Saturday, July 11, 2020

Seloka Yang Mampu Merombak Kefahaman Syukur, Tawaduk, Ujub, Riyak dan Takabbur

Segala puji bagi Allah yang memiliki kebesaran lagi kemuliaan yang tidak akan digapai oleh mana-mana selain-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia kita; Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wa ālihi wasallam- yang merupakan teladan yang terbaik untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur. Begitu juga kepada keluarganya, sahabatnya dan mereka yang mengikuti baginda dengan sebaik-baiknya. Mudah-mudahan berterusan limpahan rahmat-Nya kepada mereka.

Saya tertarik dengan seloka Ibn al-Jawziyy yang memuji-muji dirinya secara habis-habisan yang dia gubah di akhir kitabnya yang berjudul «Daf* Šubah at-Tašbīh Bi Ukuff at-Tanzīḥ».

Salah satu sebab saya tertarik kerana inilah satu-satunya seloka yang paling unik berbanding yang lain, iaitu pujian dan sanjungan kepada diri sendiri yang agak ekstrim. Sukar untuk menemukan seloka seperti ini kerana seloka seperti ini ada unsur yang menyebabkan provokasi dan sangka buruk daripada orang yang tidak memahami yang berkaitan dengan hal ehwal kebongkakan, kesombongan dan tawaduk.

Sebelum saya membawa selokanya. Ada dua perkara yang menyusul bersama dalam kutipan selokanya. Pertama, kitab asal tidak memaparkan baris. Maka, saya letakkan baris bersama supaya orang ramai dapat mengambil manfaatnya. Kedua. Saya hanya fokus kepada sanjungannya kerana seloka yang asalnya panjang dan yang selebihnya tidak ada kaitan dengan tumpuan yang kita ingin hadkan.

Maka, inilah seloka Ibn al-Jawziyy di akhir kitab yang kita ingin fokuskan :

سَبَقْتُ بِحَمْدِ اللهِ مَنْ كَانَ قَبْلِي

Aku telah mendahului -dengan pujian kepada Allah- orang yang telah lama sebelumku

فَقُلْ لِلَّذِي يَرْجُو لِحَاقِي : عَلَى مَهْلٍ!

Maka, katakanlah kepada orang yang berharap untuk berjalan di tengahku: "Perlahan-lahanlah!".

وَإِنَّكُمِ وَلَوْ تَنْقُصُونَ عِتَابَكُمْ

Sesungguhnya walaupun kalian mengurangkan celaan kalian,

لَعَزَّ عَنِ التَّفْتِيشِ أَنْ تَجِدُوا مِثْلِي

pasti sukar untuk kalian merebut pencapaian sepertiku.

حَمِدْتُ إلَـهِي كَيْـفَ لا وَلَهُ الفَضْلُ

Aku memuji kepada tuhanku. Bagaimana mungkin tidak? Dialah memiliki segala anugerah.

كَـمَا قَدْ تَوَلاّنِيْ فَذَلّتْ لِيَ السُّبُـلُ

Sepertimana yang telah Dia membimbingku, lalu jalan-jalan tunduk kepadaku.

وَأخْـرَجَنِي مِنْ بَيْنِ أهْـلِي مُفْهِـمًا

Dialah yang melahirkanku sebagai orang yang mengerti dalam kalangan keluargaku

وَعَلّـمَنِي عِلْمًا بِهِ قِيْمَـتِيْ تَغْـلُو

dan Dia mengajariku ilmu tentangnya. Nilaiku mahal harganya.

وَحَرّكَـنِي للْمُـكَرّمـَاتِ أحُـوْزُهَا

Dialah yang menggerakkanku ke arah kemuliaan-kemuliaan yang aku raihnya.

فَهِـمّةُ نَفْـسِي دَائِـمًا أبَدًا تَعْـلُو

Lantas, semangat diriku terus-menerus selama-lamanya menjulang.

وَأَلْهَمَنِي بِالْعِلْمِ حَتَّى مَلَكْتُهُ

Dia mengilhami aku ilmu sehingga aku memilikinya.

فَصَارَ مَرِيرُ الصَّبْرِ عِنْدَ فَمِي يَحْلُو

Lalu, pahit kesabaran pada lidahku menjadi manis.

وَقَدْ زَادَ عِشْـقِي لِلعُـلُوْمِ فَأصْبَحْتُ

Benar-benar bertambah keasyikanku terhadap ilmu-ilmu itu, maka aku menjadi

كَتـِمْثَـالِ لَيْلَى عِنْدَ قَيْسٍ فَمَا يَسْلُو

laksana patung Laylā bagi Qoys. Betapa seronoknnya dia!

فَمَا مِنْ عُلُوْم بَثّـهَا اللهُ فِي الـوَرَى

Tiada ilmu pada makhluk yang Allah sebarkan

إلَى خَـلْقهِ إلاّ وَلِي مَعَـهَا وَصْـلٌ

pada penciptaan-Nya, melainkan telah aku capai akannya.

وَصَنّفْتُ مَا قَدْ صُنِّفَ لِلنّاسِ جنْـسُهُ

Telah aku berkarya apa-apa yang telah dikaryakan jurusannya untuk manusia.

فيَا قَاصِدِي الإِنْصَافِ لِي مَيّزُوا وَابْلُوا

Wahai orang yang ingin berlaku adil terhadapku, bezakanlah dan ujilah!

وَلِي مِـنْ بَدِيهَاتِ الكَلامِ عَـجَائبُ

Aku memiliki kespontanan ungkapan yang mengagumkan

تُكَـرَّرُ عَلَيـْهِمْ كُلّما طُوِّلَتْ تـَحْلُو

yang diulang-ulang kepada mereka. Semakin ia dipanjangkan, semakin ia lazat.

وَقَدْ قَادَنِي عِلـْمِي إلَى الزُّهْدِ فِي الدَّنَا

Benar-benar ilmuku telah mengemudiku ke arah penghindaran daripada kehinaan.

ومَا جُـمِعَا إلا لِعَـْبدٍ لـهُ فَضْـلُ

Tidaklah kedua-duanya dirangkul melainkan penganugerahan milik-Nya kepada hamba.

نـَعَـمْ وَتُقَـاةْ اللهِ أشـرَفُ خُـلَّةٍ

Ya! Dan takwa kepada Allah ialah seagung-agung teman.

وَلَا خيْرَ فِي قَولٍ إِذَا ضُيِّـعَ الفعْـلُ

Tiada langsung kebaikan pada kata-kata jika disia-siakan amalannya.

قُنُـوعِي بِمَا يَكْفِي يَقِيـنِي مِنَ الأذَى

Kepuasanku akan apa-apa yang merasa cukup baginya menghindari aku daripada marabahaya.

وَبَعْـدَ يَقِيْـني بِالـمَقَادِيـرِ لاَ ذُلَّ

Dan setelah ia menghindari aku dengan ketentuan-ketentuannya, tiada langsung kehinaan

وَأُحْـسِنُ مِنْ عِلمٍ تَرَامَـى بِأَهْـلِهِ

Aku memperbagus sebahagian ilmu yang sang jahil saling melempar ahlinya

إِلَـى مَيْنِ مَـخْلُوقٍ يُمَاثِلُهُ الـجَهْلُ

menjadi orang yang menyerupainya.

وَأُسْـكِنُ قَلْـِبي حُبَّ كُلِّ مُـحَقِّقٍ

Aku menempatkan jantungku dalam kecintaan setiap para peneliti.

عَشـقْتُ كَمَا تَعْشَـقُ الأعْيُنُ النَّجَلُ

Aku keasyikan sepertimana keasyikan tumpuan mata yang kekaguman.

وَبَغْـدَادُ دَارٌ لَيـْسَ يُغْـِبنُ أهْلَـهَا

Baghdad adalah negara yang tidak membohongi penduduknya.

وَمَا حُبُّهُمْ إِلَّا لِـمَنْ مَا لَه شَـكْلٌ

Tidak ada kecintaan penduduk mereka pada apapun kecuali terhadap orang yang memiliki bandingan baginya.

وَكُلُّ الْبِـلَادِ أشْحَـنَتْهَا فضَـائِـلِي

Setiap kota telah dipadati dengan keistimewaan-keistimewaanku.

أَقَـرّ بفَضْلِي الدَّيِّنُ وَالْحَزِنُ وَالسَّـهْلُ

Telah mengakui akan keistimewaanku oleh agamawan, sang sedih dan sang senang.

وَذكْـرِي ورَاءَ النّـهْرِ بالفَضْلِ وَافِـرُ

Juga segerombolan dari balik sungai Jaihun pada penyebutanku tentang keistimewaanku

وَفي الـمَغْربِ الأقصَى ومَا بَلغَتْ إِبِلٌ

Demikian di timur yang jauh dan mana-mana yang unta telah sampai kepadanya. [Daf* Šubah at-Tašbīh Bi Akaff at-Tanzīhm/s 81-82keluaran Maktabah al-Azhariyyah Li at-Turōṯtahqiq Muammad Zāhid al-Kawariyy].

Bayangkan jika seloka ini didendangkan dan dideklamasikan di khayalak orang zaman sekarang? Sudah tentu sang bodoh yang tidak mengerti hakikat tawaduk, ujub, sumᶜah, takabbur, riyak dan kesyukuran memandang sinis, memperlekeh, mempersenda dan mempermainkannya.

Entah bagaimanalah agaknya kalau mereka benar-benar di hadapan Ibn al-Jawziyy ketika mempersembahkan bait-bait selokanya kepada khayalak? Masa itu, mungkin belum lagi kukuhnya pengaruhnya dengan sandangan-sandangan kemuliaan yang dikalungkan kepadanya bersama aura sanjungan orang ramai sepertimana sekarang. Agaknya bagaimana?

Saya memahami mengapa apabila dibentangkan seloka ini, ada sebahagian mereka merasa kebingungan. Ini kerana mereka telah lama dibelenggu dengan salah faham pada definisi tawaduk, ujub, sumᶜah, riyak dan kesyukuran. Para pengajar penyucian jiwa kadangkala tidak tahu definisi sebenarnya, lalu mengajarkan kepada orang ramai tanpa mengerti apa yang dia ucapkan.

Sebab itulah apabila seloka ini apabila dipaparkan kepada mereka, kefahaman mereka bergoncang. Seloka ini benar-benar mampu merombak semula apa yang menjadi kepercayaan kepada mereka.

Maka, di sinilah seeloknya kita melenyapkan keraguan mereka dengan penjelasan ilmiah agar mereka tidak lagi dalam kebingungan. Ingatlah bahawa terdapat perintah Allah untuk menceritakan kurniaan-Nya kepada hamba-Nya. Firman Allah *Azza Wa Jalla :

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ

"Adapun nikmat Tuhanmu, maka ceritakanlah". [Surah aḍ-Ḍuḥā ayat 11].

Abū Ja*far aṭ-Ṭobariyy berkata dalam menafsirkan ayat ini :

فاذكره

"Sebutkanlah". [Jāmi* al-Bayān *An Ta^wīl Āy al-Qur^ānjilid 24m/s 489keluaran Mu^assasah ar-Risālahtahqiq Amad Muammad Šākir].

Kemudian, Abū Ja*far meriwayatkan kata-kata Abū Naḍroh untuk mentafsirkan ayat ini :

كان المسلمون يرون أن من شُكْرِ النعم أن يحدّثَ بها

"Dahulu para muslim berpandangan bahawa salah satu cara mensyukuri nikmat adalah seseorang menceritakannya". [Jāmi* al-Bayān *An Ta^wīl Āy al-Qur^ānjilid 24m/s 489keluaran Mu^assasah ar-Risālahtahqiq Amad Muammad Šākir].

Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy memetik pandangan al-Ḥasan bin *Aliyy untuk mentafsirkan ayat ini :

إِذَا أَصَبْتَ خَيْرًا فَحَدِّثْ إِخْوَانَكَ

"Apabila kebaikan menyapamu, maka ceritakanlah kepada saudaramu". [Tafsīr al-Qur^ān al-*Aẓīmjilid 10m/s 3444keluaran Maktabah Nazzār Muṣṭofā Bāztahqiq As*ad Muammad a-oyyib].

Abū Muḥammad Makkiy bin Abū aṭ-Ṭoyyib al-Andalusiyy berkata dalam menafsirkan ayat ini :

أظهرها وأحمد الله عليها، فإن ذلك من الشكر

"Zahirkanlah ia dan pujilah Allah kerananya. Kerana itu adalah sebahagian daripada kesyukuran". [Al-Hidāyah Ilā Bulūġ an-Nihāyah Fī *Ilm Ma*ānī al-Qur^ān Wa Tafsīrīh Wa Aḥkamih Wa Jumal Min Funūn *Ulūmihjilid 12m/s 8329keluaran Majmū*ah Buḥūṯ al-Kitāb Wa as-Sunnah].

Abū al-Ḥasan al-Māwardiyy membawa salah satu pendapat untuk tafsir ayat ini :

فحدِّث به نفسك , وندب إلى ذلك ليكون ذِكرها شكراً

"Maka ceritakanlah tentangnya kepada dirimu sendiri dan mengajak kepada itu supaya penyebutannya menjadi kesyukuran". [An-Nukat Wa al-*Uyūnjilid 6m/s 295keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyahtahqiq as-Sayyid *Abdul Maqṣūd bin *Abdul Roḥīm].

Al-Wāḥidiyy berkata dalam menafsirkan ayat ini:

أخبر بها

"Beritahulah tentangnya". [Al-Wajīz Fī Tafsīr al-Kitāb al-*Azīzm/s 1211keluaran Dār al-Qolamtahqiq ofwan Amad Dāwūdiyy].

Al-Baġowiyy menutip kata-kata Muqōtil dalam mentafsirkan ayat ini :

اشْكُرْ لِمَا ذُكِرَ مِنَ النِّعْمَةِ عَلَيْكَ فِي هَذِهِ السُّورَةِ مِنْ جَبْرِ الْيَتِيمِ وَالْهُدَى بَعْدَ الضَّلَالَةِ وَالْإِغْنَاءِ بَعْدَ الْعَيْلَةِ، وَالتَّحَدُّثِ بِنِعْمَةِ اللَّهِ شُكْرًا

"Bersyukurlah dengan apa yang disebutkan yang berupa nikmat ke atasmu pada surah ini yang berupa pemulihan zaman yatim, petunjuk selepas kesesatan, kekayaan selepas kesempitan. Menceritakan nikmat Allah adalah kesyukuran". [Ma*ālim at-Tanzīl Fī Tafsīr al-Qur^ānjilid 2m/s 270keluaran Dār Iyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyytahqiq *Abdul Rozzāq al-Mahdiyy].

Al-Qurṭubiyy berkata dalam menafsirkan ayat ini:

انْشُرْ مَا أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْكَ بِالشُّكْرِ وَالثَّنَاءِ. وَالتَّحَدُّثِ بِنِعَمِ اللَّهِ، وَالِاعْتِرَافُ بِهَا شُكْرٌ

"Sebarkanlah apa yang Allah limpahkan nikmat kepadamu dengan syukur dan pujian serta menceritakan nikmat-nikmat Allah. Mengakuinya adalah kesyukuran". [Al-Jāmi* Li Aḥkām al-Qur^ānjilid 20m/s 102keluaran Dār al-Kutub al-Miriyyahtahqiq Amad al-Baroddūniyy dan Ibrōhīm Aṭṭofayyiš].

Menceritakan di sini bukan hanya menceritakan secara biasa sahaja tanpa ekspresi emosi sepertimana membaca semula secara berlafaz pada teks yang tertulis, tetapi ia menceritakan dengan ekspresi emosi yang jujur dan tulus daripada jantung selagimana di atas jalan pengenalan kepada Allah Tabāroka Wa Ta*ālā.

Jika dia merasa gembira, maka dia menzahirkannya dengan ekspresi yang riang dan cerita. Jika ia bersedih, ia bersabar dan ia tidak mencela-Nya kerana ia mengetahui bahawa Dia tidak menimpakan sesuatu ke atas hamba-Nya dengan kesia-siaan sekalipun ia merintih.

Menceritakan kelebihan diri beserta menyatakan kesyukuran kepada Allah bukanlah tercela selagimana ia jujur dengan dirinya sendiri kerana Dāwud dan Sulaymān -*alayhimā as-Salām- menyebutkan kelebihan diri. Firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

لَقَدْ آتَيْنَا دَاوُودَ وَسُلَيْمَانَ عِلْمًا ۖ وَقَالَا الْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي فَضَّلَنَا عَلَىٰ كَثِيرٍ مِّنْ عِبَادِهِ الْمُؤْمِنِينَ

"Benar-benar sesungguhnya Kami berikan ilmu kepada Daud dan Sulaymān. Mereka berdua berkata: Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami daripada kebanyakan hamba-hambaNya orang yang beriman". [Surah an-Naml ayat 14].

Malah, ini juga yang dilakukan oleh tokoh ilmuwan ahli bait dalam membiografikan dirinya sendiri seperti Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy dalam «al-Baḥr al-*Amīq Fī Marwiyyāt Ibn aṣ-Ṣiddīq», adiknya; *Abdullah al-Ġumāriyy dalam «Sabīl at-Tawfīq Fī Tarjamah *Abdillah Ibn aṣ-Ṣiddīq», adiknya; *Abdul *Azīz al-Ġumāriyy dalam «Ta*rīf al-Mu^tasī Bi Aḥwāl Nafsī» dan muridnya; *Abdullah bin *Abdul Qōdir at-Talīdiyy dalam «Ḏikriyāt Min Ḥayātī».

Jika ini adalah teladan mereka yang terdahulu, maka ekspresikanlah nikmat itu melalui sebutan, pengamalan dan kebanggaan yang sesuai dengan apa yang dikurniakan. Maka, menceritakan apa yang telah dikurniakan oleh Allah, maka ini bukanlah riyak atau sumᶜah selagimana itu bukan matlamatnya dan selagimana seseorang itu dalam keadaan berterusan mengingati Yang Maha Pemberi Rezeki.

Tidak salah berbangga dengan nikmat Allah yang Dia kurniakan kepada kita semua selagimana ia adalah sesuatu yang benar dan tidak berlebihan daripada apa yang sepatutnya ketika menyebut-nyebutkannya. Ia bukanlah perbuatan yang ujub dan takabbur. Memandangkan terdapat perintah Allah untuk berbangga dengan apa-apa yang Dia kurniakan kepada kita. Firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

قُلْ بِفَضْلِ اللَّـهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ

Katakanlah: "Dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya yang sedemikian, maka bergembiralah. Ia adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan". [Surah Yūnus ayat 58].

Di sini dalil yang membolehkan untuk bergembira terhadap apa-apa nikmat yang Allah kurniakan walau dalam apa jua bentuk. Sekalipun konteks kurniaan Allah dan rahmat-Nya pada ayat ini lebih menunjukkan kepada al-Quran dan agama Islam sepertimana perkaitan dengan ayat sebelumnya dan tidak merujuk kepada semua nikmat disebabkan ayat tersebut mengasingkan kurniaan Allah dan rahmat-Nya dengan apa-apa yang mereka kumpulkan, tetapi praktik hukum tersebut didasari pada umumnya, bukan kekhususan lafaznya.

Hal ini kerana al-Quran dan agama Islam adalah sebaik-baik kurnia dan atas sebab itulah berlakunya pengasingan. Akan tetapi, ia tidak menafikan bahawa selain al-Quran dan agama Islam adalah sebahagian daripada karunia Allah atau apa-apa manifestasi daripada rahmat Allah, cuma penyebutan seperti itu hanya ingin menunjukkan keutamaan al-Quran dan agama Islam berbanding yang lain semata-mata.

Perlulah kita ingat bahawa rahmat juga boleh merujuk kepada hujan. Firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

وَهُوَ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ ۖ حَتَّىٰ إِذَا أَقَلَّتْ سَحَابًا ثِقَالًا سُقْنَاهُ لِبَلَدٍ مَّيِّتٍ فَأَنزَلْنَا بِهِ الْمَاءَ فَأَخْرَجْنَا بِهِ مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ ۚ كَذَٰلِكَ نُخْرِجُ الْمَوْتَىٰ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

"Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai khabar gembira sebelum ketibaan rahmat-Nya. Sehingga apabila angin itu menjadi awan yang tebal, Kami membawanya ke negeri yang tanadus, lantas Kami turunkan air melaluinya. Kemudian, Kami mengeluarkan setiap buah-buah melaluinya. Seperti demikianlah Kami menghidupkan orang yang mati agar kalian beringat". [Surah al-A*rōf ayat 57].

Maka, ayat al-Quran pada Surah Yūnus tadi perlulah dilihat pada konteksnya supaya kita tidak kaku dan beku dalam memahami hakikat sebenarnya.

Kalimah ₍Yafroḥū₎ (يَفْرَحُوا) disisipkan dengan Lām yang menunjukkan ₍Lām al-Amr₎ yang membawa maksud perintah. Di sini bukan semata-mata disarankan, tetapi ia lebih daripada itu sehingga ke tahap perintah. Kalimah Yafroḥū yang berasal daripada kalimah ₍Fariḥa₎ (فََرِحَ) bukan semata-mata hanya untuk bergembira, kadangkala ia dipadankan untuk rasa bangga. Firman Allah *Azza Wa Jalla :

فَتَقَطَّعُوا أَمْرَهُم بَيْنَهُمْ زُبُرًا ۖ كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ

"Lalu meraka berpecah-pecah pada urusan mereka di antara mereka menjadi berbagai-bagai golongan. Tiap-tiap kelompok merasa bangga dengan apa-apa yang ada di sisi mereka". [Surah al-Mu^minūn ayat 53].

Firman-Nya *Azza Wa Jalla :

إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ ۖوَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ ۖ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ

"Sesungguhnya Qōrūn adalah salah seorang kaum Mūsā. Dia melampaui batas terhadapnya. Dan Kami berikan khazanah yang kunci-kuncinya benar-benar dapat berat (dipikul) oleh kelompok orang yang mempunyai kekuatan. Tatkala kaumnya berkata kepadanya: Jangan kamu berbangga. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbangga". [Surah al-Qoo ayat 76].

Dengan itu, berbangga juga salah satu manifestasi kegembiraan.

Namun, mungkin orang tertanya, tidak mengapakah seseorang berbangga-bangga sehingga dia merasakan dia mengungguli lebih daripada yang lain? Kita katakan bahawa bahkan, terdapat riwayat lain bahawa Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- tidak mengingkari terhadap orang-orang yang ingin berbangga dengan keindahan yang ada pada dirinya sehingga dia tidak menyukai orang lain menyainginya.

حَدَّثَنَا أَبُو مُوسَى مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ ، حَدَّثَنَا هِشَامٌ ، عَنْ مُحَمَّدٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ : " أَنَّ رَجُلًا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ رَجُلًا جَمِيلًا ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنِّي رَجُلٌ حُبِّبَ إِلَيَّ الْجَمَالُ وَأُعْطِيتُ مِنْهُ مَا تَرَى حَتَّى مَا أُحِبُّ أَنْ يَفُوقَنِي أَحَدٌ ، إِمَّا قَالَ بِشِرَاكِ نَعْلِي ، وَإِمَّا قَالَ بِشِسْعِ نَعْلِي ، أَفَمِنَ الْكِبْرِ ذَلِكَ ؟ قَالَ : لَا وَلَكِنَّ الْكِبْرَ : مَنْ بَطِرَ الْحَقَّ وَغَمَطَ النَّاسَ " .

Abū Mūsā Muḥammad bin al-Muṯannā telah merawi hadis kepada kami *Abdul Wahhāb telah merawi hadis kepada kami Hišām telah merawi hadis kepada kami Daripada Muhammad Daripada Abū Huroyroh Bahawasanya ada seorang lelaki datang kepada Nabi -ollallāhu *alayhi wasallam- dan dia adalah seorang lelaki yang indah. Dia berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku adalah lelaki yang menyukai kecantikan dan aku diberikan padanya sepertimana yang engkau lihat sehingga aku tidak suka sesiapa yang setara denganku walau seorang pun -mungkin dia berkata tali kasutku dan mungkin dia berkata tali seliparku-, adakah itu kesombongan?". Baginda berkata: "Tidak. Akan tetapi, kesombongan adalah mereka yang menolak kebenaran dan meremehkan manusia". [Sunan Abū DāwudKitāb al-Libasno. 3571].

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ ، عَنْ ابْنِ عَوْنٍ ، عَنْ عَمْرِو بْنِ سَعِيدٍ ، عَنْ حُمَيْدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، قَالَ : قَالَ ابْنُ مَسْعُودٍ : كُنْتُ لَا أُحْجَبُ عَنِ النَّجْوَى ، وَلَا عَنْ كَذَا ، وَلَا عَنْ كَذَا ، قَالَ ابْنُ عَوْنٍ : فَنَسِيَ وَاحِدَةً ، وَنَسِيتُ أَنَا وَاحِدَةً ، قَالَ : فَأَتَيْتُهُ وَعِنْدَهُ مَالِكُ بْنُ مُرَارَةَ الرَّهَاوِيُّ ، فَأَدْرَكْتُ مِنْ آخِرِ حَدِيثِهِ ، وَهُوَ يَقُولُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، قَدْ قُسِمَ لِي مِنَ الْجِمَالِ مَا تَرَى ، فَمَا أُحِبُّ أَنَّ أَحَدًا مِنَ النَّاسِ فَضَلَنِي بِشِرَاكَيْنِ فَمَا فَوْقَهَما ، أَفَلَيْسَ ذَلِكَ هُوَ الْبَغْيُ ؟ قَالَ : " لَا ، لَيْسَ ذَلِكَ بِالْبَغْيِ ، وَلَكِنَّ الْبَغْيَ مَنْ بَطِرَ قَالَ : أَوْ قَالَ : سَفِهَ الْحَقَّ ، وَغَمَطَ النَّاسَ " .

Ismā*īl telah merawi hadis kepada kami Daripada Ibn *Awn Daripada *Amr bin Sa*īd Daripada umayd bin *Abdul Romān, dia berkata Ibn Mas*ūd berkata: "Aku tidak pernah terhalang daripada bisikan, tidak juga daripada sedemikian dan tidak sedemikian". Ibn *Awn berkata: "Dia pun terlupa pada yang satu, lalu aku pun terlupa yang satu lagi". Dia berkata Aku pun datang kepadanya dan Mālik bin Murōroh ar-Rohāwiyy di sisinya, lantas aku melihatnya pada hadisnya yang lain dan dia berkata: "Wahai Rasulullah, aku diberikan keindahan sepertimana yang engkau lihat dan aku tidak menyukai jika seseorang melebihiku pada kedua-dua tali seliparku dan apa-apa yang dia atasnya, tidakkah itu kesombongan?". Baginda berkata: "Tidak, demikian itu bukanlah kesombongan. Akan tetapi, kesombongan adalah orang-orang yang menolak" -Dia berkata Atau baginda berkata:- "Merendahkan kebenaran dan meremehkan manusia". [Musnad Aḥmadno. 3515].

Jika seseorang tidak menyukai ada orang menyainginya, maka tidak lain tidak bukan bahawa orang itu berbangga terhadap kelebihan yang ada pada dirinya. Hal itu sama sekali tidak dikeji oleh Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, bahkan baginda membetulkan definisi kesombongan dengan yang sebenarnya. Justeru, tidak mengapa menyebut-nyebutkan kelebihan diri yang menunjukkan seseorang itu lebih unggul daripada yang lain apabila ia adalah hakikat yang benar.

Jika seseorang mendengar ini, mungkin akan ada yang keliru dan tertanya-tanya: "Jika demikian, apakah itu tawaduk?" Pada saya, tawaduk adalah meletakkan kedudukan dirinya di tempat yang sebenar dan tahu pada situasi mana kita boleh menzahirkan kelebihan kita melalui ucapan dan perbuatan sebagai kesyukuran kepada Allah atau keperluan seperti menggalas tanggungjawab yang penting yang dia berkemampuan padanya agar tidak disandang oleh orang yang tidak layak atau kurang mahir dan meninggalkannya sama ada kerana sukarela seperti ingin mendahulukan orang lain atau ingin melebihkannya atau tidak ingin dirinya kelihatan dibayangi dengan penzahiran yang lebih dari sepatutnya di mata orang lain atau diri sendiri atau kerana terdapat keperluan.

Saya berharap bahawa ini adalah definisi yang paling tepat daripada mana-mana definisi yang pernah dikemukakan. Adapun, percubaan untuk mendefinisikan bahawa tawaduk itu kelihatan seperti merendahkan atau mengecilkan kedudukan yang telah sememangnya ruang yang besar untuknya adalah tidak tepat dan belum cukup menyeluruh walaupun ia terkandung dalam salah satu makna tawaduk.

Kemudian, ditambah pula bahawa ia adalah mengecilkan kedudukan diri untuk mengagungkan kedudukan orang lain adalah tidak benar sama sekali. Jika saya tidak berlebihan, ini adalah definisi yang batil.

Adakah sang yang beriman lebih hina daripada yang fasik? Tidak sama sekali! Di sini, kita perlu akui bahawa kita perlu akui bahawa kita perlu merasa lebih mulia dan memiliki rasa keperkasaan bahawa kita adalah komuniti yang unggul dan bukan yang dilumurkan dengan kehinaan sepertimana mereka yang penderhaka. Kita seharusnya mensyukuri kepada Allah apabila kita dikelompokkan dalam orang yang dijunjung kedudukannya.

Bukanlah bermakna kita perlu menafikan kelebihan yang ada pada mereka jika ia benar. Kita perlu akuinya jika ia ada bahagian yang menyerlah pada kita. Namun, kita juga perlu kesedaran dan sentimen yang kuat terhadap kedudukan kita yang telah terjamin kemuliaannya. Menzahirkan kehinaan terhadap apa yang Allah menempatkan ia sebagai mulia, sesungguhnya bukanlah ia tawaduk.

Malah, tawaduk juga bukan mengajar seseorang untuk berbohong. Apabila seseorang itu benar-benar menguasai sepuluh kitab, tidak boleh dia berkata dia hanya menguasai tiga atau empat kitab sahaja. Ini bukanlah tawaduk. Ini adalah pembohongan. Sekalipun kita ingin merendahkan diri kita agar tidak terlalu tenggelam dalam kebanggaan yang membawa kepada ujub dan riyak, tetap jua itu bukan alasan untuk berbohong.

Bahkan, dia juga tidak boleh beralasan untuk tawaduk dalam menyembunyikan kemampuan ilmunya jika masyarakat sangat memerlukan kelebihan yang ada padanya dan apabila orang jahil mulai meraja di sekeliling. Jika orang yang jahil mula mengetengahkan diri dalam menjadi bicara untuk masyarakat, sedangkan dia sedar yang dirinya jauh lebih berkompeten dari segi kemampuan ilmu daripada orang itu, maka dia perlu menzahirkan kelebihannya demi kepentingan sejagat orang sekeliling, di samping menzahirkan kesyukuran kepada-Nya dan menunaikan hak nikmat yang dilimpahkan kepadanya dengan sebaik-baiknya.

Adapun menggunakan hadis untuk menjustifikaskan bahawa tawaduk adalah sengaja menganggap dirinya kurang, maka sebahagiannya tidak sahih, di samping ia tidak cukup menyeluruh walaupun ia adalah salah satu kandungan dalam tawaduk. Contohnya adalah hadis berikut :

حَدَّثَنَا أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، حَدَّثَنَا سَعِيدٌ ، قَالَ : حَدَّثَنِي أَبُو مَرْحُومٍ عَبْدُ الرَّحِيمِ بْنِ مَيْمُونٍ ، عَنْ سَهْلِ بْنِ مُعَاذِ بْنِ أَنَسٍ الْجُهَنِيِّ , عَنْ أَبِيهِ , قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ تَرَكَ اللِّبَاسَ وَهُوَ يَقْدِرُ عَلَيْهِ تَوَاضُعًا لِلَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى ، دَعَاهُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى رُءُوسِ الْخَلَائِقِ , حَتَّى يُخَيِّرَهُ فِي حُلَلِ الْإِيمَانِ أَيَّهَا شَاءَ " .

Abū *Abdul Roḥmān telah merawi hadis kepada kami Sa*īd telah merawi hadis kepada kami, dia berkata Abū Marḥūm *Abdul Romān bin Maymūn telah merawi hadis kepadaku Daripada Sahl bin Mu*āḏ bin Anas al-Juhāniyy Daripada ayahnya, dia berkata Rasulullah -ollallāhu *alayhi wasallam- bersabda: "Barangsiapa yang meninggalkan sesebuah pakaian padahal ia mampu untuk (memakai)nya kerana tawaduk kepada Allah Tabāroka Wa Ta*ālā, Allah Tabāroka Wa Ta*ālā akan memanggilnya pada hari kiamat di tengah-tengah keramaian sehingga Dia memberikan tawaran untuk memakai pakaian keimanan yang mana-mana ia kehendaki". [Musnad Aḥmadno. 15323 at-Tirmiiyyno. 2418 al-Ḥākim dalam *Alā a-oḥīḥaynno. 192 al-Bayhaqiyy dalam as-Sunan al-Kubrōno. 5624 Musnad Abū Ya*lā al-Mawṣoliyyno. 1492 a-obrōniyy dalam al-Mu*jam al-Kabīrno. 16829].

Hadis ini dhaif kerana berpunca daripada perawi yang bernama Sahl bin Mu*āḏ bin Anas al-Juhāniyy. Yaḥyā bin Ma*īn mendhaifkannya sepertimana yang dinukil oleh Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy dalam «al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl».

Kalaupun ia adalah sahih, maka ini sekadar tuntutan sahaja, bukan kewajipan. Ini kerana Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- sendiri mengizinkan seseorang untuk mempamerkan keindahan penampilannya dan baginda tidak mengingkari orang yang tidak mahu disaingi dalam perkara itu sepertimana yang dibawakan riwayat tadi.

Sebahagian orang juga cuba menyatakan bahawa tawaduk adalah merasa kerdil berbanding dengan orang lain dan memuliakannya serta tidak merasa lebih hebat daripada orang lain secara mutlak melalui riwayat ini

وحَدَّثَنِي أَبُو عَمَّارٍ حُسَيْنُ بْنُ حُرَيْثٍ، حَدَّثَنَا الْفَضْلُ بْنُ مُوسَى، عَنِ الْحُسَيْنِ، عَنْ مَطَرٍ، حَدَّثَنِي قَتَادَةُ، عَنْ مُطَرِّفِ بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ الشِّخِّيرِ، عَنْ عِيَاضِ بْنِ حِمَارٍ أَخِي بَنِي مُجَاشِعٍ، قَالَ: قَامَ فِينَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ خَطِيبًا، فَقَالَ: «إِنَّ اللهَ أَمَرَنِي» وَسَاقَ الْحَدِيثَ بِمِثْلِ حَدِيثِ هِشَامٍ، عَنْ قَتَادَةَ، وَزَادَ فِيهِ «وَإِنَّ اللهَ أَوْحَى إِلَيَّ أَنْ تَوَاضَعُوا حَتَّى لَا يَفْخَرَ أَحَدٌ عَلَى أَحَدٍ، وَلَا يَبْغِي أَحَدٌ عَلَى أَحَدٍ»

Abū *Ammār Ḥusayn bin Ḥuroyṯ telah merawi hadis kepadaku Al-Fal bin Mūsā telah merawi hadis kepada kami daripada al-usayn daripada Maor Daripada Qotādah Daripada Muṭorrif bin *Abdullah bin aš-Šiẖẖīr Daripada *Iyāḍ bin imār; saudara bani Mujāši*. Dia berkata Rasulullah -ollallāhu *alayhi wasallam- bangun pada sekeliling kami pada suatu hari untuk berkhutbah. Lalu, baginda berkata: "Sesungguhnya Allah menyuruhku" dan dia menyebutkan hadis dengan semisal hadis Hišām Daripada Qotādah. Dia menambah padanya: "Sesungguhnya Allah mewahyukan aku agar bertawaduk sehingga seseorang tidak berbangga ke atas seseorang yang lain dan seseorang tidak melampaui batas terhadap seseorang yang lain". [Ṣoḥīḥ MuslimKitāb al-Jannah Wa ifāt Na*īmihā Wa Ahlihāno. 5240].

Untuk lafaz hadis ini pula :

حَدَّثَنَا مُبَارَكٌ ، عَنِ الْحَسَنِ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِنَّ اللَّهَ أَوْحَى إِلَيَّ أَنْ تَوَاضَعُوا حَتَّى لا يَبْغِيَ أَحَدٌ عَلَى أَحَدٍ ، وَلا يَفْخَرَ أَحَدٌ عَلَى أَحَدٍ " .

Mubārok telah merawi hadis kepada kami Daripada al-asan, dia berkata Rasulullah -ollallāhu *alayhi wasallam- bersabda: "Sesungguhnya Allah mewahyukan kepada aku agar kalian bertawaduk sehinga tidak ada seorang pun melampaui batas terhadap yang lain dan tidak seorang pun yang bermegah terhadap yang lain". [Az-Zuhd Li Wakī* bin al-Jarrōḥno. 208].

Hadis ini dhaif kerana Mubārok bin Faḍōlah yang merupakan perawi mudallis dan kelemahannya adalah sama sepertimana yang dinyatakan tadi. Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy berkata :

سئل أبو زرعة عن مبارك بن فضالة، فقال: يدلس كثيرا فإذا قال حدثنا فهو ثقة

Ditanya kepada Abū Zur*ah tentang Mubārok bin Faḍōlah, dia berkata: "Dia banyak melakukan tadlis. Jika dia berkata: Telah merawi hadis kepada kami, maka dia berkredibiliti". [Al-Jar Wa at-Ta*dīlkarya Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyyjilid 8m/s 339keluaran Dār Iyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy].

Sebelum itu, tawaduk boleh juga dengan apabila seseorang merasakan lebih tinggi dan lebih agung berbanding orang lain jikalau kedudukannya benar-benar melebihi daripada orang yang dia bandingkan. Perhatikanlah :

حَدَّثَنِي هَارُونُ بْنُ سَعِيدٍ الْأَيْلِيُّ ، حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ ، أَخْبَرَنِي عَمْرٌو وَهُوَ ابْنُ الْحَارِثِ ، عَنْ عَبْدِ رَبِّهِ بْنِ سَعِيدٍ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ كَعْبٍ الْحِمْيَرِيِّ ، عَنْ عُمَرَ بْنِ أَبِي سَلَمَةَ ، أَنَّهُ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَيُقَبِّلُ الصَّائِمُ ؟ ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " سَلْ هَذِهِ لِأُمِّ سَلَمَةَ " ، فَأَخْبَرَتْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ ذَلِكَ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَتْقَاكُمْ لِلَّهِ ، وَأَخْشَاكُمْ لَهُ " .

Hārūn bin Sa*īd al-Ayliyy telah merawi hadis kepada kami Ibn Wahb telah merawi hadis kepada kami *Amr dan dia adalah Ibn al-Ḥāriṯ telah merawi khabar kepada kami Daripada *Abdu Rabbih bin Sa*īd Daripada *Abdullah bin Ka*b al-imyariyy Daripada *Umar bin Abū Salamah, bahawsanya dia bertanya kepada Rasulullah -ollallāhu *alayhi wasallam- sama ada dia mencium isterinya ketika berpuasa. Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wasallam- berkata: "Tanyalah ini kepada Ummu Salamah". Lalu, Ummu Salamah mengkhabarkan bahawa Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- melakukannya. Berkata *Abdullah bin Ka*b: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosamu yang lalu dan juga yang akan datang". Berkata Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- kepadanya: "Demi Allah! Sesungguhnya aku benar-benar paling bertakwa kepada Allah dan paling takut kepada-Nya di antara kamu". [Ṣoḥīḥ MuslimKitāb a-iyāmno. 1870].

Daripada riwayat ini, Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wa ālihi wasallam- menyatakan kedudukannya yang lebih tinggi berbanding orang lain dan hal ini tidak diingkari oleh Allah sepertimana pengingkaran-Nya terhadap Mūsā -*alayhissalām- yang menzahirkan kelebihan dirinya yang tidak ada pada orang lain :

قَامَ مُوسَى النَّبِيُّ خَطِيبًا فِيبَنِي إِسْرَائِيلَ فَسُئِلَ أَيُّ النَّاسِ أَعْلَمُ فَقَالَ أَنَا أَعْلَمُ فَعَتَبَ اللَّهُ عَلَيْهِ إِذْ لَمْ يَرُدَّ الْعِلْمَ إِلَيْهِ فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيْهِ أَنَّ عَبْدًا مِنْ عِبَادِي بِمَجْمَعِ الْبَحْرَيْنِ هُوَ أَعْلَمُ مِنْكَ

Mūsā berdiri untuk berkhutbah untuk bani Isrō^īl, lalu baginda ditanya: "Manusia yang mana yang paling mengetahui?". Musa berkata, "Aku adalah yang paling mengetahui". Allah pun mencelanya kerana baginda tidak diberikan ilmu mengenainya. Lantas Allah mewahyukan kepadanya: "Sesungguhnya seorang hamba daripada hamba-hambaKu di pertemuan dua lautan lebih mengetahui daripada kamu". [Ṣoḥīḥ al-BuẖōriyyKitāb al-*Ilmno. 122].

Perhatikanlah perbezaan dua ini! Maka, boleh menzahirkan kelebihan diri dan berbangga dengan kedudukan yang sesuai dengan dirinya selagimana ia jujur dan tidak berlebihan. Maka, apabila orang-orang yang bertawaduk menyebutkan kelebihan diri, maka dia hanya menyatakan secara jujur sebatas yang benar-benar ada pada diri mereka sendiri tanpa berlebihan dan menguranginya.

Orang yang mengurangi adalah sama dengan orang yang berlebihan. Sesiapa yang benar-benar menguasai sepuluh jenis ilmu, tetapi hanya menyebutkan empat ilmu sahaja, maka ketahuilah bahawa itu bukanlah tawaduk, tetapi itu adalah dusta!

Mungkin dalam perbandingan antara dua orang, ia terdedah dengan sangkaan dan subjektif yang mana kadangkala seseorang menyangka bahawa dia lebih menyerlah berbanding yang lain atau kadangkala ia terdedah dengan perspektif berbeza daripada pandangan mata orang lain. Maksudnya, boleh jadi di matanya bahawa dia lebih istimewa berbanding orang lain yang dibandingkan, namun di mata orang lain, ia tidak sedemikian.

Apapun, tidaklah salah jika ia benar menurut sangkaan kita meskipun tidak di pandangan orang lain. Lihat kalam as-Suyūṭiyy ini :

وقد كملت عندي الآن آلات الاجتهاد بحمد الله تعالى؛ أقول ذلك تحدثًا بنعمة الله تعالى لا فخرًا؛ وأي شيء في الدنيا حتى يطلب تحصيلها بالفخر، وقد أزف الرحيل، وبدا الشيب، وذهب أطيب العمر! ولو شئت أن أكتب في كل مسألة مصنفًا بأقوالها وأدلتها النقلية والقياسية، ومداركها ونقوضها وأجوبتها، والموازنة بين اختلاف المذاهب فيها لقدرت على ذلك من فضل الله، لا بحولي ولا بقوتي، فلا حول ولا قوة إلا بالله، ما شاء الله، لا قوة إلا بالله.

"Telah sempurna pada sisiku sekarang alat-alat ijtihad dengan segala pujian kepada Allah Ta*ālā. Aku berkata sedemikian kerana menceritakan nikmat Allah, bukan membongkak. Sesuatu yang manakah di dunia ini sehingga boleh dituntut perolehannya dengan bongkak? Namun, semakin cepat waktu keberangkatan, telah tumbuh uban dan telah berlalu sesedap-sedap umur. Kalau aku mahu untuk menuliskan karya pada setiap permasalahan dengan pendapat-pendapatnya, dalil-dalilnya yang naqli dan qiyasi, cerapan-cerapannya, pertentangannya dan jawapan-jawapannya, pertimbangan antara perselisihan mazhab, pasti aku mampu terhadap itu dengan kelebihan Allah. Bukan dengan upayaku dan bukan dengan kekuatanku. Tiada upaya dan kekuatan melainkan beserta Allah dalam keaadaan apa yang Allah kehendaki. Tiada kekuatan melainkan beserta Allah". [Ḥusn al-Muḥāḍoroh Fī Tāriẖ Miṣr Wa al-Qōhirohjilid 1m/s 339keluaran Dār Iyā^ al-Kutub al-*Arobiyyahtahqiq Muammad Abū al-Fal Ibrōhīm].

Saya memahami bahawa ada di antara mereka yang cuba menafikan bahawa dia masih belum cukup mencapai syarat mujtahid. Apapun, tidaklah salah untuk ia menyatakan kesyukuran dengan nikmat yang dia peroleh berdasarkan apa menurut pemerhatian dan dapatan pada introspeksinya. Jika ingin fikirkan apa yang di mata orang lain, bukan semua akan menghasilkan jawapan yang sama. Allah lebih tahu tentangnya.

Namun, kita semua yang hidup pada hari ini dan memerhati peninggalan as-Suyūṭiyy pasti tidak mengingkari bahawa dia sememangnya layak di kedudukan mujtahid meskipun sebahagian orang sezamannya meragui kemampuannya. Malah, kita semua tidak memandang jelek terhadap apa yang dia ungkapkan tentang dirinya.

Saya secara peribadi mengatakan bahawa sebeginilah cara Allah menambahkan nikmat atas penzahiran kesyukurannya, iaitu dengan memuliakan penyebutan namanya pada hari ini dan orang zaman ini tidak sangsi terhadap kemampuannya mampu mencapai sepertimana yang dia dakwa.

Malah, sepertimana yang disebutkan tadi bahawa Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- tidak mengingkari sikap seseorang ingin berbangga dengan penampilan indahnya dan rasa tidak senang untuk disaingi dalam hal itu. Maka, saranan tersebut bukanlah kewajipan, tetapi berupa tuntutan.

Maka, untuk hadis tersebut, ia boleh difahami dengan beberapa sudut dan ia sebenarnya tidak bertentangan jika dilihat pada salah satu makna tawaduk sepertimana yang telah saya kemukakan, iaitu meninggalkan penzahiran kelebihan diri kerana sukarela atau kerana terdapat keperluan. Terdapat beberapa sebab yang adakalanya kita perlu menjauhkan diri daripada menzahirkan kelebihan diri, khususnya lebih dari yang sepatutnya.

Yang pertama adalah ia supaya seseorang tidak terlalu membandingkan kelebihan dirinya dengan orang lain kerana orang lain berkemungkinan ada kelebihan lain yang lebih menyerlah berbandingnya atau kelebihan yang sama, tetapi jauh lebih unggul daripadnaya. Lalu, daripada itu, masing-masing mengakui kekurangan diri yang dia lompong jika dibandingkan orang lain dan tidak terlalu bangga terhadap sudut yang dia merangkul keagungannya.

Yang kedua adalah supaya seseorang tidak menjadikan kelebihan yang ada pada dirinya untuk mengecilkan orang lain, merendahkannya, menyakitinya dan menghinanya disebabkan tidak mampu setanding atau bersaing dengan kelebihannya. Ini ia bukan sahaja membibitkan kebencian antara satu sama lain, bahkan sikap ini juga mampu menuangkan lagi konflik dan persaingan yang menjelekkan sesama saudara segama.

Ini adalah sepertimana yang Allah Tabāroka Wa Ta*ālā berfirman :

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ ﴿٤﴾ قَالَ يَا بُنَيَّ لَا تَقْصُصْ رُؤْيَاكَ عَلَىٰ إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُوا لَكَ كَيْدًا ۖ إِنَّ الشَّيْطَانَ لِلْإِنسَانِ عَدُوٌّ مُّبِينٌ ﴿٥

"Ketikamana Yūsuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayah kesayanganku! Sesungguhnya aku telah melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Aku melihat mereka bersujud kepadaku" Dia berkata: "Wahai anak kesayanganku! Janganlah engkau menceritakan mimpimu kepada adik-beradikmu. Lalu, dengan sebab itu, mereka benar-benar membuat tipu daya ke atasmu. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang menyata kepada manusia". [Surah Yūsuf ayat 4-5].

Kalaulah mimpi seeloknya disembunyikan kerana ia akan menimbulkan permusuhan dari orang sekeliling biarpun dari ahli keluarga sendiri, sudah tentu kelebihan diri juga ada yang patut tidak diceritakan bagi memastikan keselamatan diri dan kesejahteraan sekeliling.

Yang ketiga adalah orang yang suka berbangga-bangga ini dikhuatiri akan berlebihan dalam penyifatan dirinya sehingga ia memalingkan daripada kesyukuran yang sebenar sekalipun itu yang dia dakwa. Orang yang mengejar kebanggan akan memperdaya dirinya atau membawa kepada sikap berlebih-lebihan untuk mencari rasa kebanggaan dalam diri. Inilah yang seharusnya perlu diperingatkan.

Yang keempat adalah supaya kita juga beringat kekurangan diri di samping memerhati kelebihan yang ada pada diri. Kita mungkin menggambarkan diri kita kepada orang ramai sebagai hebat dan terpuji, tetapi Allah lebih mengetahui apa sebenarnya yang tercoreng pada diri kita dan apa yang Dia tutup dari pandangan orang ramai. Atas sebab itulah, seeloknya kita memperbanyakkan merenung kekurangan diri.

Yang kelima adalah orang yang suka membanggakan diri di hadapan orang ramai adalah orang yang paling berat tanggungjawabnya dan yang paling banyak beban yang ditanggung. Ini kerana jika dia mendakwa bahawa dia adalah berkemahiran dalam ilmu hadis yang setara dengan kedudukan hafiz, maka untuk mengekalkan imejnya sepertimana yang disebutkan adalah kerja yang menyulitkan dan memenatkan semata-mata agar orang tidak hampa melihat kita yang hakikatnya kurang daripada yang dijangka dan didakwa atau mungkin lebih teruk daripada itu.

Atas sebab itulah kita perlu bersederhana dalam menampilkan imej kita yang memiliki kelebihan kerana berlebihan padanya akan menambahkan lagi kerja untuk menjaga reputasi kita di sisi orang ramai, sedangkan kita sendiri secara peribadi tahu bagaimana diri kita yang sebenar, apakah kelompongannya dan bahagian yang Allah tutup aib kita. Padahal, hidup kita bukan untuk mengejar persepsi baik orang ramai untuk kita.

Yang keenam adalah dengan mengurangkan kebanggaan pada diri kita memberikan kita ruang dan masa untuk fokus dalam pembinaan aspek yang lompong dan memperbaiki prestasi yang masih belum memuaskan. Berlebihan dalam membanggakan diri mampu menghijab kita untuk melihat aspek yang kurang dan tempang.

Yang ketujuh adalah supaya mengelakkan diri daripada ujub. Ia adalah berbangga-bangga dengan kelebihan yang lebih dariapda apa yang dia seadanya atau seseorang itu menyebut-nyebutkan limpahan yang ada di tangannya, namun tidak diiringi bersama kesyukuran sama ada melalui zahirnya atau batinnya. Inilah sebabnya mereka berhak mendapat kecelaan daripada Allah.

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ إِسْحَاقَ ، أَخْبَرَنَا يُونُسُ بْنُ الْقَاسِمِ الْحَنَفِيُّ يَمَامِيٌّ ، سَمِعْتُ عِكْرِمَةَ بْنَ خَالِدٍ الْمَخْزُومِيَّ , يَقُولُ : سَمِعْتُ ابْنَ عُمَرَ , يَقُولُ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , يَقُولُ : " مَنْ تَعَظَّمَ فِي نَفْسِهِ ، أَوْ اخْتَالَ فِي مِشْيَتِهِ ، لَقِيَ اللَّهَ وَهُوَ عَلَيْهِ غَضْبَانُ "

Yaḥyā bin Isḥāq telah merawi hadis kepada kami Yūnus bin al-Qōsim al-anafiyy Yamāmiyy telah merawi khabar kepada kami Aku mendengar *Ikrimah bin H̱ōlid al-al-Mazūmiyy berkata Aku mendengar Ibn *Umar berkata Aku mendengar Rasulullah -ollallāhu *alayhi wasallam- bersabda: "Barangsiapa yang merasa besar terhadap dirinya atau angkuh pada cara berjalannya, dia akan bertemu Allah dalam keadaan murka terhadapnya". [Musnad Aḥmadno. 5830].

حَدَّثَنَا آدَمُ ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ زِيَادٍ ، قَالَ : سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَوْ قَالَ أَبُو الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِي فِي حُلَّةٍ تُعْجِبُهُ نَفْسُهُ مُرَجِّلٌ جُمَّتَهُ إِذْ خَسَفَ اللَّهُ بِهِ فَهُوَ يَتَجَلْجَلُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ " .

Ādam telah merawi hadis kepada kami Šu*bah telah merawi hadis kepada kami Muammad bin Ziyād telah merawi hadis kepada kami, dia berkata Aku mendengar Abū Huroyroh berkata Nabi -ollallahu *alayhi wasallam- atau Abū al-Qōsim -ṣollallāhu *alayhi wasallam- berkata: "Dahulu ketika seorang lelaki berjalan dengan memakai jubah dalam keadaan takjub terhadap dirinya, tiba-tiba dia ditelan dan dia tetap sentiasa dalam keadaan meronta-ronta sehingga hari kiamat". [Ṣoḥīḥ al-BuẖōriyyKitāb al-Libasno. 5369].

Sekarang jelaslah tentang perbezaannya dan apa yang dituntut dalam hadis tersebut.

Kesimpulannya adalah kesyukuran boleh dimanifestasikan melalui penyebutan nikmat-nikmat yang berada di tangannya diiringi bersama pujian dan ingatan kepada Allah. Tawaduk pula adalah meletakkan kedudukan diri di tempat yang benar sama ada telah ternyata faktanya atau menurut sangkaan peribadi masing-masing dan sedar bila masa boleh dizahirkan dan ditinggalkan. Kesombongan atau kita katakan ia adalah at-Takabbur, maka ia adalah sepertimana yang disebutkan dalam hadis, iaitu menolak kebenaran dan memperlekehkan manusia.

Ujub pula adalah perlawanan kepada syukur yang mana seseorang itu berbangga-bangga dengan kelebihan dirinya dalam keadaan melupakan pemberi nikmatnya sama ada zahir dan batin. Ujub juga boleh menjadi perlawanan kepada tawaduk, iaitu meletakkan kedudukan dirinya lebih tinggi dari yang sepadan dengannya. Riyak adalah melakukan sesuatu supaya orang melihatnya atau mengetahuinya dalam keadaan kagum terhadapnya, lalu hal itu menimbulkan rasa ujub dalam jiwa. Bezakanlah sebaik-baiknya!

Oleh itu, berjaga-jaga dalam menuduh dan sangka buruk, apatah lagi urusan jiwa yang tersembunyi daripada pandangan mata kerana tuduhan yang salah itu akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Malah, membenci dan menghalangi orang yang menyatakan kesyukuran ialah termasuk cita-cita iblis dalam menyesatkan hamba Allah *Azza Wa Jalla. Maka, janganlah menjadi pengikutnya dengan melakukan kerja yang sama.

Saya teringat seseorang yang menyindir seseorang yang lain yang bercerita tentang perjalanan hidupnya dari bidaah kepada sunnah dengan berkata: "Ada sesiapa tanya?". Kalau pun tidak menyukai manhaj atau aliran seseorang yang lain, jangan meremehkan kebaikan atau amal soleh dari pihak yang lain.

Saya tidak tahu jika orang sebegini ingin menyindir yang sama apabila membaca hantaran Maḥmūd Sa*īd Mamdūḥ; tokoh besar untuk aliran mereka, khususnya dalam penentangan terhadap wahabi dan al-Albāniyy yang berkata :

الحمد لله تعالى على العافية، ونسأله دوام العافية والختم على الحسنى والعافية. والحمد لله تعالى الذي أذهب عني الأذى. الحمد لله تعالى على نعمة الإسلام ونور الإيمان ومحبة سيد ولد عدنان صلى الله عليه وآله وسلم. الحمد لله تعالى على انتماءاتي وبغضي لكل مناوئ للإسلام ومن شق الصفوف من دعاة فصل الدين عن الحياة وتعطيل الشريعة من أذناب العلمانيين ومن يدور في فلكهم. الحمد لله تعالى على حب العترة عليهم السلام وتقديم أئمتهم والفهم الصحيح لهم والدعوة إليهم ومولاتهم بحسب فهمي والتنبيه على أعدائهم من النواصب وتمييز مراتبهم. والحمد لله على المشيخة الذين أكرمني الله بهم وجلست بين أيديهم لسنوات في الحرم المكي الشريف وقرأت عليهم الكتاب تلو الكتاب. والحمد الله تعالى على حب الصالحين من الصحابة المتقين رضي الله عنهم والأئمة المجتهدين والعلماء الراسخين وساداتنا الصوفية المنقطعين. والحمد الله على بغض الظالمين وتحاشي البلاط وترك سبل أهله الظالمين.

الحمد لله تعالى على حب السنة الشريفة المطهرة وتقديمها وحب كتبها ورجالها والمصنفين فيها والاشتغال بهم والهيبة من مخالفتها وترك الجرأة والتعالم حيالها. الحمد لله على ما من به علي من مصنفات انتفع بها من انتفع وأعرض ورد عليها آخرون، ولم تولد لتنسى. فالحمد لله تعالى على "التشنيف" و"التعريف" و"تنبيه المسلم" و"ورفع المنارة" و"كشف الستور" و"الاحتفال" و"الاتجاهات الحديثية في القرن الرابع عشر" و"المختصر في المراتب" وغيرها. الحمد لله على ما صنفه العبد الضعيف في العترة المطهرة عليهم السلام ك"غاية التبجيل" الذي ألقى الحجر في الماء الراكد. و"طي القرطاس في تعيين مذهب الإمام إدريس بن إدريس ساكن فاس" و"در الغمامة بمباحثة الشيخ محمد عوامة" وفيه بحوث متعددة في علوم العترة وتاريخهم وموقف البعض منها ووقفات مع النصب والنواصب. وفي "الاحتفال" و "التشنيف" و"الاتجاهات" ما يكشف عن المتابعة والمولاة بحسب فهمي.

الحمد لله تعالى على التبري من المتلاعبين بالسنة الشريفة بأصنافهم الخائضين في ساداتنا أهل العلم الصالحين بالتعالم والمذهبية والجرأة عليها والتشهير بها وتقديم العون للعلمانيين وأعداء الشريعة والمميعيين والتنويريين الظلاميين. والله يعلم وبعض من عباده المؤمنين كم أضر هؤلاء بالسنة وماذا سيقول التاريخ الصحيح عن إساءاتهم. وكم قدموا مساعدات لمراكز الاستشراق ودراسات أعداء الإسلام المتربصين به وساعدوا في اهتزاز كثيرين ولا حول ولا قوة إلا بالله تعالى. فالحمد الله على مجانبة هذا الصنف. والحمد لله الذي أذهب عني الأذى.

الحمد لله تعالى على الفهم الصحيح والإمساك بالميزان وكيفية التصرف مع المعطيات المختلفة. فتوجهي إلى آل البيت عليهم السلام مناصرة ومولاة زاد في احترامي للتراث بأدواته ولم أسع إلى التخوف منه أو إهالة التراب عليه أو الاستهزاء به أو التعالي عليه بوجه من الوجوه. بل ولله الحمد أعظم التراث الإسلامي كله في شتى الفنون والمذاهب. وهذا من أسباب اختلافي مع بعض المعاصرين. وبعض المبتدئين من أرباب الفيس وأشباهه من الذين لم يطلعوا على مذاهب أهل البيت عليهم السلام أخذتهم الحمية وأمسكوا بمعول الهدم في محاولات إسقاط بعض التراث وإهالة التراب عليه أو الاستهزاء به كمثل من يتبنى مذهبا كلاميا أو فقهيا ويحاول إسقاط المخالف سواء كان حديثا نبويا أو الكتب حديثية ومصنفيها. وهؤلاء يظنون أنهم يحسنون صنعا، ولكن أساؤا وظلموا وسقط الميزان من أيديهم واضطربوا. ولو شئت لأسميتهم، ولكني اللبيب يقرأ ويفهم. وأنت إذا نظرت في تراث أئمة آل البيت عليهم السلام تجدهم يحترمون هذا التراث ويشتغلون به سلبا وإيجابا بأدب وتقدير وتسامح بحسب القواعد في كل الفنون الشرعية وآلاتها. وإني ألفت نظر إخواني إلى التأني واستكمال الآلات الناقصة ليفهموا فهما صحيحا ليتسنى لهم النظر الصحيح، فضلا عن الترجيح وهو ليس بابهم. والله يتولانا برحمته.

Segala puji bagi Allah Ta*ālā atas kesejahteraan. Kami meminta kepadanya untuk berkekalan kesejahteraan serta pengakhiran atas kebaikan dan kesejahteraan. Segala puji bagi Allah Ta*ālā yang menghilangkan kesakitan daripadaku. Segala puji bagi Allah Ta*ālā atas nikmat Islam, cahaya iman dan kecintaan kepada penghulu -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Segala puji bagi Allah Ta*ālā atas kenaikan-kenaikanku dan kemarahanku terhadap setiap seteru Islam dan orang yang menceraikan saf-saf itu dari kalangan penyeru pemisah agama dari kehidupan dan penegasian syariat dari kalangna para pendosa sekularis dan orang yang berlegar di peredaran mereka. Segala puji bagi Allah Ta*ālā atas kecintaan kepada para leluhur -*alayhim as-Salām-, mengutamakan imam-imam mereka, kefahaman yang betul tentang mereka, menyeru kepada mereka dan kesetiaan kepada mereka dengan kadar kefahamanku serta mengingatkan tentang musuh-musuh mereka dari kalangan naṣbian dan membezakan martabat-martabat mereka. Segala puji bagi Allah Ta*ālā atas para syeikh yang Allah memuliakan aku melalui mereka dan aku duduk di hadapan mereka untuk beberapa tahun di tanah haram, iaitu Makkah yang mulia serta aku membaca kitab demi kitab di hadapan mereka. Segala puji bagi Allah Ta*ālā atas kecintaan kepada orang yang soleh dari kalangan Sahabat yang bertakwa -semoga Allah meredhai mereka-, para imam mujtahid, ulama yang mantap dan para petinggi sufi yang berdedikasi. Segala puji bagi Allah atas kemarahan terhadap golongan zalim, menghindari haluan itu dan meninggalkan jalan-jalan ahlinya yang zalim.

Segala puji bagi Allah Ta*ālā atas kecintaan kepada sunnah yang mulia lagi suci, pengutamaannya dan kecintaan terhadap kitab-kitabnya, perawinya dan para pengarangnya, penyibukan terhadapnya, rasa gerun dari penyelisihannya, meninggalkan kelancangan dan berpura-pura tahu di hadapannya. Segala puji bagi Allah atas apa yang Dia mengurniakan aku dengannya dari bentuk karangannya yang orang yang ingin mengambil manfaatnya memanfaatkannya serta yang orang lain menolak dan membantah ke atasnya. Tidaklah ia dilahirkan untuk dilupakan. Segala puji bagi Allah Ta*ālā atas «at-Tašnīf», «at-Ta*rīf», «Tanbīh al-Muslim», «Rof* al-Manāroh», «Kašf as-Sutūr», «al-Iḥtifāl», «al-Ittijāhāt al-Ḥadīṯiyyah Fi al-Qorn ar-Rōbi* *Ašaro», «al-Muẖtaṣor Fī al-Marōtib» dan selainnya. Segala puji bagi Allah atas apa yang hamba yang lemah mengarangnya tentang leluhur yang suci -*alayhim as-Salām- seperti «Ġōyah at-Tabjīl» yang melempar batu ke atas air yang bergenang. Begitu juga «Ṭoyy al-Qirṭōs Fī Ta*yīn Maḏhab al-Imām Idrīs Ibn Idrīs Sākin Fās» dan «Darr al-Ġomāmah Bi Mubāḥaṯah aš-Šayẖ Muḥammad *Awwāmah». Padanya terdapat beberapa perbahasan yang berbilang-bilang dalam ilmu leluhur itu, sejarah mereka, pendirian sebahagian daripada mereka dan penghadangan bersama gerakan nāṣb dan Nāṣibiyy. Juga dalam «al-Iḥtifāl, at-Tašnīf» dan «al-Ittijāhāt» ada apa yang disingkapkan tentang persetujuan dan kesetiaan dengan kadar kefahamanku.

Segala puji bagi Allah Ta*ālā atas perlepasan diriku dari orang yang mempermainkan sunnah yang mulia dengan kelompok mereka yang merempuh dalam petinggi-petinggi kita, iaitu ahli ilmu yang soleh dengan berpura-pura tahu, sentimen mazhab, kelancangan terhadapnya dan mengumbar keburukannya serta mengutamakan bantuan para sekularis, sang lunak, musuh-musuh syariat, para pencerah yang sangat zalim. Allah mengetahuinya dan sebahagian dari hamba-Nya yang beriman. Betapa banyaknya orang ini memudaratkan sunnah dan apa yang sejarah yang betul akan berkata tentang sikap buruk mereka. Betapa ramai yang mengutamakan sokongan terhadap markas-markas orientalis, kajian musuh-musuh Islam yang menantikannya dan membantu dalam goncangan yang banyak. Tiada daya dan kekuatan melainkan melalui Allah Ta*ālā. Segala puji bagi Allah atas penjauhan dari kelompok ini. Segala puji bagi Allah yang menghilangkan kesakitan daripadaku.

Segala puji bagi Allah Ta*ālā atas kefahaman yang betul, berpegang dengan neraca dan tatacara pengurusan itu bersama input yang pelbagai. Hala tuju kepada ahli bait -*alayhim as-Salām- demi membela dan kesetiaan menambahkan penghormatanku kepada turats mereka dengan materialnya. Aku tidak merasa senang terhadap penakutan daripadanya atau pengambusan tanah terhadapnya atau memperolok-olokkannya atau merasa megah terhadapnya dengan suatu bentuk dari segala bentuk. Bahkan, -kepada Allah jua segala pujian- aku mengagungkan turats Islam secara keseluruhannya dalam variasi seninya dan mazhab-mazhabnya. Ini antara sebab-sebab perselisihanku bersama sebahagian orang semasa. Sebahagian para pemula dari para tuan besar di Facebook dan seumpamanya dari kalangan mereka yang tidak pernah menelaah mazhab-mazhab ahli bait -*alayhim as-Salām- bersembul kebongkakannya dan berpegang dengan beliung peruntuhan dalam beberapa cubaan untuk mengugurkan sebahagian turats dan mengambuskan tanah ke atasnya atau memperolok-olokkannya sepertimana orang yang membina mazhab kalam atau fiqh, lalu mencuba untuk menggugurkan penyelisih itu sama ada pada hadis nabi atau kitab-kitab hadis dan karangannya. Mereka ini menyangka bahawa mereka sedang memperbaguskan pembikinan, tetapi mereka membuat jahat, menzalimi, menggugurkan neraca di hadapan mereka dan mereka bergoncang.

Kalau aku mahu, pasti aku menamakannya. Akan tetapi, aku adalah sang cerdik yang dibaca dan difahami. Engkau apabila memerhati turats imam ahli bait -*alayhim as-Salām-, pasti engkau menemukan mereka menghormati turats ini, menyibukkan dengannya secara negatif atau positif dengan adab, pemuliaan dan toleransi dengan kadar kaedah-kaedah dalam setiap seni-seni syariat dan alat-alatnya. Sesungguhnya aku mengalihkan pandangan saudaraku kepada gemi dan penyempurnaan alat-alat yang kurang agar mereka faham dengan faham yang betul supaya menjadi mudah pemerhatian yang betul kepada mereka, lebih-lebih lagi tarjih dan ia bukan pintu mereka. Allah jua yang mengemudi kita dengan rahmat-Nya. [Rujuk https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1080839072330365&id=100012128473491].

Entah apa lagi jika dia dapat tahu yang tokoh ilmuwan ahli bait yang disebutkan tadi sehingga membiografikan diri sendiri dalam satu buku khas dengan memuatkan kelebihan yang ada pada diri mereka dan pujian terhadap diri mereka sendiri sambil memuji tuhan Yang Maha Penganugerah. Agaknya, lebih membahangkan jiwanya jika dia membacanya.

Begitu juga menyatakan kelebihan dan ketinggian diri bukan semestinya orang yang tidak bertawaduk. Tawaduk bukanlah sepertimana definisi orang ramai bahawa merasa kerdil dan kecil daripada orang lain, tetapi tawaduk ialah orang yang meletakkan kedudukan dirinya di tempat yang benar.

Jika orang itu menyebutkan kedudukan dirinya sesuai dengan kedudukan yang sebenarnya, maka tidaklah dia melangkaui ketawadukan pada dirinya dan itu masih dibatas kesyukuran. Adapun, orang yang sengaja menganggap kurang bagi kelebihan dirinya, maka ini bukan tawaduk, tetapi pendusta. Jika seseorang menguasai sepuluh kitab, tetapi hanya berkata dia hanya menguasai tiga kitab sahaja, maka ini bukan tawaduk, tetapi dusta lagi bohong.

Jika seseorang mempunyai kelebihan daripada yang lain, tetapi berpura-pura anggap bahawa orang itu lebih daripadanya, maka ini bukan tawaduk, tetapi dusta. Awasi pendefinisian yang salah kerana itu boleh mengheret kepada kesalahan-kesalahan lain sedangkan kita tidak menyedari hal itu.

Maka, saya paparkan seloka Ibn al-Jawziyy untuk beberapa tujuan. Pertama, sebagai paparan contoh antara kaedah bersyukur. Walaupun hakikatnya kita tidak mengetahui bahawa sama ada dia berseloka dalam keadaan syukur atau sebaliknya, itu bukan urusan kita. Tetapi, yang ingin difokuskan adalah tentang cara kita mensyukuri nikmat Allah dalam memenuhi perintah Allah dan Rasul-Nya dalam bersyukur.

Kedua, sebagai menghidupkan semula antara amalan yang terpencil, dianggap remeh dan dipandang keji tetapi sebenarnya mempunyai nilai yang besar. Menjayakan amalan ini di tengah-tengah masyarakat yang masih menyimpan prasangka buruk terhadap hal ini merupakan cabaran yang hebat dalam mengembalikan amalan penyucian jiwa yang berdasarkan sunnah Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-.

Semoga paparan ini menjadi peringatan bahawa supaya kita perlu memandang tinggi amalan ini kerana menegakkan syiar agama Allah yang diperkecilkan dan ditekan adalah perjuangan jihad di jalan Allah dan dijanjikan pahala yang hebat bagi mereka yang berpegang teguh dengnanya.

Ketiga, supaya kita menyedari bahawa jangan diperlakukan nista terhadap orang yang mengamalkan kesyukuran ini sekalipun bukan daripada tokoh kenamaan atau besar darjatnya. Kadangkala orang bersantun terhadap perbuatan yang tidak disenangi dirinya oleh tokoh kebesaran, tetapi membalun secukup-cukupnya terhadap mereka yang dianggap tidak mempunyai kedudukan yang tinggi sepertimana tokoh yang mereka memandang kagum padanya. Selagimana bukan didasari atas berlebihan, mengurangi atau pengada-adaan, maka tidak perlu kita mencelanya.

Begitu juga hal ehwal jiwa seseorang yang tidak zahir pada kita, maka tidak perlu kita melampaui batas yang sepatutnya sang hamba berhenti padanya. Sepertimana kita santun dan tidak mencerca Ibn al-Jawziyy yang orang ramai memperakui keagungannya walaupun seloka ini membuatkannya merasa jijik, seperti itu jugalah kita perlakukan pada orang lain. Mungkin di nama orang lain tidak ada apa-apa julangan sanjungan, tetapi di sisi Allah, hanya Dia lebih mengetahui kedudukan seseorang itu.

No comments:

Post a Comment