Saturday, May 2, 2020

Diari Diri : Puisi : Sekalipun Engkau Seorang Pendosa

Sekalipun engkau seorang pendosaܦ
jangan kau malu, jangan pula kau
membenamkan gagah beranimu
melantangkan suara kebenaran
memperhebat perjuangan keadilan
berkobar semangat melawan kebatilan,
mengerahkan penghabisan usahamu
untuk kefaqihan yang terunggul
kekal istiqamah lagi teguh dengan
amal kebajikan yang telah kau
biasa dan senang dengannya.

Sekalipun engkau seorang pendosa
patutkah mereka berkata:
"Senyaplah wahai si cendala!
Engkau tidak ada hak untuk berbicara!
Kekallah engkau di sana!"?
lalu
ߨ sengaja menutup telinganya
dari mendengar secara saksama?

Sekalipun engkau seorang pendosaܦ
sematlah dalam ingatan bahawa
jiwa manusia berwarna-warni
tiada seorang jernih putihnya
mahupun murni hitamnya
jika engkau tetap enggan
tunduk pada dusta kebatilan
meluat terhadap kebejatan
membantah penyelewengan
ޱ
bukankah telah pun engkau
menempa warna-warna kebaikanmu
meskipun kau menanggung bersama
dosa yang melumurkan dirimu
dengan warna-warna yang dicela?
sekarang renungkanlah
apakah berbaloi herdikan seperti itu?

Sekalipun engkau seorang pendosaܦ
sedarlah bahawa mata manusia
boleh jadi seumpama sang lebah
sentiasa terpikat dengan haruman madu
jika mereka seperti itu
ޱ
hujahmu dan pendapatmu
dipertimbangkan dan diambil berat
tanpa diskriminasi dan dizalimi
bernilai bak mutiara dihargai
meski terselaput dalam
lumpur yang melekit
atau seumpama sang lalat
gemar menghinggap kotoran
jika mereka seperti itu
ޱ
sekecil berlian menjerepet pada batu
itupun tidak akan dirasakan cukup.

Sekalipun engkau seorang pendosaܦ
manusia boleh buat apa sahaja
untuk menampakkan nilai kamu
tidak punya makna apa-apa
baik pada penampilanmu,
baik pada usiamu dan pengalamanmu,
baik pada latar belakang pendidikanmu,
baik pada pekerjaanmu dan bidang kerjayamu,
supaya kau kekal senyap
terus diperbodohkan, diperlekehkan,
supaya mereka ada dalih
bahawa kebenaran seolah-olah tidak jelas
menyata pada mata mereka
yang tidak berbohong penyaksiannya
telah berkerlipan sinar kebenaran,
sekarang renungkanlah
apakah berbaloi herdikan seperti itu?

Sekalipun engkau seorang pendosaܦ
tidaklah aku mengatakan 
tidak perlu engkau peduli dengan dosamu,
biarkan sahaja seperti biasa,
anggap sahaja ia adalah normal,
aku cuma ingin mengatakan bahawa
jangan putus asa dengan rahmat Allah
sentiasalah sedar bahawa selagi kau hidup
ܦ
kau masih punya ruang seberhaknya
untuk serlahkan kebaikanmu yang terpuji,
memaksimumkan keunggulanmu yang mulia,
baiki kenistaanmu yang memalitmu,
jika kau perlu berdepan dengan hukuman
untuk mengadili kerosakanmu
ܦ
maka terimalah meski kau resah dan takut
mudah-mudahan Dia menggantikan
keburukan yang kau berusaha
menghapuskan dari dirimu
kepada kebaikan yang Dia redhai.

No comments:

Post a Comment