Monday, February 17, 2020

Adakah Qaul Sahabat Rasulullah Yang Dianggap Bukan Ijtihad Termasuk Kehujahan Syariat?

Dalam melakukan istidlal terhadap dalil-dalil fiqh, kadangkala kita akan bertemu dengan riwayat-riwayat yang menunjukkan perkataan dan perbuatan sahabat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang kadangkala sama sekali bukan dianggap lingkungan ijtihad sama ada pada penceritaan perkara ghaib ataupun praktikal fiqh, tetapi tidak menyatakan secara jelas sama ada ia daripada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- ataupun tidak. Atau dengan kata lain, perkataan dan perbuatan tersebut di luar pertimbangan akal dan skop ijtihad sehingga ia seolah-olah dianggapkan hukum marfū* sekalipun riwayat tersebut berbentuk mawqūf. Maka, menjadi persoalan yang besar sama ada hal tersebut menjadi kehujahan di dalam syariat ataupun tidak.

Dalam menelusuri jawapan perlu dilihat pada dua aspek :

Pertama : Selain daripada Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- bukanlah sumber syariat. Ini adalah penting untuk diketahui kerana wahyu tidaklah diturunkan kepada mereka sehingga hal tersebut menjadi petunjuk syariat. Adapun riwayat yang menyebutkan sunnah al-H̱ulafā^ ar-Rošīdīn seperti berikut :

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدِ الْوَهَّابِ بْنِ نَجْدَةَ ، ثنا أَبُو الْمُغِيرَةِ ، ح وَحَدَّثَنَا أَبُو زُرْعَةَ الدِّمَشْقِيُّ ، ثنا أَبُو الْيَمَانِ الْحَكَمُ بْنُ نَافِعٍ ، قَالَ : ثناإِسْمَاعِيلُ بْنُ عَيَّاشٍ ، قَالا : ثنا أَرْطَاةُ بْنُ الْمُنْذِرِ ، عَنِ الْمُهَاصِرِ بْنِ حَبِيبٍ ، عَنِ الْعِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ ، قَالَ : وَعَظَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، بَعْدَ صَلاةِ الْغَدَاةِ مَوْعِظَةً بَلِيغَةً , ذَرَفَتْ مِنْهَا الْعُيُونُ , وَوَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ , فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ أَصْحَابِهِ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، كَأَنَّهَا مَوْعِظَةُ مُوَدَّعٍ ، فَقَالَ : " أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ ، وَالسَّمْعِ ، وَالطَّاعَةِ ، وَإِنْ كَانَ عَبْدًا حَبَشِيًّا ، فَإِنَّهُ مِنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي يَرَ اخْتِلافًا كَثِيرًا , فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي ، وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ بَعْدِي ، عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ " .

Aḥmad bin *Abdul Wahhāb bin Najdah telah merawi hadis kepad kami; Abū al-Muġīroh telah merawi hadis kepada kami -riwayat lain- Abū Zur*ah ad-Dimašqiyy telah merawi hadis kepada kami; Abū al-Yamān al-Ḥakam bin Nāfi* telah merawi hadis kepada kami; Ismā*īl bin *Ayyaš telah merawi hadis kepada kami, mereka berdua berkata, Arṭo^ah bin al-Munḏir telah merawi hadis kepada kami, daripada al-Muhāṣir bin Ḥabī, daripada al-*Irbāḍ bin Sāriyah, dia berkata; Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- memberikan nasihat kepada kami selepas solat Subuh dengan nasihat yang mendalam sehingga mencucurkan air mata kami dan menggetarkan jantung kami. Berkata seorang lelaki daripada sahabat-sahabatnya: "Wahai Rasulullah, seolah-olah engkau memberi nasihat perpisahan". Baginda berkata: "Aku mewasiatkan kepada kalian untuk bertakwa kepada Allah. Dengar dan taat sekalipun daripada hamba Habsyah. Kerana sesungguhnya sesiapa dalam kalangan kalian yang hidup selepas daripadaku, dia akan melihat perpecahan yang banyak. Berpeganglah dengan sunnahku dan sunnah al-H̱ulafā^ ar-Rōšīdīn al-Mahdiyyin selepasku. Gigitlahnya dengan geraham kamu". [Aṭ-Ṭobrōniyy dalam Musnad aš-Šāmiyyīn, no. 690].

Maka, ini bukanlah dalil yang menyatakan bahawa sahabat-sahabat juga mempunyai autoriti dalam sumber pendalilan syariat. Hal ini seumpama firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā berikut :

وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَىٰ وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّىٰ وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ ۖوَسَاءَتْ مَصِيرًا ﴿١١٥

"Barangsiapa yang menentang Rasul-Nya sesudah jelas petunjuk baginya dan dia mengikuti yang bukan jalan orang-orang yang beriman, pasti kami memalingkannya kepada yang dia berpaling dan Kami masukkannya ke Jahannam. Itulah seburuk-buruk tempat kembali". [Surah an-Nisā^ ayat 115].

Sekalipun ada kecaman terhadap orang-orang yang tidak mengikut jalan orang beirman, tetapi yang dikecam adalah mereka yang mengikuti Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, bukannya menunjukkan adanya autoriti dalam kehujahan sumber syariat. Begitu juga perintah untuk ketaatan dengan ulil amri :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّـهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا﴿٥٩

"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan Ulil Amri daripada kalangan kalian. Jika kalian berselisih dalam sesuatu, maka hendaklah kalian kembalikannya kepada Allah dan Rasul jika kalian orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Itulah yang lebih baik dan sebaik-baik akibat". [Surah an-Nisā^ ayat 59].

Daripada ayat ini, ketaatan terhadap ulil amri bukanlah sama sepertimana ketaatan terhadap wahyu. Dengan itu, selain daripada apa-apa yang dari Allah dan Rasul-Nya, maka ia bukanlah sumber syariat.

Bahkan, realitinya adalah ada beberapa bahagian yang para Sahabat tidak sepakat dengannya. Tidak ada seorang sahabat pun yang menyatakan bahawa menyalahinya, maka ia menyalahi syariat agama itu sendiri.

Kedua : Kita melihat para sahabat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- sendiri lantang mengkritik mana-mana qowl daripada sahabat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang lain yang pada asalnya tidak dapat dianggap ijtihad. Misal yang paling masyhur adalah *Ā^išah -roḍiyallahu *anhā-  :

حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ ، عَنِ الْأَسْوَدِ ، عَنْ عَائِشَةَ بَلَغَهَا أَنَّ نَاسًا يَقُولُونَ : إِنَّ الصَّلَاةَ يَقْطَعُهَا الْكَلْبُ وَالْحِمَارُ وَالْمَرْأَةُ ، قَالَتْ : أَلَا أَرَاهُمْ قَدْ عَدَلُونَا بِالْكِلَابِ وَالْحُمُرِ ! ! رُبَّمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " يُصَلِّي بِاللَّيْلِ وَأَنَا عَلَى السَّرِيرِ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْقِبْلَةِ ، فَتَكُونُ لِي الْحَاجَةُ ، فَأَنْسَلُّ مِنْ قِبَلِ رِجْلِ السَّرِيرِ كَرَاهِيَةَ أَنْ أَسْتَقْبِلَهُ بِوَجْهِي " .

Abū Mu*āwiyah telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; Al-A*maš telah merawi hadis kepada kami, daripada Ibrōhīm, daripada al-Aswad, daripada *Ā^išah; Telah sampai kepadanya bahawasanya orang ramai berkata: "Sesungguhnya solat terputus kerana anjing, keldai dan wanita". Dia berkata: "Adakah mereka tidak melihat bahawa mereka telah menyamakan kami dengan anjing dan keldai! Kadangkala aku melihat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- bersolat pada waktu malam dan aku di atas tempat perbaringan yang di antara baginda dan di antara kiblat. Lantas, aku mempunyai hajat dan aku berangkat dengan senyap-senyap dari penjuru katil kerana khuatir jika menghadap dia menghadap wajahku". [Musnad Aḥmad, no. 23602].

Begitu juga dengan para Sahabat -roḍiyallahu *anhum- yang lain.

حَدَّثَنِي يَحْيَى عَنْ مَالِكٍ عَنْ أَيُّوبَ بْنِ أَبِي تَمِيمَةَ السَّخْتِيَانِيِّ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ كَانَ فِي قَوْمٍ وَهُمْ يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ فَذَهَبَ لِحَاجَتِهِ ثُمَّ رَجَعَ وَهُوَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ أَتَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَلَسْتَ عَلَى وُضُوءٍ فَقَالَ لَهُ عُمَرُ مَنْ أَفْتَاكَ بِهَذَا أَمُسَيْلِمَةُ

Yaḥyā telah merawi hadis kepadaku, daripada Mālik, daripada Ayyūb bin Abū Tamīmah as-Saẖtiyāniyy, daripada Muḥammad bin Sīrīn bahawasanya *Umar bin al-H̱oṭṭōb berada bersama sesebuah kumpulan dan mereka membaca al-Qur^ān. Kemudian, dia pergi untuk hajatnya. Kemudian, ia kembali dan membaca al-Qur^ān. Lantas seorang lelaki berkata kepadanya: "Wahai Amirul Mukminin, adakah engkau membaca al-Qur^āndalam keadaan engkau tidak ada wuduk?". 'Umar berkata kepadanya: "Siapa yang memberi fatwa ini seperti ini kepada kamu? Adakah Musaylamah?". [Muwaṭṭo^ Mālik riwayat Yaḥyā bin Yaḥyā al-Layṯiyy, kitāb ar-Ruẖṣoh Fī Qirō^ah al-Qur^ān *Alā Ġoyr al-Wuḍū^, no. 469].

حَدَّثَنَا عَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ أَخْبَرَنِي يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ سَعْدٍ حَدَّثَنَا أَبِي عَنْ صَالِحِ بْنِ كَيْسَانَ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَنَّ سَالِمَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَهُ أَنَّهُ سَمِعَ رَجُلًا مِنْ أَهْلِ الشَّامِ وَهُوَ يَسْأَلُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ عَنْ التَّمَتُّعِ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ هِيَ حَلَالٌ فَقَالَ الشَّامِيُّ إِنَّ أَبَاكَ قَدْ نَهَى عَنْهَا فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ أَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ أَبِي نَهَى عَنْهَا وَصَنَعَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَأَمْرَ أَبِي نَتَّبِعُ أَمْ أَمْرَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ الرَّجُلُ بَلْ أَمْرَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَقَدْ صَنَعَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

*Abdu bin Ḥumayd telah merawi hadis kepada kami; Ya*qūb bin Ibrōhīm telah merawi khabar kepadaku; Ayahku telah merawi hadis kepada kami, daripada Ṣōliḥ bin Kaysan, daripada Ibn Šihāb, bahawasanya Sālim bin *Abdullah menceritakan kepadanya bahawasanya dia mendengar seorang lelaki daripada penduduk Syam bertanya kepada *Abdullah bin *Umar tentang at-Tamatttu* yang memulakan *umrah, kemudian haji. *Abdullah bin *Umar berkata: "Ianya adalah halal". Orang Syam itu berkata: "Sesungguhnya ayah engkau pernah melarang daripadanya". Berkata *Abdullah bin *Umar: "Apa pendapat engkau jika ayahku melarang daripadanya, sedangkan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- melakukannya? Adakah pendapat ayahku yang kita ikuti atau perbuatan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-?". Maka lelaki itu berkata: "Bahkan perbuatan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-". Dia berkata: "Benar-benar Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- pernah melakukannya". [Sunan at-Tirmiḏiyy, kitāb al-Ḥajj *An Rosūlillah, no. 823].

Walaupun pada hakikatnya kenyataan tentang terputusnya solat adalah sahih daripda Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-, tetapi fokus kita bukanlah benar ataupun tidak dalam kritikan itu, tetapi ia soal berprinsip dalam pegangan agama. *Ā^išah -roḍiyallahu *anh-  tetap lantang mengkritik sekalipun daripada qowl daripada para sahabat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang lain yang dianggap bukan ijtihad.  Pada Ibn *Umar pula, kalau kita lihat, pendapat ayahnya dalam menetapkan tiada haji tamattu* seolah-olah seperti bukan ijtihadnya kerana perkara ibadah tidak boleh diharamkan atau dibenarkan melainkan adanya sandaran daripada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Namun, anaknya langsung tidak melihat sepertimana sebahagian orang melihatnya bahawa ia adalah marfū*.

Maka, apa yang boleh diteladani pada perkara ini adalah sekalipun ada kenyataan yang datang daripada para sahabat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- tetapi tidak dapat dipastikan hukumnya marfū* ataupun tidak, maka kita tidak menganggap sebagai marfū*. Lebih baik tawaqquf sehinggalah dapat dipastikan hal tersebut. Jikalau ia serta merta dianggap marfū*, maka bukan sahaja kita tidak mengikut manhaj para Sahabat -roḍiyallahu *anhum- dalam beragama, malah kita khuatir akan terjerat dalam hal yang disebutkan oleh Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- ini :

حَلَالُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُورٌ مُشْتَبِهَةٌ ، فَمَنْ تَرَكَ مَا شُبِّهَ عَلَيْهِ مِنَ الْإِثْمِ ، كَانَ لِمَا اسْتَبَانَ أَتْرَكَ ، وَمَنِ اجْتَرَأَ عَلَى مَا يَشُكُّ فِيهِ مِنَ الْإِثْمِ ، أَوْشَكَ أَنْ يُوَاقِعَ مَا اسْتَبَانَ ، وَالْمَعَاصِي حِمَى اللَّهِ مَنْ يَرْتَعْ حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكْ أَنْ يُوَاقِعَهُ " .

"Halal itu jelas dan haram itu jelas. Di antara keduanya adalah perkara-perkara mutasyabihat. Barang siapa yang meninggalkan apa-apa yang meragukan kerana khuatir dosa, bererti dia telah meninggalkan perkara yang yang haram. Dan barangsiapa yang berdekatan dengan perkara-perkara yang samar, maka di dalamnya terdapat dosa. Hampir-hampir ia terjatuh kepada yang haram. Maksiat adalah kawasan larangan Allah. Barangsiapa yang berada di kawasan berhampiran dengan larangan Allah, ia hampir-hampir untuk jatuh kepadanya". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, kitāb al-Buyū*, no 1920].

Kesimpulannya adalah qowl dan perbuatan serta perakuan sahabat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- terhadap sesuatu yang dianggap bukan ijtihad bukan semestinya akan diangkat menjadi hukum marfū*.

No comments:

Post a Comment