Sunday, January 31, 2021

Teguh Menyerlah Dalam Isbat Huruf Dan Suara Bagi Kalam Allah

Ahli sunnah sepakat bahawa kalam Allah itu adalah sifat yang berdiri pada zat-Nya, bukan makhluk. Apa yang ada pada penulisan sama ada di kertas atau skrin digital dan pembacaan pembaca atau kaset rakaman bukanlah kalam Allah secara hakiki. Akan tetapi, kandungan lafaz, susunan perkataan dan ayat serta makna yang terkandung adalah daripada kalam Allah itu sendiri. 

Berlaku perselisihan dalam mengisbatkan suara dan huruf bagi kalam Allah. Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy berkata :

وَاخْتَلَفَ أَهْلُ الْكَلَامِ فِي أَنَّ كَلَامَ اللَّهِ هَلْ هُوَ بِحَرْفٍ وَصَوْتٍ أَوْ لَا فَقَالَتِ الْمُعْتَزِلَةُ لَا يَكُونُ الْكَلَامُ إِلَّا بِحَرْفٍ وَصَوْتٍ وَالْكَلَامُ الْمَنْسُوبُ إِلَى اللَّهِ قَائِمٌ بِالشَّجَرَةِ وَقَالَتِ الْأَشَاعِرَةُ كَلَامُ اللَّهِ لَيْسَ بِحَرْفٍ وَلَا صَوْتٍ وَأَثْبَتَتِ الْكَلَامَ النَّفْسِيَّ وَحَقِيقَتُهُ مَعْنًى قَائِمٌ بِالنَّفْسِ وَإِنِ اخْتَلَفَتْ عَنْهُ الْعِبَارَةُ كَالْعَرَبِيَّةِ وَالْعَجَمِيَّةِ وَاخْتِلَافُهَا لَا يَدُلُّ عَلَى اخْتِلَافِ الْمُعَبَّرِ عَنْهُ وَالْكَلَامُ النَّفْسِيُّ هُوَ ذَلِكَ الْمُعَبَّرُ عَنْهُ وَأَثْبَتَتِ الْحَنَابِلَةُ أَنَّ اللَّهَ مُتَكَلِّمٌ بِحَرْفٍ وَصَوْتٍ أَمَّا الْحُرُوفُ فَلِلتَّصْرِيحِ بِهَا فِي ظَاهِرِ الْقُرْآنِ وَأَمَّا الصَّوْتُ فَمَنْ مَنَعَ قَالَ إِنَّ الصَّوْتَ هُوَ الْهَوَاءُ الْمُنْقَطِعُ الْمَسْمُوعُ مِنَ الْحَنْجَرَةِ وَأَجَابَ مَنْ أَثْبَتَهُ بِأَنَّ الصَّوْتَ الْمَوْصُوفَ بِذَلِكَ هُوَ الْمَعْهُودُ مِنَ الْآدَمِيِّينَ كَالسَّمْعِ وَالْبَصَرِ وَصِفَاتُ الرَّبِّ بِخِلَافِ ذَلِكَ فَلَا يَلْزَمُ الْمَحْذُورُ الْمَذْكُورُ مَعَ اعْتِقَادِ التَّنْزِيهِ وَعَدَمِ التَّشْبِيهِ وَأَنَّهُ يَجُوزُ أَنْ يَكُونَ مِنْ غَيْرِ الْحَنْجَرَةِ فَلَا يَلْزَمُ التَّشْبِيهَ وَقَدْ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَحْمَدَ بْنِ حَنْبَلٍ فِي كِتَابِ السُّنَّةِ سَأَلْتُ أَبِي عَنْ قَوْمٍ يَقُولُونَ لَمَّا كَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى لَمْ يَتَكَلَّمْ بِصَوْتٍ فَقَالَ لِي أَبِي بَلْ تَكَلَّمَ بِصَوْتٍ هَذِهِ الْأَحَادِيثُ تُرْوَى كَمَا جَاءَتْ

"Ahli kalam berselisih sama ada kalam Allah itu adalah huruf dan suara ataupun tidak. Muktazilah berkata bahawa tidak terjadi kalam melainkan huruf dan suara. Kalam yang dinisbahkan kepada Allah adalah berdiri pada pohon. Berkata golongan al-Aš*ariyy bahawa kalam Allah bukanlah huruf dan suara. Mereka mengisbatkan kalam nafsi dan hakikatnya adalah makna yang berdiri pada diri-Nya sekalipun terdapat kepelbagaian ibarat daripadanya seperti bahasa Arab dan bahasa asing. Kepebagaiannya tidak menunjukkan kepelbagaian yang diibaratkan daripadanya. Kalam nafsi itulah yang diibaratkan daripadanya. Golongan Ḥanābilah mengisbatkan bahawa Allah berbicara dengan huruf dan suara. Adapun huruf, maka untuk penjelasan tentangnya pada zahir ayat al-Qur^ān. Adapun suara, mereka yang menegahnya berkata bahawa sesungguhnya suara adalah udara yang terputus yang didengari dari pangkal kerongkong. Mereka yang mengisbatkannya menjawab bahawa suara yang disifatkan dengan seperti itu adalah yang diketahui pada kaum Adam seperti pendengaran dan penglihatan. Sedangkan sifat tuhan menyelisihi sedemikian. Tidak perlu lagi yang dikhuatiri yang disebutkan itu, namun bersama iktikad tanzih dan tanpa tasybih serta boleh untuk berlaku tanpa pangkal kerongkong. Ekoran itu, memestikannya tasybih. *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal berkata dalam kitab as-Sunnah: Aku bertanya kepada ayahku tentang suatu kaum yang berkata tatkala Allah berbicara dengan Mūsā, Dia tidak berbicara dengan suara. Berkata ayahku kepadaku: "Bahkan sebenarnya Dia berbicara dengan suara. Hadis-hadis ini kami riwayatkan sepertimana ia datang". [Fatḥ al-Bārī Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, jilid 13, m/s 460, keluaran Dār al-Ma*rifah, Beirut].

Untuk aliran al-Aš*ariyy, jika kita teliti pendapat tokoh mereka lebih terperinci, didapati mereka terpecah pada dua kelompok dalam isu penyampaian kalam Allah kepada Mūsā -*alayhissalām- meskipun masing-masing sepakat bahawa kalam Allah itu berdiri pada zat-Nya yang bukan huruf dan suara. Kelompok pertama adalah sama seperti aliran Kullābiyyah atau al-Māturīdiyyah yang menetapkan bahawa apabila Allah berbicara dengan rasul yang terpilih, Dia akan menciptakan kalam atau makna atau ibarat atau apa sahaja nama yang menjadi perantaraan dalam menyampaikan kalam-Nya. Ini adalah pendapat Abū Isḥāq aš-Širōziyy dan Abū Isḥāq al-Isfirōyīniyy. Sekelompok yang lain yang menyatakan bahawa tiada ibarat atau makna atau seumpamanya. Namun, mereka menyerahkan pengetahuan hakikat penyamapaian kalam-Nya yang tidak berhuruf dan bersuara kepada baginda. Ini adalah pendapat Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy menurut nukilan ar-Rōziyy, al-Juwayniyy dan ar-Romliyy. Nukilan mereka akan dibentangkan.

Faẖruddīn ar-Rōziyy berkata :

وَالْقَائِلُونَ بِهَذَا الْقَوْلِ اخْتَلَفُوا فِي الشَّيْءِ الَّذِي سَمِعَهُ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ. فَقَالَتِ الْأَشْعَرِيَّةُ: إِنَّ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ سَمِعَ تِلْكَ الصِّفَةَ الْحَقِيقِيَّةَ الْأَزَلِيَّةَ قَالُوا: وَكَمَا لَا يَتَعَذَّرُ رُؤْيَةُ ذَاتِهِ مَعَ أَنَّ ذَاتَهُ لَيْسَتْ جِسْمًا وَلَا عَرَضًا فَكَذَلِكَ لَا يَبْعُدُ سَمَاعُ كَلَامِهِ مَعَ أَنَّ كَلَامَهُ لَا يَكُونُ حَرْفًا وَلَا صَوْتًا. وَقَالَ أَبُو مَنْصُورٍ الْمَاتُرِيدِيُّ: الَّذِي سَمِعَهُ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ أَصْوَاتٌ مُقَطَّعَةٌ وَحُرُوفٌ مُؤَلَّفَةٌ قَائِمَةٌ بِالشَّجَرَةِ فَأَمَّا الصِّفَةُ الازلية التي ليست بحرف ولا صوت فداك مَا سَمِعَهُ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ الْبَتَّةَ فَهَذَا تَفْصِيلُ مَذَاهِبِ النَّاسِ فِي سَمَاعِ كَلَامِ اللَّهِ تَعَالَى.

"Mereka yang mengeluarkan pendapat ini berselisih tentang sesuatu yang Mūsā -*alayhissalām- mendengarnya. Berkata al-Aš*ariyy bahawa sesungguhnya Mūsā -*alayhissalām- mendengar sifat itu yang hakiki lagi azali. Mereka berkata sebagaimana tidak ada masalah lihatan zat-Nya meskipun zat-Nya bukan jisim dan aradh, sedemikian tidak ada masalah pendengaran kalam-Nya meskipun kalam-Nya bukan huruf dan suara. Berkata Abū Manṣūr al-Māturīdiyy bahawa yang Mūsā -*alayhissalām- mendengarnya adalah suara-suara yang tercerai dan huruf yang ditulis yang berdiri pada pohon. Adapun sifat azali yang bukan huruf dan suara, maka bukan itu yang Mūsā -*alayhissalām- mendengarnya sama sekali. Ini adalah perincian mazhab-mazhab orang ramai dalam pendengaran kalam Allah Ta*ālā". [Mafātiḥ al-Ġoyb, jilid 14, m/s 353, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut].

Di tempat lain, Faẖruddīn ar-Rōziyy juga berkata :

فَقَالُوا لَنَا مَذْهَبَانِ الْأَوَّلُ: قَوْلُ أَبِي مَنْصُورٍ الْمَاتُرِيدِيِّ وَأَئِمَّةِ مَا وَرَاءَ النَّهْرِ وَهُوَ أَنَّ الْكَلَامَ الْقَدِيمَ الْقَائِمَ بِذَاتِ اللَّه تَعَالَى غَيْرُ مَسْمُوعٍ إِنَّمَا الْمَسْمُوعُ هُوَ الصَّوْتُ وَالْحَرْفُ وَذَلِكَ كَانَ مَخْلُوقًا فِي الشَّجَرَةِ وَمَسْمُوعًا مِنْهَا، وَعَلَى هَذَا التَّقْدِيرِ زَالَ السُّؤَالُ الثَّانِي: قَوْلُ أَبِي الْحَسَنِ الْأَشْعَرِيِّ وَهُوَ أَنَّ الْكَلَامَ الَّذِي لَيْسَ بِحَرْفٍ وَلَا صَوْتٍ يُمْكِنُ أَنْ يَكُونَ مَسْمُوعًا، كَمَا أَنَّ الذَّاتَ الَّتِي لَيْسَتْ بِجِسْمٍ وَلَا عَرَضٍ يُمْكِنُ أَنْ تَكُونَ مَرْئِيَّةً فَعَلَى هَذَا الْقَوْلِ لَا يَبْعُدُ أَنَّهُ سَمِعَ الْحَرْفَ وَالصَّوْتَ مِنَ الشَّجَرَةِ وَسَمِعَ الْكَلَامَ الْقَدِيمَ مِنَ اللَّه تَعَالَى لَا مِنَ الشَّجَرَةِ فَلَا مُنَافَاةَ بَيْنَ الْأَمْرَيْنِ

"Mereka  berkata kami ada dua mazhab. Pertama, pendapat Abū Manṣūr al-Māturīdiyy dan para imam dari Transoxiana bahawa kalam yang qadim yang berdiri dengan zat Allah Ta*ālā bukanlah yang didengari, tetapi yang didengari adalah suara dan huruf. Itu adalah makhluk pada pohon dan yang didengari daripadanya. Dengan andaian ini, hilang pertikaian. Kedua, pendapat Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy bahawa kalam yang bukan huruf dan suara adalah sesuatu yang didengari sepertimana zat itu yang bukan jisim dan bukan aradh yang harus untuk dilihat. Melalui pendapat ini, tidak ada masalah bahawa baginda mendengar suara dan huruf dari pohon dan mendengar kalam yang qadim daripada Allah Ta*ālā, bukan dari pohon. Maka tidak ada pertentangan antara kedua-dua keadaan". [Mafātiḥ al-Ġoyb, jilid 24, m/s 593, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut].

Abū Manṣūr al-Māturīdiyy berkata :

وقوله - عَزَّ وَجَلَّ -: (وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى تَكْلِيمًا). اختلف فيه: قَالَ بَعْضُهُمْ: خلق اللَّه كلامًا وصوتًا، وألقى ذلك في مسامعه. وقال آخرون: كتب له كتابا فكلمه بذلك؛ فذلك معنى قوله: (وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى تَكْلِيمًا) لا أن كلمه بكلامه، ولا ندري كيف كان؟ سوى أنا نعلم أنه أحدث صوتًا لم يكن، فأسمع موسى ذلك كيف شاء، وما شاء، وممن شاء؛ لأن كلامه الذي هو موصوف به في الأزل لا يوصف بالحروف، ولا بالهجاء، ولا بالصوت، ولا بشيء مما يوصف به كلام الخلق بحال. وما يقال: هذا كلام اللَّه إنما يُقال على الموافقة والمجاز؛ كقوله: (حَتَّى يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّهِ)، ولا سبيل له أن يسمع كلام اللَّه الذي هو موصوف به بالأزل؛ ولكنه على الموافقة والمجاز يقال ذلك.

Firman-Nya *Azza Wa Jalla: {Allah berbicara dengan Mūsā dengan bicara yang jelas}. Diperselisihkan padanya. Sebahagian mereka berkata bahawa Allah menciptakan kalam dan suara, lalu Dia menyampaikan itu pada tempat pendengarannya. Berkata yang lain Dia menulis sebuah kitab, lalu berbicara dengannya dengan cara tersebut. Sedemikian itu adalah makna firman-Nya: {Allah berbicara dengan Mūsā dengan bicara yang jelas}. Bukannya Dia berbicara dengannya dengan kalam-Nya. Kita tidak tahu bagaimana ia melainkan kita mengetahui bahawa Dia menciptakan suara yang dahulu tiada, lalu Dia mendengarkan suara itu kepada Mūsā sebagaimana cara Dia kehendaki, apa yang Dia kehendaki dan siapa yang Dia kehendaki kerana kalam-Nya yang dia disifatkan dengnanya adalah pada azali yang tidak disifatkan dengan huruf, tidak juga dengan abjad, tidak juga dengan suara dan tidak juga dengan sesuatu yang disifatkan dengan kalam makhluk pada suatu keadaan. Apa yang disebutkan bahawa "Ini adalah kalam Allah" sebenarnya disebutkan atas dasar kesesuaian dan majaz sepertimana firman-Nya" {Sehingga dia mendengar kalam Allah}. Ia bukan dengan cara yang dia mendengar kalam Allah yang ia disifatkan dengan sifat azali, tetapi atas dasar kesesuaian dan majaz yang disebutkannya. [Ta^wīlāt Ahl as-Sunnah, jilid 3, m/s 420, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Majdiyy Bāslum].

Pendapat yang terpilih adalah yang golongan Ḥanābilah menuju padanya.

Firman Allah *Azza Wa Jalla :

إِنَّا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ كَمَا أَوْحَيْنَا إِلَىٰ نُوحٍ وَالنَّبِيِّينَ مِن بَعْدِهِ ۚوَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَعِيسَىٰ وَأَيُّوبَ وَيُونُسَ وَهَارُونَ وَسُلَيْمَانَ ۚ وَآتَيْنَا دَاوُودَ زَبُورًا﴿١٦٣﴾ وَرُسُلًا قَدْ قَصَصْنَاهُمْ عَلَيْكَ مِن قَبْلُ وَرُسُلًا لَّمْ نَقْصُصْهُمْ عَلَيْكَ ۚ وَكَلَّمَ اللَّـهُ مُوسَىٰ تَكْلِيمًا ﴿١٦٤

"Sesungguhnya Kami meyahukan kepadamu sepertimana Kami mewahyukan Nuh dan para nabi sesudahnya. Kami juga mewahyukan Ibrōhīm, Ismā*īl, Isḥāq, Ya*qūb, para keturunannya, *Īsā, Ayyūb, Yūnus, Hārūn dan Sulaymān. Kami memberikan Zabur kepada Dāwud. Serta beberapa rasul yang Kami kisahkan kepadamu yang sebelum itu dan para rasul yang Kami tidak menceritakan kepadamu. Allah berbicara dengan Mūsā dengan bicara yang jelas". [Surah an-Nisā^ ayat 163-164].

Ini menjadi dalil teras dalam mengisbatkan sifat kalam Allah. Adapun, pemahaman tentang huruf dan suara bagi Allah, ia adalah dari sudut istidlal bahasa. Ini kerana apabila disebutkan kalam di sisi bahasa Arab, ia tidak lari daripada susunan huruf yang terdiri daripada kalimah-kalimah yang diungkapkan dalam satu ayat yang memberi faedah makna. Aḥmad bin Fāris ar-Rōziyy :

(كَلَمَ) الْكَافُ وَاللَّامُ وَالْمِيمُ أَصْلَانِ: أَحَدُهُمَا يَدُلُّ عَلَى نُطْقٍ مُفْهِمٍ، وَالْآخَرُ عَلَى جِرَاحٍ. فَالْأَوَّلُ الْكَلَامُ. تَقُولُ: كَلَّمْتُهُ أُكَلِّمُهُ تَكْلِيمًا؛ وَهُوَ كَلِيمِي إِذَا كَلَّمَكَ أَوْ كَلَّمْتَهُ

"Ka-Lam-Mim mempunyai dua dasar. Salah satunya adalah yang menunjukkan perbicaraan yang memberi kefahaman dan yang lain merujuk pada luka. Yang pertama adalah al-Kalām. Engkau berkata Kallamtuhu Ukallimu Taklīman dan ia adalah Kalīmī apabila seseorang berbicara kepadamu atau engkau berbicara dengannya". [Mu*jam Maqōyīs al-Luġoh, jilid 5, m/s 131, keluaran Dār al-Fikr, tahqiq *Abdul Salām Muḥammad Hārūn].

Ibn Manẓūr menerangkan bagaimana kalam itu semestinya daripada ayat yang tersusun :

مِمَّا يَدُلُّ عَلَى أَن الْكَلَامَ هُوَ الْجُمَلُ الْمُتَرَكِبَةُ فِي الْحَقِيقَةِ قَوْلُ كثيِّر:

لَوْ يَسْمَعُونَ كَمَا سَمِعتُ كَلَامَها، ... خَرُّوا لِعَزَّةَ رُكَّعاً وسُجُودا

فَمَعْلُومٌ أَن الْكَلِمَةَ الْوَاحِدَةَ لَا تُشجِي وَلَا تُحْزِنُ وَلَا تَتملَّك قَلْبَ السَّامِعِ، وَإِنَّمَا ذَلِكَ فِيمَا طَالَ مِنَ الْكَلَامِ وأَمْتَع سامِعِيه لعُذوبة مُسْتَمَعِه ورِقَّة حَوَاشِيهِ

Antara apa yang menunjukkan bahawa kalam itu adalah ayat-ayat yang tersusun pada hakikat adalah kata-kata Kaṯīr:

"Kalaulah mereka mendengar sepertimana aku mendengar kalamnya # Pasti mereka tertunduk rukuk dan bersujud kerana keagungan".

Telah maklum bahawa satu perkataan tidak meresahkannya, tidak mendukakanya serta tidak menakluk jantung para pendengar. Sebenarnya itu berlaku pada panjangnya daripada kalam dan menyedapkan pendengarnya kerana kemanisan rasa pendengarnya dan kelembutan kehalusannya". [Lisān al-*Arob, jilid 6, m/s 3922, keluaran Dār al-Ma*ārif, Kaherah, tahqiq *Abdullah *Aliyy al-Kabīr, Muḥammad Aḥmad Ḥasbullah dan Hāšim bin Muḥammad aš-Šāḏuzliyy].

Malah, satu perkataan sahaja sudah memadai untuk dianggap sebagai memberi faedah makna seperti kata perintah: "Lakukanlah" atau seumpamanya. Jamāluddīn Ibn Mālik :

كلامنا لفظ مفيد كاستقم

"Kalam kita adalah lafaz yang memberi faedah makna seperti #Meluruslah#". [Alfiyyah Ibn Mālik, m/s 9, keluaran Dār at-Ta*āwun].

Nūruddīn al-Ašmūniyy mensyarahkan :

"كَلاَمُنَا" أيها النحاة "لَفْظٌ" أي: صوت مشتمل على بعض الحروف: تحقيقا كزيد، أو تقديرا كالضمير المستتر "مُفِيدٌ" فائدة يحسن السكوت عليها "كَاسْتَقِمْ" فإنه لفظ مفيد بالوضع. فخرج باللفظ غيره من الدوال مما ينطلق عليه في اللغة كلام: كالخط، والرمز، والإشارة، وبالمفيد المفرد، نحو: زيد، والمركب الإضافي، نحو: غلام زيد، والمركب الإسنادي المعلوم مدلوله ضرورة: كالنار حارة، وغير المستقل كجملة الشرط، نحو: "إن قام زيد"، وغير المقصود، كالصادر من الساهي والنائم.

<Kalam kita> wahai para pelajar Nahu <adalah lafaz>, iaitu suara yang merangkumi sebahagian huruf sama ada secara realiti seperti "Zayd" atau secara andaian seperti kata ganti nama diri yang terselindung <yang memberi faedah makna>, iaitu faedah yang elok untuk ditutup bicara padanya, <seperti "Meluruslah!"> kerana ia adalah lafaz yang memberi faedah dengan susunan bahasa itu. Pengecualian selainnya daripada lafaz melalui petunjuk-petunjuk yang berpijak makna kalam dalam bahasa adalah seperti lakaran, rumuz dan isyarat. Begitu juga dengan faedah makna yang tunggal seperti "Zayd", susunan kata majmuk seperti "budak Zayd" atau susunan berbentuk frasa yang diketahui petunjuknya secara pasti seperti: "Api itu panas", yang tidak independen seperti klausa bersyarat seumpama: "Apabila Zayd berdiri" dan yang bukan disengajakan seperti yang terbit dari orang yang alpa dan orang yang tidur. [Šarḥ al-Ašmūniyy *Alā Alfiyyah Ibn Mālik, jilid 1, m/s 23, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut].

Daripada sini jelas bahawa kalam di sisi bahasa Arab semestinya perlu ada susunan perkataan yang memberi faedah makna. Jika ia sekadar jeritan, ngauman, kicauan, kokokan, siulan, gonggonga, dengusan atau apa sahaja lenggok suara atau perkataan secara rawak, maka ini sama sekali tidak dikira kalam. Tidak pernah dikenali di sisi orang Arab bahawa apabila burung berkicauan, maka itu dikira kalam burung. Ini adalah batil buat selama-lamanya.

Malah, dengan pengecualian isyarat dari makna kalam, maka ini membenarkan apa yang disebutkan Abū Isḥāq az-Zajjāj :

كُلِمَّ بغير وَحي، وأكد ذلك بقوله تكليماً، فهو كلام كما يعقلُ الكلام لا شك في ذلك.

"Baginda dibicarakan dengan tanpa wahyu. Ditegaskan hal itu dengan penyebutan-Nya #Taklīman#. Ia adalah kalam sepertimana yang diketahui makna kalam itu tanpa syak pada hal itu". [Ma*ānī al-Qur^ān Wa I*rōbuh, jilid 2, m/s 133, keluaran *Ālim al-Kutub, Beirut, tahqiq *Abdul Jalīl *Abduh Šalabiyy].

Maksudnya, Allah berbicara bukan dengan isyarat, ibarat, hikayat atau apa sahaja bentuk wasilah daripada ketuhanan, tetapi dengan penyampaian kalam-Nya sendiri. Penegasan dengan bentuk maf*ūl muṭlaq ini adalah bukti yang kukuh terhadap perbuatan-Nya. Abū Manṣūr al-Azhariyy berkata :

وَقَالَ أَحْمد بن يحيى فِي قَول الله: {وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى تَكْلِيماً} (النِّسَاء: 164) لَو جَاءتْ: كلَّمَ الله مُوسَى مُجَرّداً لاحْتَمَلَ مَا قُلْنَا وَمَا قَالُوا يَعْني المُعْتَزِلةَ فلمَّا جَاءتْ: (تكليماً) خَرجَ الشَّكُّ الَّذِي كَانَ يدخلُ فِي الْكَلَام، وخَرجَ الاحْتمالُ للشَّيْئَيْنِ، وَالْعرب تَقول: إِذا وُكِّدَ الكلامُ لم يَجُزْ أَن يكونَ التوكيدُ لَغوا، والتَّوكيدُ بالمَصْدَرِ دَخَلَ لإخْرَاجِ الشّكِّ.

Berkata Aḥmad bin Yaḥyā pada firman Allah: {Allah berbicara dengan Mūsā dengan perbicaraan yang jelas} [Surah an-Nisā^ ayat 164]: "Kalaulah ayat itu datang: #Allah berbicara dengan Mūsā# semata-mata, pasti terdedah kemungkinan pada apa yang kami katakan dan apa yang mereka katakan, iaitu Muktazilah. Ketikamana ayat itu datang dengan #Taklīman#, keluar syak yang telah masuk dalam makna kalam dan terbebas daripada kemungkinan untuk dua perkara. Orang Arab berkata apabila ditegaskan kalam, tidak harus untuk terjadinya penegasan itu pada bahasa, tetapi penegasan dengan masdar, ia masuk untuk mengeluarkan syak". [Tahḏīb al-Luġoh, jilid 10, m/s 148, keluaran Dār Iḥya at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut, tahqiq Muḥammad *Awḍ Mur*ib].

Abū al-Ḥasan *Aliyy bin Muḥammad al-Wāḥidiyy berkata :

وقوله تعالى: {وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى تَكْلِيمًا} أي مخاطبة من غير وسيطة، وتأكيد {وَكَلَّمَ} بالمصدر يدل على تحقيق الكلام، وأنه سمع كلام الله تعالى؛ لأن أفعال المجاز لا تؤكد بذكر المصادر، لا يقال: أراد الحائط أن يسقط إرادة. وهذا رد على من يقول: إن الله خلق كلامًا في محل فسمع موسى ذلك الكلام؛ لأنه حينئذ لا يكون كلام الله

Firman-Nya Ta*ālā: {Allah berbicara dengan Mūsā dengan perbicaraan yang jelas}, iaitu dialog tanpa ada perantara. Penegasan perkataan "Kallama" dengan masdar adalah penguatan makna kalam itu dan bahawasanya baginda mendengar kalam Allah Ta*ālā kerana perbuatan-perbuatan majaz tidak ditegaskan dengan penyebutan masdar. Tidak dikatakan: "Dinding berkehendak untuk gugur dengan sebenar-benar kehendak". Ini adalah sanggahan terhadap mereka yang berkata bahawa sesungguhnya Allah menciptakan kalam pada suatu tempat, lalu Mūsā mendengar kalam itu kerana sesungguhnya pada ketika itu tidak terjadinya kalam. [At-Tafsīr al-Basīṭ, jilid 7, m/s 196, keluaran *Imādah al-Baḥṯ al-*Ilmiyy, Jāmi*ah al-Imām Muḥammad bin Su*ūd al-Islāmiyyah].

Al-Qurṭubiyy berkata :

فَنَزَلَتْ" وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسى تَكْلِيماً"" تَكْلِيماً" مَصْدَرٌ مَعْنَاهُ التَّأْكِيدُ، يَدُلُّ عَلَى بُطْلَانِ مَنْ يَقُولُ: خَلَقَ لِنَفْسِهِ كَلَامًا فِي شَجَرَةٍ فَسَمِعَهُ مُوسَى، بَلْ هُوَ الْكَلَامُ الْحَقِيقِيُّ الَّذِي يَكُونُ بِهِ الْمُتَكَلِّمُ مُتَكَلِّمًا. قَالَ النَّحَّاسُ: وَأَجْمَعَ النَّحْوِيُّونَ عَلَى أَنَّكَ إِذَا أَكَّدْتَ الْفِعْلَ بِالْمَصْدَرِ لَمْ يَكُنْ مَجَازًا

"Diturunkan ayat: {Allah berbicara dengan Mūsā dengan perbicaraan yang jelas}. Taklīman adalah masdar yang maknanya adalah penegasan. Ia menunjukkan pembatalan orang yang berkata bahawa Allah menciptakan kalam untuk diri-Nya pada suatu pohon, lalu Mūsā mendengarnya. Bahkan, ia adalah kalam yang hakiki yang terjadinya orang yang berbicara dengan perbicaraan sedemikian. Sepakat para ahli nahu bahawa sesungguhnya apabila engkau menegaskan perbuatan dengan masdar, ia bukan majaz"  [Al-Jāmi* Li Aḥkām al-Qur^ān, jilid 6, m/s 18, keluaran Dār al-Kutub al-Miṣriyyah, Kaherah, tahqiq Aḥmad al-Bardūniyy dan Ibrōhīm Aṭṭofayyiš].

Malah, penegasan yang dinyatakan dalam ayat ini juga sebagai petunjuk bahawa kalam tersebut adalah suara. Abū Ḥayyān al-Andalusiyy :

فَلَمَّا قَالَ: تَكْلِيمًا لَمْ يَكُنْ إِلَّا كَلَامًا مَسْمُوعًا مِنَ اللَّهِ تَعَالَى

"Ketikamana Allah berkata:#Taklīman#, maka tidak terjadi apa-apa melainkan kalam yang didengari daripada Allah Ta*ālā". [Al-Baḥr al-Muḥīṭ Fī Tafsīr al-Qur^ān, jilid 4, m/s 139, keluaran Dār al-Fikr, tahqiq Ṣidqiyy Muḥammad Jamīl].

Saya akan bawakan dalil sokongan untuk hal ini kemudian.

Apapun, telah jelas bahawa perbicaraan di sini adalah perbicaraan yang langsung yang tanpa perantara yang disampaikan daripada Allah sendiri dan perbuatan itu adalah perbuatan daripada diri-Nya sendiri. Jika adanya perantara bagi kalam Allah seperti hikayat, ibarat dan wasilah-wasilah lain, sudah tentu ia membatalkan penyebutan keistimewaan Mūsā -*alayhissalām-. Abū al-Qōsim al-Aṣfahāniyy berkata :

ذكر تعالى في هذه الآية اثني عشر نبيا بأسمائهم وأجمل ذكر باقيهم، وذكر بعض أولي العزم وبعضا من غيرهم، وذكر بعضهم على الترتيب، وذلك أنه أراد أن يبين أنه أوحى إليه كما أوحى إليهم، وخصه بما خص كل واحد منهم به تفضيلا له وتشريفا، وأنه جرى معهم مجرى، فذلك من الحساب المبني بجملته عن تفصيل ما تقدم، فذكر نوحا الذي هو أول أولي العزم من الرسل والنبيين ومن بعده مجملا، ثم فضل النبيين فذكر إبراهيم الذي كان أول النبيين من أولي العزم بعد نوح، وذكر معه من جرى منه مجرى أبعاضه في كونهم تابعين له، وهم إسماعيل وإسحاق ويعقوب والأسباط، ثم ذكر الطرف الآخر من أولي العزم وهو عيسى ثم الأواسط أيوب ويونس وهارون، ثم ذكر من أوتي الكتاب مجملا وهو داوود، فإن الزبور وهو اسم الكتاب، إذ كتبه كتابة غير مفصلة، وأفرد ذكر موسى من حيث إنه خص بالتكلم، وكل هذه الفضائل كان للنبي صلى الله عليه وسلم.

"Dia Ta*ālā menyebutkan pada ayatnya dua belas orang nabi dengan nama-nama mereka dan mengumpulkan penyebutan keseluruhan mereka. Dia menyebutkan sebahagian ulil azmi dan sebahagian daripada yang lain. Dia menyebutkan sebahagian mereka secara tertib. Itu menunjukkan bahawasanya Dia ingin menerangkan bahawa Dia memberikan wahyu kepadanya sepertimana Dia memberikan wahyu kepada mereka. Dia mengkhususkannya dengan apa yang terkhusus setiap satu daripada mereka sebagai penjulangan dan penghormatan serta sesungguhnya itu kebiasan yang berterusan bersama mereka. Itu adalah perkiraan yang terbina dengan keseluruhannya dari penerangan apa yang sebelumnya. Dia menyebutkan Nūḥ yang merupakan yang terawal dari kalangan ulil azmi dalam kalangan para rasul dan nabi serta mereka yang sesudahnya secara keseluruhan. Kemudian, Dia melebihkan para nabi yang lain. Lalu, Dia menyebutkan Ibrōhīm yang merupakan seawal-awal nabi dari kalangan ulil azmi setelah Nūḥ. Dan Dia menyebutkan bersamanya mereka yang menyusuli daripadanya dari kalangan sebahagian yang menjadi pengikut baginya. Mereka itu adalah Ismā*īl, Isḥāq, Ya*qūb dan para keturunannya. Kemudian, Dia menyebutkan pihak yang lain dari kalangan ulil azmi, iaitu *Īsā, kemudian yang para terunggul, iaitu Ayyūb, Yūnus dan Hārūn. Kemudian, Dia menyebutkan orang diberikan kitab secara keseluruhan, iaitu Dāwud. Sesungguhnya Zabur adalah nama kitab memandangkan kitabnya adalah penulisan tanpa diperincikan. Lalu, dia menunggalkan penyebutan Mūsā memandangkan baginda dikhususkan dengan perbicaraan. Setiap kelebihan ini ada pada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam-". [Tafsīr ar-Rōġib, jilid 4, m/s 230, keluaran Kuliyyah Da*wah Wa Uṣūliddīn, tahqiq Hind binti Muḥammad bin Zāhid Sardār].

Abū Manṣūr al-Māturīdiyy :

وقوله - عز وجل -: ﴿وَكَلَّمَ ٱللَّهُ مُوسَىٰ تَكْلِيماً﴾ دل المصدر على تحقيق الكلام؛ إذ المصادر مما يؤكد حقائق ما له المصادر في موضوع اللغة، وأيد ذلك الأمر المشهور من تسمية موسى: كليم الله، وما جرى على ألسن الخلق من القول بأن الله كلم موسى؛ فثبت أنه كان له فيما كلمه خصوصية لم يشركه فيها غيره من الرسل، وعلى حق الوحي وإنزال الكتب له شركاء في ذلك من الرسل؛ فثبت أن لما وصف به موسى خصوصية باين بها غيره؛ على ما ذكره من خصوصية كثير من الرسل بأسماء أو نعوت أوجبت لهم الفضيلة بها، وإن كان حمل ما يحتمل تلك الخصوصية - قد يتوجه إلى ما قد يشترك في ذلك جملة الرسل؛ فعلى ذلك أمر تكليم موسى - صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ -.

"Firman-Nya *Azza Wa Jalla: {Allah berbicara dengan Mūsā dengan perbicaraan yang jelas} yang masdar itu menunjukkan penguatan bagi kalam itu memandangkan masdar adalah daripada apa yang menegaskan hakikat-hakikat apa yang sumber bagi perbuatan itu pada topik bahasa. Gelaran masyhur Mūsā sebagai Kalīmullah juga menguatkan hal itu. Dan apa yang berlaku pada kematangan bicara makhluk adalah yang berupa kata-kata disebabkan Allah berbicara dengan Mūsā. Telah sabit bahawasanya baginda memiiki pengkhususan yang tidak dikongsi selainnya dari kalangan rasul disebabkan Dia berbicara dengannya, sedangkan pada hak wahyu dan penurunan kitab mempunyai perkongsian pada hal itu dari kalangan rasul. Telah sabit melalui apa yang Mūsā disifatkan dengannya adalah pengkhususan yang terpisah selainnya dengannya melalui apa yang Dia menyebutkannya yang berupa pengkhususan dari kalangan rasul dengan nama-nama atau sifat-sifat yang mendorong adanya kelebihan pada mereka. Walaupun baginda menggalas apa yang baginda julang pengkhususan itu, kadangkala baginda memiliki apa yang kadangkala sejumlah para rasul berkongsi pada hal itu. Lalu setelah itu, perbicaraan Mūsā -ṣollallahu *alayhi wasallam- mengungguli semua itu". [Ta^wīlāt Ahl as-Sunnah, jilid 3, m/s 420, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Majdiyy Bāslum].

Kalaulah kalam itu adalah ibarat, hikayat atau apa sahaja bentuk wasilah yang lain yang diciptakan lalu disandarkan kepada diri-Nya, maka ia tidak ubah seperti pendapat Muktazilah yang menciptakan kalam, lalu dizahirkan di suatu pohon, tetapi disandarkan kalam itu adalah daripada Allah bagi menampakkan seolah-olah berlakunya perbicaraan secara langsung. Ia seperti ciptaan yang lain, lalu disandarkan kepada diri-Nya. Ia juga tidak ubah seperti pemberian Zabur kepada Dāwud, namun bezanya wahyu untuk Dāwud adalah yang bertulis, tetapi wahyu untuk Mūsā adalah yang diciptakan dengan bersuara dan berhuruf yang sama fungsinya seperti pita rakaman. Kedua-duanya wasilah ketuhanan jua. Di mana bezanya jika sebegini? Firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْيًا أَوْ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولًا فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ ۚ إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ

"Tidak patut bagi seseorang untuk Allah berbicara dengannya melainkan melalui wahyu atau dari sebalik hijab atau Dia mengutuskan utusan, lalu, lalu mereka mewahyukan apa yang Dia kehendaki dengan izin-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana". [Surah aš-Šūrō ayat 42].

Sekarang, mereka yang berpendapat bahawa kalam Allah itu sampai kepada Mūsā -*alayhissalām- dengan bentuk hikayat, ibarat atau apa sahaja bentuk yang lain seolah-olah menyamakan dengan para rasul yang lain yang diutuskan malaikat kepadanya dalam menyampaikan wahyu-Nya. Cuma, bezanya para rasul yang lain menerima wahyu dari makhluk yang berupa malaikat, tetapi baginda menerimanya dari bentuk berupa hikayat, ibarat atau apa jua bentuk yang lain yang dinamakan, lalu diciptakan suara dan hurufnya. Namun, disandarkan kepada diri-Nya agar mengelabui orang ramai bahawa berlakunya perbicaraan secara hakiki. Di mana kelebihan yang khusus bagi baginda jika sedemikian? Kepincangan ini tidak boleh disembunyikan setelah tahu hakikat kebatilan ini.

Malah, pendapat seperti ini diakui oleh Faẖruddīn ar-Rōziyy bahawa ia mendekati Muktazilah. Katanya :

وَزَعَمَ أَبُو مَنْصُورٍ الْمَاتُرِيدِيُّ السَّمَرْقَنْدِيُّ أَنَّ تِلْكَ الصِّفَةَ الْقَائِمَةَ يَمْتَنِعُ كَوْنُهَا مَسْمُوعَةً، وَإِنَّمَا الْمَسْمُوعُ حُرُوفٌ وَأَصْوَاتٌ يَخْلُقُهَا اللَّهُ تَعَالَى فِي الشَّجَرَةِ وَهَذَا الْقَوْلُ قَرِيبٌ مِنْ قَوْلِ الْمُعْتَزِلَةِ وَاللَّهُ أَعْلَمُ.

"Abū Manṣūr al-Māturīdiyy as-Samarqodniyy mendakwa bahawa bahawa sifat tersebut yang berdiri tertegah keadaannya yang boleh didengari. Sebenarnya, yang didengari adalah huruf dan suara yang Allah menciptakannya pada pohon. Pendapat ini mendekati dengan pendapat Muktazilah. Allah lebih mengetahui". [Mafātīḥ al-Ġoyb, jilid 27, m/s 612, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-Islāmiyy, Beirut].

Beza antara al-Aš*ariyy pada kelompok pertama dan al-Māturīdiyy dengan Muktazilah dalam hal ini adalah al-Aš*ariyy menetapkan kalam yang hakiki berdiri dengan zat-Nya, manakala Muktazilah tidak sedemikian, tetapi dalam masa yang sama, al-Aš*ariyy dan al-Māturīdiyy menetapkan wujudnya perantara yang diciptakan pada penyampaian kalam Allah. Dalam isu ini, hakikatnya al-Aš*ariyy dan al-Māturīdiyy menyamakan apa yang disampaikan pada Mūsā -*alayhissalām- adalah peratara yang diciptakan dengan berhuruf dan bersuara. Tidak kiralah apa pun namanya sama ada ibarat atau hikayat bagi membezakan ia dengan isyarat, ilham, mimpi atau seumpamanya yang berupa wahyu secara umum, ia adalah usaha yang sia-sia untuk menutup kepincangan ini. Masing-masing merujuk kepada perantara yang diciptakan jua. Jelas bahawa pendapat al-Aš*ariyy dan al-Māturīdiyy yang menafikan suara dan huruf bagi kalam Allah adalah pembatalan terhadap kelebihan yang khusus kepada baginda. 

Abū Isḥāq aš-Šīrōziyy berkata dalam menjelaskan pendirian aliran al-Aš*ariyy dalam isu kalam Allah :

وأما نحن فلا نوافقهم بأن كلام اللّه أحرف وأصوات، لأن الأحرف والأصوات نعتنا وصفتنا ومنسوبة إلينا نقرأ بها كلام اللّه تعالى، ونفهمه بها، والكاف والنون وجميع الحروف، القراءة والمقروء والمفهوم بها كلام اللّه تعالى أفهمنا بها كلام اللّه القديم الأزلي، كما أفهم موسى بالعبرانية، وعيسى بالسريانية، وداود باليونانية.

"Adapun kami, maka kami tidak menyetujui mereka bahawa kalam Allah itu adalah huruf dan suara kerana huruf dan suara adalah sifat dan nisbah kepada kita yang kita kalam Allah Ta*ālā dengannya dan kita memahaminya dengannya. Huruf Kāf, Nūn dan sekalian huruf serta pembacaan, yang dibacakan dan yang difahami dengannya adalah kalam Allah Ta*ālā yang Dia memahamkan kita dengannya, iaitu kalam Allah yang qadim lagi azali sepertimana Dia memahamkan Mūsā dengan bahasa Ibrani, *Īsā dengan bahasa Suryani dan Dāwud dengan bahasa Yunani". [Al-Išāroh Ilā Maḏhab Ahl al-Ḥaqq, m/s 38-3821, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Muḥammad Ḥasan Ismā*īl].

Apabila disebutkan "sepertimana yang Dia memahamkan Mūsā dengan bahasa Ibrani, *Īsā dengan bahasa Suryani dan Dāwud dengan bahasa Yunani" adalah petunjuk kepincangan yang jelas dalam isu ini. Seolah-olah kelebihan yang diistimewakan Mūsā -*alayhissalām- adalah sama dengan para rasul yang lain, hanya sahaja berbeza bahasa! Di mana keistimewaan lagi kalam Allah kepada Mūsā yang lain daripada yang lain dengan kefahaman sebegini?

Ismā*īl bin Ibrōhīm bin *Aliyy aš-Šaybāniyy berkata :

وزعم جمهور المعتزلة أن كلام الله تعالى عرض محدث أحدثه الله تعالى في محل فصار به متكلماً، وهو من جنس الحروف المكتوبة والأصوات تعالى الله وكلامه عن ذلك علوّاً كبيراً. 

"Jumhur Muktazilah mendakwa bahawa kalam Allah Ta*ālā adalah aradh yang baharu yang Allah Ta*ālā menciptakannya pada suatu tempat, lalu Dia berbicara dengannya. Ia adalah jenis huruf yang ditulis dan suara. Maha Tinggi Allah dan kalam-Nya daripada itu dengan setinggi-tinggi ketinggian dan kebesaran". [Šarḥ *Aqīdah aṭ-Ṭohāwiyyah, m/s 17, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Aḥmad Farīd al-Mazīdiyy].

Namun, dalam masa yang sama dia juga sama dengan Muktazilah dalam hal ini. Bezanya dia berkata adanya kalam Allah yang berdiri dengan zat-Nya. Akan tetapi, dalam menyampaikan kalam-Nya kepada Mūsā, dia tidak ubah seperti Muktazilah. Lalu, dia membelit-belitkan lidah demi mengelabui orang lain bahawa dia berbeza dengannya dan menampakkan itulah kalam Allah dari zat-Nya.

Kita lihat bagaimana Šihābuddīn ar-Romliyy memberikan penjelasan yang mudah dalam isu ibarat atau hikayat kalam Allah ini agar kita jelas dalam hal ini yang tidak sepertimana mereka yang lain yang menggunakan cara belit dan taktik helah untuk berselindung :

(كَلَامه كوصفه الْقَدِيم) أى كَلَام الله تَعَالَى النَّفْسِيّ صفة قديمَة كَبَقِيَّة صِفَاته الْقَدِيمَة بِحرف وَلَا صَوت لِأَنَّهُمَا عرضان حادثان ويستحيل اتصاف الْقَدِيم بالحادث وَهَذَا مَذْهَب أهل الْحق وَقد ذكر الْإِنْسَان فِي ثَمَانِيَة وَعشْرين موضعا وَقَالَ إِنَّه مَخْلُوق وَذكر الْقُرْآن فِي أَرْبَعَة وَخمسين موضعا وَلم يقل إِنَّه مَخْلُوق وَلما جمع بَينهمَا نبه على ذَلِك فَقَالَ {الرَّحْمَن علم الْقُرْآن خلق الْإِنْسَان علمه الْبَيَان} ثمَّ تَارَة يدل عَلَيْهِ بالعبارة وَتارَة يدل عَلَيْهِ بِالْكِتَابَةِ فَإِذا عبر عَنهُ بِالْعَرَبِيَّةِ كَانَ قُرْآنًا وبالعبرانية فتوارة وبالسريانية فإنجيل كَمَا إِذا ذكر الله تَعَالَى بلغات مُخْتَلفَة فالمسمى وَاحِد وَإِن كَانَت اللُّغَات مُخْتَلفَة أما الْعبارَات الدَّالَّة عَلَيْهِ فمخلوق حَادِثَة لَكِن امْتنع الْعلمَاء من إِطْلَاق الْخلق والحدوث عَلَيْهَا إِذا سميت قُرْآنًا لما فِيهِ من الْإِيهَام

<Kalamnya adalah seperti penyifatan-Nya yang qadim>, iaitu kalam Allah Ta*ālā yang nafsi adalah sifat yang qadim sepertimana berbaki sifat-sifatNya yang qadim yang lain tanpa huruf dan suara kerana kedua-dua itu adalah aradh yang baharu dan mustahil disifatkan yang qadim dengan baharu. Ini adalah mazhab ahli kebenaran. Dia menyebutkan perkataan "al-Insān" di dua puluh lapan tempat dan Dia berkata bahawanya ia adalah makhluk. Dia menyebutkan perkataan "al-Qur^ān" pada lima puluh empat tempat, tetapi Dia tidak berkata bahawa ia adalah makhluk. Ketikamana dikumpulkan antara kedua-duanya, Dia memperlihatkan hal itu. Dia berfirman: {Yang Maha Pengasih. Dia mengajarkan al-Qur^ān. Dia menciptakan manusia. Dia mengajarkan al-Bayān}. Kemudian, kadangkala ia menunjukkan ibarat padanya dan kadangkala ia menunjukkan penulisan padanya. Apabila Dia mengibaratkan daripadanya dengan bahasa Arab, maka ia dipanggil al-Qur^ān. Dengan bahasa Ibrani, ia dipanggil Taurat. Dengan bahasa Suryani, ia dipanggil Injil sepertimana apabila Allah Ta*ālā menyebutkan dengan bahasa yang pelbagai, lalu yang dinamakannya dengan satu walaupun bahasanya pelbagai. Adapun, ibarat yang menunjukkan kepadanya, maka ia adalah makhluk yang baharu, tetapi para ulama menegah daripada mengitlakkannya kepada makhluk dan baharu terhadapnya apabila dinamakan al-Qur^ān kerana apa yang ada di dalamnya adalah berupa ilham. [Ġōyah al-Bayān Šarh Zubad Ibn Ruslān, m/s 11, keluaran Dār al-Ma*rifah, Beirut].

Daripada sini jelas bahawa ibarat sama ada al-Qur^ān atau yang disampaikan kepada Mūsā -ṣollallahu *alayhi wasallam- menurut pendirian adalah sama-sama makhluk yang menunjukkan kepada kalam Allah yang hakiki, hanya sahaja mereka menegah diri mereka untuk tidak mengungkapkan bahawa ia adalah makhluk. Cara mereka menegah adalah dengan menggunakan penjelasan yang penuh berselindung semata-mata untuk menampakkan diri mereka berbeza dengan Muktazilah dan mereka mengisbatkan apa yang sampai kepada Mūsā adalah kalam Allah yang hakiki, padahal ia cumalah yang disandarkan sahaja dengan cara penyampaian yang mengelabui mata orang kebanyakan.

Kita lihat apa yang disebutkan Abū Isḥāq Ibrōhīm bin Muḥammad al-Isfirōyīniyy :

اتَّفَقَ أَهْلُ الْحَقِّ عَلَى أَنَّ اللَّهَ تَعَالَى خَلَقَ فِي مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ مَعْنًى مِنَ الْمَعَانِي أَدْرَكَ بِهِ كَلَامَهُ كَانَ اخْتِصَاصُهُ فِي سَمَاعِهِ، وَأَنَّهُ قَادِرٌ عَلَى مِثْلِهِ فِي جَمِيعِ خَلْقِهِ.

"Ahli kebenaran bersepakat bahawa Allah Ta*ālā menciptakan suatu makna dari beberapa makna kepada Mūsā -*alayhissalām- yang baginda mencapai kalam-Nya melaluinya. Ia adalah pengkhususan pada pendengarannya dan sesungguhnya Dia Maha Berkemampuan atas apa yang semisalnya pada sekalian ciptaan-Nya". [Al-Jāmi* Li Aḥkām al-Qur^ān, karya al-Qurṭubiyy, jilid 13, m/s 282, keluaran Dār al-Kutub al-Miṣriyyah, Kaherah, tahqiq Aḥmad al-Bardūniyy dan Ibrōhīm Aṭṭofayyiš].

Sesungguhnya ini adalah kalam yang eksplisit tentang hakikat kefahaman mereka tentang kalam Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā melalui perbicaraan-Nya dengan Mūsā. Inilah ia jika ia tidak dipadatkan dengan permainan kata-kata. Jelas bahawa ia tidak ubah seperti Muktazilah. Pendapat ini juga adalah lebih kurang sepertimana aliran Kullābiyyah yang mana ia dibantah oleh tokoh besar al-Aš*ariyy sendiri, al-Juwayniyy. Al-Qurṭubiyy berkata :

وَقَالَ عبد الله ابن سَعْدِ بْنُ كِلَابٍ: إِنَّ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ فَهِمَ كَلَامَ اللَّهِ الْقَدِيمَ مِنْ أَصْوَاتٍ مَخْلُوقَةٍ أَثْبَتَهَا اللَّهُ تَعَالَى فِي بَعْضِ الْأَجْسَامِ. قَالَ أَبُو الْمَعَالِي: وَهَذَا مَرْدُودٌ، بَلْ يَجِبُ اخْتِصَاصُ موسى عَلَيْهِ السَّلَامُ بِإِدْرَاكِ كَلَامِ اللَّهِ تَعَالَى خَرْقًا لِلْعَادَةِ، وَلَوْ لَمْ يَقُلْ ذَلِكَ لَمْ يَكُنْ لِمُوسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ اخْتِصَاصٌ بِتَكْلِيمِ اللَّهِ إِيَّاهُ. وَالرَّبُّ تَعَالَى أَسْمَعَهُ كَلَامَهُ الْعَزِيزَ، وَخَلَقَ لَهُ عِلْمًا ضَرُورِيًّا، حَتَّى عَلِمَ أَنَّ مَا سَمِعَهُ كَلَامُ اللَّهِ، وَأَنَّ الَّذِي كَلَّمَهُ وَنَادَاهُ هُوَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ.

Berkata *Abdullah bin Sa*d bin Kilāb: "Sesungguhnya Mūsā -*alayhissalām- memahami kalam Allah yang qadim melalui suara makhluk yang Allah Ta*ālā menetapkannya pada sebahagian jisim. Berkata Abū al-Ma*ālī: "Ini tertolak. Bahkan wajib pengkhususan Mūsā -*alayhissalām- dengan capaian kalam Allah Ta*ālā yang mencarik adat. Kalaulah Dia tidak berfirman sedemikian, pastinya Mūsā -*alayhissalām- tidak mendapatpengkhususan perbicaraan Allah dengannya. Tuhan Ta*ālā memperdengarkan kalam-Nya yang Mulia. Dia menciptakan pengetahuan yang penting untuknya sehingga baginda mendengar apa yang baginda mendengarinya adalah kalam Allah dan yang berbicara dengannya dan menyerunya adalah Allah, tuhan sekalian alam".  [Al-Jāmi* Li Aḥkām al-Qur^ān, jilid 13, m/s 282-283, keluaran Dār al-Kutub al-Miṣriyyah, Kaherah, tahqiq Aḥmad al-Bardūniyy dan Ibrōhīm Aṭṭofayyiš].

Bandingkan pula kata Ismā*īl bin Ibrōhīm bin *Aliyy aš-Šaybāniyy dan lihat bagaimana dia dan mereka yang bersamanya membelitkannya :

وقولنا: القرآن غير مخلوق أي: المعاني التي هي في ضمنها على هذا النظم الخاص لأنه كلام الله تعالى، ومقتضى إلهيته السبحانية عن معاني الخلق، وكذا كلامه يكون على وصف السبحانية، عز عن معاني الخلق، فلا يوصف بالحروف والأصوات، والحرف والصوت مخلوق خلقه الله ليجعل به التفاهم والتخاطب لحاجة العباد إلى ذلك، والباري سبحانه وتعالى وكلامه مستغنٍ عن ذلك

Pendapat kami adalah al-Qur^ān bukan makhluk, iaitu makna-makna yang padanya mengandungi susunan khas kerana ia adalah kalam Allah Ta*ālā, ketetapan ketuhanan yang suci dari makna-makna makhluk. Sedemikian kalam-Nya yang terjadi pada penyifatan kesucian lagi Maha Mulia daripada makna-makna makhluk. Tidak disifatkan dengan huruf dan suara. Huruf dan suara adalah makhluk Allah yang Allah menciptakannya untuk Dia menjadikan bantuan saling memahami dan saling berbicara melaluinya kerana keperluan para hamba terhadap itu. Yang Maha Pemberi Kehidupan Subḥānahu Wa Ta*ālā dan kalam-Nya tidak memerlukan itu. [Šarḥ *Aqīdah aṭ-Ṭohāwiyyah, m/s 17, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Aḥmad Farīd al-Mazīdiyy].

Penyebutan " al-Qur^ān bukan makhluk", tetapi yang dirujuk bukan kalam Allah yang berdiri dengan zat-Nya, tetapi makna daripadanya. Sedemikian juga apa yang mereka lakukan pada kalam Allah kepada Mūsā. Dengan merujuk cara penjelasan aš-Šaybāniyy, seolah-olah mereka berkata tentang kalam Allah pada Mūsā : "Kalam Allah kepada Mūsā bukanlah makhluk, iaitu ibarat atau hikayat atau makna-makna yang padanya mengandungi susunan khas kerana ia adalah kalam Allah Ta*ālā, ketetapan ketuhanan yang suci dari makna-makna makhluk". Perhatikan dengan jelas.

Jika mereka tafwid bagaimana Allah berbicara dengan Mūsā tidak berhuruf dan tidak bersuara -kendatipun ini adalah pendapat yang salah- itu lebih ringan lagi kesalahannya berbanding dengan berpendapat bahawa adanya perantara antara penyampaian kalam Allah dengan Mūsā walau apapun nama yang diselindungkan, lalu ditutup lagi kepincangan ini dengan menyandarkan itu kepada diri-Nya agar memperdaya orang ramai bahawa berlangsungnya perbicaraan Allah kepada baginda secara hakikat. Ini sama-sama seperti Muktazilah dan Jahmiyyah, tetapi dengan cara yang penuh helah. Tafwid ini adalah menjadi pilihan Abū al-Ma*ālī al-Juwayniyy yang berkata :

 وَأَهْلُ الْمَعَانِي وَأَهْلُ الْحَقِّ يَقُولُونَ مَنْ كَلَّمَهُ اللَّهُ تَعَالَى وَخَصَّهُ بِالرُّتْبَةِ الْعُلْيَا وَالْغَايَةِ الْقُصْوَى، فَيُدْرِكُ كَلَامَهُ الْقَدِيمَ المتقدس عَنْ مُشَابَهَةِ الْحُرُوفِ وَالْأَصْوَاتِ وَالْعِبَارَاتِ وَالنَّغَمَاتِ وَضُرُوبِ اللُّغَاتِ، كَمَا أَنَّ مَنْ خَصَّهُ اللَّهُ بِمَنَازِلِ الْكَرَامَاتِ وَأَكْمَلَ عَلَيْهِ نِعْمَتَهُ، وَرَزَقَهُ رُؤْيَتَهُ يَرَى اللَّهَ سُبْحَانَهُ مُنَزَّهًا عَنْ مُمَاثَلَةِ الْأَجْسَامِ وَأَحْكَامِ الْحَوَادِثِ، وَلَا مِثْلَ لَهُ سُبْحَانَهُ فِي ذَاتِهِ وَصِفَاتِهِ، وَأَجْمَعَتِ الْأُمَّةُ عَلَى أَنَّ الرَّبَّ تَعَالَى خَصَّصَ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ وَغَيْرَهُ مِنَ الْمُصْطَفَيْنَ مِنَ الْمَلَائِكَةِ بِكَلَامِهِ.

"Pakar makna bahasa dan ahli kebenaran berkata sesiapa yang Allah Ta*ālā berbicara dengannya dan mengkhususkannya dengan kedudukan yang tertinggi serta penghabisan yang kemuncak, maka dia mendengar kalam-Nya yang qadim yang tersuci daripada penyerupaan huruf, suara, ibarat, intonasi dan jenis-jenis bahasa sepertimana orang yang Allah mengkhususkan dengan kedudukan kemuliaan-kemuliaan dan melengkapkan nikmat-Nya untuknya dan Dia menganugerahkannya lihatan kepada Allah Subḥānahu yang tersuci daripada penyerupaan jisim-jisim dan hukum alam baharu serta tidak ada penyerupaan terhadao-Nya Subḥānahu pada zat-Nya dan sifat-Nya. Umat ini bersepakat bahawa tuhan Ta*ālā mengkhususkan Mūsā -*alayhissalām- dan selainnya dari kalangan yang terpilih dari kelompok malaikat dengan kalam-Nya". [Al-Jāmi* Li Aḥkām al-Qur^ān, karya al-Qurṭubiyy, jilid 13, m/s 282, keluaran Dār al-Kutub al-Miṣriyyah, Kaherah, tahqiq Aḥmad al-Bardūniyy dan Ibrōhīm Aṭṭofayyiš].

Penyebutannya yang menafikan ibarat pada kalam Allah adalah jelas bahawa ini menyalahi pendapat kelompok al-Aš*ariyy yang pertama. Šihābuddīn ar-Romliyy juga memilih pendapat sedemikian :

(لم يحدث المسموع للكليم) أى الْكَلَام الَّذِي سَمعه الكليم مُوسَى صلى الله عَلَيْهِ وَسلم كَلَام الله تَعَالَى حَقِيقَة لَا مجَازًا فَلَا يكون مُحدثا لما مر وَهَذَا معنى قَوْله (لم يحدث المسموع للكليم) أى لم يُوصف الْكَلَام المسموع للكليم بِأَنَّهُ مُحدث بل هُوَ قديم لِأَنَّهُ الصّفة الأزلية الْحَقِيقِيَّة وَلِأَنَّهُ كَمَا لم تتعذر رُؤْيَته تَعَالَى مَعَ أَنه لَيْسَ جسما وَلَا عرضا كَذَلِك لَا يتَعَذَّر سَماع كَلَامه مَعَ إِنَّه لَيْسَ حرفا وَلَا صَوتا

<Tidak diciptakan sesuatu yang didengari untuk al-Kalīm>, iaitu kalam yang al-Kalīm, iaitu Mūsā -ṣollallahu *alayhi wasallam- mendengarnya adalah kalam Allah Ta*ālā secara hakikat, bukan majaz. Maka, tidak terjadinya ia diciptakan ketikamana telah tersemat makna katanya "Tidaklah dciptakan sesuatu yang didengari untuk al-Kalīm", iaitu disifatkan kalam yang didengari untuk al-Kalīm dengan keadaan ia diciptakan, tetapi ia adalah qadim kerana ia adalah sifat azali yang hakiki dan kerana ia sepertimana tidak ada masalah lihatan-Nya Ta*ālā walaupun tanpa jisim dan aradh, seperti itulah tidak ada masalah mendengar kalam-Nya walaupun tidak berhuruf dan bersuara". [Ġōyah al-Bayān Šarh Zubad Ibn Ruslān, m/s 11, keluaran Dār al-Ma*rifah, Beirut].

Kemudian, dalam mengisbatkan suara bagi kalam Allah, ia berdasarkan firman-Nya Yang Maha Mulia :

 وَهَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ مُوسَىٰ ﴿٩﴾ إِذْ رَأَىٰ نَارًا فَقَالَ لِأَهْلِهِ امْكُثُوا إِنِّي آنَسْتُ نَارًا لَّعَلِّي آتِيكُم مِّنْهَا بِقَبَسٍ أَوْ أَجِدُ عَلَى النَّارِ هُدًى ﴿١٠﴾ فَلَمَّا أَتَاهَا نُودِيَ يَا مُوسَىٰ ﴿١١﴾ إِنِّي أَنَا رَبُّكَ فَاخْلَعْ نَعْلَيْكَ ۖ إِنَّكَ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طُوًى ﴿١٢﴾ وَأَنَا اخْتَرْتُكَ فَاسْتَمِعْ لِمَا يُوحَىٰ ﴿١٣

Adakah telah datang kepadamu cerita Mūsā? Ketikamana Dia melihat api, lalu dia berkata kepada keluarganya: "Tinggallah di sini. Sesungguhnya aku ada merasakan adanya api. Mungkin sahaja aku dapat membawa oborannya kepada kalian atau aku mendapat petunjuk melalui api itu". Ketikamana sampai kepadanya, diserukan kepadanya" Wahai Mūsā! Sesungguhnya Aku adalah tuhanmu. Maka, tanggalkanlah kedua-dua seliparmu. Sesungguhnya engkau berada di al-Wād yang disucikan di Ṭuwā. Dan Aku telah memilihmu, maka dengarkanlah apa yang diwahyukan". [Surah Ṭoha ayat 9-13].

Yang pertama adalah berdasarkan penyebutan "Nūdiya" (نُودِيَ) dengan penggunaan majhūl. Di tempat lain, Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā menggunakan dengan bentuk ma*lūm :

هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ مُوسَىٰ ﴿١٥﴾ إِذْ نَادَاهُ رَبُّهُ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طُوًى ﴿١٦

"Adakah telah sampai kepadamu cerita Mūsā? Ketikamana tuhannya menyerunya di al-Wād yang disucikan di Ṭuwā?". [Surah an-Nāzi*āt ayat 15-16].

Pengisbatan suara bagi Allah adalah berdasarkan pada makna perkataan Nāda (نَادَى) itu sendiri. Abū al-Ḥasan Ibn Sayyidah al-Mursiyy berkata :

ابْن السّكيت، النداء والنداء، رفع الصَّوْت وَقد ناديته وناديت بِهِ، قَالَ عَليّ: النداء مصدر ناديت والنداء الِاسْم وَهُوَ الصياح والصياح والصيحة

Menurut Ibn as-Sikkīt: An-Nidā^ dan an-Nudā^ adalah mengangkat suara. Waqod Nādaytuhu Wa Nādaytu Bihi. Berkata *Aliyy: An-Nidā^ adalah masdar dari perkataan Nādaytu. An-Nidā^ adalah kata nama dan ia adalah aṣ-Ṣiyāḥ, aṣ-Ṣuyāḥ dan aṣ-Ṣoyḥah". [Al-Muẖoṣṣoṣ, jilid 1, m/s 219, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyyah, Beirut, tahqiq H̱olīl Ibrōhīm Jaffāl].

Ismā*īl bin *Abbād berkata :

والندَاءُ : الدعَاءُ برَفْعِ الصَّوْتِ ، يقولون : أنَادِيْكَ ولا أنَاجِيْكَ . وهو النُّدَاءُ أيضاً .

"An-Nidā^, iaitu panggilan dengan mengangkat suara. Mereka berkata: Unādīka (aku menyeru kepadamu), bukannya Unājīka (aku berbisik kepadamu). Ia juga disebut an-Nudā^". [Al-Muḥīṭ Fī al-Luġoh, jilid 9, m/s 363, keluaran *Ālim al-Kutub, Lubnan, tahqiq Muḥammad Ḥasan Āli Yāsīn].

Ibn Manẓūr berkata :

والنَّداءُ والنُّداء الصوت مثل الدُّعاء والرُّغاء وقد ناداه ونادى به وناداه مُناداة ونِداء أَي صاح به

"An-Nidā^ dan an-Nudā^ adalah suara semisal panggilan dan dengusan. Dia telah nādahu dan nāda bihi munādāh wa nidā^, iaitu memanggil". [Lisān al-*Arob, jilid 6, m/s 4388, Dār al-Ma*ārif, Kaherah, tahqiq *Abdullah *Aliyy al-Kabīr, Muḥammad Aḥmad Ḥasbullah dan Hāšim bin Muḥammad aš-Šāḏuzliyy].

Daripada sini, jelas bahawa an-Nidā^ di sisi bahasa Arab tidak lari daripada elemen suara dan suara itu adalah kuat. Ia bukan isyarat atau notifikasi atau seumpamanya, tetapi panggilan yang berasaskan suara.

Sebahagian orang berkata bahawa terdapat penggunaan seruan Allah kepada Ibrōhīm sepertimana firman-Nya :

وَنَادَيْنَاهُ أَن يَا إِبْرَاهِيمُ ﴿١٠٤

Kami menyerunya: "Wahai Ibrōhīm". [Surah aṣ-Ṣoffāt ayat 104].

Lalu, mereka berkata kalaulah ia bermaksud sepertimana yang disebutkan, iaitu dengan makna suara maka ini bermakna Ibrōhīm -*alayhissalām- juga mendapat keistimewaan yang sama dalam mendengarkan kalam Allah secara langsung. Saya katakan, ini adalah sanggahan yang tidak berfaedah sekali. Daripada sini, boleh dikatakan bahawa ia bukan elemen suara atau ia bukan dari suara Allah secara langsung, tetapi diciptakan. Namun, apabila berkaitan dengan Mūsā -*alayhissalām-, semestinya dengan makna yang mempunyai elemen suara secara hakiki kerana pengkhususannya yang telah disebutkan. Dengan sebab ini, sahlah ia ditakwil sedemikian. Bezakan sebaik-baiknya.

Kedua, penyebutan lafaz Istama*a dalam surah Ṭoha tadi juga menguatkan lagi pendapat bahawa apa yang didengari baginda adalah suara. Ini kerana makna Istama*a tidak lain daripada garapan pancaindera telinga pada suara. Našwān bin Sa*īd al-Ḥimyariyy berkata :

[الاستماع]: استمع له واستمع منه بمعنى، واستمع الشيء، أي سمعه، قال الله تعالى: فَاسْتَمِعُوا لَهُ وقال: يَسْتَمِعُونَ الْقُرْآنَ.

"Al-Istimā*: Istama*a Lahu dan Istama*a Minhu adalah dengan makna yang sama. Istama*a sesuatu, iaitu mendengarnya. Allah Ta*ālā berfirman: {Maka, dengarkannnya}. Dia berfirman: {Mereka mendengar al-Qur^ān}". [Šams al-*Ulūm Wa Dawā^ Kalām al-*Arob Min al-Kulūm, jilid 5, m/s 3123-3124, keluaran Dār al-Fikr, tahqiq Ḥusayn bin *Abdullah al-*Umariyy, Maṭhor bin *Aliyy al-Iryāniyy dan Yūsuf Muḥammad *Abdullah].

Kebanyakan definisi dari rujukan lain menyebutkan bahawa Istama*a adalah Asġō (أَصْغَى). Misalnya, Zaynuddīn al-Ḥanafiyy berkata :

وَ (اسْتَمَعَ) لَهُ أَيْ أَصْغَى

"Istam*a Lahu, iaitu Asġō". [Muẖtār aṣ-Ṣiḥāḥ, m/s 154, keluaran al-Maktabah al-*Aṣriyyah].

Namun, ia tetap juga dengan maksud mendengar. Aḥmad bin Fāris ar-Rōziyy menjelaskan makna Asġō :

وَأَصْغَى إِلَيْهِ، إِذَا مَالَ بِسَمْعِهِ نَحْوَهُ

"Asġō Ilayhi apabila seseorang menghadap kepadanya dengan mendengarnya". [Maqōyīs al-Luġoh, jilid 3, m/s 289, keluaran Dār al-Fikr, tahqiq *Abdul Salām Muḥammad Hārūn].

Abū Naṣr Ismā*īl al-Jawhariyy menjelaskan :

 وأَصْغَيْتُ إلى فلانٍ، إذا ملتَ بسمعك نحوه

"Asġoytu Ilā Fulān apabila engkau menghadap kepadanya dengan pendengaranmu". [Aṣ-Ṣiḥāḥ Tāj al-Luġoh Wa aṣ-Ṣiḥāḥ al-*Arobiyyah, jilid 6, m/s 2401, keluaran Dār al-*Ilm Li al-Malāyīn, Beirut, tahqiq Aḥmad *Abdul Ġofūr *Aṭṭōr].

Zaynuddīn al-Ḥanafiyy :

وَقَوْلُهُ تَعَالَى: {وَلِتَصْغَى إِلَيْهِ أَفْئِدَةُ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ} [الأنعام: 113] . وَ (أَصْغَى) إِلَيْهِ مَالَ بِسَمْعِهِ نَحْوَهُ

"Firman-Nya Ta*ālā: {Agar sanubari mereka yang tidak beriman dengna hari akhirat cenderung dengar kepadanya} [Surah al-An*ām ayat 113]. Asġō Ilayhi, iaitu menghadap kepadanya dengan pendengarannya". [Muẖtār aṣ-Ṣiḥāḥ, m/s 176, keluaran al-Maktabah al-*Aṣriyyah].

Abū Hilāl al-*Askariyy berkata dalam merincikan makna al-Istimā* :

أَن الِاسْتِمَاع هُوَ استفادة المسموع بالإصغاء إِلَيْهِ لفهم وَلِهَذَا لَا يُقَال إِن الله يستمع

"Al-Istimā* adalah pengambilan faedah dari apa yang didengari dengan menumpukan pendengaran kepadanya untuk kefahaman. Kerana itu tidak dikatakan bahawa Allah itu yastami*u". [Al-Furūq al-Luġowiyyah, m/s 89, keluaran Dār al-*Ilm Wa aṯ-Ṯaqōfah Li an-Našr Wa at-Tawzī*, Kaherah, tahqiq Muḥammad Ibrōhīm Salīm].

Kesimpulan daripada kesemua ini adalah Istama*a merujuk kepada pendengaran secara teliti agar mengambil faedah daripada apa yang didengari dan ia adalah cerapan derita telinga, iaitu suara dan bunyi. Tidak akan sama deria pendengaran dan penglihatan. Sebab itulah di hari akhirat kelak, orang beriman akan melihat zat-Nya, bukan mendengar zat-Nya. Mereka akan mendengar bicara dari kalam-Nya, bukan melihat bicara kalam-Nya. Dengan itu, tidak sah sama sekali mentakwilkan Istama*a yang merupakan lafaz yang dipilih oleh Yang Maha Bijaksana sendiri kepada makna yang lain. 

Dan wahyu yang didengari Mūsā sendiri adalah kalam Allah secara langsung dengan suara. Ini telah ditegaskan dari Yang Maha Agung pada surah an-Nisā^ tadi. Seterusnya menguatkan lagi apa yang disebutkan Abū Ḥayyān al-Andalusiyy tadi. Tidak ada keraguan lagi melainkan orang yang jahil lagi degil.

Kalaulah bicara Allah kepada Mūsā hanya dengan huruf sahaja, ia tidak ubah seperti perutusan surat antara satu sama lain atau seperti perbualan dengan orang bisu yang mana dia hanya merespons dengan memaparkan huruf sahaja. Ini sama sekali bukan kalam, apatah lagi jika ingin didefinisikan dengan bicara. Ini sudah pun ternafi dengan penegasan dengan maṣdar tadi bahawa ia adalah perbicaraan secara hakikat, bukan deengan majaz atau selainnya serta terbebas dari unsur-unsur syak.

Bahkan, Našwān bin Sa*īd al-Ḥimyariyy berkata :

الكلام الصوت بحروف هجاء

"Kalam adalah suara dengan huruf yang dieja". [Šams al-*Ulūm Wa Dawā^ Kalām al-*Arob Min al-Kulūm, jilid 5, m/s 3123-3124, keluaran Dār al-Fikr, tahqiq Ḥusayn bin *Abdullah al-*Umariyy, Maṭhor bin *Aliyy al-Iryāniyy dan Yūsuf Muḥammad *Abdullah].

Abū al-*Abbās al-Fayyūmiyy berkata :

وَالْكَلَامُ فِي أَصْلِ اللُّغَةِ عِبَارَةٌ عَنْ أَصْوَاتٍ مُتَتَابِعَةٍ لِمَعْنًى مَفْهُومٍ

"Kalam pada asal makna bahasa adalah ungkapan daripada suara-suara yang saling berturutan dengan makna yang difahami". [Al-Miṣbaḥ al-Munīr Fī Ġorīb aš-Šarḥ al-Kabīr, jilid 2, m/s 539, keluaran al-Maktabah al-*Ilmiyyah, Beirut].

Daripada sudut istidlal dari segi bahasa yang dikemukakan ini, jelas sekali bahawa kalam Allah itu adalah suara dan huruf tanpa syak lagi. Namun, ia bebas daripada penyerupaan terhadap makhluk dan tanpa kaifiyyat bagi-Nya.

Syubhat Dalam Penolakan Isbat Huruf Dan Suara Bagi Kalam Allah Dan Jawapannya

Syubhat Pertama : Jika menetapkan adanya suara dan huruf bagi kalam Allah, ini bermakna adanya permulaan dan pengakhiran bagi kalam Allah. Bermakna ada masanya Dia itu diam dan ada masanya Dia berbicara, sedangkan ini menyalahi sifat qidam bagi-Nya yang tiada perubahan bagi zat-Nya serta tiada menerima ketiadaan sebelum adanya ia. Abū al-Muẓoffar Ṭōhir bin Muḥamamd al-Isfirōyīniyy berkata :

وَأَن تعلم أَن كَلَام الله تَعَالَى لَيْسَ بِحرف وَلَا صَوت لِأَن الْحَرْف وَالصَّوْت يتضمنان جَوَاز التَّقَدُّم والتأخر وَذَلِكَ مُسْتَحِيل على الْقَدِيم سُبْحَانَهُ وَمَا دلّ من كتاب الله تَعَالَى على أَن متعلقات الْكَلَام لَا نِهَايَة لَهَا دَلِيل على أَنه لَيْسَ بِحرف وَلَا صَوت لوُجُوب التناهي فِيمَا صَحَّ وَصفه بِهِ

"Engkau mengetahui bahawa kalam Allah Ta*ālā bukannya huruf dan suara kerana huruf dan suara mengandungi keharusan permulaan dan pengakhiran, sedangkan itu mustahil bagi al-Qodīm Subḥānahu. Apa yang tertunjuk dari kitab Allah Ta*ālā bahawasanya taalluq kalam adalah tiada penghujung baginya merupakan dalil bahawa ia bukan huruf dan bukan suara kerana wajibnya tertahan melalui apa yang sahih penyifatan-Nya dengannya". [At-Tabṣīr Fī ad-Dīn Wa Tamyīz al-Firqoh an-Nājiyah *An al-Firqoh al-Hālikīn, m/s 167, keluaran *Ālim al-Kutub, Lubnan, tahqiq Kamāl Yūsuf al-Ḥawt].

Al-Mullā al-Qōriyy berkata :

ومبتدعة الحنابلة قالوا: كلامه حروف وأصوات تقوم بذاته وهو قديم، وبالغ بعضهم جهلا حتى قال: الجلد والقرطاس قديمان فضلا عن الصحف، وهذا قول باطل بالضرورة ومكابرة للحس للإحساس لتقدم الباء على السين في بسم الله ونحوه.

"Ahli bidaah Ḥanābilah berkata bahawa kalam-Nya adalah huruf dan suara yang berdiri bersama zat-Nya dan ia adalah qadim. Sebahagian mereka berlebihan kerana kejahilan sehingga berkata bahawa kulit dan kertas adalah qadim, lebih-lebih suhuf. Ini adalah pendapat yang batil secara pasti dan penentangan terhadap capaian pada cerapan terhadap permulaan huruf al-Bā^ sebelum huruf as-Sīn pada perkataan Bismillah dan seumpamanya". [Manḥ ar-Rowḍ al-Azhar Fī Šarḥ al-Fiqh al-Akbar,m/s 75-76, keluaran Dār al-Bašā^ir al-Islāmiyy].

Jawapan : Saya katakan bahawa kita menyerahkan pengetahuan bagaimana Mūsā -*alayhissalām- mendengar kalam Allah yang berhuruf dan bersuara yang qadim tanpa ada permulaan kepada-Nya secara penuh tanpa takyif. Kita sepakat dengan Fāhruddīn ar-Rōziyy, al-Juwayniyy dan ar-Romliyy dalam urusan penyerahan ini. Cuma yang berbeza adalah pada isbat huruf dan suara.

Syubhat Kedua : Suara adalah hasil daripada getaran partikel dan memerlukan ruangan makhluk untuk memanifestasikannya. Jika mengisbatkan suara bagi kalam-Nya, bermakna Dia berhajat kepada suatu medium untuk menyampaikan kalam-Nya. Sedangkan Dia bebas dari pengaruh jisim dan perantara.

Jawapan : Sekali lagi ditegaskan bahawa ini adalah permisalan kamu dengan ciri-ciri makhluk, sedangkan Allah tidak sedemikian. Entah sama ada suara Allah itu adalah melalui getaran partikel atau tidak atau ia mengambil ruangan daripada makhluk, maka hanya Allah sahaja yang tahu hakikatnya. Pengetahuan tentang itu terserah kepada Yang Maha Mengetahui. Yang penting, cukup isbat tanpa tasybih dan takyif.

Pertanyaan sebegini seolah-olah bertanya sama ada Allah memerlukan medium untuk memanifesatsikan ciptaan-Nya. Adakah patut kita menyibukkan diri dengan pertanyaan sama ada Allah menciptakan alam ini dalam diri-Nya atau suatu tempat yang lain yang Dia berhajat untuk merealisasikan ciptaan-Nya? Tidak perlu. Allah tidak ditanya apa yang Dia perbuat, tetapi manusia ditanya apa yang dilakukan.

Syubhat Ketiga : Kalaulah Allah berbicara dengan huruf, ia memiliki bahasa. Bermakna kalam-Nya adalah sesuatu yang boleh dibilang-bilang, padahal ini menyalahi sifat esa-Nya yang ternafi al-Kam Muttaṣil bagi-Nya.

Jawapan : Yang dimaksudkan al-Kam Muttaṣil bagi-Nya adalah sumber bagi sifat-Nya, bukan kapasitinya. Kita tidak mengatakan sifat pendengaran Yang Maha Esa ada beberapa pecahan sehingga berbeza sumber aslinya sifat-Nya. Kita mengatakan bahawa sifat-Nya cuma satu dan tiada terpecah-pecah. Pun begitu, kapasiti pendengaran-Nya tidak hanya terbatas pada satu jenis sahaja. Dia mampu mendengar pelbagai jenis bentuk suara dan bunyi serta sifat pendengaran-Nya kekal sama kapaisiti-Nya sama ada setelah kewujudan alam ataupun tidak. Sedemikian juga kalam Allah. Sumbernya cuma satu. Ini lebih kurang apa yang disebutkan Abū al-Fatḥ aš-Šahrostāniyy berkata :

وكلامه واحد هو: أمر ونهي، وخبر، واستخبار، ووعد، ووعيد. وهذه الوجوه ترجع إلى اعتبارات في كلامه، لا إلى عدد في نفس الكلام، والعبارات، والألفاظ المنزلة على لسان الملائكة إلى الأنبياء عليهم السلام دلالات على الكلام الأزلي، والدلالة مخلوقة محدثة، والمدلول قديم أزلي. والفرق بين القراءة والمقروء، والتلاوة والمتلو، كالفرق بين الذكر والمذكور، فالذكر، محدث والمذكور قديم. 

"Kalam-Nya adalah satu. Ia adalah perintah, larangan, khabar, meminta khabar, menjanjikan dan mengancam. Bentuk-bentuk ini kembali kepada ibarat-ibarat pada kalam-Nya, bukan pada bilangan pada diri kalam itu. Ibarat dan lafaz yang diturunkan melalui lisan malaikat kepada para nabi -*alayhimussalām- adalah petunjuk-petunjuk kepada kalam yang azali. Petunjuk-petunjuk adalah makhluk yang diciptakan dan yang ditunjukkan itu adalah qadim lagi azali. Perbezaan antara pembacaan dengan dibaca adalah seperti perbezaan penyebutan dengan yang disebutkan. Penyebutan adalah yang diadakan, manakala yang disebutkan adalah qadim". [Al-Milal Wa an-Niḥal, jilid 1, m/s 96, keluaran Mu^assasah al-Ḥalabiyy].

Dia berbicara sepertimana yang Dia kehendaki dan bila-bila masa yang Dia kehendaki dengan selayaknya dengan ketuhanan-Nya tanpa tasybih.

Syubhat Keempat : Pada naṣ-naṣ yang berkaitan dengan sifat Allah seperti al-Yad, al-Wajh, al-Istiwā^, an-Nuzūl dan lain-lain, kamu boleh memahaminya dengan makna yang zahir, tetapi membuang elemen-elemen makhluk seperti jisim, aradh, anggota, mengambil ruang, pergerakan, perpindahan, bertempat dan sebagainya sedangkan maklum dari sudut bahasa, contohnya an-Nuzūl, ia adalah perpindahan dari atas ke bawah atau dari tempat tinggi ke tempat rendah, tetapi ketika mengisbatkannya kepada Allah, elemen pergerakan dan perpindahan ini tidak diisbatkan sedangkan bentuk istidlal dari segi bahasa adalah jelas dengan makna tersebut. Mengapa pula dalam hal ini tidak melakukan sedemikian? 

Misalnya, perkataan Istama*a walaupun jelas ia adalah dari suara, tetapi boleh sahaja dinafikan elemen makna suara sepertimana yang kamu lakukan pada an-Nuzūl ketika mengisbatkannya kepada-Nya. Begitu juga kalam yang tanpa susunan huruf sepertimana yang kamu isbatkan al-Yad kepada-Nya bukanlah anggota meskipun sudut makna adalah jelas. Mengapa ini tidak boleh?

Jawapan : Telah sabit bahawa Allah ternafi pada sebarang bentuk jisim dan kelaziman daripadanya. Dan sememangnya benar apa yang kamu katakan bahawa sememangnya boleh untuk melakukan sedemikian sepertimana kami lakukan dalam mengisbat sifat al-Wajh, al-Yadd dan lain-lain kepada Allah dengan membuang makna-makna yang menunjukkan elemen makhluk. 

Akan tetapi, apabila Allah menggunakan penegasan dengan masdar bagi kata kerja, maka makna hakikat lebih patut didahulukan dan diutamakan. Hakikat kalam adalah susunan huruf yang memberi faedah makna. Penegasan itu juga menatijahkan penegasan ayat-ayat yang lain yang menunjukkan wujudnya suara-Nya adalah benar-benar sabit sepanjang interaksi-Nya dengan baginda. Adapun, kalam yang bukan huruf dan suara adalah bukan makna yang hakiki. Atas sebab itulah kami memilih untuk mengisbatkan huruf dan suara bagi kalam-Nya kerana bersesuaian dengan apa yang ditegaskan Yang Maha Agung.

Syubhat Kelima : Orang Arab tidak memahami kalam hanya pada suara dan huruf sahaja. Ia boleh sahaja merujuk kepada yang tidak bersuara. Al-Aẖṭol berseloka :

إن الكلام لفي الفؤاد وإنما # جعل اللسان على الفؤاد دليلا

Sesungguhnya kalam itu benar-benar dalam sanubari. Sebenarnya # dijadikan lidah itu petunjuk kepada sanubari. [Mafātiḥ al-Ġoyb, jilid 14, m/s 353, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut].

Al-Jāḥiẓ berkata bahawa penyair berseloka :

إن الكلام لفي الفؤاد وإنما # جعل اللسان على الفؤاد دليلا

Sesungguhnya kalam itu benar-benar dalam sanubari. Sebenarnya # dijadikan lidah itu petunjuk kepada sanubari. [At-Tibyān Wa at-Tabyīn, m/s 123, keluaran Dār Ṣo*b, Beirut, tahqiq al-Muḥāmī Fawziyy *Aṭowiyy].

Daripada sokongan syair ini, jelaslah bahawa apa yang berpusar pada jiwa yang tidak bersuara juga boleh dikatakan kalam.

Jawapan : Itu bukanlah kalam yang sebenar. Akan tetapi, ia dimaknai dengan kalam kerana sekadar mengambil kedudukan sebagai kalam. Jamāluddīn Ibn Hišām berkata dengan menjadikan syair al-Aẖṭol sebagai contoh :

وَالثَّانِي مَا فِي النَّفس مِمَّا يعبر عَنهُ بِاللَّفْظِ الْمُفِيد وَذَلِكَ كَأَن يقوم بِنَفْسِك معنى قَامَ زيد أَو قعد عَمْرو وَنَحْو ذَلِك فيسمى ذَلِك الَّذِي تخيلته

Yang kedua, apa yang ada dalam jiwa adalah daripada apa yang diungkapkan daripadanya dengan lafaz yang memberi faedah makna. Itu adalah seolah-olah makna: "Zayd berdiri" atau "*Amr duduk" atau seumpama itu yang berdiri pada jiwamu, lalu dinamakan itu dengan yang engkau mengkhayalkannya sebagai kalam. [Šarḥ Šuḏūr aḏ-Ḏahab Fī Ma*rifah Kalām al-*Arob, m/s 35, keluaran aš-Širkah al-Muttaḥidah Li at-Tawzī*, Syria, tahqiq *Abdul Ġoniyy ad-Daqr].

Muḥammad bin Muḥammad Ḥasan Šurrōb berkata :

ليستدل بهما على أن لفظ الكلام يطلقه العرب على المعاني التي تقوم في نفس الإنسان، ويتخيّلها قبل أن يعبر عنها بألفاظ تدلّ عليها.

"Ia untuk berhujah dengan kedua-duanya atas lafaz kalam yang orang Arab mengitlakkannya atas makna-makna yang berdiri pada jiwa insan dan dia mengkhayalkannya sebelum diungkapkan daripadanya dengan lafaz-lafaz yang menunjukkan kepadanya". [Šarḥ Šawāhid aš-Ši*riyyah Fī Ummāt al-Kutub an-Naḥwiyyah, jilid 2, m/s 217, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut].

Kalam yang dimaksudkan dalam syair ini adalah kalam yang dikhayalkan dalam jiwa dan dianggap berbicara seakan-akan bicara langsung pada lidah. Kalaulah ini juga termasuk dalam kalam, nescaya yang isyarat pun boleh dijadikan sebagai kalam atau apa sahaja yang memberi faedah makna, sedangkan itu tidak mungkin dan tidak menepati makna kalam itu sendiri sekalipun diitlakkan dengan kalam. Kata Ibn Hišām :

وَالثَّالِث مَا تحصل بِهِ الْفَائِدَة سَوَاء كَانَ لفظا أَو خطا أَو اشارة أَو مَا نطق بِهِ لِسَان الْحَال وَالدَّلِيل على ذَلِك فِي الْخط قَول الْعَرَب الْقَلَم أحد اللسانين وتسميتهم مَا بَين دفتي الْمُصحف كَلَام الله وَالدَّلِيل عَلَيْهِ فِي الْإِشَارَة قَوْله تَعَالَى {آيتك أَلا تكلم النَّاس ثَلَاثَة أَيَّام إِلَّا رمزا} فاستثنى الرَّمْز من الْكَلَام وَالْأَصْل فِي الِاسْتِثْنَاء الِاتِّصَال وَأما قَوْله

أشارت بِطرف الْعين خيفة أَهلهَا # اشارة محزون وَلم تَتَكَلَّم

فأيقنت أَن الطّرف قد قَالَ مرْحَبًا # وَأهلا وسهلا بالحبيب المتيم

فَإِنَّمَا نفى الْكَلَام اللَّفْظِيّ لَا مُطلق الْكَلَام وَلَو أَرَادَ بقوله وَلم تَتَكَلَّم نفي غير الْكَلَام اللَّفْظِيّ لانتقض بقوله فأيقنت أَن الطّرف قد قَالَ مرْحَبًا لِأَنَّهُ أثبت للطرف قولا بعد أَن نفى الْكَلَام وَالْمرَاد نفي الْكَلَام اللَّفْظِيّ وَإِثْبَات الْكَلَام اللّغَوِيّ. وَالدَّلِيل عَلَيْهِ فِيمَا نطق بِهِ لِسَان الْحَال قَول نصيب :

فعاجوا فَأَثْنوا بِالَّذِي أَنْت أَهله # وَلَو سكتوا أثنت عَلَيْك الحقائب

Yang ketiga adalah apa yang terhasil faedah makna dengannya sama ada secara lafaz atau penulisan atau isyarat atau apa yang ujaran hal berbicara dengannya. Dalil untuk itu pada penulisan adalah kata-kata Arab: "Pen adalah salah satu dua lidah" dan penamaan mereka antara dua muka surat mushaf adalah kalam Allah. Dalil untuknya pada isyarat adalah firman-Nya Ta*ālā: {Tanda untuk kamu adalah engkau tidak berbicara dengan orang ramai selama tiga hari kecuali dengan gerak isyarat}. Dikecualikan gerak isyarat daripada kalam dan asal pada pengecualian adalah pertalian dengannya. Adapun katanya :

Mengisyaratkan dengan kerlipan mata kerana rasa takut akan ahlinya # Isyarat yang sedih dan ia tidak berbicara

Lalu, aku merasa yakin bahawa kerlipan mata itu telah berkata: "Selamat datang! # Dialu-alukan dan dengan senang hati!" kepada yang dicintai yang meracau

Sebenarnya ia menafikan kalam yang berlafaz, bukan kalam secara total. Kalau yang dia memaksudkan kata-katanya: "Dia tidak berbicara" sebagai penafian selain kalam yang berlafaz, pasti rosak makna pada kata-katanya: "Lalu, aku merasa yakin bahawa kerlipan mata itu telah berkata: #Selamat datang!#" kerana ia menetapkan bagi kerlipan mata itu kata-kata selepas menafikan kalam itu dan yang dimaksudkan adalah kalam secara lafaz dan menetapkan kalam secara bahasa.

Adapun ujaran hal yang berbicara dengannya adalah kata-kata Naṣīb :

Mereka berpaling, lalu mereka memuji dengan yang engkau adalah ahlinya # Kalau mereka diam, maka tas kantor itu akan memujimu [Šarḥ Šuḏūr aḏ-Ḏahab Fī Ma*rifah Kalām al-*Arob, m/s 36, keluaran aš-Širkah al-Muttaḥidah Li at-Tawzī*, Syria, tahqiq *Abdul Ġoniyy ad-Daqr].

Konteks bicara Ibn Hišām adalah tentang makna kalam dan yang dibentangkan kalam secara bahasa yang tidak dimaknakan secara hakikat dengan melihat perbahasan sebelumnya. Dia berkata :

وَأَقُول للْكَلَام مَعْنيانِ اصطلاحي ولغوي فَأَما مَعْنَاهُ فِي الِاصْطِلَاح فَهُوَ القَوْل الْمُفِيد وَقد مضى تَفْسِير القَوْل وَمَا الْمُفِيد فَهُوَ الدَّال على معنى يحسن السُّكُوت عَلَيْهِ نَحْو زيد قَائِم وَقَامَ أَخُوك بِخِلَاف نَحْو زيد وَنَحْو غُلَام زيد وَنَحْو الَّذِي قَامَ أَبوهُ فَلَا يُسمى شَيْء من هَذَا مُفِيدا لِأَنَّهُ لَا يحسن السُّكُوت عَلَيْهِ فَلَا يُسمى كلَاما وَأما مَعْنَاهُ فِي اللُّغَة فَإِنَّهُ يُطلق على ثَلَاثَة أُمُور أَحدهَا الْحَدث الَّذِي هُوَ التكليم تَقول أعجبني كلامك زيدا أَي تكليمك إِيَّاه وَإِذا اسْتعْمل بِهَذَا الْمَعْنى عمل عمل الْأَفْعَال كَمَا فِي هَذَا الْمِثَال وَكَقَوْلِه : 

قَالُوا كلامك هندا وَهِي مصغية # يشفيك قلت صَحِيح ذَاك لَو كَانَا

أَي تكليمك هندا

Aku katakan untuk kalam ada dua makna, iaitu istilah dan bahasa. Adapun maknanya pada istilah, maka ia adalah kata-kata yang memberi faedah makna. Telah pun lepas tafsir bagi kata-kata dan apa itu pemberian faedah makna. Ia adalah petunjuk kepada makna yang baik didiamkan ke atasnya seperti: "Zayd berdiri" dan "Saudaramu berdiri". Berbeza dengan seperti "Zaid" atau seperti "Budak Zayd" atau seperti: "Yang ayahnya berdiri". Tidak dinamakan sesuatu daripada ini sebagai pemberian faedah makna kerana ia tidak baik diidamkan ke atasnya, lalu tidaklah ia dinamakan kalam. Adapun makna dalam bahasa, maka ia diitlakkan kepada tiga perkara. Salah satunya adalah kejadian yang ia adalah perbicaraan. Engkau berkata: "Bicaramu kepada Zayd mengagumkan aku", iaitu perbicaraanmu kepadanya. Apabila digunakan dengan makna ini, ia bertindak dengan tindakan perbuatan sepertimana contoh ini dan katanya :

Dia berkata: "Bicaramu kepada Hind dalam keadaan dia mendengar # Akan menyembuhkanmu". Aku berkata: "Benarlah itu kalau kedua-duanya terjadi.

Iaitu perbicaraan dengan Hind. [Šarḥ Šuḏūr aḏ-Ḏahab Fī Ma*rifah Kalām al-*Arob, m/s 33-35, keluaran aš-Širkah al-Muttaḥidah Li at-Tawzī*, Syria, tahqiq *Abdul Ġoniyy ad-Daqr].

Kalau begitu, adakah kerlipan mata seseorang itu boleh juga dianggap kalam? Pasti tidak mungkin dan sepakat orang Arab bahawa ia bukan kalam yang sejati. Maka, sebegitu jugalah kalam yang dimaksudkan syair tadi pada bicara jiwa.

Paling jelas sekali dalam permasalahan ini adalah jika seseorang itu bersumpah bahawa dia tidak akan berbicara selama satu jam, kemudian dia berbicara dalam jiwanya atau berkomunikasi dengan bahasa isyarat, maka dia tidak melanggar sumpahnya kerana bicaranya pada jiwanya dan isyarat dengan tangannya bukan kalam yang hakikat. Maka, jelaslah bahawa bicara dalam jiwa bukanlah kalam yang sebenar, apatah lagi dijadikan dalil dalam menetapkan kalam nafsi bagi Allah.

Syubhat Keenam : Terdapat beberapa dalil yang menunjukkan bahawa kalam tidak hanya terhad pada ucapan yang bersuara. Antaranya adalah firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

فَأَسَرَّهَا يُوسُفُ فِي نَفْسِهِ وَلَمْ يُبْدِهَا لَهُمْ ۚ قَالَ أَنتُمْ شَرٌّ مَّكَانًا ۖ

Yūsuf menyembunyikannya dalam jiwanya dan tidak menampakkannya pada mereka. Dia berkata: "Kamu lebih teruk kedudukannya". [Surah Yūsuf ayat 77].

Antaranya firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

وَيَقُولُونَ فِي أَنفُسِهِمْ لَوْلَا يُعَذِّبُنَا اللَّهُ بِمَا نَقُولُ

Mereka berkata dalam jiwa mereka: "Kenapa Allah tidak mengazabkan kami disebabkan apa yang kami katakan?". [Surah al-Mujādilah ayat 8].

Antaranya adalah sabda Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- : 

إِذَا جَاءَ أَحَدَكُمُ الشَّيْطَانُ فَقَالَ : إِنَّكَ قَدْ أَحْدَثْتَ ، فَلْيَقُلْ فِي نَفْسِهِ : كَذَبْتَ ، حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا بِأُذُنِهِ ، أَوْ يَجِدَ رِيحًا بِأَنْفِهِ .

Apabila syaitan datang kepada salah seorang daripada kalian, lalu dia berkata: "Sesungguhnya engkau telah berhadas", maka, katakanlah dalam dirinya: "Engkau berdusta" sehingga dia mendengar suara melalui telinganya atau menghidu baunya dengan hidungnya". [Ṣoḥīḥ Ibn Ḥibbān, no. 2666].

Antaranya adalah hadis Abū Bakroh -roḍiyallahu *anh- yang berkata :

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْبَرُ الْكَبَائِرِ الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ ثَلَاثًا أَوْ قَوْلُ الزُّورِ فَمَا زَالَ يُكَرِّرُهَا حَتَّى قُلْنَا لَيْتَهُ سَكَتَ

Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Sebesar-besar dosa besar adalah mensyirikkan Allah, menyakiti kedua ibu bapa dan persaksian palsu dan persaksian palsu sebanyak tiga kali" atau baginda berkata: "Kata-kata palsu". Baginda sentiasa mengulanginya sehingga kami berkata: "Andai sahaja baginda berhenti". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, no. 6251]. 

Daripada dalil ini, bicara jiwa, iaitu kata-kata dalam diri juga boleh dikatakan kalam sepertimana yang ada pada ucapan di lidah, tetapi yang berbeza adalah ia tidak bersuara sepertimana bicara pada lidah.

Jawapan : Ini adalah pendalilan yang sangat melucukan dalam menetapkan kalam nafsi yang tidak berhuruf. Bukankah apa yang mereka bawa ini pada bicara jiwa memiliki huruf yang tersusun yang memberi faedah makna? Lalu, bagaimana ini menjadi dalil kepada kalam Allah itu tidak berhuruf? 

Jika mereka berkata bahawa bicara jiwa itu tidak mempunyai huruf, tetapi ungkapan yang diterbitkan dengan huruf kerana ia mengambil kedudukan sebagai kalam, maka kalau begitu, ini bukanlah kalam secara hakikat. Ini kerana definisi kalam telah pun dijelaskan tadi dan apa yang sekadar mengambil kedudukan sahaja tidak dikira kalam secara hakikat. Maknanya, kalam yang sebenar adalah pengungkapan yang menjelaskan apa yang terbuku dalam jiwa, bukan bicara jiwa itu sendiri.

Pendalilan mereka ini sama sekali tidak ada hujah, bahkan memakan diri mereka sendiri. Setelah diketahui bahawa dalil ini tidak boleh dijadikan alasan dalam menetapkan kalam nafsi, maka ketahuilah bahawa ini juga tidak boleh dikatakan kalam dengan erti kata yang sebenar. Jika dinamakan kalam pun, ia adalah pada nama sahaja, bukan hakikatnya sepertimana yang dijelaskan pada syair tadi.

Syubhat Ketujuh : Kata *Umar bin al-H̱oṭṭōb -roḍiyallahu *anh- :

كُنْتُ زَوَّرْتُ فِي نَفْسِي كَلَامًا

"Dahulu aku memperbagus kalam dalam diriku". [Lisān al-*Arob, jilid 3, m/s 1888, keluaran Dār al-Ma*ārif, Kaherah, tahqiq *Abdullah *Aliyy al-Kabīr, Muḥammad Aḥmad Ḥasbullah dan Hāšim bin Muḥammad aš-Šāḏuzliyy].

Jawapan : Yang dimaksudkan oleh *Umar bin al-H̱oṭṭōb adalah persediaan dalam jiwanya untuk menyusun kalam yang bagus untuk disampaikan. Ini samalah seperti aktiviti minda dalam menyusun sesuatu perancangan bagi sesuatu aktiviti sebagai persediaan untuk dilaksanakan kemudian. Maka, dengan ini, ia sama sahaja sepertimana kalam yang dikhayalkan yang dijelaskan tadi.

Lagipun, bukankah susunan kalam yang diperbaguskan ini adalah terdiri daripada huruf? Bagaimana pula ia boleh menjadi hujah kepada sifat kalam Allah yang tidak berhuruf?

Syubhat Kelapan : Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda bahawa Allah berfirman :

أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي، وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي، فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي، وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلأٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ

"Aku di sisi persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya apabila dia menyebut-Ku. Jika menyebut-Ku dalam dirinya, maka Aku menyebutnya dalam diri-Ku. Jika dia menyebut-Ku dalam keramaian, Aku menyebutnya dalam keramaian yang lebih baik daripada mereka". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, no. 7406].

Mereka berkata bahawa apabila Allah menyebutkan seseorang dalam diri-Nya, ia adalah kalam nafsi yang tidak bersuara.

Jawapan : Apa yang dimaksudkan aḏ-Ḏikr di sini? Jika ia penghadiran dengan huruf dan suara, maka batallah hujahnya kerana tidak mungkin dalil yang menunjukkan huruf boleh membuktikan kepada suatu kalam yang tidak berhuruf. Jika ia bukan dengan huruf dan suara, maka ia adalah penghadiran minda yang menjuruskan makna yang dituju. Itu bukan termasuk kata-kata atau penyebutan, apatah lagi kalam. Manakala, untuk Allah pula, ia adalah perhatian yang besar untuk orang yang mengingati-Nya berbanding selainnya. 

Lagipun, apa bukti penyebutan Allah dalam diri-Nya itu tidak berhuruf dan bersuara? Adakah kerana penyebutan dalam jiwa seorang manusia itu tidak berhuruf, lalu kita menyamakan hal ini kepada-Nya? Maka, tidak ada nilai pendalilan mereka pada hadis ini.

Tambah lagi kerapuhan mereka adalah makna sebenar bagi ungkapan Fa^in Ḏakaronī Fī Nafsih Ḏakartuh Fī Nafsī (فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي) adalah "Jika dia mengingati-Ku secara sendiriannya, maka Aku mengingatinya secara sendirianku". Maknanya adalah galakan untuk berzikir secara bersendirian dan Allah membalasnya dengan pemberian yang tidak diketahui oleh sesiapa pun dari makhluk-Nya sepertimana yang dijelaskan para ulama. An-Nawawiyy berkata :

قَالَ الْمَازِرِيُّ النَّفْسُ تُطْلَقُ فِي اللُّغَةِ عَلَى مَعَانٍ مِنْهَا الدَّمُ وَمِنْهَا نَفْسُ الْحَيَوَانِ وَهُمَا مُسْتَحِيلَانِ فِي حَقِّ اللَّهِ تَعَالَى وَمِنْهَا الذَّاتُ وَاَللَّهُ تَعَالَى لَهُ ذَاتٌ حَقِيقَةٌ وَهُوَ الْمُرَادُ بِقَوْلِهِ تَعَالَى فِي نَفْسِي وَمِنْهَا الْغَيْبُ وَهُوَ أَحَدُ الْأَقْوَالِ فِي قَوْلِهِ تَعَالَى تَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِي ولا أعلم ما فى نفسك أَيْ مَا فِي غَيْبِي فَيَجُوزُ أَنْ يَكُونَ أَيْضًا مُرَادُ الْحَدِيثِ أَيْ إِذَا ذَكَرَنِي خَالِيًا أَثَابَهُ اللَّهُ وَجَازَاهُ عَمَّا عَمِلَ بِمَا لَا يَطَّلِعُ عَلَيْهِ أَحَدٌ

Al-Māriziyy berkata: "An-Nafs diitlakkan dalam bahasa atas beberapa makna. Antaranya adalah darah dan antaranya adalah nyawa haiwan. Kedua-duanya adalah mustahil pada hak Allah Ta*ālā. Sebahagiannya adalah zat dan Allah Ta*ālā mempunyai zat yang hakikat. Ia adalah yang dimaksudkan dengan firman-Nya Ta*ālā pada diri-Nya. Sebahagiannya adalah pendam jiwa dan ia adalah salah satu pendapat pada firman-Nya Ta*ālā: {Engkau mengetahui apa yang ada dalam jiwaku, tetapi aku tidak mengetahui apa yang ada dalam jiwa-Mu}, iaitu dalam pendam jiwaku. Harus juga untuk ia menjadi maksud hadis, iaitu apabila dia mengingati-Ku dalam keadaan berseorangan, nescaya Allah memberi pahala kepadanya dan membalasnya dengan apa yang dia beramal dengan apa yang seseorang tidak nampak padanya". [Al-Minhāj Šarḥ Ṣoḥīh Muslim Ibn al-Ḥajjāj, jilid 2, m/s 17, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut].

Ibn Baṭṭōl berkata :

فإن قيل: فما معنى قوله: (إذا ذكرنى فى نفسه ذكرته فى نفسى؟) قيل: معنى ذلك: وإذا ذكرنى بقلبه مخفيًا ذلك عن خلقى ذكرته برحمتى وثوابى مخفيًا ذلك عن خلقى حتى لا يطلع عليه أحد منهم

Jika dikatakan: "Apa makna firman-Nya: #Apabila Dia mengingati-Ku secara sendiriannya, maka Aku mengingatinya secara sendirianku#?", dikatakan bahawa makna itu adalah: "Apabila dia mengingatiku di jantungnya dalam keadaan menyembunyikan itu ciptaan-Ku, maka Aku mengingatinya dengan rahmat-Ku dan pahala-Ku dalam keadaan menyembunyikan itu dari makhluk-Ku sehingga seseorang daripadanya tidak nampak padanya". [Šarḥ Ṣoḥiḥ al-Buẖōriyy. jilid 10, m/s 430, keluaran Maktabah ar-Rušd, ar-Riyāḍ, tahqiq Abū Tamīm Yāsir bin Ibrōhīm].

Abū al-Muẓoffar aš-Šaybāniyy berkata :

وقوله: (وإن ذكرني في نفسه)، يدل على أن الذكر في النفس خير من الذكر في الناس؛ لأن من يذكر الله في نفسه خير ممن يذكر الله في ملأ

Firman-Nya: "Jika dia mengingati-Ku secara sendiriannya" menunjukkan bahawa zikir secara sendirian lebih baik zikir pada orang ramai kerana sesiapa yang berzikir kepada Allah secara senciriannya lebih daripada orang yang berzikir kepada Allah pada keramaian. [Al-Ifṣōḥ *An Ma*ānī aṣ-Ṣiḥāḥ, jilid 6, m/s 47, keluaran Dār al-Waṭon, tahqiq Fu^ād *Abdul Mun*im Aḥmad].

Al-Bayḍōwiyy berkata :

 " فإن ذكرني في نفسه" أي: سرا وخفية, إخلاصا وتجنبا عن الرياء " ذكرته في نفسي " أي: أسر بثوابه على منوال عمله, وأتولى بنفسي إثابته لا أكله إلى أحد من خلقي

"<Jika dia mengingati-Ku secara sendiriannya}, iaitu dalam keadaan rahsia dan sembunyi secara ikhlas dan menjauhi daripada riyak, <Maka, Aku mengingatinya secara sendirian-Ku>, iaitu merahsiakan pahalanya pada arah amalannya dan Aku sendiri mengelola pemberian pahalanya yang aku tidak mewakilkannya kepada seseorang dari ciptaan-Ku". [Tuḥfah al-Abrōr Šarḥ Maṣōbīḥ as-Sunnah, jilid 2, m/s 14, keluaran Wizāroh al-Awqōf Wa aš-Šu^ūn al-Islāmiyyah].

Al-Ḥusayn bin Maḥmūd al-Muẓhiriyy berkata :

"فإن ذكرني في نفسِهِ"؛ أي: في السرِّ. "ذكرته في نفسي"؛ أي: أوجبت له، وأثبتُّ له الثوابَ بحيث لا يعلمُ أحدٌ من الملائكة.

"<Jika dia mengingati-Ku secara sendiriannya>, iaitu secara rahsia, <Maka, Aku mengingatinya secara sendirian-Ku>, iaitu Aku mewajibkan untuknya dan Aku menganugerahkannya pahala dengan arah yang tidak seseorang daripada malaikat mengetahuinya". [ِAl-Mafātīḥ Fī Šarḥ al-Maṣōbīḥ, jilid 3, m/s 134, keluaran Dār an-Nawādir].

Zakariyyā al-Anṣōriyy berkata :

(في نفسه) أي: سرًّا. (ذكرته) أي: بالثواب والرحمة. (في نفسي) أي: سرًّا.

"<Pada sendiriannya>, iaitu secara rahsia, <Maka, Aku mengingatinya>, iaitu dengan pahala dan rahmat <secara sendirian-Ku>, iaitu secara rahsia". [Miḥnah al-Bārī Bi Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, jilid 10, m/s 345, keluaran Maktabah ar-Rušd Li an-Našr Wa at-Tawzī*, ar-Riyāḍ, tahqiq Sulaymān bin Duroy* al-*Āzimiyy].

Jalāluddīn as-Suyūṭiyy berkata :

(فإن ذكرني في نفسه ذكرته في نفسي) أي: إن ذكرني بالتنزيه والتقديس سرًّا ذكرته بالثواب والرحمة سرًّا.

"Jika dia mengingati-Ku secara sendiriannya, maka Aku mengingatinya secara sendirian-Ku", iaitu jika dia mengingatiku dengan tanzih dan penyucian secara rahsia, maka Aku mengingatinya dengan pahala dan rahmat secara rahsia. [At-Tawšiḥ Šarḥ al-Jāmi* aṣ-Ṣoḥīḥ, jilid 9, m/s 4279, keluaran Maktabah ar-Rušd, ar-Riyāḍ, tahqiq Riḍwān Jāmi* Riḍwān].

Penafsiran ini adalah benar kerana ia menepati konteks ayat yang sesudahnya bahawa jika seseorang itu mengingati dalam khayalak ramai, maka Allah akan mengingati-Nya dalam kalangan yang lebih baik daripada mereka. Oleh itu, mereka tidak ada ruang untuk berhujah dengan hadis ini.

Ulama Yang Mengisbatkan Huruf Dan Suara Bagi Kalam Allah

Sudah tentu, pendapat ini adalah yang dipegang oleh tokoh ilmuan yang agung dan ia berasaskan hujah yang kukuh sepertimana yang telah dibentangkan tadi. Untuk menguatkan lagi pegangan kepada jalan yang ditujui dan membatalkan segala keresahan terhadap pandangan ini, lebih elok kita paparkan beberapa nukilan ahli ilmu tentangnya.

Pertama, H̱olaf bin H̱olīfah berkata :

عَنْ وَائِلِ بْنِ دَاوُدَ فِي قَوْلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ {وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى تَكْلِيمًا} [النساء: 164] قَالَ: «مُشَافَهَةً مِرَارًا»

Wā^il bin Dāwud pada firman Allah *Azza Wa Jalla: {Allah berbicara dengan Mūsā dengan perbicaraan yang jelas} [Surah an-Nisā^ ayat 165], dia berkata: "Berdialog bicara berulang kali". [As-Sunnah, karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 1, m/s 285, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammad bin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

Kedua, *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal berkata :

سَأَلْتُ أَبِي رَحِمَهُ اللَّهُ عَنْ قَوْمٍ، يَقُولُونَ: لَمَّا كَلَّمَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مُوسَى لَمْ يَتَكَلَّمْ بِصَوْتٍ فَقَالَ أَبِي: «بَلَى إِنَّ رَبَّكَ عَزَّ وَجَلَّ تَكَلَّمَ بِصَوْتٍ هَذِهِ الْأَحَادِيثُ نَرْوِيهَا كَمَا جَاءَتْ». وَقَالَ أَبِي رَحِمَهُ اللَّهُ: «حَدِيثُ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ» إِذَا تَكَلَّمَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ سُمِعَ لَهُ صَوْتٌ كَجَرِّ السِّلْسِلَةِ عَلَى الصَّفْوَانِ " قَالَ أَبِي: وَهَذَا الْجَهْمِيَّةُ تُنْكِرُهُ وَقَالَ أَبِي: هَؤُلَاءِ كُفَّارٌ يُرِيدُونَ أَنْ يُمَوِّهُوا عَلَى النَّاسِ، مَنْ زَعَمَ أَنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَمْ يَتَكَلَّمْ فَهُوَ كَافِرٌ، أَلَا إِنَّا نَرْوِي هَذِهِ الْأَحَادِيثَ كَمَا جَاءَتْ.

Aku bertanya kepada ayahku -roḥimahullah-tentang suatu kaum yang berkata: "Ketikamana Allah *Azza Wa Jalla berbicara dengan Mūsā, Dia tidak berbicara dengan suara". Ayahku berkata: "Bahkan sesungguhnya tuhanmu *Azza Wa Jalla berbicara dengan suara. Hadis-hadis ini kami riwayatkannya sepertimana ia datang". Ayahku -roḥimahullah- berkata: "Hadis Ibn Mas*ūd -roḍiyallahu *anh-: Apabila Allah *Azza Wa Jalla berbicara, didengar suara-Nya seperti tarikan rantaian atas batu besar yang halus". Ayahku berkata: "Ini adalah Jahmiyyah yang mengingkarinya". Ayahku berkata: "Mereka semua ini kafir yang berkehendak memperdayakan orang ramai. Sesiapa yang mendakwa Allah *Azza Wa Jalla tidak berbicara, maka dia kafir. Ingatlah! Sesungguhnya kami meriwayatkan hadis-hadis ini sepertimana ia datang". [As-Sunnah, karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal, jilid 1, m/s 280-281, keluaran Dār Ibn al-Qoyyim, tahqiq Muḥammadbin Sa*īd bin Sālim al-Qoḥṭōniyy].

Ketiga, al-Buẖōriyy berkata :

وَفِي هَذَا دَلِيلٌ أَنَّ صَوْتَ اللَّهِ لَا يُشْبِهُ أَصْوَاتَ الْخَلْقِ، لِأَنَّ صَوْتَ اللَّهِ جَلَّ ذِكْرُهُ يُسْمَعُ مِنْ بُعْدٍ كَمَا يُسْمَعُ مِنْ قُرْبِ، وَأَنَّ الْمَلَائِكَةَ يُصْعَقُونَ مِنْ صَوْتِهِ، فَإِذَا تَنَادَى الْمَلَائِكَةُ لَمْ يُصْعَقُوا، وَقَالَ عَزَّ وَجَلَّ: {فَلَا تَجْعَلُوا لِلِّهِ أَنْدَادًا} [البقرة: 22] فَلَيْسَ لِصِفَةِ اللَّهِ نِدٌّ، وَلَا مِثْلٌ، وَلَا يوجدُ شَيْءٌ مِنْ صِفَاتِهِ فِي الْمَخْلُوقِينَ "

"Pada ini adalah dalil bahawasanya suara Allah tidak menyerupai suara-suara makhluk kerana suara Allah -Maha Agung penyebutan-Nya- didengari dari jauh sepertimana didengari dari dekat. Sesungguhnya para malaikat dipengsankan kerana suara-Nya. Apabila para malaikat saling menyeru, tidak memengsankan. Dia *Azza Wa Jalla berfirman: {Janganlah kalian menjadikan persamaan kepada Allah} [Surah al-Baqoroh ayat 22]. Tidak ada persamaan dan penyerupaan serta tidak didapati sesuatu dari sifat-Nya pada para makhluk". [H̱olq Af*āl al-*Ibād, m/s 98, keluaran Dār al-Ma*āif as-Su*ūdiyyah, ar-Riyāḍ, tahqiq *Abdul Roḥmān *Umayroh].

Keempat, Abū Sa*īd ad-Dārimiyy berkata :

فَقَدْ أَدْرَكَ مِنْهُ مُوسَى فِي الدُّنْيَا الصَّوْتَ، وَالكَلَامَ، وَهُوَ مِنْ أَعْظَمِ الحَوَاسِّ، قَالَ الله تَعَالَى: {وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى تَكْلِيمًا} [النساء: 164].

Mūsā telah mendengar suara dan kalam melaluinya di dunia dan ia adalah sebesar-besar capaian pancaindera. Allah Ta*ālā berfirman: {Benar-benar Allah berbicara dengan Mūsā}. [Surah an-Nisā^ ayat 164]. [Naqḍ al-Imām Abī Sa*īd *Uṯmān Ibn Sa*īd ad-Dārimiyy *Alā al-Marīsiyy al-Jahmiyy al-*Anīd Fī Mā Iftarō *Alā Allah *Azza Wa Jalla Min at-Tawḥīd, m/s 160, keluaran al-Maktabah al-Islāmiyyah Li an-Našr Wa at-Tawzī*, tahqiq Abū *Āṣim aš-Šawāmiyy al-Aṯariyy].

Kelima, Ibn Abū *Āṣim pernah membuat satu bab yang berjudul :

بَابُ ذِكْرِ الْكَلَامِ وَالصَّوْتِ وَالشَّخْصِ وَغَيْرِ ذَلِكَ

"Bab Penyebutan Kalam, Suara, Kedirian Dan Selain Itu". [As-Sunnah, jilid 1, m/s 255, keluaran al-Maktab al-Islāmiyy, Beirut].

Mungkin ada yang tertanya, mengapa para salaf terdahulu tidak terang-terangan menyebutkan pengisbatan huruf bagi kalam Allah. Saya katakan, ini kerana telah jelas makna kalam itu sendiri di sisi bahasa Arab sehingga tidak perlu lagi menyebutkannya. Samalah juga seperti penambahan dengan zat-Nya bagi sifat-sifat Allah yang lain seperti mendengar, melihat dan lain-lain. Sememangnya tidak perlu disebutkan kerana semua itu adalah yang disandarkan kepada zat dan perbuatan mendengar, melihat dan lain-lain adalah dari zat-Nya juga sehingga tidak perlu lagi menyebutkan "mendengar dengan zat-Nya" atau seumpamanya.

Keenam, Abū Naṣr as-Sijziyy pernah menulis risalah khas dalam membantah orang yang mengingkari kalam Allah itu bersuara dan berhuruf yang berjudul Risālah as-Sijziyy Ilā Ahl Zabīd Fī ar-Rodd Man Ankaro al-Ḥarf Wa aṣ-Ṣowt. Pun begitu, karya ini juga memuatkan isu-isu lain yang dia berselisih dengan aliran al-Aš*ariyy.

Ketujuh, Abū al-Qōsim al-Aṣbahāniyy berkata :

فصل الدَّلِيل عَلَى أَن الْقُرْآن منزل. وَهُوَ مَا يقرأه الْقَارئ خلافًا لمن يَقُول كَلَام الله لَيْسَ بمنزل، وَلَا حرف، وَلَا صَوت. فَإِن قيل: الْمُتَكَلّم بِحرف وَصَوت يحْتَاج إِلَى أدوات الْكَلَام، فَقل: عدم أَدَاة الْكَلَام لَا يمْنَع من ثُبُوت الْكَلَام، كَمَا أَن عدم آلَة الْعلم لَا يمْنَع من ثُبُوت الْعلم. دَلِيل أهل السّنة: قَوْله تَعَالَى {حَتَّى يَسْمَعَ كَلَام الله} والمسموع إِنَّمَا هُوَ الْحَرْف وَالصَّوْت، لِأَن الْمَعْنى: لَا يسمع، بل يفهم. يُقَال فِي اللُّغَة: سَمِعت الْكَلَام وفهمت الْمَعْنى، فَلَمَّا قَالَ: حَتَّى يسمع: دلّ أَنه حرف وَصَوت.

Fasal tentang dalil bahawa al-Qur^ān itu diturunkan dan ia adalah apa yang para pembaca yang membacanya dalam keadaan menyalahi terhadap orang yang berkata bahawa kalam Allah bukan yang diturunkan dan tidak berhuruf serta tidak bersuara. Jika dikatakan: "Yang berbicara dengan huruf dan suara berhajat kepada saluran-saluran kalam". Maka, katakanlah: "Ketiadaan saluran kalam tidak menegah daripada kesabitan sifat kalam sepertimana ketiadaan saluran ilmu tidak menegah daripada kesabitan sifat ilmu". Dalil ahli sunnah adalah firman-Nya Ta*ālā: {Sehingga dia mendengar kalam Allah}. Sebenarnya yang didengar adalah huruf dan suara kerana yang sampai secara makna tidak didengari, tetapi difahami. Dikatakan dalam bahasa: "Aku mendengar kalam dan memahami makna". Sehinggakan dia mampu mendengar adalah dalil bahawa ia adalah huruf dan suara. [Al-Ḥujjah Fī Bayān al-Maḥajjah Wa Šarḥ *Aqīdah Ahl as-Sunnah, karya Abū al-Qōsim Ismā*īl bin Muḥammad jilid 2, m/s 515-516, keluaran Dār ar-Rōyah, Riyāḍ, tahqiq Muḥammad bin Robī* bin Hādī bin *Umayr al-Madẖoliyy].

Kelapan, Abū al-Ma*ālī As*ad bin al-Munjā berkata :

كنت يَوْمًا عِنْد الشَّيْخ أبي الْبَيَان رَحمَه الله تَعَالَى فَجَاءَهُ ابْن تَمِيم الَّذِي يَدعِي الشَّيْخ الْأمين فَقَالَ لَهُ الشَّيْخ بعد كَلَام جرى بَينهمَا وَيحك الْحَنَابِلَة إِذا قيل لَهُم مَا الدَّلِيل على أَن الْقُرْآن بِحرف وَصَوت قَالُوا قَالَ الله كَذَا وَقَالَ رَسُوله كَذَا وسرد الشَّيْخ الْآيَات وَالْأَخْبَار وَأَنْتُم إِذا قيل لكم مَا الدَّلِيل على أَن الْقُرْآن معنى فِي النَّفس قُلْتُمْ قَالَ الأخطل إِن الْكَلَام لفي الْفُؤَاد إيش هَذَا الأخطل نَصْرَانِيّ خَبِيث بنيتم مذهبكم على بَيت شعر من قَوْله وتركتم الْكتاب وَالسّنة 

Dahulu pada suatu hari, aku di sisi Syeikh Abū al-Bayān -roḥimahullah-, lalu datang Ibn Tamīm kepadanya yang dia panggilnya sebagai syeikh yang amanah. Berkata syeikh itu kepadanya selepas berlangsungnya bicara antara kedua-dua mereka: "Malang sekali engkau. Kaum Ḥanābilah apabila dikatakan kepada mereka apa dalil bahawasanya al-Qur^ān itu berhuruf dan bersuara, mereka berkata firman Allah sedemikian dan sabda rasul-Nya sedemikian". Syeikh itu membaca ayat-ayat dan khabar-khabar tentangnya. "Sedangkan kalian apabila dikatakan kepada kalian apa dalil bahawa al-Qur^ān itu adalah makna pada jiwa, kalian berkata bahawa al-Aẖṭol berkata sesungguhnya kalam itu benar-benar di dalam sanubari. Aduhai. Al-Aẖṭol adalah nasrani jijik yang kalian bina mazhab kalian dengan bait syair dari kata-katanya dan kalian meninggalkan al-Kitāb dan sunnah?". [Al-*Uluww Li al-*Aliyy al-Ġoffār, m/s 265-266, keluaran Maktabah Aḍwā^ as-Salaf, tahqiq Abū Muḥammad Ašrof bin *Abdul Maqṣūd].

Kesembilan, *Abdul Ġoniyy bin *Abdul Wāḥid al-Maqdisiyy berkata :

ونعتقد أن الحروف المكتوبة والأصوات المسموعة عين كلام الله عز وجل، لا حكاية ولا عبارة

"Kami beriktikad bahawa huruf yang tertulis dan suara yang didengar adalah kalam Allah *Azza Wa Jalla itu sendiri. Bukan hikayat dan bukannya ibarat". [Al-Iqtiṣōd Fī al-I*tiqōd, m/s 140, keluaran Maktabah al-*Ulum Wa al-Ḥikam, al-Madīnah al-Munawwaroh, tahqiq Aḥmad bin *Aṭiyyah bin *Aliyy al-Ġōmidiyy].

Katanya lagi :

فمن لم يقل إن هذه الأحرف عين كلام الله عز وجل فقد مرق من الدين، وخرج عن جملة المسلمين، ومن أنكر أن يكون حروفاً فقد كابر العيان وأتى بالبهتان

"Sesiapa yang tidak berkata bahawasanya huruf-huruf bukan adalah kalam Allah *Azza Wa Jalla itu sendiri, maka dia telah gugur dari agamanya dan keluar daripada sekalian para Muslim. Sesiapa yang mengingkari bahawa ia adalah huruf, maka dia telah membesar ketololannya dan membawakan fitnah". [Al-Iqtiṣōd Fī al-I*tiqōd, m/s 141, keluaran Maktabah al-*Ulum Wa al-Ḥikam, al-Madīnah al-Munawwaroh, tahqiq Aḥmad bin *Aṭiyyah bin *Aliyy al-Ġōmidiyy].

Katanya lagi :

وقول القائل: بأن الحرف والصوت لا يكون إلا من مخارج باطل ومحال. قال الله عز وجل: {يَوْمَ نَقُولُ لِجَهَنَّمَ هَلِ امْتَلأْتِ وَتَقُولُ هَلْ مِنْ مَزِيدٍ}. وكذلك قال [عز وجل] إخباراً عن السماء والأرض أنهما {قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ}. فحصل القول من غير مخارج ولا أدوات. 

Kata-kata seseorang: "Bahawasanya huruf dan huara tidak terjadi melainkan melalui tempat keluar" adalah batil dan mustahil. Allah *Azza Wa Jalla berfirman: {Hari yang kami berkata kepada Jahannam: "Adakah sudah penuh?". Ia berkata: "Apakah ada tambahan lagi?"}. Sedemikian juga firman-Nya *Azza Wa Jalla yang mengkhabarkan tentang langit dan bumi bahawasanya kedua-duanya berkata: {Kami datang dengan taat}. Maka, terjadilan kata-kata tanpa tempat keluar dan saluran. [Al-Iqtiṣōd Fī al-I*tiqōd, m/s 149, keluaran Maktabah al-*Ulum Wa al-Ḥikam, al-Madīnah al-Munawwaroh, tahqiq Aḥmad bin *Aṭiyyah bin *Aliyy al-Ġōmidiyy].

Kesepuluh, Ibn Qudāmah berkata :

كلام الله بحرف وصوت مسموع

"Kalam Allah adalah dengan huruf dan suara yang didengar". [Lum*ah al-I*tiqōd al-Hādī Ilā Sabīl ar-Rošād, m/s 88, keluaran ad-Dār as-Salafiyyah].

Kesebelas, Ibn Rojab al-Ḥanbaliyy berkata :

وَأَمَّا إنكار إثبات الصوت عَنِ الإِمام الَّذِي ينتمي إِلَيْهِ الحافظ، فمن أعجب العجب، وكلامه فِي إثبات الصوت كثير جدا.

"Adapun pengingkaran isbat suara daripada imam yang mengunggul gelaran al-Ḥāfiẓ kepadanya, maka ia antara yang paling menghairankan, sedangkan kalamnya pada isbat suara sangat banya". [Dāyl Ṭobāqot al-Ḥanābilah, jilid 3, m/s 35, keluaran Maktabah al-*Ubīkān, ar-Riyāḍ, keluaran *Abdul Roḥmān bin Sulaymān al-*Uṯaymīn].

Al-Qur^ān : Makhluk Ataupun Tidak

Semua dari kalangan ahli sunnah sepakat bahawa kalam Allah bukan makhluk dan ia adalah sifat-Nya yang qadim yang berdiri pada zat-Nya tanpa permulaan dan tidak akan binasa. Akan tetapi, timbul satu lagi polemik yang datang bersamaan adalah sama ada al-Qur^ān itu kalam Allah atau selain-Nya.

Polemik kedudukan al-Qur^ān sama ada ia adalah kalam Allah atau makhluk menjadi pergulatan yang besar sehingga menjadi pemisah nyata antara dua aliran, iaitu ahli sunnah dan Jahmiyyah, seterusnya Muktazilah. Kemudian, polemik ini disambung pula episodnya antara Ḥanābilah dan al-Aš*ariyy, tetapi terasnya bukan sifat kalam Allah itu sendiri, tetapi penisbahan al-Qur^ān sebagai kalam Allah secara zat atau secara sandaran semata-mata.

Pada hemat saya, al-Qur^ān boleh dikatakan sebagai kalam Allah atau makhluk boleh disandarkan mengikut konteks. Kalam ulama yang menetapkan bahawa al-Qur^ān adalah kalam Allah sudah pun terabadi dalam banyak karya penulisan. Manakala, al-Qur^ān adalah makhluk, maka ia adalah daripada kalangan mereka yang beraliran Al-aš*ariyy. Šihābuddīn ar-Romliyy :

(كَلَامه كوصفه الْقَدِيم) أى كَلَام الله تَعَالَى النَّفْسِيّ صفة قديمَة كَبَقِيَّة صِفَاته الْقَدِيمَة بِحرف وَلَا صَوت لِأَنَّهُمَا عرضان حادثان ويستحيل اتصاف الْقَدِيم بالحادث وَهَذَا مَذْهَب أهل الْحق وَقد ذكر الْإِنْسَان فِي ثَمَانِيَة وَعشْرين موضعا وَقَالَ إِنَّه مَخْلُوق وَذكر الْقُرْآن فِي أَرْبَعَة وَخمسين موضعا وَلم يقل إِنَّه مَخْلُوق وَلما جمع بَينهمَا نبه على ذَلِك فَقَالَ {الرَّحْمَن علم الْقُرْآن خلق الْإِنْسَان علمه الْبَيَان} ثمَّ تَارَة يدل عَلَيْهِ بالعبارة وَتارَة يدل عَلَيْهِ بِالْكِتَابَةِ فَإِذا عبر عَنهُ بِالْعَرَبِيَّةِ كَانَ قُرْآنًا وبالعبرانية فتوارة وبالسريانية فإنجيل كَمَا إِذا ذكر الله تَعَالَى بلغات مُخْتَلفَة فالمسمى وَاحِد وَإِن كَانَت اللُّغَات مُخْتَلفَة أما الْعبارَات الدَّالَّة عَلَيْهِ فمخلوق حَادِثَة لَكِن امْتنع الْعلمَاء من إِطْلَاق الْخلق والحدوث عَلَيْهَا إِذا سميت قُرْآنًا لما فِيهِ من الْإِيهَام

<Kalamnya adalah seperti penyifatan-Nya yang qadim>, iaitu kalam Allah Ta*ālā yang nafsi adalah sifat yang qadim sepertimana berbaki sifat-sifatNya yang qadim yang lain tanpa huruf dan suara kerana kedua-dua itu adalah aradh yang baharu dan mustahil disifatkan yang qadim dengan baharu. Ini adalah mazhab ahli kebenaran. Dia menyebutkan perkataan "al-Insān" di dua puluh lapan tempat dan Dia berkata bahawanya ia adalah makhluk. Dia menyebutkan perkataan "al-Qur^ān" pada lima puluh empat tempat, tetapi Dia tidak berkata bahawa ia adalah makhluk. Ketikamana dikumpulkan antara kedua-duanya, Dia memperlihatkan hal itu. Dia berfirman: {Yang Maha Pengasih. Dia mengajarkan al-Qur^ān. Dia menciptakan manusia. Dia mengajarkan al-Bayān}. Kemudian, kadangkala ia menunjukkan ibarat padanya dan kadangkala ia menunjukkan penulisan padanya. Apabila Dia mengibaratkan daripadanya dengan bahasa Arab, maka ia dipanggil al-Qur^ān. Dengan bahasa Ibrani, ia dipanggil Taurat. Dengan bahasa Suryani, ia dipanggil Injil sepertimana apabila Allah Ta*ālā menyebutkan dengan bahasa yang pelbagai, lalu yang dinamakannya dengan satu walaupun bahasanya pelbagai. Adapun, ibarat yang menunjukkan kepadanya, maka ia adalah makhluk yang baharu, tetapi para ulama menegah daripada mengitlakkannya kepada makhluk dan baharu terhadapnya apabila dinamakan al-Qur^ān kerana apa yang ada di dalamnya adalah berupa ilham. [Ġōyah al-Bayān Šarh Zubad Ibn Ruslān, m/s 11, keluaran Dār al-Ma*rifah, Beirut].

Al-Bayjūriyy berkata :

ومذهب أهل السنة أن القرآن بمعنى الكلام النفسي ليس بمخلوق. وأما القرآن بمعنى اللفظ الذي نقرؤه فهو مخلوق، لكن يمتنع أن يقال القرآن مخلوق ويراد به اللفظ الذي نقرؤه إلا في مقام التعليم لأنه ربما أوهم أن القرآن بمعنى كلامه تعالى مخلو.ق ولذلك امتنعت الأئمة من القول بخلق القرآن

"Mazhab ahli sunnah adalah bahawasanya al-Qur^ān dengan makna kalam nafsi bukanlah makhluk. Adapun, al-Qur^ān dengan makna lafaz yang kita membacanya, maka ia adalah makhluk. Akan tetapi, ditegah untuk dikatakan al-Qur^ān adalah makhluk dan dimaksudkan padanya adalah lafaz yang kita membacanya kecuali pada tempat pembelajaran kerana itu kadangkala menyebabkan penimbulan kekeliruan bahawa al-Qur^ān dengan makna kalam-Nya Ta*ālā makhluk. Kerana itulah para umat menegah daripada berkata dengan kemakhlukan al-Qur^ān". [Tuḥfah al-Mazīd *Alā Jawharoh at-Tawḥīd, m/s 160, keluaran Dār as-Salām Li aṭ-Ṭobā*ah Wa an-Našr Wa at-Tawzī*].

Di sinilah, tempat pertikaian antara Ḥanābilah dan al-Aš*ariyy. Sama ada penyebutan al-Qur^ān itu kalam Allah adalah hakikat atau penyandaran semata-mata.

Al-Qur^ān boleh disebutkan sebagai kalam Allah dengan konteks bahawa kandungan susunan dari awal surah sehingga akhir surah dan dari awal huruf, iaitu al-Bā^ sehingga akhir huruf, as-Sīn adalah kalam Allah. Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diingkari sama sekali bagi yang berakal sihat.

Ini sama seperti seseorang berkata: "Bacakan kepada saya kalam Abraham Lincoln". Maka, kandungan teks ucapan di dalam buku dari awal perkataan sehingga akhir perkataan yang tersusun adalah kata-katanya atau kalamnya. Walaupun kalam itu asalnya adalah ucapannya di pentas, tetapi ia dizahirkan dan disampaikan melalui penulisan atau pembacaan secara oral dari orang lain. Dengan kata lain, kita tetap akan mengatakan seseorang itu membaca kalam Abraham Lincoln walaupun yang membacanya adalah orang lain dan kandungannya terlekat pada penulisan kerana Abraham Lincoln menyebutkan kalimah tersebut dengan susunan sebegitu dari awal sehingga akhir.

Walau apapun, yang penting adalah kita mengetahui bahawa setiap patah perkataan yang tersusun dari awal perkataan sehingga akhir perkataan itu adalah kalamnya. Ia pada kandungannya, bukan penulisan yang terlekat pada kertas atau getaran suara dari lidah pembaca secara oral. Maka, sedemikian juga kalam Allah.

Akan tetapi, aliran al-Aš*ariyy hakikatnya tidak mengatakan bahawa kandungan susunan dari awal surah sehingga akhir surah dan dari awal huruf, iaitu al-Bā^ sehingga akhir huruf, as-Sīn adalah kalam Allah memandangkan mereka berpegang kepada kalam Allah itu tidak berhuruf dan bersuara. Pada mereka susunan huruf semua itu adalah sekadar petunjuk kepada makna bagi kalam Allah yang sebenarnya. Ini kerana mereka membezakan antara kalam nafsi dan kalam lafzi. 

Kalam nafsi adalah sifat kalam yang qadim yang berdiri pada zat-Nya yang tidak berhuruf dan tidak bersuara. Manakala, kalam lafzi pula adalah kalam yang berhuruf dan bersuara yang berada pada dimensi makhluk. Fāhruddīn ar-Rōziyy berkata :

السُّؤَالُ الثَّالِثُ: أَنَّ الْمُعْتَزِلَةَ تَمَسَّكُوا بِهَذِهِ الْآيَةِ عَلَى أَنَّ الْقُرْآنَ مَخْلُوقٌ، قَالُوا: إِنَّهُ عَلَيْهِ السَّلَامُ تَحَدَّى الْعَرَبَ بِالْقُرْآنِ، وَالْمُرَادُ مِنَ التَّحَدِّي: أَنَّهُ طَلَبَ مِنْهُمُ الْإِتْيَانَ بِمِثْلِهِ، فَإِذَا عَجَزُوا عَنْهُ ظَهَرَ كَوْنُهُ حُجَّةً مِنْ عِنْدِ اللَّه عَلَى صِدْقِهِ، وَهَذَا إِنَّمَا يُمْكِنُ لَوْ كَانَ الْإِتْيَانُ بِمِثْلِهِ صَحِيحَ الْوُجُودِ فِي الْجُمْلَةِ وَلَوْ كَانَ قَدِيمًا لَكَانَ الْإِتْيَانُ بِمِثْلِ الْقَدِيمِ مُحَالًا فِي نَفْسِ الْأَمْرِ، فَوَجَبَ أَنْ لَا يَصِحَّ التَّحَدِّي. وَالْجَوَابُ: أَنَّ الْقُرْآنَ اسْمٌ يُقَالُ بِالِاشْتِرَاكِ عَلَى الصِّفَةِ الْقَدِيمَةِ الْقَائِمَةِ بِذَاتِ اللَّه تَعَالَى، وَعَلَى هَذِهِ الْحُرُوفِ وَالْأَصْوَاتِ، وَلَا نِزَاعَ فِي أَنَّ الْكَلِمَاتِ الْمُرَكَّبَةَ مِنْ هَذِهِ الْحُرُوفِ وَالْأَصْوَاتِ مُحْدَثَةٌ مَخْلُوقَةٌ، وَالتَّحَدِّي إِنَّمَا وَقَعَ بِهَا لَا بِالصِّفَةِ الْقَدِيمَةِ.

Soalan ketiga bahawasanya Muktazilah berpegang teguh dengan ayat ini bahawa al-Qur^ān adalah makhluk. Mereka berkata: "Sesungguhnya baginda -*alayhissalām- mencabar orang Arab dengan al-Qur^ān". Yang dimaksudkan daripada cabaran adalah bahawa baginda menuntut mereka untuk mendatangkan yang semisalnya. Apabila mereka lemah terhadapnya, nyatalah keadaannya sebagai hujah daripada Allah atas kebenarannya. Ini sebenarnya dimungkinkan kalau pembawaan semisalnya adalah yang valid kewujudannya pada keseluruhannya. Kalaulah ia adalah qadim, pasti pembawaan semisal yang qadim adalah mustahil pada perkara itu sendiri Lantas, ia memestikan tidak valid cabaran itu. Jawapannya adalah bahawasanya al-Qur^ān adalah nama yang dipanggil dengan perkongsian pada sifat qadim yang berdiri pada zat Allah Ta*ālā dan pada huruf-huruf dan suara-suara ini. Tidak ada pertikaian pada kalimah-kalimah yang tersusun daripada huruf-huruf dan suara-suara ini adalah baharu lagi makhluk lagi. Yang tercabar sebenarnya terjadi padannya, bukan sifat yang qadim. [Mafātīḥ al-Ġoyb, jilid 17, m/s 254, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut].

Abū al-Ma*ālī al-Juwayniyy berkata :

فإن قالوا: الكلام حروف منتظمة، وأصوات متقطعة، فلا وجه لثبوت التكلم، صادراً عن النفس؛ وهذا الذي ذكروه تعويل منهم على ما تقرر الفراغ من إبطاله، إذ قد أثبتنا كلاماً قائما بالنفس، ليس من قبيل الحروف والأصوات والألحان والنغمات. فهذا القدر مقصدنا من تقديم هذه الطّلبات. واعلموا بعدها أن الكلام مع المعتزلة، وسائر المخالفين في هذه المسألة، يتعلق بالنفي والإثبات، فإن ما أثبتوه وقدروه كلاماً، فهو في نفسه ثابت، وقولهم: إنه كلام الله تعالى، إذ ردّ إلى التحصيل آل الكلام إلى اللغات والتسميات؛ فإن معنى قولهم: "هذه العبارات كلام الله" أنها خلقه، ونحن لا ننكر أنها خلق الله، ولكن نمتنع من تسمية خالق الكلام متكلماً به؛ فقد أطبقنا على المعنى، وتنازعنا بعد الاتفاق في تسميته. والكلام الذي يقضي أهل الحق بقدمه، هو الكلام القائم بالنفس، والمخالفون ينكرون أصله ولا يثبتونه، فتنازعوا بعد إثباته في حدثه أو قدمه.

Jika mereka berkata: "Kalam itu adalah huruf yang tersusun dan suara-suara yang terpotong-potong, maka tidak ada ruang untuk kesabitan sifat bicara dalam keadaan terbit daripada diri itu". Yang mereka menyebutkannya ini adalah pergantungan daripada mereka atas apa yang telah menjadi ketetapan kekosongan daripada pembatannya memandangkan kami telah menyabitkan kalam yang berdiri dengan diri itu, bukan dari sudut huruf-huruf, suara-suara, lenggok-lenggok dan rima. Kadar ini adalah yang tempat tujuan kami dari pengemukaan maksud topik ini. Ketahuilah kalian selepasnya adalah bicara bersama Muktazilah dan sekalian penyelisihi dalam permasalahan ini yang berkaitan dengan nafi dan isbat. Ini kerana apa yang mereka mengisbatkannya dan menetapkannya sebagai kalam, maka ia adalah pada dirinya yang sabit. Kata-kata mereka: "Sesungguhnya ia adalah kalam Allah Ta*ālā" memandangkan ia mempertautkan kepada perolehan terhadap alat-alat kalam pada kepada bahasa-bahasa dan penamaan-penamaan. Sesungguhnya makna kata-kata mereka: "Ibarat ini adalah kalam Allah" bahawa ia adalah yang Dia menciptakannya. Sedangkan kami tidak mengingkari bahawa ia adalah ciptaan Allah. Akan tetapi, kami ditegah daripada penamaan pencipta kalam sebagai yang berbicara dengannya. Kami telah mempunyai persamaan pada makna itu dan kami saling bertikaian selepas kesepakatan dalam penamaannya. Kalam yang dihukumkan ahli kebenaran pada qidamnya adalah kalam yang berdiri pada diri itu. Yang menyelishi mengingkari keasliannya dan tidak mengisbatkannya, lalu mereka saling bertikaian selepas isbatnya pada baharunya atau qidamnya. [Al-Iršād Ilā Qowāṭi* al-Adillah Ilā Uṣūl al-I*tiqōd, m/s 106, keluaran Maktabah aṯ-Ṯaqōfah ad-Dīniyyah, tahqiq Aḥmad *Abdul Rōḥim as-Sāyiḥ dan Tawfīq *Aliyy Rohbah].

*Aḍuddīn al-Ījiyy berkata :

القياس الأول وهي أن كلامه تعالى صفة له وهذا الذي قاله المعتزلة لا ننكره نحن بل نقول به ونسميه كلاما لفظيا ونعترف بحدوثه وعدم قيامه بذاته تعالى لكنا نثبت أمرا وراء ذلك وهو المعنى القائم بالنفس الذي يعبر عنه بالألفاظ  ونقول هو الكلام حقيقة وهو قديم قائم بذاته تعالى فنمنع صغرى القياس الثاني ونزعم أنه غير العبارات إذ قد تختلف العبارات بالأزمنة والأمكنة والأقوام ولا يختلف ذلك المعنى النفسي بل نقول ليس تنحصر الدلالة عليه في الألفاظ إذ قد يدل عليه بالإشارة والكتابة كما يدل عليه بالعبارة والطلب الذي هو معنى قائم بالنفس واحد لا يتغير مع تغير العبارات  ولا يختلف باختلاف الدلالات وغير المتغير غير المتغير أي ما ليس متغيرا وهو المعنى النفسي مغاير للمتغير الذي هو العبارات.

"Qiyas yang pertama dan ia adalah bahawasanya kalam-Nya Ta*ālā adalah sifat bagi-Nya. Inilah yang Muktazilah mengatakannya. Kami tidak mengingkarinya, bahkan kami menamakannya sebagai kalam lafzi dan kami mengiktiraf kebaharuannya dan ketiadaan beridrinya dengna zat-Nya Ta*ālā. Akan tetapi, kami mengisbatkan suatu perkara di sebalik itu. Ia adalah makna yang berdiri dengan diri itu yang diungkapkan daripadanya dengan lafaz-lafaz. Kami berkata ia adalah kalam secara hakikat dan ia adalah qadim yang berdiri dengan zat-Nya Ta*ālā. Lalu, kami menegah premis pertama bagi qiyas yang kedua. Kami mendakwa bahawa ia bukan ibarat-ibarat memandangkan ibarat-ibarat berubah dengan setiap zaman, tempat dan kaum, sedangkan makna nafsi itu tidak berubah. Bahkan, kami berkata bahawa petunjuk-petunjuk terhadapnya tidaklah terhad pada lafaz-lafaz sahaja memandangkan ia menunjukkan kepadanya dengan isyarat dan penulisan sepertimana ia menunjukkan kepadanya dengan ibarat. Yang dimaksudkan yang ia adalah makna yang berdiri pada diri itu adalah sama tidak berubah meski berubah ibarat-ibarat dan tidak ia saling berbeza dengan perbezaan petunjuk-petunjuk. Ia bukan sesuatu yang menerima perubahan. Sesuatu yang bukan menerima perubahan adalah apa yang tidak mengalami perubahan dan ia adalah makna nafsi yang terpisah dengan yang berubah-rubah yang ia adalah ibarat". [Al-Mawāqif, jilid 3, m/s 135, keluaran Dār al-Jīl, Beirut, tahqiq *Abdul Roḥmān *Umayroh].

*Aḍuddīn al-Ījiyy berkata :

 إذا عرفت هذا الذي قررناه لك فاعلم أن ما تقوله المعتزلة في كلام الله تعالى وهو خلق الأصوات والحروف الدالة على المعاني المقصودة وكونها حادثة قائمة بغير ذاته تعالى فنحن نقول به ولا نزاع بيننا وبينهم في ذلك كما مر آنفا وما نقوله نحن ونثبته من كلام النفس المغاير لسائر الصفات فهم ينكرون ثبوته. ولو سلموه لم ينفوا قدمه الذي ندعيه في كلامه تعالى فصار محل النزاع بيننا وبينهم نفي المعنى النفسي وإثباته فإذن الأدلة الدالة على حدوث الألفاظ.

"Apabila engkau mengenali yang kami memperakuinya ini kepadamu, maka ketahuilah bahawa apa yang Muktazilah mengatakannya pada kalam Allah Ta*ālā dan ia adalah ciptaan suara-suara dan huruf-huruf yang menunjukkan kepada makna-makna yang ditujukan dan keadaannya adalah baharu yang berdiri pada selain zat-Nya Ta*ālā, maka kami berpendapat dengannya dan tidak ada pertikaian antara kita dengan mereka sepertimana yang telah berlalu sebentar tadi. Apa yang kami mengatakannya dan apa yang kami mengisbatkannya adalah dari kalam nafsi yang terasing dari sekalian sifat-sifat itu. Mereka mengingkari kesabitannya. Kalaulah mereka menerimanya, pasti mereka tidak menafikan qidamnya yang kami mendakwanya pada kalam-Nya Ta*ālā, lalu tempat pertikaian antara kita dengan mereka menjadi penafian makna nafsi dan pengisbatannya. Lantas, pengisbatannya, kalau begitu adalah petunjuk-petunjuk yang menunjukkan kebaharuan lafaz-lafaz itu". [Al-Mawāqif, jilid 3, m/s 136, keluaran Dār al-Jīl, Beirut, tahqiq *Abdul Roḥmān *Umayroh].

Muḥammad Sa*īd Romaḍōn al-Būṭiyy berkata :

إذا علمت هذا، فاعلم أنه قد ثبت الكلام لله تعالى بإجماع الأمة، وتواتر النقل عن الأنبياء عليهم الصلاة والسلام، أنه سبحانه وتعالى متكلم مع القطع باستحالة التكلم بدون ثبوت صفة الكلام. وهذا القدر من الإجماع لا خلاف لأحد من المسلمين فيه. ثم إن المعتزلة فسروا هذا الذي أجمع المسلمون على إثباته لله تعالى بأنه أصوات وحروف يخلقهما الله في غيره كاللوح المحفوظ وجبريل، ومن المعلوم أنه حادث وليس بقديم. ثم إنهم لم يثبتوا لله تعالى شيئاً آخر من وراء هذه الأصوات والحروف، تحت اسم: الكلام. أما جماهير المسلمين، أهل السنة والجماعة، فقالوا: إننا لا ننكر هذا الذي تقوله المعتزلة، بل نقول به، ونسميه كلاماً لفظياً ونحن جميعاً متفقون على حدوثه وأنه غير قائم بذاته تعالى، من أجل أنه حادث، ولكنا نثبت أمراً وراء ذلك وهو الصفة القائمة بالنفس والتي يعبَّر عنها بالألفاظ وهي غير حقيقة العلم وغير الإرادة، وإنما هو صفة مهيأة، لأن يخاطب بها الآخرون على وجه الأمر أو النهي أو الإخبار، تدل عليه الألفاظ وهي صفة قديمة قائمة بذاته تعالى، ضرورة استحالة توارد الخواطر وطروء المعاني عليه كما هو شأن الإنسان. وهذا هو المقصود بإسناد الكلام إلى الله تعالى، وبه يفسر ما أجمع عليه المسلمون. وهنا افترق المعتزلة عن الجمهور، إذ إنهم لم ينسبوا إلى الله تعالى صفة قديمة بهذا المعنى اسمها الكلام أو الكلام النفسي. فقد قالوا: إن مدلول العبارات الذي أطلقتم عليه اسم الكلام النفسي، راجع في الحقيقة إلى صفة العلم إن كان هذا المدلول خبراً وراجع إلى صفة الإرادة إن كان أمراً أو نهياً وقد علمت أنهم يرون الإرادة والأمر بمعنى واحد أما العبارات نفسها فألفاظ حادثة مخلوقة من الله، كما اتفقنا جميعاً، فهي ليست صفة لله تعالى ولكنها مخلوق من مخلوقاته، وليس الكلام إلا عبارة عن هذا. إذا تأملت فيما ذكرناه، أدركت النقطة الخلافية بين المعتزلة وأهل السنة والجماعة، وهي: أن هنالك معنى لألفاظ القرآن يتكون منه الأمر والنهي والإخبار المتوجه إلى الناس وهو قديم. فما اسم هذا المعنى؟ المعتزلة: اسمه العلم إذا كان إخباراً، والإرادة إذا كان أمراً أو نهياً. الجمهور: اسمه الكلام النفسي، وهو صفة زائدة على كل من العلم والإرادة، قائمة بذاته تعالى. وأما الكلام الذي هو اللفظ، فاتفقوا على أنه مخلوق وعلى أنه غير قائم بذاته سبحانه، باستثناء أحمد بن حنبل وبعض أتباعه، فقد ذهبوا إلى أن هذه الحروف والأصوات أيضاً قديمة بذاتها، وأنها هي المعنى بصفة الكلام.

Apabila engkau mengetahui ini, maka ketahuilah bahawa telah sabit kalam Allah Ta*ālā dengan ijmak umat dan telah mutawatir penukilan daripada para nabi -*alayhim aṣ-Ṣolāh Wa as-Salām- bahawasanya Dia Subḥānahu Wa Ta*ālā berbicara bersama keyakinan pasti dengan kemustahilan perbicaraan tanpa kesabitan sifat kalam. Kadar ini adalah daripada ijmak tanpa perselisihan dalam kalangan seorang daripada Muslim padanya. Kemudian, sesungguhnya Muktazilah mentafsirkan yang menjadi ijmak kesepakatan kaum Muslim ini pada pengisbatannya kepada Allah Ta*ālā bahawa sesungguhnya ia adalah suara-suara dan huruf-huruf yang Allah menciptakannya pada selainnya seperti Luh Mahfuz dan Jibril. Antara perkara yang maklum adalah bahawa ia adalah baharu, bukan qadim. Kemudian, sesungguhnya mereka tidak mengisbatkan sesuatu yang lain dari sebalik suara-suara-suara dan huruf-huruf ini kepada Allah di bawah nama kalam. 

Adapun jumhur kaum Muslim dan ahli sunnah dan al-Jamā*ah, mereka berkata bahawa kami tidak mengingkari yang Muktazilah katakan ini, bahkan kami mengatakannya dan kami menamakannya sebagai kalam lafzi. Kami secara keseluruhan bersepakat pada kebaharuannya dan bahawasanya ia adalah bukan yang berdiri dengan zat-Nya Ta*ālā dengan sebab ia adalah baharu. Akan tetapi, kami mengisbatkan perkara di balik itu. Ia adalah sifat yang berdiri pada diri itu, yang diungkapkan daripadanya dengan lafaz-lafaz, ia bukan hakikat sifat ilmu, bukan sifat kehendak serta sebenarnya ia adalah sifat yang tersendiri kerana dibicarakan mereka yang lain dengannya atas rupa perintah atau larangan atau perkhabaran yang lafaz-lafaz menunjukkannya dan ia adalah sifat qadim yang berdiri dengan zat-Nya Ta*ālā kerana tidak dapat dielakkan kemustahilan saling beruntun lintasan pemikiran dan kewujudan baharu makna-makna padanya sepertimana keadaan manusia. Ini adalah  yang dimaksudkan dengan penyandaran kalam kepada Allah Ta*ālā. Dengan ini, ia menafsirkan apa yang menjadi kesepakatan kaum Muslim. 

Di sini terdapat perbezaan Muktazilah daripada jumhur memandangkan mereka tidak menisbahkan sifat yang qadim dengan makna ini yang namanya adalah sifat kalam atau kalam nafsi kepada Allah Ta*ālā. Mereka berkata: "Sesungguhnya yang ditunjukkan ibarat-ibarat yang kalian menetapkannya dengan nama kalam nafsi kembali pada hakikat kepeada sifat ilmu jika yang menunjukkan ini adalah perkhabaran dan kembali kepada sifat kehendak jika ia adalah perintah atau larangan". Engkau telah pun mengetahui bahawa mereka berpandangan kehendak dan perintah adalah dengan makna yang sama. Adapun ibarat-ibarat itu sendiri, maka ia adalah lafaz-lafaz yang baharu lagi diciptakan oleh Allah sepertimana kami semua bersepakat. Ia bukanlah sifat Allah Ta*ālā, tetapi ia adalah salah satu makhluk daripada makhluk-makhlukNya. Tidaklah kalam itu melainkan ibarat daripada ini. 

Apabila engkau mengamati pada apa yang kami sebutkannya, engkau akan mendapati titik perselisihan antara Muktazilah dengan ahli sunnah dan al-Jamā*ah. Ia adalah adalah bahawasanya di sana ada makna lafaz-lafaz al-Qur^ān yang terjadi daripadanya perintah, larangan dan perkhabaran yang dikehadapankan pada orang ramai dan ia adalah qadim. Maka apa nama makna ini? Muktazilah berkata namanya adalah ilmu apabila ia perkhabaran dan kehendak apabila ia adalah perintah dan larangan. Jumhur pula mengatakan namanya adalah kalam nafsi dan ia adalah sifat tambahan pada setiap dari sifat ilmu dan sifat kehendak lagi berdiri dengan zat-Nya Ta*ālā. Adapun kalam yang ia adalah lafaz, mereka bersepakat bahawa ia adalah makhluk dan bahawa ia bukan berdiri dengan zat-Nya Subḥānahu bersama pengecualian Aḥmad bin Ḥanbal dan sebahagian pengikutnya. Mereka telah berpandangan bahawa huruf-huruf dan suara-suara ini juga adalah qadim yang berdiri dengan zat-Nya dan bahawasanya ia adalah makna bagi sifat kalam. [Kubrō al-Yaqīniyyāt al-Kawniyyah Wujūd al-H̱ōliq Wa Waẓifah al-Maẖlūq, m/s 125-126, keluaran Dār al-Fikr, Damsyik].

Kemudian, al-Qur^ān menurut mereka adalah ia adalah makna yang yang diciptakan, lalu difahami daripada Jibril -*alayhissalām- atau Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, lalu diterjemahkannya kepada susunan huruf. Al-Bayjūriyy berkata :

قوله: (على اللفظ) أي: على القرآن بمعنى اللفظ المنزل على نبينا صلى الله عليه وسلم المتعبد بتلاوته المتحدى بأقصر سورة منه. والراجح أن المنزل اللفظ والمعنى. وقيل: المنزل المعنى وعبر عنه جبريل بألفاظ من عنده. وقيل المنزل المعنى وعبر عنه النبي بألفاظ من عنده. لكن التحقيق الأول لأن الله خلقه أولا في اللوح المحفوظ، ثم أنزله في صحائف السماء في محل يقال له بيت العزة في ليلة القدر كما قال تعالى: {إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ} [القدر : ١]، ثم أنزله على النبي صلى الله عليه وسلم مفرقا بحسب الوقائع.

Katanya: <Atas lafaz>, iaitu al-Qur^ān dengan makna lafaz yang diturunkan kepada Nabi kita -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang dikira ibadah dengan membacanya yang dicabar dengan paling sedikit surah daripadanya. Yang rajih adalah bahawa yang diturunkan adalah lafaz dan makna. Dikatakan bahawa yang diturunkan adalah makna dan Jibril mengungkapkan daripadanya dengan lafaz-lafaz dari sisinya. Dikatakan bahawa yang diturunkan adalah makna dan Nabi mengungkapkan daripadanya dengan lafaz-lafaz dari sisinya. Akan tetapi, pendapat yang tahqiq adalah yang pertama kerana Allah menciptakannya pada peringkat pertama di Luh Mahfuz. Kemudian, Dia menurunkannya di suhuf-suhuf langit di suatu tempat yang dipanggil Bait al-*Izzah pada malam Lailatul Qadar sepertimana Dia Ta*ālā berfirman: {Sesungguhnya Dia menurunkannya pada malam Lailtul Qadar} [Surah al-Qodr ayat 1}. Kemudian, Dia menurunkannya kepada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- secara berasingan mengikut peristiwa. [Tuḥfah al-Mazīd *Alā Jawharoh at-Tawḥīd, m/s 162, keluaran Dār as-Salām Li aṭ-Ṭobā*ah Wa an-Našr Wa at-Tawzī*].

Ataupun ia adalah yang Jibril -*alayhissalām- mendapatnya daripada kalam Allah yang tidak berhuruf dan bersuara, lalu Jibril memahaminya dan menterjemahkannya kepada susunan yang berbahasa dan berhuruf. Abū Bakr al-Bāqilāniyy berkata :

والنازل على الحقيقة المنتقل من قطر إلى قطر، قول جبريل عليه السلام. يدل على هذا قوله تعالى: "فلا أقسم بما تبصرون وما لا تبصرون إنه لقول رسول كريم وما هو بقول شاعر قليلاً ما تؤمنون ولا بقول كاهن قليلاً ما تذكرون تنزيل من رب العالمين" وقوله تعالى: {فَلَا أُقْسِمُ بِالْخُنَّسِ (15) الْجَوَارِ الْكُنَّسِ (16) وَاللَّيْلِ إِذَا عَسْعَسَ (17) وَالصُّبْحِ إِذَا تَنَفَّسَ (18) إِنَّهُ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ (19) ذِي قُوَّةٍ عِنْدَ ذِي الْعَرْشِ مَكِينٍ (20) مُطَاعٍ ثَمَّ أَمِينٍ (21) وَمَا صَاحِبُكُمْ بِمَجْنُونٍ (22) وَلَقَدْ رَآهُ بِالْأُفُقِ الْمُبِينِ (23) وَمَا هُوَ عَلَى الْغَيْبِ بِضَنِينٍ (24) وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَيْطَانٍ رَجِيمٍ (25) فَأَيْنَ تَذْهَبُونَ (26) إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِلْعَالَمِينَ (27) لِمَنْ شَاءَ مِنْكُمْ أَنْ يَسْتَقِيمَ (28) وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ (29)} [التكوير: 15 - 29] وهذا إخبار من الله تعالى بأن النظم العربي الذي هو قراءة كلام الله تعالى قول جبريل لا قول شاعر ولا قول كاهن.

"Yang turun pada hakikatnya yang terpindah dari suatu kawasan ke kawasan lain adalah kata-kata Jibril -*alayhissalām-. Yang menunjukkan ini adalah firman-Nya Ta*ālā: {Aku bersumpah dengan apa yang kaliah lihat dan apa yang kalian lihat! Ini adalah kata-kata utusan yang mulia, bukanlah ia kata-kata penyair. Begitu sedikit kalian beriman. Bukanlah ia kata-kata si tukang tilik. Betapa sedikit kalian beringat. Ia adalah penurunan dari tuhan sekalian alam} dan firman-Nya: {Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang beredar lagi terbenam, demi malam apabila ia melitupi, demi subuh apabila ia menyinsing. Sesungguhnya ia adalah benar-benar kata-kata utusan yang mulia, yang memiliki kekuatan di sisi yang memiliki Arasy lagi berkedudukan tinggi, ditaati di sana lagi amanah. Bukanlah sahabat kalian seorang yang gila. Dia telah pun melihatnya di ufuk yang menyata. Bukanlah dia diberi prasangka buruk pada perkara ghaib. Bukanlah ia kata-kata syaitan yang direjam. Kemana kalian ingin pergi? Tidaklah ia melainkan suatu peringatan untuk sekalian alam kepada siapa yang Dia kehendaki daripada kalian untuk menempuh jalan lurus. Tidaklah kalian berkehendak melainkan dengan kehendak Allah, tuhan sekalian alam} [Surah At-Takwīr ayat 15-29]. Ini adalah pengkhabaran daripada Allah Ta*ālā bahawa susunan berbahasa Arab yang ia adalah pembacaan kalam Allah Ta*ālā adalah kata-kata Jibril, bukan kata-kata penyair dan bukan kata-kata tukang tilik". [Al-Inṣōf Fī Mā Yajibu I*tiqōduh Wa Lā Yajūz al-Jahl Bih, m/s 92, keluaran Maktabah al-Azhariyyah Li at-Turōṯ].

Abū Bakr al-Bāqilāniyy berkata :

فحاصل هذا الكلام أن الصفة القديمة كالعلم، والكلام ونحو ذلك من صفات الذات لا يجوز أن تفارق الموصوف، لأن الصفة إذا فارقت الموصوف اتصف بضدها، والله تعالى متنزه عن الصفة وضدها. فافهم ذلك. فجاء من ذلك أن جبريل عليه السلام علم كلام الله وفهمه، وعلمه الله النظم العربي الذي هو قراءته، وعلم هو القراءة نبينا صلى الله عليه وسلم، وعلم النبي صلى الله عليه وسلم أصحابه

"Kesimpulan bagi bicara ini adalah sifat qadim itu seperti sifat ilmu. Sifat kalam dan seumpama itu termasuk daripada sifat zat itu yang tidak harus saling tercerai daripada yang disifatkan kerana sifat itu apabila ia bercerai dari yang disifatkan, maka ia tersifat dengan lawannya. Allah Ta*ālā tersuci daripada sifat itu dan lawannya. Fahamkanlah yang itu. Yang datang daripada itu adalah Jibril -*alayhissalām- mengetahui kalam Allah dan memahaminya, lalu Allah mengajarkannya susunan berbahasa Arab yang ia adalah pembacaannya. Nabi kita -ṣollallahu *alayhi wasallam- mengetahui bahawa ia adalah pembacaan itu dan Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- mengajarkan kepada sahabat-sahabatnya". [Al-Inṣōf Fī Mā Yajibu I*tiqōduh Wa Lā Yajūz al-Jahl Bih, m/s 93, keluaran Maktabah al-Azhariyyah Li at-Turōṯ].

Kesemua pendapat ini boleh dirangkumkan dalam perbahasan yang dibentangkan Jalāluddīn as-Suyūṭiyy yang katanya :

الْمَسْأَلَةُ الثَّانِيةُ: فِي كَيْفِيَّةِ الْإِنْزَالِ وَالْوَحْيِ: قَالَ الْأَصْفَهَانِيُّ فِي أَوَائِلِ تَفْسِيرِهِ: اتَّفَقَ أَهْلُ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ عَلَى أَنَّ كَلَامَ اللَّهِ مُنَزَّلٌ وَاخْتَلَفُوا فِي مَعْنَى الْإِنْزَالِ فَمِنْهُمْ مَنْ قَالَ: إِظْهَارُ الْقِرَاءَةِ وَمِنْهُمْ مَنْ قَالَ: إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى أَلْهَمَ كَلَامَهُ جِبْرِيلَ وَهُوَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ عَالٍ مِنَ الْمَكَانِ وَعَلَّمَهُ قِرَاءَتَهُ ثُمَّ جِبْرِيلُ أَدَّاهُ فِي الْأَرْضِ وَهُوَ يَهْبِطُ فِي الْمَكَانِ. وَفِي التَّنْزِيلِ طَرِيقَانِ أَحَدُهُمَا: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْخَلَعَ مِنْ صُورَةِ الْبَشَرِيَّةِ إِلَى صُورَةِ الْمَلَكِيَّةِ وَأَخَذَهُ مِنْ جِبْرِيلَ. وَالثَّانِي: أَنَّ الْمَلَكَ انْخَلَعَ إِلَى الْبَشَرِيَّةِ حَتَّى يَأْخُذَهُ الرَّسُولُ مِنْهُ وَالْأَوَّلُ أَصْعَبُ الْحَالَيْنِ. انْتَهَى. وَقَالَ الطِّيبِيُّ: لَعَلَّ نُزُولَ الْقُرْآنِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَتَلَقَّفَهُ الْمَلَكُ مِنَ اللَّهِ تَعَالَى تَلَقُّفًا رُوحَانِيًّا أَوْ يَحْفَظُهُ مِنَ اللَّوْحِ الْمَحْفُوظِ فَيَنْزِلُ بِهِ إِلَى الرَّسُولِ وَيُلْقِيهِ عَلَيْهِ. وَقَالَ الْقُطْبُ الرَّازِيُّ فِي حَوَاشِي الكشاف: الإنزال لُغَةً بِمَعْنَى الْإِيوَاءِ وَبِمَعْنَى تَحْرِيكِ الشَّيْءِ مِنَ علو إلى أسفل وكلاهما لا يتحققان فِي الْكَلَامِ فَهُوَ مُسْتَعْمَلٌ فِيهِ فِي مَعْنَى مَجَازِيٍّ فَمَنْ قَالَ الْقُرْآنُ مَعْنًى قَائِمٌ بِذَاتِ اللَّهِ تَعَالَى فَإِنْزَالُهُ أَنْ يُوجِدَ الْكَلِمَاتِ وَالْحُرُوفَ الدَّالَّةَ عَلَى ذَلِكَ الْمَعْنَى وَيُثْبِتَهَا فِي اللَّوْحِ الْمَحْفُوظِ وَمَنْ قَالَ: الْقُرْآنُ هُوَ الْأَلْفَاظُ فَإِنْزَالُهُ مُجَرَّدُ إِثْبَاتِهِ فِي اللَّوْحِ الْمَحْفُوظِ وَهَذَا الْمَعْنَى مُنَاسِبٌ لِكَوْنِهِ مَنْقُولًا عَنِ الْمَعْنَيَيْنِ اللُّغَوِيَّيْنِ وَيُمْكِنُ أَنْ يَكُونَ الْمُرَادُ بِإِنْزَالِهِ إِثْبَاتُهُ فِي السَّمَاءِ الدُّنْيَا بَعْدَ الْإِثْبَاتِ فِي اللَّوْحِ الْمَحْفُوظِ وَهَذَا مُنَاسِبٌ لِلْمَعْنَى الثَّانِي وَالْمُرَادُ بِإِنْزَالِ الْكُتُبِ عَلَى الرُّسُلِ أَنْ يَتَلَقَّفَهَا الْمَلَكُ مِنَ اللَّهِ تَلَقُّفًا روحيا أَوْ يَحْفَظَهَا مِنَ اللَّوْحِ الْمَحْفُوظِ وَيَنْزِلُ بِهَا فَيُلْقِيهَا عَلَيْهِمُ. انْتَهَى. وَقَالَ غَيْرُهُ: فِي الْمُنَزَّلُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثَةُ أَقْوَالٍ: أَحَدُهَا: أَنَّهُ اللَّفْظُ وَالْمَعْنَى وَأَنَّ جِبْرِيلَ حَفِظَ الْقُرْآنَ مِنَ اللَّوْحِ الْمَحْفُوظِ وَنَزَلَ بِهِ. وَذَكَرَ بَعْضُهُمْ أَنَّ أَحْرُفَ الْقُرْآنِ فِي اللَّوْحِ الْمَحْفُوظِ كُلُّ حَرْفٍ مِنْهَا بِقَدْرِ جَبَلٍ قَافٍ وَأَنَّ تحت كل حرف منها معان لَا يُحِيطُ بِهَا إِلَّا اللَّهُ. وَالثَّانِي: أَنَّ جِبْرِيلَ إِنَّمَا نَزَلَ بِالْمَعَانِي خَاصَّةً وَأَنَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِمَ تِلْكَ الْمَعَانِي وَعَبَّرَ عَنْهَا بِلُغَةِ الْعَرَبِ وَتَمَسَّكَ قَائِلُ هَذَا بِظَاهِرِ قَوْلِهِ تَعَالَى: {نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الأَمِينُ عَلَى قَلْبِكَ} وَقَالَ الْبَيْهَقِيُّ فِي مَعْنَى قَوْلِهِ تَعَالَى: {إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ} يُرِيدُ وَاللَّهُ أَعْلَمُ إِنَّا أَسْمَعْنَا الْمَلَكَ وَأَفْهَمْنَاهُ إِيَّاهُ وَأَنْزَلْنَاهُ بِمَا سَمِعَ فيكون الملك منتقلا به مِنْ عُلُوٍّ إِلَى أَسْفَلَ. قَالَ أَبُو شَامَةَ: هَذَا الْمَعْنَى مُطَّرِدٌ فِي جَمِيعِ أَلْفَاظِ الْإِنْزَالِ الْمُضَافَةِ إِلَى الْقُرْآنِ أَوْ إِلَى شَيْءٍ مِنْهُ يَحْتَاجُ إِلَيْهِ أَهْلُ السُّنَّةِ الْمُعْتَقِدُونَ قِدَمَ الْقُرْآنِ وَأَنَّهُ صِفَةٌ قَائِمَةٌ بِذَاتِ اللَّهِ تَعَالَى. قُلْتُ: وَيُؤَيِّدُ أَنَّ جِبْرِيلَ تَلَقَّفَهُ سَمَاعًا مِنَ اللَّهِ تَعَالَى مَا أَخْرَجَهُ الطَّبَرَانِيُّ مِنْ حَدِيثِ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ مَرْفُوعًا: إِذَا تَكَلَّمَ اللَّهُ بِالْوَحْيِ أَخَذَتِ السَّمَاءَ رَجْفَةٌ شَدِيدَةٌ مِنْ خَوْفِ اللَّهِ فَإِذَا سَمِعَ بِذَلِكَ أَهْلُ السَّمَاءِ صُعِقُوا وَخَرُّوا سُجَّدًا فَيَكُونُ أَوَّلُهُمْ يَرْفَعُ رَأْسَهُ جِبْرِيلُ فَيُكَلِّمُهُ اللَّهُ مِنْ وَحْيِهِ بِمَا أَرَادَ فَيَنْتَهِي بِهِ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَكُلَّمَا مَرَّ بِسَمَاءٍ سَأَلَهُ أَهْلُهَا مَاذَا قَالَ رَبُّنَا؟ قَالَ: الْحَقُّ. فَيَنْتَهِي بِهِ حَيْثُ أَمَرَ. وَأَخْرَجَ ابْنُ مَرْدَوَيْهِ مِنْ حَدِيثِ ابْنِ مَسْعُودٍ رَفَعَهُ إِذَا تَكَلَّمَ اللَّهُ بِالْوَحْيِ سمع أهل السموات صَلْصَلَةً كَصَلْصَلَةِ السِّلْسِلَةِ عَلَى الصَّفْوَانِ فَيَفْزَعُونَ وَيَرَوْنَ أَنَّهُ مِنْ أَمْرِ الساعة وَأَصْلُ الْحَدِيثِ فِي الصَّحِيحِ. وَفِي تَفْسِيرِ عَلِيِّ بْنِ سَهْلٍ النَّيْسَابُورِيِّ: قَالَ جَمَاعَةٌ مِنَ الْعُلَمَاءِ: نَزَلَ الْقُرْآنُ جُمْلَةً فِي لَيْلَةِ الَقَدْرِ مِنَ اللَّوْحِ الْمَحْفُوظِ إِلَى بَيْتٍ يُقَالُ لَهُ بَيْتُ الْعِزَّةِ فَحِفْظَهُ جبريل وغشي على أهل السموات مِنْ هَيْبَةِ كَلَامِ اللَّهِ فَمَرَّ بِهِمْ جِبْرِيلُ وَقَدْ أَفَاقُوا فَقَالُوا: مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ؟ قَالُوا الْحَقَّ - يَعْنِي الْقُرْآنَ، - وَهُوَ مَعْنَى قَوْلِهِ: {حَتَّى إِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلُوبِهِمْ} فَأَتَى بِهِ جِبْرِيلُ إِلَى بَيْتِ الْعِزَّةِ فَأَمْلَاهُ عَلَى السَّفَرَةِ الْكَتَبَةِ يَعْنِي الْمَلَائِكَةَ وَهُوَ مَعْنَى قَوْلِهِ تَعَالَى: {بِأَيْدِي سَفَرَةٍ كِرَامٍ بَرَرَةٍ} .

Permasalah kedua adalah tentang tatacara penurunan dan wahyu. Berkata al-Aṣfahāniyy dalam awal-awal tafsirnya bahawa ahli sunnah dan al-Jamā*ah bahawa bersepakat bahawa kalam Allah diturunkan. Namun, mereka berbeza pada makna penurunan. Sebahagian mereka berkata bahawa ia adalah penzahiran pembacaan. Sebahagian mereka bahawa sesungguhnya Allah Ta*ālā mengilhamkan kalam-Nya kepada Jibril dan Dia di langit, sedangkan Dia Maha Tinggi dari segenap tempat dan Dia mengajarkannya pembacaan. Kemudian, Jibril membawanya ke bumi dan dia turun pada tempat itu. Dalam penurunan itu ada dua cara. Salah satunya adalah bahawa Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- menanggalkan rupa manusiawi kepada rupa kemalaikatan, lalu dia mengambilnya daripada Jibril. Yang kedua adalah bahawa malaikat menanggalkan ke rupa manusawi sehingga rasul itu mengambilnya daripadanya. Yang pertama adalah hal yang paling membebankan. Tamat. 

Aṭ-Ṭībiyy berkata bahawa berkemungkinan penurunan al-Qur^ān kepada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- adalah malaikat menerimanya daripada Allah Ta*ālā secara rohani atau menghafalnya daripada Luh Mahfuz, lalu dia menurunkannya kepada rasul itu, lalu dia menyampaikannya kepadanya. Berkata al-Quṭb ar-Rōziyy dalam Ḥawāšī al-Kaššāf bahawa al-Inzāl secara bahasa adalah dengan makna penempatan penjagaan dan dengan makna penggerakan sesuatu daripada atas ke bawah. Kedua-duanya menepati realiti dalam bicara itu. Lalu, ia digunakan padanya dalam makna majaz. Sesiapa yang berkata al-Qur^ān adalah makna yang berdiri dengan zat Allah Ta*ālā, maka penurunannya adalah Dia menjadikan kalimah-kalimah dan huruf-huruf pada makna itu dan menyematkannya di Luh Mahfuz. Sesiapa yang berkata al-Qur^ān adalah lafaz-lafaz, maka penurunannya adalah semata-mata pengisbatannya pada Luh Mahfuz. Makna ini adalah secocok dengan keadaannya berpindah daripada dua makna bahasa dan memungkinkan untuk terjadinya yang dimaksudkan itu adalah dengan penurunan kesematannya pada langit dunia selepas kesematannya pada Luh Mahfuz. Ini adalah secocok dengan makna kedua dan yang dimaksudkan dengan penurunan kitab-kitab kepada para rasul itu adalah malaikat menerimanya daripada Allah secara penerimaan berwahyu atau menghafalnya daripada Luh Mahfuz dan menurunkannya, lalu menyampaikannya kepada mereka.

Berkata selainnya bahawa pada yang diturunkan kepada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- ada tiga pendapat. Pertama, ia adalah lafaz dan makna. Bahawasanya Jibril menghafal al-Qur^ān daripada Luh Mahfuz dan menurunkannya. Sebahagian mereka menyebutkan bahawa huruf-huruf al-Qur^ān pada Luh Mahfuz adalah setiap huruf daripadanya dengan kadar bukit Qōf dan bawah setiap huruf daripadanya ada makna-makna yang tidak ada yang meliputinya melainkan Allah. Kedua, Jibril sebenarnya menurunkan makna-makna yang khusus dan Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- mengetahui makna-makna itu dan baginda mengungkapkan daripadanya dengan bahasa Arab. Orang yang menerima ini berpegang teguh dengan zahir firman-Nya Ta*ālā: {Ar-Rūḥ al-Amīn menurunkannya pada jantungmu}. Al-Bayhaqiyy berkata pada makna firman-Nya Ta*ālā: {Sesungguhnya Kami menurunkannya pada malam Lailatul Qadar}: "Dia memaksudkan -Allah lebih mengetahui- sesungguhnya Kami memperdengarkan kepada malaikat itu, Kami memahamkannya tentangnya dan Kami menurunkannya dengan apa yang dia mendengar. Lalu, terjadilah malaikat itu memindahnya dari atas ke bawah". Abū Šāmah berkata: "Makna ini tertolak pada segenap lafaz-lafaz penurunan yang disandarkan kepada al-Qur^ān atau kepada sesuatu daripadanya yang ahli sunnah yang beriktikad qidamnya al-Qur^ān berhajat kepadanya dan ia adalah sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta*ālā". 

Aku katakan, yang menguatkan bahawa Jibril menerimanya secara mendengar daripada Allah Ta*ālā adalah apa yang aṭ-Ṭobrāniyy mengeluarkannya dari hadis an-Nawwās bin Sam*ān secara marfū*: "Apabila Allah berbicara dengan wahyu, para malaikat mulai gementar yang amat kerana takut kepada Allah. Apabila penghuni langit mendengarkan itu, mereka tersungkur dan tertunduk sujud, lalu yang awal-awal dalam kalangan mereka yang mengangkat kepalanya adalah Jibril. Allah pun berbicara kepadanya melalui wahyunya dengan apa yang Dia mahu. Lalu, dia pun menyampaikannya kepada para malaikat. Setiap kali ia berlalu di suatu langit, penduduknya bertanya kepadanya: #Apa yang tuhanmu katakan?#. Dia berkata: #Kebenaran#. Lalu, dia pun menyampaikannya melalui apa yang diperintahkan". Ibn Mardawayh mengeluarkannya daripada hadis Ibn Mas*ūd yang dia memarfū*kannya: "Apabila Allah berbicara dengan wahyu, penghuni langit mendengar deringan seperti deringan rantaian pada batuan keras, lalu mereka tersentak dan mereka melihat bahawasanya ia adalah daripada perihal kiamat". Asal hadis itu sahih. 

Dalam tafsir *Aliyy bin Sahl an-Naysābūriyy: "Sekelompok dari kalangan ulama berkata bahawa al-Qur^ān diturunkan pada Lailatul Qadar daripada Luh Mahfuz kepada suatu kantor yang dinamakan Bayt al-*Izzah, lalu Jibril menghafalnya dan para penghuni langit jatuh pengsan kerana kehebatan kalam Allah, lalu Jibril melewati mereka dan dia telah pun mengungguli mereka. Lalu, mereka berkata: "Apa yang tuhan kalian katakan?". Dia berkata: "Kebenaran", iaitu al-Qur^ān. Dia adalah makna firman-Nya: {Sehingga apabila disentakkan dari jantung-jantung mereka}, lalu Jibril membawanya ke Bayt al-*Izzah, lalu dia mengimlakkannya atas , iaitu para malaikat. Ia adalah makna firman-Nya Ta*ālā: {Melalui tangan para utusan yang mulia lagi bertanggungjawab}[Al-Itqōn Fī *Ulūm al-Qur^ān, jilid 1, m/s 156-159, keluarah al-Hay^ah al-Miṣriyyah al-*Āmmah Li al-Kitāb, tahqiq Muḥammad Abū al-Faḍl Ibrōhīm].

Yang tepat adalah kata Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy :

الْمَنْقُولُ عَنِ السَّلَفِ اتِّفَاقُهُمْ عَلَى أَنَّ الْقُرْآنَ كَلَامُ اللَّهِ غَيْرُ مَخْلُوقٍ تَلَقَّاهُ جِبْرِيلُ عَنِ اللَّهِ وَبَلَّغَهُ جِبْرِيلُ إِلَى مُحَمَّدٍ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ وَبَلَّغَهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى أُمَّتِهِ

"Yang dinukilkan kesepakatan daripada salaf adalah bahawa al-Qur^ān adalah kalam Allah, bukan makhluk. Jibril menerimanya daripada Allah dan Jibril menyampaikannya kepada Muḥammad -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Baginda -ṣollallahu *alayhi wasallam- pun menyampaikannya kepada umatnya". [Fatḥ al-Bārī Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, jilid 13, m/s 436, keluaran Dār al-Ma*rifah, Beirut].

Walau apapun, menurut mereka, al-Qur^ān yang terbentang dengan susunan huruf ini sebenarnya adalah kalam yang telah diterjemahkan sama ada Jibril mengambilnya daripada Luh Mahfuz atau menerimanya secara langsung dari kalam Yang Maha Agung, lalu diterjemahkan kepada bahasa dan huruf. Penyebutan al-Qur^ān adalah kalam Allah itu adalah sekadar sandaran dan penisbahan sahaja seperti hamba Allah, rumah Allah dan lain-lain. Tidak hairan mereka menegah pengungkapan seperti ini melainkan ketika sesi pengajaran sahaja.

Sebenarnya, pandangan ini menyalahi firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

وَإِنْ أَحَدٌ مِّنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّىٰ يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَعْلَمُونَ ﴿٦

"Jika seseorang daripada kaum Musyrik meminta suaka kepadamu, maka berilah suaka kepadanya sehingga dia mendengar kalam Allah, kemudian bawalah dia ke tempat aman. Itu kerana mereka adalah kaum yang tidak mengetahui". [Surah at-Tawbah ayat 6].

Di sini, Allah menyatakan bahawa yang diperdengarkan itu adalah al-Qur^ān yang dinamakan kalam Allah kerana sememangnya lafaz yang tersusun dari awal hingga akhir itu adalah dari kalam Allah itu sendiri, bukan penulisan-Nya atau makna, lalu diterjemahkan kepada yang ungkapan huruf yang tersusun.

Dengan kata lain, al-Qur^ān yang dibacakan itu yang tersusun hurufnya dari awal sampai akhir adalah kalam Allah, bukan penulisan-Nya atau makna yang Dia ciptakan. Oleh itu, seseorang itu membaca kalam Allah, bukan membaca penulisan-Nya atau ibarat daripada ciptaan-Nya yang telah diterjemahkan kepada huruf. Pandangan aliran al-Aš*ariyy ini adalah salah, tetapi ia disalut dengan belitan penjelasan.

Ibn al-Jawziyy mengkritik keras terhadap pegangan aliran al-Aš*ariyy dalam isu ini. Katanya ketika membiografikan Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy :

ولد سنة ستين ومائتين، وتشاغل بالكلام، وكان على مذهب المعتزلة زمانا طويلا، ثم عنّ له مخالفتهم، وأظهر مقالة خبطت عقائد الناس وأوجبت الفتن المتصلة، وكان الناس لا يختلفون فِي أن هذا المسموع كلام الله، وأنه نزل به جبريل عليه السلام على محمد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فالأئمة المعتمد عليهم قالوا أنه قديم، والمعتزلة قالوا هُوَ مخلوق، فوافق الأشعري المعتزلة في أن هذا مخلوق، وقال: ليس هذا كلام الله، إنما كلام الله صفة قائمة بذاته، ما نزل ولا هو مما يسمع، وما زال منذ أظهر هذا خائفا على نفسه لخلافه أهل السنة، حتى أنه استجار بدار أبي الحسن التميمي حذرا من القتل، ثم تبع أقوام من السلاطين مذهبه فتعصبوا له وكثر أتباعه حتى تركت الشافعية معتقد الشافعي رَضِيَ اللَّه عَنْهُ ودانوا بقول الأشعري

Dilahirkan pada tahun dua ratus enam puluh. Dia menyibukkan diri dengan ilmu kalam. Dia berada di atas mazhab Muktazilah selama tempoh yang panjang. Kemudian, tampak padanya penyelisihan terhadap mereka dan dia menzahirkan karya-karya yang mencelarukan akidah-akidah orang ramai, serta terdorongnya kacau-bilau yang berterusan. Dahulu orang ramai tidak berselisih pada bahawa yang didengari ini adalah kalam Allah dan ia adalah Jibiril -*alayhissalām- menurunkannya kepada Muḥammad -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Umat yang disandarkan kepada mereka mereka bahawa ia adalah qadim. Muktazilah pula berkata ia adalah makhluk. Lalu, al-Aš*ariyy bersepakat dengan Muktazilah bahawa ia adalah makhluk. Dia berkata: "Bukanlah ini adalah kalam Allah. Sebenarnya kalam Allah adalah sifat yang berdiri dengan zat-Nya. Tidaklah ia turun dan tidaklah daripada apa yang didengar". Sentiasa sahaja semenjak peristiwa paling nyata ini, dia dalam keadaan takut terhadap dirinya kerana penyelisihannya terhadap ahli sunnah sehingga dia bersuaka di kediaman Abū al-Ḥasan at-Tamīmiyy kerana khuatir terhadap pembunuhan. Kemudian, beberapa kaum daripada para penguasa mengikuti mazhabnya, lalu mereka menjadi taksub terhadapnya dan bertambah pengikut-pengikutnya sehingga golongan bermazhab aš-Šāfi*iyy meninggalkan pegangan akidah aš-Šāfi*iyy -semoga Allah meredhainya- dan mendekati pendapat al-Aš*ariyy. [Al-Muntaẓom Fī Tārīẖ al-Umam al-Mulūk, jilid 14, m/s 29, keluaran Dār al-Kutub al-*Arobiyyah, Beirut, tahqiq Muḥammad *Abdul Qōdir *Aṭō dan Muṣṭofā *Abdul Qōdir *Aṭō].

Ibn al-Jawziyy juga berkata :

ثم لم يختلف الناس في غير ذلك إلى أن نشأ علي بن إسماعيل الأشعري، فقال مرة بقول المعتزلة، ثم عنَّ له، فادعى أن الكلام صفة قائمة بالنفس! فأوجبت دعواه هذه أن ما عندنا مخلوق، وزادت فخبطت العقائد، فما زال أهل البدع يجوبون في تيارها إلى اليوم.

"Kemudian, orang ramai tidak berselisih pada selain itu sehinggalah munculnya *Aliyy bin Ismā*īl al-Aš*ariyy. Dia berkata sekali dengan pendapat Muktazilah. Kemudian, nyata padanya. Lalu, dia mendakwa bahawa sifat kalam adalah sifat yang berdiri pada diri itu. Seruannya yang ini mendorong bahawa apa yang di sisi kita adalah makhluk dan bertambah seruan itu. Lalu, bercelaru akidah-akidahnya. Sentiasa ahli bidaah itu tersiar pada arusnya sehingga hari ini". [Ṣoyd al-H̱oṭir, m/s 197, keluaran Dār al-Qolam, Damsyik, tahqiq Ḥasan al-Musāḥī Suwaydān].

Apa yang dimaksudkan dengan sifat kalam adalah menurut al-Aš*ariyy adalah sifat yang berdiri pada diri itu pada kritikan Ibn al-Jawziyy ini? Ia sebenarnya ingin mengatakan bahawa kalam Allah itu tidak berhuruf dan tidak bersuara yang berdiri pada zat-Nya. Namun, apa yang pada lembaran dan pembacaan ini atau yang telah diturunkan adalah makna yang Allah menciptakannya, kemudian Jibril -*alayhissalām- dan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- menterjemahkannya kepada huruf dan bahasa. Maknanya, ia sama seperti mengatakan al-Qur^ān adalah kalam makhluk dan yang dibaca itu adalah ibarat yang telah diterjemahkan, bukan kalam Allah itu sendiri. Penyebutan bahawa ia adalah kalam Allah hanya sekadar sandaran dan nisbah sahaja.

Mereka yang beraliran al-Aš*ariyy secara umumnya sememangnya akan menafikannya dan menegaskan bahawa mereka tidak mengatakan al-Qur^ān adalah makhluk. Pada mereka kalam nafsi adalah seperti lampu merah pada lampu trafik dan kalam lafzi adalah berhenti. Maksudnya, kalam lafzi ini menunjukkan kepada kalam nafsi jua dan sekaligus menafikan kemakhlukan al-Qur^ān.

Akan tetapi, penghujahan seperti ini tidak tepat kerana perkataan "berhenti" itu adalah terjemahan daripada apa yang dimaksudkan pada lampu hijau itu. Jika kita sama sekali tidak mengatakan terjemahan kalam Abraham Lincoln pada bahasa lain disebutkan sebagai kalamnya yang hakiki, tetapi ia adalah hasil pengungkapan bagi penterjemah untuk menerangkan makna tersebut atau dengan kata lain ia adalah kalam penterjemah memandangkan ia susunan huruf yang bukan bahasa aslinya, begitu juga dengan kes ini. Malah, pengisyaratan ini sebenarnya telah melanggar makna al-Kalām itu sendiri dalam bahasa Arab sepertimana yang telah dibentangkan tadi.

Kemudian, jika mereka berkata bahawa Allah sebenarnya yang mengajarkan Jibril lafaz-lafaz itu dalam menunjukkan makna kalam nafsi yang qadim yang berdiri pada zat-Nya sepertimana yang disebutkan al-Bāqilāniyy, kita katakan bahawa ini masih tidak menafikan bahawa lafaz-lafaz tersebut adalah makhluk menurut mereka kerana lafaz-lafaz yang ada dalam bahasa menurut mereka adalah baharu dan ia dalam dimensi makhluk serta Jibril hanya sekadar dibantu oleh Allah untuk menterjemahkannya sehingga tetap tidak menafikan bahawa susunan huruf itu adalah terjemahan bagi kalam Allah, bukan kalam-Nya yang sejati.

Sebab itulah Ibn al-Jawziyy sudah pun mendedahkan hakikat pegangan mereka yang sebenar dan menyinggung terus pada terasnya tanpa terikut rentak permainan belitan daripada mereka. Apa yang disebutkan ar-Romliyy dan dan al-Bayjūriyy adalah hakikat sebenar pegangan mereka, manakala Ibn al-Jawziyy hanya sekadar menjuruskan sasaran kepada yang hakikatnya di sebalik perselindungan yang al-Aš*ariyy lakukan.

Manakala, untuk konteks al-Qur^ān adalah makhluk, ia berdasarkan konteks statusnya sebagai sesuatu yang diciptakan dan keberadaannya di dimensi makhluk. Oleh itu, al-Qur^ān dalam konteks ini adalah seperti kotak rakaman yang tersimpan untuk dijelmakan dalam penyampaian wahyu sama ada berbentuk ilham, mimpi dan lain-lain. Namakanlah apa pun seperti makna atau seumpamanya, asalkan ia menepati yang dimaksudkan.

Kalaulah al-Aš*ariyy memaksudkan makna pada konteks ini, nescaya ia adalah benar. Akan tetapi, mereka benar pada konteks ini dan salah pada konteks sebelumnya, iaitu keberadaan sebenar al-Qur^ān itu.

Ada beberapa hujah untuk menyokong hal ini. Pertama, kita perlu tahu bahawa *Īsā bin Maryam -*alayhissalām- digelar kalimah Allah. Firman-Nya Subḥānahu Wa Ta*ālā :

إِنَّمَا ٱلْمَسِيحُ عِيسَى ٱبْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ ٱللَّهِ وَكَلِمَتُهُۥٓ أَلْقَىٰهَآ إِلَىٰ مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِّنْهُ

"Al-Masīḥ *Īsā bin Maryam cumalah utusan Allah dan kalimat-Nya yang Dia titipkannya pada Maryam dan roh daripada-Nya". [Surah Surah an-Nisā^ ayat 171].

Oleh itu, kita sama sekali tidak mengatakan bahawa *Isā adalah entiti daripada kalam Allah qadim yang berdiri pada zat. Sedemikian juga al-Qur^ān pada konteks ini.

Kedua, al-Qur^ān bertempat di Luh Mahfuz. Firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مَّجِيدٌ ﴿٢١﴾ فِي لَوْحٍ مَّحْفُوظٍ ﴿٢٢

"Bahkan ia adalah Qur^ān yang luhur di Luh Mahfuz". [Surah al-Burūj ayat 21-22].

Kalam Allah tidak terpisah daripada zat-Nya dan boleh diletakkan atau dipindahkan ke dimensi selain diri-Nya.

Ketiga, al-Qur^ān itu diturunkan oleh Jibril. Firman Allah *Azza Wa Jalla :

قُلْ نَزَّلَهُ رُوحُ الْقُدُسِ مِن رَّبِّكَ بِالْحَقِّ لِيُثَبِّتَ الَّذِينَ آمَنُوا وَهُدًى وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ ‎﴿١٠٢

Katakanlah: "Rūḥ al-Qudus daripada tuhanmu yang menurunkannya dengan kebenaran untuk meneguhkan orang yang beriman, petunjuk dan khabar gembira kepada orang Muslim". [Surah an-Naḥl ayat 102].

Keempat, al-Qur^ān itu boleh disentuh. Firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ

"Tidak ada yang menyentuhnya melainkan mereka yang disucikan". [Surah al-Wāqi*ah ayat 79].

Kelima, al-Qur^ān itu dijaga, sedangkan kalaulah al-Qur^ān itu adalah kalam Allah itu sendiri, ia sama sekali tidak memerlukan penjagaan kerana sifat kalam adalah wajib berdiri pada zat yang mustahil binasa atau menerima keharusan untuk binasa. Firman-Nya Tabāroka Wa Ta*ālā :

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Qur^ān dan sesungguhnya Kamilah yang menjaganya". [Surah al-Ḥijr ayat 9].

Keenam, al-Qur^ān itu boleh dikumpulkan dan disematkan dalam dada. Firman Allah Ta*ālā :

إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ ﴿١٧﴾ فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ ﴿١٨

"Sesungguhnya Kamilah yang mengumpulkannya dan membacakannya. Apabila Kami membacakannya, maka ikutilah bacaannya". [Surah al-Qiyāmah ayat 17-18].

Oleh itu, kedua-duanya boleh disebutkan dengan mengikut konteks masing-masing. Cuma, sewajarnya kita perlu tahu bahawa sepertimana kalam Abraham Lincoln adalah yang bersusunan huruf dari awal sehingga akhirnya serta berasal dari ucapan di pentasnya, lalu diterjemahkan kepada berbentuk penulisan, kemudian yang dibacakan itu tetap ia dipanggil kalam Abraham Lincoln walaupun ia adalah pembacaan dari lisan orang lain daripada teks penulisan, seperti itulah kita mengatakan bahawa al-Qur^ān adalah kalam Allah yang tersusunnya huruf dari awal sampai akhir dari huruf al-Bā^ hingga huruf as-Sīn, lalu yang dibacakan itu adalah kalam Allah walaupun ia dibacakan dari penulisan yang tersemat dalam lembaran.

Sebab itulah para salaf sangat keras pengingkaran terhadap penyebutan Jahmiyyah bahawa al-Qur^ān adalah makhluk yang seterusnya disambung Muktazilah. Ini kerana penyebutan Jahmiyyah dan Muktazilah tersebut adalah disebabkan mereka menafikan sifat kalam bagi Allah. Mereka tidak mempercayai bahawa susunan huruf dari awal sehingga akhirnya adalah terbitan kalam Allah itu sendiri. Mereka menganggap bahawa susunan ayat daripada perkataan Bismillah (بِسْمِ اللهِ) kepada an-Nās (النَّاسِ) adalah makna yang diciptakan-Nya. Atas sebab inilah yang menjadi penentangan yang kuat ulama ahli sunnah terhadap mereka.

Pergulatan Terhadap Aliran Al-Aš*ariyy

Sebenarnya, saya tidak memerlukan subtopik ini dalam judul penulisan ini, tetapi disebabkan membentangkan pendapat ini meskipun bersama hujahnya tetap menjadi semarak perseteruan terhadap aliran al-Aš*ariyy, malah al-Māturīdiyy juga, saya terpaksa menghasilkannya untuk memperingatkan mereka, lebih-lebih lagi yang tenggelam dalam ketaksuban dan yang tidak menyedari bahawa mereka telah menjadi Jahmiyyah moden.

Benar, dalam penulisan ini, saya menyinggung aliran ini kerana sebahagian mereka yang mirip dengan Muktazilah. Sekurang-kurangnya al-Juwayniyy dan ar-Romliyy serta pendapat Abū al-Ḥasan al-Aš*ariyy menurut nukilan ar-Rōziyy dalam isu kalam Allah ini lebih jelas membezakan antara al-Aš*ariyy dengan Muktazilah meskipun pendapat mereka dalam menafikan huruf dan suara bagi kalam Allah adalah tidak tepat. Apa yang saya lakukan di sini adalah mendedahkan hakikat dan menerangkan apa yang salah yang diselimutkan dengan ungkapan yang membelit. Jika ia dari pendapat Muktazilah atau yang sama wajah dengannya dan didapati ia adalah salah, bukankah sememangnya perlu dikritik dan disanggah dengan kebenaran?

Kadangkala kita hairan dengan aliran ini sama ada mereka ini benar-benar meneliti pendapat salaf dalam penentangannya terhadap Jahmiyyah dalam isu mengisbatkan sifat Allah dan isu kalam Allah ini sehingga mereka benar-benar memahami citra manhaj mereka atau mengikut jejak mereka dalam pendirian yang mereka perjuangkan. Mereka cuba menegakkan pendapat bahawa salaf sama sekali tidak mengisbatkan suara dan huruf bagi kalam-Nya, tetapi hakikatnya, ia adalah indah khabar dari rupa sahaja.

Lihat contoh kata al-Qurṭubiyy seperti berikut :

فصل: قوله في الحديث: فيناديهم بصوت استدل به من قال بالحرف والصوت. وأن الله يتكلم بذلك. تعالى الله عما يقوله المجسمون والجاحدون علوا كبيراً

"Fasal: Sabdanya pada hadis: #Dia menyeru mereka dengan suara# menjadi dalil bagi orang yang berkata bahawa kalam Allah dengan huruf dan suara dan bahawasanya Allah berbicara dengan sedemikian. Maha Tinggi Allah daripada apa yang dikatakan para mujassim dan para penentang dengan setingggi-tinggi ketinggian lagi kebesaran". [At-Taḏkiroh Bi Aḥwāl al-Mawtā Wa Umūr al-Āẖiroh, m/s 648, keluaran Maktabah Dār al-Minhāj Li an-Našr Wa at-Tawzī*, ar-Riyāḍ, tahqiq aṣ-Ṣōdiq bin Muḥamamd bin Ibrōhīm].

Begitu juga kata Faẖruddīn ar-Rōziyy :

 وَزَعَمَتِ الْحَنَابِلَةُ وَالْحَشْوِيَّةُ أَنَّ الْكَلَامَ الْمُرَكَّبَ مِنَ الْحُرُوفِ وَالْأَصْوَاتِ قَدِيمٌ وَهَذَا الْقَوْلُ أَخَسُّ مِنْ أَنْ يَلْتَفِتَ الْعَاقِلُ إِلَيْهِ

"Ḥanābilah dan al-Ḥašwiyyah mendakwa bahawa kalam-Nya yang tersusun yang berupa huruf dan suara adalah qadim. Ini adalah pendapat yang lebih menyeleneh daripada pemalingan orang yang berakal kepadanya". [Mafātiḥ al-Ġoyb, jilid 14, m/s 353, keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy, Beirut].

Semoga Allah memaafkan kamu wahai al-Qurṭubiyy, ar-Rōziyy dan juga al-Mullā al-Qōriyy yang menyatakan bahawa kelompok Ḥanābilah yang berpendapat bahawa kalam Allah itu berhuruf dan bersuara sepetimana yang dinukilkan tadi adalah ahli bidah. Bahkan, yang mengisbatkan suara bagi kalam Allah adalah pendapat Aḥmad bin Ḥanbal dan al-Buẖōriyy! Malah, al-Buẖōriyy menjadikan hadis yang al-Qurṭubiyy kutip itu sebagai hujah untuk mengisbatkan suara bagi Allah! Jika ini dari sebab kealpaanmu, maka kita sama-sama manusia yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Kita memohon kepada Yang Maha Pengampun agar dihindarkan daripada kesalahan, kebejatan dan kebobrokan.

Tidak perlulah menggunakan modal sepertimana pelaku Argumentum Ad Verecundiam dengan menuduh kritikan terhadap golongan al-Aš*ariyy adalah usaha menentang ulama atau tidak menghormati mereka, padahal kalian yang mengambil dari seorang murjiah yang Jahmiyyah sebagai sokongan pun sedang berhadapan dengan ulama yang berwibawa, lebih-lebih lagi apabila kalian mempergiat kempen membasmi mujassim yang tanpa sedar kalian juga adalah penentang yang kalian mengatakan mereka adalah ulama. Kalau kami yang membawa pendapat dari imam yang agung bersama hujah ilmiah, kami dituduh penentang ulama, tetapi kalian yang terang-terangan menyebat ulama dengan tuduhan sedemikian itu adalah cara penghormatan kalian terhadap ulama?

Dalam mendepani dua pendapat yang berbeza ini, apa pendirian sebagai ahli ilmu? Taksub dan menyalahkan orang yang tidak sependapat? Atau mengikut hujah? Beruntunglah orang yang mengikut hujah. Firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

فَبَشِّرْ عِبَادِ﴿١٧﴾ الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّـهُ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴿١٨

"Maka sampaikanlah khabar gemibra kepada hamba-Ku, iaitu orang yang mendengarkan al-Qowl, lalu mereka mengikuti yang paling terbaik. Mereka itulah orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab". [Surah az-Zumar ayat 17-18].

Apapun yang jelas bahawa pendapat ini sama sekali tidak layak dinisbahkan kepada pendapat salaf kerana jelas direkodkan. Jika para al-Aš*ariyy sedar bahawa ia adalah pendapat tokoh salaf yang agung, maka mereka sama sekali tidak menggunakan kata-kata al-Qurṭubiyy, ar-Rōziyy dan al-Mullā al-Qōriyy atau menggunakan lenggok yang sama seperti mereka berdua atas kempen yang dinamakan membanteras musyabbihah dan mujassimah. 

Kalian sebenarnya sedang mendepani figura salaf yang dijulang tinggi kedudukannya. Kecuali jika kalian seorang yang berani untuk berdiri dengan pendirian yang teguh bahawa kedua-dua tokoh ini telah salah. Maka, dipersilakan sedemikian kerana kami juga berdiri untuk menyalahi sekalian al-Aš*ariyy dan Abū Ḥanīfah melalui karyanya al-Fiqh al-Akbar yang menafikan huruf bagi kalam Allah. Katanya :

وَنحن نتكلم بالآلات والحروف وَالله تَعَالَى يتَكَلَّم بِلَا آلَة وَلَا حُرُوف والحروف مخلوقة وَكَلَام الله تَعَالَى غير مَخْلُوق

"Kita berbicara dengan alat dan huruf. Sedangkan Allah Ta*ālā berbicara tanpa alat dan huruf. Huruf adalah makhluk. Manakala, kalam Allah Ta*ālā bukan makhluk". [Al-Fiqh al-Akbar, m/s 26, keluaran Maktabah al-Furqōn].

Apapun, tahukah kalian siapa Abū Ḥanīfah? Sa*īd bin Sābiq berkata :

كُنْت مَعَ أمير المؤمنين موسى بجرجان ومعنا أَبُو يُوسُف، فسألته عن أَبِي حنيفة، فَقَالَ: وما تصنع بِهِ وقد مات جهميا

Dahulu aku bersama Amirul Mukminin, iaitu Mūsā di Jurjan dan kami juga bersama Abū Yūsuf. Aku pun bertanya kepadanya tentang Abū Ḥanīfah. Dia berkata: "Untuk apa engkau bertanya hal itu, padahal dia mati dalam keadaan menganut Jahmiyyah?". [Tārīẖ Baġdād, karya al-H̱otīb al-Baġdādiyy, jilid 15, m/s 514, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Baššār *Awwād Ma*rūf].

Malah, perakuan bahawa Abū Ḥanīfah ini adalah Jahmiyyah adalah dari Yaḥyā bin Ma*īn sepertimana yang dibawakan riwayatnya oleh al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy dalam Tārīẖ Baġdād dan Abū Zur*ah ar-Rōziyy dalam aḍ-Ḍu*afā^.

Telah disebutkan tadi bahawa Aḥmad bin Ḥanbal bahawa Jahmiyyah mengingkari suara bagi kalam Allah. Saya berdoa agar tuduhan itu bukan pada Abū Ḥanīfah secara khusus meskipun kitab as-Sunnah karya *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal memuatkan pelbagai celaan ahli hadis terhadapnya. Apapun, yang pasti, pendapatnya tentang kalam Allah tanpa huruf perlu didiamkan kerana kesaksian daripada muridnya yang kanan, Abū Yūsof bahawa dia adalah Jahmiyyah.

Malah, kesaksian ahli hadis bahawa dia seorang Murjiah telah dirakam dalam al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl. Muqbil bin Hādī al-Wādi*iyy telah menghasilkan karya yang baik untuk mengumpulkan pendapat-pendapat ahli hadis tentangnya yang berjudul Našr aṣ-Ṣoḥīfah Fī Ḏikr aṣ-Ṣoḥīḥ Min Aqwāl A^immah al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl Fī Abī Ḥanīfah.

Hairan sekali mereka ini menjadikan figura Murjiah dan Jahmiyyah yang kontroversi, dipertikaikan kredibiliti periwayatan hadisnya, malah pandangannya dalam agama ditentang oleh ahli hadis dari pemuka salaf serta penisbahan karya itu diragui kesahihannya dijadikan sokongan untuk membentuk hujah kalian. Namun, kalian juga menyindir salafi yang mengutip pandangan Ibn Baṭṭoh yang dhaif dalam hadis dan Abū Ya*lā al-Ḥanbaliyy yang dituduh mujassim meskipun tuduhan ini perlu disemak semula. Kalian mengejek sebahagian salafi, malah Ḥanābilah yang kononnya terjerumus dalam musyabbihah dan mujassimah, tetapi kalian juga mengambil inspirasi Jahmiyyah dan Muktazilah, lalu kalian mengubah sesuai agar tampak sesuai dengan imej baharu kalian. Kalian ambil dari sumber yang rapuh kesahihannya dan ditentang oleh ahli hadis sebagai sokongan adalah hujah, tetapi kalian juga melakukan apa yang kalian ejek terhadap salafi?

Malah, yang lebih menghairankan adalah bahawa bagaimana mereka tersinggung apabila diejek sebagai Muktazilah pondan atau Jahmiyyah pondan. Namun, mereka juga secara halus atau sememangnya secara terang-terangan menyindir orang yang mengisbatkan huruf dan suara bagi kalam Allah sebagai panggilan Ḥašwiyyah atau seumpamanya. Abū al-Fatḥ aš-Šahrostāniyy berkata :

وكلامه واحد هو: أمر ونهي، وخبر، واستخبار، ووعد، ووعيد. وهذه الوجوه ترجع إلى اعتبارات في كلامه، لا إلى عدد في نفس الكلام، والعبارات، والألفاظ المنزلة على لسان الملائكة إلى الأنبياء عليهم السلام دلالات على الكلام الأزلي، والدلالة مخلوقة محدثة، والمدلول قديم أزلي. والفرق بين القراءة والمقروء، والتلاوة والمتلو، كالفرق بين الذكر والمذكور، فالذكر، محدث والمذكور قديم. وخالف الأشعري بهذا التدقيق جماعة من الحشوية؛ إذ إنهم قضوا بكون الحروف والكلمات قديمة. والكلام عند الأشعري معنى قائم بالنفس سوى العبار، والعبارة دلالة عليه من الإنسان، فالمتكلم عنده من قام به الكلام

"Kalam-Nya adalah satu. Ia adalah perintah, larangan, khabar, meminta khabar, menjanjikan dan mengancam. Bentuk-bentuk ini kembali kepada ibarat-ibarat pada kalam-Nya, bukan pada bilangan pada diri kalam itu. Ibarat dan lafaz yang diturunkan melalui lisan malaikat kepada para nabi -*alayhimussalām- adalah petunjuk-petunjuk kepada kalam yang azali. Petunjuk-petunjuk adalah makhluk yang diciptakan dan yang ditunjukkan itu adalah qadim lagi azali. Perbezaan antara pembacaan dengan dibaca adalah seperti perbezaan penyebutan dengan yang disebutkan. Penyebutan adalah yang diadakan, manakala yang disebutkan adalah qadim. Al-Aš*ariyy menyelisihi sekolompok golongan daripada al-Ḥašwiyyah pada perincian ini ketikamana mereka menetapkan suara dan huruf sebagai qadim. Kalam di sisi al-Aš*ariyy adalah makna yang berdiri pada diri kecuali ibarat. Ibarat adalah petunjuk-petunjuk kepadanya melalui manusia. Sifat perbicaraan diri-Nya adalah yang kalam itu berdiri dengan-Nya". [Al-Milal Wa an-Niḥal, jilid 1, m/s 96, keluaran Mu^assasah al-Ḥalabiyy].

Ibn *Asākir berkata :

وَكَذَلِكَ قَالَت الْمُعْتَزلَة كَلَام اللَّه مَخْلُوق مخترع مُبْتَدع وَقَالَت الحشوية المجسمة الْحُرُوف الْمُقطعَة والأجسام الَّتِي يكْتب عَلَيْهَا والألوان الَّتِي يكْتب بهَا وَمَا بَين الدفتين كلهَا قديمَة أزلية فسلك رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ طَريقَة بَينهمَا فَقَالَ الْقُرْآن كَلَام اللَّه قديم غير مغير وَلَا مَخْلُوق وَلَا حَادث وَلَا مُبْتَدع فَأَما الْحُرُوف الْمُقطعَة والأجسام والألوان والأصوات والمحدودات وكل مَا فِي الْعَالم من المكيفات مَخْلُوق مُبْتَدع مخترع

"Seperti itulah kata Muktazilah bahawa kalam Allah adalah makhluk yang diadakan. Berkata golongan al-Ḥašwiyyah mujassimah bahawa huruf yang tercerai, jisim-jisim yang ditulis di atasnya, warna yang ditulis dengannya dan apa yang di antara dua sudut semuanya adalah qadim yang azali. Dia -roḍiyallahu *anh- mengambil jalan di antara kedua-duanya. Dia berkata al-Qur^ān adalah kalam Allah yang qadim yang tidak berubah, bukan makhluk, bukan baharu dan bukan diadakan. Adapun, huruf yang tercerai, jisim-jisim, warna, suara, batasan-batasan dan setiap apa yang ada di dalam alam yang boleh dibayangkan adalah yang diadakan". [Tabyīn Kaḏzib al-Muftarī Fī Mā Nusiba Ilā al-Imām Abī al-Ḥasan al-Aš*ariyy, m/s 150, keluaran Dār al-Kitāb al-*Arobiyyah, Beirut].

Benar. Kita pun setuju bahawa warna dan yang tertulis di kertas kesemuanya adalah makhluk. Hanya sahaja kandungan itu adalah daripada Allah. Benar bahawa suara dan huruf itu adalah makhluk. Namun, apabila kita mengisbatkan kedua-duanya pada kalam-Nya, bukan bermakna kita mengisbatkan sifat makhluk kepada-Nya. Suara dan huruf pada kalam Allah itu adalah yang terbeza daripada sekalian ciptaan-Nya.

Namun, apa motif disebutkan al-Ḥašwiyyah di sini? Tidakkah mereka sedar bahawa Aḥmad bin Ḥanbal dan al-Buẖōriyy adalah pemuka salaf yang mengisbatkan suara bagi-Nya? Jika mereka sedar dan menghadamnya, mereka sepatutnya lebih berlapik dalam hal ini jika ingin berselisih. Atau mereka sebenarnya ingin berdiri di atas penyelisihan dengan pendirian mereka yang tersendiri dan sanggup bergulat dengan kedua-duanya? Ini tidak menjadi masalah jika mereka memiliki hujah dan tidak gentar untuk menyelisihi sesiapa pun meskipun daripada para imam yang ternama kerana kami pun melakukan yang sama terhadap yang sependapat dengan tokoh al-Aš*ariyy. Namun, mereka yang bejat yang mendakwa bahawa mereka berada di atas landasan salaf, tetapi menjadi penentang terhadap apa yang mereka sendiri dakwa inilah yang disasarkan.

Sekarang, kembali pertanyaan tadi. Benarkah aliran al-Aš*ariyy ini benar-benar mengamati bagaimana citra manhaj salaf dengan berpaksi rujukan yang realiti, terutamanya dalam penentangan terhadap Jahmiyyah atau sebenarnya mereka berpura-pura tidak tahu demi menegakkan ketaksuban? Kalau benar mereka cakna dan tersemat penghayatannya, mereka pasti sama sekali tidak lancang atau secara eksplisit memperomosikan kalam Allah bukan berhuruf dan bersuara. Apatah lagi jika ingin melemparkan tuduhan sebagai mujassim atau nama yang seiras dengannya. Kecuali jika mereka ingin mendepani para imam yang agung dengan pendapat mereka itu sepertimana kami mendepani para al-Aš*ariyy bersama hujah yang kami bina dengan izin Allah.

Sebab itulah pertanyaan saya kepada golongan al-Aš*ariyy yang mendakwa bahawa mereka memahami manhaj salaf sama ada mereka benar-benar menghadam tonggak perjuangan salaf adalah pertanyaan yang serius. Bukan semata-mata ingin memercikkan api perseteruan padanya. Ia sebagai muhasabah kepada diri mereka. Tidak perlulah berkata ini adalah kefahaman salaf, tetapi hakikatnya merekalah paling tegar menyalahinya.

Malah, mereka sendiri berlaku pincang dalam isu kalam ini. Lihat bagaimana isu kalam Allah yang berkaitan dengan Mūsā -*alayhissalām- jelas terpecahnya kepada dua pemahaman yang berbeza. 

Kemudian, dalam masalah sama ada al-Qur^ān itu adalah makhluk itu juga sebenarnya terisi dengan permainan kata-kata mereka. Lihat kata Ibn *Asākir tadi bahawa al-Aš*ariyy berpendapat bahawa al-Quran bukan baharu dan bukan yang diadakan, tetapi ia adalah qadim. Sedangkan aš-Šahrostāniyy menyebutkan bahawa menurut al-Aš*ariyy, al-Quran adalah ibarat, walhal ibarat bukanlah qadim dan bukan kalam Allah secara hakiki serta bukan juga yang berdiri dengan zat-Nya, tetapi ia diciptakan dan disandarkan kepada kalam-Nya. Ini juga apa yang dinyatakan Ismā*īl bin Ibrōhīm bin *Aliyy aš-Šaybāniyy. Katanya :

وقال مشايخنا: القرآن كتلوّ بألسنتنا محفوظ في صدورنا غير حالٍّ فيها. وهذه العبارات المنطوقة دالة عليه، فإن عبر عنه بالعربية سُمّي قرآناً، وإن عبر عنه بالعبرية سمي توراة. فالاختلاف على العبارة المؤدية لا على كلام الله تعالى.

Berkata para guru kami: "Al-Qur^ān sepertimana pembacaan di lidah kita yang dipelihara dalam dada kita yang lebih dari satu keadaan padanya. Ibarat-ibarat ini yang disebutkan adalah petunjuk kepada kalam-Nya. Jika diibaratkan daripada-Nya dengan bahasa Arab, dinamakan al-Qur^ān. Jika diibaratkan dengan dengan bahasa Ibrani, dinamakan Taurat. Kepelbagaian pada ibarat ini tidak sama sekali menunjukkan pada kepelbagaian kalam Allah Ta*ālā". [Šarḥ *Aqīdah aṭ-Ṭohāwiyyah, m/s 17, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Aḥmad Farīd al-Mazīdiyy].

Hakikat pendapat ini adalah al-Qur^ān itu makhluk kerana ia adalah makna-makna yang dicipta yang bukan terbit dari zat-Nya. Ia adalah diciptakan, kemudian disampaikan dengan bahasa yang difahami oleh penerimanya sama ada Jibrīl -*alayhissalām- atau Muḥammad -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Pembahagian kalam nafsi dan kalam lafzi dari mereka adalah jelas pada hal ini.

Sememangnya susunan kalimah, ayat dan makna yang terkandung itu daripada-Nya, tetapi ia adalah ibarat yang diciptakan. Ibarat bukan kalam yang berdiri di atas zat-Nya dan ia bukan qadim lagi azali. Ia cuma disandarkan sahaja. Dalam kes ini sama ada Ibn *Asākir tersalah dalam hal ini atau sebenarnya dia bermain dengan kata-katanya sepertimana kebiasaan mereka yang lain. Kritikan Ibn al-Jawziyy terhadap aliran al-Aš*ariyy dalam isu kalam ini adalah panahan secara terus pada terasnya tanpa mengikut rentak permainan belitan daripada mereka.

Hakikatnya manhaj mereka ini penuh bermain dengan kata-kata yang membelitkan berbanding manifestasi manhaj yang mapan. Sebab itulah tidak dihairankan jika mereka ini dianggap, malah diejek sebagai Jahmiyyah atau Muktazilah versi pondan. Mereka nampak seperti berbeza dengan Jahmiyyah dan Muktazilah serta seolah-olah mereka sepakat atas satu dasar yang sama. Sebenarnya itu adalah pengolahan yang penuh muslihat untuk mengelabui orang ramai. Sebenarnya, mereka juga terkesan dengan pedoman daripada kedua-dua daripada aliran ini, tetapi dikemas kini dan dihiasi dengan pelbagai ungkapan yang bermuslihat agar sesuai dengan citra manhaj mereka. 

Tidakkah hairan apabila Abū Sa*īd ad-Dārimiyy mengarang karya khas yang membidas Jahmiyyah, tetapi al-Aš*ariyy juga berkongsi sama-sama kepedihannya? Jika benar mereka berpijak di atas salaf atau mengerti bagaimana citra manhaj mereka, mengapa karya ad-Dārimiyy menjadi serangan terhadap mereka jua? Sebab itulah wajar bagi mereka muhasabah dan menilai semula manhaj mereka.

Pun begitu, saya menghargai bagaimana kesungguhan mereka untuk menentang pendapat al-Ḥašwiyyah yang bodoh yang berbulu Ḥanābilah jika benar tuduhan ini yang salah faham dalam mengisbatkan suara dan huruf bagi kalam Allah sehingga menganggap perbuatan makhluk dan penulisan dianggap sama-sama qadim yang berdiri dengan zat-Nya. Penjelasan yang panjang ini dibentangkan oleh Abū Isḥāq aš-Širōziyy dalam al-Išāroh Ilā Maḏhab Ahl al-Ḥaqq dalam perbahasan sifat kalam. Benar-benar memiliki penjelasan yang memuaskan dan padu menyeluruh dalam membenamkan pendapat tersebut sehingga para pembaca merasa cukup dengan apa yang dia jelaskan. 

Sekalipun kita berbeza dalam isu isbat huruf dan suara bagi kalam-Nya, kita tetap mengakui dan mengambil faedah apa yang baik daripada mereka.Saya sebenarnya tidak mahu meleretkan lagi perseteruan antara saya dengan aliran al-Aš*ariyy. Apa yang saya dedahkan di sini adalah seruan supaya mereka melakukan introspeksi, merenung kembali manhaj mereka dan memerhatikan semula hujah yang dibentangkan tanpa taksub daripada mana-mana golongan.