Saturday, February 8, 2020

Diari Diri : Pengenalan Ringkas Diri Saya

Nama yang diberi adalah Amīr (أَمِير) yang bermaksud ketua atau pemimpin. Laqab adalah Kaẓuma (كَظُمَ) yang bersempena dengan salah satu watak daripada anime Noragami. Nama laqab ini juga menepati kaedah bahasa Arab yang bermaksud ₍Sakata₎ (سَكَتَ)؛ iaitu diam.

Saya seorang yang berpersonaliti INTP؛ iaitu ₍Introversion₎, ₍Intuition₎, ₍Thinking₎ dan ₍Perceiving₎ dengan penilaian ujian daripada laman web 16personalities yang memberikan keputusan yang konsisten berkali-kali. Untuk mengenali diri saya sila ke laman web tersebut dan carilah maklumat mengenainya kerana ia sememangnya menggambarkan secara tepat tentang diri saya.

Oleh ituߨ tindakan dan interaksi saya sesuai dengan personaliti yang tersedia dalam diri saya dan saya harap sahabat sekalian memahami saya berdasarkan kaca mata INTP. Walaupun mungkin sahaja deskripsi tersebut tidak mencerminkan yang tepat secara menyeluruhޱ ia boleh untuk dijadikan sebagai panduan dan gambaran secara sekilas untuk memahami diri saya.

Jika para sahabat memperkenalkan diri kalian dengan personaliti tertentuޱ maka saya cuba akan memahami dari sudut itu. Akan tetapiߨ barangkali penafsiran dan cara kefahaman kita akan kembali dengan pengaruh personaliti yang kita adaߨ bukan eksistensi diri seseorang itu yang ekstrinsiknya؛ iaitu apa yang dideskripsikan tentang orang itu. Dengan kata lain kita lebih memahami perwatakan dan personaliti seseorang itu daripada dirinya sendiriߨ bukan daripada apa yang laman web memperkenalkan tentang dirinya meskipun laman web tersebut ada nilai bantuan.

Makaߨ diharapkan agar kita saling berlapang atas kepelbagaian watak dan saling memaafkan kerana kekurangan yang mungkin terbit dari diri kita yang salah memahaminya atau orang lain tidak memberi tanggapan yang benar sesuai dengan personaliti kita.

Saya sebenarnya seorang yang pasif dalam sosial dan saya lebih banyak mengasingkan diri serta menjadi pendiam dalam interaksi pergaulan. Saya bukan antisosialߨ tetapi saya promenyendiri. Adakalanyaܦ saya cepat sahaja lesu apabila menerima notifikasi mesej sama ada untuk bertanya atau berbual atau mengulas. Sebegitulah saya dalam interaksi sesama manusia.

Sebabnya adalah bagi semua ini ia kembali kepada pengaruh personaliti saya yang INTP. Sebenarnya saya menjadi pasif bukan kerana saya mengikatkan diri saya kepada jenis personaliti INTP yang dideskripsikan; maksudnya adalah apabila saya lulus ujian INTPޱ barulah saya menjadikan diri saya INTP. Tidak sebegitu.

Jika tidak wujud perincian tentangnya atau saya tidak pernah mengambil ujian ituޱ saya tetap seperti itu juga. Walaupun pasif dalam sosialޱ bukan bermakna saya tidak ada rasa peduli, tiada sikap menghargai seseorang, tiada ekspresi emosi dan tidak mempunyai gambaran yang cerah tentang perspektif komunikasi. Cumaߨ mungkin definisi saya tentangnya؛ iaitu cara untuk menzahirkan rasa peduli, cara menghargai seseorang dan lain-lain berbeza dengan arus perdana.

Saya akan terbuka tangan untuk membantu sesiapa yang datang kepada saya untuk sesuatu hajat atau yang saya ketahui yang dia dalam keadaan kondisi kesulitan. Dengan segala kemampuan yang saya ada saya akan mengusahakan untuk membantu sahabat dan saudara yang ditimpa kepayahan. 

Pengasingan saya daripada komuniti bukanlah bermakna saya tidak menghargai mereka. Kecenderungan saya bukanlah untuk sosial yang berterusanߨ lebih-lebih untuk obrolan atau yang orang katakan sembang kedai kopi. Saya akui sememangnya saya tidak mahir dengan komunikasi sebegini kerana masih lagi di atas sebab personaliti yang terbentuk pada diri saya.

Personaliti INTP sentiasa terdorong dengan konversasi yang bersifat erudisi dan sentiasa entusastik terhadap pengetahuan, intelektual dan erudisi. Saya lebih setia untuk bersama kemeriahan perbahasan kecendekiaan dan fokus terhadap kalam-kalam pengetahuan. Komuniti sebeginilah yang selalunya saya akan suka bergaul, ambil perhatian dan merajinkan diri untuk duduk bersama walaupun sebagai pendengar atau pemerhati. 

Ketidakcenderungan saya terhadap bicara kecil dan berobrolan bukanlah semestinya saya ini seorang yang sarat dan padat dengan pengetahuan yang menunjukkan lidah saya selalu petah dengannya. Akan tetapiߨ ia berkaitan dengan penglibatan dan keghairahan terhadap sesuatu yang ditumpu.

Pengaruh INTP ini juga menyebabkan saya lebih suka untuk menghabiskan masa dan aktiviti dengan bersendirian. Sebab itulah saya selalu berjoging, beriadah, bersukan, beristirahat, bermain, relaksasi dan lain-lain secara berseorangan kerana ini lebih menyelesakan saya. Saya tidak ada masalah untuk beraktiviti bersama. Cumaߨ kalaulah tidak ada kejanggalan dengan suasana sepi walaupun keramaianޱ maka itu sama sekali tidak menjadi masalah.

Jika ada aktiviti bersama pun yang memerlukan komunikasiޱ saya lebih suka kalau wujudnya suasana wacana erudisi berbanding sekadar suka-suka sahaja atau hanya menghabiskan masa untuk mendapat pengalaman yang sekadar beraktiviti itu sahaja. Tidak ada masalah untuk berbasikal bersama jika kita dapat berbincang tentang intelektual atau masing-masing tiada merasa kejanggalan dengan suasana yang sepi.

Hiburan kegemaran saya tidak terikat dengan mana-mana genre atau jenis yang wujud. Dalam muzik saya boleh melayani apa-apa sahaja jenis muzik sama ada rock, pop, hip hop, rap, heavy metal dan lain-lain walaupun saya lebih suka genre extreme metal.

Saya boleh dikatakan sebagai mat metal. Dalam genre ini saya lebih suka metalcore dan subgenrenya, deathcore dan subgenrenya, death metal dan subgenrenya serta black metal dan subgenrenya. Akan tetapiߨ saya tidak ada masalah untuk mendengarkan yang lain. Contohnya adalah punk, grunge dan melodic hardcore.

Dalam filem pula saya boleh melayani melayani apa jua jenis sama ada aksi, drama, sains fiksyen, seram dan lain-lain. Cumaߨ saya lebih tertumpu kepada anime. Saya mungkin dikatakan sebagai wibuߨ cuma saya bukan tegar sangat. Walaupun saya sememangnya mengutamakan filem animeޱ tetapi saya terbuka untuk yang lain. 

Mungkin orang lihat saya ini adalah wibuޱ tetapi tidak cukup penuh. Kegemaran saya tidak ada yang tetap dan tekal sehingga saya hanya menumpukan sesuatu jenis itu. Selagimana ia dapat menghiburkan saya maka saya akan layaninya dengan jiwa yang melipur.

Kadangkalaܦ  saya juga melayani pornografi tanpa mengira apa jua jenis sama ada yang hentai, gay, patung seks, heteroseksual atau apa-apa jua pun. Selagimana ia mampu membuakkan syahwat sayaܦ maka saya akan melayaninya dan selalunya diiringi dengan lancap. 

Namunߨ saya selalunya tidak mengambil masa yang lama kerana selalunya saya menghabiskannya dengan pantas semata-mata untuk tenangkan berahi yang mendesak-desak. Jika libido itu sudah tenteramޱ pornografi kadangkala menjadi sesuatu yang tidak menyenangkan. Atas sebab itulah ini bukan hiburan yang menjadi kebiasaan dan kelaziman untuk saya nikmatinya.

Semua hiburan ini semata-mata untuk melegakan saya yang kadangkala kepenatan dan lelah dengan aktiviti harianߨ terutamanya dedikasi terhadap erudisi. Walaupun saya begitu asyik dengan kesibukan pengetahuanޱ tetapi sampai masa saya akan merasa lesu dan tidak bertenaga lagi. Semua ini sebagai pembantu agar saya peroleh semula motivasi dan dorongan saya untuk terus mara.

Saya mempunyai kecenderungan orientasi seksual yang bersifat biseksual yang mana saya boleh tergoda dan tergiur dengan lelaki dan wanita. Saya juga mempunyai kecenderungan agalmatofilia terutamanya terhadap patung seks yang sememangnya boleh merangsang dan menggoda saya untuk intimasi dengannya. 

Sememangnya antara kegemaran pornografi saya adalah jenis seperti ini. Saya juga sememangnya ada menyimpan keinginan bahawa saya dapat memiliki patung atau pasangan yang homoseksual untuk sama-sama mencipta keseronokan. Ini adalah kenyataan bahawa saya memang ada kecenderungan seperti itu.

Dalam masa yang sama saya adalah erotikawan; orang yang menyukai erotisisme؛ iaitu suatu perilaku yang suka menzahirkan keindahan dan keseronokan seksual melalui ungkapan, penyiaran gambar, sastera dan lain-lain yang berbentuk seni.

Saya percaya bahawa seks adalah sesuatu yang menyeronokkan dan menghiburkan dalam kehidupan ini. Saya tidak menganggap seks adalah sebagai suatu sampingan yang kecil atau ia adalah sesuatu yang menjijikkan. Untuk mendapatkan kepuasannya kita perlu ada ideal dan pemahaman. 

Kita perlu ada kreativiti dan sentiasa komitmen untuk mencipta dan mencapai keseronokan dan kepuasan diri. Kita perlu sentiasa berlatih dan membina keupayaan agar kita peroleh aktiviti seks yang hebat dalam hidup kita. Sekiranya hanya memendam dan tidak menerokaޱ bakat kita akan terbantut dan pemikiran kita tidak akan berkembang.

Kita barangkali akan hidup lama dengan izin Allah. Adakah kita akan berada di takuk yang sama sepanjang hidup? Sebab itulah kita perlu sentiasa mempelajari, meneroka dan kreatif. Manifestasi seks kita akan dijayakan dengan kesyahduan yang kita harapkan selama ini dan keseronokan kita akan dapat dilestarikan apabila kita tidak berhenti melangkah dan entusias untuk menggembleng segala daya akal dan jasmani untuknya.

Ideologi yang saya pegang adalah neokonservatif dalam hal ehwal politik dan pascasalafi adalah idelogi dalam agama saya. Panjang hal ini untuk diterangkan mengapa saya memilih dan memperjuangkan ideologi ini. Saya telah menulisnya dalam judul «Diari Diri : Jika Ada Ideologi Yang Boleh Saya Nisbahkan Kepada Diri Saya». Di situ saya memberi kupasan secara mendalam dan panjang.

Demikian pengenalan saya yang dapat saya deskripsikan yang diharapkan boleh membantu sahabat agar mengenali diri saya dengan memahami keadaan diri saya dan seterusnya merapatkan persaudaraan sesama manusia. Walaupun saya selalu menekankan aspek untuk lihat apa yang dikata berbanding lihat siapa yang berkataޱ tetapi kita kena akui interaksi kita tidak akan selalu sebegitu.

Mengenali personaliti seseorang sebenarnya membantu kita untuk memahami pengaruh fikir seseorang untuk membentuk kelakuan dan kemahiran sebegitu. Makaߨ harap penerangan yang saya kira padat berkenaan dengan gambaran keseluruhan kehidupan saya dan personaliti saya ini dapat merapatkan jurang perbezaan kita dalam memerhati kepelbagaian yang wujud pada diri manusia.

Oleh ituߨ sekalipun saya adakalanya berkongsi tentang pengetahuan dan menyuarakan yang menjadi pendasaran intelektualismeޱ tidaklah perlu mengambil serius terhadap saya. Saya juga sebenarnya kasual dan tidak terlalu kerahiban atau kepaderian. Saya juga terhibur dengan meme, anime, muzik dan erotika serta saya juga berkongsi material hiburan itu.

Cumaߨ saya cuba seimbang antara kedua-duanya. Saya tidak mahu terlalu berlebihan dalam intelektualisme dan pergelutan ilmiah sehingga orang menganggap bahawa saya seperti paderi yang hanya begitu serius dengan itu sahaja. Dalam masa yang sama saya juga tidak mahu terlalu melarat dalam hiburan sehingga saya seakan-akan sekadar menikmati hedonisme sahaja.

Saya berharap mereka yang ingin membina perhubungan bersama saya untuk memperakui dan bertoleransi akan ini. Ini kerana ada kenalan, orang baru dan yang rapat dengan saya yang lebih berat untuk salah satu daripadanya. Sedangkanߨ saya cuba untuk menyeimbangkan kedua-duanya kerana saya tidak mahu terlalu ketat untuk satu perkara dan longgar untuk satu perkara. Saya secara peribadi pun tidak suka untuk berat kepada salah satunyaߨ apatah lagi orang lain dari kalangan sahabat yang berkongsi persamaan dengan saya.

Kemudianߨ perlu dinyatakan bahawa saya bukanlah manusia yang terbaik untuk diberikan pengharapan yang besar. Bahkanߨ tidak perlu harap terlalu banyak pun kerana saya bukanlah istimewa dan mungkin yang biasa-biasa sahaja, bahkan lebih teruk daripada orang lain.

Saya juga adalah manusia yang penuh dengan kekurangan, kesilapan, ketempatan dan aib. Allah jualah yang menutupnya dari pandangan manusia sehingga mungkin orang mengkagumi sudut yang indah dari sisi sayaߨ tetapi tidak pada dalaman yang penuh dengan kebusukan dan kenistaan.

Saya mungkin berbicara seperti ilmuwan atau orang yang entusias terhadapnya atau menzahirkan yang terbaik yang mencetuskan kepeseonaan orang sekeliling. Akan tetapiߨ saya mungkin sahaja tidaklah sebaik sepertimana orang yang ada permusuhan bersama saya. Oleh ituߨ saya menyarankan agar tidak terlalu mengharapkan yang banyak daripada saya kerana saya juga adalah kerdil, hamba yang berdosa dan manusia yang hina.

Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang bagaimana untuk membina pertalian persahabatan bersama saya. Sebenarnya saya merasakan elok juga saya memberitahu tentang hal ini kerana saya telah didatangi oleh orang baru yang saya belum pernah mengenalinya yang cuba ingin berinteraksi dengan saya untuk tujuan membina persahabatan.

Sebahagiannya berjayaߨ bahkan ia terbina dengan cepat sehingga saya merasakan kerapatan bersamanya yang mungkin tidak dirasai sepertimana di luar media sosial. Sebahagiannya saya tidak dapat menerimanya sebagai persahabatan bukan kerana adanya pergaduhan atau perseteruanߨ tetapi ada sebab yang lain yang saya akan terangkannya di sini.

Perlu diketahui bahawa saya sebenarnya tidak suka berkenalan dari kosong. Bahkanߨ persahabatan yang saya binaߨ khususnya di laman maya bukan bermula dengan pertanyaan nama, umur, tempat menetap, status perkahwinan, pekerjaan dan lain-lain. Itu semua pertanyaan yang masing-masing berbesar hati untuk mengongsikannya setelah menghangat pertalian persahabatan.

Saya dan rakan-rakan saya mengenali dengan kesefahaman dan perkongsian minat bersama. Kami semua berinteraksi dan bergaul bersama atas sebab minat bersama dan beberapa kefahaman yang dikongsi tanpa berbelah bahagi secara mendasar sama ada tentang pandang alam dunia, isu-isu kemasyarakatan dan pelbagai lagi yang lain.

Contohnya adalah jika ada yang sama-sama minat anime dan memeޱ maka interaksi saya dengan orang yang baru akan terfokus dengan itu. Contoh yang lain adalah jika ada yang sama-sama kesefahaman dalam aliran dan sudut pandang keberagamaanޱ maka interaksi saya dengan orang yang baru akan berkaitan dengan itu. Daripada sini bermulalah persahabatan saya atas dasar sama minat dan kesefafahaman bersama serta interaksi sosial saya adalah yang berkaitan dengan apa yang menjadi sebab pertalian.

Daripada sini dan seterusnya setelah lama bergaul dan berinteraksi kita akan mula berkongsi kehidupan peribadi yang ada pada kita sama ada persekitaran kita atau apa yang telah kita alami. Kita dengan sukarelaߨ bahkan berbesar hati untuk mengongsikannya atas faktor kerapatan yang telah terjalin yang mana ia bermula dengan minat yang dikongsi bersama atau kesefahaman yang bersepadu. Apabila kita mula berbicara tentang iniޱ maka pada saya ia telah mempamerkan kerapatan saya dengannya.

Sejujurnyaߨ saya pernah ada kenalan yang tidak sampai seminggu sudah terjalin rasa persahabatan saya dengannya kerana minat yang dikongsi bersama atau kesefahaman yang beriringan yang mana jalinan itu dengan rakan saya yang lain mengambil masa yang lebih lama daripada itu. Jika orang ini ingin bertemu saya secara bersemukaޱ maka saya akan menyahutnya sekalipun belum sampai seminggu berkenalan.

Ini kerana orang baru ini berinteraksi dengan saya sepertimana yang saya sarankan walaupun mereka tidak pernah membaca apa yang saya telah mencoretkannya di sini. Atas sebab itulah saya merasakan patut untuk menjelaskannya di sini supaya orang yang berinteraksi dengan saya tidak kabur dengan bagaimana penerimaan saya untuk merangkumkan seseornag dalam bulatan rakan saya.

Saya tidak kata bahawa kita tidak ada perbezaan. Bahkanߨ boleh jadi perbezaan yang ada pada saya dengan rakan-rakan saya sangat besar yang mana kalau ditimbulkanޱ sememangnya telah menanam periuk api yang meletus bila-bila masa sahaja. Akan tetapiߨ antara sebab kami dapat terus bersahabat adalah kerana cara kita menguruskan perbezaan dan cara untuk kita saling bertoleransi antara satu sama lain.

Adakalanyaܦ orang baru yang datang kepada saya tidak memfokuskan yang ini sehingga saya merasa keberatan untuk berhubung dan bergaul dengannya. Adakalanyaܦ mereka bertanya kepada saya: "Mengapa senyap sepanjang masa?" dan "Adakah kamu tidak mahu berkawan dengan saya?". Dari sini saya mengatakan kepadanya bahawa itu terpulang kepada kamu dan berbalik kepada pilihan saya.

Jika sudah sampai bertanya sebeginiޱ maka ketahuilah bahawa sebenarnya capaian persahabatan kita dipersoalkan dan progres kepadanya adalah kabur. Selagimana tidak mengikut apa yang sepertimana yang saya sarankanܦ maka saya sememangnya tidak dapat memasukkan seseorang itu dalam bulatan rakan saya.

Saya bukanlah bongkak untuk menetapkan syarat sebeginiߨ bahkan ini bukanlah syarat. Akan tetapiߨ saya berbicara tentang pengalaman saya dan personaliti saya tentang bagaimana persahabatan saya dengan yang lain terjalin dan mengukuh. Sepanjang saya bergaul dan berinteraksi atas jalinan persahabatanܦ ia bermula dan terus berlayar dengan arus seperti ini. Saya sangat sukar menerima cara persahabatan selain daripada ini.

Jika tidak dapat menjayakan apa yang saya pintaޱ maka sememangnya sukar untuk saya membuka pintu persahabatan yang diketuk. Pun begituߨ bukanlah bermakna saya menafikan status persaudaraan antara agama dan persaudaraan sesama manusia sehingga mereka tidak ada hak yang sewajarnya untuk diberikan. Cumaߨ untuk mengatakan bahawa seseorang itu sahabat atau tidak ia adalah perkara yang berlainan.

Perhubungan dengan keluarga, guru pengajian, rakan sekerja dan netizen secara umum adalah sesuatu yang berbeza. Cumaߨ persahabatan atau tidak ia adalah bukan atas dasar kepentingan sama ada kita terpaksa bertanggungjawab terhadapnya atau yang kita ingin menggalasnya. Akan tetapiߨ sejauh mana pertalian yang kita bina atas dasar minat dan kesefahaman yang kita membesar dan membentuk personaliti diri kita dengannya.

Saya berharap apa yang saya nyatakan ini adalah jelas. Sejujurnyaܦ saya tidak menyukai cara perkenalan zaman Myspace atau cara orang lama sebelum wujudnya media sosial dan internet atau cara mat rempit yang hanya tahu mengurat dan mencari gengߨ apatah lagi bersusah payah untuk menjadi sesuatu yang tidak autentik semata-mata untuk membuktikan kita ada kesefahaman dan minat bersama.

Sejujurnyaܦ saya katakan bahawa jika tiada minat yang dikongsi bersama atau tiada kesefahaman dalam suatu perkaraߨ maka tidak usah bertandang. Kalau ada pergaulan antara saya dengan seseorang sebegini punޱ barangkali ia sekadar untuk kepentingan tertentu atau sekadar meraikan persaudaraan sesama agama atau sesama manusia.

Secara lumrahnyaܦ sememangnya orang akan melebihkan dan mendahulukan orang yang telah lama kita bina hubungan bersama sebagai sahabat. Kadangkalaߨ untuk yang lain kita boleh menyambutnya dan meraikannya. Cumaߨ ia tidak menjadi keutamaan yang lebih tinggi daripada sahabat kita. Jika saya atau orang lain tidak menyahutnyaޱ maka usahlah mendesak dan fahamilah posisi kita jika dibandingkan orang yang lebih lama kerapatannya dengannya.

No comments:

Post a Comment