Thursday, June 18, 2020

Yang Dikira Sebagai Persetubuhan Yang Sebenar Dan Kesan Hukumnya

Untuk memenuhi syarat-syarat sesuatu perbuatan itu dikira sebagai persetubuhan yang sebenar atau tidak ia perlu dilihat pada tiga syarat kerana ia melibatkan hukum fiqh seperti kewajipan mandi, perosakan haji, perlaksanaan kaffarah bagi orang yang melakukannya di siang hari bulan Ramadhan, perkahwinan semula untuk isteri yang ditalak tiga, hukuman had dan pelbagai lagi. Oleh ituߨ ia perlu dipandang serius dan diperhatikan dengan sebaik-baiknya.

Syarat pertama adalah mestilah antara anggota khitan؛ iaitu zakar lelaki dan faraj wanita. Ini berdasakan hadis berikut :

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ ، وَعَبْدُ بْنُ حميد ، واللفظ لإسحاق ، قَالَا : أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ ، حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ ، عَنْ ابْنِ طَاوُسٍ ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : مَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَشْبَهَ بِاللَّمَمِ مِمَّا ، قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ : أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا ، أَدْرَكَ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ ، فَزِنَا الْعَيْنَيْنِ النَّظَرُ ، وَزِنَا اللِّسَانِ النُّطْقُ وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي ، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ أَوْ يُكَذِّبُهُ "

Isḥāq bin Ibrōhīm dan Abdu bin umayd telah merawi hadis kepada kami Lafaz ini milik Ishaq mereka berdua berkataܒ Abdul Rozzāq telah merawi khabar kepada kamiܒ Mamar telah merawi hadis kepada kamiܒ daripada Ibn Ṭōwusܒ daripada ayahnyaܒ daripada Ibn Abbās dia berkata Aku tidak pernah melihat sesuatu yang menyerupai dengan al-Lamam pada apa-apa yang Abū Huroyro katakan bahawasanya Nabi ollallāhu alayhi wasallam bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian daripada zina ke atas anak Ādam yang dia akan menempuhi yang tidak mungkin dielak. Makaߨ zina mata adalah melihat, zina lidah adalah percakapan dan jiwa menginginkan dan menggemari. Kemaluan yang membenarkan itu atau mendustakannya". [Ṣoḥīḥ MuslimKitāb al-Qodarno. 4807].

Sisi pendalilan hadis ini adalah jika kemaluan yang membenarkan sesuatu itu berzina ataupun mendustakannyaޱ maka demikian juga persetubuhan di dalam ikatan pernikahan yang sah lagi halal. Hal tersebut mesti kemaluan lelaki dengan kemaluan wanita atau yang lebih spesifik ialah anggota khitan bagi kedua-duanya berdasarkan dalil berikut :

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، قَالَ : حَدَّثَنَا عَمِّي ، قَالَ : حَدَّثَنَا ابْنُ لَهِيعَةَ ، عَنْ جَعْفَرِ بْنِ رَبِيعَةَ ، عَنْ حَبَّانَ بْنِ وَاسِعٍ ، عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ ، عَنْ عَائِشَةَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " إِذَا جَاوَزَ الْخِتَانُ الْخِتَانَ ، فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ " .

Aḥmad bin Abdul Romān telah merawi hadis kepada kami dia berkataܒ Pakcikku telah merawi hadis kepada kami, dia berkataܒ Ibn Lahīa telah merawi hadis kepada kamiܒ daripada Jafar bin Robīaܒ daripada Ḥabbān bin Wāsiܒ daripada Urwa bin az-Zubayrܒ daripada Ā^išah bahawasanya Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam bersabda: "Jika khitan menembusi khitanޱ maka wajib mandi baginya". [Aṭ-Ṭoḥāwiyy dalam Šarḥ al-Maānī al-Āṯārno. 215].

Melalui hadis iniܦ hanya anggota khitan sahaja yang menjadi penyebab hukum. Khitan sepertmana yang didefiniskan oleh Ibn Manẓūr :

مَوْضِعُ الخَتْنِ مِنَ الذَّكَرِ، وَمَوْضِعُ الْقَطْعِ مِنْ نَواة الْجَارِيَةِ. قَالَ أَبو مَنْصُورٍ: هُوَ مَوْضِعُ الْقَطْعِ مِنَ الذَّكَرِ والأُنثى؛ وَمِنْهُ الْحَدِيثُ المرويُّ: إذا الْتَقَى الخِتانان فَقَدْ وَجَبَ الغسلُ، وَهُمَا مَوْضِعُ الْقَطْعِ مِنْ ذَكَرِ الْغُلَامِ وَفَرْجِ الْجَارِيَةِ.

"Tempat berkhatan lelaki dan tempat memotong sebahagian biji kelentit wanita. Berkata Abū Manṣūr: Ia adalah tempat pemotongan pada lelaki dan wanita. Dalam hadis yang diriwayatkan: Apabila bertemunya dua khitan, maka wajib mandi❞❟ kedua-duanya adalah tempat potongan daripada zakar lelaki kecil dan faraj wanita kecil". [Lisān al-Arobjilid 2m/s 257keluaran Dār Ṣōdir].

Adapun bahagian duburޱ maka tidaklah dikira kerana ia bukan anggota khitan. Jika kemaluan dengan anggota lainޱ maka hal tersebut tidak dikira. Seseorang yang bersetubuh melalui dubur tidak diwajibkan untuk mandi baginya kerana anggota tersebut bukan anggota khitan. Ia sama sahaja hukumnya seperti seseorang yang melakukan seks secara oral.

Sebahagian orang berkeras untuk memasukkan bahawa persetubuhan dengan dubur kerana sabda Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam yang berikut :

إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا ، أَدْرَكَ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ ، فَزِنَا الْيَدَيْنِ الْبَطْشُ ، وَزِنَا اللِّسَانِ النُّطْقُ ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي ، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ

"Sesungguhnya Allah Tābaroka wa Taālā menetapkan ketetapan ke atas anak Ādam daripada zina. Ia akan mengenainya secara pasti. Makaߨ zina dua tangan adalah dengan memegang kuat, zina lidah adalah pertuturan dan jiwa adalah menginginkan dan menggemari. Kemaluan akan membenarkan yang itu dan mendustakannya". [Riwayat An-Nasā^iyy dalam as-Sunan al-Kubrōno. 10164].

Mereka beristidlal dengan makna bahasa bagi ₍al-Farj₎ (الْفَرْج)؛ iaitu anggota qubul dan dubur bersamaan. Al-Murtaḍō az-Zabīdiyy berkata :

وقول الفقهاءِ: القُبُلُ والدُّبُرُ كلاهما فَرْجٌ يَعْنِي في الحُكْمِ. وفي المصباح: الفَرْجُ من الإِنسان يُطْلَق على القُبُلِ والدُّبُر، لأَنّ كلّ واحد مُنفرِجٌ أَي مُنْفَتِحٌ، وأَكثر استعماله في العُرْف في القُبُل.

"Pendapat fuqaha pada qubul dan dubur adalah ₍al-Farj₎؛ iaitu pada hukum. Dalam «al-Miṣbāḥ»: Al-Farj daripada manusia ditujukan pada qubul dan dubur kerana setiap satu daripadanya adalah Munfarij؛ iaitu terbuka. Kebanyakan penggunaannya pada uruf adalah pada qubul". [Tāj al-Urūs Min Jawāhir al-Qōmūsjilid 6m/s 142keluaran Dār al-Hidāya].

Akan tetapiߨ jika sedemikianޱ maka persekitarannya termasuk skrotum dan bulu ari-ari juga termasuk ₍al-Farj₎. Abū Manṣūr al-Azhariyy berkata :

والْفَرْجُ اسْم يَجْمع سَوْءات الرّجال والنساءِ والقُبْلانِ وَمَا حَواليهما، كُلُّه فَرْج، وَكَذَلِكَ من الدّواب وَنَحْوهَا من الخَلْق.

"₍Al-Farj₎ adalah kata nama yang mengumpulkan makna kemaluan lelaki dan wanita, dua qubul dan sekitarnya. Kesemuanya adalah ₍Farj₎. Sedemikian itu pada binatang dan seumpamanya pada sekalian makhluk". [Tahḏīb al-Luġohjilid 11m/s 32keluaran Dār Iyā^ at-Turōṯ al-Arobiyykeluaran Muammad Aw Murib].

Padahalߨ persekitaran seperti skrotum dan apa yang di antara qubul dan dubur sama sekali tidak dikira sebagai ₍Al-Farj₎ menurut ketetapan para fuqaha. Ini sepertimana yang dinyatakan oleh Jamāluddīn al-Isnawiyy :

الأمر الثاني: أن الأنثيين خارجان عن مسمى الفرج كما صرحوا به في نواقض الوضوء في الكلام على مس الفرج والتعبير بالفرج ههنا يقتضي أن جملة الرجال إذا نقض منها الأنثيان

"Perkara kedua adalah bahawa skrotum keluar daripada yang dinamakan ₍al-Farj₎ sepertimana yang mereka telah nyatakannya dalam pembatal wuduk dalam bicara tentang sentuhan faraj. Ungkapan ₍al-Farj₎ di sini adalah yang menunjukkan keseluruhan lelaki apabila terputus skrotum daripadanya". [Al-Muhimmāt Fī Šarḥ ar-Rowḍoẗ Wa ar-Rōfiiyyjilid 2m/s 231keluaran Markaz at-Turōṯ a-aqofiyy al-Maġribiyy].

Najmuddīn al-Anṣōriyy berkata :

الرابع: أنه لا ينتقض الوضوء بمس العانة، والأنثيين والأليتين، وما بين الدبر والمبال؛ لأن ذلك ليس بفرج، وهو كذلك عندنا بلا خلاف.

"Yang keempat adalah bahawasanya tidak batal wuduk dengan menyentuh ari-ari, skrotum, dua pinggul dan apa yang di antara dubur dan tempat kencing kerana ia bukan ₍al-Farj₎. Ia adalah sedemikian di sisi kami tanpa khilaf". [Kifāyaẗ an-Nabīh Fī Šarḥ at-Tanbīhjilid 1m/s 405keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyyatahqiq Majdiyy Muammad Surūr Bāslūm].

Makaߨ hakikat faraj itu di sisi fuqaha adalah pada batangnya sahaja. Kedua-dua buahnya tidak termasuk bersama. Oleh ituߨ jika seseorang memasukkan skrotumnya ke dalam faraj wanitaޱ maka dia tidak diwajibkan mandi baginya.

Jika mereka menolak untuk memasukkan skrotum termasuk daripada zakarߨ lalu ia termasuk dalam penyebutan ₍al-Farj₎ޱ mengapa perlu memasukkan dubur bersamaan sedangkan telah jelas yang diambil kira adalah pertemuan dua khitan?

Ini mengingatkan saya kepada tentangan keras oleh Abdul ayy bin Muammad bin a-iddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli uṣūl berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam dalam «at-Tayammum Fī al-Kitāb Wa as-Sunna Wa Ibṭōl al-Mahab al-Qō^il Inna at-Tayammum Lā Yajūz Bi Ġoyr at-Turōb» ketika membantah pandangan fuqaha untuk firman Allah Azza Wa Jalla :

فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا

"Hendaklah kalian bertayammum dengan permukaan yang baik". [Surah an-Nisā^ ayat 43].

Yang mana para fuqaha hanya menterhadkan makna ₍aṣ-Ṣoīd kepada pasir atau tanah sahajaߨ sedangkan ia boleh merujuk apa sahaja yang di atas permukaan bumi. Dengan kata lain Abdul ayy al-Ġumāriyy menyebutkan bahawa tidak ada masalah untuk bertayammum dengan batu keras sekalipun!

Sebegitu juga Abdul ayy al-Ġumāriyy dalam «Ruo a-ohāro Wa a-olāẗ Wa Tašdīdāt al-Fuqohā^» yang menolak pandangan bahawa al-H̱uff (الْخُفّ) hanya terhad untuk yang berkulit sahaja kerana pandangan itu menyalahi bahasa yang merujuk kepada apa sahaja yang ditutup di pergelangan kaki.

Sedemikian juga untuk permasalahan ini. Kita menolak kerangkuman dubur bersamaan kerana kita tidak mengumumkan sesuatu yang telah khusus penyebutannya؛ iaitu anggota khitan sebagaimana yang disebutkan dalam hadis itu dan sepertimana kita tidak boleh sesuka mengkhususkan makna ₍aṣ-Ṣoīd yang umum kepada makna pasir atau tanah sahaja.

Sebahagian mereka berkata bahawa pengasingan skrotum dengan zakar sepertimana yang maklum dalam perbahasan fiqh ketika membincangkan fiqh untuk lelaki berasaskan hadis berikut :

نا إِبْرَاهِيمُ الْعَبْسِيُّ ، نا وَكِيعٌ ، عَنِ الْأَعْمَشِ ، عَنْ مُنْذِرٍ الثَّوْرِيِّ ، عَنِ ابْنِ الْحَنَفِيَّةِ عَنْ عَلِيٍّ قَالَ : كُنْتُ رَجُلًا مَذَّاءً ، وَكُنْتُ أَسْتَحِي أَنْ أَسْأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمَكَانِ ابْنَتِهِ ، فَأَمَرْتُ الْمِقْدَادَ ، فَسَأَلَهُ ، فَقَالَ : يَغْسِلُ ذَكَرَهُ وَأُنْثَيَيْهِ

Ibrōhīm al-Absiyy telah merawi hadis kepada kamiܒ Wakī telah merawi hadis kepada kamiܒ daripada al-Amašܒ daripada Munḏir aṯ-Ṯawriyyܒ daripada Ibn al-Ḥanafiyyaẗܒ daripada Aliyy dia berkata Dahulu aku seorang lelaki yang selalu keluar mazi. Aku malu untuk bertanya kepada Nabi ollallāhu alayhi wasallam kerana sebab anak perempuannya. Aku pun menyuruh al-Miqdādߨ lalu dia bertanya kepadanya. Baginda pun bersabda: "Basuhlah zakarnya dan skrotumnya". [Mujam Ibn al-Arōbiyyno. 979].

Mereka berpendapat bahawa Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam mengasingkan zakar dan skrotumnya sebagai pemberitahun bahawa kedua-duanya tersebut adalah berbeza. Pengasingan ini adalah pengasingan secara hukum sepertimana perangkuman dubur kepada ₍al-Farj₎ secara hukumߨ bukan secara bahasa. Ibn Ābidīn berkata :

(قَوْلُهُ: يَعْنِي فِي غَيْر السَّبِيلَيْنِ) أَشَارَ لِمَا فِي الْفَتْحِ حَيْثُ قَالَ أَرَادَ بِالْفَرْجِ كُلًّا مِنْ الْقُبُلِ وَالدُّبُرِ، فَمَا دُونَهُ حِينَئِذٍ التَّفْخِيذُ وَالتَّبْطِينُ اهـ أَيْ؛ لِأَنَّ الْفَرْجَ لَا يَشْمَلُ الدُّبُرَ لُغَةً وَإِنْ شَمِلَهُ حُكْمًا قَالَ فِي الْمُغْرِبِ الْفَرْجُ قُبُلُ الرَّجُلِ وَالْمَرْأَةِ بِاتِّفَاقِ أَهْلِ اللُّغَةِ ثُمَّ قَالَ وَقَوْلُهُ الْقُبُلُ وَالدُّبُرُ كِلَاهُمَا فَرْجٌ يَعْنِي فِي الْحُكْمِ. اهـ.

"Katanya: <Yakni pada selain dua jalan>. Dia mengisyaratkan dengan apa yang dalam «al-Fatḥ» pada ketika dia berkata: Dia memaksudkan kedua-dua daripada qubul dan dubur dengan ₍al-Farj₎. Laluߨ apa yang di selainnya adalah interkrural dan venal. Tamat Ini kerana al-Farj tidak merangkumi dubur secara bahasa walaupun ia merangkuminya secara hukum. Dia berkata dalam «al-Muġrib»: Al-Farj adalah qubul lelaki dan wanita dengan kesepakatan ahli bahasa. Kemudianߨ dia berkata: Katanya qubul dan dubur kedua-duanya adalah al-Farj؛ yakni pada hukum. Tamat [Rodd al-Mutār Alā ad-Durr al-Mutārjilid 2m/s 398keluaran Dār al-Fikr].

Saya katakanhadis itu sedang membicarakan perbezaan antara zakar dengan skrotum dalam konteks perincianߨ bukan untuk mengeluarkan skrotum daripada penyebutan zakar. Kalaulah penyebutan secara berasingan memaksudkan untuk dua anggota yang berbezaޱ maka ketiadaan penyebutan bulu ari-ari dalam ini bermaksud ia termasuk dalam zakar. Ini adalah kesimpulan yang simplistik lagi gopoh. Apatah lagi jika fuqaha sepakat untuk tidak memasukkannya.

Jelaslah bahawa makna syarak tidak boleh digunakan dan menafikan makna bahasa seperti menafikan skrotum dari anggota zakar seceara hukum melainkan didatangkan dalilnya. Disebabkan tiada dalil yang jelas untuknyaܦ kita perlu ambil kira penggunaan secara bahasa atau yang lebih tulen berbanding yang boleh saling bertukar makna dalam bidang tertentu.

Apapunߨ zakar itu ₍al-Farj₎ߨ tetapi ₍al-Farj₎ tidak semestinya zakar kerana ₍al-Farj₎ lebih luas daripada itu. Dinamakan ₍al-Farj₎ kerana ia adalah celahan atau belahan antara dua sesuatu. Našwān bin Sad al-imyariyy berkata :

والفَرْج: الفُرْجة بين الشيئين

"₍Al-Farj₎ adalah celahan antara dua sesuatu". [Šams al-Ulūm Wa Dawā^ Kalām al-Arob Min al-Kulūmjilid 8m/s 5133keluaran Dār al-Fikr al-Muāṣirtahqiq usayn bin Abdullah al-Umariyy, Muhir bin Aliyy al-Īrōniyy dan Yūsuf Muḥammad Abdullah].

Kemudianߨ ia dikembangkan juga pada apa yang ada di antara dua kaki. Zaynuddīn Muḥammad berkata :

الفرج: بالسكون. والفرجة: الشق بين الشيئين. والفرج ما بين الرجلين وبه سمي فرج المرأة والرجل لأنه بين الرجلين ذكره الراغب. وقال بعضهم: أصله الشق وكني به عن السوأة، وكثر حتى صار كالصريح فيه.

"₍Al-Farj₎ dengan sukun. ₍Al-Furjaẗ₎ adalah belahan antara dua sesuatu. ₍Al-Farj₎ adalah apa yang di antara dua kaki. Dinamakan ₍Farj₎ lelaki dan wanita kerana ia di antara dua lelaki. Ini disebutkan ar-Rōġib. Sebahagian mereka berkata bahawa asalnya adalah pecahan dan dikinayahkan dengan kemaluan. Penggunaannya banyak sehingga menjadi seperti yang jelas tertuju padanya". [At-Tawqīf Alā Muhimmāt at-Taārifm/s 258keluaran Ālim al-Kutub].

Atas sebab itulah al-Azhariyy memasukkan persekitaran juga termasuk pada bahagian ₍al-Farj₎ kerana ia adalah apa yang ada pada celahan antara dua kaki dan sebegitu juga Našwān bin Saīd al-imyariyy memasukkan qubul bersamaan dalam bahagiannya. Dia berkata :

والفَرْجُ: واحد الفروج من القبل والدبر للناس والدواب، قال الله تعالى: وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حافِظُونَ

"₍Al-Farj₎ adalah lafaz tunggal bagi ₍al-Furūj₎ yang berupa qubul dan dubur untuk manusia dan haiwan. Allah Taālā berfirman: {Orang yang menjaga kemaluan mereka}". [Šams al-Ulūm Wa Dawā^ Kalām al-Arob Min al-Kulūmjilid 8m/s 5133keluaran Dār al-Fikr al-Muāṣirtahqiq usayn bin Abdullah al-Umariyy, Muhir bin Aliyy al-Īrōniyy dan Yūsuf Muammad Abdullah].

Setelah ituܦ apa pula justifikasi untuk tidak memasukkan bulu ari-ari dan sekitarnya seperti bahagian antara qubul dengan dubur sebahagian daripada ₍al-Farj₎ sehingga menyentuhnya tidak membatalkan wuduk? Apakah secara hukum? Atas dasar apa hukum itu? Hukum apa? Hukum syarak? Apa dalilnya? Kalaulah perbezaan zakar dengan skrotum itu adalah jelasޱ maka di mana pula untuk ₍al-Farj₎ dengan bulu ari-ari dan yang di antara qubul dan dubur?

Tidak ada dalil untuk itu. Makaߨ hakikatnya adalah apabila seseorang memasukkan skrotum ke dalam farajޱ itu sudah mewajibkan mandi dan sudah dikira sebagai zina dengan memakai makna secara bahasa sepertimana dubur itu sendiri termasuk dalam ₍al-Farj₎ߨ bukan makna secara hukum atau istilah khas untuk fiqh. Jika berpandangan sebaliknyaޱ maka ini adalah sesuatu yang tidak diterima melainkan dengan ditunjukkan dalilnya.

Oleh ituߨ yang dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah anggota khitan sehingga pertemuan kedua-duanya menatijahkan zinaߨ bukan bahagian selainnya kerana telah sabit daripada hadis dan kita tidak mengambil kira dari sudut bahasa. Walaupun pada asalnya kita menyetujui bahawa persetubuhan zakar pada dubur juga adalah termasuk dalam yang diwajibkan mandiޱ namunߨ apabila sabitnya khabar yang autentikޱ maka didahulukan apa yang telah disebutkan.

Jika dikatakan bahawa hadis tentang khitan itu adalah kerana dominannya adalah berlakunya persetubuhan melalui khitan dan ia sama sekali tidak menafikan selainnyaߨ maka ia dijawab dengan dua bentuk.

Pertamaߨ penggunaan makna literal didahulukan berbanding penggunaan makna yang dominan. Ini termasuk dalam kaedah fiqh :

الْأَصْلُ فِي الْكَلَامِ الْحَقِيقَةُ

"Asal bagi kalam adalah hakikatnya". [Al-Ašbāh Wa an-Naẓō^irkarya Jalāluddīn as-Suyūṭiyym/s 63keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyya].

Ini tidak akan dinafikan oleh mana-mana orang pun. Apabila seseorang mewakilkan kita untuk membeli produk dengan jenama tertentuޱ maka pilihan produk tersebut bukan kerana pada dominannya ia adalah terbaik dan pilihan popular orang ramai atau pihak yang mewakilkan sehingga kita boleh membeli selainnya jika ada yang setara atau yang lebih baik. 

Sebegitu jugalah dengan penyebutan hadis yang menyebutkan faraj yang membenarkan perzinaan bagi anggota lidah dan tangan. Ia adalah sepertimana makna literal yang difahami dan dituturkan؛ iaitu faraj yang akan membenarkan semua anggota itu berzina atau mendustakannyaߨ bukan anggota lain dengan faraj seperti seks secara oral, interkrural dan venal atau bukan kerana zakar dan faraj adalah anggota yang dominan dalam aktiviti zina sehingga zakar dengan selainnya atau faraj dengan selainnya juga boleh dikira zina. 

Al-Qurṭubiyy berkata :

إن حصل إيلاج الفرج الحقيقي، ثم زنا تلك الأعضاء، وثبت إثمه، وإن لم يحصل ذلك واجتنب كفر زنا تلك الأعضاء

"Jika berlakunya penetrasi faraj secara hakikiߨ kemudian berzina anggota tersebutޱ maka nyatalah dosanya. Jika itu tidak berlaku dan ia menjauhinyaޱ maka terhapuslah zina anggota tersebut". [Al-Mufhim Limā Aškala Min Talẖīs Kitāb Muslimjilid 6m/s 674675keluaran Dār Ibn Kaṭīr].

Al-Irōqiyy yang berkata :

فَإِنَّ مَعْنَى التَّصْدِيقِ هُنَاكَ تَحْقِيقٌ لِلزِّنَى بِالْفَرْجِ وَمَعْنَى التَّكْذِيبِ أَنْ لَا يُحَقِّقُهُ بِالْإِيلَاجِ فَصَارَتْ تِلْكَ النَّظْرَةُ كَأَنَّهَا كَاذِبَةٌ لَمْ يَتَّصِلْ بِهَا مَقْصُودُهَا

"Kerana sesungguhnya makna pembenaran di sana ialah merealisasikan zina dengan faraj dan makna pendustaan adalah ia tidak merealisasikannya dengan penetrasi. Laluߨ terjadinya lihatan itu seolah-olah berdusta yang tidak sampai maksudnya melaluinya". [Ṭorḥ at-Taṯrīb Fī Šarḥ at-Taqrībjilid 8m/s 20keluaran Dār Iyā^ at-Turōṯ al-Arobiyy].

Aliy al-Harowiyy al-Qōrī yang berkata :

وَقِيلَ مَعْنَاهُ: إِنْ فَعَلَ بِالْفَرْجِ مَا هُوَ الْمَقْصُودُ مِنْ ذَلِكَ فَقَدْ صَارَ الْفَرْجُ مُصَدِّقًا لِتِلْكَ الْأَعْضَاءِ، وَإِنْ تَرَكَ مَا هُوَ الْمَقْصُودُ مِنْ ذَلِكَ فَقَدْ صَارَ الْفَرْجُ مُكَذِّبًا

"Dikatakan maknanya adalah jika seseorang melakukannya apa yang menjadi maksud kepadanya dengan farajޱ maka menjadilah faraj itu sebagai pembenar bagi anggota tersebut. Jika seseorang meninggalkan apa yang menjadi maksud kepadanyaޱ maka menjadilah farajnya sebagai pemendusta". [Mirqōẗ al-Mafātīḥ Šarḥ Miškāẗ al-Maṣōbīḥjilid 1m/s 158keluaran Dār al-Fikr].

Sebegitu juga dengan hadis penembusan anggota khitan. Penyebutan yang zahir lebih patut diutamakan dan dipegang teguh berbanding kita membuka pelbagai penafsiran. Apabila disebutkan anggota khitanޱ maka tidak perlu diandaikan lebih luas daripada itu sepertimana tidak perlu disempitkan ₍aṣ-Ṣoīd yang telah luas tanpa asas.

Ini menambahkan lagi kemusykilan yang tidak diperlukanߨ bahkan merosakkan manhaj penghukuman kerana mengamalkan sesuatu dari sudut bahasa pada suatu perkaraߨ kemudian mengamalkan dari sudut hukum pada suatu perkara tanpa dasar yang jelas.

Abdul ayy al-Ġumāriyy berkata :

الحكم تابع للاسم والاسم تابع لمعناه

"Hukum itu mengikuti nama dan nama mengikuti maknanya". [Ruẖoṣ aṭ-Ṭohāroẗ Wa aṣ-Ṣolāẗ Wa Tašdīdāt al-Fuqohā^terhimpun dalam judul «al-Ajwiba al-Fiqhiyya Li al-Uṣūliyy Li Abd al-ayy Ibn a-iddīq al-Ġumāriyy» yang dihimpunkan oleh Muḥammad Ilyās al-Marrōkišiyym/s 387keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyya].

Sekarang ini apa pula justifikasi untuk tidak memasukkan bulu ari-ari dan sekitarnya seperti bahagian antara qubul dengan dubur sebahagian daripada al-Farj sehingga persetubuhan dengannya tidak dikira? Apakah secara hukum? Atas dasar apa hukum itu? Hukum apa? Hukum syarak? Apa dalilnya? 

Kemudianߨ Ibn Ābidīn menyebutkan bahawa dubur tidak termasuk ₍al-Farj secara bahasaߨ tetapi secara hukum. Apa dalil untuk menerima dubur sebagai ₍al-Farj₎ secara hukum dan mengenepikan skrotum daripadanya? Al-Murtaḍō az-Zabīdiyy mengutip daripada «al-Miṣbāḥ» bahawa penggunaan yang terbanyak adalah merujuk kepada qubul. Tidakkah kita boleh mendahulukan penggunaan makna yang terbanyak berbanding makna asal dan selainnya seperti ungkapan anak Ādam merujuk kepada keturunannyaߨ bukan makna bahasanya dan makna asalnya?

Bahkanߨ tujuan penyebutan anggota khitanߨ khususnya kepala zakar adalah untuk memadamkan kemusykilan bahawa seakan-akan persetubuhan hanya dikira apabila tenggelamnya zakar seseorang semuat yang dia mampu atau apabila ketika berlaku pergeseran keluar dan masuk pada zakar atau sekadar meletakkan hujung zakar tanpa tenggelam keseluruhan kepalanya atau seumpamanya atau kesemua sekali. Malahߨ jika zakar seseorang memiliki kemampuan untuk menggulung zakarnyaޱ lalu dimasukkan bahagian tengahnya sahaja tanpa kepala zakar pun dikira persetubuhan jika tiada ketetapan yang jelas.

Makaߨ penyebutan hadis ini adalah garis panduan yang jelas supaya tiada siapa lagi yang musykil tentang had yang dikira persetubuhan. Jika kita membuka lagi keluasanޱ maka ini bermakna kita seakan-akan menganggap ia masih tidak jelas atau sengaja menambahkan kemusykilan yang tidak perlu lagi tidak berasas.

Kalau kita tidak mempersoalkan dan menjadi musykil bahawa penembusan anggota khitan dengan tenggelamnya seluruh kepala zakar sudah mewajibkan mandiޱ mengapa perlu lagi menambahkan lagi persoalan dan kemusykilan tentang sama ada penyetubuhan pada dubur itu mewajibkan mandi atau tidakߨ lalu menafikan skrotum termasuk persetubuhan yang sah untuk mewajibkan mandi? 

Inilah sebabnya makna literal didahulukan makna dominan. Sah dan batal adalah perkara taabbudi dan ia tidak boleh melainkan berdiri di atas dalil yang yakin atau illah dari dasar yang jelas. Perkara taabbudi yang tidak jelas adalah sama seperti kepatuhan terhadap syarat yang rapuh kesabitannya dan pengabdian kepada Allah dengan amalan yang tidak diyakini. Ini tertolak dalam agama.

Keduaߨ mereka berkata bahawa persetubuhan melalui anggota khitan adalah dominan berbanding pada dubur. Mengapa pula tidak dimasukkan persetubuhan skrotum pada faraj sama statusnya dengan zakar pada dubur yang kurang dominan sehingga tidak disebutkan dan tidak termasuk dalam mafhum?

Penggunaan makna dominan memaksudkan bahawa adanya illah untuk menafikan penggunaan makna literal. Contohnya adalah penafian pengharaman mutlak oleh sebahagian ulama untuk wanita musafir bersendirian. Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam bersabda :

لاَ تُسَافِرِ المَرْأَةُ مَسِيرَةَ يَوْمَيْنِ إِلَّا وَمَعَهَا زَوْجُهَا أَوْ ذُو مَحْرَمٍ

"Tidak boleh wanita merantau sejauh perjalanan dua hari melainkan ada suaminya atau yang memiliki mahram bersamnya". [Ṣoḥīḥ al-BuẖōriyyKitāb a-owmno. 1914].

Ini kerana secara dominannya adalah menurut mereka wanita yang berseorangan tidak dijamin keselamatannya sepanjang perantauannya dan terdedah kepada ancaman sekeliling serta lemahnya mereka dalam mendepani cabaran. Oleh ituߨ pengharaman ini hanya merujuk kepada wanita yang peka pada situasi tersebut atau tidak dapat memastikan jaminan keselamatannya sepanjang musafir. Jika sebaliknyaޱ maka pengamalan hadis ini secara literal tidak terpakai untuk wanita tersebut.

Sekarang hadis tentang pertemuan dua khitan sebagai syarat sah persetubuhan yang mewajibkan mandi boleh dinafikan makna literalnya kerana ia juga sah pada bahagian dubur di sisi mereka. Makaߨ apa illahnya? Adakah kerana ia dinamakan juga persetubuhan? Jika begituޱ maka memasukkan skrotum juga boleh termasuk dalam kategori persetubuhanߨ lebih-lebih lagi ia termasuk dalam ₍al-Farj₎ dari segi bahasa. 

Jika dikatakan bahawa skrotum tidak menatijahkan kenikmatan dan sama sekali tidak sama dengan duburޱ maka illahnya adalah kenikmatan. Laluߨ dengan itu persetubuhan secara interkrural, venal dan oral juga adalah kenikmatan dan layak untuk mewajibkan seseorang itu mandi! Yang lebih teruk lagi adalah jika kenikmatan adalah illah kepada hukumޱ maka persetubuhan pada anggota khitan yang tidak menghasilkan kenikmatan tidak mewajibkan mandi!

Jika dikatakan bahawa hanya bahagian ₍al-Farj₎ sahaja dan tidak semestinya wujudnya kenikmatanޱ maka skrotum juga termasuk ₍al-Farj₎ dari segi bahasa dan tidak menghasilkan kenikmatan sehingga sah dianggap persetubuhan yang mewajibkan mandi. Malahߨ Ibn Ābidīn menyebutkan bahawa dubur tidak merangkumi ₍al-Farj melainkan secara hukum sahaja sehingga tidak sah dianggap persetubuhan yang mewajibkan mandi jika diaplikasikan dari sudut bahasa.

Lebih teruk lagi adalah apabila penyebutan anggota khitan adalah kerana dominannya dalam aktiviti persetubuhanޱ maka penyebutan penembusan anggota khitan juga adalah sekadar menunjukkan dominannya sehingga pergeselan di luar faraj tanpa penetrasi atau penetrasi yang tidak menembusnya anggota khitan yang mana kedua-dua ini tidak dominan juga diterima sebagai persetubuhan yang sah untuk kewajipan mandi!

Saya memahami mengapa Abdul ayy al-Ġumāriyy dalam «Ruo a-ohāro Wa a-olāẗ Wa Tašdīdāt al-Fuqohā^» tegas menolak syarat-syarat yang tidak didukung oleh dalil dalam pemakaian khuf. Antaranya adalah penolakan syarat validitasnya agar ia menutup buku lali, tidak terkoyak dan tidak tertanggal. Apabila tidak ada dalilޱ maka syarat yang dibina hanya berdiri di atas persangkaan dan terbuka dengan pelbagai kemusykilan yang tidak sepatutnya sehingga memberi kesan kepada sah dan batal.

Sebahagian orang akan menjustifikasikan bahawa ini adalah syarat yang berdiri secara hukum sama seperti dubur termasuk dalam ₍al-Farj₎ߨ manakala skrotum adalah sebaliknya secara hukum. Sedangkanߨ Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam bersabda :

 مَا كَانَ مِنْ شَرْطٍ لَيْسَ فِي كِتَابِ اللَّهِ فَهُوَ بَاطِلٌ

"Apa sahaja daripada syarat yang tiada dalam kitab Allahޱ maka ia adalah batil". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyyno. 2033].

Dalam kes ini saya mengambil inspirasi daripadanya dan mengaplikasikannya di sini. Syarat yang memasukkan bahagian dubur juga sebagai sah dianggap sebagai persetubuhan tidak disokong dalil dan tertolak. Lihat apa jadi apabila syarat-syarat yang didirikan tanpa dalil. Ia mendedahkan percanggahan dan kerapuhan.

Kemudianߨ persetubuhan yang sah juga mestilah daripada anggota khitan yang asli. Jika wanita memasukkan dildo dalam farajnyaޱ ini tidak dikira meskipun ia berbentuk sama seperti zakar lelaki. Sama juga jika seseorang lelaki menggantikan zakarnya yang asli dengan zakar robotik yang mana ia mampu memberikan rasa kelazatan kepada pelakunya dan pasangannyaޱ maka ini juga tidak mewajibkan mandi bagi kedua-dua daripada mereka. Jika seseorang lelaki memotong zakarnyaߨ lalu melubangi bahagian yang terpotong sehingga menjadi seperti farajޱ maka ini tidak dikira kerana itu bukanlah faraj yang sebenar.

Jika seseorang bersetubuh di alam Permainan Watak Dalam Talian Bermultipemain Masif Berealiti Maya atau ₍Virtual Reality Massively Multiplayer Online Role-Playing Game (VRMMORPG)₎ sepertimana dalam anime Sword Art Online atau Infinite Dendrogramޱ maka hal tersebut tidak dianggap persetubuhan secara hakiki disebabkan zakar dan faraj dalam dunia itu bukanlah yang asli.

Untuk haiwan pula saya tidak pasti jika ada dalil yang menyokong hal ini. Daripada kenyataan al-Azhariyy juga perkataan al-Farj juga ditujukan kepada haiwan. Namunߨ Abū al-Baqō^ aš-Šāfiiyy berkata :

قال: (لا فرج بهيمة)، فلا ينقض، كما لا يجب ستره، ولا يحرم النظر إليه.

"Dia berkata: <Tidak juga faraj binatang>. Makaߨ tidak batal wuduk sepertimana tidak wajib menutupnya dan tidak haram melihatnya". [An-Najm al-Wahhāj Fī Šarḥ al-Minhājjilid 1m/s 276keluaran Dār al-Minhāj].

Bagi saya agak keterlaluan untuk meluaskan makna kepada semua anggota kemaluan sehingga termasuk haiwan atau barangkali jin juga boleh dimasukkan sekali sepertimana sama mereka lakukan secara berlebihan pada bahagian dubur. Cukuplah kita berpada dengan apa yang telah jelas pada kita؛ iaitu anggota khitan pada manusia.

Antara yang jelas dalam hal ini adalah pada Manṣūr bin Yūnus al-Ḥanbaliyy :

(وَلَا بِإِيلَاجِ فِي غَيْرِ أَصْلِيٍّ) أَوْ بِغَيْرِ أَصْلِيٍّ (كَإِيلَاجِ رَجُلٍ فِي قُبُلِ الْخُنْثَى) الْمُتَّضِحِ الذُّكُورِيَّةِ أَوْ الْمُشْكِلِ، بِلَا إنْزَالٍ لِعَدَمِ الْفَرْجِ الْأَصْلِيِّ بِيَقِينٍ. (أَوْ إيلَاجِ الْخُنْثَى) الْوَاضِحِ الْأُنُوثَةِ، أَوْ الْمُشْكِلِ (ذَكَرَهُ فِي قُبُلٍ أَوْ دُبُرٍ بِلَا إنْزَالٍ) لِعَدَمِ تَغْيِيبِ الْحَشَفَةِ الْأَصْلِيَّةِ بِيَقِينٍ (وَكَذَا لَوْ وَطِئَ كُلُّ وَاحِدٍ مِنْ الْخُنْثَيَيْنِ الْمُشْكِلَيْنِ الْآخَرَ بِالذَّكَرِ فِي الْقُبُلِ) لِاحْتِمَالِ زِيَادَتِهِمَا، أَوْ زِيَادَةِ أَحَدِهِمَا (أَوْ) وَطِئَ كُلُّ وَاحِدٍ مِنْ الْخُنْثَيَيْنِ الْآخَرَ بِالذَّكَرِ فِي (الدُّبُرِ) لِاحْتِمَالِ زِيَادَةِ الذَّكَرَيْنِ.

"<Tidak juga dengan penyetubuhan yang bukan asli> atau yang bukan asli <seperti persetubuhan lelaki pada qubul khunsa> yang nyata kelelakiannya atau musykil yang tanpa keluar mani kerana ketidakwujudan faraj yang asli secara yakin <atau pemasukan khunsa> yang nyata keperempuanannya atau musykil <akan zakarnya pada qubul atau dubur yang tanpa keluar mani> kerana ketidakwjudan tenggelam kepala zakar yang asli secara yakin. <Demikian juga kalau setiap orang daripada khunsa yang musykil menyetubuhi yang lain dengan zakar pada qubul> kerana mengandaikan pertambahan anggota kedua-duanya atau pertambahan anggota salah seorang daripada mereka <atau> setiap orang daripada khunsa menyetubuhi yang lain dengan zakar pada <dubur> kerana mengandaikan pertambahan dua zakar". [Kaššāf al-Qinā An Matn al-Iqnājilid 1m/s 143keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyya].

Kalaulah kita boleh luaskan makna untuk semua jenis kemaluanޱ mengapa bahagian khunsa perlu diteliti perbezaannya? Tidak bolehkah kekalkan sama tanpa peduli apa jua bentuk sesuatu asalkan ia adalah kemaluan? Makaߨ ini jelas bahawa cukup kita berpada dengan makna yang zahir؛ iaitu anggota khitan tanpa meluaskan makna secara sembarangan tanpa dalil.

Kemudianߨ jika seseorang melakukan pembedahan zakar dengan menggantikan zakar yang lain atas apa pun alasannya sama ada anggota zakarnya yang asal telah rosak atau yang lainߨ lalu dia bersetubuh dengan isterinyaޱ maka wajib mandi untuk isterinya dan tidak wajib untuk suaminya kecuali apabila keluar air mani.

Bagi isteri zakar tersebut adalah zakar sebenar yang telah masuk ke farajnya. Bagi lelaki zakar itu bukan kepunyaannya sehingga dia tidak menjadi bahagian obligasi terhadap dirinya. Ia dicantum pada tubuhnya atas alasan kemudahan atau selainnya. Namunߨ apabila keluarnya air mani sekalipun dari anggota lain selain daripada kemaluanޱ maka dia wajib mandi.

Jika ia adalah kemaluan sendiri yang terpotongߨ kemudian ia dicantumkan semula melalui teknologi kejuruteraan biologi yang canggihޱ maka wajib suami itu wajib mandi walaupun tidak keluar air mani sepertimana apabila tangan seseorang itu terputusߨ lalu dicantumkan semulaޱ maka wajib untuk meratakan air padanya ketika berwuduk.

Kes ini juga sama dengan apabila seseorang mampu menghasilkan semula kemaluan yang terpotong melalui kemampuan teknologi kejuruteraan biologi kecuali jika asalnya seseorang itu lelakiߨ tetapi hasil kejuruteraan itu menghasilkan farajޱ maka dia tetap dikira lelaki dan apabila disetubuhiޱ tidak wajib mandi baginya. Ini kerana kita mengambil kira fitrah yang asal :

حَدَّثَنِي إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ ، أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ ، عَنْ هَمَّامٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ ، وَيُنَصِّرَانِهِ كَمَا تُنْتِجُونَ الْبَهِيمَةَ ، هَلْ تَجِدُونَ فِيهَا مِنْ جَدْعَاءَ ؟ حَتَّى تَكُونُوا أَنْتُمْ تَجْدَعُونَهَا " ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ : أَفَرَأَيْتَ مَنْ يَمُوتُ وَهُوَ صَغِيرٌ ، قَالَ : " اللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا كَانُوا عَامِلِينَ " .

Isḥāq bin Ibrōhīm telah merawi hadis kepadakuܒ Abdul Rozzāq telah merawi khabar kepada kamiܒ Mamar telah merawi khabar kepada kamiܒ daripada Hammāmܒ daripada Abū Huroyroẗ dia berkata Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam bersabda: "Tidak ada yang dilahirkan kecuali atas fitrah. Maka ibu-bapanya yang menjadikan dia Yahudi atau Nasrani sepertimana kalian memperanakkan haiwan. Apakah kamu mendapati terpotong telinganya pada mereka sehingga kalian menjadikannya ia terpotong telinganya?". Mereka berkata: "Wahai Rasulullah apa pandangan kamu mereka yang mati sedangkan mereka masih kecil?". Baginda menjawab: "Allah lebih tahu apa yang mereka kerjakan". [Ṣoḥīḥ al-BuẖōriyKitāb al-Qodrno. 6138].

Haiwan yang dipotong telinga pun tetap dengan identitinya yang asli. Begitu juga jika berlakunya perubahan biologi. Jika diubah seumpama khinzirޱ ia tetap halal dimakan dagingnya kerana mengambil kira asal fitrahnya kecuali jika sememangnya berlaku perubahan sepenuhnya pada kejadiannya.

Syarat kedua adalah berlakunya sentuhan kulit ke kulit secara langsung. Maksudnya adalah masing-masing merasakan kulit zakar tanpa halangan.

Wujud perselisihan ahli fiqh dalam menetapkan wajibnya mandi bagi seseorang apabila seseorang bersetubuh dengan balutan cebisan kain pada zakarnya. Pertamaߨ kebanyakan daripada fuqaha šāfiᶜian menyatakan wajibnya mandi meskipun dibalut atas alasan ia telah memenuhi syarat penetrasi. Ini dinyatakan oleh an-Nawawiyy dalam «al-Majmū Šar al-Muhaḏḏab» dan dia mensahihkan pendapat ini sehingga menjadi pendapat muktamad mazhab tersebut. Ini adalah salah satu pendapat mazhab mālikian sepertimana yang termaktub dalam «Ḥāšiyaẗ al-Adawiyy Alā Šar Kifāya a-Ṭōlib ar-Robbāniyy».

Keduaߨ ar-Rūyāniyy; salah seorang pemuka šāfiᶜian dalam «Baḥr al-Maḏhab» mensahihkan pendapat bahawa tidak wajib mandi kerana yang berlaku adalah persetubuhan yang tiada sentuhan kulit secara langsung sehingga tidak menatijahkan berlakunya persetubuhan pada yang hakiki pada faraj. Dia juga menyatakan ini adalah pilihan al-Ḥannāṭiyy. Ini juga adalah pendapat yang terpilih dalam mazhab ḥanbalian sepertimana yang dinyatakan Alā^uddīn Abū al-asan ad-Dimašqiyy dalam «al-Inṣōf Fī Marifa ar-Rōji Min al-H̱ilāf».

Ketigaߨ ia adalah pendapat aṣ-Ṣomayriyy sepertimana yang dinukilkan oleh Abū al-Ḥasan Yaḥyā al-Imrōniyy al-Yamaniyy dalam «al-Bayān Fī Mahab al-Imām aš-Šāfiiyy» menyatakan bahawa perlu dilihat pada kadar ketebalan. Jika ia nipis sehingga tidak menghalang rasa lazat, lembapan faraj wanita dan rasa hangat dalam penetrasi tersebutޱ maka wajib mandi baginya. Jika tidakޱ maka tidak wajib.

Ini juga adalah pendapat yang dipegang oleh mutaakhirin šāfiᶜian sepertimana yang dinukilkan Abū al-Ḥasan al-Māwardiyy dalam «al-Ḥāwī al-Kabīr Fī Fiqh Maḏhab aš-Šāfiiyy». Juga pendapat ini dipegang oleh Abū al-Fayyāḍ al-Bariyy sepertimana yang dinukilkan Amad bin Muammad bin Aliyy al-Anṣōriyy dalam «Kifāyaẗ an-Nabīh Fī Šarḥ at-Tanbīh». Ini juga adalah pendapat Abū Muḥammad al-Marwarrūḏiyy dalam «at-Talīqo Alā Mutaor al-Muzaniyy».

Ini juga adalah salah satu pendapat mālikian sepertimana yang termaktub dalam «Ḥāšiyaẗ ad-Dusūqiyy Alā aš-Šar al-Kabīr». Ini juga adalah pendapat pilihan mazhab ḥanafian sepertimana yang dinyatakan Badruddīn al-Ayniyy dalam «al-Bināya Šar al-Hidāyaẗ».

Pendapat yang tepat adalah pendapat yang kedua. Berkata Abū al-Maḥāsin Abdul Wāḥid bin Ismāīl ar-Rūyāniyy dalam membahaskan sebab diwajibkan mandi :

لَوْ لَفَّ عَلَى ذَكَرِهِ خِرْقَةً وَأَوْلَجَ فِيهِ فَفِيهِ وَجْهَانِ: أَحَدُهَا يَلْزَمُهُ الْغُسْلُ كَمَا لَوْ كَانَ الذّكَرُ مَسْتوُرًا بِالْجِلْدَةِ. وَالثَّانِي وَهُوَ الصَّحِيحُ وَاخْتَارَهُ الْإِمَامُ الْحَنَّاطِيُّ لَا يَلْزَمُهُ الْغُسْلُ لِأَنَّهُ يَصِيرُ مُولِجًا فِي خِرْقَةٍ وَلِأَنَّ ذَلِكَ مَانِعٌ مِنْ وُصُولِ اللَّذَّةِ. وَقَالَ أَبُو الْفَيَّاضِ مِنْ أَصْحَابِنَا: وَهُوَ اخْتِيَارُ الْقَاضِي الْإِمَامِ الْحَسَنِ رَحِمَهُ اللهُ إِنْ كَانَتْ الْخِرْقَةُ رَقِيقَةً لَيِّنَةّ لَا تَمْنَعُ اللَّذَّةَ فَإِنَّهُ يَلْزَمُهُ الْغُسْلُ، وَعَنَى هَذَا الْخِلَافُ هَلْ يَفْسُدُ بِهِ الْحَجُّ أَمْ لَا؟

"Kalau seseorang itu membalut cebisan kain pada zakarnyaߨ lalu dia memasukkan zakar ke dalamnya (faraj)ޱ maka ada dua pendapat. Salah satunya ialah wajib mandi. Sama sahaja kalau zakar itu tertutup pada kulitnya. Yang kedua dan ini yang sahih serta pilihan al-Imām al-Ḥannāṭiyy ialah tidak wajib mandi baginya kerana ia menjadi penyetubuhan pada kain dan itu adalah kerana menghalang daripada sampainya kelazatan. Berkata Abū al-Fayyāḍ yang merupakan salah seorang sahabat kami: Ini adalah pilihan al-Qōḍī al-Imām al-asan semoga Allah merahmatinya؛ iaitu jika cebisan kain itu adalah halus dan lembut yang tidak menghalang rasa lazatޱ maka wajib mandi baginya. Yang berkaitan pada perselisihan ini ialah adakah rosaknya haji disebabkannya ataupun tidak". [Bar al-Mahabjilid 1m/s 163keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyyatahqiq Ṭōriq Fatiyy as-Sayyid].

Pensahihan ar-Rūyāniyy dan pilihan al-Ḥannāṭiyy ini juga sama dengan apa yang disebutkan Alā^uddīn Abū al-asan ad-Dimašqiyy tentang ketidakwajipan mandi jika terdapat penghalang pada zakar :

وَذَكَرَ الْقَاضِي أَبُو يَعْلَى الصَّغِيرُ تَوْجِيهًا بِوُجُوبِ الْغُسْلِ بِغَيْبُوبَةِ بَعْضِ الْحَشَفَةِ. انْتَهَى. وَمُرَادُهُ: إذَا وُجِدَ ذَلِكَ بِلَا حَائِلٍ. فَإِنْ وُجِدَ حَائِلٌ مِثْلُ أَنْ لَفَّ عَلَيْهِ خِرْقَةً، أَوْ أَدْخَلَهُ فِي كِيسٍ لَمْ يَجِبْ الْغُسْلُ عَلَى الصَّحِيحِ مِنْ الْمَذْهَبِ

"Abū Yalā a-oġīr menyebutkan tentang kewajipan mandi dengan tenggelamnya sebahagian kepala zakar. Tamat Maksudnya adalah apabila berlaku hal itu tanpa penghalang. Jika wujudnya penghalang seperti seseorang membalutkan secebis kain padanya atau memasukkannya dalam kantungޱ tidak wajib mandi menurut yang sahih daripada mazhab". [Al-Inṣōf Fī Marifa ar-Rōji Min al-H̱ilāfjilid 1m/s 232keluaran Dār Iyā^ at-Turōṯ al-Arobiyy].

Abū an-Najā al-Maqdisiyy berkata :

ولا يجب غسل بتغييب بعض الحشفة ولا بإيلاج بحائل مثل أن لف على ذكره خرقة أو أدخله في كيس ولا بوطء دون الفرج من غير إنزال ولا بالتصاق ختانيهما من غير إيلاج ولا بسحاق بلا إنزال ولا بإيلاج في غير أصلى كإيلاج رجل في قبل الخنثى أو إيلاج الخنثى ذكره في قبل أو دبر بلا إنزال

"Tidak wajib mandi dengan tenggelamnya sebahagian kepala zakar dan tidak juga pada persetubuhan dengan penghalang seperti seseorang membalut secebis kain pada zakarnya atau memasukkannya dalam kantung. Tidak juga pada persetubuhan selain kemaluan yang tanpa keluar mani, tidak juga dengan lekatan dua khitan tanpa penetrasi, tidak juga dengan sihaq yang tanpa keluar mani dan tidak juga yang bukan asli seperti penetrasi lelaki pada qubul khunsa atau penetasi khunsa pada qubul atau dubur yang tanpa keluar mani". [Al-Iqnā Fī Fiqh al-Imām Amad bin anbaljilid 1m/s 44keluaran Dār al-Marifahtahqiq Abdul Laṭīf Muammad Mūsā as-Subkiyy].

Kes ini juga sama dengan persetubuhan dengan pemakaian kondom. Ini kerana ada penghalang untuk menetapkan definisi persetubuhan secara sebenarnya. Salah satu alasan yang diutarakan oleh ar-Rūyāniyy bahawa ia adalah persetubuhan pada cebisan kainߨ bukan pada faraj dengan erti yang sebenarnya.

Kes cebisan kain ini sama sahaja dengan apabila batang paip disumbatkan dalam faraj wanita. Makaߨ pada hakikatnya seseorang itu menyetubuhi batang paipߨ bukan faraj. Sekarang fahamlah mengapa cebisan kain yang tebal dianggap tidak menyebabkan wajibnya mandi. Ini menepati apa yang disebutkan oleh Abū al-Ḥasan Yaḥyā al-Imrōniyy al-Yamaniyy :

إذا لفّ على ذكره خرقةً، وأولجه في فرج امرأةٍ ولم ينزل.. ففيه ثلاثة أوجهٍ: أحدها: أنه لا يجب عليهما الغسل؛ لأن ما أوجب الطهارة من الملامسة من غير حائل لم يوجب الغسل مع الحائل، كالطهارة الصّغرى. والثاني: يجب عليهما الغسل؛ لأنه يسمّى مولجًا. والثالث ـ وهو اختيار الصّيمري ـ: إن كانت الخرقة رقيقة..وجب عليهما الغسل؛ لأنّ وجودها كعدمها. وإن كانت صفيقةً.. لم يجب عليهما الغسل. وإذا قلنا بالوجه الثاني، أو كانت الخرقة رقيقة في الثالث، ولم يباشر بدنه بدنها.. فإنه يكون جنبًا غير محدث.

"Apabila seseorang membalutkan cebisan kain pada zakarnyaߨ lalu dia memasukkannya dalam faraj wanitaߨ tetapi tidak keluar maniޱ ada tiga pandangan. Pertamaߨ tidak wajib mandi untuk kedua-duanya kerana apa yang mewajibkan penyucian adalah penyentuhan tanpa penghalang. Tidak diwajibkan disebabkan penghalang sepertimana penyucian kecil. Keduaߨ wajib mandi untuk kedua-duanya kerana ia dinamakan penetrasi. Ketigaߨ ini adalah pilihan aṣ-Ṣomayriyy. Jika cebisan kain itu nipisޱ maka wajib mandi untuk kedua-duanya kerana wujudnya ia sama sepertimana ketiadaannya. Jika ia adalah tebalޱ maka tidak wajib mandi kedua-duanya. Apabila kami berpendapat dengan pendapat kedua atau cebisan kain itu adalah nipis pada pendapat ketigaߨ namun badannya tidak menyetubuhi badannyaޱ maka menjadilah dia seorang yang berjunub yang bukan berhadas". [Al-Bayān Fī Maḏhab al-Imām aš-Šāfiiyyjilid 1m/s 260keluaran Dār al-Minhājtahqiq Qōsim Amad Nūriyy].

Begitu juga dengan apa yang disebutkan Abū al-Ḥasan al-Māwardiyy :

إِذَا لَفَّ الْمُحْرِمُ ذَكَرَهُ فِي خِرْقَةٍ ثُمَّ أَوْلَجَهُ فِي فَرْجٍ، فَقَدِ اخْتَلَفَ أَصْحَابُنَا فِي إِفْسَادِ الْحَجِّ بِهِ وَوُجُوبِ الْغُسْلِ مِنْهُ عَلَى وجهين: أَحَدُهُمَا: يُفْسِدُ الْحَجَّ وَيُوجِبُ الْغُسْلَ، لِوُلُوجِ ذَكَرِهِ فِي الْفَرْجِ كَالْمُبَاشِرِ. وَالْوَجْهُ الثَّانِي: أَنَّهُ لَا يُفْسِدُ الْحَجَّ وَلَا يُوجِبُ الْغُسْلَ؛ لِأَنَّهُ ذَكَرَهُ لم يماس الفرج فكان الفرج كَغَيْرِ الْمُوْلَجِ وَكَانَ بَعْضُ الْمُتَأَخِّرِينَ مِنْ أَصْحَابِنَا الْبَصْرِيِّينَ يُفَرِّقُ فَيَقُولُ: إِنْ كَانَتِ الْخِرْقَةُ كَثِيفَةً لَمْ يَفْسُدْ بِهِ الْحَجُّ، وَلَمْ يَجِبْ بِهِ الْغُسْلُ وَإِنْ كَانَتْ رَقِيقَةً فَسَدَ بِهِ الْحَجُّ، وَوَجَبَ بِهِ الْغُسْلُ، لِحُصُولِ اللَّذَّةِ بِهَذِهِ وَعَدَمِهَا بتلك.

"ِApabila orang yang berihram membalut zakarnya dengan cebisan kainߨ kemudian dia memasukkannya dalam farajޱ maka para sahabat kami berselisih pendapat pada rosaknya haji disebabkannya. Kewajipan mandi ada dua pendapat. Pertamaߨ rosaknya haji dan wajib mandi kerana masuknya zakar dalam faraj adalah sama dengan persetubuhan. Pendapat yang kedua adalah tidak rosak haji dan tidak wajib mandi kerana zakarnya tidak menyentuh faraj. Makaߨ faraj itu adalah sama tanpa penyetubuhnya. Sebahagiaan mutaakhirin daripada sahabat kami di Basrah membezakannya. Mereka berkata: Jika cebisan kain itu adalah tebalޱ maka tidak rosak haji disebabkannya dan tidak wajib mandi. Jika ia adalah nipisޱ maka rosak hajinya dan wajib mandi kerana terjadinya kelazatan disebabkannya dan ketiadaannya adalah sama dengan memakainya". [Al-Ḥāwī al-Kabīr Fī Fiqh Mahab aš-Šāfiiyyjilid 4m/s 235keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyyatahqiq Aliyy Muammad Muawwi dan Ādil Aḥmad Abdul Mawjūd].

Melalui pendapat iniܦ sentuhan yang langsung sahaja dikira. Jika tidak kerana wujudnya halangan sentuhan kulit zakar lelaki dan kulit faraj wanitaޱ maka ia tidak dikira. Kemudianߨ lihat juga apa yang disebutkan Aḥmad bin Muḥammad bin Aliyy al-Anṣōriyy :

أنه لا فرق في ذلك، بين أن يكون إيلاجها مع حائل من ثوب أو لا، وهو عند فقد الحائل مما لا خلاف فيه ومعه فيه ثلاث أوجه في "الحاوي": أحدها: أن الأمر كذلك؛ قياساً على ما لو كان الحائل القافة، وبه قطع البغوي والإمام. والثاني: أنه لا يجب؛ لأن الحائل يمنع اللذة، وليست الخرقة من الذكر، بخلاف القلفة؛ ولهذا ينتقض بمسها الوضوء. والثالث قاله أبو الفياض البصري، وأبداه القاضي الحسين احتمالاً، بعد ذكره الأول أن الخرقة إن كانت خفيفة لا تمنع اللذة ووصول بلل الفرج إلى الذكر وجب؛ وإلا فلا.

"Bahawasanya tidak ada perbezaan pada hal itu sama ada pemasukannya bersama penghalang yang berupa kain ataupun tidak dan pada ketika tiadanya penghalang itu tidak ada perselisihan padanya. Dalam hal ini ada tiga pendapat dalam penerangan «al-Ḥāwī». Pertamaߨ bahawasanya hal itu seperti tadi secara qiyas melalui apa yang kalau penghalang itu kering. Al-Baġowiyy dan al-Imām menetapkan sedemikian. Keduaߨ tidak wajib kerana penghalang menegah kelazatan dan bukanlah cebisan kain itu termasuk daripada zakar. Berbeza dengan kulit kulup dan kerana ini terbatal wuduknya dengan sebab sentuhannya. Ketigaߨ Abū al-Fayyāḍ al-Baṣriyy berpendapat dan al-Qōḍī Abū al-H̱asan membentang pendapat itu secara andaian selepas menyebutkan pendapat yang tadi bahawasanya jika kain itu adalah nipis yang tidak menegah kelazatan dan sampainya lembapan faraj kepada zakarޱ maka wajib. Jika tidakޱ maka tidak wajib". [Kifāyaẗ an-Nabīh Fī Šarḥ at-Tanbīhjilid 1m/s 478keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyyatahqiq Majdiyy Muammad Surūr Bāsilūm].

Kemudianߨ lihat pada apa yang disebutkan Abū al-Ḥasan al-Māwardiyy di tempat yang lain :

وَلَكِنْ لَوْ لَفَّ عَلَى ذَكَرِهِ خِرْقَةً وَأَوْلَجَهُ إِلَى حَدِّ الْخِتَانِ فَقَدِ اخْتَلَفَ أَصْحَابُنَا فِي وُجُوبِ الْغُسْلِ مِنْهُ إِذَا لَمْ يَتَعَقَّبْهُ إِنْزَالٌ عَلَى وَجْهَيْنِ: أَحَدُهُمَا: أَنَّهُ يُوجِبُ الْغُسْلَ عَلَيْهِمَا كَمَا لَوْ كَانَ الذَّكَرُ مَسْتُورًا بِالْحَشَفَةِ وَأَنَّهُ يُولِجُ الذَّكَرَ وَالْخِرْقَةَ مَعَهُ. وَالْوَجْهُ الثَّانِي: أَنَّهُ لَا غُسْلَ عَلَيْهِ، لِأَنَّهُ يَصِيرُ مُولِجًا فِي خِرْقَةٍ وَلِأَنَّ ذَلِكَ مَانِعٌ مِنْ وُصُولِ اللَّذَّةِ وَخَالَفَ الْحَشَفَةَ لِأَنَّهَا مِنَ الذَّكَرِ، وَلَا يَمْنَعُ اللَّذَّةَ وَكَانَ أَبُو الْفَيَّاضِ يُفَصِّلُ حَالَ الْخِرْقَةِ فَيَقُولُ: " إِنْ كَانَتِ الْخِرْقَةُ كَثِيفَةً تَمْنَعُ مِنَ اللَّذَّةِ فَلَا غُسْلَ وَإِنْ كَانَتْ خَفِيفَةً لَا تَمْنَعُ مِنَ اللَّذَّةِ وَجَبَ الْغُسْلُ ".

"Akan tetapiߨ kalau seseorang membalutkan cebisan kain pada zakarnya dan memasukkannya ke dalam had khitanޱ maka para sahabat kami berselisih pada wajibnya mandi kerananya apabila keluarnya air mani tidak menyusulnya kepada dua pendapat. Yang pertama daripadanya adalah wajib mandi untuk kedua-duanya sepertimana kalau zakar itu ditutup pada kepala zakarnya dan dia memasukkan zakar yang kainnya itu bersamanya. Pendapat kedua adalah tidak wajib mandi untuknya kerana ia menjadi penyetubuhan pada cebisan kain dan kerana itu menghalang daripada kelazatan. Ini berbeza dengan kepala zakar kerana ia adalah zakar dan ia tidak menghalang daripada kelazatan. Abū al-Fayyāḍ memperincikan keadaan cebisan kain itu dengan katanya jika kain itu adalah tebal yang menghalang kelazatanޱ maka tidak wajib mandi. Jika kain itu nipis yang tidak menghalang daripada lazatޱ maka wajib mandi". [Al-Ḥāwī al-Kabīr Fī Fiqh Maḏhab aš-Šāfiiyyjilid 1m/s 212keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyyatahqiq Aliyy Muammad Muawwi dan Ādil Amad Abdul Mawjūd].

Penyebutan al-Anṣōriyy: "Bukanlah kain itu termasuk daripada zakar" dan penyebutan Abū al-Ḥasan: "Ini berbeza dengan kepala zakar kerana ia adalah zakar" menunjukkan bahawa apa yang disetubuhi pada wanita itu bukanlah zakar secara hakikiߨ tetapi penghalang. Ini menepati yang diterangkan oleh an-Nawawiyy :

وَلَوْ لَفَّ عَلَى ذَكَرِهِ حرقة وَأَوْلَجَهُ بِحَيْثُ غَابَتْ الْحَشَفَةُ وَلَمْ يُنْزِلْ فَفِيهِ ثَلَاثَةُ أَوْجُهٍ حَكَاهَا الْمَاوَرْدِيُّ وَالشَّاشِيُّ فِي كِتَابَيْهِ وَالرُّويَانِيُّ وَصَاحِبُ الْبَيَانِ وَغَيْرُهُمْ الصَّحِيحُ وُجُوبُ الْغُسْلِ عَلَيْهِمَا وَبِهِ قَطَعَ الْجُمْهُورُ لِأَنَّ الْأَحْكَامَ مُتَعَلِّقَةٌ بِالْإِيلَاجِ وَقَدْ حَصَلَ (وَالثَّانِي) لَا يَجِبُ الْغُسْلُ وَلَا الْوُضُوءُ لِأَنَّهُ أَوْلَجَ فِي خِرْقَةٍ وَلَمْ يَلْمِسْ بَشَرَةً وَصَحَّحَهُ الرُّويَانِيُّ قَالَ وَهُوَ اخْتِيَارُ الحناطى (الثالث) إنْ كَانَتْ الْخِرْقَةُ غَلِيظَةً تَمْنَعُ اللَّذَّةَ لَمْ يَجِبْ وَإِنْ كَانَتْ رَقِيقَةً لَا تَمْنَعُهَا وَجَبَ وَهَذَا قَوْلُ أَبِي الْفَيَّاضِ الْبَصْرِيِّ وَالْقَاضِي حُسَيْنٍ: وَقَالَ الرَّافِعِيُّ فِي هَذَا الثَّالِثِ الْغَلِيظَةُ هِيَ الَّتِي تَمْنَعُ وُصُولَ بَلَلِ الْفَرْجِ إلَى الذَّكَرِ وَوُصُولَ الْحَرَارَةِ مِنْ أَحَدِهِمَا إلَى الْآخَرِ وَالرَّقِيقَةُ ما لا تَمْنَعُ

"Kalau seseorang membalut secebis kain pada zakarnyaߨ lalu dia memasukkannya yang mana tenggelamnya kepala zakarߨ tetapi tidak keluar air maninyaޱ maka padanya ada tiga pendapat yang al-Māwardiyy dan aš-Šāšiyy nyatakan dalam kitab merekaވ, ar-Rūyāniyy; penulis «al-Bayān» dan selain mereka. Yang sahih adalah wajibnya mandi untuk kedua-duanya dan ini ditetapkan oleh majoriti kerana hukum-hakam itu adalah berkaitan dengan penyetubuhan dan ia telah terjadi. Keduaߨ tidak wajib mandi dan tidak perlu berwuduk kerana dia memasukkannya dalam cebisan kain dan dia tidak menyentuh kulit luar. Ar-Rūyāniyy mensahihkannya dan ia adalah pilihan al-Ḥannāṭiyy. Ketigaߨ jika cebisan kain itu adalah tebal yang menghalang kelazatan, maka tidak wajib. Jika ia adalah nipis yang tidak menghalangnyaޱ maka wajib mandi. Ini adalah pendapat Abū al-Fayyāḍ al-Baṣriyy dan al-Qōḍī al-H̱usayn. Berkata ar-Rōfiiyy tentang yang ketiga: Yang tebal penghalang kepada sampainya lembapan faraj pada zakar dan sampainya kehangatan daripada salah seorang daripadanya kepada yang lain. Manakalaߨ yang nipis tidak menghalang". [Al-Majmū Šar al-Muhaḏḏabjilid 2m/s 134keluaran Dār al-Fikr].

Abū al-Ḥasan Yaḥyā al-Imrōniyy al-Yamaniyy berkata di tempat yang lain :

وإن لف على ذكره خرقة، ثم أولج في فرج.. ففيه ثلاثة أوجه، حكاها الصيمري: أحدها: يفسد به الحج؛ لأنه أولج في فرج، فهو كما لو لم يكن عليه شيء. والثاني: لا يفسد به الحج؛ لأن ذكره لم يباشر فرجها، فهو كما لو أولج في غير الفرج.

"Jika seseorang membalut cebisan kain pada zakarnyaߨ kemudian dia memasukkannya dalam farajޱ maka ada tiga pendapat padanya yang aṣ-Ṣoymariyy sebutkannya. Salah satunya adalah rosak hajinya kerana ia masuk dalam farajߨ lalu ia sama sahaja kalau tidak ada sesuatu padanya. Keduaߨ tidak rosak hajinya kerana zakarnya tidak menyetuh farajnyaߨ lalu ia sama sahaja kalau dia memasukkannya dalam selain faraj". [Al-Bayān Fī Maḏhab al-Imām aš-Šāfiiyyjilid 4m/s 228keluaran Dār al-Minhājtahqiq Qōsim Amad Nūriyy].

Penyebutannya pada an-Nawawiyy: "Dia tidak menyentuh kulit luar" dan penyebutan al-Imrōniyy: "Laluߨ ia sama sahaja kalau dia memasukkannya dalam selain faraj" dapatlah kita fahami apa maksud ar-Rūyāniyy tentang penyetubuhan pada cebisan kain.

Adapun penyebutan tentang tentang terhalangnya daripada kelazatan bagi pendapat yang menyatakan tidak wajib mandi baginyaޱ maka mungkin kerana cebisan kain pada masa itu tidak memberi keselesaan dan kesan yang sama sepertimana kondom pada hari ini.

Jika objektif penyebutan mereka tentang ini adalah kerana ingin memberitahu illah yang menjadi sebab berdirinya hukum ituޱ maka kondom tidak ada lubang yang membolehkan sekecil HIV pun masuk kecuali jika terkoyak. Namunߨ kenyataan mereka itu adalah sekadar menyifatkan perbezaan rasa yang diterima pada pasangan.

Penafsiran ini jelas kerana terdapat penyebutan bahawa kain bukanlah zakar sehingga penyetubuhan dalam keadaan membalutnya tidak dikira. Ini jelas ketikamana an-Nawawiyy dalam pembentangannya untuk merajihkan pendapat.

Sebabnya mudah difahami؛ iaitu apabila tidak berlakunya sentuhan langsung dan zakarnya hanya bergesel pada bahagian kainޱ maka seseorang tidak dapat merasai kelazatan dalam persetubuhan secara sebenarnya. Makaߨ kelazatan ini adalah untuk memberitahu kesan sahajaߨ bukan sebab berdirinya hukum untuk pendapat ini. Jika ada penulisan yang tampak seolah-olah itulah punca hukumnyaߨ misalnya seperti kata Ar-Rōfiiyy :

والثانى لا يحصل لان اللذة انما تكمل عند ارتفاع الحجاب

"Pendapat yang kedua adalah tidak terjadi kerana kelazatan itu cuma sempurna ketikamana terbukanya tirai". [Fatḥ al-Azīz Bi Šar al-Wajīzjilid 2m/s 119keluaran Dār al-Fikr].

Makaߨ saya kira ia sama ada sekadar ringkasan atau alpa untuk menambahkan poinnya atau terkeliru atau tidak membezakan pendapat ini dengan pendapat yang membezakan kadar ketebalan secara teliti. Makaߨ berpeganglah pada nukilan-nukilan yang saya telah bawakan tadi.

Kemudianߨ mesti berlakunya sentuhan kulit ke kulit secara langsung adalah sepertimana yang dinyatakan dalam hadis :

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ ، حَدَّثَنَا يَحْيَى ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ ، قَالَ : أَخْبَرَنِي أَبِي ، قَالَ : أَخْبَرَنِي أَبُو أَيُّوبَ ، قَالَ : أَخْبَرَنِي أُبَيُّ بْنُ كَعْبٍ ، أَنَّهُ قَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِذَا جَامَعَ الرَّجُلُ الْمَرْأَةَ فَلَمْ يُنْزِلْ ؟ قَالَ : " يَغْسِلُ مَا مَسَّ الْمَرْأَةَ مِنْهُ ، ثُمَّ يَتَوَضَّأُ وَيُصَلِّي "

Musaddad telah merawi hadis kepada kamiܒ Yaḥyā telah merawi hadis kepada kamiܒ daripada Hišām bin Urwah, dia berkataܒ Ayahku telah merawi khabar kepadaku dia berkataܒ Abū Ayyūb telah merawi khabar kepadakuܒ Ubayy bin Kab telah merawi khabar kepadaku bahawasanya dia berkata: "Wahai Rasulullahjika seseorang bersetubuh dengan isterinya tetapi tidak keluar mani?". Baginda berkata: "Basuhlah apa-apa yang menyentuh isterinya padanyaߨ kemudian berwudukߨ lalu bersolat". [Ṣoḥīḥ al-BuẖōriyKitāb al-Ġuslno. 287].

Daripada hadis ini lafaz Massa (مَسَّ) digunakan merujuk kepada sentuhan langsung antara zakar dan faraj. Dan ia disokong daripada riwayat ini :

حدثنا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ الْهَمْدَانِيُّ ، حدثنا أَبُو أُسَامَةَ ، عَنْ هِشَامٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ عَائِشَةَ : أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، سُئِلَ عَنِ الْمَرْأَةِ يَتَزَوَّجُهَا الرَّجُلُ ، فَيُطَلِّقُهَا فَتَتَزَوَّجُ رَجُلًا ، فَيُطَلِّقُهَا قَبْلَ أَنْ يَدْخُلَ بِهَا أَتَحِلُّ لِزَوْجِهَا الْأَوَّلِ ، قَالَ : " لَا حَتَّى يَذُوقَ عُسَيْلَتَهَا " .

Muḥammad bin al-Alā^ al-Hamadāniyy telah merawi hadis kepada kamiܒ Abū Usāmah telah merawi hadis kepada kamiܒ daripada Hišāmܒ daripada ayahnyaܒ daripada Ā^išah bahawasanya Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam ditanya tentang seorang perempuan yang berkahwin dengan seorang lelakiߨ kemudian dia mentalaknya. Lantasߨ perempuan itu berkahwin seorang lelakiߨ kemudian dia mentalakkannya sebelum menyetubuhinya. Adakah aku halal untuk berkahwin dengan yang pertama? Baginda berkata: "Tidak sehingga dia merasai madunya". [Ṣoḥīḥ MuslimKitāb an-Nikāḥno. 2597].

Daripada hadis ini maksud merasakan madunya adalah merasakan persetubuhan yang sebenar-benar sentuhan antara kulit dengan kulit yang tidak dihalangi oleh yang lain sepertimana persetubuhan dengan memakai kondom atau zakarnya dibaluti dengan kain sekalipun ianya tidak tebal sehingga boleh merasakan kulitnya.

Tujuan permisalan yang dibuat oleh baginda adalah supaya wanita itu merasakan sebenar-benarnya penetrasi zakar suaminya. Ini bermakna perlunya sentuhan kulit dan rasa yang sebenarnya pada kulitnya seolah-olah dia meraasai madunya secara langsung pada lidahnya.

Bagaimana mungkin seseorang boleh dikatakan merasakan madu dalam erti kata yang hakiki jika madu itu dibaluti dengan kapsul atau pembalut? Makaߨ itu tidak dipanggil merasai madu dalam erti kata yang sebenarߨ tetapi itu adalah merasakan kapsul atau pembalut. Tidaklah disebut ₍Massa₎ melainkan sentuhan secara langsung.

حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ ، عَنِ الزُّهْرِيِّ قَالَ : أَخْبَرَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي بَكْرِ بْنِ حَزْمٍ الْأَنْصَارِيُّ ، أَنَّهُ سَمِعَ عُرْوَةَ بْنَ الزُّبَيْرِ يَقُولُ : ذَكَرَ مَرْوَانُ فِي إِمَارَتِهِ عَلَى الْمَدِينَةِ أَنَّهُ يُتَوَضَّأُ مِنْ مَسِّ الذَّكَرِ إِذَا أَفْضَى إِلَيْهِ الرَّجُلُ بِيَدِهِ فَأَنْكَرْتُ ذَلِكَ عَلَيْهِ فَقُلْتُ : لَا وُضُوءَ عَلَى مَنْ مَسَّهُ ، فَقَالَ مَرْوَانُ : أَخْبَرَتْنِي بُسْرَةُ بِنْتُ صَفْوَانَ : أَنَّهَا سَمِعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَذْكُرُ مَا يُتَوَضَّأُ مِنْهُ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : وَيُتَوَضَّأُ مِنْ مَسِّ الذَّكَرِ ، قَالَ عُرْوَةُ : فَلَمْ أَزَلْ أُمَارِي مَرْوَانَ حَتَّى دَعَا رَجُلًا مِنْ حَرَسِهِ فَأَرْسَلَهُ إِلَى بُسْرَةَ يَسْأَلُهَا عَمَّا حَدَّثَتْ مِنْ ذَلِكَ ، فَأَرْسَلَتْ إِلَيْهِ بُسْرَةُ بِمِثْلِ الَّذِي حَدَّثَنِي عَنْهَا مَرْوَانُ

Abū al-Yamān telah merawi hadis kepada kami dia berkataܒ Šuayb telah merawi khabar kepada kamiܒ daripada az-Zuhriyy dia berkataܒ Abdullah bin Abū Bakr bin azm al-Anṣōriyy telah mengkhabarkan kepadaku bahawa dia mendengar Urwa bin az-Zubayr berkata Marwān telah menyebutkan ketika pemerintahannya ke atas Madinah bahawasanya seseorang itu berwuduk kerana persentuhan zakar apabila sampai tangan seseorang itu padanya. Aku pun mengingkarinya terhadap itu. Aku berkata: "Tidak ada wuduk ke atas orang yang menyentuhnya". Marwān berkata: "Busroẗ binti Ṣofwān telah mengkhabarkan kepadaku bahawa dia mendengar Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam menyebutkan apa yang seseorang berwuduk kerananya. Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam berkata: "Dia berwuduk kerana sentuhan zakar". Berkata Urwa: "Aku berterusan berbalah dengan Marwān sehingga dia memanggil seseorang daripada patrolnya kepada Busro agar dia bertanya kepadanya tentang apa dia menceritakan tentang itu. Busro pun mengutuskan kepadanya dengan semisal yang Marwān menceritakan kepadaku tentangnya". [Musnad Aḥmadno. 26685].

Apabila menyentuh zakarޱ maka ia bermaksud sentuhan kulit tangan dengan kulit zakar. Jikalau di antara kulit tangan dengan kulit zakar adalah kainޱ tidaklah ia dipanggil menyentuh zakarߨ tetapi ia menyentuh kain sekalipun kain tersebut nipis sehingga boleh merasakan kulitnya.

Hal yang nipis ini sama sepertimana yang dinyatakan oleh Abū al-Ḥasan Yaḥyā al-Imrōniyy al-Yamaniyy :

إذا لفّ على ذكره خرقةً، وأولجه في فرج امرأةٍ ولم ينزل.. ففيه ثلاثة أوجهٍ: أحدها: أنه لا يجب عليهما الغسل؛ لأن ما أوجب الطهارة من الملامسة من غير حائل لم يوجب الغسل مع الحائل، كالطهارة الصّغرى. والثاني: يجب عليهما الغسل؛ لأنه يسمّى مولجًا. والثالث ـ وهو اختيار الصّيمري ـ: إن كانت الخرقة رقيقة..وجب عليهما الغسل؛ لأنّ وجودها كعدمها. وإن كانت صفيقةً.. لم يجب عليهما الغسل. وإذا قلنا بالوجه الثاني، أو كانت الخرقة رقيقة في الثالث، ولم يباشر بدنه بدنها.. فإنه يكون جنبًا غير محدث.

"Apabila seseorang membalutkan cebisan kain pada zakarnyaߨ lalu dia memasukkannya dalam faraj wanitaߨ tetapi tidak keluar maniޱ ada tiga pandangan. Pertamaߨ tidak wajib mandi untuk kedua-duanya kerana apa yang mewajibkan penyucian adalah penyentuhan tanpa penghalang. Tidak diwajibkan disebabkan penghalang sepertimana penyucian kecil. Keduaߨ wajib mandi untuk kedua-duanya kerana ia dinamakan penetrasi. Ketigaߨ ini adalah pilihan aṣ-Ṣomayriyy. Jika cebisan kain itu nipisޱ maka wajib mandi untuk kedua-duanya kerana wujudnya ia sama sepertimana ketiadaannya. Jika ia adalah tebalޱ maka tidak wajib mandi kedua-duanya. Apabila kami berpendapat dengan pendapat kedua atau cebisan kain itu adalah nipis pada pendapat ketigaߨ namun badannya tidak menyetubuhi badannyaޱ maka menjadilah dia seorang yang berjunub yang bukan berhadas". [Al-Bayān Fī Maḏhab al-Imām aš-Šāfiiyyjilid 1m/s 260keluaran Dār al-Minhājtahqiq Qōsim Amad Nūriyy].

Maksudnya adalah apabila seseorang menyetubuhi wanita dengan memakai cebisan kain yang nipisޱ maka orang tersebut dikira berjunub menurut pendapat yang dia pilih kerana telah berlakunya penetrasiߨ namun tidak dikira orang yang berhadas kerana tidak wujudnya sentuhan langsung.

Maksudnya adalah jika dia dalam keadaan berwudukޱ maka wuduknya tidak batal dengan sebab ituߨ tetapi dia telah berada dalam keadaan berhadas besar. Makaߨ dalil ini jelas bahawa apabila wujudnya penghalang daripada sentuhan kulit secara langsungޱ maka ia tidak dikira.

Sebahagian orang menggunakan hadis berikut sebagai penetapan tidak perlu sentuhan langsung untuk persetubuhan yang sebenar :

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ الطَّنَافِسِيُّ، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الدِّمَشْقِيُّ، قَالَا: حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ، حَدَّثَنَا الْأَوْزَاعِيُّ، أَنْبَأَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ الْقَاسِمِ، أَخْبَرَنَا الْقَاسِمُ بْنُ مُحَمَّدٍ، عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْه وَسَلَّمَ قَالَتْ: " إِذَا الْتَقَى الْخِتَانَانِ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ، فَعَلْتُهُ أَنَا وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْه وَسَلَّمَ فَاغْتَسَلْنَا "

Aliyy bin Muammad a-onāfasiyy dan Abdul Romān bin Ibrōhīm ad-Dimašqiyy telah merawi hadis kepada kami mereka berdua berkataܒ Al-Walīd bin Muslim telah merawi hadis kepada kamiܒ al-Awzāiyy telah merawi hadis kepada kamiܒ Abdul Romān bin al-Qōsim telah memberita hadis kepada kamiܒ al-Qōsim bin Muḥammad telah merawi khabar kepada kamiܒ daripada Ā^iša; isteri Nabi ollallāhu alayhi wasallam dia berkata: "Apabila bertembung dua khitanޱ maka wajib mandi baginya. Aku pernah melakukannya bersama Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam dan kami pun mandi". [Sunan Ibn Mājahno. 608].

Ibn Manẓūr berkata dalam menerangkan maksud ₍Iltaqō₎ (الْتَقَى) :

وَفِي حَدِيثِ عَائِشَةَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: أَنها قَالَتْ إِذا الْتَقَى الخِتانان فَقَدْ وجَب الغُسْلُ؛ قَالَ ابْنُ الأَثير: أَي حَاذَى أَحدهما الْآخَرَ وسَواء تَلامَسا أَو لَمْ يتَلامَسا، يُقَالُ: الْتَقَى الْفَارِسَانِ إِذا تَحاذَيا وتَقابلا، وَتَظْهَرُ فَائِدَتُهُ فِيمَا إِذا لَفَّ عَلَى عُضوه خِرْقَةً ثُمَّ جامَع فإِن الْغُسْلَ يَجِبُ عَلَيْهِ وَإِنْ لَمْ يَلْمَسِ الخِتانُ الخِتانَ.

"Pada hadis Ā^iša semoga Allah meredhainya bahawasanya dia berkata: Apabila bertembung dua khitan, maka wajib mandi. Berkata Ibn al-Aṯīr: Iaitu bersemuka salah seorang daripada keduanya pada yang lain dan sama sahaja berlakunya saling penyentuhan ataupun tidak. Dikatakan: Bertembungnya dua kuda apabila saling bersemuka dan saling berhadapan. Yang nyata faedahnya adalah pada apa yang apabila seseorang membalut secebis kain pada anggotanyaߨ kemudian dia menyetubuhiޱ maka wajib mandi baginya walaupun tidak menyentuh khitan lelaki dengan khitan perempuan". [Lisān al-Arobjilid 15m/s 254255keluaran Dār Ṣōdir].

Ini juga yang dinyatakan oleh ar-Romliyy :

وليس المراد بالتقاء الختانين انضمامهما؛ لعدم إيجابه الغسل بالإجماع، بل تحاذيهما، يقال: التقى الفارسان إذا تحاذيا وإن لم ينضم

"Bukanlah maksud pertembungan dua khitan itu adalah pencampurannya kerana ketiadaan kewajipan mandi baginya adalah sepakat. Namunߨ ia adalah saling bersemuka. Disebutkan: Bertembungnya dua kuda apabila saling bersemuka walaupun tidak bercampur". [Fat ar-Romān Bi Šar Ibn Roslānm/s 202keluaran Dār al-Minhāj].

Pun begituߨ jika ingin mengambil kira lafaz yang disebutkan dalam hadisޱ maka kita juga perlu melihat lafaz hadis yang menyebutkan lafaz ₍Massa₎ tadi.

Adapun jika ada koyakan pada kain tersebutޱ maka ketebalan dan kadar koyakan perlu diambil kira. Jika ia tebal yang menyebabkan tiada sentuhan langsungޱ maka ini tidak dikira. Kita andaikan sekali lagi pada batang paip tadi. Jika ia besarޱ maka kemasukan zakar itu tidak dianggap menyetubuhi faraj secara sebenar

Jika nipis sehingga menyentuh kulitޱ maka dilihat pada kadar koyakan. Jika sedikit koyakannyaޱ maka tidak wajib mandi. Ini kerana kes ini sama seperti seseorang memotong potongan kecil pada kepala zakarߨ lalu dimasukkan dalam faraj. Makaߨ ini tidak mewajibkannya mandi.

Jika koyakan itu besarߨ tetapi tidak menatijahkan keseluruhan kepala zakarޱ maka tidak wajib mandi kerana penyebutan Abū an-Najā al-Maqdisiyy bahawa tidak wajib mandi apabila hanya tenggelam sebahagian sahaja. Akan tetapiߨ ini perlu diteliti lagi.

Jika koyakan itu pada separuh atau sebahagian pada bahagian dari sudut atas kepala zakarޱ maka ia tidak dikira. Jika koyakan itu pada separuh yang merangkumi hujungnya dan bawah kepala zakarޱ maka ia dikira kerana cukup sempurna had hujung pada atas dan bawah.

Kes ini sama seperti seseorang membelah zakar kepada duaߨ lalu separuh daripadanya masuk ke dalam faraj wanita. Makaߨ wanita itu wajib mandi kerana telah dikira tenggelamnya kepala zakar di dalam farajnya. Akan tetapiߨ jika kepala zakar itu dibelah daripada atasߨ kemudian hanya memasukkan separuh yang di atasޱ maka ini tidak dikira.

Jika koyakan itu hanya pada bahagian separuh hingga ke bawahnyaޱ maka wajib mandi baginya kerana ini juga dianggap sebagai telah tenggelam keseluruhan kepala zakar. Kes ini seperti seseorang memotong separuh bahagian atas kepala zakarߨ lalu dia menyetubuhi apa yang berbaki pada zakarnyaޱ maka kadar yang tenggelam dikira penuh sekalipun separuh yang atas telah dipotong.

Jika koyakan itu hanya pada bahagian batang zakarߨ tetapi tidak kepala zakarޱ maka ini juga dikira. Ia sama seperti seseorang memotong keseluruhan kepala zakarߨ lalu dia memasukkannya ke dalam faraj. Makaߨ hujung yang dipotong itu tetap dikira kepalanya.

Jika koyakan itu pada bahagian tengah sahajaߨ tetapi tidak pada atas dan bawahnyaޱ maka ia tidak dikira. Ini sama sahaja seperti seseorang membengkokkan zakarnya sehingga mampu digulungߨ lalu memasukkan pada bahagian tengah sahaja. Makaߨ ini sama sekali tidak mewajibkan pasangan itu mandi.

Jika koyakan itu di pelbagai tempatޱ maka ini memerlukan perincian. Secara umumnya ia tidak termasuk. Ini kerana jika dipotong bahagian koyakan itu, kemudian ia dimasukkan ke dalam faraj, maka wanita itu tidak wajib mandi selagimana tidak membabitkan keseluruhan kepala zakar sepertimana yang disebutkan tadi.

Malahߨ ia juga sama seperti jika seseorang memiliki zakar yang berkemampuan seperti tanah liat yang elastikߨ lalu ditarik sebahagiannya menjadi muncungߨ kemudian dimasukkan dalam farajޱ maka ini tidak termasuk.

Namunߨ jika koyakan itu pada bahagian hujung bawah batang zakar yang boleh termuat dalam faraj sama ada secara minimum atau maksimum dan beberapa di tempat yang lainޱ maka ini termasuk. Hal ini sama seperti seseorang memotong hujung bawah batang zakar dan mencantumkan beberapa bahagian di atasnya yang lain dengannyaߨ lalu dimasukkan dalam faraj. Makaߨ ini mewajibkan wanita itu mandi.

Dengan kata lain kemasukan hujung bawah yang menghadap bahagian hadapan sahaja sudah mencukupkan syarat untuk mewajibkan mandi dan koyakan yang kecil pun sehingga menyentuh kulit sudah memadai.

Ini memahamkan kepada kita kenapa batang zakar yang dipotong dan tiada kepalanya jika dimasukkan ke dalam faraj dari hadapan diwajibkan mandi bagi wanita ituߨ tetapi tidak jika dari belakangnya. Ia dikira pada hujung depan atas pengambilkiraa ia sebagai kepala zakar. Adapun hujung belakangnyaޱ maka tidak dikira kerana kepala zakar tidak bermula di situ.

Ini sama seperti seseorang yang memasukkan dirinya ke dalam faraj seseorangߨ kemudian batang zakarnya masuk kecuali bahagian kepalanya. Makaߨ ini sama sekali tidak mewajibkannya mandi.

Begitu juga tidak diwajibkan mandi sekiranya persetubuhan itu melalui stimulasi؛ iaitu seorang lelaki memasukkan zakar ke dalam sesuatu alat yang membolehkan seorang wanita merasai penetrasi lelaki itu yang mana lelaki itu bukan di tempat yang sama dengan wanita itu. Hal ini kerana ini tidaklah dianggap sentuhan secara hakiki.

Syarat ketiga adalah semestinya ada proses penetrasi. Hal ini berdasarkan dalil berikut :

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ الدَّقِيقِيُّ ، وَإِسْحَاقُ بْنُ سَيَّارٍ ، وَأَبُو يُوسُفَ الْفَارِسِيُّ ، قَالُوا : ثَنَا عَمْرُو بْنُ عَاصِمٍ ، قَالَ : ثَنَا هَمَّامٌ ، قَالَ : ثَنَا قَتَادَةُ ، وَمَطَرٌ ، كلاهما عَنِ الْحَسَنِ ، عَنْ أَبِي رَافِعٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِذَا قَعَدَ بَيْنَ شُعَبِهَا الأَرْبَعِ وَأَجْهَدَ نَفْسَهُ ، فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ " .

Muḥammad bin Abdul Mālik ad-Daqīqiy, Isḥāq bin Sayyār dan Abū Yūsuf al-Fārisiyy telah merawi hadis kepada kami mereka berkataܒ Amr bin Āṣīm telah merawi hadis kepada kami dia berkataܒ Hammām telah merawi hadis kepada kami dia berkataܒ Qotādaẗ dan Maṭor telah merawi hadis kepada kami. Kedua-duanya daripada al-Ḥasanܒ daripada Abū Rōfiܒ daripada Abū Huroyroẗ dia berkata Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam bersabda: "Jika seseorang duduk di antara empat rantingnyaߨ kemudian menyungguhi terhadap dirinyaޱ maka dia wajib mandi". [Mustaẖroj Abī Awānano. 637].

وحَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ ، وَأَبُو غَسَّانَ الْمِسْمَعِيُّ . ح وحَدَّثَنَاه مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى ، وَابْنُ بَشَّارٍ ، قَالُوا : حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ هِشَامٍ ، قَالَ : حَدَّثَنِي أَبِي ، عَنْ قَتَادَةَ ، وَمَطَرٍ ، عَنِ الْحَسَنِ ، عَنْ أَبِي رَافِعٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " إِذَا جَلَسَ بَيْنَ شُعَبِهَا الأَرْبَعِ ، ثُمَّ جَهَدَهَا ، فَقَدْ وَجَبَ عَلَيْهِ الْغُسْلُ " ، وَفِي حَدِيثِ مَطَرٍ : وَإِنْ لَمْ يُنْزِلْ .

Zuhayr bin Ḥarb dan Abū Ġossān telah merawi hadis kepadaku =riwayat lain-= Muḥammad bin al-Muṯannā dan Ibn Baššār telah merawi hadis kepada kami tentangnya mereka semua berkataܒ Muāḏ bin Hišām telah merawi hadis kepada kami dia berkataܒ Ayahku telah merawi hadis kepadakuܒ daripada Qotādaẗ dan Maṭorܒ daripada al-Ḥasanܒ daripada Abū Rōfiܒ daripada Abū Huroyroẗ bahawasanya Nabi ollallāhu alayhi wasallam berkata: "Jika seseorang duduk di antara empat rantingnyaߨ kemudian menyungguhi akannyaޱ maka wajib mandi untukknya". Pada hadis Maṭor: "Sekalipun tidak keluar mani". [Ṣoḥīḥ MuslimKitāb al-ayno. 530].

Ibn Manẓūr berkata tentang maksud "Jahada" (جَهَدَ) :

وَفِي حَدِيثِ الْغُسْلِ: إِذا جَلَسَ بَيْنَ شُعَبِهَا الأَربع ثُمَّ جَهَدَها، أَي دَفَعَهَا وَحَفَزَهَا

"Pada hadis mandian: Apabila seseorang duduk di antara empat rantingnyaߨ kemudian dia menyungguhi akannya؛ iaitu menolaknya dan menusuknya". [Lisān al-Arobjilid 3m/s 133keluaran Dār Ṣōdir].

Disebutkan juga dalam hadis yang lain :

ثنا مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ، أنبا الْوَلِيدُ. ح وَثنا الْفَتْحُ بْنُ هِشَامٍ التَّرْجُمَانِيُّ، ثنا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ، ثنا الأَوْزَاعِيُّ، حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ الْقَاسِمِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِذَا جَاوَزَ الْخِتَانُ الْخِتَانَ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ ". فَعَلْتُهُ أَنَا وَرَسُولُ اللَّهِ فَاغْتَسَلْنَا

Muḥammad bin aṣ-Ṣobbāḥ telah merawi hadis kepada kamiܒ Al-Walīd telah memberita hadis kepada kami =riwayat lain= Al-Fatḥ bin Hišām at-Tarjumāniyy telah merawi hadis kepada kamiܒ Al-Walīd bin Muslim telah merawi hadis kepad kamiܒ al-Awzāiyy telah merawi hadis kepada kamiܒ Abdul Romān bin Qōsim telah merawi hadis kepadakuܒ daripada ayahnyaܒ daripada Ā^iša dia berkata Rasululah ollallāhu alayhi wasallam bersabda: "Apabila khitan lelaki menembusi khitan wanitaޱ maka telah wajib mandi". Aku dan Rasulullah melakukannyaߨ lalu kami mandi. [Ḥadīṯ as-Sarrōjno. 859]

حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ، حَدَّثَنَا الْأَوْزَاعِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ الْقَاسِمِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ: " إِذَا جَاوَزَ الْخِتَانُ الْخِتَانَ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ، فَعَلْتُهُ أَنَا وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاغْتَسَلْنَا "

Al-Walīd bin Muslim telah merawi hadis kepad kamiܒ al-Awzāiyy telah merawi hadis kepada kami dia berkataܒ Abdul Romān bin Qōsim telah merawi hadis kepadakuܒ daripada ayahnyaܒ daripada Ā^iša; isteri Nabi ollallāhu alayhi wasallam dia berkata: "Apabila khitan lelaki menembusi khitan wanitaޱ maka telah wajib mandi. Aku dan Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam pernah melakukannya dan kami mandi". [Musnad Amadno. 24752].

Ibn Manẓūr menjelaskan makna Jāwaza (جَاوَزَ) :

جوز: جُزْتُ الطريقَ وجازَ الموضعَ جَوْزاً وجُؤُوزاً وجَوازاً ومَجازاً وجازَ بِهِ وجاوَزه جِوازاً وأَجازه وأَجاز غيرَه وجازَه: سَارَ فِيهِ وَسَلَكَهُ

"₍Juztu₎ jalan dan ₍Jāza₎ tempat. ₍Jawzan₎ — ₍Ju^ūzan,₎ — ₍Jawāzan₎ — ₍Majāzan₎. ₍Jāza Bihi₎ — ₍Jiwāzan₎. ₍Ajāzahu₎, ₍Ajāza Ġoyrahu₎ dan ₍Jāzahu₎؛ iaitu melalui di dalamnya dan masuk padanya". [Lisān al-Arobjilid 5m/s 326keluaran Dār Ṣōdir].

Makaߨ jelas bahawa adanya penetrasi؛ iaitu penembusan zakar ke dalam faraj merupakan hal yang dikira sebagai persetubuhan.

Adapun batas kedalaman minimumޱ ia adalah seseorang memasukkan zakarnya ke dalam faraj yang dikira sebagai persetubuhan yang sah jumhur ulama menyatakan bahawa batasannya adalah tenggelamnya ₍al-Ḥašafaẗ₎؛ iaitu kepala zakar sudah dikira wajib untuk mandi. Namun begituߨ riwayat tenggelamnya ₍al-Ḥašafaẗ₎ yang menyebabkan wajibnya mandi tidak sahih.

حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ ، حَدَّثَنَا حَجَّاجٌ ، عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ جَدِّهِ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِذَا الْتَقَتْ الْخِتَانَانِ ، وَتَوَارَتْ الْحَشَفَةُ ، فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ "

Abū Muāwiyah telah merawi hadis kepada kamiܒ Ḥajjāj telah merawi hadis kepada kamiܒ Daripada Amr bin Šuaybܒ daripada ayahnyaܒ daripada datuknya dia berkata Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam bersabda: "Apabila bertemunya dua khitanߨ lalu tenggelamnya kepala zakarޱ maka telah wajib untuk mandi". [Musnad Aḥmadno. 6493 Sunan Ibn Mājahno. 603 Muonnaf Ibn Abū Šaybahno. 922 Ibn Abdul Barr dalam at-Tamhīdno. 4143].

Hadis ini dhaif kerana perawi yang bernama Ḥajjāj bin Arṭōh seorang perawi yang mudallis yang meriwayatkan secara ₍Ananah. Abū Ḥātim ar-Rōziyy berkata :

صدوق يدلس عن الضعفاء يكتب حديثه، فإذا قال: حَدَّثَنَا فهو صالح لا يرتاب في صدقه وحفظه إذا بين السماع لا يحتج بحديثه، لم يسمع من الزهري، ولا من هشام بْن عروة، ولا من عكرمة

"Seorang yang jujur dan selalu melakukan tadlis daripada para dhaif. Ditulis hadisnya jika dia berkata: Telah merawi hadis kepada kami. Ia adalah baik yang tidak menjejaskan kepercayaannya dan hafalannya. Jika ada perantara pada samaᶜnyaޱ maka tidak dihujahkan hadisnya. Tidaklah dia mendengar daripada az-Zuhriy, Hišām bin Urwa dan Ikrima". [Al-Jar Wa at-Tadīlkarya Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyyjilid 3m/s 156keluaran Dār Iyā^ at-Turōṯ al-Arobiyy].

Terdapat riwayat lain yang menyatakan sedemikian :

قَالَ : حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ الْعَرْزَمِيُّ ، عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ جَدِّهِ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ سَائِلا سَأَلَهُ ، فَقَالَ : يُوجِبُ الْغُسْلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِلا الْمَاءُ ؟ قَالَ : " إِذَا الْتَقَى الْخِتَانَانِ ، وَتَرَاوَتِ الْحَشَفَةُ ، وَجَبَ الْغُسْلُ ، أَنْزَلَ أَوْ لَمْ يُنْزِلْ " .

Dia berkata Muḥammad bin Ubaydullah al-Arzamiyy telah merawi hadis kepadakuܒ daripada Amr bin Šuaybܒ daripada ayahnyaܒ daripada datuknyaܒ daripada Nabi ollallāhu alayhi wasallam bahawasanya seseorang telah bertanya kepadanya. Dia berkata: "Adakah kami wajib mandi setelah keluar air mani wahai Rasulullah?". Dia berkata: "Jika dua khitan bertemuߨ lalu tenggelamnya kepala zakarޱ wajib mandinya sama ada keluar air mani ataupun tidak". [Al-Āṯār Li Abī Yūsufno. 52 al-Mudawwana al-Kubrō Li Mālik Ibn Anasno. 35].

Hadis ini dhaif kerana Muḥammad bin Ubaydullah al-Arzamiyy didhaifkan oleh sejumlah nuqqad. Yayā bin Saīd al-Qoṭṭōn dan Abdul Romān bin Mahdiyy tidak meriwayatkan daripadanya. Amad bin anbal menyatakan bahawa orang ramai tinggalkan hadisnya. Yayā bin Maīn dan Abū Zura ar-Rōziyy menyatakan bahawa dia tidak ditulis hadisnya. Amr bin Aliy a-oyrofiyy menyatakan bahawa dia ditinggalkan hadisnya. Abū Ḥātim ar-Rōziyy menyatakan bahawa dia sangat dhaif. Semua ini dinyatakan oleh Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy dalam «al-Jarḥ Wa at-Tadīl». An-Nasā^iyy menilainya sebagai orang yang ditinggalkan hadisnya dalam «a-uafā^ wa al-Matrūkūn». Ibn Šāhīn menyenaraikannya dalam kelompok dhaif dalam «Tārīẖ Asmā^ a-uafā^ wa al-Kaḏḏābīn». Begitu juga ad-Dāroquniyy dalam «aḍ-Ḍuafā^ Wa al-Matrūkūn». Al-Buẖōriyy menyatakan bahawa Ibn al-Mubārok meninggalkannya dalam «at-Tārīẖ al-Kabīr».

Terdapat juga riwayat yang lain :

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ الصَّفَّارُ التُّسْتَرِيُّ ، قَالَ : نا يَحْيَى بْنُ غَيْلانَ ، قَالَ : نا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بَزِيعٍ ، عَنْ أَبِي حَنِيفَةَ ، عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ جَدِّهِ ، أَنَّ سَائِلا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَيُوجِبُ الْمَاءَ إِلا الْمَاءُ ؟ فَقَالَ : " إِذَا الْتَقَى الْخِتَانَانِ ، وَغَابَتِ الْحَشَفَةُ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ ، أنْزَلَ أَوْ لَمْ يُنْزِلْ " .

Abdullah bin Umar a-offār at-Tustariyy telah merawi hadis kepada kami dia berkataܒ Yaḥyā bin Ġoylān telah merawi hadis kepada kami dia berkataܒ Abdullah bin Bazī telah merawi hadis kepada kamiܒ daripada Abū Ḥanīfaẗܒ daripada Amr bin Šuaybܒ daripada ayahnyaܒ daripada datuknya bahawasanya seseorang bertanya kepada Nabi ollallāhu alayhi wasallam: "Adakah diwajibkan mandi setelah keluar air mani?". Baginda menjawab: "Jika bertemu dua khitanߨ lalu tembusnya kepala zakarޱ maka wajib mandi sama ada keluar air mani ataupun tidak". [Aṭ-Ṭobrōniy dalam al-Mujam al-Awsono. 4631]

Hadis ini terdapat dua kelemahan. Pertamaߨ Abdullah bin Bazī dinyatakan oleh Ibn Adiyy dalam «al-Kāmil Fī uafā^ ar-Rijāl» bahawa periwayatan hadisnya tidak terpelihara. Ad-Dāroquniyy dalam «al-Ilal al-Wāridah Fi Aḥādīṯ an-Nabawiyyah» menyatakan bahawa dia lembam hadisnya.

Keduaߨ ia terletak pada Abū Ḥanīfaẗ atau Nu man bin Ṯābit. Dia dicela oleh sejumlah nuqqad. Abdullah bin al-Mubārok meninggalkannya pada akhirnya dan Ibn al-Mubārok menyatakan bahawa dia adalah miskin hadisnya sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy dalam «al-Jarḥ Wa at-Ta dīl». An-Nasā^iyy dalam «a-u afā^ wa al-Matrūkūn» menyatakan bahawa dia tidak begitu kuat pada hadis. Ibn Šāhīn menyenaraikannya dalam kelompok orang yang dhaif dalam «Tārīẖ Asmā^ a-u afā^ wa al-Kaḏḏābīn». Dalam masa yang sama Ibn Šāhīn membawa riwayat daripada Sufyān a-awriyy bahawanya dia tidak berkredibiliti dan amanah. Ibrōhīm bin Ya qūb al-Jūzajāniyy dalam «Awāl ar-Rijāl» menyatakan bahawa dia tidak dirasa puas pada hadisnya dan pendapatnya. Amr bin Aliyy al-Fallās menyatakan bahawa dia bukan huffaz dan orang yang bergoncang hadisnya sepertimana yang dinukil oleh Ibn Adiyy dalam «al-Kāmil Fī uafā^ ar-Rijāl». Abū Nuaym al-Abahāniyy menyatakan bahawa dia banyak kesilapan dan waham dalam «a-Ḍuafā^». Al-Buẖōriyy dalam «at-Tārīẖ al-Kabīr» menyatakan bahawa mereka mendiamkannya pada pendapatnya dan juga hadisnya yang mana ini merupakan isyarat pendhaifan yang teruk. Muammad bin Sad mendhaifkannya dalam «a-obaqōt al-Kubrō». Ad-Dāroquniyy mendhaifkannya dalam «as-Sunan».

Ibn Awn berkata: "Tidak ada yang dilahirkan dalam Islam sebuah kelahiran yang paling celaka berbanding Abū anīfa. Bagaimana kalian mengambil agama kalian daripada seorang lelaki yang telah luruh pada keagungan agamanya?". Mālik bin Anas menyatakan bahawa dia pemerdaya agama. Šuba bin al-ajjāj melaknat Abū anīfah. Muammad bin al-Muannā menyatakan bahawa Abdul Romān bin Mahdiyy tidak meriwayatkan daripadanya. Yayā bin Saīd al-Qoṭṭōn menyatakan bahawa dia bukan ahli hadis. Abū Nuaym berkata: "Kami tidak pernah mendengar daripada Abū anīfa kecuali dua tempat curahan". Amad bin al-usayn at-Tirmiiyy menyatakan bahawa Amad bin anbal mengatakan bahawa dia selalu berdustaߨ manakala Abdullah bin Amad bin anbal menyatatakan bahawa ayahnya mengatakan: "Abū Ḥanīfaẗ adalah dhaif dan pendapatnya juga dhaif". Semua ini dinyatakan oleh Abū Jafar al-Uqoyliyy dalam «a-uafā^ al-Kabīr».

Oleh ituߨ tidak ada yang sahih untuk hal ini. Pun begituߨ pengamalannya adalah sahih kerana definisi ₍al-Ḥašafah₎ adalah sepertimana yang disebutkan oleh Ibn Manẓūr :

والحَشَفَةُ: الكَمَرةُ، وَفِي التَّهْذِيبِ: مَا فَوْقَ الخِتان. وَفِي حَدِيثِ عَلِيٍّ: فِي الحَشَفةِ الدِّيَةُ؛ هِيَ رأْس الذكَر إِذَا قَطَعَهَا إِنْسَانٌ وَجَبَتْ عَلَيْهِ الديةُ كَامِلَةً.

"₍Al-Ḥašafaẗ₎؛ iaitu kepala zakar. Dalam «at-Tahḏīb»: Apa yang berada di atas khitan. Pada hadis Aliyy: Pada al-ašafah ada diat؛ iaitu ia adalah kepala zakar yang apabila seseorang memotongnyaޱ maka diat secara sempurna wajib baginya". [Lisān al-Arobjilid 9m/s 47keluaran Dār Ṣōdir].

Ini menepati pada definisi khitan yang telah disebutkan tadi. Oleh ituߨ dikira persetubuhan apabila tenggelamnya kepala zakar secara penuh.

Kesimpulannya adalah persetubuhan yang dikira adalah apabila tenggelamnya kepala zakar yang sebenar lagi asli yang manusiawi ke dalam faraj wanita yang sebenar lagi asli yang manusiawi dengan sentuhan langsung, iaitu kulit dengan bahagian dalaman faraj secara penuh.

Kemudianߨ pensahihan ar-Rūyāniyy, pemilihan al-Ḥannāṭiyy dan pendapat mazhab ḥanbalian pada yang tidak wajib mandi bagi persetubuhan yang tidak mempunyai persentuhan secara langsung adalah tepat berdasarkan sokongan dalil.

Kesan Hukum Yang Lain

Untuk hal persetubuhan ini ia tidak hanya pada satu bab sahaja؛ iaitu bab mandianߨ tetapi ia boleh memberi kesan kepada isu yang lain. An-Nawawiyy berkata :

قَالَ الرُّويَانِيُّ وَيَجْرِي هَذَا الْخِلَافُ فِي إفْسَادِ الْحَجِّ بِهِ وَيَنْبَغِي أَنْ يَجْرِيَ فِي كُلِّ الْأَحْكَامِ

"Berkata ar-Rūyāniyy: Terjadilah perselisihan ini pada bab rosaknya haji disebabkannya dan boleh untuk berlakunya pada setiap hukum-hakam". [Al-Majmū Šar al-Muhaḏḏabjilid 2m/s 134keluaran Dār al-Fikr].

Ini boleh dilihat praktikal Abū Muḥammad al-Ḥusayn bin Muḥammad al-Marwarrūḏiyy yang mengaitkan hal mandi dengan hukuman had :

إذا لف خرقة على ذكره، وأولج، وغيب الحشفة يجب الغسل والحد. قال القاضي رضي الله عنه، هذا إنما يكون إذا كانت الخرقة رقيقة، بحيث تصل حرارة أحدهما إلى الآخر، ويصير بلل أحدهما إلى الآخر. فأما إذا كانت خشنة كثيفة، فلا.

"Apabila seseorang membalut cebisan kain pada zakarnyaߨ lalu dia menyetubuhi dan tenggelam kepala zakarޱ maka wajib mandi dan hukuman had. Berkata al-Qōḍī semoga Allah meredhainya: Ini adalah jika kain itu adalah nipis yang mana sampainya hangat salah seorang daripada mereka pada yang lain dan terjadinya lembapan salah seorang daripada mereka pada yang lain. Adapun jika ia adalah tebalޱ maka tidak wajib". [At-Talīqo Alā Mutaor al-Muzāniyyjilid 1m/s 373keluaran Maktabah Nizār Muṣṭofā al-Bāztahqiq Aliyy Muammad Muawwi dan Ādil Amad Abdul Mawjūd]

Begitu juga al-Adawiyy ketika membahaskan syarat seseorang dihukum dengan hukuman had untuk zina :

تَغْيِيبُ حَشَفَتِهِ أَوْ قَدْرِهَا وَلَوْ بِغَيْرِ انْتِشَارٍ أَوْ مَعَ لَفِّ خِرْقَةٍ خَفِيفَةٍ لَا تَمْنَعُ لَذَّةً لَا كَثِيفَةٍ، أَوْ فِي هَوَاءِ الْفَرْجِ

"Tenggelam kepala zakar atau kadarnya walaupun tanpa pancutan atau pembalutan secebis kain yang ringan yang tidak menghalang rasa lazatߨ bukan yang tebal atau pada celahan faraj". [Ḥāšiyaẗ al-Adawiyy Alā Šar Kifāya a-Ṭōlib ar-Robbāniyyjilid 2m/s 321keluaran Dār al-Fikrtahqiq Yūsuf Muamad al-Buqōiyy].

Kedua-duanya berpegang dengan pendapat yang mengambil kira kadar ketebalan bagi balutan itu. Jika begituޱ maka pendapat ar-Rūyāniyy, pemilihan al-Ḥannāṭiyy dan pendapat mazhab ḥanbalian ini boleh diaplikasikan pada isu yang samaߨ cuma berbeza hukumnya yang menatijahkan beberapa perkara.

Pertamaߨ ini juga akan menatijahkan yang lain seperti tidak batalnya wuduk, tidak batalnya puasa seseorang sehingga diwajibkan kafarah baginya, tidak sah pernikahan semula selepas ditalak tiga dan tidak dikira berzina sehingga berhak untuk dihukum sebat apabila seseorang itu memakai kondom. Demikian kesan hukum yang lain yang boleh difahami dengan qiyas atau mafhum.

Keduaߨ apabila seseorang tidak dikira berzinaޱ maka pensabitan zina tidak mudah hanya dengan tampak secara zahir masuknya zakar ke dalam faraj. Perlu juga diteliti sama ada seseorang itu memakai kondom ataupun tidak.

Jika kemaksiatan tidak dicegah disebabkan terdapat perbezaan pendapat dalam mensabitkannyaߨ maka ia tidak boleh dihalang dan ditegah sekalipun pelaku itu tidak tahu tentang keharusan ini kecuali bagi hal-hal tertentu seperti perlakuan di tempat umum yang orang ramai tidak boleh bertoleransi padanya.

Cegah dahulu yang disepakati keharamannya dan kejelasannya seperti merokok di tempat awam, membuang sampah merata-rata dan lain-lain. Jika ingin cegah sesuatu yang diperselisihkan pendapatnyaޱ cegah yang telah dipastikan mudaratnya yang lebih besar. Kemudianߨ cegah apa yang adat di sekeliling tidak boleh menerimanya secara toleransi jika ia dilakukan secara terbuka.

Perbuatan ini juga harus disebabkan persetubuhan tidak dapat dielakkan daripada sentuhan sesama yang lain kerana tidak ada larangan untuk menisbahkan pengharaman sentuhan lelaki dan wanita serta menetapkan dosa secara mutlak terhadap syahwat.

Saya telah menjelaskan dalam dua penulisan yang berasingan tentang hal ini dalam judul «Hukum Bersentuhan Kulit Dengan Bukan Mahram» dan «Adakah Syahwat Itu Sendiri Berdosa?». Daripada kedua-dua ini ia menatijahkan sebarang bentuk persentuhan bersama syahwat tidak ditegah dalam syariat ini.

Jika adanya lihatan auratޱ maka saya telah jelaskan hal ini dalam penulisan saya yang berjudul «Aurat : Penjelasan Tuntas» atau bahagian yang lebih pendek؛ iaitu «Analisis Surah an-Nur ayat 31 Pada Maksud Perhiasan Dan Hukum Memperlihatkan Aurat Kepada Yang Bukan Mahram». Daripada penulisan ini ia menatijahkan tidak ada masalah bagi melihat aurat yang bukan mahram.

Ketigaߨ jika sebab ketidakwajipan mandi adalah kerana seseorang itu hanyalah bersetubuh pada cebisan kainߨ bukan pada faraj secara sebenarnyaޱ maka ini juga menatijahkan seseorang itu tidak berdosa apabila suami menyetubuhi isterinya pada duburnya dengan memakai kondom. Jika sabitnya pengharaman liwatޱ maka ini juga tidak dikira. Disebabkan ternafinya hakikat atau berubahnya hakikatܦ maka perubahan hukum akan berlaku.

No comments:

Post a Comment