Saturday, May 2, 2020

Hukum Melancap

Pandangan Para Ulama Mengenainya Dan Penilaian Keabsahannya

Hukum melancap diperselisihkan semenjak zaman salaf. Hakikat ikhtilaf ini wujud semenjak dahulu lagi sepertimana yang dinyatakan oleh golongan terawal seperti Abū Bakr Muḥammad bin Ibrōhīm bin al-Munḏir an-Naysābūriyy dalam «al-Išrōf Alā Maḏāhib al-Ulamā^», Abū Jafar a-obariyy dalam «Itilāf al-Fuqohā^» dan Ibn azm dalam «Marōtib al-Ijmā Fi al-Ibādāt wa al-Muāmlāt wa al-Itiqōdāt».

Antara yang mengharuskannya adalah Ibn Abbās semoga Allah meredhainya sepertimana yang disebutkan Sayyid Sābiq dalam «Fiqh as-Sunnaẗ». Hal ini mungkin sahaja bersandarkan pada riwayat berikut :

عَنِ ابْنِ عُيَيْنَةَ ، عَنْ عَمَّارٍ الدُّهْنِيِّ ، عَنْ مُسْلِمٍ ، قَالَ : رَأَيْتُ سَعِيدَ بْنَ جُبَيْرٍ ، لَقِيَ أَبَا يَحْيَى فَتَذَاكَرَا حَدِيثَ ابْنِ عَبَّاسٍ , فَقَالَ لَهُ أَبُو يَحْيَى : سُئِلَ ابْنُ عَبَّاسٍ ، عَنْ رَجُلٍ يَعْبَثُ بِذَكَرِهِ حَتَّى يُنْزِلَ ؟ فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ : إِنَّ نِكَاحَ الأَمَةِ خَيْرٌ مِنْ هَذَا ، وَهَذَا خَيْرٌ مِنَ الزِّنَا

Dari Ibn
Uyaynaܒ dari Ammār ad-Duhniyyܒ dari Muslim dia berkata Aku melihat Saīd bin Jubayr berjumpa Abū Yayā. Laluߨ mereka berdua berbincang mengenai hadis-hadis Ibn Abbās. Laluߨ Abū Yaḥyā berkata pada Saīd: "IbnAbbās ditanya mengenai lelaki yang bermain-main dengan zakarnya hingga ejakulasi. Makaߨ Ibn Abbas berkata: Menyetubuhi hamba perempuan lebih baik dari ini dan ini lebih baik dari zina". [Muonnaf Abdul RozzāqKitāb a-olāqno. 13590].

Sebahagian orang berkata bahawa penyebutan Ibn
Abbās ini bukan bermakna menunjukkan bahawa melancap ini tidak ada masalah kerana yang dimaksudkan adalah melancap dibolehkan kerana darurat dan dosanya lebih tidak sebesar dosa zina. ِAkan tetapiߨ saya berpendapat bahawa takwilan seperti ini tiada asas dan cenderung kepada memberat-beratkan penafsiran.

Keharusan ini juga adalah daripada al-Ḥasan al-Baṣriyy menurut salah satu nukilan dari Abū Jafar a-obariyy dalam «Itilāf al-Fuqohā^». A-obariyy dalam rujukan yang sama menyebutkan bahawa a-oḥḥāk bin Muzāḥim beserta sekumpulan yang bersama dengan mereka berpendapat keharusannya.

Aḥmad bin Ḥanbal menurut salah satu nukilan dari Ibn al-Arobiyy dalam «Akām al-Qur^ān» karya Ibn al-Arobiyy, al-Qurubiyy dalam «al-Jāmi Li Akām al-Qur^ān» dan Abū ayyān al-Andalusiyy dalam «al-Bar al-Mui Fī at-Tafsīr» menyebutkan pandangan keharusannya. Riwayat ini menyatakan bahawa air mani adalah lebih daripada anggota badan dan mengeluarkannya sama dengan mengeluarkan darah dengan berbekam.

Penisbahan keharusan ini juga dinisbahkan kepada para Sahabat semoga Allah meredhai mereka. Ia bersandarkan riwaya yang berikut :

أَخْبَرَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ ، قَالَ : أَخْبَرَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ أَبِي بَكْرٍ ، عَنْ مُجَاهِدٍ ، قَالَ : " كَانَ مَنْ مَضَى يَأْمُرُونَ شُبَّانَهُمْ بِالاسْتِمْنَاءِ ، وَالْمَرْأَةُ كَذَلِكَ تُدْخِلُ شَيْئًا ، قُلْنَا لِعَبْدِ الرَّزَّاقِ : مَا تُدْخِلُ شَيْئًا ؟ قَالَ : يُرِيدُ السقَ , يَقُولُ : تَسْتَغْنِي بِهِ عَنِ الزِّنَا " .

Ibn Juroyj telah merawi khabar kepada kami
dia berkataܒ Ibrōhīm bin Abū Bakr telah merawi khabar kepadakuܒ daripada Mujāhid dia berkata: "Dahulu orang-orang yang sebelum ini menyuruh pemuda-pemuda mereka untuk melancap dan wanita juga sedemikian dengan mereka memasukkan sesuatu". Kami berkata kepada Abdul Rozzāq: "Apakah sesuatu yang mereka masukkan?". Dia berkata: "Dia bermaksudkan kayu". Dia berkata: "Engkau tidak berhajat untuk berzina dengan cara itu". [Muṣonnaf Abdul Rozzāqno. 13213].

Namun
ߨ riwayat ini bermasalah yang puncanya terletak pada Ibrōhīm bin Abū Bakr. Dia tidak dinilai apa-apa oleh mana-mana nuqqad mutaqaddimin. Hanya dikomentari oleh aḏ-Ḏahabiyy yang menilainya sebagai kedudukannya adalah orang yang benar sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn Ḥajar al-Asqolāniyy dalam «Tahib at-Tahib».

Akan tetapiߨ dari riwayat ini ini menunjukkan pandangan keharusan daripada Abdul Rozzāq a-onāniyy kerana dia tidak menafikan keharusannya setelah membawakan riwayat ini dan ketika ditanya.

Dinisbahkan juga keharusan ini kepada Abū Ḥāmid al-Ġozzāliyy. Ini dinyatakan oleh Šamsuddīn Abū Abdullah al-Maġribiyy al-Mālikiyy dalam «Mawāhib al-Jayl Fī Šarḥ Muẖtaṣor H̱olīl». Namunߨ saya tidak menemukan hal tersebut. Cumaߨ saya menemukan bahawa al-Ġozzāliyy tidak menganggap perbuatan itu baik. Selepas membawakan riwayat Ibn Abbās tadiܦ dia mengulas :

فهذا تنبية على أن العزب المغتلم مردد بين ثلاثة شرور أدناها نكاح الأمة وفيه إرقاق الولد وأشد منه الاستمناع باليد وأفحشه الزنا ولم يطلق ابن عباس الإباحة في شيء منه لأنهما محذوران يفزع إليها حذرا من الوقوع في محذور أشد منه كما يفقزع إلى تناول الميتة حذرا من هلاك النفس فليس ترجيح أهون الشرين في معنى الإباحة المطلقة ولا في معنى الخير المطلق وليس قطع اليد المتآكلة من الخيرات وإن كان يؤذن فيه عند إشراف النفس على الهلاك.

"Maka
ߨ ini peringatan bagi yang remaja bujang akan terumbang-ambing di antara tiga kejahatan selepas pernikahan hamba sahaya wanita. Padanya ialah pemerhambaan seseorang ituܦ yang lebih dahsyat daripadanya ialah lancap dan yang lebih keji padanya ialah zina. Ibn Abbās tidak menyatakan keharusan pada sesuatu daripadanya kerana kedua-duanya (pemerhambaan seseorang dan lancap) merupakan sesuatu yang diwaspadai oleh seseorang yang berlindung dengannya sebagai kewaspadaan daripada ketimpaannya dalam sesuatu yang diwaspadai yang lebih dahsyat daripadanya sepertimana seseorang takut daripada memakan bangkai kerana berwaspada daripada membinasakan diri. Tidaklah ia penguatan bagi yang lebih ringan terhadap dua kejahatan pada makna keharusan yang mutlak juga pada makna kebaikan yang mutlak. Tidaklah pemotongan tangan yang rosak termasuk perbuatan yang baik walaupun diizinkan ketika mengawasi diri daripada kebinasaan". [Iḥyā^ Ulūm ad-Dīnjilid 2m/s 29keluaran Dār al-Marifa].

Dinisbahkan keharusan ini juga kepada sebahagian ḥanbalian dan sebahagian ḥanafian. Penisbahan dua mazhab ini dinyatakan oleh Muḥammad bin Ismāīl a-onāniyy dalam «Subul as-Salām» yang seolah-olah kedua-duanya mengharuskannya secara mutlak. Kemungkinan pengarang mengambil penisbahan ini daripada «Fatḥ al-Bāri Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy» karya Ibn Ḥajar al-Asqolāniyy. Namunߨ didapati pengarang tidak menyatakan pengikat sebabnya؛ iaitu melegakan syahwat. Ini adalah penyebutan Ibn Ḥajar al-Asqolāniyy :

وَقَدْ أَبَاحَ الِاسْتِمْنَاءَ طَائِفَةٌ مِنَ الْعُلَمَاءِ وَهُوَ عِنْدَ الْحَنَابِلَةِ وَبَعْضِ الْحَنَفِيَّةِ لِأَجْلِ تَسْكِينِ الشَّهْوَةِ

"Telah menghalalkan lancap oleh segolongan ulama dan ia adalah daripada ḥanbalian dan sebahagian ḥanafian kerana untuk melegakan syahwat". [Fatḥ al-Bāri Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy jilid 9m/s 112keluaran Dār al-Marifa].

Penyebutan ini penting kerana penyebutan ₍at-Taskīn₎ di sini membawa makna meredakan atau menenangkan penyakit atau sesuatu yang bergelora yang membezakan sesuatu yang kaku, disengajakan munculߨ lalu disengajakan dihentikan. Pelegaan syahwat ini sememangnya dinyatakan dalam kedua-dua mazhab bagi situasi terdesak.

Untuk mazhab ḥanafian boleh dirujuk dalam «Tabyīn al-Haqō^iq Šar Kanz ad-Daqō^iq» karya Faruddīn az-Zaylaiyy. Manakalaߨ untuk mazhab ḥanbalian boleh dirujuk dalam «Ḥāšiya ar-Rou al-Murbi Šar Zād al-Mustaqni» karya Ibn Qōsim an-Najdiyy.

Amr bin Dīnār memberi rukhsah terhadapnya sepertimana yang dikutip Abū Bakr Muḥammad bin Ibrōhīm bin al-Munḏir an-Naysābūriyy dalam «al-Išrōf Alā Maḏāhib al-Ulamā^».

Pendapat yang mengharamkannya adalah mazhab Abū Ḥanīfaẗ sepertimana yang dinyatakan Faẖruddīn az-Zaylaiyy dalam «Tabyīn al-Haqō^iq Šar Kanz ad-Daqō^iq» dan Abū Bakr bin Aliy al-Baġdādiyy al-anafiyy az-Zabīdiyy dalam «al-Jawharoẗ an-Niyaroẗ».

Ini juga adalah pandangan Mālik bin Anas menurut riwayat secara balagh sepertimana yang dikutip  Abū Bakr Muḥammad bin Ibrōhīm bin al-Munḏir an-Naysābūriyy dalam «al-Išrōf Alā Maḏāhib al-Ulamā^» dan pandangan ashabnya sepertimana yang Šamsuddīn Abū Abdullah al-Maġribiyy al-Mālikiyy dalam «Mawāhib al-Jayl Fī Šar Mutaor H̱olīl» dan Ṣōli bin Abdul Samī dalam «aṯ-Ṯamar ad-Dāni Šarḥ Risālaẗ Ibn Abī Zayd al-Qoyrowāniyy».

Ini juga adalah pandangan aš-Šāfiiyy sepertimana dia menyebutkannya dalam «al-Umm» dan ashabnya sepertimana yang disebutkan an-Nawawiyy «al-Majmū Šar al-Muhaḏḏab». 

Ini juga adalah pandangan Aḥmad bin bin Ḥanbal menurut salah satu nukilan dari Majduddīn Ibn Taymiyaẗ dalam «al-Muḥarror Fī al-Fiqh Alā Mahab al-Imām Amad Ibn anbal» dan Alā^uddīn al-Mardāwiyy dalam «al-Inṣōf Fī Marifa ar-Rōji Min al-H̱ilāf». Ini juga adalah pandangan mazhabnya yang disahihkan oleh Taqiyyuddīn Ibn Taymiyyaẗ dalam «Majmū al-Fatāwā», Ibn Aqīl dalam sepertimana yang disebutkan Taqiyyuddīn Ibn Taymiyya dalam rujukan tadi dan Ibn Qoyyim al-Jawziyya dalam «Badā^i al-Fawā^id».

Dinisbahkan juga pengharaman ini kepada Anas bin Mālik sepertimana yang disebutkan Abū Jafar a-obariyy dalam «Itilāf al-Fuqohā^» dan riwayat itu mendakwa bahawa Anas bin Mālik menyatakan perbuatan itu dilaknat. Namunߨ riwayat ini tidak ada asalnya kerana tiada sanad padanya.

Pendapat yang memakruhkannya adalah dari al-Ḥasan al-Baṣriyy menurut salah satu nukilan dari Abū Bakr Muḥammad bin Ibrōhīm bin al-Munḏir an-Naysābūriyy dalam «al-Išrōf Alā Maḏāhib al-Ulamā^». 

Ini juga pandangan Aḥmad bin bin Ḥanbal menurut salah satu nukilan dari Majduddīn Ibn Taymiyaẗ dalam «al-Muḥarror Fī al-Fiqh Alā Mahab al-Imām Amad Ibn anbal» dan Alā^uddīn al-Mardāwiyy dalam «al-Inṣōf Fī Marifa ar-Rōji Min al-H̱ilāf». Sebegitu juga salah satu pandangan dari mazhabnya sepertimana yang dikutip Taqiyyuddīn Ibn Taymiyyaẗ dalam «Majmū al-Fatāwā».

Dinisbahkan pandanga ini kepada Ibn Umar sepertimana yang disebutkan Sayyid Sābiq dalam «Fiqh as-Sunnah». Kemungkinan ini didasari dengan riwayat berikut :

عن الثوري، عن عبد الله بن عثمان، عن مجاهد، قال: سئل ابن عمر عنه، قال: ذلك نائك نفسه.

Daripada aṯ-Ṯawriyܒ daripada Abdullah bin Umānܒ daripada Mujāhid dia berkata Ditanya Ibn Umar tentangnya (lancap). Dia berkata: "Itu adalah persetubuhan dirinya sendiri". [Muonnaf Abdul Rozzāqno. 13587].

Saya berpendapat ini masih belum jelas sama ada ia benar-benar celaan atau neutral atau sebaliknya.

Ibn Ḥazm dalam «al-Muḥallā Bi al-Āṯār» dan aš-Šawkāniyy dalam «Bulūġ al-Munā Fī Ḥukm al-Istimā» tidak mengharamkannyaߨ tetapi ia dibenci kerana baginya dianggap bukan termasuk akhlak yang mulia.

Kesimpulannya adalah hukum melancap diperselisihkan semenjak zaman salaf. Yang mengharuskannya adalah Ibn Abbās semoga Allah meredhainya, al-asan al-Bariyy menurut salah satu nukilan, a-oḥḥāk bin Muzāḥim beserta sekumpulan yang bersama dengan mereka,  Abdul Rozzāq a-onāniyy dan Aḥmad bin bin Ḥanbal menurut salah satu nukilan. 

Dinisbahkan keharusan ini kepada para Sahabat semoga Allah meredhai mereka, Abū Ḥāmid al-Ġozzāliyy, sebahagian anbalian dan sebahagian anafianߨ namun kesemua ini tidak tepat. Amr bin Dīnār pula memberi rukhsah terhadapnya. 

Yang mengharamkannya adalah mazhab Abū H̱anīfaẗ, Mālik bin Anas menurut riwayat secara balagh dan ashabnya, aš-Šāfiiyy dan mazhabnya, Amad bin bin anbal menurut salah satu nukilan dan mazhabnya yang disahihkan oleh Ibn Taymiyaẗ, Ibn Aqīl dan Ibn Qoyyim al-Jawziyyaẗ Dinisbahkan pengharaman ini kepada Anas bin Mālikߨ namun hal itu tidak sabit. 

Yang memakruhkannya adalah al-Ḥasan al-Baṣriyy menurut salah satu nukilan, Aḥmad bin bin Ḥanbal menurut salah satu nukilan dan salah satu pendapat mazhab Aḥmad. Dinisbahkan kemakruhan ini kepada Ibn Umar, namun tidak begitu jelas maksud ungkapannya. Ibn azm dan aš-Šawkāniy tidak mengharamkannyaߨ tetapi ia dibenci kerana baginya dianggap bukan termasuk akhlak yang mulia.

Tarjih

Pendapat yang benar ialah melancap diharuskan. Hal ini kerana ia bukanlah perkara ibadat yang pada asalnya adalah haram dan memerlukan dalil untuk membenarkannya sebelum boleh dilakukan. Maka
ߨ ia kembali pada kaedah uṣūl fiqh :

الْأَصْلُ فِي الْأَشْيَاءِ الْإِبَاحَةِ

"Asal tiap-tiap sesuatu itu harus melainkan ada dalil yang memalingkannya". [Al-Ašbāh Wa an-Naẓō^irkarya Jalāluddīn as-Suyūṭiyym/s 60keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyya].

Tidak ada dalil larangan tentangnya. Makaߨ tidak dilarang untuk melancap. Hal ini disokong dengan dalil qiyas keharusan azl berdasarkan hadis berikut :

حدثنا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ يُونُسَ ، حدثنا زُهَيْرٌ ، أَخْبَرَنا أَبُو الزُّبَيْرِ ، عَنْ جَابِرٍ ، أَنَّ رَجُلًا أَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فقَالَ : إِنَّ لِي جَارِيَةً هِيَ خَادِمُنَا وَسَانِيَتُنَا ، وَأَنَا أَطُوفُ عَلَيْهَا ، وَأَنَا أَكْرَهُ أَنْ تَحْمِلَ ، فقَالَ : " اعْزِلْ عَنْهَا إِنْ شِئْتَ ، فَإِنَّهُ سَيَأْتِيهَا مَا قُدِّرَ لَهَا " ، فَلَبِثَ الرَّجُلُ ثُمَّ أَتَاهُ ، فقَالَ : إِنَّ الْجَارِيَةَ قَدْ حَبِلَتْ ، فقَالَ : " قَدْ أَخْبَرْتُكَ أَنَّهُ سَيَأْتِيهَا مَا قُدِّرَ لَهَا " .

Aḥmad bin
Abdullah bin Yūnus telah merawi hadis kepada kamiܒ Zuhayr telah merawi hadis kepada kamiܒ Abū az-Zubayr telah merawi khabar kepada kamiܒ Daripada Jābir bahawasanya seorang lelaki datang kepada Nabi ollallāhu alayhi wasallamߨ lalu berkata: "Sesungguhnya aku memiliki jariyah. Dia berkhidmat denganku dan yang menyiram pokok kurma kami. Dan aku selalu menggaulinya dan aku tidak suka jika dia hamil". Laluߨ Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam bersabda: "Lakukanlah azl kamu jika kamu suka. Sesungguhnya akan datang apa yang telah ditentukan baginya". Laluߨ dia pun melakukannya. Kemudianߨdia datang kepada bagindaߨ lantas berkata: "Sesungguhnya jariyahku telah hamil!". Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam bersabda: "Bukankah aku telah khabarkan kepadamu bahawasanya akan datang apa yang telah ditentukan baginya?". [oḥīḥ MuslimKitāb an-Nikāḥno. 2614].

Istidlal dalil ini adalah bolehnya melancap kerana ia mempunyai illah yang sama dengan azl
؛ iaitu mengeluarkan mani daripada faraj isteri sepertimana pendapat yang dikemukakan oleh Izam al-Faqir. [Rujuk http://sraksruk.blogspot.com/2012/10/hukum-onani-menurut-pandangan-islam.html]

Ada yang beragumentasi bahawa yang diperbolehkan melancap adalah dengan melalui tangan isteri atau yang diperbolehkan adalah hasil daripada penetrasi serta rangsangan isteri atau lain-lain yang berkaitan dengan isteri. Sesungguhnya pendapat tersebut tertolak kerana asal tiap-tiap ibrah adalah pada keumumannya
ߨ bukan terikat pada kekhususan lafaz atau sebabnya sehingga dibuktikan dalilnya. Tidak semestinya lafaz teks menyatakan kalimah tertentu dan berlatar belakang yang khusus menyebabkan ibrah praktikal fiqh tersepit pada hal tersebut. Maka, perbuatan lancap adalah halal secara mutlak.

Bahkan
ߨ sebahagian fuqaha menggunakan dalil pengharaman lancap dengan qiyas keharaman azl sepertimana yang dinyatakan oleh aš-Šawkāniy dalam «Bulūġ al-Munā Fī Ḥukm al-Istimā». Namunߨ hal tersebut tertolak kerana telah jelas terdapat dalil yang membolehkan azl.

Jawapan Terhadap Dalil-Dalil Bantahan

🄰 Firman Allah Taālā :

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ ﴿٥﴾ إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ ﴿٦﴾ فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ ﴿٧

"Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya wanita yang mereka miliki kerana sesungguhnya mereka tidak tercela. Sesiapa menginginkan di balik itu, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas". [Surah al-Mu^minūn ayat 5
7].

Ayat ini jelas mereka yang mencari kepuasan kemaluan selain daripada isteri dan hamba perempuan, maka ia adalah orang-orang yang melampaui batas. Walaupun tidak disebutkan secara jelas larangan lancap
ߨ namun larangan Quran ini secara umum menunjukkan mencari kepuasan selain dua tersebut maka ia diancam atas perbuatan tersebut. Keumuman ini boleh difahami sebegini :

الذين هم لفروجهم حافظون على كل شيء إلا على أزواجهم أو ما ملكت أيمانهم

"Orang yang menjaga kemaluannya daripada segala sesuatu kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya wanita yang mereka miliki".

Ini seerti dengan apa yang disebutkan oleh az-Zamaẖšariyy :

والمعنى: أنهم لفروجهم حافظون في كافة الأحوال إلا في حال تزوّجهم أو تسريهم

"Maknanya adalah bahawasanya mereka menjaga kemaluan mereka pada setiap keadaan kecuali pada perkara yang berkaitan dengan perkahwinan mereka atau penawanan mereka". [Al-Kaššāf Fī Ḥaqō^iq wa Ġowāmiḍ at-Tanzīl
jilid 3m/s 176-177keluaran Dār al-Kitāb al-Arobiyy].

Kemudian
ߨ al-Badal bagi kata tunjuk pada ayat itu adalah ₍al-Istiṯnā^₎ (الاسْتِثْنَاء)؛ iaitu pengecualian seperti berikut :

فمن ابتغى وراء ذلك الاستثناء فأولئك هم العادون

"Sesiapa yang menginginkan di balik pengecualian itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas".


Ini sama sepertimana yang disebutkan oleh al-Bay
ḍōwiyy :

فَمَنِ ابْتَغى وَراءَ ذلِكَ المستثنى

"Sesiapa menginginkan di balik yang dikecualikan itu". [Anwār at-Tanzīl Wa Asrōr at-Ta^wīl
jilid 4m/s 83keluaran Dār Iyā^ at-Turōṯ al-Arobiyy].

Atau sepertimana yang dinyatakan oleh Ab
ū ayyān al-Andalusiy :

وَمَعْنَى وَرَاءَ ذَلِكَ وَرَاءَ هَذَا الْحَدِّ الَّذِي حُدَّ مِنَ الْأَزْوَاجِ وَمَمْلُوكَاتِ النِّسَاءِ

"Makna
di balik itu ialah di balik had ini yang dihadkan dari kalangan isteri dan wanita yang ditakluk". [Al-Bar al-Muijilid 7m/s 549keluaran Dār al-Fikrtahqiq idqiyy Amad Jamīl].

Atau sepertimana yang dinyatakan dalam Majallah al-Buḥūṯ al-Islāmiyyah :

{فَمَنِ ابْتَغَى} أي طلب {وَرَاءَ ذَلِكَ} أي سوى ذلك المذكور من الأزواج والإماء

"{Sesiapa yang menginginkan}
؛ iaitu mendambakan {di balik itu}؛ iaitu selain yang disebutkan yang berupa isteri dan hamba sahaya wanita". [Rujuk http://www.alifta.net/Fatawa/FatawaDetails.aspx?languagename=ar&View=Page&PageID=1708&PageNo=1&BookID=2#P119].

Demikian penjelasannya.

Jawapan Di sini ada beberapa jawapan bagi menjelaskan kekeliruan ini. Pertamaߨ andaian tersebut bukanlah pegangan yang mutlak. Ini kerana ia boleh sahaja diandaikan sebegini :

الذين هم لفروجهم حافظون على فرج النساء إلا على أزواجهم أو ما ملكت أيمانهم فإنهم غير ملومين فمن ابتغى وراء ذلك الحفظ فأولئك هم العادون

"Orang yang menjaga kemaluannya daripada kemaluan wanita kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya wanita yang mereka miliki kerana sesungguhnya mereka tidak tercela. Sesiapa yang mencari di balik pemeliharaan ituޱ maka mereka itulah orang yang melampaui batas".

Ini sama sepertimana yang dinyatakan oleh Abū Jafar a-obariyy :

يحفظونها من أعمالها في شيء من الفروج

"Mereka menjaganya daripada perbuatan kemaluan itu terhadap sesuatu yang berupa kemaluan". [Jāmi al-Bayān An Ta^wīl Āy al-Qur^ānjilid 13m/s 10keluaran Mu^assasa ar-Risālaẗtahqiq Amad Muammad Šākir].

Atau ia boleh diandaikan sebegini :

والذين هم لفروجهم حافظون من الحرام

"Mereka yang menjaga kemaluan mereka daripada yang haram".

Ini sama sepertimana yang dinyatakan oleh Ibn Kaṯīr :

وَالَّذِينَ قد حفظوا فروجهم من الحرام

"Mereka yang benar-benar menjaga kemaluan mereka daripada yang haram". [Tafsīr al-Qur^ān al-Aẓīmjilid 5m/s 403keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyyatahqiq Muammad usayn Šamsuddīn].

Andaian seperti ini tidak mampu ditolak kerana tidak ada dalil yang menetapkan sedemikian. Oleh sebab ia terbuka dengan pelbagai andaian dan pertembungannya yang masing-masing saling menentang dengan kekuatan yang sama yang tidak ada dalil pun menetapkan mana-mana daripadanya lebih unggul daripada yang lainߨ maka gugurlah kehujahannya. 

Sebabnya adalah penetapan pengharaman yang umum dan pengharaman yang tertentu saling berlawanan. Makaߨ kita tidak boleh menetapkan sesuatu keharaman itu tanpa dalil yang jelas. Firman Allah Taālā :

وَقَدْ فَصَّلَ لَكُم مَّا حَرَّمَ عَلَيْكُمْ

"Sedangkanߨ Dia telah menjelaskan kepada kalian tentang apa-apa yang diharamkan ke atas kalian". [Surah al-Anām ayat 119].

Oleh ituߨpengharaman yang umum tertolak kerana ia tidak dapat ditentukan. Keduaߨ walaupun ayat itu tidak disebutkan secara jelas tentang apa yang haram secara spesifikޱ tetapi ia ada korelasi dengan ayat berikut dan ia boleh menjadi petunjuk kepada apa yang perlu dijagakan itu melalui firman Allah Taālā :

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗإِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ ﴿٣٠﴾ وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ

"Katakanlah kepada lelaki yang beriman agar mereka tundukkan pandangan-pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka. Demikian itu lebih suci untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha Teliti terhadap apa-apa yang mereka lakukan. Dan katakanlah kepada wanita beriman agar mereka menundukkan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka". [Surah an-Nūr ayat 3031].

Di sini tidak dinyatakan daripada apa yang mata itu perlu ditundukkan dan daripada apa yang kemaluan itu perlu dipelihara. Sebahagian orang berkata bahawa adalah segenap aspek kecuali isteri dan hamba sahaya. Maksudnya adalah orang beriman wajib menunjukkan pandangan mereka melainkan kepada isteri dan hamba sahayanya.

Penghujahan ini adalah tertolak sama sekali kerana berasaskan firman Allah Subḥānahu Wa Taālā :

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖوَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup dadanya dengan tudung mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan mereka atau hamba-hamba sahaya mereka atau pengikut lelaki yang tiada lagi keberahian atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan". [Surah an-Nūr ayat 31].

Kalaulah wajib menunjukkan pandangan melainkan hanya untuk isteri dan hamba sahayaޱ apakah maksudnya wajib menundukkan pandangan atau sama sekali tidak boleh memandang ayahnya sendiri dan adik-beradiknya sendiri? Sangatlah tidak munasabah!

Yang jelas adalah ia perlu diwaspadai daripada yang haram berdasarkan hadis berikut :

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ ، وَأَبُو كُرَيْبٍ ، قَالَا : حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ ، عَنِ الْأَعْمَشِ ، عَنْ عُمَارَةَ بْنِ عُمَيْرٍ ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ يَزِيدَ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ ، قَالَ : قَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ ، مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ ، وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ ، فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

Abū Bakr bin Abū Šaybaẗ dan Abū Kuroyb telah merawi hadis kepada kami mereka berdua berkataܒ Abū Muāwiya telah merawi hadis kepada kamiܒ daripada al-Amašܒ daripada Umāro bin Umayrܒ daripada Abdul Romān bin Yazīdܒ Daripada Abdullah dia berkata Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam bersabda kepada kami: "Wahai sekalian pemuda! Barangsiapa yang berkemampuan pada pembekalannyaޱ maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampuޱ maka hendaklah dia berpuasa kerana sesungguhnya ia adalah perisai". [Ṣoḥīḥ MuslimKitāb an-Nikāḥno. 2577].

Sukar untuk menolak penafsiran bahawa ini tertuju kepada pencegahan yang haram dan ini bersesuaian dengan apa yang dimaksudkan pada Surah an-Nūr ayat 31 dalam suruhan penundukan pandangan dan pemeliharaan kemaluan. Oleh ituߨ andaian yang lebih mendekati kepada kebenaran adalah seperti berikut :

الذين هم لفروجهم حافظون على الحرام إلا على أزواجهم أو ما ملكت أيمانهم فإنهم غير ملومين فمن ابتغى وراء ذلك الحفظ فأولئك هم العادون

"Orang yang menjaga kemaluannya daripada yang haram kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya wanita yang mereka miliki kerana sesungguhnya mereka tidak tercela. Sesiapa yang menginginkan di balik pemeliharaan itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas".

Yang menghairankan adalah sebahagian orang mengkhususkan penjagaan pandangan dan pemeliharaan kemaluan pada Surah an-Nūr ayat 3031 dan hadis gesaan kepada para pemuda untuk berkahwin tadi khusus untuk pemeliharaan daripada perkara yang haramߨ tetapi untuk Surah al-Mu^minūn ayat 57 dipakai untuk umum! Mengapa pula tidak boleh menjadikannya selari sepertimana Surah an-Nūr ayat 3031 dan hadis tersebut pada maksud apa yang kemaluan patut dipelihara?

Kita perlu cakna bahawa menyelarikan makna setiap konteks lebih patut didahulukan berbanding membezakannya antara satu sama lain. Ini berdasarkan firman Allah Taālā :

وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا

"Teguhkanlah pendirian kami". [Surah al-Baqoroh ayat 250].

Dalam ayat Quran yang menyebutkan hampir serupa dengan ini ia bermaksud secara majaz؛ iaitu keteguhan pada pendirianߨ bukan makna asal؛ iaitu meneguhkan kakinya di tempat dia berdiri. Melainkan pada firman Allah Taālā yang ini :

إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِّنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُم مِّنَ السَّمَاءِ مَاءً لِّيُطَهِّرَكُم بِهِ وَيُذْهِبَ عَنكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ وَلِيَرْبِطَ عَلَىٰ قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الْأَقْدَامَ

"Ketikamana dia menyelubungkan kalian dengan mengantuk sebagai keamanan daripada-Nya, menurunkan air dari langit untuk kalian agar ia menyucikan kalian dengannya, membersihkan kenistaan syaitan, mengikat jantung kalian dan meneguhkan kaki kalian". [Surah al-Anfāl ayat 11].

Pada ayat ini ia tidak dimaksudkan dengan majaz kerana ada terdapat sebab penurunan yang menjelaskan untuk makna asalnyaߨ bukan makna majaznya disebabkan penurunan hujan itu menjadikan tanah itu tidak menjadikan mereka terumbang-ambing untuk mereka berdiri. Penafian majaz ini ditolak Abū Jafar a-obariyy dalam «Jāmi al-Bayān Fī Ta^wīl al-Qur^ān» dan dia menegaskan pemaknaan tersebut menyalahi keseluruhan ahli takwil dari kalangan Sahabat dan tabiin semoga Allah meredhai mereka.

Sebegitu juga dengan konteks pada Surah an-Nūr ayat 31 dan hadis itu dengan Surah al-Mu^minūn ayat 57. Menyelarikan konteks adalah lebih patut diutamakan berbanding selainnya.

Ibn Ḥazm berkata dalam menjelaskan sebab lancap tidak termasuk dalam pengharaman :

وَكَذَلِكَ " الِاسْتِمْنَاءُ " لِلرِّجَالِ سَوَاءٌ سَوَاءٌ، لِأَنَّ مَسَّ الرَّجُلِ ذَكَرَهُ بِشِمَالِهِ مُبَاحٌ، وَمَسَّ الْمَرْأَةِ فَرْجَهَا كَذَلِكَ مُبَاحٌ، بِإِجْمَاعِ الْأُمَّةِ كُلِّهَا، فَإِذْ هُوَ مُبَاحٌ فَلَيْسَ هُنَالِكَ زِيَادَةٌ عَلَى الْمُبَاحِ، إلَّا التَّعَمُّدُ لِنُزُولِ الْمَنِيِّ، فَلَيْسَ ذَلِكَ حَرَامًا أَصْلًا، لِقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {وَقَدْ فَصَّلَ لَكُمْ مَا حَرَّمَ عَلَيْكُمْ} [الأنعام: 119] وَلَيْسَ هَذَا مِمَّا فَصَّلَ لَنَا تَحْرِيمَهُ فَهُوَ حَلَالٌ، لِقَوْلِهِ تَعَالَى: {خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعًا} [البقرة: 29] إلَّا أَنَّنَا نَكْرَهُهُ، لِأَنَّهُ لَيْسَ مِنْ مَكَارِمِ الْأَخْلَاقِ، وَلَا مِنْ الْفَضَائِلِ.

"Sedemikianlah lancap. Untuk lelaki adalah sama lagi sama kerana persentuhan lelaki pada zakarnya dengan tangan kirinya adalah harus dan persetuhan wanita pada farajnya dengan sedemikian adalah harus dengan kesepakatan umat ini secara keseluruhannya. Memandangkan ia adalah harusܦ maka tidak ada pertambahan ke atas keharusan di sana melainkan kesengajaan untuk mengeluarkan mani. Tidaklah itu haram pada asalnya kerana firman Allah Taālā: {Sedangkanߨ Dia telah menjelaskan kepada kalian tentang apa-apa yang diharamkan ke atas kalian} [Surah al-Anām ayat 119]. Bukanlah perbuatan ini termasuk apa yang Dia jelaskan pengharamannya kepada kita. Makaߨ ia adalah halal kerana firman-Nya Taālā: {Dia menjadikan apa yang ada di bumi secara keseluruhan untuk kalian} [Surah al-Baqoroh ayat 29]. Melainkan kami membencinya kerana ia bukan termasuk akhlak yang mulia dan bukan juga dari perbuatan terpuji". [Al-Muḥallā Bi al-Āṯārjilid 12m/s 407keluaran Dār al-Fikr].

Sebahagian orang memandang aneh terhadap Ibn Ḥazm kerana tidak membahaskan Surah al-Mu^minūn ayat 5-7 tentang pengharaman lancap seolah-olah dia tidak tahu pandangan ulama sebelumnya terhadap ini.

Saya katakan bahawa Ibn Ḥazm tidak membahasnya kerana dia tahu bahawa ayat tersebut tidak dapat dijadikan hujah. Apa yang dibentangkannya menunjukkan kebijaksanaannya dalam menyingkapi pandangan mereka yang sebelumnya dalam menggunakan ayat tersebut sebagai pengharaman.

Mengapa dia mengqiyaskan keharusan lancap dengan sentuhan kemaluan? Ini kerana dia ingin membantah orang yang mengatakan bahawa pengharaman tersebut meliputi keseluruhan perbuatan yang bersyahwat ataupun tidakߨ kemudian mengkhususkan yang bersedap-sedapan dengan anggota kemaluan dalam menunaikan syahwatnyaߨ termasuklah lancap sebagai yang terhad dirangkumkan keharamannyaߨ bukan selainnya yang di luar daripada bersedap-sedapan dengna syahwat.

Contohnya seperti penjelasan an-Nasafiyy :

{إِلاَّ على أزواجهم} موضع الحال أى إلا والين على أزواجهم أو قوامين عليهن من قولك كان زياد على البصرة أي والياً عليها والمعنى أنهم لفروجهم حافظون في جميع الأحوال إلا في حال تزوجهم أو تسريهم أو تعلق على بمحذوف يدل عليه غير ملومين

"{Kecuali terhadap isteri-isteri mereka} adalah di tempat ₍al-Ḥāl₎؛ iaitu menghalakan kepada isteri-isterinya atau menguasai ke atas mereka kerana kata-katamu: Kāna Ziyād Alā al-Baroh؛ iaitu menguasai ke atasnya. Maknanya adalah bahawa mereka menjaga kemaluan mereka dalam segenap keadaan kecuali dalam keadaan perkahwinan mereka atau pengambilan gundik mereka atau perkaitan ₍Alā₎ yang digugurkan yang menunjukkan golongan yang tidak tercela". [Madārik at-Tanzīl Wa aqō^iq at-Ta^wīljilid 3m/s 459keluaran Dār al-Kalim a-oyyibtahqiq Yūsuf Aliyy Badīwiyy].

Jika kita mengambil penjelasan iniޱ maka segenap keadaan itu merangkumi persentuhan yang tanpa syahwat. Akan tetapiޱ an-Nasafiyy berkata :

{فَمَنِ ابتغى وَرَاء ذلك} طلب قضاء شهوة من غير هذين {فَأُوْلَئِكَ هُمُ العادون} الكاملون في العدوان وفيه دليل تحريم المتعة والاستمتاع بالكف لإرادة الشهوة

"{Sesiapa menginginkan di balik itu}؛ iaitu mencari penunaian syahwat dengan selain kedua-dua ini {maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas}؛ iaitu sempurna pada pelampauan batas. Padanya terdapat dalil pengharaman menikmati dan bersedap-sedapan dengan pergelangan tangan kerana memahukan syahwat". [Madārik at-Tanzīl Wa aqō^iq at-Ta^wīljilid 3m/s 460keluaran Dār al-Kalim a-oyyibtahqiq Yūsuf Aliyy Badīwiyy].

Hairan mereka yang berkata bahawa ayat ini adalah pengharaman secara umum sama ada yang berkaitan dengan syahwat dan selainnyaߨ tetapi dalam masa yang sama mereka mengkhususkannya untuk bersedap-sedapan dan yang berkaitan dengan penunaian syahwat!

Padahalߨ jika umumޱ maka menyentuh kemaluan dengan tangan kiri tanpa hajat dan syahwat juga adalah haram! Dan ini bukanlah pandangan sekalian ulama secara keseluruhan menurutnya! Laluߨ mengapa tiba-tiba mereka mengkhususkan bahagian larangan yang tertentu sambil mendakwa ia adalah larangan yang meliputi keseluruhannya?

Lihatlah bagaimana mereka melakukan kontradiksi dalam isu ini. Mereka tidak menerima kita yang mengkhususkannya kepada haram. Padahalߨ mereka sendiri mengkhususkan untuk berlazat-lazatan untuk anggota kemaluan dan mengasingkan sentuhan yang sengaja tanpa syahwat daripadanya!

Jelas sekali bagaimana bijaksananya Ibn Ḥazm dalam membantah pendapat yang mengkhususkan kepada berlazat-lazatanߨ tetapi mendakwa bahawa pengharaman itu meliputi keseluruhannya yang melangkaui bersedap-sedapan dan tidak.

Jawapan Ibn Ḥazm sangat ringkasߨ tetapi penuh dengan kebijaksanaan dalam membenamkan pendapat yang selainnya. Apabila jelas berlakunya percanggahan seperti iniޱ nyatalah bahawa ia tidak berhak diambil sandarannya dan tidak ruang untuk dijadikan pegangan. Atas sebab itulah ia kembali kepada hukum halal pada asalnya.

Sekarang jelas di mana Ibn azm dan kami berada di atasnya yang bebas dari sebarang percanggahan seperti ini. Cumaߨ bezanya adalah Ibn Ḥazm beranggapan bahawa perbuatan ini bukan termasuk akhlak yang baik. Saya akan jelaskan hal ini kemudian.

Mungkin ada yang berkata bahawa pengecualian disebutkan untuk mengeluarkan apa yang dirangkumi sebelumnya dan ia berkaitan dengan perkara itu. Kalaulah penyebutan isteri-isteri mereka dan hamba sahaya wanita milik mereka merupakan pengecualian daripada sebelumnya؛ iaitu yang haramޱ maka ini tidak ada faedah padanya disebabkan mereka itu sememangnya tidak haram dari asal lagi.

Saya katakanpenyebutan pengecualian yang zahirnya tidak ada kaitan dengan perangkuman yang sebelumnya wujud penggunannya dalam Quran seperti berikut :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ

"Wahai orang yang beriman! Janganlah engkau memakan harta-harta di antara kalian dengan batil kecuali perdagangan yang kalian saling meredhainya". [Surah an-Nisā^ ayat 29].

Melalui ayat iniܦ adakah ini bermaksud bolehnya memakan harta yang batil seperti jual beli khinzir dan sesuatu yang merosakkan persekitaran sehingga merebak penyakit kepada mereka apabila adanya saling redha sesama penjual dan pembeli disebabkan ia pengecualian daripada apa yang dirangkumi daripada sebelumnya? Dengan itu pengemukaan alasan ini tidaklah bermakna apa-apa.

Oleh ituߨ pada asalnya urusan pandangan dan kemaluan hukumnya harus sehinggalah datangnya dalil yang memalingkannya. Kalaulah menggunakan Surah al-Mu^minūn ayat 57 itu sebagai dalil bagi menetapkan hukum yang berkaitan dengan kemaluan adalah haram pada asalnya sekaligus menatijahkan pengharaman lancapޱ maka seharusnya dalil suruhan untuk menjaga pandangan juga menjadi dalil bahawa hukum asal bagi mata adalah haram.

Namunߨ pendalilan seperti ini tertolak kerana dibantah oleh hadis tentang suruhan berkahwin yang sisi pendalilannya adalah perkahwinan itu memelihara mata dan kemaluan daripada perkara yang haramߨ bukan pengangkat hukum asalnya yang haram pada mata dan kemaluan menjadi harus. Makaߨ yang perlu dipelihara daripada firman Allah Taālā itu adalah daripada perkara-perkara yang haram yang telah ditegakkanߨ bukannya pengharaman secara umum sehingga keharusannya perlu didatangkan dalil pemalingannya.

Malahߨ orang yang berpandangan sebegitu hanya beranggapan bahawa penyebutan pengecualian adalah mengeluarkan sesuatu aspek atau sebahagian aspek daripada apa yang disebutkan sebelumnya. Padahalߨ fungsi pengecualian tidak terhad sebegitu dan saya akan menjelaskannya kemudian dengan izin Allah.

Jika berkeras ingin menggunakan keumuannyaޱ maka yang perlu diperhatikan adalah bukan semestinya apabila adanya skriptur yang mengecualikan terhadap sesuatu bermakna ia hanya dibolehkan untuk apa yang dinyatakan itu. Hal ini berdasarkan dalil berikut :

حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ ، أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ ، عَنِ الزُّهْرِيِّ ، قَالَ : حَدَّثَنِي سَالِمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ ، أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : " لَا حَسَدَ إِلَّا عَلَى اثْنَتَيْنِ : رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَقَامَ بِهِ آنَاءَ اللَّيْلِ ، وَرَجُلٌ أَعْطَاهُ اللَّهُ مَالًا فَهُوَ يَتَصَدَّقُ بِهِ آنَاءَ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ " .

Abū al-Yamān telah merawi hadis kepada kamiܒ Šuayb telah merawi khabar kepada kamiܒ Daripada az-Zuhriyy, dia berkataܒ Sālim bin Abdullah telah merawi hadis kepadaku bahawasanya Abdullah bin Umar semoga Allah meredhai mereka berdua berkata Aku mendengar Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam bersabda: "Tidak boleh hasad kecuali dua perkara. (Pertama)ߨ seorang lelaki yang dikurniakan Quran oleh Allah dan dia berjaga dengannya pada waktu siang dan malam. (Kedua)ߨ seorang lelaki yang diberikan harta oleh Allah, lalu dia bersedekah dengannya pada waktu siang dan malam". [Ṣoḥīḥ al-Bukharino. 4662].

Jika ditinjau daripada dalil iniޱ tidak semestinya yang dibenarkan hanya seperti apa yang telah disebutkan di dalamnya. Boleh sahaja untuk hasad kepada yang lain terhadap perkara-perkara makruf yang lain yang tidak dinyatakan seperti hasad dengan orang yang rajin menolong, rajin berjuang, mempamerkan akhlak yang mulia dan lain-lain. Orang yang mengambil selain daripada yang dinyatakan dalam teks, tidaklah dianggap tercela.

Justeruߨ kalau benar wujudnya keumuman ituޱ maka penyebutan pengecualian itu bukanlah bermakna hanya itu yang boleh diamalkan apabila sabitnya dalil yang menunjukkan hal itu dan penyebutan pengecualian bukan untuk mengeluarkan satu aspek atau sebahagian aspek daripada apa yang disebutkan sebelumnya sepertimana yang saya akan jelaskannya dengan izin Allah.

Oleh ituߨ yang lebih tepat adalah pengharaman yang telah jelas dalilnya seperti zina. Perbuatan inilah yang dikira melampaui batas dan tidak diperbolehkan. Hukum asal kemaluan adalah sama seperti anggota yang lain؛ iaitu harus pada hukum asalnya sepertimana yang telah dijelaskan.

Makaߨ ia tidak diharamkan melainkan telah soreh dalilnya. Sorehnya pengharaman lancap tidaklah jelas. Yang lebih dekat dengan kebenarannya adalah pengharaman zina dan inilah yang lebih kuat.

Mungkin ada yang tertanya tentang maksud sebenar bagi ayat ini. Saya katakanAllah menyebutkan bahawa orang yang menjaga kemaluan daripada perkara yang haram yang telah disabitkan dalilnya sebagai orang beriman yang memperoleh kejayaan.

Adapun penyebutan pengecualianޱ ia bukan untuk mengehadkan bahawa seseorang boleh melunaskan kemahuan seksual hanya untuk dua golongan ini sahaja؛ iaitu isteri dan hamba sahaya. Namunߨ ia bertujuan untuk membatalkan tanggapan sebahagian orang yang memiliki pemikiran puritan atau sentimen kerahiban bahawa orang beragama tidak sepatutnya terbabit untuk urusan seksual atau bersedap-sedapan dengannya.

Mereka ini beranggapan ia adalah perkara yang jijik dan kotor untuk orang beragama mendekatinya. Mereka juga beranggapan bahawa semakin pekat orang yang hidup seperti orang yang berkebiri, semakin ketat amalan kerahibannya dan semakin keras pandangan puritan yang kurang atau tiada kepedulian untuk seksߨ apatah lagi mencicipi nikmatnyaޱ semakin baik agama seseorang itu.

Laluߨ Allah Tabāroka Wa Taālā menepis bahawa menikmati isteri dan hamba sahaya secara seksual bukanlah termasuk orang yang tercela dan sama sekali tidak ada masalah. Maksudnya adalah kehidupan seperti rahib, melagak orang yang berkebiri, puritan, acah-acah suci daripada perkara seksual dan seumpamanya adalah sesuatu yang terjauh daripada agama ini. Bahkanߨ berkemahuan seksual dan merasai kenikmatannya adalah sesuatu yang tidak salah sebagai orang yang beragama.

Kemudianߨ penyebutan isteri dan hamba sahaya adalah kerana ingin menyebutkan keutamaannya yang tinggi, kebaikannya yang besar, keistimewaannya yang agung dan kemuliaan yang dijulang untuk menikmati aktiviti seksual bersama dua golongan iniߨ bukan kerana hanya dua ini sahaja sebagai tempat untuk dilempiaskan seksual secara halal.

Ini kerana tidak ada sesiapa yang menafikan bahawa kenikmatan seksual yang terbaik adalah jika dijayakan dengan pasangan yang berupa isteri dan hamba sahaya. Atas sebab itulah Allah menyebutkan dua jenis golongan ini.

Allah menyebutkan suatu aspek tertentu berbanding aspek yang lain adalah kerana memuliakan aspek itu dan memandang besar terhadapnya. Contohnya adalah firman Allah Azza Wa Jalla :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْتُلُوا الصَّيْدَ وَأَنتُمْ حُرُمٌ ۚ وَمَن قَتَلَهُ مِنكُم مُّتَعَمِّدًا فَجَزَاءٌ مِّثْلُ مَا قَتَلَ مِنَ النَّعَمِ يَحْكُمُ بِهِ ذَوَا عَدْلٍ مِّنكُمْ هَدْيًا بَالِغَ الْكَعْبَةِ أَوْ كَفَّارَةٌ طَعَامُ مَسَاكِينَ أَوْ عَدْلُ ذَٰلِكَ صِيَامًا لِّيَذُوقَ وَبَالَ أَمْرِهِ ۗ عَفَا اللَّهُ عَمَّا سَلَفَ ۚ وَمَنْ عَادَ فَيَنتَقِمُ اللَّهُ مِنْهُ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ ذُو انتِقَامٍ

"Wahai orang yang beriman! Janganlah engkau membunuh haiwan buruanߨ sedangkan engkau dalam keadaan muhrim. Sesiapa yang di antara kalian membunuhnya secara sengajaޱ maka balasannya adalah gantian sepadan daripada haiwan ternakan yang dua orang yang adil daripada kalangan kalian menghakiminya sebagai hadiah yang dibawa ke Kaabah". [Surah al-Mā^idaẗ ayat 95].

Kaabah di sini merujuk kepada seluruh tanah haram Makkah itu sendiriߨ bukan semata-mata Kaabah. Penyebutan Kaabah adalah kerana untuk memuliakan penyebutannya dan menzahirkan keistimewaannya. Seperti itu jugalah penyebutan isteri dan hamba sahaya kerana ia adalah kenikmatan seksual yang paling direbuti dan didambakan oleh semua orang. Bahagian kenikmatan yang paling dominan dan paling dicari akan disebutkan sepertimana firman Allah Taālā :

وَهُوَ الَّذِي سَخَّرَ الْبَحْرَ لِتَأْكُلُوا مِنْهُ لَحْمًا طَرِيًّا وَتَسْتَخْرِجُوا مِنْهُ حِلْيَةً تَلْبَسُونَهَا

"Dialah yang menundukkan lautan agar kalian memakan daging yang segar daripadanya dan membawa keluar aksesori yang kalian memakainya daripadanya". [Surah an-Naḥl ayat 14].

Penyebutan daging segar di sini adalah kerana bahagian daging adalah yang paling digemari dan paling dicari dalam perburuan haiwan laut walaupun ada aspek yang lain yang dicari seperti lemaknya dan sebagainya. Seperti itu jugalah penyebutan isteri dan hamba sahaya kerana itulah yang selalu dicari dan paling didambakan serta kenikmatan yang dominan dalam menikmati aktiviti seksual.

Penyebutan pengecualian juga adalah menegaskan bahawa orang beriman yang berjaya adalah orang yang bersungguh-sungguh memelihara kemaluannya daripada yang haram dalam segenap aspek dan apa jua cara. Dia hanya menterhadkan diri apa yang halal melalui pilihan yang terbaik؛ iaitu isteri dan hamba sahaya untuk dia menyalurkan kepuasan seksualnya.

Dalam balaghahߨ sememangnya penggunaan pengecualian bukan semata-mata untuk mengeluarkan satu aspek atau sebahagian aspek daripada apa yang disebutkan sebelum pengecualian. Akan tetapiߨ ia juga untuk menegaskan kelebihan yang ada pada apa yang disebutkan sebelum pengecualian dan ini adalah diterima sekalipun dalam pertuturan biasa, khususnya dalam subjek Ta^kīd al-Madḥ (تَأْكِيد الْمدْحِ), iaitu penegasan pujian seperti penyebutan :

كُلُّ طُلَّابِ فيِ هَذِهِ الْمَدْرَسَةِ فُصَحَاءُ إِلَّا زَيْدًا. فَإِنَّهُ وَاسِعُ الاطِّلَاعِ

"Semua pelajar di sekolah ini adalah fasih berbahasa kecuali Zayd kerana sesungguhnya dia lebih luas pengamatannya".

Penyebutan di sini pada asalnya seakan-akan untuk menampakkan Zayd adalah terkecuali dari kalangan orang yang fasih berbahasa dan petah berdebat di sekolah itu. Padahalߨ ia bukan semestinya sedemikian dalam penggunaan pengecualian. Ia sebenarnya bertujuan untuk memuliakan Zayd dan memandang tinggi terhadapnya kerana dia seseorang yang memiliki pengetahuan yang mengungguli pelajar lain di sekolah.

Atau ia juga seperti kata-kata berikut :

مَضَتْ تِلْكَ اللَّيَالِي باِلهُدُوءِ فِي هَذَا الشَّاطِئِ إِلَّا غِنَائَهَا وَمِزْمَارَهَا

"Berlalu malam-malam itu dengan kesunyian di pantai ini melainkan nyanyiannya dan serulingnya".

Penyebutan nyanyian dan seruling di sini adalah kerana melebihkan keistimewaannya pada malam itu dan perhatian yang besar yang mencipta suasana malam ituߨ bukan untuk menafikan bunyi-bunyi yang lain yang kedengaran di pantai itu seperti bunyi paluan ombak, cicipan cengkerik, deruan angin, desiran daun, rintikan hujan dan lain-lain.

Atau ia juga seperti kata-kata berikut :

كَانَ شَدِيدًا فِي التَّعْلِيمِ إِلَّا عَلَى أَوْلَادِهِ

"Dia tegas dalam pengajaran melainkan dengan anak-anaknya".

Penyebutan pengecualian bukan semestinya bermakna dia tidak bersikap lunak terhadap orang lain dalam pengajaran dan hanya bersikap tegas sahaja kepada merekaߨ lalu hanya anak-anaknya sahaja yang mendapat kelunakan sahaja dan tidak pernah merasai ketegasannya. Yang dimaksudkan adalah keistimewaan layanannya kepada anak-anaknya yang mendapat layanan lunak yang lebih banyak jika dibandingkan ketegasannya.

Kebanyakan penafsiran yang berlanskapkan pandangan yang mengharamkan adalah bertemakan bahawa orang beriman tidak terlibat dengan aktiviti seksual melainkan bersama isteri atau hamba sahaya. Pada mereka penyebutan pengecualian adalah mengeluarkan dua aspek daripada penyebutan sebelumnya.

Laluߨ mereka menyatakan ketidakcelaan kepada dua-dua ini menunjukkan hanya kedua-dua ini sahaja yang tidak tercela. Manakalaߨyang lain adalah tercela dan beranggapan bahawa semua bentuk seksual adalah tercela melainkan yang dijayakan bersama isteri atau hamba sahaya.

Namunߨ penafsiran di sini adalah orang beriman adalah orang yang menahan diri daripada salah laku seksual. Mereka mencukupkan diri mereka dengan mencari pasangan yang berupa isteri atau hamba sahaya yang merupakan pilihan terbaik untuk melunaskan keinginan seksualnya dan kemahuan seksual tidak tercela kerana agama ini bukan kerahiban. Penyebutan pengecualian adalah untuk menafikan pengamalan rahib dan kefahaman puritan yang menganggap bahawa orang beragama tidak sepatutnya ada kemahuan seksualߨ padahal menikmati bersama kedua-duanya tidaklah tercela.

Penafsiran yang kedua ini dipilih kerana konteks ayat yang merujuk bahawa orang beriman tidak terlibat dengan aktiviti seksual melainkan bersama dua golongan ini sangatlah tidak bersesuaian memandangkan agama ini bukan kerahiban untuk mengharamkan segala bentuk keinginan seksual atau pada asalnya adalah menjauhi diri daripada apa-apa yang berkaitan dengan seks.

Agama ini meraikan fitrah manusia yang memiliki kesukaan untuknya dan tidak beranggapan ia tercela secara mutlak melainkan apabila disandingkan bersama isteri atau hamba sahaya sahaja. Sangatlah benar penghujahan Ibn Ḥazm dengan berdalilkan firman Allah Taālā ini :

وَقَدْ فَصَّلَ لَكُم مَّا حَرَّمَ عَلَيْكُمْ

"Sedangkan
ߨ Dia telah menjelaskan kepada kalian tentang apa-apa yang diharamkan ke atas kalian". [Surah al-Anām ayat 119].

Datangnya agama ini bukan untuk mengharamkan segala aspek seksual yang menjadi fitrah manusia dan memandang keji terhadap apa yang menjadi kegemaran semulajadi manusiaߨ lalu dikhususkan untuk kedua-dua ini sahaja. Sebegitu juga penghujahan Ibn Ḥazm dengan berdalilkan firman Allah Taālā ini :

خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعًا

"Dia menjadikan apa yang ada di bumi secara keseluruhan untuk kalian". [Surah al-Baqoroẗ ayat 29].

Semua yang ada di bumi iniߨ bahkan kehidupan di dunia iniߨ termasuk jasad kita dan reaksi biologikal semulajadi pada diri kita adalah untuk diri kita. Agama ini sekadar membawa regulasi sahaja. Bukan mengharamkan semua aspekߨ lalu hanya membenarkan sebahagian yang tertentu sahaja.

Untuk mengatakan bahawa semua aspek adalah haram kecuali untuk yang tertentu sahaja memerlukan dalil yang jelas. Untuk permasalahan ini tidak ada yang menunjukkan sedemikian dan penghujahan tersebut telah dibatalkan setelah dibandingkan ayat suruhan menundukkan pandangan dan kemaluan pada Surah an-Nūr ayat 30 adalah terkhusus untuk haram semata-mata. Sebegitu juga dengan hadis yang menggesa perkahwinan adalah untuk memelihara mata dan kemaluan daripada yang haram berdasarkan dapatan makna yang kuat, bukan segenap perkara.

Berbanding dengan penafsiran orang beriman memelihara kemaluan daripada perkara yang haram atau terlibat salah laku seks untuk menikmati perhubungan seksualߨ tetapi mereka hanya menjadikan isteri atau hamba sahaya sebagai kepuasan dan kecukupan untuknya. Penyebutan bahawa kedua-dua ini tidak dicela kerana penegasan untuk menafikan tanggapan kerahiban dan minda puritan.

Dengan itu yang dimaksudkan ayat ini adalah orang beriman yang berjaya adalah bersungguh-sungguh menjaga kemaluan daripada yang haram dan sangat menekuni menjaganya. Dia hanya memilih yang terbaik dari arah yang halal seperti isteri dan hamba saya untuk memuaskan keinginan kelaminnya. Berseronok dengan kenikmatan seksual bukanlah tercela sebagai seseorang yang beragamaߨ bahkan tidak mengeluarkan diri itu daripada kejayaan.

Kemudianߨ Dia menutup ayat itu dengan ancaman bagi sesiapa yang mendambakan selain daripada kedua-duanyaߨ maka dia termasuk orang yang melampaui batas. Sekali lagiܦ bukan untuk menyatakan bahawa hanya kedua-dua ini sahaja tempat untuk seseorang melunaskan kemahuan seksualnya. Namunߨ untuk menegaskan bahawa jika seseorang bernekad mencari selain daripada isteri dan hamba sahaya yang merupakan kemuncak pencarian orang untuk menikmati seksual secara halal atau jika seseorang itu sudah ditawarkan kenikmatan yang halal yang tidak ada lebih besar lagi melainkan kedua-dua iniߨ tetapi masih mencari jalan juga untuk selain ini maka dia termasuk orang yang melampaui batas.

Dengan penjelasan ini jelaslah bahawa makna sebenar yang dimaksudkan ayat ini dan ini lebih tepat dalam memahami konteks ayat tersebut setelah membandingkannya dengan pelbagai aspek pada bahagian ini.

🄱 Firman Allah Taālā :

وَلْيَسْتَعْفِفِ الّذِينَ لاَ يَجِدُونَ نِكَاحاً حَتّىَ يُغْنِيَهُمُ اللّهُ مِن فَضْلِهِ

"Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesucian dirinya sehingga Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya". [Surah an-Nūr ayat 33].

Allah tidak menyebut bahawa sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin
ޱ maka hendaklah seseorang itu melancap bagi menjaga kesucian diri.

Rasulullah
ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam bersabda :

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ ، مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ ، وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ ، فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

"Wahai sekalian pemuda! Barangsiapa yang berkemampuan pada pembekalannyaޱ maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampuޱ maka hendaklah dia berpuasa kerana sesungguhnya ia adalah perisai". [Ṣoḥīḥ MuslimKitāb an-Nikāḥno. 2577].

Kalau bolehnya melancap
ޱ sudah tentu Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallammemberitahu: "Barangsiapa yang belum mampu untuk bernikahޱ maka hendaklah dia melancap".

Jawapan Adakah sebab tidak disebutkan dalam teksܦ maka itu adalah haram? Hal ini sama sahaja seperti sabda Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam :

الْمِكْيَالُ مِكْيَالُ أَهْلِ الْمَدِينَةِ ، وَالْوَزْنُ وَزْنُ أَهْلِ مَكَّةَ

"Sukatan mengikut sukatan penduduk Madinah dan timbangan mengikut timbangan penduduk Makkah". [An-Nasā^iyy dalam as-Sunan as-Suġrōno. 2282].

Mengikut hadis iniܦ adakah mengambil sukatan selain penduduk Madinah dan timbangan pendudukan Makkah tidak dibolehkan kerana ini juga mengandungi perintah dan baginda tidak menyatakan keizinan untuk selainnya? Sudah tentu cara kefahaman sebegini tidak dipakai secara mutlak.

Begitu juga dengan hal ini. Apa yang Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam tidak sebutkan bukan dengan sembarangan ia menjadi haram atau halal. Ia perlu penelitian mengikut kaedah ilmu dengan neraca yang betul.

Tambahan pula, aš-Šawkāniyy berkata selepas membawakan pendapat yang menyatakan bahawa tidak boleh melancap yang berhujahkan riwayat Abū Huroyroẗ yang meminta izin daripada Rasulullah
ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam untuk berkebiri dan baginda tidak menyuruhnya untuk melancap :

أما كون النبي صلى الله عليه وسلم لم يرشد أبا هريرة إلى الاستمنى فلم يقل أحد من علماء الإسلام أن كل ما لم يرشد النبي صلى الله عليه وسلم يكون حراما وإنما السنة قوله وفعله وتقريره وليس منها ترك إرشاده.

"Adapun Nabi
ollallāhu alayhi wasallam tidak membimbing Abū Huroyro untuk melancapޱ tidak ada seorang pun daripada ulama Islam bahawasanya apa-apa yang tidak dibimbing Nabi ollallāhu alayhi wasallam padanya menjadi haram. Sunnah cumalah perkataannya, perbuatannya dan pengakuannya. Meninggalkan bimbingannya bukanlah termasuk daripadanya". [Bulūġ al-Munā Fī ukm al-Istimām/s 82keluaran Dār aṣ-Ṣumayiyy Li an-Našr Wa at-Tawzī].

Antara bukti ketidakwajipan untuk mengikuti bimbingan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam adalah melempar pasir kepada orang yang banyak membodek.

وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى ، وَمُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ - وَاللَّفْظُ لِابْنِ الْمُثَنَّى - قَالَا : حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ ، عَنْ مَنْصُورٍ ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ ، عَنْ هَمَّامِ بْنِ الْحَارِثِ ، أَنَّ رَجُلًا جَعَلَ يَمْدَحُ عُثْمَانَ ، فَعَمِدَ الْمِقْدَادُ فَجَثَا عَلَى رُكْبَتَيْهِ ، وَكَانَ رَجُلًا ضَخْمًا ، فَجَعَلَ يَحْثُو فِي وَجْهِهِ الْحَصْبَاءَ ، فَقَالَ لَهُ عُثْمَانُ : مَا شَأْنُكَ ؟ فَقَالَ : إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِذَا رَأَيْتُمُ الْمَدَّاحِينَ ، فَاحْثُوا فِي وُجُوهِهِمِ التُّرَابَ

Muḥammad bin al-Muṯannā dan Muḥammad bin al-Baššār telah merawi hadis kepadi kami lafaz ini milik Ibn al-Muannā mereka berdua berkataܒ Muḥammad bin Jafar telah merawi hadis kepada kamiܒ Šuba telah merawi hadis kepada kamiܒ daripada Manṣūrܒ daripada Ibrōhīmܒ daripada Hammām bin al-Ḥāriṯ bahawasanya seseorang mula memuji Umān. Laluߨ al-Miqdād merasa mangekalߨ lalu duduk di hadapan dua lututnya. Dia seorang lelaki yang besar. Dia pun pula melempar kerikil pada wajahnya. Laluߨ Umān berkata: "Apahal kamu ini?". Dia berkata: "Sesungguhnya Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam bersabda: Apabila engkau melihat orang yang banyak membodekޱ maka lemparlah pasir ke wajah mereka". [oḥīḥ Muslimno. 5457].

Daripada hadis ini bimbingan ini tidak wajib diikuti. Boleh sahaja seseorang menggertak atau menegur dengan keras untuk tidak melakukannya. Bahkanߨ gertakan dan teguran tidak disebutkan dalam hadis ini. Apakah ini bermaksud teguran dan gertakan ini tidak termasuk dalam keharusan kerana tiada bimbingan untuk itu sepertimana ketidakharusan melancap atas alasan tiada bimbingan baginda untuk itu?

🄲 Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam bersabda :

إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا ، أَدْرَكَ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ ، فَزِنَا الْيَدَيْنِ الْبَطْشُ ، وَزِنَا اللِّسَانِ النُّطْقُ ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي ، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ

"Sesungguhnya Allah Tābaroka wa Taālā menetapkan ketetapan ke atas anak Ādam daripada zina. Ia akan mengenainya secara pasti. Makaߨ zina dua tangan adalah dengan memegang kuat. Zina lidah adalah pertuturan. Dan bagi jiwa adalah menginginkan dan menggemari. Kemaluan akan membenarkan yang itu dan mendustakannya". [Riwayat An-Nasā^iyy dalam as-Sunan al-Kubrōno. 10164].

Hadis ini menunjukkan tangan boleh melakukan zina dengan melancap. Melancap dilakukan bersama dengan jiwa yang begitu menggemarinya. Lalu
ߨ ia dibenarkan dengan kemaluan. Penyandangannya dengan zina menunjukkan ia menunjukkan berdosanya perbuatan tersebut.

Jawapan Perlu kita ketahui, kenapa disandangkan kepada zina? Amad bin Ismāīl al-Kawrōniyy berkata :

قد أشرنا إلى أنَّ إطلاق الزنا على النظر مجازٌ من تسمية السبب لأنه يؤدّي إليه

"Telah pun kami tunjukkan bahawa penyebutan zina pada lihatan adalah majaz daripada penamaan sebab kerana ia adalah pendorong kepadanya". [Al-Kawṯar al-Jārī Ilā Riyaḍ Aḥādiṯ al-Buẖōriyyjilid 10m/s 17keluaran Jāmia Umm al-Qurō].

Begitu juga dengan al-H̱oṭṭōbiyy yang berkata :

وإنما سمي النظر والمنطق زنا لأنهما من مقدمات الزنا

"Dinamakan lihatan dan percakapan dengan zina kerana kedua-duanya adalah pendahuluan zina". [A
lām al-adīṯjilid 3m/s 2330keluaran Jāmia Umm al-Qurōtahqiq Muammad bin Sad bin Abdul Romān].

Oleh sebab kaitan majaz itu adalah merujuk kepada bahagian-bahagian yang merujuk kepada perbuatan zina
ߨ maka ini tidaklah memutlakkan pengharaman lancap. Ini kerana lancap boleh juga dijadikan cara untuk mencegah daripada zina yang sebenar. Makaߨ dalam menisbahkan perbuatan itu zina atau tidak ia bergantung kepada kemaluan sama ada ia membenarkan zina yang hakiki ataupun tidak. Ini bersamaan dengan penjelasan al-Qurubiyy :

إن حصل إيلاج الفرج الحقيقي، ثم زنا تلك الأعضاء، وثبت إثمه، وإن لم يحصل ذلك واجتنب كفر زنا تلك الأعضاء

"Jika berlakunya penetrasi faraj secara hakikiߨ kemudian berzina anggota tersebutޱ maka nyatalah dosanya. Jika itu tidak berlaku dan ia menjauhinyaޱ maka terhapuslah zina anggota tersebut". [Al-Mufhim Limā Aškala Min Talẖīs Kitāb Muslimjilid 6m/s 674675keluaran Dār Ibn Kaṭīr].

Atau seperti yang dijelaskan al-Irōqiyy yang berkata :

فَإِنَّ مَعْنَى التَّصْدِيقِ هُنَاكَ تَحْقِيقٌ لِلزِّنَى بِالْفَرْجِ وَمَعْنَى التَّكْذِيبِ أَنْ لَا يُحَقِّقُهُ بِالْإِيلَاجِ فَصَارَتْ تِلْكَ النَّظْرَةُ كَأَنَّهَا كَاذِبَةٌ لَمْ يَتَّصِلْ بِهَا مَقْصُودُهَا

"Kerana sesungguhnya makna pembenaran di sana ialah merealisasikan zina dengan faraj dan makna pendustaan adalah ia tidak merealisasikannya dengan penetrasi. Laluߨ terjadinya lihatan itu seolah-olah berdusta yang tidak sampai maksudnya melaluinya". [Ṭorḥ at-Taṯrīb Fī Šarḥ at-Taqrībjilid 8m/s 20keluaran Dār Iyā^ at-Turōṯ al-Arobiyy].

Atau seperti yang dinukilkan Aliy al-Harowiyy al-Qōrī yang berkata :

وَقِيلَ مَعْنَاهُ: إِنْ فَعَلَ بِالْفَرْجِ مَا هُوَ الْمَقْصُودُ مِنْ ذَلِكَ فَقَدْ صَارَ الْفَرْجُ مُصَدِّقًا لِتِلْكَ الْأَعْضَاءِ، وَإِنْ تَرَكَ مَا هُوَ الْمَقْصُودُ مِنْ ذَلِكَ فَقَدْ صَارَ الْفَرْجُ مُكَذِّبًا

"Dikatakan maknanya adalah jika seseorang melakukannya apa yang menjadi maksud kepadanya dengan farajޱ maka menjadilah faraj itu sebagai pembenar bagi anggota tersebut. Jika seseorang meninggalkan apa yang menjadi maksud kepadanyaޱ maka menjadilah farajnya sebagai pemendusta". [Mirqōẗ al-Mafātīḥ Šarḥ Miškāẗ al-Maṣōbīḥjilid 1m/s 158keluaran Dār al-Fikr].

Jelaslah bahawa setiap daripada anggota tersebut dinilai pada apa yang dilakukan oleh kemaluan itu dan apa yang menjadi dorongan kepadanya. Jika tidak ada dorongan zina padanya dan tidak membenarkan hasrat kemaluan untuk berzinaޱ maka kesemua anggota itu sama sekali tidak termasuk dalam zina. Ini menepati kaedah fiqh yang menyebutkan :

الْاشْتِغَالُ بِغَيْرِ الْمَقْصُودِ إِعْرَاضُ عَنِ الْمَقْصُودِ

"Penyibukan dengan yang bukan dimaksudkan adalah berpaling daripada yang dimaksudkan". [Al-Ašbāh Wa an-Naẓō^ir
karya Jalāluddīn as-Suyūṭiyym/s 237keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyya].

Maka
ߨ pada perbuatan yang bukan niatnya untuk yang dimaksudkan ia telah melencong dari perbuatan yang dimaksudkan.

Jika ditanya bagaimana seseorang itu melancap sambil membayangkan ia melakukan zina dengan orang yang bukan mahram baginya dan ada keinginan padanya; adakah ini termasuk dosa atau sebaliknyaޱ jawapannya adalah ia tidak berdosa jika ia tidak dilakukan bersama keazaman yang kuat. Jika adaޱ perbuatan itu boleh mendorong kepada dosa. Saya telah membahaskan hal ini lebih lanjut dalam penulisan saya yang berjudul «Adakah Syahwat Itu Sendiri Berdosa?».

🄳 Kaedah fiqh menyatakan:

الْأَصْلُ فِي الْأَبْضَاعِ التَّحْرِيمُ

"Asal bagi kelamin adalah pengharaman". [Al-Ašbāh Wa an-Naẓō^irkarya Jalāluddīn as-Suyūṭiyym/s 104keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyya].

Oleh ituߨ hukum melancap perlu dikembalikan pada hukum asal iaitu haram kecuali ada dalil yang membenarkannya.

Jawapan Perkataan al-Abḍō (الْأَبْضَاع) adalah jamak kepada ₍al-Buḍ (الْبُضْع) dalam bahasa sepertimana yang disebutkan Ibn Manẓūr dalam «Lisān al-Arob» adalah an-Nikāḥ₎ (النِّكَاح)؛ iaitu perkahwinan, ₍al-Jimā (الْجِمَاع), ₍al-Aqd (الْعَقْد)؛ iaitu akad pernikahan, ₍al-Farj₎ (الْفَرْج)؛ iaitu kemaluan, ₍al-Mahr₎ (الْمَهْر)؛ iaitu mahar, ₍aṭ-Ṭolāq₎ (الطَّلَاق)؛ iaitu penceraian dan ₍Milk al-Waliyy Li al-Mir^ah₎ (مِلْك الْوَلِيِّ لِلْمِرْأَةِ)؛ iaitu pemilikan wali terhadap wanita.

Dalam perbahasan ahli uṣūl fiqh dalam membahaskan kaedah ini ia lebih banyak melibatkan isu yang berkaitan dengan perhubungan kelamin dan perkahwinan. Jika dalam konteks iniޱ maka ia termasuk asal pengharamannya kerana sememangnya setiap muslim wajib berjaga-jaga agar tidak mengahwini orang yang diharamkan perkahwinannya atau diragukan status legitimasinya untuk menyetubuhinya secara halal.

Adapun untuk selainnya؛ iaitu yang berkaitan dengan kemaluan individu semata-mata tanpa membabitkan orang lainޱ maka ini tidak termasuk dalam perbahasan dan asas kepadanya terbatal setelah dibentangkan dalilnya.

🄴 Sebahagian orang berhujah bahawa terdapat hadis yang menyatakan bahawa perbuatan melancap termasuk dosa besar.

Jawapan Kesemuanya tidak sahih. Seperti inilah hasil dapatan daripada Muammad Ibrōhīm al-Ašmawiyy; profesor dalam fakulti hadis di Universiti Al-Azhar. Dia berkata :

ولم يصح في تحريم نكاح اليد حديث فيما أعلم!

"Tidak ada suatu hadis yang sahih dalam pengharaman pernikahan tangan pada apa yang aku tahu!". [Rujuk https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=3165582557017527&id=100006974414369].

Antaranya ialah :

أَخْبَرَنَا أَبُو بَكْرٍ مُحَمَّدُ بْنُ الْحُسَيْنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الآجُرِّيُّ بِمَكَّةَ ، ثنا الْفِرْيَابِيُّ ، ثنا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ ، ثنا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ لَهِيعَةَ ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ زِيَادِ بْنِ أَنْعَمَ ، عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْحُبُلِيِّ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " سَبْعَةٌ لا يَنْظُرُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلا يُزَكِّيهِمْ ، وَيَقُولُ : ادْخُلُوا النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ : الْفَاعِلُ وَالْمَفْعُولُ بِهِ ، وَالنَّاكِحُ يَدَهُ ، وَنَاكِحُ الْبَهِيمَةِ ، وَنَاكِحُ الْمَرْأَةِ فِي دُبُرِهَا ، وَجَامِعٌ بَيْنَ الْمَرْأَةِ وَابْنَتِهَا ، وَالزَّانِي بِحَلِيلَةِ جَارِهِ ، وَالْمُؤْذِي لِجَارِهِ حَتَّى يَلْعَنَهُ " .

Abū Bakr Muḥammad bin al-Ḥusayn bin
Abdullah al-Ājurriyy telah merawi khabar kepada kami di Makkahܒ al-Firyābiyy telah merawi hadis kepada kamiܒ Qutaybaẗ bin Saīd telah merawi hadis kepada kamiܒ Abdullah bin Lahīa telah merawi hadis kepada kamiܒ daripada Abdul Romān bin Ziyād bin Anāmܒ daripada Abū Abdul Romān al-Jubuliyyܒ daripada Abdullah bin Amr dia berkata Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam bersabda: "Allah Azza Wajallā tidak melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak pula menyucikan mereka. Allah berkata: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan!. (Iaitu) pelaku (orang yang meliwat) dan yang diperlakukannya (orang yang diliwat), orang yang bernikah dengan tangannya (melancap), orang yang menyetubuhi binatang, orang yang menyetubuhi wanita pada duburnya, orang yang bersetubuh isterinya dengan anak perempuannya, orang yang berzina dengan isteri jirannya dan orang yang menyakiti jirannya sehingga melaknatnya". [Riwayat Ibn Bišrōn dalam Āmālim/s 206keluaran Dār al-Waon. Diriwayatkan juga oleh al-Bayhaqiyy dalam Šuab al-Īmānno. 5087 & al-Ājurriy dalam amm al-Liwāṭno. 53].

Hadis ini dhaif kerana dua sebab. Pertamaߨ Abdullah bin Lahīa didhaifkan sejumlah nuqqad. An-Nasā^iyy mendhaifkannya sepertimana di dalam «aḍ-Ḍuafā^ wa al-Matrūkūn». Abū Zura dan Abū Ḥātim ar-Rōziyy mendhaifkannya sepertimana yang dinukil oleh Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy dalam «al-Jar Wa at-Tadīl». Yayā bin Saīd al-Qoṭṭōn dan selainnya mendhaifkannya sepertimana yang dinyatakan oleh at-Tirmiḏiyy dalam «al-Jāmi al-Kabīr». At-Tirmiiyy menyatakan bahawa dia adalah dhaif di sisi ahli hadis. Al-H̱otīb al-Baġdādiyy menyatakan bahawa Abdullah bin Lahīah buruk hafalannya, terbakar kitab-kitabnya dan dia bermudah-mudahan dalam mengambilnya. Mana-mana sahaja kitab yang datang kepadanyaޱ dia meriwayatkan daripadanya. Lantasߨ daripada sana menjadi banyak munkar pada hadisnya. Hal itu diungkapkan dalam «al-Kifāyaẗ Fī Ilm ar-Riwāya». Abū Bakr al-Bayhaqiyy berkata dalam «as-Sunan al-Kubrō» bahawa dia adalah dhaif hadisnya yang tidak dihujahkan hadisnya. 

Keduaߨ Abdul Romān bin Ziyād didhaifkan oleh an-Nasā^iyy dalam «a-uafā^ wa al-Matrūkūn». Yayā bin Saīd al-Qoṭṭōn dan Abdul Roḥmān bin Mahdiyy tidak meriwayatkan daripadanya. Yaḥyā bin Maīn mendhaifkannya. Amad bin anbal berkata bahawa dia tidak mempunyai apa-apa nilai. Abū Ḥātim ar-Rōziyy menyatakan bahawa dia ditulis hadisnyaߨ tetapi tidak dijadikan hujah dan Abū Zura Rōziyy menyatakan bahawa dia tidak begitu kuat. Semua ini dinukilkan oleh Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy dalam «al-Jarḥ Wa at-Tadīl». Ad-Dāroquniyy dalam «as-Sunan» menyatakan bahawa dia adalah dhaif dan tidak dijadikan hujah. At-Tirmiiyy dalam «al-Jāmi al-Kabīr» menyatakan bahawa dia dhaif di sisi ahli hadis. Al-Bayhaqiyy dalam «as-Sunan al-Kubrō» menyatakan bahawa dia tidak kuat. As-Sadiyy menyatakan bahawa dia tidak dipuji dalam hadis sepertimana yang dinyatakan oleh Ibn Adiyy dalam «al-Kāmil Fī uafā^ ar-Rijāl». Ibn Adiyy menyatakan bahawa riwayatnya secara umum tidak ditunjangi padanya.

Antara yang lain ialah :

حَدَّثَنِي عَلِيُّ بْنُ ثَابِتٍ الْجَزَرِيُّ، عَنْ مَسْلَمَةَ بْنِ جَعْفَرٍ، عَنْ حَسَّانَ بْنِ حُمَيْدٍ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "سَبْعَةٌ لَا يَنْظُرُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَلَا يُزَكِّيهِمْ، وَلَا يَجْمَعُهُمْ مَعَ الْعَالَمِينَ، يَدْخُلُونَ النَّارَ أَوَّلَ الدَّاخِلِينَ إِلَّا أَنْ يَتُوبُوا إِلَّا أَنْ يَتُوبُوا إِلَّا أَنْ يَتُوبُوا مِمَّنْ تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِ: النَّاكِحُ يَدَهُ، وَالْفَاعِلُ وَالْمَفْعُولُ بِهِ وَمُدْمِنُ الْخَمْرِ وَالضَّارِبُ أَبَوَيْهِ حَتَّى يَسْتَغِيثَا وَالْمُؤْذِي جِيرَانَهُ حَتَّى يَلْعَنُوهُ، وَالنَّاكِحُ حَلِيلَةَ جَارِهِ".

Aliy bin Ṯābit al-Jazariyy telah merawi hadis kepada kamiܦ daripada Maslamaẗ bin Jafarܦ daripada Hassān bin Ḥumaydܦ daripada Anas bin Mālik dia berkata Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam bersabda: "Tujuh golongan yang Allah Azza wa Jalla tidak memandangnya pada hari kiamat dan tidak Dia menyucikan mereka dan Dia tidak mengumpulkan bersama orang yang sekalian yang lain. Mereka masuk ke dalam neraka yang lebih awal dari kalangan penghuni. Kecuali mereka yang bertaubat. Kecuali mereka yang bertaubat. Kecuali mereka yang bertaubat kepada Allah dan mereka termasuk orang yang Allah memberi taubat kepadanya. (Iaitu) Orang yang bernikah dengan tangannya, pelaku (peliwat) dengan yang diperlakukannya (yang diliwat), orang yang selalu minum arak, orang yang memukul kedua-dua orang tuanya sehingga mereka berdua mendoakan keburukannya, pencela jirannya sehingga mereka melaknatnya dan orang yang berzina dengan isteri jirannya". [Juz^ Ibn Arofano. 41].

Hadis ini dhaif kerana Maslama
bin Jafar dan Hassān bin Ḥumayd tidak dikenali.

Antara yang lain ialah :

كتب إلي أبو علي الحسن بن أحمد ثم حدثني أبو مسعود المعدل عنه أنبأنا أبو نعيم الحافظ حدثنا سليمان بن أحمد الطبراني حدثنا محمد بن عبد الصمد بن أبي الجراح المصيصي حدثنا محمد بن الوزير الدمشقي حدثنا ضمرة بن ربيعة عن رجاء بن أبي سلمة عن الزهري عن حميد بن عبد الرحمن عن أبي هريرة أن النبي (صلى الله عليه وسلم) نهى عن نكاح اليمين

Abū
Aliyy al-asan bin Amad telah menulis untukkuܒ Abū Masūd al-Muaddīl telah merawi hadis kepada kami tentangnyaܒ Abū Nuaym al-Ḥāfiẓ telah merawi berita kepada kamiܒ Sulaymān bin Aḥmad aṭ-Ṭobrōniyy telah merawi hadis kepada kamiܒ Muḥammad bin Abdul omad bin Abū al-Jarrōḥ al-Miṣṣīṣiyy telah merawi hadis kepada kamiܒ Muḥammad bin al-Wazīr ad-Dimašqiyy telah merawi hadis kepada kamiܒ Ḍomroẗ bin Robīa telah merawi hadis kepada kamiܒ daripada Rojā^ bin Abū Salamaẗܒ daripada az-Zuhriyyܒ daripada Ḥumayd bin Abdul Romānܒ daripada Abū Huroyroẗ: "Bahawasanya Nabi ollallāhu alayhi wasallam melarang daripada perkahwinan tangan kanan". [Tārīẖ Dimašqkarya Ibn Asākirjilid 54m/s 122keluaran Dār al-Fikr Li at-ibaa Wa at-Tawzī Wa an-Našrtahqiq Amr bin Ġorōma al-Amriyy].

Hadis ini dhaif kerana Mu
ammad bin Abdul omad bin Abū al-Jarrōḥ al-Miṣṣīṣiyy tidak dikenali.

Antara yang lain ialah :

قَالَ الْبُخَارِيُّ فِي التَّارِيخِ: قَالَ قُتَيْبَةُ: عَنْ جَمِيلٍ هُوَ الرَّاسِبِيُّ، عَنْ مَسْلَمَةَ بْنِ جَعْفَرٍ، عَنْ حَسَّانَ بْنِ جَمِيلٍ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: "يَجِيءُ النَّاكِحُ يَدَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيَدُهُ حُبْلَى".

Berkata al-Buẖōriyy dalam «at-Tārīẖ»: Qutaybaẗ berkata
ܒ Daripada Jamīl; dia adalah ar-Rosībiyyܒ daripada Maslamaẗ bin Jafarܒ daripada Ḥassan bin Jamīlܒ daripada Anas bin Mālik dia berkata: "Orang yang bernikah dengan tangannya akan datang pada hari kiamat dalam keadaan tangannya hamil". [Šuab al-Īmānkarya al-Bayhaqiyym/s 329-330keluaran Maktaba ar-Rušd Li an-Našr Wa at-Tawzī].

Riwayat ini dhaif kerana Maslama
bin Jafar dan assān bin Jamīl tidak dikenali.

Antara yang lain ialah :

روي أنه صلى الله عليه وسلم قال: ملعون من نكح يده

Diriwayatkan bahawasanya baginda
ollallāhu alayhi wasallam bersabda: "Dilaknat mereka yang menikah dengan tangannya". [Al-Badr al-Munīr Fī Tarīj al-Aḥādi Wa al-Aṯār al-Wāqia Fī Šar al-Kabīrkarya Sirōjuddīn aš-Šāfiiyyjilid 7m/s 662keluaran Dār al-Hijraẗ Li an-Našr Wa at-Tawzītahqiq Musṭofā Abū al-Ġoyṯ, Abdullah bin Sulaymān dan Yāsir bin Kāmil].

Hadis ini dhaif kerana tidak ada asal baginya.

🄵 Perbuatan melancap boleh membawa kepada jalan penzinaan.

Jawapan Bukan semua kaedah Sadd a-arō^i؛ iaitu penghadang haluan kerosakan dipakai. Misalnya pada hadis berikut :

حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ ، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ ، حَدَّثَنَا ثَابِتٌ ، عَنْ أَنَسٍ ، " أَنَّ الْيَهُودَ ، كَانُوا إِذَا حَاضَتِ الْمَرْأَةُ فِيهِمْ ، لَمْ يُؤَاكِلُوهَا ، وَلَمْ يُجَامِعُوهُنَّ فِي الْبُيُوتِ ، فَسَأَلَ أَصْحَابُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ سورة البقرة آية 222 إِلَى آخِرِ الآيَةِ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اصْنَعُوا كُلَّ شَيْءٍ ، إِلَّا النِّكَاحَ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ الْيَهُودَ ، فَقَالُوا : مَا يُرِيدُ هَذَا الرَّجُلُ ، أَنْ يَدَعَ مِنْ أَمْرِنَا شَيْئًا ، إِلَّا خَالَفَنَا فِيهِ ، فَجَاءَ أُسَيْدُ بْنُ حُضَيْرٍ ، وَعَبَّادُ بْنُ بِشْرٍ ، فَقَالَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّ الْيَهُودَ ، تَقُولُ : كَذَا وَكَذَا ، فَلَا نُجَامِعُهُنَّ ، فَتَغَيَّرَ وَجْهُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، حَتَّى ظَنَنَّا أَنْ قَدْ وَجَدَ عَلَيْهِمَا ، فَخَرَجَا ، فَاسْتَقْبَلَهُمَا هَدِيَّةٌ مِنْ لَبَنٍ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَأَرْسَلَ فِي آثَارِهِمَا ، فَسَقَاهُمَا فَعَرَفَا أَنْ لَمْ يَجِدْ عَلَيْهِمَا " .

Zuhayr bin Harb telah merawi hadis kepadaku
ܒ Abdul Romān bin Mahdiyy telah merawi hadis kepada kamiܒ Ḥammād bin Salamaẗ telah merawi hadis kepada kamiܒ Ṯābit telah merawi hadis kepada kamiܒ Daripada Anas Bahawasanya orang Yahudi pada dahulunya jika isterinya datang haid padanyaޱ mereka tidak makan bersama dengannya dan mereka tidak berkumpul dengannya di rumah. Laluߨ para sahabat Nabi ollallāhu alayhi wasallam bertanya kepada Nabi ollallāhu alayhi wasallam. Kemudianߨ Allah Taālā turunkan ayat: {Dan mereka bertanya tentang orang yang haid. Katakanlah: "Ianya kotor". Makaߨ hendaklah kamu semua menjauhi wanita ketika haid} [Surah al-Baqoroh ayat 222] sehingga akhir ayat. Lantasߨ Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam bersabda: "Kamu semua berbuatlah segala sesuatu kecuali persetubuhan". Laluߨ sampai tentang itu kepada Yahudi dan mereka pun berkata: "Tidaklah lelaki ini berkehendak untuk menyeru sesuatu kepada hal kami kecuali ia menyelisihi dengan kami padanya". Kemudianߨ Ḥuḍoyr dan Abbād bin Bišr berkata: "Wahai Rasulullahsesungguhnya Yahudi berkata sedemikian sedemkian. Makaߨ kami tidak berkumpul dengan mereka". Tiba-tibaܦ berubah wajah Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam sehingga mereka berdua menyangka bahawa baginda sedang marah terhadap mereka berdua. Mereka berdua pun keluarߨ lalu mereka berdua memberikan hadiah daripada susu kepada Nabi ollallāhu alayhi wasallam. Laluߨ baginda mengutuskan seseorang untuk mengikut mereka berdua dan baginda memberi air kepada mereka berdua. Makaߨ tahulah mereka berdua bahawa baginda tidak memarahi mereka berdua. [Ṣoḥīḥ MuslimKitab al-ayno. 460].

Melalui dalil ini
ܦ Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam mengizinkan untuk berbuat apa-apa sahaja terhadap isteri yang haid kecuali persetubuhan. Jika Sadd a-arō^i wajar dipakai untuk mengelakkan terjerumus kepada kancah laraangan؛ iaitu persetubuhan ketika haidޱ maka tidak wajar seseorang itu melakukan apa-apa sahaja terhadap isterinyaߨ bahkan tidak boleh sama sekali tinggal serummah semata-mata untuk mengelakkan diri daripada keharaman. Akan tetapiߨ Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam tidak menyatakan hal sedemikian kerana Sadd aḏ-Ḏarō^i bukan dipakai untuk semua keadaan.

Malah
ߨ telah masyhur dalam fiqh setiap mazhab bahawa melancap boleh menjadi aktiviti yang boleh mencegah zinaߨ lebih-lebih lagi kalau seseorang terasa terdesak. Makaߨ sebenarnyaܦ ia bergantung kepada individu masing-masing cara dia membawakan dirinya.

Oleh ituߨ kalau pun ada individu yang menjadi sebegituޱ bukan bermakna kita boleh aplikasikan untuk semua orang kerana masing-masing tidaklah sama dalam pengawalan syahwatnya.

🄶 Melancap perbuatan yang memalukanߨ lebih-lebih lagi jika diketahui orang lain. Makaߨ jelas ini adalah perubatan yang salah.

Jawapan Perbuatan yang dianggap keji dalam uruf tidak menjadi kehujahan syariat yang setanding dengan wahyu Allah dan sunnah rasul-Nya. Hujah penetapan keharaman dan kekejian pada syariat adalah Quran dan sunnahߨ bukan atas persepsi uruf mahupun mana-mana individu. Makaߨ rasa malu atau dipandang sebagai memalukan bukan hujah untuk menetapkan pengharaman dalam syariat.

Pembelian seluar dalam dan lampin wanita atau wanita masuk ke butik pakaian dalam untuk mencari keperluan di dalamnya juga kadangkala menyebabkan seseorang itu malu jika hal itu diketahui serta akan dipandang sinis walaupun kesemua itu dipakai oleh setiap lapisan masyarakat. Adakah ini merupakan suatu kesalahan?

Makaߨ rasa malu pada sesuatu perbuatan itu atau perbuatan itu menimbulkan rasa malu pada individu atau orang sekeliling bukanlah penentu baik dan buruknya secara mutlakߨ apatah lagi sebagai hujah pensyariatan.

🄷 Melancap mempunyai kesan memudaratkan.

Jawapan National Health Service menyatakan bahawa melancap adalah normal dan menyihatkan pada bahagian seksual manusia. Malahߨ ia adalah aktiviti seks yang paling menyihatkan. [Rujuk https://www.nhs.uk/common-health-questions/sexual-health/am-i-masturbating-too-much-and-can-it-be-bad-for-me/].

Secara umumnyaܦ ia memberikan banyak manfaat yang lain. Justin Marie Shuey PhD; lembaga seksologiwan yang diiktiraf di Philadelphia menyatakan bahawa melancap boleh membantu tidur yang lebih baik, mengurangkan stres dan tekanan, mengurangkan pening kepala, meningkatkan tumpuan, menambahkan harga diri, lebih kelihatan muda dan memperbagus kebugaran. Ia juga membantu sebahagian manfaat kesihatan seks untuk wanita terutamanya wanita tuaߨ termasuklah kurangnya kekeringan vagina dan kesakitan semasa seks. [Rujuk https://www.everydayhealth.com/erectile-dysfunction/the-truth-about-masturbation-myths.aspx].

Alexander Mauskop; ahli neurologi dan pengarah New York Headache Center menyatakan bahawa apa jua aktiviti seks termasuk melancap mampu melegakan migrain. [Rujuk https://www.livescience.com/27642-sex-relieves-migraine-pain.html].

Melancap juga adalah salah satu bentuk senaman yang ringan. Berbanding dengan senaman yang biasa, ia lebih efektif dan efisyen dalam mengurangkan tekanan dan merembeskan hormon rasa bagus. Otot dan saluran darah akan menjadi relaks yang memperbaik pengaliran darah dan mengurangkan kadar degupan jantung dan tekanan darah. Tidak mengejutkan jika terdapat korelasi yang terbalik antara orgasma dan kematian disebabkan serangan sakit jantung. [Rujuk ttps://www.psychologytoday.com/us/blog/hide-and-seek/201703/hell-yes-the-7-best-reasons-masturbating]

Judith Golden; ahli terapi seks berdaftar di Toronto menerangkan kelebihan melancap untuk wanita secara khusus dan terpakai sebahagiannya untuk lelaki. Pertamaߨ melancap mampu melegakan stres. Ini kerana dalam apa jua bentuk seks, otak akan merembeskan Dopamina yang memberikan rasa seronok. Otak juga akan merembeskan endorfin yang memberikan rasa kesejahteraan ketika melakukan aktiviti seks. Cumaߨ Golden peringatkan bahawa tidak boleh bergantung dengan melancap untuk lepaskan diri daripada stres kerana itu mampu menatijahkan ketagihan.

Kedua
ߨ melancap juga mampu mengurangkan kekejangan kitaran haid. Kekuatan dan kesangatan orgasma boleh melegakan kekajangan serta hormon yang terembes semasa keseronokan seks boleh membantu. Sekali lagiܦ Golden memperingatkan bahawa tidak semua orang sama kerana pengecutan otot menyebabkan pertambahan rasa sakit. Yang penting adalah masing-masing perlu perhatikan keadaan badannya dan bertindak apa yang sesuai dengannya.

Ketiga
ߨ ahli terapi seks sangat mencadangkan bagi wanita yang tidak mempunyai orgasme dengan menyelesakan dirinya kerana ia membantu mereka memahami keseronokan genital yang mereka suka. Situasi yang terkawal membantu wanita untuk memahami bukan sahaja apa yang mereka suka, tetapi apa yang mereka khuatirkan.

Keempat
ߨ membiasakan diri dengan melancap akan mengajarkan bagaimana badan bertindak balas secara seksual yang sekaligus membantu mereka untuk memperoleh orgasma ketika persetubuhan. Dengan itu ia memudahkan komunikasi antara pasangan supaya tahu bagaimana untuk memuaskan pasangan masing-masing dengan cara yang berkesan untuknya.

Namunߨ Golden mengingatkan bahawa jika berlakunya berlebihan dalam kebergantungan dengan pornografi atau melancap itu dilakukan dengan bahan yang keras atau meniarap ke permukaanޱ ia sukar untuk duplikasikan praktiknya dengan pasangan.

Kelima
ߨ bagi mengekalkan kefungsian seks seseorang itu memerlukan bekalan nitrik oksida dalam darah. Apa sahaja bentuk aktiviti seksual mengekalkan bahan kimia ini. Membiarkannya terlalu lama mengakibatkan kesukaran untuk mencapai tegangan dan pelinciran.

Keenam
ߨ melancap juga boleh menjadi pil tidur yang berkesan untuk mereka yang insomnia kerana ia merendahkan tekanan darah dan menambahakan rasa santai. [Rujuk https://www.besthealthmag.ca/best-you/girlfriends-guide/6-healthy-reasons-to-masturbate/].

Tidak dinafikan bahawa adanya kesan mudarat bagi melancapߨ khususnya jika berlebihan. Courtney Geter; ahli terapi seks dan perhubungan menyatakan pada suatu masa lancapan yang kronik mampu menjadi terlalu kerap menyebabkan konflik dalam perhubungan atau kecederaan yang mengakibatkan tegangan yang menyakitkan. Berkaitan dengan kecederaanܦ sesetengah lelaki yang melancap terlalu kerap menyebabkan lecetan pada penis atau kecederaan pada tisu lembut pada penis. Kebiasaannyaܦ tabiat berlebihan berakar daripada pertambahan kerisauan atau ketidakmampuan untuk menguruskan kerisauan dengan kemahiran untuk menanganinya yang lain.

Melancap secara berlebihan juga mengembangkan sekatan mental dalam pemisahan jurang؛ iaitu menikmati keseronokan orgasme pada masa yang sama dengan pasangan bertukar menjadi sukar melainkan seseorang itu melakukannya terhadap diri sendiri. Walaupun melancap tidak menjejaskan kesihatan seseorangߨ namun lancapan kronik memberi impak keseronokan dalam aktviti seks bersama pasangan.

Otak mempelajari bahawa melancap itu bagus rasanya. Apabila stimulasi keseronokan yang sepadan yang lain diperkenalkan setelah tempoh lama melancapޱ seseorang itu akan mengalami masalah dengan orgasma atau ejakulasi apabila stimulasi untuk vagina, mulut atau tangan pasangan tidak sama dengan tangan seseorang.

Geter berkata: "Ramai orang yang hadir ke pejabat saya kerana kebimbangan ini. Selepas rawatan pengubahsuaian tabiatܦ mereka mampu untuk orgasma dan ejakulasi dengan rangsangan yang berbeza. Salah satu kaedah yang saya cadangkan untuk seseorang gunakan adalah sesuatu yang bersarung. Ini mampu membantu merangsang vagina atau mulut walaupun itu semua bukan pengganti bagi anggota badan". [Rujuk https://sea.askmen.com/article/3335/health-risks-of-chronic-masturbation].

Tambahan pulaߨ Susan Kellog Spadt PhD; pengarah perubatan seks wanita di Centre of Pelvic Medicine di Bryn MawrPennsylvania menyatakan jika seseorang berlebihan dalam melancapޱ maka ini menyebabkan ketidakfungsian tegangan, Ini kerana jika seseorang terbiasa dengan sentuhan yang tertentu sama ada dengan penggetar atau tangannya sendiriޱ ini mengakibatkan kesukaran untuk orgasme bersama pasangan. [Rujuk https://www.everydayhealth.com/erectile-dysfunction/the-truth-about-masturbation-myths.aspx].

Walaupun ia kurang berisikoޱ namun kerap melancap atau melancap secara kasar menyebabkan kerengsaan kulit yang tipis. Membengkokkan penis yang tegang secara paksa mampu memecahkan kebuk yang terisi dengan darah. Ia merupakan sesuatu yang langkaߨ tetapi keadaannya mengerikan. Ia dipanggil keretakan penis.

Tobias S. Kohler; professor di Southern Illinois University School of Medicine di Springfield pernah melihat seseorang yang terkena itu selepas melancap dengan sekuat-kuatnya. "Selepas ituܦ penis tersebut seperti terung, ia berwarna ungu dan membengkak" katanya. Kebanyakannya memerlukan pembedahan untuk membaikinya. [Rujuk : https://www.webmd.com/men/guide/male-masturbation-5-things-you-didnt-know#1].

Melancap secara berlebihan؛ iaitu melancap setiap hari, beberapa kali dalam sehari untuk beberapa tahun boleh mengakibatkan Asetilkolin atau Parasipathetik dalam fungsi saraf. Hasil daripada ini menyebabkan keterlebihan hormon seks dan Neurotransmiter.  Ia mengakibatkan kesan sampingan pada badan yang menyebabkan lesu, keguguran rambut, kehilangan memori, pandangan kabur dan kesakitan kunci peha.

Ian juga membawa kepada kehausan seksual atau ketidakmampuan atau ketegangan yang tidak berfungsi. Askmen juga melaporkan kebocoran seminal merupakan sebahagian yang lain masalah utama yang berkaitan dengan melancap secara ekstrim. [Rujuk http://www.medicaldaily.com/masturbation-myths-debunked-why-do-we-masturbate-and-what-are-pros-and-cons-293730].

Dalam menentukan melancap itu berlebihan ataupun tidak
Angie Gunn; pakar terapi seks di Talkspace menyatakan: "Tidak ada bilangan tertentu bagi melancap yang dikira terlalu banyak. Sebaliknyaߨ melancap itu sendiri tidak menyebabkan kerosakan semulajadi dan potensi yang memudaratkan. Seseorang itu perlu menentukan jumlah yang sesuai untuk mereka. Sama sahaja dengan keputusan mereka dalam berapa banyak jumlah biskut untuk dimakan dan berapa lama tontonan televisyen. Ia adalah pilihan tabiat؛ iaitu sebuah tabiat yang menandakan manfaat kesihatan termasuk mengurangkan kortisol (hormon stres) melalui rembesan dopamina, oksitosin dan endorfin, memperbaiki tidur dan imej badan, mengurangkan kesakitan, membaguskan kehidupan seks dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan mood". [Rujuk https://sea.askmen.com/article/3335/health-risks-of-chronic-masturbation].

Melancap Tidak Membatalkan Puasa

Tidak ada dalil daripada Quran mahupun hadis yang menyokong mana-mana pendapat yang menyatakan bahawa melancap mampu membatalkan puasa seseorang. Adapun berhujah dengan hadis ini untuk menyatakan justifikasinya :

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ ، عَنْ مَالِكٍ ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ ، عَنِ الْأَعْرَجِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، " أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : الصِّيَامُ جُنَّةٌ ، فَلَا يَرْفُثْ ، وَلَا يَجْهَلْ ، وَإِنِ امْرُؤٌ قَاتَلَهُ أَوْ شَاتَمَهُ ، فَلْيَقُلْ : إِنِّي صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ تَعَالَى مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ ، يَتْرُكُ طَعَامَهُ ، وَشَرَابَهُ ، وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي الصِّيَامُ لِي ، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا " .

Abdullah bin Maslama telah merawi hadis kepada kamiܒ daripada Mālikܒ daripada Abū az-Zinādܒ daripada al-Arōjܒ Daripada Abū Huroyroẗ semoga Allah meredhainya bahawasanya Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam bersabda: "Puasa itu adalah benteng. Makaߨ janganlah berkata kotor dan jangan pula melakukan kebodohan. Apabila seseorang mengajak untuk berkelahi dengannya atau menghinanyaޱ maka hendaklah ia berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa". Baginda mengulang dua kali. "Demi yang diriku di tangan-Nya, benar-benar bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah Taālā daripada wangian kasturi. (Allah berfirman:) Dia meninggalkan makan, minumnya dan syahwatnya kerana untuk-Ku. Puasa itu untuk-Aku dan Aku akan membalasnya. Kebaikannya adalah sepuluh yang semisalnya". [oḥīḥ al-BuẖōriyyKitāb a-oumno. 1770].

Ini adalah tidak tepat kerana kefahaman seperti ini menyalahi petunjuk yang lebih dekat dengan firman Allah Taālā :

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَائِكُمْ ۚ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ ۗ عَلِمَ اللَّـهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتَانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ ۖ فَالْآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّـهُ لَكُمْ ۚ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ۖ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

"Dihalalkan untuk kalian bersetubuh dengan isteri-isteri kamu pada waktu malam. Mereka adalah pakaian bagi kalian dan kalian adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu sememangnya tidak mampu menahan diri kamu. Makaߨ Allah menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kalian. Makan dan minumlah sehingga jelas antara benang putih dengan benang hitam pada waktu fajar. Kemudianߨ sempurnakanlah puasa sampai waktu malam". [Surah al-Baqoroẗ ayat 187].

Pada ayat ini ia menjelaskan bahawa tidak boleh bersetubuh, makan dan minum sehingga jelas benang putih dan benang hitam. Makaߨ jelas sekali mereka yang berpendapat bahawa syahwat di sini merujuk kepada keumumannya adalah menyalahi petunjuk di atas.

Hal ini kerana Allah lebih menekankan dalam urusan persetubuhan ketika menahan diri daripada melakukan sesuatu yang dilarang dalam berpuasaߨ bukan pada makna yang lain. Pentafsiran syahwat merujuk kepada persetubuhan merupakan pentafsiran Ibn Ḥajar al-Asqolāniyy seperti berikut :

وَالْمُرَادُ بِالشَّهْوَةِ فِي الْحَدِيثِ شَهْوَةُ الْجِمَاعِ

"Maksud syahwat pada hadis itu adalah syahwat persetubuhan". [Fatḥ al-Bāri Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy
jilid 4m/s 107Dār al-Marifa].

Kesimpulannyaܦ tidak ada pembatalan berpuasa bagi mereka yang melancap daripada mana-mana dalil Quran dan hadis. Ini merupakan pandangan Ibn Ḥazm al-Andalusiyy :

وَلَا يَنْقُضُ الصَّوْمَ حِجَامَةٌ وَلَا احْتِلَامٌ، وَلَا اسْتِمْنَاءٌ، وَلَا مُبَاشَرَةُ الرَّجُلِ امْرَأَتَهُ أَوْ أَمَتَهُ الْمُبَاحَةَ لَهُ فِيمَا دُونَ الْفَرْجِ، تَعَمَّدَ الْإِمْنَاءَ أَمْ لَمْ يُمْنِ

"Tidaklah berbekam, bermimpi, melancap dan rabaan lelaki pada isterinya atau hamba sahaya wanitanya yang keharusannya jika tidak berkait dengan kemaluan itu membatalkan puasanya sama ada sengaja keluar mani ataupun tidak". [Al-Muḥallā Bi al-Āṯār
jilid 4m/s 335keluaran Dār al-Fikr].

Saya hairan orang yang tetap berkeras untuk menyatakan bahawa puasa seseorang tetap terbatal dengan melancap. Saya kemukakan satu persoalan untuk membuktikan kesalahan pandangan ini. Jika seseorang lelaki melihat gambar faraj wanitaߨ lalu dia bersyahwat sehingga keluar mani. Adakah ini membatalkan puasanya? Makaߨ seseorang akan menjawab sepertimana Ibn Ābidīn menyebutkannya dan mengemukakan alasannya :

أَمَّا الْإِنْزَالُ بِمَسٍّ أَوْ تَقْبِيلِ بَهِيمَةٍ فَإِنَّهُ لَمْ يُوجَدْ فِيهِ شَيْءٌ مِنْ مَعْنَى الْجِمَاعِ فَصَارَ كَالْإِنْزَالِ بِنَظَرٍ أَوْ تَفَكُّرٍ فَلِذَا لَمْ يَفْسُدْ الصَّوْمُ إجْمَاعًا

"Adapun pancutan dengan sebab suatu sentuhan atau mencium haiwanޱ maka sesungguhnya tidak didapati padanya sesuatu daripada makna jimak. Laluߨ terjadilah ia seperti pancutan dengan sebab lihatan atau fikiran. Makaߨ kerana itu tidak membatalkan puasa secara ijmak". [Rodd al-Muḥtār Alā ad-Durr al-Mutārjilid 2m/s 399keluaran Dār al-Fikr].

Maksudnya adalah puasa tersebut tidak batal kerana ia bukan termasuk jimak. Lantasߨ mengapa apabila kami mengatakan bahawa tidak batal puasa bagi orang melancap kerana tidak berlakunya persetubuhanߨ terus kami dipersalahkan? Padahalߨ kedua-duanya adalah perbuatan sengaja dalam mengeluarkan air mani.

No comments:

Post a Comment