Sunday, February 9, 2020

Diari Diri : Saya Tidak Layan Pencela

"Kebodohan dibalas dengan kepintaran. Jangan balas kebodohan dengan kebodohan. Emosi dijawab dengan kebijaksanaan. Keburukan akhlak dijawab dengan kedewasaan. Kalau dua orang saling memarahi dan saling bertengkarޱ apa bezanya? Sama jelek wajahnya, sama jelek kata-katanya dan sama jelek perilakunya. Kalau seorang yang marah dan seorang lagi diamޱ mampukah kalian membezakan?".

Demikianlah kata-kata Khalid Basalamah ketika mengulas tentang dia dihalau dari meneruskan kuliah di Banjarmasin. Kata-kata ini sungguh memberi bekas kepada saya yang menguatkan lagi sebab untuk saya menghindari melibatkan diri daripada saling mencela.

Walaupun saya tidaklah sepemikiran dengan Khalid Basalamahޱ tetapi dalam urusan dakwah dan berinteraksi dengan orang dia lebih berpengalaman dan lebih banyak jerih perit berbanding saya. Atas sebab itulah nasihat ini wajar dimanfaatkan meskipun berbeza aliran atau fikrah kerana pengamalan ini adalah yang kita lalui tanpa mengira apa-apa aliran seseorang.

Saya sebelum mendengarkan kata-kata ini sememangnya tidak mahu melayani pencerca dan pengutuk kerana saya sudah tidak memiliki masa yang banyak untuk disibukkan dengan semua itu. Hanya sahaja kata-kata ini mengukuhkan lagi motivasi dalam diri saya. Lebih baik saya fokus kepada yang memberi manfaat kepada saya.

Untuk apa lagi saya khuatir dengan mereka? Saya sudah bentangkan hujah saya secara ilmiah yang diperlukan. Jika akhirnya orang mencela merekaޱ saya tidak rugi apa-apa. Mereka sebenarnya telah pamerkan siapa diri mereka sendiri. Mereka yang mengutuk sayaߨ tetapi langsung tidak mahu keluar dari kepompong kejahilan mereka sendiriߨ tetapi bersemangat dan pantas untuk mengherdik dan mengeji saya.

Misalnya adalah apabila saya nyatakan kedhaifan hadis dengan membawa kalam tajrih dari beberapa ahli hadis dan analisis ilal al-adīṯޱ yang mereka tahu cumalah kutuk, cela, ejek dan hina saya. Mereka bukannya mahu bahas dan bawakan kajian mereka dalam hadis tersebut untuk membantah penilaian saya.

Mereka sendiri tidak pernah buka kitab-kitab hadis untuk meneliti rangkaian sanad, mereka sendiri tidak pernah membuka karya al-Jarḥ wa at-Tadīl untuk semak nukilan saya, mereka sendiri tidak menelaah kitab fiqh yang saya nyatakan rujukannya untuk meneliti semula dan mereka sendiri tidak membawakan apa-apa hujah. Mereka sendiri langsung tidak berusaha untuk keluar dari belenggu kejahilan. Yang mereka tahu untuk bertubi-tubi mengutuk saya.

Apa yang boleh dibanggakan dengan mereka? Sekurang-kurangnyaܦ bagi mereka yang memandang dengan adil pasti mereka tidak dapat mengingkari bahawa saya benar-benar membawakan rujukan dan hujah saya. 

Saya bentangkan kajian saya dan saya persembahkan wacana ilmu kepada masyarakat. Saya bukanlah ingin berbangga-banggaߨ tetapi saya ingin buktikan bahawa saya ada penglibatan dalam penerokaan ilmu dan saya tidak bercakap kosong dalam hal ini.

Namunߨ apa yang ada pula pada mereka? Adakah kebanggaan mereka cumalah tahu mengutuk dengan kata-kata yang pedas sehingga rakan-rakannya gelak berdekah-dekah bersama dan seterunya pula merasa sakit dan pedih dengannya? Adakah itu intelektual yang mereka julang dan sanjung? Wahai pengikut mereka yang bodoh itu! Adakah itu yang engkau akan berbangga apabila bersahabat dengannya? Telitilah dengan minda yang rasional.

Mengapa perlu saya sibukkan diri dengan orang yang degil dan malasߨ namun ingin jadi jaguh kepada orang bodoh sesama mereka? Apa beza mereka dengan sang bodoh yang lain melainkan mereka lebih hebat dalam mencela dan mengeji orang? 

Saya semestinya tidak berbakat dan berkebolehan seperti mereka dalam mencarut, mengeluarkan kata-kata kesat dan penistaanߨ lebih-lebih lagi secara spontan yang mampu membuatkan rakan-rakannya ketawa berdekah-dekah dan menyebabkan lawannya disakiti yang mana jika boleh dibunuh dengan kata-kata ituޱ dia akan melakukannya.

Tentu dalam pertarungan seperti itu saya akan berpihak pada yang kalah. Namunߨ apabila saya terkenang dengan kata-kata Khalid Basalamah tadiޱ lebih baik saya menerima kekalahan. Biarlah sang bodoh yang berotak binatang ini terus menerus dengan permainannya.

Mereka sendiri pun kalau tiba-tiba mereka diterjah dengan maki hamun dan cemuhan apabila mereka berhujahޱ mereka akan mengamuk dan menganggap orang itu tidak menghormati majlis dan kawasan merekaߨ tetapi kenapa mereka buat sebegitu pada orang lain? Mana satu yang lebih mesra dengan perbincangan ilmiah? Apakah kata-kata: "Bodoh! Orang penunggang agama yang mahu ikut sedap nafsu dia sahaja!" atau "Ini tidak betul dan salah. Yang benar adalah seperti itu dan ini"?.

Mana-mana orang yang waras akan pilih yang kedua. Yang menghairankannya adalah ada yang suka untuk berpihak pada yang pertama sekalipun mereka mendakwa mereka menyukai kepada pendekatan yang kedua! Walaupun mereka berhujahޱ tetapi cara mereka lebih kepada pertama berbanding yang kedua.

Kalau kedua-dua belah pihak memilih yang pertamaޱ sampai bila mereka akan temui kebenarannya? Sebab itu agama tidak akan berdiri dan kukuh hanya dengan sentimen yang pertama. Agama ini kekal keagungannya kerana hujah dan kebenaranߨ bukan caci maki dan cemuhan daripada individu atau pihak tertentu.

Jika sedar hal iniޱ mahukah para pencela akan terus mengungkapkan kata-kata nista itu di hari akhirat kelak? Perlukah mereka meneruskan sesuatu yang mereka sendiri benci dilayan sedemikian rupa? Mahukah mereka berbalah dengan saya nanti di hadapan Allah di mahkamah yang paling adil hanya dengan caci maki sepertimana mereka lakukan sekarang?

Yang mengikut para pencela adalah lebih berganda-ganda kebodohan mereka. Tidakkah mereka sedar agama mereka sedang berpaksi ke mana? Hanya sebab kawan-kawan mereka pandai membuat jenaka yang membuat mereka tergelak terbahak-bahak memerli saya dan mengaibkan saya sehebat yang boleh terus dianggap itu adalah intelektual yang dijunjung. Itukah kebenaran yang didambakan oleh mereka?

Tentu sahaja yang paling buruk adalah mereka yang sudah faham hujah yang saya telah tegakkan ke atas mereka dan mereka pura-pura tidak faham dan tidak nampak. Dengan sebab ia tidak memenuhi citarasa mereka sanggup mereka berpaling dan berpihak pada mereka yang menghentam saya cukup-cukup. Mereka redha berada di golongan itu dan tidak ada sedikit pun di jiwa mereka untuk membenci keingkaran golongan ituߨ sedangkan mereka tahu itu adalah kebatilan.

Saya berharap orang yang suka mencela ini akan menerima nasib yang sama seperti saya atau lebih teruk lagi. Setiap kali mereka mengutarakan penghujahanޱ yang mendapat adalah cemuhan dan cacian daripada orang ramai yang langsung tidak mengambil endah terhadap hujahnya. Saya mahu mereka sedar betapa teruknya perangai seperti ini tidak kira terhadap saya atau orang lain.

Saya sudah menerima bermacam-macam celaan dan cemuhan. Yang selalu dibangkitkan adalah isu erotisisme yang ada pada diri saya. Itu sahajalah yang menjadi modal untuk mengaibkan saya dan memburukkan saya serta menjadi jajaan untuk menyahkredit pandangan saya.

Kadangkalaܦ saya merasa lucu bahawa mereka ini mendakwa mereka ini lebih baik daripada saya dalam keberagamaan dan melangkah di atas manhaj yang lebih benar daripada saya. Namunߨ mereka sendiri tidak mahir dalam bahasa Arab. Apabila saya mengutip pandangan dari teks Arabޱ mereka hanya mampu terlopong dan menganga sahaja. Apalagi jika ingin mengharapkan mereka mengkaji apa yang telah saya nyatakan rujukan.

Mereka ini juga tidak mampu berhujah secara kendiri. Yang mereka mampu hanyalah syeikhnya berkata sedemikian, gurunya berkata sedemikian, ustaznya berkata sedemikian dan berterusan membeber ₍Argumentum Ad Populum₎ atau ₍Argumentum Ad Verecundiam₎.

Malahߨ adakalanyaܦ pandangan saya ini berasaskan daripada para ulama yang mereka harapkan saya mengikutinya dan berhujah dengannya. Namunߨ mereka sendiri tidak dapat menyangkalnya dan menafikannya. Kemudianߨ mereka menyasarkan celaan kepada diri sayaߨ bukan para ulama yang telah saya kutip pandangan dan penghujahannya.

Kemudianߨ mereka bermain slogan: "Perselisihan ulama adalah rahmat". Namunߨ mereka langsung tidak hormat pandangan daripada pihak lawannya atau orang lain. Selagimana kita berbeza dengannyaޱ kita tidak akan lepas daripada lidah keji daripada orang yang jumud lagi dangkal akalnya.

Mereka ini adalah orang yang tidak menghormati perbahasan ilmu secara objektifߨ apatah lagi mengharapkan manfaat ilmu daripada mereka. Ilmu hadis pun kosong dan penghujahan pun caca merba. Bagaimana orang ini berkata bahawa mereka boleh faham tentang manhaj jika hanya mampu bertaklid dan jawapan orang yang hanya cuma menaburkan hafalannyaߨ tetapi tiada fikiran?

Dengan orang seperti saya pun mereka tidak dapat berhadapan dengan baikߨ bahkan menunjukkan sikap ketidakmatangannya dan kecelaruannya. Apalagi orang yang jauh lebih berkompeten dan lebih dahsyat daripada saya apabila orang itu menjadi seteru bagi pencela saya. Tidak malu lagikah orang yang mengikuti para pencela ini? Entah di mana matanya untuk menjengah hakikat kebobrokan orang yang mereka sorak dan sanjung!

Kalaulah ada orang seperti saya wujud dalam komuniti mereka atau dari kalangan orang yang mereka hormat dan sanjungޱ entah bagaimana sikap mereka. Adakah mereka akan melonggokkan celaan kepadanya sama seperti yang mereka lakukan terhadap saya?

Hairan sungguh mereka ini menuduh orang lain orang baru mula mahu menjadi jaguh, pemecah belah masyarakat dan tidak menghormati ulama. Padahalߨ merekalah sebenarnya memecahbelahkan masyarakat dengan hanya tahu bertengkar dan mengutuk orang yang berbeza pandangan. Bahkanߨ mereka juga adalah pencela para ulama tanpa mereka sedar disebabkan kebencian yang membara terhadap orang yang mereka diselisihi.

Para pencela ini ada pelbagai wajah. Selain daripada yang dikenali dengan agresifߨ ada juga yang dari kalangan mereka yang menampilkan adab yang lunak dan perilaku yang orang sekeliling pun malu dengannya. Akan tetapiߨ hakikatnya adalah dia jauh lebih teruk daripada perusuh yang agresif dan jiwa serigalanya jauh lebih buas daripada orang lain.

Mereka ini adakalanya berselindung di sebalik doa: "Semoga Allah memberikan kamu hidayah" yang mana ini adalah isyarat untuk menunjukkan kita ini adalah sesat dan menyeleweng. Mereka ini walaupun menampilkan akhlak yang kita semua pujiߨ tetapi akhlak pada sudut wacana, perbincangan ilmiah dan yang berkaitan semuanya tertelanjang daripadanya.

Bahkanߨ mereka ini adakalanya jauh lebih membenci dalam perbahasan ilmiah dan wacana tentangnya daripada para pencarut dan pemaki. Mereka menggunakan adab dan akhlak untuk menjustifikasikan kebodohannya, kedunguannya dan kebatilannya. Mereka sangka mereka mampu memperdaya orang ramai dengannya. Allah lebih mengetahui tentangnya.

Ketidakterbukaan dan ketidaktoleransian mereka jauh lebih keji daripada orang yang liar lagi buas pada pertuturan dan perilaku mereka. Sesungguhnya mereka adalah virus berbisa yang bersembunyi di selubung akhlak yang mulia. Mereka ini menyimpang keradangan dan amukan yang jauh lebih pekat berbanding orang yang kita kenali dengan sikap kasarnya.

Sememangnya benar bahawa penampilan dan akhlak bukanlah ukuran kepada seseorang itu benar atau tidak. Yang mengharamkan apa yang halal dan yang menghalalkan apa yang halal juga adalah dari kalangan rahib dan paderi. Orang yang bodoh pula tunduk akur dan memperakuinya tanpa mempersoalkannya. Akal mereka sudah dicampak demi keterujaan terhadap akhlak dan sisi yang manis untuk ditatapi.

Yang anehnya adalah orang yang melagak berakhlak ini selalu sahaja memihak kepada para pemaki saya dan orang yang bertindak kasar terhadap saya serta yang menumpahkan kebodohannya sepanjang interaksi saya dengannya. Saya yang berhujah dengan sopan pun dianggap bersikap biadap terhadap ulama dan tidak mencerminkan akhlak yang terpuji dalam Islam. Langsung tidak ada teguran terhadap para pemaki, sang agresif dan pencemuh saya.

Adakalanyaܦ orang seperti ini tidak bertahan lama dalam berlakon sebagai orang yang berakhlak. Apabila mereka menemukan peluang untuk mengaibkan sayaޱ mereka akan bersungguh-sungguh menjadikannya sebagai modal untuk memburukkan saya di mata orang sekeliling dan menyahkreditkan pandangan saya. Sedangkanߨ Allah adalah saksi bagaimana saya mempamerkan sikap kesantunan saya dalam bertanya dan berinteraksi.

Usah menjadikan akhlak untuk parameter dalam menentukan kebenaran. Saya lebih suka mengambil pendapat yang benar dari orang yang gemar mencarut berbanding orang yang berkata sopanߨ tetapi ia adalah semburan kebatilan dan omongan kosong. Saya akan menyambut orang yang sudi berdiskusi dengan kematangan dan kesantunanߨ tetapi itu bukan bermakna saya akan menerima pandangannya yang bersalahan dengan kebenaran.

Saya tidaklah mengatakan bahawa saya adalah orang yang sempurna ataupun kebal daripada kritikan. Saya juga insan biasa yang adakalanya terbabas, tersalah, lalai, alpa dan tersungkur. Jika ada yang salahޱ maklumkan kepada saya. Ini demi manfaat dunia dan akhirat. Begitu juga untuk sesama saudara. Lebih baik kita selesaikan masalah dengan ilmu dan kematangan.

Jauhkanlah daripada saling mencela yang tidak berkesudahan dan tidak ada kebaikan apa-apa pun. Maklumkan kepada saya di mana kesilapannya dan saya akan menilai semula. Sesiapa yang sudah lama dengan sayaޱ pasti melihat banyak pendapat saya telah tarik balik disebabkan saya sedar itu adalah kesilapan daripada saya.

Kalaulah didapati ada bahagian yang saya cukup degil dan ingkar walaupun telah nyata kebenarannyaޱ maka kecelakaan adalah pada diri saya. Kalian telah terlepas daripada beban tanggungjawab. Sayalah yang akan dicela oleh Allah pada hari akhirat kelak jika saya meneruskannya sebegini. Semoga Allah menjauhi saya dan kita semua daripada kebejatan ini.

No comments:

Post a Comment