Saturday, May 2, 2020

Antara Sumber Rujukan Ta*dīl Dan Tajrīḥ Perawi

Segala puji bagi Allah yang mengurniakan hikmah kepada hamba-Nya agar dia sentiasa menjadi manusia yang sentiasa mengabdikan diri kepada-Nya. Selawat dan salam ke atas Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang menjadi teladan bagi sekalian alam agar manusia hidup di atas kesejahteraan. Begitu juga terhadap keluarganya, sahabatnya dan mereka yang mengikuti baginda dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan Allah sentiasa limpahkan rahmat hingga hari akhirat.

Penilaian hadis sangat penting bagi umat Islam agar mereka sentiasa berpijak di atas landasan yang benar lagi kukuh. Mereka yang sanggup menekuni dan menceburkan diri dalam bidang ini ialah orang-orang yang berada di barisan hadapan dalam infrantri ketenteraan ilmu bagi melindungi dan memelihara segala kerosakan dan ancaman yang menimpa di dalam kemuliaan hadis. Mereka orang yang berhadapan dengan perawi yang beragam jenis bagi memastikan ketulenan hadis itu dijaga dan mempertahankan sunnah itu dari kerapuhan bidaah yang bertunas. Bagi memastikan metodologi dan analisis seseorang itu ampuh dan efektif, maka sumber mereka berteraskan dengan yang jernih dan murni nilai ilmunya agar kajian ilmu hadis itu sentiasa di atas manhaj yang sejahtera.

Di sini saya akan kongsikan kepada para pembaca sumber-sumber yang boleh dijadikan rujukan bagi penilaian sesuatu perawi hadis yang memberi kesan kepada kedudukan darjat hadis dan pegangan serta interaksi terhadapnya. Perkongsian ini dari sudut pengalaman saya sepanjang melibatkan diri dalam kajian hadis dan pemerhatian terhadap sumber-sumber tersebut. Sebahagiannya adalah yang masyhur ditelaah sebagai rujukan dan sebahagiannya tidak menjadi rujukan secara lazim. Namun, saya akan cuba senaraikan sumber-sumber yang mempunyai potensi sebagai rujukan meskipun rujukan itu tidak dilazimi untuk dirujuk bagi kemudahan beberapa situasi pada masa akan datang. Saya juga cuba mengulas manhaj sumber tersebut secara ringkas yang penting bagi manfaat untuk mereka yang baru. Perlu diingatkan bahawa bukan semua kitab ini mempunyai nilai reliabiliti kerana sebahagian penulisnya tidak dikenali dan diragui kredibilitinya. Tetapi, saya tetap menyatakan agar para pembaca berjaga-jaga ketika mengambil qowl nāqid dalam al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl.

Dengan itu, diharapkan agar perkongsian ini adalah sumber yang mencukupi bagi persediaan yang perlu ada untuk pengkaji ilmu hadis memandangkan mereka akan berinteraksi dengan sumber tersebut sama ada secara kerap atau jarang-jarang. Apa yang saya tidak nyatakan boleh jadi ia tidak begitu masyhur sehingga tidak memadai untuk saya nyatakan atau saya terlepas pandang daripadanya dan yang ini akan menyebabkan penulisan saya dikemaskini bagi memasukkan penyenaraian yang baru atau pembetulan jika ada kesilapan. Maka, mengakhiri muqaddimah ini, kita memohon kepada Allah agar kita sentiasa dinaungi rahmat-Nya dan kasih-Nya di dunia dan di akhirat.

Sumber Sekunder

Sumber sekunder ialah sumber yang menukilkan dari kitab yang lain dari sumber primer sama ada dinyatakan namanya ataupun tidak dan sebahagiannya dibuang sanadnya dari sumber primer bagi ringkasan dan kemudahan. Namun demikian, sumber ini juga kadangkala menjadi rujukan sumber primer disebabkan sebahagian nukilan itu tidak dapat ditemui asalnya yang mungkin disebabkan kitab tersebut telah hilang dan tidak diperoleh pada kita zaman ini atau belum sahaja dicetak dan masih berbentuk manuskrip atau penulisan tersebut bercampur baur dengan pendapat peribadi yang menjurus kepada kategori sumber primer. Apapun, penukilan yang dilakukan oleh para penulis merupakan orang-orang yang amanah dan jujur sehingga hilang keraguan penukilan palsu.

Sukacita untuk saya nyatakan rujukan sumber sekunder terlebih dahulu kerana ini merupakan rujukan penting bagi memperkenalkan seseorang perawi yang mengumpulkan banyak maklumat perawi yang penting tentang tajrīḥ dan ta*dīlnya sekaligus dan pembuka jalan bagi mencari sumber-sumber primer. Namun, perlu diingatkan bahawa bukan semua sumber sekunder ini sahih jika dibuat rujukan silang dengan sumber primer terutamanya disebabkan adanya kelemahan pada sanad qowl tersebut. Oleh itu, kitab ini tidak dapat dijadikan pegangan mutlak melainkan sebagai pembuka jalan bagi mencari sumber primer dan gambaran penilaian kolektif bagi seseorang perawi. Berikut adalah sumbernya :

1. Tahḏīb al-Kamāl Fī Asmā^ ar-Rijāl karya Abū al-Ḥajjāj Yūsuf bin *Abdul Roḥmān bin Yūsuf al-Mizziyy. Ini merupakan antara kitab induk bagi rujukan tajrīḥ dan ta*dīl perawi dalam kitab Sunan Sittah atau sunan enam seperti Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, Ṣoḥīḥ Muslim, Sunan Abū Dāwud, Sunan an-Nasā^iyy, Sunan at-Tirmiḏiyy dan Sunan Ibn Mājah. Namun, kekurangan kitab ini ialah penulis banyak tidak mengambil qowl tentang riwayat yang mursal daripada kitab al-Marōsīl karya Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy yang merupakan perkara penting dalam penilaian kesahihan dan pendhaifan hadis serta beberapa maklumat yang lain. Oleh itu, penyilangan rujukan amat penting pentelaahan kitab ini.

2. Ikmāl Tahḏīb al-Kamāl Fī Aslmā^ ar-Rijāl karya *Alā^uddīn Muġlaṭōy bin Qulayj bin *Abdullah al-Ḥanafiyy. Kitab ini pelengkap bagi karya al-Mizziyy dalam menambahkan beberapa makumat perawi.

3. At-Tarōjim as-Sāqiṭoh Min Kitāb Ikmāl Tahḏīb al-Kamāl Li Muġlaṭōy. Kitab ini dicetak bagi melengkapkan biografi perawi yang tertinggal dalam kitab Ikmal Tahzib al-Kamal.

3. Tahḏīb at-Tahḏīb karya Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy. Kitab ini pelengkap bagi karya Tahḏīb al-Kamāl dan Ikmāl Tahḏīb al-Kamāl.

4. Tārīẖ al-Islām Wa Wafayāt al-Mašāhīr Wa al-A*lām karya Šamsuddīn Abū *Abdullah aḏ-Ḏahabiyy. Ini merupakan kitab yang menyeluruh berkenaan dengan senarai perawi yang pernah wujud sepanjang sejarah Islam.

5. Siyār A*lām an-Nubalā^ karya Šamsuddīn Abū *Abdullah aḏ-Ḏahabiyy. Ini tapisan daripada kitabnya yang berjudul Tārīẖ al-Islām bagi memuatkan perawi-perawi yang dianggap mempunyai nilai kemuliaan baginya. Namun, perlu berhati-hati dengan sandangan pujian aḏ-Ḏahabiyy seperti "al-Imām", "al-Muḥaddiṯ", "al-Faqīh" dan lain-lain kerana bukan semua perawi yang tersenarai dalam ini adalah berkredibiliti. Ada yang tidak pernah dinilai oleh sesiapa pun dari kalangan ahli hadis yang terdahulu, sebahagiannya adalah perawi yang ditinggalkan dan sebahagiannya dituduh pendusta.

6. Mīzān al-*Itidāl Fī Naqd ar-Rijāl karya Šamsuddīn Abū *Abdullah aḏ-Ḏahabiyy. Kitab ini mengumpulkan perawi-perawi yang mempunyai nilai kritikan baginya. Perlu diingatkan bahawa bukan semua di dalamnya perawi yang dhaif dan bukan semua hadis yang dinukilkan padanya mempunyai nilai kesahihan.

7. Lisān al-Mīzān karya Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy. Ini merupakan kitab pelengkap bagi karya aḏ-Ḏahabiyy yang berjudul Mīzān al-*Itidāl.

8. Tahḏīb al-Asmā^ Wa al-Luġōt karya Abū Zakariyyā Muḥyiddīn Yaḥyā bin Šarof an-Nawawiyy[1].

9. Aḍ-Ḍu*afā^ Wa al-Matrūkūn karya Jamāluddīn Abū al-Faroj *Abdul Roḥmān bin *Aliyy bin Muḥammad al-Jawziyy[2]. Kitab ini mengumpulkan perawi yang dhaif, matrūk dan pendusta.

10. Al-Muntaẖob Min *Ilal al-H̱olīl karya Abū Muḥammad Ibn Qudāmah al-Maqdisiyy ad-Dimašqiyy al-Ḥanbaliyy[3].

11. At-Ta*dīl Wa At-Tajrīḥ Li Man H̱orroja al-Buẖōriyy Fī al-Jāmi* aṣ-Ṣoḥīḥ karya Abū al-Walīd Sulaymān bin H̱olf bin Sa*d bin Ayyūb bin Wāriṯ al-Bājiyy al-Qurṭubiyy al-Andalusiyy[4]. Kitab ini mengumpulkan maklumat ta*dīl dan tajrīḥ perawi-perawi yang ada di dalam Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy.

12. Rijāl Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy atau al-Hidāyah Wa al-Iršād Fī Ma*rifah Ahl aṯ-Ṯiqōt Wa as-Sadād karya Abū Naṣr Aḥmad bin Muḥammad bin al-Ḥusayn al-Buẖōriyy al-Kalābaḏiyy[5].

12. Is*āf al-Mubaṭṭo^ Bi Rijāl al-Muwaṭṭo^ karya Jalāluddin *Abdul Roḥmān as-Suyūṭiyy. Kitab ini mengumpulkan maklumat ta*dīl dan tajrīḥ perawi-perawi yang ada di dalam Muwaṭṭo^ Mālik[6].

13. Rijāl al-Ḥākim Fī al-Mustadrok karya Muqbil bin Hādi bin Muqbil al-Wādi*iyy. Kitab ini mengumpulkan perawi-perawi yang ada dalam kitab al-Mustadrok *Alā aṣ-Ṣoḥīḥain karya al-Ḥākim an-Naysābūriyy[7].

14. Tarōjim ar-Rijāl ad-Dāroquṭniyy[8] Fī Sunanih Allaḏīna Lam Yutarjam Lahu Fī at-Taqrīb Wa Fī Rijāl al-Ḥākim karya Muqbil bin Hādi bin Muqbil al-Wādi*iyy. Kitab ini menyenaraikan biografi perawi Sunan ad-Dāroquṭniyy yang tidak dinilai oleh Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy dalam at-Taqrīb dan senarai perawi itu tidak ada pada karyanya yang lain, iaitu Rijāl al-Ḥākim Fī al-Mustadrok.

15. Al-Ikmāl Fi Ḏikr Man Lahu Riwāyah Fī Musnad al-Imām Aḥmad[9] Min ar-Rijāl Siwā Man Ḏukiro Fi Tahḏīb al-Kamāl karya Šamsuddīn Abū *Abdullah aḏ-Ḏahabiyy.

16. Al-Mu*jam aṣ-Ṣoġīr Li Ruwāh al-Imam Ibn Jarīr aṭ-Ṭobariyy[10] karya Akrom bin Muḥammad Ziyādah al-Fālūjiyy al-Aṯariyy.

17. Muẖtaṣor Tārīẖ Dimašq Li Ibn *Asākir[11] karya Jamāluddīn Ibn Manẓūr al-Ifrīqiyy. Kitab ini merupakan ringkasan kitab Tārīẖ Dimašq karya Ibn *Asākir yang memotong banyak sanad bagi kemudahan rujukan pantas bagi karya induknya.

18. Ar-Ruwāh aṭ-Ṭiqōt al-Mutakallam Fih Lā Yūjabu Rodduhum karya Šamsuddīn Abū *Abdullah aḏ-Ḏahabiyy.

19. Man Tukallam Fihi Wahuwa Mūṯaq karya Šamsuddīn Abū *Abdullah aḏ-Ḏahabiyy.

20. Al-Iġtibāṭ Bi Man Rumiya Min ar-Ruwāh Bi al-Iẖtilāṭ karya Burhānuddīn Abū al-Wafā^ Sabaṭ bin al-*Ajamiyy.

21. Ma*rifah al-Qurrō^ al-Kibār *Alā aṭ-Ṭobaqōt Wa al-A*ṣōr karya Šamsuddīn Abū *Abdullah aḏ-Ḏahabiyy.

22. Al-Wāfī Bi al-Wafayāt karya Ṣolāḥuddīn H̱olīl bin Aybak bin *Abdullah aṣ-Ṣofadiyy.

23. Ṭobaqōt aš-Šāfi*iyyah al-Kubrō karya Tājuddīn *Abdul Wahhāb bin Tājuddīn as-Subkiyy.

24. Tuḥfah at-Taḥṣīl Fī Ḏikr ar-Ruwāh al-Marōsīl karya Waliyyuddīn Abū Zur*ah bin al-*Irōqiyy.

25. Al-Mudallisīn karya Waliyyuddīn Abū Zur*ah bin al-*Irōqiyy.

26. At-Tabyīn Li Asmā^ al-Mudallisīn karya Burhānuddīn Abū al-Wafā^ Sabaṭ bin al-*Ajamiyy.

27. Ta*rīf Ahl at-Taqdīs Bi Marōtib al-Mawṣūfīn Bi at-Tadlīs atau aṭ-Ṭobaqōt al-Mudallisīn karya Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy.

28. Mawsū*ah al-Aqwāl Abī al-Ḥasan ad-Dāroquṭniyy Fī Rijāl al-Ḥadīṯ Wa *Ilalih. Kitab ini mengumpulkan qowl ad-Dāroquṭniyy dalam penilaian seseorang perawi dari pelbagai sumber.

29. Mawsū*ah al-Aqwāl al-Imām Aḥmad Ibn Ḥanbal Fī Rijāl al-Ḥadīṯ Wa *Ilalih. Kitab ini mengumpulkan qowl Aḥmad bin Ḥanbal dalam penilaian seseorang perawi dari pelbagai sumber.

30. Perisian digital Jawāmi* al-Kalim. Perisian ini sangat bermanfaat untuk para pengkaji hadis dalam memudahkan kerja pencarian hadis sama ada matannya atau mencari tajuknya atau meneliti takhrijnya serta šawāhid hadis. Malah, setiap hadis tersebut dilampirkan nama perawi yang mereka boleh klik padanya untuk melihat maklumat perawi tentangnya yang diambil dari pelbagai sumber yang berkaitan dengan at-tajrīḥ dan at-ta*dīl terhadapnya, maklumat nasab, laqabnya, gurunya dan muridnya serta disisipkan bersama kitab Tahḏīb al-Kamāl jika perawi itu ada tersenarai di dalamnya. Ia adalah perisian percuma yang boleh dimiliki setiap orang.

31. Portal dalam talian. Perisian ini membantu seseorang mendapatkan maklumat tentang perawi secara pantas dalam talian. Namun, perlu diingatkan bahawa berjaga-jaga dalam setiap nukilan kerana sebahagiannya mempunyai konteks tersendiri dalam tajrīḥ atau ta*dīl, tetapi nukilan terjadi berbentuk umum. Antaranya ialah :

a) Hadith.Islam-db. Portal ini membolehkan seseorang mencari berdasarkan kategori darjat bagi seseorang perawi. Portal ini juga membantu seseorang untuk menemukan rujukan yang perawi meriwayatkan sesuatu hadis.  = http://hadith.islam-db.com/all-narrators

b) Hadith Portal. Portal ini membolehkan seseorang mencari perawi berdasarkan abjad. Maklumatnya dilengkapi bersama kitab Tahḏīb al-Kamāl, Siyār A*lām an-Nubalā^ dan Ṣifah aṣ-Ṣofwah jika maklumat perawi tersebut ada di dalam kitab itu. = http://hadithportal.com/index.php?show=tragem

c) The Hadith Transmiter. Portal ini memudahkan carian perawi-perawi hadis dan setiap perawi yang ada akan disertakan sekali bersama kitab al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl dari pelbagai sumber untuk memberikan maklumat tentang dirinya. Malah, ia juga memaparkan nama-nama yang mempunyai persamaan supaya seseorang boleh membezakan identiti yang memiliki dua nama sama.  = http://hadithtransmitters.hawramani.com/

Sumber Primer

Sumber primer adalah sumber asal yang menyatakan sesebuah qowl sama ada melalui pendapat sendiri atau pembawaan melalui sanad yang diambil sendiri oleh penulis. Sumber inilah yang menjadi pegangan dalam analisis dan kajian bagi seseorang perawi. Berikut adalah sumbernya :

1. Aṭ-Ṭobaqōt al-Kubrō karya Abū *Abdullah Muḥammad bin Sa*d bin Manī* al-al-Baṣriyy al-Baġdādiyy[12]. Dia antara nāqid yang mutašaddid dalam pendhaifan perawi.

2. Al-Ma*rifah Wa at-Tārīẖ karya Ya*qūb bin Sufyān al-Fārisiyy[13].

3. Tārīẖ karya Abū Zur*ah *Abdul Roḥmān bin *Amr bin *Abdullah bin Ṣofwān ad-Dimašqiyy[14].

4. Aḍ-Ḍu*afā^ Li Abī Zur*ah ar-Rōziyy[15]. Kitab ini merupakan nukilan dan soal jawab muridnya, Abū *Uṯmān bin Sa*īd bin *Amr *Ammār al-Barḏa*iyy[16] kepada Abū Zur*ah ar-Rōziyy tentang perawi hadis. Perlu diingatkan bahawa bukan kesemua di dalam perawi yang terkandung di sini ialah perawi yang dhaif. Sebahagiannya juga dinilai berkredibiliti dan kuat olehnya.

5. Aḥwāl ar-Rijāl karya Abū Isḥāq Ibrōhīm bin Ya*qūb bin Isḥāq as-Sa*diyy al-Jūzajāniyy[17]. Kitab ini banyak menyenaraikan perawi yang dinilai dhaif olehnya.

6. Tārīẖ aṯ-Ṯiqōt karya Abū al-Ḥasan Aḥmad bin *Abdullah bin Ṣōliḥ al-*Ijliyy[18]. Kitab ini mengumpulkan perawi-perawi yang dinilai berkredibiliti olehnya dan sebahagiannya ada yang didhaifkannya.

7. Tārīẖ Ibn Ma*īn[19]. Kitab ini mengumpulkan qowl Yaḥyā bin Ma*īn dalam ta*dīl dan tajrīḥnya terhadap perawi. Perlu diingatkan bahawa jangan terlalu selesa bergantung dengan satu sumber sahaja kerana banyak penilaiannya saling kontradik. Pada satu sumber dia mungkin berkata berkredibiliti, tetapi pada tempat yang lain dia menilai seseorang perawi sebagai dhaif. Kitab ini diriwayatkan oleh beberapa orang muridnya :

a) Riwayat *Uṯmān bin Sa*īd ad-Dārimiyy[20].

b) Riwayat *Abbās ad-Dawriyy[21].

c) Riwayat Ibn al-Junayd[22]. Judul cetakan ini diberikan nama sebagai Su^ālāt Ibn al-Junayd Li Abī Zakariyyā Yaḥyā Ibn Ma*īn.

d) Riwayat Ṭohmān[23]. Judul bagi cetakan ini ialah Min Kalām Abī Zakariyyā Yaḥyā Ibn Ma*īn Fī ar-Rijāl.

e) Riwayat Ibn Muḥriz[24]. Judul cetakan ini diberikan nama Ma*rifah ar-Rijāl *An Yaḥyā bin Ma*īn Wa Fīhi *Aliyy Ibn al-Madiniyy Wa Abī Bakr Ibn Abī Šaybah Wa Muḥmmad Ibn *Abdullah Ibn Numayr Wa Ġoyrihim. Kitab ini juga mengumpulkan pendapat nuqqad lain seperti *Aliyy bin al-Madiniyy[25], Abū Bakr bin Abū Šaybah[26], Muḥammad bin *Abdullah bin Numayr[27] dan lain-lain.

8. Al-*Ilal karya *Aliyy bin al-Madiniyy.

9. Suā^lāt Talāmīḏ Aḥmad Ibn Ḥanbal Lahu. Kitab ini merupakan koleksi qowl Aḥmad bin Ḥanbal dalam penilaian perawi. Antara anak muridnya yang berdiskusi dengannya tentang perawi hadis ialah :

a) Abū Dāwud as-Sijistāniyy[28]. Judul cetakan bagi kitab ini ialah Su^ālāt Abī Dāwud Li al-Imām Aḥmad Ibn Ḥanbal Fī Jarḥ ar-Ruwāh Wa Ta*dīlihim.

b) Abū Bakr al-Aṯrom[29]. Judul cetakan bagi kitab ini ialah Min Su^ālāt Abī Bakr Ibn Muḥammad Ibn Hāni^ al-Aṯrom Abā *Abdillah Aḥmad Ibn Muḥammad Ibn Ḥanbal.

c) *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal[30]. Judul bagi kitab ini ialah al-*Ilal Wa Ma*rifah ar-Rijāl.

d) Al-Marwaḏiyy[31]. Nama judul bagi kitab ini ialah Min Kalām Aḥmad Ibn Ḥanbal Fī *Ilal al-Hadīṯ Wa Ma*rifah ar-Rijāl bagi versi tahqiq Ṣubḥiy al-Badriyy atau al-Jāmi* Fi al-*Ilal Wa Ma*rifah ar-Rijāl Li Aḥmad Ibn Ḥanbal tahqiq Waṣyullah bin Muḥammad *Abbās.

10. Su^ālāt Muḥammad Ibn *Uṯmān Ibn Abī Šaybah[32] Li *Aliyy ibn al-Madiniyy. Namun, penulis kitab ini diragui kredibilitinya.

11. Juz^ Fī Masā^il Abū Ja*far Muḥammad Ibn *Uṯmān Ibn Abī Šaybah *An Šuyūẖ Fī Masā^il Fī al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl.

12. At-Tārīẖ al-Awsōṭ karya Abū *Abdullah Muḥammad bin Ismā*il bin Ibrōhīm al-Muġīroh al-Buẖōriyy[33]. Kitab ini juga dinamakan sebagai at-Tārīẖ aṣ-Ṣoġīr.

13. At-Tārīẖ al-Kabīr karya Abū *Abdullah Muḥammad bin Ismā*il bin Ibrōhīm al-Muġīroh al-Buẖōriyy. Kitab ini tidak banyak mendiamkan penilaian perawi yang berkredibiliti dan mempunyai banyak penilaian dhaif pada perawi.

14. Aḍ-Ḍu*afā^ aṣ-Ṣoġīr karya Abū *Abdullah Muḥammad bin Ismā*il bin Ibrōhīm al-Muġīroh al-Buẖōriyy. Kitab ini mengumpulkan perawi-perawi yang dinilai dhaif baginya.

15. Aḍ-Ḍu*afā^ al-Kabīr karya Abū Ja*far Muḥammad bin *Amr bin Mūsā bin Ḥammād al-*Uqoyliyy al-Makkiyy[34]. Perawi yang ada di dalamnya tidaklah dhaif secara mutlak kerana sebahagiannya dimasukkan atas dasar pegangan yang selain daripada Ahl as-Sunnah Wal Jamā*ah. Berhati-hati mengambil qowl di dalamnya kerana sebahagian kecil pada sanadnya mempunyai perawi yang dinilai matrūk. Selebihnya, banyak yang sahih.

16. Su^ālāt Abī *Ubayd al-Ājurriyy[35] Abā Dāwud as-Sijistāniyy Fī al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl.

17. Aḍ-Ḍu*afā^ Wa al-Matrūkūn karya Abū *Abdul Roḥmān Aḥmad bin Šu*ayb bin *Aliyy an-Nasā^iyy[36].

18. Tasmiyah Mašāyiẖ Abī *Abd ar-Roḥmān Ibn Šu*ayb bin *Aliyy an-Nasā^iyy Wa Ḏikr al-Mudallisīn karya Abū *Abdul Roḥmān Aḥmad bin Šu*ayb bin *Aliyy an-Nasā^iyy. Kitab ini menyenaraikan guru-guru an-Nasā^iyy yang kesemuanya berkredibiliti. Cetakan buku ini juga diselitkan bersama penyebutan nama-nama orang yang melakukan tadlis.

19. Aṭ-Ṭobaqōt karya Abū *Abdul Roḥmān Aḥmad bin Šu*ayb bin *Aliyy an-Nasā^iyy. Kitab ini menyenaraikan peringkat bagi kedudukan murid-murid bagi seseorang perawi dengan susunan yang paling kukuh di antara mereka.

20.  Al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl karya Abū Muḥammad *Abdul Roḥmān bin Muḥammad bin Idrīs bin al-Munḏir ar-Rōziyy atau Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy[37]. Kitab paling sahih dalam mengumpulkan qowl al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl. Jika al-Bukhari ialah kitab hadis paling sahih, maka kitab ini ialah kitab al-Jarh wa at-Ta'dil yang paling sahih.

21. Al-Marōsīl karya Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy. Kitab ini mengumpulkan qowl-qowl yang menyatakan periwayatan mursal pada seseorang perawi. Ini juga kitab yang paling sahih sanadnya.

22. Tārīẖ karya Abu Sa'id 'Abdul Rahman bin Ahmad bin Yunus[38].

23. Aṯ-Ṯiqōt karya Abū Ḥātim Muḥammad bin Ḥibbān bin Aḥmad bin Ḥibbān bin Mu*aḏ bin Ma*bad[39]. Antara nāqid yang bermudah-mudahan dalam penilaian kredibiliti.

24. Al-Majrūḥīn karya Abū Ḥātim Muḥammad bin Ḥibbān bin Aḥmad bin Ḥibbān bin Mu*aḏ bin Ma*bad. Selain disandang sebagai yang bermudah-mudahan dalam penilaian kredibiliti, dia juga berkeras-kerasan dalam pendhaifan perawi.

25. Al-Kāmil Fī Ḍu*afā^ ar-Rijāl karya Abū Aḥmad *Abdullah bin *Adiyy al-Jurjāniyy[40]. Kitab ini tidaklah mengumpulkan kesemua perawi dhaif di dalamnya, bahkan sebahagiannya dinilai berkredibiliti olehnya. Maka, tidak boleh dikatakan bahawa ini kitab mengumpulkan hadis dan perawi yang dhaif secara mutlak. Apapun, berhati-hati mengambil penukilan qowl di dalamnya kerana sebahagian sanadnya mempunyai perawi yang dhaif, matrūk dan pendusta. Juga yang perlu diperhatikan ialah penulis melakukan tadlīs aš-šuyūẖ sehingga satu nama boleh menjadi dua identiti yang berbeza disebabkan pengubahan penamaan yang berbeza di tempat yang berlainan.

26. At-Tarōjim as-Sāqiṭoh Min al-Kāmil Fī Ma*rifah Ḍu^afā^ al-Muḥaddiṯīn Wa *Ilal al-Hadīṯ karya Abū Aḥmad *Abdullah bin *Adiyy al-Jurjāniyy.

27. Usāmiyy Man Rowā *Anhum Muḥammad Ibn Ismā*īl al-Buẖōriyy Min Mašāyiẖ karya Abū Aḥmad *Abdullah bin Aḥmad bin *Adiyy al-Jurjāniyy. Kitab ini menyenaraikan guru-guru al-Buẖōriyy dalam kitab Ṣoḥīḥnya.

28. Ṭobaqōt al-Muḥaddiṯīn Bi Aṣbahān Wa al-Wāridīn *Alayhā karya Abū aš-Šayẖ *Abdullah bin Muḥammad bin Ja*far bin Ḥayyān al-Anṣōriyy[41].

29. Al-Mu*jam Fī Usāmiyy Šuyuẖ karya Abū Bakr Aḥmad bin Ibrōhīm bin Ismā*īl al-Ismā*īliyy al-Jurjāniyy. Kitab ini menyenaraikan guru-guru Abū Bakr al-Ismā*īliyy yang dinilai berkredibiliti olehnya[42].

30. Tārīẖ Asmā^ aṯ-Ṯiqōt karya Abū Ḥafṣ Ibn Šāhīn[43]. Perawi yang di dalamnya kadangkala dinilai dhaif dalam masa yang dalam kitabnya yang lain yang mengumpulkan perawi yang dhaif.

31. Tārīẖ Asmā^  aḍ-Ḍu*afā^ Wa al-Kaḏḏābīn karya Abū Ḥafṣ Ibn Šāhīn.

32. Aḍ-Ḍu*afā^ wa al-Matrūkūn karya Abū al-Ḥasan *Aliyy bin *Umar bin Aḥmad ad-Dāroquṭniyy.

33. Su^ālāt Talāmīḏ ad-Dāroquṭniyy Lahu. Kitab ini mengumpulkan soal jawab para murid d-Dāroquṭniyy. Antara muridnya ialah :

a) Al-Ḥākim an-Naysāburiyy. Judul bagi kitab ini ialah Su^ālāt al-Ḥākim an-Naysāburiyy Li ad-Dāroquṭniyy.

b) Abū *Abdul Roḥmān as-Sulamiyy[44]. Judul bagi kitab ini ialah Su^ālāt as-Sulamiyy Li ad-Dāroquṭniyy.

c) Al-Burqōniyy[45]. Judul bagi kitab ini ialah Su^ālāt al-Burqōniyy Li ad-Dāroquṭniyy riwayat al-Karojiyy[46] versi tahqiq *Abdul Roḥīm Muḥammad Ahmad al-Qošqoriyy dan Su^ālāt Abī Bakr al-Burqani Li ad-Dāroquṭniyy Fī al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl versi tahqiq dan ta*līq oleh Majdiyy as-Sayyid Ibrōhīm.

d) Ḥamzah bin Yūsuf as-Sahmiyy[47]. Judul bagi kitab ini ialah Su^ālāt Ḥamzah Ibn Yūsuf as-Sahmiyy.

34. Ḏikr Asmā^ at-Tābi*īn Wa Man Ba*dihim Mimman Ṣoḥḥat Riwayatuh *An aṯ-Ṯiqōt *Inda al-Buẖōriyy Wa Muslim karya Abū al-Ḥasan *Aliyy bin *Umar bin Aḥmad ad-Dāroquṭniyy.

 35. Tārīẖ *Ulamā^ al-Andalus karya Abū al-Walīd bin al-Faroḍiyy[48]. Kitab ini mengumpulkan perawi-perawi yang pernah berada di Andalus.

36. Tasmiyah Man Aẖrojahum al-Buẖōriyy Wa Muslim karya Abū *Abdullah al-Ḥākim Muḥammad bin *Abdullah bin Muḥammad bin Ḥamdawayh bin Nu*aym bin al-Ḥakam aḍ-Ḍobbiyy an-Naysābūriyy.

37. Tārīẖ Jurjān karya Abū al-Qōsim Ḥamzah bin Yūsuf bin Ibrōhīm as-Sahmiyy al-Qurošiyy al-Jurjāniyy. Kitab ini mengumpulkan perawi-perawi yang pernah berada di Jurjān.

38. Rijāl Ṣoḥīḥ Muslim karya Abū Bakr Ibn Manjuwayh[49].

39. Aḍ-Ḍu*afā^ karya Abū Nu*aym Aḥmad bin *Abdullah bin Aḥmad bin Isḥāq al-Asbahāniyy[50].

40. Tārīẖ Aṣbahān atau Aẖbār Aṣbahān karya Abū Nu*aym Aḥmad bin *Abdullah bin Aḥmad bin Isḥāq al-Asbahāniyy. Kitab ini mengumpulkan perawi yang pernah di Aṣbahān.

41. Al-Iršād FĪ Ma*rifah *Ulamā^ al-Ḥadīṯ karya Abū Ya*lā H̱olīl bin *Abdullah bin Aḥmad bin Ibrōhīm bin H̱olīl al-H̱olīliyy[51].

42. Al-Intiqō^ Fī Faḍō^il aṯ-Ṯalāṯah al-Fuqhohā^ Mālik Wa Aš-Šāfi*iyy Wa Abī Ḥani-fah Roḍiyallahu *Anhum karya Abū *Umar Yūsuf bin *Abdullah bin Muḥammad bin *Abdul Barr al-Qurṭubiyy[52].

43. Al-Mutaffaq wa al-Mutafarriq karya al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy[53].

44. Tārīẖ Baġdād karya al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy. Kitab ini mengumpulkan perawi-perawi yang pernah berada di Baghdad. Berhati-hati dalam pengambilan qowl di dalamnya kerana sebahagiannya tidak dikenali dan dhaif. Juga yang perlu diperhatikan ialah penulis melakukan tadlīs aš-šuyūẖ sehingga satu nama boleh menjadi dua identiti yang berbeza disebabkan pengubahan penamaan yang berbeza di tempat yang berlainan.

45. Tālī Talẖīṣ al-Mutašābih karya al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy.

46. Ġunyah al-Multamis Īḍōḥ al-Multabis karya al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy.

47. Ikmā Fī Raf* al-Irtāb *An al-Mu^talif Wa al-Muẖtalif Fī al-Asmā^ Wa al-Kunnā Wa al-Ansāb karya Abū Naṣr bin *Aliyy bin Hibbatillah bin Ja*far bin Mākūlā[54].

48. Tārīẖ Dimašq karya Abū al-Qōsim Ibn *Asākir. Kitab ini mengumpulkan perawi yang pernah berada di Dimasyq dan Syam. Tidak semua sanad qowl al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl di dalamnya adalah sahih.

49. Al-Ma*īn Fī Ṭobaqōt al-Muḥaddiṯīn karya Šamsuddīn Abū *Abdullah aḏ-Ḏahabiyy.

50. Al-Muġnī Fi aḍ-Ḍu*afā^ karya Šamsuddīn Abū *Abdullah aḏ-Ḏahabiyy.

51. Al-Muntaqō Fī Sard al-Kunnā karya Šamsuddīn Abū *Abdullah aḏ-Ḏahabiyy.

52. Taqrīb at-Tahḏīb karya Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy.

Berikut adalah kitab-kitab yang jarang dirujuk, namun kitab ini disediakan bagi kemudahan pada masa akan datang :

1. Aṣ-Ṣilah Fī Tārīẖ A^immah al-Andalus karya Abū al-Qōsim H̱olf bin *Aliyy bin Biškuwāl[55].

2. Al-Muntaẓom Fī Tārīẖ al-Umam Wa al-Muluk karya Ibn al-Jawziyy.

3. Aṯ-Ṯiqōt Mimman Lam Yaqo* Fī al-Kutub as-Sittah karya Zaynuddīn Abū al-Fidā^ Qōsim bin Quṭlūbaġō al-Jammāliyy al-Ḥanafiyy.

4. Al-A*lām karya H̱oyruddīn bin Maḥmūd bin Muḥammad bin *Aliyy bin Fāris az-Zarkiliyy ad-Dimašqiyy.

5. Al-Muntaẖob Min Mu*jam aš-Šuyūẖ karya Abū Sa*d *Abdul Karīm bin Muḥammad bin Manṣūr at-Tamimiyy as-Sam*āniy al-Marwaziyy[56].

6. Al-Muntaẖob Min Kitāb as-Siyāq Li Tārīẖ an-Naysābūr karya Taqiyyuddīn Abū Isḥāq Ibrōhīm bin Muḥammad bin al-Azhar al-*Irōqiyy aṣ-Ṣorīfīniyy al-Ḥanbaliyy[57].

7. Tārīẖ Wāsiṭ karya Abū al-Ḥasan Baḥšal Aslam bin Sahl bin Aslam bin Ḥabīb al-Wāsiṭiyy ar-Rozzāz[58].

8. Tahḏīb Mustamir al-Awhām *Alā Ḏawī al-Ma*rifah Wa Ulī al-Afhām karya Abū Naṣr *Aliyy bin Hibbatillah bin Ja*far bin Mākūlā.

9. Su^ālāt al-Ḥāfiẓ as-Salafiyy[59] Li H̱umays al-Jawziyy[60] *An Jamā*ah Min Ahl al-Wāsiṭ.

10. Al-Wajīz Fi Ḏikr al-Majāz Wa al-Mujīz karya Ṣodruddīn Abū Ṭōhir Aḥmad bin Muḥammad as-Salafiyy al-Aṣbahāniyy.

11. Mu*jam as-Safar karya Ṣodruddīn Abū Ṭōhir Aḥmad bin Muḥammad as-Salafiyy al-Aṣbahāniyy.

12. Buġyah al-Multamis Fī Tārīẖ Rijāl Ahl al-Andalus karya Abu Ja'far Ahmad bin Yahya bin Ahmad bin 'Umairah ad-Dhobbi[61].

13, Mu*jam al-Udabā^ atau Iršād al-Arīb Ilā Ma*rifah al-Adīb karya Šihābuddīn Abū *Abdullah Ya*qūb bin *Abdullah ar-Rūmiyy[62].

14. Ikmāl al-Ikmāl karya Mu*īnuddīn Muḥammad bin *Abdul Ġoniyy bin Abū Bakr bin Šuja*ā^ Ibn Nuqṭoh al-Ḥanbaliyy[63]. Kitab ini pelengkap bagi kitab Ikmāl karya Ibn Mākūlā.

15. At-Taqyīd Li Ma*rifah as-Sunan Wa al-Masānīd karya Mu*īnuddīn Muḥammad bin *Abdul Ġoniyy bin Abū Bakr bin Šuja*ā^ Ibn Nuqṭoh al-Ḥanbaliyy.

16. Tārīẖ Irbil karya al-Mubārok bin Aḥmad bin al-Mubārok al-Irbiliyy[64].

17. Maṭla* al-Anwār Wa Nuzhah al-Baṣō^ir Wa al-Abṣōr karya Abū *Abdullah bin *Asākir dan Abū Bakr bin H̱umays.

18. Ṭobaqōt al-Ḥanābilah karya Abū al-Ḥusayn Ibn Ya*lā Muḥammad bin Muḥammad.

19. Ṭobaqōt al-Fuqohā^ aš-Šāfi*iyyah karya Taqiyuddīn Ibn Ṣolāḥ[65].

20. Al-Maḥmūdūn Min aš-Šu*arō^ Wa Aš*ārihim karya Jamāluddīn al-Ḥasan *Aliyy bin Yūsuf al-Qofatiyy[66].

21. Buġyah aṭ-Ṭolab Fī Tārīẖ al-Ḥalab karya Kamāluddīn Ibn al-*Adīm[67].

22. Takmilah Ikmāl al-Ikmāl Fī al-Ansāb wa al-Asmā^ wa al-Alqōb karya Jamāluddīn Abū Ḥumayd Ibn aṣ-Ṣōbūniyy al-Maḥmūdiyy[68].

23. As-Safra al-H̱ōmis Min Kitāb aḏ-Ḏayl wa at-Takmilah Li Kitabī al-Mawṣūl wa aṣ-Ṣilah karya Abū *Abdullah Muḥammad bin Muḥammad bin *Abdul Mālik al-Anṣōriyy[69].

24. Wafayāt al-A*yān Wa Abnā Abnā^ az-Zamān karya Abū al-*Abbās Šamsuddīn Ibn H̱olkān al-Irbiliyy[70].

25. Mu*jam aṣ-Ṣuyūẖ al-Kabīr karya Šamsuddīn Abū *Abdullah ad-Ḏahabiyy.

Dan banyak lagi yang lain. Salah satu sebab kitab-kitab ini jarang dirujuk disebabkan puncak penghabisan kajian sanad dalam qowl nāqid terhadap perawi dan sanad hadis pada zaman Ibn *Asākir sehingga penilaian semasa pada zaman seterusnya tidak lagi dipandang secara besar-besaran. Kebanyakan pada zaman ini sekadar menganalisis kitab-kitab yang telah terdahulu dan tertumpu padanya.

Sumber Sampingan

Sumber sampingan adalah sumber yang bukan penulisan secara khusus dalam membincangkan al-Jarḥ Wa at-Ta*dīl, tetapi ia disispkan bersama dan sekaligus menjadi rujukan. Sumber ini boleh jadi sumber primer atau sumber sekunder. Antaranya ialah :

1. Al-Jāmi* al-Kabīr atau Sunan at-Tirmiḏiyy. Pada asalnya adalah kitab yang mengumpulkan hadis, namun di dalamnya disisipkan sekali penilaian perawi padanya.

2. Sunan Abī Dāwud. Kadangkala dia mengulas kecacatan hadis padanya.

3.Al-Baḥr az-Zaẖẖōr atau Musnad al-Bazzār.

4. As-Sunan al-Kubrō karya Abū *Abdul Roḥmān Aḥmad bin Šu*ayb bin *Aliyy an-Nasā^iyy.

5. Al-Mujtabā Min as-Sunan atau Sunan as-Suġrō atau Sunan an-Nasā^iyy.

6. *Amal al-Yawm Wa al-Laylah karya Abū *Abdul Roḥmān Aḥmad bin Šu*ayb bin *Aliyy an-Nasā^iyy.

7. Ṣoḥīḥ Ibn H̱uzaymah.

8. Šarḥ Muškil al-Āṯār karya Abū Ja*far Aḥmad bin Muḥammad bin Salamah bin *Abdul Mālik bin Salamah aṭ-Ṭoḥāwiyy[71].

9. Šarḥ Ma*ānī al-Āṯār karya Abū Ja*far Aḥmad bin Muḥammad bin Salamah bin *Abdul Mālik bin Salamah aṭ-Ṭoḥāwiyy.

10. Sunan ad-Dāroquṭniyy.

11. Al-Mustadrok *Alā aṣ-Ṣoḥīḥayn karya Abū *Abdullah al-Ḥākim Muḥammad bin *Abdullah bin Muḥammad bin Hamdawayh bin Nu*aym bin al-Ḥakm aḍ-Ḍobbiyy an-Naysāburiyy

12. Al-Asmā^ Wa aṣ-Ṣifāt karya Abū Bakr Aḥmad bin al-Ḥusayn bin *Aliyy bin Mūsā al-Bayhaqiyy[72].

13. Ma*rifah as-Sunan Wa al-Āṯār karya Abū Bakr Aḥmad bin al-Ḥusayn bin *Aliyy bin Mūsā al-Bayhaqiyy.

14. As-Sunan al-Kubrō atau Sunan al-Bayhaqiyy.

15. Al-Kifāyah Fī *Ilm ar-Riwāyah karya al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy dan beberapa kitabnya yang lain.

16. At-Tamyīz karya Abū al-Ḥasan Muslim bin al-Ḥajjāj an-Nasyāburiyy.

17. Al-Kunnā Wa al-Asmā^ karya Abū al-Ḥasan Muslim bin al-Ḥajjāj an-Nasyāburiyy.

18.*Ilāl al-Kabīr karya Abū *Isā Muḥammad bin Sūroh bin Mūsā bin aḍ-Ḍoḥḥāk at-Tirmiḏiyy[73].

19. *Ilal al-Ḥadīṯ karya Ibn Abū Ḥatīm ar-Rōziyy.

20. Ādāb aš-Šāfi*iyy Wa Manāqibih karya Ibn Abū Ḥātim ar-Rōziyy.

21. Al-*Ilal al-Wāridah Fī al-Aḥādiṯ an-Nabawiyyah karya Abu al-Ḥasan *Aliyy bin *Umar bin Ahmad bin Mahdi ad-Daruquthni.

22. Al-Mu^talif wa al-Muẖtalif karya Abū al-Ḥasan *Aliyy bin *Umar bin Aḥmad bin Mahdiyy ad-Dāroquṭniyy.

23. Ta*līqōt ad-Dāroquṭniyy *Alā al-Majrūḥīn Li Ibn Ḥibbān.

24. Al-Abāṭīl Wa al-Manākīr Wa aṣ-Ṣiḥāḥ Wa al-Mašāhīr karya Abū *Abdullah al-Ḥusayn bin Ibrōhīm bin al-Ḥusayn bin Ja*far al-Jurōqōniyy[74].

25. Al-Mawḍū*āt karya Ibn al-Jawziyy.

26. Fatḥ al-Bārī Šarḥ Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy karya Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy.

27. At-Tamhīd Limā Fī al-Muwaṭṭo^ Min Ma*āni Wa al-Asānīd karya Abū *Umar Yūsuf bin *Abdullah bin Muḥammad bin *Abdul BArr bin *Āṣim al-Qurṭubiyy.

28. Al-Muḥallā Bi al-Āṯār karya Abū Muḥammad bin *Aliyy bin Aḥmad bin Sa*īd bin Ḥāzim al-Andalusiyy al-Qurṭubiyy aẓ-Ẓōhiriyy[75].

29. Nayl al-Awṭōr karya Muḥammad bin *Aliyy bin Muḥammad bin *Abdullah aš-Šawkāniyy.

30. At-Tārīẖ al-Kabīr karya Abū Bakr bin Abū H̱oyṯamah[76].

31. Šarḥ *Ilal at-Tirmiḏiyy karya Zaynuddīn *Abdullah bin Aḥmad bin Rojab bin al-Ḥasan al-Ḥanbaliyy al-Baġdādiyy ad-Dimašqiyy

Dan banyak lagi yang lain seperti kitab-kitab syarah hadis, *Ulūm al-Ḥadīṯ dan lain-lain.

Sumber Penyenaraian Sahabat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-

Sumber ini adalah menyenaraikan perawi-perawi yang dianggap sebagai sahabat-sahabat Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Bagi saya, sudah memadai pendapat al-Buẖōriyy, Muslim, Abū Ḥātim ar-Rōziyy, Abū Zur*arh ar-Rōziyy, Yaḥyā bin Ma*īn, Aḥmad bin Haanbal, Ibn *Asākir dan lain-lain dalam penilaian. Namun, saya tetap membawakan sumber rujukan yang lain untuk maklumat tambahan bagi kajian.

1. Faḍō^il aṣ-Ṣoḥābah karya Abū *Abdul Roḥmān Aḥmad bin Šu*ayb bin *Aliyy an-Nasā^iyy.

2. Mu*jam aṣ-Ṣoḥābah karya Abū al-Qōsim *Abdullah bin Muḥammad bin *Abdul *Azīz bin al-Marzaban bin Sābūr bin Šahanšah al-Baġowiyy[77].

3. Ma'*ifah aṣ-Ṣoḥābah karya Abū *Abdullah Muḥammad bin Isḥāq bin Muḥammad bin Yaḥyā bin Mandah bin Mihrōn al-*Abadiyy[78].

4. Ma*rifah aṣ-Ṣoḥābah karya Abū Nu*aym Aḥmad bin *Abdullah bin Aḥmad bin Isḥāq bin Mūsā bin Mihrōn al-Aṣbahāniyy.

5. Alqōb aṣ-Ṣoḥābah Wa at-Tabi*īn Fī al-Musnadayn aṣ-Ṣoḥīḥayn karya Abū *Aliyy al-Ḥusayn bin Muḥammad al-Ġossāniy[79].

6. Ma*rifah Usāmiy Ardāf an-Nabiyy -ṣollallahu *alayhi wasallam- karya Abū Zakariyyā Ibn Mandah al-Aṣbahāniyy[80].

7. Asad al-Ġoyah Fī Ma*rifah aṣ-Ṣoḥābah karya Abū Al-Ḥusayn *Izuddīn Ibn al-Aṯīr aš-Šaybāniyy[81].

8. Al-Iṣōbah Fī Tamyīz aṣ-Ṣoḥābah karya Ibn Ḥajar al-*Asqolāniyy.

Sumber Secara Tidak Langsung

Sumber secara tidak langsung adalah sumber yang tidak didapati secara zahir, tetapi ia diketahui melalui kajian. Sumber di sini merujuk kepada penilaian kredibiliti secara tidak langsung oleh perawi-perawi yang melazimi periwayatan orang yang berkredibiliti tanpa diberitahu kedudukan ta*dīl dan tajrīḥnya, tetapi dia meriwayatkannya dan secara tidak langsung menunjukkan perawi itu adalah berkredibiliti baginya. Sumber ini boleh berada di mana-mana kitab dan rujukan. Secara ringkasnya, perawi-perawi yang boleh dikenalpasti kedudukan tsiqahnya jika ia diriwayatkan oleh orang yang melazimi periwayatan tsiqah seperti Šu*bah bin al-Ḥajjāj, Yaḥyā bin Sa*īd al-Qoṭṭōn, *Abdul Roḥmān bin Mahdiyy, Aḥmad bin Ḥanbal dan lain-lain, maka perawi itu adalah berkredibiliti menurut orang tersebut.

Begitu juga hadis-hadis yang dijadikan hujah oleh sebahagian ahli hadis, maka secara tidak langsung menunjukkan bahawa perawi itu mempunyai nilai kredibiliti. Misalnya dalam Ṣoḥīḥ Ibn H̱uzaymah, Ṣoḥīḥ Ibn Hibban, Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, Ṣoḥīḥ Muslim, al-Mustadrok *Alā aṣ-Ṣoḥīḥayn, Muwaṭṭo^ Mālik, al-Aḥādīṯ al-Muẖtāroh karya aḍ-Ḍiyā^ al-Maqdisiyy[82], al-Umm karya Muḥammad bin Idrīs aš-Šāfi*iyy[83] dan lain-lain, maka perawi-perawi di sini adalah berkredibiliti di sisi mereka sekalipun tidak ada qowl yang jelas menyatakannya.

Nota Kaki

[1]Biografi : Tārīẖ al-Islām Wa Wafayāt al-A*lām Wa al-Mašāhīr, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 50, m/s 246-256, keluaran Dār al-Kitāb al-*Arobiyy, Beirut, tahqiq *Umar *Abdul Salām at-Tadammuriyy.

[2]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 22, m/s 372-374, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[3]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 22, m/s 5-9, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[4]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 18, m/s 535-545, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[5]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 17, m/s 94-96, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[6]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 8, m/s 48-135, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[7]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 16, m/s 162-177, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[8]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 16, m/s 449-461 keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[9]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 11, m/s 177-358, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[10]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 14, m/s 267-282, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[11]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 20, m/s 554-571, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[12]Al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy berkata :

وكان من أهل الفضل والعلم

"Salah seorang ahli keutamaan dan ahli ilmu". [Tārīẖ Baġdād, jilid 3, m/s 266, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf].

Dia juga berkata :

ومحمد بن سعد من أهل العدالة وحديثه يدل على صدقه فإنه يتحرى في كثير من روايته.

"Dan Muhammad bin Sa'd di sisi kami ialah seorang ahli yang adil. Hadisnya menunjukkan kejujurannya kerana dia banyak meneliti pada kebanyakan riwayatnya". [Tārīẖ Baġdād,  jilid 3, m/s 266, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf].

Rujuk lagi di : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 10, m/s 664-667, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[13]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 13, m/s 180-184, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[14]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 13, m/s 515-518, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[15]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 13, m/s 65-85, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[16]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 11, m/s 470-472, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[17]Ad-Dāroquṭniyy berkata :

وكان من الحفاظ المصنيفين والمخرجين الثقات

"Dia salah seorang penulis hafiz dan melahirkan para berkredibiliti". [Su^ālāt as-Sulamiyy Li ad-Dāroquṭniyy, m/s 329].

[18]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 12, m/s 505-507, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[19]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 11, m/s 71-96, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[20]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 13, m/s 319-326, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[21]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 12, m/s 522-544, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[22]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 12, m/s 631-632, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[23]Yazīd bin al-Hayṯam bin Ṭohmān, iaitu Abū H̱ōlid dinilai berkredibiliti oleh ad-Dāroquṭniyy dalam Su^ālāt al-Ḥākim an-Naysābūriyy Li ad-Dāroquṭniyy, m/s 159, keluaran Maktabah al-Ma*ārif, ar-Riyāḍ dan al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy dalam Tārīẖ Baġdād, jilid 16, m/s 508, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf.

[24]Namanya Abū al-*Abbās Aḥmad bin Muḥammad bin Qōsim bin Muḥriz. Tiada siapa yang menilai tajrih atau ta'dil baginya. Al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy dalam Tārīẖ Baġdād, jilid 6, m/s 253, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf tidak mengulas keadaan dirinya setelah membawa biografi tentang dirinya sepertimana yang lain.

[25]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 11, m/s 41-60, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[26]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 11, m/s 12-127, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[27]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 11, m/s 455-458, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[28]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 13, m/s 203-221, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[29]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 12, m/s 623-628, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[30]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 13, m/s 516-526, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[31]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 13, m/s 173-177, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[32]Statusnya diperselisihkan. *Abdān al-Aḥwāḏiyy menyatakan bahawa dia tidak memiliki apa-apa masalah dan hal itu dipersetujui oleh Ibn *Adiyy sepertimana yang dia nyatakan dalam al-Kāmil Fī Ḍu*afā^ ar-Rijāl, jilid 7, m/s 557, keluaran al-Kutub al-*'Ilmiyyah, Beirut dengan tambahan bahawa dia tidak melihat wujudnya hadis yang diingkari. Ṣōliḥ bin Muḥammad Juzroh menyatakan bahawa dia seorang yang berkredibiliti sepertimana yang dinukilkan oleh al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy dalam Tārīẖ Baġdād, jilid 4, m/s 68, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf. Manakala, al-Burqōniyy menyatakan bahawa sentiasa sahaja para syeikh menyebutkan bahawa dia dicela dan Ibn al-Munādiyy menyatakan bahawa ramai orang menyebutkan kegoncangna padanya. sepertimana yang dinyatatakan oleh al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy.  Berikut lebih banyak kenyataan tajrih terhadapnya :

أخبرنا علي بن محمد بن الحسين الدقاق، قال: قرأنا على الحسين بن هارون الضبي، عن أبي العباس بن سعيد، قال: سمعت عبد الله بن أسامة الكلبي يقول: محمد بن عثمان كذاب أخذ كتب ابن عبدوس الرازي ما زلنا نعرفه بالكذب. وقال ابن سعيد: سمعت إبراهيم بن إسحاق الصواف يقول: محمد بن عثمان كذاب يسرق حديث الناس ويحيل على أقوام أشياء ليست من حديثهم. قال: سمعت داود بن يحيى يقول: محمد بن عثمان كذاب قد وضع أشياء كثيرة يحيل على أقوام أشياء ما حدثوا بها قط. وقال: سمعت عبد الرحمن بن يوسف بن خراش يقول: محمد بن عثمان كذاب بين الأمر يزيد في الأسنيد ويوصل ويضع الحديث. وقال: سمعت محمد بن عبد الله الحضرمي يقول: محمد بن عثمان كذاب ما زلنا نعرفه بالكذب منذ هو صبي. قال: سمعت عبد الله بن أحمد بن حنبل يقول: محمد بن عثمان كذاب بين الأمر، يقلب هذا على هذا. ويعجب ممن يكتب عنه. وقال: سمعت جعفر بن محمد بن أبي عثمان الطيالسي يقول: ابن عثمان هذا كذاب يجيء عن قوم بأحاديث ما حدثوا بها قط متى سمع. أنا عارف به جدا. وقال: سعمت عبد الله بن إبراهيم بن قتيبة، يقول: ابن عثمان أخذ كتب ابن عبدوس وادعاها. ما زلنا نعرفه بالتزيد.

*Aliyy bin Muḥammad bin al-Ḥasan ad-Daqqōq telah merawi khabar kepada kami, dia berkata; Kami membaca di hadapan al-Ḥusayn bin Hārūn aḍ-Ḍobbiyy, daripada Abū al-*Abbās bin Sa*īd, dia berkata; Aku mendengar *Abdullah bin Usāmah al-Kalbiyy berkata: "Muḥammad bin *Uṯmān seorang pendusta yang mengambil kitab-kitab Ibn *Abdūs ar-Rōziyy yang sentiasa kami mengenali kedustaannya". Berkata Ibn Sa*īd; aku mendengar Ibrōhīm bin Isḥāq aṣ-Ṣowwāf berkata: "Muḥammad bin *Uṯmān seorang pendusta mencuri hadis-hadis orang lain dan melakukan helah terhadap orang ramai pada sesuatu yang bukan daripada hadis-hadis mereka". Dia berkata; Aku mendengar Dāwud bin Yaḥyā berkata: "Muḥammad bin *Uṯmān seorang pendusta. Dia memalsukan sesuatu yang banyak serta melakukan helah terhadap orang ramai dengan sesuatu yang tidak pernah mereka riwayatkan sama sekali". Dia berkata; Aku mendengar *Abdul Roḥmān bin Yūsuf H̱irōš berkata: "Muḥammad bin *Uṯmān pendusta di antara urusan ini. Dia menambah sanad, menyambungkan serta memalsukan hadis". Dia berkata; Aku mendengar Muḥammad bin *Abdullah al-Ḥaḍromiyy berkata: "Muḥammad bin *Uṯmān pendusta. Kami sentiasa mengenal kedustaannya ketika dia kecil". Dia berkata; Aku mendengar *Abdullah bin Aḥmad bin Ḥanbal berkata: "Muḥammad bin *Uṯmān pendusta di antara urusan ini. Dia membolak balikkan ini atas ini. Dia melakukan keajaiban terhadap mereka yang menulis daripadanya". Dia berkata; Aku mendengar Ja*far bin Muḥammad bin Abū *Uṯmān aṭ-Ṭoyālisiyy berkata: "Ibn *Uṯmān ini seorang pendusta. Dia membawa hadis-hadis daripada sekelompok yang tidak pernah sama sekali mereka ceritakannya yang entah bila dia mendengarkannya. Aku sangat mengenalnya". Dia berkata; Aku mendengar *Abdullah bin Ibrōhīm bin Qutaybah berkata: "Ibn *Uṯmān  seorang pendusta. Dia mengambil kitab-kitab Ibn *Abdūs dan dia menyeru kepadanya. Sentiasa sahaja kami mengenal tokok tambahnya". [Tārīẖ Baġdād, karya al-H̱oṭīb al-Baghdādiyy, jilid 4, m/s 68, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf].

[33]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 12, m/s 391-471, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[34]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 15, m/s 236-239, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[35]Aḏ-Ḏahabiyy menisbahkannya sebagai al-Ḥāfiẓ. Perawi yang diriwayatkan oleh Abū Aḥmad al-*Askariyy dalam kehujahan riwayat dalam kitab Taṣḥīfāt al-Muḥaddiṯīn.

Rujuk : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 13, m/s 203-221, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.
Rujuk : Taṣḥīfāt al-Muḥaddiṯīn, karya Abū Aḥmad al-Ḥasan bin *Abdullah al-*Askariyy, jilid 1, m/s 17, keluaranal-Maṭba*ah al-*Arobiyyah al-Ḥadīṯiyyah, Kaherah, tahqiq Maḥmūd Aḥmad Mīroh.

[36]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 14, m/s 125-135, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[37]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 13, m/s 263-269, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[38]Biografi : ٍSiyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 15, m/s 578-579, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[39]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 16, m/s 92-104, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[40]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 16, m/s 154-156, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[41]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 16, m/s 276-280, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[42]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 16, m/s 292-296, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[43]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 16, m/s 431-436, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[44]Sebahagian ikutan dalam pendhaifan bergantung pada penilaian Muḥammad bin Yūsuf al-Qoṭṭōn. Sedangkan al-Qoṭṭōn tidak menilainya seorang pendusta secara mutlak kerana dia mengakui bahawa riwayat-riwayat dari al-Aṣomm sesuatu yang boleh diikuti dan riwayat Tārīẖ Ibn Ma*īn mempunyai banyak keserupaan. Abū *Abdul Roḥmān as-Sulamiyy dibela oleh al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy, diriwayatkan oleh al-Bayhaqiyy serta mengambil hujah soalannya kepada ad-Dāroquṭniyy dalam as-Sunan al-Kubrō dan dinilai berkredibiliti oleh Abū Ya*lā al-H̱olīliyy. Kemungkinan dia tergelincir ketikamana bersama para sufi. Manusia yang tidak maksum akan tersilap sepertimana yang dinyatakan oleh aḏ-Ḏahabiyy dalam Siyar A*lām an-Nubalā^ ketika membawa biografi tentangnya.

Rujuk : http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=27217
Rujuk : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 17, m/s 247-255, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.
Rujuk : Al-Iršād Fī Ma*rifah *Ulamā^ al-Ḥadīṯ, karya Abū Ya*lā al-H̱olīliyy, jilid 3, m/s 860, keluaran Maktabah ar-Rušd , ar-Riyāḍ tahqiq Dr. Muḥammad Sa*īd *Umar Idrīs.
Rujuk : Tārīẖ Baġdād karya al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy, jilid 3, m/s 42, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf.

[45]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 17, m/s 464-468, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[46]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 19, m/s 144-145, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[47]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 19, m/s 469-471, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[48]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 17, m/s 177-180, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[49]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 17, m/s 438-441, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[50]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 17, m/s 453-464, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[51]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 17, m/s 666-668, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[52]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 18, m/s 153-163, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[53]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 18, m/s 270-297, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[54]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 18, m/s 569-578, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[55]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 16, m/s 338-340, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[56]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 15, m/s 189-194, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[57]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 16, m/s 332, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[58]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 10, m/s 531, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[59]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 15, m/s 271-287, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[60]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 14, m/s 280, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.



[63]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 16, m/s 252-253, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[64]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 16, m/s 310-312, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[65]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 16, m/s 360-362, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[68]Biografi : Mu*jam aš-Šuyūẖ al-Kabīr, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 2, m/s 247, keluaran Maktabah Ṣōdiq, aṭ-Ṭō^if, tahqiq Dr. Muḥammad al-Ḥabīb.

[69]Biografi : http://habous.gov.ma/daouat-alhaq/item/329-%D8%A7%D8%A8%D9%86-%D8%B9%D8%A8%D8%AF-%D8%A7%D9%84%D9%85%D9%84%D9%83-%D8%A7%D9%84%D9%85%D8%B1%D8%A7%D9%83%D8%B4%D9%8A-2

[70]Biografi : https://ar.wikipedia.org/wiki/%D8%A7%D8%A8%D9%86_%D8%AE%D9%84%D9%83%D8%A7%D9%86

[71]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 11, m/s 361-363, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[72]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 13, m/s 363-366, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[73]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 13, m/s 270-277, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[74]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 20, m/s 177-178, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[75]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 18, m/s 184-212, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[76]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 11, m/s 492-494, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[77]Al-H̱oṭīb al-Baġdādiyy berkata :

وكان ثقة ثبتا مكثرا فهما عارفا

"Dia seorang berkredibiliti lagi kukuh lagi banyak riwayat lagi punyai kefahaman dan arif". [Tārīẖ Baġdād, jilid 11, m/s 325, keluaran Dār al-Ġorob al-Islāmiyy, Beirut, tahqiq Dr. Baššār *Awwād Ma*rūf].

[78]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 18, m/s 349-355, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[79]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 19, m/s 148-151, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[80]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 19, m/s 395-396, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[81]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 22, m/s 353-356, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[82]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 23, m/s 126-130, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

[83]Biografi : Siyar A*lām an-Nubalā^, karya aḏ-Ḏahabiyy, jilid 5, m/s 10-99, keluaran Mu^assasah ar-Risālah, Beirut.

No comments:

Post a Comment