Tuesday, June 30, 2020

Diari Diri : Sekitar Isu Penulisan Saya Tentang Hal Ehwal Seksual

Nampaknya kolum bahagian seksual «Fiqh Seksual», «Wacana Isu Seksual» dan «al-H̱iṭōb al-Wajīz : Isu Seksual» nampaknya merangkul populariti berbanding yang lain di laman Wattpad. Saya memang jangka hal ini kerana Wattpad sememangnya antara lubuk pembacaan pornografi yang berupa novel atau penulisan.

Pada mulanya saya bergerak solo dan agak tidak terbuka dengan masyarakat. Penulisan saya ini banyak kepada tertutup dan tidak mudah untuk diperoleh. Salah satu sebabnya adalah ia begitu kontroversi dan kelihatan pelik daripada yang lain. Kalau bolehޱ saya mahu mengurangkan impak ini semampu yang boleh dengan hanya membiarkannya kepada beberapa orang yang lalu lalang yang ingin mengambil faedah daripadanya.

Pun begituߨ bukanlah bermakna saya seperti duduk menanti bulan jatuh ke bumi. Saya juga ada mengongsikannya kepada beberapa individu dan pihak apabila adanya isu dan konteks yang bersesuaian. Sejujurnyaޱ bukan semua yang menerima. Ada juga yang menzahirkan penentangan.

Itu baru usaha secara perlahan. Saya mungkin menjangkakan cabaran lebih dahsyat berbanding apa yang bakal saya tempuhi nanti. Semoga Allah memberikan kekuatan yang teguh kepada saya jika ia menerpa saya kemudian.

Cumaߨ baru-baru ini sahaja pada awal tahun 2020 saya berasa saya perlu cari inisiatif untuk mengembangkan ilmu dan mula berinteraksi dengan masyarakat. Saya cuba mencari wahana yang sesuai supaya saya dapat interaksi daripada masyarakat.

Pada mulanyaߨ saya enggan menggunakan Wattpad kerana tidak ada kemudahan carian dan pelbagai lagi isu teknikal. Penulisan saya ada pelbagai judul dan sebahagiannya tidak ada susunan tema. Namunߨ oleh sebab ia adalah wahana yang membantu dalam pencapaian objektifߨ saya membina pusat ilmu di sana. Dalam masa yang sama bagi menampung kekurangan yang ada di Wattpad saya menghasilkan tapak lain di Blogger.

Saya bersyukur kepada Allah Tabāroka Wa Taālā kerana penulisan saya sampai kepada masyarakat. Lebih pantas daripada saya jangkakan dan lebih banyak daripada saya fikirkan. Antara keunikan yang saya lakukan adalah tatkala pengguna di sana mencari pembacaan erotik yang berbentuk fiksyen dan novelޱ saya menghidangkan kepada mereka penulisan yang berbentuk ilmiah. Sesuai dengan minat para pengguna Wattpad. Saya pun tidak tahu bahawa saya berkemungkinkan yang pertama melakukan sedemikian.

Apapunߨ saya berharap agar Yang Maha Mengasihi menurunkan faedah kepada para pembaca agar mereka selain berhibur dengan pembacaan erotika mereka mereka juga diisi akal dan minda mereka dengan pengetahuan dan kefahaman.

Dalam masa yang sama saya mengongsikan juga beberapa penulisan ilmiah yang lain yang tidak berkaitan dengan seksual. Saya memang jangka penulisan ini agar terpinggir dan tidak dipandang berat. Mungkin kerana pada pemerhatian saya apa yang sebahagian mereka lakukan adalah sesuatu yang berdosa pada tanggapan mereka.

Justeruߨ apabila mereka dijamu dengan menu uṣūl fiqh, hadis, manhaj dan lain-lainޱ mereka tidak tergamak untuk menjamahnya kerana mereka merasakan mereka adalah pendosa yang tidak layak bagi mereka mendekatiߨ apatah lagi menikmati ilmu tersebut. Walhalߨ sebenarnya tidak sebegitu. Apa yang mereka buat selama ini sebenarnya ada landasannya. Tinggal lagi mereka perlu memahaminya dan mereka perlu menilai sama ada mereka tetap di atasnya atau terbabas.

Mereka yang minat akan erotika tentu mereka menyukai penulisan saya yang mengupas isu seksual. Mereka merasakan bahawa penulisan tersebut adalah terbaik. Sejujurnyaߨ jika ada penulisan yang boleh saya anggap sebagai mahakarya atau magnus opumޱ jika untuk isu seksualޱ bagi saya hanya yang berjudul «Hukum Melihat Aurat Bukan Hakiki», «Hukum Melancap», «Adakah Syahwat Itu Sendiri Berdosa», «Analisis Pendalilan Dalam Pengharaman Liwat», «Yang Dikira Sebagai Persetubuhan Yang Sebenar Dan Kesan Hukumnya» dan «Perincian Kaedah Redha Terhadap Maksiat Adalah Maksiat Pada Tontonan Pornografi».

Namunߨ itu semua tidak setanding dengan «Intiasri Penting Dalam Ilmu Takhrij Hadis Dan Ilal al-adīṯ» dan «Antara Sumber Rujukan Tadil Dan Tajrih Perawi». YaCabang ilmu hadis ini merupakan yang paling saya gemari antara yang lain. Saya anggap ia adalah terbaik di antara yang terbaik.

Saya bersyukur kepada Allah dengan setinggi-tinggi kesyukuran kerana saya berjaya menghasilkan judul «Intiasri Penting Dalam Ilmu Takhrij Hadis Dan Ilal al-Ḥadīṯ» yang merupakan penulisan yang komprehensif yang pertama di tanah Malaysia ini dalam membahaskan praktik ilmu ilal al-adīṯ.

Seingat saya ia telah saya menyiapkannya pada tahun 2017ߨ kemudian ditambah baik dan dipersembahkan versi yang terbaru pada tahun 2020. Malahߨ pada tahun 2020 lagi belum ada lagi pun penulisan yang bertemakan sebegini untuk membahaskan secara tuntas tentang praktik ilmu ilal al-adīṯ atau topik mengenainya secara komprehensif. Segala puji bagi Allah kerana memberikan kesempatan yang baik untuk diri saya.

Yang lain dalam bidang akidah adalah seperti «Kebenaran Kerasulan Muḥammad Bin Abdullah Dan Keagungan Mukjizatnya», «Penajaman Deria Dalam Mengenali Sifat Yang Maha Mulia», «Teguh Menyerlah Dalam Isbat Huruf Dan Suara Bagi Kalam Allah», «Ilham Bersemi Yang Menepis Tuduhan Mujassim Terhadap Abū Saīd ad-Dārimiyy», «Penjelasan Interaksi Dengan Na Tentang Sifat Allah» dan «Merungkai Paradoks Antara Ketetapan Takdir Dengan Kebebasan Ikhtiar Manusia».

Bahkanߨ saya berbangga bersama pujian kesyukuran yang sebanyak-banyaknya kepada Allah kerana penghasilan «Ilham Bersemi Yang Menepis Tuduhan Mujassim Terhadap Abū Saīd ad-Dārimiyy» adalah yang paling komprehensif lagi tuntas yang pertama di dunia. Walaupun ada artikel yang panjang tentangnya di sebuah laman webޱ tetapi ia tidak sekomprehensif sepertimana yang saya telah hasilkan.

Sebegitu juga dengan penulisan «Teguh Menyerlah Dalam Isbat Huruf Dan Suara Bagi Kalam Allah». Ini juga adalah yang pertama di nusantara yang membahaskan secara komprehensif lagi tuntas dalam polemik pengisbatan huruf dan suara bagi sifat kalam Allah. Sekalipun sudah ada beberapa artikel di laman web untuk membawakan pandangan salaf dan ḥanbalian dalam isu ini serta membawakan dalil baginyaޱ ia belum cukup tuntas untuk menjawab syubhat daripada ašᶜarian dan kalam mereka tentang isu ini.

Kemudianߨ saya bersyukur dengan penulisan «Kebenaran Kerasulan Muḥammad Bin Abdullah Dan Keagungan Mukjizatnya» kerana saya memaparkan pembuktian dengan berdasarkan rujukan dan penulisan yang bukan muslim bagi meneguhkan kebenaran yang disampaikan oleh insan yang mulia yang bernama Muḥammad bin Abdullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam.

Saya juga melalui penulisan ini melawan arus dengan meninggalkan kebergantungan penjelasan saintifik yang hanya berpaksikan rujukan muslim yang terdedah kepada bias dan saya membentangkan beberapa naṣ yang tidak terfikir oleh sesiapa pun untuk dianggap sebagai muktjizat. Ini keunikan yang saya lakukan dalam judul iniߨ sekaligus menambahkan keyakinan tentang apa yang baginda -ṣollallāhu alayhi wa ālihi wasallam- pamerkan kemukjizatannya.

Begitu juga dengan penulisan saya yang berjudul «Risalah Kesedaran Bahaya Taklid» yang mungkin sahaja penulisan pertama di nusantara dalam menjelaskan secara tuntas dan terisi dengan kejituan dalam menyinggung bahaya taklid yang belum pernah disentuh secara kritikal oleh mana-mana orang sebelum saya di nusantara sehingga para pentaklid dan mereka yang memusuhi saya atau orang yang menyinggung budaya taklid ini tidak mampu menafikan apa yang terkandung padanya.

Dan pelbagai lagi penulisan yang lain sama ada berbentuk siri yang sentiasa berjalan atau judul khas yang di luar topik yang berkaitan dengan seksual. Hakikatnyaܦ saya lebih banyak memperuntukkan masa untuk mempelajari, mengkaji, menelaah, mewacanakan dan menulis tentang penulisan yang berkaitan dengan ilmu alat seperti ilmu uṣūl fiqh dan ilmu hadis atau bidang ilmu yang khas seperti uṣūluddīn, fiqh dan lain-lain berbanding topik seksual semata-mata.

Oleh ituߨ silap besar bagi mereka yang beranggapan bahawa penulisan berkaitan dengan seksual adalah magnum opus bagi saya. Pada hakikatnya saya menulis judul penulisan yang berkaitan dengan seksual kerana sekadar ingin merespons orang yang mempertikaikan dalam isu seksual sahajaߨ bukan kerana ia adalah suatu yang saya tumpahkan minat saya untuk menghasilkan judul yang khas sepertimana judul yang telah saya sebutkan.

Apapunߨ mungkin akan menimbulkan kehairanan. Mengapa orang yang berfikiran dan berpenampilan erotikawan menulis ilmu-ilmu agama? Ada tiga sebab untuk ini. Pertamaߨ oleh sebab saya mempunyai sama minat dan kesukaan dengan mereka ituߨ saya ingin ambil peluang ini untuk menghapuskan pemisah bahawa erotikawan tidak boleh mendekati agamaߨ apatah lagi untuk memiliki sentimen yang kuat dan mendalam dengannya.

Saya ingin membuktikan bahawa jika saya bolehޱ maka mereka juga boleh. Namunߨ neracanya adalah manhaj dan kefahaman. Inilah yang membezakan antara mereka yang merasakan diri mereka adalah fasik kerana bertanggapan bahawa mereka adalan pendosa dengan mereka yang tetap dalam kebenaran dan cerapan kefahaman yang tuntas.

Keduaߨ saya ingin pamerkan kepada para pencela saya atau mereka yang tidak berpuas hati disebabkan keraguan yang menyala dalam jiwa mereka terhadap saya bahawa saya dalam membicarakan hal ehwal seksualߨ terutamanya yang menyentuh topik agama dan saya tidak membabi buta dan hanya beromongan kosong sekalipun saya adalah erotikawan. Saya juga ada kaedah dan prinsip yang mencorakkan cara saya menggarap kefahaman dan penafsiran.

Maksudnya adalah penulisan saya tentang isu seksual dalam lapangan agama di situ saya persembahkan tahap kedalaman dan kemampuan saya dalam uṣūl fiqh, hadis, bahasa Arab dan analisis kalam ahli ilmu. Bukanlah ingin saya katakan saya adalah terbaik yang sempurna. Allah lebih tahu tentang hal itu. Apa yang saya ingin tujukan adalah bahawa saya juga ada landasan pemahaman dalam uṣūl fiqh, hadis, bahasa Arab dan meneliti pendapat ilmuwan.

Penulisan seksualߨ khususnya fiqh itu juga ingin menepis tuduhan dan dakwaan bahawa saya menuju kepada keganjilan dan menyeleweng dalam kefahaman yang tidak berasaskan ilmu. Saya buktikan bahawa saya tidak seperti yang mereka tuduh. Sekali lagiܦ saya bukanlah insan yang sempurna ataupun seorang yang boleh disetarakan dengan ahli ilmu yang terjulang kedudukannya. Allah lebih tahu keadaan itu.

Saya akui bahawa saya juga ada banyak perkara yang perlu dipelajari dan diterokai. Pun begituߨ saya tetap berdiri di atas hujah. Jika mahu berhadapan dengan sayaޱ silakan kemukakan hujah. Bukan hanya mengeji dan mempersenda orang lain. Kebodohan seperti itukah yang ingin didakwahkan kepada masyarakat?

Apa yang saya bentangkan adalah hujah ilmiahߨ bukan sekadar hamburan celoteh-celoteh yang tidak mendasar apa-apa. Penulisan saya adalah bukti yang nyata. Walaupun pendapat saya kelihatan pelik daripada yang lainޱ tetapi saya tetap berdiri di atas hujah agama. Sandaran saya adalah bukti-bukti dan kefahaman ilmiah.

Patutkah orang yang mendakwa bahawa ajaran dia adalah yang ortodoks dan asliߨ tetapi yang dapat dibentangkan hanyalah cercaan dan kata-kata kesat? Demi Allah aku bersumpah! Demi tuhan yang menggenggan nyawaku! Penulisan saya akan menjadi saksi saya di akhirat, bahan bukti yang akan dihadapkan di mahkamah paling adil dan peguam bela untuk dakwaan kepada saya.

Jika herdikan, cercaan, nistaan, maki hamun, kata-kata kesat, omongan kosong dan sindiran itu mampu menjadi pematah hujah saya, pembidas yang paling ampuh dan penyebab saya terkelu di akhiratޱ silakan bawa semua itu. Ambillah semua itu sebagai peguam bela dan bahan bukti untuk menjatuhkan saya.

Sekali lagiܦ saya akui yang saya tidak maksum dan saya tidak terlepas daripada salah dan silap. Sejujurnyaܦ saya akui bahawa ada beberapa penulisan saya tarik balik dan perlu membuat revisi semula kerana saya menyedari kelompongan tersebut. Selaras perkembangan pengetahuan dan penerokaan yang luasߨ ia mampu merubah set kefahaman diri. Semoga Allah mengampuni saya atas kekhilafan tersebut. Jika ia tertimpa pada insan lain jugaޱ saya mendoakan yang sama.

Apapunߨ tidak bolehkah kita bersikap objektif dalam menegakkan pendapat dan berbudaya ilmiah dalam perbincangan? Kebodohan yang bertarung dengan kebodohan tidak akan menghasilkan kepandaian. Sama-sama kita terbuka dan kekalkan momentum sifat intelektual untuk mencapai suatu pemahaman yang jitu.

Ketigaߨ saya ingin membina generasi yang memiliki daya fikir yang sistematik dan entusias untuk pengetahuan sekalipun dari kalangan erotikawan. Disebabkan saya sememangnya erotikawanܦ saya fokus untuk mendekati mereka yang seperti itu terlebih dahulu sepertimana yang saya telah jelaskan di banyak tempat dan saya tidak berhajat untuk mengulanginya di sini. Saya tahu disebabkan penzahiran saya tidak begitu menyenangkan masyarakat umumߨ maka saya mengalirkan perkongsian saya kepada lorong-lorong yang berlainan daripada arus perdana.

Selain saya mahu mereka mempunyai kefahaman yang sebenar dan lurus tentang isu seksual saya juga mereka mempunyai kecelikanߨ seterusnya kemahiran dalam ilmu alat yang diperlukan bagi mendepani cabaran yang berbentuk bidasan kepada mereka. Semoga dengan bekalan kefaqihan tersebut mereka juga mampu menjadi seorang agamawan yang mempunyai semangat kecintaan yang mendalam terhadapnya dan menjadi hamba Allah yang terbaik untuk berkhidmat dalam agamanya. Wahai Tuhan Yang Mendengar! Perkenankanlah hajat ini!

Jika saya tidak berpeluang untuk membina dan melatih generasiޱ saya berharap sekurang-kurangnya apa yang saya kongsikan dapat menghidupkan pelita kesedaran terhadap ilmu. Dengan sebab penulisan saya tergerak akal mereka untuk meligatkan fikiran, diruntun jiwanya untuk melihat sudut pengetahuan yang lebih luas, terdorong untuk meneroka lebih dalam dan terbuka pintu perbincangan ilmiah.

Saya berharap saya dapat memberikan sumbangan ilmu kepada masyarakat dan dapat memenuhi khidmat saya untuk ilmu. Semoga ia bermanfaat kepada para pembaca tanpa mengira penulisan yang berkaitan dengan seksual atau selainnya.

No comments:

Post a Comment