Tuesday, June 30, 2020

Diari Diri : Perjalanan Simpang Siur Penghasilan Penulisan Saya

Diari Diri : Perjalanan Simpang Siur Penghasilan Penulisan Saya

Antara yang mungkin menimbulkan kepayahan dalam pembacaan penulisan saya adalah pada transliterasi yang saya gunakan. Saya memahami tentang masalah ini. Namunߨ saya kira adalah jika dibiarkan tidak ada transliterasi untuk beberapa bahagian dalam penulisanޱ sebenarnya ia menimbulkan lebih banyak masalah dan kecelaruan pada masa akan datang.

Terutamanya jika ingin mencari semula perkataan bahasa Arab yang ditulis dengan ejaan rumi atau melihat sebutan bahasa Arab yang sebenar apabila ditulis dalam ejaan rumi. Sebab itulah saya perlu berhempas pulas untuk transliterasikan penulisan saya supaya pada suatu masa nanti saya dan para pembaca tidak akan menghadapi masalah ini.

Malahߨ salah satu sebab mentransliterasikan penulisan saya adalah untuk membezakan penulisan saya dan orang lain secara nyata. Saya sebenarnya mahu melihat penulisan saya tersebar di tempat-tempat lain. Dengan lebih banyak transliterasi pasti sukar untuk membuang transliterasi yang saya sematkan dalam penulisan saya. Mahu atau tidak mahuܦ mereka yang salin dan tampal penulisan saya terpaksa membiarkan sisa transliterasi itu padanya. Saya ingin mengetahui sejauh mana penulisan saya telah tersebar luas.

Saya pada awalnya tidak mahu mentransliterasikan penulisan saya. Dahulu sememangnya sudah ada fikiran dan cita-cita untuk mengedit semula penulisan saya. Namunߨ selepas mengambil beberapa pertimbangan tentang manfaat pada transliterasi ituܦ saya mula mengambil langkah.

Yang menariknya adalah sepanjang tempoh transliterasi sehinggalah sekarang penulisan ini dihasilkanܦ saya bukan sekadar mengubah ejaan dan tanda huruf sahaja supaya mendekati bunyi bahasa Arabߨ malah dalam masa yang sama saya menyemak semula penulisan saya dan menghasilkan beberapa penulisan yang baharu.

Sejujurnyaܦ kerja transliterasi ini agak memayahkan dan memakan masa yang besar. Kelesuan sentiasa sahaja menjadi teman dalam proses ini. Akan tetapiߨ di sebalik kesukaran yang dihadapi ini Yang Maha Penyantun menunjukkan betapa banyaknya kebaikan yang saya peroleh sepanjang ranjau ini. Saya bukan sahaja menemui ralat dalam ejaan sayaߨ malah sebahagian penulisan saya pun perlu diteliti semula dan dikaji sekali lagi sama ada benar atau tidak pendapat dan hujah yang dikemukakan.

Sebelum saya melakukan kerja transliterasiܦ saya sememangnya dalam tempoh hiatus yang berpanjangan. Saya seperti sudah kering idea dan tidak mengerti lagi apa yang perlu ditulis dan dipelajari. Jika ada ilmu yang baharu punޱ ia tidak ada perkaitan dengan penulisan saya. Namunߨ dengan berkat tiupan dorongan dari-Nya untuk melakukan kerja transliterasi saya mulai sibuk dan padat masa dan tenaga saya untuk menggembleng bekerja untuk ilmu.

Saya pada mulanya tidak mahu mencari lagi kelompongan yang ada pada penulisan saya dan saya selama itu berasa puas hati dengan apa yang telah saya persembahkan. Akan tetapiߨ ketika dalam proses iniܦ saya menemukan beberapa kepincangan, ralat, keccacatan dan kelompongan dalam penulisan saya.

Saya bersyukur kepada-Nya; Yang Memegang Petunjuk kepada hamba-Nya. Selaras perkembangan pengetahuan dan perluasan kefahamanܦ tampaknya saya perlu melakukan rombakan dan pembaharuan terhadap semua penulisan saya. Masa itulah dan sampai sekarang ketika penulisan ini sedang dihasilkanܦ saya memperbaiki dan menarik semula mana-mana bahagian atau seluruh isi penulisan yang saya kira tidak bermanfaat, cacat, wujudnya kesilapan dan menyalahi apa yang baharu dalam penemuan dan perolehan saya.

Sekarang apa yang dipaparkan di laman Wattpad dan Tumblr adalah muktamad dan yang telah disemak semula. Yang berbaki masih lagi dalam pemerhatian dan proses semakan atau pembaharuan.

Bahkanߨ sebahagiannya adalah yang saya tidak mahu menerbitkannya lagi disebabkan sudah ada karya orang yang lain telah membahaskan secara tuntas dan sudah membentangkan sepertimana yang saya mahukan sehingga saya tidak perlu mengulangi apa yang sudah tertulis. Cukup saya menjadikan karya itu sebagai rujukan jika ingin mengadakan perbincangan atau saya menterjemahkan karya itu jika berkemampuan.

Juga antara sebab saya tidak mahu menerbitkannya lagi adalah disebabkan apa yang telah saya hasilkan memiliki banyak kelompongan dan kekurangan jika dibandingkan karya tersebut setelah lama saya merasakan bahawa penghasilan saya itulah yang terbaik. Semoga Allah memaafkan atas apa yang menimpa saya.

Jika orang lain tidak temukan kelemahan iniޱ Dialah yang akan menunjukkannya kepada kita dengan mata kita sendiri. Lebih baik diri sendiri yang menyedari kesilapan diri berbanding jika orang lain paparkan kepada kita. Ini kerana apabila orang lain yang menegur kitaޱ adakalanya kita akan menjadi ego dan besar bongkaknya untuk mendengar hujah orang lain. Lebih-lebih lagi jika ia disampaikan dengan nada yang pedas dan dicampurbaurkan hujah ilmiah dengan kata-kata yang mengejikan.

Namunߨ disebabkan kita lebih memahami keadaan diri kita sendiri dan lebih mudah menerima nasihat daripada diri sendiriܦ lebih baik jika kita sendiri menemukan kekurangan diri kita berbanding orang lain. Itulah antara kepemurahan-Nya yang cukup istimewa. Nikmat apa lagi yang ingin kita dustakan?

Sebenarnyaܦ penulisan saya pun sudah mengalami banyak fasa pembaharuan dan pengeditan sebelum saya masuk ke kegiatan transliterasi. Ada sebahagian penulisan saya telah bertahan lebih lima tahun. Namunߨ tidak lekang dan sunyi daripada pengkajian semula berulang kali dan dicari-cari kelompongannya.

Setiap kali saya memuktamadkan penulisan tersebutܦ saya kadangkala berkata bahawa inilah yang terbaik untuk dipersembahkan. Namunߨ Allah lebih mengetahui. Saya bersyukur atas cahaya yang Dia berikan supaya semakin nyata hakikat sebenarnya. Entah telah berapa kali diubahsuai dan diperbaharui.

Saya ingat lagi bahawa semasa fasa awal penulisan. Judul penulisan «Hukum Melancap» dan «Hukum Melihat Aurat Yang Bukan Hakiki» disekalikan bersama tanpa pemisah. Hari demi hariܦ akhirnya masing-masing dalam penulisan yang berdiri sendiri dan mempunyai judul khas. Penulisan «Hukum Melancap» itu juga banyak kali dibaiki dan dikaji semula. Malahߨ «Hukum Melihat Aurat Yang Bukan Hakiki» itu juga pernah saya tarik balik pandangan kerana masa itu saya tidak memahami maksud atau dimensi sebenar dalam perbahasan itu. Sekarang pada hari ini ia adalah penulisan yang saya akan mempertahankannya dengan seluruh jiwa dan raga saya.

Pada masa itu juga saya sangat kuat bertaklid dengan hadis oleh golongan mutaakhirin seperti al-Albāniyy, Šu*ayb al-Arna^ūṭ dan Aḥmad Muḥammad Šākir. Apabila saya ingin membentangkan hadisޱ ada sebahagiannya saya petik nama mereka kerana saya tidak dapat membuat penilaian kendiri. Saya sememangnya begitu jahil dalam ilmu hadis dan saya fikir penilaian mereka muktamad untuk dipegang walaupun berlakunya perselisihan.

Saya sememangnya sentiasa mengadu kepada Allah bahawa saya begitu terasing dengan ilmu hadis. Malahߨ saya juga dalam kejahilan yang amat terhadap bahasa Arab. Kini segala puji bagi Allah. Saya dapat menegakkan hujah saya melalui penganlisisan ilmu hadis dan menggarap ilmu melalui bahasa Arab.

Ia adalah antara nikmat yang saya impikan dan mempengaruhi banyak sudut dalam ilmu saya. Sesiapa yang mengikuti saya penulisan saya yang dari awal lagiޱ pasti akan melihat perbezaannya yang begitu ketara. Semoga kita sentiasa termasuk orang yang bersyukur.

Saya menyedari bahawa penulisan sebenarnya adalah proses pembelajaran kita juga dan tidak hanya pemaparan hasil kajian kita juga. Melalui penulisanܦ kita menambahkan ilmu kita dengan melihat sejauh mana pencapaian yang kita telah gapai. Setelah penghasilan penulisanܦ kita dapat melihat sebaik mana persembahan kita dalam menjelaskan ilmu dan bahagian mana yang kira rasakan wujudnya lompong sehingga kita perlu mencari penamabahan atau kata-kata yang lebih padu dalam memberi kesan kefahaman dan rasa kepada pembaca.

Semua ini bukan datang melalui bakat secara semulajadi. Ia adalah latihan yang berterusan. Walaupun ia telah pun terbitޱ adakalanya ia masih lagi dalam bentuk draf atau sekilas daripada presentasi yang sebenarnya. Sebab itu selain daripada menulisnya kita harus mewacanakannya juga agar kita sentiasa peka dengan idea kita.

Dari sana saya memahami mengapa Muḥammad bin Idrīs aš-Šāfiiyy walaupun ada penulisan khas untuk dia berpada dengannyaߨ dia juga tetap menghasilkan beberapa karya yang diambil intiasari daripadanya. Misalnya adalah «Ibṭōl al-Istisḥān» adalah penyempurnaan daripada kitab «ar-Risālaẗ» dalam menyanggah penggunaan kaedah tersebut sebagai landasan hukum dan mendiskusikannya.

Misal yang lain adalah «Jimā al-Ilm» yang judul khas yang sudah terdapat dalam «ar-Risālaẗ» bagi membantah orang yang menolak penggunaan hadis āḥād. «Kitab Bayān Farō^id Allah» juga membahaskan tema yang sama sungguhpun ia sudah disentuh dalam «ar-Risālaẗ» dan «Jimā al-Ilm». Begitu juga «Ṣifah Nahy an-Nabiyy» juga adalah ringkasan daripada judul ifah an-Nahyillah Wa Nahy Rosūlih dalam kitab «ar-Risālaẗ» yang memfokuskan penjelasan dua jenis hukum haram yang merupakan salah satu daripada lima hukum taklif؛ iaitu haram secara intrinsik dan haram secara ekstrinisik.

Bahkanߨ kitab «ar-Risālaẗ» itu sendiri ditulis dua kali. Kali pertama adalah ketika dia berada di Baghdad atas permintaan Abdul Romān bin Mahdiyy dan kali kedua adalah ketika berada di Mesir. Namunߨ kali kedua bukan atas permintaanߨ tetapi memperluaskan kajian edisi yang lama dengan menerapkan sama metod penulisan.

Dia juga telah menghasilkan beberapa karya dari fasa ₍al-Qowl al-Qōdim₎ sehinggalah ke fasa ₍al-Qowl al-Jadīd₎. Masing-masing ada paparan hala tuju pemikirannya. Malahߨ ada juga pendapatnya yang berbeza daripada karya ulungnya; «al-Umm» melalui penukilan muridnya yang mempelajarinya pada fasa ₍al-Qowl al-Jadīd₎. Dengna kata lain dalam fasa ₍al-Qowl al-Jadīd masih ada lagi fasa ₍al-Qowl al-Jadīd.

Semua ini sebenarnya adalah proses untuk memantapkan pengetahuan dan usaha memperbaiki dalam pengukuhan penyampaian hujah dan bicara. Melalui penulisan jugaܦ kita boleh belajar dan meningkatkan pengukuhan dalam penegakan hujah dan memperkuat kefahaman kita.

Penulisan yang berterusan dalam pembelajaran kita yang kekal mengalirߨ di samping kita perlu melibatkannya dalam wacana dan diskusi. Melaui inspirasi ini saya rasa saya perlu sentiasa melibatkan diri dalam penulisan dan pewacanaan dalam memastikan kemapanan dan keutuhan dalam ilmu sayam.

Ada juga beberapa penulisan yang saya tidak terfikir untuk menulisnya dan enggan untuk menulisnya pada awalnyaߨ akhirnya ia menjadi hasil karya kebanggan dari tangan saya sendiri. Sekali lagiܦ segala pujian hanya untuk tuhan sekalian alam. Misalnya adalah penulisan «Intisari Penting Dalam Ilmu Takhrij Hadis Dan *Ilal al-Ḥadīṯ». Saya tidak terfikir untuk menghasilkannya.

Namunߨ setelah mendengar «Bengkel Takhrij Hadis» yang disampaikan oleh Rozaimi Ramle yang videonya boleh ditemui di Youtubeܦ ia menjadi pendorong untuk menyumbangkan penulisan berkenaan dengan hadis. Juga setelah saya mengikuti Kamilin Jamilin sebelum dia memperoleh gelaran Doktorat untuk PhDnya. Juga setelah lama saya berkecimpung dengan ilmu ilal al-adīܦ saya mula ada sentuhan semangat untuk menjayakannya.

Namunߨ dalam lubuk yang terpendam masih ada rasa keengganan. Akan tetapiߨ kekuasaan-Nya mengungguli segala yang ada di langit dan bumi. Entah bagaimana ia menjadi mahakarya untuk saya yang berbangga dengannya. Segala puji untuk-Nya dengan pujian yang tidak terhingga. Itu pun ia juga tidak lepas dari proses pencarian kelompongan.

Beberapa penulisan yang lain juga yang pada asalnya ringkas yang saya selalunya menempatkannya dalam bahagian atau slot yang khusus untuk penulisan ringkas kini boleh diperincikan lebih dalam dan ia menjadi lebih panjang daripada sebelumnya. Sebahagiannya juga ada penulisan yang terpecah-pecahߨ lalu disatukan dengan penjelasan yang lebih menarik dan matang berbanding dahulu.

Kadangkalaܦ apabila saya membaca penulisan saya yang lamaޱ saya mengetawakan diri saya betapa kebudak-budakannya saya serta sungguh mentah dan pendek akal dalam menghasilkan penulisan tersebut. Saya yang sekarang memandang rendah dan menyindir saya yang dahulu.

Selaras dengan peningkatan tahap pencapaian dan perluasan penerokaan, pembaharuan sememangnya tidak dapat dielakkan. Saya pada mulanya merasakan saya tidak akan ada ₍al-Qowl al-Qōdim₎ dalam hidup saya. Kini ia terbentang di hadapan mata saya bahawa ia benar-benar wujud.

Saya mungkin memahami serba sedikit tentang mengapa saya perlu melalui semua pengalaman ini dalam kehidupan. Ia sememangnya banyak memberi pengajaran kepada saya sendiri. Orang lain yang mungkin Allah memberikan ujian yang lebih berat daripada saya barangkali lebih mendalam kefahamannya berbanding saya.

Apapunߨ saya berdoa agar kita sentiasa berada dalam petunjuk-Nya yang lurus dan saya memohon keampunan daripada-Nya atas segala kesilapan saya dahulu. Saya juga berharap agar pada kesukaran yang kita hadapi ini kita dapat menempuhnya dengan tabah dan cekal serta kita dapat melihat kenikmatan di dunia atau di akhirat di sebalik bebanan yang ditanggung.

Kini walaupun tampak seperti saya di tahap yang muktamad kepada muktamad yang mungkin tidak akan mampu dicabar lagi untuk dicari kelomponganޱ namun Allah lebih mengetahui tentang keadaannya. Mungkin pada suatu hari nanti penulisan tersebut akan berhadapan lagi dengan tahap yang berlainan lagi setelah semakin dalam perjalanannya.

Kita adalah manusia yang terus-menerus belajar. Kita bukanlah manusia yang sempurna yang tahu segalanya. Sesama kita boleh melengkapi antara satu sama lain dengan membentangkan hujah masing-masing untuk membina ilmu dan kefahaman yang utuh. Diri sendiri juga boleh mengemudi haluan jika sampai masanya.

Dalam isu penarikan balik dan penyesalan terhadap penulisan yang lama ini mengingatkan saya beberapa tokoh besar yang juga pernah melalui fasa yang sama.

Ḥamzah Abdullah al-Malībāriyy sepertimana yang diceritakan dalam «al-Mujam al-Jāmi Fī Tarōjim al-Ulamā^ Wa olaba al-Ilm al-Mu*āṣirīn» karya anggota Multaqō^ Ahl al-adīṯ bahawa dia merasa malu untuk membaca tesis masternya di Universiti Al-Azhar yang mengandungi takhrij 300 hadis Abdullah bin Umar dalam «Musnad Aḥmad» kerana perlaksanannya adalah bercorakkan tesis yang telah lengkap pendahuluannya dalam bahagian hadis dari pengkaji dahulu dan kebanyakannya adalah penilaian yang dia bertaklid dengan Aḥmad Muḥammad Šākir disebabkan kurang penguasaan dalam ilmu hadis pada masa itu.

Hari ini nama amzah Abdullah al-Malībāriyy menyerlah dalam arena ilmu hadis sebagai orang yang memperkenalkan perbezaan manhaj mutaqaddimin dan mutaakhirin yang memberi impak yang berpengaruh dalam penilaian status hadis dan analisisnyaߨ khususnya dalam pengecaman illah bagi sesuatu hadis. Metodologinya dan manhajnya disambut baik oleh ramai ahli hadis semasa dan wacana dalam ilmu hadis seakan-akan hidup dari yang mati, segar sesudah layu, rancak setelah lama melesu dan semakin banyak kajian baru dalam bidang hadis diperhebatkan.

Apa yang berlaku pada al-Malībāriyy juga adalah pada Abdullah bin Muammad bin a-iddīq al-Ġumāriyy; tokoh ilmuwan yang berketurunan ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam. Dia dalam «Sabīl at-Tawfīq Fī Tarjamaẗ Abdillah Ibn a-iddīq» menyatakan bahawa dia tidak redha terhadap kitabnya sendiri «al-Kanz a-amīn Fī Aḥādīṯ an-Nabiyy al-Amīn» kerana kitab ini ditulis dalam penjara dan terhad rujukannya untuk penyemakan sehingga terkandungnya hadis-hadis dhaif di dalamnya.

Bagi seorang tokoh ilmuwan yang besar dari ahli bait tidak meredhai penulisannya sendiri kerana terkandung hadis dhaif di dalamnya bagaimana mungkin kalangan al-abīb yang jauh lebih kerdil daripadanya tidak menarik balik hadis palsu yang pernah dia menyampaikannya ke pentas umum, tidak merasakan penyesalannya dan kepedulian terhadap memerhati status bagi sesuatu hadis? Tidakkah sekurang-kurangnya kita mengambil masa untuk menjengah kembali apa yang telah kita sendiri tinggalkan dan membuat penilaian diri sama ada ia benar atau ada kekurangan atau ia tersilap?

Adiknya; Muḥammad az-Zamzamiyy dalam «az-Zāwiyaẗ Wa Mā Fīhā Min al-Bida Wa al-Amāl al-Munkaroẗ» juga menyatakan bahawa dia menarik balik dari beberapa permasalahan dalam «al-Intiṣōr Li orīq aṣ-Ṣūfiyyaẗ al-Aẖyār» kerana didapati ia menyalahi sunnah dan dalil. Bahkanߨ kitab yang terbaru ini juga menentang beberapa amalan yang terdapat dalam kitab lama yang diamalkan oleh sebahagian sufi yang jahil.

Jika tokoh ahli bait ini dari tarekat yang berpengaruh di Morocco؛ iaitu darqōwian akhirnya meninggalkannya dan menarik balik beberapa pandangan lamanyaޱ bagaimana mungkin pengikut tarekat sanggup menganggap seolah-olah syeikhnya dipandu oleh wahyu Allah, di atas pengurusan-Nya dan seakan-akan tidak akan pernah melakukan kesilapan?

Tidak perlu tipu daya dan kata-kata manis untuk menyatakan bahawa mereka tidak mempercayai sedemikian. Namunߨ cukuplah melihat pada praktik mereka ketika membawa kalam dan apa yang ada pada syeikhnya serta bagaimana mereka berinteraksi dengan kritikan terhadap mereka.

Sebegitu juga dengan Abdullah bin Abdul Qōdir at-Talīdiyy; tokoh ilmuwan ahli bait yang dia menyatakan bahawa dia tidak redha dengan beberapa penulisan lamanya sepertimana yang dia menyebutkannya dalam «Ḏikriyāt Min Ḥayātī» kerana perubahan pandangannya.

Makaߨ tidak perlu malu untuk mengakui bahawa kita menarik balik pandangan kita yang lama, kita telah berubah pandangan tentangnya dan tidak redha dengan penulisan lama kita. Jika ini adalah daripada ahli bait yang kita merasa kerdil terhadap ketokohannyaޱ maka mana-mana ahli bait dan selainnya pun perlu mencontohinya apabila berhadapan dengan situasi ini.

Mereka yang hebat ini bukan kerana mereka dari lahir sebagai orang yang hebat dan tidak pernah kecundang dalam hidupnyaߨ tetapi mereka adalah orang yang belajar daripada kelemahan, ketempangan, kekurangan dan kesilapan dahulu. Makaߨ kita jangan ego untuk mengakui bahawa kita malu dengan apa yang menjadi personaliti dan wajah lama kita serta sedia untuk mendekasikan diri dengan arus perubahan yang bermula dengan mengakui kesilapan, kekurangan dan ketempangan diri.

Yang lama ini adalah tanda bagi perjalanan kematangan kita dan bukti bahawa kita masih belajar sekalipun pada kesilapan diri. Jika semuanya adalah sama sepanjang hayatޱ dikhuatiri kita sebenarnya tiada perkembangan apapun kecuali yang dipelihara oleh Allah Azza Wa Jalla.

Jika berkekalan di atas fasa yang samaޱ maka mudah-mudahan ia adalah rahmat daripada-Nya. Jika berlakunya perubahan fasa dari yang teruk kepada yang baikޱ maka mudah-mudahan itu adalah bimbingan yang Dia akan terus mencurahkan kepada kita sehingga akhir hayat kita.