Tuesday, February 23, 2021

Diari Diri : Antara Ikutan Ulama dan Pandangan Peribadi Saya Dalam Agama

Menghairankan apabila orang menuduh saya tidak mengikuti ulama dalam memberi pandangan tentang hal ehwal yang berkaitan dengan Islam. Sesungguhnya tuduhan seperti ini pastinya datang daripada orang yang tidak pernah menelusuri penulisan saya yang menjadi saksi dalam menepis tuduhan ini.

Dalam penilaian hadisߨ khususnya tajrih dan taᶜdil sudah tentu saya tidak ada ruang untuk membentangkan pendapat peribadi. Sudah tentu saya mengutip pandangan daripada tokoh-tokohnya. Daripada mana pula saya tidak mengikuti ulama? Malahߨ saya akan menarik balik kesahihan hadis jika adanya ahli hadis yang mentaᶜlilkan hadis tersebut.

Saya juga pernah menghasilkan beberapa penulisan untuk membuat ulasan kitab dan mencadangkannya untuk dibaca agar dapat mengambil faedah kefahaman daripada karya tersebut. Antara kitab yang saya selalu tegaskan untuk dibaca adalah karya-karya salaf dalam penentangan terhadap jahmian.

Kalaulah saya berpaling dari manhaj ulamaޱ untuk apa saya mencadangkan karya mereka kalau karya tersebut bukan membenihkan kefahaman yang jitu dan manhaj yang lurus menurut apa yang saya mahu?

Dalam beberapa perbahasan pun saya mengutip pandangan ulama untuk menjelaskan pendirian saya dalam beberapa isu. Saya mengambil faedah daripada penjelasan mereka dan membantu dalam mengupas atau mengolah apa yang terkandung daripada kalam mereka. Laluߨ dengannya saya mendirikan asas untuk saya berada di atasnya.

Maksudnya adalah saya akan sedaya upaya mencari pandangan ulama dalam sesuatu isu sebelum saya menerbitkan pandangan saya dalam hal tersebut. Saya sama sekali tidak akan cuba alpa untuk menelaah penghujahan ahli ilmu sama ada sebelum saya atau semasa dengan saya.

Malahߨ saya juga memberi khidmat untuk membela beberapa tokoh daripada dituduh berbuat sesuatu kesalahan pendapat dalam agama atau diheret dalam bahagian yang salah. Antaranya adalah pembelaan saya terhadap Abū Saīd ad-Dārimiyy di banyak tempat dari dituduh sebagai mujassim atau korporealis.

Saya bersungguh-sungguh membela dari kotoran yang dilemparkan kepadanya dan mengangkat karyanya sebagai hakim dalam menentukan benar dan salahnya kefahaman seseorang terhadap manhaj salaf yang berkaitan dengan sifat Allah. Kalaulah saya hanyalah orang yang menjauhi ulamaޱ mengapa pula saya mengambil karya imam yang terbilang sebagai hakim dalam menghakimi sesuatu isuߨ bahkan sanggup mengambil risiko untuk dihumban bersama imam ini dalam tuduhan yang jahat?

Antara yang lain adalah saya membela Abū Muḥammad ad-Daštiyy; pengarang «Iṯbāt al-Ḥadd Lillah Wa Bi Annahu Qōid Wa Jālis Alā al-Arš» daripada diburukkan dan dicemuh kerana menghasilkan kitab sedemikian. Saya membentangkan bahawa karyanya didasari dengan penukilan salaf dan tidak membawa pandangan sendiri dalam menetapkan pendapatnya dalam mengisbatkan had bagi-Nya.

Tidakkah aneh orang  seperti saya mempertahankan karya kontroversi yang dijauhi ramai ini? Malahߨ ada sebahagian salafi sendiri pun tidak akan berani mendekati kitab ini. Tidakkah aneh orang seperti saya ini mengangkat karya ini? Ia bukanlah aneh kerana saya bukan sengaja untuk memilih jalan yang akan menjadi cetusan kekecohan kepada sekeliling.

Antara yang lain adalah saya pernah membela fitnah terhadap Muqbil bin Hādī al-Wādiiyy yang kononnya menghina Abū anīfa melalui karyanya «Našr a-oḥīfa Fī ikr a-oḥīḥ Min Aqwāl A^immaẗ al-Jarḥ Wa at-Tadīl Fī Abī anīfaẗ».

Sejujurnya saya tidak begitu ambil peduli akan Muqbil bin Hādī ini. Akan tetapiߨ saya pernah membelek karya ini sebelum zahirnya orang yang melakukan fitnah terhadapnya disebabkan karya ini. Saya terus bangkit untuk mempertahankannya. Saya akan membela sesiapa sahaja yang dizalimi meskipun orang yang saya tidak begitu ambil berat.

Sebegitu juga dengan pembelaan saya pada Abdullah al-Haroriyy yang dikutuk kerana mengatakan bahawa menonton filem lucah adalah tidak haram. Walaupun saya bukanlah semanhaj dengan ahbashޱ saya tetap akan membela sesiapa sahaja yang berada di atas kebenaran dan mereka tidak berhak dizalimi atas alasan perbezaan mazhab dan aliran.

Antara yang lain adalah saya menghasilkan penulisan yang membela Ibn Qudāmaẗ dan Ibn Rojab al-Ḥanbaliyy daripada dimasukkan dalam golongan yang beraliran tafwid. Kalaulah saya seorang yang tidak mempedulikan ulamaޱ saya sama sekali tidak akan menyibukkan diri untuk menelaah dan mengamati karya mereka untuk memahami manhaj mereka. Jelas sekali bahawa ini adalah tuduhan yang tidak berasas.

Antara yang lain adalah saya mempertahankan pandangan ḥanbalian yang mengisbatkan huruf dan suara bagi kalam Allah. Malahߨ saya menepis tuduhan terhadap mereka kononnya pendapat ini adalah yang dianuti golongan ḥašwian yang musyabbihah atau assimilasionis dan mujassimah.

Saya menghasilkan karya yang panjang yang barangkali yang pertama di Malaysia untuk merincikan perbahasan ini. Allah adalah saksi kepada kesungguhan saya untuk menghasilkan karya ini dalam membela para ulama dari ḥanbalian yang dianggap salah.

Antara yang lain adalah saya membela pendapat muktamad mazhab šāfiᶜian dan ḥanafian yang menyatakan tidak haram melihat aurat pada bayangan air dan imej cermin yang dituduh sebagai pendapat yang ganjil dalam Islam. Tuduhan ini datang daripada golongan kontemporari yang tidak mampu membezakan hakikat pembezaan fuqaha dalam aurat yang sebenar pada jasad dan aurat yang sekadar diserupakan bentuknya.

Orang yang mencela pandangan ini tidak sedar yang dia sedang mengatakan bahawa menyentuh bentuk kemaluan pada patung sama-sama membatalkan wuduk sepertimana menyentuh kemaluan jasad! Inilah yang saya bela di banyak tempat.

Banyak lagi yang lain yang saya memberikan khidmat untuk meneruskan legasi ahli ilmu dan membela mereka. Saya sedaya upaya untuk tidak melangkah sendiri sebelum saya mengamati penghujahan ahli ilmu.

Jika kebenaran adalah sesuatu yang disepakatiޱ saya akan mengangkatnya dan menjelaskannya. Jika kebenaran berpihak kepada majoritiޱ saya akan mengkedepankannya. Jika kebenaran berpihak pada minoritiޱ saya akan membela mereka. Jika saya belum menemukan mana-mana mereka sebelum sayaޱ maka saya akan bentangkan hujah saya sepertimana sewajarnya seseorang yang ingin beragama berdasarkan dalil dan bukti yang kukuh serta berlandaskan metodologi ilmu yang mapan.

Sememangnya benar ada beberapa perkara yang saya menyalahi sekalian ulama kerana saya melihat dari sudut kekuatan hujah. Kalau menurut tanggapan sebahagian orangޱ saya sepatutnya menahan diri daripada mengeluarkan pandangan sendiri kerana dikhuatiri salah dan terkeluar daripada landasan yang benar. Namunߨ Ibn Qoyyim al-Jawziyyaẗ berkata :

وَلَا يُعْرَفُ إمَامٌ مِنْ أَئِمَّةِ الْإِسْلَامِ أَلْبَتَّةَ قَالَ: لَا نَعْمَلُ بِحَدِيثِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى نَعْرِفَ مَنْ عَمِلَ بِهِ

"Tidak diketahui sama sekali imam daripada para imam Islam berkata: Kami tidak akan beramal dengan hadis Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam sehingga kami tahu siapa yang beramal dengannya". [Ilām al-Muwaqqiīn An Robb al-Alāmīnjilidm/s 69keluaran Dār Ibn al-Jawziyy Li an-Našr wa at-Tawzī].

Malahߨ seruan untuk mengikut dalil iniߨ lebih-lebih lagi telah jelas di penghujahannya dengan berbekalkan pengamatan ilmu yang teguh adalah seruan para ulama dari dahulu dan sekarang serta melarang daripada taklid apabila keadaan itu telah sampai kepadanya sepertimana yang dinukilkan as-Suyūṭiyy dalam «ar-Rodd Alā Man Alada Fī al-Ar Wa Jahila Anna al-Ijtihād Fī Kulli Ar Wa Farḍ». Oleh itu saya bertanggungjawab untuk mengikuti kebenaran dan menyampaikannya meskipun tiada siapa yang berpihak kepada saya.

Antara yang lain adalah penguatan hadis dhaif meskipun disokong dengan hadis sahih. Sebabnya adalah hadis dhaif ini bukan hanya bermasalah pada matan sahajaߨ tetapi pada sanadnya. Jika kita menguatkannya dengan jalur sanad yang lain yang sahihߨ bagaimana kita boleh yakin bahawa sanad hadis dhaif itu autentik sehingga kita yakin tidak tertukar perawi yang ditinggalkan hadis dengan perawi yang berkredibiliti? Apakah hanya kerana sama matannya terus diambil sebagai penguat sehingga kita mengabaikan aspek sanad?

Apa yang saya kemukakan di sini bukanlah dari andaian yang kosong. Ini melalui pengamatan daripada ilal al-Ḥadīṯ. Kerap kali kita jumpa perawi yang mempunyai masalah kejituan salah dalam meriwayatkan sanad dengan tertukar nama, saling bercanggah dan menambah perawi di dalamnya. Bagaimana lagi kita boleh menguatkan riwayat tersebut hanya kerana matannya sama dengan periwayatan yang lain sehingga lupa dasar yang paling krusial dalam penilaian hadis adalah pada sanadnya?

Dalam isu seksual terutamanya sememangnya ini pusat utama berlakunya kontroversi terhadap saya. Cumaߨ bukan semua isu saya mengeluarkan pandangan saya sendiri. Beberapa di antaranya saya mengambil pandangan ulama, mengemukakan hujah untuk menyokongnya dan menepis sembarangan kritikan terhadapnya dengan sandaran ilmiah.

Antaranya adalah pandangan rasa syahwat itu sendiri tidak berdosa. Saya hanya menghuraikan apa yang dibentangkan oleh as-Subkiyy menurut nukilan Ibn Ḥajar al-Asqolāniyy dalam «Fat al-Bārī Šar oḥīḥ al-Buẖōriyy». Kemudianߨ pada topik yang berkaitan tentang mengkhayalkan persetubuhan dengan wanita ajnabi saya mengambil dasar daripada pandangan ulama šāfiian yang terkemudian seperti Jalāluddīn as-Suyūṭiyy dan dipilih oleh Ibn ajar al-Haytamiyy yang menyatakan hal tersebut tidak berdosa.

Antaranya adalah keharusan melancap. Ini adalah saya ambil daripada pandangan salaf sepertimana yang dinukilkan Abū Jafar a-obariyy dalam «Itilāf al-Fuqohā^» dan saya membentangkan hujah dalam mempertahankan pendapat ini yang dianggap tidak ada dasar dalilnya. Saya juga mempertahankan Ibn Ḥazm yang dikritik kerana pandangannya yang menafikan pengharaman lancapߨ seterusnya ketidakbatalan puasa bagi orang yang melancap.

Begitu juga pandangan saya tentang persetubuhan yang memakai kondom tidak mewajibkan seseorang itu untuk mandi dengan mengambil pandangan mazhab ḥanbalian yang dipilih serta pendapat yang disahihkan ar-Rūyāniyy dan dipilih al-Ḥannāṭiyy. Saya cuma memberi kupasan mengapa saya memilih pandangan ini.

Begitu juga dengan keharusan menyetubuhi isteri melalui duburnya. Saya mengambil pandangan daripada Mālik bin Anas dan pelbagai lagi ahli ilmu dalam hal ini. Malahߨ membuktikan ketidaksabitan hadis tersebut adalah berasaskan pandangan daripada ahli hadis terdahulu seperti al-Buẖōriyy, aḏ-Ḏuhliyy, al-Bazzār, an-Nasā^iyy dan Abū Aliyy an-Naysāburiyy.

Begitu juga dengan keharusan dalam menonton pornografi. Ia berasaskan pandangan al-Qolyūbiyy dan al-Bujayrimiyy yang menyatakan bahawa tidak haram melihat imej badan pada air dan cermin meskipun bersyahwat. Apa yang saya lakukan adalah memperincikan dan menegakkan dalil-dalil yang membela pandangan ini daripada dituduh dengan pelbagai keburukan.

Oleh ituߨ sama sekali tidak benar tuduhan bahawa kesemua pandangan saya dalam fiqh seksual ini berdasarkan pendapat peribadi saya sendiri. Saya akan sedaya upaya untuk mencari dan menelaah pandangan para ulama terdahulu semampu yang saya boleh. Kemudianߨ di sini saya menyatakan beberapa pandangan saya sendiri dalam isu fiqh seksual.

Antaranya adalah penetapan aurat wanita yang sama seperti lelaki؛ iaitu bawah pusat sehinggalah ke atas lututnya. Kita perlu tahu bahawa kita tidak boleh menetapkan sesuatu anggota itu adalah aurat melainkan dengan dalil. Apabila hadis tentang kewajipan menutup seluruh anggota kecuali pergelangan tangan tidak sahih dan pengambilan Surah al-Azāb ayat 59 sebagai dalil untuk menutup seluruh anggota tanpa pengecualian adalah tidak tepatޱ maka apa lagi dalil yang tinggal? Sudah tentulah dipakai sama sepertimana lelaki.

Antaranya adalah keharusan memperlihatkan aurat sama dengan sesama jantina atau berlainan jantina. Untuk sesama jantina saya mengemukakan hadis yang Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam membuka pehanya meskipun di hadapan Abū Bakr dan Umar semoga Allah meredhai mereka berdua.

Peha termasuk bahagian aurat. Semestinya dibolehkan untuk membuka bahagian aurat yang lain berdasarkan hadis ini. Adapun yang membezakan antara aurat yang ringan dan yang beratߨ lalu mengatakan bahawa aurat yang ringan adalah harus dibuka dan yang berat adalah ditegahޱ maka ini tidak bersandarkan pada dalil.

Adapun berlainan jantinaޱ maka saya berdasarkan dalil Surah an-Nūr ayat 31 yang menyatakan bahawa tidak ada masalah menampakkan perhiasan pada lelaki tua yang sudah tidak ada syahwat dan kanak-kanak yang belum mengetahui tentang aurat.

Sebab keharusannya adalah kerana mereka ini aman daripada fitnah meskipun bukan mahram. Sebab itulah saya menyimpulkan bahawa tidak ada masalah untuk menampakkan aurat walaupun dengan bukan mahram selagimana aman daripada fitnah.

Antaranya adalah keharusan khalwat walaupun sesama yang bukan mahram. Mereka yang mengharamkannya berdalilkan hadis bahawa tidak boleh berkhalwat dengan yang bukan mahram melainkan bersama yang mahramnya.

Namunߨ mengapa tidak menggunakan hadis perintah untuk mengasingkan tempat tidur antara adik beradik lelaki dan wanita untuk menetapkan larangan berkhalwat antara adik beradik yang berlainan jantina? Bahkanߨ para uṣūlian kontemporari menyatakan bahawa hadis larangan wanita bermusafir adalah disebabkan ketiadaan jaminan keselamatan sepanjang perjalanan. Mengapa pula saya tidak boleh mengeluarkan illah yang sama untuk pengharaman khalwat?

Antaranya adalah keharusan menyentuh kulit yang bukan mahram. Saya membawakan pendapat ad-Dimyāṭiyy dalam meragukan keabsahan kemahraman antara Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam dengan Ummu arōm yang mana terdapat hadis bahawa Ummu arōm membuang kutu daripada kepala baginda yang sememangnya memungkinkan sentuhan.

Antaranya adalah ketidakharaman liwat. Hadis-hadis yang melarangnya tidaklah sahih dan saya tidaklah bersendirian dalam hal ini kerana telah ada penulisan Arab yang menyimpulkan sedemikian. Saya hanya membawakan analisis sahaja. Kemudianߨ pada ayat-ayat Quran tentang kisah kaum Lūṭ alayh as-Salām saya mengatakan ia adalah mansukh dan sememangnya ini adalah pandangan sebahagian ulama dalam penerimaan syariat agama terdahulu.

Kalau kita ingin menerima pensyariatan Lūṭ alayh as-Salāmޱ mengapa tidak mengambil pensyariatan larangan menangkap ikan hari Sabtu, pernikahan dengan kafir, sujud kepada selain Allah dan pembuatan patung? Saya belum melihat lagi penjelasan mengapa mereka menolak pensyariatan ini dan cepat sahaja mengambil pensyariatan Lūṭ alayh as-Salām. Dalam manhaj ilmu yang lurus kita tidak boleh memilih-milih apa yang boleh digunakan dan apa yang tidak boleh digunakan.

Bahkanߨ saya mempertahankan pandangan keharusan liwat ini adalah untuk membela Yaḥyā bin Akṯam; seorang fuqaha yang diperakui ketokohannya dicela dalam catatan sejarah kerana terkenal dengan homoseksualnya. Apakah salah untuk membela fuqaha agung ini daripada dipersalahkan dengan membentangkan hujah ilmiah? 

Malahߨ saya juga mengemukakan andaian bahawa berkemungkinan dia juga mempunyai justifikasi tentang pengamalannya walaupun tidak ada rekod tentangnya. Jika andaian ini benarޱ apakah salah mengikuti pengamalan dan pandangan yang baik secara tersirat daripada fuqaha?

Apapunߨ saya akan berhujah dengan kaedah-kaedah uṣūl fiqh dan menggunakan metodologi yang jitu dalam agama. Saya sama sekali tidak akan menggunakan logik-logik sepertimana liberal yang tidak ada nilai konsistensi dan hanya mengisi dengan kecelaruan. Saya akan menelusuri jalan yang ditempuhi oleh ortodoks dan konservatif.

Lihat bagaimana saya bahas dalam menyatakan ketidakharaman liwat. Cara penghujahan saya sangat berbeza dengan mereka yang liberal. Malahߨ penghujahan saya dalam mendirikan pendapat peribadi saya yang lain pun sebegitu. Saya akan berpijak di landasan yang diterima dalam uṣūl meskipun saya bersendirian dalam mengeluarkan pandangan tersebut.

Saya juga hairan mereka yang terus menyalahkan pendapat peribadiߨ lebih-lebih lagi jika ia tidak disokong oleh mana-mana ulama. Namunߨ mereka mengambil pendapat Muḥammad Zāhid al-Kawṯariyy dalam menuduh Abū Saīd ad-Dārimiyy sebagai korporealis yang tidak pernah dituduh sedemikian semenjak 1000 tahun setelah kewafatannya. Tuduhan ini tidak pernah datang pun daripada ašᶜarian sebelumnya.

Malahߨ mereka memandang tidak ada masalah jika Abdullah bin Muammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ilmuwan ahli bait yang berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam menyatakan pendapatnya peribadi yang menyalahi sekalian ulama terdahulu :

فهذا بحث لم أسبق –والحمد لله- إليه، ولا غُلبت –والمنة لله- عليه، وهو يتعلق بنسخ تلاوة آية من القرآن، أي: نسخ لفظها بعد أن كانت من القرآن، فلا تبقى قرآنا. وهذا هو ما خالفت فيه علماء الأصول قاطبة، ومعهم المتخصصون في علوم القرآن الكريم، وكتبت هذا الجزء لبيان ما ذهبت إليه، والاحتجاج له بدلائل قطعية لا تبقي شكا في صحة قولي، ولو تفطن لها المتقدمون ما عدلوا عنها

"Ini adalah yang belum pernah didahuluiku segala puji bagi Allah padanya dan tidak pernah aku dikalahi dan segala kurnia adalah milik Allah padanya. Ia adalah yang berkaitan dengan penasakhan pembacaan salah satu ayat daripada ayat Quran؛ iaitu penasakhan lafaznya selepas ia berada dalam Quranߨ lalu tidak dikekalkan pembacaannya. Ini adalah apa yang aku menyalahi ulama uṣūl secara keseluruhannya dan mereka yang berpengkhususan dalam ulūm al-Qur^ān yang mulia bersamanya. Aku menulis juzuk ini untuk menerangkan apa yang aku berpandangan padanya dan berhujah dengan dalil-dalil putus padanya yang tidak akan tersisa keluhan terhadap kejituan pendapatku. Kalaulah para pendahulu menyedari iniޱ pasti mereka tidak akan menyimpang daripadanya". [Ḏawq al-Ḥalāwaẗ Bi Bayān Imtinā Nas at-Tilāwam/s 3keluaran Maktaba al-Qōhiro].

Lihat pula komentar Abdullah al-Ġumāriyy terhadap hadis yang Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam bersabda:

لَعَنَ اللَّهُ اليَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ

"Semoga Allah melaknat Yahudi dan Nasrani. Mereka menjadikan kubur-kubur nabi mereka sebagai masjid". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyyno. 1390].

Dia berkata :

هذا حديث ثابت في الصحيحين وغيرهما من طرق. وقد عمل به كثير من العلماء المتقدمين والمتأخرين، ولم يتفطنوا لما فيه من العلل التي تقتضي ترك العمل به.

"Ini adalah hadis yang sabit dalam dua «Ṣoḥīḥ» dan selain mereka dari beberapa jalur. Kebanyakan daripada ulama yang terdahulu dan yang terkebelakangan beramal dengannyaߨ tetapi mereka tidak menyedari terhadap apa yang padanya yang berupa illah yang menjurus kepada peninggalan pengamalannya". [Al-Fawā^id al-Maqṣūdaẗ Fī Bayān al-Aḥādīṯ aš-Šaḏḏaẗ al-Mardudaẗm/s 38keluaran Dār al-Imām an-Nawawiyy].

Lihatlah bahawa dengan beraninya dia berkata kebanyakan daripada ulama yang terdahulu dan yang terkebelakangan tidak menyedari illah yang ada dalam hadis ini! Siapakah ulama itu? Tidakkah ia merujuk kepada al-Buẖōriyy dan Muslim itu sendiri serta selain mereka? Tidakkah ia termasuk Ibn Ḥajar al-Asqolāniyy, an-Nawawiyy dan lain-lain? Tidakkah ia termasuk kepada para fuqaha sepanjang zaman? Tidakkah ia merujuk kepada semua ulama dari kalangan ahli sunnah?

Bagi pihak salafi pulaߨ mereka memandang tidak masalah yang meributkan dalam kelompok mereka apabila Ibn Taymiyyah menolak ijmak yang disebutkan Ibn Ḥazm tentang tiada sesuatu pun yang bersama Allah Azza Wa Jalla :

اتَّفقُوا ان الله عز وَجل وَحده لَا شريك لَهُ خَالق كل شَيْء غَيره وَأَنه تَعَالَى لم يزل وَحده وَلَا شَيْء غَيره مَعَه ثمَّ خلق الاشياء كلهَا كَمَا شَاءَ وَأَن النَّفس مخلوقة وَالْعرش مَخْلُوق والعالم كُله مَخْلُوق

"Mereka bersepakat bahawa Allah Azza Wa Jalla adalah tunggal yang tiada perkongsian bagi-Nya, Maha Pencipta segala sesuatu selain-Nya dan Dia sentiasa tunggal yang tiada sesuatu pun selain-Nya bersama-Nya. Kemudianߨ Dia menciptakan sesuatu keseluruhannya sebagaimana yang Dia kehendaki. Dan bahawasanya diri ini adalah makhluk, arasy adalah makhluk dan alam keseluruhannya adalah makhluk". [Marōtib al-Ijmā Fī al-Ibādāt Wa al-Muāmalāt Wa al-Itiqōdāt m/s 167keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyya].

Walaupun Ibn Taymiyyah menyatakan bahawa kesetujuan bahawa Allah itu tunggal lagi Maha Pencipta segala sesuatu dan menurutnya ini adalah pandangan benarߨ tetapi dia menyatakan bahawa yang paling menghairankan dalam dakwaan ijmak bahawa Dia sentiasa sahaja tunggal dan tidak ada sesuatu selain-Nya bersama-Nya. Kemudianߨ Dia menciptakan sesuatu sebagaimana yang Dia kehendaki.

Dia menyatakan bahawa ungkapan ini tidak ada dalam kitab Allah dan hadis. Kritikan lanjut ada dalam «Naqd Marōtib al-Ijmā» dan dia menyebutkan sedikit sebanyak tentang kebaharuan yang berdiri pada zat Allah. Malahߨ dia tidak teragak-agak untuk mengatakan adanya qadim selain Allah. Dia berkata :

لا يصح أن تحتج بالإجماع على نفي قديم غير الله تعالى مع حكايتك الخلاف في أن الله متحيز وبنائك الحجة على أن الحيز أمر وجودي بل إن كان ما ذكرته من النزاع نقلاً صحيحًا وما ذكرته من الحجة صحيحة فقد ثبت أن في الأمة من يقول بثبوت قديم غير الله

"Tidak benar untuk engkau berhujah dengan ijmak pada penafian qadim selain Allah Taālā meski petikanmu tentang penyelisihan pada bahawa Allah itu mengambil tempat dan pembinaanmu terhadap hujah ke atas bahawa tempat itu adalah perkara yang wujud. Bahkanߨ jika apa yang engkau menyebutkannya dari pertikaian itu adalah nukilan yag sahih dan apa yang engkau menyebutkannya adalah daripada hujah yang benarޱ maka telah sabit bahawasanya pada umat ini yang berpendapat dengan kesabitan qadim selain Allah". [Bayān Talbīs al-Jahmiyyaẗ Fī Tasīs Bidaihim al-Kalāmiyyajilid 3m/s 656keluaran Majma al-Malik Fahd Li obāa al-Muṣḥaf aš-Šarīf].

Mengapa pula ini dibolehkan? Mereka bersendirian dengan hujahߨ maka saya juga sebegitu. Makaߨ nilailah dengan hujah.

Kita lihat pula bagaimana ahli ilmu kontemporari menyalahi kesepakatan ulama yang terdahulu. Contohnya adalah an-Nawawiyy menyatakan bahawa jawatan khilafah adalah khas untuk kaum Quroyš adalah kesepakatan ahli sunnah :

الْخِلَافَة مُخْتَصَّة بِقُرَيْشٍ لَا يَجُوزُ عَقْدُهَا لِأَحَدٍ مِنْ غَيْرِهِمْ وَعَلَى هَذَا انْعَقَدَ الْإِجْمَاعُ فِي زَمَنِ الصَّحَابَةِ ، فَكَذَلِكَ بَعْدَهُمْ وَمَنْ خَالَفَ فِيهِ مِنْ أَهْلِ الْبِدَعِ أَوْ عَرَّضَ بِخِلَافٍ مِنْ غَيْرِهِمْ فَهُوَ مَحْجُوجٌ بِإِجْمَاعِ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِينَ فَمَنْ بَعْدَهُمْ بِالْأَحَادِيثِ الصَّحِيحَةِ. قَالَ الْقَاضِي : اشْتِرَاطُ كَوْنِهِ قُرَشِيًّا هُوَ مَذْهَبُ الْعُلَمَاءِ كَافَّةً. قَالَ : وَقَدِ احْتَجَّ بِهِ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ عَلَى الْأَنْصَارِ يَوْمَ السَّقِيفَةِ ، فَلَمْ يُنْكِرْهُ أَحَدٌ. قَالَ الْقَاضِي : وَقَدْ عَدَّهَا الْعُلَمَاءُ فِي مَسَائِلِ الْإِجْمَاعِ وَلَمْ يُنْقَلْ عَنْ أَحَدٍ مِنَ السَّلَفِ فِيهَا قَوْلٌ وَلَا فِعْلٌ يُخَالِفُ مَا ذَكَرْنَا وَكَذَلِكَ مَنْ بَعْدَهُمْ فِي جَمِيعِ الْأَعْصَارِ قَالَ : وَلَا اعْتِدَادَ بِقَوْلِ النَّظَّامِ وَمَنْ وَافَقَهُ مِنَ الْخَوَارِجِ وَأَهْلِ الْبِدَعِ أَنَّهُ يَجُوزُ كَوْنُهُ مِنْ غَيْرِ قُرَيْشٍ وَلَا بِسَخَافَةِ ضِرَارِ بْنِ عَمْرٍو فِي قَوْلِهِ : إِنَّ غَيْرَ الْقُرَيْشِيِّ مِنَ النَّبَطِ وَغَيْرِهِمْ يُقَدَّمُ عَلَى الْقُرَشِيِّ لِهَوَانِ خَلْعِهِ إِنْ عَرَضَ مِنْهُ أَمْرٌ وَهَذَا الَّذِي قَالَهُ مِنْ بَاطِلِ الْقَوْلِ وَزُخْرُفِهِ مَعَ مَا هُوَ عَلَيْهِ مِنْ مُخَالَفَةِ إِجْمَاعِ الْمُسْلِمِينَ . وَاللَّهُ أَعْلَمُ

"Khilafah ditentukan dengan Quroyš. Tidak boleh menetapkannya kepada seseorang daripada selain mereka. Hal ini ditetapkan secara ijmak pada zaman sahabat. Begitu juga selepas mereka. Sesiapa yang menyelisihi padanyaޱ maka dia termasuk ahli bidaah dan sesiapa yang menyindir penyelisihan dari selain merekaޱ maka dia orang yang kalah dengan ijmak sahabat, tabiin serta mereka yang selepasnya dengan hadis yang sahih. Berkata al-Qōḍī: Pensyaratan perlantikan orang Quroyš ialah mazhab ulama secara keseluruhannya. Dia berkata: Abū Bakr dan Umar semoga Allah meredhai mereka berdua berhujah dengannya kepada orang Anṣōr pada hari As-Saqīfah. Tiada seorang pun yang mengingkarinya. Berkata al-Qōḍī: Ulama telah menganggapnya sebagai permasalahan ijmak. Tidak dikomentari oleh seorang pun daripada salaf padanya mahupun penyelisihan apa-apa yang kami sebutkan. Begitu juga yang selepas mereka pada setiap masa. Dia berkata: Tidak diambil kira perkataan penguasa dan mereka yang menyepakati golongan khawarij dan ahli bidaah bahawa ia membenarkan perlantikan daripada selain Quroyš. Allah lebih mengetahui". [Al-Minhāj Šar oḥīḥ Muslimjilid 12m/s 200keluaran Dār Iyā^ at-Turōṯ al-Arobiyy].

Sekarangߨ tokoh-tokoh dari kalangan uṣūl dan yang berpengkhususan dalam lapangan maqasid tidak begitu menekankan perlantikan pemimpin tertinggi dari kalangan Quroyš. Mereka lebih menekankan aspek kebolehan dan kompeten seseorang dalam menguruskan pentadbiran negara tanpa mengira latar belakang kaum.

Adakah mereka ini termasuk dari kalangan ahli bidaah pada waktu ini kerana memilih pandangan yang sebaliknya atau tidak begitu menekankan syarat yang disepakati ini?

Contoh yang lain adalah Ibn Ḥazm berkata :

وَاتَّفَقُوا على تَسْمِيَة الْيَهُود وَالنَّصَارَى كفَّارًا

"Mereka bersepakat ke atas penamaan orang Yahudi dan Nasrani sebagai kafir". [Marōtib al-Ijmā Fī al-Ibādāt Wa al-Muāmalāt Wa al-Itiqodātm/s 119keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyya].

Pada hari ini sudah ada usaha dari kalangan ulama kontemporari untuk menekankan ketidakmutlakan terhadap semua yang bukan menganut agama Islam wajar dipanggil kafir. Adakah para ulama sekarang ini sudah melakukan ijtihad yang menyalahi syariat kerana melanggar ijmak yang telah dinukilkan?

Jika mereka semua boleh mengambil pendirian yang menyalahi ijmak dengan mengemukakan hujah yang konkrit dan itu sama sekali tidak mengeluarkan diri dari kelompok Islam serta yakin bahawa pendapat itu termasuk dalam kebenaranޱ mengapa saya juga tidak boleh melakukan yang sama?

Malangnyaߨ sebahagian orang yang mengkritik ini tidak dapat mengekalkan momentum untuk bersikap objektif dalam menelaah sudut penghujahan ilmiah dan pengamatan validitas kebenaran kerana mereka melihat tokoh terlebih dahulu berbanding penghujahan dan validitasnyaߨ sedangkan kebenaran itu dikenali sebelum ahlinya. Aliyy bin Abū Ṭōlib semoga Allah meredhainya berkata :

اعْرِفْ الْحَقَّ تَعْرِفْ أَهْلَهُ

"Kenalilah kebenaranޱ nescaya engkau akan mengenali ahlinya". [At-Taḥbīr Šarḥ at-Taḥrīr Fī Uṣūl al-Fiqhjilid 8m/s 4112keluaran Maktaba ar-Rušdtahqiq Abdul Romān al-Jibrīn, Aw al-Qorniyy dan Amad as-Sarrōẗ].

Mereka lebih tersakiti apabila tokoh ikutan mereka disalahi dan dikritik. Bagi mereka hujah ilmiah sangat tidak penting bagi mereka melainkan jika berpihak kepada kepentingan mereka sahaja. Mereka hanya tahu ikutan agama ini pada nama, gelaran dan manaqibߨ bukan kandungan dan ketepatan.

Sebab itulah mereka ini tidak boleh diajak berhujah ilmiah sama sekali kerana mereka dari awal mengenepikannya dan mengabaikannya kecuali yang berpihak pada mereka. Mereka hanya membesar-besarkan nama tokoh ikutan mereka dan mengecilkan orang lainߨ lalu meremehkannya dan menyahkreditkan segala apa yang dibentangkan daripada orang tersebut.

Kadangkalaߨ saya merasa lucu apabila saya menyambung kritikan daripada para ulama terdahulu terhadap seseorang tokoh ternamaޱ saya dicemuh sebagai orang yang tidak hormat terhadap ulama, mempertikaikannya dan merendahkannya. Padahalߨ apa yang saya lakukan adalah menyampaikan dan memperkukuhkan pandangan ulama terdahulu dalam kritikannya.

Mereka yang mencemuh saya sebenarnya sama sahaja tidak hormat terhadap ulama yang saya nukil dan tampilkan nama mereka, mempertikaikannya dan merendahkannya menurut piawaian mereka. Bahkanߨ mereka lebih dahsyat pertikaiannya, perendahannya dan ketidakhormatannya berbanding apa yang saya telah lakukan menurut piawaian mereka.

Contohnya adalah apabila saya mengatakan Abū Ḥanīfaẗ bukan berakidah ahli sunnah dan bukan ahli hadisޱ sebahagian orang mencampakkan cemuhan kepada saya kerana kononnnya saya mempertikaikan, menghina dan merendahkan tokoh yang diangkat oleh ulama.

Orang yang mencemuh saya ini adalah yang saya yakin bahawa mereka tidak pernah membaca bagaimana pandangan ahli hadis salaf terhadapnya sepertimana yang dikumpulkan dalam kitab-kitab al-Jarḥ Wa at-Tadīl seperti «al-Jar Wa at-Tadīl» karya Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy, «a-uafā^ al-Kabīr» karya Abū Jafar al-Uqoyliyy, «al-Kāmil Fī uafā^ ar-Rijāl» karya Ibn Adiyy dan «Tārīẖ Baġdād» karya al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy.

Anutan akidahnya adalah murjiah dan ia adalah disepakati oleh ahli hadis terdahulu. Dia juga dituduh menganut akidah jahmian sepertimana yang dituduh oleh Yaḥyā bin Maīn yang diriwayatkan al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy dalam «Tārīẖ Baġdād» dan Abū Zura ar-Rōziyy dalam «a-uafā^». Yang mendhaifkannyaߨ bahkan mengkritik keras dalam isu hadis pun adalah dari kalangan ahli hadis sezamannya atau yang berdekatan dengannya.

Muqbil bin Hādī al-Wādiiyy melalui kitabnya «Našr aṣ-Ṣoḥīfaẗ Fī Ḏikr aṣ-Ṣoḥīḥ Min Aqwāl A^immaẗ al-Jarḥ Wa at-Tadīl Fī Abī anīfaẗ» dan Abdullah bin Fahd al-H̱olīfiyy melalui karyanya «at-Tarjīḥ Bayna Aqwāl al-Muaddilīn Wa al-Jāriḥīn Fī Abī anīfa an-Numān Ibn Ṯābit» telah pun mengumpulkan kalam-kalam ahli hadis yang mengkritik keras, menyinggung dan menentangnya. Jumlahnya lebih daripada 40 orang yang sezaman dan berdekatan dengannya.

Apabila jelas hal iniޱ siapa yang sebenarnya mempertikaikan ulama? Merekalah yang sebenarnya mempertikaikannya kerana mengangkat seseorang yang tidak selayaknya dia mendapat kedudukan itu dan tidak segan silu menyalahi tokoh kebesaran yang menentangnya.

Sama juga seperti saya mengkritik Ibn Arobiyy al-Ḥātimiyy; tokoh sufi yang besar dalam kelompok sufi. Saya adakalanya dituduh sebagai memusuhi wali Allah dan wahabi. Padahalߨ ramai ulama terbilang yang berkewibawaan tinggi dalam keilmuannya, kecekapannya, kefahamannya dan kemampuannya telah mengindikasikan kekafirannya sebelum kelahiran Muḥammad bin Abdul Wahhāb lagi seperti Burhānuddīn al-Baqōiyy, Nūruddīn al-Bakriyy aš-Šāfiiyy, Taqiyyuddīn as-Subkiyy, Zaynuddīn al-Irōqiyy, Abū Zura al-Irōqiyy, al-Mizziyy, Sirōjuddīn al-Bulqīniyy, Badruddīn Ibn Jamāah, Ibn H̱oldūn, Najmuddīn al-Bālisiyy, Abū ayyān al-Andalusiyy dan Šamsuddīn Muḥammad bin Yūsuf al-Jazariyy aš-Šāfiiyy.

Lantasߨ mereka ingin berkata apa pada nama-nama ini? Mereka sebenarnya tidak sedar yang mereka telah pun berlaga dengan ulama besar yang jauh lebih berkaliber daripada mereka. Saya hanya meneruskan kritikan mereka atau mengukuhkan lagi pendapat mereka dengan membentangkan data yang baru atau penjelasan semula yang lebih sesuai untuk keperluan audien yang saya sedang berbicara.

Orang yang berkata saya ini mempertikaikan para ulama adakalanya mereka sebenarnya telah mempertikaikannya tanpa mereka sedar. Bahkanߨ apa yang mereka perbuat pada saya ketika saya menampilkan nama-namanya, mereka tetap tidak menelannya, bukan menghamburkan lebih dahsyat daripada apa yang saya buat kepada mereka.

Malahߨ mereka sendiri secara tidak sedar menolak pandangan ulama terdahulu yang tersilap dalam penafsiran bagi hadis ini :

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ ، وَوَكِيعٌ ، ح وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُمَيْرٍ الْهَمْدَانِيُّ - وَاللَّفْظُ لَهُ - حَدَّثَنَا أَبِي ، وَأَبُو مُعَاوِيَةَ ، وَوَكِيعٌ ، قَالُوا : حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ ، عَنْ زَيْدِ بْنِ وَهْبٍ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ ، قَالَ : حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوقُ إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ، ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ ، ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ ، ثُمَّ يُرْسَلُ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيهِ الرُّوحَ ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ : بِكَتْبِ رِزْقِهِ ، وَأَجَلِهِ ، وَعَمَلِهِ ، وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ ، فَوَالَّذِي لَا إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ ، فَيَدْخُلُهَا ، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ ، حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، فَيَدْخُلُهَا

Abū Bakr bin Abū Šaybaẗ telah merawi hadis kepada kamiܒ Abū Muāwiya dan Wakī telah merawi hadis kepada kami =riwayat lain= Muammad bin Abdullah bin Numayr al-Hamdāniyy telah merawi hadis kepada kami lafaz ini miliknyaܒ ayahhku; Abū Muāwiya dan Wakī telah merawi hadis kepada kami mereka berkataܒ Al-Amaš telah merawi hadis kepada kamiܒ daripada Zayd bin Wahbܒ daripada Abdullah dia berkata Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam telah menceritakan kepada kami dan baginda ialah orang yang benar lagi dibenarkan: "Sesungguhnya setiap daripada kalian dijadikan penciptaannya di perut ibu selama empat puluh hari. Kemudianߨ terjadinya darah dalamnya tempoh itu juga. Kemudianߨ terjadinya daging di dalamnya tempoh itu juga. Kemudianߨ diutuskan malaikatߨ lalu ditiupkan ruh kepadanya. Kemudianߨ dia ditetapkan empat perkara؛ iaitu ditulis rezekinya, mautnya, amalannya, sengsara atau bahagia. Demi yang tiada tuhan melainkan-Nya! Sesungguhnya salah seorang daripada kamu beramal dengan amalan ahli syurga serta tidak terjarak antara dia dengan syurga melainkan sejengkalߨ lalu ditetapkan takdir ke atasnyaߨ kemudian dia beramal dengan ahli nerakaߨ lalu dia masuk ke dalamnya. Sesungguhnya salah seorang daripada kalian beramal dengan amal ahli neraka sehingga tidak terjarak antara dia dengan neraka melainkan sejengkalߨ lalu ditetapkan takdir ke atasnyaߨ lalu dia beramal dengan amalan ahli syurga dan dia masuk ke dalamnya". [Ṣoḥīḥ MuslimKitāb al-Qodrno. 4910].

Yang mana mereka berpendapat bahawa proses kejadian janin selama seratus dua puluh hari. Padahalߨ kajian biologi menunjukkan ia adalah selama empat puluh hari sahaja. Ini adalah pandangan mereka yang terkemudian dan diterima kebenarannya secara pasti. Penjelasan lanjut boleh dibaca dalam jurnal «Peranan Sains Moden Dalam Interaksi Teks Hadis ߸ Penelitian Terhadap Hadis Penciptaan Janin Manusia» oleh Mohd Yusuf Ismail dan Mohd Ali Mohd Yusuf.

Dalam kes ini mereka boleh pula akui kesalahan para ulama terdahuluߨ di samping masih menghormati kedudukan mereka yang terbilang dalam ilmu. Tidak pula mereka anggap penyelisihan ini sebagai tidak menghormati para ulama dan memperkecilkan merekaߨ apatah lagi menghina mereka. Sesungguhnya mereka ini adalah hipokrit yang nyata.

Kalaupun ia adalah pandangan dari saya sendiri yang tidak didahului sebelum saya atau mana-mana orang sezaman dengan sayaޱ maka beberapa daripada tokoh ilmuwan pendahulu saya juga sedemikian. Lihatlah sendiri pada Muẖammad Zāhid al-Kawṯariyy, Abdullah al-Ġumāriyy dan Ibn Taymiyyah. Malahߨ yang sebelumnya adalah sepertimana yang disebutkan Alā^uddīn Abū al-asan al-anbaliyy ad-Dimašqiyy berkata :

وَقَالَ ابْن الْجَوْزِيّ: التَّقْلِيد للأكابر أفسد العقائد وَلَا يَنْبَغِي أَن يناظر بأسماء الرِّجَال إِنَّمَا يَنْبَغِي أَن يتبع الدَّلِيل، فَإِن أَحْمد أَخذ فِي الْجد بقول زيد وَخَالف الصّديق. وَفِي " وَاضح ابْن عقيل ": من أكبر الْآفَات الإلف لمقالة من سلف، أَو السّكُون إِلَى قَول مُعظم فِي النَّفس لَا بِدَلِيل، فَهُوَ أعظم حَائِل عَن الْحق وبلوى يجب معالجتها. وَقَالَ فِي " الْفُنُون ": من قَالَ فِي مُفْرَدَات أَحْمد الِانْفِرَاد لَيْسَ بمحمود، وَقَالَ: الرجل مِمَّن يُؤثر الْوحدَة، ثمَّ ذكر قَول عَليّ السَّابِق، وانفراد الشَّافِعِي، وصواب عمر فِي أُسَارَى بدر، فَمن يعير بعد هَذَا بالوحدة. انْتهى.

"Berkata Ibn al-Jawziyy: Taklid kepada senior adalah serosak-rosak kepercayaan. Tidak sepatutnya dia berdebat dengan nama-nama orang. Sepatutnya dia mengikut dalil. Sesungguhnya Aḥmad mengambil pendapat Zayd dalam isu pewarisan datuk dan menyalahi aṣ-Ṣiddīq. Dalam «Wāḍi Ibn Aqīl»: Antara sebesar-besar penyakit adalah merasa selesa dengan kata-kata pendahulu dan menetap pada individu pemuka besarߨ bukannya dalil. Ia adalah sebesar-besar penghalang daripada kebenaran dan musibah yang wajib penyembuhannya. Dia berkata dalam «al-Funūn»: Seseorang yang berkata tentang kesendirian Aḥmad bahawa kebersendirian adalah tidak terpuji dan dia berkata: Orang itu termasuk orang yang mengutamakan keseorangan. Kemudianߨ dia menyebutkan kata-kata Aliyy sebelum ini, bersendiriannya aš-Šāfiiyy dan benarnya Umar pada isu tawanan perang Badar. Siapa lagi yang akan mengaibkan selepas ini dengan sebab keseorangan?" [At-Tabīr Šar at-Tarīr Fī Uṣūl al-Fiqhjilid 8m/s 41134114keluaran Maktaba ar-Rušdtahqiq Abdul Romān al-Jibrīn, Aw al-Qorniyy dan Amad as-Sarrōẗ].

Sebab itulah penghujahan patut diutamakanߨ bukan membanding-bandingkan dan menukar-nukar nama tokoh. Sememangnya benar kata Ibn al-Jawziyy adalah taklid kepada senior adalah serosak-rosak kepercayaan. Mereka tidak sedar bahawa kebenaran lebih berhak diikuti berbanding tokoh kebesaran dan ahli kebenaran hanya akan dikenali melainkan melalui kebenaran.

Apa yang mereka buat hanyalah berdagang dan menjual nama tokoh mereka dengan membubuh pelbagai gelaran terhormat dan menjulang-julang kelebihannya untuk mempertahankan pandangan merekaߨ bukan menampilkan hujah yang bernas.

No comments:

Post a Comment