Saturday, February 8, 2020

Diari Diri : Mengapa Saya Tidak Melazimi Menyandangkan Nama-Nama Tokoh Dengan Gelaran?

Mungkin ada yang tertanya-tanya sebab saya menyebut nama-nama tokoh hanya seperti Ibn Taymiyyaẗ, an-Nawawiyy, Ibn Ḥajar al-Asqolāniyy dan lain-lainߨ tetapi tidak menyandangkan gelaran seperti Šayẖ al-Islām Ibn Taymiyyaẗ, al-Imām an-Nawawiyy, al-Ḥāfiẓ Ibn Ḥajar al-Asqolāniyy, Syeikh Ibn Ṣōliḥ al-Uṯaymīn dan lain-lain dalam penulisan saya. Saya katakanhal tersebut sudah menjadi kebiasaan dalam penulisan ilmiah.

Contohnya adalah nama-nama para sahabat Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam. Banyak sahaja dalam penulisan yang tidak menyebutkan gelaran seperti daripada Ibn Abbās, daripada Anas bin Mālik, daripada Abū Saīd al-H̱udriyy dan lain-lain. Walaupun ada yang menambah Sayyidinā₎; penghulu kitaߨ tetapi kebiasaannya tidak sedemikian.

Contoh yang lain adalah nama-nama tabiin yang besar seperti Mujāhid, Ṭōwūs, Ibn Sīrīn dan lain-lain. Contoh yang lain adalah nama-nama perawi hadis kebesaran seperti Ḥammād bin Zayd, Ayyūb as-Saẖtiyāniyy, Abdullah bin Idrīs dan lain-lain. Malahߨ dalam menyatakan sumber hadis pun disebutkan "Hadis riwayat al-Buẖōriyy, riwayat Muslim" dan seterusnya. Sama sekali tidak ada isu besar pun kalau tidak disebutkan gelaran. Begitu juga dengan nama-nama generasi yang seterusnya sehinggalah yang kontemporari.

Al-Buẖōriyy tidak pernah menyandangkan Aliyy bin al-Madiniyy dengan al-Imām sebagai kekerapan. Begitu juga dengan Abdullah bin al-Mubārok, Yayā bin Saīd al-Qoṭṭōn dan lain-lain dalam kitab oḥīḥ miliknya. Banyak lagi mereka yang lain yang mereka semua tidak melazimi menyebutkan nama-nama tokoh dengan menyandangkan gelaran dalam penulisan mereka.

Mereka menjawab bahawa mereka itu adalah ahli ilmu yang masing-masing sama tarafnyaߨ maka tidak ada masalah bagi mereka tidak menyandangkan gelaran kepadanya. Saya katakanapakah wahyu diturunkan kepada mereka untuk menyatakan bahawa mereka sama-sama taraf? Sejak bilakah ada dalil yang mengkhususkan orang awam dan ahli ilmu?

Apakah para ahli ilmu itu bukan contoh teladan untuk semua orang sehingga perbuatan mereka hanya untuk diri mereka dan sekelompok mereka? Apa masalahnya jikalau saya atau orang lain mencontohi mereka dengan berbuat seperti itu? Adakah mereka tidak tahu kesannya terhadap orang yang mengikuti mereka dengan melakukan seperti itu? Adakah menyebutkan tanpa sandangan gelaran itu adalah perbuatan menghinakan atau merendahkan darjat seseorang?

Namunߨ saya di pelbagai tempat saya akan memperkenalkan seseorang tokoh kebesaran yang saya sebut namanya sebagai ahli bait sebagai pemuliaan saya kepada mereka yang berzuriat Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam dan dalam masa yang sama memperkenalkan kepada orang ramai yang tidak tahu bahawa nama yang saya sebut adalah dari kalangan ahli bait.

Dengan memperkenalkan seseorang ulama itu ahli bait apabila disebutkan namanya  tampaklah kebesaran kedudukan mereka dan menjadi berat perhatian kita untuk mengamati kalam daripada mereka.

Ini boleh ditemukan dalam banyak penulisan sayaߨ khususnya apabila saya menyebutkan salah seorang nama daripada keluarga al-Ġumāriyy. Mereka telah memberikan cetusan yang besar dan meninggalkan khazanah yang berharga untuk saya dan juga kepada mereka yang mendalami tentang keluarga ini.

Bahkanߨ saya juga akan menyebutkan bahawa dia adalah salah seorang syeikh atau anggota yang terbabit dengan Universiti Al-Azhar apabila disebut namanya. Ini juga sebagai menampakkan bahawa pandangan mereka dalam sesuatu itu isu memiliki merit yang tinggi apabila dinukilkanߨ bahkan saya pasti tidak ramai akan sesuka hati untuk mempersoalkannyaߨ apatah lagi mempertikaikannya.

Malahߨ ada beberapa ketika saya menyebutkan bahawa tokoh ini adalah ulama salaf atau seumpamanya yang berbentuk pujian apabila menyebutkan namanya supaya mereka mengambil berat terhadap apa yang saya nukilkan daripada merekaߨ khususnya ketika mempertahankan pandangan saya dalam sesuatu permasalahan.

Ini bermakna saya sama sekali tidak mengabaikannya. Saya hanya tidak melazimi dalam setiap kali penyebutan nama sahaja. Apabila saya tidak melaziminyaޱ bukan bermakna saya tidak menghormati mereka sama sekali.

Semua orang sama taraf kemanusiaannya. Cumaߨ yang membezakan mungkin beberapa bahagian yang mana-mana ada yang unggul dalam sesuatu rangkaian dan ada yang kurang dari sesuatu sudut. Banyak atau sedikitܦ itu cumalah aksesori yang Allah bahagian untuk hamba-Nya. Yang kekal sama adalah keberadaan kedudukan insan itu.

Inilah lensa mata saya ketikamana melihat manusia. Semua orang sama pada asalnya. Cumaߨ berbeza kefungsian. Yang tertinggi dalam Quran dan sunnah. Yang ini jualah yang akan menjadi hakim dan neraca bagi sesuatu perkara. Saya tidak peduli sesiapa sahaja yang menyelisihi kedua-dua ini sekalipun ia dipertahankan habis-habisan oleh tokoh yang terkemuka.

Sebab itu apabila orang menyebut nama al-Albāniyy, Ibn Bāz, al-Haytamiyy, Ibn al-Qoyyim dan lain-lainޱ saya seperti menganggap mereka ini adalah kawan-kawan yang pernah bermain bola sepak bersama-sama semasa kanak-kanak dahulu. Mereka ada kemahiran masing-masingߨ tetapi mereka adalah kawan sepermainan di sama-sama gelanggang. Tidak lebih daripada itu.

Saya tidak melihat mereka sebagai orang yang ada mempunyai kedudukan kasta dan aura sakral terhadapnya. Mereka adalah saudara mara yang kami sama-sama melepak di kafe hipster yang menikmati kapucino dan saling berdiskusi ilmu agama secara ilmiah. Mungkin tidak berdiri sama tinggi dan duduk sama rendahߨ tetapi ikatan persaudaraan dan kasih sayang serta pengiktirafan seorang manusia tetap tersemat dalam jiwa.

Pun begituߨ bukan bermakna saya tidak ada rasa hormat dan julang mereka di kedudukan yang tertinggi. Mereka mungkin seumpama rakan sepermainan bola sepakߨ tetapi masing-masing ada kemahiran, kepengkhususan dan keahlian dalam seni permainannya.

Ada yang senior dan ada yang mungkin usia setara atau lebih mudaߨ tetapi kemampuannya mengungguli saya. Ada yang meraih kejayaan seperti pingat johan, pingat gangsa dan lain-lain pencapaian yang tinggi dan banyak berbanding yang lain. Penghormatan yang selayaknya sememangnya patut diberikan pada mereka atas dasar nikmat yang Allah lebihkan kepada mereka dan mengangkat darjat mereka dengannya.

Saya secara jujur merasa kerdil di sisi mereka jika dibandingkan dengan lautan ilmu dan ketajaman berfikir. Kalau dapat melepak di satu meja yang sama punޱ jurang antara saya dan mereka adalah sangat jelas.

Saya tidak ada masalah kalau dipandang lekeh secara peribadi jika dibuat perbandingan dengan mereka. Saya sememangnya merasakan saya cumalah setitis air daripada lautan. Sama seperti perbezaan darjat antara mereka yang elit dan mereka yang pemula. Sama seperti perbezaan darjat antara mereka yang berpengalaman luas dan mereka yang baru menceburinya.

Akan tetapiߨ kita perlu ingat bahawa mereka ini bukan seperti dewa yang dibubuhkan pelbagai aura sakralߨ lalu dikultuskan. Alā^uddīn Abū al-asan al-anbaliyy ad-Dimašqiyy berkata :

وَقَالَ رجل لِأَحْمَد: إِن ابْن الْمُبَارك قَالَ كَذَا، قَالَ: " ابْن الْمُبَارك لم ينزل من السَّمَاء "

"Berkata seseorang kepada Aḥmad: Sesungguhnya Ibn al-Mubārok berkata sedemikian. Dia berkata: Ibn al-Mubārok tidak turun dari langit". [At-Tabīr Šar at-Tarīr Fī Uṣūl al-Fiqhjilid 8m/s 4112keluaran Maktaba ar-Rušdtahqiq Abdul Romān al-JibrīnAw al-Qorniyy dan Amad as-Sarrōḥ].

Mereka semua bukan turun dari langit. Inilah hakikat yang perlu diterima. Mereka adalah manusia dan saudara seagama kitaߨ tetapi dianugerahkan lebihan yang tidak diistimewakan kepada orang lain. Kita hormat merekaߨ tetapi bukan bermakna kita mendewakannya.

Kalau saya sandangkan gelaran pada merekaޱ majoriti sebabnya cuma dua. Pertamaߨ bertoleransi dengan penulisan yang bukan saya punya kerana saya tidak mahu mengubah hanya kerana saya kurang menggemarinya. Saya kekalkan petikan atau terjemahan daripada teks asalnya untuk tidak mengubah apa yang disampaikan oleh penulis atau penutur asal. Itu adalah apa yang dilihat pada peribadi orang tersebut, bukan saya sendiri.

Keduaߨ ingin tegaskan supaya pandangan mereka dalam sesuatu isu diambil berat. Hakikatnya saya tidak perlu pun untuk menyatakan sedemikianߨ lebih-lebih lagi nama yang telah dikenali ramai. Cumaߨ kadangkala saya melihat ada orang mencela pandangan saya kerana menyelisihi merekaߨ wallhal saya ambil daripada para ulama dan membela pandangan mereka bersama dalil. Oleh sebab saya ingin cantas keingkaran merekaߨsaya menyebutkan gelaran mereka supaya mereka beringat.

Salah satu sebab saya enggan menyandangkan gelaran adalah kerana ia adalah perisai ilusi supaya pendapat dari mereka tidak terbantah atau disalahi. Seolah-olah apabila menyebutkan al-Imāmޱ aura sakral itu muncul lalu menghidupkan persepsi kasta antara kita dengan diaߨ lantas kita hanya berdiam untuk berkomentar pendapatnya atau kita mencari-cari takwilan semata-mata untuk menyelamatkan tirai yang telah pun tercabut.

Inilah yang terjadi ketika saya membentangkan hujah ilmiah. Setiap kali saya menegakkan dalil yang menjadi dasar pegangan sayaޱ yang mereka buat adalah menjaja nama-nama tokoh bersama penyebutan yang membesar-besarkan gelaran ketinggian semata-mata untuk menyahkreditkan nilai penghujahan saya, memperlekehkan saya dan ingin kekal dalam kedegilan yang tidak mahu fokus dengan hujah. Alā^uddīn Abū al-asan al-anbaliyy ad-Dimašqiyy berkata :

وَقَالَ ابْن الْجَوْزِيّ: التَّقْلِيد للأكابر أفسد العقائد وَلَا يَنْبَغِي أَن يناظر بأسماء الرِّجَال إِنَّمَا يَنْبَغِي أَن يتبع الدَّلِيل

"Ibn al-Jawziyy berkata: Taklid kepada senior adalah serosak-rosak kepercayaan. Tidak sepatutnya dia berdebat dengan nama-nama orang. Sepatutnya dia mengikut dalil". [At-Tabīr Šar at-Taḥrīr Fī Uṣūl al-Fiqhjilid 8m/s 4112keluaran Maktaba ar-Rušdtahqiq Abdul Romān al-JibrīnAw al-Qorniyy dan Amad as-Sarrōẗ].

Sekarang ini sedang saya membawakan hujah ilmiah yang menjadi dalilܦ mereka pula berdebat dengan nama-nama senior. Tidak cukup lagikah ini sebagai bukti bahawa taklid kepada senior adalah serosak-rosak kepercayaan? Bahkanߨ barangkali kata-kata Ibn al-Jawziyy ini sendiri pun tidak ada nilai di sisi mereka sehingga mereka tidak mempedulikannya atau mengambil berat terhadapnya.

Kalau mereka buang sandangan gelaran ituޱ pasti persepsi itu berubah lalu menjadi seperitmana yang saya pandang. Tanpa menyebutkan al-Imām, aš-Šayẖ dan lain-lain saya tidak perlu teragak-agak lagi untuk menyinggung mereka jikalau pendapat mereka didapati Quran dan sunnah yang sememangnya sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Tanpa menyebutkan gelaran ituܦ seolah-olah nama itu seperti teman sepasukan yang bersantai sahaja. Tidak akan ada sesiapa lagi yang khuatir untuk berhukum dengan Quran dan sunnah kerana tidak mahu menyelisihi tokoh kesayangan mereka. Lihat bagaimana Muḥammad bin Ismāīl a-onāniyy; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam ketika mengkritik Jalāluddīn as-Suyūṭiyy. Dia berkata :

ولقد راجت هذه الدعاوى الفارغة على جماعة من علماء الإسلام صاروا كالعامة في قبول المحالات، فلقد ألف الحافظ السيوطي رسالة نقلها المنجلي في تطورات الولي"، وأتى فيها بحكايات باطلة، وأقوال عن الأدلة عاطلة، حتى كأنَّه ما عرف السنة والكتاب، ولا ملأ الدنيا بمؤلفاته التي أتى فيها بكلِّ عجاب، فلا يغتر الناظر بنقل ما يخالف السنة والكتاب، وإن حكاه من العلماء بحرُ علمٍ عبابٍ، وما أحسن ما قاله ابنُ الجوزي في كتابه صيد الخاطر قال: "واعلم أنَّ المحقق لا يهوله اسمٌ معظمٌ، كما قال رجل لعلي رضي الله عنه: أتظن أنَّا نظن أنَّ طلحة والزبير كانا على باطل؟ فقال له عليٌّ عليه السلام: "إن الحق لا يعرف بالرجال، اعرف الحق تعرف أهله" ولعمري إنَّه قد وقر في النفوس تعظيم أقوام، فإذا نقل عنهم شيءٌ فسمعه الجاهلُ بالشرع قبله لتعظيمهم في نفسه.

"Telah terserak dakwa-dakwa yang kosong terhadap sekelompok daripada ulama Islam. Mereka menjadi seperti orang awam dalam penerimaan yang mustahil. Al-Ḥāfiẓ as-Suyūṭiyy telah mengarang «al-Munjalī Fī Taṭowwurōt al-Waliyy». Dia membawakan hikayat-hikayat batil padanya dan kata-kata yang kontang daripada dalil sehingga seolah-olah dia tidak mengenali sunnah dan al-Kitāb. Tidaklah dia memenuhi dunia dengan karangan-karangannya yang dia membawakan setiap keanehan padanya. Janganlah peneliti terpedaya dengan nukilan apa yang menyalahi sunnah dan al-Kitāb kendatipun ulama yang selautan ilmu yang melimpah yang menghikayatkannya. Betapa bagusnya apa yang Ibn al-Jawziyy berkata tentangnnya dalam kitabnya «Ṣoyd al-H̱ōṭir». Dia berkata: Ketahuilah bahawa orang yang tahqiq tidak dimomokkan dengan nama yang diagungkan sepertimana kata seseorang berkata kepada Aliyy semoga Allah meredhainya: "Adakah engkau menyangka bahawa kami menyangka bahawa olah dan az-Zubayr berada di atas kebatilan?". Aliyy alayh as-Salām: "Sesungguhnya kebenaran tidak dikenali dengan orangnya. Kenalilah kebenaranޱ pasti engkau mengenali ahlinya". Demi umurku! Sesungguhnya telah membekas pengagungan beberapa kaum pada jiwa. Apabila dinukilkan sesuatu daripada merekaߨ lalu orang jahil pada syarak mendengarnyaޱ dia menerimanya dengan pengagungan terhadap mereka pada jiwanya". [Al-Inṣōf Fī Ḥaqīqoẗ al-Awliyā^ Wa Mā Lahum Min al-Karōmāt Wa al-Alṭōfm/s 76keluaran Dār Ibn Affān Li an-Našr Wa at-Tawzītahqiq Abdul Rozzāq bin Abdul Musin al-Badr].

Lihat penyebutannya: "Janganlah peneliti terpedaya dengan nukilan apa yang menyalahi sunnah dan al-Kitāb kendatipun ulama yang selautan ilmu yang melimpah yang menghikayatkannya". Sebeginilah yang kita mahu. Gelaran dan manaqib bukan penghalang untuk kita berprinsip sedemikian.

Saya begitu benci seseorang cuba bertaut dengan kesilapan seseorang tokoh hanya kerana sandaran gelaran padanya. Orang lain yang tidak ada gelaran atau tidak disanjung-sanjung namanya sepertimana tokoh tersebut atau insan yang tersenarai dalam biografi ilmuwan terus diketepikan dan tidak dipandang. Apa sahaja hujah yang dikemukakan semacam tidak bernilai apa-apa hanya kerana tidak pernah mendapat gelaran sepertimana tokoh ikutan mereka.

Mereka ini tidak ubah sepertimana yang aṣ-Ṣonāniyy berkata: "Demi umurku! Sesungguhnya telah membekas pengagungan beberapa kaum pada jiwa. Apabila dinukilkan sesuatu daripada merekaߨ lalu orang jahil pada syarak mendengarnyaޱ dia menerimanya dengan pengagungan terhadap mereka pada jiwanya".

Saya pernah sahaja melihat orang mengangkat tinggi dan melebih-lebih dalam penyebutan namanya bersama gelaran ketinggian terhadap seseorang yang dianggap tokoh ulamaߨ tetapi hakikatnya penglipur lara atau yang sememangnya layak ditahzir dan disingkirkan daripada ahli sunnah melalui neraca ilmu yang jelas sekali di mata mereka yang celik padanya.

Setiap kali kita mengemukakan penghujahan kitaޱ yang menjadi pemberat dalam respons balas mereka adalah mempergunakan penyebutan berlebihan dalam nama tokohߨ bukan hujah ilmiah. Ketaksuban kerana terpedaya dengan aura yang mereka sendiri getarkannya telah mencelarukan mindanya.

Sesungguhnya mereka itulah orang yang hidup dalam ilusi. Penggelaran seperti itu bukan sahaja pembodohanߨ malah ia adalah virus bagi umat ini. Hindarilah hal itu demi kesejahteraan minda masing-masing jika ia membawa kepada taklid yang tercela dan ketaksuban.

Bahkanߨ terhadap diri saya sekalipun tidak perlu menyandangkan saya dengan gelaran-gelaran sedemikian. Saya tetap manusia yang sama dengan kamuߨ cuma mungkin lebih atau kurang dari beberapa sudut. Tidak lebih daripada itu.

Lihatlah kata Tājuddīn as-Subkiyy selepas mengkritik gurunya; Šamsuddīn aḏ-Ḏahabiyy :

هُوَ شَيخنَا ومعلمنا غير أَن الْحق أَحَق أَن يتبع

"Dia adalah syeikh kita dan guru kitaߨ tetapi kebenaran lebih berhak untuk diikuti". [Ṭobaqōt aš-Šāfiiyya al-Kubrōjilid 2m/s 13keluaran Dār Hajr Li a-obāa Wa an-Našr Wa at-Tawzītahqiq Mamūd Muammad a-onāḥiyy dan Abdul Fattāḥ Muammad al-alw].

Apakah sukar untuk mengatakan sedemikian? Sehebat mana gelaran yang disandangkanܦ setiap orang wajib menurut dan mengikuti manhaj ilmu yang sahih dan hak-hak neraca ilmu. Tiada seorang pun akan terlepas dan terbebas daripada penghakiman ilmiah terhadapnya. Gelaran kehormat bukan alasan atau dalih untuk mengenepikan perkara ini.

Tiada hakim yang patut diangkat tinggi melainkan Quran dan sunnah serta neraca ilmiah yang tulen, sejati, teruji dan mapan. Inilah satu-satunya landasan bagi sesiapa sahaja yang ingin berada di jalan lurus. Tentu lagi bagi sesiapa yang ingin mendaki ke kedudukan yang terpuji lagi tertinggi. Oleh ituߨ menjunjung seseorang tokoh jangan sampai ia setara martabatnya dengan kecintaan kita pada kebenaran.

Walaupun kita akui bahawa mereka bukan dewa yang turun daripada langitߨ kita juga perlu akui ketokohan mereka dan kesarjanaan mereka dalam lapangan ilmu. Kata-kata mereka dalam sesuatu lapangan mungkin ada pemberat dan nilai ilmiah yang perlu diambil kira. Walaupun mereka tidak maksumޱ bukan bermakna tidak ada sudut yang benar, kritis yang unggul dan kebaikan yang bermanfaat dari sisi mereka. Mereka juga barangkali telah berwaspada sebaik mungkin dalam mengeluarkan pandangan.

Sebab itulah kita memanfaatkan karya-karya peninggalan mereka. Ini kerana mereka memuatkan pelbagai khazanah yang berharga di dalamnya yang berguna bagi generasi yang ingin mengambil manfaat daripadanya. Dari sumbangan mereka dan keperibadian yang mereka tampilkan inilah yang menjadi asas rasa penghormatan kita kepada mereka. Meski tercampurnya besi dalam longgokan emasޱ itu tidak bermakna gudang keilmuan mereka tidak ada nilai langsungߨ apatah lagi rendah kualitinya.

Saya sendiri mengangkat tinggi ahli hadis dan saya sendiri menyebutkan bahawa paksi kebenaran dalam manhaj agama ini adalah pada pihak mereka. Saya menjulang tinggi kedudukan mereka setelah terbukti kemampuan, kewibawaan dan kompeten mereka dalam bidang ilmu tersebut. Saya menyarankan orang ramai untuk teguh dalam manhaj ahli hadis agar tidak tersesat.

Malah, saya telah menyebut manaqib dan menyatakan rasa kagum terhadap tokoh-tokoh ilmuwan yang unggul yang menarik perhatian saya dalam penulisan saya yang berjudul «Diari Diri ߸ Jika Ditanya Siapakah Tokoh Kegemaran Saya». Saya sama sekali tidak merendahkan para ulama apabila itu seberhaknya sekalipun mengakui kemanusiaan mereka.

Kemudianߨ oleh sebab mereka adalah saudara kitaߨ maka sewajarnya kita membela mereka jika mereka dicela dan dicemuh. Jika nyata di mata kita kebenaran yang berpihak padanyaޱ maka zahirkan dan bentangkan hujahߨ bukan dengan sentimen atau respons balas yang kosong daripada kematangan intelektual.

Mereka diangkat bukan kerana ikut-ikutan kita atau menumpang sanjungan daripada orangߨ tetapi kerana bukti yang sabit dan terteguh dalam peninggalan mereka. Tidak wajar bagi sesiapa yang cuba menconteng maruahnyaߨ apatah lagi meruntuhkan kredibilitinya hanya kerana tidak setuju dalam beberapa pandangan tanpa hak.

Inilah yang saya lakukan dalam membela Abū Saīd ad-Dārimiyy yang dituduh mujassim atau korporealis oleh jahmian yang berbaju ašᶜrian. Inilah yang saya lakukan dalam membela anbalian dalam isu isbat suara dan huruf bagi kalam Allah yang dituduh musyabbihah atau assimilasionis oleh pelampau ašᶜrian. Saya membela mereka di samping saya menjunjung keagungan mereka yang telah menempa namanya di persada sejarah.

Malahߨ yang mencela ad-Dārimiyy ini juga adalah daripada kalangan orang yang menampilkan akhlak yang tiada siapa mempertikaikan keelokannya dan budi pekerti yang kita sendiri akan memuliakannya. Mereka ini gemar bercakap tentang menghormati ulama, memuliakan mereka dan menjunjung kewibawaan mereka. Akan tetapiߨ ad-Dārimiyy di sisi mereka tidak ubah seperti orang yang layak dilanyak sehabis-habisnya sepertimana yang saya telah menyuarakannya di banyak tempat,

Kesimpulannyaܦ tidaklah salah memberi gelaran yang mulia dan membesar-besarkan penyebutannya setelah ternyata kedudukannya di dunia ilmiah memandangkan mereka selayaknya merangkul hak tersebut. Namunߨ bukan bermakna kita mendewakan merekaߨ lalu mengkultuskan apa sahaja yang datang kepada mereka.

Sedalam mana pun kasih sayang kita kepada merekaܦ jangan melupakan keutamaan kita kepada Allah dan rasul-Nya serta hak-hak kebenaran. Jangan sampai semua ini terabai hanya kerana segan untuk menyelisihi tokoh tertentu.

Kemudianߨ mungkin ada yang tertanya tentang mengapa saya menyebutkan status PhD atau menyebut jawatan mereka yang di kedudukan yang disegani orang ramai kepada beberapa orangߨ khususnya yang bukan muslimߨ khususnya apabila saya menyebut nama mereka dalam memetik penyebutan mereka tentang yang berkaitan dengan selain perbahasan Islam?

Saya katakanapabila disebutkan nama-nama ulama muslimޱ kebanyakan orang yang mempertikaikan saya secara khusus tidak akan sama sekali memandang kecil pandangan nama yang saya menyebutkannya atau merendahkan merit kandungan penghujahannya. Akan tetapiߨ apabila menyebutkan selain merekaޱ pasti ia memiliki layanan berbeza dan cara tanggapan yang berseratus lapan puluh darjah pusingannya.

Nama-nama mereka ini adakalanya tidak dikenali oleh komuniti agamawan atau rata-rata netizen pun. Kalau saya menyebut nama mereka sahajaޱ barangkali tiada siapa yang ambil berat atau mereka anggap itu adalah kata-kata rakan yang sebaya dengan mereka. Namunߨ dengan memperkenalkan kedudukan mereka diharapkan mereka membuat pertimbangan yang lebih baik atau sekurang-kurangnya tidak merendahkannya sewenang-wenangnya.

Itu sahaja tujuan saya. Saya tidaklah bermaksud bahawa profesional dari bukan muslim itu ada kesetaraan dengan para ulama. Namunߨ masing-masing ada tempat yang berhak untuk kita hormati dan meletakkan pada yang layak untuknya kerana menzalimi kedudukan orang bukanlah perbuatan terhormat lagi terpuji dalam agama ini sekalipun terhadap bukan muslim.

Yang menghairankannya adalah orang yang mempertikaikan saya dalam hal ini kerapkali menulis nama Allah tanpa sandangan bersama pujian kebesaran seperti Taālā, Subḥānahu Wa Taālā, Azza Wa Jalla dan lain-lain. Dengan kata lain mereka hanya menyebut nama Allah semata-mata dalam ucapan dan penulisan mereka.

Apabila timbul isu menyebut nama ulamaޱ tiba-tiba jadi sebab untuk menimbulkan isu hormat dan tidak hormat dalam penyebutan nama. Padahalߨ nama Allah lebih layak diagungkan dan dihormati berbanding nama makhluk. Seolah-olah nama Allah lebih kecil jika dibandingkan dengan nama ulama.

Malahߨ yang menghairankan adalah sebahagian mereka bersungguh-sungguh ingin mempertahankan penambahan lafaz ₍Sayyidanā₎ pada azan ketika ingin menyebutkan nama junjungan nabi kita yang mulia lagi sebaik-baik insan di alam ini; Muḥammad ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam atas alasan untuk memuliakan bagindaߨ tetapi tidak timbul pula perbincangan untuk isu penyebutan nama Allah dalam azan bersama tambahan lafaz pengagungan dan pemujaanߨ padahal nama-Nya adalah sebaik-baik nama daripada semua nama yang lain.

Sebegitulah juga apabila saya menyebut nama rasul utusan kita yang mulia serta para nabi dan para rasul yang diberkati walaupun bersama dengan ungkapan selawat dan salamߨ lebih-lebih lagi jika dalam konteks perujukan individu supaya jelas kepada siapa yang dimaksudkan. Ini pun sebahagian orang menzahirkan rasa tidak puas hati konon saya tidak menjunjung para nabi dan para rasul dengan seberhaknya sepertimana yang mereka mahu.

Inilah kecelaruanߨ bahkan barangkali hipokrit sebahagian orang atau mungkin sahaja sebahagian orang yang sememangnya suka menimbulkan permusuhanߨ lalu menjadikan isu ini sebagai modal untuk memburukkan saya atau bertengkar dengan saya. Tidakkah mereka hayati firman Allah Azza Wa Jalla? :

وَإِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَحْدَهُ اشْمَأَزَّتْ قُلُوبُ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ ۖ وَإِذَا ذُكِرَ الَّذِينَ مِن دُونِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ

"Apabila mereka disebutkan nama Allah semata-mataޱ menjadi getik jantung orang yang tidak beriman dengan hari akhirat. Apabila disebutkan mereka yang selain-Nya, tiba-tiba mereka bergembira". [Surah az-Zumar ayat 45].

Perangai ini sama seperti sebahagian mereka yang menimbulkan isu penyebutan nama rasul atau nama ulamaߨ lalu menjadikannya ini sebagai subjek pertengkaranߨ tetapi nama Allah disebut sebegitu sahaja tanpa sandangan pemujaan dan pujian bersama sama ada mereka sedar atau tidak.

Allah lebih tahu isi jantung setiap orang. Tidak perlu tuduh menuduh seseorang itu hormat para nabi atau para ulama atau tidak melainkan jika seseorang itu sememangnya kaki gaduh dan sensitif semberono.

Kalaulah saya ingin bermain dengan permainan iniޱ lihat sahaja mereka yang memanggil nama Abū Saīd ad-Dārimiyy dengan panggilan kehormat dan disebut dengan penuh pemuliaanߨ tetapi merekalah orang yang paling jahat dalam mengotorkan namanya dan merobek kredibilitinya dalam bidang akidah dengan menuduhnya sebagai korporealis yang mana ia tidak pernah dilakukan sedemikian oleh mana-mana ulama pun walaupun setelah seribu tahun kewafatannya.

Lihat sahaja orang yang memuji nama Abū Bakr al-H̱ollālߨ tetapi akhirnya memanggilnya sebagai bapa korporealis hanya kerana tidak berpuas hati sebahagian kandungan dalam karyanya «as-Sunnah».

Lihat sahaja orang yang memanggil Abdullah bin Muammad bin a-iddīq al-Ġumāriyy; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam cenderung kepada wahabi sepertimana yang dia menyebutkannya dalam muqaddimah kitabnya «Awliyā^ Wa Karōmāt» kerana tidak menyetujui beberapa perkara yang berkaitan karamah dan kewalian pada sebahagian pelampau sufi.

Malahߨ Aliyy Juma pernah memanggil aš-Šāṭibiyy sebagai jurnalis sehingga dikecam oleh pelbagai orang sekeliling. Muammad Zāhid al-Kawariyy yang diangkat sebagai ulama pun sebenarnya dikenali sebagai pemaki hamun ulama sepertimana yang didedahkan oleh Aḥmad bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ahli hadis sufi berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam dalam «Bayān Talbīs al-Muftarī Muammad Zāhid al-Kawariyy», adiknya; Abdullah al-Ġumāriyy dalam «Bida at-Tafāsīr» dan Abdul Romān al-Muallimiyy dalam «at-Tankīl Bi Mā Fī Ta^nīb al-Kawariyy Min al-Abātīl».

Siapa sebenarnya hipokrit dalam urusan pemuliaan terhadap ulama dan siapa sebenarnya pada hakikatnya yang tidak menghormati ulama?

No comments:

Post a Comment