Tuesday, February 18, 2020

Kaedah "Pada Asalnya Tiada" Dan "Pada Asalnya Terbebas Tanggungjawab"

Terdapat kaedah fiqh menyebutkan :

الْأَصْلُ الْعَدَمُ

"Pada asalnya tiada".

Yang bermaksud apabila kita syak terhadap sesuatu yang mendatang dan tidak dapat dipastikan sama hal tersebut pernah ada atau pernah berlaku ataupun tidak, maka pada asalnya ditimbangkan ketiadaan baginya. Hal ini berdasarkan firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā seperti berikut :

بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَإِذَا قَضَىٰ أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُن فَيَكُونُ ﴿١١٧

Dia menciptakan langit dan bumi. Apabila Dia memutuskan sesuatu, maka Dia hanya berkata, "Jadilah", maka menjadilah. [Surah al-Baqoroh ayat 117].

Kalimah Badī* di sini adalah menjadikan sesuatu yang tidak contoh sebelumnya sepertimana yang dinyatakan dalam al-Muḥīṭ Fī al-Luġoh, karya Abū al-Qōsim Ismā*īl bin *Abbās bin al-*Abbās, m/s 77 // Mujmal al-Lugġoh, karya Abū al-Ḥusayn Aḥmad bin Fāris ar-Rōziyy, jilid 1, m/s 118, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut, tahqiq Zuhayr *Abdul Muḥsin Sulṭōn // Mu*jam Maqōyīs al-Luġoh, karya Aḥmad bin Fāris ar-Rōziyy, jilid 1, m/s 209, keluaran Dār al-Fikr, tahqiq *Abdul Salām Muḥammad Hārūn // al-Muḥkam Wa al-Muḥīṭ al-A*ẓom, karya Abū al-Ḥusayn *Aliyy bin Ismā*īl bin Sayyidih aḷ-Mursiyy, jilid 1, m/s 33, keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq *Abdul Ḥamīd al-Handāwiyy // an-Nihāyah Fī Ġorīb al-Ḥadīṯ Wa al-Āṯār, karya Abu as-Sa*ādāt al-Mubārok bin Muḥammad aš-Šaybāniyy, jilid 1, m/s 106, keluaran al-Maktabah al-*Ilmiyyah, Beirut, tahqiq Ṭōhir Aḥmad az-Zāwiyy dan Maḥmūd Muḥammad aṭ-Ṭonāḥiyy // Ikmāl al-*lām Bi Taṯlīṯ al-Kalām, karya Muḥammad bin *Abdullah bin Mālik aṭ-Ṭō^iyy, jilid 1, m/s 60, keluaran Jāmi*ah Umm al-Qurō, Makkah al-Mukarromah, tahqiq Sa*d bin Ḥamdan al-Ġōmidiyy // al-Miṣbāḥ al-Munīr Fī Ġorīb aš-Šarḥ al-Kabīr, karya Abū al-*Abbās Aḥmad bin Muḥammad bin *Aliy al-Ḥamawiyy, jilid 1, m/s 38, keluaran al-Maktabah al-*Ilmiyyah, Beirut // Tāj al-*Urūs Min Jawāhir al-Qōmūs, karya Abū al-Fayḍ Muḥammad bin *Abdul Rozzāq al-Ḥusayniyy az-Zubaydiyy, jilid 20, m/s 307, Dār al-Hidāyah & Lisān al-*Arob, karya Ibn Manẓūr, jilid 8, m/s 6, keluaran Dār Ṣōdir

Dengan itu, pada asalnya sesuatu itu dianggap tidak ada dengan anggapan bahawa hal tersebut belum Allah jadikan. Maka, selagimana belum dibuktikan eksistensi hal tersebut sebelumnya, maka kita anggap hal tersebut tidak ada.

Begitu juga terdapat kaedah fiqh yang menyebutkan :

الْأَصْلُ بَرَاءَةُ الذِّمَّةِ

"Pada asalnya terbebas tanggungjawab".

Maksudnya adalah jika seseorang syak sama ada dia pernah melakukan amal soleh ataupun kejahatan, maka pada asalnya dia tidak bertanggungjawab akan hal tersebut sehinggalah ia dibuktikan. Dalilnya telah dijelaskan sebentar tadi kerana manusia juga adalah sebahagian daripada alam yang berpenghuni di bumi. Kita anggap perbuatan itu belum terjadi sehinggalah dibuktikan bahawa dia pernah melakukannya.

No comments:

Post a Comment