Friday, June 19, 2020

Mengapa Saya Suka Membaca Doujin?

Bagi yang tidak tahu, doujin adalah istilah komik hentai dan selalunya berpaksikan pada Jepun. Saya memang menjadikan ia bahan bacaan dalam mengisi masa yang lapang. Dan ada sebab saya mengambil berat untuk meluangkan masa dalam membaca bahan hiburan seks seperti ini.

Saya pernah disergah dalam menzahirkan pendapat saya bahawa bacaan doujin amat menyeronokkan dan membuka minda serta memberi idea tentang cara kita ingin mencipta suasana seks dengan pasangan kita. Katanya mengapa kita perlu doujin sedangkan di luar sana sudah banyak buku atau penulisan yang menjelaskan seara kritikal terhadap pandangan falsafah dan pendirian terhadap perhubungan romantik? Aktiviti senggama sepatutnya lebih kepada kehangatan emosional berbanding keseronokan semata-mata.

Sudah tentu pendapat ini adalah berdasarkan pandangan yang menanggap nista terhadap doujin kerana iadalah bahan bacaan pornografi. Walau apapun, saya berbeza persepsi seperti ini, bukan sahaja terhadap dirinya, tetapi pandangan umum sekeliling. Dalam nilai intrinsik, saya tidak menganggap doujin adalah sesuatu yang seperti itu.

Namun, mengambil kira nilai ekstrinsik, jika kita bawakannya kepada umum atau kawasan normi atau arus perdana, tidak perlu hairan lagi jika di ada reaksi yang tidak senang dan getik. Apapun, mereka ini tidak memberi kesan dalam pandangan saya dan saya hormati perasaan mereka. Ia cuma masalah berbeza subbudaya yang hanya diterima secara terbatas.

Nilai intrinsik saya maksudkan adalah pandangan agama terhadapnya. Bagi saya, ia tidaklah berdosa jika dibaca atau dinikmati. Saya telah membahas hal ini dalam «Hukum Melihat Aurat Yang Bukan Hakiki» dan «Adakah Syahwat Itu Sendiri Berdosa?». Dengan mengambil kira bolehnya melihat aurat yang bukan hakiki dan syahwat itu sendiri bukanlah berdosa secara mutlak, maka inilah sebabnya saya berpendirian tidak ada kesalahan dalam agama untuk membaca doujin.

Ia bukanlah aib peribadi bagi saya pada asalnya. Cuma, mungkin jika ia dibawa ke luar ke tempat umum atau kawasan normi, barangkali boleh jadi ia menjadi sebab orang memandang nista terhadapnya. Ia menjadi aib secara ekstrinsik jika adanya reaksi yang dingin terhadapnya.

Apapun, kita kembali kepada perbincangan asal. Suka acita ingin saya maklumkan terlebih dahulu bahawa doujin yang saya sedang beri tumpuan adalah bahagian vanilla, iaitu perhubungan seksual yang normal, biasa dan mesra semua orang. Saya tidak menyentuh tentang doujin yang mempunyai sesuatu yang agak luar tabii dan imaginasi "keterlaluan" seperti seks haiwan, gore, fetish yang cukup pelik dan aktiviti seks yang sukar dihadam.

Mengapa saya membaca doujin? Bukankah jika ingin berhibur atau mendapatkan idea atau memahami perspektif keintiman dan percintaan boleh didapati banyak dalam drama atau filem yang tiada unsur pornografi padanya? Tidak cukupkah dengan semua itu?

Pada saya, hubungan romantik tidak hanya pengakhirannya pada ciuman. Untuk mendalamkan hubungan percintaan, ikatan kemistri akan mengambil tempat dengan memperuntukkan masa bersama di katil pada waktu malam. Bagi saya, seks tidak terpisah dalam hubungan percintaan. Firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

"Di antara tanda-tandanya ialah penciptaan pasangan dari jenis kalian agar kalian merasa senang terhadapnya dan Dia menjadikan keintiman dan romantik di antara kalian. Sesungguhnya pada itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir". [Surah ar-Rūm ayat 21].

₍Sakana₎ (سَكَنَ) dalam ayat ini juga dinyatakan sebagai ₍Iṭmi^nāna₎, (اطْمِئْنَان), iaitu tenang atau ₍Mayl" (مَيْل), iaitu cenderung atau ₍Inqiṭō*₎ (انْقِطَاع), iaitu setia atau ₍llf₎ (إِلْف) iaitu jinak sepertimana pernyataan az-Zamaẖšariyy dalam «al-Kaššāf *An Ḥaqō^iq Wa Ġowāmiḍ at-Tanzīl». Maksudnya, ₍Sakana₎ di sini bermaksud perasaan senang apabila berinteraksi, bergaul, melihat, berdamping dan bersama dengannya.

Manakala bagi ₍Mawaddah₎ (مَّوَدَّةً) dan ₍Roḥmah₎ (رَحْمَة). Penafsiran salaf ada empat pendapat sepertimana yang dinyatakan oleh Abū al-Ḥasan al-Māwardiyy :

أحدها: أن المودة المحبة والرحمة والشفقة، قاله السدي. الثاني: أن المودة الجماع والرحمة الولد، قاله الحسن. الثالث: أن المودة حب الكبير والرحمة الحنو على الصغير , قاله الكلبي. الرابع: أنهما التراحم بين الزوجين، قاله مقاتل.

"Yang pertama, ₍Mawaddah₎ adalah cinta dan ₍Roḥmah₎ adalah simpati. As-Suddiy berkata sedemikian. Yang kedua, ₍Mawaddah₎ adalah persetubuhan dan ₍Roḥmah₎ adalah anak. Al-Ḥasan berkata sedemikian. Yang ketiga, ₍Mawaddah₎ adalah cinta kepada yang tua dan ₍Roḥmah₎ adalah kasih sayang terhadap yang kecil. Al-Kalbiyy berkata sedemikian. Yang keempat adalah saling mengasihani antara dua pasangan. Muqōtil berkata sedemikian". [An-Nukat Wa al-*Uyūnjilid 4m/s 305keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyahtahqiq as-Sayyid *Abdul Maqṣūd bin *Abdul Roḥīm].

Yang menariknya adalah penafsiran al-Ḥasan terhadap ₍Roḥmah₎ sebagai persetubuhan. Al-Māturīdiyy pula membawa dua kemungkinan penafsiran terhadap ₍Mawaddah₎ dan ₍Roḥmah₎.

أحدهما: يودها؛ لما جعل له موضعًا لقضاء شهوته وحاجته، وكذلك هي توده لذلك، (وَرَحْمَةً) أي: يرحم بعضهم بعضًا، ويتحنن إليه، إذا نزل بواحد منهما ما يمنع قضاء الشهوة والحاجة. والثاني: يود بعضهم بعضًا ويرحم بالطبع والخلقة؛ إذ كل ذي طبع يود شكله وجنسه إذا كان في حال السعة والرخاء والسرور، ويرحمه إذا نزل به البلاء والشدة؛ هذا معروف عند الناس أن يتراحم بعضهم على بعض في حال نزول البلاء والشدة، وتوادهم في حال السعة والسرور.

"Salah satunya adalah merasa intim terhadapnya kerana apa dijadikan untuk lelaki tempat bagi melunaskan syahwatnya dan keperluannya. Demikian wanita itu kepada lelaki itu. ₍Roḥmah₎, iaitu mengasihani antara satu sama lain dan rindu kepadanya apabila seseorang itu mendatangi yang lain, tidaklah terhalang untuk melunaskan syahwat dan keperluan. Kedua, merasa intim antara satu sama lain pada tabiat dan perilaku yang mana setiap orang memiliki tabiat merasa intim terhadap bentuknya dan jenisnya apabila seseorang dalam situasi senang, bahagian dan seronok dan dia merasa kasihan apabila bala dan kesepitan menimpanya. Ini dikenali pada manusia bahawa saling merasa kasihan antara satu sama lain pada hal tertimpanya bala dan kesempitan dan mereka saling merasa intim pada hal senang dan seronok". [Ta^wīlāt Ahl as-Sunnahjilid 8m/s 260keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyahtahqiq Dr. Majdiyy Bāsilūm].

Barangkali ada pertanyaan tentang mengapa tiba-tiba ada penafsiran yang berkaitan dengan seks? Ini mungkin sahaja pada penyebutan ₍Baynakum₎ (بَيْنَكُم) pada ayat tersebut. Penyebutan ini menunjukkan bahawa ada perasaan yang unik yang tidak akan didapati dalam hubungan yang lain. Kita boleh renungi penafsiran as-Sam*āniyy tentang maksud ₍Mawaddah₎ :

الْمَوَدَّة: الْحبّ والعطف، وَقد يتَّفق بَين الزَّوْجَيْنِ من الْعَطف والمودة مَا لَا يتَّفق بَين الْأَقَارِب

"₍Mawaddah₎ adalah cinta dan sayang yang selalu terjalin antara dua pasangan dari segi kasih sayang dan ₍Mawaddah₎ adalah apa yang tidak terjalin pada kerabat". [Tafsīr al-Qur^ānjilid 4m/s 204keluaran Dār al-Waontahqiq Yāsir bin Ibrōhim dan Ġunaym bin *Abbās bin Ġunaym].

Maksudnya, ₍Mawaddah₎ yang ada pada ayat ini adalah khusus yang tidak akan dirasai oleh mana-mana pertalian melainkan melalui perkahwinan. Maka, agak tepat untuk mengatakan bahawa ia adalah hubungan seksual. Malah, firman Allah Ta*ālā :

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ ﴿٥﴾ إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ ﴿٦﴾ فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ ﴿٧

"Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya wanita yang mereka miliki kerana sesungguhnya mereka tidak tercela. Sesiapa menginginkan di balik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas". [Surah Mu^minūn ayat 5-7].

Kalaulah percintaan suami dan isteri itu sesuatu yang terpencil daripada elemen seks, tidak ada manfaat Allah menyebut perkara ini, iaitu menjaga kemaluan daripada yang haram melainkan disalurkan kepada pasangannya yang sah. Jelaslah bahawa sememangnya perkahwinan itu sendiri memang tidak terpisah dengan seks. Saya telah membahaskannya lebih panjang dalam penulisan saya yang berjudul «Adakah Seks Dalam Perkahwinan Itu Sesuatu Yang Kecil Dan Tidak Siginfikan?».

Sekarang jelas mengapa saya berpandangan bahawa romantik dan cinta tidak dipisahkan serta ia adalah teras dalam perkahwinan dan sesuatu yang signifikan dalam perhubungan suami dan isteri. Saya faham ada sahaja beberapa kes yang mana perkahwinan atau perhubungan suami dan isteri tidak begitu didasari dengan seks.

Pun begitu, bukan bermakna jika ada beberapa kes seperti ini bermakna kita boleh cela seseorang yang menganggap tidak terpisahnya romantik dengan seks. Malah, celaan ini boleh dianggap berlebihan kerana ia telah menafikan apa yang Allah berikan kepada pasangan suami isteri untuk melakukan sesuatu yang tidak dapat diperoleh daripada perhubungan yang lain.

Saya telah menyebutkan tadi bahawa saya diherdik kerana mengeluarkan pandangan bahawa doujin baik dibaca untuk mendapatkan idea dalam mencipta keseronokan seks. Sebelum saya menyatakan sedemikian, saya sudah lama mengikuti beratus-ratus jurnal, penulisan dan rencana yang berkaitan dengan pelbagai isu seks dalam pelbagai portal seperti Men's Health, Women's Health, Psychology Today, Science Of Us (pada waktu dulu, ia adalah laman web yang berdiri sendiri, kini ia adalah bahagian kolum The Cuts), The Guardians, Huffington Post dan portal berita yang lain yang mempunya kolum untuk jurnalis untuk menulis pandangan peribadi mereka untuk lebih empat tahun. Justeru, saya tidak mengeluarkan pandangan dengan gagasan separuh masak atau sekadar luahan sentimental. Saya mengeluarkan pandangan itu dalam keadaan sedar yang cakna dengan beberapa pengetahuan.

Apa yang saya telah baca? Sudah tentu, ia bukan sahaja hal biologi yang kita belajar di sekolah, tetapi saya juga membaca dan meneliti skop yang lebih terhadap perbincangan seksual seperti menyuarakan isu sosial, feminisme, rogol, pencabulan, sejarah, sosiologi, undang-undang dan gerakan, pendedahan perbezaan psikologi antara lelaki dan wanita, cara untuk menangani konflik dalam keperluan seksual serta tips untuk mendapatkan kesedapan dan keseronokan dalam perhubungan seksual.

Terutamanya Men's Health dan Women's Health, saya dapat katakan ia adalah bahan bacaan pornografi berakademik. Saya banyak belajar bimbingan dan tips untuk mencipta dan memperoleh kenikmatan dengan pasangan. Saya belajar bagaimana untuk berkata-kata kotor yang boleh menyalakan keasyikan, posisi seks yang boleh cecah klimaks dan banyak lagi. Pun begitu, apa yang masih kurang? Ia adalah gambaran ideal pada praktikal.

Sekarang, di sinilah peranan doujin. Ia memberikan projeksi tentang bagaimana kita boleh aplikasikannya kepada realiti melalui cerita fiksyen. Sepertimana The Jokers memberikan projeksi tentang bagaimana gagasan nihilis golongan kiri boleh memberi impak kepada masyarakat. Sebahagian filem panjang mewakili pemikiran, falsafah atau pandangan peribadi pengkarya atau seumpamanya kepada orang ramai supaya mereka terkesan untuk berfikir dan membuka perbincangan atau mendapatkan gambaran untuk kefahaman yang lebih baik dan memiliki gambaran ideal dalam perspektif tersebut.

Apa yang Men's Health atau Women's Health tidak -atau tidak mampu- berikan? Ia adalah projeksi praktikal. Bagaimana seharusnya kita dapat pandangan ideal yang secara kasar tentang seks yang menyeronokkan? Sudah tentu doujin -atau mungkin bahan pornografi, tetapi saya berpandangan doujin adalah lebih baik- akan membantu.

Doujin akan memaparkan cara untuk mengusik pasangan, bermain-main dengan seronok, meluahkan rasa keasyikan yang sedap dalam perhubungan dan mencipta plot jungkiran yang tidak terjangka yang boleh mencipta kelucuan. Sekarang, fahamlah kita bagaiamana doujin boleh menyediakan sedikit pemahaman, lalu membimbing kepada gambaran untuk menghidupkan dan mengabadikan saat yang dicintai.

Cadangan saya untuk menjadikan pornografi sebagai bahan pendidikan bukanlah daripada idea saya sendiri, tetapi saya juga mengambil inspirasi dan setelah mengambil pertimbangan daripada penulisan yang berjudul «Porn In The Classroom» yang ditulis oleh Jenny Murray yang disiarkan dalam portal The Guardians yang bertarikh 17 Oktober 2016. [Rujuk https://www.theguardian.com/commentisfree/2016/oct/17/educate-teenagers-porn-attitudes-sex-parents-schools].

Apa yang dipaparkan di sini adalah sepertimana objektif yang ingin dicapai dalam penerangan di sini. Kalau penulisan tersebut memfokuskan pada pornografi, maka di sini pada doujin.

Bagi saya, seks bukanlah sesuatu yang cuba-cuba untuk menggapai kepuasan dan keseronokan. Seseorang perlu mendapat pandangan yang ideal tentang seks yang menyeronokkan dan menu apa-yang-harus-dilakukan. Kita mungkin sahaja akan ada perhubungan seks selama 40 tahun dengan pasangan kita. Adakah kita akan kekal di momentum yang sama untuk tempoh lama itu?

Sekurang-kurangnya doujin membekalkan stok kepada kita supaya kita mengaplikasikan cara yang lebih kreatif untuk menggiurkan pasangan kita. Kita perlu tetap belajar untuk memahami psikologi pasangan kita serta keperluan dan sokongan emosional.

Begitu juga dengan permainan yang pasangan kita akan bermain dalam masa bersenggama. Bagaiamna kita boleh menjadi seorang yang kreatif sehingga dapat mencipta aktiviti bersama yang menyeronokkan jika kita jahil tentang gambaran yang ideal dalam seks yang menghiburkan dan kurangnya persediaan?

Lantas, bagaimana dengan buku akademik yang romantik atau drama romantik? Adakah itu tidak cukup? Izinkan saya jelaskan hal ini. Cerita atau buku romantik lebih memfokuskan tentang cinta, manakala doujin memfokuskan kepada nafsu. Cinta dan nafsu adalah kewujudan bersama dalam perhubungan romantik. Jika kita menyeimbangkan kedua-duanya, maka itu tidak akan meributkan.

Ya. Seseorang itu tidak akan dapat memahami keseluruhan perkara tentang nihilis golongan kiri hanya dengan menonton The Jokers. Kita perlu membaca buku untuk yang berkaitan untuk ke topik itu. Begitu juga dengan hal ini.

Mungkin ada orang menyinggung: "Terdapat sesuatu yang menjijikkan dan meloyakan dalam doujin yang pergi terlalu jauh daripada yang berkaitan dengan romantik". Saya tidak menafikan hal itu. Namun, adakah ia adalah apa yang pengkarya fikirkan tentang keinginan seksual dan hala tuju dalam nafsu mereka? Ia tidak lebih sekadar untuk suka-suka sahaja.

Apapun, ia seperti kartun untuk kanak-kanak yang memaparkan aksi ganas dan berbahaya seperti memukul, menikam dan terjun dari tempat yang tinggi Adakah ia adalah sesuatu yang baik untuk kanak-kanak mempelajarinya dan merealisasikannya? Sudah tentu tidak. Ia sekadar suka-suka sahaja.

Maka, samalah halnya dengan doujin. Apapun, jika seseorang ingin merealisasikannya dalam perhubungannya, pastikan adanya perbincangan dan pemahaman bersama terlebih dahulu sebelum menjayakannya.

Ia mengingatkan saya dengan petikan: "Mencium dan mendakap menjadikan aku dicintai. Kejutan, kenakalan dan seks yang kasar menjadikan aku didambakan". Ya. Kadangkala yang melangkaui jenis vanilla memberi perencah kepada keseronokan dalam perhubungan. Sama seperti keganasan dalam Tom and Jerry untuk menjadikan rancangan itu seronok dan menghiburkan.

Sudah cukup dengan kupasan berbentuk ilmiah. Sekarang, kita pergi kepada sudut pandang peribadi saya. Di awal penulisan ini, saya nyatakan bahawa saya pernah mengeluarkan pendapat tentang mengapa doujin begitu bagus dibaca pada bahagian awal tadi.

Apa yang saya tuliskan selepas ini adalah pendapat beserta penjelasan sebab baginya sebelum saya disergah. Ia mungkin akan mengulangi apa yang telah dibincangkan di atas, namun ia lebih melihat daripada sudut emosional peribadi berbanding ilmiah. Penulisan yang seterusnya ini ada sedikit berlainan dengan apa yang saya pernah tuliskan dahulu kerana adanya semakan semula.

Sebab pertama saya suka membaca doujin adalah saya percaya bahawa cinta tidak ada makna apa-apa tanpa seks. Jika saya berkemahuan untuk kemistri yang baik dalam perhubungan, saya perlu membuat hubungan'. Cinta yang saya kejar adalah nafsu yang mengikut bersama.

Apabila saya meluahkan: "Aku mencintaimu", ia adalah sama dengan maksud kata-kata: "Saya ingin melakukan seks denganmu". Ya. Ia tidaklah dalam keadaan tergesa-gesa. Namun, perlahan-lahan dan berperingkat. Akan tetapi, jika ia dapat dijayakan dalam masa yang cepat, sememangnya ia adalah anugerah yang hebat yang saya panjatkan kesyukuran kepada Allah Tabāroka Wa Ta*ālā.

Mungkin sebahagian orang tersinggung bahawa doujin cumalah memaparkan bahagian miang lelaki dan karakter jalang untuk wanita. Intipati cinta sangat terhad untuk dipaparkan dan ditekankan. Saya katakan, apa masalahnya?

Apa salahnya seseorang lelaki menjadi miang untuk gadis yang dia cintai atau perempuan menjadi jalang bagi lelaki yang dia idamkan? Itulah saat ikatan kasih mengambil tempat dan keseronokan dalam berpasangan akan terusik.

Saya faham cinta sejati adalah sesuatu yang jarang kita nampak dalam doujin. Kita perlu tahu bahawa doujin memfokuskan kepada nafsu. Jika kita seimbangkan dengan bahan pembacaan atau rancangan romantik, maka ini tidak menimbulkan keributan.

Saya tahu bahawa seks bukanlah hanya satu-satu perkara dan bahagian dalam cinta. Akan tetapi, mengapa saya tidak boleh menikmati semangat kemudaan saya sepertimana yang lain dan apa yang sang berusia lanjut yang memberikan sergahan ini telah lakukannya semasa mereka muda?

Ya. Di sana adanya cinta yang tiada atau sedikitnya seks, tetapi maafkan saya, itu bukan bahagian dalam hidup saya. Mereka yang menyergah saya mungkin boleh laluinya dengan baik, tetapi saya tidak. Cerita dan hidup setiap orang beragam untuk masing-masing.

Kedua, saya pun seperti insan yang lain yang mengikut rancangan-rancangan atau bahan pembacaan seperti komik dan novel yang berkaitan dengan percintaan semasa remaja. Itulah waktu di mana saya didedahkan dan meneroka perhubungan romantik dan pasangan ceria yang manis. Lalu, saya mempelajari nilai yang bermakna pada ciuman.

Ia adalah babak yang terbaik dan terhebat dalam cerita. Ciuman adalah bahagian yang saya sangat dambakan apabila menonton rancangan romantik. Namun, entah macam mana, saya rasa ia tidak cukup. "Adakah itu sahaja?", saya mula menyoal. Saya fikir di sana ada sesuatu yang saya kurang dan tidak tahu apa-apa tentangnya.

Pada waktu itu, saya memang sudah tahu apa itu pornografi, tetapi saya tidak ada kefahaman yang jelas bahawa cinta boleh wujud dalam aktivit yang bernafas yang tercungap-cungap rakus dan gadis itu pula mengerang kenikmatan dengan kata-kata kotor.

Kemudian, saya menemukan maknanya apabila beberapa komik atau rancangan yang memaparkan babak tidur bersama, tetapi bukan seperti yang kita selalu lihat dalam pornografi atau ecchi atau seumpamanya, tetapi selalunya sekadar mencium dan bicara atau ekspresi romantik dalam posisi missionari dengan badan yang bertelanjang yang ditutupi selimut serta sedikit penetrasi masuk-keluar-masuk-keluar dan diakhiri dengan babak rumah yang ditutup dengan langit malam.

Di situlah saya secara berperingkat memahami mengapa seks adalah suatu keperluan yang mendesak dan bahagian penting dalam hubungan percintaan. Itulah yang mencetuskan minat saya untuk meneroka lebih banyak di doujin untuk mempelajari dan menikmati saat membuat perhubungan.

Ketiga, saya tertarik dengan firman Allah Ta*ālā :

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَائِكُمْ

"Dihalalkan untuk kalian menyetubuhi isteri pada waktu malam bulan puasa". [Surah al-Baqoroh ayat 187].

₍Rofaṯ₎ (رفث) di sini merujuk kepada kata-kata yang keji sepertimana yang dinyatakan dalam «Jamharoh al-Luġoh» karya Abū Bakr Muḥammad bin al-Ḥasan al-Azdiyy, «al-*Ayn» karya Abū *Abdul Roḥmān al-H̱olīl bin Aḥmad bin *Amr bin Tamīm al-Baṣriyy, «Tahḏīb al-Luġoh» karya Muḥammad bin Aḥmad bin al-Azhariyy al-Harowiyy, «aṣ-Ṣiḥāḥ Tāj al-Luġoh Wa Ṣiḥāḥ al-*Arobiyyah» karya Abū Naṣr Ismā*īl bin Ḥammād al-Fārōbiyy, «Mujmal al-Luġoh» karya Ibn Fāris, «Mašāriq al-Anwār *Alā Ṣiḥāḥ al-Āṯār» karya *Iyāḍ bin Mūsā bin *Iyāḍ, «Muẖtār aṣ-Ṣiḥāḥ» karya Zaynuddīn Abū *Abdullah bin Abū Bakr al-Ḥanafiyy ar-Rōziyy, «Tāj al-*Urūs Min Jawāhir al-Qōmus» karya al-Murtaḍō az-Zabīdiyy dan «Lisān al-*Arob», karya Ibn Manẓūr, jilid 2, m/s 153, keluaran Dār Ṣōdir.

Malah, sebahagian mereka mendefinisikan bahawa ia merupakan ungkapan-ungkapan keji yang menunjukkan kepada aktiviti persetubuhan dan yang membawa kepadanya sehingga Abū al-Qōsim Maḥmūd bin *Amr az-Zamaẖšariyy dalam «Asās al-Balāġoh» menyatakan bahawa perlunya lapikan kerana kata-kata itu. Sememangnya benar jika ar-Rofaṯ itu disandangkan dengan ₍Ḥarf Jarr₎ ₍Ilā₎ (إلى) akan membawa kepada ₍al-Ifḍō^₎ (الإِفْضَاء), iaitu persetubuhan sepertimana yang disepakati oleh ahli bahasa.

Dalam al-Quran, ada sembilan lafaz lain yang digunakan untuk menunjukkan makna persetubuhan atau persenggamaan. Iaitu, ₍Atā₎ (أَتَى), ₍Massa₎ (مَسَّ), ₍Lāmasa₎ (لَامَسَ), Bāšaro (بَاشَرَ), ₍Istamta*a₎ (اسْتَمْتَعَ), ₍Afḍō Ilā₎ (أَفْضَى إِلَى), ₍Daẖola Bi₎ (دَخَلَ بِ), ₍Taġoššā₎ (تَغَشَّى) dan ₍Qoroba (قَرَبَ). Adakah kebetulan lafaz ₍Rofaṯa Ilā₎ (رَفَثَ إِلَى) digunakan sedangkan maksud asalnya adalah berkata-kata kotor? Adakah Allah bersikap lalai dalam memilih lafaz berkenaan? Apakah ini sekadar kalimah yang disebutkan tanpa mempeduli etimologi yang memberi kesan makna, rasa dan penghayatan?

Az-Zamaẖšariyy ketika mengemukakan sebab disebutkan ₍ar-Rofaṯ₎ yang menunjukkan maksud yang buruk ketika dikinayahkan bagi maksud persetubuhan :

استهجانا لما وجد منهم قبل الإباحة، كما سماه اختيانا لأنفسهم

"Kerana menganggap buruk terhadap apa yang menimpa sebahagian mereka sebagaimana Dia menamakannya pengkhianatan terhadap diri mereka sendiri". [Al-Kaššāf *An Ḥaqō^iq Ġowāmiḍ at-Tanzīljilid 1m/s 230keluaran Dār al-Kitāb al-*Arobiyy].

Saya tidak menyetujui hal ini untuk dua sebab. Pertama, pendapat ini seolah-olah menyatakan Allah mahu menghukum mereka atas keterlanjuran mereka, sedangkan kehalalan yang Allah berikan ini semestinya bukan atas dasar mengherdik mereka secara sindir dan sinis. Ini bermaksud seolah-olah Allah tidak meredhai penganugerahan keharusan itu kepada hamba-Nya.

Kedua, Allah tidak menghalalkan sesuatu yang lawan kepada ₍aṭ-Ṭoyyibāt₎, iaitu ₍al-H̱obā^iṯ₎, iaitu sesuatu yang dianggap jijik. Tidak mungkin sama sekali Allah akan menyatakan kehalalan bagi sesuatu dengan ungkapan yang menggambarkan sifat buruk dan tercela padanya sehingga kehalalan itu tidak dapat didekati dan dinikmati secara senang.

Yang saya dapat cadangkan ialah Allah menyebut ₍ar-Rofaṯ₎ kerana Dia ingin menambahkan keseronokan dalam menikmati rukhsah dan keharusan yang Dia berikan kepada hamba-Nya. Bayangkan selama ini seseorang itu diharamkan untuk meneguk arak, lalu diizinkan untuk meminumnya semahu-mahunya setelah itu? Tentu sahaja ia kegembiraan yang hebat. Lebih-lebih lagi jika yang diharamkan dahulu kini dihalalkan dengan nada yang begitu eksplisit dan provokatif yang menggirangkan jiwa pendengar.

₍Ar-Rofaṯ₎ sebagai simbolik bagi menunjukkan dihalalkan untuk seseorang menggunakan apa sahaja cara yang lebih ekstrim, iaitu menggunakan kata-kata yang kotor supaya memperoleh kenikmatan paling maksima setelah kelonggaran yang diberikan.

Maknanya Allah bukan memberikan kelonggaran semata-mata untuk memberi pilihan sama ada untuk melakukannya atau meninggalkannya, tetapi Allah merangsang hamba-Nya supaya berlazat-lazatan kepada yang lebih ekstrim lagi dengan keharusan ini dengan mencipta iklim aktiviti itu dengan sesuatu yang hebat.

Ini seolah-olah Allah ingin berkata kepada hamba-Nya: "Berkata-kata kotorlah kepada isteri kalian yang mendorong kepada perhubungan seksual pada malam hari bulan puasa". Sama seperti jika dikatakan: "Teguklah arak dengan rakus sampai kalian mabuk". Bukankah ini memberi kesan rasa yang berbeza?

Ini bermaksud salah satu elemen hubungan seks ada penggunaan kata-kata kotor dalam menyalakan rangsangan dan keintiman antara pasangan. Saya telah bawakan petikan kata-kata tadi bahawa kata-kata dan ekspresi yang nakal boleh membarakan perasaan penuh dan ekspresi woah' dalam keterujaan.

Itulah sebabnya saya merasakan bahawa setiap pasangan perlu belajar banyak dalam kemahiran ini yang dapat mendalami keintiman dalam senggama. Ini mengingatkan saya dengan puisi Arab berkaitan dengan ini :

وَيُعْجِبُنِي مِنْكِ حَالَ الجِمَاعِ # لِينُ الكَلامِ وَضَعْفُ النَّظَرِ

"Yang membangkitkan keseronokan saat senggama kita adalah # Lembut bicaramu dan ramah renunganmu". [Al-Mawsū*ah al-Fiqhiyyah al-Muyassaroh Fī Fiqh al-Kitāb Wa as-Sunnah al-Muṭohharohkarya usayn bin *Awdahjilid 5m/s 194keluaran al-Maktabah al-Islāmiyyah].

Ini juga ingin membuat saya teringin untuk mendengar pasangan saya menyanyikan lagu Hot oleh Avril Lavigne dengan kelunakan dan diekspresikan dengan indah! Oh! Ia sememangnya menggodakan jiwa! 

"Aku mahu menguncimu dalam kamar kecilku apabila tiada siapa di dalamnya. Aku ingin memasukkan tanganmu dalam poketku kerana engkau dibenarkan! Aku mahu mengemudimu ke penjuru dan menciummu tanpa suara! Aku mahu kekal di haluan ini selamanya. Aku akan mengungkapkannya dengan kuat. Sekarang engkau sudah masuk dan engkau tidak dapat keluar!".

"Engkau membuatku panas! Engkau membuatku mahu terkulai! Ia sungguh mengajaibkan! Aku susah untuk berhenti! Aku hampir-hampir susah untuk bernafas! Engkau membuatku ingin menjerit! Engkau sangat mengujakan! Engkau sungguh gurih untukku! Sayangku! Sayangku! Engkau sungguh gurih untukku! Sayangku! Sayangku!" 

"Aku boleh membuatmu rasa lebih baik. Terima sahajalah! Aku boleh tunjukkan semua tempat yang engkau belum pernah berada dan aku boleh membuatmu berkata semua yang engkau tidak sebutkan! Aku akan membenarkan engkau membuat apa sahaja lagi dan lagi! Sekarang engkau sudah masuk dan engkau tidak dapat keluar! Ciumlah aku dengan lembut. Sentiasalah aku mengetahui! Peganglah aku! Cintailah aku! Janganlah engkau pergi!".

Keempat, doujin atau mungkin porno yang berbentuk lain yang boleh menjadi bahan yang berguna untuk mempelajari apa yang kita suka dan apa yang kita tidak suka, meneroka pilihan yang secocok dengan kita dan yang tidak kita minat dengannya.

Bagi saya, seks bukanlah sesuatu yang sekadar mencuba-cuba untuk menghasilkan kepuaasan. Seseorang perlu adanya persiapan dan senarai apa-yang-mahu-dibuat dalam menu seks atau mempunyai ideal yang jelas tentang seks yang menghiburkan. Juga berbincang dengan pasangan dan memahami bagaimana antara satu sama lain berperanan.

Ia bukan sekadar aktiviti yang lelaki memasukkan pelirnya ke dalam vagina, kemudian masuk-keluar-masuk-keluar dengan nafas yang tercungap-cungap rakus, lalu diakhiri dengan ejakulasi. Ia adalah tentang bagaimana kita mencipta saat yang menyeronokkan dengan pasangan kita di katil atau di tempat lain. Lebih kreatif seseorang itu, lebih banyak ruang seseorang itu ada untuk menambahkan perisa keseronokan dalam membuat perhubungan.

Sebab itulah kita perlu belajar lebih banyak lagi. Kita mungkin akan melalui kehidupan seksual selama 40 tahun dengan pasangan kita. Adakah kita ingin kekal di pecutan yang sama untuk waktu yang lama sebegitu? Hadiahkanlah pasangan sesuatu yang menawan dan menghidupkan masa bersama yang tercinta.

Kelima, doujin kadangkala mengekspresikan sesuatu yang lebih mendalam dan gelap. Saya tidaklah menyalahkan atau seumpama dengannya rancangan televisyen atau mungkin sahaja pengkarya atau orang yang terlibat dalam menghasilkannya yang tampaknya mahu atau perlu menapis atau menyekat beberapa babak, kandungan dan lain-lain untuk menjaga hati audien umum.

Saya faham keadaan itu. Justeru, jika seseorang mahu sesuatu yang dalam atau yang melangkau lebih daripada apa yang rancangan umum, maka bolehlah pelajari atau gali lebih banyak kefahaman melalui doujin. Itulah tempatnya.

No comments:

Post a Comment