Saturday, May 2, 2020

Selamatkan Kemaluan Generasi Kita

Firman Allah Ta*ālā :

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَائِكُمْ ۚ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ ۗ عَلِمَ اللَّـهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتَانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ ۖ فَالْآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّـهُ لَكُمْ ۚ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ۖ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ

"Dihalalkan untuk kalian bersetubuh dengan isteri-isteri kamu pada waktu malam. Mereka adalah pakaian bagi kalian dan kalian adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu sememangnya tidak mampu menahan diri kamu. Maka, Allah menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang, setubuhilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kalian. Makan dan minumlah sehingga jelas antara benang putih dengan benang hitam pada waktu fajar. Kemudian, sempurnakanlah puasa sampai waktu malam". [Surah al-Baqoroh ayat 187].

حَدَّثَنَا أَبُو اليَمَانِ ، أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ ، عَنِ الزُّهْرِيِّ ، قَالَ : أَخْبَرَنِي حُمَيْدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، إِذْ جَاءَهُ رَجُلٌ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلَكْتُ . قَالَ : مَا لَكَ ؟ قَالَ : وَقَعْتُ عَلَى امْرَأَتِي وَأَنَا صَائِمٌ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : هَلْ تَجِدُ رَقَبَةً تُعْتِقُهَا ؟ قَالَ : لاَ ، قَالَ : فَهَلْ تَسْتَطِيعُ أَنْ تَصُومَ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ ، قَالَ : لاَ ، فَقَالَ : فَهَلْ تَجِدُ إِطْعَامَ سِتِّينَ مِسْكِينًا . قَالَ : لاَ ، قَالَ : فَمَكَثَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَبَيْنَا نَحْنُ عَلَى ذَلِكَ أُتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَرَقٍ فِيهَا تَمْرٌ - وَالعَرَقُ المِكْتَلُ - قَالَ : أَيْنَ السَّائِلُ ؟ فَقَالَ : أَنَا ، قَالَ : خُذْهَا ، فَتَصَدَّقْ بِهِ فَقَالَ الرَّجُلُ : أَعَلَى أَفْقَرَ مِنِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ فَوَاللَّهِ مَا بَيْنَ لاَبَتَيْهَا - يُرِيدُ الحَرَّتَيْنِ - أَهْلُ بَيْتٍ أَفْقَرُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي ، فَضَحِكَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى بَدَتْ أَنْيَابُهُ ، ثُمَّ قَالَ : أَطْعِمْهُ أَهْلَكَ

Abū al-Yamān telah merawi hadis kepada kami
Šu*ayb telah merawi khabar kepada kami Daripada az-Zuhriyy, dia berkata umayd bin *Abdul Romān telah merawi khabar kepadaku Bahawasanya Abū Huroyroh -semoga Allah meredhainya- berkata Ketikamana kami duduk bersama Nabi -ollallāhu *alayhi wasallam-, tiba-tiba datang seorang lelaki kepadanya, lalu dia berkata: "Wahai Rasulullah, binasalah aku!". Dia berkata: "Kenapa dengan kamu?". Dia berkata: "Aku menyetubuhi isteriku sedangkan aku berpuasa". Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wasallam- berkata: "Adakah engkau memiliki hamba sahaya untuk engkau bebaskan?". Dia berkata: "Tidak". Baginda berkata: "Adakah engkau berkemampuan untuk berpuasa dua bulan berturut-turut?". Dia berkata: "Tidak". Baginda berkata: "Adakah engkau mampu untuk memberi makan enam puluh orang miskin?". Dia berkata: "Tidak". Abū Huroyroh berkata Rasulullah -ollallāhu *alayhi wasallam- terdiam, maka kamu pun dalam keadaan sebegitu. Kemudian, Nabi -ollallāhu *alayhi wasallam- membawa *Aroq yang kurma di dalamnya. -Dan *Aroq ialah keranjang-. Baginda berkata: "Mana orang yang bertanya?". Dia berkata: "Saya". Baginda berkata: "Ambillah, lalu bersedekahlah dengannya". Berkata lelaki itu: "Adakah ada yang lebih miskin daripadaku wahai Rasulullah? Maka, demi Allah! Tidak ada di antara dua tanah berbatu hitam -dia bermaksud dua tanah tandus- dalam sesebuah keluarga lebih miskin daripada ahli keluargaku". Nabi -ṣollallāhu *alayhi wasallam- pun ketawa sehingga terlihat gigi-giginya. Kemudian baginda berkata: "Berilah makan kepada ahli keluargamu". [Ṣoḥīḥ al-BuẖōriyyKitāb a-owmno. 1853].

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُقَاتِلٍ أَبُو الحَسَنِ ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ ، أَخْبَرَنَا الأَوْزَاعِيُّ ، قَالَ : حَدَّثَنِي ابْنُ شِهَابٍ ، عَنْ حُمَيْدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّ رَجُلًا أَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلَكْتُ ، قَالَ : وَيْحَكَ قَالَ : وَقَعْتُ عَلَى أَهْلِي فِي رَمَضَانَ ، قَالَ : أَعْتِقْ رَقَبَةً قَالَ : مَا أَجِدُهَا ، قَالَ : فَصُمْ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ قَالَ : لاَ أَسْتَطِيعُ ، قَالَ : فَأَطْعِمْ سِتِّينَ مِسْكِينًا قَالَ : مَا أَجِدُ ، فَأُتِيَ بِعَرَقٍ ، فَقَالَ : خُذْهُ فَتَصَدَّقْ بِهِ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَعَلَى غَيْرِ أَهْلِي ، فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ ، مَا بَيْنَ طُنُبَيْ المَدِينَةِ أَحْوَجُ مِنِّي ، فَضَحِكَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى بَدَتْ أَنْيَابُهُ

Muḥammad bin Muqōtil Abū al-Ḥasan telah merawi hadis kepada kami
*Abdullah telah merawi khabar kepada kami Al-Awzā*iyy telah merawi khabar kepada kami, dia berkata Ibn Syihāb telah merawi hadis kepadaku Daripada umayd bin *Abdul Romān Daripada Abū Huroyroh -semoga Allah meredhainya- , bahawasnaya seorang lelaki datang kepada Rasulullah -ollallāhu *alayhi wasallam-, lalu berkata: "Wahai Rasulullah, binasalah aku". Baginda berkata: "Kasihan kamu". Dia berkata: "Aku menyetubuhi isteriku pada bulan Romaḍōn". Baginda berkata: "Bebaskan seorang hamba sahaya". Dia berkata: "Aku tidak memilikinya". Baginda berkata: "Berpuasalah dua bulan berturut-turut". Dia berkata: "Aku tidak mampu". Baginda berkata: "Berilah makan kepada enam puluh orang miskin". Dia berkata: "Aku tidak menemuinya". Maka, baginda pun membawakan sekeranjang. Baginda berkata: "Ambillah ia, lalu bersedekahlah dengannya". Baginda berkata: "Wahai Rasulullah, adakah ada yang selain daripada keluargaku? Maka, demi yang diriku di tangan-Nya! Tidak ada di antara dua penjuru Madinah yang lebih miskin daripadaku". Nabi -ṣollallāhu *alayhi wasallam- pun ketawa sehingga terlihat gigi-giginya". [Ṣoḥīḥ al-BuẖōriyyKitāb al-Adabno. 5835].

Sebahagian agamawan berdelusi dengan pergantungan yang mutlak bahawa semata-mata berpuasa dapat mengekang syahwat seseorang, walhal dalam puasa wajib di bulan Ramadhan pun masih sebahagian orang tidak mampu menahan diri dengan desakan syahwatnya. Hal tersebut dinyatakan sendiri oleh Allah dan telah tersiar dalam perkhabaran sahih yang sampai kepada kita. 

Tidak perlu dinafikan lagi hakikat ini bahawa kita tidak boleh terlalu bergantungan dengan puasa semata-mata. Bayangkan pula dengan bulan-bulan selain Ramadhan, apakah syahwat akan terus mendiamkan diri?

Praktik agama ini usahlah hanya terlalu lihat dengan teks semata-mata tanpa memerhati suasana dan realiti semasa. Misalnya, seseorang menyuruh seseorang berkahwin walaupun fakir dengan berdalilkan ayat ini tanpa mengambil kira pertimbangan manfaat dan mudarat :

وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ ۚإِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّـهُ مِن فَضْلِهِ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

"Nikahkanlah orang bujang kalian dan orang-orang yang layak daripada hamba-hamba sahaya lelaki kamu dan hamba-hamba sahaya wanita kamu. Jika mereka dalam keadaan fakir, Allah akan memberikan kekayaan daripada keutamaan-Nya. Dan Allah Maha Meluas dan Maha Mengetahui". [Surah an-Nūr ayat 32].

Harap maaf. Kita tidak berbicara mereka yang fakir, tetapi kita berbicara mereka yang lebih rendah daripada fakir! Salah satu sebab mereka terhalang bukan sekadar jerutan ekonomi dalam kepungan mereka, tetapi paling besar cabarannya adalah mereka berhadapan dengan persepsi masyarakat.

Apabila seseorang ingin melangsungkan pernikahan, kita ditekan seolah-olah perlu membuat arus perubahan kehidupan yang baru. Padahal, kita hanya ingin menghalalkan kemaluan mereka sahaja, bukan untuk membawa kepada kehidupan yang berbeza.

Melahirkan anak bukan kewajipan dalam agama. Jika ia merupakan suatu kewajipan, maka ia tidak bermakna apa-apa apabila Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wa ālihi wasallam- menghalalkan nikah mutaah ketika dahulu sebelum ditegah semula. Begitu juga tidak bermakna apa-apa dengan keizinan dalam melakukan azl dalam perhubungan seks. 

Jelas sekali bahawa jarang orang sangat terdesak untuk memperoleh zuriat, tetapi yang sangat pasti adalah penghalalan ini hadiah untuk meredakan kegusaran jiwa mereka yang tidak memiliki pasangan.

Perbahasan yang selanjutnya boleh dibaca dalam «Ḥukm Taḥdīd an-Nasl» karya *Abdul *Azīz bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wa ālihi wasallam-.

Malah, perkahwinan tidak semestinya perlu kekal sepanjang hayat. Boleh sahaja jika ia didirikan untuk sementara. An-Nawawiyy berkata :

قَالَ الْقَاضِي وَأَجْمَعُوا عَلَى أَنَّ مَنْ نَكَحَ نِكَاحًا مُطْلَقًا وَنِيَّتُهُ أَنْ لَا يَمْكُثَ مَعَهَا إِلَّا مُدَّةً نَوَاهَا فَنِكَاحُهُ صَحِيحٌ حَلَالٌ وَلَيْسَ نِكَاحُ مُتْعَةٍ وَإِنَّمَا نِكَاحُ الْمُتْعَةِ مَا وَقَعَ بِالشَّرْطِ الْمَذْكُورِ وَلَكِنْ قَالَ مَالِكٌ لَيْسَ هَذَا مِنْ أَخْلَاقِ النَّاسِ وَشَذَّ الْأَوْزَاعِيُّ فَقَالَ هُوَ نِكَاحُ مُتْعَةٍ وَلَا خَيْرَ فِيهِ وَاللَّهُ أَعْلَمُ

"Al-Qōḍī berkata: Mereka bersepakat bahawa sesiapa yang bernikah dengan nikah yang mutlak dan niatnya adalah tidak kekal bersamanya melainkan beberapa tempoh yang dia meniatkannya, maka nikahnya adalah sah lagi halal. Ia bukanlah nikah mutaah. Sebenarnya nikah mutaah adalah apa yang terjadi dengan syarat yang disebutkan. Akan tetapi, Mālik berkata: Ini bukanlah daripada perilaku orang ramai. Al-Awzā*iyy menjadi syaz, lalu dia berkata: Ia adalah nikah mutaah dan tidak ada kebaikan padanya. Allah lebih mengetahui". [Al-Minhāj Šar oḥīḥ Muslim Ibn al-ajjājjilid 9m/s 182keluaran Dār Iyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy].

Ibn Qudāmah berkata :

فَصْلٌ: وَإِنْ تَزَوَّجَهَا بِغَيْرِ شَرْطٍ، إلَّا أَنَّ فِي نِيَّتِهِ طَلَاقَهَا بَعْدَ شَهْرٍ، أَوْ إذَا انْقَضَتْ حَاجَتُهُ فِي هَذَا الْبَلَدِ، فَالنِّكَاحُ صَحِيحٌ، فِي قَوْلِ عَامَّةِ أَهْلِ الْعِلْمِ، إلَّا الْأَوْزَاعِيَّ قَالَ: هُوَ نِكَاحُ مُتْعَةٍ. وَالصَّحِيحُ أَنَّهُ لَا بَأْسَ بِهِ، وَلَا تَضُرُّ نِيَّتُهُ، وَلَيْسَ عَلَى الرَّجُلِ أَنْ يَنْوِيَ حَبْسَ امْرَأَتِهِ وَحَسْبُهُ إنْ وَافَقَتْهُ، وَإِلَّا طَلَّقَهَا.

"Fasal: Jika seseorang mengahwininya dengan tanpa syarat melainkan pada niatnya adalah menalaknya selepas sebulan atau apabila selesai hajatnya dalam suatu negara, maka nikahnya adalah sah pada pendapat umum ahli ilmu melainkan al-Awzā*iyy. Dia berkata: Ia adalah nikah mutaah. Yang benar adalah tidak ada masalah padanya dan tidak ada mudarat niatnya. Tidak ada pada lelaki itu untuk mengurung isterinya dan mengurung dirinya jika isterinya menyetujuinya. Jika tidak, dia menalaknya". [Al-Muġnījilid 7m/s 137keluaran Dār Iyā^ at-Turōṯ al-*Arobiyy].

Aš-Šāfi*iyy berkata :

وَإِنْ قَدِمَ رَجُلٌ بَلَدًا وَأَحَبَّ أَنْ يَنْكِحَ امْرَأَةً وَنِيَّتُهُ وَنِيَّتُهَا أَنْ لَا يُمْسِكَهَا إلَّا مُقَامَهُ بِالْبَلَدِ أَوْ يَوْمًا أَوْ اثْنَيْنِ أَوْ ثَلَاثَةً كَانَتْ عَلَى هَذَا نِيَّتُهُ دُونَ نِيَّتِهَا أَوْ نِيَّتُهَا دُونَ نِيَّتِهِ أَوْ نِيَّتُهُمَا مَعًا وَنِيَّةُ الْوَلِيِّ غَيْرَ أَنَّهُمَا إذَا عَقَدَا النِّكَاحَ مُطْلَقًا لَا شَرْطَ فِيهِ فَالنِّكَاحُ ثَابِتٌ وَلَا تُفْسِدُ النِّيَّةُ مِنْ النِّكَاحِ شَيْئًا لِأَنَّ النِّيَّةَ حَدِيثُ نَفْسٍ وَقَدْ وُضِعَ عَنْ النَّاسِ مَا حَدَّثُوا بِهِ أَنْفُسَهُمْ وَقَدْ يَنْوِي الشَّيْءَ وَلَا يَفْعَلُهُ وَيَنْوِيهِ وَيَفْعَلُهُ فَيَكُونُ الْفِعْلُ حَادِثًا غَيْرَ النِّيَّةِ، وَكَذَلِكَ لَوْ نَكَحَهَا وَنِيَّتُهُ وَنِيَّتُهَا أَوْ نِيَّةُ أَحَدِهِمَا دُونَ الْآخَرِ أَنْ لَا يُمْسِكَهَا إلَّا قَدْرَ مَا يُصِيبُهَا فَيُحَلِّلُهَا لِزَوْجِهَا ثَبَتَ النِّكَاحُ وَسَوَاءٌ نَوَى ذَلِكَ الْوَلِيُّ مَعَهُمَا أَوْ نَوَى غَيْرَهُ أَوْ لَمْ يَنْوِهِ وَلَا غَيْرَهُ وَالْوَالِي وَالْوَلِيُّ فِي هَذَا لَا مَعْنًى لَهُ أَنْ يُفْسِدَ شَيْئًا مَا لَمْ يَقَعْ النِّكَاحُ بِشَرْطٍ يُفْسِدُهُ

"Jika seseorang lelaki sampai ke suatu negara dan dia suka untuk menikahi seorang wanita serta niat lelaki itu atau niat wanita itu adalah tidak menggenggamnya melainkan sepanjang keberadaannya di negeri itu atau selama sehari atau dua hari atau tiga hari yang niat lelaki itu tanpa niat wanita itu atau niat wanita itu tanpa niat lelaki itu atau niat kedua-duanya bersamaan atau niat wali itu pada tempoh ini melainkan kedua-duanya berakad nikah secara mutlak tanpa syarat padanya, maka nikah itu sabit dan niat tidak merosakkan sesuatu pun daripada nikah itu kerana niat adalah bicara jiwa dan diangkat apa yang berbicara jiwa mereka padanya daripada manusia. Kadangkala dia meniatkan sesuatu, tetapi dia tidak melakukannya serta kadangkala dia berniat untuknya dan dia melakukannya, lalu perbuatan itu adalah kejadian yang bukan niatnya. Sedemikian itu kalau dia menikahinya, sedangkan niat lelaki itu dan niat wanita itu atau niat salah satu daripada kedua-duanya tanpa yang lain untuk tidak memegangnya melainkan kadar yang sampai kepadanya, lalu dia menghalalkannya untuk suami lamanya, maka sabit nikah itu sama ada wali itu meniatkan bersama kedua-duanya atau selainnya meniatkannya atau lelaki tidak meniatnnya dan tidak juga selainnya dan sebegitu juga walinya. Wali pada ini tidak ada makna untuknya dalam merosakkan sesuatu apa yang tidak terjadi pada nikah dengan suatu syarat yang merosakkannya". [Al-Ummjilid 5m/s 86keluaran Dār al-Ma*rifah].

Aš-Šāṭibiyy berkata :

فَقَدِ اتَّفَقَ مَالِكٌ وَأَبُو حَنِيفَةَ عَلَى صِحَّةِ التَّعْلِيقِ فِي الطَّلَاقِ قَبْلَ النِّكَاحِ، وَالْعِتْقِ قَبْلَ الْمِلْكِ؛ فَيَقُولُ لِلْأَجْنَبِيَّةِ: إِنْ تَزَوَّجْتُكِ فَأَنْتِ طَالِقٌ، وَلِلْعَبْدِ: إِنِ اشْتَرَيْتُكَ فَأَنْتَ حُرٌّ، وَيَلْزَمُهُ الطَّلَاقُ إِنَّ تَزَوَّجَ، وَالْعِتْقُ إِذَا اشْتَرَى، وَقَدْ عُلِمَ أَنَّ مَالِكًا وَأَبَا حَنِيفَةَ يُبِيحَانِ لَهُ أَنْ يَتَزَوَّجَ الْمَرْأَةَ وَأَنْ يَشْتَرِيَ الْعَبْدَ.

"Mālik dan Abū Ḥanīfah telah bersepakat bahawa sahnya taᶜliq pada talak sebelum nikah dan pembebasan sebelum pemilikan. Lalu, dia berkata kepada ajnabi: Jika aku mengahwinimu, engkau tertalak dan kepada hamba sahaya: Jika aku membelimu, maka engkau bebas. Lantas, menjadikannya talak jika dia berkahwin dan pembebasan apabila dia membeli. Telah pun diketahui bahawa Mālik dan Abū anīfah mengharuskan dia mengahwini wanita dan membeli hamba". [Al-Muwāfaqōt Fī Uṣūl al-Aḥkāmjilid 1m/s 386keluaran Dār Ibn *Affāntahqiq Abū *Ubaydah Mašhūr bin asan Āli Salmān].

Aš-Šāṭibiyy berkata :

وَفِي "الْكَافِي" فِي الَّذِي يَقْدَمُ الْبَلْدَةَ فَيَتَزَوَّجُ الْمَرْأَةَ وَمِنْ نِيَّتِهِ أَنْ يُطَلِّقَهَا بَعْدَ السَّفَرِ: "أَنَّ قَوْلَ الْجُمْهُورِ جوازه". وَذَكَرَ ابْنُ الْعَرَبِيِّ مُبَالَغَةَ مَالِكٍ فِي مَنْعِ نِكَاحِ الْمُتْعَةِ، وَأَنَّهُ لَا يُجِيزُهُ بِالنِّيَّةِ؛ كَأَنْ يَتَزَوَّجَهَا بِقَصْدِ الْإِقَامَةِ مَعَهَا مُدَّةً وَإِنْ لَمْ يَلْفِظْ بِذَلِكَ، ثُمَّ قَالَ: وَأَجَازَهُ سَائِرُ الْعُلَمَاءِ، وَمَثَّلَ بِنِكَاحِ الْمُسَافِرِينَ، قَالَ: "وَعِنْدِي أَنَّ النِّيَّةَ لَا تُؤَثِّرُ فِي ذَلِكَ؛ فَإِنَّا لَوْ أَلْزَمْنَاهُ أَنْ يَنْوِيَ بِقَلْبِهِ النِّكَاحَ الْأَبَدِيَّ؛ لَكَانَ نِكَاحًا نَصْرَانِيًّا، فَإِذَا سَلِمَ لَفْظُهُ؛ لَمْ تَضُرُّهُ نِيَّتُهُ، أَلَا تَرَى أَنَّ الرَّجُلَ يَتَزَوَّجُ عَلَى حُسْنِ العشرة ورجاء الأُدْمَة، فَإِنْ وَجَدَهَا وَإِلَّا فَارَقَ، كَذَلِكَ يَتَزَوَّجُ عَلَى تَحْصِيلِ الْعِصْمَةِ، فَإِنِ اغْتَبَطَ ارْتَبَطَ، وَإِنْ كَرِهَ فَارَقَ"، وَهَذَا كَلَامُهُ فِي كِتَابِ "النَّاسِخِ وَالْمَنْسُوخِ"، وَحَكَى اللَّخْمِيُّ عَنْ مَالِكٍ فَمَنْ نَكَحَ لِغُرْبَةٍ أَوْ لِهَوًى لِيَقْضِيَ أَرَبَه وَيُفَارِقَ؛ فَلَا بَأْسَ.

"Dalam «al-Kāfī» pada yang sampai ke suatu negera, lalu dia berkahwin dengan wanita dan dari niatnya untuk menceraikannya selepas perantauan adalah pendapat majoriti mengharuskannya. Ibn al-*Arobiyy menyebutkan berlebih-lebihan Mālik pada tegahan nikah mutaah dan bahawasanya dia mengharuskannya dengan niat seperti seseorang mengahwininya dengan tujuan tinggal bersamanya beberapa tempoh sekalipun dia tidak melafazkan itu. Kemudian, dia berkata: Sekalian ulama mengharuskannya dan mereka memisalkan dengan nikah orang yang bermusafir. Dia berkata: Di sisiku, niat tidak memberikan kesan pada itu. Sesungguhnya kalau kita mengobligasikan apa yang seseorang berniat nikah selama-lamanya dalam jantung, pasti ia adalah nikah orang Nasrani. Apabila lafaznya tiada masalah, niatnya tidak memudaratkannya. Tidakkah engkau melihat bahawa seorang lelaki berkahwin atas sebab perhubungan baik dan mengharapkan pertalian jika dia mendapatkannya dan jika tidak, dia menceraikannya? Sebegitu juga seseorang berkahwin untuk mencapai pemeliharaan diri. Jika dia senang hati, maka dia berpaut. Jika dia membenci, dia berpisah. Ini adalah kalamnya dalam kitab «an-Nāsi Wa al-Mansūẖ». Al-Luoymiyy memetik daripada Mālik bahawa sesiapa yang berkahwin kerana perantauan atau kemahuan untuk menunaikan keterdesakannya dan bercerai, maka tidak ada masalah". [Al-Muwāfaqōt Fī Uṣūl al-Aḥkāmjilid 1m/s 387-388keluaran Dār Ibn *Affāntahqiq Abū *Ubaydah Mašhūr bin asan Āli Salmān].

Keharusan ini memudahkan dua pihak. Yang pertama adalah pihak yang membantu. Mereka boleh menceraikan salah satu isterinya untuk ditawarkan kepada orang lain atau mereka yang hanya memiliki satu isteri, tetapi memiliki kemudahan untuk mendapatkan yang selainnya boleh menceraikannya untuk ditawarkan kepada pihak yang memerlukan.

Lihat bagaimana warga Anṣōr membantu Muhājirīn yang berhijrah dengan sehelai sepinggang atau tidak memiliki apa-apa bekalan untuk menstabilkan kehidupannya di Madinah. Anas bin Mālik berkata :

 صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ سَعْدِ بْنِ الرَّبِيعِ ، وَكَانَ كَثِيرَ المَالِ ، فَقَالَ سَعْدٌ : قَدْ عَلِمَتِ الأَنْصَارُ أَنِّي مِنْ أَكْثَرِهَا مَالًا ، سَأَقْسِمُ مَالِي بَيْنِي وَبَيْنَكَ شَطْرَيْنِ ، وَلِي امْرَأَتَانِ فَانْظُرْ أَعْجَبَهُمَا إِلَيْكَ فَأُطَلِّقُهَا ، حَتَّى إِذَا حَلَّتْ تَزَوَّجْتَهَا ، فَقَالَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ : بَارَكَ اللَّهُ لَكَ فِي أَهْلِكَ

"*Abdul Roḥmān bin *Awf telah sampai kepada kami dan Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wasallam- mempersaudarakan antara dia dengan Sa*d bin ar-Robī*. Dahulu dia mempunyai banyak harta. Sa*d berkata: Orang Anṣōr telah tahu bahawa aku antara orang yang paling banyak harta di antara mereka. Aku akan bahagikan hartaku dua bahagian antara aku dengan engkau. Aku mempunyai dua isteri. Maka, lihatlah yang paling mengujakan untukmu. Lalu, aku akan menceraikannya sehingga apabila ia halal, berkahwinlah dengannya. *Abdul Romān berkata: Semoga Allah memberkait engaku pada ahli keluargamu". [oḥīḥ al-Buẖōriyyno. 3604].

Dengan keharusan perkahwinan yang sementara, mereka yang pada pihak ini boleh membantu saudaranya yang memerlukan isteri dengan menawarkan apa yang ada pada mereka. Apabila selesai penceraian dan iddah, maka isteri itu halal untuk orang yang memerlukan.

Yang kedua adalah pihak yang memerlukan isteri, tetapi tidak memiliki kemampuan yang cukup untuk menanggungnya. Mereka ini adalah seperti pelajar yang terhalang untuk melangsungkan perkahwinan atau mereka yang bekerja, tetapi tidak memiliki pendapatan yang stabil lagi cukup untuk menyara perkahwinan. Mereka ini sekadar memerlukan pelunasan terhadap keperluan seksual sahaja.

Apabila kita cakna terhadap keringanan ini, maka berhentilah menekan terhadap anak-anak muda secara khusus, sedangkan mereka yang sangat mendesak terhadap desakan seks. Membiarkan mereka terus menerus dalam penderitaan adalah tanggungan yang malapetaka dalam kehidupan mereka. Luaskanlah jalan untuk mencapai jalan yang halal agar yang haram dipersempitkan laluannya.

Jika tidak mampu membantu dari segi ekonomi, maka bantulah dari segi persepsi. Jika mereka bujang, pernikahan bukanlah merubahkan arus hidup mereka sepertimana masuk ke dimensi alam yang lain. Biarkan rutin, corak dan hala tuju kehidupan mereka sama, namun kemaluan mereka sejahtera dan terpelihara. 

Setelah kita tahu ketidakwajiban hukum perkahwinan yang sementara dan tidak wajib memperoleh zuriat serta perealisasian keperluan yang ada dalam kemudahan ini, maka tidak perlu menekan-nekan untuk menjadikan perkahwinan itu sesuatu yang dimomokkan dan diberat-beratkan. Itu semua bergantung pada pasangan masing-masing dan pihak yang ingin menjayakan kemudahan ini.

Maksudnya, cukuplah seseorang hanya sekadar menunaikan keperluan seks di hotel atau di mana-mana tempat yang berpatutan, manakala yang selebihnya diberikan keringanan untuk digugurkan urusan nafkah, penyediaan makanan, rumah dan lain-lain buat sementara. Masing-masing boleh terus fokus untuk belajar atau bekerja yang semampunya dengan tanggungan ekonominya.

Antara kaedah yang dapat saya cadangkan ialah jika anak-anak muda yang tidak mampu atau tidak mempunyai kelayakan bekerja, namun urusan pernikahan dalam ekonomi ditanggung oleh ibu bapa, penjaga atau pihak pemerintah, maka tidak perlu lagi dipermasalahkan kewajipan bagi suami untuk mencari nafkah untuk isterinya sehinggalah anak itu mampu dan berusaha untuk bebas daripada ditanggung oleh sesiapa dalam urusan nafkah. 

Jika masing-masing sepakat untuk sepakat supaya perkahwinan itu sementara atau meredhai kesementaraan itu, boleh sahaja diceraikan apabila selesai hajat dan apabila tidak ada apa-apa masalah pada urusan tersebut sekalipun isteri tidak mendapat sesen pun daripada nafkah selagimana dia redha dengannya.

Menafikan keperluan seksual pada anak-anak sama seperti menafikan keperluan untuk seseorang fakir yang memerlukan kenderaan ke tempat kerjanya agar mereka dapat terus bekerja dengan lebih efisyen serta menafkahkan dirinya dan kerabatnya secara produktif.

Kita selalu menggunakan corak fikir terhadap anak-anak muda terhadap seks dengan "usah berfikir tentangnya" atau "tidak perlu sibuk mengenainya". Sedangkan, orang dewasa sendiri pun benci untuk mengambil corak fikir sebegitu. Lantas, mengapa mahu implementasi hal itu kepada mereka dan mengharapkan mereka akan taat dengan perintah sebegitu?

Kita juga selalu tekan anak-anak muda agar menahan diri mereka sendiri, sedangkan orang dewasa sendiri pun tidak mampu tahan diri jika sudah didesak syahwatnya. Cukuplah lihat Surah al-Baqoroh di atas sebagai bukti. Mengapa menyuruh sesuatu yang kita sendiri tidak suka disuruh sebegitu?

Lonjakan seksual muncul pada bila-bila masa tanpa mengira umur dan hal ini telah pun diperakui oleh para pakar psikologi, neurologi dan psikiatrik. Undang-undang yang menetapkan had umur tidak terlibat dalam sistem biologi manusia. Ia juga bukan jaminan bahawa seks seseorang stabil dengan kesihatan, keselamatan dan keseronokan. Begitu banyak kes yang melibatkan pura-pura orgasme ketika seks khususnya wanita, keegoan suami dalam urusan seks dan lain-lain.

Namun, bukan soal itu yang ingin dibincangkan sekarang ini. Apabila kita sedar perkara ini, jelaslah bahawa seks merupakan keperluan apabila tiba masanya. Ia berhak untuk diperuntukkan bahawa pembahagian zakat bagi kategori ₍Ibn as-Sabīl₎ kerana kita membantu golongan ini selamat dari perkara yang membawa kemaksiatan kepada Allah.

Apabila kita tidak mampu selesaikan semuanya, jangan tinggalkan semua. Sebab itulah walaupun anak-anak muda masih belum mampu untuk bekerja dan mencari nafkah, bukan bermakna mereka terabai dalam keperluan seks. 

Bantulah mereka dari segi ekonomi sehinggalah waktu yang sesuai untuk dia bekerja dan berdikari mencari nafkah atau bekalkan keperluan perkahwinan sementara yang diredhai antara sesama pasangan atau keluarga supaya urusan ini dapat direalisasikan.

Jika tidak mahu menanggung kos yang lebih, maka ibu bapa atau penjaga bagi suami tidak perlu tanggung nafkah isterinya. Nafkah isterinya pula ditanggung oleh ibu bapa atau penjaganya. 

Cukuplah mereka dilegakan dengan seks yang halal dengan melempiaskannya di hotel atau mana-mana tempat yang berpatutan supaya mereka tidak terjebak dengan kancah penzinaan atas alasan bahawa mereka ditekan tidak boleh berkahwin kerana tidak bersesuaian waktu untuk bekerja.

Cara yang lain untuk menjimatkan kos ialah jangan sesekali membenarkan mereka memperoleh zuriat. Jika demikian, maka kos itu akan ditanggung kesemuanya oleh pihak suami dengan persetujuan bahawa ia adalah perlanggaran pada perjanjian bersama. Bahkan, ibu bapa, penjaga khususnya bahagian isteri atau pemerintah boleh menarik balik pembiayaan dan bantuan kewangan pada pernikahan mereka.

Dengan kaedah ini, tidak perlu lagi seseorang meninggalkan semua penyelesaian hanya kerana tidak mampu menyelesaikan semua masalah. Anak-anak muda tidak perlu lagi berkerut dahi memikirkan perjuangannya untuk mengekang syahwat sambil berhadapan dengan kerjaya yang belum dia ceburi lagi untuk menanggung kos dalam merealisasikan impian syahwatnya. Apabila kita membantu menyelesaikan satu masalah, iaitu masalah syahwat, sekurang-kurangnya mereka boleh fokus untuk menyelesaikan permasalahan yang lain.

Seseorang perlu bekerja agar mendapatkan teman seks yang halal. Namun, jika seseorang belum selayaknya, maka dia tidak akan mendapatkan keperluan seksnya. Akan tetapi, apabila bahagian seks sudah dapat dipenuhi dengan bantuan, maka mereka tinggal untuk fokus terhadap pendidikan mereka agar mereka mampu membina kerjaya untuk dependen dalam penafkahan atau mereka yang bekerja, tetapi kurang pendapatan yang stabil dapat meneruskan fokusnya untuk menjana yang lebih baik. Demikianlah, jika kita sememangnya berfikir untuk memudahkan dan meluaskan bahagian yang telah Allah halalkan kepada umatnya.

Melakukan syarat-syarat seperti ini dalam perkahwinan dibolehkan berdasarkan hadis ini :

حَدَّثَنَا أَبُو الوَلِيدِ هِشَامُ بْنُ عَبْدِ المَلِكِ ، حَدَّثَنَا لَيْثٌ ، عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي حَبِيبٍ ، عَنْ أَبِي الخَيْرِ ، عَنْ عُقْبَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : أَحَقُّ مَا أَوْفَيْتُمْ مِنَ الشُّرُوطِ أَنْ تُوفُوا بِهِ مَا اسْتَحْلَلْتُمْ بِهِ الفُرُوجَ

Abū al-Walīd H̱išam bin *Abdul Mālik telah merawi hadis kepada kami Lay telah merawi hadis kepada kami Daripada Yazīd bin Abū abīb Daripada Abū al-H̱oyr Daripada *Uqbah Daripada Nabi -ollallāhu *alayhi wasallam-, baginda bersabda: "Syarat-syarat yang paling berhak untuk kalian tunaikan adalah apa-apa yang kalian menghalalkan faraj padanya". [Ṣoḥīḥ al-BuẖōriyyKitāb an-Nikano. 4873].

Hal ini kerana supaya dapat mengelakkan beban yang lebih besar pada masa akan datang dan seseorang mengambil kesempatan terhadapnya terutamanya apabila melibatkan hal ehwal wanita. Ketetapan syarat bahawa wali bagi wanita untuk melepaskan tanggungan jika anak wanitanya hamil sebagai langkah berjaga-jaga agar masing-masing tidak menanggung tanggungan yang besar dalam keadaan mereka belum bersedia untuk menjalani hal ehwal anak.

Juga sebagai tekanan terhadap lelaki yang menjadi suami wanita itu supaya tidak mengambil kesempatan terhadap hal-hal yang dihalalkan oleh Allah. Malah, pihak wali bagi wanita juga boleh menetapkan tuntutan yang berat di mahkamah atau luar mahkamah apabila berlakunya penceraian dengan alasan tidak munasabah.

Begitu juga pihak wali wanita boleh menetapkan syarat bahawa bolehnya penceraian apabila walinya dan anak perempuannya bersetuju untuk berpisah sekalipun tanpa pernyataan talak daripada suami. Walau apapun syaratnya, keharusan ini dibolehkan bagi memastikan kepentingan yang dibenarkan bagi kedua-dua belah pihak.

Cara yang lain untuk kurangkan kos ialah tidak perlu mengadakan majlis walimah. Sekeras-keras pandangan terhadap syarat sah nikah pun ialah memadai dengan keizinan wali dan dua orang saksi. Jika ada kewajipan untuk hebahan pun, tidak semestinya dengan melaksankan kenduri mega. Perkara ini sudah mencukupi kerana kita mementingkan kesejahteraan anak-anak itu, bukan untuk kepuasan orang lain untuk merayakan pesta perkahwinan.

Bahkan, antara perkara yang paling dibenci ialah majlis walimah yang mewah lebih dari sekadarnya. Hal ini kerana seseorang membazirkan hartanya untuk sesuatu yang tidak berfaedah dan tidak perlu, sedangkan orang lain terhimpit dengan belenggu kemiskinan yang terlendir-lendir mazinya menahan syahwat tetapi tidak mampu benrikah.

Jikalau saya seorang penguasa, pasti saya akan rampas aset tersebut dan serahkan kepada mereka yang lain yang mempunyai masalah kewangan untuk pernikahan. Mana-mana peniaga yang mengambil untung berlebihan atas majlis perkahwinan juga akan disita hartanya dan diserahkan kepada yang tidak berkemampuan.

Bantuan yang paling penting ialah bantuan persepsi. Janganlah kita cuba delusikan anak-anak bahawa perkahwinan merupakan perbuahan dimensi kehidupan yang berbeza. Sedangkan, tujuan asal pernikahan hanya untuk menghalalkan kemaluan sahaja, bukan mengubah hidup seseorang. Anak-anak boleh teruskan kehidupan seperti biasa, cuma mereka mempunyai teman seks yang memenuhi keperluan mereka.

Soal tentang mahu merubah dimensi kehidupan ataupun tidak, itu apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk berwawasan tentang zuriat. Namun, yang penting adalah bukan soal zuriat itu yang perlu ditekankan dalam perkahwinan. Anak-anak remaja kita ini perlu diselesaikan dahulu ialah masalah desakan syahwat, bukan pembinaan keluarga dna kelangsungan rumah tangga.

Begitu juga bantuan yang lain ialah keadilan sosial. Kadangkala orang kita meluat apabila seseorang didapati melakukan lancap, menonton pornografi, terlibat dengan liwat dan sihaq, tetapi soal untuk membantu pernikahan kadangkala bersikap lengah, acuh tak acuh dan berlepas tangan.

Mereka marah apabila gejala seks bebas dan pelempiasan syahwat yang bukan dari jalan pernikahan, tetapi apabila ditanya tentang soal kemudahan perkahwinan, mereka sendiri akui bahawa ia adalah sukar untuk direalisasikan. Mengapa marah orang yang menuju kepada haram di sisi mereka, tetapi halal di sisi mereka sangat sempit dan derita?

Mereka ini ingin mengulangi, bahkan meneruskan apa yang terjadi pada zaman Muḥammad al-Ġozzāliyy yang mana dia berkata :

وقد استقرت هذه التقاليد الجائرة في أرض الإسلام شرقا وغربا فجعلت الشباب لا يستطيع الحلال إلا بشق الأنفس. ولذلك عندما يذهب هؤلاء الشبان إلى أوروبا يتحولون إلى ذئاب مسعورة وراء الشهوة الميسرة وما دام باب الحلال قد أحكم رتاجه فقد تهمد إلى الحرام ألف طريق!

"Telah berlarutan tradisi-tradisi ini di bumi Islam sama ada di timur dan di barat, lalu ia menyebabkan para pemuda tidak mampu untuk memperoleh yang halal kecuali melalui kepayahan. Sebab itulah ketikamana para pemuda pergi ke Eropah, mereka berubah menjadi serigala kelaparan di balik keinginan-keinginan yang dimudahkan. Selagimana pintu halal terkunci rapat pintunya, maka menjadi mudah kepada seribu jalan yang haram!". [Turōṯsnā al-Islāmiy Fi Mīzān aš-Sar* Wa al-*Aqlm/s 66-67keluaran keluaran Dār asy-Syurūq].

Samalah seperti segolongan pihak yang kerapkali ke sana sini menggeladah dan menyerbu atas alasan membasmi khalwat hatta ke lubang cacing sekalipun pasangan yang bukan mahram itu bersembunyi. Mereka sangat suka menangkap dan menghukum pasangan ini dengan penuh keaiban dan bebanan yang memeritkan. Dalam masa yang sama, mereka tertanya-tanya mengapa pasangan ini dan lain-lain mudah sekali terjebak dengan perlakuan seperti ini.

Apabila kita bertanya pihak penghukum ini tentang prospek perkahwinan bagi pasangan ini tanpa membicarakan soal birokrasi pun, nampak pada respons mereka sama ada secara eksplisit atau terselindung tentang bebanan untuk merealisasikan perkahwinan sepertimana bebanan mereka dalam menghukum kesalahan khalwat. Memindahkan gunung Uhud ke Syam jauh lebih mudah jika dibandingkan dengan melaksanakan perkahwinan itu sendiri.

Perkahwinan di sisi orang yang suka menggeladah, menangkap dan menghukum inilah yang sangat sempit ruangnya. Kemudian, mereka tertanya-tanya mengapa terjebaknya sebahagian orang kepada yang haram di sisi mereka. Tidakkah mereka merenung kata-kata Muḥammad al-Ġozzāliyy tadi?

Saya tidaklah menafikan kepentingan birokrasi seperti pendaftaran, semakan kesihatan dan lain-lain kerana ia termasuk dalam syarat-syarat penghalalan kemaluan yang disebutkan hadis serta usaha untuk melindungi kepentingan pasangan dan keluarga kedua-dua belah pihak bersama. Namun, kalau dengan mengenepikan isu birokrasi pun sudah cukup memayahkan, mengapa perlu hairan apabila pasangan itu mudah sekali terjebak dengan khalwat?

Ia sama sahaja dengan orang tertanya-tanya mengapa kadar kes pencurian meningkat apabila prestasi ekonomi sangat tidak memuaskan dan indeks rasuah begitu tinggi. Ia sama sahaja dengan orang tertanya-tanya mengapa graduan universiti banyak yang menganggu dan memilih pekerjaan di luar bidang pengajiannya serta mengapa para professional lari ke luar negara apabila gaji mereka dibayar secara rendah dan kebolehpasaran lulusan pendidikan dengan dunia pekerjaan berjurang besar.

Pihak ini lebih suka menghukum berbanding menawarkan solusi dan memikirkan langkah proaktif. Mereka hanya tahu menyalahkan orang lain, tetapi mereka sendiri menjadi penyumbang kepada kesempitan. Mereka ini tidak ubah seperti psikopat yang tiada rasa simpati dan ingin mencari penyelesaian.

Kita masih mengekalkan norma kolot bahawa apabila seseorang ingin bernikah perlu bekerja dan memperoleh pendapatan dan kepemilikan begitu begini. Anak-anak muda yang ingin bernikah awal sebahagiannya diejek dan dipermainkan dengan nama-nama gila seks, pemikir ke ranjang dan miang menggatal. Apakah jijik sangat seks yang mereka sendiri nikmati?

Juga sebahagian mereka berdelusi dengan suruhan menikah dahulu, kemudian rezeki akan datang menyusul tanpa memikirkan soal teks dan konteks. Sedangkan, pernikahan sewajarnya diiringi dan dijayakan dengan sejahtera, selamat, sihat dan seronok. Apabila ia menambah mudarat dan luka, itu bukanlah maksud yang dikehendaki oleh Allah dalam pensyariatan untuk umat Islam.

Salah satu perkara lain yang jarang kita bincangkan ialah seseorang yang mempunyai masalah libido yang tinggi dari kebiasaan orang lain. Perlu kita ingat bahawa setiap orang tidak sama tahapan libido antara satu sama lain. Kita perlu menerima hakikat kepelbagaian ini supaya kita tidak salah dalam menyelesaikan kerumitan yang ada pada diri manusia. Cara interaksi masalah tidak semestinya sama kaedahnya antara satu sama lain.

Saya berpandangan seseorang tidak akan dikenakan hukuman had apabila dia tertangkap melakukan zina jika terbukti dari ahli psikologi, neurologi, psikiatrik dan lain-lain yang berkaitan dan terlibat bahawa dia sememangnya mempunyai masalah libido yang tinggi. Mereka wajar diberi hak untuk pemulihan dan bantuan agar ia tidak terjebak dengan jenayah itu sekali lagi.

Namun, tentu sama sekali tidak akan diberi kemaafan jikalau para psikiatrik, psikologi dan ahli yang terlibat telah membuka tangan sedia membantu, namun mereka sengaja untuk menjauhkan diri bimbingan para ahli, tetapi apabila tertangkap, mereka merayu terhadap permasalahan mereka.

Saya juga berpandangan seseorang tidak akan dikenakan hukuman had apabila dia tertangkap melakukan zina jika dia seseorang tidak memiliki kemampuan untuk mendirikan pernikahan. Hal ini kerana mereka terkekang keperluan asas mereka disebabkan kesempitan pada diri mereka sehingga mereka terpaksa mengambil jalan yang haram. Ini sama seperti seseorang yang mencuri setelah sabit bahawa mereka ini terhimpit dalam kesukaran untuk mendapatkan keperluan asas.

Namun, jikalau dia sengaja tidak memohon bantuan kewangan untuk meringankan bebannya sehingga dia terheret kepada kemudaratan yang lebih besar, maka dia wajar dikenakan hukuman. Saya juga berpendapat seseorang tidak dikenakan hukuman had bagi seseorang yang muda apabila norma masyarakatnya membuli perkahwinan di usia muda dari segi persepsi. Walaupun mereka dipertimbangkan untuk hukuman takzir, tetapi perlaksanaan hukuman had perlu dihenti kerana norma masyarakat yang kolot sebegitu.

Kita lebih berfikir dengan orientasi dalam penghukuman berbanding untuk penyelesaian. Minda psikopat yang sadis lebih dominan berbanding jiwa doktor yang simpati. Sebahagian mereka seolah-olah bangga apabila berjaya menangkap lebih banyak penzina untuk dikenakan hukuman had, sedangkan keramaian dan pertambahan itu tanda adanya masalah dalam orde pemerintahan dan norma masyarakat sepertimana banyaknya kemiskinan menandakan wujudnya ketirisan dan kelompongan yang ada dalam pengagihan kewangan.

Bahkan, mereka merasakan mengenakan hukuman had sudah mencukupi segala-galanya tanpa ingin mengkaji kes, menganalisis dan meneliti untuk langkah pencegahan agar tidak berulang. Mereka hanya berfikir tangkap dan hukum seperti psikopat yang suka membunuh. Tidak mampu menelaah ke dimensi yang lebih luas seperti pencagahan, rawatan dan insentif.

Mereka tidak mampu berfikir bagaimana untuk kurangkan jenayah dan mencegah serta merawat tanpa bergantung dengan hukuman had. Mereka tidak mahu memikirkan soal realiti suasana, ekonomi dan norma masyarakat yang sebenarnya hal itu mampu menjadi penyumbang kepada zina atau aset penting dalam menangani masalah.

Dari segi ekonomi telah pun maklum implikasinya dalam pernikahan dan penzinaan. Norma masyarakat telah pun dijelaskan tadi tentang pola fikir yang meracau, perintah yang mengarut dan perspsi yang sakit terhadap asas utama pernikahan yang semuanya menyumbang kepada penyempitan pintu halal. Persepsi yang buruk dan tanggapan yang negatif yang wujud pada wacana pernikahan ini sebenarnya membuli anak-anak muda kita untuk mencapai akses kemudahannya.

Soal realiti suasana adalah tentang perkembangan dalam budaya dan gaya seks dalam sosial. Hal tersebut barangkali menerima perubahan mengikut arus zaman, tempat dan keadaan. Jika gagal beradaptasi dengannya, kita tidak mampu terkehadapan dalam menzahirkan syariat Islam yang memberikan keadilan dalam keperluan seks dalam masyarakat. 

Misalnya adalah tentang majlis walimah yang telah diperbincangkan tadi. Apabila kita memahami perkara ini, kita sama sekali tidak hanya memikir tentang perawatan semata-mata melalui hukuman, tetapi kita berinovasi dan mencerap ke arah insentif.

Suatu perkara yang penting juga ialah keseronokan juga termasuk keperluan dalam Islam. Sebab itu beberapa dalam beberapa perkara, agama ini tidak mahu membebankan umat dengan kebosanan, kelesuan dan kejemuan dalam amal dan kehidupan.

Misalnya, dalam dakwah kita tidak boleh membuatkan orang melarikan diri kerana kita menzahirkan sesuatu yang menggerunkan mereka sepertimana hadis berikut :

حَدَّثَنَا آدَمُ ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ ، عَنْ أَبِي التَّيَّاحِ ، قَالَ : سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَسَكِّنُوا وَلَا تُنَفِّرُوا " .

Ādam telah merawi hadis kepada kami
Šu*bah telah merawi hadis kepada kami Daripada Abū at-Tayyāḥ, dia berkata Aku mendengar Anas bin Mālik -semoga Allah meredhainya- , dia berkata Rasulullah -ollallāhu *alayhi wasallam- bersabda: "Permudahkanlah mereka! Janganlah menyusahkan mereka. Tenangkanlah mereka! Jangan membuat mereka lari". [Ṣoḥīḥ al-BuẖōriyyKitāb al-Adabno. 5687].

Dalam ibadah pula, kita dituntut untuk melakukan sesuatu yang mampu agar tidak menyusahkan diri kita yang menyebabkan kita kejemuan dan kelesuan.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ المُثَنَّى ، حَدَّثَنَا يَحْيَى ، عَنْ هِشَامٍ ، قَالَ : أَخْبَرَنِي أَبِي ، عَنْ عَائِشَةَ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَيْهَا وَعِنْدَهَا امْرَأَةٌ ، قَالَ : مَنْ هَذِهِ ؟ قَالَتْ : فُلاَنَةُ ، تَذْكُرُ مِنْ صَلاَتِهَا ، قَالَ : مَهْ ، عَلَيْكُمْ بِمَا تُطِيقُونَ ، فَوَاللَّهِ لاَ يَمَلُّ اللَّهُ حَتَّى تَمَلُّوا وَكَانَ أَحَبَّ الدِّينِ إِلَيْهِ مَادَامَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ

Muḥammad bin al-Muṯannā telah merawi hadis kepada kami
Yayā telah merawi hadis kepada kami Daripada Hišām, dia berkata Ayahku telah merawi khabar kepadaku Daripada *Ā^išah, bahawasanya Nabi -ollallāhu *alayhi wasallam- datang kepadanya dan ada seorang wanita di sisinya. Baginda berkata: "Siapakah ini?". Dia berkata: "Fulanah. Dia menyebutkan tentang solatnya". Baginda berkata "Sudahlah! Lakukanlah apa-apa yang kalian mampu. Maka, demi Allah! Tidaklah Allah itu jemu sehingga kalian jemu. Yang paling dicintai dalam agama terhadapnya ialaha apa-apa sahaja yang berterusan amalannya". [Ṣoḥīḥ al-BuẖōriyyKitāb al-Īmānno. 43].

Nasihat juga tidak boleh dilakukan secara kerap kerana hal itu boleh menyebabkan seseorang meluat dan memberontak untuk mendengarkannya.

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ وَأَبُو مُعَاوِيَةَ ح وَحَدَّثَنَا ابْنُ نُمَيْرٍ وَاللَّفْظُ لَهُ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ شَقِيقٍ قَالَ كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ بَابِ عَبْدِ اللَّهِ نَنْتَظِرُهُ فَمَرَّ بِنَا يَزِيدُ بْنُ مُعَاوِيَةَ النَّخَعِيُّ فَقُلْنَا أَعْلِمْهُ بِمَكَانِنَا فَدَخَلَ عَلَيْهِ فَلَمْ يَلْبَثْ أَنْ خَرَجَ عَلَيْنَا عَبْدُ اللَّهِ فَقَالَ إِنِّي أُخْبَرُ بِمَكَانِكُمْ فَمَا يَمْنَعُنِي أَنْ أَخْرُجَ إِلَيْكُمْ إِلَّا كَرَاهِيَةُ أَنْ أُمِلَّكُمْ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَتَخَوَّلُنَا بِالْمَوْعِظَةِ فِي الْأَيَّامِ مَخَافَةَ السَّآمَةِ عَلَيْنَا .

Abū Bakr bin Abū Šaybah telah merawi hadis kepada kami
Wakī* dan Abū Mu*āwiyah telah merawi hadis kepada kami =riwayat lain= Ibn Numayr telah merawi hadis kepada kami dan lafaz ini miliknya Abū Mu*āwiyah telah merawi hadis kepada kami Daripada al-A*maš daripada Šaqīq, dia berkata Dahulu kami duduk di sisi pintu rumah *Abdullah sambil menantikannya. Lalu Yazīd bin Mu*āwiyah an-Nao*iyy melewati kami, lalu kami berkata: "Beritahulah kepadanya keberadaan kami". Lalu dia pun masuk ke rumahnya. Tidak lama kemudian, *Abdullah pun keluar kepada kami. Dia pun berkata: "Sesungguhnya aku diberitahu tentang keberadaan kalian. Tidaklah ada yang menegah aku untuk bertemu kalian kecuali aku membenci jika aku membosankan kalian. Sesungguhnya Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wasallam- dahulu pernah menahan nasihatnya kepada kami untuk beberapa hari kerana khuatir menjemukan kami". [Ṣoḥīḥ MuslimKitāb Sifah al-Qiyāmah Wa al-Mawi*ah no. 2821].

Bahkan, dalam penghukuman pun, kita tidak boleh menjalankan sesuatu yang menyebabkan orang memulaukan kita walaupun tujuan kita murni.

حَدَّثَنَا عَلِيٌّ ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ ، قَالَ عَمْرٌو : سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، قَالَ : كُنَّا فِي غَزَاةٍ - قَالَ سُفْيَانُ : مَرَّةً فِي جَيْشٍ -فَكَسَعَ رَجُلٌ مِنَ المُهَاجِرِينَ ، رَجُلًا مِنَ الأَنْصَارِ ، فَقَالَ الأَنْصَارِيُّ : يَا لَلْأَنْصَارِ ، وَقَالَ المُهَاجِرِيُّ : يَا لَلْمُهَاجِرِينَ ، فَسَمِعَ ذَلِكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : مَا بَالُ دَعْوَى الجَاهِلِيَّةِ قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، كَسَعَ رَجُلٌ مِنَ المُهَاجِرِينَ رَجُلًا مِنَ الأَنْصَارِ ، فَقَالَ : دَعُوهَا فَإِنَّهَا مُنْتِنَةٌ فَسَمِعَ بِذَلِكَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أُبَيٍّ ، فَقَالَ : فَعَلُوهَا ، أَمَا وَاللَّهِ لَئِنْ رَجَعْنَا إِلَى المَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الأَعَزُّ مِنْهَا الأَذَلَّ ، فَبَلَغَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ عُمَرُ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ : دَعْنِي أَضْرِبْ عُنُقَ هَذَا المُنَافِقِ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : دَعْهُ ، لاَ يَتَحَدَّثُ النَّاسُ أَنَّ مُحَمَّدًا يَقْتُلُ أَصْحَابَهُ وَكَانَتِ الأَنْصَارُ أَكْثَرَ مِنَ المُهَاجِرِينَ حِينَ قَدِمُوا المَدِينَةَ ، ثُمَّ إِنَّ المُهَاجِرِينَ كَثُرُوا بَعْدُ

*Aliyy telah merawi hadis kepada kami
Sufyān telah merawi hadis kepada kami *Amr berkata Aku mendengar Jābir bin *Abdullah -semoga Allah meredhainya- berkata Dahulu kami keluar pada suatu peperangan -Sufyān berkata pernah berkata sekali: Dalam satu pasukan-, tiba-tiba seorang lelaki daripada Muhājirīn menolak seorang lelaki daripada Anṣōr. Lalu orang Anṣōr memanggil: "Wahai Anṣōr!". Orang Muhājirīn memanggil: "Wahai orang Muhajirin". Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wasallam- mendengarkan itu, lalu berkata: "Apa yang menyebabkan kalian menyerukan hal Jahiliah?". Mereka berkata: "Wahai Rasulullah, seorang lelaki Muhājirīn menolak lelaki daripada orang Anṣōr". Baginda berkata, "Biarkanlah ia kerana ia adalah kebusukan". *Abdullah bin Ubayy mendengarkan itu, lalu berkata: "Lakukanlah! Demi Allah! Jika kami kembali ke Madinah, pasti yang mulia mengeluarkan yang hina". Hal itu sampai kepada Nabi -ṣollallāhu *alayhi wasallam-, lalu *Umar berkata: "Wahai Rasulullah, biarkan aku penggal leher munafik ini". Nabi -ṣollallāhu *alayhi wasallam- berkata: "Biarkanlah. Janganlah. Nanti orang ramai memperkatakan bahawa Muḥammad membunuh sahabat-sahabatnya". Ketika itu Anṣōr lebih banyak daripada golongan Muhājirin ketikamana mereka sampai ke Madinah. Kemudian, sesungguhnya Muhājirin menjadi ramai selepas itu. [Ṣoḥīḥ al-BuẖōriyyKitāb Tafsīr al-Qur^ānno. 4640].

Dengan itu, nyatalah bahawa syariat ini diturunkan bukan semata-mata untuk melegakan, tetapi memberikan penganutnya kepuasan dan keseronokan dalam praktik agama. Keseronokan pengamalan agama ini bukan semata-mata supaya umat tidak lari dan memberontak terhadap agama, tetapi juga memberikan impak yang positif bagi emosi, minda, intelektual, kerohanian dan psikologi. Kemudaratan adalah sesuatu yang tidak diundang untuk syariat ini sekalipun melibatkan yang kecil dan remeh.

Maka, begitu juga dalam soal seks ini. Hal ini kerana seks bukan semata-mata untuk kelegaan syahwat sahaja, tetapi demi keseronokan dalam kehidupan dan aktiviti bagi seorang manusia. Penciptaan pasangan sememangnya untuk kita merasai kenikmatan dan keseronokan sepertimana yang dinyatakan firman Allah Ta*ālā :

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

"Di antara tanda-tandanya ialah penciptaan pasangan dari jenis kalian agar kalian senang terhadapnya dan Dia menjadikan keintiman dan romantik di antara kalian. Sesungguhnya pada itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang berfikir". [Surah ar-Rūm ayat 21].

₍Sakana₎ di sini dirujuk sebagai ₍Iṭma^nān₎, (
اطْمِئْنَان), iaitu tenang atau ₍Mayl₎ (مَيْل), iaitu cenderung atau ₍Inqiṭō*₎ (انْقِطَاع), iaitu setia atau ₍llf₎ (إِلْف) iaitu jinak sepertimana pernyataan az-Zamaẖšariyy dalam «al-Kaššāf *An Ḥaqō^iq Ġowāmiḍ at-Tanzīl». 

Namun, sebenarnya ia merujuk kepada seluruh rasa yang memberikan kesenangan, keceriaan dan kebahagiaan rumah tangga. Begitu juga dengan saranan Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wa ālihi wasallam- terhadap perkahwinan dengan yang dara supaya masing-masing saling berseronok dan saling bermesraan antara satu sama lain :

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ ، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ ، عَنْ عَمْرٍو ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، قَالَ : " هَلَكَ أَبِي وَتَرَكَ سَبْعَ بَنَاتٍ أَوْ تِسْعَ بَنَاتٍ ، فَتَزَوَّجْتُ امْرَأَةً ثَيِّبًا ، فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : تَزَوَّجْتَ يَا جَابِرُ ؟ فَقُلْتُ : نَعَمْ ، فَقَالَ : بِكْرًا أَمْ ثَيِّبًا ؟ قُلْتُ : بَلْ ثَيِّبًا ، قَالَ : فَهَلَّا جَارِيَةً تُلَاعِبُهَا وَتُلَاعِبُكَ وَتُضَاحِكُهَا وَتُضَاحِكُكَ ؟ قَالَ : فَقُلْتُ لَهُ إِنَّ عَبْدَ اللَّهِ هَلَكَ وَتَرَكَ بَنَاتٍ وَإِنِّي كَرِهْتُ أَنْ أَجِيئَهُنَّ بِمِثْلِهِنَّ ، فَتَزَوَّجْتُ امْرَأَةً تَقُومُ عَلَيْهِنَّ وَتُصْلِحُهُنَّ ، فَقَالَ : بَارَكَ اللَّهُ لَكَ ، أَوْ قَالَ : خَيْرًا "

Musaddad telah merawi hadis kepada kami
ammad bin Zayd telah merawi hadis kepada kami Daripada *Amr Daripada Jābir -semoga Allah meredhainya- Ayahku terkorban dan dia meninggal tujuh anak atau sembilan anak perempuan. Aku berkahwin dengan wanita janda. Rasulullah -ṣollallāhu *alayhi wasallam- berkata kepadaku: "Engkau telah berkahwin wahai Jābir?". Aku berkata: "Ya". Baginda berkata: "Dara atau janda?". Aku berkata: "Janda". Baginda berkata: "Mengapa tidak perawan yang engkau boleh bermain dengannya dan dia pun bermain dengan engkau serta engkau bercanda dengannya dan dia pun bercanda dengna engkau?". Dia berkata Aku berkata kepadanya: "Sesungguhnya *Abdullah telah terkorban dan meninggalkan beberapa anak perempuan. Sesungguhnya aku benci jika aku bertandang dengan mereka yang sebaya usia. Aku berkahwin dengan wanita yang boleh menguruskan mereka dan membaikkan mereka". Baginda berkata: "Semoga Allah memberkati kamu" -atau- baginda berkata: "Semoga Allah memberikan kebaikan". [Ṣoḥīḥ al-BuẖōriyyKitāb an-Nafaqōtno. 4973].

Maka, sangat penting untuk kita beri perhatian bahawa usaha selamatkan kemaluan generasi kita ini bukan semata-mata supaya mereka selamat dari kemaksiatan, tetapi supaya mereka merasai kenikmatan dalam hal-hal yang Allah Ta*ālā menghalalkannya kepada mereka. Sesuatu yang halal mempunyai nilai kelazatan padanya. Firman Allah Ta*ālā :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kalian mengharamkan kebaikan-kebaikan yang Allah halalkan kepada kalian. Janganlah kalian melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas". [Surah al-Mā^idah ayat 87].

₍Aṭ-Ṭoyyibāt₎ di sini bukan sahaja suci, tetapi sesuatu yang melazatkan sepertimana yang dinyatakan oleh aš-Šawkāniyy dalam «Nayl al-Awṭōr». Oleh itu, tidak wajar sama sekali kita mengharamkan dan mengeji sesuatu yang mempunyai nilai kelazatan padanya selagimana ia halal. Seks merupakan sesuatu yang halal dan perkara yang halal semestinya diperluaskan supaya umat tidak lagi terdorong untuk mencuba yang haram.

Dengan itu, kita patut meletakkan matlamat mencapai seks sebagai suatu aktiviti yang menyeronokkan yang termasuk keutamaan yang perlu diberi perhatian sebagai keperluan penting kerana sememangnya itu elemen yang wujud pada seks.

Menjauhkan keseronokan dari unsur seks sebenarnya kemusnahan bagi seks itu sendiri. Apabila suami isteri tidak dapat mencapai elemen keseronokan, maka seks ini bukan menjadi sesuatu yang hambar dan tidak memuaskan, tetapi sebagai suatu kerja yang berat dan tidak memberikan apa-apa kelegaan bagi keresahan.

Akhirnya, seks menjadi suatu rutin yang memberi trauma khususnya wanita kerana prestasi seks mereka sekadar memberi laluan kepada pasangannya, tetapi diri mereka tidak memperoleh apa-apa kebaikan daripadanya. Kadangkala ini juga menggelisahkan suami kerana mereka langsung tidak dapat menyumbangkan kelazatan bagi isterinya kerana ejakluasi yang cepat dan kepuasan seks yang sepihak sahaja. Masing-masing akan menjadi lesu dan jemu dalam perhubungan seks.

Inilah antara masalah yang dihadapi oleh para ahli terapi yang mendengar keluhan tentang masalah seks. Apabila masalah ini tidak diselesaikan secara tuntas, seks yang pada asalnya menghubungkan seseorang dan memberi makna bagi diri berubah menjadi sesuatu pemusnah kepercayaan akibat masing-masing tidak mendapat keselesaan, mahupun kelegaan yang memuaskan jiwa.

Banyak aktiviti seks yang perlu diperluaskan supaya penganut agama ini sama sekali tidak berhajat untuk penzinaan dan supaya mereka merasa cukup dan puas dengan kehalalan yang telah diluaskan untuk mereka.

Misalnya dalam aktiviti lancap, kita tidak sama sekali hanya sekadar lelaki menggunakan tangan atau bantal dan perempuan pula menggunakan tangan atau mana-mana objek yang dicapai untuk capai. Untuk para lelaki, kita boleh membuat rekaan patung seks supaya seks mereka lebih berperisa. Begitu juga untuk para wanita dengan penciptaan teknologi vibrator yang meningkatkan lagi prestasi seks solo mereka.

Bagi kemudahan perolehannya, maka saya akan memperuntukkan wakaf dan harga subsidi kalau saya sebagai seorang penguasa. Ini kerana keperluan seks ini sangat penting untuk ditunaikan yang bukan sekadar melampiaskan syahwat, tetapi menikmaati keseronokan padanya.

Kita tidak perlu menafikan lagi bahawa melancap sememangnya aktiviti yang normal pada perkembangan seks dan hal itu telah meluas praktiknya sepertimana yang diperakui oleh para psikologi. Kita menambahkan keseronokan ini semata-mata untuk tujuan yang murni dan maslahat yang memberi faedah kepada umat.

Pencelaan terhadapnya sememangnya tidak bermakna apa-apa. Peluasan yang halal sangat dituntut supaya pintu dan jalan kepada keharaman menyempit dan sukar untuk diakses. Bahkan, penecelaan terhadap sesuatu yang halal merupakan sesuatu kekejian yang nyata kerana melekehkan sesuatu yang Allah Ta*ālā melekehkan. Apabila tidak menyukai sesuatu, maka janganlah sampai membenci.

Malah, saya menyediakan penulisan-penulisan yang berjudul «Analisis Pendalilan Hadis Dalam Pengharaman Menyetubuhi Wanita Pada Duburnya», «Analisis Pendalilan Hadis Larangan Sihaq», «Analisis Pendalilan Dalam Pengharaman Liwat» dan «Hukum Fiqh Berkaitan Dengan Pornografi» bukan semata-mata untuk menjadi perisa bagi lahapan seks, tetapi sebenarnya bertujuan untuk selamatkan generasi daripada kejahatan yang lebih besar sepertimana yang saya bahas di sini.

Walaupun perlaksanannya mungkin berbeza-beza mengikut situasi, tetapi kita semua memperjuangkan seks yang sihat, selamat dan seronok. Saya tidak mengatakan bahawa perlaksanaan ini merupakan baik secara keseluruhan tanpa mengambil kira mudarat dan maslahat realiti untuk terapkannya ke realiti. Cuma, saya menjustifikasikan bahawa ini masih di ruang lingkup yang halal yang sama-sama kita fikirkan sebagai alterantif bagi meluaskan pintu kehalalan.

Dari segi penelitian kemudaratan dalam perealisasian, saya tahu bahawa liwat memberi masalah kepada kesihatan khususnya HIV dan AIDS, tetapi kita perlu tahu bahawa ini tidak sebanding mudarat penzinaan. Masalah HIV dan AIDS boleh dikurangkan melalui pemakaian kondom dan mengambil langkah-langkah keselamatan yang disarankan oleh para pakar.

Begitu juga dengan pornografi yang menjadi penyebab disfungsi erektil dan juga pembentukan minda dalam penafsiran tentang kecantikan dan layanan terhadap pasangan seks. Itu pun disfungsi erektil boleh diubati dengan pengambilan aktiviti yang pelbagai supaya pengaliran dopamina sentiasa seimbang dengan stimulasi seks yang pelbagai rupa. Dan pembentukan minda itu boleh dikawal dengan pendidikan dan bimbingan supaya mereka melihat konteks realiti dan fiksyen yang diciptakan.

Mana-mana pun akan memberi kesan yang mudarat sekiranya kita tidak mahir untuk menguruskan, menangani dan berinteraksi dengan aktiviti harian kita, termasuklah perkahwinan yang berupa sementara yang diperkenankan oleh majoriti ulama. Orang kita hanya tahu melontarkan bahaya dan masalah yang menjadi rintangan bagi perlaksanaan, tetapi kita berlepas diri untuk mencari jalan penyelesaian dan menyempitkan ruang yang halal supaya tidak terjebak apa yang mereka sendiri benci.

Tidak mampu melakukan semua, maka tidak perlu tinggalkan semua. Sebab itulah walaupun pornografi mempunyai ruang seseorang terkena disfungsi erektil, tetapi ia sebenarnya telah membantu mengurangkan masalah jenayah seksual di banyak negara sepertimana kajian Malton Diamond Eva Jozifkova, Petr Weiss yang jurnalnya berjudul «Pornography and Sex Crimes, In The Czech Republic, Archives of Sexual Behavior, 2010; DOI: 10.1007/s10508-010-9696-y».

Dari segi perkiraan aspek kemudaratan, sebenarnya kita telah berjaya mengurangkan kadar kerosakan kerana kes yang melibatkan orang lain dapat dikecilkan. Harga yang berpatutan untuk dibayar meskipun kita menerima kesan sampingan. Itu pun kita boleh selamatkan kesan sampingan itu dengan langkah pencegahan dan perawatan dengan pendidikan terhadapnya dan kepelbagaian aktiviti yang lain.

Sebab itulah saya berbicara tentang liwat dan sihaq supaya seseorang tidak bergantung kepada pornografi semata-mata. Walaupun kita boleh berbicara tentang seks sesama pasangan heteroseksual, hakikatnya perealisasian secara realiti sukar untuk dicapai. Sebab itu saya cuba tidak bergantung kepada teori dan konsep semata-mata kerana hal itu tidak membawa keuntungan yang banyak atau sedikit dalam perlaksanaannya secara nyata.

Disebabkan perkahwinan dari kalangan masyarakat kita masih dalam suatu takuk yang sukar untuk didapati, bahkan juga persetubuhan melalui dubur antara wanita yang bukan mahram masih mendapat jurang yang besar, maka saya mencadangkan perbuatan liwat dan sihaq kerana ini diharap menjadi suatu kemudahan dalam jangka masa pendek atau panjang bagi menyelamatkan seseorang dari kerosakan seks yang tidak berlandaskan syariat.

Teman-teman sementara atau simpanan sebenarnya merupakan keluasan bagi jalan yang halal supaya mereka merasa sempit untuk mencapai kemaksiatan. Apabila mereka puas dan seronok dengan yang halal, mereka tidak lagi memikirkan untuk mendapatkan yang haram.

Sememangnya pernikahan satu-satunya yang terbaik dan pilihan yang tidak akan diingkari keutamannya. Namun, kita perlu berpaksikan dan mencerap realiti yang kita diami dan alami sekarang supaya teks yang dipegang tidak membawa lebih banyak mudarat dari apa-apa yang Allah kehendaki untuk kebaikan yang lebih bertambah.

Selagi kita ada ruang untuk meluaskan yang halal, maka selagi itulah usaha yang akan terus dilakukan. Walaupun di sana ada lubang kecil kebaikan dari sekitarnya yang mempunyai marabahaya padanya, itu lebih baik kita daripada kita membiarkan ruang maksiat terbuka dan mudah diakses.

Sekalipun pernikahan merupakan pilihan yang terbaik, tetapi realitinya ia sesuatu yang masih dalam liku-liku rintangannya untuk mencapainya. Malah, akses terhadapnya bukanlah seluas yang disangka. Sebab itu, saya juga sengaja membahaskan tentang lancap kerana ini antara perkara yang penting dalam benteng menangani umat dari perkara yang diharamkan.

Walaupun saya sudah mencadangkan kaedah perkahwinan untuk kita semua praktik, namun saya masih meneropong realitinya kerana kita masih dihimpit permasalahan-permasalahan yang sukar untuk dibendung, diatasi secara ekspres dan dikawal secara sistematik sama ada dari segi norma masyarakat, realiti semasa dan ekonomi, Atas sebab itulah, saya tidak boleh tersekat, berhenti dan merasa puas membahaskan tentang perkahwinan semata-mata.

Walaupun dalam masa yang sama saya cuba perjuangkan untuk perubahan dan pembaharuan, tetapi bukan semua akan direalisasikan sepenuhnya dalam masa yang singkat. Kita cuba memulakan sesuatu yang mampu kita capai terlebih dahulu sebelum melangkah yang lebih jauh lagi. Semua ini saya lakukan untuk kebaikan generasi bersama supaya kita semua memperoleh seks yang sihat, selamat dan seeronok. Inilah moto yang kita perjuangkan dan realisasikan.

Atas sebab itulah betapa buruknya para pencela. Mereka suka mengeji seseorang meratah patung seks, tergiur dengan pornografi, keasyikan dengan melancap serta muntah dan merasa jijik dengan sihaq dan liwat, tetapi mereka tidak fikir betapa para pelaku ini sebenarnya bertarung dan bermujahadah untuk selamatkan diri dari kebinasaan zina.

Ini kerana mereka bukan sahaja tidak mengiktiraf keluasan yang halal dan membenci sesuka hati terhadap perkara yang halal, tetapi mereka tidak memahami masalah yang dihadapi oleh pelaku. Mereka mengeji pelaku tersebut dan berusaha keras untuk membanteras pornografi, tetapi perkahwinan masih sukar didirikan walaupun untuk melaksanakan sepertimana yang telah saya terangkan di atas.

Masing-masing tidak berfikir bahawa soal perkahwinan untuk menyelamatkan kemaluan terlebih dahulu, tetapi mencerap terlalu jauh untuk sebagai suatu perubahan baru bagi kehidupan. Perkahwinan telah dimomokkan dengan pelbagai mitos, persepsi dan andaian sepertimana yang telah disebutkan di atas dengan norma yang mengarut dan tabu yang merugikan umat.

Akhirnya, perkahwinan merupakan sesuatu yang ditakuti untuk didekati. Seolah-olah pernikahan untuk menyelamatkan kemaluan terlebih dahulu tidak mencukupi dan dianggap tidak berhak untuk dilaksanakan. Ini semacam mencela orang membeli produk import, tetapi apabila seseorang ingin membeli produk tempatan, bermacam-macam masalah dan kerenah yang dihadapi untuk memanfaatkannya.

Tampakkah judul-judul penulisan yang saya bentangkan tadi semata-mata untuk sebagai rempah ratus dan sekadar untuk melawan arus kitab fiqh? Tidak sama sekali. Bahkan, saya menulisnya dalam keadaan bimbang terhadap umat yang kesempitan dalam menunaikan keperluan asasinya.

Saya boleh terima perbezaan pandangan dan pendapat, tetapi sekadar berwacana tidak memberikan apa-apa makna jika umat Islam masih meraba-raba kemaluannya sambil menahan penderitaan kerana terpencil dari kepuasan dan keseronokan yang sebenar-benarnya.

Kita semua sepakat tentang kepentingan dan keutamaan perkahwinan. Marilah kita mulakan revolusi dan transformasi supaya kekolotan dalam perlaksanaan perkahwinan dibendung, ditangani dan dibuang demi umat yang kita sayangi.

Oleh itu, marilah sama-sama kita bekerjasama dalam membantu generasi kita agar mereka memperoleh kesejahteraan dalam kehidupan seks mereka ke arah yang selamat, sihat dan seronok kerana hal itu termasuk jihad di jalan Allah dan mengajak kepada kebaikan.

Sekalipun kita mungkin ada perspektif dan pendapat yang berbeza untuk kaedah implemntasi, namun kita berusaha sekeras-kerasnya untuk sama sekali tidak membiarkan kemaluan mereka menjadi sebab kesengsaraan dan kerosakan terhadap masyarakat, kehidupannya di dunia dan di akhirat.

Kita perlu ingat bahawa generasi kita sedang bertempur dengan perebutan antara setia dengan halal yang sedia ada atau mencuba sesuatu perkara baru yang haram. Ini hakikat yang tidak akan ternafi dan perkara yang perlu dibimbangi kerana apabila keperluan asas tidak dipenuhi, kita akan menemukan kerosakan.

No comments:

Post a Comment