Sunday, February 9, 2020

Diari Diri : Apa Akan Terjadi Pada Diri Saya Jika Tiada Lagi Islam Di Dunia Ini?

Saya pernah mengajukan persoalan kepada diri saya tentang: "Kalaulah tiada agama Islam pada diri sayaޱ apa yang akan terjadi agaknyaߨ terutamanya diri saya?". Mungkin akan ada para pembaca yang menganggap bahawa soalan ini soalan yang membawa kepada kemurtadan. Saya katakania tidak sebegitu. Ia sama seperti perkataan :

حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ، حَدَّثَنَا أَيُّوبُ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " لَوْ كُنْتُ مُتَّخِذًا مِنْ أُمَّتِي خَلِيلًا لَاتَّخَذْتُ أَبَا بَكْرٍ وَلَكِنْ أَخِي وَصَاحِبِي "

Muslim bin Ibrōhīm telah merawi hadis kepada kami
ܒ Wuhayb telah merawi hadis kepada kamiܒ Ayyūb merawi hadis kepada kamiܒ daripada Ikrimahܒ daripada Ibn Abbāsܒ Daripada Nabi ollallāhu alayhi wasallam baginda berkata: "Kalaulah aku boleh mengambil teman sehati sejiwatޱ pasti aku akan mengambil Abū Bakr. Namunߨ dia adalah saudara dan sahabat". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyyno. 3406].

Maksudnya adalah teman sehati sejiwa yang hakiki hanyalah Allah
Azza Wa Jalla. Penyebutan sebegini sekadar untuk menyatakan hasrat yang ada keazamanߨ tetapi tidak direalisasikan kerana tertegahnya hal tersebut.

Maksudnya adalah baginda mahu sangat jika dapat menjadikan Abū Bakr sebagai teman rapat sepertimana Allah memilih Ibrōhīm alayh as-Salām sebagai teman rapat kerana hebatnya kelebihan yang ada padanya. Namunߨ menyedari hal itu tidak bolehܦ maka sebab itulah ada penyebutan "kalau". Ini tidaklah membawa kepada kemurtadan. Ia sekadar ingin memberitahu kemuliaan yang ada pada Abū Bakr.

Samalah juga dengan hal ini. Ini adalah persoalan untuk memaparkan refleksi yang kita lihat pada diri kita sendiri supaya kita kenal sebab kita beragama dan sebab kita setia dengannya meskipun mendapat tekanan yang hebat di sekeliling.

Ia seperti membuat andaian alternatif seperti apa yang akan terjadi jika tamadun muslim tidak memerangi Rom dan Parsi, apa jadinya dunia tanpa tamadun muslim dan sebagainya. Kemudianߨ kita nilai dan ambil berat bagaimana tamadun muslim telah memberi impak yang besar kepada dunia meskipun ramai yang mengingkarinya atau tidak mempedulinya.

Kalaulah tiada agama Islam
ޱ jawapan saya begitu mudah. Kekosongan. Ya. Itulah yang akan memenuhi ruangan diri saya ini. Hidup saya sudah tidak ada apa-apa makna lagi. Saya sudah tidak percayakan apa-apa lagi. Bukan maksudnya adalah segala fakta saintifik dan pemerhatian semasa adalah suatu benda yang karut di sisi saya. Maksud saya adalah semua yang dipelajari cumalah membawa kepada kelesuan.

Semuanya tidak bernilai apa-apa kerana sudah sirna yang menjadi teras pembentukan nilai. Ia cumalah apa yang ditafsirkan manusia mengikut sudut masing-masing. Manusia berjuang untuk apa sahaja fahaman yang mereka anuti
ߨ tetapi kesemuanya ke mana? Kepentingan sendiri. Yang kuat akan berkuasa, dominan dan berbuat apa sahaja yang dia mahu. Sesiapa mahu berpengaruhޱ maka perlu menjadi kuat.

Mungkin anda akan berkata bahawa ini adalah kehidupan seorang nihilis. Saya katakan
ya dan benar. Saya seorang yang hidupߨ tetapi tidak tahu sebab saya dilahirkan ke dunia dan saya tidak tahu apa yang boleh mendorong untuk meneruskan kehidupan ini melainkan mengikut suatu keinginan yang kuat untuk kenikmatan yang dirasai.

Orang berkata macam-macam tentang tujuan seorang manusia itu hidupߨ tetapi siapakah yang menjadi autoriti untuk memutlakkan semua itu? Tuhan? Yang mana? Betulkah itu tuhan? Atau ia adalah watak yang direka-reka?

Jika bercakap tentang tuhan
ޱ saya percaya adanya entiti yang mencipta dan bijaksana serta teliti dalam ciptaannya. Ia tidak boleh dinafikan lagi. Yang tidak wujud tidak akan menghasilkan kewujudan. Semestinya ada sesuatu yang memiliki kewujudan mutlak tanpa ada permulaan. Jika tidakޱ pasti tidak ada ciptaan langsung.

Katakan jika seseorang ingin menggerakkan sesuatu. Pastinya ada penggerak yang membolehkan proses itu berjalan. Jika penggerak itu berhajat dengan penggerak yang lain dan penggerak yang lain itu berhajat dengan penggerak yang lainޱ ia tidak akan berkesudahan sehingga entah bila akan berlakunya gerakan.

Malah
ߨ tidak mungkin kita akan membina bangunan hanya dengan menimbunkan banyak batu. Justeruߨ tidak mungkin alam ini akan terbina tanpa ada ketelitian dan pemerhatian yang mendalam dalam ciptaannya. Setiap sesuatu yang berlaku ini ada sebab dan musababnya. Dan ia terjustifikasi. Ia tidak berlaku secara rawak dan tiba-tiba di luar tabiinya.

Misalnya adalah untuk menyalakan api kita memerlukan mancis yang digesekkan. Tidak mungkin untuk menyalakan api sekejap kita perlu tiup atau sekejap kita perlu hentak sesuatu dengan kuat. Itu baru perspektif penyalaan api. Bagaimana pula jika kita melihat seluruh alamnya sehingga sekecil-kecil kuantum? Ini jelas membuktikan adanya entiti yang meliputi pengetahuannya.

Semua hujah apodiktik ini telah saya bentangkan dalam penulisan saya yang berjudul «Penajaman Deria Dalam Mengenali Sifat Yang Maha Mulia». Di situ saya memaparkan bagaimana hujah akal juga tidak mampu menolak kewujudan tuhan secara sabit. Atas sebab itulah tanpa agama pun seseorang yang memiliki akal yang waras lagi sejahtera masih boleh menetapkan kewujudan tuhan secara pasti.

Namun
ߨ untuk mengatakan entiti tersebut adalah yang mendengar rintihan manusia, yang menyuruh manusia itu ini dan sebagainya bagi saya ini tidak ada bukti. Tanpa Islamܦ saya hanya percaya adanya entiti yang menciptakan dan meluas pengetahuannya. Saya sendiri pun tidak tahu jika hanya dengan pendefinisian seperti ini layak entiti itu dinisbahkan sebagai tuhan.

Dalam mencari makna hidup dan keberdirian moral pula
saya juga pernah cuba memikirkan dan mencari sama ada tanpa pengaruh dan sentuhan Islam dapat memberikan jawapannya ataupun tidak. Saya tidak dapat menemukan hal itu. Yang saya perolehi adalah ia sekadar penafsiran manusia yang tidak ada pengikat atau dasar keberdiriannya.

Masing-masing boleh mendakwa begitu beginiߨ tetapi semuanya tidak seperti fakta yang kukuh. Sebaliknyaޱ ia adalah bicara yang merewang-rewang tanpa ada hala tuju yang jelas, dasar untuk berpijak dan arah yang dapat menunjukkan jalannya.

Saya tunjukkan contoh. Kes cincin Gyges; kisah fiksyen yang direka oleh Plato dalam karyanya The Republic sebagai eksperimen moral. Ia adalah cincin yang membolehkan seseorang itu menjadi halimunan. Jika seseorang mengetahui tentang fungsi cincin tersebut
ޱ apakah tindakan susulan seseorang?

Adakah akan menjadi seperti Thrasymachus; watak fiksyen dalam kisah tersebut yang berfikir sememangnya jelas bahawa kita boleh gunakan kelebihan itu untuk mengambil duit dan lakukan apa sahaja yang kita impikan kerana kita tidak akan ditangkap?

Namunޱ hero The Republic; Socarates mengambil peranan untuk membantah perbuatan ini. Dia berpendapat bahawa teragak-agak kita untuk menggunakan cincin ituߨ apatah lagi berbuat sesuatu dengan memakai cincin tersebut adalah bukan kerana sikap pengecut kitaߨ tetapi disebabkan rasa sikap adil kita. Mencuri, menipu dan membunuh adalah salah kerana ia adalah merosakkan masyarakat dan merosakkan jiwa kita. Orang yang bijaksana akan mencari keadilan dalam setiap tindakannya.

Cuma
ߨ masalahnya siapa yang menentukan itu adalah adil ataupun tidak dan apa yang membuktikan kewujudan jiwa itu sendiri? Berikan penafsiran itu tanpa bersandarkan ajaran agama dan tunjukkan tilai secara objektif mahupun saintifik. Pastinya tidak ada jawapan yang sah untuk membuktikan bahawa mora itu sendiri adalah perkara yang sudah menjadi fitrah yang ada pada manusia.

Adil atau tidak adilܦ ia adalah apa yang manusia tanggapi terhadapnya. Meski macam mana pun mereka berikan alasan untuk justifikasikan moralޱ ia adalah sekadar asas untuk mengelakkan masyarakat daripada kucar-kacir.

Saya teringat babak perbualan antara Mikoto Suoh dengan Munakata Reisi dalam anime K-Project : Seven Storiesepisod 1 yang serupa dengan ini. Reisi menegur Suoh yang merokok di taman permainan kanak-kanak kerana ia melanggar undang-undang. Suoh mengatakan bahawa tidak ada sesiapa pun di situ untuk menyatakan bahawa tidak ada masalah merokok jika tidak ada orang di sekeliling. Reisi kemudiannya menyatakan bahawa itu tidak diambil kira kerana itu adalah peraturan. Suoh berkata kepadanya: "Peraturan untuk siapa?". Reisi terkelu sebentar. 

Laluߨ Reisi menjawab: "Peraturan adalah peraturan. Kita perlu tetap mematuhinya sekalipun tiada orang di sekeliling". Suoh menjawab bahawa manusia tidak sempurna. Reisi tidak memahaminya. Suoh pun menjawab bahawa peraturan yang digubal oleh manusia tidak akan kebal dari salah guna. Reisi pun menjawab: "YaManusia tidak sempurna. Atas sebab itulah kita; manusia mencipta peraturan. Begitulah masyarakat berperilaku".

Cuba renung sebentar mengapa Reisi terkelu apabila ditanyakan: "Peraturan untuk siapa?". Inilah yang menjadi persoalan yang besar untuk menentukan nilai bagi justifikasi moral. Sebagai manusia yang bebasܦ pasti tidak mahu tunduk atau berperangai sesuatu kerana ahli falsafah yang berkata sedemikian, ahli politik yang menetapkannya, penguatkuasa undang-undang menggubalnya dan lain-lain manusia yang memberi pandangan terhadapnya.

Persoalannya adalah mengapa kita perlu tunduk dengan kata-kata ahli falsafah, ahli politik, penguatkuasa atau mana-mana individu dan kelompok yang memberikan pandangan untuk bertingkah laku atau bersikap itu ini? Moral kita untuk siapa? Untuk seseorang yang lain? Siapakah dia? Adakah dia tuhan untuk kita tunduk?

Kita ambil contoh yang mudah. Apa salahnya kita melanggar lampu trafik yang merah di kawasan pekan yang sunyi dan tidak ada polis di situ? Kita tidak akan melanggar orang pun dan tiada siapa pun akan tahu apa yang kita buat. Apa jawapannya? Apakah kita tidak boleh melanggarnya hanya kerana peraturan yang berkata sedemikian? Apakah kita tidak boleh melanggarnya hanya kerana kita perlu tunduk dengan penguatkuasa?

Sebab itulah akhirnya Reisi mampu menjawab bahawa kita perlu mengikut peraturan kerana peraturan yang mengatakan sedemikian. Itu tidak ubah sepertimana seseorang berkata manusia perlu menjadi baik kerana dia adalah manusia! Hujah bodoh sebegini samalah seperti seseorang itu berkata bahawa dia itu berkata benar kerana dia berkata bahawa dia berkata benar!

Bagaimana jika seseorang dapat lepaskan diri daripada bahaya yang mendatang dengan perbuatan kita? Apa yang akan menentukan ia adalah berdosa dan tidak bermoral secara intrinsik? Tidak lain tidak bukanܦ ia adalah apa yang manusia mengimposingkan kepada kita semua.

Jika anda tanya kepada mana-mana ilmuwan muslim
ޱ adakah di sana ada jawapan untuk selain Islam dalam menentukan maksud hidup? Pasti mereka semua sepakat berkata tidak ada. Pasti mereka setuju bahawa tanpa Islamܦ semuanya kehampaan, kucar-kacir dan serabut yang penuh dengan karut marut.

Laluߨ mengapa pula nihilisme bukan jawapan kepada semua ini? Tidak kiralah apa pun aliran yang anda ikuti dan berpegang teguh kepadanya dalam menafsirkan makna hidup dan pengikat moralܦ walaupun ia kelihatan logik dan faktaޱ tetapi akhirnya ia umpama layang-layang tidak bertali.

Mati atau hidup
ܦ kedua-duanya sama. Kita ada derita dan bahagiaߨ tetapi mati ke tanah jua. Menjadi bangkai yang reput dimakan ulat. Bagi yang kaya akan diawet menjadi tugu yang diingati. Apapunߨ kita tetap mati. Orang menjarah organ dalaman kita atau meliwat badan kita pun tetap sahaja kita adalah bangkai.

Mengapa perlu kita menangisi yang mati? Akhirnya tetap menjadi tanah yang kita pijak. Atau kalau paling mulia punޱ jasad kita yang telah terurai menjadi tanah dibuat sebagai bahan konkrit untuk projek perumahan.

Ya
Ia adalah nihilisߨ tetapi dalam masa yang sama jua saya ini entah manusia atau makhluk yang lain. Saya mungkin sahaja ghul yang sentiasa kelaparan dan hanya memakan daging manusia serta memberontak melawan manusia. Atau mungkin sekali saya adalah puntianak yang menghisap darah dan mengancam ketamadunan manusia.

Entah siapa saya. Apa pun saya boleh jadi. Sebab saya sudah kekosongan. Saya dibentuk dan digerakkan untuk menjadi beraneka apa yang saya mahu atau apa yang saya terkesan dengannya.

Saya akan berkata seperti Nagare Hisui dalam K-Project : Return Of Kingsepisod 7: "Apapunߨ manusia semuanya adalah haiwan. Kita cuma makhluk hidup berindividu yang kebetulan berlainan dari satu yang lain". Maksudnya adalah manusia dengan kucing, harimau dan semua binatang buas yang lain adalah sama sahaja. Cumaߨ kita berbeza dari sudut jenis yang dilahirkan dan dibesarkan secara semula jadi untuk kita.

Apabila Munakata Reisi mempersoalkan mengapa membandingkan seekor kucing dengan manusia biasa dalam hal iniޱ Hisui berkata: "Engkau percaya sedemikian kerana engkau bodoh! Dia dan aku adalah sama. Kita mendefinisikan diri kita tanpa terikat kualiti manusia yang dipaksakan ke atas kita. Keadaan semangat kebebasan mengelola kemungkinan yang manusia miliki". 

Maksudnya adalah kita semua sama seperti haiwan lain yang ada kebebasan tanpa terikat dengan apa-apa yang ditanggapi manusia untuk seseorang itu bertindak atau berperilaku. Makaߨ moral yang ada dipupuk dan dipaksa kepada kita bukanlah ciri yang asli bagi manusiaߨ bahkan seluruh hidupan yang lain. Hanya orang yang bodoh sahaja seperti Reisi membezakan antara kita dengan haiwan.

Makaߨ hidup seorang manusia ini tidak ubah seperti menjadi binatang ataupun drakula ataupun ghul. Walau apapun identiti yang dipegang oleh seseorang ituޱ ia tetap sama؛ iaitu tidak ada dogma dari bentuk moral atau peraturan yang kononnya berharga untuk mentaatinya. 

Kita semua adalah sama dari sudut kebebasan dan tidak akan tunduk atau menjadi hamba kepada individu yang lain hanya kerana dia berpandangan sesuatu dalam isu moral tanpa mengira ahli falsafah, politikus atau mana-mana pihak pun. Dia bukan tuhan. Dia adalah manusia yang sama seperti kita. Bahkanߨ kita semua tidak ubah sepertimana makhluk yang lain. Mengapa perlu kita taat dan mengalah dengan orang lain pula?

Apabila nilai-nilai moral dan kepercayaan telah runtuh dan lebur di hadapan mata saya
ޱ apa lagi yang tertinggal? Keinginan untuk capai apa yang saya mahu sepertimana Nagare Hisui. Walaupun saya percaya semuanya adalah kekosongan dan tidak ada makna apa-apaޱ namun entah mengapa saya akan pergi perspektifalisme.

Mungkin disebabkan dalam hidup ini saya telah melalui beberapa kesenangan dan keseronokan. Segala puji bagi Allah. Saya panjatkan kesyukuran kerana dikurniakan hidup seperti ini dan semoga ia berkekalan sehingga akhir hayat. Kalau saya bukan Islamޱ entah bagaimana saya ingin ekspresikan kesyukuran saya.

Apapun
ߨ mungkin dari sebab itu dengan melihat perspektif jika saya bukan Islam saya masih memiliki rasa dan harapan bahawa kemungkinan akan adanya kenikmatan yang boleh saya cicipi dalam kehidupan ini. Jika dari awal lagi saya tidak merasa kenikmatan iniޱ barangkali saya sendiri tidak akan meneruskan kehidupan ini atau menjadi makhluk yang lain daripada manusia.

Biarpun ia menyalahi agama atau fahaman yang didakwa ia adalah kebenaran oleh setiap golongan yang berbeza. Walaupun hidup saya kekosongan
ޱ tetapi masih ada penggerak untuk kekalkan harapan dan keseronokan dalam hidup. Ia adalah kenikmatan. Untuk menikmati apa yang terbumi di tanah yang saya berpijak saya akan cuba sehabis yang mungkin untuk genggam, kuasai dan eksploitasi.

Ya
Hidup dan mati adalah sama. Namunߨ apa salahnya untuk merasai keenakan yang terhampar di dunia ini? Nihilisme mungkin jadi teras kehidupanߨ tetapi perspektifalisme akan menjadi hala tuju hidup. Maksudnya adalah hidup saya bukanlah kekosongan mutlakߨ tetapi kekosongan dalam bekas yang saya bentuk mengikut acuan saya.

Saya akan jadi orang yang patuh dan baik perilaku hanya untuk menawan hati orang yang lain. Ya
Saya memang sang serigala berbaju biri-biri. Bila-bila masa sahaja saya akan khianat jika perlu dan memberikan faedah yang besar untuk impian saya.

Saya juga menjadi berperwatakan lunak hanya kerana tidak mahu terkena tindakan undang-undang atau berlakunya kesukaran yang bakal menimpa kelak. Itu sahaja. Kalau ada cara untuk saya bebaskan diri atau loloskan diri atau lepaskan diri daripada cengkaman undang-undangߨ tentu saya akan lakukannya.

Apa salahnya menjadi hipokrit? Mengapa saya perlu tunduk dengan akal dan pandangan orang lain? Jika saya dapat capai apa yang saya mahuޱ mengapa saya perlu mempedulikan kata-kata orang lain?

Kalau ada cara membebaskan saya daripada dakwaan rompakan
ޱ saya akan merompak. Kalau ada cara memberikan kekebalan daripada tindak balas undang-undangޱ saya akan membunuh. Kalau ada cara untuk saya terselamat daripada bahayaޱ saya akan merogol. Kalau ada cara untuk berselindung daripada pensabitan undang-undangޱ saya akan rasuah jika itu mampu mencapaikan saya ke matlamat itu.

Undang-undang cumalah untuk menghambat komuniti manusia untuk memelihara keharmonian masyarakat. Ya
Tanpa undang-undangܦ negara boleh huru-hara. Namunߨ apa yang saya peduli lagi jika adanya kesempatan untuk lepas daripada kesemua belenggu itu?

Sentimen moral ingin menghukum tindakan saya? Maafkan saya. Itu tidak ada apa-apa makna bagi saya lagi. Jiwa saya sudah kekosongan dengan nilai itu. Yang menjadi penggerak untuk jasad ini adalah gereget dan kebebasan yang tidak ingin tunduk kepada sesiapa walaupun ahli falsafah yang paling cerdik dalam sejarah.

Apabila saya ingin berlepas diri daripada undang-undangޱ saya juga akan jadikan undang-undang untuk kawal dan pertahan legasi saya. Jika adanya rasuah untuk menjatuhkan sayaޱ maka saya akan gunakan undang-undang itu. Jika adanya rompakan yang merampas apa yang saya milikiޱ maka undang-undang akan saya jadikan senjata.

YaSaya memang tidak ada masalah untuk menyakiti dan menzalimi orang lainߨ tetapi saya tidak teragak-agak untuk melakukannya terhadap orang lain. Keadilan? Apakah semua itu? Tinggal nama sahaja. Untuk yang berpihak pada saya sahaja yang dianggap keadilanߨ manakala untuk orang lain adalah bergantung apa yang saya mahu terhadapnya.

Demikianlah yang terjadi pada diri saya atau mungkin para pembaca yang lain apabila Islam itu tidak ada lagi di dunia ini. Sekarang
apabila kita tahu sifat yang bertentangan dengan agama Islam sendiriޱ maka kita tahu apa yang perlu kita bentuk dalam diri kita. 

Kalau kita rasa tanpa agama menyebabkan hidup kita hanya didorong untuk kepentingan diri yang tamakޱ maka kita ubah diri kita untuk menjadi seorang insan yang berbelas kasihan, simpati dan mengharapkan kebaikan bersama daripada masyarakat sekeliling. Inilah sebabnya kita perlu tahu pertentangan yang ada. Dengan keburukan kita kenal wajah kebaikan. Kita kenal erti pendengaran setelah kita menjadi tuli. Demikianlah halnya.

Bagaimana saya menemukan agama Islam sebagai agama kebenaran? Saya telah pun membentangkannya dalam penulisan saya yang berjudul «Kebenaran Kerasulan Muḥammad Bin
Abdullah Dan Keagungan Mukjizatnya». 

Di sinilah tempat yang saya cari kebenaran Islam dan di situ jualah yang menyemai, menumbuhkan dan meneguhkan keyakinan saya kepada Islam. Benar-benar telah datang seorang utusan dari entiti yang dinamakan tuhan yang membawa kebenaran yang tidak ternafi lagi serta mukjizat yang melemahkan segala keraguan dan syubhat terhadapnya.

Segala puji bagi Allah yang menzahirkan kebenaran agama-Nya yang Dia redhai melalui rasul-Nya; Muḥammad bin
Abdullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam kepada saya dan seluruh umat yang mengharapkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Segala puji bagi Allah atas nikmat yang paling besar dan yang paling mulia. Segala puji bagi Allah. Kemudianߨ segala puji bagi Allah dengan setinggi-tinggi pujian.

Daripada sini saya mendapati kepentingan dakwah kepada tauhid walaupun para rasul berhadapan dengan masalah moral yang ada pada kaumnya. Ini kerana moral tidak akan dapat berdiri dan tidak bernilai tanpa agama. 

Pengutusan rasul tidak akan bermakna kalau sekadar memperjuangkan moral yang kosong. Kalaulah bukan kerana tauhidޱ pasti kaumnya akan berkata: "Apa masalahnya kalau kami mengurangi takaran dalam perniagaan? Orang lain rugi? Apa masalahnya? Kalau kami memiliki kekebalan dalam undang-undangޱ apa masalahnya?".

Tanpa agamaܦ moral hanyalah nama dan bekas kosong sahaja. Peranan tauhid adalah supaya membina kemasyarakatan berasaskan moral yang memiliki nilai dan menjernihkan akal dari sebab penyembahan berhala yang membibitkan kebodohan serta jusitikasi yang ngawur kerana kepercayaan yang kolot dan penuh dengan dakwaan yang kosong.

Bagi orang yang meras geli dengan perjuangan tauhid seakan-akan itu hanyalah kepercayaan individu semata-mata dan beranggapan bahawa patut kita fokus kepada isu-isu moral yang konon lebih besar daripada semata-mata kepercayaan seperti rasuah, pembalakan dan lain-lain maka dia adalah orang yang buta terhadap hakikat ini.

Sememangnya benar rasuah, pembalakan dan lain-lain jenayah adalah masalah yang besar dan patut diberikan perhatian yang besar. Akan tetapiߨ kalaulah tiada agama yang benarޱ maka perjuangan kita hanya berasaskan matlamat yang hampa sahaja.

Bagi mereka yang masih meraba-raba dalam kegelapan keraguan
saya nasihatkan janganlah khuatir dan teruskan tulus dalam kesungguhan mencari kebenaran. Sesungguhnya Abū Ḥāmid al-Ġozzāliyy dalam «al-Munqi Min a-olāl» pernah menyatakan bahawa dia pernah berhadapan dengan keraguan terhadap perkara aksiom selama dua bulan yang mana keraguan ini membawa impak kepada kepercayaan kepada tuhan sehingga menyebabkan dia ditimpa sakit. 

Dia tidak menceritakan bagaimana dia bergelut dan terbebas daripada kancah tersebut. Akan tetapiߨ dia menyatakan tentang kepentingan untuk berpegang teguh kepada aksiom dan memahami nilainya. Barangkali kitabnya itu sebenarnya menjawab bagaimana dia boleh selamat daripada kemelut yang melanda dirinya.

Muḥammad al-Ġozzāliyy juga dalam «Kayfa Nafhamu al-Islām» menceritakan perjalanannya dalam mencari kebenaran yang bermula dari mendepani keraguan tentang kewujudan tuhan sehinggalah cabaran evanglis Kristian tentang Īsā.

Oleh ituߨ keraguan ini bukan masalah yang dihadapi oleh orang awam sahaja. Ia juga dihadapi oleh tokoh besar. Anggaplah ia sebagai seumpama demam yang menimpa setiap orang tanpa mengira status kedudukan seseorang. Tidak ada aib pun jika diketahui tentang ini. Yang penting adalah bagaimana cara kita merawatnya dan cara kita berinteraksi dengannya.

Keraguan ini boleh jadi sebenarnya jalan pembuka kepada nikmat Allah yang lebih besar
؛ iaitu keyakinan yang lebih utuh. Adakalanya kita tidak mengambil endah tentang perkara teras dalam agama kerana kita merasa cukup dengan dilahirkan dari ibu bapa muslim dan sekadar apa yang belajar di sekolah.

Dengan keraguanlah kita menelaah kembali apa yang mendasar dalam perkara agama serta kita mulai mencari dengan lebih tajam, teliti dan mendalam dalam mencari jawapan. Apabila kita menemukan dapatannyaޱ maka apa yang kita peroleh adalah sesuatu yang didasari penghujahan yang bernas dan kajian yang kritisߨ bukan sekadar ikut-ikutan.

Mungkin benar apa yang disebutkan dalam nyanyian kumpulan muzik Amuk dalam lagunya
Aku Mahu Pulang: "Gelap malam pasti terang. Sang mentari pasti datang. Kesesatan perjalananܦ rahmat tuhan menentukan". Selagimana kita percaya matahari akan terbit setelah lama kita dilitupi malam yang gelapޱ selagi itulah kita sabar menanti dan berjuang sehingga ketibaan cahaya.

Jika kita percaya rahmat Allah masih mencurah pada kitaޱ maka manfaatkanlah ia dengan sebaik-baiknya. Bangunkanlah tanaman apabila air telah dialirkan ke ladang kita dan usahakan dengan sedaya yang mungkin. Pasti kita akan menuai hasil yang kita nantikan.

No comments:

Post a Comment