Tuesday, September 29, 2020

Koleksi Celoteh Peribadi (Bahagian 2)

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/653374673366794240/celoteh-peribadi-69-terlunturnya-kecintaan

Celoteh 70 : Ambillah Ilmu Dari Mereka Meski Mereka Pencela Saya

Para agamawan akan mentahzir dan mencela saya kerana saya seorang yang menzahirkan erotisisme di laman maya. Saya hormati pendirian mereka dan saya maafkan semua celaan tersebut kepada saya. Saya tetap dengan apa yang saya pilih dan saya akui kesukaran mereka untuk bertoleransi dengan haluan yang saya ambil.

Walaupun mereka mencela saya, saya tetap akan menyarankan orang untuk menadah ilmu daripada mereka jika dia seorang yang memiliki manhaj yang lurus tanpa mengira aliran. Malah, saya juga akan belajar dan ambil manfaat daripadanya tanpa prejudis dan rasa ketidaksenangan walaupun mereka ini yang menyakiti dan mengaibkan saya.

Saya tidak menyimpan dendam peribadi terhadap mereka. Mereka mungkin sahaja lebih baik daripada saya dari segi keluasan ilmu dan kewibawaan dalam lapangan tersebut. Mereka tetap saudara saya sama ada dalam seagama atau semanhaj kendatipun mereka menyisihkan saya. Mereka adalah orang yang saya hormat sebagai ilmuwan dan yang saya junjung sebagai berkeahlian dalam bidangnya meskipun mereka ini merobek kredibiliti saya.

Saya akan bela mereka jika mereka diserang dalam perkara kebenaran sekalipun mereka tidak peduli pun keadaan saya atau tidak menghargai pembelaan saya. Walaupun kerapkali kami berbalas-balas sanggahan dan celaan, tetapi sesiapa sahaja yang tekal di atas manhaj yang jernih lagi lurus, maka dia tetap dalam pengiktirafan saya.

Sekurang-kurangnya mereka jauh lebih berkualiti daripada golongan yang penglipur lara, penyebar bidaah dan memikul manhaj yang bercelaru. Oleh itu, tidak ada manfaat pun untuk memecahbelahkan lagi keretakan yang telah ada atau memulaukan mereka kerana isu-isu yang kurang signifikan untuk umat, apatah lagi isu-isu menyeleneh.

Selagimana kita ada dasar yang besar untuk disepakati bersama, saya boleh ketepikan isu-isu peribadi meskipun mereka tidak mahu sepakat dengan saya. Saya berdoa kepada Allah agar sentiasa menyebatikan jiwa saya dengan sifat ini sehingga akhir nafas saya.

Mungkin orang merasa aneh yang saya mengutip pandangan dan berkongsi kalam mereka yang secara jelas memalukan saya dan selalu menjadikan saya sebagai bahan sindiran dan ejekan. Malah, kalau saya kongsi pandangan mereka pun, mereka itu juga akan menzahirkan kesinisan terhadap saya atau menyinggung saya. Saya berprinsip seperti Aḥmad bin Ḥanbal pada halnya bersama Abū Kuroyb. *Abdullah bin al-Warrōq berkata :

كُنْتُ فِي مَجْلِسِ أَحْمَدَ بنِ حَنْبَلٍ، فَقَالَ: مِنْ أَيْنَ أَقبَلتُم؟ قُلْنَا: مِنْ مَجْلِسِ أَبِي كُرَيْبٍ. فَقَالَ: اكتُبُوا عَنْهُ، فَإِنَّه شَيْخٌ صَالِحٌ. فَقُلْنَا: إِنَّه يَطْعُنُ عَلَيْكَ. فَقَالَ: فَأَيُّ شَيْءٍ حِيلَتِي، شَيْخٌ صَالِحٌ قَدْ بُلِيَ بِي.

Aku di majlis Aḥmad bin Ḥanbal. Dia berkata: "Daripada mana kalian menghadap?". Kami berkata: "Dari majlis Abū Kuroyb". Lalu, dia berkata: "Tulislah daripadanya. Sesungguhnya dia syeikh yang baik". Kami berkata: "Sesungguhnya dia selalu mencelamu". Dia pun berkata: "Apa lagi alasanku? Dia syeikh yang baik yang diuji dengan aku". [Siyar A*lām an-Nubalā^jilid 11m/s 317keluaran Mu^assasah ar-Risālah].

Mereka semua diuji dengan saya. Apa lagi yang boleh saya buat? Hidup ini memang tidak ada sesiapa pun dapat memuaskan hati setiap orang. Kalau mereka tidak puas hati dengan kita, mengapa pula kita ingin membalas yang sama, sedangkan ia tidak memberi manfaat yang besar pun?

Saya berharap kalau kita bertelagah di dunia pun, kita adalah sahabat rapat di syurga kelak. Semoga Allah perkenankan hajat ini. Di sana nanti, terpadam semua dengki dan rasa kebencian yang dari lubuk jiwa.

Di dunia ini adalah sekadar tempat ujian; siapakah yang terbaik amalannya, siapakah yang ingin memerhatikan dan mempedulikan hujah serta siapakah yang ingin benar-benar berkemahuan untuk bersama kebenaran dan konsisten dengannya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/654365199286059008/celoteh-peribadi-70-ambillah-ilmu-dari-mereka

Celoteh 71 : Mengapa Saya Kagum Dengan Ahli Hadis?

Beberapa penulisan saya, saya sememangnya menjunjung ahli hadis setinggi-tinggi junjugan, membela mereka daripada lemparan nista terhadap mereka dan menyeru untuk kembali bermanhaj dengan mereka jika berhadapan dengan kerumitan dalam memilih aliran dan manhaj yang dituju. Saya juga menegaskan bahawa ahli hadis adalah paksi kebenaran dalam agama ini yang sesiapa sahaja yang menyelisihinya akan menemukan penyelewengan dan kebingungan.

Ada beberapa sebab mengapa ahli hadis menawan kekaguman saya yang kalau agama Islam menghalalkan untuk mewujudkan kultus, pasti saya, malah lebih-lebih lagi para tokoh salaf akan menjadikannya sebagai berhala untuk dipuja.

Saya dan para pendahulu saya atau yang sezaman dengan saya yang jauh lebih berkeahlian daripada saya sama sekali tidak mengangkat tinggi seseorang atau sesuatu aliran melainkan melihat bukti yang memaparkan keunggulan mereka. Izinkan saya berkongsi dapatan saya untuk melihat mengapa ahli hadis menjadi tokoh yang bukan setakat saya kagumi, malah yang menjadi paksi agama saya.

Antaranya adalah usaha pemeliharaan riwayat. Saya lihat dalam mana-mana buku teks yang memaparkan sumbangan tamadun muslim kepada dunia, sukar sekali untuk menemukan bahawa tradisi ilmu hadis adalah sumbangan yang tidak dapat ditiru oleh mana-mana tamadun yang lain.

Bagi sesiapa yang mengamati bagaimana tokoh-tokoh ahli hadis yang menekuni dan berdedikasi dalam mempertahankan kelestarian sumber agama ini dan bagaimana pengamalan mereka dalam menjayakan gerak kerja mereka, ia mampu membawa kepada ketakjuban bagai menemukan berlian yang didambakan perolehannya dari semua orang.

Kita lihat bagaimana mereka sanggup merantau untuk mencari dan memeriksa hadis di saat orang ramai berdalih untuk tidak mahu bersusah payah, mendedikasikan diri dalam mengumpul hadis dalam pelbagai bentuk dengan menghafal dan menulis, beriltizam dengan penuh kecintaan terhadap sunnah ketikamana orang berpaling untuk mencari yang sesuai dengan pemikiran mereka serta menjadi pejuang barisan hadapan dalam memimpin umat Islam ke arah ilmu yang berkualiti dan mendepani arus penentangan terhadap sunnah.

Bacalah kitab seperti «al-Muḥaddiṯ al-Fāṣil Bayna ar-Rōwi Wa al-Wā*ī» karya ar-Rōmaharmuziyy dan kitab-kitab karya al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy seperti «ar-Riḥlah Fī Ṭolab al-Ḥadiṯ», «al-Jāmi* Li Aẖlāq ar-Rōwi Wa Ādāb as-Sāmi*», «al-Kifāyah Fī *Ilm ar-Riwāyah» dan «Šarof Aṣḥāb al-Ḥadīṯ» untuk lihat sendiri bagaimana mereka menghidupkan tradisi keilmuan agar kemurniaan periwayatan dapat diperkasakan, disebatikan dan diwariskan sepanjang generasi dari pendahulu sehingga ke penulisnya.

Bacalah juga kitab yang membahaskan secara khusus atau secara sisipan tentang bagaimana mendalamnya kesungguhan dan kecintaan mereka dalam menuntut ilmu hadis serta membudayakan amalan yang mengekalkan ketulenan hadis dalam penyampaian dan pengamalan.

Contohnya «al-I*tibār Fī *Ulūm al-Ḥadīṯ aš-Šarīf : Dirōsah Ta^ṣīliyyah Manhajiyyah» karya Šammā^ Jamāl al-Asmar, «Tadrīs al-Ḥadīṯ an-Nabawiyy Wa *Ulūmih : Al-Aṣōlah Wa al-Mu*āṣoroh» karya Ṭoha Aḥmad az-Zaydiyy, «al-Isnād : Ahamiyyatuhu Wa Aqsāmuh Wa *Ināyah *Ulamā^ al-Ummah Bih» karya H̱olīl bin Ibrōhīm Mullā H̱ōṭir al-*Azzāmiyy, «Dirōsāt Fī al-Ḥadīṯ an-Nabawiyy Wa Tārīẖ Tadwīnih» karya Muḥammad Muṣṭofā al-A*ẓōmiyy, «Tadwīn as-Sunnah an-Nabawiyyah : Naš^atuh Wa Taṭowwaruh Min al-Qorn al-Awwal Ilā Nihāyah al-Qorn at-Tāsi* al-Hijriyy» karya Muḥammad az-Zahrōniyy dan «Manhaj at-Talaqqī Wa al-Istidlāl Bayna Ahl as-Sunnah Wa al-Mubtadi*ah» karya *ʿAbdul Roḥmān aṣ-Ṣuwayān.

Sesiapa sahaja yang menelaah karya ini, dengan izin Allah, ia sudah cukup memadamkan kecurigaan terhadap ketulusan para ulama dalam memelihara ketulenan riwayat dan mengukuhkan keyakinan bahawa ia adalah tradisi yang tidak pernah digiathebatkan oleh mana-mana tamadun, seterusnya menambahkan kekaguman kepada kegemilangan ahli hadis kepada umat Islam.

Sememangnya benar bahawa semua ini adalah karya-karya kontemporari, tetapi semua para penulis menukilkan dan menyebutkan dari rujukan dari pendahulu mereka dari pelbagai tempat yang boleh kita buat rujukan silang dan mengumpulkan pelbagai contoh yang tidak terdapat dalam karya pendahulu di satu tempat demi merealisasikan kerangkuman menyeluruh dalam sesebuah topik.

Bertambah kekaguman saya pada ahli hadis adalah bagaimana mereka merincikan istilah-istilah dalam ilmu hadis seperti ₍al-Ġorīb₎, ₍al-Mudroj₎, ₍al-Maqlūb₎, ₍at-Taṣḥīf₎, ₍al-Mursal₎, ₍at-Tadlīs₎, ₍al-Isnād al-*Āliyy₎, ₍al-Isnād an-Nāzil₎, ₍al-Munkar₎ dan perbahasan yang menyusulinya seperti ₍Ziyādah aṯ-Ṯiqoh₎, ₍al-Muẖōlafah₎, ₍at-Tafarrud₎ dan pelbagai lagi yang lain.

Bertambah lagi ketakjuban saya dengan menelusuri pembentangan perbahasan *ilal al-Ḥadīṯ. Tidak ada mana-mana tamadun pun mampu memberikan contoh atau menghasilkan judul khas yang setara dengan kitab yang berkaitan dengan ilmu muṣṭolaḥ al-Ḥadīṯ, apatah lagi ingin setanding dengan ilmu *ilal al-Ḥadīṯ.

Semua ini adalah bukti yang membanggakan kepada umat Islam. Mereka adalah tokoh kebanggaan kita dan ilmu hadis adalah lambang kemegahan kita yang tidak akan dapat dirobekkan takhtanya walaupun para pendengkinya.

Percayalah bahawa sesiapa sahaja yang cuba menimbulkan keraguan dan berusaha habis-habisan demi melucutkan selendang kemuliaan umat Islam ini pada ilmu hadis, hakikatnya mereka memakan diri mereka sendiri dan menajamkan lagi taring untuk mereka gigit lidah mereka sendiri.

Tidak ada ilmu yang setara dengan ilmu hadis. Bagaimana mungkin para pembencinya dapat membentangkan sumbangan tamadun lain yang lebih baik dalam penjagaan riwayat mahupun setara sepertimana yang telah direbuti oleh tokoh-tokoh muslim?

Mereka yang cuba meruntuhkan institusi hadis ini sama ada mereka itu adalah syaitan yang tidak ada kebaikan pada dirinya yang ingin menghasut orang agar berpaling daripada agama ini atau orang yang hidup di citra utopia yang tidak berpaksikan realiti atau orang yang cuba mengukur nilai zaman tersebut dengan pembaris zaman globalisasi yang mereka hidup.

Kemudian, ahli hadis adalah paksi kebenaran dalam agama. Betapa banyaknya kebenaran terzahir di sisi mereka dari segi keselarian dengan sunnah dan bertepatan dengan metodologi ilmu ketika berhadapan dengan aliran sesat di zaman awal ketamadunan muslim seperti khawarij, syiah, murjiah, jahmian, muᶜtazilian, qodariah dan pelbagai lagi yang lain dari golongan zindik. 

Perhatikan hujah mereka. Pasti kita akan mendapati kekuatan nilainya berpihak pada mereka dan tidak akan dapat dilawan oleh mana-mana pengingkarnya. Benar sekali kata Hārūn ar-Rošīd :

وَطَلَبْتُ الْحَقَّ فَوَجَدْتُهُ مَعَ أَصْحَابِ الْحَدِيثِ

"Aku ingin mencari kebenaran, lalu aku dapatinya ia bersama sahabat-sahabat hadis". [Šarof Asḥāb al-Ḥadīṯkarya al-H̱oṭīb al-Baġhdādiyym/s 55keluaran Dār Iyā^ as-Sunnah an-Nabawiyyah].

Sebab itulah sesiapa sahaja yang berhadapan dengan kekeliruan dalam memilih insan ikutan atau aliran atau manhaj ilmu, maka carilah mereka yang melazimi manhaj ahli hadis. Lihat sahaja mereka pada hari ini yang menyimpang jauh dari jalan agama yang benar.

Pasti kita akan menemukan penyelisihan mereka terhadap ahli hadis. Agama seseorang itu boleh dikatakan sejauh mana mereka berdampingan dengan manhaj ahli hadis.

Untuk permulaan, bacalah kitab «as-Sunnah» karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal dan «as-Sunnah» karya Abū Bakr al-H̱ollāl. Kedua-dua karya sarjana salaf ini memaparkan haluan yang dituju oleh para tokoh hadis dalam menyalahi aliran yang menyimpang daripada sunnah.

Kemudian, bandinglah dengan aliran-aliran yang menyeleweng yang wujud pada zaman ini. Kita pasti akan mendapati keserupaannya atau hasil evolusi daripada aliran sesat yang terdahulu. Lazimilah ahli hadis. Itu akan menjamin kesejahteraan kepada agama dan meneguhkan pendirian yang tersemat dalam jiwa dengan izin Allah.

Saya bersyukur kepada Allah dapat melihat bagaimana agungnya tradisi ilmu hadis dengan mata kepala saya sendiri serta semakin bertambah kekaguman dan kecintaan saya kepada golongan ini apabila saya mendalami ilmu hadis dan berkecimpung dalam praktikal yang telah dilalui oleh para pengkaji hadis. Saya pasti mereka yang berkeahlian dan yang telah lama menekuni temasya ini telah menemukan dapatan yang menancapkan kekuatan rasa keyakinan dan ketakjuban berbanding saya.

Saya berharap kita semua dapat bersemadi di mana ahli hadis bersemadi padanya. Mereka ini layak untuk menjadi tokoh ikutan dan manhaj mereka menjadi pedoman untuk seseorang menuju kepada jalan kebenaran. Merekalah tempat terkumpulnya khazanah ilmu yang berharga dan manhaj yang tulen, sejati lagi mapan.

Semoga Allah meredhai mereka semua atas kontribusi mereka yang tidak dapat dibayar harganya dan jasanya kepada agama. Semoga kita semua bernafas di ruang udara mereka dan tertanam bersama taman syurga mereka.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/654704749206192128/celoteh-peribadi-71-mengapa-saya-kagum-dengan

Celoteh 72 : Menerima Keterbukaan Merentas Aliran, Tetapi Suka Mengaibkan Peribadi Orang Lain Secara Terbuka

Hairan apabila seseorang yang berslogan bahawa dia menerima mana-mana kebenaran walaupun daripada aliran yang berbeza dan penilaian kebenaran mereka merentasi aliran, namun orang ini suka mengaibkan peribadi orang lain secara terbuka ketika dalam perbincangan ilmiah atau berbalas-balas pertikaman lidah. Malah, dia juga sampai dikenali yang kalau dia tidak mengaibkan orang lain dalam satu sesi, pasti itu bukan dia.

Orang sebegini sukar untuk dibawa bincang dengan cara bermaruah atau ada hemat dalam menangani pertelingkahan terhadapnya. Setiap kali sahaja dia berkonfrontasi dengan orang lain, yang sangat krusial baginya adalah menyelongkar peribadi orang lain yang boleh untuk dia bongkar dan menjadikan modal permainan ejekan, sindiran dan kenistaan kepada orang ramai agar para penonton sekeliling dapat memandang hina bersamanya dan sama-sama menjaja cemuhan terhadapnya.

Kalaupun mereka fokus pada penghujahan dan teliti pada pembentangan ilmiah, pasti mereka akan selit beberapa modal yang dapat mengaibkan orang lain kerana sudah tidak mampu bersabar lagi menanggung diskusi dua hala sekalipun secara ilmiah atau sememangnya ingin menutup ruang perbincangan, tetapi dengan cara yang keji atau lebih buruk lagi, sememangnya ada tujuan jahat untuk menutup keingkarannya dan mencantas penyelisihan terhadapnya melalui robekan kredibiliti orang lain demi menghapuskan nilai penghujahan dari penyelisihnya.

Lebih mendukacitakan adalah orang seperti ini bukan dari kalangan orang yang jahil, apatah lagi si bodoh yang tolol. Ia adalah daripada sikap orang yang telah dikenali memiliki keilmuan yang menjangkaui orang awam, malah melebihi kebiasaan para bijak pandai serta memiliki keluasan dalam penelaahan dan rangkuman capaian dalam ilmu. Kemampuan mereka ini diakui kawan dan lawan. Cuma, sikap jelek mereka ini sudah sebati dalam peribadi mereka.

Kadangkala, modal yang dijadikan bahan ejekan bukan sememangnya aib yang besar untuk peribadi yang boleh sahaja ditutup atau yang umum membencinya meskipun itu boleh diketepikan dalam ruangan diskusi bagi fokus kepada hujah. Namun, ia adalah hal-hal yang tidak mengaibkan pun menjadi bahan ejekan dan pengaiban seperti jualan produk kecantikan dan minat kepada video kucing yang comel.

Saya teringat akan sebahagian orang yang mengejek profesion al-Albāniyy sebagai tukang jam kerana dia berbeza aliran dengannya. Kalaulah dia masih hidup dan berkomen di ruangannya, pasti profesionnya akan dijadikan bahan ejekan dan pengaiban serta dikatakan kepada mereka: "Baliklah dan baikilah jam rosak di kedai!" dengan nada yang bertujuan untuk memperolokkannya dalam keadaan menyembunyikan niat untuk menamatkan perbincangan serta meruntuhkan nilai hujah secara kotor.

Mereka kononnya menerima keterbukaan dan melawan taksub, tetapi sangat kuat permusuhan terhadap orang ramai dengan menjadikan isu yang tidak ada kena mengena dengan hujah sebagai pendorong serta suka menjatuhkan dan mengaibkan orang lain.

Apabila orang berhadapan dengan mereka, pasti mereka akan menyelongkar isu-isu peribadi yang tidak ada kena mengena dengan hujah demi menyahkreditkan nilai pembentangan ilmiah orang lain.

Apa lagi kalau sikap ini adalah cara menyembunyikan diri daripada ketaksuban dan keengganan untuk melihat perspektif yang lebih banyak, lebih luas dan lebih berbeza atau ingin kekal menjadi katak di bawah tempurung?

Bagaimana mungkin seseorang itu dapat menerima keterbukaan dengan menjatuhkan orang lain melalui pengaiban dan ejekan yang tiada kaitan dengan hujah serta selalu sahaja berlaga dengan orang lain dengan menjaja kenistaan terhadapnya?

Apa yang ingin diharapkan daripada orang ini? Apa lagi kalau bukan ini usaha untuk memaksa orang lain agar meninggalkan pendapat orang lain dan menuju kepada pendapatnya dengan cara yang tidak bermaruah? Keterbukaan hanyalah slogan kosong sahaja. Input yang positif pun diketepikan dengan cara yang durjana jika ia tidak sesuai dengan seleranya.

Saya sememangnya menjauhi perbincangan secara terus terhadap orang seperti ini. Selalu sahaja saya tidak menemukan manfaat yang baik apabila berhadapan dengan orang seperti ini. Datang ke sana pun atau dia hadir kepada kita pun hanya untuk mengaibkan dan menjaja isu-isu peribadi yang orang bodoh pun tahu itu bukan ada kaitan dengan hujah.

Setiap kali saya membentangkan hujah kepada mereka, kalau mereka memberi hujah balas pun, mereka akan menyelitkan sindiran dan mempertontonkan modal ejekan kepada pengikut sekelilingnya. Inikah keterbukaan untuk menerima kebenaran merentasi aliran tanpa taksub?

Hairan sekali mereka ini juga berang kalau mereka dikritik di ruangan lain yang bukan secara terus kepada mereka, malah menempelak dengan berkata: "Kalau kamu anak jantan, kamu berdebat di ruangan saya!".

Padahal, sikap mereka inilah yang menghalang orang lain untuk bersemuka dengannya. Apa guna datang ke ruangan mereka jika yang mendapat hanyalah ejekan dan pengaiban daripada mereka bersama teman setia mereka? Kita datang dengan pakaian yang bersih dan kemas, tetapi mereka pula menyambut kita dengan melempar najis kepada kita. Namun, mereka ini juga menyeru kepada kebersihan. Apa manfaatnya?

Sama-sama kita beringat bahawa aib-aib kita yang tertutup dari pandangan manusia ini adalah rahmat daripada-Nya. Jangan sangka Allah tidak akan membalas orang yang suka menyelongkar aib orang lain atau mencari apa sahaja yang boleh dijadikan ejekan dan pengaiban. Kata Ibn *Umar -semoga Allah meredhainya- :

صَعِدَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمِنْبَرَ فَنَادَى بِصَوْتٍ رَفِيعٍ ، فَقَالَ : " يَا مَعْشَرَ مَنْ أَسْلَمَ بِلِسَانِهِ ، وَلَمْ يُفْضِ الْإِيمَانُ إِلَى قَلْبِهِ ، لَا تُؤْذُوا الْمُسْلِمِينَ ، وَلَا تُعَيِّرُوهُمْ ، وَلَا تَتَّبِعُوا عَوْرَاتِهِمْ ، فَإِنَّهُ مَنْ تَتَبَّعَ عَوْرَةَ أَخِيهِ الْمُسْلِمِ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ ، وَمَنْ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ وَلَوْ فِي جَوْفِ رَحْلِهِ " ،

"Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wasallam- naik ke mimbar, lantas baginda menyeru dengan suara yang tinggi: Wahai sekalian yang telah menerima Islam pada lisannya, tetapi tidak sebati imannya pada jantungnya! Jangan kalian menyakiti muslimin, jangan kalian mengejek mereka dan jangan mencari-cari aib mereka. Sesiapa yang mencari-cari aib saudara muslimnya, maka Allah mencari-cari aibnya. Barangsiapa yang Allah mencari-cari aibnya, maka Dia membongkarkannya walaupun di celah rumahnya". [Sunan at-TirmiiyyKitāb al-Birr wa a-illahno. 1951].

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/654745463474601984/celoteh-peribadi-72-menerima-keterbukaan

Celoteh 73 : Ahli Hadis Pada Keagungan Tamadun Muslim

Sememangnya biasa kalau mana-mana orang ingin memperkenalkan sumbangan tokoh-tokoh Islam kepada peradaban muslim secara khusus dan kepada dunia secara umum, salah satu daripadanya adalah mereka akan perkenalkan tokoh-tokoh falsafah bersama karya-karya peninggalan mereka seolah-olah ia adalah sesuatu yang menjadi pilihan ketika mengenangkan zaman keemasan para muslim.

Berbeza dengan saya. Kalau saya pula, saya akan perkenalkan tokoh-tokoh ilmu hadis dan tokoh warisan tradisi ilmu ini. Mungkin ada orang tertanya mengapa saya memilih para ilmuwan hadis dan saya menganggap bahawa mereka ini memberi sumbangan yang besar dalam ketamadunan muslim secara khusus dan kepada dunia.

Kita perlu cakna bahawa ahli hadis adalah sarjana yang mendedikasikan seluruh masa hidupnya untuk menjalankan tugas dalam memelihara kemurniaan periwayatan hadis dengan keikhlasan. Tanpa mereka, sumber agama kita akan hilang mutu keasliannya serta mudahnya sisipan palsu dan kesalahan dalam riwayat sehingga suatu hari nanti, asas keyakinan agama kita mudah terdedah dengan ribuan kesangsian dan jangkitan keraguan yang tidak dapat diubati.

Oleh itu, umat Islam sebenarnya wajib berterima kasih dengan jasa besar ahli hadis. Tanpa mereka, Islam yang kita canangkan dan promosikan kepada seluruh dunia tidak akan bermakna apa-apa jika sumber-sumber ambilan dan pegangan kita terdedah dengan pelbagai penyelinapan yang meragukan.

Boleh jadi tokoh-tokoh yang kita mengkedepankan di persada dunia sebagai tokoh muslim hakikatnya adalah yang sebaliknya apabila teras agama yang dikongsi bersama ini tidak wujud langsung atau sarat dengan perselisihan yang parah.

Malah, sumbangan mereka dalam ilmu hadis tidak pernah digiatkan gerak usaha secara hebat dan tidak ditiru oleh mana-mana tamadun yang lain. Cukuplah ilmu muṣṭolaḥ al-Ḥadīṯ adalah bukti yang ampuh bahawa tidak akan ada mana-mana tamadun lain pun dalam dunia ini akan mampu meniru ketelitian ahli hadis dalam menyaring dan menganalisis riwayat yang tersebar. Itu belum lagi bagaimana cara mereka menghidupkan tradisi kritis dalam mengumpulkan dan menyaring hadis melalui pengembaraan ke serantau negara, perbincangan, penyemakan dan pelbagai lagi yang lain.

Inilah sebab saya menganggap bahawa sumbangan ahli hadis dan institusi ilmu hadis ini adalah yang paling hebat dalam sejarah dunia. Benar bahawa falsafah pun ada keunikannya tersendiri bagi setiap tamadun, tetapi dari segi sumbangan yang tidak mampu ditiru atau boleh dikatakan plagiat atau curian daripada tamadun lain, ilmu hadis antara satu-satunya yang merangkul keistimewaan ini.

Asas berdirinya ilmu hadis tidak diimport dari mana-mana tamadun lain dan ia dibangunkan, dikembangkan dan diperkasakan tanpa ada inspirasi daripada bangsa atau agama lain. Ia disemikan dan dilestarikan daripada pemahaman tulen daripada jiwa muslim yang peka dan peduli terhadap peri pentingnya memelihara keaslian riwayat.

Kemudian, antara masalah utama dalam memperkenalkan tokoh falsafah, kita perlu tahu bahawa bukan semua daripada mereka ini adalah benar-benar di atas manhaj ahli sunnah, apatah lagi yang benar-benar diyakini pegangan agamanya.

Sebahagiannya menyimpang, bahkan sememangnya tidak mewakili asas pendirian Islam pun. Malah, muᶜtazilian yang sejelas-jelasnya sesat pun ingin dipuji sebagai penyumbang pemikiran yang berguna terhadap tamadun Islam!

Kadangkala, yang memperkenalkan dan menjulang tokoh ini sebagai figura yang mewakili umat Islam bukan daripada mereka yang muslim sahaja. Ada sebahagiannya dari yang bukan muslim, tetapi mereka menyangka itu adalah tokoh muslim hanya kerana melihat pada nama dan penampilannya yang kebiasaannya seperti tokoh agamawan atau tidak mengetahui prinsip utama dalam Islam dan perbezaannya dengan falsafah, lalu mereka mencampuradukkannya, lalu menganggap itu adalah sebahagian ajaran daripada Islam.

Bahkan, boleh jadi umat Islam yang memperkenalkannya kebanyakannya hanya bertaklid dalam penyebutan buku teks, tetapi tidak tahu hakikat sebenar pemikiran yang dibawa oleh tokoh falsafah tersebut. Atau mungkin sekali pengagung besar dalam falsafah.

Inilah sebab saya memilih ahli hadis. Segala puji bagi Allah yang memelihara golongan ini daripada kesesatan dan melindungi mereka daripada penyimpangan sehingga mereka menjadi paksi kepada kebenaran. Mereka tidak hanya bertugas untuk memelihara keaslian riwayat, malah mereka menjadi pejuang kepada pemurniaan kefahaman dan praktik mengikut sunnah.

Sesiapa yang benar-benar meneliti bagaimana benarnya pemahaman dalam sunnah dan teras agama, pasti kita akan mendapati ia berpihak kepada mereka yang dikenali sebagai ahli hadis. Benar kata Hārūn ar-Rošīd :

وَطَلَبْتُ الْحَقَّ فَوَجَدْتُهُ مَعَ أَصْحَابِ الْحَدِيثِ

"Aku ingin mencari kebenaran, lalu aku dapatinya ia bersama sahabat-sahabat hadis". [Šarof Asḥāb al-Ḥadīṯkarya al-H̱oṭīb al-Baġhdādiyym/s 55keluaran Dār Iḥyā^ as-Sunnah an-Nabawiyyah].

Lihat bagaimana tokoh-tokoh falsafah yang diperkenalkan. Kebanyakan mereka boleh dikatakan kurang pengamatan dalam tradisi pemikiran seni hadis, malah teguh dan beriltizam kepada manhaj yang menjadi pegangan ahli hadis.

Jika didedahkan pendapat yang zahirnya kufur dari tokoh-tokoh falsafah dianggap muslim, itu tidak perlu diharainkan kerana peringatan tentang golongan falsafah ini bukan muncul di zaman yang lewat, tetapi pada zaman sarjana hadis di era keharumannya.

Saya memahami mengapa ahli hadis dan institusi yang mereka bina tidak begitu diperkenalkan ketika menyebutkan sumbangan tamadun muslim. Tanggapan utama bahawa seseorang menganggap bahawa ilmu hadis ini adalah ilmu yang khusus untuk para agamawan sahaja dan ilmu yang terkhusus untuk subjek agama sahaja seperti ilmu fiqh yang khusus untuk orang yang beragama Islam sahaja kerana pengamalannya adalah untuk orang beragama sahaja. Tidak seperti falsafah yang agak terbuka untuk semua orang membincangkannya, membicarakannya dan menjadikan metodologi dalam pemikiran.

Hakikatnya, kalaulah mereka faham perbahasan ahli hadis tentang ₍al-Ġorīb₎, ₍al-Munkar₎, ₍al-Muḍṭorib₎, ₍al-Mudroj₎, ₍al-Maqlūb₎, ₍at-Tadlis₎ dan pelbagai lagi yang ada dalam ilmu muṣṭolaḥ al-Ḥadīṯ dan perbahasan ilmu *ilal al-Ḥadīṯ, mereka akan dapati bahawa ia tidak beza pun ilmu kajian penyaringan berita dan khabar yang boleh dijadikan panduan oleh setiap lapisan masyarakat. Pengamalan beberapa daripadanya telah pun diterapkan hatta dari kalangan orang awam pun dalam menilai dan meneliti perkhabaran sampai walaupun mereka tidak sedar atau tidak cakna mengenainya.

Apa yang istimewa pada ahli hadis adalah mereka lebih dahulu lagi dalam mengamalkannya, lebih progresif dalam membangunkan kaedah dan metodologinya serta lebih peka dalam menekuni dan mendedikasikannya dalam gerak kerja penyaringan ini. Mereka mungkin tidak menonjol dalam bidang pemikiran atau falsafah, tetapi dalam penjagaan ketulenan riwayat, merekalah yang terunggul dan tidak ada yang setara kewibawaan mereka.

Saya berharap umat Islam menjengah kembali gerak usaha ahli hadis yang berkhidmat untuk agama supaya kita merenung kembali betapa besarnya nilai peninggalan mereka kepada kita semua dan menghayati betapa agungnya institusi hadis di mata peradaban muslim yang menjadi berlian yang tiada bandingan harganya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/655110692120215552/celoteh-peribadi-73-ahli-hadis-pada-keagungan

Celoteh 74 : Alasan Saya Yang Dahulu Ketika Mempertahankan Pandangan



Benar sekali. Saya juga pernah pun terjebak dengan fahaman batiniah, di samping menjadi pentaksub sepertimana kebiasaan aswajaean. Sebab itulah saya menyinggung mereka ini di banyak tempat kerana saya telah pun mengenali realiti praktik dan manhaj mereka yang dahulu saya telah mempertahankannya, di samping saya pernah bergaul dan berjuang bersama mereka.

Respons balas mereka seperti saya tidak menghormati ulama atau saya biadap terhadap mereka walaupun hakikatnya batiniah ini langsung tidak mengikut manhaj ulama atau saya bukan ahlinya dan seumpamanya atau sepertimana yang tertera dalam perkongsian di gambar tersebut ketikamana saya menyinggung mereka telah pun saya gunakan berkali-kali. Mereka fikir saya tidak tahu apa hakikatnya apabila kad falasi ₍Argumentum Ad Verecundiam₎ atau falasi yang lain digunakan?

Sudah di banyak tempat saya mendedahkan kepincangan pemikiran dan cara mereka dalam berinteraksi dengan pembudayaan ilmiah dan kritis intelektualisme. Apabila saya mengkritiknya dan mencelanya, saya tidak hanya mengkritik dan mencela mereka, tetapi saya juga mencela diri saya yang dahulu dan mereka yang menjelma diri saya dahulu.

Sebab itulah saya faham bagaimana mereka tersentak dan berang apabila saya kritik kerana itulah yang saya telah lalui. Saya tidak mahu mereka atau sesiapapun mengulangi atau meneruskan apa yang telah saya lalui.

Saya bersyukur kepada Allah *Azza Wa Jalla kerana memahamkan kerancuan dalam praktik dan manhaj saya dalam pemahaman serta interaksi ilmiah dalam agama, lalu dengan itu, saya terdorong dengan izin-Nya dan bantuan-Nya untuk meninggalkannya serta menuju kepada yang lebih benar. Saya tetap mendoakan agar mereka yang masih belum terbuka matanya untuk melihat hakikatnya agar dihadirkan lampu penyuluh untuk mengamati sendiri apa yang sedang mereka bergelumang dengannya.

Apapun, dari perkongsian ini, sebenarnya kita memerlukan masa dan kesabaran untuk menyampaikan, menjelaskan dan membentangkan hujah ilmiah dan kebenaran. Mungkin orang yang pernah berdakwah kepada saya pernah ada rasa kejemuan untuk mengingatkan saya berkali-kali untuk meneropong hakikat, bukti dan pertimbangan ilmiah secara objektif. Sekarang, saya pula berada di kedudukan mereka dan mungkin para saudara semua juga sedang berhadapan dengan situasi yang sama.

Nasihat kepada diri saya sendiri dan kepada para saudara semua adalah sentiasa meneruskan memantapkan diri kita bukan kerana ingin bersaing, tetapi demi mencapai kebenaran yang diredhai-Nya, berada di atas jalan yang lurus dan istiqamah di dalamnya sehingga hujung hayat.

Jika kita tulus untuknya, Allah tidak akan menyia-nyiakan dedikasi kita. Dengan syarat bahawa kita bersikap objektif, bebaskan minda daripada belenggu taksub dan taklid yang keji, membersihkan diri daripada sifat tercela pada minda seperti kognitif bias dan falasi yang menghalang kita dari menimbang penghujahan secara saksama dan jitu.

Kemudian, jangan berputus asa untuk terus menyampaikan kebenaran dengan bekalan ilmu yang terbaik yang kita ada. Mungkin kita tidak nampak kesan perubahan dari orang yang berseteru dengan kita pada hari keesokannya, tetapi mungkin pada beberapa tahun akan datang.

Saya juga melalui beberapa lama untuk berubah dan mungkin saudara yang lain juga mengambil masa yang lebih lama daripada apa yang telah saya lalui. Oleh itu, fahamilah rintangan dakwah dan sentiasa bergantung kepada Allah sepenuhnya agar diteguhkan jiwa dan dimantapkan pemikiran agar dapat menyampaikan yang terbaik kepada masyarakat.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/655595625954623488/celoteh-peribadi-74-alasan-saya-yang-dahulu

Celoteh 75 : Penafian Saya Dalam Mengikuti Pendapat Saya

Saya seperti penjual trampolin. Saya sentiasa menyatakan kepada pelanggan saya agar memastikan keselamatan terlebih dahulu sebelum menggunakannya dan jangan menggunakannya selagimana tidak dipastikan keselamatannya. Apabila pelanggan tidak mengendahkan kenyataan saya, kemudian mereka tertimpa kemalangan, adakah saya bertanggungjawab atas mereka? Tidak sama sekali.

Begitulah saya mengingatkan kepada para pembaca agar tidak mengambil dan mengikut pendapat saya sebelum dipastikan terlebih dahulu kebenarannya. Selagimana dia tidak mampu untuk independen dalam berhujah dengan cara yang setara dengan saya atau lebih unggul daripada saya, selagi itu dia bukan pengikut atau teman terutama saya.

Apabila di akhirat kelak, saya sendiri tidak akan mengaku sebagai pengikut atau teman terutama saya tatkala dibuktikan kepada saya tentang dakwaan tersebut cumalah kosong semata-mata.

Jika saya salah, maka kesalahan itu saya akan tanggung dan saya akan celaka apabila kebenaran itu tertegak kepada saya, lantas saya mengingkarinya. Sebab itulah wajar seseorang menjadi pengikut dan teman kepada kebenaran, bukan hanya semata-mata terhadap individu atau pihak tertentu. Kebenaran melangkaui sesiapa sahaja termasuklah saya yang Allah kehendaki untuk zahirkannya dengan cara yang kita tidak sangka.

Kalau seseorang itu kembali kepada saya, lalu menyatakan trampolin tersebut rosak, tetapi dia tidak membuktikan apa-apa, maka kesalahan itu tertanggung pada dirinya. Begitulah juga kepada orang yang menyalahkan saya tanpa alasan dan hujah yang kukuh.

Sesungguhnya merekalah yang memikul beban mereka. Saya telah usahakan yang terbaik untuk membentangkan kebenaran. Jika orang lain hanya bersikap ingkar dan nista, maka saya telah tunaikan tanggungjawab saya.

Bagi mereka yang tidak mengetahui apa-apa, maka sikap yang perlu diamalkan adalah tawaqquf, iaitu tidak menolak dan tidak pula menerima sebelum jelasnya pengetahuan dan pemahaman tentangnya.

Janganlah seseorang itu melangkaui sesuatu yang dia tidak tahu tentangnya kerana setiap anggota kita dipertanggungjawabkan atas tindakan kita. Sanggupkah kita dihukum kerana menggelumangkan diri dalam sesuatu di luar batasan kita setelah kita tahu peringatan tentang bahaya berlebih-lebihan terhadap apa yang diposisikan untuk kita?

Walaupun saya tidak memaksa semua orang untuk mengikuti pandangan saya dan bertegas untuk menyaring ketat dalam mengambil pandangan saya, mungkin ada yang tertanya mengapa gaya penulisan kadangkala seperti mendesak agar bersandar dengan pendapat saya dan menemplak mereka yang menyalahinya?

Maka, ibaratnya seperti saya seorang penjual trampolin. Sememangnya sebagai peniaga perlu mempromosi dan mengiklankan produk mereka demi pendedahan kepada orang ramai tentang produk mereka. Walaupun kita pujuk dengan pelbagai cara, pilihan akhir untuk membelinya tetap pada orang sasaran, bukan peniaga.

Begitu juga dengan ibarat sebagai seorang doktor. Sememangnya doktor akan menekan pesakit supaya mengambil rawatan lanjut dan proses pemulihan supaya sesuatu penyakit itu terubat setelah terbuktinya penyakit yang wujud pada pesakit itu. Walaupun begitu, keputusan akhir tetap pada pesakit itu sama ada untuk terus mengambilnya atau enggan terhadapnya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/655885948015493120/celoteh-peribadi-75-penafian-saya-dalam

Celoteh 76 : Jangan Membuta Tuli Mengikuti Pandangan Saya

Saya berlepas diri daripada seseorang yang mendakwa mengikuti pendapat saya secara taklid membuta tuli. Dengan kata lain, selagimana seseorang tidak boleh menganalisis kritis sepertimana saya lakukan atau lebih genius daripada apa-apa yang saya miliki dalam mengukuhkan pandangan saya terhadapnya, maka saya tidak bersama-sama dengan mereka.

Sekalipun mereka menisbahkan dirinya sebagai pengikut mazhab amīrian atau kaẓumian, saya tetap tidak perkenannya. Pendapat saya hanya berhak diikuti oleh mereka yang berkemampuan kritis.

Saya tidak begitu bangga dengan pengikut yang ramai tetapi tidak mampu untuk kerahkan segala kemampuan intelek dan usaha untuk menzahirkan semangatnya terhadap ilmu. Jika seorang jeneral merasa hampa dengan tenteranya yang tidak memiliki kekuatan untuk menentang daya musuh, bagaimana mungkin saya tidak merasa hampa jikalau pengikut tidak mampu mempersiapkan dirinya untuk melangkaui segala cabaran ilmu yang bakal mereka hadapi?

Sesungguhnya saya sememangnya berpesan kepada diri sendiri dan kepada mereka yang lain supaya sentiasa kerahkan segala daya akal untuk mencapai kegeniusan dalam berfikir dan ketajaman serta memperhebat segala usaha yang keras dalam penganalisisan.

Pengikut buta tanggungannya sangat besar. Jikalau terbukti saya tersilap, saya khuatir sikap mereka untuk tekal di atas ketaksuban dan ignoran terhadap kebenaran yang telah ditegakkan hujahnya. Sedangkan yang berhak diikuti dan ditaati ialah kebenaran walau daripada sesiapa pun jua yang menyampaikannya. Keengganan mereka sekali gus mencalarkan dan mencemarkan saya yang menjadi mangsa tempias sekalipun saya telah lama berlepas diri daripada mereka.

Saya juga kadangkala melakukan kesilapan sama ada sengaja ataupun tidak. Kesilapan yang dikesan bukanlah semestinya datang dari sapaan orang lain, kadangkala ia ditemui melalui penelitian dan penyemakan semula yang saya sendiri lakukan. Apabila sampai masanya, saya akan tarik semula pandangan lama dan mengangkat pendapat yang baharu.

Jika kita tidak mampu beradaptasi dengan perubahan dan suasana yang berbeza seperti ini, pasti kita akan kecundang dalam kebodohan diri sendiri kerana enggan untuk belajar sesuatu yang baharu dan konsisten terhadap kebenaran.

Saya juga seorang manusia yang punya kemampuan yang terhad. Kadangkala walaupun sudah dirujuk dalam berbelas kitab, kadangkala ia belum cukup untuk menyimpulkan sesuatu pandangan dan saya hanya bergantung kepada yang itu jika didapati ia adalah benar.

Jika mereka hanya bergantung kepada hasil pencapaian saya, maka mereka memperoleh sesuatu yang terhad baginya. Jikalau mereka mampu kembangkan idea, menginovasikannya dan memperdalam keluhurannya, pasti mereka mampu memberi manfaat terhadap diri mereka sendiri, orang lain dan juga diri saya.

Sebab itu saya memandang diri saya sebagai seorang pemancing yang berharap pemancing lain yang saya didik atau yang saya menjadi teman dengannya memperoleh ikan yang saya tidak capai akannya. Saya juga akan cuba mempersembahkan dan memberikan yang terbaik untuk kalian agar kita peroleh makanan dan kenikmatan bersama.

Jika terlalu bergantung dengan suatu pihak semata-mata, maka kita hanya mampu bertahan sehari kerana terlalu bergantung kepada suapan orang lain. Apabila kita semua berkendiri dan membina kapabilitas untuk diri sendiri, maka kita mampu bertahan kelangsungan hidup sepanjang masa. Masing-masing saling memberi motivasi dan masing-masing saling membantu untuk urusan taqwa.

Saya juga perlu bertegas untuk memberi penafian bahawa saya bertanggungjawab atas bahagian peribadi saya, tetapi saya tidak bertanggungjawab terhadap tanggungan yang individu terima daripada saya.

Saya seumpama penjual trampolin. Saya telah menegaskan kepada pelanggan saya untuk pastikan keselamatan terlebih dahulu sehabis mungkin, barulah menggunakannya. Malah, tidak boleh sama sekali untuk membelinya jika seseorang tidak mampu untuk memeriksanya.

Jika dipastikan tidak selamat, maka tidak boleh digunakan dan saya menanggung kerugian itu jika pelanggan memulangkan barangan itu. Namun, jika pelanggan tidak mengendahkan penegasan saya, adakah saya perlu bertanggungjawab terhadap mereka? Sama sekali tidak!

Sebab itulah pentingnya penafian ini. Jika didapati bahagian penghujahan saya mempunyai kecacatan, tetapi masih juga ada orang berdegil untuk mengikutinya secara membuta tuli, saya tidak peduli kesan yang menimpa mereka. Saya telah pun memberikan amaran yang keras pada awal-awal lagi untuk terima risiko yang bakal ditanggung.

Malah, kalau saya yang berkeras untuk kebatilan setelah tertegaknya hujah ke atas saya, maka sayalah yang celaka dan binasa. Jika didapati penghujahan saya menepati kebenaran, maka merekalah yang merugikan diri mereka sendiri dengan memilih untuk berdalih daripda kebenaran. Seumpama seseorang mengatakan tampolin milik saya rosak tetapi tidak menunjukkan bukti kerosakan itu, maka dialah yang memperbodohkan dirinya sendiri.

Walaupun saya tidak memaksa untuk seseorang mengikuti pendapat saya, bertegas untuk kritis dengan penulisan saya dan membantai mereka yang jelas salah, mungkin ada persoalan mengapa seolah-olah saya bernada seperti memaksa?

Sebenarnya ini sama konsep dengan pengiklanan untuk barang niaga. Kita memang timbulkan kesedaran tentang produk kita kepada semua orang. Kita tidaklah memaksa untuk membeli walaupun kita berimpian kuat agar pelanggan membeli produk kita. Kita menjelaskan deskripsi produk kita secara keseluruhan dan perincian kepada pelanggan kita supaya mereka mengerti kepentingan tawaran kita kepada mereka. Namun, pilihan tetap di tangan mereka.

Sama juga seperti seorang doktor yang mendiagnosis pesakit. Kadangkala kita ancam pesakit untuk berubat dan ambil rawatan bagi menyembuhkan dan pemulihan, tetapi pilihan akhirnya tetap berada di tangan pengguna. Kita hanya timbulkan kesedaran dan kepekaan kepada orang ramai, tetapi pilihan bukan berada di tangan kita.

Setelah penjelasan yang kita kemukakan dan bentangkan, tentu sahaja suatu yang kejam jikalau seseorang hanya menolak dan mengingkari mentah-mentah tanpa berdasarkan alasan yang kukuh, lebih-lebih lagi jikalau kita berada di kedudukan seorang doktor. Tentu sahaja sesuatu yang tidak baik jikalau pelanggan membuta tuli menggunakan produk kita tanpa meneliti beberapa perkara sebelum penggunaannya demi keselamatan dan kebaikan mereka sepanjang menggunakan produk kita.

Oleh itu, tidak ada istilah taklid dengan pandangan saya walau apa pun jua. Mereka yang tidak berkemampuan untuk mengorak tenaga dan keringat tidak ada bahagian untuk mengikuti pendapat saya mahupun menolaknya dalam keadaan dia tidak mengetahui apa-apa. Saya tidaklah mengumpulkan pengikut, tetapi saya melangkah untuk membina generasi yang berfikir dan berketerampilan dalam intelektual.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/655886312270970880/celoteh-peribadi-76-jangan-membuta-tuli

Celoteh 77 : Mengapa Saya Kurang Gemar, Bahkan Membenci Dengan Selebriti?

Sebelum itu, selebriti yang saya merujuk adalah kepada penyanyi, pelakon, atlet, mereka yang terlibat dengan bidang hiburan dan influenser di media sosial.

Saya sememangnya melayani erotika, tetapi saya tidaklah meluangkan masa yang banyak untuk itu. Sekalipun gertakan syahwat itu selalu muncul sekalipun ketika saya sibuk mengkaji ilmu, kadangkala saya menepisnya seperti lalat sehinggalah ia menggelegak kuat sehingga saya perlu lempiaskan segala-galanya. Kalaupun saya melancap, saya cuba menghabiskannya sepantas yang mungkin kerana saya cuba menghargai masa yang terhad dalam kehidupan.

Erotika sebagai penambah perisa, tetapi ia tidak begitu adiktif sehingga saya tegar dengannya. Saya sangat tidak gemar dengan rakan yang banyak meluangkan masa untuk hiburan erotika sekalipun saya menaungi mereka daripada dipersalahkan untuk menikmatinya pada asalnya. Namun begitu, bukan bermakna saya memberikan peluang sebesar-besarnya terhadap mereka.

Terdapat satu persoalan yang timbul dari Noam Chomsky: "Bagaimana kita boleh memiliki banyak maklumat, tetapi kita mengetahui begitu sedikit?". Persoalan inilah yang perlu kita renungi memandangkan kita hidup di era globalisasi yang maklumatnya tersebar pantas dan padat tanpa sempadan kerana sebahagian kita masih memilih untuk bersikap ignoran dan kekal jahil.

Atas dasar inilah saya agak menyisihkan rakan-rakan saya yang terlalu kerap dengan fantasi erotik. Mungkin sebabnya ialah personaliti INTP yang menebal dalam diri saya sehingga persepektif saya terhadap dunia ini sebegini. Namun, saya fikir pandangan ini wajar kita renungi bersama.

Dalam era dunia maya yang kita hidup sekarang ini, tidak lepas daripada kita sampainya informasi dari seluruh dunia secara pantas dan tidak mengenal sempadan. Selalunya kebanyakan kisah yang hangat adalah politik, isu kemasyarakatan yang tular dan hal ehwal selebriti. Hal yang ilmiah selalunya dilangkau sebegitu sahaja atau tidak diberikan perhatian yang sepatutnya.

Entah salah penyampai yang tidak begitu mesra pembaca dalam penulisannya atau sememangnya masyarakat memang tidak begitu peduli, yang kita pasti ia selalunya menjadi isu yang diketepikan atau kalau diambil tahu, kita sudah pun ketinggalan. Namun, yang menyakitkan saya adalah perkhabaran tentang selebriti.

Saya mencela para selebriti untuk dua sebab. Pertama, mereka menjadi watak distraksi untuk melihat kerangka dunia yang sebenar. Kadangkala saya membelek akhbar tempatan diseretkan dengan liputan tentang artis yang berjela-jela halamannya untuk suatu kenyataan yang tidak penting dan menyeleneh. Hal itu lebih banyak dari keratan wacana terhadap ilmu.

Malah, cerita-cerita, gosip-gosip atau liputan tentang mereka sama sekali langsung tidak ada manfaat dan terlalu bodoh atau remeh untuk digembar-gemburkan kepada umum. Kalau mereka mahu sangat ekspresikan hal itu, cukuplah sekadar luahkannya di laman sosial secara percuma.

Atau kalau mahu berbayar, limitasikan keahlian dengan pembayaran yuran dari peminat jika mereka sanggup. Bahkan, para wartawan juga tidak perlu sibuk dengan perkara ini memandangkan kita mempunyai banyak liputan penting yang lain yang perlu dipaparkan kepada khayalak.

Kalau mereka tamak dengan populariti, saya mencadangkan mereka untuk giat aktif dengan aktiviti kebajikan, sosial dan intelektual. Pada waktu itu, jika mereka ingin rebut kemahsyuran, saya tidak ada masalah lagi kerana mereka berkhidmat untuk sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat berbanding hanya berceloteh yang hanya omongan kosong sahaja.

Sebab itulah saya sangat ingin merealisasikan ilmuwan dari kalangan selebriti supaya mereka tidak hanya hidup dalam khayalan ignoran mereka. Populariti mereka ada manfaatnya jikalau kita pandai menguruskanya.

Jika selebiriti merupakan seorang doktor, tentu kita lebih banyak mendapat manfaat tentang ilmu kedoktoran, perubatan, penyakit dan lain-lain kerana kemahsyuran mereka boleh memberikan pengaruh dalam masyarakat. Dengan itu, para peminat yang hadir bukan sebagai penyorak atau pemabuk syahwat terhadap mereka, tetapi mereka hadir sebagai insan yang mempunyai daya kuriositi yang tinggi kerana aktifnya wacana ilmu.

Lihat manfaat populariti mereka jika mereka mengggunakan dengan benar. Laporan akhbar juga tidak perlu memuatkan perkara yang tidak berguna dari selebriti. Itulah sebab saya begitu marah terhadap selebriti yang menjadi watak distraksi kerana mereka menjadi pembiak kebodohan tatkala masyarakat sangat memerlukan pengetahuan dan kefahaman bagi kemanjuan umat dan negara.

Para selebriti yang mempunyai pengaruh dalam masyarakat perlu menjadi pembela dan aktivis bagi arena ilmu, isu-isu rakyat, hal ehwal pentadbiran, metodologi ilmiah dan lain-lain, bukan sebagai boneka untuk membiakkan lagi kebodohan dan ignoran dalam masyarakat.

Melahirkan generasi genius, kreativiti dan entusastik terhadap ilmu bukan semestinya untuk orang di dalam universiti atau mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan dan akademik, tetapi penyertaannya adalah semua orang.

Kedua, saya melihat pembayaran imbuhan kepada para selebriti dan bukan selebriti tidak mempunyai keseimbangan dan kesesuaian yang relevan. Bagaimana orang yang berjuang untuk selamatkan jantung orang lain disisihkan sedangkan yang berfoya-foya mendapat kemewahan yang melimpah?

Inilah celaan saya yang paling saya marah terhadap mereka. Sebab itu apabila saya menjadi seorang penguasa, saya akan mengenakan cukai pendapatan yang tinggi terhadap mereka dan hasil cukai itu akan disalurkan kepada ahli akademik dan bidang pendidikan. Sememangnya di bawah pemerintahan saya sama sekali tidak akan memberikan ruang yang besar untuk para selebriti.

Jika mereka ingin menjadi selebriti sepenuh masa, pendapatan mereka berdasarkan penglibatan dalam kebajikan sosial dan wacana serta kajian ilmu. Jika sekadar berfoya-foya sahaja, maka mereka sama sekali tidak akan memperoleh imbuhan yang banyak dan mereka akan dipastikan untuk merasakan kehidupan yang perit kerana kefoya-foyaan mereka.

Mereka boleh jadi selebriti separuh masa dengan dijamin waktu kerja mereka yang utama dipendekkan berbanding pekerja yang lain atas penglibatan mereka untuk bidang hiburan. Mana-mana majikan yang melebihkan waktu kerja untuk mereka tanpa alasan munasabah boleh dikenakan tindakan undang-undang yang tegas. Demikianlah cita-cita saya dalam mengimplementasikan undang-undang.

Bukannya salah menjadi kaya, tetapi nilai itu langsung tidak memberi apa-apa makna jikalau ia hasil dari tamak dan bakhil. Usah berang mengapa para saintis tidak dapat memulakan projek kajian saintifik, gagal menyempurnakannya serta kesempitan dana kerana ada seseorang yang mengambil kemanfaatan di atas kesusahan orang lain.

Jika para artis menyumbangkan kekayaan mereka untuk kajian jantung sebagai misal, maka sebenarnya mereka membina suatu empayar kekayaan yang berbentuk abstrak. Apabila kita menemui kaedah perubatan yang baharu yang lebih berkesan, moden dan maju, maka kita mampu menyelamatkan nyawa orang lain.

Kekayaan yang akan terbina di sini ialah kekayaan dari sudut kesihatan dan keselamatan. Dengan pencapaian yang ulung dalam bidnag perubatan, bukan sahaja selebriti itu dapat diselamatkan tatkala ia ditimpa musibah, bahkan orang yang dia cintai, keluarganya, peminatnya dan komuniti amnya dengan izin Allah Ta*ālā. Begitu indah kekayaan ini.

Jika kedua-dua masalah ini selesai, maka saya akan memberikan penghormatan yang tinggi pada para selebriti. Kalau mereka tidak ingin aktif dalam wacana ilmu, sekurang-kurangnya mereka berkontribusi dalam kebajikan sosial sama ada kewangan ataupun kudrat.

Jika tidak ada, maka mereka tidak saya layan atau lakukan mereka seperti habis madu sepah dibuang. Saya harap ini bukan hanya menjadi pandangan peribadi dari seorang yang berpersonaliti INTP, tetapi saya harap dicakna oleh semua orang supaya kita melakukan perubahan dalam sistem sosial kita.

Berbalik kepada rakan-rakan yang keranjingan dengan erotika, saya mencadangkan mereka aktifkan diri untuk kemahiran ilmu seksologi bagi merealisasikan seks secara sihat, selamat dan nikmat. Mereka perlu celik dalam pengetahuan dan menjadi orang yang menyumbangkan pengetahuan dalam ilmu sekalipun sedikit. Lebih baik kita kembangkan potensi pada bahagian yang kita minat dan selalu terlibat dengannya. Malanglah, kalau kita persia-siakannya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/655901358903427073/celoteh-peribadi-77-mengapa-saya-kurang-gemar

Celoteh 78 : Berhenti Memuja Orang Lain

Salah satu eksploitasi terhadap manusia ialah seseorang menjadikan orang lain hilang harga diri sehingga mereka lenyap, lalu menjadi sebahagian diri seseorang itu. Dengan kata lain, seseorang itu menjadikan orang lain tidak mampu mengenal potensi, bakat dan kemampuan dirinya sehingga orang itu menjadi objek bagi dirinya agar memuja dirinya. Eksploitasi yang dilakukan khususnya para narkasistik ini sebenarnya telah merosakkan pemikiran dan wawasan dunia untuk sesuatu yang bermakna.

Sebab itu saya begitu benci sahabat-sahabat saya yang terlalu memuja artis-artis sama ada K-pop, Hollywood atau bola sepak sehingga mereka mengalami kecelaruan identiti sama ada mereka punya diri mereka atau mereka itu sudah menjadi identiti orang lain.

Begitu juga dengan pemujaan tokoh ilmuwan seolah-olah mereka punya kuasa sakral yang berkeramat sehingga legasi mereka tidak dapat disambung oleh sesiapa pun. Seolah-olah tiada siapa yang berhak untuk menjadi Einstein yang kedua, Netwon yang kedua, al-Buẖōriyy yang kedua, aš-Šāfi*iyy yang kedua dan lain-lain.

Mereka lebih suka memilih untuk seseorang tidak menjadi genius atau lebih genius daripada mereka yang mampu menyelesaikan permasalahan semasa yang vital buat diri mereka. Seolah-olah lebih baik biasa-biasa sahaja atau tidak mampu bersaing bagi memberi kontribusi yang optimum kepada masyarakat dan dunia.

Berhentilah memuja orang lain. Kalian punya identiti kalian. Kenapa kalian leburkannya dalam identiti mereka? Apakah kalian sememangnya dicptakan untuk menjadi objek bagi dirinya? Tidak ada kesalahan jika seseorang meniru kebaikan yang ada padanya, tetapi jika seseorang menghilangkan harga diri masing-masing sehingga jauh untuk meneroka bakat, potensi dan kemampuan dirinya lalu lebur dalam pemujaan terhadap yang lain, maka itu bukanlah dianggap sebagai mencontohi teladan.

Saya tidak akan percaya seseorang yang mendakwa dirinya tidak suka menjadi dewa pujaan sehingga dia berkata kepada peminatnya dan pengikutnya: "Berhenti memuja aku. Mahukah aku bimbing kalian agar kalian menjadi lebih hebat daripadaku atau setaraf atau hampir setaraf sehingga kalian mampu bersaing denganku?".

Jika dia benar-benar menyayangkan peminatnya dan pengikutnya, dia tidak akan membiarkan mereka hilang kecelikan dalam memperoleh bakat-bakat baginya. Kalau seorang bapa tidak membiarkan anaknya kemiskinan dalam keadaan tidak tahu bakat, potensi dan kemampuan untuk bertahan dan keluar dari belenggu tersebut serta mewarisi kedudukannya, maka sebegitu jugalah seseorang terhadap peminatnya.

Mereka yang tidak berminat untuk mencipta pelapis dan generasi yang terdidik dan celik sebenarnya itulah pengeksplotasi manusia. Mereka memperhambakan manusia untuk menjadi dewa dewi pujaan dengan menghilangkan harga diri dan identiti seseorang yang lain.

Mereka membiarkan kesengsaraan orang lain yang menjauhkan diri mereka dari memperoleh kepuasan diri mereka semata-mata keseronokan dirinya. Walaupun peminatnya dan pengikutnya seronok tergila-gila terhadapnya dengan sukarela, hilang identiti dan harga diri merupakan penyakit yang serius dan membarah membawa kepada penderitaan.

Sebab itu saya telah cuba berusaha untuk menjauhkan pemujaan orang lain terhadap saya dengan menyatakan bahawa tidak boleh sama sekali mengikuti pandangan saya melainkan seseorang mampu berfikir seperti saya dalam beragumentasi atau lebih genius daripada saya bagi pengukuhan pendapat. Saya berlepas diri dari mana-mana segala penisbahan pengikut saya yang sekadar mengikut membuta tuli.

Sekalipun mereka sudah genius, mereka mungkin tidak akan lagi kenal nama saya kerana mereka sudah mampu berdikari untuk independen dari pergantungan terhadap penghujahan saya. Jika mereka benar-benar menginginkan untuk menjadi hebat, saya akan cuba untuk membantunya semampu yang saya boleh agar mereka mampu cemerlang sesuai dengan personaliti mereka. Sekaligus menjauhkan dari unsur pemujaan terhadap diri saya. Semoga hal itu menjadi kenyataan.

Saya teringat Muḥammad Akrom Abū Ġowš ketika hari kewafatan Maḥmūd Afandiyy yang meriwayatkan kata-katanya daripada sebahagian beberapa murid yang terutama kepadanya :

إذا أنا لم أقدر على جعلكم أفضل مني في العلوم فسأكون أنا قد فشلت

"Apabila aku tidak mampu untuk menjadikan kalian lebih utama daripadaku pada segenap ilmu, maka aku telah menjadi orang yang gagal". [Rujuk https://www.facebook.com/muhammad.abughoush/posts/pfbid02DmQuJL2LbM2Pv5Bdz9eTLCLXbtVM4wsWBMt3xWj8oz961V979z4okkWviHCc1C8vl].

Saya berharap inilah yang saya dapat berikan kepada saudara, teman, rakan dan sahabat handai. Mempunyai pengikut yang mampu berdiri sendiri sebenarnya sangat hebat dan berguna untuk diri kita sendiri. Mereka sebenarnya sangat membantu dalam saling memberikan motivasi tatkala kita jemu dan tersungkur, menampung kekurangan kita dalam sesuatu pencapaian yang kita tidak peroleh serta mempunyai rangkaian yang memberi keuntungan.

Seorang pelabur tidak sesuka hati sekadar menyambut peminat tanpa memberikan apa-apa faedah pada diri mereka pada waktu pejabat mereka. Tentu sahaja mereka mencari pelabur lain yang mampu sama-sama menjana pendapatan yang lumayan.

Atau sekurang-kurangnya mereka akan melaburkan yang lain agar suatu hari nanti mereka peroleh keuntungan besar atas pelaburan mereka terhadap tenaga seseorang yang lain. Mereka lebih suka dihormati oleh tokoh konglomerat, korporat dan bangsawan berbanding namanya disebut-sbut oleh sekadar si lekeh yang tidak punya apa-apa.

Begitu juga dalam perkara yang lain. Sangat tidak berfaedah sekadar ada seseorang yang hanya mampu tergila-gila dengan yang ada pada diri kita tetapi langsung tidak memberikan apa-apa manfaat yang berguna untuk mendorong kita ke pencapaian yang lebih ulung dari keadaan sekarang. Jika kita hanya membiarkan sekadar itu sahaja, hal itu bukan sahaja merosakkan orang lain, tetapi ia tidak memberikan apa-apa kebaikan pada diri kita.

Bimbinglah mereka agar suatu hari mereka memberi kontribusi yang hebat untuk diri kita suatu hari nanti. Jika bukan yang nyata di dunia, sekurang-kurangnya pahala di akhirat atas membantu seseorang lain atas dasar taqwa dan kebaikan.

Lebih baik nama tidak dikenali oleh kebanyakan orang biasa, tetapi dihormati dari orang kenamaan dan kebesaran. Jika tidak dikenali pun, Allah lebih mengenali kebaikan seseorang.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/655901865932947456/celoteh-peribadi-78-berhenti-memuja-orang-lain

Celoteh 79 : Jadilah Orang Yang Mencintai Ilmu

Menjadi sahabat saya bermakna dia menjadi seorang yang berilmu dan cintakan ilmu. Sekalipun saya ada berpihak pada golongan homoseksual, liberal, salafi, sufi dan lain-lain, tetapi bukan bermakna dia sahabat saya. Saya cuma anggap ia sebagai saudara manusia sejagat. Jika tidak mampu menjadi orang yang berilmu, sekurang-kurangnya pamerkan kesungguhan dalam menuntut ilmu dan zahirkan entusiastik terhadap ilmu.

Saya tidak menggemari seseorang yang hidupnya hanya mempromosikan gambar swafoto, berborak kosong, beraktiviti kosong dan lain-lain. Sekurang-kurangnya kongsilah beberapa artikel ilmiah sama ada penulisan sendiri atau nukilan daripada orang lain bagi menzahirkan kecintaan terhadap ilmu. Bukan hanya melambakkan dengan hal-hal yang tidak berfaedah, kosong dan mengarut.

Kita ingin melahirkan generasi yang celik ilmu, pintar akal dan menguasai cabang ilmu. Tidak semestinya seseorang itu perlu menjadi ustaz atau agamawan, sekurang-kurangnya menjadi orang yang memberi manfaat kepada manusia akan ilmunya. Kalau hal itu tidak mengubah orang lain, sekurang-kurangnya ia mengubah diri sendiri.

Saya sendiri pun tidaklah terlalu kepada orang yang mahu kepada jalan para ustaz atau agamawan arus semasa. Saya juga mempelbagaikan pembelajaran saya. Penulisan yang berbentuk agama ini pun semata-mata untuk pengukuhan hidup saya terhadap muslim dan menangkis diskriminasi terhadap beberapa pendapat. Tidak lebih daripada itu.

Selebihnya, saya tidak masuk campur. Sebab itu tidak banyak perbahasan yang mendalam dan meluas tentang agama dalam penulisan saya kerana orientasi saya bukan untuk itu.

Benar, sampai masa kita perlu rehat dengan berhibur, relaks dan santai untuk meredakan minda, namun bukan bermakna kita membiarkan itu menjadi pelembap, pembantut dan pemalas untuk terus ligat semangat untuk belajar.

Sekalipun penulisan saya disispkan dengan gambar berunsur pornografi dan kadangkala gambar itu mendorong saya melancap kepadanya, namun aktiviti rehat hanya sekadar itu. Dan jangan lupa penulisan ilmiah yang saya bentangkan sebelum ini.

Salah satu kelebihan dengan adanya kepelbagaian ilmu yang kita boleh raih, ia memudahkan kajian, penyelidikan dan analisis. Kadangkala, kita tersangkut untuk meneruskan langkah kajian. Dengan adanya bantuan sahabat yang mempunyai kecelikan dalam beberapa perkara, sekaligus ia melancarkan perjalanan. Kalaulah semua orang saling tidak mengetahui, sukar untuk memulakan langkah.

Saya fahami bahawa beberapa sahabat ada pelbagai bidang. Bolehlah mereka kongsikan ilmu-ilmu yang ada pada bidang mereka. Jika mereka bidang mekanik kenderaan, bukankah perkongsian itu bermanfaat untuk setiap orang yang berkenderaan yang rata-rantanya pengguna yang biasa di negara ini?

Fikirkanlah berapa banyak manfaat yang dapat dengan perkongsian itu. Malah, itu tidak lagi jikalau ditambah dengan ilmu-ilmu keperluan seperti doktor, tukang paip, tukang elektrik, pembaiki komputer dan lain-lain. Perkongsian ilmu tidak semestinya berbentuk akademik. Sesuai dengan cara masing-masing untuk cara penyampaian yang berpatutan dengan audien umum.

Apapun, pamerkan kesungguhan dalam menuntut ilmu dan menzahirkan kecintaan terhadap ilmu. Janganlah kita biarkan satu hari kita tanpa ada apa-apa perkembangan terhadap ilmu.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/655902251525832704/celoteh-peribadi-79-jadilah-orang-yang-mencintai

Celoteh 80 : Mengapa Saya Tidak Menerima Nukilan Hadis Tanpa Teks Arab?

Saya tidak akan beriman mana-mana nukilan hadis tanpa teks arab dan sumber rujukannya. Jikalau mereka membawakan lebih sepuluh rujukan tanpa teks arab, ia tidak bernilai apa-apa di sisi saya sekalipun mereka berkeras untuk menjadikan hujah.

Tanggungjawab yang digalas sepatutnya ialah mereka, bukan audien. Seolah-olah mereka mengajak untuk menaiki kapal mereka, tetapi mereka tidak boleh menjamin secara kukuh keselamatan kapal itu. Jadi, orang yang mengajak perlu membuat persiapan atau orang yang diajak?

Saya boleh mengerah usaha untuk mencari teks arab, tetapi tidakkah mereka tahu betapa sukarnya mencari padanan bahasa Melayu dengan bahasa Arab? Perkataan datang mempunyai pelbagai bentuk dalam bahasa Arab. Ia boleh jadi Jā^a (جَاءَ), ₍Atā₎ (أَتَى), ₍Ḏhaba₎ (ذَهَبَ), ₍Inṭolaqo₎ (انْطَلَقَ), ₍Daẖola₎ (دَخَلَ) dan lain-lain. 

Itu baru satu perkataan, belum lagi perkataan yang lain yang mungkin sahaja ada padanan lebih banyak lagi daripada ini. Jika mereka faham kesukaran ini, maka pasti mereka sesekali tidak mengambil dan membawakan hadis sesuka hati.

Itu belum lagi masalah transliterasi yang belum menyeluruh sehingga masing-masing tidak sama mengeja huruf berselari dengan sebutan huruf. Ada yang mengeja ₍ثِقُة₎ dengan tsiqah, ada yang mengeja dengan thiqah dan ada yang mengeja secara transliterasi seperti iqoh. Ada yang mengeja ضعيف₎ dengan daif, ada yang mengeja dengan dha'if, ada yang mengeja dengan dho'if, ada yang mengeja dengan doif, ada yang mengeja dengan dla'if dan macam-macam lagi ejaannya. 

Sampel yang mudah ini mungkin sudah kita biasa sehingga kita boleh kenal pasti dengan pantas, tetapi semakin luas penerokaan, kita akan menemukan kesukaran menentukan beberapa perkataan yang transliterasi tepat untuk ejaan arabnya.

Jangan terlalu selesa dengan mengambil dan menukilkan hadis tanpa teks arab. Ia menghalang transparensi dalam agama sehingga akses kepada ketulenan informasi kabur. Sebab itulah dalam penulisan saya yang utama kesemuanya akan dibawakan teks arabnya jika ingin menukilkan hadis. Bahkan, hadis dhaif yang ingin saya perbahaskan pun tetap saya cuba memaparkan teks arabnya. Saya telah tunaikan tanggungjawab saya semampu yang dapat.

Mereka tidak berhak untuk mengatakan bahawa saya malas untuk mencari sumbernya kerana mereka sendiri yang malas untuk mengukuhkan hujah mereka dan memastikan sumber penukilan mereka. Patutkah mengatakan orang lain malas? Saya telah pun pamerkan kesungguhan saya sebelum saya ekspresikan hal ini.

Bacalah penulisan saya yang utama. Pasti para pembaca akan melihat setiap hadis akan dibawa teks arab bersama. Bermaksud, saya tidak hanya cakap sahaja. Kenistaan mereka sebenarnya mempamerkan kebebalan diri mereka.

Mereka sanggup berpegang sesuatu yang belum dikukuhkan hujahnya, lalu mereka ingin mengajak untuk menaiki kapalnya? Lebih baik saya melayan pornografi empat belas ribu tahun lamanya berbanding untuk melayan satu nukilan hadis tanpa teks arab.

Jangan fikirkan saya seorang sahaja, fikirkan orang lain yang banyak komitmennya yang lain sehingga mereka tidak ada masa untuk memberi perhatian pun terhadap agama. Maka, tanggungjawab kita untuk menjelaskan mereka secara transparen yang murni agar mencukupkan diri mereka dengan keperluan yang sewajarnya.

Kita ingin mempersembahkan hadiah yang bermakna untuk mereka, lalu mengapa kita menghadiahkan sesuatu yang tidak ada bukti ketulusan dan penghargaan? Jangan rasa mereka yang rugi, tetapi kita yang rugi disebabkan kita memberikan kehampaan pada mereka.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/655936765634478080/celoteh-peribadi-80-mengapa-saya-tidak-menerima

Celoteh 81 : Mengapa Saya Benci ₍Ad Hominem₎ Dalam Diskusi Ilmiah?

Saya sudah biasa digelar gelaran yang buruk yang menunjukkan orang yang bernafsu seperti mat lucah, gian pornografi, penggemar hentai, gila seks dan pelbagai lagi oleh orang yang mengenali saya dan membenci saya dalam masa yang sama.

Saya sememangnya sudah jangka untuk menerima respons buruk sebegini memandangkan erotisisme adalah peribadi saya, malah yang saya mempertahankannya bersama hujah ilmiah dan yang saya zahirkan dalam dakwah saya untuk merapati mereka yang seumpama saya.

Pun begitu, itu bukanlah yang signifikan pada saya sama ada dalam kehidupan peribadi mahupun perkongsian. Boleh dikatakan ia sekadar hobi kecil sahaja, bukan minat atau keutamaan yang tinggi dalam hidup.

Penulisan saya dan perkongsian saya lebih banyak menyentuh isu-isu yang tidak berkaitan dengan seksual. Malah, saya memberikan usaha yang lebih banyak kepada pengisian ilmiah berbanding yang erotisisme ini seperti membaca dan mengikuti kuliah. Oleh itu, tidak perlu menyamakan saya dengan orang yang hidupnya tidak ada prioriti yang besar untuk sesuatu yang progresif.

Cuma, saya sangat benci kalau falasi ₍Ad Hominem₎ seperti ini dibangkitkan dalam meja diskusi ilmiah yang bermatlamatkan pencarian kepada kebenaran dan objektif kepada penghujahan ilmu. Banyak sebab saya meluat untuk meneruskan muzakarah atau perbincangan yang ada selitan seperti ini, apatah lagi menyambut undangan untuknya.

Pertama, orang itu sendiri mencemarkan majlis atau ruangan atau legar atau meja diskusi dengan falasi ₍Ad Hominem₎ yang sememangnya tidak ada kena mengena pun dengan isi hujah itu sendiri. Bagaimana saya ingin meraikan, apalagi memberi penghormatan kepada majlis tersebut kalau pengisiannya hanya untuk mencerca peribadi orang lain atau memburukkannya dengan cara yang tidak bermaruah?

Tujuan ₍Ad Hominem₎ ini untuk apa kalau bukan untuk motif yang jelek? Kalau inilah yang dimahukan, maka saya tidak ada masa untuk orang yang dari awal lagi tidak mahu mengambil faedah dari pembentangan saya atau mahu memanjangkannya dengan matlamat yang buruk. Diskusi dengan mereka seumpama mencurah air ke daun keladi atau masuk telinga kanan, keluar ke telinga kiri atau menabur garam di lautan.

Selalunya kalau orang sebegini, saya akan meletakkannya dalam senarai hitam. Malah, saya akan mengingatkannya kepada orang ramai jika perlu atau sememangnya terkenal dengan suka bermain ₍Ad Hominem₎ atau suka menggeledah isu peribadi orang lain untuk dijadikan modal ejekan, di samping kuat permusuhannya.

Saya sudah pesimistik terhadap orang ini kerana mereka sendiri mempamerkan diri mereka yang tidak ada rasa kepedulian untuk penghujahan ilmiah. Banyak lagi yang boleh saya lakukan berbanding menyibukkan diri untuk mereka.

Selagi mana mereka tidak menunjukkan komitmen untuk berdiskusi secara matang, selagi itulah saya akan menjauhi mereka kecuali jika saya mahu untuk melayaninya. Saya mengingatkan kepada orang ramai supaya orang ramai menjauhi kejelekannya dalam diskusi ilmiah dan tidak mahu merasa hampa sepertimana saya atau orang lain telah mendepaninya.

Kedua, apa motif tiba-tiba menguak isu peribadi sama ada di pertengahan dialog atau sisipan pembentangan hujah? Ia tidak lain tidak bukan bertujuan untuk mengaibkan saya di khalayak orang ramai jika perbincangan itu diperhatikan bersama orang ramai. Mereka ini seumpama orang yang melemparkan najis pada kuali peserta lain dalam pertandingan masakan, kemudian berharap agar perlawanan diadakan dengan cara yang saksama.

Mengapa mereka perlu mengaibkan saya di hadapan orang ramai? Ini kerana mereka ingin menghasut orang ramai sekeliling untuk merendahkan nilai penghujahan saya, di samping mengajak untuk mencerca, mencela, menyindir, mengejek, mempersenda dan mempermainkan saya beramai-ramai.

Dengan ini, apa sahaja hujah yang saya utarakan tidak akan lagi bernilai di sisi mereka dan orang ramai. Kalau betul mereka ambil peduli dengan penghujahan ilmiah, untuk apa mebangkitkan isu peribadi sebagai modal untuk meruntuhkan kredibiliti hujah saya?

Kemudian, ia adalah cara yang paling keji sekali untuk menutup perbincangan selanjutnya, mengelak daripada tanggungjawab ilmiah, bahkan ingin mengekalkan kedegilan dan keras kepala secara berselindung.

Orang yang sudah jemu untuk berhadapan dengan perbincangan yang panjang dan perhatian yang serius sepanjang pertukaran pandangan atau enggan untuk mengemukakan hujah balas secara ilmiah atau sememangnya kekeringan idea dan bekalan untuk menolak penghujahan orang lain, tetapi tidak mahu nampak keaiban ini, mereka akan mengungkit isu peribadi untuk dijadikan permainan dan sendaan agar mereka ini tidak dilihat di pihak yang bersalah, orang yang tidak bertanggungjawab atau individu yang taksub. Mereka menghamburkan segala kenistaan terhadap orang lain supaya mereka dapat meloloskan diri dari dicela dan merebut kemenangan dengan cara yang licik lagi keji.

Saya letih untuk menghadap orang yang sememangnya tidak ada tumpuan untuk hujah. Kalau pun jangka hayat seorang manusia adalah seribu tahun atau sehari bersamaan seribu jam sekali pun, saya pun tidak akan membuang masa saya untuk menyertai tukar-menukar caci maki, saling menggelar label buruk dan berbalas ejekan.

Ini kerana mereka tertutup jiwanya untuk memandang berat kepada hujah. Hawa nafsu mereka terpandu untuk membangkang dan melawan dengan cara yang tidak ada nilai ilmiah atau bermindakan falasi dan bias kognitif. Apa faedah lagi untuk memanjangkannya?

Mungkin orang membangkitkan isu penampilan erotisisme saya di laman maya. Saya tidak ada masalah untuk memenuhi permintaan mereka untuk mengubah penampilan itu selagimana mereka sememangnya berkomitmen untuk perbincangan secara matang.

Kalau tidak, sama ada saya berpenampilan imej agamawan atau orang biasa atau orang fasik sekalipun, ia tetap sama di sisi mereka. Tidak ada guna pun untuk mememuhi permintaan mereka yang dari awal lagi tidak mahu memberikan kerjasama dan tidak ada kepedulian kepada hujah. Ramai sekali orang yang sebegini.

Saya telah mengingatkan di banyak tempat tentang bobroknya falasi ₍Ad Hominem₎ ini. Ia adalah antara falasi yang keji yang berleluasa tanpa disedari orang ramai. Saya tidak akan mengingatkannya berkali-kali dan secara tegas melainkan ia adalah perkara yang penting sekali bagi orang yang ingin mengharapkan perbincangan ilmiah secara murni.

Semoga Allah melondehkan pula aib mereka yang suka bermain falasi ₍Ad Hominem₎. Yakinlah bahawa Dia akan membalas perbuatan orang yang zalim yang setimpal. Sekarang dia seronok mengaibkan dan memalukan orang lain di khayalak pengikutnya dan temannya sendiri. Suatu hari nanti, lihat bagaimana jika terkena pada mereka sendiri.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/656354040084660224/celoteh-peribadi-81-mengapa-saya-benci

Celoteh 82 : Pendirian Saya Pada Isu Ibn *Arobiyy

Setakat ini, saya belum ada minat untuk mengkaji Abū *Abdullah Muḥammad bin *Aliyy bin Muḥammad bin *Arobiyy al-Ḥātimiyy secara mendalam dan tahqiq walaupun saya sudah menyaksikan polemik, perbincangan dan pendebatan mengenainya di pelbagai tempat dan sudah banyak kali isu ini diputarkan di arena tempatan kita. Saya mengikutinya kerana saya lebih tertarik untuk melihat cara penghujahan isu akidah dalam menerima atau menolak sesuatu pandangan berbanding isu Ibn *Arobiyy itu sendiri.

Pun begitu, saya mengakui yang saya ada kecenderungan untuk berpihak kepada para ulama terbilang yang mencelanya, bahkan sehingga mengkafirkannya seperti Burhānuddīn al-Baqō*iyy, Nūruddīn al-Bakriyy aš-Šāfi*iyy, Tayiuddīn as-Subkiyy, Zaynuddīn al-*Irōqiyy, Abū Zur*ah al-*Irōqiyy, al-Mizziyy, Sirōjuddīn al-Bulqīniyy, Badruddīn Ibn Jamā*ah, Ibn H̱oldūn, Najmuddīn al-Bālisiyy, Abū Ḥayyān al-Andalusiyy dan Šamsuddīn Muḥammad bin Yūsuf al-Jazariyy aš-Šāfi*iyy.

Walaupun ada kecenderungan, bukan bermakna saya menghukum sama sepertimana mereka atau menetapkan pendirian secara kukuh mengenainya walaupun saya sudah ada langkah yang tersedia untuk kepadanya. Sama seperti mereka yang ada pandangannya seumpama jahmian, musyabbihah atau lain-lain. Meskipun saya memperakui terhadap kalam mereka yang menunjukkan hal itu, bukan bermakna saya menetapkan penghukuman keseluruhan peribadinya.

Saya melihat penghujahan di sisi mereka yang menentang Ibn *Arobiyy memiliki kekuatan untuk menyabitkan pendirian mereka. Bukti yang mereka kemukakan dari karya kontroversinya; «Fuṣūṣ al-Ḥikam» dan «al-Futūḥāt al-Makkiyyah» memperlihatkan kalamnya yang zahirnya kufur yang saya sendiri sukar untuk bersikap penafian atau membentangkan penakwilannya. Jika dibentangkan kepada saya, sememangnya saya akan mengatakan bahawa ia adalah kalam kufur, cuma saya tidak menghukumi Ibn *Arobiyy itu sendiri.

Kemudian, saya melihat para sufi yang membelanya langsung sama sekali tidak mampu membawakan hujah balas yang sebanding kekuatannya walau secebis dalam menolak penghukuman terhadap Ibn *Arobiyy. Banyak kepincangan dari sudut mereka yang mempamerkan sama ada dari sudut sikap ilmiah mereka sendiri atau metodologi ilmiah yang mereka bawa dalam meja perbincangan sehingga saya masih pessimistik terhadap kekuatan hujah di sisi mereka.

Ramai daripadanya membelanya sama sekali tidak pernah membelek «Fuṣūṣ al-Ḥikam» dan karyanya yang lain beserta syarahan kepada kitabnya yang menjadi pusat pertikaian. Bolehkah mereka meyakinkan orang ramai untuk membuktikan kebenaran di sisi mereka, tetapi langsung tidak pernah mengamati karya tersebut? 

Kalau pembelaan dari pihak yang mempertahankan Ibn Taymiyyah, tetapi tidak pernah membaca karyanya yang menjadi titik kontroversinya seperti «Bayān Talbis al-Jahmiyyah Fī Ta^yīs al-Bida* al-Kalāmiyyah» dan «Dar^ Ta*āruḍ an-Naql Wa *Aql» tidak dilayan sama sekali, bagaimana mungkin tiba-tiba hujah dari pihak pembela Ibn *Arobiyy memiliki pemberat kalau sama sekali tidak membuat penelaahan terhadapnya?

Kemudian, saya melihat bagaimana yang mempertahankan Ibn *Arobiyy dari dipersalahkan ini bukan sahaja bersikap penafian, malah mereka ini hanya berdalih untuk berlepas diri daripada tanggungjawab ilmiah seperti karyanya terdapat sisipan palsu atau penulisannya ditulis ketika keadaan mabuk rohani atau seiras dengannya atau ia memiliki istilah yang tidak difahami melainkan ahlinya.

Saya pernah membentangkan penulisan untuk mendedahkan ciri seseorang itu taksub. Saya telah membawa contoh ketaksuban yang terjadi para tokoh akidah dan fuqaha. Secara ringkasnya, kalau alasan sepertimana tidak boleh diterima, apalagi menjadi pemberat dalam neraca ilmiah dalam isu akidah dan fiqh, bagaimana boleh dalih sebegini diterima dalam kesufian? 

Seakan-akan alam kesufian ini terbebas daripada penghakiman perundangan Islam serta tidak perlu lagi hak-hak ilmu yang perlu dipenuhi agar terbezanya ilham dari Allah dengan bisikan syaitan dan wali Allah atau pendamping syaitan.

Kemudian, saya seringkali memerhatikan mereka bermain falasi ₍Argumentum Ad Verecundiam₎. Ke sana sini menjaja bahawa ada ulama yang menjulangnya seakan-akan ignoran terhadap para ulama yang terbilang juga berpandangan keras terhadapnya dan seakan-akan pujian itu sahajalah yang ada padanya.

Hairan sekali yang mereka ini juga mengambil pandangan para ulama yang mencela Ibn Taymiyyah dan Ibn Qoyyim al-Jawziyyah serta berkeras terhadapnya dan mempertahankan pendirian mereka bersama pembuktian yang mereka peroleh dalam menyabitkan asas celaan para ulama terhadapnya serta menjadikan bukti tersebut untuk menolak penerimaan, tentu lagi sanjungan terhadap kedua-dua ini dan mengenepikan pujian ulama terhadap mereka seolah-olah tidak wujud sama sekali, tetapi dalam hal Ibn *Arobiyy, mereka sama sekali tidak membentangkan penghujahan ketika menjaja kalam para ulama yang membelanya sepertimana yang mereka lakukan ketika mencantas Ibn Taymiyyah dan Ibn al-Qoyyim. Entah ini ketaksuban atau hipokrit atau kedua-duanya sekali.

Itu belum lagi sikap mereka lagi yang lain yang sememangnya penuh dengan falasi dan bias kognitif. Seperti inikah cara untuk meyakinkan saya atau orang ramai bahawa pendirian mereka adalah dari pendasaran ampuh? Kalau ini dianggap kerancuan dalam metodologi ilmiah, apatah lagi kejelekan adab dalam perbincangan ilmiah untuk topik selain Ibn *Arobiyy, mengapa untuk Ibn *Arobiyy dihalalkan pula untuk sebegini?

Sejujurnya, saya mengharapkan para sufi ini berubah sikap dan kembali kepada manhaj beragama yang lurus. Kalau berterusan sebegini praktik mereka, mereka bukan sahaja akan gagal mempertahankan Ibn *Arobiyy, malah mereka juga akan terjebak dengan barah manhaj yang bercelaru kerana tidak mengamalkan prinsip dan manhaj yang lurus dalam beragama.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/656354316706267136/celoteh-peribadi-82-pendirian-saya-pada-isu-ibn

Celoteh 83 : Isu Yang Berkaitan Dengan Sijil PhD

Saya tidak faham mengapa perlu memperlekehkan pencapaian orang lain dalam merangkul sijil PhD. Seakan-akan sijil ini diperoleh dengan mudah. Sekurang-kurangnya ia boleh bukti pembelajaran bagi seseorang. Samalah seperti seseorang memiliki sijil dari pengajian mana-mana institusi.

Ya. Sijil itu sendiri tidak semestinya menggambarkan tahap pencapaian ilmu seseorang. Boleh jadi yang sekadar memiliki ijazah memiliki kewibawaan yang jauh daripada PhD. Dan sememangnya boleh jadi yang tiada sijil jauh lebih terbilang daripada ayang ada sijil. Cuma, sekurang-kurangnya ia boleh menggambarkan aras keilmuan secara kasar dalam sesuatu bidang.

Bukankah ada nilai persepsi yang berbeza pada orang yang sekadar menamatkan pembelajarannya di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mereka yang memiliki PhD sepertimana orang yang mempelajari ilmu dengan guru selama empat tahun sahaja dengan yang selama dua puluh tahun?

Cuma, sememangnya betul yang kita perlu semak dengan lebih teliti supaya lebih jelas pencapaian kemampuannya secara realitinya. Sijil mungkin sekadar menampilkan luaran, tetapi sekurang-kurangnya ada beberapa nilai.

Saya yakin semua yang memiliki PhD sepakat bahawa ilmu tidak habis hanya dengan PhD sahaja. Malah, mereka juga akui bahawa mereka perlu merendah diri kerana ramai sahaja jaguhan di luar sana baik pendahulu mereka atau yang sezaman dengan mereka yang jauh lebih terbilang daripada mereka. Ini adalah prinsip yang saya yakin disedari dan ditanamkan dalam sanubari mereka ketika memegang sijil tersebut.

Saya tidak fikir isu sijil ini perlu dijadikan asas serangan melainkan ada permusuhan di sebaliknya. Yang hairannya adalah kalau teman sealiran mereka memiliki PhD, pasti mereka akan diangkat dan dijadikan kebanggaan. 

Malah, kalau ada sesiapa yang mempertikaikannya, isu sijil PhD digunakan sebagai membanding-bandingkan antara satu sama lain yang bertujuan untuk merendahkan dan memperlekehkan orang lain serta menyahkreditkan hujah dari pihak lawan. Seakan-akan yang tiada PhD tidak layak menyanggahi orang yang memiliki PhD disebabkan perbezaan darjat keilmuan.

Akan tetapi, kalau seterunya memiliki PhD, alasan yang mereka menggunakannya tadi ketika tokoh mereka dikritik terus dicampak. Mereka sudah tidak peduli lagi kalau yang tiada PhD menyinggung yang ada PhD. Bagi mereka, PhD bukan segala-galanya dan pelbagai alasan yang lain yang menyatakan bahawa PhD yang ada pada lawan mereka atau secara umumnya tidak ada apa-apa makna langsung.

Kalaulah alasan sama tersebut digunakan pihak lawan, pasti mereka memperolok-olokkannya dan mempermainkannya. Sekarang, alasan itu halal digunakan untuk mereka menghinjak seteru mereka? Sudah menjadi hiporkitkah mereka ini?

Menurut mereka, kononnya PhD melahirkan orang yang tidak beradab dengan para ulama dan merasa angkuh dengan kebolehannya yang terhad. Sedangkan mereka sendiri bersangka buruk terhadap sesama muslim dalam kemampuan ilmu! 

Mereka bukan sahaja meremehkan orang yang memiliki PhD yang kononnya itu masih setitis air di lautan, malah mereka sendiri juga angkuh ketika membantai seterunya seakan-akan dia terlalu inferior untuknya. Inikah tawaduk dan adab yang diajarkan dalam kuliah mereka?

Perolehan sijil adalah hak masing-masing. Cuma, jangan menjadikan ia sebagai sandaran secara keseluruhan dalam kebolehan ilmu seseorang walaupun ia boleh menjadikan rujukan nilai keilmuan secara kasar. Apatah lagi menjadikannya ia sebagai isu pertikaian.

Saya pernah menyaksikan peristiwa yang mana terdapat seorang ustaz yang suka sahaja menghentam dan mencela seterunya yang ada PhD dengan pelbagai hamburan nista dan sememangnya bertujuan memperlekehkannya. Kemudian, suatu hari, tersebarnya berita bahawa dia gagal dalam ujian kemasukan peringkat Sarjana dan para penentangnya menjadikan ia sebagai modal ejekan dan pengaiban terhadapnya.

Pengajaran dari peristiwa yang saya peroleh adalah kalau kita selalu meremehkan orang lain, suatu hari nanti mungkin Allah londehkan kekurangan dan aib kita pada orang ramai. Kemudian, barulah kita tahu realiti secara pahit tentang sukarnya pencapaian sijil PhD itu atau aras tinggi dalam sesuatu ilmu. Kemudian, kita juga akan tahu secara pahit bahawa kadangkala tokoh yang kita anggap berkemahiran pun akan tewas dalam beberapa bahagian.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/656466908046114816/celoteh-peribadi-83-isu-yang-berkaitan-dengan

Celoteh 84 : Jasa Besar Buku «Limpah Kurnia Ilahi» Pada Saya



Sesiapa yang berhadapan dengan kesukaran untuk memahami istilah dan perbahasan yang ada dalam kitab jawi yang menjadi bahan pengajaran di pondok nusantara, maka saya mencadangkan mereka untuk membaca buku «Limpah Kurnia Ilahi Pada Penjelasan Aqidah Yang Murni» karya Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Azhari.

Saya dahulu juga seringkali tersangkut dalam menghadamkan kandungan yang ada dalam kitab jawi kerana lenggok bahasa yang lebih meniru kepada lenggok kalam Arab berbanding penuturan jati atau laras bahasa masyarakat semasa.

Selepas saya membaca buku Raja Ahmad Mukhlis ini, dengan izin Allah dan kurnia-Nya, saya boleh mula mengikuti dan mengambil faedah daripada isi yang terkandung dalam kitab jawi. Pada masa itu, saya masih belum menguasai bahasa Arab lagi. Namun, buku ini tetap memberi banyak jasa yang besar kepada saya dalam memahami lenggok kitab jawi.

Laras bahasa yang digunakan penulis ini sepadan dengan penggunaan penutur jati masyarakat semasa sehingga menjadi rapat jurang antara masyarakat awam dengan karya-karya jawi. Buku ini tidak begitu memuatkan istilah atau penjelasan jargon sehingga ia senang dihadamkan oleh para pembaca.

Semoga Allah mencurahkan rahmat kepada penulis buku ini. Sememangnya buku ini telah berjasa besar dalam membentuk pemahaman saya tentang perbahasan ilmu akidah dalam kitab jawi.

Ketika saya menulis «Penajaman Deria Dalam Mengenal Sifat Yang Maha Mulia», saya mengambil inspirasi daripada karya ini. Saya dapat menjelaskan dengan laras bahasa yang mudah adalah dengan mengikut laras bahasa buku ini.

Saya sememangnya mencadangkan pembacaan buku ini. Mudah-mudahan ia membawa manfaat yang besar kepada teman-teman sekalian yang ingin memahami perbahasan ilmu akidah yang disusun oleh para ilmuwan nusantara.

Ambilan : 
https://amirkazuma.tumblr.com/post/656467206705725440/celoteh-peribadi-84-jasa-besar-buku-limpah

Celoteh 85 : Mengapa Saya Tidak Aktif Dalam Bergelumang Banyak Isu Semasa?



Saya sendiri juga tidak terlibat dalam soal jawab, perbincangan atau wacana dalam beberapa isu yang menjadi polemik atau sensasi yang hangat dalam perbualan masyarakat semasa meskipun saya cakna tentangnya.

Saya akan kemukakan alasan sepertimana yang tertera pada gambar ini atau lebih.

Kadangkala, saya mengutip dan mengongsikan apa yang telah dibentangkan oleh orang lain dalam merespons isu tersebut apabila ditanya mengenainya. Bukan kerana bertaklid sepenuhnya, tetapi saya secara peribadi merasakan berbanding saya berkata atas autoriti daripada saya. Maka, lebih manis jika saya menyampaikan autoriti daripadanya.

Malah, saya pun tidak melayani sebahagian perbalahan dalam sesuatu isu pun kerana selalunya ia membuang masa. Sebahagian yang saya temukan adalah jahil, tetapi degil.

Sebahagiannya adalah yang suka bermain falasi dan tidak serius dalam perbincangan serta bersikap objektif dalam penghujahan. Sebahagiannya juga mahir, tetapi suka mempersenda lawannya. Pelbagai lagi jenis orang yang kalau saya melayaninya, pasti ia membuang masa.

Saya sudah lali untuk mendambakan monopoli kemenangan di laman maya dan memenangkan hati semua orang meskipun saya merasakan bahawa pandangan saya penting untuk difahami, disebarkan dan diberi perhatian. Biarlah orang yang seberhaknya mengambil peranan atau sang luncai bersama labu-labunya ingin terjun dalam gaung tersebut.

Malah, yang lebih patut kita berhati-hati dalam mengikuti isu sensasi semasa masyarakat adalah kita tidak tahu plot jungkir yang tidak dijangka. Misalnya adalah tular seorang wanita bahawa dia dirogol dan videonya dimuat naik luahannya di wahana Tik Tok. Apabila polis melakukan siasatan, rupa-rupanya ia adalah perbuatan suka sama suka antara satu sama lain.

Sebegitu juga dengan kes suatu madrasah yang kononnya mendidik secara militan terhadap pelajarnya sehingga terjadinya kes buli di sana. Namun, apabila polis melakukan siasatan, ternyata pengadu itu membuat laporan palsu, tiada kecederaan dibuktikan dan kes itu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut. Akhirnya, madrasah itu membuat keputusan untuk memfailkan saman terhadap pengadu itu.

Atas sebab itulah kita tidak perlu menjadi orang yang paling awal dalam mengikutinya dan paling pantas menyebarkannya. Jungkiran plot ini adalah sesuatu yang adakalanya tidak terjangka. Selalunya jika ia melibatkan kes jenayah terhadap orang lain, seeloknya diserahkan kepada polis dan pengadilan mahkamah. Tidak perlu kita sesuka hati mengambil posisi untuk menjadi hakim.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/656467753404874752/celoteh-peribadi-85-mengapa-saya-tidak-aktif

Celoteh 86 : Sebab Saya Tidak Mahukan Populariti

Banyak kali saya lihat peritnya menjadi orang yang terkenal dan dicari oleh masyarakat meskipun sumbangannya kepada agama dan sosial tidak dipertikaikan lagi. Saya lihat mereka ini walaupun berjasa besar, tetapi sudah tentu ada orang yang dengki dan berusaha untuk menjatuhkannya atau sememangnya menyimpan permusuhan terhadapnya. 

Baik macam mana pun mereka tetap menjadi sasaran fitnah, serangan dari pelbagai arah, simbahan kenistaan dan beraneka ragam yang lain membebankan jiwa. Seakan-akan jasa yang lalu telah pun dipendam dalam lipatan sejarah hanya kerana timbul isu-isu kontroversi berkaitan dengannya.

Sejujurnya, saya secara peribadi tidak tahu sama ada saya mampu cekal dan tabah untuk menghadapi ujian sepertimana yang mereka hadapi. Pernah satu keratan penulisan saya ditularkan oleh salah seorang individu yang berpengaruh. Sudah tentu diri saya yang kerdil dan tidak memiliki bulatan teman yang ramai tidak cukup tangan untuk mendepani pengikut mereka. 

Segala puji bagi Allah, dengan bantuan-Nya, saya masih boleh mendepaninya dengan baik dan berakhir tanpa sebarang masalah. Mungkin ini sahaja ujian pertama yang diberikan Allah Tabāroka Wa Ta*ālā dalam hidup saya agar saya mengenali sedikit sebanyak hidup menjadi populariti.

Saya sentiasa sahaja berdoa agar Allah melindungi kancah populariti dan kemahsyuran serta menghapuskan rasa keinginan dalam jiwa saya untuk mengejarnya. Cukuplah Allah perkenalkan saya kepada orang yang seberhaknya dan yang terbaik untuk saya di dunia dan di akhirat supaya saya terus berada di komuniti tersebut. Dikurniakan sahabat sefahaman yang membina manfaat di dunia dan di akhirat sudah cukup dikira nikmat yang besar walaupun seorang.

Kalau suatu hari Allah berikan saya ujian kemahsyuran, saya berdoa agar Dia membantu saya untuk menghadapinya dengan jiwa yang cekal dan semangat untuk kejayaan di dunia dan di akhirat. Cukuplah peristiwa yang saya saksikan dan pengalaman yang saya lalui sebelum ini memberikan saya pengajaran yang bermakna buat diri saya.

Saya bukanlah sesiapa yang memiliki sandangan yang layak diangkat sebaris dengan tokoh-tokoh gemilang kenamaan. Saya tidak layak sepertimana yang telah dirangkul oleh kesemua mereka. Mereka semua lebih layak untuk dijadikan tokoh ikutan, guru yang dituntut ilmunya dan idola yang disanjung tinggi.

Kalau pun ada orang ramai berbondong-bondong ingin menadah ilmu daripada saya, tetap saya akan bertegas untuk ambil daripada mereka yang lain yang jauh lebih berwibawa dan lebih hebat berbanding saya. Saya selalu tegaskan dalam banyak tempat yang saya tidak suka dikultuskan dan saya berpesan agar jangan mengikut secara taklid, tetapi berdasarkan hujah dan ketepatan neraca ilmu.

Saya akui saya memiliki banyak aib, kekurangan dan kesilapan. Dalam keadaan saya sekarang ini pada mereka yang mengenali saya, itu pun sudah cukup menyebabkan saya dipandang jelek dan disisihkan. Apatah lagi jika mengetahui hakikat di sebaliknya yang lebih dalam. Benar. Saya ini memang teruk orangnya. Sebab itulah orang lain lebih berhak untuk didambakan pencarian dan pendampingan.

Saya sememangnya ada kemahuan bahawa pendapat saya serta penulisan saya dalam beberapa isu sampai kepada orang ramai, lebih-lebih lagi yang saya fikir ia memberikan pengisian kepada kekosongan yang dicari masyarakat dan meleraikan kekusutan yang melingkar pada mereka. Cuma, saya faham yang kalau Allah tidak merealisasikan impian saya, berkemungkinan ia bukan yang terbaik untuk saya sama ada buat sementara atau sepanjang hayat dunia.

Pun begitu, saya tetap akan cuba berusaha dalam memberi khidmat yang terbaik kepada agama-Nya dan lapangan keilmuan. Meski saya tahu betapa nistanya diri saya, saya tetap seorang hamba yang menginginkan keredhaan-Nya dan keampunan-Nya. Jika tidak, siapa lagi yang perlu kita cari. Dengan ini, saya berharap ia menjadi tanaman saya untuk saya tuai di hari akhirat kelak dengan kejayaan. Semoga kita semua pun sedemikian.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/657559769026084865/celoteh-peribadi-86-sebab-saya-tidak-mahukan

Celoteh 87 : Hakikat Tersembunyi Dari Gertakan Larangan Pembacaan Kitab Tanpa Penguasaan Sembilan Ilmu Alat

Tidak boleh baca kitab jika tidak menguasai sembilan ilmu alat? Sedemikianlah kata-kata sebahagian graduan pondok yang kerapkali menggertak semua orang untuk belajar secara berguru dengan bersanad dan mencela mana-mana orang yang tidak ada latar belakang untuk ini.

Saya menyambut baik seruan untuk seseorang memperbanyakkan penguasaan ilmu sebanyak yang mampu agar kita menjadi seorang muslim yang berilmu dan terpandu dengan bekalan yang saling melengkapi sepanjang perjalanan, seterusnya menjadi hamba Allah yang beramal dengan amalan yang terbaik dengan pemahaman yang jitu dan ikutan kepada sunnah secara tepat.

Akan tetapi, apa maknanya kalau akhirnya menuduh mujassim terhadap Abū Sa*īd ad-Dārimiyy yang tidak pernah dituduh sedemikian setelah seribu tahun kewafatannya? Lebih-lebih lagi seseorang itu mendakwa yang dia mengerti manhaj salaf dan mengagungkan salaf. Lalu, dengan menendang keluar ad-Dārimiyy daripada tokoh rujukan salaf dari ahli sunnah ini adalah tanda pemahamannya tentang salaf?

Yang menghairankan adalah mereka yang menuduh ini selalu sahaja menyeru kepada pengajian bersanad supaya lurus kefahamannya. Sekarang, sanad dari mana yang membenarkan mereka untuk memburukkan ilmuwan salaf ini? Inikah kefahaman yang lurus dari pembelajaran bersanad? Saya tidak menafikan adanya kepentingan untuk pengajian bersanad, tetapi ia berbeza dengan apa yang mereka canangkan.

Kalau pun mereka tidak menuduhnya sedemikian, mereka meredhainya orang yang mengotorkan nama baik dan kredibilitinya dalam penghujahan akidah! Kalaulah an-Nawawiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy disingkirkan daripada ahli sunnah, pasti mereka mengamuk yang bumi pun boleh terbelah menanggung berang mereka. Namun, mereka senyap sahaja apabila ad-Dārimiyy dicemuh habis-habisan oleh golongan yang ekstrim!

Saya mahu mereka yang mahir sembilan ilmu alat tersebut untuk mewacanakan dan membedah kitab penulisan ad-Dārimiyy kalau benar ilmu alat tersebut membantu mereka agar tidak tersasar kefahamannya. Buktikan yang sembilan alat tersebut menepati dengan ilmuwan agung dalam permata zaman salaf.

Saya bukan untuk merendahkan kemampuan seseorang yang telah terbukti penguasaannya jika mereka tidak mewacanakan kitab tersebut. Cuma, saya mengecam di sebalik tekanan yang dimomokkan dan seruan yang diperluaskan untuk menguasai sembilan ilmu alat.

Hakikatnya, mereka ingin memperlekehkan orang yang tidak sependapat dengannya. Mereka ingin menyindir orang yang mengkritiknya, berbeza pandangannya dan menolak pandangannya atau tokoh ikutannya sebagai orang yang jahil yang tidak menguasai ilmu alat secara banyak. Inilah sebenarnya motif di sebalik kenyataan ini.

Walhal, sepandai-pandai mereka pun, mereka menuduh buruk terhadap tokoh agung yang mereka sendiri tidak akan mengaku bahawa mereka melangkaui kemampuan ilmunya atau mengangkat gurunya setara dengan kedudukannya dari segi kewibawaan ilmunya. Beginikah sembilan ilmu alat yang dipelajari untuk berinteraksi dengan karya ilmuwan salaf?

Tunjukkan bahawa sembilan ilmu alat tersebut itu sebenarnya berselari dengan apa yang diperjuangkan Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, sekaligus menepati para pemuka salaf yang lain seperti *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal melalui kitabnya «as-Sunnah» dan Abū Bakr al-H̱ollāl melalui kitabnya «as-Sunnah».

Mereka berang jika ada sesiapa yang menyelisihi, bahkan menyanggah tokoh mereka, walhal mereka sendiri menjadi penyumbang kepada calitan kotor terhadap ad-Dārimiyy. Malah, mereka juga redha terhadap mereka yang meruntuhkan kredibilitinya. Bahkan, mereka ini membisu dan seolah-olah tidak tahu jika kedengaran ad-Dārimiyy dicabul kehormatannya, tetapi mereka ini menjadi singa yang mengaum lantang ketika an-Nawawiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dicemarkan kemuliaannya.

Inikah faedah sembilan ilmu alat yang mereka pelajari? Jujur sahajalah sebenarnya ia slogan mengandungi tujuan yang jelek ketika berhadapan dengan pengkritik dan penyanggah. Jujur sahajalah yang mereka sebenarnya tidak mahu berhujah secara ilmiah dan mahu memandang lekeh terhadap penyanggah mereka.

Saya sebenarnya tidak mahu pun membangkitkan isu Abū Sa*īd ad-Dārimiyy atau apa-apa sahaja isu yang lain semata-mata untuk menyanggah kenyataan tersebut. Hakikatnya, ia adalah ungkapan yang mengandungi kehendak yang batil. 

Saya membangkitkan isu ini semata-mata untuk memperlihatkan sisi kerancuan mereka yang sebenarnya berlawanan dengan apa yang mereka memomok-momokkan kepada orang ramai dan realitinya ia mengandungi motif nista untuk menghadapi lawan.

Pertikaian saya bukan pada seseorang mampu menghadam apa yang diperjuangkan ad-Dārimiyy dan mempertahankannya daripada ditohmah atau sememangnya tidak masuk campur langsung. Malah, saya sama sekali tidak menyinggung mereka yang menggalakkan kepada penguasaan pelbagai cabang ilmu, apatah lagi mempertikaikan secara semberono terhadap mereka yang memiliki kemahiran tersebut.

Yang menjadi pertikaian saya adalah golongan yang kononnya melaungkan kepada kenyataan besar dan mengeksploitasi kenyataan itu untuk memperlekehkan orang yang berbeza pandangan, tetapi dalam masa yang sama menuduh buruk terhadap Abū Sa*īd ad-Dārimiyy yang disepakati kredibilitinya dan tidak dipertikaikan kedudukannya setelah seribu tahun kewafatannya.

Apakah ini dapatan sembilan ilmu alat? Inikah cara mereka dalam mengakui keagungan salaf? Atau sebenarnya ada masalah pada mereka?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/657661427178520576/celoteh-peribadi-87-hakikat-tersembunyi-dari

Celoteh 88 : Kejahilan Kita Menjadi Hijab Untuk Memahami Sesuatu Kepentingan Dalam Sesuatu Polemik

Saya dahulu dan beberapa orang lain secara global berkongsi perasaan sama kepada para pengkaji angkasa. Mengapa perlu hantar satelit dan menghabiskan berbillion-billion dollar untuk mengkaji angkasa, sedangkan di bumi ini masih perlu banyak perlu dilaburkan demi kepentingan manusia sejagat dalam pelbagai aspek. Sepatutnya kita selesaikan atau berikan perhatian lebih banyak kepada apa yang di bumi ini? Inilah persoalan dan pertikaian yang saya selalu utarakan dahulu.

Sekarang ini, apabila saya mengikuti perkembangan saudara Noor Deros dalam menggiatkan gerak kerjanya dalam menentang fahaman batiniah serta bedah siasat terhadap akidah Ibn *Arobiyy dan al-Jīliyy, saya melihat ada suatu komen yang menyindir atau menempelak yang para agamawan saling bercakaran dan berkelahi dalam merespons fenomena ini.

Dari hal ini, saya tersedar bahawa kadangkala kejahilan kita dalam lapangan atau bidang tersebut akan menghijabkan mata kita untuk menghargai kepentingannya. Kejahilan kita dalam astronomi, astrofizik atau bidang yang berkaitan dengan kajian angkasa menyebabkan kita tidak cakna terhadap kepentingan untuk pelaburan berbillion dollar untuk memperhebatkan kajian.

Kejahilan kita tentang Ibn *Arobiyy dan al-Jīliyy secara khususnya serta fahaman batiniah menyebabkan mata kita terselindung untuk mengamati kepentingannya dalam membangkitkan isu ini dan aktif dalam mewacanakan hal ini. Kita tidak mengerti mengapa saudara Noor Deros dan temannya yang lain sangat tegas dan lantang dalam menyuarakan isu ini.

Samalah juga isu manhaj mutaqaddimin dan manhaj mutaakhirin yang menjadi polemik dalam para pengkaji hadis dan ilmuwannya. Kita yang tidak mengerti tentang ilmu *ilal al-Ḥadīṯ barangkali tidak mengerti mengapa wujudnya gerakan manhaj mutaqaddimin dan mengapa para penggerak ini agak berang terhadap manhaj mutaakhirin.

Sebab itulah wajarnya kita yang jahil untuk tidak campur dalam isu yang kita tidak mengerti tentangnya meskipun hanya untuk memberi nasihat. Kadangkala, nasihat kita tidak mencapai targetnya dan tidak bersesuaian dengan realitinya disebabkan kita gagal atau terhijab dari memahami teras kepentingannya. Cukuplah sekadar jadi pemerhati dan diamkan diri dari bicara yang kita tidak mengerti tentangnya.

Kadangkala, pertelagahan ini agak perlu dan pergeseran tidak dapat dielakkan, lebih-lebih lagi jika adanya maslahat yang besar. Sebab itu, kita tidak boleh sesuka hati menuduh seseorang sengaja mencetuskan semarak perbalahan tanpa memahami kepentingan hal itu diperjuangkan dan memiliki capaian ilmu dalam lapangan tersebut.

Saya tidak rasa mereka yang terbabit dalam pertelingkahan ini tidak cakna isu-isu semasa yang lain yang wajar diberi perhatian dan perlunya berganding bahu dalam mendepaninya. Cuma, mereka memperbesarkan isu itu mungkin kerana itu adalah bidang mereka dan skop perjuangan mereka.

Setiap individu tidak sama lapangan kemahiran dan bahagian dalam perjuangan hidup untuk individu dan juga masyarakat secara amnya. Masing-masing melengkapi antara satu sama lain dengan pembahagian peranan ini supaya gerak kerja dalam sesuatu bahagian dapat dilaksanakan secara efisyen.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/657749444450713600/celoteh-peribadi-88-kejahilan-kita-menjadi-hijab

Celoteh 89 : Interaksi Erotisisme Saya

Saya tidak akan bercanda seksual dengan sesiapa pun secara terus sama ada di komen terbuka atau di mesej peribadi atau pertemuan secara fizikal yang tertutup melainkan orang itu yang memulakannya terlebih dahulu dan saya mengenalinya serta masing-masing ada kesefahaman bersama. Ini prinsip yang saya pegang demi mengelakkan fitnah atau gangguan seksual tanpa rela.

Kalau orang yang saya sama-sama bersenda gurau tentang seksual tidak mahu saya menyentuh hal itu lagi sama ada sementara atau selama-lamanya, saya hormati pendiriannya dan saya tidak akan lagi meneruskan apa yang saya dan dia sebelum ini saling berseronok dalam berseloroh padanya.

Bahkan, kalau seseorang itu sering berinteraksi dengan saya dan bertoleransi dengan erotisisme pada saya walaupun dia seringkali melihat saya mengongsikannya, tetapi tidak berbual mengenainya, saya pun sama sekali tidak akan bercanda seksual dengannya selagimana dia tidak memulakan serta tidak meneruskannya.

Sememangnya saya ini adalah erotikawan dan kadangkala mengongsikan erotika di media sosial secara terbuka, tetapi saya juga tidak akan bertoleransi terhadap gangguan seksual. Malah, kalau adanya orang yang sampai mengganggu kehidupan hariannya, laporkan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan terhadapnya. Saya bersama-sama mereka yang tidak memberikan kompromi untuknya.

Kalau sesiapa yang ada interaksi dengan saya dan mengamati penulisan saya, khususnya yang berkaitan dengan penceritaan diri saya, saya selalu mengingatkan berkali-kali bahawa jangan bertaklid dengan pandangan saya melainkan setelah diyakini kebenaran.

Sebab utama saya sentiasa tegas dan menyatakan berulang kali adalah supaya saya tidak mahu adanya kultus terhadap diri saya dan saya berlepas diri bahawa saya telah mempengaruhi orang ramai, khususnya mereka yang jahil, lalu mengeksploitasi persepsi positif mereka terhadap saya untuk kepentingan saya.

Jika ada sesiapa yang merapati saya bukan kerana berdiri di atas minda yang independen, saya minta tolong jangan berbuat sedemikian. Asingkan sebentar dari saya dan bina terlebih dahulu rasa independen. Barulah datang kepada saya kembali.

Bahkan, kalau saya berkemampuan untuk mewujudkan mazhab saya tersendiri, saya tidak akan mengiktiraf seseorang itu pengikut mazhab saya jika dia tidak ada daya kritis lagi minda yang independen beserta penguasaan ilmu alat yang vital. 

Saya menentang taklid terhadap diri saya. Meskipun ramai yang berada di belakang saya sambil bersorak menyokong saya dan menyambut saya dengan penuh alu-aluan, tetap saya tidak mengiktirafnya selagimana tiada ciri seperti ini.

Pun begitu, mereka semua masih saudara seagama saya dan teman sebangsa manusia. Bukan bermakna mereka yang tidak mengenali saya, tidak pernah membaca penulisan saya dan tiada kesefahaman bermaksud saya memudarkan kecintaan atau tidak menghargai langsung atau tidak mempunyai kepedulian terhadap saudara seagama dan teman sebangsa.

Saya tidak ada masalah dalam saling bergandingan bersama mereka untuk memperjuangkan agama dan keadilan sosial, bersosial bersama, berkongsi rahsia yang masing-masing boleh menjaganya, bermuzakarah secara ilmiah dan lain-lain. Cuma, sahabat dan pengikut yang saya maksudkan di sini lebih khusus.

Saya mahu sepanjang interaksi dengan saya meskipun sekadar membaca penulisan saya adalah berdasarkan kerelaan hati sendiri dengan bekalan kepekaan ilmu yang kukuh di dada dan minda yang matang, bukan ikut-ikutan dan bukan juga atas dasar pujaan atau kultus. Saya sama sekali tidak mahu seperti ini.

Jika saya sememangnya, maka saya mahu dia berani untuk menyelisihi saya tanpa perlu teragak-agak. Usah mempertahankan lagi atau bersikap penafian.

Kalau rasa apa yang saya bawa ini tidak menyenangkan hati, khususnya erotisisme, saya pesan tinggalkan sahaja. Kalau mahu juga berinteraksi dengan saya untuk perkara lain seperti diskusi ilmu, ada wahana yang sesuai untuk kita berhubung.

Saya berterus terang yang saya adalah insan yang penuh aib, kesilapan dan kekurangan. Saya tidak layak memposisikan diri saya atau diposisikan sebaris dengan mereka yang telah merangkul kedudukan gemilang yang dijulang tinggi. Mereka ini lebih berhak untuk dijadikan teladan ikutan, idola yang dipuja dan guru yang ditimba ilmunya.

Saya cumalah hamba Allah yang penuh berdosa dan nista yang berusaha secara terbaik yang saya mampu untuk menyumbang bakti kepada lapangan ilmiah, sekaligus kepada agama-Nya dan mengharapkan redha-Nya. Saya tetap tidak setara dengan tokoh-tokoh kenamaan dan kebesaran. Allah lebih mengetahui tentang kedudukan hamba-Nya.

Saya berterima kasih kepada sesiapa yang sudi menerima kekurangan dan sudut kenistaan yang ada pada diri saya yang tulus, bukan atas dasar pengkudusan atau perhubungan tanpa dasar kesedaran untuk bebas dari belenggu taklid terhadap diri saya. Semoga persahabatan kita diredhai Allah dan kekal menjadi sahabat rapat sehingga ke syurga.

Saya juga berterima kasih kepada mereka yang tahu sudut erotisisme saya dan selalu sahaja melihat perkongsian bahan erotik dari saya, tetapi tetap bertoleransi walaupun adakalanya tidak suka. Saya berterima kasih kerana memahami pendirian yang saya pilih dalam hal ini dan berlapang dada dalam perbezaan pandangan.

Saya mengalu-alukan teguran, nasihat dan bimbingan kerana saya juga akui kekurangan dan kenistaan pada sisi saya. Selama mana kita adalah sahabat kerana Allah, kita saling membantu di kala waktu sukar atau ketika saya atau sahabat menyimpang. Ini adalah demi kebaikan persahabatan kita di dunia dan di akhirat.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/657936009060827136/celoteh-peribadi-89-interaksi-erotisisme-saya

Celoteh 90 : Tanggapan Saya Tentang Keluarga Al-Ġumāriyy



Saya sebenarnya memang teruja melihat respons sebegini, di samping mengungkapkan kesyukuran kepada Allah Tabāroka Wa Ta*ālā dengan setinggi-tinggi kesyukuran. Ia membenarkan apa yang saya merasakan selama ini, iaitu kekaguman melihat kelainan yang tidak pernah ada dari mana-mana mereka yang berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. 

Keluarga ini adalah yang paling unik sepanjang sejarah dan mungkin sukar untuk dijelmakan semula, khususnya dari aswajaean secara umum dan sufi secara khusus. Walaupun mereka ini tokoh yang dijulang tinggi oleh aswajaean dan sufi, tetapi keluarga ini tetap tidak menelusuri jalan praktik keilmuannya sepertimana arus aliran mereka.

Malah, bukan orang ini sahaja yang meluahkan rasa keajaiban melihat manhaj dan tradisi keilmuan keluarga ini. Ia juga dari mana-mana insan sekalipun tanpa mengira orang awam atau para pakar. Sememangnya wajar untuk mereka yang aswajaean dan sufi untuk mula mengamati karya-karya keluarga ini untuk memperoleh perspektif yang berbeza dalam menanggapi manhaj keilmuan.

Saya mula menelaah karya keluarga ini setelah mengikuti perkongsian Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ di hantaran Facebook. Sememangnya dia begitu gemar berkongsi cerita tentang keluarga ini, khususnya Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy dan adiknya; *Abdullah dan *Abdul *Azīz bersama ketakziman yang tinggi. 

Yang menjadi pencetus besar untuk saya mula bertekad kuat untuk memulakan pembacaan adalah perkongsiannya tentang gesaan untuk berijtihad dan menjauhi taklid meskipun terhadap tokoh kebesaran, kemudian dia mengaitkan bersama dengan keluarga al-Ġumāriyy dalam mempraktikkan tradisi ini.

Sejujurnya, saya sememangnya melihat perkongsian ini sangat berbeza dengan aswajaean secara umumnya. Saya hampir-hampir tidak menemukan mereka yang dari aswajaean untuk menyuarakan isu seperti ini kerana ini sememangnya perkara ini melanggar tradisi dan manhaj keilmuan mereka yang telah diterima pakai zaman-berzaman secara meluas.

Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ dan guru-gurunya dari keluarga al-Ġumāriyy menjadi tokoh rujukan kepada aswajaean, khususnya dalam penentangan terhadap wahabi dan al-Albāniyy secara umum. Namun, seruan ini seumpama menampakkan sempadan nyata antara mereka ini dan golongan aswajaean.

Saya merasakan bahawa mereka ini hanya mengangkat keluarga al-Ġumāriyy kerana hanya sekadar mengenali secara selapis atau mungkin pada nama sahaja atau sekadar mengenali bahawa mereka ini zuriat baginda yang aktif menentang wahabi dan al-Albāniyy serta menjadi pembela kepada sufi dan aswajaean secara umum yang mana penghujahan mereka menjadi sumber rujukan para sufi. 

Jika mereka membacanya dan tahu tentang dasar besar manhaj keluarga ini, mungkin sekali mereka akan mendiamkannya dan tidak menghayati kepentingan perjuangan keluarga ini kerana itu tidak berpihak pada kepentingan orang tersebut.

Setelah saya mengamati beberapa daripadanya, sememangnya membuatkan saya mengakui kesaksian Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ ini dalam tradisi keilmuan ini. Saya kagum terhadap keluarga ini yang sangat menekankan penentangan terhadap ketaksuban mazhab, taklid yang tercela dan menghidupkan tradisi ilmu secara kritis dalam menyaring dan menapis praktik kesufian. 

Mereka sama sekali tidak begitu apologetik terhadap apa yang menjadi pengamalan besar-besaran dan sepanjang zaman. Bahkan, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengkritiknya secara tegas dan lantang.

Sebab itulah *Abdullah al-Ġumāriyy dituduh sebagai cenderung kepada wahabi melalui penyebutannya di muqaddimah kitabnya «Awliyā^ Wa Karōmāt» kerana dia menapis cerita cerita-cerita karamah secara kritis dengan menolak sebahagian cerita palsu dari sufi pelampau. Walaupun aktif menentang wahabi dan diangkat sebagai panglima dalam menentang aliran tersebut, tetap tidak bermakna memadamkan keberaniannya untuk mengkritik sufi.

Adiknya; Muḥammad az-Zamzamiyy juga mengambil peranan dalam membawa kepada reformasi ini dengan membanteras amalan kesufian yang menyanggahi al-Quran dan as-Sunnah melalui karyanya «az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh». 

Saya tidak rasa sufi yang arus perdana yang menjadi anutan kebanyakan orang akan mampu membacanya kerana ia mengandungi kritikan yang agak pedas terhadap sufi dan juga abang sulungnya; Aḥmad al-Ġumāriyy secara khasnya.

Sesama zuriat baginda tidak menghalang untuk dia menyatakan tekanan yang tajam terhadapnya. Berbeza dengan kebanyakan sufi pada hari ini yang mana kritikan secara berhemah dan bersama penghujahan ilmiah pun terus dituduh secara semborono bahawa pengkritik itu adalah pembenci zuriat baginda dan memusuhi ahli bait.

Banyak lagi yang lain yang keluarga ini tonjolkan dalam mengangkat tradisi ilmu kritis yang tidak didasari dengan taklid yang membutakan fikiran dan ketaksuban yang menghalang progresif ilmu. Inilah yang terabadi dalam karya mereka dan di ingatan mereka yang menimba ilmu daripada mereka.

Seruan kepada ijtihad sangat memberi kesan kepada mereka ini melalui didikan daripada ayah mereka sehinggakan Aḥmad, *Abdullah, Muḥammad az-Zamzamiyy, *Abdul *Azīz dan *Abdul Ḥayy tidak terikat dengan mana-mana mazhab. Selalunya seruan seperti ini didominasi oleh salafi atau gerakan modenis yang menyimpang. Namun, siapa sangka tokoh dari aswajaean juga boleh memperjuangkan seperti ini, cuma perlu menongkah arus dari mereka yang di sekelilingnya?

Saya merasakan kalau golongan aswajaean ini mula memerhatikan karya-karya keluarga ini dan beriltizam dengan manhaj yang mereka perjuangkan, saya yakin perspektif mereka juga akan berubah dan lebih tajam berbanding daripada apa yang ditempuhi arus perdana. 

Sekurang-kurangnya kalau mereka tidak mampu melazimi pengamalan tradisi mereka secara signifikan, mereka mungkin akan nampak betapa pentingnya kepada pembebasan kepada taklid yang tercela dan ketaksuban yang keji serta menyedari dan menyuarakan mengapa kedua-dua ini sangat serius penyakitnya dalam lapangan ilmiah dan budaya keilmuan.

Tanggapan saya juga tentang keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- pun menjadi berbeza setelah saya membaca karya-karya mereka. Saya mengenali keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang kontemporari ini hanya melalui golongan al-Ḥabīb yang mendominasi pengaruhnya di seluruh dunia. 

Sejujurnya, saya sebenarnya pada mulanya agak muak menjengah mereka ini yang terpalit dengan pelbagai kontroversi yang berkaitan dengan praktik ilmu mereka seperti penyampaian hadis palsu atau yang batil atau yang bermasalah, keterlaluan dalam penyampaian cerita karamah yang tidak disaring secara kritis, pendapat yang merepek yang tidak didasari dengan dalil, pengamalan sufi yang melampau dan pelbagai lagi kerancuan.

Saya hampir pesimistik bahawa adanya tokoh-tokoh dari zuriat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang terkebelakangan ini boleh diikuti dan jernih dari pelbagai penyimpangan yang parah. Namun, setelah saya menelaah karya keluarga al-Ġumāriyy ini, saya seakan-akan dipancarkan sinar harapan yang baharu bahawa adanya mereka dari zuriat baginda ini yang ada nilai reliabiliti dalam ilmu dan ikutan yang baik untuk diteladani bagi mereka yang mengharapkan kelurusan dalam manhaj. Keluarga ini sememangnya mempamerkan pemisah yang berbeza dengan sebilangan al-Ḥabīb pada hari ini.

Saya sampai hari ini merasa cukup dengan apa yang dibawa oleh keluarga ini dan tidak perlu lagi ada rasa persangkaan buruk terhadap keturunan baginda hanya kerana adanya masalah dari golongan al-Ḥabīb ini yang menjadi paksi kepada imej zuriat baginda pada hari ini. Jika ada kontroversi dari golongan ini, itu tidak menjejaskan persepsi positif saya terhadap zuriat baginda setelah melihat keajaiban yang ada pada keluarga ini.

Amatilah karya mereka jika kalian ragu dengan persaksian saya. Bahkan, saya yakin jika mereka hidup pada hari ini, khususnya Muḥammad az-Zamzamiyy, saya pasti mereka tidak akan mendiamkannya dan menyuarakan secara lantang keparahan yang dibawa oleh generasi pengganti mereka.

Oleh sebab manhaj keilmuan ini kurangnya toksik berbanding aswajaean secara khususnya, saya sampai tegaskan bahawa jika Murtaḍō az-Zabīdiyy dalam «Itḥāf as-Sādah al-Muttaqīn» mengitlakkan bahawa ahli sunnah adalah ašᶜarian dan māturīdian, saya mengitlakkan bahawa manhaj keilmuan yang diterima adalah salafi dan ġumārian. 

Sesiapa sahaja yang mencari selain daripada ini, ia akan terdedah kepada sikap taklid yang membantutkan minda kritis, ketaksuban yang memburukkan tradisi keilmuan yang sejati dan penyimpangan yang menyesatkan.

Semoga Allah merahmati mereka dan mencucuri pahala yang berterusan sehingga hari kiamat atas jasa besar yang sangat istimewa sepanjang lipatan sejarah, tidak sebanding mereka yang sezaman dengannya dan menjadi kenikmatan yang agung bagi mereka yang mengenali manhaj ilmu yang tulen.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/657996754127568896/celoteh-peribadi-90-tanggapan-saya-tentang

Celoteh 91 : Panduan Dalam Pembelian Buku

Saya pernah diminta oleh seseorang untuk memberikan nasihat, panduan dan tips dalam pembelian buku. Sebenarnya sudah ramai orang atau banyak penulisan yang berkaitan dengan. Memandangkan dia meminta pandangan saya, maka di sini saya coretkan sedikit sebanyak apa yang saya dapat kongsikan bersama melalui pengamalan saya. Selalunya mereka yang bertanya ini tidak memiliki kewangan yang banyak sehingga mereka perlu peka aliran perbelajaan mereka.

Yang pertama sekali adalah jangan terikut arus orang ramai dalam pemilikan terhadap buku. Jangan hanya kerana orang ramai berebut-rebut untuk mendapatkan buku tersebut dan telah memiliki buku tersebut atau telah membacanya, maka bukan bermakna kita perlu memilikinya.

Contohnya adalah koleksi buku Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau nama penanya adalah HAMKA. Saya secara peribadi tidak berminat untuk mengumpulkannya walaupun penulis dikenali di seantero nusantara dan orang ramai berebut untuk memilikinya. 

Setakat ini, belum ada sebab yang kuat untuk saya menjengah karyanya. Ia mungkin berbeza pada orang lain dalam isu minat atau kecintaan. Oleh itu, hendaklah memerhatikan apa yang terpendam dalam jiwanya, kemampuan kewangannya, keperluan yang bersesuaian dengan situasinya yang sekarang dan manfaat pada jangka masa panjangnya.

Yang kedua adalah jangan membeli buku hanya kerana tajuk kelihatan begitu menarik meskipun daripada penulis yang terkenal atau sudah sememangnya diperakui keilmuannya. Saya sama sekali tidak memaksudkan untuk memandang remeh dan menganggap karya mereka ini tidak ada apa-apa nilai yang bermakna secara signifikan. 

Sekarang ini, apabila berbicara tentang penjimatan kewangan, maka perlu dibelanjakan secara elok agar tidak merasa hampa atau meretak sedikit persepsi positif apabila memiliki buku yang tidak sepertimana yang dijangkakan. 

Sebab itulah kita perlu lihat lebih luas dalam pembelian agar perbelanjaan kita bermakna apabila kita memilikinya. Teliti terlebih dahulu sama ada kandungan buku tersebut memberikan faedah jangka masa panjang, bukan pada peribadi tokoh semata-mata.

Kemudian, setiap buku ada kategorinya dan kegunaannya. Ia boleh dipecahkan kepada empat kategori yang utama. Pertama, buku yang memfokuskan kemahiran secara berperingkat yang terdiri dari aras rendah sehinggalah aras tinggi. Kedua, buku yang memfokuskan penganalisisan masalah secara khusus. Selalunya, ia berupa tesis, jurnal atau kajian secara tuntas.

Ketiga, buku yang berfungsi untuk rujukan pada waktu yang diperlukan. Selalunya, ia berupa kamus atau koleksi artikel yang dikumpulkan dalam satu buku seperti koleksi fatwa, kumpulan kertas kerja, tafsir atau seumpamanya yang boleh dibaca secara rawak tanpa perlu mengikut susunan. Keempat, buku yang dianggap sebagai pembacaan tambahan sama ada untuk mengulang kaji atau melihat sudut yang berbeza.

Oleh itu, lihat keperluan masing-masing dalam memahami sesuatu masalah. Jika mahu pembacaan yang ingin menatijahkan kefahaman secara berperingkat, maka belilah yang berbentuk matan beserta syarahannya atau seumpamanya yang membantu untuk peningkatan kefahaman mengikut peringkat masing-masing. Seeloknya jika buku tersebut ada nilai sepertimana kategori kedua.

Untuk kategori kedua, ia adalah untuk seseorang sudah ada kemahiran dalam sesuatu ilmu, tetapi ingin mendapatkan perspektif yang luas untuk mendepani pelbagai isu yang berkaitan dengannya. Untuk ini, sememagnnya lebih baik kita mendapatkan buku yang memfokuskan kupasan, pembentangan, analisis, kajian, perbandingan dan kritikan yang dihuraikan secara tuntas. 

Tidak semestinya buku akademik atau keluaran rasmi dari institusi tertentu. Mana-mana yang memenuhi tuntutan pada kategori ini, tetap ia termasuk dalam kategori ini meskipun judul bukunya atau pengisiannya berbentuk santai.

Untuk kategori ketiga, jika pelajar bahasa Arab, sudah tentu kamus adalah keperluan yang wajib ada. Kemudian, dalam berinteraksi dengan teks-teks agama, iaitu al-Quran dan hadis pasti memerlukan syarah. Oleh itu, seeeloknya jika ada karya yang boleh kita rujuk jika adanya kemusykilan. Inilah yang ada pada kategori ketiga. 

Ia bukan semestinya pembacaan yang kita akan membacanya dari muka surat pertama hingga ke akhirnya walaupun ia adalah pembacaan yang baik. Cuma, ia lebih berperanan untuk kita merujuknya pada waktu yang diperlukan.

Untuk kategori keempat pula, ia boleh dalam pelbagai bentuk. Kadangkala, ia boleh pada kategori kedua mengikut kepentingan kandungannya. Kadangkala, ia sebagai ulang kaji sambil melihat sudut yang berbeza. 

Contohnya, matan «al-Ājurrumiyyah». Ia disyarah dari pelbagai rupa dari pelbagai penulis. Oleh itu, memiliki kepelbagaiannya untuk dibaca sebagai ulangkaji sambil melihat pelbagai sudut yang berbeza adalah amat bermakna.

Kadangkala, ia adalah karya yang berupa primer bagi semakan terhadap pembacaan kita pada karya yang sekunder dalam kategori kedua. Misalnya, tesis yang membuat kajian terhadap sesuatu kitab. Maka, kitab yang menjadi subjek kajian itu kita mendapatkannya bagi tujuan semakan dan ini juga termasuk kategori yang keempat. 

Kadangkala, ia adalah pembacaan yang di luar bidang keilmuan kita, tetapi pembacaannya semata-mata untuk menambahkan ilmu. Kadangkala, ia adalah buku yang sekadar untuk memenuhi kuriositi kita.

Namun, berbicara soal kewangan yang terhad, saya mencadangkan kategori keempat ini tidak diletakkan prioriti yang utama. Jangan semberono berbelanja dan memborong semua yang ada tanpa menimbang terlebih dahulu manfaatnya buat jangka masa panjang dari segi keperluan semasa dan akan datang.

Kemudian, buku yang bermakna adalah jika ia dicadangkan oleh para pakar atau mereka yang berkeahlian dalam bidang tersebut. Jika mereka mencadangkan pembacaannya, khususnya dengan cadangan yang tegas, maka seharusnya memilikinya. Pun begitu, perlu juga melihat terlebih dahulu kategorinya.

Saya berharap perkongsian ini bermanfaat untuk para pembeli buku di sana. Saya mendoakan agar para pembeli yang telah membaca perkongsian ini menemukan yang bermakna buat pemantapan kefahaman dalam dadanya, seterusnya membawa kepada pembinaan diri yang berguna di dunia dan di akhirat.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/658002137570295808/celoteh-peribadi-91-panduan-dalam-pembelian-buku

Celoteh 92 : Coretan Saya Tentang Abū Sa*īd ad-Dārimiyy Di Mata Ašᶜarian Dan Pengagung Ibn *Arobiyy



Kalau Abū Sa*īd ad-Dārimiyy masih hidup pada hari ini, pasti dia digelar wahabi mujassim!

Kendatipun dipuji oleh Abū Zur*ah sebagai orang yang dikurniakan bagis penulisannya, namun karyanya tidak dihargai oleh ašᶜarian, khususnya yang terkebelakangan dan kontemporari. Bahkan, jahmian yang berbaju ašᶜarian mejadikan kitab ini, iaitu «an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy» sebagai hamburan celaan terhadapnya!

Yang peliknya adalah pengagung Ibn *Arobiyy menganggap karyanya, khususnya «Futūḥāt al-Makkiyyah» dan «Fuṣūṣ al-Ḥikam» sebagai karya yang mendalam bahasanya.

Padahal, dia dicela, bahkan diindikasikan kekafirannya oleh ramai ulama yang berwibawa kemahirannya lagi terbilang kedudukannya seperti Burhānuddīn al-Baqō*iyy, Nūruddīn al-Bakriyy aš-Šāfi*iyy, Tayiuddīn as-Subkiyy, Zaynuddīn al-*Irōqiyy, Abū Zur*ah al-*Irōqiyy, al-Mizziyy, Sirōjuddīn al-Bulqīniyy, Badruddīn Ibn Jamā*ah, Ibn H̱oldūn, Najmuddīn al-Bālisiyy, Abū Ḥayyān al-Andalusiyy dan Šamsuddīn Muḥammad bin Yūsuf al-Jazariyy aš-Šāfi*iyy.

Namun, para pengagung ini peduli dengan kritikan terhadapnya? Itu semua tidak ada di nilai di mata mereka untuk diambil berat. Bagi mereka, ulama ini sebenarnya tidak faham walau sekelumit pun tentang kesufian atau hanya secebis sahaja. Para ulama di sisi mereka ini tidak pernah menyelami dan mempraktikkan kesufian secara sepenuhnya sepertimana tokoh sufi mereka sehingga memperoleh hakikat kebenarannya sepertimana yang mereka dakwa.

Namun, kalau kitab Abū Sa*īd ad-Dārimiyy ini dibentangkan kepada mereka, kalau tiada halangan untuk mereka mengoyak-ngoyakkan kitab ini, pasti mereka melakukannya tanpa teragak-agak. Padahal, tiada siapa ulama hatta ašᶜarian yang mencelanya setelah seribu tahun kewafatannya.

Oleh sebab ad-Dārimiyy tidak berbicara tentang mistik dan kesufian, dia tidak diangkat sebagai wali, apatah lagi sebagai pemuka sufi. Malah, penulisan ini seolah-olah tidak ada bantuan daripada Allah agar dia membela akidah ahli sunnah kepada umat Islam daripada kesesatan jahmian. Bahkan, mungkin para pengagung Ibn *Arobiyy ini akan menganggap bahawa ini adalah penulisan daripada syaitan atau ada campur aduk daripadanya!

Hipokrit mereka ini. Termasuk juga sebahagian ašᶜarian pada hari ini. Mereka kecoh kalau dapat tahu an-Nawawiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy disingkirkan daripada kelompok ahli sunnah. Kalau bumi boleh terbelah kerana menanggung kemarahan mereka, pasti terburai luluh!

Namun, perasaan itu tidak ada pun pada Abū Sa*īd ad-Dārimiyy. Manakan tidak? Mereka sendiri menjadi pencela terhadapnya. Mereka mendakwa yang mereka faham tentang manhaj salaf, tetapi mereka menyingkirkan sarjana salaf ini dari barisan tokoh salaf yang muktabar!

Jika mereka tidak sedemikian, mereka termasuk orang yang redha terhadapnya dan menganggap bahawa ia termasuk perbezaan pandangan yang muktabar. Langsung tidak sama tindak balas mereka sepertimana yang terjadi pada an-Nawawiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy. Di lidah mereka memuji kedudukannya, tetapi di batinnya, mereka mahu sahaja menyemburkan segala kata-kata yang jelek sepertimana mereka lakukan terhadap mujassim!

Ya Allah! Unggulkanlah kedudukan kitab ini sepertimana Engkau mengunggulkannya pada hayat penulis ini dan hancurkanlah jahmian pada hari ini sepertimana Engkau menghancurkan mereka pada masa lalu melalui hasil tangan tokoh salaf mulia ini!

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/658309653879570432/celoteh-peribadi-92-coretan-saya-tentang-ab%C5%AB

Celoteh 93 : Pergulatan Saya Dengan Sebahagian Orang Tentang Pengalaman Zikir Yang Warid

Jubah, kopiah dan serban sibuk nak diangkat dan dibesar-besarkan. Sanggup bermati-matian mempertahankan bahawa ia sunnah yang patut dihidupkan dan dibudayakan. Cuba kalau ada seseorang menyatakan bahawa jubah, kopiah dan serban hanya sekadar pemakaian tradisi sahaja, bukan sunnah, pasti kita akan melihat adanya pemberontakan yang kuat dari mereka ini.

Akan tetapi, zikir selepas solat, sebelum tidur, pagi dan petang yang warid dari Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- langsung tidak mahu diutamakan dan dibudayakan. Jarang sekali mereka mengajarkan dan menyampaikannya. Jika ada pun, ia tidak menjadi penekanan yang serius agar ia menjadi tradisi dan pengamalan setempat.

Apabila diperkenalkan, mesti ada perasaan tidak senang daripada mereka. Kita bertanya: "Mengapa tidak mahu amal zikir yang warid dari Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- ?". Mereka hanya mampu tersengih terkelu. Namun, di jantung mereka bergelora perasaan tidak nyaman dan menelan kepahitan. Langsung tidak ada kemahuan untuk mengamalkannya, apa lagi adanya kecintaan untuk melaziminya.

Apabila didengarkan imam mengamalkan zikir selepas solat dari Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- , kalau langit boleh pecah kerana rasa tersentak mereka, pasti berderai-derai hancur kerana perasaan yang terhambur ketika mendengarnya sepertimana terhamburnya kemarahan mereka apabila dinafikan pemakaian baginda itu sekadar budaya, bukan sunnah.

Paling pelik sekali adalah apabila kita memperkenalkannya dan menggiatkan promosi kepadanya, pasti ada sindiran dan sinis bahawa ia adalah daripada wahabi atau seteru alirannya! Maha Suci Allah! Pengajaran, penyampaian, pengagungan, pemerkasaan dan perjuangan kepada sunnah pun perlu ditimbang nilainya pada aliran yang dianuti terlebih dahulu? Otak mereka ini sudah tercemar dengan pemikiran binari aliran!

Zikir tarekat dari tok syeikh tarekat atau entah dikutip dari mana juga lebih suka diamalkan. Seolah-olah jauh lebih istimewa dari zikir baginda -ṣollallahu *alayhi wasallam- .

Buktinya adalah mereka lebih khuatir jika tertinggal zikir yang warid daripada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- berbanding wirid yang diterima dari tok syeikh tarekatnya. Mereka merasakan amalan yang warid tersebut tidak dirasakan cukup dan tidak memiliki keistimewaan sampai mahu mencari tambahan yang lebih demi suatu keunikan yang tidak ada pada yang warid!

Saya bukan ingin mencela atau memandang pemakaian jubah, kopiah dan serban seumpama tiada nilai apa-apa. Saya sendiri pun ke masjid dan surau serta majlis ilmu agama dengan memakai jubah. Saya juga ada amalan zikir dan doa dengan lafaz sendiri sepertimana para ulama yang lain yang juga ada sedemikian dan dikongsikan kepada orang ramai atau muridnya.

Apa yang saya ingin paparkan di sini adalah kecelaruan manhaj sebahagian orang dalam menanggapi sunnah. Kita perlu cakna bahawa rekaan atau penambahan yang sesudahnya tidak ada perkhabaran ghaib tentang fadilat yang khas padanya. Ia adalah perkara yang kita amalkan kerana sesuatu yang seseorang individu atau sebahagian kelompok dapat sama ada dapatan emosional atau selainnya, bukan sesuai untuk semua orang.

Tidak seperti yang diajarkan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Kendatipun baginda tidak memberitahu ganjaran yang kita dapat, yang pasti ia ada nilai yang istimewa kerana ikutan kepada baginda dan apa yang warid dari baginda, khususnya yang tauqifi, tentu ada kelebihannya tersendiri dari yang ghaib walaupun kita tidak tahu.

Adapun yang rekaan, ia sekadar mengambil berkat dari lafaz atau kalimah yang mulia yang menepati syariat. Namun, ia tidak ada keistimewaan yang khas sepertimana yang warid. Ia adalah sama sahaja sama ada yang direka oleh ulama atau orang awam. 

Cuma, yang direka dari ulama ada keistimewaan yang lebih sedikit kerana orang yang mengamalkannya mungkin atas dasar keberkatan cintanya dan sayangnya kepada ulama. Itu sahajalah kelebihannya. Akan tetapi, tetap tidak sebanding yang sampai kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- .

Sebab itulah, kalau kita ingin meletakkan keutamaan pengamalan zikir dan doa, sudah tentu yang dari Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dan sepatutnya kita lebih merasa serba salah apabila tertinggal pengamalannya walaupun ia bukanlah kewajipan berbanding jika tertinggal pengamalan yang direka oleh selain baginya.

Yang menjadi masalah adalah ia telah menjadi terbalik dalam praktik masyarakat. Tambah lagi menjadi masalah adalah apabila kita perkenalkan yang warid, wajahnya mencuka dan jantungnya seperti tersimbah air panas. Namun, apabila diperkenalkan daripada selain baginda, senyumannya terukir dan jantungnya senang. Zikir selepas solat itu sudah cukup menjadi bukti.

Kadangkala, apabila kita mengingatkan hal ini, ada yang mencelah dengan berkata: "Apa salahnya atau bukankah lebih baik jika mengamalkan kedua-duanya?", iaitu yang warid dan selainnya. Masalahnya adalah seperti itukah realitinya sepertimana yang saya bangkitkan? Ambil zikir sesudah solat pun memadai. Kedua-dua sekalikah yang diamalkan? Atau salah satunya yang lebih berat?

Mengapa penting untuk diperingatkan agar berpada dengan sunnah dan mendahulukan yang sunnah? Inilah yang terjadi para kelompok sufi secara khusus. Bagi mereka, zikir yang diajarkan syeikh atau yang ada dalam kitab tarekat menjadi keutamaan pengamalan sehingga mereka lebih bersungguh-sungguh untuk istiqamah terhadapnya berbanding yang warid daripada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-.

Kami cabar mereka yang berkata: "Apa salahnya mengamalkan kedua-duanya" atau "Lebih baik mengamalkan kedua-duanya" untuk perkenalkan tarekat yang menjunjung pengamalan yang warid daripada baginda dan mengutamakan lebih segala-galanya berbanding yang lain serta kelompok yang ada di dalamnya tidak begitu alergik apabila menyebutkan keistimewaan zikir yang warid daripada baginda berbanding yang diamalkan tarekat.

Tambah lagi teruk adalah sebahagian orang yang ingin mencari sesuatu yang kelihatan lebih unik daripada yang lain seperti kekayaan dan dapatan yang mungkin mencarik adat. Ada juga sebahagian zikir adalah ratib sihir yang disalut dengan ayat al-Quran , hadis, nama-nama Allah, selawat dan lain-lain lafaz dan kalimah yang tampak menepati syariat. Ini semua kerana tamak untuk mendapatkan kehebatan dari dunia.

Mereka merasakan bahawa apa yang diajarkan baginda tidak ada kelebihan yang besar atau yang memberikan impak signifikan dalam pendambaannya terhadap sesuatu. Perasaan inilah yang membawa kepada penyimpangan sebahagian orang kerana kurang penghayatan terhadap keagungan yang ada pada pengamalan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-.

Apabila diperingatkan tentang ini, mesti ada perasaan yang kurang enak, prasangka yang sinis dan keinginan untuk menyindir. Mengapa ini terjadi? Muhasabahlah diri masing-masing.

Malah, ada juga yang menyinggung dengan berkata: "Kamu sibuk memperkenalkan amalan yang warid, tetapi kamu pun bukan amal semua!". Wahai sang tolol! Siapa yang di bumi ini yang mengamalkan kesemua amalan sunnah dan yang warid di dunia ini? Tunjukkan kepada kami pengakuan seseorang yang telah mengamalkan kesemuanya bersesuaian dengan realitinya atau orang yang kalian telah lihat bahawa dia telah mengamalkan kesemuanya?

Kalau kita tidak mengamalkan kesemuanya, apakah kita tidak boleh memperkenalkannya kepada masyarakat? Malah, sepatutnya kita menjadi orang yang giat menyebarkan amalan yang warid daripada baginda sekalipun kita bukan yang terbaik dari kalangan masyarakat. Mengapa perlu sinis terhadap orang yang menyampaikan?

Untuk pemakaian pula, saya berpendapat ia bukan sunnah. Ia adalah adat setempat yang baginda sekadar menyesuaikan diri sama seperti penggunaan cop mohor dalam persuratan dan lain-lain.

Ada orang berkata bahawa tindakan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- berdasarkan wahyu dan baginda tidak mengamalkan sesuatu melainkan ia adalah terbaik untuk baginda. Lalu, mereka menganggap bahawa pemakaian jubah dan serban adalah sunnah.

Saya katakan, bagaimana dengan pemakanan daging dhab? Bukankah baginda tidak menyukainya? Bukankah baginda tidak menyukai sesuatu melainkan pilihan untuk tidak menyukai sesuatu itu adalah yang terbaik untuk baginda? Tidakkah sedemikian? Sebegitu juga dengan tunggangan kuda dalam medan perang. Adakah tidak menungganginya tidak mengikut sunnah di medan perang pada hari ini?

Saya menambahkan isu ini supaya menyinggung sebahagian orang yang ada kecelaruan dalam pemahaman tentang sunnah yang ingin memberi respons sumbang terhadap saya ketika saya memperkenalkan sunnah dan amalan yang warid.


Ambilan : 
https://amirkazuma.tumblr.com/post/658310809829720064/celoteh-peribadi-93-pergulatan-saya-dengan

Celoteh 94 : Wasiat Saya Sebelum Saya Mati

Jika saya ingin berwasiat saat menjelang kematian saya, ada empat perkara penting yang ingin saya sampaikan.

Pertama, jangan bertaklid kepada pandangan saya dan jangan mengambilnya melainkan setelah didasari ilmu yang mantap dan pemerhatian yang mendalam. Carilah kelompongannya terlebih dahulu sedaya yang mungkin. Jika tidak ada, barulah ikuti pandangan saya.

Saya berlepas diri dari mereka yang mendakwa bahawa mereka menjadi pengikut saya, tetapi tidak mampu berhujah secara independen dan hanya membentangkan hujah balas seperti orang yang bertaklid. Jadilah sepintar saya atau lebih pintar daripada saya, kemudian bangkitlah mempertahankannya bukan kerana diri saya semata-mata, tetapi kerana kebenaran yang diyakini yang ada pada saya.

Saya mengingatkan ini supaya iman kalian adalah berdiri dengan kaki sendiri, bukan bergantung pada orang lain. Jangan sampai kalan beriman kerana seseorang tokoh itu beriman, lalu kalian pun kafir kerana tokoh itu kafir. 

Hidup ini jangan digadaikan untuk seseorang kerana kesannya terlalu besar kepada kehidupan hari akhirat. Binakanlah dasar pendirian yang kukuh dalam jiwa supaya iman kalian tidak seperti arus orang lain, tetapi atas dasar kayuhan sendiri.

Kedua, jika menghadapi kekeliruan kerana menghadapi pancaroba pertarungan pemikiran dan aliran pada hari ini, maka kembalilah apa yang ditempuhi salaf, khususnya paksi ahli hadis. Mulakan dengan pembacaan «as-Sunnah» karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, «as-Sunnah» karya Abū Bakr al-H̱ollāl dan «H̱olq Af*āl al-*Ibād» karya al-Buẖōriyy. Kemudian, dalamilah yang menjadi tradisi dan warisan ahli hadis serta pembangunan dan pengukuhan institusinya.

Mudah-mudahan ia menambahkan kecintaan dan kekaguman kalian kepada para ulama yang muktabar, seterusnya mengerti ke mana hala tuju yang sepatutnya kita telusuri. Ingatlah bahawa kebenaran di pihak ahli hadis dan jalan yang selamat ada para salaf. Semoga memahami asas manhaj mereka dapat membantu kalian menghadapi syubhat pada hari ini.

Ketiga, jadikanlah apa yang disebutkan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- ini sebagai matlamat hidup kita yang terunggul :

ذَاقَ طَعْمَ الإِيمَانِ مَنْ رَضِيَ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالإِسْلَامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا

"Telah merasai kelazatan iman bagi mereka yang meredhai Allah sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamnya dan Muhammad sebagai nabinya". [Sunan at-Tirmiḏiyy, kitāb al-Imān, no. 2668].

Ia tidak akan dicapai dengan rasa semata-mata. Akan tetapi, didasari dengan keyakinan yang utuh terhadap pembawaan baginda setelah mengamati kebenaran yang ada di sisi baginda, lalu dengan keyakinan itu menjadi keteguhan jiwa untuk hidup dan mati dengan Islam.

Keempat, jauhilah kesyirikan kerana ia sebesar-besar dosa yang tidak akan diampunkan Allah. Kalau pun kalian adalah pelaku maksiat yang tegar, tetaplah berusaha sedaya yang mungkin agar tidak terjebak dengan syirik. Jika dosa yang melibatkan orang lain, tekunkan diri sedaya upaya juga untuk meninggalkannya kerana ia adalah tanggungan yang berat di hari perhitungan.

Jangan berputus asa terhadap rahmat Allah dan jangan menjadikan dosa yang telah sedia ada sebagai penghalang untuk berbuat kebaikan dan berjuang demi agama. Boleh jadi dosa yang dilakukan itu adalah dosa yang terakhir untuk kalian kerana kecintaan dan kesungguhan terhadap kebaikan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/658364816546791424/celoteh-peribadi-94-wasiat-saya-sebelum-saya-mati

Celoteh 95 : Coretan Untuk Pembenci Ibn Taymiyyah Dan Ibn Qoyyim Al-Jawziyyah

Saya faham bahawa ada orang sangat keras memusuhi Ibn Taymiyyah dan Ibn Qoyyim al-Jawziyyah. Sejujurnya, saya pun bukan peminat besar kedua-dua tokoh ini, apatah lagi mengikuti aliran pemikirannya atau mazhabnya. Saya juga ada beberapa perkara yang saya berselisih pandangan dengannya.

Namun, saya melihat ada orang keterlaluan memusuhi kedua-dua ini sehingga sanggup mengatakan nukilan dari pandangan ahli ilmu yang terdahulu adalah dusta dan tidak boleh dipercayai. Bagi mereka, nukilan dalam kesemua kitab mereka tidak ada nilai kredibiliti.

Maha Suci Allah! Saya berpesan agar bertakwa kepada Allah. Janganlah sengaja menjebakkan diri dalam salah satu ciri munafik, iaitu berlebih-lebihan ketika berbalah. Adakah mereka ingin menjawab di hadapan Allah di hari akhirat nanti setelah mereka melemparkan tuduhan sebegini?

Benci mana pun terhadap kedua-dua ini jangan melupakan dan mengabaikan sanjungan para ulama lain terhadap mereka. Carilah sendiri pujian para ulama terhadap kedua-dua ini. Para ulama ini memberi sanjungan berdasarkan pengamatannya secara ilmiah lagi objektif yang bukan secara gopoh dan tulus yang bukan bermuka-muka. Mengimbau ini sudah cukup untuk menyedarkan kita agar menahan lidah daripada berkata yang tidak sepatutnya.

Sesiapa sahaja boleh membenci kedua-dua ini, tetapi realiti tentang pengakuan ulama terhadap kewibawaannya, kefahamannya, keluasan ilmunya, keteguhannya, ibadahnya, kesolehannya dan sifat-sifat murninya tidak boleh ditolak secara semberono.

Kemudian, jangan dilupakan karya mereka ini dimanfaatkan dan memberi inspirasi kepada para sarjana yang lain sesudahnya. Janganlah kerana kita membenci mereka, kita memadamkan segala kebaikan yang ada padanya. Kalau kita boleh menerima tafsir az-Zamaẖšariyy yang muᶜtazilian secara bertapis, bahkan memandang besar nilai ilmu bahasa padanya, maka mengapa tidak boleh dilakukan yang sama pada kedua-dua ini.

As-Suyūṭiyy menggelarkan Ibn Taymiyyah sebagai Šayẖ al-Islām serta terinspirasi pada karyanya yang berjudul «Naṣīḥah Ahl al-Imān Fī Rodd *Alā Manṭiq al-Yunān» dan memuji karya ini, lalu dia meringkaskannya dengan judul «Jahd al-Qorīḥah Fī Tajrīd an-Naṣīḥah». Penyebutan ini boleh dilihat dalam muqaddimah «Ṣown al-Manṭiq Wa al-Kalām *An Fann al-Manṭiq Wa al-Kalām».

Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- mencadangkan pembacaan dua kitab karya Ibn Qoyyim al-Jawizyyah dalam memahami akidah salaf, iaitu «Ijtimā* al-Juyūš al-Islāmiyyah *Alā Ġozw al-Mu*aṭṭilah Wa al-Jahmiyyah» dan «Iẖtiṣōr aṣ-Ṣowā*iq al-Mursalah» sepertimana yang disebutkan «Darr al-Ġomām ar-Roqīq Bi Rosā^il aš-Šayẖ as-Sayyid Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīq» yang dikumpulkan oleh *Abdullah bin *Abdul Qōdir at-Talīdiyy.

Cukuplah saya menukilkan dari dua tokoh ilmuwan sufi ini supaya kita semua beringat bahawa sumbangan kedua-dua tokoh ini tidak hanya pada sepihak sahaja, tetapi boleh kepada umat Islam secara umum yang mengambil manfaat daripadanya. Sekuat mana pun kebencian seseorang terhadapnya, mereka tidak dapat menepis hakikat ini kecuali bagi yang sudah terlalu membarah kebenciannya dalam jiwanya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/659437807255879680/celoteh-peribadi-95-coretan-untuk-pembenci-ibn

Celoteh 96 : Jangan Merasakan Diri Kita Ini Suci

Firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ

"Maka, janganlah kalian merasa diri kalian suci. Dia lebih mengetahui tentang orang yang bertakwa". [Surah an-Najm ayat 32].

Sebahagian perkara sememangnya kita perlu yakin bahawa kita berpijak di atas kebenaran yang tidak disangkal lagi seperti kebenaran agama Islam itu pada ajarannya, perundangannya, sistemnya, pendidikannya dan pelbagai lagi yang lain.

Ada sebahagiannya walaupun kita yakin pendapat dan pilihan yang kita pilih, kita perlu buka sedikit ruang dalam jantung kita supaya kita mampu bersedia untuk menerima kebenaran yang didasari hujah yang lebih kuat dari apa yang kita pertahankan selama ini. 

Jika kita menguncinya dan tidak membuka ruangnya, pasti kita akan menjadi orang degil, pengingkar terhadap kebenaran, musuh kepada penghujahan ilmiah dari pihak lain dan orang yang berpaling kepada kesesatan.

Saya dahulu ada seorang sifu yang saya mendapat inspirasi besar daripadanya dan daripadanya, saya menjadi diri saya yang hari ini. Sumbangan pada diri saya cukup besar dan cukup signifikan dalam hidup saya. Kalaulah saya ingin menamakan tokoh sanjungan saya, pasti saya akan menyebut namanya dengan penuh bangga dan berterima kasih terhadapnya.

Cuma, pada suatu hari, saya mula mendapati bahawa dia mulai keterlaluan dan perlahan-lahan ke arah penyimpangan. Saya pada dahulunya mengakui dia memiliki kekuatan hujah dan memiliki penjelasan yang bernas dalam mempertahankan pandangannya. Akan tetapi, pada waktu itu, dia sudah mula meracau, rancu dan ekstrim.

Faktor utamanya adalah dia selalu mendakwa dengan dakwaan yang keterlaluan yang sememangnya boleh dikatakan kebongkakan atas nama pengungkapan syukur kepada nikmat Allah yang dikurniakan kepadanya. Perbuatan ini tidaklah salah pada asalnya, tetapi ia akan menjadi bahaya jika seseorang menyebut sesuatu yang lebih daripada sepatutnya atau tidak berdasarkan realiti dirinya.

Dia mendakwa dirinya sebagai imam mahdi, paling faqih di kawasannya, bahkan sampai berkata dia mendekati al-Ḥaqq, iaitu Maha Benar kerana merasakan bahawa kebenaran banyak berpihak di sisinya. Banyak lagi dakwaannya yang seumpama ini yang melampau-lampau kerana rasa bangganya dalam meyakini pandangan yang dia pegang.

Saya dan dia pernah sependapat bahawa pendefinisian qadim yang menyatakan Allah itu terbebas daripada masa adalah tidak benar. Dengan kata lain, saya dan dia berpendapat bahawa Allah ada lingkungan masa dan ia tidak terpisah dengan diri-Nya, bahkan sebahagian daripada diri-Nya, tetapi tidak sama dengan makhluk dan yang tergambar pada minda sekadar majaz sahaja.

Bezanya adalah walaupun saya menolak pandangan keseluruhan ulama dalam hal ini dan saya membentangkan penghujahan saya dalam mempertahankan pandangan saya dalam keadaan yakin haluan yang saya pilih, saya tetap terbuka untuk menerima penghujahan lain yang mampu merobohkan apa yang saya pertahankan. 

Akan tetapi, dia dengan yakinnya menyatakan bahawa sesiapa yang berpendapat bahawa qidam Allah itu terbebas dari masa pasti salah seakan-akan tidak ada lagi ruang untuk diskusi.

Namun, dengan izin Allah, saya dapati saya telah salah dalam isu tersebut dan saya bertaubat dari pemahaman sebegitu. Saya menarik balik pandangan itu dan saya memohon maaf atas kesilapan saya serta saya menyeru kepada mana-mana pihak yang mengikuti pandangan saya dalam hal itu agar dipertimbangkan sekali lagi dan jangan teragak-agak untuk menarik balik pandangan tersebut setelah nyata kelompongannya.

Saya bersyukur kepada Allah kerana menyingkapkan kesilapan saya yang saya tidak sedar selama ini, memberikan kelembutan jiwa untuk mengakuinya dan meneguhkan semangat saya untuk berganjak ke pendapat yang lebih benar. Di samping itu, saya memohon keampunan kepada-Nya atas kekurangan dan kesilapan saya serta saya memohon agar Dia sentiasa menyebatikan diri saya di atas kebenaran yang kukuh.

Saya tidak tahu apa jadi padanya sekarang setelah sekian lama saya meninggalkannya ketikamana dia mula menyeleweng dan menjadi penentang apa yang dia perjuangkan dahulu. Saya tidak tahu sama ada dia telah menarik balik pandangan tersebut atau masih kekal dengannya. Cuma, setakat yang saya tahu, dia telah pun menjadi pengingkar sunnah yang bertambah jauh kesesatannya dan sememangnya tidak sama sepertimana dahulu.

Sampai sekarang saya tidak mahu menyebut namanya sepertimana saya menyebutnya pada masa dahulu kerana parahnya kesilapannya dan rosaknya manhajnya pada hari ini. Saya mungkin berterima kasih padanya atas baktinya kepada saya dalam pembentukan manhaj dalam diri saya, tetapi saya perlu mengucapkan salam perpisahan kerana haluan saya dan dia berbeza.

Pada ini, nyatalah pada saya bahawa merasakan diri ini suci adalah sebab tertutupnya hidayah daripada kita. Disebabkan seseorang itu sudah menjadi sombong dan tidak mahu lagi membuka mata untuk mengamati rezeki dan nikmat Allah yang berupa kebenaran dari luar dimensinya, maka dia tidak mendapat bahagiannya sekalipun dia mendakwa dia berada padanya. Semoga kita terjauh daripada sikap seperti ini.

Sebab itulah saya berkali-kali mengingatkan bahawa agar jangan taksub dengan saya dan saya tidak redha pendapat saya diikuti melainkan setelah ditelusuri kelompongannya semampu yang boleh berdasarkan daya ilmu yang ada. Setelah yakin dapatannya bahawa ia menepati kebenaran, maka ikutilah dan pertahankannya secara independen. Jadilah orang yang setara keilmuannya dengan saya atau lebih daripada itu supaya haluan yang dipilih bukan atas dasar ikutan buta, tetapi dari suluhan mata yang celik.

Saya tidak suka dikultuskan kerana saya sendiri ada pandangan yang saya tarik balik setelah saya melakukan semakan. Pengikut buta yang fanatik lagi mengkuduskan seseorang pasti sukar untuk menerima realiti ini. 

Sebab itulah, kalau saya mampu mendirikan mazhab saya, saya sendiri tidak akan mengaku pengikut buta ini sebagai pengikut saya walaupun mereka bersorak riang menyambut kehadiran saya di mana sahaja. Ini demi menghakiskan sifat ketaksuban dan pemujaan terhadap seseorang secara berlebihan tanpa didasari minda sedar yang terbekal dengan pemahaman yang utuh.

Kalau ditakdirkan saya menyimpang sepertimana sifu saya -semoga Allah melindungi saya daripada kesesatan tersebut dan terus mengukuhkan saya dalam kebenaran yang sejati-, maka masing-masing sudah cakna pendirian yang perlu dipegang teguh. Iman kita adalah milik kita. Bukan tergantung pada orang lain yang jika dia kufur, maka kita pun sama-sama berayun padanya. Sebab itulah, para ulama sentiasa mengingatkan agar menjauhi taklid kerana mengambil kira seriusnya dampak hal tersebut.

Sebagai tambahan, ayat ini juga mengingatkan kita tentang seseorang yang mendakwa bahawa dirinya adalah wali Allah atau mengangkat seseorang yang lain sebagai wali-Nya secara semberono. Siapa yang memberikan kita jaminan bahawa kita adalah kekasih-Nya yang Dia cintai sepanjang masa sehingga terbebas dari kesilapan dan siapa pula yang memberikan jaminan kepada seseorang yang lain bahawa dia adalah kekasih-Nya yang Dia akan bela sepanjang masa?

Apatah lagi jika pengakuan atau sanjungan kita kepada seseorang itu memiliki penyimpangan akidah yang jelas, amalan bidaah lagi khurafat yang dia mengajarkannya, menyampaikannya dan menyebarkannya, berpedomankan manhaj agama yang bercelaru serta terbabit dalam perlakuan fasik sama ada pada dirinya atau sesama insan yang terang-terangan salah dan dia tidak merasa salah terhadapnya serta mempertahankan pembawaannya yang jelas fatal kesilapannya. Beginikah yang menjadi insan yang diredhai Allah sehingga diangkat wali-Nya?

Kadangkala, pengakuan tersebut atau sanjungan itu semata-mata untuk seseorang eksploitasi kepentingan yang sudah lama terbuku dalam jiwanya untuk dilunaskan. Apa sahaja boleh dihalalkan atau dijustifikasikan hanya kerana digelar wali. Berjaga-jagalah orang yang mendakwa dirinya adalah suci atau menganggap orang lain adalah suci kerana di sebalik itu ada kejahatan yang dia akan bawa.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/659448866481061888/celoteh-peribadi-96-jangan-merasakan-diri-kita

Celoteh 97 : Mengapa Saya Beralih Daripada Ašᶜarian Dalam Isu Ayat Mutasyabihat Tentang Sifat Allah?



Pernah ada kenalan saya yang dahulu sangat teguh mempertahankan aliran ašᶜarian. Banyak juga penulisan yang dia keluarkan untuk angkat pemikirannya dan lawan terhadap yang menentangnya. Kemudian, beberapa lama kemudian, dia mula beralih dan mempertahankan aliran salafi dalam isu sifat Allah. Dia selalu sahaja menyebut bahawa makalah salaf tidak sedemikian jika membacanya.

Sejujurnya, saya pada awalnya sebenarnya tidak memimiliki minat yang besar dan menaruh perhatian yang berat terhadap isu ini. Pada saya ketika itu, ia cumalah perselisihan yang muktabar yang sengaja dijadikan polemik bagi orang yang berlebih-lebihan dan mengheretkannya kepada perbalahan yang berpanjangan sehingga saya selalu sahaja menjauhkan diri dari terjebak dengannya.

Lama waktu sesudah itu, saya mula berjinak untuk membacanya selepas ada orang membangkitkan pertanyaan kepada saya tentang aliran ḥanbalian dalam menanggapi isu tersebut. Entah mengapa dari pertanyaan itu, tergerak jiwa saya untuk melanjutkan kedalaman penerokaan terhadapnya.

Setelah mengamatinya, nyatalah pada saya mengapa kenalan saya tersebut beralih daripada ašᶜarian dan mengapa saya juga beralih daripadanya. Barulah saya faham mengapa isu ini dilihat begitu besar serta sememangnya memerlukan wacana yang besar dan berterusan. Banyak penulisan saya telah memberikan respons dalam isu ini.

Dahulu saya juga adalah ašᶜarian dalam memahami perbahasan topik ayat mutasyabihat yang berkaitan dengan isu sifat Allah dan jika saya tidak bersungguh-sungguh mempertahankannya dalam hal tersebut, saya terang-terangan menzahirkan pandangan saya yang sependapat dengannya dalam hal ini.

Sekarang, setelah saya membaca karya-karya salaf, khususnya yang ada menyentuh tema penentangan terhadap jahmian, jelaslah bahawa selama ini saya sebenarnya tidak berpijak pada realiti pemahaman salaf. Hakikatnya, ašᶜarian terpesong dan salah dalam memberi gambaran tentang manhaj salaf. Inilah yang saya akui setelah saya membaca karya-karya salaf itu sendiri.

Ini adalah yang saya wasiatkan dan mencadangkan untuk pembacaannya. Lihat sendiri kebenarannya jika kalian skeptik terhadap saya. Saya tidak ada apa-apa untuk disembunyikan. Bacalah karya salaf seperti «ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh» karya Aḥmad bin Ḥanbal, «as-Sunnah» karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, «as-Sunnah» karya Abū Bakr al-H̱ollāl, «H̱olq Af*āl al-*Ibād» karya al-Buẖōriyy, «al-Iẖtilāf Fī al-Lafẓ» karya Ibn Qutaybah, «at-Tabṣīr Fī Ma*ālim ad-Dīn» karya Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy, «ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah» dan «an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy» yang kedua-duanya karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy atau karya yang mengumpulkan nukilan daripada salaf seperti «al-*Uluww Li *Aliyy al-Ġoffār» karya aḏ-Ḏahabiyy dan «Ijtimā* al-Juyūš al-Islāmiyyah» karya Ibn Qoyyim al-Jawziyyah.

Malah, saya sama sekali tidak akan melayan mana-mana diskusi dalam isu ini melainkan pihak antagonis saya membaca karya ini. Tidak ada manfaat pun untuk bertelagah jika ada pihak yang tidak memerhati sumber yang primer salaf sendiri dalam memahami isu ini.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/659565447454294016/celoteh-peribadi-97-mengapa-saya-beralih

Celoteh 98 : Untuk Orang Yang Suka Membangkitkan Isu Peribadi Dalam Diskusi

Jika saya seorang erotikawan yang suka berhibur dengan erotika, apa kaitannya dengan isu yang dibincangkan dan penghujahan yang saya utarakan?

Saya selalu sahaja berhadapan dengan orang yang selalu membangkitkan isu peribadi yang tiada kena kena mengena dengan perbahasan yang sedang difokuskan dan isi kandungan dalam perbentangan tersebut. Yang pasti, motif di sebalik perlakuan ini adalah kerana enggan untuk berdiskusi secara objektif, fokus kepada penghujahan atau sememangnya mengambil cara in untuk memperoleh perlepasan tanggungjawab ilmiah dengan mudah lagi keji.

Saya pernah sahaja melihat penghujahan seseorang diperlekehkan hanya kerana dia seorang guru subjek geografi. Saya pernah melihat pengutaraan hujah seseorang dipermainkan kerana dia seorang kapten kapal terbang. Malah, saya pernah lihat jawab balas seseorang dihinakan hanya kerana seseorang itu adalah warga kampung!

Entah apa lagi atau berapa banyak lagi isu peribadi yang ingin dibangkitkan dan diheret dalam perbincangan ilmiah. Entah isu muzik atau isu K-pop atau isu pekerjaan, kreativiti mereka bukan digunakan untuk kegiatan ilmiah, tetapi untuk menyerang peribadi orang lain demi menyahkreditkan penghujahan orang lain.

Inikah hasil mempelajari adab sebelum ilmu yang dicanangkan? Inikah cara mereka bertawaduk dengan sesama insan? Tawadukkah seseorang itu dengan suka memandang lekeh terhadap orang lain dan tidak menghargai nilai penghujahan orang lain yang dibentangkan sebaik mungkin?

Tidak bolehkah seseorang itu sekurang-kurangnya beringat kepada pesanan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- ini? :

وَلَكِنَّ الْكِبْرَ : مَنْ بَطِرَ الْحَقَّ وَغَمَطَ النَّاسَ " .

"Tetapi kesombongan adalah mereka yang menolak kebenaran dan meremehkan manusia". [Sunan Abū Dāwud, kitāb al-Libas, no. 3571].

Cukup syarat seseorang itu menjadi penghuni neraka dengan menolak penghujahan yang terisi kebenaran yang tidak dapat disangkal lagi, lalu membangkitkan isu-isu peribadi yang tiada kena mengena demi memperlekeh dan mempersenda orang lain agar kebenaran itu seolah-olah tidak zahir dan tidak kelihatan.

Tidakkah ini cukup membuatkan kita merasa gerun dan lebih berhati-hati dalam perselisihan? Kalau pun tidak mahu menerima hujah, sekurang-kurangnya jangan mengheret perbalahan dengan membangkitkan isu yang tiada kaitan sama sekali. 

Kalau pun enggan melibatkan diri atau meneruskan perbincangan ilmiah, maka keluar secara terhormat. Tidak ada rugi pun kalau tidak menyerang peribadi orang jika tidak suka terhadap seseorang.

Saya mendoakan mereka yang gemar melakukan sebegini agar Allah membuka pekung aibnya atau menjerumuskan diri dalam aib yang diketahui orang ramai, lalu orang ramai mempermainkannya sepertimana mereka mempermainkan orang lain dalam membangkitkan isu peribadi dalam penghujahan ilmiah. Pada masa itu, saya berharap mereka belajar betapa jeleknya perbuatan sedemikian.

Kalau pun jahat mereka itu, apakah itu terhalang hak mereka untuk percaya dan bercakap perkara yang benar? Apakah semua kata-katanya palsu dan tiada sandaran? Atau orang seperti mereka patut percaya sesuatu yang bohong dan tidak benar sahaja sehingga mereka hanya perlu percaya dan bercakap yang tidak berfakta dan tidak ada kehujahan yang kuat?

Tiada manusia yang hitam keseluruhannya atau putih keseluruhannya. Sebab itulah sangat bodoh orang yang membangkitkan isu peribadi dalam perbincangan ilmiah. Sesiapa pun ada aib, kekurangan dan kesilapan. Sesiapa sahaja yang menggeladah peribadi orang, pasti akan menemukannya.

Namun, apa manfaatnya? Untuk dijadikan alasan agar tidak mahu berhujah secara elok serta kekal untuk menjadi orang yang berdegil dan pengingkar? Kalau ada pun bahagian aib pada dirinya, itu yang dia tanggung. 

Namun, apabila kebenaran telah tertegak kepada seseorang, maka itu bukan masalah orang lain lagi. Itu adalah tanggungjawab yang terpikul pada orang yang telah dibuktikan hujahnya sama ada untuk menerima atau menolak.

Sesiapa yang menerima, dia telah mengambil manfaat yang besar dalam hidupnya. Sesiapa yang menolak, dia telah menjauhkan diri dari rahmat yang menyelamatkan dirinya. Mengapa perlu serang peribadi orang lain demi menolak sesuatu yang memberikan faedah yang besar dalam hidupnya?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/659890823014596608/celoteh-peribadi-98-untuk-orang-yang-suka

Celoteh 99 : Beza Didikan Al-Ġumāriyy Dan Al-Ḥabīb : Respons Isu Fadilat Pembacaan Surah al-Iẖlāṣ Seribu Kali Pada Hari Asyura



Penjelasan Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ yang saya menandawarnakannya dengan kotak merah ini sememangnya refleksi dan hasil didikan daripada gurunya dan sumber inspirasinya dari keluarga al-Ġumāriyy. Sesiapa yang pernah membelek karya keluarga al-Ġumāriyy, pasti akan mendapati bahawa manhaj Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ ini persis dengan apa yang menjadi perjuangan gurunya.

Atas sebab inilah saya lebih mendekati dan berpada dengan apa yang dibawa oleh keluarga al-Ġumāriyy berbanding golongan al-Ḥabīb pada hari ini. Saya belum pernah menemukan mana-mana murid kebesaran dari golongan al-Ḥabīb ini akan berkata sepertimana murid al-Ġumāriyy ini.

Baru-baru ini, al-Ḥabīb *Umar bin Ḥāfiẓ menjadi sasaran serangan kerana mengongsikan amalan pembacaan Surah al-Iẖlāṣ sebanyak seribu kali beserta penyebutan terdapat fadilat dalam pengamalan tersebut pada hari Asyura yang kononnya riwayat itu daripada *Aliyy bin Abū Ṭōlib. Sudah tentu, para pengikut yang bebal akan mempertahankannya dan membelanya dengan cara yang tidak berilmiah dan hanya memuntahkan kata-kata yang kosong.

Jauh berbeza dengan rata-rata didikan golongan al-Ḥabīb dengan keluarga al-Ġumāriyy. Lihat bagaimana polemik isu ini sudah memadai untuk melihat betapa bezanya praktik keilmuan antara kedua-dua ini.

Di sisi Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ dan para pengikutnya memberi respons yang cukup baik dengan menerangkan status hadis dengan beberapa hadis yang berkaitan dengan hari Asyura serta telus untuk mengatakan bahawa tiada dalil yang sahih ataupun dhaif dalam menyokong pengamalan pembacaan Surah al-Iẖlāṣ yang telah disebutkan.

Di sisi al-Ḥabīb *Umar, para pengikutnya membelanya dengan hanya menyerang peribadi penyampai, bermain sentimen dan kata-kata kosong demi menegakkan benang yang basah di pihak mereka. Sesungguhnya perbuatan mereka ini sia-sia untuk dilakukan, apatah lagi dilayani dan ditanggapi sebagai cara orang yang celik dalam pengetahuan hadis.

Sebab itulah, di banyak tempat, saya agak mengangkat tinggi keluarga ini kerana sumbangannya dalam bidang ilmiah, perjuangannya yang bermakna buat masyarakat, khususnya kepada para sufi serta menerangkan pemisah ketara antara keluarga ini dan golongan al-Ḥabīb secara khusus dan aswajaean secara umum.

Dengan memahami bagaimana manhaj keluarga ini, tanggapan saya tentang ahli bait secara umum lebih murni berbanding dahulu yang penuh dengan skeptik dan prasangka terhadap mereka serta saya tidak perlu risau dan tidak perlu peduli jika ada apa-apa isu yang terpalit pada ahli bait, khususnya golongan al-Ḥabīb ini kerana cukuplah tokoh dari zuriat baginda ini melalui jalur keluarga ini menjadi sandaran yang bermakna buat mereka yang mendambakan manhaj yang lurus dalam agama.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/659979506108547072/celoteh-peribadi-99-beza-didikan-al-%C4%A1um%C4%81riyy-dan

Celoteh 100 : Seruan Kepada Salafi Untuk Menelaah Karya Salaf Tentang Isu Sifat Allah

Adakalanya apabila saya menjengah perbalahan antara salaf dengan ašᶜarian dalam isu interaksi naṣ-naṣ mutasyabihat yang berkaitan dengan sifat Allah, saya selalu sahaja melihat kegagalan kedua-dua belah pihak untuk menukilkan dari karya-karya salaf sendiri. Selalunya, nukilan mereka sama ada dari yang telah mutaakhirin atau bukan dari sumber primernya.

Yang lebih mengecewakan adalah kegagalan ini daripada salafi. Sepatutnya, jika mereka mendakwa bahawa mereka bermanhaj salaf, khususnya dalam isu akidah, sepatutnya mereka sekurang-kurangnya mengetahui karya yang menjadi paksi dan mewakili manhaj ahli sunnah dalam hal tersebut. Saya melihat mereka lebih suka bergantung kepada penjelasan Ibn Taymiyyah dan Ibn Qoyyim al-Jawziyyah berbanding melihat pendahulu mereka yang menjadi teras pijakan mereka.

Mereka sepatutnya boleh menamakan karya-karya seperti «ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh karya Aḥmad bin Ḥanbal, «as-Sunnah» karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, «as-Sunnah» karya Abū Bakr al-H̱ollāl, «H̱olq Af*āl al-Ibād» karya al-Buẖōriyy, «al-Iẖtilāf Fī al-Lafẓ karya Ibn Qutaybah, «at-Tabṣīr Fī Ma*ālim ad-Dīn» karya Abū Jafar aṭ-Ṭobariyy, «ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah» dan «an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy» yang kedua-duanya karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy atau karya yang menghimpunkan kalam salaf seperti «al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār» karya aḏ-Ḏahabiyy ketika berbalas hujah.

Sebab itulah seruan saya di banyak tempat untuk menelaah karya salaf bukan hanya untuk ašᶜarian sahaja walaupun fokus saya kepada mereka, tetapi kepada salafi juga kerana salaf telah mengemukakan jawapan yang tuntas atau sekurang-kurangnya menghuraikan secara global yang menjadi polemik pada hari ini. Boleh dikatakan bahawa apa yang menjadi polemik pada hari ini sebenarnya tidak kurang berbeza dengan apa yang berlaku pada zaman salaf.

Sebab itulah amat ditekankan pembacaan terhadap karya mereka ini. Karya mereka bukan sahaja boleh menjadi panduan, tetapi boleh menjadi hujah yang kuat untuk mengukuhkan kefahaman tentang salaf.

Sangat tidak bermakna perbincangan tentang hal tersebut, bahkan rugi masa sahaja jika karya salaf tidak disajikan dalam meja diskusi. Malah, mungkin agak tempang bagi salafi jika karya ini tidak menjadi sandaran utama dalam menjustifikasikan pandangan mereka.

Malah, saya sendiri tidak akan terlibat atau memanjangkan perbalahan ini jika masing-masing tidak pernah menelaah karya ini. Ini kerana medan perbalahan kita adalah pada isu salaf. Mengapa perlu menjadikan karya-karya selain mereka sebagai subjek utama dalam perbincangan?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/660544714475438080/celoteh-peribadi-100-seruan-kepada-salafi-untuk

Celoteh 101 : Musuh Ketat Saya Dahulu Dan Sekarang



Saya dahulu juga dalam kelompok aswajaean. Wahabi memang sudah menjadi subjek penentangan saya yang besar, tema yang signifikan dalam wacana ilmiah dan label yang selalu saya bawa bersama. Saya yang dahulu juga pernah menghasilkan penulisan dan melibatkan diri dalam pertempuran bersama orang yang saya kira sebagai wahabi. Saya juga

Kemudian, saya juga sepertimana penulis ini yang melalui fasa pembelajaran dengan lebih mendalam dan lebih meluas. Dalam masa yang sama, saya menemukan seorang mentor yang saya akui kehebatan ilmunya sehingga ia merubah hidup saya. Saya yang pada hari ini adalah cetusan inspirasi dari kegiatan ilmiahnya.

Barulah tampak pada saya sebenarnya golongan aswajaean ini sebenarnya adalah toksik besar dalam kelompok muslim dan manhaj yang penuh hipokrit lagi penuh percanggahan. Saya pada mulanya memang tidak nampak kepincangannya dan terpedaya bahawa manhaj ini adalah manhaj yang lurus. Namun, setelah saya mula melihat sudut lebih luas dan membuat perbandingan, nyatalah kepada saya kerancuan yang menjalar di minda mereka.

Kebanyakan penulisan saya boleh dikatakan sebagai respons untuk pemikiran, penghujahan dan pertentangan mereka. Sememangnya boleh dikatakan bahawa mereka ini adalah musuh ketat saya sepertimana wahabi adalah musuh ketat saya yang dahulu.

Saya sebenarnya tidaklah berhasrat untuk menghasilkan penulisan sebegini banyak. Namun, setiap kali saya bertembung dengan mereka, pasti ada sahaja kebodohan, kedunguan, ketololan dan kepandiran yang terserlah pada mereka seakan-akan ia satu pemikiran kolektif yang menjadi resam yang diwarisi. 

Walaupun kadangkala sebahagian salafi juga ada masalahnya, khususnya simplistik dan cepat menuduh amalan itu bidaah, penuduhan sebagai kuburian dan lain-lain, tetapi saya melihat keparahannya lebih banyak dan lebih serius pada aswajaean. Oleh sebab ia menjadi dasar sistem pemikiran mereka, maka saya perlu menyuarakan, mengupas, membincangkan dan menganalisisnya.

Saya boleh sahaja mengabaikan individu atau kelompok kecil yang cilik melainkan jika saya mahu. Dan saya perlu merespons jika ia adalah dari individu atau kelompok yang berpengaruh atau pandangan tersebut memiliki potensi bahaya yang besar dalam pemikiran sama ada ia membawa kesan Domino dalam metodologi pemikiran, mampu merebak dengan pantas atau dampak lain yang bakal menyusul.

Yang menghairankan adalah mereka ini lebih kreatif berinovasi dalam memaparkan kebodohan dan ketololan mereka berbanding melahirkan pandangan yang lebih progresif, kritis dan cendekia. Adakalanya, kita akan melihat kebodohan versi baharu atau peningkatan kualiti kepandirannya yang tidak pernah ada sebelumnya. Kadangkala, saya sampai menyangka bahawa ketololan mereka yang berterusan bukan memundurkan mereka, tetapi mencambahkan ketololan yang lebih bermutu daripada sebelumnya.

Saya yakin puncanya adalah kerana sikap ketaksuban yang menebal pada mereka dan taklid yang membarah sehingga membutakan mereka yang bukan sahaja dalam melihat kebenaran, tetapi dalam pengamalan manhaj ilmu. Sebab itulah saya mengecualikan mereka yang bermanhaj keluarga al-Ġumāriyy atau yang semanhaj dengannya. 

Pada hemat saya, mereka ini lebih konsisten dan sentiasa berdisiplin dalam praktik manhaj mereka. Walaupun bukan salafi, tetapi jurangnya lebih dekat kerana berkongsi prinsip yang sama; menghidupkan budaya kritis dalam wacana keilmuan, menjauhi taklid yang tercela dan menentang ketaksuban mazhab.

Sebab itulah saya memperkenalkan keluarga al-Ġumāriyy agar mereka cakna bahawa manhaj mereka ini sebenarnya penuh dengan penyimpangan, kecelaruan, bahkan kesesatan. Sikap taksub yang telah lama berakar dalam minda menyebabkan mereka menjadi jumud, sering bercanggahan dan memusuhi sesuatu yang tidak patut dia musuhi. Mereka dan keluarga ini sangat berbeza umpama minyak dengan air.

Sebab itulah saya memperkenalkan keluarga al-Ġumāriyy agar mereka cakna bahawa manhaj mereka ini sebenarnya penuh dengan penyimpangan, kecelaruan, bahkan kesesatan. Sikap taksub yang telah lama berakar dalam minda menyebabkan mereka menjadi jumud, sering bercanggahan dan memusuhi sesuatu yang tidak patut dia musuhi. Mereka dan keluarga ini sangat berbeza umpama minyak dengan air.

Malah, saya dapat meninggalkan aswajaean ini adalah bukan kerana saya salafi semata-mata, tetapi saya membebaskan diri daripada ketaksuban dan taklid yang tercela. Saya melihat mana-mana mereka yang ada fikiran sebegini akan melawan arus perdana aswajaean meskipun mereka ada pergeseran dengan salafi. 

Mereka yang mengikut manhaj keluarga al-Ġumāriyy sudah memadai untuk disebut sebagai contoh. Semoga Allah mengukuhkan semangat kecintaan kita kepada ilmu secara objektif tanpa bias, falasi dan taksub dan menunjukkan kita kepada jalan yang jernih daripada penyelewengan dan kebodohan.

Kemudian, sesiapa sahaja yang menentang dan menyelisihi mereka, pasti akan digelar wahabi. Pemikiran mereka ini cumalah binari aliran sahaja; wahabi atau tidak atau ada bau-bau wahabi. Tidak boleh melihat spektrum yang lebih luas. Mereka lebih suka melemparkan labelan kerana itu cara mudah untuk menyahkreditkan pendapat orang lain dan berpaling daripada tanggungjawab ilmiah. 

Bahkan, selalunya pelabelan ini dicampak secara semberono tanpa mengetahui terlebih dahulu sumber perselisihan dan kedudukannya, malah dia sendiri tidak tahu tempat yang dia pijak sehingga dia ada pembeza jelas dirinya dengan musuh yang dia beri label.

Misalnya adalah pendapat yang tidak terikat dengan satu mazhab sahaja dianggap pendapat daripada wahabi, walhal keluarga al-Ġumāriyy yang disanjung mereka ini sama sekali tidak terikat dengan satu mazhab, malah mereka menentang ketaksuban mazhab dan ikutan tanpa dalil. 

Begitu juga *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy pun pernah dituduh cenderung wahabi sepertimana katanya dalam muqaddimah «Awliyā^ Wa Karōmāt» kerana kita tersebut menapis secara kritis cerita-cerita karamah yang berlegar dalam kalangan sufi. Saya tidak hairan juga kalau abangnya; Aḥmad juga dituduh wahabi kerana keras penentangannya terhadap aašᶜarian.

Kerana itulah saya menjadi giat dalam menghasilkan penulisan kerana mereka ini di sekeliling saya yang ramai dan ia dibawa di mana sahaja lagi diwarisi. Malah, saya juga memahami rangka pemikiran mereka kerana saya juga dahulu adalah orang seperti mereka. Saya tidak menyinggung mereka kerana saya salafi semata-mata. Namun, saya cakna di mana sisa toksik yang menjadi racun dalam pemikiran mereka dan mengapa ia berbahaya kepada masyarakat.

Oleh sebab saya mungkin akan berbicara tentangnya beberapa kali tentangnya, maka seeloknya saya mengabadikan respons saya dalam penulisan yang cukup untuk diulang siar apabila tiba masanya berbanding menjelaskannya berkali-kali sama ada dalam percakapan atau penulisan.

Di samping itu, saya juga menulis bagi persediaan pada masa akan datang jika wujudnya pertikaian dalam sesuatu isu bersama mereka. Saya menghasilkan penulisan bukan sekadar merespons yang sudah sedia ada, tetapi saya membina metodologi yang berpotensi menyusul daripada praktik manhaj mereka sebelum mereka dapat memikirkannya dan menyediakan jawapan untuk hal tersebut lebih awal supaya tiada lagi ruang bagi mereka untuk menebarkan lagi kerancuan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/660796253999874048/celoteh-peribadi-101-musuh-ketat-saya-dahulu-dan

Celoteh 102 : Salafi Yang Erotikawan

Mungkin ada yang tidak percaya bahawa saya ini adalah salafi kerana melihat erotisisme saya. Saya tidak ada masalah jika seseorang tidak mahu mempercayainya. Cuma, kalaulah erotisisme tidak pernah ada pada saya, agaknya saya adalah apa? Kalau masih skeptik terhadap kesalafian saya, mungkin sesiapa sahaja tidak dapat menafikan pengaruh kesalafian pada saya. Lihat pada isu perbahasan tentang isu sifat Allah sudah memadai sebagai contoh.

Mungkin ada orang tertanya, mengapa saya mempertahankan pandangan yang kelihatan agak terbuka dengan isu seksual? Adakah itu semata-mata ingin mencari alasan untuk membenarkan jiwa erotisisme saya?

Jika ingin bercakap tentang dakwah, saya sudah menjelaskannya di beberapa tempat sebelumnya. Secara ringkasnya, saya ingin merapati erotikawan seperti saya supaya jurang rasa kedekatan antara mereka dengan agama tidak terpisah jauh, ada rasa kepedulian terhadap agama mereka dan saya tidak mahu mereka mengurangi rasa keberagamaan dalam dada mereka hanya kerana mereka adalah erotikawan dengan pemahaman yang benar. Saya akan cuba menyampaikan dakwah dengan cara yang menepati syariat sedaya yang saya ada.

Jika ingin berbicara tentang pandangan fiqh atau penghujahan agama secara khusus, saya katakan bahawa saya tidak boleh menafikan kebenaran yang telah jelas pada saya dan saya tidak boleh menyelisihinya setelah saya dapati hal itu kuat bagi saya.

Saya sebenarnya bukanlah tiba-tiba sahaja berpandangan dengan apa yang saya berdiri padanya sekarang ketika saya melaksanakan kajian ilmiah untuk mencari kebenaran dalam isu seksual. Saya dahulu berpendapat persetubuhan pada dubur isteri adalah haram dan mempercayai kesahihan hadis tentangnya. Ini yang saya mempertahankannya selama beberapa tahun. Begitu juga dengan liwat.

Namun, setelah penghujahan yang lebih kuat yang telah meruntuhkan apa yang saya pertahankan selama ini, maka saya wajib mengikutinya dan akur kepada apa yang telah sampai kepada saya. Jangan hanya tertumpu pada isu seksual sahaja, isu fiqh atau cabang ilmu agama yang lain pun kita wajib menerima secara rela atau pasrah apabila telah terang bukti kebenaran tersebut.

Ini adalah tanggungjawab ilmiah bagi sesiapa sahaja yang telah sabit kekukuhan diri padanya. Sesiapa pun tidak boleh menyalahi apa yang telah kuat baginya meskipun menyalahi keseluruhan umat. Dia tidak boleh membohongi diri sendiri kebenaran yang telah terbentang kepadanya dengan pelbagai dalih dan alasan.

Saya tidak boleh berdalih ketika menjawab di hadapan Allah kelak di hari akhirat tentang mengapa saya memilih selainnya setelah itu yang menjadi kebenarannya setelah saya mencurahkan segala ketekunan yang saya mampu dengan saluran bantuan-Nya dalam mencari ikutan yang terbaik. Sesiapa pun wajib sedemikian tanpa mengira mana-mana aliran sekalipun.

Malah, dalam kehidupan dunia pun, ia akan meresahkan dan menggelisahkan hidup seseorang serta ia akan sentiasa menghantui seseorang dan menyeksa minda jika telah terbit kebenaran kepadanya, lalu dia tetap berpaling dan melawan arus. Ia benar-benar menyesakkan nafas seseorang selagimana tidak tunduk dan menyerahkan diri kepada kebenaran tersebut.

Saya tidaklah kata bahawa dapatan saya ini adalah kebenaran mutlak yang mana ia wajib dipaksakan kepada semua orang dan tidak boleh sesiapa pun menyanggahinya. Saya masih terbuka dengan sebarang perbincangan ilmiah dan kritikan yang membina. Saya tidak ada masalah untuk seseorang tidak menerimanya atau menyalahinya selagimana atas dasar ilmu secara objektif.

Apapun, walaupun orang menganggap saya telah melakukan yang menyimpang dalam bahagian yang kritikal dalam beragama, saya tetap akan meneruskan penyampaian, perkongsian dan penghujahan kepada kebenaran. 

Saya juga sepertimana yang lain yang ingin mendambakan redha Allah dalam menunaikan hak-hak hamba yang telah diajarkan kepada kita dan menabur bakti dalam medan ilmiah semampu yang dapat dengan bantuan-Nya dan izin-Nya, bukan semata-mata mengharapkan keredhaan manusia.

Saya juga sepertimana yang lain yang ada kekurangan, kesilapan dan keaiban. Saya bukanlah orang yang sentiasa dalam keadaan terbaik di mata sesiapa. Walaupun saya sentiasa menekankan untuk mengikuti kebenaran, tetapi saya juga insan biasa yang tidak terlepas daripada ketergelinciran. Saya memohon keampunan kepada Allah jika saya tersilap serta berharap agar Dia sentiasa meneguhkan jiwa saya untuk setia kepada kebenaran dan sentiasa terbimbing ke jalan yang lurus.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/660875795011698688/celoteh-peribadi-102-salafi-yang-erotikawan

Celoteh 103 : Hakikat Dari Suruhan Pembelajaran Secara Berguru Bersanad

Saya kadangkala merasa sinis mendengarkan kata-kata orang bahawa tidak boleh membaca kitab jika tidak pernah berguru secara bersanad.

Saya belum jumpa mana-mana mereka daripada aliran ašᶜarian ingin mengajarkan kitab «H̱olq Af*āl al-*Ibād» karya al-Buẖōriyy, «as-Sunnah» karya Abū Bakr al-H̱ollāl dan «al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār» karya aḏ-Ḏahabiyy. Apatah lagi untuk mewacanakannya. 

Mungkin sahaja kebanyakan daripada mereka tidak pernah membacanya pun. Kalau kita sukarela datang kepada mereka untuk bertanya pendapat tentang kitab ini pun, kita akan lihat respons negatif daripada mereka.

Bahkan, kalau «as-Sunnah» karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, «ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah» dan «an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy» yang kedua-duanya karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy dibentangkan pada golongan ašᶜarian yang kontemporari, pasti mereka akan menghamburkan celaan terhadap kitab ini.

Padahal, ulama ašᶜarian sebelum mereka pun tidak pernah melakukan sedemikian setelah seribu tahun kewafatan penulis. Yang paling menghairankan sekali adalah ketika mereka mengutuk kitab ini, mereka langsung tidak ada sanad pembelajaran!

Adakalanya, di lidah mereka menyebut dengan penuh pujian terhadap nama ini, tetapi mereka agak fobia dengan karya-karya mereka ini. Mereka menyebutkan ketokohan mereka yang hebat, tetapi kadangkala langsung tidak menyentuh karangan yang mereka telah hasilkan. Kalaulah ia tentang ulama sealiran dengan mereka, kandungan kitab mereka sangat disukai untuk mengongsikannya kepada orang ramai.

Mengapa agaknya golongan ašᶜarian sangat menjauhi kitab ini, bahkan mengutuk kitab ini? Apakah tiada sanad pengajian agar mereka juga boleh wariskan kepada pelajarnya? Atau sebenarnya mereka tidak mahu kefahaman mereka tentang manhaj salaf terbongkar tidak menepati realitinya?

Hakikatnya, suruhan untuk berguru bersanad ini sebenarnya dalih untuk orang ramai tidak memerhati sumber-sumber yang melawan arus pegangan mereka dan mendedahkan kepincangan kefahaman mereka. Itu sahaja.

Jika dakwaan ini salah, maka buktikan. Tidak ada guna penafian semata-mata, tetapi langsung tidak pernah cuba menelaah karya tersebut untuk penilaian secara adil.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/660966503450017792/celoteh-peribadi-103-hakikat-dari-suruhan

Celoteh 104 : Tanggapan Saya Terhadap Pencapaian Saya Yang Unik Dalam Bidang Ilmiah

Saya pernah didatangi oleh beberapa orang yang memuji pandangan saya yang lain daripada yang lain dan didasari hujah yang kukuh lagi bernas. Mereka takjub dengan pola pemikiran saya yang unik dan memberikan cetusan inspirasi yang unik kepada mereka. Cuma, saya secara peribadi tidak tahu sama ada ia benar-benar pencapaian yang membanggakan atau ujian buat saya dan ia sememangnya menggelisahkan jiwa saya.

Bercakap tentang penceritaan pencapaian diri, *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, tokoh ahli hadis keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- melalui karyanya yang berjudul «Sabīl at-Tawfīq» yang membiografikan dirinya sendiri banyak menyebutkan pencapaian yang lain daripada yang lain yang tidak pernah didahului oleh sebelumnya, khususnya penghasilan kitab.

Bahkan, dia sendiri menyebutkan pujian ulama sezamannya terhadapnya. Selalunya, pujian terhadap seseorang direkodkan oleh orang lain dan dibukukan dari tulisan tangan orang lain, bukan dari tangan penulis sendiri. Sememangnya tidak pernah pembiografian seperti ini mungkin tidak pernah dibuat oleh mana-mana orang sebelumnya.

Sekadar yang saya tahu, dia ada pandangan yang menyalahi sekalian ulama dalam isu penasakhan pembacaan ayat al-Quran melalui karyanya «Ḏawq al-Ḥalāwah Fī Bayān Imtinā* Nasẖ at-Tilāwah» dan dia berbangga dengannya sebagai menzahirkan kesyukuran terhadap nikmat yang dikurniakan kepadanya.

Insan seperti dia sememangnya layak untuk berbangga dengan melihat kepada penguasaan ilmunya yang bukan calang-calang hebatnya. Namun, sang kerdil seperti saya ini sememangnya wajar berwaspada. 

Adakalanya, saya memang menyebut nikmat yang Allah kurniakan kepadanya sebagai meneladani para ulama dalam menzahirkan kesyukuran kepada-Nya. Namun, dalam masa yang sama, saya sememangnya perlu berjaga-jaga kerana mungkin saya dalam tipu daya yang hanya Dia sahaja tahu keadaan saya.

Pun begitu, walaupun saya berpuas hati dan kadangkala bangga dengan pencapaian saya yang tidak pernah didahului oleh mana-mana mereka sebelum saya atau sezaman dengan saya, cuma saya berbangga bukan kerana hal itu semata-mata. 

Saya bersyukur kerana Allah melimpahkan keteguhan kepada saya untuk mengutarakan hujah secara sistematik, berdisiplin dan tersusun yang objektif serta mengurniakan suluhan mata kepada saya untuk meneliti dengan lebih kemas, tajam dan kritis agar saya dapat membezakan apa yang benar dan yang salah dalam sesuatu isu.

Oleh itu, bukan pencapaian yang lain dariapda yang lain itu sepatutnya difokuskan dan terlalu diangkat secara megah, tetapi manhaj, dasar dan binaan asas yang menjadi pemangkin, pendiri dan pengukuh kepada sesuatu pandangan, prinsip dan prinsip serta sikap kecendekiaan kita dalam berinteraksi dengan isu-isu ilmiah itulah yang sewajarnya perlu ditekuni dan dicurahkan perhatian yang besar. 

Jika kita mantap dalam teras ini, maka apa sahaja yang terhasil sama ada pandangan yang baru atau pandangan yang telah sedia ada, tetapi lebih segar atau pandangan yang telah ada pendahulunya, lalu diberikan sokongan tidak akan tergugat dan kekal bertahan dengan stabil.

Saya bersyukur atas nikmat yang telah Dia agihkan kepada saya sehingga saya dapat berdiri dengan yakin terhadap kebenaran tersebut dan dapat mempertahankannya dengan penghujahan ilmiah. Dalam masa yang sama, saya berdoa agar Dia sentiasa pimpin saya untuk konsisten dalam manhaj yang lurus yang dinaungi rasional, dalil dan penghujahan yang jitu lagi mapan serta suci dari sebarang kenistaan dan kekotoran, seterusnya yang membawa saya kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Saya juga berdoa agar kita semua sama-sama diberikan anugerah dalam menjadi hamba-Nya yang terbaik, tersemat kefahaman yang murni dalam jiwa dan berdiri di atas prinsip yang utuh. Kita semua sangat berhajat dengan nikmat ini. 

Jika sesiapa sahaja yang mendapatinya, maka zahirkan kesyukuran kerana itulah sikap kehambaan kita dan itulah yang Dia jamin bahawa Dia akan menambahkan rezeki bagi mereka yang bersyukur. Jika tidak, maka berdoalah dan berusahalah semampu yang boleh. Mudah-mudahan Allah menunjukkan kepada jalannya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/661163783226638336/celoteh-peribadi-104-tanggapan-saya-terhadap

Celoteh 105 : Pertanyaan Atau Teguran Kepada Saya Tentang Gambar Profil Saya Yang Memaparkan Erotika



Saya sebenarnya pernah menerima pertanyaan sebegini, iaitu mengapa saya memakai gambar profil yang agak mencolok mata dan mampu membangkitkan syahwat serta teguran tentang penggunaan gambar profil sebegini yang menyinggung mereka sebelum ini.

Sejujurnya, saya selalunya tidak merespons pertanyaan atau teguran sebegini kerana beberapa sebab. Pertama, saya selalu sahaja akan menyatakan maklumat peribadi saya secara sepintas di profil laman sosial atau beberapa wahana yang semua orang mudah untuk mencarinya dan membacanya. Saya akan cuba menekankan bahawa saya ini adalah erotika dan beberapa perkara yang berkaitan dengannya.

Pada saya, pertanyaan ini atau teguran ini tidak patut dilontarkan dari awal lagi bagi mereka yang menjengah profil atau bahagian maklumat peribadi saya. Saya telah menjelaskan deskripsi tentang diri saya secara berterus-terang di tempat yang mudah didapati dan dilihat oleh orang. Maka, saya terlepas tanggungjawab daripada perkara ini.

Kedua, kalaulah mereka melihat apa yang saya di kongsi laman sosial secara khusus yang mana saya ada berkongsi media erotika padanya sama ada berbentuk gambar atau video, pasti bukan pertanyaan sebegini atau teguran sebegini akan diungkapkan. Barangkali mereka akan menghamburkan kemarahan yang amat terhadap saya atau pertanyaan yang berbentuk pengingkaran yang keras!

Ketiga, saya sudah menjustifikasikan sebab saya memilih sedemikian di kolum «Celoteh Peribadi» secara khusus beberapa kali. Bagi yang minat untuk mengenali saya dengan lebih mendalam, mereka pasti akan menemukan justifikasi saya tentang ini. Akan tetapi, selalunya tidak semua orang sebegitu. Maka, saya terus kepada yang keempat.

Keempat, jika saya merespons dengan mengutarakan penghujahan, membentangkan justifikasi dan mempertahankan apa yang saya pilih, saya merasakan pasti akan ada perbalahan yang berterusan. Contohnya tentang isu paparan aurat di skrin digital. Kalau saya mengutarakan penghujahan saya pun, saya tetap akan dibantah dan diingkari. 

Begitulah yang akan terus-menerus bersambung. Saya tidak mahu memperpanjangkan perkara ini melainkan jika saya mahu. Malah, tidak ada guna pun untuk merespons kalau dari awal lagi sememangnya dari awal lagi adalah penolakan. Sebeginilah selalunya yang datang bertanya dan menegur.

Pun begitu, bukan bermakna saya tidak menghargai teguran daripada para pembaca, lebih-lebih lagi pembaca yang ada mengambil manfaat daripada penulisan saya dan mengaut pemahaman daripada pandangan saya. Saya faham bahawa teguran ini sebenarnya untuk menzahirkan kekecewaan setelah dapat tahu yang saya ini tidak sepertimana yang disangka, lebih-lebih lagi jika seseorang mula mengikuti saya tanpa mengetahui tentang erotisisme saya.

Akan tetapi, saya memohon maaf kerana saya perlu bertekad dengan pilhan yang saya ambil dan perlu menolak teguran seperti ini. Saya telah menyatakan justifikasi saya tentang hal ini bersama penghujahan ilmiah dalam mempertahankan dasar prinsip, pendirian dan pandangan saya. Maafkan saya kerana saya menjadi insan yang tidak sepertimana yang para pembaca ada tanggapan berlainan terhadap realiti yang ada pada saya.

Sebab itulah saya dari awal lagi tidak suka jika seseorang yang mengenali saya ini gemar mengupas, membahas, berkongsi dan menganalisis perbincangan dan topik ilmu agama seakan-akan saya ini memiliki imej agamawan, kemudian merasa hampa dapat tahu yang saya ini senyap-senyap menyukai dan melayani bahan erotik. Sebab itu dari awal lagi saya cuba mendedahkan keseluruhan yang ada pada diri saya tanpa berselindung agar orang tidak berhadapan dengan perasaan sedemikian.

Saya berterima kasih kepada para pembaca yang mengambil manfaat yang berguna daripada perkongsian saya. Semoga ia mencambahkan minda kalian, menajamkan daya intelektual serta membina kefahaman yang utuh berdasarkan penghujahan yang bernas, seterusnya memandu kita untuk mencapai ke jalan yang lurus yang membahagiakan kita semua di dunia dan di akhirat.

Untuk bahagian erotisisme, saya tidak ada masalah jika tidak bersetuju apa yang saya pilih. Malah, jika sememangnya mahu meninggalkan saya, saya tetap tidak ada masalah dan saya tidak rugi apa-apa. Saya tetap akan terus untuk menyumbang bakti dalam arena ilmiah sedaya yang saya boleh semata-mata untuk mengharapkan keredhaan Yang Maha Pengasih dan menjadi hamba-Nya yang terbaik serta merancakkan tradisi keilmuan meskipun tidak ada orang peduli tentang saya atau merintangi saya.

Pun begitu, saya masih menganggap mereka semua sebagai saudara meskipun tidak dapat bertoleransi dalam isu erotisisme. Saya tidak ada masalah pun untuk kekal bersama seperti berbincang atau saling berkongsi pandangan atau sama-sama menyuarakan isu agama dan berjuang dalam barisan yang satu sehinggalah kepada sosial secara normal di wahana yang bersesuaian. 

Biarlah kita tidak sefahaman dalam isu erotisisme, tetapi kita sama-sama membantu untuk kebaikan dan kebenaran dengan cara-cara masing, tetapi dalam satu jemaah yang bertujuan dan berhaluan yang murni.

Celoteh 106 : Soalan Yang Mampu Menjatuhkan Seseorang

Nota : Penulisan ini adalah intisari daripada penulisan saya yang berjudul «Diari Diri : Apa Sebab Saya Tidak Merespons Sebahagian Pertanyaan Dan Pertikaian?».

Bukan semua soalan patut kita respons dan jawab. Bukan kerana kita tidak tahu jawapan untuknya atau ia di luar daripada kemahiran kita, tetapi soalan tersebut sama ada ia sememangnya bermotif jahat untuk merobekkan kedudukan kita atau ia mungkin sekali tidaklah didorong dengan motif yang jahat, tetapi ia mampu menjatuhkan kita jika kita menjawabnya.

Al-Buẖōriyy pernah ditanya tentang pelafazan al-Quran; sama ada ia makhluk ataupun tidak. Akan tetapi, dia berpaling daripadanya dan tidak menjawabnya. Sehinggalah didesak tiga kali, barulah dia menjawab. Katanya :

القُرْآنُ كَلاَمُ اللهِ غَيْرُ مَخْلُوْقٍ، وَأَفْعَالُ العبَادِ مَخْلُوْقَةٌ وَالامْتِحَانُ بِدْعَةٌ

"Al-Quran adalah kalam Allah, bukan makhluk. Perbuatan-perbuatan hamba adalah makhluk. Pengujian itu adalah bidaah". [Siyar A*lām an-Nubalā^, jilid 12, m/s 454, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut].

Namun, apa jadi dengannya setelah menjawab persoalan ini? Walaupun ia adalah betul dan didasari hujah, tetapi ia juga tetap dijadikan modal untuk dijatuhkan sehingga menyebabkan dia menjadi orang buangan dalam fasa akhir hidupnya sehinggalah kepada kewafatannya.

Bahkan, sememangnya ada persoalan yang ditimbulkan kerana memang menyelindung motif yang jahat. Abū al-*Abbās Aḥmad bin Ya*qūb menceritakan :

كان يحيى بن أكثم يحسد حسدا شديدا وكان مفتنا. فكان إذا نظر إلى رجل يحفظ الفقه سأله عن الحديث، فإذا رآه يحفظ عن الحديث سأله عن النحو، فإذا رآه يعلم النحو سأله عن الكلام ليقطعه ويخجله فدخل إليه رجل من أهل خرسان ذكي حافظ فناظره فرآه مفتنا، فقال: نظرت في الحديث؟ قال: نعم. قال: فما تحفظ من الأصول؟ قال: أحفظ: شريك عن أبي إسحاق عن الحارث أن عليا رجم لوطيا. فأمسك فلم يكلمه بشيء.

Yaḥyā bin Akṯam selalu mendengki dengan kedengkian yang sangat. Dia seorang penyesat. Dahulu, apabila dia melihat seseorang menguasai ilmu fiqh, dia menyoalnya tentang ilmu hadis. Apabila dia melihatnya menguasai ilmu hadis, dia menyoalnya tentang ilmu nahu. Apabila dia melihat seseorang mengetahui tentang ilmu nahu, dia menyoalnya tentang ilmu kalam untuk menyerang dan memalukannya. Lantas, datang seseorang kepadanya daripada penduduk Khurasan yang pandai lagi hafiz. Lalu, Yaḥyā memerhatikannya. Lalu, dia mengujinya untuk melakukan kekacauan. Yaḥyā berkata kepadanya: "Engkau celik dalam ilmu hadis?". Dia berkata: "Ya". Yaḥyā berkata: "Apa yang engkau hafal daripada ilmu uṣūl?". Dia berkata: "Aku menghafal bahawa Šarīk
Daripada Abū Isḥāq Daripada al-Ḥāriṯ: Bahawasanya *Aliyy merejam peliwat". Lalu, dia pun terdiam dan tidak berkata apa-apa kepadanya. [Tārīẖ Baġdād, karya al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy, jilid 16, m/s 286, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf].

Bayangkan seorang fuqaha yang besar juga tidak terlepas dari perasaan dengki dan suka menjatuhkan orang lain dengan melontarkan pelbagai soalan. Patutkah kita melayaninya dan memperuntkkan masa yang panjang untuk memuaskan orang yang dari awal lagi tidak berpuas hati dengan kita?

Bagi yang telah mengenali saya, sememangnya ada pandangan yang kontroversi dan menimbulkan perasaan cemas pada sebahagian orang. Saya akui hal itu serta itulah yang saya perlu jangka dan hadapi apabila saya mengumumkan pandangan saya. Akan tetapi, saya tidak menyentuh sebahagian perbahasan dan isu kerana saya sedar ia mampu memakan diri saya walaupun saya akan membentangkannya dengan hujah ilmiah dan yang paling kuat pada saya.

Saya bersumpah demi tuhan yang menggenggam nyawa saya! Saya bersumpah demi tuhan yang mengetahui isi jiwa hamba-Nya! Saya adakalanya tidak meresponsnya bukan kerana saya kekosongan hujah atau bukan kerana saya gentar, tetapi saya sangat cakna bahawa ia membahayakan saya dengan kerosakan yang sangat besar dan ia bukan isu yang utama sehingga ia layak diberikan perhatian.

Sebab itulah saya membiarkan orang ramai bersangka tentang saya berdasarkan apa yang mereka peroleh kefahaman tentang pola pemikiran saya dan manhaj yang saya bawa. Itu lebih baik daripada saya ditimpa nasib yang buruk. 

Bukanlah saya ingin menyamakan situasi saya sama seperti al-Buẖōriyy atau saya ada sekedudukan dengannya, tetapi saya belajar daripada sejarah tentang jenis persoalan dan kesudahan apabila soalan itu dilayan. Saya berharap saya tidak mengulanginya sepertimana yang dilalui mereka.

Jika saya berkeras untuk tidak menjawabnya sekalipun tertutup atau dijanjikan rahsia itu disimpan atau saya menjawabnya, tetapi tidak secara eksplisit, ketahuilah bahawa kemungkinan itulah soalan yang saya maksudkan dan saya sememangnya menyerahkan para pembaca atau teman mengutarakan persangkaan. 

Saya tidak akan merespons sama ada untuk membenarkannya atau menafikannya. Saya mungkin akan disakiti kerana adanya persangkaan yang tidak baik terhadap saya, tetapi itu lebih baik daripada menanggung bebanan yang besar dalam hidup.

Saya doakan mereka yang mendesak persoalan tersebut akan diuji sepertimana saya diuji yang berupa tekanan dan kesempitan. Sememangnya seronok dapat menjatuhkan orang, lebih-lebih lagi terhadap orang yang benci. Namun, bagaimana pula jika terkena pada diri sendiri jika Allah berkehendak? Fikirkanlah.

Ambilanhttps://amirkazuma.tumblr.com/post/661951161602080768/celoteh-peribadi-106-soalan-yang-mampu

Celoteh 107 : Tidak Boleh Mengkritik Kalau Tidak Pernah Bersemuka, Tiada Sanad Pengajian Dan Tiada Penguasaan Sembilan Ilmu Alat?

Sangat melucukan apabila sebahagian aswajaean memaparkan hipokrit mereka dalam usaha mereka untuk mendiamkan orang yang mengkritik mereka atau tokoh-tokoh mereka. Setiap kali kita melontarkan kritikan, pasti mereka akan mempersoalkan sanad pengajian kita, penguasaan ilmu alat kita serta sikap kita yang kelihatan tidak hormat terhadap mereka yang telah wafat dan tidak tidak mampu membela diri mereka.

Mereka berkata: "Tidak perlulah kritik para ulama yang telah wafat dan tidak boleh mempertahankan diri mereka!". Saya berkata: "Kalau begitu, janganlah kalian kritik Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, Ibn Taymiyyah, Ibn Qoyyim al-Jawziyyah, Muḥammad bin *Abdul Wahhāb dan lain-lain dari kalangan salafi yang telah pun meninggal dunia dan tidak boleh membela diri mereka lagi!".

Mereka berkata: "Kalau kamu ingin mengkritik ulama ini, jumpalah secara berhadapan". Saya berkata: "Sepertimana kamu mengkritik tokoh salafi, tetapi kamu tidak pernah jumpa berhadapan pun. Bahkan, kritikan kamu terhadap liberal dan golongan apostasi sekalipun juga sebegitu!".

Mereka berkata: "Kamu tidak ada sanad pengajian kitab ulama ini pun untuk mengkritik pandangan dalam kitab ini atau mengutip pandangan daripada kitab ini!". Saya berkata: "Seperti itu juga kalian lakukan pada kitab Abū Sa*īd ad-Dārimiyy dan Abū Bakr al-H̱ollāl ketika kalian mencela mereka!".

Mereka berkata: "Kamu tidak ada sembilan ilmu alat yang cukup untuk menghadam karya ulama ini". Saya berkata: "Sebegitu juga kalian ketika mengkritik karya Ibn Taymiyyah dan Ibn Qoyyim al-Jawziyyah yang telah diperakui sebahagian ulama besar terhadap keilmuannya! Bahkan, sembilan ilmu alat yang kalian ada pun akhirnya menuduh buruk terhadap Abū Sa*īd ad-Dārimiyy dan Abū Bakr al-H̱ollāl yang mana ia tidak pernah dituduh buruk oleh mana-mana ulama hatta dari kalangan tokoh besar ašᶜarian pun! Itukah kegunaan hasil sembilan ilmu alat?".

Mereka berkata: "Tidak ada sesiapa pun yang menuduh buruk terhadap para ulama tanah air kita dan mereka ini diterima di masyarakat tempatan kita secara khusus berzaman-zaman". Saya katakan: "Namun, kalian juga yang melemparkan kenistaan terhadap Abū Sa*īd ad-Dārimiyy dan Abū Bakr al-H̱ollāl yang telah diterima oleh para ulama setelah 900 tahun kewafatan mereka berdua!".

Manhaj golongan aswajaean ini sememangnya penuh dengan hipokrit, percanggahan, kecelaruan dan toksik. Saya telah mendedahkannya di banyak tempat dalam membongkar, mendedah dan membantah pemikiran dan manhaj mereka yang serba rosak dan berbahaya. Apa yang tertulis di sini cumalah sebahagian kecil daripada kepincangan yang ada pada mereka.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/661953591049879553/celoteh-peribadi-107-tidak-boleh-mengkritik

Celoteh 108 : Jika Ditanya Kepada Saya Tentang Status Hadis

Kadangkala, saya diajukan persoalan tentang status bagi sesuatu hadis. Saya minta maaf kepada para penanya kerana tidak dapat memenuhi permintaan kalian sepenuhnya untuk menjawabnya. Ini kerana adakalanya kajian hadis ini memerlukan masa yang panjang dengan melihat pelbagai rujukan untuk melihat pusat sanadnya, maklumat perawi dan analisis perbandingan sebelum memberi kesimpulan tentang status hadis. Adakalanya, kajian tersebut boleh dijadikan sebagai penulisan khas sama ada berbentuk artikel atau buku.

Saya pernah membuat kajian sepintas dengan melihat zahir sanad sahaja kerana mahu merespons pertanyaan yang diajukan. Cuma, apabila saya membuat kajian sedemikian, saya mendapati hadis tersebut berstatus dhaif ringan. Akan tetapi, dalam masa yang sama, saya juga menemukan beberapa jalur sanad yang memaparkan lafaz yang berbeza daripada matan hadis yang dhaif tadi. Saya mengesyaki bahawa berkemungkinan hadis dhaif ringan itu adalah munkar atau berlakunya penyelisihan.

Akhirnya, saya tidak dapat menunaikan permintaan penanya secara penuh kerana ia memerlukan kajian yang lebih mendalam tentangnya. Saya hanya menjawabnya dengan bahawa kajian secara sepintas saya mendapati bahawa ia adalah hadis dhaif ringan dan dalam masa yang sama, saya mengesyaki bahawa hadis tersebut adalah munkar, tetapi saya tidak dapat melanjutkan kajian kerana kekangan masa atau pelbagai halangan yang lain.

Sejujurnya, saya tidak akan mendedikasikan diri saya dalam mengkaji sesuatu hadis melainkan ia ada melibatkan kepentingan saya sama ada dalam penghasilan penulisan, mempertahankan pandangan saya, mengukuhkan justifikasi saya atau yang saya mahu untuknya. Untuk selain itu, saya selalunya tawaqquf dan menyerahkan orang lain untuk mengikut tokoh atau ahli ilmu yang dia rasakan boleh bersandar pandangan dengannya jika tidak mampu membuat kajian independen.

Barulah saya faham betapa letihnya menjadi seorang ahli hadis. Walaupun saya mungkin tidaklah menjadi pengembara ke serata negara sepertimana para sarjana hadis terdahulu, tetapi saya juga tetap merasakan lelah dan lesu. 

Mencari hadis untuk membanding pusat sanadnya pun sudah melelahkan. Belum lagi untuk menyemak maklumat perawi dan analisis sanad dan matan. Jika perlu menghasilkan penulisan, tambah lagi tenaga untuk membuat kerja baru.

Sebab itulah kita perlu hargai jasa ahli hadis sepanjang zaman dalam memelihara, menjaga dan berfatwa tentang status hadis kerana bukan mudah untuk melaksanakan kerja ini dan merealisasikan tradisi hadis di lapangan ilmu. 

Semenjak dari zaman dahulu lagi yang ahli hadis ini tidak dominan sepertimana para fuqaha. Zaman terkemudian ini walaupun ramai namanya, itu tidak sebanding tokoh dalam bidang ilmu yang lain.

Ilmu hadis ini amat membosankan bagi orang awam yang tidak ada penghayatan kepentingan memerhati analisis sanad dan kesabaran untuk mengamati perbahasan ilmu riwayat. Yang penting bagi mereka cumalah faedah makna dan penghuraian isi yang terkandung padanya atau sekadar ingin tahu kesimpulan statusnya. 

Ilmu hadis ini pula amat meletihkan para pengkajinya kerana memerlukan kesungguhan yang menggunung dan memperuntukkan masa yang banyak untuk mendapatkan kesimpulan bagi satu status hadis.

Tidak ramai yang minat dalam ilmu hadis dan tidak ramai pula yang ingin menceburkan diri sepenuh masa dalam kajian hadis. Inilah kebiasaan yang melata di mana madrasah pengajian ilmu agama. Ilmu ini sangat penting, tetapi amat lelah untuk dipelajari kerana perlunya mengetahui pelbagai sumber rujukan dalam ilmu hadis, manhaj penulisan para penulis kitab, maklumat perawi, teori kajian *ilal al-Ḥadīṯ dan praktikal yang penuh dengan bebanan. Sebab itulah ramai yang terhenti pada bahagian ilmu musṭolaḥ al-Ḥadīṯ dan mengambil secara sepintas tentang manhaj pembukuan sesuatu rujukan dalam ilmu hadis.

Semoga Allah merahmati tokoh-tokoh ahli hadis yang sanggup menekuni kajian ini dengan sepenuh masa hayatnya dan merancakkan tradisi kritis ilmu hadis kerana kecintaannya kepada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang mendalam dan kepekaannya terhadap pemeliharaan agama dari penyelewengan yang tinggi. 

Mereka adalah golongan yang sedikit di muka bumi, tetapi mereka ini adalah tiang untuk masyarakat bersandar dan emas yang dicari-cari para penuntut ilmu yang mendambakan warisan yang asli, tulen lagi terpelihara.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/662211352130109440/celoteh-peribadi-108-jika-ditanya-kepada-saya

Celoteh 109 : Keluasan Ilmu *Abdullah Al-Ġumāriyy

Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ berkata tentang gurunya; *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy :

إن من العلماء من فاقتهم كتبهم ومنهم من فاقوا كتبهم. وشيخنا رحمه الله تعالى من النوع الثاني. فإذا سئل أجاب بأكثر مما في الكتاب. ولا يقول لك: "انتظر" أو "سأرجع. ويحب أن يسأل عما أشكل على الكبار". ومن لازمه عرف ذلك وفهم قدره. والتوفيق من الله وسبحان الله الوهاب.

Sesungguhnya sebahagian ulama ada yang kitab-kitab mereka mengatasi mereka dan sebahagian mereka yang mengatasi kitab-kitab mereka. Syeikh kami -semoga Allah Ta*ālā merahmatinya- termasuk daripada jenis yang kedua. Apabila dia ditanya, dia akan menjawab dengan lebih banyak daripada apa yang di dalam kitab. Dia tidak berkata kepada engkau: "Tunggu" atau "Nanti aku rujuk. Digalakkan untuk bertanya apa yang dimusykilkan kepada tokoh kebesaran". Sesiapa yang melaziminya, pasti akan mengenali hal itu dan memahami kadarnya. Taufik daripada Allah dan Maha Suci Allah Yang Maha Penganugerah. [Tašnīf al-Asmā^ Bi Šuyūẖ al-Ijāzah al-Asmā^, m/s 660, keluaran Dār al-Kitāb al-Miṣriyyah].

Sememangnya benar apa yang diungkapkan oleh Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ. Tatkala saya menelaah kitab *Abdullah al-Ġumāriyy yang berjudul «Bida* at-Tafāsīr», memang akan didapati betapa luasnya pembacaannya dan betapa saujananya ilmunya.

Kitab ini mengumpulkan tafsir yang pelik serta menyalahi kaedah tafsir dan pelbagai disiplin ilmu dari pelbagai kitab dari pelbagai aliran; ahli sunnah, muᶜtazilian, syiah dan modernis. Bayangkan betapa luasnya pengamatannya yang mana di zamannya belum ada perisian Maktabah Syamilah yang memudahkan pencarian dan pengumpulan kitab. 

Bayangkan bagaimana seseorang itu mampu mengumpulkan pelbagai tafsir yang ada di seluruh pelusuk dunia dan seluruh zaman. Malah, sebahagian kitab tersebut masih tidak ada dalam Maktabah Syamilah. Bagaimana mungkin seorang yang terhad pembacaannya dan sedikit wadah ilmunya akan dapat menghasilkan kitab sebegini?

Tidak hairan bahawa kitab ini antara yang *Abdullah al-Ġumāriyy sendiri berbangga dengannya sepertimana yang dinyatakan dalam «Sabīl at-Tawfīq» kerana ia tidak pernah didahului penulisannya oleh mana-mana orang pun. Ini adalah inisiatif yang dirintis olehnya. 

Sememangnya insan sepertinya layak berbangga memandangkan capaian ilmunya yang melayakkan diri dalam kedudukan al-Ḥāfiẓ. Malah, sudah cukup kitab ini membuktikan lautan ilmunya, cakerawala pembacaannya dan gudang hafalannya.

Itu baru sahaja satu kitab ini. Sekarang ini, telah dikumpulkan seluruh karyanya dalam ensiklopedia yang diberi nama «Mawsū*ah al-*Allāmah al-Muḥaddiṯ al-Mutqin Sayyidi aš-Šarīf *Abdullah Ibn Muḥammad Ibn aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy al-Ḥasaniyy» yang memiliki 19 jilid. Maknanya, satu buku yang disebutkan tadi ini adalah sekadar bahagian kecil daripada karya peninggalannya. Bagaimana pula jika seseorang mengamati karya-karyanya yang lain? Tidakkah dia akan mendapati keluasan ilmunya yang berganda lebih banyak daripada kitab tadi?

Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ yang merupakan anak muridnya juga mewarisi ketokohan dan kewibawaan gurunya ini. Karya-karyanya yang telah terabadi membuktikan keirasan capaiannya dengan gurunya dalam keluasan ilmu dan hafalan. 

Sememangnya inilah juga yang ada pada para ulama kita. Jika zaman sekarang pun sudah cukup membuatkan kita merasa takjub dan hampir menyatakan bahawa ia adalah kegilaan, tentu lagi yang terdahulu juga adalah jaguhan yang sukar menemukan setara dengannya.

Sememangnya mengenali insan seperti ini membuatkan kita kerdil kerana adakalanya kita ini adakalanya terlepas pandang, jahil dan alpa dalam perkara asas, teras, dasar, akar dan pokok bagi sesuatu isu. 

Usah berbicara pula tentang yang ranting, cabang dan hujung bagi sesuatu perkara. Adakalanya, kita pula terkial-kial untuk menjawab pertanyaan, berdepan dengan ketidaktahuan ketika persoalan diajukan serta kekontangan idea dan pengetahuan dalam sesuatu isu ketikamana ingin membahaskan tentang sesuatu perkara.

Sebab itulah adalah selayaknya kita yang sangat sedar tentang kekurangan diri kita agar tidak terlalu menyibukkan diri dalam perbahasan dan pendebatan kerana kita akan melangkaui had yang tidak sepatutnya ketika menyampaikan sesuatu pendapat dan mengisi sesuatu tong tanpa ada simpanan minyak yang mencukupi. 

Lebih baik kita menyerahkan tanggungjawab ini kepada ilmuwan yang layak dan telah terbukti kemampuan ilmunya. Mereka mungkin sahaja lebih nampak sesuatu hakikat berbanding kita yang cukup terhad gapaian kita.

Menyedari tentang ini seharusnya melahirkan keinsafan kepada diri kita agar menekunkan diri dalam mempelajari ilmu jika seseorang itu benar-benar bercita-cita ingin berdiri di kemuncak kefaqihan. Ia tidak akan sampai melainkan seseorang itu sanggup menempuhi keperitan, pengorbanan masa, pelaburan tenaga yang banyak dan fokus yang tidak tergugat. 

Jika kita ingin mengalah, kenanglah bagaimana kesungguhan para ulama untuk sampai kepada impian tersebut. Daripada situ, kita tidak akan berdalih lagi dan reda kelesuan kita dalam perjalanan mencari ilmu.

Semoga Allah merahmati para ulama kita yang menjadi gudang ilmu kepada masyarakat, sumber tadahan manfaat kepada para pencarinya dan pembela umat yang berkelengkapan penuh daripada serangan ilmiah dari pelbagai arah. Semoga ketulusan mereka menjadi inspirasi kepada para pengikutnya, warisan yang bermakna untuk masyarakat dan pahala yang bercucuran sehingga hari kiamat untuk mereka.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/662216156231434240/celoteh-peribadi-109-keluasan-ilmu-abdullah

Celoteh 110 : Keunggulan Keluarga Al-Ġumāriyy Masih Tertimbus

Keluarga al-Ġumāriyy adalah keluarga ahli bait yang istimewa dalam sejarah muslim. Mereka terdiri daripada Aḥmad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy dan anak-anaknya; Aḥmad, *Abdullah, Muḥammad az-Zamzamiyy, *Abdul Ḥayy, *Abdul *Azīz, al-Ḥasan dan Ibrōhīm yang mana kesemua mereka adalah para ulama. Jarang untuk menemukan satu isi keluarga yang berkumpulnya ahli ilmu secara keseluruhan.

Tidak cukup dengan itu, masing-masing ada pola pemikiran yang unik yang tidak berkongsi sama antara sesama adik-beradik. Yang paling menonjol dalam sejarah adalah lima yang terawal. Mereka semua adalah tokoh sufi yang menjadi reformasi kepada tradisi kesufian dalam menghidupkan budaya kritis dalam penerimaan praktik kesufian, melawan taklid yang tercela dan menentang ketaksuban mazhab.

Keunikan mereka ini tidak ada daripada golongan aswajaean kendatipun mereka ini diangkat tinggi dan dijulang dengan penuh kebanggaan oleh golongan ini. Ini kerana keluarga ini memainkan peranan yang besar lagi aktif dalam membela amalan kesufian kecuali Muḥammad az-Zamzamiyy dan melawan aliran wahabi secara khusus serta mereka ini adalah zuriat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-.

Sangat jarang untuk menemukan mereka benar-benar mempraktikkan manhaj mereka yang mendasar, iaitu menentang ketaksuban dan melawan taklid yang tercela serta menyeru kepada pengamalan mengikut sunnah.

Keluarga ini dijulang-julang seakan-akan mereka adalah sebahagian daripada golongan ini walaupun dasar besar manhaj keluarga ini begitu berlawanan dengan arus perdana golongan ini. Sebab itulah apabila kita membaca biografi mereka, khususnya daripada mereka yang sekadar mengenalnya dari jauh tidak begitu menekankan manhaj mereka ini. Apa yang ditekankan adalah mereka ini adalah ahli bait yang sufi yang melawan wahabi. 

Jauh berbeza dengan apa yang digambarkan oleh Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ; salah seorang murid dan pengikut keluarga ini tentang semangat mereka dalam ikutan kepada dalil, beriltizam dengan sunnah dan menentang ketaksuban walaupun dia menyebutkan tentang penentangan terhadap wahabi.

Yang lebih menyedikan lagi adalah keunikan mereka ini kelihatan tidak begitu dirasai oleh rata-rata umat Islam, khususnya sufi dan lebih khusus lagi, di nusantara kita ini walaupun nama-nama mereka ini megah dalam pengaruhnya kerana mereka ini adalah pembela kepada amalan kesufian dan menentang wahabi. 

Malah, sudah ada pun kitab yang dihasilkan untuk membantah beberapa orang daripada keluarga ini, khususnya Aḥmad dan *Abdullah. Ini bermaksud mereka ini terkenal dan luas pengaruhnya, tetapi dalam masa yang sama masih terpencil. Apa yang sudah terjadi? Mungkin ini adalah fenomena yang patut dikaji.

Pada saya, ini tidak menghairankan kerana tidak banyak kitab yang telah diterjemahkan ke bahasa Indonesia. Padahal, bukan semua buku mereka adalah tebal yang mana jika ia diterjemahkan, boleh dicantumkan dengan lima atau enam judul dalam satu buku. 

Yang saya dapati pada saat ini adalah «al-Arba*īn al-Ġumāriyyah» dan «Bida* at-Tafāsīr» yang kedua-duanya karya *Abdullah al-Ġumāriyy telah pun diterjemahkan. Oleh sebab khazanah ini tidak ada dalam bahasa tempatan kita, maka ia masih terkambus dalam kitab-kitab Arab sehingga terselindung permata ini dari mata masyarakat.

Malah, saya sebenarnya mula mengenali dan tergerak untuk mendalami keluarga ini apabila membaca perkongsian Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ di hantaran Facebook. Kalau Maḥmūd tidak mengongsikannya, saya pun akan sama sepertimana orang lain yang mengenali hanya pada nama sahaja atau sekilas sahaja. 

Walaupun perhubungan semakin mudah dan pantas, tetapi Maḥmūd masih berbicara dalam bahasa Arab. Maknanya, jurang bahasa masih ada antara dia dengan warga nusantara. Bagaimana warga nusantara ingin dapat mengenali keluarga ini jika terdapat halangan dari segi bahasa?

Mereka yang pernah menuntut ilmu daripada Maḥmūd pula bukan semestinya akan membawa manhaj keluarga al-Ġumāriyy apabila pulang ke tanah air mereka. Sudahlah kitab keluarga ini dalam bahasa Arab. Bagaimana pula untuk memperkenalkan kepada masyarakat yang rata-ratanya tidak mahir bahasa Arab tentang keunikan keluarga ini?

Saya juga melihat bahawa karya-karya mereka ini tidak diberikan penjagaan yang baik melainkan karya *Abdullah al-Ġumāriyy yang telah berjaya diensiklopediakan dengan judul «Mawsū*ah al-*Allāmah al-Muḥaddiṯ al-Mutqin Sayyidi aš-Šarīf *Abdullah Ibn Muḥammad Ibn aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy al-Ḥasaniyy» yang memiliki 19 jilid. 

Semoga Allah melimpahkan kebaikan yang berkekalan sehingga hari kebangkitan bagi yang terlibat dalam gerak kerja yang agung ini. Saya berharap ada usaha yang besar untuk menyimpan khazanah adik-beradik yang lain daripada hilang ditelan zaman walaupun sebahagiannya boleh diisytiharkan sedemikian.

Namun, saya memendam rasa pesimistik bahawa saya tidak merasakan cita-cita ini akan dapat direalisasikan secara sempurna kerana mungkin ada beberapa isu yang lain, khususnya pemikiran dan manhaj. 

Antaranya adalah Aḥmad al-Ġumāriyy sangat keras penentangannya terhadap ašᶜarian yang sememangnya melanggar ikutan besar aliran sufi. Kalamnya dalam penentangan terhadap aliran ini telah dikumpulkan oleh Ṣōdiq bin Sālim bin Ṣōdiq dalam «Ḏamm al-Ašā*iroh Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifah». 

Jika Ṣōdiq bin Sālim tidak mengumpulkannya, kita pun akan menyangka bahawa Aḥmad al-Ġumāriyy adalah ašᶜarian kerana tersorok fakta ini dan dibesar-besarkan bahawa dia adalah sufi tegar yang melawan wahabi.

Begitu juga dengan Muḥammad az-Zamzamiyy. Para sufi arus perdana pasti akan membenci karyanya yang berjudul «az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh» kerana kitab ini banyak mengkritik keras terhadap sufi yang jahil dan pengamalan yang meluas secara turun-temurun yang telah bersebati menjadi tradisi. 

Malah, dia sendiri juga diboikot oleh para sufi sekelilingnya kerana lantang menyuarakan kebatilan yang ada pada sufi jahil ini dan tegas dalam mengajak kepada praktik mengikut sunnah.

Manakala *Abdul *Azīz, dia sendiri mengakui bahawa dia tidak menyukai ilmu kalam dan menjauhi ilmu ini sepertimana katanya dalam «Ta*rīf al-Mu^tasī Bi Aḥwāl Nafsī». Sememangnya ini melanggar tradisi dasar dalam aliran al-Aš*ariyy dan golongan ini agak tidak gemar untuk mendengarkan kalam seperti ini. 

Dalam penyebutan pegangan akidahnya, dia sendiri tidak menyebutkan secara jelas bahawa dia adalah ašᶜarian. Malah, tidak akan diharainkan jika dia ini termasuk yang menentang aliran ašᶜarian kerana dia memiliki pola pemikiran yang seiras dengan abang sulungnya; Aḥmad.

Malang sekali kalau usaha pengensiklopediakan atau pengumpulan karya mereka sehingga menjadi satu judul yang tercantum tidak dilaksanakan kerana ada isu pertembungan aliran. Bertambah lagi teruk apabila mendakwa pecinta ahli bait, tetapi tiada usaha yang murni untuk memelihara wadah ini daripada dilupakan dan dihilangkan dari sejarah. 

Sesungguhnya perbuatan ini amat merugikan umat yang melenyapkan keunikan keluarga ini dari mata dunia. Sangatlah tempang jika kita hanya terlalu memperkenalkan *Abdullah al-Ġumāriyy dan mengabaikan adik-beradiknya yang lain, lalu hanya diperkenalkan dengan satu naratif dari aliran tertentu sahaja.

Kita tidak akan dapat melihat keistimewaan keluarga ini dengan hanya melihat pada satu tokoh sahaja. Kita perlu melihat bagaimana perbezaan pola pemikiran mereka dan bagaimana pertembungan antara sesama mereka serta faedah yang kita boleh ambil daripada zuriat baginda -ṣollallahu *alayhi wasallam- daripada keluarga al-Ġumāriyy. 

Jika kita adalah pecinta ahli bait yang objektif dan tidak bias, maka perkenalkan mereka ini kepada masyarakat tentang warisan daripada ahli bait biarpun berbeza aliran supaya kita memahami corak perjalanan ulama dari ahli bait dalam manhaj pemahaman agama.

Bagi yang ingin meneroka keunikan ini, sememangnya perlu menelaah karya mereka atau mengikuti perkongsian daripada murid atau mereka yang rapat dengannya. Jika kita sekadar membaca apa yang tertulis di internet seperti forum dan artikel secara khusus yang bukan daripada coretan pena yang rapat dengan mana-mana ahli keluarga ini, kita tidak akan dapat melihat hakikat sebenar manhaj mereka ini melainkan sekelumit sahaja atau mungkin pandangan bias sahaja. Gambaran sebenar terkambus pada kitab mereka dan ia perlu digali atau pada yang rapat dengan mereka.

Saya tidaklah kata bahawa saya adalah orang yang benar-benar mengenali keluarga ini persis sepertimana Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ, *Abdul Mun*im bin *Abdul *Azīz bin Muẖmmad bin aṣ-Ṣiddīq dan lain-lain dari kalangan mereka yang telah lama berdampingan atau yang berada di persekitaran terdekat dengannya atau yang telah lama mengkaji keluarga ini. 

Saya ingin mengatakan bahawa persepsi saya terhadap keluarga ini berubah yang tidak sama dengan apa yang selalu diperkenalkan kepada saya semasa saya belum menerokanya dan apa yang saya nyatakan ini adalah dapatan saya yang semampunya setelah saya mengikuti beberapa cerita daripada temannya dan melihat sendiri apa yang terkandung dalam karyanya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/662228311548821504/celoteh-peribadi-110-keunggulan-keluarga

Celoteh 111 : Keluarga Al-Ġumāriyy : Antara Naratif Aswajaean Dan Realiti



Saya telah menyebutkan di banyak tempat dalam memperkenalkan manhaj keluarga al-Ġumāriyy dan beberapa perkara yang berkaitan dengannya. Sememangnya mereka semua mempamerkan keunikan yang tidak pernah ada dalam sejarah ahli bait atau mungkin sekali tidak akan ditiru bagi mana-mana generasi sesudahnya. 

Saya sememangnya akan menyebutkan mereka dengan penuh penghormatan dan ketakjuban. Semoga Allah terus memelihara rasa cinta saya kepada ahli bait, para ulama dan ahli kebenaran.

Cuma, ketikamana saya memperkenalkan keluarga ini, saya selalu menyatakan bahawa arus aliran keluarga ini tidak sepertimana arus perdana mereka yang aswajaean. Keluarga ini memiliki isu mendasar yang jauh berbeza dengan manhaj, praktik dan tradisi keilmuan mereka. 

Saya cakna bahawa apa yang saya lakukan ini sememangnya menyinggung aswajaean dan tidak menyenangkan mereka kerana saya seolah-olah sedang menggambarkan keluarga ini bermusuhan dengan mereka.

Mungkin akan ada yang menuduh saya ini berlebih-lebihan dalam menceritakan dapatan saya dalam rangka mencemuh aswajaean yang penuh dengan taklid buta, ketaksuban, kepincangan manhaj dan pelbagai lagi yang lain.

Sebenarnya, ia adalah realiti secara tidak langsung yang telah saya sebutkannya di pelbagai tempat yang mana saya berkongsi perolehan saya dalam pembacaan kitab-kitab mereka dan perolehan saya melalui perkongsian mereka yang rapat dengannya. Bagi yang tidak percaya, dipersilakan untuk semak fakta yang saya bentangkan dalam penulisan saya.

Walau apapun, sebagai contoh, kita lihat bagaimana *Abdul Mun*im al-Ġumāriyy; anak kepada salah seorang tokoh daripada keluarga ahli bait ini,;*Abdul *Azīz bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq memperkenalkan datuknya ketika mengenangkannya bersempena hari kewafatannya. Kita dapati ada dua naratif ketika berbicara tentang Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq.

Naratif yang pertama adalah penyifatan Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq sebagai seorang yang berkeahlian dalam mazhab mālikian sama ada pada usulnya dan furuknya. Dia juga dahulu seorang yang mahir uṣūl fiqh. 

Apabila dia berbicara, dia akan mengemukakan apa yang menunjukkan berketerampilan kuatnya. Aḥmad al-Fuḍoyliyy; salah seorang ulama yang berkepakaran dalam uṣūl fiqh pernah menziarahi ke rumahnya di Tangier. Lalu, dia berbincang dengannya. Lantas, Muḥammad membawakan suatu permasalahan uṣūl yang menggirangkan al-Fuḍoyliyy dengan keseronokan dan ketakjuban.

Secara zahirnya, memang tidak nampak ada apa-apa masalah. Namun, *Abdul Mun*im menerangkan realitinya dengan memetik daripada penyebutan ayah saudaranya; Aḥmad dalam «Subḥah al-*Amīq» bahawa Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq dahulu selalu menempelak ketaksuban mazhab dengan tempelak yang amat. 

Pada masanya, ketaksuban bertebaran sama ada taksub mazhab, iaitu mālikian dan taksub kepada tarekat kesufian. Dia selalu menjauhkan diri daripada fuqaha mazhab mālikian yang bertaklid dan taksub kepada pendapat-pendapat mazhab mereka dan terjadinya beberapa perdebatan bersama mereka. Sama seperti dia menjauhkan diri daripada sebahagian orang yang taksub kepada jalan kesufian yang mana sebahagian mereka berkata bahawa tempat minumnya dalam jalan kaumnya adalah di atas kebenaran dan selainnya adalah sesat.

Daripada sini, ada dua perkara yang kita dapat peroleh. Yang pertama adalah mana-mana yang bergraduasi daripada madrasah keluarga al-Ġumāriyy atau mereka melazimi keluarga ini atau yang mengenali manhaj mereka secara mendalam dan mempraktikkannya pasti akan menyebutkan tentang seruan kepada pengamalan berasaskan sunnah, berpegang teguh kepada dalil, menjauhi ketaksuban dan mencela taklid yang keji. Apa yang disebutkan *Abdul Mun*im tentang ini sememangnya adalah apa yang disebut Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ; salah seorang murid daripada keluarga ini.

Yang kedua adalah memandangkan aswajaean secara umum tidak begitu mengambil perhatian manhaj penting ini daripada keluarga ini, mereka hanya menggambarkan bahawa keluarga ini adalah keluarga ahli bait dari kalangan ulama yang sufi yang berjuanag untuk mempertahankan aliran sufi dan melawan wahabi secara umum serta menyanggah al-Albāniyy secara khusus. 

Karya-karya yang akan diperkenalkan kepada masyarakat pula adalah yang berkaitan dengan kepentingan mereka dalam membela kesufian dan bergelut dengan wahabi.

Manhaj mendasar yang besar ini seringkali diabaikan ketika membuat biografi secara ringkas tentang mereka. Mereka tidak tahu bahawa keluarga ini menyeru kepada ijtihad, berjuang untuk tajdid, tegas dalam ikutan kepada sunnah, sentiasa berpegang teguh kepada dalil meskipun menyalahi tokoh atau mazhab dan membebaskan diri daripada taklid. Dapatan ini bukan daripada saya, tetapi ada di dalam kitab mereka dan ada pada mereka yang menyerlahkan dan mewariskan pemikiran keluarga ini.

Sebab itulah sewajarnya kita menelaah karya-karya keluarga ini sambil mengamati bagaimana manhaj mereka dalam menghidupkan tradisi ilmu dan mencurahkan daya kritis mereka serta mengikuti penceritaan daripada mereka yang telah mengenalinya secara rapat. 

Kalaulah Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ tidak menyebutkan perkara ini, saya pun mungkin sampai sekarang akan bersama-sama dengan orang yang hanya mengenali mereka pada nama atau hanya mengenali dengan naratif yang disebarkan oleh aswajaean.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ yang memperkenalkan saya tentang keluarga ini dan perkongsiannya menggerakkan jiwa saya untuk mengkaji lebih dalam tentang keluarga ini. Semoga Allah limpahkan keberkatan yang mencurah kepadanya sehingga hari kiamat atas kecintaanya dalam memperkenalkan manhaj ahli ilmu yang mulia kepada dunia.

Saya tidaklah mengatakan bahawa saya mengenali keluarga ini sepertimana mereka yang menjadi muridnya, teman rapatnya atau pengikutnya yang telah mendedikasikan dirinya dalam kajian tentang mereka. Akan tetapi, apa yang saya kongsikan tentang keluarga ini adalah apa yang saya peroleh melalui pembacaan karya mereka dan perkongsian daripada mereka yang rapat dengan keluarga ini.

Saya tidak membuat naratif saya sendiri dalam menceritakan keseluruhan tentang keluarga ini, khususnya dalam soal manhaj. Inilah yang diperakui dan dibawa oleh lulusan madrasah keluarga ini serta mereka yang telah memperoleh inspirasi daripada keluarga ini.

Ambilan : 
https://amirkazuma.tumblr.com/post/662676052864335872/celoteh-peribadi-111-keluarga-al-%C4%A1um%C4%81riyy

Celoteh 112 : Hujah Dan Kebenaran, Bukan Penampilan Dan Pakaian

Antara yang menyenangkan perasaan saya dalam perbincangan bersama rakan-rakan erotikawan yang berilmu adalah kita sama sekali tidak menjadikan penampilan atau pemakaian seseorang sebagai pemberat utama dalam menerima kebenaran. 

Kita akan meraikan sesiapa sahaja dari yang berjubah dan berserban sehingga yang biasa atau pakaian yang mencolok mata. Kita tidak akan mendiskriminasikan sesiapa sahaja yang menyampaikan kebenaran dan mengutarakan penghujahan yang sesuai dengan prinsip ilmu.

Pun begitu, bukanlah sampai kami alpa dengan kepentingan untuk menghormati kod etika pemakaian di sesuatu tempat, menjaga kehormatan sesuatu majlis dan yang berkaitan dengan kesopanan. Cuma, kami tidak menjadikan penampilan dan pemakaian adalah satu-satunya atau yang paling utama dalam penerimaan kebenaran. Kami sama sekali tidak akan menolak nasihat atau mengabaikan penghujahan hanya kerana dia tidak berpenampilan sepertimana agamawan atau kebiasaan yang dikira sopan.

Jika seseorang memberi nasihat atau menyampaikan teguran pada sesuatu yang berfakta, kami akan mengambil kira nasihat atau teguran meskipun dia datang kepada kami tanpa berbaju. Jika seseorang mengupas dan menganalisis berasaskan penghujahan ilmiah, kami memandang tinggi pandangannya meskipun dia duduk dengan berseluar pendek.

Sebab utama kami boleh bersikap sebegini adalah kerana kami menyedari bahawa apabila seseorang itu diketahui sebagai erotikawan dan menyukai melayani erotika, kebanyakan orang akan membencinya.

Malah, jika dia ingin menyertai kuliah atau kelas atau pengajaran agama pun, mereka akan dihalau dan dicemuh. Apa lagi kalau ingin mengutarakan pandangan, ia seumpama tidak bernilai di mata masyarakat. Mereka ini dipandang jijik oleh masyarakat sekeliling.

Oleh sebab kami ingin mengambil mutiara dan manfaat daripada orang yang dihalau masyarakat, kami akan menerima mereka tanpa diskriminasi serta memberikan layanan yang adil dan seberhaknya. Sebab itulah, kita tidak mementingkan soal pemakaian atau isu-isu yang tiada kena mengena dengan topik, isi, kandungan dan subjek, lebih-lebih lagi yang remeh kerana kami seumpama orang yang menggali emas dalam calitan lumpur yang mana orang ramai akan membuangnya sedemikian.

Cuma, dalam dakwah saya secara khusus, saya menegaskan dengan hujah bahawa erotisisme ini bukanlah kejahatan dan bukanlah elemen yang dikeji dalam agama. Hanya sahaja perlu disiplin, kawalan dan set minda yang lurus. 

Dakwah saya adalah merapati dan mengajak mereka untuk dekat, malah memiliki rasa sentimen yang mendalam terhadap agama walaupun menjadi erotikawan. Saya akan mengajak mereka sama-sama menjadi kritis dalam isu agama dan mendalami ilmu agama supaya bertambah keyakinan makna kehidupan dan pengamalan agama meskipun membawa jiwa erotisisme.

Apabila sampai masanya mereka ada kemampuan untuk independen dan berdikari, sudah tentu mereka akan membawa diri mereka untuk berfikir secara kendiri, mengkaji sendiri dan meneroka permasalahan secara bebas. 

Sudah pasti mereka ini akan ada pandangan, perspektif, pendapat dan justifikasi dalam sesuatu perkara yang ingin kita ambil perhatian, mendengar, menghadam dan menerima. Atas sebab itulah, kita akan menerima apa yang ada di sisi mereka tanpa mendiskriminasi dengan memainkan isu penampilan.

Kami selalu sahaja merasa hampa terhadap sebahagian orang yang terlalu menekankan pemakaian atau penampilan dalam penerimaan kebenaran. Kadangkala, penulisan yang dimuatkan dengan pelbagai bukti dan hujah pun dibakulsampahkan hanya kerana ia datang daripada orang yang tidak menzahirkan penampilan ulama.

Tidakkah dia terfikir kalau orang buta datang kepadanya untuk mendengar dan mencari kebenaran, adakah dia akan peduli siapa yang bertudung, siapa yang berjubah dan apa sahaja pakaian seseorang? Dia akan melihat siapa yang bercakap menurut fakta dan hujah ilmiah.

Bahkan, mereka sendiri pun tidak akan menerima hadis palsu atau penyampaian yang merepek daripada penceramah penglipur lara yang kepalanya dililit dengan serban dan badannya disarungi jubah yang yang menampakkan aura ulama. Mengapa perlu sibuk lagi tentang pemakaian seseorang? Cukuplah melihat isi penyampaiannya.

Bukanlah saya ingin katakan bahawa penampilan atau pemakaian tidak penting, tetapi tidakkah kita mahu beringat terhadap sabda Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- :

وَلَكِنَّ الْكِبْرَ : مَنْ بَطِرَ الْحَقَّ وَغَمَطَ النَّاسَ " .

"Tetapi, kesombongan adalah mereka yang menolak kebenaran dan meremehkan manusia". [Sunan Abū Dāwud, kitāb al-Libas, no. 3571].

Bayangakan kalau kita menolak kebenaran daripada seseorang yang tidak menampilkan penampilan yang kita mahu, lalu kita pun meremehkannya, mencelanya dan membakulsampahkan penyampaiannya. Tidakkah kita ada rasa kegerunan pada kesombongan?

Kalau pun yang menegur itu salah, itu adalah dosa padanya. Namun, diri kita pula akan bertanggungjawab dalam penerimaan kebenaran yang telah disampaikan pada kita. Jika kita mengingkarinya, lalu meremehkannya, cukuplah itu termasuk dari kalangan orang yang sombong.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/663145541066194944/celoteh-peribadi-112-hujah-dan-kebenaran-bukan

Celoteh Peribadi 113 : Mengapa Saya Memilih Islam?



Saya memilih agama Islam dan mempertahankan agama ini kerana inilah agama yang satu-satunya mampu menghadam rasional, sebati dengan empirikal, membina asas pembangunan pemeliharaan khabar, mendisiplinkan manusia, membangunkan tamadun umat dengan keunggulan, berkaliber dalam mendepani cabaran semasa serta relevan sepanjang sejarah.

Saya tidak memilih agama ini hanya kerana saya dilahirkan oleh ibu bapa yang muslim dan dibesarkan di suasana muslim. Namun, saya memilih kerana saya telah yakin kebenaran yang dibawa oleh Muḥammad bin *Abdullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- berteraskan bukti yang kukuh lagi kuat. Segala puji bagi Allah yang menerangkan pandangan saya dengan cahaya-Nya agar tampak pada saya kebenaran yang saya cari selama ini.

Sebelum saya mencapai keyakinan, saya sebenarnya dahulu pernah terheret dalam keraguan terhadap agama ini sehinggalah ke dasar-dasar kepercayaannya. Malah, dalam masa yang sama ketika saya sedang mendalami ilmu hadis, saya juga terbawa-bawa keraguan itu sehingga kepada keabsahan kitab yang telah sampai pada kita sama ada kitab hadis atau kitab karangan para ulama.

Tidak ada banyak cerita yang menarik sepanjang saya dalam keraguan. Yang saya dapat berkongsi adalah saya mulakan pengulangkajian dan membedah ke dalam perkara akarnya dengan lebih kritis tanpa takut yang mana jika sesiapa sahaja yang menerobos kepadanya akan terdedah kepada murtad. Saya bersyukur kepada Allah yang saya tidak teruji dengan pelbagai kedahsyatan dan peristiwa yang tidak enak sepanjang fasa keraguan.

Sampai sekarang saya masih percaya ada benarnya nyanyian daripada kumpulan muzik Amuk yang berjudul
Aku Mahu Pulang yang menyebutkan: "Gelap malam pasti terang. Sang mentari pasti datang. Kesesatan perjalanan, rahmat tuhan menentukan". 

Kegelapan yang menyebabkan saya teraba-raba dan kesesatan yang saya terumbang-ambing di dalamnya telah menemukan keyakinan yang utuh dan menenangkan jiwa saya berdasarkan bukti dan penghujahan yang kukuh yang terpadamnya syubhat dalam jiwa. Keraguan pada perkara yang mendasar itulah yang membawa saya kepada keyakinan yang lebih mantap berbanding sebelumnya.

Keyakinan itulah yang membawa saya kepada penghasilan penulisan yang berjudul «Kebenaran Kerasulan Muḥammad Bin *Abdullah Dan Kebenaran Mukjizatnya». Di sini saya membuktikan kebenaran yang tidak dapat disangkal lagi dengan pembuktian yang kuat dan teguh. 

Sesiapa sahaja yang berhadapan dengan keraguan tentang agama Islam, saya sangat mengalu-alukan pembacaan karya saya ini. Mudah-mudahan ia dapat mengembalikan para pembaca daripada keraguan yang terbuku dalam jantung dan menyegarkan perspektif kita tentang Islam.

Kemudian, janganlah takut untuk berhadapan dengan keraguan. Sesungguhnya Abū Ḥāmid al-Ġozzāliyy dalam kitabnya «al-Munqiḏ Min aḍ-Ḍolāl» pernah menceritakan bahawa dia juga pernah dihanyut dalam syak wasangka dalam hal-hal aksiom selama dua bulan yang mana itu ada kesan kepada kepercayaan kepada kewujudan tuhan. 

Walaupun dia tidak menceritakan lebih lanjut bagaimana dia terselamat dari kepompong ini, tetapi itu tidak menafikan bahawa hatta para ulama kebesaran pun masih terdedah dengan rasa syak. Apalagi orang yang kerdil seperti kita.

Malah, Muḥammad al-Ġozzāliyy juga dalam «Kayfa Nafhamu al-Islām» menceritakan perjalanannya dalam mencari kebenaran yang bermula dari mendepani keraguan tentang kewujudan tuhan sehinggalah cabaran evanglis Kristian tentang *Īsā.

Walaupun keraguan membadai kita, namun kita perlu ada tanggungjawab untuk mencari jalan keluarnya dan meneroka penyelesaiannya. Jangan membiarkannya sebegitu sahaja dan sentiasa sematkan dalam jiwa untuk bersungguh dan tulus mencari kebenaran. Apa yang terbit daripada keraguan tidak semestinya ia adalah salah dan kita perlu bawakannya dalam perjuangan agnostik kita. Teruskan mencari sedaya yang ada.

Kita mungkin mengambil masa yang lama untuk membersihkan keraguan dalam diri kita. Akan tetapi, jangan putus asa dan sentiasa teguh. Allah tidak akan menyiakan-nyiakan dedikasi hamba-Nya yang ikhlas untuk kebenaran. Pasti suatu hari nanti, Dia akan curahkan rahmat-Nya kepada para pencarinya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/663148945005068288/celoteh-peribadi-113-mengapa-saya-memilih-islam

Celoteh Peribadi 114 : Menjadi Salafi Tanpa Ibn Taymiyyah Dan Ibn al-Qoyyim

Antara yang membezakan saya dengan salafi yang lain adalah saya tidak menjadikan Ibn Taymiyyah dan Ibn Qoyyim al-Jawziyyah sebagai tonggak dalam menjelaskan manhaj salaf. Salafi pada hari ini kelihatannya tidak boleh terpisah dengan karya mereka berdua dalam menjelaskan manhaj salaf. 

Akan tetapi, saya melihat mereka lebih banyak mengambil prinsip aḏ-Ḏahabiyy dalam berinteraksi dengan naṣ-naṣ mutasyabihat yang berkaitan dengan sifat Allah. Mereka ini seumpama berlayar di atas kapal aḏ-Ḏahabiyy dengan berkaptenkan Ibn Taymiyyah dan Ibn al-Qoyyim.

Saya kadangkala merasa lucu sebahagian orang yang menjadi seteru saya yang melemparkan tuduhan wahabi ibn
taymian yang ingin dinisbahkan kepada saya, padahal saya sama sekali tidak mengambil Ibn Taymiyyah sebagai panutan dalam memahami akidah salaf.

Malah, saya telah secara jelas menyatakan penyelisihan saya terhadapnya dalam isu pemahamannya pada penafian tasybih terhadap Allah, kejisiman bagi-Nya dan sifat baharu yang tiada awal padanya yang berdiri pada zat-Nya yang mana semua ini menjadi subjek utama terhadap penentangan terhadapnya dalam isu akidah. Apatah lagi ingin menjadikan Muḥammad bin *Abdul Wahhāb sebagai paksi perjuangan saya.

Saya bersyukur kepada Allah yang melimpahkan bantuan kepada saya bahawa saya tidak berhajat kepada Ibn Taymiyyah, Ibn Qoyyim al-Jawziyyah dan tokoh salafi yang lain yang terkebelangan untuk menegakkan manhaj salaf, khususnya dalam isu interaksi dengan sifat Allah. 

Setiap kali saya ingin mengutarakan hujah saya, saya akan membawkan terus daripada kitab salaf untuk membuktikan pegangan saya dan ikutan saya. Jika saya ingin mengutip dari kalam Ibn Taymiyyah dan Ibn al-Qoyyim, itu sekadar penjelas tambahan sahaja. Tanpa kedua-duanya, ia tetap tidak menjejaskan akar penghujahan saya.

Muḥammad al-Albāniyy pernah mengatakan bahawa sesiapa yang tidak membaca kitab Ibn Taymiyyah dan Ibn al-Qoyyim, nanti akan menjadi tersesat. Saya katakan bahawa sesiapa -tanpa mengira sama ada ašᶜarian atau salafi- yang tidak membaca karya-karya salaf , khususnya dalam penentangan terhadap jahmian seperti «ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh» karya Aḥmad bin Ḥanbal, «as-Sunnah» karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, «as-Sunnah» karya Abū Bakr al-H̱ollāl, «H̱olq Af*āl al-*Ibād» karya al-Buẖōriyy, «al-Iẖtilāf Fī al-Lafẓ» karya Ibn Qutaybah, «ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah» dan «an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy» yang kedua-duanya karya Abū Sa*īd ad-Dārimiyy serta «at-Tabṣīr Fī Ma*ālim ad-Dīn» karya Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy atau karya yang mengumpulkan kalam salaf seperti «al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār» karya aḏ-Ḏahabiyy dan «Ijtimā* al-Juyūš al-Islāmiyyah *Alā Ḥarb al-Mu*aṭṭilah Wa al-Jahmiyyah» karya Ibn Qoyyim al-Jawziyyah, pasti akan terdedah kepada penyimpangan.

Saya sentiasa sahaja melihat yang mana-mana sahaja polemik tentang isu sifat Allah adalah kerana kekontangan dalam merujuk karya yang telah disebutkan ini. Jika daripada ašᶜarian, mereka akan menyimpang dan berdelusi. Jika daripada pihak salafi, mereka tidak akan dapat mengutarakan penghujahan yang baik kerana tidak cakna dasar yang menjadi sandaran dalam pegangan salaf.

Sebab itulah saya sentiasa menyatakan bahawa untuk menjadi salafi, khususnya dalam isu sifat Allah, tidak semestinya perlu menjadikan Ibn Taymiyyah dan Ibn Qoyyim al-Jawziyyah sebagai kiblat. Cukuplah dia berpada dengan apa yang telah terbentang dalam karya salaf. Selebihnya akan membawa kepada keyakinan yang utuh, kelurusan kefahaman dan penjelasan yang mapan.

Saya telah membuktikannya di pelbagai penulisan. Bacalah dan amatilah dengan saksama jika sesiapa yang meragui dakwaan saya bahawa salafi sebenarnya tidak berhajatkan karya Ibn Taymiyyah dan Ibn Qoyyim al-Jawziyyah sebagai batu asas dalam memahami salaf.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/663151111364018176/celoteh-peribadi-114-menjadi-salafi-tanpa-ibn

Celoteh 115 : Saya Memperkenalkan Keluarga Al-Ġumāriyy Untuk Menentang Al-Ḥabīb?

Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ antara murid yang besar kepada keluarga berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dari jalur al-Ġumāriyy, iaitu *Abdullah bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq dan adiknya; *Abdul *Azīz dan Ibrōhīm. 

Saya mengenali keluarga ini dan mula merasa entusias untuk mengkaji pemikiran mereka setelah terkesan dengan perkongsian Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ di Facebook. Malah, perkongsiannya tentang ahli bait, khususnya yang berpaksikan kepada zaydian juga telah membenih minat saya untuk mengumpulkan karya-karya mereka dan menelaahnya.

Saya sememangnya teruja dengan pembentangan yang ditinggalkan keluarga al-Ġumāriyy dalam kesungguhannya untuk membawa perubahan kepada tradisi kesufian dengan menyeru kepada ijtihad, menjauhi taklid, membebaskan diri daripada ketaksuban mana-mana mazhab atau pandangan seseorang, beriltizam dengan sunnah dan sentiasa berpegang teguh kepada dalil.

Semua ini termanifestasi dalam penulisan mereka dan perkara ini diperakui dan diceritakan oleh mereka yang berguru dengan mereka, rapat dengan mereka dan mengenali mereka secara mendalam. Apa yang saya bentangkan dalam penulisan saya dalam memperkenalkan dan berkongsi tentang keluarga ini, saya tidak hanya sekadar memperolehnya dengan pembacaan kitab mereka sahaja, tetapi menjengah persaksian muridnya, kenalan rapatnya dan yang mendalami tentang keluarga ini.

Ketika saya berbicara tentang keluarga ini, saya dalam masa yang sama menyergah dan menyindir golongan al-Ḥabīb yang mendominasi naratif ahli bait pada era ini. Mungkin ada yang mempersoalkan tindakan saya bersama perasaan berang bahawa mengapa saya perlu melaga-lagakan zuriat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dan bersikap keras terhadap golongan al-Ḥabīb?

Saya sebenarnya tidak fokus kepada al-Ḥabīb semata-mata, tetapi saya lebih banyak menumpukan sergapan saya terhadap pengikutnya, pencintanya dan pembelanya. Hakikatnya, sayalah yang patut mempersoalkan bahawa mengapa al-Ḥabīb dan para muridnya dan pengikutnya tidak mahu membawa gagasan, manhaj dan perjuangan sepertimana keluarga al-Ġumāriyy?

Sebenarnya, sememangnya ada pemisah yang jelas dan jurang yang nyata antara keluarga al-Ġumāriyy dengan al-Ḥabīb. Jika sesiapa yang membaca perkongsian hantaran daripada mereka yang rapat dengan keluarga al-Ġumāriyy seperti Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ, *Abdul Mun*im bin *Abdul *Azīz, bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq, Ṣuhayb al-Idrīsiyy, Muḥammad al-*Arobiyy dan pelbagai lagi yang lain. Pasti akan mendapati persamaan dalam pemikiran dan pesanan mereka sepertimana yang dibawa oleh keluarga ini.

Di mana perkara ini dalam perjuangan dan pendidikan golongan al-Ḥabīb? Sesiapa yang membaca perkongsian Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ dalam memperkenalkan, berkongsi dan membela manhaj ahli bait di Facebook, pasti akan menyebutkan sikap menjauhi taklid, menentang ketaksuban, tidak mengkuduskan pendapat seseorang, seruan untuk beriltizam kepada sunnah dan berpegang teguh pada dalil.

Sekali lagi, di mana al-Ḥabīb dalam membawa gagasan dan manhaj ini? Tidakkah mereka merasa betapa jauhnya mereka dengan apa yang menjadi warisan dan perjuangan ahli bait, khususnya keluarga al-Ġumāriyy? 

Tidak perlu kutuk saya dan sasarkan celaan terhadap saya. Cubalah baca perkongsian Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ tentang ahli bait dan keluarga ini, lalu buatlah perbandingan secara saksama dan renunglah dengan jiwa yang ikhlas untuk mencari kejernihan.

Sebenarnya, saya mengkritik al-Ḥabīb dan para pengikutnya kerana kejauhan mereka daripada menyematkan manhaj ini dalam tradisi keilmuan mereka menyebabkan pelbagai perkara yang mencemarkan reputasi terhadap mereka yang berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, khususnya dalam arena keilmuan.

Saya hairan yang ada di antara mereka ini menyebarkan hadis palsu riwayat daripada Jābir kononnya yang terawal dalam ciptaan makhluk adalah nur Muḥammad. Padahal, hadis ini dihukum palsu oleh keluarga al-Ġumāriyy sepertimana yang dinyatakan Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ dalam akhir kitab «Ittijāhāt al-Ḥadīṯiyyah Fī al-Qorn ar-Rōbi* al-*Ašar». 

Ada di antara mereka yang giat menyebarkan hadis yang menyebutkan: "Kalau bukan kerana kamu, tidaklah Aku mencipta cakerawala". Padahal, hadis ini dihukum palsu oleh *Abdullah al-Ġuṃariyy dalam «Iršād aṭ-Ṭōlib an-Najīb Ilā Mā Fī al-Mawlid an-Nabawiyy Min al-Akāḏīb».

Itu belum lagi sikap toleran terhadap tradisi kesufian yang menyimpang, bahkan penyampaian para al-Ḥabīb dan tradisi kesufian yang langsung tidak didasari kritis, manhaj ilmu yang mapan dan pelbagai kekarutan, kemerepekan dan kedunguan yang menyusup padanya, tetapi dikuduskan dan dikultuskan serta tidak boleh dipersoalkan. Tidakkah mereka berfikir sejenak mengapa ini terjadi dan mengapa ini jauh berbeza dengan keluarga al-Ġumāriyy?

Para pengikut al-Ḥabīb selalu sahaja mengangkat keluarga ini kerana mereka adalah ahli bait, tokoh ulama yang masyhur serta bergiat aktif dalam melawan wahabi dan mengkritik al-Albāniyy. Itu sahajalah yang mereka ambil daripada keluarga ini dan membina naratif kepada dunia dalam memperkenalkan keluarga ini. Namun, perhatian mereka terhadap penjagaan hadis, tradisi keilmuan secara kritis dan praktik kesufian yang murni sangat lengah, bahkan melanggar sesuka hati mereka.

Atas sebab itulah saya secara peribadi sudah merasa muak untuk mengikuti golongan al-Ḥabīb atas faktor ini selagimana mereka tidak ingin berubah. Saya mula beralih dan mendalami perhatian saya kepada keluarga al-Ġumāriyy dan ahli bait yang lain seperti al-Kattāniyy, al-Ahdal dan zaydian kerana di situlah permata yang akan membangkitkan pemikiran, membenihkan kritis, menyemarakkan tradisi keilmuan dengan penuh bermakna dan mengujakan para pembaca yang mendambakan dapatan ilmu yang bermutu.

Semoga Allah merahmati Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ kerana memperkenalkan saya tentang pemikiran ahli bait dan menyegarkan kefahaman saya tentang mereka serta mengubah tanggapan saya tentang ahli bait setelah membandingkan antara hakikat al-Ḥabīb dengan apa yang diperkenalkan Maḥmūd.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/663161781838069761/celoteh-peribadi-115-saya-memperkenalkan

Celoteh Peribadi 116 : Saya Tidak Mengikuti Ad-Dārimiyy Dalam Beberapa Isu?

Di banyak tempat, saya telah menaburkan pelbagai pembelaan terhadap tokoh kebesaran salaf, Abū Sa*īd ad-Dārimiyy dan saya telah menghasilkan judul khas yang bertajuk «Ilham Bersemi Yang Menepis Tuduhan Mujassim Terhadap Abū Sa*īd ad-Dārimiyy» dalam memberikan khidmat pembelaan secara ilmiah terhadap ahli hadis ini daripada celaan yang merobek kredibilitinya dalam bidang akidah.

Dalam membela tokoh ternama ini, sudah tentu saya menyelit singgungan saya terhadap golongan ašᶜarian yang kontemporari secara khusus kerana mereka inilah yang menjadi barisan dalam mencabul kehormatan ad-Dārimiyy dan menyebarkan tuduhan buruk di sekeliling dunia. Jika tidak pun, mereka menjadi orang yang redha terhadap orang yang melakukan sedemikian.

Namun, yang menjadi kelucuan bagi saya adalah sebahagian orang yang merespons pembelaan saya terhadap imam yang agung ini dengan menyatakan bahawa saya pada hakikatnya tidaklah mengikuti ad-Dārimiyy dalam beberapa isu. Lalu, dia pun bawakan beberapa contoh daripadanya untuk membuktikan bahawa saya menyalahinya dalam beberapa perkara.

Saya tidaklah syak lagi bahawa motif sebegini tidak lain tidak bukan sememangnya jelek lagi jahat. Apa yang orang itu utarakan sebenarnya ingin menyahkreditkan penghujahan saya dalam membela ad-Dārimiyy kerana saya tidak bersamanya dan tidak membelanya dalam isu yang dibangkitkan. 

Apabila mereka tidak ada hujah balas dan ingin meneruskan tuduhan jahat terhadap tokoh besar salaf ini, mereka menggunakan taktik ini untuk memperdaya orang ramai bahawa pengutaraan pembelaan saya tiada nilai kerana hal tersebut.

Saya sebenarnya sudah menegaskan dalam penulisan khusus tersebut bahawa ad-Dārimiyy tidak maksum dan sememangnya ada beberapa saya menyalahinya yang mana sebahagiannya telah pun saya menyebutkannya. 

Kemudian, semenjak bila apabila kita ingin mengambil satu pandangan seseorang tokoh ilmuwan mesti mengambil bahagian yang lain seperti perlunya seseorang yang mengambil pandangan mazhab Mālik dalam sesuatu permasalahan, menguatkan dalilnya dan mempertahankannya daripada serangan perlu mengambil dan menerima amalan penduduk Madinah sebagai kehujahan. Ini sama sekali tidak dikenali dalam lapangan ilmu yang sejati.

Benar bahawa saya tidak mengikuti Abū Sa*īd ad-Dārimiyy sepenuhnya dan saya tidak segan silu menyatakan sedemikian. Namun, itu lebih baik daripada seseorang yang meneruskan celaan dan hinjakan terhadap imam salaf ini dengan tuduhan yang begitu keji sekali. Jika mereka tidak melakukannya, mereka menjadi orang yang redha terhadap orang yang menyebarkan kalam bobrok terhadapnya!

Sangat aneh mereka ini juga melenting kalau an-Nawawiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy ditendang keluar daripada ahli sunnah oleh sebahagian salafi. Kalaulah bumi boleh pecah kerana menanggung bara kemarahan mereka kerana mendapat tahu tentang hal ini, pasti pecah berkecai berderai.

Namun, adakah perasaan itu ada ketika tokoh salaf yang menabur bakti dalam melawan Jahmiyyah dihinjak dan dikotorkan namanya ke persada dunia? Inikah cara mereka menghormati dan menyayangi para ulama? 

Atau sebenarnya ad-Dārimiyy ini adalah lekeh di sisi mereka sehingga tidak berhak mendapat pembelaan yang adil dan penempatan di kedudukan yang selayaknya jika ingin dibandingkan dengan an-Nawawiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy?

Semoga Allah merahmati Abū Sa*īd ad-Dārimiyy. Karyanya yang agung; «an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy» sememangnya masih relevan sampai sekarang dalam membongkar wajah sebenar jahmian yang kini menyusup dalam ašᶜarian, menjadi hakim dalam pertelingkahan isu interaksi dengan naṣ-naṣ mutasyabihat yang berkaitan dengan sifat Allah dan menghentam kebejatan fahaman mereka dengan tinta ilmiah yang disalut dengan hujah yang mapan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/663163621406294016/celoteh-peribadi-116-saya-tidak-mengikuti

Celoteh 117 : Cabaran Dalam Keberagamaan Saya

Cabaran saya dalam keberagamaan saya adalah menjadi erotikawan muslim yang sememangnya dikeji orang ramai dan mempertahankannya dengan hujah sebaik yang mungkin bahawa ia tidaklah tercela sepenuhnya.

Malah, cabaran saya juga adalah menjadi salafi, tetapi dalam masa yang sama saya tidak menjadikan Ibn Taymiyyah secara khusus sebagai panutan atau kiblat dalam pemahaman tentang manhaj salaf. Apatah lagi menjadikan tokoh lain seperti Ibn Qoyyim al-Jawziyyah dan Muḥammad bin *Abdul Wahhāb sebagai paksi bagi aliran ini. Malah, saya secara terang-terangan menyatakan penyalahan saya terhadap Ibn Taymiyyah dalam isu kritikal akidah.

Kemudian, walaupun saya sudah berusaha untuk merapatkan jurang antara salafi dengan ašᶜarian yang salah satunya adalah melalui karya saya yang berjudul «Penajaman Deria Dalam Mengenali Sifat Yang Maha Mulia», tetapi saya masih mempertahankan kuat dalam isu interaksi naṣ mutasyabihat yang berkaitan dengan sifat Allah sehingga saya masih ada pergelutan yang besar dengan ašᶜarian.

Saya sememangnnya menjangkakan cabaran ini apabila saya telah bertekad untuk memilih haluan ini serta saya akan menghadapinya dengan cekal dan penuh tawakkal kepada Yang Maha Benar. Saya mengikutinya atas dasar penghujahan yang kukuh dan saya yakin apa yang saya pilih. Saya meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah serta saya berdoa agar Dia sentiasa melimpahkan kekuatan untuk saya mengharunginya dan sentiasa memimpin saya ke jalan kebenaran.

Apapun, saya bukanlah tokoh kebesaran untuk memposisikan diri saya setara dengan reformis Muslim yang telah pun meninggalkan saya jauh ke belakang dari sudut lautan ilmu, gudang hafalan dan ketajaman fikiran. Saya cumalah penuntut ilmu yang kerdil yang berusaha sebaik mungkin untuk mengikuti dalil dan menabur bakti dalam bidang ilmiah walaupun secebis serta menjadi hamba-Nya yang terbaik.

Kalau pun saya mencetuskan pembaharuan dalam sekecil seorang individu pun, yang sebaiknya adalah pelajari dari mereka yang jauh lebih berkaliber daripada saya dan fokus dalam pemerkasaan dalam diri dengan berdamping dengan mereka yang lebih cemerlang daripada saya. Saya tidak lebih dari senipis habuk berbanding diri tokoh yang megah seperti bangunan pencakar langit.

Jika saya memberikan impak kepada hidup seseorang walaupun tidak siginfikan, saya berdoa agar itu menjadi kebaikan buat saya dan manfaat kepada para pembaca. Pun begitu, saya tidak mengharapkan pujian, sanjungan dan kefanatikan daripada sesiapa. Pujilah kepada Tuhan yang menganugerahkan limpahan kepada saya serta yang lebih berhak dihormati dan disegani adalah para ulama kita yang telah menabur bakti besar kepada agama jauh lebih banyak daripada saya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/663405599624724480/celoteh-peribadi-117-cabaran-dalam-keberagamaan

Celoteh 118 : Mereka Yang Masih Terpuruk Dalam Tradisi Keilmuan Nusantara

Saya ada kenalan ini yang sentiasa sahaja berpada dengan karya-karya ulama nusantara sehinggakan kisah para wali yang tiada kena mengena dengan warga nusantara pun sekadar berpada dengannya dan tidak berusaha untuk merujuk sumber yang lebih primer dan lebih berhak untuk dirujuk berbandingnya. Selalunya, kisah tersebut tidak terdapat dalam kitab yang muktabar atau lebih primer, tetapi kisah tersebut tersimpan pada seputar kitab nusantara sahaja.

Saya mungkin akan bertoleransi jika ia menghasilkan progresif dan penghidupan tradisi yang lebih murni. Namun, yang saya lihat apa yang dilakukan hanyalah untuk mempertahankan taklid dan menganggap segala apa yang terkandung dalam karya tersebut adalah postulat yang tidak boleh dipersoalkan, apatah lagi dibantah. Jika kita melakukannya sedemikian, bersiap sedialah dituduh sebagai penentang dan pembenci ulama.

Sebab itulah apabila saya memperkenalkan, mengongsikan dan menceritakan tradisi keilmuan dan praktik manhaj dari tokoh ulama ahli bait dari keluarga al-Ġumāriyy sebagai salah satunya yang di luar dari tradisi nusantara, mereka seperti sukar untuk menelannya dan seakan-akan menerima kejutan budaya kendatipun mereka menyebut nama mereka dengan sanjungan. Kalau mereka bukan kerana ahli bait, saya pasti bahawa keluarga ini tidak akan ditahan lagi untuk dihamburkan penentangan terhadapnya.

Saya masih percaya bahawa institusi pengajian agama kita, khususnya pondok dan pesantren perlu pembaharuan dan membebaskan diri dari kepompong kejumudan. Mereka perlu lebih terbuka dalam merancakkan pembudayaan wacana kritis dan mengarusperdanakan tradisi keilmuan yang lebih murni.

Kalaulah apa yang dibawakan keluarga al-Ġumāriyy yang ahli bait ini melalui perkongsian saya masih tidak memberi apa-apa tekanan dan respons yang positif, saya tidak akan percaya bahawa mereka dapat maju ke hadapan dari segi penyuburan kegiatan ilmu yang murni lagi jernih.

Ambilan : 
https://amirkazuma.tumblr.com/post/663406522112606209/celoteh-peribadi-118-mereka-yang-masih-terpuruk

Celoteh 119 : Antara Bahagian Pertelingkahan Saya Dengan Ašᶜarian Yang Serius

"Semuanya boleh diisbatkan kepada Allah asalkan berkata tidak diiktikadkan makna jisim".

Sebegitulah respons sebahagian orang yang menyindir saya dalam mempertahankan pengamalan isbat dan ketika melihat pengamalan saya dalam mempertahankan pengisbatan beberapa sifat Allah, khususnya yang bersifat kontroversi yang sangat memberikan potensi besar kepada saya untuk dituduh mujassim serta melihat saya sangat bersungguh-sungguh menyanggah ašᶜarian

Namun, mereka tidak sedar bahawa mereka yang menyindir saya ini membolehkan melakukan negasi segala sifat-sifat Allah yang termasuk dalam kateogri sifat khabariah atas alasan takwil. Sampaikan sifat ₍al-*Uluww₎ yang menjadi garisan merah dalam membezakan antara ahli sunnah dengan Jahmiyyah pun mereka berani membuka ruang takwil atau beriktikad ada makna lain walaupun mereka tidak menentukan maknanya.

Kata Ḥammād bin Zayd tentang jahmian :

إِنَّمَا يُحَاوِلُونَ أَنْ يَقُولُوا لَيْسَ فِي السَّمَاءِ شَيْءٌ

"Mereka mencuba untuk berkata tidak ada sesuatu di langit". [As-Sunnah, karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 1, m/s 117, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

*Abbād bin al-*Awwām berkata :

كَلَّمْتُ بِشْرَ الْمَرِيسِيَّ وَأَصْحَابَ بِشْرٍ فَرَأَيْتُ آخِرَ كَلَامِهِمْ يَنْتَهِي أَنْ يَقُولُوا لَيْسَ فِي السَّمَاءِ شَيْءٌ

"Aku berbicara dengan Bišr al-Marīsiyy dan sahabat Bišr. Aku melihat akhir kalam mereka mengakhiri katanya tidak ada sesuatu di langit". [As-Sunnah, karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 1, m/s 162, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

Muḥammad bin *Uṯmān berkata :

سَمِعْتُ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ مَهْدِيٍّ: وَسَأَلَهُ، سَهْلُ بْنُ أَبِي خَدَّوَيْهِ عَنِ الْقُرْآنِ، فَقَالَ: «يَا أَبَا يَحْيَى مَا لَكَ وَلِهَذِهِ الْمَسَائِلِ هَذِهِ مَسَائِلُ أَصْحَابِ جَهْمٍ، إِنَّهُ لَيْسَ فِي أَصْحَابِ الْأَهْوَاءِ شَرٌّ مِنْ أَصْحَابِ جَهْمٍ يَدُورُونَ عَلَى أَنْ يَقُولُوا لَيْسَ فِي السَّمَاءِ شَيْءٌ، أَرَى وَاللَّهِ أَلَّا يُنَاكَحُوا وَلَا يُوَارَثُوا»

Aku mendengar *Abdul Roḥmān bin Mahdiyy ketika Sahl bin H̱oddawayh tentang al-Quran, lalu dia berkata: "Wahai Abū Yaḥyā! Kenapa dengan kamu? Kerana isu ini adalah isu pengikut Jahm. Sesungguhnya tidak ada dalam pengikut hawa nafsu yang lebih teruk berbanding pengikut Jahm yang berlegar dalam mengatakan tidak ada sesuatu di langit. Aku berpandangan -demi Allah!- mereka tidak boleh dinikahi dan tidak boleh diwarisi hartanya". [As-Sunnah, karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 1, m/s 157, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

Bayangkan kalau mereka semua ini masih hidup pada hari ini. Pasti akan dikatakan kepada mereka: "Tidak sebegitu wahai kalian semua! Ayat-ayat tentang sifat ₍al-*Uluww₎ ini boleh ditakwil, lebih-lebih lagi jika ada keperluan untuk menghapuskan syubhat bidaah dan berleluasanya ahli bidaah atau ayat tersebut ada makna-makna lain walaupun buat masa sekarang kita tidak tahu apa maknanya! Pun begitu kami masih menyifatkan Allah dengan sifat ini dan tafwid maknanya!".

Mereka meradang apabila disindir jahmian dan muattilah, tetapi itulah apa yang mereka lakukan. Bezanya adalah jahmian terang-terangan mengingkari sifat ₍al-*Uluww₎. Manakala, sebahagian ašᶜarian sekarang beriktikad ia berpotensi untuk ada makna lain sama ada melalui takwil atau selainnya. Bahkan, sebahagiannya sememangnya sudah pun mentakwilkannya.

Cuma, mereka tidak mengimani sifat ₍al-*Uluww₎ secara hakiki sepertimana ahli sunnah dari kalangan salaf. Mereka beriktikad makna yang lain daripada iktikad ahli sunnah. Penyifatan dan pengisbatan itu sekadar sebutan, hanya dataran kata-kata dan lafaz semata-mata yang sama sekali tidak mencerminkan batinnya dan iktikadnya.

Sedemikianlah sifat ₍al-Yad₎. Mereka berkata bahawa mereka menyifatkan Allah dengan sifat ini. Akan tetapi, mereka sebenarnya mengimani makna ₍al-Quwwah₎, iaitu kekuatan dan ₍al-Qudroh₎, iaitu kekuasaan. Jika mereka tidak menentukan makna pun, mereka masih berpegang bahawa ia terdedah dengan makna lain sama ada takwil atau lain. Bahkan, takwil terhadapnya dibenarkan menurut mereka jika ada keperluan yang disebutkan tadi.

Hal ini sama sahaja sepertimana al-Qōsim bin Muḥammad al-Hādawiyy; tokoh ilmuwan ahli bait dari zaydian ketika mengisbatkan sifat mendengar dan melihat bagi Allah yang bukan makna yang difahami ahli sunnah, iaitu dia berpandangan sifat mendengar dan sifat melihat bagi-Nya adalah sifat ilmu-Nya. Dia berkata :

فصل والله سميع بصير. جمهور أئمتنا عليهم السلام والبغدادية: وهما بمعنى عالم. بعض أئمتنا عليهم السلام وبعض شيعتهم والبصرية: بل بمعنى حي لا آفة به. قلنا: السميع حقيقة لغوية مستعملة لمن يصح أن يدرك المسموع بمعنى محله الصماخ. والبصير حقيقة كذلك لمن يصح أن يدرك المبصر بمعنى محله الحدق. والله سبحانه ليس كذلك. فلم يبق بمعنى إلا أنهما بمعنى عالم. وقد قال تعالى: {أَمْ يَحْسَبُونَ أَنَّا لَا نَسْمَعُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَاهُم ۚ بَلَىٰ وَرُسُلُنَا لَدَيْهِمْ يَكْتُبُونَ} [الزخرف: ٨٠]. والسر إضمار في القلب غير الصوت. قال الله تعالى: {فَأَسَرَّهَا يُوسُفُ فِي نَفْسِهِ وَلَمْ يُبْدِهَا لَهُمْ} [يوسف: ٧٧].

"Fasal: Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Majoriti imam-imam kami -*alayhim as-Salām- dan warga Baghdad: Kedua-duanya dengan makna Yang Maha Mengetahui. Sebahagian imam-imam kami -*alayhim as-Salām-, sebahagian espouser mereka dan warga Basrah: Bahkan, dengan makna Yang Maha Hidup tanpa kecacatan padanya. Kami berkata bahawa as-Samī* adalah hakikat bahasa yang digunakan bagi yang valid dalam capaian yang didengari dengan suatu makna yang tempatnya adalah liang telinga. ₍Al-Baṣīr₎ adalah hakikat sedemikian bagi yang valid dalam capaian yang dilihat dengan suatu makna yang tempatnya adalah anak mata. Padahal, Allah Subḥānahu bukan sebegitu. Lalu, tidak tersisa dengan suatu makna melainkan bahawasanya kedua-duanya dengan makna ₍*Ālim₎ (yang mengetahui). Dia Ta*ālā berfirman: {Adakah mereka mengira bahawa kami tidak mendengar rahsia mereka dan bisikan mereka? Bahkan, utusan-utusan kami di sisi mereka sentiasa menulis} [Surah az-Zuẖruf ayat 80]. ₍As-Sirr₎ ialah penyembunyian pada jantung tanpa suara. Allah Ta*ālā berfirman: {Lalu, Yūsuf menyembunyikannya dalam dirinya dan dia tidak menampakkannya pada mereka}. [Surah Yūsuf ayat 77]". [Al-Asās Li *Aqō^id al-Akyās. m/s 42-44, keluaran Maktabah Ahl al-Bayt, Yaman].

Lantas, apa beza ašᶜarian dan zaydian? Bezanya adalah ašᶜarian pada isu pengisbatan sifat ₍al-*Uluww₎ dan ₍al-Yad₎ bersama tawaran jalanan tafwid dan takwil, manakala zaydian pula pada ₍as-Samī*₎ dan ₍al-Baṣīr₎ dengan pendirian yang jelas tanpa perlu tawaran sedemikian.

Sangatlah halus sekali sebahagian mereka ini menjalankan praktik penegasian dan menyelindungkan akidah penegasian mereka. Sememangnya sukar untuk menyingkapkan wajah sebenar mereka, tetapi sesiapa sahaja yang dikurniakan ketajaman pandangan daripada Allah, akan melihat hakikat sebenar mereka.

Ibn Qudāmah antara sarjana yang dikurniakan kecelikan untuk menyingkap hakikat sebenar pegangan ašᶜarian dan apa yang telah dia kata selari dengan apa yang disingkapkan di sini. Dia berkata :

الْوَجْه التَّاسِع أَن المتأول يجمع بَين وصف الله تَعَالَى بِصفة مَا وصف بهَا نَفسه وَلَا أضافها إِلَيْهَا وَبَين نفي صفة أضافها الله تَعَالَى إِلَيْهِ. فَإِذا قَالَ معنى اسْتَوَى استولى فقد وصف الله تَعَالَى ‌بالإستيلاء وَالله تَعَالَى لم يصف بذلك نَفسه وَنفى صفة الاسْتوَاء مَعَ ذكر الله تبَارك وَتَعَالَى لَهَا فِي الْقُرْآن فِي سَبْعَة مَوَاضِع. أفما كَانَ الله سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى قَادِرًا على أَن يَقُول استولى حَتَّى جَاءَ الْمُتَكَلف المتأول فتطرف وتحكم على الله سُبْحَانَهُ وعَلى رَسُوله تَعَالَى الله عَمَّا يَقُول الظَّالِمُونَ علوا كَبِيرا

"Bentuk kesembilan adalah bahawa pentakwil mengumpulkan penyifatan Allah Ta*ālā dengan suatu sifat yang Dia tidak menyifatkan diri-Nya dengannya dan tidak Dia menyandarkan kepadanya dengan penafian sifat yang Allah Ta*ālā menyandarkan kepada-Nya. Apabila dia berkata makna ₍Istawā₎ adalah ₍Istawlā₎ (memenangi persaingan), maka dia telah menyifatkan Allah Ta*ālā dengan ₍al-Istīlā^₎, sedangkan Allah Ta*ālā tidak menyifatkan diri-Nya dengan itu dan dia menafikan sifat ₍al-Istiwā^₎ meskipun penyebutan Allah Tabāroka Wa Ta*ālā untuknya dalam al-Quran pada tujuh tempat. Lalu, apakah Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā tidak berkemampuan untuk mengatakan ₍Istawlā₎ sehingga datang orang yang membeban-bebankan diri lagi pentakwil, lalu dia keterlaluan dan memandai-mandai terhadap Allah Subḥānahu dan rasul-Nya? Maha Tinggi Allah daripada apa yang orang zalim mengatakan dengan setinggi-tinggi kebesaran!". [Taḥrīm an-Naẓor Fī Kutub al-Kalām, m/s 53, keluaran *Ālim al-Kutub, Riyadh, tahqiq *Abdul Raḥman bin Muḥammad Sa*īd Dimašqiyyah].

Ibn Qudāmah juga berkata tentang ašᶜarian :

وهذا حال هؤلاء القوم لا محالة، فهم زنادقة بغير شك فإنّه لا شك في أنّهم يُظهرون تعظيمَ المصاحف إيهاماً أَنَّ فيها القرآن ويعتقدون في الباطن أنه ليس فيها إلا الورق والمداد ويُظهرون تعظيمٌ القرآن. ويجتمعون لقراءته في المحافل والأغرية ويعتقدون أنه من تأليف جبريل وعبارته. ويُظهرون أنَّ موسى سمع كلام الله من الله ثم يقولون ليس بصوت. ويقولون في أذانهم وصلواتهم أشهد أن محمّداً رسول الله ويعتقدون أنه انقطعت رسالتُه ونبوته بموت وأنّهِ لم يق رسول الله وإنّما كانَ رسول الله في حياته. وحقيقة مذهبهم أنه لِيسَ في السماء إله ولا في الأرض قرآن ولا أن محمداً رسول.

"Ini adalah hal kaum ini secara pasti. Mereka adalah golongan zindik tanpa syak. Ini kerana tidak ada syak bahawa mereka menzahirkan pengagungan mushaf dengan mengaburi bahawa padanya al-Quran, sedangkan mereka beriktikad pada batin bahawa tidak ada padanya melainkan kertas dan dakwat. Mereka juga menzahirkan pengagungan al-Quran serta berkumpul untuk pembacaannya pada tempat berkumpul dan tempat sunyi, sedangkan mereka beriktikad bahawa ia adalah penulisan Jibrīl dan ibaratnya. Mereka juga menzahirkan bahawa Mūsā mendengar kalam Allah daripada Allah, sedangkan mereka beriktikad bahawa ia tidak bersuara. Mereka berkata pada azan mereka dan selawat mereka: Aku bersaksi bahawa Muḥammad itu utusan Allah, sedangkan mereka beriktikad bahawa ia telah terputus risalahnya dan kenabiannya dengan kematiannya serta bahawasanya utusan Allah tidak kekal serta sebenarnya baginda adalah utusan Allah pada hayatnya. Hakikat mazhab mereka adalah bahawa tidak ada tuhan di langit, tidak ada al-Quran di bumi dan Muḥammad bukan utusan Allah". [Ḥikāyah al-Munāẓoroh Fī al-Qur^ān, m/s 50-51, Maktabah ar-Rušd, Riyadh, tahqiq *Abdullah bin Yūsuf al-Juday*].

Kemudian, mereka yang menyindir saya sebenarnya merekalah yang suka menggelar orang lain mujassimah, musyabbihah, hasywiah dan wahabi. Ini sesuatu yang tidak dihairankan kerana mempertahankan manhaj ahli sunnah sejati selalu sahaja dituduh sedemikian. Kata Aḥmad bin Ḥanbal dalam menyifatkan Jahm bin Ṣofwān; perintis kepada fahaman jahmian :

وتأول القرآن على غير تأويله، وكذب بأحاديث رسول الله صلى الله عليه وسلم وزعم أن من وصف الله بشيء مما وصف به نفسه في كتابه أو حدث عنه رسوله كان كافراً، وكان من المشبهة

"Dia mentakwil al-Quran dengan yang bukan takwilnya, mendustakan hadis-hadis Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- serta mendakwa bahawa sesiapa yang menyifatkan Allah dengan sesuatu dari apa yang Dia menyifatkan diri-Nya dalam kitab-Nya atau rasul-Nya menceritakan tentangnya, maka dia adalah kafir dan dia adalah musyabbihah". [Ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh, m/s 97, keluaran Dār aṯ-Ṯabāt Li an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Ṣobriyy bin Salāmah Šāhīn].

Isḥāq bin Rōhūyah berkata :

عَلَامَةُ جَهْمٍ وَأَصْحَابِهِ دَعْوَاهُمْ عَلَى أَهْلِ الْجَمَاعَةِ , وَمَا أُولِعُوا بِهِ مِنَ الْكَذِبِ , إِنَّهُمْ مُشَبِّهَةٌ بَلْ هُمُ الْمُعَطِّلَةُ وَلَوْ جَازَ أَنْ يُقَالَ لَهُمْ: هُمُ الْمُشَبِّهَةُ لَاحْتُمَلَ ذَلِكَ , وَذَلِكَ أَنَّهُمْ يَقُولُونَ: إِنَّ الرَّبَّ تَبَارَكَ وَتَعَالَى فِي كُلِّ مَكَانٍ بِكَمَالِهِ فِي أَسْفَلِ الْأَرَضِينَ وَأَعْلَى السَّمَاوَاتِ عَلَى مَعْنًى وَاحِدٍ وَكَذَبُوا فِي ذَلِكَ وَلَزِمَهُمُ الْكُفْرُ

"Tanda-tanda Jahm dan pengikutnya adalah panggilan mereka terhadap ahli al-Jamā*ah dan apa yang disandarkan padanya adalah sebahagian daripada dusta. Sesungguhnya mereka adalah musyabbihah, padahal hakikat sebenarnya mereka adalah muattilah. Kalaulah boleh dipanggil kepada mereka bahawa mereka itu adalah musyabbihah, maka dibolehkan untuk itu. Itu adalah kerana mereka berkata bahawa sesungguhnya tuhan Tabāroka Wa Ta*ālā dalam setiap tempat dengan keseluruhannya di bumi paling dan langit paling atas atas makna yang sama. Mereka berdusta pada hal itu dan membiasakan kekafiran pada mereka". [Šarḥ Uṣūl as-Sunnah, karya al-Lālikā^iyy, jilid 3, m/s 588, keluaran Dār Ṭoyyibah, Saudi, tahqiq Aḥmad bin Sa*d bin Ḥamdān al-Ġōmidiyy].

Abū Ḥātim ar-Rōziyy berkata :

عَلَامَةُ الْجَهْمِيَّةِ تَسْمِيَتُهُمْ أَهْلَ السُّنَّةِ مُشَبِّهَةً

"Tanda-tanda jahmian adalah penamaan mereka terhadap ahli sunnah sebagai musyabbihah". [Šarḥ Uṣūl as-Sunnah, karya al-Lālikā^iyy, jilid 3, m/s 588, keluaran Dār Ṭoyyibah, Saudi, tahqiq Aḥmad bin Sa*d bin Ḥamdān al-Ġōmidiyy].

Ḥarb bin Ismā*īl al-Kirmāniyy berkata :

وأما الجهمية: فأنهم يسمون أهل السنة مشبهة وكذبت الجهمية أعداء الله بل هم أولى بالتشبيه والتكذيب افتروا على الله الكذب وقالوا على الله الزور والإفك وكفروا في قولهم.

"Adapun jahmian, maka mereka menamakan ahli sunnah dengan musyabbihah, sedangkan jahmian; musuh Allah telah berdusta. Bahkan, mereka lebih patut dengan tasybih dan pendustaan. Mereka mengada-adakan kedustaan terhadap Allah dan mereka berkata tentang Allah secara sia-sia dan dengkul serta mereka mengkafirkannya pada kata-kata mereka". [Masā^il Ḥarb al-Kirmāniyy, jilid 3, m/s 985, keluaran Jāmi*ah Umm al-Qurō].

Ibn *Abdul Barr berkata :

أهل السنة مجموعون عَلَى الْإِقْرَارِ بِالصِّفَاتِ الْوَارِدَةِ كُلِّهَا فِي الْقُرْآنِ وَالسُّنَّةِ وَالْإِيمَانِ بِهَا وَحَمْلِهَا عَلَى الْحَقِيقَةِ لَا عَلَى الْمَجَازِ إِلَّا أَنَّهُمْ لَا يُكَيِّفُونَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ وَلَا يَحُدُّونَ فِيهِ صِفَةً مَحْصُورَةً وَأَمَّا أَهْلُ الْبِدَعِ وَالْجَهْمِيَّةُ وَالْمُعْتَزِلَةُ كُلُّهَا وَالْخَوَارِجُ فَكُلُّهُمْ يُنْكِرُهَا وَلَا يَحْمِلُ شَيْئًا مِنْهَا عَلَى الْحَقِيقَةِ وَيَزْعُمُونَ أَنَّ مَنْ أَقَرَّ بِهَا مُشَبِّهٌ وَهُمْ عِنْدَ مَنْ أَثْبَتَهَا نَافُونَ لِلْمَعْبُودِ وَالْحَقُّ فِيمَا قَالَهُ الْقَائِلُونَ بِمَا نَطَقَ بِهِ كِتَابُ اللَّهِ وَسُنَّةُ رَسُولِهِ وَهُمْ أَئِمَّةُ الْجَمَاعَةِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ

"Ahli sunnah bersepakat dalam mengikrarkan sifat yang datang keseluruhannya dalam al-Quran dan sunnah, beriman dengannya dan membawanya atas makna hakikat, bukan atas majaz melainkan mereka tidak mentakyifkan sesuatu daripada hal itu serta tidak meletakkan had sifat yang terhad padanya. Adapun ahli bidaah, jahmian, muᶜtazilian keseluruhannya dan khawarij, maka kesemua mereka mengingkarinya dan tidak membawa sesuatu daripadanya atas makna hakikat serta mereka mendakwa bahawa sesiapa yang mengakuinya, maka dia adalah musyabbih. Mereka ini di sisi orang yang mengisbatkannya adalah penafi terhadap Yang Disembah. Yang benar adalah pada apa yang mereka yang berpendapat pada pengikraran dengan apa yang kitab Allah dan sunnah rasul-Nya berbicara terhadapnya. Mereka adalah imam-imam al-Jamā*ah. Segala puji bagi Allah". [At-Tamhīd Li Mā Fī al-Muwaṭṭo^ Min al-Ma*ānī Wa al-Asānīd, jilid 7, m/s 145, keluaran Wizāroh *Umūm al-Awqōf Wa aš-Šu^ūn al-Islāmiyyah, Morocco, tahqiq Muṣṭofā Aḥmad al-*Alawiyy dan Muḥammad *Abdul Kabīr al-Bakriyy].

Abū *Uṯmān aṣ-Ṣōbūniyy berkata :

وعلامات البدع على أهلها بادية ظاهرة، وأظهر آياتهم وعلاماتهم شدة معاداتهم لحملة أخبار النبي صلى الله عليه وسلم، واحتقارهم لهم وتسميتهم إياهم حشوية وجهلة وظاهرية ومشبهة اعتقادا منهم في أخبار رسول الله صلى الله عليه وسلم

"Tanda-tanda bidaah terhadap ahlinya adalah terang dan nyata. Sejelas-jelas petanda-petandanya adalah kerasnya permusuhan terhadap pembawa khabar Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-, meremehkan mereka, menamakan mereka dengan hasywiah, puak jahil, literalis dan musyabbihah kerana beriktikad pada khabar-khabar rasul -ṣollallahu *alayhi wasallam- dari kalangan mereka". [*Aqīdah as-Salaf Wa Aṣḥāb al-Ḥadīṯ, m/s 109, keluaran Dār al-Minhāj, tahqiq Abū al-Yamān al-Manṣūriyy].

Abū al-Qōsim Ismā*īl bin Muḥammad al-Aṣbahāniyy berkata :

وَإِذا رَأَيْت الرجل يُسَمِّي أهل الحَدِيث حشوية، أَو مشبهة، أَو ناصبة فَأعْلم أَنه مُبْتَدع

"Apabila engkau melihat seseorang menamakan ahli hadis sebagai hasywiah atau musyabihhah atau naṣbian, maka ketahuilah bahawa dia ahli bidaah". [Al-Ḥujjah Fī Bayān al-Maḥajjah, jilid 2, m/s 540, keluaran Dār ar-Rōyah, ar-Riyāḍ, tahqiq Muḥammad bin Robī* bin Hādī bin *Umayr al-Madẖoliyy].

Kalaulah Abū Sa*īd ad-Dārimiyy hidup pada hari ini, pasti akan dilabel wahabi dan musyabbihah kerana karyanya yang berjudul «an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy». Kalaulah Abū Bakr al-H̱ollāl hidup pada hari ini, pasti juga dilabel sedemikian kerana mempertahankan dan membawa kalam ulama ahli sunnah yang memperkenankan penerimaan riwayat Mujāhid yang berkata: "Allah mendudukkan Muḥammad -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersama-Nya di atas Arasy".

Kalaulah *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal hidup pada hari ini, pasti dia akan dituduh berdusta kerana menulis karya «as-Sunnah» yang menukil kalam daripada ayahnya yang bertentangan dengan fahaman mereka yang selalu menafikan diri mereka adalah jahmian. Kalaulah Ibn *Abdul Barr hidup pada hari ini, pasti dia akan disinggung bahawa dia bercelaru dalam akidah.

Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal dan Abū Bakr al-H̱ollāl bersama kitab mereka telah bertahan dalam arena akidah tanpa celaan walaupun daripada ašᶜarian setelah sembilan ratus tahun lamanya kewafatan mereka.

Sangatlah hairan sebahagian ašᶜarian yang mendakwa mereka ini menyanjungi ketokohan nama mereka sebagai imam salaf yang mempertahankan akidah ahli sunnah, membanteras aliran sesat, khususnya jahmian dan mereka mendakwa memahami manhaj salaf, tetapi dalam masa yang sama mereka inilah berusaha habis-habisan merobek kredibiliti kitab mereka dalam penghujahan akidah, menyembelih kedudukan mulia mereka dalam barisan yang mempertahankan akidah ahli sunnah, menaburkan celaan yang cukup nista terhadap mereka, mencemarkan nama mereka di persada dunia dan menyeru orang ramai untuk menjauhi pembacaan kitab ini! Bahkan menyimpan rasa lega kalau mereka ini tidak pernah wujud pun!

Walaupun nama-nama mereka disebut oleh golongan aliran ašᶜariandengan penuh kemuliaan, tetapi mereka ini sangat lekeh di mata golongan ini pada hari ini, bahkan menyimpan kebencian yang sangat dalam terhadap akidah yang mereka bermati-matian mempertahankannya.

Kalaupun sebahagian ašᶜarian pada hari ini tidak berkomplot dalam mencela tokoh-tokoh ini secara terang-terangan, mereka meredhai perbuatan tersebut dan menganggap ia adalah pendapat yang muktabar! Malah, paling kurang pun, mereka ada prasangka buruk terhadap kitab ini dan tidak ada kepedulian langsung untuk menjadikan rujukan yang penting dalam memahami manhaj salaf.

Apabila an-Nawawiyy dan Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy disingkirkan daripada ahli sunnah, gegak gempita bumi ini dengan suara-suara berang mereka. Kalau langit boleh pecah kerana menanggung kemarahan mereka yang meletus-letus, pasti hancur berkecai langit. Begitulah juga respons sebahagian mereka apabila Ibn *Arobiyy dan *Abdul Karīm al-Jīliyy dituduh sebagai pembawa fahaman batiniah.

Namun, mana perhatian mereka pada ad-Dārimiyy ketika dicabul kehormatannya? Di mana suara mereka ketika «as-Sunnah» karya Abū Bakr al-H̱ollāl diperlakukan dengan keji sekali? Di mana rasa berang mereka apabila «as-Sunnah» karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal dipertikaikan keabsahan pemilikannya, bahkan mendapat celaan yang tidak sepatutnya terhadapnya?

Sangatlah benar bahawa menjadi ahli sunnah ini kerap sahaja dituduh musyabbihah dan hasywiah. Buktinya sudah pun ada. Sebutlah ketiga-tiga kitab yang disebutkan tadi. Lihat bagaimana respons sumbang daripada mereka. Itu pun mereka masih tidak menyedari lagi?

Lihat pula bagaimana Faẖruddīn ar-Rōziyy dalam «Mafātīḥ al-Ġoyb» menuduh penganut musyabbihah menjadikan Surah al-Mulk ayat 16 untuk mengisbatkan Allah di langit dan bersungguh-sungguh untuk menafikannya. Sedangkan yang menjadikan ayat itu untuk mengisbatkan sifat ₍al-*Uluww₎ adalah aṭ-Ṭobariyy dalam tafsirnya dan sedemikian para salaf sepertimana yang telah dikumpulkan aḏ-Ḏahabiyy dalam «al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār».

Lihat pula bagaimana Abū Manṣūr al-Māturīdiyy dalam «Ta^wīlāt Ahl as-Sunnah» dan Faẖruddīn ar-Rōziyy dalam rujukan sama menuduh musyabbihah menjadikan ayat tentang suruhan Firaun kepada Hāmān agar membina pencakar langit untuk melihat tuhan Mūsā -*alayhissalām- dalam mengisbatkan sifat ₍al-*Uluww₎. Sedangkan, ramai ahli tafsir yang berkaliber menjadikan ayat itu utnuk mengisbatkannya seperti Abū al-Layṯ as-Samarqondiyy, al-Ḥārīṯ bin Asad al-Muḥāsibiyy, Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy, Ibn Abū Zamanīn dan lain-lain.

Kenapa agaknya mereka sangat menjauhi kitab-kitab salaf yang telah disebutkan tadi, bahkan menzahirkan prasangka yang buruk terhadapnya yang mana hal ini tidak pernah berlaku setelah sembilan ratus tahun kewafatan mereka? Mengapa mereka ini sangat mudah menuduh musyabbihah pada ayat-ayat yang dipertahankan salaf untuk mengisbatkan sifat Allah yang ada padanya?

Saya doakan mereka yang masih dalam penafian dan berpura-pura buta ini agar dilimpahkan cahaya supaya celik melihat hakikat kebenarannya, menyedari kecelaruan mereka dan mula merenung semula praktik manhaj mereka.

Saya telah menghasilkan penulisan saya di pelbagai tempat dalam merespons isu yang berkaitan dengan mereka. Kemudian, fikirkanlah sekali lagi mengapa saya ada pergeseran yang besar terhadap mereka.

Ambilanhttps://amirkazuma.tumblr.com/post/665905055514411008/celoteh-peribadi-119-antara-bahagian

Celoteh 120 : Penerimaan Dakwah Daripada Erotikawan

Beberapa rakan dan kenalan saya yang erotikawan kadangkala mengajukan persoalan dan kemusykilan berkaitan dengan agama, khususnya yang ada pertalian dengan isu semasa. Beberapa daripadanya yang tidak memerlukan pandangan peribadi saya atau penjelasan dari saya sendiri. Ia sekadar memadai untuk saya membawakan beberapa fatwa dan keterangan daripada jabatan mufti rasmi negara atau mengepilkan dari penulisan orang lain atau yang saya

Sememangnya seeloknya adalah lebih baik kita menjauhkan diri daripada bercakap atas kapasiti diri kita atau mewakili pandangan kita. Seeloknya kita mengutip pandangan orang lain atau menyajikan kupasan daripada orang lain, lebih-lebih lagi yang telah diperakui ketokohannya yang menjawab kemusykilan atau persoalan sang penanya.

Kalaupun saya perlu menjawab atas pandangan kita sendiri sama ada kerana saya tidak tahu mana-mana artikel atau penulisan atau pembentangan yang telah menjawab persoalan dan merungkai kemusykilan penanya, saya bukanlah ingin mendakwa, apatah lagi mendabik dada bahawa saya adalah yang pandai dan berkepakaran dalam sesuatu bidang. 

Cuma, dengan nikmat secebis ilmu yang Allah kurniakan kepada saya, maka saya ada tanggungjawab untuk menzahirkan kesyukuran saya dengan menunaikan amanah ilmu dan membantu saudara seagama yang bertanya.

Apalah hak saya untuk membiarkan rakan dan kenalan saya dalam kekaburan, tertanya-tanya dan kebingungan, sedangkan saya mungkin sahaja satu-satunya orang yang mereka cari dan saya pula telah diberikan limpahan ilmu Allah yang secukupnya untuk menjawabnya, tetapi saya mendiamkan diri serta ia sama sekali bukan perkara yang kontroversi, bukan yang terlalu rumit dan kurang berisiko? 

Saya merasakan bahawa mana-mana penuntut ilmu yang di tahap rendah sekalipun akan berhadapan dengan situasi ini, apatah lagi ilmuwan yang tidak berani mengaku dirinya sebagai seorang yang berkeahlian dalam sesuatu lapangan ilmu.

Cuma, di sini saya ingin mengongsikan persoalan yang sama-sama terdetik dalam jiwa saya. Saya tertanya-tanya apa akan jadi kalau saya tidak pernah mendekati kenalan dan rakan saya yang erotikawan ini. Kepada siapakah yang mereka akan ajukan persoalan dan meminta untuk meleraikan kekusutan?

Saya tidaklah mendakwa bahawa saya telah menjadi penyelamat mereka daripada kesesatan dan menjadi tempat rujukan yang terbaik untuk mereka bagi memahami agama, khususnya dalam merespons isu semasa yang bersangkut paut dengannya. Saya sentiasa mengingatkan tentang kekurangan, ketempangan, kelemahan dan kelompongan saya kepada mereka agar mereka sentiasa berwaspada dan bersikap kritis. 

Saya juga sentiasa mengingatkan bahawa saya bukanlah manusia yang terbaik dan jauhi ketaksuban daripada mana-mana individu, tokoh, kelompok atau aliran sehinggalah kepada diri saya sendiri. Saya sekadar menyampaikan sebahagian apa yang telah Allah rezekikan kepada saya dan sekadar yang saya mampu serta menunaikan hak ilmu jika diperlukan.

Saya cuma mengandaikan apa akan jadi kalau orang seperti mereka ini dari awal lagi sentiasa ditolak, diketepikan, tidak dilayan dengan baik, tidak diramah mesra, tidak dirapati, bahkan dihamburkan rasa meluat terhadap mereka kerana mereka ini adalah erotikawan. 

Saya tidak fikir mereka akan ada minat kepada ilmu agama, apatah lagi untuk mempedulikan isu yang ada berkaitan dengan agama kerana tiada teman yang ada sefahaman dalam beberapa aspek, khususnya yang paling krusial.

Jika ada permasalahan pun, mereka tidak akan mengajukannya kepada orang yang telah berlaku bengis terhadapnya dan tidak. Ini lumrah perasaan yang ada pada mana-mana manusia. Mereka sama sekali tidak akan menanyakan, apatah lagi berbincang dengan orang yang dari awal lagi mengasari mereka serta memisahkan diri daripada mereka dengan pemisahan yang tajam menghiris.

Mereka akan menghadap diri mereka kepada orang yang beramah mesra dengan mereka, menyantuni mereka serta melayani mereka dengan penuh persahabatan dan kemesraan. Bayangkan kalau orang yang mereka hadap itu adalah orang yang sama-sama tahap penguasaan ilmu agama dengan mereka atau yang lebih teruk adalah orang yang sememangnya tidak ada kapasiti yang teguh, khususnya dalam beberapa penguasaan ilmu alat yang penting secara asas. Malah, mereka mungkin akan memandai-mandai dalam berkomentar atau mengulas dalam isu tersebut kerana tidak ada rakan lain yang dapat menjadi penyeimbang.

Sebab itulah saya mendekati dan merapati mereka dengan erotisisme supaya asas kesefahaman dalam perkenalan dan persahabatan dapat dirapatkan. Cuma, saya mengingatkan tentang kawalan dan disiplin pada erotisisme ini. Lalu, dalam masa yang sama, saya berkongsi beberapa artikel, penulisan dan pembentangan yang berkaitan dengan agama.

Lama-kelamaan, saya bersyukur kepada Allah melihat beberapa kenalan dan rakan saya ada menzahirkan rasa minat mereka dalam mendalami agama, tertarik dengan perbahasan atau pembentangan yang berkaitan dengan agama, bertambah kecelikan dalam ilmu agama walaupun sekelumit, mempunyai sentimental yang mendalam dalam menyuarakan isu-isu yang berkaitan dengan Islam, khususnya ketika mempertahankannya daripada diserang dan pelbagai lagi.

Adakalanya, mereka mengajukan persoalan kepada saya atau berbincang dengan saya dengan rasa persahabatan atau bersama-sama menyuarakan yang sepandangan dengan saya dalam beberapa isu semasa yang berkaitan dengan agama. 

Saya adakalanya bersyukur kerana mereka mengajukan pertanyaan kepada saya kerana itu menunjukkan saya dapat menjadi teman untuk mereka rujuk apabila mereka jahil dan tertanya-tanya. Semoga bantuan saya yang sedikit ini dengan limpah kurnia Allah ini memberikan manfaat kepada mereka.

Saya melihat ini adalah perkembangan yang positif dan saya berharap mereka akan membina diri mereka untuk menjadi muslim yang ulung meskipun seorang yang erotikawan. Saya katakan bahawa sama ada mereka ingin teruskan erotisisme mereka atau ingin meninggalkannya, itu terpulang kepada pilihan masing-masing. 

Namun, jika ramah mesra dan kerapatan yang saya ikat bersama dengan mereka menjadikan mereka seorang yang bertambah lebih baik daripada dahulu, iaitu daripada yang jahil kepada yang celik dan daripada yang teruk kepada yang murni, saya panjatkan kesyukuran kepada Allah dengan setinggi-tinggi kesyukuran.

Saya faham yang adakalanya sebahagian orang tidak bersetuju pada saya ini sebagai erotikawan, apatah lagi menjadi erotisisme sebagai pendekatan dakwah dan kerapatan untuk tujuan agama kepada beberapa teman erotikawan. Saya memahami mereka ini juga mungkin tidak dapat menghadam strategi saya sebegini dalam dakwah. Saya hargai kritikan mereka dan saya memahami apa yang terbuku dari hati mereka serta saya menghormati pilihan mereka.

Cuma, saya ingin tanya kepada mereka tentang bagaimana mereka ingin membawakan erotikawan yang ada potensi ini supaya minat kepada agama dan hidup bersama sentimental yang mendalam terhadap agama tanpa pergeseran yang besar terhadap mereka dan tanpa menambahkan lagi jurang mereka dengan agama?

Apapun, saya dalam masa yang sama tidak minta mereka untuk hormati pilihan saya dan bertoleransi dengan apa yang saya lakukan. Saya sendiri telah masuk ke risiko yang orang membencinya dan meluat terhadapnya demi menarik beberapa orang yang telah diboikot, diketepikan dan disinggung secara kasar agar mendekati agama dan menjadi perapat kepada jurang yang terpisah jauh antara mereka dengan agama.

Oleh sebab itulah saya pasrah dengan takdir seperti ini dan tidak menyimpan dendam terhadap mereka. Malah, jika ada permasalahan dalam sesuatu perkara dalam agama, saya akan merujuk kepada mereka tanpa prejduis dan diskriminasi serta menggalakkan orang yang saya tarik agar tidak menyimpan kemarahan peribadi dan ambil manfaat daripada mereka, lebih-lebih lagi mereka yang telah dikenali berkeahlian dalam bidang itu meskipun mereka melayani kita dengan cara gasar kerana mengetahui erotisisme pada diri kita.

Saya tidaklah berkata pendekatan dan cara saya adalah yang terbaik untuk merapati mereka dan berdakwah kepada mereka. Cuma, sekurang-kurangnya buat masa ini, pada saya, inilah yang terbaik dapat saya laksanakan. 

Dengan izin Allah dan dengan bantuan-Nya, saya berjaya mengurangkan jurang antara saya dengan mereka dari segi perhubungan keagamaan sepertimana rapatnya jurang antara rahib dan pendosa dan rapatnya jurang antara ilmuwan dan sang jahil tanpa mendepani pertentangan cernaan yang berbeza perspektif secara ketara.

Apapun, saya katakan kepada mereka yang erotikawan agar jangan kecewa dan jangan rasa terhina untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama. Ia adalah untuk semua orang tanpa berkecuali dan kemanisannya disajikan untuk mereka yang benar-benar ada keinginan untuk mencicipinya. 

Abaikan layanan yang buruk daripada sebahagian orang. Kita mempelajari agama bukan untuk menjadi agamawan, tetapi untuk menjadi hamba Allah yang terbaik kita mampu dengan mengeluarkan diri daripada kejahilan dan kesesatan serta mengharapkan redha-Nya sepenuhnya, bukan mengharapkan penerimaan makhluk-Nya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/667183861441118208/celoteh-peribadi-120-penerimaan-dakwah-daripada

Celoteh 121 : Usah Mengharap Yang Banyak Daripada Saya

Nasihat saya kepada para pembaca, khususnya yang telah menjadi kenalan dan rakan saya serta mereka yang memendam rasa kepesonaan terhadap saya agar tidak mengharapkan yang banyak daripada saya.

Saya ini sekadar manusia yang penuh dengan kelompongan, kekurangan, ketempangan, keaiban dan kelemahan sama ada saya menyedari ataupun tidak. Saya bukanlah ilmuwan yang terulung yang layak untuk duduk sebaris dengan tokoh-tokoh yang telah menempa namanya di kedudukan yang tinggi dalam bidang keilmuan. Saya sekadar sang kerdil yang hanya ingin berkhidmat kepada perkongsian ilmiah dan menjadi hamba Allah.

Bahkan, saya sendiri bukanlah sepertimana para tokoh kenamaan yang mempunyai banyak pengalaman jerih dan pahit serta yang mengujakan para pendengar apabila diceritakan. Realitinya, saya tidak ada atau tidak banyak semua cerita peribadi yang sebegitu. Saya juga sepertimana hamba Allah yang lain yang penuh dengan dosa, kezaliman dan kebejatan yang orang akan membunuh karakter saya apabila diketahui tentangnya.

Benar bahawa adakalanya saya menzahirkan sisi kekuatan, keteguhan, kemapanan dan ketangkasan dalam penulisan saya dan interaksi di laman sosial, bahkan dalam kehidupan harian yang nyata. Akan tetapi, kita diperintahkan untuk menutup aib kita, lebih-lebih lagi yang bersifat peribadi atau yang tidak memberi manfaat kepada diri sendiri atau orang sekeliling. 

Kita juga diperintahkan agar menggunakan nikmat kebaikan telah dilimpahkan kepada kita dengan sebaik-baiknya dan menunaikan haknya sebagai tanda kesyukuran kepada Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Malah, kalau kita hanya disajikan kekurangan diri, sampai bila-bila pun orang tidak akan berdiri memimpin, berdiri memberikan ucapan yang memukau, berdiri menyuarakan kebenaran dengan lantang dan berdiri teguh berjuang. 

Bahkan, jika kita hanya memaparkan aib kita sahaja, maka kita sebenarnya membiarkan diri kita terbuka untuk dikutuk dan direndahkan, malah membuka peluang untuk sebahagian seteru untuk melondehkan lagi kekurangan dan ketempangan untuk dijadikan modal dalam usaha menjatuhkan kita meskipun kita ada kelebihan yang berguna untuk diri dan masyarakat yang tidak boleh dinafikan.

Atas sebab itulah kita bangkit dan membela diri kita dengan tegas lagi bersemangat yang berkobar-kobar kerana kita juga ada harga diri yang tidak boleh sama sekali dicabul, kehormatan yang tidak boleh digadai, kompetensi yang tidak boleh diabaikan dan nikmat yang Allah berikan kepada kita untuk kita hargai dengan tidak mengurangi nilainya dan serlahkannya dengan sebaik-baiknya sehingga tiada sesiapa pun berhak menafikan dan memperlekeh bahagiannya sewenang-wenangnya kendatipun kita masih memikul ketempangan yang kita sendiri mengakuinya.

Setiap manusia ada aib yang jika setiap orang melihatnya, pasti akan membentaknya dan membencinya dengan kebencian yang amat. Kalau setiap orang hanya membawakan aib diri, maka tidak akan tersisa di bumi ini untuk orang yang memimpin, orang yang memohon bekerja dan orang yang menyampaikan ilmu.

Akan tetapi, Allah menutup aib kita dan menampilkan sisi kebaikan daripada kita supaya kita bergerak dalam masyarakat tanpa rasa kekok, tanpa mempersalahkan orang lain, mengenal erti kemaafan dan toleransi, seterusnya memanfaatkan potensi yang ada masing-masing untuk membina masyarakat dan tamadun tanpa perlu sibuk dengan kekurangan diri dan fokus kepada kebolehan diri. 

Namun, dalam masa yang sama, kita memohon keampunan kepada Allah terhadap aib, kesilapan dan kekurangan yang kita tanggung pada diri kita yang tertutup hanya untuk Dia dan kita.

Cuma, saya ingin mengingatkan bahawa jika sebahagian orang kecewa apabila melihat sisi saya yang sebenarnya, lebih-lebih lagi aib yang mungkin saya tidak sengaja buka atau aib yang seseorang ternampak pada saya, maka saya telah mengingatkannya lebih awal bahawa usah mengharapkan yang banyak daripada saya.

Saya akan kekal senyum, mengekalkan momentum tenaga dan semangat serta menonjolkan kewibawaan yang saya ada dengan limpah kurnia-Nya. Akan tetapi, saya memperakui keberadaan diri saya yang penuh dengan kelemahan, kekurangan, keaiban dan ketempangan. Cuma, saya memendamnya dan tidak menceritakannya serta menampilkan imej yang seeloknya ditampilkan.

Seseorang pasti akan menemukan sisi buruk pada saya, lebih-lebih lagi jika telah berdamping dengan saya dalam tempoh yang lama. Jika menemukannya, maka saya sekali lagi saya menyatakan bahawa telah memperingatkan hal ini.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/667185761062469632/celoteh-peribadi-121-usah-mengharap-yang-banyak

Celoteh 122 : Cara Melunturkan Ketaksuban

Saya sudah banyak kali menegaskan bahawa jauhi ketaksuban terhadap saya dan jangan sama sekali mengambil pandangan saya sebelum dipastikan terlebih dahulu kekuatan penghujahannya dan keyakinan bahawa kebenaran di sisi saya. Ini saya mengingatkan secara tegas bagi mereka yang ada keterpesonaan terhadap saya.

Saya bukan selayaknya untuk disamabandingkan dengan tokoh-tokoh kenamaan yang menjulang kedudukannya dalam bidang masing-masing. Saya cumalah seorang hamba Allah yang penuh kehinaan, penuh kekurangan, banyak keaiban, banyak kesilapan, banyak kelompongan dan banyak ketempangan. Saya tidak ada apa-apa yang istimewa. Kepada Allah jualah saya memohon keampunan, kemafaan dan pembaikian untuk saya.

Pun begitu, saya mengucapkan terima kasih bagi mereka yang memanfaatkan penulisan saya dan mendapat cetusan ilmiah daripada perkongsian saya. Semoga Allah limpahkan kebaikan kepada para pembaca agar mereka memperoleh kebaikan pada kefahaman agama dan kehidupan sebagai hamba Allah yang sejati. Saya berdoa agar Allah sentiasa meneguhkan saya di atas jalan kebenaran yang berpaksikan pada hujah yang kukuh dan sandaran yang jitu.

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana untuk melunturkan ketaksuban terhadap saya atau mana-mana orang sekalipun? Saya katakan, persoalkan kesemuanya dan analisis bagaimana manhaj dalam menggali kefahaman, membentangkan idea dan menerbitkan penghujahan. Kemudian, bandingkan dengan yang lain jika ada dan nilaikan sama ada ia menepati kebenaran ataupun tidak.

Ambil contoh diri saya. Perhatikan mengapa saya memilih manhaj salafi? Mengapa saya ada pergeseran yang kasar dengan ašᶜarian? Walaupun saya adalah salafi mengapa saya tetap menegaskan penafian jisim bagi Allah yang mana penegasan penafian seperti ini dijauhi dan ditegah oleh aliran salafi arus perdana?

Mengapa walaupun saya adalah salafi, saya sama sekali tidak mengambil Ibn Taymiyyah dan Ibn Qoyyim al-Jawziyyah sebagai pedoman dan rujukan utama? Mengapa walaupun saya adalah salafi, saya tidak mengambil berat tentang Muḥammad bin *Abdul Wahhāb yang mana perkaitan salafi pada hari ini dengan nama ini tidak terpisah?

Mengapa walaupun saya adalah salafi, saya tetap menerima dan membahaskan sifat nafsiah, salbiah dan maani yang menjadi silibus pengajaran ašᶜarian? Mengapa walaupun saya adalah salafi, saya tetap menjadikan ilmu kalam sebagai keperluan dan menganggap ia memiliki kedudukan yang tersendiri dalam mendepani cabaran isu semasa yang berkaitan dengan akidah yang mana ilmu ini dibenci dan dijauhkan oleh salafi?

Mengapa aswajaean menjadi musuh ketat saya sehingga banyak penulisan saya adalah respons dan wacana perseteruan terhadap pemikiran mereka? Apa yang membezakan manhaj saya dengan manhaj mereka?

Mengapa walaupun saya adalah salafi, saya tetap menerima kesufian dan mengambil pandangan daripadanya? Mengapa walaupun saya menerima kesufian, tetapi saya tegas dalam membidas golongan batiniah?

Mengapa saya mengagumi keluarga al-Ġumāriyy yang merupakan tokoh yang dijulang tinggi oleh aswajaean dan sufi walaupun manhaj mendasar saya berbeza dengan keluarga ini dan mengapa pula saya agak dingin terhadap golongan al-Ḥabīb walaupun keluarga al-Ġumāriyy dan mereka adalah ahli bait?

Mengapa saya mengambil menerima pengamalan yang dibentangkan oleh Ḥamzah al-Malībāriyy tentang manhaj yang dinamakan manhaj mutaqaddimin dan wujud kritikan saya terhadap manhaj yang dipanggil manhaj mutaakhirin? Apa dasar pegangan saya dalam praktik penilaian ilmu hadis?

Mengapa walaupun saya adalah salafi, tetapi saya memilih dan mempertahankan pandangan fiqh yang berkaitan dengan seksual yang mana ia ditegah dan ditentang oleh keseluruhan ulama? Mengapa saya mempertahankannya dan membelanya meskipun dasar manhaj agama saya adalah seumpama fundamentalis, tradisionalis, ortodoks dan konservatif? 

Mengapa saya memilih untuk bersendirian dan menyalahi sekalian ulama dalam beberapa perkara? Mengapa walaupun saya menyalahi keseluruhan ulama dalam beberapa perkara, tetapi saya tetap menjunjung manhaj mereka?

Banyak lagi perkara yang perlu dipersoalkan, lebih-lebih lagi jika seseorang ingin memfokuskan perhatian kepada saya dan menjadikan manhaj saya sebagai templat untuk dia membina manhajnya. Ini perkara biasa yang ada pada mana-mana masyarakat. 

Sebab itulah ada ulama kekal dengan suatu mazhab walaupun mereka ada pandangan pilihan mereka secara peribadi yang menyalahi mazhab tersebut kerana mereka telah lama menjadikan mazhab itu sebagai templat dalam membentuk metodologi, membangunkan sistem fikiran mereka dan pembinaan manhaj mereka.

Mereka yang menjadikan keluarga al-Ġumāriyy sebagai templat, maka banyak daripadanya akan mempengaruhinya dengan beberapa kelainan. Mereka yang menjadikan zaydian sebagai templat, maka banyak daripadanya akan dipengaruhi sepertimana al-Kāẓim az-Zaydiyy dalam «Majmū*ah ar-Rosā^il al-Muhimmah Ḥawl az-Zaydiyyah» menyatakan bahawa muᶜtazilian sebenarnya terpengaruh dengan zaydian. Begitulah seterusnya.

Cuma, saya katakan bahawa walaupun saya yakin bahawa manhaj yang saya bawa dan bentang ini adalah kebenaran, ia mungkin tidak sama pada orang lain dan mungkin beberapa daripadanya saya mengubah pandangan saya apabila nyata hujah kebenarannya pada saya. Sebab itulah setiap orang perlu membina manhaj untuk dirinya sendiri kerana keselamatan beragama di dunia dan di akhirat adalah terletak di bahu sendiri.

Di akhirat nanti, kita tidak boleh beralasan untuk melepaskan diri kita daripada seksaan dengan mengatakan seseorang yang kita ikuti disangka bahawa orang itu adalah pembesar bagi kita, lebih-lebih lagi jika kita mempunyai kemampuan akal dan bahan untuk melakukan penyelidikan, namun tetap tegar dengan taklid. Di akhirat nanti juga, para penghuni neraka akan menyesal kerana tidak menggunakan akal mereka.

Sebab itulah wajib bagi muslim menjauhi ketaksuban dan taklid yang buta meskipun terhadap diri saya demi kebaikan semua orang. Kita mungkin akan menyerap manhaj daripada orang atau aliran yang kita fokus pengkajiannya dan dijadikan orang itu atau mereka sebagai templat. Akan tetapi, kita tidak akan mengambil bulat-bulat dan mengintegrasikan sepenuhnya dalam diri kita, lebih-lebih yang telah diyakini bahawa ia tidak boleh dipakai.

Sememangnya bukan mudah untuk membina dan menggapai manhaj yang teguh dalam diri, khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai ilmu alat yang vital. Tentunya tidak sama capaian indera saya yang ada sedikit kemahiran bahasa Arab -segala puji bagi Allah atas nikmat ini- dengan mereka yang belum menguasainya. 

Jika sebegini keadaannya, maka perlaksanaan analisis seseorang itu akan terlihat jurangnya yang tidak dicapai kerana tidak ada penguasaan beberapa ilmu atau bahagian yang diperlukan.

Pencapaian ini mungkin akan mengambil masa yang panjang mengikut individu kerana seseorang memerlukan pembelajaran yang bermula dari asas sehinggalah ke beberapa peringkat yang memerlukan ketekunan sebelum mencapainya.

Semoga Allah mempermudahkan hajat orang yang tulus dan bersungguh untuk menjadi hamba-Nya yang lebih bermutu. Semoga Allah mengurniakan kita set pemikiran yang sistematik, metodologi yang lurus dan penguasaan ilmu alat yang mantap agar kita dapat mengenali kebenaran, terjauh daripada kebatilan dan sentiasa dalam terpandu dengan bimbingan-Nya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/667450353466458112/celoteh-peribadi-122-cara-melunturkan-ketaksuban

Celoteh 123 : Mengapa Saya Menerima Ilmu Kalam?




Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa saya yang selalu menyebutkan bahawa saya ini adalah salafi, tetapi saya menerima pembelajaran ilmu kalam, meletakkannya dalam kedudukan yang bernilai dalam bidang ilmu serta ada keperluan dalam mempelajarinya? Ini adalah kerana definisi ilmu kalam sepertimana yang disebutkan Ibn H̱oldūn :

هو علم يتضمّن الحجاج عن العقائد الإيمانيّة بالأدلّة العقليّة والرّدّ على المبتدعة المنحرفين في الاعتقادات عن مذاهب السّلف وأهل السّنّة

"Ia adalah ilmu yang mengandungi hujah-hujah tentang akidah-akidah keimanan dengan dalil-dalil rasional dan penolakan terhadap pelaku bidaah yang menyeleweng dari mazhab salaf dan ahli sunnah dalam iktikad-iktikad itu". [Dīwān al-Mubtada^ Wa al-H̱obar Fī Tārīẖ al-*Arob Wa al-Barbar Wa Man *Aṣōrohum Min Ḏawī Ša^n al-Akbar, m/s 580, keluaran Dār al-Fikr, Beirut, tahqiq H̱olīl Šaḥādah].

Mengikut definisi ini, saya pasti tiada siapa akan menolak kebenaran dan kepentingan pengisian yang ada dalam ilmu kalam ini. Mungkin ada yang tidak setuju dinamakan sebagai ilmu kalam, tetapi nama tidaklah penting dan tidak dijadikan isu perselisihan yang besar. Apa yang penting adalah kita mencapai objektif sepertimana yang digariskan dalam definisi ini.

Kemudian, bagaimana celaan para salaf terhadap ilmu kalam? Saya katakan, ini kerana ilmu ini dipelopori, diketengahkan dan didominasi oleh golongan jahmian, seterusnya muᶜtazilian dan mereka yang terpengaruh dalam falsafah asing. 

Khususnya jahmian dan muᶜtazilian, mereka ini menjadikan ilmu kalam ini sebagai puncak tujuan dan kandungan perbahasan dalam menafikan sifat kalam Allah, seterusnya untuk menjustifikasikan bahawa al-Quran adalah makhluk.

Malah, mereka ini mengembangkan lagi ilmu ini untuk menjustifikasikan penafian dan pembatalan kebanyakan sifat-sifat Allah yang lain dengan teori dan konsep yang mereka bangunkan. Mereka yang beraliran falsafah lain juga ada tujuan yang tersendiri yang menyesatkan dalam menggelumangkan diri dalam ilmu kalam. Inilah sebabnya para salaf menjauhi ilmu kalam.

Cuma, saya melihat ilmu kalam ini sama seperti cabang ilmu yang dinamakan neuroteologi. Ia adalah ilmu yang menggunakan kajian saintifik dan pemerhatian sains dalam paksi ilmu neurologi bagi mengenalpasti dan memahami tindak balas otak dan psikologi yang memiliki perkaitan dengan praktik agama dan spiritual.

Akan tetapi, ilmu ini ada tarik menarik antara golongan saintisme dengan golongan agama. Bagi golongan saintisme, ia boleh menjadi ilmu pseudosains kerana ilmu ini ingin menjustifikasikan perkara yang ada perkaitan dengan agama, khususnya jika ada bentuk penafsiran yang melangkaui capaian saintisme dan materialisme.

Bagi golongan agama, ilmu ini dijadikan sebagai penolakan terhadap agama kerana mereka berdiri di atas materialisme, menolak kepercayaan yang berkaitan dengan mencarik adat, khususnya pengamalan kerohanian serta menjustifikasikan bahawa tidak ada yang unik pengajaran setiap agama kerana masing-masing dilihat secara sama dari sudut pemerhatian dan dapatan sains. 

Kalaulah neuroteologi ini wujud pada zaman salaf, pasti salaf akan menolaknya kerana melihat kepada tujuan akhirnya dan pengisian yang ada pada ilmu tersebut.

Apapun, kita perlu tahu bahawa setiap cabang ilmu ada yang disebutkan sebaga ₍al-Mabādi^ al-*Ašaroh₎ (
الْمَبَادِئ الْعَشَرَة), iaitu pengantar dasar yang sepuluh. Ia adalah sepuluh perkara bagi pengenalan mendasar bagi sesuatu cabang ilmu, iaitu pengertian ilmu itu sendiri, tajuk perbahasannya, hasil faedahnya, keutamaannya, kedudukannya, asal usul ilmunya, nama-nama lain, epistemologinya, hukum mempelajarinya dan persoalan yang menjadi permasalahan bagi ilmunya.

Kalaulah ilmu neuroteologi dipelopori dan didominasi oleh golongan saintisme dan materialisme sehingga mereka sendiri mengisi dan membentuk pengantar dasar yang sepuluh bagi ilmu tersebut yang bertujuan dalam penolakan terhadap agama sama ada secara langsung atau tidak langsung, mengapa tidak para agamawan yang berkemahiran dalam ilmu neurologi juga mengetengahkan pengantar dasar yang sepuluh yang sesuai dengan prinsip agama mereka?

Sebegitu juga dengan ilmu kalam. Kalaulah ia dibangunkan dan diperkasakan oleh jahmian dan mereka yang bersamanya dari kalangan pengamal falsafah asing sehingga mereka membentuk pengantar dasar yang sepuluh bagi ilmu tersebut yang bertujuan untuk menyanggah pegangan ahli sunnah dan salaf secara keseluruhan, mengapa tidak ahli sunnah yang berpegang dengan prinsip salaf membentuk sendiri pengantar dasar itu agar ia sesuai dengan naratif dan pegangan salaf?

Kita boleh melihat pujian Mālik bin Anas kepada Ibn Hurmuz kerana kecerdikannya dalam ilmu kalam dalam menentang golongan gereget. Ya*qūb bin Sufyān al-Fasawiyy berkata :

حدثنا محمد بن أبي زكير أخبرنا ابن وَهْبٍ قَالَ: قَالَ مَالِكٌ: كَانَ ابْنُ هُرْمُزَ رَجُلًا كُنْتُ أُحِبّ أَنْ أَقْتَدِيَ بِهِ، وَكَانَ قَلِيلَ الْكَلَامِ قَلِيلَ الْفُتْيَا، شَدِيدَ التَّحَفُّظِ وَكَانَ كَثِيرًا مَا يُفْتِي الرَّجُلَ، ثُمَّ يَبْعَثُ فِي أَثَرِهِ مَنْ يَرُدُّهُ إِلَيْهِ حَتَّى يُخْبِرَهُ بِغَيْرِ مَا أَفْتَاهُ . قَالَ: وَكَانَ بَصِيرًا بِالْكَلَامِ، وَكَانَ يَرُدُّ عَلَى أَهْلِ الْأَهْوَاءِ وَكَانَ مِنْ أَعْلَمِ النَّاسِ بِمَا اخْتُلِفَ فِيهِ مِنَ هَذِهِ الْأَهْوَاءِ»

Muḥammad Abū Zukayr telah merawi hadis kepada kami
Ibn Wahb telah mengkhabarkan kepada kami, dia berkata Mālik berkata: "Dahulu Ibn Hurmuz adalah seorang lelaki yang aku suka untuk meneladaninya. Dahulu dia sedikit bicaranya lagi sedikit fatwa serta tegas memelihara diri. Dahulu dia adalah banyak memberi fatwa kepada seseorang. Kemudian, dia memanggil semula orang yang mengajukan pertanyaan kepadanya setelah itu sehingga dia mengkhabarkannya dengan selain apa yang dia telah memfatwakannya". Dia berkata: "Dahulu dia celik dengan ilmu kalam. Dahulu dia menolak ahli gereget dan dia adalah orang yang paling mengetahui tentnag apa yang diperselisihkan dari golongan gereget ini". [Al-Ma*rifah Wa at-Tārīẖ, jilid 1, m/s 652, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut, tahqiq Akrom Ḍiyā^ al-*Umariyy].

Kalaulah kemahiran ilmu kalam pada Ibn Hurmuz ini digunakan untuk menentang golongan gereget ini, mengapa tidak kita mengadunkan pengantar dasar yang sepuluh ilmu tersebut agar ia dijadikan penolakan kepada syubhat yang ditimbulkan mereka yang menyelisihi manhaj salaf?

Nama sama sekali tidak penting, yang penting adalah kandungan dan capaian yang dimaksudkan. Sebab itulah bantahan secara komprehensif dari Abū Sa*īd ad-Dārimiyy terhadap jahmian melalui kitabnya «an-Naqḍ *Alā al-Marīsiyy» boleh dikatakan sebagai pendekatan ilmu kalam walaupun ia tidak dinamakan sebagai ilmu kalam atau menggunakan nama metodologi ilmu kalam. 

Yang tercapai dari apa yang dilakukan ad-Dārimiyy adalah untuk menangkis syubhat daripada jahmian yang sesat lagi menyesatkan. Seperti itu jugalah usaha Aḥmad bin Ḥanbal melalui kitabnya «ar-Rodd *Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh».

Malah, dalam isu ini, ia sama juga dengan ilmu kritik hadis. Sekalipun ia mungkin ilmu yang dipelopori, dibangunkan, dikembangkan dan diperkukuhkan oleh orientalis dan para pengingkar sunnah, namun sebahagian ulama semasa menjadikan subjek ini sebagai salah satu bahagian kajian hadis dengan menyusun metodologinya agar kita hadam dalam mengkritik hadis secara betul.

Antara yang terlibat dalam sumbangan bahagian ini adalah Ṣolāḥuddīn al-Idlībiyy melalui karyanya «Manhaj Naqd al-Matn *Inda *Ulamā^ al-Ḥadīṯ an-Nabawiyy» dan Nūruddīn *Itr melalui karyanya «Manhaj an-Naqd Fī *Ulūm al-Ḥadīt». Malah, sudah banyak karya yang berkaitan dengan kajian kritikan ini dalam berbentuk buku, kertas kerja, tesis dan pelbagai lagi.

Sebab itulah yang penting adalah dilihat pada kandungannya dan hala tujunya. Bukan pada nama serta hanya bergantung pada penghukuman yang lama, lalu terbawa-bawa untuk sepanjang waktu tanpa mengambil kira konteksnya, aspeknya yang tertentu dan sudut yang berlainan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/667702902034513920/celoteh-peribadi-123-mengapa-saya-menerima-ilmu

Celoteh 124 : Saya Dan Isu Aurat Bukan Hakiki

Bagi yang mengenali saya, sememangnya saya antara yang kuat mempertahankan pandangan perbezaan hukum lihatan aurat yang hakiki, iaitu yang ada pada tubuh badan seseorang dan yang bukan hakiki, iaitu yang diserupakan dengan anggota seperti bayangan air, pantulan cermin, paparan digital, ukiran patung, lukisan dan hologram.

Malah, jika ada antara isu besar perbalahan antara saya dengan orang lain, maka ia adalah adalah isu ini. Saya melihat titik kesefahaman dan perselisihan saya dengan orang lain adalah bermula pada isu ini. 

Jika sesiapa yang menyetujuinya, maka beberapa lain akan mudah untuk diterima atau kalau tidak dapat setuju pun, ia dalam perselisihan secara terhormat. Jika sesiapa yang tidak menyetujuinya, maka beberapa isu yang lain akan menjadi sebab pertelingkahan dan sukar untuk berinteraksi dengan baik.

Saya melihat ada beberapa hikmah daripada perbalahan ini. Pertama, kematangan seseorang untuk mendepani pandangan yang bukan kebiasaan bagi masyarakat umum atau pandangan baharu pada perspektif mereka. 

Kita pun maklum bahawa pandangan arus perdana adalah hukum lihatan aurat di televisyen adalah sama sepertimana melihat aurat yang hakiki. Ini pendapat umum yang seolah-olah telah bertahan secara kukuh pada hari ini.

Sebab itulah apabila dibawakan pendapat fuqaha ḥanafian dan šāfiᶜian dalam isu ini, mereka merasa tersentak dan gelisah. Ini kerana mereka tidak pernah mendengar pandangan ini sebelum ini dan mana-mana ilmuwan terkemuka pun yang mengajarkan mazhab kedua-dua ini tidak menyebutkan atau mereka tahu, tetapi mengelakkan penyebutannya sehingga ia terlindung daripada orang ramai. 

Dari sinilah, kita akan melihat sejauh mana kematangan seseorang untuk berinteraksi dengan pandangan yang tidak pernah didengari lagi janggal menurut tanggapan awalnya.

Kedua, daripada isu ini, ia memperlihatkan tembelang sebahagian orang yang mendakwa bahawa mereka sangat bertegas untuk mengikut mazhab dan ulama. Dalam isu ini, saya sama sekali tidak membawa pandangan saya sendiri. 

Saya telah mengutip kalam pelbagai fuqaha dalam kedua-dua mazhab tersebut dan membentangkan dalil tambahan yang kuat yang belum pernah ada sebelum ini untuk menyokong pandangan tersebut serta membela mereka daripada dituduh secara tidak elok.

Sebahagian orang seperti ini sangat lancang terhadap pendapat ini seolah-olah ia adalah pendapat yang syaz. Padahal, ia adalah daripada fuqaha yang pendapatnya adalah muktamad bagi mazhab tersebut. Malah, saya dituduh pula sebagai mengutip pendapat mereka dalam memenangkan hawa nafsu saya.

Wahai sang mengecewakan!Adakah fuqaha berfatwa sedemikian dengan hawa nafsu mereka sehingga orang yang mengambil pendapat mereka dan mengikutinya juga termasuk pengikut hawa nafsu? Siapa sekarang pengikut hawa nafsu? Para fuqaha mazhab atau mereka yang memberi pendapat yang menyelisihinya, tetapi tidak ada fuqaha mazhab yang terdahulu yang menyokong mereka, lalu mereka mendakwa bahawa merekalah pengikut dan pecinta para ulama dan iltizam kepada mazhab?

Ketiga, isu ini mendedahkan sejauh mana seseorang itu benar-benar tulus untuk mengikut dalil. Sebahagian orang tidak mahu bertaklid pandangan mana-mana ulama atau fuqaha, tetapi ingin mengikuti dalil yang kuat dan hujah yang ampuh. Saya memuji semangat ini dan ini sememangnya patut ada pada setiap sanubari muslim.

Akan tetapi, masalahnya adalah mereka ini tidak mahu menerima dalil yang tidak mampu dipatahkan oleh para penentangnya dan yang mampu dicerna secara mudah meskipun orang awam yang tidak berpengkhususan dalam ilmu agama. Disebabkan mereka tidak mahu memperakui keharusan melihat aurat di kaca televisyen, mereka mencari jalan dan alasan untuk menolak pandangan ini sama ada secara terang-terangan atau halus.

Ada di antara mereka yang jahat dengan bermain falasi dengan mengalihkan perbincangan ke isu topik yang menjadi ranting atau susulan kepada isu utama, sedangkan isu utama belum selesai, ditemukan kata sepakat dan jelas pendiriannya. 

Mereka melontarkan persoalan: "Kalau berpendapat dengan keharusan, bagaimana pula dengan itu dan ini?" atau seumpamanya. Duhai saudaraku! Janganlah melencong ke situ. Kita selesaikan dulu isu utama dahulu.

Sebenarnya, cara ini adalah dalih untuk mereka mencari jalan supaya mengatakan bahawa lihatan aurat yang bukan hakiki adalah haram. Mereka mengaburkan orang sekeliling dengan mengaburkan keharaman secara zatnya yang merupakan isu utama yang sedang menjadi topik perselisihan dan keharaman secara selainnya yang merupakan isu yang mendatang yang kita ketepikan dahulu perbincangannya sebelum selesai isu yang utama.

Segala puji bagi Allah yang menyalurkan kekuatan kepada saya untuk menegakkan penghujahan terhadap pandangan saya ini. Saya mungkin orang pertama di dunia yang membahaskan, mengupas dan menganalisis isu ini secara lebih mendalam demi membela para fuqaha daripada lontaran nista terhadapnya. Allah jualah menjadi saksi terhadap kesungguhan saya untuk mencari beberapa pandangan, penulisan dan perbicangan dari pelbagai rujukan supaya saya dapat menemukan pandangan yang kuat dalam isu ini.

Tidak perlu pedulikan celaan mereka yang sama ada hipokrit kerana hawa nafsu bengis mereka atau kerana mereka ini ada sebab-sebab keuzuran yang lain yang semoga Allah memaafkan mereka jika mereka tidak sedar dan tidak sengaja. Kekallah dengan penghujahan yang terkuat dan buatlah pertimbangan yang adil tentang siapakah yang benar-benar beriltizam dengan dalil.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/668759997332750336/celoteh-peribadi-124-saya-dan-isu-aurat-bukan

Celoteh 125 : Saya Dan Keunikan



Ada yang takjub, ada yang kehairanan dan ada yang marah apabila mereka mendapat tahu bahawa saya ini seorang erotikawan, tetapi berbicara tentang agama, berkemampuan dalam bahasa Arab, mempertahankan manhaj salaf mempertahankan serangan terhadap agama ini daripada para musuhnya serta meyeru kepada penghujahan ilmiah dan tradisi keilmuan yang murni. Kalau kita ada seribu orang di sekeliling kita, apakah semua orang akan sama citarasa, pemikiran dan pandangan?

Kalau sesiapa yang mengenali keunikan yang ada antara Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dengan adik-beradiknya yang lain serta tokoh ulama yang lain, maka tidak perlu diharainkan lagi keunikan yang pada orang lain.

Saya tidaklah kata saya benar-benar menyerupai keunikan keluarga al-Ġumāriyy atau setara dengan keunikan mereka atau mengambil inspirasi keunikan daripada mereka walaupun ada sebahagian manfaat pemahaman agama yang saya ambil daripada mereka. Akan tetapi, saya ingin mengingatkan tentang hakikat keunikan yang boleh terjadi pada seseorang individu atau kelompok.

Ambil contoh Aḥmad al-Ġumāriyy sudah memadai. Meskipun dia seorang sufi yang pekat, dia sangat keras memusuhi ašᶜarian yang menjadi aliran akidah yang dipegang oleh sufi arus perdana. Namun, dalam masa yang sama, dia boleh zikir sambil menari bersama para sufi sehinggakan adiknya; Muḥammad az-Zamzamiyy dalam kitabnya «az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh» menyatakan bahawa dia pernah menari sehingga tercabut serbannnya.

Karya-karyanya dijadikan rujukan oleh golongan sufi dan dimanfaatkan aswajaean. Malah, dia juga diangkat oleh golongan sufi arus perdana dan kebanyakan golongan aswajaean. Mungkin kerana mereka tidak tahu hakikat sebenar manhaj sebenarnya. Pun begitu, kedudukannya di mata mereka adalah tinggi di sisi mereka.

Cuma, apabila disingkapkan hakikat sebenarnya, kita akan lihat reaksi sebenar mereka sama ada menzahirkan kebencian terhadapnya sepertimana para pentaklid yang dia membencinya dengan keras atau sebaliknya, Namun, itu tetap tidak memudarkan keunikannya kerana sekalipun dia membenci keras terhadap ašᶜarian, golongan ašᶜarian tetap memanfaatkan karyanya dalam pelbagai perkara dan masih diangkat sebagai tokoh kebesaran mereka.

Dia juga berbeza dengan adiknya; *Abdullah yang sangat pekat dengan ašᶜarian. Tatkala adiknya mengherdik karya Ibn Qoyyim al-Jawziyyah, dia pula mencadangkan pembacaan karya tersebut. Tatkala adiknya sangat cenderung kepada takwil, dia sangat keras terhadap sikap ašᶜarian yang bersikap serampangan terhadap takwil. 

Tatkala adiknya mengitlakkan kematian Firaun adalah kafir dan menolak pandangan Ibn *Arobiyy dalam keimanan Firaun di hujung hayatnya, dia pula mempertahankan pandangan Ibn *Arobiyy dalam hal tersebut.

Sekalipun dia menggelar Ibn Taymiyyah dengan gelaran buruk seperti pemuka para munafik, imam orang yang menyesatkan dan syeikh para penjenayah, dia tetap berpihak pada pandangan Ibn Taymiyyah dalam isu ketiadaan majaz dalam al-Quran dan memuji pandangan ini. Dia menyetujui pandangannya dalam talak tiga dalam satu lafaz tetap dikira satu. Dia juga berpihak dengan pandangan Ibn Taymiyyah dan murid besarnya; Ibn Qoyyim al-Jawziyyah dalam isu ketidakabadian neraka dan memuji Ibn Taymiyyah bahawa dia lebih alim daripada Taqiyuddīn as-Subkiyy.

Kalaulah kita mengenali dan memperakui keunikan ini serta ia masih dalam lapangan ijtihad berteraskan hujah ilmiah yang mapan, semangat kepada ilmu dan pertimbangan yang saksama, maka itulah yang saya persembahkan kepada masyarakat. Bukan kerana saya sendiri ingin menjadi unik, tetapi kerana hujah ilmiah dan pertimbangan saya inilah yang menjadikan diri saya sekarang ini.

Kalau Aḥmad al-Ġumāriyy tidak sekata dalam segenap perkara sama ada dari segi pemilihan aliran, pandangan-pandangan yang ada dalamnya, campur aduk mazhab, mempertahankan orang yang dia benci dan pelbagai lagi, maka setiap orang juga boleh menjadi unik menurut corak yang dia pilih. Selagimana ia berdasarkan hujah ilmiah dan konsisten dengan metodologi yang diterima, maka tidak ada masalah apa-apa.

Janganlah hidup kita ini hanya dengan dunia binari sahaja. Berpijaklah pada realiti dan akui kepelbagaian. Dunia bukan bergerak mengikut keinginan kita, kebenaran bukan hanya pada kelompok tertentu sahaja serta kawan dan lawan bukan semestinya jelas hitam putih manhajnya. Janganlah sempitkan cerapan dunia dan keragaman manusia.

Kita perlu tahu bahawa Yaḥyā bin Akṯam adalah salah seorang fuqaha yang diperakui kewibawaannya, tetapi dia juga terlibat dengan aktiviti homoseksual sepertimana yang maklum dalam sejarah. Sedemikian juga *Aliyy bin Ḥamzah al-Kisā^iyy; tokoh qiraat yang ternama juga menyukai peminuman nabiz serta memiliki kecenderungan homoseksual dan mengambil pemuda yang tampan dalam melempiaskan keinginannya sepertimana yang disebutkan oleh Ibn al-A*rōbiyy yang dikutip oleh Yāqūt al-Ḥamawiyy dalam «Mu*jam al-Udabā^».

Orang yang jumud dan berotak binari sememangnya sukar untuk melihat kepelbagaian yang ada pada ulama dan sisi kemanusiaan yang ada pada mereka, apalagi orang selainnya. Jika mereka menganggap bahawa semua ini mencemarkan maruahnya sebagai kedudukan seorang ulama, maka di sana lebih banyak lagi kontroversi yang terpalit atau tanggapan buruk kerana mereka mengamalkan sesuatu yang adakalanya sekadar harus sahaja atau yang dianggap tidak melambangkan identiti sebagai ulama yang diangkat masyarakat atau apa jua kontroversi yang hakikatnya tidak salah pun. Namun, tokoh yang mereka pandang buruk pun tidak peduli pun apa yang orang ingin berkata tentangnya.

Mereka ini hanya tahu mengecam, mencela dan memburukkan orang lain jika seseorang mengamalkan sesuatu di dogma fikiran mereka, rantai tradisi mereka dan lingkungan persepsi mereka tanpa mengambil peduli terlebih dahulu apakah kedudukan yang sebenar bagi amalan atau perbuatan itu, apatah lagi untuk bersikap saksama terhadapnya dalam menanggapinya.

Sekarang, mengapa saya memilih haluan seperti ini? Itulah pertimbangan saya dan apa yang saya yakin kebenarannya. Ia bukanlah atas dasar main-main dan hawa nafsu. Penulisan-penulisan saya adalah justifikasi untuk apa yang saya pilih.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/670266426408517632/celoteh-peribadi-125-saya-dan-keunikan

Celoteh 125 : Berbeza Pemikiran, Tetapi Saling Bergandingan



Walaupun ayah dan anak berbeza mazhab dan anaknya pula sangat lantang mengkritik tokoh panutan ayahnya, tetapi masing-masing dapat mengembara bersama dan bertemu dengan pelbagai ulama di pelbagai tempat. Itulah yang berlaku antara Abū Bakr Ibn al-*Arobiyy dengan ayahnya.

Kejadian ini juga tidaklah mustahil keberlakuannya. Antara contoh yang lain adalah Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- sangat keras cemuhannya terhadap ašᶜarian yang mana ia adalah aliran ikutan bagi sufi secara umum dalam lapangan akidah. 

Akan tetapi, dia boleh sahaja bermajlis bersama para sufi yang lain dan berzikir sambil menari bersama mereka. Adiknya; Muḥammad az-Zamzamiyy dalam «az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh» pernah menceritakan bahawa abangnya pernah menari sehingga tercabut serbannya dari kepalanya.

Saya secara peribadi juga menikmati kemanisan pengamalan ini di mana saya boleh duduk di majlis pengajian dan pengajaran yang dikelola oleh mereka yang beraliran ašᶜarian serta duduk bersama berbincang dengan mereka dalam pelbagai isu. 

Saya dan mereka yang sekeliling boleh mengetepikan soal perbezaan dan perselisihan yang menjerumuskan kepada pertelagahan dan perbalahan yang besar demi fokus kepada topik utama bagi pengisian majlis atau perbualan. Kalau sampai kita perlu sentuh isu perbezaan pun, kita dapat berbincang dengan baik.

Sangatlah hebat firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā ini :

وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۚ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ ﴿٣٤

"Tidaklah sama kebaikan dengan keburukan. Tolaklah dengan cara yang paling terbaik, lalu tiba-tiba permusuhan antara engkau dengannya seolah-olah ia adalah teman yang rapat". [Surah Fuṣṣilāt ayat 34].

Hakikatnya, kita semua lebih suka duduk bersama dengan orang yang matang dan yang sentiasa objektif dalam perbincangan ilmiah meskipun berbeza aliran berbanding duduk bersama orang yang tidak matang, hanya menjumudkan diri serta sukar untuk berinteraksi dengan kepelbagaani pemikiran dan pandangan secara matang.

Tidak ada manfaat duduk orang yang hanya berbincang hanya untuk memenangkan kelompoknya sendiri, mempertahankannya dengan cara orang yang taksub, hanya menyempitkan kebenaran pada apa yang mereka gariskan serta tidak memberikan kepedulian untuk hujah ilmiah. 

Akhirnya, kita tidak dapat apa-apa manfaat melainkan berlegar dengan apa yang mereka tersepit padanya. Malah, kita juga akan melihat sikap mereka yang tidak terbuka, membenci transparensi dalam penghujahan dan hanya memusuhi apa yang berbeza dengannya.

Duduk dengan pelbagai atau berlainan aliran dapat sahaja kita mempelajari poin-poin yang mungkin kita tidak pernah terfikir dan melihat perspektif yang lebih berbeza serta mula teliti dengan penghujahan, bukan hanya bermain falasi ₍Argumentum Ad Verecundiam₎ dan falasi yang lain. 

Dari situlah kita mula membina kekuatan pada diri kita dalam menghadapi kepelbagai pemikiran, memajukan diri untuk belajar serta memperkemaskan hujah kita supaya lebih konkrit, relevan dan mapan atau kita pelajari kesilapan kita yang mungkin tidak kita sedari.

Inilah manfaatnya. Sekalipun berbeza pemikiran, tetapi persaudaraan tetap utuh dan kita dapat menumpukan fokus perjuangan yang besar serta tidak terbawa-bawa perseteruan dalam tempat yang tidak sepatutnya. Perkumpulan seperti ini akan mendidik dan membentuk peribadi seperti ini.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/670364726348398592/celoteh-peribadi-126-berbeza-pemikiran-tetapi

Celoteh 127 : Persepsi Negatif Terhadap Pembelajaran Melalui Teknologi Digital

Adakalanya, apabila kita menggunakan kemudahan tekonologi dan kemajuan digital dalam pencarian sumber seperti Google, Maktabah Syamilah, Jawāmi* al-Kalim atau apa sahaja yang telah dibangunkan sama ada untuk pembelajaran, kajian dan sumber ambilan, ada sahaja yang menyindir kita dengan gelaran bergurukan ‛Syeikh Google’ atau digelar ‛Muharddisk’. 

Sejujurnya, kalaulah kita ingin bermain gelaran buruk seperti ini, ketahuilah golongan batiniah ini selalu sahaja menyindir umat Islam secara umumnya, termasuklah ilmuwan kita adalah keldai kitab kerana kita hanya berpada dan mendapat ilmu hanya sekadar pada lapisan kitab sahaja, bukan lebih daripada itu serta memusuhi ajaran sesat mereka.

Untuk pengetahuan, *Alā^uddīn Abū al-Ḥasan *Aliyy bin Sulaymān al-Māwardiyy dalam «al-Inṣōf Fī Ma*rifah ar-Rōjiḥ Min al-H̱ilāf», Šamsuddīn al-H̱oṭīb aš-Šarbīnīyy dalam «al-Iqnā* Fi Ḥall Alfāẓ Abī Šujā*» dan as-Suyūṭiyy dalam «Taqrīr al-Istinād Fī Tafsīr al-Ijtihād» memperakui kenyataan bahawa alat-alat untuk mencapai kepada kedudukan ijtihad telah pun mudah kerana sudah banyak cabang ilmu yang telah dikodifikasikan.

Jika ini yang diperakui para ulama yang terbilang pada 500 tahun dahulu dan sebelumnya, maka sudah tentu zaman ini memiliki limpahan khazanah ilmu yang mewah yang tidak ternilai harganya. Apa masalahnya jika kita memanfaatkannya dan menekuninya sebaik yang kita mampu sebagai kesyukuran kepada Allah untuk nikmat yang tersedia untuk umat ini dan seterusnya membina kecelikan yang tinggi?

Jika mereka berkata bahawa meskipun kita sudah ada banyak penulisan yang membantu untuk kita meluaskan pengetahuan, tetapi kita tidak akan mampu mencapai darjat keilmuan yang tinggi, maka ini telah pun dijawab oleh as-Suyūṭiyy. Dia berkata :

وَقَالَ الشَّيْخ محب الدّين وَالِد الشَّيْخ تَقِيّ الدّين دَقِيق الْعِيد فِي كِتَابه تلقيح الإفهام عز الْمُجْتَهد فِي هَذِه الإعصار ولَيْسَ ذَلِك لتعذر حُصُول آلَة الِاجْتِهَاد بل لإعراض النَّاس فِي اشتغالهم عَن الطَّرِيق المفضية إِلَى ذَلِك وَقَالَ بَعضهم الِاجْتِهَاد فِي هَذَا الزَّمَان أسهل مِنْهُ فِي الزَّمن الأول لِأَن الْآلَات من الْأَحَادِيث وَغَيرهَا قد دونت وَسَهل مراجعتها بِخِلَاف الزَّمن الأول فَلم يكن فِيهِ شَيْء من آلَات الِاجْتِهَاد مدون

Berkata aš-Šayẖ Muḥibuddīn, ayah kepada aš-Šayẖ Taqiyuddīn Daqīq al-*Īd dalam kitabnya «Talqīḥ al-Ifhām»: "Sedikitnya mujtahid pada masa-masa ini dan bukanlah itu kerana kesukaran untuk menggapai alat-alat ijtihad, tetapi zahirnya orang ramai yang berpaling daripada jalan yang menyampaikan kepada itu. Berkata sebahagian mereka bahawa ijtihad pada zaman ini lebih mudah daripada zaman yang awal kerana alat-alat yang terdiri daripada hadis-hadis dan selainnya telah dikodifikasi dan menjadi mudah untuk merujuknya. Berbeza dengan zaman yang awal, belum ada pada waktu itu sesuatu yang berupa alat-alat ijtihad yang dikodifikasikan". [Taqrīr al-Istinād Fī Tafsīr al-Ijtihād, m/s 36, keluaran Dār ad-Da*wah, al-Iskandariyyah, tahqiq Fu^ād *Abdul Mun*im Aḥmad].

Maka, tidak perlu dipedulikan suara-suara sumbang yang selalu sahaja memandang lekeh terhadap pemanfaatan melalui tekonologi digital. 

Saya melihat adakalanya sebahagian mereka yang mengejek Muḥammad al-Albāniyy kerana tidak ada guru dalam bidang hadis. Kalau pun ia benar, maka itu bukanlah aib sama sekali. Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- berkata tentangnya :

لولا مذهبه وعناده لكان من أفراد الزمان في معرفة الحديث

"Kalaulah bukan kerana mazhabnya dan perseteruannya, pasti dia termasuk orang teristimewa dalam penguasaan hadis di zaman ini". [Darr al-Ġomām ar-Roqīq Bi Rosā^il aš-Šayẖ as-Sayyid Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīq, karya *Abdullah bin *Abdul Qōdir at-Talīdiyy, m/s 191].

Sekalipun berlakunya perseteruan antara Aḥmad al-Ġumāriyy dengannya kerana berbeza mazhab pemikiran dan manhaj, itu tetap tidak membuatkannya menafikan kemampuannya dalam ilmu hadis.

Jika itu adalah pengiktirafan dari seorang mujtahid pada zamannya, digelar sebagai al-Ḥāfiẓ, bahkan sampai digelar penutup para hafiz dan dijulang tinggi persis as-Suyūṭiyy, maka di mana aibnya jika mempelajari dan mendalami ilmu tanpa guru? Bayangkan pula kalau al-Albāniyy semanhaj dengan Aḥmad al-Ġumāriyy. Tetap juga ada pengiktirafan, tetapi lebih tinggi.

Malah, Aḥmad al-Ġumāriyy dalam «al-Baḥr al-*Amīq Fī Marwiyyāt Ibn aṣ-Ṣiddīq» sendiri juga berkata bahawa dia tidak bertalaqqi dengan mana-mana guru pun dalam ilmu hadis dan itu mampu menyampaikan dia kepada kedudukan para hafiz kebesaran. 

Sebegitu juga adiknya; *Abdullah al-Ġumāriyy dalam «Sabīl at-Tawfīq Fī Tarjamah *Abdullah Ibn aṣ-Ṣiddīq». Dia sendiri menyatakan bahawa dia tidak pernah bertalaqqi dalam ilmu balaghah dengan mana-mana orang dan dia sendiri mampu mencapai kemahiran yang diperakui penguasaannya. 

Jika merasa beban untuk menerima hakikat bahawa pembelajaran melalui pembacaan mampu membuahkan ilmu yang bermanfaat dan menghasilkan kefahaman yang diperlukan, anggap sahajalah kitab yang ada sekarang ini adalah pengajaran lisan di kelas yang direkodkan dengan bentuk penulisan seumpama yang direkodkan dengan bentuk audio atau video atau anggap sahaja carian kita di platform digital sepertimana kita bertanya kepada seseorang yang lain jika ada sumbernya atau teks tersebut ada dalam kitabnya. 

Tidak ada beza pun! Kita mendapat manfaat daripada penulisan sama seperti kita mendapat manfaat melalui kuliah.

Yang menghampakan adalah mereka yang gemar memandang lekeh ini kebiasaannya adalah orang yang tersepit dalam tempurung sendiri dan terlalu terikat dengan tradisi yang memagar tanah airnya sehingga sukar untuk melihat keterbukaan kepelbagaian, jahil terhadap keluasan saujana keilmuan kita.

Malah, lebih teruk lagi adalah apa sahaja elemen yang asing daripada tempurung atau tradisi mereka, maka itu adalah salah secara automatik melainkan ia menyepakati apa yang mereka menjadi penerimaan mereka.

Saya kadangkala bertelagah dengan golongan ini yang mana mereka tetap berkeras terhadap kepercayaan atau pegangan yang salah, tetapi apabila dibentangkan kalam para ulama yang di luar dari institusi setempat mereka, zahir di wajah mereka yang ignoran terhadapnya atau bersikap penafian bersama kedegilan. 

Inilah akibat orang yang mendustakan dan memperlekehkan nikmat-Nya yang diberikan kepada umat ini. Apabila sudah ada perisian digital atau platform yang moden untuk memudahkan pencarian dan pembelajaran, mereka enggan untuk menjadikannya sebagai peluang untuk menjengah dunia yang lebih luas dan mengamati realiti yang sebenarnya. Mereka hanya ingin memandang penjuru tempurung mereka sahaja.

Ambil contoh isu kemudahan untuk mencapai alat-alat mujtahid pada zaman ini sudah memadai. Kita lihat bagaimana ekspresi ignoran mereka ini terpancar di riak wajah mereka, bagaimana mereka menzahirkan sikap penafian mereka kerana sukar menghadam apa yang berlainan daripada kepercayaan mereka selama ini dan bagaimana mereka ingin mencari dalih supaya mereka ini terus dalam kedegilan mereka. 

Kalau mereka membaca pandangan Aḥmad bin Muḥamamd bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy, dalam isu ijtihad dan mujtahid sepertimana yang dikumpulkan perbahasannya oleh anak muridnya; *Abdullah bin *Abdul Qōdir at-Talīdiyy dalam «Darr al-Ġomām ar-Roqīq Bi Rosā^il aš-Šayẖ as-Sayyid Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīq», pasti lebih nampak keekstriman penzahiran ekspresi negatif mereka.

Misal yang lain adalah golongan ini mempercayai bahawa tidak ada mujtahid lagi pada zaman ini. Padahal, kata-kata ini ditolak oleh majoriti ulama dan mereka menegaskan bahawa wujudnya mujtahid setiap zaman meskipun kita tidak mengetahuinya dan fardu kifayah bagi masyarakat setempat untuk melahirkan seorang mujtahid atau mereka akan menanggung dosa secara kolektif. 

Bacalah «ar-Rodd *Alā Man Aẖlada Fī al-Arḍ Wa Jahila Anna al-Ijtihād Fī Kull *Aṣr Wa Farḍ» karya as-Suyūṭiyy. Itu sudah cukup untuk membidas kebodohan ini. Namun, mereka ini tetap juga ingin berdegil, bersikap penafian dan mencari dalih.

Malah, apabila saya memperkenalkan keluarga al-Ġumāriyy, sebahagian mereka sukar untuk menghadam pandangan mereka dan manhaj mereka kerana mereka hanya melihat naratif ahli bait hanya pada golongan al-Ḥabīb sahaja. 

Malah, zahir ketidaksenangan mereka terhadap keluarga ini walaupun mereka ini mendakwa mereka ini menyanjungi ahli bait dan menyayangi mereka. Hakikatnya, mereka adalah hipokrit yang hanya mengambil pandangan ahli bait yang menyebelahi mereka dan tradisi keilmuan mereka sahaja.

Kejahilan, sikap penafian dan dalih mereka ini bukanlah kebetulan. Namun, ia berakar kukuh bersulamkan persepsi yang buruk terhadap nikmat kemudahan teknologi. Akhirnya, lihatlah sendiri bagaimana kejumudan mereka, ignoran mereka dan keras kepala mereka.

Tambahan pula, sebahagian golongan yang selalu menyindir kita yang memanfaatkan pencarian digital ini seringkali menganggap bahawa kita ini kurang adab kerana tidak ada pendidikan daripada guru secara langsung dan tidak melalui pengajian bersanad. 

Padahal, golongan ini dalam masa yang sama mencemuh Abū Sa*īd ad-Dārimiyy dengan tuduhan mujassim yang tidak pernah dituduh sedemikian oleh mana-mana ulama walaupun daripada ašᶜarian setelah seribu tahun kewafatannya. Inikah yang dikatakan adab terhadap para ulama yang mereka dididik dalam pengajian bersanad dari guru secara talaqqi?

Malah, Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy terkenal dengan ketaksubannya yang melampau terhadap ḥanafian sehingga digelar penggila Abū Ḥanīfah juga seringkali melontarkan caci maki dan hinaan terhadap para ulama. 

Perangai bejatnya ini telah didedahkan oleh Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy dalam «Bayān Talbīs al-Mufatrī Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy» dan *ِAbdul Roḥmān bin Yaḥyā al-Mu*allimiyy dalam «at-Tankīl Bimā Fī Ta^nīb al-Kawṯariyy Min al-Abāṭīl». Inikah akhlak yang terpuji yang merupakan hasil didikan guru melalui pengajian yang bersanad?

Dari sini jelas bahawa apa sahaja medium, platform atau cara kita belajar tetap mampu menyampaikan kefahaman yang sejati dan membina keperibadian yang terpuji bergantung pada kesungguhan dan pendisiplinan bagi setiap individu. 

Buruknya kefahaman dan jeleknya keperibadian seseorang itu atau sebaliknya sama sekali tidak ada kena mengena daripada seorang guru atau buku yang dibaca meskipun dia ada mengambil inspirasi daripada salah satu daripadanya. Masing-masing yang memilih haluan mereka sendiri dalam hidup beragama.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/670804022224093184/celoteh-peribadi-127-persepsi-negatif-terhadap

Celoteh 128 : Ketaksuban Yang Membutakan Mata

Adakalanya, apabila saya membentangkan kalam salaf yang menyalahi pegangan ašᶜarian, saya akan ditanya semula: "Kalau begitu, adakah an-Nawawiyy, Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dan mereka yang ašᶜarian adalah salah lagi sesat?".

Saya tidak ada masalah jika dia bertanya untuk kepastian atau untuk mengukuhkan pandangannya dan saya akan menyatakan bahawa mereka tersalah dalam hal itu, tetapi tidak saya sama sekali tidak menuduh sesat secara sembarangan. Namun, pertanyaan ini seringkali bertujuan untuk pertikaian dan cuba bertoleransi dengan aliran mereka, bahkan mencari usaha agar aliran mereka ini sama sekali tidak salah walaupun sudah tertegak pembuktiannya dan penghujahannya.

Disebabkan tidak mahu mengakui kesilapan aliran tersebut, mereka bertanya soalan sebegini dengan nada yang berang. Akhirnya, apabila mereka tidak ada dapat menemukan keselarasan antaraašᶜarian dengan kalam para salaf yang menyanggahinya, mereka menuduh saya pula yang salah dan sesat! Sedangkan mereka tidak pula segan menolak kalam para salaf demi memenangkan aliran mereka! Alangkah jeleknya ketaksuban!

Bahkan, mereka ini tidak ada rasa malu pun mencemarkan nama baik Abū Sa*īd ad-Dārimiyy dengan tuduhan yang jijik sehingga menendang keluar dari sarjana salaf yang muktabar dalam isu akidah yang mana ia tidak pernah dilakukan oleh mana-mana ulama pun hatta dari kalangan ašᶜarian setelah seribu tahun kewafatannya. 

Mereka melakukan sedemikian kerana mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa padangan ad-Dārimiyy menusuk tajam ke jantung sebahagian golongan ašᶜarian. Kalaupun mereka tidak melakukannya secara langsung, mereka redha terhadap orang yang menghinjak kehormatan d-Dārimiyy dan menganggap itu salah satu pandangan muktabar!

Kemudian, mereka ini berslogan tentang mencintai para ulama dan menghormati kewibawaan mereka, lalu menuduh saya yang mengkritik para ilmuwan ašᶜarian sebagai orang yang tidak menghormati ulama! Betapa hinanya hipokrit seorang pentaksub ini!

Seperkara sama yang juga apabila didedahkan bahawa Abū Ḥanīfah ini ditolak, diboikot dan diserang dari pelbagai sudut oleh tokoh ilmuwan salaf dan ahli hadis sezaman dan generasi sesudahnya yang berdekatan dengannya sehingga dia tidak layak digelar sebagai ahli hadis ataupun tokoh yang berakidah ahli sunnah serta didedahkan bagaimana usul mazhab ini menolak hadis daripada Abū Huroyroh dan Anas bin Mālik jika menyalahi qiyas. Respons yang sama juga sepertimana saya mengkritik ašᶜarian.

Apabila saya membentangkan kalam tajam para ulama yang menghunusnya, saya dikira tidak menghormati Abū Ḥanīfah. Lihatlah bagaimana bobroknya ketaksuban! Demi membela Abū Ḥanīfah, mereka mengabaikan pula kritikan dan serangan para salaf terhadapnya. 

Malah, mereka redha pula kenyataan bahawa hadis Abū Huroyroh dan Anas bin Mālik boleh ditolak jika menyalahi qiyas. Sesungguhnya mereka buta mengapa para salaf sangat menentang keras terhadap golongan opini dan madrasahnya.

Sebab itulah kemuncak kebodohan pada pengikut Abū Ḥanīfah adalah pada insan yang bernama Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy. Dia terkenal dengan ketaksubannya terhadap ḥanafian sehingga digelar penggila Abū Ḥanīfah. Oleh sebab dia tidak dapat menerima celaan para ulama terhadap yang mengkritik Abū Ḥanīfah, dia bersikap lancang sehingga memaki hamun, mencerca dan mengejek para ulama yang menyinggung Abū Ḥanīfah.

Perangai jijik ini didedahkan oleh Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dalam «Bayān Talbīs al-Muftarī Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy» dan *Abdul Roḥmān bin Yaḥyā al-Mu*allimiyy dalam «at-Tankīl Bī Mā Ta^nīb al-Kawṯariyy Min al-Abāṭīl».

Beza pentaksub ḥanafian dan ašᶜarian tidak jauh berbeza dan ia telah dijelmakan dan disatukan melalui sosok yang bernama Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy. Oleh kerana tidak dapat menerima kritikan pedas terhadap Abū Ḥanīfah, dicerca pula ulama yang mengkritiknya. 

Oleh kerana tidak dapat menerima penyalahan ašᶜarian terhadap manhaj salaf, dituduh pula mujassimah, musyabbihah dan hasywiah terhadap para salaf seperti Abū Sa*īd ad-Dārimiyy, Abū Bakr al-H̱ollāl dan *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal serta mereka yang mendukung kefahaman salaf seperti Ibn *Abdul Barr dan lain-lain.

Inilah bahana ketaksuban. Mereka ingin kekal dalam delusi mereka bahawa mereka bersama dengan kebenaran, padahal mereka sama sekali tidak berpijak pada realiti pun! Apabila diajak untuk menjadikan karya salaf sebagai hakim untuk pemahaman tentang manhaj salaf dan akidah mereka, mereka menjauhinya, mereka mengingkarinya dan mereka berkeras untuk menampilkan kitab golongan ašᶜarian sebagai pusat rujukan! 

Apabila diajak untuk melihat sendiri karya-karya al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl untuk melihat sendiri bagaimana para salaf memangkas Abū Ḥanīfah, mereka berkeras untuk berpaling daripadanya dan hanya membentangkan pengikut mazhabnya yang membodeknya atau taksub kepadanya atau bertaklid kepadanya atau yang sengaja membutakan diri untuk melihat sejarah.

Mengapa khuatir untuk kembali kepada neraca yang sebenar? Kerana itulah yang merobohkan seluruh kepercayaan mereka selama ini. Caranya adalah mereka menggunakan pelbagai taktik kotor supaya mereka boleh mendakwa bahawa mereka di pihak yang menang, golongan yang benar, di atas manhaj yang lurus dan berpaksi pada realiti. Hakikatnya itulah tipu daya yang mereka gembar-gemburkan demi membela ketaksuban mereka terhadap tokoh mereka dan aliran mereka.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/671046413713571840/celoteh-peribadi-128-ketaksuban-yang-membutakan

Celoteh 129 : Kebenaran Di Pihak Yang Sedikit

Sebenarnya, golongan yang mengikuti yang sedikit, tetapi di pihak kebenaran bukanlah hanya dakwaan semata-mata atau ia hanya tertuju pada sikap pelampau bagi seseorang individu atau sesuatu kelompok sehingga terpesong dari jalan sebenarnya sehingga dia menjadi minoriti. 

Akan tetapi, ia adalah suatu kewujudan yang pasti. Lebih-lebih lagi mereka yang menempuh jalan ini sama ada pada lorong kecilnya atau adimarganya, pasti akan memperakui kewujudan kelompok yang benar yang sedikit ini sama ada pada diri mereka atau orang lain.

Saya berikan contoh saya yang peribadi. Dalam bahagian akidah, khususnya ketuhanan, yang paling dominan adalah ašᶜarian dan pada akidah salaf pula, yang paling berpengaruh adalah Ibn Taymiyyah atau aḏ-Ḏahabiyy secara tidak langsung. 

Dalam bahagian fiqh, mazhab Abū Ḥanīfah adalah yang paling ramai pengikutnya. Dalam bahagian tasawwuf, yang paling menyerlah dan yang mendapat tempat yang tinggi adalah Ibn *Arobiyy. Dalam bahagian hadis, yang paling dominan adalah manhaj fuqaha dan ahli uṣūl walaupun sebahagian mereka diangkat sebagai ahli hadis dan menjenamakan dirinya dengan jenama manhaj hadis. Dalam ikutan ahli bait, yang paling berpengaruh adalah golongan al-Ḥabīb.

Sesiapa yang mengikuti penulisan saya dan mengenali saya dengan dalam, saya memiliki perseteruan ilmiah terhadap tokoh-tokoh berpengaruh dan pengikutnya. Dengan kata lain, saya tidak mengambil manhaj sepertimana yang diikuti oleh kebanyakan orang.

Dalam bahagian akidah, mereka yang mengenali saya akan memperakui bahawa saya sangat mendalam perseteruan saya dengan ašᶜarian dan ada menyinggung Ibn Taymiyyah dalam isu ketuhanan. Saya berpendapat golongan yang beriltizam dengan kebenaran dalam bahagian ini adalah golongan mutakallimin ḥanbalian -sekalipun golongan ḥanbalian tidak menisbahkan diri mereka sebagai mutakllimin walaupun pada realitinya adalah sedemikian- yang tidak terkesan dengan ašᶜarian atau Ibn Taymiyyah atau aḏ-Ḏahabiyy. Mereka ini adalah golongan sedikit.

Dalam bahagian fiqh pula, saya adakalanya membangkitkan kalam salaf yang mengkritik Abū Ḥanīfah dengan pedas sekali. Kini, mereka yang mengekehadapannya adalah golongan yang sedikit dan golongan yang membawakan kalam salaf terhadapnya pula dianggap tidak hormat kepada imam mazhab, ulamanya dan institusi mazhabnya! Bahkan, saya juga mungkin akan dimusuhi oleh pengikut mazhab fiqh ikutan majoriti ini jika saya membangkitkan tentang sejarah berdarah mereka dan usul mazhab mereka.

Yang lebih jelas adalah saya sama sekali tidak mengikat diri saya dengan mana-mana mazhab fiqh. Saya menyahut seruan para salaf, para ulama sepertimana yang dikumpulkan kalamnya oleh Jalāluddīn as-Suyūṭiyy dalam «ar-Rodd *Alā Man Aẖlada Fī al-Arḍ Wa Jahila Anna al-Ijtihād Fī Kull *Aṣr Wa Farḍ» dan keluarga al-Ġumāriyy agar sentiasa mengerahkan usaha untuk mengikut dalil dan menjauhi taklid serta membebaskan diri daripada ketaksuban. 

Aḥmad al-Ġumāriyy berkata sepertimana yang dikutip *Abdullah bin *Abdul Qōdir at-Talīdiyy dalam «Darr al-Ġomām ar-Roqīq Bi Rosā^il aš-Šayẖ as-Sayyid Aḥmad Ibn aṣ-Ṣiddīq» bahawa mereka ini adalah golongan yang sedikit.

Dalam bahagian tasawwuf, saya memperakui celaan tajam terhadap Ibn *Arobiyy dari pelbagai ulama kebesaran lagi terbilang dan tidak ada siapa yang boleh menafikan status kontroversi bagi sosok ini. Kini, golongan yang menyuarakan seperti ini adalah golongan yang sedikit dan tidak begitu berpengaruh. Tasawwuf tanpa mengangkat tinggi Ibn *Arobiyy, apatah lagi tanpa pengaruh Ibn *Arobiyy sangatlah terpencil pada hari ini.

Dalam bahagian hadis, saya juga pernah menyinggung manhaj fuqaha dan ahli uṣūl dengan memenangkan piawaian Ḥamzah al-Malībāriyy tentang manhaj mutaqaddimin dan mutaakhirin. Walaupun teori dan gagasan piawaiannya telah memberikan impak yang besar dalam perbincangan ilmu hadis pada hari ini, tetapi kita perlu akui bahawa golongan yang sefikrah dengannya hampir-hampir sahaja tidak sebelum kemunculan al-Malībāriyy. 

Ia masih berhadapan dengan pergeseran dari pelbagai pihak kerana ia adalah suatu manhaj dan tradisi yang kelihatan asing dalam penilaian hadis. Pun begitu, apa yang dibawa al-Malībāriyy bukanlah manhaj baharu, tetapi sekadar menggali semula perspektif dan naratif yang terlindung dari ramai zaman berzaman.

Dalam ikutan ahli bait, saya menjunjung tinggi keluarga al-Ġumāriyy dan bersikap skeptikal terhadap golongan al-Ḥabīb. Walaupun al-Ġumāriyy begitu berpengaruh dalam dunia Islam, tetapi karya-karya mereka masih tidak diberikan hak yang seadilnya untuk dimanfaatkan, diwacanakan, disebarkan, dipelihara kecuali karya *Abdullah al-Ġumāriyy yang berjaya diensklopediakan sepenuhnya dan dijadikan paksi yang terbaik untuk ikutan.

Adakalanya, apabila saya memperkenalkan keluarga al-Ġumāriyy, mereka hanya kenal nama dan maklumat asas atau naratif dari pihak tertentu serta tidak pernah sama sekali merujuk kitabnya untuk melihat hakikat manhajnya dan pemikirannya. 

Rujukan mereka jika ingin memahami tentang ahli bait adalah mereka akan menjadikan golongan al-Ḥabīb sebagai paksi naratif dan jajaran utama dalam penceritaan sejarah. Sangat sedikit mereka yang benar-benar mengenali keluarga al-Ġumāriyy dan mengikuti tradisi keilmuannya. Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ antara yang terpencil apabila membicarakan tentang ahli bait.

Cukuplah ini dalam menyatakan keseluruhan pegangan dan manhaj saya. Sebahagian mereka juga yang jauh lebih hebat daripada saya dari kalangan pendahulu saya dan juga yang sezaman saya atau mereka yang sesudahnya juga menempuh jalan yang berbeza dari kebanyakan orang dan mereka kekal di atas kebenaran secara keseluruhannya seperti keluarga al-Ġumāriyy dan Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ.

Semoga Allah kekal membimbing sesiapa sahaja dari kalangan hamba-Nya yang berusaha sedaya upayanya untuk mencari, menyelidik dan meneroka kebenaran serta mengukuhkan jiwanya untuk kekal di atas jalan kebenaran tanpa rasa takut, tanpa rasa gentar dan sentiasa perkasa di atasnya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/671059101523001344/celoteh-peribadi-129-kebenaran-di-pihak-yang

Celoteh 130 : Kepentingan Memiliki Rujukan Paksi Dalam Penghujahan

Sesiapa yang menelaah penulisan saya, tentu mereka akan banyak kali menemukan saya mengutip Muḥammad az-Zamzamiyy bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq; tokoh sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- melalui kitabnya «az-Zāwiyah Wa Mā Fīhā Min al-Bida* Wa al-A*māl al-Munkaroh» dalam mengkritik sebahagian aswajaean dan sebahagian daripada sufi.

Ini kerana jika seseorang ingin memenangkan hujah terhadap lawan, maka sewajarnya dia perlu menukilkan rujukan yang tidak ada pertikaian antara kedua-dua belah pihak atau yang diterima dari pihak lawan, tetapi dapat digunakan untuk mengalahkannya. 

Tidak ada guna melonggokkan koleksi rujukan yang banyak walaupun bagus untuk ditelaah dengan lebih luas, tetapi ia dipertikaikan dan tidak ada nilai dari sisi pihak lawan. Apa sahaja hujah yang dibentangkan dari tokoh ilmuwan yang berlainan aliran tidak akan dipedulikan kerana menurut pihak lawan ini, ilmuwan tersebut berdiri di atas motif permusuhan dan kebencian terhadap aliran mereka.

Kerapkali terjadi apabila saya menggunakan pendekatan rasional dan terus kepada metodologi dalam menggali pemahaman dari al-Quran dan sunnah, ia langsung tidak diambil peduli, diambil berat dan dipandang remeh. Selalunya disebabkan saya ini bukan tokoh ilmuwan berpengaruh dan ternama.

Mereka lebih berpada dengan apa yang seputar dari kalangan ulama mereka dan mereka lebih rela bertaklid walaupun buta berbanding untuk menimbang ikutan secara rasional. Atas sebab itulah, saya berusaha untuk mendalami karya tokoh ilmuwan mereka supaya saya dapat membina penghujahan saya yang lebih mantap agar dapat menundukkan pertikaian mereka terhadap saya.

Sebab itulah dalam pertikaian dalam isu manhaj salaf yang berkaitan dengan sifat Allah, saya kerapkali menukilkan daripada «al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār» karya aḏ-Ḏahabiyy, «H̱olq Af*āl al-*Ibād» karya al-Buẖōriyy, «at-Tabṣīr Fī Ma*ālim ad-Dīn» karya Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy dan beberapa lagi yang lain. 

Ini kerana karya ini disepakati sama ada dari pihak saya atau pihak lawan dalam memahami kalam salaf tentang manhaj mereka dalam berakidah. Menjadikan karya ini sebagai rujukan paksi, kita akan melihat respons sebenar mereka dalam mengaplikasikan manhaj mereka.

Dalam pergelutan saya bersama dengan aswajaean, saya kerapkali memetik dari keluarga al-Ġumāriyy kerena mereka ini adalah tokoh ahli bait yang diangkat tinggi oleh arus perdana aswajaean dan sufi. Sebab itulah, saya menjadikan rujukan mereka sebagai rujukan paksi dalam perbincangan dan wacana bersama mereka. 

Apabila saya menjadikan karya mereka sebagai rujukan paksi, kita akan lihat beberapa respons mereka yang berupa negatif. Daripada sini, terdedahlah kepincangan manhaj mereka dan mereka tidak mampu menyanggahi kalam daripada tokoh ilmuwa yang mereka angkat tinggi melainkan mereka bersikap hipokrit terhadap manhaj mereka.

Pun begitu, bukanlah ini menyatakan bahawa saya ada tujuan eksploitasi kalam para ulama demi kepentingan kemenangan pendapat saya. Saya juga memanfaatkan pendapat, kupasan, perbahasan dan kritikan daripada pihak lawan atau aliran yang berlainan. Saya juga akan mengakui kebenaran dan menjunjung penghujahan yang kuat meskipun daripada pihak lawan atau tokoh ilmuwan daripada aliran yang berlawanan dengan saya.

Kita perlu akui bahawa bukan semua ulama berkongsi pemikiran dan manhaj yang sama walaupun dalam satu barisan aliran. Sebahagian mereka ada keunikan yang perlu diiktiraf dan diraikan. Kadangkala, keunikan mereka ini menjurus kepada pandangan atau perspektif yang berbeza yang dianuti oleh sebilangan atau seluruh aliran yang mereka bersama dengannya. Adakalanya, mereka merajihkan dan membela pandangan yang berbeza dengan pandangan arus perdana alirannya.

Ada orang adakalanya selalunya berpura-pura buta dan tidak tahu tentang pendapat atau kupasan mereka dalam isu tersebut kerana ingin menjaga imej aliran bahawa kononnya semua ilmuwan yang berada dalam aliran itu seragam, tidak ada perbezaan pandangan atau tidak ada kaitan dengan pandangan aliran lain. 

Adakalanya, saya mengambil pandangan ilmuwan yang berbeza ini untuk mendedahkan bahawa pandangan saya atau pandangan yang saya berada di sesuatu aliran itu disokong dan dibela oleh ilmuwan tersebut sehingga pihak lawan saya tidak ada hak untuk mempersalahkan saya atau dengan objektif yang lebih besar adalah saya ada poin yang besar untuk memenangkan hujah saya terhadap mereka.

Inilah antara kepentingan rujukan paksi yang diterima lawan sebagai hujah sokongan dalam berdiskusi dan berdebat. Pihak lawan sekurang-kurangnya jika mereka tidak mempersalahkan kita pun, dia akan berfikir dan membuat pertimbangan terlebih dahulu memandangkan kalam yang kita kutip adalah dari kalangan ulama mereka sendiri.

Ingatlah bahawa antara objektif yang paling utama dalam kehidupan seorang Muslim adalah mengikuti hujah yang kuat. Allah Ta*ālā berfirman :

فَبَشِّرْ عِبَادِ ﴿١٧﴾ الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّـهُ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴿١٨

"Maka sampaikanlah khabar gemibra kepada hamba-Ku. Iaitu, orang yang mendengarkan hujah, lalu mereka mengikuti yang paling terbaik. Mereka itulah orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan mereka itulah ahli perseptif". [Surah az-Zumar ayat 17-18].

Maka, ikutilah hujah yang kuat dan yang terbaik tanpa mengira mana-mana aliran. Jika ini tidak disanjung tinggi, apa lagi yang akan diikuti? Taklid secara semberono dan taksub kepada seseorang atau kelompok?

Ambilan : 
https://amirkazuma.tumblr.com/post/673098003563905024/celoteh-peribadi-130-kepentingan-memiliki

Celoteh 131 : Antara Erotisisme Dan Muzik Genre Metal

Minat kepada erotisisme sama seperti minat kepada muzik genre metal. Kedua-duanya adalah yang orang tidak suka dan menyampah apabila kita kongsi. Sepertimana sebahagian orang merasa jijik dengan kandungan erotik, seperti itu juga sebahagian orang merasa janggal dengan muzik yang keras.

Sepertimana minat erotisisme juga ada tuduhan buruk terhadapnya, muzik genre metal pun ada tuduhan buruknya sepertimana yang dilakukan oleh sebahagian majalah dan mereka yang terpengaruh dengannya. Bermacam-macam tuduhan yang dilontarkan dan diduga demi mencipta gambaran buruk terhadapnya.

Jika erotisisme kerapkali digambarkan sebagai miang dan gila seks, golongan metalhead pula digambarkan sebagai peminat lagu pemujaan syaitan, upacara kultus dan pemujaan pagan atau penggemar muzik yang barbarik yang kononnya ghairah dengan keganasan, berseronok kepada tema yang gore dan lain-lain. Sudah tentu kita tidak perlu layan stereotaip atau generalisasi sebegini.

Bukan semua akan hargai seninya, apatah lagi untuk menikmatinya. Sebahagian orang tidak boleh melayani muzik yang rancak, vokal yang kasar dan getaran rif gitar yang berat. Telinga mereka tertekan untuk menerimanya dan jantung mereka seperti pecah mendengarkan muzik seperti itu. Sebegitu juga orang tidak dapat hargai kandungan yang erotik, bertelanjang dan ada perlakuan seks. Mata mereka merasa pedih untuk memandangnya.

Orang mungkin sukar akan faham apa yang menariknya dengan muzik yang kedengaran ganas dan buas dan sebegitu juga sukarnya untuk memahami apa yang menariknya pada erotisisme.

Mereka berkata: "Bukankah ada muzik yang lebih sopan dan kalau rancak pun, lebih teratur dan lebih berseni berbanding muzik ganas ini atau bukankah ada seni gambar atau video atau animasi yang lebih sopan untuk ditatapi dengan rasa ketenangan dan kedamaian?". Padahal, kita pun akan bertanya soalan yang sama pada minat mereka pada citarasa muzik atau seni yang lain.

Sebab itulah menjadi erotisis ini tidak ubah seperti seseorang menjadi mat metal. Ia adalah minat yang kebanyakan orang tidak menerimanya, bahkan mencemuhnya, tetapi hanya mampu dinikmati oleh beberapa komuniti dan ia adalah budaya untuk orang yang tahu harga seninya.

Sememangnya tidak ada guna menyorongkan justifikasi kepada mereka, lebih-lebih lagi kepada orang yang dari awal memang tidak mahu meraikannya dan sudah tegar dengan kebenciannya. Mereka akan kerap dan tetap mempersoalkannya, mempertikaikannya dan mencemuhnya. Biarkan sahaja mereka.

Cuba terangkan kepada mereka apa keunikan muzik genre metal sama ada sejarahnya, perkembangannya, pecahan genre dan lain-lain. Kemudian, apa? Adakah selepas itu mereka akan menerima komuniti muzik metal atau sekurang-kurangnya bertoleransi dengan komunitinya? 

Untuk apa lagi membuang masa untuk menerangkan kepada orang yang tidak mahu menerima dari awal lagi, apatah lagi untuk mengharapkan mereka akan mula mendengar dan minat kepada muzik metal?

Apabila ia berkaitan dengan minat, hobi dan citarasa, kadangkala sebaik mana penjelasan kita dan bagaimana rasional pun penerangan kita, ia tidak terlepas daripada sentimen peribadi. Jika seseorang ditanya apakah sebab dia meminati muzik rap? 

Walau apapun penjelasannya yang rasional, akhirnya tetap akan ada bersangkut paut dengan sebab peribadi seperti mengingati kenangan lalu, minat bersama dengan kawan-kawan yang dia bergaul, citarasa yang telah lama dia bersebati dengannya, muziknya yang enak didengari dan lain-lain. Paling singkat pun akan dijawab: "Sudah ia sememangnya minat saya!".

Jika ditanya kepada mereka yang hobinya adalah memancing pun, adakah jawapan mereka hanya sekadar berasaskan rasional semata-mata? Kita memang tidak akan dapati menikmati dan berhibur dengan sesuatu jika ia hanya pada rasional semata-mata.

Sebab itulah tidak dapat tidak, ini perkara yang patut kita toleransi. Tidak ada guna bertekak dan bertelagah berpanjangan. Perkara ini walaupun ada rasionalnya, tetapi ia tetap ada berpaut bersama dengan sentimen peribadi. Selagimana ia bukan menimbulkan mudarat yang besar pada diri dan sekeliling, maka nikmatilah sepertimana makanan dan sukan atau hobi yang lain dinikmati.

Komuniti ini sama seperti kelab. Kalau mahu sertai, dipersilakan dan kami tidak memaksa sesiapa. Kalau mahu lihat persembahan kelab, dipersilakan menontonnya. Kalau tidak mahu, dipersilakan keluar. Tidak perlu buat kacau di sini.

Buang masa untuk menjelaskan kepada orang yang sememangnya dari dahulu, sekarang dan akan datang tidak mahu menerima penjelasan kita, apatah lagi bertoleransi dengan kita dan kita pun tidak perlu sibuk untuk memuaskan hati orang ini. Mereka pun tidak mahu mempedulikan penjelasan kita. Lantas, mengapa pula kita perlu mempedulikan orang sebegini?

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/673928879254208512/celoteh-peribadi-131-antara-erotisisme-dan-muzik

Celoteh 132 : Terus Menyampaikan Walaupun Bersendirian



Solah Abdul Aziz menghasilkan video pengajaran untuk kitab-kitab berbahasa Arab yang asas secara sistematik untuk mereka yang mahu belajar ilmu agama dari asas yang dimuat naik di saluran Youtube dengan nama Ustaz Solah al-Jengkawi. 

Saya selalu sahaja mencadangkan kepada rakan-rakan saya yang ingin belajar bermula dari asas untuk mengikuti video pengajaran daripadanya. Ia bermanfaat untuk semua orang dan boleh diikuti setiap orang walaupun tidak mahir berbahasa Arab.

Sememangnya cukup memuaskan hati dan semahunya kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah Tabāroka Wa Ta*ālā kerana ada orang mengambil manfaat dan mendapat faedah yang besar walaupun sedikit jumlahnya. 

Betapa indahnya dan betapa manisnya mendengarkan atau membaca ucapan terima kasih daripada mereka yang mengikuti pengajaran kita dan benar-benar memperoleh manfaat untuk kefahaman agama mereka walaupun tidak ramai yang mengikuti kita dan walaupun kita jarang mendapat ucapan itu setiap hari.

Ini juga sememangnya mengingatkan situasi saya yang beberapa orang menghantar mesej kepada saya yang terkesan dengan penulisan saya, mendapat cetusan yang berguna dalam pemikirannya dan mengagumi pembentangan hujah idea saya. 

Buat masa ini, saya bukanlah orang yang ternama, apatah lagi memposisikan diri sebagai ilmuwan yang terulung yang setara dengan tokoh-tokoh yang berwibawa di peringkat tempatan sehinggalah ke antarabangsa.

Cuma, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana sekalipun dengan keberadaan saya yang kerdil lagi tersisih ini, ditambah lagi pula dibaluti dengan kontroversi dan beberapa pandangan yang melawan arus perdana, masih ada yang mengambil serius terhadap penulisan saya dan menghargai idea-idea saya. Tidak kiralah sama ada sealiran atau tidak, jika ia bermanfaat, maka ambillah ia dan sebarkannya.

Adakalanya saya diajukan pertanyaan dan diminta pandangan kerana saya melihat bulatan rakan mereka kelihatan tidak ada seorang pun yang mahir dalam agama. Saya bersyukur kerana Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā mentakdirkan pertemuan saya dengan mereka dan mereka yang telah saya merapatinya menerima saya sebagai bulatan rakannya dan menjadikan saya sebagai tumpuan untuk ditanyakan atau dibincangkan dalam isu agama atau rujukan untuk memahami isu agama yang saya wacanakan.

Saya akan cuba meresponsnya dan menjawabnya semampu yang saya ada dan dengan kadar limpah pengetahuan yang Dia kurniakan kepada saya. Saya berharap penyampaian saya ini sentiasa dalam kebenaran, berkesepaduan dengan manhaj ilmu yang sejati dan membenihkan manfaat keagamaan dalam diri mereka dan diri saya sendiri.

Pun begitu, saya tetap akan berusaha untuk tidak mengulas atau memberi pendapat dari terbitan saya sendiri. Saya akan cuba mencari fatwa, penulisan atau artikel yang telah ditulis atau dibahaskan oleh ahlinya, kemudian saya akan menyampaikannya sepertimana yang telah tertulis atau saya memperkenalkan kepada mereka yang lebih patut mereka untuk ikuti dan lebih berhak ditanyakan berbanding saya. Jika tidak ada, barulah saya berusaha sedaya yang saya ada dan saya berharap saya di jalan yang selamat dari penyelewengan, kesalahan dan ketempangan.

Saya bukanlah sesiapa yang layak untuk diangkat seumpama tokoh ilmuwan berwibawa mahupun orang soleh yang dijadikan teladan yang terbaik dalam hidup. Saya hamba yang kerdil cumalah menyampaikan ilmu yang sedikit demi menzahirkan kesyukuran kepada-Nya dengan menunaikan haknya sepertimana yang sepatutnya serta beramal dengan apa yang telah diperintahkan dan yang sesuai dengan syarak. Usah mengharap yang banyak daripada saya. Cuma, jika ia bermanfaat, ambillah dan sebatikanlah diri untuk aplikasi dalam kehidupan.

Kalaupun tiada seorang pun yang ingin menyambut, merespons dan mengambil manfaat daripada penulisan saya atau menerima saya dalam bulatan rakan seseorang atau saya kelihatan seperti melalak seorang diri, saya tetap menulis, mengongsikan pandangan dan bersuara demi berkhidmat kepada agama dan medan ilmiah, seterusnya pengabdian kepada Allah yang satu-satunya dengan semampu saya. Saya tidak peduli kalau tiada siapa yang membacanya sekalipun ia telah dipaparkan di medium yang boleh dibaca di khayalak umum.

Sememangnya benar kalau kita hendak menunggu orang mempelawa kita atau menyediakan tempat untuk kita, maka sampai bila-bila pun kita tidak akan memulakan khidmat kita kepada penyampaian ilmu, apatah lagi untuk membina seorang individu yang telah disasarkan sebagai hamba Allah yang berkualiti.

Cukuplah kebanggaan buat saya secara peribadi untuk melahirkan seorang yang berkualiti dan jika tidak ada seorang pun, saya sudah cukup puas dengan apa yang telah saya usahakan dan tinggalkan.

Sama ada orang ingin mengambil manfaat atau tidak atau memusuhi saya, saya tetap terus berjalan. Bagi yang mengambil manfaat, saya berharap ia adalah kebaikan untuk di dunia dan di akhirat. Bagi yang tidak, mungkin itu adalah kekurangan daripada pihak saya sendiri dan saya memohon keampunan kepada Allah atas kekurangan, kesilapan, keaiban dan ketempangan saya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/674453206744563712/celoteh-peribadi-132-terus-menyampaikan-walaupun

Celoteh 133 : Untuk Mereka Yang Mendesak Saya Untuk Bersuara Sesuatu Isu

Saya selalu sahaja merasa lucu apabila saya menyerang sebahagian kelompok sufi yang terjebak dengan batiniah ini, mereka berkata kepada saya: "Kamu selalu sahaja menyerang sufi dan mengkritik mereka. Wahabi bila pula ingin dikritik?". Usah kata wahabi, saya sudah pun menghasilkan kritikan terhadap akidah Ibn Taymiyyah yang merupakan imam besar untuk golongan wahabi dalam beberapa tempat.

Sekarang, saya ingin bertanya kepada mereka. Saya sudah mengkritik Ibn Taymiyyah yang merupakan paksi utama bagi fahaman wahabi. Apakah mereka sekarang ingin menerima penjelasan saya dalam isu-isu yang saya lontarkan kritikan kepada sebahagian sufi?

Mereka tuntut saya untuk mengkritik wahabi dan sekarang saya telah menunaikannya. Sekarang, adakah mereka terbuka hati untuk terima kritikan saya terhadap sebahagian sufi yang menyeleweng ini?

Jawapannya yang pasti adalah mereka tetap enggan mendengarnya dan tidak mempedulikannya. Mereka tetap dengan pendirian yang sama dan terus-menerus mencela saya sepertimana dahulu. Tidak ada perubahan pun.

Samalah juga apabila saya menyuarakan beberapa isu dalam manhaj beragama, saya pula didesak tentang mengapa saya tidak mengapa tidak mempedulikan sebahagian orang yang masih lagi jahil untuk membaca Surah al-Fāṭiḥah? Apabila saya berbicara tentang bahaya pemikiran dan aliran yang sesat, saya didesak untuk bersuara tentang rasuah.

Kalaulah saya bersuara tentang rasuah, mereka desak pula saya untuk bersuara tentang riba dan sistem kewangan yang durjana pada masa kini. Kalaulah saya menyuarakan isu riba dan sistem kewangan yang durjana pada masa kini, mereka desak saya pula untuk bersuara tentang pembalakan haram di negara kita. Kalaulah saya menyuarakan isu pembalakan haram, mereka desak saya pula untuk bersuara tentang politikus yang keparat.

Begitulah terus menerus dengan isu tidak berkesudahan. Seolah-olah macam tidak ada orang lain yang lebih baik daripada saya untuk bersuara tentang isu pembalakan haram, tidak ada golongan pakar yang lain untuk menjelaskan sistem kewangan yang durjana dan semua perkara hendak memikulkan ke bahu saya seolah-olah saya berkemahiran semua perkara.

Apapun, pokok soalannya adalah kalau saya bersuara tentang isu-isu yang mereka tuntut saya untuk menyuarakan, apakah mereka akan mendengar atau menerima pandangan saya dalam isu pertikaian antara saya dengan mereka?

Kalau mereka sebagai contoh adalah pengikut sufi dan mendesak saya untuk bersuara tentang wahabi, sekarang setelahmana saya bersuara tentang wahabi, adakah mereka pula ingin menerima kritikan yang saya tegakkan ke atas mereka?

Bahkan, Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang terkenal dengan kelantangannya dalam menentang wahabi dan membela tradisi kesufian sehingga dia dikenali dengan kepekatannya dengan sufi pun bukannya mereka ingin menerima kritikannya terhadap ašᶜarian sepertimana yang dikumpulkan kalamnya oleh Ṣōdiq bin Salīm bin Ṣōdiq dalam «Ḏamm al-Ašā*iroh Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifah».

Apabila Aḥmad al-Ġumāriyy sudah semaksimumnya menentang wahabi dan membela sufi, adakah mereka yang mendesak ini ingin menerima pandangannya terhadap ašᶜarian? Tetap juga tidak. Kalau seorang ulama yang diangkat tinggi oleh golongan mereka dan dijulang sehabis-habisannya pun mereka tidak mahu menerima setelah dia menunaikan apa yang mereka tuntut, apatah lagi saya yang kerdil ini.

Sebegitu juga dengan Sa*īd Fawdah. Walaupun sudah dikenali dengan kelantangan dan aktifnya dalam menentang wahabi, namun kritikannya terhadap Ibn *Arobiyy begitu diingkari sehabis-habisnya. Kalau tokoh yang besar ini yang berjasa secara signifikan serta mencipta nama di persada sejarah dan wacana keilmuan dalam penentangan terhadap wahabi pun dibakulsampahkan pandangannya terhadap Ibn *Arobiyy, mengapa pula desak saya dan orang lain untuk melakukan yang akhirnya mereka sendiri pun akan buat yang sama pada Sa*īd Fawdah?

Bahkan, sebelum Aḥmad al-Ġumāriyy dan Sa*īd Fawdah, an-Nasā^iyy juga berhadapan dengan nasib yang sama. Apabila dia menyiapkan karya «H̱oṣō^iṣ *Aliyy», dia berhadapan dengan orang yang tidak puas hati terhadapnya kerana seakan-akan menyebelahi pihak syiah melalui karya ini. 

Aḏ-Ḏahabiyy dalam «Taḏkiroh al-Huffāẓ» menyatakan bahawa terdapat kaum yang mengingkari karya ini dan menuduhnya mengabaikan kelebihan Abū Bakr dan *Umar -roḍiyallahu *anhumā-. Ibn H̱ollikān dalam «Wafayāt al-A*yān Wa Anbā^ Abnā^ az-Zamān» menyatakan bahawa dia ditanya tentang kelebihan Mu*āwiyah. Namun, dia meresponsnya bahawa hanya terdapat satu hadis sahaja tentangnya. Lalu, orang ramai mengeluarkannya ke masjid dan menghinjaknya.

Sekarang ini, sebegitulah juga apabila kita menghasilkan karya kritikan terhadap sebahagian sufi yang jahil lagi menyeleweng, sebahagian pengikutnya mendesak kita untuk menulis karya untuk kritikan terhadap wahabi. Apabila kita tidak menunaikan permintaannya, karya kita tidak dihargai sepertimana karya an-Nasā^iyy yang disebutkan diingkari atau lebih teruk, kita akan dituduh sebagai pengikut wahabi atau musang berbulu wahabi kerana tidak menulis tentang penentangan terhadap wahabi sepertimana an-Nasā^iyy dituduh sebagai cenderung kepada syiah kerana tidak menulis tentang kelebihan Abū Bakr dan *Umar. Mudah-mudahan kita juga tidak dicederakan sepertimana yang dilalui an-Nasā^iyy.

Untuk apa tuntut kalau akhirnya mereka sendiri tidak ingin mendengar dan enggan menerima pada akhirnya? Inilah tujuan falasi ₍Whataboutism₎. Ia adalah taktik di mana apabila kita menyuarakan, membantah dan mengkritik sesuatu topik, wacana, isu atau perkara, pihak yang dikritik akan mempersoalkan: "Yang wahabi pula bagaimana? Yang rasuah pula bagaimana? Kes pembalakan baru-baru ini bagaimana?" atau seumpamanya.

Mereka membangkitkan soalan ini semata-mata untuk tidak mahu mendengar kritikan, tidak mahu mengambil kira pandangan kita, menyahnilaikan penghujahan kita dan mengalihkan perhatian agar kita yang mengkritik memberi fokus kepada apa yang menyenangkan mereka dan buat-buat lupa bahagian yang kita mengkritik yang mereka tidak suka. 

Inilah matlamat sebenar apabila mereka mencadangkan pertanyaan sebegini. Kalau kita melayankannya sememangnya tidak akan habis. Banyak isu yang ditanya yang di luar topik sehingga kita menjadi tidak fokus dengan tempat pertikaian dan perselisihan atau isu utamanya menjadi tenggelam dengan lambakan soalan yang menjurus kepada isu yang lain.

Kalau pun kita memenuhi tuntutan mereka pun, belum tentu mereka akan menerima pendapat dan penghujahan kita dalam isu yang kita pertikaikan bersama mereka. Semua itu adalah alasan dan taktik untuk kita mengabaikan kritikan kita terhadap mereka. 

Perangai ini sama seperti golongan musyrik yang mendesak Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- untuk mempamerkan pelbagai mukjizat yang lain tatkala baginda memfokuskan dakwah yang rasional. Kalaupun Allah membantu baginda untuk menunaikan desakan mereka, apakah selepas itu mereka beriman? Jawapannya tidak. Firman Allah *Azza Wa Jalla :

وَلَوْ أَنَّنَا نَزَّلْنَا إِلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةَ وَكَلَّمَهُمُ الْمَوْتَىٰ وَحَشَرْنَا عَلَيْهِمْ كُلَّ شَيْءٍ قُبُلًا مَّا كَانُوا لِيُؤْمِنُوا إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّـهُ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ يَجْهَلُونَ

"Kalaulah Kami menurunkan malaikat kepada mereka dan orang mati bercakap dengan mereka, lalu Kami kumpulkan untuk mereka secara bersama, pasti mereka tidak mahu beriman melainkan yang Allah kehendaki. Namun, yang terbanyak di antara mereka adalah orang yang bodoh". [Surah al-An*ām ayat 111].

Firman Allah :

بَلْ هُوَ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ فِي صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ ۚ وَمَا يَجْحَدُ بِآيَاتِنَا إِلَّا الظَّالِمُونَ ﴿٤٩﴾ وَقَالُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ آيَاتٌ مِّن رَّبِّهِ ۖ قُلْ إِنَّمَا الْآيَاتُ عِندَ اللَّهِ وَإِنَّمَا أَنَا نَذِيرٌ مُّبِينٌ ﴿٥٠

Mereka berkata: "Mengapa tidak diturunkan mukjizat daripada Tuhannya kepadanya?". Katakanlah: "Mukjizat itu urusan Allah dan aku cumalah permberi amaran yang jelas". Adakah tidak cukup bahawasanya Kami telah menurunkan al-Quran kepada engkau yang dibaca kepada mereka? Sesungguhnya pada itu benar-benar rahmat dan peringatan bagi kaum yang beirman. [Surah al-*Ankabūt ayat 50-51].

Isu yang dipertikaikan adalah al-Quran. Kalaupun baginda mempamerkan mukjizatnya yang lain, adakah mereka akan beriman dengan al-Quran sesudah itu? Jawapannya tidak. Buang masa sahaja melayan tuntutan sebahagian orang yang akhirnya tidak akan beriman dan tidak akan menerima apa yang disampaikan pada subjek yang dipertikaikan.

Manusia ini ada bermacam-macam tuntutan yang kalau ingin dilayankan kesemuanya tidak akan berkesudahan. Walaupun saya sudah bersuara tentang wahabi pun, saya tetap didesak pula untuk bersuara tentang beberapa agamawan yang berfahaman wahabi secara spesifik.

Kalau saya tidak menunaikannya, orang yang menuntut saya ini tidak akan mahu menerima saya sebagai sebahagian daripada kelompok mereka walaupun dari dahulu dan sesudah penunaian tuntutan mereka itu, tetap tidak memasukkan saya bersama kelompok mereka.

Mereka ini tidak ubah seperti seseorang yang sedang mengugut saya kalau saya tidak bersuara tentang itu dan ini, mereka tidak akan iktiraf saya sebagai kelompok mereka walaupun mereka memang dari awal lagi dan sesudahnya tidak menerima saya pun.

Mereka ini juga tuntut saya bersuara tentang itu dan ini seolah-olah mahu pendapat saya dalam isu yang saya ada pertikaian dengan mereka isu menjadi valid sekalipun dari dahulu dan sesudah penunaian itu, mereka tetap tidak mengambil berat terhadap pendapat saya atau mereka ingin saya mengalihkan isu yang lain agar tidak menyentuh lagi isu yang ada pertikaian bersama mereka.

Saya katakan, tuntutlah apa sahaja yang kalian mahu. Kalau saya tuntut daripada kalian pun, kalian bukan ingin menunaikannya pun. Kemudian, kalian mengharapkan orang lain untuk memenuhi tuntutan kamu? Kalau saya menunaikannya, kamu ingin menerima pandangan saya dalam isu yang kita saling bertikaian? Kalau tidak, lebih baik tidak perlu menuntut apa-apa kepada saya atau orang lain.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/675580195219095552/celoteh-peribadi-133-untuk-mereka-yang-mendesak

Celoteh 134 : Simpang Siur Penghasilan Judul «Hukum Melancap»



Judul penulisan ini sudah bertahan lama. Barangkali usianya lebih tujuh tahun. Ia sebelum saya memasukkannya di Wattpad lagi. Sudah banyak suntingan dan kemaskini dalam penulisan tersebut yang saya pun tidak mampu ingat lagi bilangannya.

Kalau saya dapat membaca penulisan saya pada masa fasa awal, pasti saya akan mengetawakannya kerana kecetekan akal dalam menegakkan hujah dan saya juga akan merasa hiba kerana melihat ketidakmatangan dalam hujah. Hari ini, dengan izin Allah, setiap kali saya membacanya, saya merasakan saya telah mempelajari kesilapan dan kebudakan saya dahulu. Sekarang, mungkin ini pembentangan kedewasaan yang diimpikan.

Saya ingat lagi yang penulisan ini bermula sangat pendek dan dicampurkan beberapa isu seksual yang lain. Sekarang, ia menjadi kupasan yang panjang dan penulisan yang dicampurkan itu terpisah mengikut babnya dan ia memiliki kupasan panjang yang tersendiri.

Apapun, saya tetap akan membaca semula penulisan saya berulang kali dari semasa ke semasa untuk mencari kelompongan hujah yang mampu menggoyahkan asas kepada keabsahan pendapat tersebut. Jika saya dapati, saya akan membuat semakan semula atau rombakan atau mungkin menarik balik pandangan tersebut jika sudah tidak mampu diselamatkan lagi.

Oleh itu, saya menyeru kepada pembaca agar jangan mudah berpuas hati dengan sekadar sekali pembacaan. Carilah semampu yang boleh kelompongan yang ada dan usahakannya berkali-kali. Jika sudah berpuas hati dengan penghujahannya, maka ambillah pandangan saya. Jika ada kelompongan, maka sampaikanlah kepada saya. Kritikan dan idea kalian amat bermakna bagi membaiki dan meningkatkan mutu penulisan.

Saya menyeru sepertimana para ilmuan kita serukan bahawa jangan bertaklid bulat-bulat tanpa hujah. Ikutilah dalil. Bukan apa yang secocok dengan keinginan hawa nafsu dan bukan juga ketaksuban.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/676565038969110528/celoteh-peribadi-134-simpang-siur-penghasilan

Celoteh 135 : Bukti Kemahiran Bahasa Arab Saya



Pernah terjadi dalam satu minggu yang agamawan berpolemik dalam isu bahasa Arab dalam pelbagai aspek. Jarang perkara ini terjadi kerana kebiasaanya isu yang agamawan saling berbalas tikaman lidah dan ejekan adalah isu-isu yang mereka yang mahir bahasa Arab dan mereka yang jahil boleh masuk campur sekali. Dalam minggu tersebut, hanya mereka yang berkemahiran bahasa Arab sahaja yang mampu berpencak di pentas tersebut.

Salah satu isu yang dibangkitkan adalah salah seorang graduan pondok yang boleh kita katakan sudah layak untuk menjadi tuan guru yang junior bagi pondok dipermainkan kerana tidak memiliki penguasaan bahasa Arab yang baik, walhal kemahirannya tidak diragukan lagi bagi sesiapa yang telah mengenalinya dan saya saksi terhadap kemahirannya melalui kekerapannya merujuk kitab bahasa Arab dalam membahaskan sesuatu permasalahan. 

Namun, kerana ada orang tidak faham bentuk seloroh dan sindiran bahawa dia tidak mahir bahasa Arab, terus dijadikan modal bagi mempermainkan graduan tersebut.

Dari peristiwa ini, kalaulah orang seperti dia dipersendakan kemahirannya walaupun realitinya tidak sebegitu, maka tentu lagi kemahiran saya juga akan disangsikan dan dicurigai, lebih-lebih lagi setelah mengenali siapa diri saya. 

Apapun, saya tidaklah menyimpan dendam atau mengambil sindiran itu secara serius walaupun kadangkala ia sememangnya menyakitkan perasaan saya. Saya maafkan dan saya membiarkan sahaja si luncai dengan labu-labunya.

Cuma, ada masa saya perlu pertahankan dengan menjelaskan diri saya bagi menepis tuduhan dan persangkaan yang salah terhadap saya dan bersikap telus bagi mereka yang ingin mengenali saya. Oleh itu, kolum penulisan saya yang berjudul «al-Kitābāt al-*Arobiyyah Li al-Mumārisah» (الْكِتَابَاتُ الْعَرَبِيَّةُ للْمُمَارِسَةِ) adalah bukti bagi penguasaan saya bahasa Arab. 

Oleh itu, bagi mereka yang ada syak wasangka terhadap kemampuan saya atau ada ingin mengenali saya dalam kemahiran bahasa Arab saya, maka kolum ini akan dijadikan paparan bukti.

Pun begitu, saya bukanlah ingin mengatakan bahawa kemahiran bahasa Arab saya adalah setara dengan para ulama, apatah lagi graduan pondok yang dipermainkan itu. Saya juga kadangkala tidak terlepas daripada tersasul atau salah baris dan salah baca yang mungkin sahaja ini akan menjadi subjek ejekan terhadap saya berpanjangan.

Apapun, biarlah para membenci terus membencinya. Mencari redha manusia memang mustahil. Kita teruskan sahaja untuk memperbaiki diri kita dan meningkatkan prestasi diri kita sebagai orang berilmu yang memiliki rasa kehambaan yang mendalam kepada-Nya. Usah sibuk dengan apa yang orang ingin kata. Tetaplah kita berjuang untuk kebenaran dan keredhaan-Nya.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/676565485360463872/celoteh-peribadi-135-bukti-kemahiran-bahasa-arab

Celoteh 136 : Pengistilahan Aurat Yang Bukan Hakiki



Saya tidak sangka istilah ‛aurat yang bukan hakiki’ telah sampai ke portal Mufti Wilayah Persekuturan yang berjudul «Adakah Dosa Melihat Atau Menonton Kartun Yang Menimbulkan Syahwat?» di sini : https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3655-al-kafi-1354-adakah-berdosa-melihat-atau-menonton-kartun-yang-menimbulkan-syahwat

Saya adalah orang pertama yang menggunakan istilah ini melalui penulisan yang berjudul «Hukum Melihat Aurat Yang Bukan Hakiki», salah satu potongan topik daripada judul «Aurat : Penjelasan Tuntas». 

Pun begitu, sebenarnya penyebutan "hakiki" ini pernah diungkapkan *Abdullah bin Muḥammad al-Haroriyy yang berkata :

هنا سؤال أن من ينظر، يتفرج على الأفلام الخلاعية. ما حكمه؟ الذي يتفرج عليها ونفسه تنجر، تنجر الى المعصية التي يشاهد هيئتها في الفيلم حرام عليه أن يتفرج عليها. أما الإنسان الذي لا تؤثر عليه، إنسان متزوج وهو مقتنع بزوجته نفسه لا تحدثه مهما رأى في الأفلام الخلاعية لا تحدثه نفسه أن يفعل هذا يطبق هذا الفعل الحرام، هذا ليس حراما عليه إن تفرج. ليس حرامًا. هذا يرى المرأة حقيقتها، يرى شخصها الحقيقي؟ لا. إنما هذا خيال. ليس حراماً على الذي لا يتأثر.

"Di sana ada soalan tentang seseorang yang melihat, menenung filem-filem lucah. Apa hukumnya? Orang yang menenung kepadanya dan dirinya terheret, iaitu terheret ke maksiat yang dia menyaksikan bentuknya adalah haram ke atasnya. Adapun seseorang yang tidak terkesan kepadanya, iaitu orang yang berkahwin dan dia merasa puas dengan isterinya, tetapi dirinya tidak menceritakannya kendatipun dia melihat filem-filem lucah, iaitu dirinya tidak menceritakannya untuk melakukan perbuatan yang ini, iaitu mempraktikkan perbuatan haram ini, maka tidaklah haram ke atasnya jika dia menenung. Ia tidak haram. Ini yang dia lihat adalah wanita yang hakikatnya, iaitu sosoknya yang hakiki? Tidak. Ini cumalah khayal. Tidaklah haram ke atas orang yang tidak terkesan". [Rujuk : https://www.youtube.com/watch?v=NT3oL1WXFsU].

Pun begitu, ia bukanlah sampai penggunaan yang meluas atau ia menjadi topik. Malah, penggunaan ‛hakiki’ ini telah saya menggunakannya lama sebelum saya tahu tentang fatwa daripada al-Haroriyy ini.

Istilah yang selalu dipakai oleh penutur Indonesia dalam permasalahan ini adalah aurat yang bukan ‛wujūdĩ’, iaitu wujud secara langsung, iaitu yang berjasad sebenar. Cuma, saya tidak menggunakannya kerana penutur Malaysia mungkin sukar untuk memahami perujukan saya dan tidak biasa dengan ungkapan sedemikian sepertimana warga Indonesia. Atas sebab itulah saya mengetahui bahawa istilah tersebut adalah diambil daripada penulisan saya.

Penulisan ini banyak tersebar di portal Indonesia sama ada pada blog atau media sosial melalui saling diskusi atau hantaran. Pun begitu, ia tidak begitu diperincikan dan dituntaskan perbahasan sepertimana yang saya lakukan. 

Adapun di Malaysia, saya ada menemukan orang yang mengetahui dan berpegang pada pandangan muktamad mazhab šāfiᶜian. Cuma, topik sebegini tidak begitu tersebar sepertimana di negara jiran.

Saya agak faham mengapa perbahasan seperti ini tidak begitu disambut secara meluas. Ini kerana pendapat ini tidak diamalkan oleh tokoh-tokoh kontemporari secara khusus yang telah menikmati zaman televisyen sehinggalah globalisasi digital meskipun mereka mengaku bermazhab šāfiᶜian atau ḥanafian serta berpegang kepada pendapat muktamad.

Manakan tidak? Jika ia difatwakan secara terbuka, sudah tentu menurut mereka ia akan menimbulkan fitnah kepada masyarakat. Sebab itulah walaupun mereka tahu, mereka berfatwa sebaliknya dan mereka menutupnya dari pengetahuan masyarakat.

Hakikatnya, khuatir fitnah ini bukan sahaja melanggar pendapat muktamad mazhab yang selalu mereka tekankan dalam pengamalan bermazhab, malah ia melanggar kaedah ilmu yang telah terkukuh kuatnya sehingga tiada lagi ruang untuk berfatwa sebaliknya. Mereka ingin mengelakkan fitnah dengan menuju kepada fitnah yang baharu!

Saya tidak mahu meleretkan lagi rasa berang yang terpendam di jiwa saya terhadap sikap ini kerana saya telah jelaskan hal ini di banyak tempat. Saya sudah jelaskan hujah saya dalam judul tersebut dan di tempat yang lain.

Saya mengambil inisiatif untuk memperincikannya dan membahaskannya secara tuntas untuk membela pandangan muktamad mazhab ini secara dasar, seterusnya pendapat al-Qolyūbiyy dan al-Bujayrimiyy secara khusus. Mungkin saya orang yang pertama di dunia yang menganalisis dan mengkomprehensifkan topik ini ke lebih mendalam.

Saya telah cuba sedaya upaya mencari penulisan yang khas yang memperincikan permasalahan ini di pelbagai portal atau karya sama ada yang berbahasa Arab, berbahasa Melayu, berbahasa Indonesia dan berbahasa Inggeris. Namun, saya tidak menemukannya sama ada di forum, bahagian soal jawab, kolum fatwa atau penulisan biasa. 

Saya pernah menemukan topik forum berbahasa Arab yang orang berbalas hujah dalam isu ini. Terdapat pihak yang menyokong pandangan ini dan pihak yang menentang pandangan ini. Cuma, untuk mengatakan bahawa ia adalah suatu analisis yang khusus, saya tidak rasa ia dapat dianggap sedemikian.

Saya bersyukur kepada Allah dengan sebaik-baik pujian kerana mengilhamkan, membimbing dan menyalurkan kekuatan untuk menghasilkan judul penulisan ini bersandarkan hujah ilmiah yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana orang. 

Saya ada menyimpan sedikit hasrat untuk menghasilkan tesis mini untuk mengupas, membedah dan menganalisis isu ini, tetapi saya tidak mahu orang ramai merasa keberatan dan jemu untuk menelaahnya. 

Oleh itu, saya permudahkannya menjadi penulisan biasa agar ia menjadi tatapan yang mesra dibaca oleh setiap lapisan. Malah, penulisan saya seperti ini sudah memadai untuk menyampaikan segala apa yang menjadi asas kepada hujah saya.

Faktor utama yang mendorong saya menghasilkan penulisan ini adalah kerana kita semua tidak terlepas daripada menatap skrin digital yang telah dipacak, berdiri dan terbentang di mana sahaja kita berada. Kita akan kerap melihat gambar-gambar yang tidak menutup aurat dengan sempurna. 

Situasi ini tidak sahaja mendorong untuk timbulkan satu permasalah baharu, malah mungkin ada yang menimbulkan rasa sesak di dada disebabkan matanya sentiasa memandang aurat bagi mereka yang berpegang pendapat bahawa hukum pada aurat yang di skrin digital adalah sama dengan aurat yang berjasa.

Hakikatnya, ini bukan permasalahan baharu. Ini telah pun dikupas oleh para fuqaha mazhab ketika membicarakan hukum yang berkaitan dengan lihatan aurat pada imej cermin dan bayangan air. Apa yang saya lakukan adalah mengembangkannya agar ia relevan dan sesuai dengan realiti berdasarkan kaedah fiqh.

Setelah saya selesai menghasilkan judul penulisan ini yang ketika itu belum diterbitkan lagi di Wattpad, saya walaupun tidak bersikap terbuka sepertimana saya mulakan penyebaran secara terbuka di Wattpad, pandangan ini antara yang saya giat menyebarkannya di pelbagai tempat dan yang saya bawakannya dalam meja perbincangan. 

Malah, ia sampai menjadi tular sehingga muncul di suatu hantaran seorang tokoh yang berpengaruh. Pun begitu, sudah tentu ia bertujuan untuk memburukkan dan menyanggah pandangan ini.

Dari situ, secara tidak dijangka, penulisan saya ini sampai ke pengetahuan mereka yang bersama dengan Pejabat Mufti Wilayah Perseketuan. Walaupun mereka menyetujui pandangan muktamad mazhab šāfiᶜian, saya faham mengapa orang tidak mengambil pandangan al-Qolyūbiyy dan al-Bujayrimiyy. 

Sememangnya prosedur pengamalan mazhab šāfiᶜian adalah pandangan muktamad yang diambil dari tokoh-tokoh yang khusus yang ditentukan. Kedua-dua tokoh ini dikira berada di senarai yang bawah untuk diletakkan tokoh yang dijadikan pegangan muktamad bagi mazhab šāfiᶜian.

Apapun, itu terpulang kepada pilihan masing-masing. Saya tetap mempertahankan kedua-dua tokoh ini berdasarkan hujah, bukan sentimen, apatah lagi menunggang hawa nafsu. Dipersilakan para pembaca untuk menilai apa yang ada di antara dua pihak yang berselisih.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/676566038284009472/celoteh-peribadi-136-pengistilahan-aurat-yang

Celoteh 137 : Yang Ingin Saya Buktikan Pada Penulisan Saya Yang Berjudul «Intisari Penting Dalam Ilmu Takhrij Hadis Dan *Ilal al-Ḥadīṯ»



Kalaulah ada judul penulisan yang boleh dianggap sebagai mahakarya buat diri saya, maka judul penulisan «Intisari Penting Dalam Ilmu Takhrij Hadis Dan *Ilal al-Ḥadīṯ» inilah yang saya julang kerana ini antara penulisan yang saya berikan ketekunan yang banyak dalam penghasilannya.

Malah, antara sebab saya berbangga bersama kesyukuran dengan sebanyak-banyak syukur kepada Yang Maha Tinggi dengan penulisan ini adalah kerana ia adalah judul yang pertama di Malaysia secara khusus atau barangkali di nusantara yang memberikan pendedahan awal secara terperinci dalam melangkah ilmu *Ilal al-Ḥadīṯ. Saya cabar mana-mana orang untuk buktikan bahawa penulisan khas yang seterperinci seperti ini sudah ada sebelum 2021 lagi.

Pun begitu, bukan kebanggaan diri yang menjadi objektif penghasilan penulisan ini. Saya juga ada sebab yang lebih besar dalam menghasilkan penulisan ini.

Yang pertama adalah saya ingin membuktikan kepada mereka yang berseteru dengan saya bahawa saya juga mengambil serius dalam usaha untuk mendalami dan menguasai ilmu alat yang penting dalam memahami agama. Saya bukan bermain-main dalam memberi pandangan dalam agama. Saya juga berusaha dengan sebaik yang saya mampu dengan kadar kudrat yang Allah amanahkan kepada saya.

Saya pada asalnya tidak menghiraukan sangat suara sumbang yang ingin menyelar, mengherdik, mencela, mempersenda, memandang enteng dan mengeji saya. Itu adat hidup di dunia untuk menemukan orang yang tidak berpuas hati dengan kita. 

Cuma, sampai masanya dan ada masanya saya perlu pertahankan diri saya daripada persepsi dan tanggapan yang tidak benar terhadap saya. Oleh itu, penulisan ini menjadi bukti yang ampuh bagi tahap penguasaan ilmu saya.

Saya bukanlah ingin berkata saya bersekedudukan dengan tokoh jaguhan dalam ilmu ini, bahkan saya mungkin sama sekali tidak sebanding dengan para pengkaji di tahap rendah sekalipun. Cuma, saya akan usaha yang terbaik untuk menjustifikasikan pandangan saya kerana seseorang perlu sajian yang terbaik dalam berbakti kepada bidang ilmu. 

Saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai penuntut ilmu sebaik yang boleh dan membuktikannya melalui karya ini. Semoga Allah menerima amalan saya dan berkati usaha saya serta meneguhkan saya agar terus meningkatkan prestasi diri, seterusnya membimbing saya ke jalan yang Dia redhai.

Yang kedua adalah disebabkan belum ada penulisan yang khusus yang mengupas dan membedah secara tuntas, tetapi menyentuh perkara pokok dan asas bagi memahami ilmu *Ilal al-Ḥadīṯ, maka saya tergerak untuk memenuhi apa yang menjadi keperluan masyarakat dalam pemahaman ilmu hadis.

Saya melihat yang masyarakat sangat dahagakan untuk memahami ilmu hadis secara mendalam, tetapi mereka kurang berkemampuan dalam bahasa Arab sehingga terhijab karya-karya penting dalam penguasaan ilmu *Ilal al-Ḥadīṯ. Oleh itu, saya menghasilkan ini sebagai pemudah penjelasan untuk memahami hakikat secara kasar dalam pengamalan praktikal kajian ilmu ini.

Yang ketiga adalah saya ingin membuktikan bahawa ilmu ini bukanlah sukar sepertimana yang selalu dimomok-momokkan. Apa yang saya bawakan ini adalah bersandar kepada realiti pengamalan secara praktikal yang telah saya amati cara perbahasan para tokoh ahli hadis dalam membuat penilaian serta yang saya berkecimpung sendiri dalam lapangan kajian ilmu ini.

Barangkali yang menjadi kesukaran untuk memahami adalah ketika menelaah karya-karya yang berbentuk teori yang agak kurang dari segi contoh-contoh praktikal. Hakikatnya, praktikalnya tidak sesukar teori. 

Ia berulang peredarannya pada paksi dan titik yang sama. Bukanlah saya ingin mengatakan bahawa teori tidak penting. Cuma, saya menekankan bahawa sangat perlu untuk melihat contoh praktikal yang lebih banyak supaya jelas bagaimana cara pengkajiannya.

Penghasilan penulisan ini bukanlah saya ingin katakan komprehensif sehingga ia meliputi keseluruhan praktikal dalam ilmu ini, tetapi karya ini sebagai merapatkan jurang untuk orang awam dan para ilmuwan dalam bidang hadis untuk menggarap bagaimana seni tradisi ilmu hadis.

Yang keempat adalah saya ingin berbakti kepada bidang ilmu hadis melalui penghasilan karya ini. Saya fikir rakyat Malaysia masih sedar bahawa gerak kerja penghidupan tradisi ilmu hadis ini agak perlahan dan tidak begitu begitu pantas serta kurang mendapat sambutan. Bahkan, tokoh-tokoh tempatan yang mahir menguasai ilmu hadis ini mungkin boleh dibilang dengan jari jika dibandingkan pakar-pakar fiqh dan penceramah.

Salah satu sebab yang menjadi jurang besar dalam pemahaman ilmu hadis adalah faktor bahasa. Ini kerana rujukan penting yang berkaitan dalam kajian ilmu ini kesemuanya berbahasa Arab. Ia tidak diterjemahkan dan sememangnya tidak ada nilai jika diterjemahkan kerana ia akan melunturkan keistimewaan yang bersemadi dalam karya tersebut. Kemudian, yang mempelajari bahasa Arab belum tentu akan melangkah maju sehingga mahir ke ilmu *Ilal al-Ḥadīṯ.

Antara sebab orang tidak mahu mempelajari ilmu hadis secara mendalam, apatah lagi bergelumang dalam kajian secara praktikal adalah kerana kajian tentang sanad dan perawi ini kadangkala membosankan dan menjemukan. 

Orang ramai agar kurang gemar mendengar nama-nama perawi yang beratus-ratus jumlahnya yang tidak memberikan impak signifikan dalam cetusan ilmu mereka. Apa yang mereka mahu adalah apa fiqh di sebalik hadis tersebut, apa yang boleh dipelajari daripada hadis itu dan apa faedah yang boleh diperoleh melalui penganalisisan makna hadis tersebut.

Justeru, saya kira saya perlu rebut peluang untuk menempakan karya ini dalam lapangan ilmu hadis ketikamana orang ramai tidak mengambil minat yang mendalam terhadap ilmu ini. Lebih baik kita menaburkan sumbangan yang berguna kepada masyarakat. 

Saya berharap karya ini pada suatu hari akan menjadi cetusan kepada orang yang ada keinginan untuk menjadi faqih, seterusnya bermanfaat kepada kefahaman ke jalan yang lurus serta kebaikan di dunia dan di akhirat.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/676566534799458304/celoteh-peribadi-137-yang-ingin-saya-buktikan

Celoteh 138 : Salafi, Tetapi Minat Muzik Metal?

Saya pernah diketawakan bahawa saya sebagai salafi, tetapi saya menyukai muzik genre metal. Apabila saya renungi semula, terdetik di jiwa saya untuk memperakui kejanggalan seperti ini.

Benar yang sememangnya ada salafi yang berpandangan terhadap keharusan mendengar dan memainkan alat muzik dan nyanyian. Cuma, saya belum tahu bahawa mereka yang berpendapat keharusan ini sama menuju kepada ekstrim sepertimana yang saya lakukan. Jadi, sememangnya tidak ada kehairanan terhadap orang yang kehairanan menemukan seperti saya.

Apapun, saya tidak mengambil serius sangat usikan seperti ini meskipun daripada seteru saya. Apa masalahnya? Ramai sahaja para sufi yang saya kenal sememangnya menyukai lagu-lagu yang bergenre ekstrim ini. Tidak ada keperluan untuk begitu serius sangat dalam minat masing-masing terhadap muzik.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/676567175023181824/celoteh-peribadi-138-salafi-tetapi-minat-muzik

Celoteh 139 : Bagaimana Saya Keluar Dari Skeptikal Mendalam Dalam Hadis?



Dahulu semasa saya di awal fasa mendalami ilmu hadis, saya sememangnya teruja melihat bagaimana kehebatan ilmu hadis diasaskan, dibangunkan, dikembangkan dan diperkasakan sehingga hadis-hadis kita dapat disemak dan disaring dengan teliti berdasarkan metodologi yang mantap lagi padu. Keterujaan saya ini membawa saya kepada berfikir secara kritikal dalam penyemakan kesahihan hadis.

Akan tetapi, ia telah membawa pelampauan sehingga saya hampir-hampir sahaja meragukan kebanyakan kitab yang dinisbahkan kepada ulama yang telah sampai pada kita sama ada kitab hadis atau selainnya kerana beranggapan bahawa terdapat kelompongan yang halus yang menolak keabsahannya atau terlalu berlebihan dalam memfokuskan andaian yang tidak pasti keberlakuannya. Entah bagaimana ilmu hadis yang dibangunkan untuk menerima hadis menjadi sebab saya untuk meragukan keabsahannya.

Namun, segala puji bagi Allah dengan setinggi-tinggi pujian. Dia telah membebaskan saya daripada belenggu itu dan mengembalikan saya yang terpesong jauh kepada tempat tatapan yang saksama. Penulisan saya yang berjudul «Dialog Ringkas 39 : Hipokrit Pengkritik Hadis Dan Kesilapan Metodologi Mereka» adalah jawapan bagaimana saya keluar daripada kemelut skeptikal tersebut dan bagaimana saya menjengah semula realiti yang sepatutnya kita perakui.

Kalaulah saya terus terbawa-bawa dengan skeptikal tersebut kerana fikiran kritis yang sudah terlalu parah dan tidak terkawal, lalu ia menjadi pegangan saya, pasti saya akan termasuk golongan kritikus yang tidak sedar sedang meragukan validitas dan keluruhan ilmu hadis dengan kayu ukur yang rapuh lagi rancu. Penulisan ini selain menjawab secara langsung terhadap para kritikus hadis, khususnya yang sememangnya membawa kepada pengingkar sunnah, ia juga adalah paparan hasil akhir perjalanan saya sepanjang mencari kebenaran dalam validitas ilmu hadis dan penilaiannya berasakan perakuan kepada realiti.

Kemudian, penulisan dari halaman The Usuli di Facebook adalah persoalan ringkas daripada keseluruhan penulisan yang saya bentangkan. Pada saya, sangat menarik untuk dikepilkan bersama kerana saya dan penulis asal memfokuskan penelitian pada metodologi.


Ambilan
https://amirkazuma.tumblr.com/post/676567600795369472/celoteh-peribadi-139-bagaimana-saya-keluar-dari

Celoteh 140 : Mengapa Apabila Saya Menamakan Mana-Mana Dari Ahli Keluarga Al-Ġumāriyy, Saya Akan Menyatakan Bahawa Orang Tersebut Adalah Keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-?

Sesiapa yang membaca penulisan saya, seringkali apabila saya mengutip pandangan daripada mana-mana dari ahli keluarga al-Ġumāriyy, pasti saya akan menyatakan bahawa orang tersebut adalah keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- setiap kali menyebut namanya.

Sebenarnya, sememangnya ada sebab utama saya melakukan sedemikian. Pertama, saya merasakan bukan semua orang mengenali ahli keluarga al-Ġumāriyy itu sendiri yang merupakan zuriat baginda -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Meskipun terkenal dalam di persada dunia, pengaruhnya di nusantara secara khusus belum cukup kuat.

Saya melihat karyanya sahaja tidak banyak terjemahan bagi karya mereka sehinga orang ramai benar-benar melihat sekilas manhajnya. Malah, kalau ada pewacanaan tentang mereka pun, ia selalunya tidak mendapat sambutan memandangkan khazanah mereka masih tersimpan dalam penulisan bahasa Arab untuk seseorang menelaah kandungan agungnya. Oleh sebab itulah saya perlu menyatakan secara jelas supaya mereka kenal tokoh nama yang saya sebutkan.

Kedua, selalunya pandangan dari ulama yang berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- ada merit yang tinggi berbanding yang lain, khususnya aswajaean. Sebab itu agak bagus jika saya menyebutkan secara jelas agar mereka ambil perhatian terhadap pandangan yang mereka berada padanya dan nukilan yang saya kutip daripadanya.

Ketiga, sememangnya tujuan saya menyebutkan seperti itu adalah untuk menyanggah aswajaean dalam sesuatu pandangan dengan memaparkan bahawa tokoh yang dari keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang ada merit tinggi pada mereka menyelisihi mereka dan untuk memaparkan kesilapan tanggapan bahawa pendapat yang berbeza itu tidak akan terjadi pada mana-mana tokoh sanjungan mereka.

Saya juga ingin membatalkan delusi mereka dengan mengutip pandangan dari tokoh ini dan adakalanya, saya ingin membela pandangan saya dalam sesuatu permasalahan yang mana saya tidak bersendirian dalam hal itu dan saya sependapat dengan tokoh tersebut dalam hal tersebut.

Kalau mereka merasakan tokoh dari ahli bait ada nilai yang tinggi, maka mereka sepatutnya mengambil berat pandangan tersebut dan tidak hanya mencerca orang yang menyelisihi mereka semata-mata. Dengan mengetahui bahawa ilmuwan daripada keturunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- juga berpendapat yang berbeza dengan mereka, saya berharap itu memadai untuk menahan lidah mereka dari mengungkapkan permusuhan secara berlebihan terhadap orang yang berselisih.

Saya ingin menegaskan bahawa keluarga al-Ġumāriyy adalah generasi yang unik berbanding yang lain yang tidak pernah ada pendahulunya yang menyerupainya dan generasi sesudahnya agak sukar untuk meniru sepertinya. Mereka adalah unik secara keseluruhan pada keluarganya dan unik secara individu.

Sekalipun mereka diangkat tinggi dan djulang agung oleh golongan aswajaean arus perdana, mereka sebenarnya tidak mengalir mengikut arus perdana ini sepenuhnya. Disebabkan itulah kita akan dapati bahawa pandangan daripada ahli keluarga ini ada yang menyelisihi pandangan arus perdana kerana mereka sangat tegas dalam menentang ketaksuban mazhab dan menyinggung taklid yang tercela.

Daripada ketiga-tiga ini, demikian tujuan utama saya dalam menyebutkan. Para pembaca yang telah biasa dengan penulisan saya akan dapati sememangnya musuh keras saya adalah golongan aswajaean ini. Boleh dikatakan kebanyakan penulisan yang berkaitan dengan pemikiran, manhaj, mazhab, falasi dan lain-lain adalah respons daripada kerancuan mereka.

Sebab itulah saya mengutip pandangan daripada keluarga al-Ġumāriyy untuk menguatkan lagi dukungan hujah saya bahawa ia memiliki dasar yang benar dan pendahulu saya, ahli keluarga al-Ġumāriyy telah pun wafat dengan pandangan tersebut.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/676590873180585984/celoteh-peribadi-140-mengapa-apabila-saya

No comments:

Post a Comment