Sunday, June 28, 2020

Kaedah Fiqh "Berubahnya Hukum Apabila Berubahnya Zat Bagi Sesuatu"

Wan Ji Wan Hussin menyebutkan :

الْحُكْمُ يَدُورُ عَلَى الْمُسَمَّى لَا عَلَى الْإِسْمِ

"Hukum berputar pada yang dinamakan, bukan pada namanya". [Rujuk : http://g-82.blogspot.com/2012/02/wang-taruhan-adalah-deposit-hangus.html].

Aš-Šawkāniyy menyebutkan :

لِأَنَّ الْأَحْكَامَ الشَّرْعِيَّةِ لَا تَتَعَلَّقُ بِمُجَرَّدِ الْاسْمِ بَلْ بِمَا هُوَ الْحَقِيقَةُ لِذَلِكَ الشَّيْءِ كَمَا أَنَّ مَثَلًا: الْخَمْرُ لَوْ سُمِّيَتْ اصْطِلَاحًا بِاسْمْ الْمَاءِ أَوْ نَحْوِ ذَلِكَ مِنَ الْأَسْمَاءِ لَمْ يَخْرُجْ بِهِ عَنْ كَوْنِهَا خَمْرًا مُحَرَّمَةً إِذَا وُجِدَتْ فِيهِ الْعِلَّةُ الْمُقْتَضِيَّةُ لِلتَّحْرِيمِ، وَهِيَ الْإِسْكَارُ.

"Kerana hukum-hukam syariat tidak berkait dengan nama semata-mata, tetapi pada apa yang menjadi hakikat untuk sesuatu itu. Sama misalnya arak yang kalau dinamakan secara istilah dengan nama air atau nama-nama seumpama itu, tidaklah terkecuali daripada arak yang diharamkan dengan sebab penamaan apabila didapati illah yang menyebabkan kepada keharaman, iaitu kemabukan". [Al-Fatḥ ar-Robbāniyy, jilid 9, m/s 4357, keluaran Maktabah al-Jīl al-Jadīd, tahqiq Abū Muṣ*am Ṣubḥiyy bin Ḥasan Ḥallāq].

Muḥammad Ṣidqiyy bin Aḥmad bin Muḥammad berkata :

الْقَاعِدَةُ: الثَّالِثَةُ وَالْعِشْرُونَ بَعْدَ السِّتَّمِئَةِ وَالرَّابِعَةِ وَالْعِشْرُونَ بَعْدَ السِّتَّمِئَةِ [انْقِلَابُ الْأَعْيَانِ]. أَوَّلًا: أَلْفَاظُ وُرُودِ الْقَاعِدَةِ: " انْقِلَابُ الْأَعْيَانِ هَلْ لَهُ تَأْثِيرٌ فِي الْأَحْكَامِ أَمْ لَا؟ ". وَفِي لَفْظٍ: "اسْتِحَالَةُ الْفَاسِدِ إِلَى فَسَادٍ لَا تَنْقُلُ حُكْمُهُ، وَإِلَى صَلَاحٍ تَنْقُلُُ، بِخِلَافِ يُقَوَّى وَيُضَعَّفُ بِحَسْبِ كَثْرَةِ الْاسْتِحَالَةِ وَقِلَّتِهَا ". ثَانِيًا: مَعْنَى هَاتَيْنِ الْقَاعِدَتَيْنِ ومَدْلُولِهِمَا: هَاتَانِ الْقَاعِدَتَانِ تُشِيرَانِ إِلَى مَسْأَلَةٍ بَحَثَهَا الْفُقَهَاءِ تَتَعَلَّقُ بِتَحَوُّلِ الشَّيْءِ عَنْ حَقِيقَتِهِ إِلَى حَقِيقَةٍ أُخْرَى، وَهُوَ مَا يُطْلِقُونَ عَلَيْهِ انْقِلَابِ الْأَعْيَانِ فَالْمُرَادُ بِاْنِقَلَابِ الْأَعْيَانِ تَغَيَّرُ حَقِيقَةِ الْأَشْيَاءِ. فَإِذَا تَغَيَّرَتْ حَقِيقَةُ شَيْءٍ إِلَى شَيْءٍ آخَرَ فَهَلْ يُؤْثِرُ هَذَا التَّغَيُّرُ فِي الْحُكْمُ فَيَتَغَيَّرَ تَبْعًا لِتَغَيُّرِ الْحَقَائِقِ أَو لَا يَتَغَيَّرُ؟. فَالْقَاعِدَةُ الثَّانِيَةُ تُفِيدُ أَنَّ الْفَاسِدَ إِذَا اسْتِحَالَ إِلَى فَسَادٍ لَا يَنْقُلُ حُكْمَهُ وَلَا يَتَغَيَّرُ وَهَذَا عِنْدَ الْجَمِيعِ، وَلَكِنْ إَذا تَغَيَّرَ الْفَاسِدُ إِلَى صَلَاحٍ، وَالنَّجَسُ تَغَيَّرَتْ حَقِيقَتُهُ فَهَلْ يَطْهُرُ؟ خِلَافٌ فِي هَذِهِ الْمَسَائِلِ فِي الْمَذَاهِبِ. ثَالِثًا: مِنْ أَمْثِلَةِ هَاتَيْنِ الْقَاعِدَتَيْنِ وَمَسَائِلِهِمَا: إِذَا تُخَلَّلُ الْخَمْرُ أَوْ تُحَجَّرُ فَهُوَ طَاهِرّ عِنْدَ الْجَمِيعِ، وَالْخِلَافُ فِيمَا عَدَاهُ. وَمِنْهَا: إِذَا أُحْرِقَتْ الْمَيْتَةُ فَهَلْ رَمَادُهَا طَاهِرٌ؟ خِلَافٌ عِنْدَ الْمَالِكِيَّةِ وَالْمَشّهُورُ أَنَّهُ نَجَسٌ. وَالْحَنَفِيَّةُ يَعْتَبِرُونَ انْقِلَابَ الْأَعْيَانِ مِنْ أَسْبَابِ الطَّهَارَةْ وَإِزَالَةِ النَّجَاسَةِ.

Kaedah kedua puluh tiga setelah entam ratus dua puluh empat: |Jungkiran entiti|. Yang pertama, lafaz yang sampai tentang kaedah ini adalah: "Jungkiran entiti; adakah padanya pengaruh terhadap hukum-hakam ataupun tidak?". Pada lafaz: "Pertukaran yang rosak kepada suatu kerosakan tidak berpindah hukumnya. Namun, kepada kebaikan, maka ia berpindah". Berbeza dengan yang dikuatkan dan dilemahkan dengan kadar banyaknya pertukaran dan sedikitnya. Yang kedua, makna dua kaedah ini dan ini yang ditunjukkannya: Dua kaedah ini memaparkan masalah yang para fuqaha membahaskannya yang berkaitan dengan peralihan sesuatu pada hakikatnya kepada suatu hakikat yang lain. Dan mereka menetapkannya sebagai jungkiran entiti. Maksud jungkiran entiti adalah perubahan hakikat sesuatu. Apabila berubah hakikat sesuatu kepada sesuatu yang lain, adakah perubahan ini mempengaruhi pada hukum, lalu dengan sebab itu berubahlah hukum itu berdasarkan kepada perubahan hakikat-hakikat atau tidak berubah? Maka, kaedah kedua memaksudkan kerosakan apabila berubah kepada suatu kerosakan, maka tidak berpindah hukumnya dan tidak berubah. Ini ketika berlaku secara keseluruhan. Namun, apabila berubahnya kerosakan kepada suatu kebaikan dan najis berubah hakikatnya, adakah ia suci? Ini adalah perselisihan dalam masalah-masalah yang terdapat dalam beberapa mazhab. Yang ketiga, salah satu contoh dua kaedah ini dan permasalahannya adalah apabila arak itu ditukarkan kepada cuka atau ditukarkan kepada batu, lalu ia suci secara keseluruhan, maka ia adalah suci. Perselisihan ini ada pada selainnya. Sebahagiannya adalah apabila dibakar bangkai, adakah abunya suci? Ini khilaf di sisi mazhab Mālikiyy. Yang masyhur adalah najis. Mazhab Ḥanafiyy mengambil kira penjungkiran entiti meruapakan salah satu sebab kesucian dan hilangnya kenajisan". [Mawsū*ah al-Qowā*id al-Fiqhiyyah, jilid 2, m/s 301-301, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut].

Melalui apa yang dipaparkan di sini adalah penilaian hukum pada hakikat sesuatu. Tidak kira apa pun ia dinamakan, hakikat adalah aspek yang perlu diambil kira atau bagaimana ia menyerupai sesuatu itu, tetapi ia bukan tergolong daripadanya. Jika berubahnya hakikat, maka ia memberi impak kepada hukum. Ia boleh merubah daripada haram kepada harus atau selainnya bergantung pada hal perubahan itu. Dalilnya adalah hadis Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- :

" أُحِلَّ لُبْسُ الْحَرِيرِ وَالذَّهَبِ لِنِسَاءِ أُمَّتِي ، وَحُرِّمَ عَلَى ذُكُورِهَا " .

"Dihalalkan pakaian sutera dan emas untuk wanita umatku dan diharamkan ke atas lelaki baginya". [Musnad Aḥmad, no. 19204].

Yang diharamkan di sini adalah emas yang asli. Jika besi yang diwarnakan emas, lalu dinamakan emas, maka ia tidak termasuk dalam pengharaman untuk lelaki. Walaupun tampak serupa dengan emas, tetaplah ia bukan emas.

Misal praktik bagi hal ini adalah pemakanan daging tiruan yang mana ia adalah daging sintetik yang berasaskan sayuran seperti kacang soya atau kacang hijau yang memiliki rasa sama seperti khinzir. Menurut Mufti Wilayah Perseketuan dalam Irsyad al-Fatwa Siri Ke-390 menyatakan ia adalah halal. Inilah pendapat yang benar kerana yang dimakan itu bukanlah daging khinzir yang sebenar, tetapi ia adalah bahan sayuran yang mempunyai rasa sedemikian. Sekalipun ia dinamakan daging khinzir, itu tidak menatijahkan keharamannya secara asal.

Contoh yang lain adalah jika suami mengatakan kepada isterinya bahawa dia akan mentalakkan isterinya apabila isterinya melihat seseorang. Lalu, isteri itu melihat seseorang itu pada imej bayangan cermin atau air. Maka, menurut pendapat muktamad mazhab aš-Šāfi*iyy dan Ḥanbaliyy, maka isterinya tidak jatuh talak. Ibn Qudāmah dari mazhab Ḥanbaliyy berkata :

فَإِنْ قَالَ: إنْ رَأَيْت أَبَاكِ، فَأَنْتِ طَالِقٌ. فَرَأَتْهُ مَيِّتًا، أَوْ نَائِمًا، أَوْ مُغْمًى عَلَيْهِ، أَوْ رَأَتْهُ مِنْ خَلْفِ زُجَاجٍ، أَوْ جِسْمٍ شَفَّافٍ، طَلُقَتْ؛ لِأَنَّهَا رَأَتْهُ، وَإِنْ رَأَتْ خَيَالَهُ فِي مَاءٍ، أَوْ مِرْآةٍ، أَوْ صُورَتَهُ عَلَى حَائِطٍ، أَوْ غَيْرِهِ، لَمْ تَطْلُقْ؛ لِأَنَّهَا لَمْ تَرَهُ

Jika seseorang berkata: "Jika engkau melihat ayahmu, maka engkau tertalak". Lantas, dia melihat mayatnya atau sedang tidur atau orang yang pengsan atau dia melihatnya di balik kaca yang transparen, maka dia tertalak kerana dia melihatnya. Jika dia melihat bayangannya pada air atau cermin atau gambar pada dinding atau selainnya, maka dia tidak tertalak kerana dia tidak melihatnya. [Al-Muġnī, jilid 7, m/s 477, keluaran Maktabah al-Qōhiroh].

Aš-Šīrōziyy dari mazhab aš-Šāfi*iyy berkata :

فصل: وإن قال إن رأيت فلاناً فأنت طالق فرآه ميتا أو نائما طلقت لأنه رآه وإن رآه في مرآة أو رأى ظله في الماء لم تطلق لأنه ما رآه وإنما رأى مثاله وإن رآه من وراء زجاج شفاف طلقت لأنه رآه حقيقة.

Fasal: Jika seseorang berkata: "Jika engkau melihat fulan, maka engkau tertalak". Lantas, isterinya melihatnya dalam keadaan mati atau tidur, maka tertalaklah dia kerana dia melihatnya. Jika dia melihatnya pada cermin atau melihat bayangannya pada air, maka tidaklah tertalak kerana tidaklah isterinya melihatnya, tetapi dia melihat yang diserupakan dengannya. Jika dia melihatnya di balik cermin lutsinar, maka jatuh talak kerana dia melihatnya secara hakiki. [Al-Muhḏḏab Fī Fiqh Maḏhab aš-Šāfi*iyy, jilid 3, m/s 37, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut].

Hal ini kerana isteri tersebut melihat bayangan atau imej yang diserupakan dengan seseorang itu, bukan dirinya yang sebenar yang berjasad. Kaitkan juga dengan gambar digital atau hologram. Ia adalah sama. Kecuali jika suami tersebut meletakkan syarat gambar dan hologram juga termasuk sebab isteri itu ditalakkan.

Kesan hukum yang lain melalui isu ini adalah tidak haram melihat aurat seseorang yang terpapar dalam bayangan cermin dan imej air. Ini adalah pendapat muktamad mazhab Šāfi*iyy dan Ḥanafiyy. Šamsuddīn Muḥammad bin Abū al-*Abbās Aḥmad bin Ḥamzah Šihābuddīn ar-Romliyy daripada mazhab Šāfi*iyy berkata :

خَرَجَ مِثَالُهَا فَلَا يَحْرُمُ نَظَرُهُ فِي نَحْوِ مِرْآةٍ كَمَا أَفْتَى بِهِ جَمْعٌ لِأَنَّهُ لَمْ يَرَهَا

Terkecuali pada yang diserupakannya (aurat), maka tidaklah haram lihatannya pada bahagian cermin sepertimana yang para jemaah memfatwakannya kerana dia tidaklah melihatnya (secara hakiki)". [Nihāyah al-Muḥtaj Ilā Šarḥ al-Muḥtāj, jilid 6, m/s 187, keluaran Dār al-Fikr, Beirut].

Muḥammad bin Farōmarzi bin *Aliyy daripada mazhab Ḥanafiyy berkata :

(مِنْ مِرْآةٍ أَوْ مَاءٍ بِالِانْعِكَاسِ) يَعْنِي إذَا نَظَرَ إلَى فَرْجِهَا الدَّاخِلِ مِنْ زُجَاجٍ أَوْ مَاءٍ هِيَ فِيهِ تَحْرُمُ هِيَ لَهُ، وَأَمَّا إذَا نَظَرَ إلَى مِرْآةٍ أَوْ مَاءٍ فَرَأَى فَرْجَهَا الدَّاخِلَ بِالِانْعِكَاسِ لَا تَحْرُمُ لَهُ، كَذَا فِي فَتَاوَى قَاضِي خَانْ وَالْخُلَاصَةِ

"<Daripada cermin atau air secara pantulan>, iaitu, jika seseorang melihat farajnya yang berada dalam kaca atau air, maka padanya keharaman terhadapnya. Adapun jika dia melihat pada bayangan cermin atau air, lalu dia melihat farajnya yang berada di dalam secara pantulan, maka tidak haram padanya. Demikian pendapat dalam Fatāwā Qōḍī H̱ōn dan al-H̱ulāsoh". [Duror al-Ḥukkām Šarḥ Ġoror al-Aḥkām, jilid 1, m/s 33-34, keluaran Dār Ihyā^ al-Kutub al-*Arobiyyah].

Ibn *Ābdīn dari mazhab Ḥanafiyy berkata :

(قَوْلُهُ:؛ لِأَنَّ الْمَرْئِيَّ مِثَالُهُ إلَخْ) يُشِيرُ إلَى مَا فِي الْفَتْحِ مِنْ الْفَرْقِ بَيْنَ الرُّؤْيَةِ مِنْ الزُّجَاجِ وَالْمِرْآةِ، وَبَيْنَ الرُّؤْيَةِ فِي الْمَاءِ، وَمِنْ الْمَاءِ حَيْثُ قَالَ: كَأَنَّ الْعِلَّةَ وَاَللَّهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى أَعْلَمُ أَنَّ الْمَرْئِيَّ فِي الْمِرْآةِ مِثَالُهُ لَا هُوَ وَبِهَذَا عَلَّلُوا الْحِنْثَ فِيمَا إذَا حَلَفَ لَا يَنْظُرُ إلَى وَجْهِ فُلَانٍ فَنَظَرَهُ فِي الْمَرْأَةِ أَوْ الْمَاءِ وَعَلَى هَذَا فَالتَّحْرِيمُ بِهِ مِنْ وَرَاءِ الزُّجَاجِ، بِنَاءً عَلَى نُفُوذِ الْبَصَرِ مِنْهُ فَيَرَى نَفْسَ الْمَرْئِيِّ بِخِلَافِ الْمَرْأَةِ، وَمِنْ الْمَاءِ، وَهَذَا يَنْفِي كَوْنَ الْإِبْصَارِ مِنْ الْمِرْآةِ وَالْمَاءِ بِوَاسِطَةِ انْعِكَاسِ الْأَشِعَّةِ، وَإِلَّا لَرَآهُ بِعَيْنِهِ بَلْ بِانْطِبَاعِ مِثْلِ الصُّورَةِ فِيهِمَا، بِخِلَافِ الْمَرْئِيِّ فِي الْمَاءِ؛ لِأَنَّ الْبَصَرَ يَنْفُذُ فِيهِ إذَا كَانَ صَافِيًا فَيَرَى نَفْسَ مَا فِيهِ، وَإِنْ كَانَ لَا يَرَاهُ عَلَى الْوَجْهِ الَّذِي هُوَ عَلَيْهِ

"<Katanya: Kerana yang dilihat itu ialah yang diserupakannya -sehingga akhir->, diisyaratkan kepada apa-apa yang dinyatakan dalam al-Fatḥ tentang perbezaan antara lihatan pada kaca serta cermin dengana lihatan pada air dan bayangan air di mana dia menyatakan bahawa seolah-olah sebabnya -Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā lebih mengetahui- ialah ialah a yang dilihat pada cermin ialah yang diserupakannya, bukanlah yang sebenarnya. Dengan ini, mereka menafikan perlanggaran sumpah apabila seseorang bersumpah untuk tidak melihat kepada wajah fulan. Lantas, dia melihat pada cermin atau air. Berdasarkan ini, maka keharaman baginya adalah pada sebalik kaca berdasarkan berlakunya lihatan langsung padanya. Maka, dia telah pun melihat hakikat benda yang dilihat. Berlainan dengan cermin dan bayangan air. Ini menafikan terjadinya lihatan pada cermin dan air dengan cara pemantulan cahaya. Jika tidak, dia benar-benar melihat benda itu secara hakiki. Bahkan, yang tercetak seperti gambar sama hukumnya dengan kedua-duanya. Berbeza dengan benda yang dilihat dalam air kerana berlakunya lihatan langsung padanya. Jika ia jernih, maka dia melihat benda itu yang sebenarnya. Jika tidak, maka dia sebenarnya masih melihat benda itu". [Rodd al-Muḥtar *Alā ad-Durr al-Muẖtār, jilid 3, m/s 34, keluaran Dār al-Fikr, Beirut].

Katanya lagi :

وَقَدْ يُجَابُ بِأَنَّهُ لَيْسَ مُرَادَ الْمُصَنِّفِ بِالِانْعِكَاسِ الْبِنَاءَ عَلَى الْقَوْلِ بِأَنَّ الشُّعَاعَ الْخَارِجَ مِنْ الْحَدَقَةِ الْوَاقِعَ عَلَى سَطْحِ الصَّقِيلِ كَالْمِرْآةِ وَالْمَاءِ يَنْعَكِسُ مِنْ سَطْحِ الصَّقِيلِ إلَى الْمَرْئِيِّ، حَتَّى يَلْزَمَ أَنَّهُ يَكُونُ الْمَرْئِيُّ حِينَئِذٍ حَقِيقَتَهُ لَا مِثَالَهُ، وَإِنَّمَا أَرَادَ بِهِ انْعِكَاسَ نَفْسِ الْمَرْئِيِّ، وَهُوَ الْمُرَادُ بِالْمِثَالِ فَيَكُونُ مَبْنِيًّا عَلَى الْقَوْلِ الْآخَرِ وَيُعَبِّرُونَ عَنْهُ بِالِانْطِبَاعِ، وَهُوَ أَنَّ الْمُقَابِلَ لِلصَّقِيلِ تَنْطَبِعُ صُورَتُهُ، وَمِثَالُهُ فِيهِ لَا عَيْنُهُ، وَيَدُلُّ عَلَيْهِ تَعْبِيرُ قَاضِي خَانْ بِقَوْلِهِ؛ لِأَنَّهُ لَمْ يَرَ فَرْجَهَا، وَإِنَّمَا رَأَى عَكْسَ فَرْجِهَا فَافْهَمْ.

"Telah dijawab bahawasanya bukanlah maksud penulis pada penyebutan pantulan berdasarkan pendapat ini ialah bahawasanya cahaya yang di luar dari biji mata terbit pada hamparan yang digilap seperti cermin atau air memantul daripada hamparan yang digilap kepada benda yang dilihat sehingga menatijahkan benda yang dilihat itu suatu eksistensi yang hakiki pada ketika itu, bukan yang diserupakannya. Namun, maksudnya ialah pantulan daripada benda yang dilihat dan dia memaksudkan dengan benda yang diserupakannya. Disebabkan itu, adanya penjelasan menerusi keterangan yang lain dan mereka memberikan contoh yang berkaitan dengannya seperti cetakan. Ia sama dengan benda yang digilap yang terpaparnya gambarannya dan penyerupaannya padanya, bukan eksistensi yang hakikinya. Contoh ini ditunjukkan oleh Qōḍī H̱ōn pada keterangannya. Ini kerana dia tidak melihat farajnya, tetapi dia melihat pantulan farajnya. Maka, fahamkanlah". [Rodd al-Muḥtar *Alā ad-Durr al-Muẖtār, jilid 3, m/s 34, keluaran Dār al-Fikr, Beirut].

Dalam mazhab Ḥanafiyy, mereka mengatakan bahawa tidak haram melihat faraj pada pantulan imej air dan bayangan cermin kerana ia adalah kesan hukum Domino dari kes seseorang yang bersumpah untuk tidak melihat wajah seseorang, lalu dia melihat bayangan wajah fulan daripada air tersebut, maka ini dikira tidak melanggar sumpahnya kerana apa yang dia lihat bukanlah diri fulan itu yang hakiki yang berjasad, tetapi yang bayangan diserupakan dengannya. Banding samakan juga dengan gambar digital dan hologram.

Kesan Domino yang lain adalah tidak batal wuduk seseorang bagi mereka yang bermazhab aš-Šāfi*iyy jika dia menyentuh patung yang berupa perempuan kerana sentuhannya bukan pada kulit yang sebenarnya, tetapi ia adalah sesuatu yang diserupakan dengan perempuan. Begitu juga tidak batal wuduk mereka jika mereka menyentuh gambar perempuan kerana yang disentuh itu bukan kulit yang sebenar. Maka, dengan ini jelas bahawa hukum perlu diambil kira pada hakikatnya, bukan apa yang dinamakannya atau yang diserupakan dengannya.

Kesan Domino yang lain adalah tidak batal puasa seseorang dan tidak dikira berzina jika dia menyetubuhi patung perempuan. Ini kerana yang dia setubuhi bukan insan yang sebenar yang berjasad, tetapi objek yang diserupakan seperti badan atau faraj.

Fiqh Andaian Pada Virtual Reality Massively Multiplayer Online Role-Playing Game (VRMMORPG)

VRMMORPG atau akronim yang diterjemahkan sebagai Permainan Watak Dalam Talian Bermultipemain Masif Berealiti. Saya menonton anime Sword Art Online yang merupakan cerita tentang seseorang boleh bermain permainan melalui realiti maya. Dengan kata lain, dengan alat yang dinamakan Nervegear yang seumpama topi keledar yang dipakaikan di kepala, teknologi itu boleh membawa kesedaran seseorang kepada dunia digital maya hologram yang seolah-olah pemakainya boleh hidup di dunia sana. Mereka seolah-olah boleh bernafas, makan, merasa sakit dan lain-lain dalam dunia itu. Di dunia sebenar, mereka tertidur, tetapi mereka sedar di alam maya dan jasad mereka bukanlah jasad yang sebenar, tetapi jasad hologram yang mempunyai deria seolah-olah seperti realiti. Maksudnya, mereka bukan berpindah alam, tetapi kesedaran mereka diasingkan dari realiti dan kesedaran mereka itu melalui imej dan hologram yang tercipa.

Cuma yang terfikir di benak kepala saya adalah bagaimana jika suatu hari nanti ada teknologi sebegini dan seseorang Muslim boleh hidup di alam sana. Pastinya akan ada hukum-hakam yang berkait apabila hidup di sana. Di sini saya cuba membawakan pendapat saya dalam fiqh andaian atau fiqh al-iftirōḍiyy dalam menerapkan kaedah ini. Saya ingin memaparkan bahawa betapa kaedah ini boleh bergerak dalam banyak aspek, isu dan realiti semasa dan sekeliling. Juga, jika umat Islam pada masa akan datang nanti akan bertemu dengan teknologi sebegini, maka diharapkan apa yang dipaparkan ini boleh menjadi bahan persediaan dalam interaksi fiqh padanya.

Apa yang saya ingin paparkan ini diharapkan sebagai penggerak kepada perbahasan fiqh dengan melihat kaca mata realiti. Kita tidak mahu pemahaman fiqh tanpa praktik atau sekadar berputar-putar pada perkataan dalam penulisan atau bicara dalam kuliah. Kita cuba terapkan kaedah fiqh yang kita pelajari supaya nampak bahawa kaedah fiqh ini relevan sepanjang masa dan sentiasa hidup, bercambah dan mengukuh dalam interaksi realiti. Ini supaya kita akan nampak bahawa agama ini tidak hanya kaku pada zaman kuno dan tidak mampu mendepani arus zaman moden. Bagi sudut lain pula, terutamanya mereka yang agak keliru dengan memahami kaedah ini, dengan memaparkan pelbagai contoh, maka nampaklah bagaimana kaedah fiqh ini berfungsi.

Jika kita baca kitab mazhab fiqh pun, kita nampak beberapa fiqh andaian yang dibincangkan dan dibahaskan. Ambil contoh tentang lihatan pada bayangan air dan cermin. Jika kita mengambil kira situasi zaman tersebut, mustahil boleh wujudnya atau mewujudkan bayangan seseorang pada air sehingga seseorang tidak terlihat diri sebenar seseorang. Ia tidak semudah cermin yang jika seseorang memandangnya, kemudian ada orang lalu di belakangnya dan tampaklah bayangannya. Maka, di sini, proses penilaian fiqh boleh dimulakan. Air tidak semudah begitu. Namun, pada masa akan datang, ia adalah sesuatu yang tidak mustahil. Demikian juga dengan hal ini.

Berikut adalah beberapa perkara kesan hukum fiqh yang berkaitan dengan realiti maya dengan mengaplikasikan kaedah fiqh ini :

a) Tidak sah mengambil wuduk dan mandi wajib dengan menggunakan air di VRMMORPG.

b) Apa-apa sahaja perkara yang membatalkan wuduk terjadi di VRMMORPG seperti berkumuh, maka ini sama sekali tidak membatalkan wuduk.

c) Tidak wajib membersihkan najis yang terkena di VRMMORPG kerana itu sesuatu yang dijelmakan sahaja, bukan hakikat sebenarnya.

c) Perkiraan waktu solat di VRMMORPG tidak diambil kira kecuali jika ia menyerupai dengan dunia realiti yang dia diami sekitarnya. Misalnya, jika di alam tersebut adalah waktu malam, sedangkan di dunia realiti telah masuk waktu Zohor, maka dia perlu bersolat Zohor, bukan solat Isyak. Melainkan jika waktunya adalah sama dengan tempat yang dia diami sekitarnya.

d) Tidak wajib mengumandangkan azan di VRMMORPG kecuali jika ia boleh berfungsi sebagai peringatan waktu solat yang kawasan berhampiran dengannya.

e) Solat di VRMMORPG tidak sah kecuali bagi mereka yang hanya mampu bersolat dengan menggunakan isyarat jiwa dan hal itu sebagai kemudahan baginya dalam melaksanakan solat. Namun, bagi solat sunat, hal tersebut sah walaupun bagi orang yang bekemampuan untuk solat sambil berdiri dengan berdalilkan hadis solat sambil duduk.

f) Permusafiran di alam itu tidak dikira sekalipun dia telah mengembara beratus batu jauhnya di dalamnya.

g) Tidak sah zakat dengan pemberian barangan di VRMMORPG kecuali jika barangan itu mampu ditukarkan nilainya kepada realiti nyata yang sesuai dengan kadarnya.

h) Makan dan minum di VRMMORPG tidak membatalkan puasa sekalipun memberikan kelazatan kecuali jika ia memberikan kekenyangan pada fizikal yang hakiki.

i) Menunaikan haji di VRMMORPG tidak sah walaupun ia direka seumpama tenpat tersebut.

j) Pembunuhan di VRMMORPG tidak dijatuhi hukuman disebabkan permainan itu membolehkan seseorang hidup semula atau permainan itu sememangnya dicipta untuk itu kecuali jika hal itu mampu memutuskan nyawa seseorang di realiti. Begitu juga dengan kecederaan dan penyakitan.

k) Sekalipun tidak dihukum, jika ia didapati banyak menyusahkan orang seperti membuli dan membawa mudarat kepada orang lain seperti deraan psikologi, maka kes itu boleh dihadapkan di mahkamah.

l) Jika dalam permainan itu sememangnya ada unsur rampasan atau curi, maka ini tidaklah dikenakan hukuman jika itu sememangnya salah satu elemen bagi permainan itu. Melainkan jika berlakunya pelanggaran yang jelas seperti godam atau cara yang bukan dibenarkan dalam syarat permainan itu seperti ugutan dari dunia luar, maka tindakan undang-undang boleh diambil.

m) Jika pencurian itu berlaku secara pembulian seperti seseorang yang kuat terus menerus mensasarkan pihak yang lemah sehingga mereka tidak diberi peluang untuk bebas daripada serangan, maka hakim boleh mengenakan tindakan dengan setimpal.

n) Tidak ada batas aurat di alam itu. Hukum aurat pada alam itu berbeza dengan aurat yang hakiki kerana aurat di alam itu sekadar dirupakan sahaja, bukan hakikat. Melainan jika pemain tidak membenarkan melihatnya atau membukanya atau menyebarkannya, maka wajib hormati budi bicara itu. Akan tetapi, hak tersebut tidaklah dihukum sebagai aurat, tetapi sebagai penjagaan kehormatan terhadap manusia lain.

o) Persetubuhan tidak mewajibkan seseorang mandi sekalipun keluar air mani dalam alam itu kecuali jika keluar air mani secara hakiki. Tidak juga dihukum sebagai zina jika bukan suami isteri sekalipun hal itu memberi kenikmatan. Hal ini kerana air mani dan kemaluan itu ialah kemaluan yang dirupakan sahaja, bukan hakikatnya sehingga dihukumkannya sebagai berhadas dan penzinaan yang hakiki.

p) Pemerkosaan dibolehkan dengan syarat jika watak itu adalah sesuatu yang diprogramkan automatik oleh komputer atau perisian digital (namakan apa-apa sahaja asalkan menepati makna yang dikehendaki) dan watak itu bukan Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence serta tidak tertakluk dalam larangan peraturan permainan itu. Adapun sesama watak yang dimainkan oleh pemain lain, maka ini bergantung kepada ketetapan peribadi ataupun ketetapan permainan tersebut.

q) Tidak haram memakan makanan yang diharamkan dalam realiti konkrit sekalipun melazatkan seperti khinzir, bangkai, darah dan lain-lain kerana haiwan ini sekadar dijelmakan dan dirupakan, bukan hakikatnya.

r) Tidak haram meminum arak yang dirupakan padanya kecuali apabila itu jelas menimbulkan kemabukan, maka ini ditegah.

s). Boleh bagi lelaki memaki sutera dan emas di alam itu kerana ia bukanlah emas atau sutera yang sebenar.

t) Jika ada kawasan VRMMORPG yang dibatasi sempadannya oleh pemilik yang sah, maka hukumnya sama dengan tanah yang semulajadi.

u) Jika ada Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence yang mempunyai daya kognitif dan rangsangan kemanusiaan padanya, maka dia boleh didakwah dan diajak kepada Islam.

Demikianlah beberapa contoh hukum fiqh yang berlaku sepanjang interaksi di realiti maya. Perlu diingatkan bahawa ini masih lagi dalam ruang lingkup kebarangkalian sehingga hal ini masih mempunyai ruang perbincangan mengenainya dan realiti yag sebenar masih belum diketahui. Maksudnya, semua ini bukanlah ketetapan muktamad sehinggalah kita benar-benar melihat hakikatnya. Ini cumalah paparan bagaimana kaedah ini boleh pergi jauh. Oleh itu, masih banyak lagi yang perlu kita pelajari dan kaji demi memastikan kualiti fiqh kita lebih mapan dan tuntas menghadapi arus semasa.

No comments:

Post a Comment