Tuesday, May 5, 2020

Diari Diri : Jika Ada Ideologi Yang Boleh Saya Nisbahkan Kepada Diri Saya

Masing-masing dalam setiap individu akan ada pemahaman yang diperjuangkan dan dijadikan pengamalan hidup yang berupa pemikiran, persepsi atau pengamalan peribadi. Kadangkalaܦ mereka tidak menamakan secara spesifik atau tidak mengetahui nama bagi ideologi dan fahaman tersebutߨ tetapi bukan bermakna ia tidak mengandungi apa-apa inti dalamnya. Hanya nama sahaja yang tidak dinisbahkan.

Di sini saya kongsi ideologi yang saya berpegang padanya supaya kita boleh mengenal antara satu sama lain dan merapatkan jurang pemahaman kita dalam interaksi.

Dalam isu agama saya bermanhaj ahli sunnah. Namunߨ jika ada ideologi yang boleh saya nisbahkan untuk diri saya sendiri adalah saya adalah seorang pascasalafi (post-salafist), bukan salafi semata-mata.

Istilah ini saya lihat ia tidaklah begitu popular dan masih belum ada definisi yang jelas untuknya. Jika ada punޱ ia tidak menepati dasar ilmu yang diperlukan dan samar-samar. Makaߨ dalam penulisan ini saya ambil inisiatif untuk membuat pendefinisian yang boleh dipegang secara bersama serta alasan saya untuk menggerakkan dan memperjuangkan ideologi ini.

Mungkin timbul persoalan; mengapa saya memilih salafi sebagai teras kepada proses mencipta pasca? Saya sebenarnya berpegang kepada ideologi salafi sebagai batu asas dan penggerak kepada perletakan metodologi dalam kefahaman dan perjuangan agama. Apa sahaja penafsiran akan dimenangkan kepada ideologi salafi yang bukanlah atas dasar ketaksubanߨ tetapi dasar disiplin ilmu yang sistematik.

Pun begituߨ setelah melalui penelitian yang mendalam saya meyakini bahawa kita memerlukan penafsiran, pendekatan dan wajah baharu yang lebih segar dan lebih relevan untuk mendepani pelbagai cabaran dan perubahan di hadapain kita. Jika kekal dalam keadaan sedemikianߨ kita akan berhadapan dengan pelbagai masalah yang saya akan terangkan kemudian.

Momentum salafi perlu dikekalkan memandangkan ideologi ini pada pengamatan saya sememangnya kejituan yang kukuh dalam keseimbangan titik cerapan. Namunߨ adakalanya aliran itu terbentuk secara kolektif oleh majoritiߨ lantas majoriti itu dijadikan foundasi asas, estalibisimen dan menjadi kesepakatan bagi orang yang terkemudian yang belajar, mengajar dan berjalan di atas aliran ini. Kemudianߨ sesiapa sahaja yang menyalahinya akan dianggap tidak cukup salafi walaupun ia adalah sebahagian daripada yang diterima, dipraktikkan dan diamalkanߨ khususnya daripada pendahulu dan fasa awalnya.

Kita ambil contoh pada aliran ahli sunnah itu. Mereka yang terkemudian bersepakat bahawa Abū Bakr semoga Allah meredhainya adalah lebih tinggi kedudukannya berbanding para Sahabat semoga Allah meredhai mereka yang lain. Akan tetapiߨ dalam kalangan ahli sunnah terdahulu terdapat segelintir ahli sunnah yang melebihkan Aliyy bin Abū Ṭōlib semoga Allah meredhainya berbanding yang lain. 

Ini adalah seperti Āmir bin Wāṯilah sepertimana yang disebutkan Ibn ajar al-Asqolāniyy dalam «al-Iṣōba Fī Tamyīz a-oḥābaẗ» dan al-akam bin Utaybah sepertimana yang disebutkan a-ahabiyy dalam «Siyar Alām an-Nubalā^». Malahߨ Ibn Abdul Barr dalam «al-Istīāb Fī Marifa al-Aṣḥāb» menyebutkan bahawa salaf berselisih pandangan dalam pelebihan Aliyy bin Abū Ṭōlib semoga Allah meredhainya berbanding Abū Bakr dan Umān -semoga Allah meredhai mereka berdua-. 

Sebegitu juga keluar menentang pemerintah penindas. Ibn Ḥazm dalam «Marōtib al-Ijmā» yang membantah dakwaan ijmak terhadap penegahan ini. Malahߨ Ibn Ḥajar al-Asqolāniyy dalam «Tadīb at-Tadīb» pada pembiografian al-asan bin Ṣōli al-Hamdāniyy menyebutkan bahawa pandangan keluar menentang pemerintah penindas adalah mazhab salaf yang terdahulu.

Di sini jelas bahawa kalau ini yang berlaku pada ahli sunnahޱ maka yang menjadi kefahaman kepada salafi pada hari ini tidak semestinya mencerminkan apa yang sebelum daripada orang yang terkemudian membuat persefahaman secara kolektif sama ada tertulis atau diwarisi secara lisan atau terus menjadi tradisi zaman-berzaman secara tidak langsung sehingga ia terestaliblisi dalam identiti salafi. 

Ini bukanlah salah manhaj atau aliran salafi itu sendiriߨ tetapi ia adalah pembentukan kolektif daripada yang terkemudian untuk menyesuaikan pengenalan yang lebih harmoni. Ini tidaklah salah kerana sememangnya lumrah kepada zaman pengasasannya atau kemunculannya memiliki pelbagai tafsiran, pandangan dan prinsipߨ lalu yang terkemudian mencorakkan secara kolektif dan mendominasi supaya pengidentitian lebih stabil dan mudah untuk dikenali.

Oleh ituߨ apabila saya mengusulkan pascasalafiޱ bukan bermakna saya sebenarnya menyalahi salafi itu sendiri atau menganggap bahawa terdapat kekurangan bagi aliran salafi. Yang saya maksudkan adalah penafsiran baharu daripada beberapa yang menjadi kolektif secara dominan sama ada yang dahulu atau sekarang untuk menampilkan wajah yang lebih realistik, lebih konsisten dan lebih segar daripada apa yang menjadi establisimen.

Sepertimana yang jelas tadi bahawa apa yang menjadi kolektif kepada pendirian ahli sunnah yang terkemudian tidak semestinya berasaskan yang terdahulu. Bukan bermakna ahli sunnah itu adalah salah atau mempunyai kekurangan. Sebegitu juga dengan salafi.

Kolektiviti walaupun tidak mencerminkan apa yang sebenarnya atau keseluruhan daripada suatu kelompok, aliran pemikiran dan manhaj sepertimana yang minoriti juga tidak sedemikianޱ ia tetap penting kerana itulah yang menstabilkan pengidentitian dan mampu menjadi teras utama dalam perujukan jika ada permasalahan atau kemusykilan yang berkaitan dengan identiti.

Mana-mana mereka yang terkemudian daripada aliran yang dinisbahkan kepadanya pun membuat peraturan, pendirian, prinsip dan metodologi secara kolektif supaya identiti bagi sesebuah aliran itu nyata. Akan tetapiߨ kita semua perlu akui bahawa adakalanya yang terkemudian pada sebahagian perkara tidak sama seperti dahulu atau sebahagian orang daripada aliran itu memiliki keunikan yang tersendiri yang tidak ada pada majoritinya. Lantasߨ ini bukan bermakna ia bukan menyalahi aliran itu sendiriߨ tetapi ia tidak diterima dalam lingkungan kolektiviti sahajaߨ bukan semestinya aliran itu sendiri.

Perkara ini perlu dihadam dengan baik sama ada orang luar atau orang di dalamnya. Ini agar kita tidak mengeluarkan seseorang kelompok atau pendapat tersebut tidak mewakili pandangan itu disebabkan ia tidak sepertimana pandangan kolektif yang terkemudian. Selagimana masih dalam landasan asasnya dan lingkungannyaޱ sebahagian pendapat atau sebahagian manhaj pilihannya yang berbeza tidak mewajarkannya untuk diketepikan dan diasingkan.

Apabila disebutkan salafiߨ ada empat ciri yang menjadi identiti kepada salafi seperti berikut dan saya akan menyertakan bersama perbandingan antara salafi semata-mata dengan pascasalafi.

Pertamaߨ salafi merupakan golongan ortodoks. Ortodoks menurut pendefinisian kamus Cambridge adalah kepercayaan, idea atau aktiviti yang dikira bertradisi, normal dan diterima oleh kebanyakan orang. Makaߨ di sini ada dua perkara yang ingin disentuh؛ iaitu tradisi dan penerimaan.

Oleh sebab mereka adalah ortodoksߨ secara automatiknyaܦ mereka adalah tradisionalis. Mereka sangat berpegang kepada nilai-nilai yang dibawa oleh para pendahulu yang hidup pada zaman kurun ketiga yang awal. Tidak menghairankan perkara pertama yang ditekankan adalah kepentingan untuk mengembalikan pemikiran dan pemahaman kepada jalan yang ditempuh oleh para pendahuluߨ selain berpegang kepada Quran dan sunnah.

Pendapat mereka dan praktik hidup mereka sering sahaja diketengahkan dan dibesar-besarkan sehingga menjadi dominan. Malahߨ ada yang keterlaluan menganggap bahawa mana-mana isu yang tidak dibahaskan oleh salafޱ maka ia adalah salah.

Kita juga perlu terbuka dengan pendapat, kajian dan pembawaan mereka yang terkemudian serta yang kontemporari yang di landasan di atas Quran dan sunnah. Kita tidak boleh bersikap lapuk dan rigid untuk menerima keluasan atau pembaharuan yang terbukti kebaikan dan kebenarannya. Atas sebab itu pascasalafi adalah pascatradisionalis.

Kita mengambil nilai yang ditekankan dan diadaptasi oleh mereka yang terkemudian tanpa mengesampingkan ajaran-ajaran pendahulu. Kita terbuka menerima perubahan dan beradaptasi dengannya tanpa mengenepikan warisan tradisional yang mulia.

Kita menghargai sumbangan para pendahulu dan mengakui sinar gemilang yang menyala pada zaman itu, namun zaman yang berbeza melahirkan cabaran yang berbeza. Jika kita terlalu tenggelam dalam nostalgia lamaޱ kita tidak akan dapat mendepani realiti.

Bilal Muhammad dari Kanada pernah berkata: Aku pernah memihak kepada idea tentang ulama yang hidup dalam keterasingan dan mencabut dari mana-mana pengaruh di luar Quran dan sunnah. Aku menyangka bahawa orang Marikh yang menjadi buah mulut akan memiliki Islam yang paling murni lagi yang tunakorup daripada konsep dan ideal yang asing. Akan tetapiߨ ulama hipotetikal ini bukan sahaja tidak wujudߨ tetapi dia juga tidak mampu memahami atau menghadapi isu yang sebenar. Utusan Allah tidak pernah mendokong monastisisme. Sebaliknyaߨ tanda-tanda tuhan ada pada ufuk dan dalam diri (41:53). Tuhan berkata bahawa Dia menciptakan beraneka bangsa dan suku supaya kita tahu (49:13). Al-Quran dan sunnah adalah perujukan yang menarik perhatian kita untuk kejadian dunia sebenar. Kehancuran bangsa terdahulu ada di sana untuk kita meneroka (30:9). Al-Kitāb itu berbicara tentang orang yang mengetahui paganisme, Yahudi dan Kristian. Kitab itu menggunakan aksiom berlogik.

Ulama yang tidak ada pemahaman tentang kebudayaan yang mana ini adalah terserak, teknologi yang mana ia pantas berkembang, sejarah yang mana ia menceritakan di mana kita pada hari ini, apa yang terjadi dan apa yang telah gagal pada masa lepasވ, retorik yang mana membolehkan kita bercakap dengan orang bersesuaian dengan apa yang mereka perlu, logik yang mana ia menyerikan pengetahuan kita, kesihatan yang mana ia adalah eksponen kepada minda dan seterusnyaވ dan masyarakat tidak mampu untuk menerapkan hikmah daripada Quran dan sunnah. Malahߨ mempelajari jahiliah atau syair jahiliah membantu kita untuk memahami Quran dan sunnah. Pengetahuan memberikan faedah kepada pengetahuan yang lebih. Islam bukan penggalakan untuk menyelindungkan diri kita di pulau sulit. YaBudaya adalah degil dan syaitan selalu ada di segenap sudut. 

Semua ini mampu ada kesan yang berlawanan dengan penafsiran kita dan praktik agama. Akan tetapiߨ selagimana kamu ada prinsip pertama dalam susunanܦ kamu mampu untuk menempatkan mana-mana informasi baru ke tempat yang betul. Selagimana kamu memiliki ego dalam susunanܦ syaitan akan pengaruh yang kecil terhadap kami. Pulau Muslim sulit tidak akan melindungi kamu daripadanya. Sentiasa waspada daripada biasmu dan analisis dengan betul setiap idea baharu yang engkau berhadapan. Fokus kepada metafizik, etika dan pengamalan. Nabi memberitahu kita untuk mengetepikan perkara yang meragukan. Cumaߨ jangan membiarkan kepalamu dalam tempurung. [Terjemahan daripada https://www.facebook.com/mr.bilal.muhammad/posts/pfbid02wmR2zCRsSndJPzoUrm5P8JpezJGH9pDDzgDSZfsxejWipYXvxNYM8WCKRga7EUMgl].

Daripada penjelasan ini jelaslah bahawa agama ini bukan monasitisme dan bukan juga tradisional yang terhad. Agama ini tidak hanya untuk menetap dalam satu pulau yang terpencil dan hanya kekal murni dengannya. Agama Islam adalah agama penerokaan, agama untuk berbilang bangsa yang diciptakan agar kita saling mengenali dan agama yang mendepani cabaran semasa.

Kita belajar daripada sejarahߨ tetapi kita tidak boleh abaikan realiti semasa yang menyapa kita. Kita ambil pelajaran daripada nilai yang telah diwariskanߨ tetapi implementasinya melihat kepada kesesuaian semasa. Agama ini tidak mengajarkan apabila datangnya sesuatu daripada luarޱ maka kita perlu memutuskannya dengan mengasingkannya atau berpindah ke pulau sulit yang lain semata-mata untuk memelihara kemurniaan agama! Agama Islam adalah agama penyelesaianߨ bukan agama yang melarikan diri.

Kemudianߨ pemahaman dan pengamalan agama mereka adalah bersesuaian dengan penerimaan orang ramai padanya. Penerimaan di sini bukanlah atas dasar ia berdiri dengan sebab ikutan Quran dan sunnahߨ tetapi ia adalah pandangan secara kolektif yang mana kebanyakan daripada mereka menetapkan norma atau dogma kesesuaian bagi pemahaman atau praktik yang diterima sebagai golongan beragama.

Walaupun salafi selalu sahaja menegaskan bahawa supaya tidak mudah terikut dengan majoritiߨ tetapi mereka juga akhirnya tidak boleh keluar dari ikatan ini. Jika wujud pun merekaޱ selalunya mereka akan bersikap bias keinginan sosial demi mengelakkan tersisih daripada orang ramai.

Namunߨ bagi pascasalafi adalah tidak bermasalah bagi seseorang menyelisihi pandangan kolektif itu jika ia berlandaskan Quran dan sunnah. Malahߨ pascasalafi mengutuk mereka yang menganggap bahawa hal itu bukan termasuk dalam agamaߨ sedangkan itu cumalah adat atau norma mereka sahajaߨ bukan berasas daripada dalil.

Misalnya adalah membincangkan isu-isu seks merupakan sesuatu yang sensitif untuk dibuka kepada awam dan ia tidak diterima dalam norma. Saya memahami perasaan sensitiviti iniߨ lebih-lebih lagi ia bukan berkaitan dengan kesihatan dan keselamatanߨ tetapi ia berkaitan dengan tips-tips untuk memperoleh keseronokan. Cumaߨ apabila kita sedar betapa pentingnya isu seksologi yang ia adalah sama-sama diperlukan untuk dididik dan dikongsikan bersama sepertimana bidang ilmu yang lainޱ kita tidak boleh menjadikannya sebagai perbincangan eksklusif dan menyisihkannya. Mereka yang berkeahlian perlu menyuarakan dan menyampaikan hal ini.

Mungkin ada yang tertanya: "Tidakkah ini keluar daripada salaf dan membentuk fahaman salafi yang berlainan sepertimana yang telah mantap dan diterima pakai?". Sepertimana saya katakan tadi ia tidak sebegitu. Ini kerana salaf sentiasa terbuka dengan penerokaan bahagian ilmu yang baru sama ada pada beberapa sudut atau bidang ilmu itu sendiri. Mereka tidak tersepit pada sekadar yang ada pada wacana mereka sahaja.

Kita ambil contoh penggunaan kaedah sains dan matematik dalam menentukan kiblat, waktu solat dan tarikh bagi hari-hari penting seperti bulan Ramadhan dan hari raya. Ini mungkin pengamalan bukan popularߨ tetapi penerimaan kaedah seperti ini bukanlah menyalahi salafߨ apatah lagi ia akan mengeluarkan seseorang dari lingkungan salafi itu sendiri.

Ini juga sama seperti penghasilan metodologi secara sistematik ilmu uṣūl fiqh dalam satu buku khas sepertimana yang dilakukan oleh Muḥammad bin Idrīs aš-Šāfiiyy melalui kitabnya «ar-Risālah». Walaupun praktik itu sudah menjadi kebiasaan dalam mengistinbat hukum dan diwacanakan dalam pembelajaran secara lisanߨ tetapi pembukuan khas tentangnya masih belum dihasilkan. Oleh ituߨ salaf sama sekali tidak mengenepikan penerokaan cabang ilmu baru atau kajian spesifik pada tema tertentu.

Pemaparan hadis-hadis yang memiliki illah juga adalah seperti ini. Perbincangan tentangnya sudah adaߨ tetapi rekod dalam penulisan yang khas belum ada. Makaߨ beberapa nuqqad seperti Aliyy bin al-Madiniyy, Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy, at-Tirmiḏiyy mengambil inisiatif untuk menghasilkan karya khas untuk ini.

Sebegitu juga pembukuan hadis yang hanya untuk hadis yang sahih sahaja. Ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana ahli hadis sehingga Abū Zura ar-Rōziyy menyindir terhadap pembukuan «Ṣoḥīḥ» oleh Muslim bin al-Ḥajjāj dengan berkata :

هؤلاء قوم أرادوا التقدم قَبْلَ أوانه، فعملوا شيئا يتسوَّقون بِهِ، ألفوا كتابا لم يسبقوا إليه ليقيموا لأنفسهم رياسة قَبْلَ وقتها

"Mereka ini adalah kaum yang berkemahuan untuk menonjol sebelum waktunya. Mereka melakukan sesuatu yang mereka mengkomersialkan dengannya. Mereka mengarang suatu kitab yang belum pernah mereka mendahuluinya untuk menegakkan sebelum waktunya". [Tārīẖ Baġdādjilid 5m/s 451keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyytahqiq Baššār Awwād Marūf].

Akan tetapiߨ pada hari ini semua orang telah maklum betapa besarnya usaha ini dan betapa agungnya sumbangannya kepada generasi seterusnya. Kadangkalaܦ kita perlu merentas arus dan tidak mempedulikan sindiran atau celaan daripada tokoh kebesaran pun untuk membangunkan, menyusun metodologinya dan memantapkan suatu cabang ilmu yang bermanfaat untuk umat.

Kesimpulannya adalah pascasalafi adalah mereka yang mengamalkan dan berfahaman pascaortodoks.

Keduaߨ mereka juga terkenal dengan alergik mereka dan sikap keras mereka untuk memberi ruang kepada aliran-aliran yang dianggap menyimpang daripada ahli sunnah. Pendapat atau penafsiran daripada aliran yang dianggap menyimpang dan bidaah seperti sufi selalu sahaja dicela, diketepikan, tidak diberikan keutamaan atau tidak diberikan layanan sebaiknya. 

Mereka sangat jelas pada pengasingan identiti mereka dengan yang lain. Mereka ini tidak ubah seperti kelompok muslim yang mengasingkan diri pulau sulit dan memutuskan diri dari sebarang apa jua penafsiran baru atau unsur luar daripada komuniti mereka.

Makaߨ pascasalafi tidak mendiskriminasikan mana-mana pihak dan terbuka untuk menerima kebenaran walau daripada sesiapapun. Pun begituߨ bukanlah bermakna ahli bidaah atau aliran yang menyimpang atau individu yang terpesong diberikan kedudukan yang setara sepertimana aliran salafi ataupun manhaj ahli sunnah. Masing-masing berbeza dalam neraca Quran dan sunnah. Kita perlu pemisah yang nyata antara kebenaran dan kebatilan. Kita perlu dahulukan aliran atau individu yang sentiasa istiqamah dengan ilmu dan kebenaran.

Namun demikianߨ bukanlah bermakna kita sengaja menutup mata untuk melihat kebaikan dan meneliti hujah secara saksama dari pihak yang lain. Apabila nyata kebenaranޱ kita akui dan tunduk dengannya. Akan tetapiߨ bukan bermakna apabila kita menerima satu pendapat yang benar, bermakna kita menerima keseluruhannya.

Ini juga pada hakikatnya adalah pengamalan salaf ketika berinteraksi dengan Qotādah yang merupakan penganut qodariah dan Ikrimah; maula Ibn Abbās yang merupakan ibāḍian. Bahkanߨ Muḥammad bin Idrīs aš-Šāfiiyy pernah mempelajari fiqh daripada Muammad bin al-asan aš-Šaybāniyy yang merupakan jahmian. Ketiga-tiga mereka adalah menganut akidah bidaahߨ tetapi mereka dimanfaatkan tafsirnyaߨ bahkan diperakui keagungannya dalam bidang tafsir. Mereka juga dilazimi, dihadiri majlis ilmunya dan dijadikan teladan .

Apapunߨ bidaah mereka bukanlah berat sehingga perlu ditinggalkan secara total. Malahߨ bukan semua yang dilabel sebagai ahli bidaah adalah sama tahap bidaahnya. Ada yang boleh kita manfaatkan dalam pengajaran yang lainߨ tetapi tidak bolehߨ bahkan perlu memboikot pengajian akidah daripadanya.

Salaf lebih bertegas dan memboikot bidaah yang berat seperti jahmian, muᶜtazilian, rōfiḍian dan lain-lain. Akan tetapiߨ tidak seperti qodariah, murjiah dan khawarij. Bahkanߨ hadisnya tetap diambil dan diriwayatkan.

Misal untuk ini adalah fiqh zaydian. Universiti Al-Azhar telah membenarkan pengamalannyaߨ tetapi tidak pada akidahnya. Pada saya pihak Universiti Al-Azhar mengambil langkah yang tepat kerana sememangnya zaydian sangat mirip dengan ahli sunnah dalam cara mengaplikasikan uṣūl fiqh dan beberapa ilmu yang lain secara umum sekalipun terdapat beberapa perbezaan dari sudut dasar yang dipegang seperti kehujahan ijmak ahli bait. Hanya sahaja akidahnya tidak diterima kerana akidahnya adalah persis dengan muᶜtazilian, qodariah dan khawarij.

Misal yang lain adalah pengambilan ilmu kalam. Kita memang akui dalam sejarah yang tokoh salaf sangat menentang ilmu kalam ini. Salah satu faktornya adalah kerana ilmu kalam ini dipelopori oleh jahmianߨ seterusnya muᶜtazilian.

Kemudianߨ dalam ilmu kalam ini juga bertujuan untuk membentangkan penafian terhadap sifat kalam Allah dengan pelbagai pembahagian dan penjelasan yang rumit yang masing-masing menuju kepada kesesatan dan kerosakan dalam agama.

Kemudianߨ dari ilmu kalam inilah adanya pengembangan pemikiran induktif untuk menghasilkan teori dan pewacanaan yang asing daripada agama dan terlalu jauh skop liputannya sehingga ia menjadi seakan-akan sang burung terbang jauh yang tidak menemukan pangkal jalannya.

Namunߨ objektifnya adalah bertujuan untuk melakukan takwil yang batil, penolakan hadis yang bukan berdasarkan manhaj ilmiah yang diterima dan melakukan penyelewengan dalam kefahaman agama. Atas faktor inilah ilmu kalam dicela.

Pun begituߨ ilmu kalam ini tidaklah seperti dahulu dan telah mengalami fasa perubahan secara berperingkat dan ia masih terus digiatkan dan diusahakan agar selaras dengan prinsip-prinsip agama yang jernih lagi murni. Kita tidak boleh menafikan kepentingan ilmu kalam dalam membina metodologi dan penghujahan agar dapat menangkis dan menolak syubhat dengan cara yang lebih teguh dan memberi bekas daripada kekuatan capaian akal.

Daripada ilmu kalam yang mengembangkan pemikiran induktif ini ia mampu menghasilkan pewacanaan secara kritis dengan melihat dimensi lebih luas dan mengamati lebih terperinci dalam sesuatu isu supaya kita waspada dan cakna kelompongan yang berpotensi wujudߨ lalu kita menampalnya dengan argumen yang teguh lagi jitu.

Justeruߨ menolak ilmu kalam sepenuhnya hanya kerana bergantung kepada apa yang salaf berpendirian padanya tidak sepatutnya diterima. Walaupun ia dibangunkan daripada aliran yang sesatߨ tetapi setelah melalui proses penyaringan yang ketat dan penelitian yang mendalamܦ maka kita boleh mengambil manfaatnya demi kepentingan pemeliharaan dasar keilmuan Islam.

Seperti inilah yang dilakukan Abū Saīd ad-Dārimiyy melalui «an-Naqd Alā al-Marīsiyy» dan Amad bin Ḥanbal melalui «ar-Rodd Alā al-Jahmiyyah Wa az-Zanādiqoh». Walaupun kedua-duanya tidak menamakannya sebagai ilmu kalamޱ tetapi orientasi mereka dalam menegakkan hujah mereka dalam mempertahankan akidah ahli sunnah dan membantah aliran sesat persis sepertimana ilmu kalam.

Sebegitu juga dengan ḥanbalian seperti Abū Naṣr as-Sijziyy melalui risalahnya, Abū al-Faroj aš-Šīrōziyy melalui «at-Tabṣiroẗ Fī Uṣūl ad-Dīn», Ibn az-Zāġūniyy melalui «al-Īḍōḥ Fī Uṣūl ad-Dīn», al-Qōḍī Abū Yalā melalui «Ibṭōl at-Ta^wīlāt Li Aẖbār aṣ-Ṣifāt», Ibn Qudāmah dalam «aṣ-Ṣirōṭ al-Mustaqīmm Fī Iṯbāt al-Ḥarf al-Qodīm», Ibn Ḥamdān melalui «Nihāyaẗ al-Mubtadi^īn Fī Uṣūl ad-Dīn» dan Imāduddīn al-Wāsiiyy melalui «Risāla Fī Isbāt al-Istiwā^ Wa al-Fawqiyya Wa Mas^ala al-arf Wa aṣ-Ṣowt Fī al-Qur^ān al-Majīd Wa Tanzīh al-Bārī An al-ar Wa at-Tamsīl Wa al-Kayfiyyaẗ».

Bahkanߨ Ibn Taymiyyaẗ juga mengambil pendekatan ilmu kalam walaupun ia adalah versi dirinya. Ini sepertimana yang dinyatakan al-Albāniyy :

ولقد أطال ابن تيمية رحمه الله الكلام في رده على الفلاسفة محاولا إثبات حوادث لا أول لها، وجاء في أثناء ذلك بما تحار فيه العقول، ولا تقبله أكثر القلوب، حتى اتهمه خصومه بأنه يقول بأن المخلوقات قديمة لا أول لها، مع أنه يقول ويصرح بأن ما من مخلوق إلا وهو مسبوق بالعدم، ولكنه مع ذلك يقول بتسلسل الحوادث إلى ما لا بداية له. كما يقول هو وغيره بتسلسل الحوادث إلى ما لا نهاية، فذلك القول منه غير مقبول، بل هو مرفوض بهذا الحديث وكم كنا نود أن لا يلج ابن تيمية رحمه الله هذا المولج، لأن الكلام فيه شبيه بالفلسفة وعلم الكلام الذي تعلمنا منه التحذير والتنفير منه، ولكن صدق الإمام مالك رحمه الله حين قال: " ما منا من أحد إلا رد ورد عليه إلا صاحب هذا القبر صلى الله عليه وسلم ".

Ibn Taymiyyaẗ semoga Allah merahmatinya telah memanjangkan pada bicara ini dalam bantahannya terhadap falsafah demi usaha mengisbatkan kebaharuan yang tiada awal baginya. Dia membawa sesuatu yang menghairankan akal padanya ketika itu dan yang terbanyak jantung hati tidak menerimanya sehingga seterunya menuduhnya bahawa makhluk itu adalah qadim tanpa awal baginya meskipun dia berkata dan menyatakan secara jelas bahawa tidak ada dari suatu makhluk pun melainkan ia didahului dengan ketiadaan. Akan tetapiߨ kendatipun begituޱ dia berpendapat dengan rantaian baharu sehingga tidak ada permulaan padanya sepertimana dia dan selainnya berkata rantaian baharu yang sehingga tanpa penghujungnya.

Makaߨ pendapat itu tidak diterimaߨ bahkan ditolak dengan hadis ini. Betapa banyak dahulu kami mengimpikan agar Ibn Taymiyyaẗ semoga Allah merahmatinya tidak masuk ke dalam pintu masuk ini kerana bicara ini padanya mirip dengan falsafah dan ilmu kalam yang telah kita mempelajari daripadanya untuk mentahzir dan berpaling jauh daripadanya. Akan tetapiߨ benar kata al-Imām Mālik semoga Allah merahmatinya ketika beliau berkata: "Tidak ada seseorang daripada kita melainkan menolak dan ditolak ke atasnya kecuali penghuni kubur ini ollallāhu alayhi wasallam". [Silsila al-Aḥādīṯ a-oḥīḥa Wa Šay^ Min Fiqhihā Wa Fawā^idihājilid 1m/s 258keluaran Maktaba al-Maārif Li an-Našr Wa at-Tawzī].

Padahalߨ bagi ahli kalam atau mereka yang telah bergelumang dengan ilmu ini ia sememangnya adalah ilmu kalam meskipun ia adalah versi Ibn Taymiyya. Oleh ituߨ tidak perlu memperpanjangkan dan memperhebatkan konflik pada namaߨ tetapi fokus pada inti.

Malahߨ dalam isu ini ia sama juga dengan ilmu kritik hadis. Sekalipun ia mungkin ilmu yang dipelopori, dibangunkan, dikembangkan dan diperkukuhkan oleh orientalis dan para pengingkar sunnahߨ namun sebahagian ulama semasa menjadikan subjek ini sebagai salah satu bahagian kajian hadis dengan menyusun metodologinya agar kita hadam dalam mengkritik hadis secara betul.

Antara yang terlibat dalam sumbangan bahagian ini adalah Ṣolāḥuddīn al-Idlībiyy melalui karyanya «Manhaj Naqd al-Matn Inda Ulamā^ al-adīṯ an-Nabawiyy» dan Nūruddīn Itr melalui karyanya «Manhaj an-Naqd Fī Ulūm al-adīt». Malahߨ sudah banyak karya yang berkaitan dengan kajian kritikan ini dalam berbentuk buku, kertas kerja, tesis dan pelbagai lagi.

Sebab itulah yang penting adalah dilihat pada kandungannya dan hala tujunya. Bukan pada nama serta hanya bergantung pada penghukuman yang lamaߨ lalu terbawa-bawa untuk sepanjang waktu tanpa mengambil kira konteksnya, aspeknya yang tertentu dan sudut yang berlainan.

Makaߨ ideologi pascasalafi adalah mengakui nilai-nilai ilmiah yang ada pada aliran lawan setelah melalui proses-proses perbandingan dan analisis untuk mencari ketepatan yang bermakna buat aliran ahli sunnah.

Ketigaߨ walaupun salafi sangat menekankan ₍Ittibā as-Sunnah؛ iaitu ikutan kepada sunnah dan bersikap keras terhadap taklidߨ terutamanya taklid butaޱ mereka tidak begitu menekankan perlunya berijtihad sebagai usaha untuk menemukan kebenaran. Jika ada punޱ gerak usaha ijtihad tidak ditegaskan sebagai aspek yang penting untuk menuju kepada ₍Ittibā as-Sunnah walaupun mereka selalu menyebutkan tentang kewajipan untuk meneliti, analisis, banding dan berfikir secara mendalam.

Malahߨ seruan untuk ijtihad pun masih ada konotasi negatif dan respons yang sumbang dari kalangan salafi meskipun itulah yang diserukan ulama sepetimana kutipan Jalāluddīn as-Suyūṭiyy dalam «ar-Rodd Alā Man Alada Fī al-Ar Wa Jahila Anna al-Ijtihād Fī Kull Ar Wa Farḍ».

Makaߨ ideologi pascasalafi sangat mengalu-alukan dan membuka kebebasan yang seadilnya bagi mereka yang berkemampuan untuk melakukan ijtihad demi kebenaran, keadilan dan penegakan terhadap agama Allah Azza Wajalla ke peringkat yang tertinggi. Kita sama sekali tidak memandang lekeh dan menyindir mereka yang sememangnya ada keupayaan dalam ilmu dalam mendirikan pandangannya dan mebina penghujahannya.

Kita juga akan menentang mana-mana yang jahil yang jelasߨ tetapi masih meluncur di tanah yang bukan selayaknya untuk mereka. Dalam masa yang sama ideologi ini juga memberikan ruangan kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk bertaklidߨ di samping mengingatkan mereka tentang pembodohan akal, kepandiran dan ikutan buta dan menggalakkan mereka untuk entusias dalam gerakan intelektual.

Keempatߨ salafi juga terkenal dengan berfahaman fundamentalisme. Untuk fundamentalisme pelbagai definisi yang diberikan oleh pelbagai sumber. Secara umumnya menurut definisi Cambdrige ia bermaksud kepercayaan bahawa prinsip atau agama atau set kepercayaan bertradisi perlu dikekalkan. Menurut kamus Collins ia adalah kepercayaan kepada bentuk agama atau teori yang asli tanpa menerima mana-mana idea mendatang.

Menurut kamus Macmillion ia adalah kepercayaan bahawa undang-undang agama yang asli perlu diikuti secara tegas dan tidak diubah. Kemudianߨ ia juga dimaknai sepertimana yang didefinisikan oleh kamus Merriam Webster؛ iaitu ia adalah gerakan atau sikap yang menekankan ketegasan dan kepatuhan literal kepada set prinsip yang asas. Menurut kamus Oxford Learners ia adalah amalan yang mengikuti secara tegas terhadap prinsip asas kepada subjek atau idealogi.

Secara keseluruhannyaܦ sepertimana yang dinyatakan dalam laman sesawang Teaching History؛ iaitu ia adalah sikap mempertahankan fundamental kepada sesuatu kepercayaan.

Kemudianߨ ia boleh dilihat dari sudut aplikasi kepada agamaߨ terutamanya Kristian dan Islam, Menurut kamus Oxford ia adalah kepercayaan yang berdasarkan setiap yang tertulis dalam kitab suci adalah sememangnya benar. Demikian juga definisi Macmillion.

Menurut kamus Cambridge ia adalah kepercayaan kepada bentuk agama yang lama dan bertradisi atau apa yang tertulis dalam kitab suci adalah sememangnya benar. Menurut Britannica ia adalah gerakan keagamaan yang konservatif yang dicirikan sebagai sokongan kepada kepatuhan yang tegas dalam teks suci. Menurut Merriam Webster yang mengkhususkan definisi kepada Kristian ia adalah gerakan yang menekankan penafsiran Bible secara literal sebagai fundamental kepada kehidupan dan pengajaran Kristian.

Bagi definisi Collins ia dibahagikan kepada Kristian dan Islam. Untuk Kristian ia adalah kepercayaan yang setiap kata-kata di Bible adalah cetusan ilahi dan secara tidak langsungܦ ia adalah benar. Manakalaߨ untuk Islam ia adalah gerakan yang memihak kepada pemerhatian yang tegas dalam pengajaran Quran dan undang-undang Islam.

Dapat kita simpulkan adalah sepertimana yang tertera dalam Wikipedia؛ iaitu ia kebanyakannya bercirikan literalisme yang tegas yang jelas ketikamana ia diaplikasikan teks, dogma, ideologi atau rasa yang kuat terhadap kepentingan dalam pengasingan sama-kumpulan atau lain-kumpulan yang spesifik yang membawa kepada penekanan kepada kesucian dan keinginan untuk kembali kepada ideal yang terdahulu daripada penyokong kepercayaan yang menyimpang. Penolakan terhadap kepelbagaian pendapat sepertimana yang diaplikasikan kepada fundamental ini dan penafsiran yang diterima dalam kumpulan itu adalah disebabkan daripada kecenderungan ini.

Secara asasnyaܦ pascasalafi boleh dikatakan pascafundamentalis. Kita memang mempercayai apa yang datang kepada kita adalah wahyu dan benar-benar dari kalam yang suci. Kita juga menekankan supaya mengikut apa yang tertera dalam teks dan apa yang diajarkan dalam Islam. Kita tidak mengubah apa-apa yang terkandung di dalamnya. Jika nampak berlakunya perubahanߨ misalnya perubahan fatwaޱ ia cumalah perubahan dari segi adaptasiߨ bukan prinsip dan juga undang-undang.

Kita tidak menerima elemen-elemen asing yang bercanggah dengan ajaran Islam. Kalau kelihatan kita menerima apa yang dari asing punߨ ia sebenarnya menepati apa yang digariskan oleh syariat ini. Kita juga hanya menerima kepelbagaian yang hanya mempunyai asas daripada Quran dan sunnah. Cumaߨ keluasan penerimaan itu barangkali berbeza mengikut individu atau aliran. Ini juga berkaitan dengan yang telah dijelaskan pada bahagian pertama dan kedua.

Kita juga tegas dengan pembezaan antara kelompok ahli sunnah dan kelompok ahli bidaah yang lain. Beberapa penulisan saya pun menjadi saksi kepada penegakan ideologi ini. Walaupun demikianޱ bukan bermakna kita hanya terhadkan atau sempitkan kajian dan pembelajaran kita kepada apa yang ada dalam aliran kita.

Perlu juga bagi kita untuk meneroka lebih luas؛ iaitu dengan melihat pandangan dan dapatan daripada yang di luar dan asing daripada kelompok kita. Pun begituߨ kita tegas dengan prinsip Islam dan sangat menekankan pemisahan antara yang benar dan batil.

Ideologi salafi juga terkenal dengan literalisme atau dikenali sebagai ẓōhirian. Walaupun mereka tidaklah mengatakan bahawa mereka bermazhab Dāwud aẓ-Ẓōhiriyyޱ namun pengaruh-pengaruh literalis banyak menyata pada ideologi ini. Banyak penafsiran akan ditekankan pada aspek harfiahnya yang tidak begitu melihat pertimbangan qiyas, mafhūm muẖōlafah, kinayah dan lain-lain. Kaedah-kaedah ini kadangkala tidak dijadikan sebagai alat yang penting dalam penafsiran dan pengekstrakan isi. Hanya diambil jika situasi kesempitan dan penafsiran secara tekstual tidak dapat dimenangkan.

Di sini saya menyatakan secara jelas dimana pembezaan salafi dengan pascasalafi. Sememangnya pemahaman asal pada kalam adalah pada hakikatnya. Namunߨ kita juga perlu teliti pada aspek konteks yang munasabah yang ada padanya supaya pemahaman kita tidak rigid.

Terdapat kaedah fiqh yang menyebutkan bahawa hukum berputar pada illahnya sama ada wujud ataupun tidak. Untuk memahami hal ini kita lihat persoalan ini; bagaimana kita dapat tahu bahawa sesuatu amalan itu adalah taabbudi? Ia setelah kita cuba mencari illah yang munasabah terhadapnya dan gagal memperolehnya. Makaߨ atas dasar itulah kita dapat mengatakan bahawa amalan itu taabbudi.

Sekarang jelas di mana pembeza antara salafi dan pascasalafi secara konsep. Saya tunjukkan contoh yang lain yang menunjukkan perbezaan antara kedua-duanya. Pertamaߨ isu takwil. Salafi sangat terkenal dengan menentang keras dengan takwil. Setiap skriptur tentang sifat Allah seolah-olah tidak akan difahami makna yang menunjukkan selain zahirnya.

Ini sebenarnya ada asas pemahaman ortodoks atau tradisionalis bahawa takwil sememangnya jalan yang disempitkan dan takwil adalah jalan yang perlu dihadapi dengan tentangan keras sehinggalah tertegaknya hujah yang kukuh. Sesiapa yang membaca «an-Naqḍ Alā al-Marīsiyy» karya Abū Saīd ad-Dārimiyy akan nyata pada hal ini. Betapa kerasnya dia dalam menolak keluasan dalam takwil meskipun ada sebahagian skriptur yang dia takwilkan. Maknanya adalah takwil bukanlah jalan yang mudah di sisi salaf.

Cumaߨ jika kita biasa dengan karya Ibn Qutaybahޱ kita akan melihat sebahagian skriptur ditakwilkan berdasarkan kaedah ilmu. Walaupun tidaklah selonggar sepertimana yang dilakukan ašᶜarianߨ tetapi ini jelas bahawa ruang takwil tidaklah sesempit sepertimana yang digambarkan.

Ini menunjukkan sebahagian skriptur sifat ada yang boleh ditakwil dan ada yang tidak diketahui takwilnya melainkan Allah Azza Wajalla. Misal yang boleh diketahui takwilnya adalah firman-Nya seperti berikut :

وَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا

"Bersabarlah dengan ketetapan tuhanmu kerana sesungguhnya engkau dalam pengawasan-pengawasan kami". [Surah aṭ-Ṭūr ayat 48].

Perkataan ₍Ayun (أَِعْيُن) adalah jamak kepada ₍Ayn (عَيْن) yang bermaksud mata. Jika kita perhatikan ayat iniޱ sangat tidak munasabah ayat ini sekadar mahu mengisbatkan mata untuk Allah atau ayat ini tidak dapat dicerapi maksudnya yang sebenar dengan melihat konteks. Maksudnyaߨ tidak mungkin ini hendak mengatakan lokasi fizikal Rasulullah berada di mata-mata tuhan. 

Sebeginilah yang disebutkan Ibn Bāz :

فلا يدور بخلد أحد أن السفينة تجري بعين الله ولا أن محمدًا عليه الصلاة والسلام في عين الله وإنما المراد بذلك أن السفينة تجري برعاية الله وعنايته وتسخيره لها وحفظه لها، وأن محمدًا صلى الله عليه وسلم تحت رعاية مولاه وعنايته وحفظه وكلاءته، وهكذا قوله في حق موسى: وَلِتُصْنَعَ عَلَى عَيْنِي أي تحت رعايتي وحفظي

"Tidaklah berlegar di benak seseorang bahawa kapal itu berlayar di mata Allah dan tidak juga bahawa Muḥammad alayhi a-olāh Wa as-Salām di mata Allah. Sebenarnyaߨ maksud dengan itu adalah bahawa kapal itu berlayar di bawah pengawasan Allah, pertolongan-Nya, penundukan-Nya untuknya dan pemeliharaan-Nya untuknya serta bahawasaya Muḥammad ollallāhu alayhi wasallam di bawah pengawasan pengayomnya, bantuan-Nya, pemeliharaan-Nya dan naungan-Nya. Seperti ini pada hak Mūsā: {Agar engkau diasuh pada mata-Ku}, iaitu di bawah pengawasan-Ku dan pemeliharaan-Ku". [Tanbīhāt Hāmmaẗ Alā Mā Katabahu aš-Šay Muammad Aliyy a-Ṣōbūniyyterhimpun dalam judul «Majallaẗ al-Jāmia al-Islāmiyya Bi al-Madīna al-Munawwaroẗ»jilid 30m/s 312].

Cumaߨ perbahasan mengapa Allah disifatkan dengan sifat mata adalah kerana majaz itu disandangkan dengan mata dan tidak mungkin Dia menyandarkan majaz itu dengan sifat mata yang disandarkan kepada diri-Nya melainkan Dia juga memiliki sifat itu.

Demikian juga dengan firman-Nya :

إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّـهَ يَدُ اللَّـهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ

"Sesungguhnya mereka yang berbaiah kepadamu sebenarnya mereka berbaiah kepada Allah. Perjanjian Allah bersama dalam perjanjian mereka". [Surah al-Fatḥ ayat 10].

Sangat tidak munasabah kalau ayat ini sekadar mahu untuk mengatakan bahawa lokasi fizikal tangan Allah itu letaknya di atas tangan mereka yang berbaiah secara zahir. Adakah itu bermanfaat bagi-Nya dalam menyebutkan hal itu? Sudah tentu ada takwilannya yang sesuai.

Salafi mungkin enggan untuk mengakui ia adalah yang ditakwilkan. Akan tetapiߨ perbezaan istilah untuk menerangkan pemalingan makna dari lafaznya tidak menjadi isu.

Keduaߨ pengistilahan jisim, aradh, anggota, tempat, ruang dan pergerakan dalam menafikan keserupaan Allah terhadap makhluk secara terperinci. Saya akui sememangnya para salaf tidak menjadikan perbahasan ini atau istilah ini untuk merincikan lagi aspek penafian keserupaan Allah terhadap makhluk melainkan Abū Saīd ad-Dārimiyy dalam kitabnya «an-Naq Alā al-Marīsiyy» yang mungkin dapat dikatakan pencetus utama dalam hal ini.

Akan tetapiߨ kita perlu berhadapan dengan realiti. Ini kerana kita tidak hanya berhadapan dengan muᶜtazilian atau jahmian sahajaߨ tetapi kita juga akan berhadapan dengan golongan yang menentang Islam atau membawa penyelewengan terhadap agama ini. Kita berhadapan dengan dunia global yang mana penghubungan sempadan tidak lagi dikenali dan perolehan maklumat mudah didapati.

Kaedah salaf yang berprinsip "lalukan sahaja sepertimana ia datang tanpa kayf dan tidak mentafsirkannya serta tidak menyibukkan tentangnya" sememangnya selamat daripada hiruk-pikuk pemikiran dan fitnah. Akan tetapiߨ ia tidak semudah sepertimana disebut dan dicanangkan. 

Bahkanߨ ia pada hakikatnya bukan sepertimana yang disalahfahami tanggapannya bahawa salaf tidak mentakwilkan sama sekali. Ia bermaksud ayat tersebut tidak ada penafsiran lanjut sama ada berbentuk takwil atau seumpamanya sehingga kita tidak perlu memanjangkan bicara, tidak mendalaminya sama ada melalui perbincangan atau debat dan beriman sepertimana yang ia datang tanpa iktikad tasybihߨ lalu setiap kali teks itu dibaca cukup lalukan sahaja.

Diskusi, dialog dan debat antara agama telah terbuka dan disambut mesra. Kita memerlukan pendekatan yang baharu supaya penerangan dan penyampaian tentang akidah menjadi jelas dan murni dari sebarang kejelekan yang terpalit.

Sekurang-kurangnya perincian yang dilakukan ini memberikan penegasan jelas perbezaan antara orang yang telah melakukan tasybih terhadap Allah dengan orang yang membersihkan-Nya daripada sebarang bentuk cacat cela dan kekurangan.

Jika kita hanya menegaskan Dia tidak menyerupai makhluk tanpa perincian seperti iniޱ kita perlu akui dan hadam bahawa mungkin akan timbul tanggapan bahawa apabila disebutkan "tangan" bagi Allahޱ maka ia beranggapan adanya anggota, urat, tulang, daging dan lain-lainߨ cuma yang berbeza cumalah bentuk, saiz, panjang dan lain-lain.

Kita tidak mahu dituduh sedemikian rupa atau memberi waham sedemikian. Sebab ituܦ saya kira apa yang dilakukan oleh ad-Dārimiyy merupakan pendekatan yang baik supaya jelas prinsip ahli sunnah yang sebenarnya. 

Malahߨ golongan ḥanbalian juga mengambil pendekatan untuk menafikan jisim bagi Allah seperti Abū Naṣr as-Sijziyy dalam risalahnya, Abū al-Faḍl at-Tamīmiyy dalam «Itiqōd al-Imām al-Munabbal Amad Ibn anbalh, Abū al-Faroj aš-Širōziyy dalam «at-Tabiro Fī Uṣūl ad-Dīn», Abū Aliyy Muammad bin Aḥmad al-Hāšimiyy sepertimana yang dinukilkan Ibn Abū Yalā dalam «Ṭobaqōt al-anābilaẗ», Abdul Romān bin Mandah sepertimana yang dinukilkan Ibn Rojab al-anbaliyy dalam «Ḏayl obaqōt al-anābilaẗ», Ibn az-Zāġūniyy dalam «al-Īḍōḥ Fī Uṣūl ad-Dīn», al-Qōḍī Abū Yalā dalam «Ibṭōl at-Ta^wīlāt Li Abār a-ifāt», Ibn Qudāmah dalam «Tarīm an-Naor Fī Kutub al-Kalām», Ibn amdān al-anbaliyy dalam «Nihāya al-Mubtadi^īn Fī Uṣūl ad-Dīn», Imāduddīn al-Wāsiiyy dalam «Risāla Fī Isbāt al-Istiwā^ Wa al-Fawqiyyaẗ Wa Mas^alaẗ al-Ḥarf Wa aṣ-Ṣowt Fī al-Qur^ān al-Majīd Wa Tanzīh al-Bārī An al-ar Wa at-Tamsīl Wa al-Kayfiyyaẗ» dan Ibn Rojab al-anbaliyy dalam «Bayān Fal Ilm as-Salaf Alā Ilm al-H̱olaf».

Ini kerana jisim difahami sebagai unit asas bagi kewujudan pada alam ini. Atas sebab itulah ia dinafikan dan perincian seperti ini diterina. Untuk lanjutan mengapa justifikasi penafian seperti ini diterima seseorang boleh membaca «al-Qowl at-Tamām Bi Isbāt at-Tafwīḍ Maḏhaban Li as-Salaf al-Kirōm» karya Sayf bin Aliyy al-Ariyy.

Ketigaߨ pandangan sufi dalam aspek kerohanian. Salafi sememangnya terkenal dengan sikap keras terhadap sufiߨ malah alergik untuk mengambil pendapat-pendapat sufi dalam penafsiran kerohanian.

Usah dialpakan bahawa kitab-kitab biografi para ulama seperti «Tārīẖ Baġdād» karya al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy dan «Siyar Alām an-Nubalā^» karya a-ahabiyy memuatkan beberapa tokoh sufi dan dipuji kedudukannya sama ada sebagai ahli ilmu atau muhaddits atau selainnya. Mereka ini adalah sebahagian daripada saudara kita.

Sebenarnyaܦ jika kita menelaah «al-Ḥikam» karya Ibn Aṭō^illahޱ sudah memadai untuk kita melihat bahawa betapa halus, kritis dan tajam pandangan mata mereka dalam menyingkapi hal ehwal jiwa dalam perhubungan kepada Maha Pencipta, hak-hak hamba dan hakikat perbuatan Allah. Malahߨ karya ini sudah cukup untuk menjadi permulaan dalam memperkenalkan kehalusan sufi dalam isu penyucian jiwa.

Mereka sangat mendalam pemerhatian mereka dan faqih dalam urusan ini. Sewajarnya kita ambil manfaat daripada mereka supaya kita tidak terjatuh daripada maksiat jiwa yang tidak kita sedar secara zahirnya.

Cumaߨ kita perlu mengelakkan diri daripada terjebak penafsiran menyeleweng dan bicara-bicara yang tidak ada sandaran daripada agamaߨ terutamanya batiniah. Sebahagian mereka walaupun halus perinciannyaߨ tetapi kadangkala mereka telah jauh melalut bagai layang-layang telah putus talinya. Mereka pandai bermain kata-kataߨ namun hakikatnya semuanya kosong daripada apa-apa maknaߨ malah ia tidak lebih daripada nista dan bidaah yang diada-adakan.

Walaupun kita mengambil jasa daripada sudut pemerhatian mereka yang berlainan daripada permukaan yang kasarߨ namun kita tidak boleh tenggelam dalam isinya yang terlalu dalam sehingga teraba-raba mencari hujung dan pangkal cerita.

Saya tidak menafikan mungkin pascasalafi ini boleh berbeza mengikut pembawaan individu yang berbagai-bagai sepertimana salafi itu sendiri. Cumaߨ sekurang-kurangnya kita tahu bahawa setiap individu berpegang pada prinsip yang sama sepertimana salafi yang berkongsi beberapa nilai yang sama.

Mungkin timbul persoalan; mengapa saya tidak menggunakan istilah neosalafi? Ada tiga sebab. Pertamaߨ kebanyakan penggunaan neo adalah pada satu fahaman atau kepercayaan atau pengamalan yang kelihatan mati atau tersisihߨ lalu ia menjadi satu gerakan yang berusaha untuk menghidupkan semulaߨ tetapi dengan beberapa perubahan dan pembaharuanߨ namun dikekalkan momentum yang asal.

Saya tidak rasa ia sesuai kerana apa yang saya bawakan ini bukan menghidupkan fahaman yang telah mati. Namunߨ saya meneruskan legasinya yang telah wujud sekian lama sehingga sekarang dengan beberapa perubahan pendefinisan setelah sekian lama dikepompongkan dalam satu penafsiran.

Keduaߨ kebanyakan penggunaan neo juga adalah untuk penafsiran semula untuk membentuk gagasan, idea dan perspektif baru bagi apa yang ingin dinisbahkan walaupun mengekalkan beberapa yang lama daripadanya. Berbeza dengan pasca. Seseorang yang pascasalafi sebagai contoh masih lagi boleh menisbahkan dirinya sebagai salafi tanpa menggunakan pasca pun. Namunߨ jika pada penggunaan neo, ia sudah berbeza daripada yang asli dan mempunyai orientasi yang berlainan daripada yang lama.

Misalnya adalah apabila disebut neoliberalisme pada praktik ekonomiޱ ia sudah jauh berbeza dengan apa yang diamalkan ekonomi liberalisme sehingga seseorang tidak boleh berkata bahawa dia menganut liberalisme. Makaߨ sebab itulah saya tidak menyebutkannya sebagai neosalafisme kerana ia akan mengubah secara total tentang idea mengenai salafi itu sendiri.

Sememangnya benar bahawa pasca juga ada beberapa penafsiran dan bahkanߨ adakalanyaܦ lebih banyak perubahan penafsiran daripada apa yang ada pada neo. Akan tetapi, pasca masih menisbahkan diri dengan yang asal seperti boleh sahaja seseorang itu mengatakan bahawa dia adalah salafi tanpa perlu pasca, sedangkan pasca adalah perubahan yang total seperti neoliberalisme, neo-Nazisme, neo-Darwinisme dan lain-lain.

Ketigaߨ saya menemukan satu penulisan yang mendefinisikan pascasalafi adalah pengharmonian antara ultrakonservatif dengan dunia moden. Saya tertarik dengan pendefinisian sebegini dan saya ambil istilah iniߨ lalu diberikan pencerahan yang sewajarnya.

Saya tidaklah mengambil ašᶜarian yang bermazhab šāfiᶜian yang beraliran sufi yang secara khusus diamalkan oleh nusantara secara arus perdana sebagai teras memandangkan ia nyata berbeza pendekatan dan cara interaksi dalam beragama walaupun saya mengambil ilmu dan idea daripada golongan ini.

Adapun neoašᶜarianޱ maka ini juga disebut sebagai ašᶜarian mutaakhirin. Mereka lebih memilih teks-teks yang menjadi pengisbatan kepada sifat Allah oleh ašᶜarian mutaqaddimin kepada makna majaz yang boleh ditakwilkan sepertimana yang dinyatakan oleh al-Juwayniyy dalam «al-Iršād Ilā Qowāṭi al-Adilla Fī Uṣūl al-Itiqōd», al-Āmidiyy dalam «Abkār al-Afkār Fī Uṣūl ad-Dīn» dan at-Taftāzāniyy dalam «Šar al-Maqōṣid». 

Bahkanߨ mazhab isbat yang menjadi asas kepada imam ašᶜarian terdahulu dan beberapa teks sifat yang tidak ditakwil juga terang-terangan diselisihi oleh ašᶜarian terkemudian seperti Ibn Aiyyah dalam «al-Muarror al-Wajīz Fī Tafsīr al-Kitāb al-Azīz», Faruddīn ar-Rōziyy dalam «al-Išāroh Fī Ilm al-Kalām», Ibn at-Tilmisāniyy dalam «Šar Maālim Uṣūl ad-Dīn» dan Abū Ḥayan al-Andalusiyy dalam «al-Baḥr al-Muḥīṭ Fī at-Tafsīr». 

Sememangnya benar wujudnya neoašᶜarian atau yang dikenali dengan ašᶜarian mutaakhirin sepertimana dapatan Ḥasan Maḥmūd aš-Šāfiiyy; salah seorang anggota bagi Majlis Ulama Senior di Universiti Al-Azhar dalam «al-Madẖol Ilā Dirosāẗ Ilm al-Kalām». Ini kerana mereka membawa penafsiran yang baharu yang berbeza berbanding pengasasnya dan pendahulunya meskipun mereka ingin mengekalkan nisbah mereka kepada ašᶜarian.

Kemudianߨ sebahagian mereka masuk ke fasa seterusnya dengan mengintegrasikannya bersama Ibn Arobiyy al-Ḥātimiyy. Mereka ini lebih kepada pascaašᶜarian֊akbarian; nisbah kepada gelaran aš-Šay al-Akbar yang disandangkan kepada Ibn Arobiyy.

Kemudianߨ pascaašᶜarian di zaman ini pula pada pandangan saya telah wujud pun golongan yang saya boleh namakan seperti ini seperti Mamūd Saīd Mamdūḥ dan ia juga telah mendapat liputan dalam negara kita; Malaysia seperti Wan Ji Wan Hussin, Noor Derus dan Mohamad Izwan. Mereka semua berusaha untuk menerima semula kaedah isbat, membina ruang toleransi yang sewajarnya bagi pihak salafi dan ḥanbalian secara umum serta melawan arus tradisi yang berpagarkan taklid.

Fasa yang dilalui oleh ašᶜarian telah melalui tiga fasa atau mungkin beberapa daripadanya sepertimana gerakan feminisme.

Mereka mungkin tidak menisbahkan diri dengan nama yang saya reka. Cumaߨ menurut pemerhatian saya itulah yang mereka bawa yang bersesuaian dengan pengistilahan saya. Mereka ini hakikatnya membawa kepada ašᶜarian yang sejati yang menentang segala bentuk taklid buta. Akan tetapiߨ penisbahan pasca adalah sebagai respons kepada suasana semasa yang mana mereka berhadapan dengan tradisi taklid yang menebal dari kalangan yang menisbahkan diri dengan ašᶜarian.

Golongan ašᶜarian yang mereka hadapi adalah golongan pentaklid yang sangat menutup rapat diskusi tentang pendapat ulama, membuka semakan serta menyatakan kritikan terhadap para ulama. Sedangkanߨ mereka menjadikan hal tersebut sebagai menghidupkan tradisi ilmu. Mereka juga menyeru kepada pembaharuan yang mana ia bertentangan dengan aliran ašᶜarian, bersikap toleran dengan salafi dan mencantas bidaah yang tersebar di masyarakat setempat.

Antara yang dilakukan oleh Maḥmūd Saīd Mamdūḥ adalah mengiktiraf bahawa golongan wahabi termasuk pecahan daripada ḥanbalianߨ tetapi dalam orientasi yang ekstrim dan sebegitu juga Ibn Taymiyyah. Laluߨ dia menyatakan bahawa mereka ini termasuk daripada ahli sunnah. 

Kemudianߨ yang lain pula adalah mengiktiraf pandangan bahawa kalam Allah itu berhuruf dan bersuara salah satu pandangan ḥanbalian dan ia adalah perselisihan yang muktabar serta mengiktiraf pegangan salafi secara umum dalam perbahasan naṣ-naṣ mutasyabihat yang berkaitan dengan sifat Allah.

Persamaan kedua-duanya adalah mereka ini cuba mengurangkan persengketaan antara salafi dengan memberikan ruang toleran pada bahagian akidah yang dianggap boleh diterima secara dasarnya. Untuk selain itu seperti isu manhaj ia tidak mengenal aliran sama ada ašᶜarian atau salafi sepertimana yang dipamerkan oleh tokoh ahli bait dari keluarga al-Ġumāriyy.

Sekalipun Aḥmad al-Ġumāriyy menganut akidah yang persis dengan salafi dan adiknya; Abdullah sangat tegar dengan ašᶜarianܦ mereka berdua berkongsi manhaj dalam menyisihkan taklid dalam tradisi keilmuan mereka dan kegiatan intelektualisme mereka.

Walaupun ini istilah yang saya kemukakanޱ tetapi bukan bermakna semua orang atau sesiapa sahaja pun akan menerima apa yang saya bentangkan kerana masing-masing mendakwa dan mempertahankan bahawa manhaj ašᶜarian yang mereka bawa adalah yang sejati dan tidak berlaku sebarang apa-apa perubahan, penambahan dan pembaharuan walaupun realiti menunjukkan sebaliknya. Seperti itu juga dengan salafi. Bahkanߨ masing-masing ada keunikan sendiri dalam ideologi, fahaman dan aliran yang dia bawa dan berjuang.

Dalam ideologi politik pula saya adalah neokonservatif. Ia adalah penafsiran baharu terhadap konservatifisme yang menggabungkan dan meraikan elemen sosialisme dan liberalisme. Boleh kita katakan bahawa neokonservatif adalah seorang yang sentrisߨ tetapi berat kepada konservatif. Atau boleh kita katakan ia adalah konservatifߨ tetapi bukan konservatif sepertimana yang biasa. Untuk garapan yang sepintas seseorang boleh baca «Saga Neokonservatif ߸ Abdullah Badawi, UMNO Dan Konservatisme» oleh Muhamad Takiyuddin Ismail.

Bagi saya konservatif ada asasnya dalam Islam. Kita perlu meraikan adat dan budaya yang telah lama diwarisi, diamalkan atau dibentuk dalam sesuatu tempat. Firman Allah Tabāroka Wa Taālā :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

"Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kalian yang terdiri daripada lelaki dan wanita serta Kami menjadikan pelbagai bangsa dan kabilah supaya kalian saling mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah adalah yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti". [Surah al-al-Ḥujurōt ayat 13].

Saling berkenal untuk apa? Sekadar menghafal dan menjadi catatan sejarah dan penulisan sosiologi? Tentu tidak sama sekali. Ia adalah supaya dengan melalui mengenal kita memahami bagaimana sesuatu budaya itu berinteraksi dan memberi interpretasi dalam fenomena alam dan tabiat manusia serta nilai yang dipegang bersama atau pecahannya yang menjadi ciri khusus untuk mereka. Sebab itulah dalam penghukuman fiqh atau kehakiman ada fleksibelitinya dalam melihat realiti budaya yang berbeza-beza.

Sebab itulah ada pepatah Melayu: "Masuk ke dalam kandang kambing mengembek masuk ke dalam kandangkerbau menguak", "Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung" atau pepatah Inggeris: "Apabila berada di Romߨ buat sepertimana orang Rom lakukan". Ini menunjukkan bahawa di setiap sempadan ada budaya yang tersendiri yang perlu kita hormati dan adaptasi dengannya.

Lihat juga hadis berikut :

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ ، عَنْ حَبِيْبِ بْنِ الزُّبَيْرِ ، قَالَ : سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي الْهُذَيْلِ ، قَالَ : كَانَ عَمْرُو بْنُ الْعَاصِ يَتَخَوَّلُنَا ، فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ بَكْرِ بْنِ وَائِلٍ : لَئِنْ لَمْ تَنْتَهِ قُرَيْشٌ ، لَيَضَعَنَّ هَذَا الْأَمْرَ فِي جُمْهُورٍ مِنْ جَمَاهِيرِ الْعَرَبِ سِوَاهُمْ . فَقَالَ : عَمْرُو بْنُ الْعَاصِ كَذَبْتَ ، سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : " قُرَيْشٌ وُلَاةُ النَّاسِ فِي الْخَيْرِ وَالشَّرِّ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ "

Muḥammad bin Jafar telah merawi hadis kepada kamiܒ Šubah telah merawi hadis kepada kamiܒ daripada Ḥabīb bin az-Zubayr dia berkataܒ Aku mendengar Abdullah bin Abū al-Huayl berkata Dahulu Amr bin al-Āṣ berpindah ke tempat kamiߨ lalu seorang lelaki daripada Bakr bin Wā^il berkata: "Jika orang Quroyš tidak mahu berhentiޱ pasti Dia akan meletakkan urusan ini dalam kebanyakan di antara kebanyakan Arab selain mereka". Berkata Amr bin al-Āṣ: "Engkau salah! Aku mendengar Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam berkata: Qurayš penguasa manusia dalam kebaikan dan keburukan sehingga hari kiamat". [Musnad Amadno. 17461].

Mengapa Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam menyebutkan sesuatu yang tampak mengangkat suatu kaum dari kaum yang lainߨ sedangkan kita telah maklum bahawa agama ini jauh daripada semangat kepuakan?

Ini kerana dari segi konteks bangsa Arab kaum Quroyš adalah bangsa yang dominan pada banyak perkara dan mempunyai kekuatan pada pelbagai aspek berbanding bangsa yang lain. Oleh sebab ituߨ bangsa yang kurang dominan akan terserap atau tunduk kepada mereka yang dominan. Ia akan menjadi berlainan jika kaum Quroyš memasuki tempat yang bukan kawasan dominannya. Makaߨ kaum yang berada di situ akan menjadi penguasa mereka. Baginda berkata dengan mengambil kira konteks sekeliling baginda.

Malahߨ baginda juga tidak melakukan perubahan drastik dalam pembinaan semula Kaabah walaupun baginda memiliki kekuatan dan kemampuan untuk melakukannya :

حَدَّثَنَا مُسدَّدٌ ، حَدَّثَنَا أَبُو الْأَحْوَصِ ، حَدَّثَنَا أَشْعَثُ ، عَنِ الْأَسْوَدِ بْنِ يَزِيدَ ، عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : " سَأَلْتُ النَّبيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " عَنِ الجَدْرِ ، أَمِنَ الْبَيْتِ هُوَ ؟ ، قَالَ : نَعَمْ ، قُلْتُ : فَمَا لَهُمْ لَمْ يَدْخِلُوهُ فِي الْبَيْتِ ؟ ، قَالَ : إِنَّ قَوْمَكِ قَصَّرَتْ بِهِمُ النَّفَقَةُ ، قُلْتُ : فَمَا شَأْنُ بَابِهِ مُرْتَفِعًا ؟ ، قَالَ : فَعَلَ ذَاكِ قَوْمُكِ ليُدْخِلُوا مَنْ شَاءُوا وَيَمْنَعُوا مَنْ شَاءُوا ، وَلَوْلَا أَنَّ قَوْمَكِ حَدِيثٌ عَهْدُهُم بِالْجَاهِلِيَّةِ ، فَأَخَافُ أَنْ تُنْكِرَ قُلُوبُهُمْ أَنْ أُدْخُلَ الْجَدْرِ فِي الْبَيْتِ وَأَنْ أَلْصِقْ بَابَهُ فِي الْأَرْضِ " .

Musaddad telah merawi hadis kepada kamiܒ Abū al-Aḥwaṣ telah merawi hadis kepada kamiܒa telah merawi hadis kepada kamiܒ daripada Al-Aswad bin Yazīdܒ daripada Ā^išah dia berkata Aku bertanya kepada Nabi ollallāhu alayhi wasallam tentang tembok: "Adakah ia termasuk bahagian Baitullah?". Baginda berkata: "Ya". Aku berkata: "Justeruߨ kenapa mereka tidak membinanya di Baitullah?". Baginda berkata: "Sesungguhnya kaum kamu kekurangan dana untuknya". Aku berkata: "Apa sebab pintunya meninggi?". Baginda berkata: "Kaum kamu yang membuat itu. Mereka memasukkan apa-apa yang mereka mahu dan menegah apa-apa yang mereka mahu. Kalau bukan kerana kaum kamu baru dengan zaman jahiliah merekaޱ aku khuatir akan keingkaran pada jantung mereka jika aku membina tempok pada Baitullah dan membina pintunya di tanah". [Ṣoḥīḥ al-BuẖōriyKitāb at-Tamannīno. 6729].

Ini merupakan antara bukti bahawa konservatif ada asasnya dalam Islam. Jika kita bandingkan dua hadis tadiޱ nampak jelas bahawa dominasi memainkan peranan dalam menentukan sesuatu itu baik atau buruk.

Apabila kita melakukan perubahan drastikޱ tentu sahaja ia akan menyebabkan situasi ketidakkeruan dan boleh mengguggat toleransi antara sesama manusia. Sebab itulah baginda tidak mahu mengembalikan semula pembinaan Baitullah sepertimana yang asalnya kerana ini boleh melahirkan bibit-bibit ketidaksenangan pada masyarakat sekeliling.

Contoh yang lain yang semasa adalah apa akan jadi jika pemimpin dilantik dari kalangan bukan Arab untuk memegang tampuk pemerintahan dalam kalangan orang Arab? Tentu sahaja pemimpin itu tidak akan dapat sokongan dari akar umbiߨ malah akan dijatuhkan kerana wujudnya rasa dominasi atau rasa kuat digugah oleh sesuatu yang asing daripada mereka walaupun pemimpin itu melaksanakan tugas dengan sebaiknya.

Benar bahawa Islam tidak mempromosi kepuakanߨ tetapi Islam juga menghargai dan menghormati budaya yang ada pada masyarakat. Sentimen bangsa, kepuakan atau kebudayaan sentiasa sahaja wujud. Kita tidak boleh hidup dalam dunia utopia atau dunia idealistik yang melampau seolah-olah bumi ini tidak dipisahkan oleh sempadan dan manusia berada dalam perkongsian satu fahaman bersama.

Promosikanlah ungkapan bahawa Islam antikepuakan atau seumpamanya. Akan tetapiߨ realitinya pemecahan kepada pelbagai bangsa, fahaman dan budaya adalah sesuatu yang tidak akan dapat dielakkan. Dominan atau tidak sesuatu bangsa atau budaya itu bergantung pada situasi, tempat dan zaman.

Pun begituߨ bukan bermakna kita boleh membiarkan sahaja kejahatan itu terus diamalkan dalam bangsa yang dominan. Perubahan drastikߨ tetapi terancang, terkawal dan berstrategi juga perlu diperjuangkan. Yang baikܦ kita kekalkan sahaja atau berusaha kepada yang lebih baik. Manakalaߨ yang jahatܦ kita hapusknnya sama ada secara berperingkat atau sepenuhnya mengikut cara yang paling saksama. Inilah yang diperjuangkan oleh neokonservatif.

Ada sahaja yang mengatakan bahawa liberal adalah lawan kepada konservatifߨ tetapi saya juga melihat bahawa liberal boleh menjadi semak dan imbang kepada konservatif. Menjadi neokonservatif adalah bahawa kita menjadi konservatif dengan beradaptasi dan memelihara semampu yang boleh atau membiarkan sahaja adat, tradisi dan budaya yang diwariskan, dinormakan atau didogmakan tanpa mengganggunyaߨ tetapi dalam masa yang sama kita meraikan dan menerapkan nilai-nilai liberal untuk tiga perkara.

Pertamaߨ hak bangsa lain untuk bebas beramal tanpa dicabuli, diperlekehkan dan didiskriminasikan. Walaupun amalan itu menyalahi norma masyarakatߨ bukan bermakna ia adalah sesuatu yang perlu kita ancam dan gasak. Kita hormati pendirian, pandangan dan pengamalannya selagimana ia bukan penyelisihan yang menimbulkan kegusaran kuat di sekeliling.

Keduaߨ kita menerima apa sahaja yang baik biarpun ia datang daripada selain daripada apa yang dibawa oleh budaya tempatan untuk kita serapkan dalam kebudayaan dan pengamalan kita. Untuk kemajuan dan progresif kita perlu terbuka untuk banyak perkara dan cuba berasimilasi sebanyak yang boleh untuk membina kekuatan dalam pembangunan.

Menjadi neokonservatif bukan seperti xenofobia yang begitu anti dengan elemen asing. Xenofobia ada asasnyaߨ lebih-lebih lagi jika ia mampu mengancam kedudukan warga tempatan dan ini kita akui. Namunߨ kita tidak boleh terlalu keras kepala dengan sikap sedemikian.

Kita boleh pelajari ilmu atau pengetahuan atau kajian yang diperoleh daripada negara atau wilayah asing, lalu kita sesuaikan dengan persekitaran di sekeliling kita supaya ia tidak memudarkan jati diri sesuatu bangsa. Kita ambil falsafah daripada Yunaniߨ bukan bermakna kita perlu menjadi sepertimana sang Yunani dari segi pemikiran dan kebudayaan. Kita ambilߨ tetapi sesuaikan dengan konteks masyarakat muslim.

Ketigaߨ perubahan yang berlaku pada sesuatu bangsa. Saya juga percaya bahawa bukan semua bangsa, adat atau budaya itu akan bertahan lama atau kekal selamanya. Bangsa juga boleh pupus atau terhapus serta budaya atau adat boleh berubah dan menjadi lapuk. Saya percaya dengan perubahan boleh berlaku dengan izin Allah.

Sebab itulah kita meraikan nilai yang dibawa oleh liberal yang menjadi kontra kepada konservatif. Jika praktik dan nilai yang diamalkan konservatif itu sudah dianggap lapuk, tidak relevan atau semakin ditinggalkan masyarakatޱ maka kita biarkan sahaja ia diganti selagimana ia tidak menyebabkan berlakunya penentangan yang keras dalam menuju era baharu.

Tidak perlu kita bersusah payah, melaburkan banyak tenaga dan harta serta bermati-matian untuk pertahankan adat atau budaya jikalau perubahan itu tidak menyebabkan berlakunya pemisahan sosial, diskriminasi ataupun penindasan hak. Apabila sampai masanya untuk terhapusޱ biarkan sahaja. Sepertimana kita tidak lagi menggunakan telefon yang menggunakan butang nombor kerana ia sudah lapuk dan didominasi oleh telefon sentuhan skrin maka begitulah juga kita merelakan sahaja perubahan mengambil tempatnya.

Ideologi ini juga dilihat dari aspek ekonomi. Ini saya terjemahkan daripada Britannica. Neokonservatif percaya bahawa pasaran adalah tujuan yang efisyen dalam pembahagian barangan dan servis. Walaupun demikianޱ mereka tidak sepenuhnya menyokong pasaran bebas kapitalisme. Sepertimana Kristol berkomentarܦ kapitalisme layak untuk dua sorakanߨ bukan tiga kerana karakter inovatifnya menyebabkan hampir-tekal kekucaran dan kekacauan sosial.

Tambahan pulaߨ sebagai sosilogiwan neokonservatif; Daniel Bell berpendapat kapitalisme membawa penyakit pelbagai kontradiksi budaya yang menghakis dasar sosial dan etikanya. Kapitalisme sepatutnya adalah kemahuan untuk menyelamatkan, melaburkan dan menunda kepuasan dan dalam masa yang sama melalui teknik pengiklanan atau pemasaranܦ ia menggalakkan orang untuk memuaskan diri mereka sendiri untuk hidup dalam kredit dan memberi perhatian sedikit kepada masa depan yang lebih jauh.

Tambahan pulaߨ kapitalisme yang tidak diregulasi menghasilkan kekayaan yang melimpah bersama kemiskinan yang melarat dan ia membalas dengan mewah untuk sebahagian orangߨ tetapi meninggalkan yang lain di belakang. Memandangkan jurang besar pada kekayaan yang membuatkan penghinaan sang kaya terhadap sang miskin dan sang kaya iri hati kepada yang kayaܦ kapitalisme boleh mencipta keadaan yang menyebabkan konflik kelas, kacau-bilau buruh dan ketidakstabilan politik.

Untuk mengurangkan jurang besar walaupun semestinya bukan menghapuskanޱ neokonservatif menyokong menetapkan cukai pendapatan, cukai pusaka, negara berkebajikan moden dan mana-mana maksud yang jaringan keselamatan dapat ditempatkan di bawah anggota masyarakat yang kurang bertuah.

Walau bagaimanapunߨ dalam masa yang sama neokonservatif mengingatkan bahawa program berniat baik kerajaan boleh menghasilkan konsekuensi yang tidak disengajakan dan malang untuk orang yang sepatutnya ditolong. Lebih jelasnyaܦ neokonservatif berpendapat bahawa program negara berkebajikan mampu dan selalu menghasilkan kebergantungan dan menghakis inisiatif individu, cita-cita dan tanggungjawab. Dengan itu program sedemikian sepatutnya mensasarkan untuk menyediakan bantuan pertolongan hanya bersifat sementara dan jangka masa pendek.

Tidak juga sepatutnya matlamat program sosial dan polisi cukai menjadi tahap yang berbeza antara individu dan kelas. Neokonservatif mendakwa bahawa mereka memihak kepada kesamarataan dalam peluangߨ bukan kesamarataan dalam hasil. Sambil memihak kepada kewujudan negara berkebajikanܦ mereka juga percaya bahawa ia patut diukur semula kerana pada pandangan mereka ia menjadi terlalu besar, terlalu birokratik, besar dan sukar dibawa serta terlalu pemurah.

Dalam tahun 1990-an neokonservatif telah menyetujui bantuan latihan yang direka untuk mengalihkan orang daripada pusingan kebajikan kepada tenaga kerja. Dalam polisi domestik penyetujuan mereka menjadi desakan dan suara yang berpengaruh. Tamat terjemahan Britannica.

Untuk bahagian dasar luar negara sebagaimana mereka di antara liberal dan konservatif dalam kebudayaan atau liberal dan sosialis dalam ekonomiߨ namun mereka berat pada konservatif sepatutnya mereka berada di antara isolasionalis dengan interversionisߨ tetapi berat kepada isolasionalis.

Saya tahu ini bertentangan dengan apa yang didefinisikan bahawa neokonservatif dicirikan sebagai interversionis yang mana ia menjadi kritikan yang hebat dalam isu perang Iraq buat Amerika. Namunߨ bukan bermakna kita perlu import gagasan yang dibawa oleh Amerika secara bulat-bulat. Dan saya berpendapat ini bukanlah prinsip asas yang dibawa oleh neokonservatif.

Masih ada lagi perbincangan tentangnya dalam isu perang Iraq dalam menganalisis semula identiti neokonservatif dan kita ketepikan ini di tempat yang lain. Malahߨ ada juga perbezaan antara konservatif nasional dan konservatif internasional dalam menentukan asas hala tuju dasar luar negara supaya kita dapat tentukan jalan yang dipilih oleh neokonservatif.

Apapunߨ saya lebih memilih bahawa konservatif pada abstraknya berpendirian untuk tegas dalam ketidakinterversian sepertimana yang dikemukakan oleh Texas National Security Review dalam artikelnya «Policy Roundtable: The Future Of Conservative Foreign Policy». Sebab saya menyetujui hal ini adalah kerana melihat asas perbezaan konservatif dan liberal dalam pandangan alam budaya kemanusiaan.

Liberal memandang bahawa tiada sempadan di bumi ini. Semua orang di dunia boleh berkongsi budaya, fahaman dan pemikiran yang sama. Kepelbagaian yang ada boleh ditoleransiߨ tetapi masing-masing berkongsi nilai-nilai kesejagatan. Manakalaߨ bagi konservatif sempadan di bumi ni wujud dan setiap dalam sempadan ada ciri-ciri tersendiri bagi sesuatu budaya. Kita tidak mampu menyeragamkan sama dalam satu pemikiran, budaya dan adat kerana masing-masing punya cara dan nilai tindakan.

Sebab itulah konservatif memilih untuk menjadi isolasionalis kerana ia akan menyebabkan krisis identiti dan ancaman kepada adat dan budaya yang lama diwarisi oleh warga tempatan di dalamnya. Namunߨ bagi liberal disebabkan kepercayaannya terhadap budaya kemanusiaan merentas sempadanܦ maka mereka berpijak di atas dasar intervensionisme. Oleh ituߨ neokonservatif adalah seimbang di antara kedua-dua ini, tetapi berat kepada isolasionalisme.

Ada masanyaܦ kita perlu mengambil langkah intervensiߨ lebih-lebih lagi jika ia memihak kepada kepentingan tempatan dan mendapat permintaan pertolongan daripada negara tersebut. Misalnya adalah negara yang bergelumang dalam anarki dan pemberontakan serta ketidakstabilan politik yang menyebabkan banyaknya pelarian ke negara kita. Semua ini akan menjadi beban sama ada jangka masa pendek atau panjang yang akan ditanggung oleh warga tempatan dan negara.

Jika kita tidak menjadi pendamai bagi kemelut tersebut atau mendesak supaya leraikan krisis tersebut atau campur tangan dalam bertindak tegas dalam menghapuskan huru-haraޱ kita semua akan dihimpit dalam tiga pilihan.

Pertamaߨ kita bersikap berkecuali dan menerima pelarian atas dasar kemanusiaanߨ tetapi kesan jangka masa panjangnya akan menyebabkan krisis identiti dalaman yang berlaku dalam negara akibat berlakunya multibudaya yang menghasilkan pengasingan sosial.

Keduaߨ kita bersikap berkecualiߨ tetapi menolak pelarian kerana tegas untuk menjaga kepentingan negara dan identiti bangsa. Namunߨ kita akan dikritik sebagai fasis atau negara yang tidak ada belas kasihan atau sikap kemanusiaan atau bersikap xenofobia.

Ketigaߨ campur tanganߨ lalu leraikan sengketa di dalamnya dan kemudianߨ kita tidak perlu menanggung pelarian lebih lama atau menerima pelarian lebih ramai. Jika pilihan campur tangan lebih memberikan maslahat sambil mengambil kira faktor yang lainߨmaka neokonservatif akan memilih cara ini.

Intervensi bukanlah semestinya membawa unsur ketenteraan dan penaklukanߨ tetapi boleh sahaja menjadi perunding atau orang tengah yang mendamaikan konflik dalaman. Jika ia berjayaޱ kita sebenarnya telah membina imej yang baik kepada negara yang mengubah pergeseran kepada kestabilan. Kita membuktikan bahawa masalah boleh diselesaikan di meja rundingan dan perbincangan.

Inilah yang amat diperlukan. Sifat bijaksana dapat dimanifestasikan dan diteladani oleh setiap negara. Di kala senjata cukup canggih yang mampu membunuh ribuan manusia secara mudah dan sikap ekstrimis manusia yang sukar dikawal serta masing-masing saling menunjuk bahawa negara merekalah yang paling gagah kita berikan pendekatan yang aman, mesra didekati dan mudah mendapat kepercayaan. Campur tangan sebegini memberikan kelegaan bahawa kita semua mendapat kepentingan bersama tanpa perlu berasak-asak secara agresif untuk memperoleh hak.

Ada masanya kita tidak boleh campur tangan dan bersikap berkecuali. Mencampur tangan bermakna kita telah menggugat kedaulatan negara lain dan memberi ancaman kepada warga tempatan meskipun niat kiat adalah baik.

Ada pelbagai sebab untuk kita tidak boleh sesuka hati mencampur tangan. Kadangkalaܦ kita perlu biarkan konflik dalam negara mereka diselesaikan sendiri oleh mereka. Sepertimana kita tidak mengganggu konflik dalaman keluarga yang kita bukan ahli keluarganyaܦ demikian juga dengan hal ini.

Malahߨ sikap mencampur tangan juga boleh melemahkan menghakis maruah dan semangat negara tersebut dalam mempamerkan kebolehan dalam menangani kecamuk yang melanda dalam negeri. Jika negara tersebut terlalu mengharapkan campur tangan daripada orang luarޱ ia boleh menimbulkan persepsi bahawa negara tersebut tidak kompetenߨ malah yang lebih teruk adalah dianggap boneka kepada negara yang mencampuri urusannya.

Konservatif mengakui sempadan yang ada dalam setiap negara dan dalam setiap sempadan ada nilai yang dikongsi bersama yang berbeza dari yang luar dan mereka memiliki identiti dan jati diri mereka sendiri. Mencampur tangan juga bermakna kita tidak menghormati budaya dan cara mereka dalam menerapkan prinsip kesejagatan mereka dalam mendepani cabaran.

Sikap intervensionis juga boleh mencipta imej kita bahawa negara kita sebenarnya berkehendak untuk membina empayar penjajahan dan merampas takhta yang dipegang dalam setiap negara. Kita tidak ubah seperti negara yang tamak yang terlalu obses untuk mengukuhkan hegemoni di setiap rantau dan benua.

Bagi saya negara muslim sememangnya perlu menjadi negara adikuasa untuk membina imej bahawa kita negara yang cemerlang, terkehadapan dan terkuat. Negara yang lemah dan yang mundur hanyalah memberi imej yang buruk kepada umat Islam itu sendiri. Kita perlu ada dasar untuk membawa gagasan eksepsionalisme supaya kalimah Allah meninggi terangkat dengan megah.

Cumaߨ kita perlu bijaksana dan merangka strategi yang sebetulnya. Kita membina gema yang gagah perkasaߨ tetapi dalam masa yang kita bukanlah penindas dan pencengkam negara-negara lain.

Kemudianߨ dalam isu seksual saya berorientasikan erotisisme. Saya tidak tahu kalau istilah ini boleh dikategorikan dalam ideologi secara rasmi. Cumaߨ seringkali saya melihat topik yang menyentuh tentang erotisismeܦ saya melihat ia tidak sedar hanya kata nama yang terbit dari perkataan erotik semata-mata.

Saya melihat masing-masing cuba menghasilkan naratif yang khusus dan memberikan penghuraian yang mengkomprehensifkan makna untuk perkataan ini seakan-akan ia adalah sebuah ideologi.

Ada dua sebab utama topik erotisisme ini dibangkitkan dan diwacanakan yang sememangnya penting ketika membicarakan isu seksual. Pertamaߨ ia bagi merespons sikap rasa kejemuan terhadap seks yang dilihat sebagai aktiviti yang biasa-biasa sahaja yang tidak memberikan apa-apa impak yang besar bagi kegembiraan dan keseronokan dalam perhubungan intim serta persepsi negatif terhadapnya.

Erotisisme cuba melawan arus ini dengan mengemukakan suatu sudut perspektif untuk menjengah semula bagaimana untuk membawa kembali seks yang mendalamkan lagi keintiman antara sesama pasangan, menjadi suatu aktiviti yang signfikan dalam hidup dan dalam masa yang sama memberikan kesan positif yang besar dalam keseronokan berumah tangga.

Keduaߨ ia adalah kesedaran bahawa tanggapan manusia dalam seks bukan seperti haiwan yang hanya ingin menambahkan zuriat atau melunaskan syahwat semata-mata. Kita adalah manusia yang memiliki minda yang jauh lebih kompleks berbanding haiwan sehingga tidak patut kita hanya memandang seks sama seperti itu.

Erotisisme menampilkan bahawa aktiviti seks kita perlu disulami bersama dengan falsafah, pengetahuan yang lurus yang mampu menciptakan impak yang hebat dalam aktiviti seks, senarai menu yang memberi perencah kepada hubungan intim dan pelbagai lagi yang lain.

Oleh ituߨ perjuangan erotisisme secara dasarnya merangkumi dua lapangan yang penting ini. Pada saya erotisisme tidak seharusnya hanya terpuruk pada individu atau komuniti yang kecil semata-mata. Ia juga perlu dipromosikan secara meluas dan dijelaskan secara umum jika sedar dasar dan kesedaran isu yang kritikal terhadapnya.

Mengapa perlu kita mempromosikannya kepada masyarakat tentang falsafah erotisisme ini? Sebab utamanya seks adalah aktiviti yang ada dalam mana-mana komuniti, masyarakat dan perabadan. Instisuti kekeluargaan tidak terbangun tanpa ada seks yang menjadi dasar. Sebab itulah isu ini perlu diwacanakan, dibentangkan, dibincangkan dan dilaburkan kajian supaya aktiviti seks bagi masyarakat kita terpandu dengan sudut pandang yang benar, pengetahuan yang bermakna serta berlandaskan kepada kesihatan, keselamatan dan keseronokan yang tulen.

Kalau kita berdiam diriߨ khususnya para ilmuwan dan mereka yang memiliki kepakaran dalam bidang iniޱ daripada mana lagi masyarakat ingin mempelajari dan bina kefahaman mereka? Jika mereka berikhtiar sendiriޱ dikhuatiri yang mereka temukan adalah sekadar cakap kosong yang tidak terbukti, seudosains, maklumat yang palsu atau lebih teruk adalah eksploitasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebab itulah mereka yang berkeahlian ini perlu tampil dan menonjol untuk menyuarakan, menyumbangkan idea, melaksanakan kajian dan memimpin masyarakat dalam hal ehwal seksual.

Topik yang dibincangkan dalam erotisisme sangat luas dari aspek akademik sehinggalah kepada yang berbentuk hiburan. Masing-masing bermatlamatkan supaya kita memperoleh maklumat yang tepat tentangnya dan mendapatkan idea yang baik supaya boleh diimplemantasikan dalam hubungan intim dan sesama pasangan serta pelbagai lagi yang lain untuk mencapai seks yang sihat, selamat dan seronok.

Wacana ilmiah tentang kesihatan, psikologi, krimonologi, biologi, sosiologi, sejarah dan pelbagai lagi yang juga adalah sebahagian daripada erotisisme. Gurauan seksual, persentuhan ramah, membaca novel erotik dan pelbagai lagi aktiviti harian yang mewujudkan fantasi seksual dan keasyikan berahi juga adalah erotisisme.

Erotisisme sama sekali tidak sama dengan antunan seks yang sememangnya bermotifkan kejelekan, eksploitasi dan kepuasan kerakusan diri. Erotisisme adalah memupuk pasangan secara khususnya dan masyarakat secara umumnya agar sama-sama kesefahaman tentang seks yang sihat, selamat dan seronok yang bersesuaian dengan tabiat, minat, personaliti dan karakteristik diri masing-masing.

Erotisisme mengakui apa yang disukai pasangan dan apa yang dibenci. Erotisisme adalah toleransi, keterbukaan dan lapang dada terhadap pelbagai pandangan mengenainya. Erotisisme adalah lapangan ilmiah untuk sama-sama menelaah isu secara objektif, berfakta serta berasaskan hujah saintifik dan logik.

Erotisisme adalah penekanan perhubungan dua hala atau lebih yang didasari atas cinta yang tulus, persefahaman yang harmoni, tidak memiliki niat yang keji dan tiada eksploitasi untuk kepentingan diri. Erotisime berpenghujungkan kebahagiaan, keseronokan dan impak positif secara signfikan dalam kehidupan pada aktiviti seks. Erotisisme berasaskan moral yang terpandu dengan ilmu yang jernih dan kefahaman yang jitu.

Inilah erotisisme yang diperjuangkan dan yang bersesuaian dengan Islam. Dalam isu erotisisme pada sudut saya saya telah menghasilkan beberapa judul penulisan yang berkaitan dengannya. Saya ada membincangkan isu hukum fiqh dalam kolum «Fiqh Seksual». Saya ada mewacanakan isu-isu yang berkaitan dengan seksual pada kolum «Wacana Isu Seksual». Saya juga ada menyentuh hal ini dalam kolum «al-H̱iṭōb al-Wajīz : Isu Seksual».

Banyak juga di tempat lain yang saya berbicara mengenainya. Malahߨ di media sosial pun saya juga kadangkala mengongsikan beberapa erotika untuk sama-sama meluapkan keseronkan erotisismeߨ namun berlandaskan syariat dan terkawal.

Malahߨ sebahagian inspirasi kepada erotisisme berbentuk intelektualisme adalah melalui buku «Defending Pornography; Free Speech, Sex And The Fight For Women's Right» karya Nadine Strossen. Saya secara peribadi bukanlah menyetujui ideologi yang mendasar dalam perjuangannya terhadap isu-isu ekspresi seksual memandangkan dia adalah feminis yang tidak beragama dan saya pula adalah muslim. Cumaߨ beberapa idea dan tema dalam buku ini menepati dapatan saya dalam isu seksual ini.

Apapunߨ mungkin perjuangan ini agak terpencil dan ia adalah tabu untuk menjadi dasar perjuangan dalam komuniti muslim. Pun begituߨ jika kita faham teras utama erotisismeޱ kita akan tahu bahawa isu ini tidak hanya terhad kepada yang bukan muslim sahaja.

Malahߨ tidak sepatutnya muslim ketinggalan dalam isu ini. Aneh sekali yang muslim sangat menekankan kemajuan dari sudut sainsߨ tetapi ketinggalan dalam isu seksual dan sekadar ambil kajian dari yang bukan muslim sama ada berbentuk jurnal, tesis, buku atau artikel. Patutkah umat yang superior didasari dengan agama Islam yang sepatutnya menjadi ekseptionalis ini dipimpin oleh umat yang lain?

Kita mungkin boleh berbeza pandangan dalam beberapa isu seperti pendekatan dalam mempromosikannya atau mengimplementasikannya. Cumaߨ jangan diabaikan teras yang besar dalam perjuangan erotisisme ini.

Saya ada alasan tersendiri untuk membawakannya dan menzahirkannya. Para ilmuwan juga yang ada berkeahlian dalam bidang ini sepatutnya juga tampil ke hadapan untuk menjadi rujukan yang berautoriti bagi masyarakat mengikut cara yang sesuai dengan diri masing-masing.

Demikian dua ini adalah ideologi utama yang saya pegang. Mungkin ada beberapa lagi yang lainߨ cuma ia tidak begitu signifikan atau ia adalah pecahan daripada yang utama. Jika adaޱ saya mungkin akan tambahkan lagi dalam penulisan ini jika ia mempunyai penjelasan yang panjang atau berbaloi untuk dikongsikan untuk menampakkan kesignifikannya pada diri saya yang menjadi identiti diri saya.

No comments:

Post a Comment