Saturday, February 8, 2020

Diari Diri : Mengapa Saya Menampilkan Erotisisme Di Ruangan Maya?

Saya pernah kongsikan kata-kata Maḥmūd Saīd Mamdūḥ ini kepada salah seorang agamawan yang sama-sama manhaj dengannya. Katanya :

نصائح للباحثين المتمكنين في سعيهم للوصول إلى الصواب

تعود بعض أهل العلم معرفة الحق بالرجال وهذا سبيل غير محمود. فيقول: قال الإمام فلان أو صرح به فلان أو هو إحدى الروايتين ورجح الأصحاب الثانية وعليها الفتوى أو على طريقة فقهاء السادة الشافعية من أتقن مقدمة المنهاج فإنه سيعرف المعتمد في المذهب ومرتبة الاختلاف في المسألة (قوة المدرك) وهل الاختلاف هو اقوال أو وجوه وكيفية حكاية المذهب والاختلاف بين الخرسانيين والبغداديين في ذلك....الخ . وأظن أن هذه الطريقة ينبغي أن يمر عليها طالب العلم في مسيرته العلمية. وهذا إن كان سائغا في الفقه لكنه في العقائد لا يسوغ لأهل العلم وطلبته، ولابد لهم من مجانبة التقليد والبحث الصحيح، والتمييز بين مسائل الأصول والفروع ودرجات الاختلاف. وأهل العلم منعوا التقليد في العقائد. ومن مشهور أبيات "جوهرة التوحيد" :

إذ كل من قلد في التوحيد # إيمانه لم يخل من ترديد

وهذا كلام نظري فكتب التوحيد مذهبية، تكرر ماسبق، وتشنع على المخالف وتعتبر المرجعية للمتن نظما أو نثرا ولا تعطي مجالا للمخالف، وإلا تغيرت المواقف منه. مع أن هذه المذاهب، تدور بين الخطأ والصواب. وأقرب طريق يوصلك للصواب هو ملاحظة النصوص والقواعد الشرعية واستصحاب آلات البحث فتصل للمطلوب من أقرب طريق وتعرف مراتب الاختلاف مع الابتعاد عن الهوى والعصبية وهنا تصل إلى القول الذي ينبغي أن يعد صوابا في نظر الباحث على الأقل. وهذه مسالك المجتهدين والعلماء اتباع الدليل وهو منهج أئمة أهل البيت عليهم السلام . وقد استطاع ابن حزم في كتابه "المحلى" مناقشة كبار الفقهاء المشهورين من اصحاب المذاهب السنة وتفوق وخالف وظهر عليهم وجانب الصواب في البعض لكنه سلك طريق الجادة . وقريب منه كتابات ابن دقيق العيد في شرح عمدة الأحكام وما سطره العراقي في طرح التثريب والأمير الصنعاني والحسن الجلال والشوكاني وغيرهم. وهي طريقة السادة آل الصديق الغماري . وإياك ثم إياك أن تدور مع الأقوال وقائليها وتظن أن الصواب هو في معتمد المذهب أو في قول فلان . ولا تتهيب مخالفة أو موافقة الآخرين فالحق لا يعرف بالرجال، ولكن اعرف الحق تعرف أهله.

Nasihat Untuk Pengkaji Yang Berkedudukan Dalam Usaha Mereka Untuk Sampai Kepada Kebenaran

Telah terbiasa ahli ilmu dalam mengenali kebenaran melalui seseorangߨ sedangkan ini adalah cara yang tidak terpuji. Dia berkata: "Berkata fulan" atau "Fulan menyatakan sedemikian" atau "Dia adalah salah seorang daripada dua riwayat" atau "Ashab peringkat yang kedua telah merajihkannya dan dipegang fatwanya" atau "Atas jalan fuqaha penghulu šāfiᶜian yang merupakan antara yang paling teliti dalam muqaddimah «al-Minhāj»ߨ lalu kerana itu akan dikenali yang dipegang dalam mazhab serta martabat ikhtilaf dalam permasalahan؛ iaitu kekuatan capaiannya; sama ada ikhtilaf itu adalah ₍Aqwāl₎ atau ₍Wujūh₎, tatacara penyebutan petikan mazhab, ikhtilaf antara penduduk Khurasan dan Baghdad pada hal itu ∫∫∫∫sehingga akhir∫∫∫∫". Aku menyangka bahawasanya cara ini yang sepatutnya direntasi oleh penuntut ilmu dalam rentasan ilmiahnya.

Walaupun ini elok dalam fiqh
ޱ tetapi ia tidak elok dalam akidah untuk ahli ilmu dan penuntut ilmu. Tidak dapat tidakܦ mereka perlu menjauhi taklid, mengkaji yang benar, membezakan antara masalah pokok dan ranting serta darjat ikhtilaf. Ahli ilmu melarang taklid dalam akidah. Antara yang masyhur adalah bait «Jawharoẗ at-Tawḥīd» :

إذ كل من قلد في التوحيد # إيمانه لم يخل من ترديد

Ketikamana setiap orang yang bertaklid dalam tauhid # Makaߨ imannya belum sunyi dari bolak-balik

Ini adalah kalam teoritikal. Lantas
ߨ kitab tauhid mewajibkan mazhabnya, mengulangi apa yang terdahulu, mencela penyelisihan, diambil kira perujukannya pada matan dalam bentuk nazam atau prosa dan tidak diberikan lapangan untuk penyelisihan yang jika tidak sedemikianޱ berubahlah pendirian padanya meskipun mazhab ini berpusar antara benar dan salah.

Jalan yang lebih dekat yang menyampaikan kepada kebenaran adalah memerhatikan skriptur, kaedah-kaedah syarak dan bahan-bahan pengkajian. Pasti kamu akan sampai apa yang dituntut melalui jalan yang lebih dekat dan mengenali kedudukan ikhtilaf. Dalam masa yang sama
hendaklah menjauhi gandrung dan asabiah. Ini sekurang-kurangnya yang akan menyampaikan engkau kepada pendapat yang sepatutnya dianggap benar dalam pemerhatian pengkaji.

Ini adalah penelusuran para mujtahid, ahli ilmu yang mengikut dalil dan manhaj ahli bait
alayhim as-Salām. Ibn azm dalam kitabnya «al-Muallā» mampu untuk berbincang dengan fuqaha kebesaran yang masyhur dari kalangan sahabat-sahabat mazhab sunnah. Dia mengungguli, menyelisihi dan melangkaui mereka. Walaupun menjauhi kebenaran untuk sebahagianޱ tetapi dia melangkah di jalan ini dengan kesungguhan. Yang terdekat dalam hal ini juga adalah penulisan Ibn Daqīq al-Īd dalam «Šar Umda al-Akām». Begitu juga apa yang ditulis oleh al-Irōqiyy dalam «Ṭor at-Tarīb». Demikian juga al-Amīr a-onāniyy, al-asan al-Jalāl, aš-Šawkāniyy dan lain-lain. Ini juga jalan keluarga a-Ṣiddīq al-Ġumāriyy.

Waspadalah
ߨ kemudian waspadalah diri engkau daripada berpusar pada pendapat dan orang yang memberi pendapat. Engkau menyangka bahawa ia adalah benar dalam pendapat muktamad mazhab atau pendapat fulan. Usahlah engkau gentar untuk menyelisihi atau menyetujui orang yang lain. Kebenaran tidak mengenal seseorang. Namunߨ kenallah kebenaranޱ nescaya engkau kenal ahlinya. [Rujuk https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=680942115653398&id=100012128473491].

Saya sekadar ingin kongsikan prinsip yang seharusnya dipegang bagi setiap penuntut ilmu dan pencari kebenaran. Tidak lebih daripada itu. Nampaknya dia tidak merasa senang kerana kenyataan ini dinyatakan oleh Maḥmūd Saīd Mamdūḥ walaupun sama-sama manhaj.

Saya secara peribadi tidak mengenali tokoh ini secara mendalam walaupun saya ada membaca beberapa karangannya yang lain. Namunߨ yang saya tahu ada polemik yang tercetus antara penyokong dan penentangnya tentang isu Muāwiya serta yang berkaitan dengan ahli bait. Selebihnyaߨ saya tidak tahu apa-apa. Saya secara peribadi tidak berminat untuk menekuni isu ini kecuali sekadar keperluan sahaja. Apapunߨ nampaknya orang itu berpihak pada penentangannya.

Cumaߨ apapunߨ walaupun benar kenyataan yang disebutkanޱ ia tetap tidak diambil berat hanya kerana ia muncul dari penulisan orang yang dia benci. Ini sememangnya bukan perkara baru. Kalaupun kita memetik kata-kata yang benar daripada pihak yang memegang pemerintahanޱ sudah tentu yang pembangkang tidak akan menyukainya.

Begitu juga sebaliknya. Meskipun benar perkataan ituޱ kalau diketahui siapa yang berkata dan orang itu adalah jahat di sisinyaޱ tentu kata-kata itu tidak begitu diberi perhatian.

Malahߨ pendapat seseorang itu juga akan ditolak kalau kita tidak memenuhi kriteria yang mereka tuntut. Ini berlaku sejak zaman para nabi lagi dan juga zaman Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam. Firman Allah Azza Wajalla :

وَنَادَىٰ فِرْعَوْنُ فِي قَوْمِهِ قَالَ يَا قَوْمِ أَلَيْسَ لِي مُلْكُ مِصْرَ وَهَٰذِهِ الْأَنْهَارُ تَجْرِي مِن تَحْتِي ۖ أَفَلَا تُبْصِرُونَ ﴿٥١﴾‏ أَمْ أَنَا خَيْرٌ مِّنْ هَٰذَا الَّذِي هُوَ مَهِينٌ وَلَا يَكَادُ يُبِينُ ﴿٥٢﴾ فَلَوْلَا أُلْقِيَ عَلَيْهِ أَسْوِرَةٌ مِّن ذَهَبٍ أَوْ جَاءَ مَعَهُ الْمَلَائِكَةُ مُقْتَرِنِينَ ﴿٥٢﴾ فَلَوْلَا أُلْقِيَ عَلَيْهِ أَسْوِرَةٌ مِّن ذَهَبٍ أَوْ جَاءَ مَعَهُ الْمَلَائِكَةُ مُقْتَرِنِينَ ﴿٥٣﴾ فَاسْتَخَفَّ قَوْمَهُ فَأَطَاعُوهُ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ ﴿٥٤

"Dan Firaun berseru kepada kaumnya dengan berkata: Wahai kaumku! Bukankah kerajaan Mesir milikku dan sungai-sungai mengalir di bawah kekuasaanku? Apakah kalian tidak melihat? Ataukah aku lebih baik daripada orang ini yang dia adalah orang yang hina dan hampir tidak dapat berpetah? Dan mengapa tidak dipakaikan gelang dari emas padanya atau datangnya malaikat yang mengiring bersama?. Firaun pun menghasut pembodohan kaumnyaߨ lalu mereka patuh kepadanya. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik". [Surah az-Zuẖruf ayat 5154].

Firman Allah Tabāroka Wa Taālā :

فَقَالَ الْمَلَأُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن قَوْمِهِ مَا هَـٰذَا إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُرِيدُ أَن يَتَفَضَّلَ عَلَيْكُمْ وَلَوْ شَاءَ اللَّـهُ لَأَنزَلَ مَلَائِكَةً مَّا سَمِعْنَا بِهَـٰذَا فِي آبَائِنَا الْأَوَّلِينَ

Berkata pemuka-pemuka yang kafir daripada kaumnya: "Tidaklah dia ini melainkan seorang manusia biasa sepertimana kamu yang berkehendak untuk menjadi orang yang berkelebihan terhadap kamu semua. Kalau Allah berkehendakޱ pasti Dia akan mengutuskan malaikat. Kami tidak pernah mendengar perkara ini pada bapa-bapa kami terdahulu". [Surah al-Mu^minūn ayat 24].

Firman Allah Taālā :

وَقَالُوا لَن نُّؤْمِنَ لَكَ حَتَّىٰ تَفْجُرَ لَنَا مِنَ الْأَرْضِ يَنبُوعًا ﴿٩٠﴾ أَوْ تَكُونَ لَكَ جَنَّةٌ مِّن نَّخِيلٍ وَعِنَبٍ فَتُفَجِّرَ الْأَنْهَارَ خِلَالَهَا تَفْجِيرًا ﴿٩١﴾ أَوْ تُسْقِطَ السَّمَاءَ كَمَا زَعَمْتَ عَلَيْنَا كِسَفًا أَوْ تَأْتِيَ بِاللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ قَبِيلًا ﴿٩٢﴾ أَوْ يَكُونَ لَكَ بَيْتٌ مِّن زُخْرُفٍ أَوْ تَرْقَىٰ فِي السَّمَاءِ وَلَن نُّؤْمِنَ لِرُقِيِّكَ حَتَّىٰ تُنَزِّلَ عَلَيْنَا كِتَابًا نَّقْرَؤُهُ ۗ قُلْ سُبْحَانَ رَبِّي هَلْ كُنتُ إِلَّا بَشَرًا رَّسُولًا ‎‎﴿٩٣

"Mereka berkata: Kami tidak akan beriman kepada engkau sehingga engkau mengeluarkan tumbuhan daripada bumi. Atau engkau memiliki kebun kurma dan anggur lalu engkau mengalirkan sungainya di persekitarannya. Atau engkau menjatuhkan langit sepertimana yang engkau dakwa untuk kami atau engkau hadapkan Allah dan malaikat kepada kami secara berdepan. Atau engkau memiliki rumah daripada emas atau engkau naik ke langit. Kami tidak percaya dengan naikmu itu sehingga engkau turunkan kitab yang kami boleh membacanya. Katakanlah: Maha Suci Tuhanku! Aku hanyalah manusia biasa dan seorang rasul". [Surah al-Isrō^ ayat 9094].

Kalau dipenuhi semua kriteria yang mereka mahukan, belum tentu mereka akan benar-benar menerimanya. Firman-Nya Azza Wajalla :

وَلَوْ أَنَّنَا نَزَّلْنَا إِلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةَ وَكَلَّمَهُمُ الْمَوْتَىٰ وَحَشَرْنَا عَلَيْهِمْ كُلَّ شَيْءٍ قُبُلًا مَّا كَانُوا لِيُؤْمِنُوا إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّـهُ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ يَجْهَلُونَ

"Kalaulah Kami menurunkan malaikat kepada mereka dan orang mati bercakap dengan mereka lalu Kami kumpulkan untuk mereka secara bersamaޱ pasti mereka tidak mahu beriman melainkan yang Allah kehendaki. Namunߨ yang terbanyak di antara mereka adalah orang yang bodoh". [Surah al-Anām ayat 111].

Penuhilah semua permintaan mereka. Berpakaian jubah, berkopiah, berserban dan selendang. Apa lagi? Ada sijil, ada beratus-ratus sanad pengajian, ada puluhan karangan dan kitab, ada beratus-ratus anak murid dan lain-lain. Penuhilah kesemua tuntutan mereka. Tetap sahaja mereka berkeras dan berdegil jika apa yang diutarakan itu tidak memenuhi selera mereka.

Syarat-syarat yang mereka tuntut sekadar untuk menebalkan lagi tembok kedegilan mereka. Seolah-olah kebenaran itu tidak akan menjadi kebenaran hanya kerana seseorang itu tidak memenuhi tuntutan mereka. Itu sahaja sebab mereka menuntut banyak syarat.

Apatah lagi insan kerdil seperti saya. Sudah tentu saya akui saya tidak seperti tokoh kenamaan yang mempunyai pengaruh yang melebar di serata ufuk. Namunߨ itu bukanlah pengukur terhadap tahap kepandaian dan neraca dalam menilai kebenaran. Saya tetap akan menyampaikan yang benar dan berhujah yang benar walaupun saya tidak disanjung dan disebut-sebut namanya sepertimana tokoh yang lain. Saya sama sekali tidak akan tinggalkan prinsip ilmu dan memartabatkan lapangan ilmu biarpun tidak seorang pun mengenali sosok diri saya.

Kenapa perlu menzahirkan penampilan yang menyebabkan orang akan merasa agak janggalߨ bahkan akhirnya menjadi subjek yang dicemuh? Saya ada satu sebab sahaja untuk saya menampilkan seperti ini. Ia lebih kepada pendekatan. 

Saya mahu setiap orang mendapat bahagian rahmat dalam agama ini kendati siapa pun dia. Tidak ada sesiapa pun yang disisihkan dan tidak ada kasta suci yang didogmakan untuk setiap lapisan orang dalam mempelajari dan menjalani kehidupan beragama harian. Agama ini adalah untuk semua orang.

Cuba kamu lihat agamawan yang berpenampilan biasa sepertimana yang lain. Mereka ingin bawakan imej santai yang boleh didekati oleh sesiapa pun dia. Bayangkan apa jadi kalau mereka berjubah, berkopiah dan berserban ke mana sahaja pergi dan setiap keadaan mereka berinteraksi dan bersosial. Sudah tentu ada rasa tidak senang kerana anggapan bahawa agamawan seperti ini tidak begitu senggang dan tidak boleh berkasual. Agamawan seperti ini hanya bersikap serius dan rasa ada aura pemisah antara dirinya dan orang lain.

Saya pun tidak mahu sebegitu. Saya mahu golongan yang saya kenal menggemari erotisisme dan pornografi serta seorang yang erotikawan juga boleh menikmati limpahan untuk mendalami dan mempraktikkan amalan agama tanpa rasa kekok.

Saya tahu mereka kadang rasa resah menyedari bahawa mereka ini seorang pendosa dan mereka seakan-akan merasa mereka tidak layak untuk menetap di permaidani yang dihamparkan dalam agama ini. Mereka seperti tidak ada hak untuk duduk di pengajian kitab, tazkirah, menghadiri majlis qasidah dan lain-lain yang seumpamanya dengan aktiviti keagamaan disebabkan mereka rasa mereka seorang yang tercemar.

Bagi mereka juga agama untuk orang yang selain mereka. Justeruߨ mereka merasakan orang seperti mereka tidak layak untuk terlibat dalam apa sahaja yang berkaitan dengan pemahaman yang lebih tuntas, komprehensif dan mendalam pada hal ehwal agama. Mereka akan menjauhkan diri daripada orang yang mereka rasakan mempunyai kekhususan dalam agama. Mereka bukan sahaja merasakan diri mereka dalah berdosaߨ malah mereka takut jika mereka rapat dengan orang sebeginiޱ mereka akan diserang dan masa lapang mereka boleh terganggu untuk melayan kerenah orang agama.

Menariknya adalah sesuatu yang menghairankan saya adalah ada di antara mereka lepasan tahfiz atau sedang menduduki atau sudah melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian agama secara khusus. Namunߨ entah mengapa mereka ada bahagian yang lain daripada yang lain. Selama ini saya sangka saya berada di pihak terasing.

Nampaknya saya tidaklah bersendirian dalam hal ini؛ iaitu mendalami ilmu agamaߨ tetapi dalam masa yang terlibat dan minat dalam aktiviti erotisisme. Cumaߨ bezanya saya bergiat aktif dalam penulisan dan penyampaian agama. Bezanya lagi saya ada hujah untuk pendirian sayaߨ manakala yang lain sekadar minat sahaja.

Apapunߨ saya sedar bahawa peranan kita sebagai pendakwah selagimana kita hidup. Kita perlu menyampaikan pemahaman agama kepada setiap lapisan golongan. Sebab itulah saya bawa kelainan daripada yang lain untuk mendekati golongan seperti ini. Namunߨ bukanlah sekadar mengikut rasa suka hati sahaja. Ia berasaskan hujah dan ilmu. 

Bacalah penulisan saya yang berkaitan dengan seksual. Itulah sandaran saya dalam saya dalam melaksanakannya.

Saya katakan kepada mereka bahawa apa yang mereka lakukan selama ini tidaklah berdosa jika kita berpegang kepada pendapat al-Qolyūbiyy seperti berikut :

وَخَرَجَ بِهِ رُؤْيَةُ الصُّورَةِ فِي الْمَاءِ أَوْ فِي الْمِرْآةِ فَلَا يَحْرُمُ وَلَوْ مَعَ شَهْوَةٍ

"Terkecuali daripadanya (pengharaman lihatan badan) ialah lihatan bayangan pada air atau pada cermin. Tidaklah ia haram walaupun bersyahwat". [Ḥāšiyatā Qolyūbiy Wa Umayro Alā Šar al-Muallā Alā Minḥāj at-Ṭōlibīnjilid 3, m/s 209keluaran Dār al-Fikr].

Dan juga pendapat al-Bujayrimiyy seperti berikut :

وَخَرَجَ بِهِ رُؤْيَةُ الصُّورَةِ فِي نَحْوِ الْمِرْآةِ وَمِنْهُ الْمَاءُ فَلَا يَحْرُمُ وَلَوْ مَعَ شَهْوَةٍ

"Terkecuali daripadanya (pengharaman lihatan badan) ialah lihatan pada bayangan di cermin dan air termasuk daripadanya (pengecualian). Tidaklah ia haram walaupun bersyahwat". [Tuḥfaẗ al-Ḥabīb Alā Šar al-H̱otībjilid 4, m/s 372keluaran Dār al-Fikr].

Mereka berdua ini bukan calang-calang orang. Mereka adalah ilmuwan yang terkemuka. Daripada pendapat ini mereka menyatakan bahawa tidak haram melihat paparan aurat pada imej pantulan cermin dan bayangan air kerana apa yang dilihat itu bukanlah aurat yang sebenar yang berjasad atau bertubuhߨ tetapi yang diserupakan dengannya. Dibolehkan melihatnya walaupun dalam keadaan syahwat. 

Makaߨ kes ini juga sama untuk paparan skrin digital atau hologram. Justeruߨ apa yang selama ini mereka yang merasakan perbuatan mereka berdosa tetapi sebenarnya tidak.

Tidak cukup hanya dengan mengeluarkan kenyataan ini. Saya juga perlu buktikan bahawa ia tidak berdosa. Sebab itu jika seseorang mengikuti laman sosial sayaޱ kadangkala saya berkongsi erotika. Tidak hanya terhad penulisan agama sahaja.

Dan ini sudah semestinya kerana hidup kita tidak boleh serius selalu. Ada masa kita perlu berhibur seperti memanah, berenang, berlumba lari, mendengar syair dan lain-lain kalau kita hidup di zaman atau tempat yang hiburannya sebegitu.

Apapunߨ apabila mereka menyedari bahawa saya membuat sesuatu yang lainޱ mereka merasakan bahawa agama ini hakikatnya tidak mengasingkan mereka atau memusuhi mereka. Ketika saya menulis tentang ilmu agama mereka merasakan bahawa jurang mereka dirapatkan berbanding sebelum ini kerana mengenali diri saya.

Mereka mula ada perasaan untuk belajar agamaߨ sekaligus menanam sentimen keagamaan dalam jiwa dalam kehidupan mereka. Malahߨ mereka yang sebelum ini tidak mahu terbabit dengan apa sahaja yang berkaitan dengan agama atau tidak mempedulikannya mula minat untuk ambil tahu isu dan perbahasan yang berkaitan dengannya.

Mereka mula bertanya kepada saya tentang pelbagai perkara dalam isu agama. Saya bukanlah yang terbaik untuk mereka dan saya bukanlah ilmuwan yang terulungߨ apatah lagi sifu yang diletakkan harapan tinggi. 

Saya cumalah menyampaikan apa yang saya tahu dan melaksanakan tanggungjawab untuk tidak menyembunyikan ilmu kepada orang yang berhajat kepadanya atau yang ingin menuju kebaikan. Malahߨ ini juga cara saya untuk melaksanakan kesyukuran kepada Allah atas nikmat yang Dia limpahkan kepada saya dengan menjawab dan menyampaikan apa yang saya tahu kepada yang bertanya dan ingin tahu.

Segala puji bagi Allah. Semoga Allah tambahkan kebaikan mereka di dunia dan di akhirat kerana minat mereka untuk mendalami agama.

Cuba bayangkan kalau mereka ini tidak didekati dan dirapati. Pasti mereka akan masih dalam kemabukan hedonisme dan hanya mengambil sambil lewa dalam urusan agama buat dirinya. Bahkanߨ kepada siapa lagi yang mereka akan tanya jika agamawan selalu menyisihkan mereka ini? Mereka mungkin akan memandai-mandai sendiri, memberikan pandangan di luar kemampuan mereka atau mereka tidak akan mendalamkan minat mereka untuk terus meneroka.

Saya bersyukur kepada Allah dengan sebanyak-banyak kesyukuran kerana saya telah melihat hasilnya. Sebahagian daripada mereka sudah ada motivasi untuk mempelajari bahasa Arab biarpun status erotisisme mereka. Kalaulah mereka ini tidak didekati dan dirapatiޱ kamu boleh agak apa yang mereka akan kekal berada padanya.

Saya juga ingin membuktikan bahawa jika erotikawan seperti saya pun boleh menguasai bahasa Arab, mendalami ilmu hadis, mewacanakan ilmu agama, terlibat dalam aktiviti keagamaan seperti ceramah, daurah, kursus, kelas, forum dan debat serta mempunyai sentimen keagamaanޱ mereka juga boleh. Janganlah sebab kegemaran mereka dengan erotika terus mahu memilih untuk mengabaikan agama. Mereka juga boleh bergerak seiring.

Saya menampilkan diri saya seperti ini untuk menjernihkan citra yang mereka persepsikan tentang agama pada hakikatnya tidak sedemikian rupa. Tidak sama sekali! Orang seperti mereka juga boleh menemani rapat dengan agamawan yang mereka kenal keilmuannya, kesolehannya, kezuhudannya, kewarakannya dan lain-lain nilai murni.

Mereka juga boleh menadah ilmu dan mendapat pendidikan jiwa. Itulah yang saya mahu tampilkan. Mereka juga boleh melibatkan diri dalam perbincangan ilmiah dan bergiat aktif dalam aktivis yang berkaitan dengan perjuangan keagamaan. Mereka juga boleh mempunyai sentimental keagamaan yang tinggi sepertimana para agamawan lain dalam mendepani isu sensitif dan mencabar. Saya mahu setiap orang daripada kalangan muslim mendapat bahagian tanpa diskriminasi dan prejudis.

Mereka ini adalah yang saya memahukan mereka menjadi seperti  Wakī yang menggemai peminuman nabiz; minuman kontroversi pada zamannya yang mana menjustifikasikannya sama seperti menjustifikasikan keharusan menonton pornografiߨ tetapi terserlah kesolehannya, ibadahnya dan kezuhudannya. Sebegitu juga dengan Yaḥyā bin Akṯam, Aliyy bin amza al-Kisā^iyy dan al-Anmāṭiyy yang dikenali dengan homoseksualߨ tetapi diperakui keilmuannya tanpa ragu.

Sudah tentu saya tetap akan memberi penekanan kepada adab apabila berada di tempat-tempat tertentu. Saya juga tidaklah sepanjang masa berpenampilan seolah-olah bukan imej agamawan yang berarus perdana. Jika saya ingin menunaikan solat di masjid atau surauޱ saya sendiri berjubah dan berkopiah serta kadangkala berserban. Begitu juga jika ingin menghadiri program-program atau kelas keagamaan. Saya sendiri lebih selesa untuk memakai kurta atau berpakaian yang lebih formal.

Kalau saya ingin berdiskusi di laman mayaޱ saya sendiri akan menggunakan imej yang lebih bersusila demi atmosfera yang mesra. Ia sama seperti pepatah: "Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung" atau ungkapan Inggeris: "Apabila engkau berada di Romޱ buatlah cara orang Rom".

Setiap tempat ada kehormatannya. Istana ada kehormatannya, masjid ada kehormatannya, perpustakaan ada kehormatannya, tempat ilmu ada kehormatannya dan sebagainya. Janganlah sepanjang masa bawa masuk atau terbabit dengan kelucahan. Jagalah kehormatannya. Inilah yang saya selalu pesan.

Saya tahu bukan semua orang akan menyetujui apa yang saya lakukan ini. Yang suka berkongsi erotika pun ada yang mengecam tindakan saya. Yang minat dengan erotika pun tidak mahu menerima pendapat al-Qolyūbiyy dan al-Bujayrimiyy. Kemudianߨ berkeras bahawa apa yang mereka lakukan adalah berdosa. Mereka tetap insisten untuk mengatakan bahawa apa yang mereka buat adalah berdosa meskipun saya sudah jelaskan berkali-kali bahawa ia adalah sebaliknya melalui penulisan-penulisan saya.

Kemudianߨ dengan tanggapan mereka bahawa perlakuan itu adalah dosa mereka menyatakan bahawa saya tidak patut mencampuradukkan agama dengan erotika. Biarlah ia asing-asing. Saya sampai terpaksa menerjah semula kerana ada di antara mereka ini juga memang kuat permusuhannya dengan saya mengatakan: "Kalau kamu menganggap itu berdosaߨ maka sepatutnya kamu jangan campuradukkan hidup kamu sebagai muslim dengan hal itu. Tidak perlu solat selagimana jiwa masih seronok layan erotika dan pornografi. Begitukah?".

Kalau mereka rasa mereka boleh teruskan solat walaupun berdosaޱ saya yang berpandangan bahawa ia adalah tidak berdosa dan tidak ada masalah apa-apa pun kalau dalam masa yang sama saya ingin menyampaikan ilmu agama.

Faktor ketidakmahuan mereka untuk menerima pendapat al-Qolyūbiyy dan al-Bujayrimiyy adalah kerana ia adalah sesuatu yang tidak pernah dengar dalam hidup mereka. Saya faham bahawa lumrah manusia akan memusuhi apa yang dia tidak tahuߨ lebih-lebih lagi jika ia sesuatu yang dianggap pelik.

Namunߨ saya harap mereka akan menggunakan akalnya untuk membuat pertimbangan dengan sebaik-baiknya. Ataupun sekurang-kurangnya membaca penulisan saya tentang hal ehwal seksual untuk membuat perbandingan. Tidak menerima pendapat saya pun tidak ada masalah. Asalkan sekurang-kurangnya mereka tahu hujah saya dalam tindakan saya.

Apapunߨ saya juga melihat beberapa perubahan kefahaman dan perspektif apabila saya mendekati mereka dengan cara ini. Saya berharap ini adalah dakwah yang mulia dan diberkati. Saya sedar bahawa apabila saya menggalas tanggungjawab sebagai pendakwahޱ saya sebenarnya memberikan pengaruh dan getaran inspirasi kepada orang ramai. 

Saya harap kerja dakwah yang saya lakukan adalah yang diberkati dan dinaungi rahmat Allah Tabāroka Wa Taālā. Saya memohon kepada-Nya agar dianugerahkan kebaikan di dunia dan di akhirat atas hasil usaha saya.

Jika apa yang saya sampaikan adalah benar dari sisi hujah ilmiah dan kebenaranޱ saya panjatkan kesyukuran kepada-Nya setinggi-tinggi kesyukuran. Jika salahޱ maka sampaikanlah kepada saya dan berbincang kepada saya. Saya memohon keampunan daripada-Nya kerana saya juga manusia yang punya aib, kekurangan dan kesalahan. Semoga mereka yang menyampaikan kebenaran kepada saya akan dilimpahkan kasih sayang-Nya yang berkekalan abadi.

Tidak kira apa pun pandangan orang terhadap saya ia tetap tidak mengubah hakikat bahawa saya tetap akan menyampaikan kebenaran dan membina generasi yang minat dan mempunyai sensitiviti terhadap agama. Semoga Allah kekalkan kita semua dalam keadaan ini sehingga akhir hayat.

Kalau saya tukar penampilan pun dengan penampilan agamawan atau yang lebih sopanߨ lalu saya sampaikan atau berdiskusi tentang hukum pornografi, lancap, syahwat dan membincangkan isu-isu seksualޱ saya tetap akan digelar agamawan gila seks atau orang yang sangap atau pelbagai lain gelaran yang menunjukkan saya ini berperilaku miang. Nampak? Tetap tidak ada beza walau apapun penampilan saya zahirkan. Lebih baik saya lakukan apa yang selesa untuk diri saya dan yang sesuai dengan orang yang ingin saya dekati.

Antara yang melucukan yang lain adalah apabila mereka menemukan seseorang yang berjubah dan berkopiah yang dililit serban bercakap sesuatu yang mengarutޱ mereka akan berkata: "Harap sahaja pakai jubah dan serbanߨ tetapi ceramahnya merepek!". Lihat! Akhirnyaߨ imej atau penampilan bukan satu-satunya pengukur kepada kadar intelek dan kemampuan seseorang dalam ilmu.

Pakailah apa-apapun. Kebenaran atau kebatilan bukan mengira penampilan. Jika wali Allah ada di mana-mana dan dia tidak berpenampilan zahir sepertimana kitaޱ maka orang yang berilmu juga ada di mana-mana. 

Orang buta yang ingin mencari kebenaran tidak akan mempedulikan penampilan dan pemakaian seseorang. Mereka akan memerhati hujah, argumen dan ketepatan fakta.

Kita banyak melihat kisah ahli ilmu dan golongan soleh mengambil pengajaran dan mendapat keinsafan daripada orang yang entah daripada. Tidak ada pula mereka mendiskriminasi bahawa mereka tidak layak menyampaikan nasihat kerana tiada nama yang berpengaruh, tiada sanad, tidak berpenampilan seperti agamawan dan lain-lain. Kebenaran menjangkau semua daripada itu. Mereka tetap belajar dan merasa insaf kerana kebenarannya.

Apa yang saya dapati apabila kita terbiasa dengan penampilan bersahaja dan biasa serta tidak terlalu terikat dengan tradisi pemakaian agamawanߨ kita akan menilai ilmu secara objektif dan tidak hanya menilai dengan berasaskan penampilan seseorang. Berbeza dengan apabila saya memerhatikan sesama agamawan yang terlalu tegar mentradisikan pemakaian untuk menampakkan seseorang itu berilmu atau soleh ataupun tidak.

Apabila datangnya seseorang yang memakai gambar profil kartun sebagai contoh untuk berbahas ilmuޱ terus ditolak mentah-mentah. "Orang beginikah mahu berhujah tentang agama?". Lihatlah! Hanya dengan pakaian atau penampilan sahaja seseorang mengkastakan diri dengan orang lain. Seolah-olah semua yang dilontarkan menjadi batil hanya kerana penampilan tidak sepertimana yang dia tuntut.

Apabila seseorang berpenampilan tradisi merekaޱ seolah-olah darjatnya menjadi rendah. Padahalߨ sesama kami tidak sebegitu pun. Tidak ada kasta antara kami. Siapa pun diaޱ kami akan menerima dan mempelawa sesiapa sahaja yang membawa kebenaran dan hujah.

Mungkin ada orang akan menemplak: "Kalau itu yang kamu justifikasikanޱ tidak ada masalah jika kita memakai pakaian jenama arak dan meminum sedikit arak untuk mendekati golongan peminum arak". Ini adalah perkataan orang yang tidak tahu hal ehwal sebenar tentang saya. Sudah ada penulisan saya tentang hal ini.

Saya tidak meminum arak dan mempromosikan arak kerana saya sedar dan faham bahawa dosanya besar secara dominan. Sebab ituߨ saya tidak menggunakan pendekatan itu. Saya membawa imej erotik kerana ia bukanlah suatu kesalahan dan dosa secara intrinsik. Sebab itulah saya tidak ada apa-apa masalah untuk berpenampilan seperti itu.

Walau apapunߨ memang tidak ada kesudahan jikalau kita terus sibuk dengan apa yang di luar. YaSaya insan biasa yang kadangkala terbabas dan tersalah. Namunߨ jika apa yang saya sampaikan adalah benarޱ saya harap terimalah dengan hati terbuka.

Bayangkan kalau kamu menemui seorang lelaki yang berimej punkߨ lalu kamu menyampaikan hadisߨ kemudian dia menegur kamu bahawa kamu ada kesalahan fakta. Apakah dengan sebab dia berimej seperti itu maka kamu boleh tempelaknya untuk dia menutup mulut dan tidak berhak untuk membantah?

Saya bukanlah ingin nyatakan bahawa saya seburuk ini dan Allah lebih mengetahui keadaan sayaߨ tetapi saya ingin tekankan adalah penilaian imej luaran tidak menatijahkan apa-apa kebaikan jika disibukkan.

Tidak kiralah apapun celaan yang dilontarkan kepada saya kamu pasti tidak menafikan bagaimana tahap pencapaian ilmu saya meskipun saya bukanlah berpenampilan agamawan. Bukanlah saya ingin membangga diriߨ tetapi perhatikanlah dan telitilah penulisan saya dalam ilmu uṣūl fiqh dan ilmu hadis. Lihat bagaimana saya mencurahkan perhatian dalam ilmu dan justifikasi bagi membina pendirian saya.

Tidaklah saya mengatakan bahawa saya seorang yang sempurna serta hujah saya tiada kelompongan dalam semua kedaan dan jika ada, boleh nyatakan kepada saya. Cumaߨ saya tidak gemar dipandang lekeh dan seolah-olah saya hanya membabi buta.

Saya juga seorang yang memberikan perhatian berat dalam ilmu dan hujah. Aneh apabila orang memanggil saya bodoh secara meluluߨ namun apabila saya cuba pertahankan diri saya dengan membuktikan kebolehan sayaޱ itu dianggap membangga-banggakan diri. Justeruߨ tuduhan yang rambang itu apa pula? Berlagak pandai dalam menilai orang lain?

Tidak mengapa. Lebih baik saya berbangga-bangga dengan nikmat yang ada yang dikurniakan oleh Allah Azza Wajalla. Saya bersyukur Allah limpahkan ilmu yang banyak dan kefahaman yang berasaskan hujah yang kukuh supaya saya kenal kebenaran dan setia dengannya. Dengan izin-Nya tergerak jiwa saya dengan semangat yang menjulang untuk memberi perhatian yang mendalam untuk menuntut ilmu yang membawa kepada perdata dan ketelitian.

Sesungguhnya telah Allah mempersembahkan kepadaku sifat-sifat yang hina dalam sebahagian orang yang hanya suka menuduhߨ tetapi tidak meneliti hakikat yang sebenar. Begitu juga dengan jeleknya sikap orang yang enggan untuk keluar daripada kepompong kejahilanߨ tetapi mahu menjadi jaguh dalam kalangan orang yang sama dungu dengannya.

Begitu juga dengan celakanya orang yang mengerti hujah yang disampaikanߨ tetapi masih mencari-cari alasan seolah-olah kebenaran itu belum cukup jelas lagi untuknya dan kekallah ia dalam keingkaran. Begitu juga dengan durjananya seseorang yang menjadi pengingkar dan penentang kebenaran hanya kerana ia tidak menurut citarasa mereka.

Sesungguhnya saya bersyukur kepada Allah yang telah tunjukkan kesemua kejahatan ini dan semoga Allah selamatkan aku daripada kesemua kebinasaan ini.

 

No comments:

Post a Comment