C4%81-al-%E1%B8%A5asan

Dialog Ringkas 7 : Hadis Yang Terputus Sanadnya Atau Dalamnya Ada Perawi Yang Majhūl Dan Mubham Masing-Masing Di Tempat Yang Sama

Mana-mana hadis yang terputus sanadnya atau dalam sanad tersebut ada perawi yang majhūl dan mubham, kesemuanya berada di tempat yang sama, iaitu dhaif yang berat, iaitu tidak boleh menjadi penguatan. Ini kerana boleh jadi perawi yang tidak disebutkan namanya atau tidak diketahui identitinya adalah perawi yang memiliki masalah kejituan yang teruk atau ada masalah kredibilitinya. Banyak saja dalam penilaian ahli hadis terhadap perawi yang tidak dikenali, tetapi hadisnya munkar atau masalah yang serius. Entah bagaimana pula dengan sanad yang terputusnya seseorang yang mungkin sahaja ia adala perawi yang bermasalah. Maka, lebih layak ia berada di kedudukan yang matrūk dan ini mendekati kehati-hatian.

Ambilanhttps://amirkazuma.tumblr.com/post/622929070907408384/dialog-hadis-7-hadis-yang-terputus-sanadnya-atau

Dialog Ringkas 8 : Dialog Hujah Penolakan Terhadap Pengamalan Hadis Faḍō^il Al-A*māl Yang Dhaif

"Hadis tentang Faḍō^il al-A*māl yang dhaif boleh diamalkan, tetapi tidak boleh dijadikan hujah".

Jadi apa hukumnya beramal amalan itu?

"Harus atau sunat berdasarkan hadis tersebut"

Kalau tidak boleh dijadikan hujah, maka tidak boleh sama sekali menetapkan hukum harus atau sunat bagi amalan itu! Jadi, amalan itu tidak boleh diamalkan disebabkan kelemahan hadis tersebut. Jika kamu mengamalkannya juga, maka sebenarnya kamu telah menetapkan hukum harus atau sunat bagi amalan itu dengan sandaran yang lemah secara tidak langsung.

"Kami jadikan hadis ini sebagai sokongan daripada dalil yang sahih"

Kalau begitu, bawakan dalil tersebut dan buktikan ia mampu menjadi sokongan.

Situasi : Jika mereka tidak membawakan dalil, maka tamatlah bicara. Jika mereka membawakan dalil, maka ini yang seterusnya.

Apa tujuan kamu membawakan riwayat dhaif ini?

"Kami jadikannya sebagai taġrīb dan tarhīb sahaja untuk penggalakan amal dan mengancam perbuatan keji"

Bagaimana mungkin kita dapat menetapkan perkara ghaib seperti Allah suka itu ini atau Allah benci itu ini atau Allah berikan sesuatu sedangkan dalil itu dhaif dan tidak dapat dipastikan secara mutlak daripada kalam Allah dan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-? Maka, membangkitkan semangat dan memberi amaran dengan sesuatu ganjaran yang tidak dipastikan kesabitannya adalah perbuatan sia-sia dan mengajak orang untuk bernaung di binaan yang rapuh.

Kalau sudah ada hadis yang sahih, maka cukuplah dengannya. Tidak perlu campur adukkan penggalakan dan penakutan dengan sesuatu yang memiliki sandaran dan yang rapuh sandarannya. Tariklah orang kepada yang benar-benar dipastikan, bukan pancing mereka kepada sesuatu yang tidak pasti!

Ibn Taymiyyah berkata :

كَذَلِكَ مَا عَلَيْهِ الْعُلَمَاءُ مِنْ الْعَمَلِ بِالْحَدِيثِ الضَّعِيفِ فِي فَضَائِلِ الْأَعْمَالِ: لَيْسَ مَعْنَاهُ إثْبَاتُ الِاسْتِحْبَابِ بِالْحَدِيثِ الَّذِي لَا يُحْتَجُّ بِهِ؛ فَإِنَّ الِاسْتِحْبَابَ حُكْمٌ شَرْعِيٌّ فَلَا يَثْبُتُ إلَّا بِدَلِيلِ شَرْعِيٍّ وَمَنْ أَخْبَرَ عَنْ اللَّهِ أَنَّهُ يُحِبُّ عَمَلًا مِنْ الْأَعْمَالِ مِنْ غَيْرِ دَلِيلٍ شَرْعِيٍّ فَقَدْ شَرَعَ مِنْ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ كَمَا لَوْ أَثْبَتَ الْإِيجَابَ أَوْ التَّحْرِيمَ

"Sedemikianlah pendapat ulama pada pengamalan hadis dhaif pada Faḍō^il al-A*māl . Bukanlah maknanya adalah penetapan penggalakan dengna hadis yang tidak dihujahkan dengannya. Kerana sesungguhnya penggalakan adalah hukum syariat. Tidak sabit melainkan dengan dalil šar*iyy. Sesiapa yang mengkhabarkan daripada Allah bahawasanya Dia menyukai sesuatu amalan daripada amalan-amalan lain tanpa dalil šar*iyy, maka dia telah mensyariatkan agama yang Allah tidak izinkannya. Sama sahaja kalau dia menetapkan kewajipan atau keharaman". [Majmū* al-Fatāwā, jilid 18, m/s 65, keluaran Majma* al-Malik Fahd Li Ṭibā*ah al-Muṣḥaf aš-Šarīf, Saudi, tahqiq *Abdul Roḥmān bin Muḥammad bin Qōsim].

Ambilanhttps://amirkazuma.tumblr.com/post/622929295791243264/dialog-hadis-8-dialog-hujah-penolakan-terhadap

Dialog Ringkas 9 : Lafaz "Atau" Bukan Semestinya Tanda Kewujudan Syak Dalam Periwayatan

Lafaz yang menunjukkan "atau" bukan semestinya menunjukkan wujudnya syak dan waham pada periwayatan tersebut. Boleh jadi lafaz "atau" itu disebutkan untuk pelbagai sebab. Antaranya mungkin cubaan untuk menyatukan lafaz yang mengandungi makna yang sama dalam satu teks atau perawi itu sendiri sememangnya menyebut kalimah itu atau menunjukkan sememangnya sama maksud dengan "dan". Antaranya adalah sepertimana riwayat berikut :

وحَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى ، وَقُتَيْبَةُ ، وَابْنُ رُمْح ، عَنِ اللَّيْثِ بْنِ سَعْدٍ ، عَنْ نَافِعٍ ، أَنَّ صَفِيَّةَ بِنْتَ أَبِي عُبَيْدٍ ، حَدَّثَتْهُ ، عَنْ حَفْصَةَ ، أَوْ عَنْ عَائِشَةَ ، أَوْ عَنْ كِلْتَيْهِمَا ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لَا يَحِلُّ لِامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ - أَوْ تُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ - أَنْ تُحِدَّ عَلَى مَيِّتٍ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ، إِلَّا عَلَى زَوْجِهَا ، وَحَدَّثَنَاهُ شَيْبَانُ بْنُ فَرُّوخَ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ يَعْنِي ابْنَ مُسْلِمٍ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ دِينَارٍ، عَنْ نَافِعٍ ، بِإِسْنَادِ حَدِيثِ اللَّيْثِ مِثْلَ رِوَايَتِهِ .

Yaḥyā bin Yaḥyā, Qutaybah dan Ibn Rumḥ telah merawi hadis kepada kami, daripada al-Layṯ bin Sa*īd, daripada Nāfi*, bahawasanya Ṣofiyyah binti Abū *Ubayd telah menceritakan kepadanya daripada Ḥafṣoh atau daripada *Ā^išah atau daripada kedua-duanya bahawasanya Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda, "Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat -atau- yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya untuk berkabung ke atas jenazah lebih tiga hari kecuali terhadap suaminya". Ṣaybah bin Farruẖ telah merawi hadis tentangnya kepada kami; *Abdul *Azīz, yakni Ibn Muslim telah merawi hadis kepada kami; *Abdullah bin Dīnār telah merawi hadis kepada kami, daripada Nāfi* dengan sanad hadis al-Layṯ yang sama riwayatnya. [Ṣoḥīḥ Muslim, kitāb at-Tolāq, no. 2829].

Penggunaan "atau" di sini pada sanad menunjukkan sama erti dengan "dan", manakala "atau" pada sanad kemungkinan percubaan untuk menggabungkan riwayat memandangkan Ṣofiyyah tidak hanya mendengar daripada seorang isteri Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- sahaja. Bahkan, kemungkinan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- menyebutkan perkara yang sama dengan lafaz yang berbeza. Maka, penggunaan "atau" ini merupakan cubaan untuk gandingkan bersama dalam satu teks.

Ambilanhttps://amirkazuma.tumblr.com/post/622929495473700864/dialog-hadis-9-lafaz-atau-bukan-semestinya

Dialog Ringkas 10 : Hakikat Ilmu *Ilal Al-Ḥadīṯ

Boleh dikatakan kebanyakan penulis yang menyatakan tentang ilmu *ilal al-Ḥadīṯ adalah ilmu mencari sebab-sebab yang tersembunyi sehingga menyebabkan hadis yang zahirnya sahih sama ada pada sanad atau matan menjadi dhaif. Penulisan saya "Initisari Penting Dalam Ilmu Takhrij Hadis Dan *Ilal al-Ḥadīṯ" ingin memaparkan bahawa ia juga boleh terjadi untuk sebaliknya. Iaitu, mencari sebab-sebab yang tersembunyi sehingga menyebabkan hadis yang zahirnya dhaif menjadi sahih. Apapun, ilmu *ilal al-Ḥadīṯ adalah mencari sebab yang tersembunyi untuk menukarkan status yang dinilai secara zahir.

Ambilanhttps://amirkazuma.tumblr.com/post/622929804856115200/dialog-hadis-10-hakikat-ilmu-ilal-al-%E1%B8%A5ad%C4%AB%E1%B9%AF

Dialog Ringkas 11 : Sikap Suka Bergantung Pada Rujukan Sekunder Dalam Penilaian Hadis

Sebahagian orang sangat bergantung pada penilaian Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dalam penilaian perawi berbanding membandingkan qaul yang lain khususnya mutaqaddimin seperti Abū Ḥātim ar-Rōziyy, Abū Zur*ah ar-Rōziyy, Yaḥyā bin Sa*īd al-Qoṭṭōn, *Aliyy bin al-Madiniyy dan lain-lain. Jika mereka membawakan pun, mereka sekadar untuk melambakkan sahaja berbanding membuat penganalisisan dan perbandingan. Akhirnya, mereka tetap berpihak pada penilaian Ibn Ḥajar sekalipun melambakkan qaul-qaul yang lain. Lambakan itu pun bergantung pada karya-karya sekunder seperti Lisān al-Mizān, Mizān al-I*tidāl, Siyar A*lām an-Nubalā^, Tahḏīb al-Kamāl, Tahḏīb at-Tahḏīb, Ikmāl Tahḏīb al-Kamāl dan lain-lain, tetapi tidak mahu meneliti sumber-sumber primer seperti Tārīẖ Baġdād, Tārīẖ Dimašq, al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, aḍ-Ḍu*afā^ Wa al-Matrūkūn dan lain-lain.

Saya tidak nampak kualiti yang sebenar bagi pengkaji hadis, apatah lagi bagi ahli hadis melainkan mereka iltizam meluaskan kajian dan beriltizam dalam penelitian melalui sumber primer. Jika mereka terlalu bergantung kesimpulan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy khususnya pada Taqrīb at-Tahḏībb atau az-Zahabi pada aḏ-Ḏahabiyy dalam Siyar A*lām an-Nubalā^, al-Kāšif, al-Muġnī Fī aḍ-Ḍu*afā^ atau selainnya, maka sebenarnya ini menyebabkan kekurangan dalam pencapaian maklumat tentang perawi. Sebahagian perawi mungkin berkredibiliti secara kedudukannya, namun dari segi pengkhususan kemungkinan dia lemah pada sudut tertentu seperti hadis daripada si fulan ia membawa secara mursal, kurang kejituan dan lain-lain. Mungkin juga perawi yang dhaif pada kedudukannya, namun dari segi pengkhususan, hadisnya diterima, bahkan lebih kuat daripada perawi yang berkredibiliti yang lain. Perbandingan juga penting agar seseorang tidak sesuka hati menyalahi nāqid yang lain tanpa asalan yang kukuh. Misalnya, seseorang berhujah dengan sesuatu perawi dalam semua keadaan disebabkan ia perawi di dalam Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy dan Ṣoḥīḥ Muslim, lalu ia tidak peduli jika berlaku pendhaifan yang ada padanya. Ini sangat berbahaya dalam metodologi penghujahan.

Terlalu bergantung pada sumber sekunder menyebabkan pendhaifan dan pensahihan hadis menjadi celaru disebabkan nukilan daripada sumber primer didasari dari riwayat yang tidak sahih pada sanadnya, tetapi di sumber sekunder, ia langsung tidak membawakan sanad dan memotongnya. Tentu sahaja berhujah dengan ini untuk pensahihan dan pendhaifan hadis sangat rapuh, bahkan ia sangat berbahaya. Sebab itulah perkara ini perlu diperingatkan disebabkan berleluasanya metod pengkajian, penelitian dan penganalisisan seperti ini sehingga ia merosakkan kualiti kajian.

Ambilanhttps://amirkazuma.tumblr.com/post/622930081963278336/dialog-hadis-11-sikap-suka-bergantung-pada

Dialog Ringkas 12 : Sebab Saya Menghasilkan Penulisan Yang Berjudul "Antara Sumber Rujukan Ta*dīl dan Tajrīḥ Perawi"


Saya ada empat sebab untuk menghasilkan penulisan yang berjudul "Antara Sumber Rujukan Ta*dīl dan Tajrīḥ Perawi". Pertama, saya melihat kebanyakan penulis yang memberikan contoh rujukan al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, mereka hanya sekadar memberi contoh sahaja sehingga pembaca tidak dapat melihat nilai praktikal dalam penyenaraian tersebut. Contohnya, kitab Tahḏīb at-Tahḏīb karya Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy. Pembaca tidak tahu bagaimana untuk memanfaatkan kitab ini untuk mereka mempraktikkannya. Apa kelebihannya kitab ini dan bagaimana cara untuk merujuknya. Akhirnya, mereka hanya tahu nama sahaja, tetapi tidak tahu cara menggunakannya.

Kedua, sebahagian yang saya jumpa memberi contoh kitab yang tidak wujud dalam realitinya. Bukan sebab ia tidak wujud langsung, tetapi berkemungkinan kitab tersebut masih dalam berbentuk manuskrip atau hilang ditelan zaman atau lain-lain. Saya melihat ini adalah contoh penulis yang mungkin sahaja tidak melibatkan diri dalam praktik ilmu al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl sehingga menyenaraikan nama kitab yang tidak akan dapat dirujuk oleh para pembaca. Sebab itulah saya menyenaraikan kitab yang telah sampai pada kita hari ini dan boleh dijadikan rujukan amali apabila seseorang ingin menceburkannya.

Ketiga, saya belum menemukan mana-mana kitab yang membahaskan secara spesifik membahaskan metodologi para nāqid dalam menghasilkan karya al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl. Banyak kita jumpa adalah yang berkaitan dengan tataara penyusunan as-Sunan, al-Mustadrok, al-Muṣonnaf, al-Muwaṭṭo^, al-Musnad dan lain-lain. Sedangkan karya-karya al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl agak dipandang sepi untuk diketengahkan sedangkan ia juga ada permata bernilai dalam proses kodifikasi hadis. Penulisan saya tersebut tidaklah membahaskan secara spesifik sepertimana yang saya mahu. Cuma, saya ingin membuka cetusan supaya suatu hari nanti, jika penulisan ini sampai kepada ahli hadis yang lain, mereka memulakan inisiatif untuk menghasilkan metodologi.

Keempat, penulisan semestinya tidak akan terpisah dengan penulis. Mereka yang mengikuti penulisan saya yang lain atau mengenali diri saya tentu sahaja mengetahui tentang hakikat diri saya. Saya sedar bahawa saya mempunyai ramai seteru. Ada dari kalangan mereka yang meragui kemampuan saya dalam bidang hadis, malah ada juga yang memperlekeh dan memandang rendah terhadap saya. Penulisan ini diharapkan dapat menepis tuduhan dan sangkaan mereka. Saya bukanlah ingin berkata bahawa saya adalah tokoh jaguhan sepertimana insan lain yang orang lain menyanjunginya. Apa yang saya ingin sampaikan adalah saya juga seorang yang celik dalam ilmu hadis dan mempunyai selok-belok pengetahuan tentangnya. Saya tidak memandai-mandai atau membabi buta dalam urusan agama. Saya juga ada manhaj saya dan bekalan dalam menggarap pengetahuan dan kefahaman.

Ambilanhttps://amirkazuma.tumblr.com/post/623002653729882112/dialog-hadis-12-sebab-saya-menghasilkan

Dialog Ringkas 13 : Tiada Nama Lain Untuk Manhaj Mutaqaddimin Dan Mutaakhirin?

Semasa mula-mula saya mendalami ilmu *ilal al-Ḥadīṯ, saya mula menyelisihi tokoh yang menjadi ikon kepada mereka yang berada di atas manhaj yang dinamakan mutaakhirin seperti al-Albāniyy dan Šu*ayb al-Arna^ūṭ. Pada masa itu, saya belum mengenal lagi manhaj mutaqaddimin dan mutaakhirin. Saya sangka yang membezakan kedua-duanya adalah sikap bermudah-mudahan atau sikap bersikeras atau sederhana. Lama kelamaan, saya menemukan istilah yang menghasilkan antara metodologi dalam penilaian hadis, iaitu yang telah saya sebutkan tadi.

Sudah tentu, saya memilih kepada yang dinamakan manhaj mutaqaddimin setelah saya lihat prinsip yang dipegang. Lebih-lebih lagi apabila saya membaca buku Ta^ṯīr al-*Illah Fī Taṣḥīḥ al-Ḥadīṯ Bayna al-Mutaqoddimīn Wa al-Muta^aẖhirīn karya Abū *Abdul Roḥmān *Imād bin Ḥusayn al-Miṣriyy. Contoh-contoh banyak yang dia kemukakan memaparkan wujudnya perbezaan jelas antara dua manhaj ini dalam penilaian hadis. Masa itu, saya memang mahu menisbahkan diri saya kepada manhaj mutaqaddimin walaupun saya ada menyimpan rasa sedikit tidak puas hati terhadap pengistilahan ini. Sebentar lagi akan diberitahu sebabnya.

Kemudian, saya mula menelaah Muṣṭolaḥ Manhaj al-Mutaqoddimīn Wa al-Muta^aẖẖirīn Munāqošāt Wa Rudūd karya Muḥammad bin *Umar bin Sālim Bāzimūl. Buku ini cuba mengembalikan kucar-kacir dalam pertelagahan kedua-dua aliran ini meskipun ia lebih banyak bernuansakan pertahanan terhadap manhaj mutaakhirin. Yang menariknya buku ini memberikan sanggahan tentang cara mereka yang berada di manhaj mutaqaddimin memandang mereka yang bermanhaj mutaakhirin. Tuduhan yang kononnya pihak yang bermanhaj mutaakhirin mengada-adakan tatacara dan kaedah tersendiri dalam pengistilahan hadis dan penilaian hadis yang menyalahi para pendahulu, sedangkan bukan sebegitu. Cara yang diamalkan mutaakhirin juga ada dasar daripada para pendahulu. Pembentangan yang ada dalam buku ini sangat menarik dalam membawakan bagaimana cara mutaakhirin disokong oleh cara pendahulu. Saya dapat katakan buku ini bercorak semak dan imbang.

Yang menghairankan saya adalah ketika saya melihat pengamalan Ibn Jarīr aṭ-Ṭobariyy dalam Tahḏīb al-Āṯār. Pengamalan dalam penilaian hadis begitu berbeza dengan ahli hadis nāqid yang sezaman dengannya dan metodologinya boleh dikatakan sebagai batu asas kepada manhaj fuqaha dan ahli uṣūl dalam penilaian hadis, walhal dia hidup kurun yang disebutkan sebagai zaman golongan mutaqaddimin.  Beberapa hadis yang memiliki illah menurut nāqid boleh disahihkan dan diangkat sebagai penguat menurutnya.

Kemudian, saya menelaah karya Qobūl al-Ḥadīṯ Dirōsah Fī Manāhij al-Muḥaddiṯīn Wa al-Uṣūliyyīn karya Mu*tazz al-H̱oṭīb yang menyingkapi perbezaan cara penerimaan hadis antara ahli hadis dan para fuqaha. Apabila saya melakukan refleksi realiti yang menjadi polemik antara mutaqaddimin dan mutaakhirin, hakikatnya ia adalah apa yang menjadi polemik antara ahli hadis dan fuqaha sepertimana yang dibangkitkan oleh pengkaji terdahulu.

Setelah beberapa lama kemudian selepas mengamati pelbagai karya, saya mula persoalkan semula manhaj yang saya pilih. Terutamanya daripada pengistilahan itu sendiri. Daripada mana? Pembezaan zaman? Karya Abū *Abdul Roḥmān tadi yang mempertahankan manhaj mutaqaddimin itu sendiri langsung tidak menjadikan zaman asas pengistilahan. Maksudnya, sesiapa sahaja boleh dinisbahkan kepada mutaakhirin walaupun orang itu berada pada kurun yang awal.

Akhirnya, dia menjadikan tatacara dan kaedah penilaian sebagai asas untuk istilah. Begitu juga Muḥammad bin *Umar yang berjaya membentangkan keraguan yang munasabah bahawa pemisah bukan daripada intipati zaman atau tatacara pendahulu, tetapi pada tatacara yang diamalkan masing-masing tanpa terikat dengan zaman. Walaupun dia tidak menyetujui pembezaan istilah ini, pun begitu dia tidak menafikan bahawa tatacara pengamalan yang berbeza adalah wujud.

Nampaknya istilah kedua-dua ini, lebih-lebih mutaqaddimin, nampaknya lebih banyak disalah guna dan dieksploitasi daripada istilah "Salaf" itu sendiri. Sekurang-kurangnya, apabila menyebutkan tentang manhaj salafi, ada dasar-dasarnya dan batu perletakannya dalam pembinaan istilah seperti pengamalan salaf pada pembebasan daripada taklid yang keras sebagai penentangan kepada pengamalan khalaf dan usaha mengembalikan interaksi salaf dalam isu-isu akidah.

Namun, nama mutaqaddimin? Saya kira ia dieksploitasi. Saya cuma melihat ia sebagai manhaj alternatif yang menentang sikap bermudah-mudahan beberapa orang terkemudian dalam mensahihkan hadis. Mereka yang bersikap bermudah-mudahan ini tampak menyeleweng daripada penilaian pendahulu, lalu dengan itu, mereka mendakwa apa yang mereka lakukan adalah sesuai dengan pengamalan pendahulu. Akhirnya, mereka merebut dominasi dan pengaruh melalui istilah ini. Walhal sebenarnya ia cuma perbezaan pengamalan, bukan perbezaan pendekatan mengikut zaman.

Saya sebenarnya berharap kalau kita dapat memberikan nama lain yang lebih sesuai untuk kedua-dua ini. Akan tetapi, saya merasakan ia sudah terlambat dan pembaharuan istilah memerlukan usaha yang keras dan perlu meraih lebih banyak penembusan benua supaya sampai cita-cita tersebut. Cuma, saya mencadangkan untuk menggantikannya dengan menisbahkan kepada tokoh yang mempopularkan istilah tersebut. Ataupun tokoh yang berpengaruh dalam bidang tersebut yang ramai berkongsi pandangan dengannya.

Kalau begitu, Ḥamzah al-Malībāriyy adalah tokoh yang kalau bukan pengasasnya, ia adalah tokoh yang berpengaruh dalam memperkenalkan perbezaan antara mutaqaddimin dan mutaakhirin serta menyeru kepada penghidupan semula manhaj mutaqaddimin. Oleh itu, ia lebih sesuai dengan piawaian atau aliran al-Malībāriyy berbanding dengan menggunakan nama mutaqaddimin dan mutaakhirin. Penamaan ini juga saya melihat digerakkan oleh beberapa ilmuwan hadis yang sezaman dengannya.

Secara peribadi, saya banyak ambil inspirasi daripada piawaian al-Malībāriyy dalam penilaian hadis. Maka, saya sama sekali tidak menamakan metod penilaian hadis sebagai mutaqaddimin. Pun begitu, untuk beberapa bahagian asas metodologi, saya memilih untuk menyelisihinya. Kalau saya dapat namakan apa yang menjadi metodologi saya dalam penilaian hadis, maka akan menamakannya sebagai neo-Malībāriyy.

Apapun, sememangnya masing-masing ada cara penilaian tersendiri dalam menganalisis hadis. Boleh dikatakan, tiada metodologi yang seragam jika diperhatikan setiap individu. Ini kerana penilaian hadis terdedah dengan ijtihad. Semestinya masing-masing akan mengemukakan alasan tersendiri dalam membentuk metod dalam penilaian hadis. Walaupun ada usaha untuk mengelompokkan seseorang dalam sesuatu aliran atau manhaj yang diletakkan namanya, kadangkala kita boleh melihat perbezaan yang ketara ataupun sedikit daripada prinsip yang cuba digambarkan dalam sesuatu aliran atau manhaj.

Setiap daripada individu ada keunikannya sendiri. Maka, terpulang bagi mereka bagaimana mereka ingin membentangkan penilaian selagimana di atas dasar-dasar yang diterima dalam ilmu hadis.

Ambilanhttps://amirkazuma.tumblr.com/post/623059232411025408/dialog-hadis-13-tiada-nama-lain-untuk-manhaj

Dialog Ringkas 14 : Perlunya Pembaharuan Dalam Silibus Muṣṭolaḥ Al-Ḥadīṯ


Saya juga pernah menyuarakan ini. Yang sebelum saya juga pernah menyatakan yang sama. Betapa kita menemui masalah yang ada dalam silibus Muṣṭolaḥ al-Ḥadīṯ, iaitu pengkanunan istilah yang tidak menepati realiti penggunaannya atau tidak berorientasikan praktikal. Sebab itu sememangnya wajar ada gesaan supaya merombak semula silibus Muṣṭolaḥ al-Ḥadīṯ.

Ini tidak ada kaitan pun dengan perseteruan antara manhaj mutaqaddimin dan mutaakhirin. Sesiapa yang sudah lama biasa dengan al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl pasti sedar hakikat ini bahawa pengkanunan beberapa istilah tidak relevan apabila cuba diterapkan dengan penggunaan para pendahulu atau beberapa individu. Mereka yang menafikannya, maka tidak syak lagi bahawa dia adalah ignoran terhadap dunia ini.

Cuma dalam hal ini, saya ada dua pendirian. Jika saya ingin bersikap lunak, saya mencadangkan rombakan tersebut bukanlah bermaksud kita perlu membuang semuanya atau menganggap salah semuanya apa yang telah dikanunkan oleh para terkemudian kerana ada juga istilah yang mereka kanunkan agak baik digunakan. Muḥammad bin *Umar bin Sālim Bāzimūl dalam Muṣṭolaḥ Manhaj al-Mutaqoddimīn Wa al-Muta^aẖẖirīn Munāqošāt Wa Rudūd telah menyimpulkan yang terbaik bahawa pengistilahan tersebut ada asasnya. Namun, dia sendiri tidak dapat mempertahankan bahawa sebahagian istilah tersebut sememangnya tidak ada dalam praktikal tersebut walaupun ada pendefnisian daripada beberapa orang.

Apa yang perlu kita buat adalah dahulukan definisi yang lebih menepati praktikal, tidak mengesampingkan penggunaan istilah secara individu dan tidak meletakkan pengkanunan yang tidak praktikal di tempat yang memiliki prioriti. Misalnya adalah apabila mendefinisi riwayat "munkar", sepatutnya didefinisikan sebagai riwayat yang bersendiri yang tidak dikenali oleh ahli hadis serta tidak ada asas kesabitan untuknya. Kemudian, jika ada definisi yang digunakan secara individu, maka nyatakan. Kemudian, diletakkan di bawah definisi yang lain iaitu riwayat perawi yang dhaif menyalahi perawi yang lebih ringan dhaifnya daripadanya kerana ini tidak begitu praktikal dalam realiti. Ini yang saya maksudkan dalam rombakan.

Ini supaya kita bukan sahaja tidak membelakangkan penggunaan praktikal, tetapi juga berlaku adil kepada semua pihak. Biarlah buku silibus tersebut kelihatan tebal untuk edisi rombakan baru. Mungkin penuntut ilmu yang baharu akan berdepan dengan kesukaran kerana kewujudan lebih banyak pendefinisian istilah daripada yang dahulu. Saya katakan, lebih baik berdepan kesukaran pada waktu awal berbanding terpinga-pinga pada hari kemudian apabila terjun dalam realiti kerana bingung antara apa yang dia belajar dahulu yang berupa konsep dan teori bercanggah dengan penggunaan realiti akibat tidak didedahkan lebih komprehensif terlebih dahulu.

Ini kalau kita mahu menjaga hati semua pihak. Kalau saya mahu memilih yang keras, saya katakan lebih elok buang sahaja istilah yang tidak terpakai untuk praktikal. Biar yang ada penggunaan praktikal sahaja yang termuat dalam silibus baru. Terpulang pada masing-masing untuk memilih antara kedua-duanya atau mencari alternatif yang lain supaya boleh menyelesaikan kemelut ini.

Ambilanhttps://amirkazuma.tumblr.com/post/623068513075134464/dialog-hadis-14-perlunya-pembaharuan-dalam

Dialog Ringkas 15 : Belajar Hadis Dengan Mendalam, Tetapi Menjadi Penerima Riwayat Yang Buta?

Sangat menghairankan mereka yang mempunyai kecelikan dalam ilmu hadis. Mereka cakna tentang syarat kesahihan hadis dan beberapa bahagian tentangnya. Mereka sedar tentang betapa pentingnya pemeliharaan hadis daripada riwayat yang tidak sabit dan batil. Namun, apabila seseorang tokoh yang mereka julang sebagai soleh, ibadah, syeikh, faqīh, al-*Allāmah dan lain-lain gelaran meriwayatkan hadis, terus mereka percaya bulat-bulat tanpa usaha menyemaknya atau memastikan kesabitannya. Lebih teruk lagi, mereka mempertahankan riwayat tersebut meskipun telah dipastikan kebatilannya dan kelemahannya.

Ya. Dia mungkin memenuhi syarat *adālah, tetapi bagaimana yang lain? Apakah terus kita mengabaikannya? Untuk konteks semasa. Cukup sekadar kita tahu rujukan yang dia ambil. Untuk syarat bersambungnya sanad dan bebas daripada illah dan keganjilan, maka cukup dia bertaklid mana-mana penilaian ahli hadis selagimana mereka tidak sepakat dalam kelemahannya dan kebatilannya.

Namun, masalahnya mereka langsung tidak berbuat sedemikian. Hanya kerana aura sakral yang terpancar kerana julangan yang berlebih-lebihan sehingga mengabaikan praktikal ilmu yang dia pelajari. Seakan-akan kalam tokohnya lebih mulia daripada kebenaran dan manhaj ilmu. Mereka juga sanggup menjadi pengkhianat dan penderhaka kepada ilmu yang dia simpan dalam memorinya. Boleh ditendang dan dicampak bila-bila masa sahaja apabila mereka mahu. Langsung tidak menjadikan neraca untuk akal dalam membuat pertimbangan.

Kalaulah gelaran-gelaran kemuliaan ini menjadi sebab mudah . Nescaya riwayat mursal tokoh kebesaran dalam hadis seperti az-Zuhriyy, *Aṭō^ bin Abū Robāḥ, aṯ-Ṯawriyy dan Ibn *Uyaynah terus diterima bulat-bulat. Akan tetapi, realitinya ahli hadis langsung tidak mengendahkan kesemua riwayat mursal daripada mereka. Hanya beberapa orang sahaja yang diterima riwayat mursalnya kerana terbukti terhadap kewibawaannya. Sudah tentu nama tokoh mereka tidak tersenarai daripadanya.

Ini menunjukkan bahawa sesiapa sahaja yang membawa riwayat yang tidak cukup syarat kesahihan, maka terus tertolak walau dari sesiapapun, termasuklah nama-nama yang agung. Manhaj ahli hadis tidak diskriminasi dan tidak berkompromi apabila melibatkan kebenaran. Mereka objektif untuk kebenaran. Maka, jika kita ingin menjejak kaki untuk mencontohi mereka, mengapa tidak kita lakukan yang sama?

Yang lebih menghairankan lagi orang ini juga selalu menyebut tentang warak. Namun, dalam hadis, mereka bersikap bermudah-mudahan. Seolah-olah warak hanya berkisar tentang harta dan makanan. Mereka enggan terjerumus dalam perolehan yang haram, tetapi mereka bersikap lengah untuk menyelamatkan diri mereka daripada kebatilan riwayat yang sememangnya haram dipercayai, disebarkan dan diamalkan. Inilah kebejatan orang yang tidak menjadikan ilmu hadis yang dia pelajari sebagai sandaran dalam hidup.

Ambilanhttps://amirkazuma.tumblr.com/post/623075762123177984/dialog-hadis-15-belajar-hadis-dengan-mendalam

Dialog Ringkas 16 : Sikap Malas Untuk Menyebutkan Rujukan Bagi Qaul Al-Jarḥ Wa At-Ta*dīl


Saya hairan sebahagian orang yang boleh membawakan takhrij dari pelbagai sumber yang entah dari ceruk mana, tetapi bersikap lengah untuk merajinkan diri untuk membawakan rujukan qaul tajrīḥ dan ta*dīl terhadap perawi. Bagi mereka, ia boleh dipetik mana-mana sahaja tanpa perlu meneliti sumber asalnya. Kita perlu sedar bahawa kalam para nāqid ini mampu mempengaruhi kesahihan dan kedhaifan hadis. Jika mereka mengutip daripada sumber yang membawakan sanad yang lemah seperti sebahagian yang terdapat dalam al-Kāmil Fī Ḍu*afā^ ar-Rijāl karya Ibn *Adiyy, mereka akan menetapkan kesahihan atau kedhaifan berasaskan yang rapuh. Bagaimana yang rapuh akan menjadi tonggak kepada hujah yang mensabitkan sesuatu? Sebab itulah sebagai ahli hadis atau pengkaji hadis, kita perlu paparkan ketelitian kita dalam hal ini. Usah bersikap culas apabila seseorang berada di lapangan ini.

Pada saya, seseorang tidak perlu sibuk dengan takhrij dengan rujukan yang banyak. Yang penting adalah kita terus memaklumkan pusat sanadnya. Kemudian, sasarkan kritikan pada yang terbukti kelemahannya. Status hadis lebih penting berbanding di mana hadis itu dirujuk.

Ambilanhttps://amirkazuma.tumblr.com/post/627173910274850816/dialog-hadis-16-sikap-malas-untuk-menyebutkan

Dialog Ringkas 17 : Usah Melampau Dalam Mengkritik Hadis


Dalam kritikan terhadap hadis, kita pun tidak boleh terlalu melampau. Misalnya, perawi yang tidak dikenali. Cukup kita hanya mendhaifkan hadisnya atas sebab tersebut. Janganlah kerana perawi tersebut membawa teks hadis yang bertentangan dengan fahaman dan aliran kita, terus kita mengutuk perawi tersebut seolah-olah seperti perawi tersebut sengaja mahu bermusuhan dengannnya. Jangan sesekali demikian. Boleh jadi sebenarnya perawi tersebut adalah berkredibiliti lagi berkejituan. Allah lebih tahu tentangnya. Cuma, ia mungkin tidak sampai kepada kita. Pendirian kita adalah mengamalkan apa yang zahir sahaja, iaitu tidak mengambil hadis tersebut sebagai hujah selagi belum terbukti status perawi tersebut. Begitu juga dengan sebab kemajhulan perawi, janganlah sampai menyerang matan yang dibawa. Sikap kita pada perawi yang majhul adalah tawaqquf dan tidak dijadikan hujah, bukan untuk sasaran serangan apa yang dia bawa.

Demikian juga dalam kritik matan ini. Kadangkala, matan kelihatan bercanggah dengan akal, fakta sejarah ataupun usul syariat. Sememangnya tanda-tanda hadis palsu adalah kerana sebab ini. Namun, bukan bermakna asal lihat matan sebegini, terus ditolak dan dicincang terhadapnya. Kita juga perlu mengikut langkah-langkah yang sebetulnya. Yang paling awal, semestinya kita akan mencari sanadnya. Dalam bahagian sanad, cari tempat yang boleh ditemukan kelemahannya. Jika ada, cukup kita berbicara bahagian sanad, usah berlebihan sampai kepada matan.

Ambilanhttps://amirkazuma.tumblr.com/post/627174461742972928/dialog-hadis-17-usah-melampau-dalam-mengkritik

Dialog Ringkas 18 : Cara Berinteraksi Dengan Hadis Yang Tidak Ditemui Asalnya


Saya setuju mana-mana hadis yang tidak kita temui sumber asalnya, iaitu sanad atau sumber primer lebih baik kita hindarkan daripada mengatakan ianya palsu, terutamanya jika ia ada dalam rujukan ahli ilmu yang ternama. Kecuali jika sememangnya tiada rujukan langsung terhadapnya atau ia sama sekali tidak ada lafaz Arab untuknya atau tanda-tanda kepalsuan yang jelas.

Namun, jika ia ada dalam karya ahli ilmu yang berpengaruh, bukan bermakna kita boleh menisbahkan terus kepada sahih. Apakah syarat bagi kesahihan hadis? Bersambung sanadnya melalui perpindahan orang yang rektitud lagi berkejituan tanpa ada kecacatan. Sekarang ini ahli ilmu tersebut mungkin sudah memenuhi satu syarat. Apakah dengan itu kita ingin mengabaikan yang lain? Selama ini belajar syarat ini untuk apa? Dibuang pada bila-bila masa yang dimahukan? Adakah syarat yang disusun ini adalah sekelompok golongan yang bodoh sehinggakan ia tidak boleh dijadikan neraca dalam pertimbangan kita dalam penerimaan sesuatu riwayat?

Ingatlah, bahawa ahli hadis tidak menerima mursal az-Zuhriyy, al-Ḥasan al-Baṣriyy, aṯ-Tāwriyy dan Ibn *Uyaynah serta beberapa para perawi hebat yang lain. Kalaulah sentimen seperti mereka adalah benar, iaitu kita cukup menerima bulat-bulat kerana ia diriwayatkan oleh ahli ilmu yang ternama, maka tidak ada guna penolakan riwayat mursal daripada kesemua mereka ini. Nama-nama yang disebutkan tadi bukanlah dari kalangan orang yang rendahan, tetapi jaguhan dalam hadis. Namun, ahli hadis bersikap objektif dalam ilmu dan penilaian. Sesiapa sahaja yang tidak memenuhi syarat ini, maka tertolak kesabitan riwayat itu walaupun daripada para perawi yang tinggi kedudukannya.

Jadi, amalkanlah ilmu yang dipelajari. Iaitu berpeganglah dengan syarat kesahihan hadis. Ahli hadis yang berwibawa tidak sesuka hati menyusun ini untuk menzalimi sesiapa yang lain. Ia adalah kesejahteraan kepada umat. Ia adalah hakim yang paling adil untuk menentukan kesabitan atau kedhaifan sesuatu riwayat.

Ambilanhttps://amirkazuma.tumblr.com/post/627174919814447104/dialog-hadis-18-cara-berinteraksi-dengan-hadis

Dialog Ringkas 19 : Status Hadis Riwayat Ṭōwūs Tentang Sedekap Dada Ketika Bersolat

حَدَّثَنَا أَبُو تَوْبَةَ ، حَدَّثَنَا الْهَيْثَمُ يَعْنِي ابْنَ حُمَيْدٍ ، عَنْ ثَوْرٍ ، عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ مُوسَى ، عَنْ طَاوُسٍ ، قَالَ : " كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى يَدِهِ الْيُسْرَى ثُمَّ يَشُدُّ بَيْنَهُمَا عَلَى صَدْرِهِ وَهُوَ فِي الصَّلَاةِ " .

Abū Tawwaba telah merawi hadis kepada kami; Al-Hayṯam, yakni Ibn Ḥumayd telah merawi hadis kepada kami, daripada Ṯawr, daripada Sulaymān bin Mūsā, daripada Ṭōwūs, dia berkata: "Dahulu Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- meletakkan tangannya yang kanan atas tangannya yang kiri, kemudian baginda meletakkannya pada dadanya dan ia pada solatnya". [Sunan Abū Dāwūd, no. 647].

Zahirnya seperti dhaif kerana mursalnya antara Ṭōwūs dan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, tetapi sebenarnya mursal Ṭōwūs adalah sahih berdasarkan riwayat berikut :

حدثنا صالح، حدثنا علي قال: سمعت يحيى يقول: مرسلات سعيد بن جبير أحب إلي من مرسلات عطاء. قلت: مرسلات مجاهد أحب إلي أو مرسلات طاوس؟ قال: ما أقربهما.

Ṣōliḥ telah merawi hadis kepada kami; *Aliyy telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Aku mendengar Yaḥyā berkata: "Mursal-mursal Sa*īd bin Jubayr lebih aku sukai daripada mursal-mursal *Aṭō^". Aku berkata: "Mursal-mursal Mujāhid lebih engkau sukai atau Ṭōwūs?". Dia berkata: "Betapa dekatnya mereka berdua". [Al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, karya Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy, jilid 1, m/s 244, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut].

حدثنا صالح، حدثنا علي قال: سمعت يحيى، يعني ابن سعيد القطان يقول: مرسلات مجاهد أحب إلي من مرسلات عطاء بكثير كان عطاء يأخذ عن كل ضرب.

Ṣōliḥ telah merawi hadis kepada kami; *Aliyy telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Aku mendengar Yaḥyā, yakni Ibn Sa*īd al-Qoṭṭōn berkata: "Mursal-musal Mujāhid lebih aku sukai daripada mursal-mursal *Aṭō^ pada kebanyakan kerana *Aṭō^ mengambil dari setiap jenis orang". [Al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, karya Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy, jilid 1, m/s 243, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut].

Daripada ini, riwayat Mujāhid lebih istimewa berbanding mursal*Aṭō^ kerana Mujāhid lebih teliti daripada *Aṭō^ dalam memilih perawi. Dan tahap kesahihan mursal Mujāhid dan Ṭōwūs adalah hampir berdekatan. Maka, dapatlah dikatakan bahawa penerimaan mursal Ṭōwūs adalah sama dengan kita penerimaan kita dengan mursal Mujāhid.

Jika boleh dijadikan kalam Aš-Šāfi*iyy sebagai sokongan untuk kenyataan ini :

كَانَ ابْنُ سِيرِينَ وَإِبْرَاهِيمُ النَّخَعِيُّ وَطَاوُسٌ وَغَيْرُ وَاحِدٍ مِنَ التَّابِعِينَ يذهبون الى أن لايقبلوا الْحَدِيثَ إِلَّا عَنْ ثِقَةٍ يَعْرِفُ مَا يَرْوِي وَيَحْفَظُ وَمَا رَأَيْتُ أَحَدًا مِنْ أَهْلِ الْحَدِيثِ يُخَالِفُ هَذَا الْمَذْهَبَ

Ibn Sīrīn, Ibrōhīm an-Naẖo*iyy, Ṭōwūs dan lebih seorang daripada kalangan tabiin berpandangan bahawa mereka tidak menerima hadis kecuali daripada para berkredibiliti yang mengetahui apa yang dia riwayatkan dan menghafalnya. Aku tidak pernah melihat seseorang daripada ahli hadis yang menyelisihi mazhab ini". [At-Tamhīd Limā Fī al-Muwaṭṭo^ Min al-Ma*ānī Wa al-Asānīd, karya Ibn *Abdul Barr, jilid 1, m/s 39, keluaran Wizāroh *Umūm al-Awqōf Wa Šu^ūn al-Islāmiyyah, Morocco, tahqiq Muṣṭofā bin Aḥmad al-*Alawiyy dan Muḥammad *Abdul Kabīr al-Bakriyy].

Bahawa Ṭōwūs tidak mengambil hadis melainkan daripada perawi yang berkredibiliti sehingga sahih mursalnya, maka ini yang saya kemukakan. Jika tidak, maka abaikan sahaja.

Apapun, walhasilnya adalah hadisnya sahih dan fiqhnya juga sahih, iaitu meletakkan tangan di dada ketika solat adalah sunnah. 


Dialog Ringkas 20Empat Intipati Hadis "Allah Meneguhkan Agama Melalui Lelaki Fajir"

Abū Huroyroh -roḍiyallahu *anh- berkata :

شَهِدْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : لِرَجُلٍ مِمَّنْ يَدَّعِي الْإِسْلَامَ هَذَا مِنْ أَهْلِ النَّارِ ، فَلَمَّا حَضَرَ الْقِتَالُ قَاتَلَ الرَّجُلُ قِتَالًا شَدِيدًا فَأَصَابَتْهُ جِرَاحَةٌ ، فَقِيلَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، الَّذِي قُلْتَ لَهُ : إِنَّهُ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَإِنَّهُ قَدْ قَاتَلَ الْيَوْمَ قِتَالًا شَدِيدًا وَقَدْ مَاتَ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى النَّارِ ، قَالَ : " فَكَادَ بَعْضُ النَّاسِ أَنْ يَرْتَابَ فَبَيْنَمَا هُمْ عَلَى ذَلِكَ إِذْ قِيلَ إِنَّهُ لَمْ يَمُتْ وَلَكِنَّ بِهِ جِرَاحًا شَدِيدًا ، فَلَمَّا كَانَ مِنَ اللَّيْلِ لَمْ يَصْبِرْ عَلَى الْجِرَاحِ فَقَتَلَ نَفْسَهُ ، فَأُخْبِرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِذَلِكَ ، فَقَالَ : " اللَّهُ أَكْبَرُ أَشْهَدُ أَنِّي عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ ، ثُمَّ أَمَرَ بِلَالًا فَنَادَى بِالنَّاسِ إِنَّهُ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ إِلَّا نَفْسٌ مُسْلِمَةٌ ، وَإِنَّ اللَّهَ لَيُؤَيِّدُ هَذَا الدِّينَ بِالرَّجُلِ الْفَاجِرِ " .

Kami berperang bersama Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, kemudian baginda berkata kepada seorang lelaki yang mendakwa Islam: "Ini salah seorang daripada ahli neraka". Ketika berlakunya peperangan, lelaki itu berperang dengan sangat keras dan dia tertimpa luka. Kemudian dikatakan: "Wahai Rasulullah! Orang yang engkau sebutkan padanya bahawasanya dia salah seorang ahli neraka adalah orang yang berperang pada hari ini dengan bersungguh-sungguh dan dia hampir-hampir mati". Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- berkata: "Ke neraka". Berkata Abū Huroyroh, hampir-hampir sebahagian manusia merasa ragu-ragu. Dan ketika mereka dalam keadaan sedemikian, dikatakan: "Bahawasanya ia tidak akan mati, tetapi dia terluka parah". Ketika mana tibanya waktu malam. Dia tidak mampu bersabar atas kelukaannya, lantas dia membunuh dirinya. Maka dikhabarkan kepada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- tentang itu. Baginda pun berkata: "Allahu Akbar! Aku bersaksi bahawasanya aku adalah hamba Allah dan Rasul-Nya". Kemudian baginda menyuruh Bilal untuk menyerukan kepada manusia: "Tidaklah seseorang itu masuk ke dalam syurga melainkan jiwa yang berserah. Sesungguhnya Allah menguatkan agama ini dengan lelaki yang fajir". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, kitāb al-Jihād Wa as-Siyar, no. 2850].

Ada empat intipati pada hadis ini. Pertama, ini menunjukkan mukjizat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dalam kebenaran lisannya. Kedua, perasaan ragu-ragu itu sememangnya biasa, apatah lagi apabila realiti seolah-olah tidak memihak sang penutur. Jadi, bersabarlah dalam menanti ketentuan Allah pada harinya. Kalau tidak segera, kita pasti akan diperlihatkan.

Ketiga, ini sebagai dalil bahawa bolehnya bekerjasama dengan orang yang kita berdosa jika hal itu memberi manfaat yang lebih besar dan banyak. Keempat, jika Allah meneguhkan agama itu dengan orang yang fajir, maka mengapa pula kita tidak mahu menerima keteguhan agama pada diri kita melalui nasihat yang benar dari orang yang fajir? Sedangkan yang perlu diikuti cumalah pada perkataannya, bukan teladannya. Dosa atau kekurangan yang ada padanya, maka itu tanggungan orang itu sendiri. Apabila kita berpaling dan melekehkannya, maka dosa itu pula yang kita tanggung. Kebenaran tetap kebenaran walau dari mana jua pun ia mendatang. Hadis ini dan kejadian itu mengingatkan kita bahawa Allah berhak dan berkuasa untuk terbitkan permata daripada tanah yang berlumpur serta musnahkan khayalan kita bahawa mutiara hanyalah wujud di tilam yang empuk.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/627352399407923200/dialog-hadis-40-empat-intipati-hadis-allah

Dialog Ringkas 21Adakah Ulama Itu Khusus Untuk Mereka Yang Memiliki Sanad Pengajian?

Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda :

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَقْبِضُ العِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ العِبَادِ ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ العِلْمَ بِقَبْضِ العُلَمَاءِ ، حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا ، فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ ، فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا قَالَ الفِرَبْرِيُّ

"Sesungguhnya Allah tidak mematikan ilmu dengan cabutan sekali gus daripada hamba-Nya, tetapi Dia mematikan ilmu dengan mematikan ulama sehingga apabila tidak tersisanya orang yang mahir, orang ramai mengangkat pemimpin yang jahil, lalu mereka bertanya, lalu para pemimpin itu memberi fatwa dengan tanpa ilmu, lalu para pemimpin itu sesat dan mereka menyesatkan". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, kitāb al-*Ilm, no. 100].

Saya hairan mereka yang menggunakan hadis ini untuk menetapkan bahawa ulama hanya khusus untuk mereka yang mempunyai sanad pengajian dan berguru untuk kesemua kitab atau kebanyakan kitab. Mereka juga menggunakan hadis ini untuk menetapkan bahawa pengambilan ilmu melalui pembacaan tidak menatijahkan seseorang itu sampai kepada darjat ahli ilmu. Lalu, yang dimaksudkan bahawa orang jahil yang diangkat sebagai pemimpin adalah orang sebegini.

Sesungguhnya andaian sebegini tidak ada makna apa-apa jika tiada dalil untuk mengkhususkannya. Lebih-lebih lagi yang melibatkan perkara ghaib. Untuk mengkhususkan hanya orang sebegitu sahaja yang diangkat sebagai pemimpin memerlukan sandaran. Jika tidak ia sekadar dakwaan yang kosong sahaja. Boleh sahaja yang dimaksudkan di sini adalah orang itu juga memiliki sanad pengajian atau memiliki guru dalam pembelajaran kitab, tetapi tidak memiliki keteguhan dalam kefaqihan dan kemampuan dalam menghadapi realiti ilmu. Ini pun tidak mampu dinafikan. Selagimana tidak ada dalil, bermacam-macam andaian boleh dikeluarkan.

Untuk hal tercabutnya ilmu ini, ia mengingatkan saya kepada kata-kata Šihābuddīn Abū al-Qōsim *Abdul Roḥmān ad-Dimašqiyy tentang realiti masyarakat pada zamannya pada 600 Hijrah. Katanya :

قد نهى إمامنا الشافعي رحمه الله عن تقليده وتقليد غيره على ما سنذكره في فصل بعد هذا. وكانت تلك الأزمنة مملوءة بالمجتهدين، وكل صنف على ما رأى، وتعقب بعضهم بعضا مستمدين من الأصلين الكتاب والسنة، وترجيح الراجح من أقوال السلف المختلفة. ولم يزل الأمر على ما وصفت إلى أن استقرت المذاهب المدونة، ثم اشتهرت المذاهب الأربعة وهجر غيرها، فقصرت همم أتباعهم إلا قليلا منهم، فقلدوا ولم ينظروا فيما نظر فيه المتقدمون من الاستنباط من الأصلين الكتاب والسنة، بل صارت أقوال أئمتهم بمنزلة الأصلين، فأخذوها مسلمة مفروغا منها، ففرعوا عليها، واستنبطوا منها، ولم يبق لهم نظر إلا فيها، وأعرضوا عن علوم الأصلين، فعدم المجتهدون، وغلب المقلدون، حتى صاروا ممن يروم رتبة الاجتهاد يعجبون، وله يزدرون، وكثر التعصب للمذاهب، وقلت النصفة وبانت المثالب، ودبت بينهم العقارب، فجرى من بعضهم في بعض العجائب والغرائب، وآل بهم التعصب إلى أن صار أحدهم إذا أورد عليه شيء من الكتاب والسنة الثابتة على خلاف مذهبه يجتهد في دفعه بكل سبيل من التأويل البعيد نصرة لقوله، وإعراضا عما يجب عليه الأخذ به، ولو كان ذلك وصل إلى إمامه الذي يقلده هذا المتعصب لقابله ذلك الإمام بالتعظيم والتبجيل، ولصار إليه إن لم يعارضه دليل. ثم تفاقم الأمر حتى صار كثير منهم لا يرون الاشتغال بعلوم القرآن والحديث، ويعيبون من يعتني بهما، ويرون أن ما هم عليه هو الذي ينبغي المواظبة عليه، وتقدمته بين يديه، من الاحتجاج للمذاهب بالآراء، وكثرة الجدال والمراء، فينقضي منهم المجلس بعد المجلس لا يسمع فيه آية تتلى، ولا حديث يروى، وإن اتفق ذكر شيء من ذلك لم يكن في المجلس من يعرف صحيحه من سقيمه، ولا إيراده على وجهه ولا فهم معناه. وغرض كل منهم قمع خصمهم وإبطال حكمه، وعدم منهم الإنصاف في مسائل الخلاف، ولا سيما لما وقفت عليهم الأوقاف.

Sesungguhnya imam kami aš-Šāfi*iyy -semoga Allah merahmatinya- menegah kami bertaklid kepadanya dan bertaklid kepada selainnya pada apa yang kami akan sebutkannya pada fasal selepas ini. Dahulu, zaman itu dipenuhi dengan para mujtahid, setiap daripada mereka menulis sesuai dengan pandangannya. Sesama mereka saling menyemak antara satu sama lain bersumberkan dua akar, iaitu al-Kitāb dan as-Sunnah. Mereka mengunggulkan pendapat yang kuat pada pendapat-pendapat salaf yang beragam. Sentiasalah keadaan ini berada dalam apa yang aku sifatkan sehinggalah stabil kodifikasi mazhab. Kemudian, menjadi menyerlah empat mazhab dan menjadi pupus selainnya. Minat-minat mereka untuk mengikut jejaknya telah pudar kecuali daripada sedikit daripada mereka. Mereka tidak melihat melalui apa yang para pendahulu melihatnya melalui penggalian hukum daripada dua sumber, iaitu al-Kitāb dan as-Sunnah. Malah, pendapat para imam mereka menjadi bersekedudukan dengan dua sumber itu. Lalu, mereka mengambilnya sebagai diktum, dikelilingi padanya dan menggali hukum daripadanya. Tidaklah mereka berkekalan dengannya melainkan dengannya.

Mereka berpaling daripada ilmu-ilmu dua sumber tersebut. Lantas, tiadalah para mujtahid dan para pentaklid mendominasi sehingga mereka menjadi pelik dan memperlekeh terhadap mereka yang mendambakan kedudukan ijtihad. Tersebarlah ketaksuban mazhab. Sedikitnya kesaksamaan, menyatalah kejelekan-kejelekan, menjalar sengatan sesama mereka. Menjadilah dalam kalangan sebahagian mereka dalam yang pelik dan gharib. Dengan sebab mereka, menjadilah ketaksuban itu sehingga terjadinya salah seorang daripada mereka yang apabila dibawakan sesuatu daripada al-Kitāb dan as-Sunnah yang kukuh yang menyelisihi mazhabnya, pasti dia bersungguh dalam menolaknya dengan setiap cara berupa takwil yang jauh kerana membela pendapatnya serta berpaling daripada apa yang wajib untuk dia mengambilnya. Kalaulah itu sampai kepada imamnya yang dia bertaklidnya dengan ketaksuban ini, pasti dia menghadap imam itu dengan penuh pengagungan dan sanjungan dan pasti dia menuju kepadanya jika dalil tidak menyanggahinya. Kemudian, merebaklah situasi ini sehingga menjadi kebanyakan daripada mereka tidak mengendahkan kesibukan dengan ilmu al-Qur^ān dan hadis dan mereka mencela sesiapa yang memerhatikan kedua-duanya. Mereka melihat bahawa apa yang mereka berada padanya adalah yang sepatutnya dicurahkan kesetiaan padanya dan pembentangannya di hadapannya adalah yang berupa kehujahan dengan pandangan-pandangan mazhab. Banyaknya debat dan polemik, lalu habislah majlis itu selepas majlis lain daripada mereka yang tidak diperdengarkan ayat-ayat yang dibaca dan juga periwayatan hadis. Jika berlakunya penyebutan sesuatu daripada itu, tidak ada kalangan mereka yang mengenal sahihnya dari longgokan penyakitnya dalam majlis itu dan tidak ada pembentangannya tentang bentuknya dan kefahaman maknanya. Setiap daripada mereka memenuhi corong pertelingkahan dan membatalkan hukumnya. Hilang deria keadilan dari kalangan mereka dalam masalah perselisihan, terutamanya kerana didana biaya kepada mereka. [H̱uṭbah al-Kitāb al-Mu^ammal Li ar-Rodd Ilā al-Amr al-Awwal, m/s 99-101, keluaran Aḍwā^ as-Salaf].

Bayangkan, zaman 600 Hijrah telah menampakkan peristiwa yang mana cita-cita untuk menjadi mujtahid adalah cita-cita yang dipandang buruk. Membawa kembali kepada penghidupan al-Qur^ān dan as-Sunnah juga adalah seruan yang tidak mahu disambut. Menjadi mujtahid yang bermaksud merealisasikan penguasaan pelbagai cabang ilmu dengan penguasaan yang tinggi telah menjadi relik lepas yang menghinakan orang akan datang. Sang pandai perlu memenuhi dogma masyarakatnya yang sarat dengan ketaksuban mazhab demi selamat daripada penentangan yang menjengkelkan. Masyarakat enggan untuk sejahtera dengan pemurniaan ilmu dan usaha merevolusikan kualiti intelektual.

Itulah yang menyedihkan. Disebabkan kebodohan yang telah berleluasa dan didogmakan, akhirnya si tolol celaka ini mengisytiharkan kepada dunia bahawa dunia ijtihad telah tertutup. Mujtahid sudah pupus. Ia adalah artifak yang tidak ubah seperti tunggul berhala. Orang sekarang tidak boleh lagi menjadi mujtahid walau setangkas mana kemampuan ilmu dan pemikirannya. Ilmu dan pemikiran yang berkualiti adalah yang menepati dogma mereka. Orang yang ingin menyelisihi dogma ini atau membawa revolusi adalah orang yang membuka kepada fitnah yang meracaukan pemikiran menurut mereka. Malah, orang ini tidak akan ditempatkan dalam kalangan ahli ilmu meski telah terbukti kemampuannya.

Lantas, tidak ada apa yang menghairankan jika mereka ingin buat sama terhadap ahli hadis. Orang yang ingin menjadi ahli hadis cuma ada dua pilihan; sama ada berkhidmat untuk dogma masyarakat atau dia akan dianggap berlagak ahli hadis kerana menyalahi dogma. Jangan harap yang kedua ini akan benar-benar dianggap ahli ilmu.

Lama-kelamaan mereka kehairanan mengapa akhir zaman ini dilantik orang yang bodoh menjadi mufti atau pemimpin ilmu kepada masyarakat. Sebab mereka sendirilah yang menutup pintu kepada ilmu yang sejati! Mereka jugalah yang menghalang gerak usaha untuk pemikiran progresif. Mereka sendiri yang mendogmakan dengan tradisi ilmu yang mati dan manhaj pemikiran yang rapuh. Mereka selesa menjadi katak di bawah tempurung. Realiti ilmu mereka hanya berlegar dalam dogma mereka. Sekarang, rasalah tuaian yang mereka sendiri benihkan dalam tanaman mereka!

Ambilanhttps://amirkazuma.tumblr.com/post/632224172016287744/dialog-hadis-21-adakah-ulama-itu-khusus-untuk

Dialog Ringkas 22Lamaḥāt Mūjazah Fī Uṣūl *Ilal Al-Ḥadīṯ Karya Nūruddīn *Itr : Buku Asas Memahami Teori Ilmu *Ilal Al-Ḥadīṯ

Sudah tentu ilmu *ilal al-Ḥadīṯ adalah ilmu yang paling didambakan untuk dipelajari dan difahami kerana ia adalah kemuncak dalam ilmu hadis dan bekalan terakhir untuk dipelajari sebelum masuk ke praktikal. Selalunya, apabila disebutkan ilmu *ilal al-Ḥadīṯ, yang dibesar-besarkannya adalah ilmu ini adalah sukar untuk dikuasai melainkan terhad kepada beberapa orang tertentu sahaja.

Saya fikir karya Lamaḥāt Mūjazah Fī Uṣūl *Ilal al-Ḥadīṯ karya Nūruddīn *Itr sedikit sebanyak sebagai usaha yang tampak ringkas, tetapi bermanfaat besar untuk menepis gambaran berlebihan seperti itu. Buku ini memberikan gambaran asas tentang ilmu *ilal al-Ḥadīṯ berdasarkan contoh praktikal dengan bahasa yang mudah difahami sehingga ia mesra dihadam untuk setiap lapisan pelajar dan merapatkan jurang antara ilmuan dan sang awam.

Buku ini memaparkan bagaimana bentuk-betuk illah dalam hadis, sebab-sebab illah, tatacara mengenal pasti illah dalam hadis dan bagaimana untuk menilai hadis yang mempunya illah serta bagaimana untuk merajihkan hadis yang terdapat illah. Cuma, disebabkan ia agak ringkas, barangkali dirasakan tidak puas untuk berpada dengannya. Akan tetapi, ia sangat membantu sebagai panduan untuk mengenal dunia *ilal al-Ḥadīṯ. Ia boleh menjadi peta asas supaya para pelajar tidak bingung bahagian yang diperlukan untuk mendalami ilmu tersebut.

Misalnya, dalam buku ini ada membahaskan salah satu cara mengenal pasti sama ada hadis miliki illah atau tidak adalah perawi mudallis. Walaupun ringkas dibahaskan, ia membantu bahagian-bahagian yang diperlukan pelajar untuk mendalamkan lagi pengetahuan. Dengan pendedahan bahagian perawi mudallis, maka pelajar perlulah mencari karya yang lain untuk membahaskan bab mudallis secara tuntas lagi terperinci untuk melihat bagaimana praktikal ilmu ini dalam bahagian mudallis.

Saya sememangnya mencadangkan pembacaan karya ini kerana ini adalah karya yang khusus yang memberikan gambaran asas tentang ilmu *ilal al-Ḥadīṯ yang mudah difahami untuk pembaca. Saya berharap karya ini benar-benar membantu para pelajar dalam menyampaikan hajat mereka setelah sekian lama menanti dengan izin Allah.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/634194042884866048/dialog-hadis-22-lama%E1%B8%A5%C4%81t-m%C5%ABjazah-f%C4%AB-u%E1%B9%A3%C5%ABl-ilal

Dialog Ringkas 23Antara Kebejatan Mereka Yang Menggunakan Hadis "Berpakaian, Tetapi Bertelanjang"

Sebahagian orang menggunakan hadis ini :

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ ، لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ ، رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ ، لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا ، وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا " .

"Ada dua golongan dari penduduk neraka yang aku belum melihat mereka sekarang. (Yang pertama,) suatu kaum yang bersama mereka ada rotan-rotan seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk merotan manusia. (Yang kedua,) para wanita yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang, mereka adalah ₍Mumīlāt₎ lagi ₍Mā^ilāt₎. Kepala-kepala mereka seperti bonggol unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wangi syurga, padahal wanginya boleh tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian". [Ṣoḥīḥ Muslim, no. 3978].

Untuk mengecam orang yang mendedahkan aurat bahawa mereka dijamin ke neraka. Sebenarnya, riwayat itu ada menyebutkan tentang ₍Mā^ilāt₎ dan ₍Mumīlāt₎ yang maknanya masih kabur. Berikut adalah penjelasan daripada an-Nawawiyy :

وأما مائلات فقيل : معناه عن طاعة الله ، وما يلزمهن حفظه. مميلات أي يعلمن غيرهن فعلهن المذموم ، وقيل: مائلات يمشين متبخترات مميلات لأكتافهن . وقيل: مائلات يمشطن المشطة المائلة، وهي مشطة البغايا. مميلات يمشطن غيرهن تلك المشطة

"Adapun ₍Mā^ilāt₎, dikatakan tentang ketaatan Allah, tidaklah mereka melazimi untuk menjaganya. Manakala, ₍Mumīlāt₎, iaitu mereka mengajarkan kepada orang lain melakukan perbuatan jahat. Dikatakan bahawa ₍Mā^ilāt₎ adalah mereka berjalan dengan angkuh dan melenggok-lenggok lagi ₍Mumīlāt₎ (mencondong) bahunya. Dikatakan bahawa ₍Mā^ilāt₎ adalah mereka menyikat rambut secara miring seperti sikatan pelacur, ₍Mumīlāt₎ adalah mereka mengajar orang lain supaya menyikat seperti itu". [Al-Minḥāj Šarḥ Ṣoḥīḥ Muslim, jilid 14, m/s 110, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut].

Boleh jadi akan ada lebih banyak maknanya daripada yang dinyatakan ini. Selagimana belum jelasnya makna, maka pengamalan teks tidak berlaku. Demikian inilah yang termasuk dalam naṣ mutasyabihat. Ia diimani, tetapi tidak diamalkan dengannya disebabkan maknanya tidak jelas yang memungkinkan ia menjadi hujah. Atau kalau tidak, sekurang-kurangnya boleh masuk dalam kategori musytarak atau mujmal.

Tidak boleh seseorang mengatakan bahawa boleh ambil mana-mana makna atau mengambil seluruh makna yang ditafsirkan kerana kita tidak tahu mana satu sebenarnya yang dimaksudkan dalam hadis. Ini merupakan tanda kejahilan seseorang dalam menetapkan sesuatu hukum atau tafsiran serta kecelikan dalam uṣūl fiqh.

Sebelum menetapkan sesuatu hukum atau tafsiran, definisi bagi sesuatu perkataan itu perlu jelas terlebih dahulu. Sebab itulah perbahasan akan dimulakan dengan perbahasan kalimah berdasarkan bahasa dan istilah. Jika tidak jelas definisi, bagaimana mungkin kita dapat mensabitkan sesuatu perkara yang berdiri di atas kesamaran?

Sekarang ini, pendefinisian ₍Mā^ilāt₎ dan ₍Mumīlāt₎ tidak jelas. Tidak ada yang tarjih dan marjuh antara banyak definisi yang dikeluarkan. Kalaulah penyelesaiannya adalah semudah amal kesemuanya, maka tidak ada lagi istilah musytarak ataupun mujmal ataupun mutasyabihat.

Lagipun, pengamalan kesemua makna bermaksud mengamalkan sesuatu yang belum dijamin betul ataupun salah. Alasan inilah yang dibangkitkan oleh aṭ-Ṭūfiyy ketika berprinsip untuk bertawaqquf pada dalil yang mujmal :

وَلِأَنَّ اللَّهَ تَعَالَى لَمْ يُكَلِّفْنَا الْعَمَلَ بِمَا لَا دَلِيلَ عَلَيْهِ، وَالْمُجْمَلُ لَا دَلِيلَ عَلَى الْمُرَادِ بِهِ؛ فَلَا نُكَلَّفُ بِالْعَمَلِ بِهِ. فَهَذَا دَلِيلٌ عَلَى أَنَّهُ لَا يَلْزَمُنَا الْعَمَلُ بِالْمُجْمَلِ. وَالدَّلِيلُ عَلَى أَنَّهُ لَا يَجُوزُ لَنَا ذَلِكَ أَيْضًا: هُوَ أَنَّ فِي الْعَمَلِ بِهِ تَعَرُّضًا بِالْخَطَأِ فِي حُكْمِ الشَّرْعِ، وَالتَّعَرُّضُ بِالْخَطَأِ فِي حُكْمِ الشَّرْعِ لَا يَجُوزُ، وَإِنَّمَا قُلْنَا: إِنَّ فِيهِ تَعَرُّضًا بِالْخَطَأِ؛ لِأَنَّ اللَّفْظَ إِذَا تَرَدَّدَ بَيْنَ مَعْنَيَيْنِ.

"Sesungguhnya Allah Ta*ālā tidak mentaklifkan amalan terhadap apa yang tidak ada dalil padanya. Mujmal tidak wujud petunjuk yang dimaksudkan padanya. Maka, maka kita tidak ditaklifkan untuk beramal dengannya. Ini adalah dalil bahawa tidak ada kemestian pengamalannya untuk kita dengan yang mujmal dan juga dalil ketidakharusan kita untuk itu. Ini kerana pada pengamalannya boleh berpotensi kepada kesilapan dalam hukum syarak, sedangkan potensi kepada kesalahan pada hukum syarak tidak harus. Kami menegaskan bahawa padanya terdapat potensi kesalahan apabila lafaz itu terdapat keraguan antara dua makna". [Muẖtaṣor Šarḥ ar-Rowḍoh, jilid 2, m/s 655, Mu^assasah ar-Risālah, Beirut, tahqiq *Abdullah bn *Abdul Muḥsin at-Turkiyy].

Aṭ-Ṭūfiyy berkata lagi :

فَإِذَا أَقْدَمْنَا عَلَى الْعَمَلِ قَبْلَ الْبَيَانِ، احْتَمَلَ أَنْ نُوَافِقَ مُرَادَ الشَّرْعِ ؛ فَنَصِيبُ حُكْمَهُ، وَاحْتَمَلَ أَنْ نُخَالِفَهُ؛ فَنُخْطِئُ حُكْمَهُ؛ فَتَحَقَّقَ بِذَلِكَ أَنَّ الْعَمَلَ بِالْمُجْمَلِ قَبْلَ الْبَيَانِ تَعَرَّضَ بِالْخَطَأِ فِي حُكْمِ الشَّرْعِ. وَأَمَّا أَنَّ ذَلِكَ لَا يَجُوزُ؛ فَلِأَنَّ حُكْمَ الشَّرْعِ يَجِبُ تَعْظِيمُهُ، وَالتَّعَرُّضُ بِالْخَطَأِ فِيهِ يُنَافِي تَعْظِيمَهُ؛ فَيَكُونُ ذَلِكَ ضَرْبًا مِنَ الْإِهْمَالِ لَهُ، وَقِلَّةِ الْمُبَالَاةِ وَالِاحْتِفَالِ بِهِ، وَذَلِكَ لَا يَجُوزُ.

"Apabila kami mendahulukan pengamalan sebelum datangnya kejelasan, berkemungkinan kami akan bertepatan dengan kehendak syarak, lalu kami menetapkan hukumnya. Dalam masa yang sama, berkemungkinan kami akan menyalahinya, lalu kami tersilap dalam hukumnya. Jelas bahawa amalan dengan mujmal sebelum jelas berpotensi kepada kesilapan pada hukum syarak. Adapun sebab ketidakharusannya, maka itu kerana hukum syarak wajib pengagungan terhadapnya. Potensi terhadap kesilapan padanya menafikan pengagungannya. Lalu hal itu mendorong kepada perlantarannya, sedikit pemfokusannya dan menaruh perhatian terhadapnya. Demikian itulah sebab ketidakharusannya". [Muẖtaṣor Šarḥ ar-Rowḍoh, jilid 2, m/s 655, Mu^assasah ar-Risālah, Beirut, tahqiq *Abdullah bn *Abdul Muḥsin at-Turkiyy].

Contohnya, ₍Mā^ilāt₎ yang merupakan ₍Fā*il₎ feminin kepada ₍Māla₎ (مَالَ) yang bermaksud condong, miring dan berlawanan dengan lurus. Apa yang dimaksudkan dengan makna ini? Adakah ia miring, condong dan berlawanan dengan lurus pada tubuh badan, amalan atau selainnya? Adakah ia makna hakikat atau selainnya? Apakah metod penetapan itu dalam penerimaan atau penolakan sesuatu makna itu atau kepelbagaian makna? Apakah alasan untuk menolak atau menerima pentafsiran yang dinyatakan di atas?

Kemudian, ₍Mumīlāt₎ yang juga ₍Fā*il₎ feminin kepada ₍Amāla₎ (أَمَالَ) yang bermaksud mencondongkan. Apakah yang seseorang itu condongkan? Adakah tubuh badan, amalan atau selainnya? Adakah makna hakikat atau selainnya? Jika ini masih tidak jelas, bagaimana patut seseorang menetapkan sesuatu dengan keyakinan dengan berpaksikan teras yang tidak diyakini keabsahannya?

Justeru, tidak boleh jadikan hadis ini sebagai bahan hentaman sewenang-wenangnya kerana tidak ada makna yang jelas bagi ₍Mā^ilāt₎ dan ₍Mumīlāt₎ yang merupakan pelengkap ciri wanita yang dimaksudkan.

Sebahagian orang hanya membesar-besarkan bahagian "berpakaian tetapi bertelanjang", tetapi sembunyikan teks yang lain, lalu menggembar-gemburkan ketetapan hanya pada bahagian yang dipotong dan senyapkan teks yang selanjutnya dalam menerangkan ciri wanita tersebut secara sebenarnya. Kalau mereka sedar pun hakikat ketidakjelasan makna, mereka canangkannya seolah-olah maknanya jelas.

Demikianlah ini kebejatan yang jahat daripada orang yang beragama secara bersentimen, bukan atas pertimbangan ilmu dan kefahaman. Kalau sabit pun untuk menggunapakai keseluruhan makna, maka janganlah melampau dengan bahagian "berpakaian tetap bertelanjang", lalu mengabaikan pertimbangan lanjut disebabkan sikap menyembunyikan sifat tambahan yang berikutnya.

Sebabnya adalah untuk menghukumi seseorang itu termasuk dalam golongan hadis ini, apakah sememangnya dia termasuk ₍Mā^ilāt₎ dan ₍Mumīlāt₎ setelah terbuktinya jelas maknanya dan setelah dipertimbangkan ciri pada seseorang itu?

Tidakkah mereka menjadikan firman Allah Ta*ālā ini sebagai kewajipan untuk berpuasa dua bulan berturut-turut bagi mereka yang melakukan zihar yang tidak menemui hamba sahaya? :

فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ مِن قَبْلِ أَن يَتَمَاسَّا

"Maka, sesiapa yang tidak mendapati hamba sahaya, maka hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka berdua saling menyetubuhi". [Surah al-Mujādilah ayat 4].

Disebabkan puasa itu diikat dengan "dua bulan berturut-turut" yang menjadi sifat kepada puasa sehingga tidak sah kafarah itu jikalau tidak dilakukan dengan dua bulan berturut-turut. Lantas, mengapa mereka mencanangkan besar-besaran "berpakaian, tetapi bertelanjang" dan menyembunyikan sifat ₍Mā^ilāt₎ dan ₍Mumīlāt₎ yang merupakan pengikat yang sempura bagi ciri wanita itu seolah-olah kedua-dua itu seperti tidak wujud?

Tidakkah mereka diperingatkan agar jangan menyembunyikan kebenaran? Firman Allah Ta*ālā :

وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ ۚ وَمَن يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ

"Janganlah kalian menyembunyikan kesaksian. Sesiapa yang menyembunyikan kesaksian, maka sesungguhnya terdapat dosa pada jantungnya". [Surah al-Baqoroh ayat 283].

Ataukah mereka ingin menjadikan ₍Mā^ilāt₎ dan ₍Mumīlāt₎ itu golongan yang ketiga, sedangkan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- hanya menetapkan dua golongan sahaja? Hendaklah kita beringat bahawa manhaj dalam agama ini adalah memiliki konsistensi dalam pengistidlalan hukum dan pengambilan pelajaran supaya seseorang tidak menjadi orang yang sepertimana Allah Tabāroka Wa Ta*ālā berfirman tentangnya :

قُلْ أَرَأَيْتُم مَّا أَنزَلَ اللَّـهُ لَكُم مِّن رِّزْقٍ فَجَعَلْتُم مِّنْهُ حَرَامًا وَحَلَالًا قُلْ آللَّـهُ أَذِنَ لَكُمْ ۖ أَمْ عَلَى اللَّـهِ تَفْتَرُونَ ﴿

Katakanlah: "Apa pandangan kalian terhadap apa yang Allah turunkan kepada kalian yang berupa rezeki, lalu kalian menjadikannya itu haram dan halal padanya?". Katakanlah: "Adakah Allah yang mengizinkan itu kepada kalian? Ataukah kalian mengada-adakan sesuatu terhadap Allah?". [Surah Yūnus ayat 59].

Orang yang tidak ada konsistensi dalam pengistidlalan hukum akan semberono dan bersikap gampang dalam menyatakan itu ini haram, itu ini berdosa dan seumpamanya tanpa metodologi dan usul yang jelas dalam menetapkannya. Inilah yang berlaku pada mereka yang mengamalkan agama atas dasar sentimen dan bersemangat tanpa ilmu.

Mereka lebih menambah luka yang parah tanpa mereka sedari walaupun mulut mereka sedang berkata-kata tentang kesejahteraan dalam beragama. Akibat tidak menyedari peri pentingnya konsistensi, mereka telah terjebak dengan sikap orang yang dilaknat dengan menyembunyikan kebenaran atau perkara yang menjadi tonggak penting dalam pemahaman sesuatu isu.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/644484805385469952/dialog-hadis-23-antara-kebejatan-mereka-yang

Dialog Ringkas 24 : Boleh Jadi Yang Sesudahnya Lebih Faqih Daripada Pendahulunya

Sabda Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- :

نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا حَدِيثًا فَحَفِظَهُ حَتَّى يُبَلِّغَهُ ، فَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلَى مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ ، وَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ لَيْسَ بِفَقِيهٍ

"Semoga Allah memperindahkan seseorang yang mendengar hadis daripada kami, lalu dia menghafalnya, kemudian ia menyampaikannya. Kadangkala seseorang menyampaikan fiqh kepada orang yang lebih faqih daripadanya dan kadangkala orang yang menyampaikan fiqh tidaklah faqih". [Sunan Abū Dāwud, kitāb al-*Ilm, no. 3177].

Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy berkata :

وَالْمُبَلَّغُ بِفَتْحِ اللَّامِ أَيْ رُبَّ شَخْصٍ بَلَغَهُ كَلَامِي فَكَانَ أَحْفَظَ لَهُ وَأَفْهَمَ لِمَعْنَاهُ مِنَ الَّذِي نَقَلَهُ لَهُ قَالَ الْمُهَلَّبُ فِيهِ أَنَّهُ يَأْتِي فِي آخِرِ الزَّمَانِ مَنْ يَكُونُ لَهُ مِنَ الْفَهْمِ فِي الْعِلْمِ مَا لَيْسَ لِمَنْ تَقَدَّمَهُ إِلَّا أَنَّ ذَلِكَ يَكُونُ فِي الْأَقَلِّ لِأَنَّ رُبَّ مَوْضُوعَةٌ لِلتَّقْلِيلِ قُلْتُ هِيَ فِي الْأَصْلِ كَذَلِكَ إِلَّا أَنَّهَا اسْتُعْمِلَتْ فِي التَّكْثِيرِ بِحَيْثُ غَلَبَتْ عَلَى الِاسْتِعْمَالِ الْأَوَّلِ لَكِنْ يُؤَيِّدُ أَنَّ التَّقْلِيلَ هُنَا مُرَادٌ أَنَّهُ وَقَعَ فِي رِوَايَةٍ أُخْرَى تَقَدَّمَتْ فِي الْعِلْمِ بِلَفْظِ عَسَى أَنْ يَبْلُغَ مَنْ هُوَ أوعى لَهُ مِنْهُ وَفِي الْحَدِيثِ دِلَالَةٌ عَلَى جَوَازِ تَحَمُّلِ الْحَدِيثِ لِمَنْ لَمْ يَفْهَمْ مَعْنَاهُ وَلَا فِقْهَهُ إِذَا ضَبَطَ مَا يُحَدِّثُ بِهِ وَيَجُوزُ وَصْفُهُ بِكَوْنِهِ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ بِذَلِكَ وَفِي الْحَدِيثِ مِنَ الْفَوَائِدِ أَيْضًا وُجُوبُ تَبْلِيغِ الْعِلْمِ عَلَى الْكِفَايَةِ وَقَدْ يَتَعَيَّنُ فِي حَقِّ بَعْضِ النَّاسِ

Al-Muballaġ -dengan memfathah kan huruf al-Lām-, iaitu boleh jadi seseorang menyampaikan kalamku kepadanya, dia lebih menghafalnya dan lebih faham maknanya berbanding yang membawanya kepadanya. Berkata al-Muhallab tentangnya bahawanya suatu hari di akhir zaman akan datang seseorang yang memiliki sebahagian kefahaman dalam bidang ilmu yang tidak orang yang terdahulunya menggapainya melainkan yang paling sedikit pada hal itu kerana perkataan "Rubba" adalah ditempatkan untuk penunjukan kesedikitan. Saya katakan bahawa ia pada asalnya adalah seperti itu melainkan ia digunakan untuk penunjukan banyak dengan sebab terdominannya pada penggunaan yang awal, tetapi ia menguatkan bahawa penunjukan sedikit di sini adalah yang dimaksudkan bahawa terjadi penunjukan sedikit itu pada riwayat yang lain yang mendahului dalam bidang ilmu dengan lafaz: "Mungkin sekali seseorang menyampaikan kepada orang yang lebih mapan ingatan tentangnya daripadanya". Pada hadis ini adalah petunjuk terhadap keharusan membawakan hadis itu kepada orang yang belum faham maknanya dan tidak mendalam pengertiannya apabila tepat apa yang dia sampaikan dengannya dan harus penyifatannya sebagai salah seorang daripada ahli ilmu dengan itu. Pada hadis itu terdapat beberapa faedah juga, iaitu kewajipan menyampaikan ilmu secara habis dan kadangkala ia tertentu pada hak sebahagian orang. [Fatḥ al-Bārī Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, jilid 3, m/s 576, keluaran Dār al-Ma*rifah, Beirut].

Muḥammad bin Ismā*īl aṣ-Ṣon*āniyy :

فَحَدِيثُ «فَرُبَّ مُبَلَّغٍ أَوْعَى مِنْ سَامِعٍ» وَفِي لَفْظٍ: أَفْقَهُ، يَدُلُّ عَلَى أَنَّهُ يَأْتِي بَعْدَ السَّلَفِ مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُمْ

Hadis "Boleh jadi yang disampaikan itu lebih mapan ingatan daripada yang mendengar". Dalam lafaz lain: "Lebih faqih". Ia menunjukkan bahawa akan datang orang yang selepas zaman salaf lebih faqih daripadanya. [Subul as-Salām, jilid 1, m/s 166, keluaran Dār al-Ḥadīṯ].

Zaynuddīn al-Munāwiyy berkata :

(رحم الله امرءا سمع منا حديثا فوعاه ثم بلغه) أي أداه من غير زيادة ولا نقص فمن زاد أو نقص فهو مغير لا مبدل (من هو أوعى منه) أي أعظم تذكرا يقال وعى يعي عيا إذا حفظ كلاما بقلبه ودام على حفظه ولم ينسه زاد في رواية فرب مبلغ أوعى من سامع أي لما رزق من جودة الفهم وكمال العلم والمعرفة وخص مبلغ السنة بالدعاء بالرحمة لكونه سعى في إحياء السنة ونشر العلم وفيه وجوب تبليغ العلم وهو الميثاق المأخوذ على العلماء {لتبيننه للناس ولا تكتمونه} قال البعض: فيه أنه يجيء آخر الزمان من يفوق من قبله في الفهم ونازعه ابن جماعة

<Semoga Allah merahmati seseorang yang mendengarkan hadis daripada kami, lalu dia menyematkannya, kemudian dia menyampaikannya>, iaitu memenuhinya dengan tanpa pertambahan dan pengurangan. Sesiapa yang menambah atau mengurangi, maka dia adalah penukar, bukan pengubah. <Orang yang lebih mapan ingatan daripadanya>, iaitu lebih kuat ingatannya. Dikatakan Wa*ā Ya*ī *Ayyan, iaitu apabila dia menghafal suatu kalam di jantungnya dan kekal dalam hafalannya serta tidak melupainya. Ditambah dalam riwayat lain: "Boleh jadi yang disampaikan lebih mapan ingatan daripada yang mendengar", iaitu tatkala direzekikan kemapanan fahaman dan kesempurnaan ilmu dan pengertian, dikhususkan penyampai sunnah dengan doa kepada rahmat kerana usaha dalam menghidupkan sunnah dan menyebarkan ilmu. Padanya terdapat kewajipan menyampaikan ilmu dan ia adalah perjanjian yang diambil terhadap ulama. <Supaya dia mengingatkannya kepada orang ramai dan kalian tidak menyembunyikannya>, berkata sebahagian orang bahawa padanya muncul pada akhir zaman orang yang mengungguli orang yang sebelumnya pada kefahaman. Tetapi, Ibn Jamā*ah membantahnya. [Fayḍ al-Qodīr Šarḥ al-Jāmi* aṣ-Ṣoġīr, jilid 4, m/s 29, keluaran al-Maktabah at-Tijāriyyah al-Kubrō, Mesir].

Daripada sini, jelas bahawa mungkin sesiapa sahaja yang terkemudian; saya, kamu, mereka dan kita dilebihkan dengan suatu kelebihan yang tidak diberikan oleh orang lain. Semua ini dengan izin-Nya yang pemberian-Nya tidak akan terhalang oleh mana-mana tangan yang menghalang pun. Apabila kita memperoleh ketajaman akal, keluasan pandangan dan kedalaman pengamatan, maka bersyukurlah atas limpah kurnia-Nya. Tidak ada pemberiaan dari Maha Pemberi Rezeki melainkan adanya kebaikan.

As-Suyūṭiyy berkata :

قال ابن برهان: لا ينعقد الإجماع مع مخالفة مجتهد واحد خلافا لطائفة وعمدة الخصم أن عدد التواتر من المجتهدين إذا أجمعوا على مسئلة كان انفراد الواحد عنهم يقتضي ضعفا في رأيه. قلنا: ليس بصحيح إذ من الممكن أن يكون ما ذهب إلى الجميع رأيا ظاهرا يبتدر إليه الأفهام وما ذهب إليه الواحد أدق وأعوص وقد ينفرد الواحد عن الجميع بزيادة قوة في النظر ومزية في الفكر ولهذا مدح الله الأولين فقال تعالى: "وقليل ما هم" وقال تعالى: ثلة من الأولين وقليل من الآخرين". انتهى.

Berkata Ibn Burhān: "Tidak tersimpul ijmak bersama penyelisihian seorang mujtahid yang bersalahan dengan sesuatu golongan. Tonggak perselisihan adalah bahawasanya sejumlah ramai yang tidak terkira bilangannya dari kalangan mujtahid apabila bersepakat dalam suatu isu, yang terjadi pada ketersendirian seseorang daripadanya menunjukkan lemahnya dalam pandangannya. Kami katakan ini tidaklah betul memandangkan termasuk yang dimungkinkan adalah apa yang para sekalian mengambil suatu pandangan yang zahir yang automatik kefahamannya padanya, sedangkan yang seorang daripadanya lebih teliti dan lebih peka. Boleh jadi yang bersendiri daripada para sekalian mempunyai kekuatan tambahan dalam pemerhatian dan keistimewaan dalam fikiran. Kerana inilah Allah memuji para golongan yang awal. Dia Ta*ālā berfirman: {Sedangkan sedikitnya mereka}. Dia Ta*ālā berfirman: {Segolongan besar dari orang terdahulu dan sedikitnya dari orang terkemudian}". [Ar-Rodd *Alā Man Aẖlada Fī al-Arḍ Wa Jahila Anna al-Ijtihād Fī Kulli *Aṣr Wa Farḍ, m/s 82, keluaran Maktabah aṯ-Ṯaqōfah ad-Dīniyyah].

Ibn Mālik berkata :

وإذا كانت العلوم منحًا إلهية، ومواهب اختصاصية، فغير مستبعدٍ أن يدخر لبعض المتأخرين ما عسر على كثير من المتقدمين. أعاذنا الله من حسدٍ يسد باب الإنصاف، ويصد عن جميل الأوصاف،

"Apabila ilmu-ilmu itu adalah anugerah tuhan dan bakat pengkhususan, maka tidak dianggap jauh bahawa kerdilnya apa yang sukar di sisi kebanyakan pendahulu di sebahagian yang terkemudian. Kami berlindung kepada Allah daripada hasad yang menutup pintu kesaksamaan dan menghalang dari keindahan ciri-cirinya". [Al-Musā*id *Alā Tashīl al-Fawā^id, karya Bahā^uddīn Ibn *Aqīl, jilid 1, m/s 3, keluaran Jāmi*ah Umm al-Qurō, tahqiq Muḥammad Kāmil Barokāt].

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/644485324622430208/dialog-hadis-24-boleh-jadi-yang-sesudahnya-lebih

Dialog Ringkas 25Mengapa Tidak Perlu Melayan Sybuhat Orientalis Yang Meragukan Ketulenan Periwayatan?

Umat Islam tidak perlu pun layan syubhat orientalis nak meragukan kredibiliti para sahabat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, khususnya Abū Huroyroh -roḍiyallahu *anh- dan ahli hadis yang semoga dirahmati Allah sepanjang zaman seperti al-Buẖōriyy dalam membangunkan dan memantapkan tradisi riwayat hadis. Juga tidak perlu endah usaha-usaha mereka untuk ragukan keabsahan al-Qur^ān yang telah sampai pada kita.

Tahukah kalian sebenarnya mereka langsung tidak ada sanad untuk mewariskan rekod ucapan, perbuatan dan ajaran daripada tokoh-tokoh mereka! Mereka langsung tidak ada "ahli hadis" dalam komuniti yang menggalas tugas dengan rela hati dan ikhlas untuk mencari, memeriksa, memantau dan memelihara rantaian periwayatan!

Siapa yang akan kenal pasti sama ada riwayat itu bersambung atau tidak? Siapa yang akan menjadi hakim dan rujukan apabila wujudnya perselisihan dalam periwayatan? Insan-insan setiap generasi yang menyampaikan maklumat daripada pemilik kalam itu siapa? Adakah berkredibiliti? Adakah mursal? Adakah berlakunya campur baur dalam hafalan?

Siapa anak murid Aristotle? Siapa anak murid kepada anak murid Aristotle? Siapa anak murid kepada anak murid kepada anak murid Aristotle? Dan seterusnya. Jika ada anak murid kepada anak murid Aristotle ada percanggahan dalam rekod sejarah, siapa yang lebih berkejituan? Siapa yang patut didahulukan? Itu baru Aristotle. Belum lagi nama-nama lain.

Dalam ilmu hadis, semua yang menyampaikan hadis akan direkodkan dalam satu kitab khas tentang maklumat dan status kredibiliti mereka. Siapa anak murid yang lebih tinggi kedudukan kejituan, siapa yang lebih lama melazimi seseorang guru dan seumpamanya telah pun direkodkan. Nama-nama perawi akan dibukukan dan didedahkan maklumat mengenai mereka.

Bagaimana pula dengan si keparat yang cuba meragukan ketulenan ajaran Islam? Apa yang mereka boleh bentangkan kebaikan dari sisi mereka?

Sebab itulah semakin mereka kritik, semakin mereka tajamkan lagi gigi mereka untuk mengigit lidah mereka sendiri. Mereka cuba ingin merobek kehormatan dan ketinggian kedudukan ahli hadis, tetapi mereka sendiri sedang menimbus diri mereka dalam kehancuran.

Segala puji bagi Allah. Kemudian, segala puji bagi Allah dengan setinggi-tinggi pujian. Dia telah melahirkan ahli hadis yang berkompeten, berwibawa dan tulus untuk menjaga ketulenan dan keaslian teks-teks suci agama ini.

Kalaulah ada nikmat yang paling besar setelah nikmat iman dan Islam, saya akan katakan ia adalah ahli hadis dan ilmu hadis. Tanpa mereka dan ilmu hadis, ketulenan ajaran kita terdedah dengan pertikaian, mudah diwaswaskan dan terisi dengan kesangsian tanpa arah tuju yang berpedoman. Wajib umat Islam bersyukur atas nikmat yang agung ini.

Sebab itu saya cabar kepada mereka yang menentang keabsahan sistem periwayatan ini agar hasilkan satu judul sama macam ilmu muṣṭolaḥ hadis ini. Mulakan dengan Aristotle atau sesiapa yang lain. Kita ingin lihat bagaimana mereka mahu membentangkan contoh untuk riwayat yang gharib, syaz, munkar, iḍṭirōb, maqlūb, taṣḥīf, mursal, mudallis dan lain-lain dari pengajaran Aristotle.

Kalau tidak mampu, mereka hanya berusaha melondehkan aib sendiri sahaja. Tidak ada guna menyerang, tetapi akhirnya apa yang ada di sisi mereka cuma kosong sahaja. Selalu sahaja saya jumpa orang yang menyergah dalam bidang hadis ini sememangnya tersimpannya kebencian dan kesumat terhadap agama ini. Mereka ini sama ada syaitan yang hanya menghasut kepada kejahatan, tetapi tidak ada kebaikan yang diajak atau mereka ini adalah nihilis dalam bidang keilmuan.

Akui sahaja tidak ada siapa yang lebih unggul berbanding ahli hadis. Usaha keras ahli hadis tidak ditiru oleh mana-mana tamadun lain serta kritis dan komprehensif mereka dalam penyemakan perkhabaran telah dikembangkan dan dikukuhkan yang mengalahkan segala panahan nista yang disasarkan terhadapnya yang bertujuan untuk melukakannya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/649738500250468352/dialog-hadis-25-mengapa-tidak-perlu-melayan

Dialog Ringkas 26 : Pendugaan Rasional Dalam Ilmu Hadis Adalah Sabit

Ilmu hadis diketahui bahawa ia bersifat ijtihad dan terbuka untuk seseorang membina kaedah dalam penilaian hadis berasaskan pengamatan, kajian dan analisis yang menmbuahkan ketepatan logik dan pembuktian secara empirikal. Ia bukanlah kaku sepertimana perkara ta*abbudiyy yang tidak memiliki ruang ijtihad yang murni. Sesiapa yang menafikan al-Iḥtimālat al-*Aqliyyah atau pendugaan rasional dalam ilmu hadis, bermakna dia telah meruntuhkan keseluruhan ilmu hadis itu sendiri.

Kita lihat ahli hadis mengemukakan alasan mengapa mursal Sahabat -roḍiyallahu *anhum- diterima tanpa ragu, tetapi mursal tabiin perlu disemak dan disaring. Alasannya adalah kerana para Sahabat tidak mengambil sesuatu hadis melainkan daripada mereka yang sama-sama peringkat zaman dengannya. Oleh itu, tidak ada masalah jika seseorang Sahabat itu terus meriwayatkan daripada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- tanpa perlu menyebutkan nama perantara yang dia ambil daripadanya.

Kita lihat ahli hadis dalam isu mu*āṣaroh atau kesemasaan zaman hidup antara penyampai hadis dan penerima hadis. Kita lihat alasan dari pihak masing-masing dalam mengutarakan alasan untuk menerima kecukupan kesemasaan atau perlunya sabit pertemuan dan pendengaran hadis secara langsung. Untuk mereka yang berpendapat kesemasaan sahaja tidak cukup, kata Šu*bah ini sudah cukup untuk dijadikan pengutaraan hujah :

إذا ‌حدثك ‌من ‌لا ‌ترى ‌شخصه فلا ترو عنه، فلعله شيطان قد تصور في صورته

"Apabila seseorang yang engkau tidak melihat individunya merawi hadis kepada engkau, maka jangan engkau meriwayatkan daripadanya. Kemungkinan ia adalah syaitan yang telah mengambil rupa dalam rupanya". [Iẖtiṣōr *Ulūm al-Ḥadīṯ, karya Ibn Kaṯīr, m/s 118, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Aḥmad Muḥammad Šākir]

Begitu juga dengan hal ijazah. Kata mereka dalam menolak ijazah :

لَوْ جَازَتِ الْإِجَازَةُ لَبَطَلَتِ الرِّحْلَةُ

"Kalaulah harus ijazah, pasti terbatal perantauan". [Ma*rifah Anwā* *Ulūm al-Ḥadīṯ, karya Ibn aṣ-Ṣolāḥ, m/s 152, keluaran Dār al-Fikr, Syria, tahqiq Nūruddīn *Itr].

Tidakkah ini adalah penghujahan secara pendugaan rasional? Banyak lagi isu-isu dan topik dalam ilmu hadis yang membahaskan penerimaan dan penolakan atau cara pengkajian berdasarkan pendugaan rasional. Masing-masing dari kalangan ahli hadis sehinggalah fuqaha mengemukakan alasan mereka masing-masing untuk menyatakan penolakan dan penerimaan dalam sesuatu hadis berdasarkan istilah-istilah yang ada pada ilmu tersebut.

Jelas sekali bahawa ilmu hadis ini, sekaligus metodologi penilaian hadis berdiri di atas pendugaan rasional untuk membuahkan ketepatan logik dan berasaskan bukti empirikal. Oleh itu, ia terbuka untuk menerima sebarang ijtihad yang baru sekalipun ia tidak didahului oleh mana-mana ahli hadis selagimana ia mencapai kedua-dua objektif tersebut.

Saya mencadangkan untuk membaca Aliran Kritik Hadis Semasa karya Umar Muhammad Noor dan Menguji Kembali Keakuratan Metode Kritik Hadis karya Kamaruddin Amin. Kedua-dua ini sedikit sebanyak memberi garapan tentang pendugaan rasional ini.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/651623146679582720/dialog-hadis-26-pendugaan-rasional-dalam-ilmu

Dialog Ringkas 27 : Mengapa Ahli Hadis Mendapat Kedudukan Istimewa Pada Salaf?

Kalau kita melihat darjat yang tinggi di sisi salaf yang soleh lagi unggul, tentu sahaja kita melihat bagaimana mereka mengangkat tinggi ahli hadis sehinggakan kalaulah agama ini menghalalkan untuk mewujudkan kultus dan menjadikan tokoh sebagai berhala, pasti ahli hadis akan menjadi pujaan, sanjungan dan ketakziman yang dijulang sejulang-julangnya. Ada sebab mereka menganggap ahli hadis adalah superior berbanding yang lain dan bukan sesuka hati para salaf mengangkat tinggi seseorang.

Pertama, merekalah orang yang sanggup berhempas pulas untuk memelihara autensitas hadis. Mereka sanggup merantau ke pelbagai negara, mencari hadis dari pelbagai orang, menghafal dan mencatat ribuan hadis serta berpanjangan berfikir dalam menapis dan menyaring riwayat yang diperoleh. Bukan semua orang sanggup melakukan sedemikian kerana pada zaman itu sama sekali tidak ada kemudahan pengangkutan sepertimana zaman sekarang untuk menyampaikan seseorang ke suatu negeri dengan pantas. Semuanya mengambil masa yang lama dan penuh dengan kejerihan. Ketikamana orang ramai tidak mahu menanggung kepayahan seperti ini, mereka adalah dari kalangan yang sedikit yang memiliki kesedaran dan kecintaan kepada baginda menggalas tanggungjawab yang sukar dipikul oleh sembarangan orang. Itulah sebabnya mereka ini menjadi tokoh rujukan dalam pandangan tentang hadis.

Kedua, mereka adalah orang yang paling kenal antara hadis yang sahih dengan yang berpenyakit. Merekala yang paling berkeahlian dalam membedah hadis yang bermasalah, mengenal pasti puncanya dan kritis dalam penyaringan. Tidak ramai orang yang mampu mencapai tahap setinggi ini kerana ia memerlukan hafalan yang menggunung dan mengambil masa yang banyak untuk membanding setiap satu jalur sanad daripada beratus-ratus, malah beribu-ribu yang diperoleh. Sebab itulah nama-nama tokoh al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl sepanjang lipatan sejarah hanya mereka yang sedikit dan penyebutan nama yang sama akan berulang-ulang dalam penilaian perawi. Dengan kemampuan yang tidak terbanding ini, mereka menjadi panutan dan sandaran yang agung bagi para salaf.

Ketiga, ketikamana berleluasanya Asḥāb ar-Ro^y, iaitu pembawa gagasan rasionalisme, ahli hadis adalah orang yang bertarung bermati-matian untuk menyeru dan menegaskan agar sentiasa berpada dan merujuk kepada sunnah. Tanpa mereka, hadis-hadis yang sahih boleh diketepikan atau diselewengkan maknanya hanya kerana tidak bersesuaian dengan rasional. Tidak sekadar itu, mereka juga menjadi pembela kepada kefahaman yang sebenar dan bermetodologi untuk bagi penafsiran dan penggalian hukum daripada teks-teks agama yang suci. Mereka bukan sahaja berkepakaran dalam hadis, mereka juga adalah fuqaha yang terbilang dan jaguhan ilmuan dalam bidang yang lain yang berkaitan dengan teras dalam mempertahankan agama.

Keempat, ketikamana bertebarannya ajaran sesat seperti Jahmiyyah, Muktazilah, Qodoriyyah, khawarij dan syiah, ahli hadis adalah golongan yang paling lantang menyelisihi mereka dan sangat hebat giat aktifnya dalam melawan ajaran seperti ini. Di mana ada kebenaran, di situlah ahli hadis berkumpul dan mengukuhkan empayarnya dengan menjadi perajurit yang berjiwa waja demi membela masyarakat daripada kebatilan dan kesesatan. Sebab itulah para salaf sangat rapat dan sangat berpegang dengan jalan ahli hadis kerana mereka inilah paksi kebenaran, tempat yang tidak diragui keabsahan metodologi asas dalam agama serta gudang yang terkumpulnya pelbagai riwayat dan aṯar yang sahih untuk dijadikan pegangan dan rujukan. Atas sebab inilah adanya pegangan bahawa sesiapa sahaja yang menyelisihi dan berlawanan arus dengan ahli hadis, boleh jadi seseorang itu akan ada masalah dalam akidah dan manhaj keilmuannya.

Semoga Allah merahmati ahli hadis dan semoga Allah melimpahkan kedudukan yang mulia di dunia dan di akhirat. Mereka adalah wira yang kita junjung dan para pemuka ilmuan yang terbilang. Sebab itulah jika adanya nikmat yang besar selepas iman dan Islam, maka ia adalah ahli hadis dan ilmunya. Tanpa mereka, ketulenan teks-teks agama kita terdedah kepada keraguan dan mudah diperkotak-katikkan. Bahkan, mereka adalah golongan yang lebih mulia selepas para sahabat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- kerana kedudukan mereka dan perjuangan mereka.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/653087930954514432/dialog-hadis-27-mengapa-ahli-hadis-mendapat

Dialog Ringkas 28 : Benarkah Para Imam Hadis Menghafal Ribuan Hadis?

Sebahagian orang begitu skeptik bahawa tokoh jaguhan hadis kita pernah menghafal ribuan hadis sehingga mencecah ratusan ribu. Bagi mereka, ini adalah kemustahilan yang tidak mungkin dicapai oleh mana-mana orang pun. Malah, itu mungkin sahaja cerita yang diada-adakan untuk melakukan julangan yang melampau.

Bagi yang merasa skeptik dan sukar untuk menerima realiti, saya cadang cukup melihat kitab-kitab al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl yang ada mengumpulkan senarai guru dan anak murid. Kita ambil contoh dari karya pendahulu yang berinformatif seperti al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl karya Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy. Dari sini sangat jelas betapa luasnya hafalan para tokoh hadis adalah sesuatu yang terbukti dan berada di atas fakta. Kita ambil contoh daripada Šu*bah bin al-Ḥajjāj. Kata Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy :

شعبة بن الحجاج أبو بسطام وهو ابن الحجاج ابن الورد مولى العتيك بصري أصله واسطي روى عن الحسن البصري وسعيد المقبري وداود بن فراهيج والعلاء بن بدر وعاصم بن عمرو وطلحة بن مصرف ومعاوية بن قرة روى عنه الثوري ومحمد بن إسحاق وإبراهيم بن سعد.

"Šu*bah bin al-Ḥajjāj Abū Busṭōm. Dia adalah Ibn al-Ḥajjāj bin al-Ward, maula al-*Atīk, orang Basrah. Asalnya adalah orang Wasit. Dia meriwayatkan daripada al-Ḥasan al-Baṣriyy, Sa*īd al-Maqburiyy, Dāwud bin Farōhīj, al-*Alā bin Badr, *Āṣim bin *Amr, Ṭolḥah bin Muṣorrif dan Mu*āwiyah bin Qurroh. Aṯ-Ṯawriyy, Muḥammad bin Isḥāq dan Ibrōhīm bin Sa*d meriwayatkan daripadanya". [Al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, jilid 4, m/s 369, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut].

Senarai nama perawi yang dia ambil dan perawi yang mengambilnya adalah sedikit. Realitinya adalah lebih banyak sehingga mencecah ratusan orang. Ini perlu dilihat karya yang selepasnya seperti Tahḏīb al-Kamāl Fī Asmā^ ar-Rijāl karya al-Mizziyy untuk mendapatkan senarai lebih banyak. Apa yang dilakukan oleh para pendahulu hanya sekadar meringkaskan dan memperkenalkan identiti sahaja, bukan untuk ensiklopedia atau seumpamanya seperti tokoh sesudahnya.

Apapun, daripada mana kenyataan ini boleh menjadi bukti bahawa tokoh hadis itu menghafal ribuan hadis? Kita lihat bahawa Ibn Abu Ḥātim ar-Rōziyy sama sekali tidak tertukar antara nama gurunya dengan nama muridnya. Kalau kita cari setiap satu persatu nama ini dalam kitab-kitab hadis meski di ceruk kitab yang jarang dikenali dan jarang dirujuk, pasti akan ditemukan bahawa sememangnya benar nama-nama yang disenaraikan itu adalah gurunya atau muridnya tanpa tertukar atau tunggang terbalik. Kalaulah dia tidak kuat hafalannya, boleh jadi dia tertukar atau menyebutkan nama orang lain yang bukan gurunya.

Malah, ini bukan Ibn Abu Ḥātim ar-Rōziyy seorang sahaja. Para pendahulunya, mereka yang sezamannya dan para sesudahnya juga tidak tersilap dalam hal ini. Setiap daripada mereka selari dapatan mereka dengan mereka yang lain. Kalaulah masing-masing di antara mereka adalah orang yang tidak begitu kuat hafalannya, pasti akan menemukan percanggahan dalam pelbagai karya lain dan bertentangan dengan ulama lain seperti al-Buẖōriyy, Muslim, ad-Dāroquṭniyy, al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy dan pelbagai ulama yang lain. Pasti kesemua mereka ini akan tertukar sanad, tertukar nama guru dan murid serta pelbagai lagi kecelaruan dan kontradiksi yang signifikan.

Perlu ingat bahawa kesemua ahli hadis tidak semuanya sama zaman dan sama tempat. Ada yang jauh di sebelah timur, ada yang jauh di sebelah barat, ada yang di ibu kota tamadun Muslim dan ada yang di tanah Arab. Kembara dan komunikasi zaman itu bukannya semudah hari ini.

Kalau rasa jarak Kuantan dengan Kuala Lumpur sudah cukup jauh dan kereta yang dipandu sejauh 120 kilometer per sejam mengambil masa lebih kurang 3 atau 4 jam untuk sampai. Bayangkan zaman unta dan kuda. Bayangkan zaman tiada gajet untuk simpan maklumat. Hanya dengan menggunakan kertas dan pen sahaja untuk mencatat. Jangan sangka unta seekor mampu tanggung kitab yang pelbagai bersama bekalan untuk perantauan yang panjang.

Namun, itu semua tetap tidak menatijahkan berlakunya campur aduk, sisipan yang diragui autensitasnya dan percanggahan yang signifikan. Ia semua bersemadi dalam kitab-kitab yang mereka tinggalkan. Dari semua ini, sememangnya membuktkan kehebatan hafalan dan pengumpulan memori dalam otak mereka yang menampung ribuan hadis. Hanya aktiviti takhrij sahaja yang akan dapat mengesahkan dan meninjau hakikat kehebatan ini.

Ini baru sahaja Šu*bah bin al-Ḥajjāj. Belum lagi setiap satu gurunya daripada beratus-ratus guru yang lain yang mungkin ada ratusan guru yang lain dan anak murid yang lain. Begitu juga muridnya yang memiliki ratusan anak murid yang mungkin ada ratusan guru yang lain dan anak murid yang lain. Kalau kita lakukan kajian takhrij, sememangnya akan menemui ketepatan bahawa orang itu adalah gurunya atau muridnya. Apa yang dilakukan oleh al-Mizziyy dalam Tahḏīb al-Kamāl Fī Asmā^ ar-Rijāl atau selainnya adalah penguat untuk hal ini. Jelas sekali bahawa ia membuktikan bahawa sememangnya ahli hadis memiliki hafalan yang kuat lagi luas.

Contoh yang lain adalah dengan kita melihat perbahasan *ilal al-Ḥadīṯ. Kita lihat pembentangan ad-Dāruquṭniyy sebagai contoh :

وَسُئِلَ عَنْ حَدِيثِ سُوَيْدِ بْنِ غَفْلَةَ، عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ أَتَى فِرَاشَهُ، وَهُوَ يَنْوِي أَنْ يُصَلِّيَ مِنَ اللَّيْلِ، فَغَلَبَتْهُ عَيْنَاهُ حَتَّى يُصْبِحَ كُتِبَ لَهُ مَا نَوَى. فَقَالَ: يَرْوِيهِ عَبْدَةُ بْنُ أَبِي لُبَابَةَ، وَاخْتُلِفَ عَنْهُ؛ فَرَوَاهُ حَبِيبُ بْنُ أَبِي ثَابِتٍ، وَشُعْبَةُ، وَابْنُ عُيَيْنَةَ، عن عبدة بن أبي لبابة، واختلفوا فيه فقال زائدة، عَنِ الْأَعْمَشِ، عَنْ حَبِيبٍ، عَنْ عَبْدَةَ، عَنْ سويد بن غفلة، عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلم. وقال أبو عَوَانَةَ: عَنِ الْأَعْمَشِ، عَنْ حَبِيبٍ، عَنْ عَبْدَةَ، عَنْ زِرِّ بْنِ حُبَيْشٍ، عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ موقوفا. وَخَالَفَهُ فِي مَوْضِعَيْنِ، وَقَالَ الثَّوْرِيُّ: عَنْ حَبِيبٍ، عَنْ عَبْدَةَ، عَنْ زِرٍّ، عَنْ أَبِي ذَرٍّ، وَقَالَ الثَّوْرِيُّ: فَلَقِيتُ عَبْدَةَ، فَحَدَّثَنِي عَنْ سُوَيْدِ بْنِ غَفْلَةَ، عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ، عَنْ أَبِي ذَرٍّ. وَقَالَ شُعْبَةُ: عَنْ عَبْدَةَ، عَنْ سُوَيْدِ بْنِ غَفْلَةَ؛ أَنَّهُ عَادَ زِرًّا فِي مَرَضِهِ، فَقَالَ: قَالَ أَبُو ذَرٍّ، أَوْ أَبُو الدَّرْدَاءِ، شَكَّ شُعْبَةُ. وَرَفَعَهُ مِسْكِينُ بْنُ بُكَيْرٍ، عَنْ شُعْبَةَ، وَوَقَفَهُ غُنْدَرٌ، وَغَيْرُهُ، وَوَقَفَهُ ابْنُ عُيَيْنَةَ، عَنْ عَبْدَةَ، وَلَمْ يَرْفَعْهُ، وَالْمَحْفُوظُ الْمَوْقُوفُ.

Ditanya tentang hadis Suwayd bin Ġoflah, daripada Abū ad-Dardā^, Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Sesiapa yang menuju ke katil dan dia berniat untuk bersolat sebahagian malam, lalu matanya telah mengalahkannya sehingga menjelang subuh, dituliskan untuknya apa yang dia niatkan". Dia berkata; *Abdah bin Abū Lubābah dan diperselisihkan padanya. Ḥabīb bin Abū Ṯābit, Šu*bah dan Ibn *Uyaynah daripada *Abdah bin Abū Lubābah. Mereka berselisih padanya. Zā^idah berkata, daripada al-A*maš, daripada Ḥabīb, daripada *Abdah, daripada Suwayd bin Ġoflah, daripada Abū ad-Dardā^, daripada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Berkata Abū *Awānah, daripada al-A*maš, daripada daripada Ḥabīb, daripada *Abdah, daripada Zirr bin Ḥubayš secara mawqūf. Dia menyelisihinya di dua tempat. Aṯ-Ṯawriyy berkata, daripada Ḥabīb, daripada *Abdah, daripada Zirr, daripada Abū Ḏarr. Berkata aṯ-Ṯawriyy: "Aku bertemu dengan *Abdah, lalu dia merawi hadis daripada Suwayd bin Ġoflah, daripada Abū ad-Dardā^". Šu*bah berkata daripada *Abdah, daripada Suwayd bin Ġoflah; Bahawasanya Zirr melawatnya ketika hari sakitnya, lalu dia berkata: Abū Ḏarr atau Abū ad-Dardā^". Šu*bah syak. Miskīn bin Bukayr memarfū*kannya darpada Šu*bah, manakala Ġundar dan selainnya memawqūfkannya. Ibn *Uyaynah memawqūfkannya, daripada *Abdah dan dia tidak memarfū*kannya. Yang terpelihara adalah yang mawqūf. [Al-*Ilal al-Wāridah Fī al-Aḥādīṯ an-Nabawiyyah, jilid 6, m/s 206].

Yang menariknya adalah jika kita melakukan aktiviti takhrij, kita pasti akan menemukan sumber hadis yang disebut oleh al-Imām ad-Dāruquṭniyy dan apa yang dia sebutkan itu adalah sama dengan sumber tersebut sama ada pada sanad atau matan.

Ini baru satu tema hadis. Belum lagi beberapa ratus lagi hadis yang dianalisis memiliki masalah. Malah, kalau kita lihat pengkaryaan ahli hadis yang lain tentang hal ini seperti al-ʿIlal karya Ibn Abī Ḥātim ar-Rōziyy serta melakukan takhrij baginya, pasti kita akan menemukan keselarian dapatan antara pengarang dan tokoh yang lain.

Oleh itu, keluasan hafalan para imam hadis sememangnya adalah sesuatu yang realiti dalam catatan sejarah kita. Kesaksian para sarjana dan rekod tentang mereka adalah berdasarkan kebenaran, bukan atas dusta atau dilebih-lebihkan.

Bagi yang susah untuk melihat kehebatan ini, cubalah lakukan aktiviti takhrij atau lihat takhrij yang telah dilakukan oleh pentahqiq kitab. Hanya mereka yang menempuhi apa yang telah ditempuhi oleh ahli hadis sahaja akan menikmati apa yang telah diperoleh dan dicapai oleh mereka yang telah berkecimpung, berkeahlian dan mengabadikan diri dalam bidang hadis.

Dan saya berani jamin yang mempertikaikan kekuatan hafalan imam hadis kita adalah orang yang tidak pernah langsung melakukan aktiviti takhrij, apatah lagi melibatkan diri dalam tahqiq kitab.

Oleh itu, sangat jelas bahawa sememangnya ahli hadis menghafal ribuan hadis. Kita tidak akan menemukan berlakunya percanggahan antara susunan sanad yang pelbagai setiap generasi daripada pengumpul sanad dari perawi yang mengambil daripada gurunya dan dia pun mengambil dari gurunya sehinggalah ke penghujungnya tanpa terbolak-balik sanad antara sesama penerima. Setiap kitab tidak akan meriwayatkan percanggahan yang ketara. Dan jika ada pun, mereka boleh menganalisis masalah itu dan selalunya disebabkan masalah kejituan perawi.

Segala puji bagi Allah yang melahirkan tokoh-tokoh hadis yang membela sumber agama ini daripada dicemari penyelewengan, ketidaktulenan dan percanggahan yang membawa manusia dalam kecelaruan. Mereka semua adalah satria yang berjasa besar dalam dunia keilmuan Islam dan para pejuang yang tidak tertanding nilainya.

Kalaulah ada nikmat yang wajib disyukuri setelah nikmat iman dan Islam, maka ia adalah ahli hadis dan ilmu hadis kerana tanpa mereka dan ilmu yang mereka perjuangkan, ketulenan sumber agama kita mudah diragukan dan terdedah dengan pelbagai tipu daya.

Dialog Ringkas 29Taġlīq At-Ta*līq Karya Ibn Ḥajar Al-*Asqolāniyy : Bukti Keunggulan Hafalan Al-Buẖōriyy Dan Ibn Ḥajar


Jika ada orang ragu dengan kemampuan hafalan para imam kita, saya akan memperkenalkan kitab Taġlīq at-Ta*līq karya Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy. Sememangnya patut ditelaah dan diamati kerana ia mempamerkan kehebatan al-Buẖōriyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dalam kekuatan hafalan.

Kitab ini adalah usaha pencarian semula sanad-sanad hadis mua*llaq dalam al-Buẖōriyy dengan menyebutkan sanad secara penuh dari pelbagai sumber. Sesuai dengan tajuk kitabnya, iaitu "Penguncian Untuk Yang Tergantung".

Bagi yang tidak tahu, hadis mua*llaq dengan penjelasan mudah adalah hadis yang tidak disebut sanad secara penuh. Maksudnya, dalam penyampaian hadis, sepatutnya al-Buẖōriyy akan menyebutkan sanad secara penuh dari gurunya sampai kepada Sahabat -roḍiyallahu *anhum-, daripada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Dia sepatutnya akan menyebutkan dari gurunya, daripada guru kepada gurunya, daripada tabiin, daripada Sahabat -roḍiyallahu *anhum-, daripada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- sebagai contoh.

Namun, dalam kes hadis mua*llaq, dia kadangkala terus langkau kepada Sahabat -roḍiyallahu *anhum-. Kadangkala langkau kepada kepada tabiin. Kadangkala langkau kepada guru kepada gurunya.

Ada beberapa sebab dia tidak menyebutkan sanad penuh. Pertama, mengelakkan pengulangan sanad yang telah disebut pada hadis yang lalu jika dia menyebutkan hadis yang sama di bab yang lain. Jadi, dia meringkaskan sahaja penyebutannya supaya tidak jadi berjela.

Kedua, tidak cukup syarat kekuatan kesahihan. Kadangkala hadis tersebut sahih dan boleh dijadikan hujah, tetapi tidak cukup kuat menurutnya untuk dimasukkan dalam Ṣoḥīḥ miliknya yang syaratnya cukup tinggi. Oleh sebab tidak mahu orang menyangka bahawa penyebutan sanad penuh menunjukkan ia adalah pemenuhan kriteria yang ketat menurutnya, maka dia potong sanad.

Ketiga, hadis itu ada masalah sama ada dhaif atau ada illah. Namun, ini berjumlah yang sedikit. Salah satu sebab dia membawakan hadis yang bermasalah, tetapi tidak sampai terlalu teruk kedhaifannya adalah dia menerima hadis tersebut sebagai faḍōʾil al-A*māl atau ingin menyebut perselisihan ulama dalam berhujah dengan hadis dhaif tersebut yang dia tidak mahu abaikan atau dia mahu mengambil kira pandangan tersebut. Apapun,dia langkau penyebutan sanad penuh supaya orang tidak terkeliru bahawa hadis itu adalah hadis sahih menurutnya.

Keempat, ia bukan hadis marfū*, tetapi hadis mawqūf atau hadis maqṭū*. Dengan kata lain, hadis tersebut bukan kata-kata atau perbuatan atau perakuan atau cerita tentang Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, tetapi kata-kata atau perbuatan atau cerita tentang sahabat baginda -roḍiyallahu *anhum- atau kata-kata tabiin. Perlu kita ingat bahawa syarat pembukuan Ṣoḥīḥ miliknya adalah memasukkan yang berkaitan dengan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Oleh itu, yang selainnya dipotong sanadnya kerana ingin memberitahu bahawa perihal selain Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- itu bukan syarat pembukuannya.

Kelima, perbandingan sama ada untuk menguatkan sokongan bagi hadis tersebut atau mengisyaratkan wujudnya illah pada hadis tersebut. Maksudnya, setelah dia membawa hadis dengan sanad penuh, dia akan sebut hadis lain secara mua*llaq sama ada untuk menyatakan bahawa hadis tersebut memiliki sokongan atau hadis tersebut sebenarnya memiliki illah.

Setelah beberapa lama kemudian, Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy mengerahkan usaha untuk menyambungkan semula sanad-sanad yang terpotong atau yang al-Buẖōriyy langkau penyebutan sanad dari pelbagai sumber.

Sekarang, di mana paparan kehebatan kedua-dua tokoh, baik al-Buẖōriyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy.

Kehebatan al-Buẖōriyy adalah penyebutan sanad yang dilangkau atau dipotong itu adalah sama seperti dapatan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dalam usaha menyambungkan sanad.

Maksudnya, tidak ada dalam hadis mua*llaq dalam Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy yang sebut sanad secara langkau dari B, daripada C, daripada D, tetapi dapatan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy adalah selainnya seperti dari Z, daripada X, daripada Y. Tidak pernah ada!

Ini menunjukkan kekuatan hafalan al-Buẖōriyy dalam menyebutkan sumber sanad yang betul yang apabila disemak semula dan dibuat usaha penyambungan sanad-sanad hadis yang muʿallaq, ternyata ia selari dan tidak kontradik!

Dari penulisan kitab ini pun, ia menunjukkan keluasan pembacaan dan hafalan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dalam menjejaki semula sanad-sanad hadis yang dipotong sanadnya dalam Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy dari pelbagai sumber yang sebahagiannya tidak terfikir oleh mana-mana pengkaji hadis biasa untuk mencarinya.

Sangat mustahil penghasilan kitab ini dapat dihasilkan untuk orang yang kurang daya hafalannya dan sedikit pembacaannya. Sesiapa yang membacanya, pasti akan menemukan ketakjuban dan keajaiban memori dan kesungguhan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy.

Karya ini sudah cukup membuktikan bahawa para imam hadis kita bukan calang-calang orang dalam bab hafalan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/654044723834748928/dialog-hadis-29-ta%C4%A1l%C4%ABq-at-tal%C4%ABq-karya-ibn-%E1%B8%A5ajar

Dialog Ringkas 30 : Hakikat Mereka Yang Meragui Kemampuan Hafalan Imam Hadis

Selalu sahaja saya menemukan rang yang meragui kemampuan hafalan yang besar para imam hadis kita sehingga mencecah ratusan ribu adalah orang yang tidak pernah berkecimpung dalam aktiviti takhrij dan berkecimpung dalam kajian *Ilal al-Ḥadīṯ. Bahkan, tidak tahu langsung hakikat takhrij dan kajian *ilal. Inilah yang berani saya jamin.

Mengapa? Sebabnya bukti bagi hal tersebut adalah jelas di mata kepala para pengkaji, khususnya yang melakukan tahqiq terhadap kitab atau melakukan takhrij dalam beberapa isi kandungan kitab atau menekuni kajian*Ilal al-Ḥadīṯ. Sesiapa yang telah lama bergelumang dengan ini, pasti akan tampak keunggulan para ahli hadis yang bukan atas dasar taksub atau menumpang sanjungan orang lain, tetapi dengan bukti yang ternyata di pemerhatian mereka.

Saya ambil contoh karya Tahḏīb al-Kamāl Fī Asmā^ ar-Rijāl karya al-Mizziyy. Al-Mizziyy menjadikan ensiklopedia bagi maklumat perawi yang terdapat dalam Kutub Sittah. Senarai nama guru dan senarai nama murid begitu terperinci yang jika sesiapa sahaja melakukan semakan sama ada benar atau tidak orang tersebut adalah guru atau murid bagi perawi, pasti akan menemukannya. Malah, untuk menemukannya, kadang perlu membelek kitab yang jarang dirujuk atau tidak pernah terfikir oleh mana-mana pengkaji biasa.

Itu belum lagi maklumat perawi sama ada berupa riwayat hidup atau al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl secara khusus. Lihat tahqiq yang dilakukan Baššār *Awwād Ma*rūf yang berusaha menyebutkan rujukan-rujukannya dari pelbagai tempat sememangnya membuat kita takjub bagaimana luasnya pembacaan dan besarnya hafalan sarjana hadis. Karya al-Mizziyy ini ditambah baik oleh Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dalam Tahḏīb at-Taẖḏīb yang menambahkan lagi beberapa kalam nuqqōd yang berkaitan dengan al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl yang tidak disebut oleh al-Mizziyy.

Contoh yang lain Šamsuddīn aḏ-Ḏahabiyy. Kitab rujukan utama dalam mencari maklumat perawi adalah Tārīẖ al-Islām Wa Wafayāt al-Mašāhīr Wa al-A*lām, Siyar *Alām an-Nubalā^ dan Mizān al-I*tidāl Fī Naqd ar-Rijāl. Ketiga-tiga ini adalah tebal kerana mengumpulkan sebanyak boleh maklumat tentang perawi dan tokoh ulama. Karya penulisan sebegini mustahil dilakukan oleh pengkaji peringkat pakar biasa pun kerana ia memerlukan pembacaan yang sangat luas dan hafalan yang kuat bagi memastikan penyebutan maklumat itu adalah jelas. Ia adalah kitab penukilan, bukan kitab pentaakulan yang tidak memerlukan ketepatan penyebutan mengikut sumber aslinya.

Contoh yang lain adalah al-*Ilal al-Wāridah Fī al-Aḥādīṯ an-Nabawiyyah karya ad-Dāroquṭniyy. Kitab yang tebal ini membahaskan hadis-hadis yang bermasalah dengan mengumpulkan pelbagai jalur sanad untuk dianalisis. Sesiapa yang melakukan takhrij, pasti akan menemukan kebanyakan penyebutannya selari sanadnya dan matannya dengan karya-karya yang lain. Kalaulah ad-Dāroquṭniyy bukan jenis yang luas hafalannya, pasti akan menemukan kontradiksi dalam penyebutan sanad atau matan secara signifikan apabila dibandingkan dengan rujukan yang lain.

Itu belum lagi karya-karya yang memfokuskan perbincangan dan analisis perawi secara khusus yang sesiapa sahaja telah membuat rujukan silang, pasti akan menemukan keselarian dapatan penyebutan guru, murid dan susunan sanad antara satu sumber dengan sumber yang lain. Ini semua adalah jelas di mata para pengkaji hadis. Mereka yang berkecimpung lama akan dapat mengamatinya dan merasainya.

Bayangkan kitab-kitab semua ini ditulis ketika zaman kembara dengan unta dan penulisan dengan dakwat. Malah, para sarjananya hidup di tempat dan zaman yang berbeza. Namun, dapatan mereka tetap selari antara satu sama lain tanpa berlakunya percanggahan yang ketara.

Kita dapat merasai kemudahan kerana perisian komputer seperti Jawāmi* al-Kalim membantu kita untuk melakukan takhrij dan Maktabah Syamilah telah mempercepatkan carian rujukan untuk sesuatu teks. Bayangkan kitab-kitab hadis yang pada perisian Jawāmi* al-Kalim mencecah lebih daripada 1,400! Ada rujukan daripadanya mengumpulkan berbelas ribu hadis.

Apabila kita memanfaatkan perisian ini untuk melakukan tahqiq kitab atau takhrij atau kajian *ilal al-Ḥadīṯ, ternyata bahawa para tokoh kita yang menyebutkan hadis tersebut selari dengan dapatan sanad dan matan dengan sumber yang lain. Para pengkaji hadis tidak akan dapat mengingkari bahawa sememangnya para imam kita memiliki kemampuan yang istimewa dalam hadis.

Sebab itulah saya berpesan dengan mereka yang meragui kemampuan hafalan para imam hadis ini adalah dalami ilmu hadis dan usahakan diri untuk masuk ke medan praktikal kajian hadis. Tidak ada guna saya memanjangkan lagi dalam memaparkan bukti-bukti kekuatan hafalan para ahlinya jika tidak pernah cuba sendiri untuk meneroka dan merasai apa yang telah dilalui oleh para pengkaji.

Saya seumpama sedang menceritakan kemajuan permodenan kota metropolian yang serba canggih teknologinya dan berkembang pesatnya tradisi keilmuan pada orang yang terpencil di ceruk hutan. Mungkin ada daripada mereka mengangap bahawa cerita saya ini berlebih-lebihan atau sememangnya sekadar dongengan. Kalau pun mereka percaya apa yang saya katakan, keteguhan kepercayaan mereka tidak sekuat sepertimana yang saya telah rasai sendiri. Selagimana tidak melihat dengan mata kepala sendiri dan masuk ke kotanya, maka susah untuk mendapatkan keteguhan.

Saya mendoakan mereka yang berkeinginan kuat untuk mencapai kemahiran ilmu hadis sampai kepada kajian praktikal agar Allah permudahkan capaian hajat tersebut, seterusnya membawa kita kepada kefaqihan yang berguna untuk diri kita, masyarakat, dunia dan akhirat.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/654071791605760000/dialog-hadis-30-hakikat-mereka-yang-meragui

Dialog Ringkas 31 : Ke Mana Perginya Ratusan Ribu Hadis Yang Lain?

Timbul pertanyaan, mengapa para imam kita yang menghafal ratusan ribu hadis, tetapi yang mereka catat hanyalah dari peratusan yang sedikit? Hadis apa yang dibuang dan tidak diterima?

Sebelum itu, kita perlu tahu dahulu apa yang dimaksudkan dengan hadis itu sendiri sehingga mencecah beribu-ribu jumlah. Hadis di sini salah satunya adalah hadis daripada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, tetapi memiliki pelbagai rantaian sanad yang sama teksnya atau isi kandungannya tentang baginda sama ada perbuatan, percakapan, pengakuan atau cerita tentang baginda. Maksudnya, boleh jadi ada pelbagai rantaian sanad, tetapi merujuk kepada satu hadis. Dalam setiap satu sanad ini daripada pelbagai lagi yang lain kadangkala disebut sebagai hadis.

Ini juga bergantung kepada siapa yang dipusatkan perhatian. Contohnya, boleh disebutkan hadis Anas bin Mālik, hadis Ibn *Abbās dan sahabat baginda yang lain sebagai perawi yang dijadikan perhatian untuk analisis atau sebagainya. Atau pada generasi tabiin seperti hadis Sa*īd bin Jubayr, hadis Mujāhid, hadis Ibn al-Musayyib dan lan-lain. Penggunaan ini banyak dalam karya al-Jarḥ Wa at-Taʿdīl dan karya al-*Ilal.

Atas sebab itulah jumlahnya boleh mencecah ratusan ribu. Hadis riwayat al-A*mašh yang dikumpulkan pun yang termasuk sahih sehingga dhaif mencecah 2,033 lebih. Itu belum lagi para perawi yang lain yang memiliki banyak hadis seperti al-Ḥasan al-Baṣriyy, Šu*bah bin al-Ḥajjāj, Sufyān aṯ-Ṯawriyy, Sufyān bin *Uyaynah, Ḥammād bin Salamah dan lain-lain.

Kembali pada persoalan ini. Antara hadis-hadis yang tidak dimasukkan adalah hadis yang bermasalah. Tidak kira sama ada dhaif atau palsu atau memiliki illah. Malah, sememangnya ahli hadis melarang menulis hadis daripada pendusta atau mereka yang disahkan untuk ditinggalkan hadisnya kecuali menulis sekadar untuk proses perbandingan semata-mata atau peringatan kepada orang ramai dengan menyatakan contoh hadis palsu atau hadis yang tidak ada nilai langsung. Hadis sebegini sudah tentu kebanyakannya tersisa dalam ingatan ahli hadis yang dibawa sampai ke kubur mereka, tetapi tidak ditinggalkan dalam lembaran kecuali sedikit sahaja untuk peringatan kepada generasi atau contoh.

Malah, bukan semua hadis termasuk dalam kategori yang diterima. Ini adalah perkara yang maklum diketahui bagi sesiapa sahaja yang mempelajari ilmu hadis yang asas. Sememangnya ada hadis yang diterima dan yang ditolak. Jika ditolak, mengapa perlu lagi diambil kira?

Kemudian, hadis yang ditapis adalah hadis yang sanad an-Nāzil, iaitu hadis yang memiliki ramai rantaian perawi. Hadis seperti ini dibuang dan dipilih hadis-hadis yang *Āliyy, iaitu hadis yang memiliki sedikit rantaian perawi. Contohnya, kalau hadis itu ada enam orang perawi, iaitu yang an-Nāzil dan empat orang perawi, iaitu yang *Āliyy dalam sanad, sudah tentu diambil yang empat orang perawi. Semakin pendek, semakin bagus.

Kemudian, hadis yang ditapis adalah hadis daripada perawi yang kurang cemerlang. Maksudnya, kita mengutamakan periwayatan dari perawi yang cemerlang berbanding perawi yang memiliki masalah kejituan. Contohnya, dalam riwayat al-A*maš, sudah tentu kita akan mendahulukan muridnya yang kanan lagi cemerlang seperti Sufyān aṯs-Ṯsawriyy dan Šhuʿbah, bukan murid yang entah siapa dia atau yang bermasalah.

Kalau semua ini ditapis, sudah tentu yang tinggal hanya peratusan yang kecil. Seratus ribu daripadanya mungkin akan menjadi dua puluh lima ribu sahaja. Jumlah itu pun kadangkala berbeza mengikut ahli hadis yang memiliki manhaj dan penilaian yang tersendiri. Pun begitu, kesemua sepakat yang banyak daripada apa yang ditinggalkan untuk kita, hanya sejumlah yang sedikit sahaja yang termasuk dalam sahih, diterima dan dijadikan hujah.

Dalam perisian Jawāmi* al-Kalim, ada lebih 1400 rujukan untuk hadis. Di dalamnya, mungkin ada pelbagai sanad, tetapi hadis yang sama. Satu rujukan pun boleh mencecah belasan ribu hadis. Saya tidak tahu jumlah sebenar hadis kalau dikumpulkan kesemua yang ada dalam 1,400 ini. Ia mungkin boleh mencecah ratusan ribu.

Itu pun kalau dirangkumkan sekali dengan hadis yang marfū*, mawqūf dan maqṭū*. Jika yang dijadikan hujah bagi pensyariatan, semestinya hadis yang marfū* sahaja diterima. Maka, tidak hairan yang tinggal cumalah sedikit.

Mungkin tapisan ini agak kabur pemaknaannya dan sukar untuk memahami mengapa terlalu banyak hadis yang tidak dijadikan pegangan. Saya menyatakan mereka yang berkecimpung dalam kajian *ilal al-Ḥadīṯ sahaja yang boleh nampak hakikat ini dan ia adalah jelas di mata mereka bagi para pengkaji.

Oleh itu, saya doakan mereka yang kabur agar Allah permudahkan urusan untuk sampaikan hajatnya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/654073215528894464/dialog-hadis-31-ke-mana-perginya-ratusan-ribu

Dialog Ringkas 32 : Hipokrit Sebahagian ASWAJA Dalam Prinsip Perkenan Penerimaan Hadis Daripada Ulama

Kata *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal berkata :

سُئِلَ عَمَّا رُوِيَ فِي الْكُرْسِيِّ وَجُلُوسِ الرَّبِّ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْهِ رَأَيْتُ أَبِيَ رَحِمَهُ اللَّهُ يُصَحِّحُ هَذِهِ الْأَحَادِيثَ أَحَادِيثَ الرُّؤْيَةِ وَيَذْهَبُ إِلَيْهَا وَجَمَعَهَا فِي كِتَابٍ وَحَدَّثَنَا بِهَا

"Ditanya ayahku tentang apa yang diriwayatkan tentang al-Kursiyy dan duduknya tuhan *Azza Wa Jalla di atasnya. Aku melihat ayahku -semoga Allah merahmatinya- mensahihkan hadis-hadis ini, iaitu hadis-hadis lihatan dan dia berpendapat dengannya, mengumpulkannya dalam suatu kitab dan dia merawi hadis kepada kami tentangnya". [As-Sunnah, jilid 1, m/s 300, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

*Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal berkata :

حَدَّثَنِي أَبِي، نا وَكِيعٌ، بِحَدِيثِ إِسْرَائِيلَ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ خَلِيفَةَ، عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: «إِذَا جَلَسَ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى الْكُرْسِيِّ» فَاقْشَعَرَّ رَجُلٌ سَمَّاهُ أَبِي عِنْدَ وَكِيعٍ فَغَضِبَ وَكِيعٌ وَقَالَ: أَدْرَكْنَا الْأَعْمَشَ وَسُفْيَانَ يُحَدِّثُونَ بِهَذِهِ الْأَحَادِيثِ لَا يُنْكِرُونَهَا

Ayahku telah merawi hadis kepadaku; Wakī* telah merawi hadis kepada kami tentang hadis Isrō^īl, daripada Abū Isḥāq, daripada *Abdullah bin H̱olīfah, daripada *Umar -roḍiyallahu *anh-, dia berkata: "Apabila tuhan *Azza Wa Jalla duduk atas kerusi". Lalu, seseorang yang ayahku menamakannya menggeletar di sisi Wakī*, lalu Wakī* marah dan berkata: "Kami pernah mendapati al-A*maš dan Sufyān meriwayatkan hadis-hadis ini dan mereka tidak mengingkarinya". [As-Sunnah, jilid 1, m/s 301, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

Hadis yang dimaksudkan adalah seperti berikut :

حَدَّثَنِي أَبِي رَحِمَهُ اللَّهُ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ، عَنْ سُفْيَانَ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ خَلِيفَةَ، عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: «إِذَا جَلَسَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى عَلَى الْكُرْسِيِّ سُمِعَ لَهُ أَطِيطٌ كَأَطِيطِ الرَّحْلِ الْجَدِيدِ»

Ayahku -semoga Allah merahmatinya- berkata; *Abdul Roḥmān telah merawi hadis kepadaku, daripada Sufyān, daripada Abū Isḥāq, daripada *Abdullah bin H̱olīfah, daripada *Umar -roḍiyallahu *anh-, dia berkata: "Apabila Dia *Azza Wa Jalla duduk atas kerusi, didengari bunyi padanya seperti bunyi pelana besi". [As-Sunnah, jilid 1, m/s 301, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ الْعَبْدِيُّ ، ثنا وَهْبُ بْنُ جَرِيرٍ ، ثنا أَبِي ، قَالَ : سَمِعْتُ مُحَمَّدَ بْنَ إِسْحَاقَ ، يُحَدِّثُ عَنْ يَعْقُوبَ بْنِ عُتْبَةَ ، عَنْ جُبَيْرِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ جَدِّهِ ، قَالَ : جَاءَ رَجُلٌ أَعْرَابِيٌّ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : يَا مُحَمَّدُ هَلَكَتِ الْمَوَاشِي ، وَنُهِكَتِ الْأَمْوَالُ ، وَإِنَّا نِسْتَشْفِعُ بِكَ عَلَى اللَّهِ ، وَبِاللَّهِ عَلَيْكَ ، فَادْعُ اللَّهَ أَنْ يَسْقِيَنَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " يَا أَعْرَابِيُّ ، وَيْحَكَ ، وَهَلْ تَدْرِي مَا تَقُولُ ؟ إِنَّ اللَّهَ أَعْظَمُ مِنْ أَنْ يُسْتَشْفَعَ عَلَيْهِ بِأَحَدٍ مِنْ خَلْقِهِ ، إِنَّ اللَّهَ فَوْقَ عَرْشِهِ ، فَوْقَ سَمَوَاتِهِ ، وَسَمَوَاتُهُ فَوْقَ أَرَضِيهِ مِثْلُ الْقُبَّةِ ء وَأَشَارَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ مِثْلَ الْقُبَّةِ ء وَإِنَّهُ لَيَئِطُّ أَطِيطَ الرَّحْلِ بِالرَّاكِبِ "

Muḥammad bin Baššār al-*Abdiyy telah merawi hadis kepadaku; Wahb bin Jarīr telah merawi hadis kepada kami; Ayahku telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Aku mendengar Muḥammad bin Isḥāq menceritakan daripada Ya*qūb bin *Utbah, daripada Jubayr bin Muḥammad bin Muṭ*im, daripada ayahnya, daripada datuknya, dia berkata; Seseorang Arab badwi datang kepada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-, dia berkata: "Wahai Muḥammad, binasalah dan telah merosot harta kami. Kami meminta kesejahteraan kepada Allah melalui engkau dan Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- berkata: "Wahai Arab badwi, malang sekali engkau. Adakah engkau mengetahui apa yang engkau katakan? Sesungguhnya Allah lebih agung daripada diminta syafaat kepadanya melalui seseorang daripada ciptaan-Nya. Sesungguhnya Allah di atas Arasy-Nya di atas langit-langitNya. Langit-langitNya di atas bumi-bumiNya seperti kubah. Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- mengisyaratkan tangannya semisal kubah. Sesungguhnya ia benar-benar berbunyi bak bunyi pelana penunggang". [Sunan Abū Dāwud, no. 4726].

Abū Dāwud as-Sijistāniyy memasukkan hadis ini dalam bab yang memuatkan sanggahan ke atas Jahmiyyah. Katanya selepas membawakan hadis ini :

وقال عبدُ الأعلى وابن المثنَّى وابن بشارٍ، عن يعقوبَ بن عُتبةَ وجُبير بن محمَّد بن جُبير، عن أبيه عن جده. والحديث بإسناد أحمدَ بنِ سعيدٍ هو الصحيح، وافقه عليه جماعة منهم يحيى بن معينِ وعلىُّ ابنُ المديني، ورواه جماعةٌ عن ابن إسحاق، كما قال أحمدُ أيضاً، وكان سماعُ عبدِ الأعلى وابنُ المثنَّى وابنُ بشار من نسخةٍ واحدةٍ فيما بَلَغني.

"Berkata *Abdul A*lā, Ibn al-Muṯannā dan Ibn Baššār, daripada Ya*qūb bin *Utbah, daripada Jubayr bin Muḥammad bin Jubayr, daripada ayahnya, daripada datuknya. Hadis ini dengan sanad Aḥmad bin Sa*d adalah sahih. Para sekelompok orang menyepakatinya padanya. Antanya adalah Yaḥyā bin Ma*īn dan *Aliyy Ibn al-Madīniyy. Para sekelompok meriwayatkan daripada Ibn Isḥāq sepertimana kata Aḥmad juga. *Abdul A*lā , Ibn al-Muṯannā dan Ibn Baššār mendengar daripada naskhah yang sama melalui apa yang ia sampai kepadaku". [As-Sunan, jilid 7, m/s 108-109, keluaran Dār ar-Risālah al-*Ālamiyyah, Beirut, tahqiq Šu*ayb al-Arna^ūṭ dan Muḥammad Kāmil Qurroh Baliliyy].

Saya sangat hairan mereka yang berakronim ASWAJA selalu sahaja memperingatkan jangan menyamakan hadis dhaif dengan hadis palsu sampai sanggup menulis artikel yang panjang lebar dan menjajanya secara besar-besaran serta bermati-matian dalam prinsip perkenan penerimaan hadis yang telah para ulama memperkenannya, namun apabila berkaitan dengan hadis sifat dan ini adalah salah satunya, merekalah yang paling awal berpaling daripada apa yang mereka canangkan dan gembar-gemburkan. Malah, mereka seakan-akan beranggapan hadis ini tidak pernah wujud pun dalam mana-mana kitab kecuali dalam kitab Ibn Taymiyyah, Ibn Qoyyim dan mereka yang dituduh wahabi.

Apabila hadis ini dibentangkan kepada mereka, pasti mereka mencari alasan untuk menidakkan hadis ini daripada termasuk yang diterima dengan bermacam-macam alasan, padahal hadis ini telah diterima oleh ramai ulama ahli sunnah, khususnya untuk menempelak Jahmiyyah. Malah, mereka tidak segan silu menjadi orang yang mempermainkan, mencela, menyindir dan mengejek mereka yang membawa hadis ini. Mereka ingin membantai Ibn Taymiyyah kerana membawa riwayat ini, tetapi mereka secara tidak sedar atau mereka tidak tahu yang mereka telah menghinjak para imam ahli sunnah yang terdahulu.

Abū Dāwud as-Sijistāniyy sama sekali tidak memberikan apa-apa komentar pada hadis ini dan ia adalah ṣōliḥ, iaitu bagus menurutnya. Sebahagian para ulama menyatakan bahawa apa yang didiamkan Abū Dāwud dalam as-Sunan miliknya dari mengulas status hadisnya atau perawi pada hadis tersebut, ia boleh membawa makna sahih atau hasan! Malah, Abū Dāwud memasukkannya dalam bab berkenaan dengan Jahmiyyah demi menyinggung aliran sesat ini.

Sekarang, bagaimana mereka yang mengumbar kenistaan terhadap hadis ini dan para periwayatnya? Tidakkah mereka sedar yang sebenarnya mereka telah menjadikan para imam ahli sunnah sebagai sindiran dan permainan mereka? Hanya kerana hadis ini tidak sesuai dengan pegangan aliran mereka, terus mereka cari apa sahaja alasan agar memperdaya diri mereka sendiri dan orang ramai bahawa para ulama sememangnya tidak memperkenankan hadis ini dalam penerimaan? Atau mereka memang Jahmiyyah atau bersepakat dengan mereka, tetapi malu untuk akui?

Sama juga mereka ini yang mempertikai hadis al-A*wāl seperti berikut :

حدَّثنا محمدُ بنُ الصَّبَّاح البزَّاز، حدَّثنا الوليدُ بنُ أبي ثورٍ، عن سِماكٍ، عن عبدِ الله بن عَميرَةَ، عن الأحنفِ بن قَيسٍ عن العباس بن عبد المطلب، قال: كنتُ في البطحاء في عصابةٍ فيهم رسول الله -صلى الله عليه وسلم-، فمرَّتْ بهم سحابةُ، فنَظَرَ إليها، فقال: "ما تُسَمُّون هذه؟ " قالوا: السَّحابَ، قال: "والمُزْنَ؟ " قالوا: والمُزْنَ، قال: "والعَنَانَ؟ " قالوا: والعنانَ -قال أبو داود: لم أُتقِنِ العَنَانَ جيِّداً-، قال: "هل تَدرونَ ما بعدُ ما بين السّماء والأرض؟ " قالوا: لا ندري، قال: "إن بُعدَ ما بينهما إما واحدٌ أو ثِنْتانِ أو ثلاثٌ وسبعونَ سنةً، ثم السماءُ فوقَها كذلك -حتّى عدَّ سبعَ سماواتٍ- ثم فوقَ السابعة بَحرٌ، بينَ أسفلِه وأعلاهُ مِثلُ ما بين سماءٍ إلى سماءٍ، ثم فَوقَ ذلكَ ثمانيةُ أوعالٍ، بين أظلافِهِم ورُكبِهِم مثلُ ما بين سماءٍ إلى سماءٍ، ثم على ظُهورهم العرشُ، بين أسفلِه وأعلاهُ مثلُ ما بينَ سماءٍ إلى سماءٍ، ثم الله تبارك وتعالى فوق ذلك

Muḥammad bin aṣ-Ṣobbāḥ al-Bazzāz telah merawi hadis kepada kami; Al-Walīd bin Abū Ṯawr telah merawi hadis kepada kami, daripada Simāk, daripada *Abdullah bin *Amīroh, daripada al-Aḥnaf bin Qoys, daripada al-*Abbās bin *Abdul Muṭollib, dia berkata; Dahulu aku di wilayah al-Batha bersama suatu rombongan yang Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersama dengannya. Lantas, satu awan melewati mereka, lalu baginda melihat kepadanya. Baginda berkata: "Apa yang kalian menamakan awan ini?". Mereka berkata: "As-Saḥāb". Baginda berkata: "Al-Muzn?". Mereka berkata: "Al-Muzn". Baginda berkata: "Al-*Anān?". Mereka berkata: "Al-*Anān". Abū Dāwud berkata: "Aku tidak menghafal al-*Anān dengan baik". Baginda berkata: "Adakah kalian berapa jauh antara langit dan bumi?". Mereka berkata: "Kami tidak mengetahui". Baginda berkata: "Sesungguhnya jauh apa yang antara langit dan bumi sama ada tujuh puluh satu atau tujuh puluh dua atau tujuh puluh tiga tahun. Kemudian langit di atasnya sedemikian juga" sehingga baginda menyebutkan tujuh langit. "Kemudian, di atas langit ketujuh ada lautan. Jarak antara paling bawahnya dan paling atasnya semisal antara suatu langit dengan langit yang lain. Kemudian, di atas itu ada lapan malaikat dengan rupa kambing hutan. Antara tapak kakinya dan lututnya semisal antara suatu langit dengan langit yang lain. Kemudian, di atas mereka ada singgahsana. Antara paling bawahnya dan paling atasnya semisal antara suatu langit dengan langit yang lain. Kemudian, Allah Tabāroka Wa Ta*ālā di atas itu". [Sunan Abū Dāwud, no. 4723].

Hadis ini juga didiamkan Abū Dāwud. Hadis ini juga diriwayatkan at-Tirmiḏiyy dalam as-Sunan miliknya. Untuk pengetahuan, sepertimana yang at-Tirmiḏiyy nyatakan dalam hujung kitab tersebut bahawa hadis-hadis yang dikumpulkan dalam kitab tersebut adalah hadis-hadis yang diamalkan dengannya melainkan dua hadis sahaja, iaitu hadis Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- menjamakkan solat bukan sebab hujan, musafir dan hadis hukuman bunuh bagi peminum arak yang ditangkap kali keempat. Bahkan, Ibn Mājah memasukkan hadis ini dalam bab apa-apa yang diingkari Jahmiyyah!

Bertambah lagi hipokrit mereka yang konon menjunjung hadis-hadis yang diperkenankan penerimaannya oleh para ulama. Merekalah yang menuduh orang yang menerima hadis ini sebagai musyabbihah.

Begitu juga dengan kata-kata Ibn *Abbās bahawa al-Kursiyy adalah tempat letak dua kaki. Riwayat ini dirajihkan oleh Abū Sa*īd ad-Dārimiyy dalam an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy dan Abū *Ubayd al-Qōsim bin Salām menyatakan bahawa ia termasuk hadis yang sahih sepertimana yang diriwayatkan oleh ad-Dāroquṭniyy dalam aṣ-Ṣifāt.

Malah, hipokrit mereka ini sampai meragukan kesahihan hadis pertanyaan Rasulullah di mana Allah kepada hamba sahaya wanita. Ia telah pun dinilai sahih oleh Muslim bin al-Ḥajjāj dalam Ṣoḥīḥ miliknya. Para ulama salaf telah menerimanya tanpa ada apa-apa pertikaian pun. Namun, datang mereka yang terkebelakangan ini yang tidak mahu mengaku Jahmiyyah cuba merobekkan keabsahan hadis ini. Jika tidak pun, mereka redha dengan orang yang melakukan sedemikian tanpa rasa bersalah! Mereka terang-terangan melanggar prinsip mereka yang untuk memperkenankan penerimaannya oleh para ulama! Apa lagi kalau bukan hipokrit?

Begitu juga sikap hipokrit mereka dengan kata-kata Mujāhid: "Allah mendudukkan Rasulullah bersama-Nya di atas Arasy". Isḥāq bin Rōhūyah berkata: "Sesiapa yang menolak hadis ini, maka dia adalah Jahmiyy". Yaḥya bin Abū Ṭōlib berkata: "Sesiapa yang menolak kata-kata ini, maka dia telah menolak Allah Ta*ālā". Aḥmad bin Aṣrom al-Muzaniyy berkata: "Sesiapa yang menolak kata-kata ini, dia telah menuduh buruk terhadap Allah dan rasul-Nya". Abū Dāwud as-Sijistāniyy berkata: "Sesiapa yang menolak hadis ini, maka dia dituduh buruk di sisi kami". Semua ini dinukilkan oleh Abū Bakr al-H̱ollāl dalam as-Sunnah. Dalam karya ini, terdapat pelbagai para ulama yang lain menyatakan seumpama dengannya.

Malang sekali mereka yang mengutuk Ibn Taymiyyah dan Ibn Qoyyim al-Jawziyyah kerana membawa kata-kata ini, tetapi tanpa mereka sedar yang mereka ini telah mengutuk para imam pendahulu mereka. Ini bukan lagi sekadar hipokrit, bahkan sememangnya jelas pencela para ulama, tetapi mereka tidak sedar sikap berlebihan mereka dalam perseteruan.

Benar bahawa Ibn *Abdul Barr berpendapat sebaliknya. Katanya :

وَقَدْ رُوِيَ عَنْ مُجَاهِدٍ أَنْ الْمَقَامَ الْمَحْمُودَ أَنْ يُقْعِدَهُ مَعَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى الْعَرْشِ وَهَذَا عِنْدَهُمْ مُنْكَرٌ فِي تَفْسِيرِ هَذِهِ الْآيَةِ وَالَّذِي عَلَيْهِ جَمَاعَةُ الْعُلَمَاءِ مِنَ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِينَ وَمَنْ بَعْدَهُمْ مِنَ الْخَالِفِينَ أَنَّ الْمَقَامَ الْمَحْمُودَ هُوَ الْمُقَامُ الَّذِي يَشْفَعُ فِيهِ لِأُمَّتِهِ وَقَدْ رُوِيَ عَنْ مُجَاهِدٍ مِثْلُ مَا عَلَيْهِ الْجَمَاعَةُ مِنْ ذَلِكَ فَصَارَ إِجْمَاعًا فِي تَأْوِيلِ الْآيَةِ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ بِالْكِتَابِ وَالسَّنَةِ

Telah diriwayatkan daripada Mujāhid bahawa kedudukan yang terpuji adalah Dia mendudukkannya bersama-Nya pada hari kiamat di atas Arasy. Ini adalah munkar di sisi mereka dalam tafsir ayat ini. Yang para sekelompok ulama dari kalangan Sahabat, tabiin dan selepas mereka dari golongan yang terkebelakangan berada padanya adalah kedudukan terpuji adalah kedudukan yang dia memberikan syafaat kepada umatnya. Telah diriwayatkan daripada Mujāhid semisal apa yang para sekelompok itu berada padanya, lalu ia menjadi ijmak dalam takwil ayat ini dari kalangan ahli ilmu al-Kitāb dan as-Sunnah". [At-Tamhīd Limā Fī al-Muwaṭṭo^ Min al-Ma*ānī Wa al-Asānīd, jilid 19, m/s 64, keluaran Wizāroh *Umum al-Awqōf Wa aš-Šu^ūn al-Islāmiyyah, Morocco, tahqiq Muṣṭofā bin Aḥmad *Alawiyy dan Muḥammad *Abdul Kabīr al-Bakriyy].

Kalau pun ada perbezaan pandangan, patutkah kutuk mengutuk? Inikah adab mereka dalam menerima perselisihan pandangan? Hanya sebab Ibn Taymiyyah dan Ibn Qoyyim al-Jawziyyah atau wahabi yang membawanya, lalu demi melunaskan kebencian mereka terhadap kesemua ini, mereka menghamburkan celaan yang sampai menaburkannya sekali para imam sanjungan mereka?

Saya bukanlah ingin mempertahankan kedua-dua insan ini. Saya juga bukan di manhaj mereka. Saya di sini sekadar untuk mendedahkan dan mengingatkan kepincangan mereka dalam prinsip perkenan penerimaan hadis dari para ulama, khususnya yang dhaif di sisi mereka.

Kadangkala mereka ini sanggup bersungguh-sungguh untuk mempertahankan diri dari pertikaian dalam isu status hadis yang kontroversi dengan alasan hadis tersebut telah diperkenankan penerimaannya oleh para ulama. Malah, kritikan terhadapnya dianggap sebagai tidak menghormati ulama. Akan tetapi, dalam isu hadis-hadis sifat Allah ini, merekalah orang yang terpantas mencabul prinsip yang mereka perjuangkan, lebih-lebih lagi ketika menentang Ibn Taymiyyah dan Ibn Qoyyim atau mereka yang menjunjung aliran ini. Mereka sendiri akhirnya menjadi orang yang biadap terhadap para ulama dalam berselisih.

Dialog Ringkas 33 : Penerimaan Hadis Melalui Dapatan Ghaib

Ismā*īl bin Muḥammad al-*Ajlūniyy :

والحكم على الحديث بالوضع أو الصحة أو غيرهما إنما هو بحسب الظاهر للمحدثين باعتبار الإسناد أو غيره، لا باعتبار نفس الأمر والقطع لجواز أن يكون الصحيح مثلا باعتبار نظر المحدث موضوعا أو ضعيفا في نفس الأمر، وبالعكس ولو لما في الصحيحين على الصحيح، خلافا لابن الصلاح كما أشار إلى ذلك الحافظ العراقي في ألفيته بقوله:

واقطع بصحة لما قد أسندا # كذا له، وقيل، ظنا ولدي محققيهم

قد عزاه النووي # وفي الصحيح بعض شئ قد روي

نعم المتواتر مطلقا قطعي النسبة لرسول الله صلى الله عليه وسلم اتفاقا، ومع كون الحديث يحتمل ذلك فيعمل بمقتضى ما يثبت عند المحدثين، ويترتب عليه الحكم الشرعي المستفاد منه للمستنبطين، وفي الفتوحات المكية للشيخ الأكبر قدس سره الأنور ما حاصله: فرب حديث يكون صحيحا من طريق رواته يحصل لهذا المكاشف أنه غير صحيح لسؤاله لرسول الله صلى الله عليه وسلم، فيعلم وضعه ويترك العمل به وإن عمل به أهل النقل لصحة طريقه، ورب حديث ترك العمل به لضعف طريقه من أجل وضاع في رواته يكون صحيحا في نفس الأمر لسماع المكاشف له من الروح حين إلقائه على رسول الله صلى الله عليه وسلم انتهى.

Penghukuman ke atas hadis pada kepalsuan atau kesahihan atau selain kedua-duanya sebenarnya berdasarkan zahir kepada para muhaddits dengan mengambil kira sanad atau selainnya, bukan dengan mengambil kira diri perkara itu. Ketetapan putus untuk keharusan ia menjadi sahih sebagai contoh adalah dengan mengambil kira pemerhatian muhaddits sama ada palsu atau dhaif pada diri perkara itu dan dengan sebaliknya walaupun untuk apa yang ada dalam dua Ṣoḥīḥ atas sahih. Berbeza dengan Ibn aṣ-Ṣolāḥ sepertimana yang al-Ḥāfiẓ al-*Irōqiyy dalam Alfiyyah miliknya isyaratkan kepada itu dengan katanya :

Putuskan ketetapan kesahihan dengan apa yang mereka berdua telah bawakan sanad # Sedemikian pendapatnya, dan disebutkan ia secara persangkaan, dan di sisi para pentahqiq mereka

ِAn-Nawawiyy telah mempertautkannya # Dan pada Ṣoḥīḥ ada sebahagian sesuatu yang telah diriwayatkan

Benar yang mutawatir secara mutlaknya adalah qoṭ*iyy secara nisbah kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- secara sepakat. Meskipun keadaan hadis itu diandaikan sebegitu, diamalkan bersesuaian dengan apa yang sabit di sisi muhaddits dan tersusun hukum šar*iyy yang diambil manfaat daripadanya untuk ahli istinbat melaluinya. Dalam al-Futūḥāt al-Makkiyyah karya Šayẖ al-Akbar -semoga Allah menyucikan rahsianya- Boleh jadi hadis yang keadaannya sahih melalui jalur perawinya didapati bagi orang yang berkasyaf bahawa ia tidak sahih melalui pertanyaannya kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, lalu diketahui kedhaifannya dan ditinggalkan pengamalannya walaupun diamalkan ahli penukil kerana kesahihan jalurnya. Boleh jadi hadis yang ditinggalkan amalannya kerana kedhaifan jalurnya dengan sebab pendusta besar pada riwayatnya menjadi sahih pada perkara itu sendiri kerana orang yang berkasyaf mendengarnya dari ar-Rūḥ ketikamana titipannya kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Tamat [Kašf al-H̱ofā^ Wa Muzīl al-Iltibās *Ammā Ištaharo Min al-Aḥādīṯ *Alā Alsinah an-Nās, jilid 1, m/s 9-10, keluaran, Maktabah al-Qudsiyy, Kaherah].

Secara umumnya, apa yang disebutkan oleh al-*Ajlūniyy adalah pertimbangan asas bagi ahli hadis dalam menilai sesuatu hadis. Ia berdasarkan apa yang zahir pada sanadnya atau selainnya. Akan tetapi, kutipannya daripada Ibn *Arobiyy dalam kitabnya al-Futūḥāt al-Makkiyyah sama sekali tidak diterima, iaitu penerimaan dan penolakan hadis melalui kasyaf atau

*Abdul Fattāḥ Abū Ġuddah mengkritik keras kaedah ini dalam ilmu hadis dalam komentarnya di al-Maṣnū* Fī Ma*rifah al-Ḥadīṯ al-Mawḍū* karya *Aliyy al-Qōriyy, m/s 273, keluaran Maktab al-Maṭbū*āt al-Islāmiyy untuk kutipan ini. Katanya untuk mengomentari kutipan al-*Ajlūniyy :

هذا ما نقله العجلوني وسكت عليه واعتمده! ولا يكاد ينقضي عجبي من صنيعه هذا! وهو المحدث الذي شرح صحيح البخاري، كيف استساغ قبول هذا الكلام الذي تُهْدَر به علوم المحدثين، وقواعد الحديث والدين؟ ويصبح به أمر التصحيح والتضعيف من علماء الحديث شيئًا لا معنى له بالنسبة إلى من يقول: إنه مكاشَف أو يَرى نفسه أنه مكاشَف! ومتى كان لثبوت السنة المطهرة مصدران: النقل الصحيح من المحدثين والكشف من المكاشفين؟! فحذارِ أن تغتر بهذا، والله يتولاك ويرعاك.

"Inilah apa yang al-*Ajlūniyy menukilkannya dan mendiamkannya serta bersandarkannya. Hampir-hampir tidak berhenti kehairananku terhadap perbuatannya yang ini. Dia adalah muhaddits yang mensyarahkan Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy. Bagaimana dia boleh menjustifikasikan penerimaan kalam ini yang ilmu-ilmu para muhaddits serta kaedah-kaedah hadis dan agama akan ranap dengannya, lalu terjadilah urusan pensahihan dan pendhaifan daripada ulama sesuatu yang tidak ada makna lagi dengan sebabnya dengan penisbahan kepada mereka yang berkata bahawa sesungguhnya ia adalah kasyaf atau yang dia melihat dirinya bahawa dia seorang yang memperoleh kasyaf?! Sejak bila untuk kesabitan sunnah yang tersuci ada dua sumber, iaitu penukilan yang sahih dari periwayatan hadis dan kasyaf dari orang yang berkasyaf? Semoga Allah mengemudimu dan memantaumu!".

Kritikan keras ini sebenarnya ada asas yang kuat dan sememangnya perlu penerimaan kaedah penilaian hadis seperti ini ditolak tanpa perlu bertoleransi lagi. Kalaulah kita menerima ini sebagai kaedah dalam ruang lingkup perselisihan yang muktabar, maka kita perlu terima bahawa hadis-hadis yang ada Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy boleh didhaifkan melalui kasyaf atau bentuk-bentuk lain yang di luar tradisi kebiasaan ilmu hadis seperti mimpi, ilham atau pembukaan ghaib!

Ini bermaksud bagi yang bertolerasi bahawa kaedah ini boleh diterima pakai, dia tidak ada hak untuk membantah atau menyalahkan orang yang mendhaifkan hadis-hadis yang diterima kesahihannya melalui disiplin ilmu hadis. Bayangkan kalau ini dijadikan sebagai penerimaan secara mutlak dan kebenaran yang dilarang untuk disangkal. Maka, ranaplah keseluruhan dan dasar besar pembangunan ilmu hadis kepada umat!

Kadangkala hairan apabila sufi cuba menafikan perkara ini mungkin terjadi. Walhal, jika mereka bercerita tentang karamah atau keajaiban tentang wali-wali mereka, tidak ada pula mereka menafikan bahawa kekuasaan Allah melangkaui segala persangkaan. Sekarang, mereka pula cuba menjadi orang yang meragukannya!

Kalau pun benar-benar berlaku seperti datangnya Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dalam mimpinya dan menyampaikan apa yang berbeza dengan yang telah tetap dalam syariat, maka kita sudah ada garis panduan untuk berinteraksi dengan situasi ini. An-Nawawiyy berkata :

قَوْلُهُ (إِنَّ حَمْزَةَ الزَّيَّاتَ رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَنَامِ فَعَرَضَ عَلَيْهِ مَا سَمِعَهُ مِنْ أَبَانٍ فَمَا عَرَفَ مِنْهُ إِلَّا شَيْئًا يَسِيرًا) قَالَ الْقَاضِي عِيَاضٌ رَحِمَهُ اللَّهُ هَذَا وَمِثْلُهُ اسْتِئْنَاسٌ وَاسْتِظْهَارٌ عَلَى مَا تَقَرَّرَ مِنْ ضَعْفِ أَبَانٍ لَا أَنَّهُ يَقْطَعُ بِأَمْرِ الْمَنَامِ وَلَا أَنَّهُ تَبْطُلُ بِسَبَبِهِ سُنَّةٌ ثَبَتَتْ وَلَا تَثْبُتُ بِهِ سُنَّةٌ لَمْ تَثْبُتْ وَهَذَا بِإِجْمَاعِ الْعُلَمَاءِ هَذَا كَلَامُ الْقَاضِي وَكَذَا قَالَهُ غَيْرُهُ مِنْ أَصْحَابِنَا وَغَيْرُهُمْ فَنَقَلُوا الِاتِّفَاقَ عَلَى أَنَّهُ لَا يُغَيَّرُ بِسَبَبِ مَا يَرَاهُ النَّائِمُ مَا تَقَرَّرَ فِي الشَّرْعِ وَلَيْسَ هَذَا الَّذِي ذَكَرْنَاهُ مُخَالِفًا لِقَوْلِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فَإِنَّ مَعْنَى الْحَدِيثِ أَنَّ رُؤْيَتَهُ صَحِيحَةٌ وَلَيْسَتْ مِنْ أَضْغَاثِ الْأَحْلَامِ وَتَلْبِيسِ الشَّيْطَانِ وَلَكِنْ لَا يَجُوزُ إِثْبَاتُ حُكْمٍ شَرْعِيٍّ بِهِ لِأَنَّ حَالَةَ النَّوْمِ لَيْسَتْ حَالَةَ ضَبْطٍ وَتَحْقِيقٍ لِمَا يَسْمَعُهُ الرَّائِي وَقَدِ اتَّفَقُوا عَلَى أَنَّ مِنْ شَرْطِ مَنْ تُقْبَلُ رِوَايَتُهُ وَشَهَادَتُهُ أَنْ يَكُونَ مُتَيَقِّظًا لَا مغفلا ولا سىء الْحِفْظِ وَلَا كَثِيرَ الْخَطَأِ وَلَا مُخْتَلَّ الضَّبْطِ وَالنَّائِمُ لَيْسَ بِهَذِهِ الصِّفَةِ فَلَمْ تُقْبَلْ رِوَايَتُهُ لِاخْتِلَالِ ضَبْطِهِ هَذَا كُلُّهُ فِي مَنَامٍ يَتَعَلَّقُ بِإِثْبَاتِ حُكْمٍ عَلَى خِلَافِ مَا يَحْكُمُ بِهِ الْوُلَاةُ أَمَّا إِذَا رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُهُ بِفِعْلِ مَا هُوَ مَنْدُوبٌ إِلَيْهِ أَوْ يَنْهَاهُ عَنْ مَنْهِيٍّ عَنْهُ أَوْ يُرْشِدُهُ إِلَى فِعْلِ مَصْلَحَةٍ فَلَا خِلَافَ فِي اسْتِحْبَابِ الْعَمَلِ عَلَى وَفْقِهِ لِأَنَّ ذَلِكَ لَيْسَ حُكْمًا بِمُجَرَّدِ الْمَنَامِ بَلْ تَقَرَّرَ مِنْ أَصْلِ ذَلِكَ الشَّيْءِ وَاللَّهُ أَعْلَمُ

Katanya: "Sesungguhnya Ḥamzah az-Zayyāt melihat Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- dalam mimpinya, lalu dia membentangkan apa yang dia mendengar daripada Abān kepadanya. Baginda tidak tahu sebahagian daripadanya melainkan sesuatu yang sesdikit". Berkata al-Qōḍī al-*Iyāḍ -semoga Allah merahmatinya-: "Ini dan semisalnya adalah sandaran sokongan dan bantuan penguat atas apa yang telah menjadi ketetapan terhadap kedhaifan Abān, bukan ia menjadi ketetapan putus melalui keadaan mimpi dan bukan juga menjadi sebab terbatalnya sunnah yang sabit serta tidak juga menepatkan sunnah dengannya. Ini adalah kesepakatan ulama". Ini adalah kalam al-Qōḍī. Sedemikian selainnya dari sahabat-sahabat kami dan selain mereka yang mengatakannya. Mereka menukilkan kesepakatan bahawa ia tidak mengubah apa yang menjadi ketetapan dalam syarak dengan sebab apa yang orang tidur melihatnya. Bukanlah ini, iaitu yang kami sebutkannya bersalahan dengan sabdanya -ṣollallahu *alayhi wasallam-: "Sesiapa yang melihatku dalam mimpi, maka dia benar-benar melihatku". Sesungguhnya makna hadis ini adalah bahawasanya lihatnya adalah benar dan bukan termasuk angau mimpi dan muslihat syaitan. Akan tetapi, tidak harus menetapkan hukum syarak melaluinya kerana keadaan tidur bukanlah keadaan sedar lagi tahqiq melalui apa yang orang yang melihatnya mendengarnya.

Mereka telah sepakat bahawa syarat orang yang diterima riwayatnya dan persaksiannya adalah seorang yang jaga, bukan alpa, bukan buruk hafalan, bukan banyak silap dan bukan rancu kesedarannya. Orang yang tidur bukanlah dengan sifat-sifat ini. Maka, tidak diterima riwayatnya kerana kerancuan kesedarannya. Ini semuanya tentang mimpi yang berkaitan dengan penetapan suatu hukum atas penyalahan terhadap apa yang ditetapkan oleh para sarjana tentangnya. Adapun, jika seseorang melihat Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang menyuruhhnya kepada perbuatan yang ia adalah digalakkan dan melarangnya daripada apa yang ditegah serta menunjukkannya kepada perbuatan yang membawa maslahah, maka tidak ada perselisihan dalam pengamalan atas apa yang berselari dengannya kerana itu bukanlah penetapan hukum melalui mimpi semata-mata, tetapi perakuan dari asal sesuatu itu. Allah lebih mengetahui". [Al-Minhāj Šarḥ Ṣoḥīḥ Muslim, jilid 1, m/s 115, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-Islāmiyy, Beirut].

Untuk lebih jelas, boleh lihat apa yang Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq, sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- sebutkan :

ومن الأعمال المنكرة في الزاوية الاعتماد على المنامات وتقديم العمل بها على القرآن والسنة. إن المنامات عندهم شريعة يجب العمل بها وإن خالفت القرآن والسنة. أنكر بعض العلماء على بعضهم ما عمله من العمل المخالف للقرآن والسنة. فقال له: إننا إذا صدر منا فعل مكروه أو حرام نبهنا بالمنام. فعلمنا أنه حرام أو مكروه. وما أنكرته علي. وقلت: إنه حرام لم ننبه عليه في المنام فعلمنا أنه حلال. وادعى بعضهم أنه رأى النبي صلى الله عليه وسلم في النوم فسأله عن حلق اللحية. فقال لا بأس به. فأصبح يقول للناس: إن حلق اللحية مباح! ألا ترى الجهل إلى أي درجة من الضلال يصل بصاحبه؟ وصدق المثل الذي يقول: يفعل الجاهل بنفسه ما لا يفعله العدو بعدوه. والمقرر عند العلماء أن من رأى النبي صلى الله عليه وسلم فأمره بما يخالف الشرع، كان ما أمره باطلا لا حقيقة. والحق هو رؤية النبي صلى الله عليه وسلم وحده.

Antara amalan mungkar dalam zawiyah adalah pergantungan kepada mimpi dan mendahulukan pengamalannya berbanding al-Qur^ān dan as-Sunnah. Sesungguhnya mimpi di sisi mereka adalah syariat yang wajib beramal dengannya walaupun menyalahi al-Qur^ān dan as-Sunnah. Sebahagian ulama mengingkari sebahagian mereka terhadap apa yang dia mengamalkannya dari amalan yang menyalahi al-Qur^ān dan as-Sunnah. Dia berkata: "Sesungguhnya kami apabila terbitnya daripada kami perbuatan mungkar atau haram yang kami diperlihatkan dalam mimpi, maka kami mengetahui bahawa ia adalah haram atau makruh dan engkau tidak boleh mengingkariku terhadapnya". Aku berkata: "Sesungguhnya ia adalah haram yang kami belum diperlihatkan kepadanya dalam mimpi, maka kami mengetahui bahawa ia adalah halal". Sebahagian mereka mendakwa bahawa dia melihat Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- dalam mimpinya, lalu dia bertanya kepadanya tentang cukur janggut. Lalu, baginda berkata "Tidak ada masalah padanya". Lantas, dia mulai berkata kepada orang ramai: "Sesungguhnya mencukur janggut adalah harus!". Adakah engkau tidak melihat kejahilan pada mana-mana darjat daripada kesesatan yang berhubung dengan pelakunya? Benarlah perumpamaan yang berkata: "Orang yang jahil sendiri melakukan apa yang musuhnya tidak melakukannya dengan sebab permusuhannya". Yang menjadi ketetapan di sisi ulama adalah sesiapa yang melihat Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-, lalu baginda menyuruhnya dengan apa yang menyalahi syarak, maka perintahnya adalah batil, bukan hakikat. Yang benar adalah ia adlaah lihatan Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- semata-mata. [Az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh, m/s 86].

Daripada sini, jelas bahawa penerimaan mimpi hanyalah yang membenarkan apa yang telah sabit daripada syariat sama ada sebagai penguat motivasi dalam beramal atau sandaran tambahan sebagai sokongan bagi pandangan sesuatu isu, bukan menetapkan pensyariatan yang baharu. Selagimana mimpi tidak mengindikasikan kepada perkhabaran ghaib atau pensyariatan yang baharu atau pengajaran yang tidak pernah wujud pada zaman salaf, maka tidak ada masalah untuk menerimanya.

Perlu kita ingat bahawa menolak mimpi yang bertentangan dengan apa yang telah terbina kemapanannya dalam metodologi ilmu dan yang telah sabit dalam syariat bukan bermakna kita mengingkari baginda itu sendiri. Baginda sama sekali tidak mengkhianati umatnya dengan menyembunyikan risalah yang wajib disampaikan kesemuanya, lalu mengkhabarkan hal itu kepada orang lain selepas hari yang telah terputusnya wahyu.

Boleh jadi itu adalah syaitan yang menyamar, lalu mendakwa bahawa dia adalah baginda. Ingatlah bahawa wali bukan maksum. Boleh jadi pembukaan yang dia terima itu adalah daripada syaitan. Boleh jadi Allah menguji walinya untuk dia cakna sama ada itu adalah bisikan daripada syaitan atau ilham daripada malaikat. Janganlah sesiapa anggap bahawa dia tidak akan diuji dengan tipu daya dan memandang remeh terhadap muslihat syaitan.

Ini mengingatkan kita tentang kisah *Abdul Qōdir al-Jaylāniyy yang disebutkan Ibn Rojab al-Ḥanbaliyy :

وذكر فيه أيضا بإسناده عن موسى ابن الشيخ عبد القادر، وقال: سمعت والدي يقول: خرجت في بعض سياحاتي إلى البرية ومكثت أياما لا أجد ماء، فاشتد بي العطش فأظلتني سحابة، ونزل عليِّ منها شيء يشبه الندى. فترويت به. ثم رأيت نورا أضاء به الأفق، وبدت لي صورة، ونوديت منها: يا عبد القادر أنا ربك، وقد أحللت لك المحرمات أو قَالَ: ما حرمت على غيرك فقلت: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. اخسأ يا لعين، فإذا ذلك النور ظلام، وتلك الصورة دخان، ثم خاطبني، وقال: يا عبد القادر، نجوت مني بعلمك بحكم ربك وفقهك في أحوال منازلاتك. ولقد أضللت بمثل هذه الواقعة سبعين من أهل الطريق. فقلت: لربي الفضل والمنة. قَالَ: فقيل له: كيف علمت أنه شيطان. قَالَ: بقوله: وقد أحللت لك المحرمات.

ِDisebutkan di dalamnya dengan sanadnya dari Mūsā bin Syeikh *Abdul Qōdir. Dia berkata; Aku mendengar ayahku berkata; Aku keluar pada sebahagian perantauanku di gurun. Aku menetap selama beberapa hari tanpa aku menemui air. Lalu, menjadi bersangatan dahagaku. Lalu, terdapat satu awan menaungiku, lalu turun sesuatu yang menyerupai embun kepadaku daripadanya. Kemudian, aku melihat cahaya yang menyinari ufuknya, lalu munculah suatu rupa kepadaku dan aku diserukan daripadanya: "Wahai *Abdul Qōdir! Sesungguhnya aku tuhanmu. Aku telah menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan" atau dia berkata: "Aku tidak mengharamkan kepada selainmu". Aku berkata: "Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam! Berambuslah wahai yang dilaknat!". Tiba-tiba cahaya itu menjadi gelap dan rupa itu menjadi asap. Kemudian, ia berbicara kepadaku dan berkata: "Wahai *Abdul Qōdir, engkau telah selamat daripadaku dengan ilmumu dengan ketetapan tuhanmu dan kefaqihanmu pada keadaan-keadaan tentanganmu. Aku telah menyesatkan dengan semisal kejadian ini seramai tujuh puluh orang dari sang pejala menuju Allah". Aku berkata: "Milik tuhanku segala kelebihan dan pemberian". Dia berkata; Dikatakan kepadanya: "Bagaimana engkau tahu bahawa ia adalah syaitan". Dia berkata: "Dengan katanya: Aku menghalalkan perkara-perkara yang haram untukmu". [Ḏayl Ṭobaqōt al-Ḥanābilah, jilid 2, m/s 196, keluaran Makatabah al-*Ubaykān, ar-Riyāḍ, tahqiq *Abdul Roḥmān Sulaymān al-*Uṯamymīn].

Sekarang, kita ambil pengajaran ini dengan mengandaikan kebenaran cerita ini. Bayangkan kalau kita boleh menerima kesahihan suatu hadis hanya dengan kasyaf atau ilham atau limpahan yang dihembuskan kepadanya secara bulat-bulat semberono tanpa menyemak terlebih dahulu sama ada ia daripada syaitan atau selainnya. Berapa ramai umat akan disesatkan jika semudah ini penerimaan sebegini?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/657626746780286976/dialog-hadis-33-penerimaan-hadis-melalui-dapatan

Dialog Ringkas 34 : Hakikat Pertentangan Pada Hadis

Pertentangan yang zahir dalam kehidupan seharian kita seringkali berlaku sama ada pada diri kita sendiri atau ketikamana kita berinteraksi dengan orang lain. Ia bukan pertentangan yang hakiki melainkan terbukti seseorang melakukan sedemikian. Cuma, pertentangan yang zahir ini adalah pertentangan yang boleh diselesaikan dengan mengetahui titik temunya untuk diharmonikannya. Saya berikan beberapa contoh yang dari kehidupan seharian kita.

Contoh pertama adalah seseorang berkata: "Saya tidak suka menggunakan jalan ini kerana penuh dengan lampu isyarat. Saya lebih rela membayar tol berbanding menunggu lama di lampu isyarat". Kemudian, pada suatu hari, dia didapati menggunakan jalan tersebut. Ini bertentangan dengan apa yang disebutkan dahulu. Apabila ditanya tentangnya, dia pun berkata: "Hari ini saya menggunakan jalan ini kerana laluan yang biasa saya guna hari ini terdapat kesesakan. Saya tidak mahu menggunakannya".

Contoh kedua adalah seseorang ditanya ke mana dia pergi pada minggu lepas. Dia pun berkata: "Saya tidak ke mana-mana. Hanya duduk di rumah sahaja". Tiba-tiba ada orang mencelah dengan berkata: "Akan tetapi, minggu lepas saya nampak awak ke pasar". Bukankah ini adalah pertentangan yang zahir? Ya. Akan tetapi, ia bukanlah pertentangan yang hakiki. Yang dimaksudkan pada katanya: "Tidak ke mana-mana" adalah dia tidak bersiar-siar di tempat yang jauh atau keluar untuk urusan kerja atau lain-lain yang bukan berkaitan dengan urusan harian.

Contoh ketiga adalah Zayd berkata kepada Hafiz: "Belilah buku yang bertajuk sekian sekian. Buku tersebut berwarna biru". Kemudian, Hafiz ke kedai untuk membeli buku tersebut. Lalu, dia dapati judul buku yang dia cari itu berwarna merah. Ini bertentangan apa yang Zayd deskripsikan. Apabila disemak, rupanya buku tersebut adalah cetakan terbaru.

Daripada ketiga-tiga contoh ini, tampaklah kepada kita bahawa pertentangan sebegini sememangnya berlaku dalam kehidupan seharian. Kita menyedarinya, tetapi mungkin kita tidak mengambil berat sepertimana kita mengambil berat terhadap pertentangan yang wujud dalam hadis.

Dalam isu pertentangan dalam hadis ini, saya kadangkala merasa lucu menyaksikan gelagat seseorang bertempik dengan rasa teruja yang bertujuan untuk menyindir umat Islam dengan berkata: "Lihat! Ada hadis yang bercanggahan!". Kalau kenyataan ini diungkapkan kepada para ulama hadis, pasti mereka berkata kepada orang sebegini: "Apakah kamu baru tahu?".

Sebenarnya, sejak zaman awal generasi umat Islam, khususnya zaman kebangkitan kegiatan kodifikasi hadis secara besar-besaran, tokoh-tokoh ilmuwan sudah pun cakna sememangnya kewujudan hadis yang saling bertentangan. Mereka sudah pun mewacanakan dan membincangkan hal ini. Orang dari kalangan pewaham atau pengingkar sunnah ini sebenarnya yang ketinggalan.

Para ulama dahulu hakikatnya sudah pun lama membangunkan, mengembangkan dan menguji metodologi sebelum datangnya orang yang menyindir sedemikian. Malah, sudah pun dibahaskan dalam mengenal pasti titik pertentangan dan jawapan untuk merungkaikan kemelut tersebut. Sebahagian kemusykilan yang ditimbulkan oleh golongan ini sebenarnya sudah diwacanakan oleh para ulama dahulu. Tinggal lagi kita untuk mencari dan membelek perbahasan mereka. Mereka lebih dahulu mengetahui tentang hakikat ini berbanding golongan yang seumpama kanak-kanak menemukan permainan baru. Padahal, para ulama sekarang tinggal menantikan sahaja syubhat baharu yang lebih genius dan lebih tajam berbanding apa yang mereka telah timbulkan sekarang ini.

Adakalanya, kita hairan melihat orang yang kononnya berminda kritis, tetapi dalam menyangkal sunnah, hanya membangkitkan isu wujudnya pertentangan, tetapi tidak mahu melihat bagaimana teknik penyelesaiannya. Seolah-olah dalam bidang sejarah, tiada kontradiksi dalam rekod dan penemuan bukti sejarah. Kalau sekadar membangkitkan isu wujudnya pertentangan tanpa diusahakan terlebih dahulu dalam menyelesaikannya, maka ia dianggap kebodohan dan kritikan yang culas. Mengapa pula orang begini boleh buat dalam lapangan hadis?

Muḥammad bin Idrīs aš-Šāfi*iyy dalam karyanya yang berjudul ar-Risālah telah membahaskan kaedah penyelesaian yang berbentuk penulisan secara khusus dan sistematik. Begitu juga dengan karyanya yang berjudul Iẖtilāf al-Ḥadīṯ. Malah, Ibn Qutaybah juga menghasilkan Ta^wīl Muẖtalif al-Ḥadiṯ bagi menjawab persoalan ini. Pengamalan pendahulunya dalam mengenal pasti punca pertentangan ini sudah pun menjadi kebiasaan bagi para ulama. Contohnya adalah penyataan terhadap perawi sebagai munkar, waham, keliru dan bercampur baur hafalan ini adalah contoh yang terbesar bagi tokoh hadis dalam mengenal pasti punca pertentangan.

Oleh itu, dalam menyelesaikan pertentangan hadis, yang paling utama sekali adalah memastikan kesahihan kedua-dua hadis tersebut. Ini kerana tidak ada apa-apa pada nilai pertentangan tersebut jika salah satunya adalah dhaif atau wujudnya perawi munkar, waham dan sebagainya. Kemudian, apabila telah terbukti kesahihan kedua-duanya, ada beberapa kaedah yang digunakan dalam berinteraksi dengan hadis tersebut.

Antara buku yang terbaik menurut saya dalam membentangkan metodologi penyelesaian bagi pertentangan yang zahir secara dasar ini adalah buku Qowā*id al-Muḥaddiṯīn Fī Daf* al-Ḥadīṯ karya Riḍō bin Zakariyyā bin Muḥammad bin *Abdullah. Buku ini membahaskan cara para ulama dalam menyelesaikan secara teori dan contoh praktikal dengan kupasan yang terperinci. Antara cara yang dia bentangkan adalah perbahasan dari sudut uṣūl fiqh seperti lafaz umum, khusus, muqoyyad dan muṭlaq serta kaedah al-Jam*, iaitu pengharmonian, nasakh dan tarjih.

Saya mencadangkan pembacaan buku ini kerana ia adalah seumpama buku teks yang dimudahkan untuk para pemula bagi memahami bagaimana para ulama dalam menyelesaikan pertentangan dalam hadis. Lebih elok lagi jika seseorang sudah ada kemahiran asas seperti uṣūl fiqh dan ilmu hadis.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/658543235838492673/dialog-hadis-34-hakikat-pertentangan-pada-hadis

Dialog Ringkas 35Mengapa Adanya Tuduhan Buruk Terhadap Institusi Hadis?


Sepanjang pengamatan saya dan dialog saya dengan mereka yang ada skeptik dan menentang institusi hadis dan ilmunya, faktor utama yang menyebabkan terjadinya sedemikian adalah kerana kejahilan tentang sejarahnya dan kurangnya penghayatan dalam mengimbau kegemilangannya.

Antara yang membanggakan umat Islam adalah rantaian periwayatan. Para tokoh hadis sangat menitik berat terhadap hal ini dan begitu menjaga periwayatan seperti ini. Sebab itulah dalam kitab-kitab koleksi hadis yang primer, kita akan menemukan kesemua hadis dibentangkan sanad periwayatannya dalam menukilkan kalam atau kisah yang berkaitan dengan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-.

Tidakkah seseorang terfikir sejenak mengapa para sarjana ini sanggup menulis rantaian sanad dari gurunya sampai kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- atau sahabat atau empunya kalam yang pelbagai dan berulang banyak kali dari koleksi sahih sehinggalah koleksi analisis *Ilal al-Ḥadīṯ? Apakah mereka sengaja membuang masa mereka, membazirkan tenaga mereka dan menyia-nyiakan usaha mereka? Mengapa tidak hanya cukup petik daripada sabda baginda atau kata-kata sahabatnya terus dengan membuang sanadnya?

Persoalan besar inilah yang akan mengerahkan usaha kita untuk menyingkapi bagaimana para ulama melihat kepentingannya dalam hal ini. Bahkan, ia akan membezakan aliran ahli sunnah dan selainnya dalam penerimaan dan penolakan sesuatu hadis. Sebab itulah penting untuk kita meneroka persoalan ini kepada lebih tuntas supaya segala kemusykilan yang mendatang dapat dirungkaikan dengan damai setelah persoalan ini difahami.

Ini kerana ahli sunnah tidak hanya menerima sesuatu kalam baginda hanya dengan kesesuaian teksnya sahaja. Kalaulah hanya semudah ini, betapa banyak hadis palsu boleh diterima hanya kerana ia menepati kandungan, ajaran dan intipati daripada al-Qur^ān. Setiap orang boleh mendakwa inilah kalam daripada baginda dan ia menepati ajaran Islam secara umumnya. Ingatlah bahawa menisbahkan sesuatu kata-kata tanpa bukti adalah jenayah ilmiah yang kaprah.

Lantas, bagaimana untuk membuktikan autensitas kalam tersebut? Dengan ini, ahli hadis akan membedah pembawa berita itu sendiri sama ada dia itu berkredibiliti ataupun tidak. Jika diketahui bahawa dia tidak berbohong dan memiliki kejituan yang teguh, patut lagikah kita ingin mendustakan khabar tersebut? Sebab itulah perkhabaran itu diterima. Kemudian, pembawa berita itu diambil daripada orang yang memiliki ciri yang sama sepertinya setelah dilakukan penilaian. Patut lagikah kita ingin mendustakannya? Begitulah seterusnya sampai kepada para Sahabat.

Inilah asas kepada ilmu hadis. Kita menerimanya bukan kerana kesesuaian teksnya dengan sesuatu daripada kandungan Islam semata-mata, tetapi kita menerima kerana kebenaran dari penyampai khabar tersebut yang berkredibiliti lagi berkejituan. Cara inilah yang akan membezakan dengan ahli sunnah dan selainnya.

Kita perlu ingat bahawa rantaian seperti ini telah ada setiap peringkat generasi. Para Sahabat -roḍiyallahu *anhum- ada muridnya. Begitu juga murid para Sahabat -roḍiyallahu *anhum- ada para muridnya. Begitulah yang seterusnya. Masing-masing ada yang berkeahlian lagi berkredibiliti dan berkejituan. Periwayatan tentang baginda ini telah disampaikan secara turun-temurun secara progresif sama ada melalui lisan atau tulisan dan disemak oleh ahli hadis sama ada sezamannya atau sesudahnya. Ilmu hadis menjengah dan menilai secara regresif, di samping mengakui pewarisan secara autentik daripada leluhurnya kepada cicitnya secara progresif.

Sebab itulah tidak mudah menolak hadis hanya kerana matan hadis kelihatan tidak berpihak pada pandangan kita. Perbuatan ini sama sahaja seseorang itu mendustakan perkhabaran orang yang telah diperakui kredibilitinya dan kejituannya.

Jangan sebab hanya kerana kita tidak suka pandangan tersebut, maka orang yang berselisih pandangan tersebut dianggap sebagai tidak berkredibiliti dan melakukan pembohongan. Kalaulah cara penolakan seperti ini tidak diterima dalam lapangan ilmiah, bahkan kehidupan harian kita dalam berinteraksi dengan perkhabaran tentang sesuatu, tentu lagi dalam ilmu hadis tidak diterima.

Setelah kita faham tentang ini, maka jelaslah bahawa mengapa sumbangan besar dalam tamadun Muslim yang dapat dibanggakan adalah rantaian periwayatan, termasuk juga ilmu hadis itu sendiri. Ini kerana ahli hadis telah bersusah payah, berjuang dan memperkasakan pemurniaan hadis serta membela daripada pencemarannya. Tidak bolehkah kita hargai pengorbanan mereka dalam merantau jauh, mengumpul sanad hadis sebanyak yang mungkin, menyaringnya, berbincang bersama rakan-rakan yang sama-sama berkeahlian dengannya dan giat aktif dalam mengawasi sumber perkhabaran? Apakah sia-sia ketekunan mereka dalam gerak kerja ini?

Percayalah bahawa tidak ada tamadun lain yang mampu meniru apa yang telah dibangunkan, dipasakkan dan ditonjolkan ahli hadis dalam pemeliharaan perkhabaran. Gerak kerja mereka yang penuh dengan ketulusan dan kesungguhan serta metodologi yang mereka bina dalam penilaian hadis tidak akan dapat diingkari keagungannya.

Sangat melucukan ada sebahagian pihak yang ingin menyerang rantaian periwayatan ini sehinggalah ke institusi hadis, padahal tamadun mereka sendiri tiada rantaian periwayatan! Malah, mereka sendiri tidak akan mampu menghasilkan satu buku yang setara dengan ilmu Muṣṭolaḥ al-Ḥadīṯ! Hakikatnya, serangan mereka terhadap institusi ini hanyalah laksana menggigit lidah mereka.

Kalau mereka ingin menimbulkan keraguan terhadap rantaian periwayatan ini, maka kita juga berhak untuk meragukan nukilan, petikan dan riwayat tentang sesuatu khabar dalam buku mereka. Daripada siapa diambil? Bolehkah dipercayai penyampai khabar itu? Penulis buku itu sendiri bolehkah dipercayai? Mengapa institusi hadis cuba dipersoalkan secara tajam lagi kritis, tetapi tidak pada perolehan khabar daripada selain dari karya Muslim?

Bahkan, mereka mendiamkannya kerana mereka tahu semakin mereka cuba merobek institusi hadis, mereka sebenarnya melondehkan kepincangan mereka. Usaha mereka sia-sia dan tidak ada makna. Saya tidak akan menemukan serangan seperti ini sama ada dia jahil dalam sejarah periwayatan hadis atau sememangnya syaitan yang hipokrit yang tidak ilmiah atau orang yang menggunakan parameter utopia dalam mengukur realiti.

Sebab itulah adanya keperluan untuk menelaah sejarah supaya kita tidak terjebak dengan kebodohan seperti ini. Hakikatnya, syubhat seperti ini tidak perlu dilayan kerana ia adalah bertunjangkan kegersangan dalam tadahan air sejarah atau bahang kebencian yang terpendam dalam tanah jiwanya yang kekontangan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/659434352316383232/dialog-hadis-35-mengapa-adanya-tuduhan-buruk

Dialog Ringkas 36Kepincangan Kaprah Dalam Manhaj Mutaakhirin Atau Orientasi Fuqaha Dan Uṣūliyy Dalam Penilaian Hadis


Jika hadis-hadis yang ada dalam *Ilal ad-Dāroquṭniyy ini diberikan semakan kepada mereka yang bermanhaj mutaakhirin atau yang lebih kepada berorientasi manhaj fuqaha dan golongan uṣūliyy, pasti mereka akan menjadikan banyak hadis-hadis di dalamnya sebagai hasan lighairih hanya kerana wujudnya mutaabah dan syawahid yang ada di dalamnya!

Tidak akan dihairankan juga hadis yang marfū* akan dijadikan sahih walaupun bertentangan dengan jalur riwayat yang lain menyatakan hadis tersebut adalah mawqūf atau hadis yang mursal akan dijadikan sahih bahawa ia bersambung kerana kononnya adanya jalur riwayat lain yang bersambung menjadi penyokong buatnya yang mana penilaian ini bertentangan dengan penilaian ad-Dāroquṭniyy!

Sebab itulah tidak perlu hairan bahawa manhaj mutaakhirin atau orientasi fuqaha ini sebenarnya sangat bermudah-mudahan dalam mengangkat status kesahihan hadis hanya kerana ada mutabaah dan syawahid serta mengabaikan aspek penilaian illah padanya. Mereka ini berang jika kita menyifatkan sedemikian, tetapi sebenarnya itulah yang mereka telah lakukan.

Jadikan kitab *Ilal ad-Dāroquṭniyy ini sebagai aras tanda dan jelaslah pada para pembaca yang saksama bagaimana manhaj mereka ini yang jauh daripada pengamalan ahli hadis yang sebenar. Kembalikan penilaian hadis kepada ahlinya dan manhajnya.

Pelbagai alasan akan diberikan semata-mata untuk membenarkan penilaian sahih atau hasan mereka dan dalam masa yang sama menjadi ketetapan para ahli hadis mutaqaddimin. Kononnya mereka tidak maksum atau penilaian tidak terhad pada individu tertentu atau pelbagai lagi yang lain.

Sedangkan mereka tidak sedar manhaj mereka sedang mencabul tema besar kitab tersebut dan merosakkan tradisi kajian ahli hadis dalam bidang mereka. Kitab *Ilal ad-Dāroquṭniyy ini yang sedang membahaskan hadis-hadis yang memiliki illah menjadi hadis yang sahih atau hasan hanya kerana adanya mutabaah dan syawahid! Tidakkah mereka mengamatinya?

Lihat bagaimana penjelasan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy yang sebenarnya menjadi dasar besar kepada manhaj mutaqaddimin dalam pengamalan penilaian hadis. Katanya :

فمتى وجدنا حديثا قد حكم إمام من الأئمة المرجوع إليهم بتعليله فالأولى إتباعه في ذلك كما نتبعه في تصحيح الحديث إذا صححه. وهذا الشافعي مع إمامته يحيل القول على أئمة الحديث في كتبه فيقول: "وفيه حديث لا يثبته أهل العلم بالحديث". وهذا حيث لا يوجد مخالف منهم لذلك المعلل، وحيث يصرِّح بإثبات العلة فأما إن وجد غيره صححه فينبغي حينئذ توجه النظر إلى الترجيح بين كلاميهما. وكذلك إذا أشار المعلل إلى العلة إشارة ولم يتبين منه ترجيح لإحدى الروايتين، فإن ذلك يحتاج إلى الترجيح. والله أعلم.

Bilamana kami mendapati suatu hadis yang telah salah seorang daripada para imam yang dirujuk kepadanya telah menghukum ta*līl nya, maka lebih utama adalah mengikutinya pada hal itu sepertimana kami mengikutinya pada tashih hadis apabila beliau mensahihkannya. Inilah aš-Šāfi*iyy, meski tahap keimamannya, dia menghalakan pendapat kepada para imam hadis dalam beberapa kitabnya, lalu berkata: "Padanya terdapat hadis yang tidak disabitkan oleh ahli ilmu dalam hadis". Ini ketikamana tidak ditemukan orang yang menyalahi dari kalangan mereka pada penilaian ta*līl itu dan ketikamana mengeksplisitkan penetapatan illah. Adapun jika seseorang menemukan selainnya yang mensahihkannya, maka seyogianya untuk menghadapkan pemerhatian kepada tarjih antara dua kalam pada ketika itu. Sedemikian apabila penta*līl mengisyaratkan kepada illah dengan satu isyarat, tetapi tidak nyata tarjih untuk salah satu dua riwayat, maka itu diperlukan tarjih. Allah lebih mengetahui". [An-Nukat *Alā Kitāb Ibn aṣ-Ṣolāḥ , jilid 2, m/s 117, keluaran *Imādah al-Baḥṯ al-*Ilmiyy Bi Jāmi*ah al-Islāmiyyah, al-Madīnah al-Munawwaroh, tahqiq Robī bin Hādī *Umayr al-Madẖoliyy].

Maksudnya adalah pendapat para mutaqaddimin dalam ta*līl, misalnya contoh ad-Dāroquṭniyy tadi, maka sepatutnya kita akur dan terima serta mendahulukan pandangannya kerana kita iktiraf kewibawaan ilmu mereka dan ketajaman penilaian mereka.

Apabila mereka berkata mawqūf adalah sahih, jangan salahi dengan kata marfū* juga adalah yang sahih. Apabila mereka berkata hadis tersebut tak boleh jadi hujah kerana adanya mursal, tidak ada ruang untuk kita kata ia adalah bersambung. Bila mereka kata riwayat itu iḍṭirōb dan tidak boleh diharmonikan atau ditarjihkan salah satunya, jangan sesuka hati berkata riwayat pelbagai itu adalah jalur yang saling menguatkan dengan kaedah mutaabah dan syawahid! Ketetapan mereka ini dan manhaj pengamalan mereka ini jangan sesuka hati dilanggar.

Itu jika tiada siapa yang menyalahi ketetapannya atau tiada indikasi jelas yang menunjukkan sebaliknya. Jika ada dua pertentangan pendapat atau lebih, barulah kita mula cari tarjih dan pilih salah satu yang kuat menepati dapatan analisis kita. Kemudian, apabila para imam mengisyaratkan adanya illah bagi satu riwayat khusus, tetapi tidak sentuh apa-apa pun pada riwayat yang lain yang berkaitan, maka di sini juga ada ruang untuk kita ijtihad dan tarjih.

Kata-kata Ibn Ḥajar ini sudah cukup menggambarkan dasar besar perjuangan manhaj mutaqaddimin. Bandingkanlah sendiri bagi sesiapa yang celik dalam ilmu hadis betapa jauh bezanya apa yang menjadi ketetapan Ibn Ḥajar ini dengan pengamalan mutaakhirin. Peraturan pertama yang jadi disebutkan Ibn Ḥajar ini pun mereka terang-terangan langgar selalu!

Saya hairan terhadap mereka yang menyindir bahawa pembahagian manhaj mutaqaddimin dan manhaj mutaakhirin adalah bidaah, tetapi tidak menyedari bahawa sebenarnya terdapat perbezaan pengamalan yang jelas dalam penilaian hadis! Mereka sebenarnya buta terhadap bagaimana praktik penilaian hadis ahli hadis, khususnya dalam hal ehwal penyingkapan illah dan degil untuk menerima realiti yang sebenarnya mereka lebih bermanhajkan orientasi fuqaha atau uṣūliyy, bukan ahli hadis yang tulen.

Saya sebenarnya tidaklah bersetuju penggunaan istilah manhaj mutaqaddimin dan mutaakhirin serta saya berharap akan ada istilah yang lebih baik yang dapat menggantikannya. Akan tetapi, bukan bermakna saya mengabaikan wujudnya pengamalan yang berbeza antara kedua-duanya. Ini adalah hakikat yang tidak akan dinafikan bagi sesiapa yang mendalami perbahasan penilaian hadis.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/662190266109788160/dialog-hadis-36-kepincangan-kaprah-dalam-manhaj

Dialog Ringkas 37Adakah Piawaian Ibn Aṣ-Ṣolāḥ Dalam Ilmu Hadis Perlu Diterima Secara Mutlak

Saya mendapati terdapat kritikan yang hebat terhadap kitab al-Ḥasan Bi Majmū* aṭ-Ṭuruq Fī Mīzān al-Iḥtijāj Bayna al-Mutaqoddimīn Wa al-Muta^aẖẖirīn karya *Amr *Abdul Mun*im Salīm kerana pandangannya dalam kitab ini menyalahi pengamalan majoriti dalam membenarkan penguatan hadis yang dhaif ringan melalui gabungan hadis dhaif ringan yang lain dengan jalur yang lain. Hal ini sehingga Šammā^ Jamāl al-Asmar dalam al-I*tibār Fī *Ulūm al-Ḥadīṯ : Dirosāh Ta^ṣīliyyah Manhajiyyah menyatakan bahawa penulis ini melakukan keganjilan yang menyalahi kebanyakan ahli ilmu.

Saya melihat bahawa penulis telah membentangkan secara baik dalam menjustifikasikan pandangannya dengan membawa bukti pengamalan ahli hadis terdahulu yang tidak menguatkan beberapa hadis dhaif ringan meskipun terdapat pelbagai jalur sanad yang mana ia menjadi sebab penguatan bagi hadis tersebut bagi golongan mutaakhirin serta mendedahkan pengamalan Ibn aṣ-Ṣolāḥ dalam penguatan hadis dhaif ringan serta pelbagai lagi faedah dalam mempertahankan pandangannya.

Sebenarnya sememangnya pengemukaan penulis dalam ini menyalahi majoriti manhaj ulama, khususnya dalam menerima penguatan hadis dhaif ringan melalui gabungan hadis dhaif ringan yang lain dengan jalur yang lain sepertimana yang mereka ambil dasarnya melalui penjelasan Ibn aṣ-Ṣolāḥ dalam karyanya yang terkenal, Ma*rifah Anwā* Ulūm al-Ḥadīṯ. Akan tetapi, penulis tidak berkeseorangan dan melakukan sesuatu yang baharu dalam menyalahi piawaian Ibn aṣ-Ṣolāḥ -kalau benar penulis sememangnya salah faham apa yang dimaksudkan Ibn aṣ-Ṣolāḥ dalam isu penguatan hadis dhaif- dan mereka yang selepasnya.

Contohnya adalah penguatan hadis dhaif yang berat. As-Suyūṭiyy berkata :

وَأَمَّا الضَّعْفُ لِفِسْقِ الرَّاوِي أَوْ كَذِبِهِ فَلَا يُؤَثِّرُ فِيهِ مُوَافَقَةُ غَيْرِهِ لَهُ إِذَا كَانَ الْآخَرُ مِثْلَهُ لِقُوَّةِ الضَّعْفِ وَتَقَاعُدِ هَذَا الْجَابِرِ. نَعَمْ يَرْتَقِي بِمَجْمُوعِ طُرُقِهِ، عَنْ كَوْنِهِ مُنْكَرًا أَوْ لَا أَصْلَ لَهُ. صَرَّحَ بِهِ شَيْخُ الْإِسْلَامِ، قَالَ: بَلْ رُبَّمَا كَثُرَتِ الطُّرُقُ حَتَّى أَوْصَلَتْهُ إِلَى دَرَجَةِ الْمَسْتُورِ وَالسَّيِّئِ الْحِفْظِ، بِحَيْثُ إِذَا وُجِدَ لَهُ طَرِيقٌ آخَرُ فِيهِ ضَعْفٌ قَرِيبٌ مُحْتَمَلٌ ارْتَقَى بِمَجْمُوعِ ذَلِكَ إِلَى دَرَجَةِ الْحَسَنِ.

Adapun kedhaifan kerana kefasikan perawi atau pendustaannya, maka tidak diberi kesan keselariannya dengan selainnya padanya apabila adanya riwayat lain yang semisalnya kerana kekuatan dhaifnya dan keterhindaran kekerasan ini. Benar bahawa ia menaik tarafnya dengan pemajmukan jalur-jalurnya daripada keadannya ia munkar atau tidak ada asal baginya. Šayẖ al-Islām menyatakan secara jelas. Katanya: "Bahkan, adakalanya banyaknya jalur-jalur sehingga ia menyampaikannya ke darjat al-Mastūr atau buruk hafalannya memandangkan apabila didapati jalur yang lain yang terdapat kedhaifan yang ringan yang dimungkinkan kenaikan taraf padanya untuknya dengan penggabungan itu ke darjat hasan, [Tadrīb ar-Rōwī Fī Šarḥ Taqrīb an-Nawawiyy, jilid 1, m/s 194, keluaran Dār Ṭoyyibah, tahqiq Abū Qutaybah Naẓor Muḥammad al-Fāriyābiyy].

Kaedah seperti ini juga diikuti oleh Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy dalam Fatḥ al-Malik al-*Aliyy Bi Ṣiḥah Ḥadīṯ Bāb Madīnah al-*Ilm *Aliyy, m/s 63, tahqiq *Imād Surūr dan Muḥammad bin *Umar bin Sālim Bāzmūl dalam Muṣṭolaḥ Manhaj al-Mutaqoddimīn Wa al-Muta^aẖẖirīn : Munāqošāt Wa Rudūd, m/s 87, keluaran Dār al-Āṯār Li an-Našr Wa at-Tawzī*.

Pandangan ini dikritik oleh Umar Muhammad Noor dalam bukunya Aliran Kritik Hadis Semasa. Dia menyatakan bahawa ketetapan kebanyakan tokoh hadis moden seperti Aḥmad Šākir, Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy, al-Albāniyy dan lain-lain hanya menerima penguatan hadis dhaif yang ringan sahaja. Dia juga menukilkan kalam dari al-Murtaḍō Zayn Aḥmad yang katanya :

فالطرق المتعددة والمخارج المتباينة يتقوى بها الحديث ولا يكفي تعدد الطرق وحده، بل لا بد من النظر في مرتبة المتابع والمتابع لأنه ليس كل من يوافق غيره في الرواية يكون ذلك سببا للقوة والاعتضاد. فالحديث الحسن لذاته مثلا يعتضد بمثله، الحسن لذاته وبما هو أعلى منه، الصحيح. والحديث الضعيف ضعفا يسيرا بسبب سوء حفظ راويه مثلا يمكن أن يتقوى ويعتضد بحديث ضعيف بسبب سوء حفظ راويه أو بسبب إرساله أو إعضاله أو انقطاعه أو جهالة حال راويه أو جهالة عينه أو ابهامه أو تدليسه أو إرسال خفيا أو اختلاط أحد رواته أو قبوله للتلقين ونحو ذلك. ويعتضد الحديث الضعيف أيضا بما هو أعلى منه بالحسن لذاته أو بالصحيح.

"Jalur yang pelbagai dan tempat keluar yang berlainan menjadikan kuat hadis itu dengannya, tetapi tidak cukup dengan beraneka jalur semata-mata. Bahkan, tidak dapat tidak untuk melihat pada martabat yang menyokong dan yang disokong kerana tidak semua yang berselarian dengan selainnya pada riwayat itu menjadi sebab untuk kekuatan dan penyanggaan. Hadis hasan secara zatnya seumpamanya disangga dengan semisalnya, iaitu hasan secara zathinya dan dengan apa yang lebih tinggi daripadanya, iaitu sahih. Hadis dhaif dalam keadaan dhaif ringan dengan sebab buruk hafalan perawinya sebagai contoh dapat menjadi kuat atau disangga dengan hadis dhaif dengan sebab buruk hafalan perawinya atau dengan sebab mursalnya atau mu*ḍolnya atau terputusnya atau ketidaktahu keadaan perawinya atau identitinya atau pengaburannya atau tadlisnya atau mursal terselindung atau campur baur salah seorang perawinya atau penerimaannya dengan talkin dan seumpama dengan itu. Disangga hadis dhaif juga dengan apa yang lebih tinggi daripada dengan hasan secara zatnya atau sahih.". [Manāhij al-Muḥaddiṯīn Fī Taqwiyah al-Aḥādīṯ al-Ḥasanah Wa aḍ-Ḍo*īfah, m/s 21-22, keluaran Maktabah ar-Rušd, ar-Riyāḍ].

Kemudian, dia menyatakan bahawa kaedah as-Suyūṭiyy ini tidak patut dijadikan sandaran kerana kritikannya terhadap Ibn al-Jawziyy seringkali melampaui had bersederhana, bahkan cenderung kepada sukap bermudah-mudahan. Kemudian, Umar Muhammad Noor mengutip fakta tersebut daripada kajian Ibrōhīm bin Sa*īd aṣ-Ṣubayḥiyy terhadap al-Mu*allimiyy melalui judul Mawsū*ah al-Mu*allimiyy al-Yamāniyy Wa Aṯaruh Fī *Ilm al-Ḥadīṯ, *Abdul Fattāḥ Abū Ġuddah dalam Lamaḥāt Min Tārīẖ as-Sunnah Wa *Ulūm al-Ḥadīṯ dan membentangkan kritikan Aḥmad al-Ġumāriyy terhadapnya dalam al-Muġīr *Alā al-Aḥādīṯ al-Mawḍū*ah Fī al-Jāmi* aṣ-Ṣoġīr bahawa as-Suyūṭiyy sangat bermudah-mudahan sehingga hampir tidak pernah menghukum palsu dalam sesuatu hadis melainkan waktu terdesak ketika ingin berhujah terhadap seterunya atau membatalkan dalilnya.

Begitu juga dengan penguatan hadis dhaif dengan zahir ayat al-Qur^ān. Kata az-Zarkašiyy :

وَقَالَ أَبُو الْحسن بن الْحصار الأندلسي فِي تقريب المدارك على موطأ مَالك إِن للمحدثين أغراضا فِي طريقهم احتاطوا فِيهَا وبالغوا فِي الِاحْتِيَاط وَلَا يلْزم الْفُقَهَاء اتباعهم على ذَلِك كتعليلهم الحَدِيث الْمَرْفُوع بِأَنَّهُ قد رُوِيَ مَوْقُوفا أَو مُرْسلا وكطعنهم فِي الرَّاوِي إِذا انْفَرد بِالْحَدِيثِ أَو بِزِيَادَة فِيهِ أَو لمُخَالفَة وَقد يعلم الْفَقِيه صِحَة الحَدِيث بموافقة الْأُصُول أَو آيَة من كتاب الله تَعَالَى فيحمله ذَلِك على قبُول الحَدِيث وَالْعَمَل بِهِ واعتقاد صِحَّته وَإِذا لم يكن فِي سَنَده كَذَّاب فَلَا بَأْس بِإِطْلَاق القَوْل بِصِحَّتِهِ إِذا وَافق كتاب الله تَعَالَى وَسَائِر أصُول الشَّرِيعَة

Abū al-Ḥasan al-Ḥaṣṣōr al-Andalusiyy dalam Taqrīb al-Madārik Fī Muwaṭṭo^ Mālik berkata: "Sesungguhnya para muhaddits ada beberapa objektif dalam cara mereka yang mereka berhati-hati padanya dan berlebih-lebihan dalam kehatian-hatian. Namun, tidaklah semestinya para fuqaha menjadi pengikut mereka atas hal itu seperti penilaian illah mereka dalam hadis marfū* dengan sebab ia telah diriwayatkan secara mawqūf atau mursal dan celaan terhadap perawi apabila bersendirian pada hadis atau pertahan padanya atau penyelisihan. Kadangkala ahli fiqh mengetahui kesahihan hadis dengan keselarian usul agama atau suatu ayat daripada kitab Allah Ta*ālā, lalu itu membawanya kepada penerimaan hadis, beramal dengannya dan mempercayai kesahihannya. Apabila tidak ada pendusta dalam sanadnya, maka tidak ada masalah untuk menetapkan pendapat terhadap kesahihannya apabila bertepatan dengan kitab Allah Ta*ālā dan sekalian usul syariah". [An-Nukāt *Alā Kitāb Ibn aṣ-Ṣolāḥ, m/s 106-107, keluaran Aḍwā^ as-Salaf, ar-Riyāḍ, tahqiq Zayn al-*Ābidīn bin Muḥammad].

Ini juga yang dikritik oleh al-Murtaḍō Zayn Aḥmad dalam Manāhij al-Muḥaddiṯīn Fī Taqwiyah al-Aḥādīṯ al-Ḥasanah Wa aḍ-Ḍo*īfah dan dia menyatakan bahawa kaedah ini menyalahi majoriti ahli hadis. Malah, sesiapa sahaja yang teguh dengan piawaian Ibn aṣ-Ṣolāḥ dalam penguatan hadis dhaif ringan sememangnya akan menolak pengangkatan status hadis seperti ini.

Malah, yang lebih ekstrim adalah mensahihkan hadis dengan kasyaf, ilham atau mimpi. Inilah yang diambiloleh Ibn *Arobiyy al-Ḥātimiyy dan diterima Aḥmad al-Ġumāriyy dan adiknya, *Abdul *Azīz. Hal ini boleh dilihat dalam Qobūl al-Ḥadīṯ Wa Rodduh *Inda Ibn *Arobiyy : At-Taṣḥīḥ Bi al-Kašf Wa Manzilatuh Min Naẓoriyyah al-Isnād oleh Muḥammad Anas Sarmīniyy. Penilaian hadis seperti ini ditentang oleh *Abdul Fattāḥ Abū Ġuddah ketika mengkritik al-*Ajlūniyy yang menukilkan kalam Ibn *Arobiyy dalam al-Futūḥāt al-Makkiyyah tanpa mengomentarinya.

Daripada kesemua ini jelas kepada kita untuk dua perkara. Yang pertama adalah piawaian Ibn aṣ-Ṣolāḥ bukan semestinya diterima secara mutlak yang ditegah untuk menyalahinya atau menganggap bahawa ia mewakili keseluruhan pengamalan ahli hadis yang terdahulu sebelumnya atau yang selepas daripadanya. Sebahagiannya terdedah dengan keperluan untuk kajian semula dan pengamatan yang lebih terperinci untuk memastikan dapatan Ibn aṣ-Ṣolāḥ.

Yang kedua adalah al-Iḥtimāl al-*Aqliyyah, iaitu pendugaan rasional adalah menjadi sandaran dalam menyabitkan kaedah dalam penilaian hadis. Kita semua yakin bahawa dalam penerimaan penguatan hadis dhaif yang ringan melalui keselarian makna zahir ayat al-Qur^ān atau kasyaf bukan semestinya atas dasar angin atau kebetulan ianya ada. Akan tetapi, setiap mereka yang menerimanya pasti ada alasan dan justifikasi untuk membenarkannya.

Oleh sebab itu, tidak patut kita menyalahkan pembinaan kaedah atau piawaian atau manhaj hanya kerana ia tidak diamalkan oleh mana-mana ulama atau ia menyalahi para ulama semata-mata. Misalnya adalah penguatan hadis dhaif yang ringan melalui keselarian makna zahir ayat al-Qur^ān. Adakah dengan menolaknya, maka kita dianggap telah terkeluar dari manhaj ahli hadis? Kita tidak dianggap sedemikian kerana kita ada dasar pendugaan rasional padanya.

Lantas, mengapa tiba-tiba dalam penolakan terhadap piawaian Ibn aṣ-Ṣolāḥ tiba-tiba dianggap menyalahi tradisi ahli hadis? Inilah kecelaruan yang sepatutnya diperbetulkan. Piawaian Ibn aṣ-Ṣolāḥ bukanlah wahyu atau kewajipan yang patut diterima seolah-olah ia adalah tiang kepada agama. Selagimana ada pendugaan rasional yang berasas lagi bernas yang menyokongnya, maka ia tetap diterima sekalipun menyalahi piawaian Ibn aṣ-Ṣolāḥ atau selainnya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/662206861573079040/dialog-hadis-37-adakah-piawaian-ibn-a%E1%B9%A3-%E1%B9%A3ol%C4%81%E1%B8%A5

Dialog Ringkas 38 : Banyak Hadis Yang Dihafal, Mengapa Sedikit Dimasukkan?




Timbul pertanyaan, mengapa para imam kita yang menghafal ratusan ribu hadis, tetapi yang mereka catat hanyalah dari peratusan yang sedikit? Hadis apa yang dibuang dan tidak dimasukkan?

Sebelum itu, kita perlu tahu dahulu apa yang dimaksudkan dengan hadis itu sendiri sehingga mencecah beribu-ribu jumlah. Hadis di sini salah satunya adalah hadis daripada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, tetapi memiliki pelbagai rantaian sanad yang sama teksnya atau isi kandungannya tentang baginda sama ada perbuatan, percakapan, pengakuan atau cerita tentang baginda. Maksudnya, boleh jadi ada pelbagai rantaian sanad, tetapi merujuk kepada satu hadis. Dalam setiap satu sanad ini daripada pelbagai lagi yang lain kadangkala disebut sebagai hadis walaupun semua itu merujuk kepada perkara yang sama.

Ini juga bergantung kepada siapa yang dipusatkan perhatian. Contohnya, boleh disebutkan hadis Anas bin Mālik, hadis Ibn *Abbās dan sahabat baginda yang lain sebagai perawi yang dijadikan perhatian untuk analisis atau sebagainya. Atau pada generasi tabiin seperti hadis Sa*īd bin Jubayr, hadis Mujāhid, hadis Ibn al-Musayyib dan lan-lain. Penggunaan ini banyak dalam karya al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl dan karya al-*Ial.

Atas sebab itulah jumlahnya boleh mencecah ratusan ribu. Hadis riwayat al-A*maš yang berjaya dikumpulkan pada hari ini pun yang merangkumi sahih sehingga dhaif mencecah 2033 lebih. Itu belum lagi para perawi yang lain yang memiliki banyak hadis seperti al-Ḥasan al-Baṣriyy, Šu*bah bin al-Ḥajjāj, Sufyān aṯ-Ṯawriyy, Sufyān bin *Uyaynah, Ḥammād bin Salamah dan lain-lain.

Kembali kepada persoalan, ini sedikit jawapan ringkas dengan mengambil al-Bukẖōriyy melalui karya ulungnya, al-Jāmi* al-Musnad aṣ-Ṣoḥīḥ al-Muẖtaṣor Min Umūr Rasūl Allah Ṣollā Allah *Alayh Wa Sallam Wa Sunanih Wa Ayyāmih atau yang dikenali sebagai Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy sebagai paksi memandangkan ia menjadi tumpuan dalam isu ini.

Yang pertama adalah hadis yang bermasalah. Tidak kira sama ada dhaif atau palsu atau memiliki illah. Hadis seperti ini boleh ditemukan dalam kitab beliau yang lain seperti at-Tārīẖ al-Kabīr atau perbincangan beliau bersama muridnya, at-Tirmiḏiyy dalam Sunan miliknya atau al-*Ilal al-Kabīr.

Malah, sememangnya ahli hadis melarang menulis hadis daripada pendusta atau mereka yang disahkan untuk ditinggalkan hadisnya kecuali menulis sekadar untuk proses perbandingan semata-mata atau peringatan kepada orang ramai dengan menyatakan contoh hadis palsu atau hadis yang tidak ada nilai langsung. Hadis sebegini sudah tentu kebanyakannya tersisa dalam ingatan ahli hadis yang dibawa sampai ke kubur mereka, tetapi tidak ditinggalkan dalam lembaran kecuali sedikit sahaja untuk peringatan kepada generasi atau sekadar memaparkan contoh kepalsuan yang mereka lakukan.

Yang kedua adalah hadisnya sahih, tetapi belum cukup untuk mengatakan kuat melalui piawaian yang ketat. Contoh hadis-hadis ini ada dalam kitab beliau yang lain yang berjudul al-Adab al-Mufrod. Sebahagiannya sahih, tetapi tidak dapat dikatakan ia begitu kuat dengan piawaian yang ketat agar ia layak diabadikan dalam Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy. Semamngnya ada hadis seperti ini dalam Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, tetapi selalunya ia berbentuk mu*allaq.

Yang kedua adalah hadis yang bukan marfū*, iaitu yang berkaitan dengan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dan ia adalah yang berkaitan dengan mawqūf, iaitu para sahabat baginda dan maqṭū*, iaitu tabiin, malah generasi sesudahnya. Hadis-hadis seperti ini ada dalam karaya pendahulunya seperti Muṣonnaf dan Muwaṭṭo^. Bukan bermaksud semua ini tidak sahih, tetapi untuk memasukkannya secara khusus dalam Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, itu bukan syarat pembukuannya yang utama. Kalau ada pun, ia dengan bentuk mu*allaq.

Yang keempat adalah hadis yang sanad nāzil, iaitu hadis yang memiliki ramai rantaian perawi. Hadis seperti ini dibuang dan dipilih hadis-hadis yang *āliyy, iaitu hadis yang memiliki sedikit rantaian perawi. Contohnya, kalau hadis itu ada enam orang perawi yang mana ia adalah sanad nāzil dan empat orang perawi yang mana ia adalah sanad *āliyy, sudah tentu diambil pada sand yang ada empat orang perawi. Semakin pendek, semakin bernilai.

Yang kelima adalah hadis daripada perawi yang kurang cemerlang. Maksudnya, kita mengutamakan periwayatan dari perawi yang cemerlang berbanding perawi yang memiliki masalah kejituan. Contohnya, dalam riwayat al-Aʿmaš, sudah tentu kita akan mendahulukan muridnya yang kanan lagi cemerlang seperti Sufyān aṯ-Ṯawriyy dan Šu*bah, bukan murid yang entah siapa dia atau yang bermasalah atau yang kurang menyerlah.

Yang keenam adalah faktor matan. Matan hadis ada yang diriwayatkan secara lafaz mengikut bulat-bulat seperti yang asal, ada yang diriwayatkan secara makna, ada yang diriwayatkan secara penuh dan ada yang diriwayatkan secara ringkas. Ini pun perlu dipilih dan disaring juga.

Kalau semua ini ditapis, semestinya yang tinggal hanya sedikit. Kalau ada seratus ribu hadis, barangkali yang tersisa mungkin lima belas ribu yang boleh dipakai. Kalau dalam Ṣoḥīḥ al-Bukōriyy pun ada tujuh ribu lebih. Itu pun jika membuang pengulangan, ia ada empat ribu lebih. Itu pun termasuk sebahagian kecil sahaja yang dhaif bagi tujuan tertentu. Dan itu pun pembukuan Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy adalah berbentuk ringkasan, bukan mengumpulkan semua hadis yang sahih yang ketat piawaiannya.

Jumlah yang boleh diterima pakai pun berbeza bagi setiap ahli hadis yang memiliki manhaj tersendiri. Mungkin lebih banyak atau lebih kurang. Apapun, masing-masing sepakat yang tinggal dalam catatan ini hanya beberapa daripada peratusan kecil sahaja yang boleh dijadikan pegangan dalam agama.

Jadi, kenyataan al-Buẖōriyy atau para imam yang lain menolak ratus hadis ini sememangnya betul. Memang ada hadis ditolak dan hadis diterima. Bukan semua diterima. Pembahagiaan ini memang di topik utama yang dipelajari dalam ilmu hadis. Cuma, yang ditolak itu bagaimana? Inilah persoalan yang penting perlu diamati sebaiknya untuk membezakan manhaj yang lurus dan manhaj yang rancu dalam penyaringan hadis.

Dalam perisian Jawāmi* al-Kalim, ada seribu empat ratus rujukan untuk hadis. Di dalamnya, mungkin ada pelbagai sanad, tetapi hadis yang sama. Satu rujukan pun boleh mencecah belasan ribu hadis. Saya tidak tahu jumlah sebenar hadis kalau dikumpulkan kesemua yang ada dalam seribu empat ratus rujukan ini. Mungkin sahaja boleh mencecah ratusan ribu.

Mungkin proses tapisan ini agak kabur pemaknaannya dan sukar untuk memahami mengapa terlalu banyak hadis yang tidak dijadikan pegangan. Saya menyatakan mereka yang berkecimpung dalam kajian *ilal al-Ḥadīṯ sahaja yang boleh nampak hakikat ini dan ia adalah jelas di mata mereka bagi para pengkaji. Bagi yang ingin pengamalan jelas dalam hal ini, boleh rujuk al-*Ilal al-Wāridah Fī al-Aḥādīṯ an-Nabawiyyah karya ad-Dāroquṭniyy sebagai permulaan untuk melihat cara ahli hadis dalam menganalisis riwayat untuk diterima atau ditolak.

Saya doakan mereka yang kabur tentang proses tapisan ini agar Allah permudahkan urusan untuk sampaikan hajatnya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/662497995068194816/dialog-hadis-38-banyak-hadis-yang-dihafal

Dialog Ringkas 39 : Hipokrit Pengkritik Hadis Dan Kesilapan Metodologi Mereka

Dalam berhadapan dengan kritik terhadap ilmu hadis dan institusinya, khususnya bahagian ilmu riwayat, saya selalu sahaja melihat usaha yang kononnya mempraktikkan pembedahan kritis untuk mencari kelompongan yang ada pada ilmu hadis yang dibangunkan oleh para ilmuwan. Hakikatnya, mereka ini sebenarnya telah melakukan hipokrit yang besar yang sebenarnya akan memaparkan sisi hodoh daripada mereka.

Contohnya adalah persoalan yang dilontarkan Phil H. Kamaruddin Amin: "Kerana itu, muncul pertanyaan-pertanyaan historis epistimologis. Sejauh mana kesusasteraan hadis mencerminkan peristiwa-peristiwa yang sebenarnya? Apakah kesusasteraan hadis menyajikan hadis-hadis yang sesungguhnya sebagaimana yang didakwa atau kesusteraan ini tidak lain kecuali hanya sekadar cerminan kepentingan yang muncul pada awal Islam? Dalam istilah yang lebih sederhana, apakah matan hadis mencerminkan kata-kata Nabi atau Sahabat yang sesungguhnya atau hanya merupakan verbalisasi dari masa sesudahnya yang kemudian dianggap sebagai sunnah Nabi? Apakah isnad yang dinisbahkan dalam kesusasteraan hadis untuk menjamin autensititas matan itu merepresentasikan jalur periwayatan yang asli atau hanya merupakan pemalsuan yang baru beredar di kemudian hari? Apakah munculnya sebuah hadis dalam koleksi-koleksi kanonik, iaitu al-Kutub as-Sittah membuktikan historisitas penyandarannya kepada Nabi sehingga penelitian lebih lanjut dianggap berlebihan?". [Menguji Kembali Keakuratan Metode Kritik Hadis, m/s 7, keluaran Penerbit Hikmah dengan sedikit pengubahan teknikal].

Saya yakin Phil H. Kamaruddin Amin bukan termasuk golongan pengingkar, agnostik atau pewaham ilmu hadis. Cuma, saya ingin memfokuskan persoalan yang dilontarkan itu sahaja tanpa menyentuh peribadinya.

Saya katakan, pernahkah soalan ini ditanyakan kepada tamadun lain dalam sistem penjagaan dan pemeliharaan khabar dan riwayat mereka? Mengapa soalan ini ditanyakan secara kritis kepada tamadun Muslim, tetapi tidak pada tamadun lain? Pernahkah mereka tanya soalan yang sama dalam membedah sistem periwayatan tentang tokoh-tokoh terkenal seperti Alexender The Great, Aristotle, Plato, Socrates dan lain-lain? Mengapa kepada Muḥammad bin *Abdullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dihujankan bertubi-tubi soalan kritis, padahal mereka tidak akan membedah seperti itu pada tokoh-tokoh lain?

Itu belum lagi mereka yang mempersoalkan kredibiliti dan integriti para Sahabat -roḍiyallahu *anhum-. Saya katakan, adakah sahabat-sahabat Aristotle itu semuanya berkredibiliti? Begitu juga dengan tokoh-tokoh yang lain. Mengapa kalian mempersoalkan secara kritis terhadap para Sahabat -roḍiyallahu *anhum- yang menjadi wadah utama dalam sampainya maklumat kepada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-, tetapi tidak pada yang lain?

Begitu juga mereka yang meragukan keabsahan khabar jejalur tunggal atas alasan kononnya tidak mungkin ramainya penganut Muslim, tetapi yang disandarkan hanya dengan satu jalur periwayatan sahaja. Saya katakan, mereka sendiri langsung tidak ada satu jalur periwayatan pun dalam membuktikan keabsahan riwayat tentang tokoh mereka pun! Siapa murid yang meriwayatkan khabar tersebut? Siapa murid kepada muridnya sehingga generasi kemudian dapat mengetahuinya secara autentik? Siapa yang menyemaknya? Mereka sendiri gagal untuk mengemukakannya kecuali sekelumit sahaja. Mengapa perlu menaburkan persoalan dan bedah kritis yang mana itu pun akan meranapkan kredibiliti sistem periwayatan dari tamadun lain, bahkan lebih teruk lagi!

Saya katakan, mereka sendiri tidak akan mampu menghasilkan buku persis dengan kitab Muṣṭolaḥ al-Ḥadīṯ beserta contoh dengan menjadikan tamadun selain Muslim sebagai subjek kajian. Mereka sendiri tidak ada tokoh-tokoh dalam bergiat aktif dan menjadi pemimpin besar dalam masyarakat untuk menjaga, menyaring dan melawan pemalsuan khabar seperti Mālik bin Anas, Šu*bah bin al-Ḥajjāj, Yaḥyā bin Sa*īd al-Qoṭṭōn dan pelbagai lagi. Tidakkah mereka merasa malu ketika mengkritiknya?

Usaha mereka untuk merobohkan dan meragui sistem ilmu hadis sebenarnya menampakkan lagi kepincangan dan kelemahan besar dari sisi mereka yang mana mereka gagal membentangkan alternatif atau sisi yang lebih baik daripada apa yang telah dibangunkan oleh tamadun yang lain. Sebab itulah saya selalu sahaja mendapati kritikan terhadap ilmu hadis dan institusinya adalah mereka yang tidak mengerti tentang tradisi ilmu hadis atau sememangnya adalah syaitan yang ada motif jahat terhadap agama Islam.

Saya bukan tidak mengakui adanya kelompongan dan bahagian yang terdedah kepada sisipan yang tidak sepatutnya jika dinilai secara kritis dan dibedah secara tuntas. Akan tetapi, kita perlu beri perhatian kepada dua perkara yang vital supaya kita bersikap adil dalam memberi penilaian kepada tradisi pemeliharaan kesahihan hadis.

Yang pertama adalah jangan cuba menilai sejarah awal Muslim dengan kanta zaman yang jauh lebih banyak kemudahan pergerakan dan perpindahan maklumat. Perantauan jauh pada zaman tamadun Muslim pada kurun yang awal hanya dengan menggunakan unta dan kuda. Kemudian, empayar Muslim telah mencapai jauh dari sebahagian benua Afrika sehingga ke beberapa negara taklukan Parsi.

Oleh itu, janganlah cuba mengkritik metodologi dalam ilmu hadis dengan membentangkan penghujahan yang berteraskan metodologi yang telah mengukuh pada zaman yang dia berada. Posisikan diri seolah-olah berada di zaman tersebut sepanjang membuat penilaian. Tidak ada guna melemparkan kritikan atau melonggokkan persoalan yang berbentuk syubhat, tetapi tidak realistik pada zamannya dan peringkat perkembangannya.

Yang kedua adalah jangan membawa gagasan idealistik, perfeksionis dan berminda utopia dalam membawa kritikan kepada hadis. Kita perlu beringat kepada prinsip tidak sempurna bukan bermakna kita tidak ada yang lebih baik dan prinsip lebih baik ada daripada tidak ada langsung. Jangan kerana ada sedikit bahagian kekurangan, kita mengalpakan bahagian besar yang memberi manfaat secara signfikan kepada tamadun.

Para ilmuwan hadis telah bertungkus-lumus sebaik yang mungkin dengan merantau di pelbagai negara, mencari hadis dari bermacam-macam tokoh, menjaga perolehan mereka serta menganalisis dalam menyemak dan menyaring. Sejarah telah merekodkan dan apa yang kita dapat hari ini adalah hasil penat lelah mereka dalam pemeliharaan ketulenan peninggalan buat generasi terkemudian sehingga para pengkritiknya dapat mengambilnya sebagai modal untuk mencurigai ketulusan dan ketelitian para sarjana hadis!

Hargailah jasa mereka yang hidup di zaman yang merantau jauh pun hanya dengan unta dan kuda dalam menjaga ketulenan khabar dengan menyimpan rekod tentang perawi agar orang ramai mengenalinya dan pelbagai lagi. Ini adalah gerak usaha dan tradisi yang tidak ada pada mana-mana tamadun melainkan ia tidak begitu signifikan sepertimana keberdirian seni ilmu hadis ini sendiri. Ini sesuatu yang tidak akan dapat diingkari oleh sesiapa pun. Mengapa perlu menaburkan syubhat demi merobekkan penghargaan terhadap pejuang yang menjaga keaslian dan ketulenan perkhabaran yang tokoh-tokoh seperti ini tidak ada pada tamadun yang lain?

Saya bertambah hairan lagi yang mengapa tokoh-tokoh yang selain Muslim yang tidaklah melakukan kegiatan sehebat sebegini dan tidak merancakkan tradisinya yang berwarisan sepanjang generasi dipuji melambung, tetapi dengan Muslim yang telah menabur bakti lebih menyerlah dan signfikan, mereka langsung tidak mahu diberikan hak yang selayaknya. Adakah ada kebencian yang terbuku pada Islam sehingga sanggup bersikap sedemikian?

Saya seringkali melihat kritikan terhadap hadis ini seringkali melakukan dua kesilapan tersebut dan sikap hipokrit ini. Namun, mereka ini bijak dengan menyalutkan minda kritis, pembedahan secara tuntas dan bermatlamatkan objektiviti. Sebab itulah apabila kita menjengah kepincangan metodologi mereka ini, kita tidak perlu menghiraukan kritikan mereka kerana itu adalah kritikan mereka terhadap diri mereka sendiri atau tamadun mereka atau masyarakat mereka tanpa mereka sedar.

Maka, berbanggalah wahai umat Islam dengan sistem periwayatan ilmu hadis. Semakin besar usaha untuk merobekkan kepercayaan terhadap ilmu hadis, semakin besar koyakan pakaian mereka sehingga lebih nampak sisi buruk mereka. Mereka ini tidak lebih menajamkan gigi untuk menggigit lidah mereka sendiri. Semakin banyak mereka menyisipkan syubhat terhadap institusi hadis, semakin jelas ketempangan mereka dan semakin menyerlah keunggulan ilmu hadis dan ahlinya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/663412419581935616/dialog-hadis-39-hipokrit-pengkritik-hadis-dan 

Dialog Ringkas 40Iršhād Aṭ-Ṭōlib An-Najīb Ilā Mā Fī Al-Mawlid An-Nabawiyy Min Al-Akāḏzīb Karya *Abdullah bin Muḥammad bin Aṣ-Ṣiddīq Al-Ġumāriyy : Usaha Murni Untuk Menepis Hadis Palsu Yang Berkaitan Dengan Maulid


Sempena sambutan maulid, sememangnya patut kita ambil kesempatan ini untuk mengenang semula kelebihan semulia-mulia insan yang bernama Muḥammad bin ʿAbdullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, mengenang keunggulan baginda, menjengah rahmat terutusnya baginda kepada seluruh umat manusia, mengimbau memori saat kelahiran baginda dan awal permulaan hidup baginda serta mengambil beberapa pelajaran daripada beberapa kisah yang sesuai diisi dalam slot program maulid.

Akan tetapi, kita perlu beringat bahawa dalam menyampaikan beberapa perkara baginda, kita perlu berhati-hati, cermat dan teliti dalam penyampaian beberapa hadis dan riwayat yang berkaitan dengan baginda.

Jangan sama sekali mencemarkan sambutan maulid kita dengan kisah-kisah yang batil, riwayat yang tidak berasas dan hadis-hadis palsu. Mencintai junjungan baginda jangan hanya sekadar sentimen sahaja, tetapi perlu cakna dan peka dalam penyifatan dan penceritaan tentang baginda.

Untuk menepis kelompongan yang ada pada ceramah dan penyampaian yang berkaitan dengan majlis maulid dalam perkongsian riwayat dan hadis, *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, tokoh ilmuwan lagi ahli hadis sufi yang berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- mengambil inisiatif untuk menghasilkan buku kecil yang berjudul Iršhād aṭ-Ṭōlib an-Najīb Ilā Mā Fī al-Mawlid an-Nabawiyy Min al-Akāḏīb.

Dalam buku yang nipis ini, dia memulakan terlebih dahulu tentang sejarah penulisan tentang maulid secara ringkas.

Secara ringkasnya, setakat yang dia tahu, yang mula-mula menghasilkan karya tentang kelahiran baginda adalah al-*Azfiyy as-Sabtiyy. Kemudian, Abū al-Kẖiṭōb Ibn Diḥyah mengarang kitab tentang kelahiran baginda, lalu dia membentangkannya kepada raja aṣ-Ṣōliḥ Ayyūb yang dia mengadakan majlis maulid besar-besaran yang para ulama, para pemuka dan orang awam mengajak kepadanya.

Kemudian, terus-menerus penulisan yang berkaitannya melainkan *Abdullah al-Ġumāriyy menzahirkan rasa kekecewaan kerana karya-karya terkebelakangan ini melebar luas dalam penyebutan khabar palsu dan riwayat yang rapuh.

Kemudian, dia memaparkan sebab secara ringkas kepincangan yang ada karya yang berkaitan dengan maulid. Salah satu sebabnya adalah kerana adanya penyebutan hadis palsu dan atsar yang rapuh.

Dalam kesempatan yang sama, dia mencadangkan pembacaan buku beliau yang berjudul Faḍō^il an-Nabiyy Fī al-Qur^ān. Katanya, buku ini akan menjadi penyejuk mata, melapangkan dada dan menenangkan hati setiap Mukmin yang mencintai Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Ini kerana buku ini adalah pendalilan daripada al-Qur^ān sendiri dan terbebas daripada kepalsuan.

Seterusnya, dia membawakan beberapa hadis yang sahih tentang pengenalan kepada kewujudan baginda seperti kesucian nasabnya, keawalan kenabian berbanding para nabi yang lain, sebab Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- diutuskan dengan menukil kalam Ibn Rojab al-Ḥanbaliyy dan sifat manusiawi baginda.

Akhirnya, tema yang penting dalam kitab ini adalah mengumpulkan beberapa hadis palsu yang berkaitan dengannya.

Antara hadis dan riwayat yang dia menghukumkan palsu adalah hadis riwayat Jābir tentang awal penciptaan alam adalah Nūr Muḥammad. Antaranya adalah hadis yang menyebutkan: "Aku adalah cahaya di hadapan tuhanku sebelum Dia menciptakan Adam selama empat puluh ribu tahun". Antaranya adalah hadis awal penciptaan segala sesuatu adalah cahaya baginda.

Antaranya adalah hadis yang menyebutkan: "Kalau bukan kerana engkau, nescaya aku tidak menciptakan alam buana". Antaranya adalah hadis yang menyebutkan: "Aku adalah nabi, sedangkan Adam masih antara air dan tanah".

Antaranya adalah riwayat bahawa baginda lahir dalam keadaan berkhitan. Antaranya adalah riwayat bahawa Āsiah, ibu Mūsā dan ibu *Īsā hadir ketika ibu baginda, Amīnah ketika sakit melahirkan anak.

Bahkan, ada hadis palsu itu mampu menyebabkan seseorang itu beriktikad sesuatu yang kufur dan menyebabkan kurangnya adab terhadap hak malaikat. Dia menyebutkan contoh adanya.

Atas sebab inilah kita wajib berjaga-jaga dalam penyampaian hadis, lebih-lebih lagi seseorang yang dijemput sebagai penceramah atau panel. Seeloknya mereka wajar membelek buku ini sebentar supaya mereka beringat dan peka untuk menjaga kesahihan hadis.

Buku kecil ini ditulis oleh tokoh ahli bait yang berusaha untuk membasmi mana-mana kepalsuan yang disandarkan kepada junjungan datuknya -ṣollallahu *alayhi wasallam-.

Sebab itulah dia dalam buku ini menyebutkan bahawa antara kesempurnaan pengagungan terhadap baginda dan kesempurnaan cinta terhadap baginda adalah menolak sudut-sudut kepalsuan dan menjauhkan diri daripada menyisipkannya.

Walaupun buku ini nipis, tetapi ia mengandungi pengisian yang besar untuk menggesa setiap orang yang menyampaikan dan mengongsikan riwayat tentang Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- agar sentiasa cakna dan berwaspada tentang kesahihannya.

*Abdullah al-Ġhumāriyy telah menyumbang jasa yang terbaik dalam memurnikan semula tradisi kesufian dalam menepis riwayat palsu yang berlegar dalam kelompok mereka.

Meskipun dia adalah sufi, bagi sesiapa yang mengenalinya, dia tidak begitu apologetik terhadap segala yang menjadi prinsip, manhaj dan tradisi kesufian, membenarkan apa sahaja yang ada pada kesufian dan membela mereka tanpa haknya.

Inilah ahli bait yang wajar dicontohi dan diteladani. Menjadi ahli bait bukan untuk memenangkan mana-mana aliran, tetapi bergiat usaha untuk menyeru kepada sunnah kanjeng baginda -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang murni lagi mapan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/665314125982859264/dialog-hadis-40-ir%C5%A1h%C4%81d-a%E1%B9%AD-%E1%B9%AD%C5%8Dlib-an-naj%C4%ABb-il%C4%81-m%C4%81

Dialog Ringkas 41 : Polemik Hadis Pertanyaan Di Mana Allah

Mu*āwiyah bin al-Ḥakam as-Sulamiyy berkata :

جَارِيَةٌ لِي كَانَتْ تَرْعَى غُنَيْمَاتٍ قِبَلَ أُحُدٍ ، وَالْجَوَّانِيَّةِ ، إِذِ اطَّلَعْتُ عَلَيْهَا اطِّلَاعَةً ، فَإِذَا الذِّئْبُ قَدْ ذَهَبَ بِشَاةٍ مِنْهَا ، وَأَنَا مِنْ بَنِي آدَمَ ، آسَفُ كَمَا يَأْسَفُونَ ، لَكِنِّي صَكَكْتُهَا صَكَّةً ، فَعَظُمَ ذَاكَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقُلْتُ : أَفَلَا أُعْتِقُهَا ؟ قَالَ : ائْتِنِي بِهَا ، قَالَ : فَجِئْتُهُ بِهَا ، فَقَالَ : أَيْنَ اللَّهُ ؟ ، قَالَتْ : فِي السَّمَاءِ ، قَالَ : مَنْ أَنَا ؟ قَالَتْ : أَنْتَ رَسُولُ اللَّهِ ، قَالَ : أَعْتِقْهَا فَإِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ

"Jariyahku mengembala kambing di lereng bukit Uhud dan al-Jawwāniyyah. Ketika aku pergi kepadanya pada suatu hari, tiba-tiba serigala membawa kambing daripadanya. Sebenarnya aku anak Adam yang berduka cita sepertimana mereka berdukacita. Tetapi aku telah memukulnya dengan pukulan yang keras". Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- merasa sesak terhadap itu. Aku berkata: "Adakah aku tidak boleh memerdekakannya?". Baginda berkata: "Bawakan dia kepadaku". Mu*āwiyah berkata; Aku pun membawakan dia kepada baginda, lantas baginda berkata: "Di mana Allah?". Dia berkata: "Di langit". Dia berkata: "Siapa aku?". Dia berkata: "Engkau utusan Allah". Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- berkata: "Merdekakanlah dia kerana dia wanita yang beriman". [Sunan Abū Dāwud, kitāb aṣ-Ṣolāh, no. 824].

Sekarang ini, terdapat usaha yang terang-terangan bagi meragukan keabsahan hadis ini. Padahal, hadis ini dinilai sahih oleh Muslim bin al-Ḥajjāj, lalu dimasukkan dalam Ṣoḥīḥ miliknya dan Abū Dāwud mendiamkan hadis ini daripada berkomentar. Kita perlu maklum bahawa apabila terdapat hadis yang didiamkan Abū Dāwud, hadis tersebut adalah sōliḥ. Sebahagian ulama menyatakan bahawa hadis yang sōliḥ adalah hadis sahih atau hadis hasan. Akan tetapi, yang paling penting adalah hadis itu layak dijadikan penghujahan. Ini bermakna terdapat perkenan penerimaan daripadanya.

Walaupun hadis ini sahih di sisi mereka pun, mereka tetap membawakan takwilan demi memenangkan. Saya katakan, jika mereka mendhaifkan hadis ini sekalipun, ia tidak meruntuhkan akidah bahawa Allah itu di langit. Jika mereka berkeras untuk melakukan takwil, mereka sebenarnya telah melakukan kesilapan yang parah. Ini kerana terdapat riwayat lain yang menyokong akidah dan membatalkan takwilan mereka.

Riwayat pertama adalah Anas bin Mālik berkata :

فَكَانَتْ زَيْنَبُ تَفْخَرُ عَلَى أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَقُولْ: زَوَّجَكُنَّ أَهَالِيكُنَّ وَزَوَّجَنِي اللَّهُ تَعَالَى مِنْ فَوْقِ سَبْعِ سَمَوَاتٍ

Dahulu Zaynab merasa bangga terhadap pasangan-pasangan Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Dia berkata: "Keluarga kalian yang mengahwinkan kalian, tetapi Allah Ta*ālā dari tujuh lapisan langit yang mengahwinkanku". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, no. 6894].

Dalam riwayat lain, Anas bin Mālik berkata :

نَزَلَتْ آيَةُ الحِجَابِ فِي زَيْنَبَ بِنْتِ جَحْشٍ، وَأَطْعَمَ عَلَيْهَا يَوْمَئِذٍ خُبْزًا وَلَحْمًا، وَكَانَتْ تَفْخَرُ عَلَى نِسَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَكَانَتْ تَقُولُ: إِنَّ اللَّهَ أَنْكَحَنِي فِي السَّمَاءِ

"Diturunkan ayat hijab pada Zaynab binti Jaḥš. Baginda memberi makan roti dan daging pada hari itu. Dahulu, dia merasa bangga terhadap isteri Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Dahulu dia berkata: "Sesungguhnya Allah mengahwinkan aku di langit". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, no. 6895].

Hadis ini di bawah tajuk :

بَابُ {وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى المَاءِ} [هود: 7]، {وَهُوَ رَبُّ العَرْشِ العَظِيمِ} [التوبة: 129]

"Bab {Dahulu Arasy-Nya di atas air} [Surah Hūd ayat 7], {Dia adalah tuhan Arasy yang agung} [Surah at-Tawbah ayat 129]. [Al-Jāmi* al-Musnad aṣ-Ṣoḥīḥ al-Muẖtaṣor Min Umūr Rosūlillah Ṣollā Allah *Alayh Wa Sallam Wa Sunanih Wa Ayyāmih, jilid 9, m/s 294, keluaran Dār Ṭūq an-Najāh, tahqiq Muḥammad Zuhayr bin Nāṣir an-Nāṣir].

Kita perlu tahu bahawa rentetan yang ada pada bab sebelumnya dan selepasnya dalam kitab at-Tawḥīd dalam Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy adalah untuk membantah Jahmiyyah. Apa sebenarnya tujuan al-Buẖōriyy membawakan hadis ini dalam Ṣoḥīḥ miliknya kalau bukan ia mengisbatkan Allah itu di langit? Sesiapa yang ragu terhadap pengisbatan ini, lihatlah bab seterusnya yang jelas mengisbatkan akidah Allah itu di langit.

Malah, *Abdul Ġoniyy al-Maqdisiyy dalam al-Iqtiṣōd Fī al-I*tiqōd menjadikan hadis riwayat yang pertama untuk menyabitkan bahawa Allah itu di langit.

Riwayat kedua adalah seperti berikut :

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، ثنا حَمَّادٌ يَعْنِي ابْنَ سَلَمَةَ، عَنْ عَاصِمٍ، عَنْ زِرٍّ، عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: «مَا بَيْنَ السَّمَاءِ الدُّنْيَا وَالَّتِي تَلِيهَا مَسِيرَةُ خَمْسِمِائَةِ عَامٍ، وَبَيْنَ كُلِّ سَمَاءَيْنِ مَسِيرَةُ خَمْسِمِائَةِ عَامٍ، وَبَيْنَ السَّمَاءِ السَّابِعَةِ وَبَيْنَ الْكُرْسِيِّ خَمْسُمِائَةِ عَامٍ، وَبَيْنَ الْكُرْسِيِّ إِلَى الْمَاءِ خَمْسُمِائَةِ عَامٍ، وَالْعَرْشُ عَلَى الْمَاءِ، وَاللَّهُ تَعَالَى فَوْقَ الْعَرْشِ، وَهُوَ يَعْلَمُ مَا أَنْتُمْ عَلَيْهِ»

Mūsā bin Ismā*īl telah merawi hadis kepada kami; Ḥammād, yakni Ibn Salamah telah merawi hadis kepada kami, daripada *Āṣim, daripada Zirr, daripada Ibn Mas*ūd -roḍiyallahu *anh- berkata: "Apa yang ada di antara langit dunia dan yang seterusnya terdapat jarak perjalanan sejauh selama lima ratus tahun. Antara dua langit terdapat jarak perjalanan sejauh lima ratus tahun. Antara langit yang ketujuh dengan al-Kursiyy adalah lima ratus tahun. Antara al-Kursiyy dengan air adalah lima ratus tahun. Arasy di atas air. Allah Ta*ālā atas Arasy. Dia mengetahui apa yang kalian berada padanya". [Ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah, karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, m/s 55, keluaran Dār Ibn al-Aṯīr, tahqiq Badr bin *Abdullah al-Badr].

Riwayat ini menjadi hujah sokongan al-Buẖōriyy dalam H̱olq Af*āl al-*Ibād.

Sulaymān at-Tamīmiyy berkata :

لَوْ سُئِلْتُ أَيْنَ اللَّهُ؟ لَقُلْتُ فِي السَّمَاءِ، فَإِنْ قَالَ فَأَيْنَ كَانَ عَرْشُهُ قَبْلَ السَّمَاءِ؟ لَقُلْتُ عَلَى الْمَاءِ، فَإِنْ قَالَ: فَأَيْنَ كَانَ عَرْشُهُ قَبْلَ الْمَاءِ؟ لَقُلْتُ لَا أَعْلَمُ

"Kalau aku ditanya di mana Allah, pasti aku akan berkata di langit. Jika dia bertanya di mana Arasy-Nya sebelum langit, pasti aku akan berkata di atas air. Jika dia bertanya di mana Arasy-Nya sebelum air, pasti aku berkata aku tidak tahu". [H̱olq Af*āl al-*Ibād, karya al-Buẖōriyy, m/s 33, keluaran Dār al-Ma*ārif as-Su*ūdiyyah, ar-Riyāḍ, tahqiq *Abdul Roḥmān *Umayroh].

Sangatlah bebal jika ada orang cuba melakukan tafwid terhadap teks seperti ini memandangkan ia bukan dari lidah Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- sendiri atau berpura-pura berkata bahawa kata-kata Zaynab dan Ibn Mas*ūd -semoga Allah meredhai mereka berdua- dan Sulaymān at-Tamīmiyy tidak diketahui maknanya atau inti bicaranya yang tidak ada selindung dan tidak bermadah, apatah lagi melakukan takwilan yang jauh, tersasar lagi menyeleweng.

Masuk akalkah kata-kata yang bukan daripada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- ini dikatakan: "Kami tidak memahami apa yang mereka sedang bicarakan!" atau "Ia memerlukan takwil!"? Sesungguhnya itulah kerosakan seperti ini yang terzahir adalah berakibatkan berpegang dengan dasar iktikad yang rancu.

Cukuplah ketiga-tiga riwayat ini menetapkan iktikad bahawa Allah itu di langit kerana ini adalah kata-kata isteri baginda dan sahabatnya yang diredhai dan tabiin yang dihormati yang membenarkan apa yang telah diajarkan baginda -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Cukuplah ketiga-tiga riwayat ini membatalkan orang yang melakukan tafwid atau berpura-pura tidak tahu apa yang dimaksudkan atau melakukan takwil yang sememangnya bertujuan untuk menyelewengkan makna.

Renungilah kata-kata *Abdul Ġoniyy al-Maqdisiyy ini :

وفي هذه المسألة أدلة من الكتاب والسنة يطول بذكرها الكتاب. ومنكر أن يكون الله في جهة العلو بعد هذه الآيات والأحاديث مخالف لكتاب الله، منكر لسنة رسول الله.

"Dalam permasalahan ini terdapat dalil-dalil daripada al-Kitāb dan as-Sunnah yang panjang kitab ini dengan penyebutannya. Pengingkar bahawa Allah itu di arah keberadaan di atas selepas ayat-ayat dan hadis-hadis ini adalah penyelisih kitab Allah dan pengingkar kitab sunnah rasul". [Al-Iqtiṣōd Fī al-I*tiqōd, m/s 89, keluaran Maktabah al-*Ulūm Wa al-Ḥikam, al-Madīnah al-Munawwaroh, tahqiq Aḥmad bin *Aṭiyyah bin *Aliyy al-Ġōmidiyy].

Dialog Ringkas 42 : Mengapa Diriwayatkan Hadis Sifat Allah Yang Dhaif?

Seluruh ahli ilmu Muslim bersepakat bahawa sifat-sifat Allah ini selayaknya ditetapkan dengan hadis dhaif. Akan tetapi, yang menjadi kemusykilan adalah para ulama salaf meriwayatkan hadis dhaif yang mana sebahagiannya agak parah kedhaifannya dalam mempertahankan beberapa sifat Allah? Ada beberapa sebab bagi perkara ini.

Pertama, hadis dhaif itu boleh menjadi penguat antara satu sama lain sepertimana yang dimaklumi kaedah ini secara umum. Ini boleh dilihat pada al-Buẖōriyy yang membawa hadis berikut :

وَقَالَ عِمْرَانُ بْنُ حُصَيْنٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَبِي: «كَمْ تَعْبُدُ الْيَوْمَ إِلَهًا؟» قَالَ: سَبْعَةٌ، سِتَّةٌ فِي الْأَرْضِ وَوَاحِدٌ فِي السَّمَاءِ، قَالَ: «فأَيُّهُمْ تَعُدُّ لِرَغْبَتِكَ وَلِرَهْبَتِكَ؟» قَالَ: الَّذِي فِي السَّمَاءِ، قَالَ: «أَمَا إِنَّكَ إِنْ أَسْلَمْتَ عَلَّمْتُكَ كَلِمَتَيْنِ يَنْفَعَانِكَ» ، فَلَمَّا أَسْلَمَ الْحُصَيْنُ قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، عَلِّمْنِي الْكَلِمَتَيْنِ اللَّتَيْنِ وَعَدْتَنِي، قَالَ: «اللَّهُمَّ أَلْهِمْنِي رُشْدِي , وَأَعِذْنِي مِنْ شَرِّ نَفْسِي»

*Imrōn bin al-Ḥuṣoyn berkata; Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- berkata kepada ayahnya: "Wahai Ḥuṣoyn. Berapa banyak tuhan engkau menyembah pada hari ini?". Dia berkata: "Tujuh. Enam di bumi dan satu di langit". Baginda berkata: "Yang mana satu di antara mereka yang engkau mengiranya sebagai gandrungmu dan kegerunanmu?". Dia berkata: "Yang di langit". Baginda berkata: "Sesungguhnya jika engkau memeluk Islam, aku mengajarkanmu dua kalimah yang memberi manfaat kepadamu". Tatkala al-Ḥuṣoyn memeluk Islam, dia berkata: "Wahai Rasulullah! Ajari aku dua kalimah yang engkau menjanjikan untukku". Baginda berkata: "Ya Allah! Ilhamkan aku petunjuku dan lindungilah aku dari kejahatan diriku". [H̱olq Af*āl al-*Ibād, m/s 43, keluaran Dār al-Ma*ārif as-Su*ūdiyyaah, ar-Riyāḍ, tahqiq *Abdul Roḥmān *Umayroh].

Hadis ini dhaif kerana kedhaifan Šabīb bin Šaybah. Akan tetapi, al-Buẖōriyy membawa hadis ini sebagai penguat dalam menetapkan sifat al-*Uluww, iaitu Allah di langit dalam menyelar Jahmiyyah. Hadis yang sahih yang boleh menguatkan hadis ini ada di dalam Ṣoḥīḥ miliknya.

Kedua, golongan hadis lebih memilih hadis dhaif berbanding pandangan peribadi seseorang. Dengan kata lain, adalah lebih baik dia mendahulukan penghujahan daripada hadis dhaif berbanding menjustifikasikan sesuatu pendapat dengan pandangan peribadi. *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal berkata :

سَأَلْتُ أَبِي رَحِمَهُ اللَّهُ عَنِ الرَّجُلِ، يُرِيدُ أَنْ يَسْأَلَ، عَنِ الشَّيْءِ، مِنْ أَمْرِ دِينِهِ مَا يُبْتَلَى بِهِ مِنَ الْأَيْمَانِ فِي الطَّلَاقِ وَغَيْرِهِ فِي حَضْرَةِ قَوْمٍ مِنْ أَصْحَابِ الرَّأْي وَمِنْ أَصْحَابِ الْحَدِيثِ لَا يَحْفَظُونَ وَلَا يَعْرِفُونَ الْحَدِيثَ الضَّعِيفَ الْإِسْنَادِ وَالْقَوِيَّ الْإِسْنَادِ فَلِمَنْ يَسْأَلُ، أَصْحَابَ الرَّأْي أَوْ أَصْحَابَ الْحَدِيثِ عَلَى مَا كَانَ مِنْ قِلَّةَ مَعْرِفَتِهِمْ؟ قَالَ: يَسْأَلُ أَصْحَابَ الْحَدِيثِ وَلَا يَسْأَلُ أَصْحَابَ الرَّأْي، الضَّعِيفُ الْحَدِيثِ خَيْرٌ مِنْ رَأْي أَبِي حَنِيفَةَ

Aku bertanya kepada ayahku -semoga Allah merahmatinya- tentang seseorang yang ingin bertanya tentang sesuatu dari perkara agamanya yang dia diuji dengannya yang berupa sumpah dalam penceraian dan selainnya di ruangan berkumpul suatu kaum dari golongan opini dan dari golongan hadis yang tidak menghafal dan tidak mengetahui hadis dhaif sanadnya dan kuat sanadnya. Maka, kepada siapa yang dia bertanya? Golongan opini atau golongan hadis atas apa yang dari sedikit penguasaannya? Dia berkata: "Dia bertanya kepada golongan hadis dan jangan dia bertanya kepada golongan opini. Hadis dhaif lebih baik daripada pandangan Abū Ḥanīfah". [As-Sunnah, jilid 1, m/s 180, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

Contoh yang dilakukan adalah al-Buẖōriyy dalam membawakan hadis :

وَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُنَادِي بِصَوْتٍ يَسْمَعُهُ مَنْ بَعُدَ كَمَا يَسْمَعُهُ مَنْ قَرُبَ

"Sesungguhnya Allah *Azza Wa Jalla menyeru dengan suara yang orang yang jauh mendengarnya sepertimana orang yang dekat mendengarnya". [H̱olq Af*āl al-*Ibād, m/s 98, keluaran Dār al-Ma*ārif as-Su*ūdiyyaah, ar-Riyāḍ, tahqiq *Abdul Roḥmān *Umayroh].

Hadis ini tidak lepas daripada kritikan dari segi kesahihannya kerana mengandungi kecacatan yang tersembunyi. Akan tetapi, dia menjadikan hadis ini sebagai hujah dalam mengisbatkan suara bagi kalam Allah. Dia berkata :

وَفِي هَذَا دَلِيلٌ أَنَّ صَوْتَ اللَّهِ لَا يُشْبِهُ أَصْوَاتَ الْخَلْقِ، لِأَنَّ صَوْتَ اللَّهِ جَلَّ ذِكْرُهُ يُسْمَعُ مِنْ بُعْدٍ كَمَا يُسْمَعُ مِنْ قُرْبِ، وَأَنَّ الْمَلَائِكَةَ يُصْعَقُونَ مِنْ صَوْتِهِ، فَإِذَا تَنَادَى الْمَلَائِكَةُ لَمْ يُصْعَقُوا، وَقَالَ عَزَّ وَجَلَّ: {فَلَا تَجْعَلُوا لِلِّهِ أَنْدَادًا} [البقرة: 22] فَلَيْسَ لِصِفَةِ اللَّهِ نِدٌّ، وَلَا مِثْلٌ، وَلَا يوجدُ شَيْءٌ مِنْ صِفَاتِهِ فِي الْمَخْلُوقِينَ "

"Pada ini adalah dalil bahawasanya suara Allah tidak menyerupai suara-suara makhluk kerana suara Allah -Maha Agung penyebutan-Nya- didengari dari jauh sepertimana didengari dari dekat. Sesungguhnya para malaikat dipengsankan kerana suara-Nya. Apabila para malaikat saling menyeru, tidak memengsankan. Dia *Azza Wa Jalla berfirman: {Janganlah kalian menjadikan persamaan kepada Allah} [Surah al-Baqoroh ayat 22]. Tidak ada persamaan dan penyerupaan serta tidak didapati sesuatu dari sifat-Nya pada para makhluk". [H̱olq Af*āl al-*Ibād, m/s 98, keluaran Dār al-Ma*āif as-Su*ūdiyyah, ar-Riyāḍ, tahqiq *Abdul Roḥmān *Umayroh].

Ketiga, penyebaran hadis ini untuk menzahirkan diri sebagai ahli sunnah dan membezakan diri dari golongan sesat, khususnya Jahmiyyah. Contohnya adalah hadis berikut :

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنْ الأَعْمَشِ، عَنْ خَيْثَمَةَ، عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَا مِنْكُمْ مِنْ رَجُلٍ إِلَّا سَيُكَلِّمُهُ رَبُّهُ يَوْمَ القِيَامَةِ وَلَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهُ تُرْجُمَانٌ، فَيَنْظُرُ أَيْمَنَ مِنْهُ فَلَا يَرَى شَيْئًا إِلَّا شَيْئًا قَدَّمَهُ، ثُمَّ يَنْظُرُ أَشْأَمَ مِنْهُ فَلَا يَرَى شَيْئًا إِلَّا شَيْئًا قَدَّمَهُ، ثُمَّ يَنْظُرُ تِلْقَاءَ وَجْهِهِ فَتَسْتَقْبِلُهُ النَّارُ» قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يَقِيَ وَجْهَهُ حَرَّ النَّارِ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ فَلْيَفْعَلْ»: «هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ» حَدَّثَنَا أَبُو السَّائِبِ قَالَ: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، يَوْمًا بِهَذَا الحَدِيثِ عَنِ الأَعْمَشِ، فَلَمَّا فَرَغَ وَكِيعٌ، مِنْ هَذَا الحَدِيثِ قَالَ: «مَنْ كَانَ هَاهُنَا مِنْ أَهْلِ خُرَاسَانَ فَلْيَحْتَسِبْ فِي إِظْهَارِ هَذَا الحَدِيثِ بِخُرَاسَانَ، لِأَنَّ الجَهْمِيَّةَ يُنْكِرُونَ هَذَا»

Hannād telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Abū Mu*āwiyah telah merawi hadis kepada kami, daripada al-A*maš, daripada H̱oyṯamah, daripada *Adiyy bin Ḥātim, dia berkata; Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: Tidak ada seseorang daripada kalian melainkan tuhannya akan berbicara dengannya pada hari kiamat dan tiada di antaranya dengan-Nya jurubicara. Dia melihat ke kanan daripadanya, lalu dia tidak melalui sesuatu yang dia mengkehadapankannya. dia pun melihat ke kiri daripadanya, lalu dia tidak melihat sesuatu melainkan sesuatu yang dia mengkehadapankannya. Kemudian, dia mengalihkan wajahnya, lalu dia neraka berhadapan dengannya". Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Sesiapa yang di antara kalian yang mampu untuk menjaga wajahnya dari bahang neraka walau dengan sepotong kurma, maka hendaklah melakukannya". Ini adalah hadis hasan sahih. Abū as-Sā^ib telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Wakī* telah meriwayatkan hadis ini pada suatu hari daripada al-A*maš. Tatkala Wakī* selesai daripada meriwayatkan hadis, dia berkata: "Sesiapa yang di sini dari kalangna penghuni Khurasan, maka hendaklah dia mengharap pahala Allah dalam menzahirkan hadis ini di Khurasan kerana Jahmiyyah mengingkari ini". [Sunan at-Tirmiḏiyy, no. 2415].

Hadis ini sahih, tetapi ia tidak terhad pada itu sahaja. Ia juga merangkumi hadis yang dhaif. Misalnya adalah riwayat Mujāhid tentang tafsir firman Allah *Azza Wa Jalla :

عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

"Moga-moga tuhanmu mengutuskanmu ke kedudukan yang terpuji". [Surah al-Isrō^ ayat 79].

Dia berkata :

يُجْلِسُهُ مَعَهُ عَلَى الْعَرْشِ

"Dia mendudukkannya bersama-Nya di atas Arasy". [As-Sunnah, jilid 1, m/s 211, keluaran Dār ar-Rōyah, tahqiq *Aṭiyyah az-Zahrōniyy].

Ibn *Abdul Barr berkata tentang riwayat ini :

وَقَدْ رُوِيَ عَنْ مُجَاهِدٍ أَنْ الْمَقَامَ الْمَحْمُودَ أَنْ يُقْعِدَهُ مَعَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى الْعَرْشِ وَهَذَا عِنْدَهُمْ مُنْكَرٌ فِي تَفْسِيرِ هَذِهِ الْآيَةِ وَالَّذِي عَلَيْهِ جَمَاعَةُ الْعُلَمَاءِ مِنَ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِينَ وَمَنْ بَعْدَهُمْ مِنَ الْخَالِفِينَ أَنَّ الْمَقَامَ الْمَحْمُودَ هُوَ الْمُقَامُ الَّذِي يَشْفَعُ فِيهِ لِأُمَّتِهِ وَقَدْ رُوِيَ عَنْ مُجَاهِدٍ مِثْلُ مَا عَلَيْهِ الْجَمَاعَةُ مِنْ ذَلِكَ فَصَارَ إِجْمَاعًا فِي تَأْوِيلِ الْآيَةِ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ بِالْكِتَابِ وَالسَّنَةِ

Telah diriwayatkan daripada Mujāhid bahawa kedudukan yang terpuji adalah Dia mendudukkannya bersama-Nya pada hari kiamat di atas Arasy. Ini adalah munkar di sisi mereka dalam tafsir ayat ini. Yang para sekelompok ulama dari kalangan Sahabat, tabiin dan selepas mereka dari golongan yang terkebelakangan berada padanya adalah kedudukan terpuji adalah kedudukan yang dia memberikan syafaat kepada umatnya. Telah diriwayatkan daripada Mujāhid semisal apa yang para sekelompok itu berada padanya, lalu ia menjadi ijmak dalam takwil ayat ini dari kalangan ahli ilmu al-Kitāb dan as-Sunnah". [At-Tamhīd Limā Fī al-Muwaṭṭo^ Min al-Ma*ānī Wa al-Asānīd, jilid 19, m/s 64, keluaran Wizāroh *Umum al-Awqōf Wa aš-Šu^ūn al-Islāmiyyah, Morocco, tahqiq Muṣṭofā bin Aḥmad *Alawiyy dan Muḥammad *Abdul Kabīr al-Bakriyy].

Akan tetapi, hadis ini diperkenankan penerimaannya pada zaman salaf. Abū Bakr Yaḥyā bin Abū Ṭōlib berkata :

رَوَاهُ الْخَلْقُ عَنِ ابْنِ فُضَيْلٍ عَنْ لَيْثٍ عَنْ مُجَاهِدٍ، وَاحْتَمَلَهُ الْمُحْدِثُونَ الثِّقَاتُ، وَحَدَّثُوا بِهِ عَلَى رُءُوسِ الْأَشْهَادِ، لَا يَدْفَعُونَ ذَلِكَ، يَتَلَقَّوْنَهُ بِالْقَبُولِ وَالسُّرُورِ بِذَلِكَ

"Sekelompok orang meriwayatkannya daripada Ibn Fuḍoyl, daripada Layṯ, daripada Mujāhid. Para muhaddits yang berkredibiliti membawakannya dan menceritakannya di hadapan pemuka yang hadir. Mereka tidak menolaknya dan mereka memperkenankan penerimaannya serta bergembira dengan itu". [As-Sunnah, jilid 1, m/s 232, keluaran Dār ar-Rōyah, tahqiq *Aṭiyyah az-Zahrōniyy].

Perkenan penerimaan adalah bertujuan dalam membentak Jahmiyyah. Abū Bakr al-H̱ollāl berkata :

وَسَمِعْتُ أَبَا بَكْرِ بْنَ صَدَقَةَ، يَقُولُ: قَالَ إِبْرَاهِيمُ الْحَرْبِيُّ يَوْمًا، وَذَكَرَ حَدِيثَ لَيْثٍ عَنْ مُجَاهِدٍ، فَجَعَلَ يَقُولُ: هَذَا حَدَّثَ بِهِ عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ فِي الْمَجْلِسِ عَلَى رُءُوسِ النَّاسِ فَكَمْ تَرَى كَانَ فِي الْمَجْلِسِ، عِشْرِينَ أَلْفًا، فَتَرَى لَوْ أَنَّ إِنْسَانًا قَامَ إِلَى عُثْمَانَ، فَقَالَ: لَا تُحَدِّثْ بِهَذَا الْحَدِيثِ، أَوْ أَظْهَرَ إِنْكَارَهُ، تَرَاهُ كَانَ يَخْرُجُ مِنْ ثَمَّ إِلَّا وَقَدْ قُتِلَ، قَالَ أَبُو بَكْرِ بْنُ صَدَقَةَ، وَصَدَقَ، مَا حُكْمُهُ عِنْدِي إِلَّا الْقَتْلُ "

Aku mendengar Abū Bakr bin Ṣodāqoh berkata; Ibrōhīm al-Ḥarbiyy berkata pada suatu dan dia menyebutkan hadis Layṯ daripada Mujāhid. Lalu dia mula berkata: "Ini adalah *Uṯmān bin Abū Šaybah menceritakannnya dalam majlis di hadapan pemuka orang ramai. Betapa banyak orang engkau lihat. Dahulu pada majlis itu sebanyak dua puluh ribu orang. Lalu, engkau melihat kalau ada seseorang berdiri di hadapan *Uṯmān, lalu dia berkata: #Janganlah engkau menceritakan hadis ini# atau dia menzahirkan pengingkarannya, pasti kau melihatnya dia keluar dari sana. Jika tidak, maka dia dibunuh. Berkata Abū Bakr bin Ṣodaqoh: "Dia benar! Tidak ada hukuman untuknya di sisiku melainkan dibunuh". [As-Sunnah, jilid 1, m/s 219, keluaran Dār ar-Rōyah, tahqiq *Aṭiyyah az-Zahrōniyy].

Atas sebab itulah dalam Sunan Abū Dāwud dan Sunan Ibn Mājah ada memasukkan hadis-hadis dhaif di bawah tajuk penentangan terhadap Jahmiyyah. Hadis yang didiamkan Abū Dāwud adalah ṣōliḥ, iaitu bagus di sisinya. Sebahagian ulama mengatakan hadis itu sahih dan sebahagian yang lain mengatakan ia adalah hasan. Namun, yang lebih tepat adalah ia merangkumi hadis dhaif yang boleh dijadikan hujah dan termasuk dalam diperkenankan penerimaannya.

Yang mendukacitakan adalah sebahagian orang mengeji, mengejek, mempersenda dan mempermainkan orang yang meriwayatkan hadis seperti ini kononnya ia adalah dhaif, munkar, bergoncang dan lain-lain tanpa mereka menyedari bahawa hadis tersebut termasuk yang diperkenankan penerimaannya dan di dalam bab penentangan Jahmiyyah. Sekalipun mereka berslogan untuk mengikut hadis yang sahih, jangan lupa yang meriwayatkan dan memperkenankan penerimaan ini adalah ahli hadis juga yang bukan calang-calang ulama.

Laungkanlah hadis itu dhaif, munkar, bergoncang dan lain-lain jenis kelemahan di hadapan mereka, kemudian beranikah mereka untuk memilih haluan yang berbeza dengan para salaf dan mengambil prinsip yang berlawanan dengan pemuka besar ilmuwan ini? Atau beranikah mereka ingin mengejek para imam ini sepertimana yang mereka lakukan terhadap seteru mereka?

Keempat, ia sememangnya bertujuan untuk membangkitkan kemarahan penganut bidaah, khusus Jahmiyyah. Abū Bakr al-H̱ollāl berkata pada riwayat Mujāhid tadi :

وَقَالَ إِبْرَاهِيمُ الْحَرْبِيُّ: حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ مَعْرُوفٍ، وَمَا يُنْكِرُ هَذَا إِلَّا أَهْلُ الْبِدَعِ، قَالَ هَارُونُ بْنُ مَعْرُوفٍ: هَذَا حَدِيثٌ يُسَخِّنُ اللَّهُ بِهِ أَعْيَنَ الزَّنَادِقَةِ

Ibrōhīm al-Ḥarbiyy berkata: "Hārūn bin Ma*ūf telah merawi hadis kepada kami. Tidak ada yang mengingkari ini melainkan ahli bidaah". Berkata Hārūn bin Ma*ūf: "Ini adalah hadis yang Allah mendidihkan orang besar dari para zindik melaluinya". [As-Sunnah, jilid 1, m/s 217, keluaran Dār ar-Rōyah, tahqiq *Aṭiyyah az-Zahrōniyy].

Abū Bakr al-H̱ollāl berkata :

وَأَخْبَرَنَا أَبُو دَاوُدَ السِّجِسْتَانِيُّ، قَالَ: ثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى الرَّازِيُّ، قَالَ: ثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُضَيْلٍ، عَنْ لَيْثٍ، عَنْ مُجَاهِدٍ، فِي قَوْلِهِ: {عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا} [الإسراء: 79] قَالَ: «يُجْلِسُهُ عَلَى عَرْشِهِ» ، وَسَمِعْتُ أَبَا دَاوُدَ يَقُولُ: مَنْ أَنْكَرَ هَذَا فَهُوَ عِنْدَنَا مُتَّهَمٌ، وَقَالَ: مَا زَالَ النَّاسُ يُحَدِّثُونَ بِهَذَا، يُرِيدُونَ مُغَايَظَةَ الْجَهْمِيَّةِ، وَذَلِكَ أَنَّ الْجَهْمِيَّةَ يُنْكِرُونَ أَنَّ عَلَى الْعَرْشِ شَيْئًا

Abū Dāwud as-Sijistāniyy telah merawi khabar kepada kami, dia berkata; Ibrōhīm bin Mūsā ar-Rōziyy telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Muḥammad bin Fuḍoyl, daripada Layṯ, daripada Mujāhid pada firman-Nya: {Moga-moga tuhanmu mengutuskanmu ke kedudukan yang terpuji} [Surah al-Isrō^ ayat 74]. Dia berkata: "Dia mendudukkannya di atas Arasy-Nya". Aku mendengar Abū Dāwud berkata: "Sesiapa yang mengingkari ini, maka dia adalah tertuduh di sisi kami". Dia berkata: "Sentiasa sahaja orang ramai menceritakan ini dalam keadaan mereka mahu menimbulkan kemarahan Jahmiyyah. Itu kerana Jahmiyyah mengingkari bahawa di atas Arasy itu ada sesuatu". [As-Sunnah, jilid 1, m/s 214, keluaran Dār ar-Rōyah, tahqiq *Aṭiyyah az-Zahrōniyy].

ِAbū Ya*lā al-Ḥanbaliyy menukilkan daripada al-Marwaḏiyy yang bertanya kepada Aḥmad bin Ḥanbal :

ما تقول فِي حديث ابن جريج، عن أَبِي الزبير، عن جابر " فضحك حتى بدت "، قَالَ: هَذَا يشنع به، قلت: فقد حدثت به، قَالَ: ما أعلم أني حدثت به إلا مُحَمَّد بن داود يعني المصيصي وذلك أنه طلب إلي فيه، قلت: أفليس العلماء تلقته بالقبول؟ قَالَ: بلى

"Apa pandang kamu pada hadis Ibn Juroyj, daripada Abū az-Zubayr, daripada Jābir: #Lalu Dia gelak sehingga nampak". Dia berkata: "Ini membuatkan dia berang dengannya". Aku berkata: "Adakah engkau pernah menceritakannya?". Dia berkata: "Aku tidak mengetahui bahawa aku menceritakannya kecuali kepada Muḥammad bin Dāwud", iaitu al-Miṣṣiṣiyy "Itu dia yang meminta aku padanya". Aku berkata: "Adakah para ulama telah memperkenankan penerimaannya?". Dia berkata: "Benar". [Ibṭōl at-Ta^wīlāt Li Aẖbār aṣ-Ṣifāt, jilid 1, m/s 218, Dār Īlāf ad-Dawliyyah, Kuwait, tahqiq Muḥammad bin Ḥamd al-Ḥamūd an-Najdiyy].

Hadis yang dimaksudkan adalah sepertimana riwayat Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy :

حدثني أحمد بن عيسى، قال: ثنا سعيد بن كثير بن عفير، قال: ثنا ابن لهيعة، عن أبي الزبير، قال: سألت جابر بن عبد الله عن الورود، فقال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: "هُوَ الدُّخولُ، يَرِدُونَ النَّارَ حتى يَخْرُجُوا مِنْها، فآخِرُ مَنْ يَبْقَى رَجُلٌ عَلى الصِّراطِ يَزْحَف، فَيرْفَعُ اللهُ لَهُ شَجَرَةً، قالَ: فَيَقُولُ: أيْ رَبّ أدْنِنِي مِنْها، قالَ: فَيُدْنيهِ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعالى مِنْها، قالَ: ثُمَّ يَقُولُ: أيْ رَبّ أدْخِلْنِي الجَنَّةَ، قالَ: فَيَقُولُ: سَلْ، قالَ: فَيَسألُ، قال: فَيَقُولُ: ذلكَ لَكَ وَعَشْرَةُ أضعافِهِ أوْ نَحْوَها; قال: فَيَقُولُ: يا ربّ تَسْتهزِئُ بِي؟ قالَ: فَيَضْحَكُ حتى تَبْدُوَ لَهْوَاتُهُ وأضْرَاسُهُ".

Aḥmad bin *Īsā, dia berkata; Sa*īd bin Kaṯīr bin *Afīr telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Ibn Lahī*ah telah merawi ahdis kepada kami, daripada Abū az-Zubayr, dia berkata: "Aku bertanya kepada Jābir bin *Abdullah tentang al-Warūd, dia berkata; Aku mendengar Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- "Ia adalah kemasukan yang tinggal di neraka sehingga mereka keluar daripadanya. Yang terakhir dari yang berbaki adalah seseorang di atas titian dalam keadaan merangkak. Lalu, Allah mengangkat pohon kepadanya. Dia berkata: "Hai tuhanku! Dekatkan aku dengannya". Baginda berkata: "Allah Tabāroka Wa Ta*ālā mendekatkannya dengannya". Baginda berkata; Dia berkata: "Hai tuhanku! Masukkanlah aku ke syurga". Baginda berkata; Dia berfirman: "Mintalah!". Baginda berkata: "Dia pun meminta". Baginda berkata; Allah berfirman: "Itulah untuk engkau dan juga sepuluh ganda daripadanya atau seumpamanya". Baginda berkata; Dia berkata: "Wahai tuhanku! Adakah engkau mempermainkan aku?". Baginda berkata: "Dia pun ketawa sehingga nampak anak tekak-Nya dan geraham-Nya". [Jāmi* al-Bayān Fī Ta^wīl al-Qur^ān, jilid 18, m/s 236, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut].

Respons penerimaan ini penting bagi membezakan ahli sunnah dan ahli bidaah. Adapun ahli sunnah, maka mereka akan menerimanya tanpa tasybih secara suka rela dan tidak menyanggahnya dengan penuh kebencian. Namun, ahli bidaah akan merespons sebaliknya.

Kelima, boleh dikatakan golongan bidaah dan zindik ini adalah golongan yang tidak mahir dalam ilmu hadis dan mereka tidak ada kemampuan untuk memeriksa sanad. Oleh itu, golongan hadis mengambil kesempatan ini untuk memperbanyakkan riwayat ini termasuk yang dhaif bagi mempamerkan bahawa betapa banyak hadis golongan sesat menolaknya atau mereka sengaja membawakan riwayat yang dhaif bagi membongkar kebatilan mereka. Dengan kata lain, ia boleh menjadi bebanan yang dahsyat untuk mereka atau umpan untuk mengheret mereka dalam perangkap.

Ini yang dibuat oleh Abū Sa*īd ad-Dārimiyy. Dia berkata :

وَرَوَى المُعَارِضُ أَنَّ الحَجَّاجَ بْنَ مُحَمَّدٍ، رَوَى عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ، عَنِ الضَّحَّاكِ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّ مُحَمَّدًا رَأَى رَبَّهُ مَرَّتَيْنِ فِي صُورَةِ شَابٍّ أَمْرَدَ. وَرَوَى حَمَّادِ بْنِ سَلَمَةَ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ - صلى الله عليه وسلم «رَأَى ربَّه جَعْدًا أَمْرَدَ عَلَيْهِ حُلَّة خَضْرَاءُ». فادَّعى المُعَارِضُ أَنَّ أَهْلَ العِلْمِ فسَّروا هَذَا أَنَّ هَذِهِ صِفَةُ جِبْرِيلَ، فَعَرَفَ رَبَّهُ بِرُؤْيَةِ جِبْرِيلَ عِلْمًا بِقَلْبِهِ بإدرَاكِهِ جِبْرِيل عيَانًا، فَهَذَا تَفْسِيرُ أَنَّهُ رَأَى مِنْ خَلْقِهِ، وَهُوَ الصُّورَةُ الَّتِي شَاهَدَ بِبَصَرِهِ، وَكَانَتْ الصُّورَةُ صُورَةُ جِبْرِيلَ. فَقُلْنَا لِهَذَا المُعَارِضِ المُنَاقِضِ: أَلَيْسَ قَدْ زَعَمْتَ فِي صَدْرِ كِتَابِكَ أَنَّ هَذَا الحَدِيثَ مِنْ وَضْعِ الزَّنَادِقَةِ؟ ثُمَّ تَدَّعِي هَاهُنَا أَنَّ أَهْلَ العِلْمِ فَسَّرُوهُ أَنَّهُ صُورَةُ جِبْرِيلَ، وَأَيُّ صَاحِبِ عِلْمٍ يُفَسِّرُ أَحَادِيثَ الزَّنَادِقَةِ، يُوهِمُ النَّاسَ أَنَّهَا عَنْ رَسُولِ الله صلى الله عليه وسلم ؟ إلَّا إِنَّ يَكُونَ زُعَمَاؤُكَ هَؤُلَاءِ المُعَطِّلُونَ؟ وَكَيْفَ تُثْبِتُ الشَّهَادَةَ عَلَى حَدِيثِ الزَّنَادِقَةِ أَن هَذَا تَفْسِيره؟ أَو لَيْسَ قد أَنْبَأْنَاكَ فِي صَدْرِ كِتَابِنَا هَذَا أَنَّ هَذَا وَمَا أَشْبَهَهُ مِنَ الرِّوَايَاتِ يُعَارِضُهُ حَدِيثُ أَبِي ذَرٍّ عَنْ رَسُولِ الله صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ قَالَ: «هَلْ رَأَيْتَ رَبَّكَ؟ قَالَ: نُورٌ أنَّى أَرَاهُ»، وَبِقَوْلِ عَائِشَةَ رضي الله عنها: «مَنْ زَعَمَ أَنَّ مُحَمَّدًا رَأَى ربَّه؛ فَقَدْ أَعْظَمَ عَلَى الله الفِرْيَةَ؛ لِأَنَّ الله قَالَ: {لَا تُدْرِكُهُ الْأَبْصَارُ} [الأنعام: 103]». غَيْرَ أَنَّكَ فَسَّرْتَهُ تَفْسِيرًا شَهِدْتَ فِيهِ بِالكُفْرِ عَلَى رَسُولِ الله صلى الله عليه وسلم؛ إِذْ ادَّعَيْتَ أَنَّهُ رَأَى جِبْرِيلَ فِي صُورَتِهِ، فَظَنَّ أَنَّهُ رَبُّهُ، وَأَنَّهُ قَالَ لِصُورَةٍ مَخْلُوقَةٍ شَاهَدَهَا بِبَصَرِهِ أَنَّهُ رَبُّهُ، فَتَفَكَّرْ أَيُّهَا المُعَارِضُ فِيمَا يَجْلِبُ عَلَيْكَ تَأْوِيلُكَ هَذَا مِنَ الفَضَائِحِ، حِينَ تَدَّعِي أَنَّ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم لَمْ يَعْرِفْ جِبْرِيلَ مِنَ اللهِ، حَتَّى يَرَى صُورَةَ جِبْرِيلَ فِي صُورَةِ شَابٍّ جَعْدٍ، فَيَدَّعِيَ أَنَّهُ رَبُّهُ بِزَعْمِكَ. لَوْ وَلَدَتْكَ أُمُّكَ أَبْكَمَ كَانَ خَيْرًا لَكَ مِنْ أَنْ تَتَعَرَّضَ لِهَذَا، وَمَا أَشْبَهَهُ! أَرَأَيْتَ قَوْلَكَ: إِنَّ أَهْلَ العِلْمِ قَالُوا: إِنَّ هَذَا صُورَةُ جِبْرِيلَ، فَمِنْ أَيِّ أَهْلِ العِلْمِ سَمِعْتَ هَذَا التَّفْسِيرَ؟ فَأَسْنِدْهُ إِلَيْهِ، فَإِنَّكَ لَا تَسْنِدُهُ إِلَّا إِلَى مَنْ هُوَ أَجْهَلُ مِنْكَ.

Penyangkal meriwayatkan bahawa al-Ḥajjāj bin Muḥammad meriwayatkan daripada Ibn Juroyj, daripada aḍ-Ḍoḥḥāk, daripada Ibn *Abbās, bahawasanya Muḥammad melihat tuhannya dua kali dalam bentuk pemuda amrad. Dia meriwayatkan Ḥammād bin Salamah, daripada Qotādah, daripada *Ikrimah, daripada Ibn *Abbās bahawasanya Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- melihat tuhannya berkerinting, amrad dan berpakaian hijau". Penyangkal ini mendakwa bahawa ahli ilmu mentafsirkan ini bahawa ini adalah sifat Jibril, lalu dia mengenali tuhannya dengan melihat Jibril melalui pengetahuan di jantungnya dengan capainnya pada Jibril dengan mata kepala. Ini adalah tafsir bahawa dia melihat dari ciptaan-Nya dan ia adalah rupa yang dia melihatnya dengan penglihatan. Rupa itu adalah rupa Jibril. Kami berkata kepada penyangkal yang kontradik, tidakkah kalian mendakwa di pangkal kitabmu bahawa hadis ini dari rekaan orang zindik? Kemudian, engkau mendakwa di sini bahawa ahli ilmu mentafsirkannya bahawa ia adalah rupa Jibril? Pengamal ilmu tafsir mana yang mentafsirkan hadis-hadis orang zindik dengan mengelirukan orang ramai bahawa ia daripada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- melainkan pendakwamu ini adalah mu*aṭṭil yang ini? Bagaimana engkau menetapkan persaksian ke atas hadis zindik bahawa ini adalah tafsir?

Atau tidakkah kami memberitahu kepadamu pada pangkal kitab kami bahawa ini dan apa yang serupa dengannya dari riwayat-riwayat ini menyanggahi hadis Abū Ḏarr, daripada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bahawasanya dia berkata: "Adakah engkau melihat tuhanmu?". Baginda berkata: "Cahaya yang mana aku melihatnya?". Begitu juga dengan kata-kata *Ā^išah -roḍiyallahu *anhā-: "Sesiapa yang mendakwa bahawa Muḥammad melihat tuhannya, maka itu kelancungan yang besar di sisi Allah". Ini kerana Allah berfirman: {Tidaklah penglihatan menggapai-Nya} [Surah al-An*ām ayat 103]. Akan tetapi, engkau mentafsirkannya dengan tafsiran yang engkau menyaksikan pengkufuran terhadap Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- memandangkan engkau mendakwa bahawa baginda melihat Jibril pada rupanya, lalu dia menyangka dia adalah tuhan dengan dakwaanmu dan bahawasanya dia berkata dengan rupa makhluk-Nya yang baginda menyaksikannya dengan penglihatan bahawa dia adalah tuhan. Berfikirlah wahai penyangkal pada apa yang takwilmu yang ini dari bentuk tembelang meributkannya ketikamana engkau mendakwa bahawa Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- tidak mengenal Jibril dari rupa Allah sehingga baginda melihat rupa Jibril dalam bentuk pemuda yang berkerinting, lalu dia mendakwa bahawa dia adalah tuhannya dengan dakwaanmu. Ahli ilmu yang mana engkau mendengar tafsir ini? Bawakan sanadnya! Ini kerana engkau tidak menyandarkan sanadnya melainkan kepada orang yang lebih jahil daripada engkau. [Naqḍ al-Imām Abī Sa*īd *Uṯmān Ibn Sa*īd ad-Dārimiyy *Alā al-Marīsiyy al-Jahmiyy al-*Anīd Fī Mā Iftarō *Alā Allah *Azza Wa Jalla Min at-Tawḥīd, m/s 316-315, keluaran al-Maktabah al-Islāmiyyah Li an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Abū *Āṣim aš-Šawāmiyy al-Aṯariyy].

Daripada sini, tampak kepada kita bahawa Jahmiyyah adalah golongan yang jahil dalam ilmu hadis serta tidak mampu membezakan yang sahih dan selainnya. Kita melihat bagaimana Jahmiyyah menerima hadis yang tertolak, kemudian mereka melakukan penakwilan yang kotor, lalu didakwa ia adalah penafsiran daripada ahli ilmu. Ad-Dārimiyy mengambil kesempatan untuk bermain dengan rentaknya supaya dapat menguak kebobrokan yang ada pada mereka.

Sebelum mempertikaikan, apatah lagi menyindir, mengeji dan memperolok-olokkan orang lain kerana meriwayatkan hadis, lebih baik hadam dahulu seni ahli hadis dalam berhujah dengan hadis dhaif yang berkaitan dengan sifat Allah. Jika tidak, mereka sendiri akan termakan perangkap yang dinantikan ahli hadis bagi melondehkan anutan sebenar seseorang, khususnya yang berkaitan dengan sifat Allah.

Sekarang ini beberapa orang sudah terbongkar tembelang mereka yang kononnya mengikuti manhaj salaf dan beriltizam dengan ahli sunnah, tetapi didapati mereka menuduh Abū Bakr al-H̱ollāl sebagai mujassim disebabkan isu riwayat Mujāhid tadi. Bahkan, sangat marah terhadap riwayat yang terkandung dalam as-Sunnah karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal dan an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy. Bahkan, kita lihat mereka menjauhkan diri dan buat-buat tidak tahu terhadap kitab H̱olq Af*āl al-*Ibād karya al-Buẖōriyy.

Lihatlah bagaimana relevannya sampai hari ini karya-karya mereka dan saksikan kejayaan ahli hadis dalam menjadi pemisah antara ahli sunnah yang tulen dan ahli bidaah yang berbulu ahli sunnah sekalipun sudah berlalu pelbagai generasi.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/680109815991877632/dialog-hadis-42-mengapa-diriwayatkan-hadis-sifat

Dialog Ringkas 44 : Hadis Sifat Tidak Boleh Dibukukan Dalam Satu Judul?

Sebahagian pihak mengkritik pembukuan khas untuk mengumpulkan hadis-hadis yang berkaitan dengan sifat Allah, khususnya yang ada pada naṣ-naṣ mutasyabihat. Bagi mereka, hadis seperti ini akan mengelirukan orang ramai dan membawa kepada salah faham tasybih apabila mereka membaca hadis tersebut.

Walaupun ada asasnya, tetapi malang sekali, orang sebegini selalunya langsung tidak menyedari kepentingan pembukuan seperti ini dan betapa ia memberikan impak yang bermanfaat kepada keilmuan Islam dan pemeliharaan akidah ahli sunnah.

Mari kita mengimbau sejarah pembukuan yang bertemakan sebegini. Sahl bin Hārūn menceritakan tentang orang yang paling awal menghasilkan karya khas seumpama ini :

كَانَ أَوَّلُ مَنْ خَرَّجَ هَذِهِ الأَحَادِيثَ أَحَادِيثَ الرُّؤْيَةِ، وَجَمَعَهَا مِنَ الْبَصْرِيِّينَ حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ، فَقَالَ لَهُ بَعْضُ إِخْوَانِهِ: يَا أَبَا سَلَمَةَ، لَقَدْ سَبَقْتَ إِخْوَانَكَ بِجَمْعِ هَذِهِ الأَحَادِيثِ فِي الْوَصْفِ، قَالَ: سَمِعْتُ حَمَّادَ بْنَ سَلَمَةَ، يَقُولُ: إِنَّهُ وَاللَّهِ مَا دَعَتْنِي نَفْسِي إِلَى إِخْرَاجِ ذَلِكَ إِلا أَنِّي رَأَيْتُ الْعِلْمَ يَخْرُجُ رَأَيْتُ الْعِلْمَ يَخْرُجُ رَأَيْتُ الْعِلْمَ يَخْرُجُ، يَقُولُهَا ثَلاثًا وَهُوَ يَنْفُضُ كَفَّهُ، فَأَحْبَبْتُ إِحْيَاءَهُ وَبَثَّهُ فِي الْعَامَّةِ لِئَلا يَطْمَعَ فِي خُرُوجِهِ أَهْلُ الأَهْوَاءِ

Dahulu yang paling awal mengeluarkan hadis-hadis ini dan hadis-hadis lihatan di hari akhirat dan mengumpulkannya dari kalangan orang Basrah adalah Ḥammād bin Salamah. Sebahagian saudaranya berkata kepadanya: "Wahai Abū Salamah! Engkau telah mendahului saudaramu dengan pengumpulan hadis-hadis ini pada penyifatan!". Dia berkata; Aku mendengar Ḥammād bin Salamah berkata: "Sesungguhnya demi Allah! Aku tidak terlintas untuk mengeluarkan itu melainkan aku melihat ilmu ini telah keluar. Aku melihat ilmu ini telah keluar. Aku melihat ilmu ini telah keluar". Dia berkata sebanyak tiga kali dan dia menepuk tapak tangannya. "Aku menyukai untuk menghidupkannya dan menyebarkannya kepada orang awam agar ahli gereget ketika keluarnya mereka". [Ibṭōl at-Ta^wīlāt Li Aẖbār aṣ-Ṣifāt, jilid 1, m/s 50, keluaran Dār Īlāf ad-Dawliyyah, Kuwait, tahqiq Muḥammad bin Ḥamd al-Ḥamūd an-Najdiyy].

Ini kerana golongan bidaah seperti Jahmiyyah dan Muktazilah yang menafikan sifat-sifat Allah yang sabit lagi warid telah bertebaran dan pengaruhnya mencengkam kuat di sekelilingnya. Mahu atau tidak mahu, kita perlu merespons dan menghadapi mereka dengan memperkenalkan hadis-hadis yang sahih yang ditolak oleh golongan sesat ini agar akidah ahli sunnah dipertahankan, hadis-hadis

Kalau ingin merisaukan bahawa menyebarkan hadis ini menyebabkan orang ramai terkeliru dan tersilap faham sehingga tenggelam dalam tasybih, apakah itu lebih baik daripada membiarkan penafi sifat ini yang kononnya golongan yang menyucikan Allah daripada penyerupaan makhluk-Nya menyebarkan dakyahnya dan mengukuhkan ajarannya? Ini seolah-olah seseorang yang berkata lebih baik kita dijajah oleh bangsa asing berbanding berjihad kerana khuatir seluruh dunia akan menuduh umat Islam di negara itu sebagai pemberontak dan pengganas!

Perlu diingatkan bahawa penyebaran hadis ini juga bertujuan untuk menzahirkan diri sebagai ahli sunnah dan membezakan diri dari golongan sesat, khususnya Jahmiyyah. Contohnya adalah hadis berikut :

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنْ الأَعْمَشِ، عَنْ خَيْثَمَةَ، عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَا مِنْكُمْ مِنْ رَجُلٍ إِلَّا سَيُكَلِّمُهُ رَبُّهُ يَوْمَ القِيَامَةِ وَلَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهُ تُرْجُمَانٌ، فَيَنْظُرُ أَيْمَنَ مِنْهُ فَلَا يَرَى شَيْئًا إِلَّا شَيْئًا قَدَّمَهُ، ثُمَّ يَنْظُرُ أَشْأَمَ مِنْهُ فَلَا يَرَى شَيْئًا إِلَّا شَيْئًا قَدَّمَهُ، ثُمَّ يَنْظُرُ تِلْقَاءَ وَجْهِهِ فَتَسْتَقْبِلُهُ النَّارُ» قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يَقِيَ وَجْهَهُ حَرَّ النَّارِ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ فَلْيَفْعَلْ»: «هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ» حَدَّثَنَا أَبُو السَّائِبِ قَالَ: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، يَوْمًا بِهَذَا الحَدِيثِ عَنِ الأَعْمَشِ، فَلَمَّا فَرَغَ وَكِيعٌ، مِنْ هَذَا الحَدِيثِ قَالَ: «مَنْ كَانَ هَاهُنَا مِنْ أَهْلِ خُرَاسَانَ فَلْيَحْتَسِبْ فِي إِظْهَارِ هَذَا الحَدِيثِ بِخُرَاسَانَ، لِأَنَّ الجَهْمِيَّةَ يُنْكِرُونَ هَذَا»

Hannād telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Abū Mu*āwiyah telah merawi hadis kepada kami, daripada al-A*maš, daripada H̱oyṯamah, daripada *Adiyy bin Ḥātim, dia berkata; Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: Tidak ada seseorang daripada kalian melainkan tuhannya akan berbicara dengannya pada hari kiamat dan tiada di antaranya dengan-Nya jurubicara. Dia melihat ke kanan daripadanya, lalu dia tidak melalui sesuatu yang dia mengkehadapankannya. dia pun melihat ke kiri daripadanya, lalu dia tidak melihat sesuatu melainkan sesuatu yang dia mengkehadapankannya. Kemudian, dia mengalihkan wajahnya, lalu dia neraka berhadapan dengannya". Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Sesiapa yang di antara kalian yang mampu untuk menjaga wajahnya dari bahang neraka walau dengan sepotong kurma, maka hendaklah melakukannya". Ini adalah hadis hasan sahih. Abū as-Sā^ib telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Wakī* telah meriwayatkan hadis ini pada suatu hari daripada al-A*maš. Tatkala Wakī* selesai daripada meriwayatkan hadis, dia berkata: "Sesiapa yang di sini dari kalangna penghuni Khurasan, maka hendaklah dia mengharap pahala Allah dalam menzahirkan hadis ini di Khurasan kerana Jahmiyyah mengingkari ini". [Sunan at-Tirmiḏiyy, no. 2415].

Sebegitu juga dengan riwayat Mujāhid tentang tafsir firman Allah *Azza Wa Jalla :

عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

"Moga-moga tuhanmu mengutuskanmu ke kedudukan yang terpuji". [Surah al-Isrō^ ayat 79].

Dia berkata :

يُجْلِسُهُ مَعَهُ عَلَى الْعَرْشِ

"Dia mendudukkannya bersama-Nya di atas Arasy". [As-Sunnah, jilid 1, m/s 211, keluaran Dār ar-Rōyah, tahqiq *Aṭiyyah az-Zahrōniyy].

Abū Bakr al-H̱ollāl berkata :

وَسَمِعْتُ أَبَا بَكْرِ بْنَ صَدَقَةَ، يَقُولُ: قَالَ إِبْرَاهِيمُ الْحَرْبِيُّ يَوْمًا، وَذَكَرَ حَدِيثَ لَيْثٍ عَنْ مُجَاهِدٍ، فَجَعَلَ يَقُولُ: هَذَا حَدَّثَ بِهِ عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ فِي الْمَجْلِسِ عَلَى رُءُوسِ النَّاسِ فَكَمْ تَرَى كَانَ فِي الْمَجْلِسِ، عِشْرِينَ أَلْفًا، فَتَرَى لَوْ أَنَّ إِنْسَانًا قَامَ إِلَى عُثْمَانَ، فَقَالَ: لَا تُحَدِّثْ بِهَذَا الْحَدِيثِ، أَوْ أَظْهَرَ إِنْكَارَهُ، تَرَاهُ كَانَ يَخْرُجُ مِنْ ثَمَّ إِلَّا وَقَدْ قُتِلَ، قَالَ أَبُو بَكْرِ بْنُ صَدَقَةَ، وَصَدَقَ، مَا حُكْمُهُ عِنْدِي إِلَّا الْقَتْلُ "

Aku mendengar Abū Bakr bin Ṣodāqoh berkata; Ibrōhīm al-Ḥarbiyy berkata pada suatu dan dia menyebutkan hadis Layṯ daripada Mujāhid. Lalu dia mula berkata: "Ini adalah *Uṯmān bin Abū Šaybah menceritakannnya dalam majlis di hadapan pemuka orang ramai. Betapa banyak orang engkau lihat. Dahulu pada majlis itu sebanyak dua puluh ribu orang. Lalu, engkau melihat kalau ada seseorang berdiri di hadapan *Uṯmān, lalu dia berkata: #Janganlah engkau menceritakan hadis ini# atau dia menzahirkan pengingkarannya, pasti kau melihatnya dia keluar dari sana. Jika tidak, maka dia dibunuh. Berkata Abū Bakr bin Ṣodaqoh: "Dia benar! Tidak ada hukuman untuknya di sisiku melainkan dibunuh". [As-Sunnah, jilid 1, m/s 219, keluaran Dār ar-Rōyah, tahqiq *Aṭiyyah az-Zahrōniyy].

Atas sebab itulah dalam Sunan Abū Dāwud dan Sunan Ibn Mājah ada memasukkan hadis-hadis dhaif di bawah tajuk penentangan terhadap Jahmiyyah. Hadis yang didiamkan Abū Dāwud adalah ṣōliḥ, iaitu bagus di sisinya. Sebahagian ulama mengatakan hadis itu sahih dan sebahagian yang lain mengatakan ia adalah hasan. Namun, yang lebih tepat adalah ia merangkumi hadis dhaif yang boleh dijadikan hujah dan termasuk dalam diperkenankan penerimaannya.

Berjaga-jagalah dari mencela, mengejek, mengeji, mempermainkan dan memperolok-olokkan orang yang menyebarkan hadis ini dan berhujah dengannya. Barangkali sebahagiannya sememangnya sabit menjadi penghujahan salaf dari kalangan ahli sunnah, sedangkan pengejeknya tidak mengetahuinya dan menyedarinya.

Tidak cukup dengan itu, sebahagian ahli sunnah juga tampil dalam menghasilkan pelbagai karya bagi mengkonfrotasi dengan golongan bidaah, khususnya yang menafikan sifat-sifat Allah sama ada dengan riwayat seperti *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal melalui as-Sunnah dan Abū Bakr al-Kẖollāl melalui sunnah atau gabungan beberapa cabang ilmu lain seperti bahasa atau rasional seperti al-Iẖtilāf Fī al-Alfāẓ karya Ibn Qutaybah, at-Tawḥīd karya Ibn H̱uzaymah, H̱olq Af*āl al-*Ibād karya al-Buẖōriyy dan an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy.

Ini juga diteruskan oleh mereka yang bermazhab Ḥanbaliyy seperti Abū Naṣr as-Sijziyy melalui risalahnya, Abū Faḍl at-Tamīmiyy melalui I*tiqōd al-Imām al-Munabbal Aḥmad Ibn Ḥanbal, *Abdul Ġoniyy al-Maqdisiyy melalui al-Iqtiṣōd Fī al-I*tiqōd, az-Zāġūniyy melalui al-Īḍōḥ Fī Uṣūl ad-Dīn, *Imāduddīn al-Wāṣiṭiyy melalui Risālah Fī Iṯbāt al-Istiwā^ Wa al-Fawqiyyah Wa Mas^alah al-Ḥarf Wa aṣ-Ṣowt Fī al-Qur^ān al-Majīd Wa Tanzīh al-Bārī *An al-Ḥaṣr Wa at-Tamṯsīl Wa al-Kayfiyyah.

Janganlah sama sekali mengatakan ia seolah-olah tidak ada sumbangan penting terhadap pembukuan ini dan tidak ada makna apa-apa, bahkan menganggap ia sengaja menimbulkan syubhat tasybih dan mengelirukan orang.

Yang mengajaibkan adalah mereka yang mengkritik ini membiarkan karya-karya yang seolah-olah menyambung lidah kepada orang yang suka menuduh musyabbihah dan mujassimah sembarangan dan yang sangat jauh daripada perujukan karya-karya salaf.

Misalnya adalah mereka menuduh mujassim terhadap orang yang berpendapat bahawa kalam Allah itu bersuara. Padahal, itulah pendapat Aḥmad bin Ḥanbal sepertimana yang dinukilkan anaknya, *Abdullah dalam as-Sunnah dan pendapat al-Buẖōriyy dalam H̱olq Af*āl al-*Ibād! Karya seperti merekakah yang lebih baik daripada karya penjudulan hadis sifat sehingga ingin menuduh dua tokoh besar dalam hadis yang mereka angkat tinggi sebagai mujassim?

Malah, pada hari ini, sebahagian orang yang menjadi ikon ikutan masyarakat menuduh mujassim terhadap Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal dan Abū Bakr al-H̱ollāl yang mana tuduhan ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana ulama setelah sembilan ratus tahun kewafatan mereka! Mereka ini konon mendakwa menyifatkan Allah dengan sifat yang suci daripada penyerupaan dan memahami manhaj salaf, tetapi dalam masa yang sama, menghinjak-hinjak karya mereka dan mengotorkan nama mereka dengan tuduhan jahat ini!

Kalaupun mereka tidak termasuk orang yang menyumbangkan kepada kebejatan ini, mereka mendiamkannya dan meredhainya seolah-olah ia adalah pandangan yang muktabar! Kalau an-Nawawiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dikeluarkan daripada ahli sunnah, bumi seolah-olah ingin meletus kerana menanggung kemarahan mereka. Namun, di mana mereka ini tatkala ketiga-tiga nama besar dalam salaf dan pembela akidah ahli sunnah? Lekeh sangatkah mereka ini di sisi mereka sehingga tidak ada rasa yang sama apabila dihina dan dikotorkan?

Malah, tidak cukup dengan itu, mereka juga berkata bahawa Ibn *Abdul Barr sebagai orang yang bergoncang dalam akidahnya! Malah, menuduh Ibn Qudāmah mendekati dengan mujassim!

Adakah tujuan mereka mengkritik pembukuan hadis sifat Allah adalah untuk membenamkan khazanah ahli sunnah salaf dan pengikutnya, lalu menggantikannya dengan delusi bahawa mereka lebih tahu dan bijaksana daripada salaf serta paling menghormati dan menjunjung imam salaf? Adakah berusaha bermati-matian dalam kritikan ini kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa gagasan yang mereka bawa, sebar dan waris selama ini tidak berpijak kepada realiti?

Sekarang, jelaslah bahawa pembukuan hadis sifat Allah ini masih relevan dan ada bahagian sumbangannya dalam mempertahankan akidah ahli sunnah, bahkan karya peninggalan tentang ini masih terpakai untuk hari ini dalam membezakan antara pegangan sejati ahli sunnah dengan ahli bidaah yang bertopengkan ahli tanzih.

Betapa ramai ahli bidaah yang sakit hati dengan karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal dan Abū Bakr al-H̱ollāl serta berusaha habis-habisan menjauhinya. Malah, sudah ada pun yang menuduh kedua-dua ini secara terang-terangan. Sememangnya penyebaran hadis sifat ini ada tujuan untuk menyakitkan hati golongan bidaah. Abū Bakr al-H̱ollāl berkata pada riwayat Mujāhid tadi :

وَقَالَ إِبْرَاهِيمُ الْحَرْبِيُّ: حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ مَعْرُوفٍ، وَمَا يُنْكِرُ هَذَا إِلَّا أَهْلُ الْبِدَعِ، قَالَ هَارُونُ بْنُ مَعْرُوفٍ: هَذَا حَدِيثٌ يُسَخِّنُ اللَّهُ بِهِ أَعْيَنَ الزَّنَادِقَةِ

Ibrōhīm al-Ḥarbiyy berkata: "Hārūn bin Ma*ūf telah merawi hadis kepada kami. Tidak ada yang mengingkari ini melainkan ahli bidaah". Berkata Hārūn bin Ma*ūf: "Ini adalah hadis yang Allah mendidihkan orang besar dari para zindik melaluinya". [As-Sunnah, jilid 1, m/s 217, keluaran Dār ar-Rōyah, tahqiq *Aṭiyyah az-Zahrōniyy].

Abū Bakr al-H̱ollāl berkata :

وَأَخْبَرَنَا أَبُو دَاوُدَ السِّجِسْتَانِيُّ، قَالَ: ثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى الرَّازِيُّ، قَالَ: ثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُضَيْلٍ، عَنْ لَيْثٍ، عَنْ مُجَاهِدٍ، فِي قَوْلِهِ: {عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا} [الإسراء: 79] قَالَ: «يُجْلِسُهُ عَلَى عَرْشِهِ» ، وَسَمِعْتُ أَبَا دَاوُدَ يَقُولُ: مَنْ أَنْكَرَ هَذَا فَهُوَ عِنْدَنَا مُتَّهَمٌ، وَقَالَ: مَا زَالَ النَّاسُ يُحَدِّثُونَ بِهَذَا، يُرِيدُونَ مُغَايَظَةَ الْجَهْمِيَّةِ، وَذَلِكَ أَنَّ الْجَهْمِيَّةَ يُنْكِرُونَ أَنَّ عَلَى الْعَرْشِ شَيْئًا

Abū Dāwud as-Sijistāniyy telah merawi khabar kepada kami, dia berkata; Ibrōhīm bin Mūsā ar-Rōziyy telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Muḥammad bin Fuḍoyl, daripada Layṯ, daripada Mujāhid pada firman-Nya: {Moga-moga tuhanmu mengutuskanmu ke kedudukan yang terpuji} [Surah al-Isrō^ ayat 74]. Dia berkata: "Dia mendudukkannya di atas Arasy-Nya". Aku mendengar Abū Dāwud berkata: "Sesiapa yang mengingkari ini, maka dia adalah tertuduh di sisi kami". Dia berkata: "Sentiasa sahaja orang ramai menceritakan ini dalam keadaan mereka mahu menimbulkan kemarahan Jahmiyyah. Itu kerana Jahmiyyah mengingkari bahawa di atas Arasy itu ada sesuatu". [As-Sunnah, jilid 1, m/s 214, keluaran Dār ar-Rōyah, tahqiq *Aṭiyyah az-Zahrōniyy].

ِAbū Ya*lā al-Ḥanbaliyy menukilkan daripada al-Marwaḏiyy yang bertanya kepada Aḥmad bin Ḥanbal :

ما تقول فِي حديث ابن جريج، عن أَبِي الزبير، عن جابر " فضحك حتى بدت "، قَالَ: هَذَا يشنع به، قلت: فقد حدثت به، قَالَ: ما أعلم أني حدثت به إلا مُحَمَّد بن داود يعني المصيصي وذلك أنه طلب إلي فيه، قلت: أفليس العلماء تلقته بالقبول؟ قَالَ: بلى

"Apa pandang kamu pada hadis Ibn Juroyj, daripada Abū az-Zubayr, daripada Jābir: #Lalu Dia gelak sehingga nampak". Dia berkata: "Ini membuatkan dia berang dengannya". Aku berkata: "Adakah engkau pernah menceritakannya?". Dia berkata: "Aku tidak mengetahui bahawa aku menceritakannya kecuali kepada Muḥammad bin Dāwud", iaitu al-Miṣṣiṣiyy "Itu dia yang meminta aku padanya". Aku berkata: "Adakah para ulama telah memperkenankan penerimaannya?". Dia berkata: "Benar". [Ibṭōl at-Ta^wīlāt Li Aẖbār aṣ-Ṣifāt, jilid 1, m/s 218, Dār Īlāf ad-Dawliyyah, Kuwait, tahqiq Muḥammad bin Ḥamd al-Ḥamūd an-Najdiyy].

Hadis yang dimaksudkan adalah sepertimana riwayat Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy :

حدثني أحمد بن عيسى، قال: ثنا سعيد بن كثير بن عفير، قال: ثنا ابن لهيعة، عن أبي الزبير، قال: سألت جابر بن عبد الله عن الورود، فقال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: "هُوَ الدُّخولُ، يَرِدُونَ النَّارَ حتى يَخْرُجُوا مِنْها، فآخِرُ مَنْ يَبْقَى رَجُلٌ عَلى الصِّراطِ يَزْحَف، فَيرْفَعُ اللهُ لَهُ شَجَرَةً، قالَ: فَيَقُولُ: أيْ رَبّ أدْنِنِي مِنْها، قالَ: فَيُدْنيهِ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعالى مِنْها، قالَ: ثُمَّ يَقُولُ: أيْ رَبّ أدْخِلْنِي الجَنَّةَ، قالَ: فَيَقُولُ: سَلْ، قالَ: فَيَسألُ، قال: فَيَقُولُ: ذلكَ لَكَ وَعَشْرَةُ أضعافِهِ أوْ نَحْوَها; قال: فَيَقُولُ: يا ربّ تَسْتهزِئُ بِي؟ قالَ: فَيَضْحَكُ حتى تَبْدُوَ لَهْوَاتُهُ وأضْرَاسُهُ".

Aḥmad bin *Īsā, dia berkata; Sa*īd bin Kaṯīr bin *Afīr telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Ibn Lahī*ah telah merawi ahdis kepada kami, daripada Abū az-Zubayr, dia berkata: "Aku bertanya kepada Jābir bin *Abdullah tentang al-Warūd, dia berkata; Aku mendengar Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- "Ia adalah kemasukan yang tinggal di neraka sehingga mereka keluar daripadanya. Yang terakhir dari yang berbaki adalah seseorang di atas titian dalam keadaan merangkak. Lalu, Allah mengangkat pohon kepadanya. Dia berkata: "Hai tuhanku! Dekatkan aku dengannya". Baginda berkata: "Allah Tabāroka Wa Ta*ālā mendekatkannya dengannya". Baginda berkata; Dia berkata: "Hai tuhanku! Masukkanlah aku ke syurga". Baginda berkata; Dia berfirman: "Mintalah!". Baginda berkata: "Dia pun meminta". Baginda berkata; Allah berfirman: "Itulah untuk engkau dan juga sepuluh ganda daripadanya atau seumpamanya". Baginda berkata; Dia berkata: "Wahai tuhanku! Adakah engkau mempermainkan aku?". Baginda berkata: "Dia pun ketawa sehingga nampak anak tekak-Nya dan geraham-Nya". [Jāmi* al-Bayān Fī Ta^wīl al-Qur^ān, jilid 18, m/s 236, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut].

Sekarang, apakah Jahmiyyah sudah benar-benar pupus atau masih ada sisa-sisa di sebalik orang yang mendakwa berakidah ahli sunnah?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/680120782567981056/dialog-hadis-43-hadis-sifat-tidak-boleh

Dialog Ringkas 44 Hadith Sifat : Polemik Dalam Sejarah Teologi Islam Karya Umar Muhammad Noor : Menjengah Kemanusiaan Di Sebalik Polemik


Berbanding melihat perbahasan ilmiah yang khusus tentang bagaimana berinteraksi dengan hadis-hadis yang berkaitan dengan sifat Allah, khususnya yang tergolong dalam kategori mustasybihat, Umar Muhammad Noor dalam bukunya Hadith Sifat : Polemik Dalam Sejarah Teologi Islam lebih memaparkan sudut kemanusiaan pada perangai, tabiat dan kebudayaan dalam berinteraksi dengan hadis sifat.

Melihat bagaimana cara manusia berinteraksi pada kepelbagaian pemikiran mereka, sikap kemanusiaan yang ada pada diri mereka dan bagaimana faktor penguasaan sesuatu kerajaan membentuk, mempengaruhi dan mengukuhkan penerimaan kefahaman hadis sifat akan lebih mengenalkan kita bahawa perjuangan ini tidak hanya berasaskan perbahasan ilmiah, tetapi faktor sentimen juga mempengaruhi pola pemikiran seseorang ilmuwan dalam menanggapi hadis sifat dan mereka yang dianggap seteru.

Kadangkala, sebahagian orang mengabsahkan apa sahaja yang ada pada sesuatu aliran kerana manhaj mereka dan metodologi mereka berasaskan hujah ilmiah dan kebenaran tanpa melihat bagaimana mereka melaksanakan penyebaran aliran mereka, memperkasakannya di suatu wilayah dan bagaimana mereka mendepani lawannya dalam usaha perluasan dan penancapan pengaruh. Semua ini di luar dari perbahasan ilmiah yang matang dan perbincangan secara rasional.

Contohnya adalah larangan takwil terhadap beberapa naṣ-naṣ mutasyabihat walaupun ia bersesuaian untuk makna tersebut daripada golongan Ḥanbaliyy. Ia bukan semata-mata perbahasan dari aspek linguistik atau penafian isu sifat tuhan. Akan tetapi, ada faktor politik dan sejarah yang melukakan mereka sehingga ia didogmakan agar sejarah tidak berulang sama sepertimana yang telah menimpa mereka.

Penulis juga memaparkan sejarah tentang tercetusnya persaingan sengit dan pertelagahan yang dahsyat antara sesama aliran ahli sunnah, iaitu aliran al-Aš*ariyy dan Ḥanbaliyy dalam merebut pengaruh mereka dan mengalahkan sesama mereka. Ia termasuk memboikot, menghukum dan celaan yang terbuka sehingga terabadi dalam sejarah sama ada melalui catatan penyaksian atau karya mereka.

Bahkan, orang yang dalam kelompok mereka pun menjadi mangsa terhadap kezaliman dan hukuman yang tidak sepatutnya terhadap mereka disebabkan sentimen politik dan pengaruh yang menjadi suasana kehidupan peribadi dan masyarakat sekeliling sepertimana yang menimpa pada al-Buẖōriyy dan Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy. Kedua-dua mereka ini menjadi buangan dan sasaran yang dihunuskan kerana berhadapan dengan sikap pelampau dari golongan Ḥanbaliyy meskipun mereka adalah yang lantang menentang Jahmiyyah sepertimana mereka.

Begitu juga kepada pentakwilan yang dilakukan terhadap beberapa hadis-hadis sifat yang mutasyabihat dan juga gerakan rasionalis. Mereka melakukannya sedemikian bukan semata-mata kerana terpengaruh dengan golongan sesat seperti Muktazilah atau Jahmiyyah, tetapi ia juga sebagai respons terhadap kejumudan sebahagian pihak dari kalangan ahli hadis yang begitu literalis dan pendekatan rasionalis adalah supaya mereka dapat berhujah dengan golongan yang menyimpang dengan lebih efektif.

Dalam masa yang sama juga, penulis memaparkan beberapa sikap pelampau dari kalangan aliran al-Aš*ariyy yang menuduh mereka sebagai mujassimah dan al-Ḥašwiyyah serta menindas mereka hanya kerana disebabkan perbezaan aliran akidah. Penulis menyajikan bagaimana aliran al-Aš*ariyy dahulu yang menjadi minoriti berkembang mendapat sinstesis bersama dengan mazhab fiqh, lalu mereka menjadi dominan dan berkuasa dalam wilayah Muslim sehingga golongan Ḥanbaliyy menjadi minoriti dan tertindas.

Penulis juga memaparkan fasa kedamaian antara dua aliran pada era *Uṯmāniyyah dan bagaimana para ulama al-Ḥanbaliyy berusaha untuk merapatkan jurang antara mereka dengan aliran al-Aš*ariyy. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua aliran ini boleh hidup aman tanpa perseteruan hangat antara sesama mereka.

Seterusnya penulis juga memaparkan kepada kita bagaimana kebangkitan aliran salafi yang cuba mengusungkan gagasan mazhab akidah salaf dan mazhab fiqh Ḥanbaliyy pada hari ini menjadi wacana yang sengit pada hari ini sehingga menjadi perpecahan besar semula antara kedua-dua aliran ini, khususnya setelah kebangkitan gerakan Muḥamamd bin *Abdul Wahhāb dan gerakan pembaharuan di Mesir. Dari sini, kita melihat bagaimana nama Ibn Taymiyyah menjadi menyerlah di mata dunia pada hari ini.

Dengan melihat sikap kemanusiaan ini, kita lebih peka dan sedar tentang bahawa adakalanya perbahasan itu baik di atas kertas, tetapi jangan dilupakan kemanusiaan yang pada setiap ulama dan pengaruh yang melatarinya. Kita perlu akui bahawa tindakan setiap seorang mereka tidak semestinya adil dan betul hanya kerana dia beraliran akidah yang seseorang individu atau sesuatu kelompok berpihak padanya.

Inilah kesimpulan akhir yang dirumuskan penulis secara keseluruhan bahawa polemik dalam isu hadis sifat juga ada berkaitan dengan latar belakang demografik, penglibatan kekuasaan kerajaan, persepsi sosial dan emosional dari sebahagian ilmuwan. Berbanding kita melihat pada perbahasan mana satu yang benar atau salah, buku ini menawarkan perspektif dari sudut sosial dan individu.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/682365561176489984/dialog-hadis-44-hadith-sifat-polemik-dalam

Dialog Ringkas 45Aliran Kritik Hadis Semasa Karya Umar Muhammad Noor : Peta Kepada Haluan Manhaj Penilaian Hadis


Kesimpulan yang dapat saya nyatakan pada buku ini adalah ringkas, padat dan menyeluruh. Buku ini merangkumkan isu-isu yang menjadi wacana dalam perbincangan tentang penilaian sesuatu hadis sehingga terpecah kepada tiga aliran utama pada masa kini, iaitu aliran sufi yang dipelopori oleh Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ, aliran salafi dari Abū Isḥāq al-Ḥuwayniyy dan aliran mutaqaddimin oleh Ḥamzah al-Malībāriyy.

Namun begitu, buku ini sangat tidak sesuai untuk orang yang tidak mahir dalam ilmu *ilal al-Ḥadīṯ, apatah lagi orang yang tidak menguasai asas dalam ilmu hadis. Begitu juga mereka yang tidak menguasai bahasa Arab. Ini kerana buku ini menyebutkan istilah-istilah yang sukar untuk difahami untuk orang yang kurang mahir bahasa Arab dan perbahasan ilmu hadis yang kompleks sehingga ia bukan mudah dicerna untuk orang yang hanya sekadar tahu asas dan subjek muṣṭolaḥ sahaja.

Buku ini pada asalnya adalah tesis PhD penulis, lalu dibukukan. Mungkin sahaja penulis tidak memudahkan penjelasan agar ia dinikmati setiap lapisan masyarakat kerana ia disajikan untuk para penyelianya dan buku ini diterbitkan untuk orang yang sudah memiliki penguasaan ilmu hadis yang diperlukan bagi pengkaji. Oleh itu, menjadi kewajipan bagi para pembaca yang tidak menguasai kedua-dua ini untuk memantapkan dahulu ilmu yang diperlukan sebelum menelaah buku ini.

Apapun, bagi mereka yang sudah mengetahui selok belok teori atau praktik kepada ilmu *ilal al-Ḥadīṯ, buku ini berbaloi untuk ditelaah supaya seseorang itu memiliki peta yang menyeluruh untuk haluan manhaj ahli hadis yang ada pada masa kini dalam penilaian hadis. Malah, saya mencadangkan sesiapa sahaja yang sudah mahir ilmu *ilal al-Ḥadīṯ serta ingin memulakan pengkajian dan penglibatan dalam praktik penilaian hadis, perlu membaca buku ini supaya dia memiliki set sistematik untuk mengaplikasikan ilmu hadis yang telah dipelajari.

Buku ini menyentuh perbahasan penentuan status perawi, penilaian kredibiliti secara tersirat, perawi yang tidak dikenali, perawi yang bercampur aduk hafalannya, sanad mu*an*an, sanad yang ditadlis serta kaedah analisis illah yang merangkumi kebersendirian, kegoncangan, pertambahan perawi berkredibiliti dan kaedah naik taraf hadis dhaif.

Semua ini adalah aspek yang penting dalam penilaian sesuatu hadis dan daripada isu ini, ia terpecah kepada tiga kelompok utama. Boleh dikatakan aspek yang dibahaskan ini sememangnya tema-tema utama yang perlu diambil kira dan yang dibincangkan dalam penilaian sesuatu hadis. Penulis membentangkan apa yang menjadi prinsip mereka dalam setiap satu isu tersebut dan memaparkan contoh yang dipraktikkan mereka atau kalam mereka yang menyokong pandangan tersebut, kemudian membandingkan dan mentarjihkan yang mana satu lebih tepat kepada piawaian rasional dan realistik.

Semua yang dibahaskan ini boleh dirasakan rugi jika tidak mengetahuinya kerana bagi ahli hadis dan para pengkajinya, jika terlepas walaupun salah satu baris maklumat atau tidak menyedari satu kaedah yang perlu diambil kira, boleh menyebabkan penilaian suatu hadis ini menjadi lompong. Sebab itulah buku ini antara buku yang terbaik dalam lapangan ilmu hadis tempatan dan tidak patut dilepaskan oleh para penuntut ilmu hadis.

Penulis telah menyumbangkan jasa yang baik untuk tanah air kita, lebih-lebih lagi ilmu hadis kita pada waktu buku diterbitkan ini seperti bayi yang baru bertatih untuk berjalan. Dengan memperkenalkan manhaj kepada tiga aliran utama, sekurang-kurangnya ia memperkenalkan kepada kita bahawa tokoh hadis tidak hanya terhad pada Muḥammad al-Albāniyy dan Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ atau terhad pada nama tertentu sahaja.

Semoga karya ini mencambahkan lagi wacana ilmu hadis kepada yang lebih dalam, merancakkan lagi tradisi ilmu hadis dalam masyarakat, menambahkan lagi pengetahuan dalam ilmu ini yang menjadi perbincangan hebat di luar negara serta memperkukuhkan kecintaan kita kepada ilmu ini dan ahlinya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/682374671552954368/dialog-hadis-45-aliran-kritik-hadis-semasa-karya

Dialog Ringkas 46Metodologi Memahami Hadis Karya Muhamad Rozaimi Ramle : Meninjau Aspek Yang Penting Dalam Menggali Kefahaman Daripada Hadis


Penilaian kesahihan bagi suatu hadis sangat diperlukan dalam umat supaya umat sentiasa beramal dengan sumber yang berkredibiliti serta terhindar daripada pegangan dan pengamalan yang berasaskan kerapuhan dan tidak berasas. Namun, dalam masa yang sama, kefahaman yang betul untuk sesuatu hadis pun juga amat penting supaya penafsiran kita berasaskan ilmu, terselamat daripada penyelewengan makna serta kepercayaan dan pengamalan yang rosak disebabkan salah faham terhadapnya.

Muhamad Rozaimi Ramle melalui bukunya Metodologi Memahami Hadis mempersembahkan karya yang ulung dalam meletakkan garis panduan dan aspek yang penting yang wajib diketahui dalam memahami sesuatu hadis. Buku ini tidak hanya memfokuskan pada satu subjek sahaja seperti fiqh semata-mata, tetapi merangkumi pelbagai subjek ilmu kecuali ilmu akidah.

Buku ini menyentuh pelbagai aspek yang tidak hanya pada teori semata-mata, tetapi contoh yang nyata. Antara aspek yang diperlihatkan adalah pengamatan pada pemahaman hadis berdasarkan konteks al-Qur^ān, berdasarkan bahasa Arab, berdasarkan sebab sampainya hadis itu, berdasarkan ilmu maqasid syariah, berdasarkan dimensi yang melingkarinya, berdasarkan riwayat-riwayatnya, berdasarkan hadis yang lain, berdasarkan metafora atau kiasan dan berdasarkan penemuan saintifik.

Setiap satu daripada bab ini, dia membawakan contoh yang banyak dan beberapa daripadanya memaparkan contoh kekeliruan ketika memahami hadis beserta pandangan yang benar untuknya sehingga para pembaca mampu merasa puas untuk menghadam aplikasi penafsiran. Bahkan, dengan banyak contoh yang dikemukakan, kita akan lebih berhati-hati dalam menggali kefahaman hadis dan tidak hanya sekadar melihat pada satu hadis atau literal sahaja tanpa mengambil kira perkara yang lain.

Malah, daripada buku ini juga, kita mempelajari bahawa tidak semua pandangan ulama benar dalam pandangan bagi sesuatu hadis, khususnya disebabkan mereka tidak mengetahui hadis lain yang menjelaskannya atau memaparkan keseluruhan kandungannya. Apabila sudah ada hadis lain yang sahih lagi jelas dalam menyatakan sebaliknya, maka pandangan tersebut perlu ditolak dan didahulukan apa yang nyata.

Namun, penulisan ini tidak dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat melainkan pada bab tertentu sahaja. Ini kerana apabila masuk dalam bab pemahaman hadis berdasarkan bahasa dan metafora atau kiasan, ia sukar untuk difahami melainkan orang yang memiliki penguasaan bahasa. Kemudian, untuk mengamalkan disiplin yang digariskan dalam memahami hadis berdasarkan riwayat-riwayatnya yang sahih mungkin sukar untuk dilaksanakan oleh orang yang kurang kemahiran dalam penilaian hadis. Atas sebab itulah sangat penting kemahiran ilmu riwayat dan dirayah bersamaan.

Pun begitu, dalam masa yang sama, ini secara tidak langsung mengingatkan bahawa medan ini bukan boleh dilakukan oleh sembarangan orang. Jika seseorang itu tidak mahir dalam bahasa Arab dan hadis, maka dia tidak sepatutnya mencampurkan diri untuk berbahas dan saling bertelagah dalam hal ini. Malah, penguasaan yang luas dalam pelbagai ilmu juga diperlukan supaya dapat sampai kepada kefahaman yang jitu, murni lagi sejati.

Sesungguhnya penerbitan buku ini di waktu ilmu hadis di tanah air kita umpama bayi yang baru bertatih untuk berjalan adalah sangat bermakna dan diperlukan bagi umat. Semoga penghasilan buku ini mencetuskan kajian yang lebih komprehensif dalam ilmu hadis dalam metodologi pemahaman selain daripada kajian sanad, merancakkan lagi tradisi ilmu ini di tanah air kita dan umat Islam secara amnya menjadi celik dalam penafsiran suatu hadis.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/682395839145164800/dialog-hadis-46-metodologi-memahami-hadis-karya

Dialog Ringkas 47 : Jalan Menuju Kepada Kemahiran Ilmu *Ilal al-Ḥadīṯ

Jika ditanya kepada saya sama ada ilmu *ilal al-Ḥadīṯ ini sukar atau tidak, saya katakan bahawa memahami teori ilmu ini tidaklah sukar sepertimana yang dimomokkkan bahawa hanya dewataraya sahaja yang mampu mengisinya di dada, namun mempraktikkan ilmu ini memerlukan hafalan yang kuat lagi luas, rujukan yang banyak yang perlu dikumpulkan dalam satu masa, masa yang panjang untuk penyelidikan dan kecekalan yang teguh jika ingin mengkhususkan diri dalam bidang ini.

Yang paling penting sekali adalah seseorang perlu menguasai bahasa Arab. Sebab utamanya adalah banyak rujukan untuk praktikal ilmu ini tidak diterjemahkan. Dan jika diterjemahkan, ia mampu mengurangkan nilai yang asli pada kitab tersebut.

Malah, banyak tesis dan penulisan tentang perbahasan, kajian dan kupasan ilmu ini dalam bahasa Arab. Sudah tentu ia memerlukan kos yang banyak bagi memperhebat gerak kerja terjemah dan menelan banyak perkara dalam menjayakan penterjemahan. Oleh sebab kita mengakui terhadnya kemampuan kita untuk menyampaikan hajat ini, maka sekurang-kurangnya bahasa Arab mampu merapatkan jurang antara dunia ilmuwan sebenar dan gapaian orang awam.

Untuk memahami teori *ilal al-Ḥadīṯ, sudah semestinya seseorang perlu mulakan dahulu dari peringkat awal. Tidak boleh terus kepada peringkat yang tertinggi. Ilmu istilah hadis adalah yang paling utama dan saya tegaskan bahawa ilmu ini perlu adanya perbandingan antara pendekatan manhaj mutaqaddimin dan mutaakhirin supaya tidak kekok apabila masuk praktikal serta mencari karya khas seperti kitab, tesis atau jurnal yang membahas, mengupas dan menganlisis secara tuntas.

Begitu juga mempelajari ilmu al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, manhaj ahli hadis dalam pembukuan kumpulan hadis seperti Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, Ṣoḥīḥ Muslim dan lain-lain serta mengenali beberapa karya yang berkaitan dengan koleksi hadis. Antara karya yang bagus dalam memperkenalkan karya tentang hadis adalah «al-Wajīz Fī Ta*rīf Kutub al-Ḥadīṯ» karya Sayyid *Abdul Mājid al-Ġowriyy. Saya juga telah menulis «Antara Sumber Rujukan Ta*dīl Dan Tajrīḥ Perawi» yang memperkenalkan karya-karya penting dalam qaul nāqid terhadap perawi. Kesemua ilmu ini adalah kunci kepada pemahaman ilmu *ilal al-Ḥadīṯ.

Kemudian, pintu gerbang kepada ilmu *ilal al-Ḥadīṯ adalah ilmu takhrij hadis. Iaitu ilmu yang membicarakan teknik menyenaraikan sumber rujukan hadis yang dinukilkan berdasarkan pembahagian mengikut pusat sanad atau perbezaan lafaz. Sudah ada karya khas tentang ini seperti «Taẖrīj al-Ḥadīṯ Naš^atuh Wa Manhajiyyatuh» karya Muḥammad Abū al-Layṯ al-H̱oyr Ābādiyy, «Taẖrīj al-Ḥadīṯ aš-Šarīf» karya *Aliyy Nāyif Buqō*iyy dan «Ḥuṣūl at-Tafrīj Bi Uṣūl at-Takẖrīj» karya Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy.

Cuma, bagi konteks Malaysia secara khusus, saya mencadangkan untuk menonton «Bengkel Takhrij Hadis» yang dibimbing oleh Rozaimi Ramlee di Youtube. Jika saya tidak salah atau tidak berlebihan, bagi saya, inilah usaha yang terawal dalam memberi pendedahan yang mudah supaya orang ramai memahami cara mempraktikkan takhrij hadis. Dan di sini juga ada paparan bagaimana praktikal ilmu *ilal al-Ḥadīṯ

Kemudian, seterusnya bolehlah melangkah kepada ilmu *ilal al-Ḥadīṯ. Buku yang saya boleh cadangkan adalah «Lamaḥāt Mūjazah Fī Uṣūl *Ilal al-Ḥadīṯ» karya Nūruddīn *Itr. Ini adalah buku yang memberikan penerangan mudah dalam mendedahkan teori dan praktikal ilmu *ilal al-Ḥadīṯ. Ia sememangnya mesra kepada para penuntut ilmu yang ingin bertatih dalam ilmu ini.

Kemudian, di samping membacanya, usahakan untuk membuat rujukan silang dan menjadikan buku tersebut sebagai panduan dalam mendalami setiap tajuk yang ada dalam kitab tersebut. Misalnya, jika dibahaskan tentang mudallis, maka carilah karya seperti kitab, jurnal atau tesis yang membahaskannya secara khusus. Kemudian, karya lain lagi yang bermanfaat dalam membantu pemahaman ilmu ini adalah «al-Jāmi* Fī al-*Ilal Wa al-Fawā^id» karya Māhir Yāsin al-Faḥl.

Dan dengan segala puji bagi Allah, saya telah menghasilkan salah satu karya yang saya kira magnum opus buat diri saya yang berjudul «Intisari Penting Dalam Ilmu Takhrij Hadis Dan *Ilal al-Ḥadīṯ». Saya menghasilkan ini khas untuk memberikan kefahaman secara menyeluruh tentang bagaimana praktikal ilmu *ilal al-Ḥadīṯ dan cara-cara asas bagi penilaian illah dalam hadis. Ini mungkin usaha yang kecil yang saya mengharapkan rahmat Allah daripadanya dan bukti terhadap khidmat saya terhadap ilmu, namun saya berharap ia menjadi pencetus untuk menyemarakkan lagi pengaruh ilmu hadis dalam kalangan masyarakat.

Kemudian, untuk membiasakan diri bagaimana praktik *ilal al-Ḥadīṯ, saya mencadangkan buku « Ta^ṯīr al-*Illah Fī Taṣḥīḥ al-Ḥadīṯ Bayna al-Mutaqoddimīn Wa al-Muta^aẖhirīn» karya Abū *Abdul Roḥmān *Imād bin Ḥusayn al-Miṣriy. Di sini, mengumpulkan hadis-hadis yang disahihkan oleh golongan Muta^aẖẖirīn, tetapi didapati wujudnya illah sehingga mencacatkan darjat kesahihan hadis.

Lihat bagaimana praktikalnya dan apa yang sentiasa diulangi dalam cara penilaiannya. Kebanyakan hadis-hadis yang memiliki illah adalah hadis yang tersalah antara marfū* dengan mawqūf dan tersilap antara hadis yang bersambung sanadnya dengan hadis yang terpotong sanad. Ini selalu sahaja akan ditemui banyak tempat. Antara karya lain adalah «Ma*rifah Aṣḥāb ar-Ruwāh Wa Aṯaruhā Fī at-Ta*līl Dirōsah Naẓoriyyah Taṭbīqiyyah Fī *Ilal Aṣḥāb al-A*maš» karya *Abdul Salām Abū Samḥah yang mengumpulkan beberapa ratus hadis-hadis yang mempunyai illah.

Begitu juga saya mencadangkan pembacaan «Aḥādīṯ Mu*allah Ẓoḥiruhā aṣ-Ṣiḥḥah» karya Abū *Abdul Roḥmān Muqbil bin Hādī al-Wādiʿiyy. Di sini mengumpulkan pelbagai jenis analisis *Ilal al-Ḥadiṯ. Dengan pembacaan yang berterusan, mudah-mudahan dapat difahami bagaimana praktik sebenar dalam kajian ilmu ini.

Setelah itu, dipersilakan untuk memulakan praktikal ilmu *ilal al-Ḥadīṯ. Cuma, sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa kesukaran ilmu ini adalah praktikalnya. Yang pertama sekali adalah perlunya mempunyai hafalan yang kuat lagi luas serta memiliki rujukan yang banyak yang perlu dikumpulkan dalam satu masa, lebih-lebih lagi jika seseorang itu mahu mengkhususkan diri dalam bidang ini. Ini kerana ilmu ini mengaplikasikan ilmu takhrij hadis yang menyebutkan sebanyak mungkin sumber bagi hadis tersebut berdasarkan pusat sanad atau melihat sudut perbezaan lafaz.

Mahu atau tidak mahu pengingatan tentang maklumat perawi setiap inci daripadanya, melihat secara teliti bagaimana susunan sanad dan penilaian hadis daripada tokoh-tokoh pakar *ilal al-Ḥadīṯ seperti Aḥmad bin Ḥanbal, al-Buẖōriyy, Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy, Abū Zur*ah ar-Rōziyy, at-Tirmiḏiyy, ad-Dāroquṭniyy, al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy dan lain-lain adalah perkara yang wajib untuk diketahui. Jika tidak, terlepasnya maklumat walau satu perkara, ia boleh menyebabkan penilaian menjadi salah. Di sinilah di mana kepayahannya praktikal ilmu ini.

Saya akui bahawa saya bukanlah termasuk dari kalangan ḥāfiẓ yang luas lagi kuatnya hafalan. Cuma, cara saya untuk mengatasi kekurangan ini adalah menyediakan catatan peribadi yang mudah dicari semula dan mudah dirujuk setiap kali membuat kajian dan penelitian dalam sesuatu hadis.

Misalnya, jika dalam hadis itu ada perawi yang bernama Wakī* bin al-Jarrōḥ, saya akan simpan segenap maklumatnya yang penting yang berkaitan dengan penilaian hadis dalam satu nota untuk bahagian perawi. Jika berkaitan dengan hadis, saya akan masukkanya dalam satu nota untuk bahagian hadis. Semua ini adalah memudahkan saya agar tidak terlepas ikatan maklumat yang saya kumpul dan mengelakkan diri dari terlepas pandang terhadap maklumat yang diperlukan.

Saya juga akui bahawa saya bukanlah orang yang menjadikan bidang ini sebagai pengkhususan meskipun saya mengamalkan beberapa praktik ini dalam penulisan saya. Cuma, dengan izin Allah dan segala pujian hanyalah untuk-Nya, jika saya menelaah penganalisisan dan kupasan tentang illah dalam hadis, saya mampu menelusurinya dan mengikutinya tanpa berhadapan dengan banyak masalah.

Dari sini, saya yakin bahawa pentingnya memahami beberapa ilmu alat dan mengetahui selok-belok asas jalan bagi kemahiran ilmu ini. Walaupun saya tidak menjadikan bidang ini sebagai bidang pengkhususan saya, tetapi dengan bekal yang Allah berikan, fahamkan dan bimbingkan kepada saya melalui apa yang telah tertera pada penulisan ini, saya mampu harmoni dengan penjelasan dan pencerahan dalam perbahasan ilmu ini.

Saya tidaklah kata bahawa seseorang tidak akan terlepas dari kesilapan meskipun ia adalah ahli yang mendalami, menekuni dan mengabadikan diri dalam ilmu ini. Kadangkala, boleh jadi seseorang itu terlepas pandang dalam satu sudut sehingga menyebabkan perletakan darjat bagi sesuatu hadis itu tersasar daripada yang sebenar. Sepertimana penilaian mereka yang bermanhaj mutaakhirin bukanlah muktamad, sedemikian juga penilaian mereka yang bermanhaj mutaqaddimin. Setiap pendapat akan diuji dan disaring.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/685169223281098752/dialog-hadis-47-jalan-menuju-kepada-kemahiran

No comments:

Post a Comment