Saturday, May 2, 2020

Tafsir 「Surah an-Nabā^ Ayat 33」 Dan Isu Yang Berkaitan Dengan Seksual

Firman Allah Ta*ālā :

وَكَوَاعِبَ أَتْرَابًا

"Dan noni berdada mungil mampat berbulat lagi sebaya usia". [Surah an-Nabā^ ayat 33].

Sebahagian terjemahan bagi ₍Kawā*ib₎ (كَوَاعِبَ) yang saya temui ialah perawan, gadis atau bidadari dan seumpamanya, tetapi sebenarnya kalimah ₍Kawā*ib₎ (كَوَاعِبَ) yang merupakan jamak kepada ₍Kā*ib₎ (كَاعِب) yang maksudnya tidak terlepas untuk merujuk makna wanita yang menombol buah dadanya, terutamanya pada fasa pra-tumbesaran. Ini adalah sepertimana yang dinyatakan Aḥmad bin Fāris ar-Rōziyy :

وهي كاعب، إذا نتأ ثديها

"Dia adalah ₍Kā*ib₎ apabila bertunas buah dadanya". [Mujmal al-Luġohjilid 1m/s 787keluaran Mu^assasah ar-Risālahtahqiq Zuhayr *Abdul Musin Sulṭōn].

Pemaknaan buah dada ini adalah penafsiran ahli tafsir seperti Abū al-Ḥasan *Aliyy bin Muḥammad an-Naysāburiyy al-Wāḥidiyy dalam «al-Wasīṭ Fi Tafsīr al-Qur^ān al-Majīd», Abū Ḥayyān al-Andalusiyy dalam «al-Baḥr al-Muḥīṭ Fī at-Tafsīr», Ibrōhīm bin *Umar al-Buqō*iyy dalam «Naẓm ad-Duror Fī Tanāsub al-Āyāt Wa as-Suwar» dan Šamsudiīn Muḥammad bin Aḥmad al-H̱oṭīb aš-Šarbīniyy dalam as-«Sirōj al-Munīr Fī al-I*ānah Ma*rifah Ba*ḍ Ma*ānī Kalām Robbunā al-Ḥakīm al-H̱obīr».

Kebiasaannya kalimah ₍Kawā*ib₎ dimaknakan sebagai ₍Nawāhid₎ (نَوَاهِد) yang mufradnya adalah ₍Nāhid₎ (ناهد) oleh para ahli tafsir seperti Ibn Jarīr aṭ-Ṭobariyy dalam «Jāmi* al-Bayān *An Ta^wīl Āy al-Qur^ān», Abū Manṣūr al-Māturīdiy dalam «Ta^wīlāt Ahl as-Sunnah», Abū Isḥāq aṯ-Ṯa*labiyy dalam «al-Kašf wa al-Bayān Fī at-Tafsīr al-Qur^ān», Abū Muḥammad Makkiyy bin Abū Ṭōlib al-Andalusiyy dalam «al-Hidāyah Ilā Buluġ an-Nihāyah Fī *Ilm Ma*ānī al-Qur^ān Wa Tafsīrih Wa Aḥkāmih Wa Jumal Min Funūn *Ulūmih», Abū Muẓoffar as-Sam*āniy dalam «Tafsīr al-Qur^ān», Abū Muḥammad al-Baġowiyy dalam «Ma*ālim at-Tanzīl Fī at-Tafsīr al-Qur^ān», *Izuddin *Abdul *Azīz bin *Abdul Salām dalam «Tafsīr al-Qur^ān», Al-Qurṭubiyy dalam «al-Jāmi* Li Aḥkām al-Qur^ān», Abū al-Barokāt an-Nasafiyy dalam «Madārik at-Tanzīl Wa Haqō^iq at-Ta^wīl», Ibn Juzay dalam «at-Tashīl Li *Ulūm at-Tanzīl», «*Alā^uddīn al-H̱ōzin dalam Lubāb at-Ta^wīl Fī Ma*āni- at-Tanzīl», Mujīruddīn bin Muḥammad al-Ḥanbaliyy dalam «Fatḥ ar-Roḥmān Fī Tafsīr al-Qur^ān» dan Abū Zayd *Abdul Roḥmān bin Muḥammad bin Maẖlūf dalam «al-Jawāhir al-Ḥisān Fī Tafsīr al-Qur^ān».

Disebabkan pemakanaan ₍Kawā*ib₎ selalu berkait dengan ₍Nawāhid₎, maka wajar untuk kita lihat makna perkataan ini. ₍Nāhid₎ yang merupakan mufrad kepada ₍Nawāhid₎ adalah ₍Fā*il₎ yang berasal daripada ₍Nahada₎ (نَهَدَ). Aḥmad bin Fāris ar-Rōziyy berkata :

نَهَدَ: النُّونُ وَالْهَاءُ وَالدَّالُ أَصْلٌ صَحِيحٌ يَدُلُّ عَلَى إِشْرَافِ شَيْءٍ وَارْتِفَاعِهِ. وَفَرَسٌ نَهْدٌ: مُشْرِفٌ جَسِيمٌ. وَنَهَدَ ثَدْيُ الْمَرْأَةِ: أَشْرَفَ وَكَعَبَ

"₍Nahada₎: ⁽An-Nun⁾, ⁽al-Hā^⁾ dan ⁽ad-Dal⁾ adalah asal yang sahih yang menunjukkan menaiknya sesuatu dan peninggiannya. Kuda yang ₍Nahd₎, iaitu kuda yang tinggi dan besar. ₍Nahada₎ buah dada wanita, iaitu menombol dan membonjol". [Mu*jam Maqōyis al-Luġohjilid 5m/s 361keluaran Dār al-Fikrtahqiq *Abdul Salām Muammad Hārūn].

Abū Bakr Muḥammad bin al-Ḥasan al-Azdiyy berkata :

الناهد: الَّتِي قد عظم حجمُ ثديها حَتَّى بدا

"₍An-Nāhid₎ ialah wanita yang telah membesar dan menonjol buah dadanya sehingga nyata". [Jamharoh al-Luġohjilid 2m/s 687keluaran Dār al-*Ilm Li al-al-Malāyītahqiq Romziyy Munīr Ba*albakiyy].

*Ali bin al-Ḥasan al-Hunā^iyy al-Azdiyy berkata :

النَّاهِد من النِّساء: التي نَهَدَ ثَدْياها، أي: امْتَلأ

"₍An-Nāhid₎ daripada kalangan wanita, iaitu yang ₍Nahada₎ buah dadanya, iaitu termampat". [Al-Munjid Fī al-Luġohm/s 336keluaran *Ālim al-Kutubtahqiq Dr. Amad Mutār *Umar dan oiy *Abdul Bāqī].

Yang dapat kita simpulkan daripada pemaknaan semua ini adalah, ia merujuk kepada buah dada yang telah membesar sehingga mampat isinya dan ia menombol secara membulat. Jika ini makna ₍an-Nāhid₎, maka demikian juga apabila dimaknai dengan ₍al-Kā*ib₎.

Sekalipun kebanyakan ahli tafsir al-Quran memaknakan ₍al-Kā*ib₎ sebagai ₍an-Nāhid₎, tetapi sebilangan ahli bahasa kadangkala memperincikannya dan membezakannya antara kedua-dua itu. Abū Naṣr Ismā*īl bin Aḥmad al-Jawhariyy al-Farobiyy berkata :

الكاعِب، وهي الجارية حين يبدو ثَدْيُها للنُهود

"₍Al-Kā*ib₎ dan dia adalah gadis ketikamana zahir dadanya untuk membonjol". [Aṣ-Ṣiḥāḥ Tāj al-Luġoh wa Ṣiḥāḥ al-*Arobiyyahjilid 1m/s 213keluaran Dār al-*Ilm Li al-Malāyīntahqiq Amad *Abdul Ġofūr *Aṭṭōr].

Abū *Ubayd berkata :

إِذا نَهَدَ ثَدْيُ الْجَارِيَة قيل: هِيَ ناهِد. والثُّدِيُّ الفَوالكُ دون النَّواهد

"Apabila menombol buah dada gadis, disebutkan bahawa dia adalah ₍Nāhid₎ dan buah dada yang membulat itu adalah sebelum terjadinya penombolan itu". [Tahḏīb al-Luġohkarya Abū Manṣūr Muammad bin Amad bin al-Azhariyyjilid 6m/s 118keluaran Dār Iḥyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy].

Maksudnya adalah ₍al-Kā*ib₎ adalah ketika seorang wanita itu berada dalam fasa pratumbesaran buah dada. Ini dinyatakan Ṣolāḥuddīn as-Ṣofadiy :

ويقولون للجارية التي استكملت النّهود: كاعِبٌ، والكاعب التي كعَبَ ثديُها، وذلك قبل النهود، يقال: كعَبَ ثديُها وتكعّبَ، إذا تدوّر

"Mereka menyifatkan gadis yang telah sempurna penombolan buah dadanya sebagai ₍Kā*ib₎, sedangkan ₍Kā*ib₎ adalah wanita yang membonjol buah dadanya dan itu sebelum penombolan. Dikatakan ₍Ka*aba₎ buah dadanya dan ₍Ta*akkaba₎, iaitu apabila membulat". [Taṣḥīḥ at-Taṣḥīf wa Taḥrīr at-Taḥrīfm/s 430keluaran Maktabah al-H̱ōnajiyytahqiq as-Sayyid aš-Šarqōwiyy].

Ini dijelaskan lagi oleh Abū Isḥāq Ibrōhīm bin Ismā*īl al-Ajdābiyy tentang sifat seorang perempuan itu :

فَإِذا كَعْب ثديها: أَي اسْتَدَارَ فِي صدرها فَهِيَ كاعب. فَإِذا ارْتَفع ثديها: فَهِيَ ناهد.

"Apabila ₍Ka*aba₎ buah dadanya, iaitu membulat pada dadanya, maka dia adalah ₍Kā*ib₎. Apabila ia meninggi, maka dia adalah ₍Nāhid₎". [Kifāyah al-Mutaḥaffiẓ wa Nihāyah al-Mutalaffiẓ Fī al-Luġoh al-*Arobiyyahm/s 74keluaran Dār Iqro^ Li a-iba*ah wa an-Našr wa at-Tarjamahtahqiq as-Sā^i *Aliy usayn].

Abū Bakr Muḥammad bin al-Ḥusayn al-Azdiyy menerangkan fasa tumbesaran wanita :

وَهِي كاعب أوّلا إِذا كعب ثديُها كَأَنَّهُ مفلك، ثمَّ يخرج فَتكون ناهداً، ثمَّ يَسْتَوِي نهودها فَتكون مُعْصِراً

"Dia adalah ₍Kā*ib₎. Mula-mula apabila membonjol buah dadanya, ia seolah-olah membulat. Kemudian, ia meninggi, maka jadilah dia seorang ₍Nāhid₎. Kemudian, apabila sempurna penombolannya, maka jadilah dia seorang remaja". [Jamharoh al-Luġohjilid 3m/s 1268keluaran Dār al-*Ilm Li al-Malāyīn tahqiq Romziy Munīr Ba*albakiyt].

Namun apapun, makna ₍Ka*aba₎ (كَعَبَ) dan ₍Nahada₎ (نَهَدَ) kedua-duanya merujuk kepada proses yang terjadi pada buah dada wanita. Jika dikatakan seseorang itu adalah ₍Kā*ib₎ atau ₍Nāhid₎, ia tetap bermakna yang sama, iaitu wanita yang berada dalam fasa tumbesaran buah dadanya kerana hal itu berlaku bersamaan dengan kedatangan haid dan mulai baligh. Yang membezakannya cumalah pada perincian proses pembesaran itu. Ini sama sepertimana yang dinyatakan Muḥammad bin aṭ-Ṭoyyib al-Fāsiyy :

والذي في دواوين اللغة هو اتحاد معناهما, وأنه لا فرق بين نهد وكعب, ولا فرق بين الناهد والكاعب

"Apa yang dalam daftar pustaka bahasa, ia adalah pengehadan makna bagi kedua-duanya sedangkan tidak ada beza antara ₍Nahada₎ dan ₍Ka*aba₎ serta tidak ada beza antara ₍an-Nāhid₎ dan ₍al-Kā*ib₎". [Šarḥ Kifāyah al-Mutaḥaffiẓm/s 229keluaran Dār al-*Ulūm Li a-ibā*ah wa an-Našrtahqiq Dr. *Aliy usayn al-Bawwāb].

Terdapat penafsiran daripada Niẓōmuddīn an-Naysābūriy yang kelihatan bertentangan dengan makna an-Nāhid, iaitu wanita yang mampat buah dadanya :

والكواعب النواهد واحدها كاعب كطالق وطامث وهي التي ظهر ثديها كالكعب لها نتوّ قليل

"₍Kawā*ib ₎adalah ₍Nawāhid₎, tunggal untuknya adalah ₍Kā*ib₎ seperti ₍Ṭōliq₎ dan ₍Ṭōmiṯ₎. Dia adalah wanita yang zahir buah dadanya seperti buku lali. Padanya terdapat pemumbulan sedikit". [Ġorō^ib al-Qur'an wa Roġō^ib al-Furqōnjilid 6m/s 434keluaran Dār al-Kutub al-*Ilmiyyahtahqiq Zakariyyā *Umayrōt].

Pernyataan penumbulan yang sedikit seolah-olah menampakkan ia tidak begitu mampat. Yang menjadi pertentangan lagi adalah apabila bertembungnya dengan salah satu pendapat yang dinukilkan Abū al-Ḥasan *Aliy bin *Ismā*īl al-Mursiy tentang saiz buah dada apabila disifatkan sebagai ₍al-Kā*ib₎ :

يُقَال جارِيَةٌ كاعِبٌ إِذا كَعَب ثَدْيُها أَي بَرَزَ حتَّى مَلاَءَ الكَفَّ

"Disebutkan bahawa gadis yang ₍Kā*ib₎, iaitu apabila menombol buah dadanya, iaitu nyata oleh ia sehingga memenuhi pergelangan tangannya". [Al-Muẖaṣṣoṣjilid 5m/s 83keluaran Dār Iyā at-Turōṯ al-*Arobiyytahqiq H̱olīl Ibrōhīm Jaffāl].

Mungkin kerana Niẓōmuddīn an-Naysābūriyy mengambil kira ₍al-Kā*ib₎ dan ₍an-Nāhid₎ itu adalah sama, lalu dia mendefinisikan bahawa ₍al-Kā*ib₎ sebagai wanita yang dalam fasa pra-tumbesaran buah dada dan kerana itu dia menganggap ia adalah pemumbulan yang sedikit.

Untuk mengharmonikan kedua-dua ini, dapat kita katakan bahawa ia boleh merujuk kepada buah dada yang saiznya sekecil tapak tangan, tetapi padat isinya. Kalau ingin diambil kira realiti pun, saiz pergelangan tangan dewasa adalah besar ukurannya pada gadis yang baru untuk matang. Itu pun sudah dikira padat bagi usia mereka. Sebab itulah saya memilih perkataan mampat' dalam terjemahan kerana ia menyatakan sesuatu itu kecil bersama kepadatannya.

Oleh itu, ₍al-Kā*ib₎ dapat disimpulkan sebagai wanita yang berada di fasa pra-tumbesaran buah dada dan dalam masa yang sama, buah dadanya sudah mampat berbulat. Apapun, ini ukuran para gadis di dunia. Ia mungkin sahaja akan berbeza di akhirat. Allah lebih tahu kebenarannya.

Kadangkala ia ditafsirkan sebagai ₍Fallaka₎ (فَلَّكَ) sepertimana yang ditafsirkan oleh Abū al-Layṯ as-Samarqondiyy dalam «Baḥr al-*Ulūm» dan al-Bayḍōwiyy dalam «Anwār at-Tanzīl Wa Asrōr at-Ta^wīl».

Kadangkala, ₍Nahada₎ disifatkan bersama dengan ₍Fallaka₎ atau ₍Tafallaka₎ (تَفَلَّكَ) sepertimana yang dinyatakan oleh az-Zamaẖšariyy dalam «al-Kaššāf *An Ḥaqō^iq Ġowāmiḍ at-Tanzīl», Faẖruddīn ar-Rōziyy dalam «Mafātīḥ al-Ġoyb», Sirōjuddīn ad-Dimašqiyy dalam «al-Lubāb Fī *Ulūm al-Qur^ān», Muḥammad bin *Aliy aš-Šawkāniyy dalam «Fatḥ al-Qodīr» dan Abū as-Su*ūd al-*Imādiyy dalam «Iršād al-*Aql as-Salīm Ilā Mazāyā al-Kitāb al-Karīm»

₍Fallaka₎ atau ₍Tafallaka₎ bermaksud ₍Istidāro₎ (اسْتِدَارَ), iaitu membulat. Penafsiran ₍Istidāro₎ adalah sepertimana yang dinyatakan oleh Muḥammad bin *Abdul Roḥmān bin Muḥammad bin *Abdullah al-Ḥusayniyy dalam «Jāmi * al-Bayān Fī Tafsīr al-Qur^ān» dan Ni*matullah bin Maḥmūd an-Naẖjawāniyy dalam «al-Fawātiḥ al-Ilāhiyyah Wa al-Mafātīḥ al-Ġoybiyyah al-Muwaḍḍiḥah Li al-Kalim al-Qur^āniyyah Wa al-Ḥikam al-Furqōniyyah».

Kemudian, Ibn Kaṯīr memberikan perincian :

نَوَاهِدَ، يَعْنُونَ أَنْ ثُدُيَّهن نَوَاهِدَ لَمْ يَتَدَلَّيْنَ

"₍Nawāhid₎. Mereka maksudkan bahawa buah dada mereka membonjol dan tidak berjuntai" [Tafsīr al-Qur^ān al-*Aẓīmjilid 8m/s 308keluaran Dār oyyibah Li an-Našr Wa At-Tawzī*tahqiq Sāmī Muammad Salāmah].

Maksudnya adalah buah dada tersebut tidaklah besar sehingga ia umpama buah betik yang tergantung. Ini menepati penafisran Abū Bakr *Abdul Qōhir al-Jurjāniyy :

وهي الجارية التي نهد ثديها كالرّمّانة

"Ia adalah remaja yang menombol dadanya seperti buah delima". [Darj ad-Duror Fī Tafsīr al-Āyi Wa as-Suwarjilid 2m/s 685keluaran Dār al-Fikr].

Oleh itu, kesimpulan yang kita dapat adalah ₍Kawā*ib₎ adalah gadis pramatang yang berbuah dada bulat sebesar memenuhi pergelangan tangan apabila diramas lagi mampat.

Apapun, pemaknaan ₍Kā*ib₎ dengan ₍Nāhid₎ atau yang seerti dengannya boleh dirujuk dalam kamus yang terkemuka yang lain seperti ٍ«Šams al-*Ulūm wa Dawā^ al-Kalām al-*Arob Min al-Kulūm» karya Našwān bin Sa*īd al-Ḥimyariyy, «al-Jarōṯīm» karya Ibn Qutaybah ad-Daynūriyy, «Maqōyis al-Luġoh» karya Aḥmad bin Fāris ar-Rōziyy, «al-Muḥkam wa al-Muḥiṭ al-A*ẓom» karya Abu al-Ḥasan *Aliyy bin Ismā*īl al-Mursiyy, «Lisān al-*Arob» karya Ibn Manẓūr dan «Tāj al-*Urūs Min Jawāhir al-Qōmus» karya Abu al-Fayḍ Muḥammad bin Muḥammad bin *Abdul Rozzāq al-Ḥusayniy az-Zabīdiyy.

Maka, saya kira tafsiran dan pemaknaan yang berkaitan dengan buah dada wanita itu adalah kesepakatan daripada sekalian ahli bahasa sepanjang zaman berzaman. Oleh itu, pakailah dengan makna itu kerana menyembunyikannya atau terlalu menapis menyebabkan kita menghilangkan maksud yang ingin disampaikan oleh Allah secara sebenar kepada kita semua.

Ini bukan soal kita suka atau tidak suka secara peribadi, tetapi jika ianya datang daripada Allah, tiada siapa yang boleh mendahului-Nya atas segala urusan. Respons yang negatif tidak sesekali akan mengubah realitinya, iaitu sama sekali tidak akan megubah ketetapan Allah untuk memilih perkataan dan makna itu.

Jadi, mana-mana terjemahan yang enggan menggunakan makna ini secara eksplisit adalah perlakuan fitnah terhadap agama sekalipun niatnya adalah murni. Kemurniaan jiwa untuk penerapan nilai kesantunan dan kesopanan sama sekali tidak menjustifikasikan dalam penghalalan cara.

Sesungguhnya itu bukanlah adab mahupun keluhuran budi melainkan hal yang demikian adalah perbuatan syaitan yang bersantun dan lunak. Menghilangkan makna yang sebenar-benarnya Allah ingin sampaikan secara jelas adalah tiada keraguan lagi bahawa itu adalah fitnah kerana hal itu menyebabkan seseorang mendapat kekaburan makna atau hilang nilai bayan yang dipersembahkan oleh Allah.

Semoga Allah mengampunkan mereka yang tersilap tanpa mereka sengaja dan yang tidak tahu, tetapi sesiapa yang telah ditegakkan hujah ini tetap bersikap enggan, maka sangsikan imannya. Sebabnya dia lebih mendahulukan perasaan dirinya atau persepsi orang lain tanpa meneliti sama ada Allah redha terhadap itu ataupun tidak atas pilihannya.

Sesiapa yang mengubah makna lain daripada ini dengan mengurangkan makna atas alasan untuk bertapis supaya tampak lebih sopan, seperti menterjemah kepada perempuan, gadis, wanita atau bidadari semata-mata, maka ia sama sahaja seperti mengubah ₍Kawā*ib₎ kepada ₍Jāriyāt₎ (جاريات).

Sesungguhnya pengurangan makna ini sememangnya menghilangkan maksud yang Allah Ta*ālā ingin sampaikan kepada hamba-Nya. Apa pula alasan kita untuk mendahulukan ketetapan-Nya dalam urusan ini? Dengan itu, sampaikanlah kepada manusia dengan makna ini kerana jika kita tidak tergamak untuk menukarkan lafaznya, apatah lagi menghilangkan maknanya yang tidak akan terpisah dengan lafaz.

Ada beberapa sebab Allah menyatakan tentang sifat bidadari dengan menyebutkan berbuah dada mampat berbulat.

🄰 Penawaran Sesuatu Yang Paling Digemari Manusia

Antara sebab Allah sebutkan sifat ini secara eksplisit adalah kerana apabila Allah ingin tawarkan sesuatu kepada hamba-Nya dan menceritakan nikmat di dalamnya, Allah akan menyebutkan sesuatu yang paling digemari dan paling disukai oleh manusia.

Contohnya adalah arak yang tidak memabukkan, tiadanya perasaan dengki dalam jantung manusia, tidak kedengaran kata-kata yang melalaikan dan pelbagai kenikmatan dalam syurga yang diperincikan. Ia merupakan sesuatu dambaan manusia yang mereka begitu idamkan untuk nikmatinya dalam kehidupan.

Sebab itulah Allah tawarkan penyediaan minuman berupa arak secara spesifik supaya manusia tertarik untuk memenuhi tuntutan yang Dia anugerahkan. Begitu juga dengan perawan-perawan yang disucikan, ia juga adalah sesuatu yang manusia mengimpikan untuk memilikinya.

Maka, penyebutan ini untuk menunjukkan bahawa Allah Maha Mengetahui bahawa buah dada sepertimana yang disifatkan itulah yang menjadi kegemaran dan dambaan seorang lelaki padanya. Itulah sebabnya Allah sebutkan secara eksplisit tanpa berlapik supaya manusia mencari jalan untuk memenuhi tuntutan-Nya agar memperoleh apa yang Dia tawarkan kepada-Nya.

Mungkin sahaja seorang hamba yang benar-benar beriman sudah cukup untuk pemberitahuan secara umum bahawa kenikmatan syurga adalah memperoleh kepelbagaian nikmat yang tidak tertanding dan seseorang mendapat apa yang dia menggemarinya.

Namun, Allah tetap tawarkan lebih banyak secara spesifik supaya hamba-Nya terpikat dengan lebih banyak tawaran yang sehinggakan jiwanya telah penuh hanya dengan apa yang Allah akan anugerahkan kepadanya, lalu dengan sebab itu, dia tidak tersibuk dengan tawaran-tawaran lain yang memalingkan daripada-Nya.

🄱 Lumrah Bahawa Sememangnya Bahagian Itu Merupakan Organ Yang Merangsang Seksual

Ini semestinya tidak perlu ditanyakan lagi bagaimana asyiknya para lelaki khususnya tertarik, terliur, tergiur dan terpesona dengan bahagian tubuh yang sangat memberikan keghairahan dan kelazatan dalam jiwa mereka.

Para wanita khususnya perlu menyedari dan menerima hakikat ini secara realistik dan jiwa yang terbuka bahawa bahagian dada sememangnya mempunyai unsur tarikan dan godaan bagi lelaki sama ada mereka sedar ataupun tidak sedar. Bersifat berang dan menafikan tidak akan mengubah realiti kerana penyebutan Allah sememangnya tepat mengenai realiti semasa.

Namun, menerima realiti semacam ini bukan semestinya akan menghasilkan gundah, gelisah, ketidaktenteraman dan kebimbangan bagi wanita, tetapi seharusnya mereka melihat perspektif yang berbeza dari sudut yang semestinya memberikan impak yang positif dalam emosi dan persepsi.

Kita perlu ingat bahawa Allah tidak menciptakan sesuatu dengan kesia-siaan. Dia bertindak di atas ilmu-Nya, kebijaksanaan-Nya, keadilan-Nya dan ketelitian-Nya yang sama sekali tidak ada kecacatan dan kekurangan yang wujudnya unsur alpa, lalai, leka, cuai, tersilap dan tersasar dalam penciptaan-Nya dan pentadbiran-Nya.

Maka, janganlah kita merasa sesuatu yang menyapa ini adalah pembawa kepada kebinasaan, tetapi ia mempunyai hikmah terhadapnya sama ada kita mengetahui atau mengetahuinya jika kita benar-benar memerhatikannya. Dengan itu, kita sama sekali tidak akan menyalahkan realiti atau hidup di atas igauan sendiri semata-mata untuk melepaskan diri apa yang dia anggap tidak sukai dengan menganggap bahawa hal itu bukan realiti atau belum cukup realiti, walhal boleh jadi sesuatu yang tidak kita sukai adalah sesuatu yang baik daripada Allah. Tidaklah Allah menempatkan suatu keadaan melainkan sesuai untuk kedudukan diri kita dan bahagian rezeki yang melimpah padanya.

Allah perhiaskan langit dengan bintang-bintang sememangnya untuk kita merasa kagum dan takjub terhadap keindahan cakerawala dan angkasaraya yang padat dengan kerlipan cahaya. Jika langit Allah perhiaskan, tentu sahaja Allah perhiaskan sesuatu yang di bumi.

Salah satunya adalah diri kita yang Allah ciptakan tubuh badan dengan sebaik-baik kejadian. Sememangnya membahagiakan apabila kita menghayati kecantikan yang Allah persembahkan pada kita semata-mata agar kita menjadi orang yang memikirkan kekuasaan-Nya, lalu membawakan diri kepada takwa.

Mungkin akan ada gangguan daripada orang lain yang beragam bentuk sama ada siulan atau pandangan yang bersyahwat khususnya para lelaki. Maka, dalam urusan interaksi ini, kita cuba melihat dimensi berbeza selain daripada merasa sakit atau loya dengan perangai mereka.

Perlulah kita tahu bahawa mereka sama sekali tidak akan tertarik melainkan hal itu menjadi kekaguman dan pesona yang indah bagi mereka. Oleh itu, jikalau mereka terpesona dengan dirimu, maka bukankah itu tanda dirimu seorang yang cantik lagi jelita?

Atas hal itu, maka bersyukurlah kepada Allah Ta*ālā atas karunia yang dia berikan kepada kita yang berupa keindahan. Sesungguhnya hal itu bukan sahaja memberikan pahala dan rahmat terhadap kita, bahkan Allah menjanjikan pertambahan nikmat bagi mereka yang bersyukur.

Jika engkau bersyukur, maka mudah-mudahan Allah akan perhiaskan lagi kecantikanmu sehingga tiada yang akan mampu tertanding dengan pesona dirimu. Jika tarikan makanan yang enak dinikmati adalah pada memakannya selain aromanya dan aksesori padanya, maka tarikan pada wanita adalah pada keghairahan seksual.

Dari penelitian daripada 700 orang wanita, tiga perempat daripada mereka menyatakan bahawa keterujaan terhadap buah dada adalah tidak memudaratkan. Tujuh puluh peratus menganggap bahawa kebanyakan lelaki adalah penggiur buah dada'. "Ia membuatkan saya sangat asyik dan ada sesuatu tentang organ seksual itu", kata Rachel; 23 tahun. [Rujuk : http://www.menshealth.com/sex-women/breasts].

Bahkan, kesukaan terhadap buah dada bukan pada lelaki sahaja, tetapi kadangkala wanita sendiri lebih menyukainya daripada orang lain. Enam puluh dua peratus menyatakan bahawa ia lebih mengujakan untuk ditanggalkan pakaian bahagian dadanya berbanding bahagian farajnya dan tujuh puluh lapan peratus menyatakan lebih untuk memilih kedudukan tegak berdiri dalam seks kerana ia mempamerkan buah dada mereka semasa seks.

Mereka juga menjadikannya sebagai kepentingan mereka. Lapan puluh tujuh peratus menyatakan bahawa wanita yang berusaha untuk mempamerkan buah dadanya layak mendapat layanan istimewa. "Wanita sepatutnya bangga dengan buah dada mereka. Ia adalah keajaiban dalam evolusi, serba guna seperti pisau tentera Swiss, penyuap bayi, penambah keseronokan dan perolehan sanjungan", kata Vicky; 23 tahun. [Rujuk : http://www.menshealth.com/sex-women/breasts].

Sebenarnya, bukan semua budaya yang mempunyai rasa kesukaan seksual terhadap buah dada. Dalam kajian 191 budaya pada tahun 1951, Chellan Ford dan Frank Beach melaporkan bahawa hanya 13 budaya yang menganggap bahawa buah dada sebagai bahagian penting seksual [Rujuk : http://www.askmen.com/news/dating/why-do-men-love-breasts-so-much.html]

Dalam sebuah bab pada buku «Breastfeeding : Biocultural Perspectives» (1995) karya Adlin de Gruyter, ahli antropologi kebudayaan, Katherine Dettwyler menyatakan bahawa menceritakan kepada kawan di Mali tentang pra-seks yang melibatkan buah dada menyebabkan respons berjulat dari mengkagetkan kepada menakutkan.

Bagaimana jua pun, mereka menganggap bahawa ia tidak natural, kelakuan miang dan mendapati sangat sukar untuk mempercayai bahawa lelaki boleh ghairah dengan buah dada wanita atau wanita mendapati aktiviti itu menyeronokkan. Dalam sudut pandang kebudayaan, lelaki tidak begitu tertarik secara biologi melainkan ia dilatih dari awal usia untuk memperoleh rasa erotik. "Jelasnya bahawa manusia boleh belajar untuk melihat buah dada sebagai tarikan seksual. Kita boleh memilih buah dada panjang yang terjumbai atau buah dada tegak yang berhemisfera", tulis Dettwyler. [Rujuk : http://www.livescience.com/23500-why-men-love-breasts.html]

Terdapat hipotesis sains yang menyatakan bahawa buah dada yang dibesarkan lagi dipadatkan adalah sememangnya untuk tujuan seksual. Hal itu semata-mata supaya menggalakan perhubungan pasangan. Larry Young; seorang professor psikiatrik di Universiti Emory yang mengkaji dasar neurologikal pada perlakukan sosial yang kompleks menyatakan bahawa jika dahulu ia berfungsi sebagai pertalian ibu dan bayi ketika penetekan, sekarang ia mempengaruhi litar otak untuk memperkuatkan di antara pasangan juga. Hasilnya ialah lelaki menyayangi bayi dan pasangannya. Apabila tetek wanita terangsang ketikamana penetekan, okistosin neurokemikal atau dikenali sebagai dadah cinta membanjiri otaknya yang membantunya untuk fokus perhatian dan curahan kasihnya terhadap bayinya. Namun, litar ini tidaklah dieksklusfkan hanya untuk bayi.

Kajian baru-baru ini menemukan bahawa stimulasi tetek meningkatkan kegahirahan seksual yang tinggi dalam majoriti wanita dan ia mengaktifkan bahagian yang sama pada otak ketikamana stimulasi vagina dan klitoris. Ketikamana pasangan seks menyentuhnya, menraba atau menggigitnya, Young berkata, ini mencetuskan perembesan oksitosin pada otak wanita sepertimana bayi ketikamana diasuh. Akan tetapi, pada konteks ini, oksitosin fokus pada perhatian wanita terhadap pasangan seks, mengukuhkan keinginannya untuk berhubung dengan orang itu. Dengan kata lain, lelaki boleh membuatkan ia lebih diidamkan untuk diri mereka sendiri dengan merangsangkan buah dada wanita ketikamana praseks dan seks. [Rujuk : http://www.livescience.com/23500-why-men-love-breasts.html].

🄲 Seks Merupakan Sesuatu Yang Normal Sekalipun Di Dalam Syurga

Apabila berbicara mengenai seks, ia bukan semata-mata hanya untuk produksi anak, tetapi untuk menghasilkan keseronokan di antara dua pasangan dan memberikan hiburan untuk individu. Penyebutan ini sebagai bukti yang ampuh untuk membenarkan perkara ini.

Adakah penyebutan buah dada itu sekadar untuk menyusukan anak? Pastinya tidak. Bahkan, penghuni syurga dikuatkan tenaga syahwatnya sebanyak seratus orang :

حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ ، حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ ، عَنْ ثُمَامَةَ بْنِ عُقْبَةَ ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ قَالَ : أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ مِنَ الْيَهُودِ فَقَالَ : يَا أَبَا الْقَاسِمِ ، أَلَسْتَ تَزْعُمُ أَنَّ أَهْلَ الْجَنَّةِ يَأْكُلُونِ فِيهَا وَيَشْرَبُونَ ؟ وَقَالَ لِأَصْحَابِهِ : إِنْ أَقَرَّ لِي بِهَذِهِ خَصَمْتُهُ . قَالَ : فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : بَلَى وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ ، إِنَّ أَحَدَهُمْ لَيُعْطَى قُوَّةَ مِائَةِ رَجُلٍ فِي الْمَطْعَمِ وَالْمَشْرَبِ وَالشَّهْوَةِ وَالْجِمَاعِ . قَالَ : فَقَالَ لَهُ الْيَهُودِيُّ : فَإِنَّ الَّذِي يَأْكُلُ وَيَشْرَبُ تَكُونُ لَهُ الْحَاجَةُ . قَالَ : فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : حَاجَةُ أَحَدِهِمْ عَرَقٌ يَفِيضُ مِنْ جُلُودِهِمْ مِثْلُ رِيحِ الْمِسْكِ ، فَإِذَا الْبَطْنُ قَدْ ضَمُرَ

Abū Mu*āwiyah telah merawi hadis kepada kami Al-A*maš telah merawi hadis kepada kami Daripada umāmah bin *Uqbah Daripada Zayd bin Arqom, dia berkata Seorang lelaki daripada Yahudi datang kepada Nabi -ollallāhu *alayhi wasallam-, lalu dia berkata: "Wahai Abū al-Qōsim, adakah engkau mendakwa bahawa ahli syurga memakan dan meminum di dalamnya?". Dia berkata kepada temannya: "Jika dia menetapkan akan hal ini, maka dia adalah musuh bagiku". Rasulullah ṣollallāhu *alayhi wasallam- berkata: "Benar. Demi diriku yang di tangan-Nya. Sesungguhnya setiap seorang daripada mereka benar-benar diberikan kekuatan sebanyak seratus lelaki pada selera makan, minum, syahwat dan setubuh". Dia berkata Yahudi berkata kepadanya: "Maka, sesungguhnya yang memakan dan yang meminum akan berkumuh baginya"". Dia berkata Rasulullah -ollallāhu *alayhi wasallam- berkata: "Kumuh setiap orang daripada mereka adalah peluh yang mengalir dari kulit-kulit mereka semisal wangian kasturi. Maka, perutnya menjadi mengecut". [Musnad Aḥmadno. 18932].

Ini menunjukkan bahawa seks adalah aktiviti yang menghasilkan keseronokan dan kenikmatan dari dunia hinggalah ke akhirat dan lebih diberi perhatian berbanding meneruskan generasi. Ini adalah realiti yang pasti tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Cara Santa Maria dalam penulisannya yang berjudul «Is Sex For Pleasure Uniquely Human?» di portal Huffington Post menyatakan bahawa dalam budaya manusia, seks adalah sesuatu yang lebih daripada pemaknaan untuk reproduksi. Seks adalah emosional. Seks adalah komunikatif. Seks adalah keseronokan. Apabila kita berbicara mengenainya, untuk kebanyakan kita, seks merasa enak. [Rujuk : http://www.huffingtonpost.com/2011/11/13/sex-for-pleasure_n_1090811.html].

Sebab itulah Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wa ālihi wasallam- bersabda :

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ ، مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ ، وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ

"Wahai sekalian pemuda! Barangsiapa yang berkemampuan pada pembekalannya, maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan". [Ṣoḥīḥ MuslimKitāb an-Nikāḥno. 2577].

Rasa syahwat yang menggemari seks dan berseronok dengannya adalah suatu rasa semulajadi yang ada pada diri manusia. Dengan adanya pasangan sepermainan menjadi teman romantik di ranjang, maka gelojaknya dapat diredakan melalui asmara yang penuh mesra dan intim. Dengan itu, terpeliharalah mata daripada meliar dan kemaluan daripada membuas jika dibiarkan tertambat terlalu lama dan tidak dipedulikan.

Inilah apa yang dituntut dalam hadis ini. Perkahwinan menjadi wadah melepaskan segala keseronokan yang terpendam dan tersimpan. Sesiapa yang menyusahkannya, dia sebenarnya telah menternak binatang buas kepada generasinya.

Seks sebagai suatu keseronokan juga tel diwariskan semenjak dari awal ketamadunan manusia. Iaitu, mereka menjadikan seks sebagai suatu aktiviti yang lebih daripada sekadar membina generasi. Steve Albrecht DBA dalam penulisannya yang berjudul «Everything End Up As Pornography» dalam portal Psychology Today membawa rentetan sejarah betapa kebudayaan seks memang sebati dalam ketamadunan. Bermula daripada lukisan manusia yang menyerupai badan yang bogel dan perlakuan seks pada 40,000 tahun yang lalu di gua yang terletak di Sulawesi, Indonesia, El Castillo di utara Sepanyol dan Chauvet di Perancis sehingalah era teknologi elektronik dan digital serta globalisasi yang kita saksikan di skrin televisyen, komputer atau telefon. Bahkan, sehingga pembangunan robot dan realiti maya yang semata-mata untuk merealisasikan cetusan erotik yang lebih aksesibel [Rujuk ᗒ https://www.psychologytoday.com/blog/the-act-violence/201504/everything-ends-pornography].

Semua ini bukti bahawa budaya yang menerima seks sebagai suatu riadah yang menghiburkan sememangnya meluas, semulajadi dan normal, tetapi cara ekspresinya berbeza menurut masing-masing dan budaya tersendiri serta zamannya tersendiri.

Bagaimana apa pun tamadun dan masyarakat itu, sememangnya seks merupakan suatu hiburan yang pasti mendapat tempat kerana ia adalah rutin harian dan kerap dalam sesebuah masyarakat. Sudah tentu akan adanya perkembangan dan pembangunan daripadanya dengan pelbagai aspek.

Hika gajet yang menjadi penggunaan harian akan menerima impak produktiviti dalam menghasilkan sesuatu yang lebih luas daripada sedia ada, bagaimana mungkin hal seksual akan terhimpit dalam ruangan terhad sahaja?

🄳 Bangkitnya Rasa Syahwat Dan Geloranya Serta Merasa Asyik Terhadap Itu Sendiri Tidaklah Salah

Sememangnya apabila Allah menyebutkan buah dada semestinya akan ada unsur emotif padanya apabila dibacakan, iaitu terbangkitnya rasa syahwat, lalu bergelora dan asyik terhadap ungkapan kalimat Allah yang agung. Kita tidak boleh menafikan akan hakikat ini kerana jika orang-orang beriman apabila disebutkan nama Allah kepada mereka, pasti merasa gentar terhadapnya,.

Mana mungkin kalam-Nya tidak akan memberi apa-apa kesan emosi, perasaan dan respons internal di jiwa? Firman Allah Ta*ālā :

اللَّـهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُّتَشَابِهًا مَّثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ ۚذَٰلِكَ هُدَى اللَّـهِ يَهْدِي بِهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَمَن يُضْلِلِ اللَّـهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ

"Allah menurunkan sebaik-baik perkataan yang saling menyerupai lagi berulang ayatnya, lalu menjadi menggigil kulit orang-orang yang takut kepada tuhan mereka kerananya, kemudian menjadi tenteram kulit mereka dan jantung mereka ketika mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah yang Dia berikan kepada yang Dia kehendaki. Sesiapa yang Allah sesatkan, maka tiada petunjuk baginya". [Surah az-Zumar ayat 23].

Lihatlah terhadap ayat ini bahawa Allah menurunkan al-Quran sememangnya akan ada wujud unsur emotif di dalamnya. Ia bukan bacaan dan telaahan yang biasa-biasa atau basi-basi sahaja sehingga jiwa tidak hidup dengan rasa yang dihidangkan oleh al-Quran. Maka, usah merasa janggal lagi tatkala penyebutan ini dipamerkan yang sememangnya untuk membawa kita kepada keasyikan terhadap syahwat. Perasaan ini sudah sememangnya semulajadi dan dinikmati selagimana manusia itu bernafas.

Saya tidak tahu atas alasan apa lagi yang cuba didalihkan oleh sebahagian orang untuk dilontarkan orang-orang yang menganggap dosa terhadap rasa syahwat. Jika tidak mahu menganggapnya dosa, apa yang mereka buat adalah sekurang-kurangnya ia akan dianggap sebagai kewujudan yang dikeji dan dipandang jelek.

Sesungguhnya ini adalah cubaan melanggar arus anugerah Allah yang kurniakan pada hamba-Nya. Seakan-akan apabila Allah sebutkan unsur seksual secara eksplisit ini, dia menganggap bahawa Allah mahukan hamba-Nya merasa gerun atau geram atau sedih terhadapnya! Ini adalah jungkiran perasaan yang hilang kewarasan penilaian emosi! Ini juga jelas bahawa dalil ampuh bahawa syahwat bukanlah dosa secara mutlak.

Sememangnya memadai untuk mencirikan bidadari syurga sebagai ₍Azwāj Muṭohharoh₎ (أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ), iaitu pasangan-pasangan yang disucikan atau ₍Ḥūr *Īn₎ (حُورّ عِينٌ), iaitu bidadari yang bermata bulat hitam, tetapi apakah penyebutan ₍al-Kā*ib₎ hanya sekadar sisipan sahaja?

Ini sebab Allah ingin mencuit perasaan kita sehingga keasyikan yang tidak tertanggung melalui penyebutannya secara eksplisit. Ia juga sememangnya perasaan semulajadi manusia yang dia menyukai dan menikmatinya. Jadi, untuk apa benamkan kelazatannya dengan menjadi manusia yang tidak terasa apa-apa dengan penyebutan kalam yang Maha Mulia, apatah lagi membentaknya atas dasar sentimental yang bengis dan panas baran?

🄴 Adanya Perhatian Terhadap Isu Seksual

Tidak dapat tidak, perkaitan dengan unsur seksual pasti tidak terlepas dalam hal ini. Oleh sebab ia berkaitan dengan seksual dan ia pun adalah suatu lumrah yang wujud dalam syurga, tentu sahaja fenomena atau kejadian ini akan memberikan impak kepada pembukaan pelbagai diskusi. Selagi adanya peristiwa, selagi itulah ada perbincangan tentangnya. Semakin besar temanya dan dominasi dalam masyarakat, maka semakin hebat wacana yang akan berkembang.

Justeru, mengapa isu seksual ini dibuka secara eksplisit? Ia bukan semata-mata untuk mengkhabarkan kenikmatan atau kenormalan yang ada dalam syurga. Ini menunjukkan bahawa isu seks ada perhatian yang penting dalam kehidupan. Seperti penyebutan bantal-bantal yang tersusun dalam penyebutan nikmat syurga di dalam al-Quran, semestinya ada refleksi dalam kehidupan seharian kita.

Apapun topik yang akan menyusul untuk membedah pengetahuan tentangnya, yang pasti penyebutannya bukan sesuatu yang sia-sia. Apakah isu-isu seksual ini langsung tidak ada kepentingan untuk ditaruh perhatian setelahmana kitab ini menghamparkan lembaran tentang perkara ini? Pasti tidak mungkin.

Oleh sebab seks ada perhatian dalam agama ini, maka seharusnya kita perlu terkedepan dan menjadi paling maju dalam kajian ini. Kita patut malu jika kita menjadi golongan yang ketinggalan dan dependen dengan golongan lain dalam memenuhi keperluan ini.

Agama ini adalah agama ilmu. Tidak sepatutnya kita hanya kekal di takuk kebodohan dan lemah semangat dalam kemajuan ilmu. Kalau Yang Maha Benar secara eksplisit menyampaikan khabar seperti ini, maka kita sewajarnya berani untuk kebenaran dan pengetahuan yang jitu.

Namun, malangnya, realiti tidak seperti itu. Kita terlebih melayani sentimen berbanding untuk bersikap waras. Antara buktinya adalah apabila ada pendakwah wanita membuka wacana untuk wanita memperoleh kepuasan dan kenikmatan hubungan intim dengan suami, pasti kita akan melihat respons negatif dan cercaan kerana ia dianggap seolah-olah sedang membuka topik lucah dan tidak merasa malu dengannya.

Sebenarnya mereka tidak melihat realiti bahawa permasalahan kesukaran wanita untuk mendapatkan kenikmatan itu seringkali diadukan kepada ahli terapi seks atau mereka yang berkeahlian dengannya. Seolah-olah pendidikan untuk mencicip kelazatan salah satu daripada kebahagiaan rumah tangga boleh diketepikan dan dipandang remeh.

Ya. Sememangnya ia memang menimbulkan rasa malu dan kejutan yang menggetikkan jiwa, tetapi apa hak kita untuk menghalang dari menyampaikan kebenaran yang dapat membantu keperluan pembinaan hubungan akrab antara suami dan isteri? Bukankah antara tugas seorang pendakwah adalah menjadi penyelesai kepada kemelut yang mewabak dalam umat ini?

Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran. Jika itu adalah kebenaran yang memenuhi hajat yang diharapkan untuk umat, maka ajarilah dan sampaikanlah. Jika tidak ada yang menyampaikan, siapa lagi?

Seks adalah suatu aktiviti rutin dalam sesebuah masyarakat. Yang rutin inilah yang perlu diberi perhatian. Ia bukan sahaja melibatkan kesihatan dan keselamatan, memperoleh kepuasan adalah salah satu cara supaya pertalian suami isteri tidak hambar dan retak meluka.

Jika Allah membuka cerita secara ekspilisit supaya hamba-Nya terusik dan terhibur dengannya, lalu timbulnya pertalian yang rapat antara dia dengan kalam-Nya, lantas apakah wajar seseorang menganggap kecil isu kenikmatan hubungan kelamin?

🄵 Keharusan Untuk Menggunakan Ungkapan Eksplisit Dalam Rangka Pengakraban Hubungan

Sudah cukup untuk mencirikan bidadari syurga sebagai ₍Azwāj Muṭohharoh₎ (أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ), iaitu pasangan-pasangan yang disucikan atau ₍Ḥūr *Īn₎ (حُورّ عِينٌ), iaitu bidadari yang bermata bulat hitam, tetapi apakah penyebutan ₍al-Kā*ib₎ hanya sekadar suka-suka sahaja?

Telah diterangkan tadi bahawa penyebutan ini dalam kerangka komunikasi-Nya untuk mengasyikkan hamba-Nya secara kuat, lalu semakin erat jalinannya dengan kalam Yang Maha Agung. Ini menunjukkan bolehnya menggunakan kalimah yang eksplisit dalam kerangka yang sama untuk erat perhubungan, khususnya suami isteri.

Dalam al-Quran, ada sepuluh lafaz yang digunakan untuk menunjukkan makna persetubuhan atau persenggamaan. Iaitu, ₍Atā₎ (أَتَى), ₍Massa₎ (مَسَّ), ₍Lāmasa₎ (لَامَسَ), ₍Bāšaro₎ (بَاشَرَ), ₍Istamta*a₎ (اسْتَمْتَعَ), ₍Afḍō Ilā₎ (أَفْضَى إِلَى), ₍Daẖola Bi₎ (دَخَلَ بِ), ₍Taġoššā₎ (تَغَشَّى), ₍Qoroba₎ (قَرَبَ) dan ₍Rofaṯa Ilā₎ (رَفَثَ إِلَى). Adakah kebetulan lafaz ini digunakan? Adakah Allah bersikap lalai dalam memilih lafaz berkenaan?

Yang paling menarik adalah perkataan ₍Rofaṯa Ilā₎ (رَفَثَ إِلَى) adalah kinayah kepada hubungan seks, sedangkan maksud asalnya adalah berkata-kata kotor. Apakah ini sekadar kalimah yang disebutkan tanpa mempeduli etimologi yang memberi kesan makna, rasa dan penghayatan?

Ini bermaksud salah satu elemen hubungan seks ada penggunaan kata-kata kotor dalam menyalakan rangsangan dan kimia antara pasangan. Bagaimana mungkin ini dapat direalisasikan jika tidak menggunakan ungkapan yang eksplisit?

Begitu juga bagaimana mungkin ungkapan sebegini dapat diserapkan dalam pengetahuan dan idea jika masyarakat sekitarnya tidak begitu giat dalam merutinkannya sehingga dapat mempengaruhinya?

Sesungguhnya Allah menggunakan lafaz ini untuk sebuah makna yang positif, bahkan dalam perbincangan surah dan ayat ini adalah bukti yang nyata bahawa Allah secara eksplisit menyebutkan sesuatu yang tampak seperti tidak senonoh.

Justeru, mempelajari dan menguasainya adalah pembinaan karakter yang dapat mencipta kreativiti seseorang dalam berbahasa, seterusnya dapat mempraktikalkan jalinan yang berkimia antara dua insan. Maka, adab dan akhlak bukanlah semestinya perlu bebas dari unsur bicara kotor, tetapi ia suatu adab dan akhlak jika masing-masing dapat merasa senang dan seronok, seterusnya tercipta keakraban apabila ia dijadikan modal konversasi.

🄶 Meruntuhkan Rasa Getik Terhadap Kadar-X

Saya tidak tahu apa motif seorang muslim paparkan teks agama lain yang berunsur kadar-X sebagai modal untuk memalukan penganut agama itu. Saya tidak fikir itu perbuatan yang bijak, apatah lagi perbuatan itu adalah memakan dirinya sendiri kerana dalam teks agama Islam pun ada juga yang berunsur kadar-X. Ini adalah contoh yang jelas.

Justeru, tidak ada hak untuk bagi mana-mana muslim menggunakan modal ini sebagai penerajang terhadap penganut agama lain. Inilah dampaknya apabila elemen seks itu dianggap sesuatu yang keji, getik lagi jijik. Rasa acah-acah suci yang kononnya tidak berasosiasi dengan seks inilah sebenarnya menatijahkan perbuatan tidak waras dan tidak bermoral sebegini.

Apabila ia dianggap keji, getik lagi jijik, tidak semena-mena pihak yang terlibat dan terbabit dengannya juga akan dianggap sama. Apa yang terjadi pada kes ini baru salah satu daripadanya. Ada lagi kesan lebih banyak akibat tanggapan seksnya berdasarkan pandangan yang penuh dengan cemuhan dan rasa menyampah.

Adakah apabila Allah eksplistikan sifat bidadari seperti itu untuk mengeji? Memang seks ada konontasi yang memalukan, tetapi adakah itu sebab yang membenarkan seseorang itu untuk memulaukan dan mengherdik segala apa yang berkaitan dengan seks? Tidak perlulah berlebihan dalam acah-acah suci.

Seks adalah aktviti yang kita nikmatinya dan kita dambakannya lagi dan lagi. Unsur-unsur seks pasti ada dalam mana-mana budaya kerana ia adalah sesuatu yang wujud dan biasa dalam kehidupan seharian. Berbanding kita melagak suci dan membenci, lebih baik kita menerimanya secara matang tanpa menyimpang.

No comments:

Post a Comment