Saturday, May 2, 2020

Pornografi : Hakikat Dopamina Dan Ketagihan

Telah menjadi suatu pendebatan yang hebat dalam menentukan bahaya pornografi dalam sudut neurokimiaߨ khususnya dalam memahami kesan dopamina terhadap ketagihan. Mereka yang menentang terhadap penggunaan pornografi seperti kumpulan Fight The New Drugs menyatakan bahayanya pornografi secara mutlak disebabkan tindak balas dopaminaߨ manakala mereka yang mendokongnya seperti laman web Medical Daily menyatakan ia cuma berbahaya apabila ia membawa kepada ketagihan.

Apapunߨ rencana ini akan menjelaskan secara tuntas dalam menyelesaikan permasalahan ini yang kelihatan ada kerumitan dalam memahami hakikat sebenar dalam isu ini. Walaupun tidak menjelaskan secara keseluruhanޱ tetapi apa yang akan dijelaskan cukup untuk memahami secara asasnya supaya ia boleh mencangkupi subjek atau perkara lain yang berkaitan yang tidak dimasukkan dalam penulisan ini.

Sukacita untuk diingatkan bahawa kebanyakan daripada apa yang telah dinyatakan di sini adalah terjemahan daripada penulisan yang berbahasa Inggeris. Sebahagian perkataannya tidak mempunyai terjemahan yang tepat yang sesuai dengan konteks istilah pada perkataan itu atau konteks ayat sesuatu keterangan.

Oleh ituߨ sebahagian perkataan bahasa Melayu akan disertakan perkataan bahasa Inggeris dalam kurungan supaya perkataan bahasa Melayu itu boleh dirujuk kepada perkataan asalnya؛ iaitu perkataan Inggeris yang digunakan. Dan jika terdapat perkataan yang sukar untuk difahamiߨ khususnya bahasa Inggeris atau perkataan itu mempunyai konteks yang tersendiriޱ akan disertakan keterangan maksud perkataan itu dengan merujuk kamus atau daripada laman web yang lain.

Apa Itu Dopamina?

Dopamina adalah pemancar neuro (neurotransmitter) yang membantu kawalan pusat otak terhadap ganjaran (reward) dan kenikmatan (pleasure). Dopamina juga membantu dalam mengatur respons emosi dan membolehkan kita untuk bukan sahaja melihat ganjarannyaߨ tetapi mengambil langkah terhadapnya[1].

Apa Itu Ketagihan?

Ketagihan adalah keadaan yang mana hasil daripada seseorang menelan sesuatu bahan seperti alkohol, kokkain dan nikotin atau terlibat dalam aktiviti seperti perjudian, seks dan membeli belah yang boleh menjadi kenikmatanߨ tetapi berterusan untuk menggunakan atau bertindak yang mana ia menjadi tidak mampu dielakkan dan campur tangan dalam kehidupan biasa dalam tanggungjawab seperti pekerjaan, perhubungan atau kesihatan[2].

Bagaimana Dopamina Boleh Menyebabkan Ketagihan?

Kajian pada otak menunjukkan bahawa ketagihan adalah tentang kekuatan memori. Dan pemulihannya daripada ketagihan adalah proses penyusutan yang perlahan yang mana mempengaruhi memori itu. Sama ada dadah yang memberi ketagihan (addictive drug)[3] atau kenikmatan yang tinggi (highly pleasurable) atau pengalaman yang kuat seperti keadaan hidup atau mati ataupun jenayah atau syahwat mencetuskan pelepasan bahan kimia dopamina pada otak yang mana ia menciptakan litar ganjaran (reward circuit) di dalam otak. Litar ini menghasilkan pengalaman yang kuat (intense experiences) sebagai penting dan menciptakan memori yang bertahan lama daripadanya sebagai pengalaman yang menyeronokkan.

Dopamina mengubah otak pada bahagian tahap selular dan mengarahkan otak untuk melakukannya lagi yang mana menambahkan kemungkinan untuk kembali semula (relapse) walaupun setelah lama perbuatan atau dadah telah ditinggalkan. Dopamina juga membantu dalam menjelaskan mengapa pengalaman yang kuat mampu menjadi ketagihan sepertimana dadah.

Kajian tambahan dalam ketagihan menunjukkan bahawa dopamina bukan sahaja pemesej (messenger) yang merencanakan apa yang menikmatkanߨ tetapi ia juga memberitahu kepada otak apa yang penting dan apa yang perlu diberi perhatian untuk terus bertahan (survive). Semakin kuat rasa pengalaman ituޱ semakin kuat mesej kepada otak untuk pengulangan aktiviti untuk terus bertahan.

Sebagai tambahanܦ orang yang kurang penonjolannya dalam kehidupan mereka yang menangkap minat mereka dan tumpuan adalah lebih terdedah dengan perkara-perkara itu yang memberikan pergerakan pantas dan waspada daripada otak dengan cara yang kuat[4].

Bagaimana Ketagihan Memberi Kesan Pada Otak?

Ketagihan menjadikan otak menjadi tertawan (hijacked brain). Dopamina yang dihasilkan oleh perlakuan yang melampau-lampau (overpower behavior) akan merubah jurusan (redirect) normal respons otak dan ini menyebabkan otak menjadi tertawan yang mana ia akan membentuk suatu perlakuan yang dipaksakan.

Hal ini kerana perlakuan tersebut menghidupkan litar kenikmatan otak (brain's pleasure circuitry) yang selalunya akan menghasilkan keghairahan (europhia). Kita akan cenderung untuk memaksimakan kenikmatan dan kita akan cenderung untuk melakukannya lebih lagi. Kita juga akan cenderung untuk mendapatkannya apabila ia telah susutޱ kita berharap agar ia menghasilkan tahap kenikmatan yang sama seperti apa yang telah dinikmati masa lalu.

Bukan sesuatu yang asing untuk mendengar para penagih berbicara tentang mahu mengalami keghairahan untuk kali pertama percubaan. Selalunya mereka tidak mendapatkannya. Semua perkara ini menyumbangkan suatu kepercayaan ke arah metafora bahawa otak telah tertawan[5].

Dopamina secara berubah-rubah (fluctuate) normal dalam 20% hingga ke 30%. Akan tetapiߨ apabila ia melibatkan ketagihanޱ proses ganjaran (rewards) yang secara artifisial memberi stimulasi kepada sistem ganjaran limbik (limbic reward system)[6] di dalam otak yang meningkatkan tahap dopamina sebanyak 10 kali ganda daripada normal.

Apabila ini berlakuޱ bahagian emosi pada otak؛ iaitu di (sistem limbik) mula mengabaikan bahagian rasional؛ iaitu iaitu prefrontal korteks[7] yang mana ia adalah bahagian perancangan, argumentasi dan memahami impilikasinya. Saintis memanggilnya sebagai teman persaingan dan dua struktur otak ini saling menolak dan menarik antara satu sama lain.

Bahagian prefrontal korteks yang mana ia memahami implikasi terhadap perlakuan dan sistem limbik yang mana ia dibimbangi dengan melepaskan diri daripada kesakitan psikologi atau fizikal dan mendapatkan kenikmatan.

Prefrontal korteks memberi amaran kepada kita tentang perlakuanߨ manakala sistem limbik sangat berkeras untuk meneruskan. Sistem limbik sangat kuat kerana ia dibuat dengan material yang padat dan bekerja dengan lebih besar dalam tahap luar kesedaran dan awal-awal masa perkembangan manusia. Sistem limbik sudah pun lengkap perkembangannya pada usia 5 tahunߨ manakala bahagian prefrontal korteks masih lagi berkembang sehingga usia pertengahan 20 tahun.

Apabila pertambahan tahap dopamina berlaku daripada tahap normalޱ otak mula mengubah dalam memperkenankan sistem limbik. Ia mengabaikan rasional, perancangan dan penilaian prafrontal yang mana ia menjaga sistem limbik dalam pengawasan. Oleh kerana bahagian rasional sudah lemahߨ perlakuan yang menagihkan mungkin kelihatan tidak rasional kepada bagi orang yang memperhatikan (onlooker)[8].

Ketagihan cuba untuk memperoleh dadah yang mereka pilih tanpa mengira kenyataan yang jelas dan implikasi yang buruk. Disebabkan tawanan iniܦ otak yang secara normalnya seimbang menjadi berubah dengan ketidakseimbangan otak secara tidak terkawal (pathalogically)[9]. Inilah sebabnya saintis secara literal mengatakan proses ini dinamakan sebagai penawanan (hijacking).

Penagihan yang berterusan di sana terdapat peningkatan pendambaan (craving) untuk mengecilkan kenikmatan Ini adalah disebabkan toleransi[10] mula terbina. Oleh kerana otak mahu mengekalkan homeotasis[11] secara baik selepas mana stimulasi berlebihan terhadap bahagian pusat ganjaran otak (brain's reward centre) daripada dadahߨ otak akan bertindak secara defensif dengan menghasilkan neuron kurang asyik (excitable) dan mengurangkan penghasilan dopamina secara semulajadi (bersama dengan bahan kimia lain). Akhirnyaߨ ia menghasilkan ganjaran yang kurang stimulasi (under-stimulation) tanpa menggunakan dadah.

Inilah sebabnya pemulihan terhadap ketagihan selalu ada pandangan suram dalam kehidupan tanpa dadah pilihan. Mereka mengalami waktu kesusahan dalm mencari kenikmatan secara semulajadi, bukannya jenis ketagihan yang menyeronokkan. Ketagihan selalunya memulai penggunaan dadah untuk merasa lebihߨ tetapi akhirnya untuk menjadi normal sahaja.

Tanpa dadahܦ sistem otak itu akan meracau. Inilah yang menyebabkan ayunan mood (mood swings), kegelisahan, depresi dan peningkatan pedambaan. Kehabisan kimia؛ yakni ketiadaan pengambilan dadah atau tidak melakukan perlakuan tersebut pada saat itu menghasilkan desakan dan dambaan yang sangat kuat[12].

Adakah Pornografi Memberikan Impak Kepada Otak Sama Seperti Alkohol Dan Dadah?

Sebahagian kajian menunjukkan bahawa penggunaan pornografi boleh menyebabkan penyambungan semula (rewire) otak, mengubah struktur dan fungsi dan menyebabkan kemunculan ketagihan sesuatu perlakuan sama seperti apa yang dilakukan daripada alkohol dan dadah. Berikut adalah reaksi pada otak apabila penggunaan pornografi yang mempunyai kesamaan terhadap alkohol dan dadah[13].

🄰 Dopamina

Sama ada melakukan seks atau menonton pornografi menyebabkan dopamina dirembeskan pada bahagian otak yang bertanggungjawab terhadap emosi dan pembelajaran. Secara faktaܦ ia adalah pemancar neuro (neurotransmitter) yang paling aktif. "Perubahan utama adalah kebanjiran (perembesan) dopamina. Menonton pornografi menghasilkan respons dopaminergik" Joe Schrank; pakar ketagihan dan pengasas kepada TheFix•com dan Loft 107; tempat kemudahan orang siuman di BrooklynNew York City memberitahu kepada Medical Daily.

Pemancar neuro inilah yang memberikan kita keinginan untuk swakenikmatan (self-pleasure), sepertimana ia adalah desakan dalam memberi respons penglibatan dan ekspektasi. Akan tetapiߨ otak mula berubah apabila kita mengulangi perbuatan kepada beberapa jalan dengan menonton pornografi. Ini menyebabkan nyahpeka (desensitized)[14] terhadap kesan dopamina.

Kesannya adalah seperti yang ditunjukkan pada kajian yang dikeluarkan pada tahun 2014 yang dikaji[15] oleh JAMA Psychiaty yang mana ia menghasilkan imbasan otak terhadap penonton pornografi untuk kali pertama. Pengkaji Jerman menemukan yang tahap perubahan di dalam otak adalah berkait dengan kuantiti pada pornografi yang ditonton oleh seseorang. Semakin banyak mereka menontonޱ semakin kurang aktiviti dalam pusat ganjaran otak (brain reward's system) selepas imej seksual dipaparkan di skrin.

Ini menyebabkan otak memerlukan lebih banyak dopamina setiap kali waktu yang menyusul agar dapat merasai kesan yang sama. Hasilnya adalah ia menyebabkan pada seseorang untuk menonton lebih banyak porno.

Kadangkalaܦ walau bagaimanapunߨ otak menjadi haus dan menghentikan penghasilan dopamina yang mana menyebabkan penonton mahukan lebih banyak kepuasan dalam keadaan terhalang untuk mendapatkannya menurut Gary Wilson; guru psikologi yang membincangkan topik ini semasa TEDx talk[16]. Ini boleh menyebabkan desakan kepada para penonton untuk mendapatkan lebih keinginan untuk pornografi agar mendapat tahap kepuasan yang sama.

"Otak memberi respons terhadap perubahan kimia. Apabila dopamina dirembeskan dan di situ adanya perasaan kenikmatanޱ otak primitif (primitive brain) menghantar mesej untuk mengulangi perbuatan itu untuk rasa yang diingini" kata Schrank[17].

🄱 Oksitosin Dan Vasopressin

Bahan kimia otak yang lain yang dirembeskan ketika seks dan porno termasuklah oksitosin dan vasopresin. Hormon inilah yang membantu seseorang untuk mengingati memori jangka masa panjang. Mereka bergerak dengan menghasilkan sebuah kesukaan (fond)[18] antara memori dan objek yang memberikan kenikmatan seksual terhadap kita. Ini menyebabkan gelombang sentuhan di sepanjang seluruh badan yang sama untuk mendapatkan kemuncak kenikmatan.

Secara khususܦ seks menyebabkan pelepasan tahap serotonin, yang mana ia membawa kepada ketenangan dan relaksasi. Akan tetapiߨ jika otak berhubung dengan perasaan ini dengan pengalaman pornoޱ ia kemudiannya akan mengarahkan seseorang untuk kembali kepada pornografi setiap kali keinginan seksual mendatang berbanding dengan merasakan seksual yang sebenar.

🄲 Minda Pornografi versus Ketagihan Minda

Otak pada pengguna porno selalu dibandingkan kepada ketagihan dadah dan alkohol. Pada tahun 2014 kajian Universiti Cambridge[19] mengeluarkan jurnal PLOS ONE menemukan bahawa ventral striatum; sebuah struktur otak yang memainkan peranan dalam pusat ganjaran otak (brain's reward centre) alias corong-corong kenikmatannya dan ia hidup apabila pengguna alkohol melihat gambar minumannya. Dalam ketagihan pornografi kajian menemukan persamaan aktiviti otakߨ tetapi walaupun mereka mahukan porno lagiޱ mereka tidak menikmatinya lagi.

Pengkaji juga menemukan tiga kawasan di dalam otak yang sangat aktif pada orang yang dengan perlakuan seksual tegarߨ termasuklah ventral striatum, korteks singulat anterior dorsal (dorsal anterior cingulate cortex) yang bertanggungjawab dalam penglibatan ganjaran dan amigdala; yang terlibat dalam memproses perkara atau emosi yang signifikan. Kawasan ini juga maklum yang mana ia diaktifkan juga dalam ketagihan dadah apabila ditunjukkan dadah pilihan.

Usia juga dikenal pasti memberi kesan terhadap tahap aktiviti otak dalam ventral striatum ketika menonton pornografi. Semakin muda usia pesakitޱ semakin tinggi tahap aktiviti di dalam Ventral Stiatum. Kesan ini sangat kuat di dalam individu yang ada perlakuan seksual yang tegar.

Penemuan ini sangat penting kerana kawalan kawasan frontal (frontal control regions) pada bahagian otak berterusan untuk berkembang sehingga mereka yang berusia pertengahan 20 tahun. Ketidakseimbangan bahagian ini akan menambahkan keimpulsifan (impulsivenss)[20] dan perlakuan pengambil risiko pada pesakit muda.

🄳 Porno Dan Saiz Otak

Otak pornografi bukan sahaja cerminan kepada aktiviti dalam ketagihanߨ ia juga mengubah saiz dalam cara yang sama. Dalam kajian Jerman yang sama pengkaji menemukan isipadu jirim kelabu di bahagian kanan kaudat pada stiatum yang lebih kecil dalam kalangan penoton pornografi yang kerap. Lelaki yang menonton lebih banyak porno juga menunjukkan kurangnya aktiviti di kawasan yang lain pada striatum dan ia dipanggil sebagai putamen kiri yang mana ia hidup apabila didedahkan dengan stimuli seksual.

Otak ini juga berubah sama seperti yang dilihat dalam ketagihan kokkain[21] yang mana mengembangkan kelainan dalam kawasan seperti akkumbens nukleus dan striatum yang mana ia bertanggungjawab dalam pembelajaran, memori, kenikmatan dan ganjaran. Meskipun begituߨ tidak jelas sama ada menonton pornografi adalah sebab otak ini berubah atau jika orang yang mempunyai jenis otak tersendiri cuma melihat porno secara lebih.

Adakah Ini Bermaksud Pornografi Membahayakan?

Tidak sesekali apa yang dibentangkan ini untuk menunjukkan bahaya pornografi sekalipun diperingatkan dos penggunaannya dan kawalan pengambilannya. Sementara pornografi sangat membantu dalam meneroka dan belajar tentang keinginan seksualܦ kajian ini menerangkan impilikasi terhadap otak apabila menonton secara berlebihan. 

Untuk sebab ini ia sangat penting utnuk diingati bahawa kesederhanaan adalah kuncinya. "Apapun dalam kehidupanޱ berusaha untuk seimbang adalah kuncinya"Schrank memberi nasihat. "Otak juga memerlukan kepelbagaian aktiviti"[22].

Ini adalah benar kerana otak memberi respons secara berbeza terhadap stimuli yang berlainan sama ada ianya membeli belah ataupun pornografi. Dalam minda yang ketagihan di situ sentiasa terdapat kemahuan berterusan untuk merasai stimulasi yang kuat itu[23].

Namunߨ apa yang terjadi adalah orang menganggap inilah sebab ia menjadi isu dan puncanya yang menjadi masalah dalam pornografiߨ padahal tidak sesekali sedemikian. Untuk menjelaskan kekeliruan ini kita perlu melihat bahawa tidak semestinya perlu melihat satu sudut kerana semua ketagihan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada hal-hal yang berkaitan dengan substansi ataupun perbuatan yang mana kadangkala ia bukanlah sesuatu yang tidak legal. Kita telah pun maklum bahawa ketagihan bermula dengan rasa kenikmatan.

Menurut Havard Health Publications: "Otak akan menerima kenikmatan dalam cara yang sama; sama ada ia berasal dariapda dadah psikoaktif, durian runtuh kewangan, pertembungan seksual atau kepuasan makanan"[24].

Begitu juga pada menurut Psychology Today yang menyatakan bahawa ketagihan adalah keberhasilan seseorang yang menggunakan bahan atau keterlibatan dalam aktiviti seperti membeli belah, seks dan perjudian[25].

Cynthia M• Kuhn PhD dan Wilkie A• Wilson PhD menjelaskan dalam laman web Dana Foundation bahawa terdapat persamaan tindakan ketagihan dalam pengambilan dadah ataupun aktiviti yang antaranya adalah seperti menyukai kopi, coklat, permainan bola sepak, perjudian, seks, pemakanan dan lain-lain[26].

Di dalam laman web Take Good Care Of Yourself dalam penulisan yang bertajuk «Addiction - The Hijacked Brain» juga menyatakan yang sama؛ yakni ketagihan boleh juga seperti makanan, seks atau foya-foya dalam aktiviti membeli belah[27].

Dalam laman web Slate•com dalam penulisan yang bertajuk «Dopamine Is» menyatakan dopamina adalah cinta, dopamina adalah nafsu, dopamina adalah motivasi, dopamin adalah perhatian, dopamina adalah feminisime dan dopamina adalah ketagihan. Ia juga menyatakan dopamina adalah termasuk yang melibatkan aktiviti alkohol, perjudian atau kehidupan seks.[28].

Begitu juga dalam bahagian kolum Opinion dalam laman web New York Times pada penulisan yang bertajuk «The Fallacy Of The Hijacked Brain» bahawa makanan, perjudian dan aktiviti seksual boleh menyebabkan tawanan otak disebabkan ketagihan[29].

Penting untuk dinyatakan di sini adalah supaya kita tidak tersalah dalam menyingkapi ketagihan pornografi supaya ia tidak disalahfahami bahawa itulah penyebab utama yang menjadi permasalahannya, padahal banyak lain perkara yang boleh menyebabkan ketagihan.

Selain ituߨ bukan sahaja kesan otak pada pornografi disamakan dengan corak aktiviti yang berlaku pada ketagihan dadah. Banyak lagi yang lain yang disamakan dengan dadah.

Psychology Today dalam penulisan yang bertajuk «Falling In Love Is Like Smoking Crack Coccaine» menjelaskan bagaimana rasa cinta boleh bertindak sama seperti dalam pengambilan kokkain[30].

Ini juga dinyatakan sama dalam laman web Factual Facts dalam penulisan yang bertajuk «Music Is As Addictive To The Brain As Sex And Drugs» menyatakan bahawa otak akan merembeskan dopamina mendengarkan muzik yang kita suka sama seperti makanan yang sedap seks atau pengambilan sebahagian dadah[31].

Begitu juga apa yang dinyatakan dalam laman web Addict Help dalam penulisan yang bertajuk «Music & Dopamine High»[32]. Seperti apa juga yang dijelaskan dalam laman web Discovery pada penulisan yang bertajuk «Why Music Makes You Happy?»[33].

Laman web Scientific American dalam penulisan yang bertajuk «How The Brain Gets Addict To Gambling?» menyatakan bahawa terdapat persamaan antara judi dan dadah dalam aktiviti pada otak[34].

Dalam laman web Financial Times pada penulisan yang berjudul «Dopamine Jolt Behind Internet Addiction» menjelaskan terdapat kesamaan aktiviti laman sosial dengan pengambilan kokkain[35]. Juga laman web CBS News dalam penulisan yang bertajuk «How A Real Risk Is Social Social Media Addiction?» menyatakan bahawa ketagihan internet mempunyai kesamaan dengan salahguna substansi pada penunjukkan abnormaliti di otak[36]. Dan itu jugalah apa yang dinyatakan dalam Huffington Post dlaam penulisan yang bertajuk «Research Links Addictive Social Media Behavior With Substance Abuse»[37].

Laman web Psych Central pada penulisan bertajuk «Video Games: Are They Really a Source of Addiction?» menyatakan bahawa pengguna permainan video menghasilkan kesan yang sama seperti mereka yang mengambil alkohol[38]. Begitu juga apa yang dinyatakan dalam laman web Psych Guides pada penulisan yang bertajuk «Video Game Addiction Treatment Program Options» yang menyatakan bahawa terdapat persamaan ketagihan para pemain video permainan dengan ketagihan terhadap substansi[39].

Kita menyatakan ini adalah supaya kita tidak bersikap bias kerana hanya fokus satu perkara sahaja sehingga mengabaikan faktor yang lain yang menyebabkan kerosakan kepada otak. Walaupun secara semulajadiޱ ganjaran diperoleh dengan usaha dan mengambil masa yang lama. Tidak seperti dadah yang menagihkan memberikan jalan pintas. Setiap daripadanya membuatkan suatu gerakan proses biologi yang menghasilkan kebanjiran akkumbens nukleus dengan dopamina sepertimana yang dinyatakan oleh Havard Health Publications[40].

Contohnya seperti perjudian yang tidak terlibat dengan tidak semulajadi dalam peningkatan tahap dopamina sepertimana penyalahgunaan dadah lakukanߨ tetapi ia tetap mampu untuk menghasilkan tahap dopamina yang menunjukkan lebih banyak pengalaman ganjaran daripada para penjudi alami yang sebenarnya kerana sama ada teraih (payoff)[41] dan perasaan hampir-menang (near-win)[42] tetap menunjukkan perembesan dopamina[43].

Adakah Ketagihan Itu Pilihan Atau Bukan?

Suatu persoalan yang menarik yang dilontarkan dalam memahami hakikat ketagihan. Adakah ianya wujud disebabkan pilihan sendiri ataupun ia bertindak secara semulajadi sehingga ia tidak dapat dielakkan untuk dijangkitinya? Jawapannya adalah ia boleh terjadi secara kedua-duanya sekali؛ iaitu ia boleh menjadi pilihan sendiri ataupun ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Masyhur digunakan dalam penggunaan otak yang tertawan (hijacked brain) apabila ia berhubungan dengan ketagihan. Apabila kita menganalogikan tertawanޱ kita akan membayangkan seorang manusia yang kadangkala memakai topeng, selalu menghunus senjata dan mereka yang mengawal kereta, kapal terbang ataupun keretapi.

Para penawan tidak semestinya yang memandu atau mengarahkan pergerakan kenderaanߨ tetapi apabila ia melibatkan kekerasanޱ tidak diragui lagi bahawa siapa lagi yang berkuasa. Seseorang boleh menawan kenderaan untuk banyak sebab. Akan tetapiߨ pada kebanyakannya ia mahu untuk melepaskan diri atau mahu menggunakan kenderaan itu sendiri sebagai senjata untuk perancangan yang lebih baik.

Penawanan maksudnya menuju kepada pengakhiran serta ia sentiasa dan hanya berorientasikan kepada matlamat kepada penawan tersebut. Mangsa yang tidak bersalah akan dirobek daripada kehidupan normal mereka dengan kekerasan pemaksaan oleh penawan tersebut.

Dalam penawanan dari sudut ketagihan otak adalah mangsa yang tidak bersalah daripada beberapa bahan seperti alkohol, kokkain, nikotin dan heroin atau sebahagian perlakuan seperti memakan, berjudi atau aktiviti sosial. Dadah atau neurokimia (neurochemicals) dihasilkan oleh perbuatan yang berlebihan dan merubah respons normal di otakߨ sekaligus ia mengambil alih terhadapnya. Bagi mereka yang ketagih Martini[44] atau rokok adalah senjata yang diacukan oleh para penawan yang mahu memaksa untuk mencipta sebahagian perlakuan.

Untuk menjayakannya dadah seperti alkohol atau kokkain dan juga perlakuan seperti berjudi menghidupkan litar kenikmatan otak (brain's pleasure circuitry) selalu membawa kepada keghairahan. Kajian lain menunjukkan bahawa orang yang ketagihan mempunyai kurang tahap dopamina dan serotonin di dalam otaknya yang mana ia membawa lebih pada sebahagian substansi atau perlakuan untuk mereka merasai kenikmatan atau mencapai sebahagian ambang kenikmatan. Manusia cenderung untuk memaksimumkan kenikmatan.

Kita cenderung untuk menambahkannya lagi. Kita juga cenderung untuk mengejarnya apabila ia susutޱ ia mencuba berusaha sedaya upaya untuk mencipta semula tahap kenikmatan yang sama sepertimana yang dialami pada waktu yang lalu.

Ia bukan sesuatu yang asing untuk mendengarkan ketagihan berbicara tentang kemahuan untuk mengalami keghairahan untuk kali pertama. Selalunya mereka tidak pernah mencapainyaߨ tetapi mereka mencubanya. Semua ini menjadikan suatu kepercayaan untuk keterangan bahawa otak telah pun tertawan.

Kajian terkini pada respons biokimia di otak meletakkan suatu skala bahawa ia lebih cenderung kepada sudut deterministik[45]؛ iaitu ketagihan adalah suatu penyakit yang tidak dapat dielakkan. Struktur sistem ganjaran otak (brain's reward system) digabungkan dengan sebahagian respons biokimia dan sebahagian suasana sekeliling ini menyebabkan manusia boleh ketagih.

Kajian seperti ini dan apa yang dilaporkan dalam media dengan istilah otak yang ditawan selalu muncul bersama dengan bentuk yang lain untuk menekankan ketagihan adalah kekurangan pilihan untuk semua perkara. Kadangkalaܦ sistem ganjaran kenikmatan (pleasure-reward system) telah diarahkan. Pada waktu lain ia menipu daya. Ekspresi ini selalunya diiringi dengan kesimpulan bahawa di sana ada ketagihan otak.

Inilah argumentasi untuk mengatakan bahawa ketagihan adalah suatu yang tidak dapat dielakkan kerana untuk sebahagian perkara ia di luar kawalan kita dan suatu pilihan yang kita tidak boleh bertekad untuknya. Penyakit ialah suatu keadaan medikal yang berkembang di luar kawalan itu. Makaߨ ia bukan suatu perkara pilihan. Dalam ketiadaan pilihan terhadapnya mereka yang ketagih pada dasarnya terlepas daripada tanggungan kesalahan. Ketagihan telah menguasai mereka.

Akan tetapiߨ penawan adalah yang datang daripada luar dan mengambil alih secara kekerasan. Penawan mengambil kenderaan yang bukan kepunyaannya. Penawanan selalunya dalam bentuk mencuri atau menculik. Penawan selalunya mengambil kereta orang lain. Kita tidak boleh merampas kereta kita sendiri.

Ini adalah jenis yang tidak masuk akal atau ia termasuk dalam kesilapan. Orang yang memberikan duit dari tangan kiri ke tangan kanan tidak dipanggil hadiah. Kesan daripada praktikal perbuatan tersebut adalah tidak sama sepertimana hadiah. Menulis untuk diri sendiri tentang ucapan terima kasih tentu tidak masuk akal.

Analogi ketagihan dan penawanan melibatkan kategori yang sama sepertimana duit yang ditukar dari tangan ke tangan. Kita boleh bertindak dengan cara kurang baik, tanpa perasaan atau kekerasan. Untuk kes ini kita mungkin akan katakan seseorang itu melibatkan diri dalam perbuatan yang merosakkan diri.

Perbuatan yang merosakkan diri boleh melibatkan dalam cara yang kita tahu yang bukan kita minat padanya untuk sebahagian perkara atau ia berbalik kepada keinginan kita. Walau bagaimanapunߨ ini bukanlah penawanan dan kesan praktikalnya sangat berbeza.

Ia mungkin membawa kepada klaim dalam senario ketagihan, dadah ataupun perlakuan adalah penawan. Akan tetapiߨ dadah atau perlakuan itu perlu dilakukan oleh orang itu sendiri. Tidak termasuk perkara ini untuk seseorang yang diberikan dadah dan mungkin dibuat daripada kebergantungan terhadap kimia.

Dalam kebiasaan kes seseorang individu adalah orang yang meletakkan kimia di dalam badannya atau melibatkan diri dalam sebahagian perbuatan agar mendapat kemuncak. Ini menyebabkan pertanyaan semula bahawa seseorang itu boleh menawan dirinya sendiri.

Di sana terdapat bentuk kesengajaan untuk menawan yang secara jelas ketiadaan dalam ketagihan. Tidak ada sesiapa pun mahu menjadi ketagih. Salah satu kemungkinan adalah ia mungkin merancang untuk meminum secara tidak terkawal atau secara bahayaߨ bukan berkehendak untuk menjadi ketagih di sebahagian tempat pada jalanan. Ketagihan berkembang setiap dan memerlukan pengulangan atau bertambah keburukannya dalam penggunaannya.

Dalam situasi penawanan ia mudah untuk menyatakan tuduhan salah dan tanggungjawab. Pesalah senang untuk dikenal pasti. Begitu juga dengan mangsa؛ iaitu mereka yang mendapat nasib buruk untuk berada di tempat yang salah pada waktu yang salah. Mereka yang ditawan tidak diberikan pilihan walau apapun jua.

Inilah argumentasi bahawa ketagihan adalah suatu pilihan mereka kerana mereka yang menggunakan dadah dan alkohol kerana mereka tetap meneruskan untuk menggunakannya pada dan mereka membuat pilihan terhadapnya walaupun ia membawa kepada masalah yang jelas. Oleh kerana pilihan membawa kepada ketagihanߨ tuduhan salah dan tanggungjawab adalah jelas diletakkan di bahu para penagih. Justeruߨ ia adalah berkenaan dengan kebebasan pilihan mereka terhadap sesuatu.

Di sini berlaku pertembungan antara pilihan ataupun semulajadi yang tidak dapat dielakkan. Oleh kerana ia hanya ada dua pilihan sahajaߨ kita boleh simpulkan ia adalah perkongsian secara eksklusif؛ yakni ia boleh jadi kepada kedua-duanya sekaligus[46]. Ini adalah lebih seimbang dan lebih tepat dalam menyelesaikan perkara ini kerana ia saling menyempurnakan antara satu sama lain dan saling berkait antara satu sama lain dalam suatu tindakan.

Dependen Atau Salah laku?

Salah satu isu yang penting perlu diberi perhatian dalam menyingkapi hakikat ketagihan adalah sama ada ia suatu dependen atau salah laku (abuse). Dalam psikologi para psikiatrik membezakan antara dependen substansi dengan salah laku. Kedua-duanya ada makna teknikal. 

Dependensi mempunyai karakteristik yang spesifik seperti toleransi؛ iaitu mereka yang mengambil lebih dan lagi untuk kesan yang maksimum, simptom penarikan (withdrawal)[47] dalam tidak mengambil dadah, obsesi untuk mencuba bertahan dengan dadah, kemerosotan dalam setiap aspek sosial, pekerjaan dan aktiviti rekresional serta penerusan penggunaannya dengan mengetahui sepenuhnya tentang kerosakan yang ia lakukan.

Manakalaߨ salah laku adalah menggunakan dadah meskipun keinginan itu dipenuhi dalam banyak perkara seperti di sekolah, rumah atau tanggungjawab pekerjaanވ, mengunakannya dalam situasi berbahaya seperti memandu atau di tempat kerja, menggunakannya meskipun dengan perlakuan yang tidak legal dan menggunakannya meskipun terdapat kesan negatif padanya[48].

Akan tetapiߨ ia berbeza dengan apa yang diutarakan oleh laman web WebMD dalam penulisan yang bertajuk «Drug Abuse and Dependence - Topic Overview» yang menyatakan bahawa salah satunya adalah penyebab kepada yang lain؛ iaitu salah laku menyebabkan dependensi.

Antara argumentasi yang dinyatakan sebabnya adalah ketagihan boleh mengawal kehidupan seseorang dan berpotensi untuk mengambil lebih banyak dadah untuk jangka masa yang lama dan memerlukan lebih lama lagi untuk merasai kemuncak. Ia membuatkan seseorang ingin berhentiߨ tetapi tidak mampu. Ia juga membawa kepada seseorang tetap ingin mengambilnya sekalipun ia merosakkan perhubungan dan menyebabkan berkembangnya masalah fizikal[49].

Manakalaߨ dalam laman web TriWest pada penulisan yang bertajuk «Substance Abuse vs Substance Dependence» ia menyatakan kedua-duanya adalah samaߨ tetapi berbeza dari segi beberapa karakteristik. Pada dependensi seseorang itu boleh menyebabkan toleransi dan penarikan pada dirinya.

Kesannya adalah seseorang akan mengambil kuantiti yang besar dalam jangka masa yang panjang, menghabiskan masa dan tenaga untuk melakukan apa sahaja yang berpatutan untuk mendapatkan substansi atau memulihkan diri daripada kesan negatif daripada penggunaan tersebutވ, berputus asa atau mengurangkan aktiviti sosial, pekerjaan atau rekreasi kerana penggunaannyaވ, meneruskan penggunaannya sekalipun sedar masalah fizikal dan psikoligi yang mana ia disebabkan atau menerima kesan buruk daripada substansi tersebut serta menyebabkan seseorang tidak mampu untuk menghentikan atau mengawal penggunaannya.

Manakalaߨ salah laku adalah ia melibatkan kegagalan dalam memenuhi peranan tanggungjawab seperti kurang prestasi pekerjaan, pengabaian keluarga dan lain-lainވ, menggunakan substansi dalam situasi yang membahayakan fizikal seperti memandu atau menggunakan mesin, berterusan menggunakannya sekalipun sedar kesan bahanya dan mengalami masalah legal yang berkait dengan substansi[50].

Dalam menyelesaikan masalah ini kita katakan ia boleh jadi sesuatu yang fleksibel yang mana ia boleh berbeza ataupun sama bentuknya untuk keadaan yang tertentu. Kita katakan dependen boleh jadi membawa kesan kepada ketagihan dan boleh jadi dependen tidak mempengaruhi apa-apa terhadap ketagihan yang mana ketagihan adalah suatu salah laku.

Dependen yang kita maksudkan di sini adalah proses toleransi atau penarikan dan proses penerusaan penggunaan atau perlakuan sahaja. Adapun selain daripada itu seperti menyebabkan kemerosotan prestasi pekerjaan, pengabaian terhadap keluarga, kesukaran yang sulit untuk berhenti dan melakukan pembahayaan terhadap fizikal dan mentalޱ maka itu tidak termasuk dalam dependensi. Ia lebih sesuai untuk dimasukkan dalam salah laku.

Untuk menjelaskan lebih lanjut hakikat kedua-dua ini؛ iaitu dependen dan salah laku yang boleh jadi seimbang antara perkaitan sesama sendiri ataupun tidak perlu kita tahu bahawa dopamina sememangnya membuatkan kita merasa hebat, nikmat dan keseronokan.

Ini adalah normal dalam tindakbalas otak terhadap ganjaran yang terhasil daripada dadah psikoaktif, tawaran kewangan, pertembungan seksual atau makanan yang menyelerakan kerana otak menerima semua kenikmatan untuk setiap cara. Dopamina yang dirembeskan di bahagian akkumbens nukleus konsisten dengan ikatannya terhadap kenikmatan[51].

Berlebihan dalam rasa bagus (feel-good) pada otak mungkin kelihatan elok pada permulaannyaߨ tetapi sebenarnya tidak sebegitu. Apabila sesuatu bahan atau perbuatan membanjiri otak dengan tahap kimia yang tinggiޱ otak akan mula melawan semula. Otak akan menghentikan reseptor dopaminanya.

Hasilnya bahan atau perlakuan yang dahulunya memberikan keseronokan kepada seseorang menjadi terhenti untuk mendapatkan kesan yang sama. Dan pengguna atau pelaku akan mencuba lagi dan melakukan lebih kerap atau mencuba yang lebih besar daripada sebelumnya atau ketiga-tiganya sekali untuk mendapatkan rangsangan.

Akhirnyaߨ apabila otak mula menyesuaikan dirinya dengan dopamina yang berlebihanޱ pengguna selalunya menemukan bahawa mereka tidak boleh merasai normal tanpa tahap dopamina yang tinggi itu.

Beberapa perkara yang dahulunya membuatkan mereka gembira seperti bertemu dengan kawan atau bermain sukan kegemaran sekarang mereka tidak mampu bersaing dengan kebanjiran dopamina yang datang dengan bahan atau perlakuan yang ia libatkan. Makaߨ mereka mula merasa gelisah atau lemah sehinggalah mereka mendapatkannya semula kepadanya.

Pada waktu itu dopamina tidak bergerak bersendirian. Apabila otak mula ditekan oleh dopaminaޱ ia juga mendapat arus laluan yang baru yang dibina ke dalamnya dengan protein yang bernama iFosB (sebutan: "Delta Fos B").

Secara dasarnyaܦ tugas iFosB membantu kita untuk mengingat terhadap perkara yang membuat rasa hebat atau apa yang penting ketika dopamina sedang memotivasikan otak untuk melakukan sesuatu dan memberikan ganjarannya untuk melakukannya.

iFosB secara senyap meninggalkan tanda di dalam otak؛ iaitu mencipta arus laluan untuk mendapatkan balik ke sana. Apabila ini berlaku dengan cara yang sihatޱ ia suatu yang elok. Walau bagaimanapunߨ jika sedikit sebanyakޱ dos dadah akan memberi kesan iFosB untuk memulakan pembinaan di dalam neuron otak dan sudah tentu bahan lain atau perbuatan yang berlebihan itu mendesak untuk iFosB untuk membinanya.

Semakin banyak pengguna atau semakin kerap pelaku melibatkan diri di dalamnyaޱ semakin banyak iFosB berakumulasi؛ iaitu berkumpul dengan banyak. Secara dasarnyaܦ ia akan menumbangkan arus laluan otak yang membawa untuk digunakan dalam menjadikannya lebih senang dan lebih mudah kepada pengguna atau pelaku untuk kembali kepadanya sama ada mereka mahu ataupun tidak.

Akhirnyaߨ jika cukup iFosB berakumulasiޱ ia boleh menyebabkan pertukaran drastik pada gentik (flip a genetic switch)ߨ lalu menyebabkan ia tidak boleh berpatah balik perubahan di dalam otak yang membuatkan pengguna lebih terpengaruh dengan ketagihan.

Untuk remaja risikonya sangat tinggi kerana otak pada arus laluan ganjaran otak (brain's reward pathway) telah memberikan respons dua kepada empat kali ganda lebih hebat daripada otak dewasa. Ini bermaksud otak remaja merembeskan lebih banyak tahap dopamina. Otak remaja juga menghasilkan tahap iFosB yang tinggi yang menyebabkan mereka terdedah dengan ketagihan[52].

Demikian kita dapat perhatikan keseimbangan antara kedua-duanya. Boleh jadi dependen akan menghasilkan sala laku؛ iaitu ketagihan dan boleh jadi dependen tidak ada kena mengena pun dengan salah laku.

Kesimpulan

Dengan ini dapatlah kita mengenal hakikat ketagihan pornografi dengan sebenarnya. Ketagihan sememangnya bahaya tidak kira sumber ketagihan itu daripada substansi ataupun perlakuan. Kesemuanya mempunyai corak yang sama dalam aktiviti pada otak dan kesannya dengan apa yang telah dilakukan oleh konsumsi alkohol, dadah dan lain-lain.

Jika kita mengetahui tentang iniޱ fahamlah kita bahawa ketagihan bukan semestinya dalam bentuk yang termasuk dalam hal-hal yang tidak legal dalam undang-undang. Ia boleh menjadi pada sesuatu yang kita anggap normal dan biasa dalam kehidupan seharian kita. Sekaligus pada penulisan ini mudah-mudahan ia membawakan kewaspadaan terhadap kita tentang menyingkapi ketagihan.

Selain kita memahami ketagihan dalam bentuk aktiviti di dalam otak ataupun kesannya dalam kehidupanߨ kita juga meneroka bagaimana kita ingin menganggap sesuatu itu ketagih ataupun bukan kerana boleh jadi apa yang dianggap ketagihan sebenarnya bukanlah ketagihan pada realitinya. Dengan perbezaan halus ini membolehkan kita untuk bersikap teliti dan berhati-hati sebelum menganggap hal tersebut adalah ketagihan.

Tidak lupa juga dalam kita memahami hakikat yang mendatang pada ketagihan itu sama ada ia sesuatu pilihan atau semulajadi yang tidak dapat dielakkan. Dengan itu kita akan menjadi lebih berwaspada kerana kita tahu masa yang menjadikan kita tidak bertuah dicengkam dengan ketagihan dan bentuk yang mendatang.

Apapunߨ penulisan tidak menerangkan secara rinciߨ namun asas idea dan kefahamannya boleh diambil untuk memahami realiti antara dopamina dan ketagihan.

Nota Kaki

[1]https://www.psychologytoday.com/basics/dopamine

[2]https://www.psychologytoday.com/basics/addiction

[3]Drug₎ daripada perkataan Inggeris yang membawa erti suatu bahan kimia yang mana manusia menggunakannya untuk memberikan rasa kenikmatan atau keseronokan kepada mereka. [New Oxford English-English-Malay Dictionarym/s 259edisi kedua (versi kemaskini)keluaran Oxford Fajar Sdn Bhd2012].

Terjemahan kepada dadah kemungkinan adalah lebih tepat kerana ia mempunyai keenakan dalam penggunaan bahasanya. Dadah menurut «Kamus Dewan» bermaksud ubat-ubatan atau bahan seperti gana, heroin merosakkan atau membinasakan orang yang menggunakannya berlanjutan. Konteks dadah yang akan digunakan di sini adalah ubat-ubatan yang memberikan kesan kepada otak manusia. [Rujuk https://en.wikipedia.org/wiki/Drug].

[4]https://www.psychologytoday.com/blog/what-the-wild-things-are/201008/dopamine-why-its-so-hard-just-say-no

[5]http://www.stresspandemic.com/blog/is-your-dopamine-being-hijacked-2

[6]Sistem limbik adalah istilah kolektif susunan heterogen pada struktur otak yang berada atau berdekatan dengan sudut dinding medial pada hemisfera cereberal yang khusus seperti hippokampus, amigdala, dan fornikat gairus. Sistem limbik bertanggungjawab dalam menghasilkan perasaan dan motivasi. Perasaan itu membekalkan konteks pada pancaindera dan aktiviti motor dan boleh mengubah bagaimana sesuatu memberikan tanggapan pada dunia dan bertindak dengannya.

Pada bahagian ini otak secara fizikalnya menyambung bahagian tangkai kelangsungan otak berorentasi (survival oriented brain stem) dan korteks berorientasi secara kognitif (cognitively oriented cortex). [Rujuk http://www.udel.edu/chem/C465/senior/fall00/DrugAddiction/Parts.html].

[7]Bahagian ini memberikan kesan terhadap perancangna kompleks kognitif perlakuan (planning complex cognitive behavior), ekspresi personaliti, pembuat keputusan dan mengawal perlakuan sosial. Asas aktiviti pada bahagian otak ini dinilai sebagai penggubahan fikiran dan tindakan yang bergantung kepada matlamat dalaman (internal goal). [Rujuk https://en.wikipedia.org/wiki/Prefrontal_cortex].

[9]Pathological₎ daripada perkataan Inggeris yang bermaksud tidak munasabah atau masuk akal lagi mustahil untuk dikawal. Ia juga membawa maksud sesuatu yang berkaitan dengan patologi. [Oxford Advanced Learner's Dictionarym/s 1076-1076edisi kelapankeluaran Oxford University Press 2010 & New Oxford English-English-Malay Dictionarym/s 607edisi kedua (versi kemaskini)keluaran Oxford Fajar Sdn Bhd2012].

Untuk konteks ini kita mengambil maksud yang pertama.

[10]Toleransi dalam istilah psikologi adalah mereka yang mengambil lagi dan lagi untuk had limit. [50 Ideas You Really Need To Know Psychologykarya Adrian Furnhamm/s 12keluaran Quercus Editions Ltd2008].

Toleransi berlaku apabila otak memberi reaksi dengan pengulangan pendedahan dadah dengan menyesuaikan kimianya untuk mengimbangi kesan dadah. Ia membetulkan dirinya kepada dadah tersebut. Misalnya adalah jika sesebuah dadah menghambat atau menghalang bahagian reseptor tertentu pada otak untuk sebuah pancaran neuro (neurotransmitter)ޱ otak akan berusaha untuk mengatasi hambatan dengan membuat lebih pada bahagian tertentu pada reseptor atau dengan menambahkan keefektifan pada bahagian reseptor yang tinggal.

Atau dengan kata lain jika dadah menambahkan aktiviti pada reseptorޱ otak akan menghasilkan sedikit reseptorߨ sekaligus mengadaptasikan kepada lebihan stimulasinya (over-stimulation). Kerana itu apabila seseorang yang meninggalkan peminuman kopi sebagai contoh dengan tiba-tibaޱ mereka mula menderita sebahagian kesan negatif dalam masa 24 jam seperti gangguan pening kepala dan beberapa perasaan mengantuk dan kelesuan. [Rujuk http://www.dana.org/Cerebrum/Default.aspx?id=39147].

[11]Homeotasis adalah sifat (property) pada bahagian sistem yang mana ia pemboleh ubah (variable) diatur supaya keadaan dalaman kekal stabil dan konstan secara keseluruhan. [Rujuk https://en.wikipedia.org/wiki/Homeostasis].

[12]http://www.truthofaddiction.com/having-a-balanced-brain-is-the-secret-to-success/

[13]http://www.medicaldaily.com/watching-adult-films-alters-brain-activity-similar-drug-addicts-alcoholics-347224

[14]Desensitized₎ daripada perkataan Inggeris yang bermaksud adalah untuk menjadikan seseorang atau sesuatu kurang waspada terhadap sesuatuߨ terutamanya sesuatu masalah atau sesuatu yang buruk. Ia juga bermaksud adalah untuk mengecam seseorang atau sesuatu supaya mereka akan berhenti menjadi sensitif terhadap perubahan fizikal atau kimia atau kepada sebahagian bahan. [Oxford Advanced Learner's Dictionarym/s 395edisi kelapankeluaran Oxford University Press 2010].

[15]http://www.medicaldaily.com/pornography-shrinks-brain-areas-associated-motivation-does-x-rated-media-make-you-lazy-285298

[16]https://www.youtube.com/watch?v=wSF82AwSDiU

[17]http://www.medicaldaily.com/watching-adult-films-alters-brain-activity-similar-drug-addicts-alcoholics-347224

[18]Fond₎ daripada perkataan Inggeris yang bermaksud menyukai seseorang atau sesuatu atau menyukai melakukan sesuatu. Ia juga bermaksud baik dan kecintaan seperti kata-kata: "Saya mempunyai memori yang baik tentang nenek saya". [New Oxford English-English-Malay Dictionarym/s 328edisi kedua (versi kemaskini)keluaran Oxford Fajar Sdn Bhd2012].

Menurut «Oxford Advanced Learner's Dictionary» ia sinonim dengan cinta. Banyak maksud pada perkataan ini. Pertamaߨ ia bermaksud rasa cinta atau suka terhadap seseorangߨ terutamanya seseorang yang kamu mempunyai pengetahuan untuk masa yang lama.

Keduaߨ ia bermaksud menemukan sesuatu yang menyenangkan dan menyeronokkanߨ terutamanya terhadap sesuatu yang kamu sukai atau berseronok dengannya untuk masa yang lama seperti muzik atau memasak.

Ketigaߨ ia bermaksud menyukai untuk melakukan sesuatu yang mana orang lain menganggap mengganggu atau tidak menyenangkan dan melakukannya selalu.

Keempat hanya untuk sebelum kata namaߨ kebaikan dan kecintaan, sinonim dengan penyayang.

Kelima hanya untuk sebelum kata namaߨ harapan terhadap sesuatu yang mana tidak selalunya akan berlaku. [Rujuk Oxford Advanced Learner's Dictionarym/s 580edisi kelapankeluaran Oxford University Press 2010].

[19]http://journals.plos.org/plosone/article?id=10.1371/journal.pone.0102419

[20]Mengikut terjemahan PRPM ia adalah suka mengikut gerak hati. Impulsivenes₎ atau ₍impulsivity₎, daripada perkataan Inggeris yang bermaksud konstruk multifaktorial yang melibatkan kecenderungan untuk bertindak secara sengaja, menampilkan perlakuan yang dibentuk dari sedikit atau tanpa persediaan masa depan, refleksi atau pertimbangan implikasinya. [Rujuk https://en.wikipedia.org/wiki/Impulsivity].

[21]http://www.jneurosci.org/content/33/5/1797.full

[22]http://www.medicaldaily.com/watching-adult-films-alters-brain-activity-similar-drug-addicts-alcoholics-347224

[23]Ibid

[24]http://www.health.harvard.edu/newsletter_article/how-addiction-hijacks-the-brain

[25]https://www.psychologytoday.com/basics/addiction

[26]http://www.dana.org/Cerebrum/Default.aspx?id=39147

[27]http://www.tgcoy.com/addiction/addiction-the-hijacked-brain.html

[28]http://www.slate.com/articles/health_and_science/science/2013/07/what_is_dopamine_love_lust_sex_addiction_gambling_motivation_reward.html

[29]http://opinionator.blogs.nytimes.com/2012/06/10/the-hijacked-brain/?_r=0

[30]https://www.psychologytoday.com/blog/the-joint-adventures-well-educated-couples/201208/falling-in-love-is-smoking-crack-cocaine

[31]http://factualfacts.com/science-facts/music-is-as-addictive-to-the-brain-as-sex-and-drugs/

[32]http://addicthelp.org/drug-addiction/music-dopamine-high-drug-addict-help/

[33]http://news.discovery.com/human/psychology/music-dopamine-happiness-brain-110110.htm

[34]http://www.scientificamerican.com/article/how-the-brain-gets-addicted-to-gambling/

[35]http://www.ft.com/cms/s/0/27514afc-5444-11e2-9d25-00144feab49a.html#axzz3k7GzXqNt

[36]http://www.cbsnews.com/news/how-real-a-risk-is-social-media-addiction/

[37]http://www.huffingtonpost.com/2014/12/13/social-media-addiction_n_6302814.html

[38]http://psychcentral.com/blog/archives/2013/07/21/video-games-are-they-really-a-source-of-addiction/

[39]http://www.psychguides.com/guides/video-game-addiction-treatment-program-options/

[40]http://www.health.harvard.edu/mind-and-mood/the_addicted_brain

[41]Payoff₎ menurut «Merriam-Webster» ia mempunyai lima maksud. Pertamaߨ ganjaran atau keuntungan. Keduaߨ retribusi. Ketigaߨ tindakan atau perbuatan menerima wang atau perolehan materialߨ terutamanya sebagai balasan atau rasuah. Keempatߨ klimaks insiden atau daya usahaߨ khususnya peleraian naratif. Kelimaߨ fakta atau faktor penentu yang menyelesaikan keadaan atau membawa kepada kesimpulan muktamad. [Rujuk  https://www.merriam-webster.com/dictionary/payoff].

[42]Saya juga tidak menemukan maksud dan terjemahan yang tepat untuk perkataan ini. Namunߨ apa yang boleh difahami adalah ia suatu perasaan di mana perasaan itu berkobar-kobar saat kemuncak sesuatu keadaan antara menang dan kalah. Misalnya seperti perasaan berkobar-kobar penonton bola sepak ketika menyaksikan seorang pemain bola dalam keadaan kemuncak antara terjaringnya bola ke dalam gawang gol ataupun tidak.

[43]http://www.treatment4addiction.com/addiction/behavioral/gambling/

[44]Martini bermaksud minuman alkohol yang dibuat daripada Gin dan Vermouth. [Oxford Advanced Learner's Dictionarym/s 911edisi kelapan keluaran Oxford University Press 2010].

[45]Terjemahan «PRPM» adalah berketentuan. Deterministik atau determinisme bermaksud suatu kepercayaan bahawa manusia tidak mempunyai kebebasan untuk memilih terhadap apa yang mereka suka atau tindakan mereka keraan perkara ini diputuskan oleh apa yang ada disekeliling mereka atau lain-lain perkara yang mana mereka tidak ada kawalan untuknya. [Oxford Advanced Learner's Dictionarym/s 399edisi kelapankeluaran Oxford University Press 2010].

[46]http://opinionator.blogs.nytimes.com/2012/06/10/the-hijacked-brain/?_r=0

[47]Sebenarnya tidak ada terjemahan yang tepat untuk perkataan ini yang sesuai menggambarkan maksudnya dalam konteks penggunaan psikologi. ₍Withdrawal₎ bermaksud simptom serangan pada fizikal dan mental apabila substansi itu dikurangkan atau tidak diberikan penggunaannya. Simptom itu termasuklah rasa kesulitan, rasa lemah dan bermasalah dalam sosial, pekerjaan dan lapangan yang lain pada seseorang itu terlibat. [Rujuk http://study.com/academy/lesson/withdrawal-symptoms-definition-quiz.html. Rujuk juga di  http://www.webmd.com/mental-health/addiction/tc/drug-abuse-and-dependence-overview]

[48]«50 Ideas You Really Need To Know Psychology»Adrian Furnhamm/s 12-13Quercus Editions Ltd2008.

[49]http://www.webmd.com/mental-health/addiction/tc/drug-abuse-and-dependence-overview

[50]http://www.triwest.com/en/behavioral-health/resource-center/addiction-recovery/substance-abuse/more/

[51]http://www.helpguide.org/harvard/how-addiction-hijacks-the-brain.htm

[52]http://fightthenewdrug.org/porn-is-addictive/

No comments:

Post a Comment