Sunday, February 9, 2020

Diari Diri : Kepentingan Hafalan Quran Kaedah Hafalan Dan Beberapa Perkara Tentangnya

Menghafal Quran adalah impian yang diharapkan bagi seorang muslim. Apa jua pun matlamatnya dan fokusnyaܦ jika dapat dikumpulkan ayat-ayat Quran dalam dada seseorangޱ sesungguhnya ia adalah nikmat yang besar.

Hafalan Quran juga akan menjadikan seseorang itu menjadi rajin mengulangi bacaannya. Jika seseorang menghafal Quranޱ maka seseorang perlu berbuat apa sahaja supaya dia konsisten memelihara hafalan agar tidak luput dari ingatan.

Hafalan tersebut akan mengheretnya untuk menyemak dan meneliti tanpa mengira mana-mana masa, tempat dan situasi. Pilihan yang seseorang itu ada cumalah mengekalkannya atau menghilangkannya. Tidak ada yang lebih daripada itu. Mahu atau tidak mahuܦ dia akan kerap kali menelaah Quran agar hafalannya tidak terlepas.

Malahߨ hafalan itu tanda kita cinta terhadap Quran. Apakah kita membiarkan solat kita hambar hanya dengan surah-surah lazim sepanjang 30 tahun kita hidup di muka bumi? Saya tidaklah meremehkan surah-surah lazim yang kerap dibaca oleh kebanyakan orangߨ namun cuma agak kekurangan jika hari baharunya tiada sebarang usaha untuk perubahan.

Sebenarnya hafalan itu untuk pemurniaan kepada ibadah kita sendiri supaya kita terus maju dan terkehadapan untuk yang lebih baik. Pada asalnya sememangnya ibadah hanya untuk Allah semata-mata. Akan tetapiߨ apakan daya jika itu langsung tidak memberi kebaikan, keseronokan dan kenikmatan untuk diri sendiri. 

Walaupun niat kita hanya untuk Allahޱ tetapi dalam masa yang kita dalam keadaan suasana yang hambar dan bosan. Sedangkanߨ ada ruang untuk meningkatkan lagi mutu persembahannya. Sesungguhnya syariat tidak diturunkan untuk kelesuan sebegini.

Hafalan Quran tentu sahaja bukan hafalan semata-mataߨ tetapi yang lebih penting ialah penerokaan ilmu. Apabila kita cuba melangkaui kelazimanޱ kita akan mendapati sesuatu yang baharu dan memperoleh pelbagai pengetahuan yang baru terhadapnya. Perspektif kita bertambah luas dimensinya apabila kita mulai menelaah lensa dan skop yang berlainan yang sekaligus mempengaruhi gaya hidup kita terutamanya sebagai seorang muslim.

Hidup ini ialah bergantung kepada keseluruhan isi Quran. Jika hanya berputar pada piscisan 30 juzukߨ kita akan tersepit dengan sekadar itu sahaja. Walaupun banyak ibrah dan ilmu pada piscisan ituߨ tetapi lebih luas lagi dengan yang di luar wilayah itu. Kita tiada liputan dan pencapaian yang besar dalam kehidupan kita dengan hanya penjelajahan kita pada ruangan yang kecil.

Tentu sahaja hafalan Quran ini juga penting bagi penutur dan pelajar bahasa Arab kerana di sinilah terkumpulnya hujah-hujah tatabahasa dari segi sintaks dan morfologi. Inilah sumber rujukan bahasa Arab yang tiada lagi keraguan terhadap penghujahan kita dalam perbicaraan, pembinaan ayat dan pemahaman kalimah Arab sama ada dari sudut makna atau aspek tatabahasa.

Semakin luas penghafalanޱ semakin kukuh kekuatan bahasa arab. Walaupun ini tidaklah menjamin kelancaran pertuturan seseorang kerana hal itu merupakan kemahiran tambahan yang perlu diasah dan digilap sendiriߨ tetapi sandarannya akan mudah dirujuk dan menjadi bukti kukuh untuk pembinaan ayat kita.

Di sini saya akan cuba kongsikan cara untuk menghafal Quran dengan lebih efisyen berdasarkan pengalaman saya dalam menghafal Quran. Saya akui saya belum menghafal keseluruhan ayat Quranߨ namun saya telah menghafal beberapa banyak ayat-ayat Quran yang lain sekalipun berselerak dan tidak tersusun tertib hafalannya.

Yang saya maksudkan ialah saya menghafal sebahagian ayat Surah al-Baqoroh, sebahagian ayat Surah an-Nisā^, sebahagian Surah Yūnus dan lain-lain. Saya tidak fokus dengan menghabiskan sesuatu surah terdahuluߨ kemudian baru menghafal surah yang lain. Apapunߨ perkongsian ini diharapkan dapat membantu agar sahabatߨ terutamanya yang bukanlah seorang hafiz Quranߨ tetapi tekad untuk menghafalnya agar dapat mendapat hafalan Quran.

Yang pertama adalah mulakan dengan ayat-ayat yang dibaca oleh qari kegemaran kita. Inilah sebenarnya yang mempengaruhi kita untuk menghafal sesuatu surah atau ayat dalam Quran yang tidak dinafikan lagi. Walaupun ayat Quran bukan semata-mata pada lagu atau nada yang merduߨ tetapi sekurang-kurangnya itu mampu mendorong kita untuk menghafal Quran.

Misalnya adalah saya sendiri tidak akan terdorong untuk menghafal Surah al-Baqoroh ayat 142147 kalau bukan pembacaan dari guru saya. Saya sendiri tidak akan terdorong untuk menghafal Surah al-Anām ayat 114 kalau bukan pembacaan dari Mišārī Rošīd. Saya juga tidak akan terdorong untuk menghafal Surah Hūd ayat 15 kalau bukan kerana pembacaan Muammad al-Luaydan. Dengan itu mulakan hafalan dengan qari kegemaran kita dahulu.

Yang kedua adalah pernahkah kalian menggunakan sesuatu ayat Quran untuk menghujah seseorang? Maksud saya adalah apabila anda berhadapan dengan seseorangޱ anda akan membawakan ayat Quran yang menyatakan ciri yang sama pada orang yang disebutkan dalam Quran. Atau anda menjadikan ayat itu sebagai asas kepada hujah anda.

Makaߨ hafallah ayat itu. Disebabkan kita selalu berinteraksi dengan ayat tersebutܦ maka pasti rugi jikalau kita tidak menghafalnya. Bahkanߨ itu bekalan yang penting untuk penghujahan kita supaya tidak tercicir apabila diperlukan nanti. Namun begituߨ saya menghafal beberapa ayat sebelumnya atau beberapa ayat selepasnya kerana saya ingin menjadikannya bacaan dalam solat saya melainkan ayat yang saya perlukan sudah panjang.

Misalnya adalah pada asalnya saya memfokuskan Surah az-Zuruf ayat 32 sebagai kehujahan. Namunߨ saya menghafal beberapa ayat sebelumnya, iaitu ayat 2631 supaya saya boleh jadikannya sebagai bacaan solat. Jika saya menghafal satu ayat sahajaޱ maka saya tidak dapat membawanya ke dalam solat atau solat itu menjadi terlalu ringkas. Jika ayatnya panjangߨ maka memadai yang diperlukan.

Misalnya adalah fokus saya pada Surah az-Zuruf ayat 5154. Makaߨ banyak ini sudah mencukupi bagi saya untuk menghafalnya dalam membawanya ke solat. Akan tetapiߨ saya sambung ayat 5556 untuk tambahan lebih panjang. Yang saya fokuskan ayat ini ialah pada asalnya menjadi ayat kehujahan saya terhadap seseorang. Namunߨ bagi saya sangatlah rugi jika tidak dihafal dan dibawa dalam solat untuk sama-sama kita merenunginya.

Yang ketiga adalah hafal ayat yang selalu kita lazim mendengarnya. Jika kita selalu melazimi mendengar ayat Quran itu walaupun tidak selalu menjadikannya sebagai hujahޱ maka rugi jikalau kita hanya biarkan sekadar mainan di telinga. Cubalah serapkannya ke dalam dada agar menjadi hafalan.

Misalnya adalah saya telah dibiasakan mendengar ayat 81 pada Surah al-Isrō^. Makaߨ saya memotivasikan diri saya untuk menghafalnya. Cumaߨ satu ayat sahaja untuk dijadikan bacaan dalam solat tidak memadai. Makaߨ saya pun menghafal ayat 80 dan ayat 8385 supaya ia berbaloi dijadikan bacaan dalam solat. Bahkanߨ amalan pembacaan Surah Yasin dan Surah al-Kahfi sebati dalam masyarakat kita. Oleh ituߨ sangat elok kita memulakan penghafalannya.

Yang keempat adalah buka buku teks subjek pendidikan Islam untuk sekolah menengahߨ kemudian cari bahagian ayat hafazan. Sebenarnya ayat itulah yang sentiasa berlegar dalam bacaan solat. Misalnya adalah Surah al-Jumuah ayat 911, Surah al-ar ayat 2024 dan Surah Luqmān ayat 1219. Hafal ayat ini kerana inilah yang akan biasa didengar dari para imam pada pembacaannya dalam solat.

Yang kelima adalah hafal ayat kegemaran peribadi. Mungkin kita jarang mendengar di pembacaan umum, tetapi kita menyukai ayat tersebut untuk tatapan berulang kali secara peribadi. Makaߨ hafal ayat itu dan jangan biarkan sekadar tatapan yang tidak sebati.

Misalnya adalah antara ayat kegemaran saya ialah Surah Yūnus ayat 810 dan Surah al-Arōf ayat 4145. Makaߨ saya cuba menghafalnya agar saya dapat mengulangnya dan menelaahnya berulang kali tanpa bergantung dengan penatapan mushaf secara nyata.

Yang keenam adalah ini sebenarnya bergantung kepada tuah di tempat seseorang؛ iaitu kenalpasti surah atau ayat yang selalu dibaca oleh imamߨ kemudian hafalkan itu. Misalnya adalah di tempat saya imam kadangkala gemar membaca surah Fuṣṣilat ayat 3036, Surah al-Mu^minūn ayat 115118 dan surah Āli Imrōn ayat 190194. Dengan itu saya terdorong untuk menghafalnya agar selepas ini solat berjemaah saya tidak dibiarkan dalam keadaan tidak mengetahui ayat yang sedang dibacakan.

Selain sebagai penambahan hafalanܦ bacaan imam juga akan menyemak hafalan kita secara tidak langsung. Namunߨ jika di tempat yang imam hanya mengulang surah lazimޱ maka ini tidak dapat begitu membantu. Cumaߨ janganlah kerana ini menyebabkan kita hilang dorongan untuk menghafal demi kebaikan peribadi kerana hafalan untuk kepuasan diri sendiri pada asalnyaߨ bukan orang lain.

Demikianlah praktik saya dalam menghafal Quran. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada sahabat agar mereka dapat menghafal Quran secara efisyen.

Cumaߨ jangan terhad hanya tempat tertentu sahaja untuk menghafal. Di mana sahaja boleh dijadikan tempat dan platform untuk menghafal Quran. Selagimana kita ada keinginan yang kuat dan keasyikan yang berkobarܦ maka kita tidak akan sia-siakan peluang yang ada untuk menghafal Quran. Bukan semua hafalan saya dilakukan di rumah atau di masjid. Kadangkalaܦ di tempat yang berlainan.

Misalnya adalah saya menghafal Surah al-Munāfiqīn di hospital. Saya juga memperkukuh hafalan Surah ar-Romān di restoran Kenny Rogers. Saya juga menghafal Surah al-Anām ayat 114 di restoran. Saya juga menghafal Surah an-Nūr ayat 4654 di kereta. Di mana sahaja boleh selagimana kita sentiasa merebut peluang. Sebab itulah di sisi saya sentiasa Quran bersaiz poket supaya jika peluang mendatang maka saya tidak terlepas daripadanya.

Saya sebenarnya ada cadangan bagi memperkasakan keluasan hafalan ayat Quran dari kalangan masyarakat. Kita mulakan dahulu dengan instituti imam di surau atau masjid yang rasmi. Saya mencadangkan supaya kita melantik imam yang luas hafalannya dan sentiasa melazimi hafalan yang selain dari surah-surah lazim.

Sebenarnya kepentingan sebegini bukan untuk imam sahajaߨ tetapi untuk jemaah di belakangnya. Ini kerana bacaan imam boleh menjadi semakan hafalan jemaah di belakangnya. Misalnya adalah saya pernah tersalah hafalan dalam ayat berikut :

وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ لِمَ تُؤْذُونَنِي وَقَد تَّعْلَمُونَ أَنِّي رَسُولُ اللَّـهِ إِلَيْكُمْ ۖ فَلَمَّا زَاغُوا أَزَاغَ اللَّـهُ قُلُوبَهُمْ ۚ وَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

"Ketikamana Mūsā berkata kepada kaumnya: Wahai kaumku! Mengapa kalian menyakiti aku sedangkan kalian benar-benar tahu bahawa aku adalah utusan Allah untuk kalian?. Tatkala mereka menyelewenangޱ maka Allah pun selewengkan jantung mereka. Allah tidak akan memberi hidaya kepada kaum yang fasik". [Surah aṣ-Ṣoff ayat 16].

Saya tersalah ₍Wāw al-Isti^nāf₎ dan saya tertukar dengan ₍Ḥarf Inna₎. Bacaan imam telah membetulkan saya secara tidak langsung. Misal yang lain juga adalah firman Allah seperti berikut :

وَمَن يَدْعُ مَعَ اللَّـهِ إِلَـٰهًا آخَرَ لَا بُرْهَانَ لَهُ بِهِ فَإِنَّمَا حِسَابُهُ عِندَ رَبِّهِ ۚ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ

"Sesiapa yang menyeru tuhan lain di samping Allah yang tidak ada bukti baginyaޱ maka hanyasanya perhitungannya ada di sisi tuhannya. Sesungguhnya tidak akan berjaya orang kafir". [Surah al-Mu^minūn ayat 117].

Pada awalnya hafalan saya tertinggal perkataan Bihi. Dengan sebab bacaan imam saya diperbetulkan secara tidak langsung. Jelas bahawa inilah kelebihan apabila imam luas hafalannya.

Malahߨ itu juga boleh menjadi motivasi para jemaah untuk memulakan hafal ayat baru disebabkan biasa mendengar ayat-ayat baru yang sentiasa dibaca berulang kali. Sebab itulah sangat penting kalau para imam meluaskan pembacaannya ke surah-surah yang lebih luas. Ini bukanlah ajakan untuk tinggalkan surah-surah lazimߨ tetapi kita jadikan kepelbagaian surah dan ayat yang lain daripada surah lazim agar menjadi lazim.

Bahkanߨ jikalau saya penguasaޱ saya akan melucutkan mana-mana jawatan imam terhadap mereka yang tidak meluaskan pembacaan kepada surah atau ayat lain dari surah lazim. Kalau bukan surah lazimޱ ayat atau surah yang dibaca itu selalu berulang kerap kali.

Malahߨ saya juga akan mengadakan semakan secara mengejut. Jika didapati imam itu tidak menghafal ayat-ayat yang berlainan sebelumnya yang direkodkan pada semakan yang terdahuluޱ maka dia akan dilucutkan jawatannya. Ini disebabkan mereka tidak menjadi penyumbang yang walaupun kecil bagi memupuk penghafalan Quran.

Jikalau imam hanya berputar pada yang samaޱ maka ini mampu menutup motivasi jemaah untuk memulakan penghafalan ayat yang baharu dan lebih banyak dari yang telah biasa. Bahkanߨ jemaah di belakang juga terlepas peluang untuk menyemak hafalan jikalau bertembung dengan surah atau ayat yang dihafal.

Tidakkah kita sekurang-kurangnya menjadi penyambung legasi Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam melalui firman Allah Taālā ini? :

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

"Dialah yang mengutuskan seorang rasul dari kalangan ummiyy agar dia membacakan ayat-ayatNya kepada mereka, menyucikan mereka serta mengajarkan al-Kitāb dan al-Ḥikmah. Sedangkanߨ sesungguhnya mereka termasuk orang-orang yang dalam kesesatan yang nyata". [Surah al-Jumuah ayat 2].

Justeruߨ peranan imam boleh menjadi insan di tengah-tengah masyarakat dalam menyampaikan ayat yang diwahyukan kepada rasul.

Kemudianߨ bagi diri sendiri pula cuba lakukan untuk seminggu tanpa surah lazim sama ada solat fardu atau solat sunat melainkan solat fardu subuh, maghrib dan isyak yang seseorang menjadi makmum terhadapnya jikalau imam kerap membaca surah lazim kerana ini sesuatu yang di luar pilihan. Ini supaya kita akan mendesak diri kita untuk menghafal ayat Quran lebih banyak daripada yang sedia ada.

Kemudianߨ surah-surah lazim tidak sesekali dibaca pada solat fardu atau solat sunat yang dikerjakan secara lama seperti witir dan dhuha melainkan pengecualian yang telah dinyatakan, surah lazim hanya dibaca pada solat sunat yang dikerjakan seperti solat sunat sebelum subuh, solat sunat qobliah dan baᶜdiah, solat tahiyyah robbil masjid dan lain-lain. Itu pun cuba diusahakan untuk membaca surah atau ayat lain selain surah lazim.

Tidak semestinya perlu ayat yang panjang. Dua atau tiga ayat sudah memadai. Dengan ini kita akan berusaha untuk memperluaskan hafalan kita serta tidak membiarkan diri kita di takuk yang sama.

Adapun berkenaan dengan agar hafalan itu kekalޱ tidak ada pilihan lain selain untuk sentiasa mengulanginya sehingga sebati. Pilihan yang ada cumalah mengekalkannya atau menghilangkannya. Istiqamah sememangnya perlu kepada kesungguhan, entusiastik dan kesejatian prinsip supaya kita terus terdorong dan termotivasi untuk kekalkan hafalan.

Sekalipun kita faham konsep dan penceritaan Quranܦ usah kita lupa bahawa kita sedang menghafal teksߨ bukan menghafal konsep dan cerita. Disebabkan ituܦ jika seseorang mahir tafsir sekalipunޱ itu tidak akan menjamin seseorang boleh melestarikan hafalannya.

Perkara yang menarik dalam sepanjang pengalaman saya menghafal Quran adalah kadangkala keterlupaan atau kesukaran hafalan kita pada sesuatu ayat sebenarnya ada hikmah, pelajaran dan ibrah padanya. Misalnya adalah kadangkala saya tertukar ayat-ayat pada Surah ar-Romān.

Keracauan ini sebenarnya memberi peringatan tentang kadangkala kita ini lupa untuk bersyukur terhadap nikmat Allah, menukar ganti kebaikan dengan keburukan, saling tidak tetap kesyukuran dan kekufuran terhadapnya, tidak konsisten ketaatan kepada Allah dan lain-lain. Keracauan ini sebenarnya mendesak untuk kita perhatikan semula diri kita.

Kalau kita sudah boleh membaca Quran secara hafalan sambil beraktiviti yang lainޱ kita hilang fokus untuk meneliti dan menelaah kalam Allah yang disampaikan kepada kita. Sebab itulah kerancuan ini sebenarnya ada faedah untuk diri kita demi iman dan kesedaran kita terhadap urusan kerohanian.

Surah al-Munāfiqīn kerapkali juga menekan saya untuk kelancaran penghafalan saya. Barangkali disebabkan ini suatu penzahiran bahawa orang munafik ini sangat sukar untuk kita interaksi dengannyaߨ sekaligus mempunyai pengaruh yang tidak langsung terhadap diri kita pada pandangan saya. Ini kerana Surah al-Munāfiqīn mengulangi kenyataan menunjukkan bahawa mereka itu tidak mengerti dan mengetahui hakikat sesuatu. Tipu daya yang wujud pada golongan ini dan interaksi kita dengannya menyebabkan kita mengalami kepayahan dalam bertindak.

Begitu juga Surah Muammad ayat 30, saya sentiasa mengalami kesukaran untuk menyebut kalimah La^aroynākahum Falaaroftum (لََأرَيْنَاكَهُمْ فَلَعَرَفْتَهُمْ). Ini mengheret saya untuk mengkaji kes dan cuba mengerti sesuatu yang berlaku. Ayat ini tentang bahawa Allah akan menzahirkan penyakit dalam hati kepada Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam yang tersembunyi dengan izin Allah.

Kesukaran menyebut ini sebenarnya sedikit sebanyak melambangkan bahawa memahami hati seseorang ini sangat payah untuk membaca dan menjangka padanya. Disebabkan itu ia merupakan sesuatu yang batin dari daya stimuli, rangsangan dan pancaindera yang zahirܦ maka pencapaian terhadapnya sangat terhad dan jauh untuk menjangkau. Makaߨ hanya orang yang benar-benar Allah kehendaki untuk dizahirkan sahaja yang dapat membacanya. Kesukaran penyebutan kalian itu ada perlambangan kepayahan pada realitinya.

Apapunߨ jangan kecewa terhadap permasalahan ini. Kita sedang berusaha mempertingkakan ibadah yang semata-mata hanya untuk Allah semata-mata. Setiap usaha kita akan diambil kira dan dinilai oleh Allah Taālā meskipun kecil. Setiap kemalangan ada cetusan idea dan pelajaran untuk kita. Setiap cabaran ada pembentukan untuk diri kita. Setiap pencapaian ada makna untuk diri kita sendiri.

Jangan putus asa untuk menjayakan hafalan demi kebaikan diri kerana kita sedang berinteraksi dengan sebaik-baik kalam dan sebaik-baik petunjuk. Kesungguhan kita terhadap Quran tidak terzahir melainkan kita benar-benar cinta dan mengagungkan kalimah suci dan sakral yang sejati.

Saya juga sentiasa mendoakan diri saya agar kuat hafalannya dalam solat saya. Sebahagian teks doa khatam Quran yang berada di muka surat belakang mushaf di Malaysia juga dibaca berulang kali selepas pembacaan duduk tahiyat yang akhir sebelum salam. Kita sentiasa berharap agar Allah sentiasa menjadikan kita sentiasa cinta terhadap Quran dan menjadikan ia sebagai panduan hidup serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

No comments:

Post a Comment