Sunday, June 21, 2020

Adakah Seks Dalam Perkahwinan Itu Sesuatu Yang Kecil Dan Tidak Siginfikan?

Saya kadangkala hairan mengapa sebahagian orang menganggap bahawa seks cumalah perkara yang tidak signifikan dalam perkahwinan. Malah, kadangkala dicela pula apabila seseorang cuba mengaitkan pernikahan dengan seks.

Ini jelas sentimen yang merasakan seks merupakan suatu aktiviti yang dianggap jijik dan kotor. Ia sama sekali tidak berpandukan neraca ilmu dan melihat realiti.

Maka, adakah pernikahan sekadar akad sahaja? Sudah tentu tidak. Ia adalah akad untuk menghalalkan apa yang tidak dihalalkan yang bukan dari jalan pernikahan. Jadi, apa yang dihalalkan dalam pernikahan itu? Salah satunya adalah hubungan seks. Justeru, perlukah memandang kecil apa yang diberikan pada akad pernikahan?

Malah, perkataan ₍Nikāḥ₎ (نِكَاح) itu sendiri boleh menjadi kinayah untuk hubungan seks.

حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ ، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ ، حَدَّثَنَا ثَابِتٌ ، عَنْ أَنَسٍ ، " أَنَّ الْيَهُودَ ، كَانُوا إِذَا حَاضَتِ الْمَرْأَةُ فِيهِمْ ، لَمْ يُؤَاكِلُوهَا ، وَلَمْ يُجَامِعُوهُنَّ فِي الْبُيُوتِ ، فَسَأَلَ أَصْحَابُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ سورة البقرة آية 222 إِلَى آخِرِ الآيَةِ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اصْنَعُوا كُلَّ شَيْءٍ ، إِلَّا النِّكَاحَ

Zuhayr bin Harb telah merawi hadis kepadaku➤ *Abdul Roḥmān bin Mahdiy telah merawi hadis kepada kami➤ Ḥammād bin Salamah telah merawi hadis kepada kami➤ Ṯābit telah merawi hadis kepada kami➤ Daripada Anas፥ Bahawasanya orang Yahudi pada dahulunya jika isterinya datang haid padanya, mereka tidak makan bersama dengannya dan mereka tidak berkumpul dengannya di rumah. Lalu para sahabat Nabi -ṣollallāhu *alayhi wasallam- bertanya kepada Nabi -ṣollallāhu *alayhi wasallam-. Kemudian, Allah Ta*ālā turunkan ayat: {Dan mereka bertanya tentang orang yang haid. Katakanlah: "Ia adalah kotor". Maka, hendaklah kamu semua menjauhi wanita ketika haid} [Surah al-Baqoroh ayat 222] sehingga akhir ayat. Lantas, Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersabda: "Kamu semua perbuatlah semua sesuatu kecuali persetubuhan". [Ṣoḥīḥ Muslim﹇Kitāb al-Hayḍ﹇no. 460 ].

Adakah kebetulan perkataan yang maksud asalnya adalah perkahwinan, kemudian tiba-tiba dikaitkan dengan seks? Sudah tentu tidak. Ini kerana akad pernikahan itu adalah menghalalkan seks dan ia adalah sesuatu yang signifikan dalam perkahwinan. Firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

"Di antara tanda-tandanya ialah penciptaan pasangan dari jenis kalian agar kalian merasa senang terhadapnya dan Dia menjadikan keintiman dan romantik di antara kalian. Sesungguhnya pada itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir". [Surah ar-Rūm ayat 21].

₍Sakana₎ (سَكَنَ) dalam ayat ini juga dinyatakan sebagai ₍Iṭmi^nāna₎, (اطْمِئْنَان), iaitu tenang atau ₍Mayl" (مَيْل), iaitu cenderung atau ₍Inqiṭō*₎ (انْقِطَاع), iaitu setia atau ₍llf₎ (إِلْف) iaitu jinak sepertimana pernyataan az-Zamaẖšariyy dalam «al-Kaššāf *An Ḥaqō^iq Wa Ġowāmiḍ at-Tanzīl». Maksudnya, ₍Sakana₎ di sini bermaksud perasaan senang apabila berinteraksi, bergaul, melihat, berdamping dan bersama dengannya.

Manakala bagi ₍Mawaddah₎ (مَّوَدَّةً) dan ₍Roḥmah₎ (رَحْمَة). Penafsiran salaf ada empat pendapat sepertimana yang dinyatakan oleh Abū al-Ḥasan al-Māwardiyy :

أحدها: أن المودة المحبة والرحمة والشفقة، قاله السدي. الثاني: أن المودة الجماع والرحمة الولد، قاله الحسن. الثالث: أن المودة حب الكبير والرحمة الحنو على الصغير , قاله الكلبي. الرابع: أنهما التراحم بين الزوجين، قاله مقاتل.

"Yang pertama, ₍Mawaddah₎ adalah cinta dan ₍Roḥmah₎ adalah simpati. As-Suddiy berkata sedemikian. Yang kedua, ₍Mawaddah₎ adalah persetubuhan dan ₍Roḥmah₎ adalah anak. Al-Ḥasan berkata sedemikian. Yang ketiga, ₍Mawaddah₎ adalah cinta kepada yang tua dan ₍Roḥmah₎ adalah kasih sayang terhadap yang kecil. Al-Kalbiyy berkata sedemikian. Yang keempat adalah saling mengasihani antara dua pasangan. Muqōtil berkata sedemikian". [An-Nukat Wa al-*Uyūn﹇jilid 4﹇m/s 305﹇keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah﹇tahqiq as-Sayyid *Abdul Maqṣūd bin *Abdul Roḥīm].

Yang menariknya adalah penafsiran al-Ḥasan terhadap ₍Roḥmah₎ sebagai persetubuhan. Al-Māturīdiyy pula membawa dua kemungkinan penafsiran terhadap ₍Mawaddah₎ dan ₍Roḥmah₎.

أحدهما: يودها؛ لما جعل له موضعًا لقضاء شهوته وحاجته، وكذلك هي توده لذلك، (وَرَحْمَةً) أي: يرحم بعضهم بعضًا، ويتحنن إليه، إذا نزل بواحد منهما ما يمنع قضاء الشهوة والحاجة. والثاني: يود بعضهم بعضًا ويرحم بالطبع والخلقة؛ إذ كل ذي طبع يود شكله وجنسه إذا كان في حال السعة والرخاء والسرور، ويرحمه إذا نزل به البلاء والشدة؛ هذا معروف عند الناس أن يتراحم بعضهم على بعض في حال نزول البلاء والشدة، وتوادهم في حال السعة والسرور.

"Salah satunya adalah merasa intim terhadapnya kerana apa dijadikan untuk lelaki tempat bagi melunaskan syahwatnya dan keperluannya. Demikian wanita itu kepada lelaki itu. ₍Roḥmah₎, iaitu mengasihani antara satu sama lain dan rindu kepadanya apabila seseorang itu mendatangi yang lain, tidaklah terhalang untuk melunaskan syahwat dan keperluan. Kedua, merasa intim antara satu sama lain pada tabiat dan perilaku yang mana setiap orang memiliki tabiat merasa intim terhadap bentuknya dan jenisnya apabila seseorang dalam situasi senang, bahagian dan seronok dan dia merasa kasihan apabila bala dan kesepitan menimpanya. Ini dikenali pada manusia bahawa saling merasa kasihan antara satu sama lain pada hal tertimpanya bala dan kesempitan dan mereka saling merasa intim pada hal senang dan seronok". [Ta^wīlāt Ahl as-Sunnah﹇jilid 8﹇m/s 260﹇keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah﹇tahqiq Dr. Majdiyy Bāsilūm].

Barangkali ada pertanyaan tentang mengapa tiba-tiba ada penafsiran yang berkaitan dengan seks? Ini mungkin sahaja pada penyebutan ₍Baynakum₎ (بَيْنَكُم) pada ayat tersebut. Penyebutan ini menunjukkan bahawa ada perasaan yang unik yang tidak akan didapati dalam hubungan yang lain. Kita boleh renungi penafsiran as-Sam*āniyy tentang maksud ₍Mawaddah₎ yang berkata :

الْمَوَدَّة: الْحبّ والعطف، وَقد يتَّفق بَين الزَّوْجَيْنِ من الْعَطف والمودة مَا لَا يتَّفق بَين الْأَقَارِب

"₍Mawaddah₎ adalah cinta dan sayang yang selalu terjalin antara dua pasangan dari segi kasih sayang dan ₍Mawaddah₎ adalah apa yang tidak terjalin pada kerabat". [Tafsīr al-Qur^ān﹇jilid 4﹇m/s 204﹇keluaran Dār al-Waṭon﹇tahqiq Yāsir bin Ibrōhim dan Ġunaym bin *Abbās bin Ġunaym].

Maksudnya, ₍Mawaddah₎ yang ada pada ayat ini adalah khusus yang tidak akan dirasai oleh mana-mana pertalian melainkan melalui perkahwinan. Maka, agak tepat untuk mengatakan bahawa ia adalah hubungan seksual. Malah, firman Allah Ta*ālā :

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ ﴿٥﴾ إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ ﴿٦﴾ فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ ﴿٧

"Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya wanita yang mereka miliki kerana sesungguhnya mereka tidak tercela. Sesiapa menginginkan di balik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas". [Surah Mu^minūn ayat 5-7].

Kalaulah percintaan suami dan isteri itu sesuatu yang terpencil daripada elemen seks, tidak ada manfaat Allah menyebut perkara ini, iaitu menjaga kemaluan daripada yang haram melainkan disalurkan kepada pasangannya yang sah.

Malah, penyebutan Allah: "Sesungguhnya mereka tidak tercela" menunjukkan bahawa seks perhubungan suami isteri bukanlah sesuatu yang dianggap kotor sepertimana tanggapan orang yang acah-acah suci dan ia sama sekali tidak akan mencalarkan imej muslim yang berjaya. Juster, muslim yang berjaya adalah orang yang menyalurkan kemaluannya ke tempat yang halal.

Sebenarnya sudah cukup dalam penyebutan: "Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya". Namun, tambahan keterangan Allah *Azza Wa Jalla ini adalah kerana mahu menepis tanggapan bahawa menjadi muslim bukan semestinya orang yang tidak ada keinginan untuk seks, hidup seolah-olah seperti orang yang berkebiri walaupun dia tidak pernah berkebiri dan orang yang tidak ada apa-apa asosiasi dengan hal ehwal seksual.

Justeru, apa yang mereka remehkan langsung tidak ada nilai ilmiah. Hanya berasaskan sentimen. Malah, hidup menjadi orang yang tidak mahu dengan perkahwinan termasuk sesuatu yang Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wa ālihi wasallam- cela :

حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي مَرْيَمَ ، أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ ، أَخْبَرَنَا حُمَيْدُ بْنُ أَبِي حُمَيْدٍ الطَّوِيلُ ، أَنَّهُ سَمِعَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، يَقُولُ : جَاءَ ثَلَاثَةُ رَهْطٍ إِلَى بُيُوتِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْأَلُونَ عَنْ عِبَادَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَلَمَّا أُخْبِرُوا كَأَنَّهُمْ تَقَالُّوهَا ، فَقَالُوا : وَأَيْنَ نَحْنُ مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ ؟ قَالَ أَحَدُهُمْ : أَمَّا أَنَا ، فَإِنِّي أُصَلِّي اللَّيْلَ أَبَدًا ، وَقَالَ آخَرُ : أَنَا أَصُومُ الدَّهْرَ وَلَا أُفْطِرُ ، وَقَالَ آخَرُ : أَنَا أَعْتَزِلُ النِّسَاءَ فَلَا أَتَزَوَّجُ أَبَدًا ، فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيْهِمْ ، فَقَالَ : " أَنْتُمُ الَّذِينَ قُلْتُمْ كَذَا وَكَذَا ، أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ وَأَتْقَاكُمْ لَهُ لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ ، وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ ، وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ ، فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي " .

Sa*īd bin Abū Maryam telah merawi hadis kepada kami➤ Muḥammad bin Ja*far telah merawi khabar kepada kami➤ Ḥumayd bin Abū Ḥumayd aṭ-Ṭowīl telah merawi khabar kepada kami➤ Bahawasanya dia mendengar Anas bin Mālik -semoga Allah meredhainya- berkata፥ Tiga orang lelaki datang ke rumah isteri-isteri Nabi -ṣollallāhu *alayhi wasallam- untuk bertanya tentang ibadah Nabi -ṣollallāhu *alayhi wasallam-. Ketikamana mereka mengkhabarkan, seolah-olah mereka berkata: "Di mana kami dengan Nabi -ṣollallāhu *alayhi wasallam-? Baginda telah diampuni dosa untuknya yang awal hingga akhir?". Salah seorang daripada mereka berkata: "Adapun aku akan bersolat sepanjang malam selama-lamanya". Berkata yang lain: "Aku aku berpuasa setahun penuh tanpa berbuka". Berkata yang lain: "Aku akan menjauhi wanita agar aku tidak berkahwin selama-lamanya". Maka, Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wasallam- datang kepada mereka: "Kaliankah orang yang berkata sedemikian itu? Demi Allah! Sesungguhnya adalah benar-benar sangat takut kepada Allah dan sangat bertakwa pada-Nya di atara kalian. Akan tetapi, aku berpuasa dan aku berbuka. Aku bersolat dan aku tidur. Aku juga menikahi wanita. Sesiapa yang membenci sunnahku, maka dia bukan daripadaku". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy﹇Kitāb an-Nikāḥ﹇no. 4700].

Sa*d bin Abū Waqqōṣ -semoga Allah meredhainya- berkata :

رَدَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى عُثْمَانَ بْنِ مَظْعُونٍ التَّبَتُّلَ ، وَلَوْ أَذِنَ لَهُ لاَخْتَصَيْنَا

Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wasallam- menolak *Uṯmān bin Maẓ*ūn daripada membujang seumur hidup. Kalaulah baginda membenarkannya, pasti kami berkebiri". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy﹇Kitāb an-Nikāḥ﹇no. 4803].

Malah, Jalāluddīn as-Suyūṯiyy dalam «al-Amr Bi al-Ittibā* Wa an-Nahy *An al-Ibtidā*» menyenaraikan perbuatan untuk tidak mahu berkahwin, membencinya dan mencelanya termasuk dalam perkara yang bidaah.

Tujuan baginda mengharamkan bujang seumur hidup bukan semata-mata untuk seseorang ada pasangan sahaja, tetapi merasai nikmat persetubuhan dan menghargai kesedapan hubungan tubuh badan. Agama tidak membenarkan seseorang menyeksa diri untuk meninggalkan kesenangan yang ada pada dunia walaupun dalam usaha untuk membersihkan jiwa dan meninggalkan perkara ynag haram.

Kemudian, yang paling penting adalah perkahwinan itu adalah untuk memelihara kemaluan daripada zina. Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wa ālihi wasallam- bersabda :

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ ، مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ ، وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ ، فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

"Wahai sekalian pemuda! Barangsiapa yang berkemampuan pada pembekalannya, maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana sesungguhnya ia adalah perisai". [Ṣoḥīḥ Muslim﹇Kitāb an-Nikāḥ﹇no. 2577].

Daripada hadis ini, baginda mengkhabarkan tentang objektif pernikahan. Justeru, sememangnya nikah untuk seks yang dapat membendung diri daripada kancah yang haram. Dengan menjaga diri daripada yang haram, maka kebahagiaan antara suami isteri terjamin.

Zina tidak berlaku melainkan wujudnya kelazatan dalam perhubungan. Oleh itu, dalam usaha mencegahnya, agama Islam sama sekali tidak mengizinkan menggagalkan dan merobek rasa kesenangan ini dengan berkebiri atau mengurung dalam bujang. Ia menggalakkan perkahwinan supaya seseorang merasai kelazatan hubungan kelamin secara halal dan bebas daripada zina dengan cara yang menyeronokkan.

Maksudnya, seks bukanlah perkara kecil dalam perkahwinan sebagaimana tanggapan sesetengah orang yang jahil. Dan adakah wajar sesuatu yang boleh mencegah kita daripada kemungkaran dipandang nista? Lihat pula hadis berikut :

حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ ، حَدَّثَنَا هِشَامٌ ، عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ ، عَنْ جَابِرٍ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى امْرَأَةً فَدَخَلَ عَلَى زَيْنَبَ بِنْتِ جَحْشٍ فَقَضَى حَاجَتَهُ مِنْهَا ، ثُمَّ خَرَجَ إِلَى أَصْحَابِهِ ، فَقَالَ لَهُمْ : " إِنَّ الْمَرْأَةَ تُقْبِلُ فِي صُورَةِ شَيْطَانٍ ، فَمَنْ وَجَدَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَلْيَأْتِ أَهْلَهُ ، فَإِنَّهُ يُضْمِرُ مَا فِي نَفْسِهِ " .

Muslim bin Ibrōhīm telah merawi hadis kepada kami➤ Hišām telah merawi hadis kepada kami➤ Daripada Abū az-Zubayr➤ Daripada Jābir, bahawasanya Nabi -ṣollallāhu *alayhi wasallam- melihat seorang wanita, kemudian baginda pun datang kepada Zaynab binti Jaḥš, lantas baginda pun menunaikan hajat dengannya. Kemudian, baginda keluar kepada sahabatnya, lantas baginda berkata kepada mereka: "Sesungguhnya wanita datang dengan rupa syaitan. Sesiapa yang mendapati sesuatu daripada hal itu, maka datangilah isterinya kerana ia mampu menguruskan apa-apa yang pada dirinya". [Sunan Abū Dāwud﹇Kitāb an-Nikāḥ﹇no. 1842].

Baginda berkata jika datangnya syahwat dalam jiwa seseorang, maka carilah isteri untuk disetubuhi. Mengapa tidak disuruh untuk berzikir atau apa sahaja yang lain tanpa menyebutkan tentang seks?

Ini jelas menunjukkan bahawa pernikahan bukan sahaja memberi ruang untuk melakukan persetubuhan, malah apa yang baginda sebutkan ini adalah supaya manfaatkan yang ada apabila seseorang itu mempunyai pasangan supaya kita juga jangan meminggirkan pasangan kita yang telah dianugerahkan oleh tuhan Yang Maha Pemurah. Selagimana pasangan itu ada untuk kita, maka janganlah dipersia-siakan nikmat itu.

Malah, bukan itu sahaja. Melakukan seks yang halal termasuk dalam sedekah.

حَدَّثَنَا يَزِيدُ ، أَخْبَرَنَا هِشَامٌ ، عَنْ وَاصِلٍ ، عَنْ يَحْيَى بْنِ عُقَيْلٍ ، عَنْ يَحْيَى بْنِ يَعْمَرَ ، عَنْ أَبِي ذَرٍّ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " يُصْبِحُ كُلَّ يَوْمٍ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنَ ابْنِ آدَمَ صَدَقَةٌ " ، ثُمَّ قَالَ : " إِمَاطَتُكَ الْأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ ، وَتَسْلِيمُكَ عَلَى النَّاسِ صَدَقَةٌ ، وَأَمْرُكَ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ ، وَنَهْيُكَ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ ، وَمُبَاضَعَتُكَ أَهْلَكَ صَدَقَةٌ " ، قَالَ : قُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَيَقْضِي الرَّجُلُ شَهْوَتَهُ ، وَتَكُونُ لَهُ صَدَقَةٌ ؟ ! قَالَ : " نَعَمْ ، أَرَأَيْتَ لَوْ جَعَلَ تِلْكَ الشَّهْوَةَ فِيمَا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ ، أَلَمْ يَكُنْ عَلَيْهِ وِزْرٌ ؟ " قُلْنَا : بَلَى ، قَالَ : " فَإِنَّهُ إِذَا جَعَلَهَا فِيمَا أَحَلَّ اللَّهُ فَهِيَ صَدَقَةٌ " ، قَالَ : وَذَكَرَ أَشْيَاءَ صَدَقَةً صَدَقَةً ، قَالَ : ثُمَّ قَالَ : " وَيُجْزِئُ مِنْ هَذَا كُلِّهِ رَكْعَتَا الضُّحَى " .

Yazīd telah merawi hadis kepada kami➤ Hišām telah merawi khabar kepada kami➤ Daripada Wāṣil➤ DaripadaYaḥyā bin *Uqoyl➤ Daripada Yaḥyā bin Ya*mar➤ Daripada Abū Ḏarr➤ Daripada Nabi -ṣollallāhu *alayhi wasallam-, baginda berkata: "Berpagi-pagi setiap hari pada setiap persendian daripada anak-anak adam adalah sedekah". Kemudian, baginda berkata: "Mengalihkan duri daripada jalan adalah sedekah, memberi salam kepada manusia adalah sedekah, ajakan kamu kepada makruf adalah sedekah, pencegahan kamu daripada kemungkaran adalah sedekah dan persetubuhan kamu pada isteri kamu adalah sedekah". Abū Ḏarr berkata፥ Kami berkata: "Wahai Rasulullah, adakah penunaian seorang lelaki pada syahwatnya dapat menjadi sedekah?". Baginda berkata: "Ya. Apa pendapat kamu jika dia jadikan syahwat itu kepada yang diharamkan oleh Allah ke atasnya, bukankah dia mendapat dosa?". Kami berkata: "Benar". Baginda berkata: "Maka, jika dia menjadikan syahwat itu untuk apa-apa yang dihalalkan oleh Allah, maka ia adalah sedekah". Abū Ḏarr berkata: "Dan ia menyebut sesuatu yang termasuk sedekah". Abu Ḏarr berkata፥ Kemudian baginda: "Dan cukuplah daripada ini kesemuanya dengan dua rakaat dhuha". [Musnad Aḥmad﹇no. 21015].

Apabila baginda menyebutkan hal ini, maksudnya memang digalakkan untuk merebut pahala melalui perhubungan suami isteri. Jika ia adalah bahagian sedekah yang boleh kita peroleh dan amat digalakkan untuk mengambil peluang, bermaksud seks bukanlah sesuatu yang kecil dalam perkahwinan. Ini juga menepis bahawa aktiviti seks adalah perbuatan yang kotor dan menjijikkan. Wajarkah amalan yang membawa kepada pahala sedekah dianggap jijik?

Cukuplah apa yang dinyatakan di sini menunjukkan bahawa seks bukanlah sesuatu yang terasing atau komponen yang sedikit dalam pernikahan. Ia sendiri adalah teras serta perkara utama dalam perkahwinan dan akad di dalamnya adalah untuk memisahkan yang halal dan yang haram.

Saya faham dalam menuju kebahagiaan rumah tangga, seks bukanlah hanya satu-satunya. Pun begitu, bukanlah dengan menganggap seks bukan satu-satunya menjadi sebab kita meremehkan signifikannya seks dalam pernikahan itu sendiri.

No comments:

Post a Comment