Tuesday, June 23, 2020

Nasihat Dan Bekalan Kepada Ahli Hadis

Muqaddimah

Segala puji bagi Allah yang menurunkan kebenaran kepada hamba-Nya agar manusia hidup di dalam cahaya yang membahagiakan mereka dan terhindar daripda kegelapan yang penuh dengan kesengsaraan. Selawat dan salam ke atas Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, baginda adalah rahmat sekalian alam yang mengajarkan al-Kitāb, as-Sunnah serta menyucikan jiwa mereka yang mengharapkan keredhaan Allah. Begitu juga ke atas keluarga, sahabat dan mereka yang mengikuti baginda sebaik-baiknya, semoga mereka mendapat pahala yang tidak pernah terputus.

Ammā Ba*d. Mempelajari ilmu hadis semestinya seseorang itu berkehendak untuk mahir dalam ilmu hadis sehinggalah menjadi ahli hadis. Ini adalah lumrah pembelajaran kehidupan seharian dan juga mana-mana bidang. Mempelajari ilmu perubatan, semestinya hasil ilmu ini melahirkan doktor. Mempelajari bidang pertanian, semestinya hasil ilmu ini melahirkan petani. Dan lain-lain bidang ilmu. Begitu juga dengan hal ini bagi mereka yang benar-benar berkehendak. Tidak dinafikan ada yang mempelajarinya hanya sekadar celik sahaja, tetapi tidak berkeinginan untuk sampai kepada kemuncak ilmu itu sendiri. Ada yang mempelajari ilmu perubatan, tetapi enggan menjadi doktor, namun hanya ingin sekadar celik terhadap sesuatu penyakit dan penawar. Begitu juga dengan lain-lain bidang ilmu dan juga bidang ini.

Bagi mereka yang benar-benar ingin menjadi ahli hadis, saya sediakan nasihat dan bekalan kepada mereka yang menelusuri ilmu hadis serta ingin merenangi lautannya untuk mendapatkan mutiara, zamrud, berlian dan permata yang berharga dalam ilmu ini. Yakni, menjadi unggul dalam bidang hadis dan terkehadapan pula dalam kalangan ahli-ahli di dalam bidang ilmu ini. Bagi saya, ini nasihat dan bekalan yang penting untuk ahli hadis sekalian sama ada dari sudut fakta ataupun melalui pengalaman saya sendiri. Tidak dinafikan bahawa subjek, silibus dan topik-topik yang ada dalam *Ulūm al-Ḥadīṯ seperti Muṣṭolaḥ al-Ḥadīṯs, *Ilm Rijāl, al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, Manāhīj Muṣonnifīn Wa Nuqqōd, Ma*rifah al-Kutub, *Ilal al-Ḥadīṯ dan lain-lain telah mendedahkan beberapa nasihat dan bekalan yang perlu ada dalam ilmu hadis. Namun, apa yang dinyatakan di sini adalah sebagai intisari daripada keseluruhan cabang daripada topik-topik yang saya kira penting untuk dinyatakan yang merupakan keperluan utama dalam melangkah ilmu hadis ini pada mana-mana bahagian pun.

Semoga apa yang dikongsikan saya di sini mendapat manfaat bersama agar kita semua mendapat petunjuk jalan yang lurus sekaligus menyampaikan kepada kita rahmat Allah yang tidak pernah mengecewakan sesiapa yang memperolehinya.

Nasihat-Nasihat Untuk Ahli Hadis

Wahai ahli hadis! Di sini ada beberapa perkara yang penting dalam kajian hadis, maka hendaklah merenunginya dan pegang dengan erat kerana ini akan menjadi pelajaran yang berguna sepanjang kamu bergelumang dengan ilmu hadis.

Pertama, jangan sesekali mudah menganggap bahawa penulis-penulis kitab yang mengumpulkan hadis sama ada Musnad, Muṣonnaf, as-Sunan dan seumpamanya adalah orang-orang yang berkredibiliti lagi berkejituan. Ini perlu diberi perhatian secara serius kerana sebahagian orang mengambil kesemua sanad dan matan hadis daripada apa-apa kitab yang mengumpulkan sanad dan matan hadis tanpa mengira peduli latar belakang penulis tersebut dan menganggap seolah-olah penulis sememangnya seorang yang berkredibiliti lagi berkejituan. Misalnya, Abū Dāwud aṭ-Ṭoyālisiyy[1] yang menulis kitab musnadnya merupakan seorang yang mempunyai masalah dalam kejituan. Begitu juga dengan Abu Bakr al-Bazzār[2] juga dikritik dalam kejituannya. Saya peringatkan ini adalah supaya kita tidak terlalu bermudah-mudahan dalam mengambil riwayat-riwayat daripada kitab secara bulat-bulat tanpa menyemak penulis tersebut supaya kita tidak terambil daripada penulis yang majhūl[3], dhaif[4] dan matrūk[5], apatah lagi pendusta[6]. Jikalau daripada mereka yang kurang kejituannya, maka kita perlu berhati-hati apabila membuat perbandingan dengan periwayatan-periwayatan yang lain supaya kita kenal pasti riwayat yang maḥfūẓ, cacat serta syaz yang terkandung pada periwayatan yang dikumpulkan dan dipertembungkan. Hal ini kerana boleh jadi punca sesebuah riwayat syaz dan munkar berpunca penulis kitab itu sendiri, bukan daripada perawi-perawi yang penulis kitab itu riwayatkan.

Kedua, diperingatkan juga agar tidak mengambil qaul nāqid atau yang berkaitan dengan tajrīḥ dan ta*dīl tanpa menyemak sanadnya, sama ada pada penulis kitabnya atau sanad-sanad yang terkandung di dalamnya supaya kita tidak mengambil daripada mereka yang majhūl, dhaif[ dan matrūk. Misalnya Yaḥyā bin Ma*īn yang menyatakan bahawa *Aliyy bin al-Ja*d lebih kukuh daripada Abū an-Naḍr dalam periwayatan hadis Šu*bah adalah dhaif[7]. Begitu juga dengan ta*dīl penerimaan mursal al-Ḥasan al-Baṣriyy oleh Abū Ḥātim ar-Rōziyy juga tidak sahih kerana terdapat perawi yang pemalsu hadis[8]. Dengan itu, hendaklah kita menyemak agar kita tidak mengambil penilaian yang bersumberkan jalan-jalan yang tidak sahih. Hal ini kerana kita sedang berbicara dengan pemeliharaan hadis Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang mana apa-apa yang disandarkan kepada baginda yang menjadi hujah di dalam agama ini adalah hal-hal yang lebih utama daripada perkhabaran yang lain. Bermudah-mudahan dalam hal ini kita bukan sahaja memberikan penilaian sahih terhadap seseorang perawi, bahkan kita menolak hadis-hadis yang datang hanya kerana berdiri di atas sandaran yang tidak kukuh.

Ketiga, jangan sesekali kita mengambil penilaian tajrīḥ dan ta*dīl seseorang nāqid sebelum kita semak nāqid itu sendiri. Hal ini kerana bukan semua yang memberikan komentar terhadap seseorang perawi adalah orang-orang yang mempunyai kekukuhan. Misalnya, Sufyān bin Wakī* al-Kūfiyy merupakan seorang yang dhaif[[9] walaupun dia terlibat dalam beberapa siri kritik rawi. Demikian aš-Šāḏakūniyy yang banyak siri komentar terhadap perawi dan dia dianggap hafiz[10], tetapi dia seorang yang dituduh pendusta[11]. Begitu juga dengan An-Naḍr bin Salamah Šāḏān al-Marwaziyy yang pernah menganggap bahawa Ismā*īl bin Abū Uways adalah pendusta[12], tetapi dia sendiri adalah pendusta[13]. Begitu juga perlu berhati-hati dengan nāqid yang memiliki kecenderungan untuk bersikap longgar atau terlalu keras dalam penilaian perawi. Dengan itu, kita perlu menyemak latar belakang para nāqid hadis sama ada ia dikenali ataupun tidak dan sama ada ia bermudah-mudahan atau bersikap keras atau seimbang agar kita mampu memelihara hadis ini dengan optimum dan lebih efisyen.

Keempat, longgarkan diri daripada terikat dengan pengkanunan istilah mutaakhirin. Hal ini kerana penggunaan istilah zaman mutaqaddimin tidak universal sehingga penggunaannya berbeza-beza mengikut individu atau sahabat-sahabat mereka. Dengan kata lain, satu istilah yang digunakan oleh seseorang tidak semestinya akan sama dengan orang lain. Atas sebab itulah seseorang perlu memahami istilah yang digunakan oleh mutaqaddimin dari kaca mata pengguna itu sendiri, bukan yang telah dikanunkan oleh mutaakhirin. Jikalau tidak, kita bukan sahaja akan salah dalam memahami maksud yang ingin disampaikan oleh ahli hadis mutaqaddimin, tetapi itu juga akan mempengaruhi penilaian status perawi dan darjat hadis. Misalnya, istilah "ḥasan" di sisi mutaqaddimin, mutaakhirin dan at-Tirmiḏiyy[14]. Begitu juga istilah "ġorīb" di sisi mutaqaddimin dan mutaakhirin[15]. Istilah "munkar" juga berbeza-beza[16]. Bahkan, jangan kehairanan jikalau penyebutan "dhaif", "matrūk" dan "palsu" merujuk kepada status yang sama, iaitu pemalsu hadis[17]. Jika kita terikat dengan pengkanunan istilah mutaakhirin ini akan menjadi sesuatu yang berbahaya dalam penilaian perawi dan hadis[18].

Kelima, fleksibelkan diri daripada bergantung dengan sumber sekunder dalam penilaian al-Jarḥ dan at-Ta*dīl perawi. Saya telah jelaskan keterangan ini dalam penulisan saya yang berjudul "Jangan Semudah Ini Ada Di at-Tahḏīb". Namun, intipati ringkasnya ialah kitab sekunder kadangkala tidak mensyaratkan sahih penukilan sanadnya sehingga di situ terdapat riwayat perawi yang dhaif matrūk dan pendusta padanya. Kadangkala sumber sekunder meringkaskan sanad sehingga ia memotong beberapa perawi di dalamnya untuk memendekkan penulisan. Jika kita terlalu bergantung pada sumber ini, kita menganggap bahawa penukilan mereka sahih dari segi sanadnya sehingga kita tidak mahu menyemak sumber yang dinukilkan yang merupakan sumber primer. Sedangkan jika sumber primer tidak sahih, maka tidak sahih juga pada sumber sekunder[19]. Sebab itulah perlu bagi pengkaji hadis dan ahli hadis tidak terlalu bergantung kepada sumber sekunder. Rujukan sumber sekunder sekadar untuk pembuka pintu untuk mendapatkan gambaran menyeluruh tentang perawi, namun bukanlah penukilan itu dapat dipegang sepenuhnya. Mana-mana penukilan di dalamnya hendaklah diteliti pada sumber primernya, bukan terus berpegang padanya.

Keenam, usah selalu berpaut dengan hasil mutaakhirin dalam penilaian status perawi yang berupa kesimpulan, terutamanya penilaian ad-Ḏahabiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy. Hal ini kerana penilaian mereka sebagai berkredibiliti atau dhaif bukan semestinya semua keadaan. Hal ini kerana kesimpulan kedudukan perawi adalah berkredibiliti, tetapi ada bahagian tertentu yang mereka memiliki kelemahan[20]. Begitu juga mereka yang dhaif, boleh jadi riwayat mereka diterima atas sebab tertentu[21]. Inilah sebabnya seseorang perlu meneliti dari kaca mata nāqid lain supaya tidak terlepas maklumat tentangnya agar tidak tersilap dalam penentuan darjat hadis[22]. Selain itu, perkara yang paling penting ialah penilaian muta^aẖirīn  akan bergantung kepada hasil pemerhatian pada penilaian mutaqaddimin. Tidak boleh menganggap sama sekali secara mutlak bahawa penilaian mereka sebaris dengan mutaqaddimin[23]. Oleh itu, hendaklah seseorang melihat dari perspektif Abū Ḥātim ar-Rōziyy, Abū Zur*ah ar-Rōziyy, *Aliyy bin al-Madiniyy, al-Buẖōriyy, Abū Dāwud as-Sijistāniyy dan lain-lain nāqid. Jangan menjadikan nukilan mereka sekadar perhiasan tambahan untuk menyelarikan dengan penilaian mutaakhirin. Hendaklah dikaji dan dibandingkan supaya kita mendapat penilaian kritis bagi kedudukan sebenar seseorang perawi.

Ketujuh, merdekakan keselesaan diri untuk bersandarkan kepada ziyādah ṯiqoh boleh diterima. Hal ini kerana periwayatan itu muḍṭorib sehingga boleh jadi perawi itu syak dan waham dalam periwayatan sehingga mereka tidak menyedari pertambahan lafaz terhadapnya[24]. Bahkan, para perawi itu juga mungkin keliru dalam meriwayatkan hadis sama ada hal itu mawqūf atau marfū*[25]. Inilah sebabnya tidak boleh seseorang menganggap jika ada suatu periwayatan daripada seseorang perawi hanya mawqūf, tetapi periwayatan lain dari perawi yang sama meriwayatkan secara marfū*, maka marfū* dan mawqūf tetap diterima dengan anggapan bahawa ziyādah ṯiqoh diterima[26]. Ini begitu bahaya kerana boleh jadi hadis itu asalnya mawqūf, tetapi disebabkan berlakunya kecelaruan hafalan, maka perawi itu menjadikannya marfū*. Sesiapa tidak mampu mengimbangi urusan ini, nescaya dia tidak akan mencapai kemahiran dalam *ilal al-Ḥadīṯ.

Kelapan, apabila seseorang perawi tidak didapati tajrīḥ dan ta*dīl terhadapnya secara zahir, maka janganlah menghukumnya sebagai majhūl secara rambang. Perawi yang tidak ada tajriḥ dan ta*dīlnya boleh diangkat sebagai berkredibiliti apabila ada muridnya daripada kalangan orang yang tidak mengambil sesuatu riwayat melainkan daripada perawi yang berkredibiliti. Apabila seseorang itu diriwayatkan oleh perawi lain seperti itu, maka dia diangkat sebagai orang yang berkredibiliti. Hal itu boleh dikenali sama ada pengakuan daripada nāqid lain atau melalui penelitian. Maka, tidak mudah menghukumi seseorang perawi sebagai majhūl. Bahkan, perkara ini juga penting kerana ia boleh mempengaruhi penghukuman kita terhadap perawi. Misalnya, apabila lima nāqid mentajriḥnya dan tiga nāqid menta*dīlnya. Didapati perawi itu ada yang diriwayatkan oleh empat perawi lain yang tidak meriwayatkan suatu riwayat melainkan daripada orang yang berkredibiliti. Maka, ini sekaligus mempengaruhi penilaian kita terhadap perawi. Malah, bukan sahaja seseorang perlu melihat siapa murid yang mengambil hadisnya, tetapi hendaklah melihat siapa yang berhujah dengannya. Kehujahan ahli hadis, terutamanya mutaqaddimin terhadap riwayat daripada perawi itu dapat memberikan tanda bahawa perawi itu berkredibiliti walaupun tidak dinyatakan secara jelas[27].

Kesembilan, bagi sesiapa yang melibatkan diri dalam wacana ilmu atau membahaskan suatu perkara, maka janganlah tinggalkan nukilan al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl tanpa sumber rujukan. Ini kadangkala terjadi sebahagian orang yang kononnya berpegang teguh dengan manhaj ahli hadis, tetapi langsung tidak mencontohi ketelitian dan sikap cermat ahli hadis. Menjadi suatu kehairanan apabila mereka meleretkan takhrij hadis yang banyak, tetapi nukilan al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl dibiarkan kosong tanpa sandaran. Menyatakan nukilan tanpa sumber seumpama mengkhabarkan riwayat tanpa sanad. Biarlah lelah lidah untuk mengungkap banyak kali atau letih tangan menuliskannya berulang kali serta berpenat kerana panjangnya masa dan tenaga yang digunakan untuk menyatakannya, tetapi menjaga kualiti transparensi dalam agama lebih berhak didahulukan. Tadlis merupakan kecelaan ahli hadis, apatah lagi tadlis yang tersimpannya penyakit bersamanya. Janganlah sesekali mengulanginya dan jangan memandang remeh terhadapnya. Jika hadis yang tidak dinyatakan sumbernya memberi kesan kepada keraguan, apatah lagi al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl yang mempengaruhi darjat hadis dalam perbahasan.

Renungilah kesemua ini kerana kelak kamu akan mensyukuri dengan coretan ini tatkala kamu mencelikkan mata untuk melihat realitinya. Bagi yang belum dilimpahi Allah untuk didalamkan ilmunya mungkin akan memandang sinis, tetapi saya berharap agar kamu juga akan melihat dan menikmati sepertimana yang saya dan ahli hadis yang lain nikmati. Segala puji bagi Allah.

Bekalan-Bekalan Untuk Ahli Hadis

Wahai ahli hadis! Ini adalah bekalan-bekalan penting sepanjang perjalanan kamu dalam ilmu. Tanpanya kamu akan menempuh kepayahan yang boleh menganggu prestasi kamu dalam merentasi gelora ilmu ini dan menghalang kamu daripada mencapai kemuncak yang tertinggi dalam ilmu ini. Agar kamu tidak dibebankan dengan musibah ini, maka bekalan-bekalan ini penting untuk kalian. Bekalan-bekalan tersebut adalah :

Pertama, seseorang perlu mempunyai kekuatan memori untuk menghafal dan mengingati banyak riwayat sanad dan matan serta maklumat perawi. Ini adalah keperluan utama dalam melangkah medan ini untuk mahir dalam cabang ilmu hadis yang paling agung, iaitu ilmu *ilal. Jika kita tidak tahu hal ini, kita gagal mengenal pasti riwayat yang syaz, tidak maḥfūẓ, muḍṭorib dan kecacatan yang lain. Mahu atau tidak mahu, menjadi seorang ahli hadis bukan sahaja perlu mempunyai kesungguhan dalam pembacaan yang luas serta mempunyai banyak kitab-kitab rujukan hadis, tetapi memori yang kuat supaya memudahkan perbandingan riwayat dan analisis hadis.

Kedua, perlu bagi seseorang mempunyai catatan jika ia tidak mempunyai kekuatan memori yang teguh untuk menuliskan hadis-hadis yang dinilai sahih bagi dirinya, hadis-hadis yang sahih digunakan sebagai hujah, kesimpulan daripada penghakiman perawi dan lain-lain. Ini begitu penting kerana semakin bertambahnya ilmu kita, pasti kita akan menyemak semula pendapat-pendapat yang lama. Tanpa penulisan seperti ini menyebabkan kesukaran bagi kita untuk menyemak semula sanad-sanad hadis dan perawi-perawi yang kita simpulkan kerana tidak mampu mengingati sumber rujukan yang menjadi tumpuan kajiannya memandangkan perawi-perawi hadis terlalu ramai dan sumber-sumber rujukan hadis yang begitu banyak[28]. Pastilah ini sesuatu yang menyukarkan kita dan ini bukanlah sepatutnya perkara yang dijauhi, apatah lagi digemari oleh ahli hadis.

Ketiga, hendaklah seseorang itu bersedia dari segi mental dan jiwa untuk menyatakan secara tegas dan berani dalam membuat rumusan, pendirian dan kesimpulan setelah kajian sesuatu perkara. Tidak boleh seseorang bersikap taklid semata-mata memilih mana-mana pendapat yang dia mahu tanpa menghakimi keseluruhan perkara atau bersikap tawaqquf dalam sesuatu yang saling bertarungan. Hal ini penting kerana kefaqihan yang unggul bukanlah mereka sekadar penghafal qaul, sanad dan matan semata-mata. Mereka menganalisis dan mengikuti sesuatu perkara berdasarkan hujah dan keterangan yang kukuh, bukan sekadar tahu mana-mana pintu, kemudian masuk ke dalam salah satu pintu sesuka hati. Bahkan, membuat keputusan yang tegas dan berani sama ada menyimpulkan status perawi, membuat rumusan darjat hadis dan membuat pendirian tentang tarjih dan tahqiq terhadap sesuatu riwayat. Inilah yang membezakan orang yang sekadar mendengar dan mereka yang memahami.

Keempat, bagi yang telah melepasi perkara ketiga ini, kamu tidak boleh lagi berpatah balik untuk menjadi semi-taklid. Maksud saya, kamu mesti konsisten dengan manhaj kamu yang mana jika kamu menilai seseorang perawi itu dhaif, maka tidak boleh pula ia mengambil hadis-hadis yang lain tanpa memeriksa sanad pada hadis itu dan hanya bertaklid dengan penilaian ahli hadis lain yang berkata itu ini adalah sahih. Boleh jadi ahli hadis berpendapat perawi itu seorang yang teguh, tetapi tidak bagi kamu. Namun, disebabkan kamu tidak konsisten dengan manhaj kamu, maka kamu mengambil hadis atau riwayat itu bulat-bulat dengan tidak memeriksa sanad sama ada ia diterima dengan manhaj kamu ataupun tidak. Hanya semata-mata taklid penilaian ahli hadis lain. Ahli hadis bukanlah seperti ini yang selalu bersifat bercanggahan. Pilihan kamu cumalah ambil semua atau tinggalkan semua. Jika kamu membatalkan sepenuhnya pendapat kamu itu dan tenggelam diri dalam taklid sepenuhnya, maka, ini tetap tercela kerana ahli hadis adalah mengikuti kebenaran dengan hujah serta bersungguh-sungguh ke atasnya.

Pemaknaan Sebenar Ilmu Hadis

Ilmu hadis tidak akan tercapai makna sebenarnya jika tidak memenuhi lima perkara. Maksudnya, untuk menjadi ahli hadis, dia perlu memiliki ciri-ciri ini.

Pertama, kemahiran ilmu *Ilal. Ini mmerupakan bahagian kemuncak dan yang tertinggi dalam pencapaian pembelajaran hadis. Sesiapa yang hanya berlegar sekadar bahagian Muṣṭolaḥ al-Ḥadīṯ atau terhenti pada bahagian takhrij, maka dia sesekali belum mencapai makna dalam ilmu ini. Hal ini kerana makna sebenar dalam ilmu ini adalah mengkaji riwayat seccara praktikal yang mana kita sentiasa berhadapan dengan perbandingan riwayat. Mengenalpasti illah dalam ilmu hadis bukan semestinya mencari kecacatan tersembunyi yang mendhaifkan hadis yang zahirnya kelihatan sahih, bahkan ia juga mencari kekuatan tersembunyi sehingga mensahihkan hadis itu sekalipun zahirnya kelihatan dhaif. Jika seseorang tidak mempelajari bahagian *ilal, dia seolah-olah mempelajari ilmu perubatan, tetapi tidak mempelajari untuk menggunakan alat-alat perubatan. Malah, yang tidak bergelumang dengan praktikal ilmu tersebut juga seolah-olah dia mempelajari teori masakan, tetapi tidak melibatkan diri dalam masakan. Tidaklah memberikan apa-apa makna bagi pembelajaran masakan kerana makna sebenar bidang masakan adalah memask secara praktikal, bukan berlegar pada teori. Demikian juga akan hal ini. Kemahiran sebenar pada ilmu *ilal apabila seseorang melangkah untuk berpraktikal.

Kedua, mempunyai ingatan yang besar lagi kuat. Memandangkan perawi memiliki beragam data mengenainya dan jumlah perawi itu mencecah ribuan dan data setiap satu barangkali boleh lebih daripada empat maklumat berkenaan dengan al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl. Itu belum pula kepelbagaian sanad untuk satu matan yang mana mengetahui sanad-sanad tersebut adalah sesuatu yang sangat penting dalam kajian *ilal. Jika seseorang tidak mampu menggarap akan hal ini, maka dia bukan sahaja mengurangkan makna dalam ilmu ini kerana dia tidak mampu menjalinkan keseluruhan sanad yang wujud disebabkan kurang pengetahuan atau hafalan, malah ia mampu menghilangkan makna ilmu ini.

Ketiga, kesungguhan dan dedikasi. Tidak ramai yang berkesanggupan untuk mengabdikan diri dalam bidang ini kerana kepayahan di dalamnya. Menjejaki identiti perawi, mengenalpasti illah padanya, mengumpulkan sanad dari pelbagai sumber dan banyak lagi pekerjaan di dalamnya sehinggakan hal ini menyebabkan kerja yang banyak, penggunaan tenaga yang banyak, perlu meluangkan masa yang banyak dan lain-lain pengorbanan. Hal ini memang merunsingkan dan menjadi stres bagi mereka yang tidak mempunyai keteguhan dalam dedikasi. Sebab itu di dalam satu fasa zaman, tidak ramai yang melibatkan diri dalam bidang ini. Jika menelaah kitab-kitab maklumat berkenaan dengan al-Jarḥ Wa at-Ta*dīll, pasti kita akan kembali kepada nama-nama nāqid yang sama dalam menilainya. Sukar sekali untuk menemukan variasi nama-nama pengkaji bidang ini. Malah, pada zaman ini pun hanya sebilangan sahaja yang ambil bahagian di dalamnya. Maka, ilmu ini tidak akan diperoleh maknanya apabila seseorang tidak istiqamah di atas jalan ini.

Keempat, memiliki kesedaran terhadap memelihara hadis. Tidak ada guna mendalami ilmu hadis, berdamping dengan ahli hadis dan sibuk dengan kegiatan hadis, tetapi langsung tidak tertanam dan tersemat tentang kepentingan untuk bersikap tegas dalam meriwayat dan menukil hadis dalam jiwanya. Malanglah orang yang mempelajari ilmu yang kononnya dia junjung, tetapi akhirnya dia menjadi pengkhianat dan penderhaka kepada apa yang dia simpan dalam memorinya. Misalnya, mempercayai bulat-bulat hadis yang diriwayatkan oleh seseorang yang tampak soleh dan berpenampilan serta berperwatakan agamawan ulung. Sedangkan dia tahu bahawa ini baru mencukupi satu syarat daripada syarat-syarat lain kesahihan hadis. Namun, kerana ketaksuban, dia terus menganggapnya sahih tanpa mengambil kira syarat yang lain. Jika begini, ilmu hadis yang dia pelajari langsung tidak memberi manfaat kepadanya dan dia sama sekali tidak layak dipanggil ahli hadis.

Kelima, berani untuk membuat kesimpulan dalam penilaian hadis meskipun telah wujudnya perbezaan pandangan sebelum dia melangkah kepadanya. Menjadi ahli hadis bukan menjadi orang yang tidak menghasilkan apa-apa produktiviti pada diri sendiri. Sepertimana yang disebutkan tadi, menjadi ahli hadis bukan menjadi orang yang tahu tentang banyaknya pintu, lalu dia masuk ke mana-mana yang dia mahu. Seharusnya, dia perlu memilih dan mencari yang terbaik untuk dia memasuki. Meskipun, yang terdahulu berbeza pendapat tentang pintu yang terbaik, ahli hadis akan mengerahkan segala upaya untuk membuat keputusan dirinya sendiri. Ini kerana dia akan percaya dan beramal dengan hadis itu. Bagaimana mungkin seseorang tergamak percaya dan beramal hanya dengan ikut-ikutan, apatah lagi jika jahil terhadapnya? Malah, jika seseorang tidak ada pendirian tegas, ia boleh mengheret seseorang untuk ke pintu semi-taklid yang memusnahkan manhajnya. Itulah sebabnya perlu berani.

Penutup

Maka dengan ini, cukuplah apa yang dinyatakan ini merupakan sesuatu yang penting bagi ahli hadis dalam meneroka ilmu ini. Semoga apa yang dikongsikan di sini mendapat manfaat bersama agar kita menjadi orang-orang yang faqih dalam ilmu ini serta mendapat hidayah daripada Allah Ta*ālā yang membawa kita kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Nota Kaki

[1]Abū Ḥātim ar-Rōziyy menyatakan bahawa dia adalah muhaddits kepercayaan dan dia mempunyai banyak kesilapan sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy dalam al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, jilid 4, m/s 111, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut. Muḥammad bin Sa*d dalam aṭ-Ṭobaqōt al-Kubrō, jilid 8, m/s 218, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Muḥammad *Abdul Qōdir *Athō menyatakan bahawa dia banyak hadisnya, berkredibiliti dan kadangkala celaru.

[2]Ad-Dāroquṭniyy menyatakan bahawa dia adalah berkredibiliti yang banyak kesilapannya dan diperbicarakan pada hafalannya sepertimana yang dinyatakan dalam Su^ālāt Ḥamzah bin Yūsuf as-Sahmiyy, m/s 137, keluaran Maktabah al-al-Ma*ārif, ar-Riyāḍ, tahqiq Muwaffiq bin *Abdullah bin *Abdul Qōdir.

[3]Misalnya karya Ibn Muḥriz tentang soalannya kepada Yaḥyā bin Ma*īn berkenaan dengan tajrīḥ dan ta*dīl. Al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy dalam Tārīẖ Baġdād, jilid 6, m/s 253, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf tidak mengulas keadaan dirinya setelah membawa biografi tentang dirinya sepertimana yang lain. Maka, dia seorang yang majhūl. Oleh itu, hendaklah seseorang berwaspada terhadapnya. Misal yang adalah al-Juz^ Fīhi Musnad *Ābis al-Ġifāriyy Wa Jamā*ah Min aṣ-Ṣohābah Roḍiyallahu *Anhum.

[4]Misalnya Musnad Abī Ḥanīfah melalui riwayat Abū Muḥammad *Abdullah bin Muḥammad bin Ya*qūb al-Ḥāriṯiyy. Abū Muḥammad ini dinilai dhaif oleh Abū Zur*ah ar-Rōziyy sepertimana yang dinukilkan oleh al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy dalam Tārīẖ Baġdād, jilid 11, m/s 349, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf. Al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy menyatakan bahawa dia pembawa hadis munkar, ganjil dan asing serta tidak dijadikan hujah. Misal yang lain adalah Juz^ Ya*lā bin *Abbād. Dia dinilai dhaif oleh ad-Dāroquṭniyy dalam al-*Ilal al-Wāridah Fī al-Aḥādīṯ an-Nabawiyyah, jilid 12, m/s 155. Kitāb ad-Dībāj karya Abū al-Qōsim Isḥāq bin Ibrōhīm bin Muḥammad bin H̱ōzim al-Baġdādiyy.

[5]Misalnya seperti kitab Ṣifah an-Nabiyy Ṣollallahu *Alayhi Wasallam Wa Ṣifah Aẖlāqih Wa Sīrotih Wa Adabih Wa H̱ofḍi Janāḥih karya Abū *Aliyy Muḥammad bin Hārūn bin Šu*ayb al-Anṣōriyy ad-Dimašqiy. *Abdul *Azīz al-Kattāniyy menyatakan bahawa dia dituduh pendusta sepertimana yang dinukilkan oleh aḏ-Ḏahabiyy dalam Tārīẖ al-Islām Wa Wafayāt al-Masāhīr Wa al-A*lām, jilid 26, m/s 97, Dār al-Kitāb al-*Arobiyy, Beirut, tahqiq *Umar *Abdul Salām at-Tadammuriyy.

Misal yang lain adalah Min Ḥadīṯ al-Baġowiyy Wa Ibn Ṣō*id Wa al-Hāšimiyy karya Muḥammad bin *Umar bin H̱olf bin Muḥammad bin Zunbūr. Al-Azhāriyy berkata riwayatnya daripada Ibn Manī* adalah dhaif, tetapi riwayatnya daripada *Umar bin Aḥmad ad-Darbiyy adalah sahih dan al-*Atīqiyy menyatakan bahawa dia bersikap bermudah-mudahan. Hal ini dinyatakan oleh al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy dalam Tārīẖ Baġdād, jilid 4, m/s 57, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf dan dia menyatakan bahawa dia seorang yang sangat lemah.

Misal yang lain adalah Juz^ Min Aḥādīṯ al-Qozzāz *An Ṣuyūhih. Penulisnya adalah Muḥammad bin Sinān bin Yazīd al-Qozzāz al-Baġdādiyy al-Baṣriyy. Walaupun hadisnya ditulis oleh Abū Ḥātim ar-Rōziyy dan ad-Dāroquṭniyy menganggapnya bahawa dia tidak ada apa-apa masalah, tetapi dia dinilai pendusta oleh Abū Dāwud as-Sijistāniyy dan Muḥammad H̱irōš. Ini dinyatakan oleh al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy dalam Tārīẖ Baġdād, jilid 3, m/s 303, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf.

[6]Misalnya Muḥammad bin *Uṯmān bin Abū Šaybah tentang soal jawabnya *Aliyy bin al-Madiniyy dan guru-gurunya tentang tajrīḥ dan ta*dīl. Statusnya diperselisihkan. *Abdān al-Aḥwāḏiyy menyatakan bahawa dia tidak memiliki apa-apa masalah dan hal itu dipersetujui oleh Ibn *Adiyy sepertimana yang dia nyatakan dalam al-Kāmil Fī Ḍu*afā^ ar-Rijāl, jilid 7, m/s 557, keluaran al-Kutub al-*'Ilmiyyah, Beirut dengan tambahan bahawa dia tidak melihat wujudnya hadis yang diingkari. Ṣōliḥ bin Muḥammad Juzroh menyatakan bahawa dia seorang yang berkredibiliti sepertimana yang dinukilkan oleh al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy dalam Tārīẖ Baġdād, jilid 4, m/s 68, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf. Manakala, al-Burqōniyy menyatakan bahawa sentiasa sahaja para syeikh menyebutkan bahawa dia dicela dan Ibn al-Munādiyy menyatakan bahawa ramai orang menyebutkan kegoncangna padanya. sepertimana yang dinyatatakan oleh al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy. Berikut lebih banyak kenyataan tajrih terhadapnya :

أخبرنا علي بن محمد بن الحسين الدقاق، قال: قرأنا على الحسين بن هارون الضبي، عن أبي العباس بن سعيد، قال: سمعت عبد الله بن أسامة الكلبي يقول: محمد بن عثمان كذاب أخذ كتب ابن عبدوس الرازي ما زلنا نعرفه بالكذب. وقال ابن سعيد: سمعت إبراهيم بن إسحاق الصواف يقول: محمد بن عثمان كذاب يسرق حديث الناس ويحيل على أقوام أشياء ليست من حديثهم. قال: سمعت داود بن يحيى يقول: محمد بن عثمان كذاب قد وضع أشياء كثيرة يحيل على أقوام أشياء ما حدثوا بها قط. وقال: سمعت عبد الرحمن بن يوسف بن خراش يقول: محمد بن عثمان كذاب بين الأمر يزيد في الأسنيد ويوصل ويضع الحديث. وقال: سمعت محمد بن عبد الله الحضرمي يقول: محمد بن عثمان كذاب ما زلنا نعرفه بالكذب منذ هو صبي. قال: سمعت عبد الله بن أحمد بن حنبل يقول: محمد بن عثمان كذاب بين الأمر، يقلب هذا على هذا. ويعجب ممن يكتب عنه. وقال: سمعت جعفر بن محمد بن أبي عثمان الطيالسي يقول: ابن عثمان هذا كذاب يجيء عن قوم بأحاديث ما حدثوا بها قط متى سمع. أنا عارف به جدا. وقال: سعمت عبد الله بن إبراهيم بن قتيبة، يقول: ابن عثمان أخذ كتب ابن عبدوس وادعاها. ما زلنا نعرفه بالتزيد.

*Aliyy bin Muḥammad bin al-Ḥasan ad-Daqqōq telah merawi khabar kepada kami, dia berkata; Kami membaca di hadapan al-Ḥusayn bin Hārūn aḍ-Ḍobbiyy, daripada Abū al-*Abbās bin Sa*īd, dia berkata; Aku mendengar *Abdullah bin Usāmah al-Kalbiyy berkata: "Muḥammad bin *Uṯmān seorang pendusta yang mengambil kitab-kitab Ibn *Abdūs ar-Rōziyy yang sentiasa kami mengenali kedustaannya". Berkata Ibn Sa*īd; aku mendengar Ibrōhīm bin Isḥāq aṣ-Ṣowwāf berkata: "Muḥammad bin *Uṯmān seorang pendusta mencuri hadis-hadis orang lain dan melakukan helah terhadap orang ramai pada sesuatu yang bukan daripada hadis-hadis mereka". Dia berkata; Aku mendengar Dāwud bin Yaḥyā berkata: "Muḥammad bin *Uṯmān seorang pendusta. Dia memalsukan sesuatu yang banyak serta melakukan helah terhadap orang ramai dengan sesuatu yang tidak pernah mereka riwayatkan sama sekali". Dia berkata; Aku mendengar *Abdul Roḥmān bin Yūsuf H̱irōš berkata: "Muḥammad bin *Uṯmān pendusta di antara urusan ini. Dia menambah sanad, menyambungkan serta memalsukan hadis". Dia berkata; Aku mendengar Muḥammad bin *Abdullah al-Ḥaḍromiyy berkata: "Muḥammad bin *Uṯmān pendusta. Kami sentiasa mengenal kedustaannya ketika dia kecil". Dia berkata; Aku mendengar *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal berkata: "Muḥammad bin *Uṯmān pendusta di antara urusan ini. Dia membolak balikkan ini atas ini. Dia melakukan keajaiban terhadap mereka yang menulis daripadanya". Dia berkata; Aku mendengar Ja*far bin Muḥammad bin Abū *Uṯmān aṭ-Ṭoyālisiyy berkata: "Ibn *Uṯmān ini seorang pendusta. Dia membawa hadis-hadis daripada sekelompok yang tidak pernah sama sekali mereka ceritakannya yang entah bila dia mendengarkannya. Aku sangat mengenalnya". Dia berkata; Aku mendengar *Abdullah bin Ibrōhīm bin Qutaybah berkata: "Ibn *Uṯmān  seorang pendusta. Dia mengambil kitab-kitab Ibn *Abdūs dan dia menyeru kepadanya. Sentiasa sahaja kami mengenal tokok tambahnya". [Tārīẖ Baġdād, karya al-H̱oṭīb al-Baghdādiyy, jilid 4, m/s 68, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf].

Oleh itu, berjaga-jaga ketika ingin mengambil riwayatnya.

Musnad *Aliyy bin Abū Ṭōlib. Ia diriwayatkan melalui *Amr bin H̱ōlid al-Wāsiṭiyy. Dia seorang yang dinilai pendusta oleh Isḥāq bin Rōhūyah, Aḥmad bin Ḥanbal dan Abū Zur*ah ar-Rōziyy, manakala Abū Ḥātim ar-Rōziyy menilainya sebagai orang yang ditinggalkan hadis dan tidak perlu disibukkan lagi dengannya sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy dalam al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, jilid 6, m/s 230, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut. Al-Buẖōriyy berkata bahawa dia diingkari hadisnya. Yaḥyā bin Ma*īn menyatakan dia seorang pendusta yang meriwayatkan daripada Zayd bin *Aliyy, daripada para ayahnya, daripada *Aliyy bin Abū Ṭōlib. Ini dinukilkan oleh al-*Uqoyliyy dalam aḍ-Ḍu*afā^ al-Kabīr, jilid 3, m/s 268, keluaran Dār al-Maktabah al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq *Abdul Mu*ṭī Amīn Qol*ajiyy. An-Nasā^iyy berkata bahawa dia tidak dipercayai dan Ibn Ḥammād berkata bahawa dia diingkari hadisnya sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn *Adiyy dalam al-Kāmil Fī Ḍu*afā^ ar-Rijāl, jilid 6, m/s 218, keluaran al-Kutub al-*Ilmiyyah. Ibn *Adiyy menyatakan bahawa riwayatnya secara umum adalah palsu. Dikatakan bahawa Abū Dāwud as-Sijistāniyy menganggap dia seorang pendusta sepertimana yang dinukilkan oleh al-Mizziyy dalam Tahḏīb al-Kamāl Fī Asmā^ ar-Rijāl, jilid 21, m/606, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf. Al-Bayhaqiyy dalam as-Sunan al-Kubrō, jilid 2, m/s 559, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Muḥammad *Abdul Qōdir *Aṭō menyatakan bahawa dia ditinggalkan hadis dan para hafiz menuduhnya sebagai pendusta. Al-Bayhaqiyy pada rujukan yang sama, jilid 1, m/s 349 menukilkan daripada Wakī* bahawa dia berjiran dengannya dan apabila diketahui tentang sifat dustanya, dia berpindah ke Wāsiṭ.

[7]Berikut adalah riwayatnya :

أخبرنا محمد بن أحمد بن رزق، قال: أخبرنا إسماعيل بن علي الخطبي، قال: الحسين بن فهم أبو علي قال: سمعت يحيى بن معين في جنازة علي بن الجعد يقول: ما روى عن شعبة أراه يعني من البغداديين أثبت من هذا، يعني علي بن الجعد. فقال له رجل: ولا أبو النضر؟ قال: ولا أبو النضر.

Muḥammad bin Aḥmad bin Rizq telah merawi khabar kepada kami, dia berkata; Ismā*īl bin *Aliyy al-H̱uṭobiyy telah merawi khabar kepada kami, dia berkata; Al-Ḥusayn bin Fahm Abū *Aliyy telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; aku mendengar Yaḥyā bin Ma*īn berkata di hadapan jenazah *Aliyy bin al-Ja*d: "Tidak ada yang meriwayatkan daripada Šu*bah yang aku melihatnya, yakni dari kalangan penduduk Baghdad lebih kukuh daripada ini, yakni Ibn al-Ja*d". Seseorang berkata kepadanya: "Tidak juga Abū an-Naḍr". Dia berkata: "Tidak juga Abū an-Naḍr". [Tārīẖ Baġdād, karya al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy, jilid 13, m/s 281, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf].

Kelemahannya adalah pada al-Ḥusayn bin Fahm yang dikatakan bahawa dia dinilai dhaif oleh ad-Dāroquṭniyy sepertimana yang dinyatakan oleh al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy dalam Tārīẖ Baġdād, jilid 8, m/s 657, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf.

[8]Ibn *Adiyy menyatakan :

سمعت الحسن بن عثمان يقول: سمعت أبا زرعة يقول: كل شيء قال الحسن: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم. وجدت له أصلا ثابتا ما خلا أربعة أحاديث.

Aku mendengar al-Ḥasan bin *Uṯmān berkata; Abū Zur*ah berkata: "Segala apa yang al-Ḥasan berkata: #Rasulullah SAW bersabda#, maka aku dapati asal yang kukuh baginya kecuali empat hadis". [Al-Kāmil Fi aḍ-Ḍu*afā^, jilid 1, m/s 228, keluaran al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut].

Riwayat ini dhaif kerana Abū Sa*īd al-Ḥasan bin *Uṯmān bin Ziyād bin Hakim at-Tustari dinilai pendusta oleh *Abdān al-Ahwāziyy dan dinilai pemalsu hadis oleh Ibn *Adiyy dalam al-Kāmil Fi aḍ-Ḍu*afā^, jilid 3, m/s 207, keluaran al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut.

[9]Al-Buhōriyy dalam At-Tārīẖ al-Awṣoṭ, jilid 2, m/s 385, keluaran Dār al-Wa*y menyatakan bahawa mereka memperkatakan padanya terhadap sesuatu yang mereka terima daripadanya. Ad-Dāroquṭniyy menyatakan bahawa dia adalah lemah yang mereka perbicarakan mengenainya sepertimana yang dinyatakan dalam Su^ālāt as-Sulamiyy Li ad-Dāroquṭniyy, m/s 180. An-Nasā^iyy dalam aḍ-Ḍu*afā^ wa al-Matrūkūn, m/s 55, keluaran Dār al-Wa*y, Halab, tahqiq Maḥmūd Ibrōhīm Zāyid menyatakan bahawa dia tidak bernilai. Abū Zur*ah ar-Rōziyy menyatakan bahawa tidak perlu sibuk terhadapnya dan Abū Ḥātim ar-Rōziyy menyatakan bahawa dia adalah lemah sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy dalam al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, jilid 4, m/s 231-232, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut. Al-H̱olīliyy dalam al-Iršād Fī Ma*rifah *Ulamā^ al-Ḥadīṯ, jilid 2, m/s 571, keluaran Maktabah ar-Rušd, ar-Riyāḍ, tahqiq Dr. Muḥammad Sa*īd *Umar Idrīs menyatakan bahawa mereka mendhaifkannya.

[10]ِAl-Kāmil Fi Ḍu*afā^ ar-Rijāl karya Ibn *Adiyy, jilid 4, m/s 299, keluaran al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut dan Tārīẖ Baġdād, karya al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy jilid 10, m/s 55, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf.

[11]Aḥmad bin Ḥanbal dan Yaḥyā bin Ma*īn menyatakan bahawa dia seorang pendusta, manakala Abū Ḥātim ar-Rōziyy menyatakan bahawa dia tidak bernilai apa-apa dan ditinggalkan hadisnya. Ini dinukilkan oleh Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy dalam al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, jilid 4, m/s 115, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut. Al-Buẖōriyy menyatakan bahawa dia adalah yang paling dhaif dari kalangan dhaif dan an-Nasā^iyy menyatakan bahawa dia tidak berkredibiliti. Ini dinukilkan oleh al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy dalam Tārīẖ Baġdād, ilid 10, m/s 55, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf.

[12]Al-Kāmil Fi Ḍu*afā^ ar-Rijāl karya Ibn *Adiyy, jilid 1, m/s 525, keluaran al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut.

[13]*Abbās al-*Anbariyy menyatakan bahawa dia adalah pendusta sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn *Adiyy dalam al--Kāmil Fi Ḍu*afā^ ar-Rijāl, jilid 8, m/s 271, keluaran al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut. Ibn *Adiyy menyatakan bahawa dia dinisbahkan kepada dhaif.

[14]Ḥasan di sisi mutaqaddimin kadangkala sama maksud dengan ġorīb, iaitu hadis itu syaz dan munkar. Ini boleh dilihat pada contoh berikut :

أنا أبو سعيد محمد بن موسى الصيرفي نا أبو العباس محمد بن يعقوب الأصم، نا عبد الملك بن عبد الحميد الرقي، نا روح بن عبادة، نا ابن عون، قال أبو بكر وهو عبد الله بن عون بن أرطبان عن إبراهيم، قال: كانوا يكرهون إذا اجتمعوا أن يخرج الرجل أحسن حديثه أو أحسن ما عنده. قال أبو بكر: عنى إبراهيم بالأحسن الغريب لأن الغريب غير المألوف يستحسن أكثر من المشهور المعروف وأصحاب الحديث يعبرون عن المناكير بهذه العبارة ولهذا قال شعبة بن الحجاج فيما أخبرني أبو الحسن محمد بن عبد الواحد بن محمد بن جعفر أنا إبراهيم بن أحمد بن بشران الصيرفي ، نا عبد الله بن سليمان ، نا محمد بن عثمان بن أبي صفوان الثقفي ، نا أمية بن خالد ، قال : قيل لشعبة : ما لك لا تروي عن عبد الملك بن أبي سليمان وهو حسن الحديث ؟ فقال : من حسنها فررت

Abū Sa*īd Muḥammad bin Mūsā aṣ-Ṣoyrofiyy telah merawi khabar kepada kami; Abū al-*Abbās Muḥammad bin Ya*qūb al-Aṣomm telah merawi khabar kepada kami; *Abdul Mālik bin *Abdul Ḥamīd ar-Roqqiyy telah merawi khabar kepada kami; Rowḥ bin *Ubādah telah merawi khabar kepada kami; Ibn *Awn telah merawi khabar kepada kami; Berkata Abū Bakr, dia ialah *Abdullah bin *Awn bin Arṭibān, daripada Ibrōhīm, dia berkata: "Dahulu mereka membenci jika mereka berkumpul dengan seseorang yang membawakan hadis-hadisnya yang paling ḥasan atau yang paling ḥasan di sisi mereka". Berkata Abu Bakr; Maksud Ibrōhīm pada yang paling ḥasanialah ġorīb kerana ġorīb tidak sukai kerana dianggap sangat bagus berbanding yang masyhur dan yang dikenali. Ahli hadis menganggapnya sebagai munkar pada riwayat seperti ini dan kerana perkataan Šu*bah bin al-Ḥajjāj pada yang Abū al-Ḥasan Muḥammad bin *Abdul Wāḥid bin Muḥammad bin Ja*far telah merawi khabar kepada kepada kami; Telah mengkhabarkan kepada kami Ibrōhīm bin Aḥmad bin Bišrōn aṣ-Ṣoyrofiyy; *Abdullah bin Sulaymān telah merawi khabar kepad kami; Muḥammad bin *Uṯmān bin Abū Ṣofwān aṯ-Ṯaqofiyy telah merawi khabar kepada kami; Umayyah bin H̱ōlid telah merawi khabar kepada kami, dia berkata; Šu*bah ditanya: "Mengapa engkau tidak meriwayatkan daripada *Abdul Mālik bin Abū Sulaymān sedangkan dia ḥasan pada hadisnya?". Dia berkata, "Kerana ḥasan itulah aku melarikan diri". [Al-Jāmi* Li Aẖlāq ar-Rōwī Wa Ādāb as-Sāmi*, karya al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy, jilid 2, m/s 100-101, keluaran Maktabah al-Ma*ārif, ar-Riyāḍ, tahqiq Dr. Maḥmūd aṭ-Ṭoḥḥān].

Abū Ḥātim ar-Rōziyy berkata :

كان شعبة يقول: إسماعيل بن رجاء كأنه شيطان من حسن حديثه.

Dahulu Šu*bah berkata: "Ismā*īl bin Abū Rojā^ seolah-olah seperti syaitan kerana ḥasan hadisnya". [Al-*Ilal, karya Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy jilid 2, m/s 110, keluaran Maṭōbi* al-Ḥumaydiyy].

Manakala, mutaakhirin menyatakan bahawa asan adalah hadis mencukupi lima syarat sahihnya hadis, tetapi kurang kejituannya sepertimana yang dinyatakan oleh Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dalam Nuzhah an-Naẓor Fī Tawḍīḥ Nuẖbah al-Fikar Fī Muṣṭolaḥ Ahl al-Āṯār, m/s 78, keluaran Maṭba*ah Safīr, ar-Riyāḍ, tahqiq *Abdullah bin Ḍoyfullah ar-Ruḥayliyy. Di sisi at-Tirmiḏiyy pula ialah apabila pada sesebuah sanad hadis itu tidak ada perawi yang dituduh berdusta, sanadnya tidak ganjil dan diriwayatkan dengan sanad lain yang seumpama sanad itu sepertimana yang dia nyatakan dalam al-Jāmi* al-Kabīr, jilid 6, m/s 254, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwāḍ Ma*rūf.

Malah, kadangkala istilah "asan" merujuk kepada sahih sepertimana yang difahami para mutaakhirin. Maksudnya, sebutan "ḥasan" tidak sama sekali menunjukkan adanya perawi yang kurang kejituan padanya, tetapi ia sama makna dengan sahih yang mencukupi lima syarat kesahihan hadis. Misalnya :

حدثنا أحمد بن عبد الرحمن ابن أخي ابن وهب، قال: سمعت عمي يقول: سمعت مالكا سئل عن تخليل أصابع الرجلين في الوضوء، فقال: ليس ذلك على الناس، قال: فتركته حتى خف الناس. فقلت له: عندنا في ذلك سنة، فقال: وما هي؟ قلت: حدثنا الليث ابن سعد وابن لهيعة وعمرو بن الحارث عن يزيد بن عمرو المعافري، عن أبي عبد الرحمن الحبلي عن المستورد بن شداد القرشي، قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يدلك بخنصره ما بين أصابع رجليه. فقال: إن هذا الحديث حسن وما سمعت به قط إلا الساعة ثم سمعته بعد ذلك يسأل فيأمر بتخليل الأصابع.

Aḥmad bin *Abdul Roḥmān, anak saudara Ibn Wahb telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Aku mendengar pakcikku berkata; Aku mendengar Mālik ditanya tentang menyelati jari kedua-dua kaki dalam wuduk, maka dia berkata: "Tidak wajib ke atas manusia". Dia berkata: "Aku meninggalkannya sehingga ia memudahkan orang ramai". Aku berkata kepadanya: "Di sisi kami pada hal itu adalah sunnah". Dia berkata: "Apakah ia?". Aku berkata: "Al-Layṯ bin Sa*d, Ibn Lahī*ah dan *Amr bin al-Ḥāriṯ telah merawi hadis kepada kami, daripada Yazīd bin *Amr al-Ma*āfiriyy, daripada *Abdul Roḥmān al-Ḥubuliy, daripada Šaddād al-Qurōšiyy, dia berkata: #Aku melihat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- membersihkan kedua-dua jari kaki baginda dengan jari kelingkingnya#". Mālik berkata: "Sesungguhnya hadis ini adalah baik. Aku tidak pernah sama sekali mendengarnya kecuali waktu ini". Kemudian, aku mendengar dia ditanya selepas itu, lalu dia menyuruh untuk menyelati jari. [Al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, karya Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy, jilid 1, m/s 31-32, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut].

Di sini, sudah tentu Mālik tidak memaksudkan ḥasan dengan ertikata yang difahami oleh mutaakhirin. Jika diteliti sanadnya, tidak ada seorang pun yang dikritik kejituannya sehingga menggangu kesahihan hadis sepertimana yang difahami mutaakhirin kecuali Ibn Lahī*ah dan *Amr bin al-Ḥāriṯ. Namun, kedua-dua ini tidak menganggu pun keaslian kesahihan hadis melalui sanad al-Layṯ bin Sa*d.

Contoh yang lain adalah riwayat berikut :

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حُمَيْدٍ الرَّازِيُّ ، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاق ، عَنْ الصَّلْتِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نَوْفَلٍ ، قَالَ : رَأَيْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ يَتَخَتَّمُ فِي يَمِينِهِ ، وَلَا إِخَالُهُ إِلَّا قَالَ : رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " يَتَخَتَّمُ فِي يَمِينِهِ " ، قَالَ أَبُو عِيسَى : قَالَ مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيل : حَدِيثُ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاق ، عَنْ الصَّلْتِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نَوْفَلٍ ، حَدِيثٌ حَسَنٌ

Muḥammad bin Ḥumayd ar-Rōziyy telah merawi hadis kepada kami; Jarīr telah merawi hadis kepada kami, daripada Muhammad bin Isḥāq, daripada aṣ-Ṣolt bin *Abdullah bin Nawfal, dia berkata; Aku melihat Ibn *Abbās memakai cincin di tangan kanannya dan tidaklah dia menunjukkannya melainkan dia berkata: "Aku pernah melihat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- memakai cincin di tangan kanannya". Berkata Abu *Isā; Muhamad bin Isma'il berkata: "Hadis Muhammad bin Isḥāq, daripada aṣ-Ṣolt bin *Abdullah bin Nawfal adalah hadis ḥasan". [Sunan at-Tirmiḏiyy, no. 1661].

Yang dimaksudkan dengan "ḥasan" oleh Muhamad bin Ismā*īl al-Buẖōriyy adalah sahihnya wujudnya samā* Ibn Isḥāq daripada aṣ-Ṣolt bin *Abdullah bin Nawfal sehingga bebasnya riwayat itu daripada unsur tadlis. Ini riwayat sokongannya :

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا يُونُسُ بْنُ بُكَيْرٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَقَ قَالَ رَأَيْتُ عَلَى الصَّلْتِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نَوْفَلِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ خَاتَمًا فِي خِنْصَرِهِ الْيُمْنَى فَقُلْتُ مَا هَذَا قَالَ رَأَيْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ يَلْبَسُ خَاتَمَهُ هَكَذَا وَجَعَلَ فَصَّهُ عَلَى ظَهْرِهَا قَالَ وَلَا يَخَالُ ابْنَ عَبَّاسٍ إِلَّا قَدْ كَانَ يَذْكُرُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَلْبَسُ خَاتَمَهُ كَذَلِكَ

*Abdullah bin Sa*īdtelah merawi hadis kepada kami; Yūnus bin Bukair telah merawi hadis kepada kami, daripada Muḥammad bin Isḥāq, dia berkata; Aku pernah melihat cincin aṣ-Ṣolt bin *Abdullah bin Nawfal bin *Abdul Muṭollib di jari kelingkingnya yang kanan. Aku berkata: "Apakah ini?". Dia berkata: "Aku pernah melihat Ibn *Abbās memakai cincin sebegini". Kemudian, dia menceritakan kisah tentang belakang tangannya dan tidaklah dia menyangka terhadap Ibn *Abbās kecuali dahulu dia selalu menyebutan bahawasanya Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- memakai cincin seperti itu. [Sunan Abū Dāwud, kitāb al-H̱ōtim, no. 4229].

Cuma, aṣ-Ṣolt bin *Abdullah bin Nawfal tidak dinilai tajrīḥ dan ta*dīlnya oleh mana-mana ahli hadis kecuali Ibn Ḥibbān yang menyebutkannya dalam aṯ-Ṯiqōt. Namun, jika ia dhaif sekalipun kerana majhūl, maka maksud "ḥasan" di sini ialah sahihnya samā* Ibn Isḥāq. Jika ia sahih dengan mengambil kira penyebutan "ḥasan" oleh al-Buẖōriyy, maka sudah tentu ia bukan bermaksud sahih sepertimana yang telah dikanunkan.

Contoh yang lain adalah :

حدثنا ابن حماد، حدثني عبد الله بن أحمد، عن أبيه، قال: حسين بن قيس يقال له حنش متروك الحديث وله حديث واحد حسن رواه عنه التيمي في قصة الشؤم. استحسنه أبي.

Ibn Ḥammād telah merawi hadis kepada kami; Telah menceritakan kepadaku *Abdullah bin Aḥmad, daripada ayahnya, dia berkata: "Ḥusayn bin Qoys yang dipanggil Ḥanš ditinggalkan hadisnya, tetapi dia mempunyai satu hadis yang bagus yang at-Taymiyy meriwayatkan daripadanya tentang kisah kesialan". Ayahku memandang baik hadis itu. [Al-Kāmil Fī Ḍu*afā^ ar-Rijāl, karya Ibn *Adiyy, jilid 3, m/s 218, keluaran al-Maktabah al-*Ilmiyyah].

Riwayat tersebut diterima kerana terdapat sokongan daripada riwayat lain yang sahih.

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ عِيسَى ، أَخْبَرَنَا مَالِكٌ ، عَنِ الزُّهْرِيِّ ، عَنْ سَالِمٍ ، وَحَمْزَةَ ، ابْنَيْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ ، عَنْ أَبِيهِمَا قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : الشُّؤْمُ فِي الدَّارِ ، وَالْمَرْأَةِ ، وَالْفَرَسِ

Isḥāq bin *Īsā telah merawi hadis kepada kami; Mālik telah merawi khabar kepada kami, daripada az-Zuhriyy, daripada Sālim dan Ḥamzah, kedua-duanya anak *Abdullah bin *Umar, daripada bapa mereka, dia berkata; Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Kesialan itu pada rumah, wanita dan kuda". [Musnad Aḥmad, no. 5940].

Maka, ḥasan di sini merujuk kepada sahih.

[15]Istilah "ġorīb" pada mutaqaddimin merujuk kepada munkar dan syaz sepertimana yang dinyatakan dalam beberapa riwayat dalam al-Kifāyah Fī *Ilm ar-Riwāyah, karya al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy, m/s 141-142, keluaran al-Maktabah al-*Ilmiyyah, al-Madinah al-Munawwarah, tahqiq Abū *Abdullah as-Sawaroqiyy dan Ibrōhīm Ḥamdiyy al-Madiniyy di bawah tajuk:

بَابُ تَرْكِ الِاحْتِجَاجِ بِمَنْ غَلَبَ عَلَى حَدِيثِهِ الشَّوَاذُّ وَرِوَايَةُ الْمَنَاكِيرِ وَالْغَرَائِبِ مِنَ الْأَحَادِيثِ

"Bab Meninggalkan Pengambilan Hujah Terhadap Orang Yang Dominannya Syaz, Riwayat Munkar Dan Yang Pelik Berupa Hadis".

Al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy berkata :

وَأَكْثَرُ طَالِبِي الْحَدِيثِ فِي هَذَا الزَّمَانِ يَغْلِبُ عَلَى إِرَادَتِهِمْ كُتُبُ الْغَرِيبِ دُونَ الْمَشْهُورِ , وَسَمَاعُ الْمُنْكَرِ دُونَ الْمَعْرُوفِ , وَالِاشْتِغَالُ بِمَا وَقَعَ فِيهِ السَّهْوُ وَالْخَطَأُ مِنْ رِوَايَاتِ الْمَجْرُوحِينَ وَالضُّعَفَاءِ , حَتَّى لَقَدْ صَارَ الصَّحِيحُ عِنْدَ أَكْثَرِهِمْ مُجْتَنَبًا , وَالثَّابِتُ مَصْدُوفًا عَنْهُ مُطَّرَحًا , وَذَلِكَ كُلُّهُ لِعَدَمِ مَعْرِفَتِهِمْ بِأَحْوَالِ الرُّوَاةِ وَمَحَلِّهِمْ , وَنُقْصَانِ عِلْمِهِمْ بِالتَّمْيِيزِ , وَزُهْدِهِمْ فِي تَعَلُّمِهِ , وَهَذَا خِلَافُ مَا كَانَ عَلَيْهِ الْأَئِمَّةُ مِنَ الْمُحَدِّثِينَ وَالْأَعْلَامِ مِنْ أَسْلَافِنَا الْمَاضِينَ

Berkata al-H̱oṭīb: "Yang paling ramai daripada kalangan penuntut hadis pada zaman ini adalah dominan pada keinginan mereka untuk kitab-kitab yang pelik yang tidak masyhur, mendengarkan yang munkar yang tidak makruf dan menyibukkan diri dengan apa yang terjadinya kelalaian dan kesalahan padanya yang datang daripada riwayat orang yang majrūḥ dan dhaif sehingakan yang sahih di sisi yang paling ramai menjadi sesuatu yang dijauhi dan yang sabit yang nyata dibuang. Ini kerana setiap mereka tiada pengetahuan terhadap hal ehwal para perawi dan kedudukan mereka, kurangnya ilmu mereka untuk membezaknnya dan sedikitnya dalam pembelajaran mereka. Ini berbeza dengan para imam terdahulu daripada kalangan ahli hadis dan ilmuan dari kalangan mereka yang terdahulu.

Kemudian, dia membawakan beberapa riwayat. Antaranya ialah :

أَخْبَرَنِي ابْنُ الْفَضْلِ الْقَطَّانُ، أنا دَعْلَجُ بْنُ أَحْمَدَ، أنا أَحْمَدُ بْنُ عَلِيٍّ الْأَبَّارُ، ثنا مُؤَمَّلٌ أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ , قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا نُعَيْمٍ , يَقُولُ: «كَانَ عِنْدَنَا رَجُلٌ يُصَلِّي كُلَّ يَوْمٍ خَمْسَمِائَةِ رَكْعَةٍ , سَقَطَ حَدِيثُهُ فِي الْغَرَائِبِ»

Ibn al-Faḍl al-Qoṭṭōn telah merawi khabar kepadaku; Da*laj bin Aḥmad telah merawi khabar kepada kami; Aḥmad bin *Aliyy al-Abbār telah merawi khabar kepada kami; Mu^ammal Abū *Abdul Roḥmān telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Aku mendengar Abū Nu*aym berkata: "Dahulu dalam kalangan kami ada seorang lelaki yang bersolat lima ratus rakaat setiap hari yang telah gugur hadisnya kerana yang pelik-pelik".

أَخْبَرَنَا أَبُو سَعْدٍ الْمَالِينِيُّ، أنا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَدِيٍّ الْحَافِظُ، ثنا مُحَمَّدُ بْنُ مُوسَى الْحَضْرَمِيُّ، ثنا رَوْحُ بْنُ الْفَرَجِ، ثنا عَمْرُو بْنُ خَالِدٍ , قَالَ: سَمِعْتُ زُهَيْرَ بْنَ مُعَاوِيَةَ , يَقُولُ لِعِيسَى بْنِ يُونُسَ: «يَنْبَغِي لِلرَّجُلِ أَنْ يَتَوَقَّى رِوَايَةَ غَرِيبِ الْحَدِيثِ , فَإِنِّي أَعْرِفُ رَجُلًا كَانَ يُصَلِّي فِي الْيَوْمِ مِائَتَيْ رَكْعَةٍ , مَا أَفْسَدَهُ عِنْدَ النَّاسِ إِلَّا رِوَايَةُ غَرِيبِ الْحَدِيثِ , وَلَقَدْ أَخَذْتُ مِنْهُ كِتَابَ زُبَيْدٍ الْإِيَامِيِّ فَانْطَلَقْتُ بِهِ إِلَى زُبَيْدٍ فَمَا غَيَّرَ عَلَيَّ فِيهِ إِلَّا حَرْفًا»

Abū Sa*īd al-Mālīniyy telah merawi khabar kepada kami; *Abdullah bin *Adiyy al-Ḥāfiẓ telah merawi khabar kepada kami; Muḥammad bin Mūsā al-Ḥaḍromiyy telah merawi hadis kepada kami; Rawḥ bin al-Faroj telah merawi hadis kepada kami; *Amru bin H̱ōlid telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Aku mendengar Zuhayr bin Mu*āwiyah berkata kepada *Īsā bin Yūnus: "Sewajarnya seseorang itu menghapuskan riwayat pelik dalam hadis. Sesungguhnya aku mengenal seseorang lelaki yang dahulu bersolat dua ratus rakaat setiap hari. Tidaklah merosakkannya dalam kalangan manusia kecuali riwayat yang pelik dalam hadis. Benar-benar aku pernah mengambil kitab Zubayd al-Ayyāmiyy daripadanya, lalu aku membawanya kepada Zubayd. Tidaklah dia mengubah di hadapanku padanya kecuali satu huruf".

Manakala, di sisi mutaakhirin ialah hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja di mana-mana sahaja kedudukannya sepertimana yang dinyatakan dalam Nuzhah an-Naẓor Fī Tawḍīḥ Nuẖbah al-Fikar Fī Muṣṭolaḥ Ahl al-Āṯār, karya Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy, m/s 54, keluaran Maṭba*ah Safīr, ar-Riyāḍ, tahqiq *Abdullah bin Ḍoyfullah ar-Ruḥayliyy

[16]Istilah "munkar" di sisi mutaakhirin ialah apabila riwayat perawi yang dhaif menyalahi perawi yang kurang dhaif berbandingnya sepertimana yang dinyatakan dalam Nuzhah an-Naẓor Fī Tawḍīḥ Nuẖbah al-Fikar Fī Muṣṭolaḥ Ahl al-Āṯār, karya Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy, m/s 87, keluaran Maṭba*ah Safīr, ar-Riyāḍ, tahqiq *Abdullah bin Ḍoyfullah ar-Ruḥayliyy. Akan tetapi, pengistilahan sebegini tidak digunakan oleh mutaqaddimin. Mana-mana hadis yang menyalahi lebih kukuh daripadanya dan hadis itu tidak dikenal oleh ahli hadis, maka hadis itu munkar atau syaz tanpa mengira kesalahan itu daripada perawi yang berkredibiliti ataupun dhaif. Misalnya, Aḥmad bin Ḥanbal mengomentari bahawa riwayat al-Ḥasan bin Bišr al-Bajaliyy daripada Zuhayr adalah munkar walaupun dia berpendapat tidak ada masalah baginya dan dinilai kepercayaan oleh Abū Ḥātim ar-Rōziyy serta Abū Zur*ah ar-Rōziyy meriwayatkannya sepertimana yang dinyatakan oleh Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy dalam al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, jilid 3, m/s 3, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut. Ini jelas menunjukkan bahawa munkar tidak hanya terbatas pada perawi yang dhaif semata-mata.

[17]Misalnya seperti Ayyūb bin Mudrik. Dia disebutkan sebagai dhaif oleh Ya*qūb bin Sufyān al-Fārisiyy dalam al-Ma*rifah Wa at-Tārīẖ, jilid 3, m/s 61, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut, tahqiq Akrom Ḍiyā^ al-*Umariyy dan Abū Zur*ah sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy dalam al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, jilid 2, m/s 258, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut. Namun, dalam masa yang sama, nāqid lain mengisyaratkan bahawa dia bukan sekadar dhaif biasa. An-Nasā^iyy menilainya sebagai orang yang ditinggalkan hadisnya dalam aḍ-Ḍu*afā^ wa al-Matrūkūn, m/s 15, keluaran Dār al-Wa*y, Halab, tahqiq Maḥmūd Ibrōhīm Zāyid. Yaḥyā bin Ma*īn menyatakan bahawa Ayyūb bin Mudrik tidak bernilai dan di tempat lain dia mengatakan bahawa dia adalah pendusta sepertimana yang dinukilkan oleh Abū Ja*far al-*Uqoyliyy  dalam aḍ-Ḍu*afā^ al-Kabīr, jilid 1, m/s 115, keluaran Dār al-Maktabah al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq *Abdul Mu*ṭī Amīn Qol*ajiyy. Ad-Dāroquṭniyy menilainya sebagai orang yang ditinggalkan dalam aḍ-Ḍu*afā^ wa al-Matrūkūn, jilid 1, m/s 258, keluaran Majallah al-Jāmi*ah al-Islāmiyyah al-Madīnah al-Munawwaroh. Abū Ḥātim ar-Rōziyy menyatakan bahawa dia lemah hadisnya lagi ditinggalkan sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy dalam rujukan yang telah disebutkan.

Adakah ahli hadis berselisih pada kedudukan Ayyūb bin Mudrik? Tidak sama sekali kerana pendusta sememangnya membawa hadis-hadis yang selayaknya ditinggalkan. Hadis-hadis yang ditinggalkan adalah hadis yang tidak boleh dijadikan hujah dan ia adalah ciri-ciri hadis dhaif.

Demikian juga dengan *Aliyy bin Qorīn. Yaḥyā bin Ma*īn, Ibn Qōni* dan Abū al-Fatḥ al-Azdiyy menyatakan bahawa dia seorang pendusta. Ad-Dāroquṭniyy dan Abū Nu*aym menyatakan bahawa dia seorang yang dhaif. Ini dinukilkan oleh al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy dalam Tārīẖ Baġdād, jilid 13, m/s 510, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf. Abū Ḥātim ar-Rōziyy menyatakan bahawa dia ditinggalkan hadisnya lagi tidak ada nilai walau sesuatu sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy dalam al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, jilid 6, m/s 201, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut. Melalui hal ini, adakah ahli hadis berselisih dengan kedudukan *Aliyy bin Qorīn? Sama sekali tidak sekalipun lafaz yang diungkapkan adalah berbeza.

Malah, hadis-hadis munkar termasuk dalam kategori hadis dhaif. Sebab itulah penisbahan kepada dhaif perlu berhati-hati kerana dhaif merangkumi banyak bahagian dan kita juga kadangkala tidak mengetahui makna sebenar dhaif yang ditujukan oleh penyebut itu. Maka, tidak patut kita menganggap bahawa dhaif itu sekadar bermakna dhaif yang biasa sahaja.

[18]Misalnya dalam pengistilahan yang digunakan oleh at-Tirmiḏiyy dalam as-Sunan miliknya. Jika kita tidak memahaminya dengan baik akan maksud yang ditujukan olehnya, kita kemungkinan akan terjatuh dalam penisbahan dalam penentuan darjat hadis dan terbabas memahami manhajnya. Rujuk : https://www.slideshare.net/nombor1/pengenalan-kepada-sunan-altirmizi-dan-manhajnya-edisi-revisi-disember-2010

[19]Misalnya ta*dīl penerimaan mursal al-Ḥasan al-Baṣriyy oleh Abū Ḥātim ar-Rōziyy. Ini dinukilkan oleh al-Mizziyy dalam Tahḏīb al-Kamāl Fī Asmā^ ar-Rijāl, jilid 6, m/s 124, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf. Jika kita terlalu berpegang dengan sumber sekunder, kita bukan sahaja akan menganggap riwayat itu sahih, malah kita juga akan mensahihkan mana-mana hadis mursal daripada al-Ḥasan al-Baṣriyy. Sebab itulah pentingnya penyemakan pada sumber primer dan tidak terlalu berpaut pada sumber sekunder.

[20]Misalnya Abān bin *Uṯmān bin *Affān. Dinilai sebagai faqih lagi mujtahid oleh aḏ-Ḏahabiyy dalam al-Kāšif Fī Ma*rifah Man Lahu Riwāyah Fī Kutub as-Sunnah, jilid 1, m/s 206, Dār al-Qiblah Li aṯ-Ṯaqofah al-Islāmiyyah, Jeddah, tahqiq Muḥammad *Awwāmah Aḥmad Muḥammad Namr al-H̱oṭīb dan dinilai berkredibiliti oleh Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dalam Taqrīb at-Tahḏīb, m/s 87, keluaran Dār ar-Rošīd, Syria, tahqiq Muḥammad *Awwāmah. Namun, hadis daripada ayahnya adalah mursal dan dia tidak mendengar daripadanya sepertimana yang dinyatakan oleh Aḥmad bin Ḥanbal yang dinukilkan dalam al-Marōsīl, karya Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy, m/s 16, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[21]Misalnya al-Muṯannā bin aṣ-Ṣobbāḥ. Dimasukkan dalam kategori dhaif oleh aḏ-Ḏahabiyy dalam al-Muġnī Fī aḍ-Ḍu*afā^, jilid 2, m/s 541, tahqiq Dr. Nūruddīn *Itr dan dinilai dhaif kerana berubah hafalannya pada akhir hayatnya oleh Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dalam Taqrīb at-Tahḏīb, m/s 87, keluaran Dār ar-Rošīd, Syria, tahqiq Muḥammad *Awwāmah. Namun, hadis daripada *Amr bin Šu*ayb diterima menurut Yaḥyā bin Sa*īd al-Qoṭṭōn yang dinukilkan oleh Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy dalam al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, jilid 8, m/s 324, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut.

[22]Dalam buku 200 Soal Jawab Hadis, karya Kamilin Jamilin, m/s 322-323, terbitan Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. menyatakan bahawa Professor *Aliyy as-Sayyāḥ menyatakan bahawa al-Albāniyy terlalu bergantung kepada penilaian Taqrīb at-Tahḏīb karya Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy sehingga menyebabkan dia mungkin terabai daripada penelitian bahagian *ilal.

Sepanjang pengetahuan saya, sememangnya dia kerap terlepas pandang bahagian *ilal yang mungkin disebabkan terlepasnya maklumat daripadanya. Misalnya dia menilai sahih hadis hukuman bunuh ke atas pelaku liwat dan sebab diperintahkan mandi pada hari jumaat yang diriwayatkan oleh *Amr bin Abū *Amr daripada *Ikrimah. *Amr bin Abū *Amr dinilai berkredibiliti oleh Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dalam Taqrīb at-Tahḏīb, m/s 425, Dār ar-Rošīd, Syria, tahqiq Muḥammad *Awwāmah, namun al-Buẖōriyy menyatakan bahawa dia adalah kepercayaan, tetapi periwayatan daripada *Ikrimah adalah munkar sepertimana yang dinukilkan oleh at-Tirmiḏiyy dalam al-*Ilal al-Kabīr, m/s 236, *Ālim, Maktabah an-Nahḍoh al-*Arobiyyah, Beirut. Sebab itulah penting untuk dinyatakan bahawa tidak boleh terlalu bergantung pada penilaian mutaakhirin yang berbentuk kesimpulan, apatah lagi jika yang disimpulkan itu tidak memaparkan maklumat penting padanya. Hendaklah kerahkan daya untuk merujuk secara keseluruhan supaya kita tidak terlepas illah yang tersembunyi padanya.

[23]Misalnya periwayatan al-Ḥasan al-Baṣriyy daripada *Aliyy bin Abū Ṭōlib. Sepakat nāqid mutaqaddimin menyatakan bahawa dia tidak pernah mendengar daripadanya sepertimana yang boleh dilihat koleksi qaul mereka dalam al-Qowl al-Jaliyy Fī Sama* al-Ḥasan, Ḥamūd bin H̱ōlid, m/s 10-11 [Rujuk : http://arabicmegalibrary.com/pages-2879-06-10.html]. Namun, hanya as-Suyuṭiyy sahaja yang hidup pada kurun mutaakhirin yang telah 800 tahun kemudian menyatakan bahawa wujudnya pendengaran al-Ḥasan al-Baṣriyy  daripada *Aliyy bin Abū Ṭōlib sepertimana yang dipertahankannya dalam al-Ḥāwī Li al-Fatāwā, jilid 2, m/s 123, keluaran Dār al-Fikr Li aṭ-Ṭibā*ah Wa an-Našr, Beirut, Lubnan. Wujudnya lafaz ṣorīḥ dalam Musnad Abū Ya*lā tetap tidak diterima kerana nāqid mutaqaddimin tetap mengingkarinya jika itu daripada perawi yang sememangnya dia tidak pernah mendengarnya sepertimana yang terdapat dalam al-Marōsīl, karya Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy, m/s 34-36, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut. Oleh itu, pendapat as-Suyuṭiyy sama sekali tidak boleh sebaris dengan mutaqaddimin sehingga menjadi ikhtilaf yang muktabar.

[24]Misalnya riwayat tentang menggerak-gerakkan jari telunjuk ketika bertasyahud :

حَدَّثَنَا عَبْدُ الصَّمَدِ ، حَدَّثَنَا زَائِدَةُ ، حَدَّثَنَا عَاصِمُ بْنُ كُلَيْبٍ ، أَخْبَرَنِي أَبِي ، أَنَّ وَائِلَ بْنَ حُجْرٍ الْحَضْرَمِيَّ أخْبَرَهُ ، قَالَ : قُلْتُ : لَأَنْظُرَنَّ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَيْفَ يُصَلِّي ، قَالَ : " فَنَظَرْتُ إِلَيْهِ ، قَامَ ، فَكَبَّرَ ، وَرَفَعَ يَدَيْهِ حَتَّى حَاذَتَا أُذُنَيْهِ ، ثُمَّ وَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى ظَهْرِ كَفِّهِ الْيُسْرَى وَالرُّسْغِ وَالسَّاعِدِ ، ثُمَّ قَالَ : لَمَّا أَرَادَ أَنْ يَرْكَعَ رَفَعَ يَدَيْهِ مِثْلَهَا ، وَوَضَعَ يَدَيْهِ عَلَى رُكْبَتَيْهِ ، ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ ، فَرَفَعَ يَدَيْهِ مِثْلَهَا ، ثُمَّ سَجَدَ ، فَجَعَلَ كَفَّيْهِ بِحِذَاءِ أُذُنَيْهِ ، ثُمَّ قَعَدَ ، فَافْتَرَشَ رِجْلَهُ الْيُسْرَى ، فَوَضَعَ كَفَّهُ الْيُسْرَى عَلَى فَخِذِهِ وَرُكْبَتِهِ الْيُسْرَى ، وَجَعَلَ حَدَّ مِرْفَقِهِ الأَْيْمَنِ عَلَى فَخِذِهِ الْيُمْنَى ، ثُمَّ قَبَضَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ ، فَحَلَّقَ حَلْقَةً ، ثُمَّ رَفَعَ إِصْبَعَه ، فَرَأَيْتُهُ يُحَرِّكُهَا يَدْعُو بِهَا ، ثُمَّ جِئْتُ بَعْدَ ذَلِكَ فِي زَمَانٍ فِيهِ بَرْدٌ ، فَرَأَيْتُ النَّاسَ عَلَيْهِمْ الثِّيَابُ تُحَرَّكُ أَيْدِيهِمْ مِنْ تَحْتِ الثِّيَابِ مِنَ الْبَرْدِ "

*Abdul Ṣomad telah merawi hadis kepada kami; Zā^idah telah merawi hadis kepada kami ; Telah menceritakan kepada kami *Āṣim bin Kulayb; Ayahku telah merawi khabar kepadaku, bahawasanya Wā^il bin Ḥujr al-Ḥaḍromiyy telah mengkhabarkan kepadanya, dia berkata: "Aku benar-benar melihat cara Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersolat". Dia berkata: "Aku pun melihat baginda bangun, lalu bertakbir dan mengangkat kedua-dua tangannya sehingga setentang dengan kedua-dua telinganya. Kemudian, baginda meletakkan tangannya yang kanan atas belakang pergelangan kirinya pada hujungnya dan lengan hastanya". Kemudian, dia berkata: "Ketikamana baginda ingin rukuk, baginda mengangkat kedua-dua tangannya semisalnya dan baginda meletakkan kedua-dua tangannya pada lututnya. Kemudian, baginda mengangkat kepalanya, lalu baginda mengangkat kedua-dua tangan semisalnya. Kemudian, baginda sujud. Lantas, baginda menjadikan kedua-dua pergelangan tangannya setentang dengan keuda-dua telinganya. Kemudian, baginda duduk, lantas baginda menyilangkan kakinya yang kirinya, lalu meletakkan pergelangan kanannya atas pehanya dan lututnya yang kiri. Baginda pun meletakkan bucu sikunya yang kanan atas pehanya yang kanan. Kemudian, baginda menggenggam jari-jemarinya dan baginda melingkarkannya. Kemudian, aku melihat baginda menggerakkannya. Kemudian, baginda mengangkat jari telunjuknya, lalu aku melihat baginda menggerakkannya sambil berdoa padanya. Kemudian, aku melalui zaman selepas itu yang kesejukannya padanya. Aku melihat orang ramai memakai selimut bajunya tergerak-gerak tangan mereka di bawah selimutnya kerana kesejukan". [Musnad Aḥmad, no. 18488].

Penyebutan tentang menggerak-gerakkan jari telunjuk merupakan tambahan yang cacat. Punca penyakitnya ialah pada Zā^idah bin Qudāmah yang riwayatnya telah majoriti riwayat para berkredibiliti lain seperti Bišr bin al-Mufaḍḍol, Sufyān aṯ-Ṯawriyy, Sufyān bin *Uyaynah, Zā^idah bin Mu*āwiyah, H̱ōlid bin *Abdullah, Sallām bin Sulaym, *Abdul Wāḥid bin Ziyād, Abū *Awānah dan Šu*bah bin al-Ḥajjāj yang sama sekali tidak menyebutkan penggerakan jari telunjuk ketika bertasyahud. Saya telah membahaskannya dalam penulisan saya yang berjudul "Intisari Penting Dalam Ilmu Takhrij Hadis Dan *Ilal al-Ḥadīṯ".

Jika seseorang menerima secara mutlak pada ziyādah aṯ-ṯiqoh, maka ini mampu mempengaruhi hukum fiqh dan kehujahan syariat padanya. Maka, waspadalah dalam berpegang dengannya.

[25]Misalnya hadis berikut :

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ هَارُونَ ، ثنا إِسْحَاقُ بْنُ رَاهَوَيْهِ ، أَنَا النَّضْرُ ابْنُ شُمَيْلٍ ، ثنا شَدَّادُ بْنُ سَعِيدٍ الرَّاسِبِيُّ ، قَالَ : سَمِعْتُ يَزِيدَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الشِّخِّيرِ ، يَقُولُ : سَمِعْتُ مَعْقِلَ بْنَ يَسَارٍ ، يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لا تَحِلُّ لَهُ " .

Mūsā bin Hārūn telah merawi hadis kepada kami; Isḥāq bin Rōhūyah telah merawi hadis kepada kami; An-Naḍr bin Šumayl telah merawi khabar kepada kami; Šaddād bin Sa*īd ar-Rōbisiyy telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Aku mendengar Yazīd bin *Abdullah aš-Šiẖẖīr berkata; Aku mendengar Ma*qol bin Yasār berkata; Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu". [Aṭ-Ṭobrōniyy dalam al-Mu*jam al-Kabīr, no. 16910].

Zahirnya, periwayatan marfū* seperti ini tidak ada apa-apa masalah, tetapi ia mempunyai petunjuk tersembunyi yang menyebabkan hadis ini menjadi dhaif dan cacat. Petunjuk tersebut adalah riwayat marfū* ini menyalahi riwayat yang mawqūf seperti berikut :

حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ، عَنْ بَشِيرِ بْنِ عُقْبَةَ، قَالَ: حَدَّثَنِي يَزِيدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الشِّخِّيرِ، عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ، قَالَ: " لَأَنْ يَعْمِدَ أَحَدُكُمْ إلَى مِخْيَطٍ فَيَغْرِزُ بِهِ فِي رَأْسِي أَحَبُّ إلَيَّ مِنْ أَنْ تَغْسِلَ رَأْسِي امْرَأَةٌ لَيْسَتْ مِنِّي ذَاتَ مَحْرَمٍ "

Abū Usāmah telah merawi hadis kepada kami, daripada Bašīr bin *Uqbah, dia berkata; Yazīd bin *Abdullah aš-Šiẖẖīr telah merawi hadis kepadaku, daripada Ma*qol bin Yasār, dia berkata: "Salah seorang di antara kalian menusukkan jarum hingga menancap di kepalaku lebih aku senangi daripada seorang wanita yang bukan mahramku mencuci kepalaku". [Muṣonnaf Ibn Abū Šaybah, no. 13182].

Punca kelemahan riwayat marfū* ini ialah pada Abū Ṭolḥah Šaddād bin Sa*īd ar-Rōbisiyy. Dia seorang yang berkredibiliti, namun terdapat kritikan daripada sebahagian nāqid tentang kekuatan hafalannya. Al-Bayhaqiyy dalam as-Sunan al-Kubrō, jilid 2, m/s 620, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Muḥammad *Abdul Qōdir *Aṭō menyebutkan bahawa dia tidak begitu kuat. Al-Buẖōriy berkata bahawa *Abdul Ṣomad medhaifkannya dan al-Buẖōriy menyatakan bahawa dia adalah kepercayaan yang pada sebahagian hafalannya terdapat sesuatu sepertimana yang dinukilkan oleh Abū Ja*far al-*Uqoyliyy dalam aḍ-Ḍu*afā^ al-Kabīr, jilid 2, m/s 185, keluaran Dār al-Maktabah al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq *Abdul Mu*ṭī Amīn Qol*ajiyy. Maka, disebabkan kurangnya kejituan yang menyebabkan penyelisihan riwayat mawqūf yang lebih sahih, maka riwayat marfū* adalah dhaif.

Jika seseorang berpegang dengan penerimaan ziyādah aṯ-ṯiqoh secara mutlak, dia akan menganggap kedua-duanya adalah sahih. Dia mengatakan bahawa boleh jadi Ma*qol menyebutkan sesuatu itu tanpa menyandarkan kepada Rasulullah dan kadangkala terus menyandarkan kepada baginda pada waktu yang lain. Maksudnya, tambahan marfū* adalah sahih kerana ia adalah pertambahan daripada perawi yang berkredibiliti. Walhal, bukan sedemikian. Hakikatnya perawi itu terkeliru atau celaru hafalannya seolah-olah ia adalah marfū*.

[26]Tertukar antara mawqūf dan marfū* selalu terjadi dalam perbahasan *ilal. Namun, bukan marfū* atau mauquf sahaja yang menjadi isu, kadangkala keleliruan dalam sanad juga wujud seperti riwayat berikut :

وقال لي علي عن ابن أبي الوزير عن مالك أنه ذكر ابن عجلان فذكر خيرا، وقال يحيى القطان: لا أعلم إلا إني سمعت ابن عجلان يقول كان سعيد المقبري عن أبيه عن أبي هريرة وعن رجل عن أبي هريرة فاختلطت علي فجعلتها عن أبي هريرة.

Berkata *Aliyy kepadaku, daripada Ibn Abū al-Wazīr, daripada Mālik, bahawasanya dia menyebutkan tentang Ibn *Ajlān, lantas dia menyebutkannya dengan kebaikan. Berkata Yahyā al-Qoṭṭōn; Aku tidak mengetahui apa-apa kecuali Ibn *Ajlān berkata: "Sa*īd al-Maqburiyy daripada ayahnya daripada Abū Huroyroh" dan "Dari perawi daripada Abū Huroytoh". Dia bercampur baur menurutku, lantas dia menjadikan "Daripada Abū Huroyroh". [At-Tārīẖ al-Kabīr, karya al-Buẖōriyy, jilid 1, m/s 196, keluaran Da-^iroh al-Ma*ārif al-*Uṯmāniyyah, Hyderabbad, Deccan].

أخبرنا أبو بكر بن أبي خيثمة فيما كتب إلي، قال: سئل يحيى بن معين عن محمد بن عمرو، فقال: ما زال الناس يتقون حديثه. قيل له: وما علة ذلك؟ قال: كان محمد بن عمرو يحدث مرة عن أبي سلمة بالشئ رأيه ثم يحدث به مرة أخرى عن أبي سلمة عن أبي هريرة.

Abū Bakr bin Abū H̱oyṯamah telah merawi khabar kepada kmi daripada apa-apa yang dia tuliskan untukku, dia berkata; Yaḥyā bin Ma*īn ditanya tentang Muḥammad bin *Amr, dia berkata: "Orang ramai sentiasa takut dengan hadisnya". Dikatakan kepadanya: "Apa puncanya?". Dia berkata: "Dahulu Muḥammad bin *Amr meriwayatkan sekali daripada Abū Salamah dengan sesuatu daripada pandangannya, kemudian pada waktu lain, dia meriwayatkannnya dengan menjadi daripada Abū Salamah, daripada Abū Huroyroh". [Al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, karya Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy, jilid 8, m/s 31, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut].

Atas sebab inilah tidak semudah untuk mengatakan bahawa ziyādah daripada berkredibiliti itu diterima. Boleh jadi pertambahan itu adalah kerana keliru.

[27]Misalnya Muḥammad bin Ḥamwaih bin al-Ḥasan. Tidak ditemui biografi mengenai dirinya. Namun, dia diriwayatkan oleh Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy yang sentiasa melazimi periwayatan daripada orang yang berkredibiliti dan kebetulan pula dia dijadikan hujah riwayatnya dalam al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl dan al-Marōsīl yang mensyaratkan sahihnya periwayatan, maka dia seorang yang berkredibiliti tanpa ragu.

[28]Inilah situasi yang berlaku pada saya. Tanpa catatan-catatan sebegini, ia memang membebankan saya untuk menyemak dan mengkaji semula pendapat-pendapat saya terdahulu. Jika saya menilai dhaif perawi-perawi yang mana pada dahulunya saya berhujah dengannya, pasti ia memberi kesan kepada penulisan-penulisan saya yang lain. Memandangkan penulisan saya terlalu banyak dan sebahagiannya dipotong sanadnya, ini sangat sukar untuk saya mencari semula sumber takhrij dan mengenal pasti hadis-hadis yang terdapat perawi yang saya nilai dhaif yang telah wujud dalam penulisan saya.

Kerana itu saya ada penulisan peribadi yang tidak diterbitkan untuk mengumpulkan senarai perawi yang diletakkan nombor dan senarai hadis yang saya gunakan dalam penulisan utama saya dan dalam senarai hadis tersebut, dinyatakan sanad penuh dan perawi itu diletakkan nombor berdasarkan penulisan senarai perawi serta hadis itu dinyatakan tempat-tempat yang saya gunakan dalam penulisan bagi memudahkan semakan dan carian. Ini telah memudahkan kerja saya yang saya boleh jangka 80% daripada terdahulu ketika saya mengemaskini dan menyemak semula penulisan saya.

No comments:

Post a Comment