Wednesday, May 6, 2020

Pertanyaan Tidak Bermanfaat Dan Perkara Yang Berkaitan Tentang Adab Pertanyaan

Bertanya merupakan salah satu perkara penting mendapatkan pengetahuan dan kebenaran. Firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

"Maka, bertanyalah kepada orang yang berpengetahuan jika kalian tidak mengetahui". [Surah an-Naḥl ayat 47].

Firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

فَإِن كُنتَ فِي شَكٍّ مِّمَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ فَاسْأَلِ الَّذِينَ يَقْرَءُونَ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكَ ۚلَقَدْ جَاءَكَ الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

"Jika engkau berada dalam keraguan terhadap apa-apa yang kami turunkan kepadamu, maka bertanyalah orang yang membaca kitab sebelum kamu. Benar-benar sesungguhnya telah datang kebenaran daripada Tuhanmu kepadamu. Janganlah engkau termasuk daripada kalangan orang yang keraguan". [Surah Yūnus ayat 94].

Kadangkala pertanyaan itu bukan didasari untuk mencari kebenaran, memperoleh pengetahuan atau mengukuhkan kefahaman, tetapi untuk menghalangi diri daripada kebenaran sampai kepadanya, mencari-cari kelemahan orang lain yang tidak sepatutnya dan tidak berkaitan serta menzahirkan kedegilan dirinya untuk berubah. Firman Allah *Azza Wa Jalla :

وَقَالُوا لَوْلَا أُنزِلَ عَلَيْهِ آيَاتٌ مِّن رَّبِّهِ ۖ قُلْ إِنَّمَا الْآيَاتُ عِندَ اللَّـهِ وَإِنَّمَا أَنَا نَذِيرٌ مُّبِينٌ ﴿٥٠﴾ أَوَلَمْ يَكْفِهِمْ أَنَّا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَرَحْمَةً وَذِكْرَىٰ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ﴿٥١

"Mereka berkata: Mengapa tidak diturunkan mukjizat daripada Tuhannya kepadanya?. Katakanlah: Mukjizat itu urusan Allah dan aku cumalah permberi amaran yang jelas. Adakah tidak cukup bahawasanya Kami telah menurunkan kitab kepada engkau yang dibaca kepada mereka? Sesungguhnya pada itu benar-benar rahmat dan peringatan bagi kaum yang beirman". [Surah al-*Ankabūt ayat 50-51].

Di sini Allah menemplak orang yang bertanya soalan yang tidak berkaitan untuk menafikan kebenaran atau memperkukuh hujah mereka. Mereka mencari dalih agar isi utama dipalingkan dan disibukkan pula dengan sesuatu yang remeh, tidak penting dan tidak bermanfaat.

Mereka menjauhkan diri daripada al-Quran dan mencari sesuatu yang keajaiban kononnya itulah yang membenarkan kebenaran dibawa, sedangkan al-Quran itu sendiri sudah cukup menzahirkan kebenaran dan membidas segala kebatilan. Keajaiban bukan isi yang penting kerana itu cumalah perhiasan luar semata-mata.

Jika diturunkan keajaiban, tetap tidak ada lagi keajaiban daripada al-Quran itu sendiri. Keajaiban itu juga bukan menjadi pendasar bagi kebenaran al-Quran. Maka, al-Quran itu sendirilah yang tonggak pendasar segala-galanya. Malah, jika didatangkan keajaiban pun, belum tentu mereka akan beriman dan tunduk kepada kebenaran. Firman Allah *Azza Wa Jalla :

لَّوْ مَا تَأْتِينَا بِالْمَلَائِكَةِ إِن كُنتَ مِنَ الصَّادِقِينَ

(Mereka berkata): "Mengapa engkau tidak bawakan malaikat kepada kami jika engkau termasuk orang yang benar?". [Surah al-Ḥijr ayat 7].

Firman Allah *Azza Wa Jalla :

وَلَوْ أَنَّنَا نَزَّلْنَا إِلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةَ وَكَلَّمَهُمُ الْمَوْتَىٰ وَحَشَرْنَا عَلَيْهِمْ كُلَّ شَيْءٍ قُبُلًا مَّا كَانُوا لِيُؤْمِنُوا إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّـهُ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ يَجْهَلُونَ

"Jika benar-benar Kami turunkan malaikat kepada mereka dan orang-orang yang mati berbicara dengan mereka serta Kami kumpulkan segala sesuatu secara berkelompok, tidaklah mereka akan menjadi beriman kecuai jika Allah kehendaki, tetapi kebanyakan mereka adalah jahil". [Surah al-An*ām ayat 111].

Persoalan-persoalan itu cumalah dalih kepada kedegilan. Sekalipun seseorang itu tidak mengungkapkan kedegilan itu secara lafaz, tetapi nyata pada perbuatannya dengan bertopengkan soalan-soalan. Akan tetapi, persoalan itu langsung tidak ada kaitan, tidak bermanfaat dan tidak berguna untuk ditanya.

Mereka merasakan seolah-olah pertanyaan itu menjadikan mereka kebal daripada disanggah, tetapi sebenarnya itulah yang menebalkan diri dalam kebodohan dan menjauhkan diri daripada kebenaran. Firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

قَالُوا إِنَّمَا أَنتَ مِنَ الْمُسَحَّرِينَ ﴿١٨٥﴾ وَمَا أَنتَ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُنَا وَإِن نَّظُنُّكَ لَمِنَ الْكَاذِبِينَ ﴿١٨٦﴾ فَأَسْقِطْ عَلَيْنَا كِسَفًا مِّنَ السَّمَاءِ إِن كُنتَ مِنَ الصَّادِقِينَ ﴿١٨٧﴾ قَالَ رَبِّي أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ ﴿١٨٨﴾ فَكَذَّبُوهُ فَأَخَذَهُمْ عَذَابُ يَوْمِ الظُّلَّةِ ۚ إِنَّهُ كَانَ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ ﴿١٨٩

"Mereka berkata: Engkau cumalah termasuk orang yang terkena sihir. Dan engkau hanyalah manusia seperti kami dan kami benar-benar mengira engkau termasuk orang pendusta. Maka, jatuhkanlah kepada kami gumpalan daripada langit jika engkau termasuk orang yang benar. Šu*ayb berkata: Tuhanku lebih mengetahui tentang apa-apa yang kalian lakukan. Mereka pun mendustakannya, lantas Allah menimpa mereka dengan azab pada hari yang gelap. Sesunguhnya itulah azab pada hari yang agung". [Surah aš-Šu*arō^ ayat 185-187].

Malah, mereka menjadikan soalan itu sebagai ejekan dan piawaian untuk menyatakan seseorang itu tidak mempunyai argumentasi, sedangkan soalan mereka itulah yang bodoh kerana tidak berkaitan dengan kehujahan dan topik yang dibicarakan.

Mereka tidak ragu-ragu terhadap kebenaran itu, tetapi mereka cuba sembunyikan hal itu dengan berpura-pura tidak jelas, sedangkan mereka cuba mencari dalih supaya kebenaran itu jauh kepada mereka dan mereka berharap agar itu bukan kebenaran yang merupakan rezeki Allah yang diturunkan tanpa disangka. Mereka cuba sembunyikan penentangan mereka dengan bertanyakan soalan yang bertubi-tubi itu dengan berpura-pura masih tidak jelas terhadapnya. Firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ إِنَّ اللَّـهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تَذْبَحُوا بَقَرَةً ۖ قَالُوا أَتَتَّخِذُنَا هُزُوًا ۖ قَالَ أَعُوذُ بِاللَّـهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ ﴿٦٧﴾ قَالُوا ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّن لَّنَا مَا هِيَ ۚ قَالَ إِنَّهُ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ لَّا فَارِضٌ وَلَا بِكْرٌ عَوَانٌ بَيْنَ ذَٰلِكَ ۖ فَافْعَلُوا مَا تُؤْمَرُونَ ﴿٦٨﴾ قَالُوا ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّن لَّنَا مَا لَوْنُهَا ۚ قَالَ إِنَّهُ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ صَفْرَاءُ فَاقِعٌ لَّوْنُهَا تَسُرُّ النَّاظِرِينَ ﴿٦٩﴾ قَالُوا ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّن لَّنَا مَا هِيَ إِنَّ الْبَقَرَ تَشَابَهَ عَلَيْنَا وَإِنَّا إِن شَاءَ اللَّـهُ لَمُهْتَدُونَ ﴿٧٠﴾ قَالَ إِنَّهُ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ لَّا ذَلُولٌ تُثِيرُ الْأَرْضَ وَلَا تَسْقِي الْحَرْثَ مُسَلَّمَةٌ لَّا شِيَةَ فِيهَا ۚ قَالُوا الْآنَ جِئْتَ بِالْحَقِّ ۚ فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا يَفْعَلُونَ ﴿٧١﴾

"Ketikamana Mūsā berkata kepada kaumnya: Sesungguhnya Allah memerintahkan kalian untuk menyembelih seekor lembu betina. Mereka berkata: Adakah engkau menjadikan kami sebagai ejekan?. Dia berkata: Aku berlindung kepada Allah agar aku tidak menjadi orang yang jahil. Mereka berkata: Beritahulah kepada tuhanmu agar Dia menjelaskan jenisya kepada kami. Dia berkata: Sesungguhnya lembu itu itu tidak tua dan tidak muda yang berusia di antara itu. Maka, kerjakanlah apa-apa yang kalian diperintahkan. Mereka berkata: Beritahulah kepada tuhanmu agar Dia menjelaskan warnanya kepada kami. Dia berkata: Sesungguhnya lembu itu berwarna kuning tua yang menyenangkan orang yang memandangnya. Mereka berkata: Beritahulah kepada tuhanmu agar Dia menjelaskan tentangnya kerana kami masih samar dan jika Allah mengkehendaki, nescaya kami mendapat petunjuk. Dia berkata: Lembu itu belum pernah membajak tanah dan mengairi tanaman serta sihat dan tidak ada tompokan padanaya. Mereka berkata: Sekarang, engkau telah terangkan dengan jelas. Lantas, mereka menyembelihnya, sedangkan mereka hampir tidak melakukannya". [Surah al-Baqaroh ayat 67-71].

Pada zaman ini, pertanyaan mereka berwajah ilmiah dan pengetahuan, tetapi sebenarnya penuh dengan kehampaan dan kebodohan. Mereka sangka mereka sedang meneliti hujah dan mencari kebenaran dengan bertanya penuh adab dengan bergegak gempita dengan persoalan yang zahir kelihatan hebat, tetapi hakikatnya mereka cuba membina hijab untuk terus-menerus dalam kelalaian diri.

Mereka sangka ketidakjawaban orang yang ditanya itu menunjukkan kebenaran yang dibawa itu adlaah samar, sedangkan kesamaran itulah ciptaan mereka sendiri dan sesuatu yang mereka sendiri cuba jauhkannya. Kalau dijawab dan dipenuhi kriteria yang mereka mahukan, nescaya mereka masih tetap dalam penentangan dan kedegilan. Bukan soalan yang tidak terjawab, tetapi jantung mereka yang terkunci.

Kadangkala pertanyaan mereka itu hanya dilontarkan untuk lawan mereka sahaja agar orang itu digugurkan kredibliti walau apa-apa jua cara sudut, tetapi mereka sendiri tidak mahu memerika kualiti tokoh agung yang sealiran dengan pertanyaan yang sama.

Mengharapkan jawapan daripada musuh, tetapi di pihak mereka sendiri langsung tidak diketahui kualitinya dan samar-samar kedudukannya. Mereka sangka melontarkan soalan itu dapat memperbodohkan lawan mereka, tetapi masih tidak dapat menjamin kualiti segolongan yang bersama mereka.

Orang yang bertanya tentang perkara yang penting kadangkala bukan daripada kalangan orang yang jahil, tetapi wujud juga daripada kalangan orang dianggap terpelajar dan berpengetahuan. Misalnya, pada kisah berikut :

أخبرني الأزهري، قال: أخبرنا محمد بن العباس، قال: حدثنا محمد بن خلف بن المرزبان بن بسام، قال: حدثني أبو العباس أحمد بن يعقوب، قال: كان يحيى بن أكثم يحسد حسدا شديدا وكان مفتنا. فكان إذا نظر إلى رجل يحفظ الفقه سأله عن الحديث، فإذا رآه يحفظ عن الحديث سأله عن النحو، فإذا رآه يعلم النحو سأله عن الكلام ليقطعه ويخجله فدخل إليه رجل من أهل خرسان ذكي حافظ فناظره فرآه مفتنا، فقال: نظرت في الحديث؟ قال: نعم. قال: فما تحفظ من الأصول؟ قال: أحفظ: شريك عن أبي إسحاق عن الحارث أن عليا رجم لوطيا. فأمسك فلم يكلمه بشيء.

Al-Azhariyy telah merawi khabar kepadaku Dia berkata Muḥammad bin al-*Abbās telah merawi khabar kepada kami, dia berkata Muammad bin olaf bin Murzibān bin Bassām telah merawi hadis kepadaku, dia berkata Abū al-*Abbās Amad bin Ya*qūb telah merawi hadis kepadaku, dia berkata Yayā bin Akam selalu mendengki dengan kedengkian yang sangat. Dia seorang penyesat. Dahulu, apabila dia melihat seseorang menguasai ilmu fiqh, dia menyoalnya tentang ilmu hadis. Apabila dia melihatnya menguasai ilmu hadis, dia menyoalnya tentang ilmu nahu. Apabila dia melihat seseorang mengetahui tentang ilmu nahu, dia menyoalnya tentang ilmu kalam untuk menyerang dan memalukannya. Lantas, datang seseorang kepadanya daripada penduduk Khurasan yang pandai lagi hafiz. Lalu, Yaḥyā memerhatikannya. Lalu, dia mengujinya untuk melakukan kekacauan. Yaḥyā berkata kepadanya: "Engkau celik dalam ilmu hadis?". Dia berkata: "Ya". Yaḥyā berkata: "Apa yang engkau hafal daripada ilmu uṣūl?". Dia berkata: "Aku menghafal bahawa Šarīk Daripada Abū Isḥāq Daripada al-Ḥāriṯ: Bahawasanya *Aliyy merejam peliwat". Lalu, dia pun terdiam dan tidak berkata apa-apa kepadanya. [Tārīẖ Baġdādkarya al-H̱oṭīb al-Baġdādiyyjilid 16m/s 286keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyytahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf].

Yaḥyā bin Akṯam merupakan salah seorang fuqaha sepertimana yang dinyatakan oleh an-Nasā^iyy yang dinukilkan oleh al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy dalam «Tārīẖ Baġdād». Abū *Abdullah al-Ḥākim an-Naysābūriyy dalam nukilan yang sama menyatakan bahawa dia adalah salah seorang imam ahli ilmu dan sesiapa yang melihat kitab «at-Tanbīh», pasti dia mengenali keunggulannya dalam segenap ilmu. At-Tanūẖiyy dalam nukilan yang sama menyatakan bahawa dia salah seorang ilmuwan dunia, luas ilmunya dalam fiqh dan pelbagai lagi pujian. Tambahan pula, al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy menyatakan bahawa dia seorang yang berilmu dalam fiqh dan celik dalam ilmu hukum-hakam. Aḏ-Ḏahabiyy dalam «Siyar A*lām an-Nubalā^» menyifatkannya sebagai yang sangat berpengetahuan. Ibn Kaṯīr dalam «al-Bidāyah Wa an-Nihāyah» menyatakan bahawa dia termasuk salah seorang tokoh besar dalam fiqh dan hadis serta pengikut atsar.

Maka, berjaga-jagalah walaupun terhadap orang yang dianggap sebagai tokoh besar dan mempunyai pencapaian ilmu yang tinggi. Kedengkian dan kekotoran jiwa seorang ahli ilmu sangat berbahaya berbanding dengan pengingkaran dan penentangan orang yang jahil.

Salah satu cara ahli ilmu yang jahat dalam melakukan serangan ialah melalui pertanyaan yang sama sekali bukan bertujuan untuk aspek pengukuhan ilmu, tetapi atas dasar untuk menghina seseorang dan bersuka ria dalam memperbodohkan seseorang.

Melontarkan pertanyaan demi bermuslihat dalam penentangan dan memperbodohkan lawan dengan sesuatu yang tidak berkaitan padanya merupakan tanda orang munafik. Hal ini kerana munafik bersikap berlebihan apabila berbalah.

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ نُمَيْرٍ . ح وحَدَّثَنَا ابْنُ نُمَيْرٍ ، حَدَّثَنَا أَبِي ، حَدَّثَنَا الأَعْمَشُ . ح وحَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ ، عَنِ الأَعْمَشِ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُرَّةَ ، عَنْ مَسْرُوقٍ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا ، وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَلَّةٌ مِنْهُنَّ ، كَانَتْ فِيهِ خَلَّةٌ مِنْ نِفَاقٍ حَتَّى يَدَعَهَا ، إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ، وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ ، وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ " ، غَيْرَ أَنَّ فِي حَدِيثِ سُفْيَانَ : وَإِنْ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ ، كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنَ النِّفَاقِ .

Abū Bakr bin Abū Šaybah telah merawi hadis kepada kami *Abdullah bin Numayr telah merawi hadis kepada kami =riwayat lain= Ibn Numayr telah merawi hadis kepada kami Ayahku telah merawi hadis kepada kami Al-A*maš telah merawi hadis kepada kami =riwayat lain= Zuhayr bin Ḥarb telah merawi hadis kepadaku Wakī* telah merawi hadis kepada kami Sufyān telah merawi hadis kepada kami daripada al-A*maš Daripada *Abdullah bin Murroh Daripada Masrūq Daripada *Abdullah bin *Amru, dia berkata Rasulullah -ollallāhu *alayhi wasallam-, bersabda:"Empat perkara yang sesiapa memilikinya, maka dia adalah munafik yang sejati. Sesiapa yang padanya memiliki satu satu daripadanya, maka dia memiliki ciri munafik sehingga dia meninggalkannya. Apabila dia bercerita, dia berdusta. Apabila dia membuat perjanjian, dia khianat. Apabila dia berjanji, dia menyalahinya. Apabila dia bertengkar, maka dia berlebihan". Akan tetapi, pada hadis Sufyān: "Apabila padanya kesejatian salah satu sifatnya, maka padanya kesejatian daripada ciri munafik". [Ṣoḥīḥ MuslimKitāb al-Imānno. 91].

Mereka bertanya soalan yang tidak berkaitan semata-mata untuk dapat menzahirkan kebodohan dan kelemahan yang tidak penting, bukan tujuan untuk pengukuhan hujah. Mereka mengenakan itu supaya dapat mengejek dan mencela agar orang itu tersinggung dengan kekurangan yang dilondehkan, sedangkan mereka sama sekali tidak berjaya meragukan kebenaran yang dibawa.

Hanya mengotorkan perhiasan luaran, tetapi mereka tidak dapat menolak isi yang sebenar-benarnya perkara penting untuk difokuskan. Walhasil, kebenaran itu tidaklah lenyap akibat ketidakjawabannya, tetapi mereka jauh daripada kebenaran yang mereka ciptakan sendiri kesamarannya.

Mencari-cari aib dan menganggap lemah dengan perkaitan sesuatu yang tidak penting. Mereka sangka Allah tidak akan membalas perbuatan mereka kerana kajahatan mereka.

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَكْثَمَ ، وَالْجَارُودُ بْنُ مُعَاذٍ ، قَالَا : حَدَّثَنَا الْفَضْلُ بْنُ مُوسَى ، حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ وَاقِدٍ ، عَنْ أَوْفَى بْنِ دَلْهَمٍ ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ ، قَالَ : صَعِدَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمِنْبَرَ فَنَادَى بِصَوْتٍ رَفِيعٍ ، فَقَالَ : " يَا مَعْشَرَ مَنْ أَسْلَمَ بِلِسَانِهِ ، وَلَمْ يُفْضِ الْإِيمَانُ إِلَى قَلْبِهِ ، لَا تُؤْذُوا الْمُسْلِمِينَ ، وَلَا تُعَيِّرُوهُمْ ، وَلَا تَتَّبِعُوا عَوْرَاتِهِمْ ، فَإِنَّهُ مَنْ تَتَبَّعَ عَوْرَةَ أَخِيهِ الْمُسْلِمِ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ ، وَمَنْ تَتَبَّعَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ وَلَوْ فِي جَوْفِ رَحْلِهِ " ،

Yaḥyā bin Akṯam dan al-Jārūd bin Mu*āḏ telah merawi hadis kepada kami, mereka berdua berkata Al-Fal bin Mūsā telah merawi hadis kepada kami Al-usayn bin Wāqid telah merawi hadis kepada kami Daripada Awfā bin Dalham Daripada Nāfi* Daripada Ibn *Umar, dia berkata Rasulullah -ollallahu *alayhi wasallam- naik ke mimbar, lantas baginda menyeru dengan suara yang tinggi: "Wahai sekalian yang telah menerima Islam pada lisannya, tetapi tidak sebati imannya pada jantungnya! Jangan kalian menyakiti muslimin, jangan kalian mengejek mereka dan jangan mencari-cari aib mereka. Sesiapa yang mencari-cari aib saudara muslimnya, maka Allah mencari-cari aibnya. Barangsiapa yang Allah mencari-cari aibnya, maka Dia membongkarkannya walaupun di celah rumahnya". [Sunan at-TirmiḏiyyKitāb al-Birr wa a-illahno. 1951].

Maka, beringatlah apabila bertanya soalan yang tidak penting dan tiada kaitan dengan pengukuhan hujah ilmu. Ini kerana seseorang itu bukan sahaja akan terbawa-bawa dengan perbuatan yang sia-sia, dia juga akan terheret untuk penentangan terhadap kebenaran dan kedegilan untuk tunduk kepadanya.

Di sini akan dipaparkan beberapa peringatan daripada Allah dan rasul-Nya agar menjauhi pertanyaan-pertanyaan yang membinasakan diri. Firman Allah Ta*ālā :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ إِن تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ وَإِن تَسْأَلُوا عَنْهَا حِينَ يُنَزَّلُ الْقُرْآنُ تُبْدَ لَكُمْ عَفَا اللَّـهُ عَنْهَا ۗ وَاللَّـهُ غَفُورٌ حَلِيمٌ

"Wahai orang yang beriman! Jangan kalian bertanya tentang sesuatu yang jika kalian dijelaskan, kalian menjadi susah. Jika kalian bertanya ketika turunnya al-Quran, nescaya dijelaskan yang kalian yang Allah lapangkan terhadapnya. Dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pekerti". [Surah al-Mā^idah ayat 101].

Kesusahan di sini termasuklah pertanyaan-pertanyaan yang menjauhkan diri daripada kebenaran. Mereka lebih rela memilih kesesatan yang meracuni diri mereka, berbanding kebenaran yang meringankan beban mereka, menenangkan jiwa mereka dan membahagiakan hidupa mereka.

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يَزِيدَ المُقْرِئُ ، حَدَّثَنَا سَعِيدٌ ، حَدَّثَنِي عُقَيْلٌ ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ ، عَنْ عَامِرِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِنَّ أَعْظَمَ المُسْلِمِينَ جُرْمًا ، مَنْ سَأَلَ عَنْ شَيْءٍ لَمْ يُحَرَّمْ ، فَحُرِّمَ مِنْ أَجْلِ مَسْأَلَتِهِ

*Abdullah bin Yazīd al-Muqri^ telah merawi hadis kepada kami Sa*īd telah merawi hadis kepada kami *Uqoyl telah merawi hadis kepada kami Daripada Ibn Syihāb Daripada *Āmir bin Sa*d bin Abū Waqqōṣ Daripada ayahnya Bahawasanya Nabi -ollallāhu *alayhi wasallam- bersabda: "Sesungguhnya kesalahan yang paling besar untuk muslimin ialah apabila seseorang bertanya tentang sesuatu yang tidak diharamkan padanya, kemudian menjadi haram disebabkan pertanyaannya". [Ṣoḥīḥ al-BuẖōriyKitab al-I*tiṣōm Bi al-Kitāb wa as-Sunnahno. 6897].

Juga pertanyaan yang dilarang menyebabkan kebenaran menjadi sesuatu yang dipermainkan, menjadi suatu perkara yang rumit dan sesuatu yang membawa diri kepada yang haram, iaitu menjadi degil dan sombong. Malah, pertanyaan yang membawa kepada haram ialah mengaib-aibkan penyampai kebenaran dan melemahkannya dengan sesuatu yang tidak ada kaitan.

حَدَّثَنَا عَفَّانُ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ بْنُ زِيَادٍ ، حَدَّثَنَا عَاصِمٌ الْأَحْوَلُ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَارِثِ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْهَرَمِ وَالْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ ، اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا ، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا ، أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ ، وَنَفَسٍ لَا تَشْبَعُ ، وَعِلْمٍ لَا يَنْفَعُ ، وَدَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا ، قَالَ : فَقَالَ زَيْدُ بْنُ أَرْقَمَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَاهُنَّ وَنَحْنُ نُعَلِّمُكُمُوهُنَّ

*Affān telah merawi hadis kepada kami *Abdul Wāḥid bin Ziyād telah merawi hadis kepada kami *Āṣim al-Awal telah merawi hadis kepada kami Daripada *Abddullah bin al-Ḥāri Daripada Zayd bin Arqom, dia berkata Dahulu Rasulullah -ollallāhu *alayhi wasallam- berdoa: "Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah, malas, tua renta, pengecut, kedekut dan azab kubur. Ya Allah! Berikanlah kepada diriku akan ketakwaannya dan penyuciannya. Engkaulah sebaik yang menyucikannya dan Engkau juga penolongnya. Ya Allah! Aku berlindung daripada jantung yang tidak khusyuk, jiwa yang tidak puas, ilmu yang tidak bermanfaat dan doa yang tidak dimustajabkan untuknya". *Abdullah berkata Zayd bin al-Ḥāri berkata: "Rasulullah -ollallāhu *alayhi wasallam- mengajarkan kepada kami dan kami pula yang mengajarkan kepada kalian". [Musnad Ahmadno. 18967].

Doa ini menunjukkan wujudnya ilmu yang tidak bermanfaat. Jika seseorang diminta untuk dijauhkan daripada ilmu yang tidak bermanfaat, maka tidak patut seseorang meminta sesuatu yang tidak ada manfaat pun tentang wacana yang difokuskan dan tidak berkaitan dengan pengukuhan ilmu.

Malah, jiwa yang tidak puas ialah jiwa yang begitu tamak untuk penentangan yang tegar dan semangat untuk memperbodohkan orang dengan topengan soalan ilmiah yang kelihatan megah lagi hebat, sedangkan itu semua membawa kepada kecelakaan diri dan kehampaan dalam pemenuhan sesuatu matlamat.

حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ ، عَنْ شُعْبَةَ ، قَالَ : حَدَّثَنِي خُبَيْبٌ ، عَنْ حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا ، أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ " .

Abū Usāmah telah merawi hadis kepadaku Daripada Šu*bah Dia berkata; H̱ubayb telah merawi hadis kepadaku Daripada af bin *Āṣim Daripada Abū Hurayroh Daripada Nabi -ollallāhu *alayhi wasallam-, baginda bersabda: "Cukuplah seseorang itu dikira berdusta bagi yang menceritakan semua yang dia dengar". [Muṣonnaf Ibn Abū Šaybahno. 25029].

Menjadi suatu kecelakaan lagi adalah apabila seseorang melontarkan semua persoalan dan meleretkan persoalan secara berleluasa. Mereka tidak mahu menyaring soalan yang penting untuk kebaikan diri sendiri dan pencarian yang ingin dituntut. Dengan pertanyaan itu membawa kepada kesesatan dan menjauh daripada kebenaran.

Inilah kebinasaan yang merosakkan diri mereka. Ini juga sebagai peringatan orang yang ditanya agar tidak melayani kerenah mereka dengan menjawab dan memenuhi kesemuanya kerana itu cumalah meletihkan diri yang seumpama mencurah air ke daun keladi.

حَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى التُّجِيبِيُّ ، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ ، أَخْبَرَنِي يُونُسُ ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ ، أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، وَسَعِيدُ بْنُ الْمُسَيِّبِ ، قَالَا : كَانَ أَبُو هُرَيْرَةَ يُحَدِّثُ ، أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ ، فَاجْتَنِبُوهُ وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَافْعَلُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ ، فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ ، وَاخْتِلَافُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ

Ḥarmalah bin Yaḥyā at-Tujībiyy telah merawi hadis kepadaku Ibn Wahb telah merawi khabar kepada kami Yūnus telah merawi khabar kepadaku Daripada Ibn Šihāb Abū Salamah bin *Abdul Romān dan Sa*īd bin al-Musayyib telah merawi khabar kepadaku, mereka berdua berkata Dahulu Abū Huroyroh bercerita bahawasanya dia mendengar Rasulullah -ollallāhu *alayhi wasallam- bersabda: "Apa-apa yang aku tegah untuk kalian daripadanya, maka jauhilah daripadanya. Apa-apa yang aku perintahkan untuk kalian padanya, maka lakukanlah dengan kemampuan kalian. Maka, telah binasa mereka yang daripada sebelum kalian kerana banyak persoalan mereka dan perselisihan terhadap nabi mereka". [Ṣoḥīḥ MuslimKitāb al-Faḍō^ilno. 4474].

Sebab itu wajar dijauhi banyak soalan, terutamanya yang tidak penting terhadap sesuatu yang telah difokuskan topiknya dan soalan yang tidak mendatangkan faedah terhadapnya kerana itu mampu membawa kepada kekaburan diri untuk melihat kebenaran dan membawa kepada penentangan.

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ ، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ ، عَنْ مَنْصُورٍ ، عَنِ الشَّعْبِيِّ ، عَنْ وَرَّادٍ مَوْلَى الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ ، عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ ، قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الْأُمَّهَاتِ ، وَوَأْدَ الْبَنَاتِ ، وَمَنَعَ وَهَاتِ ، وَكَرِهَ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ ، وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ ، وَإِضَاعَةَ الْمَالِ " .

*Uṯmān telah merawi hadis kepada kami Jarīr telah merawi hadis kepada kami Daripada Manṣūr Daripada aš-Ša*biyy Daripada Warrōd; maula al-Muġiroh bin Šu*bah Daripada al-Muġiroh bin Šu*bah, dia berkata Nabi -ollallāhu *alayhi wasallam- bersabda: "Sesungguhnya Allah mengharamkan penderhakaan terhadap para ibu, penanaman anak perempuan hidup-hidup dan pemonopolian dan penindasan. Dan Dia membenci desas desus, banyak menyoal dan membuang-buang harta". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyyno. 2242].

Tentu sahaja banyak soalan tersebut ialah soalan yang tidak ada faedah dan tidak ada nilai dengan topik yang dibahaskan.

Bukan Semua Soalan Perlu Dijawab

Perlu kita ketahui bahawa bukan semua soalan yang dilontarkan perlu dijawab. Adakalanya perlu dijawab dengan tidak tahu atau tidak perlu diendahkan langsung untuk mencari-cari jawapannya. Firman Allah Ta*ālā :

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ

"Jadilah pemaaf, suruhlah kepada kebaikan dan berpalinglah daripada orang yang jahil". [Surah al-A*rōf ayat 199].

Firman Allah Ta*ālā :

وَعِبَادُ الرَّحْمَـٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا

"Hamba-hamba ar-Roḥmān ialah orang yang berjalan di bumi dengan rendah diri dan apabila bertemu dengan orang yang jahil, mereka berkata: Selamat tinggal". [Surah al-Furqōn ayat 63].

Jika orang yang jahil perlu kita berpaling, maka mana-mana unsur yang mempunyai unsur kejahilan juga perlu dijauhi.

Firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā :

وَإِذَا يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ قَالُوا آمَنَّا بِهِ إِنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّنَا إِنَّا كُنَّا مِن قَبْلِهِ مُسْلِمِينَ ﴿٥٣﴾ أُولَـٰئِكَ يُؤْتَوْنَ أَجْرَهُم مَّرَّتَيْنِ بِمَا صَبَرُوا وَيَدْرَءُونَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ ﴿٥٤﴾ وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ لَا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ ﴿٥٥

"Apabila dibacakan kepada mereka, mereka berkata: Kami berikan kepadanya kerana inilah kebenaran daripada Tuhan kami. Sesungguhnya kami menjadi orang yang berserah diri. Mereka itulah ynag diberikan pahala dua kali kerana mereka bersabar dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan serta mereka menafkahkan apa-apa yang Kami rezekikan kepada mereka. Apabila mereka mendengar perkataan buruk, mereka berpaling daripadanya. Mereka berkata: Ini ialah amalan kami dan itu ialah amalan kalian. Selamat tinggal. Kami tidak melayani orang jahil". [Surah al-Qoo ayat 53].

Di antara tanda-tanda orang yang bodoh ialah bertanya soalan sesuatu yang tidak penting dan tidak ada kaitan dengan topik yang diperbahas dan diwacanakan. Malah, mereka menjadikan persoalan itu sebagai senjata untuk menelanjangkan orang lain agar terlihat kelemahan yang tidak berkaitan dan kononnya untuk menyatakan bahawa kebenaran masih samar-samar.

Hakikatnya, mereka ingin kekal dengan kebodohan dan kedegilan mereka. Jika jelaskan walau apa-apa jua perincian pun, mereka bukan mahukan itu. Maka, tinggalkan mereka dan biarkan mereka dengan haluan yang mereka pilih.

حَدَّثَنَا أَبُو خَلِيفَةَ ، ثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ ، ثَنَا سُفْيَانُ ، عَنِ الْأَعْمَشِ ، عَنْ أَبِي وَائِلٍ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ ، قَالَ : " إِنَّ الَّذِي يُفْتِي النَّاسَ فِي كُلِّ مَا يَسْتَفْتُونَهُ فِيهِ مَجْنُونٌ " .

Abū H̱olīfah telah merawi hadis kepada kami Muammad bin Kaṯīr telah merawi hadis kepada kami Sufyān telah merawi hadis kepada kami Daripada al-A*maš Daripada Abū Wā^il Daripada *Abdullah, dia berkata: "Sesungguhnya orang yang menjawab pertanyaan manusia pada setiap yang dinyatakan kepadanya tentangnya, maka dia seorang yang gila". [Aṭ-Ṭobrōniy dalam al-Mu*jam al-Kabīrno. 8923].

Ibn *Aṭō^illah berkata :

من رأيته مجيبا عن كل ما سئل ومعبرا عن كل ما شهد وذاكرا كل ما علم فاستدل بذلك على وجود جهله

"Sesiapa sahaja yang engkau melihatnya menjawab segala persoalan dan menyingkapkan segala perkara yang dia saksikan serta menyebutkan segala yang diketahui, maka itu menunjukkan wujudnya kejahilan padanya". [Ihkam al-Hikam Fi Syarh al-Hikamkarya Abū a-oyyīb Burhānuddīn Ibrōhīm bin Maḥmūd al-Aqṣorō^iyym/s 66keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyah].

Sengaja saya membawakan kalam tokoh sufi ini kerana ada sebahagian kalangan sufi sibuk mencari-cari kelemahan orang lain atas dasar orang itu tidak mengenali Allah dan tidak memiliki suatu pendapatan hakikat perjalanan kerohaniannya. Mereka sibuk memperkatakan orang lain tidak mengenal Allah, tidak makrifat serta kenyataan itu bercanggah dengan perkara hakikat.

Pertanyaan itu bukan untuk membantu seseorang terbimbing untuk mengenali Allah dan menyucikan jiwa, tetapi untuk memperbodohkan orang lain dan berseronok dengan perbuatannya.

Ini juga sebagai peringatan kepada pengamal kerohanian sufi supaya tidak perlu melayani tuntutan orang yang bodoh kerana mereka bukan sahaja tidak mahu mempelajarinya, tetapi mereka mencari desakan untuk keseronokan dalam perbalahan yang berbangkit dan berterusan. Orang yang mengungkapkan segala jawapan tanpa memerhatikan audiennya merupakan kebodohan yang nyata.

Ini juga peringatan bagi kaum sufi terutamanya apabila berhadapan dengan polemik wahabi. Mereka kadangkala gemar bertanya soalan-soalan yang tidak penting dalam sesuatu perbahasan dan kadangkala menjadikan pertanyaan sebagai serangan untuk menyakiti dan memalukan lawan tanpa hak. Alangkah malang jika jaguh dalam penyucian jiwa mencemarkan diri dengan sifat-sifat yang tidak mencerminkan kemurnniaan.

Jika mereka mengagungkan peringatan tokoh untuk tidak mengungkapkan segala yang para salik dan ahli wusul saksikan, rasai dan alami secara sembarangan walaupun ditanya dan ditekan, mengapa pula terhadap berlawanan aliran sanggup menyelongkar dan mendesak untuk dijawab?

Kadangkala tidak ada ada kaitan terhadap topik yang dibincangkan seperti rekod pengajian bersanad, wasilah pembelajaran, jumlah guru dan lain-lain. Jika ingin berbahas, fokus pada isunya, bukan melambakkan pertanyaan yang penting untuk dijadikan perisai mempertahankan kebodohan diri dan merosakkan penzahiran kebenaran dalam pewacanaan itu.

Sebegitu juga persoalan yang tidak bermanfaat yang menjawabnya juga tidak menghasilkan apa-apa manfaat, bahkan menambahkan lagi polemik jika direspons seperti pertanyaan tentang sifat ₍al-Istiwā^₎ bagi Allah. Atas sebab itulah Mālik bin Anas merespons pertanyaan ini dengan :

الِاسْتِوَاءُ غَيْرُ مَجْهُولٍ، وَالْكَيْفُ غَيْرُ مَعْقُولٍ، وَالْإِيمَانُ بِهِ وَاجِبٌ، وَالسُّؤَالُ عَنْهُ بِدْعَةٌ، وَمَا أَرَاكَ إِلَّا مُبْتَدِعًا

"₍Al-Istiwā^₎ bukan perkara yang tidak diketahui, sedangkan bagaimana itu tidak dapat dicerna. Beriman dengannya adalah wajib dan bertanya tentangnya adalah bidaah. Aku tidak melihatmu melainkan pelaku bidaah". [Al-Asmā^ Wa aṣ-Ṣifātkarya al-Bayhaqiyyjilid 2m/s 305keluaran Maktabah as-Sawwādiyytahqiq *Abdullah bin Muḥammad al-Ḥāšidiyy].

Adakalanya, kita tidak perlu menjawab soalan yang kesudahannya adalah mencelakakan nasib diri kita apabila kita menjawabnya walaupun jawapan itu adalah betul dan didasari hujah. Al-Buẖōriyy pernah ditanya tentang pelafazan al-Quran; sama ada ia makhluk ataupun tidak. Akan tetapi, dia berpaling daripadanya dan tidak menjawabnya. Sehinggalah didesak tiga kali, barulah dia menjawab. Katanya :

القُرْآنُ كَلاَمُ اللهِ غَيْرُ مَخْلُوْقٍ، وَأَفْعَالُ العبَادِ مَخْلُوْقَةٌ وَالامْتِحَانُ بِدْعَةٌ

"Al-Quran adalah kalam Allah, bukan makhluk. Perbuatan-perbuatan hamba adalah makhluk. Pengujian itu adalah bidaah". [Siyar A*lām an-Nubalā^jilid 12m/s 454keluaran Mu^assasah ar-RisālahBeirut].

Namun, apa jadi dengannya setelah menjawab persoalan ini? Walaupun ia adalah betul dan didasari hujah, tetapi ia juga tetap dijadikan modal untuk dijatuhkan sehingga menyebabkan dia menjadi orang buangan dalam fasa akhir hidupnya sehinggalah kepada kewafatannya.

Kita perlu sedar bahawa para seteru kita secara khusus ada niat yang beracun di sebalik pertanyaan itu. Salah satu daripadanya atau beberapa daripadanya adalah perangkap untuk merobek kita. Kerana itulah kita perlu berjaga-jaga dengan setiap soalan yang dilontarkan dan menapis longgokan soalan yang ditaburkan kepada kita. Para penanya ini bukan semestinya mahu jawapan daripada kita atau mendengar penjelasan daripada kita.

Oleh itu, tidak perlu melayan kesemua soalan yang dilonggokkan dan didesak oleh sebahagian orang untuk kita menjawabnya kepada kita kerana sebahagiannya tidak bernilai untuk diambil peduli.

Malah, netizen pun ada beribu-ribu pemikiran dan persepsi tentang kita. Mengapa perlu kita perlu layankan semua orang dan mengapa perlu bersusah payah untuk mencari kepuasan mereka yang mana seribu orang daripada mereka yang dating kepada kita pun belum tentu akan jumpa satu yang cerdik dan berbaloi untuk diambil berat soalannya serta bermanfaat untuk berbincang bersama?

Mereka ini ada yang datang dengan cara perusuh atau orang yang bertandang dengan busana akhlak yang penuh berbudi. Namun, bukan semuanya pandai walau apa jua rupa yang mereka tampilkan kepada kita sehingga persoalan-persoalan mereka wajar diberikan ruang perhatian untuknya.

Kita tidak perlu membuang masa kita untuk melayan kerenah netizen yang berbentuk persoalan. Mereka ada beribu-ribu reaksi, persepsi dan citarasa. Lebih baik kita fokus yang berbaloi dan bermanfaat.

Akui Hakikatnya

Perkara yang paling penting untuk diingati dalam urusan pertanyaan ialah sekalipun seseorang itu memiliki keunggulan dalam sesuatu bidang, kadangkala bukanlah bermakna dia telah menggenggam keseluruhan bidang yang dia pegang.

Ada perkara yang seseorang itu tidak tahu dan tidak mampu untuk menyelesaikannya sama ada secara tuntas mahupun ringkas atau sama ada segera mahupun lambat. Perkara ini perlu diakui kerana manusia bukanlah tuhan yang menguasai segala-galanya dan mencangkup keseluruhan isi alam ini.

Sebab itu, seseorang yang ingin bertanya perlu difahami dahulu konteks yang dibicarkaan dan fokus yang sedang diwacanakan. Jika seseorang tulus untuk ilmu yang bermanfaat, maka dia perlu sedaya upaya menjauhkan diri daripada sesuatu yang membawanya kepada kesia-siaan.

Antaranya ialah bertanya tentang perkara yang tidak ada kaitan dengannya, apatah lagi jika pertanyaan itu sebagai bahan untuk menghijab diri dan menjauhkan diri daripada kebenaran serta usaha untuk merosakkan orang lain. Namun, kalau ada sesuatu yang tidak dapat dijawab dan dipenuhi, maka tidak perlu kita menganggap orang lain bodoh secara semberono dan mengejeknya secara melulu. Sebahagian orang dibahagikan bahagiannya menurut kadar masing-masing.

Mari kita lihat beberapa contoh supaya kita meneliti tentang hakikatnya bahawa bukan semua orang yang ditanya mengetahui walaupun orang itu mempunyai perakuan yang unggul pada dirinya.

أخبرني الوليد بن عتبة، حدثنا الهيثم بن جميل، قال: شهدت مالك بن أنس سئل عن ثمان وأربعين مسألة، فقال في اثنتين وثلاثين منها: لا أدري.

Al-Wālid bin *Utbah telah merawi khabar kepadaku Al-ayam bin Jamīl telah merawi hadis kepada kami, dia berkata; "Aku melihat Mālik bin Anas ditanya tentang empat puluh lapan permasalahan, dia berkata pada tiga puluh dua daripadanya: Aku tidak tahu". [At-Tārīẖkarya Abū Zur*ah ad-Dimašqiyym/s 422keluaran Majma* al-Luġoh al-*Arobiyyah].

Walhal Mālik bin Anas diperakui keilmuannya. Muḥammad bin Sa*d dalam «aṭ-Ṭobaqōt al-Kubrō» menyatakan bahawa Mālik seorang yang berkredibiliti, amanah, kukuh, warak, faqih, berpengetahuan dan tokoh hujah agama. Yaḥyā bin Sa*īd al-Qoṭṭōn menyatakan bahawa Mālik bin Anas lebih mengetahui daripada Abū Ḥanīfah dan Ḥammād. *Abdul Rozzāq menyatakan bahawa tidak didapati seseorang lebih berpengetahuan berbanding Mālik bin Anas. *Abdul Roḥmān bin Mahdiyy menyatakan bahawa Mālik lebih faqih daripada al-Ḥakam dan Ḥammād. Dia juga menyatakan bahawa tidak ada ahli hadis yang lebih baik kepintarannya berbanding Mālik bin Anas. Aš-Šāfi*iyy menyatakan bahawa kalau ketiadaan Mālik dan Sufyān, nescaya hilang ilmu di Hijaz. Semua ini dinukilkan oleh Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy dalam «al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl».

حدثنا أحمد بن عبد الرحمن ابن أخي ابن وهب، قال: سمعت عمي يقول: سمعت مالكا سئل عن تخليل أصابع الرجلين في الوضوء، فقال: ليس ذلك على الناس، قال: فتركته حتى خف الناس. فقلت له: عندنا في ذلك سنة، فقال: وما هي؟ قلت: حدثنا الليث ابن سعد وابن لهيعة وعمرو بن الحارث عن يزيد بن عمرو المعافري، عن أبي عبد الرحمن الحبلي عن المستورد بن شداد القرشي، قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يدلك بخنصره ما بين أصابع رجليه. فقال: إن هذا الحديث حسن وما سمعت به قط إلا الساعة ثم سمعته بعد ذلك يسأل فيأمر بتخليل الأصابع.

Aḥmad bin *Abdul Roḥmān; anak saudara Ibn Wahb telah merawi hadis kepada kami, dia berkata Aku mendengar pakcikku berkata Aku mendengar Mālik ditanya tentang menyelati jari kedua-dua kaki dalam wuduk, maka dia berkata: "Tidak wajib ke atas orang ramai". Dia berkata: "Aku meninggalkannya sehingga ia memudahkan orang ramai". Aku berkata kepadanya: "Di sisi kami pada hal itu adalah sunnah". Dia berkata: "Apakah ia?". Aku berkata: "Al-Layṯ bin Sa*d, Ibn Lahī*ah dan *Amr bin al-Ḥāriṯ telah merawi hadis kepada kami Daripada Yazīd bin *Amr al-Ma*āfiriyy Daripada *Abdul Romān al-ubuliy Daripada Šaddād al-Qurōšiyy, dia berkata: Aku melihat Rasulullah -ollallāhu *alayhi wasallam- membersihkan kedua-dua jari kaki baginda dengan jari kelingkingnya". Mālik berkata: "Sesungguhnya hadis ini adalah baik. Aku tidak pernah sama sekali mendengarnya kecuali waktu ini". Kemudian, aku mendengar dia ditanya selepas itu, lalu dia menyuruh untuk menyelati jari. [Al-Jarḥ Wa at-Ta*dīlkarya Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyyjilid 1m/s 31-32keluaran Dār Iyā^ at-Turōṯ al-*ArobiyyBeirut].

Walhal, Mālik bin Anas diperakui kehebatannya dalam hadis. Yaḥyā bin Sa*īd al-Qoṭṭōn menyatakan bahawa Mālik bin Anas seorang imam dalam hadis. *Aliyy bin al-Madiniyy menyebutkan bahawa tidak ada di Madinah yang lebih mengetahui tentang mazhab tabiin di situ berbanding Mālik bin Anas. Semua ini dinukilkan oleh Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy dalam «al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl». Aṭ-Ṭoḥāwiyy dalam «Šarḥ Muškil al-Āṯār» menyatakan bahawa Mālik bin Anas seorang imam, hafiz dan kukuh dalam riwayatnya.

Ibn al-Junayd berkata :

قلت ليحيى: محمد بن كثير الكوفي؟ قال: ما كان به بأس، كان قدم فنزل ثم عند نهركم ذاك. فظننت أنا أنه يعني نهر كرخايا. قلت: إنه روى أحاديث منكرات. قال: ما هي؟ قلت: عن إسماعيل بن أبي خالد، عن الشعبي، عن النعمان بن بشير يرفعه: نضر الله امرأ سمع مقالتي فبلغ بها. وبهذا الإسناد مرفوع: اقرأ القرآن ما نهاك، فإذا لم ينهك فلست تقرؤه. فقال: من روى عنه هذا؟ فقلت: رجل من أصحابنا، أعني له محمد بن عبد الحميد الحميدي. فقال: هذا عسى سمعه من السندي ابن شاهك. وإن كان الشيخ روى هذا فهو كذاب وإلا فإني رأيت حديث الشيخ مستقيما.

Aku berkata kepada Yahya: "Muḥammad bin Kaṯīr al-Kūfiyy?". Dia berkata: "Tidak ada masalah baginya. Dahulu dia ke sini, lalu dia tinggal di seberang sungai kalian di sana". Aku fikir mungkin dia makusdkan sungai Karkhoya. Aku berkata: "Sesungguhnya dia meriwayatkan hadis-hadis munkar". Dia berkata: "Apakah itu?". Aku berkata: "Daripada Ismā*īl bin Abū H̱ōlid Daripada aš-Ša*biyy Daripada an-Nu*mān bin Bušayr yang dimarfukan: Semoga Allah memperelokkan seseorang mendengar kata-kataku, lantas dia menyebarkannya". Dan dengan sanadnya yang marfuᶜ: "Bacalah al-Quran ". Dia berkata: "Siapakah yang meriwayatkan daripadanya?". Aku berkata: "Orang daripada sahabat-sahabat kami, iaitu Muḥammad bin *Abdul Ḥamīd al-Ḥumaydiyy". Dia berkata: "Ini berkemungkinan dia mendengarnya daripada as-Sundiyy Ibn Šāhik. Jika syeikh ini meriwayatkan hadis ini, maka dia pendusta. Jika tidak, maka aku telah melihat hadis syeikh itu lurus". [Su^ālāt Ibn al-Junayd Li Abī Zakariyyā Yaḥyā Ibn Ma*īnm/s 489keluaran Maktabah ad-Dārtahqiq Amad Muḥammad Nūr Sayf].

Yaḥyā bin Ma*īn meneliti pandangannya semula apabila mendapat tahu informasi baru sedangkan dia seorang pakar dalam hal ehwal perawi. Sedangkan Abū Dāwud as-Sijistāniyy menyatakan bahawa Yaḥyā bin Ma*īn adalah orang yang mengetahui tentang perawi. Begitu juga yang diakui oleh Ṣōliḥ bin Muḥammad, Ahmad bin Hanbal dan Aḥmad bin Ḥanbal dan Muḥammad bin Sayyār al-Farhayāniyy. Semua ini dinukilkan oleh al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy dalam «Tārīẖ Baġdād».

Maka, perkara yang penting untuk diketahui ialah bahawa setinggi mana pun pencapaian seseorang, masih ada ruang kekosongan baginya. Bertanyalah demi pembelajaran ilmu. Jika seseorang menjadikan pertanyaan itu sebagai senjata untuk meruncingkan orang lain, maka setiap orang akan ada kelemahan sendiri dan setiap orang akan diejek kerannya. Namun, adakah hidup sebagai pecinta intelektual adalah menjadikan ejekan dan perbalahan sebagai rutin harian?

Cukuplah kita akhiri dengan perkataan Abū Ḥāmid al-Ġozzāliyy seperti berikut :

ليس من شرط المفتي أن يجيب عن كل مسألة فقد سئل مالك رحمه الله عن أربعين مسألة فقال في ستة وثلاثين منها: لا أدري. وكم توقف الشافعي رحمه الله، بل الصحابة في المسائل. فإذا لا يشترط إلا أن يكون على بصيرة فيما يفتى فيفتى فيما يدري أنه يدري ويميز ما لا يدري وبين لا يدري فيتوقف فيما لا يدري ويفتي فيما يدري.

"Bukanlah bagi syarat seorang mufti itu untuk menjawab setiap pertanyaan. Mālik roḥimullah ditanya tentang empat puluh masalah. Dia berkata bahawa dia tidak tahu pada tiga puluh enam soalan. Berapa banyak aš-Šāfi*iyy -roḥimahullah- juga menahan diri. Begitu juga para sahabat -roḍiyallahu *anhum- pada beberapa masalah. Maka yang demikian, tidak disyaratkan melainkan seseorang itu celik terhadap apa-apa yang dia ingin jawab, lalu dia menjawab pada perkara yang dia sedar bahawa dia mengetahuinya. Dia juga membezakan antara perkara yang dia tahu dan yang tidak dia tahu. Lantas, dia menahan diri daripada perkara yang dia tidak tahu dan menjawab pada perkara yang dia tahu". [Al-Mustaṣfā Fī Uṣūl al-Fiqhm/s 345keluaran Dar al-Kutub al-*Ilmiyyahtahqiq Muḥammad bin *Abdul Salām aš-Šāfī].

Kalau mufti tidak diwajibkan untuk menjawab segala persoalan, maka mengapa kita perlu melonggokkan soalan, khususnya kepada seteru kita untuk menjawabnya, lebih-lebih lagi yang tidak penting sama sekali dengan apa yang menjadi pertikaian.

No comments:

Post a Comment