Sunday, February 9, 2020

Diari Diri : Jika Ditanya Siapakah Tokoh Kegemaran Saya

Jika tiada Allah dan rasul-Nyaޱ saya tidak ada lagi sesiapa yang saya puja dan puji. Sebab ituߨ apabila saya ditanya tentang siapakah tokoh kegemaran dan tokoh yang saya memandang hebat terhadapnyaޱ maka saya sendiri pun sebenarnya menghadapi kesukaran untuk menentukannya.

Saya tidak menafikan bahawa sebahagian orang telah pun membimbing saya sehingga ke tahap yang saya berada sekarang. Saya juga tidak menafikan sebahagian orang telah memberi inspirasi yang besar kepada saya sehingga saya ke peringkat pencapaian saya sekarang. Namunߨ semua itu masih belum mencukupi untuk saya kira sebagai tokoh walaupun dalam masa yang sama saya mengucapkan terima kasih yang banyak atas segala sumbangan kepada manusia dan dunia.

Sebab kesukarannya kemungkinan pola berfikir saya semasa mengkaji "yang mana satu kenyataan yang paling tepat" berbanding untuk bertanya "siapa yang memberi pendapat yang tepat". Saya telah melihat pelbagai jenis analisis dan perspektif terhadapnya sama ada kepelbagaian olahan itu menjurus kepada makna dan argumentasi yang menghasilkan sesuatu yang sama atau hal itu mempunyai pelbagai pandangan terhadapnya.

Namunߨ saya tidak begitu menggemari untuk meneliti nama-nama kerana tumpuan saya ialah perolehan tentang data sesuatu isuߨ bukan biografi atau maklumat mengenai seseorang. Misalnya adalah jika ada pandangan yang beraneka tentang masalah psikologiޱ saya lebih meneliti hasil kajian dan kemunasabahan dalam menyatakan alasannyaߨ bukan terlalu memberi keutamaan mengkaji siapakah yang sedang memberi pendapat itu.

Kadangkalaܦ saya sendiri tidak menafikan bahawa peribadi seseorang itu memainkan peranan penting dalam penganalisisan argumentasi. Jika seseorang atau sesuatu pihak berterusan dalam melakukan kajian yang gopoh, suka mengutip penukilan tanpa menyatakan sumber, terlalu bermudah-mudahan menyampaikan khabar dan lain-lain yang merosakkan kualiti kajianޱ maka saya berhak untuk merasa skeptik yang kuat atau lebih bersikap tawaqquf dahulu atau mencari sesuatu yang lebih reliabiliti berbandingnya.

Sekalipun seseorang melazimi penjagaan kualitinyaܦ belum tentu ia mencukupi agar saya mengiranya sebagai tokoh. Kemungkinan disebabkan skop pembelajaran dan kajian saya begitu rawak dan tidak selalu melalui proses pengkhususan yang bersepadu menyebabkan saya tidak begitu menekuni tokoh-tokoh yang memberi kontribusi kualiti yang banyak sehingga saya perlu merasa takjub terhadapnya.

Salah satu sebab yang lain mungkin refleksi dari personaliti saya sendiri. Saya akui kadangkala saya tamak untuk terkehadapan dan terunggul dalam sesuatu perkara. Personaliti INTP pada saya sebenarnya memegang kebanggaan untuk entusiastik terhadap kuriositi dan bidang pengetahuan. 

Tidak hairan saya begitu mengejar dan melahap dalam perkara ini kerana saya benci untuk sekadar basi-basi dan biasa-biasa sahaja. Saya terlalu mengharapkan sesuatu yang luar biasa dan di luar kenormalan yang diperoleh manusia yang biasa. Harga diri yang pada diri saya mendesak saya untuk mendapatkan lebih lagi dari yang secukupnya.

Saya cuba menjadi sesuatu yang hebat sepertimana tokoh-tokoh lain yang dipuja kerana itu antara matlamat dan pemenuhan kepuasan diri untuk saya. Segala puji bagi Allah yang membantu dan membimbing segala-galanya untuk mencapai sesuatu yang bermakna bagi diri saya. Dengan itu saya terlalu asyik terhadap diri saya dengan pencapaian yang dianugerahkan oleh-Nya yang merupakan sesuatu yang agung untuk disyukuri dan dinikmati.

Saya telah melangkaui beberapa orang yang dianggap genius dan yang berdarjat kebesaran dalam pengukuhan saya terhadap hujah-hujah ilmu sehingga tiada tokoh yang dikenali dan terpencil mampu memadamkan swakeseronokan saya melainkan yang lain telah jauh ketinggalan. Disebabkan keagungan inilah saya tidak terlalu memandang orang lain melainkan diri saya yang dianugerahkan keunikannya atas izin Allah Taālā. Semoga Allah sentiasa tambahkan nikmat ini, lalu Dia membahagiakan diriku di dunia dan di akhirat.

Saya mengungkapkan kesyukuran ini bukan semestinya saya menafikan kekurangan, keaiban dan kesilapan yang ada pada diri saya. Saya tidak sepertimana yang lain juga yang mungkin ada kelompongan. Bahkanߨ saya masih merasakan bahawa saya agak jauh keterbelakang dibandingkan dengan tokoh yang telah dijulang tinggi dan mendapat kedudukan yang gemilang. Saya bukanlah sesiapa pun jika ingin dibandingkan diri saya dengannya.

Cumaߨ bukan bermakna saya menafikan nikmat yang telah Allah berikan. Saya mengungkapkan ini sebagai menzahirkan kesyukuran kepada Allah sepertimana yang dilakukan oleh para ulama dahulu. Ibn al-Jawziyy pernah menghasilkan puisi yang memuji dirinya secara melambung-lambung di akhir kitabnya «Daf Šuba at-Tašbīh Bi Akaff at-Tanzīh», as-Suyūṭiyy di banyak karyanya menyebutkan kelebihan dirinya, Amad bin Muammad bin a-iddīq al-Ġumāriyy dalam «al-Bar al-Amīq Fī Marwiyyāt Ibn aṣ-Ṣddīq», adiknya; Abdullah juga menyebutkan perolehan yang hebat pada dirinya melalui karyanya «Sabīl at-Tawfiq Fī Tarjama Abdillah Ibn a-iddīq» dan begitu juga adiknya; Abdul Azīz melalui karyanya «Tarīf al-Mu^tasī Bi Awāl Nafsī». Mereka semua mengungkapkannya sebagai menzahirkan kesyukuran.

Apa salahnya jika saya dan orang lain meneladani apa yang dilakukan oleh para ulama kita? Bukankah ini cara kita menunjukkan ikutan kepada seseorang yang dinamakan sebagai tokoh? Kemudianߨ tidak patut kita menafikan atau buat-buat jahil terhadap apa yang Allah telah limpahkan kepada kita hanya kerana ingin merendah diri dan tawaduk.

Apabila Allah telah memberikan penguasaan dalam sesuatu bidang ilmuޱ maka perakuilah dan jangan mengkufurinya dengan menafikannya. Sama ada ingin mengungkapkan secara terbuka atau tidak itu terpulang pada pilihan masing-masing. Yang penting adalah kita menterjemahkan kesyukuran kita melalui pengamalan kita dan menggunakannya dengan sebaik-baiknya ketika waktu yang berhajat kepadanya.

Bagi yang ingin mengungkapkannya biarlah yang sesuai dengan kadarnya. Apabila kita benar-benar menguasai 20 kitabޱ maka cukuplah kita menyatakan bahawa kita menguasai 20 kitab. Sesiapa yang berkata lebihޱ maka dia orang yang berdusta. Sesapa yang berkata kurangޱ maka dia pun pendustaߨ bukan tawaduk atau merendah diri.

Kemudianߨ janganlah sampai rasa riyak dan ujub menyusup masuk. Pastikan pengungkapan itu benar-benar tulus dan sememangnya untuk dipersembahkan kenikmatan itu untuk kesyukuran kepada Yang Maha Penyayang.

Apapunߨ bagi saya tidak penting untuk tahu siapakah tokoh yang penting kerana kita tidak perlu sibuk bertanya apakah yang telah mereka sumbangkan kepada kitaߨ tetapi kita bertanya apakah yang telah kita sumbangkan kepada dunia dan manusia. Orang lain sudah memainkan peranan dan melangkah. Giliran kita pula untuk membina kebahagiaan dan menciptakan sebuah idaman yang dinanti-nantikan dan dinikmati manusia.

Cumaߨ jika ingin berbicara tentang tokoh kegemaran secara seriusޱ sebenarnya ada beberapa faktor yang lain juga yang menyebabkan saya sukar untuk memberikan walau satu daripadanya. Antaranya adalah kerana bukan semua orang kehidupannya sama seperti kita seolah-olah hampir seratus peratus atau mungkin separuh daripadanya memiliki perjalanan hidup yang seiras dengan kita. Mengehadkan kita kepada hanya kepada satu tokoh atau beberapa sahaja barangkali sukar untuk ditemukan walau seorang pun.

Sebab itulah tokoh kegembaran ini sememangnya akan ada beberapa yang berbeza mengikut sudut yang kita pilih. Maksudnya adalah jika penguasaan ilmu kita pada bahagian teologiޱ maka kita akan ambil inspirasi daripada tokoh dalam bidang tersebut. Namunߨ adakalanya kita mungkin mahir dalam bidang fiqh. Makaߨ di sini kita akan mencari tokoh yang lain yang selain teologi pula untuk diteladani dan dipelajari. Jika ada teologi yang mapan dalam kemahiran fiqhޱ maka ini dikira bonus.

Ini baru sedikit aspek yang ada. Manusia ada kepelbagaian. Walaupun kita ada satu tema utama dalam hidupޱ barangkali kita akan ada cabang-cabang yang lain yang tidak berkongsi secara signifikan dengan orang lain yang kebiasaanߨ apatah lagi tokoh kebesaran. Kerana itulah kita sukar untuk kita menyatakan bahawa seseorang itu satu-satunya tokoh kegemaran dalam hidupnya.

YaMungkin tokoh tersebut membawa arus perubahan yang signifikan dalam hidup seseorang. Akan tetapiߨ ia mungkin hanya merangkumi aspek tema kehidupan yang utamaߨ tidak pada ranting-ranting yang lain yang mungkin sekali akan membezakan tokoh tersebut dan diri seseorang itu sehingga cetusan inspirasi pada tema yang ranting itu akan dicari tokoh yang lain pula.

Oleh ituߨ tokoh kegemaran kita dalam hidup mungkin tidak akan terhad kepada seorang sahaja melainkan jika sememangnya seseorang itu merentasi warna kehidupan sepertimana tokoh tersebut. Kita akan ada pelbagai tokoh mengikut tema perjalanan hidup kita yang bina untuk diri kita sendiri. Kita mungkin akan mengambil cetusan daripada beberapa tokoh mengikut aspek tema yang ada dalam kehidupan ini untuk membentuk satu kisah cerita tentang diri kita sendiri.

Di siniߨ saya ingin kongsi beberapa tokoh kegemaran saya atau mungkin yang mengujakan saya sehingga ia menyentak jiwa saya atau membekas dalam perasaan saya ketika mengamati kisah atau pengalaman yang dilalui mereka. Pada penulisan ini saya mungkin akan mengemas kini dari semasa ke semasa jika ada pertambahan maklumat baharu tentang tokoh yang menarik minat saya untuk dikongsi dan menjadi kekaguman buat saya.

Jalaāluddīn As-Suyūṭiyy ߸ Tokoh Yang Luas Ilmunya Dan Rajin Dalam Penghasilan Penulisan

Jika ditanya kepada saya tokoh yang sememangnya benar-benar menampakkan keluasan ilmu seseorang dan kerajinannya dalam penghasilan penulisan dalam menabur bakti kepada bidang ilmiah di mata sayaޱ maka dia adalah Jalaāluddīn as-Suyūṭiyy. Saya yakin sesiapa yang mengenali nama ini beserta mengamati karya-karya peninggalannyaޱ pasti tidak akan mampu mengingkari kesaujanaan gudang hafalannya dan memorinya.

Jalaāluddīn as-Suyūṭiyy adalah satu-satunya manusia dalam sejarah peradaban muslim dalam mengangkat dirinya sebagai seorang mujtahid. Selalunyaܦ pengiktirafan mujtahid ini diberikan melalui pemerhatian orang lain dan mereka yang menulis sejarah tentangnya. Namunߨ dia melalui seseuatu yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana tokoh ilmuwan. Sememangnya keunikan ini memang sepatutnya kita curahkan perhatian terhadapnya.

Sudah tentu bahawa pengakuannya dicabar dan diragui. Bukan semua orang di zamannya ingin mengiktiraf pencapaian dirinya yang sememangnya melayakkan diri sebagai mujtahidߨ lebih-lebih lagi yang ada seteru dengannya.

Akan tetapiߨ setelah kewafatannya berlalu lebih 500 tahunܦ sesiapa sahaja yang menatap pusaka ilmunyaޱ pasti tidak akan sinis terhadap pengakuannya sebagai mujtahid. Malahߨ mungkin sahaja kalau orang yang pernah meragui atau mungkin mengejeknya hidup di zaman ini, pasti mereka akan tertunduk malu atau menyesali apa yang mereka perbuat.

Dikatakan bahawa dia telah menghasilkan lebih 600 judul kitab pelbagai bidang ilmu. Cumaߨ yang dapat direkodkan namanya adalah sekitar 450 judul kitab. Sebahagiannya belum ditemukan percetakannya hari ini. Kita tidak tahu apa sudah jadi selebihnya. Namunߨ yang pasti adalah peninggalan karyanya yang sedia ada sudah cukup bermakna buat umat Islam yang mendambakan kemuliaan dalam mahkota ilmu.

Bayangkan bagaimana di zaman yang belum ada mesin taip dan penulisan tersebut perlu menggunakan pen dan tenaga tangan mampu menghasilkan penulisan yang sebegitu banyak. Sebenarnyaܦ dia lebih banyak menghabiskan sisa hayatnya secara signifikan dengan berkurung di rumahnya untuk menghasilkan penulisan setelah berpenat lelah berkelana pelbagai negara untuk menuntut ilmu. Ketika ituܦ fokusnya untuk penulisan tidak terganggu dengan beberapa distraksi yang lain dan dia dapat mencurahkan segalanya yang terbuku pada mindanya.

Kemudianߨ tidak mungkin sama sekali seseorang dapat menghasilkan judul sebanyak itu jika seseorang tidak memiliki tampungan ilmu yang luas dalam dadanya dan tidak mempunyai kekuatan memori. Karya yang dia hasilkan bukan hanya sekadar pandangan peribadi yang hanya terbit dari idea dan pemikirannya secara perseoranganߨ tetapi ia juga mengandungi nukilan dari pelbagai sumber yang memerlukan pembacaan yang luas dan pembelajaran yang panjang. Entah bagaimana tahap kerajinannya sepanjang dia menuntut ilmu sehingga dia mampu memuntahkan kesemuanya tanpa sebarang masalah.

Malahߨ untuk menghasilkan satu buku pun kita perlu membuat perancangan dalam penyusunan bab, fasal dan penyampaian ayat. Bagaimana agaknya di minda seseorang yang menghasilkan karya sedemikian sehinggakan kesemua itu tidak menjadi bebanan buatnya sehingga dia mampu terus menulisnya secara automatik tanpa perlunya draf dan penyemakan semula sebelum menerbitkan penulisan secara rasmi?

Tambah lagi orang itu di zaman yang tidak ada kemudahan teknologi penaipan dan pemadaman seperti sekarang. Bagaimana mereka mampu menghasilkan penulisan secara tersusun dan sistematikߨ ditambah lagi pula ia adalah proses yang berulang yang berbeza sehingga beratus-ratus judul?

Untuk menghasilkan penulisan tersebut barangkali tidak siap dalam sehari sahaja mengikut ketebalan dan perincian yang ada dalam kitab tersebut. Semakin tebal kitabޱ semakin banyak hari memakan. Bagaimana seseorang dapat terus memfokuskan untuk menyiapkan beberapa bab dengan beberapa perkataan yang tidak terlupa, terluput dan terlepas pandang yang mengambil masa beberapa hari? Kalau kitaޱ mungkin sahaja terlupa memasukkan bab tertentu atau tertinggal ayat yang patut diungkapkan atau pelbagai lagi yang lain yang berkaitan kekurangan kita.

Jika diamati senarai penulisan yang telah dia hasilkanޱ bukan hanya satu cabang ilmu sahaja. Ada pelbagai bidang ilmu yang lain yang dia telah hasilkan. Dia mampu menulis dengan baik sekali tanpa berhadapan dengan pelbagai masalah sepanjang penghasilannya. 

Mungkin sahaja dia tidak perlu berhenti sekejap untuk merujuk jika terlepas maklumat atau berfikir sejenak untuk menghasilkan bab yang seterusnya. Apa yang tinggal hanyalah untuk memuntahkan segala yang ada.

Apabila melihat Jalāluddīn as-Suyūṭiyyޱ dia tidak berhenti mengagumkan saya melihat kesungguhannya dan kecintaannya dalam menghasilkan pelbagai judul penulisan yang mungkin tidak ditandingi oleh sesiapa pun baik dari pendahulunya sehingga yang terkemudian. Mengumpulkan keseluruhan kitabnya barangkali sudah cukup untuk membina perpustakaan miniߨ seterusnya khazanah keilmuan Islam yang berharga dalam sejarah.

Sememangnya dia bukan sahaja ditempa namanya sebagai mujtahidߨ tetapi sebagai al-Imām dan al-Ḥāfiẓ tanpa syak lagi. Pada saya cukuplah dia seorang untuk membuktikan bahawa sememangnya wujud para ulama dalam tamadun muslim yang luas capaian pembelajarannya, kuat hafalannya yang bersaujana dan mampu menghasilkan kitab secara sistematik tanpa ada masalah.

Yang menambah kekaguman perhatian saya adalah penghasilan kitab «Nawāḍir al-Ayk Fī Marifah an-Nayk». Ia adalah kitab mengandungi perkara yang berkaitan dengan seks bersama koleksi syair yang berkaitan dengannya. Mungkin ini satu-satunya kitab yang bertema sebegini dikarang oleh seorang tokoh ilmuwan kenamaan yang disegani.

Dapat kita katakan ia seumpama «Kama Sutra» dari Hinduߨ tetapi tidak ada gambar lucah padanya dan adanya fokus kepada perbahasan ilmiahߨ di samping mengongsikan beberapa bait syair yang berkaitan dengan seks. Sukar sekali untuk menemukan kitab bertemakan seperti ini dalam koleksi khazanah umat Islam.

Oleh sebab kontroversi kandungannyaߨ sebahagian orang meragukan penisbahan kitab ini kepadanya. Selalunya atas alasan tidak mungkin seorang tokoh ulama yang besar sanggup mencoretkan kandungan yang agak eksplisit lucahnya dan kelihatan tidak malu untuk mengongsikannya kepada orang ramai.

Saya katakanalasan seperti ini tidak boleh diterima. Hanya kerana wujudnya pertentangan realiti dengan persepsi kita terhadap seseorang tokoh menyebabkan kita ragu penisbahannya atau menuduh kitab tersebut mengandungi sisipan palsu. Ini bukan hujah yang wajar diterima.

Inilah akibat apabila kita terlalu rigid dengan dogma ultraortodoks. Seseorang hanya berfikir sempit tentang bagaimana sepatutnya seseorang itu menjadi ulama tanpa memikirkan sifat manusiawi dan perasaan yang mungkin dikongsi bersama oleh orang awam dan orang kebiasaan. Pada saya sekurang-kurangnya penghasilan kitab seperti ini mengubah pandangan alam tentang karakteristik sang tokoh ilmuwan.

Keluarga Al-Ġumāriyy ߸ Keluarga Yang Memiliki Pola Pemikiran Yang Unik

Bagi tokoh sufi yang hidup di era ini pasti akan mengakui ketokohan yang ada keluarga al-Ġumāriyy؛ iaitu anak-beranak Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq yang berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam. Mereka ini adalah tokoh sufi yang membawa tajdid dalam tradisi kesufian dengan menghidupkan budaya kritis dan usaha mengembalikan kepada sunnah.

Yang menariknya adalah Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq berjaya melahirkan kesemua tujuh anaknya sebagai ulama. Ini adalah pencapaian gemilang yang jarang didapati dalam sejarah muslim. Mereka semua adalah Aḥmad, Abdullah, Muammad az-Zamzamiyy, Abdul ayy, Abdul Azīz, al-asan dan Ibrōhīm. Yang paling menonjol adalah lima yang awal.

Seorang ayah tidak dapat melahirkan kesemua anak yang hebat melainkan ayahnya juga seorang yang hebat. Ini diperakui oleh anak-anaknya sendiri yang mencatatkan biografi atau menceritakan tentang dirinya.

Ayahnya menguasai pelbagai bidang ilmu seperti ilmu kalam, bahasa, fiqh, tafsir dan luas pembacaannya. Kerajinannya dalam penglibatan kepada ilmu dan kemuliaan peribadinya menempa kekaguman dalam penceritaan anak-anaknya.

Cumaߨ Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq tidak begitu menggemari populariti. Dia selalu sahaja mencari jalan yang sunyi jika keluar untuk mengajar atau memenuhi undangan atau ziarah walaupun jauh kerana mengelakkannya diri dikenali.

Malahߨ dia juga tidak ada minat dalam penulisan sepertimana anak-anaknya walaupun kemampuan ilmuya sudah begitu membantu untuk menjayakannya kerana tidak suka dikenali. Kalau pun menulisޱ dia akan membakar sebahagiannya. Sebahagiannya pula tidak lagi ditemukan seperti penulisan tentang ₍at-Taawwuḏ₎ dan pembacaan basmalah dalam solat menurut mazhab Mālik.

Kita dapat tahu cerita Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq kerana anaknya adalah ulama yang tersohor. Jika tidakޱ pasti dia juga termasuk permata yang terselindung di persada sejarah. Semoga Allah mencucuri rohnya dan mengangkat darjatnya ke martabat yang tinggi. Kehebatannya telah diwarisi melalui anak-anaknya dan mereka menterjemahkannya melalui penulisan mereka serta pengajaran mereka.

Di mana paksi kehebatannya sehingga ia diwarisi kepada anak-anaknya? Ia adalah semangat dalam usaha pengamalan kepada sunnah, menjauhi ketaksuban mazhab dan mencela taklid yang keji. Inilah asas yang diperjuangkan dalam keluarga al-Ġumāriyy sehingga masing-masing dari kalangan adik-beradik ada pemikiran yang unik yang mengagumkan saya dan mungkin sahaja mereka yang lain yang menelusuri kehidupan keluarga ini. Akan tetapiߨ kebanyakan sufi yang gemar mengangkatnya jarang untuk memerhatikan perkara ini.

Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq ketika hayatnya agak aktif dalam usaha seperti ini. Dia pernah berdebat dengan beberapa ilmuwan yang tegar dengan ketaksuban kepada mazhab. Dia juga telah menyeru masyarakat untuk mengikuti sunnah sehingga zahirnya suara sumbang pentaklid jelek. Dia juga mengembalikan tradisi kesufian dengan keilmuan seperti pengutamaan pembacaanQuran berbanding wirid dan pengajaran «Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy». Dia juga meraikan kepelbagaian mazhab dan tidak terikat dengan satu mazhabߨ khususnya mālikian dalam usaha untuk beramal yang menepati sunnah.

Legasi seperti ini juga disambung oleh anak-anaknya. Aḥmad; anak sulungnya agak keras terhadap ketaksuban mazhab. Ṣōdiq bin Sālim bin Ṣōdiq melalui karyanya «Ḏamm al-Ašāiro Wa al-Mutakallimīn Wa al-Falāsifaẗ» yang di samping mengumpulkan kalamnya dalam penentangan terhadap ašᶜarianߨ dia juga lantang menyuarakan orang yang bertaklid kepada mazhab secara taksub.

Saya ketika membaca kalamnya dalam menyuarakan kutukannya terhadap isu tersebutܦ saya tidak akan membayangkan yang kebiasaan salafi pun tidak akan bercakap sedemikianߨ apa lagi seseorang yang menjadi ikon penting kepada sufiߨ bahkan ahli bait secara khusus.

Kalaulah ini diungkapkan oleh salafiޱ pasti akan dipersoalkan akhlaknya kerana beberapa daripada katanya terlalu tajam dan keras. Akan tetapiߨ ini adalah daripada zuriat Rasulullah! Sebegitulah hebat semangatnya dalam menentang ketaksuban.

Maḥmūd Saīd Mamdūḥ menyatakan bahawa Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy sangat dibenci oleh golongan pentaklid. [Rujuk https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=492624834485128&id=100012128473491].

Antara polemik yang Aḥmad al-Ġumāriyy yang berhadapan dengan pentaklid ini adalah isu solat jenazah dengan tujuh takbir. Pertikaian ini berlaku sangat hebat sehingga ada yang menyindir: "Apakah ini solat jenazah atau solat hari raya?" sepertimana yang dia menceritakannya dalam «al-Baḥr al-Amīq Fī Marwiyyāt Ibn aṣ-Ṣiddīq» ia mendorongnya untuk menulis «al-Ijāzaẗ Li at-Takbīrōt as-Sab Alā al-Janāzaẗ» bagi merespons orang yang mempertikaikannya.

Ini juga berlaku ketika dia menyatakan bahawa terdapat pandangan yang muktabar yang menyatakan bahawa tidak wajib qadha bagi mereka yang meninggalkan solat berjemaah dengan sengaja. Sebahagian orang mempertikaikan pandangan ini bahawa ia adalah yang merobek ijmak. Dia kemudiannya menghasilkan «Wasā^il at-Tarjīḥ al-Murtaḍō Li al-Qowl Bi Anna al-Fā^itaẗ Amadan Lā Tuqḍō» untuk membuktikan sebaliknya.

Adiknya; Abdullah juga seorang yang sangat kritis dalam hal ini. Sebab itulah dia telah menghasilkan karya yang berkaitan dengan kritikan terhadap sufi dan tidak begitu menampakkan sikap apologetik terhadapnya. Salah seorang muridnya; Maḥmūd Saīd Mamdūḥ berkata dalam menyifatkannya :

ومما يمتاز به شيخنا المترجم سلامة الصدر وسرعة الفيء وكان محبا للحق أنما كان لا يتعصب لرأي أو إمام، بل دينه تقديم سنة سيد الأنام صلى الله عليه وسلم مع احترام آخرين

"Antara apa yang mengistimewakan syeikh kami yang dibiografikan ini adalah tenang dadanya, cepat anteng dan pecinta kebenaran walau di mana sahaja ia berada tanpa taksub kepada sesuatu pandangan atau seseorang imam. Bahkanߨ agamanya mendahulukan sunnah pemimpin kepada penghuni bumi ollallāhu alayhi wasallam bersama memberi penghormatan kepada yang lain". [Tašnīf al-Asmā^ Bi Šhuyūẖ al-Ijāza al-Asmām/s 658keluaran Dār al-Kitāb al-Miriyyah].

«Bida at-Tafāsīr» antara yang paling jelas dalam hal ini. Di muqaddimah kitab tersebut dia mengingatkan agar tidak mencari helah dalam mentakwilkan ayat itu dan mencari-cari bentuk-bentuk yang jauh daripada iᶜrab atau menanggungnya dengan makna yang tidak selari dengan konteksnya atau sebab penurunannya untuk memanfaatkan pandangan fulan atau akidah fulan. Kemudianߨ dia melanjutkan kritikan tersebut kepada Abū Jafar a-oḥāawiyy, al-Bayhaqiyy dan Abū al-Walīd al-Bājiyy. Kata-kata ini juga dikutip oleh adiknya; Abdul ayy dalam «at-Tayammum Fī al-Kitāb Wa as-Sunna Wa Ibṭōl al-Mahab al-Qō^il Inna at-Tayammum Lā Yajūz Bi Ġoyr at-Turōb».

Dia juga menghasilkan karya yang khas dalam mengkritik qasidah Burdah. Malahߨ kerana lantangnya dalam mencurahkan kritis dalam tradisi keilmuan kesufian dia pernah dituduh cenderung kepada wahabi sepertimana penyebutannya dalam muqaddimah kitabnya «Awliyā^ Wa Karōmāt» apabila kitab ini ditampilkan kepada kebanyakan orang di sekelilingnya kerana karya ini menyajikan penapisan yang kritis terhadap cerita karamah para wali yang dusta yang dibawa oleh pelampau sufi.

Malahߨ kuatnya semangat kepada ketidaktaksuban kepada sesuatu pandangan atau seseorang tokoh, dia pernah mengutarakan pendapat yang menyalahi keseluruhan ulama dalam isu nasakh pembacaan Quran melalui karyanya «Ḏawq al-Ḥalāwaẗ Bi Bayān Imtinā Nas at-Tilāwaẗ» dengan berbangga sambil mengucapkan kesyukuran terhadapnya. Sama ada benar atau salahܦ yang penting ini menunjukkan keteguhannya dalam mengikuti kebenaran yang telah nyata padanya.

Yang menarik sekali adalah selain dia tidak taksub kepada seseorang tokohߨ dia juga tidak taksub terhadap dirinya. Ini terbukti beberapa penulisannya yang dia tarik balik kerana didapati ada kepincangan padanya dan tidak segan untuk mengakui bahawa ia adalah salah dari sisinya.

Contohnya adalah «al-Kanz aṯ-Ṯamīn Fī Aḥādīṯ an-Nabiyy al-Amīn». Dia menarik balik kitab ini kerana didapati banyak hadis dhaif di dalamnya sepertimana yang dia sebutkan dalam «Sabīl at-Tawfīq». Cumaߨ dia bukanlah sengaja melakukan sedemikian kerana kitab itu ditulis ketika di penjara sehingga dia menghadapi kekangan untuk melakukan semakan.

Bayangkan bahawa menyedari hadis dhaif sahaja sudah ingin ditarik balik karya tersebut! Bagaimana pula dengan orang yang pernah menghasilkan kitab atau berceramah yang menyampaikan riwayat palsu? Pernahkah golongan al-Ḥabīb secara khusus untuk melakukan sebegini?

Contoh yang lain adalah «al-Qowl al-Masmū Fī Bayān al-Hajr al-Mašrū». Dia menarik balik pandangan dalam kitab ini dan menggantikannya dengan judul baharu؛ iaitu «an-Nafḥaẗ aḏ-Ḏakiyyaẗ Fī Anna al-Hajr Bidaẗ Širkiyyaẗ». Penarikan balik ini setelah dia mengamati semula lebih mendalamߨ lalu dia mendapati kesilapan pandangan dalam kitab tersebut walaupun pandangannya berasaskan majoriti ulama dan dia menghasilkan judul yang baru untuk menjelaskannya.

Daripada sini jelas bahawa Abdullah al-Ġumāriyy sama sekali tidak menjadikan keturunan baginda untuk menjustifikasikan bahawa segala apa yang terbit daripadanya adalah benarߨ apatah lagi dikuduskan dan dikultuskan. Ada masa yang dia mungkin melakukan kesilapan yang jika dia sedarޱ dia akan menarik balik.

Sangat berbeza dengan pengikut al-Ḥabīb yang selalu sahaja mengkultuskan dan mengkuduskan apa yang ada daripada tokoh berketurunan Rasulullah. Apabila dibentangkan kesilapan yang ada merekaޱ itu pasti dianggap satu bentuk ancaman untuk memusuhi ahli bait! Semoga Allah memecahkan kepala batu yang bersemadi di minda mereka.

Kemudianߨ adiknya; Muḥammad az-Zamzamiyy juga mengambil peranan yang sama dalam menyeru kepada pengamalan sunnah dan menentang ketaksuban. Jika dibandingkan ketegasan Aḥmad dan Muḥammad az-Zamzamiyyޱ barangkali yang lebih tersohor dalam mengkehadapankan suara ini adalah Muḥammad az-Zamzamiyy. Karya paling menonjol dalam hal ini adalah «az-Zāwiyaẗ Wa Mā Fihā Min al-Bida Wa al-Amāl al-Munkaroẗ».

Karya ini untuk memaklumkan dua perkara yang penting. Yang pertama adalah dia telah berubah pandangannya tentang kesufian dan menarik balik beberapa pandangan dari karya lamanya, «al-Intiṣōr Li Ṭorīq aṣ-Ṣūfiyyaẗ al-Aẖyār». Karya yang lama ini mengumpulkan dalil-dalil yang menjustifikasikan beberapa pengamalan kesufian seperti zikir sambil menari dan pelbagai lagi.

Malahߨ dalam kitab «az-Zāwiyaẗ» ini selain untuk menyatakan bahawa dia telah menarik balik pandangan lama dalam kitabnya «al-Intiṣōr»ߨ dia juga ingin menyatakan bahawa dia berlepas diri daripada tarekat darqōwianߨ bahkan menyatakan bahawa dia tidak terikat dengan mana-mana mazhab.

Yang kedua adalah untuk menyuarakan penentangan terhadap sufi yang jahil yang berleluasa di persekitarannya dengan membongkar beberapa praktik yang dilihat bidaah dan kemungkaran yang dilakukan bersama penjelasan secara ilmiahߨ tetapi tajam dan keras. Saya pasti golongan al-Ḥabīb sendiri akan gerun untuk membaca kitab iniߨ apatah lagi para pengikutnya walaupun karya ini adalah daripada keturunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam kerana lembing yang dilontar dalam kitab ini sememangnya ditujukan orang seperti mereka.

Sesiapa sahaja yang membaca karyanya «az-Zāwiyaẗ» tanpa mengenali penulis terlebih dahuluޱ pasti penulis tersebut dilabel wahabi secara pantas. Akan tetapiߨ penulis ini adalah tokoh sufi ahli bait. Dia masih mengakui bahawa tasawwuf adalah sebahagian intipati daripada Islam sepertimana fiqh. Akan tetapiߨ dia memfokuskan kritikannya kepada sufi yang jahil yang menyebarkan pengamalan yang menyeleweng daripada sunnah dan kefahaman yang merosakkan akidah.

Yang menariknya lagi adalah kitab «az-Zāwiyaẗ» ini juga menyinggung abang sulungnya dalam beberapa isu. Malahߨ jika kita menelusuri sejarah kehidupan Muḥammad az-Zamzamiyyޱ sememangnya berlaku saling berbalas kritikan dengan adik beradiknya yang lain. Konfliknya bersama adik beradiknya yang lain agak terkenal diceritakan.

Antaranya adalah isu pemandian anak lelaki pada jenazah ibunya. Abdullah al-Ġumāriyy mendapat tahu bahawa az-Zamzamiyy menyuruh anak lelakinya untuk memandikan jenazah ibunya. Ini mencetuskannya menulis judul «Ismā a-umm Li Ibāt Tarīm Ġusl al-Ibn Li Umm». [Rujuk https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid0pgStDRzPkkGRmPmAS61brfBNpM5VgBzFRi4utC4FhsE1LALXt3aK5JJEV5p95Pbjl&id=100011710382387].

Sebegitu juga penghasilan Abdullah al-Ġumāriyy pada karya yang berjudul «Ilām an-Nabīh Bi Sabab Barō^a Ibrōhīm Min Abīh» setelah mendapat tahu bahawa az-Zamzamiyy menuduh ayahnya sebagai sesatߨ lalu dia berlepas diri daripada ayahnya dan alasannya adalah Ibrōhīm alayh as-Salām juga melakukan yang sama setelah nyata kesesatannya. Karya ini dihasilkan bagi menepis alasan ini. [Rujuk https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid0giVGx9TikVLcABvBJzF4Dc8NxY8beJzw7ndZznifKsU1LS3ZHNE9f4oTyPdd2C9Pl&id=100011710382387].

Muḥammad Ilyās al-Marrōkišiyy dalam «Abd al-ayy Ibn a-iddīq al-Ġumāriyy ߸ Al-Uṣūliyy an-Nāqid Wa al-Mujtahid al-Mujaddid» menyatakan bahawa Abdul ayy al-Ġumāriyy menghasilkan karya «ad-Dalā^il al-Qoṭiyya Alā al-Aẖṭō^ aš-Šanīa al-Wāqia Fī al-Qunbula a-arriyaẗ» atau «al-Fāḍia al-Maziya Li Ṣōḥib al-Qunbula a-arriyyaẗ» untuk membantah karyanya yang berjudul «al-Qunbula a-arriyya Alā al-H̱oṭīb Allaḏī Ya^muru an-Nās Bi Ḥalq al-Liḥyaẗ».

Ini sama sekali tidak membina persepsi bahawa kritikan terhadap ahli bait adalah sama seperti orang yang membenci zuriat baginda sepertimana yang selalu digembar-gemburkan oleh pengikut al-Ḥabīb! Alangkah bezanya dua paksi keluarga ini!

Menjadi keturunan baginda bukan untuk memenangkan aliran tertentu atau berpihak kepada mereka yang sama dalam pertalian darahߨ tetapi menjadi orang yang menegakkan sunnah datuknya -ṣollallāhu alayhi wa ālihi wasallam- kepada masyarakat.

Saya melihat Muḥammad az-Zamzamiyy menjadi orang yang dipinggirkan setelah masuk ke fasa perubahan pandangannya. Sekalipun setelah kematiannyaܦ legasi perjuangannya yang terabadi dalam kitabnya «az-Zāwiyah» masih di tempat wira yang tidak didendangkan.

Ini kerana sufi tetap membenci mana-mana yang datang untuk menyanggahi tradisinya sekalipun daripada keturunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam. Walaupun para sufi menyebutkan cintanya kepada ahli baitޱ hakikatnya mereka tidak akan mampu menghadam apa yang dibentangkan Muḥammad az-Zamzamiyy.

Bagi sufi yang benar-benar ikhlas untuk mencari kebenaran dan ingin mereformasikan pemikiran saya sememangnya mencadangkan pembacaan kitab «az-Zāwiyaẗ» ini. Yakinlah bahawa sesiapa yang menghadam kandungan dalam kitab iniޱ perspektif sufinya akan berubah dan dia akan berada di dimensi berbeza.

Saya faham yang kadangkala sufi sangat berat perasaan untuk membaca kritikan daripada aliran yang berbeza dengan mereka. Mengapa tidak mereka membaca dari tokoh besar mereka sendiri? Bukankah ia lebih dekat jurang perbezaannya?

Kemudianߨ adiknya; Abdul ayy juga menonjol dan menyerlah dalam usaha pembasmian taklid yang tercela dan ketaksuban terhadap imam atau mazhab. Boleh dikatakan seluruh kitabnya sememangnya lantang menghentam pentaklid yang buta habis-habisan serta seakan-akan tidak memberikan ihsan dan belas kasihan ketika mengkritiknya secara pedas sekalipun tema utama adalah membahaskan isu fiqh atau uṣūl fiqh. Mana-mana golongan al-Ḥabīb, para pengikutnya dan aswajaean secara umumnya pasti gerun dengan kandungan kitab ini sekalipun mereka mendakwa bahawa mereka ini pecinta ahli bait!

Banyak lagi keunikan yang boleh dipelajari daripada keluarga ini. Semakin didalamiޱ kita akan dapati bahawa keluarga ini adalah ahli bait yang paling unik dalam sejarah muslim dalam sumbangan ilmiahnya dan pola pemikirannya. Ia mungkin sahaja tidak dapat ditiru oleh sesiapa pun sesudah mereka. Sesiapa sahaja yang mendalami manhaj keluarga al-Ġumāriyy iniޱ pasti tidak akan berhenti merasa teruja dengan menjengah keistimewaan yang ada pada mereka.

Malang sekali yang kitab mereka ini tidak begitu diberikan perhatian penjagaannya melainkan Abdullah al-Ġumāriyy. Seolah-olah mereka ini masih terpencil di persada dunia walaupun pengaruh mereka ini besar di mata duniaߨ khususnya kesufian. Ada di antara kitab mereka yang boleh diisytiharkan sebagai telah ditelan zaman.

Abdul ayy al-Ġumāriyy pernah menyatakan hasrat agar karangan abang sulungnya; Amad al-Ġumāriyy yang masih berbentuk penulisan tangan dapat dicetak untuk manfaat bersama. Dia berkata :

وقد كان رحمه الله تعالى هذا شأنه في كل ما كتب من التآليف التي تبلغ مائة وخمسين. لا زال أكثرها مخطوطا ولا يدري أحد ما مصيرها لأنه رحمه الله تعالى مات بمصر وكان حملها معه عند هجرته من مسقط رأسه إليها. وإني أسأل الله سبحانه أن يهيئ الأسباب لطبعها أو طبع بعضها لئلا يذهب ما فيها من علم قل من يتقنه في عصرنا إلى بطون العثة ولا يستفيد منه أحد.

"Dahulu semoga Allah Taālā merahmatinya adalah begini keadaannya pada apa yang dia menulis dari karangan-karangan yang mencapai seratus lima puluh. Sentiasa ia yang terbanyak daripadanya adalah penulisan tangan dan tidak ada seoranag pun mengetahui apa kesudahannya kerana dia semoga Allah Taālā merahmatinya meninggal dunia di Mesir dan dia membawanya bersamanya ketika hijrahnya dari tanah airnya. Sesungguhnya aku mengharapkan Allah Subḥānahu mempersiapkan sebab-sebab untuk pencetakannya atau pencetakan sebahagiannya supaya tidak hilang apa yanag ada padanya yang berupa ilmu yang sedikit orang yang menekuninya di masa kita sehingga ke perut ngengat dan tiada seorang pun yang mengambil faedah daripadanya". [At-Tayammum Fī al-Kitāb Wa as-Sunnaẗ Wa Ibṭōl al-Maḏhab al-Qō^il Inna at-Tayammum Lā Yajūz Bi Ġoyr at-Turōbterhimpun dalam judul «al-Ajwiba al-Fiqhiyyah Li al-Uṣūliyy Li Abd al-ayy Ibn a-iddīq al-Ġumāriyy» yang dihimpunkan oleh Muammad Ilyās al-Marrōkišiyym/s 233keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyya].

Sememangnya inilah yang diharapkan dari para pecinta keluarga ini. Bukan sahaja ada sebahagian karangan-karangan Aḥmad al-Ġumāriyy yang masih belum tercetak pada hari ini. Ia juga adalah dari selainnya. Walaupun disenaraikan karangan peninggalannya ketika pembiografian merekaޱ sebahagiannya tinggal memori yang terukir di catatan biografiߨ tetapi karya tersebut entah apa yang terjadi.

Saya tidak tahu mengapa ini terjadiߨ sedangkan khazanah mereka sangat berharga. Saya berharap bahawa ada yang benar-benar mengumpulkan dan mencetak semula karya mereka ini dalam berbentuk ensiklopedia sepertimana kitab Abdullah al-Ġumāriyy telah diberikan khidmatnya.

Keluasan Ilmu Ibn Ḥajar Al-Asqolāniyy

Ibn Ḥajar al-Asqolāniyy sudah cukup terkenal dengan magnum opusnya; «Fat al-Bārī Šar oḥīḥ al-Buẖōriyy». Kitab ini walaupun menjadikan aras tanda keluasan ilmunya dan kekuatan hafalannyaޱ jika kita telusuri lebih banyak penulisannyaߨ khususnya dalam bidang hadisޱ kita akan dapati sesuatu yang mengagumkan yang di luar jangkaan kita.

Sudah tentu kitab «Fatḥ al-Bārī» mendapat jolokan kata-kata: "Kitab syarahan «Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy» yang kalian tidak memerlukan selainnya apabila memilikinya". Sememangnya benar kerana Ibn Ḥajar telah mencurahkan segala ilmunya secara maksimum untuk menjelaskan, mengupas dan menganalisis kandungan di dalam «Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy».

Kajian sanadnya juga sudah ada pelbagai aspek yang dia sentuh. Jika ada kemusykilan tentang perawiޱ dia membahaskannya tanpa membiarkan ia tertinggal. Kemudianߨ dibawakan hadis melalui sumber lain atau jalur yang lain jika ia dapat memperkuatkannya atau menjelaskan bahagian yang tidak ada pada «Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy». Kemudianߨ dia merungkaikan makna dan teks bagi hadis tersebut yang bukan sahaja pada «Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy»ߨ tetapi pada yang lain jika ada kemusykilan yang mendatang yang ada kaitan dengan hadis di dalam «Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy».

Hakikatnya adalah kitab ini bukan semata-mata syarahanߨ tetapi ia adalah kitab analisis «Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy» pada sanadnya dan matannya dengan mengumpulkan pelbagai jalur dan pandangan terhadapnya. Sememangnya tidak akan ditemui syarahan «Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy» seperti ini. Jika ada persamaan pada syarahan hadisޱ barangkali ia adalah «al-Minhāj Šarḥ Ṣoḥīḥ Muslim Ibn al-Ḥajjāj» karya an-Nawawiyyߨ tetapi yang lebih terperinci lagi.

Tidak sekadar itu sahaja yang Ibn Ḥajar menonjolkan kemahiran ilmu hadisnya. «Taġlīq at-Talīq» juga kita boleh menganggapnya sebagai karyan yang menakjubkan. Dia berusaha sedaya yang sehabis mungkin bagi melengkapkan sanad-sanad hadis yang muallaq dalam «Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy» dalam pelbagai sumber yang mana sebahagiannya tidak terfikir pun untuk kita merujuknya. Agak sukar untuk mencari sanad yang tidak disebutkan atau sanad yang hilang dari sekadar bahasa semata-mata melainkan seseorang memerlukan pengkajian yang luas.

Setiap hadis muᶜallaq daripadanya berjaya disambungkan dengan menyebutkan sanad penuhnya tanpa gagal. Bukan mudah untuk melengkapkannya kerana ada beratus-ratus sanad yang muᶜallaq dalam «Ṣoḥīḥ al-Buẖōriy» sehingga seseorang perlu menekuni dengan bersungguh-sungguh untuk mencarinya. 

Ini sememangnya membuktikan keluasan pembacaan Ibn Ḥajarߨ sekaligus ketepatan al-Buẖōriyy dalam menukilkan sumbernya secara taᶜliq dan kesahihan yang terjamin sekalipun tidak disebutkan sanad secara penuh. Hadis-hadis muᶜallaq dalam «Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy» terbukti sama sekali tidak menemukan percanggahan dan isu dalam aspek penyebutan sanad.

Tidak sekadar itu sahaja. Dia juga melengkapkan apa yang kurang daripada «Tahḏīb al-Kamāl Fī Asmā^ ar-Rijāl» karya al-Mizziyy dengan penghasilan «Tahḏīb at-Tahḏīb». Tidak lengkap jika seseorang merujuk «Tahḏīb al-Kamāl» tanpa merujuk «Tahḏīb at-Tahḏīb» kerana «Tahḏīb at-Tahḏīb» menambahkan lagi aspek yang kurang seperti qaul nuqqad tentang periwayatan yang mursal daripada perawi atau qaul tajrih dan taᶜdil yang tidak ada dalam «Tahḏīb al-Kamāl» atau yang berkaitan dengan perkara yang memberi kesan kepada status perawi.

Rujukan yang dia cari untuk mengumpulkannya sangat pelbagai sehingga yang tidak terfikir untuk kita merujuknya. Bukan mudah untuk melengkapkannya kerana ada beratus-ratus perawi dan maklumat tentangnya yang perlu diingat.

Orang yang tidak luas hafalannya dan tidak kuat memorinya pasti akan menemukan kecundang untuk melengkapkan karya al-Mizziyy ini. Sesiapa yang meragukan hafalannyaޱ sememangnya wajar untuk kerap mengamati karyanya.

Bahkanߨ dia juga melengkapkan maklumat perawi yang terkandung «Mizān al-Itidāl Fī Naqd ar-Rijāl» karya a-ahabiyy melalui kitabnya «Lisān al-Mīzān». Perawi yang ada dalam kitab «Mizān al-Itidāl» bukan semata-mata pada Kutub Sittah sahajaߨ tetapi lebih banyak daripada itu.

Sememangnya seseorang memerlukan kesungguhan dan minat yang mendalam terhadap kajian perawi. Jika tidakޱ kitab ini tidak akan dapat ditambah faedahnya dan disempurnakan pengisiannya.

Dia juga menabur bakti dalam khidmat hadis melalui kitabnya «Talẖīṣ al-Ḥabīr Fī Taẖrīj Aḥādīṯ ar-Rōfiiyy al-Kabīr» dalam melakukan pentakhrijan hadis yang terkandung dalam «Šar al-Kabīr» karya ar-Rōfiiyy dengan menyebutkan pelbagai sumber dan memberi komentar terhadap hadis tersebut bersama pandangan ahli hadis tentangnya.

Begitu juga dengan kitab «al-Iṣōbaẗ Fī Tamyīz aṣ-Ṣoḥābaẗ» dalam mengensklopediakan nama-nama sahabat Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam secara terperinci. Banyak lagi karyanya yang lain yang menunjukkan aspek kehebatan penguasaan ilmunya.

Sumbangannya dalam ilmu hadis sememangnya besar dan bermanfaat. Sememangnya layak digelar al-Imām dan al-Ḥāfiẓߨ bahkan Amīr al-Mu^minīn dalam hadis. Kalaulah dia hidup di zaman salafޱ sememangnya layak untuk dia berdiri menyerlah bersama para nuqqad yang lain yang terbilang. Bahkanߨ as-Suyūṭiyy berkata tentang Ibn Ḥajar al-Asqolāniyy :

حكى أَنه شرب مَاء زَمْزَم ليصل إِلَى مرتبَة الذَّهَبِيّ فِي الْحِفْظ فبلغها وَزَاد عَلَيْهَا

"Dia menceritakan bahawa dia meminum air zamzam untuk sampai kepada martabat aḏ-Ḏahabiyy dalam hafalan. Laluߨ dia sampai kepadanya dan bertambah hal itu kepadanya". [Ṭobaqōt al-Ḥuffāẓm/s 552keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyya].

Sekarang ini kita melihat bagaimana Allah perkenankan hajatnya menjadi orang yang persis seperti aḏ-Ḏahabiyy yang merupakan tokoh besar dalam hadis yang memiliki keupayaan hafalan yang mantap dan keluasan dalam pembacaan. Semoga Allah merahmati mereka berdua dan mengurniakan pahala yang berkekalan atas jasa besarnya dalam ilmu hadis.

Semangat Waja Ibn Taymiyyaẗ

Sejujurnyaߨ saya memandang Ibn Taymiyyaẗ sama sepertimana Jalāluddīn as-Suyūṭiyy dalam kerajinannya dalam menuntut ilmu dan menyampaikannya serta kekuatan hafalannya, luas pembacaannya dan banyak penghasilan karyanya. Cumaߨ yang membezakan antara kedua-dua ini pada dua aspek.

Pertamaߨ aliran akidah Ibn Taymiyyaẗ tidak sama dengan as-Suyūṭiyy. Bahkanߨ kalau kedua-dua ini hidup di zaman yang samaޱ pasti akan berlaku pergeseran dan perseteruan semasa mereka. Pun begituߨ as-Suyūṭiyy terkesan dengan kitab Ibn Taymiyyaẗ yang berjudul «Naṣīḥaẗ Ahl al-Imān Fī Rodd Alā Maniq al-Yunān» dan memuji karya iniߨ lalu meringkaskannya dengan judul «Jahd al-Qorīḥaẗ Fī Tajrīd an-Naṣīḥaẗ» dalam merobohkan keberdirian ilmu mantiq.

Keduaߨ Ibn Taymiyyaẗ agak aktif dalam urusan luaran seperti penyampaian syarahan dan menghadapi pelbagai peristiwa. Manakalaߨ as-Suyūṭiyy pula lebih menghabiskan masa hayatnya setelah perantauan dalam menuntut ilmu dalam berkurung di rumah.

Kisah yang Ibn Taymiyyaẗ lalui pada dunia luar sememangnya ada pengajaran yang berguna. Meskipun ada beberapa perkara yang kita tidak persetujuiߨ kita masih boleh mengambil pengajaran dan teladan yang baik daripadanya serta tidak mengenepikan sumbangan ilmiahnya sepertimana as-Suyūṭiyy tidak mengabaikan sumbangannya dalam merobohkan ilmu mantiq.

Kesungguhan Ibn Taymiyyaẗ dalam menuntut ilmu semestinya persis sepertimana as-Suyūṭiyy yang agak rajin pembelajarannya sehingga kitab yang mereka hasilkan memuatkan pelbagai pandangan dan beraneka idea dapat dicurahkan melalui pena. Kita semua sebenarnya ingin tahu bagaimana rutin harian mereka dalam menuntut ilmu dapat mengumpulkan dan menguasai pelbagai bidang ilmu.

Antara semangat wajanya adalah berhadapan dengan tentera Tatar. Ini adalah perkara yang penting sebagai tamparan kepada kita semua kerana boleh jadi sebahagian kita yang memiliki ilmu yang luas tidak mahu melibatkan dalam kancah peperangan atau yang membawa kepada kematian kerana kita merasakan segala fasa pembelajaran yang dihabiskan akan menjadi sia-sia jika mati sebegitu sahaja. Baginya lebih baik meneruskan kehidupan supaya dapat menabur bakti dalam lapangan ilmiah atau dapat merebut tempat kerana kedudukan ilmunya.

Pemikiran sebegini tidak ada di minda Ibn Taymiyyaẗ dan dia tidak hanya bertindak sebagai belakang tabir dalam memberikan kata-kata rangsangan dan semangat atau sekadar merekrut orang lain sahaja atau sekadar mendesak para penguasa untuk berjihadߨ tetapi dia juga termasuk orang yang sama-sama turun ke medan perang bersama tentera Syam ketikamana Mongol cuba masuk ke arahnya 702 Hijrah.

Terjadilah pertempuran pada 2 Ramadhan dan tamat pada waktu petang 4 Ramadhan yang diakhiri dengan kemenangan muslim. Malahߨ dia juga menyahut undangan sultan an-Nāṣir Muḥammad bin Qolāwūn pada bulan Syawal 712 Hijrah untuk menghadapi tentera Tatar. Akan tetapiߨ niat jihadnya ketidaksampaian kerana Tatar telah berundur sebelum sampainya Ibn Taymiyyaẗ.

Antaranya adalah sanggup dipenjarakan dalam mempertahankan pandangannya tanpa gentar. Tidaklah saya kata semua pandangannya betul. Akan tetapiߨ mempertahankan prinsip ini bukan mudahߨ lebih-lebih lagi jika penjara sedang menarik kakinya ke sana. Lebih-lebih lagi isu yang berkaitan dengan ijtihad atau yang menyalahi majoriti atau mungkin seluruh ulama.

Ketika diuji dengan isu kemakhlukan Quran yang ditimbulkan muᶜtazilianܦ ada beberapa tokoh besar terpaksa menjawab yang salah dalam keadaan berpura-pura seperti Yaḥyā bin Maīn dan Aliyy bin al-Madīniyy. Ada juga yang berani menyuarakan kebenarannya secara jelasߨ tetapi dipenjara seperti Aḥmad bin Ḥanbal. Ibn Taymiyyaẗ antara yang membina semangat waja dalam dirinya.

Dia pernah dipenjara di Mesir kerana bertelagah dengan al-Qōḍī al-Mālikiyy dalam isu akidah. Setelah beberapa lamaܦ para hakim daripada mazhab šāfiᶜian, mālikian, ḥanafian dan sekelompok dari kalangan fuqaha dijemput oleh penguasa Mesir; Sayfuddīn Sallār untuk membincangkan tentang pembebasan Ibn Taymiyyaẗ daripada penjara.

Sebahagian yang hadir meletakkan beberapa syarat padanya. Antaranya adalah dia perlu bertaubat daripada akidahnya. Akan tetapiߨ Ibn Taymiyyaẗ enggan memenuhi syarat tersebut dan dia terus berpanjangan dalam penjara. Dia hanya dapat keluar setelah lapan belas bulan kemudian setelah ketibaan Ḥusāmuddīn Mahinnā bin Īsā yang bersumpah untuk membebaskannya.

Setelah ituܦ dia mula berbalah dengan para sufi dalam isu pendukung Waḥdaẗ al-Wujud yang digagaskan oleh Ibn Arobiyy, Ibn Sabīn, al-Qūnawiyy dan al-allāj. Lantasߨ sultan pun mengadakan majlis di Dār al-Adl. Ketika itu tampaklah bahawa Ibn Taymiyya mengungguli mereka. Lantasߨ para pemerintah menjadi kucar kacir dengan riuh pikuk dan keluhanߨ lalu mereka menawarkannya tiga pilihan sama ada balik ke Syam yang merupakan tanah airnya atau tinggal di Iskandariah dengan beberapa syarat atau dipenjara. Ibn Taymiyyaẗ memilih untuk dipenjara.

Akan tetapiߨ murid-muridnya mencadangkan untuk balik ke Syam. Dia pun ke Syam pada malam 18 Syawalߨ kemudian dia balik ke Mesir keesokan harinya. Dikatakan kepadanya: "Sesungguhnya negeri ini tidak redha dengan kamu melainkan penjara". Akan tetapiߨ tidak ada kesepakatan dari kalangan hakim untuk memenjarakannya. Ibn Taymiyyaẗ berkata: "Aku akan ke penjara dan aku akan mengikut apa yang engkau rasakan ia memberi maslahat".

Beberapa lama setelah ituܦ dia kembali ke Syam. Dia kembali kepada tugasan lamanya dengan mengajar, menulis dan kegiatan ilmiah yang lain. Timbul pula isu sumpah talak. Ibn Taymiyyaẗ berpandangan bahawa jatuh atau tidak talak seseorang itu bergantung pada niatnya ketika dia bersumpah bahawa jika benar dia melakukan sesuatu sebagai contohޱ maka isterinya tertalak. Padahalߨ dia telah pun melakukannya. Sedangkanߨ kesepakatan empat mazhab menyatakan bahawa talaknya terus jatuh.

Sultan telah menyampaikan surat kepada Ibn Taymiyyaẗ agar berhenti dari berfatwa sedemikian dan diserukan ke negeri itu tentang hal itu. Kemudianߨ dia kembali berfatwa tentang hal itu dan dia berkata: "Aku tidak merasa senang untuk menyembunyikan ilmu".

Ketikamana sultan tahu bahawa Ibn Taymiyyaẗ mengulangi fatwa tentang masalah tersebutߨ dia menulis surat untuk menegaskan larangan. Dia pun dibawa hadir ke dan dia dicela tentang itu. Ini kerana majlis itu dipenuhi sekelompok besar daripada hakim dan fuqaha.

Ibn Taymiyyaẗ tekal mempertahankan fatwa tentang isu talak. Laluߨ diadakan majlis pada 22 Rejab di Dār al-Ḥukm dengan kehadiran wakil sultan. Di sana berkumpulnya para hakim, para mufti dan Ibn Taymiyya. Mereka mencelanya tentang isu tersebut. Kemudianߨ dia dipenjarakan di istana selama lima bulan lapan belas hari. Kemudian, dia dibebaskan atas perintah sultan.

Setelah ituܦ timbul pula isu ziarah kubur ke para nabi dan orang soleh. Pada pandangan Ibn Taymiyyaẗ perantauan dan musafir yang bertujuan hanya semata-mata untuk ziarah kubur orang soleh adalah tidak dibolehkan. Laluߨ dia pun dipenjara di istana Damsyik. Akan tetapiߨ kali ini Ibn Taymiyyaẗ menzahirkan rasa kegembiraan dengan berkata: "Aku benar-benar menantikan yang itu. Ini ada kebaikan yang banyak dan maslahat yang besar". Dia pun meninggal dunia di dalam penjara.

Sukar untuk menemukan orang yang ada cinta kepada dunia untuk sanggup berulang alik ke penjara dan mati di medan perang jika ditakdirkan. Ini tidak lain tidak bukan adalah keberanian atas dasar berprinsip tanpa peduli apa yang akan terjadi pada dirinya dan keimanan kepada hari akhirat yang mendalam. Sebahagian orang sudah cukup serik setelah dihumban ke dalam penjara untuk beberapa tempoh lamaߨ apatah lagi sistem penjara dahulu tidak seperti sekarang. Akan tetapiߨ tidak pada insan yang bernama Ibn Taymiyyaẗ.

Antara semangat waja pada diri Ibn Taymiyyaẗ adalah memaafkan para musuh yang berkomplot dalam menjatuhkannya. Sultan pernah meminta fatwa daripadanya untuk membunuh sebahagian sebahagian hakim dengan sebab mereka mengutuknya. Menurut Ibn Kaṯīr dalam «al-Bidāyaẗ Wa an-Nihāyaẗ» sebenarnya ia bermotifkan geramnya sultan terhadap mereka disebabkan usaha mereka untuk mengasingkannya dan perbaiahan kepada al-Jāšnakīr.

Ibn Taymiyyaẗ faham kehendak sultanߨ lalu dia pun mula memberi penghormatan besar kepada fuqaha dan para hakim serta mengingkari celaan terhadap mereka dengan keburukan. Dia berkata kepadanya: "Apabila engkau membunuh mereka ini, engkau tidak akan menemukan semisal mereka selepas ini". Sultan menjawab: "Sesungguhnya mereka menyakitimu dan berkeinginan untuk membunuhmu beberapa kali". Dia menjawab: "Sesiapa yang menyakitikuޱ dia dalam pembebasan. Sesiapa yang menyakiti Allah dan rasul-Nyaޱ maka Allah akan membalas dendam terhadap mereka. Aku tidak akan membela untuk diriku sendiri".

Kepemaafan ini dipuji oleh Ibn Makẖlūf al-Mālikiyy yang merupakan antara mereka yang berkomplot terhadap Ibn Taymiyyaẗ. Katanya :

مَا رَأَيْنَا مِثْلَ ابْنِ تَيْمِيَّةَ حَرَّضْنَا عَلَيْهِ فَلَمْ نَقْدِرْ عَلَيْهِ وَقَدَرَ عَلَيْنَا فَصَفَحَ عَنَّا وَحَاجَجَ عَنَّا

"Aku tidak pernah melihat semisal Ibn Taymiyyaẗ. Kami menggesa untuk membunuhnyaߨ tetapi kami tidak berkuasa terhadapnya. Dia berkuasa terhadap kamiߨ lalu dia memaafkan kami dan dia berhujah bela untuk kami". [Al-Bidāyaẗ Wa an-Nihāyaẗkarya Ibn Kaṯīrjilid 14m/s 54keluaran Dār al-Fikr].

Sikap pemaaf ini sebenarnya sangat sukar untuk diterapkan, lebih-lebih lagi setelah ada peluang untuk membalasnya walaupun sedikit dan setelah seseorang menempuhi banyak derita kerana orang tersebut. Benar-benar orang yang memiliki tawakkal kepada Allah tidak akan gentar dan tidak juga memendam rasa khuatir jika musuhnya mengulangi lagi untuk menyakitinya. Inilah semangat waja yang sememangnya patut kita ambil teladan dan renungkan.

Stephen Hawking ߸ Sang Lumpuh Yang Menyerlah Berjaya

Adakalanyaߨ kita perlu melihat orang yang lebih sukar daripada kita kerana beberapa sebab. Pertamaߨ supaya kita menghargai nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Kadangkala kita merasakan nikmat yang telah ada di tangan kita ini terlalu kecil atau tidak begitu signifikan dalam hidup sehingga kita alpa dengan nilainya.

Akan tetapiߨ ia adalah besar di mata orang lain dan orang lain sangat mendambakan kalau dikurniakan sebegitu. Dengan sebab itu melihat kepada yang lebih sukar kepada kita menjadikan kita seorang yang bersyukur dan menyedarkan semula harga nikmat yang telah kita peroleh.

Keduaߨ supaya kita mengambil inspirasi daripada merekaߨ khususnya yang berjaya dalam mencapai cita-citanya yang murni. Kadangkalaߨ dengan limpahan kurnia yang ada pada kita masih tidak menyedarkan kita untuk menggunakannya sebaik-baiknya dan secara optimum dalam menjadi insan yang baik dan cemerlang. Kita merasakan apa yang kita ada masih belum cukup untuk membantu kita menyampaikan cita-cita kita.

Apabila kita melihat orang yang lebih sukar daripada kita contohnya seperti cacatޱ maka itu sekurang-kurangnya akan menyentak minda kita bahawa kekurangan yang mereka hadapi bukan halangan besar dan penyebab mereka berputus asa. Bahkanߨ mereka masih mampu membina semangat untuk mencapai matlamat yang mereka mahu.

Ketigaߨ supaya kita menjauhi remeh-temehߨ sedangkan sang cacat itu sudah mula mengatur langkah untuk menjadi lebih maju lagi. Apabila kita merasakan terlalu banyak nikmat yang ada pada kitaޱ mudah sahaja kita ingin menyibukkan perkara yang remeh dan kecil sama ada untuk dipolemikkan, dibawa perbalahan atau menjadikannya sebagai topik pergeseran sesama manusia. Padahalߨ orang lain sedang sibuk membina empayar dirinya dan membangunkan kekuasaannya untuk merealisasikan impiannya.

Sebegitulah perasaan saya apabila melihat dan mengenangkan Stephen Hawking yang menghidap ₍Amyotrophic Lateral Sclerosis₎ (ALS) yang merosakan motor neuron di otak dalam tindak balas kepada otot sehingga lumpuh keseluruhan tubuhnya. Seorang yang berpuluh-puluh tahun hidupya dengan berkerusi roda yang tidak mampu menggerakkan kepalanya sendiri dan tidak mampu bercakap melainkan dengan bantuan komputer, namun tetap menempa namanya di persada dunia fizik dan dijulang tinggi kewibawaannya.

Walaupun bukan muslimޱ ia tetap memberikan keinsafan saya secara peribadi dan pengingat jika saya terlupa atau lalai. Apabila saya menghadapi kesusahan dalam hidupޱ saya kadangkala mengenang orang ini kerana kesusahan saya mungkin tidak seperit yang dia lalu sepanjang hidupnya.

Sekurang-kurangnya Allah masih membekalkan kesihatan fizikal buat masa sekarang ini. Mengapa perlu mengeluh lagi apabila menyedari ada orang lebih rela menghadapi apa yang saya hadapi berbanding menanggung kehidupannya seperti sekarang?

Malahߨ dalam keadaan terhad sekalipun dia mampu untuk belajar lebih mendalam, menjalankan kajian dan menghasilkan penulisan sama ada berbentuk buku atau jurnal. Tidak sekadar itu. Dia mampu mencipta ketokohan buat dirinya walaupun dalam keadaan yang penuh tersepit. Adakalanyaܦ penghalang itu bukan kekurangan pada fizikal atau yang konkrit yang kita capai melalui pancaindera kitaߨ tetapi ia pada minda dan set pemikiran kita. Selagimana kita merasakan kita tidak bolehޱ maka sebegitulah takuk yang kita akan berada.

Saya secara peribadiܦ menyukai penulisannya kerana dia menggunakan bahasa yang mudah difahami, pengungkapan yang tidak begitu jargon dan laras bahasa yang sesuai dengan tahap orang kebanyakan. Saya sendiri dapat mengikuti perbahasan fizik yang dia bincangkan tanpa merasa jurang bahasa. Cumaߨ disebabkan saya ada kekurangan dalam bahagian fizik saya mungkin tidak dapat melihat makna di sebalik beberapa istilah atau alam yang sedang dia tunjukkan.

Membaca bukunya seumpama saya telah dimudahkan perjalanan meneroka hutan di setiap pinggiran sungai dengan bot yang dikemudi Stephen Hawkingߨ tetapi saya tidak dapat mengenal nama-nama pokok dan jenis-jenisnya kerana saya kekurangan pengetahuan dalam hal ehwal yang berkaitan dengannya.

Saya juga berharap bahawa penulisan saya juga mengikuti cara penjelasan sepertinya. Saya sememangnya mahu semua orang dalam setiap lapisan masyarakat tidak berhadapan dengan isu memahami laras bahasa dan pengungkapan yang saya sampaikan. Kalau mereka berhadapan dengan masalah punޱ biarlah ia hanya pada isu yang melibatkan pengkhususan dalam bidang tersebutߨ bukan masalah pengungkapan bahasa.

Saya sebenarnya kurang gemar menggunakan bahasa jargon atau merumitkan penjelasan hanya semata-mata untuk mempamerkan kepandaian. Tidak ada manfaat pun jika umat Islam tidak dapat mengambil manfaat daripada penyampaian kita. Itu hanyalah berseronok sendiri.

Kalaulah kita benar-benar ingin melahirkan umat yang bijak pandaiޱ maka kita perlu menjadi pemudah cara dan pembantu untuk merealisasikan hajat tersebutߨ bukan menambahkan lagi bebanan sehingga orang ramai jemu.

Beethoven ߸ Sang Pekak Yang Menghasilkan Muzik

Sebenarnya Ludwig Van Beethoven bukanlah pekak semenjak dari lahirߨ tetapi ia bermula ketika tahun 1798; beberapa tahun setelah dia berkecimpung lama dalam karier muzik dan menjadi terkenal dengannya. Kemudianߨ ia menjadi melarat sehingga ke tahun berikutnya.

Beethoven juga sepertimana manusia lain yang berhadapan dengan rasa keresahan apabila deria utamanya untuk meneruskan kariernya menjadi merosotߨmalah sehingga dia ada menyatakan hasrat untuk membunuh diri. Kalaulah pelukis menghadapi kemurungan jika menghadapi kemerosotan dalam deria penglihatannyaޱ sebegitulah yang Beethoven yang rasai.

Namunߨ pada awalnya dia menyembunyikan situasi yang dia berada. Dia hanya memberitahu kepada rakan zaman kanak-kanak dan doktornya di Bonn. Dia juga menjauhi majlis pertemuan sosial kerana khuatir yang orang ramai akan sedar masalahnya sehingga menjejaskan kariernya. Malahߨ dia juga ingin menyatakan perasaan yang bercampur baur bersama rasa dukacita yang mendalam antara rasa bunuh diri kerana kemerosotan pendengaran dan juga menyatakan keputusannya untuk teruskan kehidupan dengan seninya melalui dokumennya yang bernama Heiligenstadt Testament kepada abangnya. Akan tetapiߨ surat ini tidak dihantar dan ditemukan selepas kematiannya.

Pun begituߨ perasaan resah itu tidak boleh dibawa berpanjangan. Kehidupan perlu diteruskan dan selagimana masih bernyawaޱ masih ada lagi harapan dan peluang. Beethoven tetap menggubah muzik yang hebat dan mempesonakan pendengar yang bertaraf mahakarya. Dia tetap meneruskan kariernya sekalipun berhadapan dengan masalah pendengaran. Malahߨ dia juga tetap menghasilkan muzik walaupun persekitarannya sedang rancak dengan peperangan.

Dalam menghasilkan muzik ketika fasa kecacatan pendengaran dia menggunakan telinga trompet untuk menggubah di piano. Dia juga menggunakan batang kayu dengan menggunakan giginya untuk merasakan getaran ketika dia bermain.

Diceritakan bahawa dia duduk di pianoߨ lalu meletakkan pensil ke mulutߨ lalu menyentuh bahagian hujung yang lain ke papan bunyi instrumen untuk merasakan getarannya. Malahߨ pengalamannya dahulu dan deria ketangkasan dalam mengenal not bunyi sepanjang penglibatannya dalam karier muzik mampu membantu untuk mengenal bahasa muzik.

Pada awal tahun 1818 dia menerima piano Broadwood sebagai hadiah daripada pembuat piano Inggeris. Disebutkan bahawa dia mengambil langkah yang lain dari kebiasaan untuk memiliki amplifier yang kononnya dipanggil mesin pendengaran yang dibuat untuk pianonya. Ia adalah alat resonan berlogam cengkung yang berkemungkinan dibuat daripada zink yang diletakkan di atas instrumen tersebut. Beethoven menggunakan alat ini atau versi yang seterusnya sehingga kematiannya.

Ini menyatakan bahawa walaupun di tahun terakhirnyaޱ dia mampu mendengar lebih baik untuk mendapatkan beberapa manfaat daripadanya.

Pun begituߨ dia masih meneruskan kariernya dan menghasilkan gubahan muzik yang hebat yang dikenang sepanjang sejarah dan diperakui oleh mereka yang sezamannya. Sekalipun ada perubahan dalam gubahan muziknya؛ iaitu dengan not yang lebih rendah dalam gubahannyaܦ ia tetap mengekalkan keagungannya dan kehebatannya dalam penghasilan muzik.

Hasil yang telah digubah pada fasa ini adalah Moonlight Sonata; satu-satunya opera Fidelio dan enam simfoni. Antara muzik yang dia hasilkan ketika pekak dan dikatakan menggunakan imaginasinya sahaja adalah Grosse Fugue Op. 133 dan 9th Symphony.

Masalah pendengaran bukan lagi penghalang bagi seniman muzik seperti Beethoven. Pada 1806 dia pernah mencatat dalam salah satu coretan muziknya: "Jangan menjadikan kepekakan sebagai suatu rahsiaߨ tetapi jadikan ia sebagai seni".

Donato Cabbrera pernah berkata bahawa cara dia menangani kepekakan adalah salah satu cerita kemanusiaan yang hebatߨ bukan hanya pada muzik. Sememangnya cara dia menghadapi rintangan hidupnya yang mampu memusnahkan kariernya ada pengajaran yang berguna dan cetusan yang hebat bagi jiwa.

No comments:

Post a Comment