Friday, March 12, 2021

Diari Diri : Apa Sebab Saya Tidak Merespons Sebahagian Pertanyaan Dan Pertikaian?

Dalam berinteraksi dengan pelbagai para penyelisih dan penentang kita mempelajari pelbagai karakteristik, personaliti, tabiat dan perangai mereka. Pertemuan dan pertembungan kita bersamanya memberikan kita pelajaran dalam hidup dan pengamalan untuk kita ambil perhatian untuknya.

Adakalanyaܦ dari apa yang ditonjolkanߨ khususnya netizen dan kerumunan orang ramai ia mencetuskan saya untuk menulis tentang mereka sama ada yang positif atau negatif. Adakalanyaܦ sikap mereka ini membuatkan saya berubah persepsi dan cara pendekatan serta meriset semula apa yang menjadi pembawaan saya yang dahuluߨ lebih-lebih lagi jika ia dihadapi berulang kali.

Antaranya adalah saya tidak begitu melayani kesemua mereka yang datang, menterhadkan hanya beberapa yang terpilih untuk berinteraksi dan mengabaikan mereka banyak kali sekalipun sudah didesak berkali-kaliߨ khususnya mereka yang dalam pertikaian bersama saya. Pada kesempatan ini saya ingin mengongsikan mengapa saya tidak merespons sebahagian apa yang diajukan oleh mereka kepada saya dan apa pertimbangan saya untuk tidak mengambil berat terhadapnya.

Netizen ini tidak ubah seperti perusuh rawak yang mudah hanyut dalam sensasi panas dan dimainkan dengan sentimen. Apabila sesuatu isu dihangatkan dengan sentimen atau memprovokasi persepsi yang negatif atau kurang menyenangkan dari kalangan orang ramaiޱ mereka ini pantas menyerbu seakan-akan haiwan buas yang kelaparan untuk meratah mangsa sasaran.

Kadangkalaܦ sekumpulan pihak yang memiliki ramai pasukan pun letih melayan kerenah merekaߨ apatah lagi jika berkeseorangan. Namunߨ bukan semua perlu dilayan kerana rata-ratanya adalah makian, cercaan, kutukan, celaan, sindiran, olok-olokan, fitnah dan lepas cakap.

Kita tidak perlu mengejar piala kemenangan di media sosialߨ apatah lagi di dunia ini. Kepuasan semua orang dan meraih kemenangan adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Yang mampu adalah sama ada meredakan keadaan atau sekadar ubah persepsi masyarakat.

Menang atau kalah yang hakiki adalah di akhirat kelak dan kita tidak perlu menghadapi pergelutan yang tidak berkesudahan sepertimana di dunia ini kerana Allah akan memutuskan hukuman yang saksama terhadap hamba-Nya dan tiada siapa yang mampu memanjangkan polemik ini secara sengaja di sana melainkan dengan izin-Nya.

Jika rata-rata netizen yang datang mengutukޱ biarkanlah Dia mengadili mereka kelak. Jika mereka merasakan bahawa itu mendatangkan keredhaan-Nyaޱ biarkanlah dia. Kita sepatutnya fokus yang lebih bermakna dan lebih bermanfaat dari melayan seribu orang yang seribu personaliti.

Jika dua ratus orang netizen yang berpusu-pusu datang kepada saya untuk meminta penjelasan atau mengajak berbincangޱ mungkin sahaja hanya satu orang atau dua orang sahaja yang dari kalangan yang berpengetahuan lagi matang yang mana mereka berbaloi untuk diberikan penjelasan dan berbincang secara baik. Atau mungkin tiada langsung.

Orang yang bijak adalah melayani orang yang layak untuknya dan memperuntukkan masa yang berharga untuk orang yang sebetulnyaߨ bukan dengan semua orang secara rambang dan sembarangan.

Namunߨ adakalanya sebahagian mereka yang datang kepada saya dengan menampilkan perwatakan yang cukup manis dan berperilaku penuh kesantunanߨ tetapi hakikat sebenarnya adalah mereka ini berhati serigala, kedegilannya lebih berbatu berbanding kelunakan luarannya dan kebenciannya lebih dahsyat daripada yang rata-ratanya datang dengan mengamburkan kutukan, makian dan celaan. Bahkanߨ kebodohan dan kedunguan mereka jauh lebih teruk berbanding netizen yang suka merusuh.

Saya sedaya upaya tidak tertipu dengan orang sebegini kerana melayani mereka ini sama sahaja membuang masa yang suntuk sepertimana netizen yang dangkal dan suka menerjah dan melagak satria pada orang sekeliling.

Masa kita sangat suntuk untuk diberikan ruang kepada mereka dan terlalu berharga untuk menyerahkannya kepada mereka yang tidak menghargainya sekalipun yang datang kepada kita adalah menampilkan akhlak yang mempesonakan dan adab yang mengujakanߨ tetapi akhirnya dia tidak ubah seperti netizen yang lain atau lebih buruk lagi.

Kadangkalaܦ apabila kita tidak melayani netizen perusuh ini atau sang santun yang serong iniޱ mereka selalu sahaja mendesak di pelbagai tempat dan berulang kali: "Mengapa tidak menjawab persoalan saya?", "Mengapa tidak mengendahkan saya?", "Mengapa tidak respons penjelasan saya?" atau seumpamanya.

Padahalߨ mereka ini didapati atau menampilkan orang yang sekadar mahu untuk memperpanjangkan pergaduhan dan perseteruan demi meraih kesatriaanߨ di samping temannya yang mengikut rapat atau mereka hanyalah ingin menantikan peluang dan mencari bahagian yang mereka boleh menjadikannya sebagai modal untuk mengutuk, mengejek dan mencerca.

Semakin dilayanޱ semakin menambahkan populariti orang yang tidak berhak untuk diperkenalkan kepada masyarakat melainkan kebodohan mereka dan semakin tidak berkesudahan tikam lidah sesama sendiriߨ lebih-lebih lagi jika ia adalah rata-rata netizen yang dungu.

Walau apapunߨ mereka pada akhirnya bukan termasuk yang berbaloi untuk dibincangkan secara baik. Lebih baik mengalah dalam pergelutan kebudak-budakan iniߨ lebih-lebih lagi yang sememangnya nyata bukan yang ada kematangan, berpengetahuan, rasional dan bersikap objektif. Biarlah kita dimalukan di media sosial atau di dunia yang sementara ini kerana tidak melayani majlis mereka.

Pun begituߨ kita sememangnya patut memberikan penjelasan sebaik yang mungkin dan sedaya yang ada yang dapat mengisi bahagian lompong yang terselindung dari orang ramai yang meradang, memperbaiki bahagian yang mereka bengkok dan mencerahkan apa yang kabur pada pancaindera mereka. Kalaulah ada sedikit peluang untuk iniޱ maka rebutlah kesempatan ini.

Mereka mungkin tidak menerima penjelasan dan pandangan kita untuk berhari-hari, berbulan-bulanߨ bahkan bertahun-tahun lamanya memandangkan kita semua ada ego masing-masing dan jika tidakޱ kita juga memerlukan masa untuk membuat pertimbangan.

Akan tetapiߨ jika ia bermanfaatޱ sampaikanlah dan berdoa kepada Allah agar mudah-mudahan kebenaran terungkap pada diri kita dan orang sekeliling. Jika ia tidak diterimaޱ maka biarlah Allah menguruskan selebihnya.

Abdullah bin Muammad bin a-iddīq al-Ġumāriyy dalam «an-Naqd al-Matīn Li Kitāb Fat al-Muīn» menyifatkan kritikan Aliyy bin Muammad bin Nāṣir al-Fuqoyhiyy terhadap kitabnya «Fat al-Muīn Bi Naqd Kitāb al-Arbaīn» melalui kitab «al-Fatḥ al-Mubīn Fī ar-Rodd Alā Naqd Abdillah al-Ġumāriyy Li Kitāb al-Arbāin» sebagai kekanak-kanakan ilmiah.

Kalau bolehޱ Abdullah al-Ġumāriyy tidak perlu melayan dan memperpanjangkan polemik ini dengan berbalas-balas buku untuk saling berbantah. Akan tetapiߨ setelah mendapat permintaan yang mendesak dari sebahagian muridnya dan rakannyaܦ maka dia pun menghasilkan kitab «an-Naqd al-Matīn» dalam meresponsnya.

Dari sini kita pelajari beberapa perkara. Pertamaߨ adakalanyaܦ kita tidak perlu melayan mereka yang sememangnya tidak layak dilayan sekalipun mereka terkenal dan berpengaruh di mata masyarakat kerana mereka bukan berada di posisi yang sesuai untuk diberikan layanan yang seberhaknya. Mereka yang kekanak-kanakan ilmiah pun tidak perlu diperuntukkan masa yang mahal untuknyaߨ apatah lagi netizen yang bengis, tolol dan hanya tahu memberontak.

Keduaߨ mungkin ada yang akan menyindir Abdullah al-Ġumāriyy sebagai bacul dan pengecut kerana tidak mahu menjawab balas kritikannya terhadapnya dan hanya merespons setelah didesak. Dia mungkin sahaja akan dipersoalkan oleh sebahagian seterunya secara berkali-kali dengan kata-kata: "Mengapa tidak menjawab balas?", "Mengapa tidak merespons kritikan?", "Mengapa berdiam diri?" dan pelbagai lagi.

Akan tetapiߨ jika dipertimbangkan bahawa kepuasan semua orang tidak mungkin dicapai dan kemenangan di dunia adalah sukar diraih melainkan bersusah payah atau polemik tidak mudah terhentiޱ maka adakalanya kita perlu mengalah, tarik diri dan membiarkan sahaja apa yang orang ingin mengatakan tentang kita. Biarkan sahaja para pembaca dan para peneliti menilainya dalam perbalahan antara dia dengan al-Fuqoyhiyyߨ seterusnya pihak yang lain yang saling bertelagah.

Ketigaߨ jika masih ada ruang untuk menyampaikan kebenaran dan menjelaskan kekeliruan serta ia ada manfaat berbanding berdiam diriޱ maka gunakanlah ruang itu. Walaupun «an-Naqd al-Matīn» adalah kitab yang belum sempat disempurnakan pada hayatnyaޱ namun sekurang-kurangnya adanya usaha dan tekad walaupun sedikit yang berjaya disampaikan dan direalisasikan.

Ia mungkin boleh menjadi khabar gembira kepada teman agar membuktikan sedikit sebanyak bahawa kita mempunyai jawapan yang mapan untuk kemusykilan yang ditimbulkan atau ia setidak-tidaknya ia menjadi kegerunan kepada lawan bahawa kita mampu berhadapan dengan mereka walaupun dengan satu percikan dan mengajak mereka untuk sama-sama memerhatikan hujah serta amati pendirian kita.

Walau satu perenggan dalam hantaran di media sosial pun sebagai sekadar mencuri masa untuk melayan kerenah netizenޱ jika ia ada sedikit harapan untuk mencetuskan impak yang positifޱ maka lakukanlah. Kemudianߨ abaikan mereka yang memberontak, berdegil, mengeksploit, mengambil kesempatan untuk menjayakan tipu dayanya dan mencari peluang demi kejelekan yang bersalut indah.

Cumaߨ pada akhirnya bukan semua waktu dan keadaan kita perlu melayani netizen kerana kebanyakan mereka hanya tahu merusuh dan bukannya termasuk yang berbaloi untuk berbincang. Pengalaman telah mengajarkan kita dan apa yang dilalui menambahkan kita mengenal lebih banyak wajah netizen yang beragam.

Saya menasihati ini bukan kerana saya lebih banyak berpengalaman dalam mendepani netizen atau dari kalangan yang terbaik. Ada orang mungkin sahaja telah melalui lebih banyak daripada saya.

Cumaߨ bagi yang tidak ada gambaran tentangnya dan tidak pernah melaluinya saya berharap agar nasihat dari saya yang kerdil ini mengisi bekalan untuk situasi suatu hari nanti jika Allah berkehendak untuk berlaku dan kita memohon agar terlindung dari kejahatan para manusia sekeliling.

Lagipunߨ agak bagus juga kita merenungi kata-kata Muḥammad bin Umar Bāzmūl :

یا مسلم، لا تشغل نفسك بالرد على كل من يخالفك. كثيرا ما تأتيني أسئلة: "كيف نرد على من قال كذا؟ كيف نرد على من كذا؟". يا أخي، لماذا تهتم بهذا؟! أوصل الأمر إلى أهل العلم، أنه حصل كذا وصار كذا، وأهل العلم إلا يقررون الرد، ويقومون به بما يفتح الله عليهم. اقبل على شأنك وتعلم العلم الواجب عليك تعلمه لتقيم أمر دينك في عبادته الربك، يومك وليلتك. وتوكل على الله وإياك وبنيات الطريق. لماذا تريد أن لا يوجد أحد يخالفك؟ الأنبياء كان لهم من يخالفهم. بل بعضهم يأتي يوم القيامة وليس معه إلا الرجل وبعضهم يأتي وليس معه أحد. یا مسلم، أما سمعت قول الله عن إبراهيم عليه وعلى نبينا الصلاة والسلام: {إن إبراهيم كان أُمة قانتا لله حنيفا ولم يكُ من المُشركين}. کن کإبراهيم عليه الصلاة والسلام أمة قانتا. والله يرعاك ومن سوء وقاك.

Wahai muslim! Janganlah menyibukkan dirimu untuk menyanggah setiap orang yang menyelisihmu! Ramai yang mengajukan persoalan kepadaku: "Bagaimana kita ingin menyanggah orang yang berkata sedemikian? Bagaimana kita ingin menyanggah orang yang sedemikian?". Wahai saudaraku! Mengapa engkau mengambil peduli tentang ini? Sampaikan perkara itu kepada ahli ilmu bahawa ia terjadi sebegini dan menjadi sebegini. Ahli ilmu itu hanyalah mereka menetapkan keputusan sanggahan dan mendirikannya dengan apa yang Allah buka ke atas mereka. Menghadaplah ke keadaanmu dan pelajarilah ilmu yang wajib kepadamu agar engkau mendirikan urusan agamamu dalam pengabdiannya kepadamu pada hari siangmu dan pada malammu. Bertawakkallah kepada Allah dan hendaklah engkau berjaga-jaga terhadap jalan bercabang-cabang.

Mengapa engkau menginginkan agar tidak didapati seorang pun yang menyelisihmu? Para nabi dahulu ada orang yang menyelisihi mereka. Bahkanߨ sebahagian mereka datang pada merekaߨ tetapi hanya seorang sahaja. Sebahagian mereka datang tanpa seorang pun bersama mereka. Wahai muslim! Apakah engkau tidak pernah mendengar firman Allah tentang Ibrōhīm semoga selawat dan salam sampai ke atasnya dan ke atas nabi kita: {Sesungguhnya Ibrōhīm dahulu adalah umat yang patuh kepada Allah lagi tulus dan dia bukan termasuk orang yang musyrik}. Jadilah seperti Ibrōhīm alayh as-Salām. Semoga Allah menjaga kamu dan melindungimu dari suatu kejahatan. [Rujuk https://www.facebook.com/mohammadbazmool/posts/3408769019241560].

Para penyelisih dan penentang kita sememangnya wujud bagi setiap orang yang berjuang. Atas sebab itulah kita tidak perlu memperuntukkan banyak masa untuk menjawab para penyelisih dan penentangߨ lebih-lebih lagi jika ia membantutkan usaha yang lebih progresif daripada itu. Biarkan mereka melawan dan melalak dengan suara sumbang mereka. Allah jualah yang akan mengadili kita semua.

Adakalanyaܦ mereka ini sekalipun kita sudah mengalahkan hujahnyaܦ mereka tetap berdegil dan berkeras hati untuk apa yang mendorongnya dia kekal di situ dan terus menentang kita. Hujah kita di sisinya sama ada sampah atau hanya kerikil yang boleh dia ingin tendang sesuka hatinya.

Kenapa kita perlu sibuk dengan orang yang sememangnya persisten untuk berdegil? Mengapa perlu lagi mencurah air ke daun keladi? Lebih baik kita mengalirkan air itu ke tanaman yang bermanfaat untuk penumbuhannya dan bermanfaat untuk kita kelak.

Kemudianߨ adakalanya bukan semua yang mudah dijawab sepertimana yang disangka sebahagian orang yang tidak mengerti. Adakalanyaܦ tidak mudah dijawab dengan ya atau tidak atau hanya dengan beberapa baris sahaja. Adakalanyaܦ ia termasuk dalam bahagian kelabu yang mana sebahagian orang melihat ia sekadar hitam dan putih.

Saya pernah melihat suatu ciapan di media sosial Twitter tentang orang yang mempertikaikan keadilan Islam dalam pembahagian harta warisan yang melebihkan nisbah untuk lelaki berbanding perempuan. Tidak ada pembahagian sama rata dan menurut mereka ini pembahagian sebegini adalah diskriminasi terhadap wanitaߨ seterusnya ketetapan yang tidak bersikap adil.

Antara sebab saya menjauhi polemik di Twitter adalah kerana masalah dalam penyusunan satu ayat untuk dimuatkan dalam satu ciapan memandangkan satu ciapan diterhadkan kepada beberapa patah perkataan yang sedikit sahajaߨ sedangkan penjelasan sebelum satu noktah pun perlu panjang lebar.

Bahkanߨ untuk merespons pertikaian ini ia mungkin memerlukan beberapa bebenang daripada ciapan bagi menjelaskan falsafah di belakangnya dan memperlihatkan aspek secara menyeluruh dalam keadilan pembahagian supaya dapat difahamkan bahawa kelebihan yang dilebihkan ke atas seseorang tidak dianugerahkan melainkan ada sebab di belakangnya.

Sedemikian juga permasalahan tentang kemampuan hafalan para imam hadis yang mampu menanggung ratusan ribu hadis. Ini agak sukar dijelaskan jika seseorang itu tidak pernah bergelumang dalam kajian hadis kerana ia adalah bukti yang pembuktiannya secara kendiri bagi ahlinya.

Bahasa Arab orang yang mempertikai sudahlah jahil. Kitab al-Jarḥ Wa at-Tadīl tidak pernah kenal. Kerja takhrij tidak pernah dibuat. Bagaimana mungkin orang yang sudah melalui masa yang lama dan susah payah akan dapat memberikan pengertian yang sama terhadap orang yang jahil, ignoran, degil dan gopoh?

Saya sendiri terpaksa menulis agak panjang untuk merespons pertikaian ini. Kemudianߨ adakah orang yang berakal satu ciapan ini mahu ambil berat dengan bukti yang saya kemukakan dan merenung semula kedudukan dirinya dalam ilmu hadisߨ apatah lagi menghargai bagaimana seni peninggalan karya-karya yang berkaitan dengan hadis untuk memahami bagaimana para imam hadis mampu menanggung ratus ribu hadis dalam hafalannya?

Adakalanyaܦ mempertikaikan sesuatu isu sememangnya semudah satu ciapan serta orang ramai yang dangkal akalnya serta kurang cermatnya akan mudah termakan dan beranggapan bahawa ia adalah satu kenyataan yang mengandungi seribu poin yang mendalam! Padahalߨ ilmu dan kefahaman bukan semestinya semudah dengan simpulan satu ciapan dan diselesaikan dengan satu ciapan atau beberapa yang sedikit daripadanya.

Dalam memahami suatu konsep seseorang perlu meninjau dalam pelbagai aspek dan memerlukan kesungguhan kesabaran dalam menelaah, mendengar, menekuni, mempelajarinya dan mengamatinya. Sesungguhnya penulis atau pembentang itu pun perlu bersabar untuk menjelaskannya secara panjang lebar, menyusun secara baik beberapa blok yang berlainan agar dapat dilihat secara bersamaan dan menyeluruh serta membaikkan penjelasan agar mudah difahami oleh audien.

Namunߨ bukan semua orang akan ambil berat tentang susah payah iniߨ apatah lagi menghargainya kerana mereka lebih suka cara singkat dan mereka tidak ingin mendengar penjelasan yang panjang atau membaca kupasan yang terperinci melainkan apa yang mereka mahu sahaja.

Adakalanyaܦ saya didesak untuk menampilkan penjelasan kepada mereka tentang beberapa pendirian dalam suatu perkara meskipun saya sudah membentangkannya dalam penulisan saya di pelbagai tempat. Tinggal lagi untuk orang menggembleng sedikit usaha untuk mencarinya dan menelaahnya. Akan tetapiߨ saya terpaksa memilih untuk mengabaikannya dan tidak melayaninya untuk beberapa sebab.

Antaranya adalah kita perlu akui bahawa seribu netizen ada seribu ragam, seribu persepsi, seribu tanggapan dan seribu rasa. Bukan semuanya berbaloi untuk dibincangkan walaupun dari kalangan seribu orang memandangkan kebanyakannya adalah keras kepala, kebudak-budakan dan hanya tahu merusuh. Ada yang bersembunyi di sebalik perilaku yang penuh adab dan santunߨ tetapi jiwa serigalanya lebih buas dari yang liar pada luarannya.

Kita memang tidak akan mampu memuaskan semua orangߨ lebih-lebih lagi yang ada seribu ragam. Waktu kita yang sangat suntuk dan terlalu berharga untuk dihabiskan demi merebut kemenangan di media sosial. Biarkan mereka ini mahu merebel dan mengganas.

Antaranya adalah seperti yang telah dijelaskan tadi bahawa tidak semua ia mudah diselesaikan dengan hanya satu ciapan atau dua dan hanya satu sesi atau dua. Orang yang mempertikaikan boleh jadi dari kalangan orang yang gopoh dan kurang bersabar. Mengapa saya atau orang lain yang yang tidak meresponsnya pula dikecam?

Adakalanyaܦ dalam satu isu ada tujuh poin pertikaian yang perlu diselesaikan dan dibincangkan satu persatu secara objektif dan diteruskan dengan kesabaran. Tanyalah diri sendiri. Adakah rata-rata orang akan sanggup bersikap matang untuk fokus kepada setiap satu tanpa mereweang dan beranjak jauh serta bersedia dengan persiapan yang sewajarnya untuk berbincang secara ilmiah?

Kalau satu poin tidak mendapat satu kesepakatan dan kesefahaman bersama atau toleransi antara satu sama lainޱ boleh jadi yang lain-lain akan melahirkan lebih banyak bibit pertikaian. Atas sebab itulah dari awal lagi kita tidak meresponsnya kerana kita cakna akan satu poin atau beberapa daripadanya atau kesemua daripadanya tidak memperoleh atau kita cakna dengan sebahagian sikap orang yang datang memahukan perbincangan.

Lebih baik kita tidak membuang masa untuk sesuatu yang akhirnya sia-sia, terkandas, menambahkan lagi jurang pemisah antara kita, menyemarakkan lagi perseteruan, menebalkan lagi kedegilan, menyusutkan persaudaraan dan mengeraskan lagi blok pemisah. Kadangkalaܦ membiarkan pertikaian sepertimana yang ada sekarang tanpa meresponsnya mungkin lebih baik berbanding kita mendirikan diskusi yang akhirnya membawa kita kepada semua itu.

Yang lebih mengecewakan adalah netizen yang jadong ini kadangkala atau selalu sahaja buat-buat tidak faham atau sengaja salah tafsir kenyataan seseorang yang mudah difahami atau jelas maksudnya atau yang tidak kabur maknanya. 

Ia mengingatkan saya kepada salah seorang jawatankuasa fatwa dari negeri Kedah yang berkata ketika berbicara tentang kempen pilihan raya: "Saya mengharapkan agar hudud dan qisas atau idealisme Islam yang bersifat teoritikal tidak lagi menjadi bahan kempen politik. Mohon perjuangkan isu-isu yang praktikal dan menyangkut keperluan rakyat yang semakin kritikal. Begitu juga isu perkauman, Islam terancam dan diskriminasi bangsa selain Melayu sudah kurang releven".

Saya melihat beberapa komen yang entah sememangnya kebingungan yang natural atau kurang akalnya atau buat-buat tidak faham. Antaranya adalah seseorang berkata: "Kalaulah kerajaan yang tertubuh cukup menyediakan makan, minum, ekonomi dan keperluan untuk rakyatޱ adakah aspek spiritual agama patut ditinggalkan?".

Entah soalan ini sememangnya benar-benar kebingungan yang natural atau buat-buat tidak faham. Adakah patut seseorang daripada jawatankuasa fatwa yang memiliki autoriti dalam bidang agama berbicara untuk meninggalkan spritual agama? Apa yang ada di fikirannya ketika membaca penulisan dari seorang autoriti dalam agama? Spiritual apa yang difahami daripada penanya ini?

Malahߨ banyak juga komentar yang negatif yang menuduh ahli jawatankuasa ini sebagai orang yang tidak mementingkan perlaksanaan syariat hudud dan tidak sensitif dengan keterancaman umat Islam di tanah air. Padahalߨ fokus daripada penyampaiannya adalah setiap politikus yang berkempen perlu mengutamakan dan mementingkan isu yang lebih realistik dan yang lebih patut diberikan keutamaan seperti kos sara hidup dan perbaikian ekonomi serta berhenti daripada bermain sentimen bangsa dan.

Tidak ada rata-rata mereka yang memegang jawatankuasa fatwa tergamak untuk mengatakan bahawa hukuman hudud adalah tidak penting, usaha pemerkasaan mahkamah syariah adalah perkara yang boleh dipinggirkan dan isu yang berkaitan dengan status yang getir pada kedudukan umat Islam sekarang adalah yang remeh.

Entah apa yang ada di pemikiran si jadong ini tentang konsep negara islamik. Yang hanya dia mampu fikir adalah potong tangan pencuri, sebat penzina, memburu khalwat dan lain-lain berbentuk hukuman. Mereka ini tidak ubah seperti psikopat yang hanya tahu menyelesaikan masalah dengan violen.

Apa guna berbangga-bangga dapat memotong tangan pencuriߨ tetapi indeks rasuah adalah yang tertinggi, air yang kotor dari paip masih tidak mampu diselesaikan dalam satu negeri, negara yang rendah pendapatan per kapita, makanan ruji masih mengharapkan import secara banyak, harga makanan ruji tempatan tidak dapat dikawalߨ khususnya disebabkan ada kartel pemanipulasi yang berkuasa di balik tabir, pembaziran makanan menyisakan ribuan tan sehari dan pelbagai lagi.

Apa yang dibanggakan dengan menyebat penzina kalau perkahwinan pun mereka sendiri akui sukar untuk merealisasikannyaߨ bahkan penceraian pun sukar untuk diselesaikan dalam mahkamah? Mereka ini ingin mengulangiߨ bahkan meneruskan apa yang terjadi pada zaman Muḥammad al-Ġozzāliyy yang mana dia berkata :

وقد استقرت هذه التقاليد الجائرة في أرض الإسلام شرقا وغربا فجعلت الشباب لا يستطيع الحلال إلا بشق الأنفس. ولذلك عندما يذهب هؤلاء الشبان إلى أوروبا يتحولون إلى ذئاب مسعورة وراء الشهوة الميسرة وما دام باب الحلال قد أحكم رتاجه فقد تهمد إلى الحرام ألف طريق!

"Telah berlarutan tradisi-tradisi ini di bumi Islam sama ada di timur dan di baratߨ lalu ia menyebabkan para pemuda tidak mampu untuk memperoleh yang halal kecuali melalui kepayahan. Sebab itulah ketikamana para pemuda pergi ke Eropahܦ mereka berubah menjadi serigala kelaparan di balik keinginan-keinginan yang dimudahkan. Selagimana pintu halal terkunci rapat pintunyaܦ maka menjadi mudah kepada seribu jalan yang haram!". [Turōṯsnā al-Islāmiyy Fi Mīzān aš-Sar Wa al-Aqlm/s 6667keluaran Dār asy-Syurūq].

Tidak malukah ingin menampilkan negara islamik dengan skor yang tercorot dalam negara yang paling bahagia, dapatan kajian saintifik perlu bertaklid, menagih dan mengemis daripada orang yang mereka selalu memanggilnya dengan perlecehan؛ iaitu kafir, ketinggalan dalam ketenteraan, institusi pendidikan yang tidak dapat dibanggakan, negara lebih banyak menjadi pengguna berbanding pengeluar, kesiapsiagaan bencana adalah lembab, pengurusan pemulihan bencana juga tidak proaktif serta banyak lagi?

Sehingga apabila disebutkan jenama produk, sistem pendidikan dan status negara secara keseluruhan yang diangkat sebagai islamikޱ tidak banyak yang dibanggakan. Apa yang boleh ditawarkan dari negara yang kononnya islamik di sisi sang jadong ini kepada dunia dalam membina negara yang makmur, progresif dan berprestij adalah potong tangan pencuri dan sebat penzina.

Apakah semua yang disebutkan tadi bukan perjuangan dalam agama? Apakah semua itu tidak ada nilai spiritual untuk diberikan penyorotan? Adakah disebabkan tidak disebutkan dalam Quran dan hadisߨ lalu aspek ini diabaikan dan dianggap remeh?

Inilah isu praktikal dan realistik yang patut difokuskan. Tanpa melupakan apa yang termaktub dalam skriptur atau isu kedudukan umat Islam yang di dalam tekananܦ kemakmuran rakyat dan usaha untuk memperkasakan skor yang hebat dalam ekonomi, sosial dan lain-lain juga patut diberikan keutamaan supaya apabila disebutkan jenama produk atau sistem pendidikan atau pencapaian negara muslimޱ kebanggaan yang boleh dijulang setara dan bersaing dengan negara Eropah.

Tidak ada guna merayakan kejayaan melaksanakan potong tangan kalau sistem pendidikan masih melesukan dan dipandang rendah, makanan ruji masih perlu diimport secara kebanyakan, harga makanan tidak dapat dikawal serta pelbagai lagi lagi indeks yang sepatutnya dicapai berada di tangga yang corot.

Tidak ada guna berkata soal ketuanan muslim kalau ekonomi masih ketinggalan dan tidak mampu bersaing dengan bangsa lain. Apabila sudah memegang tampuk kerajaan punޱ ia masih lagi tidak menyelesaikan jurang ini. Apakah puncanya? Salah fokus perjuangan? Kepimpinan yang lemah? Kurang kepakaran dalam parti politik?

Sekali lagiܦ sang jadong dari kalangan netizen sememangnya simplistik, dungu, bebal dan sempit. Sebab itulah perspektif politik dalam Islam mereka sangat sempit. Apa yang mereka tahu adalah pembahagian undang-undang Islam dan undang-undang kafir atau piagam Islam dan perlembagaan kafir atau ekonomi Islam dan ekonomi kafir atau kalendar Islam atau kalendar kafir atau sebegitulah seterusnya. Tidak hairanlah ada orang ini seolah-olah mempersoalkan ahli jawatankuasa fatwa terhadap kepedulian spiritual dalam kemakmuran negara.

Adakalanyaܦ mereka lebih suka memberikan pil pelega dengan kata-kata: "Negara Barat maju dari segi materialߨ tetapi mundur dari segi moral dan spiritual" sambil melupakan bahawa negaranya ketinggalan dalam banyak aspek serta tercorot dalam skor dan indeks dalam pelbagai bahagian dan kategori yang positif berbanding negara Barat.

Wahai sang jadong! Adakah negara yang kamu dakwa bagus dalam spiritual dapat menghasilkan cip semikondukter sendiri? Pembinaan bangunan dan infrastruktur pun masih mengharap kemahiran, kelengkapan dan teknologi daripada luar. Bahkanߨ dalam menandatangani perjanjian perdamaian bersama sang kafir pun kamu menggunakan pen yang diperbuat daripada pengeluar kafir. Untuk menghasilkan filem islamik, menyampaikan mesej Islam dan memanfaatkan penggunaan media di internet pun masih menggunakan kamera, komputer, perisian yang diperbuat daripada syarikat kafir!

Mengapa negara yang didakwa spiritualnya lebih bagus daripada negara kafir tidak mampu membangunkan kemudahan materialistik dan independen dalam pengeluaran tanpa perlu mengemis daripada orang lain? Di manakah kelompongannya? Atau kamu berkata sedemikian demi menutup keegoan kamu dalam mengiktiraf ignoran kamu dan kelemahan kamu?

Apabila kita menyuarakan isu yang lebih patut diberikan perhatianߨ mereka buat-buat tidak faham dan menyelewengkan apa yang kita tidak berkata dan berpendirian padanya. Sememangnya sang jadong tidak cukup dengan bodohߨ ditambah lagi dengan jahat.

Apabila kita tahu bukan semua soalan patut kita respons dan jawabޱ maka kita juga perlu tahu bahawa ketidakmahuan untuk kita respons dan jawab bukan kerana kita tidak tahu jawapan untuknya atau ia di luar daripada kemahiran kitaߨ tetapi soalan tersebut sama ada ia sememangnya bermotif jahat untuk merobekkan kedudukan kita atau ia mungkin sekali tidaklah didorong dengan motif yang jahatߨ tetapi ia mampu menjatuhkan kita jika kita menjawabnya.

Al-Buẖōriyy pernah ditanya tentang pelafazan Quran; sama ada ia makhluk ataupun tidak. Akan tetapiߨ dia berpaling daripadanya dan tidak menjawabnya. Sehinggalah didesak tiga kaliܦ barulah dia menjawab. Katanya :

القُرْآنُ كَلاَمُ اللهِ غَيْرُ مَخْلُوْقٍ، وَأَفْعَالُ العبَادِ مَخْلُوْقَةٌ وَالامْتِحَانُ بِدْعَةٌ

"Quran adalah kalam Allahߨ bukan makhluk. Perbuatan-perbuatan hamba adalah makhluk. Pengujian itu adalah bidaah". [Siyar Alām an-Nubalā^jilid 12m/s 454keluaran Mu^assasa ar-RisālaBeirut].

Namunߨ apa jadi dengannya setelah menjawab persoalan ini? Walaupun ia adalah betul dan didasari hujahߨ tetapi ia juga tetap dijadikan modal untuk dijatuhkan sehingga menyebabkan dia menjadi orang buangan dalam fasa akhir hidupnya sehinggalah kepada kewafatannya.

Ada juga apabila ditanyaޱ jawapannya boleh menjadi peluang orang yang sudah lama menyimpan keinginan yang jahat untuk menjatuhkan seseorang. Contohnya adalah apabila ditanya tentang hukum menonton filem lucahޱ bayangkan kalau seseorang menjawab sepertimana Abdullah bin Muammad al-Haroriyy yang berkata :

هنا سؤال أن من ينظر، يتفرج على الأفلام الخلاعية. ما حكمه؟ الذي يتفرج عليها ونفسه تنجر، تنجر الى المعصية التي يشاهد هيئتها في الفيلم حرام عليه أن يتفرج عليها. أما الإنسان الذي لا تؤثر عليه، إنسان متزوج وهو مقتنع بزوجته نفسه لا تحدثه مهما رأى في الأفلام الخلاعية لا تحدثه نفسه أن يفعل هذا يطبق هذا الفعل الحرام، هذا ليس حراما عليه إن تفرج. ليس حرامًا. هذا يرى المرأة حقيقتها، يرى شخصها الحقيقي؟ لا. إنما هذا خيال. ليس حراماً على الذي لا يتأثر.

"Di sana ada soalan tentang seseorang yang melihat menenung filem-filem lucah. Apa hukumnya? Orang yang menenung kepadanya dan dirinya terheret؛ iaitu terheret ke maksiat yang dia menyaksikan bentuknya adalah haram ke atasnya. Adapun seseorang yang tidak terkesan kepadanya؛ iaitu orang yang berkahwin dan dia merasa puas dengan isterinyaߨ tetapi dirinya tidak menceritakannya kendatipun dia melihat filem-filem lucah؛ iaitu dirinya tidak menceritakannya untuk melakukan perbuatan yang ini؛ iaitu mempraktikkan perbuatan haram iniޱ maka tidaklah haram ke atasnya jika dia menenung. Ia tidak haram. Ini yang dia lihat adalah wanita yang hakikatnya؛ iaitu sosoknya yang hakiki? Tidak. Ini cumalah bayangan. Tidaklah haram ke atas orang yang tidak terkesan". [Rujuk https://www.youtube.com/watch?v=NT3oL1WXFsU].

Jawapan al-Haroriyy ini tidak menghairankan bagi seseorang cakna tentang pendapat muktamad mazhab dalam ḥanafian dan šāfiᶜian tentang isu lihatan aurat yang bukan hakiki. Cumaߨ adakah netizen cakna sepertimana yang sewajarnya, mampu menerimanya sebagai pendapat yang benar atau sekurang-kurangnya memiliki validitas dan matang dalam berinteraksi dengan jawapan yang dikemukakan? 

Bahkanߨ al-Haroriyy mendapat kecaman dan ejekan yang teruk kerana ini serta dimusuhi secara zalim lagi jahil. Sebegitulah netizen dari kalangan perusuh dan buas. Yang lebih mengecewakan lagi adalah sang yang berilmu yang diangkat dalam sebahagian masyarakat pun bersikap rendahan dan menjadi mentah seperti orang awam sekelilingnya demi konten, populariti dan gemar mengapi-apikan permusuhan.

Selain ituߨ sememangnya ada persoalan yang ditimbulkan kerana memang menyelindung motif yang jahat. Abū al-Abbās Amad bin Yaqūb menceritakan :

كان يحيى بن أكثم يحسد حسدا شديدا وكان مفتنا. فكان إذا نظر إلى رجل يحفظ الفقه سأله عن الحديث، فإذا رآه يحفظ عن الحديث سأله عن النحو، فإذا رآه يعلم النحو سأله عن الكلام ليقطعه ويخجله فدخل إليه رجل من أهل خرسان ذكي حافظ فناظره فرآه مفتنا، فقال: نظرت في الحديث؟ قال: نعم. قال: فما تحفظ من الأصول؟ قال: أحفظ: شريك عن أبي إسحاق عن الحارث أن عليا رجم لوطيا. فأمسك فلم يكلمه بشيء.

"Yaḥyā bin Akṯam selalu mendengki dengan kedengkian yang sangat. Dia seorang penyesat. Dahuluߨ apabila dia melihat seseorang menguasai ilmu fiqhޱ dia menyoalnya tentang ilmu hadis. Apabila dia melihatnya menguasai ilmu hadisޱ dia menyoalnya tentang ilmu nahu. Apabila dia melihat seseorang mengetahui tentang ilmu nahuޱ dia menyoalnya tentang ilmu kalam untuk menyerang dan memalukannya. Lantasߨ datang seseorang kepadanya daripada penduduk Khurasan yang pandai lagi huffaz. Laluߨ Yaḥyā memerhatikannya. Laluߨ dia mengujinya untuk melakukan kekacauan. Yaḥyā berkata kepadanya: Engkau celik dalam ilmu hadis?. Dia berkata: Ya. Yayā berkata: Apa yang engkau hafal daripada ilmu uṣūl?. Dia berkata: Aku menghafal bahawa Šarīkܒ daripada Abū Isḥāqܒ daripada al-Ḥāriṯ: Bahawasanya Aliyy merejam peliwat. Laluߨ dia pun terdiam dan tidak berkata apa-apa kepadanya". [Tārīẖ Baġdādkarya al-H̱oṭīb al-Baġdādiyyjilid 16m/s 286keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyytahqiq Dr. Baššār Awwād Marūf].

Bayangkan seorang fuqaha yang besar seperti Yaḥyā bin Akṯam juga tidak terlepas dari perasaan dengki dan suka menjatuhkan orang lain dengan melontarkan pelbagai soalan. Patutkah kita melayaninya dan memperuntukkan masa yang panjang untuk memuaskan orang yang dari awal lagi tidak berpuas hati dengan kita?

Bagi yang telah mengenali saya sememangnya ada pandangan yang kontroversi dan menimbulkan perasaan cemas pada sebahagian orang. Saya akui hal itu serta itulah yang saya perlu jangka dan hadapi apabila saya mengumumkan pandangan saya. Akan tetapiߨ saya tidak menyentuh sebahagian perbahasan dan isu kerana saya sedar ia mampu memakan diri saya walaupun saya akan membentangkannya dengan hujah ilmiah dan yang paling ampuh pada saya.

Saya bersumpah demi tuhan yang menggenggam nyawa saya! Saya bersumpah demi tuhan yang mengetahui isi jiwa hamba-Nya! Saya adakalanya tidak meresponsnya bukan kerana saya kekosongan hujah atau bukan kerana saya gentarߨ tetapi saya sangat cakna bahawa ia membahayakan saya dengan kerosakan yang sangat besar dan ia bukan isu yang utama sehingga ia layak diberikan perhatian.

Sebab itulah saya membiarkan orang ramai bersangka tentang saya berdasarkan apa yang mereka peroleh kefahaman tentang pola pemikiran saya dan manhaj yang saya bawa. Itu lebih baik daripada saya ditimpa nasib yang buruk.

Bukanlah saya ingin menyamakan situasi saya sama seperti al-Buẖōriyy atau saya ada sekedudukan dengannyaߨ tetapi saya belajar daripada sejarah tentang jenis persoalan dan kesudahan apabila soalan itu dilayan. Saya berharap saya tidak mengulanginya sepertimana yang dilalui mereka.

Jika saya berkeras untuk tidak menjawabnya sekalipun tertutup atau dijanjikan rahsia itu disimpan atau saya menjawabnyaߨ tetapi tidak secara eksplisitޱ ketahuilah bahawa kemungkinan itulah soalan yang saya maksudkan dan saya sememangnya menyerahkan para pembaca atau teman mengutarakan persangkaan.

Saya tidak akan merespons sama ada untuk membenarkannya atau menafikannya. Saya mungkin akan disakiti kerana adanya persangkaan yang tidak baik terhadap sayaߨ tetapi itu lebih baik daripada menanggung bebanan yang besar dalam hidup.

Saya mendoakan mereka yang mendesak persoalan tersebut akan diuji sepertimana saya diuji yang berupa tekanan dan kesempitan. Sememangnya seronok dapat menjatuhkan orangߨ lebih-lebih lagi terhadap orang yang benci. Namunߨ bagaimana pula jika terkena pada diri sendiri jika Allah berkehendak? Fikirkanlah.

Bahkanߨ bukan saya seorang sahaja yang berhadapan dengan situasi yang sama. Barangkali orang lain juga merasa di situasi yang samaߨ bahkan lebih getir daripada apa yang saya lalui. Mereka mungkin akan faham apa yang saya sebutkan iniߨ lebih-lebih lagi mereka yang popular dan terheret dengan pelbagai isu kontroversi.

Tambah pula lagi yang berhari-hari menghadap kejelekan netizen dan kerumun manusia yang perusuh atau serigala di balik kulit biri-biri. Cukuplah saya yang kerdil dan tidak seberapa ini juga sudah berhadapan dengan beban yang besar. Bagaimana pula agaknya mereka yang lebih terkehadapan berbanding saya?

Semoga Allah melindungi kita daripada kejahatan manusia serta menyelamatkan kita kepada kesengsaraan di dunia dan di akhirat.