Saturday, May 2, 2020

Adakah Syahwat Itu Sendiri Berdosa?

Syahwat adalah ambilan daripada perkataan Arab, iaitu ₍Šahwah₎ (شَهْوَة). Ia adalah masdar daripada perkataan ₍Šahiya₎ (شَهِيَ). Kata Ibn Manẓūr dalam mendefisikan maknanya:

شَهِيَ الشَّيْءَ وَشَهَاهُ يَشْهَاهُ شَهْوَةً وَاشْتَهَاهُ وَتَشَهَّاهُ: أَحَبَّهُ وَأَرَادَهُ

"₍Šahiya₎ — ₍aš-Šay^₎ dan ₍Šahāhu₎ — ₍Yašhāhu₎ — ₍Šahwatan₎ — ₍Waštahāhu₎ dan ₍Tašahhāhu₎
؛ iaitu menyukainya dan memahukannya". [Lisān al-Arobjilid 14m/s 445keluaran Dār a-Ṣōdir].

Syahwat boleh ditunaikan mengikut sesuatu yang dia mahukan. Jika seseorang mempunyai syahwat terhadap makanan
ޱ maka dia mahu memakannya. Jika seseorang mempunyai syahwat terhadap minumanޱ maka dia mahu meminumnya. Jika seseorang mempunyai syahwat terhadap kenderaanޱ maka ia mahu menungganginya. Jika seseorang mempunyai syahwat terhadap kipasޱ dia mahu merasai kedinginannya. Jika seseorang mempunyai syahwat terhadap wanitaޱ dia mahu menyetubuhinya. Jika seseorang mempunyai syahwat terhadap pakaianޱ maka dia mahu memakainya. Jika seseorang mempunyai syahwat terhadap bukuޱ dia mahu membacanya. Jika seseorang mempunyai syahwat terhadap rumahޱ dia mahu mendiaminya. Dan lain-lain lagi. Ini menepati firman Allah :

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّـهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

"Dihiaskan untuk manusia suka terhadap kemahuan yang berupa wanita, anak-anak, harta benda yang bertimbun berupa emas dan perak, kuda-kuda bertanda, haiwan ternakan dan sawah. Itu adalah kesenangan kehidupan dunia. Allah jualah sebaik-baik tempat kembali di sisi-Nya". [Surah Āli
Imrōn ayat 14].

Namun
ߨ untuk konteks penulisan ini difokuskan kepada rasa getaran seksual di jiwa.

Syahwat itu sendiri tidaklah berdosa kerana dilihat dari dua sudut. Pertama
ߨ ia adalah rasa yang semulajadi yang ada pada diri manusia. Saya hairan mengapa seseorang perlu memandang jijik terhadap syahwat terhadap wanita sedangkan ia sama sahaja dengan syahwat yang lain seperti minuman, pakaian dan lain-lainߨ namun cara penunaian sahaja yang berbeza mengikut sesuatu yang dimahukan.

Tidak ada dalil pun yang hanya mengkhususkan syahwat terhadap wanita itu sendiri adalah berdosaߨ tetapi syahwat yang lain adalah halal. Dalil-dalil yang mereka bawakan untuk menetapkan syahwat terhadap wanita itu sendiri adalah dosa semuanya sekadar saranan untuk menahan diri atau tertuju kepada mereka yang benar-benar melampaui batasߨ bukan menetapkan dosa pada syahwat itu sendiri.

Tambah lagi mengecewakan adalah sebahagian orang mudah sahaja menghukum sesuatu perbuatan yang diiringi syahwat sebagai haram dan berdosa. Kita tidak akan hairan kalau akan ada pandangan bahawa menaiki kereta adalah haram dan berdosa jika bersyahwat, bekerja sebagai pelayan restoran juga adalah haram dan berdosa jika ia selalu sahaja menimbulkan syahwat, jual beli dengan wanita yang bukan mahram adalah haram dan berdosa jika ia menimbulkan syahwat serta pelbagai lagi.

Kenapa kita tidak hairan? Jawapannya adalah hanya semudah wujudnya iringan syahwat pada perbuatan tersebut terus dikira berdosa dan haram menurut mereka ini. Tinggal lagi pada kita hanya untuk menunggu seseorang yang mengeluarkan pandangan ini dan jika ia berlakuޱ kita sama sekali tidak akan terkejut. Semoga Allah melindungi kita daripada sikap melampau dalam agama.

Kedua
ߨ apabila ia sekadar sesuatu yang merentasi dalam jiwa yang tidak ada keinginan untuk realisasikan perbuatan itu atau terjadinya perbuatan itu secara jazamޱ maka itu tidak dikira berdosa. Jika adanya penjazaman ituޱ maka itu dikira berdosa.

Perbezaan tahap ketetapan jiwa ini perlu diperhatikan agar tidak menghukuminya sebagai dosa sewenang-wenangnya. Jika sekadar berkhayal, berfantasi, berimaginasi atau biarkan sahaja rasa syahwat itu menggelora atau menyemarakkan lagi dalam jiwa atau mempunyai rasa keinginan terhadap seseorangߨ tetapi tidak tekad jiwanya untuk merealisasikannyaޱ maka ini sama sekali tidak termasuk perkara yang dianggap dosa.

Dalil

Dalam hadis riwayat Anas bin Malik tentang peristiwa ₍al-Isrō^₎ dan ₍al-Mi
rōj daripada Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam yang bersabda pada bahagian akhir hadis tersebut :

فَلَمْ أَزَلْ أَرْجِعُ بَيْنَ رَبِّي تَبَارَكَ وَتَعَالَى وَبَيْنَ مُوسَى عَلَيْهِ السَّلَام حَتَّى قَالَ يَا مُحَمَّدُ إِنَّهُنَّ خَمْسُ صَلَوَاتٍ كُلَّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ لِكُلِّ صَلَاةٍ عَشْرٌ فَذَلِكَ خَمْسُونَ صَلَاةً وَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كُتِبَتْ لَهُ حَسَنَةً فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ لَهُ عَشْرًا وَمَنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا لَمْ تُكْتَبْ شَيْئًا فَإِنْ عَمِلَهَا كُتِبَتْ سَيِّئَةً وَاحِدَةً

"Aku sentiasa berulang kembali pada Tuhanku Tabāroka Wa Ta
ālā dengan Mūsā alayh as-Salām sehingga Dia berfirman: Wahai Muhammadsesungguhnya solat lima kali setiap hari untuk setiap solat adalah bersamaan sepuluh pahala. Makaߨ itulah lima puluh solat. Sesiapa yang berkeinginan untuk kebaikan tetapi dia tidak melakukannyaޱ ditulis satu pahala untuknya. Jika dia melakukannyaޱ maka ditulis sepuluh pahala untuknya. Sesiapa yang berkeinginan untuk kejahatanޱ maka dia tidak dituliskan apa-apa. Jika dia melakukannyaޱ ditulis satu dosa". [oḥīḥ MuslimKitab al-Īmānno. 162].

Yang kedua adalah seperti berikut :

حَدَّثَنَا بَهْزٌ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ ، حَدَّثَنَا الْجَعْدُ الْحِلَى أَبُو عُثْمَانَ ، حَدَّثَنَا أَبُو رَجَاءٍ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فِيمَا يَرْوِي عَنْ رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ ، قَالَ : " إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ كَتَبَ الْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ ، ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ ، فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا ، كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً ، فَإِنْ عَمِلَهَا ، كُتِبَتْ لَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ ، إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ ، إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ ، وَإِنْ هُوَ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا ، كَتَبَهَا اللَّهُ لَهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً ، فَإِنْ عَمِلَهَا ، كُتِبَتْ لَهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً " .

Bahz telah merawi hadis kepada kami
ܒ Abdul Wāri telah merawi hadis kepada kamiܒ al-Jad al-ilā Abū Umān telah merawi hadis kepada kamiܒ Abū Rojā^ telah merawi hadis kepada kamiܒ daripada Ibn Abbās dia berkata Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam bersabda daripada apa-apa diriwayatkan oleh tuhannya Azza Wa Jallā, baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla menulis kebaikan dan keburukanߨ kemudian dia membezakan hal itu. Barangsiapa yang berkeinginan terhadap kebaikanߨ tetapi dia tidak melakukannyaޱ maka Allah menulis satu pahala sempurna kepadanya di sisi-Nya. Jika dia melakukanޱ tertulis sepuluh pahala sehingga tujuh ratus kali ganda sehinga berganda-ganda banyak untuknya. Jika dia berkeinginan untuk kejahatanߨ tetapi dia tidak melakukannyaޱ Allah menulis satu pahala sempurna untuknya di sisi-Nya. Jika dia melakukannyaޱ tertulis satu dosa untuknya". [Musnad Aḥmadno. 3274].

Hadis selanjutnya yang berkaitan boleh diperoleh daripada kitab
«al-Aḥādi al-Qudsiyya a-oḥīḥaẗ» karya Zakariyyā Umayrōt.

Ibn
ajar al-Asqolāniyy berkata :

فَأَمَّا الْعِنْدِيَّةُ فَإِشَارَةٌ إِلَى الشَّرَفِ وَأَمَّا الْكَمَالُ فَإِشَارَةٌ إِلَى رَفْعِ تَوَهُّمِ نَقْصِهَا لِكَوْنِهَا نَشَأَتْ عَنِ الْهَمِّ الْمُجَرَّدِ فَكَأَنَّهُ قِيلَ بَلْ هِيَ كَامِلَةٌ لَا نَقْصَ فِيهَا قَالَ النَّوَوِيُّ أَشَارَ بِقَوْلِهِ عِنْدَهُ إِلَى مَزِيدِ الِاعْتِنَاءِ بِهِ وَبِقَوْلِهِ كَامِلَةً إِلَى تَعْظِيمِ الْحَسَنَةِ وَتَأْكِيدِ أَمْرِهَا وَعَكْسُ ذَلِكَ فِي السَّيِّئَةِ فَلَمْ يَصِفْهَا بِكَامِلَةٍ بَلْ أَكَّدَهَا بِقَوْلِهِ وَاحِدَةً إِشَارَةً إِلَى تَخْفِيفِهَا مُبَالَغَةً فِي الْفَضْلِ وَالْإِحْسَانِ

"Adapun penyebutan ₍
Inda (عِنْدَ), maka ini menunjukkan kepada kemuliaan. Adapun penyebutan ₍al-Kamāl₎ (الْكَمَال)ޱ maka ini menunjukkan kepada tepisan keraguan tentang kekurangannya disebabkan terjadinya penunjukkan bahawa penyebutan ₍al-Hamm₎ semata-mata seolah-olah ia dikurangiߨ tetapi sebenarnya ia secara sempurnaߨ bukan berkurang padanya. An-Nawawiy berkata: Allah menunjukkan pada penyebutannya: Di sisinya kepada penambahan perhatian terhadapnya. Manakalaߨ pada penyebutannya: Secara sempurna ia adalah pengagungan terhadap kebaikan dan penegasan keadaannya. Sebaliknya pada kejahatan pulaߨ maka tidaklah Allah menyifatkannya sebagai kejahatan yang sempurnaߨ tetapi Allah tegaskannya dengan penyebutannya: Satu sebagai penunjukkan kepada keringanannya kerana melebihkan kurniaan dan ihsan". [Fat al-Bāri Šar oḥīḥ al-Buẖōriyjilid 11m/s 325keluaran Dār al-Marifa].

Perbahasan Fiqh

An-Nawawiyy berkata :

فَقَالَ الْإِمَامُ الْمَازِرِيُّ رَحِمَهُ اللَّهُ مَذْهَبُ الْقَاضِي أَبِي بَكْرِ بْنِ الطَّيِّبِ أَنَّ مَنْ عَزَمَ عَلَى الْمَعْصِيَةِ بِقَلْبِهِ وَوَطَّنَ نَفْسَهُ عَلَيْهَا أَثِمَ فِي اعْتِقَادِهِ وَعَزْمِهِ وَيُحْمَلُ مَا وَقَعَ فِي هَذِهِ الْأَحَادِيثِ وَأَمْثَالِهَا عَلَى أَنَّ ذَلِكَ فِيمَنْ لَمْ يُوَطِّنْ نَفْسَهُ عَلَى الْمَعْصِيَةِ وَإِنَّمَا مَرَّ ذَلِكَ بِفِكْرِهِ مِنْ غَيْرِ اسْتِقْرَارٍ وَيُسَمَّى هَذَا هَمًّا وَيُفَرَّقُ بَيْنَ الْهَمِّ وَالْعَزْمِ هَذَا مَذْهَبُ الْقَاضِي أَبِي بَكْرٍ وَخَالَفَهُ كَثِيرٌ مِنَ الْفُقَهَاءِ وَالْمُحَدِّثِينَ وَأَخَذُوا بِظَاهِرِ الْحَدِيثِ قَالَ الْقَاضِي عِيَاضٌ رَحِمَهُ اللَّهُ عَامَّةُ السَّلَفِ وَأَهْلُ الْعِلْمِ مِنَ الْفُقَهَاءِ وَالْمُحَدِّثِينَ عَلَى مَا ذَهَبَ إِلَيْهِ الْقَاضِي أَبُو بَكْرٍ لِلْأَحَادِيثِ الدَّالَّةِ عَلَى الْمُؤَاخَذَةِ بِأَعْمَالِ الْقُلُوبِ لَكِنَّهُمْ قَالُوا إِنَّ هَذَا الْعَزْمَ يُكْتَبُ سَيِّئَةً وَلَيْسَتِ السَّيِّئَةُ الَّتِي هَمَّ بِهَا لِكَوْنِهِ لَمْ يَعْمَلْهَا وَقَطَعَهُ عَنْهَا قَاطِعٌ غَيْرُ خَوْفِ اللَّهِ تَعَالَى وَالْإِنَابَةِ لَكِنْ نَفْسُ الْإِصْرَارِ وَالْعَزْمِ مَعْصِيَةٌ فَتُكْتَبُ مَعْصِيَةً فَإِذَا عَمِلَهَا كُتِبَتْ مَعْصِيَةً ثَانِيَةً فَإِنْ تَرَكَهَا خَشْيَةً لِلَّهِ تَعَالَى كُتِبَتْ حَسَنَةً كَمَا فِي الْحَدِيثِ إِنَّمَا تَرَكَهَا مِنْ جَرَّايَ فَصَارَ تَرْكُهُ لَهَا لِخَوْفِ اللَّهِ تَعَالَى وَمُجَاهَدَتِهِ نَفْسَهُ الْأَمَّارَةَ بِالسُّوءِ فى ذلك وعصيانه هواه فَأَمَّا الْهَمُّ الَّذِي لَا يُكْتَبُ فَهِيَ الْخَوَاطِرُ الَّتِي لَا تُوَطَّنُ النَّفْسُ عَلَيْهَا وَلَا يَصْحَبُهَا عَقْدٌ وَلَا نِيَّةٌ وَعَزْمٌ

"Berkata al-Imām al-Māziriyy
semoga Allah merahmatinya bahawasanya Abū Bakr bin a-oyyib berpandangan bahawa sesiapa yang berazam untuk bermaksiat di jantungnya dan mempersiapkan diri untuknyaޱ maka dia berdosa dalam pegangannya dan azamnya. Yang dimaksudkan akan apa yang disebutkan dalam hadis-hadis ini dan semisalnya ialah tentang siapa yang tidak mempersiapkan dirinya untuk maksiat dan sekadar melalukan hal itu dalam fikirannya yang tidak menetap. Ini dinamakan sebagai ₍al-Hamm₎. Terdapat perbezaan antara ₍al-Hamm₎ dan ₍al-Azm. Ini adalah mazhab al-Qōḍi Abū Bakr. Kebanyakan fuqaha dan ahli hadis menyelisihinya dan mengambil zahir hadis. Berkata al-Qōḍi Iyāḍ: Keseluruhan salaf dan ahli ilmu daripada kalangan fuqaha dan ahli hadis berada di atas apa yang al-Qōḍi Abū Bakr kerana hadis-hadis tersebut menunjukkan penghukuman terhadap amalan-amalan jantung. Akan tetapiߨ mereka berpendapat sesungguhnya azam ini ditulis kejahatannyaߨ bukan kejahatan yang seseorang berkeinginan terhadap maksiat tersebut kerana statusnya yang orang itu tidak beramal dengannya dan tidak juga pemutus yang tidak ada takut kepada Allah Taālā dan tidak ada rasa inabah memutuskan seperti itu. Namunߨ jiwa yang berkeras dan berazam untuk bermaksiatܦ maka ditulis sebagai maksiat. Apabila seseorang itu melakukannyaޱ maka ditulis sebagai maksiat kali kedua. Jika dia meninggalkannya kerana takut kerana Allah sepertimana yang disebutkan dalam hadis ini, iaitu: Dia meninggalkannya semata-mata kerana Akuޱ maka terjadilah peninggalannya terhadap maksiat kerana takut kepada Allah Taālā serta melawan terhadap nafsunya yang mengajak kepada keburukan pada hal itu dan kemakisatan yang menghembuskannya. Adapun al-Hamm yang tidak ditulisޱ maka ia adalah ₍al-H̱ōṭir₎ yang jiwanya tidak mempersiapkan untuknya dan tidak juga menyertakan akad, niat dan azam bersama kepadanya". [Al-Minḥāj Šarḥ Ṣoḥīḥ Muslimjilid 2m/s 151keluaran Dār Iyā^ at-Turōṯ al-Arobiyy].

Ibn
ajar al-Asqolāniyy berkata :

وَقَالَ السُّبْكِيُّ الْكَبِيرُ الْهَاجِسُ لَا يُؤَاخَذُ بِهِ إِجْمَاعًا وَالْخَاطِرُ وَهُوَ جَرَيَانُ ذَلِكَ الْهَاجِسِ وَحَدِيثُ النَّفْسِ لَا يُؤَاخَذُ بِهِمَا لِلْحَدِيثِ الْمُشَارِ إِلَيْهِ وَالْهَمُّ وَهُوَ قَصْدُ فِعْلِ الْمَعْصِيَةِ مَعَ التَّرَدُّدِ لَا يُؤَاخَذُ بِهِ لِحَدِيثِ الْبَابِ وَالْعَزْمُ وَهُوَ قُوَّةُ ذَلِكَ الْقَصْدِ أَوِ الْجَزْمُ بِهِ وَرَفْعُ التَّرَدُّدِ قَالَ الْمُحَقِّقُونَ يُؤَاخَذُ بِهِ وَقَالَ بَعْضُهُمْ لَا وَاحْتَجَّ بِقَوْلِ أَهْلِ اللُّغَةِ هَمَّ بِالشَّيْءِ عَزَمَ عَلَيْهِ وَهَذَا لَا يَكْفِي قَالَ وَمِنْ أَدِلَّةِ الْأَوَّلِ حَدِيثُ إِذَا الْتَقَى الْمُسْلِمَانِ بِسَيْفَيْهِمَا الْحَدِيثَ وَفِيهِ أَنَّهُ كَانَ حَرِيصًا عَلَى قَتْلِ صَاحِبِهِ فَعُلِّلَ بِالْحِرْصِ وَاحْتَجَّ بَعْضُهُمْ بِأَعْمَالِ الْقُلُوبِ وَلَا حُجَّةَ مَعَهُ لِأَنَّهَا عَلَى قِسْمَيْنِ أَحَدُهُمَا لَا يَتَعَلَّقُ بِفِعْلٍ خَارِجِيٍّ وَلَيْسَ الْبَحْثُ فِيهِ وَالثَّانِي يَتَعَلَّقُ بِالْمُلْتَقِيَيْنِ عَزَمَ كُلٌّ مِنْهُمَا عَلَى قَتْلِ صَاحِبِهِ وَاقْتَرَنَ بِعَزْمِهِ فِعْلُ بَعْضِ مَا عَزَمَ عَلَيْهِ وَهُوَ شَهْرُ السِّلَاحِ وَإِشَارَتُهُ بِهِ إِلَى الْآخَرِ فَهَذَا الْفِعْلُ يُؤَاخَذُ بِهِ سَوَاءٌ حَصَلَ الْقَتْلُ أَمْ لَا انْتَهَى

"As-Subkiyy al-Kabīr berkata:
Al-Hājis (lintasan) tidak dihukum secara sepakat. Al-H̱ōṭir adalah pengaliran lintasan itu dan bicara jiwa yang tidak dihukum akan kedua-duanya berdasarkan hadis yang telah ditunjukkan kepadanya. ₍Al-Hamm₎ adalah kehendak pada perbuatan maksiat dalam keadaan teragak-agak yang tiddak dihukum terhadapnya berdasarkan hadis bab ini. ₍Al-Azm adalah kekuatan kehendak itu atau jazam terhdapnya dan terangkatnya keteragak-agakan. Berkata muhaqqiqin bahawa dihukum akannyaߨ sedangkan sebahagian lain berpendapat tidak. Sebahagian orang berhujah dengan pendapat ahli bahasa bahawa ₍Hamma Bi aš-Šay^₎ adalah berazam untuknyaߨ sedangkan ini tidak mencukupi. Sebahagian mereka itu berkata bahawa antara dalil yang pertama ialah hadis tentang apabila bertemunya dua orang muslim dengan pedangnya. Disebutkan hadisnya bahawasanya hal itu terdapat tekadߨ lantas dia ditenggelami dengan tekad. Sebahagian mereka berhujah bahawa dia dihukum disebabkan amalan jantungߨ padahal tidak ada hujah di sisi mereka kerana dua sebab. Pertamaߨ tekad itu tidak bersangkut paut dengan amalan luaran dan tidaklah perbincangan ini ada padanya. Yang keduaߨ tekad itu bersangkut paut dengan dua orang yang bertemu yang kedua-duanya berazam untuk membunuh sahabatnya dalam keadaan perbuatan sebahagian daripada apa yang dia ingin merealisasi terhadapnya berkait dengan keazamannya؛ iaitulah penghunusan pedang kepada orang lain. Perbuatan ini dihukum sama ada berhasilnya pembunuhan itu ataupun tidak. Tamat". [Fat al-Bāri Šar oḥīḥ al-Buẖōriyyjilid 11m/s 328keluaran Dār al-Marifa].

Tahqiq

Saya berpandangan ia boleh dikemaskan dengan pandangan ini dengan ₍Al-Hājis₎ adalah seperti yang dikatakan tadi
؛ iaitu apa yang terlintas dalam jantung untuk mengerjakan keburukan. Lintasan ini adalah lintasan yang sepintas lalu atau detikan sesaat, tetapi tidak menjadi legaran di dalam jantung. Kategori ini tidak dikira berdosa.

₍Al-H̱ōṭir₎ adalah perbicaraan yang berpusar-pusar atau berlegar-legar di dalam jantung. Pusaran atau legaran tersebut boleh terzahir dalam tiga bentuk manifestasi. Pertama
ߨ ia berbentuk visualisasi؛ iaitu gambaran-gambaran yang memancar daripada pancaran projeksi jantung yang muncul disebabkan berkhayal atau berimaginasi sama ada secara sengaja ataupun tidak. Visualisasi tidak semestinya memerlukan gambaran yang nyata atau berbentuk konkrit. Jika ia suatu visualisasi yang tidak nyata berbentuk atau abstrakޱ tetap juga termasuk kategori ini.

Keduaߨ ia berbentuk dialog؛ iaitu pertembungan antara kehendak dalam melakukan kebaikan dan perlawanan؛ iaitu kehendak yang tersekat dan penghalangan dalam untuk tidak melakukannya. Pertembungan ini boleh menjadi dalam bentuk pertarungan seperti pendebatan dalam menjustifikasikan sama ada memenangkan atas kebaikan atau keburukan dan boleh menjadi dalam bentuk konversasi seperti perbualan antara bicara kebaikan dan bicara keburukan. Namun, walhasilnya tidak memberi apa-apa keputusan atau perkataan muktamad padanya.

Ketigaߨ ia berbentuk rasa. Ia termanifestasi sepertimana berbentuk keduaߨ cuma ia diringi bersama rasa emosi di dalam jantung seperti marah, gembira dan sebagainya. Contoh yang memudahkan faham akan dijelaskan nanti.

Manakala ₍al-Hamm₎ adalah seseorang yang beroleh keputusan dalam menetapkan sasaran niatnya. Namun
ߨ ia tidak berkehendak untuk merealisasikannya walaupun berpeluang untuknya. Perkara ini tidak dikira berdosa jika ia menetapkan sasaran niatnya untuk melakukan kejahatan dan ia mendapat pahala apabila ia menetapkan sasaran niatnya untuk melakukan kebaikan.

Inilah yang dimaksudkan oleh hadis: "Dan barangsiapa yang berkeinginan pada kejahatan tetapi tidak melakukannya, maka dituliskan baginya satu kebaikan". Hal ini kerana seseorang sudah menetapkan sasaran niatnya untuk melakukan kejahatan tetapi tidak berniat untuk merealisasikannya walaupun berpeluang. Oleh ituߨ ia tidak dikira berdosa atas apa yang ditetapkan sasaran pada jantungnya dan ia mendapat pahala kerana tidak merealisasikannya.

Dan ₍al-
Azm adalah seseorang yang telah menetapkan sasaran niatnya dan ia berkehendak untuk merealisasikannya. Ini boleh dilihat seperti hadis berikut :

حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ الْمُبَارَكِ ، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ ، حَدَّثَنَا أَيُّوبُ وَيُونُسُ ، عَنْ الْحَسَنِ ، عَنْ الْأَحْنَفِ بْنِ قَيْسٍ ، قَالَ : ذَهَبْتُ لِأَنْصُرَ هَذَا الرَّجُلَ فَلَقِيَنِي أَبُو بَكْرَةَ ، فَقَالَ : أَيْنَ تُرِيدُ ؟ قُلْتُ : أَنْصُرُ هَذَا الرَّجُلَ ، قَالَ : ارْجِعْ ، فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : " إِذَا الْتَقَى الْمُسْلِمَانِ بِسَيْفَيْهِمَا ، فَالْقَاتِلُ وَالْمَقْتُولُ فِي النَّارِ ، فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، هَذَا الْقَاتِلُ ، فَمَا بَالُ الْمَقْتُولِ ؟ قَالَ : إِنَّهُ كَانَ حَرِيصًا عَلَى قَتْلِ صَاحِبِهِ " .

Abdul Romān bin al-Mubārok telah merawi hadis kepada kamiܒ Ḥammād bin Zayd dan Yūnus telah merawi hadis kepada kamiܒ daripada al-Ḥasanܒ daripada al-Aḥnaf bin Qoys dia berkata Aku pergi untuk membantu seseorangߨ lantas aku bertembung dengan Abū Bakroh. Dia berkata: "Kamu hendak ke mana?". Aku berkata: "Membantu seseorang". Dia berkata: "Pulanglah. Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam bersabda: Jika dua orang muslim bertemu dengan pedang masing-masingޱ maka yang membunuh dan yang terbunuh di dalam neraka. Aku berkata: Wahai Rasulullahkami telah faham tentang pembunuh. Makaߨ bagaimana pula dengan yang dibunuh?. Baginda berkata: Sesungguhnya dia bertekad untuk membunuh sahabatnya". [oḥīḥ al-BuẖōriyyKitāb al-Īmānno. 30].

Berdasarkan hadis ini jelas kehendak niat di sini didasari dengan
al-Azm؛ iaitu kekukuhan yang kuat dalam merealisasikan sasaran niatnya. Makaߨ kedua-duanya dimasukkan ke dalam neraka kerana masing-masing ingin merealisasikan keazaman di jantungnya.

₍Al-Azm dalam merealisasikan kehendak jantungnya tidak semestinya ia terealisasi dengan nyata atau mencapai matlamatnya؛ iaitu cukup syaratnya dalam suatu perbuatan yang dikehendaki untuk ditunaikan asalkan ia sememangnya ada usaha dan tekad yang kuat untuk menjayakannya walaupun pengakhirannya ia tidak dicapaiܦ maka dituliskan baginya satu keburukan terhadapnya.

Oleh ituߨ untuk memudahkan faham kronologi tentang ₍al-Hājis₎, ₍al-H̱ōṭir₎, ₍al-Hamm₎ dan ₍al-Azm kita membuat permisalan sebegini. ₍Al-Hājis₎ adalah seperti lintasan jantung yang sepintas lalu atau detikan sesaat untuk membunuh seseorang.

₍Al-H̱ōṭir₎ pula dalam berbentuk penzahiran yang pertama؛ iaitu visualisasi (gambaran konkrit atau nyata) pada manifestasi yang pertama adalah seperti menggambarkan di dalam jantung suatu plot, perancangan, kesan dan kronologi dalam epik pembunuhan tersebutߨ manakala visualisasi pada manifestasi kedua (abstrak dan tidak kontkrit) adalah khayalan rasa apabila ammarah, khayalan perasaan seronok ketika membunuh dan lain-lain. 

Manakalaߨ yang penzahiran kedua adalah cara manifestasi bentuk pertarungan adalah seperti pendebatan yang berlaku di dalam jantung, misalnya, "Mengapa aku perlu bunuh si fulan? Apa manfaatnya? Jika bermanfaatޱ apakah ini ditegah dalam agama?". Adapun manifestasi dalam bentuk konversasiޱ ia adalah seperti bual bicara antara dua sisi di dalam jantung seperti "Perbuatan membunuh adalah mengeluarkan nyawa orang lain sama ada dengan cara sukarela atau paksaan. Membunuh ditegah di dalam Islam kerana ∫∫∫∫hinggalah akhir konversasi di dalam jantung∫∫∫∫".

 ₍Al-Hamm₎ boleh difahami seperti seseorang yang telah memendam rasa marah terhadap seseorang, lalu ada getusan yang meradang: "Aku ingin membunuh fulan". Namunߨ dia tidak mahu melakukannya dan merealisasikannya kerana teragak-agak atau mengambil kira faktor yang mendatang seperti dia akan berhadapan dengan tindakan undang-undang apabila dia melakukannya atau perbuatan tersebut menambahkan sengketa atau dia menyedari bahawa itu adalah perbuatan berdosa dan bermacam-macam lagi.

Walaupun dia berpeluangߨ dia tetap tidak melakukannya walau apa jua keadaan. Perasaan itu dan keinginan itu terus terbawa-bawa setiap kali ia menyapa. Dan ₍al-Azm boleh difahami seperti: "Aku ingin membunuh fulan tidak kira apa pun yang terjadi".

Perlu diingatkan bahawa ini bukanlah ucapan yang terkeluar daripada mulut
ߨ tetapi untuk menggambarkan hal keadaan jantung. Dan ini juga bukanlah sebenar-benar menggambarkan keadaan sebenar dalam jantung tersebutߨ tetapi ini cumalah permisalan yang boleh mendekatkan kepada kefahaman supaya kita dapat menyingkapi dengan baik.

Manifestasi Perbuatan Seakan-Akan Sama

Jika ditanya sama ada boleh atau tidak pada menzahirkan sesuatu perkara yang seakan-akan serupa dengan perbuatan yang berdosaߨ tetapi niat di jantungnya berbeza. Misalnya seperti seseorang menyatakan lafaz sumpah selain Allah padahal dia tidak berniat untuk seperti ituߨ tetapi hanya sekadar penguat semata-mata. Sebahagian orang melarang hal tersebut dengan berdalilkan hal ini :

حَدَّثَنَا أَبُو مُوسَى مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى ، حَدَّثَنَا سَالِمُ بْنُ نُوحٍ ، حَدَّثَنَا يُونُسُ بْنُ عُبَيْدٍ ، عَنْ زُرَارَةَ بْنِ أَوْفَى ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لأُمَّتِي عَمَّا حَدَّثَتْ بِهِ نَفْسَهَا ، مَا لَمْ تَعْمَلْ بِهِ أَوْ تَكَلَّمْ بِهِ " .

Abū Mūsā Muḥammad bin al-Muṯannā telah merawi hadis kepada kamiܒ Sālim bin Nūḥ telah merawi hadis kepada kamiܒ Yūnus bin Ubayd telah merawi hadis kepada kamiܒ Daripada Zurōroẗ bin Awfāܒ Daripada Abū Huroyroẗ bahawasanya Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam bersabda: "Sesungguhnya Allah memaafkan untukku pada apa-apa yang berpusar pada jiwanya selagimana tidak mengerjakan atau berbicarakannya". [Musnad Abu Yalāno. 6354].

Namunߨ hal tersebut tidak benar. Perlu kita ketahui bahawa mana-mana dosa yang dikira adalah berdasarkan penilaian awal pada bahagian jantung. Jika dia melakukan hal tersebut dan jantungnya tekad untuk seperti ituޱ maka ia dikira. Firman Allah Taālā :

وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُم بِهِ وَلَـٰكِن مَّا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ ۚ وَكَانَ اللَّـهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

"Tidak ada dosa pada kalian terhadap apa-apa yang kalian tersalah padanya. Akan tetapiߨ ia pada kesengajaan niat kalian. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". [Surah Aḥzāb ayat 5].

Keduaߨ sebahagian perbuatan kadangkala tidak boleh dinilai melainkan bergantung pada apa-apa yang ditekadkan dalam jantung. Apa-apa sahaja yang nampak menyerupai perbuatan dosa atau perbuatan kebiasaannya dianggap salahޱ kadangkalaܦ hal tersebut perlu diperhatikan pada tujuan jantungnya. Misalnya lafaz sumpah selain Allah :

حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ الْعَتَكِيُّ ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيل بْنُ جَعْفَرٍ الْمَدَنِيُّ ، عَنْ أَبِي سُهَيْلٍ نَافِعِ بْنِ مَالِكِ بْنِ أَبِي عَامِرٍ ، عَنْ أَبِيهِ ، أَنَّهُ سَمِعَ طَلْحَةَ بْنَ عُبَيْدِ اللَّهِ يَعْنِي فِي حَدِيثِ قِصَّةِ الْأَعْرَابِيِّ ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " أَفْلَحَ وَأَبِيهِ إِنْ صَدَقَ دَخَلَ الْجَنَّةَ ، وَأَبِيهِ إِنْ صَدَقَ " .

Sulaymān bin Dāwud al-Atakiyy telah merawi hadis kepada kamiܒ Ismāīl bin Jafar al-Madiniyy telah merawi hadis kepada kamiܒ daripada Abū Suhayl Nāfi bin Mālik bin Abū Umarܒ daripada ayahnya bahawasanya dia mendengar ola bin Ubaydullah؛ yakni pada hadis kisah orang-orang Arab. Nabi ollallāhu alayhi wasallam bersabda: "Demi ayahnya! Dia akan berjaya jika dia bersedekah. Demi ayahnya! Dia akan masuk syurga jika dia bersedekah". [Sunan Abū DāwudKitāb al-Aymān wa an-Nuḏūrno. 2833].

Lafaz sumpah seperti itu tidaklah salah di sisi syariat melainkan apabila jantungnya benar-benar bermaksudkan untuk bersumpah selain Allah.

Ketigaߨ ada juga dosa yang dilakukan dikira haram walau apa jua alasan jantung yang diberikan selain daripada darurat. Misalnya adalah seperti pengharaman sutera pada lelaki :

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ ، عَن عُبَيْدِ اللَّهِ ، أَخْبَرَنِي نَافِعٌ ، عَن سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِنْدٍ ، عَن أَبِي مُوسَى ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " أُحِلَّ لُبْسُ الْحَرِيرِ وَالذَّهَبِ لِنِسَاءِ أُمَّتِي ، وَحُرِّمَ عَلَى ذُكُورِهَا " .

Yaḥyā bin Saīd telah merawi hadis kepada kamiܒ daripada Ubaydullahܒ Nāfi telah merawi khabar kepada kamiܒ daripada Saīd bin Abū Hindܒ daripada Abū Mūsāܒ daripada Nabi ollallāhu alayhi wasallam baginda bersabda: "Dihalalkan pakaian sutera dan emas untuk wanita umatku dan diharamkan ke atas lelaki baginya". [Musnad Aḥmadno. 19204].

Sekalipun seseorang lelaki itu memakai dengan macam-macam alasanޱ tetap jua haram. Kecuali jikalau ia adalah sutera tiruanޱ maka hal itu tidak dilarang. Jika dia memakai sutera tiruanߨ kemudian berbangga-bangga sepertimana seseorang memakai sutera asliޱ maka hakikat dosanya adalah pada yang dimaksudkan di jantungߨ bukan pada perbuatan itu؛ iaitu dosa yang dikira ialah dosa pada apa yang dilakukan oleh jantung ituߨ bukan pemakaian sutera palsu itu.

Bahkanߨ jika seseorang memakan daging lembu tetapi berbangga-bangga seperti memakan daging khinzirޱ maka yang dikira bukan pada perbuatan ituߨ tetapi pada jantungnya.

Kemudianߨ perkara yang perlu diberi perhatian adalah maksud pada sabdanya: "Selagimana tidak mengerjakannya" bermakna pekerjaan yang dikira ialah pekerjaan yang menepati definisi dan ciri-cirinya tersebut. Jika tidakߨ maka ia tidak dikira.

Misalnya adalah seseorang yang berpusar di jiwanya untuk membunuh seseorangߨ tetapi dia memanifestasikan pusaran itu dengan menikam-nikam bantal. Ini sama sekali tidak dikira kerana tidak menepati definisi bunuh yang sebenar؛ iaitu menghilangkan nyawa seseorang.

Misal yang lain ialah seseorang yang berpusar di jiwa untuk melakukan zinaߨ tetapi dia hanya memanifestasikan pusaran itu dengan menyetubuhi patung seks. Ini juga tidak dikira kerana tidak menepati makna zina yang sebenarnya؛ iaitu memasukkan zakar ke dalam faraj tanpa ikatan perkahwinan yang sah.

Oleh hal yang demikianߨ sesuatu yang dikira sebagai redha terhadap maksiat hendaklah ia keredhaan pada perbuatan yang sebenar-benarnyaߨ bukan yang sebaliknya.

Misalnya adalah seseorang redha dengan pentatuan pada patung. Makaߨ ini sama sekali tidak dianggap redha terhadap bertatu itu kerana pentatuan itu bukanlah menepati definisi hakikatnya؛ iaitu meletakkan tatu pada kulitnya sehingga tidak layak dinisbahkan keredhaan itu adalah untuk maksiat. 

Sebegitu juga seseorang yang menulis dialog imaginatif yang mengandungi kalam kufur seperti jampi sihir atau penghinaan terhadap agama demi tujuan untuk membantah syubhat atau mendapatkan gambaran tentang sesuatu fahaman dan ditambah lagi dengan penceritaan seperti cerpen atau novel. 

Ini tidaklah salah kerana penghasilan novel atau cerpen seperti ini bertujuan untuk memaparkan gambaran dan kesan kepada suatu fahaman berasaskan kehidupan yang diimaginasikan realitinya atau menyampaikan mesej melalui penceritaan bersama pendidikan atau pengajaran secara tersirat dan bermeritkan hiburan.

Ia akan menjadi dosa yang sebenar apabila ia sememangnya ditekadkan untuk perbuatan itu atau dengan kata lainޱ ia membawa bersama kepercayaan bahawa kalam itu tidak ada masalah menurutnya dan beranggapan bahawa ia tidak membawa dosa atau kufur. Jika tidakޱ maka kaedah menyebutkan :

الْاشْتِغَالُ بِغَيْرِ الْمَقْصُودِ إِعْرَاضُ عَنِ الْمَقْصُودِ

"Penyibukan dengan yang bukan dimaksudkan adalah berpaling daripada yang dimaksudkan". [Al-Ašbāh Wa an-Naẓō^irkarya Jalāluddīn as-Suyūṭiyym/s 237keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyya].

Sebegitu juga seseorang yang menghasilkan animasi yang mengandungi babak maksiat seperti peminuman arak dan sembahan berhala seperti menggambarkan kehidupan orang yang tidak beragama atau pagan atau orang fasik. Ia sama sepertimana pada isu penghasilan novel tadiߨ tetapi ini dalam berbentuk lukisan yang nyata dalam menterjemahkan apa yang terisi dalam minda atau penulisan.

Ia akan menjadi dosa yang sebenar apabila animasi tersebut sememangnya bertujuan untuk membawa idea atau gagasan yang menyalahi syariat seperti membawa hedonisme atau agenda bahawa setiap agama adalah sama dan jalan kepada kebenaran atau seumpamanya dalam keadaan meredhainya.

Jika ditanya sama ada menjadikan kesalahan atau tidak menghasilkan babak maksiat pada animasi demi menambahkan merit hiburan. Saya katakania tidak ada masalah. Ia sama seperti seseorang ingin menghasilkan gubahan syair dalam memaparkan tanggapan seorang penyembah berhala dalam memuji berhala dengan iramanya yang memukau, bahasanya yang puitis dan pengungkapannya yang padu.

Ia adalah merit untuk seni sastera yang sememangnya bermatlamatkan kehebatan gubahanߨ bukan bertujuan untuk mengagungkan pengagungan berhala itu sendiri atau mengagungkan kata-kata yang memuji berhala seolah-olah memiliki nilai yang bermakna dalam kepercayaan. 

Sebegitu juga dengan penghasilan filem yang sememangnya mementingkan merit hiburan supaya orang tidak kebosanan. Contohnya apabila seseorang membuat animasi tentang pemberontak yang nihilis. 

Sememangnya memerlukan pembinaan karakter yang memberi kesan emosi kepada pembaca yang mana mungkin ada babak yang dilihat bersikap radikal terhadap agama atau perbuatan yang tidak baik seperti penipuan, pencurian, pembunuhan, pengugutan, rompakan dan lain-lain supaya penceritaan itu mempunyai makna yang berpengaruh sepertimana supaya sastera itu mempunyai seni dalam penggubahan syair.

Ini adalah berasaskan kaedah fiqh seperti berikut :

يُغْتَفَرُ فِي التَّوَابِعِ مَا لَا يُغْتَفَرُ فِي غَيْرِهَا

"Dimaafkan pada perkara yang mengikuti apa-apa yang tidak dimaafkan pada yang selainnya". [Al-Ašbāh Wa an-Naẓō^irkarya Jalāluddīn as-Suyūṭiyym/s 120keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyya].

Makna "yang selainnya" adalah perkara yang diikuti. Atau kaedah yang menyebutkan :

التَّابِعٌ لَا يَفْرُدُ بِالْحُكْمِ مَا لَمْ يَصِرْ مَقْصُودًا

"Perkara ang mengikuti tidak bersendiri dalam hukum selagimana bukan menjadi yang dimaksudkan". [Al-Qowāid al-Fiqhiyya Wa Tabīqōtuhā Fī al-Maḏāhib al-Arbaakarya Muammad Muṣṭofā az-Zuayliyyjilid 1m/s 441keluaran Dār al-Fikr].

Antara yang boleh diaplikasikan dalam kaedah ini adalah apabila seseorang itu membeli di kedai seseorang yang kaki botol. Pembelian barang kita daripadanya berkemungkinan akan memberikan pendapatan yang dia menggunakannya untuk membeli arak. Namunߨ ini dimaafkan kerana perkara yang diikuti adalah pembelian produk yang kita ingin beli dari kedai itu dan perkara yang mengikuti adalah kegunaan pendapatan itu untuk membeli arak.

Sebegitu juga seseorang yang bekerja sebagai pengangkut barang untuk pemindahan rumah yang bukan muslim. Mereka mungkin akan mengangkat barang yang tidak elok seperti berhala dan arak. Mengangkat ini dimaafkan kerana kita bertujuan untuk mengangkat barang untuk tujuan pemindahanߨ bukan mengangkut arak atau berhala itu sendiri.

Sebegitu juga seseorang yang mengatakan bahawa dia merasa redha terhadap keamanan negara ini. Walaupun kadangkala keamanan dicapai dengan cara pemerintahan yang zalim dan bengisޱ adakalanyaܦ orang yang menyatakan keredhaan itu tiada kaitan dengan cara pemerintahan kerajaan kerana cara pemerintahan kerajaan itu adalah perkara yang mengikuti. Fokusnya adalah apa yang diikuti؛ iaitu suasana keamanan.

Samalah seperti penggubahan syair atau penghasilan novel atau pembuatan animasi. Bahagian yang menyalahi syariat adalah perkara yang mengikutiߨ sedangkan seni atau plot penceritaan atau babak adalah perkara yang diikuti. Jika yang menjadi tujuan adalah perkara yang mengikutiޱ maka inilah yang berdosa. Jika sekadar untuk memenuhi apa yang ada pada perkara yang diikutiޱ maka ini tidak ada masalah.

Termasuk juga apabila ia dihasilkan sekadar suka-suka sahaja. Ia cumalah idea atau gambaran minda yang diterjemahkan pada tulisan atau penulisan yang bukan membawa tekad untuk melakukan perbuatan tersebut. Contohnya adalah tidak ada masalah untuk membuat ilustrasi pembunuhan atau penggubahan syair untuk menjelaskan fahaman nihilisme yang seolah-olah seperti nihilis itu sendiri.

Jika novel atau animasi atau filem itu dibuat oleh golongan kafir atau fasik yang sememangnya ada tujuan yang menyalahi syariatޱ membacanya atau menontonnya bukanlah kesalahan. Ia sama seperti membaca syair oleh penyair zaman jahiliah dalam penyembahan kepada berhala. Kita mungkin terpesona dengan keindahan gubahan syairnya, susunan bahasanya dan sasteranyaߨ tetapi bukan bermakna kita menyetujui fahaman atau pengamalan pagannya. 

Sebegitu juga apabila seseorang tertarik dengan plot atau idea atau latar belakang ilmiah dalam penghasilan novel atau animasi atau filem pada pembentukan karakter atau suasana. Bukan bermakna kita menyokong ideanya dan falsafahnya. 

Atas sebab itulah hadis riwayat Abu Yalā ini perlu difahami dengan sehalusnya dan teliti supaya tidak disalahfahami dan salah diaplikasikan. Kita perlu faham pada perbuatan atau perkataan yang diberikan tekad untuk memanifestasikannya atau bertujuan untuk selain itu.

Adakah Syahwat Itu Sesuatu Yang Berdosa?

Berbalik dengan isu syahwatߨ terutamanya rasa syahwat yang ditujukan untuk selain isteri dan hamba sahaya. Setelah kita memahami tentang tahap pusaran jiwaܦ maka melakukan generalisasi bahawa syahwat adalah sesuatu yang berdosa adalah tidak tepat sama sekali.

Kadangkala dan mungkin kebanyakannyaܦ hanya pada pusaran ₍al-H̱ōṭir₎؛ iaitu berkhayal tentang perbuatan zina dan kadangkala ₍al-Hamm₎؛ iaitu menginginkan perbuatan ituߨ tetapi tidak mahu merealisasikannya. Syahwat yang dikira hal itu berdosa apabila ia telah diputuskan tekadnya sehingga seseorang itu benar-benar mahu merealisasikannya walau apa jua cara sekalipun.

Adapun pada apa yang Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam bersabda seperti berikut :

رَأَيْتُ شَابًّا وَشَابَّةً ، فَخِفْتُ الشَّيْطَانَ عَلَيْهِمَا

"Aku melihat pemuda lelaki dan pemuda wanita. Aku khuatir syaitan di antara mereka berdua". [Musnad Aḥmadno. 1298].

Kekhuatiran ini adalah kerana masing-masing dibimbangi yang mereka tidak dapat mengawal diri. Hal ini kerana setelah kita faham hakikat tentang perbahasan iniܦ maka asalnya ia tidak dihukum apa-apa. Akan tetapiߨ yang dihukumkan di sini adalah sebab yang mendatangnyaߨ bukan hakikat itu sendiri؛ iaitu ketidakmampuan mengawal diriߨ bukan syahwat itu sendiri.

Janganlah sesiapa pun menyamatarafkan kemampuan setiap orang pada kemampuannya. Perhatikan riwayat berikut :

حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ ، حَدَّثَنَا أَبُو أَحْمَدَ يَعْنِي الزُّبَيْرِيَّ ، أَخْبَرَنَا إِسْرَائِيلُ ، عَنْ أَبِي الْعنبس عَنْ الْأَغَرِّ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، " أَنَّ رَجُلًاسَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْمُبَاشَرَةِ لِلصَّائِمِ فَرَخَّصَ لَهُ ، وَأَتَاهُ آخَرُ فَسَأَلَهُ ، فَنَهَاهُ . فَإِذَا الَّذِي رَخَّصَ لَهُ شَيْخٌ وَالَّذِي نَهَاهُ شَابٌّ " .

Naṣr bin Aliyy telah merawi hadis kepada kamiܒ Abū Aẖmad؛ yakni az-Zubayriyy telah merawi hadis kepada kamiܒ Isrō^īl telah merawi khabar kepada kamiܒ daripada Abū al-Anbasܒ daripada al-Aġorrܒ daripada Abū Huroyroẗ: "Bahawasanya seorang lelaki bertanya kepada Nabi ollallāhu alayhi wasallam tentang penciuman untuk berpuasa. Makaߨ baginda membenarkan. Datang orang lain kepada bagindߨ lantas bertanya tentangnya. Laluߨ baginda pun melarangnya. Ternyata yang baginda berikan keizinan adalah seorang lelaki tua dan yang baginda menegahnya adalah pemuda". [Sunan Abū DāwudKitāb a-owmno. 2042].

Makaߨ ini sangat jelas menunjukkan bahawa semua orang tidak mempunyai kemampuan yang sama dalam mengawal syahwatnya. Tidak berhak bagi sesiapa pun untuk menyamatarafkan tahap seseorang dalam mengawal syahwatnya.

Sebahagian orang membantah dengan menggunakan hadis ini :

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ ، وَعَبْدُ بْنُ حميد ، واللفظ لإسحاق ، قَالَا : أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ ، حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ ، عَنْ ابْنِ طَاوُسٍ ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ ، قَالَ : مَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَشْبَهَ بِاللَّمَمِ مِمَّا ، قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ : أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا ، أَدْرَكَ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ ، فَزِنَا الْعَيْنَيْنِ النَّظَرُ ، وَزِنَا اللِّسَانِ النُّطْقُ وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي ، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ أَوْ يُكَذِّبُهُ "

Isḥāq bin Ibrōhīm dan Abdu bin umayd telah merawi hadis kepada kami lafaz ini milik Ishaq mereka berdua berkataܒ Abdul Rozzāq telah merawi khabar kepada kamiܒ Mamar telah merawi hadis kepada kamiܒ daripada Ibn Ṭōwusܒ daripada ayahnyaܒ daripada Ibn Abbās dia berkata Aku tidak pernah melihat sesuatu yang menyerupai dengan al-Lamam pada apa-apa yang Abū Huroyro katakan bahawasanya Nabi ollallāhu alayhi wasallam bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian daripada zina ke atas anak Ādam yang dia akan menempuhi yang tidak mungkin dielak. Makaߨ zina mata adalah melihat, zina lidah adalah percakapan dan jiwa menginginkan dan menggemari. Kemaluan yang membenarkan itu atau mendustakannya". [Ṣoḥīḥ MuslimKitāb al-Qodarno. 4807].

Mereka menyatakan bahawa jika jiwa yang berkeinginan dan menggemari seseorang bersama syahwat disandangkan dengan lafaz zinaޱ maka hal itu menunjukkan ia berdosa. Mereka menegaskan lagi bahawa setiap orang pasti terjebak dengannya. Jika seseorang terheret dengannyaޱ maka seseorang itu wajib bertaubat.

Saya katakankalau tetap berkeras untuk menetapkan dosa hanya kerana ia disandangkan dengan lafaz zinaޱ pasti tidak mungkin kerana ia bertentangan dengan perbahasan dalil yang telah dihuraikan؛ iaitu bahawa ia perlu diambil kira beberapa tahapnya. Hadis ini boleh ditakwil dengan cara penjelasan al-Qurṭubiyy :

إن حصل إيلاج الفرج الحقيقي، ثم زنا تلك الأعضاء، وثبت إثمه، وإن لم يحصل ذلك واجتنب كفر زنا تلك الأعضاء

"Jika berlakunya penetrasi faraj secara hakikiߨ kemudian berzina anggota tersebutޱ maka nyatalah dosanya. Jika itu tidak berlaku dan ia menjauhinyaޱ maka terhapuslah zina anggota tersebut". [Al-Mufhim Limā Aškala Min Talẖīs Kitāb Muslimjilid 6m/s 674675keluaran Dār Ibn Kaṭīr].

Atau seperti yang dijelaskan al-Irōqiyy :

فَإِنَّ مَعْنَى التَّصْدِيقِ هُنَاكَ تَحْقِيقٌ لِلزِّنَى بِالْفَرْجِ وَمَعْنَى التَّكْذِيبِ أَنْ لَا يُحَقِّقُهُ بِالْإِيلَاجِ فَصَارَتْ تِلْكَ النَّظْرَةُ كَأَنَّهَا كَاذِبَةٌ لَمْ يَتَّصِلْ بِهَا مَقْصُودُهَا

"Kerana sesungguhnya makna pembenaran di sana ialah merealisasikan zina dengan faraj dan makna pendustaan adalah ia tidak merealisasikannya dengan penetrasi. Laluߨ terjadinya lihatan itu seolah-olah berdusta yang tidak sampai maksudnya melaluinya". [Ṭorḥ at-Taṯrīb Fī Šarḥ at-Taqrībjilid 8m/s 20keluaran Dār Iyā^ at-Turōṯ al-Arobiyy].

Atau seperti yang dinukilkan Aliy al-Harowiyy al-Qōrī :

وَقِيلَ مَعْنَاهُ: إِنْ فَعَلَ بِالْفَرْجِ مَا هُوَ الْمَقْصُودُ مِنْ ذَلِكَ فَقَدْ صَارَ الْفَرْجُ مُصَدِّقًا لِتِلْكَ الْأَعْضَاءِ، وَإِنْ تَرَكَ مَا هُوَ الْمَقْصُودُ مِنْ ذَلِكَ فَقَدْ صَارَ الْفَرْجُ مُكَذِّبًا

"Dikatakan maknanya adalah jika seseorang melakukannya apa yang menjadi maksud kepadanya dengan farajޱ maka menjadilah faraj itu sebagai pembenar bagi anggota tersebut. Jika seseorang meninggalkan apa yang menjadi maksud kepadanyaޱ maka menjadilah farajnya sebagai pemendusta". [Mirqōẗ al-Mafātīḥ Šarḥ Miškāẗ al-Maṣōbīḥjilid 1m/s 158keluaran Dār al-Fikr].

Justeruߨ jelaslah bahawa yang dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah semua anggota tersebut dinilai berzina ataupun tidak berdasarkan apa yang dilakukan pada farajnya. Oleh ituߨ terungkailah kemusykilan pertembungan antara dua hadis.

Lalu
ߨ ada yang bertanya tentang apa yang ada penggunaan lafaz zina pada hadis tersebut. Ia adalah sepertimana yang disebutkan oleh Aḥmad bin Ismāīl al-Kawrōniyy :

قد أشرنا إلى أنَّ إطلاق الزنا على النظر مجازٌ من تسمية السبب لأنه يؤدّي إليه

"Telah pun kami tunjukkan bahawa penyebutan zina pada lihatan adalah majaz daripada penamaan sebab kerana ia adalah pendorong kepadanya". [Al-Kawṯar al-Jārī Ilā Riyaḍ Aḥādiṯ al-Buẖōriyy
jilid 10m/s 17keluaran Jāmia Umm al-Qurō].

Begitu juga dengan al-H̱oṭṭōbiyy :

وإنما سمي النظر والمنطق زنا لأنهما من مقدمات الزنا

"Dinamakan lihatan dan percakapan dengan zina kerana kedua-duanya adalah pendahuluan zina". [Alām al-adīṯjilid 3m/s 2330keluaran Jāmia Umm al-Qurōtahqiq Muḥammad bin Sad bin Abdul Romān].

Sebab itulah penisbahan lafaz zina pada jiwa tidak berlaku melainkan jika kemaluan membenarkannya. Bagaimana dapat dikatakan bahawa ia adalah pendahulu kepada jalan bilamana jalannya tidak sampai kepadanya? Bagaimana dapat dikatakan ia adalah pendorong kepadanya apabila seseorang tidak menuju kepadanya? Ini menepati kaedah fiqh yang menyebutkan :

الْاشْتِغَالُ بِغَيْرِ الْمَقْصُودِ إِعْرَاضُ عَنِ الْمَقْصُودِ

"Penyibukan dengan yang bukan dimaksudkan adalah berpaling daripada yang dimaksudkan". [Al-Ašbāh Wa an-Naẓō^irkarya Jalāluddīn as-Suyūṭiyym/s 237keluaran Dār al-Kutub al-Ilmiyya].

Makaߨ pada perbuatan yang bukan niatnya untuk yang dimaksudkan ia telah melencong dari perbuatan yang dimaksudkan.

Kemudianߨ sebahagian mereka membawakan firman-Nya Azza Wa Jalla :

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ

"Katakanlah kepada para lelaki beriman agar menundukkan pandangan mereka". [Surah an-Nūr ayat 30].

Alasan mereka adalah suruhan menundukkan pandangan ini menunjukkan syahwat itu sendiri adalah berdosa kerana ia perlu dikekang. Akan tetapiߨ pendapat ini tertolak. Jika ini merupakan dalil pengkhususan dalam menisbahkan dosa untuk syahwat itu sendiriޱ maka ini sekaligus membelakangkan dalil tentang ₍al-Hājis₎, ₍al-H̱ōṭir₎ dan ₍al-Hamm₎ yang telah dibincangkan tadi.

Ini bermakna ₍al-H̱ōṭir₎ dan ₍al-Hamm₎ seseorang pada seksual dikira berdosa di sisi mereka kerana semua tahap keinginan seks؛ iaitu syahwat adalah berdosa. Sesungguhnya ini adalah tuduhan yang berat. Menuduh dosa yang bukan sepatutnya berdosa adalah kebahayaan yang serius. Kita berlindung kepada Allah dari menganggap secara tidak langsung bahawa seseorang mempunyai ₍al-Hamm₎, iaitu keinginan seksual terhadap seseorang ditulis dosanya.

Oleh ituߨ pendapat yang mendekati kehati-hatian adalah suruhan ini berbentuk saranan supaya tidak terjerumus ke kancah dosaߨ bukan dalil pengecualian ketidakdosaan untuk sesuatu keinginan atau perasaan jiwa. Tuntutan penundukan bukan semestinya ia adalah sesuatu itu haram.

Ini juga jawapan untuk mereka yang mengemukakan dalil larangan mendekati zina sebagai alasan untuk menetap dosanya syahwat pada firman Allah Tabāroka Wa Taālā :

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَىٰ ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

"Janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya ia adalah kekejian dan seburuk-buruk jalan". [Surah al-Isrō^ ayat 32].

Begitu juga dengan penegahan sesuatu atas dasar ia menimbulkan syahwat kepada orang lain. Ini tegahan yang tidak diterima kerana kepastian bahawa hal itu menimbulkan syahwat yang berunsur pusaran ₍al-Azm itu masih samar.

Kalau hanya sekadar membangkitkan pusaran yang berupa ₍al-H̱ōṭīr₎ dan ₍al-Hamm₎ޱ maka ini tidak menjadi isu kerana sesuatu dosa tidak dapat dianggap menatijahkan dosa yang lain jika dosa yang dinatijahkan itu tidak jelas.

Jika ia tidak jelasޱ maka kembali pada hukum asalnya bahawa asal tiap-tiap sesuatu itu adalah harus. Yakin tidak dibatalkan dengan syak. Jika penegahan itu hanya berdasarkan sangkaan, pendapat peribadi, potensi yang belum dipastikan dan lain-lainޱ maka ini sama sekali tidak diambil kira kecuali kalau hanya digunakan sebagai panduan peribadiߨ bukan panduan yang dipaksakan secara umum untuk yang lainnya.

Perbuatan penegahan ini membawa kepada konsekuensi yang lebih parah jika ia membawa kepada kesengajaan untuk meragukan yang halal pada yang Allah tetapkan kehalalannya tanpa bukti. Beringatlah ketika Allah Taālā berfirman :

قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّـهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ ۚ قُلْ هِيَ لِلَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا خَالِصَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ كَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

"Siapakah yang tergamak mengharamkan perhiasan Allah yang Dia keluarkan untuk hamba-Nya dan kebaikan yang berupa rezeki? Katakanlah: Itu untuk orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan khas di hari akhirat. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu untuk orang yang mengetahui". [Surah al-Arōf ayat 32].

Pada ayat tersebut Allah menemplak bukan sahaja terhadap mereka yang mengharamkan perhiasan dan kebaikan tanpa alasan yang kukuhߨ tetapi Allah juga menemplak mereka yang sengaja meragukan kehalalannya setelah hal itu Allah telah halalkannya tanpa ragu dalam keadaan tanpa membawakan alasan yang kukuh dan Allah juga menemplak terhadap mereka yang sengaja membencinya melainkan jika hal itu sememangnya tidak mendapat tempat di jiwanya secara naluri peribadi seperti ketidaksukaan untuk memakan dhab atas dasar bukan makanan yang digemari dan menjadi kesukaan pada adatnya. Ini kerana mereka yang seperti ini sengaja memalingkan perkara yang Allah dan Rasul-Nya telah tetapkan hal itu tanpa alasan yang kukuh.

Kemudian
ߨ menghukum sesuatu itu atau seseorang itu berdosa tanpa ada bukti yang jelas adalah suatu kedosaan. Jika layak seseorang itu dihukum qazaf atas sebab tidak membawakan bukti yang cukup dan lebih buruk lagiޱ tuduhan itu dilakukan secara rambang, maka tidak seharusnya kita lemparkan tuduhan secara melulu pada bab yang lain.

Pencegahan mungkar perlunya jelas status kemungkaran itu. Jika kemungkaran tidak dicegah hanya kerana ia sesuatu yang diperselisihkanޱ bagaimana mungkin kemungkaran yang masih belum jelas itu boleh dicegah? Ini cumalah mencegah kemungkaran dengan kemungkaran atau mencegah yang belum jelas dengan belum jelas.

Hukum Mengkhayalkan Persetubuhan Dengan Bukan Mahram

Dalam hal pengkhayalan seumpama ini saya menemukan perbahasan ulama mazhab dalam topik menyetubuhi isteri sambil mengkhayalkan wanita ajnabi sehingga seolah-olah orang tersebut menyetubuhi watak khayalan itu.

Ibn Ḥajar al-Haytamiyy berkata :

وَطِئَ حَلِيلَتَهُ مُتَفَكِّرًا فِي مَحَاسِنِ أَجْنَبِيَّةٍ حَتَّى خُيِّلَ إلَيْهِ أَنَّهُ يَطَؤُهَا فَهَلْ يَحْرُمُ ذَلِكَ التَّفَكُّرُ وَالتَّخَيُّلُ اخْتَلَفَ فِي ذَلِكَ جَمْعٌ مُتَأَخِّرُونَ بَعْدَ أَنْ قَالُوا إنَّ الْمَسْأَلَةَ لَيْسَتْ مَنْقُولَةً فَقَالَ جَمْعٌ مُحَقِّقُونَ كَابْنِ الْفِرْكَاحِ وَجَمَالِ الْإِسْلَامِ ابْنِ الْبِزْرِيِّ وَالْكَمَالِ الرَّدَّادِ شَارِحِ الْإِرْشَادِ وَالْجَلَالِ السُّيُوطِيّ وَغَيْرِهِمْ يَحِلُّ ذَلِكَ وَاقْتَضَاهُ كَلَامُ التَّقِيِّ السُّبْكِيّ فِي كَلَامِهِ عَلَى قَاعِدَةِ سَدِّ الذَّرَائِعِ وَاسْتَدَلَّ الْأَوَّلُ لِذَلِكَ بِحَدِيثِ «إنَّ اللَّهَ تَعَالَى تَجَاوَزَ لِأُمَّتِي مَا حَدَّثَتْ بِهِ أَنْفُسَهَا» وَلَك رَدُّهُ بِأَنَّ الْحَدِيثَ لَيْسَ فِي ذَلِكَ بَلْ فِي خَاطِرٍ تَحَرَّكَ فِي النَّفْسِ هَلْ يَفْعَلُ الْمَعْصِيَةَ كَالزِّنَا وَمُقَدَّمَاتِهِ، أَوْ لَا فَلَا يُؤَاخَذُ بِهِ إلَّا إنْ صَمَّمَ عَلَى فِعْلِهِ بِخِلَافِ الْهَاجِسِ وَالْوَاجِسِ وَحَدِيثِ النَّفْسِ وَالْعَزْمِ وَمَا نَحْنُ فِيهِ لَيْسَ بِوَاحِدٍ مِنْ هَذِهِ الْخَمْسَةِ؛ لِأَنَّهُ لَمْ يَخْطُرْ لَهُ عِنْدَ ذَلِكَ التَّفَكُّرِ وَالتَّخَيُّلِ فِعْلُ زِنًا وَلَا مُقَدِّمَةٌ لَهُ فَضْلًا عَنْ الْعَزْمِ عَلَيْهِ وَإِنَّمَا الْوَاقِعُ مِنْهُ تَصَوُّرُ قَبِيحٍ بِصُورَةِ حَسَنٍ فَهُوَ مُتَنَاسٍ لِلْوَصْفِ الذَّاتِيِّ مُتَذَكِّرٌ لِلْوَصْفِ الْعَارِضِ بِاعْتِبَارِ تَخَيُّلِهِ وَذَلِكَ لَا مَحْذُورَ فِيهِ إذْ غَايَتُهُ أَنَّهُ تَصَوُّرُ شَيْءٍ فِي الذِّهْنِ غَيْرُ مُطَابِقٍ لِلْخَارِجِ فَإِنْ قُلْت يَلْزَمُ مِنْ تَخَيُّلِهِ وُقُوعَ وَطْئِهِ فِي تِلْكَ الْأَجْنَبِيَّةِ أَنَّهُ عَازِمٌ عَلَى الزِّنَا بِهَا قُلْت مَمْنُوعٌ كَمَا هُوَ وَاضِحٌ وَإِنَّمَا اللَّازِمُ فَرْضُ مَوْطُوءَتِهِ هِيَ تِلْكَ الْحَسْنَاءُ وَقَدْ تَقَرَّرَ أَنَّهُ لَا مَحْذُورَ فِيهِ عَلَى أَنَّا لَوْ فَرَضْنَا أَنَّهُ يَضُمُّ إلَيْهِ خُطُورَ الزِّنَا بِتِلْكَ الْحَسْنَاءِ لَوْ ظَفَرَ بِهَا حَقِيقَةً لَمْ يَأْثَمْ إلَّا إنْ صَمَّمَ عَلَى ذَلِكَ فَاتَّضَحَ أَنَّ كُلًّا مِنْ التَّفَكُّرِ وَالتَّخَيُّلِ حَالُ غَيْرِ تِلْكَ الْخَوَاطِرِ الْخَمْسَةِ، وَأَنَّهُ لَا إثْمَ إلَّا إنْ صَمَّمَ عَلَى فِعْلِ الْمَعْصِيَةِ بِتِلْكَ الْمُتَخَيَّلَةِ لَوْ ظَفَرَ بِهَا فِي الْخَارِجِ.

قَالَ ابْنُ الْبِزْرِيِّ وَيَنْبَغِي كَرَاهَةُ ذَلِكَ وَرُدَّ بِأَنَّ الْكَرَاهَةَ لَا بُدَّ فِيهَا مِنْ نَهْيٍ خَاصٍّ أَيْ، وَإِنْ اُسْتُفِيدَ مِنْ قِيَاسٍ، أَوْ قُوَّةِ الْخِلَافِ فِي وُجُوبِ الْفِعْلِ فَيُكْرَهُ تَرْكُهُ كَغُسْلِ الْجُمُعَةِ أَوْ حُرْمَتِهِ فَيُكْرَهُ كَلَعِبِ الشِّطْرَنْجِ إذْ لَمْ يَصِحَّ فِي النَّهْيِ عَنْهُ حَدِيثٌ وَنَقَلَ ابْنُ الْحَاجِّ الْمَالِكِيِّ عَنْ بَعْضِ الْعُلَمَاءِ أَنَّهُ يُسْتَحَبُّ فَيُؤْجَرُ عَلَيْهِ؛ لِأَنَّهُ يَصُونُ بِهِ دِينَهُ وَاسْتَقَرَّ بِهِ بَعْضُ الْمُتَأَخِّرِينَ مِنَّا إذَا صَحَّ قَصْدُهُ بِأَنْ خَشِيَ تَعَلُّقَهَا بِقَلْبِهِ وَاسْتَأْنَسَ لَهُ بِمَا فِي الْحَدِيثِ الصَّحِيحِ مِنْ أَمْرِ «مَنْ رَأَى امْرَأَةً فَأَعْجَبَتْهُ أَنَّهُ يَأْتِي امْرَأَتَهُ فَيُوَاقِعُهَا» اهـ وَفِيهِ نَظَرٌ؛ لِأَنَّ إدْمَانَ ذَلِكَ التَّخَيُّلِ يُبْقِي لَهُ تَعَلُّقًا مَا بِتِلْكَ الصُّورَةِ فَهُوَ بَاعِثٌ عَلَى التَّعَلُّقِ بِهَا لَا أَنَّهُ قَاطِعٌ لَهُ وَإِنَّمَا الْقَاطِعُ لَهُ تَنَاسِي أَوْصَافِهَا وَخُطُورِهَا بِبَالِهِ وَلَوْ بِالتَّدْرِيجِ حَتَّى يَنْقَطِعَ تَعَلُّقُهُ بِهَا رَأْسًا وَقَالَ ابْنُ الْحَاجِّ الْمَالِكِيِّ يَحْرُمُ عَلَى مَنْ رَأَى امْرَأَةً أَعْجَبَتْهُ وَأَتَى امْرَأَتَهُ جَعْلُ تِلْكَ الصُّورَةِ بَيْنَ عَيْنَيْهِ وَهَذَا نَوْعٌ مِنْ الزِّنَا كَمَا قَالَ عُلَمَاؤُنَا فِيمَنْ أَخَذَ كُوزًا يَشْرَبُ مِنْهُ فَتَصَوَّرَ بَيْنَ عَيْنَيْهِ أَنَّهُ خَمْرٌ فَشَرِبَهُ أَنَّ ذَلِكَ الْمَاءَ يَصِيرُ حَرَامًا عَلَيْهِ اهـ وَرَدَّهُ بَعْضُ الْمُتَأَخِّرِينَ بِأَنَّهُ فِي غَايَةِ الْبُعْدِ وَلَا دَلِيلَ عَلَيْهِ وَإِنَّمَا بَنَاهُ عَلَى قَاعِدَةِ مَذْهَبِهِ فِي سَدِّ الذَّرَائِعِ وَأَصْحَابُنَا لَا يَقُولُونَ بِهَا وَوَافَقَهُ الْإِمَامُ أَحْمَدُ الزَّاهِدُ، وَهُوَ شَافِعِيٌّ غَفْلَةً عَنْ هَذَا الْبِنَاءِ اهـ وَقَدْ بَسَطْت الْكَلَامَ عَلَى هَذِهِ الْآرَاءِ الْأَرْبَعَةِ فِي الْفَتَاوَى وَبَيَّنْت أَنَّ قَاعِدَةَ مَذْهَبِهِ لَا تَدُلُّ لِمَا قَالَهُ فِي الْمَرْأَةِ وَفَرَّقَتْ بَيْنَهَا وَبَيْنَ صُورَةِ الْمَاءِ بِفَرْقٍ وَاضِحٍ لَا غُبَارَ عَلَيْهِ فَرَاجِعْ ذَلِكَ كُلَّهُ فَإِنَّهُ مُهِمٌّ فَإِنْ قُلْت يُؤَيِّدُ التَّحْرِيمَ قَوْلُ الْقَاضِي حُسَيْنٍ كَمَا يَحْرُمُ النَّظَرُ لِمَا لَا يَحِلُّ يَحْرُمُ التَّفَكُّرُ فِيمَا لَا يَحِلُّ لِقَوْلِهِ تَعَالَى {وَلا تَتَمَنَّوْا مَا فَضَّلَ اللَّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ} [النساء: 32] فَمَنَعَ مِنْ التَّمَنِّي لِمَا لَا يَحِلُّ كَمَا مَنَعَ مِنْ النَّظَرِ لِمَا لَا يَحِلُّ قُلْت اسْتِدْلَالُ الْقَاضِي بِالْآيَةِ وَقَوْلُهُ عَقِبَهَا فَمَنَعَ مِنْ التَّمَنِّي إلَخْ صَرِيحَانِ فِي أَنَّ كَلَامَهُ لَيْسَ فِيمَا نَحْنُ فِيهِ مِنْ التَّفَكُّرِ وَالتَّخَيُّلِ السَّابِقَيْنِ وَإِنَّمَا هُوَ فِي حُرْمَةِ تَمَنِّي حُصُولِ مَا لَا يَحِلُّ لَهُ بِأَنْ يَتَمَنَّى الزِّنَا بِفُلَانَةَ، أَوْ أَنْ تَحْصُلَ لَهُ نِعْمَةُ فُلَانٍ بَعْدَ سَلْبِهَا عَنْهُ وَمِنْ ثَمَّ ذَكَرَ الزَّرْكَشِيُّ كَلَامَهُ فِي قَاعِدَةِ حُرْمَةِ تَمَنِّي الرَّجُلِ حَالَ أَخِيهِ مِنْ دِينٍ، أَوْ دُنْيَا قَالَ وَالنَّهْيُ فِي الْآيَةِ لِلتَّحْرِيمِ وَغَلَّطُوا مَنْ جَعَلَهُ لِلتَّنْزِيهِ نَعَمْ إنْ ضَمَّ فِي مَسْأَلَتِنَا إلَى التَّخَيُّلِ وَالتَّفَكُّرِ تَمَنِّيَ وَطْئِهَا زِنًا فَلَا شَكَّ فِي الْحُرْمَةِ؛ لِأَنَّهُ حِينَئِذٍ مُصَمِّمٌ عَلَى فِعْلِ الزِّنَا رَاضٍ بِهِ وَكِلَاهُمَا حَرَامٌ وَلَمْ يَتَأَمَّلْ كَلَامَ الْقَاضِي هَذَا مَنْ اسْتَدَلَّ بِهِ لِلْحُرْمَةِ وَلَا مَنْ أَجَابَ عَنْهُ بِأَنَّهُ لَا يَلْزَمُ مِنْ تَحْرِيمِ التَّفَكُّرِ تَحْرِيمُ التَّخَيُّلِ إذْ التَّفَكُّرُ إعْمَالُ النَّظَرِ فِي الشَّيْءِ كَمَا فِي الْقَامُوسِ

Menyetubuhi pasangannya dalam keadaan mengimaginasikan kecantikan-kecantikan ajnabi sehingga dikhayalkan kepadanya bahawasanya dia menyetubuhinya adakah pengimaginasian dan pengkhayalan ini adalah haram? Sekelompok mutaakhirin berselisih pada hal itu selepas mereka berkata sesungguhnya isu ini tidak pernah dinukilkan. Berkata sekelompok muhaqqiqin seperti Ibn al-Firkāḥ, Jamāl al-Islām al-Bizriyy, al-Kamāl ar-Roddād؛ iaitu pensyarah «al-Iršād», al-Jalāl as-Suyūṭiyy dan selain mereka bahawa ia adalah halal. Kalam at-Taqiyy as-Subkiyy menunjukkannya melalui kalamnya pada kaedah ₍Sadd aḏ-Ḏarō^i. Golongan yang awal mengambil dalil dengan hadis: "Sesungguhnya Allah Taālā memaafkan unatku akan apa yang jiwanya berbicara padanya". Jawab balasnya untukmu adalah bahawasanya hadis itu bukan tentang hal ituߨ tetapi pada lintasan yang bergerak dalam jiwa. Adakah dia melakukan maksiat seperti zina dan permulaannya? Makaߨ tidak dihukum kerananya melainkan jika dia berdedikasi untuk melakukannya. Ini berbeza dengan ₍al-Hājis₎, ₍al-Wājis₎, bicara jiwa dan keazaman. Apa yang kami berada padanya bukanlah salah satu daripada kelima-lima ini kerana perbuatan zina bukanlah yang terlintas padanya ketika pengimaginasian dan pengkhayalannya. Tidak juga permulaan kepadanya. Apatah lagi keazaman untuknya. Cumaߨ yang sebenar daripadanya adalah gambaran yang buruk melalui rupa yang cantik. Laluߨ dia adalah orang yang yang boleh dilupakan pada penyifatan secara zat lagi orang yang boleh membayangkan pada penyifatan yang mendatang dengan mengambil kira pengkhayalan itu.

Kerana itu ia tidak berbahaya padanya memandangkan penghujungnya adalah ia adalah bayangan sesuatu pada mindanya tanpa menyerupai apa yang di luar. Jika engkau berkata berlakunya persetubuhan pada ajnabi itu daripada khayalannya kerana dia berazam untuk berzinaޱ aku katakantidak mungkin sepertimana yang jelas. Cumaߨ yang pasti adalah bahagian yang disetubuhinya adalah kecantikan itu dan telah tetap bahawa tidak ada bahaya padanya atas sebab kalaulah kita menetapkan lintasan-lintasan zina bergabung dengannya melalui kecantikan ituޱ kalaulah dia memperolehnyaޱ maka tidak berdosa kecuali jika dia mendedikasikan untuk itu. Makaޱ jelas bahawa setiap daripada apa yang pengimaginasian dan pengkhayalan adalah keadaan yang bukan daripada lintasan-lintasan yang lima dan tidak ada dosa padanya kecuali dia mendedikasikan perbuatan maksiat melalui pengkhayalan itu atau memperolehnya secara luaran.

Berkata Ibn al-Bizriyyia mendorong rasa benci terhadap hal itu. Hal itu dijawab bahawa rasa benci tidak termasuk dalam larangan yang khas؛ iaitu diambil faedahnya melalui qiyas atau melalui kekuatan penyelisihan dalam kewajiban bagi sesuatu perbuatanߨ lalu dibenci meninggalkannya seperti mandi hari jumaat atau pada keharamannyaߨ lalu dibenci seperti bermain catur memandangkan tidak sahih hadis pada larangan tentangnya. Ibn al-Ḥāj al-Mālikiyy menukilkan daripada sebahagian ulama bahawa ia digalakkanߨ lalu diberikan pahala kerananya kerana ia melindungi agamanya dengannya. Sebahagian mutaakhirin dari mazhab kami menetap padanya apabila benar tujuannya dengan sebab khuatir perlekatannya pada jantung dan bersandar dengan apa yang ada dalam hadis sahih tentang suatu perintah yang sesiapa yang melihat seorang wanitaߨ lalu ia membuatkan rasa kagum terhadapnyaޱ maka bahawasanya dia perlu mendatangi isterinya dan menyetubuhinya. Tamat Pada hal ini terdapat perbincangan. Ini kerana pengekalan pengkhayalan itu mengekalkan apa jua perlekatan melalui gambaran ituߨ lalu ia mendesak kepada perlekatan padanya. Tidaklah ia pemutus untuknya. Sebenarnyaܦ pemutusnya adalah yang boleh melupakan penyifatan-penyifatannya dan lintasan-lintasannya pada benak fikirannya walaupun secara berperingkat sehingga terputus perletakan padanya di kepala.

Berkata Ibn al-Ḥāj al-Mālikiyy bahawa haram ke atas sesiapa yang melihat wanitaߨ lalu ia membuatkannya rasa kagum terhadapnyaߨ lalu mendatangi isterinya bersama membuat gambaran di hadapan dua matanya. Ini adalah sejenis daripada zina sepertimana kata ulama kita pada orang yang mengambil wadah yang dia minum dengannyaߨ lalu dia menggambarkan di hadapan matanya bahawasanya ia adalah arakߨ lalu dia meminumnya. Makaߨ air itu bertukar menjadi haram ke atasnya. Tamat Sebahagian mutaakhirin membantahnya bahawa ia di kemuncak kejauhan dan tidak ada dalil terhadapnya. Sebenarnyaܦ dia membinanya melalui kaedah mazhabnya pada ₍Sadd aḏ-Ḏarō^i. Para sahabat kita tidak mengatakan sedemikian. Al-Imām Amad az-Zāhid menyetujuinya dan dia bermazhab šāfiian yang alpa dengan binaan ini. Tamat Aku telah pun membentangkan kalam pada pandangan-pandangan empat mazhab ini di al-Fatāwā₎ dan aku menjelaskan bahawa kaedah mazhabnya tidak menunjukkan apa yang dia katakannya pada wanita ituߨ lalu ia memisahkan antanya dengan bayangan air dengan pemisahan yang jelas yang tidak terlindung padanya. Rujuklah hal itu secara keseluruhan kerana sesungguhnya ia adalah penting.

Jika engkau berkata bahawa pendapat al-Qōḍī al-Ḥusayn menguatkan pengharaman bahawa sebagaimana haram melihat apa yang tidak halalޱ maka haram mengimaginasikan apa yang tidak halal kerana firman-Nya Taālā: {Janganlah kalian mengangankan terhadap apa yang Allah lebihkan sebahagian kalian berbanding sebahagian lain padanya} [Surah an-Nisā^ ayat 32]. Dia melarang daripada angan-angan sebagaimana Dia melarang daripada lihatan. Aku katakan pengambilan dalil ayat ini oleh al-Qōḍī dan pendapatnya yang menyusulinyaߨ lalu Dia melarang daripada angan-angan ∫∫∫∫sehingga akhir∫∫∫∫ adalah jelas bahawa kalamnya bukanlah yang kami berada padanya pada pengkhayalan yang terdahulu. Sebenarnyaܦ ia adalah pengharaman angan-angan yang berhasil daripada apa yang tidak halal baginya dengan angan-angan zina dengan fulanah atau memperoleh kesenangan fulan setelah penjarahannya daripadanya. Dari sana az-Zarkašiyy menyebutkan kalamnya pada kaedah pengharaman angan-angan seseorang yang meleraikan saudaranya daripada agamanya atau dunia. Dia berkata bahawa larangan pada ayat tersebut adalah untuk pengharaman dan telah meralatkan sesiapa yang menjadikannya sebagai aspek penyucian. BenarJika seseorang menggabungkan isu angan-angan persetubuhan secara zina kepada isu kami tentang pengkhayalan dan pengimaginasianޱ maka tidak syak pada pengharamannya kerana ketika itu dia berdedikasi untuk perbuatan zina yang redha dengannya. Kedua-duanya adalah haram. Tidak perlu seseorang memerhatikan kalam al-Qōdī yang ini yang mengambil dalil dan yang membelanya disebabkan tidaklah semestinya pengharaman pengimaginasian membawa pengharaman pengkhayalan memandangkan perkataan ₍at-Tafakkur₎ bermaksud penggerakan pemerhatian terhadap sesuatu sepertimana dalam kamus. [Tuḥfaẗ al-Muḥtāj Fī Šarḥ al-Minḥājjilid 7m/s 205keluaran al-Maktaba at-Tijāriyya al-Kubrō ].

Ibn Ābidīn berkata :

ذَكَرَ بَعْضُ الشَّافِعِيَّةِ أَنَّهُ كَمَا يَحْرُمُ النَّظَرُ لِمَا لَا يَحِلُّ يَحْرُمُ التَّفَكُّرُ فِيهِ لِقَوْلِهِ تَعَالَى - {وَلا تَتَمَنَّوْا مَا فَضَّلَ اللَّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ} [النساء: 32]- فَمَنَعَ مِنْ التَّمَنِّي كَمَا مَنَعَ مِنْ النَّظَرِ، وَذَكَرَ الْعَلَّامَةُ ابْنُ حَجَرٍ فِي التُّحْفَةِ أَنَّهُ لَيْسَ مِنْهُ مَا لَوْ وَطِئَ حَلِيلَتَهُ مُتَفَكِّرًا فِي مَحَاسِنِ أَجْنَبِيَّةٍ حَتَّى خُيِّلَ إلَيْهِ أَنَّهُ يَطَؤُهَا، وَنَقَلَ عَنْ جَمَاعَةٍ مِنْهُمْ الْجَلَالُ السُّيُوطِيّ وَالتَّقِيُّ السُّبْكِيُّ أَنَّهُ يَحِلُّ لِحَدِيثِ «إنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لِأُمَّتِي مَا حَدَّثَتْ بِهِ أَنْفُسَهَا» وَلَا يَلْزَمُ مِنْ تَخَيُّلِهِ ذَلِكَ عَزْمُهُ عَلَى الزِّنَا بِهَا، حَتَّى يَأْثَمَ إذَا صَمَّمَ عَلَى ذَلِكَ لَوْ ظَفِرَ بِهَا، وَإِنَّمَا اللَّازِمُ فَرْضُ مَوْطُوءَتِهِ تِلْكَ الْحَسْنَاءَ، وَقِيلَ يَنْبَغِي كَرَاهَةُ ذَلِكَ وَرُدَّ بِأَنَّ الْكَرَاهَةَ لَا بُدَّ لَهَا مِنْ دَلِيلٍ وَقَالَ ابْنُ الْحَاجِّ الْمَالِكِيِّ: إنَّهُ يَحْرُمُ لِأَنَّهُ نَوْعٌ مِنْ الزِّنَا كَمَا قَالَ عُلَمَاؤُنَا فِيمَنْ أَخَذَ كُوزًا يَشْرَبُ مِنْهُ، فَتَصَوَّرَ بَيْنَ عَيْنَيْهِ أَنَّهُ خَمْرٌ فَشَرِبَهُ أَنَّ ذَلِكَ الْمَاءَ يَصِيرُ حَرَامًا عَلَيْهِ اهـ وَرُدَّ بِأَنَّهُ فِي غَايَةِ الْبَعْدِ وَلَا دَلِيلَ عَلَيْهِ اهـ مُلَخَّصًا وَلَمْ أَرَ مَنْ تَعَرَّضَ لِلْمَسْأَلَةِ عِنْدَنَا وَإِنَّمَا قَالَ فِي الدُّرَرِ: إذَا شَرِبَ الْمَاءَ وَغَيْرَهُ مِنْ الْمُبَاحَاتِ بِلَهْوٍ وَطَرَبٍ عَلَى هَيْئَةِ الْفَسَقَةِ حَرُمَ اهـ وَالْأَقْرَبُ لِقَوَاعِد مَذْهَبِنَا عَدَمُ الْحِلِّ، لِأَنَّ تَصَوُّرَ تِلْكَ الْأَجْنَبِيَّةِ بَيْنَ يَدَيْهِ يَطَؤُهَا فِيهِ تَصْوِيرُ مُبَاشَرَةِ الْمَعْصِيَةِ عَلَى هَيْئَتِهَا، فَهُوَ نَظِيرُ مَسْأَلَةِ الشُّرْبِ ثُمَّ رَأَيْت صَاحِبَ تَبْيِينِ الْمَحَارِمِ مِنْ عُلَمَائِنَا نَقَلَ عِبَارَةَ ابْنِ الْحَاجِّ الْمَالِكِيِّ، وَأَقَرَّهَا وَفِي آخِرِهَا حَدِيثٌ عَنْهُ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - «إذَا شَرِبَ الْعَبْدُ الْمَاءَ عَلَى شَبَهِ الْمُسْكِرِ كَانَ ذَلِكَ عَلَيْهِ حَرَامًا» اهـ.

Sebahagian šāfiᶜian menyebutkan bahawa sebagaimana haram melihat apa yang tidak halalܦ haram juga mengimaginasikannya kerana firman-Nya: {Janganlah kalian menangankan terhadap apa yang Allah lebihkan sebahagian kalian berbanding sebahagian lain padanya} [Surah an-Nisā^ ayat 32]. Dia melarang daripada angan-angan sebagaimana Dia melarang daripada lihatan. Berkata al-AllāmaIbn ajar dalam «at-Tuḥfaẗ» bahawasanya kalaulah seseorang menyetubuhi pasangannya dalam keadaan mengimaginasikan kecantikan-kecantikan ajnabi sehingga dikhayalkan padanya bahawa dia menyetubuhinya tidak termasuk daripadanya. Dia menukilkan daripada sekelompok yang antaranya adalah al-Jalāl as-Suyūṭiyy dan at-Taqiyy as-Subkiyy bahawa ia adalah halal kerana hadis: "Sesungguhnya Allah memaafkan unatku akan apa yang jiwanya berbicara padanya". Tidak semestinya berlakunya keazaman untuk berzina dengannya melalui pengkhayalannya sehingga ia berdosa apabila dia berdedikasi terhadap itu kalau dia mencapainya. Cumaߨ yang pasti adalah bahagian yang disetubuhinya adalah kecantikan itu. 

Dikatakan perbuatan itu mendorong kepada rasa benci pada itu. Hal ini dijawab bahawa rasa benci tidak dapat menjadi dalil. Berkata Ibn al-Ḥāj al-Mālikiyy: "Bahawa sesungguhnya ia adalah haram kerana sejenis daripada zina sepertimana kata ulama kita pada orang yang mengambil wadah yang dia minum dengannyaߨ lalu dia menggambarkan di hadapan matanya bahawasanya ia adalah arakߨ lalu dia meminumnya. Makaߨ air itu bertukar menjadi haram ke atasnya". Tamat Hal ini dijawab bahawa ia berada di kemuncak kejauhan dan tidak ada dalil padanya. Tamat Secara kesimpulanܦ aku belum menemukan sesiapa yang menyelami masalah ini di sisi mazhab kita. Cumaߨ yang disebutkan dalam «ad-Duror»: "Apabila seseorang meminum air atau selainnya yang halal dengan alat muzik dan nyanyian melalui bentuk fasikߨ maka haram". Tamat Yang terdekat dengan kaedah mazhab kita adalah tidak halal kerana penggambaran ajnabi itu di hadapan matanya adalah gambaran persetubuhan maksiat melalui bentuknya itulah yang menyetubuhi bayangan ajnabi itu. Ia mirip dengan isu peminuman ini. Kemudianߨ aku melihat orang yang menerangkan bab-bab pengharaman dari kalangan ulama kita menukikan petikan daripada Ibn al-Ḥāj al-Mālikiyy dan dia mengakuinya. Pada akhirnya terdapat hadis daripada baginda ollallāhu alayhi wasallam: "Apabila seseorang hamba meminum air dengan menyerupakan arakޱ maka ia haram untuknya". [Rodd al-Muḥtār Alā ad-Durr al-Mutārjilid 6m/s 372keluaran Dār al-Fikr].

An-Nawawiyy berkata dalam tajuk umpatan dalam jantung :

اعلم أن سوء الظنّ حرامٌ مثل القول؛ فكما يحرمُ أن تحدّث غيرك بمساوئ إنسانٍ، يحرمُ أن تحدّث نفسك بذلك، وتسيء الظنّ به، قال الله تعالى: {اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ} [الحجرات: 12] . وَرَوَيْنَا في "صحيحي" البخاري ، ومسلم ؛ عن أبي هريرة رضي الله عنهُ، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: "إيَّاكُمْ وَالظَّنَّ، فإنَّ الظَّنَّ أكْذِبُ الحَدِيثِ". والأحاديثُ بمعنى ما ذكرته كثيرةٌ، والمرادُ بذلك عقد القلب وحكمهُ على غيرك بالسوء، فأما الخواطرُ، وحديثُ النفسِ، إذا لم يستقرَّ ويستمرّ عليه صاحبُه، فمعفوٌ عنه باتفاق العلماء، لأنه لا اختيارَ له في وقوعه، ولا طريقَ له إلا الانفكاك عنه، وهذا هو المراد بما ثبتَ.

"Ketahuilah bahawa prasangka buruk adalah haram seperti kata-kata. Makaߨ sebagaimana haram engkau menceritakan kepada selain engkau tentang keburukan-keburukan orangܦ haram juga engkau menceritakan kepada diri engkau tentang hal ituߨ lalu menjadi buruk sangkaan terhadapnya. Allah Taālā berfirman: {Tinggalkanlah kebanyakan daripada persangkaan} [Surah al-ujurōt ayat 12]. Kami meriwayatkan daripada «Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy» dan «Ṣoḥīḥ Muslim» daripada Abū Huroyro semoga Allah meredhainya bahawasanya Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam bersabda: Berjaga-jagalah kalian dengan persangkaan. Sesungguhnya persangkaan adalah sedusta-dusta bicara. Hadis-hadis tersebut adalah dengan makna yang kebanyakan berbicara kepadanya. Yang dimaksudkan dengan itu adalah ikatan jantung dan penghukumannya terhadap selainmu dengan keburukan. Adapun lintasan-lintasan dan bicara jiwaޱ apabila tidak menetap dan tidak berterusan padanyaޱ maka dimaafkan dengan kesepakatan ulama kerana tidak ada pilihan baginya pada keberlakuannya dan tidak ada jalan baginya kecuali memisahkan daripadanya. Ini yang dimaksudkan dengan apa yang sabit". [Al-Aḏkārm/s 548keluaran Dār Ibn azm Li a-obāa Wa an-Našr].

An-Nawawiyy berkata :

قال العلماء: المرادُ به الخواطرُ التي لا تستقرّ. قالوا: وسواءٌ كان ذلك الخاطرُ غِيبة أو كفراً أو غيرهُ؛ فمن خطرَ له الكفرُ مجرد خطرانٍ من غير تعمدٍ لتحصيلهِ، ثم صرفهُ في الحالِ، فليس بكافرٍ، ولا شيء عليه

"Berkata para ulama: Yang dimaksudkan dengan lintasan-lintasan yang tidak menetap, mereka berkata sama sahaja lintasan jiwa itu adalah umpatan atau kekufuran atau yang lain. Sesiapa yang memiliki lintasan kekufuran yang sekadar lintasan sahaja tanpa ada kesengajaan untuk mencapainyaߨ kemudian mengubahnya pada suatu halޱ bukanlah ia kafir dan bukan sesuatu dosa kepadanya". [Al-Aḏkārm/s 548keluaran Dār Ibn azm Li a-obāa Wa an-Našr].

An-Nawawiyy berkata lagi :

وسببُ العفو ما ذكرناه من تعذّرٍ اجتنابه، وإنما الممكن اجتناب الاستمرار عليه، فلهذا كان الاستمرارُ وعقدُ القلبِ حراماً. ومهما عرض لك هذا الخاطرُ بالغيبةِ وغيرها من المعاصي وجبَ عليك دفعهُ بالإعراضِ عنهُ.

"Sebab dimaafkan apa yang kami telah sebutkannya adalah kerana kesukaran untuk mengelakkannya. Cumaߨ yang boleh adalah mengelakkan dari berterusan padanya. Kerana sebab ini berterusan dan ikatan jantung adalah haram. Meskipun dibentangkan lintasan ini dengan rupa umpatan atau selainnya yang dari jenis maksiatޱ wajib untuk engkau menolaknya dengan berpaling daripadanya". [Al-Aḏkārm/s 548keluaran Dār Ibn azm Li a-obāa Wa an-Našr].

Melalui apa yang dibentangkan di siniܦ terdapat beberapa faedah dalam isu persetubuhan dengan pasangannya dalam keadaan berkhayal wanita ajnabi. Pertamaߨ mazhab ḥanafian, Ibn al-Ḥāj al-Mālikiyy dan al-Qōḍī al-Ḥusayn menganggap bahawa ia adalah dosa. Namunߨ pembentangan penghujahan mereka berbeza.

Ḥanafian berpandangan bahawa ia adalah haram kerana ia menyerupai perbuatan dosa. Namunߨ pendapat ini perlu diteliti. Jika seseorang itu redha dengan kemaksiatan itu seperti melagak mabuk kerana redha dengan perbuatan meminum arak ituޱmaka ini adalah haram. Jika tidak ada rasa redha ituޱ maka tidak ada masalah.

Hal ini sama seperti seseorang yang mempersembahkan tarian yang diamalkan oleh suatu kaum untuk menyembah berhalaߨ tetapi tarian yang diperagakan itu adalah tarian yang dibuang unsur pemujaan dan persembahan untuk berhala. Ia telah menjadi tarian yang biasa. Makaߨ ini tidak mengapa.

Meskipun ada rasa keseronokan dalam memperagakan tarian ituޱ tetapi ia tidak dikira sebagai penyembahan kepada berhala meskipun ia pada asalnya adalah tarian yang dilaksanakan untuk itu.

Adapun hadis :

إذَا شَرِبَ الْعَبْدُ الْمَاءَ عَلَى شَبَهِ الْمُسْكِرِ كَانَ ذَلِكَ عَلَيْهِ حَرَامًا

"Apabila seseorang hamba meminum air dengan menyerupakan arak, maka ia haram untuknya".

Saya tidak menemukan mana-mana kitab hadis yang menyebutkan seperti ini. Ia tidak sabit untuk dijadikan sebagai hujah.

Ibn al-Ḥāj al-Mālikiyy pula mengemukakan alasannya bahawa ia termasuk daripada permulaan kepada zina. Mungkin sekali kerana dia menjadikan hadis zina jiwa seperti yang telah dinukilkan tadi. Ini juga tidak tepat dan saya telah pun membentangkan hujahnya.

Al-Qōḍī al-Ḥusayn pula berhujah dengan bahawa kita dilarang mengangankan sesuatu yang bukan bahagian rezeki kitaߨ lebih-lebih lagi disebabkan dengki. Ini juga tidak tepat kerana angan-angan di sini adalah apabila sudah tetapnya azam dalam jiwa؛ iaitu begitu berharap agar ia direalisasikan. Jika sekadar bicara jiwaܦ maka ini tidak termasuk. Jika seseorang terdetik rasa dengkiߨ tetapi tidak ada keinginan agar terealisasinya apa yang terbuku di jiwa ituޱ maka ini bukan sama sekali termasuk dosa.

Sebahagian orang cuba menguatkan pandangan al-Qōḍī ini dengan hadis berikut :

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ ، حَدَّثَنِي أَبُو عَوَانَةَ ، عَنْ عُمَرَ بْنِ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِذَا تَمَنَّى أَحَدُكُمْ ، فَلْيَنْظُرْ مَا يَتَمَنَّى ، فَإِنَّهُ لَا يَدْرِي مَا يُكْتَبُ لَهُ مِنْ أُمْنِيَّتِهِ " .

Isḥāq teah merawi hadis kepada kamiܒ Abū Awāna telah merawi hadis kepada kamiܒ daripada Umar bin Abū Salamaܒ daripada ayahnyaܒ daripada Abū Huroyroẗ dia berkata Rasulullah ollallāhu alayhi wasallambersabda: "Apabila salah seorang daripada kalian berangan-anganޱ maka hendaklah dia memerhatikan apa yang dia angan-angankan. Kerana sesungguhnya dia tidak mengetahui apa yang ditulis untuknya kerana angan-angannya". [Musnad Aḥmadno. 8488].

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ , قَالَ : حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ ، عَنْ عُمَرَ بْنِ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " إِذَا تَمَنَّى أَحَدُكُمْ فَلْيَنْظُرْ مَا يَتَمَنَّى ، فَإِنَّهُ لا يَدْرِي مَا يُعْطَى "

Musaddad telah merawi hadis kepada kamiܒ Abū Awānaẗ telah merawi hadis kepada kamiܒ Daripada Umar bin Abū Salama ܒ Daripada ayahnyaܒ Daripada Abū Huroyroẗ bahawasanya Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam bersabda: "Apabila salah seorang daripada kalian berangan-anganޱ maka hendaklah dia memerhatikan apa yang dia angan-angankan. Kerana sesungguhnya dia tidak tahu apa yang akan diberi". [Al-Buẖōriyy dalam al-Adab al-Mufrodno. 792].

أنا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُوسَى ، عَنْ سُفْيَانَ ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ ، عَنْ أَبِيهِ ، عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِذَا تَمَنَّى أَحَدُكُمْ فَلْيَسْتَكْثِرْ ، فَإِنَّمَا يَسْأَلُ رَبَّهُ عَزَّ وَجَلَّ " .

Ubaydullah bin Mūsā telah merawi khabar kepada kamiܒ daripada Sufyānܒ daripada Hišām bin Urwahܒ daripada ayahnyaܒ daripada Ā^išaẗ dia berkata Rasulullah ollallāhu alayhi wasallam bersabda: "Apabila salah seorang daripada kalian berangan-anganޱ maka perbanyakkanlah. Sebenarnya dia sedang meminta tuhannya Azza Wa Jalla". [Musnad Abdu bin umaydno. 1505].

Mereka berkata bahawa jika angan-angan tidak menatijahkan apa-apaޱ untuk apa baginda mengingatkan bahawa angan-angan seseorang menyebabkan hajatnya boleh tercapai? Jika seseorang mengangan-angankan kejahatanޱ maka seseorang itu mendapat yang jahat. Begitu juga dengan kebaikan. Dengan ini jelas bahawa jahat dan baik dalam angan-angan boleh menatijahkan sesuatu menurut mereka.

Saya katakanhadis ini sebenarnya untuk menggalakkan kita agar mengangan-angankan kebaikanߨ bukan sebagai ancaman atau suruhan kehati-hatian. Ini kerana telah sabit hadis yang lalu bahawa bicara jiwa adalah sesuatu yang dimaafkan jika ia adalah yang menjurus kepada dosa.

Adapun kebaikanޱ maka jika ia melahirkan rasa keinginan untuk melakukannyaޱ maka ia akan mendapat pahala meskipun tidak melakukannya. Jika ia termasuk dalam keazamanޱ maka ditambah lagi pahalanya. Boleh jadi apa yang dia berangan-angan untuknya adalah sesuatu yang Allah redha untuk diperkenankan untuknya.

Keduaߨ pandangan Ibn al-Bizriyy yang menyatakan bahawa pengkhayalan tersebut mendorong rasa benciߨ lebih-lebih lagi apabila orang mengetahui tentangnya. Pandangan ini juga silap kerana apa yang bercerita pada jiwa adalah bahagian yang dimaafkan. Bagaimana mungkin penilaian buruk boleh disabitkan terhadap apa yang Allah telah maafkan? Bagaimana seseorang mendahulukan pandangan orang lain yang membencinyaߨ sedangkan Allah telah memaafkannya?

Ketigaߨ an-Nawawiyy berpandangan bahawa bicara jiwa ini dimaafkan kerana ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Akan tetapiߨ ia menjadi dosa apabila dibiarkan berterusan. Saya katakanpenafsirannya bahawa seseorang itu dikira mempunyai azam kerana dibiarkan berterusan adalah sama sekali tidak tepat.

Dia berkata bahawa sesiapa yang memiliki lintasan kekufuran yang sekadar lintasan sahaja tanpa ada kesengajaan untuk mencapainya idak dikira kufur. Hanya sahaja jika ia tidak dibiarkan berterusan. Bahagian yang berterusan inilah yang difokuskan. Ia adalah salah kerana walaupun dia membiarkannya berterusan dan dia tetap tidak bersungguh atau tidak mempunyai azam untuk kekafiranޱ maka tetap tidak dihukumkan kafir.

Kes ini samalah seperti seseorang yang ada hasrat ingin mencuriߨ tetapi masih ada tekanan yang kuat untuk dia tidak melakukannya. Perasaan ini terus terbawa-bawa sehingga menjadi bicara dalam jiwa. Apakah ini juga dosa? Sudah tentulah tidak. Atau ada seseorang menyinggung dirinyaߨ lalu dia merasa marah terhadap orang itu dan menyimpan hasrat untuk membunuhnyaߨ tetapi masih ada tekanan yang kuat untuk enggan melakukannya. Ini juga tidak masuk dalam dosa meskipun perasaan itu terbawa-bawa berpanjangan dalam jiwa. Sebegitulah perasan kepada kekufuran ini.

Keempatߨ pandangan Ibn al-Firkāḥ, Jamāl al-Islām al-Bizriyy, Kamāluddīn ar-Roddād, as-Suyūṭiyy dan selain mereka yang mengatakan bahawa ia tidaklah berdosa. Dan inilah pandangan yang benar setelah dibentangkan dalil-dalilnya

Kelimaߨ terdapat pandangan yang mengatakan bahawa ia mendapat pahala. Saya katakan bahawa ia adalah benar jika seseorang menginginkan penzinaanߨ tetapi dia tidak melakukannya dan melunaskannya di tempat yang halal. Adapun jika tidak sampai kepada peringkat ₍al-Hamm₎ޱ tidak ada dalil yang menunjukkan hal ini.

Daripada perbahasan Ibn Ḥajar al-Haytamiyy pada pendapat ini tampak kecenderungannya adalah pada tidak ada masalah pengkhayalan ini jika ia disusuli bersama dengan persetubuhan dengan pasangan yang halal. Jika tidak, maka ia tidak perlu.

Hal ini jelas isi kupasannya dalam membincangkan pendapat ini yang menjurus kepada pemahaman jika ia adalah digalakkan dalam agamaޱ sudah tentu ia akan menyebabkan seseorang itu terus mengkhayalkannya dan mengimaginasikannya. Ia sama sekali tidak akan memutuskannya. Pemutusan ini yang ingin ditekankan dan sekaligus memaparkan pandangannya dalam hal ini.

Keenamߨ Ibn Ḥajar al-Haytamiyy beranggapan bahawa pengimaginasian dan pengkhayalan tidak termasuk dalam mana-mana peringkat keinginan jiwa. Mungkin baginya pengkhayalan ini tidak terikat dengan apa jua keinginan. Pada saya ia perlu diteliti.

Apa yang Jalāluddīn as-Suyūṭiyy dan lain-lain yang berada padanya juga terdapat kebenaran kerana seseorang tidak akan terus berkhayal jika ia bukan sesuatu yang dia inginkan. Namunߨ kadangkala pengkhayalan itu bukan semestinya apa yang dia inginkan.

Ini terbukti bahawa kadangkala mereka yang menghidap penyakit mental adakalanya memiliki imaginasi-imaginasi yang kekal bermain di mindanya tanpa keinginannya. Makaߨ apa yang disebutkan Ibn Ḥajar al-Haytamiyy ini juga mungkin benar kerana boleh sahaja imaginasi itu kekal di minda meskipun tanpa kita menginginkannya. Apapunߨ dia dan Jalāluddīn as-Suyūṭiyy serta yang bersama dengannya tetap mengangap bahawa ia bukan termasuk dosa.

Ketujuhߨ ini adalah permasalahan tentang persetubuhan dengan isteri sambil berkhayal dengan wanita ajnabi. Bagaimana pula dengan seseorang itu hanya berkhayal semata-mata tanpa melakukan apa-apa? Saya katakantetap tidak ada masalah. Pokok perbahasan yang dinukilkan ini adalah pengimaginasian dan pengkhayalan ini.

Adapun penyebutan persetubuhan itu sekadar isu yang ditambah sahaja untuk membuktikan pandangan sebenar tentang hukum berkhayal perbuatan maksiat. Dengan kata lain untuk membuktikan sama ada khayalan itu itu haram atau tidak maka dijadikan perbuatan persetubuhan itu sebagai subjek pemerhatian.

Pandangan Al-Qolyūbiyy Dan Al-Bujayrimiyy Tentang Tidak Haram Melihat Bayangan Badan Pada Air Atau Cermin Walaupun Bersyahwat

Abū al-Abbās Šihābuddīn Amad bin Salama al-Qolyūbiyy berkata :

وَخَرَجَ بِهِ رُؤْيَةُ الصُّورَةِ فِي الْمَاءِ أَوْ فِي الْمِرْآةِ فَلَا يَحْرُمُ وَلَوْ مَعَ شَهْوَةٍ

"Terkecuali daripadanya (pengharaman lihatan badan) ialah lihatan bayangan pada air atau pada cermin. Tidaklah ia haram walaupun bersyahwat". [Ḥāšiyatā Qolyūbiyy Wa
Umayra Alā Šar al-Muallā Alā Minḥāj at-Ṭōlibīnjilid 3m/s 209keluaran Dār al-Fikr].

Sulaym
ān bin Muammad bin Umar al-Bujayrimiyy berkata :

وَخَرَجَ بِهِ رُؤْيَةُ الصُّورَةِ فِي نَحْوِ الْمِرْآةِ وَمِنْهُ الْمَاءُ فَلَا يَحْرُمُ وَلَوْ مَعَ شَهْوَةٍ

"Terkecuali daripadanya (pengharaman lihatan badan) ialah lihatan pada bayangan di cermin dan air termasuk daripadanya (pengecualian). Tidaklah ia haram walaupun bersyahwat". [Tuḥfaẗ al-Ḥabīb
Alā Šar al-H̱otībjilid 4m/s 372keluaran Dār al-Fikr].

Sememangnya judul penulisan ini juga bertunjangkan kenyataan untuk membela kenyataan ini؛ iaitu tidak haram melihat bayangan badan pada air atau cermin walaupun bersyahwat. Ini bermaksud bahawa seseorang yang melihat filem lucah sekalipun tidaklah haram meskipun dalam keadaan bersyahwat.

Pun begituߨ sekalipun saya kerapkali menukilkan pandangan kedua-dua ahli fiqh dari šāfiᶜian ini di pelbagai tempatޱ kedua-dua mereka tidaklah sama dengan saya pada isu syahwat pada dasarnya.

Kedua-dua mereka cuma membenarkan kehadiran syahwat apabila lihatan pada bayangan badan pada bayangan air atau imej cerminߨ tetapi tidak pada yang lain. Manakalaߨsaya pula berpandangan sebaliknya dan membenarkan untuk apa jua situasi selagimana tidak sampai kepada keazaman yang tekad lagi kuat untuk merealisasikan apa yang terbuku di jiwa.

Saya cumalah sekadar untuk membela kenyataan ini daripada penyalahan sebahagian pihakߨ bukan membela mereka berdua ini dalam isu syahwat itu sendiri memandangkan saya dan mereka berdua berbeza dalam soal syahwat itu sendiri. Saya berharap dapat dibezakan dengan sebaik-baiknya.

Apa yang saya lakukan adalah seumpama dengan apa yang dilakukan oleh Muḥammad bin Ismāīl a-onāniyy; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah ollallāhu alayhi wa ālihi wasallam dalam memperakui kebenaran untuk salah satu bahagian kenyataan dan menyebutkan kesalahan untuk sebahagian kenyataan yang sama. Dia berkata :

وأما قوله: إنَّ الكرامات للأموات واقعة؛ لأنَّه تعالى قادر على كلِّ الممكنات. ألا تنتظر قولك لجبل من الجبال هذا ذهب؛ لأنَّ الله تعالى قادر على أن يجعله ذهباً. فيقال: صدق نصف هذا الكلام وكذب نصفه، فإنَّ قولك إنَّه ذهب كاذب وقولك إنَّ الله قادر على أن يجعله ذهباً صادق، لكن لا ينفع صدقه في مدعاك

"Adapun katanya: Sesungguhnya karamah itu suatu yang realiti kerana Dia Taālā berkemampuan atas setiap yang mumkin. Tidakkah engkau melihat kata-katamu kepada salah satu bukit daripada sekalian bukit: Ini adalah emas kerana Allah Taālā berkemampuan untuk menjadikannya sebagai emas. Dikatakan kepadanya: Benar separuh kalam ini dan dusta separuhya. Sesungguhnya kata-katamu: Ini adalah emas adalah dustaߨ manakala kata-katamu: Sesungguhnya berkemampuan untuk menjadikannya sebagai emas adalah benar. Akan tetapiߨ tidak ada manfaat kebenarannya pada yang didakwakanmu". [Al-Inṣōf Fī Ḥaqīqoẗ al-Awliyā^ Wa Mā Lahum Min al-Karōmāt Wa al-Alṭōfm/s 82keluaran Dār Ibn Affāntahqiq Abdul Rozzāq bin Abdul Musin al-Badr].

Dia juga berkata di tempat lain dalam menyebutkan kebenaran yang ada pada zahirnyaߨ tetapi batil pada yang tersirat daripadanya :

قوله: "لأنَّ الطلب إنَّما هو من الله". أقول: هذا هو الحق لكن التوسل إليه بالمخلوقين شيء لم يأذن الله لعباده به فهو بدعة، وهو تهجم على الجناب العلي بمالم يأت به شرع؛ بل هو طريقة عُبَّاد الأوثان القائلين إنَّهم يعبدونها لتقربهم إلى الله زلفى

"Katanya: Kerana sesungguhnya tuntutan itu sebenarnya ia daripada Allah. Aku berkata: Ini adalah benarߨ tetapi tawassul kepada-Nya dengan makhluk adalah sesuatu yang Allah tidak mengizinkan untuk hamba-Nya dengannya. Ia adalah bidaah. Ia adalah terkaman terhadap pihak yang tertinggi dengan apa yang syarak tidak datang dengannya. Bahkanߨ ia adalah jalan hamba-hamba berhala yang berkata bahawa sesungguhnya mereka menyembahnya untuk mendekati Allah melalui perantara". [Al-Inṣōf Fī aqīqo al-Awliyā^ Wa Mā Lahum Min al-Karōmāt Wa al-Alṭōfm/s 117keluaran Dār Ibn Affāntahqiq Abdul Rozzāq bin Abdul Musin al-Badr].

Sebegitu juga apa yang saya lakukan pada kalam al-Qolyūbiyy dan al-Bujayrimiyy. Kenyataan mereka pada hal itu adalah benar dan saya menyetujuinyaߨ tetapi dasar mereka pada isu syahwat adalah sesuatu yang saya menyelisihinya. Ini bermakna dalam satu kenyataan kita boleh menerima sebahagian dan menolak sebahagian serta kita juga boleh menerima pada zahirnya dan menolak yang tersiratnya.

No comments:

Post a Comment