Saturday, February 8, 2020

Diari Diri : Mengapa Saya Menyarankan Untuk Menjadi Mujtahid?

Dalam mana-mana penulisan saya sentiasa akan menekankan bahawa setiap orang perlu mengerahkan segala kemampuan untuk analisis dalil supaya ikutannya di atas pegangan yang jitu dan komprehensif. Sekalipun dia tidak menamakan dirinya sebagai mujtahidޱ tetapi nama tidaklah penting. Yang penting adalah usaha yang cekal dan dedikasi yang ikhlas semata-mata untuk Allah Taālā dan agama ini untuk sentiasa mendahulukan argumentasi yang kukuh dan kehujahan yang konkrit. Ini menepati apa yang disebutkan Maḥmūd Saīd Mamdūḥ tentang mujtahid :

هناك نوع فريد من العلماء لاينبغي أن تخلو الأمة من أمثاله. هم المجتهدون أو قل المتبعون الذين يدورون مع الدليل وهم من استكملوا الآلات المؤهلة للفهم الصحيح للنصوص ومشوا مع النص وداروا معه.

"Di sana ada jenis tersendiri daripada ulama yang tidak patut ia sepi daripada umat dari golongan terhormat. Mereka adalah mujtahid atau katakanlah bahawa mereka adalah pengikut orang yang mengelilingi bersama dalil. Mereka adalah orang yang telah sempurna ilmu alat yang membawa kepakaran untuk kefahaman yang tepat pada skriptur, berjalan di atas skriptur dan mengelilingi bersamanya". [Rujuk https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=242554779492136&id=100012128473491].

Makaߨ mujtahid di sini adalah orang yang mempunyai kemampuan ilmu yang mencukupi dan berkemampuan untuk menghadam, menganalisis dan mengikuti perbahasan dalam aspek yang ingin dia berijtihad padanya serta mampu menetapkan keputusan sendiri bersama pembinaan hujah ilmiah yang matang lagi rasional atas dasar dedikasi untuk mengikuti dalil tanpa terikat dengan mana-mana seseorang imam atau kelompok tertentu atau mazhab tertentu.

Selalu sahaja gambaran tentang mujtahid ini terlalu berlebihan sehingga di luar layar realistikߨ bahkan seakan-akan dewa yang martabatnya hampir mustahil untuk dicapai untuk orang zaman sekarang. Aḥmad bin Muḥammad ibn aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam telah pun membahaskan secara tuntas tentang hal ini dan memurnikan salah faham sebahagian orang tentang mujtahid dengan menjawab beberapa syubhat dan kemusykilan yang ditimbulkan dari orang yang salah faham ini.

Perbahasannya tentang ini telah dikumpulkan Abdullah bin Abdul Qōdir at-Talīdiyy dalam «Darr al-Ġomām ar-Roqīq Bi Rosā^il aš-Šay as-Sayyid Amad Ibn a-iddīq». Kalaulah bukan kerana ketokohan Amad al-Ġumāriyy dalam kewibawaan ilmunya sehingga digelar al-Ḥāfiẓ dan diperakui dengan kedudukan mujtahidޱ pasti pandangannya tentang mujtahid tidak ada merit pada sebahagian orang. Oleh ituߨ sewajarnya kita menimba pandangan dari mujtahid sendiri supaya kita mengambil berat apa yang diutarakan tentang mujtahid.

Ini juga diikuti oleh adiknya; Abdul ayy al-Ġumāriyy dalam «Iqōmah al-ujja Alā Adam Iḥāṭo Aad Min al-A^imma al-Arbaa Bi as-Sunnaẗ». Judul penulisan ini sahaja seolah-olah menampakkan bahawa penulis ingin merendahkan kedudukan para imam yang memiliki kekurangan pengetahuan dalam hadis dan sunnah. 

Padahalߨ tujuan besar penulisan ini adalah untuk menjernihkan salah faham orang tentang martabat mujtahid dan meletakkan mereka dalam kedudukan yang sebenarnya serta menyninggung pentaklid yang berlebihan dalam pengimejan kedudukan mujtahid demi menjustifikasikan taklid mereka.

Adiknya; Abdul Azīz al-Ġumāriyy juga merespons sebahagian sangkaan orang bahawa capaian kepada independen untuk menganalisis dalil di luar keterikatan dengan mazhab tertentu. Dia berkata :

وأما الفروع، فلست بحمد الله مقيدا فيها بمذهب من المذاهب، بل مذهبي في ذلك ما صح عن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم من غر نظر إلى موافق أو مخالف. ولعلك تستغرب هذا وتستبعده لقصورك وقصور من حولك عن إدراكه ولكن فضل الله يؤتيه من يشاء ولا ينكر فضله إله القوم الخاسرون. وقبل أن تنكر وتعرض علي وعل من يقول مثل قولي، جرِّبْ نفسك في الدخول في مثل ما دخلنا فيه وروِّضْها على العمل بمقتضاه واعمل على الحصول على الأسباب الموصلة إليه فإنك إن شاء الله سندرك ما أدركناه وتبلغ إلى المقام الذي بلغناه. ثم تصير تعجب ممن يزعم بعد حصول مثل هذا كما تحتقر من يرضى في دينه بالدنية فيقلد فيه كل ناعق ويتبع كل داع كاذب أو صادق. والوصول إلي هذا المقام سهل لمن وفقه الله وهداه إلى العمل على الحصول عليه. فبشيء من الاجتهاد والمباثرة على مطالعة كتب الخلاف العالي مع دوام النظر والمراجعة في كتب الأحكم من الحديث والوقوف على شروحها المبينة لنساخها من منسوخها ومجملها من مُفَصَّلها وخاصها من عامتها، تستطيع أن تصل إلى المرتبة تختار فيها القول الذي تراه موافقا للدليل الصحيح من غير أن ترجع إلى قول إمام من أئمة المذهب مطلقا. والله أعلم.

Adapun bahagian furukޱ bukanlah aku dengan segala puji bagi Allah terikat dengan suatu mazhab dari mana-mana mazhab. Bahkanߨ mazhabku pada hal itu adalah apa yang sahih daripada Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam tanpa perlu melihat orang yang menyetujui atau menyalahinya.

Mungkin sahaja engkau merasa hairan terhadap ini dan merasa asing terhadapnya kerana keterhadanmu dan keterhadan upayamu dari mencapainya. Akan tetapiߨ kurniaan Allah adalah pemberian-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Tidak mengingkari kurniaan ini melainkan kaum yang rugi. Sebelum engkau mengingkari dan merintangiku serta orang yang berkata sepertimana kata-katakuܦ uji kajilah dirimu dalam memasuki semisal apa yang kami masuk ke dalamnya dan latihlah untuk pengamalan yang bersesuaian dengannya serta lakukanlah sampai ke perolehan sebab-sebab yang menyampaikan kepadanya. Ini kerana sesungguhnya dengan izin Allah engkau akan mencapai apa yang kami telah mencapainya dan engkau sampai kepada kedudukan yang kami telah sampai kepadanya. Kemudianߨ engkau akan hairan terhadap orang yang mendakwa jauhnya perolehan seperti ini sepertimana engkau memperlekeh terhadap orang yang puas beragama dengan kenistaanߨ lalu dia bertaklid pada setiap yang mengoceh serta mengikut penyeru yang berdusta atau benar.

Penyampaian kepada kedudukan ini adalah mudah bagi orang yang dituntun oleh Allah dan orang yang Dia beri hidayah kepadanya kepada perlaksanaan untuk memperolehnya. Dengan sesuatu daripada ijtihad, ketekunan dalam menelaah kitab-kitab khilaf yang tinggi bersama kesentiasaan pemerhatian dan ulangkaji dalam kitab hukum-hakam hadis serta mengetahui syarahan-syarahannya yang menjelaskan nasikh pada mansukhnya, mujmal pada mufassolnya dan kekhasannya pada keumumannya engkau mampu mencapai martabat yang engkau memilih pendapat yang engkau lihat bertepatan dengan dalil yang sahih padanya tanpa merujuk kepada pendapat salah seorang imam daripada para imam mazhab secara mutlak. Allah lebih mengetahui. [Tarīf al-Mu^tasī Bi Awāl Nafsīm/s 3435keluaran Dār ar-Rowḍoẗ al-Islāmiyyah].

Kata-kata ini sememangnya sukar untuk dihadam melainkan seseorang itu sendiri menempuh ke jalannya dan saksikan sendiri capaian hasilnya. Kata ini juga mungkin akan dipandang sinis terhadap seseorang yang tidak menghargai kemampuan dirinya dan sengaja untuk bertakuk di genang yang sama atau orang yang menganggap bahawa martabat ini adalah untuk orang yang ingin membongkakkan diri.

Walaupun demikianޱ sekalipun ada kemudahan jalannyaܦ bukanlah bermakna kita boleh mengambil mudah kerana perkataan ijtihad pada sudut bahasa adalah kerahan kemampuan. Tidak mungkin ia adalah untuk orang yang mengambil sambil lewa, culas dan seakan-akan bersikap menanti tuah di pintu langit.

Jika kita membaca bagaimana perjalanan Abdul Azīz al-Ġumāriyy dalam menuntut ilmu dan belajar sehingga ke tahap yang dia sendiri bersyukur terhadapnya sepertimana yang dia menceritakannya dalam kitabnya «Tarīf al-Mu^tasī Bi Awāl Nafsī»ޱ tidak akan ada siapa yang tidak malu untuk berkata ia adalah perjalanan yang mudah dan sekejap. Oleh ituߨ mujtahid dan kesungguhan adalah sesuatu yang tidak dipisahkan.

Akan tetapiߨ bukan bermakna kita tidak boleh bersikap realistik dan membiarkan habuk-habuk gambaran yang berlebihan terhadap martabat ini mengotori minda. Walaupun ada kesukarannyaޱ jangan sampai menyatakan bahawa hanya dewa sahaja yang boleh merangkul kedudukan itu atau ia hanyalah relik yang lepas yang tidak akan dikecapi untuk generasi hari ini.

Saya telah membahaskan dalam «Tafsir Surah Az-Zumar Ayat 1718 Dan Perkara Yang Berkaitan Dengan Ijtihad». Penulisan ini untuk memberikan set kefahaman yang realistik tentang ijtihad dan mujtahid sepertimana yang menjadi ketetapan bagi ulama uṣūl dan berasaskan rasionalistik. Saya menegaskan bahawa sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan pendapat yang terbaik, maka dia telah melakukan ijtihad dan dia seorang mujtahid meskipun tidak menamakan dirinya sebagai mujtahid.

Sesungguhnya saya menyeru sebegini bukanlah untuk jadi pelagak pandai seakan-akan ia mengajak untuk duduk bersama di barisan yang sama dengan para ulama yang terbilang dari kalangan mujtahid atau jadi pengacau dalam mana-mana komuniti masyarakat seakan-akan seruan ini menegah seseorang daripada mengamalkan apa yang menjadi pegangan masyarakat dalam bermazhab dan meninggalkan apa yang menjadi ketetapan dalam mazhab. Namunߨ seruan untuk ini disebabkan beberapa perkara yang saya kira agak penting untuk dinyatakan.

Kita perlu tahu terlebih dahulu bahawa seruan kepada ijtihad ini bukan pada zaman Jamāluddīn al-Afġōniyy atau Muḥammad Abduh atau Rašīd Riḍō atau mereka yang kononnya memperjuangkan gerakan pembaharuan dan progresifߨ tetapi ia telah pun dinyatakan oleh Jalāluddīn as-Suyūṭiyy dalam «ar-Rodd Alā Man Alada Fī al-Ar Wa Jahila Anna al-Ijtihād Fī Kull Ar Wa Farḍ» yang dalam bab ketiganya bertajuk gesaan kepada ijtihad dan menjauhi taklid.

Dalam bab ini dia mengumpulkan pelbagai nukilan daripada para ulama zaman berzaman yang menegaskan seruan kepada ini. Malahߨ ini juga menjadi bahagian perjuangan kepada tokoh ulama berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam dari keluarga al-Ġumāriyy yang begitu menekankan penentangan terhadap ketaksuban kepada mazhab dan taklid yang tercela.

Malahߨ kebanggaan zaydian yang tokohnya adalah ramai dari kalangan ahli bait adalah kenyataan bahawa nisbah zaydian dalah nisbah pemuliaanߨ bukan taklid sepertimana mazhab yang empat. Bayangkan kalau seseorang berkata nisbah azharian adalah sama seperti yang disebutkan ini. Pasti golongan dari azharian akan merasa getik dan kehairanan melihat penuturnya sebegini. Padahalߨ jika kata-kata ini disebutkan oleh seorang beraliran zaydian kepada seluruh tokohnya sebeginiޱ mereka akan mengiyakannya dan berbangga dengannya.

Mengapa aliran yang kononnya lebih benar dan lebih tulen manhajnya sangat maluߨ bahkan getik untuk mengucapkan sebeginiߨ apatah lagi berbangga dengannya? Adakah kerana kita bangga dengan bertaklid dan ijtihad yang kalau ada pun sekadar biasa-biasa sahaja? Adakah mengikut buta para imam atau mazhab tertentu atau tersepit dengan yang tertentu sahaja adalah manhaj yang mulia lagi terpuji?

Oleh ituߨ menyahut seruan kepada ijtihad adalah menyahut seruan para ulama yang muktabar dan ahli ilmu yang berwibawa sepanjang zaman. Sepatutnya kita perlu ambil berat terhadap perkara iniߨ lebih-lebih lagi yang apabila para ulama memberi penekanan tegas terhadapnya. Apabila para ulama mencela taklid dan mengingatkannya secara lantangޱ mereka mungkin sahaja nampak kepentingannya lebih besar daripada orang yang tidak menceburkan diri dalam medan ijtihad.

Untuk hal ini saya telah menerangkannya dalam penulisan saya yang berjudul «Risalah Kesedaran Bahaya Taklid». Bagi mereka yang tidak nampak tentang parahnya taklid dan realiti tentang bahayanya maka dipersilakan membaca judul tersebut. Saya juga telah menghasilkan beberapa penulisan yang berkaitan dengan ini dalam memaparkan realiti ijtihad yang mungkin terlindung, samar dan salah difahami.

Untuk kesempatan ini saya akan berkongsi mengapa begitu disarankan untuk menjadi mujtahid. Pertamaߨ menjadi mujtahid adalah langkah kepada seseorang untuk mengenali potensi diri masing-masing setahap mana pencapaian yang boleh dijangkau. Ini sebagai respons untuk sebahagian orang membawa ura-ura kepada masyarakat bahawa ilmu agama ini terlalu susah sehingga hanya beberapa orang sahaja yang boleh menyelami samudera itu.

Apabila kamu mengerahkan tenaga kamu untuk cuba membuka kajian dan memulakan analisis, kamu akan tahu bahagian yang boleh dicapai dan bahagian yang sukar untuk digapai. Susah senang ini masih dalam sesuatu yang relatif sehingga ia berbeza-beza mengikut kadar setiap orang. 

Bahkanߨ pada hakikatnya bukan semua terlalu sukar untuk dihadam sehingga orang awam merasa jauh ketinggalan untuk memahami penganlisisan dalil itu. Malahߨ mungkin sahaja akan mengerti kata-kata Abdul Azīz al-Ġumāriyy dalam meluahkan rasa kehairanan terhadap orang yang hairan bahawa jalan ini boleh dicapai.

Saya tidaklah kata menjadi mujtahid semestinya mahir semua perkara dalam pengalisisan agama. Akan tetapiߨ apabila kita mengerahkan kudrat sedaya yang mungkinޱ maka ini sekaligus menafikan bahawa setiap arah penyelidikan itu terlalu sukar untuk dicakna.

Pegangan itu hanyalah daripada orang yang membenci sahaja dan hanya selesa menjadi katak di bawah tempurung. Mungkin kita dapat katakan bahawa tempurung itu adalah rahmat yang menyelamatkan katak dari segala marabahaya luar. Namun
ߨ adakah itu yang semestinya?

Realiti kehidupan ini sememangnya penuh dengan keganasan dan kacau bilau kepayahan yang pelbagai rupa. Kita semua sentiasa mahukan yang selamat dan selesa berbanding mengambil risiko dan cabaran yang menyulitkan jiwa kita. Akan tetapiߨ apakah orang yang rela berjuang itu sengaja mencari susah bagi diri mereka sendiri?

Perniagaan sememangnya ada risiko dan krisis yang ditanggung bagi melebarkan sayapnya. Kejayaan yang besar tidak akan diperoleh melainkan menyahut ancaman besar yang menggertak. Sememangnya mereka akan menghadapi kerugian, liabiliti yang banyak, tekanan masa dan lain-lainߨ tetapi adakah itu yang mereka cari?

Tidak! Yang mereka cari ialah makna pada kesungguhan mereka dan yang di sebalik susah payah itu. Mereka lebih sanggup berusaha menempuh keperitan atau menempuh kegagalan atau mati dalam keadaan tidak tercapai impiannya berbanding hanya menikmati keselesaan keadaannya sekarang. Mereka mempunyai jawapan yang sangat besar dalam persoalan kenapa.

Namun
ߨ pada lumrah kehidupan kita mendambakan keselamatan dan keselesaan sepanjang perjalanan kehidupan kita. Pun begituߨ kita tidak mampu mengelak dari segala rintangan dan tentangan yang menyapa dalam mencapai cita-cita kita. Mahu atau tidak mahuܦ kita perlu menghadapinya. Namunߨ bukan kepayahan itulah yang kita cariߨ tetapi di sebalik kepayahan itulah yang kita kejarkan. Setiap orang berhak untuk mencapai cita-cita masing-masing.

Jika tidak semua orang berjayaߨ maka bukan bermakna semua orang tidak ada hak baginya. Tidak mampu mencapai semua bukan bermakna perlu meninggalkan semua. Kadangkala kegagalan bukan lawan bagi kejayaanߨ tetapi sebahagian daripada kejayaan. Oleh ituߨ menjadi mujtahid adalah supaya kita menjadi orang yang faqih di dalam agama kerana puncak tujuan kita adalah kebaikan, seterusnya pemantapan diri dalam keilmuan dan penghambaan kepada Allah.

Semestinya menjadi mujtahid bukan orang yang lengah untuk meluaskan kajian, rajin menelaah, kerahkan kognitif semampu yang mungkin dan lain-lain kesusahanߨ namun bukan kepayahan itu yang seorang mujtahid cari, tetapi pemaknaan daripadanya.

Sebab itulah orang yang menganggap menjadi mujtahid adalah mustahil adalah perkara yang sangat mengarut dan anggapan bahawa setiap sisi subjek, topik, isu dan kupasan agama adalah sesuatu yang sukar dilakukan adalah anggapan orang-orang yang dungu dan terus membelenggukan diri dalam kedunguan itu. Tahap ilmu dan kefahaman masing-masing pasti akan berbeza-beza.

Menjadi mujtahid bukanlah perlu sehingga terlalu sempurna sekalipun itu adalah impian yang dimahukan. Namunߨ tidak sempurna bukanlah bermaksud tidak hebat. Setiap orang boleh menyerlah dengan cara, potensi, bakat dan kemampuan masing-masing. Yang penting adalah mereka tidak berlebihan dalam urusan yang mereka tidak tahu dan berdiri di atas kedudukan masing-masing.

Yang penting adalah setiap orang menyedari mujtahid bermakna seseorang itu membina kualiti kefahaman dan pembinaan manhaj ilmu yang lebih bermakna. Mereka tidak hanya kenyang dengan kata-kata orang: "Mengapa bersusah payah untuk membaca kitab para ulama, meneliti dalil-dalil mereka dan menghabiskan banyak masa dengan perkara kompleks ini? Bertaklid sudah cukup untuk kita semua dan ia memudahkan kita banyak perkara!". 

Ia seumpama kata-kata orang kepada mereka yang ingin mempunyai tekad untuk masuk ke medan keusahawanan: "Kamu sudah memiliki pendapatan yang stabil dan karier yang terjamin masa depanmu. Mengapa bersusah payah untuk masuk ke lorong yang suram haluannya?".

Orang sanggup bersusah payah kerana mereka hargai nilai perjuangan dan usaha yang kerasߨ bukan kerana mereka ini sememangnya gila untuk menyusahkan diri. Inilah yang sebahagian orang tidak mengerti apabila seseorang itu menjadi mujtahid.

Kedua
ߨ menjadi mujtahid adalah menjadi seseorang yang hanya kagum terhadap kebenaran semata-mata. Menjadi mujtahid adalah menjadi orang yang kritis terhadap sesuatu perkara dan sentiasa ligat mindanya untuk mencerap pemahaman. Saya telah menegaskan bahawa menjadi kritis bukanlah semestinya menyebabkan berbeza pendapat orang lain. Yang ingin ditekankan dalam sikap kritis adalah sama ada seseorang itu faham dalam sesuatu perkara itu secara komprehensif ataupun tidak.

Kita selalu dengar «Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy » adalah kitab yang paling sahih selepas Quran dan nilai kesahihannya paling tertinggi daripada mana-mana kitab hadis yang lain. Tentu sahaja ini suatu kekaguman bagi umat dalam pencapaian pengumpulan hadis. Namunߨ adakah kagum itu sekadar menumpang kekaguman orang lain atau ia terbit dari diri sendiri setelah kita lakukan penelitian sendiri terhadpanya?

Kita sendiri tidak mampu merasai kekaguman yang lahir dari jiwa sendiri melainkan kita perlu melakukan kajian terhadap «Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy» untuk benar-benar memastikan sama ada kekaguman yang diekspresikan itu sekadar ungkapan berlebih-lebihan atau kepalsuan. Setelah ituܦ barulah kita mengerti bahawa nilai kekaguman itu yang sebenar-benarnya.

Kenapa kekaguman ini penting? Supaya seseorang itu tidak perlu lagi untuk terliur dengan sesuatu yang selain daripada itu. Apabila kebenaran itu telah nyata setelah usaha yang keras berpanjangan lagi melelahkan
ޱ maka tidak ada harga yang lebih mahal dan tukar ganti baginya melainkan kesebatian kebenaran itu di dalam dada. Sangat tidak sama orang yang kagum terhadap kebenaran dengan hasil yang dia usahakan sendiri dengan sekadar menumpang kekaguman orang lain semata-mata.

Mahukah apabila seseorang itu ditanya atas dasar apa ketakjubannya terhadap sesuatu ituޱ jawapannya hanyalah kerana ada orang lain memberikan ekspresi yang hebat padanya lalu dia pun cuba meniru ekspresi seperti itu? Adalah sangat bermakna kekaguman itu lahir dari apa yang telah kita teliti sendiri dan perhatikan sendiri.

Dengan itu kita akan lebih bertahan di atas kebenaran dan sama sekali tidak goyah kerana kita sama sekali tidak mensia-siakan apa yang kita sungguhkan terhadapnya selama ini. Ini kerana kebenaran itu telah jelas setelah kita telah usaha lama untuk cuba ragukan, elakkan dan padamkan.

Orang yang menumpang tidak lebih daripada orang yang mengikut apa yang dia tidak tahuߨ kemudian dia buat-buat merasa seolah-olah dia mengetahui hakikat sebenarnya untuk mengaguminya. Ekspresi palsu ini tidak lebih daripada penzahiran kebodohan.

Samalah sepertimana apabila kita ingin mengecapi kemanisan iman dan rahmat yang diberikan dalam Islam. Adakah kita sekadar menjadi penumpang daripada tutur kata yang hanya memberi pelbagai sanjungan dan ungkapan yang murni
ߨ lalu kita pun hanya menjadi burung kakak tua penyambung dan peniru kata? Atau kita benar-benar menempuh jalannya dalam keilmuan dan pengalamanߨ lalu kita peroleh apa yang kita begitu idamkan sekali?

Jauh sekali perbezaan antara kedua-duanya. Ekspresi tentang kemanisan imanߨ tetapi itu hanya sekadar meniru semestinya itu adalah penzahiran kebodohan. Tidak salah pun untuk ambil inspirasi dan mendapat cetusan daripada yang lainߨ tetapi janganlah sampai hanya sekadar burung kakak tua yang meniru bunyi yang lain tanpa memahami apa-apa.

Semua ini tidak akan dapat diperoleh melainkan seseorang itu akan kerahkan akal dan dayanya untuk menjadi seorang yang kritis. Orang yang mempertahankannya tanpa pengetahuan dan mencanang kekaguman seolah-olah seperti dia faham cumalah omong kosong yang ditaburkan dengan kemanisan. Mereka ingin mempertahankan khazanah ahli hadis
ߨ tetapi mereka tidak tahu apa yang dibawa oleh ahli hadis, tidak mahu mempelajari apa yang dibawa oleh ahli hadis dan tidak mahu berfikir seperti ahli hadis dan beramal sepertimana mereka amal.

Dalam masa yang sama mereka menggembar-gemburkan keagungan ahli hadis seolah-olah mereka kenal ahli hadis itu dan manhaj mereka. Pejuang semangat berkobar-kobar dengan ilmu yang dangkal hanya membawa kepada kebinasaan sekalipun tujuannya adalah mulia. Makaߨ menjadi mujtahid adalah orang yang berusaha membebaskan diri daripada kebejatan ini.

Ketiga
ߨ menjadi mujtahid bermaksud menyedari diri sendiri bahawa dia sedang menggalas suatu tugas yang memaksa untuk komitmen yang cekal terhadap ilmu. Ini kerana menjadi mujtahid tidak sekadar mempunyai idea yang geniusߨ tetapi ia memerlukan suatu kesungguhan yang sangat keras untuk menilai, menganalisis, mengkaji, meneliti dan menyemak segala pendapatan idea, pengetahuan dan kefahaman supaya kritis dan jitu yang menghasilkan perolehan yang terbaik.

Apabila kita menyedari kita seorang mujtahidޱ maka kita tidak akan membiarkan diri ini terleka dengan kemisterian, kebingungan dan kerapuhan dalam kefahaman. Atas sebab itulah ia akan mengheret seseorang untuk terus setia dan sentiasa entusiastik dengan segala macam penglibatan dalam kajian.

Menjadi mujtahid bermaksud seseorang akan sentiasa terheret untuk bersungguh-sungguh dalam mengkaji dan meneliti. Rasa puas hati akan terus-menerus dipersoalkan sehinggalah tidak ada jalan lain baginya selain untuk menerima hal itu kebenaran yang telah tertegak hujah kukuhnya, kekuatan argumentasinya dan teguhnya menyata.

Mereka akan sentiasa dalam keghairahan untuk belajar dan meneroka banyak perkara demi memperoleh yang terbaik untuk mereka disebabkan entusiastik mereka untuk menjadi orang yang kritis. Makaߨ setiap yang ada akan dimanfaatkan sebaik-baiknya demi kecemerlangan yang didambakan.

Inilah sebab utama penekanan saya untuk setiap orang menjadi mujtahid. Menjadi mujtahid mempunyai nilai yang besar dalam agama ini kerana kita mempamerkan kesungguhan untuk kebenaran, kebaikan dan kefaqihan. Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka yang ikhlas jiwa berjuang di jalan-Nya.

Ada orang menganggap bahawa jika ingin menjadi mujtahid
ޱ maka dia tidak perlu sibuk dan melihat pendapat ahli ilmu terdahulu dan menganalisis karya-karya mereka. Tentu sahaja ini kebodohan yang nyata. Menjadi mujtahid bukanlah dapatan yang ajaib yang datang secara tiba-tiba dan untuk berijtihad serta bukanlah ia dari satu fikiran yang kosong. Ia adalah hasil daripada melalui proses pembelajaran yang panjang yang terlebih dahulu.

Sepanjang pembelajaranܦ mestilah kita telah melihat pelbagai pendapat dan hujah yang dikemukakan ahli ilmu sebelum kita benar-benar pandai dan mampu independen. Semestinya tidak dapat tidakܦ dasar penggerak kita dan bahan rujukan untuk membina satu pendapat adalah berdasarkan apa yang kita pelajari dahulu.

Kemudianߨ cukuplah melihat karya-karya Muḥammad bin Idrīs aš-Šāfiiyy; imam mujtahid. Adakah pendapat yang dia nyatakan ijtihadnya sekadar daripada mindanya sendiri? Tidak. Ada sebahagiannya dipetik daripada pendapat ahli ilmu sebelumnya dan ada yang dinyatakan sesuatu pendapat itu terdapat perselisihan padanya. Kemudianߨ dia menyimpulkan atau dia menjelaskan atau mencari sokongan atau melihat sudut kritikan untuk menjustifikasikan pandangannya.

Inilah praktikal yang diamalkan mujtahid. Lantasߨ kenapa dengan orang lain perlunya bagi orang itu meninggalkan «Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy », «Ṣoḥīḥ Muslim », kitab-kitab fiqh dan kitab-kitab yang lain supaya baru boleh dikira seseorang itu berijtihad? Ini tidak lain dan tidak bukan ejekan daripada orang yang dungu dan tolol. Mereka ingin merendahkan orang yang berijtihadߨ tetapi dalam secara tidak sedar, mereka telah memperlekehkan tokoh mujtahidnya sendiri.

Kemudian
ߨ lihat firman Allah Azza Wajalla ini :

فَبَشِّرْ عِبَادِ﴿١٧﴾ الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّـهُ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴿١٨

"Maka
ߨ sampaikanlah khabar gemibra kepada hamba-Ku؛ iaitu orang yang mendengarkan hujahߨ lalu mereka mengikuti yang paling terbaik. Mereka itulah orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan mereka itulah ahli perseptif". [Surah az-Zumar ayat 1718].

Dalam ayat ini
secara tidak langsung Allah menyuruh untuk mendengarkan hujah sebelum mengikuti yang terbaik. Boleh sahaja perkataan "mendengarkan hujah" digugurkanߨ lalu cukup dengan mengatakan agar mengikuti yang terbaik.

Walaupun itu objektif utamanya yang ingin ditekankanޱ tetapi ada sebab Allah kekalkan mesej tentang mendengarkan hujah. Maksudnya ialah kita tetap perlu membaca, menelaah, merujuk, mengkaji dan menganalisis setiap pandangan tentang sesuatu perkara supaya kita dapat putuskan yang terbaik dalam argumentasinya.

Ini membuktikan bahawa menjadi mujtahid bukan bermaksud perlu membakulsampahkan karya-karya yang dikarang ahli ilmu atau langsung tidak meneliti apa yang dibentangkan oleh golongan cedekiawan terlebih dahulu. Seorang mujtahid perlu analisis dan memerhati kajian-kajian atau huraian yang dijelaskan oleh mana-mana orang pun untuk memperoleh kejituan dalam justifikasi.

Lihat juga firman Allah Tabāroka Wa Ta
ālā ini :

فَإِن كُنتَ فِي شَكٍّ مِّمَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ فَاسْأَلِ الَّذِينَ يَقْرَءُونَ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكَ ۚلَقَدْ جَاءَكَ الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ ﴿٩٤﴾ وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّـهِ فَتَكُونَ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿٩٥

"Maka
ߨ jika engkau berada dalam keraguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamuޱ maka tanyakanlah kepada orang yang membaca kitab sebelummu. Benar-benar sungguh telah datang kebenaran dari tuhanmu kepadamu. Makaߨ janganlah sekali-sekali engkau termasuk orang yang ragu. Dan janganlah sekali-sekali engkau termasuk orang yang mendustakan ayat-ayat Allahޱ nanti engkau termasuk orang yang rugi". [Surah Yūnus ayat 9495].

Kalau Allah suruh bertanya ahli kitab untuk menguatkan keimanan terhadap Quran
ޱ tentu lagi kepentingan kita untuk membaca karya ilmuwan muslim supaya kita semakin mantap dan kukuh pegangan kita terhadap Quran dan sunnah di atas argumentasi yang terbaik.

Sekalipun Quran dan sunnah sememangnya sumber yang terbaik dan tiada keraguan terhadapnyaޱ tetapi Allah tetap menyuruh untuk bertanya, melihat, memerhati, menelaah dan kaji karya lain supaya kita memperoleh kekuatan iman terhadap Quran serta mengukuhkan argumentasi terhadap penghujahan kita terhadap sesuatu. Demikian juga pengukuhan kefahaman terhadap teks-teks yang suci.

Saya telah melanjutkan hal ini dalam penulisan saya yang berjudul «Apa Erti Mazhab Firman Allah Dan Sabda Rasul?» untuk merungkaikan permasalahan yang berkaitan dengan ini.

Jelaslah bahawa menjadi mujtahid bukanlah orang yang meminggirkan dan tidak menghargai apa yang telah diwarisi oleh sarjana-sarjana terdahulu. Seorang mujtahid akan memanfaatkan apa sahaja rujukan supaya boleh membina pendapatnya yang berkualiti dan kukuh. Oleh ituߨ celaan mereka yang menunjukkan remehnya seseorang yang ingin berijtihad dengan meneliti karya ahli ilmu terdahulu adalah orang yang sama ada orang yang benci kepada ilmu atau pengingkar kebenaran.

No comments:

Post a Comment