Saturday, May 2, 2020

Usaha Merintangi Pornografi

Pornografi masih ditekan dari banyak sudut kerana masih tersisanya dogma bahawa seks itu merupakan suatu yang tidak suci dan noda. Kadangkalaܦ penyalahan itu bukan disebabkan sebab ekstrinsik padanyaߨ tetapi penyalahan itu dari sudut intrinsik padanya. Seolah-olah perkara relatif dan subjektif serta penelitian melalui konteks tidak ada ruang untuknya dalam kedudukan neutral sehingga salah tanggap ini bukan sahaja dibawa kepada persepsi dan tafsiranߨ tetapi sehingga melibatkan tindakan terhadap manusia tanpa pendirian dan metodologi yang mendasar dengan kukuh.

Kita dapat lihat perkara ini melalui tindakan undang-undang mengambil yang menyabitkan kesalahan terhadapnya kerana memiliki dan mengedar bahan pornografi. Atas nama keluhuran undang-undang sesuatu yang legal seolah-olah dianggap benar dan sakral untuk sebarang penilaian semula. Jika begitu gayanyaޱ pengeboman nuklear di Hiroshima dan Nagaski pun dibolehkan atas kelegalan undang-undang[1].

Begitu juga Holocaust[2], genosida kaum asli Amerika[3], program pengawasan perisikan secara berleluasa[4], penindasan sistem kewangan bank[5] dan penjajahan[6]. Undang-undang mesti berdiri di atas keluhuran tindakan dalam menghukum atas sebab besarnya jenayah itu secara saksama dan mendidik agar rakyat yang menjadi subjek kepada ketaatan kepada undang-undang itu tidak melakukannyaߨ bukannya undang-undang itu sendiri yang mempunyai zat keluhuran.

Sekalipun bukan di atas tipu daya undang-undang yang terdoktrin daripada bias autoriti[7]ܦ sebahagian penyalahan itu kadnagkala terulit dengan argumentasi yang kelihatan bergaya ilmiah dan perspektif yang seolah-olah realiti yang berlaku.

Akan tetapiߨ lensa mereka tidak tertumpu secara meluas, mendalam dan tuntas. Kesan inilah yang membawa salah faham terhadap hakikat pornografi itu sendiri sehingga mereka tidak mampu melihat dengan sebenar isu-isu yang berlaku padanya. Hal ini wajar diperbetulkan supaya kesalahan ini tidak menjustifikasikan tindakannya yang tidak tepat pada persepsi dan implementasinya.

Banyak sebab pihak tertentu berargumentasi bahawa pornografi itu sesuatu yang toksik yang merosakkan individu. Sebahagian pihak berhujah dengan kesan dopamina yang memberi kesan kepada ketagihan seperti dadah[8]. Namunߨ ini penghujahan merupakan penghujahan kurang kajian meluas terhadap dopamina.

Hakikatnyaܦ dopamina bertindak sama sepertimana aktiviti yang lain seperti memakan coklat, meminum kopi, mendengar muzik, bola sepak, beli belah, perjudian, permainan video dan lain-lain dan lain-lain[9]. Malahߨ kurang dopamina juga penyebab penyakit Parkinson[10]. Jelaslah bahawa argumentasi ini tidak valid dan tidak berasas secara menyeluruh dalam menekan aspek bahaya pada pornografi.

Sebahagian pihak yang cuba memburukkan konsumsi pornografi dengan membangkitkan isu bahawa pornografi penyebab kepada pengecutan otak[11] dan penyebab kepada mudah lupa[12]. Namunߨ jika ini menjadi alasan kepada buruknya pornografiޱ hakikatnya adalah makanan lemak tinggi[13], makanan ringan[14] dan minuman yang bergula[15] adalah penyebab kepada pengecutan otak. Bahkanߨ permainan catur dengan banyak pun mempunyai perkaitan rapat dengan pengecutan otak[16]. Sebegitu juga dengan pemakanan tofu[17]. Sebegitu juga tontonan televisyen untuk warga usia pertengahan yang mempunyai kaitan dengan pereputan otak[18]. Manakalaߨ beberapa makanan juga mempunyai penyebab kepada kesan buruk kepada memori seperti makanan bergoreng, gula tambahan, nitrat[19], karbohidrat oalahan dan lemak trans[20].

Malang sekali yang kedua-dua ini selalu sahaja diberikan layanan dan intonasi yang berbeza. Apabila disebutkan makanan ringan dan makanan berlemak tinggi menyebabkan pengecutan otak atau makanan bergoreng menjejaskan kemampuan memoriޱ sebahagian orang memperakuinyaߨ tetapi tidak tegas. Akan tetapiߨ apabila disebutkan pornografi memberi kesan yang sama seperti makanan tadiޱ itulah yang selalu diungkit, dicanang-canangkan dan dimomok-mokkkan. 

Mereka mungkin tidak memakan makanan ringan atau seterusnya secara kerap atau tidak menjamahnya sama sekali dalam hidup mereka kecuali sedikit. Adakalanyaܦ mereka menyatakan penegahan dan melarang kepada anak-anaknya memakan atau orang lain serta menolak pelawaan hidangan orang lain untuk menerimanya dan memakannya. 

Akan tetapiߨ apabila ia berkaitan dengan pornografiޱ sikapnya ditonjolkan dengan lebih meluap-luap berangnya, membuas kebenciannya dan memuncak kemarahannya. Bermacam-macam alasan dikemukakan untuk membezakan antara pornografi dengan makanan seolah-olah walaupun ia memberi kesan yang samaޱ pornografi jauh lebih teruk lagi menurutnya. Pada hakikatnya mereka sebenarnya terpengaruh dengan apa yang dibesar-besarkan tentang pornografiߨ khususnya berkaitan dengan stigma terhadapnyaߨ lalu mengheret sentimen itu sehinggakan yang lain-lain tidaklah sebesar pornografi.

Ini disebabkan makanan itu adalah sesuatu yang biasa dilihat di khalayak atau yang mudah terjumpa dalam mana-mana komuniti. Atas sebab itulah ia tidak dilihat setara atau lebih teruk daripada pornografi. Sama sahaja dia dengan seseorang yang lebih sensitif terhadap orang yang menonton pornografi di tempat umum berbanding perokok meskipun perokok itu jauh lebih banyak mudaratnya berbanding pornografi. Namunߨ disebabkan perbuatan rokok itu ada di persekitaran dan biasaܦ itulah sebabnya rokok tidak ditimbang sebagai sebesar atau lebih teruk keseriusannya berbanding pornografi.

Mereka juga mengatakan bahawa makanan itu akan menjadi mudarat jika diambil secara berlebihanߨ kemudian pada mereka seakan-akan beranggapan menonton seminit video pornografi bersamaan memakan makanan yang berlemak tinggi, berkahobidrat olahan, bergula tambahan, bergoreng , dicampur dengan nitrat bersamaan dan meminum sekali beberapa cawan daripada minuman bergula. Sebegitulah kaprah tontonan pornografi berbanding yang lain di sisi mereka.

Jika dikatakan kepada mereka: "Semakin banyak pengambilan minuman yang bergulaޱ semakin cepat otak mengecut"ޱ mengapa sukar sekali untuk berkata yang sama pada pornografi: "Semakin banyak konsumsi pornografiޱ semakin cepat otak mengecut"? Pengingkaran mereka, penyorotan sesisi mereka dan dalih mereka dalam menempelak konsumsi pornografi adalah tidak lain tidak bukan hanyalah kerana sentimen nista mereka terhadap pornografi.

Sebahagian pihak juga berhujah dengan bahawa pornografi penyebab disfungsi erektil[21]. Namunߨ ini kenyataan rambang yang tidak meneliti sebabnya secara mendalam. Penyebab sebab disfungsi erektil ini bukanlah pornografi itu sendiriߨ, tetapi kesan pornografi yang berlebihan mengubah selera seks yang nyata.

Hal ini kerana apabila pembanjiran dopamina yang berlebihan disebabkan penggunaan pornografi yang berlebihanޱ maka saraf penerima yang dahulunya sangat sensitif menjadi kurang sensitif sehingga hubungan intim fizikal yang normal tidak dapat menghasilkan dopmaina yang cukup untuk merangsang saraf penerima dopamina[22].

Pada asalnya rasangan visual selalunya akan menambahkan keghairahan seks pada lelaki dan wanita. Namunߨ apabila majoriti menghabiskan masa untuk menonton dan melancap pada pornografiޱ mereka menjadi kurang tertarik dengan dunia nyata pertembungan seks[23]. Atas sebab inilah berlakunya disfungsi erektil kerana lelaki tidak dapat memperoleh keghairahan seks[24] yang optimumߨ bahkan mengubah prestasi seksnya[25] disebabkan lancap yang kerap melatih otak dan badan untuk mengikut tindakan seks hanya kepada jenis visual dan sentuhan yang spesifik[26] atau secara asasnya tangan dan gambar di skrin komputer menjadi pencetus seks. Oleh itu, kenyataan rambang sebegini tidak berasas untuk menyalahkan pornografi.

Begitu juga sebahagian pihak yang menyatakan bahawa pornografi penyebab kerosakan perhubungan suami isteri[27]. Namunߨ perlu kita ingat bahawa di sini masih ada perbincangan tentang impaknya sama ada ia membawa kepada kesan positif atau negatif. Beberapa laporan telah mengutarakan bahawa pornografi masih memberi impak positif kepada rumah tangga. Seseorang tidak meninggalkan pasangannya walaupun menggunakan pornografi dan beberapa pandangan yang sama tentang hal itu juga tidak diingkari oleh beberapa orang pakar[28].

Namunߨ masalah ini pada dasarnya bukan sebab pornografi itu sendiriߨ tetapi cara interaksi pasangan terhadap pornografi[29]. Sebahagiannya disebabkan cemburu kerana mereka merasakan bahawa orang yang terpapar di skrin itu lebih menawan daripada dirinya, merasa bimbang bahawa pasangannya akan mengabaikannya dan lain-lain.

Hal ini boleh diselesaikan dengan perbincangan yang baik dan memahami tingkah laku dari sudut saintifik seperti psikologi, sosiologi dan neurologiߨ bukan berdasarkan persepsi kolot berdiri atas dogma dan dimensi perspektif peribadinya yang tidak berasas semata-mata kerana selain daripada perspektif saintifik dan ilmiah hanyalah argumentasi yang tidak ada nilai pengukuhan. Konflik ini akan berlaku sekiranya perselisihan faham tidak ditangani dengan sebaik-baiknya.

Makaߨ dasar masalah itu bukanlah pornografiߨ tetapi disebabkan pergelutan cara interaksi terhadapnya. Bahkanߨ jika pornografi itu normal dan diterima secara umumޱ konflik tidak akan berlaku. Misalnya adalah jika pasangan menganggap bahawa tidak ada masalah melakukan seks analޱ maka tidak akan konflik pada hal ini.

Sama juga dengan hal ini. Namunߨ masalah yang berlaku di sini pornografi masih belum dapat diterima sepenuhnya oleh pasangan. Kita wajar mengetahui bahawa masing-masing tidak sama justifikasi dalam tindakannya sekalipun selain urusan pornografi. Oleh ituߨ perbezaan seperti ini bukannya diinteraksi dengan cara persengketaan.

Begitu juga sebahagian pihak menyatakan bahawa pornografi mempunyai perkaitan dengan pemerdagangan seks[30]. Kita katakan bahawa di sana terdapat juga pemerdagangan kerja[31]. Oleh ituߨ kita tidak boleh mengatakan pornografi punca berlakunya pemerdagangan manusia secara mutlak walaupun hal itu merupakan perkara yang mendatang.

Apa-apa perkara pun pasti ada unsur eksploitasi dan seseorang atau beberapa pihak yang cuba mengambil keuntungan melaluinya. Barang tiruan, pakej pelancongan palsu, bahan yang berlebihan dosnya dari yang sewajarnya, penipuan kewangan dan lain-lain semuanya perkara mendatang demi memenuhi kehendak pengguna dan pelanggan dengan cara yang batil. Bukan semestinya ia terbitan dari dasar itu sendiri.

Begitu juga sebahagian pihak mendakwa bahawa pornografi penyumbang jenayah rogol[32]. Namunߨ hal tersebut tidak benar. Dalam artikel «Pornography And Sex Crime In The Czech Republic» yang diterbitkan di Pacific Center For Sex And Society ia menunjukkan bahawa jenayah rogol menunjukkan tahap pengurangan setelah Republik Czech membenarkan pornografi kepada penduduknya[33].

Manakalaߨ di USA yang mana ia merupakan negara pengguna pornografi yang terbesar di dunia ia mengalami penyusutan kes rogol secara konsisten daripada 1990 sehingga 2013[34]. Begitu juga kajian terhadap negara lain seperti Kanada, Croatia, Denmark, Jerman, Finland, Hong Kong, Shanghai dan Sween menunjukkan kadar pengurangan jenyah rogol[35]. Malahߨ kajian yang diterbitkan di BMC Psychiatry menunjukkan hanya 1% sahaja salah laku seksual kanak-kanak berbanding keseluruhan pengguna dan seseorang yang memiliki bahan pornografi kanak-kanak[36].

Kajian terkumpul dalam sembilan kajian oleh pengkaji pedofilia yang penting; Michael Seto dan rakan sekolejnya menemukan bahawa mereka yang ditangkap atas kesalahan memiliki pornografi kanak-kanak hanya mempunyai 2% sahaja risiko kecenderungannya untuk mencabul kanak-kanak.

Karen Franklin PhD menyimpulkan bahawa orang yang ditangkap atas kesalahan memiliki pornografi kanak-kanak kurang berisiko untuk melakukan jenayah cabulߨ di samping menyimpulkan bahawa penganiayaan seks kanak-kanak merudum tahun baru-baru ini sekalipun ledakan peningkatan pornografi kanak-kanak yang berlawanan dengan kaitan sebab langsung antara pengguna pornografi kanak-kanak dengan perlakuan yang salah[37].

Dan banyak lagi penolakan bahawa pornografi sentiasa menjadi seiringan dalam jenayah seksual[38]. Oleh ituߨ rogol bukanlah korelasi daripada pornografi melainkan sebahagian kecil sahaja yang merupakan kes-kes terpencil.

Cukuplah penjelasan kesemua ini yang membetulkan argumen utama dalam penyalahan terhadap pornografi. Setelah ituܦ tidak wajar bagi kita meneruskan persepsi buruk dan tindakan yang tidak berdiri di atas landasan kukuh kerana itu merupakan suatu tindakan yang zalim sekalipun tampak seperti baik dan murni.

Penjelasan sehebat mana punܦ kita masih tidak ada kuasa untuk menyeleraskan persepsi peribadi terhadapnya. Namunߨ yang dapat kita peringatkan ialah sesuatu yang kita tidak suka jangan membawa kepada kebencian dan permusuhan apatah lagi jikalau itu cumalah hal yang bersifat peribadi, relatif dan kontekstual. Perbalahan ini cuma perbuatan yang sia-sia dan tidak bermanfaat buat diri kita.

Dalam usaha merintangi pornografi yang telah tersebar luas dalam kalangan masyarakat perlu kita tahu bahawa penerimaannya telah pun berlaku semenjak zaman purbakala. Dengan kata lain ia telah pun menjadi budaya banyak tamadun yang menjadikannya sebagai salah satu seni dan perlambangan. Misalnya adalah lukisan batu erotik orang asli di Anherm LandAustralia memaparkan lukisan pornografi yang terawal semenjak lebih 28,000 tahun yang lalu[39].

Tidak kurang juga dengan kertas papirus erotik Turin yang merupakan lukisan erotik memaparkan babak binatang atau manusia pelbagai perlakuan dan posisi seks yang dilukis pada zaman Ramesside (1292-1075 SM) yang digunakan untuk pelbagai perkara seperti jenaka, satira dan juga kegunaan pornografi[40].

Ukiran patung berupa erotik juga meluas di tamadun Mocha di pantai utara Peru yang sekitar 200-850 SM[41]. Daripada beberapa ribu jag yang wujud sekurang-kurangnya ada 500 yang memaparkan ukiran seks secara eksplist seperti seks secara oral, ciuman, pemanjaan, lancap lelaki, persetubuhan antara heteroseksual, seks secara anal dan lain-lain[42].

Melihat kepada tamadun China pulaܦ Sotheby's Hong Kong Gallery telah mengadakan pameran gambar erotik yang bertarik pada zaman Dinasti Han (206 sebelum Masihi-220 setelah Masihi) sehingga Dinasti Qing (1644-1911). Lukisan erotik dan lingga yang dipaparkan ialah suasana kehidupan seks di Pusat Kerajaan purbakala[43].

Asal usul seni erotik China boleh dilihat semula pada zaman Dinasti Han yang merupakan contoh paling awal yang ditemui pada abad pertama yang lukisan itu dimuatkan dalam «Buku Han (Book of Han)»; sebuah buku sejarah klasik China sekitar waktu yang sama. Abad ke-10 telah menyaksikan perkembangan karya seni itu dan mula merancak pada abad ke-17 ketikamana lukisan itu mencapai kemuncak ketika Dinasti Ming yang sememangnya mempunyai polisi yang liberal terhadap seni dan sains.

Era kebebasan bersuara ini seterusnya membawa kepada Tang Bohu dan Qiu Ying; antara pelukis yang berprestij dalam sejarah seni China. Mereka berdua mempunyai minat yang besar dalam penghasilan gambar erotik. Karya mereka merupakan nilai estetik yang hebat bagi gaya yang halus, kedalaman warna dan potret yang terang.

Ketikamana lukisan menjadi bemtuk komunikasi yang dominan ketikamana Dinasti Mingܦ pelbagai bentuk seni erotik yang bukan sahaja untuk digunakan mengghairahkan seksualߨ tetapi menjadi alat untuk pengantin perempuan dan pasangan muda dalam keperluan pembelajaran seks. Sikap China terhadap seks juga sangat liberal dan lebih terbuka berbanding yang sebelumnya daripada yang digambarkan.

Cinta homoerotik begitu lazim sepertimana lukisan kelas atasan yang mewah mengadakan seks dengan lelaki dan wanita. Dalam Taiosme seks merupakan jalan menuju kebahagiaan dan tahan lamaߨ khususnya ₍Fangzhongshu₎; amalan seksual penganut Taoist ditujukan kepada para pengamal untuk mencapai matlamat ini melalui pertukaran tenaga. Bukan sahaja falsafah ini mempunyai impak yang kuat bagi orang cina purbakalaߨ malah ia mengembangkan seni erotik pada pasaran China

Latar belakang falsafah yang mendalam inilah yang membezakan seni erotik China dengan negara lain dalam penghasilan karya yang mempunyai tenaga yang hebat, nilai esteik yang unik dan makna simbolik yang khusus[44].

Begitu juga pada tamadun Jepun yang menghasilkan ₍Shunga₎؛ iaitu gambar aktiviti seks yang mepersembahkan platform visual yang tidak memalukan di mana keseronokan seksual, nilai seks wanita dan homoseksual bukan sahaja diiktirafߨ tetapi digalakkan. Imej-imej yang dihasilkan itu menekankan ekspresi keseronokan dan kepuasan serta menekankan bahagian genital pada lelaki dan perempuan yang boleh diakses oleh setiap lapisan golongan.

Kewujudan asalnya pada zaman Heian (794-1192)ߨ namun kekurangan teknologi bagi menyalin imej sangat mahal dan sukar. Akhirnyaߨ hanya kelas atasan sahaja yang mempunyai barang mewah itu. Selepas ituܦ zaman Edo menyaksikan penciptaan cetakan bongkah kayu yang membolehkan penghasilan kualiti imej yang banyak. Melalui teknik ini pelukis mengukir imej pada bongkah kayu yang bersalut dengan dakwatߨ lalu ditekankan ke kertas. Ia pun menghasilkan cetakan.

Ketikamana teknologi berkembangܦ penghasilan besar imej itu membawa kepada perolehan yang meluas, mengurangkan harga dan lebih banyak pengagihan cetakan. Shinga dihasilkan untuk pendidikan seks, bahan pornografi, hiburan serta menggalakkan para pahlawan untuk berperang dan mempertahankan negara.

Shunga merupakan tanda firman bagi yang keasyikan, masyarakat yang minda terbuka dan menyediakan peluang bagi artisan untuk mengekspresikan keaslian dan tidak berkekang[45].

Kemudianߨ antara karya agung tamadun India ialah «Kama Sutra» yang dikumpulkan oleh Vatsyayana Mallanaga juga menyelitkan enam puluh empat gambar yang bersifat erotik selain mempunyai teks-teks erotik bagi tujuan pendidikan seks[46]. Kemudianߨ ia diikuti oleh banyak tamadun yang lain dan perkembangan era dari semasa ke semasa dari zaman kelahiran semula Itali, era Barouqe, era Rococo, zaman revolusi Perancis dan lain-lain sentiasa sahaja menyusul dan berterusan sehingga kini[47].

Bahkanߨ era moden yang serba digital ini juga tidak berhenti pada perkembangan, pembangunan dan pemodenannya. Antaranya ialah pembangunan realiti virtual pornografi yang membolehkan pengguna merasai tiga dimensi yang dijanakan oleh komputer yang menambahkan keseronokan dalam aktiviti pornografi[48]. Kemudianߨ pembangunan robot seks yang menjadi igauan orang ramai mengenainya[49].

Pemaparan fakta ini mendorong kita untuk perlu merenung sebab penerimaan ini berlaku secara meluas dan diwarisi turun temurun. Bersikap tidak realistik hanyalah pemusnah diri dengan angan-angan ciptaan kita kerana pergerakan dunia bukan di bawah jangkaan kita. Realitinya ialah seks itu merupakan salah satu seni yang dizahirkan sama seperti perkara lain seperti muzik, pakaian, upacara dan lain-lain. Seks bukan sekadar pelampias hajat desakan biologiޱ ia perkara yang memuaskan dari segala stres dan memberikan kelegaan dari tekananߨ bahkan sehingga kepada seni yang dihiasi dalam hidup sebagai individu, pasangan dan masyarakat.

Ia sesuatu pembebasan dalam menzahirkan cinta, emosi, swaekspresi dan keseronokan[50]. Apabila kita menonton pornografiޱ otak akan menghasilkan serotonin[51] yang mana neurotransmitter ini bertanggungjawab untuk memberikan relaksasi dan ketenangan yang mana ia mampu menghindarkan seseorang daripada depresi[52].

Pornografi merupakan seni kerana seni ialah ekspresi atau aplikasi kemahiran kreatif dan imaginasi manusia[53]. Manusia mempunyai kemampuan yang unik untuk mencipta persembahan mental berbentuk bahan erotik menurut hipotesis Jesse Bering. Inilah antara sebab manusia mempunyai keistimewaan tersendiri dalam seks berbanding spesies yang lain kerana kita berkemampuan menulis, mencipta, menyunting dan berlakon di minda pornografi kita sendiri[54].

Makaߨ penzahiran seks berbentuk erotika, pornografi dan setiap jenis pengghairah merupakan sesuatu yang normal dalam diri manusia. Sebab itulah ia sentiasa menjadi seni ciptaan yang terus dilangsungkan sepanjang zaman.

Pornografi pada hari ini masih tetap mendapat sambutan hangat walaupun di era digital yang masih kuat tabunya. Laman web pornografi menerima lebih banyak trafik berbanding jumlah campuran trafik Netflix, Amazon dan Twitter. 35% muat turun internet adalah yang berkaitan dengan pornografi, sekurang-kurang 30% pemindahan data sekitar internet yang berkaitan dengan pornografi[55], 30% kandungan internet adalah porno, lebih daripada 2 bilion carian laman web ialah porno[56], kira-kira 22% akaun Tumblr ialah porno[57], 1 daripada 1000 ciapan ialah pornografi, kira-kira 10 juta akaun Twitter didedikasikan untuk pornogrrafi[58], laman web Pornhub mendapat kunjungan 23 Billion pada tahun 2016 sahaja, 91,980,225,000 video telah ditonton, 82% mereka yang berusia 18 tahun hingga 42 tahun melihat pornografi pada majalah, 84% daripadanya melihat filem pornografi dan 34% menonton pornografi dalam talian[59].

Juga kunjungan pameran Shunga di muzim Tokyo kecil seramai 90,000 yang berbaris selama sejam setengah[60].

Tambahan pulaߨ penglibatan pornografi ini bukannya direkrut atau diarah untuk terlibatߨ tetapi ia adalah aktiviti sukarela dari setiap golongan sama ada amatur dan professional sama ada dewasa mahupun remaja. Penglibatan remaja baru-baru ini semakin mendapat sambutan dan menjadi kebiasaan yang baru bagi aktiviti remaja.

Kajian daripada Drexel University yang diterbitkan pada bulan Jun oleh Journal Sexuality Research and Social Policy menyatakan bahawa lebih separuh mahasiswa yang ditinjau dalam talian mengakui bahawa mereka menghantar tekseks (sext). Hampir 30% daripada mereka mengepilkan sekali bersama gambar.

Kajian lain daripada University of Texas cawangan Galveston menemukan bahawa 32% yang mengakui menghantar tekseks kemungkinan akan melakukan seks pada tahun hadapan. Penghantaran tekseks oleh remaja tidak dikaitkan dengan perlakuan seks yang berisiko. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pediatric pada bulan Oktober menyatakan bahawa remaja yang menghantar tekseks tidak berkemungkinan untuk terjebak untuk memperoleh pasangan seks berganda, penggunaan dadah atau alkohol atau tidak menggunakan kawalan kelahiran.

Penghantaran tekseks kemungkinan kenormalan yang baharu apabila ia berkaitan dengan perlakuan seksual dewasa menurut kesimpulan kajian itu. Elizabeth Englader; professor psikologi di Bridgewater State University dan pengarah Massachusetts Aggression Reduction Centre menyatakan bahawa terdapat beberapa jenis kajian sekarang ini yang tertumpu pada penemuan yang sama؛ iaitu ini bukanlah perlakuan yang janggal. Dia juga menyatakan bahawa hal ini berlaku secara meluas. Ia melibatkan ramai anak-anak yang baik dan tidak mempunyai masalah. Ia juga bukanlah pelik dan janggal[61].

Tinjauan 653 remaja yang berusia 13-19 tahun daripada The National Campaign to Prevent Teen and Unplanned Pregnancy and CosmoGirl•com telah menemukan bahawa 20% remaja yang terdiri daripada 22% perempuan dan 18% lelaki pernah menghantar gambar dan video yang memaparkan seks. 39% remaja yang terdiri daripada 37% perempuan dan 40% lelaki pernah menghantar mesej tidak senonoh serta 48% daripada mereka mengakui bahawa mereka menerima mesej itu.

Remaja yang menghantar gambar seks terdiri daripada 71% perempuan dan 67% lelaki telah berkongsi mesej atau gambar pada teman lelakinya atau teman wanitanya, 21% perempuan dan 39% lelaki telah berkongsi mesej atau gambar seks dengan seseorang yang mereka minat atau yang ingin melakukan seks dengannya. 15% remaja mengaku bahawa mereka menghantar gambar menggayakan separuh bogel atau bogel sepenuhnya kepada seseorang yang mereka kenal dalam talian[62].

Perkara yang saya ingin nyatakan di sini ialah pornografi merupakan sebahagian daripada budaya manusia yang saling erat dan tidak terpisah. Selagimana manusia terus berhubungan seks dan memperoleh kenikmatan padanyaޱ selagi itulah wujudnya seni seks yang dizahirkan oleh para artisan. Kita perlu memandangnya secara neutral dan kontekstual tanpa prejudis dan diskriminasi kerana hal itu merintangi arus yang tidak dapat lagi diceraikan.

Saya tahu sebahagian orang menyatakan bahawa arak juga bahan yang sebati dalam kebudayaan manusia yang sama sekali tidak boleh dijustifikasikan keharusannya sebagai penerimaan yang terbuka lagi normal disebabkan wujudnya kesan mudarat padanya. Namunߨ menyamakannya dengan arak adalah penyelewengan kerana pornografi sama sekali tidak memberi impak yang sama kepada arak.

Makaߨ budaya ini perlu kita buang kerana terbukti kerosakan yang terhasil daripadanya. Namunߨ pornografi masih belum dibuktikan sepenuhnya kemudaratan secara instrinsik sepertimana yang wujud pada arak. Malahߨ kita masih ada pakar yang objektif untuk menasihat dan menyelia dalam isu pornografi secara seimbang seperti yang ada dalam portal Psychology Today, Medical News dan lain-lain yang bukan berorientasikan umpan-klik. Oleh ituߨ ia masih sesuatu yang dapat diterima dan diteruskan legasinya dari semasa ke semasa.

Nota Kaki

[1]http://edition.cnn.com/2016/05/27/politics/hiroshima-obama-explainer/index.html

[2]http://www.bbc.co.uk/history/worldwars/genocide/

[3]Rujuk

http://www.nytimes.com/1862/08/24/news/indian-massacres-terrible-scenes-death-misery-minnesota-five-hundred-whites.html

http://www.newsweek.com/2016/08/26/california-native-americans-genocide-490824.html

[4]Rujuk

http://www.bbc.com/news/world-us-canada-23123964

«No Place To Hide»karya Glenn Greenwaldterbitan Penguin Group2014.

[5]«Why Gold? Why Silver? Why Now?» karya Jonathan Quekterbitan TrueWealth Sdn Bhd.

[6]https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_United_States_colonial_possessions

[7]https://www.iaexperiment.com/blog/authority-bias-build-authority/

[8]https://www.desertsolace.com/why-you-need-to-quit-porn-now/

[9]Rujuk

http://www.health.harvard.edu/newsletter_article/how-addiction-hijacks-the-brain

https://www.psychologytoday.com/basics/addiction

http://www.dana.org/Cerebrum/Default.aspx?id=39147

http://www.tgcoy.com/addiction/addiction-the-hijacked-brain.html

http://www.slate.com/articles/health_and_science/science/2013/07/what_is_dopamine_love_lust_sex_addiction_gambling_motivation_reward.html

http://opinionator.blogs.nytimes.com/2012/06/10/the-hijacked-brain/?_r=0

https://www.psychologytoday.com/blog/the-joint-adventures-well-educated-couples/201208/falling-in-love-is-smoking-crack-cocaine

http://factualfacts.com/science-facts/music-is-as-addictive-to-the-brain-as-sex-and-drugs/

http://addicthelp.org/drug-addiction/music-dopamine-high-drug-addict-help/

http://news.discovery.com/human/psychology/music-dopamine-happiness-brain-110110.htm

http://www.scientificamerican.com/article/how-the-brain-gets-addicted-to-gambling/

http://www.ft.com/cms/s/0/27514afc-5444-11e2-9d25-00144feab49a.html#axzz3k7GzXqNt

http://www.cbsnews.com/news/how-real-a-risk-is-social-media-addiction/

http://www.huffingtonpost.com/2014/12/13/social-media-addiction_n_6302814.html

http://psychcentral.com/blog/archives/2013/07/21/video-games-are-they-really-a-source-of-addiction/

http://www.psychguides.com/guides/video-game-addiction-treatment-program-options/

[10]https://www.psychologytoday.com/blog/women-who-stray/201701/no-dopamine-is-not-addictive

[11]https://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-2642712/Does-watching-porn-make-LAZY-X-rated-content-shrink-region-brain-linked-motivation-study-claims.html

[12]https://www.livescience.com/25543-online-porn-affects-memory.html

[13]https://scitechdaily.com/scientists-discover-that-this-type-of-diet-can-shrink-brains/

[14]https://doctor.ndtv.com/living-healthy/junk-food-may-cause-your-brain-to-shrink-eat-these-healthy-foods-instead-1880775

[15]Rujuk

https://www.nytimes.com/2017/04/24/well/eat/sugary-drinks-brain-aging.html

https://www.bu.edu/articles/2017/soda-bad-for-brain/

https://healthbeat.spectrumhealth.org/study-sugary-drinks-shrink-brains/

[16]https://www.wired.com/2014/10/beware-playing-lots-chess-will-shrink-brain/

[17]Rujuk

https://nowtoronto.com/news/tofus-dark-side

https://drewramseymd.com/brain-food-nutrition/does-tofu-shrink-your-brain/

https://www.latimes.com/archives/la-xpm-2000-apr-12-me-18620-story.html

[18]https://www.theguardian.com/tv-and-radio/2021/sep/13/the-proof-is-in-tv-really-does-rot-your-brain

[19]https://www.cnbc.com/2021/11/28/a-harvard-nutritionist-and-brain-expert-avoids-these-5-foods-that-weaken-memory-and-focus.html

[20]https://www.healthline.com/nutrition/worst-foods-for-your-brain#TOC_TITLE_HDR_3

[21]http://www.medscape.com/viewarticle/879982

[22]http://www.mensjournal.com/health-fitness/health/are-you-watching-too-much-porn-20130821

[23]https://www.thesun.co.uk/living/3563066/men-addicted-to-porn-at-risk-of-erectile-dysfunction-because-their-sexual-tolerance-is-higher/

[24]http://metro.co.uk/2017/05/14/watching-porn-is-making-men-unable-to-have-sex-in-real-life-6637016/

[25]http://www.healthline.com/health/erectile-dysfunction/porn-induced-ed#sexual-appetite3

[26]http://www.menshealth.com/sex-women/porn-erectile-dysfunction

[27]https://www.mentalhelp.net/blogs/how-pornography-distorts-intimate-relationships/

[28]Rujuk

https://www.psychologytoday.com/blog/attraction-evolved/201610/is-what-pornography-really-does-relationship

https://www.psychologytoday.com/blog/sex-life-the-american-male/201410/pornography-and-romantic-relationships-recent-studies

http://www.washingtontimes.com/news/2014/dec/11/pornography-use-affects-real-relationships/

http://www.dailymail.co.uk/health/article-4506968/Porn-causes-erectile-dysfunction-men-research-finds.html

https://www.psychologytoday.com/blog/inside-porn-addiction/201605/is-pornography-helping-or-hurting-in-the-bedroom

https://www.psychologytoday.com/blog/tech-support/201407/what-porn-does-intimacy

https://www.psychologytoday.com/blog/women-who-stray/201305/porn-is-not-the-problem-you-are

[29]Rujuk

https://www.psychologytoday.com/blog/inside-porn-addiction/201408/how-porn-really-affects-relationships

http://www.menshealth.com/sex-women/porn-debate

https://www.psychologytoday.com/blog/women-who-stray/201706/people-watch-porn-turns-them

[30]Rujuk

https://www.theguardian.com/lifeandstyle/2010/jul/02/gail-dines-pornography

http://www.huffingtonpost.com/johnhenry-westen/want-to-stop-sex-traffick_b_6563338.html

http://www.covenanteyes.com/2011/09/07/the-connections-between-pornography-and-sex-trafficking/

http://fightthenewdrug.org/the-internet-can-be-a-very-unsexy-place-we/

[31]Rujuk

http://money.cnn.com/2014/10/21/pf/labor-trafficking/index.html

https://humantraffickinghotline.org/type-trafficking/labor-trafficking

[32]https://www.thegospelcoalition.org/article/how-the-normalization-of-pornography-fuels-the-rape-culture

[33]http://www.hawaii.edu/PCSS/biblio/articles/2010to2014/2010-porn-in-czech-republic.html

[34]http://www.statista.com/statistics/191226/reported-forcible-rape-rate-in-the-us-since-1990/

[35]https://www.sciencedaily.com/releases/2010/11/101130111326.htm

[36]https://medicalxpress.com/news/2009-07-viewing-child-porn-factor-future.html

[37]https://www.psychologytoday.com/blog/witness/201705/why-are-these-men-downloading-child-pornography

[38]Rujuk

http://www.scientificamerican.com/article/the-sunny-side-of-smut/

http://freakonomics.com/2011/08/04/porn-and-rape-the-debate-continues/

http://blogs.scientificamerican.com/streams-of-consciousness/porn-on-the-mind/

http://www.huffingtonpost.com/entry/does-pornography-lead-to-sexual-assault_us_57c0876ae4b0b01630de8c93

http://www.slate.com/articles/arts/everyday_economics/2006/10/how_the_web_prevents_rape.html

http://www.calcasa.org/2010/03/what-is-the-influence-of-pornography-on-rape/

https://www.psychologytoday.com/blog/all-about-sex/201601/evidence-mounts-more-porn-less-sexual-assault

https://www.psychologytoday.com/blog/all-about-sex/200904/does-pornography-cause-social-harm

[39]http://www.dailymail.co.uk/news/article-2161118/Aboriginal-erotic-rock-art-proves--28-000-years-ago--men-ONE-thing-minds.html

[40]Rujuk

http://www.openculture.com/2014/07/the-turin-erotic-papyrus-the-oldest-known-depiction-of-sex-circa-1150-b-c-e.html

http://anthropology.msu.edu/anp455-fs14/2014/10/23/ancient-egyptian-sexuality/

http://www.nature.com/ijir/journal/v16/n5/full/3901195a.html

[41]https://unearthingarchaeoblog.wordpress.com/2013/12/29/moche-sex-pots-part-one/

[42]http://www.ancient-origins.net/artifacts-other-artifacts/sex-pottery-peru-moche-ceramics-shed-light-ancient-sexuality-003017

[43]http://www.ibtimes.co.uk/ancient-chinese-erotic-art-exhibition-unveiled-first-time-hong-kong-1445131

[44]http://thefashionabletruth.com/chinese-erotic-art-takes-its-place-on-asias-red-hot-auction-block/#.WTqrcdJ95dg

[45]Rujuk

http://www.huffingtonpost.com/2013/10/01/shunga-exhibit_n_4018457.html

https://www.artsy.net/article/editorial-what-is-shunga

https://www.tofugu.com/japan/shunga-japanese-erotica/

https://www.theguardian.com/world/2015/nov/11/pornography-or-erotic-art-japanese-museum-aims-to-confront-shunga-taboo

[46]Rujuk

http://dailycampus.com/stories/2017/2/14/a-brief-history-on-an-ancient-guide-to-sex-the-kama-sutra

http://www.getfrank.co.nz/dating-romance-relationships/sex/the-story-and-history-kama-sutra

http://www.spaceandmotion.com/Philosophy-Kamasutra-Kama-Sutra.htm

[47]https://www.bustle.com/articles/70200-the-history-of-porn-and-erotic-art-art-around-the-world-from-peruvian-sex-pots-to

[48]http://mashable.com/2016/01/08/naughty-america-vr-porn-experience/#ybzDG_EGxPqo

[49]https://www.theguardian.com/technology/2017/apr/27/race-to-build-world-first-sex-robot

[50]Rujuk

http://topyaps.com/sex-art-writing

http://www.huffingtonpost.com/2015/01/07/to-me-sex-is-an-art-form_n_6419628.html

[51]http://www.medicaldaily.com/watching-adult-films-alters-brain-activity-similar-drug-addicts-alcoholics-347224

[52]http://www.medicalnewstoday.com/articles/232248.php

[53]http://sallymustang.com/sex-is-art/

[54]http://www.huffingtonpost.com/2011/11/13/sex-for-pleasure_n_1090811.html

[55]http://fightthenewdrug.org/10-porn-stats-that-will-blow-your-mind/

[56]https://www.psychologytoday.com/blog/all-about-sex/201611/dueling-statistics-how-much-the-internet-is-porn

[57]http://fightthenewdrug.org/nearly-half-of-tumblr-users-see-porn/

[58]http://fightthenewdrug.org/twitters-dangerous-porn-problem/

[59]http://fightthenewdrug.org/by-the-numbers-see-how-many-people-are-watching-porn-today/

[60]https://www.theguardian.com/world/2015/nov/11/pornography-or-erotic-art-japanese-museum-aims-to-confront-shunga-taboo

[61]http://edition.cnn.com/2014/11/18/living/teens-sexting-what-parents-can-do/index.html

[62]https://www.psychologytoday.com/blog/teen-angst/201103/sexting-teens

No comments:

Post a Comment