Sunday, February 9, 2020

Diari Diri : Mengapa Saya Lebih Menyenangi Dengan Salafi Berbanding Aswajaean?

ASWAJA adalah pada awalnya adalah akronim kepada manhaj Ahl as-Sunnaẗ Wa al-Jamāaẗ. Akan tetapiߨ apabila menjadi nisbah kepada aswajaeanޱ mereka ini tidak ubah seperti Ahl as-Saqom Wa Jamd؛ iaitu ahli sakit lagi rigid. Bahkanߨ mereka ini juga boleh dipanggil sebagai Ahl as-Safīh Wa al-Jarīmah؛ iaitu ahli dangkal lagi kriminal.

Selayaknya makna akronim ini diberikan kerana mereka ini adalah punca penyakit dalam budaya ilmu dan kebekuan dalam perkembangan ilmu dan pelajar dalam mengecapi pencapaian yang tinggi dan kritis dalam kefahamannya.

Saya tidaklah mencela Ahl as-Sunnaẗ Wa al-Jamāa itu sendiri sepertimana si aswajean bodoh ini menuduh saya sepertimana seseorang mengkritik Parti Islam Se-Malaysia dianggap dan dituduh sebagai membenci perjuangan kepada politik Islam itu sendiriߨ tetapi saya mencela orang yang mengguna pakai nama aliran iniߨ tetapi mereka cumalah pencemar kepada manhaj ini.

Mereka ini didominasi oleh aliran ašᶜarian atau māturīdian yang antitalfiq. Jika mereka membenarkan talfiq punޱ selalunya mereka sangat benci dengan ikutan sunnah, ijtihad dan sebagainya. Selalunya mereka ini begitu memusuhi dengan golongan wahabi dan mengatasnamakan tindakan mereka atas nama Ahl as-Sunnaẗ Wa al-Jamāaߨ padahal mereka jauh menyimpang daripada manhaj ini.

Malahߨ lebih teruk lagi adalah mereka ini ada dari kalangan penglipur lara yang suka membeberkan riwayat-riwayat tidak berasas, cerita dongeng dan hadis-hadis palsu. Ada juga dari kalangan mereka ini termasuk dukun dan bomoh yang berselindung di sebalik ustaz untuk meraih pengaruh dari orang ramai atas nama agama. 

Ada juga dari golongan batiniah yang terang-terangan meninggalkan solat dan mentafsirkan ayat Quran dan hadis dengan membabi buta. Namunߨ mereka ini dianggap sebaris dengan akronim ASWAJA atas sebab memusuhi golongan yang dilabel sebagai wahabi.

Mereka ini hanya tinggal akronim dan tiada makna dalam penghayatan mereka apabila mempergunakan akronim ini. Tidak ubah seperti tin yang berlabel ASWAJAߨ tetapi isinya adalah kosong. Mereka ini persis seperti pengingkar sunnah dengan kibaran bendera al-Qur^āniyyߨ padahal golongan ini sebenarnya tidak mengikut Quran sama sekali.

Makaߨ penyebutan mereka sebagai al-Qur^āniyy atau ASWAJA adalah sekadar meraikan nama yang mereka ingin mengkehadapankanߨ bukan kerana mengakui manhaj mereka dan kebatilan di sisi mereka setelah dibuktikan. Nama tidaklah penting sekalipun kita perlu menegah dari penyebutan nama yang tidak layak untuk mereka pada hakikatnya. Yang penting adalah intipati dan metodologi yang diaplikasikan pada nama ini.

Penggunaan saya untuk golongan ini dalam banyak penulisan saya adalah aswajaean. Di luar sanaߨ adakalanya mereka ini dipanggil asamjawa untuk jenis yang kaprah dari kalangan mereka. 

Akan tetapiߨ bukan semua di antara mereka yang sama tahap keterukannya. Adakalanyaߨ sebahagian daripada ini adalah dari kalangan ahli ilmu yang kita hormati keilmuannya, kewibawaannya, kepakarannya dan kesolehannya yang mana mereka ini selayaknya dihormati dan dijunjung dengan penuh kasih.

Cumaߨ sekalipun mereka menyerlah dalam bidang dan lapangan merekaޱ adakalanya mereka kelihatan terbabas dan tidak terkawalߨ khususnya ketika menyasarkan serangan terhadap mereka yang dilabel sebagai wahabi. Dengan kata lain mereka ini boleh ditimba ilmunya dari bahagian yang mereka berkepakaranߨ tetapi tidak perlu mempedulikan bicaranya tentang wahabi.

Sepanjang perjalanan saya mendalami ilmu, menyelami dan menekuni pelbagai perbahasan tentang ilmu agamaܦ saya selalu sahaja banyak mengambil manfaat kupasan dan pembentangan daripada kalangan salafi khususnya dalam bidang fiqh dan hadis. Jika saya ingin mencari perbahasan berkaitan dengan hal ehwal berkaitan dengan kedua-dua iniޱ saya lebih mencari perincian dan kajian daripada salafi berbanding yang lain.

Semua ini bukan disebabkan saya beraliran salafi kerana beberapa bahagian dalam penulisan saya terdapat kritikan yang keras dan pedas terhadap golongan salafiߨ tetapi disebabkan kelaziman mereka dalam beberapa sikap ini menyebabkan golongan ini sentiasa mendapat tempat di jantung saya.

Pertamaߨ sikap keterbukaan mereka untuk berbincang dalam pelbagai ilmu secara komprehensif menarik minat saya untuk mengikuti wacana daripada mereka. Mereka sememangnya sangat entusiastik terhadap penerokaan ilmu daripada yang ringan sehingga berat tahap kritikal dan mereka sememangnya menghalakan tujuan mereka untuk ke pencapaian yang tinggi dan maksimum.

Sentiasa sahaja mereka mengasyikkan diri untuk diskusi dan perbincangan banyak perkara yang kadangkala terpinggir dan tidak arus perdana di persada komuniti dan bab-bab yang eksotik diluaskan untuk perbahasan ilmu. Disebabkan keterbukaan inilah saya peroleh banyak ilmu dan banyak tempat baharu untuk diterokai sehingga sukar untuk saya berpindah hajat untuk yang lain dan merasa jemu dengan kepelbagaian yang mereka persembahkan untuk bidang ilmu.

Berbanding dengan aswajaean yang bersikap sempit dan terhimpit. Pertanyaan tentang dalil selalu sahaja diejek, diherdik dan dikecam. Walhalߨ sikap yang sepatutnya ditonjolkan ialah menjawab bahawa dia tidak mengetahuinya atau minta berikan masa dan ruang untuk semakan semula atau suruh bertanya orang lain yang lebih mahirߨ bukan tempelak dan bersangka buruk bahawa orang yang bertanya sedang mencari perbalahan dan bersikap biadab terhadap ahli ilmu.

Jika kita ingin mendapat penjelasan tentang mazhab lain selain daripada satu mazhab yang dipegang oleh arus setempatޱ mereka selalu merendahkan dan menghina kita atas lemparan nista yang kita tidak layak untuk mengikuti perbahasan tentangnya dan bukan ahlinya untuk menelaahnya. Jika kita ingin berbahas tentang perawi dan status hadisޱ mereka menemplak bahawa kita cuba menerajang ulama.

Bagaimana aswajaean seperti ini dapat didekati jikalau ingin mempelajari dan mendalami ilmu dengan tahqiq dan teliti pun mereka selalu membentak kita? Mereka selalu melaungkan cinta dan hormat ulamaߨ tetapi sikap ulama dalam kritis dan tuntas dalam berpengetahuan dan celik dalam pemahaman tidak mahu diteladani dan dicontohi. Hanya sekadar menjadi seumpama kisah mistik yang dibaca dan dikhayalkan.

Apa guna dikatakan seseorang yang faqih apabila sekadar mengulangi kutipan dahulu tanpa menelitinya secara kritis? Itu bukan penuntut ilmu kerana penuntut ilmu ialah orang yang menuntut nilai pada ilmu itu؛ iaitu kebenaran. Mereka bukannya keldai yang merantau ke merata negeri dan menanggung kitabߨ lalu sekadar menjadi posmen semata-mata.

Orang yang digelar sebagai guru pula ialah orang yang memenuhi tuntutan penuntut ilmu yang menuntut nilai ilmu. Jikalau seseorang tidak memenuhi tuntutan ini dan sekadar mewariskan apa-apa yang dikutip tanpa mengamati nilai padanyaޱ maka tidak layak digelar guru. 

Mereka hanya lebih layak dipanggil posmen ilmu sahaja. Mereka tidak ada jiwa pendidik dan mematangkan murid. Hanya tahu untuk tanam dogmatsime turun-temurun, mengulang tradisi yang lama, beranggapan sekarang masih sama seperti dahulu dan sekadar mementingkan pembinaan transmitter data sebagai pewaris setelah peninggalannyaߨ bukan manusia yang berfikir.

Sebab itulah keterbukaan salafi selalu sahaja mendapat keutamaan bagi saya untuk meluaskan liputan pengetahuan. Mereka tidak pernah kecam dan herdik pun seseorang yang meminta penjelasan tentang pandangan mazhab fiqh yang berlainan daripada satu mazhab yang dipegang secara arus perdana. Mereka selalu sahaja memberikan ruang untuk perbincangan perawi dan hadis secara komprehensif dan kritikal demi memperoleh kebenaran dan kebaikan.

Tidak pernah mereka merendahkan dan memandang hina terhadap orang yang bertanya tentang dalilߨ apatah lagi untuk mengajak berbincang dengan mereka. Sikap mereka inilah yang banyak memberikan saya manfaat kepada ilmu dalam kajian terhadap pelbagai aspek ilmu.

Keduaߨ sikap transparensi yang mereka selalu jaga dan pelihara ini juga penambat jantung saya untuk terus mengutamakan mereka. Transparensi ialah ketelusan dalam menyatakan sumber yang sebenar dalam kehujahan؛ iaitu Quran dan sunnah.

Saya tahu sememangnya ada salafi yang keras dan bengisߨ tetapi mereka sentiasa ada dalil Quran dan sunnah di tangan mereka setiap kali mereka ingin nyatakan kehujahan mereka. Sebab itulah pertanyaan tentang dalil tidak sama sekali menjadi kekalutan mereka kerana sikap ini sentiasa diamalkan. Cumaߨ sama ada ia tepat kefahamannya atau tidakܦ yang lebih penting adalah ada rujukannya.

Sememangnya Quran dan sunnah terdapat cara penafsiran daripada sudut bahasa, uṣūl fiqh dan beberapa aspek lainߨ tetapi sekurang-kurangnya fokus utama yang ditumpukan diketahui. Tidaklah perbincangan yang panjang lebar hanya membiarkan penghujahan agama untuk mendirikan sesuatu pendapat kosong daripada wacana dan kita sendiri tidak tahu atas dasar apa bicara yang dikeluarkan daripada lidah untuk berkata bahawa itu ni daripada agama yang diturunkan oleh Allah.

Berbeza dengan aswajaean. Meminta dalil sahaja sudah disangka buruk sebagai orang melagak dan tidak beradab dalam ilmu. Memperlekehkan orang yang bertanya selalu menjadi bahan permainan dan senjata tusukan mereka. Selalu sahaja mereka slogankan bahawa tidak mungkin ulama tidak kritis dan tidak tahu dalam penghujahan dalil mereka. Sedangkanߨ soal utamanya bukan ulama tidak kritis dan tidak tahuߨ tetapi soalnya ialah kita ingin bersikap tuntas dan menyeluruh dalam memahami sesuatu perkara.

Kita inginkan pengetahuan yang sarat dengan faedah komprehensif dan mencukupkan segala bekalan yang membawa kepada kehujahan yang jituߨ bukan soal apa yang ada pada ulama. Kemudianߨ mereka melalak untuk bersungguh dalam menuntut ilmu dan gigih dalam pencarian ilmuߨ tetapi hakikatnya mereka sebenarnya mematikan semangat akal dan tenaga untuk menghabiskan masa dan harta untuk pengetahuan.

Sebabnya adalah mereka merasa cukup apa yang disuapkan dan mendalami lebih cumalah sekadar seperti keldai mengutip untuk menjadi posmenߨ bukan meneliti nilai kandungan pada nukilan itu. Sikap tunatransparensi inilah menyebabkan saya tidak dapat menuntut ilmu daripada mereka kerana pembantutan dan kekolotan yang mereka binakan dalam sistem pengajian mereka.

Ketigaߨ kalau ingin berbicara tentang tawadukޱ pasti salafi merupakan orang yang bertawaduk walaupun sebahagian daripada mereka keras dan bengis. Mereka sentiasa mendahulukan kebenaran berbanding tokoh. Mereka tidak teragak-agak untuk menyalahi mana-mana orang yang tidak sejalan dengan kebenaran.

Sebab itu perbincangan mereka lebih daripada sekadar cakupan satu mazhab sahajaߨ tetapi melihat kepada sudut yang lebih luas semata-mata untuk kebenaran. Sikap keterbukaan dan memelihara transparensi inilah yang membawa mereka kepada akhlak yang mulia dalam pengetahuan sekaligus memberikan penyejuk jiwa untuk bersahabat dan berteman dengan mereka.

Berbanding kaum aswajaean yang apabila kita nyatakan pendapat fuqaha itu salah setelah nyata tidak ada jalan lain untuk menjadikannya ke peringkat toleransi dan dimaafkanޱ kita dicela dan dibantai kita pula bermacam-macam kalimah yang tidak tertahan kebusukan yang zahir pada lidahnya.

Mereka anggap kita ini cuba membelasah ulama dan tidak hormat ulamaߨ sedangkan kita sudah menyatakan petunjuk yang telah terang tiada lagi keraguan dan syak terhadapnya. Mereka mengulang-ulang propaganda tentang sayang ulamaߨ tetapi suruhan ulama untuk mengikuti kebenaran berbanding dirinya tidak mahu direnungi. Apa guna mendakwa mencintai ulamaߨ tetapi melakukan sesuatu yang dia benci?

Malahߨ sepanjang perbincangan saya dengan salafi tidak pernah ada satu sampukan sepertimana yang dilakukan oleh golongan perosak kononnya dengan sangka buruknya bahawa kita memandai-mandai dalam ilmu agama dan berusaha untuk membicarakan sesuatu di luar jangkauannya. Mereka yang kononnya belajar adab sebelum mempelajari ilmu langsung tidak beradab dalam memelihara sangka baik dan menahan lisan daripada menuduh bukan-bukan.

Kalaupun mereka tidak menempelak secara jelas dalam sampukan mereka dalam diskusi ilmuޱ mereka menyampuk dengan kata-kata nasihat yang lunak lagi lembutߨ tetapi hakikat di sebaliknya ejekan dan memandang hina terhadap orang lain. Disebabkan mereka tidak ada sikap transparensi dan keterbukaan inilah sebab jiwa mereka sakit dan terhjiab untuk memandang tinggi terhadap ilmu yang kukuh sandaran dan ikatannya.

Ini sama sekali tidak pernah ada dalam salafi. Apabila mereka tidak tahuޱmereka menzahirkan tawaduk mereka dengan tidak berbicara dengan sesuatu yang di luar jangkauan mereka dalam diskusi yang kritikal dan berat bagi mereka serta mereka sama sekali tidak bersangka buruk terhadap orang lain. Mereka juga tidak pernah menyampuk dan menggangu suasana majlis dengan sampukan yang menzahirkan perendahan dan pengejekan terhadap orang lain.

Keempatߨ bakat kita dan pertanyaan kita seringkali diraikan. Apabila mereka melihat seseorang yang berbakat dan ada potensi untuk memahami kemampuan ilmu agamaޱ mereka akan membantu untuk mencapai jalan sang cendekiawan dan memaparkan peta bagaimana ahli ilmu memahami penghujahan, dalil dan analisis supaya kita faham sepertimana mereka faham.

Apabila seseorang ada keseronokan untuk mengetahui secara kritis dan bertanya soalan yang zahirnya kelihatan tajamޱ persoalan kita akan divalidasi dan tidak dicemuh. Mereka akan sedaya upaya untuk membantu dalam menjelaskan yang terbaik yang sesuai dengan pertanyaan dan kapasiti kita dengan izin Allah.

Berbanding dengan aswajaean yang mana apabila bertanya tentang dalil atau mazhab lainޱ mereka seringkali menempelak dengan berkata: "Mengapa sibuk dengan dalil dan mazhab lain? Amal apa yang sudah diajar dan dibentangkan sudah memadai! Cukup dengan satu mazhab dan orang awam tidak perlu dalil!". 

Andai kita berbicara tentang bakatޱ merekalah yang paling terkehadapan dalam meruntuhkannya. Mereka lebih suka merendahkan kemampuannya, membodohkan akal mereka dan menghalang mereka kepada minda yang cerdas. Mereka lebih suka jika orang itu jadi pentaklid dan cukup sekadar penghafal. Apabila orang itu mula menjadi pengajarޱ cukup menjadi posmen.

Tidak ada usaha pun daripada mereka untuk menyemikan daya yang mapan agar mereka membesar sebagai ilmuwan yang berliterasi tinggi, celik dan tajam akalnya. Yang penting dalam pendidikan mereka adalah cukup menyuapkan sahaja dan usah mempersoalkannya. Sesiapa yang mencari jalan lebih daripada itu, pasti dia akan diherdik dan disembelih mindanya.

Atas sebab inilah para salafi sememangnya baik untuk dijadikan sebagai teman walaupun keras, kasar dan bengis berbanding kaum perosak yang bertopeng adab tetapi terpendam segala kumbahan dan pencemaran dalam jiwanya.

Golongan aswajaean ini hakikatnya tidak layak untuk mengangkat tokoh ahli bait dari keluarga al-Ġumāriyy sebagai tokoh kebanggaan mereka hanya disebabkan keluarga ini lantang menentang wahabi dan membela beberapa aspek dari sisi mereka seperti kesufian. Saya sudah memperkenalkan mereka di banyak penulisan saya. Cumaߨ secara ringkasnya adalah mereka ini bermanhaj sepertimana salafi yang sangat menyisihkan taklid dan menentang habis-habisan terhadap ketaksuban.

Maḥmūd Saīd Mamdūḥ menyatakan bahawa Amad bin Muammad bin a-iddīq al-Ġumāriyy sangat dibenci oleh golongan pentaklid. [Rujuk https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=492624834485128&id=100012128473491].

Ini adalah benar kerana sesiapa sahaja yang membaca kalamnya tentang taklid sepertimana yang dikumpulkan oleh Abdullah bin Abdul Qōdir at-Talīdiyy dalam «Darr al-Ġomām ar-Roqīq Bi Rosā^il aš-Šay as-Sayyid Amad Ibn a-iddīq»ޱ pasti akan mendapati bahawa ia sangat berbisa dan aswajaean tidak sanggup menelannyaߨ apatah lagi mengungkapkannya sedemikian.

Antara polemik yang Aḥmad al-Ġumāriyy yang berhadapan dengan pentaklid ini adalah isu solat jenazah dengan tujuh takbir. Pertikaian ini berlaku sangat hebat sehingga ada yang menyindir: "Apakah ini solat jenazah atau solat hari raya?" sepertimana yang dia menceritakannya dalam «al-Baḥr al-Amīq Fī Marwiyyāt Ibn a-iddīq» ia mendorongnya untuk menulis «al-Ijāza Li at-Takbīrōt as-Sab Alā al-Janāzaẗ» bagi merespons orang yang mempertikaikannya.

Ini juga berlaku ketika dia menyatakan bahawa terdapat pandangan yang muktabar yang menyatakan bahawa tidak wajib qadha bagi mereka yang meninggalkan solat berjemaah dengan sengaja. Sebahagian orang mempertikaikan pandangan ini bahawa ia adalah yang merobek ijmak. Dia kemudiannya menghasilkan «Wasā^il at-Tarjīḥ al-Murtaḍō Li al-Qowl Bi Anna al-Fā^itaẗ Amadan Lā Tuqḍō» untuk membuktikan sebaliknya.

Adiknya; Abdullah al-Ġumāriyy menyatakan bahawa dalam muqaddimah «Awliyā^ Wa Karōmāt» bahawa apabila orang ramai mendengar kitabnya iniޱ pasti dia akan dituduh sebagai cenderung kepada wahabi! Ini kerana kandungan kitab ini menolak beberapa kisah karamah yang diada-adakan dari pelampau sufi dan melucutkan beberapa tokoh dari darjat kewalian yang diangkat sufi sebagai tokoh wali Allah dengan membentangkan hujahnya.

Bayangkan tokoh besar sufi yang dibanggakan aswajaean kerana dia adalah ahli bait lagi aktif menentang wahabi dan mengkritik al-Albāniyy ini tidak terlepas dari tuduhan buruk ini. Bagaimana pula yang lain yang lebih kerdil yang tidak bersalah? Kemudianߨ mereka berani mendakwa bahawa Abdullah al-Ġumāriyy dan keluarga ini adalah sekelompok dengan mereka?

Adiknya; Muḥammad az-Zamzamiyy juga mengambil peranan yang radikal untuk mengkritik sebahagian sufi yang jahil yang berleluasa di zamannya. Bagi sesiapa yang membaca «az-Zāwiyaẗ Wa Mā Fīhā Min al-Bida Wa al-Amāl al-Munkaroẗ» tanpa mengenali penulisnya pasti akan cepat berkata bahawa penulis ini adalah wahabi.

Malang untuk mereka. Penulis ini adalah dari tokoh ahli bait dari keluarga yang mengharum namanya di mata dunia. Aswajaean yang mendakwa bahawa mereka mencintai ahli bait yang mana pada hakikatnya adalah terhad pada golongan al-Ḥabīb sahaja merasa gentar untuk menelaah kitab ini, apatah lagi menjadikan subjek pengajaran dan rujukan dalam manhaj keberagamaan mereka!

Adiknya; Abdul ayy al-Ġumāriyy juga antara yang lantang dalam menentang taklid. Boleh dikatakan seluruh kitabnya menyelitkan hentaman keras terhadap golongan ini walaupun tema asalnya adalah yang berkaitan dengan fiqh dan uṣūl fiqh. Sangat jauh aswajaean yang mengaku pencinta ahli bait dan begitu juga dengan rata-rata golongan al-Ḥabīb jika dibandingkan dengan Abdul ayyߨ apatah lagi keluarga al-Ġumāriyy secara umumnya.

Amat menyedihkan sekali bahawa aswajaean hanya mengambil mereka ini yang berpihak kepada praktik dan tradisi mereka serta yang menyebat golongan yang dilabel wahabi. Namunߨ manhaj keberagamaan dan tradisi keilmuan keluarga ini sangat jauh berbeza daripada aswajaean ini.

Sebegitulah saya melihat beberapa orang yang dikenali yang menjadi murid kepada ahli keluarga ini atau mereka yang sangat mendalam pengenalannya dengan keluarga ini. Mereka akan menampakkan perbezaan yang nyata dengan rata-rata aswajaean walaupun pada zahirnya nampak bersebati dengannya.

Keluarga ini terhindar dari kebobrokan aswajaean. Sekalipun salafi memiliki perbezaan yang besar pada isu yang berkaitan dengan kesufian dan yang berkaitan dengan wahabiܦ mereka sebenarnya memiliki persamaan yang mendasar dalam manhaj؛ iaitu merancakkan tradisi keilmuan yang terbebas dari taklid serta membawa pembaharuan kepada masyarakat dengan bertegas dalam ikutan kepada sunnah dan hujah.

Salafi mungkin dapat berkongsi bersama dengan Aḥmad al-Ġumāriyy dalam kritikan kerasnya terhadap ašᶜarian sekalipun berbeza dalam isu mengisbatkan keberadaan Allah di setiap tempat. Kalamnya tentang ini boleh dilihat dalam «Ḏamm al-Ašāiro Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifaẗ» sepertimana yang dikumpulkan oleh Ṣōdiq bin Salīm bin Ṣōdiq.

Bahkanߨ dia juga menyetujui Ibn Taymiyyaẗ dalam beberapa permasalahan seperti lafaz talak tiga sekadar menjatuhkan satu talak sahaja, ketiadaan majaz dalam Quran dan ketidakabadian neraka. Malahߨ dalam isu ketidakabadian neraka dia memuji Ibn Taymiyya bahawa dia memiliki peringkat keilmuan yang lebih tinggi daripada Taqiyyuddīn as-Subkiyy.

Mungkin sahaja salafi akan menyetujui beberapa kandungan dalam «az-Zāwiyaẗ» karya Muḥammad az-Zamzamiyy dan perjuangan yang dibawa oleh adiknya; Abdul ayy al-Ġumāriyy dalam seluruh kitabnya untuk membasmi golongan pentaklid.

Semoga Allah memuliakan nama keluarga ini di dunia dan di akhirat serta menyerlahkan manhaj keluarga ini di mata dunia agar menjadi peranan signifikan dalam mengubah pola fikir dan hala tuju tradisi keilmuan. Salafi dan keluarga al-Ġumāriyy memiliki kedekatan yang jauh lebih rapat berbanding aswajaean yang penuh dengan kerancuan. Saya berharap kedua-dua ini akan menemukan titik perdamaian untuk fokus kepada masalah yang lebih besar sekalipun ada kritik mengkritik antara satu sama lain.

Walaupun saya banyak mengambil faedah daripada salafiޱ tetapi saya perlu adil untuk menyatakan bahawa sebahagian perkara yang dikeluarkan daripada aswajaean ada memberikan manfaat kepada saya. Saya menggelarinya sebagai perosak kerana banyaknya kerosakan yang wujud pada mereka khusus pada sikap yang saya leretkan dalam penulisan iniߨ tetapi tidak menafikan kebaikan padanya jika ada.

Seseorang perlu mengiktiraf kebaikan walaupun kelaziman bagi seseorang atau sesuatu pihak itu penyakit dan wabak. Hal ini dicontohkan daripada firman Allah Taālā :

يَقُولُ الْمُخَلَّفُونَ إِذَا انطَلَقْتُمْ إِلَىٰ مَغَانِمَ لِتَأْخُذُوهَا ذَرُونَا نَتَّبِعْكُمْ ۖ يُرِيدُونَ أَن يُبَدِّلُوا كَلَامَ اللَّـهِ ۚ قُل لَّن تَتَّبِعُونَا كَذَٰلِكُمْ قَالَ اللَّـهُ مِن قَبْلُ ۖ فَسَيَقُولُونَ بَلْ تَحْسُدُونَنَا ۚ بَلْ كَانُوا لَا يَفْقَهُونَ إِلَّا قَلِيلًا

"Berkata orang yang tidak ikut serta berperang apabila kalian pergi ke harta ghanimah untuk kalian mengambilnya:
Biarkanlah kami mengikuti kalian. Mereka ingin menukarkan ketetapan Allah. Katakanlah: Jangan sesekali engkau ikuti kami. Demikianlah yang Allah tetapkan sebelum ini. Makaߨ mereka berkata: Sebenarnya kalian hasad terhadap kami. Walhal mereka tidaklah memahaminya kecuali sedikit". [Surah al-Fat ayat 15].

Firman Allah Ta
ālā:

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّـهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَىٰ يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّـهَ إِلَّا قَلِيلًا

"Sesungguhnya kaum munafik hendak mendustai Allah
ߨ lalu Allah pun mendustai mereka. Jika mereka melaksanakan solatޱ mereka berdiri dalam keadaan malas, riyak terhadap manusia dan tidak mengingati Allah kecuali sedikit". [Surah an-Nisā^ ayat 142].

Walaupun Allah mencela orang yang tidak mengikut serta berperang dan munafikޱ Allah masih tetap memuji kebaikannya walaupun sedikit. Allah masih mengiktiraf orang yang tidak mengikut serta berperang dengan mempunyai kefahaman yang sedikit dan Allah mengakui bahawa orang munafik masih mempunyai ingatan terhadap-Nya yang sedikit.

Justeruߨ jika Allah masih memberikan ruang perakuan kebaikan yang ada pada merekaޱ apakah patut saya perlu mengabaikan hal ini? Sebab itu wajar untuk saya nyatakan hal ini walaupun penulisan ini sangat khusus untuk membantai mereka.

Perbahasan akidah saya adalah mengikuti orietansi ašᶜarian yang merupakan panutan utama bagi golongan ini. Tentu sama sekali saya tidak dapat menulis «Penajaman Deria Dalam Mengenali Sifat Yang Maha Mulia» yang merupakan sandaran akidah saya terhadap ketuhanan yang penulisannya banyak merujuk kepada kitab-kitab pondok mengenai tauhid dan uṣūludīn. Malahߨ asatizah aswajaean juga banyak memberikan penjelasan, mengupas dan menerangkan beberapa perkara yang berkaitan.

Dalam fiqhߨ khususnya mazhab šāfiᶜianߨ saya banyak mengambil manfaat daripada penjelasan dan kupasan daripada mereka dalam isu mazhab ini dan fiqhnya. Adakalanyaߨ penghujahan mereka dalam membela mazhab ini lebih meyakinkan daripada pandangan yang lain.

Manhaj kesufian yang merupakan pakaian dan perhiasan mereka juga merupakan jalan kerohanian saya sama ada dalam keilmuan mahupun pengamalan. Dengan menjadikan «al-Ḥikam» milik Ibn Aṭō^illah sebagai sandaran kita semua sama-sama dapat sejalan di lembah yang kaya dengan seni dan kehalusan. 

Malahߨ saya telah mengusahakan pentahqiqan syarah Tok Fakir an-Nasirin «al-Ḥikam» milik Ibn Aṭō^illah. Walaupun saya mungkin tidak sefikrah dan semanhaj dengan pengarangޱ bukan bermakna saya perlu mengabaikan apa yang patut kita ambil manfaat bersama dan mengetepikan yang baik daripadanya.

Bahkanߨ saya pernah memuji sikap sebahagian mereka yang bersikap transparensi dalam penulisan dan pewacanan. Mereka memaparkan hadis dan analisis serta pandangan ahli ilmu tentangnya sepertimana yang dikehendaki dengan cukup cermat dan ilmiah sepertimana yang diharapkan.

Guru saya pun adalah kalangan ašᶜarian dan mereka adalah guru yang berkualiti yang sama sekali bukan jenis orang yang merebut dominasi dalam aliran yang mereka pegang. Saya belajar bahasa Arab, hadis dan banyak ilmu yang lain daripada mereka. Sekalipun berbeza manhajޱ saya masih menadah ilmu daripada mereka.

Saya juga mengambil manfaat daripada buku «Penziarah Kubur Bukan Penyembah Kubur» karya Maᶜruf Khozin dan «Jawapan Balas Terhadap Buku Membungkam Pemuja Kubur» karya Nur Hidayat Muhammad yang kedua-duanya adalah keluaran Ahli Sunnah Wal Jamaah Research Group (ARG) yang mana organisasi sudah dikenali dengan kepekatan dengan aswajaean di tanah air kita.

Dengan manfaat yang saya peroleh daripada mereka ini saya tetap menaruh harapan bahawa manhaj beragama mereka boleh berubah dan disesuaikan supaya lebih mesra kepada penuntut ilmu dan pewacanaan terhadap kekritisan ilmu.

Saya harap adanya ruang untuk mereka agar kita semua sama-sama harmoni dalam membudayakan ilmu dan praktik ilmu. Tidak lupa juga kepada para salafi agar mereka terus kekal dengan akhlak dan sikap mulia mereka dalam berhayat dengan suasana ilmu supaya ilmu agama terus di atas kedudukan yang mulia dan disanjung tinggi.

No comments:

Post a Comment